Jumaat, 29 Jun 2012

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


MEDIA Rakyat MALAYSIA

Posted: 29 Jun 2012 03:41 AM PDT

Anwar Ibrahim

Posted: 28 Jun 2012 07:06 PM PDT

Anwar Ibrahim


Tiada Rahsia Scorpene Yang Bocor, Kata Zahid Walau Ada 133 Dokumen Perancis

Posted: 28 Jun 2012 03:39 PM PDT

Malaysia Chronicle

Kerajaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menafikan rahsia tentera laut telah dijual oleh kawan karibnya Razak Baginda kepada vendor Perancis DCNS semasa pembelian kontroversi Malaysia ke atas 2 kapal selam Scorpene.

Tetapi penafian daripada Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi kurang jujur lalu dia segera digera oleh ahli parlimen pembangkang.

“Melihat kepada cara Zahid membacakan penafian yang diarahkan dari kementerian itu, dia tidak bersungguh-sungguh untuk memberi maklumbalas. Ini merupakan pengkhianatan. Ia tidak mencukupi. Jika dia serius, dia akan memerintahkan penyiasatan berskala penuh ke dalam perkara itu dan mendedahkah hasil penyiasatan kepada awam. Apabila ini tidak dilakukan, ia menunjukkan betapa mencurigakan dan serius masalah ini, ” Ahli Parlimen PKR Batu Tian Chua berkata kepada Malaysia Chronicle.

Tidak tahu- Zahid

Sebagai respon kepada pertanyaan daripada Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, menteri pertahanan telah memberitahu Parlimen bahawa tiada maklumat bocor tentang penilaian kapal selam Scorpene yang berharga RM7.3 bilion walaupun dokumen mahkamah mendakwa sebaliknya dalam perbicaraan kes rasuah yang sedang berlangsung di Paris.

“Pada pengetahuan kementerian itu, sehingga kini tiada maklumat yang dikesan telah dibawa keluar dari Malaysia. Kementerian Pertahanan tidak mempunyai maklumat mengenai dakwaan kononnya dokumen rahsia yang dijual oleh Terasasi (Hong Kong) kepada Thint Asia (Thales Antarabangsa) dikatakan bernilai € 36000000 (RM142 juta),” kata Zahid di Dewan pada hari ini.

Dia juga menafikan sebarang pengetahuan tentang urusan antara kedua-dua syarikat, dimana yang kedua telah membentuk sebuah syarikat usahasama dengan DCNS Perancis syarikat persenjataan gergasi untuk membina dua buah kapal, kerana kerajaan tidak berurusan terus dengan mana-mana syarikat semasa pembelian.

“Kenyataan oleh ahli parlimen Lembah Pantai bahawa kedua-dua kapal selam Scorpene telah dibeli dari Thales International adalah tidak benar,” kata Zahid, yang juga Ahli Parlimen Bagan Datok,.

Tekanan yang besar

Malah, ada adalah tekanan besar daripada pentadbiran Najib ke atas kes Scorpenes kerana Najib sendiri dan sekutunya Razak Baginda merupakan suspek utama dalam perbicaraan Perancis untuk menentukan jika DCNS telah membayar beratus-ratus juta euro dalam bentuk sogokan yang menyalahi undang-undang untuk menjamin perjanjian dimenterai.

Najib merupakan menteri pertahanan yang meluluskan pembelian, manakala Baginda menjadi perunding dalam mementerai perjanjian dengan firma Perancis itu. Walaupun ramai yang membantah kerana kos yang terlalu tinggi dan ketidaksesuaian kapal selam untuk perairan cetek pantai Malaysia, Parti pemerintah Umno yang deketuai Najib meluluskan juga pembelian itu.

Walaupun terdapat usaha oleh media arus perdana kawal Umno untuk memberikan gambaran lain ke atas kes itu, iatu ianya sebagai kempen memburuk dan menjatuhkan Najib, polis Perancis telah menjumpai bukti daripada dokumen yang disita daripada DCNS yang menunjukkan bahawa sememangnya terdapat rasuah diperingkat tertinggi. Pegawai-pegawai tertinggi Malaysia dan Umno telah dikatakan mendapat manfaat daripada wang haram itu.

133 dokumen mahkamah – jawab Najib Razak!

Hanya beberapa hari lalu, 133 dokumen-dokumen ‘rahsia’ yang telah dieliti oleh mahkamah Perancis didedahkan kepada umum (baca 133 dokumen-dokumen rasmi BUKTIKAN rasuah Scorpenes BENAR: Beri maklumat tentang Altantuya).

“Terdapat keraguan di Malaysia jika dokumen-dokumen ini benar-benar wujud, dan kisah rasuah direka oleh pakatan pembangkang Pakatan Rakyat. Ini adalah bukti bahawa ia memang wujud. Pembaca yang memahai Perancis boleh membacanya pada bila-bila masa sahaja,” dipetik dari Asiasentinel yang menerbitkan dokumen. Klik di sini untuk melihat dokumen-dokumen

“Dokumen yang telah dihantar tanpa nama pengirim ke Asia Sentinel kerana kegigihan kami dalam membukukan kisah kapal selam sejak Oktober 2006, apabila Altantuya Shaariibuu, wanita Mongolia berusia 28 tahun dan berkerja sebagai penterjemah, telah dibunuh di kawasan hutan di pinggir bandar Shah Alam dan mayatnya telah diletupkan dengan bahan letupan C4.”

Altantuya Shaariibuu adalah bekas kekasih Razak Baginda yang bersamanya semasa rundingan Scorpene. Dia telah dibunuh di Malaysia pada tahun 2006 oleh 2 bekas pengawal peribadi Najib dalam perbicaraan yang diulas pegawai AS yang berada di sini sebagai tidak adil, berdasarkan Wikileaks.

Kedua-dua pengawal peribadi itu telah dijatuhi hukuman gantung tetapi persoalannya ialah, siapa yang mengarahkan mereka membunuh wanita itu?

Perbicaraan di Perancis

Perbicaraan di Perancis diadakan selepas NGO Malaysia membuat aduan terhadap DCNS atas dakwaan rasuah meibatkan pegawai-pegawai Malaysia atas pembelian Scorpenes.

Jika didapati bersalah, DCNS mungkin perlu membayar pampasan kepada rakyat Malaysia untuk harga yang tinggi akibat rasuah yang dibayar kepada pegawai-pegawai lain. Ia juga akan memberi tekanan kepada pentadbiran Najib untuk akhirnya mengadakan siasatan ke atas pembelian yang mencurigakan ini.

Suaram memfailkan aduan pada 2010 selepas gagal mendapatkan pihak berkuasa tempatan termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk mengambil tindakan. Seorang hakim siasatan telah dilantik dan perbicaraan di Paris bermula pada awal April.

French Probe Did Unearth Scorpene Links to Altantuya

Posted: 28 Jun 2012 04:37 AM PDT

Malaysiakini
 
While news reports had it that French prosecution papers disclosed that Altantuya Shaariibuu had never entered France, none mentioned that a witness had claimed that a Malta company paid for her travels with political analyst Abdul Razak Baginda.

During an interview between Paris-based submarine maker DCNS former financial director Gérard-Philippe Menayas and French police, it was revealed that Gifen paid Razak’s travel expenses with his interpreter “Madam Altantuya Sharibuu”.

According to Menayas, a Mr Jean-Marie Boivin from Thales International told him that a Mr Souvageot from Armaris asked him to take charge of Razak’s expenses via Gifen as his firm could not do it.

According to news reports, Boivin set up Gifen in Malta – or such companies were established in different countries – to dodge Organization for Economic and Social Development (OECD) rules that made such transactions a crime.

“I asked for confirmation from Christian de Bearegard, the person-in-charge of the management of marketing companies at DCNI but he told me that he didn’t know of such a request,” Menayas told French police.

“Mr. Boivin confided in me in 2005-2006 or about 3 years after the event, during our frequent meetings,” he added.

These details were revealed in the French police investigation papers document 136 (pages 8-11) of 153 which have been translated into English and released online by the Asia Sentinel.

How funds were channeled

Gifen was allegedly one of the companies which transferred funds up to Euro800 mil (RM3194 mil) to Perimekar Sdn Bhd (€550 million (RM2,195mil ) and Terasasi (€150 million (RM599 mil ).

Thales and Amaris were subsidiaries of DCNS which dealt with the Malaysian counterpart on the sales of the submarines.

The two Malaysian companies based in Hong Kong are owned by Razak and his family, who have close links to Prime Minister Najib Razak.

Razak (left) was charged with Altantuya’s murder in 2006 but acquitted without his defense being called while two of Najib’s former bodyguards are facing the hangman’s noose for her causing death.

Najib was then deputy prime minister and defence minister overseeing the purchase of the two scorpene class submarines in a RM7.3 billion deal with DCNS inked in 2002.

Meanwhile, Suaram director Cynthia Gabriel responded to an article on Free Malaysia Today (FMT) headlined ” French probe: Altantuya never entered France”.

Gabriel said that while FMT took information from document 54, the news portal did not report another important piece of information from the same document, which read:

“Noting in particular that a person by the name of SHAARIYBUU Bayasgalan born on 26 February 1979 in Mongolia was issued a temporary residency card on the French territory valid from 27 August 2004 to 26 November 2004. The address declared was 18 rue Houdon in Paris 18.”

Altantuya very much involved

Gabriel (right) said it has become very likely that Atantuya has travelled under a different name, saying that Suaram finds the report on FMT “misleading and insincere”.

She added that document 136 also quoted Menayas as saying that Boivin mentioned the Malta company as paying for Razak and Altantuya’s travels.

“So it has become quite clear that Altantuya was very much involved in the Scorpene Scandal, and has even supporting facts to show that she was indeed in France,” said Gabriel.

“The question that begs to be answered now is what was her real role in the entire negotiations?” she asked.

Gabriel urged the government to stop the “denial game” and provide proper answers to the questions that have been piling up from the latest revelations of the Scorpene inquiry.

Suaram has filed a court case in France against DCNS for allegedly paying illegal commissions to top Malaysian officials involved in the submarine sales.

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

Posted: 28 Jun 2012 11:33 AM PDT

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


Azan ditawar RM5 juta untuk lompat ke BN

Posted: 27 Jun 2012 08:42 PM PDT

dipetik daripada Keadilan Daily


KUALA LUMPUR 28 Jun: Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail dari KEADILAN mendedahkan, beliau pernah ditawar RM5 juta untuk lompat ke parti BN.
Menurutnya, tawaran itu dibuat pada tengahari 27 Januari 2010 di sebuah hotel bertaraf lima bintang di Kuala Lumpur.

Kata Azan, lebih 12 Ahli Parlimen Pakatan Rakyat diberi tawaran sama, dan diatur dengan kemas dan licik.
"Sebagai contoh, Ahli Parlimen tidak akan 'lompat' pada masa yang sama. Tawaran juga tidak dibuat oleh perancang, tetapi diwakili seorang tokoh yang dihormati dan pernah ada kedudukan tinggi dalam kerajaan.
"Jumlah tawaran juga bergantung pada rundingan. Ada yang melebihi RM5 juta seperti yang disebut dalam rakaman video," jelasnya pada sidang media di Parlimen semalam.
Beliau menambah, beberapa bukti lain seperti video dan tokoh yang terlibat akan didedahkan, selepas segala maklumat disusun dengan teratur.
Pada 21 Jun lalu, Ahli Parlimen Pakatan Rakyat menayangkan klip video berdurasi 30 saat yang dirakam di sebuah restoran di Lembah Klang.
Klip video tersebut menunjukkan rundingan di antara Ahli Parlimen KEADILAN dan agen Umno, didakwa bekas Ketua parti (Kita) Kedah, Zamil Ibrahim.
Kegagalan Zamil menafikan dakwaan tersebut menguatkan lagi kebenaran ini dan peranan beliau sebagai agen Umno.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, siri-siri pendedahan akan terus dibuat supaya gambaran sebenar akan menjadi lebih jelas.
Katanya, penampilan Azan sebagai saksi utama untuk menunjukkan memang ada rundingan rahsia untuk memujuk Ahli Parlimen Pakatan Rakyat lompat parti.
"Kita juga mahu rakyat tahu setakat mana kerajaan Umno BN ambil berat soal demokrasi.
"Tindakan ini juga membuktikan mereka tidak menghormati pilihan rakyat, hanya ingin menang pilihan raya dengan apa-apa cara," kata Khalid.

Fitnah RM3 bilion: Murad ke Jerman mohon maaf pada Anwar – Saifuddin

Posted: 27 Jun 2012 08:39 PM PDT


PKR mendakwa bekas Penolong Gabenor Bank Negara Datuk Murad Khalid secara peribadi menemui Datuk Seri Anwar Ibrahim di Munich, Jerman untuk memohon maaf berhubung isu akuan bersumpahnya terhadap ketua umum parti itu.

NONE"Apabila beliau tahu Datuk Seri Anwar Ibrahim ada di Alpha Clinic, pada hujung 2004, beliau terbang dari Kuala Lumpur ke Munich, Jerman untuk memohon maaf bahawa keluarganya diugut (supaya dia) menandatangani akuan bersumpah," dakwa Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution.

Dalam akuan bersumpah itu, Murad mendakwa Anwar mempunyai banyak akaun saham dan hartanah sehingga bernilai RM3 bilion.
Bercakap dalam sidang media hari ini, Saifuddin berkata sebenarnya Murad "bukan sasaran" memandangkan perkara tersebut telah lama berlaku.

Sebaliknya, beliau mendakwa Umno lebih berminat kepada skandal dan ancaman terhadap kedudukan parti itu.

"Jangan memandang rendah kedudukan PKR... Kita tidak akan berpeluk tubuh bahawa kita memiliki seluruh dokumen, cukup untuk mendedahkan setakat mana (penglibatan) individu tertentu.

"Kita tampil baru sekelumit," tegasnya yang juga ahli parlimen Machang. 

Turut hadir dalam sidang media itu Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli.

Akaun bersumpah 'innuendo' 

Sementara itu, Rafizi turut mendakwa, akuan bersumpah itu bersifatinnuendo - "tidak memberi fakta dan senarai semua harta" yang didakwa dimiliki Anwar.

Sebaliknya, kata Rafizi, akuan itu hanya dakwaan dengan menyebut beberapa nama yang kemudiannya dikaitkan dengan ketua pembangkang itu.

Sehubungan itu, katanya, beliau mengambil inisiatif sendiri untuk mengesahkan dakwaan Abdul Murad sama ada benar atau tidak dengan menyelidiki latar belakangnya.

NONEHasil siasatan beliau, Rafizi mendakwa rekod Abdul Murad "tercalar dengan dakwaan rasuah dan salah guna kuasa" sewaktu berkhidmat di Bank Negara.

Perkara itu antaranya berkaitan dakwaan menerima habuan dalam pembayaran keahlian kelab Golf dan insurans kediaman dibayar pihak ketiga dengan jumlah tertentu.

Rafizi mendakwa pihaknya mempunyai bukti berhubung dakwaan yang dibuatnya hari ini.

"Saya mengajukan pendapat bahawa dakwaan Datuk Murad Khalid mengenai kewujudan master account yang memegang hartanah dan saham sebenarnya merujuk kepada pegangan beliau sendiri," kata Rafizi.

Beliau berkata berdasarkan siasatannya juga, Abdul Murad didakwa mempunyai hubungan dengan banyak syarikat yang mempunyai kepentingan dengan Bank Negara dan industri perbankan negara ini.

"Ini menimbulkan tanda tanya sama ada beliau terlibat dengan pelbagai salah laku dan penyelewengan serta menggunakan kedudukan beliau untuk mengumpul harta, sehinggakan kelemahan ini dimanipulasikan oleh musuh-musuh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membuat perakuan bersumpah palsu terhadap beliau (Anwar)," kata Rafizi.

Rafizi: Umno jangan galak sangat
Sehubungan itu, Rafizi menasihatkan kepada Abdul Murad supaya kembali ke pangkal jalan, memperbetulkan keadaan dengan berterus terang.

"Beliau perlu tampil ke hadapan memohon maaf secara umum kepada Anwar dan seluruh rakyat Malaysia," katanya sambil menambah PKR tidak mahu memperbesarkan isu ini.

azlanRafizi turut mendakwa pihaknya juga mempunyai salinan surat asal beliau kepada mantan perdana menteri Tun Mahathir Mohamad yang didakwanya "membawa implikasi buruk kepada beliau dan beberapa pimpinan tertinggi Umno".

"Jadi, saya beri amaran kepada pemimpin Umno, jangan galak sangat... (Ada yang) mengaibkan lebih daripada dakwaan (Abdul Murad)... Kita tidak berminat nak meneruskan (pendedahan ini). Mari kita cakap soal polisi," kata Rafizi.

Ditanya sama ada pendedahan dakwaan itu sebagai "ugutan" kepada Abdul Murad, Rafizi berkata beliau tidak fikir ia sebagai ugutan kerana sebahagiannya termasuk dalam dokumen kes mahkamah.

"Kalau dia rasa ia ugutan, terserah kepadanya. Kita tengok apa reaksinya terlebih dahulu," katanya.

BULETIN RAKYAT

Posted: 28 Jun 2012 11:31 AM PDT

BULETIN RAKYAT


KHIR TOYO SERIK BERPOLITIK, TIDAK MAHU BERTANDING DLM PRU13 ..

Posted: 28 Jun 2012 10:21 AM PDT


Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo hari ini mengesahkan bahawa beliau tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang. Dr Mohamad Khir , anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Panjang sejak 1999, memberitahu Bernama: "Saya mahu menumpukan kepada keluarga saya dan berehat. Tidak ada alasan lain."Doktor gigi itu juga berkata beliau tidak lagi mahu dicalonkan kerana kes mahkamahnya berhubung pembelian sebuah rumah di Seksyen 7, Shah Alam, bernilai RM3.5 juta.
Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Dis tahun lepas telah menjatuhi hukuman penjara setahun ke atas beliau yang didapati bersalah, dan kes itu kini di peringkat rayuan.
Dr Mohamad Khir menjawat jawatan sebagai Menteri Besar apabila kerajaan negeri Barisan Nasional negeri itu tewas kepada gabungan parti PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada PRU 2008.
Beliau berkata soal calon DUN Sungai Panjang akan diserahkannya kepada Umno Bahagian Sungai Besar. 
Ditanya sama ada keputusannya untuk mengundur diri dari bertanding itu direstui oleh anggota bahagian dan juga masyarakat di kawasan yang diwakilinya, beliau berkata perkara itu boleh diselesaikan.
"Kita boleh pujuk mereka untuk menyokong calon baharu, itu tidak jadi masalah," kata Dr Mohamad Khir, yang merupakan menteri besar Selangor yang termuda iaitu berusia 35 tahun pada masa dilantik memimpin negeri itu pada 18 Ogos 2000.

DS ISA SAMAD DAPAT 180 ribu saham, peneroka dapat berapa???

Posted: 28 Jun 2012 07:51 AM PDT

























Pesuruhjaya PAS Pahang yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man mendedahkan bahawa Ahli Lembaga Pengarah Felda mendapat saham ratusan ribu seperti di bawah :-

1) Dato Seri Isa Samad - 180,000 unit
2) Dato Sabri Ahmad - 180,000 unit
3) Dato Amir - 150,000 unit
4) Dato Omar Salim - 150,000 unit
5) Dato Yahya Abdul Jabar - 150,000 unit
6) Dato Shahril Redzuan - 150,000 unit.

Mereka ini kaya raya dalam sekelip mata jika saham naik.

Setiap peneroka dapat berapa unit?????????????

Tok Guru Kafir?~ Hairie

Posted: 27 Jun 2012 04:37 PM PDT


By Hairie Othman
Saya sungguh terharu apabila diraikan oleh TGNA secara peribadi dan tertutup disebuah hotel sebentar tadi, makan tengahari bersama beliau beralaskan surat khabar saja..seorang ulamak dan juga menteri besar Kelantan..bagaimana tergamak kita berkata beliau Tok guru kafir..? Beliau banyak menjelaskan tentang perjuangan berlandaskan Islam, bukan bangsa..alhamdulilah!

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 28 Jun 2012 11:23 AM PDT

Anak Muda Kampung Nak Senang


YB Salahuddin Ayub 30 Jun 2012 di Rembau

Posted: 28 Jun 2012 01:01 AM PDT

CERAMAH PERDANA
Tarikh : 30 Jun 2012, Sabtu
Masa : 9 mlm
Tempat : Kg Pedas Hilir, Rembau
Penceramah :
~ YB Salahuddin Ayub , Naib Presiden PAS
~ Ustazah Nuridah Salleh , AJK Muslimat PAS Pusat
~ S. Suria Narayanan , Naib Pengerusi DHPP Malaysia
~ Nazree Yunus , Ketua AMK N.Sembilan
~ Dr Rosli Yaakop , Timbalan Pesuruhjaya PAS N.Sembilan

Aduan pertukaran meter dan sikap pekerja TNB

Posted: 28 Jun 2012 12:04 AM PDT

Aduan Rakyat 28 Jun 2012 - Saya tinggal di kawasan perumahan kos rendah di Rasa, Hulu Selangor, Selangor, ingin membuat aduan tentang bil elektrik di rumah saya sangat tinggi setiap bulan mencecah RM500 lebih.

Saya bandingkan dengan rumah kawan saya di kuala lumpur rumah 2 tingkat dan mempunyai peralatan yang sama tetapi bil elektrik setiap bulan hanya RM200 lebih sahaja.

Saya telah membuat aduan di TNB dan pekerja TNB datang periksa tetapi pekerja TNB itu berkata peralatan di rumah saya "cap ayam" sebab itu bil elektrik tinggi.

Pekerja itu juga berkata sebenarnya dia bukan person in charge dan pekerja yang sebenar tidak dapat datang kerana mempunyai kerja lain. Adakah patut bukan bidang pekerja itu tetapi dia yang datang respon tentang aduan yang saya buat?

Dulu saya juga ada membuat aduan di TNB Rawang tentang sudah 3 bulan tiada pekerja meter reading datang ke kawasan perumahan saya tetapi pekerja disitu menyuruh saya mengumpul orang kampung dan membuat aduan di tv3.

Apakah fungsi mereka di situ?makan gaji buta? Saya harap ada pihak yang boleh menyelesaikan masalah ini kerana tiada guna membuat aduan di TNB.

Sekian, terima kasih.

By: liyana

Ceramah Umum

Posted: 27 Jun 2012 09:04 PM PDT


Parti KeADILan Rakyat, Gopeng * 务边人民公正党

Posted: 28 Jun 2012 09:10 AM PDT

Parti KeADILan Rakyat, Gopeng * 务边人民公正党


Ceramah Isu-isu Semasa

Posted: 28 Jun 2012 01:32 AM PDT

Ceramah Isu-isu Semasa

YB Nik Nazmi: Najib takut jawab skandal kapal selam Scorpene di Parlimen

Posted: 28 Jun 2012 01:31 AM PDT

http://www.youtube.com/watch?v=6YxC4zAnn_w&feature=g-all-u

李文材:哈米达言行不一显虚伪本质

Posted: 28 Jun 2012 01:17 AM PDT

(怡保28日讯)务边区国会议员李文材医生直批霹雳州政府高级行政议员拿督哈米达言行不一,尽显虚伪政治与伪君子的本质。拿督哈米达昨日在巡视刘一清街古建筑物时,针对提高工程因未经市政厅批准,建议罚款从目前500令吉提高至25万令吉。   "拿督哈米达昨日建议修令对付违例者,可是却在孟加兰佳运花园草场,亲身允许违例兴建工程,该问题的发生更是因为巫统为了该党利益,而不惜超越法令,牵涉无辜的居民和学生。"   他表示,拿督哈米达身为州内第二号人物竟然目无法纪,亲自允许该不合法的兴建工程,占用了居民的绿肺,同时在过程中更没有咨询居民意见。   "如果根据拿督哈米达的建议,她应该是首个被对付的违例者,就算高官犯错也必须与庶民同罪。"   李文材也是人民公正党霹雳州署理主席,他表示,没有获得批准的工程,的确会导致以后的发展带来困难,也威胁公众的安全,这全部就如佳运花园居民作出的申诉一样,可是拿督哈米达却选择掩耳不听。   他敦促州政府必须认真解决佳运花园草场违例兴建工程课题,因为高级行政议员目无法纪的行为,已经达到无法无天的地步。

李文材:解决“外来者”问题,纳吉须关闭国家干训局

Posted: 28 Jun 2012 01:15 AM PDT

(怡保25日讯)针对首相纳吉出席八大华青主办的"首相与华青对话",纳吉针对有关华裔被称为"外来者"的提问。人民公正党中央理事李文材医生敦促首相纳吉立刻关闭国家干训局,以展示对抗种族主义以及阻止散播憎恨情绪的决心。   他表示,国家干训局课程有系统性的进行,并且是首相署管辖的国家机器,自国家独立以来有系统性的散播不正确的意识形态,它的存在与灌输爱国及团结国家各民族的原则精神完全背道而驰。   他指出,首相纳吉的前任特别助理纳西尔沙发曾经发表"妓女及乞丐论";而最近在霹雳务边,同样的又发生一名霹雳州国家安全理事会官员,发表华印裔被带入大马为劳工,华印裔没有权力提出诉求的极端言论。   "这并不是『一小撮狂人』的言论,每起事故都显示国家干训局,灌输予政府官员的『洗脑课程和思维』的"成果",已经根深蒂固的影响每个政府官员和所有参与者。"   他是在昨日予怡保昆仑喇叭新村巴刹会见选民后发表文告表示。其他出席者包括其政治秘书陈家兴、务边区部署理主席美格、公青年团全国副秘书林汉权、霹雳妇女组秘书李盈颖等领袖。   李文材也是务边区国会议员,他表示,尽管纳吉曾经表示修改其课程内容,但是该局的课程和操作方式依然不透明,此事显示国阵虚伪的作风,一方面畅谈"一个马来西亚精神",可是却暗地里牢牢地操控国家机关,纵容种族主义继续狂肆。

Tiada ulasan:

Catat Ulasan