KAHERAH: Tempoh pengiraan undi bagi daerah mengundi di seluruh Mesir tamat pada jam 2 petang Jumaat semalam. Pada jam 10 malam semalam, proses pengiraan undi bermula. Proses pengiraan pada keseluruhannya berjalan lancar tanpa sebarang masalah besar dan ia di kawal-selia oleh seorang hakim dan wakil-wakil calon yang bertanding dibenarkan menyelia peti undi di sepanjang tempoh pengundian.
(Gambar: Penulis bersama Dr Waleed El-Hadad, jurucakap Hal Ehwal Luar Ikhwan.)
Keputusan tidak rasmi yang di keluarkan setakat ini menunjukkan calon parti Huriyyah Wal-Adalah (FJP), Ikhwan Muslimin Dr. Mohamad Morsi akan bersaing dengan Ahmed Shafiq bekas Perdana Menteri yang juga bekas komander tentera udara ketika pemerintahan Hosni Mubarak, di pusingan kedua yang akan diadakan pada 16 hingga 17 Jun ini.
Adalah dianggarkan lebih 50 peratus penduduk Mesir telah keluar mengundi di kalangan 50 juta pengundi yang layak berbuat demikian walaupun Suruhanjaya Pilihanraya belum menyiarkan angka rasmi. Bagi keputusan tidak resmi, Dr. Mohamad Morsi dianggarkan telah memperolehi 27.8% undi, Ahmad Syafik memperolehi 24.6% undi dan di ikuti oleh Hamdeen Sabahi, tokoh berhaluan kiri 18.3% undi dan Dr. Abul Futouh dengan 17.6%. undi. Calon yang banyak mendapat sokongan kuasa Barat Amar Mousa jauh ketinggalan dengan hanya mendapat kurang dari 10% undi.
Semasa penulis menziarahi markas parti Huriyyah Wal-Adalah (FJP), Ikhwan Muslimin yang terletak di tengah-tengah kota Kairo, suasana penyokong Ikhwan nampaknya amat ceria dan rata-rata menyatakan bahawa mereka kini cukup bersedia untuk menghadapi pilihanraya Presiden pusingan kedua ini. Kesempatan ini juga di ambil untuk bertemu dan berbincang dengan Dr. Waleed El-Haddad, jurucakap Hal ehwal luar Ikhwan Muslimin dan Dr. Ahmed Hamdy, jurucakap resmi parti FJP.
Sementara itu, Calon Ikhwan dari FJP, Dr. Mohamad Morsi turut menyatakan bahawa FJP kini bersedia untuk memimpin rakyat Mesir kearah politik baru bagi membangun masadepan Mesir yang lebih adil. Beliau turut mempertegaskan bahawa rakyat Mesir mesti menolak calon 'feloul' Ahmed Syafik yang terlibat secara langsung dalam jenayah kekejaman sepanjang pemerintahan rejim Mubarak dan turut menjadi sebahagian dari pimpinan rejim Mubarak.
Lebih menggembirakan lagi apabila Dr. Moneim Abul Futouh yang merupakan bekas pimpinan Ikhwan Muslimin dalam ucapan awal setelah menerima keputusan kekalahan telah secara terbuka menyeru rakyat Mesir agar memberi sokongan penuh kepada calon FJP Dr. Mohamad Morsi. Dr. Abul Futouh juga mahukan rakyat Mesir menolak terus calon 'Feloul' Ahmed Syafik yang di lihat merupakan rangkaian rejim Mubarak dan tangan beliau penuh dengan darah-darah kekejaman terhadap para pejuang kebangkitan rakyat Mesir.
Ya, keputusan tidak resmi ini yang meletakkan calon Ikhwan Dr. Mohamad Morsi berhadapan dengan calon 'Feloul' Ahmad Syafik di jangka akan berlangsung sengit. Libih-lebih lagi Ahmed Syafik disokong penuh oleh pihak tentera dan saki-baki penyokonhg Mubarak serta Kuasa Besar Barat dan sekutunya Israel. Mereka akan menggunakan apa cara sekalipun bagi memastikan calon 'tajaan' mereka akan menang dalam pilihanraya ini terutamanya bagi menjamin 'keselamatan' Israel' serta perjanjian 'Camp David' yang termeterai antara Israel dengan mesir semasa pemerintahan rejim Anwar Sadat dan Mubarak.
Keputusan resmi penuh hanya akan di umumkan pada Selasa depan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Mesir. Saya yakin Mesir selepas kejatuhan rejim zalim Mubarak akan terus berubah dengan "Kuasa rakyat' akan terus memimpin. Masa depan Ikhwan Muslimin dan gerakan Islam adalah cerah setelah kemenangan awal calon Ikhwan Muslimin. Kemenangan Ikhwan ini jugalah akan juga menjadi inspirasi dan semangat kepada Pas bagi menghadapi PRU -13 akan datang di negara kita Malaysia.
JAKARTA 26 Mei - Presiden Susilo Bambang Yudhoyono meminta menteri-menteri kabinet berjimat cermat dalam mana-mana lawatan kerja rasmi dengan turut serta dalam rombongan Presiden dan tidak pergi bersendirian.
Susilo menyampaikan nasihat itu ketika berucap merasmikan koordinasi dan pemaparan Gabenor Jawa Tengah dan Daerah Istimewa Yogyakarta di Gedung Agung Yogyakarta, Yogyakarta semalam.
Ucapan tersebut dibuat selepas Susilo mendapati ada sejumlah menteri yang mengiringi kunjungan beliau ke Yogyakarta tidak turut serta bersama rombongannya.
"Khusus untuk rombongan dari Jakarta, saya menyeru pemimpin supaya menaiki pesawat yang sama dengan saya. Ini akan menjimatkan kos dan lebih efisien," katanya.
Dalam ucapan itu, beliau turut menasihatkan menteri-menteri agar memanfaatkan sepenuhnya kemudahan penginapan milik kerajaan untuk didiami saat berkunjung ke luar daerah tanpa perlu menghabiskan duit sendiri membayar hotel.
ALGIERS 27 Mei - Sekurang-kurangnya lapan terkorban semalam termasuk seorang wanita 57 tahun manakala 40 cedera dalam satu kejadian letupan gas yang berlaku di sebuah kantin universiti di kota raya ini.
Dalam kejadian tersebut, letupan berlaku ketika semua mahasiswa sedang makan di kantin universiti berkenaan yang terletak di Tlemcen kira-kira 540 kilometer barat Algiers.
Menurut pengarah Pertahanan Awam, kira-kira 90 kakitangan dan empat doktor dikejarkan ke tempat kejadian bagi membantu mangsa sebelum dipindahkan ke hospital berdekatan di Tlemcen. - AFP
MACHANG: Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mendapati kira-kira 60 peratus penjawat awam yang berpendapatan bawah RM3,000 sebulan terutama di Lembah Klang tidak mampu memiliki rumah sendiri.
Setiausaha Kewangan CUEPACS, Jaapar Mansor, berkata fenomena itu akan berterusan jika kerajaan tidak mengambil langkah tertentu termasuk mengurangkan kadar faedah pinjaman dan menaikkan gaji kakitangan awam terbabit.
"Kadar faedah pinjaman perumahan 4 peratus yang dikenakan institusi kewangan ke atas penjawat awam pada masa ini wajar diturunkan kepada 1 peratus," katanya di sini, semalam.
Beliau tidak menolak kemungkinan penjawat awam yang berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan hanya mampu menyewa atau memiliki rumah kos rendah bertaraf Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).
Jaapar yang juga Pengerusi CUEPACS Selangor berkata, saranan supaya kerajaan menurunkan kadar faedah pinjaman perumahan itu adalah antara tuntutan yang pernah dikemukakan kongres itu kepada kerajaan sebelum ini.
"Walaupun ia bukan tuntutan utama CUEPACS namun ia akan terus diperjuangkan oleh penjawat awam melalui kongres itu," katanya.
Kongres itu juga sedang melancarkan gerakan mengesan penjawat awam yang belum memiliki rumah di seluruh negara untuk dijadikan garis panduan untuk tindakan yang akan diambil demi kebajikan ahlinya.
Sementara itu, beliau berkata, CUEPACS mahu kerajaan mempercepatkan cadangan penubuhan Suruhanjaya Mengkaji Skim Gaji dan Elaun Penjawat Awam seperti yang diumumkan Perdana Menteri 8 Mac lalu.
Kongres juga akan terus mengadakan gerakan penerangan kepada anggotanya ke seluruh negara mengenai peluang yang dinikmati mereka melalui penambahbaikan Skim Saraan Baru (SSB). - BERNAMA
6 Rejab 1433H. [MOD] -PEMAIN Norway, Vadim Demidov (kanan) bersaing untuk mendapatkan bola daripada pemain England, Andy Carroll dalam perlawanan persahabatan di Oslo, pagi ini. England menang 1-0. - Foto EPA
SHAH ALAM – PKR menyifatkan kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa pihak pembangkang akan menimbulkan kekecohan ganas sekiranya kalah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sebagai tidak berasas.
"Jika kita lihat sejarah Dr Mahathir, selalunya kenyataan beliau memberi maksud yang lain. Kita perlu melihat secara tersirat. Beliau sukakan perkara paradoks.
"Jika Umno-BN tewas pada PRU13, maka merekalah yang mencetuskan keganasan. Oleh itu saya melihat kenyataan Dr Mahathir sebagai kenyataan pihak yang berada di hujung nyawa," kata Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail kepada Sinar Harian semalam.
Semalam, Dr Mahathir berkata pihak pembangkang akan melancarkan demonstrasi ganas sebagai satu cara untuk menunjukkan kepada negara luar bahawa rakyat negara ini menolak keputusan pilihan raya yang kononnya telah dimanipulasi oleh kerajaan BN.
Sementara itu, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub pula mendakwa Dr Mahathir berkhayal dan kenyataannya itu adalah salah satu manifesto kerajaan Umno- BN dalam pilihan raya umum akan datang bagi menimbulkan tanggapan negatif terhadap parti Pakatan Rakyat (PR).
"Saya merasakan Mahathir dihantui oleh keganasan demontrasi yang berlaku seperti di negara Arab dan nasihatkan supaya tidak terlalu berfikir negatif kepada demonstrasi yang dilakukan di Malaysia.
"Kita berhimpun menggunakan cara yang sah dan ikut undang-undang dan sama sekali tidak ada niat untuk cetuskan hura-hara pada Bersih 3.0 lalu," katanya.
Salahuddin turut berkata, setelah 12 kali PRU diadakan tetapi parti PR tidak pernah lakukan perkara yang menyalahi perlembagaan dan mereka rela kalah pada sitem pilihan raya walupun tidak berpuas hati dengan PRU 13 akan datang.
"Bayangkan kalau memang kami berniat untuk bertindak ganas pada hari itu, Kuala Lumpur akan menerima kesan yang dasyat dan saya bimbang kalau BN yang akan berkelakuan ganas seperti yang terjadi pada ceramah semalam (malam kelmarin)," katanya. - SinarHarian
KAHERAH : Tempoh pengiraan undi bagi daerah mengundi di seluruh Mesir tamat pada jam 2 petang Jumaat semalam. Pada jam 10 malam semalam, proses pengiraan undi Proses pengiraan pada keseluruhannya berjalan lancar tanpa sebarang masalah besar dan ia di kawal-selia oleh seorang hakim dan wakil-wakil calon yang bertanding dibenarkan menyelia peti undi di sepanjang tempoh pengundian.
Keputusan tidak rasmi yang di keluaran setakat ini menunjukkan calon parti Huriyyah Wal-Adalah (FJP), Ikhwan Muslimin Dr. Mohamad Morsi akan bersaing dengan Ahmed Shafiq bekas Perdana Menteri dan bekas komander tentera udara bekas komander tentera udara ketika pemerintahan Hosni Mubarak, di pusingan kedua yang akan diadakan pada 16 hingga 17 Jun ini. Adalah dianggarkan lebih 50 peratus penduduk mesir telah keluar mengundi di kalangan 50 juta pengundi yang layak berbuat demikian walaupun Suruhanjaya Pilihanraya belum menyiarkan angka rasmi. Bagi keputusan tidak resmi, Dr. Mohamad Morsi dianggarkan telah memperolehi 27.8% undi, Ahmad Syafik memperolehi 24.6% undi dan di ikuti oleh Hamdeen Sabahi, tokoh berhaluan kiri 18.3% undi dan Dr. Abul Futouh dengan 17.6%. undi. Calon yang banyak mendapat sokongan Kuasa Barat Amar Mousa jauh ketinggalan dengan hanya mendapat kurang dari 10 % undi.
Semasa penulis menziarahi Markaz parti Huriyyah Wal-Adalah (FJP), Ikhwan Muslimin yang terletak di tengah-tengah kota Kairo. Suasana penyokong Ikhwan nampaknya amat ceria dan rata-rata menyatakan bahawa mereka kini cukup bersedia untuk menghadapi pilihanraya Presiden pusingan kedua ini. Kesempatan ini juga di ambil untuk bertemu dan berbincang dengan Dr. Waleed El-Haddad, jurucakap Hal ehwal luar Ikhwan Muslimin dan Dr. Ahmed Hamdy, jurucakap resmi parti FJP.
Sementara itu, Calon Ikhwan dari FJP, Dr. Mohamad Morsi turut menyatakan bahawa FJP kini bersedia untuk memimpin rakyat Mesir kearah politik baru bagi membangun masadepan Mesir yang lebih adil. Beliau turut mempertegaskan bahawa rakyat Mesir mesti menolak calon 'feloul' Ahmed Syafik yang terlibat secara langsung dalam jenayah kekejaman sepanjang pemerintahan rejim Mubarak dan turut menjadi sebahagian dari pimpinan rejim Mubarak.
Lebih menggembirakan lagi apabila Dr. Moneim Abul Futouh yang merupakan bekas pimpinan Ikhwan Muslimin dalam ucapan awal setelah menerima keputusan kekalahan telah secara terbuka menyeru rakyat Mesir agar memberi sokongan penuh kepada calon FJP Dr. Mohamad Morsi. Dr. Abul Futouh juga mahukan rakyat Mesir menolak terus calon 'Feloul' Ahmed Syafik yang di lihat merupakan rangkaian rejim Mubarak dan tangan beliau penuh dengan darah-darah kekejaman terhadap para pejuang kebangkitan rakyat Mesir.
Ya, keputusan tidak resmi ini yang meletakkan calon Ikhwan Dr. Mohamad Morsi berhadapan dengan calon 'Feloul' Ahmad Syafik di jangka akan berlangsung sengit. Libih-lebih lagi Ahmed Syafik disokong penuh oleh pihak tentera dan saki-baki penyokonhg Mubarak serta Kuasa Besar Barat dan sekutunya Israel. Mereka akan menggunakan apa cara sekalipun bagi memastikan calon 'tajaan' mereka akan menang dalam pilihanraya ini terutamanya bagi menjamin 'keselamatan' Israel' serta perjanjian 'Camp David' yang termeterai antara Israel dengan mesir semasa pemerintahan rejim Anwar Sadat dan Mubarak.
Keputusan rasmi penuh hanya akan diumumkan pada Selasa depan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Mesir. Saya yakin Mesir selepas kejatuhan rejim zalim Mubarak akan terus berubah dengan "Kuasa rakyat' akan terus memimpin. Masa depan Ikhwan Muslimin dan gerakan Islam adalah cerah setelah kemenangan awal calon Ikhwan Muslimin. Kemenangan Ikhwan ini jugalah akan juga menjadi inspirasi dan semangat kepada Pas bagi menghadapi PRU -13 akan datang di negara kita Malaysia.
Pengundi Hantu : 43 pengundi di rumah warga emas Kampung Pandan Oleh SAIDAH HAIRAN PANDAN: Sebuah rumah milik warga emas di alamat No 5, Jalan Kemajuan 1, Kampung Pandan, Selangor dikesan mempunyai jumlah pengundi yang tidak dikenali seramai 43 orang. Melalui semakan daftar pemilih oleh jentera pilihan raya PAS Kawasan Pandan, pada tahun 2008, di alamat tersebut hanya mempunyai lapan pengundi tetapi jumlahnya bertambah menjadi 43 orang pada tahun 2009.
Yang Dipertua PAS Kawasan Pandan, Iskandar A Samad mendedahkan, daripada semakan bantahan daftar pemilih mendapati senarai nama pengundi telah didaftarkan di semua rumah yang didiami warga emas. Katanya, pengundi yang tidak dikenali itu telah didaftarkan di alamat No 5, Lorong Kemajuan 1,2 dan 3, Kampung Pandan.
Semua tuan rumah yang ditemui menyatakan tidak pernah mengenali nama-nama pengundi yang didaftarkan di rumah mereka, tegasnya. "Kebanyakan rumah di Kampung Pandan dimiliki warga emas dan mereka telah menetap di alamat tersebut sejak kampung itu dibuka, iaitu pada awal tahun 60-an," katanya. Iskandar yang juga Adun Chempaka mendakwa mungkin rumah yang dimilik warga emas digunakan untuk mendaftar pengundi kerana beranggapan mereka tidak mungkin menyemak senarai daftar pengundi di rumah masing-masing. Lebih mencurigakan, tegas beliau, pendaftaran pengundi baru itu telah berlaku selepas Pilihan Raya Umum Ke-12, iaitu tahun 2008. Katanya, terdapat sebuah rumah yang didaftarkan pengundi sehingga 43 orang manakala rumah No 39 mempunyai empat orang pengundi dan rumah No 33 mempunyai 18 orang pengundi luar. Tambah beliau, rumah No 31 memilik 11 pengundi dan rumah No 29 mempunyai 13 pengundi yang masing-masing tidak dikenali. Menurut Iskandar, daripada semakan jentera pilihan raya, didapati pertambahan pengundi mendadak di alamat-alamat tertentu menunjukkan ada usaha terancang untuk memindahkan pengundi ke kawasan Dewan Undangan Negeri tertentu di Selangor. Beliau berkata, mereka yang terlibat dalam usaha pemindahan pengundi itu yakin kerajaan Pakatan Rakyat Selangor hanya boleh ditewaskan dengan cara mendaftarkan pengundi luar. Ini kerana, katanya, melalui proses pilihan raya umum yang adil adalah sukar bagi Umno-BN merampas Selangor daripada Pakatan Rakyat. Sehubungan, itu beliau mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu menjalankan siasatan segera dan melakukan tindakan yang sewajarnya berhubung pendedahan tersebut. Iskandar berkata, walaupun masa untuk menyemak dan membantah untuk suku tahun 2011 telah berakhir tetapi demi kredibliti SPR mesti membersihkan senarai daftar pengundi. Posted & copy by rakyat marhaen at
Umno makin hari makin sial.. biadap! kurang ajo! apa ni! terdesak sangat ke? sapa sebenarnya tidak bertamadun? Bersih atau Umno? Umno memang sialan!!!
Insiden Lembah Pantai: Umno tak pasti salah siapa
Umno Lembah Pantai hari ini berkata pihaknya tidak pasti siapa harus bertanggungjawab dalam insiden kekasaran yang berlaku sewaktu ceramah berkembar PKR dan Umno di kawasan Parlimen itu malam tadi.
Bagaimanapun, naib ketua Umno bahagian itu, Mohd Azuz Abdul Razak berkata, beliau berharap perkara itu tidak berlaku lagi di masa depan.
"Saya tak pasti (apa berlaku). Saya meninggalkan tapak ceramah awal sedikit sewaktu Ahli Parlimen Shah Alam sampai," katanya.
Wakil rakyat itu Khalid Samad sampai kira-kira jam 11 ketika Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mula berucap.
Semalam, seorang warga emas penyokong PKR dilaporkan luka di kepala terkena balingan batu dari arah ceramah Umno yang hanya berjarak beberapa meter sahaja dari ceramah PKR.
Dalam ceramah di Pantai Dalam malam tadi, seorang warga emas dan kanak-kanak 12 tahun cedera terkena balingan batu daripada kawasan ceramah Umno yang hanya beberapa meter sahaja dari ceramah PKR.
Mengulas kemungkinan berlaku kecederaan di pihak penyokong Umno, Aziz berkata belum menerima laporan berhubung perkara itu.
Bagaimanapun penceramah majlis Umno malam tadi Umi Hafida Ali - adik timbalan presiden PKR Azmin - mendakwa ada penyokong Umno turut menjadi mangsa balingan batu. -mk
KEMAMAN - Usia pemerintahan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) kini berada di penghujungnya apabila rakyat sudah tidak sabar lagi untuk mengucapkan selamat tinggal kepada 'parti purba' itu.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayob berkata apa yang berlaku hari ini suatu kebangkitan rakyat yang menyeluruh bagi membuat perubahan dalam negara.
Bahkan, katanya rakyat menunggu-nunggu bilakah tarikh pembubaran Parlimen bagi memberi mandat baru kepada kerajaan Pakatan Rakyat.
"Apa yang sedang berlaku hari ini adalah suatu kebangkitan rakyat, suara rakyat dan kehendak rakyat untuk melaksanakan perubahan dalam negara kita.
"Maka, dengan sebab itulah hingga hari ini Dato' Seri Najib sebagai Perdana Menteri masih tidak berani untuk membubarkan Parlimen. Rakyat di seluruh negara sedang menunggu untuk memberi mandat baru memerintah negara kepada Pakatan Rakyat di Putrajaya," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Perdana Himpunan Selamat Tinggal Umno anjuran Majlis Tindakan Dun (MTD) Chukai, di Dataran Tok Guru Kampung Geliga, Kemaman, semalam.
Menurutnya, kesungguhan PAS dan Pakatan Rakyat menggantikan Umno-Barisan Nasional bukan 'main-main' atau sekadar janji-janji manis.
Tetapi, kata Salahuddin, PAS menjanjikan sesuatu yang boleh memberi manfaat kepada rakyat sebagaimana terkandung dalam Buku Jingga kerajaan Pakatan Rakyat.
"Kita (PAS) tidak main-main lagi. Apabila kita jumpa rakyat pada hari ini kita bukan lagi menjanjikan bulan-bintang kepada rakyat. Tetapi hari ini, kita menjanjikan sesuatu yang kita (Pakatan Rakyat) rasakan akan memberikan banyak manfaat kepada rakyat," jelasnya.
Salahuddin turut menyelar tindakan Umno menggunakan budaya samseng, fitnah dan seks dalam pertarungan politik di negara ini.
Katanya, Umno gagal menjawab hujah-hujah serta fakta-fakta penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin BN.
"Mereka (Umno) tidak boleh lagi menjawab hujah-hujah kita, fakta-fakta yang kita kemukakan kepada mereka.
"Apabila mereka tidak boleh lagi menjawab segala hujah yang kita kemukakan dan rakyat yakin dan semakin yakin dengan hujah-hujah kita. Maka, kita melihat Umno mula bertukar untuk menjadikan budaya samseng dalam politik negara kita.
"Mereka (BN) lawan kita (Pakatan Rakyat) dengan fitnah, dengan video lucah dan dengan samseng-samseng untuk berdepan dengan kita. Inikah budaya Melayu.
"Hari ini mereka sudah melampau. Dia lawan kita dengan cara tidak bertamadun. Video seks, habis dengan pelacur, habis segala sundal, habis segala jalang, habis segala betina dan habis segala pondan," jelasnya.
Oleh itu, katanya menjadi tangguungjawab kepada rakyat menamatkan budaya tersebut dengan cara menumpaskan Umno-BN dalam pilihan raya akan datang.
Hadir sama pada majlis tersebut Pengarah Strategik Parti KeADILan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli, Pengerusi Amanah Terengganu, Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah, Timbalan Yang Dipertua PAS Kemaman, Ustaz Nik Muhammad Nasri Nik Malek dan Pengarah MTD Chukai, Hanafiah Mat.
Sebagai mantan guru dan suami kepada mantan guru, YAB Dato' Menteri Besar Selangor amat prihatin hal ehwal guru di Selangor.
Justeru beliau mempastikan dirinya boleh bersama dalam program sambutan HARI GURU 2012 anjuran JAIS.
Beliau sebak menceritakan tentang pengorbanan guru yang sepatutnya menjadi pembentuk budaya berilmu tetapi menjadi mangsa keadaan kerana sistem pendidikan yang dipakai selama ini adalah tersasar daripada tujuan pendidikan itu sendiri. Membina dan membangun ummat.
Beliau menceritakan bagaiman keadaan satu masyarakat yang berjaya dididik ke tahap satu tamaddun iaitu Jepun. Ketika gempa bumi mengoncangkan bumi Jepun di Hiroshima yang akhirnya mengakibatkan tsunami baru baru ini. Maka beribu rakyatnya lapar dan kehilangan harta benda. Namun ketika dibuka beberapa kedai yang membekalkan keperluan asas seperti makanan, mangsa gempa/tsunami yang beribu-ribu ini masih boleh beratur dengan tertib dan sopan dan mengambil hanya sebahagian roti sahaja walaupun sudah berjam-jam beratur menunggu giliran kerana mereka tahu bukan mereka dan keluarga sahaja yang susah tetapi yang lain juga sama menderita. Lain halnya dengan ummat yang lain.
Berebut hingga sanggup bertolak-tolak walaupun ketika mahu tawaf, minum air zam-zam. Inilah natijah daripada hanya belajar membaca, menulis dan mengira(3M).
Kerajaan negeri Selangor telah memperuntukkan lebih RM100 juta ringgit untuk pendidikan Islam JAIS setahun. Ini tidak melibatkan bantuan kepada SAR.
Lembaga Zakat Selangor telah menyumbang lebih RM55JUTA untuk pendidikan JAIS termasuk untuk pelajar luar negara.
Majlis dirasmikan oleh YAB MB Selangor. Turut hadir EXCO Pendidikan Selangor YB Dr Hjh Halimah Ali, Orang Besar Daerah Sabak Bernam, Pegawai Daerah, YDP Majlis Daerah dan CEO Lembaga Zakat Selangor serta Pengarah dan pegawai-pegawai JAIS. Anugerah guru cemerlang serta tokoh guru juga telah disempurnakan selain daripada sekolah terbaik pelbagai kategori
Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Melaka Rajah Shanmugam hari ini membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Bandar, Kuala Lumpur berhubung kekecohan Sabtu lalu dalam acara mereka di Merlimau.
Rajah berkata, laporan itu dibuat di ibu negara kerana beliau tidak percaya pada polis setempat.
Beliau juga secara sinis berkata polis Merlimau dan Umno seperti saudara.
Dalam laporannya, Rajah berkata, demonstrasi oleh Umno tempatan dan cawangan PERKASA menentang rancangan penganjuran majlis minum petang bersama Pengerusi Bersama BERSIH S Ambiga melanggar Akta Perhimpunan Aman.
Rajah yang juga seorang peguam berkata, peserta mencabuli Seksyen 4 akta itu, yang antara lain melarang demonstrasi jalanan.
92% rakyat mahu daftar pemilih dibersih sebelum PRU
Aidila Razak(Malaysiakini)
6:50PM Mei 25 2012
Satu kajiselidik yang dibuat baru-baru ini - sehari sebelum perhimpunan BERSIH 3.0 - menunjukkan majoriti responden mahu daftar pemilih dibersihkan sebelum pilihan raya umum akan datang.
Menurut Merdeka Centre, 92 peratus daripada 1,019 orang yang dikajiselidik bulan lalu berkata kerajaan perlu melakukannya sebelum pilihan raya umum.
Keputusan itu hampir sebulat suara di kalangan responden pelbagai bangsa, kumpulan umur, jantina, pendapatan dan kawasan, dengan lebih 90 peratus daripada setiap kumpulan, menjawab dengan positif.
Kira-kira separuh atau 48 peratus daripada kumpulan yang sama juga berkata mereka tidak yakin dengan daftar pemilih.
Perbincangan Ketua-Ketua Parti Politik Pakatan Rakyat Negeri Melaka Berkaitan Isu Politik Ganas yang berlaku di Melaka sewaktu Majlis Hi-Tea bersama Datuk S.Ambiga di Merlimau. Sidang Media ini disampaikan oleh Timbalan Pesuruhjaya Pas 1 Melaka, Ustaz Kamarudin Sidek yang juga YDP PAS Kawasan Jasin.
Program Motivasi SPIES Remaja cuti sekolah DUN Meru mendapat sambutan baik dikalangan remaja bagi meningkatkan ilmu dan dorongan berterusan untuk meningkatkan pembelajaran. Keperihatinan Kerajaan PR Selangor memperuntukan besar program ini, meringankan bebanan ibubapa untuk mereka berrebut menghantar program ini yang dikendalikan secara PERCUMA. Seramai 98 orang dapat berkongsi ilmu dengan gerak kerja berkumpulan, pembentangan, teknik pembelajaran berkesan. Program diadakan diMasjid As Syarif bersama KPMI Encik Baharom Basiron dan Baha Cerative sebagai konsultan SPIES.
You are subscribed to email updates from KHIDMAT MERU To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Dewan Pemuda PAS kawasan Sepanggar menyelar tindakan UMNO Sepanggar yang menggunakan primis sekolah bagi mengadakan program parti. Tindakan ini hanya menunjukan bahawa UMNO sememangnya sebuah parti yang tidak bertanggungjawab kerana menggunakan hak harta awam untuk kepentingan parti.
Program anjuran UMNO bahagian ini telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Kg. Likas dimana masyarakat setempat dijemput manakala bendera UMNO memenuhi kawasan pagar sekolah. Tindakan terdesak UMNO ini hanya memberi gambaran buruk kepada rakyat bahawa mereka sebenarnya bergantung harap pada jentera serta permis kerajaan untuk menjalankan aktiviti parti.
Permis Sekolah Kebangsaan Kg. Likas, Kota Kinabalu digunakan untuk kepentingan UMNO
DPP Sepanggar juga mendesak agar pihak berwajib seperti Jabatan Pelajaran Negeri memberi perhatian penuh terhadap tindakan mana-mana parti politik yang menggunakan banggunan awam untuk kepentingan individu. Menurut ketua pemuda PAS kawasan Sepanggar, Saifuddin Samsuddin "Tindakan UMNO ini sebenarnya mendapat tentangan dari parti kompenan mereka sendiri, apabila UMNO dibenarkan menggunakan permis sekolah, tetapi PBS, UPKO, PBRS dan lain-lain parti seolah-olah tidak ada hak untuk menggunakan permis sekolah untuk tujuan politik mereka".
Selain dari itu Ketua Pemuda juga merasa kecewa kerana institusi pendidikan yang sepatutnya menjadi tempat anak-anak bangsa mendapat pendidikan awal telah disalah gunakan oleh UMNO. Beliau menuntut agar tindakan segera diambil bagi mengelakkan perkara sebegini berlaku lagi pada masa akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan