Sabtu, 16 Jun 2012

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


MEDIA Rakyat MALAYSIA

Posted: 16 Jun 2012 03:09 AM PDT

MEDIA Rakyat MALAYSIA


Himpunan Oren Selamatkan Felda 14 Julai ~

Posted: 15 Jun 2012 05:35 AM PDT

DS Nizar janganla kecik hati......

Posted: 14 Jun 2012 04:18 PM PDT

Daulat tuanku...

Posted: 14 Jun 2012 08:39 AM PDT

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

Posted: 15 Jun 2012 11:31 PM PDT

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Masa berseronok dengan durian runtuh sudah berakhir

Posted: 15 Jun 2012 06:33 AM PDT

Keseronokan peneroka-peneroka menerima perkhabaran durian runtuh dengan pemberian RM15,000.00 yang diberikan saecara berasing dan berperingkat-peringkat iaitu dengan RM5,000.00 kepada peneroka, RM5,000.00 kepada isteri peneroka dan RM5,000.00 kepada anak peneroka sudah berakhir.

Pemberian durian runtuh ini tidak mengambil kira masalah kekeluargaan yang bakal dihadapi oleh peneroka dan keluarganya.

Pemberian RM5,000.00 untuk peneroka-peneroka sehingga kini pun masih belum selesai kerana dari kalangan hampir 113,000 peneroka itu sebahagian besarnya sudah meninggal dunia, begitu juga dengan isteri-isteri peneroka.  Pemberian ini belum dapat diselesaikan dan penyelesaianya akan mengambil masa yang panjang.  Jika mahu diambil kira bahawa penerimanya perlu mendapat perintah daripada Mahkamah Syariah atau pembahagian harta pesaka kecil, proses itu mengambil masa yang agak panjang juga didalam kes keluarga yang tidak bermasalah tetapi bagi keluarga yang bermasalah masa penyelesaiannya akan mengambil masa yang jauh lebih panjang.

Begitu juga pemberian kepada isteri-isteri peneroka yang telah meninggal dunia.

Kepada peneroka yang masih hidup, pemberian itu tidaklah bermasalah tetapi jika peneroka-peneroka itu beristeri dua atau tiga, timbul isu kekecuhan keluarga.  Apatah lagi jika peneroka itu dan isterinya yang bersama-sama menjayakan tanah rancangan itu sudah berpisah dan peneroka itu mempunyai isteri yang baru dikahwininya.  Siapakah yang layak menerima pemberian RM5,000.00 tersebut.

Pemberian untuk anak-anak menimbulkan masalah yang paling sukar untuk diatasi.  Adakah RM5,000.00 itu akan diberikan secara membelakangkan undang-undang dengan hanya memberikan kepada salah seorang daripada anak-anak peneroka.  Keluarga peneroka biasanya mempunyai lebih dari 5 orang anak.

Kekecuhan akan berlaku dan kini kekecuhan itu sudah pun mula berlaku.  Anak-anak ini sudah mulai bertemu peguam-peguam dengan menyatakan hasrat mereka mahu mencabar pemberian itu kepada hanya seorang daripada anak-anak peneroka.

Akhirnya durian runtuh yang pada peringkat awalnya memberikan sedikit kesenangan berakhir dengan pergaduan yang tidak berkesudahan didalam keluarga, dengan anak-anak masing-masing bermusuhan sesama sendiri.

Ramai daripada peneroka-peneroka mempersoalkan cara pemberian durian runtuh itu.  Kenapa tidak RM15,000.00 itu diberikan terus kepada Peneroka, dan terserah kepada budibicara dan kebijaksanaan Peneroka itu untuk membahagi-bahagikan wang itu kepada isteri (atau isteri-isteri atau jandanya) dan kepada anak-anaknya.  Pemberi sebegini dianggap lebih afdhal kerana Peneroka selaku Ketua Isi Rumah yang melindungi isteri dan anak-anak tentu lebih arif dari segi pemberian kepada ahli keluarganya.

Bagaimana pun pemberian seperti itu tidak berlaku, Kerajaan dan Felda telah membuat kesilapan dan pergaduhan didalam keluarga akan belaku hasil dari pemberian yang tidak mengambil kira sensitiviti didalam keluarga.

Anwar Ibrahim

Posted: 15 Jun 2012 07:17 PM PDT

Anwar Ibrahim


Defisit Meningkat Pasca Perbekalan Tambahan 2012

Posted: 15 Jun 2012 02:26 AM PDT

Oleh KPRU

Loceng penggera peningkatan defisit fiskal negara sekali lagi dibunyikan berikutan pembentangan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Tambahan (2012) 2012 di Dewan Rakyat semalam.

Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah membentang RUU Perbekalan Tambahan (2012) 2012 untuk memohon dana tambahan mencecah sejumlah RM15,295,345,000, di mana RM13,795,345,000 merupakan perbelanjaan bekalan manakala RM1,500,000,000 adalah bagi perbelanjaan tanggungan. Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) berpendapat, perbekalan tambahan ini membebankan Negara dari segi kewangan dengan peningkatan hutang Negara yang setakat ini telahpun mencapai RM470,760 juta[1] dan turut menyeret defisit fiskal secara keseluruhan ke suatu tahap yang memerlukan pengawasan yang ketara.

Dalam penulisan KPRU bersama YB William Leong Jee Keen, Ahli Parlimen Selayang sebelum itu berjudul "Anwar vs Najib: Siapa lebih bijak dalam tadbir urus hutang kerajaan?"[2], statistik KPRU telah menunjukkan dengan jelas trend defisit fiskal secara keseluruhan Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak menampakkan perbezaan bermakna samada semasa ekonomi berkembang dengan baik atau semasa ekonomi meleset.

Kini, setelah membentangkan RUU Perbekalan Tambahan (2011) 2012 untuk mendapatkan tambahan peruntukan sebanyak RM10,290,243,800 bagi menampung perbelanjaan kerajaan tahun 2011 pada bulan Mac 2012, dalam tempoh masa yang singkat, Kerajaan BN sekali lagi membentangkan RUU Perbekalan Tambahan (2012) 2012 untuk mendapatkan tambahan peruntukan sebanyak RM15,295,345,000 bagi menampung perbelanjaan kerajaan tahun 2012.

RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Awang Adek Hussin untuk bacaan kali pertama kali ini dengan jumlah paling besar – RM11.2 bilion – diperuntukkan bagi "perkhidmatan perbendaharaan am".

Berikut ialah senarai kementerian/jabatan kerajaan dengan peruntukan masing-masing:

Jadual 1: Peruntukan Perbekalan Tambahan Berdasarkan Kementerian

Kementerian/Jabatan Peruntukan (RM)
Perkhidmatan Am Perbendaharaan 11,232,000,000
Kementerian Kerja Raya 445,800,000
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan 404,000,000
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) 360,000,000
Kementerian Dalam Negeri 353,520,000
Perbendaharaan 300,000,000
Kementerian Pertahanan 210,000,000
Jabatan Perdana Menteri 112,900,000
Kementerian Pelajaran 195,000,000
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri 60,000,000
Kementerian Kesihatan 40,000,000
Kementerian Sumber Manusia 23,000,000
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar 16,028,000
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah 16,028,000
Kementerian Pelancongan 15,000,000
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani 10,000,000
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi 10,000,000
Kementerian Pengangkutan 2,000,000

Sesungguhnya, kekurangan disiplin dan kehematan dalam pengendalian kewangan yang diamalkan oleh Kerajaan BN di bawah pimpinan Najib telah menyaksikan pemborosan yang begitu menonjol serta penuh dengan pelbagai tuduhan penyelewengan. Biarpun Perdana Menteri telah berjanji berulang-ulang kali bahawa kerajaan akan mengambil insentif dan langkah bagi mengurangkan defisit fiskal, namun tiada pun kelihatan apa-apa usaha yang nyata, bah kata pepatah, apa payahnya menaupkan bibir atas bawah.

Kini, tambahan pula dengan pembentangan perbekalan tambahan, jangkaan bahawa defisit fiskal Negara akan terus terjunam ke paras yang membimbangkan selepas 15 tahun berturut-turut mengalami defisit.

Menurut Laporan Ekonomi 2011/2012 Kementerian Kewangan Malaysia, unjuran defisit yang dialami oleh Malaysia pada tahun 2012 adalah masing-masing berada pada kedudukan 4.8 peratus daripada Keluaran Negara Kasar (KNK, atau Gross National Product (GNP)) dan 4.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK, atau Gross Domestic Product (GDP)) seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2.

Jadual 2: Kedudukan Kewangan Kerajaan Persekutuan 2012 (RM Juta)

Dikemaskini pada April 2012 2012 (Unjuran)
Hasil 186,906
Perbelanjaan Mengurus 181,584
Perbelanjaan Pembangunan Bersih 48,343
Defisit/Lebihan Keseluruhan -43,021
% dari KNK -4.8
% dari KDNK -4.7
KNK (harga semasa) 890,347
KDNK (harga semasa) 918,322

Sumber: Laporan Ekonomi Kementerian Kewangan[3]

Memandangkan kerajaan memohon peruntukan tambahan yang berjumlah setinggi RM15,295,345,000 – suatu angka yang lebih tinggi daripada bajat tambahan sebanyak RM10,290,243,800 bagi menampung perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan untuk beberapa kementerian dan jabatan bagi perkhidmatan tahun 2011. Lantas, perbelanjaan kerajaan memecut dan memberi tekanan kepada defisit Belanjawan Negara.

Dengan menggunapakai data yang dibekalkan oleh Kementerian Kewangan dalam pengiraan defisit terbaru dengan menambah perbekalan tambahan yang baru dibentangkan dan mengekalkan faktor lain termasuk jumlah hasil pendapatan, adalah nyata bahawa defisit fiskal Ngeara kini telah mencecah 6.4 peratus daripada KDNK seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.

Jadual 3: Statistik KPRU: Unjuran Defisit Fiskal Pasca Perbekalan Tambahan 2012

Perbelanjaan Mengurus RM181,584,000,000
Perbelanjaan Pembangunan Bersih RM48,343,000,000
Perbekalan Tambahan 2012(Perbelanjaan Mengurus sahaja) Perbelanjaan Bekalan RM13,795,345,000
Perbelanjaan Tanggungan RM1,500,000,000

Jumlah

RM245,222,345,000
Defisit/Lebihan Keseluruhan -RM58,316,345,000
% dari KNK -6.5
% dari KDNK -6.4

Nota: Andaikan faktor lain seperti hasil Kerajaan tidak berubah.

Secara amnya, perkembangan ekonomi Negara adalah senantiasa dalam arus yang dinamik, ada kalanya dilandai kemelesatan dan ada kala pula meraikan peningkatan; data dan maklumat berkenaan turut akan mengalami perubahan dari semasa ke semasa. Maka, pengiraan tersebut sekadar suatu anggaran dan dikemukakan sebagai rujukan. Faktor lain seperti hasil pendapatan kerajaan mungkin berubah. Misalnya, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berjaya meningkatkan kutipan hasil tahun 2011 hampir 27 peratus lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya, iaitu mencatat jumlah kutipan RM109.7 billion.[4]

Secara teori, peningkatan hasil Negara sememangnya dapat mengurangkan atau sekurang-kurangnya menstabilkan defisit fiskal Negara, atas premis perbelanjaan yang berhemat. Permasalahannya, pengurusan kewangan oleh pihak kerajaan Malaysia yang menampakkan defisit fikcal berlarutan telah menimbulkan keraguan tentang kemampuan kerajaan semasa dalam menangani hutang Negara yang kian memuncak dan dalam merangka perbelanjaan Negara secara berhemat.

Najib Beri Lampu Hijau Untuk Media BN Serang Pakatan – Surendran

Posted: 15 Jun 2012 01:25 AM PDT

KeadilanDaily

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah orang yang bertanggungjawab memberi keizinan kepada media Umno BN untuk memburuk-burukkan pimpinan Pakatan Rakyat (Pakatan) terutamanya Ketua
Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Naib Presiden KEADILAN, N Surendran berkata, serangan itu pastinya selepas mendapat kelulusan daripada Najib.

"Adalah mustahil bagi semua media tersebut untuk mengeluarkan laporan yang tidak bertanggungjwab dan menyerang Pembangkang tanpa pengetahuan dan keizinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak," katanya dalam satu kenyataan.

Ini berikutan kekerapan pimpinan Umno menyerang peribadi dan berniat jahat terhadap Pembangkang menerusi New Straits Times (NST), Utusan Malaysia dan beberapa media lain sebagai saluran untuk memaparkan laporan palsu serta memburukkan Pakatan, kata Surendran.

"Ia menunjukkan Najib semakin terdesak untuk memenangi hati rakyat sehingga ke tahap menggunakan taktik murahan,"katanya.

Beliau membidas laporan NST yang menuduh Anwar yang juga Ketua Pembangkang kononnya telah mengarahkan CEO
sebuah bank untuk memindahkan sejumlah bilion wang ke beberapa akaun pada tahun 1999.

"Laporan itu adalah palsu, tidak bertanggungjawab dan bersifat politik. Berita itu sendiri menyatakan penyiasat tidak menemui sebarang bukti untuk menyokong tuduhan itu mahupun membawa kes ke mahkamah," katanya.

Jelas Surandran lagi, siasatan terhadap kes itu telah ditutup sejak tahun 2000. Ini membuktikan tuduhan terhadap Anwar adalah liar dan tidak berasas.

"Kita (KEADILAN) menyeru agar Najib membina hubungan rasional dengan Pembangkang dan menghentikan segera
politik fitnah dan bohong," katanya lagi.

Sebelum ini, mahkamah pernah memutuskan bahawa NSTP telah memfitnah Anwar dalam artikel yang disiarkan dalam
akhbar NST pada 2 Mac 2002 dan diarahkan membayar gantirugi RM100,000 serta kos RM20,000 kepada Anwar
berhubung penyiaran artikel berunsur fitnah itu.

Baru-baru ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan sedang menyemak status siasatan
berhubung akuan berkanun bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Murad Khalid mengenai akaun induk Anwar bernilai RM3 bilion.

Bagaimanapun, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Khassim Mohamed semalam dilapor menegaskan, pihaknya
akan melakukan siasatan tanpa rasa takut atau menyebelahi mana-mana pihak.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Ahad lalu dilapor berkata, Anwar perlu tampil memberi penjelasan berhubung perkara sama.

Katanya, jika Anwar merasakan dakwaan berkenaan tidak betul, beliau perlu mengambil tindakan terhadap mereka yang mendedahkannya.

Bagaimanapun, Anwar pada hari yang sama berucap pada program Dialog Ekonomi di Petaling Jaya menyambut cabaran Muhyiddin dan bersedia menyerahkan segala dokumen pemilikan hartanya dengan syarat Timbalan Perdana Menteri itu terlebih dahulu mengisytiharkannya.

Anwar juga sedia untuk disiasat sepenuhnya berhubung dakwaan berkenaan dan menyerahkan semua akaun terbabit.

"Jika Muhyiddin setuju, maka siasatan itu perlu disegerakan," katanya.

Mengapa Tiada Tindakan Keatas Musa Aman?

Posted: 15 Jun 2012 01:20 AM PDT

Setelah dikejutkan dengan skandal RM250 juta NFC dan jualan rahsia pertahanan negara dalam kes Scorpene, rakyat Malaysia dikejutkan sekali lagi oleh skandal rasuah yang maha besar. Kali ini, perlakuan rasuah didakwa dilakukan salah seorang pemimpin kanan Barisan Nasional di Sabah, iaitu tidak lain dan tidak bukan Ketua Menteri Sabah sendiri, Datuk Seri Musa Aman.

Laman web "Sarawak Report" dalam beberapa artikel sejak bulan April 2012 telah mendedahkan Datuk Seri Musa secara sistematik merompak harta pusaka rakyat Sabah sejak tahun 1996 dengan mengaut keuntungan haram melalui rasuah jualan balak.

Dalam satu artikel bertarikh 10 Jun 2012, "Sarawak Report" telah mempamerkan dokumen-dokumen yang mendedahkan Datuk Seri Musa telah menyimpan wang haram yang dianggar melebihi USD90 juta di bank-bank di Hong Kong dan Zurich. 

Kami difahamkan bahawa kes tersebut telah disiasat badan anti-rasuah di Hong Kong iaitu Independent Commission Against Corruption (ICAC), yang menyatakan bahawa Datuk Seri Musa telah menggunakan sistem "money-laundering" melalui beberapa ajen – termasuklah Michael Chia dan peguam Richard Barnes – serta akaun-akaun di luar negara untuk cuba menyembunyikan identiti beliau.

Pada masa yang sama, "Sarawak Report" turut mendedahkan terdapat usaha melengahkan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas kes rasuah ini yang dilakukan oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail. Untuk makluman semua, Tan Sri Abdul Gani Patail juga mempunyai pertalian persaudaraan dengan Datuk Seri Musa Aman.

Maka KEADILAN menggesa pihak-pihak bertanggungjawab memberi penjelasan berkaitan hal-hal yang berikut:

1) Demi membuktikan sama ada dakwaan "Sarawak Report" adalah benar atau tidak, Datuk Seri Musa Aman wajib membuat deklarasi aset sepenuhnya dalam masa yang terdekat, termasuklah segala aset dan harta yang disimpan dalam semua akaun-akaun bank di luar negara di atas nama beliau ataupun ahli-ahli keluarga terdekat.

2) SPRM wajib perjelas status siasatan ke atas Datuk Seri Musa Aman, sama ada pihak ICAC ada meminta bantuan siasatan di bawah "Mutual Assistance in Criminal Matters Act (2002)" berkaitan kes rasuah ini, serta apakah tindakan lanjut pihak SPRM berkaitan skandal ini.

3) Tan Sri Abdul Gani Patail wajib menjawab dakwaan bahawa beliau telah melengahkan siasatan SPRM sama ada secara langsung ataupun tidak, hingga mengakibatkan pihak ICAC tidak dapat mengambil tindakan terhadap Datuk Seri Musa.

4) Difahamkan siasatan terhadap bank UBS AG, yang didakwa membantu menyalurkan wang haram ("money-laundering") Datuk Seri Musa, akan bermula di Switzerland – mengapa Kerajaan Malaysia kelihatan seperti enggan melaksanakan sebarang tindakan undang-undang berkaitan dakwaan rasuah Datuk Seri Musa Aman?

YB Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Lembah Pantai merangkap Naib Presiden KEADILAN
YB Tian Chua, Ahli Parlimen Batu merangkap Naib Presiden KEADILAN
YB Sivarasa Rasiah, Ahli Parlimen Subang merangkap Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN
Darrell Leiking, Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN

Projek Anak Bekas Menteri Bahayakan Negara

Posted: 15 Jun 2012 12:57 AM PDT

Harakah

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mendapati, projek sistem baru kawalan trafik yang mengancam ruang udara negara diberi kepada anak Jamaludin Jarjis, Pengarah Pilihanraya BN sekarang.

Menurutnya, dalam carian syarikat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), tertera nama Ikhwan Hafiz Jamaluddin iaitu ahli keluarga bekas menteri itu sebagai Pengarah Tirai Variasi Sdn Bhd Advanced Air Traffic System (M) Sdn Bhd.

"…Saya tanya, dan ini belum dijawab oleh Kementerian (Pengangkutan)," katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Naib Presiden PKR itu turut mempersoal adakah menjadi norma Kerajaan Umno BN menganugerahkan satu daripada projek kerajaan kepada keluarga menteri.

"Apakah alasan Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) memberi kontrak sistem yang cukup penting ini secara rundingan tertutup?" soalnya lagi.

Beliau turut menunjukkan salinan dokumen dari SSM kepada media yang mempamerkan Ikhwan Hafiz Jamaluddin, 25, sebagai Pengarah Tirai Variasi Sdn Bhd.

Tirai Variasi adalah pemegang saham utama Advanced Air Traffic System (M) Sdn Bhd yang dianugerahkan kontrak bernilai RM280 juta itu.

Apabila ditanya wartawan mengenai kesahihan dakwaan tersebut, Izzah menjawab, kementerian patut menafikannya jika dakwaan itu tidak benar.

"Sekali lagi, saya persoalkan nama tersebut dan (saya) belum terima sebarang jawapan," katanya.

"Saya sudah hantar surat pertanyaan (kepada Kementerian Pertahanan dan DCA) sebelum ini, namun masih belum terima maklum balas dari mereka," jelas Izzah lagi.

Bagaimanapun, carian media mendapati Ikhwan adalah anak kepada Datuk Seri Jamaluddin Jarjis, bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Sistem yang gagal dan bahaya

Pada 8 Jun lalu, Izzah bersama-sama Naib Presiden KEADILAN, N Surendran dan Tian Chua menyerahkan memorandum kepada DCA mengenai sistem baru Human Trafic Interface yang membahayakan ruang udara negara.

Sistem itu turut dibangunkan bersama syarikat Selex Sistemati Integrati dari Itali yang dikaitkan dengan pelbagai tuduhan rasuah di Itali, Cyprus, Panama dan Namibia.

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 15 Jun 2012 11:17 AM PDT

Anak Muda Kampung Nak Senang


Ceramah Umum 22 Jun 2012 di Gemencheh

Posted: 15 Jun 2012 01:17 AM PDT

CERAMAH UMUM
Tarikh: 22 Jun 2012, Jumaat
Tempat: Felda Bukit Jalor, Gemencheh, N. Sembilan
Jam: 9 Malam
Penceramah:
YB Senator Mumtaz Nawawi
YB Teo Kok Seong - ADUN Bahau
YB Taufek - ADUN Paroi

BULETIN RAKYAT

Posted: 15 Jun 2012 11:14 AM PDT

BULETIN RAKYAT


Dewan Pemuda PAS WP setuju PDRM siasat DS Nizar hina Sultan Johor. Lepas tu Utusan Meloya.

Posted: 15 Jun 2012 05:42 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Wilayah (DPPWP) bersetuju dengan pandangan Pemuda PAS Johor agar Polis menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat Nizar yang menghina Institusi Kesultanan Johor. Tulisan dalam twitter berkenaan bidaan no plate adalah biadap dan tidak menunjukan sikap sebagai orang yang berakhlak. DPPWP mengingatkan agar para blogger dan rakyat keseluruhannya agar tidak menimbulkan isu-isu yang boleh menghina Allah, Islam, Rasulullah dan Keluarganya serta Sultan-sultan yang memerintah dinegara ini.

Bila dah kroni, semua boleh..DS NIZAR janganla kecik hati !

Posted: 14 Jun 2012 04:20 PM PDT

DS Nizar ~  jangan kecik ati, bila masuk AEMNO pas tu nak cakap apa pun pada raja dan Sultan, UMNO, Sultan dan PDRM, apa pun tak bunyi,  tak akan bising dan siasat punya... jom berubah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan