Rabu, 13 Jun 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PEMUDA PAS DUN KIJAL

Posted: 12 Jun 2012 11:17 AM PDT

PEMUDA PAS DUN KIJAL


CERAMAH ISRA' MI'RAJ & ISU SEMASA

Posted: 12 Jun 2012 01:24 AM PDT

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 12 Jun 2012 11:15 AM PDT

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


Posted: 11 Jun 2012 08:59 PM PDT


Dr.Syed Azman Syed Ahmad,11 Jun 2012

Hujung minggu lepas menyaksikan ribuan rakyat Terengganu yang kebanyakannya terdiri dari kalangan anak-anak muda telah berhimpun di perkarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu bagi memperingati peristiwa '3 tahun runtuhnya Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin' yang berlaku pada 2 Jun 2009.

Peristiwa malang yang kini menjadi mercu tanda bagi keangkuhan dan kebebalan kepimpinan UMNO Terengganu ini telah mengakibatkan rakyat Terengganu terpaksa menanggung kerugian ratusan juta ringgit.

Untuk ingatan kita, stadium ini telah siap dibina pada tahun 2008 menjelang berlangsungnya sukan SUKMA yang diadakan di negeri Terengganu. Projek mega  'kebangaan' kerajaan kepimpinan Umno/BN ini pada mulanya di jangka siap pada tahun 2007 dengan kos asal projek berjumlah RM191 juta. Namun akibat daripada berlakunya kelewatan siapnya projek ini lebih dari setahun, kosnya telah melambung naik kepada  lebih RM 292 juta.

Projek Mega ini telah di serahkan perlaksanaannya kepada 3 'kontraktor kroni' utama yang rapat dengan kepimpinan Umno Terengganu iaitu Bina Struktur, Emarcon dan Genggam Mercu Sdn. Bhd. Manakala pembekal utama bumbung stadium berbentuk 'Space Frame' ini adalah syarikat SOWON PTE. LTD. yang didatangkan khas dari Korea Selatan.

Namun pada 2 Jun 2009 suatu trajedi yang amat memalukan seluruh rakyat Terengganu telah berlaku. Pada jam 9.40 pagi, sebahagian daripada bumbung utama stadium kebangaan ini telah runtuh.

Mujurlah tiada sebarang kemalangan jiwa yang berlaku dalam insiden ini tetapi terdapat beberapa kenderaan yang rosak teruk akibat dari keruntuhan ini. Semasa kejadian, projek ini masih lagi dalam 'Tempuh Tanggungan Kecacatan' dan pihak kontraktor sedang melaksanakan kerja-kerja membaiki kecacatan.

Pada 15 Jun 2009, satu Jawatankuasa Khas Penyiasatan telah ditubuhkan oleh Kementerian Kerjaraya (JKR) untuk meenyiasat punca berlakunya keruntuhan bumbung stadium ini. Hasil dari penyiasatan yang telah dijalankan ini telah di taklimatkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) di bawah Parlimen Malaysia.

Antara faktor yang telah dikenalpasti olh pihak JKR semasa taklimat kepada PAC adalah 4 punca utama iaitu; Rekabentuk yang tidak memadai; Bumbung tidak dibina dengan sempurna menyebabkan berlaku salah jajaran kepada geometri; Kawalan kualiti tidak dilaksanakan di tapak dan Bahan dan kualiti hasilkerja (workmanship) tidak memenuhi spesifikasi yang telah ditentukan. Mutu pembuatan komponen keluli didapati tidak baik dan tidak memenuhi spesifikasi yang ditentukan.

Skandal runtuhnya bumbung Stadium Sultan Mizan ini  adalah amat mendukacitakan serta memalukan seluruh rakyat Terengganu.

Walaupun kerajaan negeri telah berbelanja ratusan juta, kini telah lebih 3 tahun stadium ini tidak dapat digunakan langsung. Manakala kerja-kerja baikpulih tidak berjalan lancar seperti yang di jangkakan.

Lebih malang lagi apabila baru-baru ini telah berlaku kecurian barang-barang seperti peralatan sukan, kabel dan generator yang di anggarkan lebih dari RM50 juta.
Uniknya sepanjang stadium ini tidak dapat digunakan ia telah dijaga di bawah sebuah syarikat keselamatan yang di bayar lebih dari RM1 juta setahun oleh kerajaan Terenganu bagi menguruskan penjagaan stadium tersebut. Namun telah berlaku kecurian barangan stadium yang amat-amat memalukan seluruh rakyat Terengganu.

Ramai kalangan rakyat Terengganu juga sehingga kini masih tertanya-tanya siapakah yang sebenarnya bertanggungjawab terhadap keruntuhan yang memalukan ini? Dan pihak manakah yang akan menanggung kos baikpulih ini?

Dan berapakah pula kos sebenar baikpulik stadium ini yang bernilai hampir RM300 juta ini? Dan bilakah baikpulih stadium ini akan disiapkan?

Kini persoalan besar yang timbul, apakah keseluruhan struktur stadium ini selamat untuk digunakan oleh rakyat Terengganu?

Skandal besar yang memalukan ini sehingga kini telah mendapat reaksi 'sambil lewa' dari kepimpinan Dato Sri Ahmad Said sebagai Menteri Besar. Beliau tidak boleh menutup 'sebelah mata' dengan menyalahkan 'kontraktor kroni' kepimpinan yang lalu dibawah Dato Sri Idris Jusuh semata-mata.

Skandal besar ini telah meletakkan maruah rakyat Terengganu amat tercabar. Seluruh rakyat Terengganu bukan sahaja menanggung bebanan 'malu' tetapi juga terpaksa menanggung kerugian berjuta-juta sedangkan di waktu yang sama 'kontraktor kroni' berpoya-poya mengaut laba keuntungan yang besar.

Namun inilah realiti yang berlaku di negeri 'penyu bertelur' ini. Negeri yang kaya raya ini terus berhadapan dengan pelbagai skandal, salah-urus  dan masalah kepimpinan yang amat lemah. Kebanyakan rakyat bawahannya pula terus disogok dengan pemikiran 'subsidi' dan 'wang ehsan' dan terpaksa menanggung bebanan yang melibatkan pembaziran dan kerugian ratusan juta ringgit.

Ya...penyu terpaksa menangis lagi di negeri Gganu kite ini.
-------------------------------

Jasindaily Online

Posted: 12 Jun 2012 09:44 AM PDT

Jasindaily Online


BUKTI UMNO BUKAN JUARA RAKYAT : RIZAB MELAYU DIDUDUKI PEMIMPIN MCA

Posted: 12 Jun 2012 08:31 AM PDT

Lot 305 Seksyen 1 Bandar Tumpat merupakan tanah rizab Melayu, tetapi anehnya mengapa pula dalam geran tertera nama bekas pemimpin BN, Datuk Foo Chow Yong. Sedangkan kawasan itu diduduki penduduk Melayu sebelum air bah merah (sekitar 1925) iaitu ketika Kelantan berada di bawah pemerintahan Siam. Namun generasi ketiga yang mendiami lot berkenaan sekarang diarah berpindah kerana cucu kepada Chow Yong dikatakan mahu membangunkan kawasan itu. Inilah nasib yang menimpa 39 penduduk Kampung Masjid yang terletak di tengah-tengah pekan Tumpat.

 Di situlah mereka membesar dan menumpang berteduh dengan membina kediaman sendiri. Dan setiap tahun sejak belum merdeka mereka membayar sewa sebanyak RM1 kepada wakil tuan tanah. Bayaran akhir pada 2007 antara RM10 hingga RM70 setahun, bergantung kepada saiz rumah. Resit bayaran sewa itu masih disimpan sehingga ke hari ini, sebagai bukti mereka dibenarkan menumpang di atas tanah berkenaan. Pada Mac lalu mereka menerima surat peguam yang mengarah mengosongkan tanah tersebut, tanpa sebarang perbincangan dibuat. Jurucakap kumpulan penduduk terbabit, Azizah Ibrahim, 57 memberitahu penduduk begitu hairan tanah yang mereka duduki sejak berpuluh tahun lalu boleh bertukar menjadi milik pemimpin politik MCA. 

 "Datuk nenek kami memberitahu kalau hendak baiki rumah kena minta izin dengan tuan tanah dahulu. Begitu juga kalau hendak tebang pokok kelapa kena bayar antara RM50 hingga RM100 sebatang sebagai ganti rugi. "Saya difahamkan lot 305 dikeluarkan geran atas nama Foo Chow Yong pada 1981 di atas tanah rezab Melayu yang didiami penduduk Melayu," katanya ketika ditemui selepas berbincang masalah tersebut di pejabat peguam Hisham Fauzi di sini petang semalam. Beliau bersama 38 lagi pemilik rumah di lot 305 datang beramai-ramai bagi menandatangani surat pelantikan peguam bagi mengendalikan kes berkenaan. Pada 1981 Kelantan diperintah kerajaan Barisan Nasional (BN). Ada penduduk merumuskan geran dikeluarkan dengan mudah kepada pemimpin MCA terbabit kerana beliau juga merupakan anggota Exco kerajaan negeri ketika itu. 

 Semasa pilihanraya awal 1980-an, Chow Yong calon tunggal MCA menang di kerusi DUN Sungai Keladi, Kota Bharu kemudian dilantik sebagai anggota Exco kerajaan negeri. Difahamkan dengan kedudukan sebagai wakil rakyat memudahkan pemimpin terbabit mengambil kesempatan memiliki tanah diduduki penduduk kampung. Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim berkata, kemungkinan pemimpin terbabit menggunakan kedudukannya sebagai anggota Exco mendapatkan tanah bagi kepentingan peribadi dan keluarga tidak dapat dinafikan. Azizah juga berharap kerajaan negeri dan pihak istana campur tangan bagi menyelesaikan masalah tersebut kerana kehidupan mereka terumbang ambing sekarang.~ HRKH

NIZAR SEDIA MENGADAP SULTAN JOHOR .. UMNO JANGAN SIBUK

Posted: 12 Jun 2012 08:29 AM PDT

Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini menyatakan kesediaan untuk mengadap Sultan Johor Sultan Ibrahim bagi memohon maaf dan memberi penjelasan berhubung kenyataan menerusi Twitternya mengenai bidaan nombor pendaftaran kenderaan WWW 1. Mohammad Nizar berkata, pihaknya akan menghantar surat permohonan rasmi bagi mengadap Sultan Johor dalam masa terdekat bagi membolehkan beliau menerangkan kedudukan sebenar seterusnya menghentikan kontroversi yang melanda isu itu.

 "Selepas Sultan Johor menyatakan bahawa elok saya memohon kemaafan kepada rakyat Johor, hari ini saya ingin menyatakan seikhlas hati bahawa saya ingin sangat untuk mohon kemaafan kepada Sultan Johor sendiri. "Tweet saya adalah pandangan peribadi dan umum daripada seorang rakyat biasa tanpa ditujukan kepada mana-mana pihak... ini yang perlu diperjelas kepada Sultan Johor supaya tiada lagi spekulasi dan salah faham selepas ini," katanya di lobi Parlimen di sini, hari ini. 

 Mohammad Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak kini disiasat di bawah Akta Hasutan berikutan dakwaannya di twitter berhubung kejayaan Sultan Johor membuat bidaan bagi nombor pendaftaran WWW 1 dengan harga RM520,000. Sultan Ibrahim memenangi bidaan untuk nombor plat WWW 1 pada harga RM520,000 dan kemudian Mohammad Nizar melalui twitternya menyatakan bahawa jumlah wang yang besar itu boleh diguna untuk membantu orang Melayu yang miskin di negeri itu membeli rumah.

NEGERI SEMBILAN DALAM BAHAYA .. MELAKA ?

Posted: 12 Jun 2012 08:28 AM PDT

Negeri Sembilan dalam bahaya jika BN masih mengekalkan Datuk Seri Mohamad Hasan bertanding dalam pilihan raya umum 13. "Rakyat Negeri Sembilan mengatakan mereka tidak mahu Menteri Besar sekarang bertanding sekali lagi. "Mereka kata,jika Mohamad bertanding, mereka tdak akan undi BN," kata bekas ADUN BN Chembong, Datuk Mohamd Rais Zainuddin sebagaimana dilaporkan laman Free Malaysia Today hari ini. Media melaporkan, Mohamad Hassan akan bertanding di DUN Paroi bagi berdepan dengan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Taufek Abdul Ghani di situ. 

 Ia bertujuan untuk memberikan semangat kepada pasukan Umno yang kini bimbang dengan kemaraan Pakatan Rakyat. Jika benar laporan bahawa Mohamad tidak dikehendaki Umno, tindakan beliau bertanding di Paroi adalah tindakan membunuh diri. Menurut bekas ADUN Umno Chembong itu, sekumpulan ahli veteran Umno Negeri Sembilan telah mengetengahkan perkara ini ke pengetahuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Tazak. Katanya, rakyat tidak gembira dengan Mohamad dan meminta beliau tidak bertanding mana-mana kerusi DUN di Negeri Sembilan.

 "Mereka kata, mereka tidak gembira dengan keluarga Mohamad. Ini pandangan rakyat, saya cuma memberitahu. "Jika Najib mengutamakan rakyat, beliau harus melihat dan mempertimbangkan perkara ini dengan serius, " kata Mohamad Rais yang juga bekas AJK Umno Rembau. Katanya, rakyat yang sayangkan BN dan Umno bimbang Negeri Sembilan akan jatuh ke tangan pembangkang jika Mohamad terus bertanding dalam PRU 13. Sementara itu, seorang AJK Umno Rembau memberitahu, penyokong bekas Menteri Besar Tan Sri Isa Samad juga tidak gembira dengan Mohamad. "Mereka tidak mahu Menteri Besar sekarang bertanding lagi di DUN Rantau," kata Mohd Fauzi Othman. 'Orang Isa tidak suka Mohamad' Mohamad bekas tokoh korporat menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan selepas PRU 12. Beliau juga merupakan Ketua Umno Rembau.

Kata Mohd Fauzi, orang Isa masih belum puas dengan Pengerusi Felda itu yang telah menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan selama 21 tahun itu. "Orang Isa tidak suka kepada Mohamad, mungkin mereka sudah tidak dapat apa yang mereka dapat semasa Isa menjadi Menteri Besar. "Tapi apa yang Isa buat selama menjadi Menteri Besar? Sepatutnya Negeri Sembilan sudah jadi seperti Melaka jika ditadbir secara korporat. "Ini yang mahu dibuat oleh Mohamad iaitu membangunkan Negeri Sembilan secara korporat. "Cara ini (korporat) mungkin menyebabkan orang tidak suka kepada Mohamad tetapi ia sesuai untuk pembangunan Negeri Sembilan," katanya lagi. 

 Menurut Mohd Fauzi, bagaimanapun beliau tidak mendengar bahawa Mohamad akan bertanding di Parlimen atau DUN lain dalam PRU 13. Katanya, Mohamad akan kekal di DUN Rantau dan pengundi serta boleh menerima pemerintahannya secara korporat yang sesuai dengan perkembangan semasa Negeri Sembilan yang berkembang pesat. "Tanya rakyat Negeri Sembilan, apa beza Menteri Besar Negeri Sembilan sekarang dengan Menteri Besar sebelum-sebelum ini?" katanya lagi. Mohd Fauzi yakin Mohamad akan kekal bertanding di DUN Rantau kerana beliau merupakan anak jadi kawasan tersebut.~HRKH

SURAT PERJANJIAN DEDAH PEMBOHONGAN NAJIB, ISA SAMAD

Posted: 12 Jun 2012 08:25 AM PDT

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad telah berbohong dengan menyatakan tidak ada seinci tanah peneroka terlibat dalam proses penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke Bursa Malaysia. Katanya, pembohongan itu dibuktikan pada lampiran perjanjian pajakan tanah yang ditandatangani di antara Felda dan FGV bertarikh 1 November 2011. 

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, prospektus penyenaraian FGV dengan jelas menunjukkan bahawa pegangan peneroka dan kakitangan Felda di dalam syarikat tersebut hanyalah 5.5 peratus sedangkan sejumlah besar saham diperuntukkan kepada syarikat asing dan individu bukan Bumiputra. "Pendedahan perjanjian ini mengesahkan bahawa semua tanah tidak bergeran di dalam penempatan Felda seluruh negara telah pun dipajakkan ke sebuah syarikat yang dimiliki secara majoriti oleh pelabur swasta. Sedangkan tanah-tanah ini menjadi nadi aktiviti kemasyarakatan ekonomi warga Felda. 

"Pendedahan ini juga jelas membuktikan (Datuk Seri) Najib dan Tan Sri Isa Samad berbohong apabila mereka menyatakan tanah-tanah yang melibatkan warga Felda tidak dipajakkan dalam proses penyenaraian FGV. BN telah memajakkan TRM yang dianggarkan seluas 105,382 ekar kepada FGV yang disenaraikan," katanya dalam satu kenyataan. Justeru, Rafizi menggesa Najib memberi jaminan kepada peneroka supaya tanah mereka tidak akan tergadai suatu hari nanti. "Apakah jaminan Najib dan Isa bahawa tanah-tanah ini tidak dijual satu masa kelak, atau kegunaannya diubah dan tidak lagi mengutamakan kebajikan warga Felda? 

Apakah jaminan bahawa kedai-kedai runcit yang didirikan di atas tanah tidak bergeran ini suatu hari nanti tidak akan dirobohkan oleh FGV? "Ini menimbulkan persoalan penting status tanah-tanah ini kerana ia kini dimiliki dan kuasai oleh syarikat yang tidak dikuasai Bumiputra, lalu bertentangan dengan undang-undang TRM yang mengekalkan hak milik di tangan Melayu," ujarnya. Sebelum ini, Najib dilapor menegaskan tanah hak milik peneroka tidak terlibat dalam penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia. Beliau berkata, hanya tanah-tanah kerajaan negeri yang akan terlibat dalam penyenaraian tersebut dan menolak dakwaan tanah peneroka akan tergadai. Tambahnya, tanah-tanah kerajaan negeri yang terlibat adalah tanah yang diberi hak memajukan kepada Kerajaan Persekutuan seperti peruntukan dalam Akta Kawasan Tanah Berkelompok (GSA 1960) yang selama ini diurus oleh Felda Plantations. - keadilandaily

Nak Maafkan Ke ?

Posted: 12 Jun 2012 08:20 AM PDT

Berikut Adalah Dosa UMNO / BN yang rakyat tak boleh maafkan 


Malaysia Negara Selamat : Apek Kena Tembak Di Segamat

Posted: 12 Jun 2012 08:16 AM PDT

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Bakri Zinin berkata, Malaysia ni aman........huhuhu Aman? Negara ini memang aman, hingga dengan sewenang-wenangnya dikatakan 6 das tembakan dilepakan hingga menyebabkan kematian seorang rakyat yang merdeka didalam negara ini. Kejadian berlaku di Segamat, lebih kurang jam 8 pagi hari ini sewatu individu tersebut mengisi minyak. - Apek _________ Mangsa seorang warganegara Malaysia tokey kedai Hardware Sieng Leong di Segamat. Ditembak sewaktu mengisi minyak di Mobil berhadapan bank OCBC.

Like Father In Law .. Like Son In Law..

Posted: 12 Jun 2012 08:13 AM PDT

The former nephew of the president of Kazakhstan had 'great success' after he falsely claimed a placed at Columbia University and allegedly scammed his stepfather, the president's brother, out of a 'very nice' $20 million New York City apartment, according to a lawsuit. Daniyar Nazarbayev's American adventure is a tale that puts to shame even the mighty Borat, the fictional Kazakh TV producer who lampooned the former Soviet republic on screen in 2006. 


 Mr Nazarbaye, 24, who fled from the US, is now reportedly engaged to marry the daughter of the Prime Minister of Malaysia, whom he met at the Ivy League university. Con man? Daniyar Nazarbayev allegedly used his ill-gotten admission to Columbia University to woo Nooryana Najwa, the daughter of Malaysia's Prime Minister Swanky: Parts of the historic Plaza Hotel was converted to luxury condos, all of which sell more more than $1 million. Bolat Nazarbayev paid $20 million for his apartment Bolat Nazarbayev, the brother of longtime president Nursultan Nazarbayev, is suing Daniyar Nazarbayev and his mother Maira Kesikbayev in a Manhattan court, claiming they are both international serial swindlers who stole a $20 million condo at the Plaza Hotel from him, the New York Post reports. They also used a pair of luxury Wall Street apartment on his dime, Bolat Nazarbayev claims. Bolat and Maira were married in 2001, but their union was annulled last after he learned his wife was wanted by both Kazakh police and Interpol for a variety of crimes, including kidnapping and extortion, the Post says. Maira goes by several aliases, the lawsuit claims. 

 First family: Bolat Nazarbayev, the brother of longtime Kazakh president Nursultan Nazarbayev, claims his ex-wife and her son used his name to swindle him out of a $20 million luxury condo Maira had her son's last name changed from Kesikbayev to Nazarbayev on his birth certificate after the wedding -- an effort to cement Daniyar's status as part of the first family of Kazakhstan, according to the newspaper. Daniyar used his new last name and forged documents saying he graduated from a high school in Kazakhstan to get into Columbia, the lawsuit claims. Bolat alleges his former stepson actually went to a high school in Switzerland, but never graduated. Daniyar earned a degree from Columbia in 2010. School officials were made aware of the allegations against him, but have not taken action, the Post reports. While at Columbia, he used his good looks to woo Nooryana Najwa, the daughter of Malaysia's Prime Minister. 

 Bolat claims tasked Daniyar with finding a luxury apartment in New York for him and gave his stepson power of attorney in 2008 so he could sign the title for Bolat. Instead of signing Bolat's name, Daniyar signed his mother's. Eight months later, she sold the ritzy condo to her son for $1, the lawsuit says. 

Tan Sri Khalid Cabar Kerajaan Pusat Tak Ambil Cukai Selangor .. Berani Ke ??

Posted: 12 Jun 2012 08:05 AM PDT

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencabar Kerajaan Pusat agar tidak mengambil wang cukai daripada kerajaan negeri Selangor jika tidak mahu membantu rakyat Selangor. Beliau berkata, pendidikan percuma mampu dilaksanakan sekiranya segala sumber cukai rakyat negeri Selangor tidak disalurkan kepada Kerajaan Pusat sebaliknya diuruskan dengan lebih baik oleh kerajaan negeri. "Jika dilihat, negeri Selangor menyumbang sebanyak 23 peratus daripada jumlah keseluruhan kekayaan Kerajaan Pusat. 

"Walaupun urusan universiti ini di bawah tanggungjawab Kerajaan Pusat, namun jika kita diberi peluang mengurus sumber dan hasil yang diperolehi sendiri, maka kita dengan senang hati akan melaksanakan dasar pendidikan percuma di negeri ini," kata Abdul Khalid dalam sidang media selepas Majlis Kejohanan Etiqa Selangor International Junior Masters 2012 di Kelab Golf Seri Selangor petang semalam. Ujar Khalid lagi "Sebelum isu ini ditimbulkan, kita memang sudah ada rancangan untuk menggunakan aset-aset Unisel bagi tujuan penambahbaikan prasarana, pembesaran dan sebagainya

. "Sebab itu kita pantas menyediakan pelan tindakan jangka pendek bagi membantu ibubapa dan pelajar jika PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) meneruskan rancangan pembekuan pinjaman terhadap pelajar baru Unisel kerana kita mempunyai aset yang cukup untuk tujuan itu. "Bagaimanapun, dengan pengumuman terbaru penarikan pinjaman itu, kita rasakan adalah lebih baik aset yang ada digunakan untuk pelan jangka panjang pembangunan Unisel dengan harapan lebih ramai lagi pelajar dapat kita beri tempat di masa hadapan," jelasnya lagi. 

 Pada masa yang sama, Abdu Khalid juga enggan mengulas lanjut cabaran Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin untuk Kerajaan Negeri menyediakan dana RM30 juta seperti diumumkan. Abdul Khalid dengan sinis meminta pimpinan Umno-BN belajar dahulu cara menguruskan dana rakyat. "Barangkali Kerajaan Pusat tidak mengajar mereka untuk menguruskan dana rakyat dengan betul dan amanah serta berintegriti. "Jadi adalah lebih baik mereka diam sahaja dan cubalah belajar untuk menjadi pemimpin yang sebenar dalam memastikan setiap dana yang dibelanjakan itu berbaloi bagi setiap sen dan bukan disia-siakan seperti yang sering dilakukan mereka," kata beliau.~HRKH

RM100 juta wang kebajikan peneroka lebur

Posted: 12 Jun 2012 08:02 AM PDT

Dianggarkan sebanyak RM100 juta bantuan kebajikan kepada peneroka akan dipotong selepas penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) di Bursa Malaysia. Pengerusi Biro Pelaburan dan Perdagangan PKR Wong Chen berkata pada 2011, Felda telah membelanjakan RM424 juta untuk peneroka. Walau bagaimanapun, bagi tahun 2012 Felda bercadang untuk memotong belajawan untuk peneroka ke RM326 juta. Pemotongan itu katanya disebabkan kesan langsung dari pajakan tanah kepada FGVH yang menyebabkan pendapatan Felda menurun. "Pada tahun 2011, pendapatan Felda mencecah RM2.5 bilion tetapi selepas tanah dipajak (kepada FGVH), pendapatan 2012 dijangka turun ke RM900 juta sahaja, pendapatan jatuh 64%. "

Oleh kerana pendapatan Felda jatuh teruk, maka kebajikan peneroka dipotong sebanyak RM100 juta," katanya. Kebimbangan serupa sebelum ini turut dibangkitkan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) yang diketuai Mazlan Aliman. Selama ini, peneroka menerima bantuan kebajikan dalam bentuk infrastruktur jalan, masjid, padang bola, perumahan, pendidikan, insentif Hari Raya dan insurans. Bagaimanapun nilainya didakwa akan dipotong selepas penyenaraian nanti.

 Butir-butir potongan adalah seperti berikut:

 • Pembangunan Infrastruktur dikurangkan sebanyak 57%. 

 • Pembangunan Belia dan Generasi Dua dan Ketiga yang dikurangkan sebanyak 27%. 

 • Insentif Produktiviti untuk Peneroka dikurangkan sebanyak 22%. 

 • Hari Raya Bonus dikurangkan sebanyak 25%. 

 • Pelan Insurans bagi peneroka dikurangkan sebanyak 25%. 

 Menurut Wong Cheng, semua butir-butir tersebut adalah daripada Bajet rasmi Felda 2012 sendiri. "Pada permulaannya kami telah mendedahkan durian runtuh yang terlalu kecil kepada peneroka, selepas itu pendedahan mengenai peruntukan saham yang memihak kepada bumiputera kaya, kini peneroka sekali lagi ditindas dengan potongan kebajikan RM100 juta," katanya.~HRKH

BEKU PTPTN : TERBUKTI SELANGOR BERJAYA

Posted: 12 Jun 2012 07:58 AM PDT

Kerajaan negeri Selangor terbukti lulus ujian apabila diuji dengan isu pembekuan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sekaligus menampakkan sikap kebudak-budakkan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin. Biarpun Khaled mengatakan pembekuan PTPTN kepada pelajar Unisel dan Kuis hanya untuk 'sekadar menguji Selangor', ahli parlimen Kuala Selangor, Dr. Dzulkefly Ahmad berkata terbukti kerajaan Pakatan Rakyat Selangor bertanggungjawab dan lulus 'ujian' tersebut. "Tapi, sebelum masa ujian tamat, BN menarik balik pembekuan tersebut. Mereka tahu kita mampu, sebab itu cepat-cepat mereka tarik balik. 


Saya percaya, jika BN masih membekukannya, kita (Pakatan Rakyat Selangor) mampu membantu para pelajar terbabit dan akan memberi impak maksima kepada Pakatan Rakyat,"tegas beliau kepada Harakahdaily, hari ini. Selain menyifatkan BN panik dengan kepercayaan dan keyakinan rakyat dengan program pendidikan percuma yang diprogramkan Pakatan Rakyat, Dr. Dzulkefly berkata kebanyakan program Pakatan Rakyat menepati sasaran, khususnya anak muda. "Berbeza dengan BN, di saat rakyat menuju politik baru, BN mengamalkan politik lapuk yang penuh dengan dendam kesumat, khianat. "Apabila kita meuar-uarkan pendidikan percuma, kita telah meuar-uarkan ia dilakukan bersekali dengan rombakan belanjawan secara keseluruhan, bukan secara runcit. Kita merangka penyusunan belanjawan yang menepati pembangunan modal insan," tegas Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat itu. 

Semalam, Khaled berkata PTPTN hanya sekadar ingin menguji sama ada kerajaan negeri Selangor serius dalam menyediakan pendidikan percuma. Namun, selepas itu kerajaan pusat mengumumkan cadangan membekukan pinjaman itu ditarik balik selepas beberapa hari sahaja. Pembekuannya ditarik balik dipercayai selepas melihat Selangor mampu menyelesaikan bebanan yang cuba dihempaskan kerajaan pusat ke atas kerajaan negeri itu. Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim (gambar atas) berkata, kerajaan negeri akan mencairkan aset kerajaan negeri bagi membantu pelajar yang disekat pinjaman PTPTN. Khalid menjangka, Unisel akan mendapat RM30 juta hasil pencairan aset yang dimilikinya itu.

 Jika ini berlaku, kerajaan negeri Selangor bakal dilihat sebagai kerajaan yang mampu dan menyusahkan imej kerajaan pusat yang akan dikira pendendam dan melepaskan kemarahannya kepada pelajar yang tidak bersalah. Siri menarik balik keputusan yang dibuat kerajaan pusat ini sudah beberapa kali berlaku. Sebelum ini kerajaan Najib menarik balik Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) selepas diumumkan pelaksanaannya.

PEMUDA SASAR BENTUK KEPIMPINAN BERINTEGRITI

Posted: 12 Jun 2012 07:56 AM PDT


Malaysia telah dikunjungi oleh Institut Integriti Malaysia (IIM) yang diwakili oleh Mohd Ismail Abd. Jalil selaku Pengarah Sektor Politik IIM dan penolongnya Fison Hamdi Ahmad kira-kira jam 2.30 petang tadi. Kehadiran wakil dari IIM adalah hasil dari pertemuan pertama Dewan Pemuda PAS Malaysia dengan pihak IIM dahulu. Pertemuan tersebut adalah bertujuan untuk mengadakan satu program bersama IIM untuk membina pimpinan pemuda yang berintegriti. "Kami berbincang dengan pihak IIM untuk mengadakan satu program bersama yang bertujuan untuk menerapkan integriti dalam Pemuda PAS Malaysia itu sendiri," ulas Setiausaha DPPM, Khairul Faizi. Katanya, DPPM mensasarkan untuk membentuk lapisan pimpinan pemuda PAS yang memiliki nilai integriti dalam kehidupannya dalam apa jua status dan platform yang dipegang oleh mereka. "Kami menyambut baik kerjasama seperti ini dan menantikan keputusannya dalam waktu yang terdekat," jelas beliau. Beliau turut ditemani oleh selaku Penolong Setiausaha 2 dan 3 DPPM, Ustaz Syed Kadir dan Yusapiza.~HRKH

CERAMAH UMUM MALAM ESOK

Posted: 12 Jun 2012 07:48 AM PDT


PROGRAM CERAMAH UMUM PRU 13 UNTUK PR 
KLIK UNTUK IMEJ LEBIH JELAS 

Pandai PM Cari Menantu Yer

Posted: 12 Jun 2012 01:55 AM PDT

Belum Jadi Menantu Lagi Sudah Mau Tipu .. Agak-agak Kalau Dah Jadi Menantu Cammanalah Gayanya



SURAT SYEIKH ALI SOBUNI KEPADA DATO' SERI TUAN GURU PRESIDEN

Posted: 12 Jun 2012 01:48 AM PDT

Surat dari Syeikh Ali Sobuni ( Ulama tafsir dan Ketua Persatuan Ulama Syria) kepada ulama harakah di Malaysia iaitu Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ... Allah bersama kita. Kebenaran akan menang . Sama2 doakan buat saudara2 kita di SYRIA


KLIK UNTUK IMEJ LEBIH JELAS



APA ADA DENGAN WARNA HIJAU

Posted: 12 Jun 2012 01:44 AM PDT

DALAM bilik bedah seringkali kelihatan doktor memakai baju hijau semasa bertugas. Pada mulanya doktor dikatakan memakai warna putih kerana ia warna yang melambangkan kebersihan. Bagaimanapun, seorang doktor yang b'pengaruh telah menggantikan warna putih dengan warna hijau kerana menurutnya warna hijau lebih sejuk...


 Walaupun sukar dipastikan mengapa warna hijau memang sesuai bagi doktor untuk melihat lebih baik di ruang pembedahan, kerana hijau adalah warna berlawanan dengan warna merah. Warna hijau dapat menyegarkan mata ahli bedah semasa melihat benda-benda berwarna merah, termasuk organ-organ tubuh yang berlumuran darah ketika pembedahan... Melihat warna merah terus menerus menyebabkan sinyal warna merah di otak memudar sensiviti terhadap variasi warna merah. Alasan lainnya adalah, terus-menerus berfokus pada warna merah akan menyebabkan pakar bedah kurang memberikan tumpuan dan mengganggu penglihatan doktor... Jika warna baju-baju pakar bedah berwarna hijau, ilusi ini akan memudar dan tidak akan mengganggu penglihatan doktor.~ FB DPPK LEDANG

Keranamu PM padang Jadi mangsa

Posted: 11 Jun 2012 08:53 PM PDT

Majlis Daerah Gua Musang (MDGM) kini menanggung kos kira-kira RM200,000 kerana padang tempat berlangsung program dihadiri Datuk Seri Najib Razak rosak teruk.Dan akibat kerosakan itu padang milik MDGM tersebut tidak lagi dapat digunakan untuk sebarang aktiviti sukan sehingga sekarang. Pada awal April lalu Perdana Menteri datang ke Gua Musang merasmikan Karnival Komuniti 1Malaysia yang diadakan di padang berhampiran Pusat Sivik.

Lebih malang lagi Kesedar dan Kementerian Penerangan merupakan penganjur program difahamkan masih membisu sehingga sekarang biar pun notis peringatan dihantar MDGM.Ahli Majlis MDGM, Amran Abdullah berkata, majlis daerah membenarkan penggunaan padang tersebut selepas dimohon Kesedar.Bagaimanapun katanya, pihak penganjur tidak menghormati kebenaran yang diberi dan menggali lubang bagi mendirikan khemah besar sehingga menyebabkan padang rosak teruk. "Isu ini sudah dibincang di peringkat ahli majlis bersama Yang Dipertua. Mesyuarat memutuskan Kesedar perlu menanggung kos kerosakan padang."Namun tuntutan awal yang dibuat tidak dihiraukan. Oleh itu kami bersetuju menghantar tuntutan sebanyak RM200,000 bagi menampung kos kerja-kerja membaiki kerosakan padang," katanya di sini.

Jahiliyah Tetap Tak Akan Mengaku Jahiliyah

Posted: 11 Jun 2012 07:47 PM PDT

Perjuangan Umno bukan berbentuk "asabiyah" sebaliknya lebih bersifat "wasatiyyah", kata Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan. Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, Umno mengamalkan dasar yang adil, sederhana, seimbang dan tidak fanatik terhadap kaum Melayu sahaja. 

"Perjuangan kita (Umno) selaras dengan konsep wasatiyyah ini dan yang bukan Islam jangan khuatir, kita ini bukan asabiyah sebagaimana tuduhan pembangkang," katanya kepada kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan penjawat awam dan seminar pemahaman wasatiyyah dan gagasan 1Malaysia yang dirasmikan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam di sini, semalam. Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Katanya, Gagasan 1Malaysia yang dicetuskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengiktiraf peranan semua kaum dan bukannya menindas kaum lain. 

 "Konsepnya itu besar... asabiyah itu maksudnya fahaman perkauman sempit, naikkan bangsa sendiri, jatuhkan bangsa lain tetapi kita gagasan 1Malaysia kita nak sama-sama naik (maju)," katanya. Sementara itu, mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu jentera penerangan parti komponen Barisan Nasional (BN) turun padang menjelaskan kepada rakyat fakta sebenar berhubung sesuatu isu, Ahmad berharap jentera di peringkat bahagian dapat bergerak agresif dalam melaksanakan saranan itu. Beliau berkata, pelbagai program dilaksanakan di peringkat pusat namun terdapat sesetengah bahagian yang dilihat tidak begitu aktif menjalankan program yang direncanakan. - Bernama

Ungkapan Yang Boleh Menggelincirkan Iman

Posted: 11 Jun 2012 07:44 PM PDT

Berikut Adalah Ungkapan pemimpin UMNO yang menggelincirkan Islam 


Debat Salehuddin Ayub - Saifuddin Abdullah

Posted: 11 Jun 2012 07:43 PM PDT

Untuk kali kedua, Debat Sinar Harian akan dianjurkan antara dua tokoh berlainan ideologi politik bagi memberi peluang kepada rakyat mendengar idea mereka berhubung isu yang menjadi buah mulut masyarakat hari ini.Penasihat Eksekutif Editorial Sinar Harian, Datuk Abd Jalil Ali berkata, tajuknya masih lagi dibincangkan peringkat akhir sebelum diumumkan penganjur dalam masa terdekat. "Debat antara Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah dan Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub itu akan diadakan di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf pada 19 Jun depan


."Penyertaannya adalah terhad, jadi kami akan membuat jemputan khas untuk 350 kerusi yang disediakan pada malam berkenaan," katanya kepada Sinar Harian semalam.Debat berkenaan akan dikendalikan oleh Pensyarah Jabatan Pengajian Strategik dan Antarabangsa, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar. Abd Jalil berkata, Sinar Harian sebagai akhbar rasmi, juga akan siarkan laporan penuh debat ini keesokan harinya."Sinar Harian telah mengadakan beberapa perbincangan dengan kedua-dua pendebat ini, masing-masing menunjukkan kesungguhan dan sedia berdepan dengan hujah masing-masing," katanya lagi.Sebelum ini, Sinar Harian pernah menganjurkan 13 siri wacana setiap bulan dengan pelbagai tajuk menarik untuk disajikan kepada pembaca setia.~Sinar Harian

Pemuda PR Melaka komited tawan Seri Negeri

Posted: 11 Jun 2012 07:41 PM PDT

Semalam ( Ahad)  telah berlangsungnya Himpunan Jentera Pemuda Pakatan Rakyat Melaka yang telah mengumpulkan seramai 300 orang pemuda Pakatan Rakyat di Melaka. Kehadiran mereka diwakili oleh tiga warna tema baju yang berlainan iaitu merah, kuning dan hijau bagi setiap parti. 

 Program yang berlangsung di Dewan Rakyat DAP ini bertujuan bagi mengumpul dan mengerakkan jentera pemuda ketiga-tiga parti bagi menghadapi pilihanraya umum yang akan datang selain bertujuan membangkitkan semangat para petugas pemuda pakatan rakyat Melaka untuk terus komited dengan gerak kerja. 


 Antara pimpinan pemuda pakatan rakyat pusat yang hadir adalah Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nik Abduh Nik Aziz, Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar dan Ketua DAPSY Pusat, YB Anthony Loke selain beberapa pimpinan pemuda pakatan rakyat negeri Melaka. 


 Dalam ucapan Ketua AMK Pusat, Saudara Shamsul Iskandar , beliau memberitahu bahawa gangguan yang di lakukan UMNO Melaka dalam setiap program yang di laksanaka Pakatan Rakyat Melaka menjadi bukti bahawa UMNO sudah tertekan. Dan di khabarkan pada masa terdekat UMNO Bukit Katil akan melancarkan Kelab Penyokong BN Bukit Katil walaupun Parlimen Bukit Katil telah di menangi BN dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Ali Rustam menang di dalam DUN di Parlimen ini. Ini petanda BN semakin terdesak untuk meraih penyokong. Oleh: Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka













Masa Depan Negara Di Tangan Anak muda - Law Bing Haw

Posted: 11 Jun 2012 07:35 PM PDT


Ketua AMK Melaka, Law Bing Haw berkata tujuan utama Pelancaran Jentera Pemuda Pakatan Rakyat adalah ingin untuk menyampaikan mesej kepada rakyat bahawa anak muda berganding bahu bagi mencetuskan perubahan di Melaka. Sudah tiba masanya untuk anak muda berubah demi menyelamatkan negara daripada kehancuran. Beliau berkata, tanah air ini bukan milik individu dan ianya milik seluruh rakyat. Jadi sekiranya tanah air kita telah dimusnahkan oleh UMNO/BN apa yang perlu kita buat, kita kena lawan mereka habis-habisan bagi menyelamatkan tanah air ini. 

 Beliau mengulas bahawa anak muda bukannya ada kuasa ataupun ada wang tetapi mereka ada integriti, mereka ada maruah dan ada semangat yang boleh jatuhkan UMNO/BN pada masa yang akan datang dan itu yang menggentarkan mereka dengan anak muda pada hari ini. Law juga memetik kata-kata dari Yusuf al-Qadrawi yang berbunyi "Jika kamu ingin melihat masa hadapan sesebuah negara maka lihatlah pada golongan anak muda pada hari ini. Ini kerana anak muda cerminan masa hadapan negara".

 Beliau yakin dengan sokongan anak muda di Melaka pada kali ini, landskap politik di Melaka dapat diubah. Beliau menyeru bahawa anak muda Melaka jadilah seperti Hang Tuah dan bukannya Hang Samseng seperti yang ditunjukkan oleh UMNO/BN.

PAS KAWASAN KANGAR

Posted: 12 Jun 2012 09:40 AM PDT

PAS KAWASAN KANGAR


DEDAH] Kes Bukit Kepong: Perbicaraan Baru Bermula, Mat Sabu Dah Menang Dulu ,

Posted: 11 Jun 2012 06:38 PM PDT



Pengadu mohon maaf, minta Mat Sabu dibebas

Saksi pertama kes perbicaraan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu (Mat Sabu) mengenai isu komunis Bukit Kepong, hari ini mengaku di Mahkamah Sesyen di Butterworth bahawa beliau membuat dakwaan terhadap Mohamad hanya bersandarkan laporan akhbar bahasa Melayu.

Pesara polis Visva Nathan, 75 dari Raub, mengaku beliau telah menfitnah Mat Sabu dan meminta maaf kerana membuat aduan polis terhadapnya dengan hanya merujuk kepada laporan akhbar tersebut, lapor Bernama.

Nathan juga mengaku telah membuat aduan polis pada 27 Ogos selepas membaca laporan akhbar tersebut di mana dakwaan itu hanya berdasarkan pada sangkaan dan andaian.

"Saya minta maaf dan tidak mahu pihak polis mengambil tindakan," beliau dipetik sebagai berkata di hadapan Hakim Ikmal Hisham Ahmad Tajuddin di Mahkamah Sesyen di Butterworth hari ini.

Nathan mengaku telah membuat fitnah itu selepas diberikan dua laporan iaitu keratan akhbar berkenaan dan teks ceramah Mat Sabu yang tidak mengandungi perkataan komunis.

Mat Sabu, 57, didakwa membuat tohmahan memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka di Bukit Kepong dalam satu ceramah di Tasek Gelugor Ogos tahun lepas.

Mahkamah menetapkan 13, 16 dan 17 Julai untuk sambungan perbicaraan.

Sementara itu, dalam laporan Harakahdaily pula, Visva menjawab 'ya saya bersetuju' apabila disoalbalas oleh peguam bahawa bukan Mat Sabu yang memfitnah polis tetapi beliau (Visva) yang sebenarnya memfitnah Mat Sabu dalam laporan polisnya.

Berikut adalah petikan soal balas peguam Mat Sabu - Mohamed Hanipa Maidin - seperti diterbitkan di akhbar web PAS Harakahdaily:

Soalan: Kamu setuju kamu sendiri tak dengar ceramah Mat Sabu?

Jawapan: Ya, setuju.

Kamu setuju apabila kamu tak dengar apa yang Mat Sabu kata, kamu sebenarnya tak tahu apa yang Mat Sabu kata?

Ya. Setuju.

Cuba kamu lihat laporan laporan akhbar Utusan dan petikan ucapan Mat Sabu, setuju tak apa yang ditulis oleh Utusan adalah tidak sama dengan apa yang Mat Sabu kata?

Ya, setuju.

Mat Sabu tak ada kata perkataan komunis langsung dalam ucapan beliau tapi Utusan ada kata, betul tak?

Betul.

Kamu setuju atau tidak apa yang kamu tulis dalam laporan polis kamu yang katakan Mat Sabu menfitnah polis dan menyokong komunis adalah tidak betul?

Ya, setuju.

Jadi laporan polis kamu tidak betul dan saya katakan bukan Mat Sabu yang memfitnah polis tetapi kamu yang sebenarnya memfitnah Mat Sabu dalam laporan polis kamu?

Ya, saya setuju. Saya mahu minta apology (maaf) kepada beliau (sambil tunjukkan tangan minta maaf pada Mat Sabu yang ada di kandang orang kena tuduh).

Dalam laporan polis kamu ada sebut minta polis ambil tindakan undang-undang Mat Sabu, kamu masih mahu stick kepada apa yang kamu katakan?

Tidak, saya mahu minta maaf pada Mat Sabu dan he is now my brother. Saya mahu Mat Sabu dibebaskan.

Kamu kata Mat Sabu derhaka pada Yang Dipertuan Agong, saya ingin tanya pada kamu macam mana kamu boleh kata dia derhaka kepada Agong, sedangkan pada masa peristiwa Bukit Kepong Malaysia belum wujud dan Yang Di Pertuan Agong pun belum ada. Macam mana Mat Sabu boleh derhaka pada benda yang belum ada?

Saya tidak boleh jawab soalan itu.

Jadi kamu setuju kamu tidak cakap benda betul dalam laporan polis kamu?

Setuju.

Harakahdaily juga melaporkan saksi mengakui tidak tahu di mana Bukit Kepong dan apabila ditanya oleh Hanipa beliau menyatakan Bukit Kepong terletak di Selangor dan Hanipa lantas menyampuk: "Itu Kepong bukan Bukit Kepong!"

Saksi tersebut yang mengidap diabetik beberapa kali terpaksa berhenti memberi keterangan kerana dikhuatiri akan pengsan kerana berdiri terlalu lama, lapor lidah rasmi PAS itu lagi.

Selepas selesai memberikan keterangan saksi tersebut juga dilapor berjalan menuju ke kandang Mat Sabu dan terus bersalam dengan beliau dan meminta maaf sekali lagi. -mk



Demikianlah. Episod yang mendedahkan kebenaran.

Hukum kebenaran dan keadilan nampaknya semakin hari semakin terserlah. Semakin ramai yang hati-hatinya kini sudah pun akur dengan hukum kebenaran dan keadilan dan akhirnya terbongkar segala rahsia dan segala fitnah yang nyata.

Berulangkali GB meminta rakyat bermohon kepada Allah agar kebenaran dan keadilan tertegak dan akhirnya Allah swt memperkenankan doa kita.

Tunggu hari pembongkaran dan pendedahan segala penyelewengan dan penipuan yang akan dilakukan oleh Allah swt sendiri. Allah akan tetap bersama mereka yang memperjuangan kebenaran dan keadilan.

Nak lawan, pergilah lawan denganNya, bukan dengan kami.

Kami akan tetap berdoa agar kebenaran dan keadilan itu didedahkan.


اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه


Allahumma arinal haqqa, haqqan, warzuqnattiba'ah,
wa arinal bathila bathilan, warzuqnajtinabah


Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yangg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).

Demikianlah juga dengan segala penipuan-penipuan UMNO/ BN, SPR, PDRM, JPN dan lain-lain.

Marilah kita sama-sama berdoa agar Allah menurunkan pengajaranNya yang sekeras-kerasnya kepada UMNO serta sekalian pihak yang bersekongkol dengannya semata-mata untuk mempertahankan kuasanya, Amin Ya Allah Amin Ya Rabbil 'Alamin. -GB

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 12 Jun 2012 09:13 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


ADUN SELAT KLANG rasmi penutupan kursus haji di Masjid Muttaqin Sg Udang

Posted: 12 Jun 2012 07:40 AM PDT

 AHAD
MASJID MUTTAQIIN
KPG SG UDANG

Setelah menjalani kursus sebanayak 17 siri, bakal-bakal haji di DUN Selat Klang diraikan oleh Lembaga Tabung Haji KLANG dalam program khas yang ditambah nilai dengan motivasi daripada tazkirah Ustaz Uda Kasim.

ADUN Selat Klang, YB Dr Hjh Halimah Ali  turut serta meraikan bakal tetamu Allah ini.
Beliau telah menyumbang 2 gazebo untuk kegunaan jemaah masjid khusunya bagi wanita yang uzur yang masih boleh mendengar majlis ilmu.
Beliau berkongsi dengan para jemaah agar menggunakan peluang terbaik itu dengan mengeratkan hubungan dengan Allah dan mempastikan rezeki yang diguna untuk diri serta keluarga yang ditinggal adalah daripada sumber yang suci agar mudah mendekati Allah.

Dimaklumkan oleh LUTH KLANG seramai 800 jemaah haji telah diluluskan daripada daerah Klang untuk tahun ini. Jumlah tahun lepas 2011 hanyalah 500orang.
Semoga mendapat haji mabrur semuanya.

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 12 Jun 2012 09:04 AM PDT

Pemuda Bersamamu v3


Sesiapa Yang Menentukan Peraturan Dan Pemain Mempunyai Kelebihan Luar Biasa Untuk Menang...

Posted: 12 Jun 2012 07:33 AM PDT

Kita sudah memasuki pusingan terakhir demam pilihan raya. Tidak kira Jun, Julai, September atau mungkin awal tahun hadapan, ternyata kita sudah hampir tiba di garisan penamat teka-teki tarikh pilihan raya.
Bilakah PRU 13 Akan Dilaksanakan?
Sebagaimana dalam bersukan, di peringkat akhir stamina itu amat penting. Pihak yang mampu menguruskan sumber dengan baik dan mempunyai mesej yang fokus dan konsisten pasti akan berjaya.


Seperti dikatakan oleh Tun Daim beberapa bulan lalu, keputusan persaingan antara Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) boleh dianalogikan seperti permainan tenis yang pemenangnya adalah pihak berjaya meminimumkan kesilapan tidak sengaja (unforced error). Hebat sahaja tidak menjanjikan kemenangan.

Jika dilihat dari sisi ini, BN sememangnya tampak lebih berpeluang. Tambahan lagi, PR tidak ada akses yang sama ke media arus perdana dan ini menyulitkan peluang pakatan itu untuk menyerang dengan berkesan.

baca artikel penuh...di sini.

Taubat jangan ditunda-tunda

Posted: 11 Jun 2012 10:28 PM PDT



Perbuatan melambat-lambatkan taubat itu adalah salah satu punca utama yang menyebabkan hati manusia itu menjadi keras dan mati.Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:

"Sesungguhnya apabila seorang mukmin melakukan dosa, maka tertitik noda hitam dihatinya. Apabila dia bertaubat dan berhenti daripada dosa itu serta memohon ampun kepada Allah, maka hatinya menjadi bersih dari noda. Apabila dosanya bertambah, maka bertambahlah pula noda itu sehingga menutupi hatinya. Demikian disebutkan Allah dalam surah Mutaffifin ayat 14; "Sekali-kali tidak demikian, sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutup hati." "
(Direkodkan oleh Ahmad)


Jangan putus bibir kita ini untuk melafazkan istighfar, dengan hati yang benar-benar bertaubat kepada Allah. Nabi s.a.w bersabda: "Demi Allah, sesungguhnya saya ini benar-benar beristighfar kepada Allah dan bertaubat kepadaNya dalam sehari lebih banyak daripada 70 kali."

(Direkodkan oleh Bukhari)



Dalam riwayat lain, ada menyatakan Nabi s.a.w. beristhfar dalam 100 kali.



Taubat adalah perkara yang wajib dan tidak boleh dilambat-lambatkan, kerana kita tidak tahu bilakah ajal maut akan menjemput kita. Al-Ghazali berkata di dalam kitabnya, Ihya Ulumuddin; "Tidak ada keraguan mengenai kewajipan bertaubat secara langsung. Sebab, mengenali pelbagai kemaksiatan sebagai sesuatu yang membinasakan merupakan sebahagian daripada iman, maka itu wajib dilaksanakan segera."



Wallahualam..



Semoga Allah memberikan kepada kita taufiq dan hidayah, untuk terus beristiqamah melakukan perubahan. 




Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 12 Jun 2012 09:02 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


CERAMAH UMUM

Posted: 11 Jun 2012 11:46 PM PDT

Penceramah :
- Dato Fauzi Rahman (Mantan Timbalan Menteri Penerangan)
- Sdr Abd Rahman Ramli (YDP PAS Jempol)
- Hj Kateran Marman (YDP PAS Jelebu)
Tempat : Kg Kuala Pah, Peradong, Jelebu, N.Sembilan
Tarikh : 16 Jun 2012 , Sabtu
Masa : 9 mlm

Ke mana hala tuju Pesta Persukuan Adat Perpatih?

Posted: 11 Jun 2012 09:19 PM PDT

Satu cadangan serta komen dari blog Anak Rembau yang harus diberi perhatian oleh pihak yang berkenaan.

Pada 7hb - 8hb Julai 2012 yang akan datang, Lembaga Muzium Negeri Sembilan akan menganjurkan Pesta Persukuan Adat Perpatih 2012. Pesta Persukuan Adat Perpatih telah dianjurkan semenjak tahun 1999.

Saya melihat saban tahun Pesta Persukuan Adat Perpatih semakin tidak menarik. Kehadiran pengunjung tidak seramai yang dijangkakan.

Tahap penganjuran setiap tahun seolah-olah tiada perubahan. Cuba lihat lihat aktitivi yang akan diadakan pada tahun ini. Sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Tiada perubahan. Malah penduduk-penduduk di sekitar Seri Menanti tidak begitu berminat untuk datang dengan alasan tidak ada perbezaan setiap tahun. Apatah lagi penduduk di luak-luak yang lain.

Ratusan ribu telah diperuntukkan bagi penganjuran pesta setiap tahun. Saya berharap pihak penganjur menggunakan peruntukkan dengan sebaik-baiknya.

Penganjuran Pesta Persukuan Adat Perpatih memerlukan satu sentuhan yang berbeza setiap tahun. Ia hanya boleh dilakukan dengan menganjurkannya di luar Seri Menanti. Adakan di setiap luak secara bergilir. Secara tidak langsung, ia akan menggalakkan kehadiran pengunjung di samping mempromosikan dan memperkenalkan tempat-tempat yang menarik di setiap luak. 


Sijil Kemahiran Automotif yang praktikal

Posted: 11 Jun 2012 09:15 PM PDT

Satu usaha dan inisiatif yang perlu dicontohi oleh usahawan lain untuk memberi peluang kepada belia menceburi pelbagai bidang.

Dipetik dari Blog MAG Auto

KEMASUKAN BULAN 8 2012, PENDAFTARAN KINI DIBUKA....MAG TRAINEE

Menyediakan Peluang kedua buat Belia Felda dalam kemahiran automotif melalui sukan permotoran. Memberi pendedahan yang lebih dalam bidang automotif dan belajar dalam suasanan kerja yang sebenar (SLDN) akan membuatkan pelajar lebih bersedia dalam menempuhi alam pekerjaan yang sebenar

Landskap Siasah

Posted: 12 Jun 2012 07:16 AM PDT

Landskap Siasah


KENYATAAN MEDIA PAKATAN RAKYAT GOPENG: MENJAWAB FITNAH BERKENAAN ISU SEKOLAH AGAMA RAKYAT TAMAN DESA AMAN

Posted: 11 Jun 2012 08:27 AM PDT


KENYATAAN MEDIA PAKATAN RAKYAT GOPENG
TARIKH: 6 Jun 2012

MENJAWAB FITNAH BERKENAAN ISU SEKOLAH AGAMA RAKYAT TAMAN DESA AMAN

Latar Belakang
Mendapati pihak tertentu telah menyebarkan bahan sebaran fitnah yang bertajuk 'Jihad Mempertahan Pembinaan Sekolah Agama Rakyat Di Taman Desa Aman' yang telah diedar di seluruh kawasan Parlimen Gopeng, kami pihak Sekreteriat Pakatan Rakyat Parlimen Gopeng mengambil sikap untuk menjelaskan isu fitnah yang menuduh pemimpin Pakatan Rakyat membuat kolaborasi menentang pembinaan sebuah sekolah agama rakyat. Menyedari pemimpin PAS iaitu Saudara Radzi Zainon difitnah sebagai petualang menghalang pembinaan sekolah agama merupakan fitnah terbesar memandangkan teras perjuangan PAS sejak zaman Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri lagi adalah membela SAR walaupun dasar Dr Mahathir adalah menindas dan mendiskriminasi SAR.
Menyedari fitnah yang juga membabitkan PKR dan istilah 'kafir harbi' telah dihebahkan secara berleluasa tanpa takrifan yang sebenar memerlukan pihak kami untuk menjawab tuduhan liar ini untuk kefahaman rakyat Kawasan Gopeng.

Sejarah Sekolah Agama Rakyat Desa Aman
Sekolah  Agama Rakyat Desa Aman pada asalnya menggunakan ruang bawah Surau Desa Aman iaitu sebuah bangunan lama yang menempatkan hampir 200 orang pelajar. Pada tahun 2009, telah dibina bangunan surau yang  baru serta para pelajar dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Taman Pegoh  dan pada saat itu pelajar merosot ke jumlah 80 orang pelajar sahaja(telah 3 tahun beroperasi di Dewan Orang Ramai)
Jumlah pelajar menjadi merosot kerana keselesaan yang kurang dan para pelajar hanya dilonggok tanpa pengagihan kelas yang sempurna.

Pelajar dihalau ke khemah sementara
Namun begitu isu ini sebenarnya bermula apabila pada  Mac 2012 apabila pelajar dipindah ke bawah khemah di perkarangan surau atas arahan Ketua Cawangan UMNO Desa Aman.





UMNO salahguna Dewan Orang Ramai

Merujuk Sungai Rapat Online bertarikh 31 Mac 2012, arahan perpindahan ini dilakukan kerana Dewan Orang Ramai tersebut dalam persediaan untuk dijadikan bilik gerakan menghadapi pilihanraya.Lebih misteri selang dua minggu pelajar tergesa-gesa dipindahkan  semula ke Dewan Orang Ramai.  Isu ini berpunca daripada sikap salahguna harta awam untuk kegunaan politik parti UMNO.
Telah menjadi lumrah UMNO untuk menggunakan bangunan KEMAS, Dewan Orang Ramai atau balai raya untuk kegunaan parti kerana UMNO adalah parti yang tiada dana untuk membina markaz sendiri! Hal ini amat memalukan kerana mereka telah berjaya memgang kerajaan lebih setengah abad.
Rombongan Pakatan Rakyat, Saudara Radzi Zainon, En Megat Ikmal , Mejer (B) Yaakub, En Alias, telah  mengadakan 2 kali lawatan untuk mendengar rintihan pelajar dan guru yang dihalau keluar ke khemah tersebut selama 2 minggu.
Datuk Hamidah tergesa-gesa mengarahkan guru dan pelajar berpindah semula ke Dewan Orang Ramai kerana terkesan dengan gerak kilat Pakatan Rakyat mengunjungi khemah berkenaan. Tindakan Pakatan Rakyat yang menerjah ke khemah berkenaan sebenarnya telah membantutkan niat UMNO untuk menggunakan Dewan tersebut untuk tujuan kepartian. 

Projek bangunan 'mee segera'

Pihak kami juga dimaklumkan pihak Datuk Hamidah telah  mengumumkan perutukan RM 100 000 untuk membina sekolah agama secara tergesa-gesa.
Dalam keadaan tanpa perancangan awal sepertimana jawatankuasa  Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang biasa, tanpa prosedur MBI, JKR, Bomba  (tanpa pagar keselamatan/papan tanda signboard projek) yang selalunya mengambil masa 6 bulan hingga setahun.  Projek tersebut dibuat tanpa sesiapa tahu apakah status bangunan dan untuk apakah bangunan misteri itu dibina.
Jika ditinjau dari segi pengalaman Jawatankuasa SAR Desa Perlancongan, jangkamasa untuk memohon tapak sahaja memakan masa hingga setahun.




Tiada tembok penghadang keselamatan kawasan
Pembinaan secara terbuka dan keadaan ini pasti membahayakan
orang ramai.


Tidak ada papan tanda serahan kerja (nama Kontraktor dan
Akitek) atau kelulusan pihak kerajaan tempatan


Tujuan projek 'mee segera' Hamidah adalah kerana untuk mengambil juga Dewan Orang Ramai untuk tujuan kepartian. UMNO tidak boleh mendapat peruntukan kerajaan negeri untuk peruntukan bilik gerakan UMNO, disebabkan itulah sekolah agama segera perlu dibina untuk mengambil alih Dewan Orang Ramai secepat mungkin. Datuk Hamidah telah menyerah urusan projek bangunan misteri ini kepada sebuah syarikat kroninya tanpa melalui tender terbuka!

Reaksi Rakyat

Rakyat yang terdiri dari kaum Melayu dan Cina di kawasan berkenaan amat terkejut kerana kawasan padang mereka telah diceroboh. Mereka tidak tahu menahu berkenaan projek sekolah agama. Jika benarpun ingin membina sekolah agama selalunya jawatankuasa dibentuk dahulu dan penduduk tempatan akan dimaklumkan tambahan pula melibatkan penggunaan tanah padang rakyat.

Memorandum bertarikh 4 Mei 2012 ditujukan kepada Dato' Hamidah Osman, Datuk Haji Roshidi Datuk Bandar Ipoh yang disediakan  oleh Penduduk Taman Pegoh Aman.
Antara isi memorandum adalah:
·         Bantahan projek 'bangunan' di Taman Permainan Taman Pegoh Aman.
·         Penduduk berhadapan padang telah membayar RM 1000 semasa membeli rumah untuk kemudahan padang.
·         Dahulu TNB mengambil sedikit ruang kini bangunan pula dibina 'dipercayai' adalah Sekolah Agama Rakyat.
·         Tidak BERNIAT membantah pembinaan sekolah sebaliknya mohon pertimbangkan alternatif lain agar kepentingan penduduk asal tidak terabai.
·         Mohon adakan sesi dialog dengan penduduk (Datuk Hamidah tidak pernah turun berdialog)

Pada 29hb Mei 2012, sidang akhbar dipanggil di padang Taman Pegoh Aman dan disertai oleh seramai 80 penduduk tempatan. YB Dr Lee Boon Chye (Ahli Parlimen Gopeng), Ustaz Radzi Zainon (Timbalan YDP PAS Kawasan Gopeng), En. Megat Ikmal (Timbalan Ketua Cabang Gopeng) turut bersama penduduk tempatan.

Gambar penduduk Taman  Pegoh Aman terdiri dari kaum Melayu dan Cina yang membantah pembinaan bangunan misteri (haram) yang menggunakan tanah padang rakyat. Kerjasama penduduk ini dikatakan sebagai kerjasama kaum Islam dengan kafir harbi (non muslim yang wajib diperangi). Suatu tuduhan yang cukup rasis dan melampau.


Memorandum penduduk Taman Pegoh Aman

Image

Peta menunjukkan tanah lapang untuk kegunaan penduduk taman.


Bukti Ahli Parlimen Gopeng membuat surat susulan Memorandum apabila Datuk hamidah hanya mendiamkan diri tanpa jawapan untuk berdialog.

Reaksi UMNO dan pendukungnya.

Dalam  Sinar Harian bertarikh  31 Mei 2012 pula, UMNO yang menggunakan nama penduduk Taman Pegoh Aman telah menyelar YB Lee Bon Chai atas tuduhan menghalang pembinaan Sekolah Agama Rakyat. Lebih melucukan gambar memaparkan wakil penduduk yang dimaksudkan adalah pemimpin UMNO sekitar Pengkalan gate, Pengkalan Pegoh dan Desa Aman bukannya penduduk Taman Pegoh Aman yang terdiri daripada pelbagai kaum.


Keratan Sinar Harian 31 Mei 2012

Isu ini menjadi bahan eksploitasi simpatism UMNO apabila risalah haram tanpa penerbit diedarkan sekitar masjid dan tempat awam Parlimen Gopeng. Istilah simpatism UMNO digunakan kerana tiada bukti nama UMNO yang menerbitkan risalah haram berkenaan walaupun pihak kami percaya isi risalah yang sarat dengan seruan perkauman dan jihad yang melucukan adalah idea pemimpin UMNO.


Risalah ini terang-terang adalah fitnah dan lebih kepada taktik biasa UMNO menerbitkan isu perkauman walaupun umum jelas bahawa UMNO tidak pernah berjuang mempertahan Sekolah Agama Rakyat sebelum ini. Mereka hanya menangguk di air yang keruh untuk mengambil kesempatan atas ketidakpastian dan kekeliruan rakyat terhadap pembinaan bangunan misteri tersebut.
Lebih menarik Ustaz Haji Jamaluddin Mudir SAR tersebut mengaku tidak pernah mengatakan sanggup mati demi mempertahankan bangunan misteri tersebut apabila dimeuramah oleh pihak Pakatan Rakyat.

Pada 2 Jun 2012 pula, Datuk Hamidah Osman telah mengeluar pula kenyataan melalui Sinar Harian bertajuk 'Mereka Tidak Sensitif agama' menyelar pembangkang yang dikatakan tidak menghargai usaha kerajaan negeri membina sekolah agama malah cuba menghasut rakyat berdemostrasi. Isu tidak menghargai usaha kerajaan tidak timbul memandangkan datuk hamidah sendiri tidak menceritakan kronologi isu sekolah berkenaan secara terperinci bermula isu pengusiran pelajar sekolah berkenaan dari Dewan Orang ramai ke dalam khemah ala pelarian selama 2 minggu. Datuk Hamidah juga tidak mendedahkan pula kenyataan pihak Sungai rapat Online (web UMNO) yang mengaku bahawa UMNO memerlukan Dewan Orang ramai untuk kegunaan parti UMNO menjelang pilihanraya. Inilah isu pengkhianatan yang sebenarnya. Datuk Hamidah hanya berani mengeluar kenyataan akhbar tetapi pengecut untuk berdepan dengan rakyat yang bersedia berdialog dengan beliau melalui Memorandum 4 Mei 2012 yang lalu.


Keratan Sinar Harian 2 Jun 2012

Apakah Isu sebenar?

·         Penduduk bukan membantah sebaliknya ingin berdialog  kerana awalnya projek mee segera itu tidak diketahui hujung pangkal kerana tiada perundingan/prosedur/papan tanda.
·         Penduduk hanya ingin tahu hak mereka memiliki padang rakyat dan bukannya  menentang sekolah agama.
·         Majoriti penduduk depan padang adalah penduduk Cina yang inginkan padang mereka.
·         Penduduk terkejut dan hanya tahu bangunan itu adalah sekolah agama apabila menerima risalah rasis yang dipercayai diedar oleh UMNO Gopeng dan merasa marah kerana dituduh menentang sekolah agama/Islam sedangkan projek itu tanpa perundingan, tanpa papan tanda.
·         Penduduk memahami bahawa pembinaan bangunan tanpa nama itu bertujuan menghalau para pelajar SAR ke sana dalam usaha UMNO untuk menakluki bangunan Dewan Orang Ramai.
·         UMNO sanggup merampas harta rakyat termasuk Dewan Orang Ramai untuk kegunaan sendiri dan merampaskan tapak padang demi mengaut publisiti murahan.
·         Bangunan didirikan tanpa kelulusan dan tidak mendapat persetujuan / persefahaman daripada penduduk tempatan, serta ia telahpun dilaksanakan kira-kira 30% kerja dan peruntukan kerajaan RM100,000.00 diberikan walaupun tiada kelulusan tanah.
·         YB Datuk Hamidah Osman sebagai Exco Kanan telah melanggar undang-undang dan beliau bersikap angkuh kerana tidak mempedulikan suara rakyat untuk berdialog.
·         Kerajaan negeri seharusnya memberikan tanah alternatif kepada SAR tersebut supaya tapak  pembinaan SARyang baru adalah lebih sesuai dan strategik.
·         Projek tersebut jelas adalah projek mi segera oleh Exco Kanan Perak / ADUN Sungai Rapat, YB Datuk Hamidah Osman. 
·         Setelah meninjau pelan yang didapati di Pejabat Tanah Manjoi dan DBI, tapak pembinaan tersebut masih belum digazetkan sebagai tapak sekolah dan projek pembinaan juga dilaksanakan tanpa kelulusan DBI.

Sebagai sisipan disertakan senarai pengkhianatan UMNO terhadap SAR dan Agama Islam.

·         Melanggar keputusan Majlis Fatwa yang mengharamkan bertafakur depan tugu negara.
·         Menutup Surau Jubli Perak Bandar Baru Bangi yang mendirikan solat Jumaat, Imam ditangkap, tikar digunting.
·         Meroboh Masjid Bujal Kemaman.
·         Roboh surau Berembang Ampang Selangor 30 November 2006.
·         Surau Ar Rahman Sek 8 Shah Alam diarahkan tutup pada 2007.
·         Hapuskan tulisan jawi dalam mata pelajaran bahasa melayu.
·         Sekat bantuan perkapita SAR zaman Dr Mahathir menjadi PM.
·         Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak (Pakatan Rakyat) akan mengembalikan semula bantuan berjumlah RM1.3juta kepada 18 buah sekolah Agama Rakyat di Negeri Perak bagi tahun 2008. Bantuan kepada sekolah agama rakyat telah dinafikan oleh kerajaan BN/Umno yang memerintah Perak dahulu sejak pentadbiran Tun Mahathir.

UMNO perlu malu dengan tindakan sendiri.

Suatu ketika dahulu semasa Ketua Cawangan UMNO Taman Desa Aman, al Marhum Abd Hadi Bin Mat Jasak telah  bersusah payah bersama dengan Tuan Haji jamaludin (Mudir SAR sekarang) turun naik berurusan dengan kerajaan untuk mendapat kawasan lapang sebelah surau untuk membina (kini 12 unit kedai) sekolah SAR dan pembesaran surau.

Namun yang mengecewakan selepas 2 minggu arwah meninggal dunia, secara  tiba-tiba kawasan tersebut telah dimajukan untuk projek lain (kini adalah  rumah kedai 12 unit). UMNO perlu malu dengan usaha Al Marhum  yang sepatutnya diambil kira dan dipandang oleh UMNO jika UMNO benar-benar mengambil berat isu SAR.

Gesaan Kami

UMNO dan pemimpinnya perlu 'gentlemen' memohon maaf dengan penduduk yang telah mengeluarkan memorandum kerana beberapa kenyataan media yang dikeluarkan melalui akhbar telah menghina dan memperlekeh tindakan penduduk yang ingin berdialog secara terbuka dan sihat.

Datuk Hamidah perlu mengubah sikap agar bersedia berdialog dengan rakyat. Sikap beliau yang gemar menyerang rakyat dan terutamanya kaum Cina akan menambahkan lagi  sindrom penolakan UMNO-BN dikalangan rakyat bukan Melayu.

Kami juga menggesa UMNO menghentikan tindakan keji menggunakan prasarana awam untuk kegunaan parti kerana ia menampilkan kelemahan utama UMNO iaitu tidak mampu berdikari serta tidak layak bergelar parti pemerintah.



TERBITAN : Sekreteriat Pakatan Rakyat Parlimen Gopeng
37A Medan Lagenda 1, Taman Lapangan Permai, Jalan Gopeng, 31350 Ipoh Perak.
Tel/Fax : 05-311 4608

Tiada ulasan:

Catat Ulasan