Khamis, 28 Jun 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS TAMBUN

Posted: 28 Jun 2012 01:31 AM PDT

PAS TAMBUN


SELAMATKAN MANJOI : CERAMAH PERDANA

Posted: 27 Jun 2012 11:36 PM PDT




DI JEMPUT SEMUA HADIR..

TAYANGAN MULTIMEDIA PUN ADAAA...

Peghelih La...

Posted: 27 Jun 2012 11:28 PM PDT

Peghelih La...


Tidak perlu takut tinggalkan Umno - Tamrin

Posted: 27 Jun 2012 01:10 AM PDT


BESERI: Veteran Umno yang juga anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tamrin Tun Ghafar berkata ahli-ahli Umno tidak perlu takut untuk meninggalkan parti itu kerana pimpinan parti itu telah lari dari matlamat asal perjuangan mereka.

Tamrin berucap di Himpunan Hijau Perlis
Berucap di program Himpunan Hijau Ke Putrajaya Peringkat Negeri Perlis 22 Jun lalu, beliau berkata Umno ditubuhkan untuk berjuang demi rakyat tetapi selepas lebih 54 tahun Umno dan BN memerintah negara ini, rakyat telah diperkotak-katikkan, ditipu dan diperbodohkan.

"Ahli Umno tak perlulah takut dan tak berdosapun kalau tinggal Umno tu. Kita jangan fikir dunia saja, akhirat pun kena fikir sama," kata Tamri  yang masih menjadi ahli Umno tetapi tidak bersama-sama dengan pimpinan Umno sekarang itu.


"Kalau ada orang Umno dalam majlis ini, fikir baik-baiklah sebab kita berjuang untuk rakyat. Kalau pemimpin kita menipu rakyat adakah kita nak terus sokong? Jawablah esok di padang mahsyar.

"Kita ni dah berumur dah, bila-bila masa saja (boleh dipanggil Allah). Bertaubatlah, cukuplah. Tak  payahlah kita ni fanatik sangat dalam nak sokong pemimpin, kalau pemimpin betul kita sokong,"katanya.

Program Himpunan Hijau tersebut diadakan di Markas PAS Paya dekat sini dan dihadiri lebih 5000 orang.

Himpunan Hijau Ke Putrajaya Peringkat Negeri Perlis

Posted: 27 Jun 2012 01:06 AM PDT





Lagi Foto: KLIK DI SINI

PAS Negeri Sembilan

Posted: 27 Jun 2012 09:24 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Ceramah Umum

Posted: 27 Jun 2012 08:59 PM PDT


Seminar Semarak Ramadhan

Posted: 27 Jun 2012 12:41 AM PDT


PARLIMEN BUKIT GANTANG

Posted: 27 Jun 2012 09:05 PM PDT

PARLIMEN BUKIT GANTANG


Isu WWW1: Akhirnya DS Nizar saman Utusan dan TV3

Posted: 27 Jun 2012 09:50 AM PDT

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Muhamad Nizar Jamaludin petang tadi memfailkan tuntutan maaf terhadap Utusan dan TV3 berikutan fitnah yang dibuat berkaitan dengan isu WWW1.

Laporan polis terhadap TV3  telah dibuat diBalai Polis Dang Wangi jam 11.27 pagi tadi manakala laporan polis terhadap Utusan dibuat jam 11.40 pagi.

Klik untuk besarkan

Klik untuk besarkan



Add caption

PAS Kawasan Miri

Posted: 27 Jun 2012 07:32 PM PDT

PAS Kawasan Miri


Pemimpin BN Takut Pendedahan PAS Terhadap Masalah Rakyat

Posted: 27 Jun 2012 04:34 AM PDT

PAS Menyampaikan Masalah Rakyat bukan Berbohong Untuk Meraih Undi
Photo : Penduduk Asal Sengkabang

Merujuk kepada kenyataan Kaunselor Engkamat Juna dalam Utusan Borneo berkata, bahawa PAS membuat tuduhan liar dan pembohongan dalam isu memohon MyKad penghuni rumah Sengkabang.

Untuk pengetahuan Kaunselor Engkamat, Kami mendapat maklumat dan bertanya sendiri dengan penduduk terbabit dan ini bukan tuduhan liar tetapi kenyataan kerana mereka sudah lama menanti Mykad dan ada diantara mereka tiada memiliki surat beranak sejak lahir sehingga dewasa. Isu ini dibangkit semata-mata untuk kebaikan penduduk terbabit bukan tujuan untuk meraih undi seperti tuduhan kaunselor Engkamat.

Kalau pihak PAS tidak menyuarakan masalah ini sudah pasti perkara ini tidak diambil perhatian oleh pihak berkuasa. Sepatutnya wakil rakyat atau pihak yang diamanah untuk menjaga kebajikan masyarakat pergi turun padang dan menyelesaikan masalah ini bukan menuduh dan menyalahkan PAS kerana menyuarakan masalah rakyat.

Kalau selama ini penduduk terbabit tidak dapat pembelaan dari pihak berwajib sepatutnya mereka sendiri turun padang dan jangan menuduh pihak PAS datang semata-mata untuk meraih undi. Kita datang untuk membantu menyuarakan masalah rakyat supaya pihak kerajaan dapat bertindak dan mengatasinya.

Kalau sebelum ini tiada pihak datang menyuarakan masalah rakyat maka sebagai sebuah parti untuk semua, kita bersedia datang untuk membantu menyuarakan masalah rakyat agar pihak berkenaan dapat bertindak dengan sewajarnya. Harap mereka yang menuduh PAS berbohong agar menarik balik kenyataan tersebut kerana kita melaporkan isu-isu semasa berpandukan maklumat dari pihak yang terbabit dan bukannya rekaan semata-mata untuk meraih undi.

Kita tidak pernah memaksa rakyat untuk mengundi kita, bukannya macam sesetengah pihak yang mengugut dan mengancam mereka yang tidak mahu mengundi mereka. Hak rakyat untuk memilih kerajaan terserah dengan kebijaksanaan pengundi masing-masing bukannya dengan rasuah seperti membeli undi dengan wang dan janji-janji kosong. PAS berjuang untuk kepentingan dan keadilan rakyat bukan untuk kepentingan peribadi. PAS untuk semua.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

English version
PAS deliver People's Problem not lying To Regain Vote
Referring to the statement of counselor Engkamat Juna in Utusan Borneo, said that PAS make wild accusations and lies in the issue of apply for MyKad of Sengkabang residents.

To the attention of counselor Engkamat, we get information and ask the rural folk itself and this is not wild allegations, but the fact that they had been waiting for MyKad and some of them not have a birth certificate since birth to adulthood. This issue is raised solely for the benefit of the people involved not the purpose to gain votes as allegations by counselor Engkamat.

If the PAS does not voice this problem of course this was not noted by the authorities. Should be representative of the people or entrusted to the welfare of the community go down to the field and solve this problem is not to accuse and blame PAS for expressing the people's problems.

If all this while the rural folk do not get support from the authorities should be they themselves down the field and do not accuse the PAS come merely to gain votes. We came to help voiced the people's problems so that the government can respond and resolve it.

If before this No party comes voiced the problems of the people, as a party for all, we are willing to come to help people voice their problems so that the parties concerned can act accordingly. Hope those who accuse PAS lied to withdraw the statement as we report on current issues based on information from parties involved and not designed solely to gain votes.

We never force the people to vote for us, not like some people who intimidate and threaten those who do not want to vote for them. People's right to choose their own government is up with wisdom of voters respectively instead of corruption, such as buying votes with money and empty promises. PAS fought for justice and the interests of the people not for personal gain.  PAS for all

Rembau Hari Ini

Posted: 27 Jun 2012 07:24 PM PDT

Rembau Hari Ini


Forum Menjelang Ramadhan 7 Julai 2012 di Rembau

Posted: 26 Jun 2012 09:03 PM PDT

FORUM PERDANA
Tajuk : Persiapan Menjelang Ramadhan
Tarikh : 7 Julai 2012, Sabtu
Masa : 9 mlm
Tempat : Lot 955, Kg Bongek, Rembau (rumah Hjh Rokiyah)
Ahli Panel :
1. Ustaz Mohd Fuad Othman , Pendakwah
2. Sdr Nazree Yunus , Bekas Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya
3. Ustaz Fairuz Isa , EXCO Pemuda PAS N.Sembilan
4. Moderator : Sdr Sahrizal Masrudin , AJK Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan

Turut diadakan ; Pelancaran Dana Pembangunan Kompleks Pusat Dakwah Serantau

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir
Untuk maklumat lanjut sila hubungi Sdr Izamri 013-2124086
Anjuran : PAS DUN Kota

PAS LENGGONG

Posted: 27 Jun 2012 07:22 PM PDT

PAS LENGGONG


Posted: 26 Jun 2012 11:44 PM PDT

Maknanya takut bayang-bayang

Posted: 26 Jun 2012 11:39 PM PDT


Wednesday, June 27, 2012

Isu doa: Kariah buat laporan polis terhadap TV3..


BUKIT MERTAJAM – Kariah Masjid Saidina Abu Bakar as-Siddiq Taman Guar Perahu, semalam, membuat laporan polis berhubung laporan sebuah stesen televisyen swasta mengenai dakwaan seorang khatib mendoakan supaya kerajaan digulingkan dalam pilihan raya akan datang.

Laporan dibuat Pengerusinya, Abu Bakar Bakilani Abu Hassan di Balai Polis Kubang Semang, pada jam 4.20 petang.

Sebelum itu, lebih 100 penyokong PKR dan Pas turut berarak mengiringi beliau dari Taman Guar Perahu menuju ke balai, dan mengadakan demonstrasi aman di hadapan balai sejurus tiba bagi menyatakan bantahan terhadap kenyataan yang dibuat terhadap khatib tersebut.

Abu Bakar ketika ditemui berkata, pihaknya menuntut permohonan maaf secara terbuka oleh dua individu yang membuat kenyataan, selain sebuah stesen televisyen swasta yang bertindak sebagai penyiar kepada dakwaan itu.

"Tujuan laporan polis ini dibuat adalah bagi menyatakan rasa marah di samping membersihkan nama baik masjid yang sudah tercemar.

"Kita menuntut pihak berkenaan (individu dan stesen televisyen) supaya memohon maaf secara terbuka kepada kariah masjid," katanya.

Tegas Abu Bakar, khatib di dalam doa khutbah tersebut tidak langsung menyebut mahu menggulingkan kerajaan, mahu pun menujukan ia kepada mana-mana parti.

Katanya, pihaknya juga sudah meneliti rakaman khutbah, dan ia jelas bercanggah dengan apa yang didakwa.

Terdahulu, sebuah stesen televisyen malam Sabtu menyiarkan kekecewaan beberapa kariah masjid terhadap seorang khatib yang mendoakan 'kerajaan perlu digulingkan' dalam khutbah Jumaat di masjid berkenaan minggu lepas.

Posted: 26 Jun 2012 11:30 PM PDT


Kenaikan tarif elektrik tanpa disedari

Mohd Fazli Hasan,
Tidak lama dulu DS Najib mengumumkan kenaikan tarif elektrik baru. Seingat saya, beliau menyatakan bacaan bil bulanan di bawah 400 unit atau kurang dari RM90 tidak menerima kesan (tolong betulkan jika salah).

Oleh itu pengguna yang bil bulanan di bawah bacaan 400 unit atau kurang dari RM90 (jika tidak silap) tidak akan dikenakan kadar tarif elektrik baru. Mendengar pengumuman tersebut saya antara orang yang merasa lega kerana bil elektrik saya setiap bulan adalah kurang daripada RM90.

Perasaan lega itu hanya untuk sementara waktu sahaja atau beberapa bulan sahaja.  Ada perancangan lain yang telah dilakukan bagi merealisasikan kadar tarif baru elektrik ini.

Beberapa bulan ini, pihak TNB (pembaca meter TNB) hanya melakukan bacaan meter dua bulan sekali sahaja ke rumah saya dan rumah-rumah jiran. Oleh itu bacaan meter elektrik yang dibuat dua bulan sekali, diselangi dengan bil anggaran yang dihantar melalui pos. Melalui cara ini, secara tidak langsung kadar tarif baru dapat dilaksanakan kepada pengguna, tanpa disedari.


Sebagai contoh bagi mereka yang menggunakan tarif elektrik sebanyak 350 unit sebulan, bayaran bil adalah sebanyak RM76.30. Melalui sistem bacaan meter DUA BULAN berserta BIL ANGGARAN (secara POS), penggunaan elektrik naik sekali ganda menjadi 700 unit (dua bulan).

Oleh itu, bayaran bil menjadi RM194.20, kiraan seperti berikut:

Penggunaan dua bulan 700 unit.

1.    400 unit X RM0.218 = RM87.20

2.    200 unit X RM0.334 = RM66.80

3.    100 unit X RM0.400 = RM40.00

JUMLAH                        = RM194.20


Bil bagi dua bulan menghampiri RM200. Berbanding jika bil dikenakan tiap-tiap bulan hanya antara RM70 ke RM80 sahaja. Jika dua bulan pun hanya RM140 ke RM160 sahaja jika pengguna membuat tunggakan bayaran.

Bagi bil anggaran yang dihantar melalui pos pula, jumlah yang dinyatakan hanya pada nilai RINGGIT MALAYSIA tetapi bukan pada jumlah UNIT elektrik yang digunakan. Maka bil dua bulan dalam jumlah ringgit ditolak dengan jumlah bil anggaran dalam nilai ringgit.

Kesimpulannya, TNB telah berjaya melaksanakan kadar tarif baru elektrik kepada pengguna yang pada asalnya bacaan tarif elektrik kurang dari 400 unit.

Sehubungan itu, saya meminta pembaca atau pengguna elektrik, renungkanlah....

Posted: 26 Jun 2012 11:29 PM PDT


"Saya Tidak Mahu Rakyat Benci Saya Hanya Kerana Kenderaan Saya"- Mursi

Presiden Mesir, Dr.Muhammad Mursi ketika memasuki Istana Presiden Isnin semalam bagi meninjau keadaan istana yang dikosongkan lebih setahun lalu meminta pihak keselamatan mengurangkan bilangan kenderaan bagi mengiringinya bertujuan tidak mahu mengganggu pergerakan lalulintas rakyat awam.

Memetik sumber "Al-Masryl Youm" bahawa sewaktu melawat Istana Ittihadiyah semalam, Mursi meminta pihak keselamatan mengurangkan kenderaan pengiringnya. Beliau dipetik berkata, "Saya tidak mahu rakyat bencikan saya dengan sebab kenderaan Presiden."

Sumber dipetik sebagai berkata, pihak tertinggi pasukan keselamatan juga meminta Mursi dan keluarga beliau berpindah ke Villa As-Salam bersebelahan Istana Itthadiyah akan tetapi Mursi tetap mahu kekal tinggal di kediamannya sebelum ini di Tajammuk Khamis.

Sementara itu, Dr. 'Isom 'Iryan, Naib Presiden Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) dalam satu temuramah berkata, Dr.Mursi juga akan menyumbangkan gajinya untuk kebajikan rakyat Mesir.

Ulasan: Kepada mereka yang sempat di zaman Mubarak, bagaimana keadaan jalan raya jika Mubarak hanya akan melalui jalan tersebut?

1) Dua jam sebelum Mubarak tiba, jalan raya akan ditutup.
2) Amnu Daulah akan turun berkawal dan mereka akan berada di atas bumbung di tepi jalan bagi memastikan keselamatan Mubarak terjamin.
3) Polis dan tentera akan berdiri di sepanjang jalan dalam keadaan membelakangi jalan raya, tidak boleh melihat Presiden.

Jika dahulu tempat itu diletak gambar Presiden Husni Mubarak, namun selepas revolusi, ia diletakkan dengan kalimah yang Maha Agung Allah semulia-mulia nama.



Jika dahulu tempat itu diletak gambar Presiden Husni Mubarak, namun selepas revolusi, ia diletakkan dengan kalimah yang Maha Agung Allah semulia-mulia nama.

Posted: 26 Jun 2012 11:26 PM PDT


Gantung Ambiga sampai mati: DAP mahu lapor polis

Hazayani Zakaria,27 Jun 2012
KUALA LUMPUR, 27 Jun: DAP mengarahkan wakil rakyatnya membuat laporan polis beramai-ramai terhadap Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz berhubung kenyataannya yang bersifat ekstrimis.

Aziz, wakil BN dalam ucapannya di Dewan Rakyat semalam meminta Pengerusi Bersama Gabungan Menuntut Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih), Datuk Ambiga Sreenevasan digantung sampai mati kerana didakwa mahu menggulingkan negara.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, pihaknya tidak mahu membuang masa meminta Aziz menarik balik kenyataan tersebut tetapi mahu semua wakilnya membuat laporan polis agar Aziz dapat disiasat sewajarnya.

Katanya, laporan polis akan dibuat esok namun belum dinyatakan di balai polis mana.

"Semalam kita amat terkejut dengan kenyataan Sri Gading yang mengatakan bahawa kita harus gantung ambiga kerana menganjurkan Bersih.

"Ini adalah kenyataan yang menghasut dan bersifat ekstrimis dan mengancam nyawa Ambiga dan bersifat perkauman kerana ditujukan kepada seorang wanita berbangsa India dan beragama Hindu," kata Ahli Parlimen Bagan itu pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Guan Eng juga berkata, kenyataan Aziz itu sangat tidak relevan kerana penganjuran Bersih bukan satu kesalahan.

"Ini adalah saranan yang serius untuk minta gantung sampai mati. Tak pernah ada ahli parlimen di dunia minta seorang dibunuh.

"Apakah kesalahan Ambiga? Beliau hanya salah seorang penganjur Bersih yang merupakan perhimpunan aman.

"Kenapa hanya Ambiga? Kami yakin sebab Ambiga seorang India dan wanita. Sasaran yang mudah. Sikap ini harus dibantah," katanya.





http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/11291-gantung-ambiga-sampai-mati-dap-mahu-lapor-polis

Posted: 26 Jun 2012 07:51 PM PDT

Bersyukur setelah di istihar menang.

N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 27 Jun 2012 07:14 PM PDT

N.27 - PAS DUN Sura


Pilihanraya Musim Haji : Sebuah Panduan Hukum

Posted: 27 Jun 2012 09:06 AM PDT


Oleh Dr. Zaharuddin Abd Rahman

Saya dan rakan-rakan asatizah kerap ditanya hukum dan pandangan kami berkaitan ura-ura jika pilihanraya dilaksanakan sewaktu musim haji, adakah ia dibenarkan di dalam Islam? Sebagai panduan sebelum sesuatu yang buruk itu berlaku, respons dan jawapan ini diberikan, kerana jika pandangan sebegini lewat diberikan sesudah keputusan pihak berkuasa dilakukan, pandangan berkaitan hal ini tiada boleh memberikan banyak kesan lagi.

Justeru, sebelum terlambat dan juga sebagai jawapan kepada sebuah soalan, ia dicoretkan. Di dalam sistem demokrasi, pilihanraya dan proses pengundian adalah ibarat suatu mahkamah besar bagi memilih siapa yang lebih layak diberikan amanah memerintah, maka sewaktu sistem demokrasi dijadikan panduan dan diterima oleh majoriti rakyat, tugas terbesar kerajaan melalui Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) adalah memastikan semaksima mungkin penyertaan rakyat dalam pilihanraya, justeru kempen untuk pendaftaran pengundi mestilah dipertingkatkan kecanggihannya dan dipermudah di seluruh tanahair.

Rakyat selaku pengundi layak yang berada di luar negara perlu di jamin hak mereka agar boleh mengundi melalui kaedah yang berkesan lagi dipercayai. Justeru, Pilihanraya dan proses pengundian TIDAK SAMA SEKALI WAJAR dilaksanakan sewaktu musim perayaan dan ibadah umat Islam khususnya musim haji yang mana berpuluh ribu jemaah haji dan petugas haji sedang berada di luar Negara.

Lalu terhalang dari menunaikan hak dan kewajiban mengundi atau menjadi calon. Sekiranya pilihanraya tetap dilakukan di musim haji, itu tentunya merupakan suatu pengkhianatan terhadap amanah dan sistem pemilihan. Ini adalah kerana proses pengundi adalah suatu proses KESAKSIAN.

 Baca lagi....DI SINI

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 27 Jun 2012 03:40 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


MURAD AKHIRNYA DISELIGI PENGARAH STRATEGI !

Posted: 27 Jun 2012 02:16 AM PDT

Isu RM3 bilion ditimbulkan Dato Murad sebenarnya harta beliau sendiri
Ekoran dari permainan Umno/Barisan Nasional menimbulkan kembali dakwaan Dato' Seri Anwar Ibrahim mempunyai banyak akaun untuk menyimpan saham dan hartanah, saya telah mengambil inisiatif sendiri meneliti semua fakta dan dakwaan yang dibuat terhadap beliau.
Atas nama kebenaran dan keinginan untuk membongkar perkara sebenar, saya telah menyelidik perkara ini secara peribadi.

Dakwaan bahawa Dato' Seri Anwar Ibrahim mempunyai banyak akaun saham dan hartanah sehingga mencecah nilai RM3 bilion ini timbul dari perakuan bersumpah (statutory declaration) yang dibuat oleh Dato' Murad Khalid, bekas Penolong Gabenor Bank Negara di antara tahun 1994 dan 1994.

Perakuan bersumpah beliau tidak memberikan fakta dan senarai semua harta yang didakwanya dimiliki oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim. Sebaliknya, ia hanyalah dakwaan dengan menyebut beberapa nama yang kemudiannya dikaitkan dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Oleh yang demikian, saya berpendapat untuk mengesahkan sama ada dakwaan beliau benar atau tidak, saya tidak ada pilihan lain kecuali menyiasat latar belakang Dato' Murad Khalid sendiri.

Jika rekod beliau sendiri pun tercalar dengan dakwaan rasuah dan salahguna kuasa, ini menimbulkan keraguan bahawa perakuan bersumpah yang dibuat beliau adalah tidak benar, terutamanya apabila beliau tidak menyenaraikan pun harta atau saham yang kononnya dimiliki oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Hasil siasatan saya mengenai latar belakang Dato' Murad Khalid menimbulkan dakwaan-dakwaan berikut:

1. Bahawa ketika beliau menjadi pegawai tinggi Bank Negara Malaysia, seawal tahun 1991 beliau menerima habuan dalam bentuk pembayaran keahlian kelab golf dan yuran bulanan dari pihak ketiga yang melanggar etika dan peraturan Bank Negara Malaysia;

2. Bahawa ketika beliau menjadi pegawai tinggi Bank Negara Malaysia, insuran kediaman beliau bagi perlindungan berjumlah RM3.1 juta dibayar oleh pihak ketiga yang melanggar etika dan peraturan Bank Negara;


3. Bahawa melalui satu syarikat bernama Kenworth Sendirian Berhad yang berhubung kait dengan beliau, Dato' Murad Khalid mempunyai kepentingan dan mendapat manfaat dari 15 unit kondominium di Pelangi Indah Condo; dan


4. Pelbagai salah laku lain yang akan dibongkarkan dari satu masa ke satu masa kelak.


Saya mengajukan pendapat bahawa dakwaan Dato' Murad Khalid mengenai kewujudan "master account" yang memegang hartanah dan saham sebenarnya merujuk kepada pegangan beliau sendiri.

Siasatan saya menunjukkan beliau mempunyai hubungan dengan banyak syarikat yang mempunyai kepentingan dengan Bank Negara dan industri perbankan di Malaysia.

Ini menimbulkan tanda tanya sama ada beliau terlibat dalam pelbagai salah laku dan penyelewengan serta menggunakan kedudukan beliau untuk mengumpul harta, sehinggakan kelemahan ini dimanipulasi oleh musuh-musuh Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk membuat perakuan bersumpah palsu terhadap beliau.

Saya menasihatkan Dato' Murad Khalid supaya kembali ke pangkal jalan dan memperbetulkan keadaan dengan berterus terang. Saya juga perlu memaklumkan kepada Dato' Murad Khalid bahawa saya mempunyai salinan surat asal beliau kepada Tun Mahathir Mohamad yang membawa pelbagai implikasi buruk kepada beliau dan beberapa pimpinan tertinggi Umno.

Sebelum perkara ini berlarutan, saya imenasihatkan Dato' Murad Khalid tampil ke hadapan meminta maaf seperti mana yang pernah beliau lakukan secara peribadi kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Sudah sampai masanya fitnah selama 13 tahun ini dihentikan supaya rakyat Malaysia boleh maju menumpukan isu-isu negara dan rakyat yang membina.


MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
27 JUN 2012

source: http://milosuam.blogspot.com/2012/06/isu-rm3-bilion-ditimbulkan-dato-murad.html#ixzz1yyzolYmo

SILA TURUNKAN HARGA ATAU KAMU YANG TURUN !

Posted: 26 Jun 2012 09:57 PM PDT

Harga minyak dunia terus turun di bawah 80 dolar selepas mengalami kenaikan sehingga 108 dolar Februari 2012, 90 dolar Mei 2012 dan kini 26 Jun 2012 turun lagi. Sekarang harganya pada jam 12.45 harga turun lagi kepada 79.45, Anda boleh melihat secara talianterus atau 'onlines' di http://money.cnn.com/?section=money_topstories . Mudahan tika Najib asyik nak bagi duit dan tayar maka elok juga rakyat mohon turunkan harga minyak 95 sekurang-kurangnya sebanyak 50 sen. Semoga kesannya akan ketara kepada harga barangan perlu rakyat seperti gula , beras, susu , minyak masak dan bila api dapat diturunkan. Dengan cara ini harga kos tambang bas, teksi dan lori dapat dikurangkan.

KERAJAN BN TIADA MAKLUMAT? JANGAN SAMPAI NEGARA DI HINA WALAU SETUMAT!

Posted: 26 Jun 2012 06:07 PM PDT

Kamu pemimpin UMNO/BN perlu ingat Ahli Parlimen dan rakyat...ahli parlimen adalah rakyat, mata mereka mata rakyat, telinga mereka telinga rakyat, teguran mereka teguran rakyat, pakatan mereka PAKATAN RAKYAT....kuasa mereka KUASA RAKYAT...adakah kamu masih berfikir bahawa mereka semua itu macam kayu yang kamu boleh bohong dan temberang ?
Jika masih begitu maka bersedialah kamu pemimpin UMNO/BN menghadapi KUASA RAKYAT dari PAKATAN RAKYAT.
Rakyat akan humban dan jambankan kamu bersama sejarah KOTOR kamu ke neraka bikinan kamu sendiri.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
KUALA LUMPUR - Tidak ada keperluan menubuhkan Suruhanjaya Bebas menyiasat pembelian kapal selam baru Scorpene kerana pembelian kelengkapan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu dibuat mengikut Tatacara Pelaksanaan Kontrak-Kontrak Perolehan Peralatan Pertahanan Negara, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
http://www.sinarharian.com.my/nasional/zahid-suruhanjaya-bebas-siasat-isu-scorpene-tidak-perlu-1.61067

Yang itu kenyataan menteri umno....Kita tengok kenyataan pemimpin PAS pulak:-

Kerajaan negeri Kelantan sedia disiasat mana-mana pihak berhubung dakwaan penyelewengan dalam pentadbiran Kelantan Golden Trade Centre Sdn Bhd (KGT), kata Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

http://www.malaysiakini.com/news/201911

Kan jauh bezanya sikap menteri umno dengan pemimpin PAS..
Di Malaysia pasal kes scorpeane ini menteri kata kerajaan BN tiada maklumat walaupun di luar negara ada semua bukti. Kalau begitu, bersihkanlah nama Malaysia! Buatlah apa saja yang betul samada tegur ke ! beri amaran atau kalau berani keluarkan saman ke atas akhbar dan negara yang kununnya menghina PM Najib dan yang berkaitan.

Dupahang's Weblog

Posted: 27 Jun 2012 11:41 AM PDT

Dupahang's Weblog


Tahniah . ALLAHU AKHBAR

Posted: 26 Jun 2012 10:42 PM PDT

Kesehatan Husni Mubarak Memburuk Setelah Dengar Dr Mursi Menangkan Pilpres Mesir

Posted: 26 Jun 2012 10:01 PM PDT

Kesehatan Mantan Presiden Hosni Mubarak tiba-tiba memburuk setelah ia mendengar berita Muhammad Mursi menjadi presiden Mesir, sebuah sumber mengatakan kepada Al-Masry Al-Youm. Tak hanya Mubarak, anak-anaknya yaitu, Alaa dan Gamal, yang berada di penjara juga dilaporkan terkejut dengan berita itu. Begitu pula simbol rekan dari rezim sebelumnya dipenjara dengan putra Mubarak. Mubarak, yang dijatuhi hukuman [...]

Brigade Banat al-Walid resmi dibentuk, sayap Jihad Muslimah Suriah di Homs

Posted: 26 Jun 2012 09:53 PM PDT

HOMS (Arrahmah.com) – Allahu Akbar! Muslimah Suriah semakin bersemangat berjihad dengan mengangkat senjata untuk melawan pasukan dan milisi-milisi rezim Bashar Assad, salah satunya adalah Brigade Banat al-Walid yang baru dibentuk. Brigade Banat al-Walid dibentuk oleh sekelompok Muslimah Suriah di kota Homs. Dalam sebuah pernyataan yang dipublikasikan di Youtube pada (18/6/2012), seorang Mujahidah wakil Brigade tersebut mengatakan [...]

Analisa peta politik revolusi Suriah dan tangan-tangan tersembunyi yang bermain di belakang Layar

Posted: 26 Jun 2012 09:39 PM PDT

(Arrahmah.com) – Revolusi muslim sunni melawan rezim Nushairiyah Suriah terus berjalan walau pembantaian demi pembantaian keji dilakukan oleh militer rezim Asad yang didukung oleh Syiah Iran, Syiah Lebanon, Syiah Irak dan komunis Rusia. Negara-negara salibis Barat dan rezim-rezim Arab boneka Barat di kawasan Timur Tengah juga berkepentingan dengan konflik di Suriah. Mereka ingin memastikan tumbangnya [...]

Haji, pilihan raya dan Umno

Posted: 26 Jun 2012 09:17 PM PDT

Oleh : Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Saya merasa hairan sekiranya Umno yang memimpin kerajaan BN tidak mengizinkan pilihanraya diadakan di musim haji, kalau berlaku sebaliknya memang menghairankan. Umno pernah menggunakan kuasanya mengadakan pilihanraya umum di musim haji, kerana dasar dan konsep perjuangannya terus berpegang teguh dengan nasihat Suruhanjaya Reid yang meletakkan agama sebahagian [...]

Sejarah PAS Johor menjelang PRU 13

Posted: 26 Jun 2012 09:10 PM PDT

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil, 23 Jun 2012 Mutakhir ini, perkembangan politik di negeri Johor telah menjadi bualan di kalangan para pemerhati politik sama ada yang daripada pihak pemerintahan mahu pun kumpulan pembangkang. Kemampuan gabungan parti politik pembangkang memenangi satu kerusi Parlimen (Bakri) dan enam kerusi DUN (Sungai Abong, Maharani, Mengkibol, Skudai, Senai dan Bentayan) [...]

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 27 Jun 2012 09:27 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Seminar Semarak Ramadhan

Posted: 27 Jun 2012 12:41 AM PDT


Kenaikan tarif elektrik tanpa disedari

Posted: 26 Jun 2012 09:27 PM PDT

27 Jun 2012

Tidak lama dulu DS Najib mengumumkan kenaikan tarif elektrik baru. Seingat saya, beliau menyatakan bacaan bil bulanan di bawah 400 unit atau kurang dari RM90 tidak menerima kesan (tolong betulkan jika salah).

Oleh itu pengguna yang bil bulanan di bawah bacaan 400 unit atau kurang dari RM90 (jika tidak silap) tidak akan dikenakan kadar tarif elektrik baru. Mendengar pengumuman tersebut saya antara orang yang merasa lega kerana bil elektrik saya setiap bulan adalah kurang daripada RM90.

Perasaan lega itu hanya untuk sementara waktu sahaja atau beberapa bulan sahaja. Ada perancangan lain yang telah dilakukan bagi merealisasikan kadar tarif baru elektrik ini.

Beberapa bulan ini, pihak TNB (pembaca meter TNB) hanya melakukan bacaan meter dua bulan sekali sahaja ke rumah saya dan rumah-rumah jiran. Oleh itu bacaan meter elektrik yang dibuat dua bulan sekali, diselangi dengan bil anggaran yang dihantar melalui pos. Melalui cara ini, secara tidak langsung kadar tarif baru dapat dilaksanakan kepada pengguna, tanpa disedari.

Sebagai contoh bagi mereka yang menggunakan tarif elektrik sebanyak 350 unit sebulan, bayaran bil adalah sebanyak RM76.30. Melalui sistem bacaan meter DUA BULAN berserta BIL ANGGARAN (secara POS), penggunaan elektrik naik sekali ganda menjadi 700 unit (dua bulan).

Oleh itu, bayaran bil menjadi RM194.20, kiraan seperti berikut:

Penggunaan dua bulan 700 unit.
1. 400 unit X RM0.218 = RM87.20
2. 200 unit X RM0.334 = RM66.80
3. 100 unit X RM0.400 = RM40.00
JUMLAH = RM194.20

Bil bagi dua bulan menghampiri RM200. Berbanding jika bil dikenakan tiap-tiap bulan hanya antara RM70 ke RM80 sahaja. Jika dua bulan pun hanya RM140 ke RM160 sahaja jika pengguna membuat tunggakan bayaran.

Bagi bil anggaran yang dihantar melalui pos pula, jumlah yang dinyatakan hanya pada nilai RINGGIT MALAYSIA tetapi bukan pada jumlah UNIT elektrik yang digunakan. Maka bil dua bulan dalam jumlah ringgit ditolak dengan jumlah bil anggaran dalam nilai ringgit.

Kesimpulannya, TNB telah berjaya melaksanakan kadar tarif baru elektrik kepada pengguna yang pada asalnya bacaan tarif elektrik kurang dari 400 unit.

Sehubungan itu, saya meminta pembaca atau pengguna elektrik, renungkanlah....

Mohd Fazli Hasan,
Taman Meru Damai, Kapar Klang.

Air di Kuala Pilah bermasalah sudah lebih 2 tahun

Posted: 26 Jun 2012 09:26 PM PDT

Aduan Rakyat - 27 Jun 2012

Masalah keperluan asas utama iaiatu bekalan air bersih di Kuala Pilah, Negeri Sembilan sehingga kini sejak diswastakan dan dikendalikan oleh SAINS, tidak dapat didiselesaikan. Saya tidak duduk di sana tapi sering pulang ke sana dan mendengar keluhan rakyat terutama sewaktu mendengar ceramah pihak pembangkang.

Rakyat setempat berasa kecewa kerana bukan sahaja tiada tindakan di ambil malah mereka akan blacklist kepada orang yang membuat aduan. Sebagai sebuah pekan besar yang menempatkan Bandar Diraja Seri Menanti, perkara ini sepatutnya tidak wujud dan kita sudahpun hidup di alaf baru bukan di zaman 70an lg.

SAINS ingin membekalkan air ke Selangor tapi kawasan utama di Negeri Sembilan seperti di sini mempunyai masalah bekalan air. ini menjejaskan kualiti kehidupan, dan kesihatan penduduk setempat. bayangkan, pengusaha restoran tdk dpt mencuci pinggan setiap masa etc.

Bukan ini sahaja penduduk Negeri Sembilan sering mengalami gangguan tenaga elektrik terutama di kawasan Terachi, bermula dari Seremban ke atas, apakah puncanya?

Dengan harapan melalui pendedahan ini, Exco2, dan Ahli Parlimen dpt buka mata bukan tah berpegang pd status semata2.

By: karteena

PUSAT DAKWAH SERANTAU

Posted: 26 Jun 2012 09:03 PM PDT

Objektif - Melahirkan para pendakwah dari kampung asal terutamanya kawasan pedalaman untuk berkhidmat di tempat asal mereka sendiri dengan pengetahuan asas agama serta dibantu atau dibimbing oleh pendakwah luar yang pakar dalam pengetahuan agama. 

Usaha menggerakkan kerja dakwah di pedalaman memerlukan gerak kerja strategik dan proaktif, serta tenaga pendakwah yang komited.

Bagi merealisasikan hasrat yang murni ini, Yayasan Amal Malaysia telah menubuhkan Pusat Dakwah Serantau (PDS).

PDS sudah mula dibuka sejak Julai 2010 dengan seramai 30 orang pelajar dari pedalaman Sabah dan Sarawak terpilih untuk menjalani latihan selama setahun di kampus sementara Pusat Dakwah Serantau di Kompleks Darul Irsyad, Sungai Merab Luar, Kajang.

Selepas tamat pengajian selama setahun, para pendakwah keluaran PDS ini akan dihantar ke lokasi asal mereka bagi melaksanakan kerja dakwah di sana.

Pusat Dakwah Serantau diurus tadbir sepenuhnya oleh Yayasan Amal Malaysia, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar di bawah Pendaftar Pertubuhan Malaysia.

CADANGAN KOMPLEKS PDS

Cadangan penubuhan Kompleks Pusat Dakwah Serantau yang lengkap dengan segala kemudahan akan dibangunkan di Dengkil, Sepang, Selangor yang memerlukan dana sebanyak 10 juta ringgit.

DANA PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN PDS

Semua perbelanjaan pengurusan dan pembangunan PDS dibiayai sepenuhnya oleh Yayasan Amal Malaysia melalui derma dan sumbangan orang ramai. Jumlah perbelanjaan bagi setiap pelajar sebulan ialah RM 500.00 (meliputi wang saku, makan minum, tempat tinggal, rawatan, buku, alat tulis dan lain-lain).

Jika anda berhasrat untuk berkongsi sama dalam usaha untuk melahirkan para pendakwah ini, anda boleh menyampaikan sumbangan dalam apa jua bentuk atau menaja seperti berikut:

- Makan minum (katering atau barang mentah, seperti beras dan lain-lain)
- Wang saku (RM 60.00 sebulan bagi setiap pelajar)
- Buku dan alat tulis

Sumbangan anda boleh disalurkan terus ke pusat ini atau melalui:
Akaun Pengurusan (CIMB ISLAMIC) 14680000191108
Akaun Pembangunan Kompleks PDS (Bank Muamalat Malaysia Berhad)
13010002499715

Alamat :

Pusat Dakwah Serantau (PDS)
Kompleks Darul Irsyad
Lot 4459 Jalan Haji Muhammad Amin
Sungai Merab Luar
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan

No. Telefon:
03-8925 4806 (Pejabat)
014-5963748 (Ustaz Izzuddin, Timbalan Mudir - Pentadbiran)

Maklumat lanjut di www.pusatdakwahserantau.net

JOM UBAH

Posted: 26 Jun 2012 06:33 PM PDT


Lagi kes cubaan culik anak gadis di Malaysia

Posted: 26 Jun 2012 06:30 PM PDT

VAN PUTIH MUNCUL LAGI ; 27 Jun 2012 - Satu lagi kejadian cubaan culik dilaporkan, menjadikannya kes ketujuh sepanjang tahun ini dan kali ini berlaku di kawasan perumahan polis di Setiawangsa, di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.50 tengah hari, Khamis lalu, mangsa adalah remaja perempuan berusia 16 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Ida.

Daripada tujuh kejadian sebelum ini, dua mangsa berjaya dilarikan penculik, termasuk kanak-kanak lelaki warga Belanda, Nayati Shamelin Moodliar dan dalam kebanyakan kes, kumpulan penjenayah menggunakan van berwarna putih.

Dalam kejadian membabitkan Ida, Khamis lalu, remaja itu terselamat apabila berjaya meloloskan diri selepas menjerit sekuat hati ketika seorang lelaki cuba menekup mulutnya sebelum cuba membawanya masuk ke dalam van putih.

Ida berkata, kejadian berlaku ketika dia dalam perjalanan pulang dari sekolah dengan berjalan kira-kira dua kilometer bersama rakannya sebelum berpisah.

Sekumpulan Pemuda Kecewa Pos Malaysia Gagal Sediakan Kemudahan Daftar Undi

Posted: 26 Jun 2012 06:29 PM PDT

Jun 26, 2012 - Seramai 15 orang anak muda mendakwa hak mereka untuk mendaftar sebagai pengundi baru telah dinafikan oleh Pos Malaysia Berhad.

Wakil kumpulan berkenaan, Tengku Arief Tengku Hamid berkata, dia bersama-sama 14 rakannya telah pergi ke pejabat pos cawangan Pandan Indah namun ketika mereka meminta borang untuk mendaftar sebagai pengundi, pegawai yang bertugas memaklumkan cawangan tersebut telah kehabisan borang.

"Saya dan rakan-rakan saya telah pergi ke pejabat pos cawangan Pandan Indah pada pukul 2.30 petang pada hari Jumaat, 8 Jun yang lalu untuk mendaftar sebagai pengundi. Apabila kami tiba di sana borang yang diperlukan tiada.

"Seorang pegawai wanita yang bertugas di kaunter 2 pejabat pos berkenaan memaklumkan bahawa borang telah habis. Kami bertanya kembali di manakah cawangan paling hampir untuk kami mendaftar namun agak memeranjatkan apabila pegawai tersebut berkata kemungkinan pejabat pos yang lain juga tiada borang.

"Dia menyarankan kepada kami supaya pergi ke pejabat Umno bahagian yang berhampiran untuk mendaftar sebagai ahli..itu lebih mudah," katanya kepada pemberita pada sidang media di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Selasa.

Baru-baru ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkam bahawa rakyat Malaysia yang layak mengundi tetapi belum mendafar sebagai pemilih, masih berpeluang mengundi sekiranya mereka mendaftar sebelum 30 Jun ini sekiranya pilihan raya umum (PRU) ke-13 diadakan selepas Ogos.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dipetik sebagai berkata, bulan Jun adalah detik paling sesuai untuk mereka mendaftar sebelum senarai pemilih diwartakan pada Ogos depan.

Sementara itu, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berkata, pengumuman SPR itu telah menyebabkan ramai golongan muda yang belum mendaftar berpusu-pusu dan menyerbu pejabat pos untuk mendaftar sebagai pemilih pada saat-saat akhir.

"Sebelum ini saya telah menggesa SPR menyediakan borang daftar pemilih secukupnya di semua pejabat pos dan agen-agen yang dilantik. Ini kerana tidak mahu perkara yang sama terjadi sebelum ini di mana borang-borang ini turut habis dan akhirnya menyebabkan anak-anak muda ini kecewa," katanya.

Beliau mendakwa apa yang berlaku menunjukkan SPR tidak serius dalam usaha menambah jumlah pengundi baru ini.

Mengulas lanjut, Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang berkata, beliau menyarankan kepada Arief dan rakan-rakannya membuat aduan rasmi kepada SPR dan pihak polis dalam tempoh terdekat.

"Saya minta Tengku Arief pergi ke pejabat pos berkenaan untuk mengenal pasti siapa pegawai wanita berkenaan untuk kita buat laporan polis. Hal ini bagi mengelakkan tidak ada salah guna kuasa yang digunakan orang pihak tertentu dalam jabatan kerajaan," katanya.

Ketua Biro Undang-Undang PKR, Latheefa Koya pula menggesa SPR dan Pos Malaysia memberi penjelasan berhubung perkara tersebut kerana telah menafikan hak rakyat Malaysia mendaftar sebagai pemilih.

Dalam perkembangan lain, Arief bersama-sama 14 rakannya yang lain turut menyerahkan borang untuk menyertai PKR.

Borang tersebut diserahkan kepada Zuraida yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR.

19 kematian, 21 cacat kekal sejak PLKN dilaksana

Posted: 26 Jun 2012 06:28 PM PDT

26 Jun 2012 - KUALA LUMPUR: Sejak diperkenalkan pada tahun 2004, sejumlah 19 kematian direkodkan dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Selain itu, 21 kes lagi melibatkan kecederaan kekal ke atas pelatih dalam tempoh sama.

Kematian pelatih adalah disebabkan pelbagai punca termasuk masalah kesihatan yang dihidapi pelatih.

Perkara itu dimaklumkan kerajaan dalam jawapan bertulis hari ini terhadap soalan Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin di Dewan Rakyat.

Nizar dalam soalannya bertarikh 12 Jun lalu meminta Menteri Pertahanan menyatakan jumlah pelatih yang meninggal dunia dan mengalami kecacatan kekal semasa tempoh latihan.

Beliau yang juga AJK PAS Pusat itu juga mahu penjelasan menteri berhubung berapakah jumlah pampasan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan.

Menjawab jumlah pampasan, kerajaan memaklumkan sejumlah RM8.3 juta telah dibelanjakan melalui perlindungan insurans kepada pelatih meliputi kemalangan, kecederaan, kesakitan dan kematian.

Jasindaily Online

Posted: 27 Jun 2012 09:07 AM PDT

Jasindaily Online


Menanti natijah Tahrir Square di Dataran Merdeka

Posted: 27 Jun 2012 02:38 AM PDT


Pengesahan secara rasmi Dr Mohamed Morsi, 61, sebagai presiden baru Mesir beberapa hari lepas disambut dengan linangan air mata kesyukuran dan laungan Allahuakbar oleh umat Islam bukan saja 26 jaziah Mesir tetapi di seluruh dunia. Mereka yang berjiwa Islam akan emosi dengan kemenangan itu. 

 Pengumuman itu yang hakikatnya kemenangan Ikhwan Muslim dianggap sebagai satu kejayaan besar umat di seluruh dunia yang mencintai tertegaknya hukum Allah dan syariah Muhammad di atas muka bumi ini. Ini kerana Ihwan Muslim dianggap sebagai siasah politik Islam yang bukan saja diterima pakai di Mesir tetapi di seluruh dunia. Jauh dari itu diharap perubahan atau kejayaan Islam di Mesir akan menjadi penyuntik semangat gerakan Islam di tempat lain termasuk Malaysia juga. Apa lagi di Nusantara ini, Malaysia dan Indonesia, semangat jihad Ikhwan Muslimim sudah lama terhimbau ke mari, dibawa oleh pemuka-pemuka Islam Melayu yang menuntut di Timur Tengah tahun-tahun 30-an hingga 50-an. 


Keberanian orang Melayu melawan kolonialisme sedikit sebanyak dipandu oleh semangat Ikhwan Muslimim. Justeru kemenangan di Mesir itu juga dirai atau dirasakan kemenangan bersama harakah Islamiyah di Malaysia terutamanya mereka yang intim dan akrab dengan Ikhwan Muslimim. Dari sisi lain kemenangan Ikhwan Muslimim dan pemilihan Dr Mohamed Morsi itu menjadi ubat kedukaan dan kekecewaan umat Islam di sebelah sini yang masih belum menggenggam kemenangan sebenar? Umno walaupun ianya ditonggaki Melayu namun kerana perjuangannya tidak berasaskan kepada Quran dan Hadith secara holistik, tepatnya sekular, sekular maknanya jahiliah, tidak dianggap sebagai gerakan dan siasah Islam. Walaupun ada cendekiawan dan ulamak cuba mempertahankan Umno sebagai perjuangan Islam dan UBN kerajaan Islam namun penemuan dan bukti-bukti kemungkaran, rasuah, penyelewengan, politik fitnah dan sebagainya yang dipraktik oleh UBN menafikan Malaysia sebagai sebuah kerajaan Islam. 

 Sejajar itu maka harapan yang membunga akan berlaku perubahan di Malaysia sudah berputih dengan kejayaan induk mereka itu. Timbul harapan tinggi menggunung di dalam dada para mujahidin di sini yang gerakan Islam di Malaysia terutamanya badan siasah seperti PAS, NGO seperti Abim, Jim, dan lain-lain mengimpikan kemenangan itu dan ia akan juga akan tergapai. Teori domino akan berlaku, yang dimulakan di Mesir itu. Atau kejayaan muqadimmahnya lebih awal dari itu ia bermula di Tunisia apabila diktator Zainal Abidin Ali dijatuhkan, ia merebak ke Mesir menumbangkan Hosni Mubarak kemudian ke Libya meranapkan kerajaan 'kuffar' moden Muammar Ghadafi. Kejayaan awal Ikhwan Muslimim ialah apabila berjaya menumbangkan Hosni Mubarak menerusi tunjuk perasaan besar-besar selama 18 hari di Tahrir Square. Kejatuhan Hosni memberi signifikan besar kerana Ikhwan Muslimim itu sendiri ditubuhkan di Mesir, 1928 M. 

Himpunan di Tahrir Square itulah terilhamnya Bersih 3 di Kuala Lumpur? Ia menggerakkan semangat anak-anak muda untuk berhimpun dan membuat penentangan secara agresif dan terbuka. Pemerhati dan pemimpin politik kita juga percaya penyakit di Mesir itu akan berlaku di sini. Bukan saja pemimpin pembangkang melaungkan serunai itu semerdunya, tetapi pemimpin UImno juga naik menggeletar menyaksikan ledakan himpunan itu. Apa tidaknya Perdana Menteri Najib Razak sendiri bermimpi ada darah merah di Dataran Merdeka bakal menyumbatkan hidungnya lantas itu tunjuk perasaan yang dijanjikan secara aman, duduk dan bantah dilarang keras. 

 Kejayaan calon Ikhwan Muslimim dipilih sebagai Presiden Mesir itu menyemarakkan lagi semangat umat Islam dan Islam di Malaysia untuk menumbangkan kerajaan UBN yang dilihat tidak Islamik. Ini menyebabkan orang-orang di sini merasakan semangat Medan Tahrir dan aura perjuangan Ikhwan Muslimim itu sedang mara ke Malaysia. Gema perjuangan menuntut hak dan keadilan di Kaherah sedang terbang ke Kuala Lumpur. Semua pihak peka dan bangkit melambai kedatanagnnya. Persoalan kini apakah keadaan di Mesir itu akan berlaku di sini? Jika dilihat secara fizikal dan geografi politik memang ada kemungkinan itu. 

Secara alaminya sesuatu kebangkitan itu akan berjangkit ke sebuah negara ke sebuah negara lain. Negara lain dijadikan cermin oleh rakyat negara lain untuk ditiru segala-galakannya baik politik, budaya, fesyen dan sosial. Kebangkitan rakyat, kesedaran rakyat persis penyakit atau wabak yang cepat menular, seperti Aids, ataupun wabak selesema burung atau H1N1 dan sebagai. Kelupaan atau kegagalan menyangkal menyebabkan penyakit akan mudah berjangkit dan akan berlaku kematian. Justeru mereka atau individu kurang daya tahan, kurang antibodi akan cepat disinggahi penyakit. Soalnya apakah kita rakyat Malaysia mengalami kekurangan daya tahan dan mengalami sindrom untuk sedia menerima; kemarahan dan kemaraan rakyat seperti di Medan Tahrir? 

 Saya ada pandangan dan simpulan-simpulan sendiri di dalam soal ini. Secara adilnya saya bersetuju kalau berlaku kebangkitan yang kemudian merubah dan menggantikan apa yang ada. Lagipun sudah lebih setengah abad kerajaan yang bertakhta hari ini bermain dengan kuasa kotornya. Dalam kata lain kalau kerajaan ini adalah sultan atau raja ia sudah zalim yang tidak lagi wajar disembah tetapi patut disanggah. Kita tengok apa yang berlaku di Mesir dahulu kemudian kita bandingkan kemungkinan-kemungkinan yang akan terjolor mari. Hanya persamaan suasana, persamaan keadaan, persamaan perasaan, persamaan tuntutan, persamaan kerjasama, persamaan keyakinan (tauhid) saja yang boleh memungkinkan itu. Tanpa persamaan-persamaan atau ruang-ruang itu ia tidak akan mudah terjadi, atau pun kalau ia marak, kemarakannya mudah ditangani. Perkara pokok yang wajar direnungi apakah tapak perjuangan bangsa atau rakyat negara ini sama dengan tapak perjuangan Ikhwan Muslimim di Mesir itu. Apakah kebenaran ada dalam perjuangan rakyat negara ini sama dengan kebenaran dalam badang perjuangan Ikhwan Muslimim? Kita perhatikan ini secara ringkas pada perkara-perkara pokok. Perjuangan di Mesir ialah menuntut agar syariat Islam dilaksanakan di atas muka bumi ini. Intipati perjuangan itu diterima oleh umum. Lantas itu Ikhwan Muslimim diwujudkan untuk menyediakan tentera atau pejuang-pejuang, para mujahid yang berani menuntut hak dan kewajiban itu. Dalam erti kata lain Mesir sudah ditabur dengan pejuang menegakkan Islam sejak lebih 80 tahun.

 Gerakan Ikhwan Muslimim yang diasaskan oleh Hassan Al Bana lah bertanggung jawab menyemaikan benih ini. Apakah keadaan sama wujud di negara kita? Kalau pun ada benih-benih yang menyamai di Mesir itu ianya dilakukan oleh Parti Islam Se Malaysia (PAS). Dalam masa sama pula PAS menghadapi tentangan hebat dari Umno untuk membangkutkan benih yang PAS selam dalam baja itu selama ini. Usia benih yang disemai PAS baru berusia 60 tahun. Mungkin ia sudah pramatang tetapi PAS atau benih Islam menghadapi beberapa hambatan-hambatan lain yang tidak dialami oleh Ikhwan Muslimim. Dari kira-kira 27 juta rakyat negara ini tidak sampai 5 juta yang tersemai dengan benih Islam itu. Ia berbeza dengan di Mesir dari 74 juta penduduknya 90% adalah beragama Islam dalam erti kata lain mempunyai agenda dan kepercayaan yang sama. Ertinya dari jumlah kualiti dan kuantiti benih Islam di Mesir yang ditanam Ikhwan Muslimim jauh lebih besar dari apa yang wujud di Malaysia. Selain itu juga konsep, semangat dan roh Ikhwan Muslimim itu terhimbau dan dikenali di seluruh dunia, sebaliknya PAS masih bergelewatan di bumi sendiri. Perkara lain yang perlu difikirkan ialah mengenai keadaan sosial, jenis-jenis (kaum) rakyat negara kita dengan Mesir. 

Di Mesir negera itu tidak ada masalah kerana majoritinya bangsa Arab beragama Islam yang mempunyai akidah dan mazhab yang sama. Jadi kedudukan ini mudah untuk diuruskan kerana ia tidak ada pertikaian kepentingan dan konflik sesama sendiri. Di Malaysia umat Islam hanya 15 atau 17 juta sahaja. Itu pun ia terbahagi kepada dua bahagian besar yang dipisahkan oleh fahaman dan mazhab politik PAS dan Umno. Walaupun kedua-duanya Islam tetapi mereka diasingkan atau terasing dengan ideologi politik di mana ideologi politik dilihat berada di atas dari kepercayaan agama. Ini tidak termasuk lagi perpecahan-perpecahan kecil yang membentuk dari sukuan fahaman Islam yang tidak sekata dengan kedua kelompok besar itu, Umno dan PAS. Suasana atau perbezaan yang tidak seharus berlaku ini menjadi masalah dan sekaligus menjadi penghalang. Realiti ini boleh dilihat bila mana PAS ingin melaksanakan Islam syumul, Umno hanya menerima Islam sebahagian saja atau dari aspek atau juzuk-juzuk yang meyelesakan kehidupan atau menggemukkan amarah mereka. Dalam soal menamakan Islam pun wujud perbezaan di antara PAS dengan Umno. 

Umno kata Islam Hadhari (kini tukar kepada Islam Wasatiyah) Pas kata Hadarah Islamiyah. Dari sudut bahasa dan istilah pun masih belum berlaga. Perbezaan dan ketidaksekata inilah yang menjadi penghalang dan dosa-dosa terhijab yang menyulitkan kepada pembentukan Islam syumul di Malaysia. Hanya berdasarkan kepada dua faktor ini saja meletakkan sukar untuk Malaysia mewujudkan Tahrir Squarenya sendiri. Selain itu sedar atau tidak, bahawa mereka tidak beragama Islam terus berjuang menghalang tertegaknya Islam di negara ini. Golongan ini menyelit menjadi kawan baik dengan Islam menerusi parti-parti politik atau persepakatan politik yang tidak memberi untung dari konteks agama. Selain dari perbezaan itu masih ada perbezaan lain yang tidak mudah untuk berlakunya kebangkitan seperti di Medan Tahrir itu. Seperti diketahui sistem ekonomi dan politik di Mesir sudah lama menekan rakyat bawahan. Penekanan itu sudah sampai peringkat zalim yang perlu diperangi hatta sampai nyawa tergadai. Kadar kemiskinan dan kemeranaan hidup rakyat begitu teruk sekali. Manifestasi kezaliman Firaun yang memerintah Mesir kuno telah terbawa ke zaman Mesir moden. 

 Kerajaan moden Mesir tidak ada program untuk memajukan rakyat seperti mana berlaku di Malaysia. Pembangunan tanah, DEB, pendidikan dan sebagainya tidak diwujudkan di Mesir. Berlainan di Malaysia, kerajaan melakukan apa saja terfikir untuk memajukan rakyat. Dalam kata lain kepedulian kepada rakyat dan nasib rakyat ada di sini tetapi tidak di Mesir. Justeru tahap kemarahan rakyat negara ini kepada kerajaan kerana kemeranaan dan kemelaratan hidup tidak sampai seperti di Mesir. Rakyat di Malaysia masih boleh berbangga bahkan pencapaian kemajuan infrastruktur dan sistem pentabdiran jauh lebih baik dari Mesir. Realiti ini sekali lagi akan tidak menjadi faktor penyebab untuk rakyat bangkit seperti di Medan Tahrir itu atas asas-asas dan faktor yang berlaku di Mesir. 

Tegasnya berdasarkan kenyataan dan suasana itulah maka saya berpandangan pembangkitan seperti di Medan Tahrir itu tidak mungkin akan berlaku di Malaysia ini. Kita hanya boleh mengangan-angankan tetapi tidak boleh mengharap ia akan berlaku. Kalau pejuang Islam termasuk PAS di Malaysia menunggu akan berlakunya kebangkitan seperti di Medan Tahrir itu, ia satu penungguan yang sia-sia sahaja persis mengharapkan air dari fotomargana. Melainkan sudah ada penyatuan zahir dan batin dari kalangan umat Melayu dan Islam dari semua cabang ideologi politik, dari semua aliran dan mazhab barulah kita akan menerima natijah seperti dari gelora di Medan Tahrir itu. -

Bekas Pengarah Jabatan Perpaduan Negeri Sabah dan Labuan Sertai PAS

Posted: 27 Jun 2012 02:34 AM PDT

PAS Sabah mencatatkan sejarah tersendiri apabila bekas Pengarah Jabatan Perpaduan Negeri Sabah dan Labuan, Ahmad Kambar (baju hijau) menyertai parti itu. Sebagai simbolik, beliau menerima bendera PAS sebagai simbolik panji-panji bagi membebaskan negeri ini daripada cengkaman Umno Barisan Nasional. Beliau menerima bendera berkenaan daripada Ketua Pemuda PAS Sabah merangkap Yang Dipertua PAS Kawasan Beaufort, Lahirul Latigu di kediamannya, dekat Lumadan, di sini sambil disaksikan Ketua Pemuda PAS Kawasan Azlan dan ahli jawatankuasanya. 


 Ahmad berkata, beliau menyertai PAS atas pilihan sendiri dan yakin bahawa PAS bukan hanya sebuah parti politik semata malah bertindak sebagai badan dakwah dan tarbiyah yang memberi penekanan berdasarkan agama Allah. "Kehidupan kita ini merupakan kehidupan yang bermakna dan kita perlu membawa ummah ini kearah Islam. "Kita juga perlu untuk menjaga nasib rakyat dan mendidik rakyat untuk takut kepada Allah semata-mata," kata beliau ketika ditemui selepas itu. Beliau yang juga pernah menjawat Pengarah Dakwah Bersepadu Negeri Sabah dan Penolong Pengarah Perancangan dan Penyelidikan di Ibu Pejabat Jabatan Perpaduan Negara serta berperanan penting dalam Jawatankuasa PsyWar semasa usaha Kerajaan Persekutuan menjatuhkan Kerajaan Sabah di bawah Parti Bersatu Sabah (PBS) pada awal 90an. "Saya melihat banyak kelompongan dalam Umno dan BN. 

Mereka bercakap soal pembangunan tetapi apa yang berlaku di Sabah jauh dari apa yang mereka perkatakan. "Masalah asas seperti elektrik, jalanraya pun masih banyak belum selesai seperti di kawasan pedalaman di Parlimen Sipitang ini. Kampung Weston contohnya walaupun mempunyai jumlah pengundi yang besar majoriti muslim tetapi tidak mendapat bekalan air bersih yang sewajarnya. Ini cukup memalukan," ujarnya dalam nada kecewa. Beliau turut bertekad untuk memastikan PAS lebih dikenali ramai terutama di kawasan sekitar Sipitang dan seluruh Sabah. "Sebab itu saya tekad. Rakyat pun sudah mula membuka mata dan sudah dapat menerima PAS terutamanya di Lumadan, salah satu Dun di bawah Parlimen ini," jelasnya. Beliau yang juga merupakan bapa saudara kepada Lahirul turut yakin dengan berdasarkan perkembangan terkini akan lebih ramai lagi bekas pegawai-pegawai tinggi kerajaan Sabah yang akan menyertai perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat.

Keadilan Rimba?

Posted: 26 Jun 2012 09:15 AM PDT


Credit : Aboo Muaz

Tak Perlu Takut Tinggalkan UMNO - Tamrin Tun Ghafar

Posted: 26 Jun 2012 09:12 AM PDT

Veteran Umno yang juga anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tamrin Tun Ghafar berkata ahli-ahli Umno tidak perlu takut untuk meninggalkan parti itu kerana pimpinan parti itu telah lari dari matlamat asal perjuangan mereka. Berucap di program Himpunan Hijau Ke Putrajaya Peringkat Negeri Perlis 22 Jun lalu, beliau berkata Umno ditubuhkan untuk berjuang demi rakyat tetapi selepas lebih 54 tahun Umno dan BN memerintah negara ini, rakyat telah diperkotak-katikkan, ditipu dan diperbodohkan.


 "Ahli Umno tak perlulah takut dan tak berdosapun kalau tinggal Umno tu. Kita jangan fikir dunia saja, akhirat pun kena fikir sama," kata Tamri yang masih menjadi ahli Umno tetapi tidak bersama-sama dengan pimpinan Umno sekarang itu. Sebelum ini, beliau berucap di Himpunan Hijau di Pulau Pinang. "Kalau ada orang Umno dalam majlis ini, fikir baik-baiklah sebab kita berjuang untuk rakyat. Kalau pemimpin kita menipu rakyat adakah kita nak terus sokong? Jawablah esok di padang mahsyar. "Kita ni dah berumur dah, bila-bila masa saja (boleh dipanggil Allah). Bertaubatlah, cukuplah. Tak payahlah kita ni fanatik sangat dalam nak sokong pemimpin, kalau pemimpin betul kita sokong,"katanya. Program Himpunan Hijau tersebut diadakan di Markas PAS Paya dekat sini dan dihadiri lebih 5000 orang.

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 27 Jun 2012 09:06 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


PANDA dan JANDA memang PM PANDE

Posted: 26 Jun 2012 10:00 AM PDT

DUA  ekor panda belanja RM20 juta, untuk janda bagi RM500 duit BR1M.

Lima hektar tanah Putrajaya dan sepuluh hektar di Wetland untuk pembiakan keluarga PANDA.

Lagi  RM500,000 untuk kos menanam pokok buluh.

Kononnya untuk memberi pendidikan kepada 
rakyat Malaysia ilmu daripada kerajaan Komunis China. Mungkin RM20 juta  kos tersembunyi untuk tempahan bendera BN, baju T, payung dan lain-lain peralatan untuk PRU13.

Memang PM kita pande (loghat Kelantan / Pahang untuk perkataan  pandai).

Sumber Rujukan di bawah.

Kerajaan tak tahu keutamaan panda dan janda


KUALA LUMPUR: Kerajaan ternyata tidak tahu keutamaan antara panda dan janda, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Kerajaan tidak tahu keutamaan untuk orang muda, sama seperti kerajaan tidak tahu keutamaan antara panda dan janda," kata beliau dalam perbahasan di Dewan Rakyat.

Panda yang disebut oleh Mahfuz itu merujuk kepada dua ekor beruang panda yang disewa oleh Malaysia daripada negara China.

Ketika diminta mengulas lanjut kenyataan itu selepas perbahasan tersebut, Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, kerajaan ternyata lebih suka mengutamakan perkara-perkara yang membazirkan wang negara.

"(Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) mendakwa, tindakan menyewa panda itu untuk meningkatkan kesedaran kepada kerja-kerja perlindungan.

"Itu untuk panda. Bagaimana pula kesedaran kepada kerja-kerja perlindungan entah berapa ratus ribu janda di negara ini?" katanya.

Apa yang berlaku itu, kata Mahfuz, jelas membuktikan kerajaan langsung tidak tahu keutamaan.

"Kerajaan Najib tak tahu keutamaan dan nampak benar tak tahu keutamaan antara panda dan janda.

"Akhbar The Star melaporkan kerajaan berbelanja sehingga RM20 juta untuk memelihara dan menjaga dua ekor panda itu.

"Berapa kerajaan berbelanja untuk setiap janda yang tidak berkemampuan di negara ini? Untuk dua ekor panda belanja RM20 juta, untuk janda bagi RM500 duit BR1M sahajakah?" katanya.

Mahfuz juga menyifatkan perjanjian penyewaan panda itu ternyata merugikan Malaysia.

"Kalau mati kerajaan Malaysia kena bayar ganti rugi. Kalau panda itu beranak dalam penjagaan Malaysia, anak itu jadi milik syarikat China berkenaan.

"Orang kampung yang pawah kambing atau lembu lebih pandai buat perjanjian dari kerajaan Malaysia," kata Mahfuz.

Mahfuz juga menyifatkan Najib sengaja mereka-reka dakwaan untuk mewajarkan tindakan kerajaan terhadap tindakannya berbelanja begitu besar untuk dua ekor panda itu.

"Najib kata tindakan kerajaannya menyewa panda itu akan menjadi pengalaman pendidikan untuk rakyat Malaysia.

"Adakah orang Alor Setar akan naik bas beratus-ratus kilometer untuk melancong di Kuala Lumpur kerana hendak tengok dua ekor panda itu kononnya untuk menimba pengalaman pendidikan?" beliau terus mempersoalkan.

Sebelum itu, seruan Najib dalam laman Facebook berbahasa Cinanya supaya orang ramai menamkan dua ekor panda itu dibalas oleh rakyat dengan pelbagai persendaan.

Sebahagiannya mengambil peluang memperolokkan Najib dan isterinya Rosmah Manosr dengan menamakan panda itu sebagai "cincin dan beg beg", "Altantuya dan Scorpene" dan "Rara dan Suahsuah".

Seorang pengunjung laman tersebut yang bernama Aun Huang Long menulis: "Lembu pun tak boleh jaga. Najib, u nak panda? Kesian panda tu".



============================================================


A TOTAL of 15ha has been identified to be turned into bamboo plantations for the supply of panda food.

Forest Research Institute of Malaysia (FRIM) director-general Datuk Dr Abd Latif Mohmod said 5ha in Putrajaya and 10ha in Paya Indah Wetlands will be cultivated with four types of bamboo suitable for the consumption of pandas.

"The four types of bamboos are Dendrocalamus asper (buluh betung), Bambusa ventricosa (buluh botol), Thyrsostachys siamensis (buluh siam) and Bambusa glaucesnes (buluh pagar)," he told The Malay Mail.

"These bamboo species are commonly found here. We wanted to create the plantations as it would be most feasible in the long run."

He said the two locations were selected on the basis of rotation, so that one area would be able to provide supplies if the other fell short.

Abd Latiff said all four types of bamboo are easily found in the country and officers from China will test the bamboo supplies before it is consumed by the pandas.

It would take six months to a year to set up the plantations, he said.

The endeavour will cost RM500,000, including maintenance, over two years.

He also said there were no foreseeable problems in relation to the cultivation of bamboo.

"For example, buluh siam and buluh pagar are most commonly found because they are commercially cultivated. People also plant them for ornamental use," he said.

"Pandas only consume the small leaves and branches of bamboo as well as fruits such as apples and carrots."

Abd Latiff said the pandas' surrounding areas will also be enhanced with bamboo plants to simulate its natural habitat.

It was recently announced that the Chinese government will loan two pandas to the Malaysian government, in commemoration of diplomatic relations between both nations which reaches its 40th anniversary in 2014.

The loan will cost the Malaysian government RM20 million.

The pandas will be kept at the Putrajaya Wetlands Park, in the land activities area.

Animal conservation groups have criticised the move, saying the allocation should be used for the conservation of other endangered species in the country.

Sumber: Harakahdaily
==================

PUTRAJAYA: China will loan two pandas to Malaysia as part of a collaboration between the China Wildlife Conservation Association and the Malaysian government, said the Natural Resources and Environment Ministry in a statement.
The pandas, to be on loan for 10 years, mark the 40th anniversary of diplomatic relationship between both countries in 2014.
Bilateral relations between Malaysia and China started during the tenure of late Tun Razak.
The ministry said the close relationship has enabled Malaysia to attract more foreign investment from China to boost the country's economy further.
The cooperation would enable Malaysia to conduct conservation research on the giant panda, it said.
The ministry added that the presence of the pandas would promote public awareness on panda conservation undertaken by China. This will encourage the public to appreciate and learn the importance of biodiversity and wildlife conservation in Malaysia.
A nationwide contest to name the pandas would be held to spur interest among the Malaysians to learn more about this unique animal.
The pair will be placed in a special exhibit in Taman Wetland, Putrajaya.

Ref: Staronline

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 27 Jun 2012 09:04 AM PDT

Pemuda Bersamamu v3


Sebarkan CintaMu : Fatimah Syarha_2

Posted: 27 Jun 2012 02:06 AM PDT

Forum Sebarkan CintaMu Penampilan istimewa : Ustazah Fatimah Syarha & Ustaz Riduan Mohd Noor

16 Jun 2012 d Bangunan PAS Dun Sura

 video clip selingan : Keinsafan - Krabat (kredit to HairiAhmad) & 'Jika Aku Jatuh Hati'....satu doa tentang cinta (Kredit to MrInsan14)
Anjuran : Ameerah Dun Sura

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 27 Jun 2012 07:49 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


RIADHAH : PERTEMBUNGAN ANTARA JIRAN !

Posted: 26 Jun 2012 07:37 PM PDT

ISU NASIONAL : BETUL KE KATA ZAHID KALI INI?

Posted: 26 Jun 2012 07:10 PM PDT

PAS Kulaijaya

Posted: 27 Jun 2012 07:16 AM PDT

PAS Kulaijaya


JOM MAKAN DURIAN

Posted: 26 Jun 2012 08:14 PM PDT

PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) TEMERLOH

Posted: 27 Jun 2012 03:31 AM PDT

PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) TEMERLOH


HIMPUNAN BANTAH LYNAS

Posted: 26 Jun 2012 03:34 PM PDT


KUANTAN – Kira –kira 1,000 penyokong anti –Lynas yang menyertai Perhimpunan Menginap 24 jam di Balok/Gebeng bersetuju tidak memasuki kawasan perindustrian  komersial Gebeng selepas perbincangan ringkas bersama polis,semalam.
Sejak awal pagi,sebahagian mereka memasuki Gebeng dan berhenti di depan jalan masuk ke kilang Lynas bersama kenderaan persendirian dan bas.walaupun ada sekatan jalan raya.
Bagaimanapun, mereka beredar 15 minit kemudian atas arahan polis dan berkumpul di jalan besar berhadapan Institiut Latihan Perindustrian Gebeng,lebih 4 km dari kilang Lynas.
Setengah jam kemudian,beberapa lagi kenderaan tiba dengan membawa bendera dari Selangor,Pulau Pinang,Perak dan Kelantan sebelum berkumpul serta mendengar ucapan beberapa pemimpin pembangkang.
Ketua penerangan PAS Pusat,Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata ,"perhimpunan itu bertujuan menolak  kilang Lynas yang masih mendapat kepercayaan kerajaan.
Menurutnya,isu Lynas kini bukan berkaitan kaum atau politik,tetapi membabitkan keselamatan dan masa depan rakyat.
Katanya walaupun tokoh tertentu memberi jaminan radiasi berada pada paras rendah,mereka tetap mempertikaikan ukuran yang diambil sebelum operasi kilang.
"Isunya sekarang ialah bimbang mengenai sisa kilang itu.Kita menghormati undang – undang ,tetapi mahu isu ini diberhentikan segera "katanya.
Hadir sama,Timbalan Presiden PAS,Mohamad Sabu,ADUN Triang,Leong Ngah Ngah , aktivis politik , Hishamuddin Raid ,Pengerusi Lajnah Alam sekitar PAS,Zulkefly Omar dan Sasterawan Negara A.Samad Said yang menyampaikan puisi bertajuk "Gebeng yang luka".
Semantara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmi Yusof berkta,kumpulan itu tidak mengikut prosedur dan Akta Perhimpunan Awan 2011 yang menetapkan permohonan dibuat 10 hari sebelum perhimpunan. Aswany Omar,Rosilawati Rosedi dan Erna Yusnida JUSOH –Sniar Harian  Isnin 25 Jun 2012 .

Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 27 Jun 2012 03:15 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud


Tarbiah Harakiah Menjana Kemenangan

Posted: 26 Jun 2012 07:56 AM PDT

Ust Idris Ahmad : Sebagai sebuah sebuah Harakah Islamiah dan gerakan politik, Pas  bergerak dijaluran dakwah dan politik yang dibenarkan oleh Perlembagaan negara. Inilah satu keunikan Pas di negara ini yang bergerak sebagai sebuah  gerakan Islam dan gerakan politik di negara ini. Sekiranya Pas hanya bergerak sebagai sebuah parti poliitk sahaja maka sudah lama Pas tersungkur di pertengahan jalan, sebagai nasib parti-parti politik pembangkang di negara ini. Namun alhamdulilah Pas mampu bergerak dan menjadi pencabar utama kepada Umno di negara ini terutamanya. Walaupun Pas belum lagi mendapat kuasa di peringkat  pusat, namun ia telah berjaya melakarkan politik yang ternama di negara ini.


Satu kelebihan yang ada kepada Pas ialah ketika Pas menggerakkan tenaga parti ia hanya berbekalkan tarbiah kepada ahlinya. Mereka bekerja tanpa diupah dan dipaksa. Bekerja atas kerelaan hasil lonjakan iman yang membara di dada.
Pengertian Tarbiah Harakiah
Tarbiah harakiah bererti tarbiah  yang menjuruskan kepada pembinaan peribadi dan jamaah. ia bukan sekadar untuk menjadi fardu Muslim (individu Muslim) yang baik malahan ia menjadi mujtamak muslim ( masyarakat Muslim). Tidak dinamakan Tarbiah Harakiah jika hanya untuk memperbaiki dirinya sedangkan masyarakat sekeliling berada di dalam kefasadan. Tarbiah  harakiah mengharungi dan mempengaruhi semua manusia dengan fikrah dan dakwahnya, sekalipun mereka terdiri daripada berbagai latar belakang. Apabila mereka ini bersama dengan kita maka di sini berlakulah proses pembinaan mereka dalam jamaah
Kepentingan Tarbiah Harakiah
1. Tarbiah Harakiah akan melahirkan ahli yang mengutamakan jamaah dan perjuangan berbanding dengan kepentingan peribadi. 
2. Tarbiah Harakiah melatih individu yang kental supaya dapat berhadapan dengan berbagai tribulasi dan mehnah 
3. Ia berusaha untuk membawa manusia mengenal Allah dan sistemnya yang lengkap

4. Ia akan melahirkan rijaluddakwah (lelaki dakwah) supaya jamaah kaya dengan petugas untuk menarik manusia lain bersama dengan kita . Sekiranya kita mampu melahirkan petugas yang bekerja kearah ini maka untuk melihat suasana Islam akan dapat dijelmakan dalam masyarakat. Sebaliknya kalau kita miskin dan faqir orang yang berkerja kearah itu maka kita sukar untuk menggerakkan parti dan jentera.

Oleh kerana kerja pilihanraya memerlukan kemampuan dan semangat yang waja, kerana kerja ini memerlukan beberapa pra syarat untuk Berjaya.  Nature pilihanraya memerlukan beberapa perkara asas,  jentera, tenaga, strategi dan bantuan Allah SWT

Jentera

Pilihanraya memerlukan kepada jentera parti yang kemas daripada Peringkat Pusat hingga kepada lokaliti (kampung). Ini adalah perkara asas di dalam gerak kerja parti. Walau pun kadang-kadang berlaku tsunami politik dan faktor penolak, ketika itu tidak perlu lagi kepada panduan bilik gerakan dan cula. Faktor ini hanya kadang- kadang bukan kebiasaan. Walaubagaimana pun teras kepada kejayaan masih lagi faktor jentera. Kerana jenteralah yang akan berusaha untuk mengubah persepsi pengundi. Menjadi kelaziman di dalam satu lokaliti yang terdapat 100 pengundi, yang menjadi pengundi tegar antara Pas dan Umno hanya 40 orang, sedangkan 60 lagi mereka yang berada di atas pagar. Goloangan inilah yang perlu diubah untuk beralih sokongan kepada Pas. Jikalau Pas lemah dari segi jentera macam mana ia boleh untuk menarik sokongan.
Strategi

Pilihanraya ialah seni dan strategi untuk menguasai pengundi. Sebagai sebuah Parti Islam yang berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah, Ijamak dan Qias, kita tidak pernah lari daripada asas ini. Walaupun matlamat kita hendak menang,  strategi yang kita atur masih tidak lari daripada perkara tersebut. Segala permasalahan hukum dan strategi mesti diluluskan oleh Majlis Syura Ulamak yang bertindak sebagai Lembaga Penapis. Contohnya ijtihad politik seperti Tahalluf Siasi dan penubuhan Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP). Pas bertahalluf siasi kerana hendak menentang perkara zalim dan memperjuangkan maslahah umum tanpa mengorbankan prinsip Islam.
Pas berdalilkan dengan apa yang pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW mengiktiraf Half al-Fudul yang berlaku pada zaman jahiliah apabila terbentuk satu persefahaman menentang kezaliman. Perkara ini terjadi  setelah seorang lelaki dai kabilah Zubaid dizalimi oleh Aas bin Wail, lalu dia minta pertolomgan. Tidak ada siapa yang sanggup menolongnya, lalu beberapa orang daripada bangsawan Makkah yang bersimpai degannya telah mengadakan persefahaman di rumah Abdullah bin Juod'an untuk menentang kezaliman tersebut. Berhubung dengan peristiwa ini Rasulullah SAW telah bersabda Bermaksud "Sesungguhnya aku telah menyaksikan Hilfu al-Fudhul di rumah Abdullah bin Jud'an satu pakatan yang amat aku sukai kepadanya seperti sayang kepada unta merah ( barang yang sangat berharga), kalau aku diajak kepadanya di zaman Islam nescaya aku menyahutinya"

Setakat hari ini tidak ada yang rugi apabila Pas bertahaluf. Mereka yang jahil Feqh Politik  sahaja yang mengatakan Pas sudah tergelincir. Mereka hendak menyamakan Pas dengan Umno yang berkawan dengan MCA, MIC (BN). Sedangkan Pas di dalam Pakatan Rakyat bertahaluf tidak menggadaikan Islam, sedangkan Umno bersama rakan bukan Islam gagal untuk memberi kefahaman kepada orang bukan Islam. Boleh dikatakan setiap hari pemimpin MCA menghina Islam, Umno membisu. Ini adalah petanda aras Umno merestui tindakan MCA yang biadab dengan Islam. Semua orang menilai antara ucapan dua pemimpin bukan Islam di dalam satu forum yang diadakan pada 18 feb 2012.

Presiden MCA Datuk Seri  Chua Soi Lek dengan bangga mengatakan "Kita orang cina.berani menentang-menentang dan melawan  Umno terutama dalam bab hudud, adakah DAP berani dalam hal ini…?. Ini pula jawapan YAB Lim Guan Eng. "Kita orang DAP tidak boleh menghalang kepercayaan orang Islam dalam hal Agama mereka, begitu juga orang Pas tidak pernah menghalang dalam bab agama kita". 

Tawakkal dan Nusrah Daripada Allah
Setelah berusaha dan melaksanakan dengan sebaik mungkin, kemudian penyerahan diri kepada Allah SWT adalah perkara kemuncak dalam gerak kerja pilihanraya. Maksud Firman Allah SWT "Apabila kamu berusaha , maka Tawakkal kepada Allah SWT"
Unsur-Unsur Tarbiah Harakiah
1. Kefahaman yang mendalam kepada perjuangan
2. Manhaj yang tersusun
3. Pemimpin yang berkualiti
4. Persekitaran yan baik
5. Ahli yang istiqamah
6. Organisasi yang kukuh
7. Program yang teratur
8. Wala dan Taat
9. Syura

Ciri-Ciri Petugas PRU Haraki 
1. Sentiasa wala dan taat
2. Berilmu
3. Bertawakkal kepada Allah SWT
4. Beriman bahawa kerja adalah ibadah dan menjadi amal soleh
5.Bersedia untuk menerima ilmu-ilmu baru dalam gerak kerja pilihanraya
6. Bersedia menerima arahan
7. Berwawasan 
8. Multazim dengan akhlak Islam
9. Thabat
10. Amanah
11. Sabar ketika menjalankan tugas
12. Berkemahuan
13. Mencari kerja bukan hanya tunggu kerja
14. Optimis
15. Yakin pembalasan Allah SWT
16. Tidak ada rasa kecewa.
17. Banyak bertindak daripada bercakap
18. Elak bertengkar
19. Meraikan kelemahan sahabat dan tampung kekurangannya
20. Bijak memilih mana keutamaan, yakni penting perlu disegerakan, penting tidak perlu disegerakan.

Program Tarbiah Untuk Petugas Pilihanraya
1. Usrah bincang tajuk jihad, uslub dakwah, wala, kerahsiaan
2. Tamrin tajuk pengisian "Kerja Pilihanraya Satu Jihad", "Pendekatan Dan Strategi Pilihanraya", "Tahalluf Siasi"
3. Al-Quran wajib dibaca walaupun sibuk
4. Solat hajat cara fardiah atau jamaah
5. Zikir dan doa mathur
6. Qiamullail kerana ini adalah masa yang paling terbaik untuk bermunajat

Kesimpulan

Walaupun kita hendak menghadapi pilihanraya, masalah tarbiah jangan dikesampingkan

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 27 Jun 2012 01:15 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


‘Demokrat palsu’ kerana Najib rahsia tarikh PRU

Posted: 27 Jun 2012 12:47 AM PDT

7 Syaaban 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bertenang di sebalik tuduhan bahawa pentadbiran beliau sebagai 'demokrat palsu' seperti yang dituduh oleh ketua biro Beijing, Mark Mackinnon dalam akhbar The Globe and Mail.

Tulisan Mark Mackinnon bertajuk A 21st-century checklist of the new autocrats disiarkan pada 8 Jun 2012 oleh akhbar tersebut.

Antara alasan penulis ini melabelkan PM sebagai 'demokrat palsu' adalah dengan menyatakan "pemimpin ini mengadakan pilihan raya tetapi tiada hasrat memberikan kuasa" dan "penentang politik seriusnya dipenjara dan parti mereka diharamkan atas alasan teknikal".

"DPPM berpandangan, kerajaan Malaysia tidak perlu melenting dengan tuduhan tersebut, sebaliknya kerajaan perlu bermusabah diri melihat kebenaran di sebalik label yang ditakrifkan terhadap PM," kata Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor.

Beliau berkata, secara faktanya penulis ini bukan sebarangan individu kerana beliau pernah menjadi pemenang anugerah kewartawanan serta sudah mewawancara sebahagian pemimpin paling kontroversi dan terkemuka di seluruh dunia.

"Sudah tentu, beliau tidak menulis secara semberono dan menulisnya tanpa fakta atau persepsi yang kukuh.

"Seharusnya PM menyedari hakikat diri dan pentadbiran beliau sehingga dilabelkan sedemikian.

"Beliau harus sedar, selama pemerintahan beliau dan partinya, mungkin segala tindakan yang beliau dan pemimpin sebelumnya lakukan adalah bersamaan dengan apa yang dilabelkan itu," katanya.

Riduan berkata, kepincangan itu bukan sahaja rakyat sahaja merasainya, malah masyarakat antarabangsa juga sudah mula membuka mata dan mengata beliau secara terbuka di khalayak dunia.

"Antaranya, sikap berat sebelah pemerintahan beliau dan pemimpin Umno sebelum beliau terhadap parti-parti politik pembangkang, liputan media yang amat tidak adil- bahkan fitnah yang melampau terhadap pemimpin Pakatan Rakyat, pembantaian terhadap rakyat dalam perhimpunan awam yang mereka anjurkan, menangkap pemimpin dan aktivis ke dalam ISA atau akta yang seumpama dengannya, kekangan terhadap penjawat awam dan mahasiswa serta lain-lain lagi," ujarnya.

Tambahan pula, kata beliau sikap PM yang merahsiakan tarikh pilihan raya menjadi sebab beliau dilabel sebegitu.

Justeru, ujarnya DPPM meminta PM sekiranya beliau berkeras menolak label yang ditohmah itu, beliau perlu menafikannya dengan tindakan.

Menurutnya, antara tindakan yang perlu dilakukan segera adalah melakukan perubahan daripada menjadi 'demokrat palsu' kepada 'demokrat tulen'.

"Antaranya berlaku adil terhadap semua parti politik, memulihkan agensi kerajaan khususnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya benar-benar berwibawa, memberikan liputan yang adil melalui media kepada semua parti politik dan menghentikan politik fitnah dan kotor," katanya lagi.

Riduan menambah, paling penting beliau bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan kekalahan dalam PRU ke 13 dengan hati terbuka tanpa usaha melakukan penipuan dalam sistem pilihan raya di negara ini.

Harakah Daily

PAS sampaikan masalah rakyat, bukan berbohong

Posted: 27 Jun 2012 12:05 AM PDT

7 Syaaban 1433H. [MOD] -

MIRI: Isu permohonan Mykad dibangkit semata-mata untuk kebaikan penduduk Sengkabang bukan tujuan untuk meraih undi seperti tuduhan kaunselor Engkamat.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Sarawak, Jofri Jaraiee menyatakan demikian merujuk kepada kenyataan Kaunselor Engkamat Juna dalam Utusan Borneo berkata, bahawa PAS membuat tuduhan liar dan pembohongan dalam isu memohon MyKad penghuni rumah Sengkabang.

"Untuk pengetahuan Kaunselor Engkamat, kami mendapat maklumat dan bertanya sendiri dengan penduduk terbabit dan ini bukan tuduhan liar tetapi kenyataan kerana mereka sudah lama menanti Mykad dan ada di antara mereka tiada memiliki surat beranak sejak lahir sehingga dewasa," katanya yang juga Yang Dipertua PAS Miri dalam satu kenyataan.

Katanya, kalau pihak PAS tidak menyuarakan masalah itu sudah pasti perkara itu tidak diambil perhatian oleh pihak berkuasa.

Sepatutnya, ujar beliau wakil rakyat atau pihak yang diamanah untuk menjaga kebajikan masyarakat pergi turun padang dan menyelesaikan masalah ini bukan menuduh dan menyalahkan PAS kerana menyuarakan masalah rakyat.


Jelasnya, kalau selama ini penduduk terbabit tidak dapat pembelaan dari pihak berwajib sepatutnya mereka sendiri turun padang dan jangan menuduh pihak PAS datang semata-mata untuk meraih undi.

"Kita datang untuk membantu menyuarakan masalah rakyat supaya pihak kerajaan dapat bertindak dan mengatasinya," ujarnya.


Beliau menjelaskan, kalau sebelum ini tiada pihak datang menyuarakan masalah rakyat maka sebagai sebuah parti untuk semua, PAS bersedia datang untuk membantu menyuarakan masalah rakyat agar pihak berkenaan dapat bertindak dengan sewajarnya.

Justeru, beliau berharap mereka yang menuduh PAS berbohong agar menarik balik kenyataan tersebut kerana PAS melaporkan isu-isu semasa berpandukan maklumat dari pihak yang terbabit dan bukannya rekaan semata-mata untuk meraih undi.


"Kita tidak pernah memaksa rakyat untuk mengundi kita, bukannya macam sesetengah pihak yang mengugut dan mengancam mereka yang tidak mahu mengundi mereka," katanya lagi.

Beliau berkata, hak rakyat untuk memilih kerajaan terserah dengan kebijaksanaan pengundi masing-masing bukannya dengan rasuah seperti membeli undi dengan wang dan janji-janji kosong.

"PAS berjuang untuk kepentingan dan keadilan rakyat bukan untuk kepentingan peribadi. PAS untuk semua," tegasnya.

Harakah Daily

Gantung Ambiga sampai mati: DAP mahu lapor polis

Posted: 27 Jun 2012 12:03 AM PDT

7 Syaaban 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 27 Jun: DAP mengarahkan wakil rakyatnya membuat laporan polis beramai-ramai terhadap Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz berhubung kenyataannya yang bersifat ekstrimis.

Aziz, wakil BN dalam ucapannya di Dewan Rakyat semalam meminta Pengerusi Bersama Gabungan Menuntut Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih), Datuk Ambiga Sreenevasan digantung sampai mati kerana didakwa mahu menggulingkan negara.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, pihaknya tidak mahu membuang masa meminta Aziz menarik balik kenyataan tersebut tetapi mahu semua wakilnya membuat laporan polis agar Aziz dapat disiasat sewajarnya.

Katanya, laporan polis akan dibuat esok namun belum dinyatakan di balai polis mana.

"Semalam kita amat terkejut dengan kenyataan Sri Gading yang mengatakan bahawa kita harus gantung ambiga kerana menganjurkan Bersih.

"Ini adalah kenyataan yang menghasut dan bersifat ekstrimis dan mengancam nyawa Ambiga dan bersifat perkauman kerana ditujukan kepada seorang wanita berbangsa India dan beragama Hindu," kata Ahli Parlimen Bagan itu pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Guan Eng juga berkata, kenyataan Aziz itu sangat tidak relevan kerana penganjuran Bersih bukan satu kesalahan.

"Ini adalah saranan yang serius untuk minta gantung sampai mati. Tak pernah ada ahli parlimen di dunia minta seorang dibunuh.

"Apakah kesalahan Ambiga? Beliau hanya salah seorang penganjur Bersih yang merupakan perhimpunan aman.

"Kenapa hanya Ambiga? Kami yakin sebab Ambiga seorang India dan wanita. Sasaran yang mudah. Sikap ini harus dibantah," katanya.

Harakah Daily

Menanti natijah Tahrir Square di Dataran Merdeka

Posted: 27 Jun 2012 12:01 AM PDT

7 Syaaban 1433H. [MOD] -

Pengesahan secara rasmi Dr Mohamed Morsi, 61, sebagai presiden baru Mesir beberapa hari lepas disambut dengan linangan air mata kesyukuran dan laungan Allahuakbar oleh umat Islam bukan saja 26 jaziah Mesir tetapi di seluruh dunia. Mereka yang berjiwa Islam akan emosi dengan kemenangan itu.

Pengumuman itu yang hakikatnya kemenangan Ikhwan Muslim dianggap sebagai satu kejayaan besar umat di seluruh dunia yang mencintai tertegaknya hukum Allah dan syariah Muhammad di atas muka bumi ini. Ini kerana Ihwan Muslim dianggap sebagai siasah politik Islam yang bukan saja diterima pakai di Mesir tetapi di seluruh dunia. Jauh dari itu diharap perubahan atau kejayaan Islam di Mesir akan menjadi penyuntik semangat gerakan Islam di tempat lain termasuk Malaysia juga.
Apa lagi di Nusantara ini, Malaysia dan Indonesia, semangat jihad Ikhwan Muslimim sudah lama terhimbau ke mari, dibawa oleh pemuka-pemuka Islam Melayu yang menuntut di Timur Tengah tahun-tahun 30-an hingga 50-an. Keberanian orang Melayu melawan kolonialisme sedikit sebanyak dipandu oleh semangat Ikhwan Muslimim. Justeru kemenangan di Mesir itu juga dirai atau dirasakan kemenangan bersama harakah Islamiyah di Malaysia terutamanya mereka yang intim dan akrab dengan Ikhwan Muslimim.

Dari sisi lain kemenangan Ikhwan Muslimim dan pemilihan Dr Mohamed Morsi itu menjadi ubat kedukaan dan kekecewaan umat Islam di sebelah sini yang masih belum menggenggam kemenangan sebenar? Umno walaupun ianya ditonggaki Melayu namun kerana perjuangannya tidak berasaskan kepada Quran dan Hadith secara holistik, tepatnya sekular, sekular maknanya jahiliah, tidak dianggap sebagai gerakan dan siasah Islam.

Walaupun ada cendekiawan dan ulamak cuba mempertahankan Umno sebagai perjuangan Islam dan UBN kerajaan Islam namun penemuan dan bukti-bukti kemungkaran, rasuah, penyelewengan, politik fitnah dan sebagainya yang dipraktik oleh UBN menafikan Malaysia sebagai sebuah kerajaan Islam.

Sejajar itu maka harapan yang membunga akan berlaku perubahan di Malaysia sudah berputih dengan kejayaan induk mereka itu. Timbul harapan tinggi menggunung di dalam dada para mujahidin di sini yang gerakan Islam di Malaysia terutamanya badan siasah seperti PAS, NGO seperti Abim, Jim, dan lain-lain mengimpikan kemenangan itu dan ia akan juga akan tergapai.

Teori domino akan berlaku, yang dimulakan di Mesir itu. Atau kejayaan muqadimmahnya lebih awal dari itu ia bermula di Tunisia apabila diktator Zainal Abidin Ali dijatuhkan, ia merebak ke Mesir menumbangkan Hosni Mubarak kemudian ke Libya meranapkan kerajaan 'kuffar' moden Muammar Ghadafi. Kejayaan awal Ikhwan Muslimim ialah apabila berjaya menumbangkan Hosni Mubarak menerusi tunjuk perasaan besar-besar selama 18 hari di Tahrir Square. Kejatuhan Hosni memberi signifikan besar kerana Ikhwan Muslimim itu sendiri ditubuhkan di Mesir, 1928 M.

Himpunan di Tahrir Square itulah terilhamnya Bersih 3 di Kuala Lumpur? Ia menggerakkan semangat anak-anak muda untuk berhimpun dan membuat penentangan secara agresif dan terbuka. Pemerhati dan pemimpin politik kita juga percaya penyakit di Mesir itu akan berlaku di sini. Bukan saja pemimpin pembangkang melaungkan serunai itu semerdunya, tetapi pemimpin UImno juga naik menggeletar menyaksikan ledakan himpunan itu. Apa tidaknya Perdana Menteri Najib Razak sendiri bermimpi ada darah merah di Dataran Merdeka bakal menyumbatkan hidungnya lantas itu tunjuk perasaan yang dijanjikan secara aman, duduk dan bantah dilarang keras.

Kejayaan calon Ikhwan Muslimim dipilih sebagai Presiden Mesir itu menyemarakkan lagi semangat umat Islam dan Islam di Malaysia untuk menumbangkan kerajaan UBN yang dilihat tidak Islamik. Ini menyebabkan orang-orang di sini merasakan semangat Medan Tahrir dan aura perjuangan Ikhwan Muslimim itu sedang mara ke Malaysia. Gema perjuangan menuntut hak dan keadilan di Kaherah sedang terbang ke Kuala Lumpur. Semua pihak peka dan bangkit melambai kedatanagnnya. Persoalan kini apakah keadaan di Mesir itu akan berlaku di sini?

Jika dilihat secara fizikal dan geografi politik memang ada kemungkinan itu. Secara alaminya sesuatu kebangkitan itu akan berjangkit ke sebuah negara ke sebuah negara lain. Negara lain dijadikan cermin oleh rakyat negara lain untuk ditiru segala-galakannya baik politik, budaya, fesyen dan sosial. Kebangkitan rakyat, kesedaran rakyat persis penyakit atau wabak yang cepat menular, seperti Aids, ataupun wabak selesema burung atau H1N1 dan sebagai. Kelupaan atau kegagalan menyangkal menyebabkan penyakit akan mudah berjangkit dan akan berlaku kematian.

Justeru mereka atau individu kurang daya tahan, kurang antibodi akan cepat disinggahi penyakit. Soalnya apakah kita rakyat Malaysia mengalami kekurangan daya tahan dan mengalami sindrom untuk sedia menerima; kemarahan dan kemaraan rakyat seperti di Medan Tahrir?

Saya ada pandangan dan simpulan-simpulan sendiri di dalam soal ini. Secara adilnya saya bersetuju kalau berlaku kebangkitan yang kemudian merubah dan menggantikan apa yang ada. Lagipun sudah lebih setengah abad kerajaan yang bertakhta hari ini bermain dengan kuasa kotornya. Dalam kata lain kalau kerajaan ini adalah sultan atau raja ia sudah zalim yang tidak lagi wajar disembah tetapi patut disanggah.

Kita tengok apa yang berlaku di Mesir dahulu kemudian kita bandingkan kemungkinan-kemungkinan yang akan terjolor mari. Hanya persamaan suasana, persamaan keadaan, persamaan perasaan, persamaan tuntutan, persamaan kerjasama, persamaan keyakinan (tauhid) saja yang boleh memungkinkan itu. Tanpa persamaan-persamaan atau ruang-ruang itu ia tidak akan mudah terjadi, atau pun kalau ia marak, kemarakannya mudah ditangani.

Perkara pokok yang wajar direnungi apakah tapak perjuangan bangsa atau rakyat negara ini sama dengan tapak perjuangan Ikhwan Muslimim di Mesir itu. Apakah kebenaran ada dalam perjuangan rakyat negara ini sama dengan kebenaran dalam badang perjuangan Ikhwan Muslimim? Kita perhatikan ini secara ringkas pada perkara-perkara pokok.

Perjuangan di Mesir ialah menuntut agar syariat Islam dilaksanakan di atas muka bumi ini. Intipati perjuangan itu diterima oleh umum. Lantas itu Ikhwan Muslimim diwujudkan untuk menyediakan tentera atau pejuang-pejuang, para mujahid yang berani menuntut hak dan kewajiban itu. Dalam erti kata lain Mesir sudah ditabur dengan pejuang menegakkan Islam sejak lebih 80 tahun. Gerakan Ikhwan Muslimim yang diasaskan oleh Hassan Al Bana lah bertanggung jawab menyemaikan benih ini.

Apakah keadaan sama wujud di negara kita? Kalau pun ada benih-benih yang menyamai di Mesir itu ianya dilakukan oleh Parti Islam Se Malaysia (PAS). Dalam masa sama pula PAS menghadapi tentangan hebat dari Umno untuk membangkutkan benih yang PAS selam dalam baja itu selama ini. Usia benih yang disemai PAS baru berusia 60 tahun. Mungkin ia sudah pramatang tetapi PAS atau benih Islam menghadapi beberapa hambatan-hambatan lain yang tidak dialami oleh Ikhwan Muslimim.

Dari kira-kira 27 juta rakyat negara ini tidak sampai 5 juta yang tersemai dengan benih Islam itu. Ia berbeza dengan di Mesir dari 74 juta penduduknya 90% adalah beragama Islam dalam erti kata lain mempunyai agenda dan kepercayaan yang sama. Ertinya dari jumlah kualiti dan kuantiti benih Islam di Mesir yang ditanam Ikhwan Muslimim jauh lebih besar dari apa yang wujud di Malaysia. Selain itu juga konsep, semangat dan roh Ikhwan Muslimim itu terhimbau dan dikenali di seluruh dunia, sebaliknya PAS masih bergelewatan di bumi sendiri.

Perkara lain yang perlu difikirkan ialah mengenai keadaan sosial, jenis-jenis (kaum) rakyat negara kita dengan Mesir. Di Mesir negera itu tidak ada masalah kerana majoritinya bangsa Arab beragama Islam yang mempunyai akidah dan mazhab yang sama. Jadi kedudukan ini mudah untuk diuruskan kerana ia tidak ada pertikaian kepentingan dan konflik sesama sendiri.

Di Malaysia umat Islam hanya 15 atau 17 juta sahaja. Itu pun ia terbahagi kepada dua bahagian besar yang dipisahkan oleh fahaman dan mazhab politik PAS dan Umno. Walaupun kedua-duanya Islam tetapi mereka diasingkan atau terasing dengan ideologi politik di mana ideologi politik dilihat berada di atas dari kepercayaan agama. Ini tidak termasuk lagi perpecahan-perpecahan kecil yang membentuk dari sukuan fahaman Islam yang tidak sekata dengan kedua kelompok besar itu, Umno dan PAS.

Suasana atau perbezaan yang tidak seharus berlaku ini menjadi masalah dan sekaligus menjadi penghalang. Realiti ini boleh dilihat bila mana PAS ingin melaksanakan Islam syumul, Umno hanya menerima Islam sebahagian saja atau dari aspek atau juzuk-juzuk yang meyelesakan kehidupan atau menggemukkan amarah mereka. Dalam soal menamakan Islam pun wujud perbezaan di antara PAS dengan Umno. Umno kata Islam Hadhari (kini tukar kepada Islam Wasatiyah) Pas kata Hadarah Islamiyah. Dari sudut bahasa dan istilah pun masih belum berlaga.

Perbezaan dan ketidaksekata inilah yang menjadi penghalang dan dosa-dosa terhijab yang menyulitkan kepada pembentukan Islam syumul di Malaysia.

Hanya berdasarkan kepada dua faktor ini saja meletakkan sukar untuk Malaysia mewujudkan Tahrir Squarenya sendiri. Selain itu sedar atau tidak, bahawa mereka tidak beragama Islam terus berjuang menghalang tertegaknya Islam di negara ini. Golongan ini menyelit menjadi kawan baik dengan Islam menerusi parti-parti politik atau persepakatan politik yang tidak memberi untung dari konteks agama.

Selain dari perbezaan itu masih ada perbezaan lain yang tidak mudah untuk berlakunya kebangkitan seperti di Medan Tahrir itu. Seperti diketahui sistem ekonomi dan politik di Mesir sudah lama menekan rakyat bawahan. Penekanan itu sudah sampai peringkat zalim yang perlu diperangi hatta sampai nyawa tergadai. Kadar kemiskinan dan kemeranaan hidup rakyat begitu teruk sekali. Manifestasi kezaliman Firaun yang memerintah Mesir kuno telah terbawa ke zaman Mesir moden.

Kerajaan moden Mesir tidak ada program untuk memajukan rakyat seperti mana berlaku di Malaysia. Pembangunan tanah, DEB, pendidikan dan sebagainya tidak diwujudkan di Mesir. Berlainan di Malaysia, kerajaan melakukan apa saja terfikir untuk memajukan rakyat. Dalam kata lain kepedulian kepada rakyat dan nasib rakyat ada di sini tetapi tidak di Mesir.

Justeru tahap kemarahan rakyat negara ini kepada kerajaan kerana kemeranaan dan kemelaratan hidup tidak sampai seperti di Mesir. Rakyat di Malaysia masih boleh berbangga bahkan pencapaian kemajuan infrastruktur dan sistem pentabdiran jauh lebih baik dari Mesir. Realiti ini sekali lagi akan tidak menjadi faktor penyebab untuk rakyat bangkit seperti di Medan Tahrir itu atas asas-asas dan faktor yang berlaku di Mesir.

Tegasnya berdasarkan kenyataan dan suasana itulah maka saya berpandangan pembangkitan seperti di Medan Tahrir itu tidak mungkin akan berlaku di Malaysia ini. Kita hanya boleh mengangan-angankan tetapi tidak boleh mengharap ia akan berlaku. Kalau pejuang Islam termasuk PAS di Malaysia menunggu akan berlakunya kebangkitan seperti di Medan Tahrir itu, ia satu penungguan yang sia-sia sahaja persis mengharapkan air dari fotomargana. Melainkan sudah ada penyatuan zahir dan batin dari kalangan umat Melayu dan Islam dari semua cabang ideologi politik, dari semua aliran dan mazhab barulah kita akan menerima natijah seperti dari gelora di Medan Tahrir itu. - http://www.msomelayu.blogspot.com/

Harakah Daily

Dr Mursi Umum 4 Langkah Pertama Sebagai Presiden Mesir

Posted: 26 Jun 2012 11:59 PM PDT

7 Syaaban 1433H. [MOD] -

Presiden Mesir yang baru, Dr.Muhammad Mursi mengumumkan empat langkah pertamanya sebaik saja beliau dengan rasminya diisytiharkan sebagai Presiden.

Keempat-empat langkah itu ialah:

Pertama: Menyumbangkan wang gaji Presidennya untuk kebajikan rakyat Mesir


Kedua: Mengeluarkan arahan tidak menggantungkan gambarnya di bangunan kerajaan atau menerbitkan apa-apa iklan ucapan tahniah di dalam akhbar.

Ketiga: Semalam beliau menerima kunjungan ibu kepada Khaled Said dan keluarga mereka yang terbunuh pada perhimpunan 25 Januari, di Istana Presiden dan mengarahkan pengawal istana untuk tidak menghalang keluarga mereka yang syahid itu dari menemuinya pada bila-bila masa. Beliau juga berjanji untuk menghukum mereka yang membunuh para peserta perhimpunan dengan mendakwa semula bekas Presiden Hosni Mubarak dan menteri dalam negeri, Habib al-Adli, serta lain-lain defenden di atas kes membunuh para demonstran. (Lebih 800 orang terbunuh dan 6,000 cedera semasa perhimpunan 25 Januari Hizbut-Tahrir.)

Keempat: Mengarahkan pihak keselamatan mengurangkan bilangan kenderaan bagi mengiringinya bertujuan tidak mahu mengganggu pergerakan lalulintas rakyat awam dan rkata, pihak tertinggi pasukan keselamatan juga meminta Mursi dan menolak permintaan pihak keselamatan yang meminta keluarga beliau berpindah ke Villa As-Salam bersebelahan Istana Itthadiyah akan tetapi Mursi tetap mahu kekal tinggal di kediamannya sebelum ini di Tajammuk.

"Saya Tidak Mahu Rakyat Benci Saya Hanya Kerana Kenderaan Saya"- Mursi

Presiden Mesir, Dr.Muhammad Mursi ketika memasuki Istana Presiden Isnin semalam bagi meninjau keadaan istana yang dikosongkan lebih setahun lalu meminta pihak keselamatan mengurangkan bilangan kenderaan bagi mengiringinya bertujuan tidak mahu mengganggu pergerakan lalulintas rakyat awam.

Memetik sumber "Al-Masryl Youm" bahawa sewaktu melawat Istana Ittihadiyah semalam, Mursi meminta pihak keselamatan mengurangkan kenderaan pengiringnya. Beliau dipetik berkata, "Saya tidak mahu rakyat bencikan saya dengan sebab kenderaan Presiden."

Sumber dipetik sebagai berkata, pihak tertinggi pasukan keselamatan juga meminta Mursi dan keluarga beliau berpindah ke Villa As-Salam bersebelahan Istana Itthadiyah akan tetapi Mursi tetap mahu kekal tinggal di kediamannya sebelum ini di Tajammuk Khamis.

Sementara itu, Dr. 'Isom 'Iryan, Naib Presiden Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) dalam satu temuramah berkata, Dr.Mursi juga akan menyumbangkan gajinya untuk kebajikan rakyat Mesir.

Ulasan: Kepada mereka yang sempat di zaman Mubarak, bagaimana keadaan jalan raya jika Mubarak hanya akan melalui jalan tersebut?

1) Dua jam sebelum Mubarak tiba, jalan raya akan ditutup.
2) Amnu Daulah akan turun berkawal dan mereka akan berada di atas bumbung di tepi jalan bagi memastikan keselamatan Mubarak terjamin.
3) Polis dan tentera akan berdiri di sepanjang jalan dalam keadaan membelakangi jalan raya, tidak boleh melihat Presiden.

Ulasan GB

Demikian sikap seorang "pemimpin Islam" lebih kurang sama kisahnya dengan MB Kelantan dan Kedah. Itulah "wasatiyyah".

Mungkin Najib, Jamil Khir dan lain-lain pemimpin UMNO perlu belajar lagi apa itu wasatiyyah dengan mengunjungi Presiden baru Mesir selepas ini jika enggan untuk belajar dari MB Kelantan dan Kedah.

Harakah Daily

Import makanan, BN perjudi keselamatan rakyat

Posted: 26 Jun 2012 11:50 PM PDT

7 Syaaban 1433H. [MOD] -

Jawapan Timbalan Menteri Pertanian di Parlimen kelmarin yang menyatakan bahawa negara kita telah membelanjakan sejumlah RM221.81 bilion sejak 10 tahun lalu bagi tujuan pengimportan bahan-bahan makanan adalah suatu bukti jelas kegagalan kerajaan BN menjana pengeluaran sumber makanan dalam negara.

Pergantungan keterlaluan negara kita kepada sumber bahan-bahan makanan yang diimport, menghadirkan hakikat yang kita tidak sedari, bahawa ia adalah juga ancaman kepada keselamatan rakyat dan survival kehidupan mereka.

Fenomenanya jelas, sebarang bencana alam yang berlaku kepada negara lain akan turut memberi kesan kepada negara kita. Banjir di Thailand tetapi orang kita juga tumpang susah. Bukan setakat menyebabkan harga beras meningkat, malah berlaku juga kenaikan harga sayur-sayuran, ayam dan ikan. Semua ini disebabkan kita masih bergantung kepada sumber makanan dari luar khususnya negara jiran.

Bayangkan jika negara-negara yang menjadi tempat kita bergantung import makanan selama ini menghadapi bencana serentak - banjir, ribut, kemarau panjang, gempa bumi atau terlibat dalam kancah peperangan. Krisis makanan tentulah akan memuncak dan mampukah bekalan yang dihasilkan di dalam negara untuk menyuap mulut rakyat kita seramai 28.6 juta dan pendatang asing seramai 2.3 juta?

Dalam suatu lagi kemungkinan, bagaimana jika negara kita pula yang dikenakan sekatan ekonomi yang akan menghentikan sebarang urusan perdagangan dengan dunia luar sebagaimana yang pernah menimpa Iraq, akan kebulurankah rakyat kita?

Ahli hikmat ada berkata, ketika saat ketiadaan bekalan makanan, mereka yang mempunyai stok makanan adalah orang yang paling kaya. Lebih kaya dari mereka yang mempunyai emas berbongkah-bongkah. Lihatlah dalam sejarah, bagaimana pengeluaran sumber makanan Negara Mesir yang dirancang dan dilaksanakan dengan begitu bijak oleh Nabi Yusof a.s sehingga kemarau panjang selama 7 tahun tidak menyebabkan rakyatnya kebuluran malah mampu untuk membantu menyuap mulut rakyat negara-negara berdekatan. Beginilah Islam mengambil berat dengan keperluan asasi rakyat.

Di manakah silapnya sistem pertanian kita. Dengan keluasan dan kesuburan muka bumi anugerah Allah, berbilion ringgit peruntukan tahunan, sungai-sungai yang membelah daratan membentuk dataran yang subur, rakyat yang sedia membanting tulang, tetapi pertanian kita belum lagi mencapai tahap sara diri apatah lagi untuk dieksport.

Dengan kata lain, kerajaan telah gagal! Hujahnya, Malaysia telah membelanjakan sejumlah sekitar RM22 bilion setiap tahun untuk mengimport keperluan makanan seperti sayur, ikan, gandum, tepung, susu, koko, teh, daging, ubi kentang, bawang serta buah-buahan. Jumlah import beras dari Thailand sahaja mencecah 307,000 tan metrik setahun.

Bolehkah kita menerima alasan yang diberikan oleh Timbalan Menteri Pertanian bahawa kebanyakkan komoditi yang diimport adalah tidak ekonomik untuk dihasilkan dalam negara berikutan kos pengeluaran tinggi. Kalau Negara asal di mana sumber komoditi itu diimport boleh menghasilkannya dengan kos pengeluaran yang rendah, kenapa kita tidak boleh?

Budak sekolah pun boleh faham sifir ini. Hasil yang kita tanam dan ternak sendiri sudah tentu lebih murah berbanding kita beli dari orang lain! Dulu pun ada kempen di pihak kerajaan yang menggalakkkan rakyat menanam sendiri sayur-sayuran di sekeliling rumah mereka untuk kegunaan sendiri agar ianya boleh membantu mengurangkan kos hidup seharian. Memang ini menepati kaedah, penghasilan sendiri lebih menjimatkan kos!

Ada isu besar yang perlu diteliti. Di Terengganu contohnya, masih banyak tanah sawah terbiar tanpa dapat diusahakan lantaran masalah infrastruktur seperti pengairan. Ada projek-projek yang dikira boleh menghasilkan sumber makanan negeri seperti projek ternakan kambing kaprima Telaga Papan Setiu, projek ternakan ikan dalam sangkar Zon Industri Akuakultur Tasik Kenyir, Projek tanaman kelapa pandan di Rhu Tapai semuanya gagal walaupun ratusan juta ringgit telah dibelanjakan.

Wang peruntukan lesap tapi di mana kambing, ikan dan kelapa pandan? Gahnya bunyi genderang projek dengan sasaran hasilnya akan dieksport, akhirnya melopong! Belum disebut lagi projek tanaman strawberi yang namanya pun dah dilupakan orang. Terkini projek udang Setiu. Sasarannya juga untuk dieksport sebagaimana Mat Said pernah bercita-cita untuk mengeksport kelapa pandan dari Rhu Tapai ke Jepun!

Belanda, sebuah negeri bersaiz kecil, muka buminya pula berada di bawah paras laut tapi mampu menjadi antara negara pengeluar sumber makanan dunia, walaupun di sana Umno tak dikenali…

Penulis ialah Pengerusi Lujnah Pengguna PAS Terengganu.

Harakah Daily

PM Pakistan mula buat perangai

Posted: 26 Jun 2012 09:18 PM PDT

7 Syaaban 1433H. [MOD] -

ISLAMABAD: Rumah peribadi milik perdana menteri Pakistan yang baru bakal dilengkapkan dengan sebuah tempat pendaratan helikopter menggunakan perbelanjaan kerajaan bertujuan mengurangkan kawalan keselamatan polis di kediaman sejauh 23 kilometer perjalanan darat dari ibu negara, kata pihak berkuasa.

Polis memberitahu AFP bahawa tempat pendaratan helikopter berkenaan adalah tambahan kepada kediaman peribadi presiden sebahagian daripada kawalan keselamatan orang kenamaan di sebuah negara di mana serangan Taliban berulang kali dan Osama bin Laden pernah tinggal di negara itu tanpa dapat dikesan selama satu dekad.

Bagaimanapun pengkritik melihatnya sebagai 'mengecewakan' selepas Raja Pervez Ashraf berkata keutamaan beliau adalah untuk mengurangkan pemotongan bekalan elektrik yang menyebabkan berjuta penduduk tidak menerima bekalan elektrik selama 18 jam sehari.

Ashraf yang bertugas pada Jumaat berpindah ke kediaman rasmi beliau tetapi seperti juga perdana menteri sebelum ini menjangkakan akan menghabiskan masa hujung minggu di rumah peribadi beliau sebuah rumah agam di Gujar Khan, 23 kilometer ke selatan ibu negara.

"Pegawai kanan melawat tempat itu kelmarin untuk urusan keselamatan. Satu kawasan dipilih untuk helipad dan pembinaan akan dilakukan secepat mungkin," kata seorang pegawai polis kepada AFP.

Beliau enggan membuat spekulasi mengenai belanja tetapi berkata ia akan mengurangkan penggunaan polis yang perlu ditempatkan di 300 kawalan keselamatan antara Islamabad dan Gujar Khan.

Presiden Asif Ali Zardari terkenal mengenai kebimbangan beliau dengan keselamatan menyebabkan beliau sering menggunakan helikopter walaupun untuk perjalanan yang dekat ke lapangan terbang.

Seorang pegawai lain berkata sebuah helipad adalah satu daripada cadangan yang dipertimbangkan untuk keselamatan perdana menteri dan belum ada keputusan akhir.

Pengkritik berkata ia memberi mesej yang salah apabila berjuta-juta penduduk tinggal dalam kemiskinan, krisis kewangan yang boleh menyebabkan Pakistan memilih IMF ketika hubungan mereka dengan Washington dalam keadaan goyah.

"Beliau menikmati kedudukan tanpa menghiraukan masalah ekonomi negara," kata seorang jurucakap parti pembangkang utama, PML-N, Siddiq-up Farooq. – AFP

167 peniaga tidak puas hati, rasa teraniaya

Posted: 26 Jun 2012 09:04 PM PDT

7 Syaaban 1433H. [MOD] -

MARAH...penyewa BB Plaza melahirkan perasaan tidak puas hati ketika sesi dialog bersama Uda diadakan, semalam.

KUALA LUMPUR: Terkejut dan tidak berpuas hati. Itu yang dirasakan kira-kira 167 peniaga yang menyewa di pusat beli-belah Bukit Bintang Plaza (BB Plaza) apabila mereka diberitahu perlu berpindah keluar daripada bangunan berkenaan sebelum hujung tahun ini.

Meskipun perasaan tidak senang itu sudah dilahirkan dalam satu memorandum dihantar minggu lalu menuntut perbincangan dengan pemilik bangunan, Uda Holdings Bhd (Uda), namun penjelasan syarikat berkenaan pada sesi dialog semalam tetap gagal menggembirakan hati mereka.

Wakil penyewa, Hassan Saad berkata, mereka rasa seperti teraniaya dan tiada keadilan apabila penjelasan Uda seolah-olah putus asa dan mahu menyerahkan bangunan pusat beli-belah itu bagi kerja pembangunan stesen Myrapid Transit (MRT) oleh MRT Corporation.

"Kami tidak menafikan pentingnya projek ini, ia agenda nasional dan kami tidak menghalang, tetapi penjelasan yang keluar daripada Uda mengejut, minta kami keluar menjelang hujung tahun sedangkan kenyataan MRT Corp sebelum ini mengatakan BB Plaza tak terbabit, hanya sebahagian saja.

"Itu pun kami baca daripada laporan media sebab itu desak perjumpaan (semalam) diadakan untuk tahu duduk perkara sebenar. Kita rasa tak adil kepada penyewa, tapi apa boleh buat.

"Kami berharap Uda sampaikan kepada MRT Corp supaya menangguhkan pembinaan projek sehingga selepas Aidilfitri kerana sedar jika kerja pembinaan dimulakan akan menutup sebahagian besar laluan masuk, ia boleh jejaskan perniagaan kami," katanya.

metro/-

Lebih 20 anjing liar ditangkap

Posted: 26 Jun 2012 08:44 PM PDT

7 Syaaban 1433H. [MOD] -

SEGAMAT- Lebih 20 ekor anjing liar ditangkap dalam Ops Anjing Liar yang dijalankan Majlis Daerah Segamat (MDS) bersama Jabatan Perkhidmatan Vaterinar dan Ikatan Relawan Rakyat (Rela), dekat sini, petang semalam.

Yang Dipertua MDS, Ismail Abu berkata, berdasarkan aduan daripada masyarakat setempat, pihaknya mendapati gangguan anjing liar begitu ketara di Jementah terutamanya di kawasan taman dan kampung baru.

Menurutnya, tangkapan paling banyak dibuat ialah di sebuah rumah di Kampung Baru Jementah iaitu melebihi 10 ekor.

"Bertindak atas maklumat dan aduan, MDS selepas ini akan menangkap semua anjing liar yang didapati tidak mempunyai penjaga dan anjing berlesen yang gagal mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

"Anjing liar yang ditangkap akan disimpan dalam tempoh satu minggu, tetapi jika ada yang berminat dengan anjing liar tersebut boleh mengambilnya daripada MDS setelah dihantar ke Jabatan Perkhidmatan Veterinar terlebih dahulu untuk pemeriksaan kesihatan.

"Setiap kesalahan boleh dikenakan kompaun sehingga RM250 untuk seekor anjing mengikut kesalahan, manakala anjing yang tidak dituntut akan diberikan kepada pihak vaterinar untuk tujuan pelupusan," katanya.

Katanya, setiap rumah teres dan rumah pangsa dibenarkan membela seekor anjing sahaja, berbeza dengan rumah banglo dibenarkan membela dua ekor, namun semuanya harus mempunyai lesen yang sah.

"Pemohon lesen anjing perlu mendapatkan rawatan kesihatan terlebih dahulu daripada pihak vaterinar sebelum berjumpa dengan pegawai MDS bagi proses memohon lesen dan pembelian fatil yang diwajibkan bagi anjing berlesen," katanya.

Sinar Harian

Teheran tawar diri jadi orang tengah konflik Turki - Syria

Posted: 26 Jun 2012 08:42 PM PDT

7 Syaaban 1433H. [MOD] -

TEHERAN: Iran semalam menawarkan diri menggunakan hubungan baiknya dengan Damsyik bagi menjadi orang tengah dalam pertikaian Syria - Turki.

Syria menembak jatuh jet tentera Turki Jumaat lalu dan Kementerian Luar Iran berkata, isu itu menjadi sangat sensitif serta membimbangkan mereka.

Jurucakapnya berkata, Teheran akan menggunakan hubungan baiknya dengan kedua-dua negara bagi menyelesaikan isu berkenaan. Katanya. Iran berharap pihak yang terbabit di rantau itu mampu mengawal insiden berkenaan bagi mengelak negara lain memperbesarkannya.

"Pertikaian ini perlu diselesaikan melalui rundingan dan kedua-dua pihak mesti mengelak daripada mengambil langkah yang mengganggu keselamatan rantau itu," katanya. - AFP

Sotong pilih nama Cora

Posted: 26 Jun 2012 08:38 PM PDT

7 Syaaban 1433H. [MOD] -

SEEKOR sotong kurita gergasi memilih bola yang mengandungi Cora sebagai namanya di akuarium Zoo Akron di Akron kelmarin.

AKRON, Ohio - Seekor sotong kurita gergasi yang menjadi daya tarikan pada pameran terumbu karang di Zoo Akron di sini memilih Cora sebagai namanya kelmarin.

Haiwan itu menarik keluar seekor udang daripada bola yang mengandungi nama Cora di dalam akuarium sotong tersebut.

Sotong tersebut memegang bola itu dengan sesungutnya.

Haiwan tersebut tidak mengeluarkan udang daripada dua lagi bola yang mengandungi nama Octavia dan Scarlet.

Satu senarai mengandungi 2,000 nama diterima pihak Zoo Akron dalam pertandingan menamakan haiwan berkenaan sebelum ini.

Namun, hanya tiga nama itu disenarai pendek.

Sotong betina itu seberat 9 kilogram dengan panjang 1.2 meter itu. - Agensi

Baling parang nyaris kena nenek

Posted: 26 Jun 2012 08:23 PM PDT

7 Syaaban 1433H. [MOD] -

KUALA TERENGGANU - Angkara tidak tahan sering dinasihati bapa, seorang anak bertindak bagai orang hilang kewarasan apabila sanggup mengamuk menggunakan sebilah parang dalam satu kejadian di Kampung Padang Sena, Pulau Musang, di sini, Jumaat lalu.

Perbuatan si anak, Shahrul Fadlisman Nawi, 21, itu bukan sahaja membahayakan nyawa bapa kandungnya sendiri, malah turut membabitkan nyawa neneknya yang sudah uzur.

Apa yang menyedihkan, semasa sedang mengamuk, dia telah bertindak membaling parang yang dipegangnya itu dan nyaris terkena neneknya yang turut berada
di lokasi kejadian.

Bagaimanapun, perbuatan Shahrul Fadlisman itu terbalas setelah dia dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam, dan bakal berdepan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Tertuduh semalam mengaku bersalah di hadapan Pendaftar Mahkamah Majistret, Rusli Ahmad, melakukan kesalahan menakutkan secara jenayah, bapanya sendiri di kediaman mereka
pada 22 Jun lalu kira-kira jam 4 petang.

Dengan itu, dia mengaku melakukan kesalahan di bawah Seksyen 503 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 506 Kanun sama.

Rusli menetapkan 19 Julai depan sebagai tarikh jatuh hukuman terhadapnya sejurus pengakuan direkodkan.

Pendakwaan dikendalikan pegawai pendakwa, Inspektor Miky Anak Dunstan Muda manakala Shahrul Fadlisman tidak diwakili peguam.

Berdasarkan fakta kes, Shahrul Fadlisman mengamuk secara tiba-tiba dengan memegang sebilah parang dan terus membaling parang berkenaan sehingga hampir terkena neneknya yang kebetulan turut berada di tempat kejadian.

Melihatkan situasi itu, bapanya yang bimbang perkara tidak diingini berlaku, mengambil keputusan membuat laporan di Balai Polis Chabang Tiga, di sini.

Sinar Harian

Euro 2012: La Roja mampu sekat Ronaldo: Casillas

Posted: 26 Jun 2012 08:22 PM PDT

7 Syaaban 1433H. [MOD] -

PENJAGA gol Sepanyol, Iker Casillas yakin rakan-rakannya mampu menyekat pergerakan Cristiano Ronaldo dan Portugal meskipun tanpa diperkuat Carles Puyol menjelang pertembungan separuh akhir Euro, awal pagi Khamis ini.

Puyol yang menjadi nadi utama di bahagian pertahanan Sepanyol tidak disenaraikan ke kejohanan kali ini selepas mengalami kecederaan lutut beberapa hari sebelum tarikh sebenar Euro bermula.

Walaupun kehilangan pertahanan senior itu, gawang La Roja hanya dibolosi sekali sepanjang kejohanan dan Casillas yakin Gerard Pique mampu menggantikan Puyol dalam menahan asakan Ronaldo serta Portugal.

"Ketiadaan Puyol tidak datangkan masalah kepada kami kerana Pique lakukan tugas dengan baik," katanya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai penampilannya selama 12 tahun bersama skuad senior Sepanyol, Casillas berkata:

"Ketika mula-mula menyarung jersi Sepanyol saya 'kosong'. Tapi saya cepat belajar dan bersabar.

Sinar Harian

Curi 3 meter air dalam 3 minit

Posted: 26 Jun 2012 08:21 PM PDT

7 Syaaban 1433H. [MOD] -

KLUANG - Polis menahan dua lelaki dipercayai terlibat dalam kes kecurian meter air milik Syarikat Air Johor Holdings (SAJH) di sebuah kedai di Taman Desa, dekat sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Abdul Majid Abdul Ali berkata, kedua- dua suspek ditahan kira-kira jam 5 pagi hasil aduan awam dan serbuan yang dijalankan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang.

Menurutnya, ketika serbuan, suspek yang berumur antara 36 dan 60 tahun itu sedang membuat urusan jual beli di sebuah kedai barang lusuh di pinggir bandar Kluang.

"Hasil pemeriksaan, polis merampas satu beg sandang milik salah seorang suspek yang berisi 13 unit meter air.

"Malah, polis juga mendapati salah seorang suspek itu adalah pemilik kedai barang lusuh yang mahu membeli barang curi untuk dijual di kedainya," katanya pada sidang media di IPD Kluang, semalam.

Beliau berkata, suspek mengambil masa kira-kira tiga minit untuk mencuri tiga meter air berdasarkan rakaman video yang diperoleh hasil risikan polis.

Katanya, kedua-dua suspek didakwa di bawah Seksyen 379/411 Kanun Keseksaan kerana memiliki barangan curi.

"Walau bagaimanapun, mereka masih dalam tahanan reman sehingga hari ini (semalam) dan soal siasat masih dijalankan ke atas mereka.

"Mengikut laporan polis dari Januari hingga bulan ini, sebanyak 230 unit meter air dilaporkan hilang dan diharap dengan tangkapan dua suspek ini, ia dapat menyelesaikan masalah
kecurian meter air di sekitar daerah ini," katanya.

Abdul Majid turut mengingatkan kepada semua pengusaha kedai barangan lusuh agar tidak membeli barangan curi terutama sekali harta milik kerajaan kerana mereka yang terlibat juga boleh dikenakan hukuman kerana bersubahat membeli serta menjual barang curi.

Sinar Harian

Sang Bedal lain termakan jerat

Posted: 26 Jun 2012 08:18 PM PDT

7 Syaaban 1433H. [MOD] -

SANG BEDAL yang berjaya ditangkap dibawa ke rumah panjang bagi membolehkan Embol membunuhnya.

SARATOK – Peribahasa tidak dapat rotan akar pun berguna mungkin sesuai untuk menggambarkan nasib seorang tuai Rumah Panjang Nanga Sungai Anak, Embol Asum, apabila hasratnya untuk membalas dendam membunuh sang bedal bergelar Bujang Sebelak tidak kesampaian semalam.

Sebaliknya, Embol, 48, hanya dapat membunuh dua 'orang kanan' buaya tersebut yang dapat ditangkap selepas termakan umpan dipasang oleh pawang buaya tersohor di sini, Indet Sanabong, 49, di Sungai Anak dekat Pekan Kecil Roban di sini.

Difahamkan, buaya pertama merupakan buaya betina bergelar Dara Nanga berukuran 2.6 meter yang ditangkap pada pukul 9 pagi, kira-kira satu kilometer dari Kuala Sungai Anak manakala seekor lagi buaya jantan bergelar Bujang Muara sepanjang 1.6 meter ditangkap satu jam setengah kemudian.

Embol merupakan suami Siah Munsong, 42, yang mati selepas diserang seekor buaya berukuran lima meter panjang serta ukur lilit badan sebesar tong drum pada 19 Jun lalu. Buaya itu buta mata kirinya.

kosmo/-

Kenderaan hempap tuan

Posted: 26 Jun 2012 08:16 PM PDT

7 Syaaban 1433H. [MOD] -

IPOH – Kegagalan seorang lelaki menarik brek tangan kenderaan yang dipandunya memakan diri apabila maut akibat terperosok dalam longkang di sebuah tapak projek perumahan di Falim, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.00 malam itu, mangsa, Chang Wing Khoon, 58, meninggal dunia di tempat kejadian setelah kereta Toyota Hilux milik syarikatnya yang diparkir bergerak sendiri sebelum merempuh mangsa dari arah belakang.

Difahamkan mangsa cuba membuka pintu zink, ketika turun, dia lupa untuk menarik brek tangan sehingga tidak sedar kereta itu bergerak dan merempuhnya di hadapan menyebabkan mangsa tidak sempat untuk berbuat apa-apa.

Wing Khoon yang bekerja sebagai pengurus projek ditemui orang awam dalam keadaan warna kulit menjadi lebam akibat dihempap bahagian hadapan kenderaan berkenaan.

Isterinya yang ditemui di tempat kejadian, Wong Chee Yeng, 57, berkata, dia masih tidak percaya kejadian tragis yang menimpa suaminya ketika tiba di lokasi kejadian pada jam 2 pagi.

"Saya cuba hubungi dia sejak jam 7 malam tetapi tiada jawapan kerana selalunya jam 6.30 dia akan pulang untuk makan malam bersama keluarga sehinggalah saya diberitahu tentang kejadian ini," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah, Superitendan Ahmad Termizi Abd Haq berkata, berdasarkan laporan bedah siasat, kematian mangsa disebabkan oleh patah tulang belakang dan pendarahan dalaman.

"Mangsa tidak sedar kereta itu bergerak mungkin disebabkan faktor muka bumi lalu menghempap mangsa sehingga terperosok dalam longkang berhampiran.

"Kes ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut," katanya

Sinar Harian

Dirempuh ketika melintas

Posted: 26 Jun 2012 08:12 PM PDT

7 Syaaban 1433H. [MOD] -

TOK DOR - Seorang penunggang motosikal maut serta merta apabila motosikal yang ditungganginya dirempuh sebuah kenderaan dalam satu kejadian langgar lari di Kilometer 95 Jalan Kuala Terengganu-Jerteh dekat Kampung Tok Dor di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi tadi, mangsa, Poh Chian Wei, 27, berasal dari Kampung Renek yang terletak tidak jauh dari tempat kejadian mati akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria ketika dihubungi berkata, mangsa yang menunggang motosikal dari arah Kuala Terengganu telah memberhentikan motosikalnya di sebelah kanan jalan dan berjalan kaki melintas ke kiri jalan.

Menurutnya, pada masa sama tiba-tiba datang sebuah kereta dipercayai jenis Proton Saga dari arah Jerteh ke Kuala Terengganu telah melanggar mangsa menyebabkannya tercampak sejauh lima meter ke sebelah kanan jalan dan mati di tempat kejadian.

"Mangsa seorang mekanik kenderaan secara bergerak dan dipercayai telah melintas jalan untuk bertemu seorang rakannya di sebuah bengkel membaiki kenderaan yang terletak di sebelah kiri jalan," katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Bilik Mayat, Hospital Besut untuk bedah siasat.

Mangsa juga telah memeluk Islam dan berkahwin dengan wanita Melayu dari Kampung Guntung, Permaisuri Setiu.

Sementara itu, polis telah memperoleh identiti kereta yang melanggar mangsa berdasarkan beberapa serpihan kereta yang berada di tempat kejadian.

Sinar Harian

Warga Singapura dijel miliki 5kg dadah

Posted: 26 Jun 2012 08:11 PM PDT

7 Syaaban 1433H. [MOD] -

IPOH – Seorang lelaki warga Singapura dijatuhkan hukuman penjara lima tahun dan denda RM40,000 oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam , selepas didapati bersalah memiliki 5.964 kilogram dadah jenis Eramin 5, dua tahun lalu.

Tertuduh, Tan Cheok Kwee didapati bersalah kerana memiliki dadah berkenaan yang ditemui di gudang miliknya di Laluan Kangsar 7, off Jalan Kuala Kangsar, kira-kira jam 3.30 petang pada 19 Ogos 2010.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Cheok Kwee ditahan di Air Itam, Johor selepas siasatan mendapati dia terlibat dengan kontena berisi sejumlah 1,015,500 pil Eramin 5 dari China yang berlabuh di Pelabuhan Klang, 15 Ogos 2010.

Hakim Datuk Zainal Adzam Abd Ghani membuat keputusan itu setelah mendapati tertuduh memiliki dadah pada jumlah yang banyak.

"Siasatan jelas mendapati, barang bukti ditemui tersembunyi dalam gudang berkenaan selain dibungkus rapi dengan longgokan pakaian," katanya.

Tertuduh dikehendaki menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh dia ditahan.

Sebelum itu, peguam bela tertuduh, Datuk Naran Singh berkata, anak guamnya bersedia menjalani hukuman mengikut Seksyen 12 (3) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dijatuhkan hukuman maksimum lima tahun penjara dan denda sehingga RM100,000.

"Anak guam saya memberi kerjasama baik kepada siasatan kes malah, mengaku bersalah atas tuduhan yang dikenakan sekali gus membantu menjimatkan tempoh perbicaraan," katanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Aiza Khairuddin mahu mahkamah membuat keputusan sewajarnya terhadap tertuduh kerana ia melibatkan jumlah kuantiti dadah yang banyak.

Sinar Harian

Mati selepas 4 hari dibakar kekasih

Posted: 26 Jun 2012 08:08 PM PDT

7 Syaaban 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Wanita yang melecur 90 peratus tubuhnya selepas dipercayai dibakar teman lelakinya dalam pertengkaran di rumah mangsa di Taman Segar, Cheras di sini, Jumaat lalu, meninggal dunia, tengah hari semalam.

Mangsa berusia 23 tahun yang cedera teruk dan melecur seluruh badan selepas disimbah petrol sebelum dibakar, meninggal dunia jam 12.50 tengah hari semalam, empat hari selepas dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di sini.

Sehubungan itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa, mengesahkan kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

"Sebelum ini kita siasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh. Namun, berikutan kematian mangsa, kes kini disiasat mengikut Seksyen 302.

"Berdasarkan siasatan polis, kejadian itu bukan berlaku secara tidak sengaja, tetapi suspek mempunyai niat (membakar mangsa)," katanya, semalam.

Khairi berkata, teman lelaki mangsa berusia 35 tahun yang turut melecur di tangan dalam kejadian itu direman hingga Sabtu ini bagi membantu siasatan.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, mangsa dikatakan disimbah petrol sebelum dibakar oleh teman lelakinya selepas mereka bertengkar dipercayai berpunca masalah cinta menyebabkan wanita terbabit melecur 90 peratus bahagian badan.

Mangsa dikejarkan ke HUKM untuk rawatan oleh jirannya yang terdengar wanita itu menjerit meminta tolong.

metro/-

Umno-BN Patut Ukur Baju Di Badan Sendiri

Posted: 26 Jun 2012 08:05 PM PDT

7 Syaaban 1433H. [MOD] -

Umno-BN yang sebenarnya "tidak membayar hutang, tidak menepati janji dan tidak kenang budi" seperti kata pemimpin agungnya Datuk Seri Najib Razak.

Pemimpin Pakatan Rakyat berpendapat ketiga-tiga ciri di atas yang cuba dikaitkan dengan Pakatan oleh Najib, yang juga Perdana Menteri, sebenarnya mencerminkan cara pentadbiran Umno-BN.

MP Bukit Mertajam, Chong Eng, berkata, kerajaan Pulau Pinang Pakatan telah membawa banyak perubahan termasuk membayar semula hutang lama kerajaan Umno-BN kepada kerajaan pusat.

"Umno-BN sebenarnya yang lupa kepada jasa rakyat. Saya rasa PM dan BN masih tidak tahu rakyat mahu berubah kerana kerajaan BN tidak melakukan kerja-kerja mereka dengan baik," katanya.

Minggu lalu, Najib di dalam ucapannya di Kuala Langat, menyatakan tiga nilai buruk Pakatan yang boleh menghakis keharmonian dan menjejaskan pembangunan negara.

Tiga nilai buruk yang disebut adalah "janji tidak ditepati, budi tidak dihargai dan hutang tidak dibayar".

Manakala MP Machang, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata Umno-BN yang sebenarnya tidak menghormati asas kenegaraan.

Katanya, hubungan kerajaan negeri dan persekutuan menjadi kucar kacir angkara Umno-BN menarik hak negeri selain menyekat peruntukkan pembangunan kepada negeri.

Tegas Saifuddin, Najib sepatutnya bersifat jujur dan menyatakan apa terjadi kepada hutang yang tidak dibayar oleh kroni Umno-BN.

"Yang mewujudkan budaya berhutang dan tidak membayar semula hutang adalah amalan Umno-BN," jelas beliau yang juga,

setiausaha agung PKR.

MP Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar pula berkata, rakyat kini mula merasakan keselesaan dibawah negeri-negeri pentadbiran Pakatan walaupun ia memerintah selama satu penggal.

Katanya, perubahan yang dibawa oleh PR meskipun melalui program bantuan kecil kepada rakyat masih tidak mampu dilaksanakan oleh kerajaan Umno-BN walaupun telah memerintah lebih 50 tahun.

"Pakatan Rakyat bukan bercakap mengenai soal bila kita memerintah tetapi kita telah membuktikan janji tersebut apabila kita telah memerintah," kata Mahfuz yang juga Naib Presiden Pas.

"Najib masih beranggapan bahawa masyarakat yang kuno dan tidak punya pengetahuan sedangkan jurang maklumat yang besar telah dinikmati rakyat untuk mendapatkan informasi," katanya.

selangorku/-

Parah dilibas penyamun

Posted: 26 Jun 2012 08:03 PM PDT

7 Syaaban 1433H. [MOD] -

PARAH...Suraya menunjukkan kecederaan yang dialami Rokiah.

ARAU: Seorang warga emas menerima 14 jahitan di kepala selepas ditetak dengan senjata tajam dipercayai pedang oleh penjenayah, hanya kerana ingin menyamun seutas gelang emas bernilai RM2,000.

Kejadian berlaku di Kampung Felda Chuping, di sini, ketika mangsa, Rokiah Sirun, 78, sedang memberi makanan kepada kucing di belakang rumahnya pada kira-kira jam 8 malam, Jumaat lalu.

"Saya langsung tidak sedar dia datang dari belakang dan melibas pedang ke kepala saya. Tiba-tiba saya rasa sakit dan basah di belakang kepala sebelum rebah," kata Rokiah.

Akibat mukanya jatuh tersembam ke atas batu, wanita itu turut menerima tiga jahitan di dahi.

Rokiah berkata, selepas meragut gelang emas bernilai RM2,000 yang dipakainya, suspek melarikan diri kerana menyangka dia sudah mati berikutan berlumuran darah di kepala.

metro/-

Jambatan tercanggih selepas 54 tahun Umno BN memerintah

Posted: 26 Jun 2012 07:53 PM PDT

7 Syaaban 1433H. [MOD] -

TEMERLOH - Seramai 500 penduduk Kampung Mambang Berulang dan Sungai Dingin, dekat sini berhadapan risiko kemalangan berikutan jambatan gantung yang digunakan bagi menghubungkan kampung berkenaan dengan bandar Mentakab kerap mengalami kerosakan.

"Negara kita telah merdeka 54 tahun dan jambatan sepanjang 200 meter itu tidak lagi sesuai digunakan zaman sekarang. Tambahan pula, jambatan itu sudah uzur dan mengalami banyak kerosakan...

N'N:Tranformasi???

Harakah Daily

Subhanallah...Sujud syukur di lebuhraya

Posted: 26 Jun 2012 07:52 PM PDT

7 Syaaban 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Sebaik menerima berita kemenangan Dr. Mohamed Mursi (Presiden baru Mesir), mereka memberhentikan kereta lantas sujud tanda syukur di atas anugerah Allah.

Menurut seorang Imam yang baru pulang dari Mesir, beliau melihat dengan mata kepala sendiri bagaimana lebuhraya yang beliau lalui dari ibu kota ke lapangan terbang Kaherah penuh dengan kereta berhenti.

Dan mereka berhenti bukan untuk membuang air kecil tetapi sujud syukur atas pengesahan kemenangan Dr Mohamed Morsi sebagai Presiden baru Mesir.

"Ikhwanul Muslimin menang pilihan raya ini selepas 40 tahun berdakwah untuk menyedarkan rakyat Mesir kepentingan politik dalam Islam," kata beliau kepada Harakahdaily.

Imam ini meninggalkan rumahnya kira-kira jam 1 tengahari menuju lapangan terbang walaupun penerbangannya dari Kaherah ke Kuala Lumpur hanya pada jam 11 malam.

"Namun kerana bimbang jalan jam, saya keluar awal. Bila sampai tengah jalan dalam jam 3.15 waktu Mesir, saya lihat banyak kereta berhenti dan penumpang serta pemandunya sujud di atas jalan raya itu.

"Barulah saya sedar, mereka membuat sujud syukur atas kemenangan Dr Mursi secara rasmi," katanya

Dr Mursi diumumkan menang pilihan raya presiden Mesir kira-kira jam 10.30 malam waktu Malaysia Ahad lepas.

Kemenangan beliau diisytiharkan secara rasmi selepas seminggu pilihan raya itu selesai.

Kira-kira sejuta penyokong beliau berkumpul di Dataran Tahrir berkumpul bagi memastikan Suruhanjaya Pilihan Raya Mesir mengumumkan Morsi sebagai pemenang kerana kiraan yang dibuat oleh Ikhwan sudah menunjukkan Morsi menang.

Harakah Daily

Curi kelapa, 2 sahabat dihukum 3 bulan kerja masyarakat

Posted: 26 Jun 2012 07:47 PM PDT

7 Syaaban 1433H. [MOD] -

AYER KEROH - Hanya kerana mencuri kelapa, dua sahabat diarah melakukan kerja khidmat masyarakat empat jam setiap hari selama tiga bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini, semalam.

Majistret Ida Rahayu Sharif menjatuhkan hukuman Perintah Kehadiran Wajib (PKW) itu terhadap tertuduh, Mohd Syafiq Shariffudin, 26, dan Mohd Shahfaril Hidir Zailan, 27, selepas kedua-duanya mengaku bersalah terhadap pertuduhan disabitkan ke atasnya.

Berdasarkan pertuduhan, keduaduanya dari Sungai Rambai didapati mencuri 45 biji kelapa yang diisi dalam guni bernilai RM250 milik Tajuddin Hassan, 71, di kebun kelapa Kampung Air Tawar, Sungai Rambai, Jasin kira-kira 2.30 petang, 16 Jun lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda.

Terdahulu, kedua-duanya memohon hukuman terhadap mereka diringankan, sementara Mohd Syafiq memberi alasan isterinya sakit dan perlu mendapatkan rawatan setiap bulan di Hospital Muar.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Badariah Yusof meminta mahkamah memberikan hukuman setimpal.

Mengikut fakta kes, ketika kejadian, pengadu iaitu Tajuddin menerima panggilan daripada anak saudaranya memaklumkan terdapat dua lelaki memasuki kebunnya sebelum mengopek
buah kelapa.

Tajuddin kemudian pergi ke kebun dan melihat dua tertuduh, lalu menghubungi polis sebelum polis tiba membuat serbuan.

Pemeriksaan lanjut mendapati 45 biji buah kelapa yang telah dikupas kulit di dalam guni putih dan sebuah beg sandang mengandungi sebilah parang pendek dan dua mata pisau pengupas kelapa

Sinar Harian

Ibu menangis lihat bilik terbakar

Posted: 26 Jun 2012 07:45 PM PDT

7 Syaaban 1433H. [MOD] -

SENAWANG – Seorang ibu tunggal hanya mampu mengalirkan air mata sebaik saja melihat sebuah bilik rumah yang didiami sejak 20 tahun lalu terbakar,kelmarin.

Kejadian berlaku di Taman Tuanku Najihah, dekat sini, kira-kira 8 malam apabila mangsa, N.Sharojadevi, 52, bersama anak perempuannya berusia 14 tahun tiada di rumah.

"Ketika itu, jiran yang juga merupakan saudara saya memberitahu rumah saya terbakar.

"Saya bersama anak bergegas pulang untuk menyelamatkan barang-barang. Bagaimanapun, ketika sampai di hadapan rumah, bomba sudah tiba dan api kebakaran sudah dipadamkan," katanya kepada pemberita, di sini, semalam.

Sharojadevi bagaimanapun bersyukur kerana jirannya bersikap prihatin membantu memadam kebakaran yang melibatkan hampir keseluruhan biliknya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rahang, Zakaria Amat berkata, bomba menerima panggilan kecemasan kira-kira 8.15 malam.

"Sebuah jentera membabitkan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Rahang dikejarkan ke tempat kejadian," katanya

Sinar Harian

Idris Ahmad

Posted: 26 Jun 2012 11:44 PM PDT

Idris Ahmad


Tarbiah Harakiah Menjana Kemenangan PRU 13

Posted: 26 Jun 2012 02:42 AM PDT

Tarbiah Harakiah Menjana Kemenangan PRU 13

Idris Haji Ahmad
Pengarah Jabatan Tarbiah 
21/6/12

Sebagai sebuah sebuah Harakah Islamiah dan gerakan politik, Pas  bergerak dijaluran dakwah dan politik yang dibenarkan oleh Perlembagaan negara. Inilah satu keunikan Pas di negara ini yang bergerak sebagai sebuah  gerakan Islam dan gerakan politik di negara ini. Sekiranya Pas hanya bergerak sebagai sebuah parti poliitk sahaja maka sudah lama Pas tersungkur di pertengahan jalan, sebagai nasib parti-parti politik pembangkang di negara ini. Namun alhamdulilah Pas mampu bergerak dan menjadi pencabar utama kepada Umno di negara ini terutamanya. Walaupun Pas belum lagi mendapat kuasa di peringkat  pusat, namun ia telah berjaya melakarkan politik yang ternama di negara ini.

Satu kelebihan yang ada kepada Pas ialah ketika Pas menggerakkan tenaga parti ia hanya berbekalkan tarbiah kepada ahlinya. Mereka bekerja tanpa diupah dan dipaksa. Bekerja atas kerelaan hasil lonjakan iman yang membara di dada.

Pengertian Tarbiah Harakiah

Tarbiah harakiah bererti tarbiah  yang menjuruskan kepada pembinaan peribadi dan jamaah. ia bukan sekadar untuk menjadi fardu Muslim (individu Muslim) yang baik malahan ia menjadi mujtamak muslim ( masyarakat Muslim). Tidak dinamakan Tarbiah Harakiah jika hanya untuk memperbaiki dirinya sedangkan masyarakat sekeliling berada di dalam kefasadan. Tarbiah  harakiah mengharungi dan mempengaruhi semua manusia dengan fikrah dan dakwahnya, sekalipun mereka terdiri daripada berbagai latar belakang. Apabila mereka ini bersama dengan kita maka di sini berlakulah proses pembinaan mereka dalam jamaah

Kepentingan Tarbiah Harakiah

@Tarbiah Harakiah akan melahirkan ahli yang mengutamakan jamaah dan perjuangan berbanding dengan kepentingan peribadi. 

@Tarbiah Harakiah melatih individu yang kental supaya dapat berhadapan dengan berbagai tribulasi dan mehnah 

@Ia berusaha untuk membawa manusia mengenal Allah dan sistemnya yang lengkap
 
@ Ia akan melahirkan rijaluddakwah (lelaki dakwah) supaya jamaah kaya dengan petugas untuk menarik manusia lain bersama dengan kita . Sekiranya kita mampu melahirkan petugas yang bekerja kearah ini maka untuk melihat suasana Islam akan dapat dijelmakan dalam masyarakat. Sebaliknya kalau kita miskin dan faqir orang yang berkerja kearah itu maka kita sukar untuk menggerakkan parti dan jentera.

Oleh kerana kerja pilihanraya memerlukan kemampuan dan semangat yang waja, kerana kerja ini memerlukan beberapa pra syarat untuk Berjaya.  Nature pilihanraya memerlukan beberapa perkara asas,  jentera, tenaga, strategi dan bantuan Allah SWT

@ Jentera
 
Pilihanraya memerlukan kepada jentera parti yang kemas daripada Peringkat Pusat hingga kepada lokaliti (kampung). Ini adalah perkara asas di dalam gerak kerja parti. Walau pun kadang-kadang berlaku tsunami politik dan faktor penolak, ketika itu tidak perlu lagi kepada panduan bilik gerakan dan cula. Faktor ini hanya kadang- kadang bukan kebiasaan. Walaubagaimana pun teras kepada kejayaan masih lagi faktor jentera. Kerana jenteralah yang akan berusaha untuk mengubah persepsi pengundi. Menjadi kelaziman di dalam satu lokaliti yang terdapat 100 pengundi, yang menjadi pengundi tegar antara Pas dan Umno hanya 40 orang, sedangkan 60 lagi mereka yang berada di atas pagar. Goloangan inilah yang perlu diubah untuk beralih sokongan kepada Pas. Jikalau Pas lemah dari segi jentera macam mana ia boleh untuk menarik sokongan.

 @ Strategi

Pilihanraya ialah seni dan strategi untuk menguasai pengundi. Sebagai sebuah Parti Islam yang berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah, Ijamak dan Qias, kita tidak pernah lari daripada asas ini. Walaupun matlamat kita hendak menang,  strategi yang kita atur masih tidak lari daripada perkara tersebut. Segala permasalahan hukum dan strategi mesti diluluskan oleh Majlis Syura Ulamak yang bertindak sebagai Lembaga Penapis. Contohnya ijtihad politik seperti Tahalluf Siasi dan penubuhan Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP). Pas bertahalluf siasi kerana hendak menentang perkara zalim dan memperjuangkan maslahah umum tanpa mengorbankan prinsip Islam.

Pas berdalilkan dengan apa yang pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW mengiktiraf Half al-Fudul yang berlaku pada zaman jahiliah apabila terbentuk satu persefahaman menentang kezaliman. Perkara ini terjadi  setelah seorang lelaki dai kabilah Zubaid dizalimi oleh Aas bin Wail, lalu dia minta pertolomgan. Tidak ada siapa yang sanggup menolongnya, lalu beberapa orang daripada bangsawan Makkah yang bersimpai degannya telah mengadakan persefahaman di rumah Abdullah bin Juod’an untuk menentang kezaliman tersebut. Berhubung dengan peristiwa ini Rasulullah SAW telah bersabda Bermaksud
” Sesungguhnya aku telah menyaksikan Hilfu al-Fudhul di rumah Abdullah bin Jud’an satu pakatan yang amat aku sukai kepadanya seperti sayang kepada unta merah ( barang yang sangat berharga), kalau aku diajak kepadanya di zaman Islam nescaya aku menyahutinya”

Setakat hari ini tidak ada yang rugi apabila Pas bertahaluf. Mereka yang jahil Feqh Politik  sahaja yang mengatakan Pas sudah tergelincir. Mereka hendak menyamakan Pas dengan Umno yang berkawan dengan MCA, MIC (BN). Sedangkan Pas di dalam Pakatan Rakyat bertahaluf tidak menggadaikan Islam, sedangkan Umno bersama rakan bukan Islam gagal untuk memberi kefahaman kepada orang bukan Islam. Boleh dikatakan setiap hari pemimpin MCA menghina Islam, Umno membisu. Ini adalah petanda aras Umno merestui tindakan MCA yang biadab dengan Islam. Semua orang menilai antara ucapan dua pemimpin bukan Islam di dalam satu forum yang diadakan pada 18 feb 2012.
Presiden MCA Datuk Seri  Chua Soi Lek dengan bangga mengatakan “Kita orang cina.berani menentang-menentang dan melawan  Umno terutama dalam bab hudud, adakah DAP berani dalam hal ini…?. Ini pula jawapan YAB Lim Guan Eng. “Kita orang DAP tidak boleh menghalang kepercayaan orang Islam dalam hal Agama mereka, begitu juga orang Pas tidak pernah menghalang dalam bab agama kita”. 

@Tawakkal dan Nusrah Daripada Allah

Setelah berusaha dan melaksanakan dengan sebaik mungkin, kemudian penyerahan diri kepada Allah SWT adalah perkara kemuncak dalam gerak kerja pilihanraya. Maksud Firman Allah SWT “Apabila kamu berusaha , maka Tawakkal kepada Allah SWT”

Unsur-Unsur Tarbiah Harakiah

@ Kefahaman yang mendalam kepada perjuangan
@Manhaj yang tersusun
@Pemimpin yang berkualiti
@Persekitaran yan baik
@Ahli yang istiqamah
@Organisasi yang kukuh
@Program yang teratur
@Wala dan Taat
@Syura

Ciri-Ciri Petugas PRU Haraki 

@Sentiasa wala dan taat
@Berilmu
@Bertawakkal kepada Allah SWT
@Beriman bahawa kerja adalah ibadah dan menjadi amal soleh
@Bersedia untuk menerima ilmu-ilmu baru dalam gerak kerja pilihanraya
@Bersedia menerima arahan
@Berwawasan 
@Multazim dengan akhlak Islam
@Thabat
@Amanah
@Sabar ketika menjalankan tugas
@Berkemahuan
@Mencari kerja bukan hanya tunggu kerja
@Optimis
@Yakin pembalasan Allah SWT
@Tidak ada rasa kecewa.
@Banyak bertindak daripada bercakap
@Elak bertengkar
@Meraikan kelemahan sahabat dan tampung kekurangannya
@Bijak memilih mana keutamaan, yakni penting perlu disegerakan, penting tidak perlu disegerakan.

Program Tarbiah Untuk Petugas Pilihanraya

@Usrah bincang tajuk jihad, uslub dakwah, wala, kerahsiaan
@Tamrin tajuk pengisian “Kerja Pilihanraya Satu Jihad”, “Pendekatan Dan Strategi Pilihanraya”, “Tahalluf Siasi”
@Al-Quran wajib dibaca walaupun sibuk
@Solat hajat cara fardiah atau jamaah
@Zikir dan doa mathur
@Qiamullail kerana ini adalah masa yang paling terbaik untuk bermunajat

Kesimpulan
Walaupun kita hendak menghadapi pilihanraya, masalah tarbiah jangan dikesampingkan


Filed under: Agama, Pilihanraya

Najib bimbang rakyat hanya makan umpan

Posted: 26 Jun 2012 02:36 AM PDT

Najib bimbang rakyat hanya makan umpan

Idris Ahmad,
26 Jun 2012
Datuk Seri Najib Tun Razak masih takut mengumumkan tarikh Pilihan raya Umum ke-13 kerana tidak yakin dengan sokongan rakyat terhadap kepimpinan beliau.
 
Walaupun banyak gula-gula telah ditabur sehingga kemanisan melebihi paras bahaya, namun beliau masih tidak yakin dengan sokongan kepada rakyat.
 
Berbagai-bagai segmen pengundi cuba ditarik oleh beliau melalui janji manis dan slogan transformasi namun graf sokongan masih tidak berpihak kepada BN.
 
Terbaru beliau mengumumkan untuk menghapuskan monopoli lesen teksi oleh syarikat swasta kepada individu di perhimpunan Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma) pada 24 Jun 2012. Di dalam program tersebut 66,000 pemandu teksi akan mendapat baucar tayar bernilai RM520 untuk empat biji tayar.
 
Alhamdulillah sekarang baru Najib sedar bahawa pemandu teksi menjadi hamba kepada kroni-kroni BN selama ini.
 
Nasib baiklah BN lemah dan Pakatan Rakyat semakin kuat barulah pemimpin Umno sedar selama ini dasar mereka memang menindas pemandu teksi.
 
Sebelumnya kerajaan telah memberi peruntukan BR1M sebanyak RM1.92 bilion kepada 3.8 juta isi rumah atau 59 peratus daripada jumlah keseluruhan isi rumah negara.
 
Baucer setiap pelajar sekolah rendah dan menengah RM100 dan untuk pelajar universiti RM200. Pasukan keselamatan yang berkhidmat sebelum merdeka pun dapat RM3,000 walaupun mereka sudah meninggal dunia.
 
Tidak cukup dengan duit diberi supaya mereka ini memberi sokongan kepada BN, maka diadakan pula perhimpunan 100,000 di Bukit Jalil dan Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya untuk menunjukkan kekuatan  bahawa pengundi bersama BN.
 
Namun begitu Najib masih tidak yakin, kerana beliau tahu mereka yang datang bukan dengan sukarela, berbanding dengan himpunan Bersih 3.0 dan Himpunan Hijau Ke Putrajaya di Kedah.
 
Beliau juga khuatir pengundi hari ini hanya makan umpan, tidak lagi makan mata kail. Najib bernasib malang ketika memimpin PRU13 menghadapi pengundi yang celik maklumat dan rakyat semakin cerdik.
 
Najib yang memang terkenal sebagai orang yang suka menggula-gulakan rakyat dengan berbagai slogan dan janji kebendaan. Inilah tabiat beliau yang memang daripada muda sampai sekarang.

 


Filed under: Pilihanraya, Politik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan