Rabu, 4 Julai 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Dewan Muslimat PAS Kuala Kangsar

Posted: 04 Jul 2012 01:33 AM PDT

Dewan Muslimat PAS Kuala Kangsar


Seorang penganut Kristian yang ingin mencari Kebenaran

Posted: 04 Jul 2012 01:28 AM PDT

PAS Kawasan Padang Besar

Posted: 04 Jul 2012 01:24 AM PDT

PAS Kawasan Padang Besar


Ceramah Pakatan Rakyat

Posted: 04 Jul 2012 12:31 AM PDT


Semangat Bendera Besar

Posted: 04 Jul 2012 12:30 AM PDT

Walaupun pernah dikhianati dengan bendera besar yang diturunkan dan cuba dibakar , petugas PAS di DUN Beseri tidak berputus asa dan menaikkan bendera besar yang baru. (Foto atas)

Sementara itu di UPU Paya dalam DUN Santan pula, bendera besar PAS turut dinaikkan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dalam majlis ringkas sempena kunjungan beliau ke Perlis pada 22 Jun lalu. (Foto Bawah)



Foto Himpunan Hijau Perlis

Posted: 04 Jul 2012 12:25 AM PDT

MTD N24 Bemban

Posted: 03 Jul 2012 09:25 PM PDT

MTD N24 Bemban


Fadhilat Nisfu Sya'ban: Mari Dengar Hadis bercerita..

Posted: 03 Jul 2012 07:44 PM PDT

إِنَّ اللَّهَ تَعَالَى يَنْزِلُ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا فَيَغْفِرُ لِأَكْثَرَ مِنْ عَدَدِ شَعَرِ غَنَمِ كَلْبٍ"
- رواه الترميذي وابن ماجه وأحمد.

"Sesungguhnya Allah Ta'ala telah turunkan (malaikatNya dengan perintahNya) pada malam nisfu Sya'ban ke langit dunia, lalu Allah mengampunkan dosa-doa (yang dilakukan oleh hambaNya) lebih banyak daripada bilangan bulu-bulu yang terdapat pada kambing-kambing peliharaan (bani) Kalb." [Hadis Riwayat Al-Tirmizi, Ibnu Majah dan Imam Ahmad.]

Dalam Hadis yang lain disebut:

يَطَّلِعُ اللَّهُ إِلَى جَمِيعِ خَلْقِهِ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمِيعِ خَلْقِهِ إِلَّا لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ " - رواه الطبرانى وصححه ابن حبان .

"Allah memandang pada kesemua makhluk ciptaanNya pada malam nisfu Sya'ban, lalu Allah mengampunkan dosa-dosa kesemua makhlukNya melainkan dosa orang musyrik (yang menyekutukan Allah) dan dosa orang yang bermusuhan." [Riwayat Al-Tobrani dan disahihkan oleh Ibnu Hibban.]

Demikian juga kelebihan dalam menghidupkan malam dan siang pada nisfu Sya'ban

إِذَا كَانَتْ لَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَقُومُوا لَيْلَهَا وَصُومُوا نَهَارَهَا فَإِنَّ اللَّهَ يَنْزِلُ فِيهَا لِغُرُوبِ الشَّمْسِ إِلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا فَيَقُولُ أَلَا مِنْ مُسْتَغْفِرٍ لِي فَأَغْفِرَ لَهُ أَلَا مُسْتَرْزِقٌ فَأَرْزُقَهُ أَلَا مُبْتَلًى فَأُعَافِيَهُ أَلَا كَذَا أَلَا كَذَا حَتَّى يَطْلُعَ الْفَجْرُ" - رواه ابن ماجه .

"Apabila masuk malam nisfu Sya'ban, maka hendaklah kamu bangun pada malamnya dan berpuasa pada siang harinya, Sesungguhnya Allah Ta'ala menurunkan malaikatnya ke langit dunia pada malamnya setelah terbenamnya matahari, lalu Allah berkata : Sesiapa yang memohon keampunan padaKu maka Aku akan mengampunkan baginya, Sesiapa yang memohon rezeki padaKu maka Aku akan memberikannya rezeki, Sesiapa yang ditimpa musibah maka Aku akan melepaskannya, sesiapa yang demikian...sesiapa yang demikian ...sehinggalah terbitnya fajar." [Riwayat Ibnu Majah]

Mari teman, kita hidupkan iman dan amal kita.. Jangan lepaskan peluang ini. Mudah-mudahan kita mendapat redha-Nya.

Aamin Ya Rab.

petikan dari Maahad Tahfiz Al-Quran At-Tanwiriah

PAS Negeri Sembilan

Posted: 03 Jul 2012 09:04 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Bendera Pas dikoyak, dibakar

Posted: 03 Jul 2012 12:33 AM PDT

3 Julai 2012

KUALA KLAWANG - Pas Kawasan Jelebu melahirkan kekesalan apabila mendapati sembilan bendera parti itu dan PKR dirosakkan malam kelmarin.

Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Jelebu, Noranif Selamat berkata, kejadian disedari pada malam 30 Jun lalu ketika dia dalam perjalanan ke tapak ceramah Pakatan Raya (PR) yang diadakan di Kampung Bukit, Ulu Jelebu.

Menurutnya, ketika melalui simpang ke Kampung Dulang kira-kira jam 8 malam, dia mendapati bendera parti yang dipasang sudah dirosakkan.

"Bendera itu dipasang bersempena ceramah umum PR yang diadakan pada malam tersebut.

"Pada sebelah siangnya jentera Pas Jelebu memasang sembilan bendera termasuk salah satunya bendera PKR di kesemua laluan masuk ke Kampung Bukit bermula dari Pekan Kuala Klawang," katanya.

Noranif berkata, dia dan Ketua Unit Amal Pas Jelebu, Hanafi Ahmad Zainuddin yang berada di lokasi kejadian mendapati kesemua bendera sudah dipotong sehingga separuh dan satu darinya dibakar.

"Mengesyaki ia perbuatan khianat, saya turut melaporkan perkara itu kepada polis pada petang 1 Julai 2012 di Balai Polis Kuala Klawang," katanya.

Katanya, ini adalah kali kedua pihaknya membuat laporan polis mengenai perkara itu.

"Sebelum ini ia pernah berlaku di Pasoh ketika berlakunya ceramah PR.

"Malah ada juga bendera Pas yang dijahit bersama bendera DAP di mana bendera DAP diletakkan di atas bendera Pas dalam keadaan dijahit. Ini merupakan tindakan menghina parti Islam dan kita sebagai ahli Pas amat sensitif akan perkara ini," katanya.

Dalam pada itu katanya, dia meminta agar pihak berkuasa menyiasat perkara itu agar ia tidak berulang pada masa akan datang.

"Walau bagaimanapun kejadian sebegini langsung tidak melemahkan semangat Pas dan PR untuk meneruskan siri ceramah sehingga Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) diadakan," katanya kepada Sinar Harian.

CERAMAH PENERANGAN

Posted: 03 Jul 2012 12:30 AM PDT


Rembau Hari Ini

Posted: 03 Jul 2012 07:47 PM PDT

Rembau Hari Ini


Longkang berbuih, busuk

Posted: 03 Jul 2012 05:29 PM PDT

3 Julai 2012

Kota, Rembau – Keadaan longkang berbuih dan saliran air yang tidak baik di pekan ini yang menimbulkan bau busuk mendatangkan ketidakselesaan kepada pengunjung kedai makan, dekat sini.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, saliran air yang tidak baik itu mencemarkan pemandangan dan memberi reaksi buruk kepada orang luar yang menjadikan lokasi berkenaan sebagai persinggahan membeli makanan.

Salah seorang penduduk, Mat Rahim, 59, dari Kota berkata, sememangnya pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) sering melakukan kerja gotong-royong di lokasi berkenaan.

Namun katanya, masalah longkang berbuih dan berbau tidak pernah selesai.

"Kami berharap agar pihak berkaitan dapat meneliti kaedah bersesuaian bagi mengatasi masalah ini memandangkan lokasi ini sememangnya menjadi tumpuan penduduk mahupun pengguna jalan raya yang terletak di tepi jalan utama Seremban-Tampin.

"Selaku penduduk dan pengunjung kedai makan, saya berharap masalah longkang ini dapat diatasi bagi memberikan keselesaan kepada penduduk.

Malah, sekiranya hujan lebat lebih dua jam, air berkemungkinan melimpah masuk ke kedai," katanya ketika ditemui di lokasi berkenaan, dekat sini, baru-baru ini.

PAS LENGGONG

Posted: 03 Jul 2012 07:39 PM PDT

PAS LENGGONG


Posted: 02 Jul 2012 08:17 PM PDT


Panamatan khidmat KP Perkhidmatan Awam panas

Harakahdaily,02 Jul 2012
KUALA LUMPUR: Krisis penamatan khidmat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Abu Bakar Abdullah, 57, (gambar)  sebelum sampai tempoh umur 60 tahun bakal memanaskan politik Malaysia.

Selepas blog pro-Umno mendakwa, Ketua Pengarang Kumpulan NSTP Abdul Jalil Hamid cuba menikam Datuk Seri Najib dari belakang dengan menyiarkan berita kekesalan Abu Bakar selepas ditamatkan khidmat, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar memanggil satu sidang media khas esok.

Yang menariknya, Mahfuz memanggil sidang media itu pada jam 10.50 pagi bukan jam 10 atau 11 tepat sebagaimana biasa.

Dua blog pro Umno, kesal dengan laporan Berita Harian yang meyiarkan kekesalan Abu Bakar ditamatkan perkhidmatan selepas disebut-sebut sebelum ini sebagai bakal Ketua Setiausaha Negara yang baru.

Namun sebaik sahaja KSN yang baru, Datuk Seri Ali Hamsa dilantik, beliau ditamatkan perkhidmatan pada 1 Julai bukan atas permintaannya.

Wartawan veteran dan Datuk Ahiruddin Atan yang menulis di rockybru.com.my berkata beliau bimbang kerana penulis blog pro-establishment berasa tidak senang dengan kumpulan akhbar NSTP, terutama pengarang urusan kumpulan kanannya, Datuk Jalil Abdul Hamid.

Satu lagi blog pro-Umno, Unspinners pula menyifatkan laporan Berita Harian itu (gambar) sebagai satu "sabotaj" ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menuntut supaya Jalil dipecat.

Abu Bakar dalam Berita Harian dilaporkan sebagai berkata beliau tidak bersara namun khidmatkan diberhentikan oleh kerajaan.

Berita Harian melaporkan, Abu Bakar berkata beliau menerima surat penamatan khidmatnya daripada Jabatan Perkhidmatan Awam yang menyatakan bahawa khidmatnya berakhir pada 1 Julai.

Tambahnya, beliau berhasrat untuk bersara pada usia 60 tahun namun disebabkan penamatan awal itu, kuantum pencen dan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerjanya hanya dikira sehingga 30 Jun tahun ini.

Abu Bakar, 57, telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 35 tahun.

Posted: 02 Jul 2012 08:16 PM PDT


Gila! Perkasa lapor polis kerana sultan sokong Royalti

http://milosuam.blogspot.com,03 Jul 2012
GILA memang gila, barangkali ini berita paling gila dan lucu minggu ini berkaitan isu Royalti Minyak Kelantan.

Gara-gara tidak dapat menerima hakikat bahawa Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V menyokong gerakan menuntut Royalti Minyak Negeri Kelantan, Pertubuhan Super Rasist, PERKASA membuat laporan polis.

Perkasa mendakwa nama Sultan Kelantan digunakan dalam gerakan politik Gabungan Profesional Kelantan Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Kelantan, Royalti [Utusan].

Perkasa bimbang bila Sultan Kelantan sudah menyokong Gerakan Menuntut Royalti, maka mereka yang kuat menentang gerakan itu terpaksa pula menyokong bagi mengelakkan dianggap penderhaka kah kah kah.





Barangkali PERKASA Kelantan tidak melakukan "research" sebelum mereka membuat laporan Polis. Lantaran itu mereka tidak tahu bahawa memang benar bahawa Sultan Kelantan menyokong gerakan menuntut Royalti.

Sultan Muhammad V sebelum ini telah menyatakan sokongannya terhadap gerakan itu melalui satu acara simbolik menandatangani plak tuntutan Royalti [HD].

Berikut gambar di saat baginda Sultan Kelantan sedang menurunkan tandatangan disaksikan oleh aktivis Royalti dan Menteri Besar Kelantan.



Wahai PERKASA, Sultan Kelantan berjiwa rakyat, sentiasa memikirkan kebaikan untuk rakyat Kelantan, sebab itulah baginda sokong tuntutan Royalti, bukan macam kamu sibuk menentang Royalti sebab nak mengampuRegime Umno dan Barisan Nasional.

ReJaM© "Kalau tak sokong derhaka kah kah kah... "

Posted: 02 Jul 2012 08:14 PM PDT


Najib takut bubar, strategi tidak menjadi

Idris Ahmad,03 Jul 2012
Strategi Datuk Seri Najib Tun Razak masih tidak menjadi untuk membolehkan beliau membubar Parlimen. Keresahan jelas terukir di wajah beliau yang akan memimpin  pilihan raya pada kali ini.

Tekanan daripada dalam Umno juga begitu kuat, jika Umno kalah bererti beliau akan dihambat oleh Umno daripada kerusi Presiden.

Walaupun sepatutnya pilihan raya diadakan pada tahun lepas, sehingga persidangan Umno ditangguhkan bagi menumpukan kepada gerak kerja pilihan raya.

Bajet yang dibentangkan ialah bajet pilihan raya. Berbagai-bagai pemberian diberikan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia, Kedai 1Malaysia, bantuan kepada pelajar sekolah RM100 dan bantuan pelajar universiti RM200 dan banyak lagi skim untuk pancing undi.

Umno di bawah kepimpinan Najib cuba menggunakan taktik supaya negeri Pakatan Rakyat digambarkan oleh media Umno sebagai tidak mampu. Isu ini dijawab dengan amalan bukan dengan percakapan.

Kerajaan Pakatan Rakyat mampu mentadbir dengan baik dengan penuh ketelusan. Banyak manfaat yang diperolehi oleh rakyat, kerana  51 tahun Umno memerintah rakyat tidak merasai lebihan kekayaan negeri, terutama di Selangor.

Kerajaan Pakatan Rakyat tidaklah mendabik dada ia kerajaan yang terbaik, namun rekod hampir lima tahun memeritah ia lebih baik daripada Umno memerintah 51 tahun di negeri tersebut.

Ketika negeri-negeri di bawah pemerintahan BN yang sedang menggigit jari, rakyat di negeri Pakatan Rakyat mendapat berbagai nikmat dan peningkatan kualiti hidup.

Taktik fitnah kepada kerajaan Pulau Pinang melalui media Umno kononnya anti Melayu telah terjawab, apabila sudah dua kali Utusan Malaysia didapati bersalah oleh mahkamah. Tujuanya supaya orang Melayu jangan dekat dengan Pakatan Rakyat.

Atas faktor inilah Najib belum berani mengadakan pilihan raya, kerana takut kalah. Suasana politik tidak menyebelahi BN, beliau cuba untuk menunggu peluang terbaik.

Namun masa terus berjalan, iddah pemerintahan Najib hanya sembilan bulan lagi, inilah menjadi kerunsingan kepada beliau. Semua taktik tidak menjadi, pakar-pakar strategi sudah habis digunakan namun nasib tidak menyebelahi Najib.

Posted: 02 Jul 2012 08:13 PM PDT


Sedia ruang buat Aishah, Abby, Hairie berkarya

Ahmad Lutfi Othman,03 Jul 2012
Saya tidak melihat fenomena "penghijrahan" artis-artis untuk menghayati gaya hidup Islami dalam konteks politik pilihan raya semata-mata. Tentunya sebagai aktivis PAS, saya cukup gembira dengan perkembangan mutakhir yang memberangsangkan ini.

Kalau ditanya nama-nama selebriti berkenaan, saya sendiri sukar membariskan senarai penuhnya; makin ramai, bertambah saban minggu dan mungkin menyusul nama-nama yang kita tidak terduga.

Malah, ada di kalangan mereka, bukan saja berubah penampilan, tetapi gigih menimba ilmu agama, mendampingi golongan ustaz dan ulama, serta bertindak nekad meninggalkan era lama yang melalaikan itu.

Lebih mengejutkan apabila selibriti terkemuka, seperti Bob Lokman, Aishah, Abby Abadi (sekadar menyebut beberapa nama) dan terkini Hairi Othman turut mengisi pentas ceramah PAS. Jadual program mereka penuh dengan undangan dari seluruh pelosok negara.

Lebih menarik, sebahagian besar bintang-bintang itu cenderung memilih PAS sebagai wadah politik atau sekurang-kurangnya selesa mendekati program dan personaliti Parti Islam itu, berbanding parti-parti yang lain. Maknanya, ada kesedaran menyeluruh untuk menghayati agama.

Saya tambah teruja dengan deretan panjang nama-nama besar dalam dunia hiburan yang memenuhi aktiviti surau dan masjid, misalnya Sham Kimikaze, Wardina Saffiyah, Catriona Ross dan Iwan Syahman.   Pendekatan pendakwah paling tersohor, Ustaz Azhar Idrus, yang kelihatan santai bersama artis-artis tersebut, makin menyuburkan lagi suasana yang mendamaikan itu.

Tidak dilupakan generasi lebih awal seperti Azmil Mustafa, Noor Kumalasari, Akhil Hayy dan ramai lagi. Mungkin sebahagiannya tidak berminat untuk bersama parti-parti politik pembangkang, tetapi saya sudah cukup senang jika mereka berupaya menyuntik satu hembusan segar dan kudus dalam dunia seni hiburan kita.

Sebenarnya, tanpa perlu menunggu lebih ramai golongan seniman menyertai PAS atau oposisi lain un, bagi saya, cukuplah dengan perkembangan positif dunia hiburan tanahair, untuk mendorong jiwa menjadi tenang dan damai, serta dapat menghayati keindahan seutuhnya. Harapnya muncul penggiat seni, dalam semua genre, dapat menampilkan sesuatu yang serasi dengan fitrah insani.    

Selama ini, isu hiburan, atau dalam konteks lebih luas, seni budaya (begitu juga persoalan berkaitan  sukan, wanita dan golongan non Muslim), apabila dikaitkan dengan gerakan Islam atau parti politik Islam, bukan saja di Malaysia, malah di seluruh dunia, kerap menimbulkan polemik yang tidak berkesudahan. Sebahagian melihat aktiviti seni mudah mengundang fitnah, tohmah  dan salah anggap.

Tidak dinafikan, ramai menaruh kebimbangan tentang bentuk pengisian mengenai hiburan oleh kumpulan Islam apabila mereka diberi amanah untuk menerajui kerajaan. Ada yang bertanya: "Bagaimana program TV jika parti Islam berkuasa? Apa nasib pawagam dan industri filem? Teater atau persembahan bagaimana untuk memenuhi panggung Istana Budaya? Aktiviti sukan pula macamana? Kegiatan seni budaya termasuk warisan tradisi? Atau hanya nasyid dan lagu bertemakan kemanusiaan sahaja yang dibenarkan? Apa jadi nasib penyanyi wanita? Semua pelakon wanita mesti tutup auratkah?"

Terus-terang saya nyatakan, sewaktu PAS membuka laluan seluas-luasnya, serta membentang permaidani merah, malah mendorong dan mendakap erat mereka yang mahu bersama perjuangan Islam -- juga yang bersedia menanggung risiko buruk daripada pemerintah terutama dengan tindakan "menggam" -- saya terfikir apakah kita sudah bersedia sepenuhnya (baca sejujurnya) untuk menyediakan ruang atau gelanggang buat rakan-rakan kita itu untuk terus berkarya dan "menghibur"?

Sudah pasti tidak semua selebriti berkenaan berminat dengan politik (karenah siasah, bagi sesetengah orang cukup memenatkan) atau berupaya menyampaikan ceramah atau kuliah dengan baik. Lagipun jelajah politik ini agak bermusim sifatnya; ia memang rancak menjelang pilihan raya umum tetapi kembali tenang selepas itu. 

Sambil mengalu-alukan personaliti kental seperti Aishah dan Dayangku Intan, yang sanggup menjelajah segenap penjuru tanahair (difahamkan ada di antaranya keseorangan memandu dalam perjalanan yang jauh), bagi menimbulkan kesedaran rakyat untuk bersama Pakatan Rakyat dalam PRU13, bagaimana pula dengan kelompok artis,  misalnya, yang mula menutup aurat dengan sempurna, menjaga perwatakan dan pergaulan, serta berazam menabur bakti melalui aktiviti seni Islami, atau sekurang-kurangnya yang tidak bercanggah dengan adab susila?

Saya pernah menimbulkan kepentingan empat kerajaan negeri Pakatan Rakyat untuk bertindak proaktif menyemarakkan kegiatan seni budaya, sekali gus menghampar peluang, dengan peruntukan, kemudahan dan bajet tertentu, yang "selesa".

Malah, aktivis budaya, Dinsman terpaksa menerbitkan buku khas, berjudul Pemikiran dan Perancangan Seni-Budaya, yang ditujukan khusus kepada para pemimpin politik di Malaysia, "teristimewanya Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor".

Rakan saya bertanya, "mengapa Dinsman tidak mengkhususkan sekali bukunya itu untuk perhatian tiga ketua negeri Pakatan Rakyat yang lain?" Beliau merujuk kepada Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat. Ustaz Azizan Abd Razak dan Lim Guan Eng.

Memang Khalid, di majlis Konvensyen Penulis Selangor, 26 Jun 2011, mengumumkan tawaran dana khas untuk penulis dan seni budaya negeri itu sebanyak RM2.5 juta. Bagaimana pula dengan Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan?

Kritikan terhadap komitmen kerajaan Pakatan Rakyat terhadap aktiviti seni budaya turut disuarakan penulis lirik popular, Buddhi Hekayat, yang terkenal dengan  dengan lagu "Awan Nano" nyanyian Hafiz AF, yang dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu 26.
Beliau, yang nama sebenarnya Hasmi Hashim, mendakwa kerajaan Pakatan ketinggalan dan "lebih jauh dan lemah" berbanding kerajaan BN dalam memartabatkan seni budaya dan kebajikan seniman.

Hasmi turut mempersoalkan program apa yang dianjurkan selama empat tahun kerajaan Pakatan memerintah di beberapa negeri.

"Kita faham debat hudud antara kerajaan Kelantan dan kerajaan persekutuan. Maksudnya nak melaksanakan hudud (kerana) perlu kelulusan kerajan persekutuan. Tetapi untuk memberi dana yang cukup untuk membiayai program kebudayaan, tidak perlu tunggu kerajaan persekutuan," katanya dalam forum "Artis berpolitik: Sekadar glamor atau prinsip" di ibu negara,  malam 28 Jun, bersama Hairie Othman dan Zed Zaidi.

Apa pun, sekurang-kurangnya Kelantan telah menganjurkan siri 'Bicara Selebriti' yang mendapat sambutan hangat,  bukan saja membabitkan artis dalam negeri, tetapi juga bintang Ketika Cinta Bertasbih, Oki Setiana Dewi.

Dan tentu ramai masih ingat, langkah kerajaan Kelantan meraikan penyanyi yang tiba-tiba melonjak naik melalui program Akademi Fantasia, Mawi. (Sebenarnya saya masih meminati Mawi, yang juga hilang secara tiba-tiba; merdu suaranya sesuai sesuai dengan nasyid dan juga lagu kemanusian). Ramli Sarip dan M Nasir juga pernah diundang ke Serambi Makkah, mempersembahkan nyanyian dalam majlis yang dihadiri pimpinan PAS Negeri. (Tiba-tiba saya terkenang penyanyi Ito, Blues Gang, yang kerap memenuhi undangan Barisan Alternatif semasa era reformasi 1998-99 dahulu. Lagu-lagu ketuhanannya juga memikat).

Bekas Mufti Perak, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, yang pernah diundang ke majlis 'Bicara Selebriti', memberi komentar menarik mengenai pengisian program tersebut, dengan merujuk isu-isu pokok dalam dunia seni: "Ada perbezaan pendapat dalam kalangan sarjana fekah mengenai persoalan nyanyian dan muzik. Dalam persoalan khilaf yang muktabar seperti ini, seseorang berhak memilih pandangan dia yakini dan tidak boleh memaksa orang lain meyakini apa yang dia yakini.

"Ertinya, setiap Muslim berhak berpegang dengan pandangan yang dia rasa lebih rajih atau kukuh. Dia tidak boleh mewajibkan pandangan tersebut ke atas orang lain, jika mereka mentarjihkan pandangan yang berbeza. Ini khilaf yang diiktiraf atau khilaf mu'tabar. Tiada siapa yang berhak memaksa pilihannya ke atas orang lain. Maksudnya, jika ada yang mengharamkan muzik, maka tidak boleh dia memaksa pandangan yang sama ke atas mereka yang mengharuskannya. Demikian sebaliknya."

Beliau kemudiannya mengulas teraju utama di sebalik 'Bicara Selebriti', iaitu Ustaz Ahmad Baihaqi Atiqullah: "Beliau (Baihaqi) anak tuan guru pondok Pasir Tumbuh, Tuan Guru Haji Atiqullah Yaakob. Latar belakang agamanya dan sikapnya yang terbuka patut menjadi contoh kepada banyak pihak. Beliau adalah salah satu bukti bahawa kepimpinan agama di Kelantan bersikap rasional dan meraikan perbezaan latar belakang rakyat."

Secara peribadi saya kira Aishah mempunyai kerangka idea yang agak jelas tentang perubahan seni hiburan yang dihasratkannya. Elok pemimpin PAs dapat berkongsi idea dengannya. Saya masih teringat ucapan pendek dan ringkas Aishah di hadapan 100,00o orang di Stadium Darulaman, Alor Setar, dalam Himpunan Hijau Ke Putrajaya, 1 Jun lalu.

Lebih sesuai dianjurkan satu program ramah mesra membabitkan pimpinan tertinggi parti bukan sahaja bersama personaliti popular yang menyertai PAS tetapi juga penggiat budaya, yang mahu memartabatkan dunia seni ke landasan yang diredai Allah.

Pastinya saya turut terharu dengan pengakuan Abby Abadi, dalam program Pemuda PAS Kuala Kedah, 26 Jun lalu. Meskipun belum menyertai PAS, beliau secara terbuka melafazkan: "Demi Islam, saya tidak lagi takut kepada manusia dan bimbang akan kehilangan semua kerana ia datang daripada Allah. Sekiranya saya tidak dibenarkan lagi keluar di TV, tak apalah, sebab saya sayangkan agama saya."

Namun, cetusan rasa (dan kritikan) rakan saya, Zunar, menarik untuk direnung bersama: "Di bawah Pakatan, Bob Lokman harus terus mencipta lagu, Dayang Ku Intan dan Aishah harus terus menghasilkan album, Abby Abadi dan Hairie Othman harus terus berlakon ...

"Pakatan gagal menyambut kehadiran artis dengan cara sewajarnya. Setakat ini tiada usaha untuk mengadakan konsert yang menggabungkan artis-artis yang berhijrah. Tiada juga usaha menghasilkan album lagu-lagu reformasi. Tiada juga usaha untuk menghasilkan filem yang mencatat sejarah perjuangan dan sebagainya.

"Produksinya bukan mudah kerana memerlukan belanja besar. Tetapi apakah dengan menguasai Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang, peruntukan kebudayaan di negeri masing-masing tidak boleh untuk tujuan ini?

"Warga artis sedang menanti apakah Pakatan akan mengembalikan martabat artis dengan membebaskan mereka dari belenggu BN. Kerana itu konsep hiburan altenatif yang bakal dilaksanakan jika Pakatan mengambil alih Putrajaya kelak, wajar dilaksanakan sekarang."

Posted: 02 Jul 2012 08:12 PM PDT


George Kent gagal nilai bidaan, bahaya nyawa orang ramai

Mohd Rafizi Ramli,03 Jul 2012
Penilaian bidaan untuk kerja-kerja tambahan LRT Ampang dibuat oleh sebuah syarikat perunding kejuruteraan bernama HSS Integrated Sdn Bhd. Syarikat ini adalah syarikat bersekutu yang menggunapakai kepakaran Halcrow, salah sebuah perunding kejuruteraan terkemuka di dunia.

Keseluruhan penilaian teknikal projek LRT Ampang bernilai lebih RM1 bilion ini dibuat oleh Halcrow. Keputusan penilaian telah dimaklumkan kepada Syarikat Prasarana Negara Berhad dalam sebuah laporan bertarikh September 2011 yang disertakan bersama.

Berdasarkan keputusan penilaian yang dibuat oleh Halcrow, Datuk Shahril Mokhtar (Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana) telah menulis surat kepada Kementerian Kewangan bertarikh 12 Disember 2011 untuk memaklumkan hasil penilaian bidaan kepada Jawatankuasa Peroleh Menteri Kewangan (JPMK) yang dipengerusikan Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri.

Mukasurat 7 dan 8 dari surat itu yang menyenaraikan keputusan penilaian bidaan ada disertakan bersama. Ia secara jelas menunjukkan bahawa bukan sahaja George Kent (pembida 3) gagal dari aspek kewangan (dikira tidak mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh untuk mengendalikan projek ini), konsortium itu juga adalah antara pembida yang mendapat penilaian teknikal yang terendah pada mata 38.62 sahaja (diragui kemampuan teknikal dan tidak berpengalaman mengendalikan projek seperti ini).

Saya ingin memetik beberapa perkara penting hasil dari keputusan penilaian bidaan yang wajib diberikan perhatian serius oleh rakyat Malaysia, seperti yang termaktub di dalam laporan penilaian:

1.      Mukasurat 14 – pembida George Kent dirumuskan tidak memahami kehendak teknikal projek (terutamanya dari segi koordinasi dan integrasi dengan sistem sedia ada), apatah lagi berkemampuan mengendalikan projek seperti ini;

2.      Mukasurat 17 – pembida George Kent dirumuskan tidak mampu meyakinkan perunding bahawa mereka mempunyai kepakaran menjalankan projek ini secara sistematik dan disokong oleh sistem audit projek yang memuaskan;

3.      Mukasurat 24 – pembida George Kent didapati tidak pernah mengendalikan projek besar, apatah lagi berpengalaman di dalam projek sebesar ini. Berbanding dengan pembida lain yang hampir kesemuanya pernah menyiapkan projek bernilai lebih RM1 bilion, projek terbesar pernah dikendalikan George Kent hanyalah bernilai RM40 juta, sedangkan pakej kerja-kerja tambahan LRT Ampang ini dianggarkan bernilai lebih RM1 bilion;

4.      Mukasurat 24 – pembida George Kent didapati tidak pernah terlibat di dalam projek melibatkan rel atau LRT;

5.      Mukasurat 64 – pembida George Kent dirumuskan berada di tempat ketiga tercorot dari segi kemahiran dan pengalaman teknikal. Markah yang diperolehinya adalah lebih rendah dari purata markah keseluruhan pembida-pembida; dan

6.      Mukasurat 72 – Halcrow merumuskan bahawa Panel Penilai Teknikal tidak yakin George Kent boleh mengendalikan projek itu dengan jayanya.

Berdasarkan dokumen-dokumen ini, terbuktilah bahawa George Kent tidak mempunyai apa-apa kemahiran, kepakaran atau pengalaman yang melayakkannya dianugerahkan tender ini, kecualilah hubungan baik di antara George Kent dan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Lebih mengecewakan, keputusan Datuk Seri Najib Tun Razak campur tangan dengan membatalkan keputusan jawatankuasa penilai memberi gambaran seolah-olah beliau tidak menghiraukan bahaya dan risiko keselamatan awam apabila projek sistem LRT diserahkan kepada syarikat yang langsung tidak tahu mengenai LRT.

Jika niat Datuk Seri Najib Tun Razak ini diteruskan, bermakna ratusan ribu rakyat yang menaiki LRT Ampang saban hari kini berada di dalam keadaan bahaya.

Saya menyeru supaya Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan apakah pertimbangan beliau yang mendorong beliau membahayakan keselamatan rakyat dengan menganugerahkan kerja-kerja ini kepada George Kent yang ternyata tidak layak.

Penulis ialah Pengarah Strategi PKR.

Posted: 02 Jul 2012 08:11 PM PDT


1Saman – RM300 duit rakyat, syarikat untung

Zulhazmi Shariff,03 Jul 2012
PINDAAN AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987


Pada 25 Jun 2012 Kementerian Pengangkutan telah membentangkan pindaan Akta pengangkutan Jalan 1987 untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat dan mula dibahaskan pada 27/06/2012 seterusnya pada 28/06/2012 di mana akhirnya pindaan tersebut diluluskan dengan suara majoriti Ahli Parlimen khususnya yang menyokong Kerajaan.

Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE) percaya bahawa rata-rata rakyat Malaysia tidak arif dan tidak mengetahui apakah intipati pindaan yang dicadangkan dan apakah alasan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (APJ 1987) dipinda.

Untuk makluman, APJ 1987 ini kali terakhir dipinda ialah pada akhir tahun 2010 dengan tujuan memasukkan beberapa peruntukkan bagi melaksanakan Sistem Penguatkuasaan Automatik (Automated Enforcement System – AES). Sistem ini akan beroperasi dalam tiga (3) keadaan iaitu untuk kesalahan memandu melebihi had laju, memandu kenderaan selain bas di lorong bas dan melanggar isyarat lampu isyarat. Ini bermaksud kamera-kamera AES akan dipasang di lokasi-lokasi seperti di lebuhraya untuk mengesan had laju, di lampu isyarat untuk mengesan perlanggaran isyarat lampu isyarat dan di jalan-jalan tertentu yang dikuatkuasakan lorong bas bagi mengesan kesalahan memandu kenderaan lain selain bas di lorong bas.

Pada September 2009 sebelum APJ 1987 dipinda bagi melaksanakan AES, Kerajaan dan syarikat pelaksana AES telah bersetuju dengan suatu modul kewangan bagi melaksanakan sistem tersebut. Modul yang telah dipersetujui pada masa tersebut seperti berikut : -

JADUAL PERTAMA

Senario
Bil Saman
JangkaanSaman dibayar (60%)
Kutipan hasil (RM300)
Bayaran Kepada Syarikat

1
6 juta
3.6 juta
1,087,020,000
BT = 384,805,080
CC = 384,805,080

2
9 juta
5.4 juta
1,630,530,000
BT = 425,568,330
CC = 425,568,330

3
11.4 juta
6.84 juta
2,050,920,000
BT  = 457,355,160
CC = 457,355,330

4
12.5 juta
7.5 juta
2,256,012,000
BT = 473,762,520
CC = 473,762,520

5
14.2 juta
8.62 juta
2,563,650,000
BT = 494,784,450
CC = 494,784,450


Kutipan Hasil (RM300) semasa modul ini dirangka dan dipersetujui adalah berdasarkan kepada jumlah Kompaun iaitu RM300.00.

Apakah Pindaan Yang Dibuat Ke Atas APJ 1987

Secara amnya pindaan yang dicadangkan kali ini adalah untuk menyeragamkan kadar denda bagi kesalahan lalulintas.

Seksyen

Kadar Denda Asal
Pindaan
Seksyen 14(4) – Memperagakan Nombor Pendaftaran

Denda tidak lebih RM3,000
Tidak kurang RM300 dan tidak lebih daripada RM3,000
Seksyen 15(4) – Lesen Kenderaan Motor

Denda tidak lebih RM5,000
Tidak kurang RM300 dan tidak lebih daripada RM5,000
Seksyen 40 – Memandu Melebihi Had Laju

Denda tidak lebih RM1,000
Tidak kurang RM300 dan tidak lebih daripada RM2,000
Seksyen 66A – Perakuan Pemeriksaan Kenderaan

Denda tidak lebih RM5,000
Tidak kurang RM300 dan tidak lebih daripada RM5,000

KENAPA DITETAPKAN KADAR MINIMA DENDA KESALAHAN LALULINTAS?

Sejak digubal APJ 1987 ini, kesalahan-kesalahan lalulintas khasnya yang melibatkan kesalahan yang boleh dirakam melalui kamera tidak menetapkan kadar minima denda. Apabila APJ 1987 dipinda pada tahun 2012 untuk melaksanakan AES barulah kadar minima denda hendak dilakukan. Semasa penggulungan perbahasan di Dewan Rakyat pada 28/06/2012 Timbalan Menteri Pengangkutan memaklumkan bahawa pindaan ini dibuat sebagai suatu langkah memberi kesedaran kepada pengguna jalanraya sekaligus untuk mengurangkan kadar kemalangan jalanraya. Timbalan Menteri langsung tidak memberikan alasan kenapa kadar denda minima RM300 ditetapkan sebaliknya menjawap persoalan-persoalan remeh yang lain. Jawapan tersebut jelas mengelirukan dan tidak boleh diterima. Adakah dengan menetapkan denda minima RM300 bagi setiap kesalahan boleh mengurangkan kemalangan? Contohnya pindaan kepada Seksyen 14(4). Seksyen 14 (4) ialah kesalahan tidak memperagakan nombor pendaftaran mengikut ketetapan Akta dan dipinda denda minimanya kepada tidak kurang daripada RM300. Adakah menetapkan denda minima bagi kesalahan tidak memperagakan nombor pendaftaran kenderaan mengikut spesifikasi boleh mengurangkan kemalangan? Adakah tidak memperagakan nombor pendaftaran kenderaan boleh mengurangkan kemalangan? Jawapan Timbalan Menteri tersebut jelas cuba berselindung atau menyembunyikan isu.

Apa isu sebenar? Besar kemungkinannya ialah kadar minima denda ditetapkan untuk memudahkan syarikat pengendali Sistem Penguatkuasa Automatik (AES) membuat unjuran pendapatan. Rujuk kepada Jadual Pertama berkaitan Modul Kewangan dua (2) syarikat yang akan mengendalikan AES ini. Asalnya unjuran pendapatan dibuat berdasarkan jumlah kutipan kompaun bagi setiap kesalahan. Kompaun yang ditawarkan ialah maksimum RM300 justeru unjuran dibuat berdasarkan jumlah bayaran kompaun. Diunjurkan jika 6 juta saman dikeluarkan dan sebanyak 3.6 juta sahaja saman (kompaun) dijelaskan maka syarikat pengendali akan mendapat bayaran masing-masing sebanyak RM384,805,080 dan RM 384,805,080. Unjuran ini adalah berdasarkan jumlah kompaun RM300. Masalah timbul jika pesalah lalulintas tidak membayar kompaun sebaliknya hadir ke Mahkamah untuk samada mengaku salah atau meminta dibicarakan. Jika kesalahan diakui maka Mahkamah akan menetapkan jumlah denda yang sebelum pindaan APJ 1987 tidak menetapkan denda minima. Mahkamah berkemungkinan memerintahkan jumlah denda di bawah RM300 mengikut kes yang dibicarakan dan mengambilkira pengakuan salah serta keadaan-keadaan rayuan hukuman oleh pesalah. Justeru syarikat pengendali besar kemungkinannya tidak akan memperolehi unjuran yang dibuat sebelum ini.

Jawatankuasa KASE percaya atas permasalahan inilah APJ 1987 dipinda bagi menetapkan denda minima kerana jika kes dibawa ke Mahkamah sekalipun, jumlah denda sudah ditetapkan tidak kurang RM300 dan dengan itu setiap saman yang dikeluarkan boleh diunjurkan dengan jumlah RM300. Maka mudah dan senang kerajaan dan syarikat membahagikan pulangan daripada saman-saman kesalahan lalulintas. Inilah yang disebutkan di dalam perbahasan oleh Pengerusi KASE, YB Dato' Haji Mahfuz Omar bahawa pindaan ini hanya melihat situasi "menang-menang" di antara kerajaan dan syarikat pengendali AES tetapi akhirnya rakyat dan pengguna jalanraya keseluruhannya yang akan menanggung beban.

Isu kedua ialah kenapa jumlah denda minima ditetapkan adalah sama dengan kadar tawaran kompaun? Kadar maksima tawaran kompaun ialah RM300. Kompaun ialah suatu tawaran denda kepada pesalah lalulintas jika mereka mengaku salah maka boleh membayar tawaran kompaun yang ditawarkan. Pada masa ini tawaran kompaun dibuat berperingkat iaitu jika kompaun dibayar dalam tempoh 1 hari hingga hari ke 15 maka jumlah kompaunnya ialah RM150, bagi hari ke-16 hingga hari ke-30 jumlah kompaunnya ialah RM200 dan jika melebihi 30 hari jumlahnya ialah maksimum RM300. Jumlah denda minima RM300 dan jumlah maksima RM300 bagi kompaun adalah suatu yang tidak wajar. Kadar denda dan kompaun yang sama hanya bersifat memaksa pesalah untuk membayar sedangkan prinsip asas undang-undang ialah"seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah".

Seseorang pengguna jalanraya walaupun menerima suatu notis atau saman berkaitan kesalahan yang dirakam melalui kamera seperti kesalahan memandu melebihi had laju dan melanggar isyarat lampu isyarat tetap dianggap tidak bersalah sehingga mereka dibuktikan bersalah. Walaupun gambar dikepilkan bersama notis, ia tidak membuktikan kesalahan sehinggalah disabitkan kesalahan oleh Mahkamah. Sebelum pindaan APJ 1987 kesalahan memandu melebihi had laju dendanya ialah tidak melebihi RM1,000. Jika pemandu mengaku kesalahan, beliau boleh membayar kompaun yang ditawarkan samada RM150, RM200 atau RM300. Jika tidak mengaku kesalahan beliau akan dihadapkan di Mahkamah dan jika disabitkan kesalahan, Mahkamah mempunyai budibicara untuk mengenakan denda samada RM50, RM100, RM300 atau apa-apa jumlah yang tidak melebihi RM1,000. Apabila APJ 1987 dipinda menetapkan minima RM300 maka jika pemandu disabitkan kesalahan di Mahkamah, maka dendanya adalah RM300 dan tidak lebih RM2,000. Mahkamah sudah tiada budi bicara malah pesalah juga sudah ditetapkan jumlah dendanya. Situasi ini akan meletakkan pengguna dalam keadaan serba salah samada hendak menegakkan hak bahawa mereka tidak bersalah maka perlu ke Mahkamah dan mengambil masa yang lama dan jika disabitkan kesalahan akan didenda minima RM300, maka lebih baik mereka membayar kompaun RM300 sedangkan dalam diri mereka tidak mengakui mereka melakukan kesalahan. Situasi ini jelas menggambarkan bahawa penetapan kadar minima denda RM300 adalah bertujuan memudahkan kerja penguatkuasa dan syarikat pengendali supaya tidak perlu menunggu lama memperolehi hasil saman.

PERUNTUKAN BARU SEKSYEN 76A

"Belok kiri dibenarkan

76A. (1) Walau apa pun isyarat merah atau isyarat lalu lintas lain yang menunjukkan tempat di mana lalu lintas mesti berhenti di mana-mana simpang lalu lintas, mana-mana gorang yang memandu sesuatu kenderaan motor di jalan boleh membelok ke kiri di simpang lalu lintas itu mengikut manamana isyarat lalu lintas yang membenarkan belok kiri yang telah diletakkan dengan sah di sisi undang-undang di jalan itu setelah berhenti sebelum garisan berhenti yang ditandakan di atas jalan untuk memastikan bahawa adalah selamat untuk berbuat demikian.
(2) .................................................
(3) ................................................
(4) Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini atau mana-mana kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen ini berhubung dengan belok kiri dibenarkan melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak kurang daripada tiga ratus ringgit dan tidak lebih daripada dua ribu ringgit."

Peruntukkan Seksyen 76A yang baru ini secara amnya bertujuan memberikan kelonggaran kepada pemandu kenderaan untuk membelok ke kiri di lampu isyarat yang menunjukkan warna merah jika terdapat papan tanda membenarkannya. Papan-papan tanda ini kebiasaannya terdapat di sekitar Putrajaya dan Kuala Lumpur seperti di persimpangan Jalan Raja dan Jalan Parlimen. Peruntukkan baru ini mempunyai masalahnya tersendiri yang boleh menyebabkan pengguna jalanraya khususnya yang tidak biasa dengan jalan-jalan tertentu berisiko disaman. Malah pengguna-pengguna jalanraya yang biasa juga akan menanggung risiko tersebut.

Situasi sebegini boleh berlaku. Mengikut AES kamera perangkap kesalahan akan juga dipasang di lampu isyarat untuk merakam perlanggaran isyarat lampu isyarat. Apabila seseorang pemandu tidak berhenti di lampu isyarat merah, maka kamera AES akan merakam gambar kenderaan dan menghantar ke pusat pemprosesan saman lalu saman dikeluarkan. Jika di persimpangan yang ada papan tanda boleh belok kiri mengikut Seksyen 76A ini, pemandu hendaklah membelok ke kiri walaupun lampu isyarat menunjukkan merah. Jika tidak belok, kamera akan merakam gambar dan saman dikeluarkan kerana tidak belok, tetapi jika belok, kamera akan merakam gambar kerana melanggar isyarat lampu merah. Akhirnya kedua-dua tindakan tersebut akan meletakkan pemandu dalam keadaan serba salah. "Belok salah tak belok pun salah, jadi semua serba salah". Perlu diambil perhatian bahawa kesalahan di bawah peruntukan baru ini juga kadar denda minimanya ialah RM300.

KESIMPULAN

Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE) berpendapat bahawa pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang telah diluluskan oleh majoriti Ahli Dewan Rakyat pada 28/06/2012 yang lalu akan terus membebankan pengguna jalanraya tetapi sebaliknya menguntungkan syarikat pengendali Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES). Kerajaan telah mengeluarkan kenyataan bahawa AES akan dilaksanakan selewat-lewatnya akhir tahun 2012 dan langkah meminda Akta pengangkutan Jalan 1987 ini adalah salah satu persedian kerajaan melaksanakan sistem tersebut. KASE mengajak seluruh pengguna jalanraya supaya menolak pindaan ini dan dalam masa yang sama mematuhi setiap undang-undang dan peraturan lalu lintas agar tidak menjadi penumbang kepada statistik kemalangan dan juga penyumbang keuntungan syarikat pengendali AES.


Penulis ialah Penasihat Undang-Undang Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor.

N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 03 Jul 2012 07:37 PM PDT

N.27 - PAS DUN Sura


Sumbagan Kerusi Roda Di Kg Alor Tembesu

Posted: 03 Jul 2012 04:11 AM PDT

DUNGUN, 3 Julai Selasa - Perhatian kepada mereka yang memerlukan kecaknaan terus dilaksanakan di sekitar DUN Sura.
Petang semalam, 2 Julai Isnin di Kampung Alor Tembesu, Pengarah MTD Sura, Haji Wan Hapandi Nik mewakili ADUN Sura telah menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada seorang pesakit kanser paru-paru.

Abdul Rahman Daud, 70, menghidapi penyakit ini sekitar awal tahun ini. Beliau yang merupakan suami kepada pengusaha kedai makan di Kampung Batu 48, Muzah Sidek, mempunyai 10 orang anak.

"Terima kasih kepada pihak YB di atas kecaknaan, dengan sumbangan ini, insyaAllah akan memudahkan pergerakan saya," ujar beliau ringkas.

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PERMATANG PAUH

Posted: 03 Jul 2012 07:31 PM PDT

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PERMATANG PAUH


Ning Baizura Akan Masuk PAS?

Posted: 03 Jul 2012 07:13 AM PDT


sumber : http://www.myartis.com






Pagi-pagi lagi Setiausaha Muslimat PAS Kawasan Batu, Zurina Din mengirim SMS kepada saya. Isunya sama. Macam sudah bertiup kencang dibuatnya. Tetapi saya tak tahu sangat, betul atau tidak. Namun, saya tidak menolak kemungkinannya ada. Zurina bertanya juga, betulkah penyanyi dan pelakon Ning Baizura akan sertai PAS dalam masa terdekat. 
Entah dari mana sumber maklumatnya, tidak saya ketahui. Tetapi cerita Ning Baizura nak masuk PAS ini sudah saya dengari sejak beberapa hari lalu. Kenapa ya? Saya sedang menjejaki melalui beberapa kawan-kawan artis mengenai kesahihan cerita ini. Kemungkinan itu ada. Tidak mustahil perkara ini akan terjadi. Tunggguuuuu!
 
sumber  : Blog Tarmizi Mohd Jam http://sanggahtoksago.blogspot.com/ 


MCA ugut keluar BN jika Umno Johor laksana hudud seperti yang diumumkan

Posted: 03 Jul 2012 07:10 AM PDT


 
 
Timbalan Menteri Pertanian, Dato' Chua Tee Yong Chua menegaskan MCA akan meninggalkan BN sekiranya hudud dilaksanakan oleh Umno. Beliau menolak cadangan untuk melaksanakan undang-undang hudud ke atas orang Islam dan bukan Islam di Johor kerana cadangan itu hanya dibuat oleh seorang Adun Umno. Katanya, beliau hanya mengambil kira kenyataan oleh tokoh seperti Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am parti itu, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Chua mengulas cadangan oleh Adun Kemelah, Dato' Ayub Rahmat pada 20 Jun lalu untuk melaksanakan undang-undang tersebut di negeri Johor. "Nik Aziz dan Hadi Awang telah menyatakan banyak kali bahawa mereka akan melaksanakan hudud tetapi DAP masih bekerjasama rapat dengan PAS. Tambahan pulam ini bukan daripada Pemuda PAS, tapi daripada presiden dan mursyidul amnya," kata MP Labis itu lagi.
 
sumber : http://sanggahtoksago.blogspot.com/

Ahli Perkasa Cuba Serang Ketua Menteri

Posted: 03 Jul 2012 07:07 AM PDT


Polis Harus Menimbang Semula Sikap Tidak Peduli Terhadap Perkasa Untuk Mengelak Persepsi Awam Bahawa Mereka Membenarkan Taktik Ganas Perkasa Untuk Mengugut Pemimpin PR.

Kegagalan pihak polis untuk segera menahan ahli-ahli Perkasa yang terlibat dalam keganasan bukan sahaja terhadap orang awam dan wartawan tetapi juga terhadap keselamatan peribadi saya hanya mengesahkan kebimbangan bahawa tingkah laku Perkasa mendapat sokongan UMNO dan BN. Polis harus menimbang semula sikap tidak peduli terhadap Perkasa untuk mengelak persepsi awam bahawa mereka membenarkan taktik ganas Perkasa untuk mengugut pemimpin PR.

Kejadian semalam di pasar Teluk Bahang, di mana sekumpulan ahli Perkasa telah dibenarkan untuk berdemo dan melempar poster-poster anti-Lim Guan Eng berdekatan dengan saya, membuktikan bahawa pihak polis tidak akan mengambil tindakan walaupun kejadian berlaku di depan mata mereka. Sikap tidak peduli ini mungkin telah memberanikan seorang ahli Perkasa yang tiba-tiba menyerang saya dari belakang dan berjaya menolak saya. Walaupun ahli Perkasa itu sempat menolak saya, saya tidak dicederakan hasil usaha seorang pemimin PR tempatan yang telah mengheret keluar ahli Perkasa itu.
Tugas untuk mengheret ahli Perkasa itu sepatutnya tanggungjawab polis dan bukan pemimpin PR. Kegagalan polis untuk memberi perlindungan yang sewajarnya telah diikuti pula dengan kegagalan polis untuk segera menahan ahli Perkasa yang terbabit. Sekiranya serangan itu telah berlaku ke atas Perdana Menteri dan bukan seorang Ketua Menteri PR, bayangkan sahaja bagaimana reaksi polis.
Insiden yang malang ini telah berlaku walaupun Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Datuk Abdul Halim bin Hussain sudah pun memaklumkan pihak polis mengenai demonstrasi Perkasa dan telah meminta perlindungan yang sewajarnya serta tindakan yang tegas. Pun begitu, walaupun Perkasa mempunyai rekod keganasan bersiri terhadap orang awam, wartawan dan pemimpin PR, mereka masih lagi dibenarkan untuk bertindak ganas tanpa dihukum.

Sungguhpun mencatatkan pengurangan dalam indeks jenayah yang kedua paling ketara setakat Mei 2012 (pengurangan 23%), pihak polis sedang diteliti dengan rapi di Pulau Pinang akibat beberapa insiden jenayah di kawasan-kawasan warisan, pelancongan dan perumahan. Kegagalan untuk melindungi Ketua Menteri hari ini tidak akan meyakinkan pihak awam tentang keupayaan pihak polis untuk memastikan keselamatan awam apabila mereka tidak bertindak dengan segera terhadap mereka yang mengancam keselamatan Ketua Menteri.
sumber : FB BuletinMutiara

Pemuda PAS Hulu Kelang

Posted: 03 Jul 2012 07:16 PM PDT

Pemuda PAS Hulu Kelang


Pertandingan PS2 sempena Euro 2012

Posted: 03 Jul 2012 03:43 AM PDT












Lajnah Penerangan, Informasi & Komunikasi Unit Kerja Jemaah (UKJ) Hulu Kelang

Kejohanan Futsal sempena Euro 2012

Posted: 03 Jul 2012 03:41 AM PDT








Lajnah Penerangan, Informasi & Komunikasi Unit Kerja Jemaah (UKJ) Hulu Kelang

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 03 Jul 2012 03:38 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


WALAU TAK FAHAM TAPI BUAT RAKAN SEKAPALNYA TERGAMAM !

Posted: 03 Jul 2012 02:10 AM PDT

ADUN Umno cadang Johor laksana hudud
Komen : ADUN UMNO nie baru sedar tapi nak tunjuk beliau Islam tegar kut.Dia baru tahu Hudud tak boleh dilaksana tanpa pinda perlembagaan negara.Nampaknya rakan perjuangannya dari UMNO tergamam , tergumam dan terkemam nak marah atau menegur beliau.Waima NGO yang PERKASA pun belum respon kecuali Dr Chua Soi Leks yang berbangga dengan keberaniannya mengaku terlibat dalam skandal video seks lalu.
Tindakan ADUN ini bagus untuk menyedarkan orang Melayu yang Islam dan juga akan memecahkan tembelang UMNO yang selalu mengutuk dan merendahkan perjuangan Negeri Kelantan untuk mendaulahkan Hukum Hudud selama ini.Nampaknya Najib kena jalankan Hudud bagi menunjukkan UMNO lebih Islam dari PAS.

Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Umno Johor mengambil langkah berani apabila mencadangkan Johor menjadi negeri pertama melaksanakan hukum hudud di Malaysia.

Adun Kemelah, Datuk Ayub Rahmat membangkitkan cadangan itu 20 Jun lalu pada mesyuarat pertama penggal persidangan kelima Dewan Negeri Johor ke-12.

Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, Ayub berkata beliau mahu melihat Johor mendahului negeri lain melaksanakan hukum hudud "sebenar" -- yang menurutnya berbeza dengan hudud PAS.

Perbezaan paling ketara, kata Ayub, hukum hudud sebenar meliputi semua kaum dalam sesuatu negara berbanding hudud PAS yang hanya tertakluk kepada orang Islam.

"Kanun Jenayah Syariah II (1993) (Hudud Kelantan) tidak menggambarkan kehendak Islam yang sebenar. Ia akan menimbulkan diskriminasi dari segi pelaksanaan (di antara orang Islam dan bukan Islam)," katanya.

Walaupun demikian, Ayub maklum bahawa perlaksanaan hudud di peringkat nasional hanya akan berlaku dengan pindaan Perlembagaan Persekutuan.

'Sokong Umno kalau ikhlas'

Justeru katanya, perkara terpenting sekarang, Johor perlu memulakan langkah memahamkan golongan bukan Islam akan pelaksanaan hudud - satu perkara yang selama ini didakwa gagal dilaksanakan PAS.

Kefahaman yang betul, katanya, adalah kunci utama hudud diterima semua kaum merentasi kefahaman agama pada zaman pemerintahan Nabi Muhammad SAW.

"Kalau tidak masakan di zaman pemerintahan Nabi ia diterima semua (kaum dan agama)," katanya.

Menurut Ayub lagi, cadangan itu pernah dibangkitkan pada sidang DUN pada Disember tahun lalu namun ia tidak dilaporkan mana-mana akhbar.

Justeru, beliau mencabar PAS menyokong cadangan hukum hudud walaupun ia datang dari Umno jika mereka benar-benar ikhlas mahu memartabatkan Islam

"Apabila Umno sebut tentang hudud, PAS kena sokong jugalah," katanya.

Negeri Kelantan meluluskan pelaksanaannya hukum hudud di bawah Kanun Jenayah Syariah II (1993) pada tahun 1993. Namun pelaksanaannya tidak menjadi kenyataan apabila melibatkan pertikaian berhubung isu-isu perlembagaan.

DENDA SEMBILAN BILION RINGGIT ???

Posted: 02 Jul 2012 11:57 PM PDT


Skandal ubat: GlaxoSmithKline didenda RM9 bilion
bagaimana penglibatan Syarikat tersebut di Malaysia?

3 Julai 2012
Skandal ubat: GlaxoSmithKline didenda RM9 bilion
Paxil, salah satu daripada tiga jenis ubat keluaran GlaxoSmithKline, yang menjadi tumpuan kes.

NEW YORK - GlaxoSmithKline didenda kira-kira RM9 bilion (AS$3 bilion) oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) semalam kerana gagal melaporkan maklumat keselamatan tiga jenis ubat yang sangat popular keluaran syarikat itu.

Daripada AS$3 bilion itu, AS$1 bilion adalah bagi penyelesaian kesalahan jenayah manakala AS$2 bilion lagi sebagai liabiliti sivil - jumlah terbesar dibayar oleh mana-mana syarikat pengeluar ubat di AS.

Laporan media menyebut GlaxoSmithKline akan membuat pengakuan bersalah atas tuduhan memperkenalkan ubat yang tersilap jenama iaitu Paxil, Wellbutrin dan Avandia dalam pasaran antara negeri di AS.

Menurut pihak berkuasa, ubat-ubat itu dipasarkan sebagai bahan rawatan bagi keadaan yang tidak mendapat kelulusan kerajaan.

Timbalan Penguam Negara AS, James Cole dipetik berkata penyelesaian itu sesuatu yang luar biasa "dari segi skop dan saiz."

Pengeluar ubat-ubatan terbesar itu mengaku mempromosikan Paxil dan Wellbutrin bagi kegunaan-kegunaan yang tidak diluluskan termasuk bagi rawatan ke atas kanak-kanak dan orang dewasa.

Selain itu, syarikat tersebut juga mengaku bersalah berhubung tuduhan menyembunyikan butiran data keselamatan dan membuat dakwaan-dakwaan tidak berasas berkenaan ubat diabetes Avandia.

Malah, syarikat itu juga didakwa membuat bayaran kepada doctor untuk mempromosi dan menggunakan ketiga-tiga ubat berkenaan.

ASTAGFIRULLAH ! ORANG BERPUASA DIPUKUL PEGAWAI !

Posted: 02 Jul 2012 07:43 PM PDT

Komen : Salam menyambut Ramadhan al-mubarak, semoga semua tahanan ISA dibebaskan sebelum bulan Ramadhan yang mulia. PM pun dah kata nak bebaskan kerana nak hapuskan ISA. Berilah peluang pegawai KEMTA berpuasa dengan cara terbaik tahun ini tanpa mendera roang masa bulan puasa.

Setelah menyerahkan memorandum mendesak tindakan segera pihak SUHAKAM ke atas isu seorang tahanan ISA dipukul, isteri tahanan berkenaan iaitu Puan Nunurheni Onim membuat laporan polis di IPD Dang Wangi. Razali Kassan yang juga merupakan salah seorang tahanan yang menyertai mogok lapar dikatakan telah dipukul, ditumbuk dan diludah oleh pegawai kem tahanan. Maklumat tersebut disampai sendiri oleh tahanan yang berjaya ditemui oleh keluarga pada 1 Julai yang lalu.

Pada sesi pertemuan tersebut, tahanan ISA yang ditemui oleh keluarga masing-masing iaitu Mustawan dan Fadzullah sempat menyampaikan mesej yang sama kepada keluarga masing-masing mengenai Razali Kassan yang dipukul pegawai KemTa. Razali sendiri yang ditemui oleh isterinya mengakui bahawa dia dipukul tetapi tidak sampai berdarah. Dia memberitahu isterinya pegawai berkenaan membelasahnya kerana dia menyertai mogok lapar yang dikatakan sebagai menyusahkan pihak KemTa.

Razali merupakan tahanan yang dihantar ke hospital pada hari ke lapan mogok lapar kerana dilaporkan terlalu lemah setelah tidak mengambil sebarang makanan dan minuman selama lapan hari. Semasa ditemui, Puan Nunurheni mengatakan suaminya kelihatan pucat dan lemah. Puan Nunurheni juga menyatakan kekecewaannya apabila dia pernah diugut oleh Polis semasa suaminya ditahan iaitu sekiranya dia tidak berhubung dengan peguam, media mahupun NGO, suaminya tidak akan diapa-apakan. Namun suaminya tetap dipukul biarpun dia mematuhi ugutan pegawai polis tersebut.

Oleh itu, Puan Nunurheni dengan ditemani delegasi GMI dan juga peguam daripada Lawyer For liberty telah membuat satulaporan polis berkenaan suaminya telah dipukul dan juga ugutan yang telah diterima Puan Nunurheni semasa suaminya ditahan. Walau bagaimanapun, proses membuat laporan berkenaan memakan masa hampir dua jam walaupun masa sebenar yangdiambil oleh pihak polis untuk mengambil report daripada Puan Nunurheni hanya dua minit. Hal ini kerana, menurut peguam yang menemani Puan Nunurheni iaitu Farhana daripada Lawyer For Liberty, proses membuat report sedikit terganggu apabila kurang mendapat kerjasama daripada pegawai yang berkenaan daripada Kamunting.

Menurut Farhana, Pegawai Penyiasat yang akan mengendalikan kes tersebut bertugas di Kamunting, namun proses untuk berhubung dengan pegawai berkenaan terganggu apabila pihak dari Kamunting mengatakan tidak boleh menjawab panggilan telefon kerana kilat. Akhirnya proses membuat report hanya selesai pada pukul 3.40 petang.

*Syed Ibrahim Syed Noh ialah Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan Syukri Razab ialah Penyelaras SUARAM.

GARA-GARA SERANG AMIGA , BN HILANG SOKONGAN 'INDIA'

Posted: 02 Jul 2012 05:49 PM PDT

KUALA LUMPUR — Barisan Nasional (BN) berisiko kehilangan sokongan masyarakat India yang penting bagi memenangi pilihan raya umum akan datang, selepas serangan terhadap Datuk Ambiga Sreevasan ketahap kemuncak minggu lalu apabila ahli parlimen Umno, Datuk Mohamad Aziz mencadangkan agar dia digantung kerana menderhaka, kata pimpinan MIC kepada The Malaysian Insider.

Akhbar-akhbar Tamil di negara ini menghebohkan berita dan analisis mengenai kenyataan di parlimen ahli parlimen Sri Gading dan ini mencerminkan populariti pemimpin gerakan reformasi pilihan raya – Bersih.

Ini menyebabkan kebimbangan pemimpin BN yang bekerja keras bagi mendapatkan kembali sokongan daripada 1.8 juta masyarakat India di negara ini, yang membentuk tujuh peratus daripada jumlah populasi penduduk dan juga pengundi.

Tegas MIC, presiden parti, Datuk G. Palanivel terpaksa bertindak segera bagi meyakinkan masyarakat India bahawa parti tersebut tidak menyokong kenyataan ahli parlimen Sri Gading selepas isu ini heboh menjadi berita utama.

"Kenyataan tersebut menjejaskan sokongan pengundi India, yang sokongannya lebih cenderung kepada BN, "tegas Palanivel walaupun akhbar komuniti telah dipenuhi dengan berita tersebut.

Ketika perbahasan hangat di Dewan Rakyat Selasa lepas, Mohamad mencadangkan bahawa Ambiga (gambar) digantung kerana menderhaka dan memainkan peranan semasa perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu, yang menyaksikan kekecohan di ibukota.

Kenyataan pemimpin Umno itu telah diberi "pengiktirafan " dengan tersiarnya berita di muka depan kebanyakan akhbar-akhbar berbahasa Tamil dan artikel berwarna dengan respon keras yang sama keadaannya beberapa bulan sebelum pilihan raya 2008 dimana lebih 30,000 masyarakat India berarak menentang apa yang dikatakan ketidakadilan polisi BN.

Sebelum ini, masyarakat India seringkali dilihat sebagai undi "simpanan tetap" bagi BN tetapi perarakan yang dianjurkan oleh Hindraf - kini diharamkan -berjaya meniupkan semangat kaum minoriti tersebut yang telah lama ditinggalkan oleh pembangunan.

Peristiwa besar (demo Hindraf) yang berlaku seiring dengan perhimpunan Bersih pertama bagi menuntut reformasi pilihan raya lewat 2007 dikatakan punca kepada keputus an teruk parti pemerintah pada pilihan raya 8 Mac 2008.

Perhimpunan Bersih mencetuskan penyokong anti-Bersih yang telah mengadakan pelbagai jenis tunjuk perasaan di luar rumah Ambiga. Dalam salah satu bantahan di hadapan rumah pemimpin Bersih tersebut, peniaga mendirikan gerai burger walaupun Ambiga seorang Hindu dan vegetarian. Dalam protes berlainan, "senaman punggung" dilakukan diluar pagar rumah beliau oleh tentera veteran.

"Kami khuatir ... kerana PM telah melakukan banyak perkara dan kami bekerja keras selama ini.
Kadangkala, apabila kenyataan seperti ini dikeluarkan, sudah tentu ia akan menyentuh sensitiviti pengundi India" kata Setiausaha Agung MIC, Datuk S. Murugesan kepada The Malaysian Insider.

"Saya tidak fikir masyarakat India menyokong perhimpunan Bersih ... tetapi kerana (Mohamad) melakukan serangan peribadi, simpati masyarakat kepada Ambiga telah meningkat, "katanya.

Akan tetapi MIC - parti komponen BN berasaskan kaum India, percaya bahawa pentadbiran Najib telah berjaya menarik kembali sokongan masyarakat India kepada parti pemerintah.

"Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) telah tampil ke hadapan dalam menguruskan hal-ehwal masyarakat India secara langsung menerusi pelbagai polisi, sama ada melalui NGO, kumpulan atau kuil.

"Masyarakat India telah kembali menyokong BN. Akan tetapi kenyataan seperti ini ... isu-isu daripada orang BN, telah banyak menjejaskan usaha baik Najib," kata senator dari MIC, Datuk Daljit Singh kepada The Malaysian Insider.

"Ayat yang digunakan oleh dia (Mohamad) tidak logik sama sekali. Dia boleh menggunakan perkataan seperti 'denda atau hukum dia (Ambiga)' ... Tambahan pula, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telahpun menuntut ganti rugi daripada Bersih, "katanya.

Beliau menegaskan bahawa walaupun kemarahan meluas terhadap Bersih dan Ambiga, ramai di kalangan masyarakat India melihat bekas pengerusi Majlis Peguam itu sebagai "seorang yang berani".

"Dia tidak berjuang untuk apa-apa yang tidak masuk akal. Dia tidak meminta pampasan daripada kerajaan atau apa-apa - dia cuma tuntut pilihan raya yang bebas dan adil, di mana ia sama dengan perjuangan BN dan Suruhanjaya Pilihan Raya," kata Daljit.

Beliau setuju dengan pendangan rakan-rakan anggota parti bahawa Ambiga, walaupun sebagai pengerusi bersama Bersih 2.0, gabungan yang menganjurkan perhimpunan Bersih, bukanlah satu-satunya orang untuk dipersalahkan dalam huru-hara pada 28 April.

"Mengapa dia (Mohamad) tidak jadikan (Ketua Pembangkang, Datuk Seri) Anwar Ibrahim) sebagai sasaran? Beliau juga berada di sana .

"Ambiga telah melalui secukupnya," katanya lagi.

Palanivel, dalam satu kenyataan minggu lepas, juga menggesa Najib dan pemimpin BN untuk menghentikan serangan terhadap Ambiga, beliau juga setuju dengan Daljit bahawa pemimpin tersebut bukanlah penganjur tunggal perhimpunan Bersih.

"Mengapa Ambiga dijadikan kambing hitam?" soal beliau.

"Mengapa tidak "orang-orang ini" tidak meletakkan gerai burger dan melakukan senaman punggung dihadapan rumah pemimpin Bersih yang lain?

Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC, S. Vell Paari telah berkata sepatutnya Mohamad yang perlu digantung kerana kekurangan pengetahuan am.

Anak kepada pemimpin MIC yang paling lama memegang jawatan presiden, Datuk Seri S. Samy Vellu dipetik di Tamil Nesan Khamis lalu berkata, "Saya rasa apabila beliau (Mohamad) masih muda, seseorang mesti telah jatuhkan beliau dalam apa-apa cara dan dia telah terhantuk kepalanya. "

Pada hari berikutnya, harian yang sama petik kenyataan Presiden Malaysian Hindu Sangam, R.S.
Mohan Shan telah menuntut supaya Mohamad keluarkan kenyataan umum meminta maaf, kerana ini boleh mencetuskan ketegangan kaum.

"Adakah Datuk Ambiga telah melakukan jenayah pembunuhan yang dia harus digantung? Ini adalah satu perkara yang patut ditapis, " kata Ketua Komunikasi MIC Pahang R. Gunasekaran.

Media lain memetik cabaran Datuk Thasleem Mohamed Ibrahim, Pengerusi Badan Kebangsaan Bertindak Hak-Hak India (Niat) kepada Mohamad untuk mengulangi ucapannya di luar Dewan Rakyat, di mana dia tidak ada kekebalan parlimen.

"Jika dia tidak mengulangi ucapannya di luar, ia menunjukkan dia hanya menyalahgunakan keistimewaan dengan menyalahkan pemimpin NGO yang dihormati dalam memperjuangkan hak-hak sivil, " beliau dipetik dalam Free Malaysia Today.

Susulan oleh arahan Timbalan Speaker Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Mohamad telah menarik balik kata-katanya itu, tetapi adalah dipercayai bahawa kejadian ini mungkin telah buka semula luka lama masyarakat India yang selama ini pentadbiran Najib telah berjuang untuk pulihkan sokong
Dicatat oleh ELBI RISALAH

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 03 Jul 2012 11:27 AM PDT

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


Detik-detik Bersejarah Himpunan Hijau & PGU 4.0

Posted: 02 Jul 2012 08:39 PM PDT

Salam For All:

Kini, sudah tiba masa rakyat khususnya para pengundi di Terengganu membuat perubahan kali ketiga selepas tahun 1959, 1999 dan mungkin 2012 atau 2013 ini.

Lihatlah betapa hebatnya sambutan rakyat yang 'melaut' setiap kali PAS mengadakan perhimpunan baik di peringkat negeri mahu pun nasional seperti Himpunan Bersih 1.0, Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 yang lalu.


























































Tiga bekas pegawai kerajaan ikrar bantu PAS ke Putrajaya

Posted: 02 Jul 2012 07:59 PM PDT

MARANG: Tiga bekas pegawai tinggi kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) ditemukan dan berceramah di satu pentas pada program Himpunan Hijau Ke Putrajaya dan PAS Ganti Umno (PGU) 4.0 yang diadakan di Kampung Padang Mengkuang, Bukit Payong, Marang, semalam.

 
 Ketiga-tiga mereka adalah Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, Datuk Fauzi Shaari, Bekas Ketua Setiausaha Negara, Datuk Ismail Yahya dan Bekas Timbalan Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang, Tuan Haji Abdul Rahman Taib .


Mereka yang telah pun menjadi ahli PAS, melahirkan tekad dan keazaman bersama dengan PAS bagi menggantikan Umno menuju Putrajaya pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.


Haji Abdul Rahman Taib yang sebelum ini pernah berucap pada program Selamat Tinggal Umno di Chukai Kemaman berkata, Umno mesti digantikan kerana parti itu bukan sahaja tidak lagi relevan, bahkan ia dalam keadaaan yang bercelaru.

 
"Saya ingin menambah betapa kelirunya, kerajaan kita sekarang yang didokong oleh Umno di Putrajaya dan di negeri Terengganu ini sendiri. Menegani matlamat perjuangan mereka dan ke mana arah yang ingin dibawa negara Malaysia ini.

"Umno bukan sahaja tidak relevan macam dinasor malah bercelaru lagi. Umno sendiri mengaku dia perjuangan Melayu, Tetapi keanggotaan ahli parti dia jelas bukan sahaja Melayu tetapi Siam ada, Kadazan ada, bukan Islam dan bukan Melayu juga ada jadi ahli Umno," jelasnya di hadapan ribuan hadirin.  
 

Datuk Ismail Yahya pula mendedahkan, beliau telah menjadi ahli PAS sejak lama dulu bahkan ketika mememegang jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik di bawah mantan Perdana Malaysia, Tun Dr Mahathir.
Beliau mendakwa berpegang pada prinsip tidak bersetuju dengan beberapa tindakan yang diambil oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

 
"Saya bukan penyokong PAS baru, saya telah penyokong PAS dari mula perkhidmatan saya. Dan saya telah menjadi ahli (PAS) dan ini kad ahli saya. 

 
"Sebenarnya, saya tidak berminat ceburi politik. Saya pernah ditawarkan oleh Umno untuk jadi calon BN tetapi saya tolak sebab jiwa saya lebih dekat dengan perjuangan Islam (PAS),

 
"Saya juga yang sebenarnya ditarbiahkan oleh Umno. Saya menghadiri kursus Ketuanan Melayu empat kali yang dihadiri oleh Perdana Menteri dan Timbalannya. Tapi saya tak 'termakan'" ujarnya.


Manakala, Datuk Fauzi Shaari pula memberi peringatan kepada kerajaan walau pun beliau terikat dengan etika sebagai seorang bekas pegawai, namun beliau akan mendedahkan 'kebobrokan' kerajaan Umno-BN apabila tiba waktunya.

 
"Cerita mendedahkan itu ini mungkin tidak baik, dari satu seginya mungkin menyalahi peraturan tetapi hal-haltertentu sekiranya perlu walau pun tidak mala mini, akan datang kena timbang-timbanglah terutama bagi menjawab tomohan.

 
"Kita mempunyai kredibiliti dalam bertugas, aturan dan etika. Jadi banyak perkara jika hendak diceritakan dan jika perlu ketikanya nanti akan kita ceritakan. Kita simpan dulu," ujarnya.

Turut hadir adalah Pesuruhjaya PAS Terengganu Haji Mohd Abdul Wahid Endut, timbalan-timbalan Pesuruhjaya dan semua pimpinan PAS peringkat Perhubungan Negeri.

























KHIDMAT MERU

Posted: 03 Jul 2012 09:38 AM PDT

KHIDMAT MERU


KARNIVAL RAKAN MASJID BANDAR BUKIT RAJA

Posted: 02 Jul 2012 04:05 PM PDT








YB Dr Abd Rani bin Osman telah merasmikan Karnival Rakan Masjid Bandar Bukit Raja yang menyaksikan penglibatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor, Pusat Kesihatan Daerah, Lembaga Zakat Selangor dan berbagai pengusaha makanan ringan dan kesihatan telah memeriahkan majlis yang diadakan  2 hari berturut-turut itu.
Turut di adakan ialah berbagai aktiviti sukan bagi seluruh peringkat masyarakat di Bandar Bukit Raja tersebut.

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 03 Jul 2012 09:34 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Polis khasnya SB perlu fokus banteras jenayah

Posted: 03 Jul 2012 12:28 AM PDT

3 Jul 2012 

PETALING JAYA: PKR hari ini mencadangkan agar kerajaan memberi kebebasan kepada pihak polis untuk memerangi jenayah bukannya memerangi rakyat yang berbeza fahaman politik.

Berkata kepada media di Ibu Pejabat PKR, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ali memberitahu mencegah jenayah adalah menjadi satu agenda nasional dan perlu diatasi segera.

Namun, katanya, dari menangani isu jenayah, kerajaan memilih untuk membebankan polis dengan kerja yang tidak masuk akal.

Dalam masa yang sama, kata beliau, kerajaan masih berkeras mengatakan kadar jenayah telah menurun walaupun hakikatnya adalah bertentangan.

"PKR percaya langkah pertama untuk menyelesaikan masalah ini adalah mengakui peningkatan jenayah adalah benar.

"Langkah kedua adalah memastikan pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) membaik pulih sistem dan prosedur umum dalam tugasan mereka," jelasnya.

Dr Wan Azizah juga mencadangkan agar menghentikan menggunakan polis sebagai instrumen 'Police State'.

"Kami meminta kerajaan untuk menghentikan kerja polis Cawangan Khas (SB) mengintip rakyat.

"Kerajaan sepatutnya mengarah SB untuk memfokus pada kerja mengintip jenayah," katanya.

Menurut beliau, pada tahun 2010 SB telah menghasilkan 382 ribu laporan mengenai kegiatan politik rakyat.

Malah menurutnya lagi, SB juga telah menjalankan 351 ribu pemeriksaan keselamatan ke atas rakyatnya, pada keseluruhan SB telah menghasilkan 733 ribu laporan dan berjaya mengintip kira-kiran 4.3 peratus daripada penduduk dewasa di Malaysia.

"Sebagai bandingan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) cuma membuka 212 ribu fail jenayah iaitu kurang daripada 30 peratus daripada jumlah aktiviti mengintip SB.

"Oleh itu, kami mencabar kerajaan untuk mengarahkan 90 peratus aktiviti SB ke arah membanteras jenayah," tambahnya lagi.

Jelas Dr Wan Azizah lagi, jika kerajaan tidak boleh melakukan ini, maka rakyat mesti bangkit demi negara Malaysia yang lebih selamat dan mengakhirkan pemerintahan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya akan datang.

Sebelum itu, beliau turut mengulas tentang penjenayah yang kini lebih terdesak dan berani bertindak pada siang hari dengan menggunakan senapang dan senjata.

Kejadian jenayah yang semakin berleluasa ini menyebabkan rakyat Malaysia hidup dalam ketakutan.

CERAMAH PENERANGAN

Posted: 03 Jul 2012 12:27 AM PDT


Bendera Pas dikoyak, dibakar

Posted: 03 Jul 2012 12:26 AM PDT

3 Julai 2012

KUALA KLAWANG - Pas Kawasan Jelebu melahirkan kekesalan apabila mendapati sembilan bendera parti itu dan PKR dirosakkan malam kelmarin.

Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Jelebu, Noranif Selamat berkata, kejadian disedari pada malam 30 Jun lalu ketika dia dalam perjalanan ke tapak ceramah Pakatan Raya (PR) yang diadakan di Kampung Bukit, Ulu Jelebu.

Menurutnya, ketika melalui simpang ke Kampung Dulang kira-kira jam 8 malam, dia mendapati bendera parti yang dipasang sudah dirosakkan.

"Bendera itu dipasang bersempena ceramah umum PR yang diadakan pada malam tersebut.

"Pada sebelah siangnya jentera Pas Jelebu memasang sembilan bendera termasuk salah satunya bendera PKR di kesemua laluan masuk ke Kampung Bukit bermula dari Pekan Kuala Klawang," katanya.

Noranif berkata, dia dan Ketua Unit Amal Pas Jelebu, Hanafi Ahmad Zainuddin yang berada di lokasi kejadian mendapati kesemua bendera sudah dipotong sehingga separuh dan satu darinya dibakar.

"Mengesyaki ia perbuatan khianat, saya turut melaporkan perkara itu kepada polis pada petang 1 Julai 2012 di Balai Polis Kuala Klawang," katanya.

Katanya, ini adalah kali kedua pihaknya membuat laporan polis mengenai perkara itu.

"Sebelum ini ia pernah berlaku di Pasoh ketika berlakunya ceramah PR.

"Malah ada juga bendera Pas yang dijahit bersama bendera DAP di mana bendera DAP diletakkan di atas bendera Pas dalam keadaan dijahit. Ini merupakan tindakan menghina parti Islam dan kita sebagai ahli Pas amat sensitif akan perkara ini," katanya.

Dalam pada itu katanya, dia meminta agar pihak berkuasa menyiasat perkara itu agar ia tidak berulang pada masa akan datang.

"Walau bagaimanapun kejadian sebegini langsung tidak melemahkan semangat Pas dan PR untuk meneruskan siri ceramah sehingga Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) diadakan," katanya kepada Sinar Harian.

Kadar pengangguran graduan di Malaysia serius?

Posted: 02 Jul 2012 08:03 PM PDT

Adakah ini menunjukkan kadar pengangguran di kalangan para graduan yang memiliki ijazah termasuk para juruterbang amat serius di Malaysia pada ketika ini hinggakan Suruhanjaya Perkhimatan Awam (SPA) mengeluarkan dasar baru dimana SPA membenarkan pemegang Ijazah Sarjana Muda memohon jawatan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)?

Apalah gunanya membuat pinjaman PTPTN puluhan ribu ringgit atau mungkin ratusan ribu ringgit, akhirnya bekerja sebagai kerani atau jual burger hanya untuk membayar balik pinjaman pelajaran.

Pemegang ijazah boleh mohon jawatan SPM
Jul 3 2012  

Suruhanjaya Perkhimatan Awam (SPA) memperkenal dua dasar baru, yang berkuatkuasa semalam, bagi meningkatkan peluang permohonan jawatan dalam perkhidmatan awam.
   
Dasar pertama SPA ialah membenarkan pemegang Ijazah Sarjana Muda memohon jawatan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi membolehkan semua calon bersaing dalam memohon mana-mana jawatan yang bersesuaian tanpa sekatan tahap kelayakan akademik.

Menurut kenyataan SPA, sehingga kini, seramai 852 calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda mengemukakan permohonan ke jawatan yang berkelayakan SPM.

Dasar kedua pula membenarkan calon mengemukakan permohonan sehingga 15 jawatan pilihan dalam Borang Permohonan Pekerjaan Online SPA8i berbanding lima jawatan sebelum ini.
   
Langkah itu bertujuan memberi lebih banyak peluang kepada calon untuk dilantik ke jawatan bersesuaian.
   
Sejak semalam, seramai 5991 calon mengemukakan permohonan untuk lebih daripada lima jawatan.
   
- Bernama


Juruterbang menganggur
2 Julai 2012

Terpaksa kerja sambilan untuk bayar semula pinjaman pengajian

KUALA LUMPUR: Mereka membayar lebih RM200,000 seorang untuk mendapatkan lesen juruterbang komersial (CPL) dan seterusnya menjadi juru terbang, tetapi ada yang menganggur, bekerja kilang dan berniaga burger. Ada juga yang bekerja sambilan di pasar raya dan restoran makanan segera untuk membayar semula pinjaman memasuki sekolah penerbangan serta menampung kos sara hidup selepas gagal menjadi juruterbang


CUEPACS tidak setuju dua dasar baru SPA

2 Julai 2012 - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) tidak bersetuju dengan dua dasar baru yang diperkenalkan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dalam usaha meningkatkan peluang permohonan jawatan ke sektor awam.

Presidennya, Datuk Omar Osman menyifatkan dasar-dasar berkenaan sebagai tidak relevan dan merupakan 'langkah ke belakang' berbanding amalan sebelum ini.

Katanya, dasar tersebut langsung tidak mencerminkan daya saing dalam kalangan pemohon yang berbeza kelayakan malah mendakwa ia adalah satu pembaziran.

"Dasar seumpamanya pernah diamalkan dahulu, calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda layak memohon jawatan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Bagaimanapun, ia lebih banyak mendatangkan masalah berbanding menyelesaikannya, apa akan berlaku kepada calon yang memiliki diploma atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)?.

"Sekiranya calon memiliki ijazah tersebut menerima tawaran yang setimpal dengan kelayakan, sudah tentu dia akan meninggalkan jawatan SPM yang dimiliki. Kemudian, SPA perlu buat lagi temuduga untuk cari pengganti, ia adalah pembaziran dan menyebabkan kekecohan.

"CUEPACS tidak bersetuju dan menolak dasar-dasar baru berkenaan. Ia bukanlah penyelesaian yang realistik kepada masalah 35,000 pemilik ijazah yang bekerja secara kontrak ketika ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan SPA memperkenalkan dua dasar baru bertujuan meningkatkan peluang permohonan jawatan ke sektor awam berkuatkuasa semalam.


N45 Dr Halimah Ali

Posted: 03 Jul 2012 09:23 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


2012: IJAZAH =SPM daripada kacamata kerajaan UMNO,BN??

Posted: 03 Jul 2012 07:43 AM PDT

Pemegang ijazah boleh mohon jawatan SPM
6:38AM Jul 3 2012  
Suruhanjaya Perkhimatan Awam (SPA) memperkenal dua dasar baru, yang berkuatkuasa semalam, bagi meningkatkan peluang permohonan jawatan dalam perkhidmatan awam.
  
Dasar pertama SPA ialah membenarkan pemegang Ijazah Sarjana Muda memohon jawatan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi membolehkan semua calon bersaing dalam memohon mana-mana jawatan yang bersesuaian tanpa sekatan tahap kelayakan akademik.

Menurut kenyataan SPA, sehingga kini, seramai 852 calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda mengemukakan permohonan ke jawatan yang berkelayakan SPM.

Dasar kedua pula membenarkan calon mengemukakan permohonan sehingga 15 jawatan pilihan dalam Borang Permohonan Pekerjaan Online SPA8i berbanding lima jawatan sebelum ini.
  
Langkah itu bertujuan memberi lebih banyak peluang kepada calon untuk dilantik ke jawatan bersesuaian.
  
Sejak semalam, seramai 5991 calon mengemukakan permohonan untuk lebih daripada lima jawatan.
Bernama

Jasindaily Online

Posted: 03 Jul 2012 09:23 AM PDT

Jasindaily Online


Himpunan Oren Selamatkan Felda

Posted: 02 Jul 2012 08:08 PM PDT


Himpunan Oren  Selamatkan Felda 
Tarikh : 14 Julai 2012 
Hari : Sabtu 
Jam ; 2.00 Petang 
Tempat : Masjid Wilayah Jalan Duta 
Semua Dijemput Hadir 

"HIMPUNAN OREN SELAMATKAN FELDA'

Duit Rakyat Terus Dipunahkan ..

Posted: 02 Jul 2012 07:54 PM PDT

Lawatan YAB DS Najib Tun Razak ke United Kingdom dan Amerika Syarikat pada bulan Mei lalu memakan belanja wang rakyat hampir RM3 juta. Lawatan ke London, UK untuk menghadiri jamuan makan Putera Charles pada 13 hingga 15 Mei memakan belanja RM849,175. Lawatan kerja Najib ke Amerika pula untuk menghadiri mesyuarat Global Science and Innovation Advisory Council di New York pada 15 hingga 18 Mei menelan belanja RM1.606 juta. Manakala belanja para pegawai yang mengiringi lawatan peribadi Perdana Menteri ke Washington pada 19 hingga 24 Mei pula adalah RM452,985 juta. Tahniah!

KM MELAKA LAGI MULIA DARI TYT ?

Posted: 02 Jul 2012 07:52 PM PDT



KM Melaka , Datuk Seri Mohd Ali Rustam dengan mengah mengakui bahawa beliau lebih berkuasa dari TYT Gabenor Melaka. Benarkah Begitu ? Gambar ini Mendedahkan segalanya ..

PM SALAH GUNA PESAWAT RASMI ?

Posted: 02 Jul 2012 07:50 PM PDT


"Selepas didesak oleh anggota parlimen pembangkang, Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengakui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bercuti peribadi di Milan menggunakan pesawat rasmi. Bagaimanapun, menurut jabatan itu, hanya jumlah minimum pegawai-pegawai mengiringinya dalam percutian itu bagi memastikan keselamatannya terjaga. Keseluruhan lawatan peribadinya daripada 18 hingga 25 Mei - dua hari di Washington dan lima hari ke Milan dengan transit di Dubai - menelan belanja RM273,799.57 menggunakan wang pembayar cukai, jelas Timbalan Menteri di JPM Liew Vui Keong kepada parlimen malam tadi." - Apa ni??? SPRM tak nak pulak buka kes????

PAS Kulaijaya

Posted: 03 Jul 2012 07:18 AM PDT

PAS Kulaijaya


Pembinaan Rumah Mak Teh.

Posted: 03 Jul 2012 03:16 AM PDT

JOM MAKAN DURIAN

Posted: 02 Jul 2012 06:36 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 03 Jul 2012 07:04 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


KEMBARA RUNGKUP '12 : PEMUDA PERLU DEKATI PERJUANGAN PAS SEBENAR !

Posted: 02 Jul 2012 11:08 PM PDT

KEMBARA RUNGKUP '12 : TERIMA KASIH ANAK MUDA BERSAMA PAS.

Posted: 02 Jul 2012 09:42 AM PDT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan