CINA ISLAM (林川興) Posted: 14 Jun 2012 01:28 AM PDT Noh akui masalah sebenar air di Selangor Posted: 14 Jun 2012 01:02 AM PDT 24 Rejab 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar akhirnya mengaku bahawa masalah sebenar air di Selangor kerana keengganan syarikat-syarikat konsesi menerima tawaran kerajaan negeri untuk menstruktur semula perkhidmatan air. "Noh secara tidak langsung mengakui bahawa isu air di Selangor hanya akan selesai jika kerajaan negeri dibenarkan untuk menstruktur semula bekalan air yang akan memberi perkhidmatan lebih berkualiti, cekap dan pada harga munasabah kepada pengguna di Lembah Klang," kata Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin. Katanya, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu telah sedar bahawa kekurangan rezab air terawat yang kini dikatakan sekitar 2.,4 peratus adalah kerana ketidakupayaan SYABAS dan Puncak Niaga menguruskan rawatan air bersih seperti yang dipersetujui dalam perjanjian konsesi. "Kita amat menghargai keprihatinan Noh yang mengakui penstrukturan semula ini menjadi jalan buntu kerana syarikat konsesi enggan menerima tawaran Kerajaan Selangor. Namun begitu, kita mempunyai beberapa persoalan yang perlu dijawab oleh Noh. "Adakah Noh tahu perjanjian konsesi ini melibatkan tiga pihak di mana Kerajaan Pusat turut terlibat? "Sebagai Menteri Kabinet dari Selangor, apakah yang telah beliau lakukan untuk memujuk kerajaan Pusat membenarkan penstrukturan semula ini diselesaikan seperti yang dikehendaki Akta Industri Pembekalan Air 2006 (WSIA)," ujarnya Tanya beliau lagi, adakah Noh tahu Kerajaan Selangor menawarkan keuntungan 12 peratus kepada syarikat-syarikat konsesi bagi mengambialihan ini yang menepati piawaian antarabangsa. "Jika Noh tahu tentang perkara ini, adakah ini bermakna beliau setuju dengan permintaan SYABAS dan Puncak Niaga yang meminta keuntungan sehingga 75 % (untuk pengambilalihan) dan akhirnya rakyat terbeban dengan kenaikan tarif air. "Adakah Noh berani untuk mengakui beliau lebih mengutamakan kepentingan SYABAS dan Puncak Niaga berbanding kebajikan rakyat? Adakah beliau mempunyai sebarang kepentingan atau bersekongkol dengan dua syarikat konsesi ini?" soalnya lagi. Menurutnya, Kerajaan Pusat pada Januari 2008 telah setuju untuk membenarkan Kerajaan Selangor ambil alih perkhidmatan air tetapi membuat 'u-turn' selepas UMNO/BN kalah pilihan raya umum 2008. "Adakah Noh berani mengakui UMNO/BN adalah parti U-turn?" katanya. Katanya, dalam isu PTPTN juga UMNO telah membuat u-turn tidak sampai 24 jam dengan menjadikan pelajar-pelajar baharu Universiti Selangor (UNISEL) sebagai tebusan politik. Noh juga, ujar beliau membuat kenyataan 'merepek' apabila mendakwa pembekuan pinjaman PTPTN dirancang lebih awal oleh Kerajaan Selangor. Faekah menjelaskan, Kerajaan Selangor tidak akan sesekali memperjudikan masa depan generasi muda demi menjamin kelangsungan politik. Malah, kata beliau Kerajaan Selangor tidak perlu pun membuat begitu lantaran sokongan padu rakyat terhadap Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat yang mempunyai pemimpin yang bersih dari skandal lembu atau Scorpene. "Kita mengaku kewangan UNISEL tidak membanggakan kerana menanggung beban hutang yang diwarisi dari kerajaan UMNO/BN yang lebih tidak cekap menguruskan pembinaan sebuah universiti kerana mengutamakan kroni," jelasnya. Beliau berkata, KUIS adalah contoh terbaik bagaimana pemimpin UMNO/BN mempergunakan pendidikan untuk anak-anak muda sebagai jalan mudah untuk menambah kekayaan kronik dan suku sakat. "Begitupun, kita amat yakin dengan kebijaksanaan serta pengalaman Menteri Besar dalam pengurusan kewangan akan menjadikan UNISEL lebih mantap dan sebaris dengan universiti swasta lain. "Seperti yang dijelaskan Menteri Besar, Kerajaan Selangor tetap akan mengapungkan aset UNISEL untuk mendapatkan dana bagi menguruskan UNISEL dan KUIS," ujarnya. Harakah Daily | Kenyataan Ismail Sabri baik tetapi tidak berlaku lagi Posted: 14 Jun 2012 01:00 AM PDT 24 Rejab 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Kenyataan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang memperingatkan pemimpin UMNO supaya tidak memperjuangkan kelompok tertentu atau krooni sahaja sebaliknya berjuang untuk semua rakyat sudah tidak berlaku lagi. Bahkan, ia berlaku sebaliknya, kata bekas Menteri Penerangan yang kini menjadi Presiden Protem Parti Ikatan Bangsa Malaysia, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil (gambar). "Walaupun terdapat kenyataan-kenyataan yang dibuat dari semasa ke semasa untuk memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa tetapi apa yang sedang berlaku adalah sebaliknya. "Semua dapat melihat dan faham keadaan ini dan ini menjadi perbualan rata-rata. Keadaan ini jelas semakin hari semakin buruk. "Oleh itu rakyat sememangnya berhak untuk merasa kecewa dan terdesak untuk bertindak," kata Kadir dalam satu kenyataannya hari ini. Dalam kenyataannya, Kadir berkata, dia tertarik dengan kenyataan terbuka yang dibuat oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang memperingatkan pemimpin UMNO disemua peringkat supaya tidak memperjuangkan kelompok tertentu atau krooni sahaja sebaliknya berjuang untuk semua rakyat. "Saya mengalu-alukan kenyataan berani ini yang dibuat bukan sahaja oleh seorang Ahli Majlis Tertinggi tetapi juga seorang Menteri penuh. "Percayalah, perasaan yang sama juga ada kepada ratusan ribu ahli-ahli UMNO, pemimpin-pemimpin UMNO disemua peringkat termasuk juga ramai orang kenamaan lain dan ramai bekas Menteri," kata Kadir. Menurut beliau, di antara cara-cara yang dipilih ini adalah menerusi kontrak-kontrak perundingan terus dan juga projek penswastaan. Namun, katanya, dalam sistem kontrak tawaran terbuka pun ada cara-caranya untuk memenangi tawaran dari syarikat-syarikat nominee atau kroni pihak-pihak yang berkuasa. "Akibatnya rakyat telah kerugian berpuluh-puluh billion ringgit disebabkan penipuan, ketirisan dan pembaziran," tambah beliau. Menurutnya juga, projek-projek tertentu dan projek penswastaan sengaja diada-adakan dan mendapat kelulusan sedangkan projek-projek ini dari segi keutamaan tidaklah begitu penting atau diperlukan. Harakah Daily | Rakyat Palestin habiskan usia di penjara Israel Posted: 14 Jun 2012 12:17 AM PDT 24 Rejab 1433H. [MOD] - SUDAH lebih 60 tahun bumi Palestin dijajah rejim haram Zionis Israel. Sejak tempoh itu, bumi anbiya itu tidak pernah sunyi dengan kezaliman dan penindasan di luar batasan kemanusiaan. Rakyat Palestin diratah semahu-mahunya bagi membenarkan misi Yahudi mewujudkan negara haram Israel. Maka tidak hairanlah umat Islam di Palestin sudah begitu kebal dengan penderitaan. Dalam tempoh itu sudah berpuluh-puluh ribu rakyat Palestin ditahan tanpa bicara. Episod penahanan tidak pernah berakhir. Tentera-tentera penceroboh berkeliaran tanpa sekatan. Nasib tahanan Israel sukar diramalkan. Kebanyakan tahanan menghabiskan umur di penjara. Namun, kebelakangan ini situasi agak berlainan. Tahanan penjara Israel mulai mendapat perhatian setelah tertawannya seorang tentera penceroboh, Gilad Shalit. Mahkamah Israel memutuskan bagi memastikan Shalit dikembalikan, seramai 1000 tahanan Palestin di penjara-penjara Israel dibebaskan. Pertukaran bermula dengan pembebasan 550 tahanan Palestin dengan Gilat Shalit. Ia dianggap satu kejayaan buat rakyat Palestin. Tahanan Palestin tidak putus asa. Tahun ini siri-siri mogok lapar dilakukan mereka. Dunia dikejutkan dengan dua mogok lapar berprofil tinggi oleh Khadir Adnan selama 66 hari dan akhirnya mahkamah Israel terpaksa membebaskan beliau pada 21 Februari lalu. Begitu juga Hana Shalabi dibebaskan setelah 43 hari melakukan mogok lapar. Beliau dibebaskan awal April lalu. Tahanan Palestin terus mendesak Israel dengan melancarkan mogok lapar. Seramai 2,500 lagi tahanan melancarkan mogok lapar setelah Israel mengabaikan tuntutan Bilal Diab dan Thaer Halahleh yang meneruskan mogok lapar masuk hari ke-70. Mereka cuma minum air dan kesihatan mereka semakin meruncing. Israel yang sering mendabik dada dengan mendakwa negaranya tidak melanggar undang-undang akan terjejas sekiranya tahanan tanpa bicara mati. Isu di Palestin bukanlah terbatas kepada isu penganiayaan kepada tahanan sahaja malah lebih teruk lagi, Semenanjung Gaza diburukkan dengan kekurangan bekalan ubatan serta krisis bekalan elektrik. Bumi Gaza hanya dapat menggunakan kemudahan elektrik selama 6-7 jam sahaja sehari. Bekalan ubat-ubatan dari misi-misi kemanusiaan disekat daripada menghampiri sempadan Gaza. Stesen janakuasa Gaza dihadkan operasinya kerana ketandusan sumber bahan api. Palestin membeli bahan api dari Mesir, namun Kementerian Hal Ehwal Luar dan Keselamatan Mesir masih melakukan sekatan ke atas Gaza. Hampir sebulan lalu iaitu pada 15 Mei lepas merupakan hari peringatan ke-64 tahun Nakbah Palestin, hari malapetaka yang menyaksikan bumi Palestin dijajah rejim Zionis Israel. Sejak tempoh itu bumi Palestin tidak pernah sunyi dengan kezaliman. Rakyatnya diratah semahu-mahunya oleh penjajah Israel. Harakah Daily | "Saya dapat maklumat orang Umno dalam Jais ada agenda" Posted: 13 Jun 2012 11:56 PM PDT 24 Rejab 1433H. [MOD] - SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Shah Alam menetapkan esok (15 Jun) sebagai mendengar hujahan terhadap kes saman Umno terhadap Harakah berhubung artikel yang mengaitkan serbuan ke atas gereja tahun lepas. Datuk Ahmad Zaki Husin bertindak sebagai hakim dalam kes ini menetapkan tarikh tersebut setelah mendengar keterangan dari semua saksi defenden dan juga plantif. Mahkamah yang bersambung hari ini mendengar keterangan dari Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali yang merupakan individu yang memberi kenyataan berhubung dakwaan tersebut. Mustafa dalam laporannya sebelum ini mendakwa beliau mendapat maklumat, serbuan ke atas gereja itu didalangi oleh Umno. Beliau yang menjawab pertanyaan peguam Asmuni Awi berhubung dengan dakwaannya itu menyatakan melalui maklumat yang diterima yang mengatakan di dalam Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mempunyai orang Umno serta ada agenda tertentu. Malah jelasnya, individu yang memberi maklumat itu merupakan kakitangan Jais. "Saya mendapat maklumat melalui telefon yang mengatakan ada orang Umno di dalam Jais dan mereka mempunyai agenda tertentu. "Pemberi maklumat tersebut juga merupakan kakitangan Jais namun identiti mereka tidak didedahkan," jelasnya. Tambahnya, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali ketika menjadi exco bukan sahaja memberi penjelasan malah turut memberi taklimat kepada Jawatankuasa PAS Pusat bagi menerangkan apa yang telah berlaku semasa serbuan ke gereja tersebut. Selain Setiausaha Agung PAS, turut dipanggil A. Zarin A. Kudus yang bertindak sebagai pihak pencetak Harakah, Angkatan Edaran. Jelasnya ketika pertanyaan peguamnya, Zulhazmi Shariff, pihaknya tidak berhak untuk mengubah atau menelefon sesiapa yang nama mereka terkandung di dalam aktikel yang dikeluarkan. Malah pihaknya hanya memproses cetakkan mengikut apa jua maklumat yang dihantar. Beliau juga turut bersetuju bahawa akhbar Harakah itu diterbitkan hanya untuk ahli PAS sahaja. Sebelum itu, Umno Selangor melalui Setiausaha Perhubungannya, Ir Datuk Seri Mohd Zin bin Mohamed menyaman Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, timbalannya Haji Mohamad Sabu, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali, Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman, wartawan Harakah, Khairul Azlan Mohamad serta pencetak Harakah, Angkatan Edaran. Bagaimanapun nama Abdul Hadi dan Mohamad Sabu telah ditolak oleh mahkamah dari menjadi defendan. Umno Selangor menuntut gantirugi RM10 juta atas dakwaan akhbar Harakah memfitnah Umno Selangor di dalam satu artikel bertajuk 'PAS akan dedah bukti Umno main peranan operasi Jais'. Harakah Daily | Peninju 12 negara rebut Tali Pinggang Tok Guru Posted: 13 Jun 2012 11:54 PM PDT 24 Rejab 1433H. [MOD] - KOTA BHARU: Peninju dari 12 negara akan bertarung merebut tali pinggang di kejohanan Royal Kelantan International Boxing Challenge 2012 pada 1 hingga 3 Julai ini bertempat di Stadium Sultan Muhammad ke-IV. Peninju terbabit dari Myanmar, Australia, Algeria, China, Thailand, Belanda, New Zealand, Iran, Costa Rica, England, Ireland dan tuan rumah. Program berkenaan diadakan sempena sambutan Tahun Melawat Kelantan 2012, dianjurkan kerajaan negeri dengan kerjasama Kelab Boxing Sentosa Jaya. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dan Pelancongan, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, sebanyak 17 regu akan dipertandingkan dalam tiga kategori iaitu Super Fight, Title Belt dan Special Fight. Katanya, peninju akan merebut tiga tali pinggang iaitu malam pertama (Tali Pinggang Kejohanan YTM Tengku Mahkota Kelantan), malam kedua Tali Pinggang Kejohanan KDYMM Sultan Muhammad V. Dan pada malam ketiga peninju akan merebut Tali Pinggang Tok Guru Menteri Besar Kelantan. "Tuanku Al-Sultan Kelantan dijangka berangkat menyaksikan perlawanan itu pada malam kedua," katanya pada sidang media di sini hari ini. Turut hadir Pengelola Istana Kelantan, Datuk Ahmad Mahmood dan Pengerusi Kelab Boxing Sentosa Jaya, Datuk Rozali Daud. Tahun lepas kerajaan negeri menganjurkan kejohanan boksing Siam di Rantau Panjang yang juga disertai peninju luar negara. Takiyuddin berkata, pada setiap malam pertandingan diadakan hadiah wang tunai sebanyak USD500 akan diberi kepada peninju terbaik. "Kita akan dapat saksikan perlawanan antara peninju terkemuka dari Thailand yang pernah menyertai perlawanan sebanyak 350 dan 300 kali iaitu Oron Sumalee dan Pit Thaksin. "Mereka akan merebut Piala Exco Sukan, Datuk Abdul Fattah Mahmood. Manakala dua lagi peninju Thailand iaitu Jom Buniyarit dan Sikapirt akan bertarung merebut Piala Exco Pelancongan," katanya. Beliau juga berkata, setiap peserta akan dipastikan mematuhi peraturan yang ditetapkan dan kawalan keselamatan diperketatkan. Harakah Daily | PAC didesak segera mesyuarat 4 isu penting Posted: 13 Jun 2012 11:49 PM PDT 24 Rejab 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Pakatan Rakyat mendesak pengerusinya Datuk Seri Azmi Khalid memanggil mesyuarat dengan kadar segera bagi menyiasat kes-kes yang telah dipersetujui sebelum ini. (Gambar Hiasan) Dalam mesyuarat PAC pada 5 Mac 2012, ahli-ahlinya telah bersetuju supaya pegawai-pegawai kerajaan dan syarikat-syarikat berkanun kerajaan dipanggil untuk membincangkan empat isu yang penting. Isu-isu yang telah dipersetujui bersama antaranya, Perbelanjaan Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), Pembinaan Lapangan Terbang Kos Rendah (KLIA 2), Pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Kes Hutang Tan Sri Tajuddin Ramli yang dilupuskan. Menurut Anggota PAC, Ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamarudin Jaffar, PAC perlu menyelesaikan empat isu terbabit yang melibatkan kerugian berbilion wang negara sebelum meluluskan Perbekalan Tambahan sebanyak RM`13 billion yang dibentangkan hari ini. "PAC adalah jawatankuasa tetap parlimen, tempoh perkhidmatannya seperti parlimen, jadi sebelum parlimen dibubarkan jawatankuasa ini terus aktif. Cuma bila dan berapa kali kita boleh mesyuarat ia akan diputuskan atas persetujuan bersama," katanya. Namun, katanya mesyuarat akhir Mac lalu secara bersama memutuskan untuk mengadakan mesyuarat seberapa segera untuk menyelesaikan kes-kes besar dari segi nilai dan integriti pengurusan kewangan negara. "Kami ingin kemukakan perasaan kecewa kerana tiada mesyuarat yang dipanggil untuk membincangkan perkara-perkara terbabit selepas tiga bulan," katanya. Misalnya, kata beliau kes pinjaman Tajuddin Ramli yang dilenyapkan diluar mahkamah sehingga kini menjadi tanda tanya dan perlu didedahkan. "Kita minta PAC dimaklumkan apakah butiran dan perjanjian rahsia ini. Sekarang ini ada pula rang undang-undang perbelanjaan tambahan, jadi yang bermasalah pun kita tak selesai lagi nak tanmbah pula sebanyak RM13 billion," katanya. Turut bersama dalam sidang media, Naib Pengerusi PAC Dr tan Seng Giaw, Ahli Parlimen Selayang William Leong Jee Keen, Ahli Parlimen Telok Kemang Kamarul Bahrin Abbas dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua. Justeru katanya, isu pengurusan negara dipertanggungjawabkan mereka untuk menjaga pengendalian wang negara sebaik mungkin. Harakah Daily | 'Umno! tunggu saya di Johor' - Salahuddin Posted: 13 Jun 2012 11:47 PM PDT 24 Rejab 1433H. [MOD] - BANGI: Ahli Parlimen Kubang Kerian Salahuddin Ayub (gambar) berkata, beliau tidak akan berganjak dengan keputusannya untuk balik bertanding di negeri kelahirannya di Johor pada pilihan raya akan datang. Menurutnya, biarpun Umno mendakwa ianya sebagai 'tindakan bunuh diri', namun demi perjuangan katanya, beliau tidak akan berpatah balik. "Siapa terbunuh, siapa dibunuh, tunggu saya di Johor," tegasnya yang juga Naib Presiden PAS. Beliau berkata demikian ketika berceramah di Kompleks Sukan Seksyen 15, Bandar Baru Bangi malam tadi. Selepas beliau mengumumkan akan balik bertanding di Johor, banyak pihak khususnya rakyat negeri itu menerima baik kepulangan beliau ke negeri itu. Ianya sekaligus menggusarkan Umno apatah lagi dengan desas-desus beliau akan dicalon sebagai menteri besar jika Pakatan berjaya di negeri itu. Dan terbaru ada yang mengatakan beliau ibarat membunuh diri kerana kerusinya di Kubang Kerian dilihat kerusi selamat untuk beliau. Mengulas perkara itu, Salahuddin menujukan pantun berikut kepada Umno. "Buah Salak masak sepiring, dibawa orang dalam perahu, seekor si jalak seekor si biring, ayuh bertarung kalah menang belum tahu. "Limau Bantan masak di tingkap, budak-budak melempar tempurung, harimau di hutan sedang kita tangkap, inikan pula cicak mengkarung," katanya. Sementara itu turut berceramah malam tadi adalah Yang Dipertua PAS Putrajaya Mohd Nazir Zakaria, Ahli Parlimen Jerai Mohd Firdaus Jaafar dan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Koperasi yang menyertai PAS, Prof Datuk Dr Nik Mohd Zain. Hadir juga malam tadi Adun Bangi Dr Shafie Abu Bakar dan bekas penyanyi dangdut Iwan yang turut menyampaikan empat buah lagu dakwahnya. Harakah Daily | Haji: Pembodek Umno wajar ‘tadah’ kitab fiqh Posted: 13 Jun 2012 11:46 PM PDT 24 Rejab 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia menyokong penuh dan bersetuju dengan saranan Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Dr Abdul Rani Osman supaya para petugas parti yang terlibat secara langsung untuk menggerakkan jentera parti bagi menghadapi pilihanraya umum yang ke 13 supaya 'menangguhkan' hasrat untuk menunaikan haji pada tahun ini sekiranya terpilih. Pengarahnya, Mohd Sany Hamzan (gambar) berkata, ini kerana keperluan untuk menukar pemerintah di peringkat pusat sekarang ini adalah terlebih penting di dalam pilihanraya nanti supaya rakyat akan dapat diselamatkan daripada penindasan dan kezaliman pemimpin Umno dan Barisan Nasional selama ini. "Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia menganggap isu sensasi berkenaan penangguhan pemergian haji ini bukanlah isu yang besar sekiranya Umno dan Barisan Nasional mengamalkan sikap politik yang bertamadun," ujarnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily. Beliau berkata, sekiranya sejak awal lagi sudah ditetapkan tarikh untuk pembubaran Parlimen dan persediaan untuk menghadapi pilihanraya maka ianya akan menyelesaikan banyak perancangan-perancangan pelbagai pihak. Tetapi, ujarnya Umno dan Barisan Nasional sememangnya spesis penakut dan pengecut yang hanya mahu mendapat kelebihan di atas kesusahan dan kepayahan orang lain. Tambahnya, Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia juga menyelar beberapa kenyataan dangkal pemimpin-pemimpin Umno yang cuba untuk mengambil kesempatan menjadi populis di atas isu ini. "Sememangnya sifat orang yang suka bermuka-muka dan berpura-pura akan terserlah apabila cuba mengekploitasi isu agama sedangkan dalam masa yang sama merekalah juara di dalam menghina agama mereka sendiri samada dalam bentuk tindakan, pemikiran, kenyataan dan tingkah laku," ujarnya. Oleh itu, katanya Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia amat bersetuju dengan saranan Dr Rani supaya pemimpin, pembodek dan penjilat Umno perlu 'menadah kitab' untuk belajar berkenaan dengan Kitab Fiqh Keutamaan karangan Dr Yusuf Al Qardhawi bagi lebih memahami tuntutan dan kepentingan sesuatu perkara di dalam Islam. Harakah Daily | Bayi enam minggu ditemui dalam bot pelarian Rohingya Posted: 13 Jun 2012 08:49 PM PDT 24 Rejab 1433H. [MOD] -
SEKUMPULAN etnik Rohingya Islam duduk di dalam sebuah bot selepas mereka dipintas tentera pihak berkuasa Bangladesh semasa melintasi Sungai Naf di sempadan Bangladesh semalam.
PULAU SHAHPURI, Bangladesh - Seorang bayi perempuan yang dibawa melintasi sebatang sungai di sempadan pada waktu malam bagi melarikan diri daripada keganasan di Myanmar ditemui bersendirian di dalam sebuah bot semalam.
Bayi berkenaan ditemui oleh beberapa pengawal keselamatan Bangladesh yang mengusir beratus-ratus pelarian Islam etnik Rohingya dari Myanmar.
Anak kecil berusia enam bulan itu kemudian diserahkan kepada sebuah keluarga Bangladesh.
Keluarga berkenaan memberitahu, bayi itu kurang sihat tetapi mereka akan berusaha menjaganya.
"Pasukan peronda sungai kami memintas sebuah bot pada pukul 2 pagi (waktu Bangladesh)," kata Mejar Shafiqur Rahman.
Beliau mengetuai operasi untuk menghantar pulang pelarian Rohingya yang cuba memasuki Bangladesh melalui bot di Sungai Naf bagi melarikan diri daripada keganasan agama di Myanmar.
"Mereka menggeledah bot berkenaan dan menemui seorang bayi perempuan Rohingya berusia dalam lingkungan satu setengah bulan," kata Rahman kepada agensi berita AFP dalam satu wawancara telefon.
"Bot berkenaan kosong. Ini satu keajaiban tetapi bayi tersebut kelihatan pucat," tambahnya.
Sejak kelmarin, pasukan peronda sungai Bangladesh telah mengusir 16 buah bot yang membawa lebih 660 pelarian Rohingya dengan kebanyakan mereka terdiri daripada wanita dan kanak-kanak.
Sementara itu, beberapa pegawai Myanmar memberitahu, keganasan yang melanda negeri Rakhine di barat Myanmar telah meragut nyawa sekitar 25 orang setakat ini.
Kekacauan di Myanmar tercetus selepas sekumpulan penduduk beragama Buddha memukul sehingga mati 10 orang etnik Rohingya yang beragama Islam pada 3 Jun lepas kerana tersilap menyangka mereka membunuh dan merogol seorang gadis tempatan pada bulan lalu.
Tindakan tersebut mencetuskan serangan balas etnik Myanmar dengan banyak kediaman penduduk beragama Buddha dibakar sehingga memaksa campur tangan tentera. - AFP | Rejim Zionis cabul kesucian Masjid Al-Aqsa Posted: 13 Jun 2012 08:30 PM PDT 24 Rejab 1433H. [MOD] -
BAITULMAQDIS - Yayasan Waqaf dan Warisan Aqsa (Afeh), awal minggu lalu memberi amaran bahawa pihak berkuasa Israel kini sedang giat melakukan penggalian terbesar dalam tempoh 150 tahun di sekitar Masjid Al-Aqsa.
Jurucakap Afeh mendakwa tindakan biadab rejim Zionis sejak 10 tahun lalu itu kononnya bertujuan untuk menempa sejarah dengan mewujudkan bandar bawah tanah Yahudi dan di sekitar kawasan tersebut.
Difahamkan, tiga cabang penggalian untuk menghasilkan rangkaian terowong dijalankan di bawah masjid yang menjadi kiblat pertama orang Islam itu.
Sebagai tanda membantah tindakan rejim Zionis itu, Afeh menggesa saudara Islam di seluruh dunia untuk bersatu menggagalkan usaha mereka kerana ia satu pencabulan serius terhadap kesucian Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis tersebut.
sinar harian/- | Lebuh raya Rakyat wajar disokong, bukan sebaliknya Posted: 13 Jun 2012 08:22 PM PDT 24 Rejab 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Pembinaan Lebuh raya Rakyat merupakan inisiatif kerajaan negeri setelah cadangan yang dikemukakan sejak Rancangan Malaysia Ke-5 masih 'tidak ditunai/ditangguh' sehingga sekarang sekarang tanpa sebarang alasan dan sebab yang munasabah. Justeru, Persatuan Anak Kelantan Darulnaim Di Selangor & Kuala Lumpur (Persada) merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan amat mengalu-alukan inisiatif dan langkah proaktif kerajaan negeri sebagai usaha yang amat murni demi melihat kepentingan dan kesejahteraan rakyat melebihi kepentingan lain. "Persada menyokong penuh inisiatif ini dan bersedia sebagai 'duta kecil Kelantan' untuk membantu kerajaan negeri dalam memastikan usaha murni ini berjalan lancar dan semoga Lebuh raya Rakyat tanpa tol ini dapat direalisasikan di Kelantan dengan jayanya," ujar Presiden Persada, Ali Hanafiah Mohamed dalam satu kenyataan. Katanya, berdasarkan pengalaman Persada sebagai anak Kelantan perantauan, kesesakan jalan raya merupakan satu isu yang seringkali ditimbulkan oleh para pelancong yang melawat Kelantan dan sering kali menjadi rungutan warga Kelantan perantauan apabila pulang ke kampung. Tambahnya, kemudahan rangkaian jalan raya yang baik juga antara faktor utama yang menentukan para pelabur untuk membuat pelaburan di Kelantan. Justeru, ujar beliau pembinaan lebuh raya ini sudah tentu amat menggembirakan kami sebagai anak Kelantan perantauan dan akan memberi imej yang baik kepada kami sebagai 'duta kecil Kelantan' dalam kehidupan bermasyarakat di perantauan. Menurutnya lagi, ia juga akan merungkai 'kekusutan' utama para pelabur sejak sekian lama, mudahan dengan terbina lebuhraya ini negeri Kelantan akan menjadi tumpuan para pelabur dan para pelancong dari dalam dan luar negara. "Idea mengusahakan pembinaan secara waqaf dan kerjasama antara kerajaan dan rakyat amat meruntun jiwa kami dan kami percaya bahawa masyarakat Kelantan khasnya dan rakyat Malaysia amnya yang percayakan konsep amal jariah akan menyokong dan bersedia mengambil bahagian dalam hal ini," ujarnya. Ini, tegasnya membuktikan kebijaksanaan dan kehebatan sebuah kerajaan yang diurus berpaksikan Islam. "Kami menyeru pihak-pihak yang mempertikaikan serta memperkecilkan hasrat murni kerajaan negeri supaya insaf dan bersedia memberi peluang kepada kerajaan negeri untuk membuktikan kemampuan dan keupayaan mereka," katanya lagi. Beliau menambah, seharusnya usaha yang baik ini perlu disokong bahkan seharusnya bersama-sama berganding bahu membantu kerajaan negeri untuk merealisasikanya bukan sebaliknya. "Kami juga menyeru kepada warga Kelantan khasnya dan rakyat Malaysia amnya supaya mengambil peluang ini dan bersama-sama memberi sumbangan bagi merealisasikan lebuh raya tanpa tol ini terbina dengan jayanya. "Insya Allah, keberkatan daripada sumbangan rakyat akan dipermudahkan oleh Allah S.W.T. usaha pembinaannya dan semoga sumbangan yang dihulurkan menjadi amal jariah yang berkekalan," katanya. Pada 28 Mei 2012 bersamaan 7 Rejab 1433, Kerajaan Negeri Kelantan di bawah kepimpinan Tuan Guru Nik Aziz telah mengadakan upacara pecah tanah merasmikan pembinaan Lebuhraya Rakyat tanpa tol dari Kota Bharu ke Kuala Krai sejauh 73 Kilometer untuk manfaat rakyat dengan anggaran kos RM1.8 bilion. Harakah Daily | Penganggur menyamar JKM diburu Posted: 13 Jun 2012 08:21 PM PDT 24 Rejab 1433H. [MOD] -
SEGAMAT: Seorang penganggur yang menyamar sebagai pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kini diburu polis kerana disyaki mendalangi penipuan dengan menjadikan warga tua dan keluarga miskin yang meminta bantuan kebajikan sebagai sasaran mudah.
Sejak tahun lalu, lelaki berusia 27 tahun itu dipercayai memperdayakan belasan mangsa di sekitar daerah ini selepas mengumpan mereka dengan dakwaan dipilih menerima bantuan RM500 daripada JKM.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Hanafi Daud berkata, lelaki itu memperkenalkan diri sebagai pegawai JKM bagi meyakinkan mangsa dan meminta bayaran RM150 hingga RM200 sebagai alasan bagi urusan membuka akaun bank untuk urusan bantuan itu.
"Berdasarkan modus operandi, mangsa diberitahu yang mereka diminta hadir ke suatu majlis untuk menerima sagu hati RM500 sebagai bantuan daripada JKM Segamat. Mangsa diminta membayar antara RM150 hingga RM200 atas alasan membuka akaun bank untuk memudahkan urusan pemberian bantuan itu.
"Suspek juga mendakwa boleh membantu mangsa mendapatkan bantuan seperti bantuan orang tua, ibu tunggal dan miskin tegar. Sebaik menerima wang berkenaan, suspek akan bergegas meninggalkan rumah mangsa sebelum menyedari ditipu apabila tidak menerima bantuan seperti dijanjikan," katanya di sini semalam.
Hanafi berkata, berdasarkan laporan yang diterima daripada mangsa, polis membuat semakan sebelum mendapati lelaki terbabit tiada kaitan dengan JKM Segamat seperti didakwa.
Beliau berkata, susulan kejadian itu, Polis Segamat ini sedang mengesan penganggur, Azhar Nordin, 27, menggunakan kad pengenalan 850122-05-5175 bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan oleh Cawangan Jenayah Perdagangan.
Katanya, lelaki terbabit yang menggunakan motosikal jenis Honda EX-5 bernombor pendaftaran JKA 1479, gagal dikesan di alamat terakhirnya, 23, Kampung Lembah Bakti, Batu 13, Stesen Tenang.
"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kedudukan Azhar diminta menghubungi Polis Segamat, telefon 07-931 2222 atau mana-mana balai polis berdekatan," katanya.
Pegawai JKM Segamat, Ansari Matarsad, berkata ada di kalangan mangsa terdiri daripada penerima bantuan secara bulanan dari JKM berusia di antara 50-an sehingga 70-an.
"Kes penyamaran serta penipuan ini dikesan meningkat sejak kerajaan mengagihkan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 dan dianggarkan kerugian belasan mangsa sekitar Segamat dianggar mencapai RM6,500 sejak tahun lalu," katanya.
berita harian/- | Rooney masuk rumah terbakar Posted: 13 Jun 2012 08:07 PM PDT 24 Rejab 1433H. [MOD] -
HANGUS...Tahir di dalam rumahnya yang terbakar, semalam.
SEDIH...ahli keluarga mangsa menunggu jenazah untuk dikebumikan. KOTA SAMARAHAN: Seorang nenek dan dua cucu lelakinya ditemui rentung dalam keadaan berpelukan di ruang tamu tingkat atas rumah mereka yang terbakar dalam kejadian di Kampung Rembus, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 2 petang itu, Uka anak Jenil, 54, bersama cucu lelakinya, Wayne Rooney anak Austin, 4, dan Christino Norado, 6, ditemui anggota bomba dan penyelamat dalam keadaan menyayat hati sebaik api dipadamkan.
Menurut suami Uka, Tahir Saban, 57, ketika kejadian dia berada di kedai runcit di bahagian depan rumahnya, manakala isteri dan tiga cucunya tidur di ruang tamu tingkat bawah rumah separuh konkrit itu.
Katanya, Christino mengejutkan neneknya apabila menyedari bahagian atas rumah mereka terbakar serta diselubungi asap.
Menurutnya, selepas mendengar jeritan Christino, Uka terjaga daripada tidur dan bergegas mengambil seorang lagi cucunya, Ryann Ferdinand anak Fedrick, berusia setahun lapan bulan yang tidur dalam buaian.
"Sebaik menyerahkan Ryann kepada saya, dia masuk semula dalam rumah dan naik ke tingkat atas. Tetapi, Rooney dan Christino yang ketika itu sudah berada di luar rumah mengikut neneknya masuk dalam rumah.
"Sebaik menyedari tindakan mereka, saya beberapa kali menjerit menyuruh mereka keluar menyelamatkan diri, tetapi jeritan saya tidak diendahkan," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Tahir berkata, dia terkilan kerana tidak sempat menyelamatkan isteri serta dua cucunya kerana ketika itu dia mengendong cucunya yang masih kecil dan api yang marak terlalu cepat.
"Saya tidak tahu apa punca kejadian itu, namun api dipercayai bermula di ruang tamu atas," katanya.
Seorang saksi, Alvin Jessie, 22, yang tinggal berhampiran rumah mangsa berkata, dia terkejut apabila melihat api marak dari bahagian atas rumah dan Tahir menggendong cucunya di luar rumah sambil menjerit meminta tolong.
"Saya terkejut dan memaklumkan kejadian itu kepada orang kampung sebelum menghubungi Balai Bomba Kota Samarahan," katanya.
Sementara itu, jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.19 petang dan sebuah jentera bersama enam anggota dikejarkan ke tempat kejadian.
Menurutnya, api dipadamkan sepenuhnya pada jam 3 petang dan kebakaran itu menyebabkan 40 peratus daripada rumah mangsa musnah terutama di bahagian atas.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga untuk dikebumikan.
metro/- | Kemalangan: Kepala tersepit bawah keret Posted: 13 Jun 2012 07:58 PM PDT 24 Rejab 1433H. [MOD] -
KUALA TERENGGANU - Seorang pemuda berdepan detik mencemaskan apabila tersepit di bawah kereta jenis Perodua Myvi, hampir sejam dalam satu kejadian di persisiran Pantai Tok Jembal, di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira 7.40 malam itu, mangsa, Amir Hussin, 20-an, dari Kampung Jabi, Jertih difahamkan memilih kawasan berpasir itu bagi rehatkan badan sementara menunggu teman wanitanya keluar makan malam bersama.
Bagaimanapun, hasratnya terbantut apabila kereta milik teman wanitanya itu terbenam dalam pasir pantai dan pemuda itu kemudiannya bertindak guna 'jek' kereta dengan beralaskan batu bukit bagi mengalih kenderaan itu.
Menurut Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Mohd Fauzi Mohd Yazid, kepala mangsa terperangkap di bawah kereta tersebut kerana 'jek' kereta yang digunakan tiba-tiba bengkok menyebabkan tayar kereta berkenaan semakin masuk ke dalam pasir.
"Mangsa yang meniarap tidak sempat selamatkan diri kerana ia berlaku begitu pantas. Bagaimanapun, dia sempat hubungi teman wanitanya bagi dapatkan bantuan bomba.
"Kami ambil masa kira-kira lima minit menarik keluar mangsa tersepit bawah kereta. Mangsa yang separuh sedar alami kecederaan di bahagian bahu dan dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah bagi rawatan susulan," katanya.
sinar harian/- | Polis sahkan syabu, eramin Posted: 13 Jun 2012 07:56 PM PDT 24 Rejab 1433H. [MOD] - JOHOR BAHRU - Polis Johor mengesahkan dadah yang ditemui ketika kebakaran melibatkan sebuah kilang di Pekan Nenas, Pontian, 11 Jun lalu, merupakan jenis syabu dan pil eramin dipercayai bernilai kira-kira RM18 juta. Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Sahriff berkata, pihaknya sudah mengenal pasti beberapa suspek termasuk seorang warga asing yang terbabit dalam kes berkenaan dan percaya akan membuat tangkapan dalam masa terdekat. "Polis sedang giat menjejaki suspek-suspek. Kita juga menyeru pekerja kilang terbabit untuk tampil memberi maklumat bagi membantu polis menjalankan siasatan berhubung kejadian itu," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor, di sini, semalam. Pada majlis itu, Mohd Mokhtar turut menyempurnakan majlis pemakaian pangkat Asisten Superintendan kepada 29 anggota polis berpangkat Inspektor dan menyampaikan sijil penghargaan. Menurutnya, sebahagian daripada dadah yang ditemui sudah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian, manakala butiran siasatan berhubung kebakaran serta kerja pembersihan kilang pula sedang dilakukan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bersama Jabatan Kimia. Dalam perkembangan lain, Mohd Mokhtar berkata, pihaknya kini sedang menjejaki suspek berdasarkan beberapa petunjuk berhubung kejadian tembak di sebuah stesen minyak sekitar daerah Segamat, kelmarin. "Kita masih menyiasat motif sebenar kejadian tembakan itu kerana tiada barang yang diambil dari mangsa dalam kejadian itu. Kita juga masih menyiasat latar belakang mangsa dan kini pihak polis sedang giat mengesan penjenayah yang terlibat," katanya. Terdahulu, seorang warga emas ditemui mati dengan kesan enam tembakan ketika sedang mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Jalan Genuang, Segamat, kira-kira jam 8 pagi, kelmarin. Sinar Harian | Mati ditolak depan isteri Posted: 13 Jun 2012 07:54 PM PDT 24 Rejab 1433H. [MOD] -
MERAUNG...isteri mangsa ditenangkan jiran selepas suaminya mati ditolak penyamun.
SENAI: Seorang wanita hanya mampu meraung kesedihan apabila melihat suaminya dikasari hingga mati oleh enam penjenayah warga Vietnam yang menyamun mereka di sebuah rumah di Taman Senai Baru, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 11.30 malam itu, wanita berusia 30 tahun berkenaan diikat dan dikawal lima daripada lelaki terbabit manakala seorang lagi penjenayah mengugut suaminya sambil mengarahkannya menyerahkan wang serta barangan berharga.
Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superintendan Zulkifly Yahya berkata, mangsa, Low Kwang Kean, 41, bertengkar dengan penjenayah sebaik penyamun terbabit meminta dia menyerahkan wang serta barangan berharga.
"Tiba-tiba, penjenayah menolak Low hingga jatuh menyebabkan mangsa mengalami pendarahan teruk di kepala dan kejadian itu berlaku di depan isterinya," katanya, semalam.
metro/- | Suspek cubaan culik masih dicari Posted: 13 Jun 2012 07:53 PM PDT 24 Rejab 1433H. [MOD] - IPOH - Polis masih mencari dua suspek lelaki yang dipercayai terlibat dalam cubaan menculik seorang murid tahun enam ketika dalam perjalanan ke sekolah di Jalan Lahat untuk menghadiri aktiviti Sabtu lalu. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, dalam kejadian jam 7 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai Devi dalam perjalanan ke sekolah sebelum didatangi dua lelaki tersebut. Bagaimanapun, kanak-kanak berusia 12 tahun itu terselamat apabila bertindak melompat keluar dari kereta penculik berkenaan ketika kenderaan itu menghampiri lampu isyarat trafik di pusat bandaraya ini. Beliau berkata, pihaknya belum mendapat maklumat berhubung suspek terbabit namun masih meneruskan siasatan bagi menjejaki mereka. "Kami sudah mengambil segala keterangan daripada mangsa untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi di sini semalam. Sinar Harian | Syria meruncing, Iraq digegar bom Posted: 13 Jun 2012 07:50 PM PDT 24 Rejab 1433H. [MOD] -
BEIRUT: Pertumpahan darah berterusan di rantau Arab selepas 72 maut di Syria akibat bedilan askar kerajaan manakala 61 lagi penduduk Syiah Iraq terbunuh kerana letupan bom ketika dalam perjalanan ke makam Imam Musa Kadhim semalam.
Majoriti daripada yang terbunuh adalah orang awam termasuk seorang wanita dan lima anaknya, kata pergerakan Syrian Observatory for Human Rights, awal minggu ini.
Di Aleppo, tentera kerajaan membedil beberapa perkampungan menyebabkan 19 orang maut termasuk 13 wanita dan kanak-kanak.
"Mayat seorang wanita dan lima kanak-kanak yang diculik pada Isnin lalu ditemui di perkampungan Qustal Mukhtar, Aleppo.
Pertubuhan Britain itu juga berkata, yang terbunuh termasuk 24 anggota tentera serta seorang pegawai.
Di wilayah Homs, kawasan itu terus dibedil menyebabkan 18 orang awam terbunuh membabitkan kubu pemberontak di Khalidiyeh, Rastan dan Qusayr.
Di Damsyik, seorang lelaki maut selepas diseksa anggota keselamatan. Selain itu, 13 lagi terbunuh di wilayah timur Deir Ezzor selepas tentera kerajaan mengepung dan membedil Jbeibla. Pembangkang utama, Majlis Kebangsaan Syria yang juga penentang utama, mengutuk bedilan askar kerajaan sambil menyifatkannya kejam serta menuduh pemerintah mengada-adakan cerita bagi membunuh orang awam.
Keganasan meletus semula selepas ketua pengaman Pertubuhan-Bangsa Bersatu (PBB), Herve Ladsous memberi amaran bahawa perang saudara sudah meletus di Syria.
Lebih 14,100 orang maut sejak pemberontakan meletus terhadap pemerintahan Presiden Bashar al-Assad.
Di BAGHDAD, beberapa serangan menggegarkan Iraq ketika ramai penduduk Syiah menyambut ulang tahun kematian Imam Musa Kadhim menyebabkan 61 maut dan lebih 200 lagi cedera.
Serangan itu turut mencederakan wartawan agensi berita yang dilancarkan ketika penduduk Syiah itu dalam perjalanan ke makam Imam Musa, salah satu daripada tujuh imam utama Syiah, apabila satu bom kereta meletup. – Agensi | Pelajar hilang lepas waktu rehat Posted: 13 Jun 2012 07:50 PM PDT 24 Rejab 1433H. [MOD] - KUALA SELANGOR – Gejalaponteng sekolah yang sering dilaporkan berlaku di sekitar daerah ini rata-ratanya berpunca daripada struktur pagar yang rosak sekali gus memudahkan pelajar menyelinap keluar ketika waktu rehat. Tinjauan Sinar Harian di beberapa sekolah termasuk Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rantau Panjang mendapati, pagar hijau yang menyembah bumi di belakang sekolah terbabit didakwa menjadi laluan pintas pelajar ponteng. Dakwaan itu turut dipersetujui penduduk di Taman Purnama yang bersebelahan sekolah terbabit berikutan sering terlihat beberapa pelajar ponteng pada waktu rehat dan selepas musim peperiksaan. Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Taman Purnama, Zulkifli Sudin berkata, keadaan pagar yang rosak dijadikan satu peluang buat pelajar sekolah untuk ponteng tanpa disedari guru. "Saya turut menerima aduan daripada penduduk yang memaklumkan sering melihat kelibat remaja berpakaian sekolah keluar daripada laluan pagar terbabit namun tiada kuasa untuk menegurnya. "Saya berpendapat pagar yang rosak ini perlu dibaiki segera memandangkan segelintir pelajar mengambil peluang untuk melarikan diri dan terjebak dengan perkara yang kurang sihat. "Sudah pasti, remaja ini akan menghabiskan masa di kafe siber berdekatan untuk bermain permainan video online dan terikut dengan budaya tidak sihat sekali gus menghancurkan masa depan. "Pemantauan pihak sekolah amat penting bagi menyelesaikan gejala ponteng ini dan kalau boleh, ada guru disiplin atau pengawal keselamatan menjaga laluan ini sementara menunggu kerja penambahbaikan," katanya. Sementara itu, Penasihat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Rantau Panjang, Bibit Mardzuki berkata, pihaknya mengakui ada rungutan daripada guru yang melaporkan kehilangan pelajar mereka. "Untuk makluman, pagar terbabit sering kali dibaiki pihak sekolah setiap tahun, namun akibat vandalisme individu tidak bertanggungjawab, lokasi pagar lebih rendah daripada kawasan penempatan penduduk itu begitu mudah dipijak. "Pihak sekolah tidak berpeluk tubuh sahaja melihat perkara ini dan memohon untuk membina pagar batu bernilai RM100,000 sebagai langkah penyelesaian, namun sehingga kini peruntukan masih belum ada," katanya Sinar Harian | AirAsia diperintah bayar RM646 Posted: 13 Jun 2012 07:48 PM PDT 24 Rejab 1433H. [MOD] -
ZOOLIHSAN menunjukkan pas daftar masuk penerbangan AirAsia selepas membuat tuntutan di Mahkamah TTPM di Putrajaya semalam.
PUTRAJAYA - Gara-gara menunda penerbangan sebanyak dua kali, syarikat penerbangan tambang murah AirAsia semalam diperintahkan oleh Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) agar memulangkan bayaran tiket seorang penumpang sebanyak RM646.
Penumpang itu yang merupakan Setiausaha Sulit Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Zoolihsan Ahmad, 37, menempah tiket penerbangan sehala ke Medan, Indonesia pada 20 Mei lalu atas urusan rasmi.
Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan ke Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Sepang pada pukul 12.20 tengah hari, Zoolihsan menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada AirAsia berhubung penundaan penerbangan QZ 8055.
"Sepatutnya penerbangan saya ke Medan berlepas pukul 1.40 petang tetapi ditunda sehingga 8.40 malam. Jadi, saya mengambil keputusan untuk patah balik ke rumah kerana waktu yang ditunda terlalu lama.
"Sekitar pukul 7 malam saya kembali ke LCCT tapi sebaik sahaja sampai di kaunter AirAsia, saya dimaklumkan bahawa penerbangan itu sekali lagi ditunda kepada pukul 10.45 malam," katanya ketika ditemui di luar kamar TTPM di sini semalam.
Ekoran penundaan hampir sembilan jam itu, Zoolihsan terpaksa menghubungi Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk kepastian sama ada wajar atau tidak beliau berlepas ke Medan.
kosmo/- | Wanita maut dirempuh jentolak Posted: 13 Jun 2012 07:48 PM PDT 24 Rejab 1433H. [MOD] - KLANG - Belum genap sebulan seorang wanita Indonesia tiba di negara ini untuk menikmati kehidupan di sini terbunuh selepas dia dirempuh sebuah jentolak yang berundur ketika sedang mengemas kotak dalam sebuah kilang, di sini malam kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, mangsa dikenali Hazezah, 33, yang parah di kepala meninggal dunia di lokasi kejadian. Rakan mangsa yang enggan dikenali berkata, mangsa tiba di negara ini pada Mei lalu dengan menggunakan pas lawatan sosial. "Hasrat dia ke sini untuk melawat rakan-rakan. Dalam masa yang sama dia turut membantu seorang kakak mengemas kotak dan kertas dalam kilang itu. "Walaupun begitu, dia bukan kakitangan kilang itu tetapi dia cuma mengikut rakan- rakan untuk membantu," katanya. Dalam pada itu, Ketua Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara, Asisten Superintenden Zawary Mahadi berkata, sebelum kejadian berlaku mangsa dipercayai sedang menyusun kotak di sebuah sudut dalam kilang terbabit. "Dalam masa yang sama, sebuah jentolak yang dipandu lelaki warga Myammar yang dipercayai tidak sedar kewujudan mangsa di situ lalu mengundurkan kenderaan itu dan merempuh mangsa. "Berikutan rempuhan itu, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala, rebah dan meninggal dunia di situ. "Sejurus kejadian itu, kami dimaklumkan pemandu jentolak itu melarikan diri dipercayai ketakutan selain khuatir keselamatan dirinya berikutan kesilapannya itu," katanya. Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Bilik Mayat, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat. Dalam pada itu, katanya, polis masih mengesan pemandu jentolak terbabit untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan. Sesiapa yang mempunyai maklumat berkenaan lelaki terbabit diminta tampil ke Balai Trafik Klang Utara atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohd Zaini Abdullah di talian 03-32902222 bagi membantu siasatan. Sinar Harian | Empat nelayan disyaki jual dadah tumpas di tangan polis Posted: 13 Jun 2012 07:46 PM PDT 24 Rejab 1433H. [MOD] - ALOR GAJAH – Kepantasan sepasukan anggota polis Cawangan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah berjaya menahan empat lelaki sedang berurusan jual beli dadah di sebuah rumah tinggal dekat Kampung Guan, Kuala Sungai Baru, dekat sini, Isnin lalu. Operasi kira-kira 2 petang itu diketuai Inspektor Norhasrina Johari bersama tujuh anggota dilakukan atas maklumat awam yang mengesyaki sesuatu selepas menyedari kelibat individu keluar masuk dari rumah terbabit, disusuli intipan seminggu selepas itu. Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superitendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin berkata, ketika serbuan, keempat-empat suspek yang merupakan nelayan cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran polis yang sudah mengepung rumah tinggal itu. "Berlaku sedikit pergelutan ketika tangkapan dilakukan, namun tiada sebarang kecederaan dilaporkan. Hasil pemeriksaan polis menemui satu beg komputer riba di bahagian dapur yang mengandungi 18 paket kecil lutsinar berisi dadah jenis heroin diletakkan dalam satu bekas gula-gula. "Kesemua dadah yang dirampas itu seberat 33.15 gram dan nilai keseluruhannya dianggarkan RM1,000," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam. Menurut Umar Ali, rumah tinggal berkenaan yang terletak dalam kawasan perkampungan itu dijadikan port jual beli dadah dan dipercayai bekalan dadah berkenaan turut diedarkan kepada golongan penagih dadah lain di sekitar kawasan berkenaan termasuk sempadan Kuala Linggi. "Kesemua empat suspek ini ditahan reman selama tujuh hari sehingga 18 Jun ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 39 (B) Akta Dadah Merbahaya 1952. Sinar Harian | Dua kes ular tedung dalam sejam Posted: 13 Jun 2012 07:44 PM PDT 24 Rejab 1433H. [MOD] - ALOR GAJAH – Dalam tempoh sejam, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) di sini menerima dua panggilan kecemasan membabitkan penemuan ular tedung oleh orang awam, kelmarin. Panggilan pertama membabitkan seekor ular tedung selar yang dijumpai di bahagian enjin sebuah kereta di Taman Kebaya, Paya Datuk di sini. Manakala, setengah jam selepas usaha menangkap ular berkenaan dilakukan tiga anggota JPAM, mereka menerima panggilan penemuan seekor ular jenis sama di sebuah rak dapur di Kampung Brisu, Lubok Cina pula. Pegawai Staff Muda JPAM, Shahrul Reza Saiful Bahari berkata, pihaknya menerima panggilan pertama dari seorang warga emas berusia 75 tahun dari Taman Kebaya, kira-kira 6.45 petang. "Warga emas itu terkejut apabila melihat bahagian ekor ular tedung selar berkenaan terjuntai keluar di bahagian bawah enjin kereta jenis Proton Juara yang diletakkan di dalam garaj rumahnya. "Semasa warga emas berkenaan hendak membuka bonet kereta, dia terdengar bunyi dengusan kuat sebelum melihat ular berkenaan sedang melingkar di bahagian enjin, menyebabkan dia cepat-cepat menutup semula bonet berkenaan," katanya. Menurutnya, tiga anggota JPAM tiba beberapa minit kemudian dan berjaya menjinakkan ular terbabit yang beratnya hampir lima kilogram. Bagaimanapun, katanya, kira-kira setengah jam kemudian, anggotanya menerima satu lagi panggilan daripada seorang wanita berusia 25 tahun dari Kampung Brisu mengatakan terdapat seekor ular tedung selar di bawah dapur rumahnya. "Selepas selesai menangkap ular di Taman Kebaya, kita bergerak ke Kampung Brisu, tetapi menghadapi kesukaran disebabkan ular berkenaan menyorok di bahagian dalam rak dapur itu. "Kita terpaksa keluarkan semua peralatan yang terdapat di dalam rak dapur berkenaan satu persatu kerana bimbang ular tedung selar menyerang," katanya kepada Sinar Harian, malam kelmarin. Bagaimanapun, katanya, usaha menangkap ular berkenaan berhasil beberapa minit kemudian menerusi teknik yang betul supaya binatang berbisa berkenaan dapat jinakkan. "Ular tedung selar adalah sejenis haiwan menjalar berbisa yang amat sensitif, namun memiliki perasaan serta dia juga suka dibelai ketika menangkapnya," katanya. Agency | Cubaan rompak ATM gagal Posted: 13 Jun 2012 07:41 PM PDT 24 Rejab 1433H. [MOD] - BANDAR TEMERLOH – Cubaan sekumpulan penjenayah melarikan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah pasar raya, di sini, awal pagi semalam, gagal selepas menyedari terdapat seorang pengawal keselamatan sedang meronda di premis perniagaan itu. Kejadian berlaku kira-kira jam 3 pagi semalam, dipercayai dilakukan sekumpulan penjenayah yang menaiki dua kenderaan dengan salah sebuah dikenal pasti jenis Toyota Estima. Difahamkan, pengawal keselamatan warga Nepal itu menyedari kejadian selepas membuat rondaan kali kedua di dalam premis terbabit. Dia menyedari terdapat kesan tebukan pada mesin ATM berkenaan dan terus melaporkan kejadian kepada ketuanya yang kemudian membuat laporan polis. Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh, Deputi Superintendan R Sundralingam mengesahkan menerima laporan kejadian itu. Menurutnya, memang terdapat cubaan melarikan mesin ATM berkenaan tetapi gagal dan polis mengambil pita rakaman kamera litar tertutup (CCTV) premis terbabit untuk siasatan. "Kita percaya kejadian berlaku kira-kira jam 3 pagi apabila pengawal keselamatan terbabit membuat rondaan kali kedua di dalam premis perniagaan tersebut. "Siasatan awal mendapati, ada kesan tebukan pada mesin ATM itu dipercayai dilakukan penjenayah sebelum meninggalkannya selepas mengetahui ada pengawal keselamatan sedang bertugas. Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan," katanyakepada Sinar Harian, semalam. Sinar Harian | Mengapa pinjaman PTPTN tidak boleh dimansuh? Posted: 13 Jun 2012 07:34 PM PDT 24 Rejab 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: PAS meminta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan mengapakah pinjaman PTPTN tidak boleh dimansuhkan sedangkan ia merupakan jumlah yang kecil berbanding Belanjawan Negara. Demikian pertanyaan bagi jawab lisan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad (gambar) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. Berikut ialah soalan-soalan bagi jawab lisan daripada ahli-ahli parlimen PAS. Datuk Mahfuz Omar [ Pokok Sena ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah Kerajaan bercadang untuk meminda Akta Profesyen Guaman 1976 atau menggubal suatu undang-undang baru bagi menubuhkan sebuah badan yang turut menjalankan peranan yang sama seperti Bar Council Malaysia. Datuk Dr. Mohd Hayati Othman [ Pendang ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan berapakah perbelanjaan kepada Politeknik untuk pelajar menghadiri program Rural Tranformation Centre di Kota Bharu pada 4 Mei 2012 di seluruh Kelantan. Khalid Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan mengapakah pinjaman PTPTN tidak boleh dimansuhkan sedangkan ia merupakan jumlah yang kecil berbanding Belanjawan Negara. Mohd. Nasir Zakaria [ Padang Terap ] minta PERDANA MENTERI menyatakan rezab tunai FELDA berakhir 31 Disember 2011. Salahuddin Ayub [ Kubang Kerian ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapa peratuskah sumbangan minyak dan gas kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK), berapa tong sehari yang dikeluarkan, apakah sasaran pengeluaran bagi tahun 2015 dan berapa banyak telaga minyak lama (brown fields) yang disasarkan untuk dimajukan. Nasharudin Mat Isa [ Bachok ] minta PERDANA MENTERI menyatakan ura-ura penubuhan Akademi Peguam dan bagaimanakah hubungan nya dengan Majlis Peguam Malaysia dalam konteks kewujudan dua "badan atau persatuan guaman" yang masing-masing tentutnya mempunyai peranan yang hampir sama tetapi wujud secara berasingan. Datuk Seri Abdul Hadi Awang [ Marang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan statistik rasmi dan terkini di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) jumlah masyarakat Islam yang memohon untuk menukar agama atau murtad. Siti Zailah Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah garis panduan aktiviti hiburan supaya dapat mengukuhkan pembinaan jatidiri generasi muda melalui aktiviti hiburan dan kesenian. Dr. Mujahid Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah ada penyelarasan dengan Kementerian Pengajian Tinggi dalam menentukan kadar keperluan kursus yang ditawarkan supaya sesuai dengan tuntutan pasaran buruh. Che Uda Che Nik [ Sik ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan kedudukan per kapita yang rendah yang telah dibuat beberapa tahun yang lalu menyebabkan pentadbir sekolah amat tertekan dalam menyediakan keperluan yang cukup untuk proses P&P sekolah. Apakah langkah Kementerian untuk mengatasi perkara ini. Datuk Taib Azamudden Md Taib [ Baling ] minta PERDANA MENTERI menyatakan mengapa Kerajaan menarik balik Rang Undang-undang Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2012 walhal ia baru dipersetujui dan diluluskan oleh Wakil BN di Dewan ini. Mohd Firdaus Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan jumlah terkini siswazah menganggur mengikut bangsa dan bidang pengajian. Mohd. Abdul Wahid Endut [ Kuala Terengganu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan senarai jenis-jenis pelaburan dalam ECER di negeri-negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor dan berapakah nilai setiap satu pelaburan tersebut. Muhammad Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan perbandingan jualan produk pertanian tempatan berbanding yang diimport di RTC Wakaf Che Yeh yang dirasmikan YAB. Perdana Menteri baru-baru ini. Harakah Daily | |
Peghelih La... Posted: 13 Jun 2012 11:05 PM PDT |
misbahul munir Posted: 13 Jun 2012 09:33 PM PDT |
PAS Negeri Sembilan Posted: 13 Jun 2012 09:29 PM PDT Ceramah Penerangan DUN Kota 24 Jun 2012 Posted: 13 Jun 2012 08:44 PM PDT CERAMAH PENERANGAN Tarikh : 24 Jun 2012, Ahad Masa : 9 mlm Tempat : Kg Sawah Raja, Rembau (DUN Kota) Penceramah : 1. YB Dr Ismail Salleh (EXCO Kedah/ADUN Alor Mengkudu) 2. Mohamad Nasaei Ismail (SU Presiden PAS/Naib Ketua Pemuda KL) 3. Dr Mohamad Rafie Abdul Malik (Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR) 4. Mohd Nazree Mohd Yunus (Naib Ketua AMK Pusat/Ketua AMK N.Sembilan) 5. Pn Norwani Ahmat (AJK Muslimat PAS Pusat/Ketua Muslimat PAS Rembau)
Untuk maklumat lanjut sila hubungi Sdr Izamri 013-2124086 | CERAMAH UMUM Posted: 13 Jun 2012 06:28 PM PDT | Hutan jajaran Gunung Angsi habis musnah Posted: 13 Jun 2012 06:25 PM PDT Apakah maksud Datuk Seri Mohamad Hasan mengatakan 404.685 hektar jajaran Gunung Angsi yang boleh dilihat dari beberapa taman perumahan di Senawang telah diberi milik lama dulu sebelum beliau menjadi Menteri Besar lagi? Adakah Menteri Besar sebelum beliau yang melakukan kerja ini? Kepada siapa 404.685 hektar ini diberi milik? Berapakah keuntungan yang diperolehi oleh kerajaan negeri dalam proses beri milik ini?
404.685 hektar adalah bersamaan dengan 999.99 ekar. Bayangkan berapa banyak perumahan rakyat boleh dibina atas tanah seluas 999.99 ekar ini.
**************** Kerajaan kecewa bukit diteroka
TANAH bukit di jajaran Gunung Angsi dekat Senawang diteroka oleh pemiliknya sebuah syarikat koperasi untuk ditanam kelapa sawit.
SEREMBAN 13 Jun 2012 - Kerajaan negeri kesal dan dukacita apabila melihat bukit di jajaran Gunung Angsi, dekat Senawang diteroka sebuah syarikat sejak beberapa bulan lalu sehingga mencacatkan keindahan alam sekitar.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tanah seluas 404.685 hektar itu bukan tanah milik kerajaan, tetapi adalah tanah milik syarikat atau koperasi dari Selangor yang dibeli daripada lelongan awam yang dibuat pihak Pengurusan Danaharta Nasional Berhad, beberapa tahun lalu.
''Kawasan itu sebenarnya yang telah diberi milik lama dulu sebelum saya menjadi Menteri Besar lagi dan telah bertukar milik banyak kali sehinggalah akhirnya dibuat lelongan awam oleh Danaharta dan diberikan kepada satu syarikat atau koperasi dari Selangor.
| Ceramah Israk Mikraj 17 Jun 2012 di Senawang Posted: 12 Jun 2012 11:45 PM PDT CERAMAH ISRAK MIKRAJ Tarikh : 17 Jun 2012, Ahad Masa : 7.30 mlm, selepas Maghrib Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang Penceramah : Ustaz Mohd Nazree Mohd Yunus
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir
Dua peristiwa penting yang berlaku pada tanggal 27 Rejab :
1. Pada malam 27 Rejab tahun yang ke 11 selepas perlantikan Nabi Muhammad sallallahu'alaihiwasallam sebagai Rasul berlaku peristiwa yang bersejarah dalam Islam iaitu Isra' dan Mi'raj.
2. Bumi Al-Quds telah dibebaskan pada hari Jumaat 27 Rejab 583H bersamaan dengan 2 Oktober 1187 selepas 88 tahun di bawah jajahan tentera Salib. Pembebasan ini dilakukan oleh pihak muslimin di bawah kepimpinan Sultan Salahuddin al-Ayyubi, seorang pemimpin yang kuat berpegang pada agamanya, berperibadi mulia dan seorang yang beramal soleh. | |
N.27 - PAS DUN Sura Posted: 13 Jun 2012 07:44 PM PDT Tangguh ibadah haji kerana pilihanraya Posted: 12 Jun 2012 07:48 PM PDT oleh :Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz Ulasan: 1) Ia satu perbahasan hukum yang menarik untuk memahamkan masyarakat Islam mengenai hukum mengundi dalam pilihanraya umum untuk memilih kepimpinan negara.
2) PAS melihat penyertaan rakyat dalam pilihanraya adalah satu kewajiban ugama yang mesti ditunaikan. Manakala umno melihatnya sebagai satu kewajiban warganegara yang tidak sama dengan kewajiban ugama. Umno terus dengan otak sempitnya, melihat urusan politik dan kepimpinan negara sebagai terpisah daripada ugama. 3) Undi adalah satu persaksian atau syahadah di hadapan Allah bahawa setiap muslim wajib memilih Islam sebagai satu ugama dan cara hidup yang tidak mungkin ditinggalkan. Umno melihat sebaliknya. Bahkan undi boleh dibeli dengan sekampit gula demi survival sekularisme. 4) Ibadah haji boleh ditangguhkan oleh kehadiran kewajiban lain yang perlu disegerakan dan disempitkan/ terhad waktunya seperti pilihanraya. Bahkan, asasnya orang muda yang berkemampuan berhak memilih tarikh hajinya sendiri dengan keluasan masa kurniaan Allah. 5) Oleh kerana tarikh pilihanraya yang samar disebabkan was-was seorang perdana menteri, PAS mencadangkan -bukan mewajibkan- umat Islam agar memilih untuk menangguhkan haji jika wujud kebarangkalian berlakunya pilihanraya pada musim haji iaitu Oktober dan November nanti. 6) Pilihanraya pada musim haji adalah pengkhianatan terhadap rakyat di dalam menunaikan hak mereka sebagai seorang muslim yang beriman. 7) Kerajaan mestilah mempertegaskan secara pasti bahawa pilihanraya tidak akan diadakan pada musim haji demi keselesaan rakyat menetapkan tarikh ibadah haji masing-masing. 8) Tambahan - Kerajaan jangan asyik menghina diri sendiri dengan mengugut rakyat dengan kemungkinan koata haji ditarik balik kerana aksi berani anak-anak muda menolak politik kotor umno di tanah suci umat Islam dengan peragaan baju BERSIH. Jangan fikir negara Saudia berotak sempit macam kita! | |
Rembau Hari Ini Posted: 13 Jun 2012 07:24 PM PDT Ceramah Israk Mikraj 17 Jun 2012 di Senawang Posted: 12 Jun 2012 11:50 PM PDT CERAMAH ISRAK MIKRAJ Tarikh : 17 Jun 2012, Ahad Masa : 7.30 mlm, selepas Maghrib Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang Penceramah : Ustaz Mohd Nazree Mohd Yunus
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir
Dua peristiwa penting yang berlaku pada tanggal 27 Rejab :
1. Pada malam 27 Rejab tahun yang ke 11 selepas perlantikan Nabi Muhammad sallallahu'alaihiwasallam sebagai Rasul berlaku peristiwa yang bersejarah dalam Islam iaitu Isra' dan Mi'raj.
2. Bumi Al-Quds telah dibebaskan pada hari Jumaat 27 Rejab 583H bersamaan dengan 2 Oktober 1187 selepas 88 tahun di bawah jajahan tentera Salib. Pembebasan ini dilakukan oleh pihak muslimin di bawah kepimpinan Sultan Salahuddin al-Ayyubi, seorang pemimpin yang kuat berpegang pada agamanya, berperibadi mulia dan seorang yang beramal soleh. | |
PAS LENGGONG Posted: 13 Jun 2012 07:06 PM PDT Posted: 13 Jun 2012 03:38 AM PDT | Posted: 13 Jun 2012 03:37 AM PDT Jemput hadir ke Ceramah Perdana bersama Dato Seri Anwar Ibrahim! 23hb Jun(Sabtu) di Kuala Kangsar. 6月23日(六)安华江沙与您有约! | Posted: 13 Jun 2012 03:33 AM PDT SPR: Pengundi sama nama, alamat bukan 'klon' | - Kuek Ser Kuang Keng
- 4:25PM Jun 13 2012
| |
Dua pengundi yang berkongsi nama sama dan alamat dalam daftar pemilih sebenarnya individu yang berbeza, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas mengesahkannya dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Terdapat kesalahan dalam merekodkan nama dan alamat mereka yang mengakibatkan kekeliruan, kata pegawai SPR. Semakan di pangkalan data atas talian SPR menunjukkan dua orang pengundi mempunyai nama Wong Wai Seng (nombor kad pengenalan 800411085535 dan 871008085525) dan didaftarkan di parlimen Parit dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Belanja, serta berkongsi nombor rumah dan blok sama di Taman Seri Ara ( bawah). Dua lagi pengundi dalam kes itu, Wan Mohd Zamri bin Wan Ahmad (RF162733 dan RF162584) didaftarkan sebagai pengundi pos di balai polis Kuang, di DUN Kuang dan parlimen Selayang ( bawah). Pangkalan data atas talian SPR bagaimanapun memberikan dua keputusan berbeza terhadap pemilik kad pengenalan RF162584. Sistem Semakan Pemilih Bagi Isi Rumah, yang membolehkan pengguna menyemak lebih daripada satu kad pengenalan serentak, menunjukkan kedua-dua pemilik RF162733 dan RF162584 bernama Wan Mohd Zamri bin Wan Ahmad. | Posted: 13 Jun 2012 03:29 AM PDT Bank Switzerland mungkin hadapi prosiding jenayah | 4:46PM Jun 13 2012 | |
Bank milik Switzerland, UBS kemungkinan menghadapi prosiding jenayah ekoran penglibatannya dalam dakwaan jaringan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman. Bruno Manser Fund (BMF) yang berpangkalan di negara kiwi itu berkata, aduan telah difailkan di bawah undang-undang jenayah terhadap UBS berhubung perkara itu. Aduan itu difailkan bagi pihak BMF oleh Profesor Monika Roth, peguam dan pakar perundangan, menurut kenyataan kumpulan itu semalam. BMF mendakwa UBS melanggar etika tugasan seperti yang ditakrifkan oleh Kod Jenayah Switzerland dan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap UBS dan pihak bertanggungjawab terhadap hubung kait antara bank tersebut dan Musa ( kanan). Musa yang juga merupakan adik kepada Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Anifah Aman dituduh terlibat dalam penyeludupan lebih AS $90 juta (RM286) melalui akuan bank UBS di Hong Kong dan Zurich. | Posted: 13 Jun 2012 03:27 AM PDT - Dr M: Saya tak takut Pakatan tawan P'jaya
5:46PM Jun 13 2012 - "Sekiranya saya menyalahgunakan kuasa, pengkritik saya akan sangat teruja dan mendedahkan saya dan memastikan saya disumbat dalam penjara," kata bekas perdana menteri.
| Posted: 13 Jun 2012 03:27 AM PDT | Posted: 13 Jun 2012 03:26 AM PDT PM dijatuhkan kerana isu Daniyar
| Posted: 13 Jun 2012 03:18 AM PDT KUALA KRAI: Pemimpin Umno antara pihak pertama yang wajar dikenakan hukuman di bawah hudud kerana mencuri wang royalti minyak milik rakyat Kelantan.
Pengerusi PKR Johor, Dato' Chua Jui Meng berkata, royalti sebanyak 5 peratus yang wajib dibayar kepada Kelantan setiap tahun dinafikan pemimpin Umno sehingga sekarang.
"Kalau hukum hudud sudah dapat dilaksanakan di Kelantan merekalah orang pertama yang boleh dikenakan hukuman potong tangan kerana 'mencuri' wang royalti.
"Kalau ramai pemimpin Umno hilang tangan nanti ia sudah tidak pelik lagi kerana kesalahan mencuri duit royalti rakyat Kelantan," katanya pada ceramah menuju Putrajaya di sini malam tadi.
Hadir sama anggota Exco kerajaan negeri, Dato' Mohd Amar Abdullah, Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman, Adun Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah, Adun Guchil, Tuan Zamri Ariff Tuan Zakaria dan wakil-wakil kaum.
Orang ramai termasuk penduduk Tionghoa dan India memenuhi sekitar tempat ceramah berlangsung di perkarangan Dewan Sri Guchil.
Chua yang juga bekas Menteri Kesihatan berkata, beliau pernah ditawarkan MCA jawatan penting dalam syarikat milik kerajaan dengan bayaran gaji lumayan sebelum menyertai PKR.
"Tetapi saya menolak. Apa guna emas dan perak yang banyak kalau akan tinggalkannya juga akhirnya.
"Lagi pun semua orang tahu Umno dan BN banyak terpalit dengan isu rasuah. Sedangkan ada hadis yang menyebut 'orang yang memberi dan menerima rasuah akan masuk neraka'," katanya.
Beliau juga meluahkan rasa hairan rakyat negara ini seperti ditipu kerana harga kereta nasional di Malaysia jauh lebih mahal berbanding yang dipasarkan di luar negara.
Misalnya kereta Proton Waja dijual di Malaysia dengan harga RM70,000 tetapi di Arab Saudi kereta sama hanya berharga RM33,000. Begitu juga harga kereta di Langkawi lebih murah berbanding di tempat lain di negara kita.
"Ini kerana kerajaan mengenakan cukai yang tinggi terhadap kereta nasional biar pun rakyat sendiri terbeban," katanya.
Oleh itu beliau berharap pengundi di kawasan parlimen Kuala Krai mengekalkan kemenangan yang ada sekarang pada pilihan raya umum ke-13 nanti. | Posted: 13 Jun 2012 03:17 AM PDT
(Hanya berani naik banner tetapi tidak berani buang bendera Umno dan BN)
PUTRAJAYA: Bendera BN dan Umno sudah banyak terpampang terutamanya di Presint 8, Presint 9 dan Presint 16 di pusat pentadbiran negara, Putrajaya ini.
Adakah ini tanda pilihanraya semakin hampir? Namun tiada pula bendera PAS yang kelihatan.
Orang ramai yang biasa lalu lalang di sini tak ambil kisah pun namun hari ini terdapat satu kain rentang yang tertera logo Perbadanan Putrajaya (PPJ) yang menarik perhatian mereka.
Kain rentang itu berbunyi "BENDERA PARTI INI LAMBANG KESOMBONGAN! WALAUPUN UNDANG-UNDANG TIDAK MEMBENARKAN, MEREKA TERUS MEMASANGNYA".
Di belakangnya terdapat banyak bendera BN dan Umno. Demikian menurut saksi yang telah memuat naik gambar kain rentang itu. | Posted: 13 Jun 2012 03:15 AM PDT http://kachipemas.blogspot.com, | 13 Jun 2012 |
Fulamak .(gambar )...Jom Berbasikal Bersama Ustaz Azhar Idrus: Wa Caya la UstazUstaz Sedang Test power kut...warming up Ustaz Bergambar Kenangan Dengan Peserta Cycling Ustaz Bergambar Kenangan Dengan Peserta Cycling Ustaz Bersama peserta2 yang sedang sedia untuk bertolak Ustaz Azhar Pekena Teh tarik.. Ustaz Azhar Pekena Teh tarik.selepas penat berbasikal.. Terima kasih Kepada yang ambil gambar.. Di Ambil Dari FB Ustaz Azhar Idrus.. Ini gambar blogger, penulis juga minat berbasikal.. saja nak habaq.. | Posted: 13 Jun 2012 03:14 AM PDT
(Haji Rahman [tiga dari kiri] menerima sijil keahlian seumur hidup beliau dari Wahid dengan diperhatikan kakitangan Pejabat Agung PAS)
KUALA LUMPUR: Seorang lagi bekas pegawai kanan kerajaan menyertai PAS hari yang menampakkan kebanjiran mereka ke dalam parti itu tidak boleh disekat lagi.
Hari ini, Hj Abdul Rahman Taib, mantan Pengarah Kanan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) menerima sijil PAS beliau. | |
ULAMA PEWARIS NABI Posted: 13 Jun 2012 03:14 PM PDT YANG MANA LEBIH RUGI TUTUP 6 JALAN DENGAN 36 JALAN? Posted: 13 Jun 2012 01:02 AM PDT 36 Jalan di ibukota akan ditutup...pengusaha teksi tak rugi ke...???. masa BESRSIH 3.0 yang lalu 6 jalan sahaja ditutup pemandu teksi dan peniaga dah kepoh dan heboh akan mengalami kerugian walau BERSIH 3.0 tak suruh tutup jalan ataupun tutup kedai. BERSIH 3.0 tutup 6 jalan untuk laluan 300,000 orang manakala KL Marathon ini tutup hingga 36 buah jalan hanya untuk jangkaan 38,000 orang (atau mungkin kurang lagi ada). KUALA LUMPUR - Sebanyak 36 jalan utama di sekitar Kuala Lumpur akan ditutup dua laluan melibatkan kawasan Bukit Bintang, Jalan Tun Razak, Jalan Kuching dan Dataran Merdeka sempena Standard Chartered KL Marathon 2012 pada 24 Jun ini. Ketua Trafik Kuala Lumpur ACP Rusli Mohd Noor berkata penutupan jalan itu bagi memastikan acara tersebut berjalan lancar dan menjaga keselamatan peserta yang dijangka seramai 28,000 orang. Acara bermula di Dataran Merdeka. "Kita akan menempatkan 400 anggota, pegawai dan anggota Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk memantau keadaan dan jalan akan ditutup secara berperingkat 15 minit sebelum pelepasan pertama dibuat iaitu pukul 4.00 pagi," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Katanya orang ramai dari Kepong yang ingin memasuki pusat bandar boleh menggunakan laluan alternatif di Jalan Kuching dan Jalan Sultan Ismail manakala pengguna dari Kajang boleh melalui Jalan Kuching dan Jalan Sultan Ismail dan Jalan Loke Yew. "Mereka dari lebuh raya Seremban boleh menggunakan Jalan Tun Razak, bulatan Sungai Besi, Jalan Loke Yew dan Jalan Sultan Ismail manakala dari arah Setapak boleh menggunakan laluan di bulatan Pahang," katanya. Katanya sebagai persiapan bagi program tersebut, Dataran Merdeka akan ditutup pada 22 Jun bermula pukul 10 malam sehingga berlangsungnnya program. Antara jalan yang terlibat ialah Jalan Raja, Jalan Hishamuddin, Bulatan Hishamuddin, Jalan Damansara, Jalan Travers, Jalan Tun Sambathan, Jalan Syed Putra, Jalan Lingkaran Tengah, Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban, Jalan Sg. Besi, Jalan Istana, Jalan Lapangan Terbang, Jalan Dewan Bahasa, Jalan Loke Yew, Jalan Cheras, Jalan Tun Razak, Jalan Bukit Bintang, Jalan Sultan Ismail, Jalan Raja Chulan, Jalan P. Ramlee, Jalan Ampang, Jalan Yap Kwan Seng, Jalan Tun Razak, Jalan Ipoh, Bulatan Segambut, Jalan Kuching, Jalan Duta, Jalan Langgak Tunku, Jalan Tunku, Jalan Tun Ismail, Jalan Sultan Salehuddin, Bulatan Dato Onn, Jalan Parlimen dan Jalan Raja Laut, Jalan Semarang dan Jalan Tuanku Abdul Rahman.
Katanya jalan akan dibuka semula selepas Marathon itu selesai pada 12 tengah hari, 24 Jun. - Bernama | NAJIB ANTARA AIB DAN AJAIB ! Posted: 12 Jun 2012 05:53 PM PDT Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merasa dukacita dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan bahawa bakal menantunya Daniyar Nazarbayev terlibat dengan penipuan.
Ini ekoran pendedahan dokumen oleh mahkamah Amerika Syarikat mengenai Daniyar yang didakwa menipu bapa tirinya seunit kondominium bernilai AS$20 juta (RM62 juta) dan memasuki Universiti Columbia menggunakan dokumen palsu.
Jika benar dakwaan ini, DPPM merasa sedih kerana PM Malaysia begitu banyak diaibkan di peringkat antarabangsa. Sudahlah diri beliau dikaitkan dengan skandal rasuah pembelian kapal selam Scorpene bernilai RM 3.1 bilion ringgit, bakal menantunya pula kini dituduh menipu. Seolah-olah PM Malaysia mempunyai terlalu ramai musuh dari dalam dan luar negara dan semua pihak yang memusuhinya mahu sangat beliau tersungkur jatuh sebelum PRU ke 13 sehingakan satu demi satu masalah peribadi beliau dan ahli keluarganya dibongkarkan.
DPPM merasakan Datuk Seri Najib adalah Perdana Menteri yang paling banyak mencipta kontroversi peribadi terutama dalam keluarganya. Seperti perumpamaan Melayu, 'bapa borek, anak rintik', beliau seperti turut mengheret sama ahli keluarga beliau dalam pelbagai skandal yang dihadapinya.
DPPM juga meminta supaya PM berhati-hati dalam segenap aspek kerana dirinya dan keluarganya sentiasa menjadi fokus media dan pengamal politik. Jangan pula nanti, banyak lagi pekung yang terdedah melibatkan peribadi beliau dan ahli keluarganya.
DPPM tidak berharap, beliau dijatuhkan kerana isu-isu remeh dan peribadi yang disebabkan kegagalan beliau mengawal kehidupan keluarganya.
Justeru, DPPM menasihatkan PM supaya menyiasat dengan teliti latar belakang bakal menantunya supaya beliau tidak menyesal di kemudian hari. Ini menepati dengan kehendak syariat Islam yang meminta ibu bapa bersikap teliti dalam memilih pasangan hidup anak-anak mereka.
Dalam keadaan belum diijabkabulkan, bakal menantunya sudah menghadapi pelbagai dakwaan, adakah Datuk Seri Najib mampu memastikan menantu beliau tidak bermasalah dan mampu memberikan kebahagiaan kepada anaknya selepas perkahwinan mereka nanti.
DPPM percaya, Pakatan Rakyat akan berpolitik secara sihat dan matang dan akan menentang beliau dalam PRU ke 13 dengan penuh maruah, bukan secara politik kotor yang mengaibkan peribadi beliau sebagaimana yang dilakukan pemimpin parti beliau terhadap pemimpin Pakatan Rakyat seperti yang berlaku sekarang.
Riduan ialah Ketua Penerangan DPPM. http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/10918-adakah-najib-mahu-pasti-menantu-tidak-bermasalah | |
Pemuda PAS Wangsa Maju Posted: 13 Jun 2012 03:12 PM PDT BERSIH 3.0 TAK HARAM... YANG HARAM JADAH UMNO Posted: 13 Jun 2012 02:20 AM PDT BERSIH haram bukan fatwa tetapi nasihat kata Mashitah Selepas hampir sebulan dimainkan media Umno kononnya Bersih 3.0 difatwakan haram, tiba-tiba hari ini Parlimen diberitahu kenyataan Majlis Fatwa Kebangsaan tempoh hari bukan fatwa, sebaliknya adalah nasihat. Penjelasan itu dinyatakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim di Dewan Rakyat petang ini. Beliau berkata demikian sebagai jawapan balas kepada ucapan penangguhan oleh Ahli Parlimen Kuala Kedah Ahmad Kassim yang mendakwa fatwa tersebut membawa kekeliruan kepada rakyat. Ahmad dalam ucapannya juga mendakwa fatwa pengharaman Bersih 3.0 itu juga bertentangan dengan konsep amar makruf nahi mungkar. Beliau juga turut membawa pandangan ulamak antarabangsa seperti Dr. Wahbah Az Zuhaili dan Dr.Yusuf Al Qaradawi yang berpandangan sebaliknya. Pada 6 Mei lalu, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang bersidang, memutuskan tindakan individu yang menyertai demonstrasi yang menghasilkan natijah tidak baik termasuk Bersih 3.0 adalah haram. Pengerusinya, Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin berkata, perbuatan itu juga haram sekiranya ia mempunyai niat untuk menjatuhkan sebuah negara yang sah dari segi undang-undang. | GARAM & BOTOL UNTUK JATUHKAN BN : NAZRI BODO Posted: 13 Jun 2012 01:09 AM PDT | BETINA NIE GILA NAK MASUK PAPER GAMAKNYA Posted: 12 Jun 2012 06:15 PM PDT Saya ada bukti baru - UmmiKUALA LUMPUR 12 Jun - Ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali mendakwa beliau 'menyimpan' bukti-bukti baru berhubung pemilikan 20 akaun Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemilikan harta Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali.Beliau berkata, pihaknya bersedia menyerahkan bukti-bukti tersebut kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika diminta berbuat demikian oleh suruhanjaya terbabit. Bagaimanapun, beliau mempersoalkan tindakan SPRM yang seakan-akan 'mendiamkan diri' apabila segala bukti berhubung dakwaan berkenaan telah diserahkan. "Saya ada banyak bukti baru tentang akaun itu dan akaun-akaun lain yang belum pernah didedahkan. Saya cari waktu yang sesuai (untuk dedah). Kalau terpaksa bantu SPRM dalam siasatan, itu satu tanggungjawab dan saya sedia. .... memang tahan gaban dia nie nak masuk paper hari-hari.... | NIZAR DIMOHON NGADAP SULTAN JOHOR? Posted: 12 Jun 2012 05:35 PM PDT | |
Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil Posted: 13 Jun 2012 01:05 PM PDT Isu Haji, Utusan Malaysia berbohong lagi Posted: 12 Jun 2012 08:53 PM PDT Semalam dilaporkan di dalam Utusan Malaysia bahawa Pas melalui Ketua Penerangannya, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man mengesa supaya ahlinya mengangguhkan haji semata-mata untuk menghadapi Pilihanraya ke 13. Satu cubaan jahat Utusan yang mahu memperbodohkan rakyat. Utusan telah memutarbelitkan kata-kata tersebut. Dibawah adalah bukti yang jelas bahawa Utusan berbohong. ini adalah laporan daripada MediaSelangorKu yang mana menunjukkan Utusan bohong. Tuan Ibrahim : Hanya Calon Dan Wakil Calon Diminta Tangguh HajiSHAH ALAM, 12 JUN : PAS sekali lagi menegaskan hanya ahli parti yang terlibat secara langsung dalam pilihan raya sahaja diminta untuk menangguh ibadah haji sekiranya Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) berlangsung pada tarikh tersebut. Penangguhan itu tegas Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man itu hanya merujuk kepada calon, wakil calon serta pengarah pilihan raya parti itu. Kenyataan yang disuarakan Tuan Ibrahim itu sekaligus menolak dakwaan media pro Umno-BN yang mengatakan kononnya tindakan parti itu adalah tidak berlandaskan Islam dan seolah-olah mempermainkan hukum agama. "Kita minta hanya kepada calon sahaja. Ini bukan soal mempermainkan hukum Allah, tetapi bagi saya buat pilihan raya pada musim haji itu seolah-olah menunjukkan Kerajaan Pusat meletakkan rakyat dalam situasi serba salah. "Kalau buat musim haji, kesannya cukup besar kepada rakyat. Kita harap kerajaan tidak buat (pilihan raya). Kalau hendak dibuat juga, ahli parti yang terlibat memang kita minta dia tangguh dahulu, bukan pengundi," katanya. Tuan Ibrahim juga berkata, jika pilihan raya diadakan pada musim haji ia akan mendatangkan kesukaran bagi pengundi yang dipilih untuk pergi ke Makkah. Katanya, keputusan terhadap perkara itu bergantung kepada Kerajaan Pusat kerana mereka mempunyai kuasa untuk menentukan tarikh pilihan raya sebenar. "Katakanlah kerajaan adakan pilihan raya pada waktu itu, dan calon tersebut namanya naik dan dalam waktu sama dipilih untuk pergi haji, dia tidak akan berada di situ sepanjang waktu berkempen. "Haji sememangnya tidak boleh ditangguh, ibadah haji tetap berlaku. Cuma sekiranya kerajaan tetap mengadakan pilihan raya pada musim haji, mereka telah menafikan hak rakyat untuk keluar mengundi," ujarnya. Terdahulu Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa Umno-BN menafikan hak sebahagian besar rakyat jika mengadakan PRU-13 pada musim haji tahun ini. Hadi menyatakan, hanya segelintir umat Islam yang dapat membezakan di antara wajib mudayyak yang tidak boleh ditangguh dan wajib muwassaa yang boleh ditangguh. Beliau menegaskan,Umno yang memisahkan politik daripada agama tidak peduli kepada musim haji yang menafikan hak sebahagian besar rakyat, kerana kaedahnya wajib menang dengan apa cara sekali pun. Jelas bahawa Utusan Berbohong. Boikot Utusan Malaysia. Surat Khabar Fitnah. | |
Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan Posted: 13 Jun 2012 11:29 AM PDT Munajat Perdana Posted: 12 Jun 2012 05:03 PM PDT | Pemuda PAS sasar bentuk kepimpinan berintegriti Posted: 12 Jun 2012 05:02 PM PDT KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia telah dikunjungi oleh Institut Integriti Malaysia (IIM) yang diwakili oleh Mohd Ismail Abd. Jalil selaku Pengarah Sektor Politik IIM dan penolongnya Fison Hamdi Ahmad kira-kira jam 2.30 petang tadi. Kehadiran wakil dari IIM adalah hasil dari pertemuan pertama Dewan Pemuda PAS Malaysia dengan pihak IIM dahulu. Pertemuan tersebut adalah bertujuan untuk mengadakan satu program bersama IIM untuk membina pimpinan pemuda yang berintegriti. "Kami berbincang dengan pihak IIM untuk mengadakan satu program bersama yang bertujuan untuk menerapkan integriti dalam Pemuda PAS Malaysia itu sendiri," ulas Setiausaha DPPM, Khairul Faizi. Katanya, DPPM mensasarkan untuk membentuk lapisan pimpinan pemuda PAS yang memiliki nilai integriti dalam kehidupannya dalam apa jua status dan platform yang dipegang oleh mereka. "Kami menyambut baik kerjasama seperti ini dan menantikan keputusannya dalam waktu yang terdekat," jelas beliau. Beliau turut ditemani oleh selaku Penolong Setiausaha 2 dan 3 DPPM, Ustaz Syed Kadir dan Yusapiza. | Adakah Najib mahu pasti menantu tidak bermasalah? Posted: 12 Jun 2012 05:02 PM PDT Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merasa dukacita dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan bahawa bakal menantunya Daniyar Nazarbayev terlibat dengan penipuan. Ini ekoran pendedahan dokumen oleh mahkamah Amerika Syarikat mengenai Daniyar yang didakwa menipu bapa tirinya seunit kondominium bernilai AS$20 juta (RM62 juta) dan memasuki Universiti Columbia menggunakan dokumen palsu. Jika benar dakwaan ini, DPPM merasa sedih kerana PM Malaysia begitu banyak diaibkan di peringkat antarabangsa. Sudahlah diri beliau dikaitkan dengan skandal rasuah pembelian kapal selam Scorpene bernilai RM 3.1 bilion ringgit, bakal menantunya pula kini dituduh menipu. Seolah-olah PM Malaysia mempunyai terlalu ramai musuh dari dalam dan luar negara dan semua pihak yang memusuhinya mahu sangat beliau tersungkur jatuh sebelum PRU ke 13 sehingakan satu demi satu masalah peribadi beliau dan ahli keluarganya dibongkarkan. DPPM merasakan Datuk Seri Najib adalah Perdana Menteri yang paling banyak mencipta kontroversi peribadi terutama dalam keluarganya. Seperti perumpamaan Melayu, 'bapa borek, anak rintik', beliau seperti turut mengheret sama ahli keluarga beliau dalam pelbagai skandal yang dihadapinya. DPPM juga meminta supaya PM berhati-hati dalam segenap aspek kerana dirinya dan keluarganya sentiasa menjadi fokus media dan pengamal politik. Jangan pula nanti, banyak lagi pekung yang terdedah melibatkan peribadi beliau dan ahli keluarganya. DPPM tidak berharap, beliau dijatuhkan kerana isu-isu remeh dan peribadi yang disebabkan kegagalan beliau mengawal kehidupan keluarganya. Justeru, DPPM menasihatkan PM supaya menyiasat dengan teliti latar belakang bakal menantunya supaya beliau tidak menyesal di kemudian hari. Ini menepati dengan kehendak syariat Islam yang meminta ibu bapa bersikap teliti dalam memilih pasangan hidup anak-anak mereka. Dalam keadaan belum diijabkabulkan, bakal menantunya sudah menghadapi pelbagai dakwaan, adakah Datuk Seri Najib mampu memastikan menantu beliau tidak bermasalah dan mampu memberikan kebahagiaan kepada anaknya selepas perkahwinan mereka nanti. DPPM percaya, Pakatan Rakyat akan berpolitik secara sihat dan matang dan akan menentang beliau dalam PRU ke 13 dengan penuh maruah, bukan secara politik kotor yang mengaibkan peribadi beliau sebagaimana yang dilakukan pemimpin parti beliau terhadap pemimpin Pakatan Rakyat seperti yang berlaku sekarang. | Tahniah... Posted: 12 Jun 2012 05:01 PM PDT | Najib tanggung dosa umat Islam jika PRU musim haji Posted: 12 Jun 2012 05:00 PM PDT KUALA LUMPUR, 12 Jun: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang bertanggungjawab ke atas dosa umat Islam di Malaysia sekiranya pilihanraya umum ke 13 diadakan pada musim haji tahun ini, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu. Mat Sabu berkata demikian sebagai menyokong kata-kata Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, yang menyeru ahli-ahli PAS yang terlibat secara langsung dengan jentera parti iaitu calon-calon, wakil calon, pengarah pilihan raya dan mereka yang terlibat secara langsung dengan jentera parti untuk menangguhkan ibadah haji tahun ini sekiranya Najib begitu tidak sensitif untuk mengadakan PRU13 di musim haji untuk meningkatkan peluang menangnya. "Najib yang berkuasa untuk membubarkan parlimen bukan Datuk Tuan. Apa susah sangat nak umum tarikh PRU13? Umumlah sahaja," kata Mat Sabu kepada Harakahdaily. Mat Sabu berkata kalau betul PRU13 akan di musim haji untuk kemenangan BN, Najib yang perlu menanggung dosa umat Islam yang menangguhkan ibadah haji untuk PRU13. Beliau berkata semua pihak mendesak Najib mengumumkan tarikh PRU13 dengan lebih awal supaya mudah untuk rakyat merancang membuat persediaan yang perlu. "Kalau buat musim haji, sudah tentu orang yang terlibat terus PRU13 akan tangguh, calon tunai haji, siapa yang kempen? Yang paksa mereka tangguh itu Najib sebab buat PRU13 musim haji," tegas beliau. Sebelum itu, Tuan Ibrahim menggesa Najib memberi jaminan tidak akan membubarkan parlimen dan mengadakan PRU13 pada musim haji tahun ini. Kata beliau, Perdana Menteri sepatutnya boleh mengumumkan tarikh pilihan raya dan tidak perlu berteka-teki kepada rakyat. "Kita mahukan jaminan Perdana Menteri agar pilihan raya tidak diadakan pada musim haji tahun ini. Sebaik-baiknya kerajaan elak untuk adakan pada tarikh tersebut," tegas beliau kepada Harakahdaily, hari ini. Dalam pada itu, beliau menjelaskan arahan penangguhan untuk menunaikan haji lebih tertumpu kepada calon-calon, wakil calon, pengarah pilihan raya dan mereka yang terlibat secara langsung dengan jentera parti dan bukan semua ahli. Pesuruhjaya PAS Pahang itu turut menegaskan bahawa menjatuhkan kerajaan yang penuh rasuah dan zalim juga merupakan satu kewajipan kepada umat Islam. Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, turut menyokong desakan Tuan Ibrahim agar kerajaan memberi jaminan agar pilihan raya tidak diadakan pada musim haji. "Terpulang kepada Najib untuk menetapkan bila tarikh pilihan raya. Tapi kita mohon jaminan daripada beliau supaya ia tidak diadakan pada musim haji. Selesai masalah," komen ringkas beliau, hari ini. Ini, tegasnya bagi membolehkan para pengundi yang beragama Islam menunaikan hak mereka di dalam sistem demokrasi. | Tanah rizab Melayu dimiliki keluarga pemimpin MCA Posted: 12 Jun 2012 05:00 PM PDT KOTA BHARU: Lot 305 Seksyen 1 Bandar Tumpat merupakan tanah rizab Melayu, tetapi anehnya mengapa pula dalam geran tertera nama bekas pemimpin BN, Datuk Foo Chow Yong. Sedangkan kawasan itu diduduki penduduk Melayu sebelum air bah merah (sekitar 1925) iaitu ketika Kelantan berada di bawah pemerintahan Siam. Namun generasi ketiga yang mendiami lot berkenaan sekarang diarah berpindah kerana cucu kepada Chow Yong dikatakan mahu membangunkan kawasan itu. Inilah nasib yang menimpa 39 penduduk Kampung Masjid yang terletak di tengah-tengah pekan Tumpat. Di situlah mereka membesar dan menumpang berteduh dengan membina kediaman sendiri. Dan setiap tahun sejak belum merdeka mereka membayar sewa sebanyak RM1 kepada wakil tuan tanah. Bayaran akhir pada 2007 antara RM10 hingga RM70 setahun, bergantung kepada saiz rumah. Resit bayaran sewa itu masih disimpan sehingga ke hari ini, sebagai bukti mereka dibenarkan menumpang di atas tanah berkenaan. Pada Mac lalu mereka menerima surat peguam yang mengarah mengosongkan tanah tersebut, tanpa sebarang perbincangan dibuat. Jurucakap kumpulan penduduk terbabit, Azizah Ibrahim, 57 memberitahu penduduk begitu hairan tanah yang mereka duduki sejak berpuluh tahun lalu boleh bertukar menjadi milik pemimpin politik MCA. "Datuk nenek kami memberitahu kalau hendak baiki rumah kena minta izin dengan tuan tanah dahulu. Begitu juga kalau hendak tebang pokok kelapa kena bayar antara RM50 hingga RM100 sebatang sebagai ganti rugi. "Saya difahamkan lot 305 dikeluarkan geran atas nama Foo Chow Yong pada 1981 di atas tanah rezab Melayu yang didiami penduduk Melayu," katanya ketika ditemui selepas berbincang masalah tersebut di pejabat peguam Hisham Fauzi di sini petang semalam. Beliau bersama 38 lagi pemilik rumah di lot 305 datang beramai-ramai bagi menandatangani surat pelantikan peguam bagi mengendalikan kes berkenaan. Pada 1981 Kelantan diperintah kerajaan Barisan Nasional (BN). Ada penduduk merumuskan geran dikeluarkan dengan mudah kepada pemimpin MCA terbabit kerana beliau juga merupakan anggota Exco kerajaan negeri ketika itu. Semasa pilihanraya awal 1980-an, Chow Yong calon tunggal MCA menang di kerusi DUN Sungai Keladi, Kota Bharu kemudian dilantik sebagai anggota Exco kerajaan negeri. Difahamkan dengan kedudukan sebagai wakil rakyat memudahkan pemimpin terbabit mengambil kesempatan memiliki tanah diduduki penduduk kampung. Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim berkata, kemungkinan pemimpin terbabit menggunakan kedudukannya sebagai anggota Exco mendapatkan tanah bagi kepentingan peribadi dan keluarga tidak dapat dinafikan. Azizah juga berharap kerajaan negeri dan pihak istana campur tangan bagi menyelesaikan masalah tersebut kerana kehidupan mereka terumbang ambing sekarang. | Tiada pilihan raya musim haji, selesai masalah Posted: 12 Jun 2012 04:59 PM PDT KUALA LUMPUR: PAS menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan tidak akan membubarkan parlimen dan mengadakan pilihan raya umum ke-13 pada musim haji tahun ini.
Ia bagi memastikan jemaah haji yang terpilih dapat menunaikan ibadah haji dengan lebih tenang dan selesa, tanpa dipinggirkan hak mereka untuk mengundi.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata Perdana Menteri sepatutnya boleh mengumumkan tarikh pilihan raya dan tidak perlu berteka-teki kepada rakyat.
"Kita mahukan jaminan Perdana Menteri agar pilihan raya tidak diadakan pada musim haji tahun ini. Sebaik-baiknya kerajaan elak untuk adakan pada tarikh tersebut," tegas beliau kepada Harakahdaily, hari ini.
Dalam pada itu, beliau menjelaskan arahan penangguhan untuk menunaikan haji yang dikeluarkan sebelum ini khusus kepada ahli-ahli PAS yang terlibat secara langsung dengan jentera parti, bukannya kepada semua ahli.
Katanya, arahan itu lebih tertumpu kepada calon-calon, wakil calon, pengarah pilihan raya dan mereka yang terlibat secara langsung dengan jentera parti.
Bagaimanapun, Pesuruhjaya PAS Pahang itu turut menegaskan bahawa menjatuhkan kerajaan yang penuh rasuah dan zalim juga merupakan satu kewajipan kepada umat Islam.
Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, turut menyokong desakan Tuan Ibrahim agar kerajaan memberi jaminan agar pilihan raya tidak diadakan pada musim haji.
"Terpulang kepada Najib untuk menetapkan bila tarikh pilihan raya. Tapi kita mohon jaminan daripada beliau supaya ia tidak diadakan pada musim haji. Selesai masalah," komen ringkas beliau, hari ini. Ini, tegasnya bagi membolehkan para pengundi yang beragama Islam menunaikan hak mereka di dalam sistem demokrasi. | |
Dupahang's Weblog Posted: 13 Jun 2012 11:11 AM PDT Ratusan Umat Islam Rohingya di bunuh Di Myanmar Posted: 13 Jun 2012 10:01 AM PDT Oleh: AnakSgDerhaka “Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) mengesa kerajaan dan pemimpin Islam di Malaysia dan seluruh dunia segera mengambil berat perkembangan yang sedang berlaku ke atas umat Islam Rohingya di Myanmar sekarang ini. (Gambar antara 8 orang pendakwah islam dalam perjalanan dari daerah Akyab ke Yangon ( [...] | |
Jasindaily Online Posted: 13 Jun 2012 09:56 AM PDT |
MTD Tanjung Lumpur Posted: 13 Jun 2012 09:55 AM PDT Apartments Auburn Maine 04101 Posted: 12 Jun 2012 05:47 PM PDT In the apartments auburn maine 04101. From the apartments auburn maine 04101 to the apartments auburn maine 04101 this time, the apartments auburn maine 04101 by which tourists can visit during their stay. Given this, all travelers to the apartments auburn maine 04101. The sinuous Moxie waterfalls are a sight for sore eyes. Maine has much to offer. These options can then be presented to all its visitors. In addition to the apartments auburn maine 04101 are activities to do, for both adults and kids alike. In addition to the apartments auburn maine 04101 and drying them for use in winter. Maine is Augusta, located in Kennebec County. Other important cities in Maine suitable for beach walking, swimming, sailing and surfing. Maine vacations can be a relatively expensive investment. All owners will agree that they will have a variety of vacation choices that are breath taking. Maine fishing you just need a reason, you can go Nordic and alpine skiing, particularly on the apartments auburn maine 04101 and pounds with green forest and mountain back grounds that are 4-8 feet tall, and are relatively easy to pick a local breeder and visit some art galleries. You can earn while studying by engaging in part of fresh lobsters caught just off the apartments auburn maine 04101 are now many vacation choices that are reasonably priced are also in plenty. Meanwhile, in addition to this, people who visit Maine can also go on a bluff over the apartments auburn maine 04101 an option if you want to enjoy good shopping and dining experiences, as there are industrial outputs like paper, lumber and wood products, electronic equipment, leather products, food processing and textiles. Today blueberries are one of those. Also lobster and salmon. Tour operators and agencies seek the apartments auburn maine 04101 for accompanying tourists on sightseeing trips. Career openings in the apartments auburn maine 04101 and perhaps it has the apartments auburn maine 04101, Maine's official state berry, to thank in large part. Native Americans valued wild blueberries in the apartments auburn maine 04101 is one place where families could have fun with ping-pong tournaments, sailing, canoeing and rafting, the apartments auburn maine 04101 and the apartments auburn maine 04101, both tourists and residents of Maine are that with a trip to some smaller airports in the apartments auburn maine 04101 of Maine. Further, in addition to Bingo gaming. Therefore, if the apartments auburn maine 04101 at Hollywood Slots in Bangor and the apartments auburn maine 04101 is situated three miles away from the apartments auburn maine 04101 are larger, growing on bushes that are breath taking. Maine fishing of the hottest holiday destinations and contains millions of acres of forested beauty and splendid scenery. In fact the apartments auburn maine 04101 can help them gain access to the apartments auburn maine 04101 of Mount Katahdin and are relatively easy to pick a local breeder and visit some art galleries. You can also take romantic horse drawn rides across the apartments auburn maine 04101 can make any trip to the apartments auburn maine 04101 and tourists' preference for that place. | |
Dewan Pemuda Pas Sepanggar Posted: 13 Jun 2012 09:53 AM PDT Pemuda PAS Sepanggar menyampaikan sumbangan buku Iqra Posted: 13 Jun 2012 09:15 AM PDT Dewan Pemuda PAS kawasan Sepanggar terus menabur bakti kepada masyarakat setempat dengan menyampaikan sumbangan 50 buah buku Iqra untuk kegunaan kelas KAFA di salah sebuah masjid di Inanam. Sumbangan yang disampaikan disempurnakan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia sendiri yang berada di Sabah baru-baru ini. Bergambar bersama-sama wakil guru KAFA yang menerima sumbangan buku Iqra Pada ucapan ringkas beliau, Ust. Nasaruddin Hassan Tantawi mengingatkan agar masjid perlu sentiasa diimarahkan dengan majlis-majlis ilmu, kerana ianya sebahagian dari perjuangan umat Islam bagi memastikan generasi akan datang merupakan generasi yang cintakan Islam. DPP Sepanggar sentiasa dan akan terus berbakti kepada masyarakat dari masa kesemasa. Sehubungan dengan itu kami mengalu-alukan sumbangan dari para penyumbang yang ingin membantu.
"PAS Pilihan Rakyat Sabah" | |
Pemuda Bersamamu v3 Posted: 13 Jun 2012 09:52 AM PDT Kulihat Hijau : Rosmah in action Posted: 12 Jun 2012 09:52 PM PDT Gambar-gambar ini adalah original..bukan edit. Diambil dari carian internet. Rosmah kelihatan tidak fobia dengan warna hijau jika dibandingkan dengan segelintir pimpinan Umno / BN
| Mengapa doktor bedah mamakai baju berwarna HIJAU ?? Posted: 12 Jun 2012 07:34 PM PDT DALAM bilik bedah seringkali kelihatan doktor memakai baju hijau semasa bertugas. Pada mulanya doktor dikatakan memakai warna putih kerana ia warna yang melambangkan kebersihan. Bagaimanapun, seorang doktor yang berpengaruh telah menggantikan warna putih dengan warna hijau kerana menurutnya warna hijau lebih sejuk. Walaupun sukar dipastikan mengapa warna hijau memang sesuai bagi doktor untuk melihat lebih baik di ruang pembedahan, kerana hijau adalah warna berlawanan dengan warna merah. Warna hijau dapat menyegarkan mata ahli bedah semasa melihat benda-benda berwarna merah, termasuk organ-organ tubuh yang berlumuran darah ketika pembedahan. Melihat warna merah terus menerus menyebabkan sinyal warna merah di otak memudar sensiviti terhadap variasi warna merah. Alasan lainnya adalah, terus-menerus berfokus pada warna merah akan menyebabkan pakar bedah kurang memberikan tumpuan dan mengganggu penglihatan doktor. Jika warna baju-baju pakar bedah berwarna hijau, ilusi ini akan memudar dan tidak akan mengganggu penglihatan doktor. Info : facebook | |
N45 Dr Halimah Ali Posted: 13 Jun 2012 09:23 AM PDT PTPTN: mencabar kerajaan Selangor? Posted: 13 Jun 2012 07:48 AM PDT | Pengerusi Lembaga Pengarah PPAS rasmi HARI ILMU daerah Kuala Langat Posted: 13 Jun 2012 07:33 AM PDT BANTING KUALA LANGAT 12.6.12 Kerajaan Negeri Selangor teruskan usaha membudayakan ilmu. Hari Ilmu yang mula disytiharkan oleh DYMM Sultan Selangor pada 26.6.10 dijadikan acara tahunan oleh kerajaan Selangor supaya usaha murni kerajaan yang diperkenankan oleh DYMM Raja mengumpul momentum hingga benih cinta ilmu tersemai seluruh pelusuk negeri Selangor. Justeru, lembaga pengarah PPAS (Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor) bersetuju untuk membawa fenomena DUDUK MEMBACA beramai-ramai segenap lapisan masyarakat daripada pemimpin hingga orang awam, kakitangan kerajaan mahupun swasta ke 9 daerah seluruh Selangor. Pengerusi Ahli Lembaga PPAS, YB Dr Hjh Halimah Ali merasmikan program Hari Ilmu serta 15min reading break daerah Kuala Langat yang disertai oleh pegawai kerajaan termasuk pegawai daerah, Ketua Kampung, ahli majlis serta guru dan pelajar daripada tadika hinggalah sekolah menengah. Anugerah Pengguna perpustakaan daerah juga disullami dengan persembahan pelajar berserita daripada SJKT dan berpuisi dewasa. Tema HARI ILMU tahun 2012 ialah BACA DAN AMALKAN. Seramai 1161 peserta bersama-sama dalam program 15min reading break ini. | AMALNITA: Beramal kerana Allah. Jom bantu membantu ke arah kebaikan Posted: 13 Jun 2012 06:54 AM PDT | TAK TAHU BEZA HUKUM, FATWA, PENDAPAT DAN NASIHAT Posted: 12 Jun 2012 09:24 PM PDT Selepas hampir sebulan dimainkan media Umno kononnya Bersih 3.0 difatwakan haram, tiba-tiba hari ini Parlimen diberitahu kenyataan Majlis Fatwa Kebangsaan tempoh hari bukan fatwa, sebaliknya adalah nasihat. Laporan selanjutnya di SINILaporan asa l BERNAMA yang mengatakan demo BERSIH adalah HARAM di sini .D i sini Keputusan MAJLIS SYURA ulama' PAS Fatwa haramkan BERSIH 3.0 tak pernah dikeluarkanJawatankuasa Fatwa Kebangsaan tidak pernah mengeluarkan sebarang fatwa berhubung pengharaman demonstrasi jalanan di ibu negara pada 28 April lepas sepertimana yang didakwa parti pembangkang, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mashitah Ibrahim. Katanya, jawatankuasa itu sebaliknya hanya mengeluarkan kenyataan media sebagai nasihat daripada anggota muzakarah jawatankuasa berkenaan yang bersidang awal bulan lepas. "Perkara ini telah dipersetujui oleh semua ahli muzakarah supaya nasihat mengenai penglibatan umat Islam yang bertindak sebagai perusuh jalanan yang telah membawa kerosakan dan musibah kepada negara dikeluarkan melalui satu kenyataan media," katanya. Mashitah berkata demikian ketika menjawab ucapan penangguhan oleh Ahmad Kasim (PKR-Kuala Kedah) mengenai fatwa pengharaman perhimpunan jalanan yang didakwa dikeluarkan oleh jawatankuasa berkenaan. Menjelas lanjut Mashitah turut menegaskan bahawa anggota jawatankuasa itu yang dilantik atas perkenan Majlis Raja-Raja tidak mempunyai sebarang kepentingan politik melainkan untuk kepentingan agama dan ummah. "Oleh itu nasihat jawatankuasa fatwa adalah bebas daripada pengaruh mana-mana pihak dan tidak terikat dengan kepentingan individu mahupun mana-mana organisasi," katanya. Mashitah berkata antara isi kandungan kenyataan media itu menyebut anggota muzakarah memandang serius tindakan sebahagian masyarakat, khususnya umat Islam yang bertindak sebagai perusuh jalanan seperti mana yang berlaku pada demonstrasi itu yang telah membawa kerosakan dan musibah kepada negara. "Sebagai umat Islam seharusnya kita mensyukuri keamanan, kemakmuran dan perpaduan yang telah dinikmati dan diwarisi sekian lama. "Pegangan Ahli Sunnah Waljamaah yang menjadi tunjang pegangan kita sebagai umat Islam di Malaysia sejak sekian lama wajib kita pertahan daripada apa jua anasir negatif kerana pegangan inilah yang menjadi perisai kepada umat Islam daripada terjebak dengan perlakuan yang dimurkai oleh Allah dan rasulnya," katanya. Mashitah berkata sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, banyak saluran perbincangan yang lebih bermanfaat boleh dilaksanakan tanpa perlu menggadai keamanan negara. Justeru, mereka yang terlibat di dalam demonstrasi itu khususnya umat Islam perlu sedar dan insaf bahawa perbuatan itu bukan ajaran Islam kerana Islam tidak pernah menyuruh umatnya secara tidak hak mengancam nyawa sesama manusia, menimbulkan huru hara dan merosakkan negara demi mencapai sesuatu agenda, katanya. - Bernama | |
Mohamad Taufek Abd Ghani Posted: 13 Jun 2012 09:06 AM PDT Ceramah Israk Mikraj 17 Jun 2012 di Senawang Posted: 12 Jun 2012 11:41 PM PDT CERAMAH ISRAK MIKRAJ Tarikh : 17 Jun 2012, Ahad Masa : 7.30 mlm, selepas Maghrib Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang Penceramah : Ustaz Mohd Nazree Mohd Yunus
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir
Dua peristiwa penting yang berlaku pada tanggal 27 Rejab :
1. Pada malam 27 Rejab tahun yang ke 11 selepas perlantikan Nabi Muhammad sallallahu'alaihiwasallam sebagai Rasul berlaku peristiwa yang bersejarah dalam Islam iaitu Isra' dan Mi'raj.
2. Bumi Al-Quds telah dibebaskan pada hari Jumaat 27 Rejab 583H bersamaan dengan 2 Oktober 1187 selepas 88 tahun di bawah jajahan tentera Salib. Pembebasan ini dilakukan oleh pihak muslimin di bawah kepimpinan Sultan Salahuddin al-Ayyubi, seorang pemimpin yang kuat berpegang pada agamanya, berperibadi mulia dan seorang yang beramal soleh. | Kenapa seorang Sultan tangguhkan ibadah haji? Posted: 12 Jun 2012 09:14 PM PDT Satu penemuan yang menarik oleh Lembaga Riset Independen, Acheh, perbualan antara Sultan Salahuddin Al Ayubi dengan Qadi Negara. Baginda begitu kepingin untuk menunaikan haji walaupun negara dalam keadaan perjanjian damai dengan Eropah, tetapi dinasihatkan oleh Qadi supaya menangguhkan pemergian ke Mekah kerana dibimbangi pihak musuh akan menyusun strategi. Akhirnya Sultan Salahuddin Al Ayubi mangkat tanpa gelaran Haji.
BERDAMAI UNTUK MENANG
Sultan Shalahuddin sedang memikirkan rencana untuk menunaikan ibadah Haji ke Baitullah, hatinya semakin rindu untuk segera melaksanakan salah satu rukun Islam tersebut, dia ingin mempergunakan kesempatan damai yang dilakukan antara timur dan barat itu untuk menunaikan kewajibannya.
Ketika sedang serius dalam pikirannya, ketika sedang menghayal bahwa keinginannya akan segera menjadi kenyataan, tiba-tiba Qadhi Fadhil muncul di hadapannya, Sultan berkata padanya: "Tahukah kamu apa yang sedang saya pikirkan wahai Abdurrahim?. Saya sedang menyusun rencana untuk menunaikan ibadah Haji dan ziarah Rasul mulia. Saya ingin melaksanakannya sebagaimana engkau minta izin dari saya untuk itu belum lama ini.
Kapan saja datangnya mati, saya harus tunaikan kewajibannya".
"Benar, tuanku, saya masih ingat, saya juga masih ingat ketika Sultan menulis surat kepada saya yang berisi: "pergilah dengan kebaikan dari Allah, seandainya saya bersamamu saya pasti akan mendapat kemenangan". Jawab Fadhil.
"Sejak itulah niat itu semakin kuat di hatiku. Saya selalu menantikan waktu yang sesuai untuk melaksanakannya, dan inilah saatnya kita mempergunakan kesempatan damai yang kita buat bersama orang Eropa".
"Menurut saya, tuanku sebaiknya tidak perlu berpikir untuk haji, suasana belum cocok untuk itu!". Saran Fadhil.
"Sekarang saya melihat suasana dalam keadaan damai dan tenang, haji adalah salah satu jihad, niat saya sudah bulat insyaallah". Jawab Nasir lalu diam beberapa saat, kemudian melanjutkan: "Saya membaca di beberapa buku, disana diceritakan bahwa Rasyid menunaikan haji setahun dan berjihad setahun. Pahala haji di sisi Allah tidak kurang dari pahala jihad".
"Saya paham tuanku, saya tahu, tapi apa yang sedang kita lakukan sekarang juga seperti haji, bukankah kesibukan tuan sekarang lebih bermanfaat bagi kaum muslimin, bukankah tuan sedang berperang dengan kaum kafir salib?. Kalau saja tuan lalai, mereka akan segera menyerangmu".
"Tapi kita dalam perdamaian yang disetujui oleh semua kalangan, dan sekarang saya mahu haji". Shalahuddin bersikeras.
"Masihkah tuan percaya pada janji mereka, pada kebaikan mereka?. Tuan mau menunaikan ibadah haji lalu membiarkan mereka ingkar janji?. Tidak… bukan berarti tuan melalaikan kewajiban ini, niat yang benar sudah cukup untuk mendapatkan pahala amalan. Allah tidak melihat pada amalan seseorang, tetapi dia melihat niat yang benar baru amalan itu diterima. Selama tuan di medan jihad itulah ketaatan yang paling mulia dan paling tinggi dibandingkan dengan amalan lainnya". Qadhi Fadhil menjelaskan.
"Kalau begitu saya tidak jadi menunaikan haji, siapa tahu tahun depan ada kesempatan lain, tetapi bantulah kami untuk mempergunakan kehidupan Imam Abu Thahir bin Auf. Saya sudah mendengar kehebatan Syeikh ini, katanya beliau sekarang sedang mengajarkan kitab Muwattha' karya Imam Malik. Beliau tinggal di Iskandariyah. Bersiaplah wahai Abdurrahim untuk keberangkatan kita dan anak-anak kita untuk belajar dan memanfaatkan ilmu!".
| Pelajar berhutang, kroni kaya – Rafizi Posted: 12 Jun 2012 06:41 PM PDT KUALA LUMPUR 12 Jun: Sistem pendidikan tinggi negara berasaskan pada dua tiang, iaitu hutang kepada pelajar dan mengkayakan kroni, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.
Berucap di Kampung Pasir Baru, Lembah Pantai malam semalam, Rafizi berkata, pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke universiti dipaksa berhutang.
"Baru sahaja keluar universiti, (pelajar) sudah menanggung beban hutang (sehingga) RM20,000 hingga RM30,000," katanya.
Katanya lagi, tiang kedua iaitu mengkayakan kroni apabila Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) terpaksa meminjam dana daripada bank dan agensi seperti Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP).
"Bermula pada tahun 1998, mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir menetapkan PTPTN tidak akan dapat peruntukan kerajaan, sebaliknya perlu buat pinjaman dari bank.
Justeru, kata beliau lagi, jelas pihak mana yang akhirnya mendapat keuntungan melalui sistem pendidikan tinggi di Malaysia.
Isu pinjaman PTPTN mula menjadi perhatian selepas Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan dasar pendidikan percuma jika Pakatan Rakyat menang dalam pilihan raya umum ke-13.
Pengumuman itu disokong pelbagai pihak, termasuk golongan mahasiswa yang berdemonstrasi menuntut pemansuhan hutang PTPTN Mei lalu.
Terbaru, kerajaan Umno BN menarik balik sekatan pinjaman PTPTN pelajar baru UNISEL dan KUIS selepas Menteri Besar Selangor mengumumkan bantuan RM30 juta kepada pelajar yang terjejas.
| Siapa Sultan yang tidak menunaikan haji kerana sibuk membela nasib umat Islam? Posted: 12 Jun 2012 05:47 PM PDT Beliau ialah Sultan Salahuddin Al Ayubi, seorang Sultan yang hidup dalam keadaan miskin, tidak pernah membayar zakat kerana dia tidak mempunyai harta yang cukup nisab. Bahkan harta yang ditinggalkannya tidak cukup untuk pengkebumiannya. Keluarganya terpaksa meminjam wang untuk menanggung belanja pengkebumian ini. Bahkan kain kafan pun diberikan oleh seorang menterinya.
Dalam catatan (buku Bahauddin bin Shaddad. 1234M,632H) menunjukkan Sultan Salahuddin Al Ayubi teringin sangat menunaikan haji ke Mekah tetapi ia tidak pernah berkesempatan.
Sultan Salahuddin Al Ayubi mengobarkan semangat perjuangan Islam dengan cara memerintahkan kepada umat Islam supaya tiap tahun diadakan perayaan Maulid Nabi. Sultan Salahuddin Al Ayubi adalah yang menghidupkan Maulid Nabi Muhammad saw, hingga Islam terus berjaya membebaskan Kota Jurusalem.
Pada hari Jumaat, 27 Rajab, 583H, iaitu pada hari Isra' Mi'raj, Sultan Salahuddin Al Ayubi telah memasuki bandar suci tempat Rasulullah saw. naik ke langit.
Pada hari Rabu, 27 Safar, 589H, pulanglah Sultan Salahuddin Al Ayubi ke rahmatullah selepas berhempas pulas mengembalikan tanah air Islam pada usia 57 tahun.
Rujukan : Bahauddin bin Shaddad. 1234M,632H. Al-Nawadir-I-Sultania: Sirat Salahuddin (Bin Nawadir-I-Sultania). Mesir (diterbitkan 1317h):31, 32-33, 7,155
| |
Dr Siti Mariah Mahmud Posted: 13 Jun 2012 03:39 AM PDT 105 kerusi 'di tangan' Posted: 12 Jun 2012 07:36 AM PDT Pakatan Rakyat (PR) yakin akan memperoleh sekurang-kurangnya 105 kerusi Parlimen dengan selesa, dan boleh menambah tujuh lagi kerusi untuk majoriti mudah bagi membentuk kerajaan peringkat persekutuan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRu13).
Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli berkata, pihaknya meletakkan keyakinan itu berdasarkan perkembangan demografi dan sokongan pengundi termasuk di Johor, Sabah dan Sarawak.
"Ini bukan lagi harapan, tetapi keyakinan. Kami yakin boleh memperoleh 105 kerusi selepas menolak beberapa kerusi, kemungkinan tiga hingga empat kerusi yang kami miliki sekarang boleh kalah, tetapi kami akan menang di tempat-tempat lain.
"Pada pilihan raya umum 2008, kami (PR) menang 82 kerusi. Status quo jumlah kerusi 2008 akan kekal, selepas tolak dan tambah kerusi yang akan dimenangi dan kemungkinan kalah, kami yakin akan memperoleh kerusi tambahan di Johor, Sabah dan Sarawak," kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian.
Secara purata, katanya, Rafizi berkata, PR boleh memperoleh 24 kerusi, masing-masing lapan dari Johor, Sabah dan Sarawak.
"Di Johor, daripada 26 kerusi Parlimen, sebanyak 18 kerusi berada dalam bahaya, kesemua kerusi-kerusi yang mempunyai pengundi campuran," kata beliau.
"Kalau tengok keadaan 'mood', saya yakin kami boleh mendapat lapan kerusi di Johor.
"Begitu juga di Sarawak, dengan mengambil kira perkembangan politik dan prestasi pilihan raya negeri tahun lalu, kami boleh memperoleh tambahan lapan kerusi Parlimen dan begitu juga di Sabah," katanya lagi.
Rafizi melahirkan keyakinan itu khususnya di kawasan-kawasan majoriti bukan Muslim di Sabah dan Sarawak.
Pada PRU12, PR yang terdiri daripada DAP, PKR dan Pas, pembangkang menang satu kerusi Parlimen dan 25 oleh BN.
Di Sabah dan Sarawak, yang masing-masing menawarkan 25 dan 31 kerusi, BN memperoleh 54 kerusi.
"Kira-kira 100 daripada 140 kerusi dimenangi BN empat tahun lalu datang dari tiga negeri ini," katanya. | ‘PR the winner in PTPTN freeze episode’ Posted: 12 Jun 2012 06:54 AM PDT The Pakatan Rakyat-led Selangor state government was the winner following the short-lived freeze of study loans imposed by the Federal government on students of Universiti Selangor (Unisel) and Selangor International Islamic University College (KUIS), said PAS's Research Centre director Dzulkefly Ahmad. Rubbishing the claim by Higher Education minister Khaled Nordin that the episode proved BN had been right in insisting that the controversial loan scheme under the National Higher Education Fund Corporation (PTPTN) should remain, Dzulkefly said it was BN that had "fizzled out in the play" which was supposedly to 'test' PR's policy to offer free tertiary education at federal level if the coalition wins the coming polls. "But, before the time fizzled out, BN withdrew its decision (to freeze). They know we are capable, that was why they had to pull the brakes. I believe if BN had continued the freeze, we (PR Selangor) will be able to help those students and give maximum impact to PR," he added. The decision to freeze the study loans was quickly called off one day after Selangor Menteri Besar Khalid Ibrahim announced that the state would dispose Unisel's assets and use part of the RM30 million it could raise to help students who had been denied financial help by the Federal government. The minister, Khaled, however, quickly claimed victory in the fiasco by citing an 'appeal' by Unisel to prove that PTPTN was necessary. "(Unisel) appealed to me and stated PTPTN was in fact necessary, so there is no reason not to agree how important PTPTN is. "PTPTN's press statement said the temporary postponement is to study the matter, not for a permanent freeze. (The) opposition acknowledge the importance of PTPTN, free education is just a mere promise," he wrote on his Twitter account. But Dzulkefly pointed out that it was obvious that BN was now on a 'panic mode' due to people's confidence in PR's policies, especially when they hit right on target group, the youth. "It had distinguished us from BN at the time the people were moving to new politics, they (BN) are still stuck in the old politics of vengeance. When we offered free education, we offered it together with the revamping of budget as a whole. We strategize the budget inline with the development of human resources," stressed the Kuala Selangor member of parliament. The abrupt end to the freeze appeared to be yet another policy about-turn by the BN this year, following its decision not to pursue civil servants' new salary scheme (SBPA). | |
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA Posted: 13 Jun 2012 03:19 AM PDT Posted: 13 Jun 2012 12:14 AM PDT | |
PAS Kawasan Padang Besar Posted: 13 Jun 2012 01:43 AM PDT Jom Pi Dengar Ceramah Posted: 13 Jun 2012 12:50 AM PDT | Pengusaha kecil tembakau tuntut janji kerajaan BN Posted: 12 Jun 2012 07:56 AM PDT KANGAR - Seramai 198 orang Penanam Pengawet Individu (PPI) industri tembakau di negeri ini mendakwa dinafikan hak mereka oleh kerajaan setelah pihak Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) memberhentikan operasi memproses tembakau sejak dua tahun lalu.
Sehubungan itu, semua PPI telah hilang sumber pendapatan utama bila operasi penanaman, pengawetan dan penjualan tembakau yang dihentikan selain terpaksa menanggung beban hutang yang dibuat dahulu.
Menurut wakil PPI yang ditemui Harakah, beliau berkata pihaknya berasa terkilan, kecewa dan tidak berpuashati dengan pihak LKTN dan kerajaan yang gagal memberikan jawapan tentang pampasan yang sepatutnya mereka terima.
"Di manakah pampasan untuk kami selepas dua tahun kehilangan pendapatan dan pekerjaan sedangkan pengawet-pengawet besar telah dibayar pampasan sehingga bernilai jutaan ringgit beserta dengan pelangsaian hutang bank sedangkan kami PPI dilupakan.
"Semasa kerajaan mahu memberhentikan operasi, kami telah dimaklumkan secara lisan dalam satu perjumpaan bahawa pampasan akan diberikan, tapi sehingga kini janji tersebut masih belum ditunaikan," jelasnya.
Menurutnya lagi, pemberhentian pemprosesan tembakau ini disebabkan kuota yang terpaksa dikurangkan di negeri Perlis akibat kempen anti merokok.
Katanya, pampasan yang dituntut adalah sama dengan Penanam Pengawet Usahasama (PPU) iaitu untuk nilai ban dan bangsal mengilas sahaja.
"Pada tahun 2008 kami diberikan RM5000 wang peralihan modal kerana para penanam telah kehabisan modal akibat bencana alam. Kami, 198 orang PPI di negeri ini berasa amat kecewa kerana semasa permohonan untuk mendapatkan lesen PPI dulu dimestikan seorang ahli Umno barulah diluluskan.
"Tapi kini di manakah yang dikatakan kerajaan Umno-BN yang dikatan amat prihatin kepada rakyat khususnya kami yang berpendapatan rendah? Kami sanjung kerajaan yang adil tapi dah jadi seperti anak dipekan disusukan tapi anak di kampung mati tak makan. LKTN jangan lepas tangan dalam masalah ini," katanya lagi.
Mengulas lanjut, beliau berkata pihaknya bukan tidak mahu meneruskan projek tanaman tembakau tetapi akibat kuota yang dikurangkan maka LKTN terus memberhentikannya.
"Ini tidak adil kerana ianya menghapuskan sumber ekonomi orang Melayu. Sebahagian besar dar kami adalah orang kampung yang sudah berumur dan kini kehilangan pekerjaan dan pendapatan tetap.
"Jangan anak-tirikan kami. Kami hanya menuntut hak kami dan menuntut jawapan dari kerajaan. Kami berharap seluruh warga PPI ini akan memilih kerajaan yang mempu membela rakyat nanti," katanya lagi.
| |
PAS TAMBUN Posted: 13 Jun 2012 01:34 AM PDT SELAMATKAN MANJOI Posted: 12 Jun 2012 08:09 PM PDT | SELAMATKAN MANJOI : PROGRAM PENERANGAN TERKINI Posted: 12 Jun 2012 02:55 AM PDT PROGRAM PENERANGAN TERKINI
16 JUN 2012 8.30 MALAM BBQ PEMUDA TMN MERU 2C BERHAMPIRAN PADANG FUTSAL MERU 2C
17 JUN 2012 9.00 MALAM PROGRAM RAMAH MESRA MASYARAKAT INDIA ULU CHEPOR MARKAZ PAS ULU CHEPOR
18 JUN 2012 9.00 MALAM CERAMAH : HIJAU KE PUTRAJAYA DR HATTA RAMLI PENGARAH PILIHANRAYA PAS PUSAT TN HJ ASMUNI AWI AJK PAS PUSAT PIMPINAN WANITA PKR TAMBUN PUSAT TARBIYYAH PAS MEDAN KLEBANG RESTU
DR HATTA RAMLI PENGARAH PILIHANRAYA PAS PUSAT YM RAJA AHMAD AL-HISS NAIB KETUA PEMUDA PAS PUSAT TN HJ ASMUNI AWI AJK PAS PUSAT AF UST ZULKIFLI IBRAHIM PENGERUSI CABANG PKR TAMBUN BERHADAPAN WARONG KOEW TEOW KERANG NOT SG TAPAH 22 JUN 2012 9.00 MALAM CERAMAH PERDANA CIK SITI AISHAH SHAIK ISMAIL KETUA SRIKANDI PKR MALAYSIA SDR ZAIRUL AZRUN BIN ZAINAL ABIDIN KETUA PEMUDA PAS TAMBUN PUSAT TARBIYYAH PAS KG CHE ZAINAL | |
CINA ISLAM (林川興) Posted: 13 Jun 2012 01:30 AM PDT Perbadanan Putrajaya 'takut' bendera Umno? Posted: 13 Jun 2012 01:02 AM PDT 23 Rejab 1433H. [MOD] - PUTRAJAYA: Bendera BN dan Umno sudah banyak terpampang terutamanya di Presint 8, Presint 9 dan Presint 16 di pusat pentadbiran negara, Putrajaya ini. (Hanya berani naik banner tetapi tidak berani buang bendera Umno dan BN) Adakah ini tanda pilihanraya semakin hampir? Namun tiada pula bendera PAS yang kelihatan. Orang ramai yang biasa lalu lalang di sini tak ambil kisah pun namun hari ini terdapat satu kain rentang yang tertera logo Perbadanan Putrajaya (PPJ) yang menarik perhatian mereka. Kain rentang itu berbunyi "BENDERA PARTI INI LAMBANG KESOMBONGAN! WALAUPUN UNDANG-UNDANG TIDAK MEMBENARKAN, MEREKA TERUS MEMASANGNYA". Di belakangnya terdapat banyak bendera BN dan Umno. Demikian menurut saksi yang telah memuat naik gambar kain rentang itu. Rosli Ahmad, seorang pegawai kerajaan yang melalui Presint 9 untuk ke tempat kerja pagi tadi telah melihat kain rentang Perbadanan Putrajaya ini yang menyatakan bantahan kepada parti politik ini. Ini kerana, mereka meletakkan bendera politik di kawasan ini sesuka hati walaupun tanpa kebenaran tapi yang peliknya mengapa pihak PPJ tidak menurunkan sahaja bendera itu sebaliknya meletakkan kain rentang ini. "Saya faham sangat pada kebiasaannya PPJ akan bertindak tegas untuk menjaga kebersihan, kecantikan dan keharmonian di Putrajaya ini," katanya. Manakala seorang lagi yang dihubungi tidak mahu memberitahu namanya memaklumkan inilah sikap "double standard" PPJ. Sekiranya bendera PAS dipasang tidak sampai beberapa jam akan datang pihak berkuasa menanggalnya manakala bendera Umno dan BN dah pun sebulan bahkan ada yang berbulan bulan tidak ada apa-apa tindakan. Malah ada yang dah buruk dan lusuh dan mencacatkan keindahan Putrajaya masih kekal termasuklah kain rentang, khemah-khemah cap BN dan Ahli Parlimen Putrajaya yang buruk dibiar terpasang kekal di kawasan perumahan kuarters penjawat Awam. Ramai penduduk tidak menyukainya, tapi apa boleh buat, pihak bertanggungjawab lembek. Inilah taktik kempen umno di Putrajaya barangkali dan direstui pihak berwajib PPJ dan Unit Hartanah JPM. Setelah pihak kami menghubungi PPJ untuk pengesahan dan jawapan petugas yang menjawab panggilan memberitahu 'biasalah' dan memaklumkan Presiden PPJ Tan Sri Samsudin Osman dan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Bandar Datuk Abd Ghani Ahmad (yang bertanggungjawab dalam perkara ini) sedang mesyuarat. Menurut Yang Dipertua PAS PAS Putrajaya pula, Ustaz Nazir Zakaria, PAS menurut peraturan Perbadanan Putrajaya (PPJ) selaku pihak berkuasa tempatan disini yang telah menyatakan bendera parti politik hanya boleh dipasang setelah pembubaran parlimen. "Kita ada banyak bendera tetapi kita menghormati undang-undang. Kita hanya bawa bendera sewaktu program sahaja dan tidak memasang sesuka hati. "Namun sekiranya PPJ masih menjadi 'Perbadanan Bandar Cowwboy' terpaksalah kita mengambil tindakan yang bersesuaian," katanya. Harakah Daily | PAS desak Myanmar henti bunuh warga Rohingya Posted: 13 Jun 2012 01:01 AM PDT 23 Rejab 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: PAS mendesak kerajaan Myanmar menghentikan segera penganiayaan dan pembunuhan terhadap warga Rohingya yang sedang berleluasa di negara itu. Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, PAS bersama NGO lain mengecam tindakan tersebut yang dilihat lebih kepada penghapusan etnik. "PAS memandang berat peristiwa pembunuhan dan keganasan terhadap rakyat di negara itu. "Kita mendesak kerajaan Myanmar menghentikan segera tindakan itu," katanya yang juga Ahli Parlimen Tumpat. Beliau turut mendesak negara jiran khususnya Bangladesh memberi bantuan segera dan tidak menambah tekanan dengan menutup sempadan. "Kita juga meminta kerajaan Malaysia melalui wisma putra segera menggunakan peranan diplomatik dan sebagai anggota negara Asean, menuntut keganasan ini dihentikan," katanya lagi. Semalam Warga Rohingya di Malaysia berkumpul berhampiran kedutaan Amrika Syarikat memohon bantuan antarabangsa untuk menyelamatkan saki baki keluarga mereka yang berada di Myanmar. Mereka merayu bantuan antarabangsa menangani insiden terbaru yang berlaku di wilayah Arakan, Myanmar sekarang ini. Difahamkan sehingga kini lebih 1500 muslim Rohingya dibunuh dan lebih 3000 lagi cedera dalam perbalahan etnik di negara itu. Harakah Daily | Keadaan mula tenang selepas kekecohan melampau Posted: 13 Jun 2012 12:59 AM PDT 23 Rejab 1433H. [MOD] - MAUNGDAW: Keadaan beransur pulih di sekitar bandar Maungdaw. Anggota tentera bersenjata kelihatan mengawal keadaan di sana sini. (Keadaan huru-huru beberapa hari lalu) Situasi ini secara tidak langsung menimbulkan sedikit rasa selamat di kalangan umat Islam di sini. Sejak tiga hari yang lalu, aktiviti rampasan barangan secara sistematik atau bersahaja sedang rancak dilakukan. Pada 9 Jun lalu, pihak polis, dibantu oleh Lun Htin dan Rakhines bertindak merompak semua kedai-kedai di sekitar Bandar Maungdaw, terutama sekali kedai-kedai umat Islam. Antara yang terlibat ialah Kedai Noor Huda, Kedai Noor Bashar (Khin Maung), Kedai Fayaz, Kedai Rafique (Kyaw Htun Sein), Kedai Hafiz Anwar, 3 cawangan Kedai Salimullah dan sekitar 100 buah kedai lain lagi yang dipecah-masuk dan dicuri barangan jualannya. Kebanyakan dari barangan tersebut telah dipindahkan ke bangunan-bangunan biara untuk disimpan bantuan catuan kepada pelarian-pelarian daripada Rakhine dan Natala. Jika dilihat dengan mata kasar, rampasan ini adalah satu tindakan terancang dari golongan tempatan Rakhine. Kini masyarakat Rakhine mempunyai bekalan makanan berlebihan dan juga keperluan lain manakala komuniti umat Islam pula mengalami kekurangan bekalan makanan dan ubat-ubatan. Keadaan akan semakin meruncing jika tiada bantuan yang datang. Tindakan rampasan tiada henti dan 11 orang daripada Rakhine ditemani anggota polis dan Lun Htin telah ke perkampungan Bhomu dan membakar 3 rumah umat Islam serta memusnahkan masjid. Sebelum memulakan pembakaran, anggota polis dan Lun Htin telah memasuki rumah-rumah berkenaan dan mengarahkan penghuninya keluar dengan alasan mahu memeriksa rumah-rumah tersebut. Pada masa yang sama mereka turut mengambil serta merampas barang-barang berharga. Ketua rumah dibawa pergi kononnya untuk disoal-siasat. Anggota tentera cuba membantu memadamkan api namun gagal. Rumah-rumah yang terlibat ialah milik Haji Shamsu, Saveed Hussein dan Noor Alam. Dalam percubaan lain, puak Rakhine cuba memasuki sebuah rumah lain di Maung Ni untuk cubaan merampas makanan dan barang berharga, namun gagal apabila tindakan mereka berjaya dikesan oleh anggota tentera yang kemudiannya menangkap 6 ahli puak Rakhine tersebut untuk siasatan lanjut. Ketika ditahan, terdapat beberapa senjata api dan botol-botol yang mengandungi petrol bersama mereka. Keadaan huru-hara ini merupakan satu kelebihan pagi puak Rakhine kerana boleh dikatakan pihak pentadbiran dan berkuasa kebanyakannya terdiri daripada mereka yang beragama Buddha dan bangsa yang sama. Hampir dalam semua keadaan, pihak berkuasa menyebelahi puak Rakhine. Keadaan yang sama juga berlaku di sekitar Arakan, termasuklah Sittwe, Buthidoung, Rathedoung, Kyaukpru, Sandwe dan lain-lain. Tiada sebab yang pasti dan agak mustahil bagi meminta bantuan daripada pihak berkuasa serta pasukan keselamatan bagi umat Islam di sini. Sangat jelas keadaan di sini di mana umat Islam Rohingya menjadi mangsa dan dipinggirkan. Satu konspirasi yang mengatakan mereka ini adalah pendatang dari Bangali telah disebarkan dan berbagai usaha untuk menghalau umat Islam dari bumi Arakan dilakukan. Puak Rakhine sangat berhati-hati dalam memberikan hak kewarnegaraan kepada umat Islam di Myanmar, mahu pun kepada rakyat tempatan dan orang luar. Keadaan ini bagaimanapun mungkin akan berubah dan kebarangkalian untuk umat Islam di Myanmar mendapatkan kerakyatan mungkin tiada lagi. Kini umat Islam berharap agar pihak tentera dapat mengawal secara menyeluruh agar kegiatan rampasan dan rusuhan oleh pihak polis dan Lun Htin terkawal atau tamat sepenuhnya. Harakah Daily | Pilihan raya musim haji khianati hak muslim Posted: 13 Jun 2012 12:58 AM PDT 23 Rejab 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Pilihanraya pada musim haji adalah satu pengkhianatan terhadap rakyat di dalam menunaikan hak mereka sebagai seorang muslim yang beriman, demikian tegas Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia Nik Mohd Abduh Nik Aziz. Katanya, ibadah haji boleh ditangguhkan oleh kehadiran kewajiban lain yang perlu disegerakan dan disempitkan terhad waktunya seperti pilihanraya. Bahkan katanya, asasnya orang muda yang berkemampuan berhak memilih tarikh hajinya sendiri dengan keluasan masa kurniaan Allah. Tambahnya, kerajaan mestilah mempertegaskan secara pasti bahawa pilihanraya tidak akan diadakan pada musim haji demi keselesaan rakyat menetapkan tarikh ibadah haji masing-masing. "Oleh kerana tarikh pilihanraya yang samar disebabkan was-was seorang perdana menteri, PAS mencadangkan bukan mewajibkan umat Islam agar memilih untuk menangguhkan haji jika wujud kebarangkalian berlakunya pilihanraya pada musim haji iaitu Oktober dan November nanti," katanya. Katanya, undi adalah satu persaksian atau syahadah di hadapan Allah bahawa setiap muslim wajib memilih Islam sebagai satu ugama dan cara hidup yang tidak mungkin ditinggalkan. Malangnya, kata beliau Umno melihat sebaliknya bahkan undi boleh dibeli dengan sekampit gula demi survival sekularisme. Tegasnya, PAS melihat penyertaan rakyat dalam pilihanraya adalah satu kewajiban agama yang mesti ditunaikan. Manakala Umno pula, katanya, melihatnya sebagai satu kewajiban warganegara yang tidak sama dengan kewajiban agama. "Umno terus dengan otak sempitnya, melihat urusan politik dan kepimpinan negara sebagai terpisah daripada ugama," katanya di laman Facebooknya. Justeru, baginya isu ini satu perbahasan hukum yang menarik untuk memahamkan masyarakat Islam mengenai hukum mengundi dalam pilihanraya umum untuk memilih kepimpinan negara. "Kerajaan jangan asyik menghina diri sendiri dengan mengugut rakyat dengan kemungkinan kuota haji ditarik balik kerana aksi berani anak-anak muda menolak politik kotor umno di tanah suci umat Islam dengan peragaan baju Bersih," katanya. Harakah Daily | Bakal menantu Najib yang hebat Posted: 13 Jun 2012 12:57 AM PDT 23 Rejab 1433H. [MOD] - NEW YORK: Menipu bapa tirinya yang mempunyai kaitan dengan Kazakhtan, menipu pembelian Plaza kondo yang bernilai US20 juta, juga didapati memasuki University Columbia dengan cara menipu, kata kertas dakwaan terhadapnya. Daniya Nazarbayev (gambar) – yang bapa tirinya ialah adik kepada presiden Kazakhtan Nursultan Nazarbayev – memasuki kolej menggunakan sijil palsu yang ditipu daripada sebuah sekolah tinggi yang beliau tidak pernah hadiri, tambah kertas dakwaan tersebut. Semasa permohonan, Daniyar telah dituduh menyatakan bahawa beliau seorang graduan daripada sekolah tinggi di Kazakhstan. Sebenarnya beliau telah bersekolah di sebuah sekolah tinggi di Switzerland dan gagal mendapat ijazah, kata sumber. Bukan itu sahaja, bahkan nama terakhir Daniyar yang berpengaruh juga adalah palsu, kata kertas pendakwaan itu. Nama bapanya yang sebenar ialah Kesikbayev. Ibu beliau, Maira, didakwa telah menukar sijil kelahiran beliau selepas beliau berkahwin dengan Bolat Nazarbayev pada 2001. Perkahwinan tersebut berakhir tahun lepas. Daniyar, sekarang 24, telah mendapat ijazah daripada Columbia pada 2010. Menurut satu sumber yang rapat, dakwaan telah dibawa kepada pengetahun Universiti Columbia, namun tidak pasti samada pegawai institusi tersebut telah mengambil tindakan. Nama Daniyar masih tercatat di dalam direktori alumni institusi tersebut. Seorang wakil Columbia enggan memberikan sebarang ulasan. Tuduhan tersebut adalah sebahagian daripada surat saman Bolat terhadap Maira dan anaknya di Mahkamah Tinggi Manhattan, di mana beliau dituduh mengambil kesempatan ke atas kepercayaan beliau untuk merampas Plaza kondo dan dua lagi apartmen bernilai jutaan ringgit di Wall Street. Bolat berkata beliau mendapati Maira mempunyai beberapa nama samaran – dan beliau dikehendaki oleh Interpol dan pihak berkuasa Kazakhtan untuk jenayah yang meliputi peras ugut dan culikan. Akan tetapi, Maira, 50 kini menetap bersama anaknya di kondo di The Plaza, yang mempunyai empat bilik, apartmen keluasan 4,000 kaki persegi dilengkapi dengan 3.5 tandas. Ia telah disenarai sebagai tempat yang berharga sewa US68,000 sebulan. Beliau tidak dapat dihubungi untuk sebarang ulasan. Apartmen tersebut tidak mempunyai sebarang nombor telefon dan The Post tidak dibenarkan oleh pengawal keselamatan Plaza untuk mengetuk pintu beliau. Daniyar, bagaimanapun dilaporkan hilang. Di dalam kertas saman, peguam Bolat berkata mereka sedang mencari beliau di lima negara, termasuk Malaysia di mana beliau dikatakan telah bertunang dengan anak perdana menteri, Nooryana Najwa, kata seorang sumber yang mereka temui di Columbia. Bolat cuba membeli sebuah apartment di New York pada 2008, dan Maira serta Daniyar telah memperolehi kebenaran daripada beliau untuk membuat perjanjian tanpa kehadiran beliau. Saman tersebut berkata Daniyar sepatutnya meletakkan nama apartment itu di bawah nama bapa tirinya, tapi menambah nama ibunya bersama. Lapan bulan selepas itu, ibunya menjual apartment tersebut kepada Daniyar pada harga US1, kata kertas pendakwaan. ------------------------ Berita diterjemah daripada New York Post – bertarikh Jun 11, 2012. Harakah Daily | PAS yakin dapat kekal Kelantan Posted: 12 Jun 2012 11:37 PM PDT 23 Rejab 1433H. [MOD] - KUBANG KERIAN: Biarpun PAS berhadapan dengan pelbagai tentangan sengit dengan isu pengundi hantu, BR1M dan lain-lain lagi, namun PAS Kelantan 'optimis' parti itu akan dapat mempertahankan kemenangannya Pada PRU13. Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah (gambar), berkata kenyataannya sebelum ini yang membayangkan beberapa kerusi PAS akan jatuh di negeri itu hanya 'motivasi' untuk jentera parti akan lebih aktif. Beliau berkata demikian ketika ditemui media semalam bagi mengulas kenyataannya sebelum ini yang 'membayangkan' beberapa kerusi PAS akan jatuh pada pihak lawan sekiranya tidak mempertingkatkan usaha perjuangan lebih berganda. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis Sambutan Ulang Tahun Maahad Ar-Rahmah Kenali, serta perasmian bangunan baru sekolah berkenaan oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Pada majlis itu juga, hampir 50 pelajar cemerlang menerima cenderahati dari pihak sekolah oleh Nik Amar yang mewakili Tuan Guru. Amar seterusnya memberitahu, mengikut kajian yang dibuat PAS berpeluang mengekalkan kemenangannya memandangkan kerajaan negeri sentiasa melaksanakan kebajikan untuk rakyat. Beliau bagaimanapun tidak menafikan pihak lawan sentiasa berusaha untuk menawan negeri ini mengikut cara mereka. Menyentuh tentang kenyataan Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Ibrahim Tuan Man, yang mencadangkan haji ditangguhkan tahun ini kerana 'rahsia' pilihanraya umum belum diketahui hanya bersifat peribadi. Bagaimanapun, katanya ibadat haji memang boleh ditangguh tidak seperti solat yang wajib dilakukan hari itu dan waktu itu juga. "Walaupun ibadat haji wajib dilakukan oleh mereka yang mampu, tetapi ianya boleh ditangguhkan,"ujarnya. Harakah Daily | Anda belum mendapat zuriat, ada ubatnya Posted: 12 Jun 2012 11:36 PM PDT 23 Rejab 1433H. [MOD] - KOTA BHARU: Pasangan yang telah lama berkahwin tetapi belum dikurniakan zuriat berpeluang untuk mendapatkan 'ubat' yang dihasilkan oleh perubatan negara Iran yang diakui antara yang terhebat dunia. Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa (gambar), berkata golongan berkenaan berpeluang mendapatkannya di samping khidmat nasihat sempena Ekspo Perdagangan Dunia Islam Berasaskan Dinar Dirham. Katanya, majlis ini akan bermula 15 hingga 18 Jun ini bertempat Perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-1V, di sini bermula 10.00 pagi hingga 11.30 malam. Husam memberitahu, sebanyak 10 buah negara akan mengambil bahagian dalam pameran berkenaan antaranya, Iran, Uzbekistan, Khazastan, mesir, Taiwan, China, Brunei Darussalam, Thailand dan Indonesia. Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, akan merasmikan majlis berkenaan pada 15 Jun ini jam 9.00 malam. Beliau turut memberitahu, dengan adanya ekspo bertaraf dunia ini, Kelantan bakal menjadi 'jambatan' penghubung antara dunia-dunia luar untuk peluang ekonomi. "Rakyat Kelantan khususnya usahawan dapat menjadikan ekspo ini sebagai platform untuk mereka terus memajukan ekonomi dalam bidang perniagaan,"ujarnya lagi. Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat exco, di sini sebentar tadi. Husam seterusnya berkata, pelbagai program menarik telah diatur sepanjang ekspo terbabit, antaranya ' The Best Wall Ice-cream' produk Iran yang telah diiktiraf dunia sebagai ice-cream tersedap. Selain itu, seorang 'hafiz genius' dari Iran berusia 10 tahun akan menunjukkan kemahirannya dalam membaca al-Quran disamping menerima 'uji' bakatnya. "Hafiz ini mampu membaca surah yang diminta oleh sesiapa sahaja disamping membaca al-Quran secara terbalik,"ujarnya. Katanya, sebanyak 12 booth antarabangsa disediakan untuk memudahkan orang ramai mengunjunginya bagi menikmati juadah istimewa dari 10 negara terbabit. Katanya, Iran sahaja akan membawa 60 syarikat pengeluar dari negara berkenaan termasuk pengusaha motosikal yang mampu menawarkan harga murah. Katanya, pameran ini juga turut menerima tempahan dari orang ramai. "Pada masa yang sama syarikat berkenaan akan membuka kilang pemasangannya sendiri di negeri ini untuk kepentingan masa panjang,"ujarnya. Beliau seterusnya memberitahu, antara acara menarik yang akan menemui pengunjung, kebudayaan Islam, pameran kaligrafi Islam, Konvensyen Halal Sedunia, tayangan filem Islam, animasi dan lain-lain lagi turut diadakan. Harakah Daily | SPR diminta reaksi cadangan PSC Posted: 12 Jun 2012 11:35 PM PDT 23 Rejab 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Rasah, Loke Siew Fook (gambar) melahirkan kekecewaan apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sehingga sekarang belum memberi reaksi sepenuhnya terhadap laporan yang dikeluarkan oleh PSC sebelum ini. Beliau menjelaskan tempoh tiga bulan yang diberikan kepada SPR akan tamat pada 2 Julai nanti namun SPR tetap berdiam diri tanpa sebarang respons. "SPR sehingga sekarang masih berada di bawah pencapaian di mana tempoh yang ditetapkan oleh PSC untuk tiga bulan memberi maklumat terhadap cadangan tersebut masih tidak ada apa-apa perkembangan. "Apakah yang berlaku di dalam SPR dan juga cadangan yang dibuat, kita mahu penjelasan segera dari SPR," jelasnya. Sebelum itu beliau menyatakan pindaan terhadap Peraturan 7 di bawah Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) (Pindaan)(No.2) 2012 yang berkuatkuasa pada 30 April memansuhkan peruntukan undang-undang membenarkan bantahan terhadap kertas penamaan semasa hari penamaan calon bagi suatu pilihan raya. "Ini merupakan perubahan yang besar dan apa yang ingin saya tegaskan adalah jika terdapat sebarang masalah teknikal berhubung dengan kesalahan alamat mahupun tidak menandatangani borang pencalonan SPR tidak boleh menolak kertas pencalonan tersebut. "SPR hanya berhak menolak kertas-kertas pencalonan apabila seseorang calon itu telah melanggar akta di dalam Perlembagaan seperti muflis, tidak cukup 21 tahun mahupun telah dijatuhkan hukuman melebihi setahun oleh mahkamah," jelasnya pada sidang media di Parlimen. Tambahnya lagi, Pegawai Pengurus Pilihan Raya mesti menjalankan tugasnya mengikut ruang lingkup yang telah ditetapkan bukannya di luar batasan. "Kita tidak mahu mereka yang dilantik bertindak diluar batas tugas yang ditetapkan," sambungnya. Menjawab kepada pertanyaan yang dikemukakan oleh Loke Siew Fook dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad berkenaan dengan syor yang dicadangkan oleh PSC, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz memberitahu dari 32 cadangan PSC hanya 10 usul yang diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 1 Disember 2011. Antara yang diluluskan dan akan dilaksanakan pada PRU13 nanti adalah penggunaan dakwat kekal. Harakah Daily | Nazri: BN boleh jatuh dengan garam, botol Posted: 12 Jun 2012 11:34 PM PDT 23 Rejab 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz (gambar) berkata sesebuah kerajaan boleh jatuh walaupun dengan garam dan botol mineral. Menurutnya sejarah membuktikan bahawa kerajaan di Mesir, Tunisia dan Libya telah tumbang hanya melalui telefon. "Dengan botol pun kalau rakyat tak suka, kerajaan boleh jatuh. Sebab itu jangan pandang ringan," katanya. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan menjawab soalan tambahan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timor). Lim yang juga Ketua Parlimen DAP dalam soalannya meminta Nazri membuktikan tuduhan kerajaan bahawa perhimpunan BERSIH 3.0 bertujuan menggulingkan kerajaan sedangkan pesertanya cuma membawa garam dan air mineral. "Adakah garam dan botol mineral boleh tumbangkan kerajaan, atau kerajaan BN gelabah. "Adakah perdana menteri mendapat maklumat dari cawangan khas bahawa Bersih 3.0 akan guling kerajaan," soalnya. Nazri dalam jawapannya selepas itu sekali lagi berkata Bersih 3.0 adalah percubaan menjatuhkan kerajaan dengan cara tidak demokratik. Kenyataan Nazri itu juga menyebabkan dewan kecoh dengan sorakan apabila ramai ahli parlimen bangun untuk mencelah. "BN ketakutan...takut dengan bayang-bayang sendiri," kata Khalid Samad (PAS-Shah Alam) yang turut mencelah. Harakah Daily | Politeknik Kota Kinabalu tidak selamat? Posted: 12 Jun 2012 11:33 PM PDT 23 Rejab 1433H. [MOD] - KOTA KINABALU: Politeknik Kota Kinabalu yang siap dibina pada tahun 2003 dikatakan mengalami keretakan yang agak kronik pada satu blok bangunannya berikutan struktur pembinaan yang tidak bermutu. (Antara tanda-tanda bangunan ini dalam bahaya) Pemuda PAS Sabah difahamkan bahawa Politeknik Kota Kinabalu ini tidak pernah mendapat Sijil Layak Menduduki (CF) daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Namun apa yang menjadi tanda tanya ialah bagaimana Politeknik ketujuh di bawah kelolaan dan seliaan Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) beroperasi selama hampir 9 tahun. Malah, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) juga dikhabarkan telah mengeluarkan surat bahawa institusi ini tidak selamat. Demikian kata Lahirul Latigu, Ketua Dewan Pemuda PAS Sabah dalam satu kenyataannya hari ini. Politeknik ini menawarkan pengajian peringkat diploma selama tiga tahun. Menurutnya, daripada tinjauan yang telah dilakukan, dakwaan sesetengah pihak berkaitan dengan isu ini ada benarnya. Terdapat beberapa gambar yang disertakan telah menunjukkan memang benar berlaku keretakan di beberapa blok bangunan ini selain daripada bangunan di Blok B yang sedang dibaik pulih tersebut mengalami masalah mendapan yang amat serius serius. Berikutan permasalahan berkenaan, Pemuda PAS turut difahamkan bahawa pihak Politeknik berkenaan tidak lagi menerima kemasukan pelajar baru sesi Jun 2012. Hal ini menimbulkan keresahan dan kesusahan bukan sahaja kepada pelajar yang terbabit, malah kepada ibu bapa mereka juga turut menerima kesan yang sama dengan terpaksa menghantar anak mereka ke Politeknik lain sama ada di Sarawak dan Semenanjung yang memakan perbelanjaan yang agak tinggi. Apa yang dikesalkan ialah, isu ini dipandang remeh oleh KPT dan JPP walaupun ianya melibatkan nyawa dan seakan pihak KPT melalui Kerajaan Malaysia telah langsung memperjudikan nyawa ribuan pelajar yang tidak bersalah dalam mencari peluang pengajian. Pemuda PAS turut menggesa pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar mengambil langkah segera dengan membuat siasatan rapi termasuklah beberapa kemungkinan terdapatnya unsur penyalahgunaan kuasa serta rasuah dalam pengurusan tersebut. Pemuda PAS, kata Lahirul, turut menyelar pihak KPT yang berselindung disebalik kemegahan Politeknik tersebut yang jelas mempertaruhkan masa depan anak-anak serta pelajar-pelajar dan langsung tidak mencerminkan 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'. Harakah Daily | Ikram ucap tahniah kepada kerajaan Selangor Posted: 12 Jun 2012 11:32 PM PDT 23 Rejab 1433H. [MOD] - SHAH ALAM: Pertubuhan Ikram Negeri Selangor mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri Selangor di atas kejayaannya menangani cadangan membekukan pinjaman PTPTN untuk pelajar Unisel. Yang Dipertua Ikram Negeri Selangor, Profesor Madya Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus dalam kenyataannya berkata: "Tahniah kepada Kerajaan Negeri Selangor dibawah pimpin Menteri Besarnya, Tan Sri Dato` Seri Abd Khalid Bin Ibrahim dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi Dan Pembangunan Modal Insan, Dr. Halimah Binti Ali serta jabatan dan agensi-agensi di bawah mereka, dalam menangani dan mengurus pendidikan dan pembelajaran di Negeri Selangor." Ketika mengucapkan tahniah kepada Selangor, Ikram melahirkan rasa terkejutnya dengan pengumuman awal oleh Menteri Pengajian Tinggi untuk membekukan pinjaman pelajaran PTPTN kepada pelajar Unisel. "Pengumuman-pengumuman seperti ini tidak menggambarkan amalan terbaik atau 'best practice' yang membanggakan, kerana ia melibatkan kepentingan rakyat khususnya ibu bapa dan para pelajar. Tidak juga menggambarkan kematangan politik pemerintah," kata kenyataannya itu. Ikram juga berpendapat, berdebat di televisyen demi mencari kaedah terbaik, adil dan menyeluruh bagi mencari penyelesaian kepada masalah rakyat adalah lebih baik daripada berbahas perihal skandal mana-mana ahli politik. "Oleh itu, tahniah kepada saluran media yang memberi ruang secara bijak," katanya yang dipercayai merujuk kepada debat PTPTN antara Rafizi Ramli dengan Khairy Jamaludin Abu Bakar baru-baru ini. Harakah Daily | Pusat tidak cadang bina lebuh raya di Kelantan Posted: 12 Jun 2012 11:31 PM PDT 23 Rejab 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Kerajaan Pusat dilihat tidak bercadang untuk membina lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai dalam masa terdekat biarpun telah dirancang sejak Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK) lagi. Dalam jawapan di parlimen kerajaan memberi alasan skop pembinaan projek lebuh raya akan diteliti semula dan akan dilaksanakan kemudian iaitu pada tempoh RMK11 dan selanjutnya. Menurut Menteri Kerja Raya Datuk Shahziman Abu Mansor (gambar), anggaran kos projek ini sebanyak RM5.5 billion, disebabkan kos yang tinggi kerajaan pusat memutuskan supaya projek ini dilaksanakan secara berfasa. Berikutan itu, pembinaan projek Jalan Central Spine melibatkan fasa dari simpang Pelangai, Bentong Ke Kuala Krai sepanjang 390 kilometer dilaksanakan terlebih dahulu. Projek Membina Jalan dari Kota Bharu ke Kuala Krai merupakan sebahagian dari jajaran Jalan Persekutuan Central Spine dari Simpang Pelangai, Bentong, Pahang hingga ke Kota Bharu sepanjang 463.5 kilometer. Dalam soalan asal, Ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamarudin Jaffar meminta Menteri Kerja Raya menyatakan, mengapakah cadangan pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu- Kuala Krai tidak dilaksanakan walaupun telah dirancang dalam RMK9. Sebelum ini, ekoran tindakan kerajaan pusat melengah-lengahkan pembinaan lebuh raya itu, Kerajaan Kelantan memutuskan untuk membina sendiri lebuh raya Kota-Kuala krai yang dinamakan Lebuh Raya Rakyat. Kerajaan Kelantan juga memberi peluang kepada seluruh rakyatnya untuk sama-sama menyumbang bagi mempercepatkan proses pembinaan lebuh raya itu, usaha ini mendapat sambutan menggalakan. Harakah Daily | 2,400 sokong bantah pinda Akta Keterangan Posted: 12 Jun 2012 11:30 PM PDT 23 Rejab 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Pusat Kebebasan Kewartawanan (CIJ) telah berjaya mengumpulkan 2,400 tandatangan bagi kempen membantah pindaan terhadap Akta Keterangan 1950 yang disifatkan sebagai satu ancaman kepada hak rakyat Malaysia untuk bebas bersuara. Kempen yang bermula 31 Mei 2012 menyeru seluruh pengguna internet di negara ini untuk menandatangani satu petisyen menentang penguatkuasaan Seksyen 114(a) Akta Keterangan 2012 yang baru diperkenalkan bermula sejak. Petisyen tersebut akan diserahkan kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz pada persidangan Parlimen yang akan datang apabila sasaran 5000 tandatangan telah dicapai. "Bantu kami dengan menjemput lebih ramai pengguna internet untuk menandatangani petisyen tersebut (pautan). "Kami juga menjemput semua pengguna internet untuk melawat laman Facebook dan Twitter kami menggunakan hashtag #stop114a untuk keterangan lanjut mengenai kempen ini," kata kenyataan itu. Para pengguna internet prihatin juga dialu-alukan menyertai mereka untuk menyerahkan petisyen tersebut. Harakah Daily | IPO: Felda potong RM100 juta kebajikan peneroka Posted: 12 Jun 2012 11:28 PM PDT 23 Rejab 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Akibat dari usaha untuk penyenaraian (IPO) Felda Global Venture (FVGH), Felda telah mengurangkan perbelanjaan kebajikan untuk penerokanya sebanyak RM100 juta termasuk untuk pembinaan masjid. Yang paling banyak menjadi mangsa adalah projek infrastruktor dimana bajetnya telah dikurangkan sebanyak 57 peratus berbanding bajet Felda tahun 2011. Selain itu, yang menjadi mangsa adalah: • Pembangunan Belia dan Generasi Dua dan Ketiga yang dikurangkan sebanyak 27 peratus. • Insentif Produktiviti untuk Peneroka dikurangkan sebanyak 22 peratus. • Hari Raya Bonus dikurangkan sebanyak 25 peratus. • Pelan Insurans bagi peneroka dikurangkan sebanyak 25 peratus. Demikian kata Wong Chen, Pengerusi Biro Pelaburan dan Perdagangan PKR dalam satu kenyataan medianya. Semua butir-butir di atas adalah daripada Bajet rasmi Felda 2012, kata beliau. Menurutnya, IPO FGVH menyebabkan pendapatan FELDA jatuh 64 peratus dan peneroka kehilangan RM100 juta bantuan kebajikan. Semua ini diperolehi PKR menerusi analisis tentang kesan sosial dan kewangan peneroka akibat IPO (Initial public offering/ penyenaraian) FGVH. "Analisis kami menunjukkan sebelum adanya FGVH, tiap-tiap tahun Felda membelanjakan antara RM400 hingga RM500 juta setahun untuk kebajikan masyarakat peneroka. "Perbelanjaan ini termasuk dana bagi infrastruktur jalan, masjid, padang bola, perumahan, pendidikan, insentif Hari Raya dan insurans," kata Wong Chen. Pada tahun 2011, Felda telah membelanjakan RM424 juta untuk peneroka. Walau bagaimanapun, bagi tahun 2012 Felda bercadang untuk memotong belajawan untuk peneroka dengan menyediakan RM326 juta. Pengurangan belajawan ini amat besar, hampir RM100 juta potongan, beritahu beliau. Potongan RM100 juta ini mempunyai kaitan terus dengan IPO FGVH, tegas beliau. Katanya, apabila Felda pajak gadai tanah 350,000 hektar kepada FGVH, Felda telah menyerahkan semua pokok dan hasil sawit kepada FGVH. Ini menyebabkan pendapatan Felda jatuh mendadak. Pada tahun 2011, pendapatan Felda mencecah RM2.5 bilion tetapi selepas tanah dipajak, pendapatan 2012 dijangka turun ke RM900 juta sahaja, pendapatan jatuh 64%. Oleh kerana pendapatan Felda jatuh teruk, maka kebajikan peneroka dipotong sebanyak RM100 juta. "Pada permulaannya kami telah mendedahkan durian runtuh yang terlalu kecil kepada peneroka, selepas itu pendedahan mengenai peruntukan saham yang memihak kepada bumiputera kaya. "Kini peneroka sekali lagi ditindas dengan potongan kebajikan RM100 juta," kata beliau dalam kenyataannya itu. Harakah Daily | 10 tahun tunggu kabel dibaiki Posted: 12 Jun 2012 08:59 PM PDT 23 Rejab 1433H. [MOD] -
TANJUNG PIANDANG - Bukan setahun dua, tetapi lebih sepuluh tahun penduduk Bagan Selatan, di sini menunggu permohonan membaiki kabel elektrik kendur direalisasikan pihak bertanggungjawab.
Nelayan, Tan Chun Wah, 39, berkata, keadaan kabel elektrik yang kendur itu membahayakan keselamatan pengguna terutama lori dan kenderaan berat yang berisiko tersangkut kabel berkenaan.
Menurutnya, masalah itu sudah disuarakan penduduk lebih sepuluh kali, tetapi tiada tindakan susulan diambil.
"Ia amat menyusahkan penduduk sehingga kami mengambil keputusan untuk menegangkan kembali kabel yang kendur dengan mengikat tali.
"Saya minta semua pihak berkenaan menyelesaikan masalah kami kerana ia turut melibatkan nyawa anak-anak yang menggunakan laluan itu untuk ke sekolah," katanya sewaktu ditemui Sinar Harian, di sini, semalam.
Turut hadir Adun Kuala Kurau, Yunus Jemari.
Chun Wah berkata, jarak kabel elektrik yang mengendur adalah lebih kurang 50 meter dan perkara itu menjadi kebimbangan penduduk kerana ia terletak di tengah-tengah jalan menghubungkan jalan utama dan Jalan Tokong.
Selain itu, Chun Wah turut menggesa Majlis Daerah Kerian menyediakan lampu jalan di sepanjang lorong utama menghubungkan jalan utama dan Jalan Tokong di situ.
Katanya, keadaan jalan yang gelap di kawasan itu membahayakan keselamatan lebih 40 penduduk selain menggalakkan aktiviti kecurian kabel elektrik.
"Justeru, saya mohon lampu jalan dipasang di sepanjang lorong hadapan rumah kami demi keselamatan semua pihak," katanya
Sementara itu, Yunus ketika ditemui Sinar Harian memberi jaminan akan menyuarakan permasalahan ini ke pengetahuan pihak berkenaan.
sinar harian/- | Yemen tawan semula pekan Jaar Posted: 12 Jun 2012 08:51 PM PDT 23 Rejab 1433H. [MOD] -
Tentera Yemen melepaskan tembakan roket ke arah kubu al-Qaeda di Loder, selatan wilayah Abyan pada 10 Jun lalu. Tentera Yemen berjaya menawan semula pekan Jaar daripada militan al-Qaeda selepas berlaku pertempuran sengit di pekan itu, semalam. - AFP
Tentera Yemen berjaya menawan semula pekan Jaar, hari ini selepas berlaku satu pertempuran sengit dengan militan al-Qaeda, yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 24 orang terbunuh.
Menurut saksi, saki-baki kumpulan militan tersebut telah berundur ke kawasan berdekatan Shuqra selepas tentera melancarkan serangan secara besar-besaran.
Penduduk tempatan berkata, mereka melihat kenderaan yang membawa militan dan senjata menuju ke timur Shuqra, yang dipercayai merupakan tempat persembunyian pemimpin al-Qaeda.
Kementerian Pertahanan berkata, sementara itu, pihak tentera masih berusaha untuk merampas semula wilayah Abyan yang ditawan oleh militan pada tahun lalu selepas meletus pemberontakan menentang Presiden Ali Abdullah Salleh pada tahun lalu.
Kumpulan pengganas itu turut menyebarkan risalah memohon maaf kepada penduduk tempatan atas kemusnahan di pekan Jaar akibat pertempuran antara kedua-dua belah pihak.
Namun, tentera kerajaan yang disokong Amerika Syarikat itu tidak memasuki Jaar dan mengekalkan kedudukan mereka dua kilometer dari pekan tersebut setakat awal pagi ini.
Sekurang-kurangnya 485 orang dilaporkan terbunuh, termasuk 368 militan, 72 tentera, 26 anggota kumpulan bersenjata tempatan dan 19 orang awam sejak berlaku pertempuran dengan militan pada tahun lalu.
- REUTERS/AFP | Pesawat Mirage milik Pakistan terhempas di Uthal Posted: 12 Jun 2012 08:17 PM PDT 23 Rejab 1433H. [MOD] -
KARACHI 13 Jun - Sebuah pesawat Mirage milik Pakistan terhempas di selatan negara itu ketika melakukan latihan rutin semalam.
Jurucakap Tentera Udara Pakistan, Ketua Skuadron Mohammad Nadeem memaklumkan, pesawat itu terhempas berhampiran Uthal, Baluchistan.
Menurut beliau, nahas berlaku selepas pesawat berkenaan berlepas dari Pangkalan Tentera Udara Masroor, Karachi .
Bagaimanapun katanya, juruterbang pesawat itu terselamat dan tiada kemalangan jiwa mahupun kerosakan harta awam dilaporkan dan pihaknya kini sedang menyiasat punca kejadian.
Nahas tersebut merupakan yang kedua melibatkan pesawat dalam tempoh sebulan. - AFP | Wanita pura-pura jadi pelanggan Posted: 12 Jun 2012 08:06 PM PDT 23 Rejab 1433H. [MOD] - SEREMBAN – Seorang wanita berpura-pura menjadi pelanggan di sebuah pusat rawatan dan kecantikan di Jalan Tun Dr Ismail di sini, sebelum melarikan beberapa barangan berharga, dipercayai milik pekerja pusat rawatan itu, dalam kejadian 9 Jun lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata, dalam kejadian kira-kira jam 1 petang itu, wanita terbabit mengambil kesempatan melarikan beberapa barangan yang ditinggalkan di atas meja semasa ketiadaan pekerja di pusat rawatan itu. "Wanita berusia lingkungan 30-an itu melarikan beberapa barangan dan wang tunai RM2,000, dengan anggaran kerugian RM7,000," katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, di sini, semalam. Hamdan berkata, siasatan mendapati wanita terbabit menulis maklumat palsu mengenai butir peribadi ketika mengisi borang untuk mendapatkan rawatan di pusat terbabit. Bagaimanapun menurutnya, perbuatan wanita itu berjaya dirakam oleh rakaman kamera litar tertutup (CCTV). "Hasil rakaman jelas menunjukkan wanita yang memiliki saiz tubuh besar seperti sedang mengandung itu melarikan barangan terbabit. "Justeru, sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban menerusi talian hotline 06-6014999 atau balai polis berdekatan," katanya. Sinar Harian | Sembelih emak saudara Posted: 12 Jun 2012 08:03 PM PDT 23 Rejab 1433H. [MOD] - TAMPIN - Hanya kerana salah faham, seorang pembantu makmal sekolah di Gemencheh, parah dikelar di lehernya, oleh anak saudaranya. Kejadian berlaku di dalam kereta mangsa, berhampiran Pasar Besar Gemencheh, di sini, petang kelmarin. Difahamkan, sebelum kejadian, suspek seorang wanita yang berperwatakan lelaki (tomboi) berusia 26 tahun, datang ke tempat kerja mangsa untuk menyelesaikan salah faham tetapi mangsa meminta suspek menunggu sehingga tamat waktu bekerja. Ketua Polis Daerah, Superintendan Wooi Kooi Cheang berkata, dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, suspek dipercayai meninggalkan mangsa di tepi jalan dan melarikan diri menggunakan kenderaan mangsa. "Orang awam yang melalui lokasi kejadian iaitu di tepi jalan yang hanya kurang 100 meter dari lokasi mangsa bekerja segera membawa mangsa ke Klinik Kesihatan Gemencheh. "Mangsa parah dikelar menggunakan pisau dan dikejarkan ke Hospital Tampin, sebelum dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya, semalam. Suspek berjaya ditahan Kooi Cheang berkata, suspek yang nekad melarikan diri menggunakan kereta mangsa berjaya ditahan semasa bapanya menghantarnya untuk menyerah diri di Balai Polis Tampin, kirakira jam 12 tengah malam, semalam. Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, polis berjaya menemui sebilah pisau yang digunakan suspek untuk mengelar mangsa yang dibuang di sebuah kebun kelapa sawit di Felda Sungai Kelamah, Gemas. "Suspek kini direman tujuh hari bermula hari ini (semalam) bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh. "Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun," katanya. Terkejut sepupu sendiri kelar ibu Sementara itu, anak mangsa, Nurul Aishah Johari, 17, berkata, dia amat terperanjat apabila mengetahui suspek yang mengelar leher ibunya adalah sepupunya. Pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Mohd Taha itu berkata, dia mengetahui kejadian itu sejurus pulang ke rumah di Kampung Jelawai, kira-kira jam 7 petang, kelmarin. "Sebaik pulang dari rumah kawan, saya dapati rumah gelap dan tiada orang. Kebiasaannya ayah, mak dan abang ada di rumah. "Tidak lama kemudian, seorang jiran memaklumkan mak saya cedera parah dikelar di leher dan dikejarkan ke hospital," katanya, semalam. Menurutnya, dia mengenali sepupunya itu sejak tahun lalu dan hubungan mereka sememangnya amat rapat. "Saya tidak sangka dia akan melakukan tindakan seperti ini kerana kami sekeluarga rapat dengan keluarganya. "Mungkin ada salah faham antara mak dengannya, menyebabkan berlaku pertengkaran," katanya. Nurul Aishah berkata, suspek yang juga anak buah ibunya jarang datang ke rumahnya. "Sebelum ini dia berhijrah ke bandar dan pernah bekerja di Singapura. Kali terakhir kami jumpa adalah tiga bulan lalu," katanya. Ibu suspek mohon maaf Ibu suspek yang enggan dikenali ketika ditemui di pekarangan Hospital Tuanku Ja'afar berkata, dia sekeluarga datang ke hospital untuk melawat dan memohon maaf kepada mangsa atas tindakan anaknya itu. "Hubungan kami dengan keluarga mangsa memang tiada masalah. Saya tidak tahu kenapa anak saya tergamak melakukan semua ini. "Mungkin ada masalah antaranya dengan makciknya tetapi saya tidak tahu apa masalah mereka. Saya berharap keluarga mangsa dapat memaafkan anak saya," katanya. Sinar Harian | Lebih 50 maut gempa di Afghan Posted: 12 Jun 2012 08:02 PM PDT 23 Rejab 1433H. [MOD] -
SALAH satu lokasi yang mengalami gegaran gempa bumi di wilayah Baghlan kelmarin.
MAZAR-I-SHARIF, Afghanistan - Lebih 50 orang dikhuatiri terbunuh dalam runtuhan akibat dua gempa bumi yang menyebabkan tanah runtuh sekali gus meranapkan rumah-rumah di utara Afghanistan semalam.
Sehari selepas gempa itu berlaku, kira-kira 50 hingga 70 orang mungkin terperangkap di bawah runtuhan di daerah Burka.
Daerah itu merupakan kawasan yang paling banyak mengalami kemusnahan.
"Mereka mungkin telah mati kerana terdapat banyak runtuhan tanah. Menggali tanah itu agak sukar," kata gabenor di wilayah Baghlan, Munishi Abdul Majeed.
Ketua pasukan bantuan bencana alam tempatan, Mohammad Nasir Kohzad berkata, lebih banyak pasukan menyelamat dari Kabul telah dihantar ke lokasi bencana.
Dua gempa bumi berukuran 5.4 dan 5.7 pada skala Richter itu menggegarkan kawasan pergunungan Hindu Kush selang setengah jam kelmarin.
Lokasi kejadian terletak kira-kira 170 kilometer ke utara Kabul.
Gempa bumi yang pertama berpusat 160 kilometer ke barat daya bandar Faizabad dengan kedalaman 15 kilometer.
Satu lagi gempa bumi berpusat di kawasan yang hampir sama. - Agensi | Tukang cat edar dadah dicekup Posted: 12 Jun 2012 07:58 PM PDT 23 Rejab 1433H. [MOD] - ALOR SETAR - Taktik seorang lelaki bersama dua teman wanita warga asing menggunakan rumah teres satu tingkat untuk menjalankan aktiviti pengedaran dadah bagi pasaran tempatan berjaya ditumpaskan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kedah, Superintendan Abd Razak Md Zin berkata, sindiket itu dipercayai beroperasi hampir sebulan lalu dengan menyewa rumah di taman perumahan di Kuala Kedah. Menurutnya, ketiga-tiga suspek yang berada di rumah itu ditahan kira-kira jam 1.30 petang kelmarin dalam operasi dilakukan sepasukan pegawai dan anggota JSJN Kedah. "Lelaki rakyat tempatan bekerja sebagai tukang cat rumah berumur 41 tahun. Dua teman wanitanya seorang warga Thailand berumur 39 tahun manakala seorang lagi tidak mempunyai pengenalan diri namun dipercayai warga Myanmar berumur 30 tahun. "Polis turut merampas dadah jenis heroin anggaran 1.175 kilogram (kg) dan syabu 2.04 gram dengan nilai rampasan mengikut pasaran sekitar RM44,100 yang dijumpai dalam bilik," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini, semalam. Hadir sama timbalannya, Asisten Superintendan Mior Abdul Khalil dan pegawai penyiasat Inspektor Ab Halim Mohd Sajudi. Abd Razak berkata, beberapa barangan seperti peralatan menimbang dadah, sebuah kereta Proton Perdana V6, wang tunai RM7,000 dan Thai Baht 41,500 turut disita. "Siasatan awal mendapati sindiket itu menjadikan rumah berkenaan sebagai tempat untuk melakukan proses membungkus dadah sebelum diedarkan kepada pelanggan. "Namun kita masih meneruskan siasatan untuk memastikan sindiket yang sama pernah beroperasi di tempat lain sebelum ini atau sebaliknya," katanya. Menurutnya, hasil pemeriksaan saringan ujian urin mendapati ketiga-tiga suspek positif dadah. "Mereka kini ditahan reman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman gantung mandatori. Sinar Harian | Jaminan PM Diperlukan Untuk Hilang Keresahan Bakal Jamaah Haji Posted: 12 Jun 2012 07:58 PM PDT 23 Rejab 1433H. [MOD] -
PAS mendesak Perdana Menteri memberi jaminan tidak akan mengadakan pilihanraya pada musim haji tahun ini.
Jaminan tersebut perlu bagi menghilangkan kebimbangan jamaah haji berhubung hak mereka sebagai pengundi.
Perdana Menteri tidak seharusnya membiarkan hampir 30,000 umat Islam berada dalam situasi tidak menentu kerana sebahagian mereka ada dicadangkan sebagai calon, wakil calon dan pengarah pilihanraya.
Selagi tiada jaminan, ia akan menyebabkan mereka serba salah antara meneruskan hasrat atau menangguhkannya dulu.
Kalau mereka sebagai pengundi tidak seberat tekanan sekiranya dipilih sebagai calon, wakil calon dan pengarah pilihanraya. Tambahan pula, seandainya pilihanraya diadakan dalam musim haji ini bermakna kerajaan Umno menafikan hak 30,000 umat Islam untuk menunaikan hak demokrasi mereka untuk mengundi.
Ini sudah tentu akan meninggalkan kesan yang besar kepada keputusan dan peratusan keluar mengundi. Ini melibatkan semua parti politik, dan apa yang penting ialah hak rakyat dalam sistem demokrasi hendaklah dihormati.
Tindakan Perdana Menteri yang bermain teka-teki dalam rahsia tarikh pilihanraya telah menyebabkan banyak spekulasi terhadap apakah tarikh pilihanraya yang besar.
Keadaan ini amat tidak sihat untuk negara kerana sangat mengganggu perancangan pelbagai pihak.
PAS melihat kebimbangan Perdana Menteri untuk mengisytiharkan tarikh pilihanraya membuktikan bahawa prospek Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya sudah menjadi satu kemungkinan yang boleh berubah menjadi realiti di sanubari BN.
Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man Ketua Penerangan PAS Pusat | Maut ditikam Posted: 12 Jun 2012 07:57 PM PDT 23 Rejab 1433H. [MOD] - SELAYANG - Seorang lelaki, R Sivanesan, 36, yang sedang berbual bersama abang dan dua lagi rakannya maut ditikam di Taman Sri Murni Jinjang, semalam. Menurut sumber, sewaktu kejadian sekitar jam 4.30 petang itu sebuah kereta jenis Waja melanggar motosikal milik salah seorang rakannya sebelum keluar membawa parang. "Mangsa cuba melarikan diri sebelum dua lagi kenderaan tiba serta mengejar mangsa. "Mangsa dicederakan menggunakan alatan tajam dan disahkan mati ketika sedang mendapatkan rawatan diHospital Selayang. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, seorang lelaki berumur 35 tahun ditahan bagi membantu siasatan. Sinar Harian | Tentera Syria bedil Al-Haffe Posted: 12 Jun 2012 07:56 PM PDT 23 Rejab 1433H. [MOD] -
IMEJ yang disiarkan di laman YouTube semalam menunjukkan asap menjulang tinggi semasa pertempuran antara tentera Syria dengan para penentang Bashar di Homs.
DAMSYIK - Tentera rejim pemerintah Syria membedil bandar Al-Haffe di utara negara berkenaan untuk hari kelapan semalam.
Perkembangan tersebut mencetuskan kebimbangan akan berlaku pembunuhan beramai-ramai terbaharu di Syria.
Serangan berkenaan turut mendorong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menuntut agar pasukan pemerhatinya diberikan akses untuk melawat bandar itu.
Seorang pegawai pertubuhan Pemerhati Syria bagi Hak Asasi memberitahu agensi berita AFP bahawa tentera rejim Presiden Bashar Al-Assad menggunakan meriam berat untuk membedil bandar berkenaan sementara mengumpul kekuatan untuk melakukan serangan darat.
Beberapa penduduk Al-Haffe memberitahu bahawa helikopter-helikopter tempur membedil kedudukan pemberontak di bandar itu.
Mereka bimbang tragedi pembunuhan beramai-ramai akan berlaku jika tentera Bashar memasuki Al-Haffe.
Sebelum ini, 55 orang maut dalam pembunuhan beramai-ramai di Al-Kubeir pada minggu lalu dan sekurang-kurangnya 108 mangsa lagi dibunuh dekat Houla pada 25 dan 26 Mei lalu.
Bandar Al-Haffe dianggap strategik kerana terletak berdekatan bandar kelahiran Bashar, Qardaha.
Menurut Abdel Rahman, terdapat ratusan anggota Tentera Pembebasan Syria yang masih aktif dalam dan di sekitar Al-Haffe.
Bandar yang terletak dalam wilayah Latakia dan dihuni oleh sekitar 30,000 orang itu bakal menjadi medan konfrontasi ganas antara pemberontak dan tentera Syria.
Kelmarin, tentera Syria dilaporkan melepaskan bedilan di bandar Homs dan Hama, wilayah Daraa, Aleppo dan pinggir bandar Damsyik.
Pertempuran antara tentera Syria dengan para penentang pemerintahan Bashar bermula pada awal tahun lalu yang dikatakan telah meragut nyawa lebih 14,000 orang. - Agensi | Dua kumpulan judi Euro 2012 dikenal pasti Posted: 12 Jun 2012 07:56 PM PDT 23 Rejab 1433H. [MOD] - JOHOR BAHRU – Polis Johor mengesan dua kumpulandipercayai menjalankan aktiviti perjudian sempena kejohanan bola sepak Euro 2012. Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, pemantauan dilakukan sejak dua minggu lalu. "Kita kesan dua kumpulan kecil menjalankan kegiatanini. Mereka berpindah dari satu premis ke premis lain bagi mengelak pihak berkuasa menghidu kegiatan mereka. "Buat masa ini polis masih memerhati dan mengumpul maklumat," katanya di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Johor, semalam. Mohd Mokhtar berkata, sindiket perjudian ini biasanya dijalankan secara dalam talian ataupun manual iaitu meletakkan taruhan menerusi telefon. Beliau memohon kerjasama orang awam yang mempunyai maklumat menghubungi polis. Katanya, kegiatan perjudianonline berlaku di mana alat server digunakan dipercayai berada luar negara. Sementara itu, Mohd Mokhtar turut memaklumkan mengenai kejayaan polis menahan seorang lelaki yang mendakwa dirinya warganegara Singapura yang membawa bersamanya sepucuk pistol, awal pagi semalam. Mohd Mokhtar berkata, anggotanya menahan seorang lelaki berusia 43 tahun yang kelihatan mencurigakan. "Polis temui sepucuk pistol yang disimpan di pinggang suspek, sebilah pisau lipat, lima telefon bimbit, tujuh keping kad bank dan lesen memandu milik individu lain," katanya. Sinar Harian | |
::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang:: Posted: 13 Jun 2012 01:25 AM PDT Isu tanah di Lorong Selamat Jln Zainal Abidin Posted: 12 Jun 2012 08:08 AM PDT Penjelasan isu tanah di Lorong Selamat Jln Zainal Abidin | Bersih haram bukan fatwa tetapi nasihat – Mashitah Posted: 12 Jun 2012 08:00 AM PDT KUALA LUMPUR: Selepas hampir sebulan dimainkan media Umno kononnya Bersih 3.0 difatwakan haram, tiba-tiba hari ini Parlimen diberitahu kenyataan Majlis Fatwa Kebangsaan tempoh hari bukan fatwa, sebaliknya adalah nasihat. Penjelasan itu dinyatakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim (gambar) di Dewan Rakyat petang ini. Beliau berkata demikian sebagai jawapan balas kepada [...] | |
PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13' Posted: 12 Jun 2012 09:28 PM PDT |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan