Tarikh Pilihanraya Umum ke-13 masih dalam ramalan berbagai pihak. Beginilah sifatnya demokrasi di Malaysia. BN yang berketuakan Umno mempunyai kuasa penuh untuk mewajibkan kemenanganya dengan segala cara, daripada menggunakan media sebelah pihak, menabur politik wang rasuah, menyalahggunakan duit negara, memaksa jentera kerajaan, menambah pengundi dengan pelbagai cara, sehinggalah menentukan tarikh pilihanraya.
Seluruh dunia yang menghayati sistem demokrasi yang memberi hak kepada rakyat manjadi hakim yang bebas dan adil, hanya badan bebas yang mengandalikan pilihanraya menentukan tarikh pilihanraya. Bukan sahaja dipilih tarikh paling selesa kepada rakyat dan semua parti politik yang berhak, bahkan tempoh yang lama telah diketahui umum. Ada kalangan negara telah menetapkan tarikh pilihanraya berikutnya lebih awal, sebaik sahaja pilihanraya umum selesai diadakan. Ada juga menetapkan kemudiannya, tetapi tempoh masa yang lama diketahui umum. Hanya negara yang mengamalkan sistem satu parti sahaja memerintah, seperti negara komunis dahulu dan negara sapertinya, kerajaannya menetapkan pilihanraya dalam tempoh terdekat mengikut keselesaannya boleh mencapai kemenangan dan rakyat lebih berpeluang memilih satu parti yang telah memerintah walaupun banyak melakukan kesilapan.
Di negara kita Malaysia, kerajaan BN memilih cara yang wajib menjamin kemenangan BN selama-lamanya. Maka kerajaan BN sahaja berkuasa menentukan tarikh setelah segala persediaan untuk kemenangannya diatur. Setelah selesai mengatur penipuan, menaburkan duit rasuah kepada seluruh pengundi atau isu yang dijadikan perangkap samar kepada parti lawan, juga fitnah disebarkan, maka tarikh pilihanraya barulah diumumkan.
Termasuk juga peluang musim haji yang menjadi ibadat wajib kepada penganut Islam yang merupakan pengundi terbesar. Hanya segelintir umat Islam yang dapat membezakan diantara wajib mudayyak yang tidak boleh ditangguh dan wajib muwassaa yang boleh ditangguh. Umno yang memisahkan politik daripada agama tidak peduli kepada musim haji yang menafikan hak sebahagian besar rakyat, kerana kaedahnya wajib menang dengan apa cara sekali pun.
Beginilah nasib rakyat Malaysia sejak dahulu sehingga kini. Rakyat diulit dengan berbagai lagu dan irama politik murahan, walaupun merosakkan akhlak ditempat yang sudah rosak dan ditayangkan lagu agama ditempat beragama, kerana sifat pragmatik Umno bersama rakannya dalam BN. Namun kita menyaksikan alam yang bersifat berubah, termasuk alam politik. Sistem kuku besi komunis yang menguasai negara kuasa besar dunia Soviet Union hancur berkecai dan berubah ke arah demokrasi, sehingga negara komunis mengubah pendekatan. Selepas itu Filipina meninggalkan Marcos dalam kenangan, diikuti oleh Suharto di Indonesia dan akhirnya negara-negara Arab yang dikuasai kerajaan tentera yang menetapkan keputusan pilihanraya sebelum pilihanraya lagi. Bahawa parti kerajaan pasti menang mencapai lebih sembilan puluh sembilan peratus. Namun negara tersebut ikut sama melakukan Islah sistem demokrasinya. Begitu juga yang terakhir di Myanmar.
Kita mengharapkan negara Malaysia yang berslogankan sopan santun, naik turun pemimpinnya juga melalui sopan santun, bukannya dengan cara memalukan. Mereka akan dikenang sejarah oleh generasi akan datang kerana sejarah tidak mampu ditipu dengan apa cara sekalipun.
PAS mengajak masyarakat Islam khasnya membetulkan imej Islam yang dirosakkan oleh Umno, atau tegasnya PAS ganti Umno, dan mengajak masyarakat semua kaum amnya bersama Pakatan Rakyat mengganti Barisan Nasional. Sekiranya kemenangan berpihak kepada kami, maka segala kerosakan sistem demokrasi yang berlaku wajib diperbetulkan. Walaupun dimasa depan rakyat menolak PAS dan Pakatan Rakyat dengan jalan yang adil disebabkan kesalahan dan kelemahan pemerintahan, tetapi bukannya dengan cara menipu yang menzalimi diri sendiri.
Himpunan hijau baru-baru ini bukan sekadar himpunan tetapi ia adalah usaha PAS untuk menyampaikan mesej kepada pengikutnya dan pendokongnya bahawa parti Islam itu masih bersemangat dan bertenaga untuk melakukan apa yang dilakukan selama ini iaitu bersaing dengan Umno.
Bezanya kali ini, mesej yang hendak disampaikan ialah, PAS sudah bersedia untuk mengambil alih kuasa politik orang Melayu dengan slogannya menuju ke Putrajaya.
Walau apa pun yang cuba diperkatakan oleh Umno untuk memandang remeh mesej PAS ini, pemimpin mereka dapat merasakan bahawa ketakutan Umno kini sudah sampai ke sum-sum tulang mereka.
Di sebalik kata-kata sinis pemimpin Umno terhadap mesej PAS, kata-kata yang tersirat jelas menggambarkan cemas mereka kepada sambutan yang diterima oleh PAS dalam perhimpunan hijau pada 1 Jun baru-baru ini di Alor Setar, Kedah.
Umno berhujah, PAS sendiri tidak mampu menunjukkan taringnya dalam isu Melayu dan Islam apabila gagal untuk menerajui YDP Majlis Agama Islam Pulau Pinang, begitu juga dengan kegagalan PAS untuk menyandang jawatan Exco Agama di Selangor.
Mereka dengan sinis menyatakan kalau itupun PAS gagal menguasainya dalam Pakatan Rakyat (PR), bagaimana PAS mampu menerajui orang Melayu dan hal ehwal Islam?
Ini adalah mentaliti Umno yang memaksa orang ramai berfikir seperti mereka yang asas pemikirannya ialah menggunakan "politik penguasaan".
Premis pemikiran inilah yang mereka cuba bawa untuk memandang rendah pada PAS. Malangnya PAS tidak berfikir sekuno itu.
Kehadiran PAS dalam PR bukanlah sesuatu yang tidak menguji ketegasan prinsip yang diperjuangkan.
Pertama, PAS bersetuju bahawa syarat bersama dalam PR tidak akan menjejaskan dasar Islam yang menjadi prinsip perjuangan PAS selama ini.
Kedua, PAS meletakkan kaedah menghapuskan kezaliman sebagai perlaksanaan utama kerjasama antara parti dalam PR, dan ketiga, membentuk budaya politik baru yang menjaminkan pembentukan kerajaan Beramanah, Adil dan Telus.
Bagi PAS, membungkah amalan politik legasi Umno adalah keutamaannya hari ini, sebab itu soal politik penguasaan sesama parti tidak pernah terlintas dalam bentuk kerjasama PR.
Kami semua bersetuju untuk memastikan satu politik baru muncul di luar kerangka legasi politik Umno/Barisan Nasional (BN) hari ini.
Sebesar perjuangan PAS bersama PR ialah membuang politik ketuanan bangsa yang diamalkan oleh Umno.
Umno selaku tonggak BN menampakkan kelemahannya dan kemampuannya untuk membentuk politik baru.
Ini bukan salah pemimpin Umno mahupun golongan muda Umno yang mahukan pembaharuan dalam Umno tetapi yang bersalah ialah "masa", kerana tarikh luput Umno sudah tamat.
Walau apa pun yang diusahakan, faktor masa tidak mengizinkan Umno. Dikukohkan lagi dengan alasan masa, ialah penguasaan budaya politik yang diselaputi dengan kepentingan diri sehingga telah hilang jatidiri sebuah perjuangan yang kerananya Umno tertegak.
Perbalahan dalaman yang bermatlamatkan kedudukan diri dan kelompok memburukkan keadaan untuk Umno memperbaiki dirinya kerana masa tidak berpihak pada dirinya.
Walaupun kelompok reformis dalam Umno menyedari keadaan ini, mereka akan terus berpusar dilingkaran yang sama sehingga apa yang mereka hujahkan akan membawa kepada mempertahankan amalan-amalan buruk Umno.
Mereka dalam Umno yang merasakan diri mereka reformis adalah sebenarnya konservatif dalam pakaian reformis.
Tidak heranlah hujah mereka kepada mesej PAS adalah hujah seorang konservatif yang terdesak dengan membawa pemikiran politik penguasaan.
PR membudayakan idea perubahan dan berani membongkah amalan-amalan politik kuno yang asasnya ialah Ketuanan Bangsa yang Umno perjuangkan.
Dalam perhimpunan hijau baru-baru ini, PAS telah membawa politik Malaysia kepada satu tahap baru iaitu menjaminkan keadilan untuk semua kaum atas nama Islam.
PAS telah membawa makna Islam dalam bentuknya yang dinamik dalam persekitaran pelbagai kaum.
Apatah lagi Perlembagaan Persekutuan menetapkan "Islam adalah agama resmi Persekutuan".
Dalam kerangka Islam juga PAS menjaminkan hak semua kaum dari sudut budaya dan agama bersesuaian dengan ketetapan Perlembagaan Persekutuan bahawa "agama lain bebas diamalkan dalam Persekutuan".
Tawaran ini unik dari Umno, kerana Umno menawarkan Ketuanan Bangsa dan hanya yang menerima ketuanan ini boleh berada dalam kerangka Artikel 3 dan Artikel 11 yang disebutkan di atas tadi.
Islam bagi Umno hanyalah tertunduk kepada politik ketuanan yang menjadi asas perjuangannya. Sementara Umno menggunakan Islam untuk tunduk pada kehendak ketuanan bangsanya, PAS pula menjadikan Islam sebagai asas kandongan manifesto politiknya kepada rakyat Malaysia.
Dari sudut kerangka politik, tawaran Islam lebih terjamin apatah lagi penafsiran Islam PAS merentasi semua kaum dan haknya.
Ketuanan Bangsa bagi PAS terpaksa tunduk kepada keadilan Islam, dengan cara itu orang Melayu akan selamat dan bukan Melayu akan terjamin.
Inilah politik baru yang PAS cuba bawakan supaya negara ini tidak lagi terjerat dengan kitaran ketuanan bangsa yang Umno perjuangkan selama ini dan menjadikan asas penguasaannya dalam BN atas asas ini.
PAS bertegas bahawa ia tetap bersama rakan-rakannya ke Putrajaya. PAS sedar bahawa ia tidak mungkin melakukannya seorang diri.
Transisi perpindahan rakyat Malaysia dari BN ke PR sememangnya bukan mudah kerana rakyat telah terbenam secara akar umbi dalam politik BN.
Isunya ialah bagaimana akar pokok ini yang terengkam kukoh hendak dibongkahkan. Kemunculan PR adalah usaha itu, disebalik tenaga gergasi yang diperlukan untuk berbuat demikian, PR juga terpaksa menanam benih baru, menyemai dan membajainya.
Berbanding dengan tenaga gergasi untuk membongkah akar dan usaha menyemai benih baru, menyemai benih baru lebih sukar kerana ia memakan masa yang panjang.
Kedua usaha dan proses ini sedang giat dijalankan dan pastinya mesej 1 Jun di Alor Setar baru-baru ini adalah untuk memberitahu kepada rakyat Malaysia bahawa PAS sedang melakukan kedua-keduanya sekali....The Malaysian Insider.
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) akan mengadakan himpunan di hadapan Kedutaan Syiria di ibu negara Jumaat ini.
Ketua penerangannya Riduan Mohd Nor berkata, himpunan itu bagi membantah kekejaman tentera regim Bashar Assad yang tidak henti-henti membunuh rakyat sendiri di negara itu.
Terbaru minggu lalu, di Houla menyaksikan pembunuhan beramai-ramai membabitkan kematian lebih 100 penduduk, hampir separuh daripadanya adalah kanak-kanak.
"Kita akan berkumpul di masjid Tabung Haji dan akan berarak ke bangunan kedutaan sejurus selesai solat Jumaat," kata Riduan kepada Harakahdaily.
Biarpun pembunuhan itu dinafiakan Bashar Assad, namun Penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) dan pembangkang negara itu mempunyai sangkaan kuat bahawa pembunuhan itu dilakukan tentera pro kerajaan.
Presiden Syiria itu juga mengulangi ketegasannya akan menggunakan kekerasan ketenteraan dalam berdepan batahan rakyat di negara itu.
Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS menyeru seluruh umat Islam dan individu prihatin bersama mereka Jumaat ini bagi mendesak kerajaan Syiria menghentikan segala kezaliman terhadap rakyatnya.
KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamudin Husein tidak wajar melancarkan perang video tetapi sewajarnya membubarkan Panel Hanif selepas dua anggotanya meletakkan jawatan.
Langkah ini perlu dibuat Hishamudin selepas perletakan jawatan bekas Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim dan Pengurus Besar Hal Ehwal Korporat Petronas Datuk Medan Abdullah yang telah menarik diri daripada keahlian panel itu.
Demikian kata Ketua anggota Parlimen DAP dan Ahli Parlimen Ipoh Timor Lim Kit Siang dalam satu kenyataan hari ini.
Bagi beliau, tugas utama Hishammuddin sebagai Menteri Dalam Negeri adalah untuk memberi sokongan padu kepada penyiasatan Suhakan terhadap Bersih 3.0 dan membubarkan panel penyiasatan Hanif,
Tugas itu, katanya, lebih wajar berbanding dengan tindakannya melancarkan 'perang video' untuk memberi justifikasi dalam versi rasmi apa yang benar-benar telah berlaku pada "428"
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein telah membuat pengumuman bahawa satu kompilasi video perhimpunan Bersih 3.0 akan dinaik muat kedalam laman sesawang KDN.
Bagi beliau, ini merupakan satu perkembangan yang sememangnya buruk selepas Bersih 3.0 dengan kempen fitnah dan tohmahan yang telah dilancarkan oleh Barisan Nasional terhadap Pakatan Rakyat selepas perhimpunan Bersih 3.0 28 April lalu.
Tugas utama Hishammuddin sebagai Menteri Dalam Negeri bukanlah entiti yang patut dituduh mahupun yang patut menghakimi, tetapi yang seharusnya memberi sokongan padu kepada penyiasatan yang saksama dan kredibel, katanya.
"Saya bersetuju penuh dengan Pesuruhjaya Suhakam Muhammad Sha'ani Abdullah yang telah berkata tindakan Hishammuddin dalam menaik muat kompilasi video Bersih 3.0 adalah bertentangan dengan hasrat kerajaan untuk menubuhkan panel Hanif kerana ia akan dilihat sebagai tekanan untuk mempengaruhi proses penyiasatan dan penemuan penyiasatan tersebut," kata Kit Siang.
Dua hari yang lepas, Hanif telah berkata panelnya telah ditunjukkan lebih daripada 43 minit rakaman video perhimpunan 28 April daripada 73 jam klip video yang sedia ada.
Jika Hishammuddin bersedia untuk membenarkan orang awam membuat keputusan sendiri mengenai apa yang telah benar-benar berlaku dalam perhimpunan Bersih 3.0, adakah beliau bersedia untuk menaik muat kesemua 73 jam klip video Bersih 3.0? soalnya.
PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya tidak mengambil mudah skandal penjualan rahsia pertahanan negara.
(Azmin dalam sidang medianya di ibu pejabat PKR hari ini)
Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali menegaskan Najib harus tampil memberikan jawapan bagaimanakah rahsia tersebut boleh dijual oleh penasihat utama beliau sendiri iaitu Abdul Razak Baginda dan ayahnya Abdul Malim Baginda.
Sebelum itu, Azmin memberitahu pendedahan NGO Suaram bahawa syarikat yang berkait dengan Perdana Menteri telah menjual rahsia pertahanan negara adalah satu krisis nasional yang mendesak tindakan segera.
Menurutnya, berdasarkan kertas siasatan kes saman yang dibawa oleh Suaram berhubung pembelian kapal selam Scorpene yang mengamalkan rasuah, peguam Joseph Breham telah mendedahkan beberapa perkara.
"Sebuah syarikat bernama Terasasi (Hong Kong) Limited telah menjual dokumen sulit pertahanan negara kepada sebuah syarikat Perancis bernama DCNS.
"Dokumen sulit pertahanan negara itu adalah laporan penilaian prestasi kapal selam Scorpene berasaskan keperluan pertahanan yang digariskan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)," jelas Azmin.
Tambahnya lagi, dokumen sulit itu dijual pada harga RM142 juta dalam keadaan syarikat Terasasi (Hong Kong) Limited tersebut dimiliki oleh penasihat utama Najib.
Azmin turut menyatakan skandal pembelian Scorpene kini melangkaui persoalan rasuah dan penyelewengan dana rakyat semata-mata.
"Pendedahan ini menunjukkan bagaimana pimpinan Umno-Barisan Nasional tidak teragak-agak untuk mengadaikan kemerdekaan dan keselamatan negara demi mengumpul kekayaan peribadi.
"Tindakan menjual rahsia pertahanan negara ini adalah pengkhianatan pada tahap tertinggi yang mesti dijawab oleh Najib sendiri kerana ia berlaku semasa beliau memimpin Kementerian Pertahanan," sambungnya lagi.
Beliau turut mendesak pihak berkuasa yang terbabit iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) supaya memulakan siasatan segera untuk membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka keadilan.
"Sekiranya ATM tidak terlibat dalam penjualan maklumat strategik negara, maka saya mendesak pimpinan tertinggi ATM untuk membuat laporan polis dengan segera," tambah Azmin lagi.
Tindakan penjualan dokumen sulit ini secara tidak langsung membahayakan nyawa perajurit negara yang mengendalikan kapal selam Scorpene yang sudah beroperasi.
KUALA LUMPUR: Walaupun menjadi seterusnya dalam debat, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mencadangkan agar Khairy Jamaludin, Ketua Pemuda Umno dilantik sebagai Menteri Pendidikan Tinggi yang baru.
Ini kerana, cadangan Khairy sepanjang debat PTPTN baru-baru ini jauh lebih berwibawa berbanding dengan tindakan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Khalid Nordin.
Pandangan Rafizi ini diberikan beliau ekoran kenyataan Khalid yang menyokong tindakan PTPTN menyekat pinjaman PTPTN kepada pelajar baru Unisel.
Khalid dalam kenyataannya berkata, "Unisel boleh hapuskan yuran, dgn sendirinya memenuhi matlamat pendidikan percuma dan penutupan PTPTN yg dilaungkan Anuar dan Pakatan"
"Gelagat beliau yang seolah-olah meraikan kepayahan ribuan pelajar dan mengamalkan politik dendam menimbulkan tanda tanya yang lebih besar:
"apakah beliau sendiri yang mengarahkan agar PTPTN menyekat pinjaman kepada pelajar Unisel sebagai sebahagian dari mainan politik dendam Umno/Barisan Nasional?" soal Rafizi dalam kenyataannya.
Bagi beliau, perkembangan terbaru bahawa PTPTN bertindak menyekat pinjaman pelajar Unisel adalah membimbangkan.
Polemik tawaran pendidikan percuma dan pemansuhan PTPTN adalah perkembangan yang sihat dan wajar diraikan.
PKR, katanya, mengambil pendirian bahawa model pendidikan tinggi sedia ada yang mendahulukan pendidikan swasta dengan menghadkan pelaburan di dalam institusi pendidikan awam akan menjerumuskan negara ke kancah hutang seperti yang telah berlaku di negara-negara lain.
Pada masa yang sama, PKR juga, yakin bahawa Malaysia mampu menawarkan pendidikan tinggi percuma kepada rakyatnya berdasarkan kira-kira yang telah dibentangkan kepada rakyat, kata Rafizi.
Oleh kerana pendidikan tinggi adalah bidang kuasa pusat dan mengikut Perlembagaan dibiayai oleh dana kewangan Kerajaan Pusat, maka sebarang perubahan dalam model pendidikan tinggi negara hanya boleh dilaksanakan secara bersepadu oleh Kerajaan Pusat, tegasnya.
Seharusnya, kata beliau, Datuk Seri Khaled Nordin, sebagai Menteri Pendidikan Tinggi menjadi pemuka yang paling intelek untuk mempertahankan model pendidikan tinggi yang mendahulukan swasta seperti yang diamalkan sekarang, bukannya mengambil sikap kebudak-budakan dengan berdendam dan menghukum pelajar.
"Saya juga harus memuji rakan saya Saudara Khairy Jamaluddin yang jelas lebih professional dan berilmu dalam hal ini, sewajarnya beliaulah yang dilantik menjadi Menteri Pendidikan Tinggi oleh Umno/Barisan Nasional bagi menggantikan Datuk Seri Khaled Nordin," kata Rafizi dalam kenyataannya.
Sehubungan itu, beliau mencabar Khaled Nordin untuk menjelaskan kepada rakyat sama ada tindakan menyekat pinjaman PTPTN kepada pelajar Unisel ini adalah arahan beliau sendiri?
"Jika itu benar, tindakan itu perlu dikutuk dan beliau wajar meletakkan jawatan kerana mengamalkan politik berdendam yang tidak lagi sesuai dengan arus politik mutakhir," tegasnya.
Jika beliau tidak terlibat, beliau harus bertanggungjawab campur tangan dan memastikan tindakan kebudak-budakan yang zalim ini tidak akan berlaku lagi di masa akan datang.
KUALA TERENGGANU: Badan Bertindak Menangani Isu Bangunan Runtuh (Runtuh) akan mengadakan program Runtuh & Ingat pada Jumaat, 8 Jun di pekarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), Gong Badak bermula jam 5 petang.
Setiausahanya, Muhammad Zaidan Abdullah berkata ia sebagai mengingatkan kepada rakyat mengenai SSMZA yang runtuh pada 2 Jun 2009.
Jelasnya, program diisi dengan deklamasi sajak oleh SN Datuk A Samad Said, pidato rakyat, pimpinan masyarakat, NGO, pameran dan penyebaran risalah.
Katanya, pada 2 Jun 2009 yang lalu, Malaysia telah gempar dengan keruntuhan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), Gong Badak yang dibina dengan kos RM292 juta dalam tempoh tidak sampai setahun disiapkan.
Tambahnya, turut mendukacitakan rakyat Terengganu apabila keluar dari mulut seorang wakil rakyat di pihak kerajaan yang mengatakan 'keruntuhan adalah satu rahmat' kepada rakyat sedangkan, ianya adalah satu musibah.
Malah, katanya suatu kerugian kerana ianya melibatkan wang rakyat.
"Episod malang keruntuhan bumbung SSMZA seberat 2,500 tan dengan teknologi tanpa tiang dari Korea itu bukan sahaja tamat di situ, malah kita juga telah didedahkan dengan isu kecurian pelbagai peralatan di SSMZA yang dianggarkan berjumlah RM50 juta termasuk dua set janakuasa yang bernilai RM70,000 seunit," katanya.
Jelasnya, Sabtu lalu, 2 Jun 2012 genaplah 3 tahun peristiwa memalukan itu berlaku, lebih memalukan apabila walaupun sudah 3 tahun, namun kerajaan negeri dilihat mengambil sikap lepas tangan dalam menangani isu ini.
Malah, ujarnya Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dilihat sentiasa cuba mengelak untuk berhadapan isu itu walaupun pada peringkat awal beliau mengatakan akan memberikan kerjasama sepenuhnya bagi menyelesaikan kes yang memalukan itu.
Katanya, kerja-kerja pembersihan sisa runtuhan hanya dilakukan selepas setahun berlakunya runtuhan (selesai akhir 2010). Pada masa yang sama, ujarnya kerajaan negeri mengeluarkan kenyataan bahawa tender sudah dikeluarkan.
Namun, tambah beliau sehingga hari ini tiada apa-apa yang dilakukan terhadap SSMZA tersebut.
"Atas rasa tanggungjawab, dan kesal dengan sikap sambil lewa yang dilakukan oleh kerajaan negeri, maka Runtuh mengumumkan akan mengadakan satu himpunan aman bagi memperingati 3 tahun sudah berlalu dengan objektif utama memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kegagalan kerajaan negeri dalam menguruskan 'Stadium Runtuh' tersebut," ujarnya.
KUALA LUMPUR – Penduduk Perumahan Awam Sri Perak di sini, gempar selepas seorang lelaki maut dipercayai terjun dari tingkat enam.
Jurucakap polis berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam sekitar jam 8 malam dan ketika datang ke tempat kejadian mangsa telah meninggal dunia akibat kecederaan di bahagian muka, tangan kanan dan patah di kedua-dua belah kaki.
Menurutnya, mangsa, Osman Abd Razak, 61, bukan penduduk perumahan itu tetapi tinggal di Taman Koperasi Polis fasa 2. Punca kejadian tidak dapat dipastikan dan mayat di hantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
Sementara itu, isteri mangsa yang enggan dikenali memaklumkan dia tidak menghadapi sebarang masalah bersama suaminya dan sempat berbual melalui panggilan telefon sekitar jam enam petang.
Bagaimanapun, isterinya yang masih terkejut dengan kejadian enggan mengulas lanjut tetapi memaklumkan suaminya seorang yang baik dan tidak tahu punca lelaki itu berada di perumahan awam itu. Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
BANDAR TUN RAZAK – Berikutan tragedi langgar lari sehingga meragut nyawa seorang anak pegawai polis trafik pada 25 Mei lalu, polis masih lagi berusaha mengesan pemandu lori jenis Isuzu berkepala putih yang berpenutup kanvas berwarna kelabu.
Lori itu dipercayai melanggar mangsa, Muhammad Husaini Ruslan, 20, di Kilometer 22.7 Jalan Maran menuju Sungai Jerik menyebabkan mangsa maut serta-merta di tempat kejadian, sementara pemandu lori terbabit melarikan diri.
Ketua Polis Ibu Pejabat Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Ahmad Johari Shahabudin berkata, polis kini masih giat mengesan suspek terbabit.
"Kami belum menemui dan masih melakukan siasatan untuk mengesan pemandu terbabit. Justeru, polis mengharapkan kerjasama orang ramai jika mempunyai sebarang maklumat atau menemui lori disyaki itu," katanya.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan mangsa yang berasal dari Jerantut itu dilanggar di selekoh dalam perjalanan pulang ke rumahnya.
Tiada saksi berjaya mencatat nombor plat lori terbabit berikutan kejadian berlaku terlalu pantas.
SEREMBAN – Seorang peniaga terkejut menerima panggilan telefon daripada pengawal keselamatan tempat tinggalnya memaklumkan mengenai rumahnya dipecah masuk, petang kelmarin.
Kejadian berlaku di Taman Chip Aik, dekat sini, kira-kira 2.30 petang ketika semua penghuni rumah terbabit tiada di rumah kerana masingmasing keluar bekerja sejak 9 pagi.
Ia hanya disedari oleh seorang pengawal keselamatan yang sedang membuat rondaan di kawasan perumahan itu, sebelum tergamam mendapati pintu rumah milik peniaga berkenaan terbuka. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan Zazali Hashim berkata, berdasarkan siasatan awal, penjenayah terbabit memasuki kediaman mangsa dengan memotong pintu besi di bahagian hadapan sebelum menggeledah keseluruhan rumah terbabit.
"Kereta Toyota Alphard milik mangsa yang diletakkan di garaj juga dilarikan, selain beberapa barang lain seperti sebuah laptop, wang tunai berjumlah RM300 serta beberapa botol minuman keras.
"Nilai kerugian mangsa dianggarkan hampir RM200,000 dan polis masih menjalankan siasatan cara penyamun terbabit memasuki rumah mangsa berikutan terdapat pengawal keselamatan yang ditugaskan melakukan rondaan," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.
Zazali berkata, keterangan daripada pengawal keselamatan turut diambil bagi membantu siasatan dan sehingga kini tiada sebarang tangkapan dilakukan. Katanya, kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 379A dan 457 Kanun Keseksaan iaitu curi kenderaan serta pecah rumah.
"Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian supaya berhubung dengan balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya Difahamkan, keluarga terbabit memiliki kedai aksesori kenderaan dan rumah miliknya itu tidak mempunyai kamera litar tertutup (CCTV).
KUALA LUMPUR – Penduduk Perumahan Awam Sri Perak di sini, gempar selepas seorang lelaki maut dipercayai terjun dari tingkat enam.
Jurucakap polis berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam sekitar jam 8 malam dan ketika datang ke tempat kejadian mangsa telah meninggal dunia akibat kecederaan di bahagian muka, tangan kanan dan patah di kedua-dua belah kaki.
Menurutnya, mangsa, Osman Abd Razak, 61, bukan penduduk perumahan itu tetapi tinggal di Taman Koperasi Polis fasa 2. Punca kejadian tidak dapat dipastikan dan mayat di hantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
Sementara itu, isteri mangsa yang enggan dikenali memaklumkan dia tidak menghadapi sebarang masalah bersama suaminya dan sempat berbual melalui panggilan telefon sekitar jam enam petang.
Bagaimanapun, isterinya yang masih terkejut dengan kejadian enggan mengulas lanjut tetapi memaklumkan suaminya seorang yang baik dan tidak tahu punca lelaki itu berada di perumahan awam itu. Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
SEJUMLAH orang memberi penghormatan terakhir terhadap Bin di Rumah Pengebumian Hangzhou di Hangzhou semalam.
BEIJING - Ribuan penduduk di bandar Hangzhou, China semalam memberi penghormatan terakhir terhadap jenazah seorang wira rakyat, Wu Bin yang telah menyelamatkan nyawa 24 penumpang bas.
Mereka memberi penghormatan terakhir itu di Rumah Pengebumian Hangzhou.
Bin, 48, digelar sebagai wira selepas dia bertindak membrek, menukar gear dan memberitahu penumpang supaya tidak merayau-rayau di lebuh raya.
Dia melakukan perbuatan itu walaupun dadanya ditusuk dengan serpihan logam tajam yang menembusi cermin basnya semasa dia memandu pada 29 Mei lalu.
Bin meninggal dunia pada Jumaat lalu selepas dia mengalami kecederaan akibat ditusuk logam itu.
Pemerintah China memberikan anugerah Pekerja Contoh Wilayah bagi mengiktiraf keberanian Bin. - Agensi
KUALA LUMPUR: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan mencemar duli menandatangani plak Tuntutan Royalti Petroleum.
Baginda berkenan melawat booth Royalti sebuah Gabungan Profesional Kelantan Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan, bersempena Ekspo Pertanian Kelantan 2012 di pekarangan Stadium Sultan Mohamad IV, semalam.
Turut mengiringi baginda adalah Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga menurunkan tandatangan sokongan, lapor laman web Gerakan Menuntut Royalti Petroleum Kelantan http://royaltikelantan.com
Setiausaha Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Kelantan (Gegar) Muhammad Hishamuddin Ghazali berkata sokongan Sultan Kelantan merupakan satu anjakan terbesar terhadap kempen tuntutan rakyat yang berterusan.
Ini juga menunjukkan bahawa perjuangan tersebut perlu disokong semua rakyat Kelantan.
Beliau mengulas tindakan Sultan Muhammad V yang menurunkan tandatangan pada plak semasa kempen tersebut diadakan di Ekspo Pertanian Kelantan 2012 yang berlangsung selama lima hari dari 5 Jun hingga 10 Jun 2012.
"Tindakan sokongan baginda yang merupakan ekspresi rakyat Kelantan atas dasar baginda Sultan sebagai pemimpin rakyat Kelantan.
Perjuangan Gegar tidak mengira sentimen politik kerana kami menuntut hak rakyat Kelantan yang dinafikan," Hisahmuddin mengulas.
Gegar meneruskan kempen tandatangani kain rentang selepas beberapa siri diadakan berjaya mengumpul lebih 50,000 tandatangan.
Gegar akan terus bergerak untuk menyemarakkan lagi kempen sehingga tuntutan rakyat ini berjaya.
Kerajaan Negeri Kelantan membuat tuntutan royalti berdasarkan perjanjian di bawah Akta 144 Petroleum Development Act 1974 yang ditandatangani oleh Kerajaan Negeri dan Persekutuan.
Laporan dari Jabatan Perangkaan bahawa cari gali petroleum itu telah beroperasi sejak 2004 dan tuntutan royalti lebih RM1 bilion itu dikira bermula dari 2004 hingga kini.
SHAH ALAM – Polis sedang mengesan waris kepada seorang lelaki yang dibunuh kejam di di sebuah ladang kelapa sawit di Jalan Akob, Bukit Kapar, 24 Mei lalu.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Mohamad Shukor Sulong berkata, mayat mangsa berusia lingkungan 40-an itu masih tidak dituntut di Hospital Tengku Ampuan Rahima (HTAR) Klang.
"Bedah siasat sudah siap dilakukan tetapi tiada waris yang menuntut mayat mangsa. "Identiti mangsa juga masih tidak diketahui. Tiada tanda pada badan mangsa yang boleh membantu siasatan," katanya.
Beliau berkata, orang ramai yang kehilangan ahli keluarga sejak mayat lelaki itu ditemui, diminta menghubungi balai polis berdekatan bagi proses pengecaman.
KLUANG - Sebanyak 118 mesin judi yang nilainya dianggarkan lebih kurang RM700,000 berjaya dirampas di sekitar daerah ini dalam Ops Pusat Hiburan Keluarga yang bermula dari 21 hingga 31 Mei, lalu.
Kejayaan rampasan tersebut adalah hasil risikan dan maklumat awam berkaitan kegiatan perjudian di pusat hiburan keluarga.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Abdul Majid Mohd Ali berkata, ekoran itu, polis daerah ini mewujudkan pasukan khas bagi membanteras kegiatan berkenaan dan menjalankan operasi yang dikenali sebagai Ops Pusat Hiburan Keluarga.
"Sebanyak 14 serbuan telah dijalankan dengan 10 daripadanya berjaya mengurangkan kegiatan tidak bermoral berkenaan.
"Polis turut menahan 44 warga tempatan berumur lingkungan 15 hingga 57 tahun yang terlibat dengan aktiviti ini di mana 12 tangkapan melibatkan penjaga premis manakala 32 lagi terhadap pemain dan pelanggan pusat hiburan berkenaan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, di sini, semalam.
Menurutnya, polis telah mengeluarkan enam saman ke atas premis yang beroperasi
lebih masa dan disiasat di bawah Seksyen 11(2) Enakmen Negeri Johor 4/98 manakala, empat premis lagi disiasat di bawah Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953.
"Jika sabit kesalahan di bawah Seksyen ARJT, hukuman yang dikenakan adalah denda tidak kurang daripada RM10,000 dan tidak lebih daripada RM100,000 bagi setiap mesin yang dirampas serta penjara tidak lebih daripada lima tahun.
"Sehingga kini, operasi perjudian pusat hiburan keluarga masih dijalankan sehingga 14 Jun ini dan pemantauan akan terus dilakukan dari masa ke semasa bagi membendung aktiviti ini daripada terus berleluasa," katanya.
Dalam pada itu, Abdul Majid turut menyarankan orang awam agar sentiasa membantu polis dengan memberikan maklumat sekiranya mengetahui aktiviti perjudian di sekitar daerah ini.
Beliau berkata, orang awam diminta menghubungi talian hotline IPD Kluang iaitu 07-7766822 yang mana talian ini khusus untuk membanteras kegiatan perjudian dan ia beroperasi 24 jam.
JOHOR BAHRU – Seorang suri rumah menempuh detik mencemaskan apabila anaknya yang ditinggalkan dalam kereta dengan enjin yang masih hidup, dilarikan seorang lelaki di Bandar Baru Kangkar Pulai dekat sini, pagi semalam.
Bagaimanapun, Khazlim Saat, 35, boleh menarik nafas lega selepas anak bongsunya, Mohd Ryan Hazim, 2, berjaya ditemui sejam kemudian dan detik itu memberi pengajaran yang cukup bermakna kepadanya.
Dalam kejadian pukul 11.30 pagi itu, beliau meninggalkan dua anak perempuannya, Nor Sabrina Damiah, 6, dan Nor Sofea Hadirah, 4, serta Mohd Ryan dalam kereta untuk membeli barang di sebuah kedai runcit di kawasan berkenaan.
"Sebelum keluar, saya sudah mengunci pintu kereta, tetapi tidak lama selepas itu, Damiah datang kepada saya dan belum sempat dia membuka mulut saya terdengar Hadirah menjerit.
"Saya terus keluar dari kedai runcit dan ternampak Hadirah berada di luar kereta sambil menjerit dan dalam sekelip mata, kereta saya dalam keadaan pintu yang masih terbuka dilarikan oleh seorang lelaki dengan anak bongsu saya berada dalam kereta," katanya.
Beliau yang tidak menyangka dengan insiden itu, berkata dengan bantuan orang ramai mereka melaporkan kejadian itu kepada polis.
Khazlim berkata beliau juga sempat menghubungi suaminya Mohd Hisham Rahiman, 35, rakan-rakan serta jirannya untuk membantu mencari anaknya itu.
Katanya tidak sampai sejam selepas itu, polis Nusajaya menerima laporan mengenai penemuan seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang ditinggalkan di hadapan sebuah restoran, kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian.
"Saya merasa amat bersyukur kerana anak saya berjaya ditemui dengan keadaan selamat walaupun cedera sedikit di kening mungkin terhantuk semasa kenderaan itu dipandu laju.
"Ia juga menjadi pengajaran kepada saya untuk tidak lagi meninggalkan anak dalam kereta walau sekejap. Saya harap ibu bapa lain dapat mengambil iktibar daripada kejadian yang saya alami," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nusajaya Supt Nor Hashim Mohamad berkata polis telah menubuhkan sebuah pasukan khas bagi mengesan kenderaan milik mangsa sebaik menerima laporan.
"Dengan bantuan orang ramai, kami berjaya mengesan kenderaan tersebut kira-kira pukul 11.30 malam semalam di Jalan Trus dan menahan tiga lelaki berumur antara 24 dan 26 tahun," katanya.
Beliau berkata siasatan awal mendapati ketiga-tiga lelaki terbabit juga terlibat dengan penyalahgunaan dadah selain dipercayai mempunyai kaitan dengan tujuh kes kecurian kenderaan sekitar Nusajaya dan Johor Baharu Selatan.
Mereka kini direman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tujuh tahun serta denda, jika sabit kesalahan. – Bernama
SUNGAI PETANI – Sebuah van polis yang dinaiki dua anggota terbakar sebaik sahaja sampai di simpang empat Jalan Lencongan Timur dekat Kompleks Mahkamah dan Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani dalam kejadian jam 10.30 pagi semalam.
Kejadian berlaku apabila kedua-dua anggota yang berada dalam van menyedari terdapat kepulan asap keluar dari bahagian enjin dan kenderaan berbau hangit.
Selepas memberhentikan kenderaan, mangsa menutup enjin dan keluar dari kenderaan sebelum menyedari van itu sudah mula terbakar.
Panik dengan kejadian terbabit, mangsa dikatakan terus menghubungi pihak bomba bagi operasi memadam kebakaran.
Tinjauan Sinar Harian di lokasi kejadian mendapati sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani telah pun tiba dan sedang berusaha memadam kebakaran.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian.
Menurutnya, van dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Yan itu sebenarnya membawa tertuduh dari Yan ke Kompleks Mahkamah Sungai Petani untuk perbicaraan.
"Bagaimanapun, ketika kejadian van itu sudah keluar dari mahkamah dan sedang menuju ke arah simpang empat berkenaan.
"Hanya dua anggota polis sahaja berada dalam van sementara penumpang lain telah pun dihantar," katanya.
Hashim berkata, kedua-dua mangsa berjaya menyelamatkan diri sebelum kebakaran merebak ke seluruh bahagian kenderaan itu, bagaimanapun tiada sebarang kecederaan dilaporkan.
GENEVA 6 Jun - Syria semalam bersetuju untuk membenarkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan agensi antarabangsa yang lain meneruskan bantuan kemanusiaan di negara itu.
"PBB akan membuka kem bantuan di empat wilayah bergolak utama iaitu Deraa, Deir al-Zor, Homs dan Idlib.
"Kebebasan adalah satu pergerakan dan peluang untuk meneruskan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Syria merupakan perkara yang paling penting," kata pegawai kanan bantuan kemanusiaan PBB, John Ging. - REUTERS
KUALA TERENGGANU - Alahai! Disebabkan seorang wanita bernama Melah, seorang pemandu teksi sanggup menumbuk dan menendang rakannya sendiri dalam satu kejadian berhampiran sebuah kedai makan di Stesen Teksi Kuala Terengganu, di sini, 23 Mac lalu.
Bagaimanapun, akibat perbuatan yang terlalu mengikut perasaan itu, tertuduh, Alias Ghazali, 39, dari Kampung Pak Kancil Luar, di sini, dikenakan hukuman denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.
Lebih malang, sekiranya Alias gagal menjelaskan denda terbabit, dia terpaksa meringkuk dalam penjara selama dua bulan.
Hukuman itu dijatuhkan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi selepas Alias mengaku salah mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera terhadap rakannya, Raja Ngah Raja Salleh, 51.
Alias mengaku dengan sengaja menyebabkan kecederaan dengan menumbuk dan menendang Raja Ngah berhampiran kedai makan di Stesen Teksi Kuala Terengganu, di sini, kira-kira 12 tengah hari, 23 Mac lalu.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintenden Ngiam Ooi Ming manakala Alias tidak diwakili peguam.
Berdasarkan fakta kes, Alias dikatakan mencari Raja Ngah selepas berselisih faham dengan mangsa yang keluar bersama seorang wanita dikenali sebagai Melah.
Sebaik menemui mangsa berhampiran kedai makan berkenaan, Alias terus menarik tangan mangsa keluar dari kedai sebelum menumbuk dan menendang mangsa.
Bimbang kejadian tidak diingini, mangsa mengambil keputusan membuat laporan di Balai Polis Kuala Terengganu dan susulan laporan dibuat, Alias ditahan sepasukan polis di hadapan stesen teksi di Jalan Masjid Abidin, di sini, 1 Jun lalu.
PASUKAN England umpama bom jangka berikutan beberapa lagi pemain utamanya dihimpit krisis kecederaan menjelang sepak mula Kejohanan Euro 2012 di Poland-Ukraine bermula Sabtu ini.
Pemain seperti Scott Parker dan John Terry boleh melupakan Euro andai tersilap langkah pada sesi latihan. Terry umpamanya mengalami kecederaan hamstring kecil ketika beraksi pada perlawanan persahabatan menentang Belgium, Sabtu lalu.
Manakala Parker dikatakan mengalami kecederaan Achilles, namun dinafikan Roy Hodgson.
Minggu lalu, Frank Lampard terpaksa digugurkan apabila mengalami kecederaan paha ketika mengikuti sesi latihan.
Penjaga gol, John Ruddy patah jari juga pada sesi latihan sementara Gareth Barry dan Gary Cahill cedera ketika beraksi pada perlawanan pemanas badan.
Penjaring gol kemenangan England ketika berdepan Belgium, Danny Welbeck turut dilaporkan mengalami masalah pergelangan kaki.
Tidak terkecuali, kapten pasukan Steven Gerarrad kerana pemain Liverpool itu mempunyai sejarah kecederaan hamstring yang berpanjangan.
Kini, Roy Hodgson mempunyai enam hari lagi bagi merencana sesuatu sebelum perlawanan pembukaan menentang Perancis pada 12 Jun di Donbass Arena, Ukraine.
KURANG lima hari perlawanan pembukaan Kumpulan B bermula, Denmark masih belum menemui rentak permainan sebenar.
Tewas dua kali pada aksi persahabatan, Denmark seakan hambar dalam meniti hari-hari pembukaan Euro sebelum meraih kemenangan sulung ke atas Australia pada aksi terakhir pemanas badan untuk bertemu Belanda, Ahad ini.
Namun, penyerang Nicklas Bendtner percaya, The Danish Dynamite mampu bangkit untuk kembali ke laluan sebenar mereka.
"Corak permainan kami akhir-akhir ini terlalu perlahan dan hambar. Kami bekerja keras untuk perbaikinya dan saya yakin, dalam tempoh terdekat Denmark akan kembali sebagai lawan yang digeruni," katanya.
Pertahanan Liverpool, Daniel Agger turut mengakui mereka membiarkan jurang yang agak luas dengan prestasi jauh lebih teruk berbanding sebelum ini.
"Kami masih ada kurang seminggu sahaja lagi untuk segera perbaiki dan kembalikan Denmark yang sebenar," katanya.
Denmark bakal memulakan kempen menentang Belanda Ahad ini, turut diundi bersama Jerman dan Portugal dalam Kumpulan B.
KOTA BHARU - Seorang peniaga kedai emas terpaksa berputih mata, selepas kedainya dipecah masuk, di Pasir Tumboh, malam kelmarin.
(Seing Ai, (duduk depan) buntu memikirkan kejadian kedainya yang dipecah masuk malam kelmarin)
Akibat kejadian itu, Lu Seing Ai, 49, mengalami kerugian kira-kira RM300,000.
Seing Ai berkata, dia hanya menyedari mengenai kejadian itu, kira-kira jam 12 tengah hari untuk memulakan perniagaan, dan melihat kedai berselerak.
"Saya memeriksa peti besi tempat menyimpan barangan kemas dan mendapati ia ditebuk dengan menggunakan gerudi dan kesemua barangan kemas dilarikan. Terkejut melihat keadaan itu, saya terus menaiki tangga kedai dan melihat siling di bahagian atas ditebuk dan mengesyaki pencuri itu menggunakan tali menyusup masuk ke dalam kedai," katanya.
Menurutnya, kejadian terbabit berlaku begitu pantas dan dia masih trauma.
"Ini merupakan kejadian ketiga sepanjang 26 tahun berniaga dan kejadian seumpama itu pernah berlaku namun saya tidak menanggung kerugian yang banyak. Saya masih buntu namun mengharapkan polis dapat melakukan siasatan bagi menahan penjenayah yang terlibat dalam kejadian ini," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Assistan Komisioner Azham Othman berkata, berdasarkan siasatan, dipercayai kedai itu dipecah masuk kira-kira jam 12 hingga 1 pagi.
"Walaupun kedai terbabit mempunyai kamera litar tertutup (CCTV), penjenayah itu berjaya masuk ke dalam kedai melalui siling selain menebuk tempat simpanan emas dalam kedai itu dengan menggunakan gerudi," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Azham berkata, pihaknya mengesyaki kejadian terbabit melibatkan lebih dari seorang penjenayah.
"Sehingga hari ini pihak polis masih menjalankan siasatan berhubung kes tersebut dan mengharapkan jika orang ramai yang mempunyai maklumat boleh salurkan kepada balai-balai polis terdekat bagi membantu menyelesaikan kes," katanya.
KEMASUKAN PATI ke negara ini dikatakan menjadi salah satu faktor penyakit tibi sukar dikawal dan dicegah di negara ini. – Gambar hiasan
KUALA LUMPUR – Kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PATI) dilihat sebagai salah satu faktor utama penyakit Tuberkulosis (tibi) atau batuk kering sukar dikawal dan dicegah di negara ini.
Pengarah Institut Perubatan Respiratori (IPR), Datuk Dr. Abdul Razak Muttalif berkata, PATI yang tidak melakukan pemeriksaan kesihatan dengan Agensi Pemantauan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (Fomema) menjadi pembawa utama penyakit itu.
"Melalui pemerhatian IPR, PATI yang tidak melakukan pemeriksaan kesihatan setelah tiba di Malaysia berpotensi menjadi pencetus merebaknya penyakit itu.
"Selain itu, faktor kurangnya kesedaran umum pesakit juga merupakan mengapa penyakit tersebut sukar untuk dicegah," katanya di sini semalam.
LANGKAH Republik Ireland ke Euro kurang meyakinkan apabila sekadar mencatat keputusan seri tanpa jaringan dengan Hungary pada aksi pemanas badan terakhir pasukan itu, awal pagi semalam.
Bagaimanapun jurulatihnya, Giovanni Trapattoni tetap berpuas hati kerana semua pemainnya bebas daripada masalah kecederaan.
Malah Trapatonni memuji persembahan penjaga gol veteran, Shay Given yang bertungkus-lumus memastikan gawang Ireland tidak dibolosi.
"Hungary dapat banyak peluang tetapi kami bernasib baik kerana Given selamatkan pasukan.
"Apa yang penting kami tidak kalah, pemain juga tidak cedera," katanya yang masih gusar mengenai formasi pasukan menjelang aksi pertama menentang Croatia, 11 Jun ini.
Pada masa sama, Trapattonimasih mempertimbangkan keputusan untuk menggunakan sistem penyerang tunggal seperti yang dilakukan dalam aksi persahabatan awal pagi semalam.
JURULATIH Republik Czech, Michal Bilek mengesahkan Tomas Rosicky (gambar) akan diturunkan pada perlawanan pertama Kumpulan A menentang Rusia, Sabtu ini.
Sebelum ini, peluang Rosicky ke Euro dilihat tipis apabila berdepan kecederaan betis, namun pengumuman terbaru itu melegakan peminat Republik Czech.
"Rosicky akan bermain pada perlawanan pertama. Dia mempamerkan kualiti yang saya inginkan dan dia tunjukkan pada sesi latihan.
"Dia pandai membuka ruang dan bijak dalam melakukan hantaran.
"Kehadirannya sudah pasti melonjakkan moral pasukan," katanya.
Selain Rusia, Republik Czech turut diundi bersama tuan rumah Poland dan juara 2004, Greece.
MENJELANG perlawanan pertama peringkat kumpulan menentang Republik Czech, Sabtu ini, Rusia perlu segera memperkemaskan jentera pertahanan walaupun percaya mereka berada di landasan terbaik untuk mara ke pusingan kedua.
Kemenangan 3-0 ke atas Itali pada aksi persahabatan terakhir minggu lalu melonjakkan keyakinan mereka, namun jurulatih Dick Advocaat akui pertahanan masih longgar.
"Kemenangan itu (pemanas badan) amat penting untuk meningkatkan keyakinan pasukan, sekali gus menandakan Rusia di landasan terbaik untuk memulakan saingan peringkat kumpulan.
"Namun masih banyak perkara perlu dititik beratkan terutama sekali bahagian pertahanan," kata bekas pengendali Belanda itu.
Pada masa sama, Advocaat masih merahsiakan barisan kesebelasan utama yang akan diturunkan pada perlawanan pertama nanti.
"Masih banyak masa lagi sebelum hari pembukaan dan dalam tempoh itu apa sahaja boleh berlaku," katanya yang mengakui sudah menyenaraikan beberapa pemain untuk mengisi posisi penting.
Rusia yang bakal memulakan kempen 9 Jun ini turut diundi bersama Greece dan Poland.
PERMOHONAN TERBUKA UNIT PUSAT INSTITUSI MARA (UPIM) PENGAMBILAN JULAI 2012
Unit Pusat Institusi MARA (UPIM) Bahgian Pendidikan Tinggi (PBT) akan mengadakan Permohonan Terbuka yang akan disertai oleh kesemua Institusi Pendidikan MARA (IPMa). Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar lepasan SPM dan ke atas khususnya pelajar Bumiputera yang masih belum mendapat tempat di mana-mana IPT di samping dapat mempromosikan program-program yang dijalankan di IPMa.
IPMa yang turut sama dalam program ini adalah seperti berikut :-
i.Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
ii. Kolej Profesional MARA (KPM)
iii. Kolej Poly-Tech MARA (KPTM)
iv. German Malaysian Institute (GMI)
v.Institut Kemahiran MARA (IKM) / Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)
Manifesto Pakatan Rakyat Negeri Sembilan pada bab Tonggak 4: Rakyat Nan Berilmu , Fasal 4.0 Pendidikan , 4.3 menyatakan : "Memberi sumbangan sebanyak RM1,500 kepada pelajar yang berjaya mengikuti ijazah pertama dan RM1,000 diploma di IPTA dan IPTS yang diiktiraf."
Sekarang ialah musim anak-anak Negeri Sembilan melangkah ke IPTA, Politeknik dan sebagainya untuk meneruskan pengajian di peringkat Diploma serta Ijazah yang memerlukan perbelanjaan yang tinggi dari kos sara hidup, persiapan awal dan sebagainya.
Berapakah sumbangan yang diberikan oleh kerajaan Negeri Sembilan pimpinan Umno/BN pada ketika ini kepada setiap anak Negeri Sembilan yang melanjutkan pelajaran ke IPT? Adakah ianya diberi secara menyeluruh?
JEMPOL 5 Jun 2012 - Sebanyak 57 buah rumah termasuk beberapa premis awam di Felda Palong Dua dekat sini rosak akibat dilanda ribut petang semalam.
Ribut yang melanda kawasan berkenaan kira-kira pukul 6.30 petang itu turut mengakibatkan atap masjid, pejabat Felda, pondok polis, premis wisma belia serta pejabat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) diterbangkan angin.
Menurut seorang penduduk, Siti Zaharah Chen Abdullah, 43, kejadian tersebut bermula dengan tiupan angin kuat dan tidak lama selepas itu disusuli dengan hujan lebat.
"Ketika kejadian saya berada di rumah bersama suami serta seorang anak. Risau dengan keadaan angin yang bertiup kuat, kami mula memindahkan barang berharga ke ruang tengah rumah.
Demi mempertahan kan Felda Selasih, antara talian hayat terakhir Umno di Dun Jabi, kunjungan pimpinan Pas Dun Jabi baru-baru ini ke rumah seorang peneroka yang turut disertai Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Terengganu, Haji Muhyiddin Abdul Rashid, atas sifat bertanya khabar telah disalah ertikan dengan begitu buruk sangka oleh pemimpin Umno setempat.
Lantaran menerima tetamu yang berlainan fahaman politik dengan pimpinan Umno, Peneroka tersebut, Mat Jala Idris, [Gambar bawah] 61 tahun yang mempunyai seorang anak kurang upaya, memaklumkan bahawa beliau telah menerima ugutan penamatan bantuan yang selama ini diterima oleh anaknya atas sifat kehilangan upaya kekal sekiranya gagal memberikan penjelasan memuaskan atas tindakannya.
Anaknya, Zulkifli Mat Jala, [Gambar atas] 28 tahun, terlantar lumpuh, tidak mampu berkata-kata dan hanya mampu terbaring di perbaringan setelah terlibat dalam tragedi kemalangan jalan raya lebih 5 tahun lepas. Selama tempoh itulah, Mat Jala suami isteri dengan begitu tabah menerima takdir Allah, membelai dan menatang anak kesayangan mereka dengan penuh kasih sayang beserta doa dan harapan yang masih bersisa.
Malangnya, masih ada segelintir pemimpin Umno yang masih bersikap primitif. Politik ugut-mengugut, pulau-memulau masih ingin diteruskan. Demi kelangsungan kuasa, kewarasan pertimbangan dan kemanusian di kesampingkan. Unsur-unsur negatif sebegini yang merencat keharmonian hidup bermasyarakat sepatutnya telah lama dikuburkan dan kita berpolitik secara matang.
Hanya sekadar program ziarah biasa, bertanya khabar, menyantuni mereka yang kurang bernasib baik, itu pun dah dianggap sebagai suatu ancaman. Atau mereka takut kepada bayang-bayang sendiri. Sebelum ini kita menerima maklumat, seorang ahli jawatankuasa JKKK Felda Selasih telah menerima teguran keras kerana hadir ke majlis minum petang bersama pimpinan PAS di sebuah kedai kopi baru-baru ini.
Sedangkan kata beliau kepada saya, "memang rutin harian ambo, minum air sini petang-petang, kebetulan hari ini, pimpinan PAS mari, apa salahnya ambo duduk sambil sembang-sembang? Tak kan buat gini pun salah?" Soalnya penuh kekesalan.
Ketika melakukan ziarah susulan semalam, sambil menghulurkan sedikit sumbangan, kami memberikan jaminan bahawa Mat Jala sekeluarga tak akan dibiarkan bersendirian, kami akan mempastikan setiap sen yang menjadi hak anaknya yang terlantar dikembalikan atau bersiap sedialah Umno dengan tindakan susulan yang lebih drastik. Ini bukan ugutan, tapi inilah bahasa yang sesuai dengan mereka yang masih berfikiran primitif!
Dr Azman Ibrahim Pengarah MTD Jabi/ Naib YDP PAS Setiu AJK Badan Perhubungan PAS Terengganu
Saya dikhabarkan antara masalah yang dihadapi oleh beberapa anak tempatan di Kg Gadong di DUN Kota dalam Parlimen Rembau ialah tanah TOL yang diusahakan oleh mereka sejak tahun 80an dengan tanaman dusun buah-buahan terutamanya durian masih tidak mendapat sebarang hak milik lagi walaupun telah berulang kali mengajukan perkara ini kepada wakil rakyat setempat.
Apa yang menyedihkan ada antara mereka yang mengusahakan tanah ini telah pun meninggal dunia dan perjuangan menuntut tanah yang diusahakan ini kini diteruskan oleh anak-anak mereka di Kg Gadong.
Pakatan Rakyat Negeri Sembilan amat komited dalam isu tanah ini untuk kepentingan anak tempatan. Dalam Manifesto Pakatan Rakyat Negeri Sembilan dalam Tonggak yang ke 3 secara khusus menyebut iaitu pada fasa ke 3.2 iaitu "Memberi milik kepada pemegang tanah TOL (kecuali rizab jalan, sungai dan seumpamanya) yang telah diusahakan atau diduduki selama 25 tahun ke atas".
Nah, Pakatan Rakyat Negeri Sembilan telah menyatakan komitmen kami dalam isu ini. Apa pula komitmen Barisan Nasional khususnya Umno dalam isu tanah ini, khususnya kepada rakyat Negeri Sembilan sendiri?
Memang Dah Betul - Apasal Tuduh Nizar Buat Fitnah?
Oleh AlHusseyn
Pagi semalam aku sempat bergebang dengan bekas Setiausah Politik DS Nizar, Ust Misbahul Munir. Kami pergi minum-minum di kedai 'Rumpun' dekat pejabat Perhubungan Pas negeri.
Dari mana ? Tanya Misbah, dari IPD buat liputan Pemuda buat laporan polis mengenai isu plate Sultan Johor, jawab ku pendek.
"Sultan Johor beli plate kereta dengan harga RM520k tu betul ke tidak?" Aku bertanya kepada Misbah.
"Betullah tu, JPJ ada keluarkan rekod mengenainya," balas Misbah.
"Kalau betul, apasal diaorang kata Nizar buat fitnah?" tanya ku lagi.
"Itulah, mereka tokok tambah, kata Nizar tuduh Sultan gunakan wang rakyat beli nombor plat itu!" mendengus bunyi Misbah.
"Padahalnya, Nizar tidak sebut pun nama Sultan . Nizar sebut secara umum sahaja. Diaorang pandai-pandai yang tokok tambah," rungut Misbah.
"Kira-kira diaoranglah yang sepatutnya disiasat bawah Akta Hasutan," sambung ku.
( Korang boleh lihatlah sendiri bukti-bukti tersebut yang ada bawah nih.Klik untuk besarkan)
"Polis kita.....ko tahulah....." Misbah sengaja tidak mahu melengkapkan ayatnya. Nampak beliau begitu kesal dan menyampah dengan sikap PDRM.
"Hang patut tulis tu dalam blog. Hidupkan semula blog hang tu ..." pinta ku kepada Ust Misbah.
"Insya' Allah...." katanya. "Aku lebih suka tulis kat facebook lagi....," sambungnya .
Saya katakan kepadanya, tulisan di facebook agak terhad dan tidak dapat menghuraikan sesuatu isu dengan lebih terperinci.
Dia akui dan katanya akan cuba hidupkan semula blognya itu. Harap-harap, blog beliau akan aktif semula sedikit masa nanti kerana ramai peminat blognya ternanti-nantikan tulisan beliau.
Pak Jabit akan buat Midah meroyan. Program ni berdekatan rumah Dato' Hamidah. Entah apa yang dia akan lakukan.. Permit dah siap anto.. Apa midah akan buat ye.. dulu di tapak yang sama Kak Midah buat bacaan Yasin. Mempergunakan program bacaan Yasin untuk ganggu ceramah PAS. Ahad ni kita tunggu.. apa si meroyan tahap 3 tu nak buat... JOM DUDUK SATU PENTAS!!
31 Mei lalu kami menghantar surat rasmi jemputan debat kepada Sekretariat Ulama Muda Umno (ILMU) melelaui emel dan fax.
Surat rasmi pelawaan debat kepada ILMU
Tajuk yang kami kemukakan ialah "PAS vs Umno : Siapa Sesat" dengan menampilkan Pemuda PAS Gombak yang mewakili PAS serta ILMU yang mewakili Umno.
Ia dijadualkan berlansung pada 26 Jun akan datang, di Dewan Beringin, Taman Sri Gombak.
Emel sama kami hantar kepada media dan dimasukkan ke dalam Facebook rasmi kami beserta blog www.PemudaGombak.com.
Rujuk http://pemudagombak.com/v1/?p=1338
Posted: 04 Jun 2012 08:01 PM PDT
Bidaan RM24,200 yang dibuatnya untuk nombor pendaftaran WWW15 guna wang rakyat.
kenyataan Tiong Lai bahawa tindakan itu diambil kerana nombor baru itu untuk kereta rasmi baru yang sudah melepasi jangka hayat.
Menurut laporan media berbahasa Cina, Liow menjelaskan bahawa bidaan itu dijalankan oleh pegawainya. Soalnya kuasa pembidaan itu diperkenankan oleh menteri dan dizinkan walaupun menelan belaja yang besar.
Teras amat kesal kerana nampaknya Menteri Malaysia berfikir bahawa dengan nombor pendaftaraan unik seperti WWW 15 dianggap melambangkan kehebatan.
Aku penuh yakin yang PRU13 nanti akan jadi pilihanraya yang paling kotor dalam sejarah Malaysia dengan penipuan yang paling dahsyat terutama sekali yang ada bersangkut paut dengan daftar pemilih.
Bunga-bunga penipuan pun dah cukup jelas nampak terutama sekali kecelaruan daftar pemilih. Nama orang yang mati masih ada dalam daftar pemilih tapi nama orang yang hidup pulak dibuang kononnya dah mati.
Macam tu jugak nama-nama yang meragukan masih belum dikeluarkan dari daftar pemilih, jugak bilangan pengundi yang terlalu ramai dalam sebuah rumah termasuk dari berbagai kaum.
Tapi yang paling teruk sekali dalam bab daftar pemilih ni bila Hj Mahfuz Omar dakwa ujud satu Task Force haram di pejabat Perdana Menteri yang bagi MyKad kepada warga asing semata-mata untuk didaftarkan sebagai pengundi. Satu aksi 'si anjing Umno' yang bukan setakat nak menipu dalam pilihanraya tapi dalam masa yang sama 'menjual' negara.
SPR tak pernah bersungguh-sungguh untuk ujudkan keadaan yang telus dan adil termasuk pandang ringan dengan tuntutan Bersih tapi dalam masa yang sama sibuk dengan benda-benda remeh contohnya baru-baru ni nak larang penggunaan karikatur atau gambar kartun masa tenpoh kempen.
Macam tu jugak peraturan tak benarkan bendera parti yang tak bertanding dikibarkan masa kempen pilihanraya, peraturan yang sangat-sangat jelas nak bagi kelebihan kepada Umno BN dan merugikan Pakatan Rakyat.
Yang terbaru semalam Timbalan Pengerusi SPR yang katanya ada nombor keahlian Umno, umumkan untuk PRU13 takdak lagi proses semak dan bantah masa penamaan calon dan pegarai pengurus pilihanraya (RO) dibagi kuasa penuh menentukan sama ada seseorang tu bersih dan layak untuk bertanding atau tidak.
Sebelum ni, RO cuma akan buat semakan berdasarkan bantahan kalau ada. Dengan kuasa penuh kali ni tak mustahil kuasa tu akan digunakan untuk tolak pencalonan dari Pakatan Rakyat.
Harus diingat, keputusan yang RO buat untuk proses penamaan calon adalah muktamat yang cuma boleh dicabar dimahkamah selepas pilihanraya. Maknanya keputusan RO tu cuma boleh dicabar selepas kerajaan baru dibentuk.
Tak mustahil kuasa ni akan digunakan oleh 'si anjing Umno' dikalangan RO yang dilantik untuk pastikan Umno BN terus berkuasa selaras dengan ucapan Najib yang pernah kata akan lakukan apa saja untuk pastikan Umno BN mempertahankan kemenangan.
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengucapkan tahniah kepada kerajaan Negeri Selangor di bawah kepimpinan Pakatan Rakyat kerana terus cemerlang dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat negeri itu. Timbalan Ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata, yang terbaru adalah pengumuman Menteri Besar Selangor untuk memberikan potongan sebanyak 25 peratus cukai pintu kepada semua pemilik pangsapuri kos rendah di seluruh itu.
"Pengumuman ini pastinya melegakan seluruh warga negeri Selangor terutama golongan berpendapatan rendah yang rata-ratanya menghuni rumah pangsapuri kos rendah," katanya dalam satu kenyataan.
Katanya, dengan kos sara hidup yang begitu tinggi dan dengan pelbagai cukai yang dikenakan oleh kerajaan pusat terhadap rakyat, kehidupan rakyat amat tertekan dan terbeban.
Justeru, ujaqrnya usaha kerajaan Selangor itu amat relevan dan sesuai di waktu ini bagi rakyat negeri itu.
Ini, tambahnya menandakan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Selangor sentiasa mendahulukan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah bagi memastikan kehidupan mereka terbela.
Apa yang dikagumkan, kata beliau dalam masa pemerintahan yang singkat ini Pakatan Rakyat telah banyak mendahului kerajaan pusat dalam memberikan kemudahan kepada rakyat.
"Pastinya keadaan ini adalah hasil daripada pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat yang cekap, amanah, efisyen serta tidak terlibat dengan rasuah, skandal atau penyelewengan.
"Bahkan pemimpin Pakatan Rakyat memberikan kebajikan ini tanpa mengenal bangsa, warna kulit, keturunan serta fahaman politik," ujarnya.
Justeru, katanya DPPWP menyarankan kerajaan negeri-negeri lain yang diperintah oleh Barisan Nasional serta kerajaan pusat agar mencontohi usaha kerajaan negeri Selangor itu.
Menurutnya, manfaat daripada kedudukan ekonomi negeri-negeri wajar disalurkan ke tempat yang sepatutnya, khususnya untuk kebajikan rakyat, bukan golongan elit korporat yang kaya serta kroni terdekat.
Komen : Masa Tun M jadi PM nak pergi mahkamah beliau(Tun M) minta soalan dulu almaklumlah orang takut dengan Dr mahathir masa tu.Kini beliau dah tiada kuasa cuma berkata-kata sahaja. CYBERJAYA - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak gentar dengan dakwaan Penasihat DAP Lim Kit Siang untuk mendedahkan apa yang dikatakan skandal kewangan sepanjang 22 tahun pemerintahannya. Dipetik Bernama, Dr Mahathir berkata, Kit Siang boleh berbuat apa sahaja sekarang juga untuk membuktikan berlakunya skandal kewangan sepanjang pemerintahan beliau.
"Dia (Kit Siang) boleh buka apa-apa fail, sekarang pun tak apa. Nak bawa saya pergi ke mahkamah pun boleh. Saya tak takut apa-apa pun," katanya ketika merasmikan KRU Academy di sini hari ini. Semalam, dalam satu kenyataan, Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur, mendakwa bahawa Dr Mahathir khuatir kebenaran skandal kewangan yang berlaku ketika pemerintahan beliau akan terdedah jika Pakatan Rakyat (PR) memerintah negara.
Apabila ditanya mengenai 'Himpunan Hijau ke Putrajaya' anjuran Pas yang menarik 50,000 penyokong, Dr Mahathir menyifatkannya sebagai 'perhimpunan besar-besaran kerana diupah' dan tidak menjanjikan bahawa pakatan pembangkang bakal menang dalam pilihan raya akan datang.
"Saya biasa mendapat kurang daripada 100 orang yang datang untuk mendengar ucapan saya namun saya berjaya memenangi pilihan raya.
"Jika anda mengupah orang supaya datang, mereka akan datang. Ini adalah perhimpunan besar-besaran kerana diupah.
"Anda tengoklah nanti semasa pilihan raya kalau jumlah 50,000 itu dapat diterjemah kepada sokongan dan menghantar mereka (pakatan pembangkang) ke Putrajaya," katanya.
Komen Teman : Kerajaan BN telah menipu rakyat dengan Sejarah Negara yang tunggang langgang termasuk sejarah UMNO sendiri tidak dijelaskan sebenar pada ahlinya. BN juga telah menggunakan media bagi menutup kebobrokan pengurusan wang negara yang teruk dan boros. Kerajaan BN juga gagal mempertahankan tanah & air negara bila dengan mudah tanpa menyesal menyerahkan Pulau Batu Putih dan Tanjung Pagar dengan galangganti yang merugikan dan mencurigakan. Kerajaan BN tidak bersungguh mencegah rasuah yang terus parah sehinggakan rasuah dalam UMNO diberi tanggapan bukan rasuah dan dikecualikan dari penyiasatan dan aduan SPRM.
PASIR MAS – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Umno dan Barisan nasional (BN) kini berada dalam zon bahaya kerana mereka mengamalkan akidah yang salah.
Beliau berkata, BN mengamalkan sistem pemerintah yang tidak berlandaskan hukum Islam dan tidak mustahil mereka akan menerima kesan buruk dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kelak.
"Akhirnya mereka (BN) mengakui, mereka berada di dalam zon bahaya, kerana menolak Islam dan mengutamakan sistem kebangsaan yang digunakan oleh pihak Inggeris," katanya, selepas solat Zohor bersama 300 penduduk di Kampung Kubang Agol, Chetok, di sini semalam.
Nik Abdul Aziz berkata demikian, bagi mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyatakan BN kini berada dalam zon bahaya.
Namun katanya, jika Umno dan BN mengikuti akidah seperti Nabi Muhammad SAW, pasti mereka tidak akan berada di dalam zon bahaya seperti sekarang.
Muhyiddin meluahkan rasa kecewa terhadap sebahagian daripada ahli BN yang mengamalkan politik wang sehingga menyebabkan rakyat hilang kepercayaan kepada parti komponen itu.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Peraturan dan Perlembagaan Umno berkata, politik wang sebelum ini, hanya berlaku ketika proses pemilihan di peringkat tertinggi, namun ketika ini ia sudah menular sehingga di peringkat cawangan.
KANGAR, 5 Jun — Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu memperteguh ketaatan dan kesetiaan kepada Raja, pemerintah dan kerajaan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.
Menurutnya, mereka juga perlu menzahirkan budaya kerja positif sejajar dengan visi dan misi PDRM dengan memberi fokus kepada keberhasilan kolektif pasukan.
Berucap pada majlis santapan diraja sempena perasmian Mes Pegawai Kanan PDRM Perlis di sini malam tadi, beliau yakin PDRM juga telah menghayati Gagasan 1Malaysia secara berkesan melalui semangat "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan."
Ismail berkata, PDRM yang kini berusia 205 tahun sentiasa berhadapan dengan pelbagai cabaran dan dugaan terutama dengan perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi.
"Jika tidak berubah, maka perubahan akan melanda kita, sama ada kita mahu atau tidak," katanya. Menurut Ismail, zaman ledakan maklumat ini memerlukan PDRM memacu kemajuan melalui kecekapan rangkaian pertukaran maklumat melalui sistem komunikasi yang cekap dan berkesan — Bernama.
... patut la masing-masing polis jadi barua anjing kerajaan masa Bersih 3.0... Allah diketepikan!!!
PUTRAJAYA, 4 Jun – Panel siasatan perhimpunan Bersih hari ini telah ditayangkan rakaman video oleh pihak polis sebagai sebahagian daripada siasatan mereka.
Video berdurasi 40 minit yang ditayangkan hari ini menunjukkan rakaman hari sebelum perhimpunan duduk bantah Bersih 3.0 berlangsung yang dirakamkan pihak polis di ceramah-ceramah dari seluruh negara.
"Panel telah meminta pihak polis menayangkan rakaman video, dan hari ini kami telah ditayangkan rakaman video yang menunjukkan terdapat unsur hasutan daripada pelbagai pihak termasuk pemimpin politik yang mengajak orang ramai menyertai perhimpunan itu," kata Pengerusi panel tersebut, Tun Mohammed Haniff Omar.
Tambah Haniff, pihaknya telah difahamkan oleh pihak polis, mereka mempunyai simpanan 43 klip video keseluruhan perhimpunan tersebut yang berdurasi 73 jam.
"PDRM telah menunjukkan tayangan video 40 minit kepada kami hari ini.
"Video tersebut menunjukkan perlakuan peserta perhimpunan pada 28 April lalu dan juga kerosakan harta benda akibat perhimpunan tersebut," tambahnya.Beliau yang juga merupakan bekas ketua polis negara turut menjelaskan, ekoran klip video yang terlalu banyak, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan pihak polis untuk melakukan penyiasatan.
"Panel telah meminta pihak polis memberi taklimat pendekatan yang dilaksanakan PDRM ketika bersih 3.0.
..... bekas ketua polis siasat polis... macam bekas ketua perompak yang masih jahat siasat perompak...
Beginilah nasib rakyat dibawah pemerintahan Umno dan Barisan Nasional. Ramai rakyat yang diibaratkan seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Ada yang kais-kais tetapi tidak dapat makan pun.
Kami Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil menegur sikap pilih bulu yang begitu menebal yang ada dalam Umno dan Barisan nasional. Jika tidak menguntungkan mereka, mereka akan buat sambil lewa dan tidak ambil berat. yang menjadi mangsa adalah rakyat bawahan.
Kita melihat bagaimana Umno dan Barisan Nasional yang begitu rakus mengumpul harta menggunakan duit rakyat. Rumah mereka seperti istana dan ramai rakyat yang rumah mereka tidak cukup kemudahan asas. Ada di kalangan rakyat yang miskin dan apabila diminta bantuan untuk PPRT, pihak yang berwajib hanya memandang sepi.
Ruang hadapan rumah Ali Rustam (Ketua Menteri Melaka)
Berikut adalah laporan yang dikeluarkan oleh Sinar Harian Edisi Melaka dan Negeri sembilan. Bandingkanlah sendiri. Jom ubah.
Jawapan tak kunjung tiba
WARTAWAN SINAR HARIAN 3 Jun 2012
Mariani dan suami serta tiga anak mereka yang masih mengharapkan bantuan PPRT.
ALOR GAJAH - Permohonan bantuan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang dibuat sejak 2009 sudah diluluskan namun masih belum menerima sebarang jawapan pasti.
Itulah dilema dihadapi pasangan suami isteri, Jef Roslan Abd Rahim, 40, dan Mariani Mamat, 33, di Kampung Lendu, di sini.
Pasangan ini mempunyai tiga anak yang masih kecil dan bersekolah, berumur antara 3 hingga 10 tahun.
Mariani berkata, kali pertama mereka membuat permohonan pada penghujung 2009 dan pihak berkenaan memaklumkan alamat kad pengenalan tidak sama dengan alamat yang dipohon.
"Mereka minta kami buat semula permohonan dan majukan kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) tapi selepas itu terus senyap.
"Jika ada masalah, mereka sepatutnya maklum kepada kami, bukannya mendiamkan diri kerana menyebabkan kami seolah-olah 'menunggu buah yang tak gugur," katanya, semalam.
Menurutnya, dia tidak bekerja dan hanya bergantung kepada pendapatan suami yang bekerja sebagai pengawal keselamatan iaitu RM500 sebulan.
"Kami berpindah ke kampung ini dan tinggal bersama ibu saya, Jamaliah Pakeh, 72, sejak tiga tahun lalu sebelum memohon bantuan PPRT.
"Saya memang dibesarkan di sini, cuma pernah merantau ke negeri lain, tetapi kembali semula menetap di kampung halaman," kata anak bongsu daripada tujuh beradik ini.
Justeru, Mariani merayu pihak berkenaan supaya mempertimbangkan permohonannya untuk memiliki rumah PPRT.
"Walaupun sudah tiga kali memohon, saya masih menaruh harapan supaya permohonan diluluskan," katanya.
Sementara itu, Pengerusi JKKK Kampung Lendu, Norhayati Yatim berkata, segelintir pemohon menghantar borang bantuan PPRT tanpa melaluinya.
Menurutnya, pihaknya menyimpan senarai nama penduduk yang memohon bantuan\ PPRT dan jika ada yang tercicir, kami akan siasat.
"Kami akan selidik perkara ini terlebih dahulu kerana tidak pasti sama ada permohonan melalui saya atau sebaliknya," katanya yang baru memegang jawatan tersebut dua tahun lalu.
““GEMBIRA-SEDIH-LUCU-TERHARU-BANGGA” Saya bawakan kepada anda memoir potret foto terbaik yang dikutip daripada pelbagai sumber sepanjang Xpresi Hijau Anak Muda ke Putrajaya di Kedah Darul Aman. Pelbagai ekspresi wajah, perasaan, kelakuan serta tingkah laku yang menarik sempat dirakam oleh lensa-lensa kamera yang berada di sekitar program berkenaan. Konvoi motosikal ke Stadium Darul Aman. Fuuh, pening kepala [...]
Adun Sungai Rapat, Kak Midah meroyan tahap tiga sekali lagi menunjuk sikap kebudak-budakannya... Malam ini (6 Jun) dia akan menganjurkan Majlis Kesyukuran untuk mengganggu Ceramah PAS yang menampilkan Penyanyi yang terkenal dengan lagu Janji Manismu Aishah bersama Bekas Pegawai Tinggi TLDM Laksamana Imran Abd Hamid.
Majlis kesyukuran itu difahamkan sempena majlis pecah tanah yang belangsung petang itu walaupun sepatutnya dijadualkan akan berlangsung pada Jumaat lalu, namun selepas mengetahui PAS akan mengadakan ceramah, Kak Midah tukar ke 6 Jun.
Program yang jaraknya hanya 100 meter dari program PAS itu menampilkan Ulama' Tersohor Umno yang satu-satu diharapkan, Ustaz Kamal Saidin.
Ini bukan kali pertama Kak Midah menggunakan program agama untuk tujuan mengganggu, dia juga pernah membuat program sedemikian sebelum ini seperti di Taman Jutaria..
Inilah si Hamidah, sanggup mempergunakan Program agama sebagai alat untuk mengganggu ceramah PAS.. Niat pun dah tak betul... Panggil pulak si Ustaz meroyan..
Tengok la telatah Kak Midah turun naik Pentas malam ni, macam budak2 kecik yang baru abis minum susu botol.. Kalau hebat sangat, sahutlah cabaran Ustaz Radzi.. Duduklah satu pentas.. tak payah le ikut je ceramah orang.. hehe..
Pak Jabit akan buat Midah meroyan. Program ni berdekatan rumah Dato' Hamidah. Entah apa yang dia akan lakukan.. Permit dah siap anto.. Apa midah akan buat ye.. dulu di tapak yang sama Kak Midah buat bacaan Yasin. Mempergunakan program bacaan Yasin untuk ganggu ceramah PAS. Ahad ni kita tunggu.. apa si meroyan tahap 3 tu nak buat... JOM DUDUK SATU PENTAS!!
KUALA LUMPUR: Penasihat DAP Lim Kit Siang dalam nada menyindir meminta Tun Dr Mahathir Mohamad agar tidak diserang 'penyakit lupa' apabila memberi keterangan kepada Suruhanjaya Diraja berhubung isu pendatang tanpa Izin di Sabah.
Menurut Kit Siang, apa yang dibimbangkan kini apabila 'penyakit lupa' Tun datang semula seperti berlaku ketika bekas Perdana Menteri itu memberi keterangan kepada Suruhan Jaya Diraja Pita Video Lingam.
"Mahathir, yang dikenali dengan "daya ingatan yang kuat" sebelum dan selepas tampil dalam siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja Pita Video Lingam dan telah berkata "Saya tidak ingat" atau yang seakan-akan seperti kenyataan itu, 14 kali dalam keterangan 90 minit dalam bulan January 2008.
"Adakah Mahathir akan diserang amnesia sekali lagi jika diminta untuk tampil memberi keterangan dalam penyiasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja berkenaan dengan isu pendatang asing tanpa izin di Sabah," soal Kit Siang.
Tun Mahathir semalam berkata belaiu bersedia untuk memberi kenyataan sekiranya disiasat oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja yang menyiasat masalah-masalah berhubung pendatang asing tanpa izin di Sabah.
Beliau juga turut bersedia disiasat dan dibawa ke mahkamah berhubung dakwaan skandal kewangannya dalam 22 tahun sebagai Perdana Menteri.
Sebelum ini, Kit Siang berkata skandal kewangan dalam 22 tahun Tun bakal terdedah jika Pakatan Rakyat memenangi pilihanraya umum yang akan datang.
KUALA LUMPUR: Teras Pengupayaan Melayu (Teras) kesal dengan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai yang mempertahankan bidaan RM24,200 yang dibuatnya untuk nombor pendaftaran WWW15 baru-baru ini.
Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar) mempersoalkan apakah rasional menteri berbelanja untuk hanya nombor pendaftaraan kereta rasmi yang boleh menyara rumah kos rendah buat sebuah keluarga miskin atau menaja seorang pelajar miskin untuk masuk universti.
Baginya, sikap dan mentaliti menteri beginilah yang membuatkan rakyat sedang mual dengan kepimpinan negara yang ada sekarang, hanya kerana mereka terus berkuasa, apa saja tindakan dianggap punya rasional belaka.
Katanya, baru sahaja rakyat mempersoalkan kerajaan mengesahkan mengeluar perbelanjaan besar untuk perhimpunan jutaan belia di Putrajaya.
Beliau menambah, walaupun sebahgiannya adalah ditaja oleh swasta namun imej kerajaan sangat dipersoalkan.
"Membayar RM2.4 juta untuk penari separuh bogel dari Korea dianggap tidak bermasalah sedangkan ada rakyat yang bercekang mata untuk mencari nafkah dalam keadaan kos hidup yang terus meningkat," ujarnya dalam satu kenyataan.
Azmi brkata, nampaknya kerajaan yang ada sekarang lebih cepat membawa negara ke ambang muflis.
Katanya, pimpinan negara seolah memejam mata dan memekak telinga dengan apa yang sedang berlaku di Eropah.
"Di kala ekonomi Greece dan kini Portugal dan ia sedang merebak ke seluruh Zon Eropah, berada di ambang keruntuhan ekonomi yang serius dan rakyat bangkit mengguna hak demokrasi di jalan raya, pemimpin Malaysia terus berbelaja besar dengan hal-hal yang sama sekali tidak produktif malah membazir," ujarnya lagi.
Ujarnya, pemimpin kerajaan Malaysia kini masih terus mengamalkan polisi rendah akal dan tidak menunjukkan tahap kematangan mengurus sumber negara dengan beramanah.
"Kami berpendapat menteri berkenaan sudah jauh ketinggalan zaman dalam berfikir seolah rakyat tidak akan mempersoalkan tindakannya. Beliau mengambil sikap simplistik bahawa kuasa boleh melakukan apa sahaja tanpa diteliti oleh rakyat," katanya.
Beliau juga mempersoalkan kenyataan Tiong Lai bahawa tindakan itu diambil kerana nombor baru itu untuk kereta rasmi baru yang sudah melepasi jangka hayat.
"Adakah alasan ini masih boleh diterima oleh rakyat?" tanya beliau.
Justeru, katanya Teras ingin bertanya, apakah tidak ada peraturan dan garis panduan berbelanja dari Perbendaharaan Negara dalam hal-hal seperti ini.
"Adakah ada dalam peraturan, sesebuah agensi atau menteri boleh mengeluarkan perbelajaan untuk hal seperti membida nombor pendaftaraan kereta rasmi?" tanya beliau lagi.
Menurut laporan media berbahasa Cina, Liow menjelaskan bahawa bidaan itu dijalankan oleh pegawainya. Soalnya kuasa pembidaan itu diperkenankan oleh menteri dan dizinkan walaupun menelan belaja yang besar.
Tambahnya, Teras amat kesal kerana nampaknya Menteri Malaysia berfikir bahawa dengan nombor pendaftaraan unik seperti WWW 15 dianggap melambangkan kehebatan.
"Inikah mentaliti menteri yang ada?
"Kami sama sekali tidak dapat menerima mana-mana perbelanjaan wang awam untuk perkara-perkara yang tidak ada kena-mengena dengan kebajikan rakyat. Malah kami mengutuk dan membantah budaya membazir dan menyalahguna wang rakyat untuk hal yang remeh dan dan tidak perlu.
"Kami mendesak agar pembidaan itu dibatalkan dan wang itu diserah kembali kepada Perbendaharan Negara," kata Mohd Azmi.
KUALA LUMPUR, 4 Jun: Mengapa tidak tunggu 10 tahun lagi untuk siar visual himpunan Bersih 3.0 di laman web Kementerian Dalam Negeri (KDN), Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar (gambar) mempersoalkan. "Rakyat yang terlibat dalam himpunan tersebut telah siarkan pelbagai gambar dan rakaman semasa perhimpunan itu seawal hari yang sama, mengapa KDN perlu menanti sehingga lebih dari sebulan untuk menyiarkan rakaman itu?
"Tidak masuk akal jika sebuah kementerian yang mendapat peruntukan begitu besar setiap kali belanjawan negara di bentangkan bertindak begitu lembab sedangkan rakyat yang menyiarkan pelbagai gambar dan rakaman semasa perhimpunan 28 April itu seawal hari yang sama tidak mendapat apa-apa upah, gaji atau bayaran," katanya.
Mahfuz menyifatkan pengumuman Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bahawa rakaman visual tersebut sudah siap sepenuhnya dan telah disahkan sumbernya akan dimuat naik ke laman web kementerian hari ini dan akan dapat dilihat orang ramai mulai esok sebagai sudah terlambat dan amat lucu.
"Kalau rakaman-rakaman yang disediakan oleh KDN itu benar-benar menguntungkan kerajaan Umno Barisan Nasional (BN), mengapa tidak siarkan pada hari yang sama?" Ahli Parlimen Pokok Sena itu terus mempersoalkan.
Mahfuz juga mempersoalkan, mengapa rakaman itu kelihatan tergesa-gesa hendak disiarkan selepas tersiar berita bahawa populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak jatuh merudum selepas himpunan Bersih 3.0 itu?
"Kenapa nampak kelam kabut hendak siarkan selepas diumumkan rating Najib jatuh merudum?
"Adakah kerana kerajaan baru tersedar bahawa rakyat benci tindakan ganas dan tidak berperikemanusiaan kerajaan Najib terhadap mereka yang berhimpun menuntut pilihan raya yang bersih dan adil itu?" soal beliau.
Mahfuz juga menyuarakan kebimbangannya rakaman yang akan disiarkan itu diedit oleh kementerian Hishammuddin terlebih dahulu untuk menipu rakyat.
"Kita masih ingat selepas Bersih 2.0, polis mendakwa (Timbalan Presiden PAS) Mohamad Sabu membuat tuduhan palsu dilanggar kenderaaan jenis Pajero milik polis sedangkan sebelum itu Mat Sabu membuat laporan polis bahawa beliau dilanggar kenderaan jenis Proton Waja milik polis.
"Seluruh dunia melihat rakaman insiden itu diedit terlebih dahulu dan oleh kerana terlalu ghairah hendak menuduh Mat Sabu berbohong, polis terlupa laporan kepada pihaknya yang dibuat oleh Mat Sabu yang menyatakan dengan jelas bahawa beliau dilanggar oleh kereta jenis Waja milik polis.
"Ternyata akhirnya polis menjadi bahan ejekan rakyat kerana pembohongan itu," kata beliau.
Mahfuz bagaimanapun yakin, rakaman yang hendak dipertontonkan oleh KDN kepada orang ramai itu akan menjadi bahan ketawa dan persendaan rakyat.
"Rakyat tidak lupa rakaman yang diedit dalam peristiwa Mat Sabu dilanggar Proton Waja polis itu dan saya yakin rakaman KDN mengenai Bersih 3.0 itu juga akan menjadi bahan ketawa dan ejekan rakyat," katanya.
KOTA BHARU: Blogger mesra Umno, Wan Mohamad Shukri Wan Yusof kini berdepan dengan tindakan saman sebanyak RM1 juta ekoran menyiar berita berunsur fitnah terhadap Yang Dipertua PAS Jeli, Mohd Apandi Mohamad.
Defendan yang beralamat di 876, Kampung Jelutong, Kota Bharu merupakan pemilik blog http://www.kelatekito.net dianggap menyebarkan berita fitnah yang bertajuk "YDP PAS Jeli samun tanah rakyat" pada 8 November 2011.
Dalam tuntutannya Apandi menyifatkan artikel tersebut tidak benar dan tidak berasas bertujuan memburuk-burukkan plaintif sebagai seorang pemimpin PAS.
Menurutnya tulisan berkenaan juga dengan maksud yang jelas menuduhnya sebagai seorang yang tamak, tidak jujur dan menipu rakyat.
Ekoran itu plaintif melalui peguam Hisham Fauzi telah mengemukakan notis tuntutan kepada defendan menuntut supaya defendan memadamkan artikel tersebut serta memohon maaf secara terbuka.
Selain itu membayar gantirugi kepada plaintif, namun defendan gagal berbuat demikian dan tidak mahu memohon maaf secara terbuka serta membayar gantirugi.
Blogger terbabit sebelum ini dalam blognya mendakwa Yang Dipertua PAS Jeli telah mendapat tanah seluas 362.75 ekar di Mukim Kuala Pahi, Kuala Krai untuk dibahagikan dengan empat lagi sahabatnya.
Beliau menyebut tanah tersebut diusaha rakyat sejak berpuluh tahun lalu dirampas kerajaan PAS untuk membangunkan ladang, tetapi pemimpinnya rakus untuk dijadikan harta peribadi.
Dalam tuntutannya juga plaintif mahu defendan memohon maaf secara bertulis kepadanya tanpa syarat dan mengiklankannya dalam akhbar nasional harian bahasa Melayu.
Selain itu bayaran gantirugi teladan, gantirugi melampau serta gantirugi punitif. Sebutan kes tersebut dijangka diadakan pada 24 Jun ini di Mahkamah Tinggi Kota Bharu.
KUALA LUMPUR: "Tan Sri Muhyiddin Yasin ingat PAS seperti Umno, tanpa upah mereka tidak akan buat kerja sedangkan PAS melatih ahlinya berkorban dengan dengan apa sahaja untuk perjuangan Islam," tegas AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.
Ini ekoran Muhyiddin mendakwa peserta Himpunan Hijau Ke Putrajaya di Alor Setar dibayar setelah media penipu mereka tidak lagi boleh menipu di zaman langit terbuka.
Selama ini, kata Idris pemimpin Umno mengalami" terencat bilang" kerana tidak mampu membilang dengan betul.
Beliau berkata, Umno akan mati jika ia menjadi pembangkang seperti PAS yang mampu bertahan sehingga hari ini.
"Umno boleh hidup kerana ada kuasa sahaja, dari segi ideologi perjuangan sudah hancur terutama pimpinan pemuda yang menjadi pejuang projek bukan pejuang ideologi. Sebarang himpunan Umno tidak boleh dibuat tanpa diupah dan diangkut," katanya dalam satu kenyataan.
Jelasnya, pemimpin Umno seperti Muhyiddin berfikiran apa yang mereka buat, maka PAS pun berkelakuan buruk seperti mereka juga.
"Contohnya ketika Tuan Guru Nik Aziz memerintah Kelantan 1990, mereka kata PAS hanya mampu mentadbir negeri dalam masa 3 bulan sahaja kerana tidak cukup wang.
"Alhamdulillah Kelantan mampu bertahan sehingga kini," ujarnya.
Tambahnya, pemimpin Umno berfikiran, PAS macam Umno jika memerintah, yang mana nilai projek RM100,000 mereka belanja RM500,000.
Katanya, analogi yang sama juga yang dibuat oleh pemimpin Umno mengenai Himpunan Hijau, dengan mendakwa peserta dibayar sebagaimana himpunan yang mereka biasa buat.
Benarlah, kata Idris dikatakan orang "orang biasa buat baik, sentiasa bersangka baik dan anggap semua orang baik, orang yang sentiasa berbuat jahat, sentiasa bersangka buruk dan beranggapan semua orang jahat sepertinya".
KOTA BHARU: "Sudahlah royalti minyak yang dikaut dari bumi Kelantan dinafikan hak, tiba-tiba usaha Kelantan mahu membina lebuh raya rakyat pula cuba diperkecilkan.
"Watak seperti Awang Adek bukan sahaja memperkecilkan niat baik kerajaan negeri bahkan sering melontar tohmahan berniat buruk," kata Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latiff Abdul Rahman (gambar).
Kata beliau sewajarnya Timbalan Pengerusi Umno Kelantan itu merenung kembali apakah usaha yang dilakukannya untuk memastikan projek lebuh raya yang telah diluluskan sejak 1986 dilaksanakan di negerinya sendiri.
Beliau berkata, biar pun projek berkenaan tidak mudah dilaksanakan, namun tiada lagi pilihan yang ada setelah Kelantan dinafikan hak dalam tempoh begitu lama.
"Mengharapkan pemimpin Umno yang berjawatan menteri dan timbalan menteri nampaknya jauh sekali, bahkan ada yang lebih berminat untuk mengisi akaun peribadi atas nama sumbangan kebajikan," katanya di sini.
Baru-baru ini Datuk Dr Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan mempertikaikan kemampuan kerajaan negeri membina lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai, bahkan disifatnya sebagai helah mengaut balak yang terdapat di sepanjang kawasan laluan dirancang.
Abdul Latiff yang juga Adun Mengkebang berkata, kenyataan pemimpin Umno terbabit langsung tidak mencerminkan sebagai seseorang yang berjawatan Timbalan Menteri.
Menurutnya tidak sepatut beliau mengeluarkan kenyataan sedemikian memandangkan projek lebuh raya berkenaan bagi manfaat seluruh rakyat.
"Adalah lebih baik pemimpin Umno Kelantan menutup mulut daripada memperkecilkan projek lebuh raya rakyat kalau sekadar mengeluarkan kenyataan bersifat persepsi yang tidak membina," ujarnya
KUALA LUMPUR: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) akan menggerakan puluhan ribu peneroka Felda dalam Gerakan Selamatkan Felda (GSF) untuk menghalang penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) yang akan dimuktamadkan pada 28 Jun ini.
Menurut Presidennya, Mazlan Aliman (gambar), gerakan itu akan dibuat dalam tempoh tiga minggu ini sebelum FGVH dimuktamadkan.
Beliau memberi gambaran gerakan atau himpunan yang akan diadakan itu sama seperti Gerakan Mansuhkan PPSMI atau Gerakan Mansuhkan ISA.
"Kita sudah buat macam-macam, kita sudah serah memo kepada Perdana Menteri, ke Suruhanjaya Sekuriti, Bank Negara, malah kita sudah kemukakan bukti-bukti salah guna kuasa kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," katanya.
Malangnya, kata beliau usaha itu tidak berupaya meredakan keghairahan pemimpin untuk menyenaraikan satu-satunya harta penting orang Melayu, Felda.
Jelasnya, Anak juga tidak teragak-agak untuk memaklumkan kepada pelabur-pelabur antaranya Tabung Haji, Tabung Angkatan Tentera, KWSP dan pelabur-pelabur asing supaya jangan melabur dalam FGVH kerana mereka akan berdepan dengan iklim pelaburan yang tidak sihat.
"Anak juga akan mengheret beberapa orang yang dianggap pengkhianat kepada peneroka seperti Isa Samad, Sabri Ahmad, dan Najib Tun Razak sendiri ke mahkamah," katanya kepada Harakahdaily.
Anak konsistan menegaskan mereka bukan bercakap soal saham tetapi pokoknya adalah penyenaraian FGVH yang sakit dan memberi risiko tinggi kepada peneroka.
Tambah Mazlan, kerajaan mesti membatalkan penyenaraian ini dalam masa yang sama tidak perlu berdolak dalik dengan mengatakan FGVH lebih baik dari 'Facebook' dan kenyataan itu merupakan ulangan retorik.
"Kalau kita ingat selepas era penswastaan mana-mana syarikat besar apabila dilancarkan saham sehingga mencecah RM12 seunit. Malangnya ke mana perginya syarikat ini seperti Lembaga Padi Negara yang diswastakan kepada Bernas. Semuanya menemui kegagalan.
"Bila berlakunya ini kerajaan tidak ambil peduli, dan tidak mustahil perkara ini turut terjadi pada Felda, akibatnya peneroka yang menanggung," balas beliau.
Mazlan membayangkan saham FGVH yang hanya lebih kurang RM20 billion dan tidak mustahil saham ini akan lenyap dalam masa satu hari jika pasaran saham tidak menentu.
Justeru beliau tidak menolak penyenaraian ini adalah semata-mata agenda untuk mengambil dan merompak wang rakyat untuk pilihan raya umum nanti.
Sempena sambutan pesta menuai, Dewan Pemuda PAS kawasan Sepanggar merasakan belum terlambat untuk mengucapkan 'Selamat Menyambut Kaamatan' (pesta menuai) kepada rakyat Sabah keseluruhannya. Pesta Kaamatan yang disambut setiap tahun pada 30 dan 31 Mei ini merupakan sambutan masyarakat tempatan bagi meraikan dan melahirkan rasa kesyukuran terhadap hasil tuaian yang diperolehi oleh petani di Sabah.
Saudara Ajijul Jullirin yang juga Tim. Ketua DPP Sepanggar menyampaikan sumbangan keperluan kepada salah seorang penduduk Kg. Keliangau
Bergambar bersama-sama wakil DAP kawasan yang turut sama ke Kg. Keliangau
DPP Sepanggar juga pada kesempatan ini telah mengunjungi Kg. Keliangau bagi menyampaikan sedikit sumbangan kepada penduduk yang tidak berkemampuan. Turut sama hadir pada majlis tersebut ialah wakil dari DAP Sepanggar yang diketuai oleh saudara Jeffry.
Semoga sambutan pesta menuai pada tahun ini melahirkan rasa kesyukuran kepada Allah s.w.t yang melimpahkan rezki kepada seluruh hamba-hambaNya.
(Datuk Fauzi menyerahkan borang permohonan menjadi ahli PAS kepada Presiden PAS - gambar Sinarharian.)
TAIPING: Sebagaimana yang dijangka, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Fauzi Shaari dengan rasminya menyertai PAS malam tadi.
Borang permohonan menjadi ahli PAS diserahkan beliau kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang serta timbalannya, Haji Mohamad Sabu dalam majlis pengisytiharan perdana malam tadi.
Ia diadakan di Taman Kota Wira, Ulu Sepetang, Larut dekat sini.
Turut serta di majlis itu adalah Ketua Penerangan yang juga Pengerusi PKR Perak, Dr Muhammad Nur Manuty dan Pesuruhjaya PAS Perak, Abu Bakar Hussain.
Penyerahan borang keahlian disaksikan kira-kira 5,000 penyokong Pakatan Rakyat (PR).
Bukan mahu jadi calon
Dalam ucapannya, Fauzi menjelaskan bahawa tujuan menyertai PAS bukan berniat untuk menjadi calon atau mempunyai kepentingan tertentu, tetapi sekadar mahu membantu usaha ke arah kerja-kerja Islam yang dibawa PAS.
Katanya, kehadiran beliau pada majlis itu juga sebagai pengenalan kepada penyokong dan masyarakat sebelum bergiat aktif selepas ini.
Beliau turut menjelaskan, penyertaan dalam PAS itu dibuat selepas yakin dirinya tidak terlibat dalam sebarang kes jenayah semasa berada dalam pasukan polis.
Semasa menjadi Ketua Polis Dang Wangi, Fauzi terkenal dengan tindakannya membanteras maksiat di pusat bandaraya Kuala Lumpur.
Tindakan beliau pernah dikecam oleh seorang menteri yang menyifatkan tindakan Fauzi akan menghalau pelancong dari negara ini.
Dalam ceramah itu, Fauzi yang berasal dari Pantai Besar, Batu Kurau, Perak menambah, beliau selepas ini akan membantu PR khususnya PAS melalui ceramah-ceramah yang dianjurkan.
SHAH ALAM: Timbul persoalan kenapa Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar menolak mentah-mentah usaha kerajaan negeri Selangor membersihkan daftar pemilih di negeri itu melalui program Selangorku Bersih.
Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor Faekah Husin berkata, Noh sepatutnya menyokong sebarang usaha untuk mewujudkan satu pilihan raya yang bersih, adil dan telus bukannya menghalang.
Namun malang katanya apabila Noh seperti "anjing yang takutkan bayang-bayang" dan menuduh kerajaan Selangor menyalahgunakan kuasa.
"Ketakutan Noh ini seolah-olah mengiyakan kegusaran rakyat Selangor selama ini bahawa terdapat unsur-unsur pengkhianatan oleh kerajaan BN, SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam daftar pemilih," kata Faekah dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Selepas PRU 2008, berlaku peningkatan pengundi luar biasa jumlah pengundi baharu di Selangor dan lebih mengejutkan apabila SPR semalam mengumumkan terdapat 600,000 orang pengundi baharu di negeri itu.
Program Selangorku Bersih pula dilancarkan untuk membantu SPR dalam memastikan Selangor mempunyai daftar pemilih yang bersih sekali gus menolak sebarang andaian negatif terhadap SPR di atas lonjakan pengundi tersebut.
Untuk tujuan itu kerajaan negeri Selangor menggerakkan semua JKKK, Ketua Kampung dan Penghulu untuk memeriksa senarai pengundi baharu di seluruh Selangor untuk memastikan nama-nama yang didaftarkan ini benar-benar wujud dan bukannya pengundi hantu seperti yang didakwa banyak pihak.
Noh dalam kenyataannya semalam bagaimanapun meminta rakyat Selangor untuk tidak melayan JKKK, ketua kampung dan penghulu yang datang menjalankan pemeriksaan.
Menyifatkan Noh sebagai buta demokrasi, Faekah juga mendakwa kenyataan menteri kanan BN itu adalah berniat jahat demi menghalang proses demokrasi.
Lebih malang katanya, Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Hj Wan Ahmad Wan Omar turut bersetuju dengan kenyataan jahat Noh tersebut.
Sedangkan kerajaan negeri telah pun memaklumkan perkara itu kepada Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan Wan Ahmad juga turut hadir dalam perjumpaan dua bulan yang lalu.
"Pada ketika itu Pengerusi SPR langsung tidak memberi reaksi negatif terhadap hasrat Kerajaan Selangor tersebut.
"Sebaliknya pula hari ini....tiba-tiba SPR menjadi seperti cacing kepanasan," katanya.
Allah yang membolak balik hati dan pandangan manusia. Hati, akal dan segala-gala yang ada pada insan hanyalah sekadar "pinjaman sahaja". Usah berangan-angan manusia tidak akan dipertanggungjawabkan atas segala yang Allah telah kurniakan kepadanya. Hanya dengan beranggapan manusia yang telah mati tidak bangkit semula dalam masa terdekat untuk menceritakan pengalamannya di alam kubur, tidak semestinya HARI BERBANGKIT dan HARI PEMBALASAN tidak akan berlaku. Kemampuan akal manusia terhad. Jika manusia era internet dan globalisasi mampu merekacipta CCTV dan segala bentuk perakam peristiwa yang boleh dimainkan semula, inikan pula ALLAH azzawajalla. Setitik darah yang telah dihisap oleh nyamuk aedespun tidak mampu diambil balik oleh mangsa, usah terlalu sombong dengan Sang Pencipta.
Kajian mendapati bukan sahaja asap rokok pasif amat berbahaya kepada kanak-kanak terutamanya bayi, malahan bau asap rokok yang melekat pada baju perokok atau mereka yang berada di kawasan merokok juga amat berbahaya kepada kanak-kanak terutamanya bayi. Oleh itu jauhkan pakaian yang berbau rokok dari anak-anak serta bayi anda. Risiko ini dipanggil "Thirdhand Smoke"
Thirdhand Smoke: Growing Awareness of Health Hazard
We know that smoking and secondhand smoke exposure are harmful, but what about "thirdhand smoke"? This is a relatively new term used to describe the residual contamination from tobacco smoke that lingers in rooms long after smoking stops and remains on our clothes after we leave a smoky place. It may seem merely like an offensive smell, but it is also indicative of the presence of tobacco toxins.
Thirdhand smoke consists of the tobacco residue from cigarettes, cigars, and other tobacco products that is left behind after smoking and builds up on surfaces and furnishings. Tobacco smoke is composed of numerous types of gasses and particulate matter, including carcinogens and heavy metals, like arsenic, lead, and cyanide. Sticky, highly toxic particulates, like nicotine, can cling to walls and ceilings. Gases can be absorbed into carpets, draperies, and other upholsteries. A 2002 study found that these toxic brews can then reemit back into the air and recombine to form harmful compounds that remain at high levels long after smoking has stopped occurring.
There is a growing body of evidence that this lingering tobacco residue has significant health risks. People, especially children and hospitality industry workers, can have considerable exposure to it. As confirmed by the 2006 Surgeon General's Report, there is no safe level of exposure to tobacco smoke. And tobacco smoke toxins remain harmful even when breathed or ingested after the active smoking ends.
A study published in February 2010 found that thirdhand smoke causes the formation of carcinogens. The nicotine in tobacco smoke reacts with nitrous acid - a common component of indoor air - to form the hazardous carcinogens. Nicotine remains on surfaces for days and weeks, so the carcinogens continue to be created over time, which are then inhaled, absorbed or ingested.
Children of smokers are especially at risk of thirdhand smoke exposure and contamination because tobacco residue is noticeably present in dust throughout places where smoking has occurred. The homes, hair, clothes, and cars of smokers can have significant levels of thirdhand smoke contamination. Young children are particularly vulnerable, because they can ingest tobacco residue by putting their hands in their mouths after touching contaminated surfaces.
Awareness about thirdhand smoke is increasing, and it gained a great deal of attention in January 2009 when the journal Pediatrics published a study assessing people's beliefs about the health effects of thirdhand smoke and children's level of exposure to it. However, the report found there is much less awareness about thirdhand smoke exposure and its harm to children than there is awareness about the dangers of secondhand smoke.
The growing understanding of thirdhand smoke contamination reaffirms the need for more smokefree places and for avoiding exemptions in smokefree laws that permit smoking at private events in public places or in businesses during late evening hours; these kinds of provisions do not protect people's health.
Parents, landlords, business owners and others need to be aware of the health risks of exposure to thirdhand smoke and recognize that eliminating smoking is the only way to protect against tobacco's smoke contamination.
Study: Third-hand smoke can endanger unborn babies
News 10NBC - April 22, 2011
A new study finds just traces of cigarette smoke left on furniture and clothing can endanger the lungs of unborn babies. These lingering toxins from tobacco are called third-hand smoke which researchers say can be just as harmful as secondhand or even ...
'Thirdhand smoke' leaves long-lasting toxins
abc7.com - April 21, 2011
With a young child at home, Chien is well aware of the health risks of smoking, but he's shocked about another danger that's hidden. Scientists call it "thirdhand smoke." "From what I hear so far, thirdhand smoke could be just as devastating to you as ...
Babies who sleep with smoker parents exhibit high nicotine levels
ScienceBlog.com (blog) - March 29, 2011
"Third-hand smoke" stuck to skin or clothing is responsible for the high nicotine levels seen in babies who share a bedroom with their smoker parents. This is the conclusion of a study carried out in Catalonia, which also shows that ventilating bedrooms is not effective in reducing the levels of toxins from passive smoking ...
Third-hand smoke is dangerous, especially for crawling babies
TheMedGuru - Neelam Goswami - January 13, 2011
The hazardous effects of cigarette smoking on the human body are well known. Even it is well documented that longtime exposure to secondhand smoke can harm human health in many ways.
The invisible remains of cigarette smoke that deposit on carpeting, clothing, furniture, and other surfaces are called third-hand smoking.
'Thirdhand Smoke' a Lingering Problem
JoinTogether.org - January 5, 2011
A new study found the chemical by-products of tobacco smoke cling to the air and surfaces of smokers' homes long after they've moved out, msnbc.com reported Dec. 16.
Researchers at San Diego State University led by psychology professor Georg Matt, Ph.D., analyzed the homes of 100 smokers and 50 nonsmokers for chemical smoking residue just before the residents completed a planned move. Two months later, they re-measured air and surface nicotine in the homes that had been rented or sold to nonsmokers, and checked the fingerprints of the new residents for nicotine.
They also analyzed urine samples of the youngest new inhabitants for cotinine, a nicotine metabolite.
Ini adalah dapatan dari Persatuan Kesihatan Sedunia WHO. Kanak-kanak lebih berisiko menghidap penyakit seperti asma serta masalah pernafasan yang boleh membawa maut akibat asap rokok terutama dari bapa mereka yang merokok. Merokok bukan di tempat yang terbuka mendatangkan risiko asap rokok pasif kepada mereka yang tidak merokok.
Sayangilah anak-anak, keluarga serta rakan-rakan kita.
More than 600,000 people, including 165,000 children, die every year from passive smoking, a report from World Health Organisation experts says today.
The biggest impact on children is in the developing world. "Two-thirds of these deaths occur in Africa and south Asia," the authors write in the medical journal The Lancet. "Children's exposure to second-hand smoke most likely happens at home.
In 2004, the most recent year with comprehensive data, passive smoking is estimated to have caused an estimated 379,000 deaths from ischaemic heart disease, 165,000 from lower respiratory infections, 36,900 from asthma and 21,400 from lung cancer - around 1% of deaths worldwide.
Children are unable to escape second-hand smoke at home. They are more likely than adults to suffer health damage from passive smoking, such as asthma or breathing problems.
To protect women and children, they say that education campaigns on the dangers of indoor smoking are needed.
Kadar bunuh diri di Malaysia semakin meningkat ketika ini dengan 1,000 kes yang dilaporkan dalam tempoh tiga tahun. Apa yang mengejutkan 18 peratus atau 180 orang adalah dari kalangan orang Melayu. Menteri Kesihatan sendiri menyatakan angka kes bunuh diri yang tidak dilaporkan mungkin lebih tinggi.
Suicide rate on the rise in Malaysia
Tuesday June 5, 2012
PUTRAJAYA: The suicide rate is on the rise in Malaysia, with more than 1,000 people taking their own lives over a three-year period.
Health Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai said the ratio of suicides from 2007 to 2010 was 1.3 for every 100,000 people, but added that it could be higher.
"These are just figures we collected from post-mortems. We think suicides are under-reported," he told a press conference after chairing the Mental Health Promotion advisory council meeting here.
Of the 1,156 people who committed suicide over the three-year period, the majority were aged between 24 and 44.
Liow said this was alarming as the victims belonged to the productive age group.
"National statistics also show that men outnumber women three to one, while the Chinese had the highest number of suicides at 48%, followed by Indians (21%), Malays (18%) and other races (13%)," he said.
Given the increase in suicides in Malaysia, the Government had decided to launch a five-year National Suicide Prevention Strategic Action Plan starting this year, said Liow.
Part of the plan is to shift mental health treatment from being purely institutionalised in hospitals to more community-centric and to be made available at community mental health centres.
"By bringing mental healthcare to the clinics, the Government is adhering to the World Health Organisation's recommendations of getting the public to play a greater role in providing support for mental health patients," said Liow.
The initial target is to set up one community mental health centre in every state this year.
"Currently, we have 224 psychiatrists in the ministry. The ratio of psychiatrists to the population is 1:150,000, but ideally we need to get a ratio of 1:50,000, which means we need a three-fold increase," he said.
Bagaimanakah nasib anak-anak kita nanti, mampukah mereka memiliki rumah kediaman sendiri atau fenomena keluarga tin ikan sardin akan berleluasa dimana keluarga dari tiga generasi atau mungkin empat generasi akan berhimpit-himpit dalam satu rumah dari nenek hingga ke cucu?
Penjawat awam sukar beli rumah
KUALA LUMPUR 4 Jun 2012 - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mendesak kerajaan dan pemaju-pemaju perumahan agar bersama-sama membantu penjawat awam berpendapatan rendah dan sederhana memiliki rumah tanpa membebankan mereka.
Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng berkata, ia ekoran kenaikan harga rumah yang begitu pantas dan dilihat tidak terkawal.
Katanya, seorang penjawat awam Kumpulan Pelaksana yang menerima gaji bulanan tanpa sebarang pendapatan tambahan tidak berkemampuan membeli rumah di bandar raya seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang kerana harga rumah yang melambung tinggi.
"Sebagai contoh, pekerja yang berpendapatan RM3,000 sebulan yang ingin membeli rumah pangsapuri bernilai RM160,000 ke RM200,000 akan berdepan kesulitan dari segi pembayaran.
Saya dikhabarkan antara masalah yang dihadapi oleh beberapa anak tempatan di Kg Gadong di DUN Kota dalam Parlimen Rembau ialah tanah TOL yang diusahakan oleh mereka sejak tahun 80an dengan tanaman dusun buah-buahan terutamanya durian masih tidak mendapat sebarang hak milik lagi walaupun telah berulang kali mengajukan perkara ini kepada wakil rakyat setempat.
Apa yang menyedihkan ada antara mereka yang mengusahakan tanah ini telah pun meninggal dunia dan perjuangan menuntut tanah yang diusahakan ini kini diteruskan oleh anak-anak mereka di Kg Gadong.
Pakatan Rakyat Negeri Sembilan amat komited dalam isu tanah ini untuk kepentingan anak tempatan. Dalam Manifesto Pakatan Rakyat Negeri Sembilan dalam Tonggak yang ke 3 secara khusus menyebut iaitu pada fasa ke 3.2 iaitu "Memberi milik kepada pemegang tanah TOL (kecuali rizab jalan, sungai dan seumpamanya) yang telah diusahakan atau diduduki selama 25 tahun ke atas".
Nah, Pakatan Rakyat Negeri Sembilan telah menyatakan komitmen kami dalam isu ini. Apa pula komitmen Barisan Nasional khususnya Umno dalam isu tanah ini, khususnya kepada rakyat Negeri Sembilan sendiri?
Ketua Pemuda Persatuan Murut Sabah, Raymond Ahuar yang baru sahaja mengistiharkan diri keluar Umno untuk bersama dengan Pakatan Rakyat melalui permohonan menjadi ahli PKR
KUALA LUMPUR: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) akan menggerakan puluhan ribu peneroka Felda dalam Gerakan Selamatkan Felda (GSF) untuk menghalang penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) yang akan dimuktamadkan pada 28 Jun ini.Menurut Presidennya, Mazlan Aliman (gambar), gerakan itu akan dibuat dalam tempoh tiga minggu ini sebelum FGVH dimuktamadkan.Beliau memberi gambaran gerakan atau himpunan yang akan diadakan itu sama seperti Gerakan Mansuhkan PPSMI atau Gerakan Mansuhkan ISA.
"Kita sudah buat macam-macam, kita sudah serah memo kepada Perdana Menteri, ke Suruhanjaya Sekuriti, Bank Negara, malah kita sudah kemukakan bukti-bukti salah guna kuasa kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," katanya. Malangnya, kata beliau usaha itu tidak berupaya meredakan keghairahan pemimpin untuk menyenaraikan satu-satunya harta penting orang Melayu, Felda.
Jelasnya, Anak juga tidak teragak-agak untuk memaklumkan kepada pelabur-pelabur antaranya Tabung Haji, Tabung Angkatan Tentera, KWSP dan pelabur-pelabur asing supaya jangan melabur dalam FGVH kerana mereka akan berdepan dengan iklim pelaburan yang tidak sihat.
"Anak juga akan mengheret beberapa orang yang dianggap pengkhianat kepada peneroka seperti Isa Samad, Sabri Ahmad, dan Najib Tun Razak sendiri ke mahkamah," katanya kepada Harakahdaily.Anak konsistan menegaskan mereka bukan bercakap soal saham tetapi pokoknya adalah penyenaraian FGVH yang sakit dan memberi risiko tinggi kepada peneroka. Tambah Mazlan, kerajaan mesti membatalkan penyenaraian ini dalam masa yang sama tidak perlu berdolak dalik dengan mengatakan FGVH lebih baik dari 'Facebook' dan kenyataan itu merupakan ulangan retorik
."Kalau kita ingat selepas era penswastaan mana-mana syarikat besar apabila dilancarkan saham sehingga mencecah RM12 seunit. Malangnya ke mana perginya syarikat ini seperti Lembaga Padi Negara yang diswastakan kepada Bernas. Semuanya menemui kegagalan. "Bila berlakunya ini kerajaan tidak ambil peduli, dan tidak mustahil perkara ini turut terjadi pada Felda, akibatnya peneroka yang menanggung," balas beliau.Mazlan membayangkan saham FGVH yang hanya lebih kurang RM20 billion dan tidak mustahil saham ini akan lenyap dalam masa satu hari jika pasaran saham tidak menentu.Justeru beliau tidak menolak penyenaraian ini adalah semata-mata agenda untuk mengambil dan merompak wang rakyat untuk pilihan raya umum nanti.
SHAH ALAM: Jika di bawah Umno-BN dulu, seorang penduduk Kampung Jaya Setia perlu membayar sampai RM24,000 jika mahukan geran tanah.Harga yang tinggi bagi mendapatkan geran adalah sebab utama 320 orang kampung itu tidak mendapat hak milik kepada tanah yang ibubapa mereka teroka selama lebih 40 tahun.Namun, keresahan mereka bertukar menjadi kesyukuran apabila Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran Kerajaan Selangor. Ketua kampung, Osman Badaie, 65, berkata semua penduduk amat menghargai jasa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang sangat prihatin dengan rakyat di negeri ini.Melalui 'Skim Hakmilik Persendirian', kesemua pemohon dari Kampung Jaya Setia bakal menerima geran tanah dengan premium RM1,000.
Osman berkata dengan bayaran premium RM1,000, penduduk di sini mampu untuk mendapatkan geran pemilikan tanah masing-masing."Kami penduduk sangat-sangat bersyukur dan berterima kasih kepada Menteri Besar kerana bermurah hati mengurangkan beban kami. "Sebelum ini, kami dikehendaki membayar sebanyak RM24,000. Jumlah itu sangat mahal, penduduk tidak mampu tetapi selepas Menteri Besar bertukar tangan, Alhamdulillah semuanya selesai," katanya ketika ditemui.Semalam 79 penduduk menerima geran hak milik tanah mereka dalam fasa kedua proses pemberian geran oleh kerajaan negeri.Dalam fasa pertama, seramai 118 mendapat geran mereka, manakala 123 penduduk lain akan menerima geran dalama fasa ketiga pada September depan.Majlis penyampaian geran hak milik tanah itu disempurnakan oleh Menteri Besar dan MP Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad.
Seorang lagi penerima, Abdul Hamid Sever Khan, 54, melahirkan rasa lega kerana penantian 47 tahun untuk memiliki tanah bapanya telah berakhir."Ini merupakan tanah yang diteroka oleh allahyarham bapa saya, sekarang saya mewarisi tanah ini. Ini merupakan saat paling gembira apabila dapat memegang geran sendiri."Abdul Hamid yang mempunyai tiga orang anak, berkata hasil titik peluh bapanya mengerjakan tanah itu terbayar dengan penerimaan geran itu.Seorang lagi penerima Noriaini Abu Bakar, 62, pula berkata geran tersebut adalah hadiah yang amat bermakna untuk seluruh keluarganya.Katanya, beliau dan allahyarham suaminya berusaha untuk mendapatkan geran pemilikan itu bagaimanapun tidak berjaya kerana tidak mampu. "Walaupun tanah rumah ini hanya suku ekar tetapi ianya bermakna kerana hanya ini sahaja peninggalan arwah suami saya kepada saya dan tujuh anak yang lain."Saya sangat gembira dan sekiranya suami saya masih hidup dia juga semestinya gembira.
"Saya sangat berterima kasih kepada Menteri Besar kerana tidak sampai lima tahun beliau memegang jawatan sebagai MB tetapi beliau sangat prihatin dengan golongan seperti kami," katanya.Dalam majlis itu juga, sembilan orang menerima RM1,500 sebagai pertolongan khairat kematian waris-waris mereka di bawah Skim Mesra Usia Emas.Sebanyak lima buah sekolah sekitar Ijok juga menerima bantuan sebanyak RM5,000 setiap sekolah.Antaranya, Sekolah Agama Rakyat Kafa Integrasi Al-Hilal, SAR Kafa Al-Awwabin, Maahad Tahfiz Al-Hidayah Wal Ehsan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yuk Chih dan SJKC Ijok.
Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini membebas dan melepaskan mangsa tragedi tembakan polis di Batu Burok yang berlaku pada 8 September 2007, lima tahun lalu. Kedua-dua tertuduh, Muhammad Azman Aziz, 26, dan Suwandi Ab. Ghani, 43, dibebas dan dilepaskan oleh mahkamah setelah pihak peguam belanya berjaya mewujudkan keraguan dalam perbicaraan tersebut. Selain Azman dan Suwandi, dua lagi tertuduh di bawah Sesyen 27(5)(a) Akta Polis iaitu Hisham Aziz@Abdul, 43, dan A.Rahman Abdullah, 67, turut dibebas dan dilepaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu.
Mereka diwakili Tetuan Aziz & Co. Hakim Mahkamah Sesyen, Tuan Mohammad Khalid Haji Ab. Karim membaca keputusan perbicaraan tersebut pada jam 10.15 pagi serta disambut dengan laungan takbir para hadirin. "Hari ini mahkamah memutuskan kamu, Muhammad Azman Aziz dan Suwandi Ab.Ghani yang didakwa di bawah Seksyen 149 Kanun Keseksaan dibebas dan dilepaskan setelah pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan. "Mahkamah juga membebaskan Hisham Aziz@Abdul dan A.Rahman Abdullah yang dituduh di bawah Seksyen 27(5)(a) Akta Polis," ujarnya ketika mengumumkan keputusan tersebut. Sebelum ini, Suwandi dan Azman dituduh bersama 18 orang yang lain pada 8 September 2007, jam 11.40 malam di tempat letak kereta Hotel Permai Inn, Jalan Sultan Mahmud kerana menyertai perhimpunan yang menyalahi undang-undang.
Polis yang bertugas ketika menyurai perhimpunan tersebut iaitu Wan Aziz Wan Omar (RF143706) telah melepaskan tembakan peluru hidup hingga hampir meragut nyawa Suwandi dan Azman. Mereka berdua dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu dan pembedahan bagi mengeluarkan peluru hidup dilakukan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kota Bharu. Harakahdaily difahamkan, seramai 350 anggota polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) ditugaskan bagi mengawal keadaan dengan melepaskan gas pemedih mata serta tembakan meriam air terhadap orang awam.
Ketua Polis Terengganu ketika itu, Datuk Ayub Yaakob telah menahan reman seramai 23 orang yang terlibat dengan insiden berkenaan. Hadir sama memberi sokongan moral, Setiausaha PAS Terengganu, Yahaya Ali, Ketua Jabatan Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, Ketua Pemuda PAS Marang, Mohammad Khalil Abdul Hadi bersama lebih 50 orang ahli keluarga dan orang ramai.
Ceramah Isu Semasa oleh Sdra Mohd Sany Hamzan (Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia ), Ust Kamarudin Sidek ( TPJ 1 PAS Melaka / YDP jasin ), YB Kok Kiew Tey ( Adun Banda Hilir / Ketua DAPSY Melaka ), Sdra Law Bing Haw ( Ketua AMK Melaka ) & sdra Aminuddin Abdul Jalil (Ketua DPPK Jasin) pada 15 Jun 2012, Hari Jumaat, di Markas PAS Sebatu, Jln Sungai Rambai, Melaka..Masa Jam 9.00 malam.
Penindasan demi penindasan terus dilakukan oleh negeri- negeri pemerintahan Pakatan Rakyat terutamanya kepada kaum Melayu. Maka benarlah apa yang dilaung- laungkan oleh UMNO bahawa hak Melayu akan semakin terpinggir sekiranya Pakatan Rakyat memerintah. Seperti biasa UMNO akan menuding jari kepada DAP yang dituduhnya mempunyai kuasa dalam Pakatan Rakyat untuk membuat keputusan.
Setelah fasa pertama (118 orang) diselesaikan, baru- baru ini Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telah menyelesaikan pemberian geran tanah fasa ke- 2 yang melibatkan seramai 79 orang pemohon. Manakala fasa ke- 3 dijangka akan dilakukan pada bulan september akan datang.
Kaedah ini dianggap sebagai meminggirkan hak Melayu kerana selama 40 tahun pemerintahan UMNO/ BN mereka sengaja menyimpan geran tersebut dari pemohon kerana ingin dijadikan umpan sewaktu menjelangnya pilihan raya. Dengan cara memperbodoh dan mengugut rakyat itulah yang dianggap sebagai pejuang kepada hak Melayu.
Itulah bezanya cara Pakatana Rakyat menjaga hak semua kaum dengan cara UMNO/ BN kononnya menjaga hak Melayu.
Kuala Terengganu : Empat orang tertuduh dalam kes anggota polis menembak orang awam dibawah Sesyen 27(5)(a) Akta Polis iaitu Suwandi Abd Ghani 43, Muhammad Azman Aziz, 26, Hisham Aziz@Abdul, 43, dan A.Rahman Abdullah, 67, dibebas dan dilepaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu.
Keputusan pembebasan itu telah dibacakan oleh Hakim Mahkamah Sesyen, Tuan Mohammad Khalid Haji Ab. Karim pagi tadi, kemudiannya telah disambut dengan laungan takbir oleh saudara mara, rakan-rakan tertuduh dan orang ramai yang bersama-sama menanti keputusan itu.
Suwandi yang ditemui selepas keputusan itu melahirkan rasa syukur dan gembira dengan keputusan yang sudah beliau jangkakan itu.
"Alhamdulillah. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang telah memberikan sokongan dalam pelbagai bentuk.
Ucapan terima kasih ini juga kepada pimpinan kita yang banyak membantu saya dalam menghadapi situasi sukar ini," katanya sambil tersenyum.
Manakala Azman juga turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah membantunya dalam semua aspek terutamanya keluarga beliau.
Ustaz Mohd Nor Hamzah yang tidak dapat hadir ke mahkamah kerana ada urusan kematian di Bukit Payong turut mengucapkan tahniah kepada mereka melalui telefon sebaik sahaja mendapat berita gembira itu.
Sebelum ini, Suwandi dan Azman dituduh bersama 18 orang yang lain pada 8 September 2007, jam 11.40 malam di tempat letak kereta Hotel Permai Inn, Jalan Sultan Mahmud kerana menyertai perhimpunan yang menyalahi undang-undang.
Polis yang bertugas ketika menyurai perhimpunan tersebut iaitu Wan Aziz Wan Omar (RF143706) telah melepaskan tembakan peluru hidup hingga hampir meragut nyawa Suwandi dan Azman.
Kira-kira 50 orang yang berkumpul di hadapan mahkamah kemudiannya bersurai setelah sama-sama membaca doa kesyukuran yang diketuai oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Marang, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan