Khamis, 21 Jun 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


CINA ISLAM (林川興)

Posted: 21 Jun 2012 01:06 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Prof Mohamad: Pandangan Tokoh Luar Tak Jamin Tepat

Posted: 21 Jun 2012 12:25 AM PDT

1 Syaaban 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM, 21 JUN: Tokoh asing yang menyentuh isu tempatan negara ini tidak menjamin pandangan itu boleh dijadikan panduan untuk membuat keputusan sekaligus menyelesaikan isu tersebut.

Demikian menurut pensyarah Jabatan Strategik dan Antarabangsa, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar ketika dihubungi TVS hari ini.

Menurut Prof Mohamad, antaranya termasuklah pendapat yang dikeluarkan oleh ulama yang dijemput dalam satu seminar yang diadakan di ibu negara berhubung isu pilihan raya di musim haji.

"Setiap kali ada isu tercetus mereka ini suka mengheret tokoh luar, jemput mereka datang untuk berseminar, berforum dan kemudian media akan tanya pendapat.

"Perkara ini sudah menjadi fenomena yang lumrah sedang berlaku dikalangan parti pemerintah dan parti politik.

"Akhir-akhir ini kita melihat kehadiran ulama luar dari Masjidil Haram sebagai contoh.

'Mereka ini datang sehari, dua sahaja. Adakah mereka didedahkan dengan sejarah, budaya, atau keadaan yang mereka tanggapi sebelum mereka memberikan hujah mereka," kata Mohamad.

Selain itu, menurut Prof Mohamad, soalan petugas media yang kadang kala keluar dari realiti sebenar turut memburukkan lagi keadaan.

Malah menurut beliau, layanan istimewa yang diberikan kepada tokoh asing terlibat akan menyebabkan mereka merasa janggal untuk memberikan sebarang pandangan yang memberi kesan negatif kepada pihak tuan rumah.

"Mereka ini didatangkan khas sebagai tetamu khas yang dijamu khas, diletakkan dalam bilik khas, tentulah juga terpaksa memikirkan perasaan tuan rumah.

"Adakah mereka ini berhujah datang dari hati mereka dengan jujur atau sekadar memuaskan hati pihak tuan rumah?

"Saya juga sebut, kadang-kadang apabila mereka ini nyatakan sesuatu pandangan ikhlas mereka, adakah akan disiarkan media nanti?

"Jadi sebenarnya, saya tak kata pandangan mereka tak jujur atau salah, tetapi apa yang diterbitkan di media belum tentu mewakili pandangan sebenar mereka," kata Mohamad.

Baru-baru ini, bekas Timbalan Syeikh Universiti Al-Azhar, Syeikh Mahmoud Abdel Ghany Mahmoud Ashour berkata pilihan raya di negara ini boleh diadakan di musim haji.

Mahmoud berkata demikian ketika berkunjung di negara ini untuk menghadiri Seminar Antarabangsa Fiqh Mentaati Pemimpin di Pusat Dagangan Dunia Putra dari 15 hingga 17 Jun baru-baru ini.

selangorku/-

Bayi dilahirkan tanpa bola mata

Posted: 21 Jun 2012 12:14 AM PDT

1 Syaaban 1433H. [MOD] -

Seorang kanak-kanak ini dilahirkan dalam keadaan tanpa boleh melihat. Satu ujian buatnya apabila kanak-kanak yang dikenali sebagai Marwanijun dilahirkan tanpa mata ini, tetapi kelihatan gembira apabila lampu picit diacukan ke mukanya.

Sejak berusia lapan bulan, lampu picit sering diacukan ke arah rongga Marwanijun di mana mata kirinya sepatut berada. Kini doktor di China mendapati dia mempunyai mata di bawah lapisan kulit itu, tetapi ia terlalu sensitif untuk didedahkan.
Ibu bapa kanak-kanak terbabit kecewa apabila anak lelaki mereka dilahirkan hanya dengan lapisan kulit yang licin menutupi rongga mata.

Namun apabila bapa, Madamihan dan ibunya, Salamu, masing-masing berusia 26 tahun membawa anak mereka dari desa terpencil ke sebuah hospital di Urumqi yang juga ibu negeri Xinjiang, mereka diberikan sinar harapan. Doktor memberitahu anak mereka sukakan lampu picit kerana dia sebenarnya mempunyai mata kiri, tetapi ia dilitupi lapisan kulit.

"Dia teruja untuk melihat cahaya dan kami berdoa setiap hari supaya dia dapat melihat cahaya," kata Madamihan.

Malangnya pakar di Hospital Tentera 474 berkata, kanak-kanak itu tidak sesuai untuk menjalani pembedahan kerana matanya tidak mempunyai kanta.Walaupun jika pembedahan dapat mendedahkan bola mata kirinya, dia mungkin tidak dapat melihat apa-apa. Doktor mencadangkan kanak-kanak itu mungkin sesuai untuk diberikan mata palsu apabila dia mencecah usia 16 tahun.

P/S – Kasihan kanak-kanak ini apabila dilahirkan ia langsung tidak dapat melihat keadaan sekeliling. Cahaya pun sudah mampu membuatkannya ia gembira. Admin agak tersentuh dengan kanak-kanak ini. Semoga suatu hari nanti ia akan dapat melihat dengan izin Allah SWT. Siapa tahu, tiada yang mustahil dalam dunia ini.

Sumber: Melayukini

13 motosikal terbakar di Flat PPR Sungai Bonus

Posted: 21 Jun 2012 12:01 AM PDT

1 Syaaban 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 21 Jun - Sebanyak 13 motosikal dilaporkan hangus terbakar di flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sungai Bonus di sini awal pagi tadi yang dipercayai akibat perbuatan khianat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Setapak, Suki Annuar berkata, kejadian berlaku kira-kira 3.45 pagi dan pihak bomba yang menerima maklumat dari orang awam tiba lima minit kemudian.

"Kita berjaya mengawal kebakaran dalam masa 10 minit dengan kekuatan satu jentera bomba bersama tujuh anggota," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata motif sebenar kejadian dan anggaran kerugian masih lagi disiasat. - BERNAMA

Palang berhayun tusuk teksi

Posted: 20 Jun 2012 11:57 PM PDT

1 Syaaban 1433H. [MOD] -

ASENAR menunjukkan besi penghadang yang menembusi cermin hadapan teksinya dalam kejadian di PPUM semalam.

KUALA LUMPUR – Seorang pekerja Fakulti Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini mungkin menemui ajal jika dia masih berada di dalam sebuah teksi apabila kenderaan itu tiba-tiba ditusuk palang penghalang jalan hingga menembusi tempat duduk penumpang depan selepas 10 minit dia turun semalam.

Kejadian berdekatan sebuah fakulti PPUM pukul 2.30 petang itu berlaku selepas palang sepanjang kira-kira tiga meter yang tidak diikat itu berhayun apabila ditiup angin lalu menembusi cermin depan teksi milik Asenar Moido, 50.

Menurut Asenar, dia tidak sempat menekan brek untuk mengelak hayunan penghadang tersebut kerana ketika kejadian, besi itu tiba-tiba menuju ke arah teksinya apabila ditiup angin kuat.

"Kira-kira 10 minit sebelum itu, saya membawa seorang penumpang wanita yang bekerja di Fakulti Perubatan PPUM yang meminta saya menghantarnya hingga depan premis menggunakan jalan yang tidak boleh dilalui kerana mendakwa dia terlewat selain palang tidak ditutup.

"Ketika hendak keluar, saya menggunakan jalan yang sama dan tanpa diduga palang penghadang jalan tiba-tiba menembusi cermin depan sebelah penumpang hingga hujungnya sampai ke tempat letak kepala," ceritanya yang bernasib baik tidak tercedera.

metro/-

Presiden PAS ketuai Himpunan Oren 14 Julai ini

Posted: 20 Jun 2012 08:33 PM PDT

1 Syaaban 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Himpunan Oren Selamatkan Felda pada 14 Julai ini dijangka akan disertai 20,000 orang dan akan diketuai sendiri oleh Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang akan berarak dari Masjid Wilayah Persekutuan ke Istana Negara.

Presiden Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman berkata himpunan raksasa melibatkan warga Felda serta NGO lain itu sebagai kemuncak kepada tuntutan agar kerajaan membatalkan penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) di Bursa Malaysia.

"Pihak kami juga sedang mempertimbangkan kemungkinan menghalang penyenaraian FGVH di Mahkamah kerana bagi Anak, apa sahaja akan dilakukan demi untuk menyelamatkan Felda dan kepentingan warganya daripada golongan pengkhianat yang berselindung di sebalik nama transformasi.

"Kami sedar ujian dan cabaran cukup hebat menanti, namun kepada Allah kami memohon pertolongan," tegasnya.

Jelasnya lanjut, perhimpunan di luar masjid di Jalan Duta itu akan turut disertai lain-lain NGO iaitu Bersih, PPSMI, GMI dan lain-lain akan mula berarak pada jam dua petang.

Berdasarkan pengumuman Najib sebelum ini, FGVH akan mula menyenaraikan saham pada 25 Jun ini.

Mengulas perkembangan lain, Mazlan berkata kemenangan terbaru keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menggantung keahlian Tan Sri Isa Samad dalam Koperasi Permodalan Felda (KPF) sekali gus menggagalkan usaha Isa menjadi Pengerusi KPF, sangat menggembirakan Anak.

Jelasnya lagi, tindakan mahkamah selanjutnya ialah 100 orang lagi peneroka akan memfailkan pembatalan Borang Pinjaman Saham.

Mazlan berkata, ia akan diikuti saman malu ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menghina peneroka dengan ungkapan 'haram jadah' berjumlah RM80 juta akan difailkan tak lama lagi.

"Pendek kata, perisythiharan 'perang' yang saya umum sebelum ini bukan olok-olok dan yang kami tentang bukan calang-calang iaitu daripada Isa Samad, Ahmad Maslan hinggalah kepada Najib sendiri," katanya ketika ditemui di sini.

Tambah Mazlan, road show sedang bergerak merata Felda oleh penceramah-penceramah Anak bersama pimpinan Pakatan Rakyat dan NGO lain sedang rancak berceramah, berdialog selain daripada edaran risalah dan VCD telah beredar.

Beliau berkata, Anak berkeyakinan penyenaraian FGVH akan gagal dan Mesyuarat Agung KPF hari ini di Dewan Perdana Felda bukti jelas Isa Samad tersungkur.

Sementara itu media melaporkan, mesyuarat agung ke-31 koperasi itu di ibu pejabatnya di Kuala Lumpur pagi tadi tidak meneruskan pelantikan Isa sebagai anggota lembaga pengarahnya.

Keputusan tersebut diambil berikutan keahlian Isa yang dibekukan sementara oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam selepas Hakim Abang Iskandar Abang Hashim mendapati terdapat merit untuk membenarkan empat peneroka Felda mencabar keahlian Isa dalam KPF.

Harakah Daily

Tapak SAR: PAS Gopeng pertahan prinsip Islam

Posted: 20 Jun 2012 08:30 PM PDT

1 Syaaban 1433H. [MOD] -

IPOH: PAS Gopeng mempertahankan prinsip Islam apabila menyokong sekumpulan penduduk yang mempertahankan tanah mereka daripada dirampas walaupun untuk membina sekolah agama.

Prinsip itu adalah menentang assobiyah iaitu tidak membela kezaliman yang dibuat hatta untuk kepentingan golongan sendiri.

Namun PAS kawasan itu tidak pernah membantah usaha mana-mana pihak sama ada kerajaan Umno BN ataupun Pakatan Rakyat yang mahu membina sekolah apatah lagi Sekolah Agama Rakyat (SAR).

Bagaimanapun dalam isu kononnya PAS dan PKR membantah pembinaan SAR di Taman Pegoh Aman, Ipoh di atas tapak sebuah padang awam telah disalah ertikan.

Semalam Utusan melaporkan PAS membantah pembinaan sekolah agama rakyat di Gunung Rapat.

Menurut Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Gopeng, Radzi Zainon, yang turut terlibat dalam kemelut itu, menafikan sekeras-kerasnya mereka membantah pembinaan SAR sebagaimana yang dilaporkan akhbar milik Umno itu.

Apa yang tidak dipersetujui PAS dalam hal ini, katanya tindakan pihak terbabit yang mengambil tapak padang tersebut tidak mengikut prosedur yang sah.

"Cara mereka mengambil tanah tersebut tidak ikut prosedur, (seolah-olah dirampas sahaja) dan saya hanya melahirkan simpati terhadap penduduk disitu,"katanya.

Radzi pernah didatangi penduduk terbabit sambil menceritakan kekecewaan mereka apabila memorandum bantahan pembinaan sekolah yang dihantar kepada Adun Sungai Rapat Datuk Hamidah Osman, langsung tidak diendahkan.

Pada 4 Mei 2012, penduduk telah menghantar memorandum kepada Hamidah meminta diadakan sesi dialog bersama penduduk, malangnya ia telah tertangguh selama dua minggu.

Beliau juga difahamkan tahan lapang itu adalah milik penduduk bersama selepas mereka membayar lebih RM1000 kepada pemaju bagi mendapatkan tanah itu.

"Adun BN berkenaan tidak hirau langsung masalah penduduk terbabit, akhirnya mereka datang jumpa PAS dan Ahli Parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye," katanya.

Ekoran itu, PAS dan PKR telah membuat sidang media pada 29 Mei 2012 di padang Taman Pegoh Aman dan disertai oleh seramai 80 penduduk tempatan.

Bahkan, beliau juga dimaklumkan pihak Datuk Hamidah telah mengumumkan perutukan RM100 000 untuk membina sekolah agama secara tergesa-gesa.

Tambahnya, sekolah terbabit dibina dalam keadaan tanpa perancangan awal sepertimana jawatankuasa SAR yang biasa, tanpa prosedur Majlis Bandaraya Ipoh, Jabatan Kerja Raya, dan Bomba.

"Tanpa pagar keselamatan atau papan tanda projek yang selalunya mengambil masa enam bulan hingga setahun. Projek tersebut dibuat tanpa sesiapa tahu apakah status bangunan dan untuk apakah bangunan misteri itu dibina.

"Jika ditinjau dari segi pengalaman Jawatankuasa SAR Desa Perlancongan, jangkamasa untuk memohon tapak sahaja memakan masa hingga setahun," katanya.

Harakah Daily

Dera anak teman wanita

Posted: 20 Jun 2012 08:18 PM PDT

1 Syaaban 1433H. [MOD] -

AYER KEROH - Seorang lelaki yang mendakwa menghidap sawan mengaku tidak salah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di sini, semalam atas tuduhan mendera anak teman wanitanya sewaktu kanak-kanak itu berada di bawah jagaannya.

Azmir Abu Bakar, 26, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Ahmad Sazali Omar.

Azmin berhadapan tuduhan mengabai dan mendedahkan seorang kanak-kanak berumur empat tahun 10 bulan dengan menyebabkan kanak-kanak itu mengalami kecederaan sewaktu dalam peliharaannya.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Taman Melaka Raya, kira-kira jam 11 pagi pada 30 Mei lalu.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun serta boleh didenda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Mahadi Abdul Jumaat manakala tertuduh, seorang buruh binaan, tidak diwakili peguam.

Mahadi turut memohon supaya mahkamah mengenakan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh sementara menanti tarikh sebutan semula kes.

Bagaimanapun, dalam rayuannya, tertuduh, memohon supaya jaminan itu dikurangkan dengan alasan dia tidak berkemampuan serta tidak mempunyai wang sebanyak itu kerana datang dari keluarga susah.

Tertuduh turut memaklumkan kepada mahkamah bahawa dia merupakan seorang penghidap sawan serta bakal berkahwin dengan ibu kanak-kanak berkenaan.

Dalam penghakimannya, Ahmad Sazali membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 serta menetapkan 20 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Ahmad Sazali turut mengenakan syarat tambahan terhadap tertuduh di mana tertuduh dilarang tinggal bersama atau mendekati mangsa sehingga kes selesai.

Sinar Harian

Jeritan tukang rumah jadi penyelamat

Posted: 20 Jun 2012 08:17 PM PDT

1 Syaaban 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU - Jeritan seorang tukang rumah menyelamatkan dua anak-beranak dalam kebakaran di Kampung Penambang di sini semalam.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 2.30 petang itu, disedari oleh Wan Nor Fatihah Wan Hanafi, 14, yang ketika itu sedang menyiapkan kerja sekolah di ruang tamu rumah terbabit.

Wan Nor berkata, semasa kejadian, dia baru membuka buku sekolahnya dan terkejut apabila seorang tukang rumah yang berada di luar berteriak mengatakan ternampak api bermula dari dalam sebuah bilik rumah itu.

"Saya hanya datang ke rumah milik nenek saudara, Zaida Sulaiman, 57 yang tiada di rumah kerana menunaikan umrah di Mekah. Semasa kejadian ibu, sedang mandi dan selepas mendengar teriakan pekerja itu saya terus dapatkan ibu yang berada di dalam bilik air yang ketika itu sudah berpakaian dan terus keluar dari rumah," katanya.

Menurutnya, nasib baik tukang rumah itu menjerit mengatakan ternampak api, jika tidak mungkin mereka berdua terperangkap dalam kebakaran itu.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Yazulia Yahya berkata, tiga jentera bersama 20 anggota dihantar ke tempat kejadian.

"Pihak kami menerima panggilan kira-kira jam 3.07 petang dan tiba pada jam 3.25 petang. Semasa kami sampai, hampir 100 peratus rumah terbabit sudah terbakar," katanya.

Punca kejadian masih disiasat dan kerugian dianggarkan RM110,000.

Sinar Harian

Pelakon Hairie Othman pula sertai PAS

Posted: 20 Jun 2012 08:09 PM PDT

1 Syaaban 1433H. [MOD] -

BATU GAJAH: Pelakon, seniman, sastrawan kini berbondong-bondong menyertai PAS dan yang terbaru, pelakon filem Leftenan Adnan, Hairie Othman pula akan menyertai PAS.

(Hairie [berjeket tiga dari kanan] bergambar bersama selepas ceramahnya semalam]

Menurut Hairie, beliau bersama-sama pelakon, Zulkifli Ismail akan menyerahkan borang permohonan keahlian kepada Timbalan Presiden PAS, Tuan Hj Mohammad Sabu dalam satu program di Taman Melewar, Gombak 6 julai ini.

Beliau tampil dalam siri ceramah PAS di Batu Gajah bersama Leman Raja Lawak yang baru sahaja sertai PAS, semalam.

Turut menyampaikan ceramah ialah Pengarang Berita Harakah, Tarmizi Mat Jam, Setiausaha Pakatan Rakyat Perak, Dr Khairuddin Abdul Malik dan Bekas Setiausaha Dewan Negara, Salleh Bakar.

Dalam ucapan sulungnya di pentas PAS, Hairie berkata, faktor mendorongnya untuk menyertai PAS ialah atas kesedarannya sendiri.

"Tidak sesiapa yang mempengaruhi dan memaksa saya masuk perjuangan ini tetapi atas kesedaran saya sendiri," katanya di hadapan ratusan hadirin.

Katanya, ramai artis yang menyokong BN kerana untuk mencari 'makan' dan meneruskan karier dalam bidang hiburan.

Anak kelahiran Negeri Kedah ini sangat kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapha Mohamad yang mendakwa artis yang menyertai PAS ini bukanlah untuk berdakwah sebaliknya untuk berpolitik.

"Kenapa jika artis yang tidak sealiran dengan mereka dihina dan dijadikan isu sedangkan yang menyertai Umno tidak pula dibangkitkan?

"Saya telah memberikan komen tentang kenyataan menteri itu di facebook dan ramai yang menyokong komen saya itu," jelasnya.

Hairie berkata, ramai yang memberi sokongan kepadanya selepas komen-komennya dalam laman facebook seolah-olah pro kepada pembangkang.

"Ramai yang memberi sokongan dan mengajak saya sertai PAS dan hari ini, hari bersejarah saya berucap pertama kami dipentas PAS," katanya dalam nada gembira.

Beliau mengakui tindakan ini akan memberi kesan kepada karier lakonannya namun beliau sanggup menghadapinya.

"Kalau saya fikir dunia, saya tidak akan membuat keputusan menyertai perjuangan ini namun saya sanggup menerima risiko kerana yang memberi rezeki bukannya BN tetapi Allah ," jelasnya.

Hairi menjelaskan, umat Islam perlu mengetahui serta mengakui politik dan Islam tidak boleh dipisahkan.

Oleh itu, katanya Umat Islam perlulah menyokong parti yang memperjuangan Islam iaitu PAS dan menolak parti yang memperjuangkan assobiyyah.

"Saya akan bersama-sama membantu dalam misi menawan Putrajaya dan saya sanggup untuk turun ke seluruh negara untuk bantu berkempen dan memberi ceramah kepada rakyat," jelasnya.

Harakah Daily

Pengundi baru Selangor akan dibersihkan

Posted: 20 Jun 2012 08:06 PM PDT

1 Syaaban 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM: PAS Selangor mensasarkan nama pengundi baru yang dimasukkan dalam senarai pemilih mereka untuk dibersihkan melalui program pendemokrasian dalam 'Kempen SelangorKU Bersih'.

Melalui tindakan ini, PAS berhasrat untuk mengenalpasti mereka dan seterusnya membersihkan senarai pemilih di Selangor menjelang pilihan raya umum akan datang ini.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman (gambar) menjelaskan, tumpuan akan diberikan kepada golongan pengundi yang baru dibawa masuk.

"Pendemokrasian ini merupakan salah satu kempen 'Selangorku Bersih' yang mana kita memberi fokus sepenuhnya untuk membersihkan daftar pemilih.

"Bagi Dun Meru yang saya wakili misalnya, pertambahan pengundi adalah seramai lapan ribu orang jadi tumpuan kita adalah kepada golongan tersebut," jelasnya.

Pertambahan jumlah pengundi baru yang amat mendadak di Selangor untuk Suku Ketiga 2011 berjumlah 316,788 berbanding daftar pemilih induk 2008 mengejutkan pimpinan Pakatan Rakyat di Selangor.

Rekod Daftar Pemilih Terkini Suku Tahun Ketiga 2011 menunjukkan pertambahan pengundi baru di Sabak Bernam ialah 5,711, Sungai Besar 6,049 , Hulu Selangor 15,481, Tanjong Karang 4,307, Kuala Selangor 10,083, Selayang 16,189, Gombak 15,467, Ampang 9,467, Pandan 13,175, Hulu Langat 23,334, Serdang 23,748, Puchong 19,772, Kelana Jaya 13,714.

Manakala di Petaling Jaya Selatan berlaku pertambahan sebanyak 4,143, Petaling Jaya Utara 5,603, Subang 27,765, Shah Alam 15,417, Kapar 21,606, Klang 11,702, Kota Raja 22,256, Kuala Langat 17,172 dan di Sepang 14,627.

Ekoran itu, ramai pihak yang beranggapan usaha Umno untuk merampas balik negeri Selangor ini sama seperti usaha Umno merampas balik Terengganu dalam pilihan raya 2004 lalu.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim pula berjanji, pilihan raya peringkat negeri Selangor tidak akan diadakan selagi daftar pemilih ini tidak bersih walaupun Parlimen telah dibubarkan di peringkat pusat.

Menurut Dr Rani, gerak kerja untuk membersihakan daftar pemilih ini dilakukan oleh jentera kerajaan negeri iaitu Ketua Kampung dan juga Penghulu yang mana setiap nama yang diperolehi akan diberikan bayaran oleh kerajaan negeri.

"Kerja pendemokrasian ini dilakukan sepenuhnya oleh Ketua Kampung mahupun Penghulu dengan dibantu oleh jentera parti.

"Setiap nama yang diragui ditemui oleh mereka kerajaan negeri akan menbayar RM3 setiap nama tersebut.

"Setelah kesemua nama kita perolehi dan kumpulkan maka Ketua Kampung akan membuat laporan polis dan kalau perlu ia turut dibawa ke mahkamah," sambungnya lagi.

Dr Rani turut menyatakan pihaknya telah dapat mengesan nama-nama yang meragukan tetapi jumlah sebenar belum diperolehi.

"Kita dapat mengesan nama-nama yang meragukan tetapi buat masa kini kita belum mengetahui jumlah sebenar.

"Sehingga kesemua maklumat kita kumpul barulah jumlah itu kita maklumkan beserta dengan laporan polis," tambahnya lagi.

Sebelum itu, Kerajaan Negeri telah mengumumkan sedia bekerjasama dengan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam usaha membersihkan daftar pemilih khususnya di negeri Selangor melalui "Kempen SelangorKU Bersih".

Kerajaan negeri telah memperuntukkan RM5 juta untuk Program Pendemokrasian di bawah Geran Selangorku ini.

Program tersebut adalah satu inisiatif khusus bagi membolehkan semua pihak tanpa mengira parti politik membuat bantahan jika terdapat mana-mana pengundi yang meragukan.

Harakah Daily

Opss 2020: Mahasiswa dikerah kempen untuk BN

Posted: 20 Jun 2012 08:04 PM PDT

1 Syaaban 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Pro-Mahasiswa Nasional (Pro-MN) mendesak siasatan dilakukan berhubung Opss 2020 dan mahu pihak yang terlibat membuat penjelasan terbuka mengenai konspirasi ini.

(Edikoup Lakip Sediyanto [dua dari kanan] menyerahkan memo kepada Firdaus di bangunan Parlimen)

Opss 2020 didakwa satu konspirasi terancang oleh Umno BN yang menggunakan institusi awam termasuk mahasiswa untuk memenangkan mereka pada pilihan raya umum ke-13.

Antara yang terlibat ialah Biro Tata Negara (BTN), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti (HEP) setiap universiti dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Menurut jurucakap Pro-MN, Edikoup Lakip Sediyanto, Opps 2020 menyebabkan pilihan raya kampus ditangguhkan mengakibatkan hampir keseluruhan universiti tidak mempunyai Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

"Opss 2020 membunuh aktivisma dan idealisma mahasiswa di kampus serta menghalang kebangkitan mahasiswa sebelum PRU ke-13 dan bertujuan menakluk kampus di Malaysia untuk menjadi pro kepada Umno BN," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen semalam.

Sidang media sempena penyerahan memorandum mengenai perkara itu kepada Sekretariat Benteng Negara Dari Jenayah (Benar) yang dipengerusikan Ahli Parlimen Jerai, Firdaus Jaafar.

Edikoup juga berkata, Opss 2020 dilakukan dengan sangat terancang melalui pertemuan-pertemuan sulit yang dirangka pejabat perdana menteri sendiri.

"Setiausaha politik KPT dan pegawai khas KPT dan pegawai KPT lain turut terlibat dalam mesyuarat bersama wakil kampus pada 25 Januari lepas," dakwanya sambil menunjukkan bukti kehadiran mereka dalam minit mesyuarat tersebut.

Sehubungan itu Pro-MN menuntut penjelasan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berhubung perkara ini.

Harakah Daily

Media putar belit kenyataan saya - Dr. Che Rosli

Posted: 20 Jun 2012 08:02 PM PDT

1 Syaaban 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Laporan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) berkenaan Lynas Advanced Material Plants (LAMP) tidak memperincikan butirannya secara saintifik.

Biarpun pendengaran awam yang dijalankan mengambilkira pandangan daripada pelbagai pakar, persoalan yang membimbangkan rakyat masih tidak terjawab.

Demikian dinyatakan ahli parlimen Hulu Langat, Dr. Che Rosli Che Mat pada sidang media di Dewan Rakyat.

Beliau berkata sewajarnya sebuah makmal ditubuhkan bagi mengkaji secara terperinci segala kesan dari pemprosesan nadir bumi terhadap kesihatan dan alam sekitar.

Mengakui beliau hanya mempunyai kepakaran di bidang nuklear dan tidak arif mengenai bidang-bidang lain, justeru beliau meminta tidak ada pihak yang cuba memutarbelitkan kenyataan beliau sebelum ini.

"Memang saya mengatakan projek Lynas itu hanya mempunyai kadar radiasi yang rendah, namun ia tidak membuktikan ia selamat," tegas beliau lagi.

Ini kerana, katanya kesan dari proses penguraian bahan-bahan nadir bumi itu akan menghasilkan tiga jenis residu yang memberi kesan kepada kesihatan.

Sehubungan itu, beliau mengatakan keperluan untuk mengadakan 'Health Impact Assessment' (HIA) dan 'Health Risk Assessment' (HRA) dan aspek pengurusan residu perlu dititikberatkan.

Dalam pada itu, ahli parlimen Kuala Selangor, Dr. Dzulkefly Ahmad, berkata pengalaman dalam kes Asian Rare Earth (ARE) di Bukit Merah tercetus akibat ketiadaan pelan pengurusan sisa membabitkan bahan radioaktif.

"Memang kadar radiasinya rendah sebagaimana dinyatakan Hulu Langat (Che Rosli), tapi residu yang terhasil dari bahan itu yang membimbangkan kita," tegas beliau.

Katanya, tindakbalas kimia ini menghasilkan 'heavy metals' seperti plumbum, merkuri, arsenik, cadmuim dan nikel, yang mana ketiga-tiga 'heavy metals' terakhir itu adalah karsinogenik yang boleh menyebabkan kanser.

Atas sebab itu, beliau berpendirian PAS tidak dapat menerima projek tersebut kerana ia tidak dikemukakan secara saintifik berhubung kesan-kesan sampingan dari pemprosesan nadir bumi tersebut.

Turut serta dalam sidang media itu ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Harakah Daily

Seksa wanita hamil

Posted: 20 Jun 2012 07:56 PM PDT

1 Syaaban 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang hamil empat bulan menggelupur sebelum pengsan apabila dicucuh dengan pistol renjatan elektrik oleh dua lelaki yang kemudian melarikan kenderaan pikap dinaiki mangsa dalam kejadian berhampiran Mahkamah Jalan Duta, di sini.

Ketika kejadian kira-kira jam 10.15 pagi Isnin lalu, Hanee Ahmad Daud, 20, yang tidak sihat kerana alahan mengandung berbaring dalam pacuan empat roda Toyota Hilux itu sambil menunggu suaminya bekerja.

Hanee berkata, ketika itu suaminya, Yusdi Ismail, 25, yang bekerja sebagai pekerja landskap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang memotong dahan pokok berhampiran tempat kejadian.

Menurutnya, tiba-tiba sebuah Toyota Vios berwarna hitam dinaiki tiga lelaki berhenti di sebelah kenderaannya dan dua daripada mereka keluar lalu meluru masuk ke tempat duduk hadapan pikap berkenaan.

metro/-

Murad diugut diugut ejen BN, dakwa Saifuddin

Posted: 20 Jun 2012 07:56 PM PDT

1 Syaaban 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Machang, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan, bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid (gambar) telah diugut untuk membuat akuan bersumpah mengaitkan Anwar Ibrahim dengan tuduhan RM3 bilion, lapor KeadilanDaily.

"Murad ini kita tahu, dua tiga hari lepas telah didatangi oleh ejen-ejen kerajaan, ugut dia lagi. Kita tahu nama pegawai ini, ugut dia jangan sesekali membuat kenyataan penafian.

"Walaupun dia (Murad) telah mengunjungi Permatang Pauh (Anwar) ketika menerima rawatan di Munich dan minta maaf kerana dia telah dipaksa, keluarganya diugut..kita tahu semuanya. Tapi tak mengapa, teruskan permainan," kata Saifuddin.

Beliau berkata demikian dalam Dewan Rakyat ketika memohon laluan semasa perbahasan oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh di Parlimen.

"Saya minta izin kepada Permatang Pauh, terima kasih. Oleh kerana sebelah sana (Ahli Parlimen BN MP BN) tak berani bangun, maka saya bangun. Kerana ia cabaran terbuka," katanya selepas MP BN gagal berdiri apabila dicabar Anwar membangkitkan isu tersebut.

"Saya berpendapat, kita harus tunggu cabaran daripada Pekan (Datuk Seri Najib Razak) dan Pagoh (Tan Sri Muhyiddin Yassin) untuk kita dedahkan pula. Berani tak mereka membuat cabaran terbuka seperti ini?" soal Saifuddin.

Terdahulu, Anwar yang juga Ketua Pembangkang mencabar MP BN berdiri membangkitkan isu tuduhan kononnya beliau menyorokkan RM3 bilion.

Berikutan kegagalan kesemua MP BN menyambut cabaran Anwar itu menyebabkan Saifuddin yang juga Setiausaha Agung KEADILAN menyambung hujah menangkis tuduhan tersebut dengan membacakan pengakuan bersumpah bekas Pengarah Siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR), kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Abdul Razak Idris.

Harakah Daily

Duta New Zealand pula kunjungi Kelantan

Posted: 20 Jun 2012 07:50 PM PDT

1 Syaaban 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sejak akhir-akhir ini banyak menerima kunjungan tetamu dari luar negara sama ada dari pejabat kedutaan.

Terbaru Tuan Guru menerima kunjungan Pesuruhjaya Tinggi New Zealand ke Malaysia, David Gregory Pine di Kediaman Rasmi JKR 10, di sini.

Beliau yang tidak dapat meneruskan pertemuan dengan duta itu hanya mewakilkan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa.

Turut hadir dalam pertemuan itu, anggota exco kerajaan negeri, Che Abdullah Mat Nawi dan Setiausaha Sulit Khas, Rosdi Abdullah.

Dalam pertemuan sejam itu, pelbagai isu dibincangkan bersama dalam meningkatkan tahap ekonomi di tempat masing-masing.

Antara lain, kedua pihak bersetuju untuk bekerjasama dalam pemeliharaan hutan dan memajukan hutan lipur sebagai ekonomi.


New Zealand minat padi organik


Gregory juga turut berminat berhubung kaedah penanaman padi dan sayuran cara organik yang telah dilakukan oleh kerajaan negeri yang sememangnya lebih baik dari menggunakan baja kimia yang lain.

Beliau juga turut mengucapkan terima kasih di atas kesudian kerajaan negeri menerima kunjungannya.

"Saya ucapkan terima kasih kerana kesudian menerima kunjungan ini dan banyak perkara dapat dibincangkan bersama,"ujarnya.

Harakah Daily

Pemandu teksi lebih perlukan permit dari tayar

Posted: 20 Jun 2012 07:46 PM PDT

1 Syaaban 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar (gambar) menyifatkan kerajaan BN gagal memahami keperluan pemandu teksi apabila memberi empat tayar percuma berbanding permit.

Menurutnya, pemberian berupa one-off tidak mampu merubah apa-apa nasib yang sedang membelengu pemandu teksi yang sejak dahulu menagih permit.

"Kerajaan tak tahu keutamaan dan keperluan yang dikehendaki rakyat. Mereka bukan minta tayar, mereka minta permit.

"Bagi tayar tak selesai masalah, permit masih kena bayar kepada syarikat," katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini mengumumkan bantuan Teksi Rakyat 1 Malaysia (TR1M).

Melalui bantuan itu pemandu teksi diberi voucher bernilai RM520 untuk menukar tayar teksi di kedai terpilih.

Jika harga tayar lebih mahal, mereka perlu membayarnya dengan duit poket sendiri.

"Kalau kereta waja, RM500 tak cukup untuk ganti empat tayar," kata Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena.

Tayar jadi gula-gula politik

Sebelum ini, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa pemberian tayar itu tidak lebih dari gula-gula pilihan raya.

Beliau juga memberi jaminan, permit teksi akan diberikan kepada pemandu jika Pakatan Rakyat diberi mandat memerintah negara.

"Ada ketua Umno cawangan pegang 250 permit teksi. Bekas menteri ada 30 permit teksi. Ketua Pemuda Umno (bahagian) ada 15 permit teksi. Buat apa ini?

"Tapi Umno jawab apa? Dia bagi empat tayar. Saya hendak tanya pemandu teksi, kamu nak permit teksi atau empat tayar?" katanya.

Harakah Daily

Imej paling jelas nebula dirakam

Posted: 20 Jun 2012 07:43 PM PDT

1 Syaaban 1433H. [MOD] -

GAMBAR oleh Balai Cerap Eropah menunjukkan imej nebula War and Peace pada Isnin lalu.

SANTIAGO, Chile - Balai Cerap Eropah (ESO) menyiarkan gambar paling jelas sebuah galaksi muda dinamakan Nebula War and Peace (NGC 6357)

Imej berkenaan dirakam menggunakan Teleskop Amat Besar (VLT) milik ESO, Isnin lalu.

Teleskop VLT terletak di gurun Atacama, utara Chile.

Pemandangan tersebut menunjukkan sebilangan bintang muda, awan, gas dan debu cakerawala.

kosmo/-

ISA: Unit pengesan bom serbu, pintu rumah dipecah

Posted: 20 Jun 2012 07:43 PM PDT

1 Syaaban 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: "Masa polis datang tangkap suami saya, mereka ketuk pintu dengan sangat kuat, tak ada seorang pun beri salam, terus pecahkan pintu," cerita isteri kepada tahanan Akta Keselamatan Dalam Isteri (ISA) Mustawan Ahbab.

Khairunizah Mohd Akhir, 36 menceritakan kembali detik-detik penangkapan suaminya pada sidang media bersama Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) di lobi Parlimen. Turut serta ialah Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh.

Beliau berkata, kira-kira 30 polis termasuk unit pengesan bom menyerbu dan menyelongkar barang-barang di rumah mereka pada 11 Ogos 2010 iaitu hari pertama Ramadhan.

"Mereka tangkap dan terus gari Mustawan dan telefon kami dirampas dan dimatikan.

"Tak ada waran tangkap, bila kami tanya kenapa tangkap mereka tak cakap salah apa tapi beritahu suami saya ditahan dua minggu di Bukit Aman dan minta saya sediakan pakaian Mustawan untuk dua minggu.

"Polis kata saya boleh melawat Mustawan tiap-tiap hari tapi saya pergi tak dapat jumpa pun. Dah seminggu lebih barulah boleh jumpa," katanya.

Mustawan, 34, merupakan warga Indonesia dan sudah lima tahun menetap di Malaysia.

Eksekutif pemasaran di sebuah syarikat penerbitan buku di Kuala Lumpur itu ditangkap kerana didakwa menganggotai Jamaah Anshorut Tauhid yang berpengkalan di Indonesia yang disifatkan sebagai pengganas antarabangsa.

Mustawan dituduh menjadi agen bagi mengumpulkan dana untuk pergerakan itu di Malaysia.

Sehingga hari ini, Mustawan masih ditahan di Kem Kamunting bersama 44 yang lain.

Sementara itu, bapa kepada seorang lagi tahanan, Fadzullah Abdul Razak kecewa anaknya dituduh melakukan tiga rompakan tetapi tidak dibawa ke mahkmah untuk dibicarakan.

Abdul Razak Mohd, 54 berkata, keluarganya sangat berharap kerajaan menunaikan janji untuk membebaskan anaknya dan kesemua tahanan ISA.

Fadzullah yang ditahan di bawah ISA sejak Julai 2010 merupakan salah seorang yang menyertai mogok lapar bulan lalu menuntut pembebasan dari Kemta.

"Jumpa dengan Fadzullah baru-baru ini, memang dia kata dia nak sangat bebas dari Kemta sebab tak tahu apa salah dia," katanya.

Turut hadir ibu Fadzullah, Hadijah CP Veeravu, 51.

Harakah Daily

Bonda saudara sultan sokong tuntutan royalti

Posted: 20 Jun 2012 07:41 PM PDT

1 Syaaban 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU: Bonda saudara Sultan Kelantan, Datuk Tengku Salwani Sultan Yahya Petra dan Datuk Tengku Rozan turut menurun tanda tangan sebagai sokongan tuntutan royalti dan pendaratan gas di Kelantan.

Baginda berdua yang diiringi anggota Jawatankuasa Purnama meluangkan masa lebih satu jam melawat pameran di Ekspo Dunia Islam dan Konvensyen Halal Dinar dan Dirham, di sini.

Turut mengiringi kerabat Diraja Kelantan itu, isteri Menteri Besar Kelantan dan timbalannya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak dan Datin Siti Zubaidah Abdul Hamid, Datin Rohana Abdul Rahman yang turut menurunkan tanda tangan sebagai sokongan yang sama.

Mereka juga turut menurunkan tanda tangan sokongan menuntut royalti dan pendaratan gas di Bachok, Kelantan.

Sementara itu, Tengku Salwani mengakui begitu seronok melihat barangan yang dipamerkan di ekspo tersebut sambil menyifatkan ianya begitu hebat.

"Memang seronok, hebat ekspo ni," ujar Tengku Salwani.

Pelbagai program menarik diadakan di pameran ekspo antaranya demonstrasi masakan luar negara.

Harakah Daily

Mubarak dibantu alat pernafasan

Posted: 20 Jun 2012 07:39 PM PDT

1 Syaaban 1433H. [MOD] -

Bekas pemimpin Mesir kena serangan angin ahmar, darah beku di otak

KAHERAH: Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak memerlukan bantuan alat pernafasan semalam dan keadaannya dilaporkan semakin tenat di hospital.

Pegawai tentera Mesir menafikan laporan awal bahawa bekas pemimpin itu 'mati klinikal', merujuk kepada keadaan peredaran darah, pernafasan tidak lagi berfungsi dan aktiviti bahagian otak juga berhenti.

Berita Mubarak semakin tenat disiarkan ketika Mesir mengakhiri pilihan raya presiden pusingan kedua dan menghadapi detik 48 jam yang kritikal, kata akhbar Al-Ahram. Awalnya, agensi berita rasmi Mesir, MENA, memetik sumber perubatan sebagai berkata, bekas pemimpin itu sudah 'mati klinikal.'

Tetapi, sumber lain dalam tentera dan agensi keselamatan berkata, Mubarak, 84, masih hidup dan menolak takrifan 'mati klinikal' ketika menjelaskan keadaannya.

Seorang anggota Majlis Tentera yang memerintah, Jeneral Said Abbas, memberitahu agensi berita bahawa Mubarak kena serangan jantung tetapi turut menekankan: "Sebarang kenyataan beliau 'mati klinikal' adalah karut."

Satu lagi sumber tentera memberitahu: "Beliau sudah tidak lagi sedarkan diri. Mubarak menggunakan bantuan alat pernafasan."

Seorang lagi anggota Majlis Tentera, Jeneral Mamdouh Shaheen, memberitahu Cable News Network (CNN): "Beliau belum dalam keadaan mati klinikal seperti dilaporkan tetapi kesihatannya semakin teruk dan keadaannya kritikal."

MENA awalnya memetik sumber perubatan sebagai berkata bahawa Mubarak ditakrifkan mati klinikal selepas jantungnya berhenti berdenyut dan tidak dapat disedarkan.

Bagaimanapun, tidak lama selepas itu, agensi berkenaan berkata, satu pasukan perubatan cuba merawat darah beku di bahagian otak Mubarak.

Sumber keselamatan berkata, Mubarak dihantar ke hospital Maadi dari penjara Tora kelmarin sejak dihukum penjara seumur hidup pada 2 Jun lalu.

Berita Mubarak semakin tenat disiarkan ketika Mesir mengakhiri pilihan raya presiden pusingan kedua dan menghadapi detik 48 jam yang kritikal, kata akhbar Al-Ahram.

Awal Isnin lalu, Ikhwanul Muslimin menyatakan, calonnya Mohamed Morsi adalah pemenang dan menunjukkan salinan keputusan undi keesokannya.

Tetapi, lawan Morsi yang juga bekas Perdana Menteri, Ahmed Shafiq, turut mendakwa menang dan jentera kempennya menuduh Ikhwan memberi angka palsu serta percaya keputusan rasmi hari ini akan mengumumkan beliau sebagai pemimpin baru. – Reuters/AFP

Berhijrah demi masa depan negara - Dayangku Intan

Posted: 20 Jun 2012 07:37 PM PDT

1 Syaaban 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU: Dayangku Intan (gambar) menyeru rakan artis terutama yang semakin meminati perjuangan Islam, membuat penghijrahan terbuka dengan tidak perlu bersembunyi di belakang lagi.

Katanya, zaman kini bukan lagi teguran atau kritikan yang perlu dibuat, sebaliknya 'penghijrahan' secara terbuka rakan artis demi untuk masa depan negara.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily ketika ditemui di sebuah restoran sempena program ceramah anjuran Majlis Tindakan Dun Jelawat, malam ini.

Beliau yang hadir bersama suami Rosman Tahil dan anggota keluarganya berkata sesuatu perubahan akan berlaku apabila berada di dalam perjuangan ini.

Katanya, perjuangan ini bukan hanya untuk dunia sahaja, sebaliknya akhirat sehinggakan akan merasai ketenangannya.

"Kalau sebagai artis kita hanya memperjuangkan diri kita, keluarga kita, namun dalam pentas politik kita memperjuangkan hak semua orang dan yang pasti ianya bukan hanya akan dihitung di dunia sahaja, sebaliknya akhirat juga.

"Apa lagi sebelum ini saya begitu mengagumi Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, terutama sekali anak Intan yang keempat, minat sangat dengan tok guru sebab dia idola kami," ujarnya.

Beliau yang pertama kali menyampaikan ceramahnya di Kelantan turut melahirkan berhasrat untuk berceramah dengan artis Wan Aishah Wan Ariffin, yang telah lama berhijrah dalam PAS.

Katanya, beliau begitu rindu untuk bersama Aishah untuk bersama-sama menggegarkan pentas politik demi untuk keadilan dan kesejahteraan rakyat.

Dayang turut menambah, beliau semakin sibuk dengan jemputan ceramah sehingga hampir bulan Ramadan.

Selepas ini, beliau akan ke Terengganu, Perak, Johor, Melaka dan kemudiannya ke Negeri Sembilan.

Dayangku Intan yang membahasakan dirinya Intan menyampaikan ceramah bersama Adun Perupok, Datuk Omar Mohamed, Adun Jelawat, Abdul Aziz Kader, Anggota Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS negeri, Ustaz Nor Azariza Mohd Alawi.

Harakah Daily

Tonton Euro sebelum maut

Posted: 20 Jun 2012 07:35 PM PDT

1 Syaaban 1433H. [MOD] -

ALOR GAJAH - Seorang pemandu lori dan dua kelindannya sempat singgah di sebuah kedai makan untuk menonton perlawanan bola sepak Euro 2012 di televisyen, sebelum mereka terlibat dalam kemalangan maut, awal pagi semalam.

Kejadian berlaku kira-kira 5.15 pagi apabila lori ayam yang dinaiki mereka merempuh belakang sebuah treler berhampiran Hentian Rehat dan Rawat Simpang Ampat, Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ), menyebabkan seorang daripada kelindan berkenaan, dikenali sebagai Kishor, 33, seorang warga Nepal maut.

Lori yang dipandu seorang lelaki berusia 30-an turut dinaiki seorang lagi kelindan dikenali sebagai Krishnan, 24, dalam perjalanan dari pekan Alor Gajah menuju ke Simpang Ampat untuk mengambil bekalan ayam di sebuah kilang, dekat sini.

Mereka dikatakan dari Merlimau dan sempat berhenti seketika di sebuah kedai makan di Bemban sebelum meneruskan perjalanan.

Bagaimanapun, lori dinaiki mereka terbabas ke kiri dan merempuh bahagian belakang treler terbabit.

Sementara itu, Krishnan berkata, ketika kejadian dia tidur di tempat duduk belakang dan mendengar mangsa menjerit meminta tolong sebelum rakannya itu menghembuskan nafas terakhir.

"Sebelum kejadian kami sempat menonton bola bersama-sama sebelum meneruskan perjalanan ke Alor Gajah kira-kira 3 pagi," katanya ketika ditemui di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah.

Dalam pada itu, pemandu treler, Jumizan Tukimin, 34, berkata, ketika kejadian dia dalam perjalanan dari Krubong ke Pelabuhan Klang untuk menghantar bekalan kabel.

Menurutnya, dia baru sahaja memberhentikan trelernya di bahu jalan untuk menikmati sarapan pagi dan terkejut mendengar bunyi dentuman sebelum trelernya berganjak ke depan.

Jumizan berkata, dia yang terkejut apabila mendapati sebuah lori ayam dinaiki tiga lelaki merempuh belakang trelernya dan terus membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit.

"Mangsa bagaimanapun berjaya dikeluarkan anggota penyelamat yang tiba 20 minit kemudian," katanya.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin mengesahkan kejadian.

Beliau berkata. mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik dan Bilik Mayat Hospital Melaka untuk bedah siasat.

Sinar Harian

Korban Bujang Sebelak

Posted: 20 Jun 2012 07:32 PM PDT

1 Syaaban 1433H. [MOD] -

EMBOL menunjukkan lokasi Siah dibaham buaya (anak panah) sewaktu air pasang di tebing Sungai Anak, Saratok semalam.

SARATOK - Seorang suami sanggup menggadaikan nyawa sendiri dengan terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan isterinya yang dibaham seekor buaya tembaga dengan ukur lilit perut sebesar tong dram di tebing Sungai Anak di sini petang kelmarin.

Namun, kudrat ketua rumah panjang, Embol Asum, 48, untuk menyelamatkan isterinya, Siah Munsong, 42, yang telah dikahwini sejak 30 tahun lalu jauh daripada mencukupi untuk menandingi reptilia itu yang dipanggil 'Bujang Sebelak', buaya ganas yang dipercayai telah membunuh sekurang-kurangnya dua orang sejak tahun 2010.

Dalam kejadian pukul 5.30 petang itu, Embol bersama lima penghuni rumah panjang yang turut berusaha membantunya sekadar dapat melihat buaya dianggarkan sepanjang lima meter itu mengheret Siah yang terkapai-kapai di dalam mulutnya ke tengah sungai itu yang juga anak Sungai Sebelak.

Mayat ibu kepada dua orang anak itu ditemui tersangkut dalam pukat kira-kira 200 meter dari tempat serangan pukul 9.30 malam kelmarin sebelum dibawa ke Hospital Saratok.

Embol berkata, sewaktu kejadian, Siah bersama beberapa penduduk lain sedang mandi-manda di tebing sungai yang pada waktu itu air paras pinggang sementara dia sendiri berada tidak jauh dari situ.

"Siah tiba-tiba menjerit minta tolong. Saya nampak seekor buaya besar yang buta mata kirinya membaham betis kanan Siah dan menariknya ke dalam air," cerita Embol kepada Kosmo! ketika ditemui di sini semalam.

kosmo/-

Blanc kritik aksi pemain

Posted: 20 Jun 2012 07:31 PM PDT

1 Syaaban 1433H. [MOD] -

MESKIPUN layak ke suku akhir, jurulatih Perancis, Laurent Blanc tetap tidak berpuas hati terhadap persembahan 'cap ayam' dipamerkan pemainnya ketika tumpas 0-2 di tangan Sweden pada perlawanan terakhir peringkat Kumpulan D di Kiev, awal pagi semalam.

Menurut Blanc, walaupun menguasai perlawanan, jentera serangannya tumpul, malah beberapa pemain di bahagian tengah dan pertahanan gagal beraksi baik.

"Saya fikir kami terlalu berlembut. Perkara ini amat merisaukan kerana kami akan bermain di suku akhir," katanya.

Bagaimanapun, Blanc percaya bahagian serangan Les Blues mampu diperbaiki, namun keampuhan di bahagian pertahanan merunsingkannya.

Menjelang perlawanan suku akhir menentang Sepanyol Ahad ini, Perancis turun tanpa khidmat Philippe Mexes selepas pemain pertahanan itu mengumpul kad kuning kedua, awal pagi semalam.

"Saya ada beberapa hari lagi untuk post mortem. Saya harap kesilapan hari ini tidak diulangi ketika berdepan Sepanyol," katanya.

Sinar Harian

Penjual keropok mengaku miliki pil kuda

Posted: 20 Jun 2012 07:30 PM PDT

1 Syaaban 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU – Seorang penjual keropok mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, kelmarin atas tuduhan memiliki 153 pil kuda atau dadah metamphetamine di sebuah rumah di Kedai Buloh di sini, 15 Jun lalu.

Hukuman terhadap tertuduh, Wan Yusof Wan Hassan, 39, bagaimanapun ditangguhkan sementara menunggu laporan kimia jumlah berat dadah berkenaan.

Berdasarkan tuduhan dihadapi, dia didakwa memiliki dadah dengan anggaran berat 15.3 gram berkenaan di rumah Kedai Buloh, Jalan Pulau Kundor di sini, pada jam 7.15 pagi, tarikh berkenaan.

Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara antara dua dan lima tahun dan sebat antara tiga dan sembilan kali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Noor Dayana Mohamad. Kes disambung 30 Julai depan

Sinar Harian

misbahul munir

Posted: 20 Jun 2012 09:27 PM PDT

misbahul munir


PAS Perak kunjungi Ketua Polis Perak

Posted: 20 Jun 2012 08:25 AM PDT

Haji dan Politik - Presiden PAS

Posted: 19 Jun 2012 09:55 PM PDT

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'

Posted: 20 Jun 2012 09:12 PM PDT

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'


Posted: 20 Jun 2012 10:36 AM PDT

PAS Negeri Sembilan

Posted: 20 Jun 2012 09:08 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


SIRI JELAJAH NEGERI SEMBILAN JUN 2012

Posted: 20 Jun 2012 06:33 PM PDT

CERAMAH PERDANA
Penceramah : Wan Aishah Wan Ariffin, Siti Fareedah, Ramlan Roes, Ust. Fairos Mat Isa, Norwani Ahmat & Taufek Abd Ghani 
Tarikh : 21/06/2012 , Khamis
Masa : 9 mlm
Tempat : Pasti Mustaqim, Tmn Pinggiran Senawang, Senawang

JAMUAN RAKYAT DAN CERAMAH PERDANA
Bersama : Dato' Husam Musa, Taufek Abd Ghani, Dato' Kamarul Ariffin, Loke Siew Fook & Dr Rosli Yaakop 
Tarikh : 23/06/2012 , Sabtu
Masa : 8 mlm
Tempat : Kg Mulia, Pekan Rembau (depan Pej Daerah Rembau), Rembau

CERAMAH UMUM
Penceramah : Dr Ismail Saleh & Abd Rahman Ramli
Tarikh : 23/06/2012 , Sabtu
Masa : 9 mlm
Tempat : Felda Pasoh 2, Jelebu (rumah Sahak Tukang), Jelebu

CERAMAH UMUM
Penceramah : Dato' Husam Musa, Tony Pua Kian, Hanipa Maidin & Zulkefly Mohd Tarikh : 23/06/2012 , Sabtu
Masa : 9 mlm
Tempat : Markas PAS Caw. Kg Panchor, Rumah Kedai, Tmn Ampangan, Seremban

CERAMAH UMUM
Penceramah : Dr Ismail Salleh, Dr Rafie Malik, Nazree Yunus, Nasaei Ismail & Norwani Ahmat
Tarikh : 24/06/2012 , Ahad
Masa : 9 mlm
Tempat :  Kg Sawah Raja, Kota (rumah Hj Md Noh), Rembau

CERAMAH PERDANA
Penceramah : Wan Aishah, Siti Zailah Mohd Yusoff, Dr Badrul Amin & Zulkefly Mohd Omar 
Tarikh : 25/06/2012, Isnin
Masa : 9 mlm
Tempat : Markas PAS Caw Ampangan, Bt 3, Jln K. Pilah, Kg Gedung Lalang Lama (sebelah Surau Hitam), Ampangan, Seremban

CERAMAH ISU SEMASA
Penceramah : Ust Nasruddin Hassan Tantawi, Dato' Arif Sabri & Wan Aishah 
Tarikh : 26/06/2012, Selasa
Masa : 9 mlm
Tempat : No 11, Peringkat 6, Felda Bukit Rokan (rumah Raja Herman Syah), Bukit Rokan, N.Sembilan

Ceramah Umum 26 Jun 2012 di Gemencheh

Posted: 19 Jun 2012 11:20 PM PDT

CERAMAH UMUM
Penceramah :
Ustaz Nasarudin Hassan Tantawi (Ketua Pemuda PAS Pusat)
Dato Arif Sabri (Bekas Ketua Penerangan UMNO Pekan)
Aishah (Bekas Artis/Penyanyi)
Tarikh : 26 Jun 2012, Selasa
Jam : 9 mlm
Tempat : No 11, Pkt 6 Felda Bukit Rokan, Gemencheh, N.Sembilan (rumah Raja Harman)

DUN CHINI

Posted: 20 Jun 2012 07:28 PM PDT

DUN CHINI


GAMBAR SEKITAR CERAMAH PR DICHINI 3

Posted: 20 Jun 2012 05:28 PM PDT




























ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 20 Jun 2012 03:15 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


BELANJA RM26JUTA NAJIB DAH PASTI, TUDUHAN RM3 BILION AMAT DIRAGUI

Posted: 20 Jun 2012 05:50 AM PDT

KUALA LUMPUR 19 Jun: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menghabiskan sebanyak RM26,080,144.39 wang rakyat ke luar negara dalam tempoh empat tahun sejak 2009.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz memaklumkan demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong yang meminta Perdana Menteri menjelaskan senarai semua lawatannya ke luar negara sejak April 2009, saiz rombongan dan kos terlibat.

Jumlah itu mewakili keseluruhan 74 kali lawatan Najib yang turut diiringi para pegawainya.

Nazri memberitahu, mengikut pecahan tahunan, pada 2009, Perdana Menteri melakukan 22 kali lawatan ke luar negara dengan 306 orang pegawai yang menelan kos RM3,442,343.68.

Pada 2010 pula sebanyak 17 kali dengan 252 pegawai dengan kos RM5,133,875.99.

Paling kerap pada 2011 iaitu sebanyak 27 kali dengan 425 pegawai mengiringi dengan kos RM12,568,227.49.

Untuk separuh tahun 2012, sebanyak lapan kali lawatan bersama 125 pegawai dengan kos RM4,935,697.23.

Nazri minggu lalu memaklumkan, Perdana Menteri menghabiskan RM3 juta wang rakyat untuk mengadakan lawatan ke London, New York dan Washinton, Amerika Syarikat dalam masa beberapa hari.

Nazri berkata, Najib berbelanja RM849,175.33 ketika berada di London antara 13 hingga 15 Mei untuk menghadiri majlis anjuran Putera Charles.

Lawatan itu diikuti dengan mesyuarat Perdana Menteri di Majlis Penasihat Sains dan Inovasi Global di New York antara 16 hingga 18 Mei, dengan kos RM1.6 juta.

Selain itu, Nazri berkata, Najib bersama pegawainya berkunjung ke Washinton untuk 'kunjungan peribadi' antara 109 hingga 24 Mei dengan kos RM452,985.75.

Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok pada sidang media berkata, kapal terbang 9M-NAA yang digunakan Najib hanya untuk kegunaan rasmi Yang di-pertuan Agong dan Perdana Menteri, bukan untuk percutian peribadi.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=31795

TERBUKTI JAHATNYA KUNCU BN !

Posted: 19 Jun 2012 08:47 PM PDT

Tuduhan terima RM60 juta: Anwar menang kes terhadap Nallakaruppan
KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR 19 Jun: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membatalkan permohonan pembelaan Datuk S Nallakaruppan berhubung tindakannya memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya Ketua Umum KEADILAN itu menerima RM60 juta daripada Magnum Corporation.

Peguam Anwar, Latheefa Koya dalam satu kenyataan memberitahu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Su Geok Yiam dalam kamar selepas mendengar hujah kedua-dua pihak menolak permohonan Nallakarupan itu.

Alasan hakim tindakan Nallakaruppan itu remeh, penafian semata-mata dan menyalah guna proses mahkamah.

Dakwaan itu dibuat Nallakaruppan pada 23 Ogos 2008 dan diterbitkan dalam Mingguan Malaysia di bawah artikel bertajuk "Didakwa Terima 60 Juta."

Mahkamah mengarahkan Nallakaruppan membayar kos ganti rugi terhadap Anwar dan jumlah tersebut akan dinilai kemudian.

Anwar turut diwakili peguam M Afiq Noor manakala Nallakaruppan diwakili Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah, Abishegam Sarah dan Nurul Nabiha.
Dicatat oleh ELBI RISALAH

Batu Gajah Mari

Posted: 20 Jun 2012 01:49 PM PDT

Batu Gajah Mari


Kak Midah meroyan tahap 4 malam ni?

Posted: 19 Jun 2012 11:57 PM PDT


Macam biasa la, perangai Kak Midah kita.. Kaki kacau.. Malam ini dengo cite die nk kacau jugak.. tak tau sapa pulak diperlembukan malam ini.. Jom beramai-ramai malam ini..

Kak Midah Rampas Tanah Kubur?

Posted: 19 Jun 2012 06:58 PM PDT

Oleh: MSK

Pada 21 May lalu, Mediaperak menyiarkan kisah bagaimana Umno Perak menyapu tanah kubur. Satu masa dulu, Umno Pulau Pinang bising tentang tanah kubur yang "hilang" di Pulau Pinang tapi bila Kerajaan Pulau Pinang membeli tanah bernilai RM20 juta untuk dijadikan tanah perkuburan orang Islam, Umno tak kata apa.

Di Perak, penemuan warta kerajaan negeri tentang bagaimana Umno memansuhkan pewartaan tanah kubur berlaku secara tak sengaja apabila salah seorang warga Mediaperak membuat carian tentang jumlah hutan simpan yang telah dimansuhkan oleh Umno sejak Zambry memerintah.

Dalam artikel "Tanah kubur pun Umno sapu" itu, kami sendiri tidak tahu dimana lokasi tanah tersebut dan mengapa pewartaan sebagai tanah perkuburan orang Islam itu ditarik balik.

Semalam, salah seorang pembaca Mediaperak telah menghubungi kami untuk menunjukkan lokasi tanah perkuburan tersebut dan apakah yang telah berlaku.

Tanah perkuburan yang dimaksudkan terletak di Mukim Sungai Terap dalam daerah Kinta. Dengan lebih tepat, ia terletak di Batu Gajah.

Tanah perkuburan seluas 25.69 hektar (63 ekar) ini dikenali sebagai Tanah Perkuburan Islam, Kampong Ara Payong, Batu Gajah. Pengistiharan sebagai Tanah Perkuburan Orang Islam telah diwartakan pada 12 Februari 1998.


Mengapakah pewartaan tanah kubur ini ditarik balik? Ini yang menjadi tanda tanya dan yang paling mengejutkan, tidak ramai yang tahu tentang hal ini…termasuklah penduduk sekitar.

Kes ini hampir sama dengan banyak lagi kes menyapu tanah yang dilakukan oleh Umno. Modus operandinya sama dimana-mana. Kerajaan yang dikatakan membela orang Melayu ini merampas tanah milik orang Melayu dan memberikannya kepada cukong-cukong MCA. Ini yang berlaku di Kg. Redang Sawa dan banyak tempat lagi.

Sebelum kita menuduh atau mendakwa, tengok dulu lokasi tanah perkuburan tersebut. Dalam peta jalan diatas, mungkin tidak banyak yang boleh kita nampak. Cuba lihat peta dibawah ini pula.

Tanah perkuburan seluas 60 ekar ini terletak dikawasan prime area. Hanya sekitar 2-3 km dari lebuhraya Ipoh-Lumut dan betul-betul diatas bukit di belakang satu projek baru yang dikenali sebagai Batu Gajah Sentral. (BG Sentral). Jalan masuk ketanah perkuburan ini boleh diakses melalui Taman Mewah dan juga disebelah Sek. Keb Sultan Yususf.

Kedudukannya diatas bukit dan betul-betul dibelakang BG Sentral menjadikanya ia satu kawasan yang cukup menarik untuk dijadikan kawasan perumahan. Tambahan pula, BG Sentral akan menjadi pusat bandar Batu Gajah yang baru di mana sebuah stesyen bas akan dibina.

Sekali pandang, tidak ada yang istimewa tentang isu ini. Mungkin ia hanyalah satu kes biasa demi pembangunan…tapi apabila melihat kepada papantanda projek dibawah ini menimbulkan banyak tandatanya.

Apa istimewanya Keris Properties?

Tanah Perkuburan Islam Kg. Ara Payong ini diuruskan oleh Qariah Masjid Sungai Terap. Sungai Terap terletak didalam DUN Sungai Rapat dimana ADUN nya ialah Hamidah Osman. Keris Properties merupakan sebuah syarikat yang dimiliki oleh bekas ADUN Tronoh dari MCA, Datuk Lee Kon Yin.

Seperti yang selalu diperkatakan…Dibelakang seorang ahli politik Umno, terdapat seorang cukong MCA. Pemimpin Umno akan mencari kekayaan dengan menggunakan cukong MCA dan disokong oleh orang-orang Melayu yang bangang.

Datuk Lee Kon Yin sudah banyak kali mendapat tanah-tanah kerajaan dengan harga yang murah. Pada tahun 2001, Lee Kon Yin melalui syarikat Panglima Bangsa Sdn Bhd telah memperolehi sebidang tanah di Pusing, Batu Gajah, dengan harga yang cukup murah.

Lee Kon Yin pada masa itu merupakan ADUN Tronoh dan juga Pengarah Syarikat Panglima Bangsa Sdn Bhd. Syarikat tersebut telah mendapat satu kawasan tanah kerajaan seluas 2.3 ekar untuk dimajukan. Tanah yang seluas 2.3 ekar tersebut, sebelum ini merupakan tanah kerajaan yang terdiri daripada dua keping tanah.

Satunya, adalah bekas kuarters JKR yang didiami oleh bekas penyewa daripada JKR dan dua orang warga tua yang tidak berkemampuan. Kuarters tersebut telah dirobohkan dan penghuninya disuruh meninggalkan tempat tersebut dengan bayaran kos "perpindahan" di antara RM1,000 – RM2,000 sahaja pada bulan Disember tahun 2010.Tanah tersebut kemudiannya dipecahkan menjadi 29 lot.

Syarikat Panglima Bangsa Sdn Bhd hanya perlu membayar premium tanah yang rendah, iaitu, lebih kurang RM 226,000 untuk kesemua 29 lot tanah komersial. Jika dibandingkan dengan penduduk yang menetap di Kampung Baru Bukit Merah, Lahat, ketika permohonan tanah mereka diluluskan, mereka dikenakan RM40,000 premium tanah bagi tanah kediaman di kampung, adalah lebih tinggi daripada yang kena dibayar secara purata oleh Syarikat Panglima Bangsa ke atas setiap lot tanah komersial di Pusing ini.

Apa kaitan Hamidah Osman dengan Lee Kon Yin? Tunggu dulu. Pejabat Agama Islam Batu Gajah dan Pejabat Tanah dan Galian sedang sibuk bermesyuarat sekarang tentang tanah perkuburan ini.

Tunggu selepas mereka selesai bermesyuarat.

PAS KOTA TINGGI

Posted: 20 Jun 2012 01:15 PM PDT

PAS KOTA TINGGI


Kenyataan Media Presiden PAS- FGVH: Siri Pengkhianatan Melayu Terbesar

Posted: 19 Jun 2012 04:52 PM PDT

UMNO meneruskan siri-siri mengagalkan bangsa sendiri setelah sekian lama menghapuskan tulisan jawi, bahasa Melayu yang dipinggirkan dalam PPSMI dan kegagalan dalam Dasar Ekonomi Baru.

Terbaru, aset Felda yang berharga milik rakyat Malaysia yang majoritinya orang Melayu menjadi mangsa penggadaian seterusnya. Ladang, tanah dan segala perniagaan milik sepenuhnya warga Felda dan negara, difaraidkan sesama sendiri dan syarikat asing melalui usaha penyenaraian di Bursa Saham.

Apa yang memilukan, peneroka dan kakitangan Felda yang berpuluh tahun membangunkan Felda, diberikan saham terkecil iaitu 2.5 peratus dan 3 peratus sahaja. Tetapi mereka sanggup memberi ruang kepada Syarikat Asing dari luar negara memegang sekitar 20 peratus saham dalam Felda Global Ventures ini. Tidak mustahil dimasa akan datang syarikat asing atau mereka yang tidak kena mengena dengan Felda yang akan menjadi pemilik aset berharga Felda ini setelah saham-sahamnya terjual. Bagi Pas, bukan sekadar masalah pengagihan saham tersebut yang utamanya, tetapi melibatkan tanah-tanah Felda dan aset berharga milik rakyat dan negara ini satu pengkhianatan. Apatah lagi menyerahkan urusan sebesar itu dikendalikan oleh individu yang terpalit dengan rasuah yang diakui partinya sendiri.

Ini adalah satu pengkhianatan kepada bangsa Melayu yang mendiami kawasan Felda dan seluruh negara. Pas menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya warga Felda supaya segera menggantikan UMNO yang lama memerintah dan terus bertindak gagal dengan memberi undi kepada Pas dan rakan-rakan Pakatan Rakyat. Kita tidak punyai masa yang lama lagi untuk menunggu berapa banyak lagi aset negara berpontensi terjual dibawah pemerintahan UMNO BN hari ini.

Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 20 Jun 2012 01:15 PM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


HIMPUNAN HIJAU DAN XPRESI ANAK MUDA PERINGKAT MELAKA

Posted: 19 Jun 2012 07:11 PM PDT

Himpunan Hijau Menuju Putrajaya peringkat negeri melaka akan diadakan pada 24 Jun ini bertempat di Permatang Pasir, Alai.

Program ini dimulakan dengan Xpresi Anak Muda iaitu pada pukul 4.30 petang. Konvoi Bermotor ARC daripada 6 kawasan dalam Melaka akan memulakan program ini. Semua Konvoi akan berkumpul di Permatang Pasir dan disana akan diadakan persembahan istimewa daripada Iwan Syahman dan Hafiz Bandboys.

Sembang santai anak muda juga diadakan disampaikan oleh Timbalan Ketua Pemuda Pas Melaka iaitu Ustaz Musa.

Berikut adalah poster program gemilang ini.



Ayuh Meriahkanya
Orang MUDA Geng KITA

Dupahang's Weblog

Posted: 20 Jun 2012 12:55 PM PDT

Dupahang's Weblog


Antara Haji dan Pilihanraya, antara jenazah Nabi dan melantik Khalifah

Posted: 20 Jun 2012 04:05 AM PDT

http://albangi.wordpress.com Dalam sejarah pilihanraya umum (PRU) di Malaysia, Tun Mahathir pernah mengadakan PRU bagi memastikan BN menang mudah kerana orang Melayu Islam, samada penyokong PAS atau BN, tiada di Malaysia untuk menunaikan haji. Pada ketika itu suasana politik di zaman Tun M memang memihak kepada BN-UMNO. Maka BN-UMNO tidak perlu kepada undi Melayu dari UMNO [...]

Akan ‘ghuyub’ Umno jika berterusan trend artis masuk PAS

Posted: 20 Jun 2012 04:00 AM PDT

Dengan hampir 20 kali takbir di sepanjang ceramahnya, menyatakan berharap akan bertemu jodoh dengan seorang ustaz dan meminta pendengar mendoakannya kekal menutup aurat hingga ke akhir hayat, membuatkan selebriti terkenal Abby Abadi mendapat tumpuan penuh daripada kira-kira 5,000 pendengar malam tadi.Beliau yang terkenal dengan watak Inspektor Aliza dalam siri drama televisyen Gerak Khas, menyertai program [...]

UMNO Terkangkang dalam Isu Karpal Singh

Posted: 20 Jun 2012 03:54 AM PDT

“UMNO menjadikan isu ucapan Karpal Singh, iaitu "jika PAS ingin laksana hudud, langkah mayat saya dulu" sebagai satu tangkal untuk melaga-lagakan PAS dengan DAP. Ucapan ini telah disalahtasfirkan oleh Utusan Malaysia dan melaporkan dalam akhbarnya "MAHU WUJUDKAN NEGARA ISLAM – LANGKAH MAYAT KAMI DULU –  Karpal Singh. Sepertimana biasa, lain yang disebut oleh Karpal, lain [...]

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM

Posted: 20 Jun 2012 09:47 AM PDT

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM


KEBENARAN ATAU PENIPUAN

Posted: 20 Jun 2012 07:20 AM PDT

FELDA YANG DITERAJUI SEKIAN LAMA

...FIKIRKAN UNTUK MASA DEPAN ANDA...


...KEBETULAN ATAU KEBATILAN...


...KESUSAHAN ATAU KESENANGAN...


...JANGAN BAGI BANYAK KALAU TIDAK RUGI...

Masa Kecik-Kecik Orang Tua Pesan Jangan Bagi Banyak-Banyak Duit Kat Budak-Budak...
Sekarang Macam Mane Ni ?


...CUBA FIKIRKAN MANE YANG BAIK...



...SELAMATKAN TANAH FELDA...

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 20 Jun 2012 09:42 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Ceramah Umum 26 Jun 2012 di Gemencheh

Posted: 19 Jun 2012 11:18 PM PDT

CERAMAH UMUM
Penceramah :
Ustaz Nasarudin Hassan Tantawi (Ketua Pemuda PAS Pusat)
Dato Arif Sabri (Bekas Ketua Penerangan UMNO Pekan)
Aishah (Bekas Artis/Penyanyi)
Tarikh : 26 Jun 2012, Selasa
Jam : 9 mlm
Tempat : No 11, Pkt 6 Felda Bukit Rokan, Gemencheh, N.Sembilan (rumah Raja Harman)

Siapakah Sultan yang tidak tinggal di istana megah?

Posted: 19 Jun 2012 09:03 PM PDT

Siapakah Sultan yang tidak tinggal di istana megah serta bersifat pemaaf disamping menyemarakkan sambutan Maulid Nabi serta telah membebaskan Palestin atau Al Aqsa atau Jerusalem atau Baitul Maqdis?

Salahuddin Ayyubi atau Saladin atau Salah ad-Din ( 1138 – 4 Maret 1193 m) adalah seorang jendral dan pejuang muslim Kurdi dari Tikrit (daerah utara Irak saat ini) saat ayahnya menjadi penguasa Seljuk.

Di Yerussalem, Salahudin kembali menampilkan kebijakan dan sikap yang adil sebagai pemimpin yang shalih. Mesjid Al-Aqsa dan Mesjid Umar bin Khattab dibersihkan tetapi untuk Gereja Makam Suci tetap dibuka serta umat Kristiani diberikan kebebasan untuk beribadah didalamnya.

Salahudin berkata :" Muslim yang baik harus memuliakan tempat ibadah agama lain". Sangat kontras dengan yang dilakukan para pasukan Salib di awal penaklukan kota Yerussalem (awal perang salib), sejarah mencatat kota Yerussalem digenangi darah dan mayat dari penduduk muslimin yang dibantai.

Sikap Salahudin yang pemaaf dan murah hati disertai ketegasan adalah contoh kebaikan bagi seluruh alam yang diperintahkan ajaran Islam.

Salahudin Al-Ayubi tidak tinggal di istana megah. Ia justru tinggal di mesjid kecil bernama Al-Khanagah di Dolorossa. Ruangan yang dimilikinya luasnya hanya bisa menampung kurang dari 6 orang. Walaupun  sebagai raja besar dan pemenang perang, Salahudin sangat menjunjung tinggi kesederhanaan dan menjauhi kemewahan serta korupsi.

Salahudin berhasil mempertahankan Yerussalem dari serangan musuh besarnya Richard The Lion Heart, Raja Inggris. Richard menyerang dan mengepung Yerussalem Desember 1191 dan Juli 1192. Namun penyerangan-penyerangannya dapat digagalkan oleh Salahudin. Kepada musuhnya pun Salahudin berlaku penuh murah hati. Saat Richard sakit dan terluka, Salahudin menghentikan pertempuran serta mengirimkan hadiah serta tim pengobatan kepada Richard. Richard pun kembali ke Inggris tanpa berhasil mengalahkan Salahudin.

Semasa hidupnya Salahudin lebih banyak tinggal di barak militer bersama para prajuritnya dibandingkan hidup dalam lingkungan istana. Salahudin wafat 4 Maret 1193 di Damaskus. Para pengurus jenazah sempat terkaget-kaget karena ternyata Salahudin  tidak memiliki harta. Ia hanya memiliki selembar kain kafan yang selalu di bawanya dalam setiap perjalanan dan uang senilai 66 dirham nasirian (mata uang Suriah waktu itu).

Sampai sekarang Salahudin Al-Ayubi tetap dikenang sebagai pahlawan besar yang penuh sikap murah hati.

Siapakah Sultan yang bawa ulama rombongan keluar negara?

Posted: 19 Jun 2012 08:22 PM PDT

Siapakah Sultan yang mengasihi ulama, dan sering membawa ulama ke mana-mana termasuk ke luar negara agar ulama tadi dapat menasihatkan baginda dalam setiap hal samada urusan peribadi atau pemerintahan? Baginda juga telah menulis 2 buah kitab agama.

ANTARA sekian ramai sultan di dunia Melayu, terdapat beberapa orang sultan yang terlibat secara langsung dalam aktiviti Islam. Ada yang mengasihi ulama, bahkan ada yang mempunyai pengetahuan yang luas tentang agama Islam. Ada juga yang menghasilkan karangan berupa risalah atau pun kitab. Sultan Sulaiman, Sultan Selangor dapat dikategorikan seorang sultan yang mengasihi ulama.

Nama lengkapnya ialah Sultan Alauddin Sulaiman Syah bin Raja Muda merupakan Sultan Selangor ke-5, yang bertahta pada tahun 1898 Masihi - 1938 Masihi, memerintah dalam masa lebih kurang 40 tahun.

Sultan Sulaiman sangat mesra dan kasih kepada Tengku Mahmud Zuhdi bin Abdur Rahman al-Fathani dalam Selangor sendiri hinggalah ketika beliau satu ketika pergi ke luar negara (terutama ke London), ulama yang berasal dari Patani itu ikut bersama-sama dalam rombongan beliau. Peristiwa ini mencerminkan bahawa Sultan Sulaiman berusaha sedemikian rupa menggabungkan kerjasama, kesepaduan dan keserasian antara umara dan ulama sebagaimana yang disuruh oleh Rasulullah s.a.w. -

PENULISAN

1. Kitab Pohon Ugama Bahagian Rukun Iman, diselesaikan 1337 H/1919 M. Cetakan ketiga, Mathba'ah New Klang Press, Klang, 15 Jamadilakhir 1349 H/1930 M. Kandungan, setelah ``Pendahuluan'' oleh baginda sendiri, Rahman al-Fathani. Antara pandangan Tengku Mahmud Zuhdi al-Fathani, ``Terlihatlah hamba yang daif atas kitab ini, Pohon Ugama, karangan bagi Yang Maha Mulia Sultan Selangor Maulana al-Mu'azzam Sir Alauddin Sulaiman Syah ... Maka patut dijadikan pelajaran kanak-kanak yang mubtadi pada tiap-tiap sekolah ugama supaya berkekalan manfaatnya istimewa pula ...'' Kandungan yang menjadi topik perbahasan keseluruhan ialah mengenai akidah. Pada halaman 25 terdapat gambar baginda sedang duduk di atas mimbar Masjid Alauddin dalam rangka membaca khutbah.

2. Kitab Melatih Kanak-Kanak Laki-Laki Perempuan, Agama Islam 1, diselesaikan di Istana Mahkota Puri, Klang 3 Zulhijjah 1348 H. Dicetak oleh The Boon Hua Press, Klang, 1349 H/1930 M. Kandungan, antara kalimat baginda yang bersajak pada pendahuluan, ``... pada bicarakan ilmu tauhid pangkal agama Islam. Yang sangat hampir fahamnya dan mengertinya bagi segala awam. Dicadangkan dia bagi mereka yang berkehendak kemenangan lama. Daripada kanak-kanak yang baharu belajar di dalam sekolah agama ...'' Pada halaman 27 terdapat satu judul yang agak menarik, ialah ``Nasihat Guru Pada Murid''. Mengenai ini baginda menulis dalam bentuk puisi yang terdiri daripada 22 bait empat-empat rangkap.

PAS kecewa Dewan Rakyat tolak usul Rohingya

Posted: 19 Jun 2012 07:49 PM PDT

19 Jun 2012 : PAS melahirkan kekecewaan berikutan penolakan Dewan Rakyat untuk membincangkan isu pelarian Rohingya yang semakin meruncing. Usul yang dikemukakan ahli parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar itu ditolak dalam kamar oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, hari ini.

Kamarudin, yang ditemui di lobi parlimen berkata adalah penting bagi Dewan Rakyat membincangkan isu berkaitan keganasan etnik yang berlaku sekarang dan menyatakan pendirian Malaysia berhubung isu tersebut.

"Isu berkaitan warga Rohingya ini perlu dibincangkan, sekaligus Malaysia perlu menyatakan pendirian atau menghantar nota bantahan," tegas beliau.

Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Luar dan Antarabangsa PAS Pusat berkata PAS mendesak Malaysia sebagai anggota Asean dan PBB untuk membuat tindakan segera berhubung isu tersebut.

Katanya, sebagai anggota Asean yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi untuk memastikan umat Islam di rantau ini tidak dizalimi pihak lain.

Isu ini berbangkit berhubung isu pembunuhan hampir 1,500 muslim Rohingya dan 3,000 yang cedera dalam perbalahan etnik di negara itu, beberapa hari lalu.

Tragedi jenayah kejam di Gemencheh berulang

Posted: 19 Jun 2012 06:24 PM PDT


Apakah usaha dakwah dan kaunseling perlu diperhebatkan di seluruh Negeri Sembilan, khususnya di Gemencheh? Gemencheh sebelum ini digemparkan dengan kes pembunuhan Datuk Taha yang merupakan Speaker Dewan Undangan N.Sembilan oleh Datuk Mokhtar Hashim merupakan mantan Menteri Belia dan Sukan Malaysia pada tahun 1982. Kemudian kes pembunuhan kejam empat sekeluarga oleh ahli keluarga sendiri pada tahun 2010. Kini anak pula mengelar leher ibu kandung sendiri juga di Gemencheh.

JUVANA, SEPUPU DIDAKWA
Harian Metro 19 Jun 2012

Seorang juvana berusia 17 tahun dan sepupunya didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam atas tuduhan cuba membunuh ibu kandungnya dengan mengelar leher mangsa ketika berlaku perselisihan faham antara mereka di depan Pasar Gemencheh, di sini, minggu lalu.

Pada prosiding di depan Hakim Azura Alwi itu, juvana terbabit yang juga tertuduh kedua dan sepupunya, Nor Haslinda Mohd Yunus, 26, tertuduh pertama, masing-masing berbaju lokap ungu mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Mereka didakwa mengkelar leher Azizah Isa, 50, ibu saudara Haslinda dan ibu kepada juvana terbabit yang juga pembantu am sekolah rendah menggunakan pisau. dengan niat atau mengetahui perbuatan itu menyebabkan kecederaan terhadap mangsa.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di depan Pasar Gemencheh, Tampin, pada jam 5.15 petang, 11 Jun lalu.

TRAGEDI GEMENCHEH BUKAN BARU
Kosmo 1 Okt 2010

Pembunuhan kejam empat sekeluarga menggemparkan negara.

"SAYA buat kerana ia perintah daripada kuasa agung. Mereka adalah syaitan-syaitan yang menyamar."

Itulah kononnya kata-kata Rashidi Ismail, 34, kepada pihak polis mengenai tindakannya menyembelih bapanya, Ismail Awang, 76, serta mengerat jari adiknya, Siti Khadijah Ismail, 22, dalam kejadian bunuh melibatkan empat sekeluarga di Kampung Batang Rokan, Gemencheh, Negeri Sembilan, Selasa lalu.

Dalam tragedi yang disifatkan sangat kejam itu, bekas imam kampung yang juga datuk suspek, Atan Daud, 90, dan isterinya, Sufiah Keatas, 80, turut maut dibunuh.

Atan ditemui dengan tangan kiri terputus, Sufiah putus tangan kanan, Ismail hilang kepala manakala Siti Khadijah terbaring kaku dengan pisau tercacak di dada.

Suspek kemudian membawa kepala bapanya dari Tampin ke Kuala Lumpur dengan menaiki bas sejauh 120 kilometer sebelum ditanam di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam.

KES PEMBUNUHAN DATUK TAHA

Datuk Mokhtar Hashim ialah seorang mantan Menteri Belia dan Sukan didapati bersalah atas tuduhan membunuh Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Taha Talib.

Pembunuhan itu dilakukan di Kampung Seri Asahan, Gemencheh , Negeri Sembilan pada jam 1.30 pagi , 14 April 1982. Datuk Mokhtar Hashim telah ditangkap di rumahnya di Jalan 16/6 , Petaling Jaya jam 1.30 pagi. Ketika itu 8 hari lagi akan diadakan Pilihan Raya Umum Malaysia 1982 pada 22 April 1982.

Orang lain yang terlibat termasuklah Rahmat Satiman ( 46 tahun - ketua kampung ), Nordin Johan ( 33 tahun - peniaga) , Aziz Abdullah ( 65 tahun , kerja sendiri, Aziz PJK) dan Aziz Tumpuk. Walaupun bagaimanapun penyokong Mokhtar Hashim dibebaskan.

Perbicaraan selama 75 hari pada 1983 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.Pada 6 Mac 1983 Hakim Tan Sri Hashim Yeop Abdullah Sani menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup.

Peguambela bagi pihak Mokhtar Hashim ialah Dato Abu Zahar Ujang. Peneroka Felda yang menjadi saksi alibi tidak hadir semasa perbicaraan. Ketua polis yang menyiasat kes itu ialah Musa Hassan.

Tidak ada saksi yang nampak Moktar Hashim di ladang kebun getah , pada waktu bulan mengambang. Tetapi pistol dan peluru yang menjalani ujian balistik jelas menunjukkan ia milik Mokhtar Hashim.

Rujukan :

Saari Sungib sahkan seksaan ISA ala Guantanamo

Posted: 19 Jun 2012 06:23 PM PDT

KUALA LUMPUR 19 Jun 2012 : Bekas tahanan, Saari Sungib mengesahkan wujud pelbagai deraan mental dan fizikal sepanjang ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) termasuk dibogel dan kemaluan dijolok dengan kayu serta seksaan lain.

Bercakap kepada Keadilan Daily, beliau menyalahkan polis atasan kerana menerapkan anggota bawahan dengan pendekatan deraan menyerupai ala Guantanamo terhadap tahanan yang belum dibuktikan bersalah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Kelang itu berkata, banyak ketidakadilan berlaku, antaranya dihalang bertemu ahli keluarga dan tidak dibenar berjumpa peguam.

"Tahanan tidak boleh hubungi sesiapa termasuk peguam dan keluarga selama 60 hari. Pada 90 hari pertama, tahanan diasing dalam sel berbeza.

"Selepas 60 hari, baru dapat jumpa keluarga, itupun dipantau. Langsung tiada akses kepada peguam melainkan keluarga buat kenyataan bertulis mohon peguam dibenar melawat.

"Apabila dibebas pula, tahanan disyarat hanya boleh 'buka cerita' selepas setahun," katanya menceritakan pengalamannya mengulas nota penyeksaan yang diseludup keluar dari Kem Kamunting.

Saari berkata, kezaliman ISA terserlah apabila bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga ditumbuk hingga matanya lebam.

Beliau menyeru lebih ramai peguam tampil memberi pandangan dan sokongan kepada bekas tahanan untuk memberi kekuatan kepada mereka supaya bercerita pengalaman ngeri ditahan ISA.

"Kesan seksaan memerlukan kekuatan untuk pulih dari trauma. Bukan mudah mahu ceritakan pengalaman," katanya yang mencatat penderitaannya dalam buku secara bersiri "Suara Dari Kamunting" dan "Siri Mansuhkan ISA."

Beliau ditahan ISA kali pertama pada 12 Oktober 1998 dan kali kedua, 10 April 2001.

Nota penyeksaan yang memperinci seksaan ala Guantanamo terhadap 45 tahanan yang masih dikurung di pusat tahanan di Taiping, Perak terbongkar.

Nota tanpa tarikh itu diseludup keluar dari kem tahanan ISA di Kamunting oleh kakitangan kem dan diserah kepada Malaysiakini.

Seksaan itu berlaku, ketika proses soal siasat semasa individu berkenaan ditahan di satu pusat tahanan reman, sebelum dipindahkan ke Kamunting.

Antaranya mangsa dipaksa menanggalkan pakaian dan hanya memakai pakaian dalam dan "digantung terbalik" daripada satu "mesin" yang bergerak mengelilingi satu "bilik penyeksaan khas yang disyaki terletak di Bukit Aman".

Selain itu, minyak panas dilumur ke kemaluan mangsa dan mencucuh kemaluan dengan api rokok.

Jasindaily Online

Posted: 20 Jun 2012 09:32 AM PDT

Jasindaily Online


Kerajaan Syria sudah bunuh 60,000 rakyatnya

Posted: 19 Jun 2012 09:24 PM PDT

Sejak 40 tahun memerintah Syria, regim Basyar telah membunuh seramai 60,000 orang di tidak kurang daripada 100 tempat di seluruh negara itu.Demikian beritahu seorang ulama Syria yang juga pembantu khas kepada Dr Yusuf Al-Qardhawi, Dr Khaled Hindawi  dalam satu syarahan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam baru-baru ini.Syarahan itu dibuat beliau dalam rangka lawatannya ke Malaysia. Syarahan itu bertajuk  'Syria: The Inside Story'  anjuran Ikram, Abim dan Haluan.Ceramah yang diterjemahkan oleh Ustaz Abdul Muhaimin Mohd Sahar dengan dihadiri lebih 2,000 jamaah. Dr Khaled merakamkan penghargaan atas keprihatinan rakyat Malaysia berkenaaan isu Syria. Menurutnya, pembunuhan terhadap golongan dewasa, wanita dan kanak-kanak dilakukan  oleh golongan yang menentang Ahlus Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) sejak 40 tahun yang lalu.


Terkini, rakyat bangun dengan lebih bersemangat bila ditindas ditambah lagi dengan para tentera Syria yang berpaling tadah meninggalkan rejim ini yang mencecah 200,000 orang. Beliau menterjemahkan "iman kita ibarat muslim yang satu jasad menentang rejim yang zalim ini." "Pemerintah yang bertamadun ialah yang adil bukan yang menindas dan memenjarakan saudaranya," ujarnya. Katanya, meskipun rejim ini mendakwa kononnya mereka menentang Yahudi, sejak 40 tahun lalu, rejim ini tidak pernah bunuh walau seorang Yahudi pun malah kini telah menghalakan senjata mereka dan membunuh 60,000 rakyat yang tidak berdosa. 

Tambah Khaled, PM Israel Benjamin Netanyahu pernah berkata bahawa Basyar Al-Assad merupakan orang yang dikasihinya seperti mana mereka kasihi ayahnya (Hafez Al-Assad) yang kekal membawa kebaikan dan kemaslahatan kepada Israel. Mengatakan mereka berjuang melawan Israel merupakan satu penipuan, tegas Khaled. Baru-baru ini, di perkampungan bernama Hawlah, seramai  150 orang disembelih, dicincang termasuk 50 orang kanak-kanak. 

Ujarnya, rejim ini telah dibantu oleh Russia serta beberapa pihak lagi yang ingin menghapuskan rakyat ASWJ. Menurut beliau lagi, ada menara masjid yang ditembak rejim, di tempat bernama Dar'a, negeri kelahiran Imam An-Nawawi dan ada juga rakyat yang ditanam hidup-hidup kerana tidak mahu mengatakan "Tiada Tuhan melainkan Assad". Pimpinan IM Syria, Dr Amer Abu Salamah (gambar kiri) pula menambah, rakyat Syria menampakkan keberanian mereka hingga sanggup berkorban dan syahid, ribuan mereka yang cedera dan lebih 2 juta menjadi pelarian. Sungguhpun Allah SWT berfirman bahawa orang beriman itu bersaudara, namun demikian katanya, hanya dengan ucapan sahaja tidak memberi manfaat kerana ia juga menuntut pengorbanan daripada semua bersama-sama dengan rakyat Syria. 

Menurut beliau, amat bahaya bila ada yang mengatakan "Kami tiada apa-apa kaitan dengan apa yang berlaku di Syria, itu masalah mereka" sedangkan umat Islam  merupakan jasad yang satu, umat yang satu. Katanya, umat Islam amat simpati dengan apa berlaku di Gaza dan memang wajib mereka membantu umat Islam di Gaza. 

Beliau turut mencetuskan persoalan yang mengheningkan suasana: "Kini berlaku di pelbagai tempat di Syria seperti mana yang berlaku di Gaza. Di manakah saudara-saudara Islamku yang telah membantu saudaranya di Gaza?"Takutlah Allah, hendaklah kamu bersama dengan anak yatim yang dizalimi, mata dikorek, leher mereka dikapak." Tambahnya, Kesatuan Ulama Sedunia yang berjumlah 50,000 yang diketuai oleh Dr Yusuf Al-Qardhawi turut menyokong rakyat Syria dan mengatakan kewajipan umat Islam membantu rakyat Syria. Jemaah yang hadir turut dipertontonkan dengan gambar dan video kekejaman rejim Basyar membunuh rakyatnya.



Pertaruhan berunsur judi tetap haram di sisi Islam

Posted: 19 Jun 2012 09:18 PM PDT

SEKARANG ini virus 'gila bola' sekali lagi melanda seluruh dunia dengan mulanya pertandingan Euro 2012. Apabila ada perlawanan, peminat bola berkumpul di kedai mamak 24 jam untuk menonton bersama. Euro 2012 turut mendapat tempias dijadikan sebab kepada penganjuran perjudian yang digambarkan keuntungan lumayan. Ini menunjukkan judi sukar dibendung walaupun ada pemantauan daripada pihak berkuasa. 

Judi ialah permainan mengandungi taruhan daripada kedua pihak yang juga menimbulkan keuntungan bagi satu pihak serta kerugian kepada pihak lainnya. Judi ada undur taruhan, permainan yang menentukan menang kalah serta pihak meraih keuntungan, setengahnya pula menanggung rugi. Dijadikan indah pada pandangan manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini iaitu wanita, anak pinak, harta yang banyak dari emas dan perak, kuda pilihan, binatang ternak dan sawah ladang, dan di sisi Allahlah tempat kembali yang sebaik-baiknya. - Surah Al Imran, Ayat 14 

Pertaruhan yang bergantung pada nasib boleh membawa kepada unsur judi jika tidak berhati-hati sama ada ia sedikit atau banyak, kecil atau besar. Hukum Islam jelas mengharamkan apa juga taruhan berunsurkan judi. Firman Allah yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan menenung nasib dengan batang anak panah adalah keji termasuk dari perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan itu supaya kamu mendapat kejayaan." (Surah Al-Maidah, ayat 90) 

 Maksud lebih mendalam dijelaskan lagi pada ayat seterusnya yang menerangkan keburukan judi sehingga ia diharamkan ke atas umat Islam. Judi menimbulkan permusuhan, kebencian dan memalingkan manusia daripada mengingati Allah serta mengerjakan solat. 

 Begitulah, pengharaman judi dijelaskan dalam firman bermaksud: "Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?" (Surah al-Maidah, ayat 91) 

 Judi mudah menarik minat kerana sifat tabii manusia yang suka kesenangan dan harta benda, lebih-lebih lagi jika kesenangan itu diperoleh dengan cepat, mudah tanpa perlu berusaha keras.

 Firman Allah yang bermaksud: "Dijadikan indah pada pandangan manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini iaitu wanita, anak pinak, harta yang banyak dari emas dan perak, kuda pilihan, binatang ternak dan sawah ladang, dan di sisi Allahlah tempat kembali yang sebaik-baiknya."(Surah Ali-Imran, ayat 14) 

 Walaupun kesenangan boleh diperoleh dengan mudah serta cepat, lebih banyak keburukan dan kerosakan akibat perbuatan judi antaranya memakan harta secara batil, terjebak jenayah, mencederakan jiwa, mensia-siakan keluarga, melakukan perkara keji dan hina serta permusuhan.

 Allah berfirman yang bermaksud: "Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: Pada keduanya ada dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa kedua-duanya lebih besar dari manfaatnya." (Surah Al-Baqarah, ayat 219)

 Ada kala amalan judi ini tersembunyi dan mengelirukan contohnya atas nama permainan, peraduan, sukan, pelaburan, cabutan bertuah dan sebagainya. Umat Islam hendaklah mengenal pasti supaya tidak terbabit dalam perkara mempunyai unsur haram seperti judi dan pertaruhan.

DATUK ALI HAMSA KSN BARU MALAYSIA

Posted: 19 Jun 2012 09:15 PM PDT

Datuk Seri Dr Ali Hamsa yang dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang baru akan menggunakan pendekatan turun padang bagi mendekati anggota perkhidmatan awam, sekali gus mengeratkan hubungan sesama mereka. Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) di Jabatan Perdana Menteri yang akan menggantikan Tan Sri Mohd Sidek Hassan itu juga bertekad meneruskan usaha meningkatkan keupayaan pelaksanaan dasar, projek dan sistem penyampaian kerajaan kepada rakyat.

 Saya amat menghargai kepercayaan Perdana Menteri dan akan berusaha untuk meningkatkan kecemerlangan kakitangan awam. Sistem penyampaian kerajaan akan terus diperkasakan supaya rakyat mendapat manfaat. - Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara

 "Kita akan sama-sama meningkatkan produktiviti supaya rakyat menghargai dan memuji perkhidmatan kerajaan yang ketika ini sudah berada di landasan yang baik," katanya. Mohd Sidek akan tamat kontrak perkhidmatannya Sabtu ini, manakala pelantikan Ali yang sudah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, berkuat kuasa Ahad ini.

 Ali, 57, dilahirkan di Kluang, Johor pada 29 Ogos 1955, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Ekonomi serta Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Sains Alam Sekitar dan Ekonomi dari Oklahoma State University, Amerika Syarikat. Beliau dilantik Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 5 Januari 1981 sebagai Penolong Setiausaha di Kementerian Perdagangan dan Perindustrian. Ali mempunyai pengalaman kerja yang luas di Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri mulai 16 Disember 1997 hingga 21 April 2009 dan Pengarah Seksyen Pembahagian dan Timbalan Ketua Pengarah, Program National Trans-formation & Advancement sebelum bertugas sebagai Ketua Pengarah UKAS pada 22 April 2009. Beliau juga berkata banyak program yang dilaksanakan di bawah pentadbiran Mohd Sidek akan diteruskan termasuk Strategi Lautan Biru dan Pasukan Petugas khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH).

 "Saya amat menghargai kepercayaan Perdana Menteri dan akan berusaha untuk meningkatkan kecemerlangan kakitangan awam. Sistem penyampaian kerajaan akan terus diperkasakan supaya rakyat mendapat manfaat," katanya.

 INFO: Ketua Setiausaha Negara 

 Pelantikan Dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. 
 Tidak boleh dipengaruhi atau terbabit secara aktif dalam politik. 
 Fungsi dalam Kabinet/kerajaan negeri
 Setiausaha Kabinet bagi Kerajaan Malaysia Setiausaha Mesyuarat Jemaah Menteri dan Mesyuarat Khas Jemaah Menteri 
Setiausaha Mesyuarat Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri 
Setiausaha Mesyuarat Khas Peringkat Menteri bagi Mengkaji Kemajuan Pelaksanaan Keputusan-Keputusan Laporan Antara Kerajaan (IGC) 1962.

HIMPUNAN HIJAU KE PUTRA JAYA PERINGKAT NEGERI MELAKA

Posted: 19 Jun 2012 09:14 PM PDT




HIMPUNAN HIJAU KE PUTRAJAYA & EKPRESI HIJAU ANAK MUDA KE PUTRAJAYA
Peringkat Negeri Melaka
"Teknologi Hijau, Politik Hijau, Melaka Hijau"

Ayuh kita Hijaukan Melaka pada 24 JUN 2012 (AHAD)
bertempat di Permatang Pasir Alai, Melaka
bermula Jam 4.30 Petang sehingga 12.00 Malam

Semua Ahli, Penyokong PAKATAN RAKYAT & seluruh Rakyat Melaka dijemput HADIR

CERAMAH KUASA RAKYAT

Posted: 19 Jun 2012 09:04 PM PDT

Ceramah Kuasa Rakyat akan diadakan pada 20 Jun 2012, Hari Rabu jam 9 malam bertempat di IKS Pulai. Penceramah yang hadir Ustaz Mohd Nor Hamzah (ADUN Bukit Payong & Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Musa Mohd (Timbalan KP DPPNM ) dan Sdra Raja Shahamugam ( Ketua Dewan Himpunan PAS Negeri Melaka )

PAS KAWASAN KANGAR

Posted: 20 Jun 2012 09:22 AM PDT

PAS KAWASAN KANGAR


Salahuddin: 'Tiada demo jika kerajaan beri cukup ruang'

Posted: 19 Jun 2012 08:43 PM PDT



SHAH ALAM - Salahuddin Ayub menegaskan bahawa demonstrasi jalanan tidak akan berlaku sekiranya parti atau pembangkang diberi ruang yang secukupnya untuk memperjuangkan hak kebebasan bersuara mengikut Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Naib Presiden Pas berkata pihak-pihak yang tidak bersetuju dengan kerajaan yang memerintah terpaksa mengambil tindakan seumpama itu apabila ruang untuk bersuara secara aman dan teratur disekat dan dihalang.

"Ruang bersuara ketika pilihan raya kecil dan pilihan raya umum umum terlalu kecil, maka rakyat yang ada hanya lidah dan gigi ini turun ke jalan raya untuk menuntut hak mereka," kata beliau ketika mengambil bahagian dalam Debat Sinar di Auditorium Kompleks Media Karangkraf di sini, malam ini.

Ahli Parlimen Kubang Kerian berkatal, pemimpin negara tidak sewajarnya berfikiran sempit, sebaliknya perlu melihat demonstrasi jalanan sebagai hak peluang rakyat untuk bersuara.

"Ini setiap kali ada perhimpunan, mesti ada gas, tu yang jadi huru hara," katanya lagi.
Salahuddin berkata, hak asasi manusia tidak boleh dibunuh dalam demokrasi.

Justeru, katanya pemimpin harus urus dan pimpin tangan anak muda tidak secara sempit tetapi secara adil dan seimbang seperti di negara Korea.

Katanya, sekiranya cukup ruang,tidak perlu demonstrasi jalanan dan tidak perlu menyatakan secara jalanan.

Dalam perbahasan ilmiahnya katanya, bagi negara yang berpura-pura dengan keadilan demokrasi, demonstrasi jalanan itulah yang melahirkan demokrasi.

Salahuddin berkata, demonstrasi secara aman boleh dijadikan sebagai alat untuk menghentikan kemelut kepada negara yang impikan demokrasi.

"Jika ada pengasingan kuasa, kerajaan tidak akan jatuh sebaliknya kerajaan penakut sahaja yang takut kepada demonstrasi jalanan.

" Masalahnya, kami tidak dapat secara lembut (kebebasan bersuara) jadi demontrasi jalanan adalah cara terbaik untuk kukuhkan demokrasi,"
katanya.

Salahuddin berkata, perlu diingat ketika zaman Nabi Muhammad SAW, sewaktu perang Badar dan Qubra juga bermula daripada protes.

Maka dalam konteks Bersih 3 katanya, ia perlu dilihat dengan niat yang betul dan diterjemahkan secara jelas.

Sehubungan itu katanya, perlunya ditubuhkan suruhanjaya diraja yang benar-benar bebas untuk menyiasat secara jelas pihak yang mencetuskan provokasi.

"Polis kata ada video, tetapi sampai sekarang tidak juga ditayang. Jika begitu, kami juga ada video dakwaan polis mengasari peserta perhimpunan," katanya.

FGVH - SIRI PENGKHIANATAN MELAYU TERBESAR

Posted: 19 Jun 2012 08:37 PM PDT

"Kita tidak punyai masa yang lama lagi...."
30 Rejab 1433 H | 20 Jun 2012


UMNO meneruskan siri-siri menggagalkan bangsa sendiri setelah sekian lama menghapuskan tulisan jawi, bahasa Melayu yang dipinggirkan dalam PPSMI dan kegagalan dalam Dasar Ekonomi Baru.

Terbaru, aset Felda yang berharga milik rakyat Malaysia yang majoritinya orang Melayu menjadi mangsa penggadaian seterusnya. Ladang, tanah dan segala perniagaan milik sepenuhnya warga Felda dan negara, difaraidkan sesama sendiri dan syarikat asing melalui usaha penyenaraian di Bursa Malaysia.

Apa yang memilukan, peneroka dan kakitangan Felda yang berpuluh tahun membangunkan Felda, diberikan saham terkecil iaitu 2.5 peratus dan tiga peratus sahaja. Tetapi mereka sanggup memberi ruang kepada syarikat asing dari luar negara memegang sekitar 20 peratus saham dalam Felda Global Ventures ini.

Tidak mustahil pada masa akan datang syarikat asing atau mereka yang tidak kena mengena dengan Felda yang akan menjadi pemilik aset berharga Felda ini setelah saham-sahamnya terjual.

Bagi Pas, bukan sekadar masalah pengagihan saham tersebut yang utamanya, tetapi melibatkan tanah-tanah Felda dan aset berharga milik rakyat dan negara ini satu pengkhianatan. Apatah lagi menyerahkan urusan sebesar itu dikendalikan oleh individu yang terpalit dengan rasuah yang diakui partinya sendiri.

Ini adalah satu pengkhianatan kepada bangsa Melayu yang mendiami kawasan Felda dan seluruh negara. Pas menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya warga Felda supaya segera menggantikan Umno yang lama memerintah dan terus bertindak gagal dengan memberi undi kepada Pas dan rakan-rakan Pakatan Rakyat.

Kita tidak punyai masa yang lama lagi untuk menunggu berapa banyak lagi aset negara berpontensi terjual di bawah pemerintahan Umno-BN hari ini. -

PR Beri BN Ruang Berdemonstrasi Jika Kuasai Putrajaya ,

Posted: 19 Jun 2012 08:06 PM PDT



SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) berjanji akan memberi ruang kepada pemimpin-pemimpin Barisan Nasioanal (BN) untuk mengadakan demonstrasi, dengan menyediakan garis panduan yang tidak menganiaya peserta demonstrasi, jika diberi peluang mentadbir Kerajaan Pusat.
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, demonstrasi yang diadakan PR bukan langkah untuk gulingkan kerajaan tapi untuk memberi ruang kepada rakyat serta pembangkang dalam menuntut hak mereka daripada pemerintah.

"Kami akan bagi ruang pada BN nanti sekiranya kami kuasai Putrajaya.

"BN yang ketika itu sebagai parti pembangkang akan dibenarkan berhimpun atau melakukan demonstrasi secara aman tanpa ada sebarang kekecohan atau provokasi yang terjadi kepada perhimpunan yang disertai PR lalu," katanya dalam Debat Sinar malam tadi.

Beliau juga berkata, PR akan menghapuskan doktrin undang-undang yang menyekat kebebasan bersuara sepenuhnya jika mereka diberi peluang untuk menerajui negara.

"Kalau PR ambil alaih Putrjaya malam ini, kami akan hapuskan terus doktrin undang-undang dan kebebasan suara dapat diberikan kepada rakyat spenuhnya," katanya lagi.

Dalam pada itu, Salahuddin berkata, demonstrasi yang diadakan PR telah dicemari provokasi oleh pihak tertentu dengan pelbagai insiden yang berlaku terutamanya Bersih 3.0 April lalu.

"Perhimpunan Bersih 3.0 lalu telah dicemari provokasi pihak tertentu yang nyata pesertanya hanya membawa botol dan garam dalam perhimpunan tersebut.

"Penguat kuasa telah melepaskan gas pemedih dan gunakan cota menyebabkan perhimpunan tersebut bertukar buruk," katanya.

Sementara itu, Salahuddin turut menyatakan PR akan memberi arahan prosedur operasi standard (SOP) yang betul kepada pasukan polis untuk menjaga demonstrasi yang di ketuai BN kelak katanya. ~sinarharian

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 20 Jun 2012 09:08 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


HARI ILMU SELANGOR daerah SEPANG anjuran PPAS

Posted: 20 Jun 2012 07:42 AM PDT

Daerah Sepang: Pegawai Daerah dan YDP serta anugerah pengguna terbaik

Bandar Baru Salak Tinggi
Sepang

Selasa
19.6.12

Hari Ilmu Selangor yang diisytiharkan pada 26.6.2010 oleh DYMM Sultan Selangor sudah menjadi acara tahunan bagi kerajaan negeri Selangor.

Program yang telah dirancang oleh Jawatankuasa Tetap Pendidikan Kerajaan Selangor ini mendapat sambutan hangat dari seluruh pelusuk negeri Selangor. Bermula dengan majlis ilmu berskala besar yakni Gerakan Membaca Perdana yang telah memecah Malaysia Book Of Records sebagai The largest outdoor reading event pada HARI ILMU PERTAMA 26-6-10  telah dilanjutkan momentum tersebut dengan acara tahunan sambutan HARI ILMU dengan acara 15 minutes reading break di semua daerah di Selangor.
Pada tahun 2012 ini acara yang diadakan di semua daerah diurusetiakan oleh PPAS(Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor) di rasmikan sendiri oleh YB Dr Hjh Halimah Ali selaku EXCO Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah PPAS.
   Di sertai oleh Pegawai Daerah selaku Pengerusi Gerakan Membaca Daerah dan YDP PBT serta pegawai kerajaan dan swasta, guru dan pelajar serta orang awam, JKKK, AHLI MAJLIS termasuk kanak-kanak tadika.










NAJIB wary of NOT SO GOOD FEEL FACTOR!! GE13 now??

Posted: 20 Jun 2012 06:49 AM PDT

Najib's cautious, methodical preparation seen delaying polls

June 20, 2012
Najib is anxious for BN to regain the parliamentary supermajority it lost in 2008. — File pic
ANALYSIS, June 20 — When is the next general election? From last year to now, several dates have been cast as the "definitive" election date for Datuk Seri Najib Razak to get his personal mandate as prime minister, after he replaced Tun Abdullah Ahmad Badawi in April 2009. But as yet, the election date is as hazy as the smoke that blew across the Malay peninsula earlier this week, even as business groups and civil servants say an early election is preferable as it would end uncertainty and allow them to launch their plans at a time when the world economic outlook is gloomy.
An election must be called by next April 28, otherwise Parliament will be automatically dissolved and a general election held within 60 days.
Those familiar with Najib's thinking say he is cautious and meticulous about ensuring that his Barisan Nasional (BN) can win big and reclaim their two-third parliamentary majority that was lost in Election 2008.
Many have blamed Abdullah for the shock loss, especially the influential Tun Dr Mahathir Mohamad, and Najib has been working hard to revive and regain support for the country's only ruling coalition since Merdeka, when it had been called the Alliance.
"Najib has said an election is war and one has to be prepared for war. That [the election is] not being called shows they are not as prepared as he wants them to be," a BN strategist told The Malaysian Insider.
This includes catering to every demographic, especially first-time voters, whose support could help grow the 330,000-vote margin between BN and political foes Pakatan Rakyat in March 2008.
The strategist pointed out that while Najib remains popular with the public, receiving a 65 per cent approval rating in the last Merdeka Center poll, the government is not as popular — securing only a 48 per cent approval in a survey done after the Bersih rally on April 28. The results for Najib's Umno was not revealed but is said to be even lower.
Dr Mahathir had banked on BN's support when he grew personally unpopular. — File pic
A BN leader recalled that even when Dr Mahathir grew unpopular for sacking Datuk Seri Anwar Ibrahim in 1998, Umno and BN were well-accepted enough to carry the vote and form the federal government with a two-third majority, although the ruling coalition lost Terengganu. "Najib is popular but he alone can't carry the party and its slate of new candidates. So he needs time; Umno needs time," said the BN leader, who declined to be named.
He also pointed out that Abdullah had a 71 per cent approval rating going into Election 2008 but still lost the supermajority and four states.
"It will be a miracle that Najib, at 65 per cent popularity rating, can top Pak Lah and get back the two-thirds," he said, calling Abdullah by his popular moniker.
Several polling dates
The BN leader also said the coalition was ready for polls this month or July, but the violent crackdown during the Bersih 3.0 rally on April 28 had dented BN's strengthening popularity.
"We had our chance but the police action blew it for Najib," he said.
Opposition officials also said they were prepared for a July election after BN rushed through 22 Bills in Parliament in April.
"As you can see, we only have four bills to debate now. Najib had July in mind but the numbers don't seem to be with him," a DAP official told The Malaysian Insider.
Najib can still call a July election by dissolving Parliament this week, but polling would need to be done by July 21, the expected start of the Ramadan fasting month, politicians said.
"It is not likely to happen in July because of Ramadan and also Putrajaya just gave RM1.5 million to each BN MP. We'll need time to spend it, soften the ground and get support," said one BN lawmaker.
He also expects more benefits and good news from the Budget 2013 due to be tabled on September 28 by Najib, who is also the finance minister.
"That appears to rule out September, too, although Dr M would like it then," the MP said.
The FGVH listing, among others, was expedited to avoid fallout from the euro zone crisis.
Economic factor Civil servants and businessmen privately agree with Dr Mahathir in wanting an early election, citing the world economic outlook that could put pressure on the local economy.
"I am all for an early election. My tenants don't want to sign long leases until they know which government is in power," said a landlord with a number of lots in one of the capital city's shopping malls.
Federation of Malaysian Manufacturers (FMM) president Tan Sri Yong Poh Kon also called for early polls, saying the constant speculation and delays have affected the manufacturing industry.
"I am sure everyone in the business community would want the elections to be done with, and finished. It has created a certain amount of uncertainty.
"Decisions (about the future) would be much easier once elections are done with," said Yong.
Several initial public offerings (IPOs) have also been delayed because of the uncertain polling date, according to merchant bankers.
They noted that government-linked companies such as energy provider Gas Malaysia Bhd, integrated plantation group Felda Global Ventures Holdings Bhd, and medical services provider IHH Bhd have brought forward their public listing before world markets tumble further due to the euro zone crisis.
A merchant banker said others are adopting a wait-and-see attitude.
"The PM must call elections soon as we have already delayed several IPOs for it. The markets are uncertain," he said, pointing to the Formula One and Manchester United listings being delayed in Singapore.
Election campaign
Despite the uncertainty surrounding the timing of the election, all political parties have begun their campaigns by increasing their outreach, holding daily rallies, and putting up flags in various parts of the country.
Najib himself has walked farther than any BN politician, with almost daily activities to meet all and sundry to drum up support ahead of the country's 13th general election.
The 1 Malaysia concept has been used to brand BN's efforts to win popular backing.
His 1 Malaysia concept has been used as an umbrella for various initiatives, including the Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) RM500 cash each for some 5.3 million households earning less than RM3,000 a month, a training scheme for youths called Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M), affordable grocery shops named Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M), 1 Malaysia clinics, and the latest, providing RM520 tyre vouchers for taxis this weekend under a scheme called Teksi Rakyat 1 Malaysia (TR1MA). The son to second prime minister Tun Abdul Razak Hussein, who did much to develop Malaysia, Najib has also taken to social media, setting up two Facebook accounts to cater to the English- and Mandarin-speaking communities. He also boasts of more than 500,000 followers on microblogging service Twitter.
He was recently at #TwtupKami in Stadium Nasional Bukit Jalil on June 9, a day-long national gathering of music, sports and other events that is said to be organised with help from the ruling coalition.
BN lawmakers said Najib praised the event at the pre-council meeting before the current parliamentary sitting, noting that he has encouraged them to embrace social media to find support among the first-time voters.
"Calculations and projections show that the result will depend on new voters, and many of the new voters are young voters. They will be kingmakers," Umno Youth chief Khairy Jamaluddin was quoted as saying after launching the PPP Youth convention here last Saturday.
Some 12 million are eligible to vote if elections are called this year, up from the nine million in 2008. According to Election Commission (EC) statistics, around 40 per cent of these are young voters.
These voters are said to eschew traditional media such as newspapers and television in favour of the Internet, leading to both BN and PR engaging them through social media and websites.
The big win
"Najib wants to win big, go past Pak Lah's 140 seat win and get back the two-thirds majority of at least 148. It won't happen now until the various campaigns take effect, so the elections won't happen as yet," a BN strategist said when summing up the election delay.
BN's internal survey results from March showed the ruling coalition can win 80 federal seats outright, with possible wins in 66 seats. Another report in May indicated that only 118 federal seats were within its grasp, prompting coalition strategists to call for a delay until the numbers get better.
It is understood a series of surveys are being done now for the BN chairman to consider before deciding on the polls.
Najib is personally spearheading efforts to drum up support for BN.
"There are issues to overcome, such as Bersih, some missteps by ministers like the PTPTN issue, the WWW15 number plate issue. They are small issues but they build up," said the BN strategist, referring to a student loan scheme suspended for a day in Selangor and a free premium vehicle registration number given to MCA deputy president and Health Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai, who later gave up the number after a public outcry. "BN just asked for RM13.8 billion extra for the Budget. That will help it in the short term but not the long term until the various projects take off and pay back by 2020," a senior government official told The Malaysian Insider on condition of anonymity.
The official was referring to the various projects under the Economic Transformation Programme (ETP) and feel-good initiatives under the Government Transformation Programme (GTP), which are expected to bear fruit by 2020.
"People need (to) feel good now if BN wants to win big," said the official.
That, the BN strategists said, is what Najib is doing. The man they call the hardest-working politician in Malaysia is going around the country solving problems that snowballed in the past decades, under the programme called "Jelajah Janji Ditepati (Promises Fulfilled Tour)".
The prime minister liked the "Janji Ditepati" tagline sufficiently for it to be made the theme for this year's Merdeka Day and Malaysia Day celebrations.
"He's fulfilling promises and expects that will help BN win the next election. It is a war that he wants to win," said one of the strategists, adding wryly, "but it takes time, so we wait."

AHLI AKADEMIK TURUN TARAF JIKA KAKI AMPU

Posted: 19 Jun 2012 11:05 PM PDT


Kamaruddin Kachar malukan ahli akademik

KOTA BHARU: Prof Datuk Dr Kamaruddin Kachar (gambar) dianggap terlajak mengampu sehingga sanggup mendakwa Kelantan mundur 40 tahun kerana ditadbir kerajaan PAS.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari  berkata, Presiden Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia itu tidak berfikir secara matang setaraf dengan gelaran yang dimiliknya.

"Barangkali beliau hanya membaca akhbar-akhbar pro Umno tanpa cuba menyelidiki fakta sebenar. Seharusnya seseorang bergelar profesor mendalami sesuatu fakta sebelum berhujah.

"Kami sangsi bagaimana gelaran prosefor boleh diperolehi kalau sedemikianlah pemikirannya. Bukankah boleh memalukan ahli akademik lain," katanya di sini.

Pada kenyataan akhbarnya 18 Jun lalu Dr Kamaruddin yang dilihat ramai taksub Umno mendakwa rakyat Kelantan rugi berada di bawah kerajaan PAS dan menganggap mundur 40 tahun.

Fadhli yang juga Setiausaha Akhbar Menteri Besar berkata, apa yang tidak ada di Kelantan sekarang hanya kedai nombor ekor dan rumah urut, sedangkan aspek lain setanding negeri diterajui BN.

"Saya ingin mengajak profesor meneliti web Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri. Lihat Jadual 6 yang mengandungi fakta Insiden Kemiskinan Mengikut Etnik, Strata dan Negeri, Malaysia, 1970-2009.

"Indeks kemiskinan di Kelantan ialah 4.8 berbanding Perlis mencatat lebih tinggi iaitu 6.0, Kedah (5.3), Sarawak (5.3) dan Sabah (19.2)," ujarnya.

Atau profesor boleh meninjau Jadual 7 yang mengandungi indeks kemiskinan tegar yang mencatat indeks Kelantan sebanyak 1.0 berbanding Sabah (4.7).

Menurutnya profesor terbabit mungkin lupa tanggungjawab membina lebuh raya adalah di bawah kerajaan pusat.

Katanya, tidak ada mana-mana kerajaan negeri di Malaysia membina sendiri lebuhraya tanpa bantuan kerajaan pusat, kecuali di Kelantan seperti apa yang sedang diusahakan sekarang.

Projek lebuhraya Kota Bharu-Gua Musang dijanjikan kerajaan BN sejak Rancangan Malaysia Ke-6 pada 1986 dan sehingga kini belum menjadi kenyataan.


"Kenapa profesor tidak menyalahkan kerajaan pusat kerana gagal melaksanakan projek tersebut. Atau mungkin profesor berhujah pula ramai rakyat Kelantan berhijrah.

"Sedangkan fakta dalam Pelan Induk WIlayah Ekonomi Pantai Timur yang dikeluarkan pada Oktober 2007 mencatat pada 2003, penghijrahan masuk ke Kelantan seramai 24,460 orang berbanding penghijrahan keluar 21,950 orang," tambahnya.

Oleh itu katanya beliau bimbang Dr Kamaruddin Kachar dianggap pula seorang profesor yang layak menjadi pelakon lawak jenaka.

sumber: harakahdaily

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 20 Jun 2012 07:06 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


PEMUDA PAS ANJUR KEMBARA RUNGKUP

Posted: 20 Jun 2012 01:02 AM PDT

MUBARAK MAKIN TENAT !

Posted: 20 Jun 2012 12:50 AM PDT

WARGA FELDA MESTI TOLAK BN

Posted: 20 Jun 2012 12:46 AM PDT

PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) TEMERLOH

Posted: 20 Jun 2012 03:19 AM PDT

PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) TEMERLOH


KULIAH MAGHRIB YB US.NASIR ZAKARIA AHLI PARLIMEN PADANG TERAP

Posted: 19 Jun 2012 08:27 PM PDT



DI MASJID ASY SYAKIRIN BUKIT KEPAYANG TEMERLOH PAHANG PADA 12.6.2012 DI ANTARA LAIN BELIAU MENEKANKAN:
1.MEMOHON KEAMPUNAN DARIPADA ALLAH SEGALA DOSA,SEBAGAIMANA ADAM DAN HAWA MEMOHON KEAMPUNAN KEPADA ALLAH SWT SETELAH  DILONTAR KE DUNIA,FIRMAN ALLAH SWT AYAT 23 SURAH AL A'RAAF :
قالا ربنا ظلمنا أنفسنا وإن لم تغفر لنا وترحمنا لنكون من الخاسرين ,
 mereka berdua merayu: "Wahai Tuhan kami, Kami telah menganiaya diri Kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan Kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah Kami dari orang-orang Yang rugi".
KITA MESTI MEMOHON KASIH SAYANG ALLAH,KERANA AKAN TENGOK KITA BAGAIMANA KITA MEMPERHAMBAKAN DIRI KEPADANYA.
2.KITA HENDAKLAH JAGA DIRI KITA KEPADA  ALLAH DENGAN SENTIASA BERBUAT BAIK KEPADANYA SEBAGAIMAN ALLAH BUAT BAIK KEPADA KITA :
واحسن كما احسن الله إليك .
"BUATLAH BAIK SEBAGAIMANA ALLAH BUAT BAIK KEPADA KAMU"
3.KITA SENTIASA JAGA PROTOKOL KITA DENGAN MANUSIA,TETAPI KITA TIDAK JAGA PROTOKOL KITA DENGAN ALLAH,PROTOKOL KITA DENGAN ALLAH SEBAGAIMANA DISARANKAN DALAM SEBUAH HADIS:
قال رسول الله صلي الله عليه وسلم : إن الله تعالي فرض فرائض فلا تضيعوها وحد حدودا فلا تنتهكوها وسكت عن أشياء رحمة لكم غير نسيان فلا تبحثوا عنها (حديث حسن رواه الدار قطني وغيره ) .
SABDA RASULULLAH SAW :"SESUNGGUHNYA ALLAH TAALA TELAH MEMFARDHUKAN BEBERAP FARDU,MAKA JANGANLAH KAMU MENSIA-SIAKAN.DAN IA TELAH MENETAPKAN BEBERAPA HUDUD (BATASAN),MAKA JANGANLAH KAMU MELAMPAUINYA.DAN IA TELAH MENGHARAMKAN SESYATU,MAKA JANGANLAH KAMU MENCEROBOHINYA.DAN IA TELAH DIAMKAN SEGALA SESUATU SABAGAI RAHMAT BAGI KAMU BUKAN KERANA LUPA,MAKA JANGANLAH CUBA MENYELIDIKINYA .
(HADIS INI HASAN DIRIWAYATKAN OLEH AL-DARUQUTNI DAN ORANG LAIN)
DALAM HADIS MENYEBUT DI ANTARA PROTOKOL KITA DENGAN ALLAH IALAH MENGERJAKAN SEGALA FARDHU DAN MENINGGALKAN LARANGAN INI DINAMAKAN "TAQWA" DAN INGATA SEGALA AMALAN KITA AKAN DILIHAT ALLAH SAMADA BAIK ATAU JAHAT ,FIRMAN ALLAH DALAM 7-8 SURAH AZ ZALZALAH YANG BERMAKSUD :
7. maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
8. dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
4.MEMOHON KEAMPUNAN KEPADA ALLAH DENGAN SEPENOH KETAKWAAN KEPADANYA – LETAKKAN DIRI KITA SEBGAI عباد الرحمن
DENGAN CARA KITA BERTAJJUD KEPADA ALLAH TIAP –TIAP MALAM DISAMPING BERMUNAJAT KEPADANYA DI TENGAH MALAM SUPAYA ALLAH AMPUNKAN DOSA, KERANA ALLAH HENDAK DENGAR RINTIHAN HAMBANYA , KERANA SEBAGAI HAMBA KITA HENDAKLAH MENGADU  KEPADA ALLAH BUKAN YANG LAIN.
5.KITA HENDAKLAH BERDOA KEPADA ALLAH SUPAYA FAHAM DALAM AGAMA,KERANA APABILA KITA FAHAM DALAM AGAMA KITA AKAN KEBAHGIAAN DUNIA DAN AKHIRAT,SABDA RASULULLAH SAW :
من كان الله به خيرا فليفقه في الدين
SESIAPA YANG DIKEHENDAKI ALLAH ITU MENDAPAT KEBAIKAN MAKA HENDAKLAH IA FAHAM DALAM AGAMA .
6.KITA HENDAK BERMUJAHADAH BENAR – BENAR SUPAYA MENDAPAT KEAMPUNAN ALLAH, DAN HENDAK INGAT  LIMA PERKARA SEBELUM DATANG LIMA PERKARA :
MUADA SEBALUM TUA
SIHAT SEBELUM SAKIT
LAPANG SEBELUM SIBUK
KAYA SEBELUM MISKIN
HIDUP SEBELUM MATI.
7.HENDAKLAH ADA RASA SENTIASA TAKUT KEPADA ALLAH, DAN MEMOHON KEAMPUNAN KEPADA ALLAH SUPAYA ALLAH AMPUN KITA, JANGAN BIARKAN ALLAH BUANG KITA,INGAT KITA AKAN DISOAL AKIDAH DI DALAM KUBUR,KITA HENDAKLAH MATI DALAM ISLAM ,FIRMAN ALLAH :
يَا أَيُّهَا الَّذِيْنَ ءَامَنُوْا اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ  وَلاَ تَمُوْتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ
Wahai orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar –benar taqwa, dan jangan sekali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam .( Ali Imran :102 .)
DAN HENDAKLAH INGAT KEPADA SEBUAH HADIS BAHAWA PUNCA PENYAKIT UMMAH ADALAH ULAMA DAN UMARA YANG  JAHAT :
صنفان من الناس اذا صلحا صلح الناس وإذا فسدا فسد الناس الامراء والعلماء
DUA GOLONGAN DARI KALANGAN MANUSAI , KALAU BAIK MEREKA MAKA AKAN BAIKLAH SELURUH ANGGOTA MASYARAKAT, DAN SEKIRANYA ROSAK MEREKA, MAKA AKAN ROSAKLAH SELURUH ANGGOTA MASYARAKAT ITU, IAITU ULAMA DAN UMARA(PEMERINTAH).
7.BELIAU MENYERU KEPADA SEMUA JAMAAH HENDAKLAH BERTAKWA KEPADA ALLAH, KERANA KEMULIAAN SESEORANG ITU DI SISI ALLAH ADALAH ORANG PALING BERTAKWA KEPADA ALLAH :
إن اكرمكم عند الله اتقاكم
(DITULIS OLEH : US.ZAKARIA OMAR ).


US.NASIR SEDANG MENYAMPAIKAN KULIAH








 
 






 





US.FAIRUZ  PENGERUSI MAJLIS.

SEJARAH PENUBUHAN PAS TEMERLOH

Posted: 19 Jun 2012 10:43 AM PDT



SEJARAH TERBENTUKNYA PERSATUAN ISLAM SE MALAYA,HASIL DARIPADA MUKTAMAR PERSATUAN ULAMA SE MALAYA PADA TAHUN 1951 DI KELAB MELAYU,BAGAN,BUTTERWORTH,SEBERANG PRAI,MAKA PROSES MELEBARKAN PAS KE SELURUH NEGARA TELAH BERLAKU DENGAN PENUH ISTIQAMAH OLEH PUCUK PIMPINAN DAN JUGA AHLI.
SEJARAH PENUBUHAN PAS TEMERLOH MEMPUNYAI KAITAN RAPAT DENGAN PENUBUHAN PAS PAHANG APABILA RANTING PERTAMA DI PAHANG KEBETULAN BERADA DALAM DAERAH TEMERLOH IAITU RANTING KERDAU BERMULA PADA TAHUN 1954, DI RUMAH SALAH SEORANG PENGASAS PAS IAITU MAT YASSIN BIN SALLEH.
PEMBENTUKAN ITU MEMBAWA KEPADA  PERLANTIKAN ENCIK MAT YASSIN BIN SALLEH SEBAGAI YANG DIPERTUA BERSAMA RAKAN –RAKANNYA,BELIAU MENGEMBELING TENAGA BERUSAHA MEMPERLUASKAN PEMBENTUKAN RANTING KHUSUSNYA DI TEMERLOH DAN AMNYA DI PAHANG.
BERIKUT ADALAH SENARAI YANG DIPERTUA PAS KAWASAN TEMERLOH PAHANG BERMULA DARI MULA DITUBUHKAN 1954 SEHINGGA SEKARANG .
1.ENCIK MUHAMMAD YASSIN BIN MUHAMMAD SALLEH  1954  - 1956.
2.YANG AMT MULIA TENGKU ABDUL HAMID IBNI SULTAN ABDULLAH 1956-1963.
3.DATO' HAJI ABU SAMAH BIN HJ ALI 1963 – 1969.
4.ENCIK HARUN BIN TAMJIS 1969 – 1976 .
5.HAJI AHMAD BIN SULAIMAN 1976 – 1979.
6.USTAZ ISHAK ABDULLAH 1979 – 1999.
7.MEJAR ABDUL AZIZ BIN YAAKUB 1999 – 2001.
8.USTAZ MOKHTAR BIN ISHAK 2001 – 2004
9.USTAZ ABDUL RAHIM BIN ABDUL LATIFF 2004 – 2010
10.HJ MD JUSOH BIN DARUS  2010MEMANGKU  , 2011 – HINGGA SEKARANG.
CATATAN US.ZAKARIA OMAR K.PENERANG URUSAN ULAMA PAS TEMERLOH.

ENCIK MUHAMMAD YASSIN BIN MUHAMMAD SALLEH  1954  - 1956.













YANG AMT MULIA TENGKU ABDUL HAMID IBNI SULTAN ABDULLAH 1956-1963.











DATO' HAJI ABU SAMAH BIN HJ ALI 1963 – 1969.











.ENCIK HARUN BIN TAMJIS 1969 – 1976 .













TIADA GAMBAR  HJ AHMAD BIN SULAIMAN

USTAZ ISHAK ABDULLAH 1979 – 1999.










.MEJAR ABDUL AZIZ BIN YAAKUB 1999 – 2001.
















 USTAZ MOKHTAR BIN ISHAK 2001 – 2004

















 
 






HJ MD JUSOH BIN DARUS  2010MEMANGKU  , 2011 – HINGGA SEKARANG.

Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 20 Jun 2012 03:15 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud


Ruang bersuara untuk Pakatan Rakyat terlalu kecil

Posted: 19 Jun 2012 08:33 AM PDT

Salahuddin Ayub menegaskan bahawa demonstrasi jalanan tidak akan berlaku sekiranya parti atau pembangkang diberi ruang yang secukupnya untuk memperjuangkan hak kebebasan bersuara mengikut Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Naib Presiden Pas berkata pihak-pihak yang tidak bersetuju dengan kerajaan yang memerintah terpaksa mengambil tindakan seumpama itu apabila ruang untuk bersuara secara aman dan teratur disekat dan dihalang.

"Ruang bersuara ketika pilihan raya kecil dan pilihan raya umum umum terlalu kecil, maka rakyat yang ada hanya lidah dan gigi ini turun ke jalan raya untuk menuntut hak mereka," kata beliau ketika mengambil bahagian dalam Debat Sinar di Auditorium Kompleks Media Karangkraf di sini, malam ini.

Ahli Parlimen Kubang Kerian berkatal, pemimpin negara tidak sewajarnya berfikiran sempit, sebaliknya perlu melihat demonstrasi jalanan sebagai hak peluang rakyat untuk bersuara.

"Ini setiap kali ada perhimpunan, mesti ada gas, tu yang jadi huru hara," katanya lagi.

PAS TAMBUN

Posted: 20 Jun 2012 01:28 AM PDT

PAS TAMBUN


SELAMATKAN TAMBUN

Posted: 20 Jun 2012 12:40 AM PDT


PAS Kawasan Padang Besar

Posted: 20 Jun 2012 01:15 AM PDT

PAS Kawasan Padang Besar


Himpunan Hijau Ke Putrajaya Peringkat Negeri Perlis

Posted: 20 Jun 2012 12:53 AM PDT


CINA ISLAM (林川興)

Posted: 20 Jun 2012 01:14 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Anwar dakwa peningkatan subsidi untuk kroni

Posted: 19 Jun 2012 11:38 PM PDT

30 Rejab 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) hari ini menyelar peningkatan keterlaluan bayaran subsidi dalam bajet tambahan 2012 yang didakwa hanya untuk keuntungan syarikat kroni.

Beliau memberi contoh pertambahan subsidi bahan bakar sebanyak RM7.5 bilion lagi daripada bajet asal 2012 iaitu RM17 bilion.

Selain bahan bakar, subsidi untuk gula juga ditambah RM367 dari bajet asal RM200 juta menjadikan jumlah keseluruhannya RM567 juta.

"Kita nak tanya dan menteri harus jawab, siapa dapat manfaat langsung dari tambahan subsidi ini.

"Berapa untung Tradewinds (Corporation Bhd) syarikat Syed Mokhtar dalam subsidi gula ini," soalnya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan rang undang-undang perbekalan tambahan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau juga mempersoal penambahan ke atas subsidi tol sebanyak RM343 juta lagi dari bajet asal RM446 juta.

"Sudah pastinya dalam kes ini keuntungannya kepada syarikat kroni itu keterlaluan.

"Rakyat nak tahu siapa nominee, bekas timbalan menteri mana, timbalan perdana menteri mana, bekas perdana menteri mana," katanya.

Harakah Daily

Malaysia perlu respons segera kezaliman di Syria

Posted: 19 Jun 2012 10:50 PM PDT

30 Rejab 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Biarpun menghormati pendirian Malaysia untuk tidak mencampuri urusan dalaman negara luar, Malaysia tetap tidak boleh terlepas pandang dengan isu membabitkan kemanusiaan dan kezaliman.

Ahli Parlimen Bachok, Nasharudin Mat Isa, berkata Malaysia perlu menyatakan pendirian dan memberikan respons segera, khususnya berkaitan kezaliman yang berlaku di Syria.

"Biarpun memahami Malaysia tidak mencampuri urusan dalaman negara lain, khususnya berkaitan ekonomi negara tertentu, isu-isu berkaitan kezaliman terhadap rakyat seperti di Syria tidak boleh dibiarkan begitu sahaja dan memerlukan respons segera daripada kerajaan," tegas beliau, di Dewan Rakyat, pagi tadi.

Beliau berkata demikian ketika mengemukakan soalan tambahan ketika sesi soal jawab lisan, hari ini.

Dalam soalan asalnya, Nasharudin meminta Menteri Luar Negeri menyatakan apakah sikap kerajaan dalam menjalin hubungan dengan negara-negara Timur tengah yang baru membentuk kerajaan selepas 'Arab Spring' yang berlaku dalam tempoh setahun yang lepas.

Menjawab soalan tersebut, Timbalan Menteri Luar Negeri, A. Kohilan Pillay berkata Malaysia tidak berdiam diri terhadap krisis Syria, sebaliknya tegas melalui Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Negara-negara Islam (OIC) untuk mencari penyelesaian terbaik.

Sejak 16 Mac lalu, pembunuhan terhadap golongan dewasa, wanita dan kanak-kanak dilakukan oleh golongan yang menentang Ahlus Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) di negara itu sejak 40 tahun yang lalu.

Terkini, rakyat bangun dengan lebih bersemangat bila ditindas ditambah lagi dengan para tentera Syria yang berpaling tadah meninggalkan rejim ini yang mencecah 200,000 orang.

Harakah Daily

Debat: 82 peratus pilih Salahuddin

Posted: 19 Jun 2012 10:49 PM PDT

30 Rejab 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM: 82 peratus peserta poll yang dibuat oleh Sinar Harian memilih Salahuddin Ayub sebagai pihak yang mempunyai hujah yang dilihat konstruktif dalam debat beliau dengan Datuk Saifudin Abdullah.

Dari 2786 peserta poll itu, 2274 dari mereka memilih Salahuddin manakala hanya 13 peratus atau 363 peserta memilih Saifudin.

Lima peratus lagi memilih kedua-dua pendebat dalam poll yang bertajuk 'Hujah siapa yang anda lihat konstruktif'.

Salahudin, Naib Presiden PAS yang juga anggota Parlimen Kubang Kerian berdebat dengan Datuk Saifudin Abdullah dalam debat bertajuk "Demonstrasi Jalanan Meruntuh atau Mengukuh Demokrasi" malam tadi.

Debat itu dipengerusikan oleh Datuk Profesor Mohamad Abu Bakar dan dianjurkan oleh akhbar Sinar Harian.

Ia telah disiarkan secara langsung melalui Astro Awani di samping beberapa laman web.

Harakah Daily

Kamaruddin Kachar malukan ahli akademik

Posted: 19 Jun 2012 10:48 PM PDT

30 Rejab 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU: Prof Datuk Dr Kamaruddin Kachar dianggap terlajak mengampu sehingga sanggup mendakwa Kelantan mundur 40 tahun kerana ditadbir kerajaan PAS.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari (gambar) berkata, Presiden Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia itu tidak berfikir secara matang setaraf dengan gelaran yang dimiliknya.

"Barangkali beliau hanya membaca akhbar-akhbar pro Umno tanpa cuba menyelidiki fakta sebenar. Seharusnya seseorang bergelar profesor mendalami sesuatu fakta sebelum berhujah.

"Kami sangsi bagaimana gelaran prosefor boleh diperolehi kalau sedemikianlah pemikirannya. Bukankah boleh memalukan ahli akademik lain," katanya di sini.

Pada kenyataan akhbarnya 18 Jun lalu Dr Kamaruddin yang dilihat ramai taksud Umno mendakwa rakyat Kelantan rugi berada di bawah kerajaan PAS dan menganggap mundur 40 tahun.

Fadhli yang juga Setiausaha Akhbar Menteri Besar berkata, apa yang tidak ada di Kelantan sekarang hanya kedai nombor ekor dan rumah urut, sedangkan aspek lain setanding negeri diterajui BN.

"Saya ingin mengajak profesor meneliti web Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri. Lihat Jadual 6 yang mengandungi fakta Insiden Kemiskinan Mengikut Etnik, Strata dan Negeri, Malaysia, 1970-2009.

"Indeks kemiskinan di Kelantan ialah 4.8 berbanding Perlis mencatat lebih tinggi iaitu 6.0, Kedah (5.3), Sarawak (5.3) dan Sabah (19.2)," ujarnya.

Atau profesor boleh meninjau Jadual 7 yang mengandungi indeks kemiskinan tegar yang mencatat indeks Kelantan sebanyak 1.0 berbanding Sabah (4.7).

Menurutnya profesor terbabit mungkin lupa tanggungjawab membina lebuh raya adalah di bawah kerajaan pusat.

Katanya, tidak ada mana-mana kerajaan negeri di Malaysia membina sendiri lebuhraya tanpa bantuan kerajaan pusat, kecuali di Kelantan seperti apa yang sedang diusahakan sekarang.

Projek lebuhraya Kota Bharu-Gua Musang dijanjikan kerajaan BN sejak Rancangan Malaysia Ke-6 pada 1986 dan sehingga kini belum menjadi kenyataan.

"Kenapa profesor tidak menyalahkan kerajaan pusat kerana gagal melaksanakan projek tersebut. Atau mungkin profesor berhujah pula ramai rakyat Kelantan berhijrah.

"Sedangkan fakta dalam Pelan Induk WIlayah Ekonomi Pantai Timur yang dikeluarkan pada Oktober 2007 mencatat pada 2003, penghijrahan masuk ke Kelantan seramai 24,460 orang berbanding penghijrahan keluar 21,950 orang," tambahnya.

Oleh itu katanya beliau bimbang Dr Kamaruddin Kachar dianggap pula seorang profesor yang layak menjadi pelakon lawak jenaka.

Harakah Daily

Hormati keputusan majoriti rakyat Mesir

Posted: 19 Jun 2012 10:47 PM PDT

30 Rejab 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat mengambil maklum tentang kejayaan yang dilakar calon Parti Pembebasan dan Keadilan (FJP), Dr. Muhammad Morsi menerusi peratusan undi melebihi 50 peratus di dalam keputusan Pilihanraya Mesir yang paling mutakhir.

"Kami juga bersama dalam mengucapkan tahniah kepada Dr. Muhammad Morsi yang dipilih majoriti rakyat Mesir dan menyaksikan sokongan menyeluruh kumpulan konservatif dan juga kelompok sekular atas nama demokrasi," ujar Ahli Parlimen Lembah Pantai, Bukit Bendera dan Kuala Selangor, Nurul Izzah Anwar, Liew Chin Tong dan Dr Dzulkefly Ahmad dalam kenyataan bersama, hari ini.

Kata mereka, keputusan itu dicatat oleh Parti FJP di dalam suasana tegang yang menyaksikan pengumuman Menteri Keadilan lantikan tentera Mesir yang mengumumkan darurat, justeru memberi kuasa penuh kepada Tentera Mesir sekaligus membubarkan parlimen.

Pun begitu, ujar mereka dokongan dan undi majoriti yang masih diraih Dr. Morsi membuktikan iltizam warga Mesir untuk memilih kerajaan demokratik, bukannya sebarang regim yang masih berada di dalam genggaman ketenteraan.

Menurut mereka lagi, pengumuman tentera Mesir juga tidak membantu kuasa parlimen Mesir untuk melakar deraf perlembagaan baru bagi negara tersebut, yang akhirnya merampas kuasa serta hak yang termaktub dalam mana-mana negara demokrasi.

"Sehubungan dengan itu juga, KEADILAN, PAS dan DAP meminta pihak kerajaan Malaysia, Majlis Tertinggi Ketenteraan Mesir (SCAF) dan masyarakat antarabangsa secara keseluruhannya untuk menghormati keputusan majoriti rakyat Mesir dan tidak campur tangan demi memastikan ketenangan dan semangat demokrasi kekal bersinar di Mesir," ujar mereka.

Harakah Daily

Debat: PAS harap ramai pemimpin negara dijemput

Posted: 19 Jun 2012 10:44 PM PDT

30 Rejab 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, debat adalah satu medan terbaik untuk nyatakan pendirian serta pemikiran.

"Saya harap lebih ramai lagi pemimpin negara dapat dijemput untuk program seperti ini dalam membawa fakta yang jelas serta hujah.

"Konsep ini dapat menamatkan terus budaya politik samseng tidak sihat yang mana sekarang telah menular di negara kita," jelas beliau pada sidang media selepas menyertai debat bertajuk 'Demonstrasi Jalanan: Meruntuh atau Mengukuhkan Demokrasi' dengan ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah di sini, malam tadi.

Debat anjuran akhbar Sinar Harian itu dipengerusikan oleh pensyarah Jabatan Strategik dan Antarabangsa Universiti Malaya, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian menambah, debat merupakan pentas terbaik untuk menampilkan pemikiran yang terbaik dalam membentuk kerangka amalan demokrasi negara ini.

Ketika berhujah pada debat itu, beliau amalan demokrasi hanya dilakukan di negeri-negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat.

"Kita melihat demonstrasi yang dilakukan oleh Umno di Pulau Pinang mahupun Selangor, mereka bebas melakukan apa sahaja sebagai meluahkan apa yang mereka nak.

"Kita benarkan malah tidak ada langsung kita berikan sambutan tersebut dengan gas pemedih mata mahupun pukulan belantan," jelasnya.

"Inilah yang kita akan lakukan apabila mengambil alih pemerintahan di Putrajaya nanti," jelasnya.

Harakah Daily

Belum terima RM50,000

Posted: 19 Jun 2012 08:28 PM PDT

30 Rejab 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Seorang peniaga mendakwa masih belum mendapat bayaran ganti rugi walaupun sudah hampir tiga bulan kes tuntutannya terhadap kecuaian sebuah hospital sehingga isterinya meninggal dunia diputuskan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Ahmad Azizi Abdullah James, 35, berkata, menerusi penyelesaian luar mahkamah dengan defendan pada 5 April lalu, dia berjaya mendapat bayaran ganti rugi sebanyak RM50,000.

"Tetapi, sehingga kini belum menerima bayaran ganti rugi itu serta tidak mendapat sebarang penjelasan memuaskan termasuk daripada peguamnya sebelum ini berhubung kelewatan itu.

"Ini bukan soal duit, tetapi ia sebagai keadilan terhadap arwah isteri yang meninggal dunia akibat kecuaian pihak hospital," katanya ketika mengadakan pertemuan dengan Pengerusi SukaGuam, Datuk Khairul Anwar Rahmat dan peguam panel SukaGuam, Ahmad Hidayat Md Nor.

Menurutnya, isterinya meninggal dunia ketika melahirkan anak ketiga selepas mengalami pendarahan serius akibat kelewatan pihak hospital memberi rawatan pada 2006.

"Kali ini, walaupun keadilan berpihak kepada kami, namun saya masih tertanya-tanya apa yang berlaku ke atas wang ganti rugi itu," katanya.

Sementara itu, Khairul Anwar berkata, pihaknya akan meneliti aduan itu dan tidak menolak kemungkinan wujud soal teknikal dan pentadbiran sehingga mengakibatkan kelewatan pembayaran ganti rugi.

"Peguam panel kami, Ahmad Hidayat yang juga bekas Hakim Mahkamah Sesyen Teluk Intan, Perak akan meneliti perkara ini dan mengambil tindakan segera membantu pengadu," katanya.

Mengenai kes membabitkan kecuaian pusat perubatan, Khairul Anwar berkata, berdasarkan perkembangan semasa, kesedaran orang ramai untuk mempertahankan hak mereka terhadap pusat perubatan sama ada swasta atau kerajaan sekiranya berlaku kecuaian semakin meningkat.

"Antara kes yang diterima merangkumi kecuaian ketika pembedahan, tertinggal objek dan kesilapan memberi ubat sehingga menyebabkan komplikasi teruk," katanya.

Sehubungan itu, menurutnya, orang ramai yang mahu menyalurkan aduan boleh berbuat demikian menerusi Facebook SukaGuam.

Dalam pada itu, pihak Kementerian Kesihatan yang dihubungi memberitahu akan meneliti aduan Ahmad Azizi.

metro/-

Khairy sokong Perancis, sindir Najib?

Posted: 19 Jun 2012 08:19 PM PDT

30 Rejab 1433H. [MOD] -

Budak ini memang selamba. Hendak kata cerdik pun tidak seberapa. Hendak kata tidak pandai berpolitik pun, mungkin juga. Tetapi selalu sahaja terkeluar rel. Wrong person at wrong timing and wrong place.

Inilah masalahnya dengan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, yang juga Ahli Parlimen Rembau. Cita-citanya amat besar. Suatu ketika dahulu dicetuskan rumours, beliau digilap politiknya oleh kumpulan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Namun, beliau bernasib malang apabila pada Pilihan Raya Umum 2008, parti dan kerajaan yang diterajui bapa mertuanya, hampir tumbang dipukul badai tsunami Pakatan Rakyat. Dengan perletakan jawatan Abdullah sebagai PM, selepas setahun digelodak orang Umno, nasib Khairy dalam politik turut malap.

Khairy orang muda. Jiwanya, jiwa muda. Banyak gambar pelbagai aksi beliau boleh diperolehi dalam internet. Dari duduk santai minum-minum di kelab, berpakaian ala wanita, berjoget di Perhimpunan Belia, macam-macam ada.

Khairy juga minat sukan bolasepak. Beliau adalah Timbalan Presiden FAM. Tetapi, kalau pun peminat bolasepak, harus juga peka sensitiviti orang lain. Khairy ahli politik, tetapi selalunya politik 'makan diri'.

Khairy berhimpun dan berdialog dengan geng twitternya di KLCC, 15 Jun lepas. Beliau memakai jersi pasukan bolasepak Perancis. Kononnya hendak sehati sejiwa dengan anak muda, tetapi tanpa beliau sedari, beliau melakukan suatu tindakan yang amat-amat sensitif, pada pandangan ketuanya, Dato' Seri Najib Tun Razak.

Dalam menjalankan tugas sebagai PM, ada banyak negara Najib suka pergi. Tetapi beliau cukup tidak berkenan dengan negara Perancis, buat masa ini.

Isunya ialah apabila namanya disabitkan oleh mahkamah Perancis, sebagai orang yang harus disoalsiasat sebagai saksi dalam kes penyelewengan pembelian kapal selam Scorpene.

Perancis tidak mendakwa Najib terbabit dalam penyelewengan atau rasuah. Perancis juga tidak mendakwa Najib terbabit membunuh Altantuya. Tiada siapa pun yang menuduh Najib terbabit membunuh Altantuya. Orang seperti pencacai Zulkifli Noordin yang memfitnah dan berbohong siang malam, menuduh Dato' Seri Anwar Ibrahim mengatakan Najib membunuh Altantuya.

Semasa Zulkifli belum melompat, beliaulah yang menjaja dan memaki hamun Najib serta isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, di merata ceramah dan kuliah. Dia yang mula-mula menuduh Najib dan Rosmah, sebaliknya selepas membuat pusingan u-turn, beliau mendakwa orang lain yang menuduh Najib. Manusia yang sejahat ini harus dihapuskan daripada politik Malaysia, biar dia balik Baling tanam pokok getah lagi baik.

Isu Scorpene yang mula dibicarakan di mahkamah Perancis inilah yang menggusarkan Najib. Ia akan mengaitkannya dengan bekas kroni kanannya, Abdul Razak Baginda. Perbicaraan Scorpene akan membongkar penyelewengan urusniaga pembelian kapal selam untuk angkatan tentera Malaysia, akan mengheret Najib dan orang rapatnya Razak baginda ke Mahkamah negara itu.

Dilaporkan terdapat berita terbaru mengatakan, saksi pertama kes skandal penyelewengan kapal selam Scorpene akan hadir ke mahkamah Perancis kerana sapina terhadapnya, telah dikeluarkan oleh Mahkamah negara itu.

Bulan Julai ini, Razak Baginda dijangka juga akan dipanggil memberi keterangan dalam kes melibatkan salah urus niaga itu. Selepas itu, dikhabarkan Menteri Pertahanan, Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Najib pula akan dipanggil.

Dari sudut undang-undang, mahkamah Perancis berhak mengeluarkan sapina kepada Najib dan Zahid. Dan jika kedua-duanya ingkar dan enggan mematuhi sapina yang dikeluarkan, maka waran tangkap boleh dikeluarkan.

Perancis adalah sebuah negara yang mengikat perjanjian dengan Kesatuan Eropah. Persoalannya, jika waran tangkap dikeluarkan, apakah ianya meliputi negara Perancis sahaja, atau seluas tanah jajahan Eropah?

Maksudnya, apakah keengganan Najib dan Zahid mematuhi sapina yang dikeluarkan akan memberi implikasi, bahawa mereka boleh ditangkap di mana-mana negara Eropah?

Mungkin tidak perlu kita selami lebih jauh apakah implikasi perbicaraan Scorpene kepada Najib dan masa depan politik Umno-BN.

Cukup untuk kita andaikan, kemungkinan jika kes tersebut dibongkar, ianya akan menyebabkan PM berada dalam keadaan yang amat tidak selesa. Media tempatan boleh ditutup, tetapi laporan media antarabangsa yang boleh dilayari menerusi internet, bagaimana BN hendak sekat.

Kembali kepada soal jersi Perancis yang dipakai Khairy tadi. Jelas beliau tidak peka dengan sensitiviti Najib. Dalam keadaan sekarang perkataan Perancis pun dia tak berapa sudi hendak dengar atau mungkin juga jika perkataan itu terdengar, PM akan pening kepala.

Tapi Khairy dengan selambanya, dengan suka-suka hati memperli Najib dalam satu pertemuan antara ketua pemuda itu dengan pengikut twitter beliau. Khairy memakai baju jersi negara Perancis yang mengambil bahagian dalam pertandingan bolasepak Euro 2012 yang berlangsung sekarang.

Buat masa ini kalau minat bolasepak pun, tak payahlah sokong Perancis. Sokonglah Sepanyol ke, Portugal ke, England pun tidak mengapa.

Ada orang Umno bertanya, apa maksud yang Khairy mahu sampaikan? Mengapa dalam ketakutan orang Umno terhadap isu Scorpene yang sedang dibicarakan di Perancis, Khairy terang-terangan memakai jersi Perancis?

Atau pun mungkin Khairy ada maksud yang tersirat hendak memperli Najib. Apakah Khairy masih berdendam dengan juak-juak Najib yang menjatuhkan bapa mertuanya dari jawatan PM dan Presiden Umno, atau masih bengang kerana Najib tidak melantiknya ke jawatan kabinet, sedangkan beliau Ketua Pemuda?

Khairy ada menyebutkan bahawa beliau baru menjalankan 50 peratus tugas sebagai Ketua Pemuda. Beliau meminta diberikan jawatan itu sepenggal lagi. Tetapi Khairy bakal melalui laluan sukar kerana beliau tidak dikehendaki kedua-dua kumpulan Najib dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kumpulan Najib memang tidak berminat dengan Khairy. Manakala Muhyiddin yang bercita-cita besar untuk menggantikan Najib, terpaksa bersandar dengan sokongan bekas PM, Tun Dr Mahathir Mohamad. Semua orang Umno tahu Dr Mahathir dan Khairy berseteru.

Dengan situasi yang ada sekarang, Khairy memang tiada peluang lagi. Bukan sahaja jawatan Ketua Pemuda, jawatan Ahli Parlimen Rembau pun khabarnya sudah hampir pasti dicantas.

Khairy harus sedar bahawa iklim politik sekarang ini, tidak memihak kepada Umno-BN. Oleh kerana itu, tidak perlulah beliau merayu Umno mengekalkan beliau sebagai Ketua Pemuda atau MP sepenggal lagi, kerana belum tentu selepas PRU ke-13 nanti Umno wujud lagi.

Harakah Daily

Ali diharap tingkat imej penjawat awam

Posted: 19 Jun 2012 08:18 PM PDT

30 Rejab 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia merakamkan ucapan tahniah kepada Datuk Seri Dr Ali Hamsa, 57, (gambar) yang dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang baru berkuatkuasa 24 Jun ini bagi menggantikan Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang akan tamat tempoh kontrak perkhidmatan pada 23 Jun 2012.

Justeru, Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia juga mengingatkan kepada Ali bahawa amanah perlantikan itu adalah satu pertanggungjawaban yang amat berat yang akan dipersoalkan di hadapan Allah Taala di akhirat nanti.

"Oleh itu peringatan daripada Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia meminta Datuk Seri Dr Ali berkhidmat dengan sikap yang penuh profesional dan berintegriti serta tidak menjadi 'budak catur' Umno dan Barisan Nasional," kata pengarahnya, Mohd Sany Hamzan dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, pihaknya juga mengharapkan semoga Ali akan dapat membina imej baru penjawat awam yang lebih baik berbanding imej sebelum ini yang dilihat sebagai 'kotor' kerana disebabkan politik 'kongkong, ugut dan ancam' puak-puak Umno dan Barisan Nasional.

Harakah Daily

BN dibenar demo bila Pakatan kuasai Putrajaya

Posted: 19 Jun 2012 08:17 PM PDT

30 Rejab 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, Pakatan Rakyat tidak akan menghalang hak BN untuk berdemonstrasi apabila Pakatan Rakyat diberi mandat mengusai Putrajaya.

Malah menurutnya, Pakatan Rakyat juga akan memastikan SOP polis yang betul digunakan pada himpunan yang akan diterajui Umno itu nanti.

"Kami akan bagi ruang pada BN nanti sekiranya kami kuasai Putrajaya.

"BN yang ketika itu sebagai parti pembangkang akan dibenarkan berhimpun atau melakukan demonstrasi secara aman tanpa ada sebarang kekecohan atau provokasi yang terjadi kepada perhimpunan yang disertai PR lalu," katanya dalam Debat Sinar malam tadi.

Debat malam tadi menemukan beliau dengan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah dengan Prof Datuk Mohamad Abu Bakar sebagai perantara.

Menurut beliau lagi, demonstrasi aman adalah dijamin perlembagaan dan merupakan salah satu cara bagi menegur pihak pemerintah apabila teguran melalui ruang-ruang lain yang ada tidak diendahkan.

Apatah lagi dalam keadaan negara kita yang masih belum sampai tahap demokrasi yang sempurna, maka demonstrasi katanya salah satu cara untuk menjadikan demokrasi lebih matang.

"Kita masih belum sampai satu sistem yang sempurna tapi sedang menuju ke arah kesempurnaan.

"Jika negara menerima demonstrasi ia adalah pengukuhan untuk negara, tapi sekiranya tidak, ia adalah keruntuhan bagi sesebuah negara," tambah ahli Parlimen Kubang Kerian itu.

Salahuddin juga berkata, demonstrasi secara aman boleh dijadikan sebagai alat untuk menghentikan kemelut kepada negara yang impikan demokrasi.

Dalam pada itu beliau memberitahu, demonstrasi jalanan tidak akan berlaku sekiranya demokrasi diamalkan secara adil dan ruang yang cukup diberikan terhadap semua parti.

"Ruang bersuara ketika pilihan raya kecil dan pilihan raya umum umum terlalu kecil, maka rakyat yang ada hanya lidah dan gigi ini turun ke jalan raya untuk menuntut hak mereka,"

Pada masa sama, beliau menafikan siri himpunan Bersih yang beberapa dianjurkan NGO sebelum ini adalah untuk mencetus huru-hara dan cuba mengguling kerajaan.

"Demonstrasi yang diadakan kami (PR) melalui Bersih 3.0 terutamanya bukan untuk meruntuhkan (kerajaan) tapi mengukuhkan kerajaan dan menuntut hak demokrasi yang diamalkan oleh negara.

"Yang jadi huru-hara sebab ada tembakan gas, tu yang jadi huru hara.

"Cuba ambil seekor ular, dan campak ditengah-tengah orang ramai dewan ini, apa akan jadi pada dewan ini," soalnya.

Baginya, hanya kerajaan yang berpura-pura dengan keadilan demokrasi sahaja yang takut dengan demonstrasi rakyat.

Harakah Daily

Awas minyak kitar semula

Posted: 19 Jun 2012 08:15 PM PDT

30 Rejab 1433H. [MOD] -

KEPALA BATAS - Pengguna dan pengusaha kedai makan di sekitar daerah ini, rasa tertipu apabila membeli minyak masak yang dipercayai dikitar semula.

Seorang pemilik restoran, Datuk Dr Husaini Yaakob berkata, selama ini mereka yakin bahawa bahan penting masakan itu tulen.

Namun, menurutnya, mereka mula khuatir dan bimbang setelah mendapati minyak masak itu bertukar warna hitam dan cair selepas hanya sekali digunakan.

"Saya percaya minyak masak ini sebenarnya telah digunakan sebelum dikitar dan diedar semula kepada pengguna berikutan kandungan kepekatannya tidak menyamai minyak masak berjenama lain.

"Kita sarankan agar Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) segera berbuat sesuatu bagi mengawal penipuan ini," katanya.

Husaini, yang juga aktivis masyarakat berkata, penipuan sebegini harus dibendung kerana kesannya lebih banyak dirasai oleh pengguna.

"Pihak terlibat dalam kegiatan jahat ini hanya pentingkan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan kesannya kepada pengguna.

"Malah, minyak yang dikitar semula ini juga tentunya boleh diragui dari segi halalnya kerana dipercayai turut dikutip dari restoran bukan Islam untuk diproses sebelum diedar di pasaran semula," katanya yang turut mempunyai pengetahuan dalam bidang industri melibatkan kandungan minyak kelapa sawit.

Sementara itu, seorang pegawai KPDNKK SPU yang dihubungi berkata, penipuan minyak masak yang dikitar semula itu melibatkan minyak yang belum dimasak dan telah digunakan.

"Kebiasaannya kita akan membuat pemantauan bersama Jabatan Kesihatan selepas menerima maklumat orang awam, namun disebabkan maklumat itu tidak tepat, sehingga kini pihak kita belum lagi dapat menahan pelakunya.

"Pesalah boleh dikenakan hukuman mengikut Akta Perihal Dagangan 2011, di mana orang perseorangan boleh didenda RM100,000 dan dua tahun penjara, manakala syarikat pula boleh dikenakan denda RM250,000," katanya.

Menurutnya, pihaknya sentiasa bersedia melakukan siasatan apabila mendapat maklumat demi menjaga kebajikan pengguna dan tidak memandang remeh penipuan itu selama ini.

Sinar Harian

Mubarak dalam keadaan koma, belum meninggal dunia

Posted: 19 Jun 2012 08:14 PM PDT

30 Rejab 1433H. [MOD] -

KAHERAH: Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan selepas mengalami strok di dalam penjara, kata sumber pasukan perubatan dan ketenteraan, sambil menafikan beliau sudah meninggal dunia.

Tahap kesihatan yang tidak menentu pemimpin yang digulingkan itu bermula selepas ketegangan terbaru di negara berkenaan, dengan kedua-dua calon presiden mendakwa memperoleh kemenangan dan kerajaan tentera pula dikatakan mendapat mandat baru.
"Mubarak tidak mati. Dia dalam keadaan koma dan doktor masih cuba untuk menyelamatkannya," menurut satu sumber perubatan. - AFP

Penduduk dibelenggu bau busuk tandas ‘misteri’

Posted: 19 Jun 2012 08:13 PM PDT

30 Rejab 1433H. [MOD] -

SUNGAI NIBONG – Saban bulan penduduk terpaksa menghidu bau terlalu busuk dari sebuah tandas 'misteri' terletak di bawah flat mereka.

Namun setelah ditanya siapa empunya tandas berkenaan, semuanya menggeleng kepala tanda tidak bertanggungjawab.

Demikianlah situasi berlaku membabitkan hampir 300 penduduk di Pangsapuri Nibong Indah di sini.

Penduduk, Jamilah Mohd Nagor Gani, 35, berkata, rumahnya terletak di tingkat satu pangsapuri itu dan berada tepat di sebelah atas tandas berkenaan.

Menurutnya, dalam masa sebulan pasti ada bau begitu busuk kerana kumbahan yang tidak diselenggara baik.

"Baunya hanya Tuhan yang tahu. Bayangkan penutup lubang kumbahan pula terbuka dan simennya sudah pecah, bertambah teruk keadaan kami masa itu.

"Makan nasi pun tak selera, bau najis lebih kuat daripada bau makanan," katanya.

Seorang lagi penduduk, Haslina Hassan, 24, berkata, ibu bapanya sudah meletakkan pelbagai jenis pewangi semata-mata mahu menghilangkan bau 'wap' busuk dari tandas itu.

"Emak saya dalam masa sebulan berhabis RM100 untuk beli pelbagai pewangi rumah apabila timbulnya bau itu.

"Hendak marah pun tak tahu pada siapa kerana semua tak mengaku tandas yang satu itu siapa punya. Kalau tiada orang kenapa digunakan dan boleh berbau begitu teruk sehingga tidak selesa duduk di rumah sendiri," katanya.

Pengerusi Persatuan Penduduk Pangsapuri Nibong Indah, Mohd Nazri Idris berkata, dia sudah beberapa kali bertemu dengan penjaja dan pemilik premis berhampiran.

Menurutnya, ia kerana tandas tersebut terletak antara dua premis di situ, namun kedua-dua tauke tidak mengaku membina tandas tersebut.

"Jika kedua-duanya sudah tidak mengaku mereka yang empunya tandas itu, jadi saya meminta kepada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) untuk merobohkan saja tandas ini.

"Buat apa tandas ini dibiarkan sahaja sehingga menyusahkan penduduk. Kami semua menanggung baunya setiap hari kerana kedudukan rumah yang terletak bersebelahan dengan tandas misteri berkenaan," katanya.

Sinar Harian

Remaja tak mengaku anjur acara haram

Posted: 19 Jun 2012 08:11 PM PDT

30 Rejab 1433H. [MOD] -

GEORGETOWN – "Saya tidak tahu kalau buat acara suka-suka boleh kena denda," demikian rayu seorang remaja akibat mengadakan hiburan awam tanpa lesen.

Tertuduh yang baru sahaja berusia 19 tahun tidak mengaku menganjurkan acara secara haram berkenaan.

Teong Hoe dari Lengkok Batu Maung 1 itu dalam kertas pertuduhannya didapati mengadakan hibu-ran awam tanpa lesen yang dikeluarkan di bawah Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan Awam 1998.

Hoe didapati melakukan kesalahan tersebut pada 22 Mei 2011 pada jam 11.45 malam di sebuah premis di Lorong Perak.

Akibatnya, tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6 (1) (a) Enakmen Hiburan dan tempat-tempat Hiburan 1998 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 6 (2) enakmen yang sama.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM20,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Dia bagaimanapun tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan. Timbalan Pendakwa Raya menawarkan wang jaminan sebanyak RM6,000.

Peguam yang mewakilinya meminta supaya jumlah jaminan dikurangkan berikutan tertuduh melakukan kesalahan tersebut pada usia 18 tahun.

Peguamnya juga memaklumkan usia tertuduh pada masa kejadian masih muda dan mahkamah perlu memikirkan kesan hukuman terhadap tertuduh.

Majistret Noor Aini Yusof kemudiannya membebaskan tertuduh dengan wang ikat jamin sebanyak RM2,500.

Sinar Harian

Euro 2012: Bendtner, Rusia ketuai senarai bayaran denda tertinggi

Posted: 19 Jun 2012 08:10 PM PDT

30 Rejab 1433H. [MOD] -

GARA -GARA mempamerkan seluar dalam yang ditaja Paddy Power, penyerang Denmark Nicklas Bendtner didenda £80,000 (RM396,607) sekali gus mengiringi Rusia yang mengetuai senarai bayaran tertinggi sepanjang kempen Euro 2012 setakat ini.

Bukan setakat itu, Bendtner yang tidak menyedari perbuatannya itu melanggar perjanjian komersial Kesatuan Bola Sepak Eropah (Uefa), turut digantung satu perlawanan di kelayakan Piala Dunia 2014.

Dengan denda mencecah £80,000 (RM396,607), menjadikan Bendtner individu tertinggi didenda, kurang RM79,414 daripada denda yang dikenakan ke atas Rusia sebanyak £96,000 (RM476,021).

Jumlah denda tersebut bagaimanapun tidak termasuk denda £24,300 (RM120,493) kerana salah laku penyokong Rusia yang melempar bunga api dan mempamerkan sepanduk haram di dalam stadium ketika aksi menentang
Poland.

Kesatuan Bola Sepak Rusia juga didenda £96,000 (RM476,021) selepas penyokong mereka bertembung dengan anggota keselamatan dan petugas perlawanan pada aksi pembu kaan Kumpulan A menentang Republik Czech

Sinar Harian

Euro 2012: Trapattoni tetap mahu latih Ireland

Posted: 19 Jun 2012 08:09 PM PDT

30 Rejab 1433H. [MOD] -

JURULATIH Republik Ireland, Giovanni Trapattoni, tekad mempertahankan jawatannya walaupun pasukannya tersingkir di peringkat kumpulan dalam kejohanan Euro 2012.

Trapattoni bagaimanapun tetap memandang ke hadapan dan berusaha membentuk pasukannya untuk layak ke kejohanan Piala Dunia 2014 di Brazil.

"Saya merasa bangga dengan komitmen yang diberikan pemain, kami tewas kepada Itali namun bangga dengan persembahan mereka semua.

"Sememangnya kami kecewa dengan kegagalan ini dan kami memahaminya kerana telah melakukan segala yang termampu," katanya.

Jelasnya, dalam kehidupannya bergelar jurulatih banyak kenangan pahit dan manis.

"Seandainya kalah saya tidak boleh tidur malam mungkin terlalu memikirkan kekalahan atau pun disebabkan kesilapan yang saya lakukan," katanya.

Ireland akan bermain untuk kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Kazakhstan, September ini dan hanya kemenangan yang akan membantu perjalanan Ireland ke peringkat seterusnya.

Sinar Harian

Perangsang Selangor Sertai Perniagaan Telefon Prabayar

Posted: 19 Jun 2012 07:52 PM PDT

30 Rejab 1433H. [MOD] -

Kumpulan Perangsang Telco Sdn. Bhd (PTSB) hari ini mengembangkan lagi perniagaannya dengan menyertai sektor perniagaan operator telefon bimbit prabayar di Malaysia.

Ini disahkan apabila PTSB menandatangani satu Perjanjian Pelaburan dan Pemegang Saham dengan SAMENA Telecom Limited (Samena), Connect Mena Limited Jebel Ali Free Zone (FRiENDi) dan Ceres Telecom Sdn Bhd (Ceres Telecom) dalam satu majlis yang diadakan di Dewan Kayangan, Hotel Quality tengah hari tadi.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perangsang, Suhaimi Kamarulzaman, PTSB yang juga merupakan anak syarikat milik Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (Perangsang Selangor) menandatangani perjanjian tersebut untuk cadangan pelaburan perniagaan sebagai operator telefon bimbit prabayar melalui pegangan ekuiti 30 peratus dalam syarikat FRiENDi Malaysia.

"PTSB ditubuhkan sebagai induk perantaraan untuk pelaburan dalam sektor komunikasi dan susulan daripada pengembangan FRiENDi ke Malaysia, PTSB ditawarkan peluang untuk melabur dalam syarikat Ceres Telecom, entiti operator telefon bimbit prabayar tempatan terbaru.

"Ini satu peluang yang baik memandangkan Kumpulan FRiENDi juga kukuh sebagai Operator Rangkaian Maya Telefon Bimbit (MVNO) terkemuka di rantau Asia Selatan, Timur Tengah dan Afrika dan mempunyai tiga operasi di Oman, Jordan dan Arab Saudi," jelas Suhaimi.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang turut hadir pada majlis tersebut berkata usaha ini secara tidak langsung membuka lebih peluang ekonomi kepada negeri Selangor.

"Pastinya persaingan yang sihat ini akan memberi lebih ruang kepada perkembangan ekonomi negeri Selangor yang dilihat semakin pesat membangun berbanding negeri lain khususnya dalam sektor ini," ujar beliau dalam ucapannya.

Selain Abdul Khalid dan Suhaimi, Majlis Menandatangani Perjanjian tersebut turut disertai Pengarah Samena, Hisham Mohamad Ali Al-Alawi, Ketua Pegawai Eksekutif Pembangunan Perniagaan Kumpulan FRiENDi, Erik Dudman Nielsen, Ketua Pegawai Eksekutif FRiENDi Malaysia, Jonathan Marchbank, Pengerusi Kumpulan Perangsang, Raja Idris Raja Kamarudin serta Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Darul Ehsan, Azlan Md Alifiah.

Kumpulan FRiENDi merupakan kumpulan telekomunikasi inovatif yang beroperasi sebagai Operator Rangkaian Maya Telefon Bimbit (MVNO) dan Pemboleh Rangkaian Maya Telefon Bimbit dengan fokus liputan geografi Timur Tengah dan Afrika.

Baru-baru ini, Kumpulan FRiENDi mengumumkan perkongsian strategik dengan Kumpulan Virgin untuk menggabungkan aset MVNO Virgin di bawah pengurusan FRiENDi sekaligus memberi hak ekslusif memulakan operasi jenama MVNO di pasaran terpilih Asia Tenggara.

selangorku/-

Remaja mati selepas batuk, sesak nafas

Posted: 19 Jun 2012 07:47 PM PDT

30 Rejab 1433H. [MOD] -

MAHANG, KULIM - Seorang remaja perempuan berusia 22 tahun ditemui mati di biliknya kira-kira jam 9 pagi kelmarin setelah mengadu batuk dan sukar bernafas.

Mangsa sebelum ini me­rupakan seorang pelajar pintar dan pernah mendapat rawatan di Hospital Kulim sejak dua tahun lalu tetapi doktor pakar gagal mengesan penyakit dialaminya.

Bapa mangsa berkata, le­bih membimbangkan apabila badan anaknya beransur kurus kerana tidak mempunyai selera makan.

"Pada jam 9 pagi anak sa­ya kata dia penat dan ingin berehat, saya menyuruhnya berehat di biliknya. Tiba-tiba saya terdengar mangsa batuk kuat dan pergi kepadanya. Mangsa mula sesak nafas dan keadaannya semakin tenat.

"Kami kemudiannya me­maklumkan kepada pu­sat kesihatan yang ada di tempat kami untuk bantuan kece­ma­san. Kakitangan am­bulan ke­mudiannya membuat peme­riksaan dan mereka mengesah­kan anak saya sudah meninggal dunia," katanya.

Atas persetujuan waris, mayat mangsa tidak dihantar ke hospital untuk dibedah siasat sebaliknya mereka terus menjalankan upacara pengebumian.

Ketua PKR cabang, Saari Fadzil Hud yang turut hadir ke rumah mangsa memberi sumbangan wang tunai secara peribadi.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Salih berkata, polis menjalankan siasatan terhadap kematian mangsa mengklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sinar Harian

Prestasi Ronaldo penentu kejayaan

Posted: 19 Jun 2012 07:46 PM PDT

30 Rejab 1433H. [MOD] -

BEKAS jurulatih Portugal, Carlos Queiroz menyifatkan skuad bimbingan Paulo Bento bakal berhadapan masalah besar menjelang perlawanan suku akhir menentang Republik Czech andai Cristiano Ronaldo gagal memberikan persembahan bertenaga dan berkualiti.

Katanya, kejayaan Portugal melangkah ke suku akhir banyak bergantung kepada bintang Real Madrid, malah Queiroz mahukan pemain berkenaan terus mempamerkan aski bertenaga ketika menewaskan Belanda 2-1 dalam
perlawanan ketiga dalam Kumpulan B sebelum ini.

"Ronaldo merupakan aset penting dalam skuad Seleccao, beberapa tahun sebelum ini Portugal mempunyai Luis Figo, Rui Costa, Paulo Sousa dan Fernando Couto.

"Bila mereka bersara, Ronaldo muncul. Kebolehannya mengawal bola dan melakukan jaringan sememangnya terbukti dan semua melihatnya," katanya.

Bintang Real Madrid itu menunjukkan keheba tan dan menepis kritikan peminat bola sepak mengenai tahap permainannya apabila meledak dua gol ketika membenam Belanda dalam saingan peringkat kumpulan B yang membawa kepada kejayaan pasukannya melangkah ke peringkat suku akhir mengiringi Jerman.

Portugal berada di tangga kedua Kumpulan B bakal berhadapan Republik Czech dalam saingan suku akhir selepas pasukan bimbingan Michal Bilek mengungguli Kumpulan A

Sinar Harian

Rugi RM50,000 ditipu skim pelaburan emas

Posted: 19 Jun 2012 07:45 PM PDT

30 Rejab 1433H. [MOD] -

BATU PAHAT – Seorang pembekal bahan binaan kerugian RM50,000 setelah terperdaya dengan skim pelaburan emas yang ditawarkan menerusi laman Internet oleh sebuah syarikat beralamat di Klang, Selangor.

Ketua Polis Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, mangsa berusia 38 tahun itu pergi ke pejabat syarikat berkenaan, apabila tertarik dengan tawaran keuntungan 15 peratus yang dijanjikan.

Menurutnya, selepas melihat sendiri pejabat syarikat berkenaan dan diterangkan keuntungan yang bakal diperoleh, mangsa bersetuju untuk melabur menerusi skim pelaburan emas itu dan mendepositkan RM50,000 ke dalam akaun syarikat berkenaan.

"Mangsa yakin untuk melabur dalam skim itu berikutan syarikat terbabit turut menyediakan dokumen perjanjian untuk ditandatangani, selain berjanji akan menghantar dokumen perjanjian berkenaan selepas selesai menguruskannya.

"Bagaimanapun, selepas dua bulan, syarikat terbabit masih gagal menyerahkan dokumen perjanjian itu. Mangsa cuba menghubungi syarikat berkenaan namun tidak berhasil.

"Malah keuntungan yang dijanjikan selepas sebulan melabur tidak diterimanya. Mangsa yang menge­syaki dirinya ditipu akhirnya membuat laporan polis," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis (IPD) Batu Pahat, semalam.

Din berkata, walaupun mangsa membuat laporan polis pada 31 Januari lalu, pihaknya masih memburu suspek utama kes berkenaan.

"Polis juga berjaya menangkap dan mendakwa pemilik akaun yang menerima wang RM50,000 yang dideposit mangsa," katanya.

Beliau berkata, polis kini mencari seorang wanita, Rimaliza Mustafa, 28, yang beralamat terakhir di Kuantan, Pahang, untuk membantu siasatan kes berkenaan.

"Kita meminta kerjasama orang ramai yang mengenali Rimaliza supaya dapat menghubungi pihak polis," katanya.

Sinar Harian

Duda diperdaya gadis sunti

Posted: 19 Jun 2012 07:43 PM PDT

30 Rejab 1433H. [MOD] -

REMBAU – Seorang duda nekad membuat laporan polis bagi menuntut ganti rugi terhadap seorang gadis dikenali Fidah berusia 16 tahun setelah menyedari dirinya ditipu dengan janji-janji manis gadis berkenaan yang mahu mengahwininya melalui kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS).

Setelah membujang kira-kira 29 tahun, duda berkenaan, Mohd Adnan Hamid, 60, dari Kampung Rendah, di sini, akhirnya terpaut hati kepada gadis yang dikenali Februari lalu di sebuah kedai makan di pekan berkenaan sebagai pekerja kedai makan.

Menurutnya, dia seolah-olah berasa bertanggungjawab untuk membantu gadis berkenaan dan atas dasar itu, dia menghulurkan bantuan kewangan kepada gadis berkenaan setiap bulan bermula Februari lalu.

"Malah, apa sahaja yang diingini Fidah saya berikan tetapi dari tempoh perkenalan kami, dia memberikan maklum balas baik termasuk berjanji mahu mengahwini saya melalui jawapannya dihantar melalui SMS dan saya sanggup menunggunya menamatkan alam persekolahan.

"Bahkan, sepanjang tempoh perkenalan ini iaitu dari awal Februari hingga ke tarikh saya mengetahui dia mempunyai hubungan dengan lelaki lain iaitu 14 Jun lalu, saya sudah berbelanja kira-kira RM6,000 untuknya termasuk set katil bernilai RM1,700 yang dibeli Mei lalu, belanja buku sekolah, perbelanjaan ke Kedah, dua buah telefon bimbit dan lain-lain lagi," katanya.

Adnan berkata, dia pada mulanya menyedari perbezaan umur yang terlalu jauh dengan Fidah dan dia dipanggil sebagai 'atok' oleh Fidah, namun dia tidak menyangka Fidah memberikan persetujuan berkahwin dengannya.

Menurutnya, dari awal perkenalan, dia melihat Fidah sememangnya memerlukan bantuan kewangan kerana terpaksa bekerja bagi memenuhi keperluan perbelanjaan.

"Namun, pada Mei lalu baru saya yakin 100 peratus perasaan saya terhadap Fidah dan bertanyakan melalui kiriman SMS, Fidah menyatakan persetujuan. Jika dari awal Fidah tidak memberikan janji-janji manis seperti ini, saya tentu tidak akan tertipu dan membantu sekadar yang berpatutan sahaja terutamanya dalam hal perbelanjaan persekolahannya.

"Oleh itu, saya berasa sangat tertipu dan nekad membuat tuntutan ganti rugi serta janji yang diberikan Fidah. Sekiranya Fidah gagal berbuat demikian, saya tidak teragak-agak membuat satu lagi laporan polis berhubung kes penipuan dan membawa kes ini ke mahkamah serta membuat saman malu," katanya.

Katanya, dia juga kecewa kerana setelah ditipu, dia dihina dengan kata-kata menyakitkan dan tidak munasabah hingga menjatuhkan maruahnya sendiri, menyebabkan dia buat laporan polis di Balai Polis Chembong.

Sinar Harian

‘Terima kasih Sepanyol’

Posted: 19 Jun 2012 07:40 PM PDT

30 Rejab 1433H. [MOD] -

PENJAGA gol Itali, Gianluigi Buffon berterima kasih kepada pasukan Sepanyol kerana 'membantu' mereka melangkah ke pusingan suku akhir.

Awal pagi semalam, Azzurri berdepan penyingkiran andai Sepanyol dan Crotia menamatkan perlawanan dengan keputusan seri 2-2.

Namun, jaringan Jesus Navas pada minit ke-88 memastikan Sepanyol mengatasi Croatia 1-0, sekali gus membuka pintu buat anak buah Cesare Prandelli melangkah ke pusingan kalah mati.

Kemenangan itu juga melenyapkan spekulasi menjelang hari perlawanan yang mendakwa kedua-dua pasukan berpakat untuk seri bagi menyingkirkan Itali daripada Euro.

"Sebelum perlawanan, banyak perkara bermain di fikiran saya ditambah pula dengan spekulasi seri Sepanyol-Croatia.

"Tapi saya percayakan Sepanyol, terima kasih kepada mereka," katanya. Sementara itu bercakap mengenai kemenangan pertama Azzurri dalam saingan Kumpulan C, Buffon berkata, pasukannya layak mendapat kemenangan tersebut.

"Kerja keras kami berbaloi dan kemenangan 2-0 ke atas Republik Ireland amat bermakna buat kami," katanya.

Mengulas dua jaringan yang dihasilkan Antonio Cassano dan Mario Balotteli, Buffon berkata, dua penyerang berjaya menjaringkan gol. Ia petanda baik buat pasukan Itali.

Sinar Harian

Bilic: La Roja mampu ditewaskan

Posted: 19 Jun 2012 07:39 PM PDT

30 Rejab 1433H. [MOD] -

JURULATIH Croatia, Slaven Bilic berkata, Sepanyol bukan lagi kuasa bola sepak dunia.

Menurutnya, pasukan bimbingan Vicente del Bosque itu semakin kehilangan magis malah keupayaan mereka mempertahankan kejuaraan Euro kali ini semakin diragui.

Gagal ke pusingan suku akhir, Bilic berkata, anak didiknya mampu menewaskan juara dunia itu sebelum jaringan Jesus Navas pada minit ke-88 memastikan Croatia tersingkir daripada kejohanan.

"Kami mungkin boleh menang. Mereka bekas juara bertahan dan juara dunia tetapi saya tidak melihat mereka sebagai pasukan pilihan.

"Jika bukan kerana kecemerlangan penjaga gol mereka (Iker Casillas), kami pasti mendapat gol menerusi tandukan Ivan Rakitic pada minti ke-59.

"Kami telah gagal. Tapi saya percaya pasti ada pasukan lain yang mampu menewaskan mereka dalam kejohanan ini," katanya yang akan menyertai Lokomotiv Moscow sebaik sahaja kempen Euro, berakhir.

Untuk rekod, Croatia berjaya menjaringkan empat gol dalam peringkat kumpulan dalam empat penyertaan mereka di Euro pada 1996, 2004, 2008 dan 2012.

Sinar Harian

Tetamu penyangak

Posted: 19 Jun 2012 07:32 PM PDT

30 Rejab 1433H. [MOD] -

LOKASI...Nor Azalilah menunjukkan tempat barang kemas dan beg tangannya dicuri.
PADANG BESAR: "Saya langsung tidak sedarkan diri apabila pengsan akibat diserang sakit jantung sebaik mengetahui tiga tetamu wanita yang tidak diundang, mencuri hantaran serta barangan berharga milik anak perempuan," kata Abdullah Mohd Noor, 60.

Sebelum itu, katanya, majlis perkahwinan anak perempuannya 'diserang' sekumpulan pencuri wanita Geng Gelang yang melarikan barang kemas dan wang tunai dianggarkan bernilai RM5,000 dalam kejadian di Beseri di sini, Sabtu lalu.

Difahamkan tiga suspek wanita berbaju kurung berusia antara 40-an hingga 50-an berkenaan turut dipercayai menjadi dalang beberapa kejadian samun dan curi dalam bilik pengantin sejak tahun lalu.

Dalam kejadian jam 2 petang, Nor Fadilah, 28, dan kakak sulungnya, Nor Azalilah, 34, kehilangan barang kemas serta beg tangan berisi wang tunai manakala Abdullah terpaksa dikejarkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar untuk rawatan.

metro/-

Geng 04, 08 kembali aktif

Posted: 19 Jun 2012 07:32 PM PDT

30 Rejab 1433H. [MOD] -

IPOH - Geng 04 dan 08 dipercayai bergiat aktif semula dengan menjadikan peniaga di sekitar Buntong, Menglembu dan Taman Pertama (First Garden) sebagai sasaran untuk mengutip wang perlindungan bagi mengelak daripada diganggu kumpulan berkenaan.

(Papan tanda Taman Buntong Ria dan Kampung Muhibbah dipercayai diconteng geng terbabit)

Selain menconteng papan tanda dengan angka 04 dam 08 bagi menunjukkan kawasan 'jajahan' masing-masing, difahamkan geng berkenaan turut mengutip wang perlindungan berjumlah RM2,000 di medan selera, kedai dan kilang di sekitar kawasan terbabit.

Keadaan itu menimbulkan kebimbangan kalangan peniaga sekiranya ahli kumpulan berkenaan bertindak ganas jika arahan tidak diikuti.

Beberapa peniaga turut mendakwa mereka pernah menemui polis untuk meminta bantuan, namun tidak diendahkan, ada dalam kalangan peniaga yang ingin membuat laporan mengenai perkara itu disuruh untuk menyelesaikan masalah itu sendiri tanpa bantuan polis.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias meminta orang awam yang dakwa polis tidak menerima laporan dibuat agar memaklumkannya kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, menjadi satu kesalahan jika anggota polis tidak menerima laporan yang ingin dibuat orang awam.

"Kami sering menjalankan pemantauan ke atas kumpulan yang dipercayai mempunyai elemen gengster dari semasa ke semasa.

"Bagaimanapun, tohmahan yang mengatakan polis melindungi gengster adalah satu perkara serius dan orang awam sepatutnya tidak boleh membuat kesimpulan sebaliknya membuat laporan agar siasatan lanjut dapat dijalankan," katanya.

Beliau ditemui dalam Program Kepolisan Komuniti (C-Cop) anjuran Balai Polis Kuala Kuang di sini, semalam.

Sehubungan itu, Azisman berkata, bagi pengadu yang mendakwa laporan mereka tidak dilayan diminta supaya mengambil nombor anggota bertugas, masa, tarikh dan tempat ia berlaku agar pihaknya dapat menjalankan siasatan ke atas perkara itu.

Sinar Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan