ULAMA PEWARIS NABI Posted: 14 Jun 2012 03:29 PM PDT ANAK DUTA KE AMERIKA SYARIKAT DIDAKWA TERLIBAT ? Posted: 14 Jun 2012 02:12 AM PDT Anak bekas menteri dapat RM280 juta projek sistem kawalan trafik berbahaya
(Oleh Aedi Asri)
KUALA LUMPUR 14 Jun: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mendapati, projek sistem baru kawalan trafik yang mengancam ruang udara negara diberi kepada keluarga menteri.
Menurutnya, dalam carian syarikat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), tertera nama Ikhwan Hafiz Jamaluddin iaitu ahli keluarga bekas Menteri sebagai Pengarah Tirai Variasi Sdn Bhd Advanced Air Traffic System (M) Sdn Bhd.
"…Saya tanya, dan ini belum dijawab oleh Kementerian (Pengangkutan)," katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.
Naib Presiden KEADILAN itu turut mempersoal adakah menjadi norma Kerajaan Umno BN menganugerahkan satu daripada projek kerajaan kepada keluarga menteri.
"Apakah alasan Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) memberi kontrak sistem yang cukup penting ini secara rundingan tertutup?" soalnya lagi.
Beliau turut menunjukkan salinan dokumen dari SSM kepada media yang mempamerkan Ikhwan Hafiz Jamaluddin, 25, sebagai Pengarah Tirai Variasi Sdn Bhd.
Tirai Variasi adalah pemegang saham utama Advanced Air Traffic System (M) Sdn Bhd yang dianugerahkan kontrak bernilai RM280 juta itu.
Apabila ditanya wartawan mengenai kesahihan dakwaan tersebut, Izzah menjawab, kementerian patut menafikannya jika dakwaan itu tidak benar.
"Sekali lagi, saya persoalkan nama tersebut dan (saya) belum terima sebarang jawapan," katanya.
"Saya sudah hantar surat pertanyaan (kepada Kementerian Pertahanan dan DCA) sebelum ini, namun masih belum terima maklum balas dari mereka," jelas Izzah lagi.
Bagaimanapun, carian media mendapati Ikhwan adalah anak kepada Datuk Seri Jamaluddin Jarjis, bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.
Pada 8 Jun lalu, Izzah bersama-sama Naib Presiden KEADILAN, N Surendran dan Tian Chua menyerahkan memorandum kepada DCA mengenai sistem baru Human Trafic Interface yang membahayakan ruang udara negara.
Sistem itu turut dibangunkan bersama syarikat Selex Sistemati Integrati dari Itali yang dikaitkan dengan pelbagai tuduhan rasuah di Itali, Cyprus, Panama dan Namibia.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=31602 | RUPANYA C4 TAK BAHAYA ! Posted: 13 Jun 2012 08:33 PM PDT Garam dan botol air mineral yang menjadi 'perisai' peserta perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu tidak harus dipandang remeh kerana ia mungkin boleh menjadi instrumen berkuasa untuk menjatuhkan kerajaan, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ni. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, kuasa garam dan botol air mineral mungkin boleh menjadi seperti kuasa telefon bimbit yang menyebabkan jatuhnya regim berpengaruh di Mesir dan Tunisia. "Jadi jangan remehkan kuasa garam dan botol...kerajaan yang berpengaruh di Mesir dan Tunisia jatuh hanya dengan telefon bimbit sahaja Yang Berhormat, jadi jangan diremehkan," katanya. Mohamed Nazri berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) yang bertanya sama ada kerajaan bersedia meminta maaf kerana mendakwa perhimpunan Bersih 3.0 sebagai cubaan rampasan kuasa oleh pembangkang. "Adakah perdana menteri sedia minta maaf dan tarik balik dakwaan cubaan rampasan kuasa...bolehkah garam dan botol air mineral gulingkan kerajaan," soal Lim. -SH-
Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2012/06/senjata-untuk-gulingkan-kerajaan-oleh.html#ixzz1xjcvSdjq
| GARA-GARA SUKA BERAHSIA , NEGARA HURA-HARA ! Posted: 13 Jun 2012 05:42 PM PDT Komen : Gara-gara BN suka menunjuk kuasa bilamana DS Najib sebagai PM suka berahsia tarikh Pilihan Raya maka banyak perancangan rakyat dalam negara dan mungkin luar negara akan huru-hara dan tak tentu hala kerana tarikh akan berubah dan perbelanjaan yang telah didahulukan akan mendatangkan kerugian. Apatah lagi kes haji .Dalam hal haji di musim haji, DS Najib sebagai Perdana Menteri yang beragama Islam wajar mengumumkan dalam media kepada rakyat bahawa tiada Pilihan Raya ke 13 pada musim haji. Beliau perlu jelaskan sekarang bagi meredakan kekeliruan antara Pemimpin BN Islam dan Pemimpin Islam Pakatan Rakyat yang sentiasa diperhati orang2 yang belum dan akan masuk Islam.
KUALA LUMPUR: Pilihanraya pada musim haji adalah satu pengkhianatan terhadap rakyat di dalam menunaikan hak mereka sebagai seorang muslim yang beriman, demikian tegas Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia Nik Mohd Abduh Nik Aziz.
Katanya, ibadah haji boleh ditangguhkan oleh kehadiran kewajiban lain yang perlu disegerakan dan disempitkan terhad waktunya seperti pilihanraya.
Bahkan katanya, asasnya orang muda yang berkemampuan berhak memilih tarikh hajinya sendiri dengan keluasan masa kurniaan Allah.
Tambahnya, kerajaan mestilah mempertegaskan secara pasti bahawa pilihanraya tidak akan diadakan pada musim haji demi keselesaan rakyat menetapkan tarikh ibadah haji masing-masing.
"Oleh kerana tarikh pilihanraya yang samar disebabkan was-was seorang perdana menteri, PAS mencadangkan bukan mewajibkan umat Islam agar memilih untuk menangguhkan haji jika wujud kebarangkalian berlakunya pilihanraya pada musim haji iaitu Oktober dan November nanti," katanya.
Katanya, undi adalah satu persaksian atau syahadah di hadapan Allah bahawa setiap muslim wajib memilih Islam sebagai satu ugama dan cara hidup yang tidak mungkin ditinggalkan.
Malangnya, kata beliau Umno melihat sebaliknya bahkan undi boleh dibeli dengan sekampit gula demi survival sekularisme.
Tegasnya, PAS melihat penyertaan rakyat dalam pilihanraya adalah satu kewajiban agama yang mesti ditunaikan.
Manakala Umno pula, katanya, melihatnya sebagai satu kewajiban warganegara yang tidak sama dengan kewajiban agama.
"Umno terus dengan otak sempitnya, melihat urusan politik dan kepimpinan negara sebagai terpisah daripada ugama," katanya di laman Facebooknya.
Justeru, baginya isu ini satu perbahasan hukum yang menarik untuk memahamkan masyarakat Islam mengenai hukum mengundi dalam pilihanraya umum untuk memilih kepimpinan negara.
"Kerajaan jangan asyik menghina diri sendiri dengan mengugut rakyat dengan kemungkinan kuota haji ditarik balik kerana aksi berani anak-anak muda menolak politik kotor umno di tanah suci umat Islam dengan peragaan baju Bersih," katanya.
Harakah Daily
| |
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah Posted: 14 Jun 2012 01:41 PM PDT Яндекс.Fresh-Up/Позиции сайта dppnkedah.blogspot.com Posted: 14 Jun 2012 01:13 AM PDT Добрый день. Меня зовут Александр Сибиряков, я решил обратиться, т.к. отметил что Ваша компания использует сайт dppnkedah.blogspot.com для привлечения потенциальных заказчиков. Моя работа - анализировать результаты выдачи поисковых систем и находить компании, которым может быть недостаточно входящих звонков от клиентов из Интернета. Мы с коллегами проявили инициативу и подготовили для dppnkedah.blogspot.com конкретное предложение по целевому привлечению клиентов Fresh-Up. Данный метод, на практике, позволяет существенно увеличить эффективность сайта как инструмента продаж. Я буду крайне признателен, если Вы прокомментируете наши выкладки (во вложении) или передадите человеку, ответственному за продажи. С уважением, Александр Сибиряков Специалист отдела продуктивных решений Компания Fruitful Solutions Тел./Факс: +7 (495) 661-6100 Моб.: +7 (495) 661-6100 Web: www.future-adv.ru | |
Dupahang's Weblog Posted: 14 Jun 2012 11:42 AM PDT Inilah Nasihat Paling “Bodoh” Ulamak Umnuuooo,,, Posted: 13 Jun 2012 09:09 PM PDT Kalau hendak beri nasihat, tidak perlu sampai guna Majlis Fatwa Kebangsaan,” kata Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh (gambar). Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Mashitah Ibrahim bahawa Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan hanya memberi nasihat mengenai penglibatan umat Islam dalam demonstrasi jalanan. Mashitah dilaporkan menafikan bahawa Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan mengeluarkan sebarang [...] | BUAT HAJI..PAS NAK TANGGUH?? Posted: 13 Jun 2012 09:05 PM PDT Pada tahun lepas saya berjaya mendapatkan visa untuk mengerjakan haji, tetapi saya tangguhkan kerana kebimbangan berlakunya pilihanraya. Tahun ini saya memohon lagi dan saya bersedia untuk menangguhkannya jika sekirannya berlaku pilihanraya, sehingga ramai yang bertanya " kenapa?". Saya bertanya kepada sahabat yang bertanya " Solat juga adalah rukun Islam, bagaimana sekiranya jika kita sedang solat, [...] | |
Mohamad Taufek Abd Ghani Posted: 14 Jun 2012 09:47 AM PDT Perhimpunan Aman Solidariti Umat Islam Rohingya 15 Jun 2012 Posted: 14 Jun 2012 01:05 AM PDT PERHIMPUNAN AMAN SOLIDARITI UMAT ISLAM ROHINGYA, MYANMAR Jumaat, 15 Jun 2012, selepas Solat Jumat di depan kedutaan Myanmar, Jalan Ampang. Perarakan bermula dari Masjid Tabung Haji selepas solat Jumaat
MAJLIS SOLAT HAJAT PERDANA BERSAMA KOMUNITI ROHINGYA pada hari Ahad, 17 Jun 2012. di Masjid Negara selepas solat Zuhur
KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
HIMPUNAN SOLIDARITI UMAT ISLAM ROHINGYA JUMAAT INI 24 Rajab 1433 bersamaan 14 Jun 2012
Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Malaysia (LA DPPM) memandang serius isu pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Rohingya, Myanmar oleh tentera kerajaan Myanmar kebelakangan ini. Sehingga hari ini, dilaporkan seramai dilaporkan 100 orang Rohingya telah ditembak mati dan lebih 500 orang lagi cedera di Maungdaw.
Bagi LA DPPM, serangan dan pembunuhan yang berlaku ke atas etnik Rohingya Muslim adalah suatu tindakan kejam yang terancang oleh mereka yang berdendam dengan umat Islam di sana. LA DPPM melihat isu kekejaman ke atas umat Islam Rohingya, Myanmar adalah isu sejagat yang wajib ke atas semua masyarakat khususnya umat Islam bangkit bagi membela dan menyatakan bantahan. LA DPPM difahamkan, pihak keselamatan, polis dan tentera, bekerjasama dengan etnik Rakhine untuk melancarkan serangan ke atas etnik Rohingya Muslim. Umat Islam di Rohingya dibunuh, diseksa, wanita diperkosa, sementara rumah-rumah dan perkampungan mereka dibakar dan peralatan mereka dirampas. Ramai mereka yang tercedara dinafikan hak untuk mendapatkan rawatan di hospital.
Malah, umat Islam di sana mereka mengalami penderitaan yang panjang seperti perampasan rumah, tanah, ternakan, pemusnahan masjid, arahan tidak dibenarkan membaiki mana-mana masjid, ratusan masjid dimusnah dan diganti dengan Pagoda Buddha, perkahwinan dan pergerakkan yang dihadkan hanya dengan keizinan tentera, penangkapan, penyiksaan tanpa bicara, perkosaan wanita dan pemaksaan keluar dari Islam dan dipaksa menganut Buddha.
LA DPPM menuntut kerajaan Malaysia menyatakan pendiriannya terhadap isu ini serta turut menyatakan bantahan tegas kerajaan terhadap kerajaan Myanmar. Kerajaan bertanggungjawab atas semangat ASEAN menyatakan bantahan agar kekejaman tidak lagi berlaku terhadap umat Islam di Myanmar.
Atas semangat persaudaraan Islam ini, DPPM menyokong perhimpunan aman solidariti umat Islam Rohingya, Myanmar yang dianjurkan oleh Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) pada hari Jumaat, 15 Jun 2012 di depan kedutaan Myanmar, Jalan Ampang selepas Solat Jumat. Perarakan ini akan bermula dari Masjid Tabung Haji selepas solat Jumaat. DPPM menyeru umat Islam agar bersama-sama menyertainya.
Selain itu, DPPM bersama SHURA dan MAPIM juga akan menganjurkan majlis solat Hajat Perdana bersama komuniti Rohingya pada hari Ahad, 17 Jun 2012. Majlis ini akan diadakan di Masjid Negara selepas solat Zuhur berjemaah di sana. Umat Islam turut diseru untuk bersama-sama dalam majlis ini.
| PROGRAM CERAMAH ISRAK WAL MIKRAJ 1433H Posted: 14 Jun 2012 01:04 AM PDT Ahad, 17 Jun 2012 Selepas Solat Maghrib Surau Al-Hidayah, Taman Mulia, Pajam Penceramah : Ustaz Shuhadak Bin Mahmud Semua Dipersilakan Hadir
| Solat mencegah perkara fahsya’ dan mungkar Posted: 13 Jun 2012 11:02 PM PDT Sempena memperingati peristiwa Isra' dan Mi'raj pada 17 Jun 2012 nanti, sama-samalah kita mempertingkatkan, memperbaiki amalan solat kita, sesungguhnya solat itu mencegah dari pekara fahsya' dan mungkar.
اتْلُ مَآ أُو حِيَ إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ وَأَقِمِ الصَّلاَةَ إِنَّ الصَّلاَةَ تَنْهَى عَنِ الْفَحْشَآءِ وَالْمُنكَرِ وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ وَاللهُ يَعْلَمُ مَاتَصْنَعُونَ {العنكبوت45}
Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, yaitu Al-Kitab (al-Qur'an) dan dirikanlah shalat. Sesungguhnya shalat itu mencegah dari perbuatan-perbuatan fahsya' dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (shalat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan. (QS. 29:45)
Tahap-tahap kejahatan yang dilarang Aras-aras kejahatan dalam tiga aspek yang mengumpulkan segala jenis kejahatan. Perkara tersebut ada digambarkan dalam 3 perkataan yang lengkap dengan isinya iaitu al fahsya, al munkar dan al baghy.
AL-FASHYA Perkatan fhasya bermaksud batu daripada pecahan yang terpecah dari kata perbuatan dan maknanya. Makna pula berlaku agak terlampau, terkeluar daripada batas sempadan yang patut, tidak bersikap sopan dan sebagainya. Jika dikata, alfahsya ertinya kedekut dan tamak harta dunia, kotor, tidak malu serta lucah.
AL-MUNKAR Perkataan munkar merupakan pecahan yang membawa maksud bertidak, menidakkan, tidak mengaku, tidak mahu mengaku dan sebagainya. perkataan munkar membawa makna perbuatan yang ditegah sama ada oleh undang-undang, agama dan manusia. Tahap kesan munkar tidak terhad kepada diri sendiri, malahan memberi kesan kepada orang lain.
AL-BAGHY Al-baghy merupakan satu kejahatan yang melanggar batas keadilan, keinsafan, kesopanan, keamanan dan keselamatan umum. Semua perbuatan keji , buruk dan jahat bukan sahaja dapat dilihat, dibenci oleh orang lain, malah dapat memberi kesusahan, kerugian, kecederaan atau penderitaan kepada orang lain.
| Ceramah Penerangan DUN Kota 24 Jun 2012 Posted: 13 Jun 2012 08:42 PM PDT CERAMAH PENERANGAN Tarikh : 24 Jun 2012, Ahad Masa : 9 mlm Tempat : Kg Sawah Raja, Rembau (DUN Kota) Penceramah : 1. YB Dr Ismail Salleh (EXCO Kedah/ADUN Alor Mengkudu) 2. Mohamad Nasaei Ismail (SU Presiden PAS/Naib Ketua Pemuda KL) 3. Dr Mohamad Rafie Abdul Malik (Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR) 4. Mohd Nazree Mohd Yunus (Naib Ketua AMK Pusat/Ketua AMK N.Sembilan) 5. Pn Norwani Ahmat (AJK Muslimat PAS Pusat/Ketua Muslimat PAS Rembau)
Untuk maklumat lanjut sila hubungi Sdr Izamri 013-2124086 | Hutan jajaran Gunung Angsi habis musnah Posted: 13 Jun 2012 06:44 PM PDT Apakah maksud Datuk Seri Mohamad Hasan mengatakan 404.685 hektar jajaran Gunung Angsi yang boleh dilihat dari beberapa taman perumahan di Senawang telah diberi milik lama dulu sebelum beliau menjadi Menteri Besar lagi? Adakah Menteri Besar sebelum beliau yang melakukan kerja ini? Kepada siapa 404.685 hektar ini diberi milik? Berapakah keuntungan yang diperolehi oleh kerajaan negeri dalam proses beri milik ini?
404.685 hektar adalah bersamaan dengan 999.99 ekar. Bayangkan berapa banyak perumahan rakyat boleh dibina atas tanah seluas 999.99 ekar ini.
**************** Kerajaan kecewa bukit diteroka
TANAH bukit di jajaran Gunung Angsi dekat Senawang diteroka oleh pemiliknya sebuah syarikat koperasi untuk ditanam kelapa sawit.
SEREMBAN 13 Jun 2012 - Kerajaan negeri kesal dan dukacita apabila melihat bukit di jajaran Gunung Angsi, dekat Senawang diteroka sebuah syarikat sejak beberapa bulan lalu sehingga mencacatkan keindahan alam sekitar.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tanah seluas 404.685 hektar itu bukan tanah milik kerajaan, tetapi adalah tanah milik syarikat atau koperasi dari Selangor yang dibeli daripada lelongan awam yang dibuat pihak Pengurusan Danaharta Nasional Berhad, beberapa tahun lalu.
''Kawasan itu sebenarnya yang telah diberi milik lama dulu sebelum saya menjadi Menteri Besar lagi dan telah bertukar milik banyak kali sehinggalah akhirnya dibuat lelongan awam oleh Danaharta dan diberikan kepada satu syarikat atau koperasi dari Selangor.
| CERAMAH UMUM Posted: 13 Jun 2012 06:34 PM PDT | Semakin menakutkan kes jenayah di Malaysia. Posted: 13 Jun 2012 06:29 PM PDT Penculik minta RM1.9j 14 Jun 2012
KUALA LUMPUR: Sepasang suami isteri mendakwa dibelasah di seluruh badan selain kepala diketuk dengan batu selepas diculik sekumpulan lebih 10 lelaki bersenjatakan pisau dan parang dalam kejadian di Kampung Baru, di sini, awal pagi kelmarin.
Dalam kejadian jam 3 pagi itu, pasangan berusia 40-an itu dikatakan ditahan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah dari restoran milik mereka sebelum diperlakukan sedemikian kira-kira 12 jam menjadi tawanan kumpulan penjenayah itu.
Difahamkan, kumpulan terbabit sudah mengekori mangsa sejak tiga bulan lalu selepas mendapat maklumat konon mangsa dan isteri mempunyai wang simpanan sebanyak RM1.9 juta.
Bagaimanapun mangsa bertegas mengatakan tidak mempunyai wang sebanyak itu sebelum akhirnya dibebaskan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban, di sini, jam 4 petang selepas kumpulan itu merampas wang tunai RM24,000 dan kereta jenis Toyota Camry milik mangsa.
| |
Jasindaily Online Posted: 14 Jun 2012 09:37 AM PDT Pas Melaka Hasrat Guna Stadium Hang Tuah Untuk Himpunan Hijau Posted: 13 Jun 2012 09:16 PM PDT Himpunan Hijau ke Putrajaya peringkat negeri Melaka akan diadakan pada 24 Jun 2012.
Tuan Hj Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS adalah tetamu utama di program tersebut.
Disamping itu PAS turut menjemput pimpinan-pimpinan Pakatan Rakyat Negeri bagi memeriahkan lagi program tersebut.
Wakil daripada NGO Anti Lynas juga turut dijemput. Disamping itu Sdr Zulkifli Omar selaku pengerusi Lujnah Alam Sekitar PAS Malaysia turut hadir.
PAS hari ini akan membuat permohonan secara rasmi bagi menggunakan Stadium Hang Tuah bagi menjayakan program tersebut.
PAS Melaka mengharapkan agar permohonan PAS negeri bagi menggunakan stadium bagi tujuan Himpunan Hijau ini diluluskan.
Tema Himpunan Hijau peringkat negeri Melaka adalah "Teknologi Hijau, Politik Hijau, Melaka Hijau".
Rakyat Negeri Melaka dijemput keprogram tersebut bermula jam 9.00 mlm. dengan berpakaian hijau.
Sumber : Pesuruhjaya PAS Melaka
| |
N45 Dr Halimah Ali Posted: 14 Jun 2012 09:29 AM PDT Sekolah hangus, kerajaan Selangor hulur bantuan dalam masa 48jam Posted: 14 Jun 2012 06:41 AM PDT KAJANG Kerajaan Selangor berempati dengan nasib sebuah sekolah yang seluruh tingkat atas sebuah bloknya dijilat api 2 hari yang lalu. Syukur tidak ada kemalangan jiwa kerana diantara pelajar yang mengikuti latihan intensif untuk menghadapi peperiksaan UPSR tidak lama lagi. Menurut PIBG dan Pengerusi Lembaga SJKC Yu Hua ini, makmal multimedia serta perpustakaan yang memuatkan banyak bahan sejarah sekolah tersebut dan 50000naskhah buku juga semua hangus. EXCO Pendidikan Kerajaan Selangor menyampaikan cek berjumlah RM100,000 kepada Pengerusi Lembaga sekolah berkenaan sebagai token untuk mengurangkan sedikit beban sekolah. Dalam kenyataan media beliau mengharapkan kementerian pelajaran boleh menyediakan bantuan dengan kadar segera dan jumlah yang lebih atas sifat sebagai kerajaan pusat! Sekolah ditutup selama 3 hari untuk keselamatan pelajar dan membolehkan siasatan bomba berjalan dengan lancar. | PARANOID BN menyebab semua orang susah! Posted: 14 Jun 2012 05:43 AM PDT Tarikh PRU13 tidak menentu menyusahkan semua rakyat di negara ini daripada bakal haji, ahli politik, peniaga dan mahasiswa. Ramai yang tidak jadi pergi mengerjakan umrah ketika cuti sekolah selama dua minggu, kerana takut pilihan raya. Ada seorang jiran saya di Taman Melewar hampir membatalkan kenduri kahwin anaknya pada 9 Jun 2012, kerana ura-ura tarikh pembuangan undi. Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) Yong Poh Kon berkata akibat tarikh pilihan raya tidak menentu mereka berhadapan ketidaktentuan yang berpanjangan. Majlis Perwakilan Pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam juga mengalami penderaan yang sama kerana pihak universiti menerima arahan daripada pihak atasan supaya jangan adakan pilihan raya kampus kerana takut kumpulan pro Umno BN kalah. Kerajaan faham bahawa keputusan pilihan raya kampus akan memberi kesan politik di luar. Sekarang mahasiswa menjadi mangsa, sepatutnya pilihan raya kampus diadakan pada bulan Februari sehingga kini belum nampak petanda akan diadakan. Tidak pernah berlaku di dalam sejarah pilihan raya kampus ditangguhkan, sehingga sudah melewati waktu. Paling malang ada di kalangan pimpinan MPP yang akan menamatkan pengajian selepas peperiksaan sedang berjalan sekarang. Persoalannya siapa yang akan mengendalikan urusan Majlis Perwakilan Pelajar selepas ini. Nampaknya Najib menyusahkan semua rakyat termasuk mahasiswa turut menjadi mangsa. Penangguhan pilihan raya kampus menandakan Umno BN dilanda dengan mimpi ngeri bagi orang yang bersalah. | |
KHIDMAT MERU Posted: 14 Jun 2012 09:29 AM PDT BANTUAN BAGI GOLONGAN YANG MEMULAKAN PERNIAGAAN KECIL-KECILAN Posted: 14 Jun 2012 03:32 AM PDT Beberapa individu yang dikenalpasti ingin atau telah memulakan perniagaan secara kecil-kecilan telah mendapat sedikit sumbangan peruntukan dari ADUN Meru tanpa mengira warna kulit dan agama. | MEMANTAU PROJEK INFRA DI DUN MERU Posted: 14 Jun 2012 02:49 AM PDT YB Dr Rani bersama Ketua Kampung Meru telah turun padang dan memantau jalan-jalan raya yang telah diturap dalam senarai jalanraya yang di hantar kepada Geran Selangorku. Alhamdulilah banyak senarai jalan-jalan tersebut dapat di lakasanakan dengan sempurna. | SUMBANGAN UNTUK PEWARIS WARGA EMAS YANG TELAH MENINGGAL DUNIA Posted: 14 Jun 2012 01:32 AM PDT Kerajaan Negeri Selangor dibawah Pakatan Rakyat telah meluluskan Skim Mesra Usia Emas dimana diantaranya sekiranya terdapat warga emas yang berusia 60 tahun keatas meninggal dunia maka pewarisnya akan dibayar RM2500 bagi menanggung sebahagian kos pengkebumian atau penjelasan hutang yang ditinggalkan. Sumbangan Kerajaan Negeri tersebut diadakan bagi mengenang jasa warga emas membesarkan tanggungan dan sumbangan bukan kecil mereka terhadap pembangunan negeri. Bagi fasa pertama, pewaris akan menerima RM1000 dan fasa kedua RM1500 lagi. YB Dr Rani samaada menyerahkan wang fasa pertama tersebut di pejabat beliau atau berkunjung kerumah pewaris-pewaris sendiri untuk menyampaikan sumbangan kerajaan Negeri Selangor tersebut. | |
Pemuda Bersamamu v3 Posted: 14 Jun 2012 09:22 AM PDT Al-Fatihah Buat Al-Murabbi Ustaz Yahya Othman Posted: 14 Jun 2012 05:36 AM PDT Seluruh ahli jawatankuasa pemuda PAS DUN Sura mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Us Yahya Othman yang baru sahaja kembali ke rahmatullah. Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar kepada parti terutamanya dengan pengalaman beliau dalam mentarbiyah ahli memahami matlamat perjuangan Parti islam Se Malaysia (PAS). Semoga Allah Taala melimpahkan rahmat ke atas rohnya, amin
Us Yahya Othman di Ijtima' Tarbawi PemudaUcapan Takziah Presiden Kita baru sahaja mendapat khabar pemergian, Al Murabbi Ustaz Yahaya Othman, Mantan Ahli Majlis Syura Ulama PAS. Sesungguhnya berita ini amat mengejutkan kami pimpinan dan ahli-ahli Parti Islam Se-Malaysia PAS. Beliau pergi dikala jamaah amat memerlukan khidmat beliau. Bagi pihak Parti Islam Se-Malaysia PAS, kami mengucapkan takziah kepada keluarga beliau, sahabat handai dan seluruh kenalan serta muridnya diatas pemergian tersebut. Ustaz Yahya Othman merupakan kawan dan guru yang berjasa besar di dalam memperkasakan tarbiah ahli-ahli PAS dan mendambakan diri sejak sekian lama kepada tugas-tugas tersebut. Samada ketika berjawatan didalam parti, daripada Dewan Ulama kepada Ahli Majlis Syura Ulama dan juga sebagai exco kerajaaan negeri Kelantan diawal pemerintahan PAS ataupun setelah tiada jawatan didalam jemaah, beliau meneruskan tugasnya dengan penuh gigih. Semoga Allah SWT memberi ganjaran yang besar kepada almarhum dan kegigihannya menjadi ikutan kepada pendokong-pendokong PAS dan ditempatkan beliau bersama orang yang soleh. Kepada keluarga dan sahabat handai, kita doakan diberi kesabaran oleh Allah SWT. Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Presiden PAS
| |
PAS Kulaijaya Posted: 14 Jun 2012 07:52 AM PDT |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan