PEMANDANGAN perkarangan Hotel Spozhmai di pinggir Kabul selepas serangan kumpulan Taliban berakhir semalam.
KABUL - Sekumpulan empat orang militan Taliban bersenjata api dan pelancar roket menyerang sebuah hotel tepi tasik di sini dan menjadikan berpuluh-puluh orang termasuk wanita serta kanak-kanak sebagai tebusan.
Sekurang-kurangnya 18 orang terbunuh dalam serangan nekad tersebut.
Pemerintah mengambil masa 12 jam untuk mengisytiharkan serangan ke atas Hotel Spozhmai yang berakhir dengan kesemua empat militan itu dibunuh.
Terdahulu, pasukan keselamatan berjaya membebaskan sejumlah tebusan di hotel sama.
Komander Amerika Syarikat (AS) yang mengetuai pasukan tentera Perjanjian Pertubuhan Atlantik Utara (NATO) di Afghanistan berkata, rangkaian Haqqani yang merupakan cabang kumpulan Taliban, bertanggungjawab melancarkan serangan ganas ala komando itu.
Rangkaian Haqqani dipercayai mempunyai hubungan dengan pergerakan Al-Qaaeda.
Kejadian yang bermula malam kelmarin itu merupakan serangan terbaharu ke atas hotel dan beberapa kepentingan pemerintah serta Barat di sini.
Spozhmai menjadi lokasi tumpuan golongan elit di sini dengan hotel berkenaan dipenuhi pengunjung termasuk sejumlah keluarga kelmarin, menjelang cuti hujung minggu pada keesokan harinya di Afghanistan.
Kumpulan militan tersebut menyerbu masuk ketika para pengunjung berkumpul untuk makan malam di hotel berkenaan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kabul, Mohammad Zahir berkata, sekurang-kurangnya seorang militan meletupkan jaket berisi bom yang dipakainya.
Seorang saksi, Sharifullah, 30, memberitahu, dia pergi ke hotel berkenaan untuk makan malam dengan seorang rakan.
"Saya melihat tiga lelaki bersenjata memasuki kawasan di mana orang ramai dan keluarga berkumpul. Sejurus selepas itu, tembakan dilepaskan dengan para pengunjung panik dan mula menjerit," katanya.
"Saya terjun ke dalam sebatang parit dan melihat peluru mengenai seorang bapa, anak lelaki dan isterinya yang duduk di sekeliling meja berhampiran. Saya tidak pasti sama ada mereka selamat," tambahnya.
Kementerian Dalam Negeri Afghanistan menyatakan serangan tersebut berakhir pada pukul 11 pagi semalam apabila penyerang keempat dibunuh. - AFP
Lepas satu satu yang runtuh di negeri Terengganu. Selepas runtuhnya Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin dan beberapa lagi kejadian yang menuruti selepas itu, petang tadi pada kira-kira pukul 5 petang satu lagi keruntuhan berlaku. Kejadian kali ini di Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
MStar melaporkan seorang pekerja binaan maut dan tujuh lagi cedera apabila bumbung sebuah bangunan milik UMT yang sedang dalam pembinaan runtuh lalu menghempap mereka petang tadi.
Buruh binaan yang meninggal dunia itu dipercayai pekerja dari Bangladesh. Dua lagi pekerja juga dari Bangladesh dikatakan parah.
Kejadian pada jam 5.10 petang itu berlaku ketika hujan lebat.
Bangunan yang sedang dalam pembinaan itu adalah untuk Institut Oseanografi UMT.
BESUT - Sebuah astaka yang masih dalam pembinaan di Padang Astaka, Jertih di sini runtuh jam 1.30 petang tadi menyebabkan enam pekerja warga Indonesia terperangkap dalam runtuhan.
Sehingga jam 3 petang, seramai empat pekerja berjaya dikeluarkan dan dihantar ke Hospital Besut untuk mendapatkan rawatan.
Pasukan penyelamat telah mengeluarkan kesemua mangsa yang terperangkap dan mangsa hanya mengalami kecederaan - Jkkk Fan Club
Dimaklumkan bahawa program Gelombang Hijau Peringkat Negeri Johor hampir sampai ke kemuncaknya. Sebagaimana yang diuar-uarkan sebelum ini, Tuan Guru Mursyidul Am akan turun ke Johor bagi mengisi beberapa aturcara yang telah disediakan.
Aturcara tersebut seperti berikut :
Tarikh :29 Jun 2012 (Jumaat) Tema :Warna Hijau
Aturcara: Jamuan Anak Kelantan Di Perantauan Masa: 04.30 petang – 07.00 malam Tempat:PPR Taman Kempas Permai Kempas
Aturcara: Makan Malam Bersama Masyarakat Cina Masa: 07.00 petang – 09.00 malam Tempat:Restoran Grand Straits Garden Seafood Danga Bay
Jualan kupon boleh di dapati di Pejabat Pas Kawasan Kota Tinggi.
Aturcara: Tahlil dan Ceramah Perdana Masa: 07.00 malam – 12.00 malam Tempat:Dataran Dahlia Taman Dahlia,Johor Bahru
Pada Sabtu ini, 23hb Jun, Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak akan mengadakan lawatan setengah hari ke Melaka bersempena pelancaran Pusat Transformasi Bandar (UTC). Dalam masa yang sama, Beliau akan singgah di Melaka Sentral.
Kita pernah dikejutkan dulu dengan pemandu bas henti-henti yang mogok kerana hanya dibayar gaji lebih kurang Rm500, begitu juga kita dikejutkan dengan berita kos penyelenggaraan bas henti-henti yang tinggi. Itulah realiti yang berlaku di Melaka.
Bas-bas yang tidak berfungsi dan gagal diselengara oleh anak syarikat kerajaan negeri melaka iaitu, PM Cultural & Tourism Sdn Bhd telah diletakkan di Melaka Sentral selama berbulan-bulan. Kini, bagi menutup kesalahan dan kegagalan menguruskan bas henti-henti ini kerajaan negeri Melaka di bawah pimpinan Datuk Seri Mohd Ali Rustam telah membazirkan duit rakyat dengan menunda bas tersebut ke Pantai Klebang.
Di klebang juga kita boleh melihat Kapal Selam atas darat yang boleh dikatakan bangkai besi buruk. Berjuta duit rakyat yang dihabiskan untuk projek sia-sia ini.
Kos yang dianggarkan bagi menunda semua bas ini lebih kurang Rm 20000. Disebabkan kegagalan Kerajaan BN ini, akhirnya duit rakyat yang dihabiskan untuk menutup kesalahan dan kegagalan tersebut.
Berikut laporan yang dibuat oleh YB Khoo Poay Tiong, Adun Ayer Keroh berkenaan isu ini:
Lebih elok sekiranya Bas dan kapal selam ini dijual sahaja ke besi buruk.
Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, Tuanku Muhammad Faris Petra. Hanya dia sajalah susuk Sultan yang bolih dibanggakan olih rakyat. Bertuah bumi Kelantan kerna punya Sultan dan kerajaan negeri yang mengamal dan memuliakan kesucian Islam http://kerajaanrakyat.blogspot.com/
Oleh Daim Abdul Rahman Apabila Sultan Omar Ali Saifudin III dari Brunei mengisytiharkan bahawa Brunei tidak akan bersama-sama membentuk Malaysia, Tunku Abdul Rahman telah cuba untuk memberikan tekanan ke atas Brunei dengan memanggil balik beratus-ratus guru dan pegawai dari Tanah Melayu yang di pinjamkan kepada negara tersebut. Hal ini menyebabkan Brunei ketika itu menghadapi masalah [...]
Oleh: amkns “"Tidaklah kami pernah melihat ataupun mendengar hal ajaib seperti ini. Muhammad al-Fateh sudah menukar darat menjadi lautan, melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya Muhammad al-Fateh dengan usahanya ini telah mengatasi Alexander The Great!"- Ahli Sejarah Byzantine. Sultan Muhamad al-Fateh dilahirkan pada 27 Rajab 835 Hijrah bersamaan 29 Mac [...]
Oleh: amkns “Siapakah Sultan yang tidak tinggal di istana megah serta bersifat pemaaf disamping menyemarakkan sambutan Maulid Nabi serta telah membebaskan Palestin atau Al Aqsa atau Jerusalem atau Baitul Maqdis? Sultan Salahuddin Ayyubi atau Saladin atau Salah ad-Din ( 1138 – 4 Maret 1193 m) adalah seorang jendral dan pejuang muslim Kurdi dari Tikrit (daerah [...]
Oleh ; http://kerajaanrakyat.blogspot.com Kepada Mufti Johor: Kerajaan Rakyat mohon Dato’ Mufti tolong berikan satu Nas atau Hadith sahih yang mengatakan berdosa jika rakyat menegur Sultan. … dan sila jelaskan, apakah hukumnya Mufti yang diamanahkan untuk menegur kesilapan umat Islam, termasuk Sultan Johor, (jika Sultan melakukan kesilapan) tetapi membiarkan kesilapan atau kealpaan itu terus berlaku?… dan [...]
KEMAMAN: "Saya menyeru dan merayu kepada para dermawan, muslimin dan muslimat sekalian untuk kita sama-sama membantu seorang pelajar yang mengidap penyakit kanser.
"Pelajar ini seorang perlu dibantu segera untuk menjalani rawatan di hospital yang menelan belanja RM40,000 setelah tujuh kali menerima rawatan sebelum ini," kata Pengarah MTD Chukai, Haji Hanafiah Mat ketika ditemui di rumah pelajar berkenaan di Kampung Kuala Kemaman, 21 Jun lalu.
Kata beliau, keluarga pelajar terbabit tidak mampu menanggung kos perubatan anaknya (Wahyuni) kerana berpendapatan rendah sebagai nelayan.
Menurutnya, sumbangan serba sedikit telah dilakukan dengan cara mengumpul derma di surau-surau dan individu yang prihatin.
Justeru, katanya mana-mana pihak yang ingin menyumbang kepada keluarga berkenaan sila hubungi saya (019-984 8505) sendiri atau terus kepada akaun bank atas nama Wahyuni Harun dengan akaun Maybank: 163028806873 atau hubungi bapanya di talian 019-9955116.
KEMAMAN: Pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat Terengganu menggesa rakyat dan pengundi khasnya pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 menilai rekod masa lalu dua pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN).
Penolong Setiausaha PAS Terengganu, Hanafiah Mat berpendapat rakyat di negara ini khasnya para pengundi agar menilai setiap calon dari parti Umno-BN termasuk Perdana Menteri, Dato' Seri Najib dan mantan PM, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ini kerana, katanya kedua-dua pemimpin Umno tersebut menjadi simbol bagi kekuatan parti itu terutama di kalangan orang Melayu.
Menurutnya, orang Melayu yang berfikiran sempit di Felda-felda serta pendalaman masih menjadi deposit tetap bagi kemenangan Umno-BN.
"Kita (PAS) minta rakyat dan pengundi dapat menilai dengan mata hati pemimpin Umno terutama Najib (Perdana Menteri) dan Tun Dr Mahathir (mantan).
"Dua orang (Najib dan Dr Mahathir) ini jadi simbol kekuatan sokongan orang Melayu di Felda-felda dan pendalaman yang masih berfikiran sempit. Ini (Melayu) deposit tetap Umno dalam pilihan raya," tegasnya.
Menurutnya, rekod kedua-dua pemimpin Umno tersebut sangat buruk hingga boleh membawa negara ke arah bankrap di masa akan datang.
Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Terengganu, Dr B.Chandran Gopalkrisnan tetap yakin Umno-BN ditumbangkan oleh rakyat pada PRU13.
Katanya, kajian di peringkat akar umbi masih menunjukkan pengundi Cina, India dan Melayu menolak parti Umno-BN selepas tahun 2008.
Namun, kata Dr B.Chandran penolakan orang Melayu terhadap Umno-BN agak perlahan dan tidak sekuat pengundi Cina dan India.
"Saya cukup yakin dan DHPP sangat yakin bahawa Umno dan Barisan Nasional akan ditumbangkan oleh rakyat pada pilihan raya nanti.
"Pengundi Cina masih kuat menolak BN, pengundi India semakin kuat menolak BN dan pengundi Melayu juga dilihat bersungguh untuk menolak Umno dan BN," jelasnya.
Menurut beliau, rakyat semakin 'muak' dengan kepimpinan Dato' Seri Najib dan mentolnya Tun Dr Mahathir.
Katanya, rakyat dan pengundi wajib menilai kedua-dua pemimpin Umno-BN ini sebelum membuat pilihan pada PRU13.
Manakala, Pengerusi DAP Terengganu, Ng Chai Hing menggesa rakyat menilai pemimpin Umno-BN yang banyak terlibat dengan rasuah serta salahguna kuasa.
Katanya, rekod buruk dua orang pemimpin Umno tersebut telah diketahui umum oleh rakyat dan tidak ada sebab lagi untuk menyokong BN.
"Rekod buruk dua pemimpin Umno-BN iaitu Najib dan Dr Mahathir semua rakyat tahu dengan rasuah, salahguna kuasa, khianat dan membazir harta rakyat.
"Saya rasa tidak ada sebab lagi untuk kita (rakyat) kekalkan mereka berkuasa selepas PRU13 dan semua calon BN mesti ditumbangkan. Kita (rakyat) kena nilai dan fakir dengan akal yang baik," ujarnya.
Menurutnya, pemimpin Umno-BN sekarang ibarat takut pada 'bayang-bayang' kerana banyak melakukan kesilapan dan dosa kepada rakyat.
Oleh itu, kata Ng, pemimpin Umno-BN berusaha melakukan fitnah terhadap Pakatan Rakyat agar rakyat menolak PAS, Parti KeADILan Rakyat (PKR) dan DAP.
KEMAMAN: Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) disifatkan kekeringan modal hingga sanggup melakukan fitnah terhadap PAS serta membohongi rakyat dengan menuduh PAS sebuah parti ajaran sesat.
Penolong Setiausaha PAS Terengganu, Hanafiah Mat berkata pemimpin Umno telah kehabisan modal serta kekeringan idea menghadapi PAS dan Pakatan Rakyat.
Katanya, Umno-BN menyedari rakyat umum termasuk di negeri ini akan menolak BN dalam pilihan raya umum akan datang.
"Umno sebenarnya telah habis modal dan kering idea untuk berdepan dengan PAS dan Pakatan Rakyat. Sebab itu, dia (Umno) buat fitnah terhadap PAS dan membohongi rakyat.
"PAS dituduh parti ajaran sesat, hakikatnya mereka (Umno) cuba membohongi rakyat supaya rakyat bencikan PAS," ujarnya kepada Harakah pada Himpunan Selamat Tinggal Umno, di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai, Kemaman.
Beliau yang juga Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) Chukai menjelaskan kerajaan BN Terengganu sendiri mengakui hanya terdapat empat ajaran sesat yang diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam).
Antaranya, kata Hanafiah, ajaran Ariffin Mohamad atau Ayah Pin, Aurat Muhammadiah (al-Arqam), Azhar Wahab (Rasul Melayu) dan Syarikat Rufaqa Corporation.
Menurutnya, pendedahan empat jenis kumpulan ajaran sesat tersebut dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Penerangan dan Agama Negeri, Khazan Che Mat pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu yang lalu.
"Ini bukti yang PAS bukan parti ajaran sesat sebagaimana yang dituduh oleh Umno-BN hari ini. Maknanya pemimpin Umno Terengganu adalah pembohong dan pemfitnah besar di negeri ini," tegasnya.
Oleh itu, katanya rakyat Terengganu diingatkan agar tidak mudah terpedaya dengan tipu helah pemimpin Umno-BN tersebut.
Menurutnya, program 'Selamat Tinggal Umno' dijayakan bagi membuka ruang kepada ahli dan penyokong parti itu segera meninggal Umno dan Barisan Nasional.
KEMAMAN: Usaha Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Chukai menganjurkan program Himpunan Selamat Tinggal Umno mendapat sokongan pelbagai pihak termasuk di kalangan keturunan anak 'Raja' di Terengganu.
Pengerusi Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) Terengganu, Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah mengajak rakyat Terengganu melakukan perubahan bagi membetulkan kepincangan dalam masyarakat.
Katanya, perjuangan perlu diletakkan di landasan yang betul agar keadilan dan hak rakyat dapat dikembalikan.
"Kita sekarang ini untuk menyedarkan rakyat bagaimana pentingnya untuk kita meletakkan suatu perjuangan di landasan yang benar. Sebenarnya, banyak sangat kepincangan masyarakat yang perlu diperbetulkan. Di mana pemberian tidak diberikan kepada yang berhak dan memerlukan," ujarnya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Himpunan Selamat Tinggal Umno di Dataran Tok Guru, di Kampung Geliga Besar, Chukai, Kemaman, baru-baru ini.
Katanya, Terengganu adalah sebuah negeri yang kaya dengan sumber minyak dan gas tetapi tidak dapat diuruskan dengan baik oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).
Menurutnya, kerajaan Umno-BN hanya bergantung harap kepada sumber minyak sebanyak 95 peratus tanpa usaha lain sebagai persediaan masa depan.
"Situasi di Terengganu, sebuah negeri yang begitu kaya dengan hasil royalti minyak, banyak dana kewangannya seolah-olah 'Kuwait' Malaysia.
"Kita mesti memandang jauh tentang masa depan Terengganu dan masa depan anak-cucu kita. Kerajaan BN Terengganu telah memperuntukkan 95 peratus perbelanjaan negeri dari hasil minyak dan hanya lima peratus dari hasil titik peluh sendiri.
"Tidakkah ini kerajaan yang malas, yang tidak mahu berusaha dan hanya harapkan hasil minyak dengan tidak menggunakan daya pemikiran, daya usaha dan sebagainya. Minyak tidak akan tahan lama, apa akan jadi jika minyak habis. Apakah persediaan kita," ujarnya.
Katanya, rakyat tidak boleh lagi mengharapkan sebuah kerajaan yang tidak berdaya maju untuk mentadbir negeri dan negara ini dengan baik.
Hadir sama pada majlis tersebut Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayob, Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli, Timbalan Yang Dipetua PAS Kemaman, Ustaz Nik Mohammad Nasri Nik Malek dan Pengarah MTD Chukai, Hanafiah Mat.
22 JUN — Sesudah 54 tahun berkuasa dan bermaharajalela, Umno Baru akan sampai ke penghujungnya dan sudah terlalu banyak dalil dan tanda-tanda yang menunjukkan ia akan berlaku. Tidak payah disebut dan diulangi kali ini kerana kenyataan itu sudah dirasai oleh ramai rakyat dan ia dirasakan di dalam naluri mereka yang memerhati keadaan ini. Ia tidak usah disedihkan kerana ia perlu berlaku bagi menjauhkan negara daripada terjerumus ke lembah kerosakan kepada budaya politik negara kita yang kita sayangi ini. Parti Liberal Demokrat Jepun (LDP) telah tumbang setelah memerintah negara matahari terbit itu selama lima puluh tahun. LDP merupakan parti yang telah berjasa kepada negara Jepun. LDPlah yang telah membangunkan Jepun dengan begitu pantas setelah negara itu mengalami kekalahan yang menghinakan dalam peperangan dunia ke-2 dahulu. Negara Jepun yang telah hancur lebur hasil dari ledakan bom atom di Hiroshima yang menjadi penyebab kepada kekalahan Jepun itu, telah dibangunkan kembali oleh LDP sehinggakan Jepun menjadi kuasa ekonomi yang besar di dunia ini. Jasa LDP kepada negaranya begitu "quantifiable" kerana dalam tempoh lima dekad dalam pentadbiran dan pemerintahan parti LDP itu, Jepun telah menebus kekalahan yang dialaminya yang begitu hina, menjadi sebuah negara yang tidak boleh ditinggalkan dalam segala urusan antarabangsa, khususnya dalam bidang ekonomi dan perdagangan antarabangsa. Keributan kecil di Jepun boleh menjejaskan keadaan ekonomi dan seterusnya politik dunia, lebih-lebih lagi rantau Asia ini. Pemimpin LDP tahu dan faham apa yang mereka lakukan dan mereka tidak melakukan sesuatu tindakan itu berdasarkan kepada politik kepartian semata-mata. Jepun khususnya pimpinan LDP membangunkan negara bukan kerana diasaskan kepada kepentingan kepartian LDP semata-mata tetapi berdasarkan kepada matlamat yang "ultimate" bagi rakyat dan negara iaitu untuk mencapai pembangunan negara (nation building) dalam erti kata yang sebenarnya. Negara Jepun setelah mengalami kekalahan peperangan dunia kedua tidak menunggu lama untuk memperbaiki keruntuhan hasil dari peperangan itu. Jepun terus sahaja membangunkan industri negaranya dengan memilih "formula" dan pendekatan yang radikal dan prakmatik. Yang pertama dilakukan oleh Jepun ialah untuk membangunkan industri "precision"nya dengan disampingi oleh "R&D" nya kerana mereka tahu yang cara untuk menyaingi pembangunan negara-negara lain yang sedang membangun dengan pesatnya ialah dengan mencapai "perfection" yang tinggi. Jepun tahu yang cara untuk mencapai "competitiveness" yang tinggi ialah untuk membina industri kepada produk-produk yang mampu dieksport dan mudah diterima oleh pasaran antarabangsa. Jepun di bawah pimpinan LDP sedar bahawa negara itu tidak mempunyai kekuatan "export" untuk apa-apa komoditi kerana Jepun merupakan negara secara "geographic"nya merupakan negara yang tidak mempunyai keluasan untuk kediaman yang besar. Jepun hanya mempunyai satu pertiga kawasan negaranya yang boleh didiami oleh manusia dan negara itu tidak mempunyai hasil bumi yang besar seperti di negara kita ini. Mahu tidak mahu Jepun terpaksa menumpukan usahanya untuk pembangunan industri sahaja semasa itu. Pembangunan industri "precision" itu telah membantu pembangunan industri yang lain kerana kos pengeluaran barangannya menjadi rendah kerana kos yang dibelanjakan terhadap "capital goods" dalam sesuatu pengeluaran itu menjadi rendah. Ini ialah kerana mesin-mesin untuk mengilang itu dikeluarkan oleh negara Jepun sendiri hasil dari "R&D"nya yang berjaya itu. Di sebaliknya, di negara kita sampai ke hari ini kita belum pun lagi mempunyai industri Malaysia itu sendiri. Malaysia belum lagi mempunyai barangan industri kita sendiri untuk dieksport atau menjadi kegunaan masyarakat antarabangsa. Kesemua industri yang ada di negara kita hanyalah merupakan industri "footloose" yang boleh dipindah dan dianjak kemana-mana oleh pengilang-pengilang antarabangsa yang ada disini. Malahan banyak di antara kilang-kilang gergasi kepunyaan negara lain yang beroperasi di negara kita telah memindahkan operasinya di negara-negara jiran kita seperti Thailand dan Vietnam. Begitulah besarnya jasa LDP kepada negara Jepun tetapi setelah memerintah selama lima dekad rakyat menolak parti itu kerana kepentingan negara dan rakyat. LDP telah melakukan kesilapan demi kesilapan kerana mereka (LDP) telah mengambil segala-galanya "for granted" kerana telah terlalu biasa dengan kuasa yang rakyat mandatkan. Rakyatnya mementingkan kepentingan negara sebagai perkara yang utama. LDP sudah mula diselaputi oleh kegiatan rasuah dan salahguna kuasa dan kadar rasuahnya tidaklah sebesar apa yang berlaku di negara kita. Itu pun rakyat Jepun menolaknya setelah berjasa kepada Jepun selama lima puluh tahun. Itulah sebabnya jika Umno Baru mengungkit-ungkit apa yang mereka telah lakukan terhadap rakyat dan meminta rakyat mengenang jasanya untuk meneruskan kuasa itu, ia merupakan satu penganiayaan kepada negara sendiri. Umno Baru mahukan rakyat mengenagkan jasa-jasa lama dan melupakan sahaja isu rasuah yang berluas-luasa yang mereka lakukan. Bagi Umno Baru "aku boleh rasuah kerana aku telah lama berjasa" itu merupakan budaya dan pemikiran yang amat hina terhadap rakyat. Umno Baru telah mengungkit sampai ke perkara yang kecil dan di kampung saya suatu ketika dahulu pemimpin Umno Baru mengungkitkan bantuan gigi palsu sebagai cara untuk menyambung sokongan terhadap mereka (Umno) Baru. Kita perlu mengambil contoh yang baik seperti contoh yang dilakukan oleh rakyat Jepun. Mereka (rakyat Jepun) mengutamakan nasib dan masa depan negara. Mereka tidak termakan dengan cerita jasa lama dan membiarkan negara mereka dipunah-ranahkan oleh pemimpin-pemimpi parti yang telah berjasa lebih besar kepada rakyatnya dari jasa Umno Baru kepada rakyat Malaysia. Kita juga elok mengkaji apa yang berlaku kepada Parti Kongress India yang telah ditumbangkan oleh rakyat negara India setelah hampir lima dekad berjasa kepada negara demokrasi terbesar di Asia itu. Semuanya mengambil giliran untuk turun apabila masanya tiba. Begitu juga Parti Golkar dari Indonesia. Ini semuanya merupakan contoh-contoh yang hampir dengan kita yang sejarahnya masih baru dan muda. Kita tidak payah membaca tentang sejarah lama seperti kejatuhan Empire Roman dan sebagainya. Apa yang berlaku di sekeliling kita sudah memadai untuk dijadikan contoh dan teladan. — aspanaliasnet.blogspot.com
Khusus untuk mereka yang gemar berkongsi maklumat di FB dan online... Salam untuk semua… Kalau anda pernah tgk video-video kekejaman di Palestine dan Syria, jangan ingat anda jauh dari kekejaman seperti itu. Nauzubillah min zalik, ianya berlaku di dalam negara kita sendiri, mungkin tidak jauh dari tempat anda tinggal. Sebenarnya sekarang ini terlalu banyak kejadian culik, rogol, dan bunuh dalam Negara kita yang nampaknya aman dan makmur. Yang menyayat hati banyak mangsa-mangsa adalah kanak-kanak dan pelajar sekolah dan ada yang sebaya dengan anak saya sendiri. Tenunglah anak perempuan anda sekarang, bayangkan dada mereka ditoreh, pungung dikerjakan, disumbat mulut dengan kertas, beras, kemaluan disumbat dengan benda-benda. Yang lebih menyedihkan 80% mereka yang ditangkap terlepas, kerana tidak cukup bukti untuk didakwa dan ditahan didalam penjara. Jadi awas tuan-tuan dan puan-puan, dikalangan kita ada perogol, pedophiles, pembunuh bersiri yang bebas mencari peluang utk bertindak. Dan mereka ni bukan orang kurang siuman. Semuanya bijak belaka. Mereka mengunakan kaedah seperti PHISING dan reverse phsycology utk mendapatkan maklumat peribadi kita. Jadi anda perlu sentiasa peka dengan apa yang anda telah lakukan terutama dalam perkembangan dunia IT sekarang ini. Saya nak sarankan beberapa perkara mudah di FB yang InsyaAllah boleh menyelamatkan nyawa anda dan keluarga anda......
1. REMOVE semua maklumat berkenaan suami, isteri, anak, ibu, bapa, pakcik yang kita publish di Facebook. Tak perlu unfriend mereka, hanya tukar relationship sahaja.
2.JANGAN post gambar anda, anak-anak, keluarga dan sahabat handai. Jika perlu tetapkan setting SECURITY pada kiriman. Tentukan orang-orang tertentu yang hanya boleh melihat gambar tersebut.
3. Aktifkan option untuk review TAG. Ada didalam ruangan Setting. Pilihan ini akan meminta anda untuk approve gambar, post yang anda telah di tag. Jadi ini akan memberikan anda ruang untuk menilai kiriman tersebut sama ada ianya akan mengancam keselamatan
4. JANGAN lah nak bersayang-sayang, aniversary di FB. Buat offline sahajalah. Tindakan seperti ini akan memberitahu siapa orang kesayangan anda dan boleh jadi target
5. HENTIKAN post yang boleh menunjukkan anda bersendiri. Seperti "Boringnya, sorang-sorang kat rumah" atau "I nak tido kejap"
6. MATIKAN fungi geo-location pada pengguna Android atau iPhone. Fungsi ini boleh mendedahkan lokasi anda.
7. Review friendlist anda dengan kerap. Ingat 80% penjenayah ni masih terlepas. 8. REMOVE no telefon dari FB. Kerana penguna Android boleh nampak no telefon anda 9. Gambo profile letak lah yang sopan santun
10. REVIEW semula album FB anda. Mana gambar yang tak patut delete sahaja! *
Apa pun moralnya kita sebagai seorang yang mengaku Islam, dalam hati perlu ada niat untuk merealisasikan perlaksanaan Hukum Allah di Negara kita yang katanya sebuah Negara Islam… Untuk merealisasikannya tentulah kita sebagai seorang rakyat yang boleh mengundi untuk memilih sebuah kerajaan yang cenderung untuk melaksanakan Hukum Allah di muka bumi Malaysia yang tercinta ini…. Takbir!!!!
Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu berkata, apa yang pernah dinyatakan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Ghafar Baba kepada Umno kini menjadi kenyataan. Menurutnya, Tun Ghafar selepas bersara sering berkata bahawa 'Umno nampak saja besar macam gajah tapi kakinya lembik macam plastik' dan kini benar-benar terjadi apabila parti itu rosak akibat perbuatan pemimpin mereka sendiri. "Kini apa yang dikatakan oleh Tun Ghafar Baba sudah jadi kenyataan.
Umno nampak gah kerana adanya media dan wang ringgit tetapi pada hakikatnya parti itu menuju keruntuhan akibat perbuatan kepimpinan mereka sendiri, " terangnya. Beliau berkata demikian ketika berucap di ceramah perdana anjuran PAS Kawasan Tasek Gelugor di Padang Awam, Kampung Jarak Atas semalam. Menurut Mohamad, beliau masih ingat lagi perkataan tersebut, disebut berulang kali oleh Tun Ghafar semasa beliau dan Ahli Jawatankuasa PAS ketika itu, Haji Subky Latif menziarahinya yang terlantar sakit. Kejatuhan Umno juga jelas Mohamad bakal disumbang oleh sikap pemimpin generasi baru parti itu yang dilihat sudah terpesong matlamat perjuangan mereka berbanding generasi terdahulu.
Sebab itu katanya, ramai dikalangan vateran Umno kini sudah sedar dan keluar dari Umno kerana kecewa dengan sikap pemimpin yang baru yang lebih mementingkan kedudukan berbanding kebajikan rakyat. "Ramai dalam Umno sudah terpesong perjuangan bukan seperti orang veteran. "Ramai yang tidak tahu perit getir perjuangan yang diterokai, tahu-tahu sudah pegang jawatan yang di dalamnya kantong besar. Apa lagi berebutlah mereka mendapatkanya, " katanya. Namun, beliau tetap memberi peringatan kepada selruh jentera Pakatan Rakyat agar tidak mengambil sikap selesa walaupun Umno diibarat gajah berkaki plastik. "Macam Tun Ghafar kata, istilah gajah yang ditujukan kepada Umno nyata besar tapi ingat kaki dia plastik. "Jadi kita kena ambil api dan layangkan kepada kaki plastik tersebut tentu jadi lembut dan akhirnya gajah yang besar rebah ke bumi," katanya.
Ahli parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar beranggapan ada sesuatu yang cuba disembunyikan kerajaan berhubung isu pemindahan wang ke akaun Ketua Pengarah Eksekutifnya, Datuk Ismee Ismail. Ia berikutan persoalan yang dibangkitkan beliau masih tidak dijawab secara terperinci, biarpun berulang-kali didesak berbuat demikian. "Semalam, saya membangkitkan isu ini dengan menjelaskan butirannya, dan hari ini jawapan tersebut sudah ada di meja saya. "Namun, masih tiada jawapan yang jelas mengenainya," kata beliau pada sidang media, di Dewan Rakyat, petang tadi. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, desak Mahfuz perlu tampil memberikan penjelasan berkenaan pembayaran sejumlah wang tersebut secara terperinci.
"Saya minta menteri tampil menjelaskan apakah jenis pembayaran tersebut? Adakah ia merupakan emolumen, elaun atau insentif? Penyimpan Tabung Haji ingin tahu, jadi saya minta menteri tampil menjelaskannya," tegas beliau lagi. Sebelum ini, pada sesi parlimen lepas, Naib Presiden PAS itu telah membangkitkan isu tersebut ketika perbahasan belanjawan 2012. Beliau sekali lagi membangkitkan dalam soalannya pada sidang parlimen sesi ini, bagaimanapun tidak berpuashati dengan jawapan Jamil Khir. Susulan itu, Mahfuz mengulangi lagi tuntutan beliau terhadap Jamil Khir untuk menjelaskan secara terperinci butiran pembayaran itu. Tabung Haji dikatakan memindahkan sejumlah RM308 700 ke akaun Ismee, yang dikatakan dibuat mengikut undang-undang serta termaktub dalam syarat-syarat dan terma-terma yang terkandung dalam kontrak perkhidmatan Ismee.
Oleh kerana malu dan takut dilihat oleh Boss besar mereka iaitu Najib Razak, kerajaan Melaka terpaksa menyorokkan bas-bas buruk yang tersadai kepunyaan anak syarikatnya PMCT Sdn Bhd. Bas-bas tersebut yang sebelum ini tersadai di Stesyen Bas Melaka Sentral telah dialihkan ke Dataran Klebang bagi mengelakkan rahsia mereka terbongkar di hadapan Perdana Menteri Najib Tun Abdul Razak yang dijangka akan membuat lawatan ke Melaka esok bagi merasmikan program UTC (Urban Tranformation Centre) peringkat Negeri Melaka. Bas-bas buruk itu sebenarnya sudah lama tersadai di Melaka Sentral kerana rosak, tiada road tax, tiada kelulusan Puspakom dan sebagainya.
Ternyata perkhidmatan bas henti-henti di negeri ini semakin buruk selepas diambilalih oleh kerajaan negeri melalui anak syarikatnya iaitu PMCT Sdn Bhd. Jelas sekali kerajaan negeri cuba menutup pekung di dada mereka dengan menyembunyikan bas-bas tersebut sedangkan mereka tidak sedar bahawa isu ini telah diketahui umum dan tersebar ke seluruh negara. Inilah sikap pemimpin Umno/BN yang hanya tahu menyorokkan segala keburukan dan kegagalan mereka tetapi tidak mahu berusaha bagi menyelesaikan masalah sebenar yang timbul akibat kegagalan PMCT Sdn Bhd mengendalikan sistem pengangkutan awam ini. Apakah dengan menyorok bas ini ianya akan menyelesaikan masalah rakyat yang menggunakan bas henti-henti sebagai pengangkutan utama mereka untuk bergerak dari satu tempat ke tempat lain. Banyak rungutan yang diterima menyatakan bahawa bas Panorama kendalian PMCT ini tidak memberikan perkhidmatan yang baik di mana penumpang terpaksa menunggu berjam-jam untuk mendapatkan bas malah situasi di mana bas terus tidak datang.
Agak mengejutkan beberapa gambar yang dipaparkan di laman web maahadsas.edu.my yang kemungkinan besar menunjukkan anggota tentera Malaysia yang beragama Islam diberi latihan kelangsungan hidup (survival) cara menangkap, memasak dan memakan monyet, katak dan beberapa binatang liar di hutan.
Adakah ini latihan untuk menghadapi suasana darurat atau terdesak? Apakah selepas ini akan ada pula latihan melacur untuk ibu yang terdesak keputusan bekalan susu anak, kerana Datuk Dr Mashitah dalam ruang soal jawab agama akhbar Harian Metro bertarikh 19 Jun 2005 mengatakan iaitu : "Dalam keadaan biasa, memang melacur itu haram, tetapi jika terdesak dan darurat ia dimaafkan."
Harap Jawatankuasa Fatwa dapat memberikan pencerahan dalam isu latihan ketenteraan ini. Apakah perlu dilatih makan benda haram dalam keadaan darurat? Bagaimana pula jika latihan tersebut dalam bulan Ramadhan, kerana orang berpuasa dalam bulan Ramadhan pun dibolehkan berbuka puasa sekiranya dalam keadaan darurat?
Atau mungkin gambar tersebut bukan anggota ATM?
********************
Jual diri kerana terdesak
Harian Metro Ahad 19 Jun 2005
SAYA sering membaca kisah wanita (terutama ibu tunggal) yang terpaksa menjual diri untuk membesarkan anak. Punca pendapatan ini secara terang adalah haram. Persoalannya, adakah kehidupan dan pendidikan anak yang membesar dengan wang begini akan mendapat keberkatan Allah? Adakah anak yang mengetahui pekerjaan ibunya tetapi masih menggunakan wang itu akan turut berdosa? Dan bagaimana pula hukumnya jika wang itu digunakan untuk membayar zakat fitrah?
RAZIN Kuala Lumpur
JAWAPAN oleh oleh Datuk Dr Mashitah Ibrahim
HUKUM di dalam Islam berbeza mengikut keadaan seseorang. Mengikut istilah yang dipakai di sini, iaitu 'terpaksa', membayangkan wanita berkenaan terdesak melakukan perbuatan dilarang dan bukan dengan kehendak hatinya.
Dia terdesak berbuat demikian demi menyelamatkan anak dan memberi makan. Perkara dilakukan dalam suasana darurat terlepas daripada hukuman biasa. Dalam keadaan biasa, memang melacur itu haram, tetapi jika terdesak dan darurat ia dimaafkan.
Di sinilah timbulnya tanggungjawab masyarakat untuk membantu. Orang terdesak dan darurat tidak mungkin mampu membayar zakat fitrah, bahkan dia tergolong layak
terima fitrah. Jika sampai ada lebihan, bererti dia sudah tidak darurat.
***************
ARKIB : 28/06/2005
Tiada alasan boleh melacur kerana darurat
Saudara Pengarang,
Saya berpandangan alasan melacur kerana darurat tidak dapat diterima sama sekali oleh syarak mahupun akal dan adat masyarakat kerana masih banyak lagi jalan lain yang boleh dilakukan untuk menyelesaikan masalahnya lebih-lebih lagi disokong dengan statistik peluang pekerjaan yang banyak dikaut oleh pekerja asing di negara ini, di samping masih terdapat badan-badan kebajikan kerajaan mahupun swasta dan masih ramai warga negara ini yang berjiwa mulia bersikap suka menolong orang yang dalam kesusahan.
- ZAMRI HASHIM, Pegawai Istinbat, Jabatan Mufti Negeri Perak.
Ramai pemerhati politik meramalkan landasan landskap politik Sabah akan berubahpada pilihan Raya Umum ke – 13 . Sabah antara negeri yang diistilahkan "Simpanan tetap " Umno –BN diramalkan berubah kepadaPakatan Rakyat.
Pada PRU13 ini,Umno-BN amat berharap Sabah antaranegeri yang menjadi penyelamat terakhirnya.
Mungkin harapan tinggi Umno –BN itu hanya tinggal angan –angan.Ini kerana PAS yang dilihat sebagai parti" Menyesatkan" sudah mendapat tempat di hati masyarakat asal Sabah antaranya Kadazan dan Iban.Pengasas PAS Sabah ,Hamzah Abdullah menceritakan,PAS negeri itu diasaskan di Batu Sapi pada tahun 1985 .Peringkat awal PAS mendapat tentangan hebat masyarakat di situselain kekangan kewangan.
Menurut Hamzah,ketika mahu menubuhkan PAS beberapa orang pemimpin tertinggi parti,antaranya Presiden PAS Allahyarham Yusof Rawa,bekas AJK PAS pusat, Haji Subky Latif dan bekas Naib Presiden PAS,Nakhaie terlibat sepenuhnya .
Manakala Dato'Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah merasmikan mensyuarat PAS kali pertama di Sabah.
Walaupun PAS dihalang dandibenci oleh penduduk Sabah namu Hamzah terus bertekad mahu meneruskan perjuangan Islam itu .Ataskesungguhan dan ketabahannya beliau menjadi calon PAS yang pertama bertanding di Parlimen Jambongan pada tahun 1986.
Setelah 26 tahun PAS ditubuhkan di Sabah , kini PAS telah menjadi salah satu parti Pakatan Rakyat yang diminati masyarakat asal disitu.
Selama ini,tambah beliau,masyarakat Sabah hanya mendengar berita tentang PAS dalam bentuk negative melalui TV .
Bagaimanapun,fitnah daripada Umno –BN yang disalurkan melalui TV dapat ditepis oleh pimpinan PAS.
Akhirnya , masyarakat Sabah dapat mendengar penjelasan sebenar daripada pimpinan PAS.Ramai pimpinan PAS yang hadir memberi penjelasan kepada masyarakat Sabah .Antaranya,Ketua Penerangan PAS Pusat,Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dan bekas Ahli Parlimen Jeli Apandi Mohamad.
Lebih mengejutkan diTawau,telah ditubuhkan kelab pembaca Harakah yang terdiri daripada kalangan orang asal iaitu Iban dan Kadazan .
Antara tarik orang Asal untuk menyertai dan menyokong perjuangan PAS kerana PAS mempunyai barisan pimpinan yang tidak mementingkan protokl berlebihan dengan orang bawahan.Mereka lebih mesra dengan rakyat dan sesuai dengan cirri –ciri kebajikan yang dianjurkan PAS. (Harakah 28Rejab -1Syaaban 1433 /18 -21 JUN 2012 ).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan