Khamis, 5 Julai 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


CINA ISLAM (林川興)

Posted: 05 Jul 2012 01:18 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Bas diserang, pemandu dipukul

Posted: 04 Jul 2012 10:55 PM PDT

15 Syaaban 1433H. [MOD] -

IPOH - Seorang pemandu bas Transit Perak Berhad dilaporkan cedera dipukul oleh empat lelaki yang menyerang bas itu di Jalan Lim Boon Seng di sini hari ini.

D. Maniraja, 50, cedera di kepala dan badan akibat dipukul dengan objek keras dan dia telah menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Permaisuri Bainun di sini.

Kejadian berlaku pada pukul 6.50 pagi ketika dia sedang membawa penumpang yang terdiri daripada lima pelajar sekolah dari Medan Kidd ke Bercham.

"Ketika berhenti di simpang lampu isyarat, beberapa orang membaling batu ke arah cermin bas sehingga pecah serta mengetuk pintu bas," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh.

Maniraja berkata dia kemudiannya membuka pintu bas itu lalu empat lelaki yang dijangka berumur lingkungan 30-an terus masuk ke dalam bas dan memukulnya di kepala dan badan dengan objek keras.

Dia kemudiannya berjaya melarikan diri sementara lima pelajar tersebut diarahkan keluar oleh empat lelaki berkenaan.

Maniraja berkata bas itu kemudiannya dipandu oleh salah seorang daripada lelaki tersebut, tetapi kemudiannya terbabas serta merempuh tiang lampu di susur jalan berhampiran Hotel Riverfront, kira kira 500 meter daripada tempat kejadian.

Kesemua lelaki berkenaan kemudiannya dilihat melarikan diri.

Maniraja tidak pasti mengapa dia diserang.

Jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan polis sedang menjalankan siasatan. - Bernama

Sinar Harian

Tidak serik masuk penjara

Posted: 04 Jul 2012 10:21 PM PDT

15 Syaaban 1433H. [MOD] -

GERIK – Baru keluar penjara sebulan lalu, seorang remaja warga Thailand tidak serik melakukan aktiviti jenayah di negara ini apabila ditahan sekali lagi dalam satu kejadian pecah masuk sebuah premis perniagaan telekomunikasi di Jalan Tun Saban di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi, suspek berusia 17 tahun memasuki melalui pintu belakang premis berkenaan berjaya melarikan pelbagai telefon bimbit, kad tambah nilai, kad memori dan wang
tunai RM25,000 dengan nilai keseluruhan berjumlah RM65,000.

Bagaimanapun, lelaki itu tidak sempat berjoli dengan wang berkenaan di Betong, Thailand apabila polis berjaya memberkas suspek di rumah keluarganya di Kampung Kenayat di sini, pada jam 2 petang.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Manab Bahrum berkata, mangsa membuat laporan polis pada jam 11 pagi dan pihaknya berjaya menahan remaja berkenaan setelah melihat rakaman kamera kitar tertutup (CCTV) di kedai telekomunikasi terbabit.

Menurutnya, suspek mempunyai rekod jenayah lampau dalam kes curi motosikal tahun lalu. "Mangsa berusia 40 tahun membuat laporan polis selepas mendapati telefon bimbit yang dipamerkan dalam almari kacanya hilang ketika sampai ke kedai.

"Bagaimanapun, suspek mudah dikenal pasti apabila wajahnya jelas dilihat dalam CCTV sewaktu memecah masuk premis itu. "Kemudian dia membawa barangan curi itu menaiki motosikal," katanya ketika ditemui di bu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik di sini, semalam.

Abdul Manab berkata, ketika siasatan, remaja itu menunjukkan kepada anggota polis semua barangan dan wang tunai yang disimpannya dalam semak berhampiran dengan rumah eluarganya kira-kira lima kilometer dari tempat kejadian.

"Bapa mangsa menetap di sini dan berasal dari Thailand manakala ibunya merupakan warga tempatan turut disoal siasat. "Suspek sudah empat kali keluar masuk ke negara ini dalam masa sebulan dan menjalankan kegiatan pecah masuk premis perniagaan di sini untuk berjoli sakan di negara jiran, Thailand," katanya.

Tambah Abu Manab, suspek kini ditahan reman selama tujuh hari untuk soal siasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan sekiranya disabitkan kesalahan, suspek boleh dikenakan penjara maksimum lima tahun dan denda.

"Difahamkan, remaja berkenaan mula melakukan jenayah di negaranya secara bersendirian ketika berusia 15 tahun.

"Suspek yang mempunyai beberapa kes jenayah lampau di sekitar daerah di sini termasuk kegiatan memecah masuk rumah penduduk dan tahun lalu, dia dihukum selepas didapati bersalah mencuri motosikal," katanya.

Sinar Harian

Surirumah dipenjara kerana bunuh perogol?

Posted: 04 Jul 2012 10:02 PM PDT

15 Syaaban 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Kisah seorang surirumah, S. Kalaichelvi yang dijatuhkan hukuman penjara dua tahun kerana membunuh orang yang cuba merogolnya mendapat perhatian banyak pihak.

(S. Kalaichelvi diiringi polis selepas dijatuhkan hukuman penjara dua tahun kerana membunuh orang yang cuba merogolnya)

Ramai yang bersimpati dengan nasib beliau itu dan tidak berpuashati dengan hukuman yang terpaksa beliau hadapi kerana mempertahankan diri dari dirogol.

Namun ada juga yang berpendapat hukuman itu wajar kerana pembunuhan itu dianggap kejam berdasarkan kesan luka kepada kepala perogol itu.

Di Ipoh Isnin lepas, seorang isteri yang cuba dirogol oleh seorang lelaki yang dikenalinya telah dihukum penjara kerana tindakannya menetak perogol dengan parang sehingga menyebabkan kematian.

Dan kerana perbuatan mempertahankan dirinya itu, Mahkamah Tinggi Ipoh telah menjatuhkan hukuman penjara dua tahun ke atas S. Kalaichelvi, 24 tahun, selepas dia mengaku bersalah menyebabkan kematian seorang lelaki yang cuba memperkosanya pada tahun lepas.

Hakim Datuk Zainal Adzam Abid. Ghani memerintahkan S. Kalaichelvi menjalani hukuman tersebut selepas mengaku bersalah menyebabkan kematian M. Kumaran, 29, di dalam rumahnya di Taman Bistari, Ayer Tawar, Manjung di antara pukul 3 hingga 3.30 pagi pada 7 Januari 2010.

Mengikut fakta kes, lelaki yang dikenalinya itu menceroboh rumahnya kira-kira jam 3 pagi dari pintu belakang ketika suami wanita itu tiada di rumah.

Lelaki itu cuba memperkosanya tapi dia dapat melarikan dirinya ke dapur dan sempat mencurahkan serbuk cili ke mata perogol itu.

Dalam keadaan matanya yang pedih, perogol itu masih cuba untuk mendapatkan Kalaichelvi, tapi wanita tersebut dengan pantas mencapai sebatang besi dan memukul kepala lelaki itu.

Apabila lelaki itu berjaya merampas batang besinya, wanita itu mencapai parang dan menetaknya beberapa kali sehingga mati.

Beliau dengan bantuan suaminya kemudian membungkus mayat lelaki itu dan membuangnya ke parit di tepi jalan menjelang pagi.

Hakim Zainal Adzam dalam penghakiman bertulisnya berkata, Kalaichelvi sepatutnya dihukum lebih berat kerana melakukan 'pembunuhan kejam' terhadap perogol tersebut.

Seorang pengguna facebook telah memasukkan cerita ini dalam dinding facebook dan mendapat sambutan hangat para pengguna laman sosial itu.

Tidak sampai satu jam ia dimasukkan, 6,536 orang telah berkongsi cerita ini manakala 5,470 menyatakan 'like' kepada cerita ini.

Cerita ini juga menerima 4,341 komen dalam masa 40 minit.

Hampir semua komennya tidak berpuashati dan meminta kes ini dikaji balik untuk memberikan keadilan kepada wanita yang berani mempertahankan dirinya ini.

Appu Brothers menulis:

"Kes ini perlu dikemukan kepada Jabatan Peguam Negara serta human right's masalah ini perlu ditangani.

"Kita semua adalah manusia tak perlu fikir tentang agama, kasta atau taraf perkara ini perlu ditegas serta merta.

"Jom jom kita sebarkan masalah ini serta merta dan berjuang dapatkan keadilan."

Namun ada juga yang mempertahankan keputusan hakim ini kerana perogol itu telah ditetak dengan banyak kali berdasarkan kesan luka pada kepala lelaki itu.

Harakah Daily

Kereta terbabas masuk longkang

Posted: 04 Jul 2012 09:58 PM PDT

15 Syaaban 1433H. [MOD] -

SEREMBAN – Seorang lelaki nyaris maut apabila kereta Proton Iswara dipandunya terbabas sebelum terjunam ke dalam longkang sedalam dua meter di Jalan Forest Hight berhampiran sebuah pasar raya, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, mangsa, Muhammad Ahmad Fikri, 20, yang memandu bersendirian dalam perjalanan dari Rasah ke Senawang.

Bagaimanapun ketika menuruni jalan yang agak berbukit, kereta mangsa tiba-tiba hilang kawalan menyebabkannya terus meluncur laju lalu terbabas ke dalam longkang.

Seorang saksi, K Rajakumaran, 52, berkata, ketika kejadian dia berada di lokasi terbabit kerana melakukan kerja pembersihan.

"Saya lihat dari jauh sebuah kereta meluru laju ke longkang terbabit menyebabkan saya terus bergegas ke situ.

"Saya nampak seorang lelaki keluar daripada kereta terbabit dan orang ramai yang berada di kawasan berkenaan cuba membantu," katanya.

Menurutnya, mangsa mengalami kecederaan ringan dan dihantar oleh rakannya ke hospital.

Sinar Harian difahamkan, ia kemalangan kedua berlaku di lokasi yang sama.

Sinar Harian

Cuba bunuh polis

Posted: 04 Jul 2012 09:58 PM PDT

15 Syaaban 1433H. [MOD] -

SUBANG JAYA – Tidak serik walaupun pernah menghuni penjara Simpang Renggam dan baru dibebaskan April lalu, seorang penganggur mencari pasal dengan cuba membunuh seorang anggota polis di PJS 11, Bandar Sunway, awal pagi, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 2.05 pagi, Balai Polis Sunway menerima panggilan daripada orang awam, mendakwa terdengar bunyi cermin kenderaan dipecahkan.

Bertindak atas aduan, dua anggota polis peronda bergegas ke tempat kejadian dan mendapati terdapat kesan cermin pecah di sebuah kereta jenis Toyota Camry. Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, apabila anggota turun untuk melakukan pemeriksaan muncul seorang lelaki berdekatan kereta terbabit.

Katanya, disebabkan gagal melarikan diri, lelaki dipercayai memecahkan cermin kereta pada mulanya seolah-olah mahu menyerahkan diri.

Bagaimanapun, apabila dihampiri, suspek tiba-tiba bertindak ganas dan cuba merampas sepucuk pistol berada di pinggang anggota polis.

"Ketika bergelut, suspek terlepas satu das tembakan ke arah bawah dan terus mengacu pistol ke kepala anggota polis berkenaan.

"Pada masa sama, seorang lagi anggota cuba mematahkan serangan tetapi suspek menjadikannya pelindung. Suspek menghentak kepala anggota polis dengan pistol," katanya.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Sinar Harian

Syak anak lari ke Lombok

Posted: 04 Jul 2012 09:56 PM PDT

15 Syaaban 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR - Ibu kepada seorang remaja berusia 13 tahun yang menghilangkan diri sejak 20 Jun lalu mengesyaki anak gadisnya itu mengikut teman lelaki pulang ke Lombok, Indonesia. Noor Aryanti Abu, 36, berkata, anaknya membuat lebih dari 40 panggilan dan menghantar 17 khidmat pesanan ringkas kepada lelaki itu, pada hari sama dia hilang.

Menurutnya, dia mendapat maklumat panggilan itu menerusi data panggilan daripada syarikat telekomunikasi nombor digunakan oleh anaknya, Nur Sahira Mat Radzi, 13, yang didaftarkan atas namanya.

"Saya dapati, terdapat satu nombor kerap dihubungi pada hari dia hilang,.

"Saya hubungi semua nombor yang ada kecuali satu nombor kerap dihubungi itu, di mana saya serahkan kepada pihak polis," katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini, semalam.

Aryanti berkata, Sahira sebelum ini pernah hilang dari rumah ketika November 2011, Januari 2012, dan terakhir pada April lalu, namun pulang seperti biasa tidak lama kemudian.

Dia melaporkan kehilangan anaknya itu di Balai Polis Ampang pada 25 Jun lalu. "Saya bimbang Sahira akan dibawa ke Lombok. Tidak dapat saya bayangkan bagaimana keadaannya nanti," katanya.

Sesiapa yang mempunyai maklumat, boleh menghubungi Aryanti atau suaminya, Mat Radzi Hamzah di talian 016-2914998.

Sinar Harian

Himpunan Hijau Wilayah Persekutuan 14 Julai

Posted: 04 Jul 2012 09:40 PM PDT

15 Syaaban 1433H. [MOD] -

PAS Wilayah Persekutuan akan meneruskan momentum kejayaan Himpunan Hijau di negeri-negeri dengan penganjuran Xpresi Hijau dan Himpunan Hijau menuju Putrajaya peringkat PAS Wilayah Perskeutuan.

Kali ini PAS Wilayah Perseketuan memilih lokasi ditengah-tengah badaraya Kuala Lumpur sebagai pusat penganjurannya.

Himpunan ini akan diadakan pada Sabtu, 14 Julai 2012, dan bertempat di dua lokasi berasingan.

Pada sebelah siangnya, Xpresi Hijau akan menggamit warga kota dengan Konvoi Motosikal anak-anak muda Kuala Lumpur mengelilingi bandaraya.

Program akan bermula seawal jam 9 pagi dan akan bergerak mengikut kawasan-kawasan menjelajah Kuala Lumpur.

Dijangkakan 1000 buah motosikal serta 200 buah kereta akan memenuhi segenap pelusuk Kuala Lumpur dengan pakaian serba hijau serta bendera PAS di kenderaan masing-masing.

Antara tetamu utama yag bakal hadir pada program Xpresi Hijau ini adalah Yasir Said, bekas juara Cub Prix Asia bersama dengan pimpinan Alternative Riding Club (ARC) serta pimpinan-pimpinan PAS WP. Prof Dr Nik Zain akan turut hadir menyampaikan ucapan kelak.

Di sebelah malamnya pula, PAS WP akan menganjurkan kemuncak Himpunan Hijau Menuju Putrajaya.

Lokasi Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru yang mempunyai nostalgianya tersendiri akan menjadi tuan rumah kepada puluhan ribu warga kota yang menyertai Himpunan ini.

Dimulakan dengan solat maghrib berjemaah, disusuli pula Munajat Warga Kota Hadapi PRU ke 13 yang akan dipimpin oleh Dr Khairuddin Aman Razali At Takiri, Setiausaha Dewan Ulama' PAS Pusat.

Selepas solat Isyak pada jam 9.00 malam, kemuncak program bermula dengan pidato daripada pimpinan-pimpinan PAS Pusat.

Antara pimpinan PAS Pusat yang akan hadir adalah Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man – Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Hj Ahmad – Ajk PAS Pusat, Mazlan Aliman – AJK PAS Pusat merangkap Presiden ANAK, Ustaz Nasrudin Hassan- Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Timbalannya Ustaz Nik Mohd Abduh, Setiasuaha Sdr Khairul Faizi Ahmad Kamil dan Balasubramaniam - Timbalan Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS.

Selain mereka, PAS WP juga menjemput Datuk Adnan Ibrahim, bekas Pengarah Pelajaran Perak- Datuk Ramli Buyung, Naib Presiden Kanan Felcra Bhd, Abdullah Ali- lagenda bolasepak negara, Kamal Bachaa- bekas Ahli MKT PPP, serta Cikgu Nazri Nordin – bekas AJK UMNO Bahagian Gopeng.

Artis terkenal seperti Hairi Othman dan Zulkifli Ismail akan turut memeraihkan majlis ini nanti.

PAS WP juga meneruskan fenomena penghijrahan artis dan tokoh politik dan pegawai kerajaan ke dalam PAS.

Dijangkakan ada beberapa tokoh penting serta selebriti terkenal akan diisytihar menyertai PAS dalam majlis tersebut.

Seluruh ahli PAS, penyokong serta rakyat dijemput untuk menghadiri himpunan Hijau ini dengan memakai baju berwarna hijau bagi memeriahkannya.

Harakah Daily

Liga Super: Taktikal Hodak jerat Rusa

Posted: 04 Jul 2012 09:37 PM PDT

15 Syaaban 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU – Percaturan Bojan Hodak merencanakan taktikal berkesan membolehkan Kelantan meraih tiga mata penting, setelah menewaskan Negeri Sembilan 3-2 di Stadium Tuanku Abdul Abdul Rahman, Paroi.

Meskipun bertandang ke Seremban dengan skuad tempang, namun Hodak bijak memanipulasi kelebihan pemain yang ada bagi membentuk barisan mantap ketika berhadapan skuad Jang itu.

Hakikat itu diakui sendiri Pengurus Pasukan, Azman Ibrahim yang menyifatkan perancangan jurulatih dari Croatia itu menggunakan tenaga muda, terbukti membuahkan hasil setelah kehilangan ramai pemain akibat penggantungan dan kecederaan.

"Kita pergi ke sana dengan separuh kekuatan hilang setelah ramai pemain mengalami kecederaan. Namun, beliau memanfaatkan segala kekuatan pemain yang ada untuk membolehkan kita meraih tiga mata," katanya ketika dihubungi.

"Beliau tidak ada pilihan, hanya membawa 16 pemain termasuk tiga pemain Piala Presiden ke sana namun berjaya melakukannya. Saya fikir pujian harus diberikan kepada beliau dan semua pemain yang memastikan kemenangan Kelantan.

Dalam perlawanan tersebut, tuan rumah terlebih dahulu mengejutkan Kelantan seawal minit ke-14 menerusi jaringan Mohd Firdaus Azizul.

Namun Azlan Ismail memastikan kebangkitan Kelantan apabila menyamakan kedudukan dua minit sebaik babak kedua bersambung.

Mohammad Ghaddar dan Indra Putra Mahayuddin terus menjarakkan kedudukan apabila menjaringkan gol pada minit ke- 63 dan 69 perlawanan.

Gol hasil tandukan Kapten Negeri Sembilan, Muhammad Shukor Adan sudah terlalu lewat untuk pasukannya mencipta kebangkitan.

Menurut Azman, kemasukkan Mohammad Ghaddar dan Mohd Badhri Radzi pada babak kedua, ternyata menghidupkan kembali corak persembahan Kelantan setelah dilihat terikut-ikut dengan rentak pemain tuan rumah pada awal permainan. "Aksi kita kurang menjadi pada awal babak pertama, sehingga membenarkan Negeri Sembilan menjaringkan gol awal. Namun sesuatu yang positif bagi pemain kita ialah tidak mudah tertekan, sebaliknya bangkit melawan sehingga mampu mendapatkan tiga gol," katanya.

Sementara itu, Azman memberi peringatan kepada barisan pemainnya tidak memandang mudah baki tiga perlawanan selepas ini, meskipun Kelantan hanya memerlukan tiga mata untuk mempertahankan kejuaraan liga yang dimenangi musim lalu.

Sinar Harian

Mata kanan lebam ditumbuk penyamun

Posted: 04 Jul 2012 09:33 PM PDT

15 Syaaban 1433H. [MOD] -

SEREMBAN – Seorang tukang gunting rambut cedera di mata akibat ditumbuk penjenayah dalam kejadian samun di Kampung Baru Rahang, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, kedai yang menjadi kediaman warga emas, Wong Foo Tuck, 70, tersebut secara tiba-tiba dimasuki tiga lelaki. Anak mangsa yang enggan dikenali berkata, kejadian berlaku ketika ayahnya mahu menutup operasi berikutan hujan lebat.

"Ayah mahu tutup kedai kerana hujan lebat. Tiba-tiba tiga lelaki datang dan ugut ayah supaya serahkan barangan berharga.

"Mereka geledah kedai dan ambil wang tunai serta mata wang lama disimpan ayah sejak sekian lama," katanya, semalam.

Menurutnya, seorang daripada suspek kemudiannya menumbuk dan membelasah ayahnya sehingga menyebabkan mata kanan lebam, sebelum melarikan diri.

"Saya hanya tahu mengenai kejadian ini ketika menghantar sarapan untuk ayah. Saya terkejut melihat mata ayah lebam dan ayah beritahu kejadian menimpanya sebelum kami membuat laporan polis di Balai Polis Rahang," katanya.

Sinar Harian

Sukma: Pahang menang bergaya, 3-0 ke atas Terengganu

Posted: 04 Jul 2012 09:32 PM PDT

15 Syaaban 1433H. [MOD] -

KUANTAN - Pasukan bola sepak Pahang menang bergaya ke atas juara bertahan, Terengganu selepas menundukkan pencabarnya, 3-0 dalam perlawanan pembuka tirai Kumpulan A sempena temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-15 di Stadium Darul Makmur, di sini, semalam.

Penyerang Pahang, Mohd Shafie Zaharie muncul wira buat pasukan tuan rumah selepas menjaringkan dua gol menerusi sepakan penalti pada minit ke-65 dan rembatan dari dalam kotak penalti pada minit ke-81 menewaskan penjaga gawang lawan, Muhammad Izzudiin Muhamat Hussin.

Manakala pada minit ke-72, kapten Pahang, Abdul Malik Mat Arif terus menceriakan penyokong tuan rumah apabila menjaringkan gol terakhir perlawanan sekali gus menggamatkan stadium tersebut.

Keputusan kekal sehingga pengadil membunyikan wisel penamat perlawanan. Namun perlawanan sedikit tercemar berikutan dua kad kuning serta kad merah dikenakan terhadap pemain Pahang, Mohamad Firdaus Anuar pada minit terakhir perlawanan.

Keberangkatan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah ke stadium juga jelas menyuntik moral pemain dan membangkitkan kehangatan penyokong yang tidak putus-putus melaungkan sokongan terhadap pemain Tok Gajah.

Sementara itu, Ketua Jurulatih, Bahazenan Osman berkata, beliau gembira dengan kejayaan pasukan di gelanggang sendiri.

Menurutnya, pasukannya pernah menewaskan Terengganu dalam saingan Piala Presiden dalam peringkat kumpulan pada April lalu dan optimis dengan aksi pemain untuk mengulangi keputusan sama di saingan Sukma.

"Cuma nasihat saya, jangan melakukan kesilapan mudah dan leka dengan kejayaan ini. Mereka perlu terus mengekalkan kejayaan sama dalam aksi seterusnya. "Selain Terengganu, Sarawak juga antara pencabar dalam saingan kumpulan ini," katanya.

Selain Malik dan Mohd Shafie, Mohd Hasmie Aziz adalah pemain dari Pahang yang beraksi dalam saingan Liga Perdana musim ini. Pada hari sama peringkat kumpulan, Sarawak menang tipis, 1-0 menentang Pulau Pinang di Padang Majlis Perbandaran Kuantan Satu.

Untuk perlawanan seterusnya, Pahang bakal menentang Pulau Pinang pada 6 Julai ini di venue sama bermula jam 4.45 petang.

Sinar Harian

Syarikat MCA kongsi untung saman rakyat?

Posted: 04 Jul 2012 09:12 PM PDT

15 Syaaban 1433H. [MOD] -

PETALING JAYA: Syarikat berkaitan dengan MCA didakwa bakal berkongsi untung saman trafik yang dikenakan JPJ ke atas rakyat mulai hujung tahun ini.

Bagi memaksimakan keuntungan pula, kadar saman trafik akan dinaikan ke RM300 - RM2,000 melalui satu rang undang-undang yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat.

Baru-baru ini, syarikat berkaitan MCA didakwa telah mendapat kontrak projek saman pengangkutan Sistem Penguatkuasaan Automatik (Automated Enforcement System – AES) yang akan dilaksanakan kerajaan penghujung tahun ini.

Bendahari PKR William Leong ketika mendedahkan perkara itu berkata, syarikat-syarikat tersebut adalah Ates Sdn Bhd dan Beta Tegap Sdn Bhd.

Beliau mendakwa, salah seorang pengarah syarikat Beta Tegap Sdn Bhd iaitu Datuk Arianta Alikusno mempunyai hubungan dengan pemimpin MCA dan pernah diberikan kontrak yang besar pada tahun 2005 daripada Kementerian Kesihatan melalui syarikat Mediharta Sdn Bhd.

"Dalam senarai pemegang saham syarikat Beta Tegap Sdn Bhd yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati Arianta dan anaknya Dr Andres Teoh serta isterinya, Yap Kim See @ Yap Ai Lin dan seorang iaitu Datuk Mohd Yunus Othman merupakan antara pemegang saham syarikat itu.

"Begitu juga dengan syarikat Mediharta Sdn Bhd, adalah orang yang sama," katanya pada sidang media semalam.

Bagaimanapun, sebelum ini MCA telah menafikan kaitan partinya dengan kontrak ini.

Mengulas lanjut, ahli parlimen Selayang itu juga mendedahkan bahawa kerajaan dan kedua-dua syarikat terbabit akan berkongsi keuntungan daripada hasil bayaran saman oleh orang ramai.

Dalam laporan kedua-dua syarikat itu katanya, setiap syarikat itu akan mendapat RM16 daripada setiap saman yang dikeluarkan.

Jumlah itu menurut William lagi akan diberikan kepada kedua-dua syarikat itu sehingga saman yang dikeluarkan mencecah lima juta.

Selepas mencecah lima juta saman, pihak kerajaan dan syarikat-syarikat terbabit akan berkongsi keuntungan masing-masing 50 peratus sehingga syarikat itu mendapat keuntungan RM272 juta setahun.

"Oleh kerana itu, kedua-dua syarikat terbabit mensasarkan untuk mengeluarkan sekurang-kurangnya 10 juta saman setiap tahun," katanya.

Justeru, beliau meminta Presiden MCA, Datuk Chua Soi Lek memberi penjelasan berhubungan kaitan dengan nama-nama terbabit.

Ketika perbahasan di Dewan Rakyat minggu lalu, ahli parlimen Pakatan Rakyat membantah keras pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang menyatakan denda minimum sebanyak RM300 dan maksimum RM2000 akan dikenakan bagi setiap kesalahan.

Mereka berpendapat bahawa pindaan tersebut bukan hanya akan terus membebankan pengguna jalanraya malah menguntungkan syarikat pengendali AES tersebut.

Harakah Daily

Penyataan Abby jadi hiasan facebook anak muda

Posted: 04 Jul 2012 09:09 PM PDT

15 Syaaban 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Kata-kata pelakun Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah binti Abdul Manan yang tidak takut lagi menyokong parti pembangkang kini menjadi hiasan Facebook anak-anak muda Malaysia.

Kata-katanya disebarkan merata-rata dan memberikan ispirasi kepada pelbagai pihak dalam menuntut hak mereka.

Kata-kata Abby bahawa dia tidak takut lagi sokong parti pembangkang setelah mendapat hidayah Allah dikongsi (share) oleh 467 pengguna facebook dan disukai (like) oleh 1,952 pengguna.

248 pengguna pula membuat komen sehingga kini selepas mula dibuat naik ke facebook semalam.

"Dulu saya takut kalau sokong parti pembangkang.
Tak dapat masuk Ttelevision. Tapi bila dapat hidayah Allah, saya tak takut pada sesiapa.

"Saya tak tau dari mana dapat keberanian tu,
tak masuk television pun tak per. Dah lama sangat dah saya kat television tu.
Banyak dah dosa dalam tu," kata Abby Abadi pelakun yang popular dengan filem dan drama TV Gerak Khas.

Abby kini bergerak dari satu pentas ceramah ke satu pentas di seluruh negara.

Semasa ke Kelantan, beliau turut mengunjungi Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Aziz.

Ucapan beliau yang mahu mencari seorang 'ustaz' untuk membimbingnya telah menimbulkan pelbagai reaksi negatif dan positif.

Pendek kata, Abby telah banyak bergerak dari pentas ke pentas ceramah.

Sebahagian aktivis Pakatan tidak senang dengannya kerana orang semacam Abby tidak sepatutnya menghabiskan masa dengan ceramah sahaja.

Ini kerana, bakat sebenar mereka bukannya berceramah tetapi aktiviti seni yang sudah sebati dengan mereka sebelum ini.

Antara yang menyuarakan rasa tidak senang itu adalah kartunis Zunar.

Zunar sudah tentu faham dengan apa yang berlaku kerana sebelum ini beliau yang sepatutnya aktif sebagai kartunis juga pernah terseleweng sekejap apabila beliau menjadi Ketua Pengarang Akhbar PKR, Suara Keadilan.

Kini Zunar memperkuatkan kembali bidangnya iaitu kartunis dan berjaya membuat pameran solo ke seluruh dunia termasuk London.

Harakah Daily

Pinda dahulu Enakmen Jenayah Syariah Negeri Johor (2003)

Posted: 04 Jul 2012 09:07 PM PDT

15 Syaaban 1433H. [MOD] -

Hasrat seorang ADUN Johor untuk menjadikan negerinya sebagai negeri yang pertama di Malaysia yang menguatkuasakan undang-undang Hudud yang sebenar ke atas semua rakyat negeri itu amat disanjung tinggi.

Langkah pertama yang perlu dibuat oleh beliau ialah memastikan Enakmen Jenayah Syariah Negeri Johor (2003) dipinda terlebih dahulu supaya menepati kehendak Islam.

Secara sepintas lalu berikut dinyatakan beberapa fasal (seksyen) yang amat bercanggah dengan Islam di dalam Enakmen itu;

SEKSYEN 19. MINUMAN YANG MEMABUKKAN

(1) Mana-mana orang yang di mana-mana kedai atau tempat awam lain, minum apa-apa minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
(2) Mana-mana orang yang membuat, menjual, menawarkan atau mempamerkan untuk jualan, menyimpan atau membeli apa-apa minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Sebagai perbandingan dinyatakan bentuk denda di dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) (Kelantan) 1993 yang didakwa tidak menepati kehendak Islam.

22 (1) Syurb adalah kesalahan minum arak atau sebarang minuman yang memabukkan; dan siapa yang melakukan kesalahan ini, samada mabuk atau tidak, dan tanpa mengira kuantiti yang diminumnya hendaklah dikenakan hukuman sebat yang tidak lebih daripada lapan puluh kali sebatan dan tidak kurang daripada empat puluh kali sebatan.

Dan di TerengganuEnakmen Jenayah Syariah (Hudud & Qisas) Terengganu 2002

5 (2) Sesiapa yang melakukan kesalahan Syurb hendaklah dikenakan hukuman sebat tidak kurang daripada empat puluh kali sebatan, jika dia mengulangi kesalahan kali kedua dan seterusnya maka dia akan dikenakan hukuman sebat sebanyak empat puluh kali sebatan, manakala kali ketiga ditambah dengan hukuman Ta'zir sebanyak empat puluh kali sebatan dan jika mengulangi kali keempat atau seterusnya akan disertakan dengan hukuman tahanan Ta'zir.

Bagi kezalahan zina pula Enakmen Jenayah Syariah Negeri Johor (2003) memperuntukkan:

SEKSYEN 27. PERSETUBUHAN LUAR NIKAH

(1) Mana-mana orang lelaki yang melakukan persetubuhan dengan orang perempuan yang bukan isterinya yang sah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.
(2) Mana-mana orang perempuan yang melakukan persetubuhan dengan orang lelaki yang bukan suaminya yang sah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.

Di dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) (Kelantan) 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah (Hudud & Qisas) Terengganu 2002dinyatakan:

11 (1) Jika pesalah yang melakukan zina itu mohsan, maka pesalah itu hendaklah dihukum dengan hukuman rejam, iaitu dilontar dengan batu yang sederhana besarnya sehingga mati.
(2) Jika pesalah yang melakukan zina itu ghairu-mohsan, maka pesalah itu hendaklah dihukum dengan hukuman sebat sebanyak seratus kali sebatan dan sebagai tambahan hendaklah dipenjara selama satu tahun.

Ada beberapa lagi kesalahan yang dihukum dengan Hudud dan Qisas yang belum dibincangkan di sini.

Apa pun kita doakan UMNO Johor akan tampil dengan Rang Undang-Undang Jenayah Syariah Johor yang baru yang betul-betul menepati kehendak Islam seperti yang dicadangkan oleh ADUN berkenaan.

Harakah Daily

Saya panggil Jamil balik ke Kuin - Azizan

Posted: 04 Jul 2012 09:05 PM PDT

15 Syaaban 1433H. [MOD] -

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak (gambar) menjelaskan tiada sebarang masalah yang berlaku di Kolej Universiti Insaniah (Kuin).

Menurutnya, apa yang berlaku hanya perkara yang segaja ditimbulkan pihak tertentu memandangkan pilihan raya umum sudah hampir.

"Kuin ni tak ada masalah pun. Semua okay. Biasalah sebab dekat pilihan raya ni, sebab itu isu ini timbul," katanya kepada pemberita semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu 200 warga kakitangan kolej itu yang melakukan himpunan baru-baru ini mendesak agar rektornya Prof Datuk Dr Jamil Osman meletak jawatan.

Kumpulan itu mendakwa Jamil gagal menjaga kebajikan tenaga kerja dan pelajar di kolej itu.

Mengulas lanjut Ustaz Azizan berkata Jamil tidak perlu meletak jawatan kerana kolej itu tidak menghadapi sebarang masalah.

Tambahn katanya, Jamil juga memegang jawatan itu selepas ditawar kepadanya oleh beliau bagi membantu perkembangan kolej tersebut.

"Bukan dia yang minta kerja ini, saya yang panggil dia balik dari UIA (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) sebab nak buat perkembangan di Kuin," katanya.

Beliau bagaimanapun berkata kumpulan yang membuat protes terbabit berhak menyuarakan rasa tidak puas hati mereka.

Harakah Daily

Pekerja buruh maut tersepit kren terbalik

Posted: 04 Jul 2012 09:02 PM PDT

15 Syaaban 1433H. [MOD] -

KUALA LIPIS - "Tolong... tolong...sakit sangat ni..tolong keluarkan aku dari sini," rintih seorang pekerja buruh binaan, Alam Subagiono, 38, kepada rakan sekerjanya sebelum dia menghembuskan nafas terakhir.

Mangsa mati tersepit setelah kren dipandunya terbalik semasa menjalankan kerja-kerja memindahkan batu konkrit di tapak pembinaan jalan baru Sungai Tanum-Chegar Perah, di sini, petang kelmarin.

Rakan mangsa, Sugeng Prasetyo, 25, berkata, dia tidak menyangka sahabatnya itu akan menemui ajal di dalam kren yang dipandunya. Menurutnya, arwah sudah bekerja di tapak pembinaan itu (Central Spine Road 3S2) sejak lebih setahun lalu sebagai pemandu kren.

"Ketika kejadian, kami sedang sibuk dengan tugas masing- masing sebelum dikejutkan dengan bunyi kuat dari arah jambatan iaitu tempat Alam menjalankan kerja-kerja mengangkat batu konkrit.

"Kami terkejut apabila melihat kren yang dikendalikan arwah terbalik dan dia tersepit di bahagian tempat duduk pemandu," katanya di sini, semalam.

Sugeng berkata, rakan setugas yang lain kemudiannya bergegas ke tempat kejadian untuk membantu mengeluarkan mangsa namun tidak berjaya. "Arwah masih hidup ketika itu dan sempat minta pertolongan kami supaya mengeluarkannya, namun kira-kira setengah jam kemudian suara arwah tidak lagi kedengaran.

"Kami sedih kerana dia meninggal dunia dalam keadaan yang tragis. Arwah sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak," katanya.

Sinar Harian

Kenderaan sukar keluar masuk

Posted: 04 Jul 2012 09:01 PM PDT

15 Syaaban 1433H. [MOD] -

JENGKA - Peniaga di Arked Mara, terutama pemilik kedai yang berada di bahagian belakang merungut apabila laluan untuk kenderaan keluar masuk ke kawasan itu tidak sistematik.

Pengerusi Jawatankuasa Arked Mara, Zakaria Ahmad berkata, jalan di hadapan kedainya tidak mempunyai laluan masuk dan keadaan itu menyukarkan pelanggan.

Menurutnya, pelanggan terpaksa masuk melalui lorong yang jauh memandangkan laluan berdekatan adalah jalan sehala.

"Keadaan jalan pula sempit. Pelanggan sukar nak keluarkan kenderaan mereka. "Pernah berlaku di hadapan mata saya hampir berlaku kemalangan kerana seorang pelanggan cuba mengundurkan keretanya, tetapi tidak perasan ada orang berada di belakang," katanya kepada Sinar Harian.

Zakaria berkata, aduan sudah dibuat sejak 30 Mac tahun lalu kepada pihak atasan, namun tiada sebarang maklum balas. "Sudah banyak kali saya menanyakan dan membuat aduan, tetapi pelbagai alasan diberikan termasuk hendak membincangkan masalah tersebut dalam mesyuarat mereka, selain dikatakan tiada bajet.

"Pihak terbabit juga pernah datang meninjau keadaan di sini, tetapi mereka salahkan pula kontraktor yang membina arked ini kerana memasang batu hiasan di satu ruang yang dikatakan boleh dijadikan lorong keluar atau masuk," katanya.

Menurutnya, ramai pelanggan merungut kerana sukar masuk dan meletakkan kenderaan mereka kerana jalan sempit.

Justeru dia memohon supaya pihak berkenaan mengambil tindakan sewajarnya mengatasi masalah itu bagi memudahkan peniaga dan orang ramai.

Sinar Harian

Perunding rambut jadi mangsa kad kredit

Posted: 04 Jul 2012 09:00 PM PDT

15 Syaaban 1433H. [MOD] -

KUANTAN - Seorang perunding rambut terkejut apabila kad kredit yang dimohonnya Jun tahun lalu adalah milik individu lain yang tidak dikenali.

Ng Suk Yee, 33, berkata, dia memohon kad kredit berkenaan melalui talian bantuan kerana berminat dengan tawaran yang diberikan.

Bagaimana pun, selepas seminggu memperoleh kad berkenaan melalui pos, dia mendapati berlaku transaksi membabitkan nilai RM1,748.85. "Saya terkejut kerana tidak pernah berbuat demikian dan lebih mustahil apabila ia dilakukan di luar kawasan yang saya diami iaitu di Klang.

"Melalui semakan yang dibuat, berlaku tiga transaksi dan ia tidak masuk akal," katanya ketika ditemui pada sidang media di Pusat Khidmat Parlimen Kuantan.

Turut hadir, Pegawai Khas Ahli Parlimen Kuantan, Sim Chon Siang dan Norbaini Abu Bakar. Suk Yee berkata, keliru dengan situasi itu, dia menghubungi pihak bank sebelum membuat aduan bertulis.

Namun, dia kecewa apabila tidak mendapat respons seperti yang diharapkan apabila dua bulan selepas itu, dia menerima surat daripada bank memintanya menjelaskan jumlah pemindahan wang terbabit.

"Saya membuat laporan polis pada September tahun lalu kerana saya tidak perlu membayarnya memandangkan saya tidak pernah melakukan transaksi berkenaan.

"Malah pihak bank pula tidak memberi kerjasama yang baik dan tidak membantu saya menyelesaikan masalah itu," katanya.

Suk Yee berkata, dia turut menghantar salinan laporan polis dan borang aduan namun masih tidak mendapat perhatian pihak bank.

Sementara itu, Chon Siang berkata, dia menerima aduan daripada Suk Yee pada awal Jun lalu dan cuba membantunya menyelesaikan masalah yang dialami wanita itu.

Katanya, berdasarkan maklumat transaksi yang dilakukan, dia menghubungi syarikat insurans untuk mendapatkan info individu.

"Saya mendapat maklumat bahawa transaksi itu dilakukan oleh seorang individu lain.

"Jadi, kita membuat kesimpulan bahawa cip makllumat kad kredit yang dimiliki Suk Yee salah," katanya. Katanya, kesilapan demikian tidak wajar berlaku dan pihak bank sepatutnya lebih bertanggungjawab apabila pelanggan berdepan masalah ini.

Agency

Perompak jadikan rumah dalam proses ubah suai sasaran

Posted: 04 Jul 2012 08:58 PM PDT

15 Syaaban 1433H. [MOD] -

KUANTAN - Pemilik sebuah rumah dalam proses ubah suai menjadi mangsa samun empat perompak bertopeng dalam satu kejadian rompakan di IM 13/13, Astana Golf, Jalan Kuantan-Sungai Lembing dekat sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.45 pagi itu, mangsa berusia 31 tahun diacukan pisau oleh perompak dipercayai warga asing sebelum diikat.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff berkata, dalam kejadian itu, mangsa mengalami kerugian dianggarkan RM6,000 selepas empat telefon bimbit, sebuah komputer riba dan sebentuk cincin dilarikan penjenayah.

Menurutnya, ketika kejadian mangsa sedang tidur di dalam biliknya sebelum dikejutkan dengan kehadiran perompak terbabit.

"Selepas mengikat mangsa, suspek bertindak menggeledah rumah dan melarikan barang an yang dilaporkan hilang itu," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Mohd Jasmani berkata, berdasarkan siasatan awal pihaknya, penjenayah meoloskan diri masuk melalui pintu belakang dan keluar menggunakan laluan sama.

"Berdasarkan keterangan mangsa, penjenayah melarikan diri menggunakan sebuah kenderaan bagaimana pun tidak dapat dipastikan jenisnya.

"Mangsa berjaya melepaskan diri daripada ikatan hasil bantuan jiran yang datang selepas menyedari kejadian itu," katanya.

Menurutnya, kejadian masih dalam siasatan dan disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Agency

Pemandu bas ekspres maut, 11 penumpang cedera

Posted: 04 Jul 2012 08:57 PM PDT

15 Syaaban 1433H. [MOD] -

IPOH - Seorang pemandu bas terbunuh manakala kesemua 11 penumpang bas itu cedera apabila kenderaan mereka naiki itu terbabit dalam kemalangan dengan dua buah lori di Km303.6 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Kampar awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kampar, Supt Abdul Aziz Salleh berkata, mangsa yang terbunuh ialah Azizan Hamid, 51, dari Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Azizan yang mengalami cedera parah di kepala meninggal di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Kampar untuk bedah siasat, katanya ketika dihubungi.

Abdul Aziz berkata, kedua-dua pemandu lori itu hanya cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di hospital yang sama.

Kejadian dilaporkan berlaku pada pukul 2.45 pagi, ketika bas Seri Maju itu yang membawa 11 penumpang sedang dalam perjalanan dari Ipoh ke Kuala Lumpur apabila ia merempuh belakang sebuah lori yang tiba-tiba berhenti di lorong kecemasan.

Pada masa yang sama, bas tersebut dirempuh pula dari belakang oleh sebuah lori yang mengekorinya.

Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat turut dikejarkan ke tempat kejadian untuk membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam bas. - Bernama

Sinar Harian

Tedung selar bersarang di siling

Posted: 04 Jul 2012 08:55 PM PDT

15 Syaaban 1433H. [MOD] -

MACHANG - Dua lelaki di sini, terkejut apabila haiwan disangka biawak di atas siling rumah mereka rupanya ular tedung selar.

Mereka mula menyedarinya apabila ternampak kepala haiwan tersebut ketika mencuci rumah.

Pegawai Jabatan Pertahanan Awam Daerah Machang, Mohd Razman Ramli berkata, ular tersebut dipercayai bersembunyi di sana agak lama berdasarkan penemuan pelbagai bangkai.

Katanya, operasi menangkap ular itu memakan masa hampir empat jam apabila ular tersebut bersembunyi di atas siling hingga memaksa anggotanya memecahkan syiling bagi memudahkan tangkapan.

"Ular itu dianggarkan seberat 10 kilogram dengan panjang, empat meter. Ia merupakan, antara tangkapan terbesar pada tahun ini.

"Operasi ini melibatkan empat anggota JPAM dan berjalan dengan lancar walaupun menghadapi kesukaran apabila ia bersembunyi di atas siling rumah," katanya.

Mohd Razman berkata, sepanjang bulan lalu, sebanyak empat ekor ular tedung selar berjaya ditangkap berdasarkan aduan penduduk.

Katanya, kes melibatkan tangkapan ular antara yang tertinggi yang mana, 50 ekor ular berjaya ditangkap pada bulan lalu.

"Orang ramai boleh menghubungi Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD), JPAM Machang di talian 09- 9750262 atau 09-9750260 bagi mendapatkan bantuan di saatsaat kecemasan.

"PKOD beroperasi 24 jam dengan menawarkan pelbagai bantuan kecemasan sama ada kemalangan jalan raya, tempat kerja, kebakaran, lemas, tangkapan ular, memusnahkan sarang serangga dan pelbagai jenis kecemasan," katanya.

Mohd Razman berkata, JPAM mempunyai peralatan yang mencukupi serta kakitangan terlatih dalam usaha membantu orang ramai.

Sinar Harian

Seorang lelaki ambil jalan mudah curi getah sekerap penduduk

Posted: 04 Jul 2012 08:51 PM PDT

15 Syaaban 1433H. [MOD] -

RANTAU PANJANG – Akibat terdesak seorang lelaki mengambil jalan mudah dengan mencuri getah sekerap yang ditoreh penduduk sekitar Gual Mesa, di sini petang kelmarin.

Seorang lelaki mendakwa dia mencuri getah sekerap penduduk, kerana terdesak untuk membeli dadah yang kerap diambilnya sejak tiga tahun lalu.

Suspek yang hanya mahu dikenali Fendi berkata, dia terpaksa berbuat demikian berikutan perlu mengambil bahan itu pada setiap masa kerana sudah ketagih.

Dia yang sudah berkahwin dan mempunyai dua anak berusia sembilan tahun dan dua bulan berkata, terlalu sukar untuk dia berubah . Ketika ditanya wartawan tentang nasib anak-anak dan isterinya setelah dia terlibat dengan dadah, elaki ini memaklumkan kesiankan mereka tetapi tidak mampu berbuat apa -apa kerana dadah membuatkan dia kerap mencuri.


Jual getah di Lemal

FENDI berkata, dia baru ke kampung sekitar Gual Mesa untuk mencuri dan menafikan sudah terlalu lama melakukan kegiatan tidak bertanggungjawab di sekitar Gual Mesa, seperti didakwa penduduk .

Menurutnya, dia menggunakan motosikal berpendaftaran negara jiran kepunyaan adiknya dan menjual getah yang dicuri di Lemal.

"Saya terpaksa mencuri, untuk membeli dadah dan baru sahaja ke sini," katanya. Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang kelmarin, suspek yang mendakwa berasal dari Tendong, Pasir Mas ini teruk dibelasah penduduk kampung setelah dipercayai mencuri getah di kebun beberapa penduduk sekitar Gual Mesa, sejak beberapa hari lalu.

Penduduk berbuat demikian kerana terlalu marah memandangkan ada dalam kalangan mereka langsung tidak dapat menikmati hasil penat lelah mereka bekerja selama seminggu kerana dicuri.


Suspek dikejar penduduk

SEORANG penduduk berusia 45 tahun dan enggan dikenali berkata, suspek itu dikejar penduduk kampung dengan motosikal dan kereta sejauh kira-kira 5 kilometer, setelah melihatnya keluar dari Simpang Tasek Bakong dan turut menemui getah dicuri bersamanya.

Menurutnya, kes kecurian berleluasa di kampung berkenaan sejak tiga minggu lalu menyebabkan penduduk hilang sabar lalu memukul suspek.

"Sejak akhir-akhir ini penduduk kampung benar-benar kecewa, getah dari kebun masing-masing kerap dicuri sehingga menyebabkan mereka berpenat lelah sahaja sedangkan hasilnya dinikmati orang lain.

"Ada yang bernasib baik cuma dicuri sedikit sahaja, sementara ada yang langsung tidak dapat menikmati hasil torehan selama seminggu," katanya.


Harap kejadian itu dijadikan pengajaran

PENGHULU Mukim Gual Mesa,Wan Mohd Zain Wan Jaafar berkata, dia berharap penangkapan pencuri getah di kelmarin, diharapkan akan menjadi pengajaran kepada pencuri yang masih aktif di sekitar kawasan ini.

Menurutnya, hampir setiap hari dia menerima aduan daripada penduduk tentang kehilangan getah di kebun masing-masing. "Saya berharap pencuri tidak berani lagi ke sini setelah salah seorang daripadanya ditangkap," katanya.

Suspek kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. Sinar Harian difahamkan, pada petang sama, dua lelaki turut ditahan sekitar Rantau Panjang kerana kes sama.

Wartawan cuba menghubungi Ketua Polis Daerah untuk mendapatkan pengesahan lanjut tetapi gagal

Sinar Harian

Buruh meringkuk dipenjara kerana curi Nescafe

Posted: 04 Jul 2012 07:57 PM PDT

15 Syaaban 1433H. [MOD] -

KUALA TERENGGANU - Tidak berbaloi! Disebabkan empat bungkus Nescafe Classic yang hanya bernilai RM91.96, seorang buruh terpaksa meringkuk di penjara selama dua minggu dan didenda RM3,000 atau gagal bayar dipenjara selama sebulan.

Tertuduh, Mohd Normi Ismail @ Mohd Nor, 34, dari Kampung Ladang Hospital, di sini, dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah mencuri empat bungkus Nescafe Classic milik Pasar raya Giant Jalan Sultan Mohamad di Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Dia mengaku mencuri Nescafe Classic itu yang beratnya 300 gram dengan nilaian keseluruhan RM91.96 pada Sabtu lalu iaitu 30 Jun baru-baru ini lebih kurang jam 5.30 petang. Dengan itu, dia yang turut didapati positif dadah jenis morfin mengaku melakukan kesalahan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai 10 tahun dan denda jika disabitkan kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, Pengawal Keselamatan bertugas iaitu Masniliza Mat Rani, 35, telah nampak tertuduh keluar dari kaunter pembayaran tanpa membuat sebarang pembayaran.

Masniliza telah meminta bantuan seorang lagi rakannya yang bertugas, Atan Boto untuk menahan tertuduh dan pemeriksaan ke atas badannya berjaya menemui empat bungkus Nescafe Classic yang disorokkan di dalam bajunya.

Masniliza terus menghubungi Balai Polis Chabang Tiga, di sini, dan menyerahkannya kepada anggota polis untuk tindakan selanjutnya

Sinar Harian

Abang ugut bakar siber kafe adik kerana enggan beri RM10

Posted: 04 Jul 2012 07:56 PM PDT

15 Syaaban 1433H. [MOD] -

KUALA TERENGGANU - "Kalau mung dok wi pitis, aku bakor kedai mung" dan "kalau mung tamboh mati, mung keluor dari kedai, aku nok bakar kedai".

Demikian ugutan seorang abang yang mahu membakar kafe siber yang menjadi tempat adiknya bekerja, dalam satu kejadian ugut di Kampung Batu Hampar, Lorong Padang Paloh, Jalan Telemong, Manir, di sini, Jun lalu. 'Si abang' tergamak mengeluarkan kata-kata ugutan sebegitu setelah 'naik hantu' apabila adiknya enggan memberikan wang RM10 yang diminta sebelum itu.

Bagaimanapun, perbuatan biadap si abang, Mohd Rosdi Ibrahim, 34, menerima balasan setimpal setelah Mahkamah Majistret di sini, semalam, menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan terhadapnya.

Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi menjatuhkan hukuman itu selepas dia mengaku dengan sengaja telah merosakkan harta benda di dalam kedai serta mendatangkan kecederaan terhadap Mohd Ros Kamaruddin, 23, di Hazida Cafe, Kampung Batu Hampar, Jalan Telemong, Manir, di sini, kira-kira jam 1.15 tengah hari, 20 Jun lalu.

Dengan itu dia yang bekerja sebagai pemandu jentera berat itu mengaku melakukan kesalahan di bawah Seksyen 503 Kanun Keseksaan kerana menakutkan secara jenayah dan boleh dihukum mengikut Seksyen 506 Kanun yang sama.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan Ngiam Ooi Ming manakala Mohd Rosdi tidak diwakili peguam.

Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian, Mohd Rosdi datang berjumpa adiknya yang bekerja sebagai pembantu kedai kafe siber di premis berkenaan dan meminta RM10 daripada mangsa.

Pada awalnya, mangsa memaklumkan kepada Mohd Rosdi yang tidak mempunyai wang tetapi disebabkan geram melihat Mohd Rosdi yang langsung tidak berganjak dari situ, mangsa menyuruh rakannya mengambil RM5 daripada kaunter lalu menyerahkan wang itu kepadanya.

Bagaimanapun, tertuduh enggan mengambil wang berkenaan sebaliknya masuk ke dalam premis sebelum mengamuk dengan menendang komputer selain menyerang adiknya dengan mencekik leher mangsa.

Dalam masa sama, dia turut mengugut mahu membakar kedai berkenaan jika adiknya tidak memberikan wang seperti mana yang diminta dan disebabkan ketakutan, mangsa terpaksa memberikan RM10 kepadanya.

Susulan kejadian, mangsa mengambil keputusan membuat laporan polis sebelum tertuduh yang turut memiliki rekod jenayah lampau ditahan di kediaman mereka kira-kira jam 8.20 pagi, 25 Jun lalu.

Sinar Harian

Liga Super: Terengganu temui rentak kemenangan

Posted: 04 Jul 2012 07:54 PM PDT

15 Syaaban 1433H. [MOD] -

KUALA TERENGGANU – Selepas gagal mengutip mata maksimum dalam empat perlawanan terdahulu, skuad Penyu akhirnya mendapat tiga mata berharga di laman sendiri setelah berjaya menewaskan Skuad Warga Kota pada aksi Liga Super, malam kelmarin.

Begitupun, pengendalinya, Peter Butler mengharapkan anak buahnya dapat meneruskan rentak kemenangan menjelang baki tiga lagi perlawanan seterusnya memperbaiki kedudukan sebelum Liga Super melabuhkan tirainya.

Mengulas perlawanan malam tadi (kelmarin), Butler mengakui tahap keyakinan diri skuad bimbingannya masih perlu ditingkatkan dan bangga dengan semangat yang ditunjukkan mereka (pemain) sepanjang 90 minit perlawanan.

"Jika kita imbas kembali empat perlawanan terakhir sebelum ini, terutamanya ketika menentang Kelantan, Lion XII dan Kedah, corak permainan mereka lebih baik berbanding Terengganu dan mereka berhak untuk mendapat tiga mata penuh.

"Bagaimanapun, pada perlawanan malam ini (kelmarin), saya lihat mereka bermain dengan bagus dan berjaya mendahului kedudukan di awal perlawanan seterusnya berusaha memburu tiga mata biarpun menerima tentangan sengit dari Kuala Lumpur," katanya ketika ditemui sejurus selepas perlawanan tamat.


Pemain perlu kerja keras

DALAM pada itu, Butler berkata, pasukan Kuala Lumpur pastinya mempunyai rencana mereka sendiri ketika turun menentang pasukannya malam tadi (kelmarin) dan mereka (Kuala Lumpur) amat mengharapkan kemenangan pertama buat pasukan.

"Kita hormat saingan yang mereka berikan, tapi saya sudah ingatkan pemain agar mereka kerja keras dan mencipta banyak peluang dalam mengutip mata maksimum.

"Secara keseluruhannya corak permainan Terengganu sudah menunjukkan kemajuan selepas empat perlawanan yang diharungi, namun masih perlu dipertingkatkan lagi untuk kita terus mencapai kemenangan," katanya.

Sementara itu, Butler berkata, kemenangan malam tadi (kelmarin) cukup penting bagi skuad kendaliannya sebagai bekalan awal menjelang perlawanan menentang Sabah di Kota Kinabalu Sabtu depan.

"Kemenangan ini sedikit sebanyak menaikkan semangat pemain untuk terus bekerja keras dalam misi mengutip mata maksimum dan saya memuji penyerang pasukan, Francis Forkey Doe yang berjaya mencipta banyak peluang sepanjang perlawanan.

"Biarpun sebelum ini dia (Forkey Doe) mengundang pelbagai masalah kepada pasukan, namun saya berpuas hati dengan komitmen yang ditunjukkan, begitu juga dengan Manaf yang sepatutnya direhatkan tetapi dia bersemangat untuk turut sama dalam pasukan. Semangat sebegini yang saya mahukan dalam pasukan," katanya.


Corak permainan lebih agresif

PADA pertembungan malam kelmarin menyaksikan pasukan tuan rumah menemui sentuhan jaringan seawal minit ke-7 perlawanan menerusi penyerang import Liberia, namun cubaan di dalam kotak penalti gagal disempurnakan Francis Forkey Doe.

Begitupun, Skuad Warga Kota kendalian Mohd Razip Ismail tidak kurang aksinya apabila melancarkan serangan balas dan kedua-dua pasukan tampak agresif dalam memburu gol pembukaan.

Penyerang import sensasi tuan rumah, Forkey Doe sekali lagi tampil memanfaatkan peluang ekoran kekalutan di depan gawang pelawat dan sepakan derasnya berjaya menewaskan penjaga gol Kuala Lumpur, Mohd Amirul pada minit ke-13 membawa Terengganu mendahului kedudukan, 1-0.

Tersentak dengan jaringan itu, pelawat bangkit melancarkan serangan balas untuk menyamakan kedudukan namun beberapa cubaan menarik berjaya dipatahkan benteng pertahanan tuan rumah yang dikawal rapi Mohd Faizal dan Hasmizan.

Pasukan Terengganu yang ghairah dalam menambah jaringan akhirnya terhukum apabila tindakan pemain pertahanan tuan rumah, Mohd Muhaimin Omar yang menjatuh Muhd Afiq Azmi dalam kotak penalti memberi peluang kepada Kuala Lumpur mengikat kedudukan melalui sepakan penalti, Okine Emmanuel pada minit ke-30.

Bermula babak kedua perlawanan, kedua-dua pasukan mempamerkan corak permainan yang lebih agresif dalam memburu gol, namun skuad kendalian, Peter Butler tampil dengan gaya permainan yang lebih kemas dan peluang untuk mendahului kedudukan setelah terikat 1-1 gagal disempurna Francis Forkey Doe dua minit selepas perlawanan bermula (minit 47).

Bagaimanapun enam minit sebelum perlawanan berakhir (minit 84) skuad Penyu akhirnya berjaya mendahului kedudukan seterusnya menyekat kemaraan Skuad Warga Kota menerusi Francis Forkey Doe yang bijak memperdayakan benteng pertahanan tuan rumah dan penjaga gol, Mohd Amirul melalui rembatan kencang menerjah jaring.

Sinar Harian

Susupan pagi: Pencerap hantu ditangkap polis

Posted: 04 Jul 2012 07:49 PM PDT

15 Syaaban 1433H. [MOD] -

Akhirnya blogger yang menggunakan nama samaran Uncleseekers atau Syed Abdullah Syed Hussein Alattas (gambar) telah ditahan polis malam tadi. Syed Abdullah yang sebelum ini merupakan pimipin kepada sebuah team pencerap hantu dikehendaki polis ekoran pendedahan berani beliau dalam blognya mengenai cerita-cerita di istana Johor.

Semua orang menggeleng kepala dan ada yang memuji keberanian Syed Abdullah 'menyerang' istana Johor. Paling mengujakan bagaimana Syed Abdullah boleh bertahan untuk beberapa minggu atau bulan dari ditahan polis. Saya sendiri ditanya oleh banyak orang mengenai keberanian Syed Abdullah namun tidak sedia untuk mengomennya urusan keberanian dan integriti adalah urusan peribadi.

Malam tadi satu PM masuk ke box saya meminta saya memberi ulasan berhubung keberanian Uncleseekers tetapi saya menjawabnya tidak perlu mengulas mengenai itu. Kedua subjek itu, Uncleseekers dan istana Johor tidak menarik minat saya. Sebab itu kalau ada rakan-rakan tag cerita fasal beliau dan menyertakan sekali ULR alamat blog untuk dilayari saya membuangnya.

Isu Syed Abdullah kita serahkan kepada polis untuk menguruskannya. Kalau benar apa yang ditulis itu boleh menjejaskan institusi raja-raja khasnya dan meruntuhkan kekuatan dan integriti Melayu, ia wajar diambil tindakan dan penulis seperti itu perlu juga diawasi. Cuma satu diharapkan jangan tahan Syed Abdullah begitu saja jauh sekali hanya untuk mengancamnya agar tidak menulis, tetapi bawa ke mahkamah dan pihak terbabit harus menyamannya untuk membolehkan Syed Abdullah menjawab segala dakwaan dan tuduhan beraninya itu.

Dalam pada itu saya mendapat tahu pihak polis sedang mengesan dan mencari beberapa orang lagi blogger "liar" maksudnya blogger yang tidak mempedulikan etika dalam penulisan atau yang menulis dalam kotak berwarna malam di waktu malam. Diingatkan kepada blogger berkenaan berhati-hati jangan sampai diserkup polis atau anda perlu mengubah segera irama penulisan anda biar beretika.

Sama-sama kita tunggu apa pula 'keberanian' Syed Abdullah nanti. Saya percaya selepas selesai disoalsiasat oleh polis beliau akan mencatatkan pengalaman itu untuk para penjenguk blognya. [wm.kl.9 am. 05/07/12] - http://www.msomelayu.blogspot.com/

Harakah Daily

Peghelih La...

Posted: 04 Jul 2012 11:40 PM PDT

Peghelih La...


Jom pi dengag ceramah

Posted: 04 Jul 2012 12:17 AM PDT


MTD-RANTAU ABANG

Posted: 04 Jul 2012 11:34 PM PDT

MTD-RANTAU ABANG


Posted: 04 Jul 2012 09:27 PM PDT


PAS Negeri Sembilan

Posted: 04 Jul 2012 09:38 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


PROMOSI KRAF MANTAI 2012

Posted: 04 Jul 2012 06:23 PM PDT

Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan akan mengadakan Promosi Kraf Mantai 2012 sempena menyambut bulan Ramadhan 1433H iaitu pada 18 Julai - 19 Julai 2012, bertempat di perkarangan Kompleks Kraf Negeri Sembilan.

Diantara aktiviti yang diatur adalah seperti jualan kraf (produk rotan, buluh, batik, songkok dll), jualan masakan tradisional (lemang, bahulu, dodol, rendang dll), jualan busana muslim (pakaian, tudung, songkok dll, jualan daging lembu (sempena mantai Ramadhan), aktiviti interaktif kraf dan pelbagai aktiviti menarik.

Semua dijemput hadir untuk memeriahkan lagi Promosi Kraf Mantai 2012

Sebarang pertanyaan, sila hubungi :
Urusetia Promosi Kraf Mantai 2012
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
Cawangan Negeri Sembilan
Kompleks Kraf Cawangan Negeri Sembilan
Jalan Dato' Abdul Kadir
70503, Seremban
06-7671388 ( T )
06-7671450 ( F )

FORUM MENJELANG RAMADHAN

Posted: 04 Jul 2012 04:39 PM PDT


HIMPUNAN HIJAU PERINGKAT N.SEMBILAN

Posted: 04 Jul 2012 02:07 AM PDT

Tarikh : 15 Julai 2012 , Ahad
Masa : 3 ptg - 12 tgh mlm
Tempat : Dataran Al Ikhwan, Air Mawang, Johol

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'

Posted: 04 Jul 2012 09:23 PM PDT

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'


SEMARAK HIJAUKAN SUNGAI MANIK : JOM RAMAI-RAMAI

Posted: 04 Jul 2012 08:29 AM PDT

PAS Kawasan Miri

Posted: 04 Jul 2012 07:15 PM PDT

PAS Kawasan Miri


Kenyataan Datuk Daud Pasal Sijil Halal Mengelirukan Peniaga Kedai Makan Islam

Posted: 04 Jul 2012 06:24 AM PDT

Boikot kedai-kedai makan yang tidak mempunyai sijil halal kata Datuk Daud


Pembantu Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman berkata pemulauan itu akan mewujudkan kesedaran kepada pengendali, yang telah berkali-kali diingatkan supaya memohon sijil halal bagi premis mereka. Beliau juga berkata bahawa pengendali kedai makanan, mulai tahun depan saman akan dikeluarkan kepada mereka yang gagal untuk mendapatkan sijil tersebut. Demikian menurut laporan dalam akhbar harian tempatan baru-baru ini.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata pengusaha premis makanan tidak diwajib memohon sijil halal, namun digalak berbuat demikian secara sukarela tetapi mengapa pula Datuk Daud berkata sebaliknya.

Kita ingin tahu adakah maksud Datuk Daud yang semua kedai-kedai makan termasuk kedai makan umat Islam yang rata-rata tidak mempunyai sijil halal juga kena boikot sekiranya mereka tidak memiliki sijil halal? Kalau kedai makan bukan Islam tidak perlu diboikot sebab memang orang Islam tidak akan datang makan disitu kecuali mereka tiada pilihan lain seperti hanya untuk membeli minuman saja.

Kalau maksud Datuk Daud untuk boikot semua termasuk kedai makan Islam maka ini sudah pasti akan menjejaskan perniagaan umat Islam di Sarawak kerana kebanyakan mereka tidak memiliki sijil halal termasuk yang berjual di warong-warong atau gerai-gerai di kampung. Isu sijil halal ini tidak perlu dipaksa keatas peniaga Islam kerana kebiasaannya umat Islam yakin makanan yang dimasak itu halal kecuali mereka menggunakan bahan yang dikeluarkan dari kilang yang memproses makanan yang tidak memiliki sijil halal.

Sijil halal ini sepatutnya ditumpu kepada kilang memproses bahan makanan bukannya premis makanan sebab mereka hanya menggunakan bahan tersebut untuk masak bukan memasak makanan dari punca yang tidak halal. Datuk Daud jangan cuba hendak memaksa premis makanan umat Islam memiliki sijil halal sebab proses serta kos untuk mendapatkan sijil halal tersebut agak mahal dan sukar.

Kalau perkara ini dipaksa keatas peniaga-peniaga makanan Melayu Islam sudah pasti akan menjejaskan perniagaan mereka terutama sekali peniaga kecil yang tidak mampu menanggung kos serta kemampuan untuk mendapat sijil halal tersebut kecuali pihak JAKIM melonggarkan syarat kepada peniaga kecil yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan sijil tersebut secara percuma atau caj yang minimal..

Apa yang penting adalah kebersihan tempat memasak serta bahan yang digunakan dari bahan yang ada logo halal yang disahkan oleh JAKIM bukannya memaksa peniaga makan Islam memperolihi sijil halal.

Cara terbaik ialah pastikan semua permis makanan sentiasa dalam keadaan bersih dan tidak kotor. Pastikan tukang masak dan pekerja sentiasa menjaga kebersihan dan kedai makan tidak kotor dan berbau busuk akibat tidak ada kebersihan dalam pengendalian makanan.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

English version
Boycott eateries with No Halal cert said Datuk Daud Abdul Rahman

The assistant Minister in the chief Minister's Office (Islamic Affairs) Datuk Daud Abdul Rahman said the boycott would create awareness to the operators, who had been repeatedly reminded to apply for halal certificates for thier premises. He also said that operators of food outlets, beginning next year summons would be issued to those failing to obtain the certificate. Thus is according to a report in local daily newspaper recently.

According to the Minister in the Prime Minister Datuk Seri Jamil Khir Baharom said the operators of food premises are not required to apply for halal certification, but are encouraged to do so on a voluntary basis, but why would Datuk Daud said otherwise.

We want to know whether the meaning of Datuk Daud that all food outlets including Muslim food outlets that an average do not have halal certificates must also boycott if they do not have a halal certificate?

If non-Muslim eateries do not need to boycott because Muslims did not come to eat there unless they have no other option just to buy drinks only.

If the purpose of Datuk Daud to boycott all including Muslim eateries then this would definitely affect the businesses of Muslims in Sarawak because most of them do not have halal certification, including those sold at the stalls or the stalls in the village.

This issue of halal certificates do not be forced on Muslim businesses because Muslims generally believe food which cooked It is permissible unless they are using the food processing issued from the factory which does not have halal certification.

Halal certification should focus on food processing factories rather than food premises as they only use them to cook is not cooking food from sources that are not halal. Datuk Daud do not try to force the Muslims food premises have a halal certificate because the process and the cost for the halal certification is costly and difficult.

If it is forced on Malay Muslims food businesses this would affect their businesses, especially small businesses who cannot afford to bear the cost and the ability to get the halal certification unless the JAKIM liberalize to small businesses who cannot afford to get a certificate for free or low charge.

What is important is the cleanliness of the cooking area and the material used from materials that are certified halal logo by Jakim, not forced the Islamic food businesses to obtain halal certificates.

The best way is to make sure all food premises are clean and not dirty. Make sure the cooks and workers always maintain cleanliness and eatery not in a dirty and smelly as a result there is no cleanliness in food handling.

Rembau Hari Ini

Posted: 04 Jul 2012 07:11 PM PDT

Rembau Hari Ini


FORUM MENJELANG RAMADHAN

Posted: 04 Jul 2012 04:41 PM PDT


DUN CHINI

Posted: 04 Jul 2012 07:10 PM PDT

DUN CHINI


Ayub masuk PAS atau MCA keluar BN

Posted: 03 Jul 2012 07:20 PM PDT

Nasrudin Hassan

Mana lebih baik ?
Ayub masuk PAS atau MCA keluar BN - satu wacana ilmiah :)

MCA saran Datuk Ayub Rahmat meninggalkan UMNO lalu menyertai PAS gara - gara Datuk Ayub cadang laksanakan Hudud di Negeri Johor.

Pertama : PAS senantiasa buka pintu utk siapa jua yang ikhlas mahukan Islam menyertainya. Ahlan wa Sahlan buat Datuk Ayub.

Kedua : MCA konsisten menentang hudud dan mrk tidak rela sekutu mereka UMNO melaksanakan hudud. Jika ada yang masih mahukan hudud di minta tinggalkan UMNO atau BN dan sertai PAS. Ertinya MCA sangat istiqamah menentang hudud dan sikap mereka anti hudud sangat ketara.

Ketiga : Ummat Islam khasnya ahli UMNO boleh lihat bagaimana sikap MCA terhadap hukum Allah dan terhadap UMNO sendiri. MCA mahu UMNO jangan laksanakan hukum Allah, kalau mahu hukum Allah sila masuk PAS. Ermmm, maknanya MCA pun insaf bahawa hanya PAS wadah untuk laksanakan hukum Allah ini. So, bagaimana brooo ?

Keempat : kenapa pemimpin UMNO diam sejuta bahasa ? Datuk Ayub perlukan sokongan pemimpinnya disaat ia diasak oleh MCA. Sebelum ini bukan main mereka asak kononnya PAS kuda tunggangan DAP , sekurang-kurangnya PAS tetap pendirian biarpun berdepan dengan DAP sehingga DAP akur bahawa hukum Allah adalah hak orang Islam yang tidak boleh dipertikai. Tapi UMNO bungkam ketika MCA tunjuk sikap terhadap hukum Allah. Hu hu ..., sekarang jelas siapa tunggang siapa dan siapa kena tunggang ? Atau sememangnya pemimpin UMNO ini dalam diam - diam setuju benar dengan pendirian MCA itu ? Konfius ni ... Bagi pencerahan sikit !

Kelima : paling sedih ialah orang berilmu dan golongan agamawan dalam UMNO, ustaz , imam termasuklah ulama' muda UMNO masih sepi dipinggir gelanggang menyaksi MCA berpencak. Kenapa mereka lantang terhadap PAS yang konsisten mahu melaksanakan syariat Islam tetiba mereka kaget dengan sergahan MCA itu ?

Persoalannya sekarang, mana lebih baik .... Pemimpin atau ahli UMNO yang mahu hukum hudud dilaksanakan itu menyertai PAS atau MCA yang mesti keluar BN kerana tidak bersetuju dengan UMNO ... Ada berani UMNO desak MCA keluar BN kerana anti hudud [ hukum Allah ]. .... Ermmm , bagi pandangan sikit kawan2 ... Tapi ilmiah deh ! Tak nak kasar - kasar, emosi tak menentu . Tenang, cool and steady kata budak universiti :)

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 04 Jul 2012 03:14 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


JOM 15 JULAI , KASI BN SELANGOR TERKULAI

Posted: 04 Jul 2012 02:00 AM PDT


TAK DAPAT GANTUNG AMIGA, ENAM ADUN DIGANTUNG

Posted: 03 Jul 2012 09:14 PM PDT

DUN MELAKA GANTUNG SEMUA ADUN DAP 6 BULAN

Semua Ahli Dewan Undangan Negeri dari DAP digantung 6 bulan oleh DUN Melaka hari ini. Selepas mereka digantung Speaker DUN Melaka, Othman Muhammad menangguhkan Sidang DUN tersebut.

Semua Adun terbabit ialah Adun Kesidang yang juga Ketua Pembangkang, Goh Leong San; Adun Kota Laksamana, Betty Chew; Adun Bachang, Lim Jak Wong; Adun Bandar Hilir, Tey Kok Kiew dan Adun Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong.

Semalam DAP tersebut bertindak keluar dewan kerana membantah keputusan Speaker DUN Melaka membenarkan media tertentu merakam ucapan wakil rakyat MCA yang didakwa memburuk-burukkan keluarga ADUN Kota Laksamana Betty Chew ketika persidangan semalam.

Mereka bertindak keluar dewan kerana tidak berpuas hati dengan penjelasan Speaker Datuk Othman Muhamad.

Dalam persidangan semalam, Othman menjelaskan bahawa beliau memberi kebenaran berkenaan kerana percaya dengan etika serta kredibiliti pihak media yang membuat liputan.

Wakil rakyat berkenaan bagaimanapun enggan menerima penjelasan tersebut dan menyifatkan Othman bersubahat dengan media berkenaan mencemarkan nama Chew dan suami wakil rakyat tersebut, Lim Guan Eng yang juga ketua menteri Pulau Pinang.

"Kamera itu memfokuskan kepada Chew, terutama apabila ucapan Gan untuk memburuk-burukkan Chew, Lim dan kerajaan Pulau Pinang dalam siaran berita 8 malam tadi dan muka depan Utusan Malaysia hari ini," kata wakil rakyat berkenaan dalam satu kenyataan bersama semalam.

Dalam sidang medianya di Melaka semalam, Chew berkata, tindakan berkenaan adalah taktik yang menjijikkan oleh pihak BN untuk memburuk-burukkan keluarganya.

"Sejak saya menyertai sidang DUN di Melaka sudah tiga penggal, tidak pernah ada rakaman video di dalam dewan oleh pihak media, kecuali prosiding yang ada Tuan Yang Terutama atau pembentangan bajet.

"Kita lihat mereka memberikan satu rakaman penuh dan sudah terbukti apabila kita melihat berita tersiar di stesyen Media Prima pada jam 8 di TV3, sudah jelas ini adalah satu konspirasi untuk cuba membangkitkan suatu isu yang tidak pernah berlaku.

"Saya percaya ini adalah satu konspirasi oleh BN dengan MCA untuk membunuh imej saya dengan suami saya menggunakan fitnah dan saya rasa ini adalah satu perbuatan yang jahat dan tidak boleh dimaafkanlah," katanya.

Beliau sekali lagi mencabar Gan untuk mengulangi dakwaan tersebut di luar dewan.

"Saya rasa kalau pemimpin terbabit ada moral, beliau harus ulangi tuduhan itu di luar dewan dan jangan berselindung dalam dewan dan jangan jadi pengecut.

"Saya nak tanya kepada Gan Tian Loo, you adalah seorang bapa dan you ada anak, boleh buat fitnah ini semata-mata untuk kepentingan parti," katanya lagi.

MATI KUTU, HILANG AKAL ATAU MATI AKAL !

Posted: 03 Jul 2012 07:55 PM PDT

04 July 2012
Najib 'Mati Kutu' Untuk Bubar Parlimen

MELAKA: Pakar perlembagaan negara, Dr Abdul Aziz Bari (gambar) berkata

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekarang berkeadaan 'mati kutu'

untuk membubarkan parlimen kerana rakyat semakin menolak BN.

"Perdana Menteri dan Umno BN sebenarnya 'mati kutu' untuk membubarkan

parlimen kerana mereka tahu bahawa sokongan rakyat kepada BN semakin

teruk, Najib tidak yakin BN akan menang sebab dia takut untuk bubar

Parlimen.

"Segala perancangan dan tindakan Umno BN selama ini tidak dapat mengubah

persepsi negatif terhadap Umno BN, walaupun pelbagai bantuan, sogokan dan

projek pembangunan dilakukan tetapi rakyat tetap menolak BN," ujar Abdul

Aziz yang sekarang menjadi ahli politik sepenuh masa.


Justeru, beliau berkata rakyat mesti bekerja kuat untuk memastikan negara

ini diselamatkan dari pentadbiran BN yang jelas korup, mengamalkan

nepotisme, membazir dan membelakangkan undang-undang demokrasi.

"Kita yakin walaupun mereka mendaftarkan puluhan malah ratusan ribu

pengundi luar yang bukan warganegara, Umno BN tetap tumbang dengan kuasa

rakyat," katanya dalam majlis ceramah di Taman Indah dekat sini malam

tadi.

Menyentuh tentang keengganan Najib untuk berdebat dengan Anwar, beliau

berkata ia sudah menjadi sifat dan lumrah pemimpin Umno BN yang

sememangnya takut untuk berhadapan secara anak jantan dengan lawan politk

dan rakyat sendiri.

"Sampai bila pun Najib takkan berani berdebat dengan Anwar dan Najib akan

sentiasa mencari alasan dan helah untuk tidak berdenat dengan Anwar.

"Anwar kata dia cakap 20 minit, Najib bercakap 40 minit pun tak apa

asalkan Najib berani untuk berdebat dalam apa juga tajuk," katanya.

PEMUDA PAS DUN KIJAL

Posted: 04 Jul 2012 11:11 AM PDT

PEMUDA PAS DUN KIJAL


PRU 13 : Felda bukan lagi kubu kuat BN

Posted: 03 Jul 2012 06:51 PM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 04 Jul 2012 09:09 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


HIMPUNAN HIJAU PERINGKAT N.SEMBILAN

Posted: 04 Jul 2012 02:05 AM PDT

Tarikh : 15 Julai 2012 , Ahad
Masa : 3 ptg - 12 tgh mlm
Tempat : Dataran Al Ikhwan, Air Mawang, Johol

Apa jadi pada janji bina landasan pesawat kecil di Rembau?

Posted: 03 Jul 2012 05:38 PM PDT

Menteri Besar Negeri Sembilan nampaknya keliru antara pembinaan lapangan terbang dan landasan pesawat kecil di Rembau yang disiar akhbar Utusan Malaysia bertarikh 21 Feb 2008 yang memetik Mohamad Hasan berkata "Kita akan buat landasan untuk Kelab Penerbangan Awam Negeri Sembilan yang jaraknya lebih kurang 700 meter. Ia sesuai untuk digunakan oleh pesawat kecil seperti Cessna atau mikrolite."

Akhbar Sinar Harian 3 Julai 2012 pula memetik Mohamad Hasan berkata "Kerajaan Negeri hanya memberi rizab tanah seluas dua hektar kepada Kelab Penerbangan Negeri Sembilan untuk mengadakan aktiviti".

Apakah tanah seluas 2 hektar tersebut telah diberikan kepada Kelab Penerbangan Negeri Sembilan, di mana? Siapa dia "kita" yang dimaksudkan oleh Mohamad Hasan yang akan membina landasan pesawat kecil tersebut?

******************
Sinar Harian 3 Julai 2012

Dalam pada itu, Mohamad turut menyelar tindakan sesetengah pihak yang menuduhnya menipu rakyat mengenai dua isu di Rembau.

Katanya, isu pembinaan Hospital Rembau dan lapangan terbang di daerah itu adalah tidak berasas.

"Negeri Sembilan antara negeri yang mempunyai hospital di setiap daerah dan pembinaan Hospital Rembau sudah pun ditenderkan.

"Manakala mengenai isu pembinaan lapangan terbang di Rembau ia sesuatu yang tidak masuk akal kerana Rembau daerah yang kecil.

Kerajaan Negeri hanya memberi rizab tanah seluas dua hektar kepada Kelab Penerbangan Negeri Sembilan untuk mengadakan aktiviti," katanya.

**************
Landasan pesawat kecil dibina di Rembau
Utusan Malaysia 21 Feb 2008

Rembau akan terus membangun apabila kerajaan negeri bercadang untuk membina landasan pesawat kecil untuk kegunaan Kelab Penerbangan Awam Negeri Sembilan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tapak untuk landasan itu telah pun dikenal pasti iaitu di Batu Hampar, Rembau.

"Kita akan buat landasan untuk Kelab Penerbangan Awam Negeri Sembilan yang jaraknya lebih kurang 700 meter. Ia sesuai untuk digunakan oleh pesawat kecil seperti Cessna atau mikrolite."

"Kawasannya juga telah dikenal pasti iaitu di Batu Hampar, Rembau. Di situ nanti, ia akan menjadi pusat latihan penerbangan untuk kelab berkenaan," kata beliau di sini semalam.

Tambah Mohamad, buat masa ini kajian terhadap tanah di situ sedang dilakukan kerana ia merupakan tanah kampong.

Harapkan pagar, pagar makan pagar?

Posted: 03 Jul 2012 05:36 PM PDT

Anggota Polis Tembak Rakan Setugas Perbuatan Jenayah - PDRM

Julai 3, 2012 : Kes seorang anggota polis menembak rakan setugasnya akibat perselisihan faham ketika menonton perlawanan akhir bola sepak Piala Euro 2012 menerusi skrin besar sebuah premis hiburan di Johor Baharu awal pagi semalam merupakan satu kes jenayah.

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) Bukit Aman ACP Ramli Mohamed Yoosuf berkata ini kerana kes itu melangkaui disiplin pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan boleh disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

"Kes itu akan disiasat oleh Polis Kontinjen Johor Baharu berdasarkan cadangan atau keputusan Jabatan Siasatan Jenayah kontinjen itu sendiri," katanya kepada Bernama ketika diminta mengulas kejadian itu.

Sehubungan itu beliau menasihatkan setiap pegawai dan anggota PDRM supaya bijak dan berhemah ketika menggunakan senjata api walau dalam keadaan apa sekalipun.

"Penggunaan senjata api ini tidak boleh disalah gunakan kerana ia (penggunaan senjata api) tertakluk kepada peraturan PDRM yang telah ditetapkan.

"Antaranya, pistol atau senjata api hanya diguna ketika menjalankan tugas-tugas rasmi serta perlu dipulangkan dan disimpan semula di tempat khas apabila tidak digunakan," katanya.

Dalam kejadian itu seorang konstable polis yang koma akibat terkena tembakan empat das yang dilepaskan rakan setugasnya selepas mereka berselisih faham ketika menonton perlawanan akhir bola sepak Euro 2012 antara Sepanyol dan Itali semalam. - BERNAMA

Sekolah di Malaysia selamat?

Posted: 03 Jul 2012 05:34 PM PDT

Ditikam depan sekolah adik
4 Julai 2012

KUALA TERENGGANU: Usaha seorang abang untuk mendamaikan pertelingkahan adik perempuannya dengan rakan sekolah bertukar tragedi apabila dia parah akibat ditikam dua kali di depan sebuah sekolah di Bukit Tunggal, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, mangsa, Shuhadan Usop, 22, dikatakan menunggu bapanya, Usop Embong, 50-an, pergi berjumpa guru disiplin sekolah berkenaan untuk berbincang mengenai kes adiknya yang bergaduh dengan seorang pelajar perempuan lain.

Ketika menunggu bapanya di pondok pengawal, mangsa tiba-tiba didatangi abang kepada pelajar perempuan yang dikatakan bergaduh dengan adiknya dan lelaki terbabit terus meluru ke arahnya.

Suspek yang marah sebaik ditanya tujuannya terus memukul mangsa dengan topi keledar sebelum menggunakan belati untuk menikam perut dan dagu mangsa.

Shuhadan yang masih lemah ketika ditemui di Wad Pembedahan Lelaki, Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, semalam berkata, selepas menikamnya, suspek meninggalkan tempat kejadian sebelum datang semula dengan membawa senjata dipercayai pedang samurai.

Longkang berbuih, busuk

Posted: 03 Jul 2012 05:33 PM PDT

3 Julai 2012

Kota, Rembau – Keadaan longkang berbuih dan saliran air yang tidak baik di pekan ini yang menimbulkan bau busuk mendatangkan ketidakselesaan kepada pengunjung kedai makan, dekat sini.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, saliran air yang tidak baik itu mencemarkan pemandangan dan memberi reaksi buruk kepada orang luar yang menjadikan lokasi berkenaan sebagai persinggahan membeli makanan.

Salah seorang penduduk, Mat Rahim, 59, dari Kota berkata, sememangnya pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) sering melakukan kerja gotong-royong di lokasi berkenaan.

Namun katanya, masalah longkang berbuih dan berbau tidak pernah selesai.

"Kami berharap agar pihak berkaitan dapat meneliti kaedah bersesuaian bagi mengatasi masalah ini memandangkan lokasi ini sememangnya menjadi tumpuan penduduk mahupun pengguna jalan raya yang terletak di tepi jalan utama Seremban-Tampin.

"Selaku penduduk dan pengunjung kedai makan, saya berharap masalah longkang ini dapat diatasi bagi memberikan keselesaan kepada penduduk.

Malah, sekiranya hujan lebat lebih dua jam, air berkemungkinan melimpah masuk ke kedai," katanya ketika ditemui di lokasi berkenaan, dekat sini, baru-baru ini.

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 04 Jul 2012 07:51 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


GLOBAL : BETUL ATAU TIPU ?

Posted: 03 Jul 2012 09:06 PM PDT

GLOBAL : SERANGAN WABAK DI MEXICO !

Posted: 03 Jul 2012 08:55 PM PDT

HIMPUNAN HIJAU DAN MUNAJAT PERDANA PAS 2012

Posted: 03 Jul 2012 08:19 AM PDT

PEMUDA RANTAU ABANG

Posted: 04 Jul 2012 03:17 AM PDT

PEMUDA RANTAU ABANG


Foto Slide Konvoi Xpresi Hijau Anak Muda Ke PGU 4.0

Posted: 03 Jul 2012 05:00 PM PDT




::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::

Posted: 04 Jul 2012 01:45 AM PDT

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::


Ceramah Ustaz Azhar di Padang Kota Lama Pulau Pinang Tidak Dapat Sambutan

Posted: 19 May 2012 05:56 PM PDT

FOTO-FOTO SEBAGAI BAHAN BUKTI DAN BUKAN CAKAP PAKAI AIR LIUR BASI….. DISEKITAR KULIAH AGAMA PERDANA USTAZ AZHAR IDRUS DIPADANG KOTA LAMA PULAU PINANG…… MENDAPAT KERJASAMA YANG AMAT ERAT DARI KERAJAAN DAP/PR PULAU PINANG PIMPINAN YAB LIM GUAN ENG…   http://omakkau.blogspot.com/

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 04 Jul 2012 01:44 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Mahathir seperti disindir anaknya

Posted: 03 Jul 2012 09:55 PM PDT

14 Syaaban 1433H. [MOD] -

APA sikap Marina, puteri sulung Dr. Mahathir terhadap kerajaan sekarang tidak diketahui, tetapi dia dan anaknya ikut sama dalam unjuk rasa Bersih 2.0. Memang ada komennya tidak selesa dengan reaksi polis dan kerajaan semasa terhadap demonstrasi itu. Saya tidak mengikuti perkembangannya dalam Bersih 3.0.

Hingga ini tidak siapa dapat mengandaikan Marina termasuk dalam kumpulan orang tidak senang dengan kerajaan yang ada dan tidak diduga akan menyertai gerakan untuk menukar pentadbiran Putrajaya.

Apa pun kehadiran Marina dalam Bersih 2.0 dulu boleh dikira menyindir bapanya yang mempertahankan kerajaan yang ada sekarang.

Walaupun Dr. Mahathir tidak 100 peratus setuju dengan pentadbiran Najib, tetapi umumnya dia mempertahannya baik buruk mahu pun sebaliknya. Dia menentang semua siri demonstrasi Bersih dan tidak memberi muka kepada usaha Pakatan Rakyat mara ke Putrajaya.

Siri demonstrasi Bersih ditujukan terhadap ketidakadilan kerajaan Barisan Nasional dan ia tuntutan untuk mendapatkan pilihan raya yang adil dan bersih.

Apabila Marina dan anaknya menyertainya, atas apa alasan jua, dia boleh dikira menyokong tuntutan itu. Dia tahu bapanya tidak setuju dengan kegiatan Bersih itu tetapi dia hadir pada kegiatan yang bapanya tidak suka.

Sekali pun Marina tidak mengkritik bapanya atau membuat pandangan yang berbeza dengan bapanya, kehadirannya dalam Bersih 2.0 boleh dikira menyindir bapanya sendiri.

Mungkin dia tidak berniat begitu. Dia mungkin menggunakan kebebasan sekadar bersama dengan orang yang tidak senonok dengan pentadbiran Najib. tetapi keberadaannya itu dikira satu menyindir kerajaan dan menyindir bapanya.

Dr. Mahathir berhak menyatakan tidak senang dengan penyertaan anaknya. Orang luar tidak tahu apakah keduanya anak beranak itu ada membincangkannya secara keluarga tentang pro dan kontra siri tunjuk perasaan Bersih itu, tetapi orang sudah menyaksikan Mahathir menegur penyertaan anaknya dalam Bersih 2.0 dulu.

Sebagai negarawan dia dipercayai tidak mengongkong kebebasan berfikir anak-anaknya, tetapi dia tidak seronok dengan kehadiran anak dan cucunya itu.

Mungkin dia sudah menyatakan kepada anaknya apa buruk unjuk rasa itu dan mengapa ia tidak wajar disokong secara anak beranak. Tetapi sebagai bapa dia telah membuat teguran terbuka kepada anak.

Baiknya Marina tidak pula membuat komen atas teguran bapanya. Tidak diketahui dia terima teguran itu atau dia mengira apa yang dibuatnya betul.

Sebagai anak Marina mengambil sikap yang betul apabila berdiam diri. Tidak elok anak dilihat berbalah dengan ayah dalam media. Apa lagi kalau anak itu memalukan bapa.

Apa pun umum boleh membuat andaian bahawa anak Dr. Mahathir juga tidak semestinya setuju dengan dasar dan politiknya. Kalau anaknya ada pandangan berbeza dengan bapa tentang satu-satu perkara atau banyak perkara, maka Dr. Mahathir tidak boleh paksa semua orang mesti menerima pandangannya.

Apa pun Dr. Mahathir tidak menyatakan apa buruknya kepada kerajaan, rakyat dan negara bila Marina menyertai Bersih 2.0. Yang dibantahnya sekadar ia boleh menjejaskan peluang adiknya, Mukhriz dalam politik.

Jika itu saja, tidaklah bantahan itu dibuat atas kepentingan nasional, sedang penyertaan Marina dalam Bersih 2.0 itu ada kaitnya dengan kepentingan nasional, demokrasi, keadilan dan kebenaran.

Harakah Daily

Remaja curi motor dicekup

Posted: 03 Jul 2012 09:39 PM PDT

14 Syaaban 1433H. [MOD] -

IPOH - Walaupun pelbagai taktik dan helah digunakan untuk mengelak dicekup namun kegiatan seorang remaja berusia 15 tahun akhirnya tumpas di tangan sekumpulan ahli Persatuan Keselamatan Bandar Baru Pengkalan (PKBBP) dengan kerjasama polis selepas mendapati terlibat dalam kegiatan mencuri motosikal sejak setahun lalu.

Remaja yang baru dibuang sekolah itu dipercayai melakukan kegiatan itu bersendirian dan menjual motosikal curi tersebut dengan harga murah iaitu antara RM300 ke RM500 kepada pelanggannya yang terdiri daripada mat rempit.

Ketua PKBBP, Liew Hong Meng berkata, ahlinya mendapat aduan mengenai kecurian motosikal itu daripada salah seorang rakan remaja terbabit yang turut menjadi mangsa apabila motosikalnya dicuri baru-baru ini.

Katanya, selepas mendapat maklumat tersebut, salah seorang daripada ahli persatuan menyamar berkawan dengan remaja terbabit dan meminta agar menjual motosikal kepadanya.

"Helah itu menjadi apabila remaja terbabit terpedaya dengan kata-kata ahli kami yang kemudian membawanya ke tempat simpanan motosikal curi di dalam semak di Pengkalan Pegoh Seberang.

"Bagaimanapun, rakan kami meminta remaja itu membawa motosikal yang hendak 'dibeli' ke rumah kelab di Taman Pakatan.

"Lebih kurang jam 1.30 pagi kami menahan remaja terbabit dan menghubungi polis untuk menjalankan tindakan lanjut," katanya.

Hong Meng berkata, remaja itu sudah mencuri 13 motosikal dan menerima ribuan ringgit sepanjang melakukan kegiatan tersebut.

"Motosikal itu dicuri dan kemudiannya dijual kepada mat rempit yang lazimnya hanya mahukan alat ganti bagi tujuan mengubahsuai motosikal mereka. "Antara motosikal yang paling banyak menjadi 'habuan' remaja terbabit adalah daripada jenis Honda EX5," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Asisten Komisioner Fadzil Ahmat mengesahkan pihaknya ada menahan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun dipercayai terlibat dalam kegiatan curi motosikal.

Menurutnya, remaja itu direman sehingga 5 Julai ini bagi membantu siasatan.

Sinar Harian

Bekalan elektrik terputus punca anak ayam mati

Posted: 03 Jul 2012 09:37 PM PDT

14 Syaaban 1433H. [MOD] -

TAIPING - Penternak ayam milik Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bukit Gantang di Batu 6, Jalan Kuala Kangsar, di sini kesal apabila bekalan elektrik yang terputus akibat pokok getah tumbang masih tidak dipulihkan.

Bekalan yang terputus lebih 24 jam apabila dua pokok getah tumbang ke atas talian elektrik sekali gus menghalang laluan ke reban ayam terbabit kira-kira jam 4 petang, kelmarin.

Pengurus Pengeluaran Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bukit Gantang, Mohd Shah Rezza ketika melawat reban ayam terbabit berkata, sebanyak 16,000 anak ayam berusia dua minggu di reban ayam terbabit memerlukan siraman air melalui pam yang menggunakan elektrik dan memerlukan suhu kepanasan di waktu malam dengan penggunaan mentol.

Katanya, penternakan ayam pedaging sangat sensitif dan memerlukan penjagaan yang rapi bagi mengelakkan ternakan berkenaan mati. "Kami sangat memerlukan bekalan elektrik bagi membolehkan ternakan hidup dan operasi di kawasan reban itu berjalan lancar.

"Tetapi kini (semalam) sudah hampir 24 jam bekalan belum dipulihkan," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam. Katanya, kini berpuluhpuluh anak ayam terbabit mati akibat kehausan dan kesejukan.

"Diharap pihak berwajib dapat membaiki segera talian elektrik ini demi kelancaran ternakan ayam ini," katanya.

Sementara itu, Pemandu lori PPK Bukit Gantang, Rosli Salleh berkata, dia sepatutnya menghantar bekalan makanan untuk anak ayam, semalam.

"Tapi kerana pokok getah ini, saya tidak dapat membawa makanan masuk ke kawasan reban ayam," katanya.

Bagaimanapun tinjauan Sinar Harian pada jam 5 petang semalam mendapati bekalan elektrik ke kawasan itu masih belum dipulihkan.

Sinar Harian

Wanita Thailand dihukum gantung edar dadah

Posted: 03 Jul 2012 09:35 PM PDT

14 Syaaban 1433H. [MOD] -

ALOR SETAR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang wanita Thailand setelah didapati bersalah mengedar dadah dua tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Mohd Zaki Abdul Wahab menjatuhkan hukuman itu terhadap Natcha Babkaew, 32, selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap pertuduhan itu.

Natcha yang bekerja sebagai penjaja makanan ringan didakwa mengedar dadah jenis kanabis seberat 18,630 gram di lorong 2, Bahagian Kenderaan, Kompleks Kastam dan Imigresen (CIQ) Bukit Kayu Hitam pada 1.35 petang 19 Nov 2010.

Mohd Zaki berkata keterangan pembelaan Natcha yang mengatakan bahawa dia tidak mengetahui bahawa beg yang dibawa berisi dadah, tidak boleh dipercayai kerana tertuduh ditawarkan upah yang mahal untuk membawa beg itu.

"Secara umumnya tertuduh tidak menafikan bahawa dia membawa dua beg itu dari Bangkok, yang diterima daripada dua lelaki Afrika untuk diserahkan kepada seorang lelaki Afrika yang lain di pekan Changlun.

"Keterangan tertuduh bahawa dia tidak tahu apa kandungan beg itu hanya diada-adakan bagi melepaskan diri, justeru tertuduh telah gagal menimbulkan keraguan yang munasabah semasa pembelaannya," kata Mohd Zaki.

Natcha yang menghidap sakit jantung berlubang dan mempunyai seorang anak berusia lapan tahun didakwa mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Radzi Shah Ab. Razak manakala tertuduh diwakili peguam Ai Cha Ran. - Bernama

Sinar Harian

Anak dakwa pelabur jual semula saham FGVH

Posted: 03 Jul 2012 09:15 PM PDT

14 Syaaban 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) mendakwa terdapat pemegang saham bertindak menjual semula saham mereka di Felda Global Ventures Holdings (FGVH) seleps dua hari ia disenaraikan.

Presidennya, Mazlan Aliman (gambar) berkata pihaknya dimaklumkan terdapat pelabur yang menjual semula saham mereka dalam FGVH selepas dinasihatkan pihak 'remisier' (agen saham) sendiri.

Katanya, keadaan itu jelas menunjukkan tahap ketidakyakinan mereka kepada kedudukan FGVH biarpun tidak sampai dua minggu ia disenaraikan.

"Dalam urusniaga saham ini, mana-mana orang yang membeli saham jarang mahu menjual saham ketika masih di awal penyenaraian. Dan mereka juga hanya akan membeli saham syarikat yang benar-benar mantap. Jadi perkara ini (jual semula) menunjukkan ketidakyakinan mereka terhadap FGVH," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily.

Selain itu, tambah Mazlan, pihaknya juga dimaklumkan sebanyak 20 peratus saham yang diperuntukkan kepada mana-mana pihak yang berminat masih tidak dapat dipenuhi.

Malah, dakwa beliau kerajaan juga dikatakan melarang mana-mana syarikat yang membeli saham FGVH itu menjual saham mereka dalam tempoh enam bulan selepas penyenaraian.

Larangan tersebut difahamkan bagi memastikan kedudukan saham FGVH berada dalam keadaan stabil sepanjang enam bulan ini.

Atas sebab-sebab dan risiko sedemikianlah, Mazlan berkata Anak dari awal menentang penyenaraian FGVH yang berorientasikan perkhidmatan ini ke Bursa Kuala Lumpur.

Namun, segala yang diusahakan Anak tidak diberi perhatian oleh kerajaan biarpun telah menggunakan pelbagai saluran untuk mencari titik perbincangan.

Mazlan, bagaimanapun berkata masih tidak terlambat bagi kerajaan untuk membatalkan penyenaraian bagi memastikan nasib peneroka yang dipertaruhkan masih boleh diselamatkan.

Harakah Daily

Geng pecah kilang tumpas

Posted: 03 Jul 2012 09:06 PM PDT

14 Syaaban 1433H. [MOD] -

JOHOR BAHRU - Polis menahan tiga lelaki dan seorang warga asing berusia lingkungan 25 hingga 44 tahun berhubung kes pecah masuk sebuah kilang di Pasir Gudang, 4 Jun lalu.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Ismail Yatim berkata, penahanan kesemua suspek membawa kepada penemuan semula barang-barang curi selepas polis mengadakan beberapa siri serbuan di Taman Johor Jaya, di sini, dan Negeri Sembilan.

"Polis menerima satu laporan awal sebuah kilang di Pasir gudang telah dipecah masuk sekitar jam 8.17 pagi. Susulan itu, polis membuat beberapa siri serbuan dan tangkapan di Taman Johor Jaya dan Negeri Sembilan, seterusnya menahan empat lelaki terdiri tiga warga tempatan dan seorang warga asing.

"Polis juga berjaya merampas semula dua klac lori; satu 'air bellows'; satu 'air dryer'; satu 'mounting'; empat komponen besi; lima batang besi silinder; lapan keping brek 'lining'; dua set 'bearing'; satu besi 'piston'; satu kotak 'coolant filter' dan lima gelung getah hitam," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini, semalam.

Menurutnya, salah seorang daripada suspek yang ditahan mempunyai 13 rekod jenayah iaitu lima rekod 'dikehendaki'; tiga di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan; dua di bawah kesalahan samun; lapan di bawah Akta Dadah Berbahaya; satu kes di bawah Akta Senjata Berbahaya; satu di bawah Seksyen 297 Kanun Keseksaan dan satu di bawah Akta Pengangkutan Jalan. Ismail berkata, kesemua suspek ditahan reman sehingga 29 Jun lalu dan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak lebih lima tahun berserta denda jika sabit kesalahan.

"Dengan tertumpasnya kumpulan ini, polis berjaya menyelesaikan lima kes pecah kilang di Seri Alam," katanya.

Sinar Harian

Kabel talian dicuri, ditemui terjuntai

Posted: 03 Jul 2012 09:04 PM PDT

14 Syaaban 1433H. [MOD] -

PENDANG - Kira-kira 300 penduduk dan 10 agensi kerajaan berhadapan kesukaran menjalankan tugas apabila kabel talian Telekom Malaysia (TM) di Jalan Sungai Tiang Pendang hadapan kediaman rasmi Pegawai Daerah di sini dicuri sejak awal pagi kelmarin.

Kejadian menyebabkan penduduk Kampung Belakang Pendang, Banggol Petai, depan Sekolah Kebangsaan Pendang dan kampung berhampiran terputus hubungan untuk berkomunikasi dengan pihak luar.

Sinar Harian turut difahamkan, kejadian juga menyebabkan 10 agensi kerajaan kawasan terbabit seperti Jabatan Penerangan, Pos Malaysia, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Lembaga Kemajuan Kedah (Keda), Jabatan
Pertanian, Jabatan Kesihatan, Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pertanian dan pejabat agama terjejas.

Peniaga, Wan Salleh Ismail, 56, berkata, dia menyedari talian kabel tersebut dicuri ketika datang membuka premis perniagaan dekat kawasan itu dimana dia mendapati kabel itu berada dalam keadaan terjuntai.

Menurutnya, kabel terbabit dicuri walaupun kira-kira 500 meter dari lokasi itu dikelilingi lampu jalan dan berdekatan dengan laluan utama.

"Ketika jam 12 malam saya masih di kedai, namun tidak kelihatan perkara mencurigakan. Mungkin kecurian ini dilakukan ketika penduduk leka menonton perlawanan bola sepak awal pagi itu," katanya.

Sementara itu, Ketua Operasi JPAM daerah Pendang, Mohd Izuddin Inus Meah berkata, kejadian itu merupakan kali pertama berlaku hingga menyebabkan talian kecemasan di jabatan pihaknya gagal beroperasi.

"Kecurian ini menjejaskan JPAM menjalankan tugas terutamanya berkaitan hal kecemasan hingga penduduk terpaksa datang mengadu di pejabat seperti kes pokok tumbang, sakit, kemalangan dan banyak lagi.

"Ramai mengadu di pejabat mengatakan JPAM gagal menjawab panggilan telefon sedangkan mereka tak tahu talian itu gagal beroperasi disebabkan kecurian itu," katanya.

Penduduk, Rokiah Ariffin, 47, dari Kampung Belakang Pendang berkata, kejadian itu menyebabkan penduduk gagal melayari Internet dan menjejaskan urusan dengan pihak luar.

Menurutnya, dia menyedari talian itu tidak berfungsi ketika ingin membuat panggilan, namun menyangka telefonnya rosak memandangkan kejadian itu tidak pernah berlaku.

Seorang lagi penduduk, Sharmi Zainol, 30, berkata, kecurian itu turut menyebabkan perniagaan secara talian yang diusahakannya terjejas.

"Kira-kira jam 2 pagi talian Internet masih boleh guna, tapi sekitar jam 7 pagi, baru sedar talian itu gagal digunakan hingga saya terpaksa keluar mencari restoran atau tempat yang menyediakan perkhidmatan (jalur lebar tanpa wayar) WiFi," katanya.

Sehingga lewat petang semalam, sistem talian berkenaan masih terganggu. Sinar Harian akan cuba mendapatkan ulasan pihak TM Daerah Kota Setar dalam masa terdekat.

Sinar Harian

Cari adik bongsu hilang

Posted: 03 Jul 2012 08:56 PM PDT

14 Syaaban 1433H. [MOD] -

REMBAU – Seorang kakak dari Kampung Tanjong Sena, di sini tidak dapat menyembunyikan kebimbangannya apabila memikirkan keadaan adik bongsunya, Rohani Adam, 66, yang dikhuatiri hilang sejak petang kelmarin.

Hawa, 82, berkata, sejak semalam, dia bersama anaknya, Yaakob Alias, 63, dan beberapa penduduk sudah mencari adiknya di sekitar kawasan kampung.

Menurutnya, sebelum ini, adiknya yang mengalami gangguan mental sejak dua tahun lalu itu akan pulang ke rumah selepas keluar berjalan di kawasan Pekan Rembau dan kampung berdekatan.

"Tak pernah Rohani tidak pulang ke rumah...kalau tiada di rumah pun anak saya akan mencarinya di Pekan Rembau ataupun kawasan berhampiran dan menyuruhnya pulang.

Malah, adik juga akan pulang ke rumah selewat-lewatnya jam 7 petang. "Oleh itu, diharap orang ramai ataupun sesiapa sahaja yang ada melihat adik saya dapat memberikan maklumat kepada kami mahupun pihak polis di balai terdekat," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di kediamannya di Kampung Tanjong Sena, dekat sini, semalam.

Sementara itu, Yaakob berkata, maklumat terakhir yang diperoleh mengenai ibu saudaranya adalah daripada penjual petai yang ternampak dia berjalan di Chembong Halt kira-kira jam 6 petang.

Menurutnya yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di salah sebuah kilang di Chembong, sejurus mengetahui ibu saudaranya tidak pulang ke rumah, dia terus mencari ibu saudaranya selepas tamat waktu kerja pada jam 8 malam hingga 11 malam.

"Sejak dua tahun lalu, inilah rutin harian saya bila ibu saudara yang sering keluar dengan berjalan kaki tanpa memakai selipar tidak pulang ke rumah.

"Bagaimanapun sebelum ini, ibu saudara saya akan pulang ke rumah walaupun lewat tidak seperti kali ini," katanya.

Berikutan kejadian itu, Yaakob membuat laporan di Balai Polis Rembau kira-kira jam 9 pagi, semalam.

Sinar Harian

Samun: Empat penjenayah bersenjatakan parang larikan wang, barang kemas

Posted: 03 Jul 2012 08:55 PM PDT

14 Syaaban 1433H. [MOD] -

LUKUT – Lima sekeluarga berhadapan dengan situasi mencemaskan apabila empat penjenayah yang bersenjatakan parang menyerbu masuk ke rumah mereka, pagi semalam.

Ketika kejadian yang berlaku kirakira jam 7.45 pagi di Taman Bukit Tinggi Lukut itu, mangsa sedang bersiap untuk menghantar cucunya ke sekolah.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Cuan, 59, berkata, penjenayah berkenaan menyerbu masuk ke rumahnya melalui pintu utama yang ketika itu sudah dibuka kerana dia mahu menghantar cucunya ke sekolah.

"Penjenayah itu bersenjatakan parang dan sebaik sahaja masuk ke rumah, mereka membawa kami ke dalam bilik. "Selepas itu, kami semua diarahkan baring di atas katil sebelum mereka menutup bahagian badan dan kepala kami dengan selimut," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Cuan berkata, sebelum itu, salah seorang daripada penjenayah ada bertanya di mana dia menyimpan wang dan barang kemas.

"Kemudian mereka yang kesemuanya memakai penutup muka menggeledah bilik sebelum melarikan diri bersama wang dan barang kemas kira-kira 10 minit kemudian.

"Jumlah kerugian masih belum dikenal pasti dan semua ahli keluarga tidak dicederakan," katanya yang kemudian membuat laporan di Balai Polis Lukut.

Sinar Harian

Geng pecah rumah tumpas

Posted: 03 Jul 2012 08:48 PM PDT

14 Syaaban 1433H. [MOD] -

JASIN - Kegiatan jenayah empat remaja lelaki berusia 14 hingga 16 tahun, yang memiliki ilmu dan kemahiran memecah masuk rumah dan kedai akhirnya tumpas.

Mereka berjaya ditangkap selepas 24 jam laporan dibuat seorang pelajar Politeknik Merlimau dan seorang pemilik premis menjual serta membaiki telefon bimbit di Balai Polis Merlimau, Khamis lalu.

Pemangku Ketua Polis Jasin, Deputi Superintendan Shahidi Abdullah berkata, kegiatan itu dipercayai didalangi remaja berusia 14 tahun, digelar Azizi Botak. "Polis menerima laporan kirakira jam 12 tengah hari pada 28 Jun lalu mengenai kes pecah rumah di Batu 15, Jalan Jasin-Merlimau dan kehilangan sebuah motosikal yang disimpan di dalam rumah tersebut, selain sebuah komputer riba, semuanya bernilai RM3,500.

"Tiga jam kemudian, seorang lagi pengadu buat laporan kehilangan tiga telefon bimbit milik pelanggan dan 23 bateri telefon bimbit pelbagai jenama selepas premisnya di Bandar Baru Merlimau dipecah masuk," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin di sini, semalam.

Shahidi berkata, semua barangan milik mangsa berjaya dirampas semula selepas keempat- empat suspek ditangkap di kediaman masing-masing di Merlimau keesokan harinya. "Susulan tangkapan, kami turut merampas empat basikal yang dicuri dan siasatan awal mendapati, mereka melakukan pecah rumah atau kedai melalui tingkap nako dan bumbung," katanya.

Menurutnya, pihaknya percaya suspek turut terlibat dalam siri pecah rumah di daerah ini termasuk tiga lagi kes pecah rumah di Merlimau yang pernah dilaporkan sebelum ini.

"Keempat-empat mereka kini ditahan reman sehingga esok (hari ini) dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana melakukan pecah rumah dan 379 A kanun sama kerana mencuri," katanya.

Sinar Harian

Dipenjara akibat buat laporan palsu

Posted: 03 Jul 2012 08:40 PM PDT

14 Syaaban 1433H. [MOD] -

KUALA TERENGGANU - Seorang tukang masak yang juga pemilik motosikal dalam kejadian rompakan bersenjata di sebuah kedai emas di Jalan Kuala Terengganu ke Kuala Berang di Pekan Wakaf Tapai, Marang, November tahun lalu dijatuhi hukuman penjara selama lima bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Hukuman itu dijatuhkan selepas tertuduh, Jefridin Manan, 31, dari Jalan Tok Lam, di sini, mengaku membuat laporan tidak benar dengan menyatakan motosikal miliknya telah dicuri sedangkan hasil siasatan mendapati motosikal itu telah digunakan oleh tertuduh sendiri dalam rompakan berkenaan.

Jefridin adalah antara lima suspek termasuk tiga anggota polis yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes samun Kedai Emas Swee Heng di Taman Bestari, Wakaf Tapai, Marang, 28 November tahun lalu.

Dia mengaku pada 10 Disember 2011 jam lebih kurang 1.15 tengah hari di Balai Polis Kuala Terengganu dengan sengaja membuat maklumat palsu dengan niat menyebabkan penjawat awam menggunakan kuasanya yang sah di sisi undang-undang yang mendatangkan bencana kepada orang lain.

Dengan itu, Jefridin mengaku melakukan kesalahan di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah kanun sama yang jika disabitkan kesalahan boleh di penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Miky Anak Dunstan Muda di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sebelum ini, Sinar Harian pernah menyiarkan seorang pemilik kedai emas dan dua kanak-kanak nyaris terkena tembakan dalam satu kejadian rompakan bersenjata di sebuah kedai emas di Jalan Kuala Terengganu ke Kuala Berang di Pekan Wakaf Tapai, Marang.

Sinar Harian

Pencuri barang lusuh dicekup

Posted: 03 Jul 2012 08:39 PM PDT

14 Syaaban 1433H. [MOD] -

BALAI BESAR –Tindakan seorang kaki dadah melilau tanpa haluan di sebatang jalan raya dalam keadaan mencurigakan membawa padah apabila dia dicekup anggota polis dekat di sini, pagi semalam.

Suspek terbabit, 33, ketika ditahan dikatakan sedang menunggang basikal dengan membawa pelbagai peralatan dipercayai barang lusuh sebelum terserempak tiga anggota polis Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ), Balai Polis Dungun yang sedang melakukan rondaan cegah jenayah.

Suspek dikatakan cuba melarikan diri namun gagal apabila menyedari kehadiran tiga anggota polis berpakaian preman itu.

Pemeriksaan lanjut ke atas suspek menemui segulung kabel, wayar tembaga serta pelbagai barangan terbuang, dipercayai hasil barang curi.

Pemeriksaan lanjut ke atas suspek juga turut menemui beberapa jarum suntikan dipercayai digunakan untuk mengambil dadah selain alat pemotong wayar dan pemutar skru.

Suspek kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah untuk siasatan lanjut.

Hasil semakan rekod polis, suspek yang berasal dari Sungai Udang itu turut mempunyai rekod lampau berkaitan penyalahgunaan dadah.

Sementara itu, suspek berkenaan yang tidak bekerja ketika ditemui mengaku sering mencari barang lusuh di rumah penduduk sekitar sebelum dijual di kedai barangan lusuh dekat Balai Besar.

Katanya, dia memperoleh pendapatan antara RM30 hingga RM50 sehari setiap kali menjual barangan berkenaan dan duit itu akan digunakan untuk perbelanjaan harian selain turut membeli dadah jenis 'song' di sebuah klinik berdekatan.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan tangkapan tersebut dan suspek kini sedang disiasat polis.

Sinar Harian

Reman suspek palsu ijazah disambung

Posted: 03 Jul 2012 08:37 PM PDT

14 Syaaban 1433H. [MOD] -

GEORGETOWN - Polis mendapat perintah mahkamah untuk melanjutkan tempoh reman sehingga esok terhadap tiga individu yang dikaitkan dengan kes memalsukan ijazah Universiti Sains Malaysia (USM).

Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Majistret Georgetown, Aziana Azib untuk membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut kes itu.

Kesemua suspek tiba di mahkamah kira-kira jam 2.30 petang sebelum dibawa masuk ke bilik reman mahkamah untuk mendapatkan perintah.

Ketiga-tiganya direman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 10 tahun dan sebat atau denda.

Tiga hari lalu, tiga individu itu ditahan polis di sebuah rumah di Kampar, Perak kerana disyaki terlibat dengan sindiket pemalsuan ijazah USM.

Suspek terdiri daripada dua wanita berusia 24 dan 25 tahun serta seorang lelaki berusia 26 tahun dipercayai menjual dokumen palsu itu kepada pihak ketiga pada harga tertentu.

Polis turut merampas beberapa peralatan komputer dipercayai digunakan untuk menghasilkan dokumen palsu berkenaan.

Siasatan awal mendapati antara sijil yang dikeluarkan mereka adalah sijil diploma, sijil ijazah sarjana dan sijil ijazah sarjana muda.

Kelmarin, Naib Canselor USM, Profesor Datuk Omar Osman berkata, hanya seorang bekas penuntut USM didapati terlibat dengan kegiatan pemalsuan sijil akademik institusi pengajian tinggi itu, manakala dua rakannya bukan pelajar atau mempunyai kaitan dengan universiti tersebut

Sinar Harian

Polis maut dilanggar bas ekspres

Posted: 03 Jul 2012 08:34 PM PDT

14 Syaaban 1433H. [MOD] -

SEREMBAN - Seorang anggota polis berpangkat koperal maut dilanggar bas ekspres, selepas tercampak setelah merempuh bahagian belakang sebuah kereta rosak di lorong kecemasan.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, mangsa, Kamarulzaman Abdullah, 50, yang berkhidmat di Balai PolisPudu, Kuala Lumpur, maut akibat parah di kepala dan kaki dalam kejadian di Kilometer 278 Lebuhraya Utara-Selatan (arah selatan), dekat Nilai, di sini, petang kelmarin.

Jurucakap polis berkata,mangsa yang berasal dari Taman Panchor Jaya di sini, dipercayai dalam perjalanan pulang selepas selesai bertugas di Balai Polis Pudu.

"Mangsa yang menunggang motosikal sendirian jenis Yamaha LC135, dipercayai melanggar bahagian belakang sebuah kereta jenis Proton Perdana di lorong kecemasan akibat rosak.

"Rempuhan menyebabkan mangsa terbabas dan terjatuh di sebelah kanan jalan serta dilanggar sebuah bas ekspres," katanya, semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Yusoff Awang mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Sinar Harian

Mayat tergantung di jeti Bukit Kepong

Posted: 03 Jul 2012 08:32 PM PDT

14 Syaaban 1433H. [MOD] -

MUAR - Seorang lelaki ditemui mati tergantung di sebuah jeti di Bukit Kepong berhampiran jambatan Durian Condong, Ledang, dekat sini, semalam.

Mangsa, Tan Inn Seng, 57, yang masih bujang ditemui kira-kira jam 8 pagi oleh seorang pekebun yang kebetulan melalui tempat kejadian untuk pergi ke kebunnya.

Abang mangsa yang enggan dikenali berkata, adiknya kelihatan murung sejak beberapa minggu lalu dan kali terakhir mereka bertemu pada Ahad lalu.

Menurutnya, dalam pertemuan tersebut, dia mengesyaki Inn Seng menghidap penyakit kerana tubuh badannya menunjukkan perubahan sangat ketara. "Namun, apabila ditanya keadaannya itu, Inn Seng hanya mendiamkan diri dan mengubah topik perbualan kami.

"Selama ini Inn Seng langsung tidak beritahu masalah dihadapinya dan saya terkejut apabila menerima panggilan telefon daripada penduduk kampung pada jam 8.30 pagi, mengatakan dia (Inn Seng) ditemui mati tergantung di jeti," katanya.

Menurutnya, di tempat kejadian, dia sekali lagi terkejut apabila menemui sepucuk surat yang dipercayai ditulis sendiri oleh Inn Seng mengatakan tertekan dengan penyakit kanser usus dihidapinya. Katanya, dia diberitahu oleh beberapa penduduk kampung bahawa Inn Seng agak tertekan apabila dua rakannya meninggal dunia kerana menderita akibat penyakit kanser.

"Saya rasa perkara ini membuatkan Inn Seng runsing, meskipun keputusan pemeriksaan perubatan ke atasnya hanya diketahui pada 16 Julai ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli ketika dihubungi mengesahkan insiden tersebut.

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) untuk dibedah siasat sebelum dituntut ahli keluarganya.

"Kematian mangsa tidak mempunyai sebarang unsur jenayah dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

Sinar Harian

Laga bahu bawa padah

Posted: 03 Jul 2012 08:30 PM PDT

14 Syaaban 1433H. [MOD] -

BAGAN SERAI - Tindakan seorang buruh ladang berlaga bahu dengan seorang pemuda ketika berlangsungnya upacara sembahyang di Tokong Sri Maha Mariamman, Ladang Chersonese, di sini membawa padah apabila mangsa dibelasah sehingga mati oleh sekumpulan lelaki.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan berkata, dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam 29 Jun lalu, mangsa, T Eharajoo, 34, yang berasal dari Ladang Chersonese dikatakan berselisih faham dengan salah seorang suspek kerana didakwa cuba mencetus pergaduhan ketika upacara sembahyang berlangsung.

Menurutnya, perselisihan faham itu membawa kepada pertikaman lidah sebelum mangsa bersama adik lelakinya dibelasah dan dipukul dengan benda keras oleh 15 pemuda di hadapan Dewan Ladang Chersonese, Jalan Siakap, Kuala Kurau ketika pulang ke rumah.

"Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan muka serta meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Taiping.

"Manakala adik mangsa mengalami kecederaan di bahagian badan dan muka. Bagaimanapun, polis difahamkan, keadaan adik mangsa stabil," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian semalam.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Daerah Kerian, Deputi Superintendan Mohd Radwan Bachik.

Mat Fauzi berkata, berikutan kejadian itu, polis melancarkan operasi menjejak semua suspek dan 13 pemuda berusia lingkungan 20-an, ditahan di Parit Buntar dalam tempoh 24 jam bagi membantu siasatan kes terbabit.

Menurutnya, polis turut percaya kumpulan itu didalangi dua pemimpin yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kejadian berkenaan.

"Polis kini sedang mencari dua individu iaitu M Raj Kumar, 25, dan Mohamad Anuar Mohd Yusof, 26, yang berasal dari Ladang Soon Lee untuk membantu siasatan.

"Kedua-dua individu itu didapati mempunyai lapan rekod jenayah lampau melibatkan kes di bawah kanun keseksaan dan Akta Dadah Berbahaya 1957," katanya.

Beliau berkata, semua suspek ditahan reman di lokap IPD Kerian sehingga 6 Julai dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori.

Empat pengedar leka bungkus dadah dicekup MANAKALA dalam kejadian 25 Jun lalu, sekumpulan lelaki diberkas di sebuah pangsapuri di Bukit Merah Lake Town, di sini, ketika sedang leka membungkus dadah pelbagai jenis, kira-kira jam 8.30 malam.

Mat Fauzi berkata, hasil maklumat dan risikan, sepasukan polis diketuai Asisten Superintendan Tan Boon Hai memberkas empat lelaki, berusia lingkungan 23 hingga 32 tahun itu.

Menurutnya, kesemua mereka tidak sempat melarikan diri ketika serbuan setelah pintu pangsapuri dibuka secara paksa.

"Kita menjumpai satu peket lutsinar berisi 810 pil ektasi seberat 180.30 gram bernilai RM24,300, dua peket lutsinar berisi dadah jenis syabu seberat 14.72 gram bernilai RM3,000 dan satu ketulan mampat ganja seberat 29.49 gram bernilai RM100.

"Pada masa sama, kita turut menemui satu peket plastik lutsinar berisi dadah heroin seberat 57.22 gram bernilai RM3,000 di ruangan bahagian brek tangan kereta selain merampas wang tunai berjumlah RM8,130, sembilan telefon bimbit pelbagai jenama, alat timbang elektronik, alat membungkus serta satu pelet plastik lutsinar," katanya.

Mat Fauzi berkata, siasatan lanjut turut mendapati seorang suspek cuba menyembunyikan satu anak kunci kereta jenis Proton Gen-2 yang diletakkan di hadapan premis dan jumlah keseluruhan nilai rampasan bernilai RM38,530.

Menurutnya, polis mengesyaki bekalan dadah diambil dari sekitar daerah Selama memandangkan ketiga-tiga suspek berasal dari Taiping dan dibungkus di pangsapuri itu yang dijadikan transit pengedaran dadah.

Katanya, keempat-empat suspek kini di reman sehingga 9 Julai ini untuk membantu siasatan.

"Dua daripada suspek ini mempunyai kesalahan jenayah lampau. Berdasarkan kes itu, kita akan meningkatkan pemantauan terhadap aktiviti pengedaran dadah di daerah ini bagi mengelakkan usaha mewujudkan makmal dadah di sini.

"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh membawa hukuman mati mandatori sekiranya disabitkan kesalahan," katanya.

Van rokok ditemui, suspek masih diburu SEMENTARA itu, van rokok dilarikan sekumpulan penyamun dalam satu rompakan bersenjata di hadapan sebuah kedai runcit Jalan Taiping, di sini berjaya ditemui polis di bahu jalan Sungai Baru, Semanggol minggu lalu.

Bagaimanapun, Mat Fauzi menegaskan puluhan karton rokok jenama Dunhill bernilai hampir RM20,000 di dalam van itu 'lesap' dipercayai dilarikan pada hari kejadian.

"Pada masa sama, kita masih menjejaki ketiga-tiga suspek yang dipercayai masih bebas dan satu pasukan tugas khas ditubuhkan bagi menyelesaikan kes ini.

"Polis turut memohon jasa baik orang ramai untuk melaporkan jika terdapat sebarang kegiatan mencurigakan melibatkan jenayah samun di kawasan masing-masing," katanya.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan sekumpulan tiga penjenayah menyamun seorang pekerja sebuah syarikat rokok dan melarikan van mengandungi berpuluh karton rokok jenama Dunhill bernilai hampir RM20,000 ketika mangsa sedang mengedarkan stok bekalan rokok di sebuah kedai runcit, berdekatan Jalan Taiping di sini, 24 Jun lalu.

Lebih mencemaskan, pekerja terbabit turut diculik sebelum ditinggalkan di Jalan Bukit Merah bagi membolehkan mereka melarikan van bernilai RM80,000, wang tunai RM2,700 dan empat keping cek belum ditunaikan bernilai RM6,000 menjadikan jumlah keseluruhan hampir RM100,000.

Sinar Harian

Wabak H7N3 menular di Mexico

Posted: 03 Jul 2012 08:27 PM PDT

14 Syaaban 1433H. [MOD] -

MEXICO CITY - Mexico mengisytiharkan darurat terhadap status kesihatan haiwan selepas 1.7 juta haiwan ternakan dijangkiti wabak selsema burung.

Kementerian Pertanian dalam kenyataan memberitahu, lebih separuh ayam dan itik dijangkiti virus itu mati dan dimusnahkan.

"Kami terpaksa mengisytiharkan darurat ke atas kesihatan haiwan bagi mengawal, mencegah dan membasmi virus Type A, selesema burung Sub-Type H7N3," menurut kenyataan itu.

Kumpulan pegawai kesihatan Mexico kini dalam keadaan berwaspada bagi mengelak berulangnya wabak H1N1 yang pernah menyebabkan kematian 17,000 manusia.

Terkini, virus dikesan di Mexico adalah H7N3, yang berpotensi mengakibatkan manusia dijangkiti.

Wabak berkenaan mula dikesan pada 20 Jun lalu dengan dua juta ternakan telah dijangkiti.

Sinar Harian

Himpunan seniman bantu Lebuhraya Rakyat

Posted: 03 Jul 2012 08:09 PM PDT

14 Syaaban 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Persatuan Seniman Paksi Rakyat (Paksi) dengan kerjasama PAS Kawasan Batu akan mengadakan perhimpunan seniman dan artis untuk membantu pembinaan Lebuhraya Rakyat di Kelantan.

Himpunan ini akan diadakan pada 6 Julai di Dewan Besar KUIZM, Taman Melewar, Kuala Lumpur bermula pada jam 9.30 malam.

Inilah julung-julung kali program seperti ini dianjurkan oleh Paksi yang teruja dengan saranan Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang memohon supaya rakyat jelata turut terlibat dalam pembinaan Lebuhraya Rakyat ini.

Himpunan ini bertujuan untuk mengutip derma pembinaan Lebuhraya Rakyat di Kelantan.

Himpunan yang bertemakan 'Semarak Seni, Lebuhraya Rakyat' akan diisi dengan pelbagai acara kesenian dan kebudayaan termasuk deklamasi sajak, lagu puisi, pantun seloka selain ceramah.

Jualan dan lelongan lukisan dan buku juga akan diadakan pada malam tersebut.

Beberapa orang tokoh sasterawan dan artis terkenal telah bersetuju hadir untuk menjayakan hasrat murni ini.

Antara mereka ialah SN. Datuk A. Samad Said, Dinsman, Pyanhabib, HMS Abu Bakar, Rahamad Haron dan beberapa tokoh lain.

Di kalangan artis dan pelakon penyanyi Wan Aishah, Bob Lokman, Leman Raja Lawak akan turut sama menjayakan program ini.

Turut sama nanti ialah pelakon Hairi Othman dan Zulkifli Ismail.

Tokoh politik yang akan hadir ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Datuk Husam Musa yang mewakili kerajaan Kelantan.

Hasil kutipan malam itu dijangka akan diserahkan oleh Pengerusi PAKSI, Dinsman kepada Husam Musa dalam bentuk, mock cheque.

Rakyat disaran supaya datang beramai-ramai menghadiri program ini sambil berhibur sambil menderma.

Bawalah kawan-kawan, sahabat andai, keluarga dan teman-teman datang bagi menjayakan usaha murni yang dianjurkan oleh para Seniman.

"Jangan lupa bawa duit untuk menderma. Ini saham Akhirat," kata Cikgu Ishak Surin, Yang Dipertua PAS Kawasan Batu.

Sinar Harian

Adun hilang akal: Mana keris pemuda Umno?

Posted: 03 Jul 2012 08:06 PM PDT

14 Syaaban 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU: Pemuda Umno bolehlah dianggap sebagai dayus jika terus berdiam diri ekoran ejekan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek (gambar) kepada seorang Adunnya di Johor.

Sehubungan itu, Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan, Fadli Shaari berpandangan, Umnokhususnya pergerakan pemudanya tidak wajar berdiam diri sahaja apabila tuduhan sebegini dilontarkan kepada ADUN Umno hanya kerana mencadangkan hukum hudud di Johor.

"Di manakah maruah pemimpin Umno yang sanggup melihat sebegini hina label yang diberikan kepada pemimpin mereka?" kata Ahmad Fadli dalam kenyataannya hari ini.

Menurut beliau, Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) menggesa Umno khususnya kepimpinan pemudanya agar tidak menjadi dayus dengan berdiam diri terhadap label yang dilontarkan oleh Presiden MCA itu.

Ini ekoran kenyataan Chua Soi Lek kepada salah seorang ADUN Umno Johor sebagai out of his mind atau hilang akal.

Ia berikutan cadangan ADUN tersebut, Datuk Ayub Rahmat yang disuarakan di dalam Dewan Undangan Negeri Johor minggu lalu agar Johor menjadi negeri yang pertama melaksanakan hudud mendahului Kelantan.

Perkataan hilang akal, katanya, juga boleh diertikan sebagai gila dan kurang siuman itu merupakan satu perkataan yang sangat serius dan ia dilontarkan oleh presiden sebuah parti secara terbuka dan disiarkan di dalam akhbar The Star melalui laman webnya pada 3 Julai 2012.

Bahkan di dalam masa yang sama Chua Soi Lek menyebut dengan tegas bahawa 'MCA will definitely object' (MCA dengan pastinya akan membantah).

Fadli bertanya, di mana pula NGO-NGO pro Umno yang selama ini mendakwa kuat menyokong perjuangan memartabatkan Melayu, Islam dan Raja?
"Kenapa tidak diadakan perarakan dan tunjuk perasaan besar-besaran membantah kenyataan Chua Soi Lek ini?" soal beliau.

Bagi pihak PAS, katanya, kenyataan-kenyataan telah dikeluarkan oleh pemipin utama PAS menyokong cadangan ADUN Umno Johor ini.

"Namun di pihak Umno, kelihatan pemimpin-pemimpin utama diam menikus 'dijerkah' oleh Presiden MCA," sindir Fadli yang juga Setiausaha Akhbar MB Kelantan.

Beliau seterusnya bertanya, di mana keris tajam Umno yang sering dijulang ke udara dengan penuh semangat perwira mempertahankan maruah Melayu itu?

"Sudah tumpul berkarat atau hilang kudrat untuk dijulang lagi?" terjah beliau.

Jika Umno khususnya pergerakan pemudanya terus berdiam diri dalam isu ini, DPPNK berpandangan amat sesuai Umno dan seluruh kepimpinannya disifatkan sebagai dayus dan tidak bermaruah.

Harakah Daily

Dompet Tok Guru Hanya Sampul Surat

Posted: 03 Jul 2012 08:04 PM PDT

14 Syaaban 1433H. [MOD] -

JOHOR BAHRU – Sifat merendah diri dan zuhud terserlah ketika Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS ingin mengeluarkan wang lalu dompetnya terjatuh di atas lantai pada program Himpunan Hijau Ke Putrajaya peringkat Negeri Johor di Dataran Dahlia, dekat sini, baru-baru ini.

Menariknya, apabila dompetnya itu hanyalah sekeping sampul surat biasa telah membuatkan ramai yang terkejut dan sukar untuk mempercayai seorang yang bertaraf menteri besar hanya memiliki sesuatu seperti demikian.

Ibn bacoks ketika merakamkan gambar tersebut sempat mendengar bisikan-bisikan ramai dengan pelbagai ungkapan takjub kerana teruja dengan peribadi yang ditonjolkan secara sepontan oleh tokoh pujaan ramai itu.

Aksi spontan itu disaksikan lebih 10,000 orang ketika Menteri Besar Kelantan itu ingin menurunkan tandatangan pada signbord simbolik kepada kepulangan Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS ke Johor.

Sementara itu, ketika menyampaikan ucapan ringkas, Salahuddin menceritakan pengalamannya sewaktu memenuhi undangan makan malam daripada sebuah keluarga miskin di utara semenanjung.

Katanya, dua keping getah yang disidai di tempat yang berasingan itu difahamkan untuk sara hidup anak beranak, manakala selebihnya untuk perjuangan.

Beliau yang terharu dengan pengorbanan seorang yang dianggap dhaif, tetap mahu berjuang sekalipun tinggal hanyalah sekeping getah demi kelangsungan jemaah.

"Pakcik itu boleh berjuang hidup mati hanya untuk Islam, apalah yang ada pada diri saya. Saya serahkan diri pada Allah. Balik ke Johor untuk bertanding. Itu niat (ikhlas) saya," katanya lagi bernada merendah diri.

Harakah Daily

Artis Cina Turut Berkempen Untuk Pakatan Rakyat

Posted: 03 Jul 2012 08:03 PM PDT

14 Syaaban 1433H. [MOD] -

Jikalau penyertaan Bob Lokman, Aishah, Dayang Ku Intan, Hairie Othman, Abby Abadi, Iwan dan lain-lain ke dalam Pakatan Rakyat menimbulkan gelombang dalam arena politik kebelakangan ini, dunia hiburan Cina tempatan juga tidak kesepian, apabila penyanyi popular tempatan pada zaman 1980-an dan 1990-an, Ceng Wei Shan berkempen secara terbuka di pentas DAP pada malam 29 Jun.

Ceng Wei Shan (gambar) mempersoalkan, "Berapa 'tempoh lima tahun' yang kita miliki sebagai manusia? Berapa lagi 'tempoh lima tahun' untuk anda menggarap masa depan negara?

Jadi, jangan lepaskan peluang anda, hargailah tempoh lima tahun ini sebaik-baiknya, lakukanlah perubahan sebaik-baiknya. Dalam masa lima tahun, kes misteri Teoh Beng Hock perlu didedahkan. Hati saya perit membaca beritanya. Saya penyanyi Malaysia. Saya tidak terkata apa-apa. Saya gagal melakukan apa-apa. Saya hanya gelisah dalam hati. Begitu juga dengan anda semua."

Ketika menyanyikan lagu "Mimpi Keemasan Kota Bersejarah" (terjemahan), Ceng berkata, "Kota yang lama memiliki mimpi yang baru. Mimpi hari ini adalah untuk membawa perubahan pada masa depan, membawa perubahan untuk anak-anak. Jadi, mahu berubah? Berani untuk berubah? Saya sudah all out! Jikapun filem Kepong yang saya lakon itu diharamkan, saya pun tak kisah!"

Demikianlah ucapan Ceng Wei Shan ketika berkempen secara sukarela di ibu pejabat DAP Melaka pada malam 29 Jun, di depan kira-kira 2,000 hadirin. Ianya dipercayai kali pertama untuk penyanyi lagu Cina berkempen untuk pembangkang, selepas Auguste Kwan yang berkempen untuk Hew Kuan Yau dari DAP di DUN Bukit Gasing pada tahun 1999. Auguste Kwan adalah penyanyi Cina tempatan paling popular pada zaman 1990-an.

Baru-baru ini, beberapa artis popular dunia hiburan Cina mulai menunjukkan sokongan secara terbuka dalam isu seperti BERSIH 3.0, Hentikan Lynas dan sebagainya. Malah, seorang pengarah filem independen, Ho Yuhang telah memakai baju kuning "Kill Bill" (Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman) untuk menghadiri Majlis Perlancaran Filem Ah Beng The Movie: Three Wishes, yang dirasmikan Perdana Menteri Najib Razak, awal tahun 2012.

BN tidak menyara hidup saya

Ceng Wei Shan menulis di laman sosial Facebooknya kemudian, mendakwa bahawa dirinya sangat gembira kerana telah melakukan persembahan yang paling bermakna dalam hidupnya pada malam tersebut. "Berapa 'tempoh lima tahun' yang kita miliki? Saya akan kesal untuk seumur hidup seandainya saya tidak melangkah keluar pada hari ini."

"Untuk sekian tahun saya hidup, untuk sekian lama saya berada dalam dunia hiburan... Dulu saya terikat dengan kontrak syarikat, jadi saya tidak boleh membuat keputusan ke mana harus saya pergi untuk lakukan persembahan. Sekarang, saya sebagai individu yang bebas. Jadi, apa perlunya saya untuk mengambil peduli pandangan orang? Buatlah apa yang saya rasa patut, dan apa yang bermakna!" sambungnya.

Ceng Wei Shan mendakwa dirinya benar gembira dengan persembahan pada malam 29 Jun, kerana berkempen untuk DAP-Pakatan Rakyat secara sukarela. Beliau melihat petugas yang ghairah, dan gelombang untuk membawa perubahan. Segala-gala ini telah membuatkan Ceng merasakan keputusannya untuk lakukan persembahan ini dengan "all out" adalah memadai.

Penyanyi ini sedar bahawa beliau berdepan dengan risiko beritanya dipadamkan media, atau kehilangan peluang persembahan lantaran keputusannya berkempen untuk Pakatan Rakyat. Ceng Wei Shan yang sudah dua kali berada di pinggiran maut kerana kemalangan dan penyakit, berkata dirinya tidak kesal kerana tiada sesiapa yang mampu meramalkan masa depan dirinya. Berulang kali beliau berkata tidak banyak "tempoh lima tahun" dalam hidup seseorang manusia.

Ceng yang prihatin dengan perhimpunan BERSIH gagal turun ke jalan raya kerana keadaan kesihatannya yang tidak membenarkan. Beliau menitiskan air matanya apabila melihat gambar di tempat kejadian. Jadi, beliau tidak menyelindung hasratnya kali ini, untuk berkempen di pentas DAP dan menyeru agar semua orang menyertai arus perubahan.

"Apakah BN akan menyara hidup saya bila saya tidak bernyanyi?" Ceng Wei Shan meluahkan segala-gala yang terpendam dalam hati, sebagai seorang penyanyi Cina yang tidak menerima layanan adil dalam dunia hiburan. Beliau berkata, tidak kurang penyanyi Cina tempatan yang memperolehi anugerah di peringkat antarabangsa, tetapi tidak diiktiraf di Malaysia. Layanan jauh berbeza apabila artis dunia hiburan Melayu membuat persembahan di Indonesia dan Jepun.

Di samping itu, Ceng Wei Shan juga bersimpati dengan keluarga mendiang Teoh Beng Hock, pendidikan Cina yang tidak mendapat pembelaan dan sebagainya. Beliau marah apabila kekayaan negara dirampas perasuah yang menzalimi rakyat.

Beliau persoal, "Untuk membantu orang saya boleh membuat 160 persembahan tanpa syarat dan tanpa upah. Apakah saya tidak boleh mengorak selangkah ke depan untuk perubahan? Walaupun saya artis, tapi saya juga anak watan Malaysia! Apakah artis bukan warga negara?"

Ceng menambah, 95% daripada penyanyi popular yang dirinya kenal cenderung untuk "pertukaran kerajaan", namun mereka terikat dengan kontrak syarikat. Lagipun, peluang liputan mereka telah berkurang, seandainya "dipadamkan" sepenuhnya, maka hancurlah masa depan mereka. Itu puncanya mereka tidak menyatakan pendirian secara terbuka.

*Diterjemah dan disunting dari teks asal yang disiarkan pada 2 Julai 2012. - Merdeka Review

Harakah Daily

Warga India rentung kena hempap dinding rumah terbakar

Posted: 03 Jul 2012 08:01 PM PDT

14 Syaaban 1433H. [MOD] -

GEORGETOWN - Mayat seorang lelaki warga India ditemui rentung dalam kebakaran di sebuah rumah kedai di Lebuh King lewat petang kelmarin.

Ketua Balai Bomba Lebuh Pantai, Ismail Md Zin berkata, mangsa dikenali sebagai Arokkiaraj, 34, berasal dari Tamil Nadu, dipercayai maut akibat dihempap siling salah sebuah bilik rumah kedai dua tingkat ketika kejadian.

"Kami terima panggilan mengatakan ada kebakaran di sebuah rumah kedai kira-kira jam 6 petang.

Difahamkan ada seorang mangsa masih terperangkap dalam rumah berkenaan.

"Sebaik tiba di tempat kejadian, anggota bomba yang bertugas menjalankan operasi memadam api sebelum masuk menyelamatkan mangsa. Sebaik tiba di tingkat dua, kita dapati mangsa sudah meninggal dunia akibat dihempap siling," katanya di tempat kejadian kelmarin.

Menurutnya, mangsa difahamkan bekerja sebagai seorang penjahit pakaian tradisional India di kawasan berdekatan.

"Mayat lelaki malang itu ditemui dalam keadaan terlentang dengan kesan melecur hampir 80 peratus.

Ketika kejadian, mangsa dipercayai sedang tidur di dalam salah satu bilik yang diubahsuai.

"Siasatan awal mendapati, mangsa tidak menyedari kebakaran itu sekali gus terperangkap, kerana sedang nyenyak tidur," katanya.

Beliau berkata, struktur rumah kedai yang diperbuat daripada papan juga menjadi salah satu faktor menyebabkan api merebak begitu pantas.

Bagaimanapun, bomba berjaya mengawal kebakaran dalam tempoh 30 minit dan siasatan awal mendapati api bermula dari bahagian tengah rumah kedai itu yang menempatkan bilik mangsa.

Ismail berkata, mayat dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat. Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Sinar Harian

Bata 'press' lebih murah

Posted: 03 Jul 2012 08:00 PM PDT

14 Syaaban 1433H. [MOD] -

BACHOK – Ketiadaan sumber tanah liat berkualiti untuk pembuatan batu bata, menyebabkan ramai kontraktor pembinaan kini bertukar kepada penggunaan bata 'press'.

Di Bachok, keadaan yang sama berlaku apabila kos pembuatan bata tanah liat juga semakin meningkat, dan memaksa pengusaha mencari alternatif lain untuk pembinaan.

Bagi seorang pengusaha bata press, Mustaffa Sidik, 49, berkata, bata tanah liat perlu menggunakan tanah sawah yang semakin sukar diperoleh menyebabkan dia mula menceburkan diri dengan pembuatan bata 'press'

"Tanah liat dari sawah semakin sukar diperoleh dan kosnya juga tinggi. Harga sebiji bata tanah liat ialah 40 sen, sedangkan harga bata 'press' cuma 23 sen (termasuk kos penghantaran).

"Sebab itulah, sejak 2008 saya mulakan perniagaan ini untuk memberi pilihan dan kos lebih murah kepada orang ramai membina bangunan dan kediaman," katanya kepada Sinar Harian.

Mustaffa berkata, sejak membuka perusahaan di kawasan Beris Lalang, ia juga memberi peluang kerja kepada penduduk tempatan apabila seramai 28 anak tempatan diupah sebagai pekerjanya.

Menurutnya, semua kerja di kilang batanya mengikut piawaian yang mempunyai sijil pengiktirafan dari Kumpulan Ikram Sdn Bhd.

"Semua bata kami mengikut piawaian dan dipantau menggunakan sistem berkomputer.

"Bahan mentah kami juga mengikut kualiti ditetapkan dengan 30 peratus bahan campuran adalah 'kuari dust' yang diperoleh dari kuari Gunong dan Pasir Puteh.

"Sebab itu, kami sering mendapat kepercayaan untuk menghantar bekalan bata ke projek perumahan dan bangunan agensi kerajaan dan swasta," katanya yang juga ahli Dewan Perniagaan Melayu Islam Kelantan.

Mustaffa berkata, kilangnya mempunyai stok sehingga dua juta bata 'press'' pada satu-satu masa untuk memudahkan permintaan dihantar kepada pelanggan bila-bila masa.

Katanya, setiap bata 'press' yang diproses perlu dijemur di bawah terik matahari sekurang-kurangnya selama satu jam.

Sinar Harian

Sime Darby terus hambat Pahang

Posted: 03 Jul 2012 07:55 PM PDT

14 Syaaban 1433H. [MOD] -

PASUKAN berstatus kelab Sime Darby yang kian serasi dengan jolokan The Giants Killers terus memberi tekanan kepada anak didik Dollah Salleh dalam perebutan tangga kedua Liga Perdana yang kini berbaki dua perlawanan.

Perebutan tangga kedua kini masih terbuka dengan Pahang empat mata di hadapan di tangga kedua, sementara anak didik Ismail Zakaria di tangga ketiga dengan 39 mata hasil 20 perlawanan yang dilalui sehingga kelmarin.

Bagi Ismail, kemenangan menewaskan Pos Malaysia 4-0 dalam perlawanan malam kelmarin, adalah suntikan semangat anak didiknya untuk terus mempamerkan aksi cemerlang sehingga saingan tamat.

"Sasaran mencapai tempat kedua dalam Liga Malaysia tetap ada walaupun kini Pahang empat mata di depan Sime Darby, berbaki dua perlawanan.

"Sambil mengharapkan Pahang tercicir mata dalam baki saingan dan kemenangan berpihak Sime Darby, tidak mustahil kita mampu menduduki tempat kedua," katanya.

Berbaki dua perlawanan yang bakal berlangsung 6 dan 13 Julai nanti, Sime Darby bakal menjadi tuan rumah berhadapan PDRM dan pelawat kepada NS Betaria dalam perlawanan terakhir mereka.

Sinar Harian

Rozaimi diintai kelab luar negara

Posted: 03 Jul 2012 07:54 PM PDT

14 Syaaban 1433H. [MOD] -

NAMA penyerang Sabah, Rozaimi Abdul Rahman kini meniti di bibir peminat tempatan selepas mencipta kejutan mengetuai senarai penjaring terbanyak kejohanan kelayakan Piala Asia Bawah 22 tahun di Yangon, Myanmar.

Ledakan sembilan gol dihasilkan pemain berasal Bongawan, Sabah setakat ini cukup melegakan kem negara sekali gus membuktikan kita tidak kekurangan bakat pelapis muda.

Selepas kemunculan Nazmi Faiz Mansor, Ahmad Hazwan Bakri, Wan Zack Haikal dan Wan Zaharulnizam Wan Zakaria (sekadar menyebut beberapa nama), Rozaimi mampu menjadi bintang bola sepak negara pada masa depan.

Malah, tidak keterlaluan mengatakan dia sebenarnya mampu memikat pengendali Harimau Malaya, Datuk K Rajagobal untuk disenaraikan menjelang kempen Piala AFF Suzuki, penghujung tahun ini jika mampu mengekalkan momentum permainannya.

Sebenarnya, penyerang berusia 20 tahun ini bukanlah asing dalam saingan liga tempatan. Dia pernah bermain untuk pasukan Sarawak pada 2010 sebelum mengambil keputusan menabur bakti negeri kelahirannya, Sabah pada tahun lepas.

Kelincahannya bersama skuad Sabahawks menambat perhatian jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee untuk disenaraikan dalam perlawanan antarabangsa menentang kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea pada Julai tahun lalu.

Semenjak dari itu, Rozaimi berusaha gigih dan sentiasa mencari peluang menyarung kembali jersi negara.

Bagaikan sudah menjadi rezeki untuk bermain dengan pasukan Malaysia, namanya berada dalam senarai untuk dibawa Kim Swee ke Myanmar.

Sebelum itu, Rozaimi sempat menyumbang satu gol ketika Harimau Muda menang 4-0 mengatasi Qatar Bawah 22 Tahun dalam perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam, 17 Jun lalu yang merupakan jaringan pertamanya di pentas antarabangsa.

Dua kali mencipta hatrik ketika menumpaskan Filipina (7-0) dan Vietnam (3-0) meletakkannya antara penggempur baru yang digeruni saat ini.

Malah, Kim Swee turut mengesahkan Rozaimi bakal mengikut jejak Nazmi, Wan Zaharulnizam dan Wan Zack Haikal untuk menjalani ujian pemilihan bersama kelab luar negara.

Jika gagal bermain di pentas luar sekali pun, saham Rozaimi tetap 'laku' kerana barangkali tetap diintai pasukan gergasi tempatan lain selepas ini.

Sinar Harian

1 ulasan:

  1. Τhank you fοr any оther іnfoгmative blоg.
    The place else сould I am gettіng that κind of іnfo ωгіttеn in such a perfect mеanѕ?
    Ι have a venturе thаt Ι'm just now running on, and I have been on the glance out for such info.

    Visit my site; Look-At-That.com - Search

    BalasPadam