Selasa, 22 Mei 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS Kawasan Miri

Posted: 21 May 2012 07:11 PM PDT

PAS Kawasan Miri


Golongan Professional dan Masyarakat Bukan Islam Bersama PAS

Posted: 21 May 2012 02:38 AM PDT

PAS Untuk Semua Golongan Masyarakat
MIRI - Sekarang ini adalah musim untuk golongan professional, selebriti, dan juga bekas pengawai kerajaan menyertai PAS. Kalau di Perak Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari dengan rasminya menyertai PAS dan di Miri Sarawak pula seorang bekas pegawai kerajaan merangkap mantan Timbalan Residen Miri juga telah menyertai PAS baru-baru ini.
Sempena lawatan Pimpinan Tertinggi PAS Pusat ke Sarawak, mantan Timbalan Residen Miri, Haji Johari Bujang telah menyerahkan borang keahlian kepada Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar pada Majlis Hi-Tea di rumahnya di Luak baru-baru ini.
Hadir sama dalam majlis tersebut ialah YDP PAS Miri Jofri Jaraiee, Setiausaha PAS kawasan Miri, M Azwani, dan beberapa pimpinan kawasan termasuk setiausaha Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Miri, Yeo Kian Leong. Acara sederhana tersebut telah menujukkan yang PAS telah diterima oleh semua golongan masyarakat.

Pada sebelah malam, YB Datuk Mahfuz Omar bersama rombongan PAS Miri melawat rumah panjang Empading di Sg Bakas. Penduduk di rumah panjang tersebut menyambut dengan baik dan memberi sambutan hangat kunjungan rombongan PAS pada malam itu.

PAS Miri memberi sedikit buah tangan sebagai tanda hormat atas kunjungan ke rumah panjang tersebut dan juga memberi penerangan tentang kunjungan serta matlamat perjuangan PAS bersama Pakatan Rakyat.

Dalam rumah panjang tersebut terdapat 2 orang OKU (Orang Kurang Upaya) salah seorang dari OKU tersebut, Idai ak Entebang mengadu kepada PAS bahawa beliau tidak menerima BR1M, E-Kasih dan juga bantuan dari kebajikan masyarakat.

Sebelum ini beliau boleh bergerak bebas tetapi setelah beliau ditimpa penyakit rapuh tulang menurut doktor yang merawat beliau kira-kira 4 tahun yang lalu beliau terus lumpuh dan tidak mampu berjalan seperti biasa dan terpaksa menggunakan kerusi roda. Beliau sangat berharap pihak kerajaan dan mereka yang berkenaan dapat membantu meringankan bebanan beliau selama ini.

Pihak PAS berusaha untuk membantu beliau dengan menyampai masalah beliau melalui media agar pihak yang berkenaan dapat membantu dengan segera.

Kita minta pihak yang berkenaan agar dapat membantu Idai ak Entebang tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik kerana beliau juga golongan yang kurang upaya yang sepatutnya dapat menerima sumbangan dari wang pembayar cukai.

Kita ingin mengingatkan pihak yang diamanahkan untuk menjaga kebajikan masyarakat agar dapat menjalankan tugas mereka dengan adil untuk semua, jangan disebabkan mereka ini tidak sehaluan dengan fahaman kita maka kita meminggirkan mereka ini tanpa balas kasihan.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

English version

PAS for All Community
MIRI - Now is the season for the professionals, celebrities, and former government officers joined PAS. If in Perak Former Director Bukit Aman CID, Datuk Fauzi Shaari officially joined PAS and in Miri Sarawak, a former government officials-cum-former Deputy Resident of Miri has joined PAS recently.

In conjunction with the Top PAS central leadership visit to Sarawak, former Deputy Resident of Miri, Haji Johari Bujang has submitted the membership form to the PAS vice-president Datuk Mahfuz Omar at the Hi-Tea ceremony at his home in Luak recently.

Present at the ceremony were PAS Miri chief Jofri Jaraiee, PAS Miri secretary, M Azwani, and several region leaders, including secretary of the PAS Supporters' Congress (DHPP) Miri, Yeo Kian Leong. The simple event has demonstrated that PAS has been accepted by all communities.

In the evening, YB Datuk Mahfuz Omar, accompanied by PAS Miri members visited the longhouses Rh Empading at Sg Bakas. Residents in the long house welcome with well and give overwhelming response to PAS delegation visit that night. PAS Miri give some souvenirs as a sign of respect to the longhouse visit and also provide information about the visits and objectives of the PAS with Pakatan Rakyat.

In the longhouse there are two disabled people (Disabled Persons) one of the disabled, Idai ak Entebang complain to the PAS that he did not receive BR1M, E-kasih and also assistance from social welfare.
Prior to this he can move freely, but after he suffering from brittle bone according to a doctor who treated him about four years ago, he stayed paralyzed and unable to walk normally and had to use a wheelchair. He is hoping the government and those concerned to help relieve his burden over the years.

The PAS is trying to help him to convey his problems through the media so that the parties concerned can help immediately.

We urge the parties concerned to be able to help Idai ak Entebang regardless of race, religion and political belief as he also those with disabilities should be able to receive the contribution from taxpayers' money.

We would like to remind those who are entrusted to safeguard the welfare of society to be able to carry out their duties with fairness to all, not because they are not aligned with our beliefs then we marginalize them without compassionate response.






ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 21 May 2012 03:09 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


KEAJAIBAN AYAT ALLAH DISAKSI 5.000 ORANG !

Posted: 20 May 2012 09:58 PM PDT


Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan
dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong
maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima Taubat. An-Nasr 1-3

TAKBIR!

Taiping - Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari malam ini dengan rasminya menyertai Pas.

Borang keahlian diserahkan kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Majlis Pengisytiharan Perdana Bekas Pegawai Tertinggi PDRM Sertai Pas di Taman Kota Wira, Ulu Sepetang di sini.

Hadir sama pada majlis itu, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu; Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty dan Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bakar Hussain.

Penyerahan borang keahlian disaksikan kira-kira 5,000 penyokong Pakatan Rakyat (PR).



http://greenboc.blogspot.com/2012/05/rasmi-bekas-pengarah-jsj-bukit-aman.html

PENGAKUAN LUHUR PROJEK HANCUR !

Posted: 20 May 2012 04:14 PM PDT



Bumbung Stadium Runtuh Kerana Kerja Tidak Amanah – Raja Kamarul Bahrin

MARANG – Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Tengku Ahmad Shah berkata bumbung stadium Sultan Mizan Zainal Abidin runtuh pada 2 Jun tahun 2009 adalah disebabkan tidak ada amanah didalam melakukan kerja-kerja pembinaannya.


Beliau yang dilantik sebagai akitek perunding pembinaan bumbung terbabit berkata, ada peraturan yang telah dibuat oleh kerajaan tetapi kerajaan sendiri yang tidak mematuhi peraturan tersebut.

Katanya, selaku pihak yang merekabentuk projek, sepatutnya beliau tidak bercakap tentang kes bumbung runtuh itu.

Tetapi kata beliau, oleh kerana terdapat salah faham atau fakta yang sengaja disalah tafsirkan, untuk memesongkan pandangan umum terhadapnya, beliau perlu menjelaskannya.

Katanya, walaupun beliau dilantik sebagai arkitek, beliau tidak diberi kuasa untuk menjaga projek itu.

"Stadium tersebut dibawah reka bentuk kita (saya) kita telah buat lukisan sebagainya, tetapi saya sebagai arkitek tidak diberi kuasa untuk menjaga projek tersebut,

"kerana atap itu begitu besar dan canggih ia merupakan kerja kepakaran dimana setelah kita membuat lukisan asasnya, pihak pemborong (kontraktor) telah membuat satu cadangan kembali menggunakan kontraktor daripada Korea,

"jadi kita tidak ada kuasa(dan) kita sebagai perunding hanyalah 'penasihat,"jelasnya.

Raja Kamarul Bahrin yang juga koordinator NGO Amanah Terengganu berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dalam majlis ceramah isu semasa di sini, pada Jumaat 18 Mei.

Beliau menegaskan, sepatutnya sebagai perunding beliau perlu mengawasi projek tersebut setiap masa, siang atau malam, tetapi tidak dibenarkan oleh pihak kerajaan.

Setelah didesak, menurut beliau, akhirnya kerajaan membenarkan beliau membuat pemeriksaan dan menghadiri mesyuarat dalam tempoh sebulan sekali.

Katanya, kesempatan itu telah digunakan sebaik mungkin bagi melaksanakan amanah, menegur perlaksanaan projek tersebut secara lisan dan tulisan.

Namun begitu, malangnya beliau berkata, teguran pihaknya tidak diambil peduli oleh kerajaan.

"saya bertegas, kalau tak boleh tiap-tiap hari, saya nak mari (pergi) juga (untuk buat pemeriksaan dan mesyuarat) saya berdegil kerana ia membabitkan amanah,

"nak tak nak (mahu tidak mahu akhirnya) dia (kerajaan) benarkan kita mari (pergi) sebulan sekali dan saya pergi dan apa yang saya lihat tidak betul saya tegur secara lisan, secara tulisan, secara rasi dan sebagainya,

"tapi malangnya, pandangan-pandangan kita ini tidak pernah diambil kira tidak pernah diambil berat,"ujarnya kesal

Amat mengejutkan, sehingga hari ini, setelah hampir tiga tahun bumbung tersebut runtuh, beliau mendedahkan, lukisan bumbung yang dibuat semula oleh pihak Korea tidak ditandatangani dan tidak ada penanggungjawaban.

Beliau turut kesal dengan laporan penyiasatan yang dibuat oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) peringkat pusat keatas JKR negeri Terengganu yang telah diumumkan oleh Menteri Besar.

Menurutnya, Dato' Seri Ahmad Said dalam mengumumkan hasil laporan tersebut berkata, dalam kes bumbung stadium runtuh itu, semua pihak bersalah tetapi tidak ada sesiapa pun yang betul-betul bersalah.

Beliau menyifatkan siasatan yang dilakukan oleh JKR Pusat ke atas JKR negeri Terengganu tidak ada keadilan, umpama 'ayah menyiasat anak'.

"kes stadum ini, JKR yang berkuasa, suruh ketua JKR Kuala Lumpur siasat JKR Terengganu (umpama) ayah siasat anak mana boleh,

"RasuluLlah SAW sahaja yang berani kata 'jika anak saya mencuri saya akan potong tangannya'……… mana ada ayah akan siasat anak dengan adil di zaman sekarang ini,"soal Raja Kamarul Bahrin.
Isnin 21 May 2012 03:39
Wartawan Buletin

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 21 May 2012 03:03 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


AMBIGA MINTA TIAP2 MINGGU PASAR MALAM DEPAN UMAH DIA...

Posted: 20 May 2012 06:51 PM PDT

Sekumpulan 60 peniaga merancang untuk berniaga di kawasan kediaman Pengerusi Bersama Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan di Bukit Damansara pada Khamis dan Jumaat ini.

Menamakan tindakan mereka sebagai "Bersih 4.0 — Mencucikan Bersih 1,2,3", peniaga terbabit berbuat demikian bagi menampung kerugian mereka akibat perhimpunan yang bertukar ganas yang dianjurkan Ambiga di ibu kota pada  28 April lepas.

Pengerusi Majlis Bertindak Peniaga-peniaga Kuala Lumpur Datuk Jamal Md Yunus berkata mereka akan berniaga pelbagai barangan, makanan dan minuman dari pukul 3.30 petang sehingga 8 malam pada hari terbabit.

"Kami berharap dapat memperoleh kembali kerugian akibat perhimpunan itu. Dianggarkan setiap peniaga boleh mendapat antara RM300 hingga RM500 sehari jika berniaga di kawasan itu (kediaman Ambiga)," katanya pada sidang media, di sini hari ini.


Jamal berkata mereka akan meninjau kawasan itu esok sebelum memohon permit berniaga daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada Selasa ini.

"Kami akan teruskan berniaga jika permohonan permit tidak diluluskan kerana perhimpunan haram yang diadakan sebelum ini juga diteruskan walaupun tidak diluluskan oleh polis dan DBKL," katanya.

... ok jugak kate ambiga... senang dia nak tapau makan....hahahhahah2

PRESIDEN KEKAL TIDAK BERTANDING PRU 13

Posted: 20 May 2012 06:07 PM PDT

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kekal dengan keputusannya untuk tidak akan bertanding dalam pilihan raya akan datang walaupun kepimpinan PAS dan Pakatan Rakyat (PR) memintanya mengkaji semula keputusan tersebut. Hadi sebaliknya berkata, beliau sendiri akan mencari calon terbaik bagi menggantikan dirinya untuk bertanding di kedua-dua kerusi yang didudukinya di kawasan parlimen Marang dan juga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang.
"Jika mereka tidak berpuas hati dengan calon pilihan saya, saya akan terus mencari. Saya bertanggungjawab dalam hal ini dan akan terus mencari calon yang sesuai hingga mereka melepaskan saya," kata pemimpin veteran PAS berusia 65 tahun ini.
Hadi (gambar) dilantik menjadi Presiden selepas menggantikan Datuk Fadzil Noor yang meninggal dunia pada 2002.
Beliau mengharapkan parti dan rakan PR akan menghargainya memandangkan beliau telah berkhidmat sebagai wakil rakyat selama 30 tahun dan empat penggal sebagai Ahli Parlimen.
Hadi yang pernah tewas pada 2004 berkata, beliau telah terlalu lama dalam politik dan telah tiba masanya untuk beliau berundur.
Dipetik akhbar The Sunday Star, Hadi dalam temuramah khas di pejabat agung PAS di sini menjelaskan, dirinya letih kerana perlu menjelajah ke seluruh negara.
"Saya penat. Sebagai presiden, saya perlu melawat ke seluruh negara. Sebagai wakil rakyat, saya perlu melawat kawasan saya.
"Saya rasa seperti mengabaikan kawasan saya kerana saya perlu berjauhan dengan Terengganu. Jadi lebih baik jika ada orang yang menggantikan saya," katanya.
Saya harap akan terus dibenarkan untuk fokus dalam hal ehwal parti," tambahnya yang akan mengekalkan kerusi presiden.
Hadi turut mempertahankan keputusan parti komponen PR itu untuk memindahkan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub ke Johor daripada Kelantan dalam pilihan raya umum akan datang.
"Kami memutuskan Salahuddin akan bertanding di Johor. Ia menunjukkan perkembangan positif. Sebagai Naib Presiden, saya percaya beliau mampu untuk bekerjasama dengan pemimpin di sana," katanya.
Bagaimanapun, Hadi menjelaskan partinya belum membuat keputusan sama ada Ahli Parlimen Kubang Kerian itu akan bertanding kerusi parlimen ataupun DUN, atau kedua-duanya di negeri kubu kuat Umno tersebut.
Selain itu, Hadi turut menjelaskan PR sudah bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum dengan hampir 80 peratus senarai nama calon sudah lengkap.

Batu Gajah Mari

Posted: 21 May 2012 11:50 AM PDT

Batu Gajah Mari


Jom ngetokan Dato' Radhi Manan!!!!!

Posted: 21 May 2012 03:10 AM PDT

moh yeop!

Dupahang's Weblog

Posted: 21 May 2012 11:48 AM PDT

Dupahang's Weblog


Terbongkar:Tanah felda di gadaikan

Posted: 20 May 2012 05:18 PM PDT

felda Semalam 14 hb Mei 2012, Sk menghadiri satu mesyuarat jabatan di Ibu Negara Kuala Lumpur. Kebiasaannya mesyuarat ini di pengerusikan oleh seorang ketua jabatan yang sebelah paginya membincangkan mengenai kerja-kerja teknikal projek itu dan projek ini, projek-projek pembangunan yang dilaksanakan adalah diseluruh negeri tanah air. Suasana mesyuarat berjalan dengan selesa dan baik. Selesai waktu [...]

Foto Ini Menakutkan Umno MCA…

Posted: 20 May 2012 05:11 PM PDT

Kini orang Cina berbondong-bondong menyokong PAS. Orang Cina sudah faham bahawa PAS sebagai sebuah parti Islam menghormati bangsa dan agama lain. Berbeza dengan umno, orang Cina nak membaca Al-Quran  pun tak bagi….Kah kah kah… : http://kafesantai.blogspot.com

Maaf.. Jangan menjadikan ianya Fitnah……..Biaqpila

Posted: 20 May 2012 05:04 PM PDT

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Ahad hadir memeriahkan majlis perkahwinan anak sulung bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa di Bandar Bukit Mahkota di sini. Turut kelihatan pada majlis itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz; Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang; Timbalan [...]

Lelaki Berjubah Putih Mengangkat Pemuda Syahid di Syria

Posted: 20 May 2012 04:56 PM PDT

Ketika askar upahan rejim Basyar Al-Assad sedang menggila membunuh penunjuk perasaan, tiba-tiba keluar sosok tubuh seorang lelaki berjubah putih dari arah sebelah tentera Basyar Al-Assad. Lelaki itu mengangkat mangsa yang syahid dibunuh askar upahan Basyar Al-Assad dengan tenang sedangkan dibelakangnya ada tentera bersenjata. Kelihatan lelaki berjubah putih itu tenang mengangkat pemuda yang telah mati syahid [...]

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 21 May 2012 11:40 AM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


100 peneroka Kesedar Chalil isytihar keluar Umno

Posted: 21 May 2012 01:54 AM PDT


GUA MUSANG: Impian Umno mahu menawan Kelantan semakin tergugat apabila 100 lagi ahli dan penyokong parti itu mengisytiharkan keluar parti dan menyertai PAS.

Malam tadi seramai 100 bekas ahli dan penyokong Umno di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Chalil dekat sini menyerah borang menyertai PAS yang diketuai bekas anggota jawatankuasa Umno Cawangan Chalil, Mat Ali Ibrahim, 62.

Mat Ali yang menyertai RKT Chalil pada 1983 mewakili rakan-rakan menyerah borang kepada Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah.

Hadir sama pada ceramah Selamat Tinggal Umno, Ketua Pemuda PAS Negeri, Abdul  Latiff Abdul Rahman, Yang Dipertua PAS Gua Musang, Abdullah Husin, Penyelia Dun Galas, Dr Zulkifli Muhamad dan Penyelia Dun Paloh, Saharudin Mustafa.

Mat Ali yang pernah mempunyai hubungan rapat dengan Adun Paloh, Datuk Nozula Mat Diah berkata, beliau berjuang bersama Umno selama 40 tahun.

"Saya melihat dan merasai sendiri apa yang berlaku dalam Umno sepanjang tempoh tersebut. Sebelum ini saya diam sahaja terhadap banyak penyelewengan yang berlaku.

"Namun sekarang saya tidak mampu pendam lagi. Sebab itulah saya dengan sokongan kawan-kawan  mengisytiharkan keluar Umno beramai-ramai malam ini," katanya ketika ditemui selepas ceramah tersebut.

Beliau juga mengakui berlaku perbezaan yang jauh di antara PAS dan Umno, di mana rakyat boleh merasai sendiri program berkebajikan yang dilaksanakan di Kelantan sekarang.

Manakala rakannya, Che Ghani Che Mat, 60 yang masih memiliki nombor keahlian Umno berkata, dasar perjuangan Umno tidak sesuai dengan perkembangan semasa yang berlaku sekarang.

Katanya, perjuangan Umno sudah jauh ketinggalan zaman kerana ia hanya sesuai pada zaman menuntut kemerdekaan sahaja.

"Sebab itulah sekarang mereka melakukan apa sahaja bagi menarik sokongan rakyat termasuk umpan wang ringgit.

"Namun peneroka sekarang sudah celik. Kami sebagai peneroka sudah lama merasai ditipu pemimpin Umno. Nasib peneroka masih di tahap lama dan tidak berubah," ujarnya.

Sidang Media Sambutan Hari Anak Muda Kelate 2012 bersama YB Dato' Abdul Fattah Mahmood Di Syabab Point.

Posted: 21 May 2012 01:50 AM PDT

Sekitar Final Piala FA/Kelantan vs Kl Sime Darby

Posted: 21 May 2012 01:48 AM PDT

Sambutan Anak Muda Kelate 2012

Posted: 20 May 2012 08:43 PM PDT

Sekitar Majlis Tilawah Peringkat Jajahan Machang

Posted: 20 May 2012 08:41 PM PDT

Membangun Bersama Islam

Posted: 20 May 2012 08:18 PM PDT


Explorace Serambi Mekah 2012

Posted: 20 May 2012 08:14 PM PDT


Datuk Fauzi Shaari serah borang sertai PAS

Posted: 20 May 2012 08:13 PM PDT


(Datuk Fauzi menyerahkan borang permohonan menjadi ahli PAS kepada Presiden PAS - gambar Sinarharian.)

TAIPING: Sebagaimana yang dijangka, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Fauzi Shaari dengan rasminya menyertai PAS malam tadi.

Borang permohonan menjadi ahli PAS diserahkan beliau kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang serta timbalannya, Haji Mohamad Sabu dalam majlis pengisytiharan perdana malam tadi.

Ia diadakan di Taman Kota Wira, Ulu Sepetang, Larut dekat sini.

Turut serta di majlis itu adalah Ketua Penerangan yang juga Pengerusi PKR Perak, Dr Muhammad Nur Manuty dan Pesuruhjaya PAS Perak, Abu Bakar Hussain.

Penyerahan borang keahlian disaksikan kira-kira 5,000 penyokong Pakatan Rakyat (PR).


Bukan mahu jadi calon



Dalam ucapannya, Fauzi menjelaskan bahawa tujuan menyertai PAS bukan berniat untuk menjadi calon atau mempunyai kepentingan tertentu, tetapi sekadar mahu membantu usaha ke arah kerja-kerja Islam yang dibawa PAS.

Katanya, kehadiran beliau pada majlis itu juga sebagai pengenalan kepada penyokong dan masyarakat sebelum bergiat aktif selepas ini.

Beliau turut menjelaskan, penyertaan dalam PAS itu dibuat selepas yakin dirinya tidak terlibat dalam sebarang kes jenayah semasa berada dalam pasukan polis.

Semasa menjadi Ketua Polis Dang Wangi, Fauzi terkenal dengan tindakannya membanteras maksiat di pusat bandaraya Kuala Lumpur.

Tindakan beliau pernah dikecam oleh seorang menteri yang menyifatkan tindakan Fauzi akan menghalau pelancong dari negara ini.

Dalam ceramah itu, Fauzi yang berasal dari Pantai Besar, Batu Kurau, Perak menambah, beliau selepas ini akan membantu PR khususnya PAS melalui ceramah-ceramah yang dianjurkan.

Ahi PAS wajib hadir Munajat Perdana di Kedah 1 Jun

Posted: 20 May 2012 08:13 PM PDT


KUALA LUMPUR, 21 Mei: Seluruh kepimpinan PAS diseru membuat persiapan awal bagi memastikan matlamat himpunan lebih 100,000  di Ijtimak pilihanraya dan Munajat Perdana pada 1 Jun ini di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah berjaya.

Himpunan gergasi itu diadakan selepas mesyuarat PAS Pusat yang diadakan pada 13 Mei yang lalu membuat keputusan menangguh muktamar yang dijadualkan awal Jun.

"Seluruh kepimpinan parti perlu membuat persiapan awal bagi memastikan matlamat himpunan lebih 100,000 ini mencapai kejayaan. Setiap ahli perlu mengambil inisiatif sendiri untuk hadir dalam himpunan perdana ini," seru Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Menurut Tuan Ibrahim, ijtimak akan bermula dengan satu taklimat tertutup kepimpinan tertinggi parti seluruh negara dan ahli yang berhormat bersama Presiden bermula jam 10 pagi di kompleks PAS negeri.

Manakala himpunan untuk semua ahli PAS akan bermula seawal jam 4 petang dan dijangka berakhir jam 12 malam, tambah beliau.

"Bawalah apa-apa yang perlu untuk keselesaan munajat. Semua program parti yang bertindih dengan program ijtimak pilihanraya hendaklah ditangguhkan," kata Pesuruhjaya PAS Pahang itu.

Munajat perdana, kata beliau akan dipimpin sendiri oleh Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz.

Manakala amanat Presiden PAS Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan menjadi acara kemuncak ijtimak dan berakhir dengan pembacaan ikrar oleh seluruh ahli PAS, sebagai baiah dan janji setia bagi menggarap usaha bagi mencapai kemenangan.

Ijtimak kali ini juga, kata Tuan Ibrahim akan disertai oleh  beberapa tokoh besar yang menyatakan kesediaan untuk turut sama bergabung dalam PAS. Mereka akan diisytihar secara rasmi bagi menyatakan ikrar dan sokongan mereka kepada parti.

"Semua ahli diseru menjadikan ijtimak kali ini sebagai pemangkin kepada pembinaan semangat juang yang tinggi kepada seluruh jentera, ahli dan penyokong parti. Semoga majlis diberkati Allah," tambahnya lagi.

28 ahli keluarga sertai PAS di Tanah Merah

Posted: 20 May 2012 04:52 PM PDT



TANAH MERAH, 20 Mei: Sekeluarga 28 ahli Umno Tanah Merah, menyertai PAS di Kampung Kelewek, Bukit Panau, Kelantan dan menyerahkan borang permohonan keahlian kepada Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kelmarin.

Borang tersebut diserahkan oleh anak perempuan Arifin Awang atau lebih dikenali dengan panggilan Abe Pin.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Speaker Dun, Mohd Zaki Ibrahim, Adun Bukit Panau, Datuk Abdul Fatah Mahmood, Adun Gual Ipoh, Wan Yusuf Wan Mustapha, Ketua Sukarelawan PKR, Nik Mahmod Nik Hasan, dan aktivis dan pengerak utama Pakatan Rakyat Tanah Merah, Datuk Dr Nik Saidina.

Piala FA: Tuan Guru Nik Aziz ucap tahniah

Posted: 20 May 2012 04:51 PM PDT



(Pasukan Kelantan menjulang piala FA)

KUALA LUMPUR, 19 Mei: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar bawah) mengucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak negeri itu yang berjaya merangkul Piala FA pada perlawanan akhir, malam ini.

"Tahniah diucapkan atas kejayaan pasukan The Red Warriors yang telah berjaya menjuarai Piala FA sebentar tadi," tulisnya dalam Facebook beliau.

Kelantan berjaya menjuarai Piala FA selepas menewaskan Sime Darby 1-0 pada perlawanan akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil, sebentar tadi.

Gol kemenangan pasukan Red Warriors itu dijaringkan oleh Mohammed Ghaddar pada minit ke-59 menerusi sepakan penalti.

Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan juga mengucapkan tahniah kepada Kelantan di atas kejayan itu.

"Tahniah Kelate atas tropi yang dimiliki malam ini setelah menewaskan Sime Darby. Sime Darby cuba lagi tahun depan," tulisnya juga melalui Facebook.

Pemuda PAS Kelantan juga merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada pasukan bola sepak Kelantan The Red Warriors.

"Saya mengira bermula dari pemain, jurulatih, pihak pengurusan bahkan pegawai-pegawai KAFA berhak untuk diberikan penghargaaan di atas kejayaan yang bersejarah ini," kata ketuanya, Abdul Latif Abdul Rahman.

(Para penyokong Kelantan di Stadium Bukit Jalil malam tadi)

Namun, dalam masa yang sama, beliau memohon kepada semua pihak agar tidak mengambil kesempatan daripada kemenangan pasukan The Red Warriors menjulang Piala FA pada kali ini untuk kepentingan politik pihak-pihak yang tertentu.

"Sesungguhnya The Red Warriors ialah milik semua rakyat Kelantan tanpa mengira fahaman politik.

"Memperalatkan pasukan bola sepak negeri Kelantan untuk kepentingan politik mana-mana pihak hanya akan menyebabkan budaya tidak sihat menular ke dalam sukan bola sepak," kata Latif.

Justeru, beliau mengharap agar insiden yang pernah berlaku sebelum ini tidak berulang khususnya ketika negara dijangka berdepan dengan pilihanraya umum yang ketiga belas bila-bila masa sahaja dari sekarang.

Annuar Musa tuntut royalti minyak untuk Kelantan

Posted: 20 May 2012 04:51 PM PDT



(Anuar Musa menandatangani kain pemidang kempen menuntut royalti minyak untuk Kelantan)

KUALA LUMPUR: Pengerusi Kesatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Datuk Annuar Musa menambahkan lagi garam pada luka Umno apabila turut menurunkan tandatangan pada kempen menuntut royalti minyak untuk kerajaan negeri Kelantan.

Lebih 20,000 tanda tangan telah berjaya di perolehi termasuk salah satu darinya adalah dari Anwar musa sendiri (gambar atas).
Anuar berada di Stadium Bukit Jalil malam tadi untuk bersama-sama memberikan sokongan kepada pasukan Red Warior Kelantan. Mereka berjaya mengalahkan Sime Darby untuk menjadi juara Piala FA.

Kembalikan Royalti Kelantan adalah kempen untuk menyokong kerajaan negeri menuntut duit royalti dari Petronas.

Dengan menandatangani sokongan ini seolah olah Anwar Musa menyokong usaha kerajaan negeri yang di terajui oleh PAS yang sudah tentu akan menimbulkan kemarahan dari Umno.

Umum mengetahui dalang di sebalik kemelut duit royalti minyak ini datangnya dari Umno yang di sertai oleh Anwar Musa bukannya dari Petronas.

Sebagaimana yang berlaku di Terengganu, Umno menyekat pemberian royalti untuk kerajaan negeri Kelantan.

Di Terengganu, kerajaan pusat pimpinan Umno menarik balik pemberian royalti untuk kerajaan negeri selepas enam bulan PAS memimpin negeri itu pada tahun 1999.

Anuar Musa pula kini dalam keadaan tersepit apabila digantung dari sebarang kegiatan bola sepak selepas mengkritik FAM.

Kini ia menjadi tanda tanya adakah Anuar Musa menongkah arus didalam polemik isu royalti di antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri Kelantan?

Azan dan sujud di Padang Kota

Posted: 20 May 2012 04:50 PM PDT


(Padang Kota Lama, tempat berhibur menjadi tempat sujud)

GEORGETOWN: Hari ini dalam sejarah tercatat semalam (19 Mei 2012) apabila buat pertama kalinya azan berkumandang dan solat jemaah Magrib dan Isyak diadakan di Padang Kota Lama sempena Program Pameran Pengguna Pulau Pinang 2012.

Ia diikutiwacana santai bersama Ustaz Azhar Idrus, Ali XPDC, Sham Kamekaze dan Bob Lokman.

Selalunya Padang Kota Lama dilaksanakan program bercorak hiburan yang melalaikan masyarakat, tempat muda mudi bercengkerama dengan pasangan masing-masing, tempat riadah bagi warga emas, memancing di tepi laut atau datang menghirup udara segar di tebing laut sambil makan serta minum bersama keluarga di medan selera yang disediakan.

Namun, situasi program anjuran kerajaan negeri menerusi Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Haji Abdul Malek Abdul Kasim itu berjaya mengubah landskap dengan lautan manusia yang datang.

(Ribuan manusia tekun mendengar tazkirah dari Ustaz Azhar Idrus)

Mereka mendengar persembahan bekas pencipta lagu, Bob Lokman, Penyanyi Ali XPDC, Gitaris Sham Kamekaze, pemain bass Spring, Jon, Imam Muda, Asraf yang menyampaikan kuliah magrib serta Ustaz Youtube, Ustaz Azhar Idrus.

Kesemuanya gembira setelah melihat lautan manusia datang membanjiri padang yang pernah menjadi lokasi mereka membuat persembahan hiburan sebelum ini.

Hanya Ustaz Azhar Idrus yang hanya melintasi kawasan ini ketika di jemput mengadakan kuliah bulanan di Pulau Pinang atau keluar bersama rakan merakam gambar terindah sekitar Georgetown.

Sepanjang pemerintahan Umno dan Barisan Nasional (BN) program seumpama ini tidak pernah diadakan dan yang mereka tahu hanyalah hiburan kononya untuk mendekati anak muda.

Lebih memalukan kepada pihak yang selalu membuat kacau terhadap pemerintahan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang serta taburan fitnah yang berterusan mengatakan pemerintahan Ketua Menteri, Lim Guan Eng anti Islam akhirnya suara azam boleh berkumandang di Padang Kota iaitu luar kawasan masjid.

Jiwa anak muda kini walaupun mereka 'rock' tetapi dalam hati mereka terbuka luas untuk Islam dan mahukan perubahan politik yang telah lama membelenggu kehidupan rakyat dengan kenaikan harga barangan, petrolium, kemudahan asas dan seumpamanya.

Bob Lokman dalam ucapan permulaan majlis berkata, berbelas kali beliau memijak kaki di Padang Kota tetapi malam ini satu kelainan yang tidak pernah terbayang dipemikirannya.

Tapak untuk muda muda bersuka ria malam itu penuh dengan insan yang mahukan pembersihan jiwa.

"Dulu kami sebagai penghibur gembira bila ramai yang datang memberikan sokongan dengan jiwa yang kosong.

Malam ini lebih gembira sebab ramai yang datang dengan jiwa yang tenang untuk mengisi soal keagamaan, " jelasnya.

Begitu juga Sham Kamekaze, Ali XPDC dan Jon dari Spring walaupun mereka bukan penceramah atau ustaz tetapi alunan bunyi gitar dan kemerduan suara sudah cukup menyentuh perasaan bahawa kemunculan mereka di pentas sedemikian ada kelainan berbanding dulu.

Suara lunak Ali yang pernah menjadi vokalis Terarossa di era rock 1990 an tiada bezanya apabila menyampaikan lagu-lagu berirama ketuhanan hasil ciptaan Ustaz Azhar Idrus sendiri.

Para hadirin yang datang bukan hanya untuk mendengar jawapan dari berbagai persoalan yang ditanyakan oleh para pengunjung malahan dapat membeli barangan yang dijual peniaga.

Program berbentuk santai itu, membolehkan keluarga duduk makan minum di atas padang bahkan terdapat pengunjung bukan Islam datang untuk mendengar sendiri apa yang diperkatakan.

Walaupun antara mereka tidak memahaminya namun mereka percaya golongan yang hadir pada program tersebut merupakan golongan yang baik jauh dari sikap ganas sepertimana yang digambarkan.

Alhamdulillah, berbondong-bondong sertai PAS - Abd Hadi

Posted: 20 May 2012 04:49 PM PDT


KUALA TERENGGANU: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengucapkan syukur dengan perkembangan yang berlaku dalam PAS sekarang.

Ketika PAS dituduh dengan pelbagai tohmahan, "berbondong-bondong cerdik pandai datang untuk kita, Alhamdulillah," kata beliau dalam Facebooknya.

Beliau yang dijadualkan berceramah di Taman Kota Wira, Ulu Sepetang, Batu Kurau, Perak esok dijangka akan menyambut berita gembira di majlis itu.

"Saya telah diberi faham bahawa majlis ini adalah majlis pengisytiharan bekas orang no 3 dalam pasukan polis untuk menyertai PAS," tulis beliau lagi.

Seorang bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM iaitu orang nombor 3 dalam pasukan polis dijangka akan menyerahkan borang menyertai PAS kepada beliau dalam ceramah itu malam esok.

Bekas pegawai kanan polis itu merupakan anak kelahiran Pantai Besar, Larut dan pernah menyandang beberapa jawatan dalam pasukan polis.

Antaranya, Timbalan Pengarah Logistik PDRM, Ketua Polis Selangor, Ketua Polis Sarawak, Timbalan Ketua Polis Selangor, Ketua Polis Daerah Pasir Putih Kelantan, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Ketua Polis Daerah Dang Wangi dan Timbalan OCPD Sentul.

Bekas orang nombor tiga dalam PDRM itu baru sahaja bersara dari profesion polis kira-kira dua tahun yang lalu.

Dalam suasana rakyat sedang bertikam lidah dengan PDRM selepas himpunan Bersih 3.0 lalu, kesediaan beliau menyertai PAS sekali gus menolak persepsi PAS bermusuhan dengan polis.

Ketika dalam tugasnya, beliau terkenal sebagai pegawai kanan polis yang berusaha membanteras maksiat termasuk ketika beliau menjadi Ketua Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur.

Lewatkan pilihanraya lebih baik untuk Pakatan

Posted: 20 May 2012 04:49 PM PDT


KUALA LUMPUR: DAP menyifatkan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak kini semakin tertekan dan menyebabkan tarikh pilihan raya umum ke 13 semakin tidak menentu.

Sebelum Bersih 3.0, pentadbiran Najib hampir pasti pru 13 adalah pada Jun 2012 ini, namun kini Jun bukan lagi masa yang muktamad.

Demikian kata Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang (gambar) dalam kenyataannya hari ini.

Kini, katanya, dengan situasi yang ada  sekarang akan membolehkan para penyokong Pakatan yang tinggal di bandar mempunyai lebih banyak masa untuk berkempen.

Ini kerana, jentera kempen Najib telah menggunakan sepenuhnya media tradisi negara ini untuk memburukkan wajah Bersih 3.0.

"Tetapi dengan pru-13 bukan lagi Jun atau Julai ini, pemuda Melayu yang tinggal di bandar mempunyai lebih banyak masa untuk pulang ke kampung masing-masing bagi memberikan cerita yang sebenar apa yang berlaku pada 28 April lalu.

"Dan apabila cerita sebenar tentang Bersih 3.0 difahami sepenuhnya oleh para pengundi di kampung-kampung, ketika itu negara ini akan bersedia sepenuhnya untuk membuat perubahan," kata Kit Siang.

Imej Najib teruk takut mahkamah Perancis

Posted: 20 May 2012 04:48 PM PDT


KUALA LUMPUR, 19 Mei: Rakyat akan difahamkan mengenai ketakutan Perdana Menteri menghadapi mahkamah Perancis sama seperti mereka memahami isu lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

"Saya difahamkan bahawa ada kajian yang mendapati isu NFC menjejaskan imej Umno kerana ia memberi gambaran parti utama Barisan Nasional (BN) itu mengamalkan rasuah dan salah guna kuasa.

"Saya yakin jika usaha memahamkan rakyat dijalankan dengan bersungguh-sungguh, imej (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) akan lebih teruk lagi kerana ketakutannya menghadapi inkuiri mahkamah Perancis bagi menyiasat urusniaga kapal selam Scopene antara Malaysia dan negara itu," katanya.

Mohamad berkata, para pengkaji menyifatkan Umno sebenarnya bergantung kepada imej Najib kerana imej parti itu disepakati telah lama tercemar dan hancur.

"Ketika Umno bergantung kepada imej Najib, kita bernasib baik kerana beliau sendiri yang memusnahkan imejnya dengan ketakutannya itu dan saya yakin rakyat akan melihat imej Perdana Menteri akan menjadi lebih buruk dari imej mereka yang dikaitkan dengan NFC.

"Ketakutan Najib itu adalah hadiah beliau yang sangat bernilai kepada rakyat yang berusaha menolak kuasa Umno," katanya yang yakin isu tersebut akan menjadi antara isu utama pilihan raya walaupun pilihan raya diadakan pada bulan Jun ini sekalipun.

Ketakutan Najib menghadapi mahkamah perancis itu juga mempunyai kesan yang jauh termasuk ke atas isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu, kata Mohamad.

"Rakyat semakin bertanya, apakah yang hendak disembunyikan oleh Perdana Menteri sehingga dia kelihatan takut sungguh untuk menghadapi inkuiri itu?

"Rakyat juga tertanya-tanya betulkan Perdana Menteri terlibat dengan rasuah dalam pembelian Scorpene dan adakah pembunuhan Altantuya mempunyai kaitan dengan isu tersebut?" katanya yang yakin kesan isu tersebut lebih hebat lagi dari isu NFC.

Mohamad yakin, jika tidak ada benda yang hendak disembunyikan, Najib tentu tidak takut sama sekali dengan perbicaraan itu malah dengan senang hati dan berani sentiasa bersedia menghadapi inkuiri tersebut.

"Najib tak berani buat seperti senator Australia (Nick Xenophon) yang sentiasa bersedia berkerjasama dengan pihak berkuasa Malaysia sekiranya beliau disiasat atas dakwaan melanggar undang-undang negara ini kerana berada dalam perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

"Itu sifat dan sikap orang yang yakin dia tidak bersalah dan tidak ada apa yang hendak disembunyikan. Orang yang bersalah dan hendak menyembunyikan pekungnya tak mungkin berani buat seperti senator Australia itu," katanya.

Mohamad juga mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana memberi jawapan "tiada komen" bila ditanya mengenai siasatan mahkamah Perancis itu.

"Jawapan Muhyiddin itu memberikan makna yang sangat jelas dan menguatkan lagi persepsi negatif rakyat terhadap ketakutan Najib menghadapi inkuiri tersebut," katanya sambil menyifatkan Muhyiddin memberikan jawapan yang sangat "straightforward" untuk difahami oleh rakyat.

Ketika ditanya sama ada kerajaan yang terkait sama dalam kes itu patut menghantar seseorang untuk mempertahankan diri, Muhyiddin menjawab: "Saya tidak mahu komen tentang itu."

Beliau kemudiannya menambah lagi: "Tiada komen".

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 21 May 2012 09:41 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


AMALNITA dilancarkan oleh EXCO PEMBANGUNAN MODAL INSAN SELANGOR

Posted: 20 May 2012 09:59 AM PDT

 18.5.12
SHAH ALAM
SELANGOR

Yayasan Amal Malaysia sekali lagi mengorak langkah maju ke depan dengan mengetengahkan gerak kerja yang menumpu perhatian kepada golongan modal insan yang kritikal dan utama dalam sesebuah masyarakat yakni wanita.

Biro Pembangunan Wanita dan Keluarga Yayasan Amal Malaysia menyediakan platform baru untuk meneliti dan membantu dalam pembangunan wanita dan keluarga di Malaysia di samping NGO dan badan-badan lain yang berkongsi minat dan tumpuan yang sama.

    Majlis ringkas tapi penuh bererti itu telah dirasmikan oleh YB Dr Hjh Halimah Ali selaku EXCO Pembangunan Modal Insan Selangor yang menyatakan dalam ucapannya bahawa wanita adalah modal insan yang memberi kesan yang sangat banyak, mendalam dan berpanjangan kepada insan di sekelilingnya terutama sekali ahli keluarga. Wanita bekerja mendapat ganjaran gaji dan upah daripada majikan. Namun kerja menjaga anak dan rumah lazimnya tidak diberi ganjaran.
    Wanita yang bekerja sepenuh masa di rumah mengurus rumahtangga dan anak-anak memang tidak diberi upah.Namun mereka juga adalah modal insan yang menyumbang kepada kejayaan mahupun kegagalan suami dan anak.

Modal insan berupa wanita ini sekiranya tidak di fokuskan pembangunan mereka akan memberi natijah yang buruk. Kegagalan wanita membangun diri sendiri untuk menjadi insan yang berkesan dalam hidup akan menimbulkan banyak masalah sosial pada kaum mereka dan juga anak-anak yang mereka lahir dan besarkan.

Komitmen Yayasan Amal membantu kerajaan Selangor dalam kempen anti zina telah mendapat pujian banyak pihak samada jabatan dan agensi kerajaan Selangor mahupun NGO dan AJK MASJID di seluruh Selangor. Keenam-enam siri kempen anti zina yang dianjurkan oleh GeMS telah diketuai oleh Yayasan Amal Malaysia.

Dengan penampilan Biro Pembangunan Wanita dan Keluarga satu jenama baru yang sangat mesra wanita iaitu AMALNITA diharapkan akan melonjakkan lagi komitmen membantu dengan amal kebajikan membangunkan komponen masyarakat  yang utama yakni wanita dan keluarga.

Penampilan bekas penyanyi terkenal AISHAH sebagai duta AMALNITA juga telah menyerikan majlis dengan perkongsian hijrah hidup dirinya sebagai pemangkin promosi perubahan kepada wanita yang masih tercari-cari erti kehidupan.

AISHAH juga telah memberi komitmen untuk sama-sama beramal dengan AMALNITA sebuah outreach program untuk memberi alternatif kepada wanita bersama dalam program pembangunan diri dan keluarga.
Turut hadir Presiden Yayasan Amal Malaysia, Hj Husin Ismail dan Naib Presiden Yayasan Amal, YB Dr Rani Othman serta Pengerusi Biro Amalnita Negeri. 

Jasindaily Online

Posted: 21 May 2012 09:28 AM PDT

Jasindaily Online


IRSHAD MANJI KELUAR FATWA… MANA SUARA MAJLIS FATWA KEBANGSAAN ?

Posted: 21 May 2012 09:06 AM PDT

Penulis wanita yang melabelkan dirinya sebagai reformis Islam, Irshad Manji, seolah-olah tidak gentar apabila buku pertamanya, The Trouble with Islam Today: A Muslim's Call for Reform in Her Faith diharamkan edarannya di Malaysia.Beliau tetap hadir ke ibu negara minggu lalu untuk mempromosi buku terbarunya, Allah, Liberty and Love yang dianggap menghina Islam oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.Dalam wawancara bersama Malaysiakini, Irshad tetap konsisten dengan premis yang dikemukakan dalam buku pertamanya, mendakwa bahawa "Muslim adalah satu masalah kepada Islam hari ini."

Menurutnya, masyarakat bukan Islam hanya memahami maksud Islam berdasarkan perlakuan umat Islam itu sendiri."Pengertian Islam itu tidak penting tetapi perkara yang kita lakukan sebagai Muslim itu yang memberi pengertian kepada Islam," katanya.Walaupun begitu, Irshad berkata beliau percaya penyelesaian kepada masalah itu terletak di tangan umat Islam sendiri – selari dengan ayat Al-Quran yang menyarankan bahawa nasib sesuatu kaum itu akan hanya dapat diubah kaum itu sendiri.Irshad menggesa Muslim hari ini kembali kepada 'ijtihad' iaitu tradisi yang menurutnya 'menggalakkan pemikiran bebas dan merdeka'.

"Dalam pendekatan saya kepada Islam, ijitihad adalah antara nilai yang paling penting untuk diraikan."(Ini kerana) dalam Quran terdapat lebih tiga kali seruan untuk berfikir, analisis, merenung dan berfikir semula berbanding surah-surah yang memberitahu kita perkara yang betul dan yang salah," kata Irshad.Seruannya itu mengundang perasaan kurang senang pelbagai pihak yang menganggapnya mencabar kewibawaan golongan ulama yang dipercayai lebih layak berbicara tentang Islam.Natijahnya, beliau menerima banyak surat ugutan termasuklah ugutan bunuh selepas penerbitan buku pertamanya.

Hinggakan, beliau terpaksa melengkapi kediamannya di New York dengan cermin kalis peluru sebagai langkah keselamatan.Di sebalik semua ancaman itu, Irshad mendakwa menerima sokongan dari beberapa Muslim generasi muda yang bersetuju dengan mesej dalam buku pertamanya tetapi takut untuk bersuara.Sokongan itu, kata Irshad, mendorongnya menulis buku terbarunya."Allah, Kebebasan dan Cinta (adalah) untuk membantu generasi muda Muslim mengatasi rasa takut dan menjadi lebih jujur kepada diri mereka sendiri dan juga Allah," katanya.Selain itu, kata Irshad, buku terbarunya turut menyampaikan mesej "keberanian moral" yang menuntut "berkata benar kepada mereka yang berkuasa di dalam masyarakat demi manfaat yang melangkaui masyarakat itu sendiri."

"Saya percaya ini mesej buat generasi baru yang merentasi agama dan budaya," katanya.Mengakui dirinya sebagai sebahagian daripada kelompok yang menerima Al-Quran sebagai sumber rujukan tunggal Islam, Irshad menolak peranan ulama dan mufti yang didakwanya menyebabkan agama dan kepercayaan bertukar menjadi dogma yang "kaku.""Dogma selalu tercabar dengan soalan. Dogma sifatnya kaku dan ia tidak dapat dipertahankan apabila dicabar dengan pemerhatian yang teliti," katanya.

Tolak hadis, hukum Islam

Irshad juga berpendapat iman merupakan perkara yang sangat peribadi di antara seorang Muslim dan Tuhannya.Ia adalah satu hubungan unik yang menurut Irshad menjadi sumber kekuatan ilmuan Islam zaman lampau menjadi individu yang hebat dan menguasai pelbagai disiplin ilmu."Kepercayaan saya (adalah) dengan Tuhan, bukan dengan duta Tuhan yang melantik diri mereka sendiri," katanya.Beliau juga secara berterus-terang mengaku menolak hadis dan hukum syariah, yang diterima sebahagaian besar penganut Islam sebagai sebahagian daripada sumber rujukan dalam Islam.Sebaliknya, beliau menerima Al-Quran dan menterjemah serta memahami Al-Quran berdasarkan sifat kitab suci itu yang lengkap.

"Interpretasi saya terhadap Quran adalah berdasarkan Quran itu sendiri. Hadis adalah ciptaan manusia. Undang-undang Islam juga ciptaan manusia."Manusia tidak sempurna. Undang-undang ini dan hadis seperti manusia, juga tidak sempurna," katanya.Ironinya, beliau mengakui konsep ijtihad yang dipromosikannya bukan berasal dari Al-Quran tetapi dicipta ulama Islam selepas Al-Quran diturunkan."Quran sendiri tidak guna perkataan ijtihad. Tetapi surah-surah dalam Quran menggalakkan penggunaan minda, kemahuan sendiri dan suara hati yang diberikan Allah untuk terus berfikir," katanya.Edisi terjemahan buku terbarunya, Allah, Kebebasan dan Cinta dilancarkan Sabtu lalu di Kuala Lumpur dan dijangka akan berada di pasaran tidak lama lagi

PAS TANGGUH MUKTAMAR TUMPU IJTIMAK PRU DAN MUNAJAT PERDANA

Posted: 21 May 2012 09:02 AM PDT

PAS memutuskan untuk menangguh Muktamar parti itu yang dijadualkan awal bulan depan dan menggantikannya dengan Ijtimak Pilihanraya dan Munajat Perdana pada 1 Jun bertempat di Stadium Darul Aman, Alor Star, Kedah.Menurut Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, keputusan tersebut dibuat dalam mesyuarat PAS pusat pada 13 Mei lalu.Seluruh kepimpinan parti perlu membuat persiapan awal bagi memastikan matlamat himpunan lebih 100,000 ini mencapai kejayaan.

"Setiap ahli perlu mengambil inisiatif sendiri untuk hadir dalam himpunan perdana ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.Ijtimak tersebut, katanya, akan bermula dengan satu taklimat tertutup kepimpinan tertinggi parti seluruh negara dan ahli yang berhormat bersama Presiden bermula jam 10 pagi di kompleks PAS negeri."Manakala himpunan untuk semua ahli PAS bermula seawal jam 4 petang dan dijangka berakhir jam 12 malam. Bawalah apa-apa yang perlu untuk keselesaan munajat," katanya sambil menambah bahawa semua program parti yang bertindih dengan program ijtimak pilihanraya hendaklah ditangguhkan.

"Munajat perdana insya-Allah akan dipimpin sendiri oleh Murshidul Am Tuan Guru Nik Abd Aziz, manakala amanat Presiden akan menjadi acara kemuncak ijtimak dan berakhir dengan pembacaan ikrar oleh seluruh ahli PAS, sebagai baiah dan janji setia bagi menggarap usaha bagi mencapai kemenangan.

"Ijtimak kali ini juga akan disertai beberapa tokoh besar yang menyatakan kesediaan untuk turut sama bergabung dalam PAS."Mereka akan diisytihar secara rasmi bagi menyatakan ikrar dan sokongan mereka kepada parti," tambah Tuan Ibrahim.Sehubungan itu, katanya, semua ahli diseru menjadikan ijtimak kali ini sebagai pemangkin kepada pembinaan semangat juang yang tinggi kepada seluruh jentera, ahli dan penyokong parti.

PKR RAMAL KUASAI 105 KERUSI PARLIMEN ?

Posted: 21 May 2012 09:00 AM PDT

Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli yakin Pakatan Rakyat mampu meraih sekurang-kurangnya 105 kerusi parlimen pada pilihan raya akan datang.Lima atau enam bulan lalu, BN beranggapan bahawa Pakatan hanya mampu memenangi 92 kerusi, kata Rafizi ketika melancarkan jentera pilihan raya parti itu semalam.Namun selepas kajian semula, Umno tahu bahawa parti itu akan berdepan dengan pembangkang yang mempunyai kekuatan 105 kerusi, katanya lagi.Oleh yang demikian, Rafizi menggesa jentera parti untuk bekerja lebih keras demi mendapatkan 10 lagi kerusi bagi membolehkan Pakatan meraih majoriti mudah.

Sekiranya berjaya mendapat 105 kerusi, Pakatan memerlukan tujuh lagi untuk membentuk kerajaan.Bagaimanapun, jumlah perbezaan kerusi yang kecil sahaja cukup untuk menggugat BN dan menyebabkan perbuatan lompat parti berlaku sekali lagi, serta peralihan kepimpinan dalam kerajaan.

TIADA MUZAKARAH UMNO-PAS

Posted: 21 May 2012 08:58 AM PDT

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menegaskan bahawa parti tersebut tidak akan bermuzakarah dengan Umno kerana persoalan itu tidak timbul.Katanya, isu tersebut timbul apabila beliau sebelum ini ditanya pemberita pada 14 Mei lalu mengenai muzakarah dengan NGO dan bukannya Umno.Katanya, beliau bersedia untuk bermuzakarah atau berbincang dengan NGO tersebut yang mendakwa PAS menyeleweng daripada dasar Islam.

"(Jadi) tidak timbul (bermuzakarah) dengan Umno. Itu isu lama... Umno jadikan dia isu politik sebab dekat dengan pilihan raya... Ini agenda Umno," katanya."Tidak ada muzakarah dengan Umno. Kita nak lawan dengan Umno... Dia tak ajak sungguh (betul-betul) tu," katanya dalam sidang media di ibu pejabat parti itu hari ini.Katanya lagi, isu melibatkan perbincangan PAS dan Umno merupakan "cerita lama" dan "PAS tidak mahu mengulang kembali" perkara itu.Tambahnya, usaha untuk mengadakan muzakarah itu pernah dianjurkan pertubuhan Angkatan Belia Islam pada 1982, tetapi ditolak Umno.Sementara itu dalam sidang media sama setiausaha agung parti itu Datuk Mustafa Ali berkata PAS akan mengadakan satu seminar untuk menjelaskan mengenai dan Islam dan peranannya dalam politik di negara ini.

Program tersebut terbuka semua pihak termasuk kepada yang bukan Islam bagi menjelaskan peranan Islam, katanya yang menambah, tarikh seminar tersebut akan ditentukan kemudian.Turut hadir dalam sidang media hari ini ialah timbalan presiden Mohamad Sabu dan naib presidennya Datuk Mahfuz Omar.

Tamparan Hebat Buat Rahim Noor !

Posted: 20 May 2012 06:37 PM PDT

Mantan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia Bukit Aman Serah Borang Keahlian PAS kepada Tuan Guru Presiden dalam satu majis yang diadakan di Perak 

KHIDMAT MERU

Posted: 21 May 2012 09:22 AM PDT

KHIDMAT MERU


Posted: 20 May 2012 10:48 PM PDT

SUMBANGAN AMAL PEMBINAAN SURAU AL MUHAJJIRIN

Posted: 20 May 2012 10:29 PM PDT

Surau Al Muhajjirin Jalan Nenas Kg Meru Klang melancarkan dana pembinaan surau baru bagi keperluan jemaah kariah tersebut bertambah ramai kini. Semua umat Islam yang perihatin agar boleh menyumbangkan derma pembinaan surau ini akaun RHB 26229600006737 atau keterangan lanjut Pengerusi 0162965217 (Hj Marsan).

Pemuda Guchil

Posted: 21 May 2012 09:20 AM PDT

Pemuda Guchil


Debat Sinar: Harapan wakil mahasiswa

Posted: 21 May 2012 08:42 AM PDT

SPR Kata Kangkung, Timun, Kuda, Harimau Adalah Pengundi Sah

Posted: 21 May 2012 08:37 AM PDT

Pemain Import Kelantan Buat Honar ...

Posted: 21 May 2012 08:37 AM PDT

Ustaz Azhar Idrus Dikelilingi Artis Wanita Yang Berhijrah...Allahuakbar

Posted: 21 May 2012 08:30 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 21 May 2012 09:04 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Baju Bersih 3.0 koyak disentap siak dalam masjid

Posted: 21 May 2012 06:52 AM PDT


Baju Bersih 3.0 koyak disentap siak dalam masjid
21 Mei 2012

NILAI: Berang dengan tindakan seorang jemaah yang memakai baju Bersih 3.0, seorang siak di sebuah masjid di Kampung Jijan di sini didakwa bertindak menyentap baju pemuda tersebut hingga koyak.

Kejadian berlaku malam tadi ketika pemuda terbabit sedang bersalam-salaman dengan jemaah lain sejurus selesai solat Maghrib berjemaah di Masjid Masjid Saidina Abu Bakar di sini.

"Tiba-tiba tok siak tersebut telah meluru kepada pemuda yang memakai baju Bersih dan menyentap bajunya dari belakang sehingga terkoyak.

"Jemaah yang lain menegur beliau supaya menghormati masjid tetapi dia buat tak peduli," cerita seorang saksi yang mengirim emel kepada Harakahdaily.

Menurut saksi itu lagi, kejadian semalam merupakan kemuncak kepada kemarahan siak tersebut yang sebelum ini pernah menghalau pemuda sama dari bersolat di masjid berkenaan gara-gara memakai baju Bersih itu.

Kejadian kali pertama itu didakwa berlaku pada 14 April lalu iaitu sebelum himpunan besar-besaran Duduk Bantah Bersih 3.0 di ibu negara pada 28 April.

Ketika itu pemuda dengan berbaju Bersih itu hadir dan bersiap sedia untuk solat Isyak berjemaah di masjid berkenaan.

Namun tidak semena-mena, siak tersebut meninggikan suara dan menghalau keluar pemuda tersebut dan tidak membenarkan beliau bersolat jemaah di masjid berkenaan.

"Ahli-ahli jemaah yang lain hanya berpandangan antara satu sama lain dan mengeleng-ngelengkan kepala.

"Sebelum ini, siak tersebut sangat disenangi dan disegani oleh para jemaah kerana komitmen yang ditunjukkan dalam menyelenggarakan hal-hal masjid sangat baik, tetapi kesan daripada kejadian tersebut kepercayaan kepada beliau tergugat," kata saksi itu lagi.

Lantas saksi itu menimbulkan persoalan termasuk adakah siak tersebut menerima arahan supaya tidak membenarkan orang memakai baju Bersih bersembahyang di masjid tersebut.

Atau juga siak tersebut mendapat 'fatwa' yang menyatakan memakai baju Bersih tidak sah sembahyang di masjid.

CERAMAH UMUM PAKATAN RAKYAT

Posted: 21 May 2012 06:30 AM PDT


CERAMAH UMUM PAKATAN RAKYAT
Tarikh : 27 Mei 2012 ( Ahad )
Masa : 9.00 malam
Tempat : Pekan Dangi, Johol, N.Sembilan
Penceramah :
YB Ng Suee Lim ( ADUN Sekinchan, Selangor )
Ustaz Nor Azman Mohamad ( Ketua Penerangan PAS N.Sembilan )

mtdchenderoh

Posted: 21 May 2012 07:34 AM PDT

mtdchenderoh


BUKTI DAP ANTI ISLAM

Posted: 20 May 2012 07:55 AM PDT



Tahniah buat UMNO... akhirnya berjaya membuktikan DAP anti Islam.

Tanggal 19 Mei 2012 telah membuktikan bahawa Islam  tertindas di bawah pemerintahan DAP. Padang Kota Lama, Pulau Pinang telah menjadi saksi bahawa penindasan DAP terhadap Islam terserlah apabila ribuan manusia telah berkumpul dan sujud di situ. Buat pertama kalinya azan berkumandang megah di ruang udara Padang Kota Lama, diiringi dengan solat berjamaah dan diikuti dengan majlis ilmu.

Kehadiran Ustaz Azhar Idrus di pentas ceramah.... menghangatkan lagi majlis pada malam itu diiringi dengan persembahan artis- artis yang sudah mula berjinak- jinak dengan dakwah Islam.

Suasana seumpama ini membimbangkan UMNO kerana berlawanan dengan fitrah kejadian UMNO itu sendiri.

Suasana ini berlawanan sama sekali dengan suasana pemerintahan Barisan Nasional sebelum ini yang menjamu rakyat terutama golongan muda dengan program serta aktiviti yang menghayal serta merosakkkan  di tempat yang sama.

Suasana semalam dilihat berlawanan sama sekali dengan fitrah kejadian UMNO yang lebih suka rakyat khayal dengan candu hiburan yang melalaikan agar rakyat tidak ambil peduli atas kerosakan UMNO selama mereka mentadbir negara.

Lantas.... inilah buktinya DAP anti Islam menurut perspektif UMNO yang dicanang ke seluruh pelusuk kampung dan pedalaman di seluruh negara.

UMNO kata DAP anti Islam.....
Apabila ruang dakwah Islam terbuka seluas- luasnya di bumi Pulau Mutiara pada masa kini..

UMNO kata DAP anti Islam...
Apabila para Hafiz mendapat perhatian yang khusus daripada Ketua menteri Pulau Pinang

UMNO kata DAP anti Islam...
Apabila kerajaan pimpinan DAP di Pulau Pinang menaikkan peruntukan bagi Hal Ehwal Agama Islam jauh lebih besar berbanding semasa pemerintahan BN....

Landskap Siasah

Posted: 21 May 2012 07:29 AM PDT

Landskap Siasah


IKRAM Sokong Parti n Calon Islam

Posted: 20 May 2012 08:15 PM PDT


KAJANG: Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) membuat ketetapan untuk menyokong parti dan calon yang menyokong Islam atau paling kurang, calon yang tidak menentang Islam pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Presiden Ikram, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad berkata, selain mengundi parti menyokong Islam, faktor calon juga perlu diambil kira.

"Kita perlu mengangkat peribadi yang sesuai ke kedudukan yang sesuai dalam memimpin ummat dan negara.

"Memilih wakil rakyat dan ahli majlis syura (peringkat negara) dari kalangan rakyat yang cerdas, berjiwa besar dan berakhlak mulia, golongan ryang berupaya membuat keputusan dan polisi terbaik demi pengurusan perjalanan negara dan kehidupan rakyat," katanya.

Menurutnya ahli Ikram disaran mengundi mengikut prinsip urutan berikut:

1- Menyokong calon yang mendukung agenda Islam

2- Memilih calon yang tidak mengancam perjuangan Islam di Malaysia;

3- (Jika) di kalangan calon-calon bukan Islam peribadi calon yang tidak memusuhi Islam.

4- Akhir sekali, mengundi peribadi calon bukan Islam yang bahayanya terhadap perjuangan ummah paling minimum.

Perkara itu ditegaskan Mohd Parid ketika berucap sempena Perhimpunan Ahli Teras Ikram (PAT) yang berlangsung di Bandar Sri Putra di sini, semalam.

Teras tersebut juga katanya prinsip asas penglibatan Ikram dalam politik.

"Politik Machiavelli telah menimbulkan  fenomena yang selalu kita saksikan,  pemimpin yang sentiasa berusaha untuk mengekalkan kuasa dengan apa cara sekali pun, menerusi berbagai tipu daya yang akan menjadikan rakyat sebagai mangsa.

"Kepentingan umat, rakyat serta negara diketepikan. Mereka bersedia menindas rakyat dan mencerobohi hak-hak mereka sewenang-wenangnya dengan penuh keangkuhan," katanya lagi.
template joomla


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/10449-ikram-isytihar-sokong-parti-calon-sokong-islam

DUN BUKIT PAYONG

Posted: 21 May 2012 03:39 AM PDT

DUN BUKIT PAYONG


Bekas Pengarah JSJ Bukit Aman sah sertai PAS

Posted: 20 May 2012 09:27 PM PDT

Sumber : The Malaysian Insider
May 21, 2012
KUALA LUMPUR, 21 Mei — Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari sebagaimana yang dijangkakan sebelum ini telah menyerahkan borang keahlian PAS secara rasmi.

Borang tersebut telah diserahkan kepada Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang dalam satu majlis pengisytiharan rasmi malam tadi di Larut, Perak.

Dipetik Harakahdaily, Fauzi (kiri) dalam ucapannya berkata, penyertaan beliau ke dalam PAS bukanlah atas dasar mahu bertanding kerusi sebaliknya, sekadar membantu usaha ke arah kerja-kerja Islam yang dibawa PAS.

Beliau turut menjelaskan, penyertaan dalam PAS itu dibuat selepas yakin dirinya tidak terlibat dalam sebarang kes jenayah semasa berada dalam pasukan polis.

Semasa menjadi Ketua Polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi, Fauzi terkenal dengan tindakannya membanteras maksiat di pusat bandaraya berkenaan.

Katanya, kehadiran beliau pada majlis itu juga sebagai pengenalan kepada penyokong dan masyarakat sebelum bergiat aktif selepas ini.

Turut hadir dalam majlis tersebut Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Ketua Penerangan yang juga Pengerusi PKR Perak, Dr Muhammad Nur Manuty dan Pesuruhjaya PAS Perak, Abu Bakar Hussain.

Penyerahan borang keahlian itu turut disaksikan lebih kurang 5,000 penyokong Pakatan Rakyat (PR).
Penyertaan Fauzi itu dilihat adalah antara nama besar yang menganggotai parti Islam tersebut yang memulakan kempen merekrut tokoh ternama untuk meningkatkan undi dalam pilihan raya akan datang.

Fauzi, yang pernah berkhidmat sebagai ketua pegawai penyiasat, kedudukan ketiga tertinggi dalam pasukan keselamatan tersebut, telah di katakan akan menyertai PAS sebulan lalu bersama bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Ramli Yusoff dan bekas menteri Kabinet Umno Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

Ramli dan Abdul Kadir, yang merupakan timbalan presiden Amanah, NGO yang diketuai Tengku Razaleigh Hamzah, menafikan mereka menyertai PAS walaupun telah mengumumkan keluar Umno setelah mengatakan parti itu dibelenggu politik wang.

Fauzi, bersara dua tahun daripada pasukan keselamatan berkenaan tanpa sebarang hebahan.
The Malaysian Insider sebelum ini turut melaporkan PAS mahukan Ramli dan Abdul Kadir untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

Ramli dilihat sering memberi tekanan kepada Barisan Nasional (BN) untuk membentuk tribunal menyiasat dakwaan salah guna kuasa Peguam Negara.

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dzulkefly Ahmad berkata kedua-dua mereka akan memberikan maklumat jenayah yang dilakukan kerajaan BN sebelum ini.

"Mereka dari sistem. Ini adalah orang-orang yang berkelayakan untuk itu. Mereka telah melihat banyak penyelewengan, dan berani tampil menentang sistem tersebut," katanya kepada The Malaysian Insider.

Abdul Kadir turut mengesahkan kedua-dua PAS dan PKR telah "mencadangkan" untuk menyertai mana-mana antara dua perti itu, sebelum pilihan raya, namun beliau masih lagi tidak membuat keputusan untuk menyertai mana-mana parti.

Bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno itu menjelaskan beliau menyertai program ceramah PAS sebagai tetamu jemputan, dan akan terus menghadiri program Pakatan Rakyat (PR).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan