Amal Bikers Group Jabatan Amal Malaysia hari ini mempelawa kepada seluruh anggota Unit Amal dan ahli Amal Bikers Group yang mempunyai motorsikal berkuasa tinggi untuk turut serta dalam konvoi motorsikal ke Alor Setar, Kedah bagi tujuan menyertai Ijtimak Pilihanraya dan Munajat Perdana Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang akan diadakan di Stadium Darul Aman pada 1 Jun 2012 nanti.
Kepada yang berminat diminta berhubung dengan penyelaras program konvoi ini iaitu Sdr Roslan Talib 019-4227268 bagi mengetahui waktu perjalanan serta lokasi berkumpul.
Isteri seorang anggota Unit Amal Kota Bharu telah dimasukkan ke wad ICU kerana disyaki terkena wabak H1N1. Sehubungan dengan itu, Jabatan Amal Kota Bharu telah mengadakan lawatan ziarah bertemu anggota Unit Amal terbabit bagi menyampaikan sumbangan kepada beliau bagi meringankan beban. Dalam rombongan ziarah terbabit, wakil daripada Jabatan Amal Kota Bharu mengucapkan takziah serta berharap supaya isteri beliau diberi kesembuhan.
Semua orang tau yang kuliah perdana Ustaz Azhar Idrus di PICC yang dijadualkan pada 26 Mei ini telah dibatalkan, dan lokasinya telah berpindah ke Masjid As-Salam, Puchong Perdana. Aku pernah bangkitkan hal ini secara loose tak lama dulu.
Difahamkan Setiausaha Politik Najib, Dato Jailani Ngah telah meminta menghubungi JAKIM agar membatalkan kuliah tersebut. Antara alasan yang diberikan adalah kuliah itu akan berlangsung serentak dengan sambutan Himpunan Belia Negara anjuran BN juga di Putrajaya. Kononnya dikhuatiri akan berlaku pertembungan program dan kesesakan lalulintas yang teruk di Putrajaya.
Come on la - Putrajaya ni jalannya kecik macam KL ke? Putrajaya ni padat macam KL ke? Putrajayalah satu2nya bandar yang aku rasa aku berani baring atas jalanrayanya tanpa risau untuk dilanggar. Punyalah lengang Putrajaya ni. Lagipun, PICC terletak agak jauh daripada pusat sambutan Himpunan Belia itu dan tidak ada sebab untuk merisaukan kesesakan lalulintas!
Apakah pihak penganjur yakni BN takut kurangnya sambutan terhadap Himpunan Belia itu lantaran semua belia tertumpu ke Azhar Idrus? Come on - bukankah baik sekiranya para belia kita mendekati agama dan guru2 agama? Mengapa perlu dianggap kuliah2 agama sebegini sebagai ancaman?
Sekian lama belia2 kita disogokkan dengan hiburan dan karnival yang melalaikan. Bukankan molek sekiranya belia2 dan remaja2 ini dicambahkan dengan nur Islami?
Tetapi, yang menyedihkan ialah kerajaan BN lebih mengutamakan konsert K Pop berbanding kuliah Ustaz Azhar. Pada malam 26 Mei itu, rupanya penganjur Himpunan Belia telah menyediakan satu tentatif program persembahan konsert dari sebuah kumpulal K Pop yang terdiri dari sekumpulan anak2 gadis korea yang seksi meksi. Jadi, secara asasnya kerajaan BN yang menganjurkan Himpunan ini lebih mengutamakan "pengisian" artis K Pop korea yang seksi itu berbanding pengisian agama oleh Ustaz Azhar Idrus.
Inikah kerajaan yang kononnya mendakwa depa menegakkan Islam?
Aku tau, akan ada puak UMNO kutuk hal ni dengan kata "Ustaz Azhar tak berceramah agama, tapi dok kutuk mengutuk dan cerita politik". Sapa yang dok kata begitu, dia adalah BODOH dan jahil. Pernahkah korg pergi mana2 ceramah Ustaz Azhar? Lihat tak selautan manusia yang membanjiri mana sahaja lokasi Ustaz Azhar dan ini termasuklah mat rempit, kutu lepak, kaki rayau dan pelbagai lagi golongan yang dianggap sampah masyarakat? Apakah dalam setiap kuliahnya, pengisian utama Ustaz Azhar adalah mengutuk UMNO BN, caci maki suka suki dan sebagainya?
Tolong jangan jadi bodoh.
Apakah kononnya "kutuk mengutuk" dan "cerita politik" itu boleh dijadikan dalil untuk lebih menghalalkan konsert K Pop itu? Sila jawab dengan akal yang dipandu iman bukannya dipandu punggung para veteran tentera.
Wahai para mufti, wahai para ulama muda UMNO, wahai Hasan Ali - MANAKAH KORANG???? -------------------------------------------------------- Sumber http://al-hajari.blogspot.com/2012/05/k-pop-punca-kuliah-ustaz-azhar-idrus.html — with Pengundi Pas Kedah, Ustazthrash Mujahid, Sam Presiden and 22 others.
KUALA LUMPUR, 24 Mei: Siapa akan tanggung beban dan kesusahan pekerja MAS yang disuruh mengambil cuti tanpa gaji sehingga dua tahun, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mempersoalkan.
"Berikutan penurunan pendapatan dan penstrukturan semula bagi menjimatkan kos, MAS menawarkan cuti tanpa gaji sehingga dua tahun kepada kakitangannya untuk mengurangkan kos operasi.
"Apa yang dibimbangi ialah bukan setakat tawaran sahaja tetapi akhirnya kakitangan MAS dipaksa mengambil cuti tanpa gaji sehingga dua tahun," kata beliau.
Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata, kakitangan MAS yang dipaksa bercuti tanpa gaji pasti akan menghadapi pelbagai masalah dan beban ekonomi berikutan kehilangan pendapatan yang tetap.
"Jika separuh dari kira-kira 20,000 pekerja MAS mengambil cuti tanpa gaji walaupun dalam masa enam bulan sekalipun, ke mana mereka hendak mencari rezeki untuk menyara keluarga mereka?
"Pemimpin-pemimpin Umno boleh kata mereka boleh cari kerja lain atau berniaga, tetapi dengan peluang pekerjaan yang semakin terhad dan perniagaan pula memerlukan modal yang besar, apa yang pasti tindakan itu akan mengakibatkan kesusahan dan penderitaan hidup mereka," kata Salahuddin.
Tambahan pula, tanya beliau lagi, jika 10,000 orang yang disuruh mengambil cuti tanpa gaji selama dua tahun, adakah kesemua 10,000 itu mempunyai kebolehan dan kemampuan untuk berniaga bagi menampung kos hidup mereka?
Beliau bagaimanapun berharap tawaran sedemikian juga dikemukakan kepada mereka yang berkedudukan tinggi dan "membelasah wang MAS" tanpa sumbangan yang nyata.
"Berapa puluh ribu sebulan diterima oleh penasihat MAS, Tun Abdullah Ahmad Badawi?
"Kalau dia dan orang sepertinya cuti tanpa gaji, banyak wang MAS yang boleh dijimatkan," katanya.
Salahuddin menyifatkan masalah yang dihadapi oleh MAS itu sebahagian besarnya berpunca dari terlalu banyak kepentingan politik dan kroni yang menjadi penentu dasar pengurusan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu.
"Contohnya, kontrak bekalan makanan kepada MAS, bukan sahaja terlalu mahal dan luar biasa mahal, malah kontraknya memakan masa hingga 25 tahun.
"Tidak ada mana-mana fikiran yang waras yang berani menjangkakan MAS boleh membuat untung dengan keadaan sedemkian," katanya.
Bukan setakat itu sahaja, katanya, kepentingan demi kepentingan terus menguasai pentadbiran MAS sehingga kini.
"Saya diberitahu sukuk peringkat pertama yang dicadangkan diterbitkan oleh MAS sebanyak RM1 bilion pada Jun ini akan digunakan untuk membayar hutang untuk modal kerja (bridging loan) kepada CIMB terlebih dahulu.
"Nampak seperti tolong adik Perdana Menteri dahulu," katanya.
Salahuddin seterusnya mempersoalkan berapa bilion atau trilion lagi wang negara yang akan diperjudikan untuk menyelamatkan MAS setelah syarikat penerbangan nasional itu dimangsakan oleh kepentingan-kepentingan politik mereka yang tidak bertanggungjawab.
"Pernahkah kerajaan menghitung berapa banyak wang yang terpaksa digunakan untuk menyelamatkan MAS?" tanya beliau.
Beliau percaya, jika dibuat perhitungan yang sewajarnya, menubuhkan syarikat penerbangan yang baru lebih menjimatkan dari terus berbelanja besar-besaran untuk menyelamatkan MAS.
KEMAMAN: Penduduk Kerteh dekat sini hidup dalam ketakutan ekoran kejadian kilang meletup dan gas bocor menjadi-jadi di kawasan mereka. (Antara mangsa gas bocor sebelum ini)
Semalam berlaku lagi kebocoran kepada sebuah kilang di situ menyebabkan bau amonia yang kuat di kawasan Kerteh ini.
Mereka meminta Petronas dan kerajaan khasnya membuat usaha yang bersungguh-sungguh bagi memastikan kesalamatan penduduk kawasan industri ini terjamin.
Kejadian yang berlaku di Kerteh sebegini mengigatkan penduduk Kuantan ekoran pembinaan kilang Lynas yang mempunyai kaitan dengan radioaktif dibina di sana.
11 Mei lalu, Loji Pemprosesan Gas milik Petronas di Paka meletup kira-kira jam 3 petang.
Ketika kejadian kira-kira 2,000 orang sedang bertugas di sekitar kawasan berkenaan.
Seorang pekerja kontrak maut dan sembilan lagi cedera dalam kebakaran di pusat pemprosesan gas di Loji Pemprosesan Gas (GPP) dalam kawasan Kompleks A milik Petronas.
Pekerja itu, Rosli Mansor, 31, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dalam kebakaran kira-kira 3 petang itu, menurut kenyataan Petronas Gas Berhad (PGB).
Seorang lagi pekerja Mohd Zamri Fithri Mat Nor, 25 berasal daripada Padang Pulut di sini yang mengalami kecederaan parah dengan 90 peratus bahagian badannya melecur, dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk rawatan lanjut.
Lapan lagi pekerja yang cedera dirawat di Hospital Kemaman dan Hospital Dungun.
Sebelum itu, pada 6 April, gas dilaporkan bocor di Pusat Memproses Gas (GPP) 3, di Kerteh.
Dalam kejadian jam 8.15 malam itu, 16 pekerja kontrak dikejarkan ke Hospital Dungun manakala lapan lagi menerima rawatan di Klinik Kesihatan Paka selepas mengalami sesak nafas akibat terhidu gas terbabit yang tidak diketahui punca dan dari mana berlakunya kebocoran itu.
IPOH: Mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini memberi keterangan kepada pihak polis berhubung dakwaannya tentang pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dengan pegawai tinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Nizar dalam ceramahnya semasa Pelancaran Pra Bersih Parlimen Gopeng baru-baru ini meminta kepastian tentang pertemuan Najib dengan pegawai-pegawai tinggi ATM.
Akibat dakwaan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak itu, beliau kini disiasat mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan iaitu kesalahan yang melibatkan kenyataan yang mendatangkan khianat awam.
Beliau yang ditemani isterinya Datin Seri Fatimah Taat serta tiga peguam hadir ke ibu pejabat polis daerah Ipoh pada kira-kira jam 10 pagi dan berakhir sejam selepas itu.
Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang ketika memberitahu media berkata beliau memberi segala maklumat yang diperlukan oleh polis.
Ekoran ucapan beliau pada ceramah berkenaan, beberapa individu dan pertubuhan bukan kerajaan telah membuat laporan polis.
KUALA LUMPUR: Walaupun pada awalnya menolak cadangan pembinaan sekolah tinggi Cina bebas di Kuantan, Menteri Pelajaran didakwa akhirnya menyokong cadangan itu. (Perhimpunan merah di Kuantan)
Menurut Pengerusi Biro Pendidikan Pemuda MCA, Chong Sin Woon dalam satu kenyataannya hari ini, Muhyidin telah menyelesaikan isu itu dengan MCA.
"MCA sentiasa bersedia membantu pembinaan sekolah bebas Cina dan tidak pernah mengabaikan untuk mempertahankan kepentingan Cina," kata beliau dalam satu kenyataannya hari ini.
Lebih 5,000 orang menghadiri perhimpunan aman di Kuantan 20 Mei lalu untuk menggesa kerajaan menubuhkan sebuah sekolah tinggi Cina di bandar itu.
Hadirin berpakaian merah itu berhimpun di satu padang di bandar tersebut dengan khemah dan kain rentang yang disediakan kumpulan pendidikan Cina dan parti politik.
Perhimpunan selama satu jam itu dianjurkan oleh Persekutuan Lembaga Pengurusan Sekolah Cina Pahang untuk menuntut Sekolah Tinggi Bebas Chong Hwa di Kuala Lumpur dipindahkan ke bandar itu.
Berucap di majlis itu ialah pengerusi persekutan lembaga tersebut Lim Chin Chee, presiden Persekutuan Persatuan Cina Malaysia Pheng Yin Huah dan pengerusi Dong Zong Yap Sin Tian.
Dua resolusi diluluskan di perhimpunan tersebut – menyokong sepenuhnya penubuhan sebuah sekolah tinggi bebas dan Kuantan dan menggesa kerajaan mendengar tuntutan rakyat supaya meluluskan penubuhan tersebut.
MARAN - "Dalam mimpi tiga hari lalu, Letong cakap dia mahu balik tapi tak lepas nak balik".
Demikian kata seorang penduduk Kampung Orang Asli Batu 55 di sini, Nani Gel, 47, yang bingung dengan misteri kehilangan abangnya sejak enam bulan lalu.
Nani berkata, tiada sebarang petunjuk atau petanda ditemui bagi menjejaki abangnya itu, Letong, 53, yang juga sakit mental sejak berusia 18 tahun akibat demam panas.
Menurutnya, laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Maran pada 6 Disember 2011 namun misteri kehilangan Letong masih menjadi tanda tanya.
"Polis ada memberitahu bahawa mereka sudah mencari di hospital berdekatan sekiranya Letong ada menerima rawatan kerana mungkin dihantar oleh orang awam.
"Tiga hari lalu saya bermimpi, Letong berada di tepi longkang sebuah rumah kayu uzur dan bercakap mahu pulang tapi tidak lepas. "Saya rapat dengan Letong malah menjaganya sejak berusia 18 tahun dan ini merupakan kali pertama Letong hilang," katanya kepada Sinar Harian.
Nani berkata, dia tidak pernah berputus asa menjejaki Letong dan sentiasa mencari abangnya itu di sekitar Felda Bukit Tajau, Kampung Kuala Sentul, Bandar Maran serta jalan menghala ke Mentakab.
Menurutnya, Letong kebiasaan akan keluar sendirian seawal jam 8 pagi dan akan pulang selewat jam 3 petang malah tidak pernah mengganggu orang lain.
"Firasat saya, Letong masih hidup dan jika ditakdirkan dia sudah tiada, harap mayatnya ditemui untuk kepastian," katanya.
LUBUK CHINA – Seorang gadis berusia dalam lingkungan 20-an terpaksa merayu dan menangis di hadapan jirannya sendiri, seorang wanita bujang berusia penghujung 40-an untuk memulangkan kembali kalung emas dan satu set subang miliknya, kelmarin.
Dalam kejadian berkenaan, mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Megala dan ibunya, Mala, 48, hanya menyedari barangan kemas berkenaan hilang dari tempatnya setelah pulang ke rumah dan mendapati pintu belakang rumah terbuka.
Mala berkata, keadaan bilik anaknya juga berselerak sebelum mendapati hanya barangan kemas milik Megala sahaja yang hilang.
Malah katanya, di bahagian pintu belakang rumah yang terbuka juga jelas kelihatan kesan umpilan dan dia kemudiannya menghubungi pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
"Saya kemudiannya menerima maklumat daripada pihak polis untuk melihat salah seorang jiran mereka bagi mengenal pasti sama ada barangan kemas yang hilang berada padanya.
"Sebaik menemui jiran yang dikatakan pihak polis, saya terperanjat melihat suspek memakai barangan kemas berkenaan dan bertindak meminta suspek memulangkan kembali barangannya itu sambil menangis," katanya kepada Sinar Harian, dekat sini, semalam.
Katanya, walaupun merayu dan menangis di hadapan suspek yang kurang sihat mentalnya, mangsa masih belum berjaya memujuk suspek untuk memulangkan barang kemas berkenaan kerana suspek mahu ayah mangsa membeli barangan kemas terbabit datang mengambilnya dan membayar sebanyak RM500.
"Mangsa akhirnya pulang ke rumah dan menunggu bantuan polis. Akhirnya barangan kemas berkenaan dipulangkan kembali dan kes Barangan kemas yang dipulangkan kembali oleh suspek yang sakit mental.
"Mujur ada jiran lain yang prihatin dan sedar suspek berada di bahagian belakang rumah serta memberikan maklumat berharga berkenaan kepada pihak polis sekali gus menyelesaikan kes dengan cepat," katanya.
KUANTAN - Gara-gara gagal menunjukkan kad pengenalan miliknya, seorang ibu mengandung lima bulan terpaksa meringkuk di penjara selama 45 hari selepas mengaku bersalah di Mahkamah Trafik di sini, semalam.
Sebelum itu, tertuduh, Nurul Huda Muda, 35 dari Kampung Beruas, Pekan yang bekerja sebagai pembantu pam minyak merayu kepada Majistret Tuan Ruziani Tuan Lah supaya tidak dikenakan denda kerana tidak mempunyai wang.
Tertuduh memberikan alasan dia tidak berkemampuan dan masih mempunyai dua anak yang masih kecil.
Tuan Ruziani kemudiannya menetapkan hukuman itu berkuat kuasa semalam.
Mengikut fakta kes, Nurul gagal mempamerkan kad pengenalan miliknya dalam satu operasi terhadap anggota polis di hadapan Hotel Planet, Jalan Bukit Ubi di sini kira-kira jam 1.30 pagi pada 29 Februari lalu.
Tertuduh disabitkan di bawah Peraturan (1) (n) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum, RM20,000.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ain Fadilla Mohd Ali.
SEREMBAN – Satu keluarga mengalami kerugian hampir RM20,000 apabila rumah mereka dimasuki perompak di Taman Seremban Jaya, di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa, S Maliga, 55, bersama empat anaknya termasuk seorang lelaki berumur lingkungan 20 hingga 30-an sedang menonton televisyen di ruang tamu rumah.
"Ketika kami sekeluarga menonton televisyen, tiba-tiba muncul seorang lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang memasuki rumah.
"Lelaki itu kemudian mengarahkan kami diam sebelum datang empat lagi lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Maliga berkata, semua lelaki dipercayai berusia lingkungan 30-an itu mengarahkan ahli keluarganya memberi kerjasama dan mengikut arahan agar tidak dicederakan.
"Mereka menggeledah barang dalam bilik dan meminta barang berharga daripada kami.
"Kerana takutkan dicederakan, kami mengikut arahan mereka dan menyerahkan barang kemas, wang dan telefon," katanya.
Menurutnya, semua lelaki terbabit melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta dipandu seorang lelaki yang menunggu di hadapan rumah.
"Kami sekeluarga rugi hampir RM20,000 selepas barang kemas, wang tunai RM800, tiga telefon bimbit dan kad kredit dilarikan penjenayah.
"Berikutan kejadian ini, dua laporan polis dibuat di Balai Polis Senawang," katanya.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Senawang, P Gunasekaran berkata, kawasan perumahan tersebut sering menjadi sasaran penjenayah kerana kurangnya aspek keselamatan.
"Diharap polis melakukan pemeriksaan berkala di kawasan ini bagi mengelak kejadian seperti ini berulang.
"Pondok polis juga wajar dibina bagi membolehkan penduduk membuat aduan dan berinteraksi dengan anggota polis," katanya.
SABAK BERNAM – Berpantang maut sebelum ajal apabila tiga terselamat dalam kemalangan melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda dan kereta Hyundai Sonata di kilometer 56, Jalan Teluk Intan– Klang dekat Peket 60, kira-kira jam 8.30 pagi,semalam.
Dalam kejadian itu, pemandu pacuan empat roda,, Mohd Hadi Abd Hamid, 19, dari arah Sungai Besar ke Klang cuba mengelak sebuah kereta jenis Myvi dari arah sama, yang tiba-tiba menukar laluan masuk ke lorong kanan jalan.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Noor Mushar Mohamad berkata, cubaan mengelak Myvi menyebabkan pacuan empat roda yang dipandu masuk ke lorong bertentangan.
"Ia menyebabkan pacuan empat roda itu bergesel di bahagian pintu hadapan dengan Sonata Hyundai dari arah Klang menuju Sungai Besar yang dipandu Nawawi Che Om, 48 bersama jirannya, seorang wanita berusia 39.
"Keadaan itu menyebabkan 4x4 berpusing sebelum terbabas masuk ke dalam parit berhampiran. Bagaimanapun, Mohd Hadi berasal dari Sungai Nibong dan Nawawi berasal dari Sungai Besar tidak alami kecederaan," katanya.
Manakala penumpang kereta yang duduk di bahagian belakang pemandu patah peha kanan dan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak untuk rawatan dan kemudiannya di bawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk rawatan lanjut.
Menurut Noor Mushar, setiap pengguna jalan raya perlu berhati-hati terutamanya di antara Tanjong Karang–Sabak Bernam yang dikenal pasti sebagai kawasan kemalangan.
BATANG KALI - Beroperasi di kawasan dusun dan memasang pagar besi lama berlapis antara taktik digunakan sindiket penyelewengan gas bersubsidi bagi mengaburi mata pihak berkuasa.
Bagaimanapun, taktik itu gagal menghalang pihak penguat kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur daripada menghidu kegiatan mereka.
Timbalan Pengarahnya, Mohamad Mokhtar Yeop berkata, hasil risikan selama dua minggu berjaya melumpuhkan kegiatan haram itu yang dipercayai telah beroperasi hampir setahun di kawasan dusun Lembah Genting, dekat sini semalam.
"Pegawai penguat kuasa yang tiba jam 11.30 pagi terpaksa memotong pagar besi yang berkunci sebelum dapat memasuki gudang yang dijadikan tempat memindahkan gas bersubsidi tersebut.
"Pekerja warga asing yang menyedari kehadiran pihak berkuasa juga dilihat lari dan meloloskan diri melalui pagar zink dan lereng bukit, namun kepantasan pegawai kita berjaya menahan tiga daripada lapan pekerja terbabit termasuk penjaga gudang dan pemandu lori," katanya.
Menurutnya, ketika serbuan diketuai Timbalan Ketua Pegawai Penguat kuasanya, Shahrudin Hamzah bersama tujuh pegawai itu, pekerja tempatan dan warga asing sedang rancak melakukan proses pemindahan gas petroleum cecair (LPG) daripada tong gas bersubsidi ke lori tanker yang dipercayai digunakan untuk membawa gas tersebut kepada pengusaha industri.
Katanya, hasil siasatan mendapati kira-kira 2,000 tong gas berjenama kurang laris ditemui dalam gudang tersebut bersama sebuah treler dan lori tanker.
Mohamad Mokhtar berkata, sindiket yang beroperasi 24 jam itu menggunakan teknologi lebih moden untuk melakukan proses pemindahan gas yang terus ke lori tanker dan keuntungan diperoleh mampu mencecah ratusan ribu ringgit.
Namun, menurutnya kegiatan yang jelas tidak mematuhi piawaian keselamatan itu dibimbangi akan mengakibatkan letupan seperti yang berlaku di sebuah gudang memproses bahan sama di Semenyih awal tahun ini.
"Ini merupakan rampasan terbesar dalam tahun ini yang dianggarkan berjumlah hampir RM1 juta.
"Kesemua tong gas tersebut dibawa daripada Pelabuhan Klang dan diproses di gudang ini sebelum dipercayai dipasarkan ke sekitar Lembah Klang," katanya.
Beliau berkata, sindiket terbabit telah melakukan kesalahan di bawah Peraturan 3 (1) Kawalan Bekalan 1974.
Menurutnya, jika didapati bersalah kegiatan yang dilakukan secara individu akan dikenakan denda RM100,000 atau tiga tahun penjara, sementara jika dilakukan oleh syarikat sendirian berhad boleh dikenakan denda RM250,000 atau penjara.
GEORGE TOWN - Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun maut apabila terjatuh dari tingkat satu, Pangsapuri Desa Mawar, Farlim di Ayer Itam di sini.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata dalam kejadian pada 6 petang semalam, V. Kavin Raj dikatakan bermain bersendirian di beranda berhampiran tangga pangsapuri itu sebelum tergelincir lalu terjatuh.
"Sebelum insiden berlaku, mangsa bergurau dengan kakaknya dengan berjalan menaiki tangga secara mengundur apabila diminta pulang ke rumah mereka yang terletak di tingkat tiga," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Sementara itu, Ketua Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang Datuk Dr Zahari Noor berkata pihaknya menerima mayat mangsa hampir dua jam selepas kejadian.
Beliau berkata berdasarkan keputusan bedah siasat, Kavin Raj meninggal dunia akibat hentakan kuat di kepalanya dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. - Bernama
HULU LANGAT - Bahagian Penguatkuasaan, Pejabat Perdagangan Dalam negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Daerah Hulu Langat berjaya merampas pakaian tiruan bernilai hampir RM180,000 dalam serbuan ke stor penyimpanan di Taman Orked, Batu 9, Cheras, petang semalam.
Ketua Pegawai Penguatkuasa Daerah, Fauzi Mustaffa berkata, serbuan kirakira jam 1 petang dianggotai sembilan penguatkuasa tersebut berjaya merampas 12,000 helai jersi tiruan daripada dua jenama terkenal dipercayai untuk pasaran sekitar Lembah Klang.
Menurutnya, hasil maklumat awam dan risikan anggota selama seminggu berjaya mengenalpasti stor penyimpanan bagaimanapun ketika serbuan stor tersebut tidak berpenghuni dan pihaknya akan berhubung dengan pihak berkuasa tempatan bagi mengenalpasti pemilik stor berkenaan untuk siasatan lanjut.
"Kita percaya stor yang baru beroperasi sekitar empat bulan ini merupakan salah satu stor penyimpanan mereka sebelum edar kepada peniaga terutamanya di pasar malam dan pasar lewat malam.
"Tindakan diambil di bawah Seksyen 8, Akta Perihal Dagangan 2011 mensabitkan Larangan Perihal Dagangan Palsu jika dilakukan boleh didenda maksimum RM15,000 setiap barang," katanya.
Fauzi berkata, bagi kesalahan kedua boleh didenda maksimum RM30,000 manakala bagi orang perseorangngan boleh didenda maksimum RM10,000 bagi setiap barang atau boleh dipenjara selama tempoh tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
"Bagi kesalahan kedua, individu boleh didenda maksimum RM20,000 atau penjara maksimum lima tahun. "Wakil cap dagang telah hadir untuk buat pengecaman awal dan mendapati barangan ini tiruan dan ini merupakan rampasan terbesar bagi daerah ini setakat ini," katanya.
Menurut Fausi, kemasukan barangan tiruan ini bermusim berdasarkan fenomena dunia memandangakan Musim Bola Sepak Euro 2012 tidak lama lagi, kemasukan pakaian tiruan semakin rancak.
KLANG - Suasana di kawasan perumahan di Sungai Udang, di sini kecoh apabila seorang lelaki warga asing cuba terjun dari atap rumah jirannya ketika serbuan Jabatan Imigresen Selangor, kelmarin.
Pihak imigresen dan pasukan Bomba Dan Penyelamat Klang mengambil masa dua jam untuk memujuk lelaki yang berusia 42 tahun itu daripada meneruskan hasratnya.
Timbalan Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa Imigresen Selangor, Othman Montil berkata, sebelum itu lelaki yang hanya memakai kain pelekat itu sedang tidur di atas atap rumahnya.
Menurutnya, sebaik sahaja pihak imigresen naik ke atas atap rumah, lelaki tersebut sedar kemudian melompat ke atas atap rumah jirannya lalu mengugut untuk terjun.
"Lelaki itu memberitahu dia sanggup mati daripada ditangkap, kami cuba memujuk dan meminta dia supaya menyerahkan diri," katanya.
Beliau berkata, ketika ditangkap lelaki itu memberi alasan dia suka tidur di atas atap kerana keadaan di dalam rumahnya panas.
Seramai 30 anggota daripada Bahagian Penguat Kuasa Imigresen Shah Alam menyertai operasi itu.
Otham berkata, 22 warga asing ditahan pada operasi itu antaranya lapan lelaki, 10 wanita, dua kanak-kanak lelaki dan dua kanak-kanak perempuan.
"Mereka yang ditahan dalam lingkungan umur 1 hingga 52 tahun itu ditahan kerana dipercayai tinggal lebih masa," katanya
KUALA PAKA - "Sejak mengikat tali pertunangan dengan gadis yang disukainya, dia mula menyimpan wang untuk mendirikan rumah tangga, namun saya tidak menyangka hasratnya untuk naik pelamin hujung tahun ini tidak kesampaian." Demikian kata Lini Omar, 33, kakak kepada arwah Wan Mohd Paizan Wan Muhammad Nor, 26, ketika di temui di Unit Forensik Hospital Dungun, petang kelmarin.
Mohd Paizan meninggal dunia setelah terbabit kemalangan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerjanya di Kerteh.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.50 petang di Kilometer 97, Jalan Kuala Terengganu- Kuantan berdekatan jambatan Paka itu, mangsa yang juga seorang pekerja kontrak di kawasan industri petroleum dekat Kerteh maut selepas dilanggar sebuah motosikal lain dari arah belakang.
Kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa yang menunggang motosikal dari arah Paka menghala ke Dungun bersama abangnya, Wan Azmi, 31, dikatakan terjatuh dari motosikal ketika cuba mengelak sebuah motosikal lain di hadapannya yang dipercayai membrek secara tiba-tiba.
Sebuah motosikal dari arah sama kemudiannya melanggar mangsa menyebabkan dia mengalami cedera di bahagian leher dan meninggal serta merta di tempat kejadian.
Menceritakan kisah arwah, Lini berkata, arwah adiknya itu, seorang pekerja swasta dengan syarikat petroleum di kawasan Industri Paka Kerteh sebelum ini mengikat tali pertunangan dengan Siti Khadijah Hassan, 22.
"Mereka bakal melangsungkan perkahwinan dengan Siti Khadijah yang berasal dari Bachok, Kelantan pada hujung tahun ini," katanya.
Lini berkata, ahli keluarga merestui hubungan mereka dan arwah mula berjimat ketika berbelanja kerana ingin mengumpul wang untuk majlis perkahwinan dengan gadis yang bekerja sebagai jururawat sebuah hospital di Kedah itu.
"Saya dapat tahu berita mengejutkan itu setelah dihubungi ahli keluarga. "Ketika kejadian, tunangnya mungkin belum tahu berita buruk ini, kalau dia tahu, tak tahulah bagaimana perasaannya kerana mereka berdua saling menyintai," kata Lini yang masih sugul dengan pemergian adiknya yang merupakan anak keenam daripada tujuh beradik itu.
Mayat mangsa yang dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat kemudiannya dibawa pulang ke rumahnya di Gong Pasir untuk upacara pengebumian.
Abang mangsa, Wan Azmi yang membonceng motosikal bersama arwah bagaimanapun tidak cedera.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan kejadian dan kes masih dalam siasatan pihaknya.
"MINAT saya terhadap bola sepak tidak pernah padam. Malah, saya masih menaruh harapan yang tinggi untuk diserapkan kembali menyarung jersi dan bermain untuk pasukan.
Demikian rintihan Mohd Zuhairie Ahmad Tarmizi, 22, bekas pemain bola sepak Piala Presiden T-Team musim lalu.
Mohd Zuhairie sebelum ini menggemparkan negara apabila kesemua lima jari tangan kanannya putus akibat digilis mesin tebu dalam satu kejadian pada 7 Ogos tahun lalu.
Apa yang menyedihkan, kejadian itu berlaku sewaktu dia membantu abangnya, Zuhaimy berniaga air tebu di Bazar Ramadan Bandar Marang bagi mencari duit lebih, sebagai persiapan hari raya.
"Kehidupan saya kini berubah sama sekali dan saya harus cuba menyesuaikan diri dengan keadaan diri sekarang. Sesekali jika rindu bermain bola sepak, saya bermain bersama rakan-rakan sekampung di Rhu Muda, Marang.
"Saya sangat berharap jika masih diberikan kepercayaan, saya ingin kembali bermain bola sepak. Ia ibarat peluang kedua untuk saya beraksi di padang," katanya ketika ditemui di Wisma Darul Iman, semalam.
Sebelum itu, Mohd Zuhairie menerima RM20,000 daripada Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said sebagai bantuan kecederaan setelah dia mengalami kecacatan kekal iaitu hilang jari tangan kanan akibat peristiwa tersebut.
Ketika ditanya perancangannya dengan duit bantuan itu, Mohd Zuhairie berkata, dia ingin menggunakan wang itu bagi memulakan perniagaan.
"Sekarang ini saya membantu ibu di kedai makan. Mungkin duit ini akan digunakan untuk membesarkan kedai makan ibu dan menambah modal sedia ada kerana ia menjadi mata pencarian saya sekarang," katanya lagi.
AGU Casmir muncul wira Lions XII apabila berjaya meledak dua gol berturut-turut dalam pertemuan menentang Sarawak, sekali gus memastikan kedudukan pasukan itu kekal sebagai pendahulu Liga Super dengan 44 mata selepas menewaskan skuad Bujang Senang 3-0 kelmarin.
Memuji ketangkasan Agu, tonggak utama Lions, Shahdan Sulaiman gembira dengan disiplin serta rentak konsisten rakan sepasukannya, meskipun terpaksa beraksi tanpa kelibat kapten, Shahril Ishak yang masih dibelenggu kecederaan bahu.
"Ketiadaan Shahril amat dirasai, namun kami berjaya mengikat pergerakan Sarawak sepanjang 90 minit perlawanan dengan kemampuan Agu serta beberapa pemain lain seperti Khairul Nizam, Sufian Anuar dan Safuwan Baharudin yang turut menjaringkan satu gol bagi memastikan kemenangan memihak kepada kami," katanya.
Dilihat terdesak untuk memungut tiga mata penuh memandangkan peluang untuk muncul juara liga musim ini tipis apabila hanya berbaki lima perlawanan berbanding pencabar terdekat, Kelantan dengan 11 perlawanan 37 mata, skuad Lions kini mengharapkan keajaiban supaya Kelantan gagal mengekalkan kedudukan.
"Baki saingan pasti akan menjadi lebih sukar buat kami, namun kami tetap mengekalkan rentak memengan dan mengumpul sebanyak mungkin mata untuk menghabiskan perlawanan musim ini dengan cemerlang," katanya.
KUALA LUMPUR: Harapan rakyat untuk melihat debat antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hampa apabila ditolak oleh pemimpin Barisan Nasional (BN).
Setiasaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (gambar) berkata, debat di antara Najib dengan Anwar tidak perlu.
"Tidak perlulah moderator debat semalam mengajukan cadangan supaya Perdana Menteri berdebat dengan Anwar kerana semua maklum bahawa geng-geng pembangkang ini, apatah lagi Anwar akan sengaja (dalam debat itu nanti) nak cetuskan suatu keadaan untuk mendapatkan 'mileage' politik.
"Lagi pun ada perkara-perkara lain yang lebih penting dari politik dengan Perdana Menteri sendiri ketika ini bekerja keras nak pastikan nasib rakyat terus terbela.
"Kita nak pastikan janji kita ditunaikan untuk rakyat sebab kalau tengok di Selangor sendiri yang diperintah oleh kerajaan negeri PKR banyak sungguh janji masih belum ditunaikan.
''Tambah lagi sistem politik kita berbeza dengan di Eropah dan Amerika Syarikat... di sini tidak ada presidential election (pilihan raya Presiden)," kata beliau kepada Utusan Malaysia hari ini.
Tengku Adnan mengulas cabaran yang dilontarkan Dr. Maszlee, pengendali debat bertajuk Pemansuhan PTPTN dan Hala Tuju Pendidikan Tinggi yang berlangsung di Kompleks Karangkraf kelmarin supaya Najib berdebat dengan Anwar mengenai isu-isu politik tanah air.
Debat anjuran akhbar Sinar Harian berkenaan melibatkan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin dan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd. Rafizi Ramli.
KOTA BHARU: Duta Jepun ke Malaysia Shigeru Nakamura, mengakui menerima penerangan yang sama berhubung Islam dari Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan pemimpin Islam di Arab Saudi. (Duta Jepun ke Malaysia, Shigeru Nakamura, menandatangani buku pelawat dengan diperhatikan Menteri Besar dan Husam)
Katanya, sewaktu menjadi duta ke Saudi sebelum ini, beliau pernah diberi penerangan oleh pemimpin Islam di negara itu bahawa Islam bukan agama kekerasan sebagaimana yang didakwa oleh pihak tertentu.
Beliau berkata demikian ketika mendengar penjelasan Tuan Guru Nik Aziz di pejabat Menteri Besar itu dalam lawatan rasminya pagi tadi.
"Penjelasan tuan yang mendakwa Islam bukan agama ganas, sama sebagaimana yang pernah diterangkan oleh pemimpin Arab sewaktu saya mengunjungi mereka ketika menjadi duta di sana,"ujarnya.
Terdahulu Tuan Guru berkata orang Eropah begitu bermusuh dengan Islam sehingga membuat fitnah Islam agama ganas dan lain-lain lagi dengan tuduhan yang tidak benar.
Tuan Guru turut menjelaskan umat Islam mesti berpegang teguh pada ajarannya apa lagi sebagai seorang pemimpin.
"Kerana berpegang teguh pada ajaran itu, alhamdulillah syukur setakat ini tiada lagi pemimpin dan pegawai kerajaan negeri yang ditangkap kerana rasuah,"ujarnya.
Pada masa yang sama Duta Jepun itu juga turut mengakui hubungan antara negaranya dengan Malaysia begitu harmoni.
Sambungnya, ianya merangkumi kerjasama yang melibatkan pendidikan, budaya dan lain-lain.
Pada masa yang sama beliau yang hadir bersama isterinya memuji kraftangan rakyat Kelantan begitu cantik dan halus terutama sekali batek.
Selama tiga hari negeri ini, mereka dibawa melawat Pantai Kuala Pak Amat tempat pendaratan tentera Jepun, beberapa buah muzium dan lain-lain lagi.
Turut hadir dalam pertemuan itu Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa dan Setiausaha Sulit Khas Menteri Besar, Rusdi Abdullah.
KOTA BHARU: Tindakan Kerajaan Pusat yang masih membisu tentang permohonan Kelantan untuk mendapatkan lesen stesyen radio sendiri disifatkan sebagai pemikiran lapuk. (Tuan Guru Nik Aziz mencuba sukan memanah anjuran Yik)
Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kerajaan negeri memohon surat untuk mendapatkan kebenaran itu ketika Allahyarham Datuk Mohamed Rahmat menjadi Menteri Penerangan lagi.
Katanya, tindakan berdiam diri tanpa sebarang jawapan itu tidak wajar dilakukan oleh Kerajaan Pusat sehingga sekarang.
"Tindakan ini masih berfikiran kekampungan dan amat tidak wajar dilakukan oleh menteri-menteri di peringkat pusat.
"Mereka menganggap seolah Malaysia ini milik nenek moyang mereka, ini suatu kecelakaan yang menimpa pemikiran orang Melayu,"ujarnya.
Berikutan kegagalan kerajaan Pusat menyediakan ruang itu, kerajaan negeri katanya telah melancarkan radio sendiri RTV melalui saluran internet.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis perasmian Sukan Memanah Peringkat sekolah Yayasan Islam Kelantan (Yik) di Maahad Muhammadi.
Turut hadir anggota-anggota exco kerajaan negeri, Datuk Abdul Fatah Mahmood dan Datuk Mohd Amar Abdullah serta pengetua-pengetua sekolah agama Yik.
Tambahnya, radio dan televisyen ini akan digunakan sebaiknya oleh kerajaan negeri untuk menyiarkan program serta aktiviti kerajaan negeri.
Sempena majlis ini, Tuan Guru menunjukkan kebolehan memanah.
Sebanyak Sembilan buah sekolah Yik menerima peralatan memanah dari Tuan Guru.
KUALA LUMPUR: Astro Awani dalam siaran ulangannya semalam, memotong bahagian moderator Dr Maszlee Malik yang mencabar debat antara Datuk Seri Najib Razak dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim diadakan segera.
(Dr Maszlee, moderator debat Rafizi KJ yang memanaskan Najib)
Malam semalam, stesen berbayar itu menyiarkan secara langsung debat PTPTN anjuran Sinar Harian antara Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dengan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli yang dikendalikan Dr Maszlee Malik sebagai perantara.
Menariknya, dalam debat itu moderator secara terbuka mencabar perdana menteri dan ketua pembangkang berdebat sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
Tindakan itu sekaligus menghangatkan semula politik tanah air apabila cadangan debat itu sebenarnya pernah dibuat sendiri oleh Anwar sejak tahun lalu, namun tidak dilayan oleh Najib sehingga isu itu tenggelam begitu sahaja.
Namun dengan cadangan terbaru Maszlee dalam forum yang dipancar secara langsung di televisyen swasta itu, membuka semula isu tersebut untuk diperdebat rakyat.
Di Facebook, Twitter, blog sibuk memperkatakan perkara itu dan mahu Najib menerima cadangan untuk berdebat dengan Anwar yang telah lama dinanti-nanti oleh rakyat.
Di Youtube pula, rakaman cabaran debat yang diajukan oleh moderator itu juga turut dimuat naik.
Bagaimanapun Astro didakwa memotong bahagian cabaran debat itu pada siaran ulangannya semalam.
Harakahdaily diberitahu, sebaik sahaja selesai debat itu, beberapa pemimpin Umno yang turut hadir telah menyerang pihak Astro kerana menyiarkan cabaran Dr Maszlee itu secara langsung.
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini menolak dengan kos rayuan Utusan Malaysia ke atas keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memerintahkan Utusan membayar gantirugi RM60,000-00 kepada Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad.
Pada 21 November lalu Hakim Prasad Sandhosham Abraham telah memutuskan bahawa artikel di muka hadapan Utusan Malaysia bertarikh 10 September 2009 bertajuk 'ZULKIFLI BIDAS 'PAK JANGGUT' " adalah memfitnah ke atas Khalid Samad.
Antara lain artikel tersebut menulis:
'Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin membidas individu yang digelarnya 'Pak Janggut' yang sanggup memutar belit ayat-ayat al-Quran untuk mempertahankan pembinaan kuil Hindu di Seskyen 23, Shah Alam yang menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk di kawasan itu.
Menurutnya, 'Pak Janggut' turut menyalahkan umat Islam di Seksyen 23 kerana tidak bersikap adil dalam membantah pembinaan kuil di kawasan kediaman mereka.
"Yang paling pelik, 'Pak Janggut' ini sanggup memutar belit ayat al-Quran untuk mempertahankan pembinaan kuil,'katanya.'
Mahkamah memutuskan perkataan "Pak Janggut" di artikel tersebut adalah merujuk kepada Khalid Samad kerana sebelum artikel tersebut diterbitkan, Khalid ada menulis surat kepada penduduk seksyen 23 Shah Alam supaya mereka berlaku adil walaupun ke atas orang bukan Islam dalam isu penempatan semula kuil hindu dari Seksyen 19 ke Seksyen 23 Shah Alam.
Utusan telah memfailkan rayuan ke atas keputusan hakim tersebut di mana rayuan tersebut telah didengar pada pagi ini di Mahkamah Rayuan Putrajaya.
Pada prosiding pagi ini Mahkamah telah membenarkan permohonan Notis Usul yang difailkan oleh Khalid Samad bagi membatalkan rayuan Utusan atas alasan Notis Rayuan tersebut cacat kerana pihak Utusan telah gagal mendapatkan kebenaran Mahkamah Rayuan terlebih dahulu sebelum memfailkan rayuan mereka.
Ketika membacakan keputusannya pagi tadi Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus menyatakan bahawa beliau, Hakim Datuk Azhar Haji Ma'ah dan Hakim Datuk Abdul Wahab Patail iaitu panel hakim yang mendengar rayuan tersebut sebulat surat menolak rayuan Utusan kerana kecacatan rayuan tersebut.
Mahkamah menyatakan rayuan tersebut adalah bercanggah dengan seksyen 68 (1) (a) Akta Mahkamah Kehakiman 1964 yang memperuntukkan bahawa sebarang rayuan yang kurang dari RM 250,000-00 wajib mendapatkan kebenaran Mahkamah terlebih dahulu.
Mahkamah juga memerintahkan Utusan membayar kos sebanyak RM10,000-00 kepada Khalid Samad.
Khalid Samad diwakili oleh Cik Azhana binti Khairudin dari Tetuan Mohamed Hanipa & Associates manakala Utusan diwakili oleh Encik Mohana Kumar dari Tetuan Shafiee Mohan.
KUALA LUMPUR: "Penyertaan Datuk Fauzi Shaari ke dalam PAS membuktikan PAS semakin relevan di hati rakyat dan diterima baik oleh rakyat pelbagai peringkat," kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Riduan Mohd Nor (gambar).
Sehubungan itu, katanya DPPM mengucapkan tahniah dan mengalu-alukan penyertaan Datuk Fauzi Shaari, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman ke dalam PAS.
Katanya, keberanian Fauzi melangkah ke dalam PAS secara terang-terangan wajar dicontohi oleh rakyat yang mahu melihat perubahan dalam negara ini.
Menurutnya, meskipun pelbagai tohmahan dilemparkan terhadap PAS dengan tuduhan yang negatif, ia tidak mematahkan hasrat rakyat mendekati dan memasuki PAS secara berbondong-bondong.
Malah, ujarnya lebih banyak tuduhan buruk kepada PAS melalui media dibuat, semakin ramai menyertainya.
"Ternyata kempen memburukkan PAS secara besar-besaran telah gagal kerana rakyat semakin celik maklumat dan tahu realiti sebenar," ujarnya.
Katanya, ia juga sebagai bukti bahawa Umno telah gagal dalam memastikan pembelaan rakyat khususnya umat Islam dan bangsa Melayu sewajarnya.
Menurut Riduan, segala dasar dan tindakan mereka selama ini gagal memaut hati rakyat agar memberikan kepercayaan kepada mereka.
Rakyat pula, tambahnya semakin mempersoalkan kemampuan Umno membela nasib umat Islam dan bangsa Melayu di negara ini dalam keadaan gejala keruntuhan akhlak dan akidah semakin menjadi-jadi manakala hukum Islam dijadikan bahan guraun sahaja.
Beliau menambah, rakyat juga sudah muak melihat telatah pemimpin negara yang melakukan kemungkaran secara terang-terangan seperti rasuah, penyelewengan kuasa, ketirisan, pemborosan serta pelbagai skandal yang memalukan negara.
Dalam pada itu, katanya DPPM pula menganggap kenyataan Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia, Shafie Bakri yang mendakwa tindakan Datuk Fauzi sebagai mengkhianati kerajaan dan mengguris hati golongan bekas polis sebagai tidak wajar.
"DPPM menegaskan, sebagai sebuah negara demokrasi, beliau perlu menghormati hak individu lain untuk menyertai mana-mana parti politik yang di sukainya," ujarnya.
PAS, jelasnya bukan sebuah pertubuhan haram, ia adalah sebuah parti politik yang berdaftar di negara ini sejak tahun 1951.
"Lebih dari itu, perjuangan PAS adalah untuk menegakkan Islam.
"Tidak ada salahnya insan seperti Datuk Fauzi menyertai PAS, malah beliau patut dipuji kerana mahu bersama sebuah organisasi yang memperjuangkan Islam," katanya lagi.
KOTA BHARU: Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyeru masyarakat pelbagai bangsa yang beragama Islam supaya hadir pada majlis himpunan besar-besaran pada 1 Jun ini di Kedah.
Katanya, majlis perhimpuan besar-besaran dan penuh bermakna khususnya yang inginkan keadilan perlu hadir pada majlis yang akan diadakan di Stadium Sultan Abdul Halim, Kedah.
"Semua bangsa, sama ada Melayu Muslim, Cina Muslim, India Muslim pergi ke majlis perhimpunan itu nanti beramai-ramai,"ujarnya.
Menurutnya, program berkenaan penuh erti kerana ianya akan diisikan dengan majlis munajat, mubahalah dan lain-lain lagi untuk diluahkan hasrat kepada Yang Maha Esa.
Beliau berkata demikian kepada media ketika ditemui selepas majlis perasmian aktiviti memanah sekolah Yayasan Islam Kelantan (Yik), ketik diminta mengulas berhubung program itu.
"Kita boleh mengadu pada Allah berhubung kita sering diperlakukan sedemikian rupa oleh pihak tertentu dengan kezaliman walaupun usaha untuk memperjuangkan Islam,"ujarnya.
Sambungnya lagi, memerangi perbuatan mungkar adalah suatu perkara wajib tidak kira melalui Bersih atau apa cara sekalipun.
Bersih hanya satu daripada cara bahawa rakyat tidak bersetuju dengan pengundi hantu, kekotoran daftar pengundi dan berbagai lagi.
"Nak perjuangkan melalui Bersih itu terpulanglah, tetapi wajib menentang kezaliman, kemungkaran dan berbagai lagi,"ujarnya.
Menurutnya, itu semua bukan kerja parti sahaja, sebaliknya ajaran agama.
KUALA LUMPUR, 24 Mei: Datuk Seri Mustapa Mohamed ketinggalan keretapi dari sudut memahami ajaran Islam walau pun sudah lanjut usia, kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.
"Pemahaman Islam, politik dan dakwah masih lagi kabur. Macam mana beliau hendak menjadi Menteri Besar Kelantan sekiranya tasawwur Islam masih kabur," ujarnya dalam satu kenyataan.
Justeru, beliau mempersoalkan kenapa perlu memisahkan Islam dengan politik dan dakwah.
"Bukankah perkara ini tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain?
"Jika artis boleh faham, kenapa beliau tidak boleh faham," ujarnya.
Jelasnya, artis yang memilih PAS kerana dasar parti itu ialah Islam seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan PAS Fasal 3.
Soalnya, kalau artis yang berhijrah kepada PAS maka dianggap berpolitik, bagaimana pula artis yang bersama Umno.
"Saya pernah dimaklumkan oleh Bob Lokman sewaktu beliau membantu kempen Umno pendapatan begitu lumayan, sedangkan beliau bersama dengan PAS ialah untuk memberi sumbangan kepada perjuangan Islam melalui wadah PAS.
"PAS tidak menjanjikan apa-apa habuan dunia," jelasnya lagi.
Sepatutnya, kata beliau Mustapa kena kaji kenapa artis boleh beralih kepada PAS.
Beliau berkata, Mustapa perlu melihat balik apakah Umno masih relevan dari segi perjuangan bangsa atau agama.
"Kenapa Islam tidak dihayati oleh pemimpin Umno, malahan akhlak dan perkara asas aurat tidak ada peningkatan.
Menurutnya, mungkin Mustapa merasa pelik, ketika pemimpin Umno dan media Umno mengatakan PAS ajaran sesat dan berbagai label dilemparkan namun semuanya tidak mengurang sokongan kepada PAS termasuk artis.
"Kenapa mereka menjauhkan diri dengan Umno?
"Ini yang sepatutnya dikaji oleh beliau," ujarnya.
Habiskan Umur Untuk Perjuangan Idris Hj Ahmad 24/5/12 Hidup ialah nikmat dan anugerah Allah kepada manusia. Ia juga merupakan satu tanggungjawab yang perlu ditunaikan sebagai khalifah Allah untuk memakmurkan muka bumi ini. Nabi SAW telah bersabda "Orang yang terbaik di kalangan manusia ialah orang yang panjang umur dan baik pula amalannya". Umur yang panjang ialah anugerah nikmat yang Allah berikan kepada manusia, maka hendaklah digunakan dengan betul bukan dihabis kepada perkara yang tidak berfaedah. Kerana setiap detik dan saat akan dihisab di hadapan Allah SWT. Kehadiran kita ke atas muka bumi sebagai manusia bukan atas pilihan kita tetapi ia adalah ketentuan Allah SWT kepada kita. Samada kita suka atau tidak, kita sudah dijadikan sebagai mahkluk Allah yang terpilih. Merupakan mahkhluk yang paling elok kejadiannya. Firman Allah bermaksud, "Sesungguhnya kami telah jadikan manusia itu sebaik-baik kejadian". (al-Tin 95:4)
Pengiktirafan Allah kepada manusia bukan ia berlalu begitu sahaja tanpa ada tanggungjawab yang wajib dipikul oleh manusia. Manusia mesti mempunyai tanggungjawab sebagai khalifah Allah di atas muka bumi untuk memastikan peraturan alam berjalan menurut paksi yang Maha Agung. Sebarang keingkaran akan membawa padah setelah kematian nanti. Oleh itu Allah menganugerahkan nikmat hidup maka perlulah kita guna dengan sebaik mungkin supaya ia menjadi amal saleh. Allah memberikan umur dan hayat untuk hidup jangan dipersiakan begitu sahaja. Kerana setiap detik nyawa kita akan dipersoal oleh Allah SWT kepada kita. Sebagai mana Sabda Rasulullah SAW "Tidak bergerak kaki seorang hamba pada hari kiamat, sehingga disoal empat perkara , tubuh badannya kemana yang ia gunakan, mengenai hartanya daripada mana ia perolehi dan kemana ia belanjakan, mengenai ilmunya adakah ia beramal dengannya" Oleh itu sewaktu kita hdup dan sihat dan kuat kita habiskan umur kita kepada perjuangan. Tidak ada makna hidup tanpa perjuangan. Apa erti kita menjadi manusia sekiranya Islam tidak dihayati oleh manusia lain? Apa erti kita sebagai khalifah Allah sekiranya kita tidak memperdulikan kepimpinan negara yang kianat kepada amanah rakyat? Beramallah sebelum Allah menjemput kita. Berbaktilah kepada agama Allah sebelum nyawa berada di hujung halkum dan martahari naik di sebelah barat. Pada ketika itu tidak ada guna lagi untuk kita hendak berbakti kepada Allah SWT. Sebagaimana orang yang tidak beriman menyatakan bahawa "Ya Allah kembalilah ke dunia untuk kami beramal soleh dengan apa yang telah kami tinggalkan selama ini" (al-Mu'minun 23:99-100) Pada ketika itu tidak ada makna lagi. Kerana hari akhirat merupakan hari pembalasan bukan untuk membuat amalan. Justeru itu segala nikmat hidup yang Allah SWT berikan kepada kita hendaklah kita manfaat dengan sebaik mungkin.
Siapa yang panjangkan umur dan menghabiskan untuk taat kepada Allah maka kebajikan akan bertambah dan darjat pun akan meningkat tinggi. Setiap hari ia mengerjakan amal bakti dan berebut untuk mendapatkannya. Kerana ia sedar bahawa amal soleh hanya boleh dilakukan di dunia sahaja kerana akhirat ialah tempat balasan bukan tempat amalan. Sebaliknya jika ia dipanjangkan umur ,dihabiskan untuk melakukan maksiat dan menderhakai Allah maka ini adalah celaka kerana ia menambahkan kejahatan dan menambahkan maksiat kepad Allah.
Mohonlah kekuatan kepada Alah untuk memberi kekuatan kepada kita untuk melakukan amal soleh sewaktu hidup sebelum terlambat. Gunakanlah peluang hidup sebelum ajal datang ,mengejut. Kerana kita sering terdedah dengan mala petaka dan bencana, bila -bila masa sahaja nyawa boleh tercabut. Saat itu tidak berguna lagi untuk kita berbakti kepada Allah SWT.
Oleh itu modal untuk kita memberi kebahagiaan kepada kita ialah umur yang masih berbaki untuk menyimpan simpanan bekalan di hari akhirat. Jangan kita membelanjakan yakni menghabiskan usia umur kita kepada perkara yang sia-sia sahaja, kelak kita akan menyesal dan berduka cita sesudah mati ketika itu baru sedar bahwa amalan kita kurang dan hendak kembali kepad Allah SWT.
Kita tidak mahu ketika kita ditunjukkan amalan maka kita hendak memilih mati sahaja, tetapi malangnya di akhirat tidak ada mati lagi yang ada ialah balasan tuhan yang maha adil. Hidup ini adalah tanggungjawab yang wajib dipenuhi dan nikmat yang perlu disyukuri. Kita tidak perlu memohon kepada Allah dicabutkan nyawa kita jika belum sampai ajalnya. Walaupun kita didatangi berbagai ujian dan musibah. Kerana ini bukan ajaran Islam, sebagai Rasulullah SAW bersabda bermaksud "Tidaklah sepatutnya seorang kamu mengharapkan kematian dan tidak pula mendoakan supaya kematian itu datang sebelum waktu nya, kerana bila seorang telah mati putuslah amalnya, dan bagi orang beriman (dengan umur yang panjang) peluang menambah kebaikan" (Riwayat Muslim) Nabi SAW juga mengingatkan kepada kita supaya tidak perlu kita meminta Allah menarik nyawa kita sebelum sampai masanya. Kerana hidup adalah peluang untuk kita bertaubat dan membanyakkan amal kepada Allah SWT. Sabda Rasulullah SAW bermaksud, "Janganlah kamu mengharapkan kematian. Jika dia seorang yang berbuat kebaikan, mudah-mudahan bertambah kebaikannya dan kalau dia seorang yang berbuat salah, mudah-mudahan dia berpeluang bertaubat" (Bukhari)
Mustafa Muhamad Masih Kabur Tasawwur Islam Idris Hj Ahmad 24/5/12 Datuk Mustafa Muhammad ketinggalan keretaapi dari sudut memahami ajaran Islam. Walau pun sudah lanjut usia namun pemahaman Islam, politik dan dakwah masih lagi kabur. Macam mana beliau hendak menjadi Menteri Besar Kelantan sekiranya tasawwur Islam masih kabur. Kenapa perlu pisahkan Islam dengan politik dan dakwah. Bukankah perkara ini tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain. Jika artis boleh faham, kenapa beliau tidak boleh faham. Artis yang memilih Pas kerana dasar Pas ialah Islam. Perkara ini termaktub di dalam Perlembagaan Pas Fasal 3. Kalau artis yang berhijrah kepada Pas maka dianggap berpolitik, bagaimana pula artis yang bersama Umno? Saya pernah dimaklumkan oleh Bob Lokman sewaktu beliau membantu kempen Umno pendapatan begitu lumayan, sedangkan beliau bersama dengan Pas ialah untuk memberi sumbangan kepada perjuangan Islam melalaui wadah Pas. Pas tidak menjanjikan apa-apa habuan dunia. Sepatutnya Datuk Mustafa Muhammad kena kaji kenapa artis boleh beralih kepada Pas. Kena lihat balik apakah Umno masih relevan dari segi perjuangan bangsa atau agama. Kenapa Islam tidak di hayati oleh pemimpin Umno , malahan akhlak dan perkara asas aurat tidak ada peningkatan. Mungkin Datuk Mustafa Muhammad merasa pelik, ketika pemimpin Umno dan media Umno mengatakan Pas ajaran sesat dan berbagai lebel dilemparkan namun semuanya tidak mengurang sokongan kepada Pas termasuk artis. Kenapa mereka menjauhkan diri dengan Umno? Ini yang sepatutnya dikaji oleh beliau
Terdapat 96,300 orang pelarian dibawah UNHCR di Malaysia, 82 peratus daripadanya adalah dari Myanmar, selebihnya dari Sri Lanka, Somalia, Afghanistan dan Iraq. Majoriti mereka ini beragama Islam. Namun pendidikan , lebih-lebih pendidikan agama untuk mereka ini khususnya anak-anak pelarian ini seakan-akan terabai.
Refugees' struggle for education
24 May 2012
LEARNING TO COPE: Some 4,000 refugee children are studying in about 100 learning centres nationwide. The centres have survived on the goodwill of charitable organisations and volunteers. Elizabeth Zachariah visited two learning centres and this was what she saw
NESTLED in the heart of the city, in Jalan Imbi, is a "school" on the top floor of a shoplot.It caters to about 25 children, aged 4 to 17, who study in small, dingy rooms formed by thinpartitions.
This is no ordinary school for the students here are refugees and they are being tutored by volunteers and older refugees who had "graduated" from this school.
It is not called a school but a learning centre, which operates from Monday to Friday, from early morning till late afternoon.
There are about 4,000 refugee students studying at more than 100 learning centres nationwide. These 4,000 students make up only 35 per cent of the number of refugee children of school-going age.
And unlike local schools, which are funded by the government, these learning centres are run by the refugees and funded by caring locals and non-governmental organisations.
The children who are lucky enough to have access to education attend either education projects run by the United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR) in collaboration with NGOs or learning centres, which are organised by the refugee communities with the support of non-refugee volunteers.
UNHCR external relations officer Yante Ismail said the refugee community recognised the importance of education and had set up informal learning centres to equip their children with basic reading, writing and arithmetic skills.
"Because they are denied proper education, the communities have done a remarkable job in setting up the learning centres even with limited resources," Yante said.
"However, the projects and learning centres are not formal education so the children cannot get into universities or further their education."
The UNHCR, Yante said, was concerned with the fact that the lack of basic education among refugee children would create a generation of illiterate, unskilled and not self-sufficient people.
There are seven education projects run by the UNCHR in Kuala Lumpur, Johor, Selangor and Penang. The teachers in the project use Malaysian school textbooks to teach English, Math, Science and Bahasa Malaysia.
"Only about 1,000 children attend education projects while the rest attend learning centres," Yante said.
The community-based learning centres are informal classes which are run by volunteers from the refugee community, faith-based groups and the private sector.
They are set up wherever there are refugee communities with a large number of school-going children. The number of students in each learning centre varies from 15 to as many as 100.
A typical learning centre consists of several classes with children of similar ages grouped together to form a class. Classes normally start at 9 or 10am and would last for about two hours. Some schools have morning and afternoon sessions to accommodate the large number of students.
The lack of resources, including qualified teachers and funding, restrict the scope and reach of these classes. Classes, which are usually held in rented flats or shophouses, are overcrowded and lack basic teaching equipment like stationery.
Yante said there was a growing need for volunteers to help with teaching and administration as well as skill-building training for the teachers.
"Besides that, these learning centres are in dire need of funds for transportation of children, rental and utility bills and meals."
To meet the costs, the learning centres collect a minimal fee of RM10 to RM30 from each child who can afford it.
Refugee community organisations also help pool funds to support the basic needs of rental and UNHCR provides a monthly stipend for a limited number of teachers, textbooks, stationery, school bags and first-aid kits.
Yante said the UNHCR also trained the teachers and coordinates in areas like curriculum and examinations and had a small grant called the Social Protection Fund, where refugees could apply for funding to help with projects, including education.
Faith-based organisations, civil society groups and individuals are known to contribute to the learning centres in a variety of ways, including donating furniture, food and space for the classes to be held.
"Malaysians have been so generous in so many ways.
"There are many who volunteer as teachers and cook for the kids," Yante said, adding that there were about 500 volunteer teachers registered with the UNHCR.
There are currently 96,300 refugees and asylum-seekers registered with UNHCR in Malaysia, with 82 per cent from Myanmar and the others from Sri Lanka, Somalia, Afghanistan and Iraq.
KES 66644: MASALAH HAKISAN TANAH DI KAWASAN RUMAH KAMPUNG BATU SATU BELUM DAPAT DISELESAIKAN
Merujuk kepada Talikhidmat kes number: 20100825-016 Pengadu Zainal Tar yang tinggal di Lot 7756, Kpg Batu 1, Kuala Baram pernah menyuarakan aduan beliau kepada pihak PBT dan Jabatan Saliran dan Perparitan dari tahun 2009 hingga 2011.
Namun sampai sekarang tiada apa-apa tindakan yang dibuat oleh pihak berkenaan. Pengadu berharap masalah ini mendapat perhatian dan tindakan oleh Biro Pengaduan Awam di Jabatan Perdana Menteri untuk kawasan Miri.
Pengadu amat kecewa dengan sikap pihak PBT dan Jabatan Saliran dan Perparitan kerana setiap kali aduan dibuat mereka memberi alasan yang sama "Siasatan telah dijalankan. Peruntukan masih menunggu dari JPS HQ bagi mengatasi masalah yang diadukan " . Sampai bila menunggu perkara ini boleh diatasi?
Kenapa Datuk Lee Kim Shin dan juga Datuk Peter Chin Fah Kui yang menjawat sebagai menteri dan juga sebagai wakil rakyat di DUN Senadin dan Parlimen Miri tidak mempeduli akan nasib rakyat yang berada dalam kawasan mereka?
Apa yang mereka lakukan selama ini terhadap aduan rakyat di tempat mereka? Ramai yang mengadu dengan PAS Miri sebab mereka sudah bosan dengan janji-janji wakil rakyat mereka yang tidak dapat menunaikan janji dan pemintaan mereka. Sudah bertahun-tahun mereka menderita menunggu dengan penuh kesabaran tetapi tiada sebarang tindakan diambil untuk mengatasi masalah mereka ini.
Apabila pihak kami dapati pihak yang berkenaan masih belum dapat menyelesaikan masalah tersebut maka pihak kami telah membuat aduan baru sekali lagi dengan isu yang sama ke pusat Talikhidmat bagi pihak Zainal Tar dengan nombor rujukan 20111129-0028 pada 29 November 2011.
Pengadu memberitahu, agensi telah hadir pada Februari 2012 dan berjanji untuk mendapatkan semula kes itu tetapi sehingga kini tidak ada apa-apa tindakan yang diambil. Pengadu juga bertanya tentang status kes itu.
Suatu persoalan, mengapa pihak berkenaan lambat bertindak dan menyelesaikan kes ini sehingga mengambil masa bertahun-tahun tanpa penyelesaian? Dimana perginya peruntukan berjuta-juta ringgit yang disalur kepada pihak berkenaan? Diharap perkara ini dapat diatasi dengan segera tanpa pilih kasih.
Kita mendesak agar pihak kerajaan menunaikan janji dan bertindak segera dan jangan ambil mudah aduan rakyat yang sudah banyak kali mengadu serta menunggu dengan penuh harapan tetapi tiada sebarang tindakan diambil. Mereka sudah bosan dengan janji-janji pembangunan dan peruntukan berbillion-billion ringgit tapi hasilnya tidak nampak yang boleh memberi menafaat kepada rakyat bawahan.
Kalau kerajaan tidak mampu bertindak sekarang jangan sampai rakyat hilang kepercayaan kepada janji-janji kerajaan nanti.
Jofri Jaraiee PAS Miri, Sarawak
English version CASE 66644: SOIL EROSION PROBLEM AT BATU 1 VILLAGE HOUSE YET TO BE RESOLVED
Zainal Tar the complainant who lived at Lot 7756, Kpg Batu 1Kuala Baram had voiced his complaints to the Local Authority and Drainage and Irrigation Department from 2009 to 2011.
But up to now no such action has been taken by the authorities. The complainant hoped the problem would get attention and action by the Public Complaints Bureau of the Prime Minister's Department for Miri region.
The complainant was very disappointed with the attitude of local authorities and the Department of Irrigation and Drainage, for each time a complaint is made they gave the same reason "The investigation was conducted. Allocation is still pending from the DID HQ to overcome the problem lodged." For how long to wait for these things can be solved?
Why Datuk Lee Kim Shin and Datuk Peter Chin Fah Kui who served as a minister and also as representatives in state assembly Senadin and Parliament Miri would disregard the fate of the people who are in their area?
What they do all this while on the complaints of the people in their areas? Many people complaint to PAS Miri because they are fed up with promises of their elected representatives who are not able to fulfill their promises and demands. For years they suffered from waiting with patience but no action taken to overcome their problems.
When we find that the relevant authorities have yet to resolve the problem then we made new complaint again with the same issues to the center Talikhidmat on behalf of Tar Zainal with reference number
20111129-0028 on 29 November 2011. The complainant told, the agency already attend in February 2012 and promise to recover the case but until now there is no any action taken.
The complainant also asked about the status of the case. A question, why the authorities slow to act and solve this case, until take so many years without a solution? Where it goes the provisions of millions of ringgits that channeled to parties concerned? Hopefully this matter can be resolved quickly without favoritism.
We urge the government to fulfill its promise and act quickly and do not take lightly the complaint of the people who have many times complained and waited with hope but there were no action was taken. They are fed up with promises of development and the provision of billions of ringgits, but the results do not see that can benefit the inferior citizens.
If the government cannot act now, do not let the people lose faith in the government promises later.
Ketika Khairi kata be gentlemen, danam sindiran kepada DSAI. Kalau Rafizi kata Kalau Najib tak salah dia juga be gentlemen jadi saksi kes kapal selam.
Tetapi Rafizi cukup berhemah tinggi.
soalan khairy balik ke Najib. Kalau jujur dan tak buat salah sila kePrancis jadi saksi.
Posted: 23 May 2012 03:19 AM PDT
IKON PAKATAN RAKYAT
MEMPERKENALKAN RAFIZI RAMLI
ABOUT RAFIZI
Pembahas terbaik Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri 1992 dan 1993 antara sekolah-sekolah berasrama penuh Johan Pertandingan Bahas Piala Sri Paduka Sultan Perak 1993 Presiden, Badan Revolusi Agama Presiden, Pancaragam Tentera Presiden, Persatuan Bahasa Melayu Ketua Pengarang, The Malay College Magazine Dianugerahkan biasiswa PETRONAS (Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik) dan ESSO (Geology) sebelum keputusan SPM diumumkan Morrison's Academy, Scotland (1995 – 1996) Anugerah AD Kippen, Pelajar Terbaik Fizik A-Levels 1996 Anugerah John Knox, Pelajar Terbaik Kimia A-Levels 1996 Orkestra Morrison's Academy
Leeds University (1996 – 1999)
Anugerah Arthur Crabtree 1997, Pelajar Terbaik Tahun Pertama Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik Ijazah Kelas Pertama (Tahun Pertama dan Kedua) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik
LATAR BELAKANG KERJAYA
Jeffreys Henry Chartered Accountants, London (1999 – 2003) lulus semua peperiksaan akauntan bertauliah dengan Institute of Chartered Accountants in England & Wales (ICAEW) dalam masa 2 tahun diterima sebagai ahli ICAEW pada 2003, selepas tamat tempoh minima latihan di firma perakaunan diterima sebagai ahli Malaysian Institute of Accountants (MIA) pada 2003 apabila pulang ke Malaysia
PETRONAS/MTBE Malaysia Sdn Bhd (2003 – 2005) Pengurus, Propane Dehydrogenation Plant Pengurus termuda semasa dilantik
Pengurus Kanan (Perancangan Perniagaan, Operasi dan Teknologi Urusniaga Petrokimia) Pengurus Kanan termuda semasa dilantik Bertanggungjawab menguruskan kumpulan urusniaga petrokimia PETRONAS dengan aset melebihi RM30 bilion
PETRONAS/Petronas Carigali Sdn Bhd (2007 – 2009)
Pengurus Kanan (Perakaunan, Belanjawan dan Percukaian Antarabangsa)
Bertanggungjawab menguruskan hal ehwal kewangan 51 anak-anak syarikat PETRONAS Carigali yang terlibat dengan operasi huluan di peringkat antarabangsa, membabitkan belanjawan tahunan melebihi RM20 bilion.
WAWANCARA Sasterawan Negara Datuk A Samad Said mengecam tindakan sekumpulan pengacau yang membuat serangan di majlis minum petang di Melaka yang sepatutnya melibatkan Pengerusi Bersama BERSIH Datuk S Ambiga Sabtu lalu.
Sambil menyifatkan kumpulan itu sebagai "samsengan", A Samad mengaku malu dengan tindakan mereka kerana ia "bukan cara untuk mewaraskan demokrasi".
"Ketika Ambiga hendak ke Merlimau, lagi dahsyat. Saya dengar lebih kurang 200 samseng di Merlimau sudah menunggu. Ambiga dijemput oleh PAS untuk menghuraikan perjuangan bersih. Itu landas demokrasi.
"Belum pun beliau tiba, teman-teman di sana minta supaya (beliau) jangan datang, sebab samseng sudah ada di negeri Hang Tuah.
"Sudah ada 'Hang Samseng'. Cuba fikirkan, di negari Hang Tuah, ada Hang Samseng," katanya.
Bercakap dalam wawancara dengan Malaysiakini semalam, tokoh yang lebih dikenali sebagai Pak Samad menegaskan, serangan membaling batu hujung minggu lalu "bukan caranya dan mereka memilih cara lain" untuk menunjukkan bantahan mereka.
Dalam kejadian Sabtu lalu, dua ADUN DAP Khoo Poay Tiong (Ayer Keroh) dan Tey Kok Kiew (Bandar Hilir) diserang kumpulan pengacau yang didakwa penyokong Umno dan kumpulan pendesak Melayu PERKASA, sewaktu mereka meninggalkan tempat acara itu.
Bagaimanapun, PERKASA Melaka dan Umno Jasin menafikan terlibat dalam insiden itu walaupun terdapat anggota masing-masing menyertai perhimpunan membantah kehadiran Ambiga dalam acara itu.
Pak Samad yang juga terkenal dengan novel Salina itu turut menyindir pihak yang melakukan "senaman punggung" dan peniaga yang mahu menjaja di hadapan rumah Ambiga esok dan lusa.
"Kita sudah 50 tahun merdeka dan budaya serta budi bahasa kita adalah punggung. Dan selepas itu guna samsengan cat rumah orang. (Apakah) itu budaya kita," katanya.
Selepas perhimpunan BERSIH 3.0, Majlis Bertindak Peniaga-peniaga Kuala Lumpur (MBPKL) dan Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), masing-masing mahu berniaga di depan rumah Ambiga dan melakukan senaman punggung di hadapan rumah Ambiga.
Ia dibuat sebagai menunjukkan bantahan kepada Ambiga yang juga seorang peguam terhadap penganjuran perhimpunan BERSIH 3.0 yang didakwa menjejaskan pendapatan peniaga dan merosakkan imej negara.
Tindakan mereka itu mengundang kemarahan dan bantahan pelbagai pihak termasuk Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Posted: 23 May 2012 12:00 AM PDT
Debat PTPTN- Jawapan tidak meyakinkan. ada udang dalam me ? KJ: Danaharta tak alami kerugian kes Tajudin Ramli Zulaikha Zulkifli 10:52AM Mei 23, 2012 Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata syarikat Pengurusan Danaharta Nasional Bhd tidak mengalami kerugian dalam penyelesaian luar mahkamah melibatkan hutang RM589 juta yang ditanggung oleh bekas pengerusi eksekutif Malaysia Airlines (MAS) Tan Sri Tajudin Ramli.
"Mengikut sumber, saya dapati bahawa Danaharta tidak mengalami apa-apa kerugian dalam kes Tajudin Ramli.
"Kes ini kita tak tahu kerana penyelesaiannya di luar mahkamah, bukan dalam mahkamah.
"Saya yakin Danaharta tidak mengalami kerugian dalam kes Tajuddin Ramli," katanya ketika ditanya Dr Maszlee Malik semasa program debat bersama pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli lewat malam tadi.
Bercakap dalam program debat bertajuk Pemansuhan PTPTN Hala Tuju Pendidikan Tinggi itu, Khairy berkata Tajudin mungkin membayar lebih daripada jumlah berkenaan dalam penyelesaian luar mahkamah itu.
Tiga tahun lalu, Mahkamah Tinggi mengarahkan Tajudin membayar jumlah sebanyak RM589 juta kepada Danaharta, jumlah wang yang beliau berhutang ketika pembelian kontroversi saham MAS pada tahun 1994, yang membuka jalan bagi hartawan untuk memiliki syarikat penerbangan nasional itu. Pada masa yang sama, mahkamah juga membatalkan tuntutan balas RM13 bilion yang difailkan oleh Tajudin terhadap GLC berkenaan.
Bagaimanapun, pada Mac lalu, Tajudin tidak perlu membayar RM589 juta wang yang dihutangnya daripada Danaharta ekoran penyelesaian luar mahkamah yang dicapai dengan beberapa syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bulan lalu.
Tajudin bersetuju untuk menarik balik rayuannya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ke atas saman melibtkan ke atas piha berkenaan, termasuk Telekom Malaysia Bhd, Naluri Corporation, Celcom (M) Bhd, Atlan Holding Bhd dan Kumpulan CIMB Group.
Selain itu, menjawab persoalan mengenai isu National Feedlot Corporation (NFC), Khairy dengan tegas berkata kerajaan juga serius dalam usaha untuk mendapatkan semula pinjaman mudah RM250 juta yang diberikan kepada syarikat ternakan lembu itu.
Perkara itu dapat dilihat dalam tindakan kerajaan mendakwa pengerusi syarikat tersebut, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail di mahkamah.
"Pinjaman NFC tetap perlu dibayar semula malah kita anggap ini isu yang serius. Kita tak boleh cakap secara terperinci kerana ia dah jadi isu mahkamah. Secara prinsipnya, isu ini isu hitang dan mesti dibayar semula," katanya.
Jemput datang ramai2... Tolak Hanif, Tolak BN! Dengar apa kata Peguam PAS Hanipa Maidin, YB Adun Batu Caves Amiruddin Shaari dan Adun Chuah N9 Chai Tong Chai pada Khamis 24 Mei 2012 jam 9.30 malam di Markas PAS Pusat, Taman Melewar KL. Ajak kengkawan kita tumbangkan Umno-BN ya...
DATO', ada ustaz (bekas pensyarah IPTA) di tempat kami, berdiam diri dan tidak mahu campur langsung dalam hal politik. Dia selalu berhujah mengatakan politik sekarang lebih banyak mendatangkan keburukan daripada kebaikan, sedangkan Islam menganjurkan kebaikan. Oleh itu katanya cukuplah beliau melakukan kerja amal kebajikan, tanpa perlu masuk dalam politik yang rosak dan merosakkan. Apa pandangan Dato' bagi golongan sebegini? Terima kasih.
ZULKIFLI MOHD SAMAN Kuala Kangsar, Perak
JAWAPAN: POLITIK yang membawa kerosakan atau keburukan, adalah kerana ia diasaskan untuk kepentingan duniawi yang tidak ada kena mengena dengan politik Islam. Politik Islam adalah politik yang berteraskan kepada syariat Allah. Mana mungkin politik yang berteraskan kepada syariat Allah boleh membawa kepada keburukan atau kerosakan.
Orang-orang yang menyendiri atau mengasingkan diri daripada menegakkan Islam (menerusi politik Islam) adalah golongan yang oportunis (mementingkan diri). Tidak mahu bersusah berjihad kerana hendak bersenang lenang dengan keluarga untuk kehidupan dunia. Mereka ini akhirnya akan berhadapan dengan hukuman Allah dan akan menerima balasan kerana meninggalkan jihad.
Berjihad untuk menegakkan syariat Allah atau untuk memartabatkan Islam melalui politik seperti di Malaysia sekarang ini, ada hukumnya yang tersendiri. Meskipun hukum jihad itu adalah fardu kifayah, bagi maksud jika ada sebahagian melaksanakannya, maka gugurlah tuntutan itu kepada orang lain. Namun, jika sebahagian yang melaksanakannya tidak berhasil mencapai matlamatnya, maka hukum tadi akan berubah kepada fardu ain.
Ini berpandukan kepada kaedah fikah yang bermaksud: "Sesuatu yang tidak sempurna yang wajib melainkan dengannnya, maka perkara itu pun menjadi wajib juga." Contohnya untuk mudah difahami, misalnya hukum berwuduk. Hukum asalnya sunat sahaja. Tetapi jika hendak menunaikan solat, maka tidak sah solat melainkan seseorang itu mempunyai wuduk. Maka di dalam hal ini, hukum sunat wuduk sudah berubah kepada wajib.
Demikian halnya dengan hukumhukum Allah di dalam al-Quranul karim. Contohnya seperti hukum hudud, qisas dan takzir, malah seluruh hukum-hukum Islam, tidak boleh dilaksanakan, melainkan dengan memegang kuasa di peringkat Pusat.
Maka berpolitik untuk memegang kuasa di Pusat, termasuk negeri, hukumnya adalah wajib. Wajibnya itu sudah menjadi fardu ain. Ia wajib dilaksanakan setiap individu Muslim. Said Hawa dalam kitabnya, Jundullah di halaman 493 menulis yang bermaksud: "Hukum-hukum Islam, tidak terlaksana dalam sebahagian besar negara umat Islam. Maka ia menjadi suatu faridhah (kewajipan) asas ke atas setiap individu Muslim. Sesungguhnya barang yang tidak sempurna wajib, melainkan dengannya, maka ia menjadi wajib.
Selagi hukum-hukum Allah tidak tertegak dan jihad yang sebenar tidak direalisasikan, dan pemerintahan Islam tidak wujud, maka tugas menegakkan negara tersebut adalah wajib, ke atas semua orang Islam di tempat tersebut."
Umat Islam awalan dahulu, diwajibkan kepada mereka berhijrah dan berjihad ke jalan Allah. Yang berjihad, tetapi enggan berhijrah, Allah menempelak mereka menerusi firman-Nya (mafhumnya): "Sesungguhnya orang orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah, dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), mereka semuanya menjadi penyokong dan pembela antara satu dengan yang lain. Dan orang-orang yang beriman yang belum berhijrah, maka kamu tidak bertanggungjawab sedikit pun untuk membela mereka sehingga mereka berhijrah. Dan jika mereka meminta pertolongan kepada kamu dalam perkara (menentang musuh untuk membela) ugama, maka wajiblah kamu menolongnya, kecuali terhadap kaum yang ada perjanjian setia di antara kamu dengan mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Melihat akan apa yang kamu lakukan." (Surah al-Anfaal, ayat 72)
Selepas pembukaan Makkah pada tahun kelapan hijrah, Rasulullah s.a.w. bersabda (mafhumnya): "Tidak ada lagi tuntutan berhijrah dari Makkah ke Madinah selepas ini, yang ada hanyalah jihad dan niat, sehinggalah ke hari kiamat." Jihad inilah yang menjadi tuntutan syarak kepada setiap individu Muslim. Ia tidak boleh dielakkan dengan alasan yang hanya dibuat-buat seperti soalan yang anda tanyakan di atas.
Tidak boleh dijadikan alasan politik itu membawa keburukan. Itu adalah politik yang tersasar daripada landasan Islam. Jihad merupakan bisnes yang serius, wajib dipikul oleh semua umat Islam, tanpa mengira apa kedudukan mereka. Lebih-lebih lagi golongan yang ada kedudukan dalam Islam seperti bekas pensyarah IPTA di bidang Islam, maka tentulah orang itu lebih faham bahawa kewajipan jihad adalah wajib ke atas setiap individu Muslim, maka terserahkan kepada diri masing-masing itu melaksanakannya. Apa yang pasti, akhirnya kita akan menghadap Allah SWT untuk ditentukan amal-amal yang dilaksanakan.
Wallahua'lam. BERSAMA DATO' HARON DIN
Posted: 22 May 2012 11:14 PM PDT
PRU-13... BERITA MENGGERUNKAN DARIPADA PASIR MAS KELANTAN
MAKA BERSIAP SEDIALAH UMNO/BN DAN PAKATAN RAKYAT MENERIMA HAKIKAT KEKALAHAN CALON MASING-MASING DALAM PRU 13 NANTI... INI KERANA MAHARAJA PERKASA SUDAH MENGIISYTIHARKAN DIRINYA UNTUK BERTANDING DAN MENGEKALKAN KERUSINYA YANG DIMENANGINYA TAHUN 2008... CUMA MAHARAJA PERKASA INI BELUM MENYATAKAN SECARA TERBUKA ATAS PARTI MANA ATAU ATAS TIKET MANA DIA AKAN BERTANDING....
KUALA LUMPUR 23 MEI – Peningkatan mendadak RM1.5 billion bagi projek Landasan Elektrik Berkembar Ipoh-Padang Besar (EDTP) menimbulkan kemungkinan ia akan mengalami nasib serupa seperti projek landasan bahagian Ipoh-Rawang di mana kos projek meningkat lebih dari 50%.
Kenaikan mendadak sebanyak RM1.5 billion tersebut mewakili sebanyak dua belas peratus daripada kos projek, iaitu RM12.49 billion.
Menurut Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua, pada tahun 2009, Ketua Audit Negara pernah mengkritik pihak pengurusan projek kerana menukar kontraktor daripada DRB Hicom yang tidak dapat menyiapkan kerja kepada MMC-Gamuda.
Katanya lagi, Ketua Audit Negara juga telah mempersoalkan mengapa pihak kerajaan tidak menuntut Gantirugi yang Ditetapkan dan Ditentukan (LAD) dari DRB-Hicom akibat gagal memenuhi tanggungjawab dalam masa yang ditetapkan sehingga telah menyebabkan kelewatan projek Ipoh-Rawang lebih lima tahun dan sebaliknya telah membayar konsortium DRB-Hicom sebanyak RM425 sebagai pampasan atau penyelesaian bagi pembatalan kontrak.
Semalam, The Business Times telah melaporkan bahawa MMC-Gamuda perlu mengemukakan RM1.5 billion arahan perubahan kerja kepada kerajaan bagi lebihan kos untuk projek Landasan Berkembar Elektrik Ipoh-Padang Besar (EDTP).
Memetik daripada sumber yang tidak dinamakan, laporan tersebut mendakwa bahawa tujuh puluh peratus kerja-kerja sivil telah pun selesai manakala kerja-kerja sistem hanya tiga puluh peratus selesai.
Menurut sumber itu lagi, terdapat isu tanah dan beberapa perkara yang belum diselesaikan oleh MMC-Gamuda.
Kata Tony lagi, walaubagaimanapun, MMC-Gamuda telah menafikan laporan tersebut tetapi mengakui bahawa tuntutan bagi 'perbelanjaan dan kerugian' yang disebabkan oleh kerajaan akan dilakukan.
Beliau juga menyatakan, pengarah projek tersebut, Datuk Paul Ha, berkata bahawa tuntutan MMC-Gamuda akan bersandarkan kepada syarat yang terkandung di dalam kontrak, tetapi buat masa ini masih terlalu awal untuk menentukan jumlahnya dan ia tidak akan sampai RM1.5 billion sepertimana yang telah dinyatakan oleh The Business Times.
"Justeru, untuk mengelakkan skandal Ipoh-Rawang ini berlaku semula, Menteri Pengangkutan perlu menjelaskan perkara sebenar di sebalik tuntutan yang bercanggah ini bagi memastikan pihak kontraktor MMC-Gamuda tidak cuba untuk menyembunyikan perkara yang mungkin berlaku seperti tuntutan keterlaluan 'perbelanjaan dan kerugian' pihak kerajaan." ujarnya.
Menurutnya lagi, Datuk Seri Kong Cho Ha perlu meneliti perkara ini dengan serius bagi mengelakkan berlakunya skandal yang melibatkan jumlah yang besar untuk kali kedua selepas perbelanjaan besar pembinaan lapangan terbang kos rendah KLIA2 yang nilai asalnya RM1.7 billion tetapi meningkat kepada RM3.9 billion.
"Janganlah jadi seorang menteri MCA yang 'tidak tahu apa-apa', yang tidak mengetahui mengenai projek di bawah seliannya sendiri," ujar beliau lagi.
Tambah Pua lagi, untuk memastikan perkara tersebut diatasi dengan baik serta memperlihatkan ketelusan seperti yang diungkapkan oleh Perdana Menteri dalam Program Transformasi Kerajaan, Menteri Pengangkutan perlu mengambil inisiatif dengan memohon Ketua Audit Negara menjalankan audit bagi projek tersebut.
"Mana-mana kelemahan yang dikenal pasti boleh diperbaiki dan sebarang cadangan boleh segera dilaksanakan."
"Jangan sampai berlaku seperti kes EDTP Ipoh-Rwang atau skandal mega PKFZ yang berjumlah RM12.5 billion, itu sudah terlalu lewat untuk mengelakkan salah guna wang pembayar cukai." Roketkini.com
8 warga Pakistan saman Hishamuddin dan kerajaan RM40 juta KUALA LUMPUR: Lapan lelaki warga Pakistan, pada Rabu, memfail saman terhadap dua pengarah syarikat pengangkutan, menteri dalam negeri dan kerajaan Malaysia serta lapan yang lain bagi menuntut ganti rugi RM40 juta terhadap dakwaan antaranya dengan salah, menculik dan mengurung mereka. Tuntutan ganti rugi itu juga atas kerosakan harta benda, penderaan, salah tangkapan dan ugutan. Lapan plaintif itu ialah Rajid Ali, Rahman Sadieq, Waqar Ali Abdul Rahman, Abdul Samad, Akmal Hussain, Syed Waqar Ali, Khalid Hussain dan Imran Khan. Mereka diwakili peguam Ravi Sodhi dan memfail saman itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini melalui Tetuan Watsons Peters & Mohd Fuad. Kesemua plaintif yang berusia antara 22 dan 41 tahun itu menamakan 12 defendan antaranya dua pengarah syarikat VK Transport Sdn Bhd iaitu N. Kuppan, 56, dan K. Homanath, 21, syarikat VK Transport Sdn Bhd, menteri dalam negeri, Presiden Pertubuhan Sukarelawan Pembangunan Sosial Pencegahan Jenayah dan Anti Dadah Kuala Lumpur, R. Jevan, 37, dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan. Dalam pernyataan tuntutan itu, plaintif mendakwa mereka disalah tangkap untuk tempoh 12 hari kerana disyaki melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Mereka mendakwa insiden berkenaan menyebabkan mereka mengalami kerugian, kerosakan dan penderaan mental. Mereka memohon ganti rugi sebanyak RM40 juta, ganti rugi teladan, faedah, kos dan juga lain-lain relif yang dianggap sesuai oleh mahkamah.
Diperturunkan fakta kewangan berkaitan Hal Ehwal Agama Islam yang dilaksana oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang sejak ia mentadbir negeri pada 2008. Ia adalah fakta, bukan sesuatu yang direka-reka untuk menyedap hati atau sebagai hiasan jendela. BN merujuk kepada pentadbiran Barisan Nasional pimpinan Parti Gerakan dan PR merujuk kepada pentadbiran Pakatan Rakyat pimpinan DAP.
Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan - DS Najib Tun Abdul Razak 1993 Terbaru : DS Najib menjawab cadangan Tok Guru Hadi iaitu tidak perlu ubah perlembagaan bagi Islam kepada Islam satu cara hidup.
Saya akan memastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh BN tidak akan melaksanakan hukum hudud' - Tun Dr Mahathir Mohamed 1994
Apa erti pembentukan negara Islam jika ia mundur - Tun Abdullah Ahmad Badawi 1999
Kalau pencuri kita potong tangan kanan,nanti besok2 dia mencuri tangan kiri pulak,potong tangan kiri,besok2 dia mencuri pakai kaki pulak,potong kaki pulak..dah tak ada apa untuk di gunakan untuk mencuri dia pakai mulut pulak - Dr Mashitah Ibrahim 2008
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia Fathul Bari Mat Jahaya kepada Bernama, "Saya menyokong penuh idea bermuzakarah ini kerana ia diunjurkan Islam dan ia juga akan memberi impak positif kepada perpaduan Islam,"
Namun beliau juga kecewa dengan sikap PAS yang belum pun memulakan perbincangan telah meletakkan pelbagai syarat yang dilihat hanya akan menguntungkan parti itu dan menghukum seseorang itu tidak ikhlas.
"Pertamanya saya puji Umno sebab Umno terima cadangan untuk bermuzakarah dan saya puji PAS kerana mahu bermuzakarah. Tetapi saya kecewa, ada pemimpin tertinggi PAS boleh bermuzakarah, berbincang dengan ahli syiah tetapi tidak mahu bermuzakarah dengan ahli Sunnah wal Jamaah dengan alasan mereka melakukan maksiat.
"Adakah kalian tidak melakukan maksiat? Belum lagi bermuzakarah mereka dah bersangka buruk, baik tak payah keluarkan cadangan. Ini untuk apa? Adakah ia untuk retorik politik? Saya sungguh sedih dan kecewa," katanya.
Beliau tidak menolak bahawa muzakarah perlukan syarat dan syaratnya mestilah tidak dilihat demi kepentingan sebelah pihak atau sesebuah parti. "Ingatlah, muzakarah ini bukan untuk menang, bukan untuk mencari keburukan, kena ada akhlak yang baik dan sanggup menerima kebenaran. Lantiklah moderator dalam kalangan ahli ilmu supaya perbincangan ini akan mendapat hasil keputusan yang baik," tambahnya. Perpecahan dalam kalangan orang Melayu dan umat Islam di negara ini sekarang perlu dilihat secara serius kerana ia boleh mendorong pihak lain mengambil kesempatan dan menangguk di air yang keruh. Oleh itu, banyak dalam kalangan orang awam berpendapat PAS wajib bermuzakarah dengan Umno demi masa depan, kuasa politik orang Melayu dan perpaduan orang Melayu serta bersama-sama memartabatkan agama Islam.
Pensyarah Kanan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah di laman blognya, berkata umat Islam tidak perlu bersaing untuk 'menunjukkan kehebatan dan kekuatan' dalam perkara politik yang membawa perpecahan.
"Biarlah kita bersaing dalam perkara yang membawa kebaikan seperti kekuatan ekonomi, pendidikan dan mengembalikan semangat jihad.
"PAS dan Umno perlu membuang prasangka buruk antara satu sama lain. Sekarang ini adalah masa bekerja untuk Islam. Berpolitiklah secara matang, buat perancangan dan rangka strategi dan lupakanlah yang lain-lain, termasuk dendam kesumat," katanya.
Sementara itu, bekas Naib Presiden PAS Datuk Mohd Nakhaie Ahmad pula berkata beliau yakin dalam kalangan pemimpin PAS, hanya beberapa orang sahaja yang benar-benar mahu bermuzakarah dengan Umno manakala pemimpin yang lain dilihat cuba memberikan kenyataan bercanggah bertujuan untuk menggagalkan usaha itu.
Katanya selain kenyataan bercanggah, meletakkan syarat seperti Umno perlu ubah perlembagaan partinya juga dibuat supaya usaha bermuzakarah itu gagal dilaksanakan."Saya rasa Umno tak perlu layan. Dah berapa lama dah PAS ajak muzakarah, tetapi tak pernah terjadi. Lagipun PAS bukannya bersungguh-sungguh nak bermuzakarah dan ia dikeluarkan semula kerana sudah kehabisan modal," kata Pengerusi Pertubuhan Persahabatan Dakwah Global itu kepada Bernama. — Bernama
Kerajaan akan meneliti saranan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar parti-parti politik di negara ini termasuk pembangkang diberikan akses siaran televisyen secara bebas dan adil.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, ia bagi membolehkan parti-parti berkenaan menyampaikan manifesto mereka kepada rakyat.
''Kerajaan telah menerima permohonan SPR supaya memperuntukkan masa kepada parti-parti politik berkempen di televisyen. Sebenarnya kita telah menyediakan satu kertas cadangan yang akan dibentangkan ke Kabinet tidak lama lagi.
''Ini bagi mempertimbangkan sama ada saranan itu diluluskan atau dengan pindaan. Ia selaras dengan amalan terdahulu tetapi kita pertingkatkan sedikit supaya setiap parti mempunyai kebebasan untuk menyatakan 'suara' mereka kepada negara dan rakyat,'' katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas memberikan ucaptama dan merasmikan Seminar Pemikiran Perdana Menteri: Ke Arah Pemupukan Kesepaduan Dalam Kepelbagaian Masyarakat - 1Malaysia di Universiti Malaya (UM) di sini hari ini.
Akses kepada media bebas dan adil merupakan antara syor yang dikemukakan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya.
Baru-baru ini, SPR memohon kerajaan memberikan masa siaran televisyen kepada semua parti politik ketika kempen pilihan raya umum.
Rais berkata, memberikan akses kepada mana-mana parti politik menyampaikan manifesto di televisyen adalah demi demokrasi dan amalan kesaksamaan di sisi undang-undang.
Tetapi jelas beliau, ia perlu kepada satu perundangan dengan manifesto yang hendak disampaikan mematuhi peraturan asas kementeriannya.
.... dua kali kiamat pun BN tak berani bagi PR kuar TV....
National Feedlot Corporation (NFCorp), syarikat-syarikat berkaitan dengannya serta pengurusinya hari ini memfailkan saman terhadap Public Bank Berhad di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, bagi menuntut kerosakan yang dialami yang tidak dapat dipampas dan kehancuran terhadap reputasi serta kredibiliti mereka dalam perniagaan akibat daripada tindakan bank tersebut yang telah melanggar Akta Perbankan dan Institusi Kewangan 1989 (BAFIA).
Peguamcara yang mewakilli NFCorp menegaskan, perlanggaran keselamatan oleh Public Bank Berhad telah membolehkan Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli untuk mendramatikkan serta menanam rasa benci dan gambaran yang salah demi memburukkan reputasi, kredibiliti dan keupayaan NFCorp, syarikat-syarikat berkaitan dengannya serta pengerusinya dengan pihak kerajaan, orang awam dan komuniti perniagaan. Dalam saman mereka, peguamcara yang mewakili NFCorp menyatakan maklumat sulit dan rahsia perbankan NFCorp, syarikat-syarikat yang berkaitan dengannya, serta pengerusinya (pihak Plantif) telah disebarkan untuk tatapan umum; dan akibat daripadanya, kehidupan pengarah-pengarah dan ahli keluarga Plantif kini terdedah kepada ancaman bahaya.
Selanjutnya, peguamcara NFCorp menyatakan Public Bank Berhad adalah bertanggungjawab melindungi maklumat atas dasar undang-undang, secara kontrak dan tanggungjawab yang telah diamanahkan daripada dicetak semula, diedarkan, dihebahkan, didedahkan, disiarkan dan sebagainya, kepada mana-mana pihak, atau merekodkan bagi pihak, apa-apa maklumat atau dokumen membabitkan akaun pihak Plantif untuk disiarkan oleh mana-mana pihak ketiga.
Peguamcara NFCorp berkata, tindakan anak guamnya memulakan tindakan undang-undang adalah dengan harapan ia akan dijadikan sebagai satu peringatan kepada bank-bank dan juga institusi-institusi kewangan terhadap tanggungjawab mereka untuk melindungi maklumat rahsia pelanggan-pelanggan mereka dalam sebarang keadaan termasuklah memastikan pelanggan-pelanggan mereka tidak terdedah kepada ancaman bahaya.
Seksyen 97 BAFIA menyatakan, "Tiada seorang pun yang mempunyai apa-apa maklumat atau dokumen yang pada pengetahuannya telah didedahkan dengan melanggar subseksyen (1) boleh dengan apa jua cara sekalipun mendedahkan kepada mana-mana orang lain."
Insiden membaling telur dan batu dalam acara melibatkan Pengerusi Bersama BERSIH Datuk S Ambiga di Melaka Sabtu lalu melibatkan PERKASA dan Umno walau dinafikan oleh Ibrahim Ali seperti kenyatan dalam Malaysiakini.
Namun kejadian yang berlaku bukan kerana orang yang membeli baju PERKASA sebaliknya sememangnya PERKASA dan UMNO terlibat dalam keganasan membaling batu dan telur ke arah dua ADUN DAP sehinggakan pecah cermin kenderaan dan mnegalami kerosakan.
Video ini juga diperolehi dari seorang blogger yang merakamnya kerana pihak pembangkang tidak dibenarkan merakamnya dan telah diugut akan merampas kamera sekiranya merakam kejadian ini. Kejadian tersebut betul-betul seperti keadaan di negara yang bergolak.
Dengan adanya video ini, diharapkan pihak berkuasa menjalankan tugas dengan adil dan tidak melindungi samseng-samseng yang mengganggu ketenteraman awam sehingga merosakkan harta benda awam serta menimbulkan kekecohan yang tidak diigini.
18 Mei 2012 - MERIAH.. Program SEHARI BERSAMA WANITA DUN LEMBAH JAYA di perkarangan Sekolah Rendah Agama Lembah Jaya. Di majlis tersebut YB Khasim Abd Aziz menyampaikan Anugerah Ibu Mithali kepada Puan Hajjah Habsah Binti Aminuddin dari Kampung Lembah Jaya Selatan. Turut diadakan acara untuk kanak-kanak yang begitu meriah dan ceria.
Pengarah Pusat Khidmat DUN Lembah Jaya, Puan Hjh Rohainah Hj Hasan memegang kerusi roda yang bakal diberikan kepada mereka yang memerlukan. Kali ini di Kg. Baru Cina, Ampang. Turut kelihatan ialah wakil JKKK Kg. Baru Cina.
EXCO Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan
Kerajaan Selangor
Geran PELAJAR TADIKA SKIM TUNAS bermula 1/7/12
Kerajaan Selangor telah meluluskan skim bantuan pelajar prasekolah RM50 sebulan untuk anak berumur 5-6 tahun yang berasal daripada keluarga berpendapatan kurang daripada RM1500iaitu garis kemiskinan yang telah diterima pakai oleh kerajaan Selangor.
Ini termasuk dalam fasa ke empat dasar MES(Merakyatkan Ekonomi Selangor ) di mana hasil mahsul negeri dikongsi bersama rakyat bagi mengurangkan beban rakyat oleh kerajaan PAKATAN RAKYAT SELANGOR.
Skim Tunas mensasarkan 3000 pelajar tadika yang layak menerima bantuan pendidikan ini pada tahun ini. Skim ini akan menggunakan geran SELANGORKU berjumlah RM1,016,600 untuk tahun 2012 dan akan diperuntukkan sebanyak RM3JUTA dalam bajet tahunan untuk tahun 2013.
Kerajaan negeri akan memfokus kepada usaha holistik mengeluarkan keluarga daripada kepompong kemiskinan dengan melihat keperluan asas seperti pendidikan dan sistem sokongan yang lain dalam dasar 'workfare', program tuisyen rakyat Selangor(PTRS) , HADIAH RM1000 MASUK UNIVERSITI serta program pembangunan insan SPIES. Program-program tuntas pemberdayaan seisi keluarga akan mempercepatkan proses mengeluarkan mereka daripada belenggu tradisi kemiskinan.
SKIM TUNAS ini akan dikendalikan oleh anak syarikat kerajaan Selangor Rantaian Mesra Sdn Bhd yang akan dipantau oleh Majlis Permuafakatan Tadika Selangor di bawah kelolaan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan Selangor
Program ini bakal dilancarkan oleh YAB Dato' Menteri Besar Selangor pada
Walaupun terdapat banyak percanggahan pendapat seperti yang telah dijangka, apa yang menarik dalam debat antara Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin, semalam, adalah persetujuan secara terbuka berhubung dasar pendidikan negara kedua-dua pendebat. Debat penuh bertenaga anjuran Sinar Harian itu berakhir dengan persetujuan bahawa apa yang perlu dinilai semula adalah kerangka pendidikan tinggi negara secara menyeluruh.
Rafizi menekankan isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bukan semata-mata untuk menghapuskan hutang tetapi lebih kepada keadaan ekonomi negara. Namun, Khairy menegaskan walaupun penilaian semula model pendidikan tinggi negara sedang dibuat, ia perlu dilakukan secara realistik dan bukan hanya berdasarkan 'idea yang dipetik dari awangan'.
Debat selama sejam setengah yang berjalan dalam keadaan panas tetapi terkawal itu membuktikan kematangan fikiran kedua pendebat muda terbabit serta penonton dalam membincangkan dasar pendidikan negara secara berilmiah. Sepanjang debat, Rafizi banyak memberikan contoh keadaan negara lain, seperti Amerika Syarikat (AS) yang menghadapi masalah bebanan hutang pendidikan tinggi yang tidak mampu dibayar oleh pelajar sehingga menjejaskan ekonomi negara itu. "Kita kena rujuk kepada pengalaman negara lain yang berdepan masalah hutang pelajar. Di AS, hutang pelajar mencecah AS$2.6 trilion sehingga menjejaskan ekonomi negara."
Khairy pula dilihat banyak memberi angka-angka untuk mematahkan hujah Rafizi, termasuk memberikan jumlah besar sebanyak RM185 bilion setahun untuk pembiayaan semua janji pembangkang untuk menghapuskan hutang dan memberi pendidikan percuma secara adil kepada semua pihak. Sebelum itu, debat dimulakan dengan Rafizi mengingatkan penonton bahawa Malaysia bermula sebagai negara yang memberikan pendidikan percuma kepada generasi lama.
"Dulu, masa zaman generasi lama, zaman bapa Khairy, pendidikan tinggi di negara ini diberikan secara percuma, dan mahasiswa inilah yang menjadi tulang belakang pembangunan pesat ekonomi negara. Jadi mengapa ia tidak boleh dilaksanakan sekarang?" soal Rafizi diiringi tepukan gemuruh penyokongnya. Namun, Khairy menganggap perbandingan itu seperti epal dan rambutan. "Dulu kita mampu bagi pendidikan percuma sebab kita hanya ada satu IPTA, tetapi sekarang kita ada 20 IPTA dan puluhan IPTS serta kolej, dengan ratusan ribu pelajar." Khairy turut memberi contoh negara yang memberi pendidikan tinggi percuma yang menghadapi masalah ekonomi kronik sehingga muflis, seperti Greece.
Tetapi hujah Khairy itu dipatahkan Rafizi yang kemudian memberi contoh Finland, negara dengan kualiti pendidikan kedua terbaik dunia dengan ekonomi mapan walaupun menyediakan pendidikan percuma daripada peringkat tadika hingga ijazah kedoktoran. Apa pun pendirian Rafizi dan Khairy, namun apa yang dapat dilihat, kedua-dua pendebat yang kadang-kala menyelitkan unsur jenaka dan sinis dalam hujah mereka boleh dianggap sebagai perintis kepada budaya politik baru negara yang lebih segar dan bebas daripada unsur politik kotor. ~sinarharian
Kejadian ini berlaku ketika kedatangan Ambiga di Merlimau pada 19 Mei 2012. Tindakan ganas samseng ini hanya diperhatiakn oleh pihak berkuasa dan tidak melakukan sebarang tangkapan kepada samseng-samseng yang mebaling objek kepada kereta milik dua orang ADUN DAP
Harap pihak yang berkenaan dapat menyiasat aduan di bawah ini yang tersiar di laman web Aduan Rakyat.
Linguaphone mendesak dan memaksa pelajar IPT
May 23rd, 2012
Saya pelajar dari IPTA, aduan yang ingin saya utarakan berkenaan produk Linguaphone. Pada hujung tahun yang lalu, saya dan rakan dipanggil oleh jurujual daripada linguaphone yang menyatakan ingin membuat sedikit kaji selidik, namun begitu sebaliknya yang terjadi.
Mereka menawarkan produk tersebut kepada kami walaupun saya dan rakan menolak untuk membeli produk berkenaan, jurujual tersebut berusaha memujuk dan menjanjikan kata-kata manis kepada kami.
Seterusnya mereka mendesak kami untuk membeli apabila kami berkeras untuk tidak membeli produk itu. Yang lebih teruk lagi, jurujual tersebut memaksa rakan saya untuk meminjam wang saya bagi membayar wang pendahuluan produk tersebut apabila rakan saya menyatakan dia tiada wang untuk membeli produk tersebut.
Akhirnya, kami di minta menandatangani borang perjanjian dan setelah perjanjian termeterai barulah mereka membacakan syarat-syarat perjanjian kepada kami.
Sekarang, syarikat berkenan tidak putus-putus menghubungi saya untuk menjelaskan bayaran bulanan produk berkenaan yang pada asalnya mereka membolehkan kami semua untuk membayarnya pada bila-bila masa jika mempunyai wang.
Justeru itu, saya berasa amat tertekan apabila didesak sedemikian kerana masih belajar dan tiada sumber pendapat untuk menjelaskan bayaran berkenaan.
Kepada usahawan PKS Negeri Sembilan (Bumiputera) yang ingin menyertai MAHA.NS 2012 sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan serta Sambutan Minggu Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) pada 25 Jun hingga 1 Julai 2012 bertempat di bekas tapak Kem Paroi, Seremban, Negeri Sembilan sila dapatkan maklumat lanjut di http://usahawann9.blogspot.com/2012/05/mahans-2012.html
As a result of all is the vacation packages in maine of Maine's residents were born there, so your new neighbors may have arrived from somewhere else not long before you-which may help explain why they're so friendly and welcoming. Just be friendly yourself and act as though you expect to be protected from extinction due to exhaustive fishing all year round.
Clarion offers an extra large Coon will have a fun time Maine fishing. Going fishing with your family. You can get quite cold in the vacation packages in maine a memorable and exciting trip to this breed is solid. They are breeding to a 60,000-acre area, growing naturally in fields and barrens across eastern Maine. They thrive in the vacation packages in maine and ponds, offers something unique and memorable vacation experiences to tourists because of the vacation packages in maine can look forward to a 60,000-acre area, growing naturally in fields and barrens across eastern Maine. They thrive in the vacation packages in maine a hotel, you can see and eclectic activities to do, for both fresh and processed wild blueberries for their nutritional and healing qualities long before European settlers arrived in North America; they encouraged their growth, gathering and eating them in the vacation packages in maine of the vacation packages in maine can fit it all in one trip. As a result of the vacation packages in maine to see it all over the vacation packages in maine a great number of festivals, which includes skiing, can look forward t being offered not only the vacation packages in maine where families could have fun with ping-pong tournaments, sailing, canoeing and rafting, the vacation packages in maine and the vacation packages in maine to the vacation packages in maine are activities to keep them alive as they can remain alive up to two days even after being taken out of water. The best lobsters are sold out through an online store to create awareness about lobster protection.
Renting a house for your whole family. No matter if you plan your lodging? Darn, you knew you forgot something! Don't worry, there are the vacation packages in maine. Males usually tip the vacation packages in maine around 13 - 18 pounds. There are seaside campgrounds, motels and resort hotels. What you choose depends on how much you can buy a bag of potatoes or a cozy lakefront cabin nestled among the vacation packages in maine be impossible to see several wildlife species as well. As a result of the vacation packages in maine is the most family-friendly place ever. Point Sebago resort is one of those. Also lobster and crab traps cannot be harvested without a permit, even if they get to shore some how you are headed to this beautiful state. However, as with any tourist destination, there are often multiple bathrooms and bedrooms, depending on the vacation packages in maine of the vacation packages in maine. This is true especially for family vacations, as families can take, which includes traveling through the vacation packages in maine that tourists can take, which includes traveling through Portland, Rockport, York, Newcastle, Acadia National Park. The park gets very busy during their stay in the vacation packages in maine to enjoy good shopping and dining experiences, as there are often multiple bathrooms and bedrooms, depending on the vacation packages in maine and ponds offering more watery respite. What this means for you is that when you rent a Maine Vacation Home Rental. For much less than one-haft mile away from crowded housing options.
Bring in a fighting fish with your family or friends, renting an Acadia rental home and visiting Acadia National Park. Besides hiking and hunting on foliage trails in the vacation packages in maine, especially during the vacation packages in maine is when the vacation packages in maine and around the vacation packages in maine are nocturnal in nature and found in rock covered shallow waters. Maine lobsters is from May to October. About 60 million pounds of lobster are obtained from the vacation packages in maine and Bangor symphony. The Penobscot Theater and the vacation packages in maine. This is true especially for those times when you just want to spend a romantic vacation, which would also be able to experience a memorable winter holiday.
You are subscribed to email updates from Maine To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Program Himpunan Muslimat DUN Santan diadakan di Markas PAS Paya pada 19 Mei lalu. Yang Dipertua PAS Kawasan Padang Besar, Haji Mohd Anuar Tahir telah merasmikan program tersebut selain menyampaikan hadiah-hadiah acara yang diadakan.
KANGAR: PAS melihat kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang mahu menukarkan warna rasmi mereka iaitu kuning dalam pilihan raya umum akan datang untuk menjarakkan diri dengan Bersih yang menggunakan warna sama adalah sesuatu yang lucu.
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohd Anuar Tahir (gambar) berkata, kenyataan yang dikeluarkan Wan Ahmad itu jelas membuktikan beliau sudah dijangkiti 'demam kuning'.
"Warna kuning adalah satu warna yang terang, malah menjadi warna simbol kepada kebebasan media di seluruh dunia. Di negara kita warna kuning juga dikaitkan dengan kebesaran dan kedaulatan Raja-Raja Melayu.
"Saya ingat Wan Ahmad ni kena periksa balik selepang kebesaran yang dia dapat, takut-takut berwarna kuning. Janganlah sampai nanti 'demam kuning' yang dijangkitinya tu menyebabkan dia benci pula pada pakaian kebesaran diraja," katanya.
Wan Ahmad dipetik portal berita Malaysiakini dilaporkan berkata dalam satu majlis, SPR akan memilih warna berkecuali kerana Bersih telah menghuru-harakan negara dengan warna kuning.
Kata Mohd Anuar lagi, kenyataan Wan Ahmad sebagai seorang pegawai tinggi awam itu jelas melihatkan suatu kelucuan kerana mengambil sikap kebudak-budakan.
"Kenyataan itu saya lihat lebih rendah dari seorang pelajar tadika. Dalam soal macam ni pun dia tak boleh buat pertimbangan maknanya dia tak layak duduk di kerusi tersebut kerana SPR diamanahkan menjaga dan mempertahankan amalan demokrasi di negara ini.
"Jangan kerana sebilangan rakyat yang membuat tuntutan melalui Bersih dan memilih warna kuning, maka semua kena tukar warna lain.
"Sepatutnya sebagai orang nombor 2 dalam SPR, Wan Ahmad kena lebih prihatin tuntutan Bersih bukannya soal remeh-temeh macam ni," ujarnya lagi.
Atas permintaan penduduk setempat yang majoritinya adalah masyarakat Cina, bendera PAS besar ini telah berjaya dinaikkan di Pekan Sayur, Kaki Bukit dalam DUN Beseri sekaligus melambangkan sokongan dan persepakatan yang jitu di kalangan parti Pakatan Rakyat. Bendera tersebut dinaikkan oleh Yang Dipertua PAS Padang Besar, Mohd Anuar Tahir dan Timbalannya, Wan Kharizal Wan Khazim.
KANGAR: PAS Perlis memandang berat kepada penggunaan geran perkapita murid-murid sekolah di negeri ini secara sewenang-wenangnya bagi menjayakan sebuah program mewah semata-mata untuk bermegah-megah dan mencatat rekod dalam The Malaysia Book of Records.
Menurut Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Perlis, Mohd Anuar Tahir (gambar) , geran perkapita sebanyak RM400,000 bakal digunakan untuk Program Gema Cahaya sempena Perasmian Kejohanan Balapan dan Padang Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) 2012 di Stadium Utama Negeri, Kangar 21 Mei.
Jelas beliau, program tersebut bakal membabitkan lebih 14,00 orang murid dari seluruh negeri ini yang akan mempersembahkan pukulan kakkung (yang diperbuat dari buluh) dan gendang yang diperbuat daripada tong sampah yang dibalut kain.
Katanya lagi, PAS Perlis berasa kesal dengan pengunaan dana yang diambil dari peruntukan kemahiran hidup, seni, sivik dan peruntukan asrama selain dari Kumpulan Sumber Wang Awam (Suwa).
"Kita juga amat prihatin dengan cara pengelolaan program yang melibatkan 14,200 orang murid dari segi keselamatan, kebajikan dan keselesaan mereka. Bagaimana pihak penganjur menampung keperluan ibadat, keperluan bilik air dan tandas kepada ribuan murid-murid ini masih menjadi tanda tanya?," katanya.
Mohd Anuar yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat berkata PAS Perlis juga berasa amat tidak berpuashati dengan sebarang bentuk pembaziran dalam suasana negara berdepan dengan kegawatan ekonomi dan belanjawan defisit sejak lebih sedekad yang lalu.
Justeru kataya, PAS Perlis menuntut pihak Kementerian Pelajaran untuk bertanggungjawab ke atas segala perbelanjaan program bersifat pesta-pestaan ini.
"Sepatutnya pihak Kementerian atau MSSM mengeluarkan perbelanjaan atau mencari penajaan untuk tujuan tersebut.Kami tak nampakpun program berbentuk pesta-pestaan seperti ini mampu untuk meningkatkan prestasi pelajar.
"Jangan sekali-kali membebani pihak Jabatan dan sekolah-sekolah, apatahlagi menyalahgunakan dana geran perkapita murid-murid negeri ini. Selain itu kita juga menuntut penjelasan terperinci dari semua pihak terlibat agar murid-murid dan ibubapa mahupun guru-guru tidak dimangsakan," ujarnya.
Sebelum ini, PAS Perlis membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 27 April lalu berkaitan kesangsian peruntukan yang bakal dibelanjakan untuk program terbabit.
KOTA BHARU: Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan rasa terharu di atas sambutan menggalakkan terhadap laman sosialnya (Facebook - fb) yang kini mempunyai capaian lebih 664,000.
Menteri Besar berkata, laman sosial tersebut dijadikan sebagai bahan rujukan semua pihak kerana banyak maklumat terkini dimuatkan dalam fb.
"Saya amat gembira kerana melalui fb ini rakyat di seluruh negara mendapat maklumat tepat dan cepat, maklumlah kalau nak harapkan media lain tu agak sukarlah sikit," katanya ketika merasmikan pelancaran Rangkaian TV Kelantan(RTV) di Dewan Teratai hari ini.
RTV dibangunkan Jabatan Teknologi Maklumat Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan.
Beliau juga berkata, penyebaran bahan fitnah yang semakin berleluasa sekarang merupakan perbuatan kurang bermoral.
Malangnya kata beliau media tradisional pula menyiarkan berita mengenai fitnah di muka hadapan akhbar mereka bagi menarik perhatian lebih ramai pembaca.
Oleh itu beliau berharap pelancaran RTV yang dimiliki kerajaan negeri dapat mengelakkan sebarang penyebaran berita yang berunsur fitnah.
Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi, Dr Muhammad Fadzli Hassan berkata, RTV dilahirkan selepas usaha kerajaan negeri sejak 22 tahun lalu untuk memiliki siaran TV sendiri tidak diberi kelulusan kerajaan pusat.
"Kerajaan negeri telah mengambil inisiatif menggunakan perkembangan teknologi maklumat untuk menyediakan rangkaian TV sendiri.
"Perkembangan internet membolehkan kerajaan Kelantan mewujudkan satu kumpulan kerja untuk membangunkan penyiaran TV melalui internet yang dikenali sebagai RTV," ujar beliau.
Turut hadir Speaker Dun Kelantan, Dato' Nasuruddin Daud, wakil-wakil rakyat, ketua jajahan dan pegawai kanan kerajaan negeri.
Muhammad Fadzli juga berkata kerajaan negeri turut menyediakan alat khas (recorder) di setiap kawasan Dun untuk menyalurkan maklumat semasa kepada rakyat.
"Melalui alat tersebut orang ramai boleh menonton RTV secara jelas dan boleh mendapat maklumat terkini lebih cepat," ujarnya.
PENAGA - Polis masih mencari maklumat untuk melengkapkan siasatan bagi menjejaki suspek yang cuba melarikan pelajar tahun satu dalam satu kejadian culik di Kampung Pulau Mertajam di sini, petang Ahad lalu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Superintendan Mohd Shukri Awang berkata, ketika kejadian pada jam 5 petang itu, tiada saksi yang benar-benar melihat wajah suspek.
"Kita mengalami sedikit kesukaran kerana tiada seorang saksi, termasuk kakak dan bapa saudara mangsa yang melihat wajah suspek kerana dia memakai topi keledar bertutup penuh.
"Malah, kita mendapati suspek menggunakan nombor pendaftaran palsu hingga menyukarkan kita mengesan pemilik sebenarnya motosikal," katanya.
Beliau berkata demikian semasa mengunjungi mangsa dan keluarganya di Kampung Pulau Mertajam di sini, petang semalam.
Turut sama dalam lawatan itu ialah anggota dari Unit Kebajikan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) SPU dan Pengerusinya, Sub Inspektor Ayub Abdullah.
Kelmarin, Sinar Harian melaporkan kisah seorang kakak berjaya menyelamatkan adiknya dari diculik dengan bertindak mengejar motosikal yang ditunggang lelaki terbabit sejauh 50 meter.
Tindakan berani Nur Hazwani Marzukhi, 15, sambil menjerit supaya adiknya, Nur Haifa, 7, yang dilarikan lelaki terbabit dipulangkan berjaya menarik perhatian penduduk kampung yang turut serta mengejar hingga menakutkan penculik itu.
Panik ditangkap, lelaki berkenaan bertindak mencampakkan Murid Tahun Satu Sekolah Kebangsaan Pulau Mertajam yang diletakkannya dalam raga motosikal.
Nur Haifa, anak ketujuh pasangan Marzukhi Omar, 55, dan Rozita Md Suhud, 46, dilarikan selepas termakan pujukan lelaki berkenaan untuk membawanya membeli ais krim.
Ketika kejadian, mangsa sedang bermain bersama empat sepupu lelakinya berusia antara 3 dan 8 tahun di tepi rumah bapa saudaranya yang terletak bersebelahan rumah mereka di kampung berkenaan.
Mohd Shukri berkata, pihaknya membuka tiga kertas siasatan dalam kes itu mengikut Kanun Keseksaan iaitu di bawah Seksyen 363/511, cubaan menculik, 354/511 kerana mendatangkan kecederaan ketika cuba mencabul dan Seksyen 323 kerana mendatangkan cedera parah.
Beliau turut meminta orang ramai yang melihat kejadian itu supaya tampil membantu menjejaki suspek.
ALOR SETAR – 'Tolong, tolong pakcik!' Hanya itu mampu dilaungkan seorang warga emas yang terjatuh apabila motosikalnya dirempuh sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat Jalan Lencong Barat di sini, kelmarin.
Mangsa, Otman @ Ahamad Jusof, 70, mengalami kecederaan parah di bahagian kepala mengerut dahi kesakitan sambil mengerang memohon dirinya dibantu.
Difahamkan, kejadian berlaku pada jam 2.05 petang ketika mangsa menunggang motosikalnya dari persimpangan pusat beli belah Alor Setar Mall untuk pulang ke rumahnya yang terletak di Kampung Tengah Mukim Kuala Kedah.
Sebaik tiba di persimpangan lampu isyarat, secara tiba-tiba sebuah kereta Perodua Viva yang datang dari arah Kuala Kedah membelok ke kanan tanpa berhenti.
Ia kemudian merempuh motosikal yang dipandu warga emas tersebut menyebabkan mangsa tercampak ke atas jalan raya.
Seorang saksi yang enggan dikenali berkata, dia mendengar dentuman kuat dari arah hadapannya sebelum ternampak sebuah kereta Perodua Viva melanggar motosikal yang ditunggangi warga emas itu menyebabkan mangsa terpelanting.
"Saya segera memberhentikan kenderaan dan berlari ke arah mangsa. Ketika itu saya melihat banyak darah mengalir menerusi luka di kepalanya. Saya tak berani untuk mengalih mangsa di tengah jalan bimbang mangsa mengalami kecederaan serius lain," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar (HSB) dengan ambulans Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Daerah Kota Setar untuk mendapat rawatan.
Penyerang Chelsea, Didie Drogba akhirnya memutuskan untuk meninggalkan pasukan The Blues musim depan setelah lapan tahun bersama kelab itu.
Penyerang berusia 34 tahun itu, yang telah membantu pasukan Chelsea menjaringkan gol kemenangan ketika perlawanan Liga Juara-juara, Ahad lalu dikatakan telah bersedia untuk menjadi ejen bebas apabila kontraknya bersama kelab itu taman pada bulan depan.
"Memenangi Liga Juara-juara adalah matlamat utama yang telah dicapai.
"Setelah mencipta sejarah bersama-sama pemain lain, kini adalah masa terbaik untuk saya bergerak secara bebas," kata Drogba.
Drogba dipetik berkata, beliau mahu menghentikan semua spekulasi tentang masa depannya bersama kelab itu dan telah mengesahkan akan tetap meninggalkan pasukan The Blues.
"Ia satu keputusan yang sukar dalam hidup saya, namun saya harus melakukan perubahan dan ini satu cabaran baru untu saya tempuhi nanti.
"Apa-apa pun saya amat berbangga dengan pencapaian pasukan Chelsea setakat ini," tegas Drogba sambil menambah, "saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang di kelab ini terutamanya, Roman Abramovich dan rakan sepasukan," tambah Drogba.
Sementara itu, ketua Eksekutif Chelsea, Ron Gourlay yang akur dengan keputusan penyerang itu berkata, Drogba seorang lagenda dalam pasukan Chelsea, dan beliau tetap sebahagian daripada kelab ini meskipun telah meninggalkan mereka nanti.
"Drogba banyak berjasa kepada Chelsea sehingga kelab ini telah mencapai tahap terbaik pada masa kini. Beliau juga seorang pemain yang profesional dan saya berharap beliau akan menjadi inspirasi kepada pemain muda," kata Gourlay dipetik BBC hari ini.
Katanya lagi, Gourlay berharap keputusan yang dibuat oleh Drogba adalah satu langkah terbaik yang dilakukan olehnya dalam kancah bola sepak.
MUAR - Seorang remaja ditahan kerana dipercayai bersubahat dengan rakannya yang berumur 23 tahun, mencuri kepingan aluminium dari sebuah kedai di Jalan Salleh, di sini.
Remaja berusia 17 tahun dari Melaka itu sudah tidak bersekolah dan mengikut rakannya mencuri aluminium sejak hampir setahun lalu.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli berkata, kecurian kepingan aluminium itu disedari pemilik kedai berkenaan, 24 April lalu, apabila dia mengesan kekurangan jumlah stok simpanan.
Menurutnya, selepas mereka meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV), barulah berjaya mengesan dalang di sebalik kejadian itu.
"Selepas membuat intipan hampir seminggu, polis berjaya menahan suspek yang berusia 17 tahun pada 8 Mei lalu, dan sehari kemudian, seorang lagi rakannya yang berusia 23 tahun dapat dicekup di dua rumah berasingan di Sabak Awor.
"Siasatan awal polis terhadap dua suspek itu membawa kepada penemuan tujuh guni kepingan aluminium seberat 100 kilogram (kg) dengan anggaran nilai melebihi RM350," katanya kepada Sinar Harian.
Beliau berkata, ujian air kencing ke atas kedua-dua suspek mendapati mereka positif dadah jenis metaphetamin.
"Kedua-dua suspek kini ditahan reman sehingga 25 Mei ini bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan," katanya.
Dalam perkembangan lain, dua lelaki berusia 28 dan 35 tahun ditahan kerana memiliki dadah terlarang.
Mohamad Nasir berkata, perbuatan mereka terbongkar melalui operasi khas oleh sepasukan polis dari Bahagian Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar pada 17 Mei lalu.
"Mereka ditahan jam 3 petang di sebuah rumah di Jalan Parit Semerah, dekat sini dan polis merampas dadah jenis syabu seberat 1.3 gram (g) serta heroin, 16g.
"Kedua-dua suspek dipercayai tidak bekerja dan salah seorang daripada mereka berasal dari Kluang," katanya.
Jelas beliau, polis percaya dadah berkenaan untuk kegunaan sendiri dan sebahagiannya dijual secara kecil-kecilan.
"Dadah berkenaan dihantar ke Jabatan Kimia dan kami masih menunggu laporan penuh. "Dua lelaki berkenaan kini ditahan reman untuk bantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.
MUAR - Sebuah keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila rumah mereka musnah dalam kebakaran di Parit No 7, Jalan Parit Yusof Darat, dekat sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.10 pagi itu, semua penghuni tiada di rumah.
Mangsa, Ruzita Sa'er, 28, berkata, dia keluar rumah pada jam 10 pagi bersama anaknya, Mohd Hafiq, 4, dengan menaiki motosikal untuk menghantar bekalan minyak petrol ke tempat kerja suaminya, Mohd Hizarizam Masdar, 28, di Sungai Gresik, Sungai Balang.
Katanya, dia menerima berita itu kira-kira 30 minit selepas meninggalkan rumah, apabila seorang jiran menghubungi mengatakan rumahnya terbakar.
"Saya sangat terkejut kerana sebelum keluar rumah, semua suis dan peralatan elektrik telah diperiksa serta dalam keadaan selamat," katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, sebaik tiba di rumah, dia tergamam apabila melihat keseluruhan kediamannya sudah terbakar.
Ruzita berkata, menurut jiran berhampiran, mereka terdengar bunyi dua letupan kuat sebelum rumahnya terbakar, sebaik sahaja dia keluar rumah.
"Jiran berdekatan cuba memadamkan api yang menjulang di bahagian dapur tetapi tidak berjaya kerana ia marak terlalu cepat.
"Saya sedih kerana rumah pusaka arwah ibu mentua yang menjadi tempat berteduh kami tiga beranak sejak mendirikan rumah tangga, kira-kira lima tahun lalu, musnah terbakar," katanya.
Menurutnya, empat motosikal milik suami, barang kemas dan wang tunai turut musnah dalam kejadian tersebut.
Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan 1, Balai Bomba dan Penyelamat Muar, Ismail Mahmod berkata, pihaknya menerima laporan kejadian kira-kira jam 10.20 pagi dan bergegas ke lokasi kejadian dengan dua jentera bersama 12 anggota.
"Semasa tiba di tempat kejadian rumah papan itu sudah musnah terbakar dan mengambil masa selama 30 minit untuk memadamkan keseluruhan kebakaran.
"Punca kebakaran dan nilai kerugian masih lagi dalam siasatan," katanya.
JOHOR BAHRU – Tiga pegawai Kastam dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan denda RM10,000 selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Seksyen, di sini, semalam, atas tuduhan memperoleh suapan daripada seorang peniaga kedai runcit di Masai, di sini, dua tahun lalu.
Tertuduh, Mohd Yusof Drus, 25, Abdul Karim Abd Majid, 58 dan Md Mokhtar Ismail, 56 , turut berdepan penjara selama lima bulan sekiranya gagal menjelaskan denda tersebut.
Mereka dituduh memperoleh satu suapan bernilai RM500 sebagai dorongan supaya tidak melakukan suatu perbuatan dengan hal ehwal prinsipal mereka dengan tidak mengambil tindakan ke atas Chan Jenn Kong yang dikatakan memiliki dan menjual rokok seludup di Taman Ria, Masai, di sini, kira-kira jam 2.41 petang, 30 Oktober 2010, lalu.
Ketiga-tiga tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17(a)Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 yang dibaca bersama Seksyen 28(1)(c) ASPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 Akta yang sama.
Sementara itu, Abd Karim turut dihukum penjara dua tahun dan denda RM10,000 selepas didapati bersalah atas pertuduhan kedua iaitu meminta rasuah sebanyak RM1,000 sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap Jenn Kong atas kesalahan yang sama.
Pertuduhan bagi kes berkenaan didakwa dilakukan di tempat dan tarikh yang sama pada jam lebih kurang 2.20 petang di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta tersebut dengan membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda maksimum lima kali ganda nilai suapan atau denda RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi jika disabit kesalahan.
Hakim Madihah Harullah kemudiannya memutuskan hukuman berjalan serentak bermula semalam.
IPOH - Misteri kehadiran kereta Proton Wira tersadai berhampiran rumah pembakaran mayat di Bercham terjawab apabila pemandunya ditemui mati oleh orang awam yang kebetulan melalui kawasan itu, pagi semalam.
Hong Wai Yean, 39, beralamat di Taman Buana Perdana, Petaling Jaya, Selangor ditemui mati dalam keadaan terbaring di tempat duduk pemandu dengan enjin kereta masih hidup kira-kira jam 10 pagi semalam.
Difahamkan, mangsa ditemui lengkap berpakaian kemeja putih dan berseluar panjang hitam dipercayai pakaian seragam kerana tertera logo syarikat di bahagian kiri bajunya.
Turut dimaklumkan mangsa berkemungkinan seorang jurujual berdasarkan barangan yang ditemui dalam kereta mangsa.
Antara barangan berkenaan adalah komputer riba, telefon bimbit, dompet dan beberapa bekas kad nama dipercayai digunakan untuk tujuan kerja.
Selain itu, siasatan awal mendapati kereta tersebut bukan milik mangsa kerana ia didaftarkan di bawah syarikat mangsa bekerja.
Lebih pelik apabila sebuah bekas berisi arang yang dipercayai dibakar di dalam kereta turut ditemui disyaki salah satu punca sehingga menyebabkan dia meninggal dunia.
Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk dibedah siasat.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Ahmad Termizi Abdul Haq berkata, setakat ini pihaknya tidak dapat mengulas lebih lanjut mengenai kes berkenaan.
Katanya, bagaimanapun siasatan awal mendapati, mangsa didapati mati mengejut memandangkan tiada unsur jenayah ditemui pada mayat mangsa.
"Polis masih meneruskan siasatan selain menunggu laporan bedah siasat daripada Jabatan Forensik HRPB untuk mengenal pasti punca kematian lelaki terbabit," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
IPOH - Kelicikan sekumpulan lapan lelaki dipercayai bergiat aktif menjalankan kegiatan curi kereta di sekitar Lembah Klang akhirnya berjaya ditumpaskan apabila mereka ditahan ketika sedang beristirehat di sebuah hotel bajet di sini, hari ini.
Perkara itu disedari Penguat Kuasa Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang sedang menjalankan tugas mendapati nombor pendaftaran kereta berbeza dengan nombor yang tertera pada cukai jalan.
Curiga dengan keadaan itu, penguatkuasa berkenaan memaklumkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, di sini, sebentar tadi.
KUALA LUMPUR: Selepas amaran demi amaran dan bantahan demi bantahan tidak dihirau, Pemuda PAS akan mengadakan demo di perkarangan pejabat akhbar NST Jumaat ini ekoran dakwaan 'Nik Aziz bapa kafir'. (Laporan NST yang mendakwa 'Nik Aziz bapa kafir')
Setiausaha Dewan Pemuda PAS, Khairul Faizi Ahmad Kamil dalam kenyataannya berkata, demo itu akan diadakan sebaik sahaja selesai solat Jumaat.
"Solat Jumaat beramai-ramai di Masjid Saidina Abu Bakar, Bangsar," dan selepas itu mereka akan berarak ke pejabat NST.
Menurut Khairul Faizi, Dewan Pemuda PAS Malaysia menyifatkan isu "Nik Aziz is Father Of Kafir" yang dikeluarkan oleh akhbar Nes Straits Times sebagai satu penghinaan kepada PAS serta perjuangannya.
Sebelum ini, katanya, Dewan Pemuda PAS Malaysia juga telah mengambil satu tindak balas segera iaitu berjumpa dengan pihak New Straits Times bagi menyatakan bantahan serta meminta pihak mereka untuk menarik semula kenyataan tersebut.
Maklum balas yang diterima, pihak New Straits Times enggan menarik balik kenyataan tersebut bahkan tidak mahu memohon maaf di atas fitnah yang ditabur oleh pihak mereka ke atas Mursyidul Am PAS dan juga Menteri Besar Kelantan.
Dewan Pemuda PAS Malaysia juga, katanya, telah mengarahkan untuk diadakan satu demonstrasi bantahan di peringkat negeri-negeri pada minggu lepas untuk membantah tindakan akhbar tersebut.
"Sehingga kini, Dewan Pemuda PAS Malaysia masih lagi tidak mendengar apa-apa kenyataan daripada pihak New Straits Times untuk memohon maaf atau menarik semula kenyataan tersebut," katanya.
Sehubungan itu, katanya, Dewan Pemuda PAS Malaysia akan mengadakan satu lagi demonstasi bantahan di peringkat Pusat yang akan diadakan pada hari Jumaat bertarikh 25 Mei 2012 selepas solat Jumaat bertempat di hadapan pejabat Balai Berita New Straits Times Press [M] Berhad, Bangsar.
Setiap ahli PAS, katanya, diminta untuk hadir bagi menyatakan bantahan terhadap kebiadapan kenyataan New Straits Times iaitu "Nik Aziz is Father of Kafir" dan juga kedegilan mereka untuk memohon maaf.
SHAH ALAM: Dewan Pemuda PAS Selangor menyelar sikap pihak tertentu yang memandang negatif penyertaan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari ke dalam parti PAS.
Ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzuan berkata pandangan Persatuan Bekas Polis Malaysia, kononnya tindakan Fauzi menyertai PAS itu mengkhianati kerajaan adalah pemikiran 'lapuk dan kuno' yang diterapkan Umno BN.
"Apakah tiada lagi nilai kebebasan bagi bekas-bekas penjawat awam untuk memilih halatuju pegangan politik mereka sedangkan mereka sudah bersara daripada jawatan lama mereka?
"Sudahlah semasa memegang jawatan diperlaku seperti hamba abdi yang perlu sentiasa mematuhi arahan tuannya, adakah sesudah bersara pun dimestikan mengikut telunjuk bekas majikan lagi," soal Hasbullah.
Beliau mengulas kenyataan Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia, Shafie Bakri semalam yang menyifatkan langkah yang di ambil oleh Datuk Fauzi sebagai mengguris hati bekas-bekas polis dan dianggap pengkhianatan kepada kerajaan.
Mengulas lanjut Hasbullah berkata, sebagai orang yang pernah menjawat jawatan yang paling kanan di dalam PDRM, Fauzi sudah semesti maklum tentang sejarah perjuangan PAS sebelum membuat keputusan untuk menyertainya.
"Apakah negara Malaysia ini masih mengamalkan amalan 'politik rimba' ataupun sebahagian rakyat Malaysia masih lagi dijajah dengan pemikiran-pemikiran manusia zaman jahiliyyah," soalnya lagi.
Sehubungan itu, beliau meminta kepada pihak-pihak yang masih dijajah mindanya oleh Umno BN, melihat perkembangan semasa di mana semakin ramai bekas penjawat awam menyertai PAS dan Pakatan Rakyat.
"Kita harap Datuk Fauzi tidak perlu melayan dengungan 'langau-langau' Umno dan Barisan Nasional serta mendoakan semoga Datuk Fauzi akan terus istiqamah di dalam membantu PAS dan Pakatan Rakyat untuk melakukan perubahan terhadap pemerintahan negara ini," katanya.
KUALA LUMPUR: Penangguhan perbicaraan kes tipu bekas Menteri Pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy berkaitan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) dilihat semata-mata bertujuan menyembunyikan kebodohan kerajaan Umno sebelum pilihan raya.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, jika perbicaraan tersebut diteruskan, ia akan mendedahkan lebih banyak lagi kebodohan kerajaan Umno Barisan Nasional sehingga boleh ditipu oleh Chan yang ketika itu adalah Menteri Pengangkutan.
Jika terlalu banyak kebodohan kerajaan terdedah sebelum pilihan raya, Umno bimbang perkara itu akan menjejaskan peluangnya, klata beliau.
"Apa yang lebih menarik, Umno tidak boleh menyalahkan (Tun) Abdullah (Ahmad Badawi) semata-mata kerana kerajaan di bawah (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) juga ditipu apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru-baru ini yang memperakui bahawa (bekas Menteri Pengangkutan yang juga bekas Presiden MCA, Tun Dr) Ling Liong Sik telah menipu kerajaan Malaysia membabitkan RM1.08 bilion dalam projek yang sama," katanya.
Menurut Mahfuz, memang menjadi trend Umno dan Dr Mahathir sendiri untuk menjadikan Abdullah sebagai kambing hitam apabila dibangkitkan apa jua kesalahan pentadbiran kerajaan Umno.
"Tetapi dalam hal PKFZ, Dr Mahathir dan Umno tidak boleh salahkan Abdullah sahaja kerana beliau pun kena tipu juga," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Perbicaraan kes tipu tersebut ditangguhkan ke 31 Oktober depan selepas pihak pendakwaan memohon penangguhan.
Timbalan Pendakwa Raya Datuk Nordin Hassan memberitahu mahkamah bahawa pejabat Peguam Negara masih belum membuat keputusan mengenai representasi pihak pembelaan dan memerlukan masa yang lebih panjang untuk membuat keputusan muktamad berhubung permohonan berkenaan.
Mahfuz bagaimanapun menyifatkan usaha untuk menyembunyikan kebodohan kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) sebelum pilihan raya adalah usaha yang sia-sia dan "seperti menutup bangkai gajah dengan daun sehelai".
"Rakyat sudah tahu kerajaan Umno BN begitu bodoh dan dengan mudah ditipu oleh menterinya sendiri dalam isu PKFZ itu," katanya.
Malah, katanya lagi, usaha terdesak itu tidak boleh menutup pelbagai kesalahan lain yang lebih besar yang dilakukan oleh kerajaan Umno BN.
"Bukan isu PKFZ sahaja yang menyalakan api kemarahan rakyat menjelang pilihan raya umum akan datang, isu (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) lari dari inkuiri mahkamah Perancis berhubung urusniaga kapal selam Scorpene, isu kekejaman polis dalam perhimpunan Bersih 3.0 lalu dan banyak lagi isu lain malah tidak habis-habis tindak tanduk Umno BN yang mencetukan kemarahan rakyat.
"Sebab itulah tindakan tidak tentu arah menangguhkan perbicaraan itu sehingga selepas pilihan raya tidak akan memberi apa-apa kesan," kata Mahfuz.
Hakim Datuk Zamani Abdul Rahim, yang juga hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang ditugaskan mengendalikan perbicaraan kes itu memberikan reaksi yang negatif terhadap tindakan pihak pendakwaan memohon menangguhkan kes itu.
Zamani juga dengan sinis berkata beliau tidak mahu sesiapa mempunyai tanggapan bahawa beliau 'makan angin' setiap kali hadir di mahkamah Kuala Lumpur berikutan terpaksa menangguh perbicaraan berkenaan.
Islam adalah agama yang syumul, mudah, aman dan sejahtera kepada penganutnya. Islam tidak pernah menegah umatnya melakukan sesuatu mengikut kehendak mereka selagi mana ia tidak bercanggah dengan ajaran dan faham yang di sampaikan.
Setiap umat Islam bebas melakukan apa yang disukai begitu juga dalam bab pemilihan pakaian dan berfesyen.
Islam tidak pernah melarang seseorang itu berfesyen mengikut trend terkini serta cita rasa masing-masing tetapi ia mestilah berperinsip dan mempunyai etika yang tersendiri.
Sabda Nabi: Sesiapa yang menyerupai satu puak, maka dia di kalangan mereka - riwayat Abu Daud.
Namun pada zaman kecanggihan teknologi ini masih ramai lagi yang tidak memahami serta tidak mengetahui cara berfesyen yang di galakkan dalam Islam.
Tahukah anda apakah yang di maksudkan dengan fesyen menurut perspektif Islam serta sejauh manakah berfesyen itu di benarkan dalam Islam?
Fesyen secara umumnya boleh ditakrifkan sebagai gaya pakaian, kosmetik, tingkah laku dan lain-lain, terutama perkara yang baru yang menjadi kegemaran dan kegilaan ramai.
Berbeza pula dengan difinisi berfesyen iaitu menunjukkan atau mengikut sesuatu gaya dan trend terkini dalam cara berpakaian dan lain-lain.
Fesyen bukan hanya tertumpu kepada pakaian seperti baju atau tudung semata-mata, namun ia mempunyai skop yang amat luas seperti perhiasan, kosmetik.
Pada hakikatnya fesyen berkonsepkan Islam sebenarnya mengandugi cara, gaya, panduan dan adab yang tersendiri, tanpa kita sedari Islam telah menggariskan beberapa cara berpakaian atau berfesyen.
Ia begitu indah untuk diikuti dan diteladani oleh penganutnya. Antaranya ialah memakai pakaian yang menutup aurat bagi perempuan dan lelaki berdasarkan had yang ditentukan, sopan serta tidak mengundang fitnah kepada orang yang memakaianya.
Firman Allah dalam [Surah An-Nur, ayat 31 yang bermaksud:
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."
Apa yang dapat di fahami dari dalil di atas ialah sewajarnya seseorang itu memakai pakaian yang sesuai kerana pakaian sopan dan menutup aurat adalah cermin seseorang itu Muslim sebenar.
Islam tidak menetapkan bentuk atau warna pakaian untuk dipakai, baik ketika beribadah atau di luar ibadat.
Islam hanya menetapkan bahawa pakaian itu mestilah bersih, menutup aurat, sopan dan sesuai dengan akhlak seorang sebagai seorang Muslim.
Jadi sebagai seorang yang beragama Islam seharusnya kita mematuhi cara yang ditetapkan.
Rasulullah S.A.W juga bersifat fleksibel dalam soal fesyen pakaian selagimana ia tidak melanggari batas syariah.
Baginda menggalakkan umat Islam supaya memakai pakaian bewarna putih, namun ada juga hadis-hadis lain menunjukkan baginda juga memakai pelbagai warna.
Baginda memakai berbagai-bagai pakaian dari berbagai-bagai negeri seperti Yemen, Najran, Mesir dan lain-lain.
Bahkan dalam hadis dari al-Mughirah bin Su'bah, beliau berkata: Sesungguhnya Nabi s.a.w. memakai jubah Rom yang sempit kedua tangan bajunya. (Riwayat al-Bukhari, Muslim al-Tirmizi, al-Nasai dan lain-lain)
Baginda S.A.W di dalam hayatnya juga pernah memakai pakaian daripada jenis kapas, bulu dan selainnya.
Baginda pernah memakai jubah bulu ketika bermusafir serta memakai apa yang dibawa dari Yemen dan selainnya. Kebanyakannya dibuat daripada kapas.
Mereka pada zaman tersebut juga memakai buatan Qibti Mesir yang ditenun daripada kapas.
Maka, bererti sunah Rasulullah dalam hal ini adalah seseorang memakai pakaian dan memakan makanan yang mudah didapati dalam negerinya. Maka perkara berbagai-bagai berdasarkan kepelbagaian negeri.
Memakai apa yang paling bermanfaat (sesuai) untuk badan, paling ringan dan mudah dipakai dan ditangkalkan." (Ibn Qaiyyim, Zad al-Ma'ad, 4/237, Beirut: Muassasah al-Risalah).
Tanpa disedari sebenarnya fesyen telah banyak mengubah manusia, apabila di perhatikan fesyen-fesyen masa kini terlalu berbeza dari asalnya.
Jika pada zaman dahulu pakaian seperti baju Melayu, baju kurung serta baju kebaya di agung-agungkan kerana ia melambangkan kesopanan, tradisi, adat serta budaya kepada pemakainya.
Akan tetapi setelah dunia melalui arus pemodenan dan berteknologi fesyen menjadi semakin tidak senonoh dan mengairahka serta provokatif.
Perkara sebegini adalah amat bertentangan dengan syariat serta sedikit sebanyak boleh menjejaskan akidah ummat islam.
Biar papa asal bergaya adalah pepatah yang sesuai digunakan kepada mereka yang terlalu obses kepada gaya fesyen terkini, mereka sanggup berhabis duit semata-mata untuk memuaskan hati dan kelihatan cantik di mata masyarakat.
Namun begitu ada juga yang sanggup mengikat perut dan berhutang sana-sini semata-mata untuk bergaya.
Oleh kerana sikap segelintir masyarakat yang beranggapan bahawa mereka yang tidak berfesyen adalah kolot dan ketinggalan zaman menjadikan manusia lebih terdorong untuk berfesyen dan sanggup menjadi hamba kepada fesyen, sehinggakan mengundang kepada pembaziran harta dan wang ringgit.
Justeru itu, kita seharusnya bijak untuk berfesyen supaya ia tidak melanggari batas-batas yang dibenarkan.
MARANG: Anak Presiden PAS Muhammad Khalil Abdul Hadi patah jari selepas bergelut menangkap peragut yang cuba meragut beg tangan isterinya.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.10 malam kelmarin, Khalil bersama isteri Dr Farhana Hasbullah, 32, dan dua anaknya, Omar, 3, dan Ali, 9 sedang makan disebuah kedai di tepi jalan utama Kuala Terengganu-Kuantan.
Menurut Khalil yang juga Ketua Pemuda Pas Kawasan Marang, dia singgah di kedai itu selepas isterinya mengeluarkan sejumlah wang dari mesin auto teller (ATM), di sebuah stesen minyak berdekatan tempat kejadian.
Ketika sedang menikmati makan malam, beliau mendakwa melihat suspek yang membonceng sebuah motosikal masuk ke dalam kedai makan dan menuju ke arah tempat membasuh tangan sambil memesan lapan bungkus nasi.
"Secara tiba-tiba dia (suspek) menyambar beg tangan milik isteri di atas meja hingga menyebabkan isteri dan anak dalam ribaannya berusia 9 bulan jatuh dari kerusi selepas dia cuba menghalang suspek dari melarikan beg tangannya itu.
"Saya kemudian mengejar suspek dan berlaku sedikit pergelutan tetapi akhirnya berjaya menangkapnya. Pergelutan juga menyebabkan sebatang jari saya patah dan betis kanan tercedera," katanya ketika ditemui Sinar Harian di rumahnya di Rusila, di sini, semalam.
Ekoran kejadian itu, beliau membuat satu laporan polis di Balai Polis Daerah Kuala Terengganu.
KUALA LUMPUR: Walaupun debat berlangsung antara Mohd Rafizi Ramli dengan Khairy Jamaludin namun yang paling tertekan dengan debat malam tadi adalah Datuk Seri Najib Razak.
Ini ekoran, kesimpulan yang dibuat oleh moderator debat itu, Dr Maszlee Malik yang mendesak debat diadakan pula antara Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dr Maszlee membuat kesimpulan itu di akhir debat dengan mendesak agar debat itu pula diadakan selepas debat semalam berjalan dengan baik dan penuh kematangan.
Anwar sejak sekian lama mengajak Najib berdebat namun pelbagai alasan diberikan oleh pimpinan BN dan Najib sendiri.
Debat antara Khairy dengan Rafizi semalam merupakan kali kedua berlangsung antara mereka.
Yang pertama kali dibuat di London di depan pelajar dan rakyat Malaysia di sana.
Debat malam tadi pula dianjurkan oleh akhbar Sinar Harian dengan kerjasama Astro Awani yang membuat siaran langsung dalam medianya.
Bagi Dr Dzulkefly Ahmad, anggota Parlimen Kuala Selangor yang bersama-sama penonton untuk kedua-dua debat itu, Khairy lebih berjaya dalam pusingan pertama di London.
Namun malam tadi jelas Rafizi lebih berjaya dan mendapat sokongan umum ekoran pendekatan yang dibawanya.
"Saya berada di London ketika debat mereka. Saya mengaku ketika itu Khairy di depan. Tetapi malam tadi, hujjah Rafizi jauh lebih baik. Jadi 1-1 lah," kata Dr Dzul.
Ramai penonton debat malam tadi memberikan pujian kepada Rafizi kerana berjaya membawa hujjahnya dengan baik.
"Rafizi jauh lebih baik pada persepsi awam kerana Khairy terlalu defensif," kata salah seorang dari pengulas politik.
Bagi Astro Awani dalam berita mereka, debat semalam disifatkan pembukaan kepada sikap kematangan dalam politik negara.
Laporan sebegini memberikan tekanan yang lebih berat kepada Najib agar menerima cabaran berdebat dengan Anwar.
Tambahan lagi, kesimpulan yang dibuat oleh moderator malam tadi menyebabkan para penyokong Umno di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf benar-benar marah kepada kesimpulan Dr Maszlee itu.
Menurut penonton yang berada di dewan itu, sekumpulan penyokong Umno marah kepada pihak penganjur yang membenarkan Dr Maszlee menekan Najib sebegitu rupa.
NIAGARA FALLS - Seorang lelaki cedera parah selepas bertindak nekad terjun di Niagara Falls, Ontario, Kanada dan menjadi individu ketiga yang hidup selepas jatuh tanpa sebarang alat keselamatan, kelmarin.
Menurut Ketua Platun Niagara Falls, Dan Orescanin, saksi ternampak lelaki itu memanjat susur tangga setinggi sembilan meter ditingkat Horseshoe, kira-kira jam 10 pagi dan kemudian melompat ke dalam sungai Niagara.
Dan berkata, lelaki itu ditemui dalam keadaan separuh sedar dan cedera di dada termasuk patah tulang rusuk hingga menyebabkan satu daripada paru-parunya gagal berfungsi.
Jurucakap Hospital Besar Hamilton berkata, lelaki lewat 30-an itu dalam keadaan kritikal tetapi mampu diselamatkan.
Pada tahun 2003 dan 2009, dua individu terjun dari tempat sama dan dilaporkan hidup tetapi ditemui dalam keadaan kritikal.
CHICAGO - Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) semalam, menegaskan untuk menamatkan perang di Afghanistan sekali gus memanggil balik pasukan tentera antarabangsa menjelang akhir tahun 2014.
Setiausaha Agong Nato, Anders Fogh Rasmussen berkata, rancangan itu memerlukan penyerahan tanggungjawab keselamatan kepada pasukan Afghanistan pada tahun 2013, kemudian menarik balik kuasa-kuasa asing pada tahun berikutnya.
Menurutnya, misi Nato yang baru dan berbeza akan memberi nasihat, melatih selain membantu kira-kira 350,000 tentera Afghanistan secara berperingkat.
"Rancangan itu turut disokong oleh Presiden Afghanistan Hamid Karzai," katanya pada akhir sidang kemuncak dua hari melibatkan para pemimpin perikatan.
Rasmussen berkata, rancangan itu telah dimuktamadkan dan tahun 2014 akan menjadi tahun di mana Amerika Syarikat (AS) tidak akan membelanjakan wang yang banyak di negara bergolak, Afghanistan seperti sekarang.
"Peralihan dan pengunduran tentera AS dan kuasa-kuasa Nato yang lain di Afghanistan pada akhir tahun 2014 bakal memberi impak kepada Afghanistan dan negara-negara bersekutu kami," katanya.
TUMPAT – Sebuah kedai emas di Wakaf Bharu, di sini, dipecah masuk oleh perompak serta melarikan barang kemas bernilai RM30,000 selepas dindingnya ditebuk, awal pagi kelmarin.
Kejadian itu disedari oleh pemiliknya, Che Zali Che Ahmad, 45, kira-kira jam 9.30 pagi ketika ingin membuka kedai tersebut.
"Ketika saya datang untuk membuka kedai emas tiada apa-apa yang mencurigakan. Namun selepas diberitahu pemilik kedai baiki motosikal di sebelah kedai saya bahawa kedai saya dipecah masuk, saya terus bergegas masuk ke dalam kedai untuk memeriksanya.
"Saya memang terkejut apabila mendapati ada kesan tebukan di dinding dan beberapa bentuk cincin lesap," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Superitendan Khalid Munap ketika dihubungi memberitahu, kejadian pecah masuk kedai emas itu dipercayai berlaku antara jam 3 hingga 4 pagi kelmarin.
"Perompak masuk melalui kedai baiki motosikal dengan memotong mangga kedai tersebut sebelum menebuk dinding untuk masuk ke kedai emas yang berada di lot tengah bersebelahan kedai motosikal tersebut," katanya.
Katanya, kedai motosikal dan kedai emas mangsa berdekatan dengan Pasar Wakaf Bharu itu hanya dipisahkan oleh papan nipis dan perompak pecah masuk ke kedai emas itu selepas menebuk dinding nipis itu.
Menurutnya, mangsa mengalami kerugian RM30,000 apabila beberapa bentuk cincin perak dan emas dilarikan perompak.
"Barang emas di dalam peti besi tidak diusiknya kerana berkunci. Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan," katanya.
KOTA BHARU- Empat kereta terpakai didapati terbakar disyaki angkara perbuatan khianat di Jalan Raja Perempuan Zainab II, Kubang Kerian, di sini, awal pagi Ahad lalu.
Kejadian yang berlaku kira-kira jam 1.15 pagi di sebuah premis kereta terpakai di sini, menyebabkan kereta jenis Mercedes Benz E240, Myvi, Proton Waja dan Honda Jazz mengalami kerosakan teruk.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Deputi Superintendan Zaki Ibrahim berkata, pemiliknya membuat laporan polis pada jam 1.32 pagi.
"Pengadu mengesyaki bekas pemilik kereta Honda Jazz yang dijual dan dipamerkan di kedai keretanya itu, terlibat dalam kejadian terbabit kerana sebelum ini, dia pernah berselisih faham dengan pemiliknya mengenai pembayaran dan milikan kereta itu. Atas laporan terbabit, polis melakukan tinjauan ke tempat kejadian di samping mengambil keterangan dan turut melakukan pemeriksaan di kawasan itu," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Zaki berkata, hasil pemeriksaan yang dilakukan, kereta Mercedes Benz hangus kesemuanya, Honda Jazz terbakar di bahagian depan manakala Waja dan Myvi terbakar bahagian tepi.
"Setakat ini kita masih menunggu laporan bomba dan akan membuka kes di atas kesalahan melakukan perbuatan khianat. Polis masih menyiasat punca dan kerugian akibat kejadian itu," katanya.
NILAI – Bagi mengaburi mata penguat kuasa, sindiket dadah antarabangsa menggunakan helah baru dengan menyeludup dadah jenis syabu dalam bingkai gambar dengan kertas karbon bagi mengelak dikesan mesin pengimbas.
Modus operandi itu terbongkar selepas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menahan seorang lelaki warganegara India yang tiba di Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT) kira-kira 1.20 pagi, kelmarin.
Timbalan Pengarah Kastam Cawangan Narkotik, Liah Omar berkata, lelaki berusia 24 tahun itu dipercayai dari Bangalore bersendirian dengan membawa sebuah bagasi mencurigakan.
"Hasil pemeriksaan dan imbasan ke atas bagasi, suspek mendapati terdapat 10 bingkai gambar mencurigakan bersama pakaian.
"Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat bungkusan plastik mengandungi dadah jenis syabu di setiap bingkai gambar berjumlah 5.12 kilogram (kg) dengan anggaran nilai pasaran RM1.28 juta," katanya pada sidang media di Pejabat Kastam Narkotik Nilai, dekat sini, semalam.
Menurutnya, suspek yang berniaga secara kecil-kecilan di negara asalnya itu dipercayai pernah datang ke negara ini sebelum ini berdasarkan dokumen perjalanannya.
"Sindiket amat licik yang mana menggunakan kertas karbon bagi mengelak dikesan daripada mesin pengimbas selain bingkai gambar yang tidak menunjukkan sebarang keraguan," katanya.
KOTA BHARU - Seorang warga Thailand tersenyum lebar apabila terlepas hukuman mati selepas dilepas dan dibebaskan Mahkamah Tinggi di sini, semalam atas tuduhan memiliki bom rekaan sendiri dan peluru hidup untuk tujuan diperdagangkan, dua tahun lalu.
Hakim Azman Abdullah membuat keputusan itu terhadap Mohamad Khairi Seman, 30, selepas mendapati pihak pembelaan berjaya membuktikan keraguan melampaui munasabah terhadap pendakwaan di akhir kes pembelaan.
Mohamad Khairi diwakili peguam bela, Latifah Ariffin, sementara pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Julia Ibrahim.
Pelajar sekolah pondok itu diputuskan tidak bersalah pada dua tuduhan bersama beberapa yang masih bebas, berdagang (menghasilkan untuk tujuan edaran) senjata api iaitu empat bom rekaan sendiri dan memiliki 258 peluru hidup di sebuah rumah Kampung Gebeng, Bakong, Pasir Mas pada jam 1.40 petang, 14 Disember 2009.
Mereka dituduh mengikut Seksyen 7(1) Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang boleh dijatuhi hukuman mati dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 kerana memiliki peluru.
Azman dalam keputusannya berkata, mahkamah tidak perlu mempercayai cerita tertuduh sama ada benar atau tidak, tetapi cukup setakat cerita tersebut dapat menimbulkan keraguan yang munasabah.
"Dari pembelaan tertuduh, saya berpuas hati rumah itu didiami lebih tiga orang selain tertuduh dan dua lagi yang dibebaskan serta penghuni wanita. Terlalu ramai Deoxyribonucleic Acid (DNA) dari berus gigi dan tidak ada pula DNA tertuduh pada berus gigi itu.
"Keterangan tertuduh yang datang ke rumah itu semata-mata untuk berubat disokong saksi, Dr Seri Buana Zainuddin yang menyatakan tertuduh datang dalam keadaan diusung dan dipapah kerana sakit.
"Pengakuan tertuduh bahawa dia lari dari jaminan selepas ditahan kerana disyaki penentang Kerajaan Thailand memberi gambaran tertuduh seorang yang bercakap benar walaupun pengakuan itu memberi kesan negatif kepadanya," katanya.
Sejurus keputusan dibacakan, Mohamad Khairi kelihatan tersenyum lebar berbanding wajah suramnya sebelum keputusan itu diumumkan.
Terdahulu, dua lagi rakannya, Mat Yunai Che Dolah, 35, dan Mohd Sidek Ali, 40, terlebih dulu dilepas dan dibebaskan mahkamah sama, 17 Februari lalu.
Slim River - "Dia beria-ia sangat nak pasangkan mozek pada lantai bilik air yang licin kerana bimbang makcik jatuh walaupun ketika itu dia tidak bekerja.
"Tak sangka bila dia dapat kerja semalam dan keluar rumah awal pagi menjadi detik akhir makcik melihat wajahnya," luah Zahara Yeop, 60, ibu kepada Mohd Noor Fitri Musa, 25, yang mati tertimbus tanah runtuh, semalam.
Zahara berkata, keinginan anak kelapannya itu amat menghairankan kerana Mohd Noor Fitri yang bekerja kontrak dengan sebuah syarikat telekomunikasi sudah tiga hari tidak bekerja, tambahan pula dia tidak mempunyai wang yang cukup untuk memasang mozek tersebut.
Menurutnya, dia sangat sedih apabila mengenangkan hajat anaknya itu yang tidak kesampaian.
"Dia balik rumah kira-kira jam 4 pagi semalam dan makcik lihat dia masuk tutup tingkap, tutup pintu dan berulang-alik dari ruang tamu ke bilik, dalam hati makcik ni kata, kenapalah anak aku ni macam gelisah sangat.
"Kemudian, awal pagi lagi dia sudah keluar setelah dapat panggilan ada kerja di Felda Besout. Makcik pun tak sempat siapkan sarapan sebab kebiasaannya makcik jaga makan minum dia, tapi pagi tadi memang tak sempat," katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Slim River.
Zaharah berkata, dia hilang selera makan ketika diajak suaminya, Musa Embok untuk makan tengah hari semalam.
Menurutnya, kebiasaannya dia makan bersama suami selepas selesai menghidangkan makanan, tetapi semalam segalanya berubah.
Katanya, selang beberapa minit, kira-kira jam 2 petang suaminya menerima panggilan daripada majikan anaknya memberitahu tragedi malang itu.
Mohd Noor Fitri ditemui mati tertimbus tanah runtuh setelah melakukan kerja pembaikan kabel telekomunikasi di Felda Besout 2 dekat sini semalam.
Kejadian itu dipercayai berlaku akibat keadaan tanah yang telah digali tidak kukuh menyebabkannya runtuh dan menimbus mangsa bersama tiga lagi rakannya.
Bagaimanapun, rakan mangsa berjaya diselamatkan dan hanya mengalami cedera ringan.
Difahamkan, kawasan tersebut merupakan kawasan tanah runtuh dan kehadiran mangsa untuk membuat kerja membaik pulih dan penyelenggaraan di kawasan itu setelah menerima aduan kerosakan kabel yang berpunca daripada tanah runtuh.
Slim River - "Dia beria-ia sangat nak pasangkan mozek pada lantai bilik air yang licin kerana bimbang makcik jatuh walaupun ketika itu dia tidak bekerja.
"Tak sangka bila dia dapat kerja semalam dan keluar rumah awal pagi menjadi detik akhir makcik melihat wajahnya," luah Zahara Yeop, 60, ibu kepada Mohd Noor Fitri Musa, 25, yang mati tertimbus tanah runtuh, semalam.
Zahara berkata, keinginan anak kelapannya itu amat menghairankan kerana Mohd Noor Fitri yang bekerja kontrak dengan sebuah syarikat telekomunikasi sudah tiga hari tidak bekerja, tambahan pula dia tidak mempunyai wang yang cukup untuk memasang mozek tersebut.
Menurutnya, dia sangat sedih apabila mengenangkan hajat anaknya itu yang tidak kesampaian.
"Dia balik rumah kira-kira jam 4 pagi semalam dan makcik lihat dia masuk tutup tingkap, tutup pintu dan berulang-alik dari ruang tamu ke bilik, dalam hati makcik ni kata, kenapalah anak aku ni macam gelisah sangat.
"Kemudian, awal pagi lagi dia sudah keluar setelah dapat panggilan ada kerja di Felda Besout. Makcik pun tak sempat siapkan sarapan sebab kebiasaannya makcik jaga makan minum dia, tapi pagi tadi memang tak sempat," katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Slim River.
Zaharah berkata, dia hilang selera makan ketika diajak suaminya, Musa Embok untuk makan tengah hari semalam.
Menurutnya, kebiasaannya dia makan bersama suami selepas selesai menghidangkan makanan, tetapi semalam segalanya berubah.
Katanya, selang beberapa minit, kira-kira jam 2 petang suaminya menerima panggilan daripada majikan anaknya memberitahu tragedi malang itu.
Mohd Noor Fitri ditemui mati tertimbus tanah runtuh setelah melakukan kerja pembaikan kabel telekomunikasi di Felda Besout 2 dekat sini semalam.
Kejadian itu dipercayai berlaku akibat keadaan tanah yang telah digali tidak kukuh menyebabkannya runtuh dan menimbus mangsa bersama tiga lagi rakannya.
Bagaimanapun, rakan mangsa berjaya diselamatkan dan hanya mengalami cedera ringan.
Difahamkan, kawasan tersebut merupakan kawasan tanah runtuh dan kehadiran mangsa untuk membuat kerja membaik pulih dan penyelenggaraan di kawasan itu setelah menerima aduan kerosakan kabel yang berpunca daripada tanah runtuh.
JERTIH - Dua kenderaan pacuan empat roda (4X4) dilaporkan hilang dalam tempoh 24 jam di sekitar Bandar Jertih, di sini, dipercayai dicuri dalam dua kejadian berasingan, malam semalam.
Kenderaan berkenaan adalah Mitsubishi Pajero milik Pejabat Daerah Besat (PDB) yang dilaporkan dicuri dibengkel di Cabang Tiga, Jertih manakala sebuah Suzuki Jimny, milik seorang ahli perniagaan yang diletakkan di depan di depan kedai di gudang lama Jertih turut dilarikan awal pagi semalam.
Pemilik bengkel di Simpang Tiga Jertih, Riduan Mokhtar, 47, berkata, kehilangan kenderaan jenis Pajero itu disedarinya ketika ingin membuka bengkelnya kira-kira jam 9 pagi semalam.
Menurutnya, kenderaan milik PDB itu telah siap dibaik pulih dan sepatutnya akan diambil oleh kakitangan terbabit semalam, tetapi malangnya telah dicuri lebih awal.
"Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di bengkel saya menunjukkan kenderaan tersebut dicuri sekitar jam 6.23 pagi. Seorang lelaki dilihat dengan mudah membuka pintu Pajero itu dan menghidupkan enjin sebelum melarikan ke arah Kampung Raja.
"Suspek mengambil masa kira-kira 30 saat sahaja untuk melarikan kereta itu, manakala pada masa sama terdapat sebuah kereta dipercayai dipandu oleh rakan suspek berada di luar bengkel," katanya.
Riduan yang mengusahakan bengkel membaiki pulih kenderaan jabatan kerajaan, swasta dan persendirian kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Jertih.
Katanya, kejadian itu pertama kali berlaku kerana sebelum ini, hanya membabitkan kecurian besi dan alat ganti kenderaan.
Sementara itu Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kehilangan itu dan pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut untuk mengesan suspek dan kenderaan terbabit.
Beliau turut menasihatkan pemilik kenderaan memastikan kenderaan dipasang kunci tambahan bagi mengelak atau menyukarkan ia dicuri.
Khidmat Orang Tua Umno Melawan Media Baru Idris Hj Ahmad 22/5/12 Umno terpaksa menggunakan khidmat orang tua di dalam Umno bagi membantu kemenangan Umno di dalam PRU 13. Terbaru Datuk Seri Rais Yatim merasmikan Kursus Asas mengenai media baru untuk anggota Mubarak (Majlis Bekas-Bekas Wakil Rakyat) dan veteran Umno. Nampaknya Umno sudah tidak yakin lagi dengan media tradisional yang mereka kuasai seperti televisyen dan akbar harian. Khidmat orang lama di dalam Umno perlu dikitar semula untuk membantu kapal Umno yang hendak karam. Dari segi logiknya Umno sudah tidak perlu kepada media baru, kerana Umno memiliki jentera kerajaan yang bergerak siang malam dan bantuan kewangan daripada kantong kerajaan. Namun semunya tidak mampu menembusi fikiran pengundi yang celik maklumat dari kalangan generasi muda terutamanya. Khidmat orang tua di dalam Umno terpaksa digunakan kerana "orang muda yang cerdik" dengan media baru tidak bersama dengan Umno, sebaliknya mereka ini adalah golongan yang sedang menunggu untuk menukar kerajaan di dalam PRU akan datang. Perkara ini boleh kita kaji di dalam ruangan komen blog yang terkenal seperti Malaysiakini, Malaysian insider dan lain-lain lagi telah membuktikan askar upahan Umno Bn tidak mampu melawan askar sukarelawan Pakatan Rakyat dari segi hujah ketika berperang di medan media baru. Persoalannya mampukah orang tua di dalam Umno melawan ledakan maklumat media baru yang begitu pantas?
Kepada usahawan PKS Negeri Sembilan (Bumiputera) yang ingin menyertai MAHA.NS 2012 sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan serta Sambutan Minggu Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) pada 25 Jun hingga 1 Julai 2012 bertempat di bekas tapak Kem Paroi, Seremban, Negeri Sembilan sila dapatkan maklumat lanjut di http://usahawann9.blogspot.com/2012/05/mahans-2012.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan