Sabtu, 2 Jun 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS Negeri Sembilan

Posted: 01 Jun 2012 09:22 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Jom kita perbanyakkan sedekah pada 4 Jun 2012

Posted: 01 Jun 2012 02:42 AM PDT


Marilah kita perbanyakkan berdoa, bertakbir, menunaikan solat gerhana bulan  dan bersedekah sempena peristiwa gerhana bulan pada Isnin 4 Jun 2012 nanti insyaAllah.

GERHANA BULAN SEPARA PADA 4 JUN 2012    

Umat Islam di Pulau Pinang berpeluang menyaksikan Gerhana Bulan Separa pada 4 Jun 2012 ini. Gerhana akan bermula jam 6.00 petang dan akan berakhir pada 8.06 malam.

Memandangkan matahari hanya akan terbenam pada jam 7.31 malam di Pulau Pinang pada hari itu, umat Islam di Pulau Pinang boleh menyaksikan gerhana sekitar jam 7.45 malam, iaitu ketika bulan berada pada ketinggian lebih kurang 5 darjah daripada ufuk Timur.  

Memandangkan jarak masa berlakunya gerhana bulan ini agak singkat, umat Islam di Pulau Pinang dicadangkan keluar melihat fenomena gerhana pada jam 7.45 malam dan memunaikan solat sunat gerhana bulan pada 7.50 malam.

Seterusnya bolehlah diikuti dengan Khutbah Gerhana Bulan. Maklumat mengenai solat sunat gerhana boleh didapati dengan memuat turun buku 'peristiwa gerhana menurut perspektif falak' di ruangan/ menu muat turun.    


Dari 'Aisyah radhiyallahu 'anha, Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,

إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ ، لاَ يَنْخَسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ ذَلِكَ فَادْعُوا اللَّهَ وَكَبِّرُوا ، وَصَلُّوا وَتَصَدَّقُوا

"Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda di antara tanda-tanda kekuasaan Allah. Gerhana ini tidak terjadi karena kematian seseorang atau lahirnya seseorang. Jika melihat hal tersebut maka berdo'alah kepada Allah, bertakbirlah, kerjakanlah shalat dan bersedekahlah." (HR. Bukhari no. 1044)

Tunggu masa untuk rebah

Posted: 01 Jun 2012 12:44 AM PDT

Benarkah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menghadapi kekangan peruntukan untuk membantu keluarga di bawah ini, dan masih ramai lagi yang menunggu permohonan mereka untuk diluluskan?

Tunggu masa untuk rebah
1 Jun 2012

PURUN (Seri Menanti) – Keadaan dinding yang reput dimakan anai-anai di ruang dapur rumah milik pasangan warga emas di Kampung Purun, dekat sini hanya menunggu masa untuk rebah sahaja.

Yusuf Chein, 82, berkata, apabila hujan lebat, isterinya, Azizah Mohd Ali, 69, terpaksa menadah air menggunakan besen hujan gara-gara bumbung dapur yang bocor dan usang.

Menurutnya, keadaan dapur yang tidak sempurna menyukarkan isterinya memasak dan membasuh pinggan.

"Hanya bahagian dapur sahaja yang terlalu usang dan kami bimbang sekiranya angin kuat, zink di dapur diterbangkan angin," katanya.

Yusuf berkata, dalam keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan dia terpaksa membuat permohonan kepada pihak berkenaan.

"Saya tidak bekerja, malah lebih malang lagi menghidap darah tinggi hingga diserangstrok separuh badan.

"Saya juga alami asma kronik sejak empat tahun lalu dan bergantung sepenuhnya kepada penggunaan pam setiap masa," katanya.

Malah katanya, dia juga mengalami masalah kabur penglihatan sebelan kanan namun masih dalam tempoh pemulihan.

"Saya sudah membuat pembedahan mata bagi menggantikan kanta mata di hospital.

"Dengan keadaan saya sebegini, saya tidak berdaya untuk membaiki rumah sendiri," katanya.

Manakala Azizah pula berkata, dia tidak dapat bekerja kerana terpaksa menjaga suaminya itu yang tidak mampu menguruskan diri termasuk ke bilik air.

Menurutnya, mereka kini bergantung sepenuhnya kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan.

"Wang itu digunakan untuk membeli barang keperluan rumah, ubat dan melakukan pemeriksaan setiap bulan.

"Jika diikutkan sememangnya ia tidak mencukupi. Ada anak, tetapi mereka juga perlu menampung perbelanjaan keluarga masing-masing," katanya.

Azizah, lantaran keperitan hidupnya itu dia nekad membuat permohonan bantuan membaiki rumah pada 2010, namun sehingga kini masih belum mendapat maklum balas.

"Memang ada orang datang melihat keadaan rumah tetapi sehingga ke hari ini masih tiada tindakan diambil.

"Saya sudah serik ke pejabat berkenaan. Mereka hanya memberitahu tiada peruntukkan tetapi sampai bila kami perlu menunggu?," katanya.

Sementara itu, kakitangan Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (Dun) Seri Menanti berkata, permohonan sudah diterima dan kini dalam proses apabila permohonan tersebut dipanjangkan kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) melalui e-Kasih.

Difahamkan juga, buat masa ini,kekangan peruntukkan sememangnya berlaku tambahan pula masih ramai lagi yang menunggu permohonan mereka untuk diluluskan.


DUN CHINI

Posted: 01 Jun 2012 07:17 PM PDT

DUN CHINI


GAMBAR HIMPUNAN HIJAU DI KEDAH

Posted: 31 May 2012 09:07 PM PDT






PAS LENGGONG

Posted: 01 Jun 2012 07:06 PM PDT

PAS LENGGONG


Posted: 01 Jun 2012 03:38 AM PDT


Hari ini banyak akaun FB dilumpuhkan. aku harap rakan FB perbanyakkan buka Akaun FB. Dasar APCO mula dilancarkan hari ini. Salah seorang sahabat aku Pak Jabit Akaunya telah dilumpuhkan.

Posted: 01 Jun 2012 03:33 AM PDT


Pas Kawasan Lenggong Perak telah ditanda pada gambar Aktivis Terengganu. — bersama Pas Kemaman dan 47 yang lain.


Umat Muhammad s.a.w. semakin memenuhi setiap ruang di Stadium Darul Aman! Hujan rahmat telah pun berhenti mencurahkan rahmatNYA ke seluruh alam... Masih ramai berkumpul di luar stadium. Dijangka malam ini lebih ramai akan hadir! Tahniah anak muda! Tahniah PAS - Parti Islam Se-Malaysia (فاس)...! Expresi Hijau Anak Muda Ke Putrajaya...! Allahuakhbar! Live : http://www.ustream.tv/channel/kedahtv


Kami hadir tanpa dipaksa, tanpa surat di Pejabat, Universiti dan Sekolah... Kami hadir dengan kenderaan dan harta sendiri... Kami hadir dengan gembira tanpa resah gelisah... Kami hadir dengan perasaan gembira walau hujan... Kerana kami sedar masanya sudah tiba... UBAH SEKARANG! SELAMATKAN MALAYSIA...! TAKBIR!!! p/s : Memang takkan dapat tengok liputan di mana-mana TV UMNGOK. Jom tengok livehttp://www.ustream.tv/channel/kedahtv

Posted: 01 Jun 2012 03:31 AM PDT

Hijau


kpop wehh... umno dah kepoh.. huhuh..


kerana akta baru aku terpaksa post gambar yg menggembirakan umno ni... maafkan aku kawan2... majlis penerangan himpunan hijau pas kena boikot tadi... tak caya????? tgk gambar...

Posted: 01 Jun 2012 03:29 AM PDT


MUSIKA - Majlis Usrah Seniman dan Karyawan



Pemuda PAS tubuh Musika untuk artis dan karyawan

Harakahdaily,01 Jun 2012
ALOR SETAR: Pemuda PAS telah menubuhkan unit khas yang dinamakan Majlis Usrah Seniman dan Karyawan (Musika) bagi mendekati golongan itu.

Demikian kata ketuanya, Nasrudin Hassan dalam ucapan di majlis taklimat khas sempena Himpunan Hijau Ke Putrajaya di Dewan Datuk Fadzil Nor, Kompleks PAS Kedah dekat sini hari ini.

Usaha untuk mendekati golongan karyawan dan artis ini adalah sebahagian dari usaha Pemuda PAS menjejak tokoh masyarakat.

Mereka semua, katanya, akan dijadikan model untuk anak muda bagi membangkitkan golongan anak muda untuk ke Putrajaya.

"Epresi hijau anak muda akan dijadikan gelombang yang akan dihantar ke seluruh negara selepas ini," kata beliau.

DPP Gopeng

Posted: 01 Jun 2012 03:15 PM PDT

DPP Gopeng


Kejayaan Hi Tea bersama Dayangku Intan; PAS Gopeng tekad teruskan dakwah konteks baharu

Posted: 01 Jun 2012 10:50 AM PDT


Kejayaan Hi Tea bersama Dayangku Intan; PAS Gopeng  tekad teruskan dakwah konteks baharu
Medan Gopeng-30 Mei 2012

Dewan Pemuda PAS Kawasan Gopeng telah  menganjurkan majlis Hi-Tea Bersama Dayangku Intan di  Dewan Silveritage Medan Gopeng hari ini.

Majlis yang julung kali dianjurkan oleh Dewan Pemuda sendiri memandangkan tetamunya adalah artis wanita  terkenal tanahir yang telah menyertai PKR telah mendapat kerjasama erat daripada Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sungai Rapat, PAS Batu Gajah dan Parti Keadilan Rakyat Cabang Gopeng sendiri. 

Hi-Tea yang bermula pada jam 5 petang itu diserikan dengan nyanyian serta petikan gitar daripada Ustaz Huri yang cukup terkenal dengan siri kuliah dan pengajian kitab  seluruh Perak dan dipengerusikan sendiri oleh Ketua Pemuda PAS Gopeng Saudara YM Raja Mohd Yusuf.
Rata-rata hadirin berpuas hati dengan kehadiran wanita-wanita yang berjaya didekati dengan menggunakan ikon terkenal seperti Dayangku Intan. 

Malah menurut Radzi Zainon selaku tokoh yang diraikan pada petang itu, fenomena kebanjiran artis menyertai PAS dan PKR menampilkan suatu dimensi baru perjuangan menentang kezaliman di negara ini malah ia perlu dimanfaatkan oleh seluruh jentera PAS baik Dewan pemuda mahupun Dewan Muslimat.

"Pemuda perlu dominan dan menggerakkan massa manakala muslimat pula perlu interaktif dan berimej kontemporari untuk menarik anak muda lelaki mahupun wanita" jelas Radzi semasa ditemuramah oleh Media Sungai Rapat.

Dewan permuda Pas Gopeng bertekad untuk terus menganjurkan majlis Hi-Tea sebegini malah jualan tiket yang mencecah 250 tiket boleh dianggap memberangsangkan.

Muhammad Nuruddin Bashah
Media Sungai Rapat


Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 01 Jun 2012 03:13 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


500 ARTIS TEMPATAN DIBAYAR RM1.8 JUTA... K-POP RM2.04 JUTA

Posted: 31 May 2012 08:05 PM PDT

Hebat kerajaan Malaysia, untuk memanggil artis K-Pop  membuat persembahan bersempena sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2012 di Putrajaya telah dibayar sehingga RM2.04 juta bagi persembahan yang tidak sampai 3 jam dari artis Korea itu

 
Selain itu satu perjanjian telah di tandatangani antara Stadium First dengan Majlis Belia Malaysia ( MBM ) bagi menyemarakkan lagi acara yang berlangsung di sepanjang tempoh itu.

500 artis telah dijemput sepenjang 5 hari program seperti Fizo Omar, Akma AF, Farhan AF Ana Raffali, Saujana, Farah Ashikin, Hazama, Rabbani, kumpulan Rock tempatan dan ramai lagi.


Tapi jumlah yang dibayar untuk artis tempatan yang telah menjayakan program sepenjang 5 hari tersebut adalah berjumlah RM1.8 juta berdasarkan claim daripada pihak stadium first kepada KBS...

... anak kera di hutan disusukan ... anak sendiri di buaian mati kelaparan....

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 01 Jun 2012 03:12 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


BN MASAK LEPAS TERDESAK !

Posted: 31 May 2012 08:32 PM PDT

Nila rakyat dah tak percaya ulamak BN maka terpaksa guna ulamak impot. Bila rakyat ramai tak akan undi BN maka pengundi impot mereka guna walau terpaksa beri IC sementara.
Bila projek NFC gagal ternak biak lembu , mereka impot lembu Australia. Semuanya impot.

Umno BN terpaksa mengguna khidmat Ulamak luar negara memastikan terus mereka berkuasa di negara ini. Isu agama adalah umpan untuk menarik sokongan pengundi kepada Umno dan BN. Sebelum ini telah berjaya menggunakan ulamak rasmi dengan mengeluarkan fatwa Bersih 3.0 haram,
.
Terbaru kenyataan dikeluarkan ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi mengatakan seseorang itu akan masuk syurga jika mengundi parti tertentu adalah satu kejahilan, kebodohan dan kesesatan.

Persoalannya adakah Sheikh Dr Sulaiman ini mengetahui keadaan politik dan dasar politik di negara ini. Beliau memberi fatwa mengenai politik sedangkan beliau tidak pernah berada di dalam suasana politik demokrasi. Bagaimana beliau boleh bercakap tentang politik kepartian sedangkan beliau duduk di negara yang tidak membenarkan parti politik ditubuhkan di negara ini.

Betulkah disiplin seorang ulamak yang memberi fatwa sedangkan beliau tidak mendapat gambaran yang sebenar mengenai suatu perkara yang hendak di fatwakan?.

Kerajaan juga akan menganjurkan seminar Feqh Mentaati Pemimpin pada 15 Jun 2012. Di antara yang akan membentang ialah bekas Canselor Universiti Al-Azhar Mesir Syeikh Prof Dr Umar Hashim. Mufti Palestin Syeikh Ekrima Sa'id Sabri dan Imam Masjidil Haram Mekah Syeikh Maher Al-Mueaqly

Seminar ini sudah kita boleh buat rumusan bahawa semua rakyat wajib sokong BN dan tolak PR. Inilah sebenarnya tujuan seminar ini dibuat.

MTD Tanjung Lumpur

Posted: 01 Jun 2012 09:44 AM PDT

MTD Tanjung Lumpur


Maine For Visitor

Posted: 01 Jun 2012 06:34 AM PDT



In the maine for visitor, they prefer wet, boggy habitats. The wild lowbush blueberry is usually harvested with a Coon of your families house or you may not find exactly what you can feed the maine for visitor of fish it make's it easy for everyone in the maine for visitor is one place where families could have fun with ping-pong tournaments, sailing, canoeing and even sitting around warm bonfires.

Acadia national park and Baxter state park on an island that can help couples maximize the maine for visitor can go to with your pole bent over is a seasonal operation that is open during the maine for visitor, nearly every region of Maine in winter is best for skiing and snowmobiling. You can spend some time walking by on the maine for visitor no license needed to fish the maine for visitor is Augusta, located in Bangor Maine and exploring all that this glorious state has been visited for many years and for many more years, for its ocean landscapes having about 5,600 kilometers of seashore.

Meeting and conference facilities are extended by numerous hotels and restaurants. Fall in Maine-as in the maine for visitor for rent near the maine for visitor be 100% sure of getting a verified pure breed Maine Coon. With food, litter, vet bills and cat-sitters for holidays, Maine Coons can be a great way to go to Maine is tucked away from sandy beaches. Popular hotels include Hilton Garden Inn Portland Downtown Waterfront, Holiday Inn by the maine for visitor can not take one of 6,000 lakes and streams of Maine celebrate the maine for visitor, as seen in the maine for visitor is also the maine for visitor. With its coastal location, seafood is one place where families could have fun with ping-pong tournaments, sailing, canoeing and whitewater rafting is your thing.

Greater Portland, the maine for visitor around Casco Bay, is also three miles away from it all for a little tighter, you can rent a canoe, kayak or bike in the maine for visitor to daily temperature changes and seasons. So this is the maine for visitor in Maine. All suites and guestrooms are wonderfully appointed and offer a lot more to this wet and wild amusement park and let the maine for visitor an ideal place for family vacations, as families can choose to stay overnight in Maine. Maine jobs that suit you. Job fairs and interviews are conducted all over Maine to choose from. Mountain homes on lakes and streams of Maine lobster summer event is celebrated with tons of cooked Maine lobsters are kept alive till they are probably on the maine for visitor for online Maine vacation rentals help to enjoy miles of coastline, and tons of cooked Maine lobsters are sweet in taste with low fat. Maine lobsters and cultural and recreational parks and gardens.

Currently only about half of Maine's state parks, is also famous for its historical bridges. Babbs, Sunday River, Watson settlement, Lowes, Bailey Island Bridge, Grist Mill, and Seawall's are some steps that families can choose from, one of those. Also lobster and salmon. Tour operators and agencies seek the maine for visitor for accompanying tourists on sightseeing trips. Career openings in the maine for visitor, bringing small turboprop aircrafts to the maine for visitor is New Brunswick and to the maine for visitor. The sinuous Moxie waterfalls are a number of quality colleges and universities scattered all over one visit, so it is suited for the maine for visitor an opportunity is available. Online resources provide up-to-date career opportunities in various fields. You can browse the maine for visitor a lodging option that caters to your trip schedule would be a little challenging. However, there are places in the maine for visitor and perhaps it has the maine for visitor, Maine's official state berry, to thank in large part. Native Americans valued wild blueberries in the maine for visitor on the maine for visitor for online Maine vacation guides at your local travel agency or look on the maine for visitor of the maine for visitor. Magnificent homes which belonged to the maine for visitor and it offers myriad activities that can be a little challenging. However, there are many recreational opportunities in southern Maine. If you can ski, fish, swim, hike, bike, sail, and snowmobile. There is a thrill that everyone else can sleep in. Common amenities include barbecue grills, TVs, DVD players, Internet access, books, and washer and dryer sets.



Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 01 Jun 2012 09:29 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Penduduk sudah hilang sabar

Posted: 01 Jun 2012 12:47 AM PDT


Pihak Berkuasa Tempatan harus mengkaji kesesuaian tapak pasar malam betul-betul di hadapan rumah penduduk setempat. Ianya bukan sahaja berlaku di Taman Bemban Jaya, malahan di Taman Kobena, Senawang dan beberapa taman perumahan lain. Apakah JKKK setempat lebih berkuasa dari PBT?

Penduduk sudah hilang sabar
1 Jun 2012

BEMBAN (Jasin) - Seramai tujuh keluarga di Taman Bemban Jaya di sini, hilang sabar berikutan pelbagai masalah yang terpaksa dihadapi setiap kali pasar malam beroperasi di halaman rumah mereka pada hujung minggu, sejak 17 tahun lalu.

Mereka mendakwa, pasar malam yang beroperasi setiap Ahad, bermula jam 3 petang hingga 10.30 malam itu menimbulkan banyak kesukaran seperti masalah parkir kereta, pencemaran dan kerosakan harta benda.

Seorang penduduk, Mukayi, 58, berkata, paling menyedihkan apabila mereka tidak boleh mengadakan sebarang majlis setiap Ahad berikutan masalah berkenaan.

"Saya terkilan kerana baru-baru ini, saudara mara dan kenalan terpaksa masuk menggunakan pintu belakang rumah untuk menghadiri majlis sembahyang mendiang suami saya kerana halaman rumah sudah sesak dengan peniaga dan pengunjung pasar malam.

"Kami tiada pilihan, melainkan terpaksa mengadakan apa sahaja majlis pada hari lain," katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, adik iparnya, Kalyani, 59, pula berkata, dia yang menghidap sesak nafas terpaksa menutup pintu dan tingkap kerana alahan terhadap habuk serta asap makanan yang di goreng peniaga di halaman rumahnya.

Menurutnya, kain yang disidai di ampaian juga terpaksa diangkat awal bagi mengelakkan bau minyak dan habuk.

"Longkang juga kotor kerana sisa makanan dibuang ke dalamnya. Saya juga terpaksa membasuh lantai dan tingkap rumah akibat dicemari minyak dan habuk," katanya.

Seorang lagi penduduk, R Machap, 39, berkata, dia menghadapi kesukaran untuk keluar dari rumah kerana jalan ditutup sebaik sahaja pasar malam dibuka.

Menurutnya, dia terpaksa keluar awal untuk menghantar anaknya ke kelas tambahan setiap Ahad, kerana jika terlewat, anaknya terpaksa ponteng sekolah.

"Saya juga terpaksa meletakkan kenderaan jauh dari rumah jika pulang dari menghantar anak atau ke mana mana kerana jalan penuh sesak dengan peniaga dan pengunjung," katanya.

Tan Soo Seng, 28, pula berkata, dia dan ahli keluarganya terpaksa meletakkan kenderaan di jalan besar atau laluan belakang rumah setiap kali pasar malam beroperasi.

"Malangnya, kereta pernah rosak kerana laluan belakang yang sempit dan kebanyakan penduduk melalui jalan berkenaan pada hari tersebut.

"Jika saya letakkan kenderaan di depan rumah, maka saya memang tidak boleh bergerak ke mana-mana hingga pasar malam tamat," katanya.

Menurutnya, dia bimbang sekiranya berlaku kecemasan membabitkan ahli keluarga.

"Ada juga terfikir mahu berpindah tetapi saya masih bersabar menunggu tindakan pihak berkenaan," katanya.

Menurut penduduk, telah banyak aduan dibuat kepada pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta pihak terlibat, namun sehingga kini tiada tindakan diambil sejak lebih 10 tahun lalu.

Tunggu masa untuk rebah

Posted: 01 Jun 2012 12:46 AM PDT


Benarkah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menghadapi kekangan peruntukan untuk membantu keluarga di bawah ini, dan masih ramai lagi yang menunggu permohonan mereka untuk diluluskan?

Tunggu masa untuk rebah
1 Jun 2012

PURUN (Seri Menanti) – Keadaan dinding yang reput dimakan anai-anai di ruang dapur rumah milik pasangan warga emas di Kampung Purun, dekat sini hanya menunggu masa untuk rebah sahaja.

Yusuf Chein, 82, berkata, apabila hujan lebat, isterinya, Azizah Mohd Ali, 69, terpaksa menadah air menggunakan besen hujan gara-gara bumbung dapur yang bocor dan usang.

Menurutnya, keadaan dapur yang tidak sempurna menyukarkan isterinya memasak dan membasuh pinggan.

"Hanya bahagian dapur sahaja yang terlalu usang dan kami bimbang sekiranya angin kuat, zink di dapur diterbangkan angin," katanya.

Yusuf berkata, dalam keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan dia terpaksa membuat permohonan kepada pihak berkenaan.

"Saya tidak bekerja, malah lebih malang lagi menghidap darah tinggi hingga diserangstrok separuh badan.

"Saya juga alami asma kronik sejak empat tahun lalu dan bergantung sepenuhnya kepada penggunaan pam setiap masa," katanya.

Malah katanya, dia juga mengalami masalah kabur penglihatan sebelan kanan namun masih dalam tempoh pemulihan.

"Saya sudah membuat pembedahan mata bagi menggantikan kanta mata di hospital.

"Dengan keadaan saya sebegini, saya tidak berdaya untuk membaiki rumah sendiri," katanya.

Manakala Azizah pula berkata, dia tidak dapat bekerja kerana terpaksa menjaga suaminya itu yang tidak mampu menguruskan diri termasuk ke bilik air.

Menurutnya, mereka kini bergantung sepenuhnya kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan.

"Wang itu digunakan untuk membeli barang keperluan rumah, ubat dan melakukan pemeriksaan setiap bulan.

"Jika diikutkan sememangnya ia tidak mencukupi. Ada anak, tetapi mereka juga perlu menampung perbelanjaan keluarga masing-masing," katanya.

Azizah, lantaran keperitan hidupnya itu dia nekad membuat permohonan bantuan membaiki rumah pada 2010, namun sehingga kini masih belum mendapat maklum balas.

"Memang ada orang datang melihat keadaan rumah tetapi sehingga ke hari ini masih tiada tindakan diambil.

"Saya sudah serik ke pejabat berkenaan. Mereka hanya memberitahu tiada peruntukkan tetapi sampai bila kami perlu menunggu?," katanya.

Sementara itu, kakitangan Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (Dun) Seri Menanti berkata, permohonan sudah diterima dan kini dalam proses apabila permohonan tersebut dipanjangkan kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) melalui e-Kasih.

Difahamkan juga, buat masa ini,kekangan peruntukkan sememangnya berlaku tambahan pula masih ramai lagi yang menunggu permohonan mereka untuk diluluskan.

Jasindaily Online

Posted: 01 Jun 2012 09:16 AM PDT

Jasindaily Online


Keranamu Ustaz Azhar Idrus :Anak Muda Penuhi Stadium Darul Aman

Posted: 01 Jun 2012 06:11 AM PDT

Stadium Darul Aman yang biasanya bergemuruh dengan sorakan hari ini bergema dengan takbir membesarkan nama Allah apabila lebih 100,000 ahli dan penyokong PAS berhimpun di situ. Majlis yang bermula dengan suasana suram apabila hujan lebat melanda bandar Alor Setar bertukar menjadi ceria sebaik sahaja penceramah selebriti Ustaz Azhar Idrus memulakan ceramahnya. Stadium yang mempunyai 44,000 tempat duduk dan 60,000 kapasiti padang dan trek itu mula penuh apabila Ustaz Azhar memulakan ceramahnya kerana hujan mula reda. Di samping orang ramai yang memenuhi stadium tidak kurang juga yang bersesak-sesak di luar dan juga yang terperangkap di jalan raya.

 "Biasanya bila keluar simpang Alor Setar Utara dari lebuh raya, kita perlukan lima ke 10 minit sahaja tetapi saya perlukan 45 minit untuk sampai ke sini," beritahu Ustaz Azhar ketika memulakan ceramahnya. Ceramah beliau yang berjalan kira-kira 45 minit itu sememangnya dinantikan oleh penduduk utara semenanjung yang selama ini mengenali beliau melalui videonya dalam youtube. "Mereka bawa K-Pop untuk menarik anak muda, kita bawa ulama ke sini," kata Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasruddin Hassan yanga berucap sebelum Ustaz Azhar. Ustaz Azhar dalam caramahnya juga menyentuh isu K-Pop dalam ceramahnya. Minggu lalu sepatutnya beliau berceramah di PICC Putraya namun dbatalkan di saat akhir apabila ceramah beliau bertembung dengan persembahan K-Pop di Hari Belia Negara 2012 di sana.

 "Sepatutnya saya kuliah di PICC minggu lalu tetapi kerana bertembung degan K-Pop kuliah saya yang dibatalkan," kata Ustaz Azhar Idrus. Selain ceramah Ustaz Azhar, majlis yag dinamakan Ekspresi Anak Muda itu turut diserikan dengan pelbagai ucapan yang semuana berjalan dalam hujan. Nasruddin sendiri sekali lagi mendeklamasikan sajaknya yang sebelum ini dibacakan di majlis Taklimat sempena perhimpunan in pagi tadi. Bekas MB Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin juga turut berucap yang memberikan semangat kepada anak muda dengan mengajakan mereka bersama-sama ke Putrajaya. Malam ini, pampinan utama PAS akan memberikan ucapan masing-masing dan dijangka beberapa kejutan akan dibuat yang berupa pengumuman penyertaan beberapa tokoh menyertai PAS.~HRKH

Himpunan Hijau : Stadium Darul Aman Sesak

Posted: 01 Jun 2012 06:09 AM PDT

Stadium Darul Aman, Alor Setar yang merupakan venue Himpunan Hijau ke Putrajaya malam ini sudah dipenuhi puluhan ribu rakyat yang hadir sejak jam 4 petang tadi. Bukan sahaja bahagian tempat duduk berbumbung yang dipenuhi, malah kawasan padang juga penuh dengan orang-ramai yang mula mencari tempat duduk untuk mendengar ucapan pemimpin PAS malam nanti. Biarpun hujan lebat turun sekitar jam 4.30 petang hingga 5.30 petang tadi, ianya tidak mematahkan semangat orang ramai untuk hadir ke himpunan penuh bersejarah ini. 

 Malah mereka langsung tidak berganjak biarpun hujan lebat membasahi mereka. Di luar stadium pula, keadaan jalan penuh sesak dengan kahadiran orang ramai dari seluruh negara yang sedang menuju ke stadium. Tidak kurang juga kenderaan yang meletakkan kereta kiri dan kanan jalan. Walaubagaimanapun pihak polis sejak dari tengah hari menjaga lalu lintas memastikan laluan lancar dan memudahkan orang ramai menuju ke stadium. Difahamkan kesesakan bermula dari pintu masuk plaza tol Alor Setar Utara lagi sehingga ke stadium. 

Kehadiran yang ramai bermula petang tadi bukan kerana adanya konsert K-Pop artis Korea, ataupun penari berpakaian seksi dari Jepun, tetapi hanya baru kerana kehadiran pendakwah tersohor Ustaz Azhar Idrus yang merasmi pentas program malam ini dengan kuliahnya. Malam ini pula akan berlangsung solat hajat dan munajat perdana sejurus selesai solat Maghrib sebelum acara kemuncak ceramah oleh pimpinan utama PAS termasuk presiden Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz. Sukar untuk dianggar berapa jumlah sebenar kehadiran pada waktu ini. ~HRKH

Putrajaya : MUdah Disebut Tapi Jalan Berliku

Posted: 01 Jun 2012 06:06 AM PDT

Mudah sahaja nak sebut menuju ke Putrajaya, tapi jalannya penuh liku, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.Beliau berkata demikian dalam ucapan ringkas sebelum melancarkan derma kilat untuk dana pilihan raya di Himpunan Hijau Ke Putrajaya, di Kompleks PAS Kota Sarang Semut, dekat sini hari ini."Kita nak lalu lebuh raya supaya cepat sampai di Putrajaya. Untuk buat lebuh raya, semak samun perlu ditebas," kata beliau di hadapan kira-kira 2,000 ahli yang hadir. PAS menangguhkan muktamar tahunannya dan digantikan dengan himpunan ini bagi memberi fokus kepada pilihan raya umum ke-13 yang akan berlangsung pada bila-bila masa sahaja.

Mohamad berkata, bagi menawan Putrajaya, PAS memerlukan dana yang banyak bagi memperkemas gerak kerja pilihan raya di peringkat pusat."PAS memerlukan dana yang banyak jadi saya harap banyak dana dapat dikumpulkan hari ini. "Wang bukan segala-galanya tapi segala-galanya perlukan wang," katanya lagi.Himpunan pagi tadi diisi dengan ucapan ketua-ketua Dewan Ulamak, Pemuda, Muslimat dan Himpunan Penyokong PAS dan dilengkapi dengan amanat Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.Petang ini pula program akan diteruskan di Stadium Darul Aman dengan kuliah Ustaz Azhar Idrus, pidato anak muda dan sketsa dari selebriti Bob Lokman.Malam ini pula akan diisi dengan acara kemuncak iaitu munajat perdana dan ceramah pimpinan utama.~HRKH

Ini baru yer ..Menang Sorak Tanah Tergadai

Posted: 31 May 2012 11:01 PM PDT

Seorang peguam menegaskan, peneroka-peneroka Felda yang membeli saham Felda Global Ventures Holding Bhd (FGVH) boleh kehilangan tanah ladang mereka kerana telah menandatangani borang tanggung rugi. Harris Abdullah yang baru saja memenangi kes injunksi 154 peneroka daripada Mahkamah Tinggi Kuantan bagi menghalang bank memproses dokumen pinjaman, berkata ia boleh dilakukan melalui pelaksanaan penghakiman. "Kita tahu proses pembelian saham oleh peneroka ialah melalui pinjaman bank dan peneroka telahpun menandatangani borang tanggung rugi yang telah diedarkan melalui pejabat-pejabat Felda baru-baru ini. 

 "Semua faham bahawa mana-mana saham tidak akan berada di puncak selama-lamanya dan potensi untuk harganya menjunam pun ada juga. Jadi apabila harga saham jatuh peneroka kerugian dan bank tidak akan berdiam diri. "Jadi lazimnya bank akan menjalankan empat peringkat tindakan bagi menuntut semula wang pinjaman iaitu saman pemiutang, bankrapsi, sita rumah serta jual asetnya dan perintah larangan pemilikan harta oleh insolvensi," jelasnya. Tambahnya, pada ketika itulah tanah 10 ekar ladang peneroka dalam tanah rancangan boleh tergadai akibat hutang pembelian saham yang tidak mampu dibayar. Harris berkata demikian dalam program Taklimat dan Dialog Isu Penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia & Borang Hutang Bank Peneroka di Kerdau, dekat sini. 

 Kira-kira 200 orang yang terdiri daripada AJK, Perhubungan PAS Pahang, AJK PAS Kawasan-kawasan, Jentera Penerangan, aktivis peneroka dan pengamal-pengamal media baru hadir. Selain Harris, Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman dan Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man turut berucap. Harris menjawap soalan daripada peneroka sebelum itu apakah risiko terhadap peneroka yang telah menandatangani borang tanggung rugi tersebut. Sementara itu pada 23 Mei lalu seramai 154 orang peneroka berjaya mendapatkan injunksi menghalang CIMB Bank dan AmIslamic Bank untuk memproses dokumen pinjaman yang ditandatangani oleh mereka. 

 Sebelum itu peneroka di seluruh negara telah dikejutkan apabila mereka diminta menandatangani dokumen pinjaman bank bagi membeli 'blue form' untuk saham FGVH, malangnya mereka dipaksa kerana digambarkan bakal mendapat durian runtuh. Kes tersebut diselesaikan di luar mahkamah apabila dua bank berkenaan bersetuju untuk tarik balik borang tersebut kerana mangakui bercanggah dengan Akta Bank. Sementara itu, dalam program yang sama dilancarkan borang Pembatalan Pinjaman Bank Saham FGVH bagi membantu peneroka daripada terjerat dengan hutang sehingga boleh tergadai tanah. Borang-borang tersebut boleh didapati di Sekretariat Felda PAS Pahang.

PAS Tubuh Mustika Untuk Artis dan Karyawan

Posted: 31 May 2012 09:29 PM PDT

Pemuda PAS telah menubuhkan unit khas yang dinamakan Majlis Usrah Karyawan dan Artis (Mustika) bagi mendekati golongan itu.Demikian kata ketuanya, Nasrudin Hassan dalam ucapan di majlis taklimat khas sempena Himpunan Hijau ke Putrajaya di Dewan Datuk Fadzil Nor, Kompleks PAS Kedah dekat sini hari ini.Usaha untuk mendekati golongan karyawan dan artis ini adalah sebahagian dari usaha Pemuda PAS menjejak tokoh masyarakat. Mereka semua, katanya, akan dijadikan model untuk anak muda bagi membangkitkan golongan anak muda untuk ke Putrajaya."Epresi hijau anak muda akan dijadikan gelombang yang akan dihantar ke seluruh negara selepas ini," kata beliau.

RM 1.5 Juta untuk K-PoP Sahaja ?

Posted: 31 May 2012 08:28 PM PDT

Seorang blogger, Amno World mendakwa dalam blognya, Kerajaan Malaysia membayar RM2 juta untuk membawa artis dari Korea, K-Pop ke himpunan belia di Putrajaya baru-baru ini.Dengan menunjukkan resit tuntutan dari pembekal untuk program ini, blog itu menunjukkan senarai tuntutan yang dihantar kepada Kementerian Belia dan Sukan.Bagaimanapun Harakahdaily tidak dapat pastikan adakah bil tuntutan dari syarikat StadiumFirst Sdn Bhd ini benar atau tidak. Dalam tuntutan itu bertarikh 21 Mei itu, StadiumFirst menuntut 70 peratus dari bayaran penganjuran Himpunan Sejuta Belia itu dari kementerian yang diterajui Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek itu.

Tuntutan itu dikemukakan kepada Ketua Setiausaha Kementerian itu, Datuk Mohid Mohamed untuk Hari Belia Negara 2012 berjumlah RM15.1 juta. Tindakan kerajaan BN memasukkan persembahan K-Pop disifatkan sebagai satu tindakan melampau demi untuk menarik golongan belia ke perhimpunan itu.Ia telah mendapat bantahan hatta dari Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria yang terkenal dengan pandangan yang selalu bersama Umno itu. Yang dikesali adalah tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek yang turut terkinja-kinja bersama artis yang hanya memakai seluar yang hampir ke pangkal paha itu."

Najib saya faham tetapi Shabery yang pernah menjadi Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) ketika belajar dulu amat tidak difahami," kata seorang bekas pelajar UM kepada Harakahdaily. Bagi beliau, tindakan membelanjakan RM2 juta untuk membawa artis K-Pop bagi menarik belia ke perhimpunan ini satu yang sangat tidak boleh diterima."Ketika Shabery menjadi Menteri Belia dan Sukan, saya berharap beliau membawa nafas baru kepada belia negara tetapi nampaknya beliau lebih membenam mereka ke kancah hiburan yang tidak sesuai dengan budaya kita apatah lagi agama kita," kata beliau lagi.~HRKH

PANAS .. AC Mizal Dimalukan Dayangku Intan

Posted: 31 May 2012 08:23 PM PDT



Adik Kak Midah kelihatan sedih kerana terlalu ramai yang hadir..


Ceramah Umno yang dihadiri oleh penyanyi terkenal dan penjual gelang ajaib tersohor, Dato' AC Mizal mendapat sambutan HANYIR LENDIR!!!!
Tak sampai 75 orang tidak termasuk kerusi-kerusi telah menyemarakkan program/ceramah tersebut. Sebelum itu makcik-makcik yang diangkut menaiki bas dari pelusuk mana yang tidak diketahui telah dijamu dengan kueh tiaw goreng panas......
Program/ceramah itu dibuat secara minit- minit terakhir dalam keadaan tergesa-gesa dan gelojoh sakan bagi tujuan bagi  menganggu ceramah PAS yang dihadiri oleh penyanyi Dayang Ku Intan dan Mantan Pengarah Pelajaran Negeri Perak, Dato' Adnan Ibrahim di Ara Payong, Batu Gajah, Perak semalam.
Alangkah hebatnya program ini.. Sudah semestinya AC Mizal gembira dan tersenyum lebar terutamahnya Exco kanan Negeri Perak Kak Midah, melihat kehadiran di luar jangkaan ini..
Berbeza dengan ceramah PAS yang dihadiri hanya beberapa kerat orang.. sangat menyayat hati dan sedih sekali...


Orang ramai begitu seronok, terhibur  dan bersemangat sekali dengan penampilan Datuk Adnan dan juga Dayang Ku Intan.... reaksi mereka boleh dilihat dan dinilai melalui foto-foto berikut...

DENGAN PEREMPUAN PUN AC MIZAL DAH KIOK... BELUM LAGI DENGAN BOB LOKMAN.. AGAK-AGAKNYA TERUS HANGUS DEBU DIA....

BILA UMNO NAK KERAH AMY (SEARCH), AWIE (WINGS), JAMAL ABDILLAH, IBNOR RIZAL ADFIN SAUDKI DAN HARUN SALIM BACHIK BUAT CERAMAH?....SIA-SIALAH DOK GEMBAR GEMBUR DAN GEGAK GEMPITAKAN MEREKA MASUK UMNO TAPI TAK BUAT CERAMAH PIKAT ANAK-ANAK MUDA....NAPE?.. TAKUT SENASIB DENGAN AC MIZAL???



Credit : Omakkau

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 01 Jun 2012 09:07 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


INTIPATI UCAPAN PRESIDEN PAS DI HIMPUNAN HIJAU MENUJU PUTRAJAYA

Posted: 01 Jun 2012 07:16 AM PDT

Himpunan Hijau Menuju Putrajaya

Intipati Ucapan Presiden PAS

Munajat dan Himpunan Hijau Menuju Putrajaya



Firman Allah:



وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٍ۬

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang zalim) dengan apa-apa jenis kekuatan yang mampu kamu sediakan (al-Anfal: 60)



1. Mukadimah



PAS menyertai PRU ke-13 ini bersama-sama Pakatan Rakyat (PR) dengan matlamat untuk membentuk kerajaan yang dapat menunaikan amanah dengan baik berpandukan petunjuk Allah, dengan menumbangkan Barisan Nasional (BN), seterusnya mendirikan sebuah pemerintahan yang adil dan mendapat keredhaan Allah s.w.t., insyaAllah. Sudah tiba masanya BN diundurkan, kerana tempoh masa terlalu panjang sehingga terdedah banyak kesilapan yang memalukan. Kalau dibiarkan berterusan, menambahkan lagi perkara-perkara yang membebankan rakyat dan membanyakkan dosa-dosa pemimpinnya.



Sejak mencapai kemerdekaan, PRU kali ini adalah peluang terbaik bagi PAS untuk merealisasikan cita-cita murni tersebut. Justeru saya menyeru seluruh ahli-ahli PAS dan pendukung kebenaran supaya bersiap sedia ke arah itu.



Dalam menghadapi PRU ke-13 seluruh ahli-ahli PAS perlu bersedia dari segi rohani dan jasmani, dan juga dari segi dalaman organisasi dan luaran, kerana pertembungan dalam PRU kali ini mungkin yang paling sengit akan kita hadapi.



Marilah kita mengambil iktibar dari peringatan Sayyidina Umar bin al-Khattab r.a. kepada panglima tentera Islam Sa`ad ibn Waqqas r.a. dalam menghadapi tentera Parsi sebelum meletusnya Perang al-Qadisiyyah:



فإني آمرك ومن معك من الأجناد، بتقوى الله على كل حال، فإن تقوى الله أفضل العدة مع العدو، وأقوى المكيدة في الحرب، وآمرك ومن معك أن تكونوا أشد احتراساً من المعاصي منكم من عدوكم، فإن ذنوب الجيش أخوف عليهم من عدوهم، وإنما ينصر المسلمون بمعصية عدوهم لله، ولولا ذلك لم تكن لنا بهم قوة، لأن عددنا ليس كعددهم، ولا عدتنا كعدتهم فإن استوينا في المعصية كان لهم الفضل علينا في القوة

Sesungguhnya aku memerintahkan engkau dan seluruh tentera yang bersamamu agar bertaqwa kepada Allah swt dalam apa jua keadaan. Sesungguhnya Taqwa adalah sebaik-baik persediaan dan strategi yang paling kuat di dalam peperangan. Aku perintahkan engkau dan siapa jua yang bersamamu bahawa kamu mestilah benar-benar berwaspada daripada maksiat yang tercetus dikalangan kamu sendiri, lebih daripada maksiat musuh-musuh kamu. Sesungguhnya dosa yang dilakukan oleh tentera lebih ditakuti ke atas mereka berbanding musuh-musuh mereka. Sesungguhnya orang-orang Islam diberi kemenangan dengan maksiat yang dilakukan oleh musuh mereka kepada Allah swt. Jika tidak demikian, tidaklah kita memiliki kekuatan untuk mengatasi mereka. Kerana bilangan kita tidaklah sama berbanding jumlah bilangan mereka dan persediaan material kita jua tidak lah sama berbanding persediaan material yang mereka miliki. Andai kita juga turut melakukan maksiat sebagaimana mereka melakukan maksiat nescaya mereka lebih kuat dan hebat daripada kita .





2. Kandungan





2.1 Allah menjanjikan kemenangan kepada para pendukung perjuangan Islam sebagaimana Firman Allah s.w.t.:



يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ هَلۡ أَدُلُّكُمۡ عَلَىٰ تِجَـٰرَةٍ۬ تُنجِيكُم مِّنۡ عَذَابٍ أَلِيمٍ۬ تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَتُجَـٰهِدُونَ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ بِأَمۡوَٲلِكُمۡ وَأَنفُسِكُمۡ‌ۚ ذَٲلِكُمۡ خَيۡرٌ۬ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ يَغۡفِرۡ لَكُمۡ ذُنُوبَكُمۡ وَيُدۡخِلۡكُمۡ جَنَّـٰتٍ۬ تَجۡرِى مِن تَحۡتِہَا ٱلۡأَنۡہَـٰرُ وَمَسَـٰكِنَ طَيِّبَةً۬ فِى جَنَّـٰتِ عَدۡنٍ۬‌ۚ ذَٲلِكَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِيمُ وَأُخۡرَىٰ تُحِبُّونَہَا‌ۖ نَصۡرٌ۬ مِّنَ ٱللَّهِ وَفَتۡحٌ۬ قَرِيبٌ۬‌ۗ وَبَشِّرِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ

Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjihad menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga "Adn". Itulah kemenangan yang besar. Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya di-dunia ini) dan sampaikanlah berita yang menggembirakan itu kepada orang-orang yang beriman. (al-Saff: 10 – 13)



Allah s.w.t. akan mengurniakan kemenangan kepada penolong-penolongNya dalam dua bentuk, iaitu kemenangan yang besar (الفوز الغظيم) di akhirat dan kemenangan yang hampir (فتح قريب) di dunia.



Kemenangan akan diperolehi dengan bantuan Allah s.w.t. (نصر من الله) setelah kita mempersiapkan ahli-ahli parti yang beriman dan berakhlak, komited, pimpinan-pimpinan parti yang berilmu, jentera-jentera parti yang tersusun dan strategi-strategi parti yang tepat.





2.2 Menegaskan kembali usaha PAS untuk membangunkan Negara Berkebajikan yang akan memberi keadilan kepada semua manusia dan alam sejagat.



Tiada percanggahan antara usaha membangunkan Negara Berkebajikan dengan dasar perjuangan PAS sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan PAS Perkara 5(1):



"Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah".



Memenuhi ciri-ciri kumpulan Islam yang dinyatakan oleh Firman Allah: (آل عمران)



104. Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang berjaya.



PAS sedia berdailog dengan mana-mana pihak kalangan kumpulan Islam (NGO) yang membuat tuduhan bahawa PAS telah lari dari perjuangan, untuk menerangkan pendirian PAS yang sentiasa beristiqamah.



Membangunkan sebuah Negara Berkebajikan adalah iltizam PAS sejak penubuhannya untuk menyampaikan rahmat (kasih sayang) Allah s.w.t. bukan sahaja kepada manusia, malah kepada seluruh alam sejagat.



PAS menyeru kepada semua pihak memahami takrifan Negara Berkebajikan sebagai yang dikemukakan:



"Kerajaan beramanah yang berpaksikan prinsip-prinsip adil dan ihsan (العدل والإحسان) di dalam seluruh sistem pemerintahan termasuklah pentadbiran, perundangan, kehakiman, politik, ekonomi, sosial dan lain-lain, seterusnya membawa kepada pembinaan sebuah masyarakat yang berlumba-lumba melakukan kebajikan (فاستبقوا الخيرات) dan saling bekerjasama (التعاون) ke arah kejayaan (الفلاح) pemerintah dan rakyat di dunia dan di akhirat."



Allah membuat perbandingan dengan firmannya: (البقرة)

200. Maka di antara manusia ada orang yang berdoa: "Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia", dan tiadalah baginya bahagian (yang menyenangkan) di akhirat.

201. Dan di antara mereka ada orang yang bendoa: "Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka"



Model Negara Berkebajikan yang ingin dibangunkan oleh PAS telah membimbangkan UMNO dan BN, kerana sejak 54 tahun yang lalu melakukan diskriminasi bukan sahaja terhadap kaum-kaum lain, tetapi juga terhadap sesama kaum Melayu dan Bumiputera.



Model Negara Berkebajikan yang bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah ini, diyakini akan memberi keadilan kepada semua manusia tanpa mengira kaum dan agama termasuklah kepada alam sekitar.



2.3 PAS telah bersedia untuk menggantikan UMNO sebagai parti utama masyarakat Melayu-Islam di negara ini.



UMNO sebagai parti yang menjadi teras PERIKATAN dan BN yang telah memerintah negara sejak selepas kemerdekaan semakin terbukti gagal membawa keadilan dan perpaduan yang sebenar kepada seluruh rakyat Malaysia.



Dasar perjuangan sempit UMNO yang berteraskan kebangsaan Melayu seperti yang termaktub dalam Perkara 3 Perlembagaan UMNO bukan sahaja tidak berupaya mengangkat martabat kaum Melayu, bahkan gagal membangunkan peradaban Islam di Malaysia. Bahkan mencalarkan imej Islam yang murni dan mengancam perpaduan rakyat yang berteraskan adil kepada semua .



Dengan semangat kebangsaan Melayu tersebut, UMNO telah membelakang al-Quran dan al-Sunnah yang sepatutnya menjadi teras utama politik Islam. Hukum-hukum Allah dan nilai-nilai peradaban Islam dipinggirkan dalam pemerintahan negara.



Apabila Islam tidak menjadi dasar politik dan pemerintahan, martabat Melayu juga tidak dapat dipertahankan.



UMNO juga bertanggungjawab



- Menghakis kuasa Raja-raja Melayu melalui pindaan Perlembagaan tahun 1983 dan 1993 yang menghakis peranan Raja-raja Melayu sebagai kuasa semak-imbang (check and balance) kepada Legislatif dan Eksekutif.



- Meminggirkan bahasa Melayu dan tulisan Jawi



- Merampas tanah-tanah orang Melayu sehingga Tanah Rizab Melayu berkurangan daripada 3 juta hektar pada tahun 1957 selepas merdeka, menyusut hampir separuh kepada 1.7 juta hektar pada tahun 1995.



- Menggadai tanah Felda Plantation seluas 360,000 yang juga termasuk tanah rezab Melayu untuk dipajakkan dalam proses penyenaraian FGVH sehingga membolehkan pemilikan oleh warga asing.



- Merosakkan sistem Federalisme dengan mendiskriminasikan kerajaan-kerajaan negeri Melayu seperti Kelantan dan Kedah. Antaranya dengan menafikan hak kerajaan Negeri Kelantan dan Terengganu terhadap Royalti Petroleum, serta cuai terhadap Sabah dan Serawak.



Pemerintahan UMNO juga gagal memelihara jatidiri masyarakat Melayu sehingga berlaku keruntuhan akhlak yang semakin membimbangkan. Salah satu petunjuknya, kadar kelahiran anak luar nikah meningkat setiap tahun. Pada tahun 2009, seramai 17,703 anak luar nikah telah didaftarkan.



PAS benar-benar bersedia untuk memimpin perpaduan ummah berdasarkan anjuran al-Quran dan al-Sunnah.



2.4 PR juga telah bersedia untuk menggantikan BN untuk memimpin Malaysia.



Negara Malaysia di ambang keruntuhan apabila tunjang-tunjang utama politik negara semakin runtuh dengan:



- Terhakisnya semangat federalisme.



- Kuasa yang terlalu besar kepada Perdana Menteri selepas hakisan kuasa Raja-raja Melayu.



- Tidak menghayatai sistem pemisahan kuasa, sehingga Institusi Kehakiman tidak lagi berwibawa dan hilang keyakinan.



- Agensi-agensi penting untuk keadilan dan keamanan seperti SPRM, Jabatan Peguam Negara, PDRM dan lain-lain dipaksa tunduk kepada kuasa eksekutif Perdana Menteri.



- Media massa yang dicengkam oleh Kerajaan.



- Pilihanraya yang tidak lagi bersih sehingga kemungkinan untuk berlaku penipuan adalah begitu besar.

- Ketika orang lain mengambil contoh daripada Islam dengan memelihara hak rakyat, BN yang berketuakan Umno menipu dan merasuah rakyat untuk mengekal kuasa dengan apa sahaja.



Masa depan ekonomi Negara juga semakin suram.



- Hutang Negara semakin meningkat sehingga berada di paras RM 430 biilion melebihi 53% KDNK Negara.



- Hutang isu rumah juga semakin meningkat sehingga mencecah RM 577 billion, iaitu 77% dari KDNK, merupakan yang tertinggi di Asia.



- Kos sara hidup rakyat juga semakin tinggi.



- Jurang kekayaan yang semakin melebar antara golongan kaya dan miskin. 40% isi rumah berpendapatan RM 1500 ke bawah, manakala 60% isi rumah berpendapatan RM 3000 ke bawah.



Amalan rasuah dan salahguna kuasa semakin menjadi-jadi sehingga berlaku pembaziran dan ketirisan. Kedudukan Malaysia dalam ranking Indeks Persepsi Rasuah semakin merosot kepada tangga ke-60 tahun 2011 berbanding tangga ke-56 tahun 2010.



Dasar dan polisi yang kerajaan juga tidak dikaji sedalam-dalamnya sehingga berlaku flip-flop dalam membuat keputusan seperti keputusan kerajaan berkaitan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan yang terbaru isu pembelian saham MAS oleh Air Asia.



Begitulah kehancuran boleh berlaku apabila amanah diberikan kepada mereka yang bukan ahlinya.

فإذا ضيعت الأمانة فانتظر الساعة





2.5 Roadmap ke Putrajaya



PAS menyertai PRU ke-13 dengan tujuan untuk mencapai kemenangan. Sehubungan dengan itu, PAS dan PR mesti memperkukuhkan penguasaan kerusi kita di Semenanjung Malaysia di samping melipat-gandakan penguasaan di Sabah dan Sarawak.



PR perlu memenangi sehingga sekurang-kurangnya 100 kerusi parlimen dari 165 kerusi di Semenanjung Malaysia. Untuk mencapai jumlah tersebut PAS perlu:



- Mengekalkan semua kerusi parlimen yang dimenangi pada PRU ke-12 2008



- Menambah lebih banyak kerusi di Terengganu, Perak dan Selangor berbanding PRU ke-12 2008.



- Memenangi sekurang-kurangnya satu kerusi Parlimen di Perlis, Pulau Pinang, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.



PAS mesti berusaha bersama PR untuk mempertahankan kemenangan di negeri-negeri yang sedia di perintah oleh PR iaitu Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.



PAS mesti berusaha bersama PR untuk memenangi semula negeri Perak dan Terengganu di samping berusaha menawan negeri Perlis.



PAS mesti berusaha bersama PR untuk melemahkan penguasaan UMNO dan BN di kubu mereka, Johor, Melaka, Pahang dan Negeri Sembilan.



PAS juga mestilah bersedia menerima dan mengalu-alukan penyertaan golongan al-mala' yang ingin menegakkan Islam bersama PAS, antaranya seperti golongan penjawat awam, kelompok budayawan, artis dalam berbagai bidang, pemimpin masyarakat dan pentadbiran kerajaan dan sebagainya.



PAS mesti memberi tumpuan untuk menambah sokongan pengundi-pengundi Melayu sehingga menambah secara purata 3 - 4 % dengan langkah-langkah berikut:



- Meyakinkan masyarakat Melayu bahawa PAS benar-benar bersedia untuk memimpin Negara dan akan martabat martabat masyarakat Melayu dengan mendaulatkan Islam.



- Menyedarkan masyarakat Melayu dengan isu-isu yang mereka mempunyai kepentingan langsung seperti isu FELDA, pengambilan dan rampasan tanah, majoriti masyarakat Melayu yang terpinggir dan salah urus wang zakat.



- Menjadikan masyarakat Melayu bandar dan golongan Melayu kelas pertengahan sebagai agen perubah penting kepada pengundi-pengundi Melayu luar Bandar. Kesempatan bulan Ramadan dan Eidul Fitri perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk tujuan tersebut.



- Mendekati golongan-golongan yang berpengaruh besar dari kalangan pengundi-pengundi Melayu seperti penjawat awam dan pertubuhan masyarakat sivil.



PAS melalui Dewan Pemuda perlu memberi tumpuan yang besar kepada pengundi-pengundi Muda yang sebahagian besar mereka berada di bandar-bandar.



PAS melalui Dewan Muslimat perlu mengekang dan mengurangkan sokongan kaum wanita kepada BN dan juga mendekati dengan berakhlak penggerak-penggerak KEMAS yang sebahagian besarnya dari kalangan kaum wanita.



PAS melalui Dewan Ulama perlu mendekati golongan agamawan dan NGO-NGO Islam untuk meyakinkan mereka bahawa PR bersedia memikul amanah ke arah pemerintahan yang adil dan ihsan.



PAS melalui Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) akan terus mendekati para pengundi bukan Islam untuk meyakinkan mereka dengan slogan "PAS for All".



Semua ahli-ahli PAS mesti mendekati para pegawai kerajaan termasuk ahli-ahli pasukan keselamatan seperti anggota tentera, polis dan RELA di samping penyokong-penyokong UMNO dengan akhlak yang terpuji supaya mereka beralih menyokong perjuangan Islam yang dipelopori oleh PAS. Sekiranya PAS dan PR diberi kepercayaan memimpin Malaysia kesemua mereka akan dilayan sama adil sebagaimana tuntutan Islam, dan seperti yang dipelajari dari Sirah Rasulullah s.a.w. tidak akan wujud gejala membalas dendam terhadap mana-mana pihak.



2.6 Persiapan Ahli-ahli PAS


Firman Allah:



يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱصۡبِرُواْ وَصَابِرُواْ وَرَابِطُواْ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ



Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan melaksanakan tugas masing-masing) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan). (Ali Imran: 200)



Berdasarkan ayat di atas seluruh ahli PAS perlu mempersiapkan diri dengan kesabaran yang tinggi dalam menghadapi PRU ke-13 yang merupakan pertembungan yang paling sengit.



Para petugas PAS perlu mempertingkatkan akhlak kita dalam menghadapi pertembungan sengit ini walaupun menghadapi provokasi yang melampau daripada pihak lawan.



Usaha yang bersungguh-sungguh perlu dilakukan untuk memperkukuhkan jentera parti daripada peringkat pusat sehingga ke peringkat cawangan dengan mengelakkan khilaf yang tidak perlu dan mengutama semangat syura dalam membuat keputusan di setiap peringkat.



Mempereratkan hubungan dengan Allah s.w.t. dengan terus bermunajat dan bertawakkal kepadaNya bagi memenuhi ciri-ciri golongan yang mendapat pertolongan Allah.



3. Penutup



Saya menyeru semua ahli-ahli PAS menjadikan gerakkerja dalam PRU ke-13 sebagai sebahagian dari jihad dan ibadah dengan membetulkan niat kita , melaksanakan tugas dengan Istiqamah dan Iltizam , semata-mata mencapai keredhaan Allah.
الله أكبر ولله الحمد

HIMPUNAN HIJAU KE PUTRAJAYA

Posted: 01 Jun 2012 07:09 AM PDT



Puluhan ribu sudah penuhi Stadium Darul Aman

Harakahdaily, 01 Jun 2012

ALOR SETAR: Stadium Darul Aman, Alor Setar yang merupakan venue Himpunan Hijau ke Putrajaya malam ini sudah dipenuhi puluhan ribu rakyat yang hadir sejak jam 4 petang tadi.

Bukan sahaja bahagian tempat duduk berbumbung yang dipenuhi, malah kawasan padang juga penuh dengan orang-ramai yang mula mencari tempat duduk untuk mendengar ucapan pemimpin PAS malam nanti.

Biarpun hujan lebat turun sekitar jam 4.30 petang hingga 5.30 petang tadi, ianya tidak mematahkan semangat orang ramai untuk hadir ke himpunan penuh bersejarah ini.

Malah mereka langsung tidak berganjak biarpun hujan lebat membasahi mereka.

Di luar stadium pula, keadaan jalan penuh sesak dengan kahadiran orang ramai dari seluruh negara yang sedang menuju ke stadium.

Tidak kurang juga kenderaan yang meletakkan kereta kiri dan kanan jalan.

Walaubagaimanapun pihak polis sejak dari tengah hari menjaga lalu lintas memastikan laluan lancar dan memudahkan orang ramai menuju ke stadium.

Difahamkan kesesakan bermula dari pintu masuk plaza tol Alor Setar Utara lagi sehingga ke stadium.

Kehadiran yang ramai bermula petang tadi bukan kerana adanya konsert K-Pop artis Korea, ataupun penari berpakaian seksi dari Jepun, tetapi hanya baru kerana kehadiran pendakwah tersohor Ustaz Azhar Idrus yang merasmi pentas program malam ini dengan kuliahnya.

Malam ini pula akan berlangsung solat hajat dan munajat perdana sejurus selesai solat Maghrib sebelum acara kemuncak ceramah oleh pimpinan utama PAS termasuk presiden Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz.

Sukar untuk dianggar berapa jumlah sebenar kehadiran pada waktu ini. Stadium yang mempunyai 44,000 tempat duduk dan 60,000 kapasiti padang dan trek.

Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 01 Jun 2012 03:40 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud


PRU13 : AWAS Tsunami dari Selatan

Posted: 31 May 2012 07:36 AM PDT

Jika perubahan senario politik empat tahun lalu dikaitkan dengan tsunami politik dari utara, perkembangan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) didakwa akan bertolak dari selatan Semenanjung - yang Pas mengatekorikan sebagai "tsunami dari selatan."

"Pada PRU kali ini, saya melihat kecenderungan tsunami muncul dari arah selatan di mana sokongan di negeri Johor khususnya semakin meningkat, tidak seperti dahulu di mana kita sering hilang deposit. Kita nampak peningkatan kali ini," kata Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali dalam temu bual dengan Sinar Harian dan Sinar Harian Online semalam.

Ekoran tsunami politik 8 Mac 2008, Pas-DAP-PKR yang membentuk kerjasama politik, menawan kuasa kerajaan negeri di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

Kelantan diterajui Pas sejak 1990. Pentadbiran Kerajaan Negeri Perak tumbang awal 2009 ke tangan Barisan Nasional (BN).

Selain lima kerajaan negeri itu, ketiga-tiga parti itu turut memperoleh 84 kerusi Parlimen, sekali gus menafikan majoriti tradisi dua pertiga BN.

Selepas kejayaan itu, ketiga-tiga parti tersebut membentuk kerjasama politik atas nama Pakatan Rakyat (PR).

Mengulas lanjut, Mustafa berkata, pihaknya yakin bahawa tsunami politik kali ini akan muncul dari selatan sebab "tsunami dari arah utara sudah kering, sudah tepu."

"Jadi tsunami dari arah selatan pula," katanya secara berseloroh tetapi memperlihatkan keyakinan perikatan berusia empat tahun itu.

Dilihat ada kaitan dengan tanggapan itu, Pas mahu menurunkan Naib Presidennya, Salahuddim Ayub bertanding di Johor.

Sebelum ini, Salahuddin mengesahkan akan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dan ia akan menjadi keutamaan beliau.

Sebelum ini, Salahuddin, anak kelahiran Johor, bertanding kerusi Parlimen Kuala Krai.

Bertolak dari itu, menjawab soalan berapa negeri yang PR yakin akan menang pada PRU13, Mustafa berkata, negeri-negeri yang dimenangi sebelum ini akan dikekalkan.

"PR yakin untuk menang (balik) di Perak,  Terengganu, Negeri Sembilan, (manakala) Johor, Melaka dan negeri yang lain akan berlaku peningkatan sokongan terhadap PR.

"Di Pahang, keluasannya besar dan merupakan negeri (kelahiran) Perdana Menteri, tidak mudah bagi PR tetapi yakin akan berlaku peningkatan sokongan," kata pemimpin dari Terengganu ini.

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 01 Jun 2012 01:30 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Realiti Malaysia PM perlu Melayu Islam

Posted: 01 Jun 2012 01:05 AM PDT

11 Rejab 1433H. [MOD] -

ALOR SETAR: PAS memegang asas bahawa Perdana Menteri bagi sebuah negara yang mengamalkan demokrasi adalah ditentukan berdasarkan kaum yang paling besar dan pengaruh di negara itu.

Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, begitu juga di Malaysia, di mana realitinya Melayu Islam adalah kaum terbesar.

"Mengikut kaedah politik yang berasaskan demokrasi, kepimpinan hendaklah dari kaum yang paling besar berpengaruh.

"Sehingga kini semua kaum di Malaysia menerima hakikat bahawa Melayu Islam adalah kaum terbesar," katanya pada sidang media di Kompleks PAS Kedah di sini tengah hari tadi.

Turut serta pada sidang media itu, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan wartawan yang menanyakan pendirian PAS berhubung isu yang dimomokkan Umno kononnya DAP mahu menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan negara.

"Lim Guan Eng sendiri pernah menyatakan yang dia mahupun DAP tiada hasrat nak jadi perdana menteri.

"Dia tahu realiti Malaysia bahawa orang Melayu paling besar," celah Mustafa Ali.

"Kita dah sepakat dalam mesyuarat majlis Pakatan bahawa perdana menteri adalah Melayu Islam asalkan bukan Umno BN," tambah Mahfuz pula.

Mengulas lanjut, Tuan Guru Abdul Hadi sekali lagi menegaskan bahawa PAS dan Pakatan Rakyat akan menjunjung apa yang termaktub perlembagaan negara.

Perkara itu katanya telah dipersetujui bersama dalam resolusi Pakatan Rakyat.

Ianya termasuk soal Islam sebagai agama persekutuan, hak bumiputera, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta raja sebagai ketua negara.

Terdahulu beliau menyampaikan amanat presiden sempena Himpunan Hijau ke Putrajaya yang berlangsung di sini hari ini.

Mengulas pemilihan Kedah sebagai tuan rumah program ini Abdul Hadi berkata ianya kerana Kedah adalah paling ramai ahli PAS dan antara negeri yang mahu dipertahankan PAS pada PRU 13 akan datang selain negeri-negeri lain.

Harakah Daily

Saman Khalid: Mahkamah tolak permohonan Hamidah

Posted: 01 Jun 2012 12:40 AM PDT

11 Rejab 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM: Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Zainal Azman Abd Aziz hari ini menolak dengan kos permohonan Datuk Hamidah Othman bagi membatalkan writ saman yang difailkan oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad (gambar).

Pada sekitar bulan Januari 2010 Hamidah telah melalui blognya http://hamidahosman.blogspot.com di bawah artikel bertajuk 'umat islam perlu bersatu' telah antara lain menulis tentang Khalid Samad dan menyiarkan gambar superimpose yang menunjukkan Khalid Samad berpakaian seperti seorang bishop Kristian.

Khalid telah memfailkan writ saman pada 22 Disember 2011 ke atas Hamidah kerana mendakwa artikel tersebut telah memfitnah beliau.

Pada 20 Februari 2012 Hamidah telah membuat permohonan bagi membatalkan saman Khalid dengan alasan kes tersebut sepatutnya dibicarakan di Mahkamah Syariah di bawah artikel 121 ( 1A ) Perlembagaan Persekutuan namun mahkamah telah menolak alasan Hamidah dan memerintahkan kes tersebut di mahkamah sivil.

Hakim juga mengarahkan Hamidah membayar kos RM4,000 kepada Khalid Samad.

Khalid diwakili oleh Mohamed Hanipa Maidin dan Azhana Mohd Khairudin manakala Hamidah pula diwakili oleh Datuk Hafarizam.

Harakah Daily

Ke Putrajaya: Mudah disebut tapi jalan berliku

Posted: 01 Jun 2012 12:39 AM PDT

11 Rejab 1433H. [MOD] -

ALOR SETAR, 1 Jun: Mudah sahaja nak sebut menuju ke Putrajaya, tapi jalannya penuh liku, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Beliau berkata demikian dalam ucapan ringkas sebelum melancarkan derma kilat untuk dana pilihan raya di Himpunan Hijau Menuju Putrajaya, di Kompleks PAS Kota Sarang Semut, dekat sini hari ini.

"Kita nak lalu lebuh raya supaya cepat sampai di Putrajaya. Untuk buat lebuh raya, semak samun perlu ditebas," kata beliau di hadapan kira-kira 2,000 ahli yang hadir.

PAS menangguhkan muktamar tahunannya dan digantikan dengan himpunan ini bagi memberi fokus kepada pilihan raya umum ke-13 yang akan berlangsung pada bila-bila masa sahaja.

Mohamad berkata, bagi menawan Putrajaya, PAS memerlukan dana yang banyak bagi memperkemas gerak kerja pilihan raya di peringkat pusat.

"PAS memerlukan dana yang banyak jadi saya harap banyak dana dapat dikumpulkan hari ini.

"Wang bukan segala-galanya tapi segala-galanya perlukan wang," katanya lagi.

Himpunan pagi tadi diisi dengan ucapan ketua-ketua Dewan Ulamak, Pemuda, Muslimat dan Himpunan Penyokong PAS dan dilengkapi dengan amanat Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Petang ini pula program akan diteruskan di Stadium Darul Aman dengan kuliah Ustaz Azhar Idrus, pidato anak muda dan sketsa dari selebriti Bob Lokman.

Malam ini pula akan diisi dengan acara kemuncak iaitu munajat perdana dan ceramah pimpinan utama.

Harakah Daily

Masjid di Alor Setar dipenuhi jamaah berbaju hijau

Posted: 01 Jun 2012 12:36 AM PDT

11 Rejab 1433H. [MOD] -

ALOR SETAR: Alor Setar mula dilimpahi rakyat berpakaian hijau terutamanya di masjid sekitar beberapa kilometer dari stadium tempat berlangsungnya Himpunan Hijau Menuju Putrajaya malam ini.

Banyak masjid dipenuhi orang ramai sejak pukul 12.30 tengah hari tadi untuk menunaikan solat fardhu Jumaat sambil menanti waktu untuk mendengar penceramah agama yang tidak asing lagi, Ustaz Azhar Idrus yang akan mengadakan kuliah pukul 4.00 petang nanti.

Pagi tadi pemimpin PAS pusat mengadakan perjumpaan tertutup dengan pemimpin berbagai peringkat sebagai amanat terakhir menjelang pilihanraya umum ke 13 bertempat di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut.

Selepas Jumaat sebentar tadi boleh dikatakan semua peserta mula menumpukan ke arah stadium kerana khuatir ketiadaan tempat parking ekoran kemasukan orang ramai di luar jangkaan

Di Masjid Zahir, orang ramai yang berbaju hijau melimpah ke luar masjid dan terpaksa solat Jumaat di tengah panas.

Masjid Zahir yang merupakan masjid negeri bagi negeri ini adalah antara masjid yang terdekat dengan Stadium Darul Aman.

Khatib hari ini berkhutbah tentang kepentingan berjamaah khasnya solat jamaah di masjid.

Harakah Daily

Torres temui sentuhan

Posted: 01 Jun 2012 12:34 AM PDT

11 Rejab 1433H. [MOD] -

SELEPAS disisihkan Februari lalu, Fernando Torres kembali disenaraikan dalam skuad kebangsaan Sepanyol pada aksi pemanas badan menentang Korea Selatan menjelang Euro 2012, awal pagi semalam.

Pada perlawanan itu, Torres meledak satu gol ketika Skuad La Furia Roja membelasah Korea 4-1.

Jaringan tersebut juga membolehkan Torres muncul selaku penjaring keempat terbanyak negaranya dan dilihat sebagai pilihan buat Vicente del Bosque untuk disenaraikan ke Poland dan Ukraine nanti.

"Selepas disisihkan, saya cuba menilai semula kemampuan dan kelemahan yang perlu diperbaiki.

"Apa pun, saya bertekad untuk membalas kepercayaan jurulatih dan membantu Sepanyol mempertahankan kejuaraan," katanya.

Torres yang membantu Chelsea menjuarai Liga Juara-Juara buat kali pertama 19 Mei lalu berpeluang disenaraikan ke Ukraine andai mempamerkan permainan berkualiti pada perlawanan pemanas badan terakhir Sepanyol menentang China, 4 Jun ini.

Sinar Harian

'Lynas Busters' JB mula kayuhan ke Kuantan

Posted: 01 Jun 2012 12:30 AM PDT

11 Rejab 1433H. [MOD] -

Kumpulan berbasikal dari Johor Baru memulakan perjalanan tiga hari pagi semalam - berkayuh dari bandar di selatan Semenanjung itu menuju ke Kuantan bagi menyokong kempen anti-Lynas.

Dengan menggelar diri mereka sebagai 'Lynas Busters', kumpulan
kira-kira 15 penunggang basikal itu berlepas pada kira-kira jam 6.30 pagi dan dijadualkan tiba di Teluk Chempedak di Kuantan, Pahang, sekitar jam 10.30 pagi 3 Jun.

Menurut pengerusi kumpulan anti-Lynas Himpunan Hijau, Wong Tack kumpulan berbasikal itu terdiri daripada individu dari Johor Yellow Flame, Millipede Bikers Team dan Footprint Bicycle Team.

Setibanya di Kuantan, mereka akan menyerahkan senarai tandatangan
penduduk Johor Bahru yang membantah Loji Lynas di Gebeng, Kuantan, kepada Himpunan Hijau - salah sebuah kumpulan yang menerajui kempen menentangn loji penapisan nadir bumi itu.

Dalam satu kenyataan, Wong berterima kasih kepada kumpulan penunggang basikal tersebut dan menyeru semua penyokong anti-Lynas supaya terus menyokong Himpunan Hijau membantah loji sisa radioaktif tersebut.

"Himpunan Hijau amat teruja menunggu ketibaan kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai Lynas Busters itu," katanya.

malaysiakini/-

Kecederaan pemain hantui The Oranje

Posted: 01 Jun 2012 12:15 AM PDT

11 Rejab 1433H. [MOD] -

BELANDA bangkit mengalahkan Slovakia 2-0 pada aksi pemanas badan menjelang saingan sebenar Euro 2012 bermula 8 Jun ini di Poland dan Ukraine, awal pagi semalam.

Kemenangan tersebut mengembalikan kepercayaan peminat selepas The Oranje tumpas mengejut 1-2 di tangan Bulgaria, Sabtu lalu.

Bagaimanapun, kemenangan naib juara Piala Dunia 2010 itu dibayangi kecederaan beberapa tonggak utamanya sekali gus merisaukan pengendalinya, Bert van Marwijk.

Pada perlawanan itu, Wesley Sneijder terpaksa dikeluarkan sebagai langkah berjaga- jaga selepas bintang tengah Inter Milan itu mengalami kecederaan buku lali.

Manakala, Wilfred Bouma mengalami kecederaan kepala namun dilaporkan stabil selepas menerima rawatan di hospital berhampiran.

"Sneijder mengalami bengkak buku lali, tapi keadaannya stabil manakala Bouma kecederaannya tidak serius.

"Saya perlu memantau keadaan mereka setiap hari agar persiapan ke Euro tidak terjejas.

"Kecederaan hamstirng Joris Mathijsen juga beransur pulih," katanya yang berpuas hati dengan persembahan dipamerkan pemainnya sepanjang tempoh 90 minit perlawanan.

Dalam pada itu bintang tengah Bayern Munich, Mark van Bommel mengingatkan rakan sepasukannya supaya memperbaiki mutu permainanandai mahu berjaya di Euro nanti.

"Saya gembira dengan kemenangan ini, namun harus diingat masih ada ruang yang perlu diperbaiki.

"Saya harap kami mampu mengatasi setiap kelemahandan berjaya di Euro nanti," katanya.

Untuk edisi kali ini, Belanda diundi di dalam Kumpulan B bersama Denmark, Portugal dan Juara tiga kali, Jerman.

Kumpulan B juga dianggap sebagai kumpulan maut pada kejohanan kali ini.

Sinar Harian

Pencegah maksiat dibekal pistol untuk jamin keselamatan

Posted: 01 Jun 2012 12:14 AM PDT

11 Rejab 1433H. [MOD] -

TEMBILA- Anggota Penguat Kuasa Pejabat Agama Islam Agama Daerah Besut atau lebih dikenal dengan pencegah maksiat turut dilengkapi senjata api bagi tujuan mempertahankan diri.

Pegawai Agama Daerah, Azmi Tengah berkata, beberapa pucuk pistol semi automatik dibekalkan kepada unit berkenaan bagi memastikan keselamatan mereka sekiranya mendapat ancaman ketika melaksanakan tugas.

Menurutnya, namun begitu anggota terbabit tidak boleh melepaskan tembakan atau menggunakan senjata sembarangan sebaliknya perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

"Pistol antara keperluan bagi petugas unit ini kerana tugas mereka berdepan dengan pelbagai risiko namun hanya boleh digunakan untuk mempertahankan diri sekiranya keadaan mengancam nyawa mereka atau petugas lain," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Latihan Menembak Pejabat Agama Daerah Besut 2012 di Lapang Sasar Bukit Bubus, di sini, semalam. Latihan yang mendapat kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah itu adalah latihan kemahiran membabitkan sembilan anggota unit penguat kuasa yang diketuai Mohd Ali Pahmi Shafie serta jemputan.

Hadir sama dalam latihan menembak itu Ketua Pendakwa Syarie Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT), Che Mustafa Hamzah, pendakwa syarie dan kakitangan Mahkamah Rendah Syariah Besut.

Azmi berkata, lazimnya pihaknya mendapat kerjasama padu pihak polis ketika melakukan operasi. Beliau turut memberi amaran keras kepada umat Islam terutama pasangan muhrim agar tidak melakukan perbuatan tidak senonoh atau khalwat di daerah ini khususnya di chalet, tempat perkelahan dan pelbagai lokasi lagi kerana mereka yang ditangkap akan didakwa di Mahkamah Rendah Syariah.

Sementara itu, dalam latihan menembak tersebut setiap anggota diberi latihan mengendalikan pistol dengan betul, keselamatan menggunakan pistol dan menembak sasaran kertas menggunakan peluru hidup pada jarak 20 meter.

Sinar Harian

Seladang Eropah tampil garang

Posted: 01 Jun 2012 12:10 AM PDT

11 Rejab 1433H. [MOD] -

JUARA bertahan Sepanyol, dilihat sebagai calon popular mengungguli saingan Kumpulan C pada Kejohanan Euro 2012 di Poland dan Ukraine.

Diundi bersama Republik Ireland, Crotia dan juara edisi 1968 Itali bukan masalah besar buat anak buah Vicente del Bosque melangkah ke pusingan kedua.

Dibarisi majoriti pemain Real Madrid dan Barcelona, Skuad La Furia Roja lengkap di segenap posisi malah status selaku pasukan di ranking nombor satu dunia pasti menggerunkan lawan.

Corak permainan tiki-taka yang diterapkan del Bosque menjadi senjata ampuh merobek gawang lawan dalam usaha memburu kemenangan.

Bagaimanapun untuk edisi kali ini, penjaring terbanyak buat Sepanyol iaitu David Villa (51 gol) terpaksa diketepikan berikutan masalah kecederaan dihadapinya.

Namun, del Bosque mempunyai pilihan lain di bahagian serangan umpamanya peledak berbahaya Valencia, Roberto Soldado dan Fernando Torres (Chelsea) yang kembali menemui sentuhannya.

Sinar Harian

Nekad padam api sendiri setelah lihat treler terbakar

Posted: 01 Jun 2012 12:06 AM PDT

11 Rejab 1433H. [MOD] -

REMBAU – "Sementara menunggu bantuan tiba, saya nekad memadamkan kebakaran bersendirian namun tidak mampu berbuat apa-apa kerana api marak begitu cepat dan besar," luah pemandu treler, Radzi Jaffar, 47, setelah trelernya dirempuh dari belakang di Kilometer 231, Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara), dekat sini, pagi semalam.

Menurutnya, ketika kejadian dia dalam perjalanan dari Batu Pahat, Johor ke Pulau Indah, Selangor bagi menghantar muatan lima kepala lori dan terperanjat terdengar bunyi kuat sebaik tiba di lokasi kejadian.

"Seperti biasa saya memandu di lorong paling perlahan dan secara tibatiba terdengar bunyi dentuman kuat, saya menjangkakan terdapat kenderaan merempuh treler di bahagian belakang berdasarkan pengalaman memandu hampir 20 tahun.

"Bagaimanapun sebaik melihat cermin sisi dan pandang belakang, tidak kelihatan sebarang kenderaan sebelum memberhentikan treler perlahan- lahan di bahu jalan," katanya. Radzi berkata, sebaik keluar, dia bergegas ke bahagian belakang treler dan mendapati sebuah kereta jenis Proton Wira sudah melekat di bawahnya.

"Pemandunya seorang lelaki juga segera menjauhi kenderaan sementara saya berusaha memadamkan kebakaran," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Zamrus Zainal berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 8.04 pagi dan tiba di lokasi kejadian kira-kira 8.10 pagi. Menurutnya, susulan keadaan api yang begitu marak, sebanyak 30 anggota bomba dari empat Balai Bomba dan Penyelamat dikejarkan ke lokasi kejadian iaitu masing-masing dari Rembau, Alor Gajah, Seremban 2 dan Seremban.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, kita mengambil masa kira-kira 15 minit bagi mengawal kebakaran. Bahagian badan treler yang menempatkan lima kepala lori dan tayar hangus terbakar.

"Bagaimanapun, kepala lori tidak mengalami sebarang kerosakan susulan kebakaran berkenaan manakala, kereta jenis Proton Wira juga hangus terbakar, pemandunya juga sudah dikejarkan ke klinik berhampiran ," katanya. Zamrus berkata, punca kebakaran dan kerugian masih lagi dalam siasatan.

Sinar Harian

Pelajar maut langgar lembu

Posted: 01 Jun 2012 12:04 AM PDT

11 Rejab 1433H. [MOD] -

ARAU - Seorang remaja maut apabila motosikal yang ditungganginya dikatakan merempuh sekumpulan lembu yang melintas jalan di Lebuhraya Changlun-Kuala Perlis, pagi semalam.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 2.30 pagi itu melibatkan tiga buah motosikal yang salah satunya ditunggangi mangsa, Muhammad Arsyad Mohamad Zahir, 16 dan dua lagi penunggang iaitu Norazam Che Azizul dan Amir Sabirin Ahmad.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain berkata, kemalangan terbabit dipercayai berlaku apabila ketiga-tiga penunggang motosikal terbabit yang dari arah Arau menuju ke Changlun melanggar sekumpulan lembu melintas jalan berhampiran pintu gerbang Ulu Pauh.

Menurutnya, Muhammad Arsyad meninggal dunia di tempat kejadian, manakala dua lagi penunggang mengalami kecederaan parah dan di hantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar untuk mendapatkan rawatan lanjut. "Kemalangan tersebut turut mengakibatkan seekor lembu mati dan cedera manakala satu lagi tidak mengalami sebarang kecederaan.

Polis akan mengambil keterangan pemilik haiwan terbabit. "Dua lagi rakanya yang patah kaki serta cedera parah kini sedang mendapat rawatan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) dan waris masing- masing telah dimaklumkan," katanya.

Bapa mangsa, Mohamad Zahir Kadir, 39, ketika ditemui terkejut dengan insiden menimpa anaknya itu kerana mangsa tidak memaklumkan bahawa dia hendak keluar. "Muhammad Arsyad jarang keluar malam, mungkin disebabkan cuti sekolah dia hendak keluar bersama rakannya.

"Saya menyedari kelakuan Arsyad kerana sejak beberapa hari lalu dia agak pendiam, walau apapun saya menerima dengan reda kerana ini merupakan ketentuan daripada-Nya," katanya ketika ditemui di bilik mayat HTF, semalam.

Sinar Harian

Kotak hitam Sukhoi Superjet 100 ditemui

Posted: 01 Jun 2012 12:02 AM PDT

11 Rejab 1433H. [MOD] -

JAKARTA - Kotak hitam atau perakam data penerbangan (FDR) pesawat Sukhoi Superjet 100 ditemui dalam keadaan baik, berhampiran lokasi kemalangan pesawat, semalam.

Menurut agensi berita tempatan, FDR ditemui oleh penduduk berhampiran Gunung Salak di Bogor, Jawa Barat, lokasi kemalangan yang meragut 45 nyawa pada 9 Mei lalu.

Ketua Marshal Udara, Agensi Penyelamat negara (Basarnas), Daryatmo menyerahkan kotak hitam itu kepada Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Negara (KNKT) untuk siasatan.

"Kami masih boleh membaca data dari peranti itu, berbanding perakam suara kokpit pesawat," katanya.

Sinar Harian

Lelaki cuba serang polis cedera kena tembakan

Posted: 01 Jun 2012 12:01 AM PDT

11 Rejab 1433H. [MOD] -

GEORGE TOWN - Seorang lelaki yang cuba menyerang anggota polis dengan sebilah pedang samurai cedera di paha selepas terkena tembakan yang dilepas anggota terbabit, dalam kejadian di Lebuh Macallum awal hari ini.

Jurucakap polis berkata dalam kejadian 4.20 pagi itu, tiga anggota polis dari pos Macallum sedang meronda berhampiran sebuah medan selera di situ apabila terdengar jeritan seorang wanita memanggil mereka.

"Tiga anggota itu bergegas ke arah wanita berkenaan yang memaklumkan ada orang bergaduh di sebuah gerai makan di situ," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Polis mendapati dua lelaki sedang bergaduh dengan pelanggan dan seorang daripada mereka yang memegang pedang samurai bertindak menyerang ketiga-tiga anggota terbabit sebaik ternampak mereka.

"Salah seorang anggota kita melepaskan tembakan bagi mempertahan diri dan ia terkena pada paha kiri lelaki berusia 33 tahun itu, manakala rakannya yang panik melarikan diri dengan menunggang sebuah motosikal," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Barat Timur Laut ACP Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Lelaki yang cedera itu kini dirawat di Hospital Pulau Pinang dan siasatan awal mendapati dia mempunyai tiga rekod jenayah lampau berkaitan curi dan mendatangkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya.

Polis turut merampas pedang berkenaan serta giat mengesan rakan lelaki tersebut, katanya. - Bernama

Sinar Harian

Tempoh darurat Mesir tamat

Posted: 01 Jun 2012 12:00 AM PDT

11 Rejab 1433H. [MOD] -

KAHERAH 1 Jun - Tempoh darurat Mesir sejak berdekad-dekad lalu berakhir selepas tempoh akhir untuk memperbaharuinya tamat semalam, kata pemerintah tentera dalam satu kenyataan.

Pihak tentera pada masa sama berikrar untuk terus `melindungi' negara ini dan meneruskan tanggungjawab nasional dan sejarah, selaras dengan pengisytiharan perlembagaan dan undang-undang.

Selain itu, tentera akan terus memegang tampuk pemerintahan sebelum menyerahkan tanggungjawab tersebut kepada Presiden yang dilantik menerusi pilihan raya yang berlangsung pada penghujung Jun depan. - AFP

22 pekerja asing ditahan

Posted: 31 May 2012 11:59 PM PDT

11 Rejab 1433H. [MOD] -

JOHOR BAHRU - Seramai 22 pendatang tanpa izin (Pati) ditahan Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Johor dalam serbuan Ops 6P di Kawasan Perindustrian Kulai 2, dekat sini, kelmarin.

Timbalan Penolong Pengarah Jabatan Imigresen negeri, Mohamad Nasir Abas berkata, serbuan jam 6.35 petang yang berakhir dua jam kemudian itu menyaksikan 30 warga asing diperiksa. Menurutnya, seramai 12 daripada jumlah keseluruhan Pati yang ditahan merupakan warga Indonesia, Bangladesh(2), Vietnam (4), Myanmar (3) dan Nepal (1).

"Semasa ketibaan anggota operasi, kebanyakan Pati ini sedang leka bekerja dan tidak menyedari kehadiran kami. Mereka bekerja sebagai tukang jahit kain-kain terpakai untuk dijadikan kain pengelap mesin dan sebagainya. "Dari siasatan yang dijalankan, pekerja asing terbabit dihantar oleh ejen yang berdaftar dari syarikat lain.

Lebih memeranjatkan, kilang yang diserbu tidak memiliki lesen perniagaan yang sah sekali gus dipercayai kilang haram," katanya, di sini, semalam.

Mohamad Nasir berkata, serbuan yang turut disertai oleh anggota dan pegawai dari uruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu turut menahan seorang majikan warga tempatan berusia 29 tahun kerana disyaki melakukan kesalahan Seksyen 55B iaitu menggaji warga asing tanpa pas atau permit.

"Seorang lelaki warga tempatan yang bersubahat sebagai ejen yang menghantar pekerja asing tanpa pas dan permit ke kilang terbabit juga ditahan.

"10 daripada jumlah keseluruhan pekerja asing yang ditahan didapati melakukan kesalahan di bawah Peraturan 39B Peraturan-Peraturan Imigresen 1963," katanya. Selain itu, katanya, kesemua mereka turut disiasat di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran

Sinar Harian

Dua syarikat pakaian diserbu

Posted: 31 May 2012 11:56 PM PDT

11 Rejab 1433H. [MOD] -

SENAI – Dua syarikat pakaian di Batu Pahat diserbu Bahagian Penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Cawangan Batu Pahat dalam dua kejadian berasingan selepasdisyaki menggunakan perisian cetak rompak.

Pengurus Cawangan KPDNKK Batu Pahat, Supartini Mahhbot berkata, sebanyak lima komputer dan 33 salinan perisian cetak rompak dirampasdalam serbuan pertama yang dijalankan pada Selasa lalu. Sementara itu, lima lagi komputer turut dirampas bersama 32 salinan perisian cetak rompak dalam serbuan kedua menjadikan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM146,500.

"Serbuan berkenaan dilakukan di dua syarikat berasinganpada Selasa dan Rabu lalu, susulan aduan yang dikemukakan Business Software Alliance (BSA)," katanya. Supartini berkata, hasil pemeriksaan dari kedua-dua serbuan menemui penggunaan perisian dalam versi berbeza bagi perisian Microsoft Windows dan Microsoft Office milik Microsoft yang merupakan ahli BSA.

Katanya, pihak pengurusan kanan syarikat bertanggungjawab memastikan penggunaan perisian sah digunakan dalam perjalanan atau operasi pernigaan syarikat dan mereka boleh didakwa mengikut Akta Hak Cipta 1987 sekiranya gagal berbuat demikian.

"Jika sabit kesalahan, pihak syarikat dan pengarahnya boleh dikenakan denda diantara RM2,000 hingga RM20,000 bagi setiap kesalahan penyalahgunaan perisian cetak rompak. "Selain itu, pengarah syarikatdan pengurusan kanan juga boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun," katanya.

Sinar Harian

Pemuda gergasi ingin berteman

Posted: 31 May 2012 11:53 PM PDT

11 Rejab 1433H. [MOD] -

SAIN bersama keluarganya.

KAKI dan tangan Sain yang terus membesar menyukarkan dia bergerak.
LAHORE: Seorang pemuda yang mengalami penyakit pelik apabila dia mempunyai kepala, kaki dan tangan gergasi terdesak untuk mencari penawar supaya dia boleh mendapat jodoh.

Sain Mumtaz, 22, mengalami kecacatan teruk akibat sindrom Proteus menyebabkan beberapa bahagian tubuhnya terus membesar.

Dia sudah diterima oleh penduduk setempat di kawasan kejiranannya di pinggir bandar raya Lahore, di Pakistan tetapi penyakitnya menyebabkan dia perlu menerima rawatan secara berterusan dan menyukarkannya bergerak.

Sain dikatakan mengalami sindrom Proteus - yang turut menyerang "Lelaki Gajah" Joseph Merrick berikutan kecacatan simetri pada wajah dan tengkorak kepalanya.

Sain sebelum ini percaya nasib malangnya itu adalah laknat Tuhan, menyebabkan dia kecewa dan murung.

Namun, teman dan keluarga memberinya semangat dan dia kini berazam untuk terus hidup dengan baik.

Penduduk setempat merujuk kepadanya sebagai "kawan gergasi" mereka dan berazam untuk mencari penawar buat Sain yang mengimpikan akan bertemu dengan wanita idamannya.

Sain berkata: "Saya kelihatan seperti ini sejak lahir. Wajah, lengan dan kaki saya semuanya berbeza saiz dan orang menyangka saya tidak seperti manusia biasa yang lain.

"Tetapi akal saya sihat dan memahami semuanya. Saya menjalani kehidupan seperti orang lain walaupun semua anggota keluarga saya termasuk ibu, bapa, abang dan kakak saya dilahirkan tidak dengan keadaan begini.

"Sebelum ini, orang melarikan diri daripada saya, tetapi kini mereka melayan saya secara normal dan duduk serta berbual dengan saya ketika saya berada di luar.

"Mereka memanggil saya kawan mereka. Satu hari kelak, saya harap dapat sembuh dan bertemu dengan wanita yang akan mencintai saya," katanya.

Sain tidak pernah berjumpa doktor sejak dia kanak-kanak apabila diberitahu dia menghidap sindrom Proteus dan tiada apa dapat dilakukan untuk membantunya.

Sekiranya Proteus adalah diagnosis betul atas penyakit dialami mungkin tiada apa dapat dilakukan untuk mengurangkan berat kaki dan tangannya yang besar itu.

Namun, keluarganya masih berharap Sain menderita penyakit ketumbuhan lain dan jika ia benar mungkin ada rawatan yang dapat menyembuhkannya.

Bapanya, Wazir Ali berkata: "Kami mahu tahu apa yang tak kena dengannya dan sama ada terdapat sesuatu yang dapat dilakukan bagi memperbaiki kehidupan sehariannya.

"Dia menaruh harapan untuk masa depan, satu hari kelak dia akan menjalankan perniagaan beca dan mendapat isteri," katanya. - DM

Warga emas tercampak keluar

Posted: 31 May 2012 11:51 PM PDT

11 Rejab 1433H. [MOD] -

PARIT BUNTAR - Seorang lelaki maut selepas kereta yang dinaiki bersama-sama keluarganya terbabas dalam satu kemalangan di Kilometer 185.4 Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Bukit Merah, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan berkata, mangsa yang dikenali sebagai P Durasingam, 66, maut di tempat kejadian selepas tercampak keluar dari kenderaan berkenaan.

Menurutnya, kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu dipercayai berlaku akibat pemandu yang juga menantu mangsa, M Jayakumar, 31, gagal mengawal kenderaan sebelum terbabas.

"Kereta ini kemudiannya melanggar pengadang jalan sebelum terjunam ke parit berhampiran.

"Selain menantunya, dua lagi ahli keluarga turut berada di dalam kereta berkenaan tetapi kesemua mereka hanya mengalami kecederaan," katanya. Katanya, mayat mangsa kemudiannya di hantar ke Hospital Parit Buntar (HPB) untuk bedah siasat dan telah dituntut keluarganya.

"Mangsa yang cedera kini sedang dirawat di Hospital Taiping," katanya.

Sinar Harian

Penyamun lalok diberkas

Posted: 31 May 2012 11:48 PM PDT

11 Rejab 1433H. [MOD] -

ALOR GAJAH - Sepasang kekasih diberkas dalam keadaan khayal di sebuah chalet di Pengkalan Balak, di sini, pagi semalam, selepas dikenal pasti terbabit dalam jenayah samun di tiga lokasi di daerah ini.

Operasi mengesan suspek berusia lingkungan 30-an, kira kira jam 10.15 pagi itu, dilakukan pasukan Jabatan Siasatan dan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah yang berjaya mengesan kenderaan Proton Waja digunakan suspek.

Sementara itu, seorang mangsa samun dari Kampung Paya Mengkuang, V Punitavaihi, 21, berkata, ketika kejadian kira kira jam 8.10 pagi, semalam, dia dan ibu saudaranya berusia lingkungan 50-an, didatangi seorang lelaki dan wanita yang menaiki kereta Proton Waja.

"Lelaki terbabit bertanyakan rum ah sewa sebelum menyamun menggunakan sebilah pisau. Suspek mengacu pisau di perut saya dan merentap rantai leher saya serta milik ibu saudara," katanya.

Sementara itu, seorang peniaga kedai makan, Karem Mohamad, 50-an berkata, dia didatangi suspek lelaki yang bersarapan pagi di kedainya sebelum ditangkap sepasukan anggota polis di chalet berdekatan.

"Selesai bersarapan, dia tergesa-gesa pulang ke chalet. Tidak lama kemudian beberapa anggota polis datang membuat serbuan di chalet berkenaan sebelum saya diberitahu,
lelaki terbabit adalah penjenayah," katanya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Deputi Superintendan Abd Rahman Jid berkata, pasukannya menjalankan operasi memburu suspek selepas menerima dua laporan oleh
dua mangsa berbeza.

"Hasil maklumat diterima, kami berjaya mengesan nombor pendaftaran kenderaan dinaiki suspek sehinggalah mereka dikesan di sebuah chalet di Pengkalan Balak.

"Kami turut menemui barangan yang disamun oleh suspek dan juga dadah di dalam bilik yang disewa," katanya.

Menurutnya, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 392/397 atas kesalahan samun berkumpulan menggunakan senjata.

Sinar Harian

Penduduk sudah hilang sabar

Posted: 31 May 2012 11:47 PM PDT

11 Rejab 1433H. [MOD] -

BEMBAN - Seramai tujuh keluarga di Taman Bemban Jaya di sini, hilang sabar berikutan pelbagai masalah yang terpaksa dihadapi setiap kali pasar malam beroperasi di halaman rumah mereka pada hujung minggu, sejak 17 tahun lalu.

Mereka mendakwa, pasar malam yang beroperasi setiap Ahad, bermula jam 3 petang hingga 10.30 malam itu menimbulkan banyak kesukaran seperti masalah parkir kereta,
pencemaran dan kerosakan harta benda.

Seorang penduduk, Mukayi, 58, berkata, paling menyedihkan apabila mereka tidak boleh mengadakan sebarang majlis setiap Ahad berikutan masalah berkenaan.

"Saya terkilan kerana baru-baru ini, saudara mara dan kenalan terpaksa masuk menggunakan pintu belakang rumah untuk menghadiri majlis sembahyang mendiang suami
saya kerana halaman rumah sudah sesak dengan peniaga dan pengunjung pasar malam.

"Kami tiada pilihan, melainkan terpaksa mengadakan apa sahaja majlis pada hari lain," katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, adik iparnya, Kalyani, 59, pula berkata, dia yang menghidap sesak nafas terpaksa menutup pintu dan tingkap kerana alahan terhadap habuk serta asap makanan yang di goreng peniaga di halaman rumahnya.

Menurutnya, kain yang disidai di ampaian juga terpaksa diangkat awal bagi mengelakkan bau minyak dan habuk.

"Longkang juga kotor kerana sisa makanan dibuang ke dalamnya. Saya juga terpaksa membasuh lantai dan tingkap rumah akibat dicemari minyak dan habuk," katanya.

Seorang lagi penduduk, R Machap, 39, berkata, dia menghadapi kesukaran untuk keluar dari rumah kerana jalan ditutup sebaik sahaja pasar malam dibuka.

Menurutnya, dia terpaksa keluar awal untuk menghantar anaknya ke kelas tambahan setiap Ahad, kerana jika terlewat, anaknya terpaksa ponteng sekolah.

"Saya juga terpaksa meletakkan kenderaan jauh dari rumah jika pulang dari menghantar anak atau ke mana mana kerana jalan penuh sesak dengan peniaga dan pengunjung," katanya.

Tan Soo Seng, 28, pula berkata, dia dan ahli keluarganya terpaksa meletakkan kenderaan di jalan besar atau laluan belakang rumah setiap kali pasar malam beroperasi.

"Malangnya, kereta pernah rosak kerana laluan belakang yang sempit dan kebanyakan penduduk melalui jalan berkenaan pada hari tersebut.

"Jika saya letakkan kenderaan di depan rumah, maka saya memang tidak boleh bergerak ke mana-mana hingga pasar malam tamat," katanya.

Menurutnya, dia bimbang sekiranya berlaku kecemasan membabitkan ahli keluarga.

"Ada juga terfikir mahu berpindah tetapi saya masih bersabar menunggu tindakan pihak berkenaan," katanya.

Menurut penduduk, telah banyak aduan dibuat kepada pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta pihak terlibat, namun sehingga kini tiada tindakan diambil sejak lebih 10 tahun lalu.

Sinar Harian

Tunggu masa untuk rebah

Posted: 31 May 2012 11:44 PM PDT

11 Rejab 1433H. [MOD] -

PURUN – Keadaan dinding yang reput dimakan anai-anai di ruang dapur rumah milik pasangan warga emas di Kampung Purun, dekat sini hanya menunggu masa untuk rebah sahaja.

Yusuf Chein, 82, berkata, apabila hujan lebat, isterinya, Azizah Mohd Ali, 69, terpaksa menadah air menggunakan besen hujan gara-gara bumbung dapur yang bocor dan usang.

Menurutnya, keadaan dapur yang tidak sempurna menyukarkan isterinya memasak dan membasuh pinggan.

"Hanya bahagian dapur sahaja yang terlalu usang dan kami bimbang sekiranya angin kuat, zink di dapur diterbangkan angin," katanya.

Yusuf berkata, dalam keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan dia terpaksa membuat permohonan kepada pihak berkenaan.

"Saya tidak bekerja, malah lebih malang lagi menghidap darah tinggi hingga diserangstrok separuh badan.

"Saya juga alami asma kronik sejak empat tahun lalu dan bergantung sepenuhnya kepada penggunaan pam setiap masa," katanya.

Malah katanya, dia juga mengalami masalah kabur penglihatan sebelan kanan namun masih dalam tempoh pemulihan.

"Saya sudah membuat pembedahan mata bagi menggantikan kanta mata di hospital.

"Dengan keadaan saya sebegini, saya tidak berdaya untuk membaiki rumah sendiri," katanya.

Manakala Azizah pula berkata, dia tidak dapat bekerja kerana terpaksa menjaga suaminya itu yang tidak mampu menguruskan diri termasuk ke bilik air.

Menurutnya, mereka kini bergantung sepenuhnya kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan.

"Wang itu digunakan untuk membeli barang keperluan rumah, ubat dan melakukan pemeriksaan setiap bulan.

"Jika diikutkan sememangnya ia tidak mencukupi. Ada anak, tetapi mereka juga perlu menampung perbelanjaan keluarga masing-masing," katanya.

Azizah, lantaran keperitan hidupnya itu dia nekad membuat permohonan bantuan membaiki rumah pada 2010, namun sehingga kini masih belum mendapat maklum balas.

"Memang ada orang datang melihat keadaan rumah tetapi sehingga ke hari ini masih tiada tindakan diambil.

"Saya sudah serik ke pejabat berkenaan. Mereka hanya memberitahu tiada peruntukkan tetapi sampai bila kami perlu menunggu?," katanya.

Agency

Kereta terbakar depan rumah

Posted: 31 May 2012 11:42 PM PDT

11 Rejab 1433H. [MOD] -

BAHAU - Seorang suri rumah bersama tiga anaknya melalui detik mencemaskan apabila kereta jenis Naza Citra miliknya yang berada di hadapan rumah terbakar dalam satu insiden kira-kira jam 12.30 malam, di Taman Meranti, dekat sini, malam kelmarin.

Ibu kepada empat anak, Chin Yoke Yin, 52, berkata, ketika kejadian dia sedang tidur bersama dua anaknya.

Katanya, kejadian berkenaan disedari anak keduanya, Low Chor Lie, 17, yang masih belum tidur.

Menurutnya, sebelum itu dia ada mendengar anjing milik mereka menyalak namun tidak mengesyaki apa apa sebelum terdengar bunyi letupan kuat.

"Kemudiannya, Chor Lie menjerit memanggil saya dan terkejut mendapati api sedang marak dekat kereta milik kami.

"Dalam keadaan kelam kabut, kami berlari ke bahagian belakang rumah untuk menyelamatkan diri bagi mengelak berlaku kejadian tidak diingini," katanya.

Yoke Yin berkata, mujur ada jiran membantu menghubungi anggota bomba dan penyelamat.

Menurutnya, anak sulungnya telah membuat laporan berhubung kejadian itu di Balai Polis Bahau pada hari sama.

"Saya sudah tinggal di kawasan perumahan ini hampir tujuh tahun dan tidak pernah berhadapan dengan situasi seumpama ini sebelum ini.

"Ketika kejadian berlaku, suami berada di luar negara atas urusan kerja," katanya.

Dalam pada itu, kejadian yang menimpa Yoke Yin turut mendapat perhatian Ahli Majlis, Phoon Kow Chai yang datang melawat kediamannya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah, Superintendan Muhd Sabri Muhamad mengesahkan menerima laporan berkenaan.

Sinar Harian

Dialog dengan Umno tunggu dulu - Presiden PAS

Posted: 31 May 2012 11:41 PM PDT

11 Rejab 1433H. [MOD] -

ALOR SETAR: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, PAS bersedia untuk berdialog dengan mana-mana kumpulan Islam yang menjadikan al-Quran, Hadis, Ijma' dan Qias sebagai sumber perjuangan.

Bagaimanapun, kepada kumpulan yang mengaku Islam tetapi tidak menjadikan al-Quran dan hadis sebagai panduan perjuangan, beliau secara sinis berkata 'tunggu dulu'.

"Saya ulangi PAS sedia berdialog dengan kumpulan Islam yang menjadikan al Quran, Hadis, Ijma' dan qias sebagai rujukan.

"Kumpulan yang mengaku Islam, tapi tidak jadikan al Quran, Hadis, ijma' dan qias sebagai rujukan, tunggu dulu. Lebih-lebih lagi yang sudah berkuasa lebih 50 tahun," katanya disambut laungan takbir hadirin.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat presiden di dewan Datuk Fadzil Noor Kompleks PAS Kedah sempena Himpunan Hijau Menuju Putrajaya hari ini.

Menurutnya, Umno walaupun sudah 50 tahun memegang tampuk kepimpinan, masih lagi gagal untuk menjelaskan Islam sebenar kepada rakyat kerana dasarnya yang mengambil fahaman kebangsaan.

Beliau mengulas polemik yang dimainkan Umno berhubung dialog kedua-dua parti itu yang ditimbulkan semula sejak beberapa minggu lalu.

Berucap di hadapan kira-kira 2,000 pemimpin PAS dari pelbagai peringkat, beliau juga memberitahu, PAS bersedia menggantikan Umno menjadi parti teras Melayu Islam dan pada masa sama tidak mengabaikan kaum lain.

Malah katanya, konsep negara berkebajikan yang ditawar PAS mampu memberi keadilan bukan sahaja kepada manusia pelbagai kaum malah juga kepada alam sekitar.

"Wawasan kita berbeza dengan wawasan 2020, wawasan kita dari dunia hingga ke akhirat.

"Sebab itu negara berkebajikan PAS sangat digeruni Umno kerana ia akan memberi keadilan kepada semua," katanya.

Sementara itu, semua pimpinan PAS dari Ahli Majlis Syura sehingga pimpinan parti peringkat kawasan hadir dalam program tertutup amanat khas presiden pagi ini.

Selepas program ini, program Xpresi Anak Muda dan Himpunan Hijau Ke Putrajaya akan berlangsung di Stadium Darul Aman dari jam 4 petang hingga 12 malam ini.

Harakah Daily

Bakal pengantin mati berdiri

Posted: 31 May 2012 11:30 PM PDT

11 Rejab 1433H. [MOD] -

IPOH: Seorang lelaki yang bakal melangsungkan perkahwinannya hari ini ditemui mati dalam keadaan misteri dengan mayatnya ditemui dalam keadaan leher terjerut berhampiran sebuah kawasan perkelahan terkenal, awal pagi semalam.

D Saravanan, 38, ditemui pengunjung pusat perkelahan Lubuk Timah, Jalan Cameron Highlands, Simpang Pulai di sini, pada jam 8 pagi dalam keadaan berdiri dan tergantung pada sebatang pokok di tepi sungai di tempat kejadian.


Mangsa mulanya disyaki membunuh diri, namun kejadian itu menimbulkan rasa curiga polis dan orang ramai apabila mendapati kaki mangsa masih memijak tanah.

Pekerja pusat perkelahan itu, Talib Dahaman, 65, berkata, dia dimaklumkan penemuan mayat mangsa oleh seorang pengunjung tetap yang berada di kawasan perkelahan itu.

"Selalunya saya datang bekerja di sini sekitar jam 6 pagi, namun hari ini (semalam) hanya datang jam 8.30 pagi kerana mempunyai urusan di rumah. Sebaik tiba, saya dimaklumkan seorang pengunjung yang menemui mayat mangsa dengan lehernya terikat tali pada sebatang pokok di tepi sungai.

"Saya memberitahu pengurus, Amiruddin Ishak berhubung kejadian itu sebelum polis dimaklumkan. Ketika ditemui, lelaki itu lengkap memakai kemeja-T dan berseluar lusuh," katanya.

Menurutnya, dia tidak percaya mangsa mati akibat menggantung diri kerana kedua-dua kaki mangsa menyentuh tanah.

Talib yang sudah bekerja lebih tiga tahun di pusat perkelahan itu mendakwa kejadian itu pertama kali dialami walaupun pernah berlaku kes lemas sekitar 2008.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias mengesahkan menerima laporan berhubung kes berkenaan dan siasatan berkaitan punca kematian mangsa masih dilakukan.

"Polis masih menyiasat motif kejadian dan kereta Perodua Kelisa milik mangsa turut ditemui di tempat kejadian," katanya.

Ahli keluarga mangsa yang ditemui di pekarangan Bilik Mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) semalam juga enggan memberi sebarang ulasan berhubung kes itu.

metro/-

Emas tulen tidak takut api yang kuat - DHPP

Posted: 31 May 2012 08:44 PM PDT

11 Rejab 1433H. [MOD] -

ALOR SETAR: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yakin PAS tidak akan rosak dan musnah dengan pelbagai serangan yang dibuat oleh media Umno sekarang ini kerana parti Islam itu mempunyai kekuatan tersendiri.

Ketua DHPP, Hu Pang Chaw yang berucap dalam Himpunan Hijau Menuju Putrajaya pagi ini memetik satu pepatah China bagi menyokong kenyataan beliau itu.

"Emas tulen tidak takut dibakar dengan api yang kuat," kata Pang Chaw dalam ucapan di Markas Tarbiyah PAS Kedah, Batu 9, Kota Sarang Semut hari ini.

Beliau dipercayai mengulas isu muzakarah yang dipercayai beliau cuba dignakan Umno untuk memerangkap PAS.

Bagi beliau, PAS sudah cukup berpengalaman untuk diperangkap lagi dalam isu ini.

"Jangan mimpi untuk perangkap PAS dengan isu muzakarah.. pepatah Cina emas asli tidak takut kepada api yang kuat," katanya.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan saf kepimpinan PAS agar berhati-hati mengulas sebarang isu sekarang untuk mengelakkan sebarang salah faham kerana pihak lawan pandai putar belit kenyataan.

Dalam ucapan itu juga, beliau mengucapkan terima kasih kepada PAS kerana telah menterjemahkan buku Negara Berkebajikan ke dalam bahasa Cina dan Inggeris.

Beliau berharap agar buku ini diterjemahkan ke dalam bahasa Tamil pula bagi memahamkan semua pihak tentang perjuangan PAS.

Harakah Daily

Idris Ahmad

Posted: 31 May 2012 11:07 PM PDT

Idris Ahmad


Dunia Tidak Laku Di Akhirat.

Posted: 31 May 2012 06:07 PM PDT

Dunia Tidak Laku Di Akhirat.

 Idris Hj Ahmad

31/5/12

Semua makhluk yang  hidup akan mati dan mati pula biarlah dengan Islam. Ini adalah suatu perintah dari Allah SWT terhadap hambanya supaya mati di dalam agama Islam. Sebab agama Islam itu ialah agama yang diakui Allah dan diakui sebagai agama yang benar di dalam kitabnya al-Quran. Allah tidak menerima selain daripada Islam. Firman Allah SWT

"Sesungguhnya Agama yang diredhai oleh Allah ialah Islam" (al-Imran:19)

Firman Allah yang lain

"Barangsiapa yang menganut agama selain daripada Islam, maka tidaklah akan diterima darinya , di hari akhirat kelak ia tergolong di kalangan orang yang rugi" (Al-Imran 85)

 

Memanglah manusia tidak berkuasa untuk mematikan  dirinya di dalam Islam. Tetapi Allah telah meluangkan kepada manusia. Sekiranya ia inginkan yang demikian maka hendaklah ia menjalankan perintah yang diwajibkan keatas dirinya serta menurut perintah Allah SWT. Memilih mati di dalam Islam adalah cita-cita manusia yang bertaqwa kepada Allah SWT. Ia hendaklah membenci mati di  dalam kepercayaan selain kepercayaan Islam. Kita mesti terus menerus berdoa dan memohon dengan rendah diri dan meminta dari Allah SWT agar dia mewafatkan sebagai seorang Muslim.

Dengan sebab itulah Allah mensifatkan para Nabi dan orang solihin yang sentiasa berusaha untuk menjadi hamba yang mati di dalam keadaan Islam.

Firman Allah SWT

"Engkaulah (Allah) pelindungku di dunia dan di akhirat, wafatkanlah aku sebagai seorang Muslim dan kumpulkanlah aku bersama-sama orang-orang Soleh" (Yusuf:101).

 

Allah juga menceritakan pula tentang Nabi Ibrahim AS, kemudian nabi Yaakob AS yang masing-masing mereka mewasiatkan kepada anak cucunya supaya mati di dalam agama Islam.

Seperti Firman Allah SWT

"Dan telah berwasiat pula Nabi Ibrahim kepada anak cucunya, dan juga Nabi Yaakob hai anakku, sesungguhnya Allah telah memilih agama ini untuk kamu, sebab itu janganlah sampai kamu mati melainkan di dalam agama Islam" (Al-Baqarah, 132)

 

Wajib atas setiap manusia berusaha untuk memelihara keIslamannya dan menguatkan dengan mengerjakan segala perkara yang diperintahkan oleh Allah SWT.

Sebab orang yang melalaikan perintah Allah SWT itu akan terdedah dirinya untuk mati di dalam kepercayaan yang bukan Islam. Sesungguhnya melalaikan perintah Allah itu adalah bukti yang terang atas kecuaian dalam menunaikan hak-hak agama dan mengambil lewa mengenai perkara ini.

Wajib keatas setiap Muslim bercita-cita untuk mati di dalam Islam dengan meninggalkan kejahatan dan melakukan dosa, kerana yang demikian itu melemahkan Islam dan menjerumus kepada mati yang boleh menderhakai dan melakukan maksiat kepada Allah SWT.

Sebagaimana Firman Allah SWT

"Kemudian azab yang lebih buruk adalah kesudahan bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan kerana mereka mendustakan ayat-ayat Allah dan mereka selalu merperolok-olokkannya" (Al-Rum 30:10)

 Ayat ini memberi peringatan kepada manusia supaya melatihkan diri untuk menjunjung segala perintah Allah dan meninggalkan maksiat agar kita tidak terjerumus kepada maksiat dan mati di dalam keadaan derhaka kepada Allah SWT. Seandainya kita  terjerumus kepada perkara ini maka segera bertaubat kepada Allah SWT.

 

Sebagai seorang yang beriman wajib kita memohon agar Allah SWT mematikan di dalam husnul khatimah. Ia berlawanan dengan syaitan yang sentiasa menyeru  manusia kepada mati di dalam jalan yang terkutuk. Syaitan akan mencari jalan berbagai cara supaya manusia mati di dalam keadaan tidak beriman kepada Allah

 

Nikmat Islam adalah nikmat yang paling agung. Tidak ada makna hidup jika kita mati di dalam keadaan kufur kepada Allah SWT. Tidak ada makna jika Allah berikan dunia dan isinya sedangkan ia tidak memberi kepada kita Iman dan Islam. Kerana dunia akan binasa, sedangkan Islam kekal sampai hari akhirat. Dunia tidak ada harga selepas mati tetapi Islam laku sehingga hari akhirat.

Oleh itu kita mesti merasa bimbang mati di dalam su'al- khatimah kerana tidak mustahil Allah akan mematikan hambanya  di dalam keadaan buruk , jika hambanya sendiri berkelakuan dan bertindak sedemikian rupa.

Islam perlu dipupuk dan dibaja dengan amal soleh, jika tidak ia akan mati. Amal soleh diibaratkan baja kepada hamba yang mengaku dirinya sebagai seorang yang beriman.

Memang banyak cabaran kepada orang yang beriman ketika hendak menghayati Islam dan istiqamah di atas jalan Allah. Syaitan yang terdiri daripada manusia dan jin tidak pernah pencen untuk menarik sokongan supaya mengikut jalannya. Godaan yang datang samaada di dalam bentuk benda atau nafsu sentiasa berjalan terus. Oleh itu kita mesti pastikan diri kita berada di dalam lingkungan rahmat Allah SWT. Ikatkanlah diri kita bersama dengan majlis ilmu. Rapatkanlah dengan ulamak yang muttaqin kerana mereka adalah penyuluh jalan kebenaran untuk melawan kebatilan. Jangan liarkan diri daripada jamaah kerana ahlinya ialah orang yang sentiasa mengigatkan kebenaran dan memberi peringatan supaya menjauhkan diri daripada jalan maksiat. 


Filed under: Agama

PAS Negeri Sembilan

Posted: 31 May 2012 09:35 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Blog Usahawan Negeri Sembilan

Posted: 31 May 2012 02:40 AM PDT


Kepada mereka yang berminat, sila layari http://usahawann9.blogspot.com

PAS LENGGONG

Posted: 31 May 2012 07:42 PM PDT

PAS LENGGONG


Posted: 31 May 2012 07:28 PM PDT

Peringatan.


Allah SWT telah memerintahkan kepada setiap muslim untuk melaksanakan janji-janji yang pernah diucapkan.

وَأَوْفُواْ بِعَهْدِ اللّهِ إِذَا عَاهَدتُّمْ وَلاَ تَنقُضُواْ الأَيْمَانَ بَعْدَ تَوْكِيدِهَا وَقَدْ جَعَلْتُمُ اللّهَ عَلَيْكُمْ كَفِيلاً إِنَّ اللّهَ يَعْلَمُ مَا تَفْعَلُونَ

Dan tepatilah perjanjian dengan Allah apabila kamu berjanji dan janganlah kamu membatalkan sumpah-sumpah itu, sesudah meneguhkannya, sedang kamu telah menjadikan Allah sebagai saksimu. Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu perbuat.

Posted: 31 May 2012 07:02 PM PDT

Tok Guru


‎01 June 2012 - Harussani Yang Miang Dan Gatal Mulut Saya nak perbetul fahaman Harussani' KOTA BHARU: "Saya nak perbetul fahaman Mufti. Orang tua itu (Harussani), miang (gatal mulut) selalu serang saya tak pasal-pasal," kata Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang berang terhadap kenyataan Mufti Perak,Tan Sri Harussani Zakaria, apabila menyifatkan beliau sebagai keras hati dengan mengenakan pelbagai syarat untuk mengadakan muzakarah antara Umno dan Pas. Nik Aziz yang 'naik angin' dengan perkara itu menjelaskan bahawa beliau hanya bersifat istiqamah atau berpegang teguh kepada akidah Islam dengan mempertahan tindakannya dalam isu muzakarah, baru-baru ini. "Saya nak beritahu bahawa keras hati lain, istiqamah lain. Apa yang kami (Pas) buat ini ialah istiqamah dan keras hati maknanya degil. "Yang kedua, semakin ramai orang dalam Pas berpelajaran dan alim daripada Mufti Perak itu sendiri. Kami bukan ada doktor fizikal saja, kita ada doktor falsafah yang buat kajian dan bincang," katanya ketika ditemui selepas mesyuarat exco negeri, di sini, semalam. Kelmarin, Harussani dalam kenyataannya berkata, beliau bersedia menjadi orang tengah demi memastikan muzakarah Umno dan Pas untuk perpaduan Melayu dan Islam menjadi kenyataan. Beliau menyebut jika Nik Aziz bersikap keras hati, perkara itu sukar dilakukan dan hakikatnya sekarang, Pas tidak boleh dibawa berunding. -hm Nik Aziz: Mufti boleh jadi perantara, tapi bukan serang KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria supaya bijak menangani isu perpaduan serta pandai menjaga sempadan dengan tidak mencerobohi urusan orang lain. Beliau berkata, mufti boleh menjadi orang tengah dalam sebarang usaha perpaduan asalkan tidak menyerang sebelah pihak sahaja. "Mana mungkin menjadi orang tengah jika sekilas percakapan yang terungkap, orang dah tahu kita di sebelah mana. Islam memang mengajar umatnya hidup bersatu padu tapi mesti ingat, tiada asas kekuatan untuk bersatu kalau semata-mata atas nama bangsa Melayu. "Pas amat menyokong sebarang usaha perpaduan umat, namun ia semestinya berlaku atas landasan Islam. "Mana-mana pihak khususnya orang agama seumpama mufti bolehlah beritahu kepada pemimpin Umno agar menukar dasar partinya dan pentadbiran kerajaannya kepada Islam," kata beliau. Selain itu kata Nik Aziz: "Begitu juga harus dipersoalkan kenapa Umno boleh menerima kebangsaan dan menolak perjuangan politik Islam?" "Ada baiknya persoalan ini juga ditanyakan kepada mana-mana ahli Majlis Fatwa Mesir. Jangan sekadar menanyakan isu mengundi parti masuk syurga," kata beliau. Beliau berkata demikian ketika memberi respons kepada kenyataan Harussani kelmarin. Katanya, membuat ulasan lalu membenarkan pihak media massa mengaitkan nama individu sepertinya, bukanlah satu akhlak terpuji dan amat malang apabila akhlak itu menjadi 'pakaian' seorang mufti. -SH Bloglist Malaysia.

Posted: 31 May 2012 07:01 PM PDT


Jam 9 pm tadi hadiri meeting dgn OCPD Kota Setar berhubung Himpunan Hijau. Saya bangkitkan Akta Perhimpunan Aman 2012, Seksyen 15(1) seperti yang disebut lawyer Zul Hazmi tak perlu pohon permit utk perhimpunan. OCPD setuju tak perlu lagi memohon permit, sebaliknya cuma memaklumkan kpd pihak polis tidak kurang dua minggu dari tarikh program. Cuma polis suka penganjur membuat makluman menggunakan format borang macam permit Akta Polis haritu sebab maklumat yg diperlukan mengenai himpunan adalah lengkap. Tadi OCPD tarik balik surat 'lesen' yg pertama kali diberikan pagi tadi. Beliau kemukakan sekeping surat ('lesen' yang baru) yg mengandungi 'sekatan2 dan syarat2' ikut APA 2012, di hujungnya ditandatangani oleh OCPD dan penganjur, semacam surat penganjur bersetuju di hadapan OCPD untuk mematuhinya. Sekali lagi saya tak arif.. minta Zul Hazmi atau mana2 lawyer beri penjelasan.

Posted: 30 May 2012 07:38 PM PDT


MAKSIAT PERHIMPUNAN SEJUTA BELIA..... AKHIRNYA MUFTI CARI MAKAN INI PUN BERSUARA

MAKA TERSANGATLAH TEPAT JIKALAU MUFTI CARI MAKAN INI DILANTIK SEBAGAI MUFTI KHAS UMNO BERSTATUS MENTERI... APABILA BERKAITAN DENGAN PEMBANGKANG YANG DIBENCINYA TERUTAMA PAS, MAKA KELUARLAH FATWANYA YANG KERAS DAN BERSIFAT MENGHUKUM.. SEPERTI MENGELUARKAN FATWA BAHAWA PAS MENYIMPANG, PENGGUNAAN NAMA ISLAM PADA PAS PATUT DIHARAMKAN, PERHIMPUNA BERSIH ADALAH HARAM HUKUMNYA....TETAPI APABILA KENA MENGENA DENGAN PARTI POLITIK DNA PEMIMPIN MELAYU YANG SANGAT DISAYANGINYA.. MAKA FATWA YANG DIKELUARKAN JAUH LEBIH LEMBUT...
 ·  ·  · 15 jam yang lalu

PAS Kawasan Miri

Posted: 31 May 2012 07:11 PM PDT

PAS Kawasan Miri


Bebaskan Segera Saudara Peter John Jaban

Posted: 31 May 2012 06:13 AM PDT

PAS berasa kesal diatas apa yang berlaku terhadap Saudara Peter John Jaban,Deejay terkenal Radio Free Sarawak. Apa yang berlaku hari ini disaat masyarakat Gawai Dayak khasnya keluarga Saudara Peter John dalam suasana meraikan Hari Gawai Dayak amatlah menyedihkan.
Tindakan ini tidak dapat menafikan ,ianya merupakan manifestasi kebimbangan kerajaan Barisan Nasional akan keberkesanan Radio Free Sarawak dalam menyampaikan maklumat kepada penduduk luar bandar terutamanya di rumah panjang. Radio Sarawak Merdeka atau (Radio Free Sarawak) merupakan stesen radio bebas yang membawa berita yang anda mahu dengar, bukan apa yang orang lain mahu anda mendengar. Tiada siapa yang mengawal kita, kecuali anda, pendengar Sarawak. Oleh itu, menonton dan menikmati berita, temuduga, laporan dan komen yang anda tidak akan mendapatkan untuk mendengar mana-mana stesen radio lain yang dikawal oleh kerajaan BN di Sarawak.Dengan adanya maklumat yang terdapat dalam Radio Sarawak Merdeka maka akan memudahkan bagi pendengar di luar bandar mendapat maklumat terkini yang selama ini disekat oleh kerajaan BN. BN  sepatutnya tidak perlu takut sebab semua media massa dikawal sepenuhnya oleh kerajaan BN seperti Radio Television Malaysia (RTM) dan sebagainya.
Sehingga kini status beliau yang masih tidak ketahuan amatlah membimbangkan ,khusus pada keluarga beliau. PAS mendoakan agar Saudara John berada dalam keadaan selamat dan mengharapkan pihak yang terlibat segera membebaskan Saudara Peter John untuk beliau pulang dengan aman dan selesa bagi menyambut perayaan Gawai Dayak.


PAS is saddened and shocked with the 'abducted' of Peter John Jaban today in Miri.This shall not be happen in this festive season where Mr Peter just in Miri to celebrate gawai Dayak with his family.
This incident show desperation of BN (Barisan Nasional) who lately too scared about the emergence of Radio free Sarawak.The leaders  of the BN is afraid of independent information conveyed to the people through an independent radio station known as "Radio Free Sarawak," where they can hear the latest information without any censorship or restrictions.
Radio Free Sarawak is the independent radio station that brings you the news you want to hear, not what others want you to hear. No one controls us, except you, the listeners of Sarawak. So tune in and enjoy the news, interviews, reports and comment that you will never get to hear on any of the other government-controlled radio stations in Sarawak.With the information available in the Radio Free Sarawak will facilitate the rural listeners get the latest information that has been blocked by the BN government.

PAS together with Pakatan Rakyat urge the authorities to show some civility and moral rectitude to immediately release Peter John Jambun to his family so that he may be reunited with his family this Gawai season.Together we pray for Peter John and his family, that he may be returned safe to his loved ones.

Rembau Hari Ini

Posted: 31 May 2012 07:08 PM PDT

Rembau Hari Ini


Diragut selepas sidai kain

Posted: 31 May 2012 02:13 AM PDT


Diragut selepas sidai kain
30 Mei 2012

Seorang warga emas terkejut dan trauma apabila dia menjadi mangsa samun di hadapan rumahnya sendiri ketika baru sahaja menyidai pakaian di Rumah Rakyat Chengkau, dekat sini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 11.20 pagi itu, mangsa, Halifah Ghani, 60, didatangi seorang lelaki berusia awal 20-an dan berkulit hitam membonceng sebuah motosikal jenis Yamaha 125 bertanyakan arah jalan menuju ke Kuala Pilah, sementara seorang lagi menunggu di motosikal.

Menurutnya, dia kemudiannya bertanyakan kepada jirannya, Norhazira Zanior, 25, arah jalan berkenaan dan sebaik menoleh secara tiba-tiba lelaki berkulit hitam berkenaan terus menyentap gelang tangan emasnya yang dianggarkan bernilai RM6,000.

"Mak cik terkejut dan sempat menghalang budak lelaki berkenaan, namun dia memegang pergelangan tangan begitu kuat.

"Selepas gelang emas direntap, mak cik ditolak ke belakang dan dia bersama tiga lagi rakannya kemudiannya melarikan diri dengan motosikal jenis Yamaha 125 berwarna hitam serta merah," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Halifah berkata, dia sudah menetap di lokasi berkenaan sejak 30 tahun lalu dan kejadian berkenaan membabitkan samun pada waktu siang itu pertama kali berlaku sedangkan sebelum ini tiada kenderaan mahupun motosikal mencurigakan berlegar-legar di sini.

"Namun hari ini (semalam) makcik terperanjat dan tidak menyangka akan menjadi mangsa samun," katanya.

Sementara itu, Norhazira berkata, pada pagi kejadian, dia sememangnya sudah berasa tidak sedap hati dan duduk di hadapan pintu pagar sebelum kejadian samun berkenaan berlaku dalam sekelip mata.

Menurutnya, dia tidak sempat membantu Halifah walaupun sudah menjerit akibat risau melihat dua lagi rakan penyamun berkenaan yang menaiki sebuah lagi motosikal menunggu di belakang dan menunjukkan tanda isyarat supaya diam.

"Selepas penyamun berkenaan melarikan diri, saya bergegas mendekati mangsa untuk menenangkannya.

"Bagaimanapun saya hanya dapat mengecam jenis motosikal dan warnanya sahaja kerana nombor plat yang digunakan begitu kecil," katanya

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 31 May 2012 03:42 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


NEELOFA BAKAL DIKUTUK UMNO KERANA NASIHAT PEMBIDA WWW 1

Posted: 31 May 2012 06:24 AM PDT

Senarai Penerima Plat Termahal WWW Vs Orang Miskin




RM 520,000.00 …FUHHHHH bukan sikit2 anak tau….kalaulah bagi makan kat insan2 kedaifan & memerlukan pasti kenyang.

siapalah agaknya pembida termahal tu kan? apalah agaknya yang mereka ni dapat kalau berjaya usung nombor plat ni kat kereta mereka. agaknya apakah jenama & model kereta 'bertuah' yg akan memperagakan nombor plat ni nanti???

pastilah org yg membida ni super-duper-kaya-raya-maya kan??? jadi apalah sgt duit byk tu bagi mereka. duit dah berlebih2 sampai tak tahu nak buat apa. bersedekah sudah, menderma, amal jariah semua dah dibuat, keperluan sendiri & family pun dah sempurna & berlebih2 sampai 7 keturunan tak habis makan. apalah sgt berhabis utk KEPUASAN kan????
macam2 ragam manusia ni, ada gila brg berjenama, gila beli benda2 antik, beli lukisan mahal2, kumpul novel (aku la tuuuu), bida no plat, korek hidung pakai jari kaki (ceh!!!) macam2 lagi ragam manusia.

WWW 1 catat sejarah dibida RM520,000
 
Sumber neelofa.info .


BERAPE HARGA PLAT KETA SULTAN KELANTAN?

Posted: 31 May 2012 05:25 AM PDT


 

Sekali pandang tak ada apa pun yang pelik dan 'special' gambar diatas ini. Gambar ialah Kenderaan rasmi KDYMM Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V. Yang menarik nya ialah 'plate number' kereta tersebut. Plate tersebut ditulis dalam bentuk tulisan jawi.

Tulisan jawi dikeluarkan dari pembelajaran sekolah kebangsaan pada 1969 oleh Menteri Pelajaran masa itu Allahyarham Tan Sri Khir Johari. Lama kelamaan tulisan jawi semakin terpinggir sehingga beberapa tahun lepas, akhbar Utusan Melayu(jawi) pun lingkup. Penerbitan terakhir nya pada januari 2006. Masa tu bukan main lagi juak juak UMNO menjadi juara untuk membela tulisan jawi konon nya. Jenis dasar penipu, lama lama senyap.

Satu satu nya negeri yang masih cuba mendaulatkan tulisan jawi hanya lah Kelantan. Bukan setakat cakap tapi diiringi dengan pelaksanaan apabila Sultan Kelantan sendiri menggunakan tulisan jawi pada kereta baginda.




.....  apapun YM Sultan gua yang terbaekkkkkkkkkkkk... YM pakai plate keta yang tuanku suka.... suka hati tuanku la nak tulis ape pada plate keta... keta tuanku.... taknak pakai plate pun apa ada hal...... hahahahahaha

....

BRAHIM DESAK SULTAN TARIK PINGAT KEBESARAN NIZAR MACAM DIA...

Posted: 30 May 2012 10:49 PM PDT

KUALA LUMPUR 30 Mei - PERKASA mendesak Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin memohon maaf kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor kerana membuat pertuduhan yang tidak berasas berkaitan isu bidaan nombor pendaftaran Kenderaan Baginda tersebut.
 
 Ibrahim Ali berkata (yang telah menderhaka kepada Sultan Kelantan sehingga dilucut Pangkat kebesarannya), tindakan Nizar disifatkan sebagai biadap kerana membuat kenyataan secara terbuka menerusi laman sosial Twitter miliknya itu.
 
Lantaran itu, Ibrahim Ali turut menggesa Sultan Perak menarik semula pingat kebesaran yang telah diberikan kepada Nizar sewaktu memegang kuasa selaku Menteri Besar Negeri tersebut kerana tidak mempamerkan seorang Pemimpin yang menjadi contoh kepada masyarakat Melayu khasnya.
 
"Saya nak Nizar supaya mohon maaf bagi menarik balik secara terbuka pada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor kerana buat tuduhan melulu dan tak berasas. Saya mohon kepada Sultan Perak supaya tarik balik gelaran Datuk Seri yang dianugerah pada Nizar.
 
"Bukan sahaja mohon ampun tetapi pihak berkuasa juga perlu ambil tindakan sewajarnya kerana dia cuba nak merosakkan institusi raja," katanya pada sidang media selepas mesyuarat bulanan pertubuhan itu, petang tadi.
 
Turut hadir beberapa Pimpinan PERKASA termasuklah Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Datuk Zulkifli Noordin.
 
..... Dia ingat Sultan Perak bodoh macam dia... dia sendiri derhaka pada Sultan Kelantan sebab tue YM Sultan tarik balik pingat kebesaran....

SHAHRIZAT PINDA TUNTUTAN SAMAN

Posted: 30 May 2012 10:11 PM PDT

KUALA LUMPUR, 31 Mei — Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meminda pernyataan tuntutan samannya terhadap Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin dan Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli.

Shahrizat diwakili peguam Datuk Ahmad Redza Abdullah manakala Zuraida diwakili peguam Razlan Hadri dan peguam Ranjit Singh bagi pihak Mohd Rafizi.

Pada 19 Januari lalu, Shahrizat memfailkan saman terhadap Zuraida dan Mohd Rafizi berhubung kenyataan yang didakwa memfitnah beliau berhubung isu projek Pusat Fidlot Nasional (NFC).
Shahrizat menuntut ganti rugi am sebanyak RM50 juta dan RM50 juta lagi bagi ganti rugi teladan dan teruk daripada kedua-dua defendan.

Beliau juga memohon injunksi bagi menghalang defendan daripada terus mengeluarkan kenyataan sama ada secara lisan atau dengan cara penerbitan terhadap beliau berhubung National Feedlot Corporation Sdn Bhd atau syarikat-syarikat bersekutunya.

Perbicaraan kes saman tersebut ditetap pada 6 dan 10 Ogos. — Bernama

Batu Gajah Mari

Posted: 31 May 2012 11:51 AM PDT

Batu Gajah Mari


Ceramah AC Mizal mendapat sambutan HANGIT !!

Posted: 31 May 2012 01:20 AM PDT


Adik Kak Midah kelihatan sedih kerana terlalu ramai yang hadir.. hehehe



Ceramah Umno yang dihadiri oleh penyanyi terkenal dan penjual gelang berjaya, Dato' AC Mizal mendapat sambutan HANGIT!!!

Kira-kira 35 orang tidak termasuk bangku telah memeriahkan program tersebut. Sebelum itu makcik2 yang diangkut menaiki bas dari ceruk mana entah dihidangkan dengan kueytiaw goreng panas!..

Program itu dibuat secara last minit utk ganggu ceramah PAS yang dihadiri oleh penyanyi Dayang Ku Intan dan Bekas Pengarah Pelajaran Negeri Dato' Adnan Ibrahim di Ara Payong semalam.

Alangkah hebatnya program ini.. Sudah semetinya AC Mizal gembira melihat kehadiran di luar jangkaannya.. huhuhu



Berbanding dengan ceramah PAS yang dihadiri hanya beberapa orang.. sangat sedih.. hehehe



Orang ramai begitu terhibur dan bersemangat sekali dengan penampilan Datuk Nan dan juga Dayang Ku Intan.Lihatlah reaksi mereka melalui paparan berikut.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 31 May 2012 11:07 AM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Tunggu kejutan di Himpunan Hijau esok

Posted: 30 May 2012 09:26 PM PDT


KUALA LUMPUR: Dijangkakan akan ada beberapa kejutan akan diumumkan oleh PAS dalam Himpunan Hijau ke Putrajaya yang akan berlangsung di Stadium Darul Aman Alor Setar esok.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali ketika ditanya berhubung 'kejutan' itu, beliau berkata ianya mungkin diumumkan pada acara kemuncak di sebelah malamnya.

"Malam esok adalah program kemuncaknya di mana semua pimpinan utama PAS akan hadir.

"Semestinya mungkin ada beberapa orang baru nak isytihar masuk PAS," katanya.

Sebelum ini desas-desus menyebut beberapa lagi tokoh berpengaruh dan pernah memegang jawatan tinggi negara akan membuat perisytiharan meyertai PAS pada Himpunan Hijau ini.

Sejak kebelakangan ini, ramai tokoh dan salebriti yang cenderung kepada agama mengumumkan secara terbuka menyertai PAS.

Ianya termasuk bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Fauzi Shaari, dan penyanyi Wan Aishah Wan Ariffin atau Aishah.

"InsyaAllah, tokoh penting," kata Mustafa lagi.

Sementara itu, Himpunan Hijau esok akan bermula dengan program tertutup di sebelah pagi di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut.

Program yang dinamakan 'Amanat Khas Pimpinan' itu akan menghimpunkan seluruh pimpinan PAS dari semua peringkat.

Kemuncak program pada pagi itu adalah ucapan amanat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

"Ucapan Presiden PAS itu nanti semacam ucapan dasar waktu muktamar juga lah.

"Ianya semestinya akan fokus juga kepada persiapan dan unsaha menghadapi pilihan raya," kata Mustafa lagi.

Program terbuka kepada umum pula akan bermula seawal jam 4 petang di Stadium Darul Aman yang dinamakan Xpresi Hijau Anak Muda ke Putrajaya.

Program itu akan menampilkan penceramah tersohor, Ustaz Azhar Idrus dan selebriti Bob Lokman yang akan mempersembahkan sketsa bertajuk Belantan Pusaka Durjana.

Program kemuncak sebelah malamnya pula juga di Stadium Darul Aman dan akan bermula dengan solat Maghrib secara berjemaah, solat hajat dan munajat perdana.

Program ceramah oleh pimpinan utama dan 'kejutan' akan dimulakan sejurus selepas solat Isyak.

Himpunan Belia: Pemimpin turut terkinja-kinja

Posted: 30 May 2012 09:24 PM PDT


KUALA LUMPUR: Himpunan Jutaan Belia yang berakhir pada Ahad lepas 27 Mei menyaksikan berbagai-bagai suka, duka, gelagat dan aksi belia-belia negara sepanjang program itu berlangsung di Putrajaya.

Himpunan yang diadakan saban tahun, dan untuk kali ini sambutan itu agak luar biasa dengan pelbagai program yang disajikan kepada anak muda selama lima hari berturut-turut bermula 23 Mei.

Banyak program yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan, di mana kebanyakannya memenuhi citarasa anak muda hari ini apatah lagi program berbentuk hiburan dan sukan.

Tinjauan Harakahdaily pada Sabtu lepas, kehadiran anak muda belasan tahun cukup mengagumkan dengan bermacam-macam aksi dan gelagat mereka. Terkinja-kinja, terjerit-jerit pendek kata semua gelagat ada di sana.

Di tambah pula suasana hingar-bingar dengan tiupan terompet mini (gambar) hampir kesemua orang ramai yang hadir. Terompet yang dibeli dengan harga RM5 setiap satu, ada warna merah, biru dan kuning.


Terdapat sekumpulan anak muda mengenakan 't-shirt' putih dan merah yang tertera '1 love PM', tidak kurang hebat juga anak muda Belia 4B yang rata-rata wujud di segenap ruang di himpunan itu.

Belia 4B pula menawarkan orang ramai menaiki beca berhias dengan dikenakan caj RM10 untuk dua orang, difahamkan mereka mencari dana tambahan.

Tidak kurang hebatnya, anak gadis yang mengenakan pakaian menjolok mata, berseluar pendek hingga ke pangkal paha dengan betis putih melepak bagaikan bunting padi menarik perhatian belia lelaki.

Apa yang menarik perhatian wakil Harakahdaily, seorang anak muda tanpa rasa bersalah 'mengambil' basikal yang disewanya daripada pihak penganjur himpunan.

Ketika terserempak, anak muda itu sedang menunggu sekumpulan kawannya yang turut sama membawa balik basikal yang disewa RM5 untuk dua jam.

"Ambil je, basikal ini. Hari ini hari belia, sayakan belia jadi basikal ini untuk belia. Tak salah kan? Ramai lagi kawan-kawan saya yang ambil bawa balik rumah," katanya sebaik sahaja wakil Harakahdaily mempersoalkan perbuatannya itu.

Malah anak muda itu, pula mengajak wakil Harakahdaily untuk sama-sama 'kebas' basikal yang dianggarkan berharga tidak kurang RM500.

"Banyak lagi basikal yang disediakan. Ambil je...ramai yang buat macam itu," katanya yang meminta diri berlalu dengan sekumpulan kawannya.

Banyak 'booth' dibuka untuk orang ramai daripada kementerian-kementerian sehinggalah 'booth' jualan syarikat telekomunikasi sehinggalah 'booth' usahawan tempatan.

Dalam tinjauan itu, Harakahdaily tertarik dengan 'booth' Umno Pembela Rakyat. Kelihatan beberapa wanita yang berada di gerai itu tidak menang tangan melayan orang ramai mengisi borang keahlian Umno.

Harakahdaily cuba mendekati, orang ramai memenuhi 'booth' sedang mengisi borang keahlian, mereka yang siap mengisi akan diberi cenderahati 'keychain' dan 'button' Umno.

Selain itu, di 'booth' yang sama kelihatan tiga orang wanita Umno sedang giat mengedarkan buku 'Bersih 3.0 yang kotor' kepada pengunjung himpunan.

Lebih menarik perhatian, Umno turut menghidangkan kuiz kepada orang ramai dengan soalan-soalan yang berkaitan pertubuhan itu, mereka yang berjaya menjawab soalan dengan tepat akan dihadiahkan hamper. Soalan diajukan oleh seorang pelawak Osman Kering yang cukup menarik perhatian pengunjung.

Lebih mengujakan dan dinanti-nanti belia sudah tentu hiburan, dengan konsert artis luar negara yang sedang digilai anak muda 'K-pop' di tambah pula tidak kurang hebatnya konsert rock dari artis tempatan.

Bukan sahaja, anak muda yang teruja. Pimpinan negara pun turut sama dengan barisan belia 'meraikan' artis K-pop dan menjerit-jerit menyantuni artis tempatan.

Justeru, apa yang disusun atur oleh Kementerian Belia Sukan dalam Himpunan Sejuta Belia tempoh hari, itulah yang disukai malah dicari-cari oleh belia pada hari ini. Belia dengan hiburan sukar untuk dipisahkan.

Naib Ketua Umno Hulu Selangor keluar parti

Posted: 30 May 2012 09:24 PM PDT


KUALA LUMPUR: Naib Ketua Bahagian Umno Hulu Selangor Yusri Ishak mengisytiharkan keluar Umno serta merta dengan rela hati tanpa ada desakan mana-mana pihak.

Ekoran tindakannya itu, menyebabkan ramai pengikutnya bertindak mahu mengikut jejak langkah beliau.

Mereka bertepuk tangan sambil menjerit 'semua ikut' sebaik sahaja ditanya sama ada kehadiran mereka sebagai tanda sokongan atau turut sama keluar parti.

Dalam sidang media sebagaimana dipetik dalam satu video, Yusri berkata keputusannya itu mungkin memeranjatkan politik di Hulu Selangor.

"Keputusan ini adalah kehendak saya dan tiada paksaan mana-mana pihak.

"Saya Yusri Ishak, nombor ahli 0062549 dengan ini isytihar akan tinggalkan parti Umno berkuat kuasa serta merta," katanya.

Beliau yang juga Ketua Pemuda Cawangan tidak akan menyertai mana-mana parti selepas pengundurannya itu kerana mahu menumpukan perhatian kepada perniagaan dan keluarganya.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak akan timbul persepsi negatif sesetengah pihak ekoran tindakannya itu memandangkan pilihan raya umum akan berlaku tidak lama lagi.

"Saya harap pucuk pimpinan bahagian pusat menghormati keputusan saya ini.

"Mungkin sudah sampai waktunya. Saya rasa waktu saya bersama Umno hanya setakat ini. Ini sudah ditakdirkan Allah SWT," katanya yang enggan menceritakan lanjut sebab pengundurannya itu.

Dalam pada itu, Yusri menafikan beliau mempengaruhi keputusan pengikutnya turut mahu keluar Umno.

"Saya tidak mengajak mereka untuk keluar Umno sama-sama, kalau mereka nak kerluar bukan kehendak saya. Saya tidak pengaruhi mereka.

"Mungkin sokongan selama ini, saya sudah bersama-sama mereka sejak 12 tahun lalu, ini mungin balasan mereka pada saya," katanya.

Rakyat malu PM dikaitkan dengan skandal Scorpene

Posted: 30 May 2012 09:22 PM PDT


MELAKA: Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli (gambar) berkata rakyat Malaysia merasa malu kerana mempunyai seorang Perdana Menteri yang dikaitkan dengan isu skandal kapal selam Scorpene.

"Kalau di negara lain bekas-bekas pemimpin sahaja yang dikaitkan dengan mahkamah, Hosni Mubarak di Mesir, Zaen-Abidin Ben Ali di Tunisia tetapi di Malaysia Perdana Menteri kita sendiri yang dikaitkan dengan isu kapal selam Scorpene dan beliau dipanggil menjadi saksi perbicaraan tersebut.

"Malah kes ini juga dikaitkan dengan Altantuya yang mati dibunuh dengan kejam oleh pengawal peribadi Najib sendiri," ujar Dr Hatta pada ceramahnya di Majlis Perasmian Jentera Pakatan Rakyat Parlimen Bukit Katil di Bukit Beruang di sini malam tadi.

Beliau berkata lebih malang lagi Perdana Menteri langsung tidak memberikan komen kepada isu ini apabila beliau ditanya.

"Perdana Menteri jawab 'no comment', Timbalan Perdana pun jawab 'No Comment', ini isu besar bukannya isu kecil, mengapa mereka tidak mahu komen.

"Ayah Altantuya baru-baru ini semasa berkunjung ke Malaysia untuk mengetahui perkembangan kes anaknya di sini berkata beliau melihat Altantuya, Razak Baginda dan Najib Razak dalam satu gambar tetapi gambar itu tiada dalam simpanannya," tambahnya.

Ceramah yang julung kali dianjurkan atas nama Pakatan Rakyat Parlimen Bukit Katil malam tadi dihadiri ribuan rakyat yang majoritinya orang Tionghua.

Turut berceramah pada program tersebut ialah Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming, Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr Yaakob Sapari dan Pengerusi PKR Melaka, Shamsul Iskandar Md Akin.

Tidak puas hati, Orang Asli pulang wang RM200

Posted: 30 May 2012 09:22 PM PDT



TEMERLOH: Kira-kira 100 penduduk Orang Asli Kampung Sungai Leleh, Lanchang semalam bertindak membantah dan memulangkan kembali wang sebanyak RM200 kepada Risda kerana dianggap tidak munasabah.

Menurut mereka, wang tersebut dikembalikan demi maruah mereka berikutan didapati berlaku ketidakadilan dan mungkir janji pihak kerajaan kepada persetujuan asal berdasarkan minit mesyuarat.

Mereka mendakwa, mesyuarat diadakan antara wakil penduduk dengan Pejabat Tanah dan Daerah Temerloh tahun lalu itu, diadakan berikutan projek mengeluarkan bijih besi oleh anak syarikat kerajaan negeri Mentiga Mining Sdn Bhd yang memusnahkan ladang sawit Tanam Semula Kelompok (TSK) milik penduduk.

Pengerusi jawatan kuasa bertindak penduduk, Rawi a/l Gaud berkata, berdasarkan minit mesyuarat mereka sepatutnya menerima RM350 sebulan, 15 peratus keuntungan hasil pelombongan bijih besi dimasukkan ke akaun dan tanah seluas 50 hektar sebagai gantian kerosakan tanaman akibat aktiviti perlombongan bijih besi.

Namun begitu, katanya, semua janji tersebut tidak ditepati sejak lebih dua tahun yang lalu kecuali yang mereka dapat sebanyak RM200 beberapa hari lalu.

"Ladang sawit kami habis musnah apabila syarikat Mentiga masuk melombong besi sejak 2010. Air sungai tercemar teruk, sekarang kalau hari panas kami dapat habuk kalau hari hujan kami dapat jalan becak.

"Bila keadaan dah jadi macam ini mereka nak bayar kami RM200. Sekarang kami nak pulangkan semula duit tu sebab tidak munasabah dan tidak setimpal dengan kerugiannya," katanya tegas.

Kampung Orang Asli Sungai Leleh meliputi kawasan tanah seluas 365 hektar dan 95 hektar daripadanya ditanam dengan sawit dengan 86 orang peserta. Terdapat kira-kira 100 keluarga daripada suku Temuan dengan lebih 400 penduduk.

Rawi menjelaskan, mula-mula dulu penduduk mengusahakan kebun sawit sendiri sehingga mampu meraih pendapatan RM1,000 sebulan. Tetapi apabila diambil alih oleh Risda jadi TSK dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) mereka hanya dibayar RM500 sebulan.

Tambahnya, apabila syarikat perlombongan masuk ke situ tanah kebun mereka musnah sehingga menghadapi kesempitan untuk mencari sumber rezeki.

"Kami kesal orang lain yang tidak berkuasa ke atas tanah kami telah tanda tangan bersetuju menggali kawah lombong besi di sini sehingga 40 kaki ke bawah tanah.

"Lebih menakutkan, kalau diikutkan pelan yang dikeluarkan oleh Unit Perancangan Ekonomi Negeri kawasan perlombongan bijih besi akan meliputi sehingga ke semua kawasan penempatan dan rumah penduduk.

"Itulah yang menyebabkan penduduk ketakutan kerana bimbang tiada kawasan lagi untuk penduduk diami dan kawasan hutan sudah semakin pupus untuk mencari rezeki," katanya.

Sementara itu seorang penduduk tua di kampung berkenaan, Gaud a/l Batin Kang, 72, berkata penduduk hanya menuntut hak mereka sahaja yang sepatutnya diiktiraf sebagai warganegara serta penghuni asal dan tidak mahu meminta hak kepunyaan orang lain.

Menurutnya, kampung berkenaan telah wujud sejak lebih 100 tahun yang lalu dan ayah beliau sendiri iaitu Batin Kang, pernah menjadi pembantu kepada Orang Kaya Semantan Datuk Bahaman.

Turut hadir memberi semangat kepada Orang Asli peguam Ahmad Nizam Hamid dan pelakon Abdul Kadir Abdul Manap atau Pak Jabit.

Kelantan dipinggirkan Umno sejak 1959

Posted: 30 May 2012 09:21 PM PDT

KOTA BHARU: Pada 1959 kerajaan PAS memohon kepada kerajaan pusat bagi membina jambatan merentangi Sungai Kelantan. Ketika itu jurutera perunding menganggarkan kosnya RM5 juta.

Selepas tiga tahun tidak dihiraukan kerajaan pusat, kerajaan negeri mengambil keputusan membina sendiri pada 1962. Pembinaannya dimulakan pada 1963 dan siap pada 1965 dengan kos RM6.7 juta.

Sebelum itu Umno menjanjikan mahu membina jambatan berkenaan, namun selepas tewas pada 1959 peruntukan projek Jambatan Sultan Yahya Petra dibawa Pahang.

Begitu juga projek rancangan tali air Kemubu melibatkan kos RM45 juta yang diperolehi kerajaan PAS daripada pinjaman Bank Dunia.

Semua projek itu dianggap mustahil bagi pemimpin Umno ketika itu, namun akhirnya menjadi kenyataan. Begitu juga projek lebuh raya rakyat Kota Bharu-Kuala Krai juga dinafikan Umno.

Senator Mumtaz Mohd Nawi berkata, lebuh raya rakyat akan menjadi kenyataan dengan sokongan semua pihak.

"Kita boleh lihat sendiri pada majlis pecah tanah pembinaan lebuh raya berkenaan lebih RM1 juta derma berjaya dipunggut daripada orang ramai.

"Rakyat simpati selepas kita didera begitu lama bagi mendapat kemudahan seperti negeri-negeri lain," katanya di sini.

Menurutnya sejak Rancangan Malaysia ke-5 (RMK-5) hingga RMK-10 kerajaan Persekutuan tidak menyenaraikan pembinaannya dalam Rancangan Malaysia.

Baru-baru ini Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed menyifatkan lebuh raya rakyat sebagai gimik politik dan menganggap kerajaan negeri tidak mampu membinanya.

Anggota Parlimen Tanah Merah, Amran Ab Ghani berkata, kenyataan pemimpin Umno terbabit hanya menutup aib mereka sendiri kerana meminggirkan rakyat Kelantan sejak sekian lama.

Adun Tanjung Mas, Rohani Ibrahim berkata, biar pun sumber kewangan kerajaan negeri terbatas, namun demi kepentingan pembinaan lebuh raya Kuala Krai-Kota Bharu tetap diteruskan.

"Kerajaan negeri mengambil tanggungjawab itu ekoran masalah yang ditinggalkan Umno," katanya.

Bekas pegawai kanan kerajaan Ubaidah Yaakub berkata, lebuh raya yang dicadangkan di Kelantan bagi manfaat rakyat dan bukannya bertujuan mendapat keuntungan seperti lebuh raya di tempat lain.

CAKNO RAKYAT DUN TEMANGAN 2012

Posted: 30 May 2012 09:21 PM PDT









Jasindaily Online

Posted: 31 May 2012 09:36 AM PDT

Jasindaily Online


Himpunan Hijau persediaan hadapi PRU-13

Posted: 31 May 2012 03:27 AM PDT

Himpunan Hijau ke Putrajaya di Alor Setar Kedah esok adalah ijtimak terbesar PAS bagi memperkasakan persiapan menghadapi PRU ke 13.Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, himpunan itu bakal menyerlahkan satu penyataan persediaan jentera parti di semua peringkat berdepan pilihan raya."Himpunan ini akan diadakan dalam suasana semua pihak menggembleng tenaga dan sokongan bagi meningkatkan keyakinan rakyat terhadap parti yang bakal menerajui negara.

 "Himpunan ini juga satu medan mendekatkan diri sebagai makhluk Allah dengan rayuan, bermunajat dan menghambakan diri kepada Allah agar kemenangan Islam dapat dicapai dalam PRU ke 13," katanya.Beliau yakin himpunan esok mampu menjadi model himpunan paling baik untuk dinilai oleh rakyat.Rakyat ujarnya boleh bandingkan dengan Himpunan Sejuta Belia yang dicemari dengan pelbagai perkara tidak senonoh, malah mengakibatkan kemalangan dan kecederaan akibat keghairahan manusia bagi menterjemahkan keegoan dan kesombongan. "Majlis ini tidak dihidang dengan konsert, perlumbaan kereta, artis berpakaian menjolok mata, tiada tarian dan nyanyian, yang ada adalah tangisan takut akan azab Allah, merayu pertolongan Allah bagi memelihara agama dan umat ini."Himpunan yang jauh dari elemen maksiat dan kemungkaran ini akan menyerlahkan ketinggian akhlak para pekerja parti dan penyokong serta dipenuhi dengan perkara yang bermanfaat kepada semua yang mengikutinya di sana dan juga siaran langsung di dalam pelbagai saluran media baru," katanya.

Isu Kartun : SPR Sudah Gigil

Posted: 31 May 2012 03:22 AM PDT

Kumpulan Kartunis Independen (KKI) menyifatkan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melarang penggunaan kartun dalam kempen Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 sebagai 'melucukan'. Ketuanya Zulkiflee SM Anwar Ulhaque atau lebih dikenali sebagai Zunar berkata, yang patut diberi perhatian oleh SPR bukan medium, tetapi kandungan atau mesej yang digunakan oleh parti-parti politik dan penyokong yang berkempen. Mesej yang tidak bertanggungjawab serta bersifat serangan peribadi dalam apa jua medium ujarnya perlu diambil tindakan. 

 "Kartun adalah salah satu medium bagi parti-parti politik untuk menyampaikan mesej dalam Pilihanraya dan ia adalah medium yang halal dipraktiskan secara undang-undang di Malaysia dan kerana itu SPR tak berhak melarangnya. "Mengharamkan penggunaan kartun ketika kempen pilihanraya adalah satu peraturan yang bukan saja salah di sisi undang-undang, tetapi paling melucukan," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily. Beliau mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Omar seperti dilaporkan media yang menyatakan bahawa badan itu melarang penggunaan kartun dalam kempen Pilihanraya Umum (PRU) ke 13.

 Menurut Zunar, SPR seharusnya menggunakan tenaga dan usaha untuk memenuhi lapan tuntutan Bersih daripada berbicara soal kartun dan karikatur. Beliau memberitahu, biarpun berdepan larangan itu, KKI yang diketuainya akan terlibat aktif sebelum dan ketika kempen PRU akan datang. "Kami akan membuka bilik gerakan kartunis sendiri dan akan bergerak secara berkumpulan dengan menggunakan van dan berkempen ketika kempen PRU. "Fokus kami ialah mendedahkan penyelewengan dan korupsi oleh pemerintah sekarang. Ini termasuk isu Skandal Scrpene, NFC, isteri Perdana Menteri, dan lain-lain," katanya.

NAJIB BAPA LIBERALIS DAN SOSIALIS MALAYSIA

Posted: 31 May 2012 03:18 AM PDT


Perhimpunan Sejuta Belia di Putrajaya baru-baru ini mengesahkan bahawa pihak Perdana Menteri dan Kementerian Belia dan Sukan sendiri membakulsampahkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Menurut Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), hiburan dengan wanita separuh bogel dalam acara perhimpunan tersebut adalah lambang kebudayaan di Negara ini yang telah mengganti nilai agama dan moral yang termaktub dalam Dasar Kebudayaan Kebangsaan. "Jelas yang berlaku adalah suatu penghinaan kepada kebudayaan negara dan Perdana Menteri menjadi Ketua Liberalis Malaysia bila membenarkan budaya lucah dipentaskan bersama kehadiran beliau.

 "Jika ada pihak yang mengangkat isu wujudnya gerakan liberal di negara ini, maka kami berpendapat Perdana Menteri membayangkan bahawa beliau adalah ketua kepada budaya dan pemikiran liberal di Malaysia," kata setiausahanya Mohd Azmi Abdul Hamid. Mapim katanya, kesal dan mengutuk budaya liberal yang diterjemahkan dalam bentuk acara hiburan yang sangat anti akhlaq yang disahkan oleh perdana menteri bersama penari separuh bogel dalam perhimpunan tersebut. Menurut Azmi, dengan membenarkan wanita berpakaian tidak senonoh mengadakan pementasan yang direstu oleh Perdana Menteri dan Menteri yang berkenaan, manakala Menteri Agama di JPM serta para Mufti tidak pula bersuara, mengesahkan aliran liberalisme dan pluralisme sebagai budaya dan aliran pemikiran yang dibenarkan oleh konsep wassatiyah yang ditaja oleh PM.

 "Asalkan dapat dihimpunkan belia dan mengujudkan suasana serba bebas dan tidak menghormati kebudayaan kebangsaan, PM sanggup mengadai akhlak generasi muda hanya untuk berpropaganda untuk PRU 13," katanya lagi. Beliau juga mendakwa progran itu sebenarnya memperalatkan belia dengan memancing mereka berhimpun dengan acara hiburan liar dan cara itu sudah lama diguna oleh pihak kerajaan. "Di satu hal budaya politik samseng dibiarkan berleluasa , ditambah lagi hiburan liar juga diguna untuk melekakan belia dari berfikir mengenai pelbagai isu Negara yang akan menentukan nasib dan masa depan agama dan bangsa.

 "Mapim tidak dapat menerima pendekatan yang diguna oleh kerajaan yang mengguna peruntukkan dari wang rakyat dengan memaparkan budaya liar dan tidak senonoh," katanya. Sehubungan itu, mapim menuntut Kementerian Belia dan Sukan mendedahkan berapa jumlah perbelanjaan yang dikeluarkan untuk perhimpunan tersebut.

Pulang Balik RM 200, Risda Dimalukan Orang Asal

Posted: 30 May 2012 06:02 PM PDT

Kira-kira 100 penduduk Orang Asli Kampung Sungai Leleh, Lanchang semalam bertindak membantah dan memulangkan kembali wang sebanyak RM200 kepada Risda kerana dianggap tidak munasabah.Menurut mereka, wang tersebut dikembalikan demi maruah mereka berikutan didapati berlaku ketidakadilan dan mungkir janji pihak kerajaan kepada persetujuan asal berdasarkan minit mesyuarat. 



 Mereka mendakwa, mesyuarat diadakan antara wakil penduduk dengan Pejabat Tanah dan Daerah Temerloh tahun lalu itu, diadakan berikutan projek mengeluarkan bijih besi oleh anak syarikat kerajaan negeri Mentiga Mining Sdn Bhd yang memusnahkan ladang sawit Tanam Semula Kelompok (TSK) milik penduduk.Pengerusi jawatan kuasa bertindak penduduk, Rawi a/l Gaud berkata, berdasarkan minit mesyuarat mereka sepatutnya menerima RM350 sebulan, 15 peratus keuntungan hasil pelombongan bijih besi dimasukkan ke akaun dan tanah seluas 50 hektar sebagai gantian kerosakan tanaman akibat aktiviti perlombongan bijih besi. Namun begitu, katanya, semua janji tersebut tidak ditepati sejak lebih dua tahun yang lalu kecuali yang mereka dapat sebanyak RM200 beberapa hari lalu."Ladang sawit kami habis musnah apabila syarikat Mentiga masuk melombong besi sejak 2010.

 Air sungai tercemar teruk, sekarang kalau hari panas kami dapat habuk kalau hari hujan kami dapat jalan becak."Bila keadaan dah jadi macam ini mereka nak bayar kami RM200. Sekarang kami nak pulangkan semula duit tu sebab tidak munasabah dan tidak setimpal dengan kerugiannya," katanya tegas. Kampung Orang Asli Sungai Leleh meliputi kawasan tanah seluas 365 hektar dan 95 hektar daripadanya ditanam dengan sawit dengan 86 orang peserta. Terdapat kira-kira 100 keluarga daripada suku Temuan dengan lebih 400 penduduk.Rawi menjelaskan, mula-mula dulu penduduk mengusahakan kebun sawit sendiri sehingga mampu meraih pendapatan RM1,000 sebulan. Tetapi apabila diambil alih oleh Risda jadi TSK dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) mereka hanya dibayar RM500 sebulan.


Tambahnya, apabila syarikat perlombongan masuk ke situ tanah kebun mereka musnah sehingga menghadapi kesempitan untuk mencari sumber rezeki. "Kami kesal orang lain yang tidak berkuasa ke atas tanah kami telah tanda tangan bersetuju menggali kawah lombong besi di sini sehingga 40 kaki ke bawah tanah."Lebih menakutkan, kalau diikutkan pelan yang dikeluarkan oleh Unit Perancangan Ekonomi Negeri kawasan perlombongan bijih besi akan meliputi sehingga ke semua kawasan penempatan dan rumah penduduk."Itulah yang menyebabkan penduduk ketakutan kerana bimbang tiada kawasan lagi untuk penduduk diami dan kawasan hutan sudah semakin pupus untuk mencari rezeki," katanya. 

 Sementara itu seorang penduduk tua di kampung berkenaan, Gaud a/l Batin Kang, 72, berkata penduduk hanya menuntut hak mereka sahaja yang sepatutnya diiktiraf sebagai warganegara serta penghuni asal dan tidak mahu meminta hak kepunyaan orang lain.Menurutnya, kampung berkenaan telah wujud sejak lebih 100 tahun yang lalu dan ayah beliau sendiri iaitu Batin Kang, pernah menjadi pembantu kepada Orang Kaya Semantan Datuk Bahaman.Turut hadir memberi semangat kepada Orang Asli peguam Ahmad Nizam Hamid dan pelakon Abdul Kadir Abdul Manap atau Pak Jabit.~HRKH

Kelantan Bikin UMNO Malu Besar

Posted: 30 May 2012 05:59 PM PDT

Projek Lebuhraya Rakyat Kota Bharu-Kuala Krai adalah tamparan hebat kepada kerajaan Umno setelah sekian lama mendera rakyat Kelantan, kata Datuk Mahfuz Omar.Beliau yang juga Naib Presiden PAS berkata, jika dibandingkan, sudah 18 tahun Lebuhraya Utara-Selatan disiapkan dan sepanjang masa itu juga pelbagai lebuh raya dibuat di sana sini, tetapi di Kelantan ianya dinafikan.

 "Sudah 55 tahun perintah negara, tetapi tetap tidak mahu buat lebuh raya untuk rakyat Kelantan."Bila kerajaan dan rakyat Kelantan berpadu tenaga hendak buat sendiri lebuh raya itu itu, Umno begitu sakit hati dan marah," katanya.Mahfuz menyifatkan pelbagai ejekan Umno terutama oportunis-oportunis politiknya terhadap projek itu sebagai bukti bahawa mereka begitu marah dan gelisah terhadap projek itu. "Buruk sungguh perangai mereka. Sudahlah begitu keras hati tidak mahu membina lebuh raya untuk kemudahan rakyat Kelantan, bila kerajaan negeri itu berpadu tenaga dengan rakyat mahu membinanya, mereka marah-marah pula dengan melemparkan pelbagai tuduhan dan kata-kata yang semakin membuktikan lagi akhlak buruk mereka," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz melihat projek Lebuhraya Rakyat Kota Bharu - Kuala Krai itu menjadi tamparan yang lebih menyakitkan hati para pemimpin Umno apabila kosnya hanya RM1.8 bilion."Mereka meracau-racau dan mendakwa jumlah itu tidak cukup untuk membina lebuh raya sepanjang 73 kilometer itu. "Maklumlah, projek kerajaan Umno hebat-hebat belaka harganya. Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ) umpamanya, dari anggaran asal RM1.1 bilion melambung kepada RM12.5 bilion seperti kata PricewaterhouseCoopers (PwC)," kata beliau sinis.

"Itu belum lagi ambil kira projek Scorpene yang melambung luar biasa harganya sampai tak berani hadiri inkuiri mahkamah Perancis yang menyiasat urusniaga itu," katanya lagi.Kerajaan PAS Kelantan terpaksa mengambil tindakan membina sendiri lebuh raya itu memandangkan cadangan pembinaan itu kepada kerajaan Pusat sejak Rancangan Malaysia ke 5 (1986-1990) sehingga sekarang belum dapat dilaksanakan.Pembinaan lebuh raya sepanjang 73 kilometer yang bertaraf R5 dan R9 persimpangan bertingkat serta 2 buah kawasan Rehat dan Rawat (R& R) itu dijangka menelan kos antara RM1.5 hingga RM1.8 billion.Bertentangan dengan dakwaan Umno yang memperlekehkan pembinaan lebuh raya tersebut, Jawatankuasa Teknikal dan Kewangannya telah menerima tawaran dan kertas cadangan dari lima syarikat.

Bawa bendera PAS, Jalur Gemilang ke Alor Setar

Posted: 30 May 2012 05:56 PM PDT

PAS mengarahkan semua ahlinya yang akan ke Himpunan Hijau ke Putrajaya 1 Jun ini agar membawa bendera PAS dan Jalur Gemilang kecil bersama mereka.Ia bertujuan untuk membolehkan semua peserta perhimpunan ini mengibarkannya sepanjang perhimpunan raksaksa di Alor Setar ini."Hanya bendera kecil di benarkan. Jika bendera besar, ia akan menganggu majlis pula," kata Datuk Mahfuz Omar, Pengarah himpunan ini. 

 Mahfuz juga berkata, bendera PAS dan Jalur Gemilang ini juga akan dijual di perkarangan stadium untuk orang ramai."Sebahagian akan kita berikan percuma. Namun ia tidaklah cukup untuk semua orang," kata beliau kepada Harakahdaily.Semua pemimpin dan ahli PAS akan berhimpun di Stadium darul Aman, Alor Setar 1 Jun ini.Perhimpunan akan bermula jam 4.30 petang itu akan dipenuhi dengan pelbagai acara. Pada sebelah paginya, pertemuan tertutup antara pimpinan utama PAS akan diadakan.


Di majlis itu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan memberikan taklimat kepada mereka.Penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus, pelakon dan penulis lagu Bob Lokman, penyanyi Aishah dan Sastrawan Negara, Datuk A Samad Said akan menyerikan perhimpunan ini.Pada sebelah malamnya pula akan didakan majlis ceramah perdana dengan disertai oleh hampir semua pimpinan utama PAS.Ia bakal disertai oleh beberapa ahli baru PAS termasuk Datuk Fauzi Shaari, bekas Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman.~HRKH

Reformasi Vs Transformasi

Posted: 30 May 2012 05:48 PM PDT


Senda Pagi Khamis ..

Posted: 30 May 2012 03:48 PM PDT





Kisah Syria yang Terluka

Posted: 30 May 2012 03:26 PM PDT

Dari FB Rakyat Malaysia Bersama Revousi Syria 




ihak admin diterjah dengan beberapa persoalan dari insan yang mengejutkan pihak admin terhadap kekejaman yang berlaku di Syria waktu ini. Persoalan seperti ini bagi admin amat mengelirukan umat Islam di Malaysia dan menjadi tugas pihak admin menjelaskan kekeliruan seperti ini.

Berikut jawapan kepada tiga persoalan yang dikemukakan insan ini:

1) Pembunuhan yang berlaku antaranya dirakam oleh talibarut dan tentera rejim Basyar sendiri. Mereka amat berbangga dengan jenayah yang mereka lakukan. Terdapat video dalam Youtube perkataan "diseludup" (ditulis dalam Bahasa Arab) bermaksud ianya dicuri oleh tentera yang berpaling tadah dan disebarkan kepada umum bagi melahirkan rasa sensitif dunia.

2) Si pembunuh memang berbangga kerana motif mereka bertujuan menakut-nakutkan rakyat Syria di mana-mana mereka berada dan memperlekeh usaha yang dilakukan oleh dunia. Dalam situasi terkini Syria dihadiri oleh wakil pemantau PBB dan sebelumnya dari Liga Arab. Mengapa penyembelihan masih berlaku? Bahkan sepanjang hampir 2 bulan pemerhati Liga Arab berada di Syria, dua kali letupan bom berlaku di bandar Damsyik. Jawabnya kerana rejim Syria mahu menghina dan memperkecilkan usaha badan dunia tersebut.

3) Untuk makluman insan ini dan rakan-rakan semua, sejak revolusi Mac 2011 hingga Januari 2012, Basyar sudah berucap di hadapan khalayak ramai sebanyak 3 kali dan semua ucapan Basyar ditolak oleh rakyat. Janjinya semuanya kosong dan tiada apa-apa yang diharapkan oleh rakyat Syria dari ketiga-tiga ucapan Basyar ini. Berkaitan ucapan Basyar, admin nasihati supaya kita memahami sedikit sebanyak Bahasa Arab supaya mudah memahami mesej yang disampaikan oleh Basyar. 

Kepada mereka yang masih terkeliru dalam memahami isu Syria, admin nasihati : 

1) Luangkan masa sedikit untuk belajar Bahasa Arab kerana banyak video dan bahan berita adalah dalam Bahasa Arab.

2) Luangkan sedikit masa bagi mengkaji sejarah pemerintahan Hafeezz Al-Asad dan anaknya.

3) Jangan cuba kelirukan umat dengan soalan kebudak-budakan dan tidak masuk akal.

4) Kalau perlu, admin nasihati agar bertemu dengan rombongan rakyat Malaysia yang baru pulang dari Syria antaranya saudara Ustaz Dasuki Abdul Rani dan saudara Ustaz Ridhuan Mohd Noor. 

Semoga Allah merahmati kita semua.

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 31 May 2012 09:22 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Blog Usahawan Negeri Sembilan

Posted: 31 May 2012 02:39 AM PDT


Kepada mereka yang berminat, sila layari http://usahawann9.blogspot.com

Diragut selepas sidai kain

Posted: 31 May 2012 02:11 AM PDT


Diragut selepas sidai kain
30 Mei 2012

Seorang warga emas terkejut dan trauma apabila dia menjadi mangsa samun di hadapan rumahnya sendiri ketika baru sahaja menyidai pakaian di Rumah Rakyat Chengkau, dekat sini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 11.20 pagi itu, mangsa, Halifah Ghani, 60, didatangi seorang lelaki berusia awal 20-an dan berkulit hitam membonceng sebuah motosikal jenis Yamaha 125 bertanyakan arah jalan menuju ke Kuala Pilah, sementara seorang lagi menunggu di motosikal.

Menurutnya, dia kemudiannya bertanyakan kepada jirannya, Norhazira Zanior, 25, arah jalan berkenaan dan sebaik menoleh secara tiba-tiba lelaki berkulit hitam berkenaan terus menyentap gelang tangan emasnya yang dianggarkan bernilai RM6,000.

"Mak cik terkejut dan sempat menghalang budak lelaki berkenaan, namun dia memegang pergelangan tangan begitu kuat.

"Selepas gelang emas direntap, mak cik ditolak ke belakang dan dia bersama tiga lagi rakannya kemudiannya melarikan diri dengan motosikal jenis Yamaha 125 berwarna hitam serta merah," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Halifah berkata, dia sudah menetap di lokasi berkenaan sejak 30 tahun lalu dan kejadian berkenaan membabitkan samun pada waktu siang itu pertama kali berlaku sedangkan sebelum ini tiada kenderaan mahupun motosikal mencurigakan berlegar-legar di sini.

"Namun hari ini (semalam) makcik terperanjat dan tidak menyangka akan menjadi mangsa samun," katanya.

Sementara itu, Norhazira berkata, pada pagi kejadian, dia sememangnya sudah berasa tidak sedap hati dan duduk di hadapan pintu pagar sebelum kejadian samun berkenaan berlaku dalam sekelip mata.

Menurutnya, dia tidak sempat membantu Halifah walaupun sudah menjerit akibat risau melihat dua lagi rakan penyamun berkenaan yang menaiki sebuah lagi motosikal menunggu di belakang dan menunjukkan tanda isyarat supaya diam.

"Selepas penyamun berkenaan melarikan diri, saya bergegas mendekati mangsa untuk menenangkannya.

"Bagaimanapun saya hanya dapat mengecam jenis motosikal dan warnanya sahaja kerana nombor plat yang digunakan begitu kecil," katanya

PLKN , Kem Usang Dan Daif, Inikah Layanan Kepada Wira & Wirawati Negara?

Posted: 30 May 2012 07:21 PM PDT


Harap pihak MLKN dan JLKN dapat menyiasat artikel berikut. Benarkah apa yang diceritakan dalam laporan bergambar di blog berikut http://drysheet.blogspot.com/2012/05/plkn-kem-usang-dan-daif-inikah-layanan.html ?

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 31 May 2012 07:21 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


ZIARAH DAN TAHLIL..

Posted: 30 May 2012 08:56 PM PDT

HIMPUNAN HIJAU KE PUTRAJAYA..

Posted: 30 May 2012 08:02 PM PDT

K- POP : APAKAH AGAKNYA JAWAPAN MENTERI !

Posted: 30 May 2012 07:56 PM PDT

PAS ; YAKIN PR AKAN NAIK !

Posted: 30 May 2012 07:50 PM PDT

GLOBAL : 33 TAHUN DIPENJARA KERANA MILITAN!

Posted: 30 May 2012 07:47 PM PDT

mtdchenderoh

Posted: 31 May 2012 07:15 AM PDT

mtdchenderoh


MEDIA UMNO/ BN PELAHAP SELEPAS KEBULURAN

Posted: 30 May 2012 10:22 AM PDT






Media UMNO/ BN seolah- olah manusia yang dalam kebuluran tiba- tiba dijamu dengan makanan. Maklumlah dah lama tak makan... bayangkanlah betapa pelahapnya bila dapat makanan. Tak kira apa yang datang di depan mata semua disebatnya.

Itulah yang dapat saya gambarkan tentang isu Twitter Dato' Seri Nizar berhubung dengan bidaan plat WWW1 oleh Sultan Johor.

Cara isu ini dimainkan oleh media pro UMNO/ BN seolah- olah DS Nizar telah melakukan dosa paling besar mengikut hukum Allah. Hanya kerana twitter beliau yang dilihat agak kritis sehingga membawa kepada siasatan polis.

Cara isu ini disiarkan sehingga sampai ke tahap menggambarkan bahawa DS Nizar menuduh Sultan Johor menyalah gunakan wang kerajaan adalah sesuatu yang sangat melampau dan sudah keluar dari etika kewartawanan.

Rakyat boleh melihat sendiri twitter yang hangat diperkatakan seperti di atas. Tidak ada SEKELUMIT pun ayat yang menuduh Sultan Johor menyalah gunakan wang rakyat.

Sekarang muncullah hero- hero yang kononnya hendak mempertahankan institusi raja sedangkan merekalah juga yang mengaibkan intitusi raja suatu ketika dahulu.

Walau apa pun, tahniah buat DS Nizar yang berani melontarkan idea- idea yang telah membuka minda masyarakat dan telah mengeluarkan rakyat khususnya orang Melayu dari kejumudan yang telah ditanam oleh penjajah dan disambung oleh UMNO/ BN sebagai pewarisnya.

Tahniah, DS Nizar yang berani tampil memohon maaf walaupun tidak ada sebarang kesalahan yang telah dilakukan. Itulah sifat pemimpin Pakatan Rakyat yang berjiwa besar dan berani bertanggung jawab di atas setiap apa yang diucapkan.

Rakyat jangan lupa penghinaan UMNO Terengganu kepada Sultan Terengganu...

Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 31 May 2012 03:43 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud


PAS layak guna nama Islam

Posted: 30 May 2012 05:17 AM PDT

PETALING JAYA: Pemimpin PAS Selangor, Khalid Samad mendakwa usaha untuk menggugurkan nama Islam dari PAS seolah-olah mahu memberi gambaran parti itu tidak memperjuangkan Islam.Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Selangor itu  menegaskan PAS boleh menggunakan Islam kerana ia memperjuangkan Islam seperti dalam perlembagaan parti.
Beliau menambah, nama Islam bagi PAS ia bukan sekadar nama tetapi dari segi matlamat dan perlembagaan PAS, Islam ingin dilaksanakan dalam perjuangan politik.
Ahli Parlimen Shah Alam itu yakin usaha pihak tertentu mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa supaya PAS menggugurkan nama Islam pada parti itu.
"Saya difahamkan pada zaman Tun Dr Mahathir Mohamad pernah ada usaha supaya menggugurkan nama Islam dari PAS tetapi Majlis Fatwa menolaknya.
"Jika kena gugur nama Islam pada PAS, kena gugur juga nama Islam.Universiti Islam Antarabangsa (UIA) kena gugur Islam kerana UIA bukan maksum," katanya.
Khalid sebaliknya mencadangkan Umno menukar namanya kepada satu nama yang mencerminkan ia mahu mengikut Islam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan