Isnin, 25 Jun 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS TAMBUN

Posted: 25 Jun 2012 01:37 AM PDT

PAS TAMBUN


Peranan Amanah Amat Penting kepada Pimpinan Gerakan Islam

Posted: 24 Jun 2012 09:43 AM PDT


Dr YDP Menyerahkan cek sumbangan ahli sebanyak RM5000 kepada bendahari kawasan Tambun


GreenBoy: Pimpinan Gerakan Islam hanya layak kepada pimpinan yang Amanah dan bertanggungjawab terhadap jemaahnya .. (sekadar gambar hiasan)

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 25 Jun 2012 01:05 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Anak dakwa FGVH menipu dalam prospektus

Posted: 25 Jun 2012 12:59 AM PDT

5 Syaaban 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman mendakwa wujud penipuan dalam prospektus Felda Global Ventures Holding (FGVH).

Dalam prospektus itu menurut Mazlan, FGVH menyenaraikan tanah-tanah kerajaan negeri yang sebenarnya tidak pernah diserah kepada FGVH termasuk di Kelantan Perak dan Johor.

"Saya ditunjukkan surat permohonan oleh Tan Sri Isa Samad untuk mendapatkan tanah-tanah itu tetapi Menteri Besar Kelantan (Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) telah menolak.

"Dah ditolak kenapa masih masukkan dalam prospektus ini, tidak relevan sama sekali," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Pejabat Agung PAS di sini hari ini.

Dalam pada itu Mazlan juga mendakwa FGVH turut mencagarkan tanah berpeneroka termasuk 18,000 hektar di Negeri Sembilan yang belum mendapat hak milik.

Bagaimanapun maklumat lanjut berkaitan perkara itu akan didedahkan kemudian selepas mandapat maklumat terperinci mengenai tanah tersebut.

Beliau juga memberitahu bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi akan dijemput untuk turut serta mengetuai 'Himpunan Oren Selamatkan Felda' pada 14 Julai ini.

Selain Abdullah, bekas timbalan perdana menteri iaitu Tun Musa Hitam dan bekas Menteri Kewangan Tengku Raleigh Hamzah.

"Kita akan jumpa dengan semua tokoh-tokoh ini dalam masa terdekat dan hantar jemputan dengan tangan.

"Kita percaya mereka-mereka ini akan bersama kita dalam isu ini," katanya.

Menurut Mazlan, jemputan terhadap Tun Abdullah adalah kerana bekas perdana menteri itu pernah membatalkan hasrat penyenaraian Felda Holding yang dicadang Tun Dr Mahathir pada tahun 2004.

"Penyenaraian ketika itu dicadangkan Tun Mahathir, tapi bila Tun Abdullah jadi perdana menteri pada 2004, dia telah membatalkan cadangan tersebut," kata Mazlan yang juga AJK PAS Pusat.

Tengku Razaleigh dan Tun Musa Hitam pula menurut Mazlan adalah antara pemimpin negara yang terlibat secara langsung dalam penubuhan agensi berkepentingan orang Melayu seperti Felda, Mara dan Uda.

Selain tokoh-tokoh itu, turut akan dijemput, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, penasihat DAP Lim Kit Siang, Sasterawan Negara Datuk A.Samad Said, anak Tun Ghafar Baba, Tamrin Ghafar dan beberapa tokoh lain.

"Ini bukan isu PAS atau Anak, ini isu masa depan tanah orang Melayu.

"Belum terlambat beliau (Tun Abdullah) untuk menasihati Najib mempertimbangkan semula," katanya.

Sementara itu, Himpunan Oren mensasarkan 20,000 penyertaan.

Mereka dijadual berarak dari Masjid Wilayah Jalan Duta ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dijangka akan turun sendiri mengepalai himpunan ini.

Harakah Daily

Kemenangan Ikhwan guna teknologi 1,400 tahun lalu

Posted: 25 Jun 2012 12:58 AM PDT

5 Syaaban 1433H. [MOD] -

Kita renungi bagaimana bermulanya perjuangan Ikhwan Muslimin yang diasaskan oleh Syeikh Hasan al-Banna di Mesir. Dalam keadaan ekonomi umat Islam pada masa itu yang amat menyedihkan, ditambah pula dengan kemiskinan yang merata, maksiat serta jenayah yang berleluasa, dan amalan Islam pula difokuskan kepada beberapa juzuk ibadah sedangkan tiada usaha yang serius untuk membebaskan umat Islam daripada gejala tersebut. Jika ada yang beramal dengan Islam sekalipun, mereka dilihat sebagai kelompok yang terpencil, dipandang rendah dan hina.

Tambahan pula, gerakan Kristian yang menular di kalangan umat Islam menjadikan Syeikh Hasan al-Banna mengambil peranan untuk melakukan perubahan besar dengan menubuhkan Ikhwan Muslimin. Tujuannya adalah untuk menyedarkan umat Islam yang tertanggal diri mereka semangat jihad, dikerumuni musuh Islam dan ditimpa penyakit wahn, iaitu cinta dunia dan takutkan kematian. Perubahan masyarakat dalam Ikhwan bermula dengan perubahan individu yang ditarbiah untuk mengembalikan kesedaran mereka untuk berjihad, berusaha untuk melakukan perubahan positif dalam masyarakat.

Jika kita melihat antara prinsip perubahan yang diketengahkan oleh Ikhwan Muslimin ialah "As-Solah Qobla Al-Islah", iaitu memperbaiki diri sebelum memperbaiki masyarakat. Mereka yang mampu memperbaiki dirinya, maka ia mampu melakukan Islah iaitu memperbaiki masyarakat di sekelilingnya. Untuk memperbaiki ummah kata Naib Mursyid Am Ikhwan Muslimin, Syeikh Jum'ah Amin, seseorang perlu menjadi abid dahulu, iaitu menghambakan diri kepada Allah subhanahu wataala dengan membanyakkan amal yang mendekatkan diri dengan Allah subhanahu wataala.

"Jadilah kamu hamba (Allah) sebelum kamu menjadi pemimpin (ummah)," pesan Syeikh Jum'ah Amin.

Ikhwan Muslimin mengambil pendekatan tarbiah rabbaniyyah dengan cara mendidik ahlinya supaya rapat dengan Allah subhanahu wataala dengan membaca al-Quran satu juzuk sehari, istighfar 100 kali sehari, qiyamullail minimum dua rakaat, berzikir secara ma'tsur supaya lidah basah dengan mengingati dan mendekatkan diri kepada Allah subhanahu wataala. Mengambil kata-kata hikmah Saiyidina Abu Bakar radiallahuanhu kepada tentera Islam tentang rahsia kemenangan ke atas musuh iaitu "Sesungguhnya kamu tidak akan dapat kemenangan selagi mana kamu tidak dekat dengan Allah."

Usaha-usaha yang pernah dilakukan oleh Syeikh Hassan Al-Banna dalam membangunkan masyarakat antaranya dengan mengkaji cabaran, halangan dan masalah yang membelenggu ummah, mengkaji pengajaran sejarah Islam dan umat terdahulu dan mengkaji sejarah dan pengajaran gerakan kebangkitan di seluruh dunia. Al-Banna turut membahagikan masyarakat kepada empat golongan dengan pendekatan dakwah yang berbeza iaitu golongan yang percaya kepada kebenaran, golongan oportunis, golongan yang teragak-agak dan golongan yang menentang.

Kemenangan Presiden baru Mesir, Dr Mohammed Morsi yang mewakili Ikhwan Muslimin menjadi topik yang hangat di bicarakan seluruh dunia termasuk gerakan Islam di Malaysia. Kemenangan yang diperoleh Ikhwan Muslimin setelah 83 tahun memperjuangkannya perlu menjadi pencetus semangat buat seluruh gerakan Islam dunia yang lainnya.

Di sebalik kemenangan Ikhwan Muslimin, kita melihat kemenangan itu bukan diraih hanya disebabkan kepakaran strategi politik semata-mata, tetapi pimpinan serta ahlinya sangat pemurah masanya dengan Allah subhanahu wataala dalam perjuangan mereka. Melihat kepada anggota Majlis Parlimen Mesir sekarang terhimpun di dalamnya, lebih dari 140 orang hafal al-Quran. Lebih dari 100 orang hafal dan menguasai 10,000 hadis. Lebih dari 180 orang hafal separuh al-Quran. Lebih dari 170 orang bergelar doktor pakar dari pelbagai bidang dan disiplin ilmu. Lebih dari 50 orang tidak memiliki kereta peribadi. Lebih dari 350 orang adalah bekas tahanan politik berkisar 6-10 tahun penjara dan 4 orang wanita yang bertudung kemas.

Jadi, apakah kekuatan atau teknologi yang Ikhwan Muslimin gunakan? Coretan sejarah Salahudin al-Ayubi juga memilih mereka yang bangun malam sebagai barisan mujahidin paling hadapan untuk menggempur musuh? Ataupun sehingga Umar Abd Aziz berkata, " Bagaimana mata ini dapat tertutup rapat dan tenteram sedangkan ia tak tahu di mana kelak ia akan kembali di antara dua tempat.." Teknologi ini telah wujud 1400 tahun yang lalu dan telah pun dibuktikan kemampuannya untuk menghasilkan superhuman yang mantap dari kaca mata Islam. Teknologi yang dimaksudkan ialah qiamullail.

Tahniah saya ucapkan di atas kemenangan calon Ikhwan Muslimin yang bertanding untuk Pilihanraya Presiden di Mesir. Semoga kemenangan Islam akan hadir di bumi Malaysia dengan kemenangan Parti Islam pada PRU-13 akan datang.

"Allah subhanahu wataala memberi rezeki kepada semua hambanya, tetapi Allah tidak memberi agama ini (untuk diperjuangkan) kepada sesiapa yang tidak dicintai-Nya."

Harakah Daily

Umno khianati Melayu sejak sebelum merdeka

Posted: 25 Jun 2012 12:52 AM PDT

5 Syaaban 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU: Apa yang sering dibangkitkan pemimpin Umno setiap kali menjelang pilihan raya umum, orang Melayu dan Islam kononnya berada dalam keadaan terancam.

Bagi mereka situasi itu tidak mungkin berlaku sekiranya Umno masih berkuasa.

"Walhal Umno sudah tidak berupaya menjaga kepentingan orang Melayu. Jumlah orang Melayu murtad seperti pernah disebut Mufti Perak mencecah 250,000. Ini satu jumlah yang menggerunkan.

"Sejarah pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu sebenarnya bermula sebelum kemerdekaan apabila memenjarakan tokoh-tokoh awal pejuang kemerdekaan termasuk Dr Burhanuddin Helmy, Ustaz Abu Bakar Baqir dan ramai lagi.

"Umno memadamkan nama tokoh-tokoh pelopor kemerdekaan. Itulah pengkhianatan awal dilakukan Umno terhadap orang Melayu," kata anggota Exco kerajaan negeri Dr Mohamed Fadzli Hassan (gambar).

Bercakap pada Wacana Perdana di sini malam tadi katanya, kerajaan BN yang didominasi Umno tidak menambah jumlah kerusi di kawasan majoriti Melayu dan memecah populasi antara kaum.

Menurutnya kerusi Melayu sepatutnya ditambah sejak 1986 selaras dengan pertambahan jumlah penduduk.

Kelantan yang mempunyai 95 peratus orang Melayu tidak ditambah kerusi parlimen dan sejak PRU 2004.

Begitu juga Terengganu, Kedah dan Perlis tiada tambahan kerusi Parlimen dan Dun sejak 1986.

Kata beliau tujuan Umno tidak melakukan pertambahan kerusi di kawasan majoriti Melayu kerana dibimbangi dimenangi PAS, memandangkan senario politik orang Melayu pada 1999 tidak memihak kepada Umno.

Beliau juga meluahkan rasa hairan Umno pernah mendapat kerusi majoriti di Pulau Pinang, namun jawatan Ketua Menteri diserahkan kepada Gerakan.

Oleh itu Dr Fadzli mengajak orang-orang Melayu bersatu bersama wadah perjuangan Islam kerana PAS ada cara tersendiri menyelesaikan umat manusia.

Wacana Perdana siri ke-11 itu turut menampilkan mantan Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin, ulama muda Umno, Fathul Bari dan pensyarah Universiti Pertahanan Malaysia. Prof Madya Dr Ridhuan Tee Abdullah. Manakala Amin Idris bertindak sebagai moderator.

Harakah Daily

Nik Aziz mahu semua ahli PAS tunjukkan 'gah'

Posted: 24 Jun 2012 11:58 PM PDT

5 Syaaban 1433H. [MOD] -

BUTTERWORTH: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, ahli PAS kena tunjuk 'gah' terhadap kekuatan parti dengan menghadiri setiap Perhimpunan Hijau Ke Putrajaya supaya Umno yang mentadbir negara ini merasa gerun.

(Himpunan Hijau di Padang Datuk Ahmad Badawi, Butterworth)

Beliau yang berucap secara langsung dari pejabatnya di Kota Darul Naim, Kelantan dan disalurkan melalui layar besar ke sini menambah, kekuatan itu sepertimana yang diterjemahkan menerusi solat.

Di mana dalam bersolat umat Islam diajar berdiri tegak dan mengikut langkah yang dilakukan oleh Imam yang bertindak sebagai ketua dalam berorganisasi.

"Parti kita kena tunjuk kekuatan yang menyeluruh kepada musuh politik supaya mereka yang mempunyai kekuatan wang ringgit dan media rasa gundah gulana bila berhadapan dengan jentera kita nanti," jelasnya.

Serupa juga ketika umat Islam berada di Mekah tambahnya, betapa rapatnya saf tanpa mengira warna kulit atau bangsa asalkan Islam semua boleh duduk dan mengerjakan haji dengan sempurna.

"Itu merupakan lambang kekuatan yang kita sendiri bina," kata Tuan Guru Nik Aziz.

Untuk mengelak fahaman yang sengaja ditimbulkan oleh golongan tertentu dengan tujuan mengelirukan kefahaman Islam PAS yang ditubuhkan bersandarkan Al Quran dan Hadith mesti bertindak cepat menghalang fahaman itu daripada terus melekat di hati remaja Islam di Malaysia.

Jika sesiapa menolak Islam bermakna mereka menolak Allah s.w.t yang menciptakan dunia ini maka sebagai jentera Islam PAS mesti berhadapan dengan golongan yang menentang Islam secara jelas.

"Tidak kira apa bangsa mereka sekali pun. Cina Muslim, India muslim, Asli muslim asalkan mereka Islam wajid hadir ke perhimpunan tersebut bagi menunjukan kesatuan kita yang tinggi, " tambahnya.

Hendak harapkan Umno kata beliau, ia agak mustahil kerana parti itu tidak langsung berminat untuk meningkatkan syariat Islam sebaliknya apa yang dilakukan sekadar lakunan semata demi mendapat sokongan orang Islam.

Selain Tuan Guru Nik Aziz menyampaikan ucapan menerusi lintas langsung ke Padang Datuk Ahmad Badawi, Butterworth itu Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga berbuat demikian dari Mesir pada pukul 10.00 malam.

Harakah Daily

Malaysia didesak iktiraf Presiden baru Mesir

Posted: 24 Jun 2012 11:56 PM PDT

5 Syaaban 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendesak agar Kerajaan Malaysia segera mengiktiraf keputusan rakyat Mesir dan Dr Mohamed Morsi sebagai presiden baru negara itu.

"Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia merakamkan ucapan tahniah kepada rakyat Negara Mesir setelah dapat melalui satu proses sistem pilihanraya bagi menentukan pemerintah terbaru Mesir kini," ujar Pengerusi Lajnah Antarabangsa merangkap Naib Ketua DPPM, Dr Raja Ahmad Iskandar.

Katanya, sudah tentu Pilihan Raya Umum (PRU) Mesir mencerminkan keyakinan rakyat untuk menentukan pemerintah bagi meneruskan pentadbiran Mesir yang telah bergolak satu ketika dahulu.

Beliau juga panjangkan ucapan tahniah kepada calon Ikhwanul Muslimin, Dr Mohamed Morsi yang telah diisytiharkan secara rasmi memenangi pilihan raya Presiden Negara Mesir semalam.

"Bagi kami juga, kemenangan tersebut sebagai satu titik permulaan baru bagi melalui kenangan pahit yang telah berlaku di Negara Mesir," ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, dan adalah menjadi harapan DPPM ingin melihat Mesir kembali bagi mengukuhkan sistem demokrasi sedia ada.

Beliau berkata, dunia sewajarnya mengiktiraf dan menyokong keputusan pilihanaraya ini yang mengangkat Dr Morsi sebagai Presiden Mesir kini setelah melalui proses sistem demokrasi di sana.

Menurutnya, bibit-bibit campur tangan asing kini kedengaran terhadap keputusan rakyat ini dan sewajarnya perlulah dihentikan dengan segera.

"Kemenangan calon dari Ikhwanul Muslimin ini juga membuktikan rakyat Mesir sudah bosan dengan ketidakadilan dan kezaliman pemerintahan sebelum ini," ujarnya lagi.

Beliau menegaskan, Islam yang menjadi asas perjuangan Ikwanul Muslimin terbukti berjaya diterima oleh semua lapisan rakyat Mesir tanpa mengira agama dan warna kulit dan perlu dicontohi oleh semua negara termasuk Malaysia sendiri.

PDDM juga, katanya yakin rakyat Negara Mesir akan mendokong keputusan tersebut dan merealisasikan pemerintahan yang terbaik kelak.

"Kami juga mengharapkan Dr Morsi dapat menzahirkan kemenangan yang telah diperolehi untuk mengembalikan keamanan dan kesejahteraan rakyat di sana kelak.

"Kami juga yakin rakyat Malaysia amat bangga dengan rakyat Mesir kerana mampu keluar daripada kemelut yang lalu," katanya.

Harakah Daily

Rafizi letak jawatan tumpu tumbangkan Umno BN

Posted: 24 Jun 2012 11:56 PM PDT

5 Syaaban 1433H. [MOD] -

PETALING JAYA: Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli hari ini menegaskan perletakan jawatannya dalam kerajaan Selangor adalah tindakan biasa yang dilandaskan pada asas moral.
Ini, katanya kerana seorang ahli politik tidak wajar dibayar gaji dari wang rakyat apabila tumpuannya cenderung kepada aktiviti politik partinya.

Malah menurutnya keputusan itu telah lama dirancang demi menumpukan perhatiannya kepada usaha PKR dan Pakatan Rakyat untuk menumbangkan Umno Barisan Nasional.

"Saya telah mula menyatakan hasrat untuk menarik diri dari pentadbiran Kerajaan Selangor sejak bulan Oktober tahun lepas lagi semasa PKR mula menumpukan perhatian serius membongkarkan penyelewengan National Feedlot Corporation (NFC).

"Pembubaran Dewan Rakyat yang makin hampir dan keputusan ini akan memberi peluang saya untuk menumpukan kepada usaha merancang kempen PKR dan menyusun strategi hadapi pilihanraya," katanya.

Tambahnya, PKR adalah sebuah parti reformasi, budaya politik berbeza dan beliau cukup tidak selesa menerima gaji dari tabung rakyat apabila tumpuan lebih kepada kerja politik.

"Selain mahu menumpukan sepenuhnya kepada usaha menumbangkan Umno BN, saya juga mahu terus kekal dengan perjuangan reformasi yang memisahkan kerja politik dari dana rakyat.

"Rakyat akan dapat menghakimi sendiri putar belit Umno-BN ini apabia saya makin lantang membongkarkan rasuah dan penyelewengan mereka," sambungnya.

Rafizi menyatakan, beliau akan duduk berbincang dengan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Hussin bagi meneliti semula fail-fail penyelewengan yang berlaku di Selangor semasa pentadbiran Umno.

"Tindakan ini sebagai menyahut seruan pimpinan Umno agar saya membongkarkan penyelewengan yang berlaku di Selangor," ujarnya lagi.

Harakah Daily

Politik: Belum ada KSN macam Ali Hamsa

Posted: 24 Jun 2012 11:54 PM PDT

5 Syaaban 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: "Kenyataan media pertama Datuk Dr Ali Hamsa setelah dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara (KSN) amat dikesali dan dibantah," ujar Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras) Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar).

Katanya, kenyataan Ali untuk penjawat awam setia kepada kerajaan yang ada dan menolak janji pembangkang sudah menunjukkan bahawa beliau bukan orang yang tepat menjawat jawatan KSN.

"Belum pernah mana-mana KSN sebelum ini secara terang-terangan menyatakan sikap politik kepada penjawat awam dan meminta semua penjawat awam menyokong kerajaan yang ada dan menolak pembangkang," ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, Teras berpendirian jika KSN dipilih kerana sikap politik dan bukan atas merit professionalisme maka sendi kestabilan negara iaitu pentadbiran awam akan runtuh.

"Kami percaya beliau sepatutnya faham betul etika penjawat awam sebelum memegang jawatan KSN. Tidak faham atau sengaja tidak faham menggugurkan kelayakannya untuk dilantik sebagai KSN," ujarnya.

Beliau berkata, jika seorang ketua pentadbiran awam menggugurkan etika utama dalam pentadbiran awam iaitu bersikap neutral dan bertindak adil kepada semua rakyat di negara , maka dia tidak boleh memimpin jentera pentadbiran awam lagi.

Katanya, Teras membantah keras dan mengutuk jika pentadbiran awam dicemari oleh manipulasi politik tidak berertika yang boleh memporak-peranda pengurusan awam.

"Adakah hak beliau untuk menyatakan kakitangan awam mesti hanya menyokong kerajaan yang ada?" soalnya.

Beliau menambah, di manakah tercatat dalam Perintah Am bahawa penjawat awam mesti hanya menyokong kerajaan.

"Jika persoalan asas ini tidak diketahui kami berpendapat jawatan KSN tidak boleh diserah kepada beliau. Sebabnya jelas, jawatan tersebut tidak boleh diberi kepada orang yang didapati bias dari segi politik," katanya.

Ini, ujar beliau kesannya amat jauh kerana sistem pemisahan kuasa esksekutif, kehakiman dan legistatif dalam sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan akan runtuh kerana jentera kerajaan diketuai oleh KSN yang berkhidmat kepada parti politik bukan kepada rakyat.

"Teras menggesa Datuk Dr Ali Hamsa menarik balik kenyataan beliau jika rakyat mahu diyakini bahawa pentadbiran awam tidak berfungsi di bawah arahan parti politik," ujarnya.

Mohd Azmi berkata, rakyat tidak akan menghormati KSN jika beliau dilihat orang yang dilantik kerana kecenderungan parti politik.

Harakah Daily

Anak ajak Musa dan Pak Lah ke Himpunan Oren

Posted: 24 Jun 2012 11:52 PM PDT

5 Syaaban 1433H. [MOD] -

BUTTERWORTH: Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman akan menjemput mantan Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam dan Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad ke Perhimpunan Oren.

Ia bertujuan untuk bersama rakyat dalam perhimpunan yang akan di adakan di halaman Masjid Wilayah Persekutun, Jalan Duta pada 14 Julai nanti jam 2.00 petang.

Semua yang datang terutamanya golongan peneroka ke ala Perhimpunan Bersih hendaklah berpakaian oren iaitu warna rasmi Felda untuk menuju ke Istana Negara menyerahkan memorandum bantahan penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) di Bursa saham Malaysia.

Ketika berucap di Himpunan Hijau di Padang Haji Ahmad Badawi, Butterworth semalam, beliau memohon Yang Dipertua Agung sendiri masuk campur untuk menyelamatkan kedudukan peneroka hasil kerja kotor kepimpinan Barisan Nasional (BN).

"Buat masa ini pihak Anak sedang berusaha dengan pihak istana untuk melincinkan pertemuan tersebut. Kita harap ia berjalan dengan licin dan dapat bertemu Yang Dipertuan Agung untuk kami bercakap terus dengan baginda, " ujar Mazlan.

Kata beliau, Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri akan mengetuai perhimpuan berkenaan serta berjalan kaki bersama rakyat ke pintu utama Istana Negara.

Selepas itu, mereha mahu bertemu baginda untuk mengatakan hasrat yang terpendam demi kebaikan semua peneroka.

"Selepas Himpunan berbaju kuning menuntut pilihanraya yang bersih, Perhimpunan Hijau yang sekarang rancak di adakan keseluruhan negara dan selepas ini marilah meraikan satu lagi perhimpunan Oren.

"Kita tidak akan duduk diam menyelamatkan rakyat yang terainaya, " katanya.

Harakah Daily

1Malaysia lambang rasuah bukan perpaduan - Zunar

Posted: 24 Jun 2012 11:50 PM PDT

5 Syaaban 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Kartunis Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anuar ul Haq menyifatkan 1 Malaysia adalah lambang rasuah bukannya lambang perpaduan.

(Gambaran Zunar tentang sikap pemimpin kerajaan dalam membanteras rasuah)

Oleh itu, sebagai kartunis beliau menolak untuk bernaung di bawah lambang satu 1Malaysia kerana,"Semua perasuah bernaung di bawah lambang tersebut."

Zunar mengulas kenyataan Perdana Menteri supaya kartunis menyokong gagasan "1Malaysia" semalam yang menggesa para kartunis supaya menerapkan mesej "1 Malaysia" melalui karya-karya.

Datuk Seri Najib berkata demikian dalam majlis PM Bersama Kartunis di Pasar Seni semalam.

Harakahdaily difahamkan, Zunar menolak anugerah dan wang tunai sekitar RM10,000 oleh penganjur kerana program tersebut bukan program seni tetapi politik.

Ini kerana, penganjurnya adalah dua pemimpin Umno iaitu Datuk Abdul Azeez Rahim (Ketua Putra Umno) dan Datuk Suhaimi Shadan (Pengerusi Biro Ekonomi Pemuda Umno).

Walau pun kenyataan Perdana Menteri itu adalah satu gesaan, tetapi sekiranya ia datang dari mulut Perdana Menteri, ia ditafsir sebagai arahan, kata Zunar.

Bagi beliau, kartunis adalah insan seni yang melahirkan karya-karya berperanan, antara yang paling besar adalah mengkritik kepincangan, rasuah, salah guna kuasa dan kezaliman pemerintah.

Kerana itu, katanya, Perdana Menteri tak perlu merendahkan martabat kartunis kepada propogandis.

"Karya-karya kartun harus dibiarkan berkembang, bukan dipandu untuk menyokong dasar kerajaan. Karya-karya kartun hanya akan tumbuh subur jika kartunis diberi kebebasan berkarya," katanya.

Selain itu, dengan mengajak kartunis menyokong gagasan 1Malaysia, PM mempamerkan sifat hipokrit kerana dalam pemerintahan Najib, kebebasan kartunis paling teruk disekat.

"Selain pengalaman saya sendiri yang ditangkap dan buku-buku diharam, semua kartunis-kartunis lain yang berkarya di media-media arus perdana dilarang dari mengkritik kerajaan," kata Zunar dalam kenyataannya.

Akta-akta yang menyekat kebebasan kartunis seperti Akta Mesin Cetak dan Penerbitan serta akta Hasutan masih dipertahan PM.

Selain itu, tambah beliau, karya-karya kartun juga dilarang dalam kempen PRU akan datang.

"Secara gambarannya, ini bererti Najib mengikat tangan dan kaki kartunis dengan akta dan peraturan dan mahukan kartunis menyokong beliau?" dakwa Zunar.

Mengenai saranan supaya kartunis menyokong kerajaan menerapkan nilai-nilai perpaduan kaum melalui karya-karya mereka, ia adalah wajar tetapi pihak yang hendak disokong mesti terlebih dahulu menyuburkan perpaduan kaum.

"Perpaduan kaum unjuran Najib adalah satu 'wayang' politik kerana beliau ke sana kemari menjaja '1Malaysia', tetapi pada masa yang sama mempelopori dan mendokong NGO pemecah belah kaum seperti Perkasa, Pekida dan lain-lain," katanya.

Kerana itu, 1 Malaysia tidak dilihat lambang perpaduan kaum, sebaliknya adalah lambang rasuah.

Kerana itu, kartunis seharusnya mengkritik pentadbiran Perdana Menteri dan 1Malaysia, bukan menyokongnya! tegas Zunar.

Harakah Daily

Ulama Umno akui PAS konsisten, Ridhuan emosi

Posted: 24 Jun 2012 11:47 PM PDT

5 Syaaban 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU: Ulama Muda Umno, Fathul Bari memberitahu PAS sangat konsisten di mana politik tidak boleh dipisah dengan agama.

"Saya setuju di mana PAS sangat kosisten dalam isu tersebut. Saya pertegaskan ketaatan di atas perkara yang makruf.

"Apabila timbul segala masalah hendaklah kita rujuk kepada al Quran dan Hadis," katanya pada Wacana Perdana anjuran kerajaan negeri di Balai Islam malam tadi.

Emosi

Wacana siri ke-11 mencatat sejarah apabila seorang lagi ahli panel, Prof Madya Dr Ridhuan Tee Abdullah tidak dapat mengawal emosinya apabila hujahnya mendapat respon negatif penonton.

Ada ketikanya selepas diberi peluang moderator, Amin Idris, pengacara TV9 Dr Ridhuan tidak mahu menjawab soalan mungkin terkilan dengan gelagat penonton.

Malah beliau dua kali bangun berdiri ketika menjawab soalan moderator dan penonton. Amalan itu tidak pernah berlaku sejak siri wacana diadakan tiga tahun lalu.

Penalis lain bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Asri Zainul Abidin dan anggota Exco kerajaan negeri, Dr Muhammad Fadzli Hassan.

Penuh sesak

Wacana itu juga mencatat sejarah apabila kehadiran luar biasa sehingga ramai terpaksa mengikuti dengan menonton melalui skrin besar di luar dewan.

Fathul juga berkata, sejak lebih setahun menyertai Umno beliau telah memberi nasihat kepada pemimpin Umno secara tertutup dan bukan terbuka.

Selain itu beliau menganjurkan program usrah di Masjid PWTC dan merangka modul usrah.

Beliau yang agak petah membaca ayat-ayat al Quran dan Hadis serta membawa sirah-sirah pada awalnya menerima terjahan penonton apabila berkata, kalau hendak bercakap politik hendaklah keluar daripada kepompong agama.

"Antara PAS dan Umno sebenarnya bukan berpecah sebaliknya hanya berselisih pandangan. Maka saya datang ke sini malam ini untuk mencari kaedah membincangkan Islam dan bukan untuk berpecah," ujarnya.

Orang Islam terancam

Dr Ridhuan Tee pula meluahkan rasa bimbang kerana baginya kekuatan orang Islam dan bukan Islam sekarang 50-50.

Menurutnya, orang bukan Islam tidak boleh hendak harapkan untuk selamatkan Islam.

"Saya juga tidak nampak agenda Islam lebih baik dengan apa yang dilakukan kerajaan sekarang atau kerajaan akan datang.

"Saya takut kita hanya menang sorak kalau tidak mahu berubah," katanya, yang disifatkan penonton hujahnya mewakili kelompok Umno.

Beliau dilihat ramai cuba mengheretkan idea supaya PAS dan Umno bersatu bagi memperkuatkan orang Melayu dan Islam.

Umno khianati orang Melayu

Bagaimanapun hujah itu ditolak Dr Fadzli dengan menceritakan sejarah Umno merosakkan orang Melayu ketika pakatan dalam Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuh pada 17 Oktober 1945.

Parti tersebut merupakan parti politik Melayu pertama ditubuhkan selepas pendudukan Jepun di Tanah Melayu.

"Semua pemimpin Melayu bernaung di bawah PKMM, namun pemimpin Umno secara senyap-senyap berunding dengan penjajah sehingga ditinggalkan PKMM selepas diberi habuan oleh Inggeris.

"Umno sekali lagi mengkhianati PAS apabila parti itu mulai mendapat sokongan selepas mendapat mandat besar pada pilihan raya 1974.

"Sedangkan semasa menghadapi peristiwa 13 Mei 1969 Umno mengharapkan kerjasama PAS bagi memperkuatkan orang Melayu, namun selepas menang selepas PAS ditendang keluar," ujarnya.

Dr Asri pula meluahkan rasa hairan apa ancaman sebenarnya yang akan dihadapi orang Islam sekiranya ada perubahan pentadbiran negara selepas PRU-13 nanti.

"Adakah masjid akan diruntuhkan, orang Islam tidak boleh solat lagi, jadi kita hendak tahu apa yang terancamnya apabila orang Melayu membuat perubahan politik baru," katanya.

Harakah Daily

NGO Umno ganggu himpunan sokong royalti esok?

Posted: 24 Jun 2012 11:46 PM PDT

5 Syaaban 1433H. [MOD] -

KOTA BAHRU: Ketika rakyat Kelantan mahu menganjurkan pra-himpunan royalti bagi menjunjung Titah Sultan Muhammad V di hadapan Kota Darulnaim pagi esok, NGO yang didalangi Umno juga dfahamkan mahu berhimpun di lokasi sama.

Aktivis Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Negeri Kelantan (Royalti), Jeming Hassan berkata, perhimpunan itu dikatakan didalangi Tukar dan Majlis Tindakan Rakyat Kelantan.

"Perhimpunan dianjurkan Royalti (R) mendapat kelulusan polis bagi menyokong titah baginda Sultan mendaratkan gas di Kelantan.

"Sedangkan satu lagi didalangi Tukar dan MTRK yang cuba menyaingi perhimpunan anjuran Royalti. Jadi saya mahu Ulama Muda Umno, Ustaz Fathul Bari menjelaskan perhimpunan yang mana haram," katanya ketika mengutarakan soalan pada wacana perdana di Balai Islam malam tadi.

Sementara itu Presiden Royalti, Nazri Deraman berkata, pra-himpunan tersebut diadakan bertujuan menyerahkan Memorandum Tuntutan dan juga Plak Royalti yang ditandatangani Sultan Kelantan dan Menteri Besar kepada pihak kerajaan negeri.

"Mereka yang berminat menyertai pra himpunan tersebut diminta berpakaian warna merah, putih atau merah putih mengambil kira warna bendera Kelantan.

"Peserta dilarang membawa bendera mana-mana parti politik atau bahan yang mempunyai logo mana-mana parti politik. Hanya bendera negeri, organisasi NGO atau lambang "R" sahaja dibenarkan," katanya di sini.

Beliau berharap setiap peserta berhimpun dalam keadaan aman dan tidak cuba menimbulkan sebarang perbuatan yang boleh menimbulkan suasana tidak baik. Program berkenaan akan bermula jam 9.

Katanya juga Royalti menghantar seorang wakil dan dua peguam bagi memaklumkan himpunan tersebut kepada pihak polis.

"Pihak polis bersetuju untuk memberi kerjasama bagi melancarkan perjalanan program pagi esok. Kami mengucapkan ribuan terima kasih.

"Kami juga menafikan dakwaan pihak tertentu kononnya program pra himpunan royalti tersebut tidak mengikut prosedur ditetapkan pihak berkuasa," katanya.

Nazri berkata, kerajaan negeri difahamkan bersetuju menerima memorandum dan plak royalti tersebut.

Dalam perkembangan lain Royalti menyifatkan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin tidak dapat membezakan di antara royalti dan wang ihsan.

Setiausaha Royalti, Hishamuddin Ghazali berkata, apakah Ketua Pemuda tidak tahu pembayaran royalti kepada Kelantan tidak pernah dibuat Petronas sejak minyak dan gas disedut keluar dari bumi Kelantan pada 2005.

Katanya, dari manakah Khairy mendapat maklumat kononnya Kelantan menerima royalti.

Baru-baru ini Khairy dalam laporan media baru mendakwa Kelantan telah diberikan royalti minyak melalui jawatankuasa diketuai Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Harakah Daily

Mesir: Kemenangan manis usaha tegak keadilan

Posted: 24 Jun 2012 11:44 PM PDT

5 Syaaban 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Kemenangan Dr Mohamed Morsi di Mesir yang diisytiharkan semalam merupakan suatu kemenangan yang manis dalam usaha menegakkan keadilan di bumi Allah Taala.

Demikian tegas Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairuddin Razali At-Takiri (gambar) dalam laman sosial beliau ketika mengulas perkembangan terkini Mesir yang menyaksikan Morsi diisytiharkan secara rasmi sebagai pemenang dalam Pilihan raya Presiden negara itu.

Morsi mendapat 13.2 juta undi dari 26 juta rakyat Mesir yang keluar mengundi iaitu 51.7 peratus dari jumlah undi.

Lawannya, Ahmed Shafiq, bekas Perdana Menteri di era Hosni Mubarak mendapat 12.3 juta undi.

Keputusan diumumkan oleh Farouq Sultan, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Mesir.

"Moga kemenangan Ikhwan Muslimin di Mesir menjadi insipirasi pejuang Islam di Malaysia untuk meningkatkan lagi usaha dakwah dan penerangan kepada rakyat.

"Dan untuk akhirnya bumi ini ditadbir oleh hamba-hamba yang soleh sebagaimana janji Allah bahawa bumi ini pasti diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh," ujar Khairuddin.

Harakah Daily

Implikasi politik dunia ekoran kemenangan Dr Morsi

Posted: 24 Jun 2012 11:43 PM PDT

5 Syaaban 1433H. [MOD] -

Peristiwa besar yang berlaku di luar negara adalah perkembangan politik yang sedang berlaku di Mesir. Setelah seminggu berada di bumi Mesir, saya dapat bersama menyaksikan satu era baru yang terukir dalam sejarah politik dan pemerintahan Mesir.

Bagi saya, sesungguhnya politik Mesir adalah ibarat permainan catur yang penuh dengan debaran kepada banyak kalangan.

Namun rakyat Mesir sekali lagi melakar sejarah apabila buat pertama kalinya dalam sejarah, mereka telah berjaya memilih seorang Presiden yang dipilih terus oleh rakyat setelah berpuluh-puluh tahun di bawah pemerintahan diktator dan 'kuku besi'.

Lebih manis lagi apabila yang terpilih adalah Dr. Mohamed Morsi calon dari Freedom and Justice Party (FJP) parti politik tajaan Ikhwan Muslimin Mesir.

(Rakyat Mesir meraikan kemenangan mereka di Dataran Tahrir)

Hanya setahun lalu, tidak siapa dapat menjangkakan rejim 'kuku besi' Hosni Mubarak yang juga merupakan sekutu akrab Amerika Syarikat, Britain serta Kesatuan Eropah (EU) dalam menentang 'terroris Islam' serta 'menjamin keselamatan Israel' berjaya digulingkan oleh rakyat Mesir dengan hanya bersenjatakan 'Kuasa Rakyat' yang turun secara sukarela meluahkan perasaan, berdemonstrasi ke jalan-jalanraya di seluruh negara.

Dan pada minggu ini, sekali lagi kita dapat menyaksikan sejarah terukir apabila ratusan ribu rakyat Mesir terutamanya dari kalangan golongan muda membanjiri Dataran Tahrir yang terletak ditengah-tengah kota Kaherah bagi meraikan kemenangan mutlak calon Ikhwan Muslimin itu walaupun ada percubaan awal dari pihak tentera SCAF bagi menafikan kemenangan itu.

Kemenangan rakyat ini adalah amat manis bagi Ikhwan Muslimin di Mesir. Apa tidaknya. Kalau setahun lalu Ikhwan Muslimin adalah dianggap sebagai sebuah 'pertubuhan haram' dan sesiapa yang didapati menjadi ahli pertubuhan ini akan terus ditangkap.

Sepanjang pemerintahan 'kuku besi' Anwar Sadat dan Mubarak, Ikhwan Muslimin telah dinafikan hak bersuara, kebebasan dan keadilan.

Mereka diharamkan dari bergerak aktif di Mesir dan semua media massa di kawal ketat dengan tidak dibenarkan sebarang bentuk kritikan terhadapi rejim ini.

Kekejaman berpuluh-puluh tahun rejim ini sampai kepada kemuncaknya apabila mereka telah bertindak membunuh serta memenjara ribuan para ulama dan cendekiawan yang simpati dengan perjuangan Ikhwan Muslimin.

Namun kemenangan Dr. Morsi sebagai Presiden ini juga berhadapan dengan penuh cabaran besar yang terpaksa terus dihadapi.

Isu utama yang dianggap paling sensitif adalah hubungan beliau sebagai Presiden dengan pihak tentera SCAF yang sejak sekian lama telah mendominasi kuasa dan politik Mesir.

Pada proses pengundian Pilihanraya Presiden pusingan kedua, ia di cemari oleh keputusan Mahkamah Perlembagaan Mesir yang telah membatalkan semua keputusan pilihanraya Parlimen yang telah di adakan beberapa bulan lepas.

Pihak tentera SCAF serta-merta membubarkan Parlimen dan menghalang ahli-ahli Parlimen yang majoritinya dari parti FJP dan Parti Nour dari gerakan Salafi dari memasuki bangunan Parlimen.

Keputusan mahkamah ini telah menimbulkan kemarahan dari pelbagai pihak di seluruh Mesir. Ia di anggap sebagai suatu percubaan 'rampasan kuasa' dengan menggunakan keputusan Mahkamah dimana majoriti Hakim-Hakim masih dikuasai oleh mereka yang setia kepada bekas Preiden Mubarak.

Pimpinan FJP menggangap keputusan mahkamah ini sebagai satu malapetaka besar kepada seluruh rakyat Mesir dan adanya usaha untuk merampas kembali Revolusi rakyat yang di lakukan oleh setiap warga Mesir yang cintakan keadilan.

Lebih parah lagi dengan menjangkakan kemenangan akan berpihak kepada calon FJP, pihak tentera SCAF telah melakukan 8 'pindaan kilat' kepada perlembagaan Mesir yang dilihat adalah untuk menjamin kuasa yang ada pada pihak tentera.

Antara pindaan yang dilaksanakan adalah; memberi kuasa penuh kepada SCAF bagi menentukan pindaan perlembagaan yang baru, Presiden berkuasa mengistiharkan Perang hanya dengan 'kelulusan' dari SCAF dan sekiranya berlaku sebarang kekacauan dalam negara, Presiden boleh memanggil pihak tentera hanya dengan kebenaran SCAF.

Di peringkat antarabangsa pula, Dr. Morsi berhadapan dengan cabaran menunaikan janji 'menilai semula perjanjian Camp David' dengan Israel yang memberi banyak kelebihan dan perlindungan berat sebelah kepada rejim Zionis itu.

Persoalan ini jugalah yang banyak di tumpukan oleh pembuat polisi di 'White House' bagi menilai hubungan Amerika Syarikat dengan Mesir dibawah seorang Presiden yang berlatar-belakangkan Ikhwan muslimin yang menolak dasar kekejaman dan apartied negara Zionis Israel.

Perlu diingat bahawa Mesir adalah sekutu terpenting Amerika Syarikat di rantau Timur Tengah sejak lebih 4 dekad yang lalu. Amerika Syarikat juga menyalurkan lebih US3 billion setiap tahun kepada rejim Mubarak terutamanya untuk persenjataan dan pertahanan.

Atas dasar inilah Mesir dianggap sebagai 'buffer' atau 'pintu penghalang' bagi menyekat sebarang ancaman serta menjamin keselamatan dan keamanan Israel.

Begitu juga dengan 'Terusan Suez' yang merupakan nadi kepentingan ekonomi Amerika Syarikat serta sekutunya bagi menyalurkan minyak dan gas.

Sepanjang kempen pilihanraya Presiden yang dijalankan, Dr. Mohamed Morsi juga berhadapan dengan konspirasi media barat dan kebanyakan media utama Mesir bagi memastkan calon Ikhwan Muslimin ini kalah.

Pelbagai publisiti negatif telah di timbulkan dan beliau telah di serang habis-habisan dengan pelbagai tuduhan negatif serta kempen menakut-nakut pengundi terutamanya dari kalangan yang beragama Kristian akan 'bahaya' kemenangan parti Islam yang akan membawa Mesir kembali kepada zaman unta.

Manakala calon pilihan mereka, Ahmed Shafik pula telah diberikan pelbagai publisiti positif oleh media barat terutamanya BBC dan CNN serta media utama di Mesir dan dianggap 'sebagai calon penyelamat' bagi membangun semula Mesir selepas kejatuhan rejim Mubarak.

Namun keputusan resmi yang di umumkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Mesir yang mengesahkan kemenangan berpihak kepada Dr. Mohamed Morsi adalah kemenangan 'Kuasa rakyat'.

Seperti ungkapan awal beliau; 'Saya adalah Presiden yang dipilih bagi seluruh rakyat Mesir. Semua rakyat termasuk penganut Kristian adalah rakyat di bawah saya bagi sama-sama membangunkan Mesir yang baru'.

Ya, apapun yang ada dihadapan dalam politik Mesir, catur politik antara Dr. Mohamed Morsi sebagai seorang Presiden dengan pihak tentera SCAF akan terus dibidak bagi menentu masa hadapan politik Mesir.

Sementara itu Amerika Syarikat dan sekutunya akan terus menjadi pemerhati yang 'istemewa'. Ia juga akan menjadi inspirasi dan semangat baru selepas Arab Spring kepada seluruh dunia Islam termasuk di Malaysia.

Tahniah Dr. Morsi...

-------------------------

Penulis adalah Penolong Setiausaha Agung PAS yang berada di Mesir baru-baru ini. Beliau boleh dihubungi melalui Email: syedazmans@yahoo.co.uk TWITTER: @syedazman

Harakah Daily

Darul runtuh: Pentadbiran Ahmad Said tidak berkat?

Posted: 24 Jun 2012 11:40 PM PDT

5 Syaaban 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Persatuan Anak Terengganu di Perantuan (Perantau) kesal terlalu banyak bangunan yang dibina oleh kerajaan Umno runtuh semasa pemerintahan Ahmad Said mungkin kerana tiadanya keberkatan dalam perintahannya.

Ia berbanding dengan kerajaan sebelum ini sama ada kerajaan Terengganu 'Membangun Menurut Islam' pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau 'Islam Haddhari, Terengganu Bistari' pimpinan Datuk Seri Idirs Jusoh sebagai Menteri Besar.

Ketika mengulas isu 'Terengganu Darul Runtuh', Setiausaha Perantau, Suhaimi Embong turut berkata, perkara ini berlaku disebabkan tindakan sambil lewa Ahmad Said dalam memastikan bangunan yang runtuh dibaiki semula demi kepentingan rakyat.

Malah ada yang dibiarkan sehingga bertahun-tahun seperti Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin menyebabkan rakyat bangkit membuat program Himpun dan Ingat Stadium Runtuh di tapak stadium berkenaan pada 8 Jun lalu.

Beliau berharap Menteri Besar Terengganu segera bertindak atau rakyat Terengganu memilih sebuah kerajaan yang lain sebagai alternatif.

Disebabkan perkara ini, ramai pegawai-pegawai kerajaan yang menyokong Umno sebelum ini tidak tahan lagi dan mulai sedar perjuangannya bukan untuk kepentingan rakyat sebaliknya hanya slogan sahaja.

Umno menjadikan slogan mereka 'Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamanakan' retorik sahaja kerana yang sebenarnya adalah untuk menjaga 'periuk nasi' mereka sahaja.

Seorang lagi ahli Perantau, Abdul Rahman Taib, bekas Pengarah Kanan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) yang pernah menyertai Umno dikampongnya, Bukit Petiti, Manir telah nekad meninggalkan UMNO dan menyertai PAS pada bulan Mei lepas.

Abdul Rahman akan berceramah pada program 'Himpunan Hijau ke Putrajaya – PAS ganti Umno' peringkat Negeri Terengganu pada 29 Jun ini di Marang, Terengganu bersama dengan lain-lain pegawai kerajaan yang telah berhijrah kepada PAS.

Sebelum ini, ketika berucap dalam Program Selamat Tinggal Umno di Chukai pada 26 Mei lalu, beliau mendedahkan sikap hipokrit pemimpin Umno.

Rawatan Panadol

Sebagai contohnya, kata Abdul Rahman, pemimpin Umno sebenarnya bukanlah mahu menyelesaikan masalah rakyat tetapi hanya memberi rakyat kesenangan sementara.

"Sebagai contoh, mereka ini (pemimpin Umno) mengatakan kalau kita nak selesaikan satu-satu masalah, buat macam 'panadol' tak payah selesai secara serius satu-satu isu itu.

"Contoh kalau ada banjir, kalau ada bantuan beri supaya rakyat seronok sahaja, seronok seminggu dua minggu pun cukup, tak payah bagi mereka (rakyat) kekal senang selama-lamanya,"jelasnya.

Harakah Daily

PRU13: Kemenangan Dr Morsi inspirasi buat PAS

Posted: 24 Jun 2012 11:38 PM PDT

5 Syaaban 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menganggap kemenangan Dr Mohamed Morsi (gambar) sebagai Presiden Mesir sebagai inspirasi buat PAS bagi memimpin kebangkitan rakyat dalam PRU13.

"DPPM percaya kemenangan ini menunjukkan bahawa trend dan gelombang perubahan telah semakin diterima oleh rakyat seluruh dunia dan trend ini sedang menular pula ke negara ini," kata Ketua Penerangan DPPM, Riduan Mohd Nor.

Justeru, kata beliau jentera dan penyokong PAS di seluruh negara menyambut kemenangan ini dengan bertakbir dan bersyukur serta menaikkan semangat mereka bekerja bagi menghadapi pilihan raya di negara ini pada bila-bila masa.

Katanya, DPPM juga merasa bersyukur dan mengucapkan tahniah di atas kemenangan Dr Mohamed Morsi sebagai Presiden Mesir yang baru.

"Kemenangan ini wajar buat rakyat Mesir yang telah terjajah lama di bawah rejim Hosni Mubarak yang bertindak zalim terhadap rakyatnya," katanya.

Katanya, Rakyat Mesir juga bergelut dengan krisis kepimpinan yang berlarutan sejak kejatuhan Hosni Mubarak sehingga telah membunuh beribu rakyatnya.

Bagi DPPM, ujarnya tidak ada apa yang lebih memaniskan selain apabila rakyat Mesir memilih jalan demokrasi yang sebenar dalam pemilihan kepimpinan mereka.

"Keputusan yang dianggap adil dan telus telah menyaksikan rakyat memilih Dr Mohammed Morsi sebagai Presiden dengan mengalahkan Ahmed Shafiq mewakili proksi rejim terdahulu," ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, demokrasi yang tulen dan telus adalah jalan keluar bagi mereka yang mencari keadilan dalam sesebuah negara, dan Mesir telah berjaya mendapatkannya.

"DPPM mendoakan supaya negara Mesir menjadi aman, makmur dan adil di bawah pemerintahan Dr Mohammed Morsi.

"DPPM juga mengharapkan supaya rakyat di sana turut mendoakan supaya angin perubahan ini melanda negara ini dengan kemenangan mutlak kepada Pakatan Rakyat pula dalam PRU ke 13," tambahnya.

Harakah Daily

Najib Menteri Wanita: Wanita Umno tak relevan

Posted: 24 Jun 2012 11:38 PM PDT

5 Syaaban 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Wanita Umno disifatkan tidak relevan untuk memperjuangkan nasib wanita negara ini apabila tanggungjawab Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat dipegang oleh Perdana Menteri Najib Tun Razak.

Zuraida Kamaruddin (PKR-Ampang) berkata, tanggungjawab itu diserahkan kepada Perdana Menteri dan merupakan seorang lelaki seolah-olah wanita-wanita yang ada di dalam Umno tidak mampu menggalas jawatan berkenaan.

Malah Zuraidah turut malu dengan kenyataan Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Halimah Sadique yang memuji kononnya tercatat dalam sejarah Kementerian Wanita diterjui oleh Perdana Menteri.

"Saya malu dengan sikap Tenggara yang memuji PM yang pegang wanita, sepatutnya merekalah yang dilantik menjadi menteri wanita. Beliau sepatutnya memberi sokongan atas apa yang saya bangkitkan," katanya dalam sidang media.
Tambahnya, banyak dasar-dasar wanita yang tidak terlaksana menyebabkan Kementerian Wanita pada hari ini seperti 'hidup segan mati tak mahu'.

"Perdana Menteri banyak tugas yang perlu dipikul sebagai Menteri Kewangan lagi, dan banyak program yang perlu dihadiri. Sudah tentu beliau gagal untuk memperkasakan Kementerian Wanita," katanya.

Sementara itu Azan Ismail (PKR-Indra Mahkota) turut mempertikaikan kewajaran kerajaan tidak memasukkan bajet tambahan untuk Kementerian Wanita.

"Wanita hadapi bermacam-macam masalah. Mungkin Perdana Menteri terlupa untuk masukkan bajet tambahan untuk Wanita. Kalau beliau prihatin dengan Wanita beliau tidak akan lupa," katanya.

Terdahulu, dalam sesi soal jawab Zuraida meminta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan apakah perancangan baru jangka pendek dan jangka panjang pembangunan Wanita dan keluarga setelah kementerian ini diterajui oleh Perdana Menteri sendiri.

Dalam jawapannya, Najib menegaskan wanita hari ini diberi peluang dalam sektor awam diperingkat Jusa apabila pencapaian peningkatan mereka begitu ketara iaitu 31.7 peratus pada tahun 2012 berbanding 18.8 peratus pada tahun 2004.

Harakah Daily

KGT: Husam cabar TV3 anjur forum dengan Awang

Posted: 24 Jun 2012 11:37 PM PDT

5 Syaaban 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa mencadangkan agar TV3 menganjurkan forum terbuka antara beliau dengan Datuk Dr Awang Adek Husein mengenai Kelantan Golden Trade (KGT).

Cadangan ini dibuat Husam ekoran serangan terkini terhadap dinar dan dirham serta Kelantan Golden Trade (KGT) menerusi TV3 malam tadi.

Isu sama berulang sejak seminggu lalu tanpa apa-apa maklumat konkrit, kata Husam.
"Jika TV3 boleh menyiarkan tuduhan itu, saya juga memohon untuk muncul memberikan penjelasan di TV3 melalui siaran langsung pada bila-bila masa.

"Diharap TV3 bersedia memberikan keadilan jika ia berpihak kepada kebenaran," kata Husam yang juga Naib Presiden PAS.

Husam juga mencadangkan TV3 menganjurkan forum terbuka secara langsung antara beliau dengan Awang Adek, Timbalan Menteri Kewangan mengenai isu ini.

"Saya berharap Dr Awang boleh bersetuju dan saya memberikan tempoh 21 hari untuk menyatakan persetujuan," kata Husam dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.

Sebelum TV3 dan Awang Adek campur tangan, akhbar Umno, Utusan Malaysia menyiarkan dakwaan seorang blogger terhadap KGT.

Dakwaan blogger itu sudah dijawab Husam dan juga pengurusan KGT sebelum ini.

Namun ia tidak berhenti di situ apabila Awang Adek pula campur tangan.

Cemerlang

Ketika serangan terhadap KGT berjalan, jualan dirham dan dinar mencatat sejarah dalam Exco Perdagangan di Kota Bharu apabila jualannya mencecah RM500,000.

KGT berjaya menjual dinar dan dirhamnya hampir RM500,000 dalam tempoh enam hari beroperasi sempena Ekspo Perdagangan Dunia Islam 2012 dan Konvensyen Halal berasaskan dinar dan dirham bermula 15 Jun lalu.

Pengarah Ekspo, Zulkifli Mamat mendakwa rekod jualan terbaru membanggakan berbanding jualan pada Ekspo Cheng Hoo yang lalu kira-kira RM200,000.

Harakah Daily

Bas terbalik lapan maut, 44 cedera

Posted: 24 Jun 2012 09:40 PM PDT

5 Syaaban 1433H. [MOD] -

KEADAAN bas yang remuk setelah terbabit dalam kemalangan yang mengakibatkan lapan maut di Gospic, Croatia kelmarin.

ZAGREB, Croatia - Lapan orang maut dan sekurang-kurangnya 44 orang cedera apabila sebuah bas dari Republik Czech yang membawa lebih 50 penumpang merempuh halangan berhampiran sebuah terowong di sini kelmarin.

Kemalangan berlaku sekitar pukul 4 pagi (waktu tempatan) di sebatang jalan raya yang menuju ke satu destinasi pelancongan terkenal di bandar Adriatic, Split.

"Sebuah bas dengan nombor pendaftaran Republik Czech merempuh halangan keselamatan dan terbalik dekat terowong di Sveti Rok, 230 kilometer dari Zagreb," kata Direktorat Penyelamat dan Perlindungan Nasional.

Media tempatan melaporkan, tujuh mayat mangsa ditemui, sementara mangsa kelapan dikeluarkan tidak lama kemudian daripada bangkai bas.

Duta Republik Czech ke Croatia, Karel Kuhnl dipetik akhbar Jutarnji List sebagai berkata, pemandu bas maut dalam kemalangan itu. Sementara pembantunya cedera dan dimasukkan ke hospital.

"Semasa kemalangan, semua penumpang sedang tidur," kata Kuhnl.

Menurut pasukan penyelamat, mangsa yang cedera dibawa ke sebuah hospital berhampiran bandar Gospic. Tiga mangsa yang cedera parah iaitu seorang wanita dan dua kanak-kanak dibawa oleh helikopter tentera ke Zagreb.

Seorang jurucakap agensi pelancongan, Martin Vasulin berkata, semua penumpang bas merupakan warga Republik Czech. - AFP

Misi berlabuh manual China berjaya

Posted: 24 Jun 2012 09:34 PM PDT

5 Syaaban 1433H. [MOD] -

GAMBAR skrin besar Pusat Angkasa Lepas Jiuquan menunjukkan kapal angkasa Shenzhou-9 sedia untuk bercantum dengan modul Tiangong-1 semalam.

BEIJING - Sebuah kapal angkasa China berjaya melakukan misi berlabuh secara manual di orbit, kata agensi berita rasmi Xinhua.

Kapal angkasa Shenzhou-9 bercantum secara manual dengan modul Tiangong-1 selepas misi berlabuh secara automatik selesai pada Isnin lalu.

Kejayaan tersebut menyusul seminggu selepas China menghantar sepasukan angkasawan termasuk seorang wanita ke angkasa lepas.

"Prosedur berlabuh secara manual berjalan lancar " kata pusat kawalan misi angkasa lepas dalam satu pengumuman secara langsung yang disiarkan oleh stesen televisyen China.

Pencantuman di orbit merupakan matlamat utama misi Shenzhou-9.

Misi berkenaan menguji teknik berlabuh yang merupakan keperluan utama bagi membolehkan China membina sebuah stesen angkasa lepas menjelang 2020.

Berlabuh secara manual sukar dikuasai kerana melibatkan pencantuman dua kapal angkasa lepas yang berada di orbit sama dan bergerak mengelilingi Bumi pada kelajuan beberapa ribu kilometer sejam.

Sebarang kesilapan akan menyebabkan kedua-dua kapal angkasa berkenaan hancur berkecai. - AFP

Hamas sedia tawaran gencatan senjata

Posted: 24 Jun 2012 09:31 PM PDT

5 Syaaban 1433H. [MOD] -

GAZA - Pemerintah Hamas bersetuju memulakan gencatan senjata di sempadan selepas tiga rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara rejim Zionis, kelmarin.

Jurucakap Kanan Hamas, Ayman Taha berkata, jika semua pihak menghentikan keganasan dan menghormati gencatan senjata, keamanan akan kembali dan ketenangan akan disambut dengan ketenangan.

"Jika pejuang Palestin berhenti menyerang, kita juga akan berhenti menyerang namun jika serangan diteruskan kami akan bertindak balas," katanya.

Dalam kenyataan rasmi kumpulan jihad Islam berkata, gencatan senjata yang dicapai menerusi perantaraan Mesir itu di jadual berkuat kuasa mulai 1 pagi ini (7 pagi waktu Malaysia) dan berdasarkan pengalaman lalu, perjanjian gencatan senjata sebelum ini selalunya bermula dengan goyah.

Pada mesyuarat Majlis Revolusi Fatah kelmarin, Presiden Palestin, Mahmud Abbas turut mengutuk keganasan Israel terhadap penduduk di Gaza.

sinar harian/-

Seorang maut serangan bom ketika tonton Euro di Kenya

Posted: 24 Jun 2012 09:26 PM PDT

5 Syaaban 1433H. [MOD] -

MOMBASA: Sekurang-kurangnya seorang maut manakala beberapa lagi cedera selepas bom tangan meletup di sebuah bar di kawasan tumpuan pelancong di Mombasa ketika pengunjung sedang menonton bola sepak Euro 2012, awal pagi tadi.

Tiga yang cedera dalam serangan bom itu dilaporkan dalam keadaan kritital, kata Ketua Polis Wilayah, Aggrey Adoli.

Ketika serangan berlaku di Jericho Bar di kawasan padat penduduk itu, pengunjung dan peminat bola sepak sedang menonton perlawanan suku akhir antara England dan Itali.
"Serangan berlaku jam 10 malam waktu tempatan. Seorang terbunuh dan beberapa lagi cedera," kata polis.

Seorang saksi, George Lado, memberitahu AFP: "Ramai yang cedera. Saya lihat satu kawasan di dalam bar yang tiba-tiba meletup dan saya terus keluar menyelamatkan diri."

Serangan itu berlaku selepas sehari Kedutaan Amerika Syarikat di Kenya mengeluarkan amaran kemungkinan wujud serangan pengganas apabila polis tempatan menahan dua suspek pengganas warga Iran. - AFP

Lelaki kudung kaki panjat Kilimanjaro

Posted: 24 Jun 2012 09:22 PM PDT

5 Syaaban 1433H. [MOD] -

GAMBAR pada 22 Jun menunjukkan lelaki kudung kedua-dua kakinya, Spencer West tiba di puncak Gunung Kilimanjaro di Tanzania.

MONTREAL, Kanada - Seorang lelaki yang kudung kedua-dua belah kaki berjaya menakluk puncak tertinggi di Afrika, Gunung Kilimanjaro, sekali gus menyangkal dakwaan beberapa doktor bahawa dia tidak akan dapat berfungsi dan menyumbang kepada masyarakat.

Spencer West, 31, hilang kakinya ketika masih kanak-kanak akibat penyakit genetik, sacral agenesis yang menyebabkan bahagian bawah badannya lumpuh.

Namun, warga bandar Toronto di Kanada itu tidak membiarkan kecacatan itu menghalangnya.

Dia tiba di puncak Kilimanjaro, pada ketinggian sekitar 6,000 meter dari aras laut, Selasa lepas.

"Mendaki Gunung Kilimanjaro merupakan perkara paling mencabar yang pernah saya lakukan, baik dari sudut fizikal atau pun mental.

"Namun, dengan berbuat demikian kita sedar betapa pentingnya untuk kita percaya kepada diri sendiri dan orang lain," kata West kepada agensi berita AFP dari Nairobi, Kenya.

"Saya memanjat menggunakan tangan. Ia memberi tekanan ke atas bahagian tersebut serta bahu saya," tambahnya.

Sepanjang pendakiannya, West ditemani oleh dua sahabat baiknya, David Johnson dan Alex Meers. Matlamat mereka adalah untuk mengumpul dana buat Free the Children, sebuah pertubuhan yang membekalkan air bersih kepada beratus-ratus orang di Kenya.

Kenya mengalami kemarau terburuk dalam tempoh 60 tahun pada 2011.

Misi itu berjaya mengumpul lebih AS$500,000 (RM1.59 juta) untuk pertubuhan amal tersebut.

Dia mendaki Kilimanjaro berkenaan pada Selasa lepas dan tiba di kemuncak gunung berkenaan tiga hari kemudian. - AFP

Dua ceroboh kem tentera

Posted: 24 Jun 2012 08:59 PM PDT

5 Syaaban 1433H. [MOD] -

MACAM ASLI...sebahagian peluru, bom asap dan pistol yang ditemui dalam Mercedes Benz.
ALOR GAJAH: Tindakan dua lelaki menyamar pegawai kanan tentera dan membawa puluhan senjata tiruan dalam kereta dinaiki mereka ketika memasuki Kem Terendak di sini, kelmarin, menimbulkan pelbagai persoalan, terutama motif mereka berbuat demikian.

Tambahan pula, kedua-dua mereka yang memakai seragam pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berpangkat kapten dan seorang lagi berpakaian separa celoreng turut memiliki pas keselamatan yang dikeluarkan Kementerian Luar serta Jabatan Perdana Menteri.

Pegawai Risik 10 Briged Para Kem Terendak, Mejar Abd Razak Sipit berkata, dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, senjata tiruan ditemui pada kedua-dua suspek dikategorikan gred A berdasarkan bentuknya 100 peratus mengikut saiz serta berat senjata asal dan bernilai kira-kira RM20,000.

"Senjata tiruan gred A yang dirampas itu termasuk pistol, pelancar mortar, raifal dan bom asap, selain alat kelengkapan komunikasi tentera," katanya di sini, kelmarin.

metro/-

Saya Presiden Mesir bagi semua, isytihar Mohammed

Posted: 24 Jun 2012 08:52 PM PDT

5 Syaaban 1433H. [MOD] -

KAHERAH - Beberapa jam selepas diumumkan sebagai presiden baru, yang pertama dipilih secara demokratik, Mohammed Morsi berjanji akan mewakili keseluruhan rakyat Mesir.

Dalam ucapan sulungnya, yang disampaikan sekitar awal pagi tadi (waktu Malaysia), Mohammed menggesa rakyat negaranya agar mengetepikan segala perbezaan mereka dan berganding demi kepentingan bersama.

"Perpaduan nasional adalah satu-satunya cara bagi Mesir keluar daripada krisis," kata Mohammed dalam ucapan yang disampaikan menerusi televisyen.

Anggota lama Ikhwanul Muslimin ini memberi penghormatan kepada mereka yang mati syahid, yang membantu mengembangkan revolusi sehingga membawa kepada kejatuhan Hosni Mubarak, Presiden Mesir paling lama berkuasa, awal tahun lalu.

Bagi pihak kerajaan, beliau juga mengucapkan terima kasih dan kekagumannya kepada anggota tentera, polis, hakim dan lain-lain anggota kerajaan atas sumbangan mereka.

"Saya harus tabik mereka sebab mereka ada peranan dalam menentukan masa depan Mesir," kata Mohammed lagi.

Mohammed yang mengatasi bekas Perdana Menteri, Ahmed Shafik dalam pusingan kedua pemilihan presiden, berjanji akan memelihara kesemua perjanjian kebangsaan dan antarabangsa - antara aspek yang menjadi perhatian masyarakat antarabangsa dan lokal.

Mohammed berjanji bahawa beliau akan melindungi hak wanita dan kanak-kanak, begitu juga komuniti Islam dan Kristian.

Berdasarkan keputusan yang diumumkan sekitar 10.30 malam (waktu Malaysia) semalam, Mohammed memperoleh 52 peratus undi manakala Ahmed pula 48 peratus undi.

Keputusan itu sepatutnya diumumkan Khamis lalu tetapi hanya diketahui semalam.

Pengumuman itu membawa kepada suasana terharu dan kegembiraan tidak terhingga, disambut dengan tembakan ke udara, di Dataran Tahrir meskipun suhu ketika keputusan diumumkan adalah kira-ira 38 darjah Celsius.

Dataran Tahrir menjadi hab kepada kebangkitan rakyat awal tahun lalu, yang membawa kepada kejatuhan Hosni, yang memerintah negara itu selama 30 tahun.

Dipetik CNN, Abdul Mawgoud Dardery dari Ikhwanul Muslimin berkata, "kami telah menanti yang ini sejak 7,000 tahun lalu."

"Buat kali pertama dalam sejarah, kami ada presiden sendiri, dipilih oleh kami.

"Kuasa rakyat kini di tangan presiden dan presiden perlu bertindak dan pergi ke depan," katanya lagi.

Seorang lagi yang ditemui di Dataran Tahrir berkata, "apa yang kami gembira ialah rakyat Mesir boleh membuang saki-baki rejim lalu."

Di sebalik kegembiraan ini, beberapa penyokong Ahmed kelihatan kecewa dengan keputusan Mohammed dipilih sebagai presiden.

Manal Koshkani memberitahu CNN bahawa dia bimbang dengan hala tuju parti Islam itu akan menguasai Mesir.

"Saya berharap kami boleh melihat masa depan yang lebih baik," katanya sambil menambah, "saya ragui" ia akan berlaku.

Keputusan ini diumumkan beberapa hari selepas mahkamah mengarahkan pembubaran Parlimen atas alasan ada wakil rakyat dipilih secara tidak sah enam bulan lalu manakala Majlis Agung Angkatan Tentera (Scaf) membuat deklarasi beberapa kuasa presiden ditarik sementara Mesir juga belum ada perlembagaan.

Oleh itu seorang pemuda bernama Mohamed Saleh mengetepikan pentingnya kedudukan Mohammed sebagai presiden.

"Mohammed tidak ada kuasa, Scaf miliki kuasa," katanya lagi.

Sebaik sahaja keputusan diumumkan semalam, Mohammed melepaskan keahlian dalam Ikhwanul Muslimin dan Parti Kebebasan dan Keadilan bagi membuktikan bahawa beliau adalah pemimpin kepada keseluruhan rakyat Mesir.

"Kita semua adalah saksama dalam hak dan kita semua ada obligasi untuk dijalankan demi negara ini.

"Bagi diri saya, saya tidak ada hak, tetapi saya ada obligasi," katanya.

sinar harian/-

Penduduk Asal Hidup Terpinggir Tanpa Pengenalan diri

Posted: 24 Jun 2012 08:38 PM PDT

5 Syaaban 1433H. [MOD] -

SIBUTI - Rh Sengkabang yang terletak dalam kawasan parlimen Sibuti yang mengambil masa satu jam lebih perjalanan dari bandaraya Miri. Kebanyakan penduduk disitu berbangsa Iban dan bekerja sebagai petani. Jalan masuk ke rumah panjang Sengkabang agar teruk dimana apabila musim hujan jalannya berlumpur, licin dan sukar untuk kenderaan kecil bergerak.

Selain masalah jalanraya, bekalan air bersih juga antara masalah yang dihadapi oleh penduduk Rh Sengkabang dan mereka terpaksa menggunakan air sungai dan air hujan untuk kegunaan harian. Kerajaan Malaysia baru-baru ini menyumbang tangki air 1Malaysia kepada penduduk di rumah panjang tersebut.

Baru-baru ini PAS Miri juga telah berkunjung ke Rh Sengkabang dan bertemu dengan masyarakat Iban di situ. Mereka menyambut kedatangan rombongan PAS dengan baik dan mesra sekali. Mereka menceritakan keadaan nasib hidup mereka setelah rumah panjang asal mereka terbakar kira-kira 5 tahun yang lalu.

Sehingga kini tiada sebarang bantuan dari pihak pemerintah untuk membantu mereka membina semula rumah panjang mereka yang terbakar itu. Mereka terpaksa membina sendiri dalam keadaan yang serba daif semata-mata untuk melindungi mereka dari hujan dan panas.

Penduduk asal tiada memiliki pengenalan diri
Disamping masalah infrastuktur, ramai juga penduduk di Rh Sengkabang tidak mempunyai surat beranak dan juga kad pengenalan atau Mykad. Mereka mengadu kepada PAS untuk membawa perkara ini kepada pihak kerajaan agar dapat membantu menyelesaikan masalah mereka ini dengan segera. Hidup mereka yang tidak memiliki pengenalan diri ini ibarat pendatang asing tanpa izin.

Diantara nama-nama penduduk asal Rh Sengkabang yang tiada memiliki dokumen pengenalan diri adalah Linda Anak Renggie, 32 tahun, Connylia Bunga Anak Kubong, 7 tahun , Degeles Ingkie Anak Kubong, 6 tahun dan ramai lagi keluarga yang tidak memiliki surat beranak dan juga MyKad di Rh Sengkabang.

Antara masalah yang dihadapi oleh penduduk asal tanpa dokumen pengenalan diri adalah:-
-
Tidak dibenar melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi
-
Tidak dibenar bekerja atau memegang jawatan dalam perkhidmatan awam dengan kerajaan atau pun syarikat swasta
-
Tidak dibenar menuntut hak mereka sekiranya tanah mereka di rampas
-
Tidak diberi bantuan oleh Jabatan kebajikan masyarakat
-
Tidak diberi wang tunai Rm500.00 Borang Bantuan 1Malaysia (BR1M) seperti rakyat Malaysia yang layak
-
Tidak diberi subsidi atau pun kemudahan kebajikan seperti penduduk yang memiliki dokumen pengenalan diri

Begitulah nasib yang menimpa mereka yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri, mereka dianggap sebagai pendatang asing sedangkan asal usul keturunan mereka adalah peribumi Sarawak.

Diantara punca terjadinya mereka ini tidak memiliki dokumen pengenalan diri seperti surat beranak dan kad pengenalan adalah disebabkan jalan perhubungan negeri Sarawak yang sukar dihubungi dan terpaksa melalui jalan yang berliku-liku dan mengambil masa yang lama untuk sampai ke bandar atau pekan yang berdekatan untuk memproses membuat surat beranak dan kad pengenalan.

Ini sepatutnya tanggungjawab pihak seperti Jabatan Pendaftaran Negara untuk turun ke kampung-kampung atau rumah panjang untuk melakukan pendaftaran kelahiran dan seterusnya memproseskan kad pengenalan.

Penduduk yang tinggal jauh di pedalaman memang tidak semua yang mampu keluar ke bandar untuk membuat surat beranak dan kad pengenalan disebabkan kos perjalanan yang tinggi serta jalan perhubungan yang teruk sehingga sekarang masih lagi jalanraya masuk ke pedalaman Sarawak terlalu sukar ditembusi.

Kita mendesak agar pihak kerajaan memandang serious masalah penduduk asal yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri ini kerana mereka adalah sebahagian daripada rakyat Malaysia yang tersisih dari arus pembangunan dan peluang mereka untuk mendapat hak sebagai rakyat juga perlu diberi pertimbangan.

Jangan pula ada kita dengar pendatang asing pula diberi kemudahan dan mendapatkan hak kerakyatan sedangkan penduduk asal tersingkir dari memiliki hak serta kemudahan yang sepatutnya. Jangan seperti kata pepatah "Anak di rumah mati kelaparan, kera di hutan disusukan."

Berlaku adillah kepada rakyat sendiri, jangan memandang ringan masalah ini kerana penduduk asal yang berhak keatas tanah air mereka sendiri bukannya pendatang asing yang berkuasa merampas hak mereka.

Kerajaan yang adil dan bertanggungjawab saja akan berusaha mengatasi masalah ini tanpa mengira bangsa dan agama.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

MTD-RANTAU ABANG

Posted: 24 Jun 2012 11:35 PM PDT

MTD-RANTAU ABANG


Posted: 24 Jun 2012 10:24 PM PDT


PAS Negeri Sembilan

Posted: 24 Jun 2012 09:17 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Program Kitar Semula, Jualan Amal 30 Jun 2012 di Paroi

Posted: 23 Jun 2012 09:56 PM PDT

PROGRAM JUALAN AMAL, KITAR SEMULA, HI TEA DAN GOTONG ROYONG
Tarikh : 30 Jun 2012, Sabtu
Masa : 2 ptg - 6 ptg
Tempat : Pusat Khidmat DUN Paroi, Taman Tasik Jaya, Senawang

Kepada sesiapa yang ingin menyumbang beg-beg, majalah-majalah, barangan terpakai kegunaan harian yang masih dalam keadaan baik dan bersih boleh diserahkn pada hari tersebut.

Hasil jualan amal serta jualan barangan terpakai serta kitar semula ini akan disalurkan untuk program sumbangan Jejak Ukhuwah Ramadhan 1433 Hijrah.

Untuk sebarang maklumat, pertanyaan atau sumbangan sila hubungi Pn Wani 0133851202 atau Pn Fauziah 0137779328.

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui akaun Bank Islam DMPKR, No akaun : 05012010061653

Anjuran : Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau

YB Ir Khalid Samad 27 Jun 2012 di Senawang

Posted: 23 Jun 2012 09:54 PM PDT

CERAMAH UMUM
Tarikh : 27 Jun 2012, Rabu
Masa : 9 mlm
Tempat : Pasti Hasanah, Bandar Seremban Selatan, Sg Gadut
Penceramah :
YB Ir Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam
Hj Omar Jaafar, Penceramah Bebas
Hakki Bawadi, Ketua Pemuda PAS Rembau
Muhd Affandi, AMK N.Sembilan

PAS Kawasan Miri

Posted: 24 Jun 2012 07:29 PM PDT

PAS Kawasan Miri


Masih Ramai Penduduk Asal Sarawak Tidak ada Pengenalan Diri

Posted: 24 Jun 2012 04:01 PM PDT

Penduduk Asal Hidup Terpinggir Tanpa Pengenalan diri
SIBUTI - Rh Sengkabang yang terletak dalam kawasan parlimen Sibuti yang mengambil masa satu jam lebih perjalanan dari bandaraya Miri. Kebanyakan penduduk disitu berbangsa Iban dan bekerja sebagai petani. Jalan masuk ke rumah panjang Sengkabang agar teruk dimana apabila musim hujan jalannya berlumpur, licin dan sukar untuk kenderaan kecil bergerak. Selain masalah jalanraya, bekalan air bersih juga antara masalah yang dihadapi oleh penduduk Rh Sengkabang dan mereka terpaksa menggunakan air sungai dan air hujan untuk kegunaan harian. Kerajaan Malaysia baru-baru ini menyumbang tangki air 1Malaysia kepada penduduk di rumah panjang tersebut.

Baru-baru ini PAS Miri juga telah berkunjung ke Rh Sengkabang dan bertemu dengan masyarakat Iban di situ. Mereka menyambut kedatangan rombongan PAS dengan baik dan mesra sekali. Mereka menceritakan keadaan nasib hidup mereka setelah rumah panjang asal mereka terbakar kira-kira 5 tahun yang lalu. Sehingga kini tiada sebarang bantuan dari pihak pemerintah untuk membantu mereka membina semula rumah panjang mereka yang terbakar itu. Mereka terpaksa membina sendiri dalam keadaan yang serba daif semata-mata untuk melindungi mereka dari hujan dan panas.

Penduduk asal tiada memiliki pengenalan diri
Disamping masalah infrastuktur, ramai juga penduduk di Rh Sengkabang tidak mempunyai surat beranak dan juga kad pengenalan atau Mykad. Mereka mengadu kepada PAS untuk membawa perkara ini kepada pihak kerajaan agar dapat membantu menyelesaikan masalah mereka ini dengan segera. Hidup mereka yang tidak memiliki pengenalan diri ini ibarat pendatang asing tanpa izin.

Diantara nama-nama penduduk asal Rh Sengkabang yang tiada memiliki dokumen pengenalan diri adalah Linda Anak Renggie, 32 tahun, Connylia Bunga Anak Kubong, 7 tahun , Degeles Ingkie Anak Kubong, 6 tahun dan ramai lagi keluarga yang tidak memiliki surat beranak dan juga MyKad di Rh Sengkabang.

Antara masalah yang dihadapi oleh penduduk asal tanpa dokumen pengenalan diri adalah:-

- Tidak dibenar melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi
- Tidak dibenar bekerja atau memegang jawatan dalam perkhidmatan awam dengan kerajaan atau pun syarikat swasta
- Tidak dibenar menuntut hak mereka sekiranya tanah mereka di rampas
- Tidak diberi bantuan oleh Jabatan kebajikan masyarakat
- Tidak diberi wang tunai Rm500.00 Borang Bantuan 1Malaysia (BR1M) seperti rakyat Malaysia yang layak
- Tidak diberi subsidi atau pun kemudahan kebajikan seperti penduduk yang memiliki dokumen pengenalan diri

Begitulah nasib yang menimpa mereka yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri, mereka dianggap sebagai pendatang asing sedangkan asal usul keturunan mereka adalah peribumi Sarawak.

Diantara punca terjadinya mereka ini tidak memiliki dokumen pengenalan diri seperti surat beranak dan kad pengenalan adalah disebabkan jalan perhubungan negeri Sarawak yang sukar dihubungi dan terpaksa melalui jalan yang berliku-liku dan mengambil masa yang lama untuk sampai ke bandar atau pekan yang berdekatan untuk memproses membuat surat beranak dan kad pengenalan.

Ini sepatutnya tanggungjawab pihak seperti Jabatan Pendaftaran Negara untuk turun ke kampung-kampung atau rumah panjang untuk melakukan pendaftaran kelahiran dan seterusnya memproseskan kad pengenalan.

Penduduk yang tinggal jauh di pedalaman memang tidak semua yang mampu keluar ke bandar untuk membuat surat beranak dan kad pengenalan disebabkan kos perjalanan yang tinggi serta jalan perhubungan yang teruk sehingga sekarang masih lagi jalanraya masuk ke pedalaman Sarawak terlalu sukar ditembusi.

Kita mendesak agar pihak kerajaan memandang serious masalah penduduk asal yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri ini kerana mereka adalah sebahagian daripada rakyat Malaysia yang tersisih dari arus pembangunan dan peluang mereka untuk mendapat hak sebagai rakyat juga perlu diberi pertimbangan.

Jangan pula ada kita dengar pendatang asing pula diberi kemudahan dan mendapatkan hak kerakyatan sedangkan penduduk asal tersingkir dari memiliki hak serta kemudahan yang sepatutnya. Jangan seperti kata pepatah "Anak di rumah mati kelaparan, kera di hutan disusukan."

Berlaku adillah kepada rakyat sendiri, jangan memandang ringan masalah ini kerana penduduk asal yang berhak keatas tanah air mereka sendiri bukannya pendatang asing yang berkuasa merampas hak mereka. Kerajaan yang adil dan bertanggungjawab saja akan berusaha mengatasi masalah ini tanpa mengira bangsa dan agama.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

English version
The original inhabitant's life marginalized without Identification
SIBUTI - Rh Sengkabang located in Sibuti constituency that takes one hour from Miri city. Most of the people there are Iban and worked as a farmer. The entrance to the longhouse Sengkabang was so bad when the rainy season where the path muddy, slippery and difficult for vehicles to move around. Besides the problems of roads, clean water supply was also among the problems faced by Rh Sengkabang residents and they had to use the river water and rainwater for daily use. The Malaysian Government recently contributed 1Malaysia water tank to the people in the longhouse.

Recently, PAS Miri has also traveled to Rh Sengkabang and met with the Iban community there. They welcome the PAS entourage very well and friendly. They told the fate of their lives after their original longhouse burned about 5 years ago. To date there is no assistance from the government to help them to rebuild their longhouses which burnt. They had to build their own in the harsh conditions just to keep them from rain and heat.

The natives have no identity
In addition to infrastructure problems, many people in the Rh Sengkabang not have a birth certificate and identity card or MyKad. They complained to the PAS to bring this matter to the government in order to help solve their problems immediately. Their lives who do not have this identification like illegal immigrants.

Among the names of the original inhabitants of Rh Sengkabang which not have identification documents is Linda Anak Renggie, 32 years old, Connylia Bunga Anak Kubong, 7 years old, Degeles Ingkie Anak Kubong, 6 years old and many more families who do not have birth certificates and MyKad in Rh Sengkabang.

Among the problems faced by undocumented indigenous are: -
- Not allowed to pursue higher education
- Not allowed to work or hold positions in the public service with the government or private companies
- Not allowed to claim their rights if their lands confiscated
- Not to be given assistance by the Welfare Department
- Not to be given Rm500.00 cash 1Malaysia People's Aid (BR1M) as Malaysian citizens who are eligible
- Not to be given subsidies or welfare facilities such as people those have personal identification documents

Such is the fate that befell those who do not have identity documents they are considered illegal immigrants while their roots are natives of Sarawak.

Among the causes of these people do not have personal identification documents such as birth certificates and identity cards are due to the State roads which difficult to reach and go through the winding road and take a long time to reach the city or towns to make the process of birth and identification cards.

This should be the responsibility of parties such as the National Registration Department to come down to the villages or longhouses to do the registration of births and then processing the identification cards.

People who live far inland as it is not all which could go out to the town to make a birth certificate and identity card because of high travel costs as well as roads severe until now remained the road in Sarawak inland too difficult to penetrate.

We urges the government to look seriously at the problem of the original inhabitants who do not have identity documents because they are part of the Malaysians which isolated from the mainstream of development and their chances of getting the right as citizens should also be considered.

Nor have we heard illegal immigrants are given the facilities and get their citizenship rights while the original inhabitants eliminated from the right and the facility which should. Do not like the saying goes, "Children at home dying of hunger, fed monkeys in the forest."

Be fair to our own people; do not look casually of this problem because the original inhabitants which own their own land not foreigners who seized power in its hands. Only fair and accountable government will strive to overcome of this problem, regardless of race and religion.

Rembau Hari Ini

Posted: 24 Jun 2012 07:13 PM PDT

Rembau Hari Ini


YB Ir Khalid Samad 27 Jun 2012 di Senawang

Posted: 23 Jun 2012 09:51 PM PDT

CERAMAH UMUM
Tarikh : 27 Jun 2012, Rabu
Masa : 9 mlm
Tempat : Pasti Hasanah, Bandar Seremban Selatan, Sg Gadut
Penceramah :
YB Ir Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam
Hj Omar Jaafar, Penceramah Bebas
Hakki Bawadi, Ketua Pemuda PAS Rembau
Muhd Affandi, AMK N.Sembilan

Program Kitar Semula, Jualan Amal 30 Jun 2012 di Paroi

Posted: 23 Jun 2012 09:49 PM PDT

PROGRAM JUALAN AMAL, KITAR SEMULA, HI TEA DAN GOTONG ROYONG
Tarikh : 30 Jun 2012, Sabtu
Masa : 2 ptg - 6 ptg
Tempat : Pusat Khidmat DUN Paroi, Taman Tasik Jaya, Senawang

Kepada sesiapa yang ingin menyumbang beg-beg, majalah-majalah, barangan terpakai kegunaan harian yang masih dalam keadaan baik dan bersih boleh diserahkn pada hari tersebut.

Hasil jualan amal serta jualan barangan terpakai serta kitar semula ini akan disalurkan untuk program sumbangan Jejak Ukhuwah Ramadhan 1433 Hijrah.

Untuk sebarang maklumat, pertanyaan atau sumbangan sila hubungi Pn Wani 0133851202 atau Pn Fauziah 0137779328.

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui akaun Bank Islam DMPKR, No akaun : 05012010061653

Anjuran : Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau

PAS Cawangan Serkam Darat

Posted: 24 Jun 2012 07:11 PM PDT

PAS Cawangan Serkam Darat


Mahathir Tak De lah Cerdik Nau

Posted: 24 Jun 2012 06:26 AM PDT

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 24 Jun 2012 03:41 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


NAK JADI SIAKAP ATAU SINOHONG !

Posted: 24 Jun 2012 01:06 AM PDT

Siakap SiNohong Gelama ikan Duri, Bercakap bohong, lama-lama jadi pencuri?

GEORGE TOWN: Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang kecewa dengan kenyataan Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman, kononnya kerajaan negeri Pakatan Rakyat bersikap dingin dengan tidak mahu berjumpa dengan beliau untuk membincangkan perkara yang berkaitan dengan kakitangan awam.

Menurut Pembantu Khas kepada Ketua Menteri, Nor Diana Mohd Zabidi, pejabat rasmi Lim Guan Eng telah membuat siasatan dan mendapati bahawa Omar tidak pernah menulis surat untuk berjumpa dengan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Malah, katanya, tidak ada mana-mana pegawai daripada Pejabat Ketua Menteri yang menerima permohonan Omar untuk berjumpa dengan Ketua Menteri.

"Kenyataan sedemikian yang tidak berasas memang diduga kalau Datuk Omar Osman memakai topi sebagai Presiden KUPEKMAKS (Kelab UMNO Pesara (Kumpulan Pelaksana) Kerajaan Malaysia) tetapi tidak boleh diterima kalau Datuk Omar Osman berucap sebagai Presiden Cuepacs," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, Ketua Menteri Pulau Pinang Eng adalah rakan seperjuangan kepada kesatuan sekerja dan telah pun berjumpa dengan persatuan-persatuan pekerja seperti MTUC dan NUBE.

Malah, tambah beliau, kerajaan negeri pimpinan Guan Eng telah melantik bekas Presiden MTUC, Syed Syahir Syed Mohamud, sebagai Senator baru-baru ini.

"Oleh itu tidak ada masalah untuk Cuepacs atau Datuk Omar Osman untuk berjumpa dengan Ketua Menteri. Dakwaan Datuk Omar bahawa pegawai daripada pejabat Ketua Menteri enggan mengaturkan perjumpaan atas dakwaan Ketua Menteri sibuk adalah tidak berasas.

"Adalah diharapkan Datuk Omar Osman boleh mendedahkan nama pegawai daripada pejabat Ketua Menteri yang kononnya enggan mengaturkan perjumpaan tersebut," ujarnya. – Roketkini.com

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 24 Jun 2012 09:38 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Program Kitar Semula, Jualan Amal 30 Jun 2012 di Paroi

Posted: 23 Jun 2012 09:47 PM PDT

PROGRAM JUALAN AMAL, KITAR SEMULA, HI TEA DAN GOTONG ROYONG
Tarikh : 30 Jun 2012, Sabtu
Masa : 2 ptg - 6 ptg
Tempat : Pusat Khidmat DUN Paroi, Taman Tasik Jaya, Senawang

Kepada sesiapa yang ingin menyumbang beg-beg, majalah-majalah, barangan terpakai kegunaan harian yang masih dalam keadaan baik dan bersih boleh diserahkn pada hari tersebut.

Hasil jualan amal serta jualan barangan terpakai serta kitar semula ini akan disalurkan untuk program sumbangan Jejak Ukhuwah Ramadhan 1433 Hijrah.

Untuk sebarang maklumat, pertanyaan atau sumbangan sila hubungi Pn Wani 0133851202 atau Pn Fauziah 0137779328.

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui akaun Bank Islam DMPKR, No akaun : 05012010061653

Anjuran : Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau

YB Ir Khalid Samad 27 Jun 2012 di Senawang

Posted: 23 Jun 2012 09:44 PM PDT

CERAMAH UMUM
Tarikh : 27 Jun 2012, Rabu
Masa : 9 mlm
Tempat : Pasti Hasanah, Bandar Seremban Selatan, Sg Gadut
Penceramah :
YB Ir Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam
Hj Omar Jaafar, Penceramah Bebas
Hakki Bawadi, Ketua Pemuda PAS Rembau
Muhd Affandi, AMK N.Sembilan

Ceramah Israk Mikraj

Posted: 23 Jun 2012 04:20 PM PDT


Jasindaily Online

Posted: 24 Jun 2012 09:30 AM PDT

Jasindaily Online


Himpunan Hijau Anti Lynas Berjaya

Posted: 24 Jun 2012 08:26 AM PDT

occupy balok gebeng rally 240612 4
Seramai 1,000 orang peserta berjaya menembusi sekatan jalan raya polis untuk berhimpun di pintu masuk Zon Industri Gebeng bagi menyatakan bantahan ke atas loji nadir bumi Lynas.

Sekurang-kurangnya tiga sekatan jalan raya diadakan sejak awal pagi ini di sekitar taman industri tersebut bagi menghadapi para peserta yang berhimpun di pantai Balok sejak semalam.

Kumpulan yang diketuai timbalan presiden PAS Mohamad Sabu dan ketua lajnah alam sekitar parti itu, Zulkefly Mohd Omar pada awalnya diminta untuk berpatah balik oleh anggota polis yang mengawal di sekatan tersebut.

Walaupun sebahagian daripada kumpulan berkenaan berjaya membolosi sekatan, kumpulan berkenaan akhirnya membuat keputusan untuk duduk di pintu masuk Zon Industri Gebeng bagi menyatakan bantahan mereka.

Beberapa orang turut berucap daripada satu pentas yang menggunakan bahagian belakang sebuah lori

PAS: Najib khianat umat Islam jika PRU musim haji

Posted: 24 Jun 2012 08:24 AM PDT


NONEPAS terus menyuarakan kebimbangannya berhubung kemungkinan Datuk Seri Najib Razak mengadakan pilihan raya umum pada musim haji, dengan menyifatkan tindakan itu, jika dilakukan, adalah pengkhianatan" kepada Islam.

"Kalau Najib putuskan buat piihan raya masa musim haji, Najib adalah pengkhianat kepada Islam dan umat Islam," kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (kanan).

Menurutnya, tindakan itu jika dilaksanakan adalah penafian hak mengundi buat lebih 30,000 umat Islam yang dijangka menunaikan ibadah tersebut pada masa itu.

"Kalau 30,000 kita ambil purata (daripada) 100 kerusi Parlimen, sudah ada kira-kira 300 pengundi yang boleh memberikan 'warna' berlainan (bagi setiap kerusi)," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur pagi ini.

NONENajib semalam tidak menolak kemungkinan pilihan raya umum akan berlangsung pada musim haji kerana ia pernah berlaku sebelum ini.

Polemik berkenaan pilihan raya, kata Mustafa, akan boleh ditamatkan sekiranya Najib sebagai seorang Muslim yang memahami sensitiviti dan kewajipan berkaitan agama memberikan jaminan tiada pilihan raya sewaktu musim haji.

"Datuk Seri Najib sebagai perdana menteri beragama Islam, kalau dia faham dan putuskan tiada pilihan raya masa haji, polemik (tarikh pilihan raya) akan mati," katanya.

Beliau turut memberi jaminan bahawa Pakatan Rakyat tidak akan mengadakan pilihan raya sewaktu musim haji atau membiarkan rakyat berteka-teki tentang tarikhnya apabila mereka mengambil alih kerajaan Persekutuan.

"Jika Pakatan memerintah kita jamin tiada pilihan raya pada musim haji. Pakatan juga boleh tentukan tarikh pilihan raya tanpa perlu dibuat secara mengejut.

"Paling minima, tiga bulan lebih dahulu kita akan beritahu. Ia juga boleh jadi sebulan atau setahun (dari tarikh pengumuman)," katanya.

Ibrahim Ali, Kelab Isteri Taat 'menang' anugerah seksis

Posted: 24 Jun 2012 08:22 AM PDT


Pernahkah anda membayangkan Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali dan Kelab Isteri Taat (OWC) akan merangkul anugerah dalam majlis yang sama?PERKASA adalah sebuah kumpulan pendesak Melayu sementara OWC pula mempromosikan seks 'suci' yang didakwa berasaskan Islam.Namun petang tadi, kedua-duanya 'diraikan' pada majlis "Aiyoh...Wat Lah?! Awards 2012" kerana kenyataan-kenyataan mereka dalam media pada tahun lepas berkenaan hubungan sulit di kalangan pasangan berkahwin.

Ibrahim 'menang' anugerah "Menghina Kebijaksanaan" kerana kenyataannya yang didakwa menyebut "hubungan sulit dalam perkahwinan berlaku kerana isteri yang mengabaikan tanggungjawab kepada suami." (7 April 2011).OWC pula 'menang' anugerah "Paling Kurang Membantu Persaudaraan Wanita" kerana pernah dilapor menyebut "wanita yang tidak memuaskan suami mereka adalah punca seks luar nikah" (28 November 2011).Namun, kedua-duanya tidak 'hadir' kerana mereka juga tidak dijemput penganjur majlis iaitu Joint Action Group for Gender Equality (JAG), sebuah gabungan lapan pertubuhan pro-feminisme.

Majlis yang berlangsung selama hampir satu jam itu diacarakan 'Ms Ribenaberry', satu watak satira seorang penggoda yang diperan aktivis teater Jo Kukathas.'Ms Ribena Berry' sendiri menyampaikan semua tujuh anugerah pada majlis petang tadi.Namun, mereka yang hadir tidak kering gusi ketawa dengan jenaka yang diselang-selikan 'Ms Ribena Berry' sewaktu mengendalikan majlis, termasuk jenaka rumahtangga yang 'mengusik' Ibrahim.Majlis yang rata-ratanya kelihatan seperti bertemakan warna ungu - warna tidak rasmi golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) - turut memberikan 'penghormatan' kepada kerajaan negeri Terengganu.

Kerajaan Terengganu mendapat anugerah 'Dasar Gagal' kerana pernah memperkenalkan satu kem khusus untuk remaja lelaki lembut.Pengerusi GERAKAN Pulau Pinang, Teng Hock Nam pula mendapat anugerah 'Terlajak Perahu Boleh Diundur' (Foot in mouth) kerana pernah mengeluarkan kenyataan "bangunan lama yang terbengkalai ibarat perempuan tua" (22 Februari 2011).Penganjur dalam kenyataan mereka berkata majlis anugerah itu pertama kali diadakan dan ia bertujuan "membentuk kesedaran orang ramai tentang sifat seksis, homofobia, dan juga transfobia".Mereka turut mempertimbangkan untuk mengadakan majlis yang sama lagi tahun hadapan.Ketika ditanya wartawan sama ada penganjur bercadang untuk menjemput mereka yang tercalon pada tahun-tahun akan datang, Pengarah Eksekutif All Women's Action Society (AWAM), Ivy Josiah berkata perkara itu bergantung kepada sejauh mana mereka yang tercalon mampu menerima jenaka satira yang cuba dibawa penganjur."Kita perlu membina deria lucu (mereka yang tercalon) dahulu," katanya tersenyum penuh makna.

Pelari 'Bersih" berjaya tembusi Dataran Merdeka

Posted: 24 Jun 2012 08:20 AM PDT

standard chartered marathon 240612
Semua jalan ke Dataran Merdeka disekat hari ini, namun bukan disebabkan satu lagi perhimpunan BERSIH.Sebaliknya, kawasan itu menjadi penamat kepada Standard Chartered KL Marathon, oleh itu disekat kepada semua kenderaan.

Bagaimanapun, acara tersebut tetap menarik penyertaan penyokong BERSIH yang menggunakannya sebagai cara sah untuk berada di Dataran Merdeka dan menyatakan maksud mereka.

Pada 28 April lalu, kira-kira 100,000 penyokong BERSIH melingkungi kawasan tersebut, namun disuraikan dengan gas pemedih mata dan tembakan meriam air.Kali ini, penyokong BERSIH dapat memakai bib kuning dengan tulisan "Saya berlari untuk BERSIH 2.0" dan meluru ke arah dataran tersebut.Idea untuk "membersihkan" acara Marathon Kuala Lumpur 2012 itu dicetuskan oleh pengguna Internet di Facebook.

"Kita tidak boleh masuk ke Dataran Merdeka (pada 28 April) tapi di marathon terbesar di Malaysia, kita boleh (masuk)," kata kumpulan tersebut di laman Facebook mereka.

Menurut penganjur, Julie Wong, kira-kira 500 bib diedarkan kepada pelumba berkenaan.

PRU 5 TAHUN SEKALI IKUT PERLEMBAGAAN

Posted: 24 Jun 2012 06:08 AM PDT


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sepatutnya bersedia meminda perlembagaan supaya parlimen hanya dibubarkan apabila genap lima tahun demi kepentingan rakyat, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar (gambar). Langkah sedemikian, katanya, boleh mengelakkan kekeliruan rakyat malah membantu mengurangkan politiking ketika bukan masanya. Parti yang memerintah juga, kata Mahfuz, tidak lagi boleh memanipulasikan waktu pilihan raya untuk kepentingannya sendiri. Malangnya, kata beliau, Perdana Menteri nampaknya lebih cenderung kepada amalan hari ini di mana Perdana Menteri seolah-olah dibenarkan membubarkan parlimen pada masa yang beliau rasa memberi kelebihan kepada partinya selagi tidak cukup tempoh lima tahun. "Kenyataan Perdana Menteri tidak selaras dengan kenyataan (Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed) Nazri (Aziz) di Parlimen yang menyatakan kerajaan sedang melakukan gerakan kecil-kecilan untuk mempertimbang sama ada pilihan raya umum akan hanya diadakan apabila tempoh mandat pentadbiran kerajaan sedia ada mencukupi lima tahun dan bukannya lebih awal," katanya. 


Berbeza dengan kenyataan Nazri yang menyatakan kerajaan sedang melakukan gerakan tersebut, Najib masih menekankan kuasa budi bicara Perdana Menteri, kata Mahfuz. Ketika ditanya mengenai kenyataan Nazri itu, Najib berkata, perlembagaan negara membenarkan Perdana Menteri untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong membubarkan Parlimen dalam masa tidak lewat dari tempoh lima tahun. "Selagi tak ubah peruntukan Perlembagaan, kita tak boleh kata kita perlu buat lebih awal sebagai satu ketetapan atau sampai penghujung lima tahun sebagai satu ketetapan. Maknanya kuasa budi bicara itu dibenarkan oleh Perlembagaan," kata Perdana Menteri. Mahfuz menyifatkan kenyataan Najib memberikan gambaran Perdana Menteri sebenarnya tidak bersetuju dengan gerakan yang disebut oleh Nazri itu. "Dalam Parlimen, Nazri kata gerakan itu berlaku di dalam kerajaan. Perdana Menteri pula terus menekankan soal budi bicaranya untuk menentukan bila Parlimen dibubarkan. "Persoalannya, adakah benar wujud gerakan yang Nazri kata berlaku di dalam kerajaan itu dan jika benar wujud, mengapa Perdana Menteri seperti tidak tahu gerakan yang Nazri sebut berlaku di dalam kerajaannya sendiri itu? "Tak mungkin Nazri berbohong salam Parlimen dan tidak menghormati Parlimen," kata Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena. Mahfuz berharap rakyat sendiri memperhebatkan tuntutan supaya pilihan raya umum akan hanya diadakan apabila tempoh mandat pentadbiran kerajaan sedia ada mencukupi lima tahun dan bukannya lebih awal. "Tidak cukup sekadar gerakan kecil-kecilan di dalam kerajaan seperi yang Nazri kata," kata beliau.~HRKH

Mohamad Sabu maafkan Visva bukan Utusan

Posted: 24 Jun 2012 06:05 AM PDT


Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu sedia memaafkan saksi pertama kes isu komunis Bukit Kepong, Visvanathan a/l Muthu, 75, yang terlibat dengan perbicaraan isu berkenaan di Mahkamah Seksyen Butterworth pada 11 Jun lalu. Mohamad sebaliknya terus bertekad menyaman akhbar Utusan Malaysia kerana mengeluarkan berita dengan niat jahat. Jelasnya, Visva Nathan telahpun mengaku dan memohon maaf kepadanya di hadapan Hakim Ikmal Hisyam Ahmad Tajudin ketika diasak peguam Mohamed Hanipa Maidin pada perbicaraan berkenaan.


 Ujar beliau, kemaafan dibuat berdasarkan kepada keinsafan Visva Nathan yang beberapa kali memandangnya dengan tangan dirapatkan seolah-olah sedar bahawa beliau bersalah kerana melemparkan fitnah dengan membuat satu laporan polis pada 27 Ogos lalu berpandukan laporan Utusan Malaysia. "Tak apalah saya maafkan Visva Nathan kerana beliau jadi boneka dan hanya berpandukan kepada Utusan Malaysia yang melaporkan kononnya saya menghina pasukan polis dan Yang di-Pertuan Agong kerana menyanjung Mat Indera yang disifatkan oleh penjajah sebagai pengkhianat. Saya hanya maafkan dia bukan Utusan Malaysia," katanya ketika ditanya sejurus berucap di Perhimpunan Hijau Peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Acheh, Nibung Tebal petang semalam. 

 Bukan sahaja Visva Nathan memohon maaf bahkan turut mencadangkan kepada pihak polis agar tidak mengambil tindakan kepada Mohamad. Mungkin kata Mohamad, setelah peguam Hanipa Maidin memberikannya keratan akhbar Utusan Malaysia dan teks ucapan pada majlis di Pusat Pendidikan Islam Padang Menora yang jelas tidak langsung menyebut perkataan 'komunis'. "Lepas ni kayalah saya dapat duit saman Utusan Malaysia. Rugilah kalau tuan- tuan dan puan-puan tidak berkawan dengan saya," katanya secara berjenaka. Turun berucap di majlis bertemakan 'Perhimpunan Hijau Tawan Dun Sungai Acheh' ialah Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Fauzi Yusuf dan Yang Dipertua PAS Nibong Tebal, Abdul Rahman Ramjan.~HRKH

Expresi Anak Muda Ke Putrajaya Dan Himpunan Hijau Ke Putrajaya Peringkat Negeri Melaka

Posted: 24 Jun 2012 06:02 AM PDT

Himpunan Hijau Ke Putrajaya Peringkat Negeri Melaka bertempat di Permatang Pasir Melaka
























N45 Dr Halimah Ali

Posted: 24 Jun 2012 09:03 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


Rejim MUBARAK MESIR gagal menguasai kerusi Presiden Mesir

Posted: 24 Jun 2012 08:09 AM PDT

Alhamdulillah. Ikhwanul Muslimun telah berjaya meletak calon mereka Dr Mursi sebagai Presiden Mesir baru yang sah setelah bekerja bertungkus lumus.
Banyak lagi yang perlu mereka lakukan. Kita semua doakan Allah memberi kekuatan kepada mereka untuk mengharungi segala ranjau dan duri yang pasti akan mereka perlu lalui daripada hasil 'tarbiyyah' rejim kuku besi yang mendarah daging di kalangan sistem pemerintahan yang sekular itu.

EXCO Pendidikan Selangor rasmikan 15min READING BREAK@Gerakan Membaca/Menulis Daerah Klang

Posted: 24 Jun 2012 05:55 AM PDT

Orang Ramai Sokong Program 15 Minutes Break Reading Diperluas

104 views
KLANG 24 JUN : Program '15 Minutes Break Reading' anjuran Kerajaan Negeri dilihat amat praktikal bagi menyemai minat membaca di kalangan masyarakat bermula dari usia rendah, kata Hanita Muda kepada TV Selangor selepas menghadiri perasmian program ini di sini pagi tadi.
"Kita dapat lihat ramai yang datang secara berkumpulan dan bersama keluarga. Ini perkembangan positif ke arah mewujudkan masyarakat sihat dan berilmu,"katanya yang menyokong penuh agar program anjuran Kerajaan Negeri dan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor(PPAS) ini diperluaskan ke seluruh negeri.
Beliau berkata ia banyak memberikan manfaat kepada semua dan rakyat Selangor dapat bergerak maju dan bersaing dalam zaman serba maju ini.
Latifah Sujang, 42, dari Pulau Indah berharap program itu diadakan secara berterusan kerana ia amat menyeronokkan dan menghimpunkan seluruh masyarakat dalam acara menimba ilmu.
Katanya, dia turut berharap ia diadakan di kawasan kediamannya di Pulau Indah.
"Bagus sangat sebab semua orang ada turut serta. Saya sendiri datang dengan anak-anak dan kawan-kawan disebabkan program ini menarik. Jadi program ini mendapat sambutan ramai bila ia dijalankan," ujarnya.
Program "15 Minutes Break Reading" diadakan di Pengkalan Batu di sini dirasmikan Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali.
Turut hadir, Adun Kota Alam Shah, M Manoharan dan Pengarah PPAS, Mastura Mohamad.
Dr Halimah berkata, program "15 Minutes Break Reading" itu diadakan di daerah di seluruh Selangor bagi melahirkan masyarakat berilmu di negeri itu.
Katanya, ia bersesuaian dengan status negari maju bagi Selangor yang memerlukan rakyat bergerak seiring dengan peredaran zaman yang serba moden dan terkehadapan.
"Ia diadakan bagi menyemai minat membaca di kalangan rakyat supaya dapat dipupuk dari usia rendah lagi hinggalah ke usia emas. Dalam program sebegini kita dapat kumpulkan seluruh masyarakat dari pelbagai peringkat usia dan bangsa untuk bersama turut serta membaca. Maka dari situ lama kelamaan amalan suka membaca ini dapat disuburkan dengan jayanya terhadap orang ramai," katanya.
Menurutnya, program itu diperluaskan di negeri itu juga adalah hasil kejayaan program Hari Ilmu yang diadakan buat kali pertama di Tasek Shah Alam pada 26 Jun 2010 yang menghimpunkan lebih 15,000 orang dengan catatan rekod bacaan serentak teramai bagi kawasan luar di negara ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan