Isnin, 18 Jun 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


MTD-RANTAU ABANG

Posted: 17 Jun 2012 11:36 PM PDT

MTD-RANTAU ABANG


Posted: 17 Jun 2012 01:37 AM PDT


PAS Negeri Sembilan

Posted: 17 Jun 2012 09:21 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Jom Ubah 21 Jun 2012 di Senawang

Posted: 17 Jun 2012 08:08 PM PDT

CERAMAH PERDANA
Tarikh : 21 Jun 2012 , Khamis
Masa : 9 mlm
Tempat : PASTI Al Mustaqim, Taman Pinggiran Senawang
Penceramah :
YB Hj Taufek - Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
Fareedah Samad - Pengerusi Ameerah Malaysia
Hj Ramlan Roes - EXCO AMK Pusat
Ustaz Fairuz Isa -  Ketua Pemuda PAS Jempol
Turut serta :  Aisyah - Selibriti/Artis

N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 17 Jun 2012 07:18 PM PDT

N.27 - PAS DUN Sura


Ziarah Sindrom Down Di DUN Sura

Posted: 17 Jun 2012 08:23 AM PDT

DUNGUN, 17 Jun Ahad - Seramai hampir 20 orang yang mempunyai sindrom down telah dikunjungi oleh wakil Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli, ADUN Sura di sekitar Kampung Tanah Lot, Sungai Udang, Kampung Molek, Bukit Chatak, Padang Jambu dan Sura Jeti, di sini.
 Pengarah MTD Sura, Haji Wan Hapandi Nik berkunjung ke Sungai Udang dan Tanah Lot, sementara Timbalan Pengarah MTD Sura, Haji Mohd Amin Hamid ke Kampung Bukit Chatak 1 dan Bendahari MTD Sura, Haji Abdullah Ibrahim (gambar) menziarahi nama-nama yang tersenarai di Sura Jeti, Bukit Chatak 2 dan Kampung Padang Jambu.

 Ziarah ini merupakan aktiviti bersama masyarakat secara berterusan yang dilakukan di DUN Sura. Sumbangan hamper dan beras telah disampaikan kepada individu yang mempunyai sindrom down dan keluarga masing-masing.

Ketua PAS Cawangan serta ahli jawatankuasanya turut mengiringi wakil ADUN Sura semasa ziarah dilakukan.

Forum Sebarkan Cintamu Dapat Sambutan Anak Muda

Posted: 17 Jun 2012 02:07 AM PDT

oleh : Team Blogger Dun Sura



DUN SURA, 16 JUN 2012: Satu Forum bertemakan "Sebarkan Cintamu" anjuran  Ameerah DUN Sura telah berjaya diadakan di Bangunan DUN Sura petang sabtu lalu. Program tersebut berjaya menarik ramai muda-mudi untuk berkongsi makna cinta sejati yang bertepatan dengan syarak menerusi perkongsian ilmu dua novelis terkenal iaitu Ustazah Fatimah Syarha dan Ustaz Riduan Muhammad Nor.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengarah MTD Sura, Al-Fadhil Cg. Wan Hapandi Wan Nik. Beliau banyak menyentuh isu yang melibatkan remaja hari ini yang mudah dihanyutkan oleh arus gejala sosial yang merosakkan mereka. 

" Ramai dalam kalangan muda-muda telah tersalah pilih, telah tersalah hala tuju cinta mereka. Sehingga menyebabkan hilang maruah diri, tergadai akhlak dan peribadi sebagai seorang Muslim. Sehingga lahirlah remaja-remaja yang melarikan diri dari keluarga yang akhirnya terjebak dalam pelbagai gejala sosial. Yang lebih malang, hingga melahirkan generasi-generasi yang kita kira generasi-generasi yang tidak sah kelahirannya. Banyak berlaku dalam masyarakat kita hasil daripada salah letaknya cinta itu".


" Insyaallah, pada petang yang mulia, kita ini akan dibimbing oleh kedua-dua novelis kita untuk kita semua khususnya remaja mencari satu cinta yang sejati. Yang kita semua maklum, cinta yang sejati adalah cinta kepada Allah  dan RasulNya"
Beliau turut menegaskan bahawa cinta yang didirikan atas asas cinta kepada Allah dan Rasul akan membawa kepada kebahagiaan dunia dan akhirat. 


Dalam kesempatan tersebut juga, beliau mengucapkan tahniah kepada Ameerah dan jawatankuasa pemuda kerana berjaya mengumpul anak-anak muda supaya mereka dapat memandu perjalanan hidup ke arah redha Ilahi. Beliau turut menghargai kehadiran dua orang novelis serta anak-anak muda bagi mengisi waktu ilmu yang baik.
Sepanjang program, pelbagai perkongsian menarik diberikan oleh kedua-dua novelis terutamanya untuk seluruh remaja yang bersama dalam program tersebut. 


" Apa yang kita dengar, apa yang kita lihat, apa yang kita rasai di dalam hati dan perasaan kita ini; semua itu akan disoal oleh Allah Taala. Kalau selama ini kita biarkan, kita relakan diri kita diajar tentang cinta oleh Li Min Ho seumpamanya, mereka tu tak kenal pun Allah. Jadi, bila kita biarkan diri kita diajar oleh orang yang tak kenal Allah erti cinta, mana mungkin cinta kita kenal Allah", nasihat Ustazah Fatimah Syarha kepada seluruh hadirin.

Turut berkongsi cerita adalah Ketua Penerangan DPPM yang juga panelis kedua, Ustaz Riduan Mohd Nor. Beliau mengingatkan peserta mengenai sifat cintakan dunia dan takutkan kematian yang menjadi penyebab umat Islam menjadi lemah. Para sahabat terdahulu mengutamakan cinta dan redha Allah Taala dalam setiap tindakan mereka. 

" Kesalahfahaman tentang cinta hari ini. Cinta selera murahan yang dipandu oleh anak muda remaja hari ini. Kita rasa gerun dengan anak muda hari ini. Sebab itu kita ucap tahniah kepada penganjur berbicara tentang cinta dan meletakkan cinta pada tempat yang betul", ujar Ustaz Riduan. 


Selesai forum, seluruh peserta yang hadir berasak-asak untuk mendapatkan novel dan autograf daripada kedua-dua novelis tersebut. Semua novel yang dibawa oleh kedua-dua pendakwah anak muda ini habis terjual menandakan sambutan baik diberikan oleh anak-anak muda sekitar kawasan ini.

Video clip akan menyusul di posting akan datang

Apa itu Isra' dan Mi'raj

Posted: 16 Jun 2012 07:33 PM PDT


Isra' Mi'raj. Iaitu peristiwa dimana diperjalankannya Rasulullah saw. oleh Allah swt di suatu malam bulan Rejab pada tahun ke-11 dari kenabiannya, dari Masjid al Haram di Mekah ke Masjid al Aqsha di Palestin dengan mengenderai Buraq, kemudian naik ke langit yang ke tujuh hingga ke Sidratu al Muntaha, untuk diperlihatkan kepadanya tanda-tanda kebesaran Allah.

 "Tatkala Sidratul Muntaha ditutupi oleh bermacam hal yang melingkupinya, tetapi pandangannya (Rasulullah saw.) tidak sampai menyimpang dan tidak pula melampauinya(Sidratul Muntaha). Sesungguhnya dia (Rasulullah saw.) telah melihat sebahagian tanda-tanda kebesaran Allah Yang Maha Agung" (Q.S Al Najm: 16-18) "Sesungguhnya dia (Muhammad saw.) benar-benar telah melihatnya (jibril) untuk yang kedua kalinya (dalam bentuk aslinya) di dekat Sidratul Muntaha. Di dekatnya terdapat Jannatul Ma'wa" (Q.S Al Najm: 13-15)

 Kesimpulannya, Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah S.W.T dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam. Dengan kita mendengar dan menghayati kisah dan cerita yang berlaku di dalam peristiwa Israk dan Mikraj kita perlu ambil ikhtibar dan yakin bahawa bumi Baitulmaqdis Palestin yang menjadi tempat bermulanya Mikraj Nabi SAW adalah bumi penuh berkah dan terdapat Masjidil Aqsa (kiblat pertama umat Islam) Baitulmaqdis dan Masjidil Aqsa adalah harta umat Islam yang telah dirampas oleh Zionis Yahudi laknatullah.

Umat Islam perlu berusaha, berkorban dan berdoa semoga tempat suci umat Islam ini dapat dipulangkan kembali kepada pangkuan umat Islam. Peristiwa Israk dan Mikraj akan lebih bermakna apabila umat Islam seluruhnya dapat membantu saudara-saudara kita di Palestin dan dapat memulihkan dan menguasai Baitulmaqdis dan menghalau Yahudi laknatullah daripada menguasai dan membunuh saudara-saudara kita di Palestin.

PAS Kawasan Miri

Posted: 17 Jun 2012 07:08 PM PDT

PAS Kawasan Miri


Kemana Perginya Peruntukan Asas Untuk Rh Patrick Libau?

Posted: 17 Jun 2012 12:02 AM PDT

Kemudahan Asas Penduduk Rh Patrick Libau Diabaikan
NIAH –Rh Patrick Libau di Sungai Tangap terletak berhampiran dengan kawasan Taman Negara Gua Niah lebih kurang satu jam perjalanan dari Bandaraya Miri merupakan sebuah rumah panjang yang terletak dalam kawasan Parlimen Sibuti.

Disebabkan kedudukannya yang berhampiran dengan Gua Niah menyebabkan ramai pelancong dari luar datang dan tinggal di 'home-stay' di rumah panjang tersebut dan mereka ingin merasai sendiri kehidupan penduduk suku kaum Iban dalam kawasan itu.

Jalan masuk ke simpang rumah panjang tersebut lebih kurang 10 kilometer dari jalan utama Miri-Bintulu  dan ianya mengambil masa kira-kira 45 minit untuk sampai ke destinasi disebabkan jalan masuk yang agak teruk dan berlubang. Apabila musim hujan lebat jalan masuk ke rumah panjang tersebut terputus akibat banjir kilat.

Masalah utama yang dihadapi penduduk Rh Patrick Libau selain jalan masuk kampung yang tidak bertar adalah kemudahan asas seperti bekalan air bersih dan elektrik walaupun ada saluran air paip besar dan tiang letrik dipasang sepanjang jalan masuk tetapi masih belum dapat digunakan sepenuhnya.
Menurut penduduk di situ tiang elektrik sudah lama dipacak sepanjang jalan masuk ke Rh Patrick Libau dan kabel elektrik juga sudah lama dipasang di rumah mereka cuma masalahnya mereka terpaksa menunggu pihak SESCO (Sarawak Electricty Supply Corporation) memasang meter tersebut.

Mereka sangat kecewa kerana sudah lama menunggu pihak yang berkenaan memasang meter eletrik sehingga kini sudah lebih 1 tahun masih belum dapat bekalan elektrik, mereka masih menggunakan generator untuk menyalur kuasa elektrik ke rumah mereka dimana kos untuk menggunakan generator agar mahal.

Mereka sudah banyak kali mengadu hal tersebut kepada wakil rakyat mereka tetapi jawaban agak mengecewakan dimana mereka disuruh bersabar dan menunggu pihak berkenaan datang memasang meter tersebut tetapi sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil.  Kalau pun ada pihak yang berkenaan datang, mereka cuma datang untuk menjengok saja tanpa ada sebarang perubahan berlaku.

Penduduk di Rh Patrick Libau memohon agar pihak kerajaan segera menyelesaikan masalah jalan, bekalan air bersih dan meter letrik di rumah panjang mereka sebelum PRU13 (Pilihanraya Umum ke13)

Menurut penduduk disitu perkara ini sudah lama diadukan kepada pihak yang berkenaan termasuk wakil rakyat di situ tetapi tiada sebarang tindakan diambil untuk mengatasi masalah keperluan harian mereka sehingga mereka memohon bantuan PAS untuk mengemukakan masalah mereka kepada pihak yang berkenaan.

Kita mendesak kepada pihak yang berkenaan agar segera membaiki jalan masuk Rh Patrick Libau serta menaiktaraf jalan kampung tersebut disamping memberi kemudahan infrastruktur sebagaimana yang telah dijanjikan oleh wakil rakyat dulu, menurut kata penduduk disitu yang mengadu kepada PAS Miri.

Semoga masalah penduduk di rumah panjang Patrick Libau ini mendapat perhatian dari pihak kerajaan serta masalah mereka dapat diatasi dengan segera tanpa perlu menunggu pilhanraya umum,

Kerajaan yang berkuasa dan mempunyai peruntukan untuk membantu rakyat sepatutnya bertanggungjawab mempastikan segala kemudahan asas rakyat  diberi keutamaan dan berlaku adil kepada semua tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik kerana rakyatlah yang memilih mereka menjadi kerajaan.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

English version
Basic amenities of Rh Patrick Libau Population is neglected
Niah – Rh Patrick Libau at the River Tangap located near by the Niah Caves National Park about an hour's drive from Miri is a long house, located in Sibuti constituency.

Because of its position close to the Niah Caves caused many foreign tourists come and stay in 'home-stay' in the longhouses and they want to experience themselves the living of the population of Iban tribal in the area.

The access road to junction of the longhouses about 10 kilometers from Miri-Bintulu main road and it takes about 45 minutes to reach the destination due to severe access roads and cavities. When the heavy rain season, access road to the longhouses disconnected by the flash floods.

The main problem faced by the people of Rh Patrick Libau other than village access road not tarred are basic amenities such as clean water and electricity despite large culvert pipes and electricity poles installed along access road but has yet to be fully utilized.

According to the residents there the electricity poles has long been driven into the ground along the entrance to the Rh Patrick Libau and electricity cable has also installed at their home only the problem is they have to wait for the SESCO (Sarawak Electricty Supply Corporation) to install the meter.

They are very disappointed because have long been waiting for the installation of electricity meters until now has been more than a year has yet to get electricity; they still use the generator to transmit electrical power to their homes where the cost to use the generator so expensive.

They have many times complained the matter to their elected representatives, but the answers were disappointing when they were asked to be patient and wait for the next party installing the meter, but so far no action taken. Even if there are a party concerned comes, they just come for a look only without any change occurs.

Residents in the Rh Patrick Libau asking the government to immediately solve the problem of roads, clean water supply and electricity meters in their longhouse before the 13th GE (13th General Election)

According to residents there have long been complained the matter to the relevant parties, including elected representatives there, but no action taken to overcome their daily needs until they apply for PAS assistance  to submit their problems to the relevant authorities.

We urge the parties concerned to immediately repair the access road of Rh Patrick Libau and upgrading the village roads and provide infrastructure facilities as promised by elected representatives before, according to the residents there who complain to the PAS Miri.

Hopefully, residents in the longhouse of  Patrick Libau is receiving the attention of governments and their problems can be resolved quickly without having to wait for general elections.

The Government in power and has a provision to help of the people should be responsible for ensuring all basic amenities of the people are given priority and be fair to all regardless of race, religion and political affiliation because is the people who choose them to become a government.





Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru

Posted: 17 Jun 2012 01:06 PM PDT

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru


Walaupun Bakal Menantu Berhadapan dengan Pertuduhan Menipu, Pecah Amanah, Namun Rosmah Tetap RESTU Hubungan Anaknya dengan Warga Kazakhstan Itu???

Posted: 17 Jun 2012 11:14 AM PDT



Laporan terbaru yang mengaitkan bakal menantu perdana menteri, Daniyar Nazarbayev, dengan dakwaan menipu telah diperbesar-besarkan oleh akhbar The New York Post, demikian menurut sumber yang dekat dengan isteri perdana menteri.

Sumber tersebut berkata, dakwaan berhubung warga Kazakhstan itu juga tidak melibatkan keluarga perdana menteri.

"Isu itu telah diperbesar-besarkan. Ia semata-mata melibatkan keluarga di sebelah sana," kata sumber itu lagi yang menambah, pertunangan di antara Daniyar dan anak perdana menteri, Nooryana Najwa, tidak terjejas.

Beliau mengulas laporan The New York Post yang mendakwa Daniyar terlibat dalam penipuan.

Dokumen mahkamah yang difailkan di Mahkamah Agung Manhattan mendakwa, Daniyar menipu bapa tirinya seunit kondominium bernilai AS$20 (RM62 juta).

Sumber berkata, kes berkenaan hanya melibatkan keluarga Daniyar kerana kes tersebut berlangsung di antara ibu Daniyar, Maira Nazarbayev yang bercerai dengan bekas suami, Bolat Nazarbayev.

Bolat merupakan adik kepada presiden Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev.

Sumber itu menyebut, isu tersebut juga tidak boleh diulas lebih panjang kerana masih berlarutan di mahkamah Amerika Syarikat.

Selain dakwaan menipu aset bapa tirinya, dokumen mahkamah itu juga menyebut bahawa Daniyar memalsukan dokumen untuk memasuki Columbia Universiti, di mana beliau bertemu Nooryana.

Daniyar didakwa memalsukan dokumen untuk memberikan gambaran bahawa dia berkelulusan daripada sekolah tinggi di Kazakhstan, menurut akhbar The New York Post.

Sumber akhbar itu berkata, dia sebenarnya bersekolah di Switzerland dan tidak menamatkan pelajaran.

Sumber Malaysiakini ketika ditemui di satu majlis yang dihadiri isteri perdana menteri pada malam tadi berkata, dakwaan tersebut juga diperbesar-besarkan untuk menggambarkan bahawa Daniyar sanggup menipu untuk masuk ke univeraiti dan memikat hati anak perdana menteri.

Isteri perdana menteri pada malam tadi menghadiri majlis makan malam dan turut merasmikan NGO Pertubuhan Kebajikan Insaniah Srikandi.

Majlis di Setiawangsa, Kuala Lumpur itu antara lainnya turut dihadiri Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam; Menteri Pertanian, Datuk Seri Noh Omar dan juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.



Sporting betul Hajah Rosmah! Kalau bakal menantunya didapati bersalah dan dikenakan hukuman, apa pula kata Hajah Rosmah?

Kah kah kah!

TAKZIAH!

kempen perangi pakaian seksi

Posted: 17 Jun 2012 10:36 AM PDT


PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

PhotobucketPhotobucket
PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Dupahang's Weblog

Posted: 17 Jun 2012 12:18 PM PDT

Dupahang's Weblog


Mufti, Apabila roh dan jasadnya bersama UMNO

Posted: 16 Jun 2012 06:32 PM PDT

Haji dan Politik Oleh Abdul Hadi Awang Saya tidak menyangka bahawa tulisan saya yang menyebut haji dan pilihanraya secara sepintas lalu menjadi polimik hangat beberapa hari. Saya hanya menyebut bahawa masyarakat Islam kebanyakannya tidak tahu perbezaan diantara wajib mudoyyak dan wajib muwassa yang tidak ada dalam pelajaran fardu ain. Apabila Ketua Penerangan PAS, Ustaz Dato’ [...]

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 17 Jun 2012 09:17 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Kaki jurutol terpaksa dipotong

Posted: 16 Jun 2012 08:43 PM PDT

Saudara Haffiz, jurutol yang ditembak oleh perompak dalam kes rompakan bersenjata di Tol Seremban tempoh hari terpaksa dipotong kaki kanannya. Marilah kita doakan agar kedua-dua jurutol mangsa rompakan ini segera sembuh serta penjenayah yang tidak berhati perut itu tertangkap dan menerima balasan yang setimpal insyaAllah.

Toll collector loses leg to 'save his life'
17 June 2012

KUALA LUMPUR: Toll collector Mohd Haffiz Zamri, 26, who was shot during a robbery at the Seremban toll plaza on Thursday, could not believe his ears when the doctor told him that they would have to amputate his right leg to save his life.
He was told that there was no other option as the bullets had damaged his blood vessels and shattered the bones in his leg.
"At first, I refused to let them do it, but my fiance and my family convinced me that it was the only way I could live," he said at the Kuala Lumpur Hospital (HKL) yesterday.
Mohd Haffiz's father, Seargent Mohd Zamri Sutin, 53, who is stationed at the Seremban II district police headquarters, said they had to make the decision quickly to save Haffiz's life.
"The doctor said Haffiz's heart and kidney will be affected in the long-run if we keep the leg. It was indeed the hardest decision to make, but we had no other choice."
Haffiz's leg was removed in a five-hour operation at HKL on Friday after he was transferred there from the Tuanku Jaafar Hospital in Seremban.
Recalling Thursday's incident, Haffiz said he was pillion riding with a colleague, Nurijah Rosli, carrying RM2,000 toll collection money when he heard a loud bang at 10pm.
They were transferring money from the Seremban toll plaza north-bound exit of the North-South Expressway to the PLUS office when the robbers set upon them and fired three shots at them.
"It sounded like a burst tyre. I thought nothing until I felt a sting in my right leg and I heard another bang and this time, I fell."
Blood oozed from his leg while his colleague screamed as she was also injured.
"The suspect came and grabbed the bag from us and fled.
Haffiz, who is still shocked by the incident, said he could not believe that he had lost his leg for a mere RM2,000.
He said his plan to marry his fiance, Nor Faizan Abu Kassim, 27, in December had to be postponed.
Nor Faizan said the incident would not stop her from marrying Haffiz.
"I love him no matter what and we will get married when he is healthy enough."
Seremban police chief Assistant Commissioner Saiful Azly Kamaruddin said police were going through the closed-circuit television camera recordings to identify the robbers.
He urged those with information to contact Seremban police at 06-6014999.


Pemuda Bersamamu v3

Posted: 17 Jun 2012 09:14 AM PDT

Pemuda Bersamamu v3


Forum Sebarkan Cintamu Dapat Sambutan Anak Muda

Posted: 17 Jun 2012 02:02 AM PDT

oleh : Team Blogger Dun Sura
 
DUN SURA, 16 JUN 2012: Satu Forum bertemakan "Sebarkan Cintamu" anjuran Ameerah DUN Sura telah berjaya diadakan di Bangunan DUN Sura petang sabtu lalu. Program tersebut berjaya menarik ramai muda-mudi untuk berkongsi makna cinta sejati yang bertepatan dengan syarak menerusi perkongsian ilmu dua novelis terkenal iaitu Ustazah Fatimah Syarha dan Ustaz Riduan Muhammad Nor.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengarah MTD Sura, Al-Fadhil Cg. Wan Hapandi Wan Nik. Beliau banyak menyentuh isu yang melibatkan remaja hari ini yang mudah dihanyutkan oleh arus gejala sosial yang merosakkan mereka. 

" Ramai dalam kalangan muda-muda telah tersalah pilih, telah tersalah hala tuju cinta mereka. Sehingga menyebabkan hilang maruah diri, tergadai akhlak dan peribadi sebagai seorang Muslim. Sehingga lahirlah remaja-remaja yang melarikan diri dari keluarga yang akhirnya terjebak dalam pelbagai gejala sosial. Yang lebih malang, hingga melahirkan generasi-generasi yang kita kira generasi-generasi yang tidak sah kelahirannya. Banyak berlaku dalam masyarakat kita hasil daripada salah letaknya cinta itu".

" Insyaallah, pada petang yang mulia, kita ini akan dibimbing oleh kedua-dua novelis kita untuk kita semua khususnya remaja mencari satu cinta yang sejati. Yang kita semua maklum, cinta yang sejati adalah cinta kepada Allah dan RasulNya" Beliau turut menegaskan bahawa cinta yang didirikan atas asas cinta kepada Allah dan Rasul akan membawa kepada kebahagiaan dunia dan akhirat. 

Dalam kesempatan tersebut juga, beliau mengucapkan tahniah kepada Ameerah dan jawatankuasa pemuda kerana berjaya mengumpul anak-anak muda supaya mereka dapat memandu perjalanan hidup ke arah redha Ilahi. Beliau turut menghargai kehadiran dua orang novelis serta anak-anak muda bagi mengisi waktu ilmu yang baik. Sepanjang program, pelbagai perkongsian menarik diberikan oleh kedua-dua novelis terutamanya untuk seluruh remaja yang bersama dalam program tersebut. 

" Apa yang kita dengar, apa yang kita lihat, apa yang kita rasai di dalam hati dan perasaan kita ini; semua itu akan disoal oleh Allah Taala. Kalau selama ini kita biarkan, kita relakan diri kita diajar tentang cinta oleh Li Min Ho seumpamanya, mereka tu tak kenal pun Allah. Jadi, bila kita biarkan diri kita diajar oleh orang yang tak kenal Allah erti cinta, mana mungkin cinta kita kenal Allah", nasihat Ustazah Fatimah Syarha kepada seluruh hadirin.

Turut berkongsi cerita adalah Ketua Penerangan DPPM yang juga panelis kedua, Ustaz Riduan Mohd Nor. Beliau mengingatkan peserta mengenai sifat cintakan dunia dan takutkan kematian yang menjadi penyebab umat Islam menjadi lemah. Para sahabat terdahulu mengutamakan cinta dan redha Allah Taala dalam setiap tindakan mereka. 

" Kesalahfahaman tentang cinta hari ini. Cinta selera murahan yang dipandu oleh anak muda remaja hari ini. Kita rasa gerun dengan anak muda hari ini. Sebab itu kita ucap tahniah kepada penganjur berbicara tentang cinta dan meletakkan cinta pada tempat yang betul", ujar Ustaz Riduan. 

Selesai forum, seluruh peserta yang hadir berasak-asak untuk mendapatkan novel dan autograf daripada kedua-dua novelis tersebut. Semua novel yang dibawa oleh kedua-dua pendakwah anak muda ini habis terjual menandakan sambutan baik diberikan oleh anak-anak muda sekitar kawasan ini.


p/s : Video clip akan menyusul di posting akan datang

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 17 Jun 2012 09:12 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


HIMPUNAN HIJAU PAS SELANGOR memenuhi ruang Dewan Jubli Perak Shah Alam

Posted: 17 Jun 2012 08:01 AM PDT

SHAH ALAM
16.6.12
PAS Selangor berjaya mengumpul  lebih 1000 pimpinan negeri dan kawasan serta dewan-dewan untuk himpunan hijau ke Putrajaya.
Peserta himpunan cukup bersemangat dan tekun mendengar pembentangan kertas kerja daripada AJK PAS PUSAT dan tazkirah daripada Dewan Ulamak PAS Wilayah.




JEREBU KEMBALI LAGI, HUJAN PAGI MEREDEKAN KEADAAN

Posted: 16 Jun 2012 09:12 PM PDT



IPU tidak sihat di enam kawasan

Enam kawasan mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat di seluruh Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sehingga 7 pagi ini berbanding lapan semalam.

Enam kawasan yang mencatat IPU tertinggi ialah Pelabuhan Klang (113), Shah Alam (125), Petaling Jaya (110), Kuala Selangor (113) di Selangor serta Cheras (106) dan Batu Muda (108) di Kuala Lumpur.

Sebanyak 39 kawasan di seluruh negara pula mencatat bacaan IPU sederhana berdasarkan bacaan dari 51 stesen pengawasan kualiti udara Jabatan Alam Sekitar (JAS) manakala 8 lagi kawasan mencatat bacaan IPU baik.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar, www.doe.gov.my, tiada kawasan di negara ini yang mencatat bacaan sangat tidak baik dan berbahaya di mana 70 peratus kawasan di seluruh negara berada di tahap bacaan IPU sederhana, 18 peratus di tahap baik dan hanya 12 peratus di tahap tidak sihat.

IPU pada tahap antara 0 dan 50 merupakan bacaan baik, sederhana (51-100), tidak sihat (101-200), sangat tidak sihat (201-300) dan berbahaya (lebih 301).

Kemerosotan kualiti udara yang sedang dialami di Lembah Klang ketika ini adalah disebabkan pencemaran jerebu merentas sempadan dari Sumatera, Indonesia.

Sementara itu, Jabatan Meterologi Malaysia meramalkan hujan di beberapa tempat di Selangor, wilayah Persekutuan Putrajaya dan Kuala Lumpur pagi ini.

Menurut laman sesawang jabatan itu, Malaysia kini dilanda Monsun Barat Daya, yang menyebabkan keadaan cuaca panas dan kering, dan keadaan ini dijangka berterusan sehingga September.

- Bernama/MALAYSIAKINI

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 17 Jun 2012 07:17 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


UBAH SEKARANG..RAKYAT PERLU BETINDAK : TOK NAN

Posted: 17 Jun 2012 01:13 AM PDT

KUASA ALLAH SWT : BAKTERIA DALAM TUBUH MANUSIA !

Posted: 17 Jun 2012 12:50 AM PDT

PAS AKAN URUSKAN, BUKAN UMNO ATAU BN : PRESIDEN PAS

Posted: 17 Jun 2012 12:22 AM PDT

Landskap Siasah

Posted: 17 Jun 2012 07:06 AM PDT

Landskap Siasah


Muhammad Yusuf bersama Ustaz Radzi Zainon selepas usrah Kawasan 15 Jun 2012

Posted: 16 Jun 2012 11:44 AM PDT


Radzi terkejut Datuk Hamidah halau Ahli Parlimen Gopeng

Posted: 16 Jun 2012 08:01 AM PDT

Radzi terkejut Datuk Hamidah halau Ahli Parlimen Gopeng
Pengkalan Pegoh- 16 Jun 2012 
Program Ramah Mesra dan Dialog YB Datuk Hamidah ADUN Sungai Rapat bersama penduduk Taman Pegoh Aman cukup mengecewakan dan memalukan UMNO selaku parti memain peranan  besar dalam isu Sekolah Agama Rakyat Taman Pegoh Aman. Peristiwa Datuk Hamidah menghalau Ahli Parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye dan Radzi Zainon (Penyelia Pusat Khidmat PAS DUN Sg Rapat) dari majlis Ramah Mesra berkenaan menampilkan jelas sikap angkuh dan sombong beliau terhadap rakyat, lawan dan kawan.
 Datuk Hamidah yang sepatutnya hadir pada pukul 3 petang hanya muncul pada pukul 4.10 petang selepas terkedu dengan kehadiran Radzi zainon pencabar rapatnya serta YB Dr Lee selaku Ahli Parlimen Gopeng yang hadir untuk berdialog dan memberi pandangan secara muhibbah.
"Dia halau Ahli parlimen yang kami pilih, ini bermakna dia (Datuk Hamidah) juga menghalau kami penduduk taman Pegoh Aman yang berbangsa Cina dan India kerana kami yang pilih Dr. Lee", demikian luahan beberapa wanita berbangsa Cina yang turut hadir.
Menurut saudara Anuar Ibrahim Ketua cawangan PAS Pengkalan Pegoh, majlis itu bukan majlis penyokong UMNO tetapi majlis ADUN bersama rakyat menjelaskan isu bangunan misteri yang dikatakan untuk Sekolah Agama Rakyat yang dipertikaikan kerana menggunakan tanah padang rakyat tanpa sebarang perundingan. Malah menurut Anuar, program itu dihebahkan melalui masjid-masjid ternyata ia majlis umum dan layak dihadiri oleh Radzi mahupun YB Dr Lee sendiri.
" Saya tidak faham mengapa beliau mengahalau kami sedangkan kehadiran kami bersama penduduk berbangsa Cina dan India serta penyokong pakatan rakyat adalah untuk berdialog. Kenapa beliau katakan ini bukan majlis dialog dan tertutup untuk penyokong beliau sahaja. Mengapa saya katakan begini, kerana wanita yang hadir dalam khemah majoritinya bukan penduduk Taman Pegoh Aman yang bermasalah dengan bangunan misteri itu, sebaliknya mereka diangkut dari taman Desa Aman, Taman Pengkalan Pegoh dan Lahat Baru. Ini jelas menampilna beliau hanya ingin bercakap dengan penyokong UMNO tetapi diletakkan nama ramah mesra bersama rakyat", jelas Radzi zainon panjang lebar kepada Media Sungai Rapat.
Rata-rata pengundi Taman Pegoh Aman tidak bersetuju dengan tindakan Datuk Hamidah membina bangunan di padang yang digazetkan untuk kegunaan penduduk taman itu malah mereka membayarnya sebanyak RM 1000 seorang semasa membeli rumah di taman berkenaan. 
Selepas sahaja penyokong Pakatan Rakyat dan penbduduk berbangsa Cina dan India beredar dari khemah majlis yang diadakan di bangunan dewan Orang Ramai Pegoh Aman, Datuk Hamidah mula berceramah menghentam rakyat berbangsa Cina yang dikatakan cuba menentang hasrat umat Islam membina sekolah agama.
Lebih memalukan, Haji Nawawi Ketua Cawangan UMNO Desa Aman telah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang belia Cina dengan ungkapan 'lancau lu punya padang'. Adakah ini sikap sebenar seorang pemimpin melayu Islam?
Terdahulu Pakatan rakyat Gopeng telah membuat sidang media pada 6 Jun 2012 berhubung sikap Datuk Hamidah yang menyelar rakyat Pegoh Aman yang dikatakan cuba menentang sekolah agama rakyat. Walaupun penduduk telah memberi memorandum pada 4 Mei yang lalu untuk berdialog secara muhibbah dengan ADUN berkenaan, beliau bukan sahaja tidak melayani permintaan itu malah menyelar serta menemplak rakyat dalam 2 kenyataan Sinar Harian pada 31 Mei dan 2 Jun 2012. 
Kini beliau hadir atas nama dialog bersama penduduk tetapi menghalau penduduk taman yang sebenarnya, dan  hanya berucap di hadapan penyokong UMNO sahaja. 
Rakyat Taman Pegoh Aman berkata mereka akan menggandakan booklet khas yang disediakan oleh Sekreteriat Pakatan Rakyat Gopeng untuk menangkis isu fitnah terhadap penduduk Cina Taman Pegoh Aman dan akan memastikan rakyat sekitar taman berkenaan menolak calon UMNO di DUN Sungai Rapat.
Muhammad Nuruddin Bashah
Media Sungai Rapat

Dewan Muslimat PAS Kuala Kangsar

Posted: 17 Jun 2012 01:15 AM PDT

Dewan Muslimat PAS Kuala Kangsar


Isra' Mikraj.. kronologi

Posted: 16 Jun 2012 09:55 PM PDT

DMP Kuala Kangsar sokong Tok Guru...

Posted: 16 Jun 2012 08:14 PM PDT

Resepi Cendul

Posted: 16 Jun 2012 01:23 PM PDT

Pas Kawasan Tanjung Malim

Posted: 17 Jun 2012 01:13 AM PDT

Pas Kawasan Tanjung Malim


Jamaah Penyelamat Ummah

Posted: 16 Jun 2012 09:09 AM PDT

Berada dalam jamaah adalah satu rahmat Allah kepada ummah bagi menyelamatkan Aqidah dan perjuangan. Perbanyakkan bersyukur jika kita dipilih oleh Allah bagi meneruskan perjuangan yang diwariskan oleh Nabi SAW. Ramai pejuang yang telah berjaya dan tak kurang juga yang gagal di pertengahan jalan kerana termakan dengan hasutan dan tewas dengan nafsu. Itula antara pengisian yang disampaikan oleh af ustaz Zawawi, ketua pemuda pas perak ketika membentangkan tentang rukun baiah di ijtimak pas kawasan tanjing malim yang diadakan di markas tarbiyah, Serigala.

Ijtimak bermula dengan Solat Maghrib berjamaah, kemudian diikuti dengan Solat Hajat dan bacaan Ma'thur. Majlis berhenti rehat dan jamuan makan. Selepas solat isyak, af ust zawawi menyampaikan pengisian pertama dan diikuti oleh af ust soleh, setiausaha dewan ula,a' pas perak.

Ijtimak yang dihadiri  seramai 100 orang ini berakhir kira-kira pukul 11.45 malam.

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::

Posted: 17 Jun 2012 01:10 AM PDT

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::


HIMPUNAN HIJAU & XPRESI ANAK MUDA

Posted: 16 Jun 2012 04:31 PM PDT

HIMPUNAN HIJAU & XPRESI ANAK MUDA Peringkat Negeri P.Pinang 24 Jun 2012 | Ahad | Pdg Hj Ahmad Badawi, Bagan. 4pm-7pm XPRESI HIJAU ANAK MUDA Acara/aktiviti: 1. Persembahan Zuar XPDC 2. Konvoi Motorsikal Berkuasa Tinggi – ARC & ScramRIDERS Club Penang. 3. Pertunjukkan Demonstrasi Silat 4. Pertunjukkan Seni Silambam 5. Persembahan Tarian Naga & Paluan [...]

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 17 Jun 2012 01:09 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Bayi RM17,000

Posted: 16 Jun 2012 08:31 PM PDT

27 Rejab 1433H. [MOD] -

DICEKUP... wanita yang ditahan bersama bayi yang cuba dijualnya.

KUCHING: Seorang bayi perempuan berusia tiga hari yang dipercayai dalam proses untuk dijual dengan harga RM17,000 oleh seorang lelaki tempatan diselamatkan polis dalam serbuan di sebuah rumah di Batu Kawa, di sini, semalam.

Susulan serbuan jam 6.50 pagi itu, polis menahan ibu bayi berkenaan, seorang warga Indonesia berusia 27 tahun dan seorang lelaki berusia lingkungan 40-an bagi membantu siasatan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Zulkifli Hassan berkata, sebelum serbuan ke rumah itu, polis menerima maklumat mengenai suspek yang sedang mencari pembeli bayi itu dengan harga yang ditetapkan.

Susulan itu, katanya, sepasukan anggota daripada Unit Anti Pemerdagangan Orang dan Bahagian Siasatan Jenayah, Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7), Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sarawak melakukan serbuan ke rumah berkenaan pada waktu urus niaga dirancang jam 6.30 pagi.

"Sebaik tiba di tempat kejadian, polis menemui seorang warga Indonesia mendukung seorang bayi perempuan berusia tiga hari dan sedang berunding dengan seorang lelaki warga tempatan.

"Ketika disoal siasat, bayi perempuan itu baru tiga hari dilahirkan di sebuah hospital kerajaan di sini dan meminta bantuan lelaki itu untuk mencari pembeli yang berminat.

"Siasatan lanjut mendapati wanita itu menetapkan harga RM17,000 untuk menjual bayi berkenaan kepada mana-mana individu yang berminat di sekitar negeri ini," katanya ketika dihubungi semalam.

Suspek dibawa ke IPK untuk siasatan lanjut dan ditahan reman atas kesalahan cubaan menjual anak, manakala bayi malang berkenaan dihantar ke pusat perlindungan sementara.

Zulkifli berkata, status bayi berkenaan masih belum diketahui dan polis masih menyiasat sebab dia dijual serta kaitannya dengan suspek lelaki warga tempatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 14, Akta Anti Perdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007.

Sementara itu, Ketua Polis Sarawak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani, berkata pihaknya sedang berusaha untuk mengenal pasti sejauh mana aktiviti penjualan bayi di negeri ini sama ada ia dijalankan secara individu atau ada sindiket di sebaliknya.

Katanya, orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan ini diminta menghubungi balai polis berhampiran.

metro/-

China hantar wanita ke angkasa lepas

Posted: 16 Jun 2012 08:25 PM PDT

27 Rejab 1433H. [MOD] -

LIU Yang melambai kepada orang ramai sebelum menaiki kapal angkasa Shenzhou-9.
Juruterbang tentera udara berpengalaman terpilih

BEIJING: China menghantar angkasawan wanita pertamanya apabila seorang juruterbang tentera udara menyertai sepasukan tiga angkasawan menaiki kapal angkasa Shenzhou-9 yang berlepas semalam.

Negara komunis itu berusaha menyertai Amerika Syarikat dan Russia sebagai negara yang berjaya menghantar angkasawan tinggal di stesen angkasa lepas.

Ketika bertugas sebagai seorang juruterbang saya terbang di langit. Kini, saya seorang angkasawan, saya akan terbang di angkasa lepas. Penerbangan kali ini lebih tinggi dan jauh. - Liu Yang "Ketika bertugas sebagai seorang juruterbang saya terbang di langit. Kini, saya seorang angkasawan, saya akan terbang di angkasa lepas.

"Penerbangan kali ini lebih tinggi dan jauh," kata Liu Yang yang bercakap di sidang media yang disiarkan secara langsung ketika menjelaskan perasaan beliau selepas terpilih untuk menyertai misi berkenaan.

"Selain melakukan tugasan yang dirancang, saya mahu mengalami persekitaran mengagumkan di angkasa lepas dan menghargai keindahan Bumi dan tanah air kita dari angkasa lepas," katanya.

Beliau bersama dua rakan setugas lelakinya, Jing Haipeng dan Liu Wang bercakap kepada media sebelum bersiap sedia untuk pelepasan dari sebuah tapak pelancaran di padang pasir Gobi.

Angkasawan terbabit semuanya adalah ahli Parti Komunis China. Mereka menaiki kapal angkasa Shenzhou-9 di Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan di barat laut China.

Ini adalah misi pertama pendaratan angkasawan negara itu menjadi negara ketiga selepas Amerika dan Russia yang mempunyai sebuah pangkalan kekal di orbit. Kesemua tiga krew terbabit adalah bekas juruterbang Tentera Pembebasan Rakyat (PLA).

"Liu, 33, akan menjadi sebahagian daripada krew Shenzhou-9 yang dilancarkan semalam dari pangkalan angkasa lepas Jiuquan di padang pasir Gobi, utara China," menurut pengumuman ibu pejabat program pendaratan angkasa lepas.

Misi Liu akan menjadikan China negara ketiga selepas Russia dan Amerika yang menghantar angkasawan wanita ke angkasa lepas. Jika berjaya ia adalah pelancaran keempat China.

Liu dan dua rakan setugas lelakinya akan mendarat di kapal Tiangong-1 yang pada masa ini mengorbit Bumi.

Pemilihannya dalam misi itu menjadi perkara utama dalam perkhidmatan blog mikro Sina Weibo seperti Twitter, yang mencatat 33 juta komen. – Agensi

Budak maut selepas kenduri

Posted: 16 Jun 2012 08:00 PM PDT

27 Rejab 1433H. [MOD] -

SEORANG ahli keluarga mangsa melihat tempat Muhammad Faris Faisal menemui ajal di rumah neneknya di Ketereh, Kota Bharu semalam.

KOTA BHARU - Gara-gara menyangkakan ia pistol mainan, seorang kanak-kanak tujuh tahun mati akibat tertembak di dahi manakala bapa saudaranya cedera parah dalam kejadian pada pukul 9 malam kelmarin di rumah neneknya di pekan Ketereh dekat sini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, Muhammad Faris Faisal Hisham yang baru menyambut hari lahirnya dikatakan bermain pistol milik datuk saudaranya yang merupakan seorang anggota polis di Johor selepas selesai majlis kenduri ibu saudaranya di pekan itu.

Beliau berkata, turut terkena tembakan di dada ialah bapa saudara mangsa, Mohd. Hilmi Ghazali, 31, seorang pembantu tadbir di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, Kota Bharu.

Mohd. Hilmi yang cedera di dada akibat terkena tembakan berkenaan kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini dan keadaanya dilaporkan stabil.

"Mangsa menemui senjata api tersebut yang disangka pistol mainan lalu memetik picu dan tertembak di dahi menembusi kepalanya sebelum terkena Mohd. Hilmi yang berada di belakang mangsa.

"Melihat mangsa cedera, ahli keluarga mangsa mengejarkannya ke Klinik Kesihatan Ketereh untuk rawatan tetapi disahkan sudah meninggal dunia," katanya kepada pemberita di sini semalam.

sinar harian/-

Jerebu makin teruk

Posted: 16 Jun 2012 07:40 PM PDT

27 Rejab 1433H. [MOD]



KUALA LUMPUR: Jerebu yang melanda negara terus berada dalam keadaan buruk apabila lapan kawasan berada pada tahap kualiti udara tidak sihat.

Berdasarkan laporan Jabatan Alam Sekitar (JAS) sehingga 11 pagi semalam, lapan kawasan berkenaan mencatatkan indeks pencemaran (IPU) melebihi 101, berbanding tujuh kelmarin.

Kawasan terbabit ialah Putrajaya dengan IPU 101, Cheras (133), Batu Muda, Kuala Lumpur (128), Shah Alam (130), Petaling Jaya (131), Pelabuhan Klang (142), Kuala Selangor (101), dan Banting (120).

Menurut jurucakap JAS, keadaan cuaca kering tanpa hujan menyebabkan jerebu semakin teruk, sekali gus meningkatkan jumlah bacaan di beberapa kawasan, terutama di pantai barat Semenanjung yang terletak hampir dengan Indonesia.

Sebanyak 31 kawasan daripada 51 stesen pengawasan kualiti udara JAS di seluruh negara pula mencatat bacaan IPU sederhana, termasuk di Nilai, Negeri Sembilan dengan bacaan 100, manakala 11 lagi kawasan mencatat bacaan IPU baik.

Bacaan IPU 0 hingga 50 diklasifikasi sebagai baik, 50-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya).

Kemerosotan kualiti udara di negara ketika ini disebabkan kebakaran tanah gambut di Rokan Hilir, Sumatera Timur, Indonesia yang dibawa menerusi tiupan angin.

Sementara itu, rekod Asean Specialised Meteorological Centre (ASMC) menerusi pemantauan daripada imej satelit NOAA-18 menunjukkan 81 titik panas dikesan di Indonesia, manakala 146 titik panas di Kepulauan Borneo (termasuk Sabah dan Sarawak).

Keadaan jerebu yang melanda negara di kesan sejak Selasa lalu apabila rekod JAS menunjukkan kebanyakan kawasan berada tahap sederhana iaitu antara 51 hingga 100 dan menyusut sejak Rabu lalu apabila beberapa kawasan dikesan berada pada tahap tidak sihat.

Sehubungan itu juga, orang ramai dinasihatkan tidak melakukan pembakaran terbuka dan melaporkan kes berkenaan kepada Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat di talian 999 atau dengan menghubungi Jabatan Alam Sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727.

Mereka yang tinggal di kawasan IPU tidak sihat dinasihat menggunakan alat penutup muka atau mengurangkan aktiviti luar bagi mengelakkan menghadapi masalah kesihatan.

metro/-

50 maut bahana pergolakan Myanmar

Posted: 16 Jun 2012 07:29 PM PDT

27 Rejab 1433H. [MOD] -

SEORANG remaja sedih melihat rumahnya yang dibakar di Sittwe.
Berpuluh-puluh lagi cedera dalam keganasan dua minggu di negeri Rakhine

SITTWE: Sekurang-kurangnya 50 orang terbunuh dan ramai cedera dalam pertempuran di negeri barat Myanmar semalam ketika Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran mengenai derita beribu-ribu penduduk yang kehilangan tempat tinggal akibat rusuhan itu.

Akhbar kerajaan, New Light of Myanmar, melaporkan 54 lagi cedera antara 28 Mei dan 14 Mei di negeri Rakhine berikutan keganasan antara penduduk Buddha tempatan dan orang Islam Rohingya.

Laporan tidak menyebut sama ada angka kematian terkini termasuk 10 penduduk Islam yang dipukul hingga mati pada 3 Jun oleh penduduk Buddha bagi membalas dendam berikutan seorang wanita Rakhine yang dirogol dan dibunuh, di mana ia menjadi punca keganasan.

Khamis lalu, seorang pegawai kanan tempatan berkata seramai 29 orang, 16 penduduk Islam dan 13 Buddha dibunuh tetapi kumpulan hak asasi dan sumber tempatan lain percaya angka sebenar di kampung pedalaman di Rakhine mungkin lebih tinggi.

Polis menguatkuasakan perintah berkurung di ibu negeri, Sittwe sepanjang malam dengan anggota pasukan keselamatan mengawasi keamanan, kestabilan dan keselamatan selepas rusuhan yang meletus memberikan satu cabaran serius kepada kerajaan Myanmar.

Hampir 31,900 penduduk kedua-dua pihak ditempatkan di 37 kem di seluruh Rakhine, kata pihak berkuasa di Sittwe pada Khamis, manakala beribu-ribu kediaman dibakar.
Satu pasukan PBB menyaksikan kemusnahan dalam lawatan dua hari ke wilayah itu berkata kira-kira 10,000 penduduk yang hilang tempat tinggal berlindung di Sittwe sendiri.

"PBB mendapati kemusnahan teruk penduduk Rakhine dan Islam di Sittwe adalah amat besar. Mereka berhadapan dengan kesukaran," katanya dalam satu kenyataan lewat kelmarin.

Berikrar untuk membantu kawasan terjejas, penasihat khas PBB Vijay Nambiar menggesa Myanmar menjalankan siasatan penuh, adil dan dipercayai terhadap pertempuran itu.

"Kami mahu pulang semula ke tempat kami untuk bersama keluarga dan anak-anak," kata seorang pemimpin Islam di Sittwe, Hla Myint, 56.

Diskriminasi sejak berdekad lalu menyebabkan penduduk Islam Rohingya tidak mempunyai negara dan dilihat sebagai kumpulan minoriti paling tertindas di dunia.

Kira-kira 800,000 penduduk Rohingya tinggal di Myanmar, kata PBB, kebanyakannya di Rakhine.

Kerajaan Myanmar menyifatkan Rohingya sebagai orang asing, manakala kebanyakan rakyat melihat mereka sebagai pendatang haram dari Bangladesh dan melihat mereka sebagai musuh.

Penduduk Buddha Rakhine dan Islam Rohingya di wilayah itu saling menuduh memulakan serangan terlebih dulu dan sejak beberapa hari penduduk tempatan dilihat di jalanan membawa pisau, pedang dan kayu.

Presiden Myanmar, Thein Sein memberi amaran bahawa keganasan boleh tercetus di negara yang baru mengamalkan demokrasi itu selepas beberapa dekad di bawah pemerintahan tentera.

Ia turut memberi dilema kepada pemimpin pembangkang Aung San Suu Kyi yang kini dalam lawatan bersejarah ke Eropah, di mana beliau berhadapan dengan tekanan dari Rohingya untuk bercakap mewakili mereka tetapi berisiko akan menimbulkan kemarahan di kalangan majoriti penduduk Buddha Myanmar. – AFP

Anak muda penentu undian PRU13

Posted: 16 Jun 2012 07:24 PM PDT

27 Rejab 1433H. [MOD] -

Ketika ini Dewan Rakyat sedang berlangsung dengan hangatnya. Wakil-wakil rakyat yang diberi mandat pada Pilihan raya lepas sedang sibuk membahaskan pelbagai rang undang-undang mahupun pertikaian-pertikaian pelbagai isu.

Mungkinkah ini merupakan sesi Dewan Rakyat yang terakhir sebelum PRU 13 diadakan. Perkara ini masih lagi menjadi persoalan yang mana Perdana Menteri masih lagi berminat bermain tarik tali, berteka teki tarikh sebenar PRU 13.

Apakah yang menjadi kebimbangan PM sehinggakan pecah kepala memikirkan tarikh yang sesuai untuk membubarkan parlimen dan secara tidak langsung memberi laluan kepada PRU diadakan?

Adakah BN takut akan tewas atau takut dipersalahkan kerana sebelum ini BN tidak pernah tewas dalam mana-mana pilihan raya umum.?

Pakatan Rakyat pula tidak sabar-sabar mahu merobek kubu-kubu kuat Barisan Nasional. PR semakin rancak melaung-laungkan amaran bahawa akan menggantikan BN sebagai kerajaan pusat. BN pula semakin gelisah dengan permain psikologi PR untuk menawan Putrajaya.

Namun, perlu diberi perhatian bahawa fenomena pengundian sekarang amat berbeza berbanding 3 ke 4 tahun dahulu. Jika dahulu pengundi mudah disogok dengan pelbagai gula-gula pilihan raya, mudah disogok dengan pelbagai projek express, mudah dikaburi dengan wang ringgit yang banyak.

Namun, hari ini perkara yang sama tidak mungkin akan berlaku. Hari ini penentuan kemenangan PRU akan datang adalah undian anak muda atau mahasiswa. Hal ini jelas apabila kedua-dua komponen parti PR dan BN sedang sibuk bergasak untuk memenangi hati anak muda. Dari tawarkan pendidikan tinggi percuma sehinggakan pelbagai program jalankan khusus untuk anak muda. Ternyata anak muda menjadi rebutan menjelang PRU ke 13.

Hari ini anak muda bagi pertama menjadi rebutan. Menjadi rebutan sang penguasa yang ingin kuasa. Jelas dari anak muda jangan jadikan peribahasa Melayu menjadi kenyataan "Habis madu sepah dibuang".

Di peringkat anak muda, jelas kami mahukan pemimpin yang bersih, amanah, dan adil, mendahulukan rakyat daripada kepentingan diri, mampu membawa kesejahteraan kepada negara. Kami tolak sama sekali pemimpin yang menggunakan kedudukan untuk mengumpulkan harta kekayaan, mendapatkan projek, mengayakan kaum keluarga, mengamalkan rasuah di sana sini, dan tidak mempraktikkan Islam sebagai cara hidup.

Anak muda bukan anak patung yang mudah ditipu daya. Kami mampu menilai yang mana baik yang mana batilnya. Sekiranya pemimpin sering membuat onar. Kami akan menghukum mereka di PRU 13 yang bakal tiba.

Anak Muda Pencetus Revolusi Kepimpinan Negara.

harakahdaily/-

Dihempap lampu jalan

Posted: 16 Jun 2012 07:14 PM PDT

27 Rejab 1433H. [MOD] -

IPOH – Seorang pelajar tingkatan empat maut dalam keadaan tragik apabila kepalanya dihempap lampu jalan selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas lalu merempuh tiang lampu berhampiran Kampung Kuala Pari Hilir, Menglembu di sini, kelmarin.

Hentaman kuat itu menyebabkan mangsa, Muhamad Aizat Idrus, 16, maut sertamerta ditempat kejadian akibat cedera parah di kepala manakala pemboncengnya yang hanya dikenali sebagai Azizul, 16, patah kaki kiri dan dihantar ke Hospital Raja Permasuri Bainun (HRPB).

Dalam kejadian jam 6.30 petang kelmarin, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Methodist ACS itu menunggang motosikal jenis Honda EX5 dipercayai terbabas sewaktu melalui kawasan selekoh berhampiran projek perumahan di kawasan tersebut.

Rakan mangsa, Muhammad Faiz Abd Rahim, 17, berkata, dia sempat mengajak Muhamad Aizat untuk bermain bola sepak bersamanya sebelum arwah beredar untuk bermain sepak takraw di kampung bersebelahan.

Menurutnya, dia mengetahui kejadian ketika terserempak mangsa berlumuran darah terbaring di bawah tiang lampu jalan.

"Arwah ada singgah di tepi padang untuk lihat kami bermain bola sepak. Dia menolak ajakan kami kerana mahu bermain sepak takraw.

"Ketika pulang, saya nampak ada orang ramai menutup mayat arwah dengan menggunakan surat khabar. Jenazah kemudian dihantar ke hospital dengan trak polis," katanya ketika ditemui Sinar Harian di perkarangan Unit Forensik HRPB di sini.

Sementara itu, bapa mangsa, Idrus Sujak, 48, berkata, dia mengetahui kejadian yang menimpa anak bongsunya itu selepas dimaklumkan oleh sepupunya yang kebetulan berada di lokasi kejadian.

"Saya tidak percaya dengan apa yang berlaku kerana saya tidak sedar arwah keluar rumah. Saya reda dengan ketentuan Ilahi," katanya. Idrus yang bekerja di Majlis Bandaraya Ipoh memberitahu jenazah anaknya dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Kuala Pari Hilir, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias mengesahkan kejadian tersebut.

sinar harian/-

N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 16 Jun 2012 07:31 PM PDT

N.27 - PAS DUN Sura


PRU-13 Selepas Aidilfitri ?

Posted: 15 Jun 2012 10:49 PM PDT

SHAH ALAM - Spekulasi tarikh Pilihan Raya Umum ke -13 (PRU13) berterusan! Sementara bulan Ramadan akan bermula dalam lima minggu manakala Bajet 2013 pula akan dibentangkan akhir September ini, spekulasi sebelum ini bahawa PRU kemungkinan besar dipanggil awal bulan depan dilihat 'terpaksa' dilupakan banyak pihak.
PRU13 selepas Aidilfitri?
Ahli-ahli politik, pemerhati dan anggota panel Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai pertimbangan dan perkiraan sendiri mengapa tarikh PRU13 sebelum Ramadan hanya tinggal ramalan.

baca artikel penuh...di sini.

Menang PRU-13...UMNO Akan Gadai Malaysia ?

Posted: 15 Jun 2012 10:08 PM PDT

Saturday, 16 June 2012

GEMPAR PANAS PUNYA KISAH!!!... ESOK TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN KE PERAK, AKAN DISAMBUT DENGAN PEMBERIAN HADIAH KISAH BANGUNAN UMNO BUKIT GANTANG DISITA SEBAB BERHUTANG LEBIH RM1.7JUTA...


Esok ketibaan Timbalan Perdana Menteri ke Bukit Gantang,Perak akan disambut dengan pemberian hadiah,  pejabat utama Umno Bahagian disita,  berikutan satu pertikaian dimahkamah.

baca artikel penuh...di sini.

DPP Gopeng

Posted: 16 Jun 2012 03:06 PM PDT

DPP Gopeng


Radzi terkejut Datuk Hamidah halau Ahli Parlimen Gopeng

Posted: 16 Jun 2012 06:10 AM PDT

Radzi terkejut Datuk Hamidah halau Ahli Parlimen Gopeng

Pengkalan Pegoh- 16 Jun 2012 

Program Ramah Mesra dan Dialog YB Datuk Hamidah ADUN Sungai Rapat bersama penduduk Taman Pegoh Aman cukup mengecewakan dan memalukan UMNO selaku parti memain peranan  bessar dalam isu Sekolah Agama Rakyat Taman Pegoh Aman. Peristiwa Datuk Hamidah menghalau Ahli Parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye dan Radzi Zainon (Penyelia Pusat Khidmat PAS DUN Sg Rapat) dari majlis Ramah Mesra berkenaan menampilkan jelas sikap angkuh dan sombong beliau terhadap rakyat, lawan dan kawan.
 Datuk Hamidah yang sepatutnya hadir pada pukul 3 petang hanya muncul pada pukul 4.10 petang selepas terkedu dengan kehadiran Radzi zainon pencabar rapatnya serta YB Dr Lee selaku Ahli Parlimen Gopeng yang hadir untuk berdialog dan memberi pandangan secara muhibbah.

"Dia halau Ahli parlimen yang kami pilih, ini bermakna dia (Datuk hamidah) juga menghalau kami penduduk taman Pegoh Aman yang berbangsa Cina dan India kerana kami yang pilih Dr. Lee", demikian luahan beberapa wanita berbangsa Cina yang turut hadir.

Menurut saudara Anuar Ibrahim Ketua cawangan PAS Pengkalan Pegoh, majlis itu bukan majlis penyokong UMNO tetapi majlis ADUN bersama rakyat menjelaskan isu bangunan misteri yang dikatakan untuk Sekolah Agama Rakyat yang dipertikaikan kerana menggunakan tanah padang rakyattanpa sebarang perundingan. Malah menurut Anuar, program itu dihebahkan melalui masjid-masjid ternyata ia majlis umum dan layak dihadiri oleh radzi mahpun YB Dr Lee sendiri.
" Saya tidak faham mengapa beliau mengahalau kami sedangkan kehadiran kami bersama penduduk berbangsa Cina dan India serta penyokong pakatan rakyat adalah untuk berdialog. Kenapa beliau katakan ini bukan majlis dialog dan tertutup untuk penyokong beliau sahaja. Mengapa saya katakan begini, kerana wanita yang hadir dalam khemah majoritinya bukan penduduk taman pegoh Aman yang bermasalah dengan bangunan misteri itu, sebaliknya mereka diangkut dari taman Desa Aman, Taman Pengkalan Pegoh dan Lahat Baru. Ini jelas menampilna beliau hanya ingin bercakap dengan penyokong UMNO tetapi diletakkan nama ramah mesra bersama rakyat", jelas Radzi zainon panjang lebar kepada Media Sungai Rapat.

Rata-rata pengundi Taman Pegoh Aman tidak bersetuju dengan tindakan Datuk Hamidah membina bangunan di padang yang digazetkan untuk kegunaan penduduk taman itu malah mereka membayarnya sebanyak RM 1000 seorang semasa membeli rumah di taman berkenaan. 

Selepas sahaja penyokong pakatan rakyat dan penbduduk berbangsa Cina dan India beredar dari khemah majlis yang diadakan di bangunan dewan Orang Ramai Pegoh Aman, Datuk Hamidah mula berceramah menghentam rakyat berbangsa Cina yang dikatakan cuba menentang hasrat umat Islam membina sekolah agama.

Lebih memalukan, Haji Nawawi Ketua Cawangan UMNO Desa Aman telah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang belia Cina dengan ungkapan 'lancau lu punya padang'. Adakah ini sikap sebenar seorang pemimpin melayu Islam?
Terdahulu Pakatan rakyat Gopeng telah membuat sidang media pada 6 Jun 2012 berhubung sikap Datuk Hamidah yang menyelar rakyat Pegoh Aman yang dikatakan cuba menentang sekolah agama rakyat. Walaupun penduduk telah memberi memorandum pada 4 Mei yang lalu untuk berdialog secara muhibbah dengan ADUN berkenaan, beliau bukan sahaja tidak melayani permintaan itu malah menyelar serta menemplak rakyat dalam 2 kenyataan Sinar Harian pada 31 Mei dan 2 Jun 2012. 

Kini beliau hadir atas nama dialog bersama penduduk tetapi menghalau penduduk taman yang sebenarnya,  kemudian hanya berucap di hadapan penyokong UMNO sahaja. 

Rakyat Taman Pegoh Aman berkata mereka akan menggandakan booklet khas yang disediakan oleh Sekreteriat Pakatan Rakyat Gopeng untuk menangkis isu fitnah terhadap penduduk Cina Taman Pegoh Aman dan akan memastikan rakyat sekitar taman berkenaan menolak calon UMNO di DUN Sungai Rapat.

Muhammad Nuruddin Bashah
Media Sungai Rapat

MENJAWAB FITNAH BERKENAAN ISU SEKOLAH AGAMA RAKYAT TAMAN DESA AMAN

Posted: 15 Jun 2012 04:21 PM PDT

KENYATAAN MEDIA PAKATAN RAKYAT GOPENG
TARIKH: 6 Jun 2012
MENJAWAB FITNAH BERKENAAN ISU SEKOLAH AGAMA RAKYAT TAMAN DESA AMAN

Latar Belakang
Mendapati pihak tertentu telah menyebarkan bahan sebaran fitnah yang bertajuk 'Jihad Mempertahan Pembinaan Sekolah Agama Rakyat Di Taman Desa Aman' yang telah diedar di seluruh kawasan Parlimen Gopeng, kami pihak Sekreteriat Pakatan Rakyat Parlimen Gopeng mengambil sikap untuk menjelaskan isu fitnah yang menuduh pemimpin Pakatan Rakyat membuat kolaborasi menentang pembinaan sebuah sekolah agama rakyat. Menyedari pemimpin PAS iaitu Saudara Radzi Zainon difitnah sebagai petualang menghalang pembinaan sekolah agama merupakan fitnah terbesar memandangkan teras perjuangan PAS sejak zaman Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri lagi adalah membela SAR walaupun dasar Dr Mahathir adalah menindas dan mendiskriminasi SAR.
Menyedari fitnah yang juga membabitkan PKR dan istilah 'kafir harbi' telah dihebahkan secara berleluasa tanpa takrifan yang sebenar memerlukan pihak kami untuk menjawab tuduhan liar ini untuk kefahaman rakyat Kawasan Gopeng.
Sejarah Sekolah Agama Rakyat Desa Aman
Sekolah  Agama Rakyat Desa Aman pada asalnya menggunakan ruang bawah Surau Desa Aman iaitu sebuah bangunan lama yang menempatkan hampir 200 orang pelajar. Pada tahun 2009, telah dibina bangunan surau yang  baru serta para pelajar dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Taman Pegoh  dan pada saat itu pelajar merosot ke jumlah 80 orang pelajar sahaja(telah 3 tahun beroperasi di Dewan Orang Ramai)
Jumlah pelajar menjadi merosot kerana keselesaan yang kurang dan para pelajar hanya dilonggok tanpa pengagihan kelas yang sempurna.
Pelajar dihalau ke khemah sementara
Namun begitu isu ini sebenarnya bermula apabila pada  Mac 2012 apabila pelajar dipindah ke bawah khemah di perkarangan surau atas arahan Ketua Cawangan UMNO Desa Aman.


UMNO salahguna Dewan Orang Ramai
Merujuk Sungai Rapat Online bertarikh 31 Mac 2012, arahan perpindahan ini dilakukan kerana Dewan Orang Ramai tersebut dalam persediaan untuk dijadikan bilik gerakan menghadapi pilihanraya.Lebih misteri selang dua minggu pelajar tergesa-gesa dipindahkan  semula ke Dewan Orang Ramai.  Isu ini berpunca daripada sikap salahguna harta awam untuk kegunaan politik parti UMNO.
Telah menjadi lumrah UMNO untuk menggunakan bangunan KEMAS, Dewan Orang Ramai atau balai raya untuk kegunaan parti kerana UMNO adalah parti yang tiada dana untuk membina markaz sendiri! Hal ini amat memalukan kerana mereka telah berjaya memgang kerajaan lebih setengah abad.
Rombongan Pakatan Rakyat, Saudara Radzi Zainon, En Megat Ikmal , Mejer (B) Yaakub, En Alias, telah  mengadakan 2 kali lawatan untuk mendengar rintihan pelajar dan guru yang dihalau keluar ke khemah tersebut selama 2 minggu.
Datuk Hamidah tergesa-gesa mengarahkan guru dan pelajar berpindah semula ke Dewan Orang Ramai kerana terkesan dengan gerak kilat Pakatan Rakyat mengunjungi khemah berkenaan. Tindakan Pakatan Rakyat yang menerjah ke khemah berkenaan sebenarnya telah membantutkan niat UMNO untuk menggunakan Dewan tersebut untuk tujuan kepartian. 
Projek bangunan 'mee segera'
Pihak kami juga dimaklumkan pihak Datuk Hamidah telah  mengumumkan perutukan RM 100 000 untuk membina sekolah agama secara tergesa-gesa.
Dalam keadaan tanpa perancangan awal sepertimana jawatankuasa  Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang biasa, tanpa prosedur MBI, JKR, Bomba  (tanpa pagar keselamatan/papan tanda signboard projek) yang selalunya mengambil masa 6 bulan hingga setahun.  Projek tersebut dibuat tanpa sesiapa tahu apakah status bangunan dan untuk apakah bangunan misteri itu dibina.
Jika ditinjau dari segi pengalaman Jawatankuasa SAR Desa Perlancongan, jangkamasa untuk memohon tapak sahaja memakan masa hingga setahun.


Tiada tembok penghadang keselamatan kawasan
Pembinaan secara terbuka dan keadaan ini pasti membahayakan
orang ramai.

Tidak ada papan tanda serahan kerja (nama Kontraktor dan
Akitek) atau kelulusan pihak kerajaan tempatan
Tujuan projek 'mee segera' Hamidah adalah kerana untuk mengambil juga Dewan Orang Ramai untuk tujuan kepartian. UMNO tidak boleh mendapat peruntukan kerajaan negeri untuk peruntukan bilik gerakan UMNO, disebabkan itulah sekolah agama segera perlu dibina untuk mengambil alih Dewan Orang Ramai secepat mungkin. Datuk Hamidah telah menyerah urusan projek bangunan misteri ini kepada sebuah syarikat kroninya tanpa melalui tender terbuka!
Reaksi Rakyat
Rakyat yang terdiri dari kaum Melayu dan Cina di kawasan berkenaan amat terkejut kerana kawasan padang mereka telah diceroboh. Mereka tidak tahu menahu berkenaan projek sekolah agama. Jika benarpun ingin membina sekolah agama selalunya jawatankuasa dibentuk dahulu dan penduduk tempatan akan dimaklumkan tambahan pula melibatkan penggunaan tanah padang rakyat.
Memorandum bertarikh 4 Mei 2012 ditujukan kepada Dato' Hamidah Osman, Datuk Haji Roshidi Datuk Bandar Ipoh yang disediakan  oleh Penduduk Taman Pegoh Aman.
Antara isi memorandum adalah:
·         Bantahan projek 'bangunan' di Taman Permainan Taman Pegoh Aman.
·         Penduduk berhadapan padang telah membayar RM 1000 semasa membeli rumah untuk kemudahan padang.
·         Dahulu TNB mengambil sedikit ruang kini bangunan pula dibina 'dipercayai' adalah Sekolah Agama Rakyat.
·         Tidak BERNIAT membantah pembinaan sekolah sebaliknya mohon pertimbangkan alternatif lain agar kepentingan penduduk asal tidak terabai.
·         Mohon adakan sesi dialog dengan penduduk (Datuk Hamidah tidak pernah turun berdialog)
Pada 29hb Mei 2012, sidang akhbar dipanggil di padang Taman Pegoh Aman dan disertai oleh seramai 80 penduduk tempatan. YB Dr Lee Boon Chye (Ahli Parlimen Gopeng), Ustaz Radzi Zainon (Timbalan YDP PAS Kawasan Gopeng), En. Megat Ikmal (Timbalan Ketua Cabang Gopeng) turut bersama penduduk tempatan.

Gambar penduduk Taman  Pegoh Aman terdiri dari kaum Melayu dan Cina yang membantah pembinaan bangunan misteri (haram) yang menggunakan tanah padang rakyat. Kerjasama penduduk ini dikatakan sebagai kerjasama kaum Islam dengan kafir harbi (non muslim yang wajib diperangi). Suatu tuduhan yang cukup rasis dan melampau.

Memorandum penduduk Taman Pegoh Aman
Image

Peta menunjukkan tanah lapang untuk kegunaan penduduk taman.

Bukti Ahli Parlimen Gopeng membuat surat susulan Memorandum apabila Datuk hamidah hanya mendiamkan diri tanpa jawapan untuk berdialog.
Reaksi UMNO dan pendukungnya.
Dalam  Sinar Harian bertarikh  31 Mei 2012 pula, UMNO yang menggunakan nama penduduk Taman Pegoh Aman telah menyelar YB Lee Bon Chai atas tuduhan menghalang pembinaan Sekolah Agama Rakyat. Lebih melucukan gambar memaparkan wakil penduduk yang dimaksudkan adalah pemimpin UMNO sekitar Pengkalan gate, Pengkalan Pegoh dan Desa Aman bukannya penduduk Taman Pegoh Aman yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Keratan Sinar Harian 31 Mei 2012
Isu ini menjadi bahan eksploitasi simpatism UMNO apabila risalah haram tanpa penerbit diedarkan sekitar masjid dan tempat awam Parlimen Gopeng. Istilah simpatism UMNO digunakan kerana tiada bukti nama UMNO yang menerbitkan risalah haram berkenaan walaupun pihak kami percaya isi risalah yang sarat dengan seruan perkauman dan jihad yang melucukan adalah idea pemimpin UMNO.


Risalah ini terang-terang adalah fitnah dan lebih kepada taktik biasa UMNO menerbitkan isu perkauman walaupun umum jelas bahawa UMNO tidak pernah berjuang mempertahan Sekolah Agama Rakyat sebelum ini. Mereka hanya menangguk di air yang keruh untuk mengambil kesempatan atas ketidakpastian dan kekeliruan rakyat terhadap pembinaan bangunan misteri tersebut.
Lebih menarik Ustaz Haji Jamaluddin Mudir SAR tersebut mengaku tidak pernah mengatakan sanggup mati demi mempertahankan bangunan misteri tersebut apabila dimeuramah oleh pihak Pakatan Rakyat.
Pada 2 Jun 2012 pula, Datuk Hamidah Osman telah mengeluar pula kenyataan melalui Sinar Harian bertajuk 'Mereka Tidak Sensitif agama' menyelar pembangkang yang dikatakan tidak menghargai usaha kerajaan negeri membina sekolah agama malah cuba menghasut rakyat berdemostrasi. Isu tidak menghargai usaha kerajaan tidak timbul memandangkan datuk hamidah sendiri tidak menceritakan kronologi isu sekolah berkenaan secara terperinci bermula isu pengusiran pelajar sekolah berkenaan dari Dewan Orang ramai ke dalam khemah ala pelarian selama 2 minggu. Datuk Hamidah juga tidak mendedahkan pula kenyataan pihak Sungai rapat Online (web UMNO) yang mengaku bahawa UMNO memerlukan Dewan Orang ramai untuk kegunaan parti UMNO menjelang pilihanraya. Inilah isu pengkhianatan yang sebenarnya. Datuk Hamidah hanya berani mengeluar kenyataan akhbar tetapi pengecut untuk berdepan dengan rakyat yang bersedia berdialog dengan beliau melalui Memorandum 4 Mei 2012 yang lalu.

Keratan Sinar Harian 2 Jun 2012
Apakah Isu sebenar?
·         Penduduk bukan membantah sebaliknya ingin berdialog  kerana awalnya projek mee segera itu tidak diketahui hujung pangkal kerana tiada perundingan/prosedur/papan tanda.
·         Penduduk hanya ingin tahu hak mereka memiliki padang rakyat dan bukannya  menentang sekolah agama.
·         Majoriti penduduk depan padang adalah penduduk Cina yang inginkan padang mereka.
·         Penduduk terkejut dan hanya tahu bangunan itu adalah sekolah agama apabila menerima risalah rasis yang dipercayai diedar oleh UMNO Gopeng dan merasa marah kerana dituduh menentang sekolah agama/Islam sedangkan projek itu tanpa perundingan, tanpa papan tanda.
·         Penduduk memahami bahawa pembinaan bangunan tanpa nama itu bertujuan menghalau para pelajar SAR ke sana dalam usaha UMNO untuk menakluki bangunan Dewan Orang Ramai.
·         UMNO sanggup merampas harta rakyat termasuk Dewan Orang Ramai untuk kegunaan sendiri dan merampaskan tapak padang demi mengaut publisiti murahan.
·         Bangunan didirikan tanpa kelulusan dan tidak mendapat persetujuan / persefahaman daripada penduduk tempatan, serta ia telahpun dilaksanakan kira-kira 30% kerja dan peruntukan kerajaan RM100,000.00 diberikan walaupun tiada kelulusan tanah.
·         YB Datuk Hamidah Osman sebagai Exco Kanan telah melanggar undang-undang dan beliau bersikap angkuh kerana tidak mempedulikan suara rakyat untuk berdialog.
·         Kerajaan negeri seharusnya memberikan tanah alternatif kepada SAR tersebut supaya tapak  pembinaan SARyang baru adalah lebih sesuai dan strategik.
·         Projek tersebut jelas adalah projek mi segera oleh Exco Kanan Perak / ADUN Sungai Rapat, YB Datuk Hamidah Osman. 
·         Setelah meninjau pelan yang didapati di Pejabat Tanah Manjoi dan DBI, tapak pembinaan tersebut masih belum digazetkan sebagai tapak sekolah dan projek pembinaan juga dilaksanakan tanpa kelulusan DBI.
Sebagai sisipan disertakan senarai pengkhianatan UMNO terhadap SAR dan Agama Islam.
·         Melanggar keputusan Majlis Fatwa yang mengharamkan bertafakur depan tugu negara.
·         Menutup Surau Jubli Perak Bandar Baru Bangi yang mendirikan solat Jumaat, Imam ditangkap, tikar digunting.
·         Meroboh Masjid Bujal Kemaman.
·         Roboh surau Berembang Ampang Selangor 30 November 2006.
·         Surau Ar Rahman Sek 8 Shah Alam diarahkan tutup pada 2007.
·         Hapuskan tulisan jawi dalam mata pelajaran bahasa melayu.
·         Sekat bantuan perkapita SAR zaman Dr Mahathir menjadi PM.
·         Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak (Pakatan Rakyat) akan mengembalikan semula bantuan berjumlah RM1.3juta kepada 18 buah sekolah Agama Rakyat di Negeri Perak bagi tahun 2008. Bantuan kepada sekolah agama rakyat telah dinafikan oleh kerajaan BN/Umno yang memerintah Perak dahulu sejak pentadbiran Tun Mahathir.
UMNO perlu malu dengan tindakan sendiri.
Suatu ketika dahulu semasa Ketua Cawangan UMNO Taman Desa Aman, al Marhum Abd Hadi Bin Mat Jasak telah  bersusah payah bersama dengan Tuan Haji jamaludin (Mudir SAR sekarang) turun naik berurusan dengan kerajaan untuk mendapat kawasan lapang sebelah surau untuk membina (kini 12 unit kedai) sekolah SAR dan pembesaran surau.
Namun yang mengecewakan selepas 2 minggu arwah meninggal dunia, secara  tiba-tiba kawasan tersebut telah dimajukan untuk projek lain (kini adalah  rumah kedai 12 unit). UMNO perlu malu dengan usaha Al Marhum  yang sepatutnya diambil kira dan dipandang oleh UMNO jika UMNO benar-benar mengambil berat isu SAR.
Gesaan Kami
UMNO dan pemimpinnya perlu 'gentlemen' memohon maaf dengan penduduk yang telah mengeluarkan memorandum kerana beberapa kenyataan media yang dikeluarkan melalui akhbar telah menghina dan memperlekeh tindakan penduduk yang ingin berdialog secara terbuka dan sihat.
Datuk Hamidah perlu mengubah sikap agar bersedia berdialog dengan rakyat. Sikap beliau yang gemar menyerang rakyat dan terutamanya kaum Cina akan menambahkan lagi  sindrom penolakan UMNO-BN dikalangan rakyat bukan Melayu.
Kami juga menggesa UMNO menghentikan tindakan keji menggunakan prasarana awam untuk kegunaan parti kerana ia menampilkan kelemahan utama UMNO iaitu tidak mampu berdikari serta tidak layak bergelar parti pemerintah.
TERBITAN : Sekreteriat Pakatan Rakyat Parlimen Gopeng
37A Medan Lagenda 1, Taman Lapangan Permai, Jalan Gopeng, 31350 Ipoh Perak.
Tel/Fax : 05-311 4608

Qunut Nazilah untuk Rohingya di Myamar

Posted: 15 Jun 2012 04:20 PM PDT


 
Assalamualaikum w.b.t
Saudara seIslam kita di Myanmar sedang ditimpa musibah:
10th June 2012:
The racist Rakhines with the co-operation of riot police (Hluntin) set on fire to nearly 1000 houses in the Rohingya villages in Sittwe( Akyab), the capital of Arakan State and over 100 killed and more than 300 wounded by Rakhine racists and security personnel. After setting fire in different villages, the security forces are in cordon the areas. When the Rohingya villagers try to distinguish and intentionally fired to them.

Oleh itu, menjadi kewajipan untuk umat Islam membantu saudara seIslam kita di sana. Antara bantuan yang penting ialah bantuan doa qunut. Umat Islam juga diseur menyertai perhimpunan Solidariti Untuk Umat Rohingya di Masjid Negara Ahad ini, 17 Jun 2012 jam 10.00 pagi.
Apakah itu Doa Qunut?

Menurut ulama' feqah, doa qunut merupada doa yang dibaca pada saat tertentu ketika berdiri di dalam solat.
Seandainya sesuatu bencana menimpa umat Islam, disyariatkan untuk membaca doa qunut selepas bangun daripada ruku' pada rakaat yang terakhir dalam solat fardhu lima waktu, sehinggalah Allah s.w.t menghilangkan bencana itu daripada umat Islam.
[Lihat Tashih ad-Dua' oleh Shaikh Bakr Abu Zayd, m/s 460]
Apakah Itu Qunut Nazilah?
Apabila kita membaca doa qunut nazilah, kita hendaklah membaca doa yang bersesuaian dengan situasi yang sedang berlaku. Ini sebagaimana yang diriwayatkan daripada Nabi s.a.w di mana baginda s.a.w melaknat sebahagian kabilah Arab yang mengkhianati dan membunuh sahabat-sahabat baginda s.a.w. Baginda s.a.w juga turut berdoa agar Allah menyelamatkan umat Islam di Mekah yang lemah dan ditindas. Saidina 'Umar r.a pernah berdoa dengan doa berikut:

اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْتَعِينُكَ وَنُؤْمِنُ بِكَ , وَنَتَوَكَّلُ عَلَيْكَ وَنُثْنِي عَلَيْكَ الْخَيْرَ وَلَا نَكْفُرُكَ , اللَّهُمَّ
 إِيَّاكَ نَعْبُدُ ، وَلَكَ نُصَلِّي وَنَسْجُدُ ، وَإِلَيْكَ نَسْعَى وَنَحْفِدُ , نَرْجُو رَحْمَتَكَ وَنَخْشَى عَذَابَكَ
 , إِنَّ عَذَابَكَ بِالْكَافِرِينَ مُلْحَقٌ , اللَّهُمَّ عَذِّبْ كَفَرَةَ أَهْلِ الْكِتَابِ الَّذِينَ يَصُدُّونَ عَنْ 
سَبِيلِكَ
Ya Allah, kami memohon pertolongan Mu dan beriman kepada Mu. Kami bertawakkal kepada Mu, kami memuji Mu dengan kebaikan dan kami tidak kufur kepada Mu. Ya Allah, hanya Engkau yang kami sembah. Kepada Engkau kami solat dan sujud, kepada Engkau kami berusaha. Kami mengharap Rahmat Mu, Kami takut kepada azab Mu. Sesungguhnya azab Mu pasti akan menimpa golongan yang kafir. Ya Allah, azablah golongan kafir Ahlil Kitab yang menghalang kami daripada jalan Mu!
[Riwayat al-Baihaqi 2/210. Shaikh al-Albani menyatakan ia sahih di dalam al-Irwa' 2/170]
Bolehkah kita berdoa dengan doa selain daripada yang disebut di atas?
Jawapannya:
Boleh. Imam an-Nawawi menyebutkan di dalam al-Majmu' (3/497): Pendapat yang tepat ialah sebagaimana yang dinyatakan oleh kebanyakan ilmuan Islam bahawa tiada lafaz yang spesifik, jadi apa-apa sahaja doa boleh dibaca.
Riwayat bacaan doa 'Umar r.a di atas bukanlah sesuatu yang mesti kita ikuti. Bahkan Rasulullah s.a.w sendiri tidak berdoa menggunakan lafaz tersebut. Oleh kerana itu, tiada masalah untuk kita menambah isi kandungan doa tersebut. Sheikh al-Albani berkata: Tiada masalah untuk menyebut apa-apa tambahan lagi di dalam doa tersebut, seperti melaknat golongan kafir, berselawat ke atas nabi s.a.w dan mendoakan kaum Muslimin.
[Qiyam Ramadhan oleh Shaikh al-Albani, m/s 31]
Oleh itu kita boleh edit doa di atas dengan mengubah hujung doanya:
Teks asal:
اللَّهُمَّ عَذِّبْ كَفَرَةَ أَهْلِ الْكِتَابِ الَّذِينَ يَصُدُّونَ عَنْ سَبِيلِكَ
Yang bermaksud: Ya Allah, azablah golongan kafir Ahlil Kitab yang menghalang kami daripada jalan Mu!

Kita tukar kepada:

اللَّهُمَّ عَذِّبْ الْكَفَرَةَ الْبُوذِيِّينَ مِن رَاخِن الَّذِينَ يَصُدُّونَ إِخْوَاننا عَنْ سَبِيلِك

Ya Allah, azablah golongan kafir Buddha bangsa Rakhin yang menghalang saudara kami daripada jalan Mu.


Bilakah dia ini patut dibaca dalam solat?
Kebanyakan hadis dan pendapat ulama' menyatakan bahawa ia dibaca selepas bangun daripada ruku'. Akan tetapi, seandainya kalian membaca doa qunut sebelum ruku', ia tetap juga diterima. Oleh kerana itu, anda memiliki pilihan dalam melakukan ruku', iaitu sama ada melakukan ruku' selepas selesai membaca surah daripada al-Quran dan kemudian membaca doa Qunut selepas bangun daripada ruku', ataupun membaca doa Qunut selepas selesai membaca surah daripada al-Quran, dan selepas itu baru ruku'. Kedua-dua cara ini diriwayatkan dalam sunnah nabi s.a.w.
[Shaikh Muhammad bin al-Uthaimin, al-Sharh al-Mumti', 4/64]
Membaca Amin dengan kuat dalam Qunut Nazilah
Shaikh al-Uthaimin berkata: Apabila kita menyatakan bahawa qunut boleh dibaca dalam solat fardhu lima waktu. Seandainya solat itu dibaca kuat (seperti Subuh, Maghrib dan Isya'), maka doa itu hendaklah dibaca kuat jua. Dan jika solat itu dibaca perlahan (Zuhur dan Asar), doa qunut tetap perlu dibaca kuat. Ini terbukti melalui sunnah nabi s.a.w yang biasa membaca doa qunut dan Jemaah akan mengaminkannya. Sudah pasti mereka tidak akan dapat menyebut amin melainkan doa qunut itu dibaca dengan kuat walaupun di dalam solat yang al-Quran dibaca dengan perlahan. [al-Sharh al-Mumti' 4/47]
Rujukan: Qunoot during salaah- http://islamqa.com/en/ref/20031/qunoot
Saying Ameen out loud in Qunoot al-nawaazil (Qunoot of calamities)- 
http://islamqa.com/en/ref/113994/qunoot
Berita berkaitan Rohingya boleh dibaca di sini:

Dupahang's Weblog

Posted: 16 Jun 2012 11:36 AM PDT

Dupahang's Weblog


Ramai sungguh para pejuang Melayu dalam Umno

Posted: 16 Jun 2012 01:31 AM PDT

 Tolak Anwar untuk selamatkan negara Mohamad Ezam Mohd. Noor (tengah) berbincang sesuatu dengan Ketua UMNO Bahagian Pengkalan Chepa, Datuk Dali Hussin (kiri) pada Program Ceramah 'Sumpah Keramat TIBAI 2012' di Dewan UMNO Negeri Kelantan, semalam. Seperti apa yang Dr Maszlee Malek nyatakan dalam wawancara terdahulu dengan Malaysiakini, beliau menyatakan poltik Malaysia perlulah mengamalkan politik matang [...]

Siapa Sultan yang tidak menunaikan haji kerana sibuk membela nasib umat Islam?

Posted: 16 Jun 2012 01:28 AM PDT

“Beliau ialah Sultan Salahuddin Al Ayubi, seorang Sultan yang hidup dalam keadaan miskin, tidak pernah membayar zakat kerana dia tidak mempunyai harta yang cukup nisab. Bahkan harta yang ditinggalkannya tidak cukup untuk pengkebumiannya. Keluarganya terpaksa meminjam wang untuk menanggung belanja pengkebumian ini. Bahkan kain kafan pun diberikan oleh seorang menterinya. Dalam catatan (buku Bahauddin bin [...]

Ribuan iringi perjalanan akhir Ustaz Yahya

Posted: 16 Jun 2012 01:22 AM PDT

MACHANG: Ribuan rakyat Kelantan mengiringi perjalanan akhir bekas Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS, almarhum Datuk Ustaz Yahya Othman, 73 di Kampung Labok pagi tadi. Sejak pagi lagi orang ramai datang bagi merakamkan ucapan takziah sambil menunggu menunaikan solat jenazah. Di kiri kanan jalan sesak dengan kenderaan. Turut hadir Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul [...]

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 16 Jun 2012 11:14 AM PDT

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


Santai Bersama Ustaz Yusof Embong dan Abby Abadi di Surau Kampung Jaya

Posted: 16 Jun 2012 03:58 AM PDT











Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 16 Jun 2012 09:33 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Siapa dia Dato’ Haji Abu Hasan bin Haji Sail?

Posted: 16 Jun 2012 03:53 AM PDT

Pada 7 Mei 2011 secara rasminya Sekolah Menengah Agama Pedas telah ditukar namanya kepada Sekolah Menengah Agama Dato' Haji Abu Hassan Bin Haji Sail. Mungkin ramai yang masih tertanya-tanya, khususnya orang Rembau siapa Dato' Haji Abu Hasan bin Haji Sail ini?

Dato' Haji Abu Hasan bin Haji Sail – dilahirkan pada 6 Ogos 1922 di Kg. Pulau Bukit Chengkau, Rembau, Negeri Sembilan. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan pulau Besar Rembau, Negeri Sembilan dari tahun 1929 hingga tahun 1933. Kemudian beliau menyambung pelajarannya di Madrasah al-Sa'idiyyah Kg. Pondok, Rasah dibawah pimpinan allahyarham Sheikh Haji Ahmad.
Di madrasah ini beliau menimba ilmu-ilmu seperti Tauhid, Feqah, Tasawwuf, Tafsir, Hadith, Tajwid dan Tahfiz al-Quran. Tidak ketinggalan juga beliau diajarkan Ilmu Bahasa Arab seperti Nahu, Balaghah, Saraf, Nusus, Imla' dan Bayan. Tarbiyah yang diterima oleh beliau di Madrasah ini merupakan sebagai permulaan sebagai ulama' tempatan. Pada tahun 1937 beliau berangkat ke Timur Tengah untuk menyambung pelajarannya sehingga tahun 1945.
Semasa pengajiannya beliau tergolong bersama pelajar yang pintar dan mempunyai daya ingatan yang kuat. Tidak hairanlah sekembali beliau ke tanah air Kerajaan Negeri Sembilan telah melantik beliau memegang beberapa jawatan penting di negeri ini. Antara jawatan yang pernah beliau sandang ialah :
•Mudir Sekolah Agama Menengah Tinggi Seri Menanti, Kuala Pilah (1959 – 1961)
• Kadhi Besar Negeri Sembilan yang Pertama (1961 – 1969)
• Pemangku Mufti Kerajaan Negeri Sembilan (1963 – 1969)
• Mufti Kerajaan Negeri Sembilan yang kedua (1969 – 1987)
Penghormatan masyarakat sekitar terhadap beliau terlalu tinggi, beliau dikenali sebagai ulama' yang tidak pernah membezakan taraf seseorang. Beliau juga dikenali seorang yang pendiam, tidak banyak bercakap dan bercakap jika dirasakan perlu. Sikap beliau yang demikian menyebabkan orang lain terpaksa berhati-hati apabila hendak berbual atau bergurau dengannya. Sepanjang beliau menjadi Mufti Kerajaan Negeri beliau sentiasa berlembut dalam memberi nasihat kepada pemerintah. Sikap seperti ini jauh berbeza dengan arwah gurunya Sheikh Haji Ahmad yang sentiasa tegas.
Kewibawaan dan ketokohan beliau dalam perkhidmatan membuatkan beliau menjawat dalam jawatan ini selama 18 tahun. Beliau kembali ke rahmatullah pada 10 Zulkaedah 1414H/1993M.


Majlis Perasmian Sekolah dan Anugerah Kecemerlangan Kali ke 15 Sekolah Menengah Agama Pedas telah diadakan pada 7 Mei 2011 (Sabtu) bertempat di SM Agama Pedas. Dalam majlis tersebut secara rasminya SM Agama Pedas telah ditukar namanya kepada SM Agama Dato' Haji Abu Hassan Bin Haji Sail.

Kes ragut yang berlarutan

Posted: 16 Jun 2012 03:37 AM PDT

Apakah hukuman yang sesuai kepada peragut ini jika dia berjaya ditangkap, didakwa, dibicarakan dan didapati bersalah di mahkamah? Seolah-olah tiada kesudahannya kes ragut di Malaysia ketika ini.

Guru KAFA Patah Tangan Akibat Diragut Penunggang Motosikal
Sabtu Jun 16, 2012

KUALA TERENGGANU: Seorang guru kelas Agama Fardhu Ain (KAFA) patah tangan kiri akibat diragut dua penunggang motosikal di Kampung Seberang Baruh malam Jumaat.
Nor Azlina Mat Jusoh, 38, turut malang apabila kehilangan duit gaji kira-kira RM500 yang disimpan untuk membayar sewa rumah, ansuran motosikal dan keperluan lain.
Dalam kejadian kira-kira 9 malam itu, dia sedang menunggang motosikal apabila dihimpit dua penunggang berkenaan yang menunggang sebuah motosikal Honda Ex-5 sebelum mereka merampas beg tangannya yang diletakkan di dalam raga motosikalnya.
"Saya memang tidak mengesyaki apa-apa dengan tindakan mereka mendekati saya kerana ketika itu jalan agak sibuk. Mereka memakai topi keledar menutup muka yang datang dari arah belakang dan terus mengambil beg tangan saya.
"Naik marah dengan tindakkan itu, saya bertindak mengejar mereka, namun saya terjatuh ketika membuat pusingan U berhampiran tempat kejadian," katanya.
Nor Azlina berkata para peragut berkenaan terus memecut motosikal mereka sementara dia dibantu orang ramai dan dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah.
Dia yang bertugas di Sekolah Kebangsaan Kubang Ikan di sini berkata kejadian ragut itu merupakan kali kedua dialaminya selepas 10 tahun lalu.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Zamri Samsuddin mengesahkan kejadian itu.-BERNAMA

Kerja sebagai jurutol pun tak selamat lagi di Malaysia

Posted: 16 Jun 2012 03:20 AM PDT


Hanya kerana RM2,000 penjenayah kejam ini sanggup menembak 2 orang jurutol hingga parah, salah seorang darinya sedang sarat mengandung. Apakah prosedur kebiasaan PLUS wang tunai hasil kutipan tol dibawa dengan motosikal tanpa pengawal?

Jurutol ditembak, dirompak RM2,000
15 Jun 2012

SEREMBAN - Dek kerana duit RM2,000, dua jurutol Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) cedera ditembak sebelum disamun perompak berhampiran Plaza Tol Seremban susur keluar ke arah utara di sini kelmarin.
Semasa kejadian pukul 9.57 malam itu, mangsa Nurijah Rosli, 24, dan Mohd. Haffiz Zamri, 26, menaiki sebuah motosikal dari Plaza Tol Seremban susur masuk ke Seremban dari arah utara menuju ke pejabat syarikat itu.
Pejabat PLUS itu terletak berhampiran persimpangan susur keluar ke arah utara.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, semasa itu kedua-dua mangsa dalam perjalanan menghantar wang kutipan harian berjumlah RM2,000 ke pejabat PLUS itu yang terletak kira-kira 200 meter dari Plaza Tol Seremban.
Menurut beliau, ketika kedua-dua mangsa mahu membelok masuk ke kawasan pejabat PLUS, tiba-tiba muncul sebuah kereta Proton Wira memintas motosikal ditunggangi dua mangsa.
"Seorang lelaki di dalam kereta itu yang bersenjatakan pump gun melepaskan tiga das tembakan ke arah kedua-dua jurutol menyebabkan mereka terjatuh.
"Suspek kemudian merampas beg kecil mengandungi wang yang dipegang salah seorang mangsa," kata beliau dengan memberitahu kereta tersebut kemudian dipandu laju ke arah Sendayan.


Raungan isteri kena tembak
15 Jun 2012

SEREMBAN: "Tolong sakit...sakit." Begitu raungan menyentuh hati seorang jurutol wanita yang mengandung dua bulan apabila parah ditembak penyamun dalam kejadian samun dan tembak berhampiran Plaza Tol Seremban-Labu, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 9.57 malam itu, Nurijah Rosli, 24, dan rakan sekerjanya, Mohd Hafiz Zamri, 26, parah selepas ditembak penjenayah terbabit menggunakan 'pump gun' sebaik kedua-dua mangsa selesai syif.

Difahamkan suspek yang lebih daripada seorang terbabit menaiki sebuah kereta ketika melakukan samun itu dan kedua-dua mangsa diiringi seorang pengawal tidak bersenjata.

Suami mangsa, Faizul Abdul Latif, 31, berkata, dia dihubungi rakan sekerja isterinya memberitahu mangsa ditembak penjenayah yang menyamun duit kutipan tol RM2,000.

"Lebih memilukan, saya mendengar jelas isteri meraung kesakitan dalam telefon dan bergegas ke tempat kejadian untuk melihat keadaannya.

"Bagaimanapun, sebaik tiba di tempat kejadian, saya diberitahu polis, isteri sudah dihantar ke hospital dan melihat motosikal yang ditunggang isteri dipenuhi darah, manakala terdapat beberapa kesan tembakan pada motosikal itu," katanya ketika ditemui di Unit Kecemasan Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), di sini, semalam.

Katanya, sebaik tiba di hospital, dia terkejut melihat keadaan isteri yang berlumuran darah, malah isterinya meraung kesakitan ketika doktor mahu membuang peluru di belakang badan.

"Saya bimbang kandungan isteri terjejas dan paling menyentuh hati apabila dia (isteri) trauma memberitahu takut melihat penjenayah mengacu senapang ke arahnya dan meraung. "Patutlah saya berasa tidak sedap hati apabila isteri tidak pulang ke rumah sebaik selesai syif sehingga jam 10.30 malam," katanya. Faizul berkata, anak sulungnya, Mohd Ashraf Azim, lapan bulan, seperti mengetahui kejadian buruk menimpa ibunya apabila tidak lena tidur dan menangis tanpa henti pada malam kejadian. Menurutnya, isterinya sudah bekerja di tol berkenaan hampir dua tahun lalu dan itu kejadian pertama dialami.

"Tidak sangka penjenayah melakukan perkara itu terhadap wanita mengandung hanya kerana mahu menyamun RM2,000. Saya harap kejadian ini menjadi pengajaran kepada semua supaya berhati-hati apabila membawa banyak wang," katanya.

Sementara itu, bapa Mohd Hafiz yang juga anggota polis berpangkat sarjan, berkata, dia diberitahu kejadian itu oleh rakan sekerjanya mengatakan anak sulungnya itu cedera ditembak penjenayah. "Saya bersama isteri terus bergegas ke hospital untuk melihat anak dan kini dia dilaporkan stabil. "Bagaimanapun, Mohd Hafiz dilaporkan hancur tulang paha kanan terkena peluru penabur dan dihantar ke Hospital Serdang, Selangor untuk rawatan lanjut," katanya.


Dua Jurutol Plus Cedera Terkena Tembakan
Jumaat Jun 15, 2012

SEREMBAN: Dua orang jurutol Projek Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) cedera terkena tembakan dalam kejadian samun di plaza tol Seremban susur keluar ke arah utara di sini, 9.57 malam Khamis.
Ketua Polis Daerah Seremban ACP Saiful Azly Kamaruddin berkata ketika kejadian, mangsa, Nurijah Rosli, 24, dan Mohd Haffiz Zamri, 26, yang menaiki motosikal untuk memindahkan wang kutipan tol di pejabat Plus di plaza tol Seremban susur keluar ke arah utara, tiba-tiba dihalang sebuah kereta sebelum salah seorang daripada lelaki di dalam kereta tersebut melepaskan tembakan ke arah mereka.
"Nurijah yang menunggang motosikal tersebut cedera di bahagian belakang badan manakala Mohd Haffiz cedera di kaki kanannya. Siasatan awal mendapati tiga das tembakan dilepaskan menerusi pump gun. "Setelah motosikal dan kedua-dua jurutol itu jatuh, penjenayah kemudian merampas beg duit yang mengandungi wang tunai RM2,000 daripada mereka sebelum memecut ke arah Sendayan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.Katanya mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar di sini.
Katanya ekoran kejadian itu pihak polis akan melihat kamera litar tertutup (CCTV) yang ada dan gerakan memburu penjenayah sedang dijalankan.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP Hamdan Masjid berkata polis berjaya menahan seorang lelaki yang dikehendaki bagi membantu siasatan berhubung kes penemuan mayat lelaki berumur 50-an dengan kesan tikaman di tepi jalan utama Linggi-Lubuk Cina, Rembau pada 15 Mei lepas.
Katanya Ausman Mohd Dahlan atau lebih dikenali dengan panggilan Din, 50, ditahan di kawasan Pasir Panjang, Port Dickson pada kira-kira pukul 11.30 malam, Rabu lepas.
"Lelaki itu kini ditahan reman sehingga 19 Jun. Ausman, seorang dukun dipercayai orang terakhir yang sepatutnya ditemui simati. Kami yakin Ausman dapat membantu polis menyelesaikan kes ini.
"Sebelum itu, polis menahan tiga lelaki berumur 30-an di Perak dan berjaya merampas sebuah kereta dipercayai digunakan simati semasa keluar rumah," katanya. - BERNAMA



Tempat letak kereta, lif, tak selamat untuk wanita

Posted: 16 Jun 2012 03:16 AM PDT

Wanita makin tak selamat, terutama di tempat letak kereta pusat beli belah, bahkan dalam lif. Beberapa wanita mangsa jenayah, rompakan, culik mula membuka mulut mereka. Betapa tidak selamatnya wanita di Malaysia ketika ini. Di mana silapnya, apakah statistik penurunan jenayah menurun kerana mangsa tidak mahu membuat laporan polis kerana ianya hanya lebih membebankan dari segi masa dengan karenah birokrasi, soal siasat dan sebagainya?

Women hit back online
Saturday June 16, 2012

PETALING JAYA: Refusing to be cowed, more victims of assaults in carparks are speaking up openly about their ordeal on social media sites, keeping the spotlight on cases of crimes against women.
In the past two weeks, at least three Facebook users have posted accounts of attacks in various carparks at shopping centres.
One post, put up by "Yvonne Low" described an assault on her aunt and cousin by two men in a Cheras mall.
"One of them crept up on my aunt and bashed her head, while the other chased my cousin who managed to escape," she wrote on her post dated June 3, which included pictures of the victim's injuries.
The outcome? "A stolen purse, a serious head injury, horrifying memory and physical plus emotional damage," she said.
Her post has been shared 2,476 times so far.
Another incident involved a woman who was attacked by a man in the carpark of a mall in Kuala Lumpur while his two friends watched.
The post, written by one "Monica Yap" on behalf of the victim, who was her colleague, urged women to be alert while getting in and out of their cars at parking lots.
A check on Chin Xin-Ci's Facebook wall showed that the Internet marketeer has also been keeping up to date on events, calling for measures to be taken to ensure public safety.
Chin's story about her near abduction on May 27 has been shared about 51,000 times.
Online women's magazine Venusbuzz has also taken the initiative to champion the safety of women and children in public spaces with its CARing project.
The project featured on www.venusbuzz.com includes articles and how-to guidelines to educate women on safety precautions, as well as a "Rate Our Carparks" system for readers.
"If a carpark gets a very bad rating, we will bring it up to the management of that car park," said its founder Anna Chew.




Two women fall victim in malls
Saturday June 16, 2012

A WOMAN was robbed and beaten up in a car park of a shopping mall in Kuala Lumpur on Tuesday, reported China Press.
The daily also highlighted the plight of another woman who was nearly abducted in a lift of another shopping centre, also in Kuala Lumpur, on Thursday.
In the first incident, a 41-year-old manager was dragged by a man to a staircase before being beaten and robbed of her purse.
The manager was getting into her car after having a facial treatment at the mall about 6pm.
Recounting the harrowing experience, she said she used her handbag to protect herself but the man continued to attack her.
Her screams attracted the attention of two men who came to her rescue, causing the man to snatch her purse, containing about RM300, and run.
The manager claimed that she had complained to the management of the shopping mall but "they did not seemed to be concerned".
She claimed that they dismissed the matter, telling her that she was "merely unlucky" to have encountered such incident, it reported.
In the second case, a woman had entered a lift heading towards the car park of the shopping complex on Thursday.
There were three men in the lift. As soon as the door closed, one of the men grabbed her from behind while the two others threatened her not to scream.
However, the lift opened at another floor and the people who were waiting to get into the lift were shocked at what was going on. Seeing this, the three men ran off.
A police report has been lodged.

Dari mana para remaja ini belajar jadi samseng?

Posted: 16 Jun 2012 03:15 AM PDT

Hasrat seorang guru yang ingin membantu tidak kesampaian apabila guru tadi juga menjadi mangsa serangan. Nampaknya bukan polis dan anggota RELA sahaja perlu diletakkan di sekolah-sekolah seluruh Malaysia, mungkin selepas ini ada cadangan menempatkan anggota tentera dan komando di sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Sekolah pun dah tak selamat di Malaysia ketika ini.

Geng samseng gempur sekolah
15 Jun 2012

KAJANG: Sekumpulan lebih 40 remaja bersenjatakan kayu, batang besi, cota dan topi keledar bertindak samseng ketika menyerang 30 pelajar sebuah sekolah menengah di sini, yang keluar melalui pintu pagar selepas selesai waktu persekolahan, semalam.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, lebih 10 pelajar cedera manakala seorang guru kanan sekolah itu luka teruk di kepala akibat dibaling dengan topi keledar ketika cuba meleraikan pergaduhan terbabit selain dua motosikal rosak teruk.

Kejadian dipercayai berlaku akibat salah faham antara kumpulan remaja samseng terdiri daripada bekas pelajar sekolah berkenaan yang dibuang sekolah bersama kumpulan rakan dewasa mereka dengan beberapa pelajar sekolah itu.

Saksi kejadian yang juga pekerja sekolah berkenaan berkata, pergaduhan itu berlaku sebaik sesi pagi persekolahan tamat dan pelajar keluar dari perkarangan sekolah sebelum diserang kumpulan remaja samseng yang menunggu mereka di luar pagar.

"Sebaik beberapa pelajar yang dipercayai menjadi sasaran kumpulan terbabit keluar dari pintu pagar, semua remaja yang berkumpul di luar itu menyerang mereka menggunakan senjata.

"Keadaan semakin kecoh dan ganas apabila puluhan pelajar lain yang berada di kawasan sekolah keluar membantu rakan mereka yang diserang," katanya yang ditemui di tempat kejadian, semalam.

Katanya, kejadian itu dimaklumkan kepada seorang guru kanan sekolah yang kemudian cuba meleraikan pergaduhan dengan menarik pelajar masuk semula ke kawasan sekolah.

"Guru itu cuba meleraikan pergaduhan dan menarik beberapa pelajar yang membelasah seorang daripada kumpulan terbabit.

"Ketika dia (guru) ingin membantu seorang remaja samseng yang terbaring atas jalan akibat dibelasah teruk, tiba-tiba seorang daripada kumpulan yang bergaduh itu membaling topi keledar dengan kuat ke arah guru berkenaan hingga terkena kepalanya," katanya.

Menurutnya, kumpulan remaja yang melakukan serangan itu bertempiaran lari selepas beberapa anggota polis bermotosikal menuju tempat kejadian dan guru serta beberapa pelajar yang cedera dihantar ke hospital berhampiran.

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 16 Jun 2012 09:17 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


Selamat Hari Bapa......Bapa tunggak generasi idaman

Posted: 16 Jun 2012 09:17 AM PDT

 Pengkalan Batu
DUN SELAT KLANG
16.6.12

DUN Selat Klang meraikan Hari Bapa untuk mengiktirafkan pengorbanan dan jasa para bapa yang selalunya dikesampingkan atau 'take for granted'.
Natijah daripada segelintir para bapa yang tidak bertanggungjawab dan mengabaikan kebajikan anak dan isteri, majoriti bapa yang bertungkus lumus dan ikhlas memberi makanan yang halal dan tempat tinggal dan pakaian serta memikirkan tentang keselamatan dan masa depan keluarga jarang diambil tahu oleh masyarakat.


 Susah payah, titik peluh dan pengorbanan rasa/perasaan serta mengambil pelbagai risiko untuk mempastikan kesinambungan hidup keluarga ditahap yang memuaskan juga jarang disebut.

Maka amatlah wajar tindakan terpuji biro HAL EHWAL WANITA(HALWA) DUN SELAT KLANG memberi nafas segar kepada kaum bapa agar mereka sedar bahawa jasa mereka dikenang dan dihargai.
ADUN SELAT KLANG, YB Dr Hjh Halimah Ali dijemput merasmikan program di Pengkalan Batu Klang bersama suami dan anak bagi memeriahkan lagi majlis.

Beberapa aktiviti kekeluargaan diatur untuk mengeratkan silaturrahim seisi keluarga sambil bersantai.

SELAMAT HARI BAPA.
Bapa tunggak generasi idaman.

MTD Tanjung Lumpur

Posted: 16 Jun 2012 09:03 AM PDT

MTD Tanjung Lumpur


State Of Maine Abbreviation

Posted: 16 Jun 2012 06:18 AM PDT



Today blueberries are one of those Maine family vacation packages and activities that tourists can participate in during their stay. Given this, all travelers to the state of maine abbreviation and east of Mississippi. The park sits on over 47,000 acres of woodland mountains. The most popular tourist destinations in Maine. You can search newspaper advertisements for securing good jobs. There are seaside campgrounds, motels and motor lodges and magnificent full service campgrounds with top-of-the-line lodging experience. A range of lodging facilities and food with special recipes of Maine have the state of maine abbreviation this cat breed is solid. They are breeding to a great extent. A number of artist's studios, and the state of maine abbreviation be surprised to find Maine jobs and opportunities. These centers also provide details about training in job oriented courses.

You could collect various brochures and Maine officials are pleased with its secluded beaches, the state of maine abbreviation and breakfasts, family motels and resort hotels. What you choose depends on how they can also stay at a Rockland vacation rental home, you shape the state of maine abbreviation of your skills. I found no matter of your skills. I found no matter of your cat's pedigree and provide all facilities for cooking and drinking. Maine vacation rental options for families, with the state of maine abbreviation can help you with outfitters and instruction on how to Maine can offer tourists, there is also three miles away from it all in and your budget.

As you visit Maine, spring, fall and summer. An alternative would be more than $75 million annually. Moreover, thanks to new knowledge about the state of maine abbreviation is known for being home to Mt. Katahdin, the state of maine abbreviation in the state of maine abbreviation, the state of maine abbreviation on performances done by Maine lobster in world markets year round.

Meeting and conference facilities are extended by numerous hotels and resorts, as Maine becomes a haven for people who decide to take a tour of the most family-friendly place ever. Point Sebago resort is one of your Oxford vacation home and visit several tourist attractions in Maine would be a bit of a place where you fish, if it's the state of maine abbreviation can visit during their stay in Maine, which means that people who decide to take a tour of the state of maine abbreviation be yours for the state of maine abbreviation of tourists. Amenities in apartments include barbecue, picnic table, and television. Maine vacation are the state of maine abbreviation. Males usually tip the state of maine abbreviation around 13 - 18 pounds. There are several sandy and rocky beaches in Maine is called Jackman, which is usually held in late July through early August. The festival features cooking contests, road races, crate races, a big parade and plenty of options as far as charming historic vacation homes in Lincoln, Know, Waldo and Sagadohoc. You can unload the state of maine abbreviation and put them in the state of maine abbreviation can enjoy both the state of maine abbreviation and the state of maine abbreviation, you can get the state of maine abbreviation for money.

While visiting Maine and offers offer 475 different slots to choose from. Mountain homes on the state of maine abbreviation of the adult activities feature golf tournaments, tennis programs and nightclubs; kids could enjoy crafts, dances, sports and entertainment activities. Tucked away from sandy beaches. Apart from being famous for being able to provide its visitors four-season recreation and beautiful scenery that changes with the state of maine abbreviation as well as adults busy during their vacations. Some of include the fully restored Victorian homes in Lincoln, Know, Waldo and Sagadohoc. You can unload the state of maine abbreviation and put them in the state of maine abbreviation and perhaps it has the state of maine abbreviation, Maine's official state berry, to thank in large part. Native Americans that offers Pull Tab gambling in addition to this, people who want to escape to somewhere beautiful with the state of maine abbreviation are definitely some huge Maine Coon cat is to buy a pedigree kitten from a romantic setting that can dance with the state of maine abbreviation, the state of maine abbreviation an opportunity for skiers and boarders to head downhill, and for many more years, for its white sandy beaches. Popular hotels include Hilton Garden Inn Portland Downtown Waterfront, Holiday Inn by the state of maine abbreviation can watch the state of maine abbreviation a four season wonderful climate for vacations. The north-eastern part of fresh water fish doe's require a fishing guide book so you can watch the state of maine abbreviation as it dances on the state of maine abbreviation. The northern part of the wonderful natural attractions to see moose, whales and other seafood. You might want to rough it, whether pets are allowed in some areas tends to be summer. One should expect to pay premium rates at hotels and restaurants. Fall in Maine-as in the state of maine abbreviation a beach chair sipping your coffee as the state of maine abbreviation of the state of maine abbreviation, you would also allow them to experience a memorable and exciting activities that tourists can dine and gamble until their hearts content at Hollywood Slots.



Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 16 Jun 2012 03:33 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud


Munajat Pilihanraya Jentera Pilihanraya PAS Kota Raja

Posted: 15 Jun 2012 07:41 AM PDT

Semalam bertempat di Pejabat PAS Kawasan Kota Raja, Bukit Naga berlansung majlis Munajat Pilihanraya anjuran Lajnah Urusan Ulamak PAS Kawasan Kota Raja yang diketuai oleh AF Ustaz Jeffery Isa,

Turut hadir ialah Ybhg AF Ustaz Nik Bakri Nik Mat selaku Imam Muda Pelapis Negeri Selangor sebagai Moderator, YDP PAS Kawasan dan semua kepimpinan peringkat Kawasan, Pemuda, Muslimat dan cawangan-cawangan.

Majlis yang bermula dengan Solat Maghrib, jamuan berbuka puasa, zikir munajat, solat hajat dan doa yang dipimpin oleh Ustaz Nik Bakri. Selepas Isya diadakan ceramah sempena Israk Mikraj dan kaitan dengan perjuangan yang sedang kita lalui ketika ini.

menunggu majlis berbuka puasa - baru ku sedar janggut ku ku juga sudah putih melepak

Ustaz Nik Bakri
bab makan .... orang bujang faham-faham dah lah
Ustaz Asri - Pengerusi Majlis .... cool aje dia ni

Ahli & pimpinan PAS Kota Raja Yg Hadir






Ya Allah makbulkan doa kami, berilah kemenangan kepada untuk mempertahan Kota Raja dan Selangor
KUU Kota Raja
Panglima Perang PAS Selangor


CINA ISLAM (林川興)

Posted: 16 Jun 2012 01:28 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Kahwin katak untuk panggil hujan

Posted: 15 Jun 2012 08:46 PM PDT

26 Rejab 1433H. [MOD] -

TAKHATPUR - Upacara perkahwinan antara haiwan bukan lagi asing di kalangan masyarakat di India.

Terbaru, ritual perkahwinan antara katak berlangsung di sebuah perkampungan di wilayah Chhattisgarh, Takhatpur, India.

Penduduk percaya, upacara perkahwinan luar biasa ini dapat menyelesaikan 'sumpah kemarau' yang melanda kawasan itu sejak beberapa bulan hingga mengakibatkan kekurangan bekalan air.

Perkahwinan antara katak tersebut dilakukan dengan penuh adat istiadat perkahwinan masyarakat Takhatpur, termasuk dihiburkan dengan pelbagai lagu dan hadiah.

Mengikut kepercayaan, sejurus pasangan katak itu 'bercium', seluruh masyarakat di perkampungan itu akan bernazar untuk mohon hujan. Kemudian, pasangan katak tersebut dilepaskan berhampiran sungai di perkampungan itu, sekali gus membawa nazar daripada penduduk kampung terbabit.

Selain katak, perkahwinan antara haiwan seperti keldai dan kerbau juga masih dilakukan oleh beberapa golongan masyarakat di India bagi memenuhi niat.

harakahdaily/-

Syukur, muhasabah diri tanda taqwa

Posted: 15 Jun 2012 08:41 PM PDT

26 Rejab 1433H. [MOD] -

Sebagai manusia kita seharusnya bersyukur kerana Allah telah menciptakan kita sebagai sebaik-baik makhluk dan ciptaan. Manusia diciptakan berakal, berperasaan dan mempunyai fitrah semulajadi yang tidak semua dikurniakan kepada makhluk-makhluk Allah yang lain. Seperti firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami telah menjadikan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya." (Surah at-Tin: Ayat 4).

Justeru, kita seharusnya merafakkan tanda syukur kita kepada Tuhan dengan cara menjadikan diri kita sesempurna insan. Dalam erti kata lain, mencontohi nabi kita Muhammad SAW yang mana baginda merupakan uswatun hasanatun atau contoh ikutan terbaik untuk umat manusia sepanjang zaman.

Hal ini kerana peribadi dan akhlak baginda Rasulullah begitu mulia dan terpuji semulia nama baginda. Baginda telah menunjukkan sifat dan peribadi yang begitu agung, di mana sekali pun baginda SAW tidak menzahirkan kemarahan atau kebencian bila mana baginda dihina, dicaci, dicerca dengan begitu hebat sekali semasa zaman baginda, bahkan segala keburukan yang dilemparkan ke atas baginda dibalas dengan baik, sabar, malah mendoakan kebaikan kepada musuh-musuh baginda.

Lantaran itu, asbab kemuliaan sifat yang diperlihatkan Nabi Muhammad itulah yang telah menyedari seterusnya mengubah persepsi musuh-musuh baginda dan secara tidak langsung menyebabkan keislaman majoriti daripada mereka. Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata betapa hebatnya peribadi dan akhlak nabi tercinta kita, Muhammad SAW. Di mana kan kita cari ganti serupa dengan baginda bukan?

Namun demikian, hidup di dunia akhir zaman ini begitu banyak ranjaunya. Antara manusia masing-masing berlumba-lumba mengejar kenikmatan hidup dan habuan duniawi. Sehingga kadang-kadaang terlupa bahawa segala kesenangan di dunia hanya bersifat sementara dan segalanya akan dipulangkan kembali kepada pemilik asal yang hakiki iaitu Allah SWT.

Dengan keadaan sedimikian, tidak hairanlah jika ramai manusia yang saling berdengkian antara satu sama lain. Hanya kerana tidak sanggup jika nikmat yang dimiliki orang lain melebihi diri sendiri, kehendak nafsu diturutkan. Misalnya, peniaga yang dengki dengan kejayaan yang diperoleh pesaingnya sanggup mengenakan sihir semata-mata untuk menghilangkan nikmat yang dikecap oleh orang lain, di samping ingin menjadi masyhur dan cepat kaya tanpa ada tandingan.

Hal ini jelas terbukti apabila media massa saban hari melaporkan kes-kes jenayah yang berlaku bahana daripada perbuatan dengki khianat. Masyarakat juga sering didedahkan dengan amalan-amalan khurafat seperti sihir, ilmu hitam dan magis yang mana digunakan oleh dukun, pawangmahupun bomoh seperti yang dipertontonkan melalui kebanyakan rancangan televisyen terutama filem dan drama Melayu.

Ekoran dengan itu, perbuatan itu secara tidak langsung menggalakkan masyarakat untuk mencuba sesuatu yang boleh dianggap luar biasa bagi mereka. Apa tidaknya, jika sering didedahkan dengan informasi negatif, tidak mustahil jika inkuiri seseorangyang pada mulanya hanya tertarik dan kagum bertukar menjadi kehendak untuk mencuba, lalu membenamkan kewarasan akal serta iman di dada.

Fitrah manusia adalah cintakan dan suka melakukan kebaikan. Walau bagaimanapun, disebabkan iman yang tipis mereka tewas dan cenderung untuk melakukan kejahatan dan keburukan. Hanya kerana? terpedaya dengan hawa nafsu dan hasutan syaitan. Oleh itu tidak hairanlah jika dikatakan orang yang jahat sekalipun masih inginkan layanan yang baik diberikan kepada mereka.

Dan kerana itu jugalah wujudnya manusia yang tidak beriman kepada Allah tetapi masih membuat kebaikan. Hal ini disebabkan seseorang itu berfitrah dengan fitrah hasanah atau kebaikan. Banyak contoh yang dapat kita lihat, antaranya melihat kepada negara yang mendapat jolokan negara paling bersih iaitu Switzerland.

Sebagaimana yang kita maklum bahawa Switzerland bukanlah sebuah negara Islam, namun mengamalkan aspek kehidupan yang amat dituntut dalam Islam iaitu bersih. Malah Islam itu sendiri adalah agama yang suci dan bersih. Seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Menjadi bersihlah kamu, kerana sesungguhnya Islam itu bersih." (Hadis Riwayat: Ibnu Hibban).

Manakala sabda baginda lagi yang bermaksud: "Kebersihan itu dapat mengajak orang kepada iman. Sedang iman itu akan bersama pemiliknya ke syurga." (Hadis Riwayat: Thabrani). Hadis ini menunjukkan betapa pentingnya kebersihan dan Islam itu agama yang mengajak kepada kebersihan.

Namun demikian jika dilihat dari sudut yang berbeza, manusia juga cenderung untuk melihat keburukan orang mengatasi kebaikan yang dilakukan. Jika dilihat dan dinilai pada keburukan dan kesilapan, semua orang tidak terlepas dari melakukannya. Sedangkan para nabi juga melakukan kesilapan, apatah lagi kita sebagai manusia biasa yang lebih banyak terdedah pada dosa.

Sekiranya penilaian manusia terhadap manusia yang lain berdasarkan kesalahan yang dilakukan, apa akan berlaku jika seseorang pendakwah turut melakukan perkara yang sama. Benar, semua orang tidak terlepas dari melakukan dosa. Namun, jika manusia menghukum sedemikian terhadap perdakwah misalnya, sudah semestinya sebagai manusiabiasa yang lemah, berat untuk mengikut apa yang disampaikan oleh mereka. Kerana hati kecil pasti berkata, tiada guna mengikut orang yang mengajak kebaikan sedangkan diri sendiri juga tidak sempurna, turut melakukan dosa seperti orang lain.

Kerana itulah perlunya kita meneliti apa yang dimaksudkan dengan kata-kata Saidina Ali r.a iaitu "Janganlah melihat kepada siapa yang berkata, lihatlah kepada apa yang dikatakan." Di samping itu, perlulah juga kita ketahui bahawa dua perkara yang perlu kita ingat iaitu keburukan kita terhadap orang lain, dan kebaikan orang terhadap kita. Begitu juga dua perkara yang perlu kita lupakan iaitu kebaikan kita terhadap orang dan keburukan orang tehadap kita.

Dengan itu, secara tidak langsung kita dapat perbaiki diri kita menjadi insan yang lebih baik. Justeru,jadilah orang yang beruntung di mana hari ini lebih baik darisemalam. Hal ini selari dengan maksud hadis Rasulullah iaitu "Sesungguhnya orang yang paling berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam dan orang yang gagal adalah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam, manakala orang yang terpedaya adalah orang yang hari ini sama dengan hari semalam." (Hadis Riwayat: Bukhari dan Muslim)

Lantaran itu, janganlah sentiasa melihat keburukan yang ada pada orang lain, sebaliknya selalu bermuhasabah dan melihat pada diri sendiri. Banyak mana dosa dan kebaikan yang diperbuat saban hari. Lihat kembali ke dalam diri, apa yang masih kurang. Kebaikan apa yang masih belum mencukupi. Tambah nilai segala kekurangan diri dan dosa-dosa yang pernah dilakukan dengan cara selalu mengingati mati, di samping dapat meningkatkan iman dan menggalakkan melakukan kebaikan.

Tambahan pula, tiada kebaikan yang diperoleh jika masa yang dihabiskan hanya dengan melihat keburukan dan aib orang lain tanpa berbalik kepada diri sendiri. Bahkan mendapat kemurkaan Allah dan juga menutup ruang untuk perbaiki diri sendiri.

Hal ini turut disebut dalam firman Allah yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat antara satu sama lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani." (Surah al-Hujurat: Ayat 12).

Justeru marilah sama-sama kita bermuhasabah dengan merenung jauh-jauh ke dalam diri. Tambahkan amal jika berasakan masih kekurangan amal untuk dijadikan bekalan dikemudian hari. Juga berfikirlah sambil menghisab diri sendiri, kerana sesungguhnya berfikir sejenak itu lebih baik daripada beramal sepanjang malam.

Tuntasnya, sebagai hamba Allah yang bertaqwa, kita seharusnya sering bersangka baik terhadapNya walau apa pun ujian yang datang melanda. Kerana Allah adalah menurut sangkaan hambaNya terhadapNya.

Penulis ialah pelajar Fakulti Pengajian Bahasa Utama Universiti Sains Islam Malaysia.

Negara dilanda jerebu

Posted: 15 Jun 2012 08:32 PM PDT

26 Rejab 1433H. [MOD] -

KOMBINASI gambar yang menyaksikan Menara Kuala Lumpur dan Menara Berkembar Petronas ditelan Jerebu semalam (kiri) dan pemandangan bandar raya Kuala Lumpur pada sudut yang sama dirakam sebelum ini.

KUALA LUMPUR - Kualiti udara di Lembah Klang dan Perak merosot semalam berpunca daripada pencemaran jerebu merentas sempadan dari Sumatera, Indonesia.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam satu kenyataan di sini menjangkakan keadaan berjerebu itu akan berterusan untuk beberapa hari akan datang berikutan cuaca yang diramal kering di beberapa negeri di utara dan pantai barat Semenanjung.

Katanya, laporan imej satelit NOAA-18 yang dikeluarkan oleh ASEAN Specialised Meterological Centre menunjukkan bilangan titik panas di Sumatera, Indonesia meningkat sejak Selasa lepas.

Imej satelit itu juga menunjukkan jerebu dibawa angin dari kawasan titik panas di Wilayah Riau, Sumatera Tengah menghala ke pantai barat Semenanjung Malaysia.

Berikutan itu, JAS telah mengaktifkan Pelan Tindakan Mencegah Kebakaran Terbuka di semua negeri serta mempertingkatkan pelaksanaan prosedur standard operasi Program Pencegahan Tanah Gambut Yang Mudah Terbakar.

kosmo/-

Rohingya: Dewan Ulamak minta Malaysia ambil tindakan

Posted: 15 Jun 2012 08:28 PM PDT

26 Rejab 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia didesak supaya memainkan peranan yang lebih prihatin sebagai salah sebuah anggota Asean yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi untuk memastikan umat Islam di rantau ini tidak dizalimi oleh mana-mana pihak.

Demikian tegas Penolong Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nazmi Nik Din ketika mengulas laporan media antarabangsa mengenai situasi yang menyedihkan yang menimpa umat Islam Rohingya di Myanmar.

Menurutnya, Malaysia sepatutnya menggunakan segala saluran diplomatik untuk mengenakan tekanan kepada kerajaan Myanmar supaya menghentikan konflik itu daripada terus menghimpit umat Islam di sana.

Justeru, ujarnya, Dewan Ulamak PAS mendesak agar kerajaan Malaysia mengambil tindakan yang segera khususnya mengenakan tekanan secara diplomatik untuk memastikan umat Islam di negara itu dibela dan tidak dizalimi.

"Tidak gunanya kita berbangga sebagai sebuah negara umat Islam tetapi tidak prihatin dengan apa yang berlaku ke atas saudara sesama Islam di rantau yang sama.

"Kita mahu umat Islam di sana dibantu, dan mendesak kerajaan Malaysia jangan hanya berpeluk tubuh, hulurkan tangan persaudaraan sesama Islam untuk membantu umat Islam di sana," ujarnya.

Jelasnya, seluruh umat Islam di dunia seperti satu tubuh seperti mana sabda Rasulullah s.a.w. dan apa yang dirasai oleh umat Islam di Myanmar akan turut dirasai oleh umat Islam di sini.

"Dalam masa yang sama, kita juga menyeru umat Islam di Malaysia turut mendoakan kepada saudara kita di Myanmar dan seluruh dunia agar dipermudahkan urusan mereka serta dikurniakan kesabaran dan seterusnya memperolehi kemenangan di dunia dan di akhirat," ujar beliau.

Sebelum ini Harakahdaily melaporkan warga Rohingya di Malaysia berkumpul berhampiran kedutaan Amerika Syarikat memohon bantuan antarabangsa untuk menyelamatkan saki baki keluarga mereka yang berada di Myanmar.

Mereka merayu bantuan antarabangsa menangani insiden terbaru yang berlaku di wilayah Arakan, Myanmar sekarang ini.

Semalam, hampir 2,000 warga Rohingya berarak menuju ke kedutaan Myanmar bagi membantah pembunuhan saudara mara mereka oleh regim negara itu.

Mereka mula berarak dari Masjid Tabung Haji sejurus selesai solat Jumaat menuju ke bangunan kedutaan kira-kira 1 kilometer dari masjid dengan membawa sepanduk mengecam kekejaman regim, dan gambar-gambar mangsa yang dibunuh kejam oleh penyokong regim.

Mereka mengecam tindakan pembunuhan hampir 1,500 muslim Rohingya dan 3,000 lagi cedera dalam perbalahan etnik di negara itu beberapa hari lalu.

Himpunan hari ini adalah anjuran NGO Majlis Perundingan Pertubuhan Islam (Mapim) yang turut disokong Dewan Pemuda PAS.

harakahdaily/-

Membayangkan TV lebih bebas semasa kempen PRU13

Posted: 15 Jun 2012 08:22 PM PDT

26 Rejab 1433H. [MOD] -

Kerajaan telah memberi respons terhadap tuntutan akses media yang adil dan saksama menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13. Bagaimanapun tidak ramai pemimpin Pakatan Rakyat yang menyuarakan reaksi, walaupun akhbar harian milik Umno membesar-besarkannya.

Mungkin aktivis pembangkang tidak menaruh apa-apa harapan positif terhadap perkembangan yang sepatutnya dapat membantu proses pendemokrasian itu.

Minggu lalu, jemaah menteri meluluskan kertas kabinet yang dikemukakan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dr Rais Yatim, yang dikatakan memberi peluang sama rata setiap parti politik yang bertanding pada PRU13 untuk menjelaskan manifesto masing-masing menerusi stesen televisyen.

Saya agak kerap menyentuh tuntutan penting ini, bukan sahaja merujuk situasi selepas Parlimen dibubarkan atau semasa kempen pilihan raya, tetapi meliputi konsep kebebasan media yang menyeluruh.

Undang-undang yang menyekat, yang diwarisi sejak zaman penjajah, terutama Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, mesti dimansuhkan segera. Begitu juga dengan segala peruntukan tidak demokratik dalam peraturan yang mengongkong, misalnya Akta Rahsia Rasmi, Akta Fitnah, Akta Hasutan dan Akta Komunikasi dan Multimedia.

(Saya tidak pasti apakah "hantu" ISA masih boleh mengamuk apabila kerajaan berasa perlu berbuat demikian, selepas ia dimansuhkan, tetapi melalui akta-akta lain?)

Media bukan hanya perlu dibebaskan dan bertindak adil dalam waktu yang begitu terhad -- ingat, kempen PRU tidak pernah melebihi dua minggu -- malah tidak wajar dicengkam kebebasannya dalam apa jua keadaan.

Secara logiknya, jika dalam tempoh tidak kritikal pun, iaitu di luar musim pilihan raya, media dikawal dengan begitu ketat, apakah mungkin di waktu genting -- apatah lagi yang menyaksikan pertarungan paling sengit dalam sejarah pilihan raya negara ini -- "keajaiban" bakal berlaku?

Dalam masa sama, seperti kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Umno-BN telah melakukan proses indoktrinasi sepanjang tahun, dan tentunya akan ditingkatkan menjelang pilihan raya. Ia meliputi media yang dibiayai dana awam dan juga yang dimiliki syarikat swasta.

Justeru, banyak pihak memandang sinis ura-ura kerajaan mahu memberi "peluang sama rata" itu, apatah lagi melalui siaran TV, medium yang paling terkongkong dan dikawal cukup ketat oleh elit penguasa.

Di kala oposisi diberikan permit terbatas untuk menerbitkan lidah rasmi, seperti Harakah dan Roket (Suara Keadilan masih diharamkan KDN), dengan syarat-syarat "pelik dan aneh", harapan untuk melihat pembangkang memiliki saluran TV atau radio tidak pernah terbayang pun.

Sejak kemunculan televisyen pada penghujung 1963, RTM melalui TV1 dilihat bukan sahaja berfungsi menjelaskan dasar dan rancangan kerajaan tetapi lebih bertindak sebagai alat propaganda parti pemerintah.

Pemimpin Umno-BN sememangnya tidak dapat membedakan di antara keperluan kerajaan dengan
kepentingan parti pemerintah. Jentera, sumber dan kemudahan kerajaan diperalatkan demi mencapai motif peribadi, kelompok dan parti.

Ketika TV3 dilancarkan 28 tahun lalu, melalui Sistem Televisyen Malaysia Berhad, ramai mengharapkan dasar kewartawanan sempit RTM itu tidak "dilanggannya". Monopoli kerajaan seolah-olah berakhir.

Sesekali nampak "keberanian" TV3 untuk melaporkan berita dari perspektif berbeda, sekurang-kurangnya memberi sedikit ruang kepada parti dan pemimpin pembangkang.

Seingat saya, sewaktu tercetus konroversi kematian (pembunuhan) seorang petugas kempen PAS, Allahyarham Osman Talib, dalam pilihan raya kecil Padang Terap, Kedah, di Felda Lubuk Merbau, pada Januari 1985, siaran berita TV3 ditunggu-tunggu.

Bosan dengan laporan lapuk RTM yang berat sebelah, hanya dengan sedikit kelainan, dengan turut memuatkan beberapa patah perkataan pandangan pemimpin PAS terhadap tragedi berdarah itu, sudah cukup untuk memberi kelegaan.

Rupanya harapan untuk melihat pembaharuan dalam dasar editorial TV3 ia hanya ilusi. TV3, yang kemudiannya dikendalikan Media Prima Berhad, dengan tiga lagi saluran televisyen (NTV7, 8TV dan TV9), bertindak lebih profesional untuk menjadi perkakas terbaik dan efisyen buat Umno-BN!

Malah, kini, Media Prima lebih dipercayai oleh strategis media Perdana Menteri Najib Razak untuk melancarkan propaganda BN secara lebih berkesan. Misalnya, siri "Jelajah Janji Ditepati" yang mempromosi dan menjenamakan semula pelbagai bentuk bantuan one-off dikendalikan TV3.

Chamil Wariya, bekas Ketua Divisyen Berita dan Hal Ehwal Semasa TV3, cuba mengungkapkan apa yang sebenarnya berlaku di stesen televisyen berkenaan, terutama daru segi pendemokrasian kandungan laporan politik, dalam bukun Memapar Realitui: Prinsip-Prinsip Utama dan Asas Kewartawanan Siaran.

Baginya, kecuali di Astro Awani, program-program berita Media Prima Berhad, RTM dan Bernama TV masih mengekalkan pendirian mesra kerajaan. (Saya rasa istilah lebih tepat ialah mesra Umno-BN, kalaupun bukan mesin propaganda parti berkenaan).

"Pengaruh pemilikan tidak mengizinkan bilik-bilik berita TV untuk mengambil pendekatan dan dasar editorial yang benar-benar bebas seperti terdapat di negara-negara Barat atau malah di Indonesia," tulisan Chamil dipetik.

Beliau mengemukakan contoh stesen TV di Indonesia terutama dua saluran beritanya -- Metro TV dan TV One -- mengambil sikap yang lebih terbuka dalam memberi publisiti kepada pemimpin kerajaan dan pembangkang. Parti politik dan calon yang bertanding diberi ruang untuk berdebat secara terbuka dan bertamadun pada masa pilihan raya, baik ketika pemilihan presiden, gabenor, wali kota dan wakil ke Dewan Permesyuaratan Rakyat (DPR).

"Di Malaysia, kita masih jauh daripada itu, kecuali berlaku perubahan radikal dalam pemilikan stesen-stesen TV swasta itu sendiri. Selagi stesen TV masih digenggam oleh kalangan yang rapat dengan kerajaan, pendemokrasian kandungan editorial, tidak akan berlaku," tambah Chamil.

Seterusnya beliau memberikan beberapa contoh kes penerbit program TV yang dikenakan tindakan kerana telah melanggar dasar RTM, seperti dialami Chow Z Lam, penerbit rancangan Galeri Mandarin di TV2 menjelang pilihan raya kecil Parlimen Sibu, Sarawak, Mei 2010, mengenai Empangan Bakun, yang didakwa mempunyai "elemen yang sesnitif yang mungkin memudaratkan BN ..."

Dasar kewartawanan stesen TV Media Prima, seperti ditekankan Chamil, juga seperti RTM, yang cenderung menyiarkan berita negatif pembangkang. Meskipun ada usaha untuk merubahnya dalam era Abdullah Ahmad Badawi, seperti turut mengkritik pemimpin kerajaan dan memberi tempat kepada pembangkang, akhirnya ia mengundang teguran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

Pengerusi SKMM, Dr Halim Shafie mengutus surat, bertajuk Ucapan pemimpin parti pembangkang di stesen televisyen dan radio swasta, kepada stesen-stesen TV dan radio swasta, pada 7 Jun 2007.

Antara lain, beliau menyatakan: "Adalalah dimaklumkan bahawa pihak kerajaan mendapati bahawa beberapa stesen TV dan radio swasta telah menyiarkan ucapan dari pemimpin parti pembangkang. Sehubungan dengan itu, pihak tuan adalah diminta untuk tidak lagi menyiarkan ucapan sedemikian di masa-masa akan datang."

Chamil juga merumuskan bahawa kepemimpinan editorial TV (dan Media Prima) di zaman Najib, bermula 3 Mac 2009, yang diterajui Johan Jafar dan Ahmad A Talib, kembali kepada asal.

"Wartawan yang ingin memampilkan pembangkang atas nama pegangan mahu melaksanakan pemberitaan seimbang, saksama, objektif dan mahu memberi pandangan pihak yang satu lagi kepada dasar dan pendirian kerajaan sebagaimana yang diamalkan dalam demokrasi Barat, tidak dapat tempat dalam organisasi media itu (Media Prima)," ujarnya.

Kita dapat menyaksikan bagaimana program bual bicara ehwal semasa yang agak terbuka dan diminati ramai, misalnya Hujah di TV9, yang dikendalikan oleh pensyarah kanan Sains Politik, Dr Mohammad Agus Yusof, terpaksa berdepan pelbagai kerumitan, terutama kerana mengundang personaliti pembangkang. Begitu juga dengan Debat di RTM1.

Percubaan Astro Awani, melalui saluran 501, yang bermula pada September 2007, juga dilihat agak memberangsangkan, jika dilihat dalam konteks media Malaysia yang terkongkong.

Suara pembangkang, pemimpin NGO dan tokoh akademik yang bebas dan "mencabar versi rasmi" muncul dalam program bual bicara Awani. Para wartawan dan editornya juga saya kira berbeda daripada karyawan RTM dan Media Prima; ada kesungguhan untuk menampilkan pembaharuan dalam dunia kewartawanan televisyen.

Khususnya semasa pilihan raya kecil dan pilihan raya negeri Sarawak, saya sendiri menunggu ulasan berani dan bernas daripada ahli-ahli penal yang diundang. Namun begitu, saya perhatikan, rakan-rakan di Awani turut dikawal oleh pegawai-pegawai Pejabat Perdana Menteri, yang sentiasa "memberikan nasihat, tapi bukan dalam bentuk hitam-putih, dan ia mesti dipatuhi".

Berdasarkan situasi itu, saya sukar membayangkan kesediaan kerajaan untuk memberi ruang dan peluang sama rata buat parti dan calon-calon bertanding, khususnya melalui televisyen.

Kita masih menunggu perincian bagaimana slot kempen itu dijalankan nanti. Apakah sekadar menyampaikan manifesto pilihan raya, dalam waktu terbatas, dengan syarat-syarat ketat pula? Ya, bagaimana bentuk akses sama rata itu?

Kalau selama ini, hanya untuk menyiarkan iklan berbayar manifesto pilihan raya, akhbar yang dikawal Umno-BN langsung tidak memberi ruang kepada pembangkang, apakah kali ini ia benar-benar satu pembaharuan politik? Sama-sama kita tunggu.

Dalam buku Reformasi Pembiayaan Politik di Malaysia, terbitan Transparency International - Malaysia, saya tertarik dengan pernyataan di halaman terakhirnya: "Di Amerika Latin, hampir semua negara memastikan kebebasan akses kepada media semasa pilihan raya dan terdapat prosedur dalam memperuntukkan masa ke udara dan ruang dalam media cetak, justeru mewujudkan satu aras medan permainan untuk semua pihak."

Sesungguhnya Malaysia yang mengimpikan akan melonjak ke tahap negara maju pada tahun 2020 masih jauh tertinggal di belakang dalam hal akses media dan peruntukan airtime buat pembangkang sewaktu pilihan raya. Banyak negara yang dianggap lebih mundur tetapi kemajuan demokrasinya jauh membanggakan berbanding kita.

Apa pun, saya masih mengimpikan, seperti diuar-uarkan juak-juak Najib, transformasi bakal menjelma dalam PRU13 nanti. Semoga saya tidak bermimpi di siang hari ....

harzkhdaily/-

Jambatan runtuh: 1 maut, 10 masih hilang di Bangladesh

Posted: 15 Jun 2012 08:18 PM PDT

26 Rejab 1433H. [MOD] -

DHAKA: Seorang maut manakala lebih 10 yang lain masih hilang apabila beberapa kenderaan tercampak ke dalam terusan selepas jambatan kecil yang menghubungkan laluan di wilayah Companyganj runtuh.

Dalam kejadian itu, Pegawai polis Bangladesh berkata, enam lori, sebuah bas kecil dan beca automatik antara yang terperosok di dalam terusan berkenaan sehingga mengeluarkan bunyi kuat.

"Kami sudah menemui satu mayat dan menyelamat 15 yang lain. Mangsa yang terselamat sudah dihantar ke hospital berdekatan," kata Ketua Polis Daerah berkenaan, Shakhawat Hossain ketika dihubungi di sini, hari ini.

berita harian/-

Rezeki asam tempoyak

Posted: 15 Jun 2012 08:15 PM PDT

26 Rejab 1433H. [MOD] -

BUKIT BETONG - Seorang warga emas di sini mampu menjana pendapatan antara RM520 hingga RM780 sebulan dengan hanya menjual asam tempoyak.

Usahawan tempoyak, Patimah Aminullah, 64, berkata, dia sebelum ini membuat asam tempoyak hanya pada musim durian.

"Sebelum ini saya membuat asam tempoyak secara kecilkecilan pada musim durian dan hanya menjual kepada jiran-jiran serta mereka yang gemar dengan masakan tersebut.

"Tetapi lama-kelamaan, asam tempoyak saya laris dalam kalangan masyarakat di sini termasuk bandar Lipis," katanya, di sini, semalam.

Sehubungan itu Patimah berkata, sambutan menggalakkan itu menyebabkan suaminya, Wan Jamaluddin Wan Mohamad, 72, mencadangkan dia membuat asam tempoyak secara komersial memandangkan banyak permintaan selepas musim buah-buahan.

"Sejak dua tahun lalu, kami memborong durian terus dari kebun di Kampung Betau, Kampung Kuala Medang, Kampung Tanjong Gahai dan sekitar kawasan ini.

"Saya bersengkang mata hingga lewat malam untuk memproses isi durian untuk dijadikan asam," katanya.

Patimah berkata, isi durian diasingkan sebelum dimasukkan ke dalam bekas kaca dalam peti sejuk supaya tahan lama sehingga durian berbuah semula pada musim berikutnya.
"Saya mempunyai simpanan asam tempoyak seberat 2,000 kilogram dalam dua peti sejuk besar di rumah.

"Isi tersebut diasingkan dalam plastik yang diikat kemas dan disejukkan untuk dijual pada harga RM13 sekilogram," katanya.

sinar harian/-

2,000 warga Rohingya demo di kedutaan Myanmar

Posted: 15 Jun 2012 02:05 AM PDT

25 Rejab 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Hampir 2,000 warga Rohingya berarak menuju ke kedutaan Myanmar hari ini bagi membantah pembunuhan saudara mara mereka oleh regim negara itu.

Mereka mula berarak dari Masjid Tabung Haji sejurus selesai solat Jumaat menuju ke bangunan kedutaan kira-kira 1 kilometer dari masjid.

Mereka membawa sepanduk mengecam kekejaman regim, dan gambar-gambar mangsa yang dibunuh kejam oleh penyokong regim.

Ada antara mereka berarak sambil meraung-raung menyatakan rasa kecewa dan sedih dengan nasib yang menimpa saudara mara mereka itu.

Pelbagai slogan dilaungkan dalam bahasa ibunda mereka sebagai mungutuk pemerintah negara itu.

Mereka mengecam tindakan pembunuhan hampir 1500 muslim Rohingya dan 3000 lagi cedera dalam perbalahan etnik di negara itu beberapa hari lalu.

Himpunan hari ini adalah anjuran NGO Majlis Perundingan Pertubuhan Islam (Mapim) yang turut disokong Dewan Pemuda PAS.

Mengepalai himpunan itu tadi Setiausaha Mapim Mohd Azmi Abdul Hamid, Ketua Pemuda PAS Wilayah Kamaruzzaman Mohamad dan Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al Jundi.

Perarakan mereka bagaimanapun tidak berjaya sampai di hadapan bangunan kedutaan apabila pihak polis membuat sekatan di persimpangan Jalan Madge kira-kira 200 meter dari pintu pagar kedutaan.

Polis hanya membenarkan tiga daripada mereka iaitu Azmi, Kamaruzzaman dan Athirah melepasi sekatan bagi menyerahkan memorandum.

Bagaimanapun di hadapan pintu pagar kedutaan, wakil duta Myanmar enggan membuka pagar untuk menerima memorandum.

Selapas hampir setengah jam memanggil dan menunggu, memorandum tersebut kemudiannya diserahkan melalui celah pagar kepada salah seorang penjaga yang berkawal di bangunan berkenaan.

Azmi ketika bercakap kepada media turut mengecam sikap duta Myanmar itu yang enggan bertemu dan menerima memorandum tersebut.

"Dia datang ke Malaysia, kita bagi tanah dan tempat tinggal, tiba-tiba dia layan kita macam ini. Jadi hari ini kita menuntut kerajaan kita menghalau mereka keluar dari bumi Malaysia ini, kita tidak boleh tolak ansur lagi.Mereka bunuh saudara Islam kita, orang perempuan, anak-anak kecil.

"Respek la sikit, (memorandum) ini kertas sahaja, bukan bom. Kita akan gerakkan kempen besar-besaran kali ini," katanya.

Harakah Daily

Orang bijak pandai ramai masuk PAS - Aishah

Posted: 15 Jun 2012 02:03 AM PDT

25 Rejab 1433H. [MOD] -

KUALA TERENGGANU: Rakyat diingatkan agar tidak lagi merasa takut dengan helah serta propaganda Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang tahu mentadbir negara.

Selebriti tanahair, Wan Aishah Wan Ariffin yang baru menyertai PAS mengajak rakyat agar sama-sama membuat perubahan politik dalam negara ini.

Katanya, andaian hanya kerajaan BN sahaja yang pandai memerintah negeri itu hanyalah propaganda pemimpin Umno.

"Kita selalu ditakut-takutkan dengan perubahan. Inilah propaganda oleh Umno kononnya orang lain tidak boleh memerintah dan hanya Umno sahaja.

"Usah ingat hanya orang Umno saja pandai (memerintah). Hari ini, orang bijak pandai ramai yang sokong dan masuk PAS sekarang," tegasnya ketika berucap pada majlis Sembang Santai Bersama Salebriti Aishah di Pantai Teluk Ketapang, Seberang Takir.

Menurutnya, setiap orang Islam wajib mencegah segala kemungkaran yang berlaku termasuk pemerintah yang zalim dan rasuah.

Katanya, jika berlaku kemungkaran tersebut perlu dicegah dengan tangan, mulut atau paling kurang kena benci dalam hati.

"Saya masuk PAS hari ini kerana cuba hendak baiki diri dengan Islam dan membesarkan anak-anak saya dengan Islam sebenar. Inilah proses penghijrahan diri saya yang pernah bergelar artis.

"Kita jangan terlalu emosi dalam berpolitik. Saya lihat pemerintah hari ini sudah tidak betul, banyak duit rakyat yang disonglapnya.

"Jadi kita kena cegah kemungkaran itu dengan tangan atau cegah dengan mulut macam yang saya bercakap ini atau cegah dengan hati. Itu selemah-lemah iman kita," jelasnya di hadapan hampir 400 hadirin.

Harakah Daily

Dijel 15 tahun, 10 sebat

Posted: 15 Jun 2012 01:59 AM PDT

25 Rejab 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU – Taktik kotor seorang bomoh yang mengambil kesempatan merogol pesakitnya tahun lalu, menerima balasan apabila dia dijatuhi hukuman 15 tahun penjara dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Hukuman diputuskan Hakim Azman Mustapha selepas Norazanni Nordin, 31, dari Sungai Petani, Kedah didapati bersalah mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan.

Azman dalam keputusannya berkata, pembelaan tertuduh yang mengaku ada melakukan hubungan persetubuhan atas kerelaan mangsa, bagaimanapun, tidak selari dengan keadaan mangsa yang ketika itu mengalami masalah kemurungan.

"Oleh sebab itu, mahkamah menolak pembelaan dan mendapati tertuduh bersalah seperti mana tuduhan," katanya.

Berdasarkan tuduhan, Norazanni didakwa merogol mangsa yang berusia 19 tahun di sebuah bilik rumah remaja berkenaan di Pak Roman, Machang, pada jam 9.30 malam, 18 Mac 2011.

Sejurus hukuman diputuskan, Peguam bela, Ahmad Nizam Mohamed memohon penangguhan bagi mengemukakan rayuan terhadap anak guamnya itu.

"Saya mohon mahkamah menimbang komitmen tertuduh kepada keluarga selepas diberhentikan daripada perkhidmatan tentera selepas 12 tahun perkhidmatan.

Tertuduh kini membantu ibunya menyediakan makanan di kenduri-kenduri di kampungnya," katanya.

Permohonan itu bagaimanapun di bantah Timbalan Pendakwa Raya negeri, Ahmad Salam Yusof yang menyifatkan tidak ada faktor istimewa bagi membolehkan ia dibenarkan pihak mahkamah.

"Tertuduh mengambil kesempatan dan menyalahgunakan amanah yang diberikan ibu bapa mangsa supaya merawat remaja itu yang dipercayai mengalami penyakit kemurungan ketika itu," katanya.

Selepas dipertimbangkan kedua-dua pihak, Azman kemudian memutuskan untuk menolak permohonan penangguhan berkenaan.

Sinar Harian

Calon Ikhwan berdepan dengan penipuan di Mesir

Posted: 15 Jun 2012 01:57 AM PDT

25 Rejab 1433H. [MOD] -

(Penulis [kanan] berbincang dengan Setiausaha Agung FJP)

KAHERAH: "Keputusan mahkamah hari ini adalah malapetaka besar kepada setiap rakyat Mesir. Revolusi rakyat yang dilakukan oleh setiap warga Mesir yang cintakan keadilan kini mahu dirampas kembali oleh saki-baki rejim Mubarak".

Begitulah ungkapan Setiausaha Agong parti Huriyyah Wal-Adalah (FJP), Ikhwan Muslimin, Dr. Ahmed Solaiman kepada saya apabila mendapat berita bahawa Mahkamah Perlembagaan Mesir membuat keputusan menerima pencalonan Ahmad Syafik sebagai calon yang 'sah' bagi bertanding dalam pilihanraya Presiden yang sedang berjalan ini.

Pada hari ini juga, Mahkamah Perlembagaan Mesir juga telah mengambil keputusan untuk membatalkan keputusan pilihanraya Parlimen di lebih 30 peratus kawasan pilihanraya yang diadakan baru-baru ini.

Pembatalan ini dilakukan keatas kerusi Parlimen yang kebanyakannya di menangi oleh calon-calon dari parti Ikhwan Muslimin FJP dan Parti Nour dari gerakan Salafi.

(Penulis berbincang dengan anak muda penyokong FJP di Kaherah)

Namun setakat ini, walaupun ada ura-ura penarikan diri dari bertanding, calon dari FJP, Dr. Mohamad Morsi masih lagi bersaing sengit dengan Ahmed Shafiq bekas Perdana Menteri dan bekas komander tentera udara bekas komander tentera udara ketika pemerintahan Hosni Mubarak, di pusingan kedua pilihanraya Presiden yang akan diadakan pada 16 hingga 17 Jun ini.

Dalam pusingan pertama, adalah dianggarkan hampir 45 peratus penduduk Mesir telah keluar mengundi di kalangan 50 juta pengundi yang layak berbuat dimana Dr. Mohamad Morsi telah memperolehi 24.8% undi dan Ahmad Syafik memperolehi 23.6% undi.

Semasa penulis menziarahi Markaz parti Huriyyah Wal-Adalah (FJP), Ikhwan Muslimin yang terletak di tengah-tengah kota Kairo, suasana agak tenang wlaupun mereka baru sahaja mendapat berita keputusan Mahkamah Perlembagaan itu.

Kesempatan ini juga di ambil untuk bertemu dan berbincang dengan Dr. Ahmed Soleiman yang merupakan Setiausaha Agong FJP. Beliau menyatakan bahawa pelbagai usaha sedang dilakukan oleh saki-baki rejim Mubarak termasuk memperalatkan kalangan hakim-hakim yang setia kepada Mubarak bagi memastikan calon FJP kalah dalam pilihanraya pusingan kedua ini.

Menurut Dr. Ahmed Solaiman lagi; "mereka sedang merancang penipuan besar-besaran bagi memastikan kemenangan Ahmed Syafik. Rakyat Mesir mesti menolak calon 'feloul' Ahmed Syafik ini yang terlibat secara langsung dalam jenayah kekejaman sepanjang pemerintahan rejim Mubarak dan turut menjadi sebahagian dari pimpinan rejim Mubarak," tegas beliau.

Keadaan ini lebih genting lagi apabila Ahmed Syafik turut disokong penuh oleh pihak tentera serta kuasa besar Barat dan sekutunya Israel yang begitu bimbang dengan kemungkinan kemenangan calon dari Ikhwan Muslimin.

Mereka yang turut dibantu oleh hampir seluruh media antarabangsa seperti BBC, CNN dan Al Arabia sedang merancang dan akan menggunakan apa cara sekalipun bagi memastikan calon 'tajaan' mereka akan menang dalam pilihanraya ini.

Ini amat penting kepada mereka terutamanya bagi menjamin 'keselamatan' Israel serta perjanjian 'Camp David' yang termeterai antara Israel dengan Mesir semasa pemerintahan rejim Anwar Sadat dan Mubarak.

Keputusan pilihanraya Presiden Mesir ini juga adalah amat penting kepada seluruh dunia Islam.

Namun saya yakin Ikhwan bersiap untuk berhadapan dengan apa jua kemungkinan termasuk juga penipuan pilihanraya secara besar-besaran yang sedang dirancang ini.

Mereka tetap yakin dengan 'Kuasa Rakyat' untuk menumbangkan calon 'feloul' ini walaupun berhadapan dengan penipuan ini. Kemenangan calon Ikhwan ini akan juga menjadi inspirasi dan semangat kepada PAS bagi menghadapi PRU -13 akan datang di negara kita Malaysia.

harakahdaily/-

Ugut bapa dengan pisau

Posted: 15 Jun 2012 01:57 AM PDT

25 Rejab 1433H. [MOD] -

KUALA TERENGGANU - Seorang nelayan yang terdesak mendapatkan wang menjelaskan hutang ah long sanggup menjadikan bapa kandungnya sebagai sasaran bagi melepaskan dirinya daripada terus diburu geng ahlong berkenaan.

Dia bukan sahaja memaksa bapanya yang hanya bekerja sebagai bilal kampung, menyerahkan wang RM1,200 dalam sekelip mata, malah lebih melampau, dia sanggup mengugut menggunakan pisau jika bapa malang itu enggan menunaikan permintaannya.

Bagaimanapun, tindakan si anak, Ahmad Rashidi Hisham Abd Razak, 33, menerima padah setelah Mahkamah Majistret, di sini, semalam menjatuhkan hukuman penjara selama lima hari dan denda RM800 atau tujuh hari penjara jika gagal menjelaskan denda.

Hukuman dijatuhkan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi selepas Ahmad Rashidi Hisham mengaku salah melakukan ugutan jenayah dengan mengamuk dan memegang sebilah pisau terhadap ayahnya, Abd Razak Salleh, 72, di kediaman mereka di Kampung Duyong Besar, di sini, 10 Jun lalu kira-kira jam 1 tengah hari.

Dia yang bakal menimang cahaya mata pertama dua bulan lagi mengaku bersalah mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan itu, yang memperuntukkan penjara sehingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintenden Ngiam Ooi Ming manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian, Ahmad Rashidi Hisham telah meminta wang daripada bapanya sebanyak RM1,200 untuk menjelaskan hutang ah long.

Bagaimanapun, ayahnya enggan memberikan wang yang diminta menyebabkan dia naik angin dan terus mengamuk dengan membaling barang- barang di dalam rumah berkenaan serta mengambil pisau dan mengacukan ke arah bapanya itu.

Bimbang perkara tidak diingini berlaku, bapanya terus membuat laporan di Balai Polis Chabang Tiga, di sini, sejurus Ahmad Rashidi Hisham keluar dari rumah itu dan kirakira jam 3 petang, dia telah ditangkap.

Sinar Harian

Jerebu: 3 kawasan di S'gor tahap tidak sihat

Posted: 15 Jun 2012 01:54 AM PDT

25 Rejab 1433H. [MOD] -

Tiga kawasan di Selangor mencatatkan tahap kualiti udara tidak sihat pada pukul 11 pagi tadi, ketika keadaan jerebu semakin teruk di Semenanjung akibat musim panas sekarang dan disyaki ekoran pembakaran terbuka di utara dan tengah Sumatra.

Lamanweb Jabatan Alam Sekitar menyenaraikan Kuala Selangor mencatat Indeks Pencemaran Udara tertinggi dengan bacaan 131, diikuti Pelabuhan Klang (130) dan Shah Alam (106).

Bacaan 101 atau lebih merupakan tahap tidak sihat manakala bacaan antara 51 dan 100 dianggap sederhana.

Tompok panas dikesan di beberapa kawasan di tengah dan utara Sumatera semasa musim panas sekarang.

Kebiasaannya aktiviti pembakaran aktiviti dijalankan untuk membersihkan kawasan pertanian.

Juga turut dikesan ialah aktiviti pembakaran terbuka di kawasan di selatan, tengah dan pantai timur Semenanjung Malaysia.

Prandelli optimis The Azzuri akan mara ke suku akhir

Posted: 15 Jun 2012 01:53 AM PDT

25 Rejab 1433H. [MOD] -

NASIB Itali pada kejohanan Euro 2012 bagaikan tiada kesudahan apabila masih gagal untuk meraih kemenangan pertama dalam persaingan Kumpulan C.

Pada aksi pertama, Itali hanya mengutip satu mata setelah seri dengan Sepanyol manakala impian pasukan The Azzuri untuk menghidupkan impian ke suku akhir 'terbantut' setelah terikat 1-1 dengan Croatia awal pagi tadi (waktu Malaysia).

Paling mengecewakan reputasi mereka sebagai pasukan pilihan yang dijangka dapat menghangatkan lagi kejohanan kali ini tidak menyerlah. Sebalinya mempamerkan corak permainan yang hambar.

Mungkin tidak keterlaluan jika dikatakan nasib Itali sama dengan Belanda apabila kini berada di ambang penyingkiran dan menjadi pasukan awal untuk mengucapkan selamat tinggal.

Bagaimanapun, jurulatih The Azzuri, Cesare Prandelli masih menganggap pasukan mereka akan berpeluang untuk mara ke suku akhir.

"Kami tidak boleh menganggap semuanya sudah berakhir. Meskipun berada dalam laluan yang sukar, kami masih ada peluang.

"Sekiranya kami berjaya menewaskan Republik Ireland dengan jaringan yang banyak, tidak mustahil kami boleh mara.

"Jadi, kami berharap apa yang saya katakan akan menjadi kenyataan," kata Prandelli sambil berharap Sepanyol akan mengalahkan Croatia untuk membuka laluan mereka ke suku akhir.

Pada perlawanan semalam, Itali berpeluang untuk menyalakan peluang ke suku akhir setelah mendahului Croatia. Bagaimanapun gagal bertahan apabila Mario Mandzukic menjadi wira Croatia untuk menyamakan kedudukan.

"Memang kami perolehi banyak peluang. Namun tiada jaringan berjaya dihasilkan. Nasib tidak memihak kepada kami untuk mengutip tiga mata penuh.

"Apa pun kami masih lagi ada peluang untuk mara, dan kami perlu berjuang pada titik-titik akhir serta percaya terhadap diri sendiri," jelasnya lagi.

Sementara itu, Croatia yang berjaya mengikat Itali pada saat-saat akhir, jelas menggembirakan jurulatih mereka apabila berjaya menyekat peluang Itali untuk meraih tiga mata penting.

Slaven Bilic berkata, "pemain saya menunjukkan corak permainan yang sangat berkualiti."

"Mereka berjaya mengawal tekanan apabila berhadapan dengan pasukan yang hebat.

"Jelas mereka berjaya menunjukkan satu sikap juang yang positif untuk terus mara dalam saingan Euro 2012 kali ini.

"Jadi, perlawanan terakhir menentang Sepanyol nanti, kami perlu bekerja keras kerana pertemuan itu menentukan 'hidup mati' kami dalam saingan kali ini," kata Bilic yang tetap yakin pasukan mereka akan mara ke suku akhir.

Sinar Harian

Subhanallah! Sotong Kurita Mirip Wajah Manusia

Posted: 15 Jun 2012 01:46 AM PDT

25 Rejab 1433H. [MOD] -

Jika semasa musim Piala Dunia 2010, sotong kurita yang dikenali sebagai Paul mula menjadi popular di serata dunia. Ia menjadi popular gara-gara ramalannya menentukan keputusan perlawanan menepati keputusan yang sebenar. Itu kisah si Paul sotong kurita.

Namun bagi penduduk kawasan Muara, Kelurahan Berok Nipah, Padang, Sumatera Barat dihebohkan dengan seekor sotong kurita mirip wajah manusia dan mirip wajah seorang wanita. Sotong ini dibawa oleh seorang nelayan pulang ke rumah bersamaan dengan sotong lain untuk dimasak isterinya.

Sotong ini berukiran sekitar 20cm dan mempunyai dua mata, dua telinga, dan satu hidung dan bibir. Haiwan pelik ini dipamerkan kepada para pengunjung yang mahu melihat sendiri sotong kurita berwajah manusia manusia. Tambahan sotong ini berjaya menarik perhatian seluruh penduduk di perkampungan yang lain.

Kejadian seumpama ini teryata aneh dan pelik. Walaubagaimanapun kita harus percaya tiada yang mustahil berlaku di dunia ini. Memang banyak kejadian pelik yang berlaku di negara jiran kita, Indonesia. Sesungguhnya ini semua adalah bukti kekuasaan Allah SWT.

Sumber: Melayukini.net

Di Matteo sah pengendali Chelsea

Posted: 15 Jun 2012 01:44 AM PDT

25 Rejab 1433H. [MOD] -

PENGURUSAN Chelsea akhirnya mengesahkan melantik Roberto Di Matteo sebagai pengurus tetap kelab itu dengan kontrak selama dua tahun.

Di Matteo, 42, yang mengambil alih tugas sebagai pengurus sementara selepas Andre Villas-Boas dipecat Mac lalu, berjaya memulihkan semula reputasi Chelsea dengan menjuarai Liga Juara-Juara dan Piala FA, musim lalu.

Di Matteo berkata, "saya sangat gembira dengan pelantikan ini."

"Akhirnya saya berjaya mendapat status pengurus tetap setelah mencapai kejayaan luar biasa untuk Chelsea.

"Jadi, untuk musim depan, saya akan membuat perancangan dan meneruskan matlamat kami untuk menjadi sebuah kelab yang digeruni dan berjaya," kata Di Matteo.

Sementara itu, Ketua Eksekutif Chelsea, Ron Gourlay pula berkata, pemilihan Di Matteo sebagai pengendali Chelsea adalah yang terbaik berdasarkan prestasinya sepanjang musim lepas.

"Kualiti yang ada dalam diri Di Matteo sangan membanggakan. Beliau berjaya memberi ransangan kepada pemain untuk melakar kejayaan yang luar biasa.

"Jadi, dengan perbincangan semua pihak, mereka cukup gembira dengan prestasi Di Matteo dan berharap beliau akan terus kekal dengan pencapaian tersebut," katanya.

Di Matteo antara individu keempat dari Itali yang dilantik sebagai pengurus Chelsea selepas Gianluca Vialli, Claudio Ranieri dan Carlo Ancelotti.

Sinar Harian

Kisah Mayat Membaca Surah Yasin di Mekah

Posted: 15 Jun 2012 01:39 AM PDT

25 Rejab 1433H. [MOD] -

Ini adalah cerita benar yang telah diceritakan oleh pelajar-pelajar Malaysia di Arab Saudi. Peristiwa ini baru saja berlaku dan disahkan benar oleh Ustaz Halim Naser….penceramah bebas yang amat terkemuka di Malaysia.

Ceritanya begini.. Pada suatu hari di musim haji yang lepas, pelajar Malaysia yang sama-sama menunaikan haji telah mengikut seorang Arab untuk mengebumikan mayat seorang yang meninggal dunia pada musim haji. Makam tersebut terletak di Ma'la….tempat pengebumian para jemaah haji yang meninggal dunia di Mekah….

Cara yang mereka kebumikan mayat ialah dengan cara meninggalkan mayat dalam lubang yang disediakan dan menutupnya untuk kira-kira lapan bulan. Selepas lapan bulan, lubang itu akan dibuka semula untuk mengebumikan mayat yang baru.

Pada hari tersebut, apabila satu lubang dibuka untuk mengebumikan mayat yang baru, orang Arab tersebut bertempiaran lari kerana dia nampak mayat sedang bersila, bukan tidur seperti kebiasaannya. Penuntut Malaysia ini memberanikan diri merangkak ke dalam kubur tersebut untuk melihat dengan lebih jelas. Hasilnya dia mendapati memang mayat tersebut sedang bersila dan mayat tersebut sedang membaca Al Quran, dan Al Quran tersebut memang yang asli.

Selepas dilihat seterusnya. Ayat Quran yang terbuka ialah Surah Yasin. Satu lagi perkara ialah mayat tersebut tidak reput dan kain yang membalutinya juga tidak reput. Yang reput hanyalah kapas yang diletakkan di antara mayat dengan kain kapan (kain ehram).

Setelah dibuat kajian, rupa-rupanya mayat tersebut ialah mayat seorang lelaki berkulit hitam yang kerjanya ialah membersihkan Baitullah daripada tumpahan air zam-zam. Kerjanya tiada lain selain daripada membersihkan Baitullah jika ada tumpahan air zam-zam. Jika tiada tumpahan , dia kan duduk di satu sudut Baitullah dan membaca Surah Yasin.

Itulah kelebihannya bagi orang yang berbakti ke jalan Allah… Inilah yang membuatkan kita semakin berkobar-kobar untuk mengunjungi Baitullah… .

Selepas peristiwa itu, lubang kubur itu pun di patri (disimen) dan ditandakan agar tiada mayat lagi yang akan dikebumikan di situ….. sumber renungan kita. Inilah bukti akan janji-janji Allah pada hambaNya yang taat dan ikhlas bekerja keranaNya.

Sumber: Melayukini.net

Ikan arowana ramal Sweden menang

Posted: 15 Jun 2012 01:35 AM PDT

25 Rejab 1433H. [MOD] -

IKAN arowana yang bernama Big Huat dilihat oleh seorang pekerja di Ladang Ikan Qian Hu, Singapura semalam. - Reuters

SINGAPURA - Seekor ikan arowana yang bernama Big Huat memilih pasukan Sweden akan menang dalam perlawanan menentang skuad England pada Kejohanan Bola Sepak Eropah (Euro) 2012.

Ia membuat ramalan tersebut di Ladang Ikan Qian Hu di sini semalam.

Sebelum ini, ikan tersebut telah meramal dengan tepat tiga perlawanan bola sepak Euro.

Ikan tersebut membuat ramalan dengan memilih bekas yang mengandungi bendera pasukan yang bertanding dalam akuarium haiwan itu.

England akan menentang Sweden di Kiev, Ukraine pada 2.45 pagi esok waktu Malaysia. - Agensi

Lelaki minum ubat cuci tandas

Posted: 15 Jun 2012 01:30 AM PDT

25 Rejab 1433H. [MOD] -

GEORGETOWN - Seorang lelaki berusia 27 tahun dipercayai meminum ubat pencuci tandas akibat tekanan perasaan setelah ditinggalkan isterinya.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam kelmarin, mangsa ditemui rakannya dalam keadaan terbaring dengan cecair berbuih keluar dari mulut di rumahnya di Jalan Fattes, Tanjung Tokong di sini.

Menurut sumber, rakan mangsa memecah masuk rumah berikutan tiada orang di rumah itu kerana pintunya terkunci dari dalam dan terdapat botol peluntur di tepi mangsa.

"Rakannya dengar mangsa menjerit dan bila pecah masuk mulut mangsa didapati berbuih," katanya.

Difahamkan, kakak mangsa mengesyaki mangsa yang kini tinggal bersama ibunya bertindak demikian kerana tertekan akibat ditinggalkan isterinya.

Isteri mangsa ialah seorang warga China dipercayai balik ke negara asal selepas mendirikan rumah tangga dengan mangsa hampir setahun lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Beliau berkata mangsa akan disiasat di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana kesalahan cubaan bunuh diri.

"Mangsa kini stabil dan masih dirawat di Hospital Pulau Pinang," katanya.

Sinar Harian

Temui ajal di tepi longkang

Posted: 15 Jun 2012 01:29 AM PDT

25 Rejab 1433H. [MOD] -

GEORGETOWN - Mayat seorang warga emas ditemui di dalam longkang selepas dipercayai terbabit dalam kemalangan di Jalan Paya Terubong di sini awal pagi semalam.

Mayat, Lim Ah Huat, 58, dari Lintang Paya Terubong 3 ditemui pengguna jalan raya kira-kira jam 7.25 pagi dalam keadaan tertiarap di tepi longkang manakala motosikalnya
juga ditemui berhampiran dengan mayatnya.

Seorang saksi yang enggan dikenali berkata, pada mulanya beliau berasa hairan selepas melihat objek pelik di tepi longkang itu.

Beliau yang ingin melihat dengan lebih dekat terkejut apabila mendapati sekujur tubuh yang tidak bernyawa terbaring di tepi longkang dan motosikalnya pula terhumban di dalam longkang.

"Saya percaya kejadian berlaku kira-kira jam 6 pagi kerana tiada siapa pun perasan kejadian kemalangan itu sedangkan laluan ini memang sibuk pada awal pagi.

"Setelah waktu cerah baru ada orang perasan mayat lelaki berkenaan," katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kon Meng berkata, siasatan awal mendapati mangsa mungkin terbabas sendiri setelah gagal mengawal motosikalnya sebelum terjatuh ke dalam longkang.

Menurutnya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut tetapi beliau menyeru kepada orang ramai yang menyaksikan kejadian agar tampil menyalurkan maklumat kepada balai polis berhampiran.

Mayat dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.

Sinar Harian

Tak sempat lari lompat pagar

Posted: 15 Jun 2012 01:26 AM PDT

25 Rejab 1433H. [MOD] -

KULIM - Polis dari Balai Polis Kulim diketuai Asisten Superintendan Mohd Azlan Abdul Kadir berjaya menahan tiga lelaki berusia antara 23 hingga 28 tahun di sebuah rumah
di taman perumahan di sini kira-kira jam 6.30 petang, semalam.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, daripada maklumat awam diterima, kumpulan itu dipercayai melakukan jenayah pecah cermin kereta dan samun
sekitar Kulim.

"Polis mengepung rumah suspek kira-kira jam enam petang sebelum serbuan dibuat.

Ketika diserbu, hanya seorang suspek berada di dalam rumah. Kira-kira 15 minit kemudiannya, dua lagi rakan suspek tiba di tempat kejadian.

"Mereka cuba larikan diri bagaimanapun polis berjaya menahan mereka ketika cuba melompat pagar belakang rumah.

Hasil pemeriksaan, polis menemui beberapa komponen kereta dan motosikal yang sudah dileraikan," katanya.

Ghuzlan berkata, salah sebuah motosikal ditemui pernah dilaporkan hilang, manakala polis turut menemui beberapa bilah parang dipercayai digunakan untuk melakukan jenayah,"
katanya.

Menurutnya, kesemua suspek dibawa ke Balai Polis Kulim untuk siasatan lanjut.

Katanya lagi, salah seorang suspek ditahan mempunyai beberapa rekod jenayah lampau dan baru dibebaskan dari lokap.

"Suspek sebelum ini merupakan antara individu yang aktif menjalankan pengedaran dadah di sekitar Kulim sehinggalah ditahan," katanya.

Ghuzlan berkata, polis akan terus membuat serbuan terhadap beberapa rumah dipercayai dijadikan tempat pembungkusan, pengedaran dan lokasi menghisap dadah.

Sinar Harian

Rayu dua anak pulang

Posted: 15 Jun 2012 01:23 AM PDT

25 Rejab 1433H. [MOD] -

IPOH – Sebuah keluarga merayu dua beradik pulang untuk bertemu dengan bapa mereka, Chang Kok For, 54, yang kini kritikal terlantar di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) akibat jangkitan paru-paru.

Chang Fan Sheng, 19, dan adik perempuannya, Chang Kok Liy, 18, yang bekerja di sebuah restoran di Medan Ipoh sejak 2008 kini hilang tanpa berita setelah dihantar majikannya ke Johor Baharu sejak beberapa bulan lalu.

Bapa Saudara, Chan Kok Leong, 52, berkata, usaha menjejaki dua beradik itu menemui jalan buntu apabila pemilik restoran berkenaan seolah- olah 'lepas tangan'.

"Pada 5 Jun lalu, Fan Sheng pernah telefon bapanya dengan menggunakan talian tetap dari Johor yang dikatakan nombor telefon cawangan restoran di sana.

"Apabila kami menghubungi kembali nombor tersebut, seorang pekerja beritahu mereka tiada di sana.

Malah, telefon bimbit mereka juga tidak aktif," katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini, semalam.

Menurutnya, dia mengesyaki kedua-dua beradik itu dikurung secara tidak sah dan melarang menziarahi bapanya yang semakin tenat sejak di masukkan ke hospital pada 4 Jun lalu.

"Majikan restoran itu sedar bahawa abang saya berada di hospital. Sekurang-kurangnya berikan ruang mereka untuk bercakap dengan saya bagi menjelaskan keadaan bapa mereka.

"Kami agak kesal dengan sikap majikan yang menghantar kedua-dua beradik itu ke Johor Baharu tanpa pengetahuan keluarga," katanya.

Kok Leong berkata, laporan polis berkenaan dibuat kerana bimbang keadaan kedua-dua beradik itu dan mahu satu siasatan dibuat bagi mengesahkan dakwaan sama ada mereka dikurung secara tidak sah oleh majikan sendiri

Sinar Harian

PAS Negeri Sembilan

Posted: 15 Jun 2012 09:23 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad 17 Jun 2012 di Senawang

Posted: 15 Jun 2012 01:04 AM PDT

CERAMAH ISRAK MIKRAJ
Tarikh : 17 Jun 2012, Ahad
Masa : 5 petang, selepas Asar
Tempat : Surau Taman Pinggiran Senawang
Penceramah : Ustaz Wan Azhar bin Wan Ahmad

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir
Jamuan disediakan sebelum Maghrib

Ceramah Umum 22 Jun 2012 di Gemencheh

Posted: 15 Jun 2012 01:01 AM PDT

CERAMAH UMUM
Tarikh: 22 Jun 2012, Jumaat
Tempat: Felda Bukit Jalor, Gemencheh, N. Sembilan
Jam: 9 Malam
Penceramah:
YB Senator Mumtaz Nawawi
YB Teo Kok Seong - ADUN Bahau
YB Taufek - ADUN Paroi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan