Selasa, 3 Julai 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


DUN BUKIT PAYONG

Posted: 03 Jul 2012 03:19 AM PDT

DUN BUKIT PAYONG


Dakwa amil yang tidak amanah

Posted: 02 Jul 2012 11:32 AM PDT

Marang : Kerajaan hari ini digesa agar membawa amil-amil yang tidak amanah ke muka pengadilan untuk didakwa.

Gesaan ini dibuat oleh Adun Bukit Payong Ustaz Mohd Nor Hamzah ketika mengulas tentang laporan isu pemecatan 39 orang amil yang dikatakan tidak beramanah oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) semalam.
Semalam sebuah akhbar mengemukakan laporan pemecatan amil-amil oleh Maidam itu yang disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri, Khazan Che Mat.
Menurut Khazan, pemecatan serta merta itu dilihat wajar sebagai pengajaran bagi mereka yang tidak amanah dalam melaksanakan tanggungjawab.
Yang DiPertua Maidam, Datuk Mazlan Hashim berkata, pihaknya mempunyai bukti kukuh untuk mensabitkan kesalahan mereka dan tindakan tegas yang diambil itu merupakan pengajaran kepada yang lain agar tidak sesekali mengulangi kesalahan yang sama.
Mengulas lanjut tentang hal ini, Ustaz Mohd Nor meminta Maidam menyenaraikan sepenuhnya kesalahan-kesalahan yang telah dilakukan oleh amil-amil tersebut.
"Maidam seharusnya menyenaraikan sepenuhnya kesalahan-kesalahan mereka itu, bukan hanya sebahagian sahaja.
Kita minta supaya mereka didakwa atas kesalahan ini kerana kita bimbang berlaku kezaliman ke atas amil-amil ini dan ini sepatutnya Maidam hindari.
Sekiranya ada diantara amil-amil tersebut merasakan diri mereka dizalimi maka kita mohon agar mereka sedia menyatakan sikap mereka atas hal ini," saran beliau.
Tambah beliau lagi isu ini perlu ditangani dengan serius kerana ia mungkin boleh menyebabkan kepercayaan orang ramai kepada amil-amil akan musnah.

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 03 Jul 2012 01:44 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Aktivis Royalti terus kempen walau dibelasah

Posted: 03 Jul 2012 01:22 AM PDT

13 Syaaban 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU: Biarpun berdepan tentangan dari pihak tertentu sehingga beberapa aktivis Royalti cedera dipukul minggu lalu, Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Negeri Kelantan (Royalti) tetap meneruskan desakan dan kempen mereka.

Pada 7 Julai ini, satu lagi program yang dinamakan 'Berjalan untuk Royalti' akan diadakan pihak mereka.

Menurut setiausahanya Hisyamuddin Ghazali, program itu akan diadakan di sekitar Stesen Bas Bandar Kota Bharu termasuk Pasaraya Giant dan Pasar Siti Khadijah bermula jam 2 hingga 4 petang.

"Tujuan program ini dibuat kerana mahu mengumpulkan aktivis royalti dan menyebarkan maklumat kepada rakyat di negeri ini.

"Setakat ini kita tidak mendapat liputan yang baik dari media cetak mahupun media elektronik, dan kami terpaksa bertemu sendiri dengan masyarakat," katanya kepada harakahdaily.

Pada himpunan di hadapan pejabat SUK 26 Jun lalu, enam aktivis royalti cedera didakwa dipukul oleh pihak tertentu ketika bertembung dengan kumpulan NGO pro Umno Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK).

Himpunan Royalti yang memakai logo 'R' untuk royalti, bertujuan menjunjung titah baginda Sultan Kelantan yang menyokong pendaratan minyak dan gas ke negeri itu.

Mengulas lanjut himpunan Sabtu ini, Hisyamuddin berkata pihaknya telah memaklumkan kepada pihak polis untuk tujuan keselamatan.

Dalam perkembangan berkaitan, Hisyamuddin memberitahu pihak Royalti akan mendedahkan hasil kajian impak ekonomi Pendaratan Gas di Songkla, Thailand yang dijalankan mereka baru-baru ini.

Seramai 28 orang deligasi aktivis Royalti telah pergi ke negara Gajah Putih itu minggu lalu bagi melihat kesan sosio ekonomi kawasan yang terlibat dengan pendaratan petroleum itu.

"Di sana kita telah membuat kajian lapangan, kita bertemu masyarakat setempat, beberapa agensi kerajaan yang berkaitan serta pihak universiti di sana.

"Banyak penemuan-penemuan penting yang kita perolehi dan kita akan dedahkan dalam masa terdekat," katanya.

Harakah Daily

Blogger pro-Umno terus serang NST

Posted: 03 Jul 2012 12:34 AM PDT

13 Syaaban 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Selepas menyerang Ketua Pengarang Kumpulan NSTP Jalil Hamid ekoran berita dalam Berita Harian yang menyiarkan berita simpati kepada bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, blogger pro Umno tidak berpuas hati nampaknya.

(Gambar yang disiarkan blog pro-Umno ketika menyerang NST)

Hari ini, blog Unspinner itu menyerang Jalil lagi dengan berkata, serangan mereka kepadanya adalah serius, bukan main-main.

"Ia bukan sebarangan dan hanya teguran saja seperti di lembutkan Rocky Bru," tulis posting Unspinner hari ini.

Semalam, blogger ini menyiarkan berita yang menyerang Jalil ekoran laporan Berita Hairan yang menyiarkan kenyataan Tan Sri Abu Bakar Abdullah yang mendakwa beliau dipecat.

Jalil dituduh mensabotaj Perdana Menteri, Datuk Seri Najib apabila menyiarkan berita itu.

Serangan blogger Umno hari ini bukan terhenti terhadap Jalil sahaja bahkan ia dikaitkan dengan beberapa editor kanan dan wartawan NST yang dianggap mereka tidak wajar dikekalkan.

Antara sebab lama adalah sama seperti bekas Ketua Kumpulan Pengarang Datuk Zainul Ariffin masih mengekalkan orang-orang Kalimullah dan seolah-olah mengekalkan pemikiran Neo-Liberal atau Melayu Liberal dalam NST dan BH, tulis Unspinner.

Menurut sumber NST, serangan terhadap Lee Siew Lan yang merupakan isteri kepada Leslie Lau, salah seorang penggerak utama The Malaysian Insiders (TMI), adalah wartawan Business Desk di NST tidak berapa kena.

Ini kerana, Lee Siew Lan yang didakwa pembocor rahsia tegar NST ke TMI itu sudah tidak ada lagi di NST.

Turut diserang adalah Zubaidah Abu Bakar yang dianggap "Wartawan yang jelas-jelas pro PAS dan pembangkang."

"Syed Nazri pula apa perlu dikekalkan lagi? Dia hanya mengambil gaji buta dan tidak buat apa-apa? Bukankah lagi elok diangkat dan dinaikkan pangkat wartawan dari dalam.

"Dia pun adalah pembodek Kalimullah dahulu," tulis blogger itu yang turut menjadikan Syed Nazri sebagai sasaran.

Bertambah teruk lagi, kata blog itu, adalah Jalil Hamid membawa balik seorang kuat Kalimullah yang telah berhijrah ke Astro awani sebagai Editor-in-chief, Azizi Othman untuk jawatan Executive Editor Special Project.

"Special project apa itu? Project sabo PM ke?" soal blogger itu.

Menurut blog itu juga, Datuk Jamaludin Jarjis (JJ) yang kini dikatakan pengarah 'War Room' Najib, juga marah kepada Jalil Hamid.

"Satu lagi sebab ada berkaitan dengan kisah pembocoran kononnya pertemuan Datuk Dr Jamaluddin Jarjis dengan pasukan NST bahawa seolah-olah 5 perkara utama BN adalah Felda, NFC, AirAsia-MAS, gaji kakitangan kerajaan dan NFC.

"Difahamkan Jalil Hamid adalah orang yang membocor dan membuat cerita sedemikian hingga JJ menjadi marah," tulis blog itu lagi.

Itu sebab NST kini tidak membantu langsung peranan penerangan kerajaan dan komukasi politik Umno dan BN.

"Mereka hanya pelapor saja dan tidak dipercayai untuk menjalankan apa saja gerak gempur," tulis blog itu.

Harakah Daily

SBPA: Kenapa kambing hitamkan Abu Bakar?

Posted: 03 Jul 2012 12:16 AM PDT

13 Syaaban 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri tidak seharusnya mengkambinghitamkan Tan Sri Abu Bakar Abdullah (gambar) ekoran kegagalan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), kata Datuk Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS.

Mahfuz berkata, adalah tidak adil untuk Perdana Menteri bertindak sedemikian memandangkan Abu Bakar hanya meneruskan pelaksanaan skim itu sebagaimana dipersetujui sebelum ini oleh kabinet.

"Kalau tindakan ke atas Abu Bakar ini kerana kegagalan SPBA yang menimbulkan krisis dan kontroversi, saya katakan ia satu tindakan yang tidak adil sama sekali," katanya dalam sidang media di Pejabat Agung PAS tengah hari tadi.

Abu Bakar telah ditamatkan perkhidmatannya sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) lebih awal sebelum sampai tempoh umur 60 tahun selepas perlantikan Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang baru.

Abu Bakar sebelum ini disebut-sebut bakal dilantik sebagai KSN kerana beliau adalah pegawai kerajaan paling kanan selepas KSN.

Mahfuz percaya jika ini boleh berlaku kepada seorang ketua pengarah apalah pula kepada 1.4 juta kakitangan awam yang menjadi mangsa politik kerajaan yang dalam keadaan tertentu akan berlepas tangan.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, menuntut Perdana Menteri menjelaskan kewajaran pemecatan Abu Bakar yang seolah-olah dirahsiakan kerana beliau tidak mahu pentadbiran kerajaan memiliki pegawai tinggi yang bersikap 'yes man'.

Sehubungan itu, Mahfuz tidak menolak kerajaan menggunakan Perkara 49 Peraturan Pegawai awam dan Tatatertib (kelakuan dan tatatertib) untuk menamatkan perkhidmatan Abu Bakar.

"Saya ingin dapatkan penjelasan daripada kerajaan adakah benar berita tersebut, iaitu penamatan (tugas Abu Bakar) dibuat dengan menggunakan perkara 49," katanya.

Menurut Mahfuz, selepas dirujuk beberapa pihak, peraturan tersebut digunakan "atas keselamatan negara" di mana anggota perkhidmatan awam didakwa melakukan kegiatan yang dianggap "merugikan negara, subversif atau mengancam keselamatan negara".

"Kalau benar, kerajaan diminta memperjelaskan kepada 1.4 juta penjawat awam, apakah kegiatan jenayah yang dilakukan oleh Abu Bakar sehingga kerajaan menggunakan perkara 49 itu," kata Mahfuz.

Bagaimanapun, Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa tidak menyatakan sebab-sebab perkhidmatan Abu Bakar ditamatkan.

Berikutan kekosongan tersebut, Dr Ali berkata Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), Datuk Farida Mohd Ali akan menjalankan tugas-tugas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam berkuatkuasa semalam.

Spekulasi yang timbul di blog sebelum ini mengatakan bahawa Abu Bakar ditamatan perkhidmatan ekoran skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Harakah Daily

FGV - Untungnya secupak, ruginya segantang

Posted: 03 Jul 2012 12:15 AM PDT

13 Syaaban 1433H. [MOD] -

Saham FGV (Felda Global Ventures) ditutup dengan harga RM5.39 semalam. Ini bermakna FGV telah mendapat kenaikan harga sebanyak 84 sen. Tahniah kepada sesiapa yang mendapat tawaran dengan jumlah yang besar yang telah dibahagi-bahagikan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa baru-baru ini.

Jika Isa Samad misalnya mendapat 5 juta saham semasa penyenaraiannya maka Isa telah mendapat keuntungan sebanyak RM4 juta jika beliau menjualnya kepada pasaran hari semalam.

Tetapi yang saya hendak bertanya agaknya berapalah peneroka-penoroka dapat hasil dari penjualan 810 unit saham yang diheboh-hebohkan oleh pihak kerajaan itu? Jika mereka menjual saham-saham yang mereka beli melalui pinjaman bank itu, boleh ke tidak peneroka dapat membeli setidak-tidaknya sebuah kereta kancil 'second hand'?

Seperti mana yang kita semua ketahui peneroka telah diperuntukkan sebanyak 810 unit saham sahaja bagi satu keluarga. Kalau dipatah-patahkan jari untuk membuat perkiraan ia bermakna peneroka hanya mendapat RM680 sahaja. Pendeknya peneroka tidaklah mendapat sebanyak mana. Kalau kita dengar publisitinya dahulu seolah peneroka akan menjadi kaya raya setidak-tidaknya dapatlah setengah juta seorang, kerana peneroka telah memerah keringat mereka selama lima dekad lamanya.

Setelah ditolak kos 'processing' sebanyak RM200 maka sekeluarga peneroka akan hanya mendapat sebanyak RM480 sahaja. Itu untuk satu keluarga. Kalaulah keluarga peneroka ada seramai 6 orang maka, seorang ahli keluarga mendapat RM48 seorang. RM48 itu jika dibelikan rokok Lucky Strike yang saya hisap itu maka setiap ahli keluarga peneroka dapatlah sebanyak 4 kotak sahaja.

Jika harganya naik sampai RM10 sekali pun sebuah keluarga peneroka hanya mendapat RM8,100 sahaja dan itu belum ditolak kos 'pemprosesan' yang dikenakan oleh CIMB misalnya. Dalam isu ini kita nampak peneroka hanya mendapat air tangan sahaja. Yang mendapat keuntungan besar ialah orang-orang kaya dan besar-besar yang tidak pernah menjejak kaki ke tanah rancangan Felda itu.

Setelah bertungkus lumus selama 50 tahun peneroka hanya boleh diibaratkan seperti kerbau yang membajak sawah pagi ke petang, tetapi tikus yang gemuk-gemuk memakan dengan enaknya di kepuk padi. Bagi saya peneroka-peneroka telah dipergunakan oleh pihak yang melakukan penyenaraian itu.

Tetapi apakan daya peneroka begitu terloncat-loncat kegembiraan kerana percaya kepada tindakan Najib dan pimpinan tertinggi UMNO Baru itu. Dalam isu ini peneroka-peneroka tidak boleh menyalahkan mana-mana pihak kerana segala usaha yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu untuk membatalkan penyenaraian itu tidak mendapat kerjasama dari peneroka.

Sekarang ada peneroka yang sudah mula merasakan mereka telah dipergunakan oleh pimpinan kita untuk kepentingan saku mereka (pimpinan) sahaja. Bagi kami yang tidak boleh berbuat apa-apa kami hanya boleh berkata di dalam hati kami "padan muka!" sahaja.

Tidak tahu lah berapa lama peneroka sekeluarga boleh bertahan dengan seribu dua hasil dari penyenaraian itu. Mereka sahajalah yang akan merasakannya. Tetapi apa yang mereka akan dapat tahu tidak lama lagi ialah mereka sebenarnya tidak lagi ada kena mengena dengan FGV. KPF tidak mempunya apa-apa saham dalam FGV. KPF hanya mempunya saham dalam 'special purpose vehicle' (SPV), Felda Asset Holdings yang mempunyai saham besar di dalam FGV. Dividen dan sebagainya akan diterima oleh Felda Asset Holding sahaja. Lain-lain perkataan peneroka memang sudah terpisah dengan FGV bermula dari sekarang.

In the first place, apa perlunya Felda disenaraikan kalau tidak kerana kepentingan setengah pihak yang berwajib? Selalunya syarikat akan disenaraikan di pasaran saham hanya kerana satu dua sebab sahaja dan Felda tidak mempunyai alasan untuk disenaraikan.

Pertamanya jika seseorang itu telah berjaya membina syarikat peribadi mereka dengan jayanya dan ingin untuk berehat kerana elemen umur dan sebagainya mereka akan senaraikan di pasaran jika telah melepaskan syarat-syarat yang ditetapkan. Empunya syarikat akan menjual setengah dari saham mereka kepada 'public' dan mereka akan memberikan pemegang saham yang baru untuk menguruskan syarikat yang telah disenaraikan itu.

Ahli-ahli Lembaga Pengarah Syarikat yang baru disenaraikan itu dengan persetujuan mesyuarat agung syarikat untuk melantik ahli-ahli lembaga pengarah serta pengurus-pengurus yang berkelayakan untuk meneruskan perniagaan syarikat tersebut.

Sebab keduanya ialah jika syarikat yang ingin mengembangkan perniagaannya, mengapungkan sahamnya dipasaran merupakan cara yang paling lazim kerana dengan cara itu syarikat akan memperolehi dana awam untuk kegunaan memperkembangkan perniagaan syarikat.

Tetapi dalam kes Felda ini apa perlunya ia disenaraikan kerana Felda yang dikatakan sangat berjaya itu memperolehi perolehan sebanyak RM4 sehingga RM5 billion setahun? Felda tidak perlu mendapatkan dana dari terbitan awam tetapi kenapa ia disenaraikan juga?

Pendeknya penyenaraian Felda ini sebenarnya hanyalah untuk kepentingan pihak lain, bukannya untuk kepentingan peneroka kita…...kadang-kadang sedih juga melihat bagaimana peneroka yang telah berhempas pulas untuk meneroka tanah itu selama lima puluh tahun akhirnya setelah begitu berjaya datanglah pihak lain untuk meraih keuntungan dari penat dan jerih peneroka-peneroka selama lima dekad itu.

Peneroka hanya disogok sebanyak RM15 ribu untuk memudahkan peneroka bersetuju untuk melakukan kerja yang amat menyayat hati kepada siapa yang nampak tujuan tidak molek setengah pihak untuk menyenaraikan saham-saham Felda kepada awam.

Tapi nak kata apa? Pemimpin utama kita lupa pada dasar asal Felda itu ditubuhkan. Nampaknya peneroka sekarang ini dapat untung secupak ruginya segantang.

Harakah Daily

Mangsa mogok kena Hepatitis B, diugut pecat

Posted: 03 Jul 2012 12:10 AM PDT

13 Syaaban 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Seorang tahanan ISA terpaksa menghentikan mogok lapar mereka apabila masuk hari ke 13 hari ini apabila diserang Hepatitis B.

Mata Razali Kassan membengkak dan kekuningan kerana terkena jangkitan itu, kata Syed Ibrahim Syed Noh Pengerusi, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan Syukri Razab, Penyelaras Suaram, Sekretariat GMI dalam kenyataan bersama mereka.

Razali Kassan juga merupakan tahanan yang dilaporkan telah dipukul dan diludah oleh pegawai KemTa semasa menyertai mogok lapar.
Hepatitis B merupakan penyakit berjangkit yang boleh merebak melalui darah dan cecair badan yang tercemar.

Sekiranya tidak dirawat, hepatitis B boleh menyebabkan penyakit kronik seperti radang hati.

GMI juga mendapat maklumat Fadzullah Razak yang telah memulakan mogok lapar masih nekad dan akan terus mogok sehingga semua tahanan dibebaskan.

"Berdasakan maklumat yang diperolehi, walaupun telah diasingkan daripada tahanan lain dan dipaksa untuk berhenti, Fadzullah tetap meneruskan mogok lapar," kata kenyataan itu.



Berpuasa setiap hari

Begitu juga seorang tahanan daripada Sabah yang bernama Bakar bin Baba yang dilaporkan sebagai berpuasa setiap hari.

Bakar yang merupakan seorang guru juga dilaporkan telah menerima surat buang kerja daripada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) atas alasan melanggar tatatertib ekoran penahanannya di bawah ISA.

Walau bagaimanapun, surat itu sampai ke rumah Bakar yang berada di Tawau dan surat itu telah dipanjangkan oleh keluarganya kepada pihak KemTa.

Namun sehingga ke hari ini belum ada sebarang maklum balas mengenai surat itu daripada Bakar.

Ini kerana, jika surat itu tidak dijawab dalam masa 14 hari, Bakar akan dibuang kerja.

GMI juga mendapat maklum Bakar didenda untuk tidak boleh menggunakan telefon dan berhubung dengan surat ekoran beliau menyertai mogok lapar.

Sekiranya Bakar dibuang kerja, keadaan ini sudah pasti lebih menyukarkan keluarganya yang bergantung penuh pada pendapatannya sebagai guru, kata kenyataan itu.

Sementara itu, GMI membuat tiga tuntutan iaitu:


1. Pihak KemTa perlu membenarkan peguam yang akan melawat KemTa untuk hadir bersama doktor bagi membolehkan keadaan pesakit diperiksa oleh doktor selain daripada pegawai perubatan yang disediakan oleh pihak KemTa.


2. GMI juga mendesak agar Menteri Dalam Negeri memberi jaminan bahawa semua tahanan akan dibenarkan menggunakan akses telefon dan surat menyurat bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih sukar seperti mana yang sedang dihadapi oleh Bakar bin Baba


3. GMI mendesak Menteri Dalam Negeri untuk memastikan tidak ada hukuman atau denda yang dikenakan ke atas tahanan yang bermogok lapar termasuk tidak menghadkan tempoh pertemuan keluarga seperti mana yang telah berlaku terhadap tahanan Mustawan, Razali dan Fadzullah.


GMI juga berpendirian:


GMI tetap dengan pendirian bahawa semua isu yang berlaku akan selesai sekiranya Menteri Dalam Negeri bersedia untuk membebaskan kesemua tahanan ISA. Keegoan Menteri mempertahankan tindakan hanya akan menyebabkan keadaan menjadi lebih keruh.

GMI juga berpendirian tindakan pihak KemTa yang mendenda tahanan yang menyalurkan maklumat keluar daripada KemTa juga merupakam tindakan yang tidak bertanggungjawab.

Apakah tindakan untuk memaklumkan kepada keluarga mengenai salah laku pegawai KemTa dan penderaan yang dialami tahanan merupakan satu kesalahan?

"Sifat pihak KemTa ini dilihat amat tidak professional dan lebih dilihat sebagai cuba melindungi sesuatu daripada diketahui umum," kata kenyataan itu lagi.

Harakah Daily

Arahan Presiden PAS: Anggap polis sebagai rakan

Posted: 03 Jul 2012 12:08 AM PDT

13 Syaaban 1433H. [MOD] -

TEMERLOH: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, pasukan keselamatan adalah rakan PAS dan bukannya musuh.

Oleh itu, beliau meminta semua ahli PAS memahami perkara ini kerana mereka adalah kakitangan kerajaan yang melaksanakan arahan daripada kerajaan.

"Kita jangan bermusuh dengan polis, askar dan kakitangan kerajaan kita hanya lawan BN sahaja," katanya dihadapan 20,000 penyokong PAS pada Himpunan Hijau ke Putrajaya Pahang baru-baru ini.

Perhimpunan itu diadakan di Dataran Hikmah, Kerdau.

Ustaz Abdul Hadi turut memberi jaminan pemimpin Umno tidak perlu bimbang dengan PAS kerana PAS tidak akan membalas dendam sekiranya berkuasa.

Malah beliau turut memberi jaminan pemimpin Pakatan Rakyat lain juga akan melakukan perkara sama iaitu tidak akan membalas dendam sekiranya berkuasa.

Menurut beliau, yang baru pulaang dari negara-negara Arab, beliau dimaklumkan ramai rakyat Malaysia bekerja di sana tidak dapat mengundi dalam pilihan raya kerana Malaysia tidak mengizinkan rakyatnya di luar negara mengundi tidak seperti negara lain.

"Mereka itu tidak boleh mengundi pos," katanya.

Abdul Hadi turut mengingat ahli PAS dan Pakatan Rakyat supaya bersiap sedia untuk mengambil alih Putrajaya jika diizinkan Allah.

Katanya perubahan akan berlaku dan semua petugas perlu bekerja dengan ikhlas.

Harakah Daily

Polis khasnya SB perlu fokus banteras jenayah

Posted: 03 Jul 2012 12:07 AM PDT

13 Syaaban 1433H. [MOD] -

PETALING JAYA: PKR hari ini mencadangkan agar kerajaan memberi kebebasan kepada pihak polis untuk memerangi jenayah bukannya memerangi rakyat yang berbeza fahaman politik.

Berkata kepada media di Ibu Pejabat PKR, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ali memberitahu mencegah jenayah adalah menjadi satu agenda nasional dan perlu diatasi segera.

Namun, katanya, dari menangani isu jenayah, kerajaan memilih untuk membebankan polis dengan kerja yang tidak masuk akal.

Dalam masa yang sama, kata beliau, kerajaan masih berkeras mengatakan kadar jenayah telah menurun walaupun hakikatnya adalah bertentangan.

"PKR percaya langkah pertama untuk menyelesaikan masalah ini adalah mengakui peningkatan jenayah adalah benar.

"Langkah kedua adalah memastikan pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) membaik pulih sistem dan prosedur umum dalam tugasan mereka," jelasnya.

Dr Wan Azizah juga mencadangkan agar menghentikan menggunakan polis sebagai instrumen 'Police State'.

"Kami meminta kerajaan untuk menghentikan kerja polis Cawangan Khas (SB) mengintip rakyat.

"Kerajaan sepatutnya mengarah SB untuk memfokus pada kerja mengintip jenayah," katanya.

Menurut beliau, pada tahun 2010 SB telah menghasilkan 382 ribu laporan mengenai kegiatan politik rakyat.

Malah menurutnya lagi, SB juga telah menjalankan 351 ribu pemeriksaan keselamatan ke atas rakyatnya, pada keseluruhan SB telah menghasilkan 733 ribu laporan dan berjaya mengintip kira-kiran 4.3 peratus daripada penduduk dewasa di Malaysia.

"Sebagai bandingan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) cuma membuka 212 ribu fail jenayah iaitu kurang daripada 30 peratus daripada jumlah aktiviti mengintip SB.

"Oleh itu, kami mencabar kerajaan untuk mengarahkan 90 peratus aktiviti SB ke arah membanteras jenayah," tambahnya lagi.

Jelas Dr Wan Azizah lagi, jika kerajaan tidak boleh melakukan ini, maka rakyat mesti bangkit demi negara Malaysia yang lebih selamat dan mengakhirkan pemerintahan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya akan datang.

Sebelum itu, beliau turut mengulas tentang penjenayah yang kini lebih terdesak dan berani bertindak pada siang hari dengan menggunakan senapang dan senjata.

Kejadian jenayah yang semakin berleluasa ini menyebabkan rakyat Malaysia hidup dalam ketakutan.

Harakah Daily

Hasil ragut dibuang beg dalam semak

Posted: 02 Jul 2012 10:09 PM PDT

13 Syaaban 1433H. [MOD] -

MASJID TANAH - Penemuan beg serta barangan dipercayai hasil ragut, menggemparkan penduduk Kampung Londang, di sini, kelmarin.

Barangan tersebut ditemui di kawasan kebun milik penduduk di Jalan Laksamana Dua dipercayai lokasi persinggahan sementara peragut untuk menggeledah hasil kerja jenayah mereka.

Dalam kejadian kira-kira 5.30 petang itu, seorang penduduk, Rasul Ahmad, 46, terjumpa dengan beg tangan wanita semasa menebas semak samun di kebun getah miliknya.

"Semasa sedang menebas, mata saya terpandang satu objek pelik yang sebahagiannya tertanam. Pada mulanya, saya tidak hiraukannya, sebaliknya beredar ke kawasan lain," katanya.

Menurutnya, dia kemudian tidak sedap hati, lalu berpatah semula dan membelek objek berkenaan sebaik saja selesai kerja menebas.

"Saya mengambil sebatang kayu dan mencungkilnya beberapa kali sebelum berjaya dikeluarkan.

"Terkejut saya apabila mendapati barangan itu adalah beg tangan kulit dan di dalamnya terdapat kad pengenalan seorang wanita berbangsa Cina berusia 33 tahun," katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.

Rasul bagaimanapun percaya wanita terbabit adalah mangsa ragut sebelum begnya dilemparkan di kawasan semak itu.

Dia kemudiannya menghubungi Balai Polis Masjid Tanah berikutan penemuan itu.

"Sementara menunggu polis tiba, saya sempat membelek beg tangan berkenaan yang hampir dipenuhi dengan tanah dan akar kayu. Ia dipercayai dibuang di situ sejak sekian lama," katanya.

Difahamkan, pemeriksaan polis turut menemui MyKad, lesen memandu, kad kredit dan kad ATM dan dokumen peribadi.

Sinar Harian

Euro 2012: Saat magis La Roja

Posted: 02 Jul 2012 10:06 PM PDT

13 Syaaban 1433H. [MOD] -

JENERAL padang Sepanyol, Andres Iniesta percaya kejayaan mereka mencipta hatrik merangkul kejohanan besar utama dunia pasti tidak mampu disamai pasukan lain selepas ini.

Malah, pemain Barcelona itu turut melayangkan pujian bermakna dengan menyifatkan kemenangan di pentas final Euro 2012 mengatasi Itali pada awal pagi semalam sebagai magis dan unik.

"Bola sepak Sepanyol kini meniti satu tahun yang penuh ajaib. Kami hadir dengan pakej lengkap sebagai satu pasukan dan wajar berbangga dengan pencapaian ini.

"Biarlah kami menikmati kegembiraan ini yang barangkali sukar untuk diulangi lagi pada masa depan," katanya.

Sinar Harian

Nik Aziz lancar buku 'Bertemu Janji Allah'

Posted: 02 Jul 2012 09:58 PM PDT

13 Syaaban 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM: Sempena Pesta Buku Selangor 2012, Kemilau Publika akan melancarkan buku karya Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berjudul 'Bertemu Janji Allah'.

Majlis akan diadakan pada 8 Julai 2012 (Ahad), jam 11.00 pagi bertempat di Pusat Konvensyen SACC Shah Alam.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga akan menyertai majlis itu bagi memeriahkan majlis tersebut. Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dijangka akan turut serta di majlis ini.

Buku ini adalah kompilasi daripada kuliah Tok Guru Nik Aziz yang boleh dianggap segar sepanjang zaman.

Buku Bertemu Janji Allah ini mengajak pembaca menyelusuri jalan-jalan di mahsyar yang menyayat hati.

"Dengan mengikuti huraian tentang hari kiamat dan alam akhirat, Tok Guru cuba mendorong kita menjadi mukmin yang cintakan akhirat kerana di sanalah kesenangan abadi," kata penerbitnya, Masri Abu Soed.

Buku 'Bertemu Janji Allah' boleh didapati dengan harga RM39.00 dan diskaun hebat disediakan.

Buku ini adalah edisi kulit keras (hard cover) dan sudah berada di semua kedai-kedai buku utama seluruh negara termasuk MPH & Popular Bookstores.

Orang ramai dijemput hadir beramai-ramai dan masuk adalah percuma.

Harakah Daily

Bukit Botak: Umno cuba beri tawaran palsu

Posted: 02 Jul 2012 09:57 PM PDT

13 Syaaban 1433H. [MOD] -

KAJANG: Gara-gara dengki dengan kejayaan Pakatan Rakyat Selangor menyelesaikan masalah Projek Perumahan Bukit Botak, pemimpin Umno Selangor sekali cuba merampas kejayaan tersebut dengan menawarkan harga yang tidak munasabah kepada peserta skim itu.

Menurut Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Samad (gambar), Adun dari Umno Selangor sekarang berlumba-lumba untuk menonjolkan diri sebagai wira bagi menyelesaikan apa yang mereka sendiri gagal selesaikan selama lebih 20 tahun.

"Apa yang saya tahu, ada Adun Umno tawarkan harga antara RM60 ribu hingga RM70 ribu. Lepas tu ada lagi seorang lagi Adun Umno menawarkan RM42 ribu.

"Saya bimbang nanti ada pula YB Umno yang tawarkan harga RM10 ribu pula, jadi macam sarkis.

"Ini bukannya jual beli ikan, tetapi melibatkan berjuta-juta ringgit, lagipun harga yang kita tawarkan jauh lebih rendah dari harga sebenar," kata Iskandar ketika ditemui selepas Majlis Dialog Bersama Penduduk Pangsapuri Anggerik di sini baru-baru ini.

Masalah Projek Perumahan Bukit Botak yang lebih 20 tahun terbengkalai dan gagal diselesaikan oleh pentadbiran Umno-BN yang lama akhirnya berjaya diselesaikan dalam tempoh kurang lima tahun setelah Pakatan Rakyat menerajui Selangor.

Kerajaan Selangor menawarkan harga RM99,000 kepada peneroka asal kawasan ini dan jauh lebih rendah berbanding harga sebenar yang mencecah lebih RM160,000.

Pengurangan harga dibayar subsidi sebanyak RM79.6 juta oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Iskandar turut mengingatkan pembeli unit kediaman Projek Perumahan Bukit Botak agar tidak termakan dengan tawaran palsu Umno.

"Saya harap penduduk tak percaya sebab dah lebih 20 puluh tahun, mereka tak buat apa, tak diselesaikan.

"Bila kita berjaya selesaikan dalam masa tak sampai lima tahun pentadbiran Pakatan Rakyat, mereka tawarkan macam-macam pula," ujarnya lagi.

Harakah Daily

Petani mohon baja dipaksa pasang bendera BN

Posted: 02 Jul 2012 09:52 PM PDT

13 Syaaban 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU: Isu diskriminasi baja cap dacing yang berlarutan sejak 20 tahun lalu, dikejutkan pula apabila ada petani dipaksa memasang bendera Barisan Nasional (BN) sebelum borang bantuan ditandatangani.

Borang tersebut perlu ditandatangani Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) sebagai syarat bagi mendapatkan baja subsidi.

Isu terbaru itu didedahkan Hassan Mohamood (PAS-Tawang) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan hari ini.

Katanya, isu berkenaan berlaku di Kampung Takel di mana petani yang datang untuk menandatangani borang permohonan baja subsidi cap dacing diarah JKKKP memasang bendera BN dipagar rumah mereka.

"Ramai petani mengadu kepada saya masalah itu. Saya kata kepada mereka mengapa tidak ambil. Lalu mereka jawab geli hendak pegang bendera Umno atau dacing.

"Petani memberitahu mereka dipaksa memasang tiga bendera BN di pagar rumah selepas borang permohonan baja ditandatangani JKKKP

"Semalam kita bentuk satu jawatankuasa bersama penduduk bagi menangani masalah tersebut," katanya ketika mengemukakan soalan tambahan.

Isu baja cap dacing digegerkan di Kelantan sejak 1990 apabila petani yang tidak menyokong BN sukar untuk mendapatkan baja subsidi.

Ada kes di mana petani perlu bersumpah tidak lagi mahu mengundi PAS bagi membolehkan mereka mendapatkan baja.

Malah isu berkenaan sering kali dibangkitkan pada persidangan Dun, namun ia belum selesai sehingga sekarang biar pun Ketua Pembangkang penggal lalu, Tan Sri Annuar Musa memberi jaminan akan menyelesaikannya.

Berikutan masalah tersebut kerajaan negeri mengeluarkan sendiri baja padi yang diurus Kumpulan Pertanian Kelantan Sdn Bhd. Setiap tahun kira-kira RM2 juta diperuntukan bagi tujuan tersebut.

Sebelum itu ketika menjawab soalan Abdul Azziz Kadir (PAS-Jelawat) Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Desa dan Bioteknologi, Che Abdullah Mat Nawi berkata, kawasan pertanian terbiar seluas 2,677 hektar berjaya dipulih sejak 2006 hingga tahun ini.

Katanya, purata kawasan yang dipulih setiap tahun seluas 200 hektar.

"Pelbagai usaha dilakukan bagi memulihkan kawasan yang lebih tiga tahun terbiar termasuk mewujudkan sistem pengairan, bantuan input pertanian dan kefahaman lebih menyeluruh melalui konsep Bertani Satu Ibadah," ujarnya.

Persidangan Dun Kelantan berakhir tengah hari tadi.

Harakah Daily

Senyumlah: Tuan Ibrahim bongkar rahsia 'air liur'

Posted: 02 Jul 2012 09:51 PM PDT

13 Syaaban 1433H. [MOD] -

BEDAH BUKU: Ramai antara kita yang tidak faham mengapa senyum adalah sedekah. Ramai juga yang tidak faham mengapa digalakkan berdoa, berzikir, istighfar dan jangan ditinggalkan sembahyang.

Segalanya ini dibongkar jelas oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man di dalam buku sulungnya 'Senyumlah' yang dilancarkan dengan jayanya 1 Julai 2012 lepas.

Pelancaran dilakukan oleh Tuan Guru Presiden Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sempena Himpunan Hijau ke Putrajaya, Peringkat Pahang di Dataran Hikmah, Kerdau.

Segala ciptaan Allah adalah sempurna. Begitulah juga dengan sistem badan manusia.

Namun demikian, ramai manusia yang tidak faham bagaimana sistem badannya berfungsi dan apakah kaitan ajaran Islam kepada sistem badan manusia.

Sebenarnya semua berkait, secara jelas tapi terlindung.

Di sebalik buku motivasi yang mudah dibaca dan bersifat santai ini, Ustaz Tuan Ibrahim menyelit keajaiban peranan air liur yang bakal membuka dimensi baru dalam pemahaman agama Islam.

Sedarkah kita, selain bernafas, apakah yang dilakukan manusia setiap minit tanpa sedar?

Iaitu menelan air liur.

Ketika kita melihat benda lazat, air liur terjana, dan kita menelan secara tidak sedar.

Ketika kita membaca, air liur terjana, dan kita menelan secara tidak sedar.

Begitu juga ketika sembahyang, ketika berzikir, beristighfar dan juga mengumpat!

Mudahnya air liur sebenarnya elemen terpenting sistem badan manusia yang menjaga tubuh badan – segalanya bermula daripada mulut – dan elemen menjaganya adalah air liur.

Menurut Ustaz Tuan Ibrahim, air liur terbahagi kepada dua, air liur baik dan air liur beracun.

Yang baik, semakin banyak ditelan, semakin hati terasa tenang dan semakin susah minda bermain ilusi di depan mata.

Yang beracun, semakin banyak ditelan, semakin banyak dendam kesumat, semakin banyak keresahan dan minda diselubungi ilusi-ilusi yang negatif sehingga emosi terganggu.

Daripada teori air liur yang dikemukakan Ustaz Tuan Ibrahim, jawapan barangkali mengapa Allah mewajibkan dan menyarankan banyak perkara pada umatnya untuk dilaksanakan setiap hari kini sudah terbongkar.

Dan mengapa saranan untuk menjaga makanan, kata-kata dan menghindarkan diri daripada mengumpat juga terbongkar.

Yang ajaibnya, semua ini boleh diterangkan menggunakan teori air liur yang ditulis Ustaz Tuan Ibrahim di dalam bukunya.

Tulis beliau:

"Air liur adalah salah satu makhluk Allah yang sentiasa keluar dari rongga tanpa disedari aleh manusia. Ia terdiri dari pelbagai bentuk molekul yang akan berubah sebagaimana air lain.

Bilamana kebaikan yang diterima, didengar, dilihat, dibaca atau disentuh, maka molekul air akan berubah membentuk nilai yang baik, demikian sebaliknya.

Maka setiap orang sebenarnya membentuk perlakuan berdasarkan air liur yang ditelannya."

Selain teori air liur, Ustaz Tuan Ibrahim juga memperincikan bagaimana minda sering diancam permainan bisikan syaitan yang mencetuskan pelbagai imej di depan mata yang mengganggu kehidupan manusia.

Seperti kata di belakang buku, buku Senyumlah tulisan Ustaz Tuan Ibrahim ini telah membuka dimensi baru dalam konteks pemahaman agama Islam.

Sukar dijumpai sebuah tulisan yang menonjolkan tahap pemahaman agama dan kehidupan yang begitu tinggi.

Banyak nasihat di dalamnya tidak ternilai harganya dan perlu dibaca oleh seramai mungkin untuk sama-sama "Senyum" tatkala mengharungi ujian Allah di dunia sementara ini.

Kini Ustaz Tuan Ibrahim telah berkongsi rahsia beliau – diharap semua, terutamanya pemuda-pemudi yang sedang mengharungi kehidupan dapat membacanya sebagai penyuluh lampu kehidupan.

Untuk pembelian buku, sila ke alamat www.facebook.com/ustaztitm atau email viventure2012@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Harga Buku: RM 17 Semenanjung, RM20 Sabah dan Sarawak.

Harakah Daily

‘Road Gang’ inovasi jimatkan penyelenggaraan jalan

Posted: 02 Jul 2012 09:48 PM PDT

13 Syaaban 1433H. [MOD] -

SUBANG JAYA: Konsep pembaikan kerosakan jalan oleh pasukan khas pihak berkuasa tempatan yang dinamakan 'Road Gang' telah berjaya menjimatkan kira-kira tiga kali ganda wang kerajaan berbanding jika ianya diserahkan kepada kontraktor.

Misalnya, kerja perlaksanaan 'Patching' (penurapan kerosakan jalan) melalui Road Gang hanya menelan belanja RM26.38 bagi satu meter persegi berbanding dengan perlaksanaan kontraktor sebanyak RM90.97 meter persegi.

Manakala bagi kerja-kerja membaharu muka jalan yang dilakukan oleh jabatan akan menelan belanja sebanyak RM200 per tan berbanding yang dilakukan oleh kontraktor iaitu sebanyak RM251.40 per tan, lapor media kerajaan Selangor, Selangorku.com.

Road Gang melibatkan kerja-kerja penyelenggaraan awam yang dilaksanakan sendiri secara jabatan dengan mengambil kira pengurusan skop, kos, masa dan kualiti bagi mencapai hail kerja yang berkualiti, cepat dan berpatutan dengan wang yang dilaburkan.

Perkara ini diceritakan oleh Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Selangor, Shukri Ishak dalam satu taklimat beliau kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Hadir sama, Abdul Khalid, Exco Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu, Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh dan Yang diPertua Majlis Daerah Kuala Selangor, Noraini Roslan,

Shukri membentangkan perkara ini dalam Dialog Bajet Selangor 2013 bertajuk 'Pengurusan projek yang mampan menjamin pengimbangan kualiti, kos, skop dan masa di samping membudayakan penyelenggaraan jalan raya secara in house'.

Penubuhan Road Gang itu dicadangkan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini bagi menjimatkan kos penyelenggaraan.

Ia diwujudkan kerana penswastaan penyelenggaraan jalan yang giat dijalankan dalam masa beberapa tahun ini banyak memakan wang kerajaan.

Sementara itu, Pengarah JKR Selangor, Datuk Abdullah Abd Rahman berkata tiga masalah utama yang timbul dalam perlaksanaan itu ialah peralatan yang tidak mencukupi, kakitangan yang tidak terlatih dalam pengendalian kerja-kerja dan kos penyelenggaraan tinggi.

Bagaimanapun, ia boleh diatasi dengan meningkatkan latihan amali dan kursus teknikal kepada pekerja, menambah kakitangan kontrak, menyewa peralatan yang melibatkan kos yang tinggi sekiranya dibeli, memberi intensif elaun panas kepada kakitangan dan melakukan secara berperingkat mengikut kemampuan jabatan.

Harakah Daily

‘Terbayang bagaimana jika saya dibunuh’

Posted: 02 Jul 2012 09:41 PM PDT

13 Syaaban 1433H. [MOD] -

GOMBAK: "Saya hanya terfikir mati dan mengucap tiga kali. Dalam fikiran hanya terbayang bagaimana jika saya dibunuh dan perasaan keluarga jika menerima berita kematian saya.

(TRAUMA...Jamal menunjukkan katil besi yang digunakan suspek untuk menghempapnya)

"Malah ketika itu, kedua-dua tangan dan kaki saya diikat dengan tali, manakala mulut disumbat kain menyebabkan saya sukar bernafas. Saya merayu mereka membuka ikatan, tetapi dipukul dengan besi katil selain menolak saya hingga tersungkur ke lantai," kata lelaki yang mahu dikenali Jamal, 33, menceritakan detik cemas disamun dan dikurung dua lelaki bersenjatakan pisau dan sabit.

Jamal yang masih trauma dengan insiden berkenaan berjaya menyelamatkan diri sebaik kedua-dua lelaki itu meninggalkannya bersendirian dalam keadaan badan dihempap dengan katil besi dan berikat di sebuah rumah dalam pembinaan di Batu 10 Jalan Gombak sebelum meminta pertolongan penduduk berhampiran.

Malah, dia bukan saja disamun dan dikurung, tetapi rumah disewa bersama anak saudaranya di Taman Koperasi Polis, di sini, turut dipecah masuk lelaki terbabit menyebabkan kerugian hampir RM20,000 selepas kereta Proton Iswaranya dilarikan.

Menceritakan kejadian itu, Jamal berkata, dia baru selesai minum bersama rakannya di sebuah gerai di Taman Greenwood, jam 4 pagi awal pagi Sabtu lalu, sebelum berjalan ke kereta yang diletakkan di bahu jalan.

"Saya menyedari seperti diekori dua lelaki, tetapi tidak mempedulikannya sebelum lelaki itu mengacukan pisau di leher sebaik saya mahu membuka pintu kereta.

"Manakala seorang lagi masuk ke bahagian penumpang depan dan meletakkan sabit di perut saya. Mereka mengarahkan saya tidak melawan dan memandu ke kampus Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak," katanya.

Sebaik tiba di kawasan tapak pembinaan berhampiran Batu 10, dia diarahkan keluar daripada kereta dan masuk ke sebuah rumah sebelum kedua-dua tangan dan kakinya diikat.

Katanya, lelaki terbabit mengambil telefon bimbit dan dompetnya selain mengarahkan memberikan kata laluan kad mesin juruwang automatik (ATM) miliknya.

"Saya yang ketakutan mengikut arahan dan merayu minta dilepaskan. Mereka berterusan memukul dan menolak saya hingga tersungkur ke lantai selain dihempap katil besi.

"Mereka meninggalkan saya sendirian. Saya berusaha melepaskan ikatan, tetapi gagal. Saya terpaksa melompat keluar dari rumah itu dan meminta bantuan seorang pengawal keselamatan di sebuah bangunan pejabat tidak jauh dari tempat saya dikurung," katanya.

Jamal berkata, pengawal itu membuka ikatan sebelum seorang lelaki yang melalui jalan berkenaan menghantarnya ke Balai Polis Gombak membuat laporan.

Sebaik pulang ke rumah, dia mendapati rumahnya berselerak dan sebaik diperiksa, didapati dua komputer riba, dua telefon bimbit dan wang tunai RM500 hilang.

Bagaimanapun, anak saudara perempuannya yang berusia 22 tahun dan suaminya yang tinggal bersama tidak cedera kerana tidur dalam sebuah bilik serta tidak menyedari kejadian itu kerana lelaki terbabit membuka pintu rumah menggunakan kunci miliknya yang disamun sebelum itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan menerima laporan dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Agency

TSG intai pelumba Eropah

Posted: 02 Jul 2012 09:34 PM PDT

13 Syaaban 1433H. [MOD] -

TERENGGANU Cycling Team (TSG) kini mengintai kelibat bakat-bakat baharu dari Eropah untuk menghadapi kejohanan antarabangsa pada tahun hadapan.

Malah, pelumba daripada beberapa negara yang berpotensi seperti Perancis, Austria dan Crotia berada dalam senarai teratas TSG untuk memperkuatkan pasukan itu.

"Biarpun begitu, kami tidak mahu terburu-buru dalam membuat pemilihan. Kami sudah mempunyai tiga pelumba import iaitu dua dari Jepun dan seorang dari Korea Selatan.

Malah, pelumba tempatan, Mohd. Harris Salleh (gambar) juga bertaraf Asia.

"Cuma sekarang, kita lihat ada keperluan untuk mempunyai seorang lagi pelumba import yang berkualiti," kata Ketua Pegawai Eksekutif TSG, Hadi Hassan.

Tambahnya, TSG memutuskan untuk melakukan pencarian pelumba import tersebut untuk menambahkan kekuatan pasukan bagi menyertai kejohanan pada tahun hadapan.

"Tidak dinafikan, pencarian lebih terarah kepada nama-nama besar dalam arena berbasikal di Eropah sendiri. Lebih mengejutkan, sehingga kini, ada kalangan pelumba yang memohon sendiri untuk menyertai TSG," katanya yang tetap melakukan pemilihan tersebut dengan berhati-hati.

"Kami tidak mahu tersalah pilih gara-gara melakukan pemilihan secara tergesa-gesa. Kami mahu hasil yang baik dan memberi manfaat kepada pasukan dalam jangka masa pendek dan panjang," tegasnya.

Bukan sekadar melakukan pencarian di Eropah, Hadi turut mengintai bakat pelumba menerusi Sukan Malaysia (Sukma) ke-15 di Pahang nanti.

"TSG memerlukan sekurang-kurangnya empat pelumba muda yang mampu membuktikan kewibawaan dalam temasya itu sebelum ditawarkan kontrak.

"Kontrak baru juga akan ditawarkan kepada pelumba-pelumba sedia ada pada Oktober ini sebagai persiapan menghadapi musim baru perlumbaan tahun depan.

Agency

Tiada yang mustahil

Posted: 02 Jul 2012 09:32 PM PDT

13 Syaaban 1433H. [MOD] -

IBARAT aksi final, jika tewas terpaksa ucap selamat tinggal.
Itu mesej Ong Kim Swee terhadap pemain Harimau Muda menjelang pertemuan 'hidup dan mati' berdepan tuan rumah, Myanmar dalam aksi terakhir Kumpulan G kelayakan Piala AFC Bawah 22 Tahun (B-22) di Stadium Thuwunna, Yangon malam ini.

Atas kertas, Harimau Muda dilihat masih selesa apabila menduduki tempat ketiga terbaik daripada tujuh kumpulan setakat ini berbanding India (Kumpulan A - tujuh mata), Kyrgyzstan (Kumpulan B - empat mata), Qatar (Kumpulan C - enam mata), Yaman (Kumpulan D - tujuh mata) dan Laos (Kumpulan F - enam mata) sementara aksi Kumpulan E yang membabitkan Jepun, Australia, Indonesia, Singapura, Macau dan Timor Leste pula masih belum bermula.

Namun, Kim Swee enggan memperjudikan nasib pasukannya serta berazam mahu melakar kemenangan sekali gus menyambar slot automatik ke pusingan akhir tahun depan.

"Aksi menentang Myanmar diibaratkan seolah-olah perlawanan akhir yang sebenar, jadi saya enggan memikirkan pilihan untuk layak berdasarkan kedudukan ketiga terbaik.

"Kami wajib menang memandangkan keputusan seri atau tewas berkemungkinan menyebabkan kami tersingkir.

"Meskipun sukar berdepan Myanmar di depan penyokong sendiri, bagi saya tiada yang mustahil dalam bola sepak," katanya semasa dihubungi Kosmo! di Myanmar.

Skuad muda negara kini menghuni tempat ketiga Kumpulan G dengan sembilan mata hasil tiga kemenangan dan sekali tewas sebelum ini, ketinggalan satu mata di belakang Myanmar dan juga Korea Selatan.

Selepas tewas 2-3 kepada Korea Selatan dalam aksi pembukaan, Harimau Muda kembali bangkit membelasah Filipina (7-0), Taiwan (4-2) sebelum menewaskan Vietnam 3-0 Sabtu lepas.

Sebanyak 16 pasukan yang merangkumi dua pasukan terbaik dari tujuh kumpulan akan layak ke pusingan akhir tahun depan bersama tuan rumah dan satu lagi pasukan yang muncul pasukan ketiga terbaik peringkat kelayakan.

Dalam pada itu, Kim Swee turut mempertahankan kredibiliti 'arkitek' negara, Muhammad Nazmi Faiz Mansor yang sekadar diturunkan sebagai pemain gantian ketika berdepan Filipina dan Taiwan, selain dia juga langsung tidak diturunkan ketika menentang Vietnam tempoh hari.

Sebagai rekod, Nazmi Faiz yang akan mula beraksi bersama kelab Portugal, SC Beira Mar selepas aksi kelayakan itu tamat hanya beraksi dalam kesebelasan utama ketika menentang Korea Selatan sebelum mula kehilangan tempat ekoran kecemerlangan Gary Steven Robbat.

"Tidak diturunkan dalam kesebelasan utama bukan bermakna Nazmi Faiz tidak bagus, saya perlu menurunkan pemain yang sesuai menjelang mana-mana perlawanan tertentu.

"Malah, tidak mustahil saya merehatkan Mohd. Rozaimi Abdul Rahman yang telah meledak sembilan gol setakat ini ketika menentang Myanmar (malam ini)," katanya berteka-teki.

Ketiadaan Shahrul Saad yang digantung perlawanan akibat layangan kad kuning juga mungkin memaksa Kim Swee meletakkan semula Mohamad Fandi Othman di bahagian pertahanan tengah bersama Mohd. Fadhli Mohd. Shas malam ini.

Posisi asal Mohamad Fandi di bek kiri pula dijangka diisi oleh 'wira tak didendang', Nazirul Naim Che Hashim yang dilihat cukup cemerlang ketika menentang Vietnam.

Agency

Kelantan tempang hadapi NS

Posted: 02 Jul 2012 09:31 PM PDT

13 Syaaban 1433H. [MOD] -

KELANTAN tidak akan memberikan laluan mudah buat Negeri Sembilan meskipun turun tanpa beberapa tonggak utamanya yang mengalami kecederaan pada aksi Liga Super di Stadium Tunku Abdul Rahman Paroi, Negeri Sembilan malam ini.

Bagaimanapun, pengendalinya, Bojan Hodak tetap optimis pasukannya mampu meraih tiga mata penuh pada perlawanan tersebut dalam usaha menjarakkan kedudukan mata dengan pesaing terdekat, Lions XII yang kini hanya dibezakan dengan satu mata.

Oleh itu, Hodak menuntut barisan pemainnya memberikan aksi terbaik pada perlawanan tersebut.

"Kita pergi ke Paroi dengan separuh kekuatan kerana beberapa pemain utama mengalami kecederaan serta penggantungan perlawanan akibat kad kuning.

"Namun ia tidak mengusarkan kita kerana saya mempunyai perancangan untuk meraih tiga mata penuh lagi pun perlawanan ini cukup penting buat Kelantan," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Antara pemain The Red Warriors yang mengalami kecederaan ialah penyerang prolifiknya Norshahrul Idlan Talaha, Zairul Fitree Ishak, S. Chanturu, manakala Nwaneri Obinna dan Nurul Azuan Roya digantung perlawanan akibat menerima tiga kad kuning.

"Begitu juga dengan Mohammad Ghaddar dan Mohd. Badri Radzhi. Kedua-dua pemain ini mengalami kecederaan dan peluang untuk diturunkan masih belum pasti, bagaimanapun kita tetap membawa mereka ke Paroi," ujarnya.

Dalam pada itu, Hodak memberitahu bahawa dia tidak akan mengambil mudah perlawanan tersebut meskipun pasukan lawan bakal beraksi tanpa beberapa tonggak seperti Emannual Effa Owanan, Rashid Mahmud dan Aliff Shamsuddin.

"Namun mereka masih mempunyai pemain yang bagus seperti Shakir Ali. Saya telah mengarahkan barisan pertahanan untuk merantai pergerakan pemain ini yang cukup bahaya apabila berada di depan pintu gol," jelasnya.

Agency

Hamilton ada sebab takluk GP Britain

Posted: 02 Jul 2012 09:29 PM PDT

13 Syaaban 1433H. [MOD] -

LONDON - Pelumba McLaren, Lewis Hamilton mempunyai dorongan yang kuat untuk menakluki perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Britain di Litar Silverstone hujung minggu ini.

Selain mahu menang di negara sendiri, Hamilton juga berhajat menjadikan kejayaan itu lebih bermakna sebelum menjadi pembawa obor Sukan Olimpik sehari selepas itu.

Sekiranya dapat dilakukannya, ia akan menjadi satu detik dan kenangan paling manis yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila dalam kariernya.

"Saya tidak pernah terbayang untuk mendapat peluang seperti ini, berlumba dan kemudiannya berlari membawa obor Olimpik.

"Saya amat bangga jika dapat menyinar dalam kedua-dua acara penting itu. Muncul juara GP Britain dan meraikannya bersama obor Sukan Olimpik," katanya.

Juara dunia 2008 itu dijadual membawa lari obor di kampung kelahirannya di Stevenage yang terletak 50 kilometer di utara London

Bagaimanapun, setakat ini beliau belum dimaklumkan tentang laluan sebenar dan jarak larian yang bakal dilaluinya nanti.

Sehubungan itu, pelumba berusia 27 tahun ini berazam untuk memastikan GP British berakhir dengan bergaya dan memihak kepadanya terutama di depan penyokong sendiri.

Hanya kemenangan mampu mengurangkan jurang perbezaan mata dengan pelumba Ferrari, Fernando Alonso yang kini berada 23 mata di depannya untuk muncul pendahulu keseluruhan.

Agency

Del Bosque merendah diri

Posted: 02 Jul 2012 09:27 PM PDT

13 Syaaban 1433H. [MOD] -

KIEV, Ukraine - Jurulatih Sepanyol, Vicente del Bosque menyangkal spekulasi yang mendakwa beliau telah mengubah corak permainan bola sepak dunia.

Spekulasi itu tercetus selepas skuad La Roja membelasah Itali 4-0 pada final Euro 2012 di Stadium Olimpik awal pagi semalam meskipun tanpa kelibat penyerang utama.

Pemain tengah, Cesc Fabregas sekali lagi menjadi watak penting di sebalik kemenangan itu, sama seperti yang dilakukan pada perlawanan terdahulu menentang Itali dan Perancis.

Pada perlawanan itu, Sepanyol mendahului seawal minit ke-14 apabila hantaran lintang Fabregas berjaya ditanduk masuk David Silva untuk menewaskan penjaga gol Itali, Gianluigi Buffon.

Jordi Alba berjaya melepasi perangkap ofsaid untuk menyumbat masuk gol kedua pada minit ke-41.

Penyerang Chelsea, Fernando Torres yang masuk menggantikan tempat Fabregas meledakkan gol ketiga pada minit ke-84 sebelum dia membantu Juan Mata menjaringkan gol keempat pada minit ke-88.

"Terdapat banyak cara lain dalam bola sepak.

"Perkara yang paling penting adalah menjaringkan gol.

"Para pemain kami sangat pintar dan kami mempunyai sebuah pasukan yang seimbang, saya sentiasa menaruh kepercayaan kepada pemain kami.

"Kami mempunyai penyerang tetapi kami mengambil keputusan untuk menurunkan pemain yang paling sesuai dengan corak permainan kami," kata del Bosque, 61, yang menjadi jurulatih pertama memenangi gelaran pada Kejohanan Bola Sepak Eropah dan Piala Dunia.

Selepas membelasah Republik Ireland 4-0 pada peringkat kumpulan, empat gol yang diperoleh Sepanyol awal pagi semalam turut menafikan spekulasi yang menuduh pasukan itu kekurangan bakat dan bercita-cita tinggi.

"Itali adalah lawan yang sukar tetapi mereka tidak bernasib baik," kata del Bosque merujuk kepada kecederaan yang dialami Thiago Motta pada minit ke-62 yang memaksa skuad The Azzurri beraksi dengan 10 pemain.

"Sebab itu, kami sangat yakin untuk memenangi perlawanan ini. Kami hanya bermain mengikut corak permainan kami dan kami menaruh keyakinan dengan apa yang telah kami lakukan sejak beberapa tahun lalu." - Reuters

'Empat tahun yang terindah'

Posted: 02 Jul 2012 09:24 PM PDT

13 Syaaban 1433H. [MOD] -

KIEV, Ukraine - Penjaga gol Sepanyol, Iker Casillas menegaskan bahawa tempoh empat tahun terakhir ini merupakan detik yang paling indah dalam kehidupannya.

Casillas menyuarakan pendapat itu selepas mencipta sejarah menjadi kapten pertama yang memenangi tiga final berturut-turut iaitu Euro 2008, Piala Dunia 2010 dan Euro 2012.

Pada final Euro 2012 di Stadium Olimpik awal pagi semalam, pemain berusia 31 tahun itu berjaya menghalang beberapa percubaan berbahaya Itali.

Kehebatan Casillas membantu skuad La Roja menjadi negara pertama yang menjulang trofi Eropah buat kali kedua berturut-turut selepas menewaskan Itali 4-0.

Empat tahun lalu, Sepanyol menewaskan Jerman 1-0 untuk menamatkan kemarau trofi utama selama 44 tahun.

"Ia merupakan saat yang paling indah. Gol kedua daripada Jordi (Alba) menambah keyakinan kami.

"Empat tahun yang hebat (muncul juara Euro 2008, Piala Dunia 2010 dan Euro 2012). Anda mungkin berfikir ia mudah kerana kami menewaskan Itali 4-0 tetapi untuk melakukannya kami perlu membuat persediaan yang lama," katanya.

Namun, di sebalik kejayaan itu, Sepanyol dan jurulatihnya, Vicente del Bosque dikritik hebat kerana beraksi pada kejohanan ini tanpa penyerang utama.

Bagaimanapun, Fernandos Torres yang masuk menggantikan Cesc Fabregas berjaya menyumbang gol ketiga pasukan dan melakukan hantaran menarik untuk disempurnakan Juan Mata.

"Pasti ada kritikan sama ada kami berada di atas seperti hari ini atau prestasi pasukan jatuh.

"Kami telah mencuba sedaya upaya untuk mendapatkan pemain-pemain terbaik dan menggunakan kelebihan mereka sebaik mungkin. Mereka (skuad Itali) semakin keletihan.

"Kami boleh berehat dan meraikan kejayaan ini bersama-sama," katanya. - AFP

Rekod unik dicipta di Los Angeles

Posted: 02 Jul 2012 09:23 PM PDT

13 Syaaban 1433H. [MOD] -

LOS ANGELES - Seorang pelagak ngeri Hollywood, Greg Tracy dan pelumba kereta rally, Tanner Foust mencipta rekod dunia di sini pada Sabtu lalu.

Kedua-dua mereka mencipta rekod Guinness World Records apabila memandu kereta melalui gelung mainan setinggi 18.28 meter. - Agensi

Ibu kota pentadbiran baharu Korea Selatan

Posted: 02 Jul 2012 09:21 PM PDT

13 Syaaban 1433H. [MOD] -

BANDAR SEJONG - Majlis pelancaran ibu kota pentadbiran baharu yang akan menempatkan sebahagian besar pentadbiran negara Korea Selatan diadakan di sini semalam.

Pembukaan majlis itu menamatkan perbalahan selama sedekad berhubung projek berkenaan yang dianggap sebahagian pengkritik sebagai bermotifkan politik.

Sekitar 2,000 penduduk dan orang kenamaan dari sini menghadiri majlis pelancaran pusat pentadbiran baharu itu yang menelan belanja AS$19.4 bilion (RM61.6 bilion) apabila ia siap sepenuhnya.

Tujuan bandar raya pentadbiran tersebut dibina antara lain adalah untuk mengurangkan kesesakan di ibu kota Korea Selatan, Seoul.

"Bandar raya ini akan membuka era baharu dalam sejarah pembangunan seimbang Korea Selatan," kata Perdana Menteri, Kim Hwang-Sik.

Bandar Raya Sejong yang terletak 120 kilometer ke selatan Seoul akan menempatkan 16 kementerian atau agensi dan 30 bangunan pusat pentabdiran yang buat masa ini terletak di ibu negara Korea Selatan.

Lebih 10,000 kakitangan awam akan bekerja di pusat pentadbiran baharu tersebut. - AFP

Roket dari Lebanon serang pos imigresen di Syria

Posted: 02 Jul 2012 09:19 PM PDT

13 Syaaban 1433H. [MOD] -

BEIRUT - Satu serangan roket yang dilancarkan dari Lebanon menyebabkan dua anggota polis sempadan Syria cedera semalam.

"Menjelang subuh, beberapa lelaki bersenjata melancarkan serangan roket dari Buqaya di wilayah Lebanon ke arah Syria dan mengenai sebuah pos imigresen Syria serta mencederakan dua anggota polis pengawal sempadan," menurut satu kenyataan daripada agensi Keselamatan Awam Lebanon.

Ia merupakan laporan pertama yang pernah diketahui tentang serangan roket dari negara tersebut.

Menurut kenyataan tersebut, ketika anggota-anggota polis sempadan Syria mengejar lelaki bersenjata tersebut, satu serangan roket itu dilancarkan.

Lelaki-lelaki bersenjata yang melancarkan serangan tersebut berjaya melarikan diri.

Sementara itu, kerajaan Arab Saudi meminta rakyatnya tidak berkunjung ke Lebanon ekoran kebimbangan berhubung keadaan keselamatan di negara berkenaan disebabkan pergolakan antara negara tersebut dengan Syria.

Arab Saudi menyertai beberapa negara Teluk lain termasuk Bahrain, Qatar dan Emiriah Arab Bersatu dalam menasihati rakyat mereka supaya menjauhi Lebanon.

Negara berkenaan menyaksikan beberapa kejadian pertempuran jalanan yang berlaku pada awal tahun ini yang didorong oleh kebangkitan rakyat di Syria.

"Ekoran situasi tidak menentu di Lebanon sekarang ini, Kementerian Luar memberi amaran kepada rakyat Arab Saudi agar tidak berkunjung ke Lebanon demi keselamatan mereka," kata seorang pegawai kementerian berkenaan yang dipetik agensi berita rasmi SPA.

Negara Teluk Arab terutamanya Arab Saudi dan Qatar dilihat menyokong kebangkitan antipemerintah di Syria dengan membayar gaji askar pemberontak di negara itu dan menggesa supaya pihak penentang Presiden Syria, Bashar Al-Assad dilengkapi senjata.

Sebelum ini, ramai pelancong rantau Teluk Arab melawat Lebanon terutamanya pada musim panas sekali gus membantu meningkatkan ekonomi negara itu yang terjejas teruk akibat pergolakan di Syria.

Kumpulan penyokong dan penentang Bashar sebelum ini bertempur di bandar pelabuhan Tripoli dengan kawasan sempadan Lebanon turut digunakan oleh pemberontak untuk menyeludup senjata ke Syria.

Arab Saudi turut meminta masyarakat antarabangsa supaya mengambil "tindakan tegas" bagi menamatkan pertumpahan darah di Syria.

"Arab Saudi meminta masyarakat antarabangsa mengambil langkah tegas bagi menghentikan pembunuhan beramai-ramai (penduduk Syria), kata kerajaan seperti yang dilaporkan agensi berita rasmi SPA.

Kenyataan tersebut disiarkan selepas satu mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan oleh pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah.

Gesaan tersebut dibuat ketika beberapa helikopter tempur Syria mengebom beberapa kawasan di pinggir ibu kota Syria, Damsyik semalam.

Pada masa yang sama, Turki menyatakan pihaknya mengerahkan beberapa jet pejuang ke kawasan sempadan di utara negara itu.

Tindakan tersebut dibuat ketika konflik selama 16 bulan di Syria menjadi semakin ganas dengan usaha diplomasi dilihat menemui kegagalan.

Pertempuran kini sampai ke pinggir bandar raya Damsyik sejak beberapa minggu lalu dan turut sengit di seluruh Syria ekoran perjuangan untuk menjatuhkan Bashar kini memasuki fasa perang saudara. - Agensi

Taktik baharu penyeludup

Posted: 02 Jul 2012 09:16 PM PDT

13 Syaaban 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU – Bagi mengelak tindakan penguatkuasaan yang ketat menjelang bulan Ramadan, para penyeludup di kawasan sempadan dikesan giat melakukan aktiviti penyeludupan mercun dan bunga api lebih awal berbanding biasa.

Komander Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kelantan, Rusli Karim berkata, penyeludup dikesan telah membawa masuk barangan larangan tersebut untuk dipasarkan menjelang Hari Raya Aidilfitri, Ogos nanti.

Menurut beliau, UPP awal pagi semalam berjaya merampas pelbagai jenis mercun dan bunga api selepas menyerbu sebuah rumah tidak bernombor di sebuah kebun getah di Kampung Bendang Ikan, Baruh Pial, Rantau Panjang.

Katanya, rumah berkenaan dipercayai menjadi pusat transit dan tempat pengumpulan barangan seludup.

"Dalam serbuan kira-kira pukul 1 pagi itu, kita menemui dalam sebuah stor 120 buah kotak yang mengandungi pelbagai jenis mercun dan bunga api.

"Kesemua mercun yang dianggarkan bernilai RM120,000 itu dipercayai untuk pasaran Lembah Klang menjelang musim perayaan ini," katanya ketika ditemui pada sidang akhbar semalam.

Agency

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::

Posted: 03 Jul 2012 01:43 AM PDT

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::


Polis Gagal Halang Perkasa Cuba Serang Lim Guan Eng

Posted: 02 Jul 2012 08:06 AM PDT

Polis Harus Menimbang Semula Sikap Tidak Peduli Terhadap Perkasa Untuk Mengelak Persepsi Awam Bahawa Mereka Membenarkan Taktik Ganas Perkasa Untuk Mengugut Pemimpin PR. Kegagalan pihak polis untuk segera menahan ahli-ahli Perkasa yang terlibat dalam keganasan bukan sahaja terhadap orang awam dan wartawan tetapi juga terhadap keselamatan peribadi saya hanya mengesahkan kebimbangan bahawa tingkah laku Perkasa [...]

Saya Pernah Duduk Dalam Reban UMNO

Posted: 02 Jul 2012 07:31 AM PDT

Saya pernah duduk dalam reban bernama Umno setidak-tidaknya saya juga terkena bau busuk itu dan saya sudah insaf..” kata Tamrin dipetik dari laporan Harakahdaily hari ini. Itu antara kata-kata pedas Tamrin apabila diajukan soalan adakah beliau tidak takut dengan ugutan pihak tertentu yang mengugutnya supaya berhenti dari berceramah di pentas PAS. Mengenai ancaman itu ditanya [...]

Abby minta Tok Guru doakan beliau istiqamah

Posted: 02 Jul 2012 07:21 AM PDT

KOTA BHARU: Pelakon drama bersiri Gerak Khas, Abby Abadi tidak dapat menahan sebak apabila diminta Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menceritakan bagaimana beliau mula terdetik untuk berubah dan mendekati perjuangan Islam. Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan hanya sempat menyatakan, pada awalnya mempunyai masaalah peribadi, dan seterus memohon kepada [...]

Idris Ahmad

Posted: 02 Jul 2012 11:40 PM PDT

Idris Ahmad


Najib Takut Bubar, Strategi Tidak Menjadi

Posted: 02 Jul 2012 06:30 PM PDT

Najib Takut Bubar, Strategi Tidak  Menjadi

Idris Haji Ahmad

3/7/12

 

Strategi Datuk Seri Najib Tun Razak masih tidak menjadi untuk membolehkan beliau membubar Parlimen. Keresahan jelas terukir di wajah beliau yang akan memimpin  pilihanraya pada kali ini. Tekanan daripada dalam Umno juga begitu kuat, jika Umno kalah bererti beliau akan dihambat oleh Umno daripada kerusi Presiden.

Walaupun sepatutnya pilihanraya diadakan pada tahun lepas, sehingga persidangan Umno ditangguhkan bagi menumpukan kepada gerak kerja pilihanraya. Bajet yang dibentangkan ialah bajet pilihanraya. Berbagai-bagai pemberian diberikan seperti bantuan Rakyat 1 Malaysia, Kedai 1 Malaysia, Bantuan kepada pelajar sekolah RM100 dan bantuan pelajar universit RM200.00 dan banyak lagi skim untuk pancing undi.

 

Umno di bawah kepimpinan Najib cuba menggunakan tektik supaya negeri Pakatan Rakyat digambarkan oleh media Umno sebagai tidak mampu. Isu ini dijawab dengan amalan bukan dengan percakapan. Kerajaan Pakatan Rakyat mampu mentadbir dengan baik dengan penuh ketelusan. Banyak manfaat yang diperolehi oleh rakyat, kerana  51 tahun Umno memerintah rakyat tidak merasai lebihan kekayaan negeri, terutama di Selangor. Kerajaan Pakatan Rakyat tidaklah mendabit dada ia kerajaan yang terbaik, namun rekod hampir lima tahun memeritah ia lebih baik daripada Umno memerintah 51 tahun di negeri tersebut. Ketika negeri-negeri di bawah pemerintahan BN yang sedang menggigit jari, rakyat di negeri Pakatan Rakyat mendapat berbagai nikmat dan peningkatan kualiti hidup.

Tektik fitnah kepada kerajaan Pulau Pinang melalui media Umno kononnya anti Melayu telah terjawab, apabila sudah dua kali Utusan Malaysia didapati bersalah oleh mahkamah. Tujuanya supaya orang Melayu jangan dekat dengan Pakatan Rakyat.

 

Atas faktor inilah Najib belum berani mengadakan pilihanraya, kerana takut kalah. Suasana politik tidak menyebelahi BN, beliau cuba untuk menunggu peluang terbaik. Namun masa terus berjalan, iddah pemerintahan Najib hanya Sembilan bulan lagi, inilah menjadi kerungsingan kepada beliau. Semua tektik tidak menjadi, pakar-pakar strategi sudah habis digunakan namun nasib tidak menyebelahi Najib.


Filed under: Politik

MTD N24 Bemban

Posted: 02 Jul 2012 09:37 PM PDT

MTD N24 Bemban


Ihya Syaaban/Kulliyah Taffaqquh Fiddeen

Posted: 01 Jul 2012 09:35 PM PDT

Tarikh: 10 Rejab 1433 / 30 Jun 2012 (Sabtu)
Masa: Selepas solat Maghrib
Tempat: PASTI As Salam,Dusun Haji Tambi,Kampung Ayer Panas
Penyampai: Al Fadil Tuan Guru Haji Mohd Salleh B Hamzah (Pondok Kemengkang)

PAS Negeri Sembilan

Posted: 02 Jul 2012 09:23 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


PENTAS WANITA

Posted: 02 Jul 2012 05:22 AM PDT


'Kami mahu pondok bas'

Posted: 01 Jul 2012 11:12 PM PDT

2 Julai 2012

CHENGKAU, REMBAU – Penduduk terutamanya pengguna pengangkutan awam, di sini, berharap pihak bertanggungjawab dapat mempercepatkan pembinaan hentian bas dan teksi memandangkan kemudahan itu sudah terlalu lama tiada.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, hentian yang hanya ditandakan dengan papan tanda simbol hentian bas dan tanpa bumbung menyebabkan ramai pengguna terpaksa menunggu dalam keadaan panas terik serta hujan.

Penduduk, Samsiah Manaf, 70, berkata, walaupun tidak kerap menggunakan perkhidmatan bas iaitu hanya ketika mahu menjalani pemeriksaan kesihatan di klinik, namun dia tetap berharap kemudahan berkenaan dapat dibina secepat mungkin.

"Jika dulu, kemudahan hentian bas berbumbung ini memang ada, namun selepas kerja-kerja pembesaran jalan berikutan pembinaan landasan kereta api berkembar Seremban-Gemas, hentian bas sedia ada sudah pun diruntuhkan.

"Oleh demikian, mak cik harap hentian bas ini dapat dibina semula secepat mungkin memandangkan setiap hari kemudahan berkenaan digunakan baik pelajar sekolah mahupun warga emas," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di lokasi tinjauan, di sini, baru-baru ini.

Sementara itu, menurut peniaga, Mariani Abdul Ghaffar, 27, dia sering melihat tindakan berani mati segelintir pengguna yang sanggup menunggu di hentian bas seberang jalan yang menghala ke Seremban.

Menurutnya, tindakan itu agak berbahaya namun susulah cuaca yang terlalu terik ataupun hari hujan membuatkan segelintir pengguna sanggup menanggung risiko menunggu di seberang jalan.

"Oleh itu, saya berharap kemudahan ini dapat disediakan pihak bertanggungjawab memandangkan ia digunakan penduduk hampir setiap hari.Untuk rekod, kemudahanperhentian bas di Pekan Chengkau digunakan penduduk dari Kampung Chenong Kedai, Chenong Ulu, Rumah Rakyat Chengkau, Pekan Chengkau, Nerasai, Penajis dan Pulau Mampat.

PAS KDAS 3

Posted: 02 Jul 2012 09:06 PM PDT

PAS KDAS 3


Ustaz Azhar Idrus - Stadium Bolasepak Petaling Jaya 20.06.12

Posted: 02 Jul 2012 05:06 PM PDT

Panamatan khidmat KP Perkhidmatan Awam panas

Posted: 02 Jul 2012 04:40 PM PDT


KUALA LUMPUR: Krisis penamatan khidmat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Abu Bakar Abdullah, 57, sebelum sampai tempoh umur 60 tahun bakal memanaskan politik Malaysia.

Selepas blog pro-Umno mendakwa, Ketua Pengarang Kumpulan NSTP Abdul Jalil Hamid cuba menikam Datuk Seri Najib dari belakang dengan menyiarkan berita kekesalan Abu Bakar selepas ditamatkan khidmat, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar memanggil satu sidang media khas esok.

Yang menariknya, Mahfuz memanggil sidang media itu pada jam 10.50 pagi bukan jam 10 atau 11 tepat sebagaimana biasa.

Dua blog pro Umno, kesal dengan laporan Berita Harian yang meyiarkan kekesalan Abu Bakar ditamatkan perkhidmatan selepas disebut-sebut sebelum ini sebagai bakal Ketua Setiausaha Negara yang baru.

Namun sebaik sahaja KSN yang baru, Datuk Seri Ali Hamsa dilantik, beliau ditamatkan perkhidmatan pada 1 Julai bukan atas permintaannya.

Wartawan veteran dan Datuk Ahiruddin Atan yang menulis di rockybru.com.my berkata beliau bimbang kerana penulis blog pro-establishment berasa tidak senang dengan kumpulan akhbar NSTP, terutama pengarang urusan kumpulan kanannya, Datuk Jalil Abdul Hamid.

Satu lagi blog pro-Umno, Unspinners pula menyifatkan laporan Berita Harian itu sebagai satu "sabotaj" ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menuntut supaya Jalil dipecat.

Abu Bakar dalam Berita Harian dilaporkan sebagai berkata beliau tidak bersara namun khidmatkan diberhentikan oleh kerajaan.

Berita Harian melaporkan, Abu Bakar berkata beliau menerima surat penamatan khidmatnya daripada Jabatan Perkhidmatan Awam yang menyatakan bahawa khidmatnya berakhir pada 1 Julai.

Tambahnya, beliau berhasrat untuk bersara pada usia 60 tahun namun disebabkan penamatan awal itu, kuantum pencen dan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerjanya hanya dikira sehingga 30 Jun tahun ini.

Abu Bakar, 57, telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 35 tahun.

Mengenali Ikhwan selepas kemenangan Dr Morsi

Posted: 02 Jul 2012 04:37 PM PDT

Dr. Syed Azman Syed Ahmad,02 Jul 2012
(Penulis dengan anak pengasas Ikwanul Muslimin, Saiful Islam)

Ramai kalangan yang terpegun dengan kemenangan mengejut calon Presiden dari Ikhwan Muslimin, Dr. Mohamed Morsi dalam pilihanraya Presiden Mesir yang berlangsung baru-baru ini, namun siapakh sebenarnya Ikhwan Muslimin?

Beliau dicalonkan bertanding di bawah parti politik yang baru ditubuh oleh Ikhwan, Freedom and Justice Party (FJP) atau 'Al-Hurriyat Wal Adalah' sebaik sahaja selepas kejatuhan rejim Hosni Mubarak pada awal tahun lepas.

Begitu juga berapa bulan lepas apabila calon-calon FJP telah memenangi lebih dari 40 peratus kerusi parlimen yang dipertandingkan serta memenangi lebih 60 peratus kerusi 'Majlis Syura' yang dipertandingkan bagi meneliti penggubalan perlembagaan baru Mesir selepas kejatuhan rejim Mubarak.

Akan tetapi, pihak tentera SCAF telah bertindak membubarkan kedua-dua institusi ini beberapa minggu lepas setelah Mahkamah Perlembagaan Mesir mengambil keputusan membatalkan keputusan pilihanraya yang telah dijalankan itu.

Namun, ramai yang masih tidak memahami akan dasar dan liku-liku perjuangan yang telah dilalui oleh Ikhwan Muslimin ini sendiri. Ada yang menuduh ia sebagai sebuah 'pegerakan yang radikal dan extremis, ada yang melebelkan ia sebagai 'pertubuhan haram yang amat bahaya' dan ada juga yang menggangap ia sebagai 'pergerakan agama yang sesat'.

Bagi menanggapi persoalan ini, berikut adalah rumusan pandangan seorang pimpinan  Ikhwan Muslimin,  Saiful Islam Hassan al-Banna yang juga merupakan putera sulung pengasas pergerakan ini, Hassan Al-Banna sewaktu penulis sempat menziarahi beliau di kota Kairo baru-baru ini.

1.   SEJARAH AWAL IKHWAN MUSLIMIN

Nama Ikhwan Muslimin amat sinonim dengan pemimpin-pemimpin agung seperti Hassan Al Banna, Syed Qutb, Omar Telmisani,  Mehdi Akiff serta pimpinan gerakan Islam yang lain. Ia mempunyai sejarah serta pengaruh yang amat besar di Mesir serta seluruh rantau Arab.

Sejak ia mula ditubuhkan oleh Hassan Al Banna pada tahun 1927 Ikhwan telah berkembang di seluruh pelusuk dunia dengan pemikiran 'tajdid' atau perubahan terutamanya selepas kejatuhan kerajaan Islam Othmaniah. Pemikiran serta pengaruh yang di bawa oleh Hassan Al Banna telah menggerakkan satu cetusan kebangkitan baru di kalangan masyarakat Arab di rantau tersebut pada waktu itu.


2.   CABARAN YANG DI HADAPI

Aliran pemikiran serta pendekatan yang di bawa oleh Hassan  Al Banna telah mendapat tentangan hebat dari kalangan pemimpin-pemimpin kebanyakan negara Arab sehingga pergerakan ini telah di haramkan dari bergerak aktif di kabanyakan negara. Malah Ikhwan Muslimin telah di tuduh sebagai sebuah pertubuhan 'bahaya' yang mahu merampas kuasa secara kekerasan dan membawa pendekatan yang militan.

Ramai pimpinan mereka yang di bunuh dengan kejam termasuk pengasasnya Hasan Al Banna. Sebahagian yang lain pula dikenakan hukuman penjara di serata negara  Arab pada waktu itu. Walaupun mereka di uji dengan cabaran yang besar ini, pengaruh Ikhwan Muslimin tetap berkembang sehingga sekarang ke seluruh pelusuk dunia.

3.   IKHWAN DAN DEMOKRASI

Kini Ikhwan Muslimin dipimpin oleh Dr. Mohamed Al-Badie' (gambar) yang merupakan seorang tokoh gerakan Islam yang tidak asing lagi di benua Arab dan dunia Islam. Di bawah pimpinan beliau, Ikhwan telah mengambil pendekatan politik yang bersifat 'engagement' atau berdailog dan bergerak aktif secara terbuka dalam kancah demokrasi di serata dunia Islam.

Pendekatan terbuka dan telus yang di ambil ini telah membuahkan hasil yang amat positif. Mereka terlibat secara langsung dalam sistem demokrasi dan pilihanraya Mesir sejak beberapa siri pilihanraya yang telah di adakan walaupun kedudukan Ikhwan Muslimin di Mesir waktu pemerintahan Anwar Sadat dan Hosni Mubarak berstatuskan 'haram'.

Calon-calon Ikhwan Muslimin telah masuk bertanding sebagai calon bebas dan juga menumpang di atas tiket parti lain. Uniknya, ia telah menang besar dalam setiap pilihanraya umum yang diadakan di Mesir walaupun telah berlaku banyak penipuan.

4.   PENDEKATAN POLITIK IKHWAN

Menurut Saiful Islam, Ikhwan bertekad untuk melakukan perubahan sosial dan politik di Mesir secara aman dan merubah sebarang bentuk penyelewengan dan salah-guna kuasa yang berlaku di sana. Bagi Ikhwan agenda reformasi politik di Mesir adalah amat penting bersesuaian dengan suasana globalisasi dunia yang mahu mewujudkan sebuah kerajaan yang bersih dan telus.

Beliau menegaskan bahawa setiap rakyat dan warganegara mempunyai hak mereka untuk bersuara demi kebaikan serta masa depan negara tersebut.

Beliau juga menegaskan bahawa Ikhwan Muslimin akan terus berjuang serta komited kepada penglibatan secara demokratik walaupun ianya masih banyak kepincangannya. Beliau juga memberi jaminan bahawa Ikhwan tetap mengambil sikap untuk terus berdialog dengan mana-mana pihak termasuk tentera SCAF serta kuasa Barat  seperti Amerika Syarikat, Perancis, Britain dan sekutunya.

5.   DASAR UTAMA IKHWAN

Ikhwan Muslimin juga turut menggariskan empat polisi penting bagi berhadapan dengan cabaran semasa. Pertamanya, penegasan penglibatan politik parti politk yang diasaskan oleh Ikhwan melalui sistem demokrasi dan menyuarakan setiap pandangan rakyat di Parlimen Mesir.

Bagi Saiful Islam, parti-parti politik, badan-badan NGO serta individu-individu sepatutnya dilibatkan dalam membincangkan masa depan negara secara telus.

Keduanya, beliau juga menegaskan bahawa sistem kuasa mutlak hanya kepada sebuah parti dan individu sahaja tidak sesuai lagi dengan peredaran zaman globalisasi yang lebih terbuka ini. Ikhwan komited kepada sebuah negara berlandaskan 'Civil State' dan bukannya sebuah negara berlandaskan 'theocracy'.

Ketiganya, Ikhwan Muslimin juga berpendirian agar dilaksanakan segera reformasi politik dan perubahan perlembagaan terutamanya bagi menghapuskan segala bentuk perundangan yang bertentangan dengan norma-norma demokrasi dan kebebasan.

Yang keempat, beliau menegaskan bahawa Ikhwan Muslimin mempunyai misi untuk melakukan reformasi politik, sosial, budaya dan ekonomi. Reformasi ini hanya akan berlaku sekiranya ada ketelusan dalam sistem pemerintahan.

6.   KEMENANGAN DR. MOHAMED MORSI

Saiful Islam menegaskan bahawa kejayaan calon Ikhwan Dr. Mohamed Morsi (gambar) memenangi pilihanraya Presiden Mesir serta menang majoriti kerusi Parlimen tidak sepatutnya menakutkan mana-mana pihak. Ikhwan menghormati hak semua agama serta mana-mana parti politik. Sejarah telah membuktikan bahawa sistem politik yang tidak telus di sesebuah negara akan membawa kepada salah guna kuasa, rasuah serta penyelewengan yang mengakibatkan kehancuran negara tersebut.

Beliau juga menyatakan bahawa Ikhwan tidak mempunyai pilihan yang lain kecuali meletakkan agenda reformasi politik dan pendemokrasian sebagai agenda utama. Bagi Ikhwan, tuntutan demokrasi dan kebebasan serta ketelusan pilihanraya adalah merupakan langkah pertama ke arah reformasi yang lebih besar bagi mewujudkan masa depan negara yang lebih positif selepas kejayaan Dr. Morsi sebagai Presiden.

Sebagai akhirnya, Saiful Islam turut menegaskan bahawa Ikhwan Muslimin akan terus berperanan kepada mewujudkan sebuah Masyarakat Madani serta bersifat terbuka dan bekerjasama dengan mana-mana pihak bagi mencapai perubahan dan reformasi kearah mewujudkan keadilan dan kebebasan dan kepada seluruh rakyat dan negara.

-------------------------------------------------------------
Penulis adalah Penolong Setiausaha Agong PAS.

N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 02 Jul 2012 07:32 PM PDT

N.27 - PAS DUN Sura


PAS Sokong Penuh Hudud Di Johor

Posted: 01 Jul 2012 07:41 PM PDT

SHAH ALAM - PAS menyambut baik cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemelah dari Umno, Datuk Ayub Rahmat, yang mahukan Kerajaan Johor mengambil inisiatif menjadi negeri pertama melaksanakan hudud.
Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata, umat Islam perlu sokong sepenuhnya cadangan tersebut.

"Saya ucapkan tahniah kepada beliau. Mungkin ini adalah cadangan seumpama itu yang pertama daripada Umno Johor. Beliau menongkah arus dan saya ucapkan semoga beliau
berjaya.

"Selain itu, saya berharap beliau mengangkat isu ini lebih tinggi. Jangan ada 'hudud Umno', 'hudud PAS' dan PAS akan terus menyokongnya," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Bagaimanapun, Tuan Ibrahim menerima hakikat akan ada pihak yang akan menentang perlaksanaan cadangan tersebut.

Ayub membuat cadangan itu pada Mesyuarat Pertama Penggal Persidangan Kelima Dewan Negeri Johor Ke-12, Khamis lalu.
 
baca artikel penuh...di sini.

Dr Azman Ibrahim

Posted: 02 Jul 2012 07:24 PM PDT

Dr Azman Ibrahim


Pak Long Dalam Kenangan...

Posted: 01 Jul 2012 07:39 PM PDT

Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dalam keadaan redha dan diredhai...
30 Jun 2012, sekitar jam 7.00 malam, sewaktu dalam perjalanan pulang dari menghadiri Program Himpunan Hijau ke Putrajaya PAS Terengganu, panggilan telefon yang diterima dari seorang sepupuku, membawa khabar duka, abang sulong kepada ayahku yang mesra dipanggil Pak Long telah dijemput kembali kerahmatullah. Lebih membuatkan ku terkilan kerana maghrib sehari sebelumnya sebelum ke Bukit Payung, lokasi Himpunan Hijau, aku sempat menyampaikan kuliah maghrib di Matla'in Badrin sambil mataku melilau mencari di mana Pak Long yang tak kelihatan berjamaah di masjid seperti biasa.  Selepas kuliah, aku bergegas mengejar masa tanpa sempat menjengah ke rumahnya.

Mungkin lantaran itulah, dalam redha menerima takdir dan ketentuan Allah, rasa terkilan tak mampu aku padamkan dengan mudah dari lubuk hatiku. Ajal yang datang, tanpa sempat aku bertemunya untuk kali yang terakhir. Apatah lagi, dia ibarat ayah kedua bagiku. Ketika saat-saat kesukaran, dialah yang selalu hadir membantu, tutur katanya selalu lembut, kemesraan dengan anak-anak saudaranya akan selalu diingati. Tambahan pula perkahwinannya dengan Mak Long tidak dikurniakan walau seorang pun cahaya mata.

Tiba ke rumah arwah menjelang maghrib, ku peluk tubuh lemah Mak Long, menenangkannya, walaupun air mataku tak mampu dibendung, menatap wajah kaku Pak Long yang kelihatan begitu bersih dan tenang, sekali lagi aku terduduk dalam keadaan lemah. Keakrabanku dengannya mungkin tak mampu dimengertikan oleh orang lain.

Setiap yang hidup akan bertemu dengan kematian, setiap kita juga akan ke sana... Bersemadilah Pak Long dengan keredhaan dan keampunan Allah, berpisah kita sementara di dunia ini. Insya Allah kita akan berjumpa semula di syurga nanti... Amiinn..


Rembau Hari Ini

Posted: 02 Jul 2012 07:20 PM PDT

Rembau Hari Ini


PENTAS WANITA

Posted: 02 Jul 2012 05:20 AM PDT


'Kami mahu pondok bas'

Posted: 01 Jul 2012 11:17 PM PDT

2 Julai 2012

CHENGKAU, REMBAU – Penduduk terutamanya pengguna pengangkutan awam, di sini, berharap pihak bertanggungjawab dapat mempercepatkan pembinaan hentian bas dan teksi memandangkan kemudahan itu sudah terlalu lama tiada.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, hentian yang hanya ditandakan dengan papan tanda simbol hentian bas dan tanpa bumbung menyebabkan ramai pengguna terpaksa menunggu dalam keadaan panas terik serta hujan.

Penduduk, Samsiah Manaf, 70, berkata, walaupun tidak kerap menggunakan perkhidmatan bas iaitu hanya ketika mahu menjalani pemeriksaan kesihatan di klinik, namun dia tetap berharap kemudahan berkenaan dapat dibina secepat mungkin.

"Jika dulu, kemudahan hentian bas berbumbung ini memang ada, namun selepas kerja-kerja pembesaran jalan berikutan pembinaan landasan kereta api berkembar Seremban-Gemas, hentian bas sedia ada sudah pun diruntuhkan.

"Oleh demikian, mak cik harap hentian bas ini dapat dibina semula secepat mungkin memandangkan setiap hari kemudahan berkenaan digunakan baik pelajar sekolah mahupun warga emas," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di lokasi tinjauan, di sini, baru-baru ini.

Sementara itu, menurut peniaga, Mariani Abdul Ghaffar, 27, dia sering melihat tindakan berani mati segelintir pengguna yang sanggup menunggu di hentian bas seberang jalan yang menghala ke Seremban.

Menurutnya, tindakan itu agak berbahaya namun susulah cuaca yang terlalu terik ataupun hari hujan membuatkan segelintir pengguna sanggup menanggung risiko menunggu di seberang jalan.

"Oleh itu, saya berharap kemudahan ini dapat disediakan pihak bertanggungjawab memandangkan ia digunakan penduduk hampir setiap hari.Untuk rekod, kemudahanperhentian bas di Pekan Chengkau digunakan penduduk dari Kampung Chenong Kedai, Chenong Ulu, Rumah Rakyat Chengkau, Pekan Chengkau, Nerasai, Penajis dan Pulau Mampat.

DUN CHINI

Posted: 02 Jul 2012 07:10 PM PDT

DUN CHINI


HIMPUNAN HIJAU PERINGKAT NEGERI PAHANG

Posted: 01 Jul 2012 08:38 PM PDT










































































PAS Kawasan Miri

Posted: 02 Jul 2012 07:08 PM PDT

PAS Kawasan Miri


Api Memusnahkan Tanaman Penduduk Akibat tiada Bekalan Air

Posted: 02 Jul 2012 04:07 PM PDT


Akibat Tiada Bekalan Air, Api Musnahkan Tanaman Penduduk Tukau

MIRI - Kebakaran hutan belukar dikawasan Perkampungan Usahajaya Tukau Sg Beluboh pada hari Ahad 1hb July, 2012 yang lepas telah mengakibatkan kerugian kepada penduduk di kawasan tersebut. Mereka mengalami kerugian beribu-ribu ringgit akibat hasil tanaman mereka musnah dijilat api. Menurut penduduk yang tinggal di kawasan tersebut mereka sukar untuk memadam api disebabkan ketiadaan bekalan air di kawasan mereka.

Walaupun pihak Bomba ada datang cuba untuk memadam kebakaran tersebut tetapi mereka tidak dapat buat apa-apa disebabkan api merebak begitu cepat dan tiada bekalan air yang mencukupi untuk memadam api yang marak dengan besar sekali sehingga mencecah setinggi pokok kelapa.

Penduduk disitu mengadu, dulu mereka pernah memohon kepada pihak kerajaan agar menyalurkan bekalan air bersih ke kawasan mereka tetapi sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak yang berkenaan untuk mengatasinya.

Kita juga mendengar ada wakil rakyat yang berjanji untuk menyelesaikan masalah bekalan air tersebut sebelum Hariraya ini. Harap pihak berkenaan dapat menunaikan janji mereka. Begitu juga dengan jalanraya serta saluran peparitan yang tidak sempurna juga menyebabkan sukar bagi penduduk di situ untuk keluar masuk membawa hasil tanaman mereka keluar.

Musim kemarau yang berpanjangan juga boleh mengancam keselamatan dan nyawa penduduk yang tinggal dalam kawasan tersebut sekiranya berlaku kebakaran hutan belukar seperti yang berlaku baru-baru ini dimana semasa kebakaran berlaku di situ, penduduk telah terperangkap akibat jalan keluar yang sempit yang dipenuhi dengan semak samun, nasib baik mereka cepat mengawal api dari merebak.

Sekiranya mereka tidak bertindak cepat untuk memadam api pada masa tersebut sudah pasti api akan merebak ke tempat lain dengan begitu cepat mengikut arah angin, ini boleh mendatangkan kecelakaan yang lebih teruk dan dasyat kepada penghuni di kawasan terbabit.

Akibat kebakaran yang begitu cepat merebak telah banyak memusnahkan harta benda dan tananam serta banyak juga tanaman kelapa sawit yang musnah. Nasib baik tiada berlaku sebarang kecelakaan dan kehilangan nyawa kepada penghuni dikawasan yang terbabit.

Ketika musim kemarau panjang banyak berlaku kebakaran hutan dan penduduk rasa tidak selamat kerana tiada bekalan air dan pili bomba untuk memadam kebakaran.

Kita mendesak agar pihak kerajaan segera menunaikan janji dan melihat kepada keperluan asas dan infrastruktur seperti jalanraya, sistem perparitan dan bekalan air bersih kepada penduduk disitu. Pili Bomba juga seharusnya disediakan dalam kawasan tersebut untuk memudahkan tugas pihak Bomba mengawal kebakaran dari terus merebak.

Demi keselamatan dan keselesaan penduduk yang tinggal dalam kawasan tersebut,kita sarankan kepada pihak berkuasa agar prihatin terhadap keperluan asas mereka yang sudah lama menetap disitu. Jangan apabila sesuatu perkara berlaku, barulah pihak kerajaan hendak bertindak.

Apabila ada pihak menegur atau memberi saranan kepada pihak berwajib ada yang tidak merasa senang hati dengan kenyataan tersebut sehingga ada yang sanggup menuduh pihak yang membuat laporan tersebut sebagai orang yang ada kepentingan politik. Keselamatan dan keamanan adalah untuk semua bukannya perkara yang boleh diambil ringan.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

English version
Consequences of No Water Supply, Fire Destroy Tukau Population Crop
MIRI - Bush fires in the area of Sg Beluboh Tukau Usahajaya Village on last Sunday, 1st July, 2012 has been resulted a loss to the people in the area. They lose thousands of ringgits due to their crops destroyed on fire. According to residents living in the area they are difficult to put off the fire due to lack of water supply in their area.

Although the Fire Personnel have come for the fire fighting but they could not do anything because the fire spread so quickly and there is no adequate water supply for fire extinguishing that blazing with enormous, reaching as high as a coconut tree.

Residents complained, before they have applied to the government to channel clean water to their area, but so far no action has been taken by the parties concerned to resolve it. We also heard the elected representative have promised to solve the water supply before this Hariraya. Hope relevant parties can fulfill their promises. Similarly, road and drainage channel is not perfect also making it difficult for residents to carry out their crops out.

Prolonged drought may threaten the safety and lives of the people living in the area in case of bush fires as happened recently when the fire broke out there, people have been caught by narrow escape filled with bushes, luckily they quickly control the fire from spreading.

If they do not act quickly to put off the fire at that time sure the fire would spread to other places so quickly in the direction of the wind, this can lead to disastrous more severe and excruciating to residents in the area.

Due to the fast-spreading fire that has destroyed property and crops and a lot of oil palm plantations were destroyed. Fortunately there were no accidents and loss of life to residents in the area involved. During the long dry season many forest fires occur and people do not feel safe because there is no water supply and fire hydrant for fire fighting.

We urge the government to immediately fulfill its promise and look to the basic needs and infrastructure such as roads, drainage and water supply to the residents there. The fire hydrant should also be provided in the area to facilitate the duties of the Fire Personnel control the fire from further spreading.

For safety and comfort of people living in the area, we suggest to the authorities so that concerned about their basic needs that have long reside there. Do when something happens, then the government to act.

When there are parties to criticize or give recommendations to the authorities some others do not feel happy with the fact thus they are were willing to accuse the person making the report as those who have political interests. Safety and security is for all not the things that can be taken for granted.









PAS LENGGONG

Posted: 02 Jul 2012 07:04 PM PDT

PAS LENGGONG


Posted: 02 Jul 2012 12:15 AM PDT

TK

Posted: 02 Jul 2012 12:14 AM PDT

Tawaran?

Posted: 02 Jul 2012 12:13 AM PDT

Peringatan.

Posted: 02 Jul 2012 12:08 AM PDT

Tawaran kita

Posted: 02 Jul 2012 12:08 AM PDT

Aktiviti kita

Posted: 02 Jul 2012 12:05 AM PDT

Pemimpin mereka.
Haram pakai emas

Posted: 02 Jul 2012 12:04 AM PDT

Pemimpin Kita

Posted: 02 Jul 2012 12:03 AM PDT

Suatu perbandingan

Posted: 02 Jul 2012 12:01 AM PDT

Perubahan mereka ialah Hijrah - Tahniah semoga istiqamah

Posted: 01 Jul 2012 11:58 PM PDT


INI BUDAYA UMNO BN.....DULU KINI DAN SELAMANYA
 ·  ·  · hari Sabtu, pada pukul 12.08 ptg

Posted: 01 Jul 2012 11:48 PM PDT


.
Lebuh Raya Rakyat yang dilancarkan MB Kelantan, TG Dato' Nik Aziz Nik Mat sepanjang 73 km dengan empat lorong berharga RM1.8 bilion. Paling utama dan penting ia adalah Lbuh Raya TANPA TOL. Apa macam ada berani menyumbang?

Posted: 01 Jul 2012 11:45 PM PDT


Hudud: Kelantan ada halangan, jika Johor dahului silakan

Harakahdaily,02 Jul 2012
KUALA LUMPUR: "Pada saya, saya bersyukur sangat-sangat atas kesedaran ini. Tidak perlu cabar mencabar, saya menyokong sepenuh hati," kata Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.


Beliau menyatakan demikian sebagai respons setelah membaca kenyataan Adun Umno Johor di dalam Sidang Dun Johor, Datuk Ayub Rahmat yang mencadangkan agar Johor melaksanakan hudud mendahului Kelantan serta mencabar PAS menyokong hukum hudud itu walaupun datang dari Umno.

"Kelantan atau Johor dahulu tidak penting. Kelantan telah menghadapi halangan untuk laksanakan hudud, jika Johor mendahului Kelantan, silakanlah.

"Insya Allah giliran Kelantan akan tiba juga. Sekali lagi saya nyatakan, saya menyokong sepenuh hati," ujarnya yang juga Mursyidul Am PAS melalui Facebooknya.

Justeru, harapan beliau agar cadangan itu tidak akan ditarik balik dan menjadi kenyataan.

"Mari kita bekerjasama memperlihatkan Islam yang sebenar kepada masyarakat Malaysia.

"Tahniah kepada Umno Johor dan saya menunggu untuk melihat langkah seterusnya," ujarnya lagi.

Posted: 01 Jul 2012 11:44 PM PDT


TOLONG SHARE/DAN SEBARKAN SEGALA GAMBAR DIBAWAH INI DEMI KEPENTINGAN HAMBA RAKYAT..AYUH!

Posted: 01 Jul 2012 11:42 PM PDT





Sertai PAS lagi...seorang tokoh pembangunan tanah, Datuk Ramli Buyung (gambar paling kanan) yang juga bekas Naib Presiden Kanan Felcra Berhad semalam 1 Julai 2012 menyertai PAS dalam Himpunan Hijau Ke Putrajaya di Dataran Kerdau, Temerloh. Penyertaan Datuk Ramli diumumkan pesurujaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam Himpunan Hijau Pahang malam ini. Ramli menyerahkan borang penyertaannya ke dalam PAS kepada Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang di depan puluhan ribu rakyat Pahang yang memenuhi Dataran Kerdau. Tuan Ibrahim ketika mengumumkan penyertaan Ramli berkata, PAS Pahang mempunyai 10 tokoh yang ingin menyertai PAS. Apa macam?
 

Posted: 01 Jul 2012 11:39 PM PDT

Posted: 01 Jul 2012 11:37 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 02 Jul 2012 03:13 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


ASTAGFIRULLAH ! DOKTOR CHUA SAHKAN ADUN KEMELAH KURANG SIUMAN ?

Posted: 02 Jul 2012 02:24 AM PDT

Hilang Akal boleh diertikan sebagai hampir gila atau kurang siuman disebabkan akal dah hilang.

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata ADUN Umno Johor yang mencadangkan supaya hukum hudud dilaksana ke atas orang Islam dan bukan Islam di negeri itu "hilang akal" kerana mengemukakan perkara tersebut.

Dalam satu tulisannya di Twitter malam tadi, Chua berkata ADUN berkenaan, Datuk Ayub Rahmat juga telah kehabisan idea sehingga menimbulkan cadangan berkenaan.

"ADUN Umno Johor itu tentu sudah kehabisan idea dan hilang akal untuk mencadangkan hudud di Johor meliputi bukan Islam," katanya.

Tambahnya, MCA "pastinya" menentang usaha seperti itu.

Ayub yang merupakan ADUN Kemelah membangkitkan cadangan itu 20 Jun lalu pada mesyuarat pertama penggal persidangan kelima Dewan Negeri Johor ke-12.

Ketika diminta menjelaskan cadangannya itu, berkata beliau mahu melihat Johor mendahului negeri lain melaksanakan hukum hudud "sebenar" – yang menurutnya berbeza dengan hudud PAS.

Hukum hudud sebenar meliputi semua kaum dalam sesuatu negara berbanding hudud PAS yang hanya tertakluk kepada orang Islam, kata Ayub yang memberi contoh Kanun Jenayah Syariah II (1993) (Hudud Kelantan).

Beliau berpandangan bahawa undang-undang itu menimbulkan diskriminasi dari segi pelaksanaan di antara orang Islam dan bukan Islam.

Pendiriannya itu meletakkan MCA sebagai parti kedua paling besar dalam BN dalam kedudukan sukar.

MCA sebelum ini lantang mengkritik undang-undang hudud dan sentiasa menyerang PAS atas rancangan pelaksanaan undang-undang syarie yang didakwa akan menakutkan pelabur asing.

MCA menjadikan kritikan ke atas hudud sebagai bahan kempen utamanya dalam menghadapi pilihan raya umum untuk menentang seterunya, DAP.

ASET RM60,000,000,000 TAPI MINTA DERMA ?

Posted: 01 Jul 2012 06:45 PM PDT



Persatuan Bekas Tentera Umpama PIBG Sahaja


KUALA TERENGGANU – Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) adalah sebuah badan berkanun yang ditubuhkan kerajaan melalui akta parlimen, Akta 101, 1973 bagi mengadakan faedah-faedah persaraan dan faedah-faedah lain kepada anggota tentera.


Menurut Presiden Kelab Kebajikan Rangkaian Veteran dan Bekas Angkatan Tentera (KERABAT) Leftenan Kolonel (B) Nazari Mokhtar, walaupun LTAT memiliki aset berjumlah RM60 bilion tetapi gagal menjaga kebajikan bekas-bekas anggota tentera.

Sebaliknya, kata beliau, kebajikan bekas anggota tentera diserahkan kepada persatuan bekas-bekas anggota tentera.

Sedangkan beliau mendakwa, persatuan bekas-bekas anggota tentara hanyalah umpama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) disekolah-sekolah.

"Dengan duit tabungan Lembaga Tabung Angkatan Tentera sebanyak RM60 bilion sepatutnya Menteri Pertahanan yang dipilih setiap lima tahun bertanggungjawab menjaga kebajikan bekas tentera,

"tetapi kita (bekas tentera) dibiarkan, kebajikan diserahkan kepada persatuan bekas-bekas tentera yang bertaburan di seluruh negara,

"(tetapi) kebajikan bekas tentera bukan tanggungjawab persatuan (kerana) standardnya hanyalah seperti Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) tidak lebih dari itu,"jelasnya.

Leftenan Kolonel (B) Nazari berkata demikian ketika berucap dalam ceramah kemuncak program PAS Ganti Umno Kali Ke-4 (PGU04) dan Himpunan Hijau peringkat negeri Terengganu di Kampung Padang Mengkuang, Marang pada Sabtu 30 Jun.

Katanya, mereka yang berkhidmat dengan LTAT tidak menjaga kebajikan bekas tentera kerana mereka selesa dengan keadaan keadaan hidup mereka.

Menurutnya, Menteri Pertahanan dan Menteri yang bertanggungjawab dengan veteran tentera pula hanya datang berjumpa bekas-bekas anggota apabila hampir saat pilihanraya.

Oleh, kata beiliau, kerana kehidupan yang tersepit, bekas tentera sanggup buat apa sahaja termasuk melakukan tarian atau senama punggung seperti yang dilakukan dihadapan rumah Pengerusi bersama BERSIH, Datuk S-Ambiga.

"bekas-bekas tentera terlalu tersepit sehingga sanggup melakukan tarian (senaman) punggung, mereka tiak dapat embelaan, nak mengadu ke mana pun mereka tidak tahu,

"persatuan (bekas tentera) juga mengharapkan bantuan daripada kerajaan, aset LTAT ada RM60 bilion tetapi bekas tentera minta derma pada Hari Pahlawan,"katanya.
Menurutnya, LTAT hanya memberikan sebanyak RM50 juta diagih-agihkan melalui persatuan-persatuan kepada bekas-bekas tentera, yang hanya menerima sebanyak RM50 setiap orang.

"bayangkan betapa kejamnya kerajaan Barisan Nasional yang mengurus tadbirkan Kementerian Pertahananan, LTAT berikan RM50 juta diagih-agihkan kepada persatuan-persatuan (bekas tentera),

"diberikan kepada (bekas-bekas anggota) RM50 (seorang),"katanya

Justeru, beliau menyeru seluruh anggota tentera dan bekas-bekas anggota bangkit untuk menggempur dan menghancurkan Barisan Nasional (BN) kerana kezaliman mereka mengenepikan kebajikan bekas-bekas tentera.

DUN Lembah Jaya

Posted: 02 Jul 2012 11:39 AM PDT

DUN Lembah Jaya


Syarat-Syarat Kelayakan Permohonan HPIPT

Posted: 02 Jul 2012 05:00 AM PDT


  1. Permohonan adalah terbuka kepada WARGANEGARA MALAYSIA sahaja.
  2. Pemohon mestilah terdiri daripada RAKYAT D.Y.M.M. SULTAN SELANGOR DARUL EHSAN yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:
    • Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau;
    • Ibu atau Bapa pemohon lahir di Negeri Selangor
  3. Pemohon yang tidak lahir di Negeri Selangor tetapi telah menetap / bersekolah di Negeri Selangor melebihi tempoh 11 tahun (dengan mengemukakan dokumen pengesahan seperti Sijil Berhenti Sekolah dan sebagainya).
  4. Pemohon telah ditawarkan tempat untuk memasuki Tahun Pertama (Semesta Pertama) mulai sesi Julai 2008 sahaja.
  5. Pemohon telah ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian secara sepenuh masa (full-time courses) di IPTA atau IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan bagi pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda atau Diploma sahaja*.
  6. Pemohon telahpun mendaftarkan diri di IPT bagi memulakan sesi pengajian.
  7. Pendapatan isi rumah Ibu Bapa / Penjaga Pemohon berjumlah RM1,500 ke bawah.

Nota:

*Matrikulasi / Kursus Persediaan / Tahun Asas / A-Level / ACCA / LCCI / Ijazah Lanjutan / Kursus Pra-Perkhidmatan / Kursus Pengurusan Ijazah (DPLI / KPLI ) / Pengajian Jarak Jauh (PJJ) / Pengajian Luar Kampus (PLK) tidak layak memohon.


Hi Tea DHPP Ampang Meriah

Posted: 02 Jul 2012 02:15 AM PDT


1 Julai 2012, Kg. Tasek Permai - MERIAH! Itulah yang dapat digambarkan suasana program Hi-Tea & Ramah Mesra Rakyat Bersama Pemimpin anjuran Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Ampang bersama Pejabat ADUN Lembah Jaya yang diadakan di sini bermula jam 4:30 petang. Seramai lebih 400 ahli dan penyokong DHPP pelbagai kaum hadir memeriahkan majlis.

Mendahului senarai berucap pada petang itu ialah Ketua DHPP Ampang Encik Kalaimani, YB Hj Khasim selaku ADN Lembah Jaya, Ahli Parlimen Ampang YB Hjh Zuraida Kamarudin, Ketua DHPP Negeri Selangor Encik Letchumanan dan ADN Teratai YB Jenice Lee.


















Lebih 70 lagi terima notis 5A di Lembah Jaya

Posted: 02 Jul 2012 01:03 AM PDT


1 Julai 2012, Kg. Tasik Tambahan - Seramai lebih dari 70 penduduk di Kg. Tasek Permai, Kg. Ampang Indah dan Kg. Ampang Campuran menerima Notis 5A (surat hak milik tanah) hari ini yang disampaikan oleh Dato' Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim.

Majlis kali ketiga di Lembah Jaya ini diadakan di padang awam MPAJ Kg. Tasik Tambahan jam 10.00 pagi. Dengan bayaran minimum RM1000 penerima notis menjadi pemilik sah tanah dan mereka akan dikenakan bayaran penuh sekiranya mereka menjual tanah tersebut.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Exco Kerajaan Negeri Selangor YB Iskandar Samad, Pegawai Daerah Hulu Langat Tuan Hj Haris Kasim dan Penghulu Mukim Ampang 1 Tuan Abdul Rashid bin Saman.









Mangsa-mangsa banjir Lembah Jaya Utara Mac lalu disantuni

Posted: 01 Jul 2012 08:16 PM PDT


Setelah hampir empat bulan berlalu, mangsa-mangsa banjir Kg. Lembah Jaya Utara diziarahi. Alhamdulillah kesemua mereka kembali menjalani kehidupan harian seperti sediakala. Mereka turut diberikan sedikit sumbangan daripada pihak ADUN. Turut hadir dalam program ziarah yang diadakan pada 26 Jun ini ialah Pengarah Pusat Khidmat DUN Lembah Jaya, Puan Hajjah Rohainah Hj Hasan.

Semoga hubungan erat ini akan melancarkan proses pentadbiran negeri di peringkat Lembah Jaya demi kepentingan rakyat yang berhak memiliki suasana kehidupan yang lebih harmoni.









Batu Gajah Mari

Posted: 02 Jul 2012 11:29 AM PDT

Batu Gajah Mari


Jom tolong!

Posted: 02 Jul 2012 03:54 AM PDT

Saya Nur Marzitah Binti Mat Isa ingin memohon bantuan kewangan daripada pihak yang sudi memberikan sumbangan bagi tujuan untuk melanjutkan pelajaran saya ke peringkat ijazah Sarjana Muda di Universiti Mu'tah Jordan.


Untuk pengetahuan tuan dan puan, tujuan utama saya memohon bantuan ini adalah disebabkan kesulitan yang dihadapi oleh saya untuk membiayai kos pengajian ini. Memandangkan keluarga saya daripada keluarga sederhana.Bapa saya bekerja sendiri dan pendapatan bulanan yang diterima tidak menentu bergantung kepada keadaan dan cuaca.Pendapatan yang diperolehi hanya cukup untuk memenuhi keperluan asas kami sekeluarga.

Anggaran perbelanjaan sebulan di sana sebanyak RM600 sebulan selain yuran pengajian sebanyak RM 40 000 (2 atau 3 tahun).

Saya amat berharap agar diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi demi membela nasib keluarga. Saya juga ingin mencapai cita-cita saya selama ini.Dengan adanya bantuan kewangan ini mungkin dapat memberi peluang kepada saya melanjutkan pelajaran di samping meringankan bebanan ibubapa saya dalam menanggung keseluruhan kos pengajian saya.

Sebarang sumbangan bolehlah disalurkan kepada Akaun Maybank 158097823002 atas nama Nur Marzitah Binti Mat Isa atau hubungi saya 013-4640487. Dibawah ini juga saya lampirkan beberapa butir maklumat diri saya.

Semoga permohonan ini diberi perhatian oleh tuan,puan dan masyarakat sekalian. Saya sangat mengharapkan ada pihak yang prihatin bagi memberi peluang kepada saya menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Segala kerjasama daripada semua pihak dan masyarakat amat diharagai dan didahului dengan ucapan Jazakallah Ukhairan Kathira.


Nur Marzitah Binti Mat Isa.
No 41, Kampung Paya Lintah,
33700 Padang Rengas,
Perak Darul Ridzuan


Kem Kemunting: PR akan ganti dengan Universiti

Posted: 02 Jul 2012 03:13 AM PDT

YDP PAS Taiping, Us Mohd Fakhrudin Abd Aziz


Kamunting: PAS dan Pakatan Rakyat berjanji sekiranya berjaya menawan Putrajaya dalam PRU13, Kem Tahanan ISA di Kamunting akan digantikan dengan sebuah Universiti atau Institusi pendidikan. demikian ditegaskan oleh Ust Mohd Fakhrudin Abd Aziz,YDP PAS Taiping ketika berucap dalam Himpunan Anti ISA di hadapan Kem Tahanan Kamunting (KEMTA) sebentar tadi. "Kami dipihak PAS dan Pakatan Rakyat berjanji jika kita menang malam ini esoknya semua tahanan akan dibebaskan,kem ini kita tutup dan kita gantikan dengan sebuah universiti atau apa-apa institusi pendidikan yang lebih memberi manfaat kepada rakyat, ini kerana akta zalim ini telah banyak menahan orang yang tidak mempunyai bukti kesalahan dan ini jelas amat bercanggah dengan ajaran Islam". ujar beliau.



Sementara itu wakil daripada Dewan Pemuda PAS Perak, Us. Mohd Akmal Kamarudin pula memberi ingatan sekiranya pihak kerajaan tidak menutup dan membebaskan tahanan-tahanan ISA di Kem Tahanan tersebut, Pemuda PAS Perak dan Pemuda Pakatan Rakyat Perak sanggup bersama-sama Keluarga mangsa serta GMI untuk menggerakkan seluruh ahlinya berkumpul bagi mendesak dan menyatakan sokongan kepada penghapusan akta zalim tersebut. "kami Pemuda PAS Perak sentiasa menyokong tuntutan pembebbasan mangsa dan sekiranya tahanan yang sedang mogok ini tidak dilepaskan kita akan gerakkan seluruh ahli pemuda PAS Perak ke Kem Tahanan Kamunting ini sehingga akta zalim ini dihapuskan dari muka bumi malaysia ini"


bagi ikon ISA , Pn Norlaila pula menyifatkan kem tahanan ini seperti neraka bagi ahli keluarga, ini kerana setiap kali mereka menziarahi suami, mereka terpaksa bergaduh dengan pegawai-pegawai yg ada disitu. "Ini belum lagi ditambah dengan ugutan dan penyiksaan mental yang terpaksa dihadapi oleh isteri dan anak-anak tahanan". Ujar beliau dalam keadaan sebak. Oleh itu beliau yang turut ditemani suami dan anaknya sekali lagi menuntut agar kem dan akta zalimi ini ditutup

Dupahang's Weblog

Posted: 02 Jul 2012 11:18 AM PDT

Dupahang's Weblog


GAMBAR2 HIMPUNAN HIJAU PAHANG –

Posted: 01 Jul 2012 10:49 PM PDT

http://gayapeneroka.blogspot.com

Puluhan Ribu Hadir pada Himpunan Hijau Pahang

Posted: 01 Jul 2012 10:43 PM PDT

KERDAU: Himpunan Hijau ke Putrajaya peringkat negeri Pahang yang sedang berlangsung di Dataran PAS di Kerdau di sini menarik kehadiran puluhan ribu rakyat negeri itu. Sekarang ini sedang berlangsung ucapan pempimpin Pakatan Rakyat khususnya PAS termasuk Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang akan menyampaikan amanat pilihan raya sebentar nanti. Program yang [...]

Beberapa Pendapat Ulama Muktabar Tentang Sambutan Nisfu Sya`ban

Posted: 01 Jul 2012 10:34 PM PDT

By Shahmuzir Rasulullah sallAllahu `'alaihi wasallam bersabda: "ALLAH melihat kepada hamba-hambaNYA pada malam nisfu Sya`ban, maka DIA mengampuni semua hamba-hambaNYA kecuali yang musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci)."  (Hadith Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain). Al-Albani mensahihkan hadith ini dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah. (jilid 3, .m.s. 135, cetakan: Maktabah al-Ma`arf, Riyadh) [...]

Razali Alias: Himpunan Lynas ‘Melanggar Syarak’, Kenyataan Mufti Pahang Boleh Kelirukan Rakyat !

Posted: 01 Jul 2012 10:27 PM PDT

Kenyataan Mufti Pahang yang dilaporkan oleh Sinar Harian semalam [Laporan Sinar Harian Pahang dipetik, Mufti tersebut kelmarin meminta golongan itu memahami keadaan sebenar yang berlaku Razali Alias: Himpunan Lynas ‘Melanggar Syarak’, Kenyataan Mufti Pahang Boleh Kelirukan Rakyat ! KUANTAN, 1 Julai – Ramai pemimpin Pakatan Rakyat keliru dengan kenyataan Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman [...]

Fakta menarik, spontan dari Ustaz Tuan

Posted: 01 Jul 2012 10:22 PM PDT

Ingin mengetahui juzuk-juzuk Al-Quran di muka surat mana? Senang saja! Contoh 1 Juzuk 5 di halaman ke berapa: 5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8 Letakkan no 2 selepas jawapan. Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82 Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula [...]

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 02 Jul 2012 11:04 AM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Ribuan di Himpunan Hijau Pahang sekarang

Posted: 01 Jul 2012 05:09 PM PDT



KERDAU: Himpunan Hijau ke Putrajaya peringkat negeri Pahang yang sedang berlangsung di Dataran PAS di Kerdau di sini menarik kehadiran puluhan ribu rakyat negeri itu.

Sekarang ini sedang berlangsung ucapan pempimpin Pakatan Rakyat khususnya PAS termasuk Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang akan menyampaikan amanat pilihan raya sebentar nanti.

Program yang bermula petang tadi diisi dengan Xpresi Anak Muda anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat yang menampilkan pelbagai program untuk belia.

Antaranya persembahan lagu-lagu dakwah oleh artis tersohor serta ucapan pemimpin pemuda.

Berikut antara gambar-gambar suasana sepanjang program berlangsung sejak petang tadi.









Ketibaan konvoi bermotor pemuda PAS Pahang ke tapak himpunan hijau.








Muslimat bersama Ustaz Nik Zawawi Salleh, SU Majlis Syura Ulama' dan penyanyi, Aishah.










Pak Long mempersembahkan lagu ketuhanannya yang sungguh syahdu sempena Xpresi Hijau Anak Muda di Kerdau, Pahang.





Bacaan Ikrar dan Baiah pejuang dibaca oleh Ketua DPP Pahang Ustaz Shahril Azman al Hafiz.

Takut panggil PRU, kemenangan moral buat Pakatan

Posted: 01 Jul 2012 05:09 PM PDT


SHAH ALAM:
'Ketakutan' Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang sehingga kini masih belum berani untuk mengumumkan pembubaran parlimen adalah satu kemenangan moral kepada Pakatan Rakyat.

Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, alasan Najib kononnya untuk menunggu mandat lima tahun sebelum mengadakan pilihan raya umum (PRU) ke-13 menggambarkan 'ada sesuatu' yang belum meyakinkan presiden Umno itu.

"Satu daripada kemenangan moral kita ialah bila Umno tak berani nak bubar parlimen.

"Lepas sehari, sehari ditangguh. Tentu ada sesuatu. Masalah apa kita tak tahu, yang pasti dia (Najib) 'serabut perut'," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis Temu Mata Anak Rantau Panjang D'Perantauan yang diadakan di dewan Wisma PKPS di sini semalam.

Selepas pelbagai spekulasi timbul mengenai tarik PRU-13, dan desakan tidak henti-henti dari Pakatan Rakyat, Najib semalam tampil dengan kenyataan membayangkan pilihan raya tidak akan berlaku dalam masa terdekat.

Beliau memberi alasan kononnya mahu menunggu mandat lima tahun sebelum mengadakan pilihan raya umum kali ini.

Mengulas lanjut 'ketakutan' Najib itu, Tuan Guru yang juga Menteri Besar Kelantan tidak menolak kemungkinan ianya disebabkan kebangkitan rakyat yang kini semakin ramai menyokong Pakatan Rakyat.

"Semalam di Johor, tak pernah lagi sebegitu ramai.

"Ini membuktikan kesedaran dan gelombang perubahan itu wujud," katanya.

Sementara itu, hadir sama dalam program itu Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Yusof, Adun Gual Periok Ustaz Mohamad Awang, Adun Meranti Nusuruddin Daud dan Adun Bukit Tuku Abd Fatah Haron.

Lebih 200 anak Rantau Panjang turut hadir dalam majlis itu.

Kelantan akan terus terajui perubahan - Nik Aziz

Posted: 01 Jul 2012 05:08 PM PDT



SHAH ALAM:
Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyeru rakyat negeri itu agar kekal memberi mandat kepada PAS pada pilihan raya akan datang supaya nilai dan budaya Islam dapat terus disuburkan.

Menurutnya, sejak PAS mentadbir negeri itu pelbagai perkara baru diperkenalkan kerajaan negeri untuk memberi kebaikan rakyat yang selari dengan suruhan agama Islam itu sendiri.

Beliau memberi contoh sistem pajak gadai Islam Ar-Rahnu yang bukan sahaja bebas riba malah memberi keadilan kepada rakyat dan kini ditiru pula pihak lain.

Selain itu banyak lagi perkara lain yang Kelantan menjadi perintis perubahan termasuk peraturan papan iklan yang mensyaratkan wanita menutup aurat.

"Kelantan boleh buat macam itu kerana ada kerajaan. Kenapa ada kerajaan? Kerana ada undi.

"Bila orang undi kita parti PAS yang dasar kita Islam, maka kita boleh buat banyak lagi benda-benda baik," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis Temu Mata Anak Rantau Panjang D'Perantauan yang diadakan di dewan Wisma PKPS di sini semalam.

Gambar: YAB Tuan Guru sejurus tiba di Dewan Orkid, WISMA PKPS, Seksyen 14 Shah Alam.

Sejak memerintah negeri pada tahun 1990, lebih 100 perubahan besar telah dilakukan kerajaan negeri khususnya program yang memberi manfaat langsung kepada rakyat.

Sehubungan itu katanya, rakyat Kelantan perlu terus bersama kerajaan negeri bagi membolehkan banyak lagi perkara-perkara baik dicetuskan pada masa akan datang.

"Orang lain tiru benda baik yang kita buat, dapat pahala.

"Kerajaan dapat pahala, orang yang undi kerajaan yang buat baik itu pun dapat pahala," katanya.

Dalam pada itu lebih 200 anak Rantau Panjang di perantauan hadir dalam majlis pertemuan itu semalam.

Selain Tok Guru, turut hadir adalah Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Yusof, Adun Gual Periok Ustaz Mohamad Awang, Adun Meranti Nusuruddin Daud dan Adun Bukit Tuku Abd Fatah Haron.

Zailah ketika mengulas program semalam mengucapkan tahniah atas kehadiran anak-anak Rantau Panjang ke program itu.

"Saya ucap tahniah dan terima kasih kepada yang hadir. Rata-rata yang saya jmpa itu saya kenal keluarga mereka dan majoriti di sini anak Rantau Panjang.

"Ramai antara mereka ini beritahu saya dah tak sabar nak mengundi," katanya.

Terdahulu pelbagai aktiviti dijalankan pada sebelah paginya termasuk perlawanan futsal anjuran Dewan Pemuda PAS Rantau Panjang.

Pasukan 'IR Land' menjadi juara apabila menewaskan pasukan 'Tepi Sungai' 2-0.

Pasukan 'Suara Anak Muda RP' pula di tempat ketiga menewaskan pasukan 'Batu 10B' untuk tempat keempat.

Juara membawa pulang hadiah wang tunai RM700 dan piala, tempat kedua RM500, ketiga RM300 dan keempat RM100.

Turut menarik perhatian semalam pertandingan memakai serban ala ulama tersohor Kelantan, Tok Kenali.

Uniknya, pertandingan itu dimenangi seorang anak muda yang hanya berbaju t-shirt dan berseluar jeans yang mengenakan serban paling menyerupai serban Tok Kenali.

Pemenang adalah dipilih sendiri oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Anak muda T’ganu sedia bersama PAS ke Putrajaya

Posted: 01 Jul 2012 05:08 PM PDT



MARANG: Anak-anak muda Terengganu menjawab dengan jelas dan tegas, mereka telah bersedia untuk menjatuhkan kerajaan Umno dan Barisan Nasional secara demokratik pada pilihanraya umum yang ke-13 akan datang.

Mereka yang menyertai sesi 'Xpresi Hijau Menuju Putrajaya' berkata demikian ketika ditanya oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasrudin Hassan.

"Justeru itu, saya nak tanya pada hari ini, tak kiralah anak muda lelaki ataupun anak muda muslimah, saya nak tanya pada hari ini…..

"Adakah anak-anak muda yang berhimpun di Xpresi Hijau anak muda Terengganu pada hari ini telah bersedia untuk memegang tanggungjawab ini?"soal Nasrudin.

Pertanyaan Nasruddin itu dijawab 'ya' oleh kira-kira 5,000 orang anak muda yang hadir  berhimpun di Kampung Padang Mengkuang, Bukit Payong dekat sini.

Nasrudin berkata demikian ketika menyampaikan pidato khasnya pada program PAS Ganti Umno Kali Ke-4 dan Himpunan Hijau peringkat negeri Terengganu pada Sabtu 30 Jun.


Oleh itu, beliau mengingatkan supaya mereka tidak leka dan lalai serta setia dengan perjuangan dan  berpaling ke belakang apabila diserang musuh.

Katanya, walaupun terpaksa berhadapan dengan pahit getir, perubahan mesti dilakukan dan  Umno BN mesti dijatuhkan.

Beliau berkata, biar apa sahaja halangan melintang dan rintangan yang datang, anak-anak muda mesti terus berjalan menuju ke Putrajaya.

"Maka kita terus mara dan melangkah ke Putrajaya, biarkan apa sahaja halangan melintang, rintangan yang datang, itulah sunnatullah yang dijanjikan oleh Allah.

"Memang perit kita berjuang, tetapi Allah menyebut kepada kita 'jika sekiranya kamu merasai sakit berhadapan dengan mereka, bertempurdengan mereka, bersaing dengan mereka. Kamu berasa sakit, merasa perit. Merasa pedih. Maka mereka juga sakit sebagaimana kamu rasai sakit itu'," tegasnya.

Sehubungan itu, Nasrudin telah melancarkan logo 'Pakat Pangkah PAS Bohh' yang menjadi motto Pemuda PAS dalam menghadapi kempen pilihanraya umum yang akan datang.

Turut sama dalam sesi 'Xpresi Hijau' itu adalah Setiausaha DPPM Khairul Faizi serta ahli-ahli Jawatankuasa DPPM dan Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah serta ahli-ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS negeri.

Mengapa pengundi Cina bukan penentu PRU13?

Posted: 01 Jul 2012 05:07 PM PDT


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad nampaknya sudah kembali ke zaman pentadbirannya apabila, dalam kata-katanya sendiri, beliau berjuang untuk kaum Melayu dalam masa umurnya muda dan beliau kurang pengalaman dalam arena politik.

Mahathir telah membuat pengakuan ini secara umum dalam satu sesi dialog bersama Majlis Eksekutif Pelajar Malaysia di United Kingdom dalam bulan September 1995, apabila menegaskan kepentingan perjuangan rakyat Malaysia dan bukan kaum Melayu, pada masa yang sama mengingatkan semua bahawa impian Bangsa Malaysia hanya boleh tercapai jika rakyat Malaysia mampu menerima satu sama lain tanpa mengira kaum atau agama.

Ini merupakan tahun keempat deklarasi Wawasan 2020 dan Bangsa Malaysia pada bulan Februari 1991.

Kini Mahathir kelihatan seperti mengingkari deklarasinya, bukan sahaja konsep Bangsa Malaysia dan Wawasan 2020, tetapi seruan untuk berjuang demi kaum Melayu daripada berjuang untuk rakyat Malaysia.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah meminta ahli Barisan Nasional supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang akan menyinggung perasaan kaum yang lain atau parti komponen yang lain dalam BN.

Akan tetapi, berapa ramaikah dalam UMNO yang akan mendengar nasihat Najib?

Yang tidak dapat disangkal adalah Mahathir adalah yang diantara golongan yang membuat kenyataan yang tidak sensitive, tidak bertanggungjawab dan berunsur provokatif – untuk menyelamatkan dan melindungi UMNO dan Barisan Nasional daripada kekalahan dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Khamis lalu, Mahathir telah mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah bahawa pengundi Cina akan menjadi faktor penentu dalam pilihanraya umum ke-13 oleh sebab kaum Melayu terbahagi diantara tiga parti "kecil" dan pengundi Cina akan menentukan siapa yang bakal membentuk kerajaan baru selepas pilihanraya umum ini.

Saya telah menyangkal kenyataan ini dengan mengatakan bahawa kaum Cina Malaysia bukan faktor penentu dan tidak mahu menjadi faktor penentu dalam pilihanraya umum ke 13.

Saya juga telah menekankan bahawa realiti keadaan adalah dengan melihat bilangan pengundi Cina di Malaysia, adalah mustahil untuk pengundi Cina menjadi faktor penentu dalam PRU13.

Biar kita meneliti dengan melihat kepada nombor dan bilangan, mengapa pengundi Cina tidak boleh menjadi faktor penentu dalam pilihanraya umum ke-13.

Daripada 222 kerusi Parlimen, hanya 34 yang mempunyai komposisi pengundi kaum Cina sebagai majoriti. Walaupun Pakatan Rakyat (PR) memperoleh kesemua undi Cina dalam kerusi-kerusi ini ianya hanya akan memenuhi 15% kerusi parlimen.

55 kerusi Parlimen di mana pengundi Cina membentuk 30% hingga 50% bilangan pengundi. Walaupun PR mampu memperoleh 80% undi Cina dalam kerusi-kerusi ini, ia masih memerlukan diantara 35% hingga 40% sokongan daripada komuniti yang lain untuk memenangi kerusi-kesrusi ini.

Secara keseluruhannya, ini bererti hanya ada 89 kerusi parlimen yang mempunyai pengundi Cina yang membentuk 30% jumlah keseluruhan pengundi. Andaikata PR memenangi kesemua kerusi parlimen ini, ianya hanya akan membentuk 40% jumlah kerusi parlimen, yang jelas tidak cukup untuk mencapai bilangan majoriti kerusi parlimen.

Tetapi, apa yang dilihat adalah satu situasi dimana Barisan Nasional ditolak oleh pengundi dari pelbagai kaum, termasuklah majoriti kaum Melayu serta kerusi "campuran" etnik yang dahulunya kubu kuat BN.

Sebagai contoh, dalam pilihanraya umum 2008, majoriti pengundi Melayu dan bukan Melayu telah menolak BN di kerusi majoriti Melayu seperti Pokok Sena dan Kuala Kedah di Kedah, Parit Buntar dan Bagan Serai di Perak, Shah Alam dan Kota Raja di Selangor dan Titiwangsa di Kuala Lumpur.

Majoriti pengundi Melayu dan bukan Melayu juga telah menafikan mandat BN dalam kerusi campuran seperti di Padang Serai di Kedah, Bayan Baru dan Nibong Tebal di Pulau Pinang dan Bandar Tun Razak di Wilayah Persekutuan.

Baru-baru ini, dalam pilihanraya negeri Sarawak pada tahun 2011, majoriti pengundi Cina dan pengundi bukan Cina dalam kawasan kerusi DUN Kidurong telah menolak BN yang membawa kepada kemenangan bersejarah dengan majoriti 7,000 undi bagi calon DAP Chew Chin Sing.

Dengan menggunakan taktik mengapikan-apikan isu perkauman, Mahathir kini menggunakan taktik lama untuk menakut-nakutkan rakyat Malaysia yang kian sudah serik dengan korupsi, kronisme dan penyalahgunaan kuasa oleh kerajaan Barisan Nasional.

Pilihanraya umum yang akan datang ini adalah satu peluang bagi semua rakyat Malaysia untuk memahat sejarah untuk bersatu padu dan untuk menghantar satu mesej yang jelas untuk menamatkan 54 tahun pemerintahan rakus BN dan memberi mandat kepada kerajaan baru Pakatan Rakyat yang akan melindungi hak, kebebasan dan kebajikan semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum Melayu, Cina, India, Iban atau Kadazan.

Oleh itu, faktor penentu yang benar-benar sah dalam pilihanraya umum ke-13, bukan pengundi Cina tetapi semua pengundi rakyat Malaysia tidak kira kaum Melayu, Cina, India, Iban dan Kadazan untuk bersatu padu untuk membawa kepada peralihan kuasa yang aman untuk kali pertama dalam sejarah 54 tahun untuk mengakhiri kezaliman korupsi, kronisme dan penyalahgunaan kuasa.

Wahid cabar Ahmad Said debat isu Terengganu

Posted: 01 Jul 2012 05:06 PM PDT


MARANG: Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut mencadangkan pihak akhbar Sinar Harian menganjurkan debat antara beliau dengan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.
Katanya, debat tersebut berkisar kepada isu yang berlaku di negeri ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu menyatakan demikian pada Perhimpunan Hijau Ke Putrajaya peringkat negeri di sini, hari ini.

Kira-kira 10,000 orang hadir pada majlis yang dirasmikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Turut hadir ialah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali di samping kepimpinan PAS negeri.

Rakyat beri mandat kepada Abdullah, bukan Najib

Posted: 01 Jul 2012 05:05 PM PDT

KUALA LUMPUR: Secara tidak rasminya, Datuk Seri Najib Razak tidak boleh mengatakan rakyat memberikannya mandat selama lima tahun untuk menerajui negara memandangkan beliau bukannya dipilih melalui pilihan raya lalu.

Sebaliknya, selepas BN memenangi pilihan raya umum ke-12, Mac 2008 lalu, Najib dilantik oleh Tun Abdullah Badawi untuk menerajui BN, sekaligus membentuk kerajaan.

"Kalau diikutkan, rakyat beri mandat melalui pilihan raya kepada Abdullah, bukan Najib. Dia tidak boleh berkata demikian, kononnya dia diberi mandat oleh rakyat," tegas Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Najib yang berhasrat untuk menunggu tempoh lima tahun sebelum memanggil pilihan raya umum bagi membolehkan beliau meneruskan mandat yang diberikan rakyat.

Bagaimanapun, kata Mahfuz, pihaknya bersetuju dengan hasrat tersebut, dan meminta Najib menyatakannya secara 'akujanji' tentang tempoh lima tahun tersebut.

"Jika benar beliau berhasrat untuk mengadakan pilihan raya umum selepas tamat tempoh penggal yang diberikan, adalah lebih baik jika ia memberi jaminan secara akujanji," tegas beliau lagi.

Tambah ahli parlimen Pokok Sena itu lagi, dengan hasrat Najib itu juga dilihat mampu menguruskan soal peruntukan negara membabitkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) secara lebih berkesan.

Sebelum ini, dalam bajet tambahan yang dibentangkan di parlimen, kerajaan memperuntukkan sejumlah wang kepada badan pengendali pilihan raya itu.

"Kalau ditetapkan tarikh pilihan raya seperti tepat pada tempoh mandatnya, banyak perkara boleh dilakukan dengan lebih mudah, termasuk wang peruntukkan yang diberikan kepada pihak berkaitan," tegas Mahfuz.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali turut menyambut baik hasrat Najib itu, walaupun ia sebenarnya menunjukkan sikap serba salah beliau yang sehingga kini tidak boleh menetapkan tarikh pembubaran parlimen.

"Bagaimanapun, apapun alasan beliau, kita terima kerana ia lebih memudahkan semua pihak untuk persiapan menghadapi pilihan raya," kata beliau yang dihubungi, hari ini.

Najib, dalam kenyataannya malam tadi menegaskan kerajaan BN sekarang berhasrat untuk menggunakan sepenuhnya mandat lima tahun untuk berkhidmat kepada rakyat selepas memenangi pilihan raya tahun 2008

PRU: Bagus umpan politik tapi Najib tak yakin

Posted: 01 Jul 2012 05:05 PM PDT


KUALA LUMPUR: Biarpun bersetuju dengan hasrat Perdana Menteri untuk menunggu mandat lima tahun sebelum mengadakan pilihan raya umum (PRU), PAS tetap menyifatkan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mempunyai keyakinan untuk membubarkan parlimen.

Tiada 'feel good factor' bagi parti Melayu terbesar itu dikatakan antara sebab mengapa Presiden Umno itu tidak mengadakan pilihan raya umum diadakan dalam masa terdekat.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata biarpun kerajaan telah membelanjakan berbilion ringgit untuk rakyat yang disifatkan sebagai umpan politik, ia tidak mampu menarik sokongan rakyat terhadap BN.

"Sebelum ini, pelbagai imbuhan diberikan kerajaan terhadap rakyat. Baguslah...cuma tidak mampu menarik sokongan rakyat terhadap parti dia," kata beliau kepada Harakahdaily, hari ini.

Salahuddin juga berkata dengan kebangkitan rakyat yang menunjukkan sokongan terhadap Pakatan Rakyat semakin hari membuatkan Najib semakin terdesak dan bimbang untuk mengadakan pilihan raya.

Maka, tambah ahli parlimen Kubang Kerian itu, pelbagai alasan dijadikan jalan keluar seperti 'memenuhi mandat rakyat' untuk tidak memanggil pilihan raya umum ke-13.

Tarikh mengenai pilihan raya terus menjadi tanda-tanya ramai pihak apabila Najib dilihat tidak bersedia untuk membubarkan parlimen.

Malah, tindakan Najib itu juga menimbulkan keresahan di kalangan Pakatan Rakyat, khususnya PAS berhubung kemungkinan Najib memanggil pilihan raya umum pada musim haji.

Labih-lebih lagi, Najib sendiri tidak menafikan kemungkinan tersebut (pilihan raya di musim haji), malah menyatakan ia pernah dilakukan sebelum ini.

Kemuncak dari pelbagai persoalan mengenai tarikh pilihan raya ini apabila Najib dikatakan akan membubarkan parlimen, petang semalam selepas pertemuan dengan anggota tertinggi BN.

Media baru berjaya gagalkan propaganda RTM

Posted: 01 Jul 2012 05:05 PM PDT


BANDAR JENGKA: Rakyat negara ini sekarang bernasib baik dengan kemunculan media alternatif internet kerana berjaya menggagalkan propaganda Umno BN melalui televisyen seperti mahu dilakukan kepada perhimpunan Bersih 3.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, pada satu ketika propaganda peristiwa Memali yang membabitkan pembunuhan Ustaz Ibrahim Libya dan 18 yang lain telah menyebabkan PAS kalah teruk dalam pilihan raya umum (PRU).

(Gambar: Mohamad merasmikan Pejabat PAS Kuala Krau disaksikan Tuan Ibrahim.)

"Bila berlaku Bersih 3 dibuat modus operandi seperti mereka propagandakan tragedi Memali. Kita tahu masa itu Menteri Penerangan Rais Yatim, dia perguna RTM untuk beritahu Ibrahim Libya menganut ajaran sesat, kebal dan sebagainya.

"Propaganda dibuat termasuk menyiarkan drama cerita Guru Yahya yang sesat dan disamakan dengan ajaran Ibrahim Libya. Apabila Umno guna melalui RTM sangat hebat tiap-tiap malam hinggakan PRU selepas itu kita hanya menang satu kerusi parlimen di Pengkalan Chepa.

"Bersih 3 macam itulah juga Rais Yatim nak buat, ditunjukkan perusuh himpunan mengganas termasuk peserta himpunan menterbalikkan kereta polis tapi tak cerita kereta polis sebelum itu langgar empat orang. Bila anak-anak muda tengok Youtube tiada siapa lagi yang percayakan RTM," katanya.

Tambah Mohamad, itulah nasib Rais yang masih main lagu lama pada tahun 2012 sehingga klip rakaman video polis yang dijanjikan terus tidak disiar setelah sedar peranan media baru.

Mohamad berkata demikian ketika berceramah di Rantau Perintis dekat sini, semalam. Turut berceramah Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ketua Pemuda PAS Pahang Ustaz Shahril Azman Abdul Halim.

Sebelum itu beliau merasmikan pejabat baru PAS Kawasan Kuala Krau.

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 02 Jul 2012 09:42 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


APA LAGI YANG AKAN DITIRU OLEH BN DARI BUKU JINGGA

Posted: 02 Jul 2012 06:46 AM PDT

iTR1M tiru Program Tuisyen Rakyat Selangor


SHAH ALAM: Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr Halimah Ali menyelar tindakan Kerajaan Pusat yang cuba meniru Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS).

Beliau berkata, tindakan kerajaan pusat mengadakan Program Interaktif Tuisyen Rakyat 1Malaysia (iTR1M) yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk penduduk Selangor gagal menepati sasaran.

Menurutnya program tersebut seakan meniru inisiatif Pakatan Rakyat Selangor yang memperkenalkan Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) telah berjalan semenjak 2009 dan mendapat sambutan yang sangat baik.


Tambahnya, tindakan Umno BN itu jelas menunjukkan program yang dijalankan oleh kerajaan negeri mendapat sambutan positif daripada rakyat Selangor.

"Mengapa PM pilih Selangor sedangkan beliau mengetahui kerajaan negeri dah lama ada Program Tuisyen Rakyat Selangor untuk pelajar negeri ini?" soalnya.


Sepatutnya, kata beliau Najib boleh menyalurkan kepada negeri-negeri lain terutama negeri yang memiliki paras kemiskinan yang tinggi yang belum ada program seumpama itu.

"Tindakan kerajaan pusat yang hanya menyalurkan program itu ke Selangor menggambarkan niat sebenar BN yang tidak ikhlas, iaitu untuk merampas Selangor kembali dalam pilihan raya umum," ujarnya.

Beliau kata demikian pada sidang media selepas melancarkan Skim Bantuan Tadika Selangor (Tunas) di Shah Alam Convention Centre, hari ini, di sini.

Kerajaan negeri memberi peluang kepada pelajar daripada keluarga miskin yang prestasi akademiknya sederhana menghadiri kelas tambahan PTRS yang dianjurkan Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor.

Setakat ini PTRS telah memberi manfaat kepada lebih 20,000 pelajar di Selangor.

HARAKAHDAILY

Dialog Bajet Selangor 2013: Selangor Peneraju Ekonomi Malaysia

Posted: 01 Jul 2012 08:52 PM PDT

Kerajaan Selangor menganjurkan dialog bersama pakar-pakar pelabagai bidang bersama dengan pimpinan kerajaan negeri, EXCO kerjaan, Adun, aliparlimen, DO, Datuk Bandar, YDP, OBD, ketua jabatan dan agensi kerajaan, ahli majlis , ketua kampung, syarikat swasta, JKKK.

Pembentangan kertas kerja pelbagai topik daripada aspek ekonomi, sosial untuk dibincang untuk diambil pndangan oleh kerajaan Selangor dalam membuat keputusan yang betul dan mantap bagi mempastikan hasil yang diperolehi kerajaan Selangor diguna dengan sebaik munkin dengan mengambilkira pandangan pelbagai sudut.

Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor sentiasa bersifat inklusif dan mahu mempastikan rakyat jelata dilibat sama dalam perancangan dan tadbir kelola yang lebih efektif dan efisyen serta 'value for money'

Pemuda Guchil

Posted: 02 Jul 2012 09:29 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 02 Jul 2012 09:12 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


PENTAS WANITA

Posted: 02 Jul 2012 05:25 AM PDT


'Kami mahu pondok bas'

Posted: 01 Jul 2012 11:10 PM PDT

2 Julai 2012

CHENGKAU, REMBAU – Penduduk terutamanya pengguna pengangkutan awam, di sini, berharap pihak bertanggungjawab dapat mempercepatkan pembinaan hentian bas dan teksi memandangkan kemudahan itu sudah terlalu lama tiada.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, hentian yang hanya ditandakan dengan papan tanda simbol hentian bas dan tanpa bumbung menyebabkan ramai pengguna terpaksa menunggu dalam keadaan panas terik serta hujan.

Penduduk, Samsiah Manaf, 70, berkata, walaupun tidak kerap menggunakan perkhidmatan bas iaitu hanya ketika mahu menjalani pemeriksaan kesihatan di klinik, namun dia tetap berharap kemudahan berkenaan dapat dibina secepat mungkin.

"Jika dulu, kemudahan hentian bas berbumbung ini memang ada, namun selepas kerja-kerja pembesaran jalan berikutan pembinaan landasan kereta api berkembar Seremban-Gemas, hentian bas sedia ada sudah pun diruntuhkan.

"Oleh demikian, mak cik harap hentian bas ini dapat dibina semula secepat mungkin memandangkan setiap hari kemudahan berkenaan digunakan baik pelajar sekolah mahupun warga emas," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di lokasi tinjauan, di sini, baru-baru ini.

Sementara itu, menurut peniaga, Mariani Abdul Ghaffar, 27, dia sering melihat tindakan berani mati segelintir pengguna yang sanggup menunggu di hentian bas seberang jalan yang menghala ke Seremban.

Menurutnya, tindakan itu agak berbahaya namun susulah cuaca yang terlalu terik ataupun hari hujan membuatkan segelintir pengguna sanggup menanggung risiko menunggu di seberang jalan.

"Oleh itu, saya berharap kemudahan ini dapat disediakan pihak bertanggungjawab memandangkan ia digunakan penduduk hampir setiap hari.Untuk rekod, kemudahanperhentian bas di Pekan Chengkau digunakan penduduk dari Kampung Chenong Kedai, Chenong Ulu, Rumah Rakyat Chengkau, Pekan Chengkau, Nerasai, Penajis dan Pulau Mampat.

5 kali periksa Puspakom, masih gagal

Posted: 01 Jul 2012 10:58 PM PDT

1 Julai 2012 ; SENAWANG – Biarpun sudah beberapa kali memperbaiki kerosakan pada kenderaan, namun timbul keraguan terhadap pemilik kenderaan perdagangan apabila mereka masih gagal melepasi tahap pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Berkomputer (Puspakom), dekat sini.

Pemilik mendakwa masalah berkenaan mula dikesan sejak sebulan lalu selepas Puspakom menggunakan mesin berkomputer baru.

Keadaan itu menimbulkan rasa tidak puas hati berikutan terpaksa berkorban masa dan wang ringgit selepas berulang alik ke Puspakom untuk membuat pemeriksaan semula.

Pemandu lori, Kamarulzaman Majid, 56, berkata, dalam bulan ini sahaja, dia sudah menjalani pemeriksaan kenderaan sebanyak lima kali, biarpun sudah baik pulih setiap kerosakan yang dikesan Puspakom.

Menurutnya, dia hairankerana sebelum ini, sekiranya kerosakan diperbaiki, biasanya pemeriksaan kali kedua tidak mempunyai masalah.

"Saya boleh terima jika pemeriksaan pertama saya gagal. Tapi sudah lima kali pemeriksaan dan hingga kini saya masih belum melepasi ujian tersebut.

"Sekarang ini Puspakom kata lori saya ada masalah brek dan saya sudah pun baiki. Tapi bila buat pemeriksaan kali kedua, masih gagal," katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.

Masalah sama dialami pemandu teksi, G. Anthony, 62, yang sudah berurusan dengan Puspakom sejak 35 tahun lalu.

"Ini kali pertama saya perlu jalani pemeriksaan kenderaan lebih daripada tiga kali. Sudah dua minggu saya tidak dapat bekerja kerana teksi saya gagal melepasi ujian tersebut,"
katanya.

Anthony berkata, jika diikutkan hati, dia boleh terus membawa teksi berkenaan tanpa kelulusan Puspakom, bagaimanapun dia memikirkan keselamatan penumpang.

"Saya minta Puspakom kaji semula masalah itu sebelum berlarutan kerana ia boleh menganggu periuk nasi pemilik kenderaan perdagangan," katanya.

Bagi seorang lagi pemandu teksi, Nordin Ismail, 43, berkata, bagi pemeriksaan pertama, mereka dikenakan caj sebanyak RM55, manakala bagi pemeriksaan seterusnya dikenakan bayaran RM25.

"Saya ada bertanyakan kepada Puspakom mengenai masalah ini dan mereka sendiri memaklumkan bahawa mereka kurang arif mengenai penggunaan mesin ini," katanya.

"Kalau tiap-tiap minggu kena pergi Puspakom, macam mana kami mahu bekerja?," katanya.

RAPAT RAKYAT

Posted: 01 Jul 2012 10:56 PM PDT


CERAMAH UMUM PRU 13

Posted: 01 Jul 2012 10:55 PM PDT


Pemuda Bersamamu v3

Posted: 02 Jul 2012 09:10 AM PDT

Pemuda Bersamamu v3


PGU 4.0 : Video konvoi ribuan anak muda

Posted: 01 Jul 2012 07:55 PM PDT

 

Anak Muda Terengganu Sudah Bersedia Bersama PAS Mara ke Putrajaya 


 MARANG – Anak-anak muda Terengganu menjawab dengan jelas dan tegas, mereka telah bersedia untuk menjatuhkan kerajaan Umno dan Barisan Nasional secara demokratik pada pilihanraya umum yang ke-13 akan datang.
Mereka yang menyertai sesi 'Xpresi Hijau Menuju Putrajaya' berkata demikian ketika ditanya oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasruddin Hassan. "Justeru itu, saya nak tanya pada hari ini, tak kiralah anak muda lelaki ataupun anak muda muslimah, saya nak tanya pada hari ini….. "Adakah anak-anak muda yang berhimpun di experisi hijau anak muda Terengganu pada hari ini telah bersedia untuk memegang tanggungjawab ini?,"soal Nasruddin. 


 Baca seterusnya...DI SINI

PAS Kulaijaya

Posted: 02 Jul 2012 07:24 AM PDT

PAS Kulaijaya


BICARA SELEBRITI

Posted: 02 Jul 2012 02:20 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 02 Jul 2012 07:16 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


KEMBARA RUNGKUP '12 : PJ YAKIN RUNGKUP MAMPU DITAWAN PRU 13.

Posted: 01 Jul 2012 11:15 PM PDT

KEMBARA RUNGKUP '12 : ANAK MUDA GEGAR RUNGKUP !

Posted: 01 Jul 2012 10:18 PM PDT

GLOBAL : PENGAKHIRAN SEORANG MANUSIA ZALIM..!

Posted: 01 Jul 2012 09:56 PM PDT

RIADHAH : SEPANYOL PERTAHAN MAHKOTA !

Posted: 01 Jul 2012 07:11 PM PDT

KEMBARA RUNGKUP 2012 : MERIAH DAN HEBAT..

Posted: 01 Jul 2012 09:16 AM PDT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan