Dr Siti Mariah Mahmud Posted: 10 Jun 2012 03:12 AM PDT Najib kata, RM50 bilion tolak Rm5 bilion negara jadi bankrap????? Posted: 09 Jun 2012 09:30 PM PDT Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengulangi pendiriannya untuk membatalkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) jika berjawa menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.
DSAI berkata, Pakatan Rakyat mampu berbuat demikian kerana negara mengaut hasil minyak sebanyak RM80 bilion, sedangkan tanggungan kos PTPTN hanya RM5 bili on."Tapi Najib kata, RM80 bilion tolak RM5 bilion jadi bankrap," katanya sambil diiringi ketawa hadirin dalam ceramah di di Stadium Kajang malam tadi.
Lebih 5,000 hadirin membanjiri majlis ceramah Merdekakan Rakyat di stadium tersebut. Turut hadir dalam ceramah tersebut beberapa pemimpin Pakatan antaranya Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan Ng Suee Lim dan anggota jawatankuasa pusat PAS Dr Mujahid Yusuf Rawa dan Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin. | WWW1: Pemuda PAS bongkar agenda Kosmo Posted: 09 Jun 2012 03:33 AM PDT | |
CINA ISLAM (林川興) Posted: 10 Jun 2012 01:22 AM PDT 23 orang awam Syria termasuk wanita, kanak-kanak dibunuh Posted: 09 Jun 2012 05:08 PM PDT 20 Rejab 1433H. [MOD] -
BEIRUT 10 Jun - Sekurang-kurangnya 23 orang dibunuh oleh tentera Syria semalam, termasuk sembilan wanita dan tiga kanak-kanan di dalam dua kejadian berasingan di sini.
Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia yang berpengkalan di Britain berkata, serangan pertama di selatan pekan Daraa itu mengakibatkan 17 orang terkorban manakala serangan kedua pula menyebabkan enam lagi terkorban di tengah bandar Homs.
Katanya lagi, korban terbaru itu berlaku di kawasan kediaman yang merupakan tempat bermulanya pemberontakan terhadap Presiden Bashar al-Assad Mac tahun lalu.
Turut kelihatan berpuluh-puluh lagi cedera dalam serangan meriam dan sesetengah daripada mereka turut cedera parah. - AFP | AJK Pemandu Bersih 2.0 diserang lima pemuda Posted: 09 Jun 2012 05:05 PM PDT 20 Rejab 1433H. [MOD] -
KUALA LUMPUR – Ahli jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 diserang lima pemuda ketika sedang jogging di Taman Kanagapuram di Seksyen 18, Petaling Jaya, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.40 pagi, Chin Huat Wong, 39, cedera di kepala selepas diserang menggunakan topi keledar dan ditumbuk oleh lima lelaki menaiki motosikal.
Huat Wong berkata, dia dikepung dan berlari sejauh 100 meter untuk menyelamatkan diri tetapi gagal selepas terjatuh.
"Saya dipukul bertubi-tubi dan salah seorang daripada mereka mengarahkan saya memberi wang.
"Lima pemuda tersebut beredar selepas saya tidak memberikan wang kepada mereka," katanya.
Menurutnya, akibat serangan tersebut, dia menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Dia membuat laporan di pondok polis PPUM.
Dia yang juga pensyarah di salah sebuah universiti tempatan berkata, tidak menolak kemungkinan serangan ke atasnya bermotifkan politik kerana penyerang tidak menunjukkan kesungguhannya untuk menyamun.
Huat Wong berkata, hairan dengan tindakan penyerang kerana tidak memeriksa badannya selepas diberitahu tidak mempunyai wang walaupun dia mempunyai telefon bimbit di dalam poket seluarnya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunadi Mohamed mengesahkan menerima laporan tersebut.
Menurutnya, kes tersebut diklasifikasikan sebagai cubaan samun dan pihaknya akan menjalankan siasatan.
sinar harian/- | Sangka madu rupanya racun Posted: 09 Jun 2012 04:58 PM PDT 20 Rejab 1433H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Memperoleh wang caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kira-kira RM300,000 sepatutnya melegakan Azmi (bukan nama sebenar) bersama isteri dan empat anak mereka untuk meneruskan kehidupan selepas bersara.
Bagaimanapun, musibah pula melanda apabila wang itu habis dikikis penari dangdut, Ratna, 35, yang juga janda dari seberang selepas lima tahun menjadi isteri keduanya.
Ratna kemudian meminta cerai dengan alasan menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain sebelum pulang ke Indonesia dengan meninggalkan dua anak kecil hasil perkahwinan mereka selepas menyedari Azmi, 65, tiada wang lagi.
Episod hitam itu bermula 10 tahun lalu apabila Azmi, bekas pegawai syarikat swasta, terikut-ikut perangai rakan sebaya yang gemar berfoya-foya di kelab dangdut sekitar ibu kota selepas menjadi orang kaya baru (OKB) kerana menerima wang KWSP.
Disebabkan masih banyak wang, kelab dangdut menjadi rumah kedua Azmi hingga jatuh cinta dengan penari dangdut.
metro/- | TERKINI: Jerman atasi Portugal 1-0 Posted: 09 Jun 2012 04:53 PM PDT 20 Rejab 1433H. [MOD] -
[KEDUDUKAN SEMASA] SELEPAS kejutan awal dalam Kumpulan B, dua gergasi - Jerman dan Portugal yang bersaing di stadium Arena Lviv, Lviv mempamerkan permainan cemerlang tetapi Jerman sebagaimana diramalkan memenangi pertemuan sulungnya.
Kemenangan INI mengukuhkan kedudukan Jerman dengan tiga mata penuh. Terdahulu Denmark mengatasi Belanda juga 1-0.
Jerman menjaringkan gol pertama pada minit ke-72 menerusi Mario Gomez. Pasukan itu hampir menambah dua lagi beberapa minit selepas itu.
Pasukan Portugal juga memperoleh beberapa peluang emas untuk menyamakan kedudukan tetapi tidak berkesudahan.
Portugal kembali mengasak bertubi-tubi untuk mencari gol penyamaan tetapi barisan pertahanan dan penjaga gol sangat kebal mengecewakan mereka.
Nani hampir menjaringkan gol pada minit ke-84 tetapi lambungannya terkena palang.
Pertemuan ini juga menyaksikan bintang-bintang Real Madrid - Mesut Ozil, Sami Khedira dari Jerman menentang Ronaldo, Coentrao dan Pepe sebagai seteru kali ini.
Setakat ini, mereka telah bertemu sebanyak 17 kali. Jerman telah menang lapan dari 16 perlawanan. Portugal hanya menang tiga kali.
Pertemuan terakhir mereka ialah pada separuh akhir Euro 2008, di mana Jerman menang 3-2.
Di akhir babak separuh masa pertama, di mana 52 peratus permainan dikuasai oleh Jerman, kedua-dua pasukan itu terikat tanpa jaringan.
Portugal nyaris menjaringkan gol pada saat-saat terakhir perlawanan separuh masa pertama apabila tendangan pemainnya terkena palang gawang dan diselamatkan oleh Jerman.
Pengadil melayangkan empat kad kuning dalam pertemuan ini.
Penyerang Portugal, Helder Postiga menerima layangan kad kuning selepas mengasari penjaga gol Jerman, Manuel Neuer pada minit ke-12.
Serangan Jerman yang diketuai Lukas Podolski dan Gomez berjaya dipatahkan benteng Portugal.
Percubaan Pepe selepas mendapat sepakan sudut terkena palang gol Jerman pada minit kecederaan.
Dalam pada itu, Denmark melakar kejutan dengan menewaskan Belanda 1-0 hasil jaringan Michael Krohn Dehli di Stadium Metalist Kharkiv pada jam 12 tengah malam tadi.
Jerman menghuni tangga teratas Kumpulan B bersama Denmark dengan tiga mata meninggalkan Belanda dan Portugal.
Pada saingan pembukaan Kumpulan C awal pagi esok, perlawanan yang menarik, Sepanyol akan menentang Itali dan Republik Ireland bertemu Croatia.
Barisan pemain Jerman: 01 Neuer 05 Hummels 14 Badstuber 16 Lahm 20 Boateng 06 Khedira 07 Schweinsteiger 08 Ozil 13 Mueller 10 Podolski 23 Gomez
Barisan pemain Portugal: 12 Rui Patricio 02 Alves 03 Pepe 05 Coentrao 21 Joao Pereira 04 Veloso 08 Joao Moutinho 16 Meireles 17 Nani 07 Ronaldo 23 Postiga Booked
Sekilas fakta perlawanan:
- Kedudukan gol: Jerman (1); Portugal (0)
- Kad kuning: Badstuber dam Lahm(Jerman); Postiga dan Coentrao (Portugal)
- Penguasaan permainan: 50% (Jerman); 50% (Portugal)
- Sasaran ke gawang: Jerman (12); Portugal (9)
- Sepakan penjuru: Jerman (2); Portugal (10)
- Pemain gantian: Ozil (Kroos) dan Gomez (Klose) bagi Jerman; Meireles (Varela) dan Postiga (Oliveira) bagi Portugal
- Hero perlawanan: Mario Gomez (penjaring tunggal Jerman)
- Masa kecederaan: 6 minit
sinar harian/- | Tujuh maut konflik agama di Myanmar Posted: 09 Jun 2012 04:44 PM PDT 20 Rejab 1433H. [MOD] -
BEBERAPA pemimpin Islam menemui pemimpin prodemokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi berhubung keganasan agama di Yangon, Rabu lepas.
YANGON - Pasukan keselamatan membanjiri barat Myanmar semalam bagi mengembalikan ketenteraman selepas sekurang-kurangnya tujuh nyawa melayang dalam keganasan antara penduduk Islam dan Buddha, menurut media negara berkenaan.
Stesen televisyen Myanmar melaporkan, unit polis dan tentera berjaya mengawal kekacauan yang tercetus di negeri Rakhine, dekat sempadan Bangladesh.
Keganasan agama di negeri berkenaan menyaksikan ratusan buah rumah penganut Buddha dibakar.
"Namun, keadaan kembali tenang sejak pagi ini (semalam)," menurut stesen televisyen Myanmar.
Huru-hara tercetus kelmarin apabila sekurang-kurangnya empat penduduk beragama Buddha maut dalam beberapa rusuhan di Rakhine yang didiami oleh sejumlah besar etnik Rohingya.
Pada keesokan harinya, gelombang kedua keganasan melanda beberapa perkampungan di pedalaman Myanmar apabila lebih banyak kediaman dibakar sehingga memaksa penduduk beragama Buddha melarikan diri ke bandar Maungdaw untuk mencari perlindungan.
Media rasmi pemerintah menyatakan, tujuh terbunuh, 17 cedera dan hampir 500 buah rumah musnah sepanjang kekacauan dua hari di Rakhine.
Situasi tegang di negeri itu tercetus Ahad lalu selepas 10 orang Islam yang berada di dalam sebuah bas mati dibelasah oleh 300 penduduk beragama Buddha.
Mereka tersilap menyangka mangsa adalah beberapa penjenayah yang merogol dan membunuh seorang gadis beragama Buddha di Rakhine, bulan lalu.
Sementara itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan, Rohingya merupakan antara etnik minoriti paling teruk ditindas di dunia.
Di Myanmar, Rohingya dianggap sebagai orang asing dan bukan salah satu etnik negara berkenaan.
Menurut PBB, terdapat sekitar 750,000 orang Rohingya tinggal di Myanmar dengan kebanyakan mereka menetap di Rakhine.
Lebih 1 juta lagi etnik berkenaan dipercayai hidup dalam buangan di beberapa negara lain. - AFP | |
::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang:: Posted: 10 Jun 2012 01:04 AM PDT Warga asing yang mengundi akan kena tindakan, kata Anwar Posted: 09 Jun 2012 05:54 PM PDT UMNO : United Myanmar Nepal Organization Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada warga asing yang mengundi dalam pilihan raya akan datang akan dikenakan tindakan sekiranya kerajaan Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan. Katanya, warga asing tersebut tidak boleh “merampas” pilihan raya kali ini kerana golongan tersebut tidak layak mengundi. Anwar mengulas dakwaan [...] | |
DPP PADANG TERAP Posted: 09 Jun 2012 09:28 PM PDT |
PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13' Posted: 09 Jun 2012 09:24 PM PDT |
ULAMA PEWARIS NABI Posted: 09 Jun 2012 03:24 PM PDT GARA2 POLIS BALUN MAT REMPIT Posted: 09 Jun 2012 01:57 AM PDT Arwah Koperal Mustaghni Tabri Cedera Kerana Lontaran Anggota Pasukan ?? Posted on Saturday, June 09 @ 02:00:00 PDT Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: karmic
" Alfatihah buat Koperal Mustaghni Tabri, anggota polis yang menemui ajal setelah cedera parah ketika bertugas di satu operasi lumbaharam baru baru ini.
First of all, wa memang tak suka nak memperkatakan tentang mat rempit, langsung tak berminat kerana walaupun apa kategori diowang, asalkan merempit, wa memang tetap pandang tahap biawak je la.
Kedua, takziah buat keluarga allahyarham dan wa taknak komen lelebih tentang apa saja komen yang timbul dari keluarga allahyarham tentang kejadian dan suspek pelaku yang membawa kepada tragedi atas mangsa lantaran mafhum tentang kesedihan yang sedang ditanggung oleh mereka.
Apa yang wa nak perkatakan kat sini, adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah : "Siasatan mendapati Koperal Mustaghni dicederakan bukan akibat langsung terkena pukulan helmet tetapi terkena lontaran satu objek yang dipercayai dilakukan seorang koperal lain dalam pasukan polis yang menjalankan operasi pada malam tersebut."
"Kita telah menjumpai beberapa objek dan sedang menunggu keputusan laporan forensik untuk menentukan mana satu objek yang menjadi suspek," kata Tun Hisan pada satu sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di sini, hari ini. Baca lebih lanjut dari sumber Isu ini pada awalnya telah disebarluaskan dengan meletakkan kesalahan keatas mat rempit yang terbabit yang dikatakan telah memukul mangsa dengan menggunakan helmet ketika cubaan mengelak dari ditahan, namun akhirnya didapati mangsa telah terkena balingan objek dari rakan setugasnya sendiri.
Apakah SOP yang digunapakai oleh polis yang melakukan operasi sehingga perlu membaling objek yang boleh mendatangkan kecederaan malahan boleh membawa maut. Ianya adalah sesuatu perkara yang langsung tidak boleh diterima walaupun keatas nyawa mat mat rempit. Nyawa bukan sesuatu yang murah dan boleh diperlakukan sedemikian rupa.
Dalam kebanyakan kes, mangsa bukanlah penjenayah berbahaya dan cuma mengelak dari ditahan kerana beberapa sebab kesalahan jalanraya termasuk lumba haram.
Rujuk 2 kes :
Patah Paha Elak Sekatan Polis Remaja koma ditendang polis
Mungkin ada yang akan mempertikaikan sebaliknya kerana ia juga terkadang ada melibatkan nyawa anggota polis yang nyaris dilanggar ketika melakukan sekatan, namun adakah langkah langkah keselamatan ketika membuat operasi telah mengikut prosedur yang telah ditetapkan? Wa percaya, jika sekatan yang dibuat mengikut tatacara panduan yang sah, banyak kejadian yang tidak diingini dapat dielakkan.
Walau apa pun wa setuju polis hanya menjalankan tugas sebagaimana yang diperuntukkan undang undang demi keselamatan pengguna jalanraya yang lain, namun wa masih dengan harapan agar polis lebih banyak mempertimbangkan budi bicara berbanding dengan tindakan secara melulu.
Nota: Sekali lagi takziah buat keluarga mangsa dan alfatihah untuk Allahyarham
Wa tetap tak setuju dengan usaha sesetengah pihak untuk memutihkan kegiatan rempit dengan menubuhkan rempit united - Rujuk Entri
Usahlah dipolitikkan tragedi ni wahai chai ameno weyh | |
Dupahang's Weblog Posted: 09 Jun 2012 11:31 AM PDT jangan biarkan anda menjadi mangsa pembodohan pemimpin UMNO!! Posted: 09 Jun 2012 09:26 AM PDT Patutlah dia sanggup hadiahkan Lamborghini.. Banyak untung yang akan dikautnya.. tengok syarat-syarat ni.. Mungkin ramai yang berkata " Apa ke bodoh sangat Datuk Jamal Pengerusi BERSIH 4.0 nak jadikan Lamborghini sebagai hadiah cabutan bertuah bagi yang 'Like' Facebook BERSIH 4.0 tu?" Sekali lalu tindakannya itu memang kelihatan bodoh kerana sebelum ini beliau telah mendakwa mengalami [...] | |
Batu Gajah Mari Posted: 09 Jun 2012 11:18 AM PDT |
DUN Lembah Jaya Posted: 09 Jun 2012 11:07 AM PDT Kenyataan Akhbar - Menteri Umno Jangan Sembunyi Belakang Penjawat Awam, Akui Kesilapan Posted: 09 Jun 2012 07:09 AM PDT KENYATAAN AKHBAR 9 JUN 2012
MENTERI UMNO JANGAN SEMBUNYI BELAKANG PENJAWAT AWAM, AKUI KESILAPAN
Kerajaan Selangor kesal dengan kenyataan Pengerusi PTPTN; Datuk Ismail Mohamed Said bahawa pembekuan pinjaman terhadap pelajar UNISEL dan KUIS ditarik balik kerana tahu kononnya Kerajaan Negeri tidak mampu memberi bantuan kewangan.
Kenyataan beliau bukan sahaja penuh emosi politik tetapi "kurang cerdik" memandangkan Kerajaan Negeri telah pun mengumumkan skim bantuan khas untuk pelajar yang teraniaya oleh pembekuan tersebut.
Malang bagi Pengerusi PTPTN, selepas menurut perintah Menteri kini terpaksa menjilat semula keputusan itu dan membuat kenyataan berbohong kononnya Kerajaan Selangor tidak mampu memberi pendidikan percuma kepada pelajar.
Apa yang jelas kenyataan tersebut menunjukkan beliau membenarkan dirinya diperangkap oleh pemimpin tertinggi UMNO/ BN yang sekarang terpaksa membuat "U turn"; tidak sampai 24 jam pembekuan pinjaman diumumkan.
Seluruh episod ini sebenarnya suatu amaran kepada penjawat awam agar tidak dengan membabi buta menurut arahan ahli politik. Selaku penjawat awam, mereka sepatutnya mempunyai integriti dalam memastikan kepentingan rakyat (dalam kes ini para pelajar) diutamakan. Mereka tidak harus membenarkan pentadbiran di jabatan mereka ditadbir oleh ahli politik.
Justeru, jika mana-mana ahli politik atau menteri yang emosi, kebudak-budakkan dan tidak cerdik dalam pendekatan mereka, penjawat awam selaku golongan profesional perlu berani menyatakan pandangan. Ini termasuk mengajar dan mengingatkan para Menteri yang tidak faham akan prinsip doktrin pengasingan kuasa; di antara Eksekutif dan Legislatif.
Pada masa sama, saya juga menggesa Menteri Umno agar berhenti memperkudakan pegawai kerajaan kerana perbuatan ini akan hanya merendahkan martabat penjawat awam di mata masyarakat. Hentikan amalan "bersembunyi di celah kain seorang kakitangan awam".
Mereka harus berani mengambil tanggung jawab atas kesilapan yang telah dilakukan. Mereka perlu meminta maaf kepada semua pelajar di Malaysia kerana cuba mengorbankan masa depan mereka hasil dari pemikiran politik sempit UMNO/BN.
Sebagai ahli politik yang memegang jawatan Menteri, mereka tidak boleh berperangai seperti ahli politik jalanan. Sebaliknya mereka perlu menjadi negarawan yang berkhidmat untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama dan ideologi politik. Hanya dengan itu barulah mereka akan mendapat penghormatan dari rakyat.
Tanpa kepercayaan dan penghormatan dari rakyat, seorang Menteri tidak ubah seperti polikus haprak. UMNO sepatutnya sedar dan maklum akan hakikat ini.
Saya percaya rakyat Selangor bangga mempunyai Kerajaan Negeri yang sekali lagi telah bertindak secara matang dan tenang meskipun ketika berdepan dengan kerenah Kerajaan Pusat yang jelas gagal membezakan keputusan politik dengan pengurusan pentadbiran.
Yang pasti isu PTPTN agak sama situasinya dengan isu pemberian air percuma yang dilaksanakan Kerajaan Selangor.
Pada 2008 apabila Kerajaan Selangor memutuskan untuk memberi air percuma kepada rakyat, UMNO ketika itu terus sahaja menghukumkan bahawa Selangor akan jatuh bankrap dalam tempoh 3 bulan. Nah !! Terbukti hari ini, setelah empat tahun berturut-turut rakyat menikmati air percuma bukan sahaja Selangor tidak jatuh bankrap tetapi Selangor menjadi penyumbang tertinggi kepada ekonomi Negara. Malah rezab negeri juga meningkat dari RM600 juta pada 2008, kini mencecah kepada RM1.9 billion.
Justeru, kita amat yakin perkara yang sama akan kita lakukan dalam isu pemberian pendidikan percuma. Namun, perlu diingatkan berulang kali, tanggungjawab menyediakan pendidikan adalah di bawah kuasa kerajaan Pusat. Beri kami mandat, pasti ia akan terlaksana.
FAEKAH HUSIN SETIAUSAHA POLITIK KEPADA YAB DATO' MENTERI BESAR SELANGOR | |
KHIDMAT MERU Posted: 09 Jun 2012 09:35 AM PDT MAJLIS MAKAN MALAM DAP DAN PAS MENDAPAT SAMBUTAN HANGAT Posted: 09 Jun 2012 08:33 AM PDT Tahalluf Siyasi atau kerjasama politik antara Pas dan DAP membuahkan banyak perubahan terutama kepada pandangan atau penerimaan kaum Cina terhadap perjuangan Islam itu sendiri. Ini terbukti apabila banyak program-program yang dibuat oleh Pas dan DAP mendapat sambutan yang baik dikalangan semua bangsa dan agama. Makan malam yang dianjurkan di Parlimen Hulu Langat umpamanya menyaksikan sambutan yang luar biasa yang tidak pernah difikirkan sebelum ini. Antara pemimpin yang datang berucap ialah YB Salahudin Ayob, YB Teng Chang Kim, YB Dr Che Rosli, YB Dr Abd Rani dan Yb Tony Phua. | |
Mohamad Taufek Abd Ghani Posted: 09 Jun 2012 09:07 AM PDT Lima Anggota Polis Ditahan Bantu Siasatan Kematian Koperal Posted: 08 Jun 2012 07:09 PM PDT Lima Anggota Polis Ditahan Bantu Siasatan Kematian Koperal Sabtu Jun 9, 2012
KLANG: Lima anggota polis ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang anggota polis trafik berpangkat koperal maut selepas dipercayai dirempuh sebuah motosikal dinaiki dua lelaki di Jalan Bunga Raya, Taman Gembira di sini, Ahad lepas. Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata mereka yang ditahan itu terdiri tiga anggota berpangkat koperal, seorang sarjan dan seorang sarjan mejar ditahan awal pagi tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan. Beliau berkata kelima-lima mereka berumur antara 45 hingga 51 tahun itu berada dalam operasi mencegah lumba haram yang disertai Koperal Mustaghni Tabri, 48, yang meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini hari ini akibat kecederaan parah dalam kejadian tersebut. "Siasatan mendapati Koperal Mustaghni dicederakan bukan akibat langsung terkena pukulan helmet tetapi terkena lontaran satu objek yang dipercayai dilakukan seorang koperal lain dalam pasukan polis yang menjalankan operasi pada malam tersebut. "Kita telah menjumpai beberapa objek dan sedang menunggu keputusan laporan forensik untuk menentukan mana satu objek yang menjadi suspek," kata Tun Hisan dalam satu sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di sini, Jumaat. Bagaimanapun beliau enggan mengulas mengenai objek-objek yang dijumpai itu.Dalam kejadian kira-kira 3.30 pagi itu, Mustaghni yang sedang menjalankan operasi mencegah lumba haram dipercayai dirempuh serta dilibas dengan topi keledar oleh pembonceng sebuah motosikal menyebabkan beliau cedera di belakang kepala akibat hentakan kuat. Mengulas lanjut, Tun Hisan berkata polis turut menahan enam Mat rempit Rabu lepas (6 Jun) berumur dalam lingkungan 16 hingga 22 tahun berhubung kejadian itu, lima daripada mereka terdiri pelajar sekolah sekitar Klang dan seorang penganggur. "Tangkapan dibuat berdasarkan maklumat yang boleh dipercayai dan suspek munasabah yang kita lihat," katanya dan menambah bahawa kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Tun Hisan berkata kertas siasatan berhubung kejadian ini akan dapat diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya Isnin depan untuk tindakan selanjutnya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Mohamad Mat Yusop berkata tahun ini sahaja terdapat dua kejadian anggota polis dicederakan oleh Mat rempit termasuk kes Mustaghni. - BERNAMA
| |
Pemuda Bersamamu v3 Posted: 09 Jun 2012 09:05 AM PDT Cakna Komuniti Dun Sura @ Sura Utara Posted: 08 Jun 2012 10:35 AM PDT oleh : Penerangan Pemuda Dun Sura
PROGRAM : Cakna Komuniti Muda ANJURAN : Pemuda PAS Dun Sura LOKASI : Padang Bola Jalan Melati, Sura Utara TARIKH : Rabu 6 Jun 2012 DIKETUAI : Pengarah MTD Sura, Tuan Haji Wan Hapandi b Nik
BERITA & video akan menyusul lagi selepas ini
| |
Dewan Pemuda PAS Tawau Posted: 09 Jun 2012 07:28 AM PDT Posted: 08 Jun 2012 08:05 AM PDT | |
Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh Posted: 09 Jun 2012 07:04 AM PDT |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan