ALOR SETAR: Program Himpunan Hijau ke Putrajaya yang berlangsung di Stadium Darul Aman Alor Setar Kedah malam tadi berjaya menghimpunkan hampir 100,000 ahli PAS, penyokong dan rakyat yang datang dari seluruh negara. Pengarah program, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan program kali ini berjaya mencapai matlamat penganjuran untuk memberi amanat pilihan raya kepada seramai mungkin ahli PAS. [...]
"Sesungguhnya seringan-ringan siksaan penghuni neraka pada hari Qiamat ialah seseorang yang diletakkan di bawah dua telapak kakinya bara api neraka sehingga mendidih otak yang ada dikepalanya. (dari sebab panasnya bara api neraka tersebut) Dia mengira bahawa tidak ada orang lain yang lebih dasyat siksaan daripadanya, padahal dialah orang yang paling ringan siksaannya".
SUASANA di dalam mahkamah ketika keputusan perbicaraan ke atas Hosni Mubarak di Kaherah diumumkan semalam.
KAHERAH – Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak dijatuhi hukuman penjara seumur hidup semalam kerana peranannya dalam pembunuhan penunjuk perasaan semasa kebangkitan rakyat pada tahun lalu.
Turut menerima nasib sama ialah bekas Menteri Dalam Negeri, Habib Al-Adly manakala enam bekas komander polis Mubarak didapati tidak bersalah.
Keputusan tersebut sekali gus menyaksikan nasib memalukan menimpa seorang pemimpin kuku besi yang pernah mentadbir Mesir selama hampir tiga dekad.
Hukuman berat ke atas bekas pemimpin Mesir berkenaan antara lain, bertujuan untuk meredakan ketegangan menjelang pusingan penentuan pilihan raya Presiden yang dijadualkan pada bulan ini.
Mubarak, 84, merupakan pemimpin Arab pertama yang dibicarakan di negara sendiri.
Pada masa yang sama, tuduhan rasuah ke atas dua anak lelaki diktator itu, Alaa dan Gamal digugurkan kerana kes mereka sudah lama berlaku dan melebihi tempoh boleh dakwa.
Namun, kedua-duanya masih berdepan dakwaan melakukan perdagangan orang dalam melibatkan urusniaga saham.
Ketika keputusan dibacakan, Mubarak tidak menunjukkan sebarang reaksi manakala dua anak lelakinya kelihatan gementar.
Terdahulu, Hakim Ahmed Rifaat menyifatkan era pemerintahan Mubarak sebagai "30 tahun yang penuh dengan kegelapan."
Menurutnya, Mubarak dan Habib langsung tidak bertindak menghentikan pembunuhan orang awam semasa kebangkitan rakyat selama 18 hari awal tahun lalu.
Lebih 850 penunjuk perasaan dibunuh dengan kebanyakan mereka ditembak mati di sini dan beberapa bandar raya utama lain sepanjang gelombang kebangkitan rakyat tercetus di Mesir awal tahun lalu.
Selepas keputusan kes berkenaan diumumkan, Mubarak dibawa menaiki sebuah helikopter untuk menjalani hukuman di Penjara Tora, pinggir bandar raya ini.
Setibanya di lokasi, Mubarak tiba-tiba menangis dan hanya turun dari helikopter selepas dipujuk oleh beberapa anggota polis.
Perbicaraan bekas pemimpin kuku besi itu berlangsung di sebuah akademi polis yang digunakan sebagai mahkamah di sini.
Sementara itu, seorang peguam Mubarak, Yasser Bahr berkata, pihaknya akan mengemukakan rayuan ke mahkamah lebih tinggi tidak lama lagi.
"Keputusan kes ini memiliki kecacatan dari setiap sudut," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, beberapa pergelutan antara penyokong dan penentang Mubarak berlaku di dalam dan di luar mahkamah selepas keputusan kes tersebut dibacakan.
Pergaduhan berlaku selepas kumpulan penentang Mubarak tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah.
"Saya tidak mahu hukuman lain melainkan hukuman mati ke atas Mubarak," kata seorang lelaki, Hanafi El-Sayed.
Mubarak meletak jawatan pada 11 Februari 2011 selepas memerintah Mesir selama hampir 30 tahun bermula 14 Oktober 1981.
TERTIPU... Zarina Ayu temui wang fotokopi dan patung daripada simpanan bekas teman lelaki.
KUALA LUMPUR: Amalan khurafat berunsur sihir dikenali sebagai 'voodoo' dipercayai digunakan warga asing, khususnya di kalangan Mat Afrika, dalam usaha 'mencairkan' mangsa, sekali gus memudahkan aktiviti penipuan terhadap penduduk tempatan yang kebanyakannya wanita.
Walaupun amalan itu popular di benua Afrika dan biasanya digunakan untuk pengamal atau individu yang mengupah pihak tertentu supaya menyihir musuh sehingga membawa kematian, tujuan utama amalan itu kini dipelbagaikan mengikut keperluan pengamalnya.
Akibat penangan voodoo, mangsa seolah-olah dipukau hingga mudah menurut telunjuk penjenayah seperti dialami dua mangsa, Zarina Ayu, 36, dan Rohaya Dusa, 38 (bukan nama sebenar). Berikut pengakuan eksklusif mangsa yang mengalami kerugian besar hingga mengalami trauma dalam hidup mereka.
KES 1
ZARINA AYU:
"SAYA berharap wanita tidak sesuka hati melayan perbualan atau permintaan lelaki asing yang biasanya membuat janji temu dan memberi pelbagai hadiah sebelum meminta gambar atau merakam gambar bersama, kononnya untuk kenang-kenangan.
Saya harap apa yang saya alami dua tahun lalu tidak akan berlaku kepada orang lain kerana kesengsaraan dialami membawa petaka yang sangat dikesali hinggalah kini.
Selepas terpaksa meninggalkan keluarga kerana sanggup mengikut teman lelaki bertubuh sasa yang hanya dikenali selama sebulan, kebahagiaan diharapkan hingga ke jenjang pelamin tidak ke mana apabila kehilangan pekerjaan dan disisihkan apabila wang simpanan mula kehabisan.
PKR membuat laporan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkenaan dakwaan kaitannya dalam skandal kapal selam Scorpene, dan mencabar panel penilai suruhanjaya itu mengambil tindakan.
Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan di ibu pejabat SPRM Selangor di Shah Alam semalam, Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin mencabar ketua panel penilai operasi, Hadenan Abd Jalil untuk mengisytiharkan sama ada suruhanjaya itu akan menyiasat Najib.
"Kami baru sahaja membekalkan mereka bukti, sekarang kami berikan masa seminggu untuk mereka nyatakan sama ada akan menyiasat perkara itu (atau tidak)," katanya.
Bukti berkenaan menurutnya, termasuk komisyen AS$1 bilion yang didakwa diminta Najib sewaktu menjadi menteri pertahanan dan 36 juta euro lagi yang dibayar kepada syarikat milik bapa sahabat baik Najib, Abdul Razak Baginda.
Semua bukti itu berdasarkan pendedahan terbaru dalam kes mahkamah yang dimulakan NGO hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) terhadap pembina kapal Perancis, DCNS. [Baca berita penuh]
Sementara itu, Pengerusi PKR Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman pula menuntut siasatan menyeluruh dijalankan melalui penubuhan sebuah suruhanjaya diraja ekoran dakwaan terbaru kes itu melibatkan penjualan rahsia negara.
"Seluruh sistem atau pihak yang terlibat dalam pertahanan negara perlu dirombak agar memsastikan rahsia negara serta keselamatan negara tidak lagi dikompromi," katanya dalam kenyataan.
Mengulas dakwaan pembelian rahsia negara itu, Fauzi juga menekankan supaya kerajaan kembali kepada amalan sebelum ini dengan membuat urus niaga tanpa orang tengah.
"...cara 'kerajan kepada kerajaan' (G to G) dilihat lebih telus dan profesional," katanya lagi.
KUALA LUMPUR, 3 Jun: Himpunan Hijau Ke Putrajaya membuktikan perhimpunan PAS adalah yang paling aman jika tidak diserang dengan ganas, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
"Kita sentiasa membuktikan dalam semua perhimpunan kita dan kita membuktikan sekali lagi dalam Himpunan Hijau Jumaat lalu bahawa perhimpunan PAS dan Pakatan Rakyat (PR) adalah yang paling aman jika kerajaan Umno tidak mengerahkan polis menyerang kita dengan ganas," katanya.
Menurut Mahfuz, suasana aman dalam perhimpunan PAS dan PR bukan kerana diadakan di dalam atau di luar stadium kerana terbukti di mana pun perhimpunan PAS dan PR diadakan, semuanya berjalan dengan aman jika tidak diganggu dan diserang.
"(Presiden PAS, Datuk Seri) Tuan Guru Abdul Hadi (Awang) pernah memimpin puluhan ribu orang berarak dari Masjid Kampung Baru ke Pusat Konvensyen KLCC dan akhirnya ke Kedutaan Amerika Syarikat.
"Dari selepas solat Jumaat hinggalah jam lima petang, semuanya berjalan dengan penuh aman kerana kerajaan Umno tidak kerahkan polis serang demonstrasi dan perarakan itu.
"Tidak ada sesiapa yang diganggu oleh mereka yang berdemonstrasi, tidak ada harta awam yang dirosakkan dan tidak ada perniagaan yang ditutup malah banyak kedai makan yang kehabisan makanan yang hendak dijual kerana mereka yang berdemonstrasi singgah makan dan minum, maklumlah pada masa itu penipu-penipu yang mengada-ngada belum dapat idea untuk mendakwa perniagaan mereka ditutup dan rugi," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Sebagai Pengarah Program Himpunan Hijau itu, Mahfuz berkata, perhimpunan itu akan diadakan di seluruh negara.
Beliau juga mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program itu.
"Saya bersyukur kepada Allah kerana dengan pertolongan-Nya, Himpunan Hijau dapat kita adakan dengan penuh gemilang.
"Saya juga mengucapkan terima kasih kepada ratusan ribu ahli dan penyokong PAS yang datang dari seluruh negara sehingga menjadikan himpunan itu begitu bermakna kepada perjuangan bersama," katanya.
Menurut Mahfuz, kejayaan penganjuran himpunan itu adalah hasil dari komitmen yang luar biasa dari semua yang terlibat.
"Kepada Unit Amal, Unit Keselamatan, Unit IT yang berjaya memberikan liputan program itu sehingga dapat disaksikan di seluruh dunia, Unit Perubatan, PAS kawasan-kawasan dari seluruh Kedah dan semua pihak yang terlibat menjayakan himpunan itu, saya ucapkan terima kasih tidak terhingga dan jazakumuLlahu khairan kathira.
"Saya yakin Umno semakin merasa bahangnya kerana komitmen untuk menjayakan Himpunan Hijau adalah muqaddimah kepada komitmen kita kepada kerja-kerja pilihan raya yang akan datang," katanya lagi.
ALOR SETAR: Walaupun keadaan hujan lebat yang menimpa program Xpresi Hijau Anak Muda ke Putrajaya Dewan Pemuda PAS Pusat semalam, namun ada sesuatu yang mencuri tumpuan dan membakar semangat anak muda yang membanjiri Stadium Darul Aman, di sini.
Hadi dan Huda – dua maskot animasi ilham Dewan Pemuda PAS Pusat (gambar oleh Malaysiakini) telah mencuit perhatian orang ramai.
Dua maskot ini adalah satu lambang kepada model muslimin dan muslimah yang soleh dan solehah.
Paparan gambar Hadi dan Huda di Facebook Harakahdaily tengah malam semalam telah juga mendapat sambutan yang hangat dengan 1,154 Likes ketika berita ini ditulis, dan telah dikongsikan sebanyak 110 kali.
"baju macam tadika PASTI bEStari," kata Rosnain Romli di Facebook.
Ramai yang berpendapat inisiatif DPPP itu cukup comel dan satu langkah yang bijak untuk mendidik generasi muda mengenai Islam.
Pengunjung FB Harakahdaily, Muhd Faris pula mencadangkan agar DPPP mengembangkan Hadi dan Huda seperti cerita Upin Ipin.
"Mesti ramai yg suka," kata beliau.
Aishah binti Mohsin pula mencadangkan agar Hadi dan Huda dijadikan kartun rasmi untuk PRU-13.
"blh gntii upin ipin.. pe2 tahniah atas insiatif yg dilakukan. semoga usaha kalian diberkati Allah SWT," tulis beliau.
ALOR SETAR: Dewan Pemuda PAS akan meneruskan roadshow Xpresi Hijau Anak Muda yang dilancar di Stadium Darul Aman semalam ke seluruh negara.
Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan berkata roadshow tersebut akan diadakan sepanjang dua bulan ini sehingga pertengahan Julai akan datang.
Bermula dari Kedah, mereka akan ke Perlis dan kemudian akan ke Johor pada 16 Jun ini.
Mengikutinya Pahang pada 17 Jun, Pulau Pinang 23, Perak 24 dan Terengganu 30 haribulan.
Untuk Julai pula, program akan dimulakan di Kelantan pada 1 haribulan kemudian Melaka 7, Selangor 14 dan Negeri Sembilan pada 15 haribulan.
Menurut Nasruddin, tarikh untuk program tersebut di Sabah dan Sarawak akan diumum pihaknya kemudian.
Kesemua tarikh-tarikh tersebut turut diumumkannya sewaktu menyampaikan pidato khas Ketua Pemuda di Stadium Darul Aman petang semalam sempena program Himpunan Hijau ke Putrajaya di sini.
Xpresi Hijau Anak Muda semalam bermula dengan konvoi 200 buah motosikal dari Masjid Perwaja, Gurun ke Alor Setar dengan diketuai sendiri oleh Ketua Pemuda PAS Pusat Nasruddin Hassan dengan diiringi barisan exco.
Sejurus konvoi tiba di Stadium Darul Aman, program diteruskan dengan bacaan Ma'thurat dan solat Asar berjemaah.
Selepas itu acara pentas bermula dengan pidato oleh Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-His.
Ia kemudian disusuli dengan pelancaran maskot dan animasi Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti), Hadi dan Huda.
Pentas kemudian menampilkan Pengerusi Ameerah Fareedah Samad menyampaikan pidato sebelum Sketsa Kopi Amal membuat persembahan.
Program kemudian diteruskan dengan pidato oleh Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nik Abduh Nik Abdul Aziz.
Puluhan ribu hadirin kemudian dihidangkan dengan kuliah oleh penceramah tersohor Ustaz Azhar Idrus selama 40 minit.
Acara kemuncak program Xpresi Anak Muda petang tadi adalah pidato oleh Nasruddin sendiri selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.
Dalam program itu juga menyaksikan buku Siapa Menganut Ajaran Sesat terbitan Dewan Pemuda PAS dilancarkan bagi menjawab tomahan Umno.
Selain itu, hadirin turut dihidangkan dengan persembahan sketsa khas oleh selebriti Bob Lokman yang sekaligus melancarkan Kopi Amal.
Inilah (gambar) jawapan PAS terhadap kesemua tindakan dan kejahatan Najib dan UMNO. Dan ketahuilah bahawa doa orang yang dizalimi itu tiada hijab (penghalang)lagi diantara mereka dengan Allah swt.
"Himpunan Hijau Ke Putrajaya" yang berlansung di Alor Setar kini adalah satu manifestasi besar dari rakyat yang telah sekian lama diperbodohkan dan dizalimi, ia adalah satu petanda awal bahawa Najib, UMNO dan BN akan terhumban keluar dari Putrajaya.
Dalam tempoh tak sampai dua minggu, notis untuk berhimpunan di warwarkan, Datuk Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS yang berkebetulan Ahli Parlimen Pokok Sena, Kedah yang diamanahkan untuk mengemudi Perhimpunan Hijau ini, telah berjaya menggembelengkan ahli-ahli PAS dari seluruh negara untuk hadir di perhimpunan yang bersejarah ini.
Setiap ahli PAS yang datang ke Alor Setar hanya berbekalkan sekeping hati yang tulus tetapi cekal, tiada imbuhan tiada kemudahan tiada upah. Yang terngiang di kepala hanyalah satu hajat dan satu tujuan: UMNO BN perlu dikeluarkan dari Putrajaya untuk menyelamatkan Malaysia dari terus dihancurbinasakan oleh rejim Najib, UMNO dan BN. Kekejaman dan kezaliman UMNO BN bersama jentera-jentera mereka: Polis, SPR, SPRM, JPN, ROS dan lain-lain perlu diberikan noktah besar yang terakhir.
Ini bukan majlis dansa sepertimana himpunan-himpunan anjuran UMNO BN, di sini tiada tarian, tiada lagha.... yang ada ialah takbir membesarkan Ilahi. Yang ada ialah peringatan-peringatan dari pimpinan dan yang ada ialah solat hajat sebagai bukti ahli PAS tidak takut dan tidak mengharap kepada sesiapa pun kecuali Allah swt.
Firman Allah yang bermaksud: "Walaupun kamu membelanjakan semua kekayaan yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana" (Al-Anfal : 63).
Meskipun syarat-syarat ketat telah diberikan oleh polis kepada pihak penganjur terhadap perhimpunan hijau ini, namun kesemuanya berjalan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.
Itu satu bukti yang mata nyata, bahawa PAS adalah kumpulan manusia yang meletakkan Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan tertinggi disamping mendaulatkan kalimah "Allahu Akbar" sebagai slogan yang bakal menumbangkan raksaksa UMNO BN di Putrajaya.
Sepertimana yang GB selalu utarakan, hukum kebenaran dan keadilan pasti berlaku.
Kita selaku umat yang beriman kepada Allah swt berkeyakinan, bahwa Dialah Zat Yang Maha Adil, Maha Pengasih lagi Penyayang, dan kita merasa terhibur dengan janji-janji Allah yang tidak mungkin diingkariNya
Dalam sejumlah ayat Al-Qur'an, Allah menjanjikan bahwasanya pada kesudahannya kelak bumi ini akan diwariskan dan dikuasai oleh orang-orang baik, adil dan bertaqwa. Allah swt. berfirman, "Dan kami hendak memberi karunia kepada orang-orang yang tertindas di bumi, dan Kami hendak menjadikan mereka sebagai pemimpin dan akan mewarisi bumi ini." (QS. Al-Qasas ayat 5). Ayat di atas secara kontekstual menceritakan tentang orang-orang Yahudi yang ditindas Fir'aun, dan Allah menjanjikan kepada mereka nanti untuk menjadi pemimpin dan pewaris bumi.
Meskipun demikian, maksud ayat tersebut tidak dibatasi dengan peristiwa yang dialami bangsa Yahudi waktu itu saja, karena ayat ini ingin menjelaskan bahwa orang-orang yang tertindas dan diperlakukan dengan zalim, suatu saat nanti akan menjadi penguasa dan pemimpin di atas bumi ini. Jadi ayat tersebut menyatakan, bahawa yang akan menjadi pemimpin dan pewaris bumi adalah orang-orang yang tertindas.
Pada ayat lainnya Allah berfirman, "Sesungguhnya, bumi ini akan diwarisi hamba-hamba-Ku yang saleh." (QS. Al-Anbiya, 105). Ayat tersebut dengan jelas menyatakan, bahwa bumi ini akan diwariskan kepada orang-orang yang baik dan saleh. Jadi yang akan mewarisi dan menguasai bumi, pada akhirnya adalah orang-orang yang saleh.
Dalam Al-Qur'an surat An-Nur ayat 55, Allah berfirman, "Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang beriman dan beramal kebaikan di antara kalian, bahwa Dia benar-benar akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa. Dan sesungguhnya Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diridhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menggantikan keadaan mereka aman setelah mereka ketakutan."
Ayat di atas menjelaskan, bahwasanya Allah berjanji akan menyerahkan kekuasaan atas bumi ini kepada orang-orang yang beriman dan beramal kebaikan. Beranjak dari tiga ayat di atas dan keimanan, tampak bahawa Allah tidak akan melanggar janjiNya, dan sememangnya Allah tidak memungkiri janji.
Kita selaku kaum muslim yakin, bahawa penderitaan, penindasan dan kezaliman serta pembolotan hasil kekayaan negara berkumpul yang hanya di kalangan mereka akan berakhir, dan dunia ini akan berada di bawah kepemimpinan orang-orang yang baik, bijak dan saleh, sehingga pemerataan keadilan dan kedamaian akan tertegak.
PAS bersama-sama rakan seangkatan di dalam Pakatan Rakyat, PKR dan DAP akan tetap menang akhirnya menghumban keluar UMNO BN dari pesada pemerintahan negara. Itulah keyakinan kita, itulah kenyakinan orang beriman dan itulah yang ILTIZAM yang tak akan kunjung padam sebelum ia menjadi kenyataan. Biar apa pun pencacai-pencacai UMNO hendak kata. Mereka akan tetap binasa. Masanya tetap tiba! -GB
ALOR SETAR - Pas sudah bersedia untuk menggantikan Umno sebagai parti utama masyarakat Melayu-Islam di negara ini.
Malah, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Pakatan Rakyat (PR) juga sedia menggantikan BN untuk memimpin negara ini.
Beliau berkata model Negara Berkebajikan yang ingin dibangunkan Pas menimbulkan kebimbangan Umno-Barisan Nasional (BN) yang sejak 54 tahun lalu melakukan diskriminasi terhadap kaum lain dan kaum Melayu/Bumiputera.
"Model Negara Berkebajikan yang bersumberkan al-Quran dan Al-Sunnah ini diyakini akan memberi keadilan kepada semua manusia tanpa mengira kaum dan agama," katanya ketika menyampaikan Amanat Khas Presiden di Kompleks Pas Kedah, semalam.
Menurutnya, pembangunan sebuah Negara Berkebajikan adalah iltizam Pas sejak penubuhannya untuk menyampaikan rahmat (kasih sayang) ALLAH SWT bukan sahaja kepada manusia tetapi seluruh alam sejagat.
"Takrifan Negara Berkebajikan ialah kerajaan beramanah yang berpaksikan prinsip adil dan ihsan dalam seluruh sistem pemerintahan termasuk pentadbiran, perundangan, kehakiman, politik, ekonomi dan sosial.
"Ia seterusnya membawa kepada pembinaan sebuah masyarakat yang berlumba-lumba melakukan kebajikan dan saling bekerjasama ke arah kejayaan pemerintah dan rakyat di dunia dan akhirat," katanya.
Sehubungan itu, Abdul Hadi menyatakan kesediaan untuk berdialog dengan mana-mana pihak daripada kalangan kumpulan NGO Islam mengenai dakwaan kononnya Pas lari daripada perjuangan selain menerangkan pendirian parti itu.
Bercakap kepada media kemudiannya, beliau berkata Pas berhasrat mengadakan sesi dialog bersama badan bukan kerajaan (NGO) secara besar-besaran selepas penganjuran dialog melibatkan sebahagian daripada NGO Islam di negara ini minggu lalu.
Menurutnya, dialog berkenaan akan dibuka penyertaannya kepada semua pihak kerana ia bukan perbahasan tetapi untuk mencari titik pertemuan dan memberi penjelasan mengikut al-Quran dan hadis.
"Minggu lepas kita sudah mengadakan perjumpaan dengan sebahagian NGO Islam dan kita akan buat besar-besaran dan menyeluruh," katanya.
Himpunan Hijau Meresahkan Najib Idris Ahmad 2/6/12
Himpunan Hijau Ke Puterajaya berjaya, matlamat dan sasaran tercapai. Semua ruang stadium padat dan beribu orang di luar stadium terpaksa melihat skrin besar kerana di dalam penuh sesak. Walaupun ada bloger Umno kata hanya 10,000 sahaja. Memang sudah dijangka kerana mereka mengalami penyakit “terencat bilang”.
Mereka yang datang dengan ikhlas tanpa mengharap balas. 70 peratus kehadiran adalah orang muda, mereka datang walaupun tanpa dihidang dengan program K Pop seperti program Himpunan Jutaan Belia di Puterajaya. Pak Samad Said mendeklamasi sajak khas untuk anak muda, kerana mereka adalah benteng negara untuk melakar politik masa depan.
Himpunan ini berjaya membangkitkan semangat petugas dan menggerunkan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menghadapi PRU 13.
Lagi lama Datuk Seri Najib tidak mengumumkan pembubaran Parlimen, lagi banyak himpunan seperti ini dapat kita lakukan untuk membangkitkan semangat jentera pilihanraya. Seperti kita maklum bahawa membangkitkan semangat dan membentuk persepsi adalah perlu selain daripada peranan jentera parti. Biarkan Najib lambat umum tarikh, kita akan asak dengan Himpunan Hijau di seluruh negara. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
ALOR SETAR:Program Himpunan Hijau ke Putrajaya yang berlangsung di Stadium Darul Aman Alor Setar Kedah malam tadi berjaya menghimpunkan hampir 100,000 ahli PAS, penyokong dan rakyat yang datang dari seluruh negara.
Pengarah program, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan program kali ini berjaya mencapai matlamat penganjuran untuk memberi amanat pilihan raya kepada seramai mungkin ahli PAS.
"Alhamdulillah program yang berlangsung sejak pagi tadi berjalan lancar yang bermula dengan Amanat Khas Presiden di Kompleks PAS dengan kehadiran hampir 3,000.
"Dan malam ini kehadiran keseluruhan saya kira hampir 100,000 orang di dalam stadium dan tak sempat masuk ke stadium," katanya selepas program berakhir kira-kira 11.45 malam tadi.
Selepas majlis Amanat Khas Presiden di sebelah pagi, program disambung dengan Xpresi Anak Muda oleh Dewan Pemuda PAS Pusat kira-kira jam 4 petang.
Program bermula dengan konvoi 200 buah motosikal dari Masjid Perwaja, Gurun ke Alor Setar dengan diketuai sendiri oleh Ketua Pemuda PAS Pusat Nasruddin Hassan dengan diiringi barisan exco.
Sejurus konvoi tiba di Stadium Darul Aman, program diteruskan dengan bacaan Ma'thurat dan solat Asar berjemaah.
Selepas itu acara pentas bermula dengan pidato oleh Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-His.
Ia kemudian disusuli dengan pelancaran maskot dan animasi Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti), Hadi dan Huda.
Pentas kemudian menampilkan Pengerusi Ameerah Fareedah Samad menyampaikan pidato sebelum Sketsa Kopi Amal membuat persembahan.
Program kemudian diteruskan dengan pidato oleh Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nik Abduh Nik Abdul Aziz.
Puluhan ribu hadirin kemudian dihidangkan dengan kuliah oleh penceramah tersohor Ustaz Azhar Idrus selama 40 minit.
Acara kemuncak program Xpresi Anak Muda petang tadi adalah pidato oleh Nasruddin sendiri selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.
Dalam program itu juga menyaksikan buku Siapa Menganut Ajaran Sesat terbitan Dewan Pemuda PAS dilancarkan bagi menjawab tomahan Umno.
Selain itu, hadirin turut dihidangkan dengan persembahan sketsa khas oleh selebriti Bob Lokman yang sekaligus melancarkan Kopi Amal.
Program tersebut berakhir sebelum solat Maghrib.
Pada malamnya program Himpunan Hijau ke Putrajaya bermula dengan solat Maghrib berjemaah disusuli solat hajat dan munajat perdana yang diterajui Tuan Guru Haji Saleh Musa Sik sehingga masuk waktu Isyak.
Solat isyak kemudian diimamkan sendiri oleh Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Sejurus selepas itu bermula acara di pentas ceramah yang dipengerusikan Datuk Mahfuz Omar.
Turut mengisi pentas malam tadi, ucapan aluan oleh Menteri Besar Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, ucapan oleh tokoh wakil masyarakat seperti penyanyi Wan Aishah Wan Ariffin atau Aishah, Bekas Pengarah Siasatan Jenayah PDRM, Dato Fauzi Shaari dan bekas selebriti tv al-Hijrah Mohd Zaid Abdullah.
Paling menarik, kelainan gimik perasmian malam tadi dengan membawa masuk bekas tujuh pemain bola sepak kebangsaan yang telah bersama PAS ke tengah-tengah padang dan menendang 13 biji bola berwarna hijau kepada penonton dengan diiringi lagu Hijau Kuning.
Sasterawan negara Datuk A Samad Said pula turut mendeklamasikan puisi khas bertajuk Generasi yang Gagah.
Majlis kemudian menyaksikan bacaan ikrar baiah oleh semua ahli PAS yang hadir diketuai Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali.
Kemuncak malam tadi menyaksikan pengumuman bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Koperasi Prof Datuk Dr Nik Mohd Zain Mohd Yusof menyertai PAS.
Beliau menyerahkan borang PAS kepada Tuan Guru Abdul Hadi di atas pentas sebelum dijemput memberi ucapan.
Turut berucap malam tadi Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, presiden PAS dan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang membacakan doa penutup. Laporan Dari Harakahdaily,net.
You are subscribed to email updates from PAS KDAS 3 To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
KOTA KINABALU, 29 Mei: Alluding to raging discussions on the 'validity' of the 20-point document, Sabah PAS has urged locals not to get distracted by statements issued by Barisan Nasional leaders which are aimed at confusing voters.
Sabah Barisan Nasional state Speaker Salleh Keruak had sparked angry retorts from both sides of the political divide when he recently dismissed the 20-point document as non-existent.
Salleh's statement that the 20-point document was no longer valid because it is already part of the Malaysian constitution.
But Sabah PAS claims the issue of the 20-point document is not as important as the 1963 Malay Agreement which detailed the rights of the state as a nation-member of the Malaysia.
Pointing this out its youth chief Lahirul Latigu said while no one can deny that the spirit of the 20-points document which included safeguards for Sabah, the document itself was not an official entity.
"The 20 points itself is not an official document as such has no legal basis.
"While we fight each other about the validity of the 20 points, we must not forget about the 1963 Malaysian Agreement, which clearly spells out the rights given to Sabah.
"These rights are what we should look into and focus our attention on," he told reporters here.
'BN confusing voters'
Lahirul said the youth wing had in recent days received many questions with regards to the 20-point document and the Malaysia Agreement.
"We are educating the public on the content and importance of the document. We are doing this in two phases, covering our members and the public.
"The 20 points (agreeement) is now a hot issue hence. We don't want BN to confuse Sabahans. We will continue to explain and educate Sabahans about their rights, " he said.
Yesterday opposition State Reform Party (STAR) Sabah chief Jeffrey Kitingan reminder leaders that there are in fact four documents that are pertinent to Sabah and Sarawak's history and these were the 1963 Malaysia Agreement , the 20-18 points, the IGC Report and the Cobbold Commission Report.
He said irrespective of whether the contents of the four constitutional documents and/or conventions were incorporated into the Federal Constitution, "the documents/conventions continue to exist."
"These are historical, political and constitutional documents which supplement/complement the constitution and must be read together with it.
"Half truths distort the true picture and do a grave disservice and injustice to our people," Jeffrey said.
Sedih sebab teman dapat kemalangan di Johor yang menghalang teman ke Kedah pada malam 31 Mei bersama Ketua Cawangan di Stadium di Alor Setar.Walaupun begitu teman redha kerana semuanya ketentuan Allah. Dan kemenangan Pakatan Rakyat di Putrajaya bagi memerintah Malaysia pada PRU13 kelak juga teman redha. Teman juga tidak dapat saksikan secara 'live' bekas KSU Kementerian Tanah & Pembangunan Koperasi BN telah masuk menjadi ahli PAS. Memang BN akan muntah hijau kalau media tvnya memaparkan
berita ini ke dalam media elektronik mereka.
Ribuan penyokong PAS berkumpul sejak siang hari bagi memeriahkan "Himpunan Hijau ke Putrajaya" anjuran parti itu di Stadium Darul Aman, Alor Setar pada 1 Jun 2012.
KUALA LUMPUR— PAS telah menerima seorang lagi ahli baru daripada kalangan veteran bekas kakitangan tertinggi pegawai kerajaan semalam dengan penyertaan bekas ketua setiausaha Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi, Datuk Profesor Dr Nik Zain Nik Yusof.
Penyerahan borang keahlian parti Nik Zain itu dibuat dihadapan Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang di depan lebih 100,000 ahli dan penyokong PAS di Stadium Darul Aman, akhbar Harakah Daily melaporkan.
PAS dilihat mula merekrut golongan professional bekas pegawai kerajaan untuk menyertai parti tersebut bagi membolehkan mereka menerima sokongan pengundi Melayu dengan pilihan raya yang dijangka berlangsung tidak lama lagi.
Nik Zain telah menjawat jawatan sebagai KSU sejak 1998 hingga 2002 di kementerian tersebut.
Sebelum ini, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari telah menyerahkan borang keahlian PAS secara rasmi.
Borang tersebut telah diserahkan kepada Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang dalam satu majlis pengisytiharan rasmi di Larut, Perak bulan lalu.
Bersemangat, Terbaik Dan Bersejarah. Itulah tiga patah perkataan daripada beribu perkataan yang boleh kami gambarkan berkenaan Himpunan Hijau ke Putrajaya semalam di Stadium darul Aman, Kedah.
Ada yang mengatakan lebih 50 riu, ada yang kata lebih 80 ribu dan ada yang kata lebih 100 ribu. Bagi kami Dewan Pemuda Pas yang berada di celah ribuan pejuang-pejuang kebenaran ini, Inilah satu bukti gambaran kebangkitan Umat Islam di Malaysia.
Amaran kepada Umno dan BN. Jika Kamu terus menerus ingin mematahkan Islam demi kepimpinan kamu, Kami semua Ahli PAS akan memastikan kamu jatuh menyembah bumi. Kami akan berjuang habis-habisan demiislam yang tecinta ini denga sepenuh jiwa raga kami..
Nantikan Himpunan Hijau Ke PutraJaya ini di Melaka pada bulan Julai nanti.
PORT DICKSON, 1 Jun 2012 (Bernama) -- Balai cerap di Kompleks Baitul Hilal, Teluk Kemang di sini, membuka peluang kepada orang ramai untuk menyaksikan gerhana bulan separa Isnin ini.
Pegawai Falak Jabatan Mufti Negeri Sembilan Shafie Muhammad berkata program tersebut akan berlangsung dari pukul 8 malam.
"Gerhana bulan separa akan dapat dilihat di seluruh negara ketika waktu Maghrib. Di samping itu kita juga akan menganjurkan program solat sunat sempena fenomena gerhana bulan separa pada hari itu," katanya kepada Bernama Jumaat.
Balai cerap di Kompleks Baitul Hilal yang beroperasi sejak Mac lepas itu memiliki teleskop tercanggih di Asia Tenggara serta terbesar di Malaysia bernilai RM1.8 juta.
Shafie turut mempelawa orang ramai menyaksikan fenomena transit planet Zuhrah atau fenomena planet Zuhrah melintasi matahari di balai cerap itu pada 6 Jun, mulai terbit matahari sehingga 12 tengah hari.
Bil Elektrik Naik Mendadak Setelah Tukar Meter Baru? Benarkan aduan di bawah ini?
Aduan Rakyat 2 Jun 2012 - Saya baru membeli sebuah rumah daripada seorang individu. Saya telah diminta untuk menukar meter elektrik rumah itu kepada nama saya. Jadi saya memohon pertukaran meter elektrik tersebut. Saya telah mendiami rumah itu 3 bulan sebelum meter elektrik tersebut ditukar kepada yang baru.
Sejak saya tinggal dirumah itu bil elektrik saya tidak pernah mencecah RM20.00 sebulan tetapi selepas sahaja meter ditukar bil elektrik rumah saya naik mendadak sehingga RM 181.05 sebulan.
Saya telah membuat aduan kepada TNB tetapi pihak TNB tidak mahu bertanggungjawab. Mereka tetap salahkan kami. Kemudian pada bulan seterusnya apabila bil elektrik sampai dirumah saya terus membuat perbandingan terhadap meter elektrik saya dengan bacaan di bil.
Ternyata bacaan meter di bil saya jauh lebih tinggi dari bacaan di meter elektrik saya. Saya mengambil gambar meter tersebut dan ajukan kepada pihak TNB tetapi mereka masih tidak mahu bertanggungjawab atas kesilapan tersebut.
Diharap pihak aduan rakyat dapat menyiasat perkara ini kerana saya dapati bukan saya sahaja menghadapi masalah tersebut tetapi puluhan ribu rakyat malaysia menghadapi situasi yang sama setiap bulan. Ini sangat membebankan rakyat terutama yang bependapatan rendah seperti saya.
Posted on the June 2nd, 2012 under Politik by admin
ALOR SETAR: Program Himpunan Hijau ke Putrajaya yang berlangsung di Stadium Darul Aman Alor Setar Kedah malam tadi berjaya menghimpunkan hampir 100,000 ahli PAS, penyokong dan rakyat yang datang dari seluruh negara. Pengarah program, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan program kali ini berjaya mencapai matlamat penganjuran untuk memberi amanat pilihan raya kepada seramai mungkin ahli PAS. "Alhamdulillah program yang berlangsung sejak pagi tadi berjalan lancar yang bermula dengan Amanat Khas Presiden di Kompleks PAS dengan kehadiran hampir 3,000. "Dan malam ini kehadiran keseluruhan saya kira hampir 100,000 orang di dalam stadium dan tak sempat masuk ke stadium," katanya selepas program berakhir kira-kira 11.45 malam tadi.
Selepas majlis Amanat Khas Presiden di sebelah pagi, program disambung dengan Xpresi Anak Muda oleh Dewan Pemuda PAS Pusat kira-kira jam 4 petang. Program bermula dengan konvoi 200 buah motosikal dari Masjid Perwaja, Gurun ke Alor Setar dengan diketuai sendiri oleh Ketua Pemuda PAS Pusat Nasruddin Hassan dengan diiringi barisan exco. Sejurus konvoi tiba di Stadium Darul Aman, program diteruskan dengan bacaan Ma'thurat dan solat Asar berjemaah. Selepas itu acara pentas bermula dengan pidato oleh Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-His. Ia kemudian disusuli dengan pelancaran maskot dan animasi Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti), Hadi dan Huda. Pentas kemudian menampilkan Pengerusi Ameerah Fareedah Samad menyampaikan pidato sebelum Sketsa Kopi Amal membuat persembahan. Program kemudian diteruskan dengan pidato oleh Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nik Abduh Nik Abdul Aziz. Puluhan ribu hadirin kemudian dihidangkan dengan kuliah oleh penceramah tersohor Ustaz Azhar Idrus selama 40 minit. Acara kemuncak program Xpresi Anak Muda petang tadi adalah pidato oleh Nasruddin sendiri selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat. Dalam program itu juga menyaksikan buku Siapa Menganut Ajaran Sesat terbitan Dewan Pemuda PAS dilancarkan bagi menjawab tomahan Umno. Selain itu, hadirin turut dihidangkan dengan persembahan sketsa khas oleh selebriti Bob Lokman yang sekaligus melancarkan Kopi Amal. Program tersebut berakhir sebelum solat Maghrib. Pada malamnya program Himpunan Hijau ke Putrajaya bermula dengan solat Maghrib berjemaah disusuli solat hajat dan munajat perdana yang diterajui Tuan Guru Haji Saleh Musa Sik sehingga masuk waktu Isyak.
Solat isyak kemudian diimamkan sendiri oleh Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Sejurus selepas itu bermula acara di pentas ceramah yang dipengerusikan Datuk Mahfuz Omar. Turut mengisi pentas malam tadi, ucapan aluan oleh Menteri Besar Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, ucapan oleh tokoh wakil masyarakat seperti penyanyi Wan Aishah Wan Ariffin atau Aishah, Bekas Pengarah Siasatan Jenayah PDRM, Dato Fauzi Shaari dan bekas selebriti tv al-Hijrah Mohd Zaid Abdullah. Paling menarik, kelainan gimik perasmian malam tadi dengan membawa masuk bekas tujuh pemain bola sepak kebangsaan yang telah bersama PAS ke tengah-tengah padang dan menendang 13 biji bola berwarna hijau kepada penonton dengan diiringi lagu Hijau Kuning. Sasterawan negara Datuk A Samad Said pula turut mendeklamasikan puisi khas bertajuk Generasi yang Gagah.
Majlis kemudian menyaksikan bacaan ikrar baiah oleh semua ahli PAS yang hadir diketuai Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali. Kemuncak malam tadi menyaksikan pengumuman bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Koperasi Prof Datuk Dr Nik Mohd Zain Mohd Yusof menyertai PAS. Beliau menyerahkan borang PAS kepada Tuan Guru Abdul Hadi di atas pentas sebelum dijemput memberi ucapan. Turut berucap malam tadi Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, presiden PAS dan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang membacakan doa penutup. Harakahdaily.net
Dua minggu sesudah ibu segala demo berlangsung - pelbagai bentuk pembohongan ditaburkan. Semua ini dilakukan secara terancang untuk mengalihkan dan memadamkan ingatan orang ramai terhadap isu yang fundamental. Berita, kisah dan kenyataan yang remeh lagi temeh dipanjang lebar dan dibesar-besarkan. Semua ini dirancang agar umum terlupa agenda fundamental.
Agenda yang fundamental pada ketika ini ialah rakyat menuntut pilihan raya dijalankan dengan adil dan bersih. Ini adalah induk tuntutan. Ini adalah ibu dari segala tuntutan. Agenda inilah yang menjemput 300,000 warga turun ke jalan raya pada 28 April yang lalu. Jumlah 300,000 anak semua bangsa ini adalah bukti bahawa rakyat Malaysia tidak lagi yakin kepada proses pilihan raya di Malaysia ini akan dijalankan dengan adil dan bersih.
Rakyat Malaysia - anak semua bangsa - yakin bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya ( SPR) sedang merancang untuk menipu di PRU13 nanti. Tiga ratus ribu keluar berdemo adalah tanda mereka telah hilang keyakinan terhadap sistem pilihan raya di Malaysia. Mereka - 300,000 - turun berdemo kerana tidak mahu ditipu. Inilah persoalan yang fundamental.
Untuk pencerahan kita bersama dalam tulisan ini saya akan menelanjangi satu demi satu pembohongan yang sedang ditabur. Pencerahan ini adalah persediaan untuk kita semua turun sekali lagi jika kita ditipu dalam pilihan raya yang akan diadakan tidak lama lagi.
Awal wahid - apa yang wajib saya telanjangi ialah konsep: hak menumbangkan kerajaan. Orang ramai terutama orang Melayu selalu ditakut-takutkan dengan perkataan 'menumbangkan kerajaan'. Perkataan dan konsep ini dikuduskan sehingga orang ramai tidak berani bersuara. Orang Melayu pula ditakut-takutkan dari bergerak menyusun saf untuk menumbangkan kerajaan.
Para pembaca yang budiman, kita tidak harus takut. Jangan merasa gentar untuk terlibat beramai-ramai dalam gerakkan menumbangkan kerajaan. Menumbangkan kerajaan adalah peRkara biasa. Kerajaan Suharto tumbang pada tahun 1998. Kerajaan Marcos tumbang pada tahun 1986. Kerajaan Shah Reza Pahlevi di Iran tumbang pada tahun 1980. Kerajaan Mubarak di Mesir tumbang tahun lalu.
Justeru rakyat bangun menumbangkan kerajaan dan sebuah kerajaan tumbang adalah perkara biasa. Bukan satu perkara yang pelik. Bukan satu yang ganjil atau unik.
Dari zaman berzaman kerajaan telah ditumbangkan oleh rakyat. Kerajaan Melayu Melaka tumbang. Kerajaan Majapahit tumbang. Kerajaan Pasai tumbang. Kerajaan Aceh tumbang. Kerajaan Turki tumbang. Kerajaan Czar Rusia tumbang. Kerajaan Hitler tumbang. Justeru - kita semua tidak perlu takut - menumbangkan kerajaan ini bukan satu jenayah. Bukan satu kerja yang salah.
Mahathir Muhamad menakut-nakutkan orang ramai dari bergerak untuk menumbangkan kerajaan Najib. Mahathir ada sebab. Kerana apabila kerajaan United Malays National Organsiation tumbang maka Mahathir sendiri akan di dakwa di mahkamah dengan pelbagai dakwaan rasuah. Sebab inilah Mahathir bermati-matian mempertahankan Najib Razak dari ditumbangkan oleh rakyat.
Tiga orang bekas pemimpin kanan polis aka polis pencen - telah cuba menakut-nakut orang ramai dari bergerak menyusun saf untuk menumbangkan kerajaan. Para pembaca jangan risau. Sila ketawa kerana mereka ini adalah 'Three Stooges' - Tukang Karut macam watak Wok Dogol, Wok Long dan Wok Seman dalam naratif klasik wayang kulit.
Biar saya terangkan bahawa ketiga-tiga Datuk, Tan Seri dan Tun ini ada 'memiliki' kes jenayah yang amat besar. Seorang tauke judi pasti takut kasinonya akan ditutup. Seorang ahli tinju - masih ada kes yang belum selesai. Dan seorang 'tauke lendir' pasti tahu apabila kerajaan United Malays National Organisation tumbang bergantang-gantang lendir akan dihempap ke mukanya. Justeru cakap-cakap 'tiga ekor lanun' ini wajib didengar dengan mulut ternganga dan dua tangan menutup lubang telinga.
Untuk memahami konsep menumbangkan kerajaan mari kita membuka mata untuk melihat ke luar tingkap negara kita. Kerajaan Jimmy Carter telah di tumbangkan oleh Ronald Reagan pada tahun 1980. Kerajaan George Bush telah ditumbangkan oleh Barak Obama pada tahun 2005. Kerajaan Parti Buruh Gordon Brown telah ditumbang oleh David Cameron pada tahun 2010. Paling baru - beberapa hari dahulu - di Perancis, kerajaan Sarkozy telah ditumbangkan oleh Francois Hollande.
Bila saya menuliskan sejarah kerajaan yang ditumbangkan ini maka pasti ada pembaca akan melompat bersuara. Akan menjerit-jerit mengatakan bahawa Ronald Reagan, Barak Obama, Francois Hollande dan David Cameron semuanya menumbangkan kerajaan melalui proses pilihan raya dan bukan berdemo di jalan raya.
Syukur! Saya cukup senang hati apabila ada pembaca yang akan berhujah sedemikian. Saya amat bangga jika ada pembaca yang akan bertegang leher untuk melaungkan ke telinga saya bahawa pilihan rayalah yang telah menumbangkan kerajaan si Ani dan Si Anu. Ini hujah tepat dan sahih. Saya terima hujah ini.
Tetapi, sila dengar pula apa yang ingin sampaikan d isini. Kita semua wajib menyedari bahawa pilihan raya di Amerika, di United Kingdom dan di Perancis tidak menipu. Rakyat di negara-negara ini bebas untuk memilih sesiapa sahaja yang mereka suka. Lembaga Suruhanjaya Pilihan Raya Perancis tidak merancang untuk menipu para pengundi. SPR Perancis tidak merancang untuk memastikan Sarkozy menang dan calon Parti Sosialis Francois Hollande kalah.
Di negara-negara ini pilihan raya ialah pesta kebebasan untuk memilih kerajaan baru atau mengundi kembali kerajaan lama. Tidak wujud penipuan. SPR di United Kingdom kerjanya ialah mengatur dan penyusun pilihan raya bukan menipu pengundi.
Penipuanlah yang membezakan antara pilihan raya di United Kingdom atau di Perancis dengan pilihan raya di Malaysia. Penipuan ini adalah kunci dan besi berani yang memanggil 300,000 anak semua bangsa - tua dan muda - turun ke jalan raya pada 28 April yang lalu. Pengundi di Malaysia tidak mahu lagi ditipu.
Pilihan raya yang menumbangkan kerajaan di United Kingdom atau di Perancis adalah pengundian sahih dari warga negara. Bukan saperti di Malaysia di mana SPR dengan kerjasama United Malays National Organisation didakwa telah memberi Mat Bangla dan Mat Indon kad pengenalan. Dengan kad pengenalan segera ini 'warga asing' akan dipaksa untuk mengundi United Malays National Organisation.
Kerajaan Sarkozy ditumbangkan bukan dengan menggunakan pengundi hantu. Kerajaan Gordon Brown ditumbangkan bukan kerana undi pos. Ronald Regan menumbangkan Jimmy Carter bukan dengan membuat persempadanan semula atau menghilangkan nama pengundi.
Maka jelas kerajaan-kerajaan yang ditumbangkan ini adalah melalui proses pilihan raya yang bersih dan adil. Bukan dengan penipuan.
Jika para pembaca telah memahami apa yang saya tulis di atas maka mari kita melihat pula bagaimana Suharto, Marcos dan Mubarak menjalankan pilihan raya. Suharto juga mengadakan pilihan raya. Tetapi majoriti dari 445 ahli parlimen adalah yang dilantik. Ini samalah seperti yang sedang berlaku di Burma sekarang. Parti Ang Suu Ki memenangi 45 dari 46 kerusi yang dipertandingkan. Tetapi parlimen Myamar ada 664 Yang Berhormat. Selain dari 45 YB yang dipilih - semuanya dilantik oleh tentera.
Marcos menjadi Presiden Filipina selama 20 tahun. Kempen pertama Marcos pada tahun 1965 hingga ke hari ini masih menjadi buah mulut. Ferdinand Marcos menjadi presiden melalui penipuan, melalui beli undi dan melalui paksaan.
Kisah Hosni Mubarak dari Mesir lebih indah dan menarik. Mubarak menjadi presiden selama 30 tahun semenjak tahu 1975. Pada tahun 1987, 1993 dan 1999 dengan licik Mubarak telah mengadakan pungutan suara - bukan pilihan raya - untuk memastikan dia terus berkuasa. Pada tahun 2005 Mubarak telah dicadangkan sekali lagi oleh Parlimen Mesir untuk menjadi Presiden. Lalu dilakukan pemungutan suara. Sayangnya hanya Mubarak seorang saja calon yang ada untuk dipilih.
Rakyat Mesir semakin marah. Tuntutan pilihan raya bersih dan adil mula kedengaran. Maka pada bulan September tahun 2005 diadakan pilihan raya dengan pelbagai parti bertanding. Sebelum pilihan raya dijalankan Parlimen telah meluluskan undang-uandang dan akta untuk memastikan semua kuasa mutlak masih lagi di tangan Presiden Mubarak.
Kes Suharto, Marcos dan Mubarak ini adalah kes klasik dalam Dunia Ketiga. Kita tidak perlu lagi melihat kes Mobutu Seseko dari Congo atau Mugabe dari Zimbabwe. Semua mereka ini adalah contoh pemimpin negara Dunia Ketiga yang menang dalam pilihan raya.
Biar saya tuliskan apakah dia ciri-ciri negara Dunia Ketiga agar pencerahan ini akan membantu kita semua untuk memahami apa yang sedang berlaku sekarang. Ciri utama ialah ruang demokrasi amat sempit dalam negara Dunia Ketiga. Sistem kapitalis yang digunakan pakai ialah kapitalisme kroni. Elit politik dan elit ekonomi hidup dengan kaya raya. Rasuah menjadi budaya. Media dikongkong. Polis, sistem kehakiman, badan agama dan tentera digunakan untuk mengancam orang ramai.
Semua ciri dan watak-watak ini terdapat di Malaysia. Hakikatnya Malaysia walau pun memiliki bangunan tinggi Petronas tetapi masih lagi berwatakkan negara Dunia Ketiga.
Parti United Malays National Organisation telah berkuasa selama 54 tahun. Ini satu jangka masa yang amat panjang. Perlembagaan telah diubah berkali-kali. Pelbagai akta telah ditambah. Pelbagai lembaga telah ditubuh. Semua ini untuk memastikan United Malays National Organisation terus berkuasa.
Suharto, Marcos dan Mubarak menipu dalam pilihan raya untuk terus berkuasa. Rejim Najib Razak dan United Malays National Organisation juga sedang merancang untuk menipu dalam PRU13. Suharto, Marcos dan Mubarak menang dalam pilihan raya tetapi dihambat keluar oleh rakyat.
Jangan silap faham - saya tidak menolak pilihan raya. Apa yang ditolak oleh rakyat ialah penipuan dalam pilihan raya. Justeru, jika kali ini United Malaya National Organsiation melalui SPR menjalankan penipuan dalam PRU13 - maka rakyat Malaysia tidak ada pilihan melainkan turun ke jalan raya.
Sama seperti yang berlaku di Indonesia, Filipina dan Mesir - sesudah rejim lama dihumbankan maka satu SPR baru ditubuhkan. SPR yang baru inilah yang akan mengendalikan satu pilihan raya yang adil dan bersih. Ini bukan satu angan-angan. Ini satu janji.
Setelah negara digemparkan oleh Umno/BN apabila terbongkarnya kisah bahawa sebahagian besar ekspot minyak kelapa sawit negara dihantar ke Israel, kini Najib dan Isa Samad pula mempelawa syarikat Yahudi memiliki saham FGV (Felda Global Venture)? Najib telah mengumumkan pemilikan saham2 FGV seperti berikut: Awam 73 juta saham (2% daripada FGVH) Pelabur institusi (KWSP, PNB, Tabung Haji, Louis Dreyfus) 1.5 bilion saham (41% daripada FGVH) Pekerja FELDA 109 juta saham (3% daripada FGVH) Peneroka FELDA 91 juta saham (2.5% daripada FGVH) Pelabur Bumiputera yang diluluskan MITI 420 juta saham (11.5% daripada FGVH) Louis Dreyfus yang disebut diatas adalah sebuah syarikat gergasi Yahudi yang berpusat di negara Switzerland. Louis Dreyfus Global mempunyai pejabat dilebih 300 buah negara diseluruh dunia. maklumat lanjut sila klik disini Sekali lagi peneroka 'dianjingkan' oleh Umno/BN apabila Felda dilibatkan dengan syarikat yahudi.
Umno selalu menuduh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai hubungan dengan Yahudi dan akan pertahankan negara Israel tetapi bagaimana pula dengan Umno yang sekarang ini berbaik dan mempelawa syarikat yahudi memiliki saham FGVH yang diusahakan oleh orang melayu Islam yang tidak mahu apa2 hubungan dengan negara Israel atau mana2 syarikat yahudi? Penerokaan, pengurusan dan perusahaan FELDA adalah dimiliki hampir keseluruhannya oleh orang2 melayu beragama Islam dan sepatutnya Najib dan Isa Samad tidak mempelawa syarikat yahudi mengambil bahagian dalam penyenaraian FGVH ke Bursa Saham kerana ia bertentangan dengan kehendak peneroka. Peneroka Felda hanya diperuntukkan 2.5% dari jumlah pegangan saham sementara kakitangan Felda pula hanyalah 3%. Selebihnya melibatkan badan-badan lain yang dijemput masuk oleh Tan Sri Isa Samad, termasuklah Louis Dreyfus sebuah syarikat antarabangsa yang dikuasai keluarga Yahudi.
Peneroka hanya boleh memiliki 2.5 peratus saham FGVH sementara syarikat yahudi Louis Dreyfus boleh memiliki jauh lebih banyak saham dari itu! Kroni Umno pula akan memiliki 11 peratus melalui peruntukkan saham bumiputera kepada MITI!
Dengan hanya memperuntukkan 2.5 peratus saham FGV kepada peneroka, Najib dan Isa Samad secara tidak langsung sedang memberi isyarat kepada peneroka bahawa mereka tidak memepunyai apa2 kuasa dalam menentukan halatuju Felda! Apakah peneroka Felda akan terus membenarkan Umno/BN membinasakan masa depan anda dimana setiap langkah yang diambil rejim Umno mengarah kegelapan masa depan Felda!~ KING OF GOBLOK
KHIRNYA KANTOI JUGA ...!!!... NAJIB, LU SUDAH KENA BEB !!!!... DUA ORG SENATOR AS BERDARAH YAHUDI YG PALING PEKAT DN PENYOKONG KUAT ISRAEL LAKNATULLAH IAITU John McCain dan Joseph Liberman BERKUNJUNG KE PEJABAT NAJIB HARI INI, MENJADI TETAMU VVIP... Peliknya MACAI2 UMNO termasuk lidah biawak rasmi UMNO tuduh DSAI penyokong Yahudi...kalau benar mengapa mrk tak buat kunjungan hormat ke pejabat DSAI...? SEKARANG DAH JELAS SIAPA SEBENARNYA PENYOKONG YAHUDI !!!!
Alhamdulillah - inilah keadaannya, semakin ditekan PAS menjadi semakin kuat jasmani dan rohani. Tekad pejuang PAS ialah mempertahan kemenangan dan mengganti Umno "PAS Ganti Umno" serta menawan Putrajaya walau kami menyedari bahawa jalan nya penuh liku ... tetapi sekali melangkah .... kami tidak akan undur sebelum tamat perjuangan.
ALOR SETAR: Kejayaan Himpunan Hijau ke Putrajaya yang berlangsung seharian di sini semalam sekali lagi menambah kerisauan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mengumumkan pilihan raya.
AJK PAS Pusat Ustaz Idris Ahmad berkata kejayaan PAS menghimpunan ratusan ribu rakyat khususnya anak muda tanpa ada sebarang konsert melalaikan sudah tentu memberi tekanan kepada Najib.
"Himpunan ini berjaya membangkitkan semangat petugas dan menggerunkan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menghadapi PRU 13.
"Lagi lama Datuk Seri Najib tidak mengumumkan pembubaran Parlimen, lagi banyak himpunan seperti ini dapat kita lakukan untuk membangkitkan semangat jentera pilihanraya," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Menurutnya, semua kita maklum bahawa membangkitkan semangat dan membentuk persepsi adalah perlu selain daripada peranan jentera parti.
Himpunan Hijau Ke Puterajaya menurutnya bukan sahaja berjaya mengumpul ramai orang, malah matlamat dan sasaran tercapai.
Semua ruang stadium ujarnya padat dan beribu orang di luar stadium terpaksa melihat skrin besar kerana di dalam penuh sesak.
Lebih menarik kata Ustaz Idris, mereka yang datang dengan ikhlas tanpa mengharap balas di mana 70 peratus kehadiran adalah orang muda, mereka datang walaupun tanpa dihidang dengan program K-Pop seperti program Himpunan Jutaan Belia di Puterajaya.
Pak Samad Said pula mendeklamasi sajak khas untuk anak muda, kerana mereka adalah benteng negara untuk melakar politik masa depan.
"Walaupun ada bloger Umno kata hanya 10,000 sahaja. Memang sudah dijangka kerana mereka mengalami penyakit "terencat bilang".
"Biarkan Najib lambat umum tarikh, kita akan asak dengan Himpunan Hijau di seluruh negara," katanya.
KAHERAH 2 Jun - Stesyen televisyen kebangsaan Mesir akan menyiarkan secara langsung perbicaraan bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak, anak-anaknya dan beberapa pegawai berhubung dakwaan membunuh dan rasuah, hari ini.
Agensi berita MENA yang memetik Ketua Kesatuan Radio dan Televisyen Mesir, Tharwat al-Mekki berkata, media asing yang ingin membeli liputan tersebut perlu membayar AS$7,000 hingga AS$10,000 (RM21,700 hingga RM31,000).
Mubarak dan sekutunya didakwa membunuh tunjuk perasaan ketika pergolakan selama 18 hari yang membawa kepada penggulingannya pada 11 Februari tahun lalu. - AFP
WASHINGTON - Seorang pelajar sebuah kolej di Amerika Syarikat (AS) mengaku membunuh rakan sebiliknya, memotong badan dan memakan sebahagian otak serta semua hati mangsa, lapor media AS semalam.
Alexander Kinyua dari Baltimore, Maryland ditahan pada Selasa lalu selepas polis menggeledah rumahnya kerana abangnya menemui kepala dan tangan mangsa, lapor akhbar Baltimore Sun.
Kinyua, 21 yang merupakan pelajar Universiti State Morgan, mengaku bersalah membunuh dan mengerat anggota badan teman sebiliknya, Kujoe Bonsafo Agyei-Kodie.
Motif sebenar kejadian masih tidak diketahui dan Kinyua didakwa atas tuduhan membunuh.
Kejadian tersebut menambah jumlah jenayah mengerikan yang berlaku di Amerika Utara pada minggu ini. - AFP
ALOR SETAR: Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi, Datuk Profesor Dr Nik Zain Nik Yusof menyerahkan borang menyertai PAS.
Penyertaan beliau menyertai PAS menambahkan lagi bilangan tokoh-tokoh pentadbir dan teknokrat yang menyertai parti Islam itu menjelang pilihan raya umum ke 13.
Nik Zain adalah KSU sejak 1998 hingga 2002 di KTDPK. Beliau menyerahkan borang menyertai PAS kepada Presiden Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di depan lebih 100,000 ahli dan penyokong PAS di Stadium Darul Aman.
Sebelum ini, Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari menyertai PAS.
Kedua-dua mereka berjanji akan menghabiskan sisa umur mereka untuk perjuangan Islam.
SEORANG lelaki melukis gambar bendera Mesir pada lengan rakannya ketika berdiri di hadapan grafiti menggambarkan bekas Presiden Mesir yang digulingkan Hosni Mubarak di Kaherah, semalam. - Foto AFP
5,000 polis, 2,000 askar kawal sesi perbicaraan Hosni Mubarak
KAHERAH: Stesen televisyen Mesir akan menyiarkan secara langsung keputusan dan hukuman ke atas bekas Presiden Hosni Mubarak, anak lelaki dan ketua keselamatannya dalam perbicaraan bunuh dan rasuah, lapor media rasmi.
"Media asing akan dikenakan bayaran antara AS$7,000 (RM21,000) dan AS$10,000 (RM30,000) untuk membeli siaran liputan," lapor agensi berita rasmi MENA yang memetik kenyataan ketua Kesatuan Radio dan Televisyen Mesir, Tharwat al-Mekki, sebagai berkata.
Media asing akan dikenakan bayaran antara AS$7,000 (RM21,000) dan AS$10,00 (RM30,000) untuk membeli siaran liputan. - Agensi berita rasmi MENA Beberapa sesi keterangan pertama perbicaraan yang bermula Ogos lalu disiarkan secara langsung tetapi Ketua Hakim, Ahmed Rifaat, mengarahkan kamera dikeluarkan sebelum saksi mula memberi keterangan.
Mubarak dan ketua keselamatannya didakwa dengan tuduhan membunuh berhubung pembunuhan penunjuk perasaan ketika kebangkitan rakyat selama 18 hari yang menumbangkan pemerintahannya pada 11 Februari 2011.
Beliau juga berkongsi tuduhan rasuah dengan dua anaknya, Alaa dan Gamal.
Perbicaraan diadakan dalam akademi polis yang pernah dinamakan sempena nama Mubarak di pinggir bandar raya Kaherah.
Pada pembukaan keterangan, yang disiarkan secara langsung di Mesir dan luar negara, Mubarak membuat penampilan pertama sejak penyingkirannya dengan tiba di atas pengusung.
Kamera memfokus beliau secara dekat ketika Mubarak terbaring manakala Alaa dan Gamal cuba menghalang bapa mereka daripada pandangan orang ramai.
Pengawal keselamatan berkata, 5,000 anggota polis dan 2,000 anggota tentera ditugaskan menjaga sesi esok dan mengangkut Mubarak dari hospital tentera, lokasi beliau ditahan. Mubarak akan tiba di akademi dengan helikopter perubatan.
Bekas presiden berusia 84 tahun itu, yang menerima rawatan kerana masalah jantung, disorong memasuki kandang defendan di atas pengusung dalam sesi keterangan sebelum ini, dan selalunya dilindungi selimut.
Alaa dan Gamal, kedua-duanya memakai seragam penjara, berdiri di sebelah bapa mereka, kadang-kadang dilihat berbisik kepadanya apabila Mubarak kelihatan tidak mendengar apa yang dikatakan hakim atau saksi.
Mubarak, Menteri Luarnya, Habib al-Adly, dan enam komander polis berdepan hukuman mati jika disabitkan bersalah. Kira-kira 850 penduduk maut dalam kejadian itu.
Pemerhati berkata, keputusan mungkin memberi impak kepada pusingan kedua pilihan raya pada 16 dan 17 Jun ini antara calon Ikhwanul Muslimin, Mohammed Morsi dan bekas Perdana Menteri, Ahmad Shafiq, yang berikrar tidak akan meneruskan pemerintahan kuku besi Mubarak. – AFP
RANTAU PANJANG: Awas kepada lelaki yang tiba-tiba hilang nafsu, anda mungkin terkena sihir 'kunci nafsu' oleh isteri atau teman wanita yang tidak mahu berkongsi kasih.
Perkara itu didedahkan seorang tukang urut wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Kak Mas, 50, yang berpengalaman merawat beberapa lelaki kehilangan nafsu akibat disihir.
Kak Mas berkata, lelaki yang berdepan masalah berkenaan ialah suami yang berkahwin lebih daripada satu dan lelaki yang sudah beristeri, tetapi menjalin hubungan sulit dengan wanita lain.
"Sekali pandang saya dapat meneka lelaki yang mahu berurut dengan saya sebenarnya terkena sihir akibat perbuatan isteri pertama atau teman wanita.
"Mereka sebenarnya berbuat demikian kerana tidak mahu berkongsi suami atau teman lelaki kerana mahukan lelaki itu menjadi milik mereka sahaja," kata Kak Mas ketika ditemui di rumahnya di Kampung Gual Tinggi, di sini.
GEORGETOWN: Ribuan pekerja dan pengguna jalan raya terperangkap dalam kesesakan luar biasa apabila beberapa laluan utama sekitar bandar raya ini dilanda banjir kilat akibat hujan lebat sejak awal pagi, semalam.
Tinjauan Harian Metro mendapati kawasan paling teruk dilanda adalah sekitar Jalan Sungai Pinang dan Jalan P Ramlee hingga hampir menenggelamkan perkampungan di kawasan rendah.
Sementara itu, di Jalan Perak, tekanan air kuat menyebabkan permukaan jalan rosak dan berlubang selain beberapa pokok tumbang.
Seorang kerani swasta, Norsaadiah Mat, 23, berkata dia yang dalam perjalanan ke tempat kerja terpaksa berpatah balik selepas motosikalnya mengalami kerosakan.
"Ketika itu saya berada di Jalan Perak dan dalam perjalanan ke tempat kerja di Pulau Tikus tetapi selepas 10 minit meredah banjir, motosikal rosak selepas terperangkap dalam air," katanya.
Keadaan itu turut menyebabkan beberapa kawasan sekitar bandar raya ini mengalami kesesakan teruk.
Pegawai Bencana dan Operasi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Timur Laut, Noor Mohd Saidi Noor Lajis berkata, hujan lebat sejak jam 4 pagi menyebabkan air naik satu meter pada jam 6.30 pagi.
Menurutnya, antara kawasan dilanda banjir kilat itu adalah Jalan P Ramlee, Kampung Makam, Jalan Perak, Jalan Sungai Pinang, Jalan Logan, Jalan Anson dan Jalan Petani.
Katanya, bagaimanapun tiada penduduk dipindahkan kerana keadaan terkawal, tetapi jika keadaan buruk, pihaknya sudah bersiap sedia dan mereka terjejas dipindahkan ke tempat selamat.
"Kami sudah menempatkan anggota di kawasan dilanda banjir dan jika keadaan buruk kita akan segera memindahkan mangsa ke kawasan selamat," katanya.
Seorang mangsa, Saiful Abdul Wahab, 24, yang tinggal di Sungai Pinang berkata, sudah lama kawasan itu tidak dilanda banjir dan nasib baik dia sudah bersedia dan memindahkan barang berharga lebih awal.
ALOR SETAR: Stadium Darul Aman yang biasanya bergemuruh dengan sorakan hari ini bergema dengan takbir membesarkan nama Allah apabila lebih 100,000 ahli dan penyokong PAS berhimpun di situ.
Majlis yang bermula dengan suasana suram apabila hujan lebat melanda bandar Alor Setar bertukar menjadi ceria sebaik sahaja penceramah selebriti Ustaz Azhar Idrus memulakan ceramahnya.
Stadium yang mempunyai 44,000 tempat duduk dan 60,000 kapasiti padang dan trek itu mula penuh apabila Ustaz Azhar memulakan ceramahnya kerana hujan mula reda.
Di samping orang ramai yang memenuhi stadium tidak kurang juga yang bersesak-sesak di luar dan juga yang terperangkap di jalan raya.
"Biasanya bila keluar simpang Alor Setar Utara dari lebuh raya, kita perlukan lima ke 10 minit sahaja tetapi saya perlukan 45 minit untuk sampai ke sini," beritahu Ustaz Azhar ketika memulakan ceramahnya.
Ceramah beliau yang berjalan kira-kira 45 minit itu sememangnya dinantikan oleh penduduk utara semenanjung yang selama ini mengenali beliau melalui videonya dalam youtube.
"Mereka bawa K-Pop untuk menarik anak muda, kita bawa ulama ke sini," kata Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasruddin Hassan yanga berucap sebelum Ustaz Azhar.
Ustaz Azhar dalam caramahnya juga menyentuh isu K-Pop dalam ceramahnya.
Minggu lalu sepatutnya beliau berceramah di PICC Putraya namun dbatalkan di saat akhir apabila ceramah beliau bertembung dengan persembahan K-Pop di Hari Belia Negara 2012 di sana.
"Sepatutnya saya kuliah di PICC minggu lalu tetapi kerana bertembung degan K-Pop kuliah saya yang dibatalkan," kata Ustaz Azhar Idrus.
Selain ceramah Ustaz Azhar, majlis yag dinamakan Ekspresi Anak Muda itu turut diserikan dengan pelbagai ucapan yang semuana berjalan dalam hujan.
Nasruddin sendiri sekali lagi mendeklamasikan sajaknya yang sebelum ini dibacakan di majlis Taklimat sempena perhimpunan in pagi tadi.
Bekas MB Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin juga turut berucap yang memberikan semangat kepada anak muda dengan mengajakan mereka bersama-sama ke Putrajaya.
Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang zalim) dengan apa-apa jenis kekuatan yang mampu kamu sediakan (al-Anfal: 60)
1. Mukadimah
PAS menyertai PRU ke-13 ini bersama-sama Pakatan Rakyat (PR) dengan matlamat untuk membentuk kerajaan yang dapat menunaikan amanah dengan baik berpandukan petunjuk Allah, dengan menumbangkan Barisan Nasional (BN), seterusnya mendirikan sebuah pemerintahan yang adil dan mendapat keredhaan Allah s.w.t., insyaAllah. Sudah tiba masanya BN diundurkan, kerana tempoh masa terlalu panjang sehingga terdedah banyak kesilapan yang memalukan. Kalau dibiarkan berterusan, menambahkan lagi perkara-perkara yang membebankan rakyat dan membanyakkan dosa-dosa pemimpinnya.
Sejak mencapai kemerdekaan, PRU kali ini adalah peluang terbaik bagi PAS untuk merealisasikan cita-cita murni tersebut. Justeru saya menyeru seluruh ahli-ahli PAS dan pendukung kebenaran supaya bersiap sedia ke arah itu.
Dalam menghadapi PRU ke-13 seluruh ahli-ahli PAS perlu bersedia dari segi rohani dan jasmani, dan juga dari segi dalaman organisasi dan luaran, kerana pertembungan dalam PRU kali ini mungkin yang paling sengit akan kita hadapi.
Marilah kita mengambil iktibar dari peringatan Sayyidina Umar bin al-Khattab r.a. kepada panglima tentera Islam Sa`ad ibn Waqqas r.a. dalam menghadapi tentera Parsi sebelum meletusnya Perang al-Qadisiyyah:
فإني آمرك ومن معك من الأجناد، بتقوى الله على كل حال، فإن تقوى الله أفضل العدة مع العدو، وأقوى المكيدة في الحرب، وآمرك ومن معك أن تكونوا أشد احتراساً من المعاصي منكم من عدوكم، فإن ذنوب الجيش أخوف عليهم من عدوهم، وإنما ينصر المسلمون بمعصية عدوهم لله، ولولا ذلك لم تكن لنا بهم قوة، لأن عددنا ليس كعددهم، ولا عدتنا كعدتهم فإن استوينا في المعصية كان لهم الفضل علينا في القوة
Sesungguhnya aku memerintahkan engkau dan seluruh tentera yang bersamamu agar bertaqwa kepada Allah swt dalam apa jua keadaan. Sesungguhnya Taqwa adalah sebaik-baik persediaan dan strategi yang paling kuat di dalam peperangan. Aku perintahkan engkau dan siapa jua yang bersamamu bahawa kamu mestilah benar-benar berwaspada daripada maksiat yang tercetus dikalangan kamu sendiri, lebih daripada maksiat musuh-musuh kamu. Sesungguhnya dosa yang dilakukan oleh tentera lebih ditakuti ke atas mereka berbanding musuh-musuh mereka. Sesungguhnya orang-orang Islam diberi kemenangan dengan maksiat yang dilakukan oleh musuh mereka kepada Allah swt. Jika tidak demikian, tidaklah kita memiliki kekuatan untuk mengatasi mereka. Kerana bilangan kita tidaklah sama berbanding jumlah bilangan mereka dan persediaan material kita jua tidak lah sama berbanding persediaan material yang mereka miliki. Andai kita juga turut melakukan maksiat sebagaimana mereka melakukan maksiat nescaya mereka lebih kuat dan hebat daripada kita .
2. Kandungan
2.1 Allah menjanjikan kemenangan kepada para pendukung perjuangan Islam sebagaimana Firman Allah s.w.t.:
Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjihad menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga "Adn". Itulah kemenangan yang besar. Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya di-dunia ini) dan sampaikanlah berita yang menggembirakan itu kepada orang-orang yang beriman. (al-Saff: 10 – 13)
Allah s.w.t. akan mengurniakan kemenangan kepada penolong-penolongNya dalam dua bentuk, iaitu kemenangan yang besar (الفوز الغظيم) di akhirat dan kemenangan yang hampir (فتح قريب) di dunia.
Kemenangan akan diperolehi dengan bantuan Allah s.w.t. (نصر من الله) setelah kita mempersiapkan ahli-ahli parti yang beriman dan berakhlak, komited, pimpinan-pimpinan parti yang berilmu, jentera-jentera parti yang tersusun dan strategi-strategi parti yang tepat.
2.2 Menegaskan kembali usaha PAS untuk membangunkan Negara Berkebajikan yang akan memberi keadilan kepada semua manusia dan alam sejagat.
Tiada percanggahan antara usaha membangunkan Negara Berkebajikan dengan dasar perjuangan PAS sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan PAS Perkara 5(1):
"Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah".
Memenuhi ciri-ciri kumpulan Islam yang dinyatakan oleh Firman Allah: (آل عمران)
104. Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang berjaya.
PAS sedia berdailog dengan mana-mana pihak kalangan kumpulan Islam (NGO) yang membuat tuduhan bahawa PAS telah lari dari perjuangan, untuk menerangkan pendirian PAS yang sentiasa beristiqamah.
Membangunkan sebuah Negara Berkebajikan adalah iltizam PAS sejak penubuhannya untuk menyampaikan rahmat (kasih sayang) Allah s.w.t. bukan sahaja kepada manusia, malah kepada seluruh alam sejagat.
PAS menyeru kepada semua pihak memahami takrifan Negara Berkebajikan sebagai yang dikemukakan:
"Kerajaan beramanah yang berpaksikan prinsip-prinsip adil dan ihsan (العدل والإحسان) di dalam seluruh sistem pemerintahan termasuklah pentadbiran, perundangan, kehakiman, politik, ekonomi, sosial dan lain-lain, seterusnya membawa kepada pembinaan sebuah masyarakat yang berlumba-lumba melakukan kebajikan (فاستبقوا الخيرات) dan saling bekerjasama (التعاون) ke arah kejayaan (الفلاح) pemerintah dan rakyat di dunia dan di akhirat."
Allah membuat perbandingan dengan firmannya: (البقرة)
200. Maka di antara manusia ada orang yang berdoa: "Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia", dan tiadalah baginya bahagian (yang menyenangkan) di akhirat.
201. Dan di antara mereka ada orang yang bendoa: "Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka"
Model Negara Berkebajikan yang ingin dibangunkan oleh PAS telah membimbangkan UMNO dan BN, kerana sejak 54 tahun yang lalu melakukan diskriminasi bukan sahaja terhadap kaum-kaum lain, tetapi juga terhadap sesama kaum Melayu dan Bumiputera.
Model Negara Berkebajikan yang bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah ini, diyakini akan memberi keadilan kepada semua manusia tanpa mengira kaum dan agama termasuklah kepada alam sekitar.
2.3 PAS telah bersedia untuk menggantikan UMNO sebagai parti utama masyarakat Melayu-Islam di negara ini.
UMNO sebagai parti yang menjadi teras PERIKATAN dan BN yang telah memerintah negara sejak selepas kemerdekaan semakin terbukti gagal membawa keadilan dan perpaduan yang sebenar kepada seluruh rakyat Malaysia.
Dasar perjuangan sempit UMNO yang berteraskan kebangsaan Melayu seperti yang termaktub dalam Perkara 3 Perlembagaan UMNO bukan sahaja tidak berupaya mengangkat martabat kaum Melayu, bahkan gagal membangunkan peradaban Islam di Malaysia. Bahkan mencalarkan imej Islam yang murni dan mengancam perpaduan rakyat yang berteraskan adil kepada semua .
Dengan semangat kebangsaan Melayu tersebut, UMNO telah membelakang al-Quran dan al-Sunnah yang sepatutnya menjadi teras utama politik Islam. Hukum-hukum Allah dan nilai-nilai peradaban Islam dipinggirkan dalam pemerintahan negara.
Apabila Islam tidak menjadi dasar politik dan pemerintahan, martabat Melayu juga tidak dapat dipertahankan.
UMNO juga bertanggungjawab
- Menghakis kuasa Raja-raja Melayu melalui pindaan Perlembagaan tahun 1983 dan 1993 yang menghakis peranan Raja-raja Melayu sebagai kuasa semak-imbang (check and balance) kepada Legislatif dan Eksekutif.
- Meminggirkan bahasa Melayu dan tulisan Jawi
- Merampas tanah-tanah orang Melayu sehingga Tanah Rizab Melayu berkurangan daripada 3 juta hektar pada tahun 1957 selepas merdeka, menyusut hampir separuh kepada 1.7 juta hektar pada tahun 1995.
- Menggadai tanah Felda Plantation seluas 360,000 yang juga termasuk tanah rezab Melayu untuk dipajakkan dalam proses penyenaraian FGVH sehingga membolehkan pemilikan oleh warga asing.
- Merosakkan sistem Federalisme dengan mendiskriminasikan kerajaan-kerajaan negeri Melayu seperti Kelantan dan Kedah. Antaranya dengan menafikan hak kerajaan Negeri Kelantan dan Terengganu terhadap Royalti Petroleum, serta cuai terhadap Sabah dan Serawak.
Pemerintahan UMNO juga gagal memelihara jatidiri masyarakat Melayu sehingga berlaku keruntuhan akhlak yang semakin membimbangkan. Salah satu petunjuknya, kadar kelahiran anak luar nikah meningkat setiap tahun. Pada tahun 2009, seramai 17,703 anak luar nikah telah didaftarkan.
PAS benar-benar bersedia untuk memimpin perpaduan ummah berdasarkan anjuran al-Quran dan al-Sunnah.
2.4 PR juga telah bersedia untuk menggantikan BN untuk memimpin Malaysia.
Negara Malaysia di ambang keruntuhan apabila tunjang-tunjang utama politik negara semakin runtuh dengan:
- Terhakisnya semangat federalisme.
- Kuasa yang terlalu besar kepada Perdana Menteri selepas hakisan kuasa Raja-raja Melayu.
- Tidak menghayatai sistem pemisahan kuasa, sehingga Institusi Kehakiman tidak lagi berwibawa dan hilang keyakinan.
- Agensi-agensi penting untuk keadilan dan keamanan seperti SPRM, Jabatan Peguam Negara, PDRM dan lain-lain dipaksa tunduk kepada kuasa eksekutif Perdana Menteri.
- Media massa yang dicengkam oleh Kerajaan.
- Pilihanraya yang tidak lagi bersih sehingga kemungkinan untuk berlaku penipuan adalah begitu besar.
- Ketika orang lain mengambil contoh daripada Islam dengan memelihara hak rakyat, BN yang berketuakan Umno menipu dan merasuah rakyat untuk mengekal kuasa dengan apa sahaja.
Masa depan ekonomi Negara juga semakin suram.
- Hutang Negara semakin meningkat sehingga berada di paras RM 430 biilion melebihi 53% KDNK Negara.
- Hutang isu rumah juga semakin meningkat sehingga mencecah RM 577 billion, iaitu 77% dari KDNK, merupakan yang tertinggi di Asia.
- Kos sara hidup rakyat juga semakin tinggi.
- Jurang kekayaan yang semakin melebar antara golongan kaya dan miskin. 40% isi rumah berpendapatan RM 1500 ke bawah, manakala 60% isi rumah berpendapatan RM 3000 ke bawah.
Amalan rasuah dan salahguna kuasa semakin menjadi-jadi sehingga berlaku pembaziran dan ketirisan. Kedudukan Malaysia dalam ranking Indeks Persepsi Rasuah semakin merosot kepada tangga ke-60 tahun 2011 berbanding tangga ke-56 tahun 2010.
Dasar dan polisi yang kerajaan juga tidak dikaji sedalam-dalamnya sehingga berlaku flip-flop dalam membuat keputusan seperti keputusan kerajaan berkaitan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan yang terbaru isu pembelian saham MAS oleh Air Asia.
Begitulah kehancuran boleh berlaku apabila amanah diberikan kepada mereka yang bukan ahlinya.
فإذا ضيعت الأمانة فانتظر الساعة
2.5 Roadmap ke Putrajaya
PAS menyertai PRU ke-13 dengan tujuan untuk mencapai kemenangan. Sehubungan dengan itu, PAS dan PR mesti memperkukuhkan penguasaan kerusi kita di Semenanjung Malaysia di samping melipat-gandakan penguasaan di Sabah dan Sarawak.
PR perlu memenangi sehingga sekurang-kurangnya 100 kerusi parlimen dari 165 kerusi di Semenanjung Malaysia. Untuk mencapai jumlah tersebut PAS perlu:
- Mengekalkan semua kerusi parlimen yang dimenangi pada PRU ke-12 2008
- Menambah lebih banyak kerusi di Terengganu, Perak dan Selangor berbanding PRU ke-12 2008.
- Memenangi sekurang-kurangnya satu kerusi Parlimen di Perlis, Pulau Pinang, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
PAS mesti berusaha bersama PR untuk mempertahankan kemenangan di negeri-negeri yang sedia di perintah oleh PR iaitu Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.
PAS mesti berusaha bersama PR untuk memenangi semula negeri Perak dan Terengganu di samping berusaha menawan negeri Perlis.
PAS mesti berusaha bersama PR untuk melemahkan penguasaan UMNO dan BN di kubu mereka, Johor, Melaka, Pahang dan Negeri Sembilan.
PAS juga mestilah bersedia menerima dan mengalu-alukan penyertaan golongan al-mala' yang ingin menegakkan Islam bersama PAS, antaranya seperti golongan penjawat awam, kelompok budayawan, artis dalam berbagai bidang, pemimpin masyarakat dan pentadbiran kerajaan dan sebagainya.
PAS mesti memberi tumpuan untuk menambah sokongan pengundi-pengundi Melayu sehingga menambah secara purata 3 - 4 % dengan langkah-langkah berikut:
- Meyakinkan masyarakat Melayu bahawa PAS benar-benar bersedia untuk memimpin Negara dan akan martabat martabat masyarakat Melayu dengan mendaulatkan Islam.
- Menyedarkan masyarakat Melayu dengan isu-isu yang mereka mempunyai kepentingan langsung seperti isu FELDA, pengambilan dan rampasan tanah, majoriti masyarakat Melayu yang terpinggir dan salah urus wang zakat.
- Menjadikan masyarakat Melayu bandar dan golongan Melayu kelas pertengahan sebagai agen perubah penting kepada pengundi-pengundi Melayu luar Bandar. Kesempatan bulan Ramadan dan Eidul Fitri perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk tujuan tersebut.
- Mendekati golongan-golongan yang berpengaruh besar dari kalangan pengundi-pengundi Melayu seperti penjawat awam dan pertubuhan masyarakat sivil.
PAS melalui Dewan Pemuda perlu memberi tumpuan yang besar kepada pengundi-pengundi Muda yang sebahagian besar mereka berada di bandar-bandar.
PAS melalui Dewan Muslimat perlu mengekang dan mengurangkan sokongan kaum wanita kepada BN dan juga mendekati dengan berakhlak penggerak-penggerak KEMAS yang sebahagian besarnya dari kalangan kaum wanita.
PAS melalui Dewan Ulama perlu mendekati golongan agamawan dan NGO-NGO Islam untuk meyakinkan mereka bahawa PR bersedia memikul amanah ke arah pemerintahan yang adil dan ihsan.
PAS melalui Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) akan terus mendekati para pengundi bukan Islam untuk meyakinkan mereka dengan slogan "PAS for All".
Semua ahli-ahli PAS mesti mendekati para pegawai kerajaan termasuk ahli-ahli pasukan keselamatan seperti anggota tentera, polis dan RELA di samping penyokong-penyokong UMNO dengan akhlak yang terpuji supaya mereka beralih menyokong perjuangan Islam yang dipelopori oleh PAS. Sekiranya PAS dan PR diberi kepercayaan memimpin Malaysia kesemua mereka akan dilayan sama adil sebagaimana tuntutan Islam, dan seperti yang dipelajari dari Sirah Rasulullah s.a.w. tidak akan wujud gejala membalas dendam terhadap mana-mana pihak.
Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan melaksanakan tugas masing-masing) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan). (Ali Imran: 200)
Berdasarkan ayat di atas seluruh ahli PAS perlu mempersiapkan diri dengan kesabaran yang tinggi dalam menghadapi PRU ke-13 yang merupakan pertembungan yang paling sengit.
Para petugas PAS perlu mempertingkatkan akhlak kita dalam menghadapi pertembungan sengit ini walaupun menghadapi provokasi yang melampau daripada pihak lawan.
Usaha yang bersungguh-sungguh perlu dilakukan untuk memperkukuhkan jentera parti daripada peringkat pusat sehingga ke peringkat cawangan dengan mengelakkan khilaf yang tidak perlu dan mengutama semangat syura dalam membuat keputusan di setiap peringkat.
Mempereratkan hubungan dengan Allah s.w.t. dengan terus bermunajat dan bertawakkal kepadaNya bagi memenuhi ciri-ciri golongan yang mendapat pertolongan Allah.
3. Penutup
Saya menyeru semua ahli-ahli PAS menjadikan gerakkerja dalam PRU ke-13 sebagai sebahagian dari jihad dan ibadah dengan membetulkan niat kita , melaksanakan tugas dengan Istiqamah dan Iltizam , semata-mata mencapai keredhaan Allah.
ALOR SETAR, 1 Jun:Mudah sahaja nak sebut menuju ke Putrajaya, tapi jalannya penuh liku, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
Beliau berkata demikian dalam ucapan ringkas sebelum melancarkan derma kilat untuk dana pilihan raya di Himpunan Hijau Ke Putrajaya, di Kompleks PAS Kota Sarang Semut, dekat sini hari ini.
"Kita nak lalu lebuh raya supaya cepat sampai di Putrajaya. Untuk buat lebuh raya, semak samun perlu ditebas," kata beliau di hadapan kira-kira 2,000 ahli yang hadir.
PAS menangguhkan muktamar tahunannya dan digantikan dengan himpunan ini bagi memberi fokus kepada pilihan raya umum ke-13 yang akan berlangsung pada bila-bila masa sahaja.
Mohamad berkata, bagi menawan Putrajaya, PAS memerlukan dana yang banyak bagi memperkemas gerak kerja pilihan raya di peringkat pusat.
"PAS memerlukan dana yang banyak jadi saya harap banyak dana dapat dikumpulkan hari ini.
"Wang bukan segala-galanya tapi segala-galanya perlukan wang," katanya lagi.
Himpunan pagi tadi diisi dengan ucapan ketua-ketua Dewan Ulamak, Pemuda, Muslimat dan Himpunan Penyokong PAS dan dilengkapi dengan amanat Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Petang ini pula program akan diteruskan di Stadium Darul Aman dengan kuliah Ustaz Azhar Idrus, pidato anak muda dan sketsa dari selebriti Bob Lokman.
Malam ini pula akan diisi dengan acara kemuncak iaitu munajat perdana dan ceramah pimpinan utama.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjangkakan, perdana menteri akan mengadakan pilihan raya umum ke-13 pada September depan ketika musim haji bagi memastikan kejayaan BN.
Tindakan itu didakwa diambil ekoran banyak penyokong PAS akan mengerjakan haji pada masa itu, kata Abdul Hadi.
Anggota parlimen Marang itu berkata, Umno sebagai parti tunjang BN akan menggunakan pelbagai kaedah untuk mengelakkan isu sebenar berhubung membersihkan sistem pilihan raya sebelum pengundian.
Abdul Hadi berkata demikian dalam sidang media selepas program "Munajat dan Himpunan Hijau ke Putrajaya" di ibu pejabat PAS Kedah di Kota Darul Aman hari ini.
Pemuda PKR (AMK) Perlis memberi tempoh selama tujuh hari - bermula semalam - kepada Menteri Besar Datuk Seri Md Isa Sabu untuk menjawab cabaran debat bertajuk "Perlis Maju 2015: Realiti atau Fantasi".
Mereka mencadangkan kepada menteri besar itu untuk berdebat dengan Pengerusi PKR Perlis Mohammad Faisol Abd Rahman dengan dipersetujui bersama mengenai masa, tarikh, tempat dan moderator bagi majlis itu.
Surat jemputan debat tersebut diserahkan oleh Ketua AMK Perlis Ammar Gazali kepada Md Isa yang diterima oleh setiausaha akhbarnya Jamsari Jamaluddin di Kompleks DUN Perlis semalam.
"Pihak AMK Perlis melihat debat ilmiah ini memberi ruang yang luas untuk YAB Datuk Seri menjelaskan kepada rakyat Perlis terutamanya golongan muda tentang dasar dan polisi kerajaan negeri berkaitan gagasan Perlis Maju 2015," surat jemputan itu dipetik.
Turut bersama Ammar beberapa kepimpinan AMK negeri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan