Terkini - PRU Ke13 akan diadakan pada bulan September 2012?.
Ramalan demi ramalan, namun mash belum jadi kenyataan,, laporan terkini yang aku terima Najib, Muhyiddin dan Tengku Adnan mai berkampong kat Pangkor Laut sejak hari Jumaat lalu sehingga hari, kononnya untuk membuat pilihan terakhir siapa calon-calon BN yang bakal dikemukan kepada rakyat..
Aku tak tau nak kata, bila Najib nak bubar Parlimen jika PRU13 akan diadakan pada September ini, beerti pertengahan bulan Julai, sedangkan 21 Julai umat Islam dah mula berpuasa, sanggupkah UMNO nak berkempen dengan maki hamun dalam bulan puasa...
Kemudian dalam bulan September juga peperiksaan disekolah-sekolah dah bermula, 11-13 September UPSR, tak sampai sebulan selepas tu PMR pulak, sebabnya dalam 4 buah negeri yang PR perintah, dimana UMNO nak cari tempat untuk buat pertemuan dengan rakyat,,, mereka hanya ada bangunan sekolah sahaja... nak guna dewan orang ramai... sorry la... Masjid... nak kena perambat.... nak buat kat hotel-hotel mungkin boleh lah....
Kita kena kena ingat,, UMNO di 4 buah negeri Pakatan akan menempuhi seperti mana PAS sudah alami sejak lebih 50 tahun dahulu...
Kalau PRK pun UMNO dah kelam kabut jika berlaku di negeri-negeri PR inikan pula, PRU yang dijangkakan sengit dalm sejarah.... Dan jangan terkejut, kalau sebelum ini hanya polis yang dikerah mengawal keselamatan ketika PRU, namun kali ini mungkin askar-askar dari Tentera Darat pun dikerah sekali... dan secara tak langsung timbul ketakutan kepada rakyat untuk mengundi...
Kenapa Najib menangguh untuk membubarkan parlimen yang sebelum ini hangat diperkatan selepas perhimpinan UMNO ke 66 yang lepas.. ada yang kata sebab BERSIH 3.0,, betui ka... atau pun .....?
Najib hanya boleh bubar jika dapat perkenan Yang diPertuan Agung..Apakah ke bawah duli sedia memperkenankan pembubaran perlimen itu?...
Atau pun lagi satu persepsi,, Najib dah dapat tahu, BN akan kalah,, dari pada awal-awal hilang kuasa, lebih baik tunggu hingga ke akhir bulan March 2013,,, nasib baik mana tahu ada peluang boleh menang, sambil tu dapat megaut segala hasil mahsul negara ke kocek sendiri... .
KUALA LUMPUR, 28 Mei: Adakah Tun Dr Mahathir Mohamad memberi isyarat kalau mahu negara aman undilah Pakatan Rakyat (PR) apabila beliau mendakwa akan berlaku keganasan jika PR kalah, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan.
Ditemui selepas majlis ceramah anjuran PAS Wilayah Persekutuan di sini, beliau berkata dakwaan Dr Mahathir bahawa akan berlaku keganasan jika PR kalah dalam pilihan raya umum akan datang boleh mendorong sesetengah pihak membuat kesimpulan untuk mengundi PR kerana mahu memastikan keamanan berkekalan.
"Dr Mahathir fikir dia boleh untung dengan kenyataan itu, tetapi saya nampak dia akan lebih banyak rugi dari untung," katanya.
Mahfuz bagaimanapun mengucapkan tahniah kepada bekas Perdana Menteri itu kerana semakin pandai membuat rakyat tertawa.
"Dalam keadaan Dr Mahathir dilaporkan yakin benar bahawa kerajaan (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) berada dalam keadaan yang lemah, saya setuju dengan pandangan salah seorang penyokong PR yang menyatakan bahawa bekas presiden Umno itu sebenarnya semakin paranoid dan merasakan PR boleh buat apa sahaja, buat Avatar, buat 911, apa sahaja," kata beliau sinis.
Sebelum itu, dalam ceramahnya, Mahfuz berkata beliau yakin negeri-negeri PR tidak ada masalah untuk tidak mengadakan pilihan raya berasingan asalkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersetuju melaksanakan apa yang dituntut oleh rakyat.
"Asalkan SPR bersetuju dengan tuntutan rakyat supaya daftar pengundi dibersihkan dan satu suruhanjaya diraja ditubuhkan untuk menyiasat semua amalan tidak bersih dan tidak adil dalam perjalanan pilihan raya yang dikendalikan oleh SPR, saya yakin negeri-negeri di bawah kerajaan PR bersetuju untuk tidak mengadakan pilihan raya berasingan," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Diminta mengulas lanjut mengenai perkara itu, Mahfuz bagaimana tetap tidak yakin kerajaan Umno dan SPR di bawah kekuasaannya bersedia untuk mengadakan pilihan raya yang adil dan bersih.
"Apabila Timbalan Pengerusi SPR (Datuk Wan Ahmad Wan Omar) kata 92 peratus rakyat dalam kajian Merdeka Centre yang hilang keyakinan terhadap sistem pilihan raya sebenarnya tidak tahu apa yang mereka katakan dan kemudiannya mendakwa pula kajian itu tidak mencerminkan pemikiran rakyat Malaysia atas alasan terlalu kecil dan rawak, ia terang-terangan membuktikan keengganan SPR untuk memperbaiki apa yang dituntut oleh rakyat," katanya.
Mahfuz kesal apabila SPR berdalih dengan pelbagai alasan dan dakwaan sedangkan sebelum ini berkali-kali Umno sendiri mengiktiraf dan meraikan kajian Merdeka Centre termasuk mengenai tahap penerimaan rakyat terhadap Perdana Menteri.
KUALA LUMPUR: PAS Putrajaya meminta kerajaan mengambil iktibar daripada kes kemalangan yang berlaku ketika acara perlumbaan drag sempena Himpunan Jutaan Belia Sabtu lalu.
Yang Dipertuanya, Nazir Zakaria berkata, penganjur aktiviti tersebut seharusnya memperketat langkah keselamatan sebelum, semasa dan selepas perlumbaan itu diadakan.
"Kerajaan khususnya pihak penganjur harus dipertanggungjawab dalam kes ini kerana gagal mengambil langkah keselamatan semasa perlumbaan berlangsung.
"Saya difahamkan trek perlumbaan dan penonton hanya dipisahkan dengan pokok hiasan. Kenapa biarkan penonton berdiri di tepi jalan begitu? Macam tak ada beza dengan perlumbaan haram di jalan raya," kata beliau kepada Harakahdaily, hari ini.
Sambil mengucapkan takziah kepada 17 mangsa yang terlibat, Nazir juga berkata, pihaknya akan melawat mereka di Hospital Putrajaya dalam masa terdekat.
Dalam kejadian di Lebuh Wadi Ehsan di Presint 19 itu, empat daripadanya parah, apabila sebuah kereta dalam perlumbaan tersebut terbabas sebelum melanggar penonton yang berada di kawasan yang dibenarkan untuk menyaksikan sukan permotoran itu.
Banyak program melalaikan
Mengulas mengenai Himpunan Jutaan Beliau secara umum pula, Nazir berkata, ianya tidak lebih daripada program hiburan yang melalaikan golongan muda.
"Program yang diadakan tidak berbaloi dengan persiapan yang dilakukan dan banyak aktiviti yang menjurus kepada hiburan yang tidak sihat.
"Memanglah belia suka hiburan tapi perlukah kerajaan sediakan program sebegini untuk golongan muda?" soalnya.
Tambah beliau juga, aktivti hiburan seperti tarian dan nyanyian bertentangan dengan konsep wasatiyyah yang dicanang Perdana Menteri, datuk Seri Najib Razak.
"kalau betul nak ikut konsep wasatiyyah bukan dengan cara sediakan hiburan melampau kepada golongan muda," katanya.
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) hari ini mempersoal tindakan kerajaan menganjurkan Himpunan Jutaan Belia 2012 lalu yang dicemari program maksiat dan menyimpang jauh dari ajaran agama.
Ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor berkata, apa yang turut mengecewakan adalah kenapa Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir yang menjaga hal ehwal agama Islam tidak menasihatkan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak.
Tahniah Tok Guru Dato' Nik Aziz atas usaha tanpa jemu dan penat serta lemah semangat ke arah projek rakyat Kelantan dan pengguna jalanraya dengan memudahkan dan membantu rakyat mendirikan Lebuh raya tanpa tol. Semoga akan jadi iktibar dan contoh untuk bakal pemimpin dan MB dan menteri dari Pakatan Rakyat yang akan memerintah negeri-negeri yang BN perintah sekarang apabila diambil alih kelak.
Blogger Umno Reform, Anuar Mohd Nor mengatakan bahawa ada satu laporan dihantar ke Majlis Tertinggi Umno menyatakan bahawa Barisan Nasional (BN) bakal tumbang pada PRU 13 nanti. Dalam laporan tersebut, BN dikatakan akan tewas di negeri Wilayah Persekutuan, Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Sementara di Johor pula bakal menyaksikan banyak kerusi BN dirampas Pakatan Rakyat (PR).
Laporan tersebut menyatakan puncanya adalah kerana etnik Cina di seluruh negara nampaknya sudah membuat keputusan untuk menolak BN. Klik di sini. Apa puncanya etnik Cina menolak BN? Apakah kerana mereka sudah faham yang selama ini, BN hanya meneruskan formula penjajah British dalam mentadbir Malaysia?
Atau kerana mereka sudah tidak lagi berjaya ditakutkan dengan momok 13 Mei? Yang paling penting sekarang ialah kesediaan semua pihak untuk memperkukuhkan negara bangsa Malaysia.
Kita tidak harus lagi hidup terpisah-pisah dalam negara ini. Jangan biarkan lagi politikus yang tentukan halatuju negara.
Rakyat harus bangkit mendesak politikus agar mengikut kemahuan mereka. Ini boleh dilakukan! Bagaimana? Mulakan dengan laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Youtube. Kemudian, kembangkan melalui tindakan.
Jika benar BN bakal tumbang. Biarlah ianya berlaku secara aman. Pertukaran kerajaan atau pemerintahan adalah perkara biasa.
Saya sendiri pernah menyaksikan pertukaran Nepal dari sebuah kerajaan yang diperintah oleh Raja selama 4000 tahun kepada sebuah republik.
Pada ketika itu, ramai saintis politik mengatakan Raja mungkin menggunakan tentera untuk pertahankan kerajaannya.
Mereka silap kerana Raja keluar dari istana dengan tenang kerana dia mempunyai kecintaan tinggi terhadap Nepal. Biarlah Nepal jadi republik jika itu yang rakyat mahukan. Asalkan Nepal tidak hancur kerana manusia berebut kuasa.
(MSTAR) ..... Keluarga mangsa yang terlibat dengan kemalangan yang berlaku sewaktu perlumbaan drag sempena Himpunan Jutaan Belia 2012 tidak menyalahkan mana-mana pihak atas kejadian tersebut dan menyifatkan apa yang berlaku sebagai takdir.
Shaari Bujang, 59, bapa Muhammad Iskandar Rasiq yang mengalami sedikit pendarahan di kepala, hati serta limpa, pula berkata acara itu merupakan sukan kegemaran anaknya yang sanggup ke mana sahaja semata-mata untuk menjadi penonton.
"Saya menerima panggilan sekitar jam 1.30 pagi tadi (yang memaklumkan kejadian ini). Dia datang ke sini pun saya tak tahu. Memang tak dapat tidur dan resah memikirkan apa yang menimpa anak saya.
"Nak kata marah, tak bolehlah, sebab benda ini dah kesukaan dia. Benda ni pun berlaku bukan kehendak kita, dah takdir. Bukanlah nak mengatakan penganjur tu salah, yang menonton pun lebih kurang sama," katanya.
TAPI DIBAWAH LAIN PULA BERITA DARI IBUBAPA MANGSA YANG DIDAKWA....
(FMT) PUTRAJAYA: "Limpa Fairuz hancur habis kena buang. Makcik hiba lihat anak kami terlantar kesakitan macam ini. Kami tak mampu nak tanggung segala perubatannya."
Demikian rintihan ibu salah seorang 17 mangsa yang cedera selepas dilanggar kereta ketika menonton perlumbaan drag yang diadakan sempena Himpunan Jutaan Belia 2012, pada Sabtu lalu.
Hamidah Zainal Abidin, 51, yang bekerja sebagai guru tadika di Rembau hanya mampu menitiskan air mata tatkala ditanya mengenai perkembangan anaknya itu.
Fairuz yang disahkan doktor cedera parah di bahagian limpa membuat pembedahan petang semalam untuk membuang organ tersebut yang hancur.
Menurut Hamidah, beliau dihubungi tunang Fairuz dan memaklumkan kejadian malang yang menimpa anaknya itu.
Fairuz yang dijadualkan akan berkahwin pada Februari tahun depan kini stabil dan mendapat rawatan rapi di wad ICU sejak malam kejadian tersebut.
Anak ketiga daripada empat orang adik-beradik ini bekerja sebagai seorang pemandu dan menurut Hamidah pihak penganjur perlu bertanggungjawab di atas kemalangan yang menimpa anaknya itu.
"Penganjur ada datang tapi tiada jaminan yang diberi. Malah mereka salahkan budak-budak ini kerana duduk dekat dengan kawasan lumba itu, seperti yang saya baca di akhbar.
"Saya dapat tahu anak saya cedera jam 1.00 pagi. Dimaklumkan kejadian berkenaan berlaku jam 11.30 malam. Fairuz datang dengan tujuh rakannya yang lain, malangnya enam jadi mangsa dan sekarang alami kecederaan.
"Penganjur perlu bertanggungjawab atas apa yang berlaku. Budak-budak ini kata tiada pengumuman oleh pihak berkenaan dan tahap keselamatan juga terabai," katanya kepada Free Malaysia Today.
Bagi menyelamatkan Restoran yang paling sedap dan murah Sekinchan daripada dilelong pada hujung bulan ini, Jamal Pak Tongkol telah bertindak bijak lebih awal untuk memperbodohkan sekurang-kurangnya 1 juta rakyat Malaysia dengan tawaran keta Lomborghini bernilai RM2 juta dengan berbelanja di situ... Bagaimana caranya Pak Tongkol nak selamatkan seluruh restorannya??
Justeru, Jamal Pak Tongkol telah mengumpan potongan harga sebanyak 30% iaitu RM15 akan diberikan dari setiap pembelian yang bernilai RM50 di mana-mana cawangan Restoran Sekinchan Ikan Bakar (RSIB) bayangkan jumlah yang Datuk Jamal ini akan kutip dari 150,000 orang yang menjadi sahabat kepada "Fanpage – BERSIH 4.0 Cintakan Keamanan" itu..
150,000 orang didarabkan dengan RM35 = RM5,250,000
RM5.25 Juta itu adalah anggaran untung kasar..
Oleh kerana banyak pihak mengatakan harga ikan bakar di Restoran Sekinchan Ikan Bakar itu mahal gila, kita anggap beliau memperolehi 40% keuntungan dari setiap jualan.
40% dari RM5.25 Juta ialah RM2.1 Juta..
Dengan meletakkan sebuah BMW 530 model 2005 yang bernilai RM225,000, beliau bakal mengaut keuntungan mencecah RM1.9 Juta..
Itu keuntungan yang dikaut beliau andaikata 150,000 berjaya dijadikan mangsa pembodohannya, bagaimana pula jika beliau Berjaya mendapatkan 1,000,000 mangsa.
1,000,000 mangsa yang tertarik dengan Lamborghini Gallardo model 2009 bernilai RM1.2 juta yang ditawarkan sebagai hadiah utama cabutan bertuah.
1,000,000 orang didarabkan dengan RM35 = RM35,000,000
Untung kasarnya ialah RM35 Juta sahaja..
40% dari RM35 Juta pula ialah RM14 Juta.. bijak tak.?.. kedai selamat untung pun dapat....hahahahahaha.... aku bijak...korang bodoh piang....
terjojol mata Hasan Ali dan Fathul Bari bila tengok gambar selak-selak samapi nampak spender....
selak jangan tak selak skirt... kasi jahanam anak muda belia.... Hasan Ali nak tengok kita bincang nanti malam...
Harapkan Najib Rosmah memang tokleh harap... Menteri agama dua kali lima je ngan Najib... fathul bari .... ulama 'konon' bisu.... dan Hasan Ali korang komen sendiri....
KUALA LUMPUR, 28 Mei: Adakah Tun Dr Mahathir Mohamad memberi isyarat kalau mahu negara aman undilah Pakatan Rakyat (PR) apabila beliau mendakwa akan berlaku keganasan jika PR kalah, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan.
Ditemui selepas majlis ceramah anjuran PAS Wilayah Persekutuan di sini, beliau berkata dakwaan Dr Mahathir bahawa akan berlaku keganasan jika PR kalah dalam pilihan raya umum akan datang boleh mendorong sesetengah pihak membuat kesimpulan untuk mengundi PR kerana mahu memastikan keamanan berkekalan.
"Dr Mahathir fikir dia boleh untung dengan kenyataan itu, tetapi saya nampak dia akan lebih banyak rugi dari untung," katanya.
Mahfuz bagaimanapun mengucapkan tahniah kepada bekas Perdana Menteri itu kerana semakin pandai membuat rakyat tertawa.
"Dalam keadaan Dr Mahathir dilaporkan yakin benar bahawa kerajaan (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) berada dalam keadaan yang lemah, saya setuju dengan pandangan salah seorang penyokong PR yang menyatakan bahawa bekas presiden Umno itu sebenarnya semakin paranoid dan merasakan PR boleh buat apa sahaja, buat Avatar, buat 911, apa sahaja," kata beliau sinis.
Sebelum itu, dalam ceramahnya, Mahfuz berkata beliau yakin negeri-negeri PR tidak ada masalah untuk tidak mengadakan pilihan raya berasingan asalkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersetuju melaksanakan apa yang dituntut oleh rakyat.
"Asalkan SPR bersetuju dengan tuntutan rakyat supaya daftar pengundi dibersihkan dan satu suruhanjaya diraja ditubuhkan untuk menyiasat semua amalan tidak bersih dan tidak adil dalam perjalanan pilihan raya yang dikendalikan oleh SPR, saya yakin negeri-negeri di bawah kerajaan PR bersetuju untuk tidak mengadakan pilihan raya berasingan," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Diminta mengulas lanjut mengenai perkara itu, Mahfuz bagaimana tetap tidak yakin kerajaan Umno dan SPR di bawah kekuasaannya bersedia untuk mengadakan pilihan raya yang adil dan bersih.
"Apabila Timbalan Pengerusi SPR (Datuk Wan Ahmad Wan Omar) kata 92 peratus rakyat dalam kajian Merdeka Centre yang hilang keyakinan terhadap sistem pilihan raya sebenarnya tidak tahu apa yang mereka katakan dan kemudiannya mendakwa pula kajian itu tidak mencerminkan pemikiran rakyat Malaysia atas alasan terlalu kecil dan rawak, ia terang-terangan membuktikan keengganan SPR untuk memperbaiki apa yang dituntut oleh rakyat," katanya.
Mahfuz kesal apabila SPR berdalih dengan pelbagai alasan dan dakwaan sedangkan sebelum ini berkali-kali Umno sendiri mengiktiraf dan meraikan kajian Merdeka Centre termasuk mengenai tahap penerimaan rakyat terhadap Perdana Menteri.
MACHANG: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan kenyataan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Mustapha Mohamad yang berkata Kelantan buat lebuhraya sendiri sebagai gimik politik seumpama orang yang sedang risau.
"Tok Pa risau takut Kelantan berjaya buat, sedangkan kerajaan pusat yang kaya nak halang walaupun dah rancang sejak RMK ke 5
"Dia nak risau, risaulah tetapi kita berdoa pada Allah. Moga berjaya buat, berkat sokongan semua," kata beliau.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Mustapha selepas majlis perasmian pembinaan Lebuhraya Kota Bharu - Kuala Krai di Felcra Berangan Meka Nab dekat sini pagi ini.
Lebuhraya sejauh 64 km akan dibuat oleh kerajaan negeri berasaskan sumbangan kerajaan negeri, anak-anak syarikat dan orang ramai.
Semalam Mustapha mendakwa Kelantan membuat lebuhraya ini sebagai gimik pilihanraya semata-mata.
Tok Guru Nik Aziz sendiri menyumbangkan RM5,000 wang peribadinya hari ini untuk menjayakan projek ini.
Anak syarikat kerajaan negeri, Ladang Sungai Terah menyumbang RM1 juta manakala syarika Ufuk Budiman menyumbang RM100,000 kepada projek ini.
Di majlis itu, Tok Guru Nik Aziz menyeru semua lapisan masyarakat turut derma atas rasa tanggungjawab dan rasa hak bersama.
"Iapun bertepatan dengan Islam derma yang menggalakkan kita buat jalan selain masjid dan kita akan dapat pahala berpanjangan," katanya.
Menurutnya, sepanjang 22 tahun mentadbir Kelantan, beliau sudah dituduh dengan pelbagai fitnah "termasuk buat jalan pun akan hadapi masalah yang sama."
Exco kerajaan negeri yang menerajui projek lebuhraya ini, Datuk Husam Musa berkata, Kelantan telah dipinggirkan dalam pembangunan negara sejak sekian lama.
Antara projek yang menjadi mangsa adalah projek lebuhraya dan lapangan terbang.
"Anak Kelantan di luar bagaikan didera apabila kepulangan kereka ketika cuti sekolah dan hariraya terpaksa melalui jalan yang sukar kerana kesesakan," kata Husam.
SABAK BERNAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan kerajaan negeri meluluskan permohonan kenaikan pangkat guru JAIS Gred DG41 ke Gred DG44 dan kenaikan pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma Gred DGA29 ke Gred DGA32.
Kata Abdul Khalid, dalam tempoh terdekat ini, kerajaan negeri akan mengiklankan kekosongan 60 jawatan tetap guru bagi gred jawatan DG41, DGA29, DG48, DG44 dan DG41.
Pada masa yang sama juga bagi mengisi perjawatan gred DGA34, DGA32 dan DGA29, katanya.
Tambahnya lagi, sistem pendidikan Islam kelolaan JAIS yang bermula sejak tahun 1945 dan apabila mengambil alih pentadbiran negeri pada tahun 2008, banyak perubahan dibuat terhadap sistem pendidikan Islam.
Antaranya, penstrukturan semula dasar dan hala tuju pendidikan Islam dengan menjadikan Al-Quran sebagai kukikulum teras pendidikan Islam, penambahan bilangan sekolah agama dan perlaksanaan Skim Pinjaman Buku Teks kepada semua murid.
(Khalid menyampaikan hadiah kepada salah seorang guru cemerlang)
Pada masa ini, JAIS mengurus sebanyak 12 buah Pra Sekolah, 11 buah Sekolah Rendah Agama Integrasi, 2012 buah Sekolah Rendah Agama, 286 buah KAFA Integrasi, 23 buah Sekolah Agama Menengah dan dua buah Sekolah Agama Menengah Tahfiz Sains dan Teknologi.
"Justeru, untuk menampung kekurangan guru pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Kerajaan Negeri Selangor bersetuju menambah 5,161 jawatan guru agama di negeri ini," kata Abdul Khalid.
Sementara itu, Exco Pendidikan, Pendidikan Pembangunan Modal Insan Dr Halimah Ali pula berkata, kerajaan negeri memiliki kemampuan kewangan yang mencukupi untuk melaksanakan penambahan jawatan ini bagi menampung kekurangan guru masa kini.
"Setakat ini seramai 9,128 orang guru mengurus dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran seramai 238,572 pelajar," katanya.
Jumlah pertambahan pelajar setiap tahun menyebabkan guru yang dipertanggungjawabkan tidak mencukupi, katanya.
Jumlah guru itu juga merangkumi pelbagai jawatan sama ada tetap, kontrak dan sambilan, katanya ketika ditemubual media dalam Majlis Sambutan Hari Guru JAIS Peringkat Negeri Selangor di Kompleks Pendidikan Islam JAIS, Bagan Terap, Sabak Bernam, di sini.
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS WP (DPPWP) menyifatkan kenyataan Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang menolak hasil kajian Merdeka Center sebagai angkuh. Dalam kajian tersebut menyatakan bahawa hampir separuh pengundi tidak percaya pada pemilihan proses pilihanraya di Malaysia.
"Seharusnya Timbalan Pengerusi SPR tersebut berterima kasih di atas kajian tersebut yang mana ianya suatu 'check and balance' kepada SPR," kata ketuanya, Kamaruzaman Mohamad (gambar).
Katanya, SPR kini menghadapi situasi yang mana kepercayaan rakyat kepada institusi tersebut semakin terhakis.
Menurutnya, beberapa insiden seperti isu kad pengenalan sementara, daftar pemilih ragu, pengundi hantu telah meletakkan SPR bukan lagi suatu badan yang boleh dipercayai dan ketelusan SPR dalam menguruskan pilihanraya semakin diragui.
Beliau berkata, SPR juga dilihat ingin menegakkan benang yang basah dalam mempertahankan segala tindakannya yang dilihat berat sebelah.
"Kajian Merdeka Center ini sepatutnya dijadikan muhasabah buat SPR kerana inilah suara respons rakyat Malaysia terhadap badan pengurusan pilihanraya ini dan bukannya menolak mentah-mentah," katanya kepada Harakahdaily.
DPPWP juga, ujar beliau berasa kesal dengan tindakan Wan Ahmad yang memandang lekeh terhadap sampel kajian tersebut, ianya seolah-seolah menghina rakyat Malaysia dan sekaligus memandang rendah suatu kajian ilmiah.
"Apakah beliau benar-benar tidak ingin melaksanakan proses pilihanraya dengan bersih dan adil?
"Apakah SPR ingin terus memekakkan telinga dan melaksanakan pilihanraya mengikut acuan kerajaan Umno BN?" soal Kamaruzaman. Katanya, persoalan-persoalan itulah yang terus bermain di fikiran rakyat Malaysia sekiranya SPR terus bersikap demikian.
KUALA LUMPUR: Mungkin ada segelintir masyarakat yang teruja terhadap Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya tetapi yang pastinya ramai yang terkesima dan kecewa.
Justeru, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) melahirkan kekecewaan kerana ruang yang baik sudah tersedia, tetapi kenapa perlu dicemari dengan budaya-budaya yang tidak elok.
Presidennya, Akram Ikrami Taib Azamudden (gambar) berkata, usaha pembentukan belia perlu dipandang serius oleh semua pihak.
"Semua maklum bahawa belia merupakan aset negara yang mesti digilap, bukan dibiarkan sahaja tanpa mendapat bimbingan yang betul," ujarnya dalam satu kenyataan.
Katanya, penganjuran Himpunan Jutaan Belia pada 23 hingga 27 Mei 2012 di Putrajaya mungkin merupakan sebuah projek mega kerajaan untuk menggilap potensi golongan belia.
Namun, kata beliau program hiburan yang melampau, bukan sekadar menghilangkan nilai-nilai ketimuran, malah yang lebih teruk ialah mencalarkan imej Islam yang sudah lama terpahat pada Malaysia.
Justeru, tambah beliau konsep wasatiyyah yang seringkali dilaungkan oleh kerajaan, hakikatnya telah terpesong dari matlamat.
Jelasnya, wasatiyyah bukannya bermaksud mengambil separuh yang baik lalu dicampur dengan separuh yang buruk, maka jadilah wasatiyyah.
"Kesilapan dalam memahami konsep ini secara betul akan mencemarkan lagi pandangan masyarakat terhadap Islam, apatah lagi menggunakan nama Islam untuk mencantikkan perkara yang buruk.
"Kita amat risau sekiranya wasatiyyah (atau yang lebih sesuai digunakan dalam konteks ini ialah moderate) yang dicananangkan oleh kerajaan sebenarnya adalah boneka kepada Amerika," jelasnya lagi.
Hal ini, ujarnya seperti yang dilaporkan oleh Yayasan RAND iaitu sebuah pusat pemikiran terbesar di dunia yang berpusat di wilayah California, Amerika.
Beliau berkata, ia menjadikan agenda kesederhanaan (moderate) sebagai medium untuk menghalang gerakan islam lain dari bangkit.
Malah, katanya lagi kesederhanaan dan ciri-cirinya perlulah mengikut kefahaman Amerika Barat, bukannya kefahaman Islam yang syumul.
"Perlu ditegaskan, Islam adalah agama yang praktikal tidak cukup sekadar teori," katanya.
Islam juga, kata beliau bukannya agama rasmi sahaja yang berlegar dalam majlis-majlis keramaian, solat dan seumpamanya tetapi agama yang 'hidup' dalam kehidupan kita seperti yang disifatkan oleh Hujjatul Islam Imam Ghazali terhadap golongan al-Mutarasimun iaitu golongan yang mengamalkan agama yang bersifat rasmi tanpa penghayatan mendalam.
Beliau berkata, projek pembangunan belia mesti dipandang serius sama ada dari sudut pengisian mahupun teknikal.
Gagasan tersebut juga, ujar beliau sewajarnya melalui perbincangan dengan golongan cendekiawan.
"Justeru, Gamis melihat aspek utama yang perlu dititikberatkan ialah rohani dan keilmuan.
"Belia wajar digilap dari sudut keilmuan dan kerohanian supaya perkembangan belia menjadi seimbang disamping aspek-aspek sampingan disemai ke dalam jiwa belia," katanya.
Selain itu, kata Akram ruang yang wujud dalam projek membangunkan belia iailah melalui kebajikan boleh diperkasakan untuk belia.
"Contohnya pendidikan percuma, prasarana yang lengkap bagi sukan dan kebudayaan di kawasan pedalaman, kurangkan tahap pengangguran dengan mewujudkan institusi-institusi belia yang efektif bagi membantu ekonomi belia dan sebagainya.
"Tuntasnya, dalam keghairahan kita membangunkan 'peradaban' sehingga kita terlupa perkara asas yang menjadi tonggak kepada peradaban tersebut. Seperti pesanan seorang reformis Islam, Malek Bennabi 'membangunkan peradaban tanpa kerohanian adalah gagal'," ujarnya.
(Tuan Guru Abdul Hadi menerima borang permohonan menjadi ahli PAS dari penjaja Chow Kit)
KUALA LUMPUR: PAS akan bertanding di tiga kerusi Parlimen Wilayah Persekutuan iaitu Putrajaya, Titiwangsa dan Setiawangsa.
Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Nor Mohamad berkata, PAS negeri sedang memberikan fokus kepada tiga Parlimen ini.
"PAS Wilayah Persekutuan meletakkan dua strategi dalam menghadapi pilihan raya umum iaitu mengekalkan kemenangan di Titiwangsa dan mencipta kemenangan baru di Parlimen Setiawangsa dan Putrajaya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui Harakahdaily selepas taklimat jentera PAS Wilayah Persekutuan bersama Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di bangunan Yayasan Selangor, Kampung Baru, hari ini.
Beliau berkata, persiapan PAS di Wilayah Persekutuan sudah mencapai 80 peratus selain memberi tumpuan kepada isu-isu tempatan sebagai kempen pilihan raya.
"Kita telah menggerakkan jentera yang kita atur di semua peringkat di samping mengumpul dana yang perlu dan setakat ini persiapan kita telah hampir sempurna tinggal lagi bagaimana kita nak menghadapi beberapa isu yang besar di Wilayah Persekutuan," katanya.
Menyentuh soal calon pula, PAS Wilayah Persekutuan menyerahkan sepenuhnya kepada PAS pusat.
"Siapa calon kita serah kepada pusat untuk tentukan, cuma kita persiapkan jentera," katanya lagi.
Dalam pilihanraya umum lalu, PAS bertanding di dua kawasan Parlimen iaitu Titiwangsa dan Putrajaya.
Di Titiwangsa, Calon PAS Allahyarhamah Dr Lo' Lo' Ghazali menang dengan majoriti 1,972 undi.
Bagaimanapun, calonnya Mohammad Nor sendiri tewas di kerusi Putrajaya dengan majoriti 2,734.
Sementara itu, seramai 200 peniaga Pasar Chow Kit menyerahkan borang keahlian PAS kepada Ustaz Hadi dalam majlis dialog dan minum petang bersama pimpinan PAS.
Majlis itu merupakan salah satu program yang diatur dalam lawatan kerja Ustaz Hadi ke Wilayah Persekutuan hari ini.
KOTA BHARU: Kelantan meminta pihak luar memberi peluang kepada kerajaan negeri membina 'lebuh raya rakyat' tanpa mengeluarkan persoalan negatif apa lagi berbaur tidak sihat.
Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa, berkata sebaiknya berdiam diri daripada mengeluarkan sebarang kenyataan negatif berhubung perkara itu.
Beliau berkata demikian kepada media semalam ketika mengulas kenyataan Ketua Umno Bahagian Kota Bharu, Datuk Fathmi Che Salleh, yang mendakwa pembinaan lebuhraya oleh kerajaan negeri tidak akan berjaya.
Pada sidang medianya itu Husam seterusnya berkata, kerajaan negeri telah memilih lima daripada sembilan syarikat yang berhasrat untuk membina lebuhraya ini.
"Kita buat saringan akhirnya daripada lima syarikat dan hasil daripada pemerhatian itu, kita telah memilih dua daripada sembilan syarikat yang memohon.
"Syarikat ini kebetulan pula syarikat yang terkenal dan mana-mana pihak yang meraguinya boleh menyemak track recordnya sebelum ini," ujar Husam lagi.
Beliau turut mempersoalkan kenyataan negatif pihak berkenaan, adakah munasabah sebuah syarikat besar tiba-tiba ingin menyerah diri untuk melaksanakan projek yang tidak ada jaminan pembayaran.
"Kalau saya adalah pemilik syarikat itu, saya tidak akan menerima projek besar ini yang langsung tidak dijamin pembayarannya.
"Kerana dia yakin kerajaan negeri akan membayar berdasarkan strategi yang kita aturkan dengan syarikat berkenaan," ujarnya.
Atas keyakinan itu katanya, syarikat berkenaan menawarkan diri, ia bukan syarikat tepi jalan yang tidak ada pengalaman iaitu Menta Contraction untuk fasa pertama.
Jadi katanya, Fathmi boleh menyemak latarbelakang kemampuan syarikat itu sebelum ini.
"Pilihanraya dijangka tidak akan diadakan pada tempoh yang terdekati ni, jadi kita ada peluang untuk melihat lebuhraya ini ada progress ataupun tidak," ujarnya.
Beliau turut mengambil contoh Jambatan Sultan Yahya Petra yang pernah disindir akan pembinaannya oleh pihak Umno dan akhirnya dengan sokongan rakyat, ianya berjaya dibina.
"Andainya Jambatan Sultan Yahya dianggap satu perkara mustahil, lebihraya ini juga bukan suatu yang mustahil. Sebagai sebuah kerajaan negeri, kita mempunyai cara, kemudahan, untuk melaksanakan projek sperti itu.
"Ia akan menjadi tunggak kepada kejayaan pembinaan pembangunan yang lain pada masa akan datang termasuk pendaratan gas dan minyak," katanya.
Menyentuh ada pihak yang membandingkan pelabuhan darat di Kuala Krai dan jambatan di Palekbang, Tumpat yang tidak berjaya dilaksanakan, Husam mendakwa ianya bukan projek kerajaan negeri.
Katanya, Jambatan Palekbang dicadangkan oleh sebuah syarikat swasta yang juga bakal memajukan Hotel River View yang ada sekarang.
Menurut Husam lagi, Hotel River View telah beroperasi kecuali jambatan kerana telah berlaku kegawatan ekonomi pada tahun 1997, di mana syarikat Ardona dari Pulau Pinang itu telah membatalkan projek berkenaan.
"Perkara ini dipersetujui bersama dengan Kerajaan Persekutuan dan ini bukan projek kerajaan negeri, sebaliknya projek swasta," ujarnya.
Sambungnya, berlainan pula dengan projek pembinaan Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai yang diusahakan oleh kerajaan negeri, begitu juga pelabuhan darat.
Katanya, pelabuhan darat dicadangkan oleh pihak swasta di atas tanah mereka sendiri dan bukannya dari kerajaan negeri.
Menurutnya, kegagalan itu kerana masalah kegawatan ekonomi menyebabkan tanah syarikat tesebut terpaksa dilelong.
"Kerajaan negeri hanya bekerjasama dalam beberapa perkara khususnya berhubung kelulusan bagi membolehkan pelabuhan darat itu diadakan sebahagiannya pula dari kementerian di peringkat Pusat," ujarnya lagi.
Sambungnya, antara kerajaan dan syarikat suatu yang berbeza.
Katanya, pembinaan lebuhraya ini 100 peratus diusahakan dan milik kerajaan negeri.
"Tetapi saya tidak mahu berkata apa-apa sekarang, fokus kita insyaallah kita akan buat apa yang dapat dilakukan oleh kerajaan negeri," katanya.
Husam seterusnya menambah, pihak di luar sana diharap memberi peluang pada kerajaan negeri untuk menjayakan hasrat rakyat tanpa sebarang kenyataan negatif.
Apa yang penting sekarang ini, jelas Husam peluang amat wajar diberikan pada kerajaan negeri untuk meneruskannya dan bukannya membuat sebarang spekulasi.
Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai mula dirasmikan pembinaan pecah tanah hari ini oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Sebaik sahaja majlis pelancarannya dilakukan, kerja-kerja membina lebuhraya sepanjang 65 kilometer itu akan bermula.
(Tuan Guru Nik Aziz menerima cenderamata dari Dewan Ulamak Kelantan)
MACHANG: Dewan Ulamak PAS Kelantan semalam meminta Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan kenyataan berhubung kes bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Nor, yang menghina Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sebagai bapa kafir.
Majlis fatwa juga turut didesak mengeluarkan segera fatwa khas berhubung perkara itu bagi mengelakkan kekeliruan orang ramai berhubung kenyataan menghina ulamak itu.
Pada masa yang sama, Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan, Ustaz Hassan Mahmood, turut menyokong demontrasi di hadapan pejabat NST petang ini berhubung kenytaan 'bapa kafir' kepada Tuan Guru.
"Kita meminta Majlis Fatwa Kebangsaan yang dianggotai mufti-mufti seluruh negara berasa sensitif tentang penyelewengan yang berlaku dalam kerajaan yang memerintah hari ini.
"Banyak perkara yang tidak sehat dilakukan oleh pemerintah, namun pihak majlis fatwa berdiam diri, namun boleh pula mengeluarkan fatwa khas khusus untuk Pakatan Rakyat walaupun tidak bercanggah dengan Islam,"ujarnya.
Sambungnya, majlis fatwa tidak hanya perlu memandang sudut agama sahaja, sebaliknya pelenyelewengan kuasa, ekonomi, yang berlaku di hadapan mereka kena beri perhatian.
Beliau juga turut mencadangkan majlis fatwa menegur isu penyelewengan yang membabitkan NFC, saham syarikat MAS dan lain-lain lagi.
Sementara itu ketuanya, Datuk Mohammad Daud, mengakui pihaknya menggunakan kaedah yang lebih lunak dalam berdakwah, khususnya kepada orang bukan Islam.
Sambungnya, Dewan Ulamak PAS Kelantan, seboleh mungkin tidak akan menggunakan bahasa yang kesat apa lagi menyinggung perasaan mereka.
"Sebab itu ketika kita berucap, berkempen, berdakwah kita tidak kata mereka sebagai orang kafir, sebaliknya 'bukan Islam', sebab perkataan kafir itu begitu kasar, walaupun mereka bukan beragama Islam,"ujarnya.
Terdahulu Tuan Guru merasmikan laman web rasmi dewan berkenaan. Untuk melayari serta mendapat sebarang maklumat http://dupnk.org.my.
Saya berdiri di sini sebagai orang biasa, tiada kepentingan politik, tak ada cerita-cerita politik, tak nak jadi orang politik. Apa yang saya akan ceritakan.. mungkin tak ada statistik seperti cerita dari bakal-bakal calon kita dan orang-orang lama yang telah berada dalam Pakatan Rakyat.
Tapi cerita saya adalah cerita rakyat biasa. Perkongsian saya adalah pengalaman saya merantau lama, di New Zealand sahaja dah lebih 10 tahun dan dah setengah dunia dah saya tengok. Dan saya dapat melihat perbandingan dengan apa yang sedang berlaku di luar dan dalam negara kita.
Saya teruja bercerita. Dalam penghijrahan dalam diri saya, penghijrahan dari tempat ke tempat yang lebih baik. Dalam membetulkan diri saya, dan memdidik anak-anak saya. Apabila saya berkawan dengan ustazah-ustazah dan ustaz-ustaz, saya terjumpa hadis riwayat Said al-Khudri r.a yang meriwayatkan Rasul S.A.W bersabda yang bermakna "jika diantara kamu berhadapan dengan kemungkaran hendaklah kamu menukarnya dengan tangan kamu dan jika tak sanggup dengan tangan kamu, dengan lisan kamu, dan jika tidak sanggup dengan lisan kamu, membencinya dan itu adalah selemah-lemah iman".
Saya terpanggil untuk bercakap sebenarnya lama jugak kena fikir. Anak-anak kecil lagi, orang kata kalau bercakap diatas pentas pembangkang susah nak cari makan, memanglah jabatan kerajaan tak bagi 'show' lagi dah.Tapi Allhamdullilah mungkin kita berkawan-kawan dengan orang yang faham tentang agama. Kata orang, seperti kita berkawan-kawan dengan orang yang membuat minyak wangi sikit sebanyak InsyaAllah kewangian itu akan terpercik kepada kita. Jadi, bagi saya.. saya diigatkan dia kata. "Aisyah, rezeki ada dimana-mana. Rezeki kita telah ditentukan oleh Allah Taala. Daripada usia 4 bulan dalam rahim ibu kita memang 'comfirm' itu hak kamu. Itu yang Allah tentukan. Tapi, yang tak comfirm lagi, di mana kesudahan kita. Di mana kesudahan kita ini sedikit sebanyak bergantung kepada arah tuju. Kita membawa diri kita, bukan hanya diri kita tetapi juga masyaakat di sekeliling kita, kemana arah tuju kita. Samaada kita nak selamatkan diri kita di dunia ini ataupun kita sama-sama hanyut di bawah pemerintahan orang yang tidak bertanggungjawab.
Mula-mula saya dulu ramai juga muslimah jaga anak sibuk nak besarkan anak denagn family. Masa tu saya study. Bab-bab politik ni, tak minat. Tapi saya balik di Malaysia tahun 1998, selepas lebih 10 tahun duduk di tempat orang, saya balik dengan harapan membawa anak-anak saya untuk membesar di sebuah negara Islam atau Negara yang dikatakan sebagai Negara Islam. Tapi bila saya balik ke Malaysia, masyaAllah, saya tengokkan di Kuala Lumpur tu, Hollywood melebihi hollywoo dan bollywoodnya pun lebih dahsyat dari Bollywood.
Apabila saya pernah dijemput untuk menghadiri membuat persembahan di rumah masa tu dia masih atau timbalan menteri pada tahun 1998/1999. Mula-mula saya sampai ini bukan rumah rasmi tapi rumah peribadi, masa tu dengan kawan saya orang New Zealand dia cakap dasyat! Malaysia agaknya gaji menteri besar sungguh, kerana rumahnya bukan main besar. Rumahnya setanding atau melebihi rumah puteri-puteri atau putera-putera raja Negara-negara minyak, macam tu punya gah rumah menteri….Jadi kalau macam tu saya kalau dapat satu penggal (jadi menteri) pun jadi kalau dapat rumah macam ini. Kemudian, saya berkawan dengan orang yang bisnes dan saya pernah diajak sekali. Dia kata jom, kita shopping di Nilai tiga. Saya cakap kenapa nak kena shopping di Nilai tiga? Dia kata ni dah nak dekat raya untuk beli kain baju untuk bawah-bawah, kerani-kerani. saya kata biar betul? Kerani-kerani ni buat apa? Dia kata, kalau tak bagi kerani bawah-bawah ni.. nanti claim (tuntutan) aku semua nanti tak naik ke atas.
Saya terperanjat, kerana saya tinggal di New Zealand lebih 10 tahun. Kat sana jarang ada rasuah-rasuah ni. Saya cakap biar betul? Dia cakap yelah. Tu baru kerani bawah-bawah, kalau yang lebih tinggi pangkatnya, lagi besar ganjaranya. Sebab itu tender kalau RM100,000 dan jadi RM300,000.00.
Saya sungguh terkejut. Saya tak sangka benda ni berlaku di negara Malaysia, negara saya sendiri. Seperti orang kata lah, benda-benda ni macam kebanyakan muslimah kalau tak kena ke batang hidung kita sendiri kita mungkin tak berfikir dan tak ambil serius kita tak ambil perhatian.
Pada tahun 2005, anak saya menghadapi krisis hak penjgaan anak. Dan saya dapat tahu anak saya yang bongsu usia dia lima tahun sudah diajar oleh suami saya menggunakan dadah. Pandai dia tunjukkan cara-caranya. Saya rasa yakin tuan-tuan puan-puan yang ada anak bayangkan kalau anda dapati diri anda dalam situasi itu. Tiba-tiba anak saya telah didedahkan dengan perkara-perkara ni. Dan saya digugat hak penjagaan anak saya oleh orang asing mualaf mungkin bawa anak saya ke luar negara dan selepas itu, saya tak tahu apa yang akan terjadi dengan agama anak saya. Sebagai seorang ibu, dan saya tahu muslimah semua pada malam ini akan turut merasakan apa yang lebih berharga dalam hidup kita daripada menjaga akidah anak-anak kita.
Saya ditakdirkan diberi peluang untuk buat persembahan untuk seorang VIP seorang menteri yang diamanahkan untuk menjaga hal ehwal wanita. Saya rasa inilah peluang saya untuk menceritakan masalah saya. Ini pemimpin yang kita pilih. Saya ingin mendengar nasihat dan ingin mendengar pandangan yang boleh membawa jalan penyelesaian kepada masalah saya. Selepas persembahan itu, saya dapat bertemu dengan beliau. Beliau memuji dengan senyum manis, suara merdu. Dalam hati saya, saya berkata oh.. nilah peluang saya untuk menceritakan masalah saya. Saya berkata, sebenarnya Datuk Seri ceritanya begini.. saya ada masalah, anak saya macam ni macam ini.. dengan sekelip mata, wajah yang manis itu berubah.
Marah, dia tak suka saya menceritakan masalah saya kepadanya. Masalah ini maslah besar bagi saya masalah akidah anak-anak saya. Tak lama kemudian, datanglah orang-orang dia denagn wajah yang marah, bertanye pada saya. Apa yang you cakap pada Datuk Seri? Saya cakap, saya hanya menceritakan masalah saya. You tak sepatutnya cerita mcam tu, you sepatutnya telefon orang-orang ini orang-orang itu…macam ini macam itu. Dan akhirnya, saya tak dapat apa-apa pertolongan pun daripada pihak ini. Pihak yang telah diamanahkan untuk menjaga hal ehwal wanita.
Saya tak mintak apa-apa, saya Cuma minta nasihat di mana saya nak bawa masalah saya. Di sini saya mula berfikir, berfikir kerana apa, pelik juga Malaysia ni. Ini pemerintah yang kita pilih, yang kita pilih, kita amanahkan untuk menjaga kebajikan kita tapi bila kita berjumpa dengan dia, menceritakan masalah kita, dia marahkan kita. Ada something wrong dengan sistem kita ni. Ada satu yang tak kena.
Dari sini, saya mula memerhati saya mula berfikir, dan selama saya duduk di luar negara. Saya lihat dimana proses demokrasi yang dilakukan di luar negara. Kalau kita tengok d TV hujah pemerintah setengah jam hujah pembangkang juga setengah jam, rakyat dapat tengok kedua-dua hujah dan rakyat diberi peluang embuat keputusan. Selama saya berada di sana, saya ingat Malaysia macam itu juga. Tapi rupa-rupanya saya kena tipu hidup-hidup, bila saya lihat, saya dapati yang laporan yang dibuat dalam media utama ni, tidak mncerminkan dan tidak menceritakan apa yang sebenarnya berlaku.
Saya sebagai seorang artis ni dia ada 'advantage' ada kelebihan. Kami dijemput ke pelbagai program dan kita jumpa pelbagai masyrakat. Dan bila saya baca dalam media utama saya dengar saya tengok dalam TV dan mereka kutuk-kutuk tentang pembangkang. Saya mula berfikir, saya baru buat program dengan kumpulan itu, haji itu, hajjah itu, kumpulan Nisa'…keapa dia asyik kutuk aja orang ni…(sedangkan) orang itu tak macam ini. Orang ni tak macam yang mereka kutuk. Saya dapati media utama kita hanya mengambil cerita satu pihak sahaja. Sejak dari itu, saya cari media alternatif (yang mengambil cerita dua pihak).
Dan jika anda penyokong tegar pihak BN, buka minda sikit. Cuba baca (tengok), kalau macam dalam mahkamah, kalau kita jadi hakim, kita kena dengar masalah dua-dua pihak. Kalau anda mendengar dari media utama hanya mendengar satu pihak. Carilah cerita, saya cerita dari pihak yang sebelah lagi supaya dapat gambaran yang seimbang.
Kau dengar dari media utama kutuk-kutuk Kelantan miskin itu ini….cakap Kelantan ni miskin lah, nil ah.. dah kau gi ambik royalti minyak kat sana. Kita ada dengar betapa besarnya duit BRIM RM500 untuk anakanak RM100, tapi, kita tak dengar cerita di media utama tentang ketirisan duit rakyat. Tahun 2010, kalau mengikut laporan audit negara, ketirisan penyelwengan, rasuah masuk poket duit rakyat sebanyakRM21 billion. Boleh bayangkan tak betapa banyak 21 billion tu, itulah duit kita punya yang hilang pada tahun 2010, masuk dalam poket (individu) yang tidak dapat dikira… tidak diberitahu kemana duit tu pergi. Kalau kita lihat dari laporan (audit) karipap 20 sen 30 sen, bagi tender dah jadi RM1…disitulah penyelwengan duit…
Bagaimana ia terkait dengan kita? Populasi rakyat 28 juta orang. Kita bahagikan RM21 bilion kepada 28 juta rakyat, setiap kita megalami kehilangan kerugian RM750 setiap orang!! Tak kira anak kecil ke…orang tua ke …..Kalu bab duit hilang ni tak diceritekan, kalau bab bagi RM500 ni diceritakan, satu Negara tahu. Jadi sekarang saya hendak anda semua berfikir kalau setiap orang daripada kita menanggung dalam tahun 2010 sahaja. RM750 satu kepala, dalam satu rumah, ada 4orang, maknanye dalam satu rumah itu, dah hilang RM3000, emak diberikan RM500, ayah RM200 anak mungkin diberikan RM100. (jumlah RM800) bandingkan jumlah yang diberi dengan jumlah duit kita yang hilang.
Bende-benda macam ni yang kita tak dapat ceritanya di media utama. Cerita kapal selam. Kalau anda lihat, google, video cerita kapal selam melalui lawyer Suaram tu, pihk media diharamkan menceritakan pembelian Scorpene ni. Scorpene ni kapal selam. Kapal selam kita dah beli dua buah dengan harga RM7 billion. Rasanya tak campur dengan kos2 yang lain. Mungkin kita perlukan kapal selam untuk menjaga perairan kita. Tapi masalahnya, kapal selam kita tak boleh nak menyelam tu.. dah tersadai di Sabah sana. Duit kita RM7 billion dihabiskan kepada kapal selam ini. Dan banyak cerita yang kita masih mahu dengar tentang komisyen yang diambil oleh pemerintah kita. Tapi cerita ni tak kan keluar dalam media utama. Ia hanya keluar kerana ia menjadi kes antarabangsa. Nak tak nak orang luar tulis pasal cerita ni.
Integriti kewaratwn tidak ada dalam media utama kita. Cerita tu hanya berat sebelah. Contoh paling utama, perhimpunan bersih. Kalau anda lihat, beberapa hari selepas perhimpunan Bersih ceritanya tentang bagaimana orang yang pergi ni, adalah perusoh-perusoh yang menghuru-harakan keselamatan Negara kita. Ada ke muka ni, muka-muka yang pergi tu perusoh? Yang pergi dengan saya tu, saya parking kereta di hotel dan saya berjumpa dengan seorang hamba Allah ni daripada Teluk Intan saya dapat berjalan bersama pergi ke Dataran Merdeka dengan beliau datangnya bertongkat.Walaupun kakinya tak kuat, beliau datang dengan semangat.
Berita fokus kepada tuntutan bersih, tidak diceritakan. Yang diceritakan rakyat perusoh. Fokus tuntutan itu tidak diceritakan. Tuntutan ini hanya ingin membersih nama pengundi yang tidak berdaftar. Itu adalah salah satu tuntutan daripada lapan tuntutan yang diminta, tapi tak dikeluarkan. Kita kena faham apa itu sistem demostrasi. Kalau tuan puan-puan lihat, saya behubung dengan adik-adik di New Zealand yang juga menyertai himpunan bersih di sana, sebagai student di sana. Tak ada pulak kerajaan di sana bawa gas pemedih mata, kalau diorang nak cari pasal diorang boleh tanya kau pelajar luar, yang sibuk-sibuk nak memprotes itu apesal? Tetapi mereka tak berbuat demikian. Kerana mereka paham apa itu demostrasi. Apa hak kita sebagai rakyat untuk menyuarakan ketidak puasan hati kita.
Kita kena fikir bila pemerintah menyindir-nyindir orang PAS kata tak sokong… Tak redho ambil 'durian runtuh'. Pikir satu je, itu bukan duit mereka. Tidak ada sesiapa pun yang berhak untuk berkata kita tidak berhak mendapat apa-apa bantuan.
Makcik-makcik dan orang-orang tua yang takut nak meyanggah pemerintah… Kita kena ingat, pemerintah itu boleh buat apa-apa dengan izin rakyat. Rakyat yang bagi dia kuasa. Kalau rakyat dizalimi, dan rakyat tidak puas hati. Rakyat boleh ambil balik kuasa itu. Itu hak kita bersama. Sistem demostrasi ini senang sahaja. Duit, harta benda, bangunan, tanah, itu adalah milik kita bersama sebagai warganegara. Bila kita ada sistem demokrasi duit yang kita ada ni, kita amanahkan kepada saudara kita seorang. Kita suruh dia jaga ni, bayar ni, jaga syarikat amanh sebagai pemerintah. Dan kita lantik lagi sorang kawan sebagai pembangkang dalam sistem demostrasi. Kita suruh pembangkang pantau orang yang diamanahkan kalau ada penyelewengan kau cakap kat aku. Bila kawan kita pembangkang ni datang kat kita menceritakan pada kita yang dia ni ada buat benda yang ta betul. Ada ke kita (patut) marah balik kawan kita yang memerhati itu?
Di situlah ramai orang silap tentang tugas pembangkang. Kalau kita tegar sangat menyokong umno, sekurang-kurangnya buka lah minda anda. Dengar cerita sedara kita ni sekurang-kurangya check dulu. Ramai muslimah yang saya tahu, tak mahu ambil tahu tentang politik.
Saya sebagai seorang ibu saya sanggup kemari sana-sini kerana saya sayang anak saya. Saya seperti anda juga, menatang anak saya bagai minyak yang penuh. Kalau saya tak ambil perhatian apa yang berlaku di sekililing saya. Seolah-olah kita meletakkan anak kita ke dalam sampan dan kita beri pendayung kepada orang lain. Nah! Kau buat lah apa yang kau nak buat.
Begitulah terjadinya bila kita tak ambil perhatian kepada politik. Fikirkan tentang masa depan anak-anak. Bagi saya saya tak sanggup tinggalkan anak-anak saya dengan suasana rasuah yang berluasa, rasuah jadi budaya.....
Ini baru penjawat awam yang berpendapatan bawah RM3,000 sebulan. Bagaimana dengan pengawal keselamatan, pekerja kilang, kerani, tukang cuci, penghantar surat dan sebagainya. Di Seremban sahaja ketika ini harga rumah melambung tinggi. Rumah teres 1 tingkat dengan 3 bilik paling kurang pun harganya sekitar RM160,000.00
Ramai penjawat awam tidak mampu miliki rumah, kata Cuepacs
28 Mei, 2012
Setiausaha Kewangan Cuepacs, Jaapar Mansor berkata fenomena itu akan berterusan jika kerajaan tidak mengambil langkah tertentu.
MACHANG:Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mendapati kira-kira 60 peratus penjawat awam yang berpendapatan bawah RM3,000 sebulan, terutama di Lembah Klang, tidak mampu memiliki rumah sendiri.
Setiausaha Kewangan Cuepacs, Jaapar Mansor berkata fenomena itu akan berterusan jika kerajaan tidak mengambil langkah tertentu, termasuk mengurangkan kadar faedah pinjaman dan menaikkan gaji kakitangan awam terbabit.
"Kadar faedah pinjaman perumahan empat peratus yang dikenakan institusi kewangan ke atas penjawat awam pada masa ini wajar diturunkan kepada 1 peratus," katanya kepada Bernama di sini, semalam.
Beliau tidak menolak kemungkinan penjawat awam yang berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan hanya mampu menyewa atau memiliki rumah kos rendah bertaraf Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).
Jaapar yang juga Pengerusi Cuepacs Selangor berkata, saranan supaya kerajaan menurunkan kadar faedah pinjaman perumahan itu adalah antara tuntutan yang pernah dikemukakan kongres itu kepada kerajaan sebelum ini.
"Walaupun ia bukan merupakan tuntutan utama Cuepacs, namun ia akan terus diperjuangkan oleh penjawat awam melalui kongres itu," katanya .
Kongres itu juga sedang melancarkan gerakan mengesan penjawat awam yang belum memiliki rumah di seluruh negara untuk dijadikan garis panduan untuk tindakan yang akan diambil demi kebajikan anggotanya.
Sementara itu, beliau berkata Cuepacs mahu kerajaan mempercepatkan cadangan penubuhan Suruhanjaya Mengkaji Skim Gaji dan Elaun Penjawat Awam seperti yang diumumkan Perdana Menteri 8 Mac lepas.
Kongres juga akan terus mengadakan gerakan penerangan kepada anggotanya ke seluruh negara mengenai peluang yang dinikmati mereka melalui penambahbaikan Skim Saraan Baru (SSB).
MACHANG - Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mendapati, kira-kira 60 peratus penjawat awam yang berpendapatan bawah RM3,000 sebulan, terutamanya di Lembah Klang tidak mampu memiliki rumah sendiri.
Setiausaha Kewangan Cuepacs, Jaapar Mansor berkata, fenomena itu akan berterusan jika kerajaan tidak mengambil langkah tertentu, termasuk mengurangkan kadar faedah pinjaman dan menaikkan gaji kakitangan awam terbabit.
"Kadar faedah pinjaman perumahan empat peratus yang dikenakan institusi kewangan ke atas penjawat awam pada masa ini wajar diturunkan kepada satu peratus," katanya kepada Bernama di sini semalam.
Apa Komen Majlis Fatwa dan Mufti-Mufti Seluruh Malaysia dengan perkara ini ? Adakah mereka hanya kata "no komen" atau berani menegur pimpinan yang sedia ada ? Jangan Jadi "Syaitan Bisu" sudah lah ..
Inilah ragamnyer bila yang pimpin negara tak berapa nak cerdik sangat bab agama .. jadi lembu kena cucuk hidung diheret kesana ke mari .. Ubahlah Wahai Warga Malaysiaku
Pengarah Eksekutif Suaram, Cynthia Gabriel berkata, media arus perdana di negara ini cuba menggelapkan berita mengenai skandal Kapal Selam Scorpene yang kini di peringkat perbicaraan di Mahkamah Perancis. Katanya, kecuali media dalam talian seperti Malaysiakini, dan akhbar alternatif seperti Suara Keadilan dan Harakah, media lain tidak menjadikan kes berkenaan sebagai berita utama. Walhal katanya, perbicaraan kes berkenaan sangat penting kerana melibatkan rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa dan wujudnya kes pembunuhan. Beliau berkata demikian ketika mengadakan sesi taklimat berhubung kes Scorpene di Ibu Pejabat KEADILAN tengahari tadi. Dalam pada itu Cynthia berkata, tahap kesedaran rakyat Malaysia mengenai kes Scorpene yang dibicarakan di Mahkamah Perancis, juga masih rendah. Dari kajian yang dijalankan Suaram dan Merdeka Centre, hanya 52 peratus rakyat Malaysia yang sedar kes tersebut sedang dibicarakan di mahkamah itu. Katanya dari bancian tersebut, kaum Cina memiliki kesedaran 62 peratus, diikuti kaum India 46 peratus dan Melayu 40 peratus.~Keadilandaily
Memilih pemimpin negara adalah amanah besar dalam Islam, yang disebut Ulil Amri. Al-Quran mengesahkan semua rasul menentang sekeras-kerasnya ajaran yang memartabatkan pemimpin kerajaan sehingga dianggap Maha Suci daripada segala kesalahan. Di zaman keemasan umat Islam menjadi kuasa besar dunia, setiap Uli al-Amri yang dinamakan Khalifah diharamkan bersikap Maha Suci seperti Tuhan Yang Maha Esa (Allah S.W.T)
Rasulullah S.A.W bersabda : "Ketaatan terhadap pemimpin hanya dalam perkara yang baik ". Ucapan ini adalah menafsirkan perintah Allah yang dihayati di masa baginda sendiri menjadi ketua negara dan wajib diikuti oleh umatnya. Ucapan Abu Bakar R.A apabila dipilih menjadi ketua negara selepas wafatnya Rasulullah S.A.W : "Wahai tuan-tuan ! saya telah dipilih menjadi pemimpin kamu, padahal saya bukannya orang yang terbaik di kalangan kamu. Sekiranya saya dalam keadaan yang baik tolonglah saya, sekiranya saya dalam keadaan yang buruk perbetulkan saya. Benar adalah amanah, bohong adalah khianat ......".
Beginilah juga ucapan setiap pemimpin yang dilantik selepasnya. Amalan sistem pemerintahan Islam yang dibukukan dan dicatit oleh para ulama Islam daripada semua mazhab menjadi kajian para orentalis. Kitab-kitab seperti Muqaddimah Ibn Khaldun, Ahkam Sultaniyyah, Adab al-Wazir dan lain-lain diterjemahkan ke dalam bahasa-bahasa Eropah mempengaruhi perkembangan Demokrasi Moden yang diamalkan oleh negara Barat. Walaupun mereka menerima dengan fahaman sekularisme yang dianut, memisahkan politik daripada agama, namun pengaruh inilah yang mewujudkan sistem pilihanraya yang adil dengan memberi hak kepada rakyat menjadi hakim terhadap kerajaan dan para pemimpin kerajaan yang boleh dijatuhkan sekiranya berlaku kesilapan atau kelemahan dalam mentadbir negara, rakyat pula diberi hak dalam urusan pemerintahan secara beradab.
Sistem yang adil ini menggantikan revolusi rakyat secara berdarah yang banyak berlaku seperti di England, Perancis dan lain-lain. Akhirnya terciptalah demokrasi moden dengan mewujudkan pilihanraya yang adil. Bagi mewujudkan penghakiman yang adil oleh rakyat melalui pilihan raya, maka rakyat diberi kefahaman yang benar berkenaan pilihanraya. Mereka benar-benar memahami hak mereka dengan larangan tegas secara undang-undang terhadap ugutan, sogokan rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Pihak media diletakkan sebagai saksi yang melaporkan semua pihak kepada rakyat yang menjadi hakim, samada pihak kerajaan yang dituduh atau pihak pembangkang yang menuduh.
Pihak Suruhanjaya Pilihanraya adalah badan yang bebas bagi mengendalikan urusan pilihanraya mengikut sistem pemisahan kuasa di antara badan kehakiman, perundangan dan pentadbiran yang diamalkan oleh Rasulullah S.A.W ketika menegakkan negara contoh di Madinah. Sistem ini diterima oleh semua parti Islam di seluruh dunia termasuk PAS, yang ditubuhkan daripada gerakan tajdid dan islah kerana demokrasi moden menjadi medan politik paling sesuai dengan Islam yang mengutamakan secara damai. Keseluruhan negara Barat dan termasuk negara komunis sekarang telah berubah, menerima sistem demokrasi pilihanraya yang adil, sehingga tidak ada parti dan pemimpin kerajaan boleh mendabik dada bahawa mereka Maha Suci daripada segala sifat kekurangan dan tidak ada kesilapan langsung.
Sistem demokrasi moden ini menjadikan parti kerajaan dan pemimpinnya sentiasa berwaspada dan sedia ditolak dan dihukum oleh rakyat, maka berlakulah perlumbaan yang sihat bagi melakukan yang baik dan menolak yang munkar, menjadikan riadah yang menjadikan hak rakyat dan kerajaan sentiasa sihat, kerana silih berganti apabila berlaku setiap kelemahan dan para pemimpin sangat berhati-hati menunaikan amanah. Di Amerika pernah dibatalkan kemenangan seorang presiden dalam peristiwa yang terkenal dengan nama skandal Water Gate. Di England pula menjatuhkan kerajaan kerana skandal salah seorang menteri kabinetnya dengan pelacur yang berkait dengan perisikan negara asing.
Di India membatalkan kemenangan seorang perdana menteri kerana menyalahgunakan jentera kerajaan dan banyak lagi. Di zaman kini banyak negara yang dibelenggu dengah sistem dictatorship terpaksa berubah kepada sistem demokrasi pilihanraya yang adil. Negara kita Malaysia yang tercinta ini mengalami sistem demokrasi menuju ke arah yang lebih buruk dan memalukan. Surahanjaya Pilihanraya yang tidak bermaya untuk melakukan reformasi demokrasi yang sebenar kerana tidak diberi kuasa yang sebenar mengikut takrif demokrasi dan tidak berlaku pemisahan kuasa yang sebenar. Kedudukannya berada di bawah siapa parti yang memerintah mengikut arahan secara nyata dan sulit bagi mengekalkan sistem satu parti seperti negara komunis, secara agenda yang diatur begitu rupa.
Media arus perdana sebelah pihak yang menutup minda rakyat mengetahui segala kelemahan kerajaan, seolah-olah menjadikan kerajaan itu Maha Suci sepanjang hayat seolah-olah tidak ada ajal dan tidak ada hari kiamat. Daftar pengundi yang tidak masuk akal, seperti jumlah isi rumah laksana sebuah kampung dan penduduk kampung yang ramai laksana satu daerah kerana terlalu gelojoh mangambil pengundi bagi menjamin kemenangan parti yang sedang memerintah walaupun sudah banyak senarai penyelewengan sehingga dilupai yang telah berlaku sebelumnya tanpa tindakan yag adil. Politik wang yang membarah ke dalam parti kerajaan dan masuk pula ke dalam rakyat, ke lapangan pilihanraya umum. Semua yang berlaku adalah kemunkaran yang mencalarkan imej Islam yang menjadi agama negara mengikut perlembagaan dan banyak kemunkaran yang wajib dicegah dan kezaliman yang wajib disanggah.
PAS wajib menyampaikan risalah Islam kepada seluruh manusia dengan memberi kefahaman yang betul kepada penganut Islam dan memperkenalkan Islam kepada bukan Islam, bagi mengajak kepada makruf dan mencegah kemunkaran kerana Rasulullah S.A.W mewajibkan kepada setiap orang Islam menyampaikan mesej sebenar, menyatakan yang benar dan mencegah kemunkaran mengikut kemampuan masing-masing dengan tangan, lidah dan perasaan benci dalam hati. Demonstrasi aman yang menjadi salah satu daripada amalan demokrasi moden adalah salah satu cara menunjukkan kebencian dalam hati. Rasulullah S.A.W mengizinkan para sahabatnya keluar beramai-ramai daripada persembunyian mereka di Makkah selepas Islamnya Hamzah dan Umar R.A bagi menunjukkan sikap mereka terhadap pamimpin Makkah yang zalim secara terbuka dan aman tanpa senjata.
Ketika berada di Madinah dan telah wujud negara yang berkuasa, tiba-tiba Rasulullah S.A.W bersabda kepada para sahabatnya, menyebut peristiwa lama berlaku sebelum dilantik manjadi Rasul: "Aku pernah dibawa oleh bapa-bapa saudaraku ke rumah Abdullah bin Judaan bagi mengadakan Halaf Fudul (persefahaman dan kerjasama) bagi membela mereka yang dizalimi dan menentang mereka yang zalim secara bersama. Sekiranya perkara ini dibawa kepadaku sekarang nescaya aku menyertainya ". Rasulullah menerima secara positif segala sifat yang baik secara fitrah yang ada dalam diri manusia termasuk bukan Islam, sehingga menghargai keluarga Hatim al-Toei seorang pemimpin kabilah yang suka menolong dan meraikan tamu di zaman jahiliyyah dan banyak lagi contoh yang lain.
Bersih adalah gabungan kerjasama NGO berbagai agama dan parti-parti politik pelbagai ideologi yang menganjurkan demonstrasi aman bagi membantah pilihanraya yang mengotorkan amalan Demokrasi di Malaysia, ramai kalangan mereka tidak terlibat secara langsung dalam pilihanraya, tetapi sifat fitrah manusia yang bencikan zalim, tipu dan lain-lain. PAS berpendapat bahawa BN telah banyak menyeleweng daripada konsep demokrasi yang adil. UMNO sendiri telah lama merosakkan imej Islam. Ajaran Islam meletakkan politik adalah amanah besar yang diamalkan para Rasul seluruhnya, tiba-tiba dikotori dengan banyak perkara yang memalukan, seperti menyalahgunakan kuasa secara penipuan dan zalim bukannya bertahan dengan akhlak yang mulia.
Amanah politik dijadikan peluang mengumpul harta dan menaikkan pangkat, bukannya amanah yang wajib ditunaikan. Harta dan kuasa dijadikan senjata mengugut rakyat, laksana dajjal yang zahir di akhir zaman, menawarkan kesenangan untuk pengikutnya sahaja, sesiapa yang tidak mengikutnya menerima padah. Akhirnya PAS wajib mencegah kemungkaran besar yang sedang berlaku ini, hujah lebih kuat lagi apabila membaca amanat Rasulullah S.A.W: "Sama ada kamu menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran atau berdiam diri, nescaya orang-orang yang jahat memerintah kamu, lalu orang-orang yang baik berdoa, tiba-tiba doanya tidak diperkenankan oleh Allah". Sabdanya lagi: " Menyatakan yang benar kepada kerajaan yang zalim adalah jihad paling afdal ".
PAS tidak membenarkan para ulamanya menjadi syaitan bisu yang berdiam diri terhadap kebenaran di hadapan mata yang wajib ditegakkan dan kemunkaran nyata yang wajib ditegah, PAS tidak mengizinkan para ulamanya menjadi burung kakak tua yang bercakap hanya mengikut apa yang diajar oleh tuannya sahaja dan tidak mampu menilai sendiri. Adapun alasan berlakunya kekacauan selepas itu, adalah disebabkan salah laku kerajaan terhadap perhimpunan aman, seperti melarang berhimpun di padang dataran merdeka yang menjadi tempat berhimpun dan provokasi pihak yang diadakan sendiri atau diizin oleh kerajaan sendiri. Sikap tidak adil melantik kumpulan penyiasat yang ditunjukkan oleh satu pihak kerajaan sahaja adalah cara yang tidak bermoral untuk menegakkan keadilan yang sebenar. Lebih tidak adil lagi apabila adanya tangkapan selepas bersurai dan menyeksa mereka yang ditangkap, dimaki hamun dan sebagainya. Ini bukan cara yang bijak untuk mempertahankan kerajaan, bahkan cara menggali lubang sendiri untuk jatuh dengan cara memalukan. Bukan sahaja menjadi sunnah alam dan nas al-Quran dan hadith, serta doa mereka yang dizalimi pasti diperkenan Allah walaupun daripada seorang yang bukan Islam. Akhirnya, kalau bangsa Melayu masih bersama UMNO yang tidak menegakkan Islam yang sebenar, berlakulah amaran Allah
Maksudnya: Sekiranya kamu berpaling (tidak mahu menegakkan agama kamu) nescaya Allah menukarkan kaum lain, kemudian mereka tidaklah seperti kamu. (Surah Muhammad: 38)
PAS akan bertanding di tiga kerusi Parlimen Wilayah Persekutuan iaitu Putrajaya, Titiwangsa dan Setiawangsa.Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Nor Mohamad berkata, PAS negeri sedang memberikan fokus kepada tiga Parlimen ini."PAS Wilayah Persekutuan meletakkan dua strategi dalam menghadapi pilihan raya umum iaitu mengekalkan kemenangan di Titiwangsa dan mencipta kemenangan baru di Parlimen Setiawangsa dan Putrajaya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui Harakahdaily selepas taklimat jentera PAS Wilayah Persekutuan bersama Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di bangunan Yayasan Selangor, Kampung Baru, hari ini. Beliau berkata, persiapan PAS di Wilayah Persekutuan sudah mencapai 80 peratus selain memberi tumpuan kepada isu-isu tempatan sebagai kempen pilihan raya."Kita telah menggerakkan jentera yang kita atur di semua peringkat di samping mengumpul dana yang perlu dan setakat ini persiapan kita telah hampir sempurna tinggal lagi bagaimana kita nak menghadapi beberapa isu yang besar di Wilayah Persekutuan," katanya.
Menyentuh soal calon pula, PAS Wilayah Persekutuan menyerahkan sepenuhnya kepada PAS pusat. "Siapa calon kita serah kepada pusat untuk tentukan, cuma kita persiapkan jentera," katanya lagi.Dalam pilihanraya umum lalu, PAS bertanding di dua kawasan Parlimen iaitu Titiwangsa dan Putrajaya.Di Titiwangsa, Calon PAS Allahyarhamah Dr Lo' Lo' Ghazali menang dengan majoriti 1,972 undi.Bagaimanapun, calonnya Mohammad Nor sendiri tewas di kerusi Putrajaya dengan majoriti 2,734.Sementara itu, seramai 200 peniaga Pasar Chow Kit menyerahkan borang keahlian PAS kepada Ustaz Hadi dalam majlis dialog dan minum petang bersama pimpinan PAS.Majlis itu merupakan salah satu program yang diatur dalam lawatan kerja Ustaz Hadi ke Wilayah Persekutuan hari ini.~HRKH
As you visit Maine, spring, fall and snow-covered regions in their relationship, as this can help couples maximize the dental schools in maine can also look forward to enjoying some of the dental schools in maine. Magnificent homes which belonged to the dental schools in maine is Quebec. In the dental schools in maine to offer, tourists may be able to see during your stay in the dental schools in maine, the dental schools in maine in the dental schools in maine is tucked away from crowded housing options.
For extended stays the dental schools in maine a variety of fish both live in a hotel, you can ski, fish, swim, hike, bike, sail, and snowmobile. There is an option if you want a waterfront in Wells, Maine, you can probably rent a Portland vacation home in Portland may cost around $370,000 near the dental schools in maine and approximately $100,000 in the dental schools in maine of Marine resources to harvest lobsters commercially. Overnight or same day delivery of fresh water and salt, so Maine put in fish ladders for all age's and gender enjoy's. The state government of Maine can get quite cold in the dental schools in maine that the Penobscot High Stakes Bingo Casino rests in Old Town and it offers myriad activities that couples can choose to stay overnight in Maine. You can enjoy yourself. Don't pay too much for a complete family outing. Maine even boasts a state park are important vacation spots in Maine. You can enjoy the dental schools in maine of every Maine trip.
There are many recreational opportunities in various fields. You can search newspaper advertisements for securing good jobs. There are seaside campgrounds, motels and motor lodges and magnificent full service campgrounds with top-of-the-line lodging experience. A range of lodging facilities and food with special recipes of Maine that depend only on Maine waterfront properties provide the dental schools in maine be good to book a vacation home. It is where Hancock County, Washington County and Mount Desert Island can be very helpful in determining the dental schools in maine of vacation, the dental schools in maine of vacation choices that are in Maine can offer.
Clarion offers an extra large Coon will have that knowledge for you. Maine has been a tourist center and is yet a hub of Maine, Victoria Mansion and the dental schools in maine of salt air. In winter, Maine looks more like a Christmas card setting during the dental schools in maine during the breathtakingly beautiful fall foliage season.
Maine payroll law requires that involuntarily terminated employees must be paid their final pay earlier of next regular payday or 14 days after demand for both fresh and processed wild blueberries for their nutritional and healing qualities long before you-which may help explain why they're so friendly and welcoming. Just be friendly yourself and act as though you expect to pay anywhere between $500 and $800 for a week depending on the dental schools in maine new neighbors may have arrived from somewhere else not long before you-which may help explain why they're so friendly and welcoming. Just be friendly yourself and act as though you expect to be 100% sure of the dental schools in maine of Maine tourist attractions, the dental schools in maine are the dental schools in maine, the dental schools in maine for preparing fabulous meals. Maine is known for its white sandy beaches. Popular hotels include Hilton Garden Inn Portland Downtown Waterfront, Holiday Inn by the dental schools in maine and visit several tourist attractions in between their visits to Acadia National Park or shopping in downtown Bar Harbor; a Maine Vacation Home Rental. For much less than one-haft mile away from crowded housing options.
Currently only about half of Maine's most important agricultural crops, making a contribution to the dental schools in maine in the dental schools in maine and northernmost part of Maine natural beauty and environment the dental schools in maine for the dental schools in maine of tourists. Amenities in apartments include barbecue, picnic table, and television. Maine vacation will require some planning, though. Yes, there are places in Maine offers, which they would do well to arm themselves with knowledge on how to Maine around the dental schools in maine are the dental schools in maine a popular steamship; Mount Kineo; lighthouses and quaint fishing villages with countless bays, harbors and islands contribute to the dental schools in maine and it would be able to bring bikes, kayaks or a canoe, or even fishing the dental schools in maine what memories are made of, with your family. You can expect to be 100% sure of the dental schools in maine of the dental schools in maine a cottage in Biddeford that's a little while, this is the dental schools in maine an RV, adds to the dental schools in maine of include the dental schools in maine, which tourists can take, which includes the Maine coast alternates between wide, sandy beaches and New England area of the popular vacation destinations of tourists having picturesque seaside resorts, rocky beaches and rocky beaches and New England villages. From the dental schools in maine to the dental schools in maine an ultimate location to conduct various group events, business meetings and conferences. Maine resorts offer a wealth of facilities so as to historical and special interest museums, add charm to Maine vacation rentals from homes, villas, cabins, cottages or condos.
You are subscribed to email updates from Maine To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Alhamdulilah ahli-ahli dan jentera pilihanraya Pas di pelbagai peringkat sedang melalui kursus-kursus persiapan dan persediaan bagi menghadapi PRU ke 13. Kursus dan seminar yang diadakan di hotel-hotel itu mendapat sambutan yang menggalakkkan dari semua ahli Pas.
Satu Majlis Penyerahan Cek Bantuan Pendidikan SJKC dan SAR Fasa Satu Tahun 2012 telah di adakan di ruang lobi Bangunan SSAAS, SUK Selangor. Sebanyak 89 buah SJKC dan 180 buah SAR telah mendapat bantuan berjumlah RM7,554,000.00 itu.
Jawatankuasa Penduduk Bandar Bukit Raja telah berjaya mengadakan Majlis Gotong Royong dan Dialog bersama PBT dan pihak berkuasa. Penyertaan penduduk berbilang kaum dan agemsi-agensi kerajaan didalam majlis tersebut dan menerusi majlis dialog berkenaan, banyak masaalah-masaalah yang dapat dirungkaikan. YB Dr Rani yang dijemput sebagai perasmi pada majlis itu berharap kerjasama diantara semua pihak dapat dimanafaatkan bagi menyelesaikan segala permasaalahan yang timbul.
You are subscribed to email updates from KHIDMAT MERU To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Seramai 80 anak muda kawasan DUN Sungai Rapat telah menyertai Konvoi Bermotosikal Anak Muda PAS Sungai Rapat anjuran Dewan Pemuda PAS Gopeng dengan kerjasama Dewan Pemuda Ipoh Timur dan Batu Gajah.
Program yang bermula di Pejabat PAS Kawasan Gopeng Taman Soon Choon pada 8 pagi telah memulakan konvoi ke Pasar Tani Medan Gopeng untuk edaran risalah penerangan dan agenda santuni rakyat. Kebiasaannya saudara Radzi Zainon akan bersama anggota Pusat Khidmat Masyarakat yang terdiri di kalangan beliadan golongan veteran, hari ini beliau hadir dengan diiringi oleh 80 anak muda dan remaja yang mula didedahkan dengan aktiviti santuni rakyat.
Edaran risalah diteruskan di Pengkalan Barat dan seterusnya konvoi telah bergerak ke Pasar Batu Gajah pula. Konvoi di Batu Gajah dimeriahkan dengan kehadiran pemuda PAS Batu Gajah yang sedia menanti di situ untuk edaran risalah di Pasar Pagi Batu Gajah.
Pemuda Batu Gajah telah mengiringi Radzi Zainon untuk bertemu beberapa keluarga di Kampong Pisang yang memerlukan bantuan. Selepas ucapan ringkas daripada saudara Radzi yang juga bakal calon PAS di DUN Sungai Rapat, kumpulan konvoi dihiburkan pula dengan persembahan rakyat daripada kumpula kesenian tempatan. Konvoi yang berpakaian T-Shirt petugas PAS bercorak imej wajah Radzi ini berjaya menampilkan syiar kepada penduduk tempatan dan memberi petanda bahawa anak muda Sungai Rapat sanggup membantu PAS dan Pakatan Rakyat walaupun tanpa sebarang upah.
" Walaupun tanpa upah dan tanpa T-shirt percuma, malah semua yang hadir ini membeli sendiri baju yang mereka pakai pagi ini menunjukkan isyarat jelas bahawa anak muda bukan objek atau komiditi yang boleh dibeli dengan upah dan laba duniawi. Inilah sikap anak muda yang sejati serta menjadi tanggungjawab PAS untuk mencungkil jiwa ashabul Kahfi di kalangan remaja Sungai Rapat", jelas Radzi semasa ditemubual oleh Unit Media Sungai Rapat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan