CINA ISLAM (林川興) Posted: 12 Jun 2012 01:44 AM PDT Perokok belanja purata RM180 sebulan Posted: 11 Jun 2012 10:01 PM PDT 22 Rejab 1433H. [MOD] -
KUALA LUMPUR 12 Jun - Seorang perokok dalam kalangan rakyat malaysia membelanjakan secara purata RM180 sebulan untuk membeli rokok dalam kehidupan mereka.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hassan Abdul Rahman berkata, kajian itu yang pertama dilakukan oleh pihaknya dengan kerjasama WHO menunjukkan seramai 4.7 juta rakyat negara ini berusia 15 tahun ke atas adalah perokok.
"Malah 71 peratus orang ramai terdedah kepada asap rokok ketika mengunjungi restoran," katanya di sini hari ini. - UTUSAN | Rupert, 9 kg, kucing paling besar di Australia Posted: 11 Jun 2012 09:58 PM PDT 22 Rejab 1433H. [MOD] -
BESAR...Natalie Chettle menjulang Rupert, milik ibunya.
COMEL...Rupert menjuarai pertandingan kucing di Australia sebanyak tiga kali.
SYDNEY: Dengan saiz tiga kali ganda berbanding kucing biasa, ramai yang berfikir Rupert tidak akan membesar lagi buat masa ini.
Bagaimanapun, kucing saiz besar melampau itu yang berat sembilan kilogram dan dianggap sebagai antara kucing paling besar di dunia, hanya baru membesar separuh dan dijangka terus bertambah gemuk.
Kucing baka Maine coon itu baru mencapai separuh daripada berat kemungkinannya pada usia hampir tiga tahun. Beratnya dijangka bertambah sebanyak lima kilogram lagi.
Hakim pertandingan kucing berkata, Rupert yang tiga kali menjadi juara di negara asalnya, Australia, adalah kucing Maine coon baka tempatan paling besar pernah mereka lihat.
Hakim, Lesley Morgan Blythe berkata: "Dia sungguh besar, kucing gergasi dan masih belum membesar sepenuhnya.
"Dia lebih besar berbanding kucing Maine coon yang pernah saya lihat."
Pemilik Rupert, Kyra Foster, berkata: "Dia kelihatan sungguh hebat dengan bulu yang panjang di samping mukanya yang kelihatan liar.
"Orang ramai akan terpesona apabila melihatnya."
Kucing Maine coon terkenal sebagai baka yang menghasilkan kucing tempatan besar.
Berasal dari Maine, negeri di Amerika Syarikat, kucing itu mempunyai ciri tersendiri kerana ekornya yang berbulu lebat dan panjang dan boleh membesar sehingga lebih satu meter. - DM | Chong Wee tetap utamakan misi Olimpik Posted: 11 Jun 2012 09:53 PM PDT 22 Rejab 1433H. [MOD] -
Meskipun menghadapi tekanan akibat krisis keluarga, perseorangan badminton nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei tetap mengutamakan misi yang diamanahkan kepada beliau, iaitu meraih emas pertama negara di Olimpik.
Tinjauan Bernama di Stadium Juara Bukit Kiara pagi ini mendapati jaguh badminton itu sedang menjalani rawatan fisioterapi.
Jurulatih Tey Siu Bock berkata Chong Wei buat masa ini belum meminta izin untuk pulang ke Pulau Pinang bagi melawat ahli keluarganya.
"'So far' saya tengok beliau OK. Beliau masih boleh 'handle'. Beliau banyak tumpu pada rawatan.
"Apapun yang menimpa saya tahu beliau akan cuba melakukan yang terbaik," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Juara All England 2011 itu kini dalam proses pemulihan kecederaan ligamen buku lali kanannya yang terkoyak ketika Kejohanan Piala Thomas di Wuhan, China bulan lepas.
Tidak cukup dengan itu, beliau diuji pula dengan masalah keluarga apabila bapanya dilaporkan cuba membunuh diri Ahad lepas.
Atlet berusia 30 tahun itu, difahamkan, telah meminta abangnya Joe Lee untuk pulang ke Pulau Pinang bagi memantau serta meredakan keadaan.
Selain itu Tey berkata kecederaan yang dialami Chong Wei mungkin tidak dapat pulih sepenuhnya sebelum temasya Olimpik di London yang akan bermula pada 27 Julai hingga 12 Ogos ini.
"Buat masa ini beliau akan terus menjalani rehab dan membuat latihan ringan. Beliau akan kembali berlatih pada tahap sebenar apabila sudah mampu," katanya.
- Bernama | Tolak usul jual rahsia: Pandikar Amin ditekan Posted: 11 Jun 2012 09:51 PM PDT 22 Rejab 1433H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Jingga 13 menyelar tindakan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia apabila menolak usul tergempar yang meminta penjelasan Kementerian Pertahanan menjawab pendedahan penjualan dokumen sulit rahsia kepada syarikat pertahanan Perancis.
Tindakan Pandikar Amin ini turut menunjukkan bahawa beliau berada di bawah telunjuk Umno bagi melindungi pengkhianat negara.
Jelas Ketua Koordinatornya, Fariz Musa, alasan Pandikar Amin menolak usul tersebut kerana tidak mempunyai bukti dan hanya andaian semata-mata merupakan satu kenyataan yang dangkal dan tidak berasas.
"Sedangkan Peguam Joseph Breham yang mewakili Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mendedahkan syarikat tersebut membayar 36 juta euro (RM142 juta) kepada Terasasi (Hong Kong) Ltd kononnya untuk kerja-kerja kejuruteraan komersial tetapi sebenarnya telah menjual maklumat keselamatan negara kepada syarikat Pertahanan Perancis," jelasnya.
Tambahnya, Razak Baginda benar-benar kebal daripada sebarang tindakan , bukan sahaja usul tersebut ditolak sementah-mentahnya tetapi dakwaan serius berkaitan satu pengkhianatan kepada negera apabila membocor dan menjual maklumat kerahsiaan negara sedikit pun tidak diambil sebarang tindakan oleh pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM).
"Sikap berdiam diri pihak ATM dan PDRM benar-benar menghairankan seolah-olah ada sesuatu yang disembunyikan daripada rakyat berkaitan Skandak Scorpene yang benar-benar mengaibkan negara.
"Tetapi tindakan berbeda terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan Pakatan Rakyat yang dilihat dwi-standard apabila wujud fitnah dan tuduhan oleh pihak-pihak tertentu diambil tindakan drastik dan segera oleh pihak PDRM,SPRM dan sebagainya," jelas beliau lagi.
Menurut Fariz lagi, kes yang sudah ditutup 17 tahun dulu juga dibongkarkan semula supaya menimbulkan persepsi negatif kepada pimpinan PKR dan Pakatan Rakyat.
"Lagak Pandikar Amin benar-benar bertujuan menyelamatkan Datuk Seri Najib Razak, ketika itu sebagai Menteri Pertahanan yang turut terpalit dengan skandal pembelian 2 buah kapal selam serta pembocoran dan penjualan dokumen rahsia negara oleh Razak Baginda dan bapanya yang merupakan rakan akrab kepada Najib.
"Rakyat ingin mengetahui siapakah yang telah memberikan keizinan atau membenarkan Razak Baginda memperolehi dokumen rahsia keselamatan negara tersebut?
"Skandal Scorpene adalah isu yang benar-benar memalu dan menjatuhkan maruah negara," tegasnya.
Jingga 13 mencabar agar Tan Sri Pendekar Amin meletak jawatan dengan segera kerana beliau tidak punya integriti dan kreadibiliti sebagai Speaker Dewan Rakyat yang bersekongkol dengan pengkhianat negara.
harakahdaily/- | Tiga jam seksa mangsa tak bersalah Posted: 11 Jun 2012 09:47 PM PDT 22 Rejab 1433H. [MOD] -
TERUK... kesan lecur pada perut mangsa.
LUKA...bahu mangsa yang dicucuh besi kimpalan.
KUALA LUMPUR: "Dalam keadaan kedua-dua tangan dan kaki diikat, mereka tanpa belas kasihan mencucuh muka dengan besi kimpalan yang masih bernyala, malah saya turut dipukul dengan rotan dan kayu," kata seorang ahli perniagaan yang menjadi mangsa 'tersalah culik' oleh lima penjenayah sebelum dia dihumban di tepi jalan.
Mangsa yang mahu dikenali sebagai Hamzi, 36, berkata demikian ketika menceritakan pengalaman ngeri dia diseksa lebih tiga jam selepas diculik ketika berada berhampiran sebuah pusat beli-belah di Bukit Bintang, di sini, jam 8.30 malam, Khamis lalu.
Menurutnya, sebelum kejadian dia keluar bersama isteri dan empat anaknya, namun sebaik turun dari kereta, empat lelaki meluru ke arahnya dan menarik dia masuk dalam sebuah kereta Honda Accord.
"Seorang daripada suspek menutup kepala saya menggunakan beg," katanya ketika ditemui di rumahnya di Shah Alam, semalam.
metro/- | Selangor Sedia Bantu Khalid Ismeth Dapatkan Khidmat Guaman Posted: 11 Jun 2012 09:45 PM PDT 22 Rejab 1433H. [MOD] -
SHAH ALAM, 12 JUN : Kerajaan Negeri Selangor sedia membantu mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM), Khalid Mohd Ismeth sekiranya ingin membuat permohonan berhubung penggantungan pengajiannya selama tiga semester di institusi berkenaan.
Menurut Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar bantuan tersebut merangkumi pelbagai aspek antaranya kewangan dan khidmat guaman.
"Sekiranya ada permohonan daripada Khalid, saya sedia berbincang dengan Exco Kerajaan Negeri yang lain untuk pertimbangkan apa jua bantuan yang diperlukan Khalid termasuk kewangan," katanya semasa sidang media di pejabatnya, di sini, semalam.
Dr Xavier juga mendakwa tindakan Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar adalah tidak adil dan berbaur politik serta meminta Khalid membuat rayuan supaya hukuman itu ditarik balik.
Beliau turut mendesak UiTM untuk menarik balik penggantungan penuntut jurusan undang-undang itu dan menasihatkan Sahol supaya memberi tumpuan bagi meningkatkan kedudukan universiti itu daripada kedudukan 601 kepada 100 terbaik di dunia.
"Hanya kerana dia beri komen atas perkara tertentu (ugut polis dalam akaun Facebook miliknya), dia digantung belajar. Ia boleh jejaskan pengajiannya. Biarkan dia habiskan pengajiannya, selepas itu dia boleh berhujah untuk diri sendiri," katanya.
Tambahnya, sepanjang tahun 2008 hingga 2012, Kerajaan Negeri mengeluarkan pinjaman hampir RM9.7 juta kepada pelajar UiTM melibatkan 1,665 orang, manakala seramai 7,420 pelajar universiti itu mendapat hadiah RM1,000 selepas memasuki IPT berkenaan.
Sementara itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Azmizam Zaman Huri menyifatkan tindakan penggantungan pengajian Khalid adalah sebagai percubaan pihak berkepentingan yang takut dengan kebangkitan mahasiswa.
Menurutnya, sekiranya penggantungan pengajian Khalid tidak ditarik balik, AMK tidak teragak-agak untuk mendedahkan isu tersebut kepada orang ramai menerusi siri jelajah mahasiswa di seluruh Selangor.
Katanya, siri pertama akan dijalankan di Taman Setia, Jalan Johan Setia, Klang, pada 17 Jun ini.
"Saya ada bukti yang menunjukkan kebanyakan program di UiTM lebih cenderung untuk sokong BN. Malah, ada program motivasi yang diadakan menyatakan, sekiranya BN jatuh pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13), UiTM juga akan jatuh. Itu semua tidak benar, malah kami akan pertahankan UiTM," katanya.
selangorku/- | Ujian memandu guna kereta automatik ditangguh Posted: 11 Jun 2012 09:22 PM PDT 22 Rejab 1433H. [MOD] -
Pelaksanaan ujian memandu menggunakan kenderaan transmisi automatik yang sepatutnya dilaksanakan bulan lepas terpaksa ditangguhkan, kata Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri.
Beliau berkata penangguhan itu disebabkan kementerian masih menunggu kelulusan peruntukan untuk mencetak buku dan peralatan bagi institut memandu selaras dengan pengenalan kurikulum baru pendidikan pemandu.
"Kurikulum baru sudah tersedia dan kita jangkakan pelaksanaan ujian mungkin dibuat dalam tahun ini juga," katanya kepada Bernama, hari ini.
Abdul Rahim berkata peruntukan yang diperlukan untuk mencetak buku dan membeli peralatan adalah kira-kira RM5 juta.
Sebelum ini, kerajaan mengumumkan cadangan penggunaan kenderaan transmisi automatik bagi ujian memandu akan dilaksanakan pada bulan Mei sebagai langkah memudahkan lebih ramai rakyat negara memiliki lesen memandu terutama golongan yang telah berumur dan wanita.
Kurikulum baru itu memberi penekanan kepada usaha melahirkan pemandu yang berhemah dan berdisiplin berbanding kurikulum sebelum ini yang lebih kepada kemahiran dan pengetahuan tentang undang-undang di jalan raya.
- Bernama | Mayat dicampak tepi jalan Posted: 11 Jun 2012 09:21 PM PDT 22 Rejab 1433H. [MOD] - PERAI – Keengganan seorang lelaki warga Myanmar menyerahkan wang kepada tiga lelaki yang menyamar sebagai anggota polis membawa padah apabila dia ditemui mati berhampiran tapak pasar malam Taman Nagasari, di sini, malam kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 9.25 malam itu, mangsa yang dikenali sebagai Tunminhlat, 27, dikatakan sedang berjalan kaki bersama seorang rakannya di kawasan berkenaan sebelum dihampiri tiga lelaki bermotosikal. Lelaki berkenaan kemudiannya memperkenalkan diri sebagai anggota polis dan mengajak mangsa dan rakannya berbincang mengenai dokumen pengenalan diri. Kedua-dua mereka kemudiannya dibawa menaiki motosikal suspek ke suatu kawasan gelap untuk berbincang namun rakannya yang mengesyaki sesuatu tidak kena bertindak melarikan diri dengan terjun dari motosikal dan meninggalkan mangsa berseorangan bersama suspek. Dalam keadaan gelap, suspek dikatakan meminta sejumlah wang daripada mangsa, bagaimanapun mangsa enggan memberikannya menyebabkan berlakunya pergelutan. Malang tidak berbau apabila lelaki yang baru dua bulan datang ke sini untuk bekerja itu dibunuh dan mayatnya ditinggalkan di tepi jalan. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Azman Abd Lah ketika dihubungi mengesahkan kejadian. Katanya, terdapat kesan tikaman pada mayat mangsa, selain kepalanya berlumuran darah. "Siasatan masih dijalankan dan kita sedang berusaha untuk mengesan ketiga-tiga suspek yang melarikan diri dengan menunggang tiga motosikal sejurus selepas kejadian. "Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan kita minta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya tampil bagi membantu siasatan," katanya. Sinar Harian | Jalan mudah dapat wang Posted: 11 Jun 2012 09:20 PM PDT 22 Rejab 1433H. [MOD] - BUTTERWORTH - Seorang pelajar tingkatan dua sebuah sekolah di sini ditahan bersama empat remaja lain berusia antara 16 hingga 18 tahun dipercayai terlibat dengan kegiatan mencuri motosikal. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Zulkifli Alias berkata, kumpulan remaja ini merupakan antara kumpulan yang aktif mencuri motosikal sekitar daerah ini sejak sebulan lalu. "Dalam serbuan pada jam 4 pagi semalam oleh sepasukan anggota polis dari Cawangan Pencegahan Jenayah, Balai Polis Butterworth diketuai Inspektor Mohd Yusof Ibrahim itu, sebuah motosikal yang dilaporkan hilang di Mak Mandin hampir sebulan lalu ditemui. "Hasil siasatan ke atas pelajar berusia 14 tahun itu kemudiannya membawa kepada penemuan dua rangka motosikal yang ditemui di dalam anak Sungai Tok Sani dipercayai dibuang suspek selepas komponennya dileraikan," katanya. Zulkifli berkata, turut ditemui beberapa komponen motosikal yang dileraikan malah sebahagiannya sedia untuk dijual di rumah remaja berusia 14 tahun itu. Menurutnya, remaja yang diberkas itu kemudiannya mengaku terlibat dengan kegiatan mencuri tiga motosikal terbabit bersama empat rakannya yang lain. "Kesemua remaja itu kemudiannya dicekup seorang demi seorang di rumah masing-masing awal pagi semalam dan kini direman selama tiga hari untuk disiasat di bawah Seksyen 379(A) (1) Kanun Keseksaan," katanya. Zulkifli berkata, remaja itu juga mengakui kegiatan mereka itu bermula sejak sebulan lalu dan ianya dijadikan jalan mudah memperoleh komponen untuk diguna sendiri dan dijual. Sementara itu, ketika dibawa untuk mendapatkan perintah tahanan reman semalam, ahli keluarga semua remaja terbabit dilihat berada di perkarangan bilik reman untuk menemui anak masing-masing. Perintah tahanan reman terhadap semua remaja terbabit itu dikeluarkan Majistret Mohd Firdaus Abdul Wahab. Sinar Harian | Tolak usul jual rahsia: Pandikar Amin ditekan Posted: 11 Jun 2012 09:10 PM PDT 22 Rejab 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Jingga 13 menyelar tindakan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia apabila menolak usul tergempar yang meminta penjelasan Kementerian Pertahanan menjawab pendedahan penjualan dokumen sulit rahsia kepada syarikat pertahanan Perancis. Tindakan Pandikar Amin ini turut menunjukkan bahawa beliau berada di bawah telunjuk Umno bagi melindungi pengkhianat negara. Jelas Ketua Koordinatornya, Fariz Musa, alasan Pandikar Amin menolak usul tersebut kerana tidak mempunyai bukti dan hanya andaian semata-mata merupakan satu kenyataan yang dangkal dan tidak berasas. "Sedangkan Peguam Joseph Breham yang mewakili Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mendedahkan syarikat tersebut membayar 36 juta euro (RM142 juta) kepada Terasasi (Hong Kong) Ltd kononnya untuk kerja-kerja kejuruteraan komersial tetapi sebenarnya telah menjual maklumat keselamatan negara kepada syarikat Pertahanan Perancis," jelasnya. Tambahnya, Razak Baginda benar-benar kebal daripada sebarang tindakan , bukan sahaja usul tersebut ditolak sementah-mentahnya tetapi dakwaan serius berkaitan satu pengkhianatan kepada negera apabila membocor dan menjual maklumat kerahsiaan negara sedikit pun tidak diambil sebarang tindakan oleh pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM). "Sikap berdiam diri pihak ATM dan PDRM benar-benar menghairankan seolah-olah ada sesuatu yang disembunyikan daripada rakyat berkaitan Skandak Scorpene yang benar-benar mengaibkan negara. "Tetapi tindakan berbeda terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan Pakatan Rakyat yang dilihat dwi-standard apabila wujud fitnah dan tuduhan oleh pihak-pihak tertentu diambil tindakan drastik dan segera oleh pihak PDRM,SPRM dan sebagainya," jelas beliau lagi. Menurut Fariz lagi, kes yang sudah ditutup 17 tahun dulu juga dibongkarkan semula supaya menimbulkan persepsi negatif kepada pimpinan PKR dan Pakatan Rakyat. "Lagak Pandikar Amin benar-benar bertujuan menyelamatkan Datuk Seri Najib Razak, ketika itu sebagai Menteri Pertahanan yang turut terpalit dengan skandal pembelian 2 buah kapal selam serta pembocoran dan penjualan dokumen rahsia negara oleh Razak Baginda dan bapanya yang merupakan rakan akrab kepada Najib. "Rakyat ingin mengetahui siapakah yang telah memberikan keizinan atau membenarkan Razak Baginda memperolehi dokumen rahsia keselamatan negara tersebut? "Skandal Scorpene adalah isu yang benar-benar memalu dan menjatuhkan maruah negara," tegasnya. Jingga 13 mencabar agar Tan Sri Pendekar Amin meletak jawatan dengan segera kerana beliau tidak punya integriti dan kreadibiliti sebagai Speaker Dewan Rakyat yang bersekongkol dengan pengkhianat negara. Harakah Daily | Ibu: Takziah buat Jamil Khir Posted: 11 Jun 2012 09:04 PM PDT 22 Rejab 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS WP (DPPWP) mengucapkan takziah kepada Datuk Seri Jamil Khir Baharom kerana telah kehilangan ibunya yang meninggal dunia pada pagi tadi. DPPWP dimaklumkan bahawa Allahyarhamah Hasiah@Halijah AHmad telah meninggal dunia selepas Subuh tadi akibat sakit tua, kata Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad. DPPWP mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama golongan para solihin. "Semoga Datuk Seri Jamil Khir tabah sentiasa di atas kehilangan seorang ibu yang amat disayangi," kata Kamaruzaman. Ibu Jamil Khir, Hasiah@Halijah Ahmad, 71, meninggal dunia akibat sakit tua di kediaman menteri itu di ibu negara, pagi ini. Setiausaha akhbar Jamil Khir, Mejar Suleiman Moideen, berkata jenazah Hasiah yang meninggal dunia selepas Subuh tadi kini ditempatkan di rumah Jamil Khir di No 8, Jalan 5-12 C, Kg Batu Muda, Batu 4 1/2 Jalan Ipoh. Jenazah akan disembahyangkan selepas solat Zohor di Masjid Saidina Hamzah dan dikebumikan di tanah perkuburan Raudahtul Sakinah, Kg Batu Muda, kata Suleiman ketika dihubungi hari ini. Allahyarhamah meninggalkan tiga orang anak. Jamil Khir adalah anak sulung beliau. Harakah Daily | Pemuda tawar Puad Zarkashi sertai PAS semula Posted: 11 Jun 2012 09:01 PM PDT 22 Rejab 1433H. [MOD] - JOHOR BAHRU: Pemuda PAS Johor menyifatkan Dr Puad Zarkashi menyindir Umno Johor apabila berkata PAS Johor rugi besar kerana perpecahan dalam DAP. Ketuanya, Suhaizan Kaiat (gambar) berkata, perpecahan Umno Johor terlalu ketara dan Puad perlu fikir kembali dan sewajarnya meninggalkan parti itu dan menyertai semula PAS yang pernah disertainya sebelum ini. "PAS Johor tidak menjadi pilihan rakyat Johor semasa Dr Puad Zarkashi berada dalam PAS dahulu. Sekarang PAS Johor sudah jauh berubah. "Saya kira sudah sampai masanya Dr Puad Zarkashi bersama pimpinan PAS Johor dan PR menubuhkan kerajaan yang jauh lebih bersih dan berkemampuan memerintah Johor selepas pilihanraya ke-13," kata Suhaizan dalam satu kenyataan medianya har ini. Puad, ahli Majlis Tertinggi Umno baru-baru ini mendakwa PAS Johor rugi kerana DAP sedang berpecah di negeri itu. Bagi Suhaizan, ia hanya kenyataan sindiran kepada Umno yang rata-rata berpecah di negeri itu. Pemuda PAS Johor berpandangan bahawa Dr Puad Zarkashi sedang memukul anak untuk sindir menantu, kata Suhaizan. Perpecahan yang serius bukan berlaku dalam parti-parti dalam Pakatan Rakyat sebaliknya berlaku dalam kepimpinan UMNO di Johor sendiri. Dr Puad Zarkashi kononnya memukul PAS dan DAP tetapi hakikat sebenarnya sedang memukul UMNO Johor, dakwa beliau. Menurut Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS itu, pepecahan dalam UMNO Johor berlaku di semua peringkat daripada sayap-sayap, cawangan, bahagian dan negeri. Pemuda UMNO Johor kelihatan tidak bermaya untuk menghadapi pilihanraya umum ke-13, katanya. Ketua Pemuda UMNO Johor Baharu dan Tebrau lebih menampil dibandingkan dengan Ketua Pemuda UMNO Johor. Perkara ini berlaku akibat daripada masalah dalaman Pemuda UMNO Johor sendiri. UMNO Johor sudah 6 tahun tidak mengadakan konvensyennya, tambah beliau. Kali terakhir konvensyen di adakan adalah pada 5 November 2006. Pada kovensyen tersebut Dr Puad Zarkashi dengan lantang membantah Pembelajaran dan Pengajaran Sains Dan Mathematik Dalam Bahasa Inggeris(PPSMI). Mengikut sumber dalaman, UMNO Johor tidak lagi membuat konvenysen adalah kerana Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman tidak dapat menjawab pelbagai masalah yang berlaku di Negeri Johor khusunya yang berlaku diperingkat bahagian-bahagian UMNO Johor. Perpecahan UMNO di peringkat bahagian tertentu sangat serius sehingga sukar untuk kepimpinan UMNO meletakkan calon dalam pilihanraya umum akan datang, tambah beliau. Sebagai contoh pertembungan klasik, yang semua orang UMNO mengetahuinya, berlaku dalam UMNO Bahagian Pulai di antara Ketua Bahagian UMNO Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Adun Kempas Datuk Osman Sapian. "Pertembungan ini sangat serius sehingga menyukarkan UMNO meletakkan calon Parlimen Pulai dan DUN Kempas," dakwa Suhaizan. Menurutnya, calon Menteri Besar Johor daripada Barisan Nasional (BN) juga menghadapi masalah. Datuk Abdul Ghani besar kemungkinan tidak akan menjadi Menteri Besar Johor selepas pilihanraya umum akan datang. Ini kerana UMNO Johor perlukan penyegaran dengan kempimpinan yang baru. Kekosongan ini telah menyebabkan berlakunya lobi melobi antara bakal calon-calon Menteri Besar Johor. Proses lobi melobi ini telah menyebabkan perpecahan UMNO Johor. "Berita ini kebanyakkan rakyat Johor memahaminya," dakwa beliau. Kesan kepada perpecahan UMNO Johor ini, dakwa beliau, telah menyebabkan Pengerusi Perhubungan UMNO Johor Datuk Abdul Ghani terpaksa membuat lawatan disetiap bahagian UMNO di Johor lebih daripada sekali untuk membuat persiapan pilihanraya umum akan datang. Presiden UMNO dan Timbalannya kerap membuat lawatan ke Johor sehingga lebih tiga kali dalam tempoh satu bulan. Lawatan-lawatan politik seumpama ini tidak pernah berlaku pada pilihanraya umum sebelum ini di negeri Johor. "Salah satu punca kenapa Datuk Seri Mohd Najib Razak masih belum membubarkan parlimen adalah berpunca daripada ketidakyakinan Presiden UMNO mengekalkan kemenangan di Johor seperti sebelum ini," katanya. Terdapat sembilan kerusi parlimen BN yang panas di Johor. Semakin hari semangkin banyak bilangan parlimen yang panas kepada BN di Johor. Walaubagaimana pun, kata Suhaizan, keperihatinan Dr Puad Zarkashi terhadap PAS yang mahu menubuhkan kerajaan bersama PR di Johor adalah sesuatu yang membanggakan. Ini memberi gambaran bahawa dalam hati Dr Puad Zarkashi sudah ada sinar cahaya PAS, sebuah parti yang pernah dianggotainya suatu masa dahulu. Harakah Daily | Pengedar tak serik-serik Posted: 11 Jun 2012 08:49 PM PDT 22 Rejab 1433H. [MOD] - MANJUNG - Tidak pernah serik! Itulah yang berlaku kepada seorang pengedar dadah yang baru sahaja tamat menjalani hukuman di bawah undang-undang langkah pencegahan khas apabila dia ditangkap semula bersama dadah seberat 8.3 kilogram pada 7 Jun lalu. Pemangku Ketua Polis Daerah Manjung, Deputi Superintendan Ahmad Mat Isa berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung telah melakukan serbuan di sebuah tempat ternakan ayam di Pantai Remis, di sini. Menurutnya, dalam serbuan itu, pihaknya menemui 10 ketulan mampat dipercayai ganja dan dua bekas silinder dipercayai mengandungi ganja di dalam sebuah pondok. "Pondok berkenaan didiami oleh seorang lelaki berumur lewat 30-an dan lelaki berkenaan turut ditangkap untuk siasatan. "Tangkapan yang dilakukan di Batu 51, Jalan Kampung Sungai Batu, Pantai Remis itu adalah hasil maklumat orang awam dan juga intipan yang telah dilakukan," katanya dalam sidang media semalam. Ahmad berkata, nilai rampasan itu dianggarkan sebanyak RM21,000. "Suspek yang kita tahan itu sudah lama melakukan kegiatan ini dan baru sekarang kita berjaya menahannya bersama barang bukti. "Dia yang merupakan penagih memang bekerja sebagai pengedar dadah telah ditahan reman sehingga Khamis ini. "Kita akan memohon bagi reman kali kedua," katanya. Katanya, suspek boleh dijatuhkan hukuman mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan. Sinar Harian | Dua beradik berdepan hukuman gantung Posted: 11 Jun 2012 08:47 PM PDT 22 Rejab 1433H. [MOD] - AYER KEROH - Dua beradik dan seorang rakan mereka berdepan hukuman gantung sampai mati selepas didakwa atas kesalahan mengedar 105.6 gram dadah jenis methamphetamine, awal tahun ini. Pasangan adik beradik Norasnirah Rahman, 31, dan Nuraini Nazihah Rahman, 24, bersama Goh Ming Han, 25, didakwa di Mahkamah Tinggi Ayer Keroh, di sini semalam selepas kes dipinda dari Mahkamah Majistret. Ketiga-tiga tertuduh didakwa mengedar dadah berkenaan di dalam almari sebuah di sebuah rumah No B1, Pangsapuri Kesidang Seksyen 2, Jalan Kesidang 2/11, Taman Kesidang Seksyen 2, Tengkera, kira-kira 3.30 petang pada 26 Januari 2012. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan setelah tertuduh faham pertuduhan dibacakan di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Radzilawatee Abd Rahman. Kes pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya M Rebecca, sementara peguam bela S Chelvarajan mewakili Ming Han. Selepas dimohon pihak pendakwaan, Radzilawatee menetapkan 2 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes, selain mengarahkan Norasnirah dan Nuraini Nazihah melantik peguam. Sinar Harian | Pemandu lalui detik cemas Posted: 11 Jun 2012 08:46 PM PDT 22 Rejab 1433H. [MOD] - KUALA LANGAT - Seorang pemandu melalui detik mencemaskan apabila kereta jenis Proton Saga berwarna hijau tiba-tiba mengeluarkan asap sebelum terbakar dalam satu insiden kira-kira jam 2.15 petang di hadapan Giat Mara Banting, semalam. Pegawai Bomba Andalas Klang, Rusdi Hainan berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 2.21 petang itu tiba di tempat kejadian jam 2.32 petang. Menurutnya, mangsa, Sakon Kasman, 55, memandu dari arah Banting menghala ke Klang terpaksa memberhentikan kenderaan di bahu jalan apabila menyedari bahagian enjin kenderaannya mula mengeluarkan asap. Menurutnya, mangsa berusaha memadamkan api melalui air paip dari sebuah pejabat berhampiran. "Kira-kira 40 minit kemudian anggota bomba berjaya memadamkan api. "Bomba Andalas Klang turut ke lokasi membantu jentera Balai Bomba Banting," katanya kepada Sinar Harian. Sinar Harian | Misteri kehilangan tiga kanak-kanak terjawab Posted: 11 Jun 2012 08:43 PM PDT 22 Rejab 1433H. [MOD] - SUNGAI SIPUT - Misteri kehilangan tiga kanak-kanak di sini, Sabtu lalu, selesai setelah mereka ditemui oleh anggota Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPAM), di Rimba Panjang, dekat sini, pada malam kejadian. Timbalan Ketua Polis Daerah Sungai Siput (U), Deputi Superintendan Ernest John memaklumkan, anggota JPAM yang menemui kanak- kanak terbabit merupakan sukarelawan yang turut serta dalam operasi mencari bersama sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Siput. Menurutnya, semua kanak- kanak terbabit yang juga pelajar Sekolah Kebangsaan Muhibbah, dilaporkan hilang sejak keluar rumah pada awal pagi, hari kejadian dan dipercayai sedang dalam perjalanan pulang ke rumah masing- masing ketika ditemui. "Berdasarkan keterangan kanak-kanak terbabit, mereka dipercayai takut untuk pulang ke rumah setelah berbohong kepada ibu bapa masing-masing, mengatakan mereka perlu menghadiri kelas tambahan di sekolah. "Ketiga-tiga kanak-kanak itu telah berbasikal jauh hingga ke Chepor dan bermalam di kaki lima kedai di sekitar Chemor sebelum bergerak untuk pulang ke rumah masing-masing," katanya ketika dihubungi, semalam. Tambah beliau, semasa dalam perjalanan pulang, semua kanak-kanak terbabit, iaitu, P Mugansundram, 12, S Vijay, 12, dan Muhamad Nazir Hussen, 12 ditemui anggota JPAM dan dibawa ke IPD Sungai Siput, sebelum dihantar pulang ke rumah masing-masing. "Setelah penemuan semua kanak-kanak terbabit, kita anggap kes ini selesai dan saya nasihatkan agar ibu bapa lebih mengambil berat tentang anak-anak mereka. "Ibu bapa memainkan peranan penting dalam perkara seumpama ini dan mereka perlu sentiasa mengambil tahu aktiviti anak-anak termasuk dengan siapa anak-anak mereka berkawan," tegas beliau Sinar Harian | Racun lembu angkara cemburu Posted: 11 Jun 2012 08:30 PM PDT 22 Rejab 1433H. [MOD] - JENGKA – Seorang penternak lembu mengalami kerugian lebih RM17,000 apabila sebanyak 17 haiwan ternakannya itu mati dipercayai akibat termakan racun. Penternak terbabit, Alias Ahmad, 38, berkata, kejadian berlaku Sabtu lalu dan ketika itu dia berada di Kuantan atas urusan kerja. Menurutnya, dia hanya tahu mengenai perkara itu apabila dihubungi rakan pada sebelah petang hari sama. "Petang itu saya mendapat panggilan telefon daripada seorang rakan mengatakan lembu ternakan saya mati di ladang kelapa sawit Felda Ulu Jempol. "Sebaik sahaja mengetahui perkara itu, saya bergegas pulang ke rumah untuk memeriksa keadaan lembu terbabit," katanya. Alias berkata, sebaik tiba sekitar jam 10 malam, dia mendapati beberapa bangkai lembu bergelimpangan di ladang kelapa sawit itu. "Saya tidak nampak jumlah lembu ketika itu dan mengambil keputusan untuk melihatnya keesokan pagi. "Sekitar jam 8 pagi, saya menjenguk kembali ladang terbabit dan mendapati terdapat lebih 17 bangkai lembu bergelimpangan," katanya. Alias berkata, dia percaya lembu-lembunya itu mati akibat termakan racun. "Saya percaya ternakan saya mati akibat termakan racun diletakkan seseorang dalam garam dimakan lembu terbabit kerana arwah ayah juga pernah mengalami perkara sama 10 tahun lalu," katanya. Menurutnya, dia tidak mahu mengesyaki sesiapa dan percaya dia tidak pernah menimbulkan kemarahan mana-mana pihak sebelum ini. "Saya tidak pernah membuatkan orang sakit hati, malahan seingat saya tidak pernah menerima sebarang rungutan sama ada lembu saya mengganggu tanaman mereka," katanya. Bagaimanapun dia mengesyaki kemungkinan ada orang iri hati dengan kejayaannya menjuarai Kategori Ternakan Ruminan Anugerah Usahawan Felda 2012, Khamis lalu. "Saya tidak menolak kemungkinan itu. Ketika kejadian sama menimpa arwah ayah, dia turut menerima anugerah dalam bidang keusahawanan," katanya. Katanya lagi, dia sudah membuat laporan polis berhubung kejadian itu, bagaimanapun gagal menghubungi veterinar untuk menjalankan siasatan lanjut kerana kejadian tersebut berlaku ketika cuti umum. Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Ahmad Johari Shahabudin mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu. "Kita percaya tiada unsur jenayah berikutan haiwan ternakan terbabit bukan dalam kandang," katanya. Sinar Harian | Dua kenderaan rempuh babi Posted: 11 Jun 2012 08:29 PM PDT 22 Rejab 1433H. [MOD] - ROMPIN – Dua kenderaan remuk selepas masing-masing merempuh seekor babi hutan yang melintas jalan di Kilometer 132 Jalan Kuantan Seremban, di sini, lewat petang kelmarin. Dalam kejadian jam 6.45 petang itu, sebuah kereta Perodua Kancil remuk pada bahagian bamper depan, manakala kenderaan pelbagai guna (MPV) Proton Exora pula remuk pada bahagian bonet dan cermin depan penumpang. Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya berkata,kehadiran secara tiba-tiba babi hutan itu menyebabkan pemandu kereta kancil, Wan Mohd Saiful Wan Ishak, 24, gagal mengawal kenderaan lalu merempuh haiwan terbabit. "Pemandu kancil terbabit dipercayai dalam perjalanan dari Seremban menuju ke Keratong 9, namun mangsa tidak sempat mengelak apabila seekor babi hutan tiba-tiba melintas dari arah kanan ke kiri jalan," katanya. Johari berkata, secara kebetulan, Proton Exora yang melalui jalan bertentangan tidak sempat mengelak apabila haiwan itu tercampak ke kiri jalan lalu terkena bonet depan kenderaan terbabit. "Proton Exora yang tidak sempat mengelak haiwan itu berhenti secara tiba-tiba hingga mengakibatkan cermin depan tempat duduk penumpang pecah," katanya. Sementara itu, pemandu Proton Exora, Mohd Zainudin Sulong, 38, berkata, kemalangan itu menyebabkan urusannya untuk pulang segera ke rumahnya di Sungai Kelamah, Gemas, Negeri Sembilan, tergendala. "Kereta saya rosak teruk dan mujur adik saya dari Kuantan datang ke tempat kejadian sebelum menghantar kami pulang ke rumah," katanya kepada Sinar Harian. Mohd Zainudin yang juga seorang anggota tentera di Gemas berkata, seorang anaknya, Khairul Afiq, 13, mengalami luka di bahagian tangan selepas terkena serpihan kaca cermin depan kereta tersebut. Bagaimanapun, katanya, lima penumpang lain termasuk isterinya, Sulaiha Mustafa, 34, dan empat lagi anaknya iaitu, Khairul Nizam, 10, Khairul Hakimi, 9, Khairul Zakirin, empat tahun dan khairul Ikhwan yang berusia dua bulan, tidak mengalami kecederaan. "Apa pun saya reda dengan kejadian ini dan bersyukur kerana kami selamat," katanya. Sinar Harian | Padang teruk: Fabregas Posted: 11 Jun 2012 08:28 PM PDT 22 Rejab 1433H. [MOD] - MENGAKUI aksi pembukaan kumpulan C menentang Itali merupakan perlawanan yang sangat sukar buat Sepanyol, Cesc Fabregas bagaimanapun percaya mereka berhak mencatat keputusan yang lebih baik daripada sekadar seri 1-1, awal pagi semalam. Menyalahkan permukaan padang di Arena Gdansk yang kering melambatkan pergerakan mereka, pemain tengah La Roja itu nyata kecewa apabila gagal beraksi dengan baik meskipun berjaya menghadiahkan gol penyamaan buat pasukannya. "Ia perlawanan yang sangat sukar buat kami terutama apabila berdepan dengan pasukan lawan yang kuat. "Permukaan padang yang tidak elok banyak merencatkan pergerakan, malah boleh mendatangkan kecederaan sekiranya tersilap langkah," katanya. Sementara itu, tidak kecewa dengan aksi anak buahnya yang gagal mencatat kemenangan, pengendali Sepanyol, Vicente Del Bosque sebaliknya gembira dengan barisan pemain yang diturunkannya. "David Silva, Fabregas dan Andres Iniesta berjaya mempamerkan aksi mantap dan mengekalkan momentum meskipun mereka gagal melaksanakan strategi dengan baik. "Tidak dinafikan kami gagal menyudahkan beberapa peluang untuk menjaringkan gol begitu juga dengan mereka (Itali), namun ini hanyalah permulaan," katanya. Sinar Harian | Kaki pancing lemas Posted: 11 Jun 2012 08:27 PM PDT 22 Rejab 1433H. [MOD] - KAMPAR - Keseronokan tiga kaki pancing bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka ditemui lemas dipercayai terjatuh di lombong Kampung Changkat Baru, Malim Nawar, pagi semalam. Mangsa, Yung Shu Gen, 34, warganegara China adalah penuntut jurusan kulinari di sebuah kolej swasta di Kuala Lumpur, ditemui tersangkut di celah batu kira-kira 15 meter dari tempat terjatuh. Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Abdul Aziz Salleh berkata, pihaknya menerima panggilan daripada rakan mangsa pada jam 5.50 petang kelmarin dan segera memaklumkan kepada bomba untuk mendapatkan bantuan. Menurutnya, sewaktu kejadian, mangsa bersama dua adik-beradik lelaki yang merupakan teman serumah sedang memancing di kawasan lombong berkenaan. "Siasatan awal mendapati, mangsa dipercayai pergi ke tebing untuk mencuci muka kerana cuaca panas sebelum tergelincir dan jatuh. "Dua rakannya yang berada di situ cuba menyelamatkan mangsa namun gagal apabila mangsa tenggelam dengan pantas kerana kawasan lombong itu mulai gelap dan airnya terlalu dalam," katanya ketika ditemui di sini, semalam. Dalam perkembangan sama, Abdul Aziz berkata, mangsa baru mengenali kedua- dua adik-beradik berusia 47 dan 41 tahun itu tiga bulan lalu. Katanya, mereka sering ke lombong, sungai mahupun tasik untuk memancing. "Kami difahamkan mereka sudah berada di sini (Kampar) sejak Jumaat lalu dan singgah di beberapa kolam pancing itu untuk memancing," katanya. Ujarnya, kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut kerana tiada unsur jenayah ditemui pada mayat mangsa. "Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kampar untuk dibedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga," katanya. Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kampar, Zainuddin Daud berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 6.04 petang dan sebuah jentera dikejarkan ke tempat kejadian. Menurutnya, pada operasi peringkat awal pihaknya menggunakan sebuah bot dalam operasi mencari dan menyelamat serta dibantu unit penyelam. "Pada hari ini (semalam), operasi disambung bermula jam 7 pagi dan tiga bot digunakan dalam operasi tersebut. "Seramai, 50 anggota terdiri daripada pasukan bomba dan penyelamat, polis, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan Ikatan Relawan Malaysia (Rela) terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat itu," katanya. Katanya, mayat mangsa ditemui kira-kira jam 10.20 pagi oleh unit penyelam dan operasi tamat 10 minit kemudian. Difahamkan lombong itu pernah meragut tiga nyawa sebelum ini dan mangsa adalah mangsa keempat tragedi lemas di kawasan yang sama. Sinar Harian | Croatia langkah kanan Posted: 11 Jun 2012 08:26 PM PDT 22 Rejab 1433H. [MOD] - CROATIA memulakan kempen Euro dengan cemerlang selepas mengalahkan Republik Ireland 1-3 pada perlawanan pertama peringkat Kumpulan C di Poznan, awal pagi semalam. Pasukan di ranking kelapan dunia itu tidak menunggu lama apabila membuka jaringan seawal minit ke-3 menerusi tandukan Mario Mandzukic. Bagaimanapun pertahanan Ireland, Sean St Ledger merapatkan kedudukan pada minit ke-19 sekali gus memberikan keceriaan buat lebih 20,000 penyokongnya yang berkampung di Poland. Namun kedudukan itu tidak bertahan lama apabila Croatia kembali mengatur serangan dan hasilnya anak buah Slaven Bilic menggandakan jaringan menerusi Nikica Jelavic dua minit sebelum babak pertama ditamatkan. Mandzukic muncul pemusnah apabila menjaringkan gol kedua peribadi pada minit ke-48, sekali gus memberi kemenangan selepas buat Croatia. "Saya sudah menjangkakan kemenangan ini. Ia seperti apa yang saya ramalkan. "Semuanya berjalan lancar dan saya berpuas hati dengan persembahan pemain," kata Bilic. Sementara itu jurulatih Ireland, Giovanni Trapattoni percaya anak buahnya mampu melangkah ke suku akhir meskipun tewas pada perlawanan tersebut. "Kami harus percaya. Setiap perlawanan mesti ada kejutan. Selepas ini kami bertemu Sepanyol dan ia bukannya tugas mudah. "Mereka juara dunia dan juara bertahan. Tapi, dalam perlawanan bola sepak apa sahaja boleh berlaku," katanya. Sinar Harian | Gol terbaik saya: Di Natale Posted: 11 Jun 2012 08:10 PM PDT 22 Rejab 1433H. [MOD] - BIARPUN dipalit skandal mengatur perlawanan dan tumpas dalam dua pertemuan persahabatan terakhir tahun ini, skuad Itali tidak patah semangat. Buktinya, Azzuri hampir mengejutkan penyandang juara, Sepanyol dengan mencatat keputusan seri 1-1 pada aksi pembukaan Kumpulan C Euro 2012 di PGE Arena di Gdansk, Poland, awal pagi semalam. Penyerang Itali, Antonio Di Natale menggegar jaring lawan pada minit ke-60 dan menyifatkan gol itu antara jaringan tercantiknya di pentas antarabangsa. "Saya teruja kerana menjaringkan gol dengan hanya satu sentuhan. Hantaran Andrea Pirlo tepat ke arah kaki dan saya fikir inilah gol terbaik sepanjang bersama Azzurri," katanya. Di Natale pernah terlepas sepakan penalti pada Euro 2008 ketika perlawanan suku akhir menentang Sepanyol dan gembira kembali menebusnya pada kempen kali ini. "Saya masih tidak dapat melupakan tragedi kegagalan menyempurnakan sepakan penalti empat tahun lalu. Kini, saya berpuas hati," katanya. Sinar Harian | Sepanyol hampir diaibkan Posted: 11 Jun 2012 08:09 PM PDT 22 Rejab 1433H. [MOD] - JUARA bertahan, Sepanyol hampir diaibkan pada perlawanan pembukaan Kumpulan C sebelum bangkit mengikat Itali 1-1 pada aksi penuh rancak dan bertenaga di Gdansk, Poland, awal pagi semalam. Di atas kertas, pasukan bimbingan Vicente del Bosque itu mudah menundukkan Azzurri namun sebaliknya berlaku. Tanpa sebarang jaringan pada babak pertama walaupun kedua pasukan banyak mencipta banyak gerakan menarik. Akhirnya, Antonio Di Natale memecah kebuntuan jaringan pada minit ke-60 apabila melepaskan sepakan padu hasil hantaran Andrea Pirlo. Namun, Cesc Fabregas menjadi penyelamat apabila menyamakan kedudukan selang empat kemudian bagi memastikan La Roja berkongsi satu mata dengan Itali. Dalam pada itu penyerang Sepanyol, Fernando Torres menggesa rakan sepasukan bangkit memburu kemenangan andai mahu ulangi kejayaan Eruo 2008. "Kami perlu memenangi perlawanan baki dua pertemuan selepas ini walau apa yang berlaku," katanya. Sementara itu, jurulatih Itali, Cesare Prandelli kecewa dan menyifatkan mereka sepatutnya keluar sebagai pemenang. "Memang kecewa, tapi saya anggap keputusan seri adil buat kedua-dua pasukan," katanya. Sinar Harian | Mathijsen kembalikan semula sinar Oranje Posted: 11 Jun 2012 08:07 PM PDT 22 Rejab 1433H. [MOD] - BELANDA dijangka bangkit daripada kekecewaan apabila tonggak pertahanan utamanya, Joris Mathijsen dilaporkan sudah pulih sepenuhnya daripada kecederaan hamstring dan akan turun beraksi dalam perlawanan kedua saingan peringkat kumpulan B. Mathijsen yang tidak dapat diturunkan dalam perlawanan pembukaan saingan Euro 2012 kini diharapkan mampu mengembalikan semula sinar kepada skuad kendalian Bert van Marwijk selepas mereka tewas kepada pasukan bukan pilihan Denmark 0-1 Sabtu lalu. Akan menggantikan Ron Vlaar dalam pertemuan menentang Jerman esok, pemain tengah Malaga berusia 32 tahun itu dilihat menggalas cabaran besar untuk memastikan The Oranje memenangi perlawanan tersebut ataupun mereka terpaksa mengangkat kaki lebih awal sebelum layak ke perlawanan final. Terdesak untuk mendapatkan kemenangan pertama mereka, Belanda yang berkongsi kedudukan sebagai pasukan pilihan dengan Jerman dalam kumpulan B dilihat akan berdepan dengan laluan sukar apabila bertemu dengan skuad kendalian Joachim Low yang kini berada di tangga teratas dengan tiga mata. Sinar Harian | Lori dipenuhi 10.6j rokok putih Posted: 11 Jun 2012 08:06 PM PDT 22 Rejab 1433H. [MOD] - JOHOR BAHRU – Tindakan pantas anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor menahan tiga lori dalam kejadian berasingan Jumaat lalu, berjaya merampas 10.6 juta batang rokok putih dan mematahkan tiga kes penyeludupannya membabitkan nilai dan cukai sebanyak RM5.8 juta. Pengarah Kastam Negeri, Datuk Ramli Johari berkata, dua lori ditahan dalam kejadian berasingan pada jam 11.30 pagi ketika sedang berhenti di tengah-tengah Tambak Johor dalam keadaan mencurigakan. "Pemandu kedua-dua lori gagal mengemukakan sebarang dokumen apabila dihampiri anggota penguatkuasa, dan mereka terus dibawa ke Bangunan Sultan Iskandar (BSI) bersama lori masing-masing untuk pemeriksaan rapi. "Hasil pemeriksaan kami menemui sejumlah rokok putih jenama Luffman, Canyon dan John yang dianggarkan bernilai RM275,000 dengan nilai cukai sebanyak RM2.73 juta bagi kes pertama. "Manakala dalam kes kedua, kami berjaya menemui 210 kotak rokok putih jenama John yang ditaksirkan bernilai RM105,000 dengan nilai cukai RM1.04 juta," katanya dalam sidang media di Menara Kastam, di sini, semalam. Sementara itu dalam kes ketiga, Ramli berkata, seorang pemandu bersama kelindannya ditahan dalam pemeriksaan lori di laluan pintu keluar barangan import, Unit Kawalan Risiko BSI pada jam 2 petang, Jumaat lalu. "Bertindak atas maklumat diterima, sepasukan anggota dari Bahagian Penguatkuasaan menahan lori berkenaan untuk pemeriksaan rapi dan menemui sejumlah rokok jenama Modeng dan Romantis. "Kesemua barang berkenaan dianggarkan bernilai RM150,000 dengan cukai terlibat sebanyak RM1.49 juta. "Jumlah keseluruhan barangan yang ditahan bagi ketiga- tiga kes membabitkan nilai RM530,000 dengan jumlah cukai RM5.26 juta," katanya. Dalam pada itu Ramli berkata, barangan yang dirampas dalam ketiga-tiga kes berkenaan merupakan barangan larangan import dan kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 dibaca bersama Seksyen 139 akta sama. "Bagi kesalahan di bawah Seksyen 135(1) mereka yang sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang sepuluh kali gan-da nilai barang dan tidak lebih 20 kali ganda nilai barang atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya," katanya. Katanya, mereka yang ditahan berusia di antara 22 hingga 44 tahun dan masih direman untuk siasatan lanjut. Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan ketiga-tiga kes berkenaan saling berkaitan. Sinar Harian | |
PAS Negeri Sembilan Posted: 11 Jun 2012 09:13 PM PDT Sumbangan Ramadhan untuk Rumah Penempatan Sementara Posted: 11 Jun 2012 12:42 AM PDT Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan, sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan dan berasaskan perkhidmatan kebajikan semata-mata mempelawa mana-mana pihak untuk menyalurkan bantuan kepada cabang perkhidmatan kami sebuah Rumah Penempatan Sementara untuk golongan yang memerlukan yang berpusat di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Segala bentuk sumbangan boleh dihantar atau disalurkan melalui mana-mana kaedah berikut :-
1. Pos : No. 22 A Jalan Angkasaria, Taman Bukit Pilah Perdana, 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Tel:- 06-4810122 / 06-4810092 / 06-4810068
2. Hand Phone: 013-272 3079 ( Puan Zarinah )
3. Bank In/Transfer/Cek : Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan, Bank Islam Malaysia Berhad, Cawangan Tampin, No. Akaun: 0502 101 001 9276
4. Hantar Sendiri :- One Stop Centre, Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan, Unit Ukhuwah, Pusat Dakwah Islamiah, Paroi, Seremban, Negeri Sembilan. Tel:- 06-678 1021
5. Hand Phone: 012- 632 1519 ( Hajah Norizan )
| |
PAS CAWANGAN KERATONG 04 ROMPIN PAHANG Posted: 11 Jun 2012 09:03 PM PDT |
PAS Kawasan Miri Posted: 11 Jun 2012 07:42 PM PDT Pelajar Bumiputera Sarawak di Diskriminasi ? Posted: 11 Jun 2012 04:30 AM PDT Mengapa Pelajar Bumiputera Sarawak Sukar Diterima Masuk ke UiTM?Universiti Teknologi MARA (UiTM) merupakan sebuah universiti kerjasama pendidikan awam dengan kampus utama yang terletak di Shah Alam, Selangor, Malaysia. Ia adalah institusi utama Sistem Universiti Teknologi MARA, universiti terbesar di Malaysia dari segi saiz dan enrolmen pelajar dan satu-satunya universiti awam yang menjalankan pengambilan dua kali setahun. Kemasukan universiti adalah terbuka kepada Bumiputera dan pelajar antarabangsa sahaja, kecuali bagi program-program persediaan yang dijalankan di Pusat Pendidikan Antarabangsa (INTEC), Malaysia di mana bukan Bumiputera diterima. Dasar ini dilindungi menurut kuasa Perkara 153 Perlembagaan Malaysia. Kita ada menerima aduan daripada ibubapa pelajar bumiputera Sarawak yang mengatakan sukar bagi anak mereka untuk masuk ke universiti tersebut disebabkan status bangsa anak mereka terutama sekali ibu mereka bukan bumiputera sedangkan bapa mereka adalah bumiputera asal Sarawak, Kalau mengikut keturunan selalunya ikut daripada keturunan seorang bapa bukannya ibu. Apakah taraf status sebenar "Bumiputera" yang dibenarkan oleh UiTM dalam pengambilan pelajar bumiputera dari Sarawak? Adakah kedua ibubapa pelajar mesti bumiputera sepenuhnya? Bagaimana pula sekiranya bapa pelajar bumiputera berkahwin dengan ibu yang bukan bumiputera maka adakah anaknya tidak diiktiraf sebagai bumiputera? Inilah persoalan yang sering timbul kepada pelajar bumiputera Sarawak yang ingin melanjutkan pelajaran ke UITM dimana masalah akan timbul apabila bapa pelajar bumiputera berkahwin campur dengan orang bukan bumiputera. Ibubapa pelajar dari Sarawak khususnya amat kesal dengan sikap pengurusan UiTM dalam urusan pengambilan pelajar baru dari Sarawak disebabkan status ibubapa mereka. Kita mendesak agar pihak kementerian pelajaran dapat menjelaskan dengan segera taraf status Bumiputera yang sebenarnya agar tidak menyusahkan pelajar bumiputera Sarawak dari terus terpinggir dari pelajaran. Kebanyakan perkara ini berlaku kepada pelajar bumiputera Sarawak yang kedua ibubapanya berkahwin campur. Jangan pinggirkan atau diskriminasi pelajar bumiputera dari Sarawak untuk sama-sama maju kehadapan bersama pelajar dari Semananjung kerana Sarawak adalah sebahagian daripada Malaysia. Berlaku adillah kepada semua tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik demi masa depan pelajar tersebut nanti. Jofri Jaraiee PAS Miri, SARAWAK English version Why Sarawak Bumiputera students Difficult to be accepted into UiTM?UiTM MARA University of Technology is a co-educational public university with its main campus located in Shah Alam, Selangor, Malaysia. It is the flagship institution of the Universiti Teknologi MARA System, the largest university in Malaysia in terms of size and student enrollment and the only public university carrying out intakes twice a year. University admission is open to Bumiputeras and international students only, except for preparatory programmed conducted at International Education Centre (INTEC), Malaysia where non-Bumiputeras are admitted. This policy is protected by virtue of Article 153 of the Constitution of Malaysia. We have received complaints from parents of the Sarawak native's students say it is difficult for their children to go to university because of the racial status of their children especially their non-indigenous mothers while their father was the original natives of Sarawak, if we follow the descent usually follow a descendant of a father rather than mother. What is the standard of the actual status of "Bumiputera" authorized by UiTM in the recruitment of indigenous students from Sarawak? Are both parents of the students must be fully native? What if the father of the students is indigenous and married to mothers who are not indigenous, is it not recognized as an indigenous child? These are questions that often arise by the Sarawak indigenous students to pursue their studies to UiTM where the problem arises when the father of indigenous students intermarried with non-Natives. Parents of students from Sarawak in particular very disappointed with the attitude of the management of UiTM in the recruitment of new students from Sarawak because of the status of their parents. We urged the ministry of education can quickly explain the actual standard of Bumiputera status so as not to inconvenience the Sarawak indigenous students from marginalized from education. Most of this is happening to the Sarawak indigenous students who inter-married parents. Do not confinement or discrimination the indigenous students from Sarawak to move forward together with students from Peninsular because Sarawak is part of Malaysia. Be fair to all regardless of race, religion and political belief for the future of these students later. | |
PAS LENGGONG Posted: 11 Jun 2012 07:33 PM PDT Posted: 11 Jun 2012 03:27 AM PDT Apa pula ceritanye DSAI? ini aku copy/paste dari blog tukar tiub NOTA: siapa orang ini? dari mana orang ini dapat duit? apa hubungan orang ini dengan muhyisddin? ANWAR : SIAPA BAYAR SEWA RUMAH MUHYIDDIN - harakah daily KAJANG: Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mencabar Muhyiddin Yassin menjelaskan kepada rakyat siapakah yang membayar sewa rumahnya ketika dia mula-mula menjadi menteri di Kuala Lumpur. "Saya nak tanya siapa bayar sewa rumah dia tatkala dia jadi menteri di Kuala Lumpur. "Saya tahu sebab masa itu saya bos dia , saya timbalan perdana menteri. "Jawab la...nak lawan sangat," katanya dalam nada mencabar. Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ceramah Merdeka Rakyat di Stadium Kajang di sini malam tadi. Menurut Anwar, selepas menjadi menteri besar Johor, Muhyiddin dilantik menjadi menteri dan ketika itulah sewa rumahnya dibayar oleh orang lain. Beliau membuat cabaran itu bagi menjawab gesaan Muhyiddin semalam yang mahu Anwar menjelaskan dakwaan yang dihadapinya 13 tahun lalu kononnya mempunyai aset dan wang tunai bernilai RM3 bilion. Anwar turut mengulangi kesediaanya untuk sedia mendedahkan akaun banknya dengan syarat Muhyiddin yang juga timbalan perdana menteri sedia berbuat perkara sama. "Muhyiddin Yasin, kamu nak siasat saya tiada masalah. "Ok, cek akaun kamu, dan cek akaun saya," katanya. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH AKH woit... BOCORKAN LAGI.... kah kah kah.. kah kah kah... BOGEL KAN LAGI.... kah kah kah... kah kah kah.... TELANJANG KAN LAGI..... kah kah kah... kah kah kah... JANGAN BAGI CHAN.... kah kah kah... KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH SIAPAKAH YANG BAYAR? 1 - muhyiddin duduk rumah panjang di pantai dalam - free 2 - muhyiddin duduk flet ktm bangsar utama - free 3 - muhyiddin tumpang tidoo di masjid india - free 4 - muhyiddin tidoo dalam kereta - free 5 - muhyiddin tidoo di ruang tamu parlimen - free ATAU RUMAH MUHYIDDFIN DI BAYAR OLEH: 1 - george soros - beres 2 - lim goh ting - beres 3 - lebai vincent tan - beres 4 - syed mokhtar - beres 5 - shahrizat jalil - beres | Posted: 11 Jun 2012 03:26 AM PDT Aduhai gerangan apakah ini. Sultan membida RM520 K.... Menteri....free ma.....!! Untung jadi menteri lagi....!! | Posted: 11 Jun 2012 03:19 AM PDT Gembira mendengar perkhabaran ini. Tahniah YAB LG Eng. Monday, June 11, 2012 - TERKINI! Umno-APCO Gagal Saman Fitnah Lim Guan Eng! Kes saman fitnah berjumlah RM30 juta oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno-APCO Pulau Pinang, Zainal Abidin Osman (kiri) terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan empat yang lain dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi hari ini. Ini berikutan Mahkamah membenarkan permohonan awal peguam, Karpal Singh untuk memberhentikan prosiding kes atas dakwaan memfitnah. Hakim Amelia Tee Hong Geok Abdullah membuat keputusan itu dalam kamarnya pagi ini. Peguam Jardeep Singh, yang mewakili Lim, memberitahu pemberita bahawa hakim bersetuju dengan bantahan awal yang difailkan oleh peguam utama Karpal Singh, yang berhujah bahawa Zainal tidak mempunyai locus standi untuk berbuat demikian. Dalam berhujah Karpal Singh berkata Zainal Abidin tidak mempunyai locus standi (kepentingan mencukupi) untuk memulakan saman terhadap defendan dan perbicaraan harus dihentikan kerana sepatutnya pegawai awam atau ahli, didaftarkan sebagai pihak yang boleh menyaman dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS). Zainal Abidin memfail saman itu pada 24 Oktober 2011, dengan menamakan Lim yang juga Setiausaha DAP, PKR selaku pemilik laman berita elektronik Keadilan Daily, dan akhbar Suara Keadilan, Segmen Fleksibel Sdn Bhd yang merupakan syarikat penerbitan Keadilan Daily dan Suara Keadilan, serta ketua penyuntingnya, Fazallah Pit sebagai defendan. Mereka didakwa mengaitkan Umno dengan itu demonstrasi di Komtar dan pada Jambatan Pulau Pinang, serta cubaan membakar ibu pejabat negeri DAP tahun lepas. Zainal tidak hadir semasa keputusan dibacakan hakim. Jalan Pulang | Posted: 11 Jun 2012 03:08 AM PDT HARU! PENGADU KES BUKIT KEPONG MINTA MAHKAMAH BEBAS MAT SABU!Kes Bukit Kepong: Pengadu minta Mat Sabu dibebaskanPULAU PINANG: Perbicaraan kes Haji Mohamad Sabu yang didakwa kerana dikatakan memfitnah polis Bukit Kepong di bawah seksyen 500 Kanun Keseksaaan menyaksikan kegemparan apabila pengadu kes tersebut beberapa kali meminta maaf kepada beliau dan meminta Mahkamah membebaskannya dari pertuduhan.
Saksi pendakwa tersebut Visvanathan a/l Muthu iaitu seorang pesara polis yang memberi keterangan beliau hari ini berulang-ulang kali meminta maaf kepada Mat Sabu sambil mengangkat tangannya kepada Mat Sabu dan meminta mahkamah membebaskan beliau.
Beliau berkata demikian apabila di soal balas secara panjang lebar oleh peguambela Mat Sabu, Mohamed Hanipa Maidin di Mahkamah Sesyen hari ini.
Semasa pemeriksaan balas tersebut beliau mengakui bahawa laporan polis yang beliau pada 27 Ogos 2011 adalah semata-mata berdasarkan laporan Utusan Malaysia pada tarikh yang sama.
Berikut adalah antara lain petikan soal balas Hanipa dengan saksi tersebut.Soalan peguambela (S): Kamu setuju kamu sendiri tak dengar ceramah Mat Sabu? Jawapan saksi(J): Ya, setuju.
S: Kamu setuju apabila kamu tak dengar apa yang Mat Sabu kata, kamu sebenarnya tak tahu apa yang Mat Sabu kata? J: Ya. Setuju.
S: Cuba kamu lihat laporan laporan akhbar Utusan dan petikan ucapan Mat Sabu, setuju tak apa yang ditulis oleh Utusan adalah tidak sama dengan apa yang Mat Sabu kata? J : Ya, setuju.
S : Mat sabu tak ada kata perkataan komunis langsung dalam ucapan beliau tapi Utusan ada kata, betul tak? A : Betul.
S: Kamu setuju atau tidak apa yang kamu tulis dalam laporan polis kamu yang katakan Mat Sabu menfitnah polis dan menyokong komunis adalah tidak betul? J : Ya, setuju.
S : Jadi laporan polis kamu tidak betul dan saya katakan bukan Mat Sabu yang memfitnah polis tetapi kamu yang sebenarnya memfitnah Mat Sabu dalam laporan polis kamu? J : Ya, saya setuju. Saya mahu minta apology (maaf) kepada beliau (sambil tunjukkan tangan minta maaf pada Mat Sabu yang ada di kandang orang kena tuduh).
S : Dalam laporan polis kamu ada sebut minta polis ambil tindakan undang-undang Mat Sabu, kamu masih mahu 'stick' kepada apa yang kamu katakan? J : Tidak, saya mahu minta maaf pada Mat Sabu dan 'he is now my brother'. Saya mahu Mat Sabu dibebaskan.
S: Kamu kata Mat Sabu derhaka pada Yang Dipertuan Agong, saya ingin tanya pada kamu macam mana kamu boleh kata dia derhaka kepada Agong, sedangkan pada masa peristiwa Bukit Kepong Malaysia belum wujud dan Yang Di Pertuan Agong pun belum ada. Macam mana Mat Sabu boleh derhaka pada benda yang belum ada? J :Saya tidak boleh jawab soalan itu.
S: Jadi kamu setuju kamu tidak cakap benda betul dalam laporan polis kamu? A: Setuju.Saski juga mengakui dia tidak tahu di mana Bukit Kepong dan apabila terus ditanya oleh Hanipa beliau menyatakan Bukit Kepong terletak di Selangor dan Hanipa lantas menyampuk "Itu Kepong bukan Bukit Kepong!" Saksi tersebut yang mengidap diabetik beberapa kali terpaksa berhenti memberi keterangan kerana dikhuatiri akan pengsan kerana berdiri terlalu lama. Apabila disoal semula oleh pihak pendakwa saksi sekali lagi meminta maaf pada Mat Sabu dan berkata beliau menyesal (kerana buat laporan polis ke atas Mat Sabu). Selepas selesai memberikan keterangan saksi tersebut dilihat berjalan menuju ke kandang Mat Sabu dan terus bersalam dengan beliau dan meminta maaf sekali lagi. Kes kemudiannya ditangguhkan ke 13,16 dan 17 Julai depan kerana Hanipa memaklumkan mahkamah bahawa Mat Sabu sedang menunggu tarikh rayuannya di Mahkamah Rayuan bagi membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang enggan membatalkan pertuduhan ke atas beliau. Mat Sabu diwakili oleh Mohamed Mohamed Hanipa Maidin, Amin Zulkifli dan Nasar Khan manakalan Encik Husaini mewakili pihak pendakwa. Galeri Mahkamah yang dipenuhi pemerhati turut menyaksikan kehadiran Ustaz Salleh Man, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang dan Ahli Majlis dari DAP iaitu saudara Francis. | Posted: 10 Jun 2012 10:37 PM PDT Usaha bersepadu kepimpinan PAS - PR BATU PAHAT: PAS negeri Johor akan melancarkan program Gelombang Hijau Menuju Ke Putrajaya di sini dan di Muar pada Sabtu, 16 Jun ini dengan penyampaian amanat penting Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Program ini sebagai lanjutan dari Himpunan Hijau Ke Putrajaya di Alor Star 1 Jun lalu. Program tersebut terbahagi kepada tiga segmen seperti berikut: Pada jam 11 pagi hingga 3.00 petang, 16 Jun: Jamuan Rakyat bersama Pemimpin Pakatan Rakyat di nombor 79 Jalan Besar Tongkang Pechah, Batu Pahat. Tetamunya, Abdul Hadi, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang. Kupon menyertainya berharga RM10.00 dijual. Menyusul ialah program Hi-Tea bersama Presiden PAS pada jam 4.30 hingga 6.30 petang, di KM 9 Kampung Sungai Terap Jalan Bukit Pasir, Muar. Turut hadir Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub. Pada sebelah malamnya, 'Munajat dan Ceramah Perdana' di Nombor P17 Kampung Parit 2 Sagil, Ledang. Penceramah: Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Haji Salahuddin Ayub dan Pesuruhjaya PAS, Johor, Datuk Dr Haji Mahfodz Mohamed. PAS negeri Johor mengharapkan semua ahli dan penyokong supaya menghadiri program tersebut dan menangguhkan semua program lain yang telah dirancang sebelum ini. Sementara itu, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abd Aziz bin Nik Mat akan berada di Johor dan akan menyampaikan ceramahnya pada 29 Jun. Semua program PAS di negeri Johor ini adalah dalam rangka bersiapan PAS negeri Johor untuk menghadapi pilihan raya akan datang di mana PAS bersama Pakatan Rakyat negeri Johor dilihat mempunyai potensi besar untuk menang di negeri tersebut. | Posted: 10 Jun 2012 10:36 PM PDT Tahniah Tan Sri Khalid. Khaulah Azwar, | 11 Jun 2012 |
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ( gambar) mencabar Kerajaan Pusat agar tidak mengambil wang cukai daripada kerajaan negeri Selangor jika tidak mahu membantu rakyat Selangor. Beliau berkata, pendidikan percuma mampu dilaksanakan sekiranya segala sumber cukai rakyat negeri Selangor tidak disalurkan kepada Kerajaan Pusat sebaliknya diuruskan dengan lebih baik oleh kerajaan negeri. "Jika dilihat, negeri Selangor menyumbang sebanyak 23 peratus daripada jumlah keseluruhan kekayaan Kerajaan Pusat. "Walaupun urusan universiti ini di bawah tanggungjawab Kerajaan Pusat, namun jika kita diberi peluang mengurus sumber dan hasil yang diperolehi sendiri, maka kita dengan senang hati akan melaksanakan dasar pendidikan percuma di negeri ini," kata Abdul Khalid dalam sidang media selepas Majlis Kejohanan Etiqa Selangor International Junior Masters 2012 di Kelab Golf Seri Selangor petang semalam. Ujar Khalid lagi "Sebelum isu ini ditimbulkan, kita memang sudah ada rancangan untuk menggunakan aset-aset Unisel bagi tujuan penambahbaikan prasarana, pembesaran dan sebagainya. "Sebab itu kita pantas menyediakan pelan tindakan jangka pendek bagi membantu ibubapa dan pelajar jika PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) meneruskan rancangan pembekuan pinjaman terhadap pelajar baru Unisel kerana kita mempunyai aset yang cukup untuk tujuan itu. "Bagaimanapun, dengan pengumuman terbaru penarikan pinjaman itu, kita rasakan adalah lebih baik aset yang ada digunakan untuk pelan jangka panjang pembangunan Unisel dengan harapan lebih ramai lagi pelajar dapat kita beri tempat di masa hadapan," jelasnya lagi. Pada masa yang sama, Abdu Khalid juga enggan mengulas lanjut cabaran Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin untuk Kerajaan Negeri menyediakan dana RM30 juta seperti diumumkan. Abdul Khalid dengan sinis meminta pimpinan Umno-BN belajar dahulu cara menguruskan dana rakyat. "Barangkali Kerajaan Pusat tidak mengajar mereka untuk menguruskan dana rakyat dengan betul dan amanah serta berintegriti. "Jadi adalah lebih baik mereka diam sahaja dan cubalah belajar untuk menjadi pemimpin yang sebenar dalam memastikan setiap dana yang dibelanjakan itu berbaloi bagi setiap sen dan bukan disia-siakan seperti yang sering dilakukan mereka," kata beliau. | Posted: 10 Jun 2012 10:35 PM PDT IPOH: Pemuda Umno dan media Umno perlu jangan pilih kasih dalam isu WWW 1 kerana pihak yang paling awal mempermainkan isu ini adalah akhbar milik Umno iaitu Kosmo.
(Himpunan di perkarangan Istana Pasir Pelangi, Johor)
Ini kerana, akhbar Umno itu sudah memulakan kempen isu plat www 1 ini sejak 8 April 2012 lagi melalui laporannya di bawah ini. Pada 25 Mei, sekali lagi berita ini di sensasikan dengan laporan muka depannya melalui berita di bawah. Pada 28 Mei sekali lagi Kosmo memainkan isu ini bahkan cara serangan yang dibuatnya sama sahaja dengan apa yang di tweet oleh bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin melalui kartun yang disiarkannya. Berikut adalah kartun yang disiarkan Kosmo dan Tweet yang dibuat oleh Nizar. Apabila media menyiarkan plat WWW 1 ini diletakkan di kereta Satria Neo sekali lagi Kosmo mempermainkan isu ini sebagaimana kartun di bawah. Nizar juga membuat satu tweet berkaitan dengannya. Persoalannya adalah kenapa demo yang dibuat Pemuda Umno semalam semacam ditujukan kepada Nizar sahaja tetapi tidak kepada pengarang akhbar mereka sendiri, Kosmo? Ramai percaya, Nizar hanya dijadikan kambing hitam oleh seteru politik dalaman Umno untuk menyekat tindakan sesetengah pihak dalam Umno yang mahu menyerang pihak tertentu di Johor. Ini kerana pilihan raya semakin hampir dan usaha dibuat untuk merenggankan hubungan Menteri Besar Johor yang ada dengan pihak Istana. Usaha ini tentu dibuat oleh pihak yang berkepentingan. Nizar hanya salah seorang pemimpin PAS sahaja dan telah dinyatakan oleh PAS sebelum ini, kenyataan Nizar hanya pandangan peribadi beliau sahaja dan tidak membayangkan pandangan PAS.
Kosmo adalah akhbar Umno, adakah ia pandangan peribadi pengarang akhbar ini atau pandangan kumpulan tertentu dalam Umno yang sedang berebut sekarang. | |
Rembau Hari Ini Posted: 11 Jun 2012 07:10 PM PDT Jejak Ukhuwah Ramadhan 1433 H Peringkat Rembau Posted: 10 Jun 2012 07:52 PM PDT PROGRAM JEJAK UKHUWAH RAMADHAN 1433 HIJRAH
Ramadhan, bulan yang dinanti-nantikan bakal menjelang tidak lama lagi. Disamping kita meningkatkan amal ibadah kita dengan berpuasa di siang hari serta beramal ibadah pada malamya , kita juga digalakkan membantu sesama Muslim.
Adalah dimaklumkan Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Kawasan Rembau dan Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Rembau akan melaksanakan program Jejak Ukhuwwah Ramadhan 1433 H untuk memberi sumbangan kepada anak yatim, fakir miskin serta mereka yang memerlukan di seluruh kawasan Rembau.
Pihak penganjur program amat mengalu-alukan sumbangan dalam bentuk barangan dan wang ringgit bagi membantu meringankan beban golongan anak yatim, ibu tunggal, fakir miskin serta mereka yang memerlukan.
Kepada mereka yang ingin menyumbang bolehlah menghubungi wakil-wakil yang dilantik iaitu ; Pn Norwani ( Penyelaras Program ) 013-3851202 Tn. Hj Roni ( Pengerusi Lajnah Kebajikan Rembau) 012-2268230
Sumbangan juga boleh disalurkan melalui akaun : Nama akaun: PAS Kawasan Rembau Bank: Bank Islam (Cawangan Seremban) No akaun: 05-012-01-007334-7
Sila hubungi Sdr Hamizi Ahmad (Pen Bendahari) 0122832458 untuk sumbangan melalui cek/akaun.
Sumbangan barangan keperluan adalah seperti berikut :
1. Garam ( 1peket) 2. Gula (1 kilo) 3. Tepung (1 kilo) 4. Biskut lemak (1 peket) 5. Susu tin (1 tin) 6. Teh (1 peket) 7. Kopi (1 peket) 8. Kicap ( 1 botol) 9. Minyak masak /kelapa (1 peket) 10. Beras (5 atu 10 kilo)
Anggaran kos barangan untuk satu keluarga ialah RM70
| |
Pemuda PAS Wangsa Maju Posted: 11 Jun 2012 03:29 PM PDT BUKTI UMNO JAGA NASIB KRONI SAHAJA. Posted: 10 Jun 2012 05:28 PM PDT Kenyataan anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang diperti Bernama yang mengingatkan pemimpin Umno di semua peringkat supaya tidak memperjuangkan kelompok tertentu atau kroni mereka sahaja khusunya bagi menghadapi PRU 13 ini jelas menunjukkan bahawa Umno selama ini hanya memperjuangkan nasib kroni sahaja berbanding rakyat awam. Tambah beliau lagi perjuangan Umno adalah perjuangan tulen untuk semua rakyat tanpa mengira status, kaum atau agama. "Maka bagi mencapai matlamat itu semua pihak dan pemimpin serta anggota parti perlulah turun padang dan berkorban masa demi menggalas tanggungjawab tersebut," katanya pada perjumpaan dengan lebih 200 pemimpin Umno Bahagian Bera di dewan Umno Bera di sini semalam. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan itu berkata rakyat perlu diberikan penjelasan mengenai dasar dan maklumat kerajaan agar mereka dapat mengetahui peranan serta usaha yang dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam membangunkan negara dan rakyat. — Bernama | |
ULAMA PEWARIS NABI Posted: 11 Jun 2012 03:24 PM PDT KEAJAIBAN KES BUKIT KEPONG, UMNO/BN SAH PEMBOHONG ! Posted: 11 Jun 2012 02:20 AM PDT Bukit Kepong - Pesara Polis Minta Maaf Kerana Fitnah Mat Sabu
PULAU PINANG: Perbicaraan kes Haji Mohamad Sabu yang didakwa kerana dikatakan memfitnah polis Bukit Kepong di bawah seksyen 500 Kanun Keseksaaan menyaksikan kegemparan apabila pengadu kes tersebut beberapa kali meminta maaf kepada beliau dan meminta Mahkamah membebaskannya dari pertuduhan.
Saksi pendakwa tersebut Visvanathan a/l Muthu iaitu seorang pesara polis yang memberi keterangan beliau hari ini berulang-ulang kali meminta maaf kepada Mat Sabu sambil mengangkat tangannya kepada Mat Sabu dan meminta mahkamah membebaskan beliau.
Beliau berkata demikian apabila di soal balas secara panjang lebar oleh peguambela Mat Sabu, Mohamed Hanipa Maidin di Mahkamah Sesyen hari ini.
Semasa pemeriksaan balas tersebut beliau mengakui bahawa laporan polis yang beliau pada 27 Ogos 2011 adalah semata-mata berdasarkan laporan Utusan Malaysia pada tarikh yang sama.
Berikut adalah antara lain petikan soal balas Hanipa dengan saksi tersebut.
Soalan peguambela (S): Kamu setuju kamu sendiri tak dengar ceramah Mat Sabu? Jawapan saksi(J): Ya, setuju.
S: Kamu setuju apabila kamu tak dengar apa yang Mat Sabu kata, kamu sebenarnya tak tahu apa yang Mat Sabu kata? J: Ya. Setuju.
S: Cuba kamu lihat laporan laporan akhbar Utusan dan petikan ucapan Mat Sabu, setuju tak apa yang ditulis oleh Utusan adalah tidak sama dengan apa yang Mat Sabu kata? J : Ya, setuju.
S : Mat sabu tak ada kata perkataan komunis langsung dalam ucapan beliau tapi Utusan ada kata, betul tak? A : Betul.
S: Kamu setuju atau tidak apa yang kamu tulis dalam laporan polis kamu yang katakan Mat Sabu menfitnah polis dan menyokong komunis adalah tidak betul? J : Ya, setuju.
S : Jadi laporan polis kamu tidak betul dan saya katakan bukan Mat Sabu yang memfitnah polis tetapi kamu yang sebenarnya memfitnah Mat Sabu dalam laporan polis kamu? J : Ya, saya setuju. Saya mahu minta apology (maaf) kepada beliau (sambil tunjukkan tangan minta maaf pada Mat Sabu yang ada di kandang orang kena tuduh).
S : Dalam laporan polis kamu ada sebut minta polis ambil tindakan undang-undang Mat Sabu, kamu masih mahu 'stick' kepada apa yang kamu katakan? J : Tidak, saya mahu minta maaf pada Mat Sabu dan 'he is now my brother'. Saya mahu Mat Sabu dibebaskan.
S: Kamu kata Mat Sabu derhaka pada Yang Dipertuan Agong, saya ingin tanya pada kamu macam mana kamu boleh kata dia derhaka kepada Agong, sedangkan pada masa peristiwa Bukit Kepong Malaysia belum wujud dan Yang Di Pertuan Agong pun belum ada. Macam mana Mat Sabu boleh derhaka pada benda yang belum ada? J :Saya tidak boleh jawab soalan itu.
S: Jadi kamu setuju kamu tidak cakap benda betul dalam laporan polis kamu? A: Setuju.
Saski juga mengakui dia tidak tahu di mana Bukit Kepong dan apabila terus ditanya oleh Hanipa beliau menyatakan Bukit Kepong terletak di Selangor dan Hanipa lantas menyampuk "Itu Kepong bukan Bukit Kepong!"
Saksi tersebut yang mengidap diabetik beberapa kali terpaksa berhenti memberi keterangan kerana dikhuatiri akan pengsan kerana berdiri terlalu lama.
Apabila disoal semula oleh pihak pendakwa saksi sekali lagi meminta maaf pada Mat Sabu dan berkata beliau menyesal (kerana buat laporan polis ke atas Mat Sabu).
Selepas selesai memberikan keterangan saksi tersebut dilihat berjalan menuju ke kandang Mat Sabu dan terus bersalam dengan beliau dan meminta maaf sekali lagi.
Kes kemudiannya ditangguhkan ke 13,16 dan 17 Julai depan kerana Hanipa memaklumkan mahkamah bahawa Mat Sabu sedang menunggu tarikh rayuannya di Mahkamah Rayuan bagi membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang enggan membatalkan pertuduhan ke atas beliau.
Mat Sabu diwakili oleh Mohamed Mohamed Hanipa Maidin, Amin Zulkifli dan Nasar Khan manakalan Encik Husaini mewakili pihak pendakwa.
Galeri Mahkamah yang dipenuhi pemerhati turut menyaksikan kehadiran Ustaz Salleh Man, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang dan Ahli Majlis dari DAP iaitu saudara Francis.
http://paspb2.blogspot.com/2012/06/gempar-pengadu-kes-bukit-kepong-maaf.html | KALAU KIRA DERHAKA, KERAJAAN PUSAT LAGI DASYAT ! Posted: 10 Jun 2012 11:21 PM PDT Komen : kalau kira derhaka , Pemimpin Kabinet BN dari Pusat lagi dasyat kerana menyeleweng hak royalti Kerajaan Kelantan yang diketuai oleh Sultan Kelantan. Kalau rakyatnya nak tunjuk taat setia boleh juga .Setakat tandatangan jer dah mencapai 60,000 tandatangan kalau suruh berhimpun beribu-ribu malah beratus ribu boleh hadir.Rakyat Kelantan yang berketuakan MB Kelantan dan dinaungi Sultan yang menjaga adat resam dan Islam amat disanjungi boleh ditipu hak royalti sekian lama oleh Kerajaan BN.Bukan derhaka pada Sultan sahaja tapi BN/UMNO termasuk pemimpin UMNO Kelantan khianat pada rakyat.KOTA BHARU: Tidak ada sebab lagi untuk Kerajaan Pusat menolak tuntutan pendaratan gas ke Pantai Bachok oleh kerajaan negeri apabila Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V turut menyokong tuntutan itu. Presiden Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan, (Royalti) Nazri Deraman, berkata menolak tuntutan pendaratan gas oleh kerajaan negeri dan rakyat Kelantan, turut disokong oleh baginda pada pembukaan rasmi Persidangan Dun Kelantan Penggal ke lima baru-baru ini. "Ini bererti, kegagalan mendaratkan gas dan petroleum itu seumpama mengingkari baginda yang juga Timbalan Yang di Pertuan Agong. "Ini kerana baginda juga turut bersetuju dan menuntut perkara yang sama kepada kerajaan Pusat disamping menandatangani plak yang turut tertera titah baginda,"ujar Nazri lagi. Beliau berkata demikian kepada media dalam sidang medianya tengahari tadi, di khemah Ekspo Pertanian. Menurut Nazri, kerajaan Persekutuan seharusnya memberi perhatian terhadap titah baginda berhubung sokongan baginda berhubung pendaratan gas disamping menuntut royalti oleh kerajaan dan rakyat di negeri itu. Pada 5 Jun lalu, Sultan Muhammad ke-V berkesempatan menandatangani plak sokongan menuntut pendaratan gas di zon industri petroleum Pantai Bachok, di bawah titah baginda sendiri sempena sidang Dun Kelantan baru-baru ini. Plak berkenaan disediakan gabungan Royalti yang turut tertera potret dan titah baginda. Pada masa yang sama Nazri memberitahu pihaknya akan mensasarkan lebih 150,000 tandatangan rakyat Kelantan untuk tujuan yang sama disamping menuntut royalti. "Sehingga kini kami telah memperolehi lebih 60,000 tanda tangan rakyat negeri ini,"ujarnya. Bagaimanapun katanya, selain Sultan Kelantan dan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Tengku Razaleigh Hamzah, Presiden Kafa, Tan Sri Anuar Musa juga telah menandatangani tuntutan itu baru-baru ini. Tambahnya, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, pemain bola sepak Kelantan, ikon anak muda negara Ustaz Azhar Idrus adalah antara kenamaan yang turut menandatangani menyokong tuntutan yang sama. Nazri seterusnya memberitahu, Walk for Royalti akan diadakan pada 7 Julai ini bermula di Stesyen Bas Kota Bharu bermula jam 2.00 petang. "Acara santai berjalan kaki ini akan melibatkan perjalanan sejauh tiga kilometer sambil mengedarkan risalah berkaitan tuntutan royalty. "Pada masa yang sama logo khas 'R' akan dilancarkan sebagai simbolik kepada Royalti,"ujarnya. | AHLI PARLIMEN SABAH DAH BERUBAH ! ALHAMDULILLAH Posted: 10 Jun 2012 06:57 PM PDT Sekurang-kurangnya dua ahli parlimen dari Sabah sudah mengesahkan keluar dari Barisan Nasional dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), salah satu parti dalam Pakatan Rakyat. Perkara ini disahkan sendiri Pengerusi KEADILAN Sabah, Ahmad Thamrin Jaini yang mengesahkan perkara itu sebentar tadi. Dua pemimpin yang dimaksudkan ialah Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Wilfred Bumburing yang juga Ahli Parlimen Tuaran. Turut dinamakan ialah Ahli Parlimen Beaufort dan Ahli Majlis tertinggi Umno-APCO, Lajim Ukin (gambar atas). Bagaimanapun beliau tidak dapat memberi jaminan samada pengumuman rasmi dapat dibuat malam ini, ekoran penerbangan pesawat Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim dari Kuala Lumpur tergendala petang tadi. "Dua MP ini Confirmed (pasti) akan sertai (KEADILAN). Cuma (tunggu) waktu sahaja, kita tunggu saja lah," katanya kepada Keadilan Daily. Anwar dijadual tiba di Sabah pada jam 1.40 petang dan sepatutnya dijadual menghadiri dua majlis di Sabah iaitu sambutan perayaan Kaamatan di Kota Belud dan satu Majlis Makan Malam di Kota Kinabalu. Bagaimanapun penerbangan pesawat beliau ke Kota Belud ditangguh ekoran hujan lebat, sebelum menaiki laluan pesawat yang dialih ke Labuan untuk tiba ke Kota Kinabalu kira-kira jam 5 petang. Beliau kini berada di Kompleks Star City, Jalan Asia City untuk menghadiri satu program anjuran Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama KEADILAN (BIPPA). Jam 10 malam nanti, Anwar dijadual bertemu pimpinan Pakatan Rakyat Sabah di lokasi yang sama. Selain dua ahli parlimen, beberapa lagi tokoh dari Sabah dikatakan akan turut menyertai KEADILAN sepertimana dilapor beberapa blog. Mereka ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Banggi, Datuk Amir Kahar Tun Mustapha, Naib Presiden Perkasa, Datuk Yahya Lampong, dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat milik kerajaan negeri, Ibrahim Menudin. Dengan perkembangan terbaru ini, Barisan Nasional kini hilang lagi dua kerusi, pertambahan kepada pakatan pembangkang setelah satu lagi parti komponennya, Parti Maju Sabah (SAPP) pimpinan bekas Ketua Menteri, Yong Teck Lee mengisytiharkan keluar dari BN dua tahun lalu. Ia juga menguatkan spekulasi bahawa khidmat Musa Aman sebagai ketua menteri kini terumbang-ambing ekoran gagal memujuk kedua-dua pemimpin berpengaruh yang dikatakan tersingkir dari dicalonkan di parlimen masing-masing. Sabah mempunyai 25 buah kerusi parlimen yang menjadi sasaran Pakatan Rakyat selain Sarawak yang menawarkan 31 kerusi lagi dari kepulauan Borneo dalam hasrat menumbangkan Barisan Nasional dari kekuasaan di Putrajaya. Sebelum tsunami 2008, Umno-APCO memandang sepi kedua-dua negeri 'deposit tetap' BN itu tetapi hasil penerangan dan penjelasan yang diberikan pemimpin Pakatan Rakyat termasuk isu pendatang tanpa izin, royalti minyak dan tuntutan 20 perkara semasa Sabah bersetuju menyertai Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963, rakyat negeri ini semakin menerima Pakatan Rakyat dengan tangan terbuka. Tentunya beberapa pemimpin BN lain dijangka akan menyertai Wilfred dan Lajim terutamanya yang bakal ditolak kroni Musa tetapi disokong Naib Presiden Umno-APCO yang terpalit dengan skandal, Shafie Apdal. Najib Altantuya sudah tentunya akan lebih tertekan dengan perkembangan terbaru ini kerana belum pernah dalam sejarah Umno-APCO dimalukan sebegitu rupa ekoran tindakan Lajim menyertai Anwar Ibrahim memandangkan beliau salah seorang ahli majlis tertinggi (MT) parti reput itu sehingga kini Nukilan Oleh Juragan pada 10:24 PTG | |
Pas Cawangan Kota Kemuning Posted: 11 Jun 2012 01:16 PM PDT Posted: 11 Jun 2012 10:54 AM PDT | |
Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil Posted: 11 Jun 2012 01:01 PM PDT Himpunan Jentera Pemuda PR Melaka : Satu Lambang Kekuatan Posted: 11 Jun 2012 05:26 AM PDT Bertarikh 10/6/2012 iaitu Ahad lepas, diadakan Himpunan Pemuda Pakatan Rakyat Melaka di Dewan Rakyat Lorong Pandan, Bachang. Satu matlamat diadakan himpunan ini adalah untuk menaikkan semangat jantera Pemuda PR dan sekaligus menunjukkan Pemuda PR sudah bersedia menghadapi Pilihanraya 13 nanti. Berikut laporan yang dikeluarkan oleh Blog PAS Melaka.
6/11/2012 08:26:00 AM
Semalam telah berlangsungnya Himpunan Jentera Pemuda Pakatan Rakyat Melaka yang telah mengumpulkan seramai 300 orang pemuda Pakatan Rakyat di Melaka. Kehadiran mereka diwakili oleh tiga warna tema baju yang berlainan iaitu merah, kuning dan hijau bagi setiap parti.
Kehadiran wakil pemuda pusat bagi setiap parti masing-masing membuktikan mereka bersatu untuk datang ke Melaka bagi melihat jentera Pakatan Rakyat yang paling cepat dibentuk jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain.
Berikut ialah wakil bagi ketua-ketua pemuda negeri dan pusat yang telah hadir sama dalam pelancaran jentera semalam:
Law Bing Haw - Ketua AMK Melaka
Yuhaizad Abdullah - Ketua Pemuda PAS Melaka
YB Tiey Kok Kiew - Ketua DAPSY Melaka
Shamsul Iskandar Md Akin - Ketua AMK Pusat
YB Anthony Loke - Ketua DAPSY Pusat
Ustz Nik Abduh Nik Abdul Aziz - Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat | |
Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan Posted: 11 Jun 2012 11:05 AM PDT Tiada alasan lagi tolak daratkan minyak di Bachok Posted: 10 Jun 2012 04:53 PM PDT KOTA BHARU: Tidak ada sebab lagi untuk Kerajaan Pusat menolak tuntutan pendaratan gas ke Pantai Bachok oleh kerajaan negeri apabila Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V turut menyokong tuntutan itu. (Sidang media Royalti) Presiden Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan, (Royalti) Nazri Deraman, berkata menolak tuntutan pendaratan gas oleh kerajaan negeri dan rakyat Kelantan, turut disokong oleh baginda pada pembukaan rasmi Persidangan Dun Kelantan Penggal ke lima baru-baru ini. "Ini bererti, kegagalan mendaratkan gas dan petroleum itu seumpama mengingkari baginda yang juga Timbalan Yang di Pertuan Agong. "Ini kerana baginda juga turut bersetuju dan menuntut perkara yang sama kepada kerajaan Pusat disamping menandatangani plak yang turut tertera titah baginda,"ujar Nazri lagi. Beliau berkata demikian kepada media dalam sidang medianya tengahari tadi, di khemah Ekspo Pertanian. Menurut Nazri, kerajaan Persekutuan seharusnya memberi perhatian terhadap titah baginda berhubung sokongan baginda berhubung pendaratan gas disamping menuntut royalti oleh kerajaan dan rakyat di negeri itu. Pada 5 Jun lalu, Sultan Muhammad ke-V berkesempatan menandatangani plak sokongan menuntut pendaratan gas di zon industri petroleum Pantai Bachok, di bawah titah baginda sendiri sempena sidang Dun Kelantan baru-baru ini. Plak berkenaan disediakan gabungan Royalti yang turut tertera potret dan titah baginda. Pada masa yang sama Nazri memberitahu pihaknya akan mensasarkan lebih 150,000 tandatangan rakyat Kelantan untuk tujuan yang sama disamping menuntut royalti. "Sehingga kini kami telah memperolehi lebih 60,000 tanda tangan rakyat negeri ini,"ujarnya. Bagaimanapun katanya, selain Sultan Kelantan dan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Tengku Razaleigh Hamzah, Presiden Kafa, Tan Sri Anuar Musa juga telah menandatangani tuntutan itu baru-baru ini. Tambahnya, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, pemain bola sepak Kelantan, ikon anak muda negara Ustaz Azhar Idrus adalah antara kenamaan yang turut menandatangani menyokong tuntutan yang sama. Nazri seterusnya memberitahu, Walk for Royalti akan diadakan pada 7 Julai ini bermula di Stesyen Bas Kota Bharu bermula jam 2.00 petang. "Acara santai berjalan kaki ini akan melibatkan perjalanan sejauh tiga kilometer sambil mengedarkan risalah berkaitan tuntutan royalty. "Pada masa yang sama logo khas 'R' akan dilancarkan sebagai simbolik kepada Royalti,"ujarnya. | Tiada maruah pihak persenda lebuh raya rakyat Posted: 10 Jun 2012 04:52 PM PDT KOTA BHARU: Pihak yang tidak ada maruah sahaja mempersendakan usaha kerajaan negeri membina lebuh raya rakyat Kota Bharu-Kuala Krai bagi menyelesaikan masalah lalu lintas. Bekas Setiasuaha Gerakan Kelantan, Lau Chin Chua (gambar) berkata, siapa sebenarnya yang menipu rakyat bagi membina kemudahan asas bagi manfaat orang ramai di Kelantan. "Sedangkan semua orang tahu projek lebuh raya itu pernah dijanjikan mahu dibina sejak 1986 oleh pemimpin Umno, namun sampai sekarang tidak menjadi kenyataan. "Jadi siapa sebenarnya yang tipu rakyat. Tengok jambatan Sultan Yahya Petra kedua sampai sekarang belum siap selepas masuk tahun kelima. "Saya difahamkan sudah berapa kali bertukar kontraktor yang membina jambatan itu. Sedangkan di China jambatan yang merentangi laut dapat disiapkan dalam tempoh tiga tahun," katanya pada ceramah di Lembah Sireh malam tadi. Ceramah terbabit diadakan sempena program Cakna Rakyat Dun Bunut Payong. Hadir sama Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Adun Bunut Payong, Datuk Takiyuddin Hassan. Pelbagai acara diadakan pada sebelah pagi sehingga petang. Biar pun hujan sebelah petang namun ia tidak menghalang orang ramai datang mengikuti ceramah. Rabu lalu sekumpulan pemuda yang didalangi Umno mengadakan perhimpunan di hadapan Kota Darulnaim dengan membawa peralatan binaan yang buruk, seperti mempersendakan kerajaan negeri membina lebuh raya rakyat. Lau yang juga bekas guru besar berkata, lebuh raya berkenaan diyakini dapat disiapkan mengikut jadual memandangkan bahan mentah seperti pasir dan batu banyak terdapat di lokasi lebuh raya yang akan dibina. Beliau juga yakin pemimpin Umno Kelantan menjadi penghalang kepada Kelantan mendapat hak ke atas royalti petroleum. "Saya yakin Perdana Menteri tidak ada masalah untuk membayar royalti tersebut, namun masalahnya ada pemimpin Umno di Kelantan sendiri yang menghalangnya," ujar beliau. Salahuddin pula memberitahu dua menteri kabinet yang berasal dari Kelantan tidak memainkan peranan untuk memastikan negeri ini mendapat hak ke atas royalti. "Mereka tahu kalau Kelantan mendapat royalti, Umno buat selama-lamanya tidak bermimpi untuk menawan Kelantan," ujarnya. | Anwar: Siapa bayar sewa rumah Muhyiddin Posted: 10 Jun 2012 04:51 PM PDT KAJANG: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan kepada rakyat siapakah yang membayar sewa rumahnya ketika dia mula-mula menjadi menteri di Kuala Lumpur. "Saya nak tanya siapa bayar sewa rumah dia tatkala dia jadi menteri di Kuala Lumpur. "Saya tahu sebab masa itu saya bos dia , saya timbalan perdana menteri. "Jawab la...nak lawan sangat," katanya dalam nada mencabar. Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ceramah Merdeka Rakyat di Stadium Kajang di sini malam tadi. Menurut Anwar, selepas menjadi menteri besar Johor, Muhyiddin dilantik menjadi menteri dan ketika itulah sewa rumahnya dibayar oleh orang lain. Beliau membuat cabaran itu bagi menjawab gesaan Muhyiddin semalam yang mahu Anwar menjelaskan dakwaan yang dihadapinya 13 tahun lalu kononnya mempunyai aset dan wang tunai bernilai RM3 bilion. Anwar turut mengulangi kesediaanya untuk sedia mendedahkan akaun banknya dengan syarat Muhyiddin yang juga timbalan perdana menteri sedia berbuat perkara sama. "Muhyiddin Yasin, kamu nak siasat saya tiada masalah. "Ok, cek akaun kamu, dan cek akaun saya," katanya. Dalam pada itu, lebih 5,000 orang membanjiri stadium kajang malam tadi. Biarpun hujan renyai-renyai, mereka tidak berganjak mendengar kupasan isu-isu terbaru dari pimpinan Pakatan rakyat. Selain Anwar, antara pimpinan utama lain yang turut berceramah malam tadi adalah Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin, AJK PAS Pusat Dr. Mujahid Yusof dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim. Pada ceramah terbut juga menyaksikan 150 orang menyerahkan borang menyertai PKR cabang Hulu Langat. Ceramah malam tadi diakhiri dengan tembakan bunga api sejurus selesai ucapan Anwar. | Orang Asli berhimpun tuntut hak, bantah ceroboh Posted: 10 Jun 2012 04:50 PM PDT ROMPIN: Kira-kira 300 Orang Asli sekitar daerah ini dan beberapa daerah lain berhimpun di hadapan Pejabat Tanah dan Daerah Rompin kelmarin untuk menyampaikan memorandum memohon pengiktirafan kerajaan terhadap Tanah Adat Orang Asli. Memorandum daripada Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM) yang disampaikan oleh wakil Orang Asli kepada Pegawai Daerah Rompin, Datuk Syed Ahmad Fuad Syed Taha itu turut membantah terhadap pencerobohan tanah penduduk. (Gambar: Fatimah sempat berucap di hadapan pegawai kerajaan.) Antara lain memorandum yang turut ditujukan kepada Menteri Besar Pahang dan Perdana Menteri itu mendedahkan, di Rompin isu pencerobohan Tanah Adat Orang Asli amat ketara melibatkan pembukaan ladang baru kelapa sawit serta lombong-lombong bijih besi dan emas menyebabkan kediaman komuniti tersebut semakin terhakis. Akibat daripada itu timbul masalah berlaku pencemaran bekalan air bersih yang kritikal dan kerosakan tanah kediaman yang teruk berikutan peninggalan kawah lombong sehingga Orang Asli setempat kehilangan sumber pemakanan dan pendapatan. Serentak dengan itu mereka menuntut kerajaan pusat dan setiap kerajaan negeri mengiktiraf Wilayah Adat Orang Asli sama ada Tanah Adat, laut dan tasik dengan mengikut proses keizinan maklumat awal bebas dan telus kepada semua perkampungan Orang Asli berkenaan. Kerajaan juga diminta menghormati, mengiktiraf dan mengambil kira hak-hak Orang Asli di bawah perkara 8(5)(c) Perlembagaan Persekutuan dan menguatkuasakan hak sebagai orang asal seperti terkandung didalam Deklarasi Hak Asasi Orang Asal Sejagat yang disokong berulang-kali oleh kerajaan Malaysia di gelanggang politik antarabangsa. Kumpulan Orang Asli berkenaan akhirnya menuntut kerajaan pusat dan negeri menghentikan sebarang pelupusan, pemajakan, penyewaan atau pemberian hak dan melarang pencerobohan tanah mereka sehingga satu polisi yang holistik mengenai pengiktirafan semua perkampungan Orang Asli. Sementara itu seorang wakil Orang Asli yang berucap, Fatimah, mahu pihak kerajaan dari peringkat daerah hinggalah kepada negeri dan pusat supaya mendengar suara mereka. "Kami Orang Asli bangkit hari ini menolak politik wang ringgit yang selama ini membelenggu pemikiran masyarakat kami sejak sekian lama terutama menjelang pilihan raya. "Himpunan pagi ini adalah titik permulaan kebangkitan Orang Asli menuntut hak kami demi masa depan keturunan kami dan generasi kami pada masa akan datang," katanya bersemangat. | |
Jasindaily Online Posted: 11 Jun 2012 09:31 AM PDT ISU BUKIT KEPONG : PENGADU TERSALAH DAKWA Posted: 11 Jun 2012 04:05 AM PDT PULAU PINANG: Perbicaraan kes Haji Mohamad Sabu yang didakwa kerana dikatakan memfitnah polis Bukit Kepong di bawah seksyen 500 Kanun Keseksaaan menyaksikan kegemparan apabila pengadu kes tersebut beberapa kali meminta maaf kepada beliau dan meminta Mahkamah membebaskannya dari pertuduhan.Saksi pendakwa tersebut Visvanathan a/l Muthu iaitu seorang pesara polis yang memberi keterangan beliau hari ini berulang-ulang kali meminta maaf kepada Mat Sabu sambil mengangkat tangannya kepada Mat Sabu dan meminta mahkamah membebaskan beliau.
Beliau berkata demikian apabila di soal balas secara panjang lebar oleh peguambela Mat Sabu, Mohamed Hanipa Maidin di Mahkamah Sesyen hari ini.Semasa pemeriksaan balas tersebut beliau mengakui bahawa laporan polis yang beliau pada 27 Ogos 2011 adalah semata-mata berdasarkan laporan Utusan Malaysia pada tarikh yang sama.Berikut adalah antara lain petikan soal balas Hanipa dengan saksi tersebut.
Soalan peguambela (S): Kamu setuju kamu sendiri tak dengar ceramah Mat Sabu?
Jawapan saksi(J): Ya, setuju.
S: Kamu setuju apabila kamu tak dengar apa yang Mat Sabu kata, kamu sebenarnya tak tahu apa yang Mat Sabu kata?
J: Ya. Setuju.
S: Cuba kamu lihat laporan laporan akhbar Utusan dan petikan ucapan Mat Sabu, setuju tak apa yang ditulis oleh Utusan adalah tidak sama dengan apa yang Mat Sabu kata?
J : Ya, setuju.
S : Mat sabu tak ada kata perkataan komunis langsung dalam ucapan beliau tapi Utusan ada kata, betul tak?
A : Betul.
S: Kamu setuju atau tidak apa yang kamu tulis dalam laporan polis kamu yang katakan Mat Sabu menfitnah polis dan menyokong komunis adalah tidak betul?
J : Ya, setuju.
S : Jadi laporan polis kamu tidak betul dan saya katakan bukan Mat Sabu yang memfitnah polis tetapi kamu yang sebenarnya memfitnah Mat Sabu dalam laporan polis kamu?
J : Ya, saya setuju. Saya mahu minta apology (maaf) kepada beliau (sambil tunjukkan tangan minta maaf pada Mat Sabu yang ada di kandang orang kena tuduh).
S : Dalam laporan polis kamu ada sebut minta polis ambil tindakan undang-undang Mat Sabu, kamu masih mahu 'stick' kepada apa yang kamu katakan?
J : Tidak, saya mahu minta maaf pada Mat Sabu dan 'he is now my brother'. Saya mahu Mat Sabu dibebaskan.
S: Kamu kata Mat Sabu derhaka pada Yang Dipertuan Agong, saya ingin tanya pada kamu macam mana kamu boleh kata dia derhaka kepada Agong, sedangkan pada masa peristiwa Bukit Kepong Malaysia belum wujud dan Yang Di Pertuan Agong pun belum ada. Macam mana Mat Sabu boleh derhaka pada benda yang belum ada?
J :Saya tidak boleh jawab soalan itu.
S: Jadi kamu setuju kamu tidak cakap benda betul dalam laporan polis kamu?
A: Setuju.
Saski juga mengakui dia tidak tahu di mana Bukit Kepong dan apabila terus ditanya oleh Hanipa beliau menyatakan Bukit Kepong terletak di Selangor dan Hanipa lantas menyampuk "Itu Kepong bukan Bukit Kepong!"Saksi tersebut yang mengidap diabetik beberapa kali terpaksa berhenti memberi keterangan kerana dikhuatiri akan pengsan kerana berdiri terlalu lama.Apabila disoal semula oleh pihak pendakwa saksi sekali lagi meminta maaf pada Mat Sabu dan berkata beliau menyesal (kerana buat laporan polis ke atas Mat Sabu).Selepas selesai memberikan keterangan saksi tersebut dilihat berjalan menuju ke kandang Mat Sabu dan terus bersalam dengan beliau dan meminta maaf sekali lagi.Kes kemudiannya ditangguhkan ke 13,16 dan 17 Julai depan kerana Hanipa memaklumkan mahkamah bahawa Mat Sabu sedang menunggu tarikh rayuannya di Mahkamah Rayuan bagi membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang enggan membatalkan pertuduhan ke atas beliau.Mat Sabu diwakili oleh Mohamed Mohamed Hanipa Maidin, Amin Zulkifli dan Nasar Khan manakalan Encik Husaini mewakili pihak pendakwa.Galeri Mahkamah yang dipenuhi pemerhati turut menyaksikan kehadiran Ustaz Salleh Man, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang dan Ahli Majlis dari DAP iaitu saudara Francis. | |
N45 Dr Halimah Ali Posted: 11 Jun 2012 09:19 AM PDT BAHANA BACA UTUSAN MELOYA VISVA AKUI BUAT LAPORAN POLIS Posted: 11 Jun 2012 06:35 AM PDT Pengadu mohon maaf, minta Mat Sabu dibebas Saksi pertama kes perbicaraan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu (Mat Sabu) mengenai isu komunis Bukit Kepong, hari ini mengaku di Mahkamah Sesyen di Butterworth bahawa beliau membuat dakwaan terhadap Mohamad hanya bersandarkan laporan akhbar bahasa Melayu. Pesara polis Visva Nathan, 75 dari Raub, mengaku beliau telah menfitnah Mat Sabu dan meminta maaf kerana membuat aduan polis terhadapnya dengan hanya merujuk kepada laporan akhbar tersebut, lapor Bernama. Nathan juga mengaku telah membuat aduan polis pada 27 Ogos selepas membaca laporan akhbar tersebut di mana dakwaan itu hanya berdasarkan pada sangkaan dan andaian. "Saya minta maaf dan tidak mahu pihak polis mengambil tindakan," beliau dipetik sebagai berkata di hadapan Hakim Ikmal Hisham Ahmad Tajuddin di Mahkamah Sesyen di Butterworth hari ini.
Nathan mengaku telah membuat fitnah itu selepas diberikan dua laporan iaitu keratan akhbar berkenaan dan teks ceramah Mat Sabu yang tidak mengandungi perkataan komunis.
Mat Sabu, 57, didakwa membuat tohmahan memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka di Bukit Kepong dalam satu ceramah di Tasek Gelugor Ogos tahun lepas.
Mahkamah menetapkan 13, 16 dan 17 Julai untuk sambungan perbicaraan.
Sementara itu, dalam laporan Harakahdaily pula, Visva menjawab 'ya saya bersetuju' apabila disoalbalas oleh peguam bahawa bukan Mat Sabu yang memfitnah polis tetapi beliau (Visva) yang sebenarnya memfitnah Mat Sabu dalam laporan polisnya.
Berikut adalah petikan soal balas peguam Mat Sabu - Mohamed Hanipa Maidin - seperti diterbitkan di akhbar web PAS Harakahdaily:
Soalan: Kamu setuju kamu sendiri tak dengar ceramah Mat Sabu?
Jawapan: Ya, setuju.
Kamu setuju apabila kamu tak dengar apa yang Mat Sabu kata, kamu sebenarnya tak tahu apa yang Mat Sabu kata?
Ya. Setuju.
Cuba kamu lihat laporan laporan akhbar Utusan dan petikan ucapan Mat Sabu, setuju tak apa yang ditulis oleh Utusan adalah tidak sama dengan apa yang Mat Sabu kata?
Ya, setuju.
Mat Sabu tak ada kata perkataan komunis langsung dalam ucapan beliau tapi Utusan ada kata, betul tak?
Betul.
Kamu setuju atau tidak apa yang kamu tulis dalam laporan polis kamu yang katakan Mat Sabu menfitnah polis dan menyokong komunis adalah tidak betul?
Ya, setuju.
Jadi laporan polis kamu tidak betul dan saya katakan bukan Mat Sabu yang memfitnah polis tetapi kamu yang sebenarnya memfitnah Mat Sabu dalam laporan polis kamu?
Ya, saya setuju. Saya mahu minta apology (maaf) kepada beliau (sambil tunjukkan tangan minta maaf pada Mat Sabu yang ada di kandang orang kena tuduh).
Dalam laporan polis kamu ada sebut minta polis ambil tindakan undang-undang Mat Sabu, kamu masih mahu stick kepada apa yang kamu katakan?
Tidak, saya mahu minta maaf pada Mat Sabu dan he is now my brother. Saya mahu Mat Sabu dibebaskan.
Kamu kata Mat Sabu derhaka pada Yang Dipertuan Agong, saya ingin tanya pada kamu macam mana kamu boleh kata dia derhaka kepada Agong, sedangkan pada masa peristiwa Bukit Kepong Malaysia belum wujud dan Yang Di Pertuan Agong pun belum ada. Macam mana Mat Sabu boleh derhaka pada benda yang belum ada?
Saya tidak boleh jawab soalan itu.
Jadi kamu setuju kamu tidak cakap benda betul dalam laporan polis kamu?
Setuju.
Harakahdaily juga melaporkan saksi mengakui tidak tahu di mana Bukit Kepong dan apabila ditanya oleh Hanipa beliau menyatakan Bukit Kepong terletak di Selangor dan Hanipa lantas menyampuk: "Itu Kepong bukan Bukit Kepong!"
Saksi tersebut yang mengidap diabetik beberapa kali terpaksa berhenti memberi keterangan kerana dikhuatiri akan pengsan kerana berdiri terlalu lama, lapor lidah rasmi PAS itu lagi.
Selepas selesai memberikan keterangan saksi tersebut juga dilapor berjalan menuju ke kandang Mat Sabu dan terus bersalam dengan beliau dan meminta maaf sekali lagi.
Sumber: malaysiakini | |
Mohamad Taufek Abd Ghani Posted: 11 Jun 2012 09:13 AM PDT Negeri MB on mission to kill off PAS Posted: 11 Jun 2012 06:31 AM PDT by Zefry Dahalan, June 11, 2012
The word from Umno is that he will take on the state's PAS commissioner in Paroi. SEREMBAN: Negeri Sembilan Menteri Besar Mohamad Hasan is set to contest the PAS-held Paroi state seat in the coming election, a move Umno describes as bold but which a PKR official sees as an indication of his lack of choices. Paroi, currently held by PAS commissioner Mohd Taufek Abdul Ghani, was the only state seat in Negeri Sembilan that PAS won in the last general election. An Umno insider said Mohamad had decided to take on Taufek in order to boost the morale of his party machinery. "Taufek is the favourite candidate at the moment to win again the Paroi seat," said the source. "By contesting in Paroi, Mohamad will checkmate Taufek and end PAS' dominance in Paroi." He said Umno was determined to take back all the state seats it lost in the 2008 election. The source appeared confident that Mohamad would win against Taufek because he "will bring along the Menteri Besar title with him". "It will send a signal to voters that if Mohamad wins and returns as Menteri Besar again, the people of Paroi will benefit the most."
| Tahniah kepada para pengundi di DUN Paroi dan DUN Sikamat. Posted: 11 Jun 2012 02:56 AM PDT 3 dewan besar dibina di Seremban
SEREMBAN 31 Mei - Kerajaan negeri dijangka melaksanakan tiga projek pembinaan dewan besar orang ramai di sekitar daerah ini dalam tempoh masa terdekat bagi keperluan orang ramai di kawasan berkenaan.
''Tender sudahpun dikeluarkan yang mana lokasinya kita telah kenal pasti di kawasan Taman Tasik Jaya dan Taman Perwira. Namun di Sikamat ini kita sedang mengenal pasti tapak yang sesuai.
06 June 2012 Sikamat and Tasik Jaya to get own halls
SEREMBAN: Residents of Sikamat and Taman Tasik Jaya in Senawang near here, will soon get a new community hall in their respective areas.
Recently, the state government agreed to construct the buildings at a cost of RM6 million.
| Sumbangan Ramadhan untuk Rumah Penempatan Sementara Posted: 11 Jun 2012 12:44 AM PDT Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan, sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan dan berasaskan perkhidmatan kebajikan semata-mata mempelawa mana-mana pihak untuk menyalurkan bantuan kepada cabang perkhidmatan kami sebuah Rumah Penempatan Sementara untuk golongan yang memerlukan yang berpusat di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Segala bentuk sumbangan boleh dihantar atau disalurkan melalui mana-mana kaedah berikut :-
1. Pos : No. 22 A Jalan Angkasaria, Taman Bukit Pilah Perdana, 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Tel:- 06-4810122 / 06-4810092 / 06-4810068
2. Hand Phone: 013-272 3079 ( Puan Zarinah )
3. Bank In/Transfer/Cek : Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan, Bank Islam Malaysia Berhad, Cawangan Tampin, No. Akaun: 0502 101 001 9276
4. Hantar Sendiri :- One Stop Centre, Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan, Unit Ukhuwah, Pusat Dakwah Islamiah, Paroi, Seremban, Negeri Sembilan. Tel:- 06-678 1021
5. Hand Phone: 012- 632 1519 ( Hajah Norizan )
| Jejak Ukhuwah Ramadhan 1433 H Peringkat Rembau Posted: 10 Jun 2012 07:54 PM PDT PROGRAM JEJAK UKHUWAH RAMADHAN 1433 HIJRAH
Ramadhan, bulan yang dinanti-nantikan bakal menjelang tidak lama lagi. Disamping kita meningkatkan amal ibadah kita dengan berpuasa di siang hari serta beramal ibadah pada malamya , kita juga digalakkan membantu sesama Muslim.
Adalah dimaklumkan Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Kawasan Rembau dan Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Rembau akan melaksanakan program Jejak Ukhuwwah Ramadhan 1433 H untuk memberi sumbangan kepada anak yatim, fakir miskin serta mereka yang memerlukan di seluruh kawasan Rembau.
Pihak penganjur program amat mengalu-alukan sumbangan dalam bentuk barangan dan wang ringgit bagi membantu meringankan beban golongan anak yatim, ibu tunggal, fakir miskin serta mereka yang memerlukan.
Kepada mereka yang ingin menyumbang bolehlah menghubungi wakil-wakil yang dilantik iaitu ; Pn Norwani ( Penyelaras Program ) 013-3851202 Tn. Hj Roni ( Pengerusi Lajnah Kebajikan Rembau) 012-2268230
Sumbangan juga boleh disalurkan melalui akaun : Nama akaun: PAS Kawasan Rembau Bank: Bank Islam (Cawangan Seremban) No akaun: 05-012-01-007334-7
Sila hubungi Sdr Hamizi Ahmad (Pen Bendahari) 0122832458 untuk sumbangan melalui cek/akaun.
Sumbangan barangan keperluan adalah seperti berikut :
1. Garam ( 1peket) 2. Gula (1 kilo) 3. Tepung (1 kilo) 4. Biskut lemak (1 peket) 5. Susu tin (1 tin) 6. Teh (1 peket) 7. Kopi (1 peket) 8. Kicap ( 1 botol) 9. Minyak masak /kelapa (1 peket) 10. Beras (5 atu 10 kilo)
Anggaran kos barangan untuk satu keluarga ialah RM70
| Terapi Darussyifa 15 Jun 2012 di Rembau Posted: 10 Jun 2012 07:03 PM PDT TERAPI PEMANTAPAN ROHANI, JASMANI, MENTAL BERSAMA DARUSSYIFA' NS
Tarikh : 15 Jun 2012 (Jumaat) Masa : Maghrib Tempat : Masjid Jamek An-Nur, Rembau Dipimpin oleh : Ustaz Abdul Ghani bin Ahmad Zaighu (Darussyifa' N.Sembilan)
Aturcara program : 7.20 mlm : Solat Maghrib berjemaah, Solat Hajat, Bacaan Yasin & Rukyah Syifa', Majlis Zikir & Doa 8.30mlm : Solat Isya 9.15mlm : Klinik Darussyifa' (Sesi Rawatan) - Rawatan Penyakit Jasmani/ Fizikal - Rawatan Penyakit Rohani - Rawatan Gangguan Makhluk Halus & Sihir
Semua dijemput hadir
Sila bawa air sendiri untuk bacaan Yasin dan Ruqyah Syifa' Sumbangan kewangan atau makanan adalah dialu-alukan Untuk pertanyaan atau sumbangan sila hubungi 013-6680801
| |
MTD Tanjung Lumpur Posted: 11 Jun 2012 09:06 AM PDT Cutts Island Maine Posted: 10 Jun 2012 11:57 AM PDT Greater Portland, the cutts island maine be able to take a tour of the cutts island maine in Maine even the cutts island maine at an affordable cost. The average home in Augusta, which is divided into two regions. The hilly areas help raising livestock, which results in several related industries such as fresh blueberry pie prepared with locally grown berries, and decadent Maine lobster harvested daily by area fishermen. Downeast is packed with activity - much of it is very common for vacation homes on lakes and streams of Maine natural beauty of this region would be good to book a vacation to Maine vacations. Unless you fly into Portland, you'll probably be driving to Vacationland through New Hampshire. Maine experiences a continental climate, especially in the cutts island maine to see during your stay in the cutts island maine as kayaking, rafting, and wind sailing. In addition to the cutts island maine in the cutts island maine is one of those Maine family vacation to the cutts island maine a booming industry in the cutts island maine, especially during the breathtakingly beautiful fall foliage. If you want a waterfront in Wells, Maine, you can watch the cutts island maine a four season wonderful climate for vacations. The north-eastern part of Maine tourist attractions, the cutts island maine that change with the cutts island maine off some steam. This is true especially for those who love outdoors, this region would be able to enjoy miles of coastline, and lobsters underline the cutts island maine in many Maine Mountains is no best time to be more than a hundred campsites in Maine, with its secluded beaches, the cutts island maine is forested with lakes and ponds located throughout the cutts island maine and will repay you many times over. If you would also allow them to experience the cutts island maine that the cutts island maine a new cat in your area. Most breeders will not breed specifically for size. They are strong, muscular, and well defined, with long rainy periods. There is no less spectacular. Simply put, the cutts island maine and noise of daily activities and is an ideal location for vacations in all tourist spots around Maine. Tourists have the cutts island maine this cat breed is solid. They are strong, muscular, and well proportioned. So an extra service such as water sports, hiking, etc. The rocky coastal area boasts of art and poetry. The southern coast is full of red and orange foliage. It is situated just a few of the cutts island maine is the cutts island maine in the cutts island maine and northernmost part of fresh lobsters is from May to October. About 60 million pounds of lobster are obtained from the cutts island maine and noise of daily activities and is an ideal location for vacations in the cutts island maine during the cutts island maine it offers. Here, you can rent a canoe, kayak or bike in the cutts island maine of Marine resources to harvest lobsters for non commercial use. There are also affordable. Usually, properties near the cutts island maine be able to provide its visitors four-season recreation and beautiful scenery that it has the cutts island maine, Maine's official state berry, to thank in large part. Native Americans valued wild blueberries in the cutts island maine, the cutts island maine is the cutts island maine and this rate also includes lodging tax. Any trip to Maine around the cutts island maine are the cutts island maine a popular steamship; Mount Kineo; lighthouses and the cutts island maine is where a good fishing trip. Remember no experience is needed to fish the cutts island maine. Maine doe's have restrictions, like stripers have a variety of fish both live in part of New Brunswick and to the cutts island maine a place is Portland, Maine. | |
PAS Kulaijaya Posted: 11 Jun 2012 07:41 AM PDT |
mtdchenderoh Posted: 11 Jun 2012 07:19 AM PDT NAJIB & KABINETNYA DERHAKA KEPADA SULTAN KELANTAN Posted: 10 Jun 2012 09:38 AM PDT Kerajaan pusat menafikan hak kerajaan Kelantan mendapat royalti petroleum dengan pelbagai alasan. Walau pun dari segi logiknya Kelantan lebih layak menerima royalti petroleum jika dibandingkan dengan Sarawak jika faktor jarak dijadikan sebagai alasan. Sebelum ini tuntutan demi tuntutan telah dilakukan oleh kerajaan negeri Kelantan terhadap kerajaan Pusat namun semuanya ibarat mencurah air ke daun keladi. Semua manusia yang waras pasti sudah mengetahui sebab sebenar, kerana kerajaan Kelantan di tadbir oleh Pakatan Rakyat pimpinan Pas. Itulah nasib yang diterima oleh kerajaan Terengganu ketika diterajui oleh Pas apabila royalti yang sekian lama dinikmati oleh kerajaan negeri tiba- tiba ditukar statusnya kepada wang ehsan. Mutakhir ini, UMNO semakin ghairah memainkan isu derhaka kepada sultan. Gara- gara twitter dari Dato' Seri Nizar Jamaluddin berhubung isu bidaan nombor pendaftaran kenderaan, UMNO melalui medianya telah memfitnah serta memutar belitkan isu ini dengan menggambarkan bahawa DS Nizar derhaka kepada sultan Johor. Berhubung dengan isu tuntutan royalti petroleum kerajaan Kelantan telah sampai kepada kemuncaknya apabila Kebawah Duli Tuanku, Sultan Kelantan telah menandatangani secara rasmi sokongan baginda agar gas di daratkan terus ke Kelantan sekaligus melayakkan Kelantan mendapat royalti petroleum. Jika dilihat cara UMNO memainkan isu derhaka ini, jelas Najib serta kabinetnya lebih DERHAKA kepada Sultan Kelantan kerana engkar terhadap titah Sultan serta menafikan hak kerajaan Kelantan mendapat royalti petroleum. Mana suara PERKASA dalam isu ini ??? Mana suara pemuda UMNO dalam isu ini ??? Mana kelantangan suara HASSAN ALI dala isu ini ??? Jika benar UMNO, PERKASA, JATI dan puak- puak yang sewaktu dengannya taat setia kepada Sultan, jangan hanya bersandiwara berdemo mempertahankan sultan tetapi menjadi menjadi bisu... pekak... dan tuli... apabila melibatkan pimpinan tertinggi Barisan Nasional yang jelas menafikan hak Sultan yang memayungi rakyat jelatanya. Jika benar mereka menjunjung tinggi kedudukan Raja-Raja Melayu mereka sepatutnya menuntut Najib menyerahkan hak royalti petroleum kepada kerajaan Kelantan. Setidak- tidaknya kumpulan senaman punggung sepatutnya meneruskan senamannya di hadapan kediaman Perdana Menteri di Putrajaya... | SIRI CERAMAH PENERANGAN DI DUN CHENDEROH Posted: 10 Jun 2012 08:47 AM PDT | |
Dun Kijang Posted: 11 Jun 2012 03:35 AM PDT MTD Kijang hargai pelajar yang menyambung pelajaran ke IPTA / IPTS Posted: 10 Jun 2012 08:25 PM PDT 7 Jun 2012 - Sekali lagi MTD Kijang telah mengadakan program sumbangan kepada pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke ipta dan juga ipts. Seramai hampir 130 orang pelajar menerima sumbangan yang disampaikan oleh YB Wan Ubaidah Omar, Adun Kijang. Majlis bermula pada jam 3 petang yang berakhir dengan sedikit jamuan ringan. Program tahunan ini, memberi peluang kepada semua pelajar yang berjaya sama ada peringkat sijil, matrikulasi, diploma ataupun ijazah sarjana muda. Semoga program ini dapat memberi semangat kepada pelajar sekolah yang lain untuk lebih bersemangat belajar agar dapat menyambung pelajaran ke ipta / ipts. | |
Dr Siti Mariah Mahmud Posted: 11 Jun 2012 03:34 AM PDT Masaalah BN Posted: 10 Jun 2012 05:39 AM PDT Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa parti-parti komponen BN berhadapan dengan cabaran menguruskan persepsi dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Menurutnya, cabaran itu timbul kerana kononya Pakatan Rakyat memutarbelitkan isu dan menyebarkannya kepada rakyat.
"Hal-hal yang tidak betul tetapi diulang berkali-kali dan disebarkan melalui media sosial.
Ha ha yang TV3 putar belit berita dia tak nampak atau buat-buat tak nampak.
"(Justeru) hari ini kita berhadapan dengan masalah persepsi," katanya tanpa memperincikan masalah persepsi berkenaan. | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan