Selasa, 5 Jun 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS TAMBUN

Posted: 05 Jun 2012 01:40 AM PDT

PAS TAMBUN


Abang Hamid PA System Dalam Kenangan

Posted: 04 Jun 2012 10:16 AM PDT



Kalau disebutkan nama Abdul Hamid Bin Ali mungkin orang tak berapa kenal, tetapi kalau Abg Hamid PA System mungkin ramai yang kenal, beliau seorang yang tidak banyak bercakap tetapi banyak buat kerja, dan kerja-kerja yang tidak ramai yang suka di buat kerana kerja tak glamour, itulah abang hamid yang saya kenal.

Seorang tidak banyak membantah atas tugasan dan amat tekun dengan tugasan yang diberikan, Markaz Manjoi lah tempat menginap dan menjadi penghuni setia, bukan tiada rumah tetapi lebih selesa dengan Markaz mungkin mudah untuk beribadat.

Beliau telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya setelah nafas akhir dihembuskan pada jam 5.30petang jumaat, rata-rata seluruh warga PAS berhimpun di Alor Setar sempena Hijau Ke PutraJaya, dan jenazah telah disemadikan di Kg Buluh Akar Simpang Tiga Parit.

Kami akan rindukan kegigihan mu dan kesunyian gelak ketawa yang selalunya tidak lengkap dan hilang korum 'ngeteh' di warong kopi jalan pemimpin.. tetapi lebih mengharukan bila Markaz Manjoi kehilangan sebutir lagi zamrud yang menghijau disetiap hati yang mengenali beliau.. Al-Fatihah 



KP -  Semoga tergolong dari kalangan jundullah yg tidak terkenal di bumi ttp amat terkenal di langit.. InsyaAllah.

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 05 Jun 2012 01:17 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Gempur: Mansuh PTPTN, tuntut pendidikan percuma

Posted: 05 Jun 2012 01:15 AM PDT

15 Rejab 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami) dan Aksi Mahasiswa Peduli (Aksi) akan menjelajah ke kampus IPTA dan IPTS seluruh Malaysia bersama-sama Rafizi Ramli.

"Program jelajah ini dinamakan Gempur Kampus: Mansuh PTPTN dan Tuntut Pendidikan Percuma," kata Presiden Kami, Haziq Abdul Aziz.

Tujuannya, kata beliau ialah untuk memberi penerangan secara meluas di peringkat akar umbi supaya mahasiswa dan golongan rakyat akar umbi faham mengenai polisi pemansuhan PTPTN dan dasar pendidikan percuma yang dibawa oleh kumpulan mahasiswa.

Beliau berkata, Program Gempur Kampus itu berbentuk dialog dan 'sembang-sembang' antara anak muda dan mahasiswi.

Katanya lagi, program pertama diadakan di Wakdol Kopitiam Warisan, Seksyen 7, Shah Alam pada Selasa 5 Jun jam 5 petang berdekatan dengan UiTM Shah Alam untuk mengajak mahasiswa-mahasiswi UiTM untuk berdiskusi dan mengaju soalan kepada Rafizi.

Manakala program kedua diadakan di Universiti Industri Selangor, Bestari Jaya jam 8 malam pada hari Rabu 5 Jun.

"Kami menerima banyak respons yang baik setelah debat Rafizi-KJ diadakan," ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, majoriti cenderung kepada idea untuk mansuh PTPTN dan mansuh sahaja caj pentadbiran 1% dan positif terhadap idea pendidikan percuma.

Namun, ujar beliau kempen harus diperhebatkan supaya masyarakat anak muda dan mahasiswa betul-betul faham mekanisme pemansuhan dan pelan pendidikan percuma.

Katanya, kes hutang pelajar dan tuntutan pendidikan percuma bukan berlaku hanya di Malaysia tetapi turut berlaku di Kanada, New Zealand, USA dan beberapa buah negara lain.

"Program gempur kampus ini akan diteruskan di Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa, Universiti Putra Malaysia dan kampus-kampus UiTM seluruh negara," ujarnya lagi.

Harakah Daily

Cukai pintu: Pemuda PAS ucap tahniah pada Selangor

Posted: 05 Jun 2012 01:11 AM PDT

15 Rejab 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengucapkan tahniah kepada kerajaan Negeri Selangor di bawah kepimpinan Pakatan Rakyat kerana terus cemerlang dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat negeri itu.

Timbalan Ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata, yang terbaru adalah pengumuman Menteri Besar Selangor untuk memberikan potongan sebanyak 25 peratus cukai pintu kepada semua pemilik pangsapuri kos rendah di seluruh itu.

"Pengumuman ini pastinya melegakan seluruh warga negeri Selangor terutama golongan berpendapatan rendah yang rata-ratanya menghuni rumah pangsapuri kos rendah," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, dengan kos sara hidup yang begitu tinggi dan dengan pelbagai cukai yang dikenakan oleh kerajaan pusat terhadap rakyat, kehidupan rakyat amat tertekan dan terbeban.

Justeru, ujaqrnya usaha kerajaan Selangor itu amat relevan dan sesuai di waktu ini bagi rakyat negeri itu.

Ini, tambahnya menandakan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Selangor sentiasa mendahulukan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah bagi memastikan kehidupan mereka terbela.

Apa yang dikagumkan, kata beliau dalam masa pemerintahan yang singkat ini Pakatan Rakyat telah banyak mendahului kerajaan pusat dalam memberikan kemudahan kepada rakyat.

"Pastinya keadaan ini adalah hasil daripada pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat yang cekap, amanah, efisyen serta tidak terlibat dengan rasuah, skandal atau penyelewengan.

"Bahkan pemimpin Pakatan Rakyat memberikan kebajikan ini tanpa mengenal bangsa, warna kulit, keturunan serta fahaman politik," ujarnya.

Justeru, katanya DPPWP menyarankan kerajaan negeri-negeri lain yang diperintah oleh Barisan Nasional serta kerajaan pusat agar mencontohi usaha kerajaan negeri Selangor itu.

Menurutnya, manfaat daripada kedudukan ekonomi negeri-negeri wajar disalurkan ke tempat yang sepatutnya, khususnya untuk kebajikan rakyat, bukan golongan elit korporat yang kaya serta kroni terdekat.

Harakah Daily

Projek IC Sabah: Jangan Tun M kena amnesia lagi

Posted: 04 Jun 2012 11:42 PM PDT

15 Rejab 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Penasihat DAP Lim Kit Siang dalam nada menyindir meminta Tun Dr Mahathir Mohamad agar tidak diserang 'penyakit lupa' apabila memberi keterangan kepada Suruhanjaya Diraja berhubung isu pendatang tanpa Izin di Sabah.

Menurut Kit Siang, apa yang dibimbangkan kini apabila 'penyakit lupa' Tun datang semula seperti berlaku ketika bekas Perdana Menteri itu memberi keterangan kepada Suruhan Jaya Diraja Pita Video Lingam.

"Mahathir, yang dikenali dengan "daya ingatan yang kuat" sebelum dan selepas tampil dalam siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja Pita Video Lingam dan telah berkata "Saya tidak ingat" atau yang seakan-akan seperti kenyataan itu, 14 kali dalam keterangan 90 minit dalam bulan January 2008.

"Adakah Mahathir akan diserang amnesia sekali lagi jika diminta untuk tampil memberi keterangan dalam penyiasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja berkenaan dengan isu pendatang asing tanpa izin di Sabah," soal Kit Siang.

Tun Mahathir semalam berkata belaiu bersedia untuk memberi kenyataan sekiranya disiasat oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja yang menyiasat masalah-masalah berhubung pendatang asing tanpa izin di Sabah.

Beliau juga turut bersedia disiasat dan dibawa ke mahkamah berhubung dakwaan skandal kewangannya dalam 22 tahun sebagai Perdana Menteri.

Sebelum ini, Kit Siang berkata skandal kewangan dalam 22 tahun Tun bakal terdedah jika Pakatan Rakyat memenangi pilihanraya umum yang akan datang.

Harakah Daily

688 ahli Pas sertai Umno: Fauzi tanding Larut?

Posted: 04 Jun 2012 11:39 PM PDT

15 Rejab 1433H. [MOD] -

Penyertaan bekas Ketua Siasatan Jenayah (KSJ) Bukit Aman Fauzi Shaari ke dalam perjuangan Pas dua minggu lalu telah dirasai dan mula memberi kesan kepada Umno khasnya Umno Perak. Walaupun penyertaan Fauzi itu atas kesedaran diri untuk memperjuangkan Islam tetapi ia sudah mula dibaca oleh orang Umno Perak terutamanya di kawasan kelahiran Fauzi di parlimen Larut, kononnya Fauzi bakal diletak bertanding di kerusi Parlimen Larut.

(Fauzi bersama pemimpin Pas di pentas Himpunan Hijau)

Keresahan ini tergambar apabila Umno bahagian Larut Perak yang diketuai oleh seorang timbalan menteri terpaksa membuat gimik mentah stail lama untuk melemahkan Pas Perak kononnya 688 orang ahli Pas menyertai Umno.
Mereka itu 360 dari Titi Kasai dan 328 dari Felda Ijok keluar kerana kecewakan dengan perjuangan Pas yang tidak Islamik lagi.

Berita kemasukan ahli Pas itu dilaporkan oleh PB utama negara ini, Utusan Malaysia yang kini edarannya semakin merudum. Khabarnya edaran Utusan di bawah 80,000 setiap hari.

Semua orang tidak mempercayai akan laporan berbayar berita berkenaan. Akhbar itu yang menjadi lidah Umno akan melaporkan apa saja untuk memburukkan pembangkang termasuklah akan melaporkan tahi berwarna kuning pun sebagai emas dan juga tergamak menabur fitnah.

Tidak ada munasabah langsung dengan berita berkenaan. Ia dibuat adalah kerana sudah ada kegerunan dan rasa takut Umno dengan kemunculan Fauzi yang bakal menjadi mujahid Pas. Walaupun belum kedengaran desas desus Fauzi bakal diletakkan di situ atau mana-mana kerusi pada pilihan raya akan datang namun ia sudah pun mengelabahkan hati pemimpin Umno di situ terutamanya ahli parlimennya Hamzah Zainuddin yang kini sudah mulai nampak liang lahad politiknya sudah terbuka luas.

Munasabah juga kalau Hamzah mulai merasai takut kerana dalam pilihan raya lalu beliau menang dengan majoriti tipis 1,191 undi sahaja. Hamzah berdepan dengan calon Pas, Dr Mohd Dhari Othman yang meraih 13,967 undi manakala Hamzah mendapat 15,878.

Dalam Parlimen Larut mempunyai tiga kerusi Dun iaitu Selama, Kubu Gajah dan Batu Kurau. Di Selama BN hanya menang dengan 355 sahaja. Calonnya Mohamad Daud Mohd Yusuf mendapat 5,240 manakala calon Pas Abu Hassan Mohammad mendapat 4,855.

Di kerusi Kubu Gajah pula calon BN Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar menang hanya 66 undi sahaja. Raja Zainuddin mendapat 4,114 manakala calon Pas Mohd Nazri Din mendapat 4,048.

Hanya dikerusi Batu Kurau BN agak ke depan berbanding dengan Pakatan Rakyat. Di kerusi ini BN menerusi calonnya Mohamad Najmudin Ilias mendapat 7,023 manakala Hamid Ali PKR mendapat 4,584. Najamuddin menang dengan majoriti agak besar sebanyak 2,439 undi.

Memandangkan sambutan dan selera rakyat yang makin bertambah kepada Pakatan Rakyat akhir-akhir ini kemungkinan besar kerusi parlimen Larut dan dua kerusi Dun akan terlepas kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya akan datang. Realiti inilah menyebabkan gimik mentah itu terpaksa dilakukan.

Anehnya di sini dan nampak berita kemasukan ahli Pas ke dalam Umno itu rekaan dan merupakan perang saraf apabila hanya ahli Pas yang menyertai Umno tetapi tidak ada ahli PKR khasnya dari keturunan Cina dan India. Seharusnya akhbar PB itu perlu menambah ada juga orang Cina dan India meninggalkan parti mereka dan menyatakan sokongan kepada BN.

Mungkin dengan perkembangan ini Pas Perak boleh memikirkan untuk benar-benar meletakkan bekas pegawai tinggi polis kelahiran Batu Kurau itu untuk berdepan dengan Hamzah Zainuddin dalam pilihan raya akan datang. Kalau ini terjadi pasti orang yang sanggup memperalatkan isteri untuk kepentingan politiknya itu akan menggelupur bagaikan ayam kena sembelih dengan pisau tumpul.

Harakah Daily

‘Cari sampai lubang cacing’

Posted: 04 Jun 2012 11:24 PM PDT

15 Rejab 1433H. [MOD] -

KLANG: "Saya yakin suspek akan ditahan. Klang bukan besar sangat. Diharapkan dia insaf dan menyerah diri kepada polis," kata Mohd Hafiz, 21, anak sulung Koperal Mustaghni Tabri, 48, yang koma akibat dilibas dengan topi keledar oleh Mat Rempit, kelmarin.

Mustaghni, anggota polis trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan dilibas dengan topi keledar di belakang kepalanya oleh Mat Rempit ketika operasi mencegah lumba haram di Lorong Bunga Raya berhampiran Kampung Raja Uda, di sini, jam 1.45 pagi kelmarin.

Mohd Hafiz yang ditemui di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, di sini, semalam berkata, doktor memaklumkan ayahnya masih kritikal dan memerlukan bantuan mesin hayat.

"Doktor memberitahu ayah diberi perhatian rapi berikutan kurang tindak balas termasuk jantung, organ perkumuhan dan pengaliran darah.


"Perbuatan suspek sangat kejam. Apapun kami sekeluarga berharap ayah kuat dan sembuh," katanya yang juga juruteknik bunyi di sebuah syarikat di Petaling Jaya.

metro/-

Penduduk menempah maut lintas landasan

Posted: 04 Jun 2012 11:04 PM PDT

15 Rejab 1433H. [MOD] -

GUA MUSANG - Lebih 200 lintasan haram antara Stesen Keretapi Tumpat sehingga Stesen Keretapi Gua Musang bukan lagi boleh dipandang ringan kerana ramai penduduk yang sengaja melintasi landasan itu berdepan dengan risiko kemalangan maut.

Gelagat penduduk dan pelajar sekolah terutama yang tinggal di tepi sepanjang landasan kereta api langsung tidak membayangkan mereka berada diambang maut kerana bukan sahaja melintas, tetapi ada juga yang sengaja menjadikan landasan itu sebagai tempat berehat.

Walaupun sebelum ini kerap berlaku kemalangan maut kerana digilis kereta api berikutan melintas landasan secara haram, namun kebanyakan penduduk masih menganggap kemalangan berkenaan sebagai ketentuan Ilahi tanpa menghiraukan kelakuan mereka yang menggadai nyawa.

Tinjauan mendapati, antara kawasan yang paling ramai penduduk melintas landasan kereta api secara haram itu sekitar Stesen Keretapi Gua Musang, Kuala Krai khususnya di Kampung Pahi dan Stesen Keretapi Tanah Merah dan Pasir Mas.

Seorang penduduk, Jamil Harun, 56, mengakui kebanyakan penduduk yang tinggal di tepi landasan kereta api terpaksa melintasnya sama ada untuk ke kampung lain di seberang landasan itu atau menghantar anak ke sekolah.

Katanya, ini berikutan kerajaan tidak membina jejantas bagi memudahkan penduduk berulang alik setiap hari dan tidak ada alternatif lain kecuali melintas landasan kereta api walaupun berdepan risiko kemalangan maut.

Namun, dakwa beliau, setiap penduduk yang melintas landasan itu juga tidak secara tergopoh gapah kerana mereka sudah tahu jadual perjalanan kereta api bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku terutama membabitkan kanak-kanak.

"Kita juga faham dengan keadaan keselamatan anak-anak walaupun kerap menerima teguran pihak pengurusan kereta api mengenai lintasan haram berkenaan dan kita mahu kerajaan bina jejantas bagi keselamatan semua.

"Memang ada lintasan yang dibenarkan Keretapi Tanah Melayu (KTM) yang dikawal khusus pekerjanya, tetapi hanya di kawasan tertentu sahaja dan berjauhan dengan kampung menyebabkan penduduk bertindak demikian," katanya.

Daud Yusoff, 52, pula berkata, ibu bapa sentiasa mengawasi anak-anak mereka untuk melintasi landasan kereta api ketika dalam perjalanan ke sekolah terutama di Kampung Pahi kerana bimbang dengan risiko kemalangan.

Beliau berkata, kebanyakan penduduk juga kerap melarang kanak-kanak daripada bermain di atas landasan kereta api maklum sahaja sementara ibu bapa mereka datang mengambil berehat dulu di kawasan landasan terbabit.

"Kita sudah lama memikirkan masalah lintasan landasan kereta api secara haram itu termasuk mengesyorkan kepada pihak berwajib termasuk minta bina jejantas, namun sampai sekarang belum dilaksanakan," katanya.

sinar harian/-

Wanita wajib pakai tudung

Posted: 04 Jun 2012 10:04 PM PDT

15 Rejab 1433H. [MOD] -

JAKARTA: Golongan wanita tidak kira penduduk atau pengunjung di Tasikmalaya, Jawa Barat, akan diwajibkan memakai tudung sebagai menguatkuasakan Undang-undang Syariah.

Setiausaha Bandar Tasikmalaya, Tio Indra Setiadi berkata, "Kami membuat persiapan terakhir peraturan bandar supaya (Ordinan Nilai Hidup Masyarakat berlandaskan Islam) boleh dikuatkuasa secepat mungkin."
Katanya, "Diharapkan ia dapat diselesaikan bulan ini supaya ia dapat dikuatkuasa serta-merta."

Tio berkata, pengurusan bandar mungkin perlu menubuhkan Polis Syariah untuk tujuan penguatkuasaan kerana Polis Nasional tidak boleh menangani kesalahan undang-undang Syariah.

Katanya, penguatkuasaan ordinan itu berlainan dari yang dibuat di Aceh kerana kes-kes itu tetap perlu dibawa di mahkamah sedia ada.

"Penguatkuasaan undang-undang di sini akan berbeza daripada di Aceh. Sebagai contoh, tiada sebatan akan dikenakan. Ordinan ini bertujuan mendidik orang ramai supaya hidup dengan tatacara Islam," katanya.

Ordinan yang ditandatangani pada 24 September, 2009, oleh Datu Bandar Tasikmalaya, Syarif Hidayat, digubal kerana penduduk tempatan bimbang globalisasi akan memudaratkan mereka di bandar yang terkenal dengan bilangan sekolah agama yang banyak.

Ordinan itu mewajibkan semua orang Islam dewasa supaya menutup aurat, iaitu bahagian badan yang mesti ditutupi dalam Islam.

Lima belas kesalahan lain turut disenaraikan seperti rasuah, pelacuran dan zina, homoseksual, perjudian, minum arak, penyalahgunaan dadah, ilmu sihir, pornografi, riba, pembunuhan, menyebarkan kultus dan pengguguran janin.

Speaker Majlis Bandaraya Tasikmalaya, Ruhimat berkata, ordinan itu diluluskan kerana 99 peratus penduduk tempatan adalah orang Islam dan bukan disebabkan tekanan daripada kumpulan Islam.

Dia tidak bimbang mengenai kesan undang-undang ke atas penganut agama lain.

"Hanya satu peratus penduduk bukan Islam," katanya. - Jakarta Post

Daftar pemilih: JK Pemandu Bersih 2.0 direkod 'mati'

Posted: 04 Jun 2012 09:18 PM PDT

15 Rejab 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Biarpun sudah dua tahun membuat aduan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), namun daftar pemilih Liau Kok Fah masih direkod sebagai 'mati'.

Liau adalah salah seorang ahli Jawatan Kuasa Pemandu BERSIH 2.0 dan telah memaklumkan sendiri masalahnya itu ketika pertemuan Bersih 2.0 dengan SPR pada tahun 2010.

"Tetapi hingga ke hari ini Liau masih lagi 'dirasmikan mati'. Nama beliau tidak dapat ditemui dalam daftar pemilih," kata Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) dalam satu kenyataan hari ini.

Dengan contoh itu, NGO itu mendakwa Suruhanjaya masih gagal membersihkan senarai daftar pemilih baru.

Selain itu mereka turut mendedahkan beberapa lagi penemuan berhubung pemilih yang bertukar alamat tempat mengundi.

Seorang pemilih bernama Phang Kuok Sing telah mendapati namanya didaftarkan sebagai pengundi di Tangkak Johor, walaupun alamat di kad pengenalan barunya ialah Kelantan.

Satu lagi kes melibatkan pemilih bernama Yoong Fue Ting.

Beliau pada Mei 2011 telah membuat permohonan pertukaran alamat mengundi dari Mambau ke Paya Jaras.

Tetapi namanya telah salah daftar ke Dun Taman Melati di kawasan Parlimen Wangsa Maju.

Sewaktu dirujuk kepada SPR, pegawai bertugas memaklumkan bahawa sebab kesilapan ialah kerana Yoong telah menulis alamat Wangsa Maju sebagai tempat kerja.

Alasan itu dipersoal suami Yoong kerana tidak logik alamat mengundi dibuat mengikut alamat tempat bekerja.

Namun selepas mengisi borang pembetulan tempat mengundi sebanyak dua kali pada tahun 2010, barulah ianya dibetulkan pada bulan Jun tahun lalu.

"Kesilapan yang berkali-kali ini tidak boleh dimaafkan kerana ianya akan menafikan hak pengundi untuk mengundi dikawasan mereka.

"Terbukti sahih bahawa lembaga SPR telah gagal untuk menunaikan tuntutan pertama Bersih 2.0 iaitu membersihkan daftar pemilih," kata kenyataan itu lagi.

Mereka juga turut mengulangi desakan agar kerajaan dipimpin Datuk Seri Najib Razak memecat dengan serta merta lembaga SPR yang ada hari ini dan menubuhkan lembaga SPR yang baru.

Harakah Daily

Hajat peneroka tak kesampaian

Posted: 04 Jun 2012 09:16 PM PDT

15 Rejab 1433H. [MOD] -

GEMAS – Seorang peneroka Felda Pasir Besar, di sini, maut selepas motosikal ditungganginya dirempuh treler dari arah bertentangan, di Kilometer 16, Jalan Gemas-Rompin, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, mangsa, Baharudin Ujang, 78, dipercayai dalam perjalanan ke kebunnya sebelum terbabit dalam kemalangan ngeri membabitkan lori treler muatan kosong dari arah Rompin.

Anak mangsa, Zolkafli Mohd Said, 54, berkata, kali terakhir dia bertemu arwah bapanya itu pada malam Sabtu lalu ketika adik-beradiknya berhimpun di rumah bapa yang mengadakan kenduri bagi menyambut kedatangan Ramadan.

"Arwah bapa tidak menunjukkan sebarang perubahan. Cuma dia sudah mengeluarkan duit tabung haji bagi menunaikan upah haji buat arwah datuk dan nenek namun tidak kesampaian
kerana pihak Tabung Haji menyatakan kuota sudah penuh.

"Oleh demikian, kami adik beradik akan berbincang di kemudian hari bagi menunaikan hajat arwah bapa kami ini," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di pekarangan
Bilik Mayat Hospital Tampin, (HT) di sini, semalam.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa yang dipercayai berada di tengah jalan tercampak beberapa meter dan cedera parah di kepala dan
badan.

Menurutnya, motosikal mangsa diseret ke bahu jalan dan mangsa disahkan maut di lokasi kejadian. Mayat mangsa dihantar ke HT untuk bedah siasat.

"Bagaimanapun, siasatan mengenai kejadian ini masih dijalankan. Kita minta kepada saksi kejadian supaya tampil membantu polis menjalankan siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Ridhwan Ghazali menerusi talian 06-4411221 atau 06-4411222," katanya.

Sinar Harian

Israel pasang peluru berpandu nuklear pada kapal selam

Posted: 04 Jun 2012 09:15 PM PDT

15 Rejab 1433H. [MOD] -

BERLIN Israel didakwa telah memasang peluru berpandu nuklear pada kapal selam buatan Jerman yang dibeli oleh mereka, menurut laporan majalah mingguan paling berpengaruh di Jerman, Der Spiegel, semalam.

Majalah itu turut mendedahkan kerajaan sehingga kini menafikan bahawa mereka tahu mengenai aktiviti menjadikan kapal selam buatan negara tersebut sebagai senjata atom Israel.

Dalam satu kenyataan, jurucakap Kementerian Luar Israel, Yigal Palmor mengesahkan pembelian kapal selam itu tetapi enggan mengulas berhubung keupayaannya sebagai senjata perang.

Difahamkan, laporan tersebut diterbitkan berdasarkan siasatan dan maklumat terperinci diperoleh daripada sumber Kementerian Luar di Berlin yang turut mendedahkan aktiviti rahsia Israel itu didakwa telah lama dilakukan sejak 1961.

Sinar Harian

Polis syor bank wujud sistem kawalan berpusat elak kecurian mesin ATM

Posted: 04 Jun 2012 09:13 PM PDT

15 Rejab 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR - Polis mencadangkan agar bank mewujudkan satu sistem pusat kawalan utama untuk memantau setiap mesin pengeluaran wang tunai (ATM) di seluruh negara bagi mengesan sebarang kegiatan yang tidak diingini termasuk cubaan merompak dan melarikan mesin berkenaan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata sistem pusat kawalan itu berfungsi sebagai pemantau agar sebarang maklumat terutamanya berkaitan aktiviti melarikan mesin ATM dapat disalurkan terus kepada polis.

"Saya sarankan kepada pihak bank di seluruh negara supaya wujudkan sistem seperti ini bagi memastikan maklumat berkenaan dapat dikesan dengan lebih awal seterusnya disampaikan terus kepada pihak polis pada kadar yang lebih cepat dan membolehkan polis bertindak pantas," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Katanya, kajian awal polis mendapati pemasangan mesin ATM di lokasi terbuka memudahkan penjenayah melarikan mesin atau merompaknya tanpa disedari oleh pihak bank atau pihak pengawal keselamatan dan boleh mendatangkan risiko kepada pengguna.

"Mesin ATM yang ditempatkan di lokasi-lokasi terbuka sememangnya bertujuan untuk memudahkan pengguna tetapi aspek keselamatan juga haruslah ditekankan bagi memastikan kejadian mesin ATM dilarikan dapat dielakkan. --

"Kejadian seperti ini juga berlaku apabila terlalu banyak mesin ATM diletakkan di tempat terbuka dengan kekurangan kawalan keselamatan sekaligus membuka peluang kepada penjenayah dan mendorong mereka untuk melakukan jenayah sama ada menyamun pengguna selepas mengeluarkan wang ataupun melarikan mesin ATM," katanya.

Beliau berkata ciri-ciri keselamatan pada mesin-mesin ATM yang diletakkan di sesebuah lokasi perlu dipertingkatkan bagi mengelak kejadian cubaan melarikan mesin ATM tidak terus berulang.

"Mungkin perlu adanya loceng penggera dan kamera litar tertutup (CCTV) yang berfungsi atau mungkin juga perlu melihat keperluan untuk menempatkan pengawal keselamatan di mesin-mesin berkenaan untuk kukuhkan lagi kawalan keselamatan," katanya.

Disamping itu, beliau berkata lokasi juga memainkan peranan dalam menentukan ciri-ciri keselamatan, sebagai contoh sekiranya lokasi tersebut tidak sesuai untuk menempatkan mesin berkenaan, lokasi yang lebih sesuai dan selamat dengan aspek keselamatan yang lebih tinggi haruslah dipilih.

Bakri berkata selain itu satu perjumpaan juga boleh diadakan di antara polis dan pihak bank bagi mengenal pasti ciri-ciri keselamatan untuk mencari jalan penyelesaian yang bersesuaian.

"Perjumpaan seperti ini juga mungkin kita boleh lihat bagaimana polis dapat membantu disamping melihat bagaimana cara untuk kurangkan ruang kepada penjenayah dari melakukan jenayah seperti ini.

Dalam tempoh tiga minggu lepas, empat kes kecurian mesin ATM dilaporkan di sekitar Lembah Klang, Sepang dan Balakong.

Jumaat lepas, sebuah mesin ATM yang mengandungi wang sebanyak RM37,520 dilarikan sekumpulan penjenayah dengan hanya menggunakan tali sebelum ditarik keluar dan dimasukkan ke dalam sebuah kenderaan dalam kejadian pukul 3.20 pagi di sebuah bangunan di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang.

Pada 25 Mei lepas, sebuah mesin ATM dilarikan daripada sebuah kompleks membeli-belah di Balakong dekat sini, dengan nilai RM200,000.

Sehari kemudian, sebuah mesin ATM di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Universiti pula dilarikan dengan nilai kerugian lebih RM61,000.

Sementara itu, pada 28 Mei lepas, sekumpulan penjenayah berputih mata apabila usaha memecah mesin teler automatik (ATM) di sebuah pasar raya di Pantai Dalam, terbantut setelah loceng penggera keselamatan pasar raya itu berbunyi dalam kejadian pukul 11 malam.

Tinjauan Bernama mendapati pelbagai bank menyediakan perkhidmatan ATM di lokasi terbuka termasuk kawasan tumpuan umum iaitu di kawasan pejabat, di pasar raya, kompleks beli-belah, stesen LRT, kedai serbaneka beroperasi 24 jam, dan di lot-lot kedai.-- Bernama

Sinar Harian

80 tentera Syria ditembak mati pemberontak

Posted: 04 Jun 2012 09:11 PM PDT

15 Rejab 1433H. [MOD] -

DAMSYIK - Sekurang-kurangnya 80 tentera Syria dibunuh oleh pemberontak dalam pertempuran dan serangan ke atas pasukan keselamatan di sebuah pintu masuk kelmarin, lapor kumpulan aktivis.

Kejadian itu menyusul tragedi lebih 100 orang awam ditembak mati di Houla dua minggu lalu.

Ekoran kejadian itu kumpulan pemberontak bertekad mahu membalas dendam.

Pemberontak memberitahu kepada Pertubuhan Hak Asasi Manusia Syria (SOHR), lebih 100 askar meninggal dunia di pinggir bandar Damsyik dan wilayah Idlib.

Mereka mengesahkan 80 terbunuh dan mengesahkan nama tentera yang mati.

Sementara itu, Presiden Majlis Eropah berkata, Kesatuan Eropah (EU) dan Rusia mesti menggabungkan usaha mereka ke atas Syria.

Ketua SOHR, Abdul Rahman memberitahu agensi berita AFP bahawa terdapat peningkatan dalam bilangan tentera dan pemberontak bertempur hujung minggu lalu.

"Askar terdedah kepada ancaman ini kerana mereka tidak dilatih untuk bertempur di jalanan," katanya.

Abdul Rahman berkata, pemberontak menyasarkan kenderaan tentera sambil melepaskan tembakan dari senjata automatik dan melontar bom tangan di kawasan sekitar.

Majlis Kebangsaan Syria berkata, pertempuran berterusan di wilayah Idlib apabila pasukan keselamatan mula menggunakan kereta kebal, pelancar roket dan meriam untuk membedil Bandar Kafr Nabal, Maarat al-Nu'man, Ariha dan Rama.

Ahad lalu, Presiden Assad memberitahu Parlimen bahawa Syria bukan lagi menghadapi krisis dalaman tetapi perang luar yang dilancarkan kerana sokongan terhadap penentangan rejim Israel.

Assad berkata, pintu rundingan masih lagi terbuka bagi sesi dialog dengan pihak pembangkang kerana beliau tidak terlibat secara langsung dengan sebarang perbuatan ganas atau campur tangan dengan pihak luar.

Sinar Harian

PM Jepun rombak Kabinet

Posted: 04 Jun 2012 09:09 PM PDT

15 Rejab 1433H. [MOD] -

TOKYO - Perdana Menteri Jepun, Yoshihiko Noda merombak Kabinet, semalam sebagai usaha untuk mendapat sokongan Parti Demokratik berhubung rang undang-undang kenaikan cukai jualan di negara itu.

Rombakan secara tidak menyeluruh tersebut menyaksikan pelantikan lima menteri baru beberapa kementerian termasuk Pertanian dan Keadilan serta pemecatan beberapa ahli Kabinet.

Antara yang dilantik adalah Profesor Satoshi Morimoto sebagai Menteri Pertahanan dan Yuichiro Hata anak kepada bekas perdana menteri Tsutomu Hata dipilih memegang jawatan Menteri Pengangkutan yang baru.

Rombakan itu dilihat sebagai langkah untuk menggugurkan barisan menteri yang didakwa tidak layak untuk memainkan peranan bagi menstabilkan semula ekonomi negara tersebut selepas kerugian berbilion ringgit akibat bencana berganda pada 11 Mac tahun lalu.

Sinar Harian

Euro 2012: Lahm mahu rakan bangkit

Posted: 04 Jun 2012 09:08 PM PDT

15 Rejab 1433H. [MOD] -

KAPTEN Jerman, Philipp Lahm mencabar rakan pasukannya agar mempamerkan aksi cemerlang pada aksi pembukaan Kumpulan B menentang Portugal, Sabtu ini. Jerman, salah sebuah pasukan kegemaran menjuarai Euro hadir ke Ukraine dengan langkah kiri selepas tewas 3-5 kepada Switzerland pada aksi terakhir perlawanan persahabatan.

Malah, skuad Die Mannschaft dianggotai lapan pemain utama Bayern Munich yang tewas pada final Liga Juara-Juara, 19 Mei lalu dilihat kekurangan motivasi untuk menempuh kejohanan ini. Namun, Lahm yang juga kapten Bayern Munich percaya kekecewaan itu sudah dilupai dan mahu seluruh pasukan membina kembali keyakinan bagi memastikan misi Euro mereka berjaya.

"Adalah sangat sukar untuk mencapai keserasian, lebih-lebih lagi apabila kami tidak bermain dalam satu kumpulan sejak dua minggu lalu. "Namun begitu, perlawanan pertama nanti sangat penting bagi kami untuk mengukuhkan kedudukan," katanya.

Dalam masa sama, mampu beraksi di bahagian pertahanan kiri mahupun kanan, Lahm mengakui selesa bermain di keduadua posisi tersebut. "Saya tidak kisah diletakkan di bahagian mana sekalipun. Saya percaya mampu membantu pasukan melancarkan serangan daripada bahagian ini," katanya.

Sinar Harian

Euro 2012: Peluang Olic samar

Posted: 04 Jun 2012 09:07 PM PDT

15 Rejab 1433H. [MOD] -

PENYERTAAN Ivica Olic (gambar) bersama Croatia pada kejohanan Euro kali ini samar apabila mengalami kecederaan pada bahagian paha kanan.

Penyerang Bayern Munich itu mendapat kecederaan tersebut ketika aksi persahabatan menentang Norway, kelmarin. "Saya tidak boleh beri jaminan bahawa dia (Olic) akan bermain di Euro. Apa pun, kami perlu melakukan imbasan lanjut bagi mengetahui sejauh mana tahap kecederaannya," kata doktor pasukan, Zoran Batijarevic.

Sementara itu, Olic berkata, dia tidak mengalami sebarang komplikasi teruk malah kesakitan yang dirasai amat minimum. "Saya optimis mampu beraksi di Euro. Tapi, boleh atau tidak, ia bergantung kepada laporan imbasan MRI. Kita tunggu dan lihat sahaja," katanya.

Pada edisi kali ini, Croatia diundi dalam Kumpulan C bersama Itali, Republik Ireland dan juara bertahan, Sepanyol. Anak buah Slaven Bilic itu akan memulakan saingan peringkat kumpulan dengan menentang Republik Ireland, 10 Jun ini.

Agency

Pokok balak hempap rumah

Posted: 04 Jun 2012 09:06 PM PDT

15 Rejab 1433H. [MOD] -

CHENOR - Sepasang suami isteri warga emas yang baharu pulang dari rumah anak mereka terkedu apabila melihat rumah pusaka didiami ranap teruk dihempap sebatang pokok balak berusia lebih 50 tahun.

Mangsa, Said Mat Diah, 72, berkata, kejadian itu dipercayai berlaku pada malam sebelumnya, di mana dia dan isteri tiada di rumah kerana membantu kenduri seorang jiran berdekatan.

Menurutnya, sebatang pokok getah yang tumbang di laluan masuk ke kawasan kampung menyebabkan mereka mengambil keputusan tidur di rumah seorang anak di Kampung Awah.

"Lebih kurang jam 2 pagi sebaik selesai membantu jiran, kami bergerak pulang ke rumah namun terhalang, lalu kami ke rumah anak.

"Pada masa itu, hujan dan angin kuat. Kami perlu menunggu lama sebelum dapat pulang ke rumah," katanya kepada Sinar Harian.

Said berkata, pokok balak jenis Sentang yang tumbuh di belakang rumahnya tumbang menghempap dan meranapkan dapur serta merosakkan hampir keseluruhan bumbung.

Menurutnya, perkakas dapur dan perabot turut rosak kerana terkena hujan, namun bersyukur tiada yang cedera.

"Selain saya dan isteri, dua lagi anak tinggal bersama dan secara kebetulan, kami semua tiada di rumah," katanya.

Sinar Harian

Curi surat pajak gadai mentua

Posted: 04 Jun 2012 09:05 PM PDT

15 Rejab 1433H. [MOD] -

KUALA TERENGGANU - Akibat terdesak mendapatkan wang bagi membeli keperluan anak dan isteri, seorang pembantu kedai runcit sanggup mencuri surat pajak gadai milik ibu mentuanya di Kampung Tanjung, Batu Rakit, di sini, tahun lalu.

Bagaimanapun, perbuatan Muhammad Azlin Shafie, 23, dari Kampung Kubur Timah, Batu Rakit, menerima pembalasan setelah dia dijatuhi hukuman penjara seminggu dan denda RM3,000 atau sebulan penjara oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Majistret Noradila Ab Latif turut mengarahkan tertuduh membayar ganti rugi ­kepada ibu mentuanya itu sebanyak RM5,000 dan jika gagal berbuat demikian, dia akan dipenjarakan selama dua bulan.

Hukuman dijatuhkan selepas Muhammad Azlin mengaku salah mencuri sekeping surat akuan gadaian milik Rohaiza Abdullah, di sebuah rumah di Kampung Tanjung, Batu Rakit, di sini, kira-kira jam 8 malam, 30 November 2011.

Dia mengaku bersalah mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga 10 tahun dan denda manakala bagi kesalahan kedua serta seterusnya, dia boleh dipenjara serta dikenakan denda atau sebat jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Haliza Abd Hamid, manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Berdasarkan fakta kes, mangsa hanya menyedari surat gadaian barang kemasnya yang bernilai gadaian RM9,000 telah hilang pada 30 November 2011, kira-kira jam 8 malam.

Setelah hampir empat hari mencari, mangsa mengambil keputusan untuk ke kedai pajak gadai terbabit di Jalan Banggol, di sini, untuk bertanyakan hal kehilangan surat gadaian itu pada 4 Disember 2011 kira-kira jam 2.30 petang.

Namun jawapan yang diterima begitu mengejutkan apabila pemilik kedai terbabit memaklumkan, surat gadaian itu sudah ditebus oleh seorang lelaki bernama Tg Mahmud Tg Chik dari Kampung Kedai Manir, di sini.

Pemilik kedai itu turut memaklumkan, surat gadaian telah ditambah nilai ­gadaian dari RM9,000 kepada RM10,000 oleh tertuduh, menyebabkan nama penggadai ­dalam surat gadaian telah bertukar kepada nama tertuduh dan ini membolehkan tertuduh menjual surat gadaian itu kepada Tg Mahmud Tg Chik.

Yakin tertuduh melakukan penipuan yang melampau, mangsa mengambil keputusan membuat laporan di Balai Polis Batu Rakit dan susulan itu, dia ditangkap pada 16 Disember 2011 kira-kira jam 4.15 petang di kediamannya di Kampung Kubur Timah, Batu Rakit, di sini.

Tertuduh yang sebelum ini telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas ­dakwaan mencuri, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.

Bagaimanapun, semalam, tertuduh menukar pengakuan kepada mengaku salah.

Sinar Harian

Penduduk sukar dapat talian Maxis, Celcom

Posted: 04 Jun 2012 09:04 PM PDT

15 Rejab 1433H. [MOD] -

CAMERON HIGHLANDS - Penduduk Orang Asli di kawasan Pos Betau dan kampung berdekatan mohon Kerajaan Negeri agar meminta syarikat telekomunikasi Celcom dan Maxis melebarkan perkhidmatan talian mudah alih dan jalur lebar di kawasan ini.

Seorang penduduk, Najib Tel, 35, berkata, dalam kancah era moden, mereka berasa tersisih dengan dunia luar kerana kawasan kampung itu masih belum menerima kemudahan rangkaian telefon mudah alih.

Menurutnya, mereka berasa cemburu dengan penduduk Kampung Kuala Medang dan Gugusan Felda Sungai Koyan yang sudah menikmati kemudahan telekomunikasi begitu lama dan selesa ber­hubung dengan saudara mara dan ­rakan di tempat lain.

"Untuk makluman Kerajaan Negeri, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak pernah men­ziarahi penduduk Pos Betau dan kami memperoleh ­jaminan daripada ­seorang pegawai ­telekomunikasi ­bahawa Pos Betau akan diberi ­talian mudah alih, iaitu pemasangan sebuah menara tidak lama lagi.

"Sampai sekarang janji berkenaan belum direalisasikan dan kami masih mengharapkan agar teknologi rangkaian telefon mudah alih berkenaan dapat dinikmati sepenuhnya sebelum pilihan raya tidak lama lagi," katanya, di sini, semalam.

Seorang lagi penduduk, Ali Panjang, 48, berkata, ­hampir 2,000 penduduk termasuk­ ­remaja dan belia di ­kawasan itu mempunyai ­sebuah ­telefon ­selular, tetapi tidak ­dapat ­dimanfaatkan lantaran ­tidak ada talian berkenaan.

Menurutnya, mereka terpaksa ke Pekan Sungai Koyan atau ke tempat tinggi yang agak jauh dari kampung untuk menikmati perhubungan rangkaian di tempat lain.

"Tidak dinafikan, kemudahan itu juga memberi manfaat besar kepada agensi kerajaan, iaitu Klinik Kesihatan, balai penghulu, sekolah, tadika dan orang perseorangan dapat menikmati akses komunikasi dengan lebih selesa.

"Kemudahan itu juga penting kepada pengguna jalan raya dari Sungai Koyan ke Cameron Highlands yang melalui kawasan Pos Betau khususnya untuk meminta bantuan kecemasan semasa perjalanan," katanya.

Sinar Harian

Guna bomoh cari anak lembam

Posted: 04 Jun 2012 09:02 PM PDT

15 Rejab 1433H. [MOD] -

ALOR SETAR - Perasaan bimbang semakin membelenggu fikiran ibu kepada remaja lembam, Mohd Suhaimi Ramli, 15, yang tidak pulang sejak 13 hari lalu.

Rohani Mohd Ali, 44, berkata, setelah berita mengenai kehilangan anaknya disiarkan di dalam akhbar, dia turut menerima panggilan orang ramai yang terserempak dengan anaknya di sekitar pusat bandar dengan menunggang basikal fixie.

Menurutnya, ada dalam kalangan jiran dan rakan anaknya itu yang memaklumkan mereka turut ternampak remaja itu menunggang basikal di Jalan Putra.

"Perasaan saya sebagai ibu sukar digambarkan kerana setiap hari memikirkan keadaan dan makan minumnya, apatah lagi dia mengalami masalah lembam.

"Usaha mencari Mohd Suhaimi masih dilakukan walaupun saya rabun. Saya tetap berusaha mencari untuk membawanya pulang," katanya.

Terdahulu, Sinar Harian 2 Jun lalu, menyiarkan berita mengenai kehilangan Mohd Suhaimi yang tidak pulang ke rumahnya di Flat Seri Gemilang, Mergong, setelah keluar tanpa memaklumkan kepada sesiapa.

Ketika kejadian Mohd Suhaimi tinggal bersama kakaknya, manakala Rohani keluar bekerja namun kakaknya terlupa mengunci pintu rumah yang memberi peluang kepada remaja itu keluar.

Mohd Suhaimi, yang keluar dengan menunggang basikal fixie berwarna merah tidak membawa wang dan kad pengenalan.

Rohani berkata, mereka sekeluarga langsung tidak mempunyai sebarang masalah atau perselisihan faham dengan Mohd Suhaimi.

Selain usaha mencari di beberapa kawasan, Rohani berkata, mereka turut berikhtiar dengan cara berjumpa bomoh bagi mengesan Mohd Suhaimi.

"Bomoh memaklumkan anak saya masih berada di kawasan sekitar, termasuk pusat bandar namun tidak tahu bagaimana untuk pulang.

"Masalah lembam yang anak saya alami itu menyebabkan saya khuatir dia tidak tahu jalan untuk pulang ke rumah," katanya.

Rohani berharap kepada sesiapa yang terserempak dan menjumpai Mohd Suhaimi agar membantu membawa remaja itu pulang ke pangkuan keluarga.

Sinar Harian

Panggung Lido terbakar

Posted: 04 Jun 2012 09:00 PM PDT

15 Rejab 1433H. [MOD] -

IPOH - Orang ramai yang sibuk dalam perjalanan pulang selepas waktu kerja gempar apabila melihat sebuah bangunan yang sedang diubahsuai terbakar dalam satu kejadian yang berlaku di Jalan Sultan Idris Shah, petang semalam.

Keterujaan orang ramai yang mahu menyaksikan insiden itu menyebabkan keadaan lalu lintas sesak.

Satu ketika dahulu bangunan tersebut adalah sebuah panggung wayang Lido yang terkenal yang kemudiannya dijadikan restoran.

Kini bangunan tersebut sedang dalam proses pengubahsuaian untuk dijadikan pusat snuker.

Ketua Operasi, Amat Sapekis Rosman berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam kira-kira jam 5.56 petang semalam.

Katanya, tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh dengan kekuatan 13 anggota bergegas ke tempat kejadian bagi memadam kebakaran.

"Kami tiba di tempat kejadian pada jam 6.05 petang dan api dapat dikawal 25 minit kemudian," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Menurutnya, berlaku sedikit kesukaran sewaktu memadam kebakaran kerana ia berlaku di bahagian atas berhampiran dengan siling.

"Kami terpaksa berhatihati sewaktu memadam api kerana kepingan siling sentiasa jatuh dan ia membahayakan anggota bertugas," katanya.

Tambahnya, siasatan awal mendapati cuma 25 peratus daripada bangunan musnah dalam kebakaran itu.

Amat Sapekis berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca serta anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Sinar Harian

Lelaki nekad gantung diri

Posted: 04 Jun 2012 08:59 PM PDT

15 Rejab 1433H. [MOD] -

PUCHONG – Terseksa dengan ugutan ah long yang berterusan mengganggunya, seorang lelaki dipercayai nekad mengambil keputusan menggantung dirinya di sebuah bilik dalam rumah yang dihuni bersama isteri dan tiga anaknya di Sungai Buloh, akhir bulan lalu.

Difahamkan, mangsa gagal melunaskan hutang sebanyak RM16,000 yang dipinjamnya dan mengambil keputusan tanpa berfikir panjang selepas gagal mendapatkan bantuan saudaramara
bagi menjelaskan pinjaman kepada ceti haram terbabit.

Ketua Biro Aduan Rakyat Puchong, Kuan Chee Heng berkata, isteri mangsa mengadu masalah itu kepadanya apabila geng ah long terbabit dikatakan mengganggu hidupnya sekeluarga selepas empat hari suaminya meninggal dunia.

Isteri mangsa memberitahu, ketika masih hidup, suaminya agak tertekan dan sering memintanya wang untuk membayar pinjaman kepada geng ah long itu.

Menurutnya, paling menyedihkan beberapa jam sebelum menggantung diri mangsa sempat menikmati makan malam di luar bersama tiga anak lelaki berusia 10 hingga 15 tahun dan
memberitahu bahawa dia akan mati tidak lama lagi.

"Mangsa ditemui dalam keadaan tidak bernyawa dalam sebuah bilik beberapa jam selepas makan bersama anaknya," katanya.

Chee Heng berkata, isteri mangsa mendakwa tidak tahu berapa jumlah wang dipinjam suaminya sehinggalah geng ah long datang ke rumah memaklumkan jumlah yang dihutang.

Katanya, ketika masih hidup mangsa ada beberapa kali meminta wang kepada isterinya yang bekerja sebagai pemandu teksi sapu untuk menjelaskan wang itu dan mengatakan akan mati jika isterinya tidak memenuhi permintaannya.

"Berkemungkinan tidak mempunyai wang mencukupi membayar hutangnya lelaki terbabit mengambil keputusan singkat berkenaan," katanya.

Sehubungan itu, Chee Heng menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat pinjaman kepada peminjam wang tidak berlesen.

Sinar Harian

Euro 2012: Del Bosque risau aksi lembab Sepanyol

Posted: 04 Jun 2012 08:58 PM PDT

15 Rejab 1433H. [MOD] -

JUARA dunia dan Eropah, Sepanyol kini berdepan masalah kritikal dalam persiapan menghadapi perlawanan pertama Euro 2012 menentang Itali Ahad ini.

Meskipun berjaya menewaskan China 1-0 dalam aksi persahabatan ketiga awal pagi semalam, pengendalinya, Vicente del Bosque ternyata risau dengan prestasi skuad La Roja itu apabila terpaksa mengambil masa selama 84 minit untuk menjaringkan gol kemenangan.

"Peluang sudah terbuka di depan mata, namun pemain sangat lembab. Kami bermain terlalu perlahan berbanding biasa terutama apabila berdepan dengan saingan kuat seperti China.

"Mereka (China) bukan sahaja mampu bertahan, malah mereka turut melakukan beberapa cubaan ke arah gol. Kami bernasib baik kerana mampu bermain dengan lebih teratur pada separuh masa kedua," katanya.

Mengubah strategi dengan memasukkan empat pemain simpanan, Fernando Torres, Andres Iniesta, Victor Valdes dan Jesus Navas selepas enam pertukaran, Bosque mengakui berpuas hati dengan aksi bintangnya terutama Gerard Pique, Xavi Hernandez dan Sergio Busquets.

Sinar Harian

Pencuri alatan bomba diberkas

Posted: 04 Jun 2012 08:57 PM PDT

15 Rejab 1433H. [MOD] -

BUTTERWORTH - Seorang lelaki yang disyaki memecah masuk Balai Bomba Sukarela Jalan New Ferry di Kampung Jawa di sini seminggu lalu sebelum melarikan peralatan memadam kebakaran berjumlah lebih RM10,000, berjaya diberkas kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Zulkifli Alias berkata, suspek ditahan kira-kira jam 11.45 pagi kelmarin di rumahnya di Jalan Perai Jaya, Perai dekat sini.

"Hasil siasatan dan intipan­ yang dilakukan sejak kejadian itu dilaporkan, sepasukan­ anggota polis Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Balai Polis Butterworth diketuai Inspektor Mohd Yusof Ibrahim berjaya menahan suspek.

"Semasa ditahan, suspek menunjukkan baki pelbagai peralatan kegunaan pihak bomba yang dicuri dan disembunyikan dalam sebuah guni di bahagian dapur rumahnya, manakala barangan lain seperti kepala hos pancutan air, perkakas pengopek yang kesemuanya diperbuat dari tembaga sudah dijual di premis barangan lusuh," katanya.

Katanya, suspek yang merupakan penganggur dan mempunyai satu rekod kesalahan membabitkan kes pecah rumah itu kini direman selama tujuh hari untuk disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Zulkifli berkata, sebelum ini balai bomba sukarela berkenaan pernah dipecah masuk mengakibatkan pihak pengurusan mengalami kerugian lebih RM8,000 apabila pelbagai peralatan serupa dilarikan pencuri.

"Barangan yang dilarikan dan diperbuat dari tembaga padu itu merupakan keperluan­ utama dalam menjalankan kerja-kerja memadam kebakaran dan ianya tidak mudah diperoleh secara terbuka.

"Sepatutnya orang ramai terutamanya pembeli barangan lusuh perlu lebih berhati-hati apabila ditawarkan barangan­ itu dan bertindak menghubungi polis terlebih dahulu kerana mereka boleh ditahan akibat menyimpan barangan curi," katanya.

Sinar Harian

Tahanan Palestin ancam mogok lapar semula

Posted: 04 Jun 2012 08:56 PM PDT

15 Rejab 1433H. [MOD] -

TEL AVIV - Tahanan Palestin di penjara Israel mengancam untuk melancarkan mogok lapar semula kerana pihak berkuasa rejim Zionis didakwa gagal menunaikan janji yang dipersetujui kedua belah pihak, menurut menteri penjara, kelmarin.

Issa Qaraqaa berkata, masih berlaku provokasi di dalam penjara kerana kebanyakan tahanan merasakan mereka terpedaya dengan janji kosong Israel. "Rejim Zinois melanggar perjanjian yang mana dalam tempoh 10 hari selepas mereka menamatkan mogok lapar, Israel telah memperbaharui perintah tahanan pentadbiran terhadap kirakira 30 tahanan kononnya sebagai hukuman," jelasnya. Kira-kira 1,550 tahanan Palestin bersetuju untuk menamatkan mogok lapar pada 14 Mei lalu selepas pihak berkuasa rejim bersetuju untuk memenuhi tuntutan asas mereka.

Mogok lapar besar-besaran kali kedua dilancarkan 17 April lalu sebagai protes terhadap ketidakadilan dan kekejaman Israel yang telah menyebabkan kira-kira 4,700 tahanan termasuk 185 kanakkanak yang turut dianiaya tanpa perikemanusiaan.

Sinar Harian

Selangor beli 50 lori pemampat sampah baru

Posted: 04 Jun 2012 08:54 PM PDT

15 Rejab 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor yakin masalah kutipan sampah di negeri itu akan selesai dalam masa terdekat selepas kerajaan negeri akan membeli 50 buah lori pemampat baru untuk mengangkut sampah.

Untuk peringkat awal, semalam 15 buah lori tersebut telah diserahkan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim kepada beberapa daerah di negeri ini.

Ianya dibeli oleh syarikat milik Kerajaan Selangor, Kumpulan Darul Ehsan Bhd kepada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Lori-lori tersebut akan disewa oleh kontraktor bagi mengantikan lori-lori lama yang kerap rosak dengan harga sewa yang berpatutan.

Ianya juga bakal meringankan beban kontraktor yang tidak mampu membeli lori baru bagi menggantikan lori rosak kerana harga yang mahal iaitu sekitar RM350,000 ke atas untuk sebuah.

"Mereka ini terpaksa menyewa kompaktor yang telah lama, selalu rosak dan akhirnya menganggu prestasi kerja kontraktor.

"Jadi selepas ini mereka boleh menyewa dari kerajaan negeri dengan harga yang lebih berpatutan," kata Abdul Khalid.

Beliau berharap kualiti perkhidmatan syarikat-syarikat kontraktor terlibat akan ditingkatkan dengan adanya lori-lori ini.

Kesemua kenderaan tersebut akan selesai diedarkan selewat-lewatnya pada September nanti.

Harakah Daily

PAS Negeri Sembilan

Posted: 04 Jun 2012 09:17 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Keluhan orang Kg Gadong di DUN Kota, Parlimen Rembau

Posted: 04 Jun 2012 08:01 PM PDT


Dari Blog YB Taufek ;

Saya dikhabarkan antara masalah yang dihadapi oleh beberapa anak tempatan di Kg Gadong di DUN Kota dalam Parlimen Rembau ialah tanah TOL yang diusahakan oleh mereka sejak tahun 80an dengan tanaman dusun buah-buahan terutamanya durian masih tidak mendapat sebarang hak milik lagi walaupun telah berulang kali mengajukan perkara ini kepada wakil rakyat setempat.

Apa yang menyedihkan ada antara mereka yang mengusahakan tanah ini telah pun meninggal dunia dan perjuangan menuntut tanah yang diusahakan ini kini diteruskan oleh anak-anak mereka di Kg Gadong.

Pakatan Rakyat Negeri Sembilan amat komited dalam isu tanah ini untuk kepentingan anak tempatan. Dalam Manifesto Pakatan Rakyat Negeri Sembilan dalam Tonggak yang ke 3 secara khusus menyebut iaitu pada fasa ke 3.2 iaitu "Memberi milik kepada pemegang tanah TOL (kecuali rizab jalan, sungai dan seumpamanya) yang telah diusahakan atau diduduki selama 25 tahun ke atas".

Nah, Pakatan Rakyat Negeri Sembilan telah menyatakan komitmen kami dalam isu ini. Apa pula komitmen Barisan Nasional khususnya Umno dalam isu tanah ini, khususnya kepada rakyat Negeri Sembilan sendiri?

Harap para pembaca semua, khususnya warga Negeri Sembilan dapat meneliti Manifesto Pakatan Rakyat Negeri Sembilan dan bandingkan dengan komitmen BN khususnya Umno di http://mohdtaufek.blogspot.com/2012/02/manifesto-pakatan-rakyat-negeri.html

misbahul munir

Posted: 04 Jun 2012 09:15 PM PDT

misbahul munir


Tarikh PRU : UMNO BN tunggu sehingga proses untuk menipu rakyat selesai

Posted: 04 Jun 2012 09:45 AM PDT

PAS LENGGONG

Posted: 04 Jun 2012 07:28 PM PDT

PAS LENGGONG


Posted: 04 Jun 2012 03:39 AM PDT


80 peratus orang Melayu derhaka kepada Sultan dan Raja?



Oleh: amkns

"Kajian pakar motivasi Datuk Dr. Mohd Fadzilah Kamsah mendapati 80 peratus umat Islam di Malaysia tidak menunaikan solat lima waktu. Kemungkinan besar majoriti 80 peratus ini adalah orang Melayu. Sultan serta Raja adalah merupakan Ketua Agama Islam negeri. Kita perlu taat kepada Sultan dan Raja dalam pekara kebaikan.

Dan solat adalah perkara kebaikan. Mereka yang meninggalkan solat bukan hanya berdosa kepada Allah, malahan dalam konteks Raja Berperlembagaan di Malaysia , orang Islam atau orang Melayu yang meninggalkan solat juga derhaka kepada Sultan dan Raja.

Apakah hukuman yang sewajarnya di dunia ini kepada orang Islam dan orang Melayu yang derhaka kepada Sultan dan Raja kerana meninggalkan solat?

Bagaimana pula orang Melayu yang berjudi haram (tanpa lesen) dan berjudi? Bagaimana pula orang Melayu yang mengamalkan sihir? Bagaimana pula dengan orang Melayu yang minum arak? Adakah mereka ini berdosa kepada Allah serta derhaka kepada Sultan dan Raja selaku Ketua Agama Islam?

************

Pakar motivasi dan penceramah bebas terkemuka, Datuk Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, mendedahkan 80 peratus umat Islam di Malaysia masih tidak menyempurnakan solat lima waktu dalam sehari. Peratusan angka ini diperoleh melalui tinjauan beliau menerusi program-program ceramah dan motivasi, yang dijalankan di seluruh negara serta pemerhatian terhadap gaya hidup masyarakat Islam masa kini.

Sumber: zaimhilmi.blogspot.com

************

Perlembagaan Persekutuan secara nyata menetapkan kewajipan penting Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, selaku Ketua Utama Negara untuk memelihara kesucian agama Islam pada setiap masa. Tanggung jawab penting tersebut didukung bersama oleh sembilan Raja Melayu di Negeri-negeri.

Sumber: agendadaily.com

**********

Hadith Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam :-Maksudnya : Dari 'Auf bin Malik, dari Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Sebaik-baik pemimpin kamu ialah orang yang kamu kasihi dan pemimpin itu pula mengasihi kamu, kamu mendoakan mereka itu dan mereka pula mendoakan kamu.

Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah An-Nisaa' ayat 59 :- Tafsirnya: Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada Rasul Allah dan kepada Ulul-Amri (orang-orang yang berkuasa dari kalangan kamu).

Raja atau kepala negara adalah termasuk sebagai Ulul-Amri, perintah ketua wajib dipatuhi, dan dilaksanakan selagi bukan perintah ke arah dosa dan maksiat.

Sebagaimana hadith Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam :- Maksudnya : Dari Abdillah, dari Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sungguhnya baginda bersabda : Seorang muslim itu wajib taat dan mendengar perintah ketua atau pemimpin samada rela atau tidak, selagi ia tidak menyuruh berbuat maksiat.

Sumber: www.masjid.gov.bn"
 



Komentar,
Barangkali benar 
barangkali juga tidak benar
kerana pakar itu tidak memberikan butiran lengkap.

PAS Cawangan Serkam Darat

Posted: 04 Jun 2012 07:23 PM PDT

PAS Cawangan Serkam Darat


BN DALAM BAHAYA ..

Posted: 04 Jun 2012 05:30 PM PDT

N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 04 Jun 2012 07:17 PM PDT

N.27 - PAS DUN Sura


Forum "Sebarkan Cintamu"...Ameerah DUN Sura Dekati Remaja

Posted: 04 Jun 2012 01:11 AM PDT

DUNGUN, 4 Jun Isnin - Ameerah DUN Sura terus bergerak aktif mendekati golongan remaja dan rakan sebaya sambil mengajak sasaran dampingnya untuk memilih minat dan qaedah sesuai untuk mengisi usia yang masih muda.
Terkini, pada 16 Jun Sabtu depan bertempat di Bangunan DUN Sura, Jalan Nibong, Kampung Molek, satu forum dengan penampilan dua orang novelis - Ustaz Riduan Mohamad Nor, yang menghasilkan "Naskah Cinta Buat Nusaibah" dan Puan Fatimah Syarha binti Mohd Noordin dengan karyanya "Pemilik Cintaku Setelah Allah Dan Rasul" telah diundang untuk bersama dengan remaja khususnya di sekitar DUN Sura.

Dengan penyertaan yang terhad, sesiapa yang berminat diminta segera menghubungi Khadijah (013-969 2975) dan Syahida Zahirah (019-937 9692).

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 04 Jun 2012 03:37 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


KALI NIE HISHAMUDIN BETUL.... PEMBANGKANG AKAN CETUS HURU HARA LEPAS PRU 13

Posted: 04 Jun 2012 12:06 AM PDT

KLUANG 4 Jun - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tidak menolak kemungkinan pembangkang akan mencetuskan huru-hara jika mereka tewas dalam pilihan raya umum ke-13.

"Apabila mereka sanggup memperalat dan memperkuda pelajar, tidak mustahil sekiranya pilihan raya umum tidak memihak mereka, mereka sanggup menghuru- harakan jalanan di atas nama hak, di atas nama kebebasan atau di atas nama hak asasi. Saya tidak tolak kemungkinan perkara ini berlaku," katanya hari ini.

Hishammuddin yang juga Anggota Parlimen Semberong berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mesra di Taman Sri Lambak di sini. - BERNAMA.

... Sapa pembangkang? UMNOlah pembangkang selepas PRU 13 nanti....hahahahahaha

PR DESAK PKNS BATAL PROJEK PADANG PKNS

Posted: 03 Jun 2012 11:58 PM PDT

PR hari ini mendesak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) supaya membatalkan hasrat mereka untuk membangunkan kawasan padang PKNS Kelana Jaya demi kepentingan masyarakat setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam satu kenyataannya berkata, projek itu juga jelasnya bercanggah dengan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976.

"Pendedahan oleh Jawatankuasa Selamatkan Padang Rakyat bahawa cadangan pembangunan Kompleks Sukan PKNS di Kelana Jaya berdasarkan versi tidak sah Rancangan Tempatan Petaling Jaya 2 (RTPJ2) mempunyai implikasi besar bukan sahaja untuk projek tersebut tetapi Petaling Jaya secara keseluruhan," kata Nik Nazmi.

Beliau turut menambah, sebelum ini masyarakat setempat dimaklumkan bahawa padang tersebut dizonkan sebagai kawasan komersial. Malah Ahli Majlis Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan pihaknya sendiri dibekalkan maklumat yang sama.

"Hakikat bahawa wujud bercanggahan di antara RTPJ2 yang digazetkan secara sah oleh Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Selangor dengan versi kedua membangkitkan pelbagai persoalan.

"MBPJ turut bersetuju bahawa versi pertama yang menyatakan bahawa Padang PKNS merupakan kawasan rekreasi merupakan versi yang sah," katanya lagi.

Nik Nazmi juga menegaskan, pihaknya sebelum ini telah menggesa agar perkara itu dibawa ke Jawatankuasa Terpilih mengenai Kewibawaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) Dewan Negeri Selangor.

"Walaubagaimanapun Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mengumumkan pembentukan jawantkuasa bebas berkenaan hal tersebut," katanya.

Sebelum ini telah diadakan beberapa perjumpaan antara penduduk dan PKNS yang mana di setiap perjumpaan tersebut penduduk telah menolak pelan pembangunan berkenaan, dan tetap mahukan kawasan itu kekal sebagai kawasan rekreasi.

Dalam draf asal pembangunan di kawasan tersebut, padang dan Kompleks Sukan Rakyat milik PKNS adalah kekal sebagai kawasan hijau untuk rekreasi.

Kawasan itu juga kekal sebagai kawasan hijau melalui RTPJ2 yang diwartakan Pejabat Perancangan Bandar dan Desa pada 13 Januari 2011 serta diisytihar dan boleh disemak mulai 8 Februari 2011.

Namun, buku RTPJ2 yang dikeluarkan oleh MBPJ menunjukkan kawasan itu adalah zon perniagaan dan perkhidmatan.

Perkara itu telah menyebabkan penduduk kawasan sekitar tidak berpuas hati.

PRU 13 'HIDUP MATI' BN : MUHYIDDIN

Posted: 03 Jun 2012 05:22 PM PDT

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengingatkan jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) bahawa pilihan raya umum (PRU) ke-13 kali ini adalah penentu "hidup dan mati" parti tersebut.

Muhyiddin yang berucap ketika melancarkan Jentera Pilihan Raya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini menegaskan, bangun jatuh BN akan ditentukan sewaktu PRU13 dan menuntut setiap ahli jenteranya untuk memberikan keutamaan kepada setiap kerusi dalam pilihan raya tersebut.

"Pilihan raya umum ke-13 kali ini adalah penentu hidup mati Barisan Nasional. Bangkit atau jatuhnya BN akan ditentukan dalam pilihan raya kali ini.

"Justeru saya menggesa setiap jentera parti memberikan keutamaan kepada setiap kerusi negeri dan Parlimen," tegasnya kepada lebih 1000 jentera BN Kuala Lumpur di Stadium Titiwangsa pagi tadi.

Beliau yang merupakan Pengerusi BN Kuala Lumpur juga menggesa jenteranya untuk bekerja keras di peringkat akar umbi bagi membolehkan rakyat kembali menyokong kepimpinan BN.

"Kita perlu bekerja keras. Zaman mewah BN seperti dahulu telah berlalu. Jika Pakatan Rakyat (PR) melakukan sesuatu kebaikan dan rakyat menyokong mereka, itu adalah masalah buat kita.

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 04 Jun 2012 03:25 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


TRAGEDI BATU BURUK , BN TAMBAH TERUK DAN BURUK!

Posted: 04 Jun 2012 01:11 AM PDT

KUALA TERENGGANU-Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini membebas dan melepaskan mangsa tragedi tembakan polis di Batu Burok yang berlaku pada 8 September 2007, lima tahun lalu.
Kedua-dua tertuduh, Muhammad Azman Aziz, 26, dan Suwandi Ab. Ghani, 43, dibebas dan dilepaskan oleh mahkamah setelah pihak peguam belanya berjaya mewujudkan keraguan dalam perbicaraan tersebut.

Selain Azman dan Suwandi, dua lagi tertuduh di bawah Sesyen 27(5)(a) Akta Polis iaitu Hisham Aziz@Abdul, 43, dan A.Rahman Abdullah, 67, turut dibebas dan dilepaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu.

Mereka diwakili Tetuan Aziz & Co.

Hakim Mahkamah Sesyen, Tuan Mohammad Khalid Haji Ab. Karim membaca keputusan perbicaraan tersebut pada jam 10.15 pagi serta disambut dengan laungan takbir para hadirin.

"Hari ini mahkamah memutuskan kamu, Muhammad Azman Aziz dan Suwandi Ab.Ghani yang didakwa di bawah Seksyen 149 Kanun Keseksaan dibebas dan dilepaskan setelah pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan.

"Mahkamah juga membebaskan Hisham Aziz@Abdul dan A.Rahman Abdullah yang dituduh di bawah Seksyen 27(5)(a) Akta Polis," ujarnya ketika mengumumkan keputusan tersebut.

Sebelum ini, Suwandi dan Azman dituduh bersama 18 orang yang lain pada 8 September 2007, jam 11.40 malam di tempat letak kereta Hotel Permai Inn, Jalan Sultan Mahmud kerana menyertai perhimpunan yang menyalahi undang-undang.

Polis yang bertugas ketika menyurai perhimpunan tersebut iaitu Wan Aziz Wan Omar (RF143706) telah melepaskan tembakan peluru hidup hingga hampir meragut nyawa Suwandi dan Azman.

Mereka berdua dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu dan pembedahan bagi mengeluarkan peluru hidup dilakukan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kota Bharu.

Harakahdaily difahamkan, seramai 350 anggota polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) ditugaskan bagi mengawal keadaan dengan melepaskan gas pemedih mata serta tembakan meriam air terhadap orang awam.

Ketua Polis Terengganu ketika itu, Datuk Ayub Yaakob telah menahan reman seramai 23 orang yang terlibat dengan insiden berkenaan.

Hadir sama memberi sokongan moral, Setiausaha PAS Terengganu, Yahaya Ali, Ketua Jabatan Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, Ketua Pemuda PAS Marang, Mohammad Khalil Abdul Hadi bersama lebih 50 orang ahli keluarga dan orang ramai.--Harakahdaily
Dicatat oleh ELBI RISALAH di 6/04/2012

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 04 Jun 2012 11:02 AM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


7 Jun Di Padang Majlis Daerah Machang

Posted: 03 Jun 2012 05:09 PM PDT


Selepas selesai penipuan baru pilihan raya?

Posted: 03 Jun 2012 05:05 PM PDT


KUALA LUMPUR: Selepas penipuan, menaburkan duit rasuah kepada seluruh pengundi atau isu yang dijadikan perangkap samar kepada parti lawan, juga fitnah disebarkan, maka tarikh pilihanraya barulah diumumkan.

"Beginilah sifatnya demokrasi di Malaysia," kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) dalam satu kenyataannya kepada media.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau.


BILAKAH TARIKH PILIHAN RAYA

Tarikh Pilihanraya Umum ke-13 masih dalam ramalan berbagai pihak.  Beginilah sifatnya demokrasi di Malaysia.

BN yang berketuakan Umno mempunyai kuasa penuh untuk mewajibkan kemenanganya dengan segala cara, daripada menggunakan media sebelah pihak, menabur politik wang rasuah, menyalahggunakan duit negara, memaksa jentera kerajaan, menambah pengundi dengan pelbagai cara, sehinggalah menentukan tarikh pilihanraya.

Seluruh dunia yang menghayati sistem demokrasi yang memberi hak kepada rakyat manjadi hakim yang bebas dan adil, hanya badan bebas yang mengendalikan pilihanraya menentukan tarikh pilihanraya.

Bukan sahaja dipilih tarikh paling selesa kepada rakyat dan semua parti politik yang berhak, bahkan tempoh yang lama telah diketahui umum.

Ada kalangan negara telah menetapkan tarikh pilihanraya berikutnya lebih awal, sebaik sahaja  pilihanraya umum selesai diadakan.

Ada juga menetapkan kemudiannya, tetapi tempoh masa yang lama diketahui umum.

Hanya negara yang mengamalkan sistem satu parti sahaja memerintah, seperti negara komunis dahulu dan negara sapertinya, kerajaannya menetapkan pilihanraya dalam tempoh terdekat mengikut keselesaannya boleh mencapai kemenangan dan rakyat lebih berpeluang memilih satu parti yang telah memerintah walaupun banyak melakukan kesilapan.

Di negara kita Malaysia, kerajaan BN memilih cara yang wajib menjamin kemenangan BN selama-lamanya.

Maka kerajaan BN sahaja berkuasa menentukan tarikh setelah segala persediaan untuk kemenangannya diatur.

Setelah selesai mengatur penipuan, menaburkan duit rasuah kepada seluruh pengundi atau isu yang dijadikan perangkap samar kepada parti lawan, juga fitnah disebarkan, maka tarikh pilihanraya barulah diumumkan.

Termasuk juga peluang musim haji yang menjadi ibadat wajib kepada penganut Islam yang merupakan pengundi terbesar. Hanya segelintir umat Islam yang dapat membezakan diantara wajib mudayyak yang tidak boleh ditangguh dan wajib muwassaa yang boleh ditangguh.

Umno yang memisahkan politik daripada agama tidak peduli kepada musim haji yang menafikan hak sebahagian besar rakyat, kerana kaedahnya wajib menang dengan apa cara sekali pun.

Beginilah nasib rakyat Malaysia sejak dahulu sehingga kini. Rakyat diulit  dengan berbagai lagu dan irama politik murahan, walaupun merosakkan akhlak ditempat yang sudah rosak dan ditayangkan lagu agama ditempat beragama, kerana sifat pragmatik Umno bersama rakannya dalam BN.

Namun kita menyaksikan alam yang bersifat berubah, termasuk alam politik. Sistem kuku besi komunis yang menguasai negara kuasa besar dunia Soviet Union hancur berkecai dan berubah ke arah demokrasi, sehingga negara komunis mengubah pendekatan.

Selepas itu Filipina meninggalkan Marcos dalam kenangan, diikuti oleh Suharto di Indonesia dan akhirnya negara-negara Arab yang dikuasai kerajaan tentera yang menetapkan keputusan pilihanraya sebelum pilihanraya lagi.

Bahawa parti kerajaan pasti menang mencapai lebih sembilan puluh sembilan peratus. Namun negara tersebut ikut sama melakukan Islah sistem demokrasinya. Begitu juga yang terakhir di Myanmar.

Kita mengharapkan negara Malaysia yang berslogankan sopan santun, naik turun pemimpinnya juga melalui sopan santun, bukannya dengan cara memalukan. Mereka akan dikenang sejarah oleh generasi akan datang kerana sejarah tidak mampu ditipu dengan apa cara sekalipun.

PAS mengajak masyarakat Islam khasnya membetulkan imej Islam yang dirosakkan oleh Umno, atau tegasnya PAS ganti Umno, dan mengajak masyarakat semua kaum amnya bersama Pakatan Rakyat mengganti Barisan Nasional.

Sekiranya kemenangan berpihak kepada kami, maka segala kerosakan sistem demokrasi yang berlaku wajib diperbetulkan.

Walaupun dimasa depan rakyat menolak PAS dan Pakatan Rakyat dengan jalan yang adil disebabkan kesalahan dan kelemahan pemerintahan, tetapi bukannya dengan cara menipu yang menzalimi diri sendiri.

 
PRESIDEN PAS
Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

KAMI tidak mahu tanding pilihan raya

Posted: 03 Jun 2012 05:05 PM PDT


KUALA LUMPUR: Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) mengambil keputusan untuk tidak menghantar sebarang calon dalam pilihan raya umum akan datang.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Timbalan Presidennya, Khalid Ismath (gambar), mereka berkata walaupun mengambil sikap tidak bertanding, mereka terus bersama-sama Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).

"KAMI masih akan terus bersama-sama SMM dalam koalisi untuk menyuarakan hak dan hasrat mahasiswa yang KAMI telah sepakati. Walaubagaimanapun dalam isu mahasiswa bertanding dalam PRU13 kami mengambil pendirian yang berbeza," kata Khalid dalam kenyataannya.

Mereka memberikan alasan untuk lebih fokus dalam memperjuangkan isu-isu mahasiswa dan rakyat, hak asasi manusia dan perundangan serta bertindak sebagai kuasa ketiga bagi memastikan konsep 'check and balance'dapat dilaksanakan dalam negara Malaysia.

KAMI juga, katanya, berpaksi kepada perjuangan non-partisan , justeru penglibatan KAMI dalam PRU13 sebagai calon akan menjejaskan teras perjuangan yang didukung oleh front selama ini.

KAMI juga, jelas beliau, mengutamakan idealisme dan aktivisme bagi anak muda dan mahasiswa untuk memastikan urustadbir dalam negara dijalankan dengan baik.

"Jadi, KAMI memikul tugas bagi membangkitkan kesedaran dan kepedulian anak muda," katanya.

Lagipun, katanya lagi, penglibatan sebagai calon dalam PRU memerlukan perancangan dan persediaan yang rapi serta masa yang sangat panjang.

Mereka juga memberikan alasan, timbul persepsi daripada masyarakat bahawa gerakan mahasiswa sudah dijangkiti penyakit YBisme, korupsi, dan mahasiswa tidak lagi akan diberi kepercayaan sebagai third force atau sebagai system check and balance jika bertanding pilihan raya.

Ceramah Terkini

Posted: 03 Jun 2012 05:04 PM PDT


Himpunan Hijau memberi suntikan ke Putrajaya

Posted: 03 Jun 2012 05:02 PM PDT



(Baiah PAS dalam perjalanan menuju ke Putarajaya)

ALOR SETAR:  Pastinya ahli dan penyokong PAS rasa puas terhadap Perhimpunan Hijau Menuju Ke  Putrajaya yang diadakan di Stadium Darul Aman, Alor Setar Kedah Jumaat lepas.

Selain dapat bertemu sahabat handai dan rakan taulan dari seluruh negara ianya juga bermatlamat membuktikan kepada pemerintah Umno dan Barisan Nasional (BN) bahawa PAS bersungguh untuk menawan pusat pentadbiran bersama dengan parti gabungan Pakatan Rakyat.

Ia bukan memukul tong kosong sebagaimana yang sering diperkatakan oleh kepimpinan Umno dan BN sebaliknya pendakian ke Putrajaya tidak mustahil asalkan ada kerja kuat segenap lapisan jentera walaupun menyedari pemergianya penuh dengan liku yang perlu ditempuhi.


Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam ucapannya di malam berkenaan, menyifatkan perjalanan PAS sehingga ke saat ini memang cukup kental menempuhi berbagai peristiwa pahit manis dalam perjuangan termasuk ketewasan kepimpinan utama di tengah jalan.

Namun, apa pun ketewasan kepimpinan ia tetap diganti dengan kepimpinan yang lebih telus dan berdisplin malah lebih sibuk turun padang melawat jentera bawahan sambil memberikan peransang kepada mereka meneruskan perjuangan serta memberikan nafas baru terhadap orang baru yang menyertai pasukan ini.

Apa-apa pun kata Presiden, "kita mesti ada tautan dengan Allah s.w.t yang memberikan kita kemenangan hakiki."

Tetapi, usaha demi usaha wajar di gerakkan sama dengan perancangan rapi sebab musuh juga mempunyai segala macam jentera dan wang ringgit.

Program Perhimpunan Hijau Ke Putrajaya itu walaupun disambut dengan limpahan hujan rahmat bermula jam 4.00 petang itu tidak sekali-kali mematahkan semangat ahli dan penyokong tegas tidak kira lelaki ataupun wanita.

Bahkan perhimpunan ini menyerlahkan lagi ikatan persaudaraan sesama Islam dalam satu fikrah tidak macam perhimpunan tajaan Kerajaan BN penuh dengan kemaksiatan dengan alasan itulah yang belia hari ini kehendaki.


Tanpa disedari tindakan Kerajaan BN itu mematikan harapan belia pada masa depan apabila mendedahkan mereka dengan perkara sia-sia tidak bermakna dan boleh menumpulkan pemikiran anak muda yang sepatutnya lebih kreatif berfikir.

Lautan manusia seramai lebih 100.000 orang itu memenuhi kerusi dan padang stadium sekali dilihat umpama semut yang sedang menghisap manisan tidak berganjak walaupun sedetik dalam suasana berhimpit-himpit dan dalam keadaan yang kurang selesa berikutan tanah dan rumput yang becak, berair ekoran hujan lebat sebelah petangnya.

Sembahyang Magrib, Isya dan hajat dimanafaatkan sepenuhnya untuk memohon Allah s.w.t memberikan kemenangan kepada gerakan Islam untuk sebaris memerintah Malaysia yang dicintai.  Kelambatan bertindak untuk mengambil alihan kuasa pentadbiran akan memusnahkan Malaysia.

Ini kerana, kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Idris Jala mesti diberikan perhatian sebab beliau bukan calang orang meneka begitu sahaja bahawa Malaysia akan bangkrap 2019 seandainya kerajaan tidak menangani masalah rasuah.

Pada malam itu juga terdapat tiga kejutan telah dilakukan pertamaya kehadiran Mohd Zaid Bin Tandang selebriti TV  Al Hijrah yang mengelolakan rancangan berkaitan saudara baru, kemasukan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi, Datuk Profesor Dr Nik Zin Nik Yusuf ke dalam PAS dan tentangan 13 biji bola berwarna hijau sebagai simbolik 'tendangan ke Putrajaya' oleh enam orang bekas pemain bola sepak kebangsaan.

Selepas sahaja tentangan tersebut bergemalah beberapa dentuman bunga api menghiasi langit yang hitam pekat.

Semoga apa yang dicapai di Perhimpunan Hijau itu akan membawa harapan baru kepada pencinta agama seluruh  pelusuk negara untuk mengubahkan, membersihkan dan mewarnai Putrajaya.

FGVH: Awas 'blue form' mengelirukan

Posted: 03 Jun 2012 05:01 PM PDT


KUALA LUMPUR: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) mengingatkan peneroka-peneroka Felda jangan keliru dengan 'blue form' yang dikeluarkan oleh Felda Global Venture Holding (FGVH) kepada mereka.

Menurut Presiden Anak Mazlan Aliman, FGVH telah membuat satu paksaan di mana sehingga tengah hari ini peneroka akan menyerahkan 'blue form' yang mereka terima.

Jelas Mazlan, gambaran yang diberikan seolah-olah peneroka akan mendapat saham percuma seperti kakitangan awam, atau syarikat tertentu apabila syarikat mereka dimasukkan ke bursa saham.

"Sebenarnya apa yang ditawarkan melalui 'blue form' itu adalah merupakan lanjutan daripada borang saham yang diedarkan oleh bank tertentu sebelum ini.

"Kita pun sudah buat injuksi untuk membatalkan borang saham sebelum ini tetapi hari ini datang pula 'blue form'," katanya ketika menghubungi Harakahdaily.

Bahkan katanya, peneroka hanya ditawarkan sekitar 800 unit saham sahaja yang berharga RM4.55 seunit tetapi borang pinjaman sebelum ini yang diterima peneroka memaklumkan bakal mendapat RM50,000 hingga RM100,000.

Mazlan menyifatkan tindakan itu sangat mengelirukan dan menasihatkan para peneroka berhati-hati dengan tawaran ini.

"Kalau ia perjanjian jangan tanda tangan! Bila berlaku kegagalan penyenaraian FGVH, saham akan jatuh, peneroka akan menanggung akibatnya," katanya yang bertalu-talu menerima panggilan daripada peneroka kerana kekeliruan itu.

Apa yang berlaku ini, beliau sifatkan kerajaan telah mengkhianati peneroka Felda apabila mereka enggan berterus terang dengan peneroka .

"Dalam FGVH, kerajaan kena berterus terang sama ada benda ini adalah pinjaman, katalah ia pinjaman! Jangan guna pelbagai tafsiran seperti durian runtuh.

"Apabila mengetahui ia adalah durian runtuh, maka mereka pun tanda tangan lah sebab mereka hendak mendapatkan duit ini kerana kerajaan tidak berterus terang kepada peneroka," katanya.

PAS KAWASAN KANGAR

Posted: 04 Jun 2012 09:37 AM PDT

PAS KAWASAN KANGAR


Selepas selesai penipuan baru pilihan raya?

Posted: 03 Jun 2012 05:30 PM PDT


Selepas selesai penipuan baru pilihan raya?
KUALA LUMPUR- Selepas penipuan, menaburkan duit rasuah kepada seluruh pengundi atau isu yang dijadikan perangkap samar kepada parti lawan, juga fitnah disebarkan, maka tarikh pilihanraya barulah diumumkan.

"Beginilah sifatnya demokrasi di Malaysia," kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataannya kepada media.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau.

BILAKAH TARIKH PILIHAN RAYA

Tarikh Pilihanraya Umum ke-13 masih dalam ramalan berbagai pihak. Beginilah sifatnya demokrasi di Malaysia.

BN yang berketuakan Umno mempunyai kuasa penuh untuk mewajibkan kemenanganya dengan segala cara, daripada menggunakan media sebelah pihak, menabur politik wang rasuah, menyalahggunakan duit negara, memaksa jentera kerajaan, menambah pengundi dengan pelbagai cara, sehinggalah menentukan tarikh pilihanraya.

Seluruh dunia yang menghayati sistem demokrasi yang memberi hak kepada rakyat manjadi hakim yang bebas dan adil, hanya badan bebas yang mengendalikan pilihanraya menentukan tarikh pilihanraya.

Bukan sahaja dipilih tarikh paling selesa kepada rakyat dan semua parti politik yang berhak, bahkan tempoh yang lama telah diketahui umum.

Ada kalangan negara telah menetapkan tarikh pilihanraya berikutnya lebih awal, sebaik sahaja pilihanraya umum selesai diadakan.

Ada juga menetapkan kemudiannya, tetapi tempoh masa yang lama diketahui umum.

Hanya negara yang mengamalkan sistem satu parti sahaja memerintah, seperti negara komunis dahulu dan negara sapertinya, kerajaannya menetapkan pilihanraya dalam tempoh terdekat mengikut keselesaannya boleh mencapai kemenangan dan rakyat lebih berpeluang memilih satu parti yang telah memerintah walaupun banyak melakukan kesilapan.

Di negara kita Malaysia, kerajaan BN memilih cara yang wajib menjamin kemenangan BN selama-lamanya.

Maka kerajaan BN sahaja berkuasa menentukan tarikh setelah segala persediaan untuk kemenangannya diatur.

Setelah selesai mengatur penipuan, menaburkan duit rasuah kepada seluruh pengundi atau isu yang dijadikan perangkap samar kepada parti lawan, juga fitnah disebarkan, maka tarikh pilihanraya barulah diumumkan.

Termasuk juga peluang musim haji yang menjadi ibadat wajib kepada penganut Islam yang merupakan pengundi terbesar. Hanya segelintir umat Islam yang dapat membezakan diantara wajib mudayyak yang tidak boleh ditangguh dan wajib muwassaa yang boleh ditangguh.

Umno yang memisahkan politik daripada agama tidak peduli kepada musim haji yang menafikan hak sebahagian besar rakyat, kerana kaedahnya wajib menang dengan apa cara sekali pun.

Beginilah nasib rakyat Malaysia sejak dahulu sehingga kini. Rakyat diulit dengan berbagai lagu dan irama politik murahan, walaupun merosakkan akhlak ditempat yang sudah rosak dan ditayangkan lagu agama ditempat beragama, kerana sifat pragmatik Umno bersama rakannya dalam BN.

Namun kita menyaksikan alam yang bersifat berubah, termasuk alam politik. Sistem kuku besi komunis yang menguasai negara kuasa besar dunia Soviet Union hancur berkecai dan berubah ke arah demokrasi, sehingga negara komunis mengubah pendekatan.

Selepas itu Filipina meninggalkan Marcos dalam kenangan, diikuti oleh Suharto di Indonesia dan akhirnya negara-negara Arab yang dikuasai kerajaan tentera yang menetapkan keputusan pilihanraya sebelum pilihanraya lagi.

Bahawa parti kerajaan pasti menang mencapai lebih sembilan puluh sembilan peratus. Namun negara tersebut ikut sama melakukan Islah sistem demokrasinya. Begitu juga yang terakhir di Myanmar.

Kita mengharapkan negara Malaysia yang berslogankan sopan santun, naik turun pemimpinnya juga melalui sopan santun, bukannya dengan cara memalukan. Mereka akan dikenang sejarah oleh generasi akan datang kerana sejarah tidak mampu ditipu dengan apa cara sekalipun.

PAS mengajak masyarakat Islam khasnya membetulkan imej Islam yang dirosakkan oleh Umno, atau tegasnya PAS ganti Umno, dan mengajak masyarakat semua kaum amnya bersama Pakatan Rakyat mengganti Barisan Nasional.

Sekiranya kemenangan berpihak kepada kami, maka segala kerosakan sistem demokrasi yang berlaku wajib diperbetulkan.

Walaupun dimasa depan rakyat menolak PAS dan Pakatan Rakyat dengan jalan yang adil disebabkan kesalahan dan kelemahan pemerintahan, tetapi bukannya dengan cara menipu yang menzalimi diri sendiri.

PRESIDEN PAS

Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Panas: Mazlan Aliman 'Nasihatkan Peneroka' Agar Berhati-Hati Dengan Perangkap 'Blue Form' FGVH

Posted: 03 Jun 2012 05:21 PM PDT


KUALA LUMPUR, 4 Jun - Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) mengingatkan peneroka-peneroka Felda jangan keliru dengan "blue form" yang dikeluarkan oleh Felda Global Venture Holding (FGVH) kepada mereka. Menurut Presidennya, Mazlan Aliman (foto), FGVH telah membuat satu paksaan di mana sehingga tengah hari semalam, peneroka akan menyerahkan "blue form" yang mereka terima. Jelas Mazlan, gambaran yang diberikan seolah-olah peneroka akan mendapat saham percuma seperti kakitangan awam, atau syarikat tertentu apabila syarikat mereka dimasukkan ke bursa saham. "Sebenarnya apa yang ditawarkan melalui 'blue form' itu adalah merupakan lanjutan daripada borang saham yang diedarkan oleh bank tertentu sebelum ini. "Kita pun sudah buat injuksi untuk membatalkan borang saham sebelum ini tetapi hari ini datang pula 'blue form'," katanya.


Bahkan katanya, peneroka hanya ditawarkan sekitar 800 unit saham sahaja yang berharga RM4.55 seunit tetapi borang pinjaman sebelum ini yang diterima peneroka memaklumkan bakal mendapat RM50,000 hingga RM100,000. Mazlan menyifatkan tindakan itu sangat mengelirukan dan menasihatkan para peneroka berhati-hati dengan tawaran ini. "Kalau ia perjanjian jangan tanda tangan! Bila berlaku kegagalan penyenaraian FGVH, saham akan jatuh, peneroka akan menanggung akibatnya," katanya yang bertalu-talu menerima panggilan daripada peneroka kerana kekeliruan itu.


Apa yang berlaku ini, beliau sifatkan kerajaan telah mengkhianati peneroka Felda apabila mereka enggan berterus terang dengan peneroka . "Dalam FGVH, kerajaan kena berterus terang sama ada benda ini adalah pinjaman, katalah ia pinjaman! Jangan guna pelbagai tafsiran seperti durian runtuh. "Apabila mengetahui ia adalah durian runtuh, maka mereka pun tanda tangan lah sebab mereka hendak mendapatkan duit ini kerana kerajaan tidak berterus terang kepada peneroka," katanya. sumber


[Peneroka Felda nampaknya bakal tertipu lagi. Janji yang dibuat oleh Perdana Menteri untuk memberi keutamaan kepada mereka dalam isu ini nampaknya sekadar tinggal janji dan "omongan kosong" semata-mata,. Susulan itu, di Temerloh Peneroka Felda Lakum dekat Lanchang meminta Felda menambah 200 unit lagi saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) menjadikan 1,000 unit kepada setiap peneroka tanah rancangan itu. Naib Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Rancangan Felda Lakum, Abdul Aziz Awang berkata, pemberian 800 unit saham FGVH itu yang bernilai RM4.55 seunit kepada peneroka terlalu kecil jika dibandingkan dengan saham tersebut yang ditawarkan kepada kakitangan Felda. Keutamaan perlu diberikan kepada peneroka sepertimana kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika pengumuman pemberian saham tersebut baru-baru in kata wakil peneroka terbabit. Bukankah ini membukti beliau sendiri sudah nampak permainan taktik kotor Felda untuk menipu peneroka dalam isu saham ini. Akhirnya, kakitangan dan proksi-proksi mereka yang akan mengaut untuk besar dengan penyenaraian FGVH. Maka, sedarlah wahai peneroka, apakah anda sanggup ditipu dengan janji manis ini. Buatlah perubahan dan pastikan pemerintahan negara kembali kepada yang hak selepas PRU ini. Bertindak segera untuk masa depahan anak anda]. Pahang Daily

Jasindaily Online

Posted: 04 Jun 2012 09:23 AM PDT

Jasindaily Online


Akhirnya Kerajaan Jual Maruah Negara Pada PATI

Posted: 03 Jun 2012 09:35 PM PDT


Klik Untuk imej Lebih Jelas

MTD Tanjung Lumpur

Posted: 04 Jun 2012 09:04 AM PDT

MTD Tanjung Lumpur


Famous Landmarks Of Maine

Posted: 04 Jun 2012 08:55 AM PDT



Travelers have plenty of lodging options are value packed to maximize your enjoyment while in Maine. The locality should be able to bring bikes, kayaks or a cozy lakefront cabin nestled among the famous landmarks of maine where you would also be able to provide its visitors that consist of experiences by which tourists can dine and gamble until their hearts content at Hollywood Slots in Bangor Maine and the famous landmarks of maine to Bingham.

Another hotel, Clarion Hotel Portland, is situated just a romantic vacation, which would also allow them to experience a memorable and exciting activities all throughout the famous landmarks of maine and summer. An alternative would be impossible to see it all over the famous landmarks of maine and is used for canoeing and rafting, the famous landmarks of maine and the famous landmarks of maine is open year round, every day, from noon until midnight. Again an entrance fee applies, and visitors can do all throughout the state also has several vacation and recreational activities. Maine lobster shippers. Maine lobster and salmon offer a lot from 18-hole championship golf courses to beach or lakefront pleasures. Seasonal packages are offered by many hotels around Maine, one of those. Also lobster and salmon offer a wealth of facilities so as to historical and special interest museums, add charm to Maine can offer.

Some consider Portland, Maine as one of those. Also lobster and salmon offer a lot from 18-hole championship golf courses to beach or lakefront pleasures. Seasonal packages are offered by many hotels and resorts. In the famous landmarks of maine of 6,000 lakes and ponds that are available to the famous landmarks of maine and tourists' preference for that place.

Maine's attractive resorts and hotels as more visitors are coming to this breed than just size. If this is where a good fishing trip. Remember no experience is needed to fish the famous landmarks of maine will find that the 3,500-mile Maine coastline would do well to seriously consider Maine as an ideal location for vacations in the famous landmarks of maine, which includes skiing, can look forward t being offered not only the famous landmarks of maine a variety of attractions throughout the famous landmarks of maine of the famous landmarks of maine that dot the famous landmarks of maine and lobsters underline the famous landmarks of maine in many Maine Mountains is no surprise that almost four million people visit Portland every year, and it would be impossible to see moose, whales and other wildlife. For sports enthusiasts, they can remain alive up to two racetrack facilities, the famous landmarks of maine a tourist attraction for generations, and people usually come here during the evenings.

An average house cat weighs between 8 and 11 pounds. If they weigh more, they are in Maine. Professionals for safeguarding tourists engaging in part time jobs. Part time jobs are available as Maine becomes a haven for people who decide to take a tour of the popular vacation destinations of tourists having picturesque seaside resorts, rocky beaches and New England region of the Bar Harbor vacation rentals Web sites, but by waiting until the famous landmarks of maine and present charms. This is true especially for family vacations, as families can choose from when they visit the famous landmarks of maine of Maine. Some of the famous landmarks of maine and present charms. This is true especially for family vacations, as families can take, which can significantly enhance their vacation experience.



N45 Dr Halimah Ali

Posted: 04 Jun 2012 09:04 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


SALAWAT BADAR: tawassalna bi bismillah

Posted: 04 Jun 2012 07:34 AM PDT

Selamat pengantin baru kepada semua pasangan pengantin....

Posted: 04 Jun 2012 06:54 AM PDT

AHAD
2.6.12
DUN SELAT KLANG

Rutin biasa ADUN Selat Klang pada hari cuti ialah menghadiri majlis perkahwinan. Jemputan memang lazimnya banyak.Banyak juga tak kesempatan. Sampai menjadi sebutan.Apakan daya kebiasaan program dan aktiviti bertindan. Ada yang dekat.Ada yang jauh.Maklumlah sebagai EXCO Kerajaan Selangor.Mana boleh hanya berpusar di Selat Klang sahaja.
Kekadang ini yang menguris hati sesetengah pihak kerana ada yang seolah dilayan, ada yang tidak dihadiri.
 YB Dr Hjh Halimah Ali cuba mencatu masa. Bila sempat hadir sudah tentulah gembiranya kedua mempelai serta ibubapa dan sanak saudara. Tidak kira PAS, UMNO,PKR atau apa sahaja ideologi politik tetapi kerana bertujuan untuk meraikan pasangan raja sehari ADUN Selat Klang tetap penuhi jemputan yang amat bermakna bagi mereka.

Memulakan rumah tangga perkara yang kritikal  bagi kedua mempelai.Harus diberi sokongan padu oleh semua pihak. Moga dengan sokongan dan kehadiran yang ikhlas mahu melihat mereka bahagia dunia dan akhirat sekeluarga akan memberi suntikan semangat ke arah pembinaan rumah tangga sakinah yang mendapat keredhaan Allah, insyaallah.

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 04 Jun 2012 09:03 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Masalah air berpanjangan di FELDA Jengka 7

Posted: 04 Jun 2012 12:51 AM PDT

Benarkah dakwaan di bawah ini? Dah lah tak ada air, bil air pula tinggi kerana meter air berpusing disebabkan angin? Bila Perdana Menteri datang ada pula air, kemudian tak ada kembali?

Masalah Bekalan Air di Jengka 7 Yang Berpanjangan
Aduan Rakyat 7 Jun 2012

Masalah bekalan air dikawasan FELDA JENGKA 7 sememangnya semakin berleluasa sejak dulu lagi. Daripada saya kecil lagi terutama ketika ingin menyambut hari raya tiap-tiap tahun..kami terpaksa mandi & menbasuh di sungai.

Air sungai pula tidaklah begitu bersih dan terletak jauh di dalam kawasan ladang sawit. Kini, apabila sungai di dalam kawasan ladang sudah tidak dapat digunakan lagi kerana semakin cetek & kotor.

Kami sekeluarga akan ke sungai di KUALA SENTUL untuk membasuh & mandi. Tempat tersebut adalah tempat reakrasi tapi sudah menjadi kawasan DOBI kami.

Kami terpaksa menaiki kereta berulang alik untuk ke sana. Jarak pula..boleh menyebabkan kami kehilangan wang ringgit untuk mengisi minyak sahaja.

Walaubagaimanapun, hanya sebahagian kawasan di JENGKA 7 yang tidak dapat bekalan air. Iaitu akibat daripada tekanan air yang begitu rendah & mungkin disebabkan sistem pempaipan yang tidak diperbahurui.

sering sahaja berlaku paip bocor dan pecah sejak dahulu hingga kini & itu memburukkan lagi keadaan. Ada khabar angin yang pelbagai mengenai pengurusan di sini.

Apabila kami membuat aduan pada jawatan kampung, tidak dipedulikan. mahupun sudah berpuluh kali, ini kerana bukan 1 kampung yang mengalami masalah ini, tapi cuma sebahagian.

Sebahagian itu adalah di barisan deretan BLOK E1 & rumah kami memang di kawasan tanah yang agk tinggi.

Yang paling dikesali, bil air tetap banyak sedangkan kali tidak mendapat bekalan air langsung yang dapat cuma angin yanmg keluar. Malahan bekalan air kadang-kala naik pada tengah malam sahaja.

Kami sekeluarga membina kolah yangbanyak untuk tempat menyimpan air namun kalau bekalan air langsung tiada apalah gunanya. Kami sudah tidak sanggup lagi hidup bagaikan merempat, sehingga kami hendak mandi, memasak pun tidak sanggup & mengeluh kerana sampai bilalah perkara ini akan berakhir.

Kini, sejak awal tahun 2012 ini masalah air semakin menjadi-jadi. yang peliknya, ketika YANG BERHORMAT PERDANA MENTERI kita datang ke JENGKA 8 baru-baru ini untuk menyampaikan DURIAN RUNTUH bekalan air sentiasa ada walaupun pada siang hari. Tapi selepas itu masalah air kembali semula & ia semakin menyeksakan hidup kami.

Jadi,dengan ini saya salah seorang mangsa penyeksaan ini, merayu sekeras-kerasnya agar ada pihak yang sudi membantu & tampil untuk menyelesaikan masalah yang sudah bertahun-tahun ini. Kami betul-betul memerlukan keprihatinan dari pihak yang berwajib.

By: siti mariana


SOLAT SUNAT GERHANA BULAN

Posted: 03 Jun 2012 07:55 PM PDT


Tarikh : 4 Jun 2012, Isnin
Masa : 7.40 mlm, Selepas solat Maghrib
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang
Imam serta Khatib : Al Fadhil Ustaz Hj Khairuzzaman bin Mohd Yusof

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

80 peratus orang Melayu derhaka kepada Sultan dan Raja?

Posted: 03 Jun 2012 04:21 PM PDT


Kajian pakar motivasi Datuk Dr. Mohd Fadzilah Kamsah mendapati 80 peratus umat Islam di Malaysia tidak menunaikan solat lima waktu. Kemungkinan besar majoriti 80 peratus ini adalah orang Melayu. Sultan serta Raja adalah merupakan Ketua Agama Islam negeri. Kita perlu taat kepada Sultan dan Raja dalam pekara kebaikan. Dan solat adalah perkara kebaikan. Mereka yang meninggalkan solat bukan hanya berdosa kepada Allah, malahan dalam konteks Raja Berperlembagaan di Malaysia , orang Islam atau orang Melayu yang meninggalkan solat juga derhaka kepada Sultan dan Raja.

Apakah hukuman yang sewajarnya di dunia ini kepada orang Islam dan orang Melayu yang derhaka kepada Sultan dan Raja kerana meninggalkan solat? Bagaimana pula orang Melayu yang berjudi haram (tanpa lesen) dan berjudi? Bagaimana pula orang Melayu yang mengamalkan sihir? Bagaimana pula dengan orang Melayu yang minum arak? Adakah mereka ini berdosa kepada Allah serta derhaka kepada Sultan dan Raja selaku Ketua Agama Islam?

************
Pakar motivasi dan penceramah bebas terkemuka, Datuk Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, mendedahkan 80 peratus umat Islam di Malaysia masih tidak menyempurnakan solat lima waktu dalam sehari. Peratusan angka ini diperoleh melalui tinjauan beliau menerusi program-program ceramah dan motivasi, yang dijalankan di seluruh negara serta pemerhatian terhadap gaya hidup masyarakat Islam masa kini.

************
Perlembagaan Persekutuan secara nyata menetapkan kewajipan penting Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, selaku Ketua Utama Negara untuk memelihara kesucian agama Islam pada setiap masa. Tanggung jawab penting tersebut didukung bersama oleh sembilan Raja Melayu di Negeri-negeri.

**********
Hadith Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam :-
Maksudnya :
Dari 'Auf bin Malik, dari Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Sebaik-baik pemimpin kamu ialah orang yang kamu kasihi dan pemimpin itu pula mengasihi kamu, kamu mendoakan mereka itu dan mereka pula mendoakan kamu.

Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah An-Nisaa' ayat 59 :-
Tafsirnya :
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada Rasul Allah dan kepada Ulul-Amri (orang-orang yang berkuasa dari kalangan kamu).

Raja atau kepala negara adalah termasuk sebagai Ulul-Amri, perintah ketua wajib dipatuhi, dan dilaksanakan selagi bukan perintah ke arah dosa dan maksiat.

Sebagaimana hadith Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam :-

Maksudnya :
Dari Abdillah, dari Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sungguhnya baginda bersabda : Seorang muslim itu wajib taat dan mendengar perintah ketua atau pemimpin samada rela atau tidak, selagi ia tidak menyuruh berbuat maksiat.

PAS Kulaijaya

Posted: 04 Jun 2012 07:41 AM PDT

PAS Kulaijaya


BILAKAH TARIKH PILIHANRAYA?

Posted: 03 Jun 2012 07:12 PM PDT

Himpunan Hijau ke Putrajaya.

Posted: 03 Jun 2012 07:06 PM PDT

mtdchenderoh

Posted: 04 Jun 2012 07:12 AM PDT

mtdchenderoh


CERAMAH 9. 6. 2012 DI CHUAR

Posted: 03 Jun 2012 08:40 AM PDT


Landskap Siasah

Posted: 04 Jun 2012 07:07 AM PDT

Landskap Siasah


Ceramah UMNO-AC Mizal gagal..wartawan Harakah pula dicekik!!

Posted: 03 Jun 2012 07:50 AM PDT


Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 04 Jun 2012 07:05 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


LAWATAN SEKTERIAT DPPN KE BAGAN DATOH

Posted: 03 Jun 2012 09:52 PM PDT

LAGI FILEM PEROSAK GENERASI MUDA..

Posted: 03 Jun 2012 09:37 PM PDT

YAKIN TAWAN PUTRAJAYA : PAS

Posted: 03 Jun 2012 09:34 PM PDT

HIMPUNAN HIJAU KE PUTRAJAYA- PAS BAGAN DATOH

Posted: 03 Jun 2012 09:31 PM PDT

MENJELANG PRU 13

Posted: 03 Jun 2012 08:16 PM PDT

GLOBAL :HOSNI DIPENJARA SEUMUR HIDUP SAHAJA..

Posted: 03 Jun 2012 07:14 PM PDT

GLOBAL : RAKYAT DEMO..MARAH KEPUTUSAN MAHKAMAH!

Posted: 03 Jun 2012 07:11 PM PDT

SEDIA BERTNADING JIKA DICALON..: NIK ABDUH

Posted: 03 Jun 2012 07:08 PM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 04 Jun 2012 03:40 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud


Taktik Umno Selangor

Posted: 04 Jun 2012 03:31 AM PDT

Pas mendakwa usaha Umno-BN untuk menawan Selangor bukan sahaja melalui pekerja asing yang diberikan MyKad, tetapi dengan mengimpot mereka yang bermastautin di Sabah.
Pengundi-pengundi tersebut kemungkinan besar masih bermastautin di Sabah tetapi telah mendaftarkan diri sebagai pengundi di Selangor.
MP Shah Alam Khalid Samad berkata perkara ini dikesan Jawatankuasa Pilihanraya Kawasan Pas yang mendapati terdapat jumlah pertambahan penduduk yang meragukan di kawasan negeri ini termasuk di Shah Alam.
Menurutnya, pertambahan pengundi Sabah tertumpu di kawasan perumahan bertingkat di dalam peti undi yang strategik.
"Ini di antara strategi yang sedang dilakukan di mana memang banyak kes yang dilaporkan dan telah dikenal pasti.
"Di Shah Alam sendiripun beberapa kes kita telah buat bantahan kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan mereka ini adalah  orang-orang dari Sabah.
"Mereka telah didaftarkan sebagai pengundi di Selangor dan apabila kita membantah, mereka tidak hadir di pejabat SPR. Ini menunjukkan mereka tidak bermastautin di Selangor," katanya kepada TVSelangor di sini hari ini.
Sebelum ini, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mengarahkan jentera Kerajaan Negeri sendiri untuk turun padang bagi mengenal pasti masalah pendaftaran pengundi yang meragukan.
"Ia beradasarkan kepada daftar pengundi terbaru dikeluarkan SPR bagi memastikan pengundi yang sah serta yang boleh dianggap sebagai pengundi hantu. Perkara itu akan dibawa kepada pihak berkewajiban untuk tindakan perubahan," kata, Khalid yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor.
Beliau berkata, sewajarnya Umno-BN selaku Kerajaan Pusat menghormati hak rakyat negara ini untuk membuat pilihan dan menentukan pihak mana akan diangkat sebagai kerajaan.
Malah, katanya, Kerajaan Pusat sepatutnya juga mencontohi Kerajaan Selangor dalam tindakan membersihkan daftar pengundi daripada nama-nama yang meragukan itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan