Khamis, 17 Mei 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Peghelih La...

Posted: 16 May 2012 11:34 PM PDT

Peghelih La...


Ceramah Perdana

Posted: 16 May 2012 01:32 AM PDT

Biadap

Posted: 16 May 2012 01:27 AM PDT

Sikap biadab Umno yang tidak menghormati premis awam dengan meletakkan sepanduk parti mereka di hadapan pagar sekolah seperti ini.

Kunjungan Menteri Singapura

Posted: 16 May 2012 01:19 AM PDT

KANGAR - PAS terus mendapat pengiktirafan dari pelabagai pihak baik di peringkat nasional mahupun di peringkat negeri. Baru-baru ini, Meneteri Hal Ehwal Luar dan Dalam Negeri Singapura, Dr Masagos Zulkifli bersama rombongannya mengadakan kunjungan hormat ke atas pimpinan PAS Perlis.

Dr Masagos yang ditemani Pesuruhjaya Tinggi Singapura Ke Malaysia, Ong Keng Tong serta Pegawai Kementerian Luar Singapura, Harris Rusdi Chai disambut oleh Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin dalam pertemuan kira-kira sejam di Kompleks PAS Perlis.

Hadir sama dalam pertemuan itu, Timbalan-timbalan Pesuruhjaya PAS Perlis, Mohd Anuar Tahir, Hairy Hashim dan Rus'sele Eizan; Ketua Dewan Ulama, Ustaz Idris Yaaob dan Setiausaha Perhubungan PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman.

Dalam rangka lawatan kerjanya ke Malaysia, Dr Masagos berada di Kuala Lumpur, Kedah dan Perlis untuk bertemu pemerintah negeri, pimpinan kerajaan dan politik sebagai kunjungan silaturrahim bagi melihat peluang-peluang kerjasama di dalam bidang ekonomi dan sebagainya.

Pertemuan dengan pimpinan PAS Perlis juga memberi peluang kedua-dua belah pihak betukar-tukar pandangan berkaitan perkembangan semasa dan betukar-tukar pandangan tentang sosio-politik di negeri Perlis dan di negara republik itu.

Warna SPR: Wan Ahmad kena ‘demam kuning’

Posted: 16 May 2012 01:14 AM PDT

KANGAR, 10 Mei: PAS melihat kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang mahu menukarkan warna rasmi mereka iaitu kuning dalam pilihan raya umum akan datang untuk menjarakkan diri dengan Bersih yang menggunakan warna sama adalah sesuatu yang lucu.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohd Anuar Tahir (gambar) berkata, kenyataan yang dikeluarkan Wan Ahmad itu jelas membuktikan beliau sudah dijangkiti 'demam kuning'.

"Warna kuning adalah satu warna yang terang, malah menjadi warna simbol kepada kebebasan media di seluruh dunia. Di negara kita warna kuning juga dikaitkan dengan kebesaran dan kedaulatan Raja-Raja Melayu.

"Saya ingat Wan Ahmad ni kena periksa balik selepang kebesaran yang dia dapat, takut-takut berwarna kuning. Janganlah sampai nanti 'demam kuning' yang dijangkitinya tu menyebabkan dia benci pula pada pakaian kebesaran diraja," katanya.

Wan Ahmad dipetik portal berita Malaysiakini dilaporkan berkata dalam satu majlis, SPR akan memilih warna berkecuali kerana Bersih telah menghuru-harakan negara dengan warna kuning.

Kata Mohd Anuar lagi, kenyataan Wan Ahmad sebagai seorang pegawai tinggi awam itu jelas melihatkan suatu kelucuan kerana mengambil sikap kebudak-budakan.

"Kenyataan itu saya lihat lebih rendah dari seorang pelajar tadika. Dalam soal macam ni pun dia tak boleh buat pertimbangan maknanya dia tak layak duduk di kerusi tersebut kerana SPR diamanahkan menjaga dan mempertahankan amalan demokrasi di negara ini.

"Jangan kerana sebilangan rakyat yang membuat tuntutan melalui Bersih dan memilih warna kuning, maka semua kena tukar warna lain.

"Sepatutnya sebagai orang nombor 2 dalam SPR, Wan Ahmad kena lebih prihatin tuntutan Bersih bukannya soal remeh-temeh macam ni," ujarnya lagi.  

Idris Ahmad

Posted: 16 May 2012 11:27 PM PDT

Idris Ahmad


Kenapa Kerajaan Tidak Mahu Tubuh Jawatankuasa Salah Laku Polis?

Posted: 16 May 2012 06:03 PM PDT

Kenapa Kerajaan Tidak Mahu Tubuh Jawatankuasa Salah Laku Polis?
Idris Haji Ahmad
17 Mei 2012
Sudah sampai masanya rakyat menuntut supaya Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis atau (IPCMC) ditubuhkan segera untuk mebendung tindakan liar polis. IPCMC pada mulanya dulu dipersetujui oleh Tun Abdullah Badwi, ketika jadi PM, akan tetapi pihak polis menentang, maka IPCMC pun ghaib dan dilupakan orang. Polis menentang kerana mereka tidak mahu disiasat oleh badan lain kecuali oleh polis sendiri
Laporan terbaru daripada pihak BERSIH 3.0 yang melaporkan seorang peserta BERSIH 3.0, Mohd Safuan Mamat @ Nordin tampil menyerah diri membantu siasatan di balai Polis Dang Wangi namun dicederakan menggunakan batang paip hitam di dalam lokap.

Lebih mengejutkan, seorang tahanan turut menampar beliau sebanyak empat kali dan polis hanya memerhatikan tindakan berkenaan.

Beliau diminta untuk mengaku bersalah atas kejadian memusnahkan kereta polis dan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Jalan Duta.
Apa sudah jadi dengan Institusi polis?. Jika ini yang berlaku, tidak hairanlah samsing jalan Kebun Kelang bebas memukul orang yang hadir mendengar ceramah Pakatan Rakyat. Jika di dalam balai polis tidak selamat, tempat mana lagi yang rakyat selamat. Apakah masih ada lagi sisa-sisa peninggalan Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Nor yang mencederakan Datuk Seri Anuar Ibrahim ketika berada di dalam lokap.
IPMC hanya melibatkan polis jahat sahaja. Polis yang baik dan profesional kenapa perlu takut?. Keganasan polis memang diakur oleh siasatan SUHAKAM ketika BERSIH 2.0. Tetapi malangnaya SUHAKAM hanya boleh menyiasat tetapi tidak boleh untuk mendakwa.
Imej polis semakin teruk di padangan masyarakat awam. Kita simpati dengan polis yang baik sehingga malu untuk mengaku bekerja sebagai polis. Ini semua angkara "nila setitik susu sebelanga binasa".


Filed under: Demontrasi, Jenayah

Rembau Hari Ini

Posted: 16 May 2012 07:22 PM PDT

Rembau Hari Ini


PAS Rembau sedia tabung bantu pelajar ke IPT

Posted: 15 May 2012 08:58 PM PDT


15 Mei 2012 

KUALA LUMPUR : Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Rembau mengambil inisiatif membuka tabung untuk membantu pelajar-pelajar kurang berkemampuan melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi.

Adun Paroi, Taufek Abdul Ghani (gambar) berkata, masih terdapat pelajar yang tidak melanjutkan pengajian walaupn mendapat tawaran yang bagus kerana masalah kewangan.

Sehubungan itu, tabung ini diwujudkan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan bantuan untuk diberikan kepada mereka.

"Lajnah Kebajikan PAS Rembau menyeru kepada semua masyarakat agar lebih prihatin untuk mengenal pasti para pelajar yang menghadapi masalah sedemikian di kalangan sanak saudara, jiran tetangga serta ahli kariah," katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan dalam satu kenyataan.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan kepada pelajar yang mempunyai masalah yang disebutkan tadi di DUN Paroi, Chembong, Kota dan Rantau yang berada dalam Parlimen Rembau boleh berbuat demikian  melalui akaun berikut:

Nama akaun: PAS Kawasan Rembau
Bank: Bank Islam (Cawangan Seremban)
No akaun: 05-012-01-007334-7

Mereka juga boleh menghubungi terus Ketua Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Rembau, Haji Roni.

PAS Kawasan Miri

Posted: 16 May 2012 07:14 PM PDT

PAS Kawasan Miri


Penduduk Kampung Sentiasa Menanti Janji Yang Tidak Berkesudahan....

Posted: 16 May 2012 04:38 AM PDT

Mana Janji Bekalan Asas Kami? Rayuan Penduduk Kampung Gajus (B)


MIRI - Kampung Gajus (B) terletak dalam kawasan Lambir yang kebanyakan penduduknya berbangsa Iban dan terdapat juga bangsa Melayu. Kebanyakan mereka bekerja sendiri dan juga bekerja dengan syarikat swasta.

Di kampung Gajus (B) terdapat 37 buah keluarga yang masih lagi belum mendapat sambungan elektrik dan juga bekalan air paip, dimana bekalan air bersih boleh disambung terus dari Loji Rawatan Air di Lambir yang lebih kurang 1 kilometer dari kawasan kampung tersebut. Jalan masuk ke kampung juga masih jalan tanah yang belum lagi diturap.

Setakat ini mereka berkongsi meter dengan jiran yang berdekatan untuk sumber air dan elektrik. Mereka merayu kepada pihak berkenaan agar segera menyambung bekalan elektrik dan air paip ke rumah mereka sebelum Gawai ini.

Salah seorang penduduk kampung tersebut, Stainley Melinei yang juga merupakan seorang ahli PBB Lambir mengadu kepada PAS Miri, beliau mengatakan masalah sambungan elektrik dan bekalan air paip yang masih lagi belum dapat digunakan sepenuhnya di kawasan mereka walaupun sudah banyak kali mereka memohon kepada pihak yang berkenaan.

Menurut beliau projek bekalan elektrik ini sudah dimulakan pada 2009 di kawasan mereka, tetapi sehingga ke saat ini belum lagi disambung ke rumah mereka, yang ada hanya tiang-tiang elektrik di sepanjang jalan di kawasan kampung.

Dulu pihak yang berkenaan ada berjanji untuk menyambung bekalan elektrik ke rumah mereka sebelum hari Gawai. Sekarang sudah hampir dengan hari Gawai tetapi masih belum ada tanda-tanda yang elektrik tersebut dapat digunakan sepenuhnya.

Pihak berkenaan hanya memasang meter elektrik diluar rumah mereka sahaja tetapi sampai sekarang masih lagi belum boleh digunakan. Sampai bila pihak berkenaan hendak memasang dan menghidupkan bekalan elektrik ke rumah mereka. Begitu juga dengan bekalan air paip yang belum dapat disalur ke rumah mereka sehingga mereka terpaksa berkongsi meter dengan jiran yang berdekatan

Kita mendesak agar pihak kerajaan dapat memberi perhatian serius terhadap masalah yang dihadapi oleh penduduk kampung tersebut dan menunaikan janji mereka dengan segera tanpa perlu menunggu pilihanraya

Penduduk kampung sudah bosan dengan janji-janji yang tidak pernah dilaksanakan tepat pada waktunya samaada dari wakil rakyat atau pun syarikat yang telah diberi amanah untuk melaksanakan tugas tersebut.

PAS sentiasa perihatin kepada semua penduduk yang menghadapi masalah tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik. Perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat untuk membantu dan membela nasib semua bangsa akan tercapai sekiranya dapat kerjasama dengan semua pihak.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

English version
Where are the promises of our Basic Supply? Gajus (B) Village Residents Appeal
MIRI - Gajus (B) Village located in the Lambir area which most of the residents are Ibans ethnic and there are also Malays. Most of them are self-employed and also worked with private companies.

In the Gajus (B) village there were 37 families who have yet to get electricity connections and water supply pipes, where water supply can be connected directly from the Lambir Water Treatment Plant which is about 1 kilometer from the village. The access road to the village is still a dirt road which has not been tarred.

To date they only share a meter with the nearest neighbor for water resources and electricity. They appealed to the parties concerned to immediately connect the electricity and piped water to their homes before this Gawai.

One of the villagers, Stainley Melinei who is also a member of the PBB Lambir complained to PAS Miri, he said the problem of electricity connection and water supply pipes that have yet to be fully utilized in their area, despite being many times they apply to the parties concerned.

He said this electricity supply project was initiated in 2009 in their area, but until at this moment has not yet been connected to their homes, only electricity poles along the road in the village.

Previously the relevant authorities have promised to connect electricity supply to their homes before the Gawai. Now it is almost to the Gawai day but still no signs that electricity can be fully utilized.

They only install the electric meter outside their homes, but until now still not yet being used. Until when the parties concerned want to install and switch on the electricity supply to their homes,

They only install the electric meter outside the house, but until now they still cannot be used. Until when the parties concerned will going to install and switch on the electricity supply to their homes.

Similarly to the water supply pipes that cannot be channeled to their house until they had to share a meter with the close neighbors

We urged the government to give serious attention to the problems faced by the villagers and fulfill their promises immediately without waiting for the election.

The villagers are fed up with promises that never carried out in a timely manner whether from the representatives of the people or companies that has been entrusted to carry out the task.

PAS is concerned to all the people who have problems regardless of race, religion and political belief. The struggle of the PAS and Pakatan Rakyat to help and defend the fate of all races can be achieved if got the cooperation with all parties.



ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 16 May 2012 03:21 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


TAK PADAN KECIK RAJA NONG CIK GARA2 INFO RAJA PETRA

Posted: 16 May 2012 02:28 PM PDT

Skandal NFC yang melibatkan dana rakyat berjumlah RM250 Juta, melibatkan Sharizat yang sinonim dengan Lembah Pantai.. kali ini satu lagi scandal yang melibatkan pemimpin yang juga dikatakan sinonim dengan Lembah Pantai terdedah..

Pada 24hb Ogos 2010, sebuah syarikat dengan nama Istijuara Sdn Bhd telah diberikan kontrak kerajaan yang berjumlah RM30, 800,000 oleh Kementerian Belia dan Sukan.Anda boleh lihat butir-butir di bawah.

Ianya mungkin kelihatan agak biasa memandangkan berbilion-bilion kontrak kerajaan dianugerahkan setiap tahun. Jadi.. jka dibandingkan dengan ratusan Billion kontrsk ysng bernilai RM30 Juta itu adalah kecil nilainya..

Satu-satunya masalah dengan kontrak kecil yang bernilai RM30 Juta ini ialah Istijuara Sdn Bhd dimiliki oleh Raja Nong Chik Zainal Abidin, Menteri Wilayah Persekutuan dan Bandar.

Dan ini bukanlah satu-satunya kontrak kerajaan yang telah dianugerahkan kepada syarikat beliau.


Anak perempuan Raja Nong Chik berusia 26 tahun, Raja Farhana, disenaraikan sebagai salah seorang daripada dua orang Pengarah syarikat. Beliau memiliki 399.999 daripada 400,000 saham. Ini bermakna secara praktikal beliau adalah pemilik tunggal syarikat dengan Pengarah yang lain hanya memiliki satu saham.


Syarikat itu, yang ditubuhkan hampir 20 tahun lalu apabila Raja Farhana masih di darjah satu, mempunyai kerugian dibawa ke hadapan berjumlah kira-kira suku juta RM dan liabiliti semasa kira-kira RM400, 000 terhadap aset semasa..


Pendedahan lebih lengkap dengan lebih banyak dokumen sila lihat di ( SINI )
Anda mungkin juga meminati:
Scandal Fidlot : Akhirnya Nong Chik bersuara....
Shahrizat bercuti, Nong Chik yakin BN akan rampas Lembah ...
Daim mahu Raja Nong Chik ganti Sharizat di Lembah Pantai
Betulkah Pak Lah pun telah terima komisyen RM500 Juta ni?
LinkWithin
Posted by Anak Sungai Derhaka




PENGERUSI UMNO MALAYSIA ADA MASA 2 MINGGU LAGI!

Posted: 16 May 2012 01:13 AM PDT

Keganasan polis: Wartawan beri Najib 2 minggu untuk bertindak

PUTRAJAYA: Sekumpulan enam wartawan daripada Institute of Journalism (IJ) memberi tempoh hingga hujung bulan ini untuk Datuk Seri Najib Razak mengambil tindakan ke atas keganasan polis terhadap petugas media pada perhimpunan Bersih 3.0.


Najib bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein kononnya prihatin melawat Radzi di hospital setelah dibelasah polis.

Dengan berpakaian serba hitam dan mengenakan riben kuning, mereka menyerahkan memorandum mengandungi 3,000 tanda tangan wartawan dan jurugambar ke Pejabat Perdana Menteri pagi tadi.

Memorandum yang mewakili 14 organisasi media itu mendesak Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar memohon maaf secara terbuka kepada wartawan ekoran tindakan melampau polis terhadap mereka.

Mereka turut mendesak polis memulang peralatan yang dirampas dan mengganti peralatan yang rosak.
Wakil IJ, Radzi Razak berkata, sejak insiden 28 April lalu, tiada maklum balas daripada kerajaan mengenai bantahan wartawan yang dikasari dan pihaknya kini bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang.

"Kita sudah memberi masa cukup lama kepada mereka. Sudah tiba masanya kerajaan menjawab dan memberi maklum balas mengenai isu ini," katanya kepada Keadilan Daily.

Sambil menegaskan tidak memihak kepada mana-mana parti politik, beliau hanya mahu kerajaan menghormati dan melindungi wartawan yang bertugas.

"Kami juga tidak membenci polis, tetapi kita mahu polis memberi keadilan melampaui ideologi politik," katanya.

Radzi dari akhbar The Sun merupakan salah seorang wartawan yang dimasukkan ke hospital selepas cedera rusuk dan mengalami kecederaan dalaman ketika membuat liputan perhimpunan Bersih.

Polis turut melakukan serangan terhadap wartawan lain termasuk Malaysiakini, The Malaysian Insider, Al Jazeera, Makkal Osai, Guang Ming Daily, Channel News Asia, Merdeka Review dan The Malay Mail.

Polis merosakkan kamera dan merampas rakaman mereka untuk menghapuskan bukti.
Dicatat oleh ELBI RISALAH di 5/16/2012

MISTERI KP MERAH RAHSIA BN 54 TAHUN

Posted: 15 May 2012 11:12 PM PDT

Selepas 54 tahun kita sudah merdeka, terdapat ramai rakyat Malaysia yang masih memiliki kad pengenalan merah. Sebahagian besar atau hampir kesemua yang memiliki kad pengenalan merah ini adalah dari kalangan kaum India. Saya tidak pernah mendengar masalah kad pengenalan merah dari kalangan kaum Melayu. Jarang sekali kita bertemu dengan orang-orang Cina yang masih memegang kad pengenalan merah. Walaupun ada juga segelintir orang- orang Cina yang masih memegang kad pengenalan merah tetapi jumlah itu tidak signifikan. Tetapi, masalah kad pengenalan merah dari kalangan masyarakat India adalah satu masalah yang serius dan perlu diberi perhatian yang khusus. Siapakah yang perlu dipersalahkan dalam hal ini kalau bukan kerajaan yang tidak prihatin terhadap kebajikan orang-orang India?

Lebih 54 tahun masyarakat India telah dianak tirikan di negara ini. Masalah kad pengenalan merah tidak pernah menjadi fokus kerajaan Barisan Nasional. Mereka tidak mempedulikan masyarakat India yang berbakti dan berjasa dalam pembangunan dan kemajuan negara ini. Masyarakat India pernah menjadi pengundi setia kepada Barisan Nasional sehingga PRU 11. Tetapi, kerajaaan Barisan Nasional pula tidak mengenang budi kaum India. Terdapat banyak kes dimana walaupun permohonan kad pengenalan biru dibuat berulang kali tetapi ditolak oleh kerajaan dengan pelbagai alasan.

Apabila masalah ini telah meruncing ada pihak-pihak yang tidak bermaruah dari kalangan Barisan Nasional muncul untuk membantu mangsa diskriminasi kerajaan Barisan Nasional itu sendiri. Puak-puak ini harus berasa malu kerana kecuaian dan kegagalan mereka inilah yang menyebabkan masyarakat India masih mundur di negara kita.

Macam-macam program seperti Mydaftar dan sebagainya dilaksanakan untuk menutup kesilapan mereka selama ini. Tetapi, apakah hasilnya? Berapa ribukah orang India yang memohon itu sudah berjaya mendapat kad pengenalan biru? Benarkah program Mydaftar yang dianjurkan oleh kerajaan telah berjaya menghapuskan masalah kad pengenalan merah di negara kita?

Sedih melihat orang-orang yang mendapat kad pengenalan biru kebanyakkannya adalah warga emas. Mereka telah hilang usia muda yang produktif dengan memegang kad pengenalan merah. Mereka hidup di negara ini sebagai pendatang walaupun mereka lahir di sini. Mereka tidak dapat kerja yang baik, tidak ada caruman KWSP dan Socso. Mereka tidak boleh memiliki harta. Mereka hilang hak untuk mendapat rawatan percuma di hospital. Mereka juga tidak pernah dibantu oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

"Selepas habis segala-galanya, baru mahu bagi kad pengenalan merah kepada mereka. Ada juga puak-puak tertentu yang berbangga dengan pencapaian mereka itu. Mereka seharusnya berasa malu dengan isu kad pengenalan merah ini, bukannya berasa bangga. Inilah golongan yang tidak mempunyai maruah dan harga diri yang sanggup menggadai bangsa sendiri untuk wang, pingat dan jawatan politik."

Saya akan mendedahkan kes-kes kad pengenalan merah yang masih tidak diselesaikan oleh kerajaan Barisan Nasional satu per satu.

* Gambar menunjukkan seorang warga emas di Taman Permai, Bemban Batu Gajah yang lahir di Malaysia, ibu bapanya juga lahir di Malaysia, suaminya orang Malaysia, anak-anaknya juga dilahirkan di Malaysia. Tetapi beliau masih memegang kad pengenalan merah. Beliau sudah putus asa untuk memohon kad pengenalan biru. Bukankah ini satu kekejaman kerajaan Barisan Nasional yang menganiyaya rakyatnya sendiri?

* Kenyataan media oleh V.Sivakumar, Timbalan Pengerusi DAP Perak, ADUN Kawasan Tronoh.

AKUAN SEBUAH AKAUN !

Posted: 15 May 2012 09:40 PM PDT

14 hb Mei 2012, Sk menghadiri satu mesyuarat jabatan di Ibu Negara Kuala Lumpur. Kebiasaannya mesyuarat ini di pengerusikan oleh seorang ketua jabatan yang sebelah paginya membincangkan mengenai kerja-kerja teknikal projek itu dan projek ini, projek-projek pembangunan yang dilaksanakan adalah diseluruh negeri tanah air. Suasana mesyuarat berjalan dengan selesa dan baik.

Selesai waktu rehat sekitar jam 1.30 hari disusuli pulak mesyuarat kedua disebelah petang mengenai peruntukan kewangan mengurus negeri. Mesyuarat ini agak panas apabila pengerusi mengajukan pelbagai soalan kepada ahli-ahli mesyuarat mengenai peruntukan yang diberikan tapi masih lagi tidak dibelanjakan. Soalan yang diajukan oleh pengerusi kebanyakan dapat dijawab dan dapat diselesaikan namun ada juga beberapa waran peruntukan yang diberikan masih tidak dibelanjakan oleh negeri masing-masing dan peruntukan tersebut terpaksalah ditarik balik.

Dalam kerancakkan perbincangan dan kehangatan pelbagai isu yang dibangkitkan, tiba-tiba pengerusi ada menyebut :

"tahukah kamu semua, MOF (Kementerian Kewangan) kini tenat" ketika itu semua terdiam seketika.

"Saya bersusah payah turun naik MOF untuk memohon peruntukan yang kamu semua mohon tapi bila dapat kamu tidak belanjakan".

Untuk makluman semua, peruntukan yang diterima oleh suatu agensi kerajaan perlulah dibelanjakan semaksima yang boleh pada perkara yang perlu. Kepada mereka dikalangan kakitangan kerajaan memang dah maklum perkara ini.

"Kamu semua tahu tak, sekarang ni kerajaan pusat dah tak ada duit untuk belanja. Saya di maklumkan kementerian dah ambil langkah untuk menggadaikan tanah negara semata-semata nak tampung belanja, saya sebenarnya dah takut bila pegawai kementerian bagitau benda ni" ujar pengerusi tersebut.

"Apa yang PM umum untuk bagi tu bagi ni semuanya umum sahaja. Lepas pilihanraya ni kita akan lagi akan teruk sebab kerajaan tak ada duit. Mungkin permohonan bajet kita lepas ni tidak akan dapat sebanyak sekarang, saya dah bocor rahsia hari ni, tapi tak apa lah" sambungnya sambil meneruskan agenda mesyuarat sehingga selesai.
Apa yang di dedahkan oleh ketua jabatan itu sebenarnya memang benar. Kalau sebelum ini sudah banyak kali ahli politik pembangkang mengungkitkan perkara ini di setiap program ceramah-ceramah Pakatan rakyat. Sudah berbuih mulut ahli politik menerangkan tindakan menggadai tanah rizab negara oleh PM Najib selaku Menteri yang bertanggungjawab keatas Kementerian Kewangan sekarang. Kalau rakyat tak nak percaya maklumat yang disampaikan oleh golongan politik tak apa, tapi maklumat yang disampaikan sendiri oleh pegawai berkaitan adakah kita tak nak percaya? Adakah nak tunggu negara kita tergadai dan merempat barulah kita percaya. Nasi sudah menjadi bubur.

Sikap berbelanja boros, penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa menteri yang bertanggungjawab ini adalah faktor utama sehingga menyebabkan akaun negara berada dikedudukan yang amat tenat. Pemberian BR1M, Bonus tahunan atau imbuhan untuk warga FELDA RM15,000.00 yang sepatutnya untuk hujung tahun dan bermacam-macam lagi imbuhan, semua ini adalah umpan cacing yang akan dicangkuk di mata kail.

Walaupun Ketua Jabatan tersebut tidak menceritakan tanah kawasan mana yang menjadi mangsa kerakusan Menteri Kewangan ini dan Jika ditakdirkan kerajaan tidak dapat menebus kembali tanah yang dipajakgadai tersebut, apa akan terjadi seterusnya kepada negara kita?

Pendedahan yang dibuat ini adalah satu peringatan kepada seluruh lapisan masyarakat agar dapat menolak kerajaan BN yang ada sekarang dan digantikan dengan Kerajaan baru iaitu Pakatan Rakyat.
-tranungkite-

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 16 May 2012 03:09 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


UMNO BELUM BOLEH MENANG... PRU13 7 JULAI PULAK!!!

Posted: 15 May 2012 07:41 PM PDT

Itu tarikh baru yang popular setelah jangkaan pada 9 Jun 'terbang' bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke United Kingdom malam kelmarin.

Sumber dalaman Umno memberitahu Sinar Harian, satu perhimpunan besar-besaran ahli parti komponen BN akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 17 Jun ini.

 "Selepas itu, Perdana Menteri dijangka akan menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk bubar Parlimen. PRU13 mungkin pada 7 atau 8 Julai, iaitu sebelum puasa," katanya menerusi SMS yang dihantar malam tadi.

Berkongsi tarikh yang sama, Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian ketika dihubungi sebelum itu berkata, PRU13 mungkin diadakan pada awal Julai.

"Semalam (kelmarin) Najib terbang ke United Kingdom dan mungkin apabila kembali pada hujung bulan ini. Beliau akan menggunakan masa yang ada bagi mengenal pasti calon BN yang akan bertanding nanti.

"Perkara ini (pemilihan calon) tidak boleh dibuat secara tergesa-gesa bagi mengelakkan timbul isu lain. Saya menjangkakan Julai depan tarikh PRU13 iaitu sebelum bulan Ramadan atau secara tepatnya, 8 Julai," katanya.

 Menurut Sivamurugan, jika negeri Pakatan Rakyat (PR) masih mahu meneruskan pilihan raya berasingan, ia akan memberi kelebihan kepada Umno dan Barisan Nasional (BN).

 "Saya melihat ini (pilihan raya berasingan) memberi kelebihan kepada BN dari segi logistik dan jentera pilihan rayanya, tetapi PR juga dilihat belum bersedia melakukan pilihan raya berasingan kerana kosnya agak besar," katanya.

 Dalam pada itu, Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak pula berkata, jika Perdana Menteri masih tidak membubarkan Parlimen bulan depan, hampir pasti PRU13 diadakan pada September ini.

 Beliau bagaimanapun berkata, Najib masih mempunyai masa sehingga pertengahan Jun untuk memastikan PRU13 sempat dilangsungkan pada awal Julai, sebelum bermula Ramadan.

 "Hari ulang tahun keputeraan Yang di-Pertuan Agong pada 2 Jun, jadi Perdana Menteri masih boleh bubarkan Dewan Rakyat pada Isnin selepas itu (4 Jun)," katanya.

 Ditanya mengenai kemungkinan Parlimen dibubarkan sebelum 2 Jun, Dr Mohamed Mustafa berkata, kemungkinan itu amat tipis kerana Najib sudah tentu tidak akan memiih untuk meraikan hari ulang tahun keputeraan Yang di-Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri kerajaan sementara (caretaker government).

 "Untuk majlis rasmi meraikan Yang di-Pertuan Agong sudah tentu belum mahu hadir sebagai Perdana Menteri yang sebenar," katanya.

PERUTUSAN HARI GURU DPPM

Posted: 15 May 2012 07:15 PM PDT

TAHNIAH GURU: JASAMU TIADA DILUPAKAN
(15 Mei 2012)

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengucapkan selamat Hari Guru bagi tahun 2012 kepada semua pendidik di negara ini. Syabas dan tahniah kepada para guru yang berterusan memberikan perkhidmatan dalam dunia pendidikan tanpa berasa lelah, jemu dan berputus asa bagi memastikan kecemerlangan akademik terhadap pelajar-pelajar setiap tahun.

DPPM menyanjung tinggi segala pengorbanan yang dicurahkan oleh golongan pendidik dalam melahirkan generasi yang beriman, bertaqwa dan berharga dalam masyarakat. Mereka umpama obor yang menerangi alam dengan ilmu dan hikmah yang mereka tebarkan. Tanpa mereka tiadalah semua golongan cendikiawan, cerdik pandai, pemimpin dan ahli politik hebat seperti sekarang. Sewajarnya peranan dan sumbangan mereka dimartabatkan setingginya.

DPPM menekankan bahawa komitmen Pakatan Rakyat terhadap para pendidik amat tinggi dengan berusaha pembelaan yang sewajarnya kepada mereka. Malahan, segala imbalan dari kerajaan pusat untuk guru guru termasuk ura-ura tambahan tawaran oleh kerajaan sempena Sambutan Hari Guru adalah hasil daripada perjuangan PR melalui Buku Jingga. Pakatan Rakyat juga berusaha memastikan pendidikan percuma dinikmati oleh rakyat segenap peringkat dari peringkat bawahan sehinggalah keperingkat tertinggi. Adalah diharapkan, tiada seorang pun rakyat tercicir dari menerima pendidikan sebagai asas dalam kehidupan.

Semoga para guru dan pendidik terus membimbing ummah sebagai insan teladan dan terpuji sepanjang zaman. DPPM mendoakan para pendidik sentiasa mendapat kemuliaan disisi masyarakat dan mereka pula berusaha melipatgandakan dedikasi mereka dalam dunia pendidikan.

DR RAJA AHMAD AL HISS
Naib Ketua
Dewan Pemuda PAS Malaysia

ALI SENAMAN PUNGGUNG KANTOI BELI GELARAN 'DATUK' RM250K DULU!!

Posted: 15 May 2012 05:58 PM PDT



La ghupenya mamat yang jadi kepala Senaman Punggung Lembu semalam adalah "Datuk" beli.... 

 ... Mana dia dapat duit RM250k untuk beli Datuk.... ????

SUSAH JUGAK KALU ADA PEGUAM BODO TAHAP NIE...

Posted: 15 May 2012 05:42 PM PDT


Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 16 May 2012 11:37 AM PDT

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


Posted: 15 May 2012 09:46 PM PDT

Posted: 15 May 2012 09:42 PM PDT

Posted: 15 May 2012 09:39 PM PDT

Harakahdaily,16 Mei 2012
KUALA LUMPUR, 16 Mei: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengucapkan selamat Hari Guru bagi tahun 2012 kepada semua pendidik di negara ini.

"Syabas dan tahniah kepada para guru yang berterusan memberikan perkhidmatan dalam dunia pendidikan tanpa berasa lelah, jemu dan berputus asa bagi memastikan kecemerlangan akademik terhadap pelajar-pelajar setiap tahun," kata Naib Ketuanya, Dr Raja Ahmad al-Hiss.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, DPPM menyanjung tinggi segala pengorbanan yang dicurahkan oleh golongan pendidik dalam melahirkan generasi yang beriman, bertaqwa dan berharga dalam masyarakat.

Menurutnya, mereka umpama obor yang menerangi alam dengan ilmu dan hikmah yang mereka tebarkan.

"Tanpa mereka tiadalah semua golongan cendikiawan, cerdik pandai, pemimpin dan ahli politik hebat seperti sekarang. Sewajarnya peranan dan sumbangan mereka dimartabatkan setingginya," katanya.

DPPM, ujarnya menekankan bahawa komitmen Pakatan Rakyat terhadap para pendidik amat tinggi dengan berusaha pembelaan yang sewajarnya kepada mereka.

Malahan, tambah beliau segala imbalan dari kerajaan pusat untuk guru-guru termasuk ura-ura tambahan tawaran oleh kerajaan sempena Sambutan Hari Guru adalah hasil daripada perjuangan PR melalui Buku Jingga.

Pakatan Rakyat juga, kata beliau lagi berusaha memastikan pendidikan percuma dinikmati oleh rakyat segenap peringkat dari peringkat bawahan sehinggalah ke peringkat tertinggi.

"Adalah diharapkan, tiada seorang pun rakyat tercicir dari menerima pendidikan sebagai asas dalam kehidupan.

"Semoga para guru dan pendidik terus membimbing ummah sebagai insan teladan dan terpuji sepanjang zaman," ujarnya lagi.

Justeru, katanya DPPM mendoakan para pendidik sentiasa mendapat kemuliaan di sisi masyarakat dan mereka pula berusaha melipatgandakan dedikasi mereka dalam dunia pendidikan.


Dupahang's Weblog

Posted: 16 May 2012 11:26 AM PDT

Dupahang's Weblog


Penjelasan Isu Hassan Ali, Tabung Haji, Felda – Dato’ KJ

Posted: 15 May 2012 06:35 PM PDT

Penjelasan Isu Hassan Ali, Tabung Haji, Felda dsb oleh YB Dato' Kamarudin Jaffar di Surau Nur Al Muttaqin Kg Belukar-Kubang Batang, Wakaf Bharu pada 7 April 2012          

Batu Gajah Mari

Posted: 16 May 2012 11:15 AM PDT

Batu Gajah Mari


Weh Kak Midah! Tak tau ke itu HARAM??

Posted: 16 May 2012 09:14 AM PDT



Oit.. Tak tau ke orang perempuan salam dengan lelaki bukan mahram itu haram? aish.. dosa yong.. nanti orang yang ngundi kamu pon tanggung dosa sebab pemimpin yang dipilih buat perkara yang Allah larang.. huhu.. malas ajo la.. die pon dah tau..Umno pon bukan tau halal haram.. hehe

Sebenornya bukan nak cerita pasai tu sgt, nak cite pasai ceramah esok (17 mac).. Semua orang tau, Midah akan buat ceramah kt sebelah ceramah PAS esok. (tengok bawah)



Rumput pon dah mesin, khemah pon dah sampai.. Menurut tuan rumah tapak ceramah PAS itu, Orang-orang dekat ceramah PAS tu pon dah diberi warning suruh hadang jalan dengan kereta la.. katanya ada nak tarik bantuan la.. ape la.. macam-macam.. aku pon tak paham..

Kalau nak sangat berceramah, jom la duduk satu pentas. Berdebat.. Ada berani ke????

Dulu Midah ada ngajak debat, pastu Ustaz Radzi sebagai calon PAS Dun Sungai Rapat beri respon sahut cabaran awal Hamidah dan tersiar Sinar Harian bertarikh 11 Ogos 2010 yang berbunyi

" Saya cabar beliau untuk bersemuka dengan saya di atas pentas dan kita panggil penyokong kedua-dua parti akan menilai sendiri malah saya akan jawab segala tuduhan yang dilemparkan kepada saya".

Pihak PAS dah menjawab serta menyahut seruan cabaran pihak Kak Midah melalui kenyataan Sinar Harian bertarikh 14 Ogos 2010 (lihat gambar bawah).




Sebagai jawapan pihak Kak Midah beri respon dan telah memilih untuk berdebat di masjid sepertimana disiarkan kenyataannya dalam Sinar Harian bertarikh 17 Ogos 2010 (lihat dibawah).


Ustaz Radzi udah jawab cadangan tu dan katanya PAS memang udah bersedia untuk debat dimana-mana masjid sepertimana kenyataan pihaknya dalam Sinar Harian bertarikh 21 Ogos 2010(lihat dibawah).


PAS juga mengesorkan diadakan di tempat terbuka untuk memberi ruang yang selesa kepada kaum bukan melayu untuk turut serta.

Tapi selepas tarikh 21 Ogos 2010, Kak Midah membisu.. diam terus... 2 minggu lepas Ustaz Radzi cabar lagi sekali.. ternyata kak midah tak berani.. penakot.. langsung tak respon!

Sah HAMIDAH penakot!!!

Ape pon.. semoga berjaya esok.. kerja terkutuk itu menggambarkan kamu x yakin akan dapat pertahankan kemenangan.. kamu pon bukan confirm bertanding pon.. hehe..

Kerja burukmu itu juga memberi impak positif kepada PAS sebenarnya.. rakyat lagi menyampah.. orang Umno pon meluat..

Wallahualam..

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 16 May 2012 11:06 AM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Mutiara Kata

Posted: 16 May 2012 01:47 AM PDT


Kalau polis belasah, apa perlu mahkamah

Posted: 16 May 2012 01:46 AM PDT


KUALA LUMPUR, 16 Mei: Kalau polis ikut suka hati pukul peserta Bersih 3.0 yang menyerah diri, tidak perlu ada mahkamah, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Sambil mengutuk tindakan membelasah Mohd Safuan Mamat, peserta Bersih yang menyerah diri dengan sukarela, beliau melihat tindakan itu akan menambahkan kebencian rakyat.

"Kalau sudah tidak mahu ikut peraturan dan seronok sangat membelasah orang ikut suka hati, suruh polis runtuhkan semua mahkamah dan lepas itu bolehlah mereka hukum orang ikut suka hati," kata Mohamad yang ternyata marah dengan tindakan tersebut.

Beliau menyifatkan perbuatan itu sebagai sengaja tidak mahu mengikut peraturan.

"Mereka sengaja tidak mahu ikut peraturan dan saya tidak mahu cakap fasal peraturan dan sifat perikemanusiaan sebab saya sudah tidak nampak sifat-sifat itu ada pada mereka yang membelasah orang lain sesuka hati," katanya.

Mohamad yakin, jika kekejaman seperti itu berterusan dan berleluasa, mungkin jutaan rakyat akan berhimpun sendiri tanpa perlu digerakkan oleh mana-mana pemimpin atau pertubuhan.

"Hari ini, sebahagian rakyat sudah tidak nampak perbezaan antara polis dan Umno.

"Jika rasa sakit hati rakyat tidak dapat dikawal lagi, bukan lagi ratusan ribu malah berjuta rakyat akan berhimpun sendiri di seluruh negara melawan Umno," katanya.

Mohamad juga yakin apa yang berlaku itu akan menjadikan rakyat semakin nampak keengganan kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) untuk menerima dan menyetujui pilihan raya yang adil dan bersih.

"Saya yakin, isu utama yang rakyat nampak dengan lebih jelas ialah Umno BN tidak mahu pilihan raya yang adil dan bersih," kata beliau.

Rakyat juga, katanya, akan semakin memahami bahawa tindakan ganas yang berterusan itu adalah disebabkan ketakutan Umno apabila melihat ratusan ribu rakyat berhimpun dalam perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

"Mereka tidak sangka ratusan ribu rakyat berhimpun, mereka panik dan seperti kerbau yang disembelih, dia menendang-nendang sana sini," katanya.

Mohd Safuan yang membuat laporan polis semalam terhadap tindakan membelasahnya itu berkata, dia ditahan dan dipukul oleh pihak polis selepas menyerah diri pada hari Isnin.

Pemuda dari Marang, Terengganu itu mengadu, selepas ditendang masuk ke dalam sebuah bilik, beliau dipukul di mukanya dengan batang paip hitam oleh anggota polis yang memakai pakaian seragam sambil memaksa beliau mengaku beliaulah yang memukul kereta polis ketika perhimpunan Bersih 3.0.

Mohd Safuan juga dipukul di bahunya dengan batang paip hitam itu.

Apabila dibawa ke lokap, beliau ditampar pula oleh tahanan lain selepas polis yang membawanya ke lokap itu memberitahu "dia ni Bersih, gangster".

Mohd Safuan juga mengadu beliau dipaksa membuat pengakuan dan menandatangani borang tertentu.

Hari Guru: PAS, PR komited naik gaji guru

Posted: 16 May 2012 01:46 AM PDT


KUALA LUMPUR, 16 Mei: "Bersempena dengan sambutan Hari Guru pada hari ini, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan penghargaan kepada semua guru yang berjasa besar kepada negara," kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau memetik puisi Allahyarham Usman Awang yang menukilkan "siapapun kita hari ini, sama ada Perdana Menteri, pensyarah, peguam, petani atau nelayan, kita bermula dengan ajaran guru".

Katanya, dalam konteks negara membangun, pendidikan adalah industri yang melahirkan rakyat yang tinggi sakhsiahnya dan membekalkan tenaga produktif yang memberi sumbangan besar kepada pembangunan negara.

"Di sebalik itu, guru adalah pemain utama yang menjayakan hasrat tersebut," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Menurutnya lagi, dengan cabaran globalisasi yang berlaku di zaman ini, tugas mereka tidak sekadar mengajar di kelas, tetapi hampir setiap waktu mereka bertugas secara langsung dan tidak langsung dalam membentuk keperibadian rakyat.

"Sebagai penghargaan kepada jasa guru, PAS bersama Pakatan Rakyat komited dengan janji di dalam 'Buku Jingga' untuk menaikkan gaji guru-guru dan seluruh kakitangan berkaitan perguruan selaras dengan tanggungjawab yang besar dipikul mereka," ujarnya.

Sudah lama PAS tunggu muzakarah – TG Nik Aziz

Posted: 16 May 2012 01:45 AM PDT

KOTA BHARU: Sepatutnya setiap isu yang timbul di kalangan umat Islam diselesaikan secara muzakarah bagi mendapat gambaran lebih jelas dan bukan pandangan sebelah pihak sahaja.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, isu muzakarah sebenarnya berlaku sejak PAS diketuai Dato' Asri Muda lagi.

"Tapi sampai sekarang isu itu tidak pernah selesai. Hanya sibuk sahaja sebut fasal muzakarah tapi tidak pernah buat.

"Jadi dalam keadaan sekarang ini paling sesuai membincangkan tentang isu kenapa ada orang hendak tolak Islam," katanya selepas mesyuarat Exco di Kota Darulnaim hari ini.

Sebelum ini Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyifatkan perjuangan PAS kini sudah menyeleweng daripada matlamat asal serta menyalahgunakan agama Islam demi kuasa dan politik.

Oleh itu beliau mencadangkan Majlis Fatwa Kebangsaan mempertimbangkan diadakan muzakarah bagi membincangkan kewajaran PAS menggunakan perkataan Islam.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, muzakarah merupakan fitrah manusia sejak usia kecil lagi.

"Bertengkar juga dinamakan muzakarah ketika kita kecil. Bertengkar dan berbalah itu sama sahaja, erti masing-masing mahu berhujah.

"Soal muzakarah memang PAS hendak lama dah dengan Umno atau sesiapa sahaja. Saya ingat sejak saya baru balik belajar dari Mesir lagi.

"Tetapi sampai sekarang tak jadi. Saya memang setuju muzakarah sebab itu sudah menjadi fitrah manusia," ujarnya.

Dalam perkembangan lain beliau meminta rakyat tidak pedulikan tentang tarikh pilihan raya kerana ia tetap akan berlaku juga.

"Sama juga seperti tarikh mati. Tak tahu tapi mati tetap berlaku. Lepas mati itu syurga ke neraka. Begitu juga selepas pilihan raya kerajaan Islam atau toghut.

"Tarikh pilihan raya usah fikir siang atau malam, yang penting mati esok syurga ke neraka sebab ia bergantung kepada aktiviti kita di dunia sekarang," katanya.

Jadi kata beliau rakyat negara ini hendaklah memastikan kerajaan yang ada di bumi berdasarkan syariat Islam.

Beliau berkata, Kelantan sudah 22 tahun bergerak atas dasar Islam dan mendapat sokongan padu pelbagai pihak.

Mufti jangan hanya jaga periuk nasi sahaja

Posted: 16 May 2012 01:44 AM PDT


KOTA BHARU: Sepatutnya Mufti Perak mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan membincang isu kerajaan Pakatan Rakyat dirampas menggunakan cara kudeta dan bukan melalui saluran demokrasi.

Setiausaha Dewan Ulamak PAS Kelantan, Abdullah Abdul Razak (gambar) berkata, mufti sebagai seorang yang disegani dalam masyarakat tidak sepatutnya membisu kerana ia melibatkan imej sesebuah negeri.

"Ini benda besar dan bukannya mengulang tayang isu lama mahu mendesak kerajaan menghapuskan perkataan Islam yang ada pada PAS.

"Kerajaan Perak yang ada hari ini lahir melalui rampasan kuasa. Kita hendak tahu apakah tindakan itu halal atau haram di sisi Islam," katanya di sini.

Baru-baru ini mufti itu mendakwa perjuangan PAS kini menyeleweng daripada matlamat asal serta menyalahgunakan agama Islam demi kuasa dan kerusi politik.

Abdullah berkata, Mufti Perak nampaknya selesa memilih isu-isu tertentu bagi memenangkan Umno dan bukan memikirkan isu lebih serius.

"Bagaimana dengan isu memberikan kerakyatan kepada pendatang asing yang dilihat ramai sebagai tindakan kerajaan mengkhianati rakyat sendiri.

"Adakah menyokong tindakan yang merampas hak peribumi itu halal atau haram.  Mufti janganlah nampak sangat kecederungan sehingga memperlihatkan tidak mengikuti perkembangan semasa yang berlaku," ujarnya.

Paling dibimbangi kata beliau rakyat nampak mufti yang ada di negara ini hanya hendak jaga periuk nasi sahaja dan bukan berjuang mendaulatkan Islam.

Siapa arah laung ‘Bersih’ buat Najib di London

Posted: 16 May 2012 01:44 AM PDT


KUALA LUMPUR, 16 Mei: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bermuhasabah bagi menilai kelemahan diri beliau sehingga dimalukan sedemikian rupa di luar negara.

"Ini ekoran dari sambutan mengejut laungan 'bersih' dalam satu pertemuan dengan rakyat Malaysia di London kelmarin.

"Tiada siapa menyangka dan tiada siapa mengarahkan individu terbabit melaungkan 'Bersih' terhadap Najib di ibu kota London," ujar Ketua Penerangan DPPM, Riduan Mohd Nor (gambar).

Bagi DPPM, ujarnya itu adalah ekspresi rakyat Malaysia yang mahukan keadilan dalam sistem pilihan raya di Malaysia dan mengimpikan sebuah demokrasi yang benar-benar menepati hasrat rakyat di negara ini.

Menurutnya, mereka juga adalah rakyat yang sedar dan benci terhadap penindasan, kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan BN selama ini.

Katanya, DPPM menegaskan, perhimpunan Bersih 3.0 dianjurkan dengan disertai oleh ratusan ribu rakyat Malaysia yang hadir secara sukarela.

Tambahnya, mereka tidak diangkut dengan bas, tidak diberikan nasi bungkus percuma, tiada tambang, baju T dan lain-lain lagi.

Bahkan, ujarnya mereka membayar sendiri kos perjalanan untuk hadir ke Bersih serta membayar dengan harga yang mahal melalui pengalaman pedih ditangkap, ditembak gas pemedih mata dan dipancut dengan air kimia.

Bersih juga, tegasnya tidak memaksa rakyat dari seluruh dunia hadir mengadakan perhimpunan di seluruh dunia.

Menurutnya lagi, difahamkan hampir 70 buah negara mengadakan perhimpunan Bersih bagi menyatakan suara yang sama yang dituntut oleh rakyat.

Katanya, mereka mengadakan perhimpunan dengan jiwa yang bersih dan secara sukarela, bukan dipaksa.

"Kerana itulah momentumnya cukup kuat sehingga rakyat di luar negara turut merasainya.

"Lebih dari itu, mereka meluap-luap untuk turut sama melaungkan Bersih tatkala PM hadir di luar negara," katanya lagi.

Justeru, ujarnya DPPM merasakan, kesemua tindakan itu adalah sebagai mesej cukup jelas kepada PM dan kerajaan Malaysia.

Tambahnya, tiada perkara lain yang mesti dilakukan selain daripada bersihkan sistem pilihan raya di negara ini.

Menurutnya, rakyat sudah cukup derita dengan berpuluh tahun ditipu dan ditindas dengan penyelewengan ketara dalam pilihan raya.

Katanya, penafian demi penafian tidak menjawab kritikan banyak pihak dengan pembuktian yang semakin banyak didedahkan.

"Jangan terkejut pula PM disambut 'bersih' di kesemua tempat yang dilawatinya di luar negara," katanya lagi.

HARI ANAK MUDA KELATE 2012

Posted: 15 May 2012 11:37 PM PDT

Tiada Bersih 4.0, Bersih 2.0 umum 2 langkah wajib

Posted: 15 May 2012 11:37 PM PDT

KUALA LUMPUR, 16 Mei: Bersih 2.0 tidak merancang untuk mengadakan Bersih 4.0 sebaliknya mensasarkan dua langkah penting yang wajib dilaksanakan rakyat Malaysia menjelang pilihan raya umum ke-13.

Dua langkah tersebut ialah memastikan rakyat keluar mengundi dan menjadi 'mata-mata' mengesan penipuan dalam pilihan raya.

Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk A. Samad Said berkata, rakyat yang merupakan pengundi berdaftar harus menjadikan undi mereka sebagai benteng untuk melawan penipuan.

Ini kerana katanya, perjuangan menuntut pilihan raya adil dan bersih belum selesai walaupun rakyat berjaya menunjukkan kekuatan mereka  pada perhimpunan Bersih 3.0, 28 April lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan katanya tidak berniat pun untuk membaiki dan mereformasi sistem pilihan raya.

"Langkah pertama yang wajib kita lakukan ialah keluar mengundi - lawan penipuan.

"Kami menyeru rakyat Malaysia yang terdiri daripada semua bangsa untuk beramai-ramai bertekad keluar mengundi. Marilah kita keluar beramai-ramai mengundi dengan jumlah yang belum pernah terjadi di Malaysia," kata beliau pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor, dekat sini, hari ini.

Sasterawan Negara itu juga berkata, Bersih 2.0 sedang bekerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) Tindak Malaysia dan Jom Pantau! untuk melatih sukarelawan sebagai pemantau, pegawai pilihan raya, pengira undi dan ejen pengundi pos.

"Kita wajib memerhati dengan mata yang tajam jika berlaku penipuan.

"Laporkan, hebohkan dan lawan penipuan ini. Kita memerhati ketika masa berkempen dan di hari membuang undi.

"Kami menyeru semua penyokong Bersih untuk sama-sama melawan penipuan dengan menjadi pemantau, pengira undi dan ejen pengundi," katanya.

Lapor penipuan kepada Jom Pantau!

Tindak Malaysia telah menjalankan banyak latihan di seluruh negara untuk melatih ejen pengundi, pengira undi dan ejen barung (Pacaba).

Sukarelawan untuk Pacaba ialah petugas yang paling pentimg kerana mereka adalah di barisan hadapan yang akan mengesan penipuan.

Manakala Jom Pantau pula diketuai Komas yang bekerjasama dengan Malaysian Observes Network (MEO-Net), Southeast Asian Center for e-Media (SEACAM) dan National Institute for Democracy Electoral Iintegrity (NIEI).

Rakyat boleh mengambil bahagian dalam pemantau pilihan raya dengan cara membuat laporan jika ternampak penipuan, penyalahgunaan kuasa atau tindakan SPR atau parti yang tidak mengikut peraturan.

Perkara tersebut boleh dilaporkan kepada umum di www.pru13.info.

Turut bersama pada sidang media ialah Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah dan Hishamudin Rais.

Bersih 3: Maklum peguam, keluarga jika ditahan

Posted: 15 May 2012 11:36 PM PDT


KUALA LUMPUR: Mana-mana peserta Bersih 3.0 yang diburu polis diingatkan agar memaklumkan ahli keluarga, rakan ataupun peguam sekiranya ditahan polis.

Mereka juga diingatkan agar memberikan kerjasama sebaiknya kepada pihak polis apabila ditahan bagi mengelakkan sebarang masalah lain.

Demikian ditegaskan Pengarah Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham), Ahmad Zamri As'ad Khuzaimi (gambar) kepada Harakahdaily, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan pihak polis yang akan terus memburu 121 peserta Bersih 3.0 hingga ke pintu rumah, jika tidak menyerah diri.

Zamri juga berkata Juham yang bernaung di bawah Dewan Pemuda PAS Malaysia itu bersedia mewakili mereka yang ditahan, khususnya di kalangan ahli PAS.

Dalam pada itu, Juham juga mengingatkan pihak polis agar memburu anggota polis yang didakwa terlibat dengan kekasaran ke atas peserta himpunan.

Kata Zamri, pelaksanaan undang-undang di negara ini perlu dikenakan secara adil ke atas pihak yang terbabit, tanpa mengira sesiapa, biarpun ia membabitkan anggota polis.

"Pelaksanaan undang-undang perlu adil.  Dalam mereka memburu peserta Bersih, bagaimana dengan anggota polis yang bertindak mengasari peserta?  Adakah mereka dikecualikan?" soal beliau.

Zamri juga turut mengingatkan pihak polis agar memberikan jaminan bahawa pihak polis tidak akan mengapa-apakan mereka yang ditahan.

Bagaimanapun, beliau masih menyuarakan kebimbangan berhubung perkara tersebut memandangkan terdapat kes peserta yang ditahan sebelum ini didakwa dikasari pihak polis.

Beliau mendakwa perkara itu berlaku terhadap seorang peserta Bersih, Mohd Safwan dari Terengganu yang dikatakan dipukul dan dilibas dengan getah paip ketika ditahan polis.

"Kita minta jaminan pihak polis untuk tidak mengapa-apakan mereka.  Siasatan boleh dilakukan, tetapi tidak perlu menggunakan kekerasan ke atas mereka," tegas beliau.

Ekoran perhimpunan aman Bersih 3.0, 28 April lalu, pihak polis memburu 121 peserta himpunan yang dikatakan melakukan kekecohan pada perhimpunan tersebut dengan menyiarkan gambar mereka di media-media utama.

Senaman punggung hasil tarbiah Umno

Posted: 15 May 2012 11:35 PM PDT


KUALA LUMPUR, 16 Mei: Tindakan sekumpulan bekas tentera mengadakan 'senaman punggung' depan rumah Pengerusi Bersih 3.0 Datuk S. Ambiga, bukanlah perkara yang menghairankan.

Ini kerana, menurut Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abd Samad, tindakan itu telah menzahirkan sikap mereka yang selari dengan pendirian Umno BN.

Katanya, apa yang ditunjukkan oleh sekumpulan bekas tentera itu merupakan tarbiyyah Umno BN selama 55 tahun memerintah negara ini.

"Inilah tarbiyah Umno selama 55 tahun, tidak hormat perbezaan pendapat kaum dan agama lain," katanya.

Katanya, Umno BN sepatutnya tunjukkan kebaikan Islam tetapi lebih suka menunjukkan keburukan orang Melayu.

Beliau cukup kesal, selepas 55 tahun memerintah negara ini, orang Islam masih tidak dapat melihat keadilan Islam sebenar dari acuan Umno BN sendiri.

Khalid juga menyifatkan 'senaman punggung' yang dilakukan oleh mereka akhirnya telah menunjukkan kebodohan mereka sendiri.

"Kalau tidak setuju dengan Ambiga, ajak dia berdebat tetapi Umno tidak sanggup. Kalau betul Ambiga lakukan, dedahkan penipuannya dalam televisyen selepas Bersih 3.0. Panggil dia. Tetapi Umno BN pula lebih berani, tetapi berani buat tindakan yang kurang bijak," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau percaya, kerana berpaksikan tindakan perkauman dan fahaman Islam yang sempit Ambiga menjadi sasaran.

"Kenapa Sasterawan Negara A.Samad Said tidak pula diganggu. Inilah unsur-unsur perkauman bukan Islam akan membenci Islam yang dibawa oleh Umno BN," katanya.

Justeru katanya, tekanan yang diberikan kepada Ambiga merupakan cara yang tidak munasabah dan menjadi bahan ketawa orang ramai.

"Orang ramai sudah mula menggeleng kepala melihat terdesaknya puak-puak Umno BN yang pendek akal dalam menyatakan ketidakpuasan hati mereka. Jual burger sekadar nak tunjukkan kebodohan mereka," katanya.

Semalam, Senaman anjuran Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) bertujuan membantah penganjuran perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

Kumpulan 15 orang aktivis PVTM itu melakukan gimik demonstrasi dengan membongkok dan menggoyang-goyangkan punggung mereka ke arah rumah Ambiga.

Politik songsang Umno Kelantan

Posted: 15 May 2012 11:35 PM PDT

Bagaimana bapak begitulah anak. Kata orang kalau bapak borek tentulah anak rintik. Apabila Najib Razak mempermain-mainkan rakyat untuk membawa air bersih dan membina lebih raya di Kelantan, maka begitu jugalah dengan timbalan ketua Umno Kelantan Awang Adek Hussein dalam seloka dan sepak terajang politiknya.

Awang seolah-olah turut sama mempermain dan mempersendakan rakyat Kelantan dengan menjanjikan untuk memansuhkan yuran pengajian sekolah agama rakyat dan pertingkatkan taraf sekolah agama rakyat sekiranya berjaya merampas Kelantan.

Awang Adek juga mengulangi kesediaan Najib untuk membina lebuh raya di Kelantan dengan berkata akan menjadikan Jalan Kuala Krai – Gua Musang-Bentong akan dijadikan lebuh raya sekiranya BN berjaya merampas Kelantan.

Mungkin bagi Awang Adek dengan memperolok-olokkan rakyat Kelantan itu satu taktik yang baik dikira menguntungkan Umno?

Apa yang dilakukan Najib itulah cara Umno berpolitik sejak berpuluh tahun lalu mendera rakyat Kelantan kerana tidak menyokong UBN. Cara demikian yang diterus oleh Awang Adek menunjukkan setakat itu saja kemampuan dan kapasiti Awang Adek dalam berpolitik.

Saya bersetuju dengan kenyataan Ketua Penerangan Pas Kelantan Dr Mohamed Fadzli Hasan sekiranya BN ikhlas hendak bantu Kelantan kenapa perlu mengenakan syarat seperti itu. Beliau menyifatkan cara Umno itu sebagai politik songsang Umno Kelantan.

Kata Fadzli betapa Umno berjanji demikian rakyat tetap ingat bahawa Umnolah yang memusuhi sekolah agama rakyat dan menuduhnya ia menjadi pusat latih penjenayah tidak lama dulu.

"Berapa pun janji itu katanya masih ingat Umnolah yang memusuhi sekolah agama dengan mengatakan pusat melatih pengganas. Umnolah juga yang telah menarik bantuan perkapita kepada sekolah agama rakyat," ujarnya.

Menurut Fadzli rakyat tidak lupa kezaliman Umno terhadap sekolah agama ini justeru jangan hendak bermuka muka dan berlagak baik semata-mata nak pilihanraya, ujarnya menerusi satu kenyataan di Fb sebagai merujuk tawaran Awang Adek.

Mengenai pembinaan lebuh rakyat bagi kemudahan rakyat, Fadzli berkata kerajaan Kelantan serius akan membina lebuh rakyat setelah kerajaan Pusat enggan membinanya walaupun sudah pun dimasukkan pembinaan lebuh raya itu dalam RMK5 dan RMK9, yang kemudian ditiadakan dalam RMK-10.

Tindakan pembuangan perancangan membina lebuh raya itu dilihat satu lagi politik tidak bertanggungjawab Umno Kelantan. Adalah malang sekali kalau pembuang projek pembinaan lebuh raya itu ianuya dibuat atas pengsyoran para pemimpin Umno Kelantan termasuk Awang Adek sebagai timbalan menteri kewangan.

Apapun kerajaan Kelantan seperti mana dijelaskan Fadzli tetap bertanggungjawab dan akan membina lebuh raya seperti dirancangkan itu atas usaha dan peruntukan sendiri. Iltizam kerajaan untuk membina lebuh raya inilah dilihat sebagai usaha bersungguh kerajaan untuk kepentingan rakyat dan bukan bertujuan politik.

Guru Bangkit Memimpin Perubahan

Posted: 15 May 2012 11:34 PM PDT


Sempena sambutan Hari Guru pada tanggal 16 Mei 2012, Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (PENDIDIK) ingin mengucapkan " SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU" kepada warga pendidik di seluruh Malaysia.
Warga pendidik yang dihormati.

Sejarah telah membuktikan bahawa peranan guru dan pendidik amat besar dalam mengubah lanskap politik negara sejak sebelum merdeka lagi yang membabitkan kelompok guru-guru pondok, guru-guru agama, guru-guru sekolah kebangsan Melayu dan sebagainya. Gerakan mereka berjaya memimpin massa menuntut kemerdekaan dan seterusnya mencorakkan masa depan pendidikan negara hingga sekarang.

Namun kealpaan, kecuaian, pengabaian, campur tangan politik yang berlebihan sama ada dilakukan sengaja atau tidak sengaja, kelemahan perancangan dengan tendensi melakukan perubahan demi perubahan pendidikan kononnya atas  tiket mengangkat pendidikan negara bertaraf dunia telah menjadikan sistem pendidikan negara menjadi caca marba. Hal ini berasas kerana polisi  trial and error dan project based yang diamalkan oleh pemerintah tidak kira berjaya atau sebaliknya sesuatu dasar itu dijalankan telah meninggalkan 'luka' di hati masyarakat pendidik, ibu-bapa dan rakyat Malaysia umumnya. Antaranya isu PTPTN, PPSMI, Perubahan Status Sekolah Bestari yang akhirnya dijadikan sebagai Pembestarian Sekolah, Pengenalan Semula Dasar Memartabatkan Bahasa Kebangsaan, Penarikan balik buku teks kajian Komponen Sastera iaitu Novel Interlok Sasterawan Negara Abdullah Hussain kononnya mencemar nama baik sesuatu kaum, dan yang terbaharu pembatalan SBPA sebagai skim gaji baru penjawat awam telah melibatkan kerugian kos berjuta-juta ringgit kerana sikap terburu-buru dalam merancang dan membuat keputusan tentang masa depan pendidikan negara.

Kini, peluang untuk membetulkan keadaan ini telah  dirintis menerusi penubuhan Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidikan Kebangsaan (PENDIDIK) yang diharap mampu menggerakkan momentum memimpin masyarakat guru dan massa untuk mengubah landskap pendidikan tanah air. Pelancaran NGO PENDIDIK  yang telah melakar sejarah dalam persada pendidikan negara ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Presiden PAS di Dewan Putra, Kolej Integrasi Tahfiz Tunas Ilmuwan Selangor pada 12 Februari 2012 yang lalu.

Warga pendidik yang dihormati,

Sudah tiba masanya kita hentikan kezaliman ini dan tidak akan membiarkan minda dan jiwa guru dikongkong dengan 'penjajahan alaf baru' yang tidak bertamadun dan menzalimi pendidik yang berjiwa mulia serta ikhlas mendidik anak bangsa selama ini.

Justeru, satu wahana dan platform untuk para pendidik di seantero Malaysia telah diwujudkan untuk menyalurkan aduan, pandangan serta luahan demi memperkasakan pendidikan tanah air di samping tidak meminggirkan hak dan kebajikan para pendidik dalam memacu halatuju pendidikan negara. Sudah pasti NGO PENDIDIK ini berfungsi sebagai entiti yang  menggalas tugas profesional dalam kerjaya pendidikan akan berkhidmat berteraskan prinsip takwa, iman dan ihsan selain konsisten dalam memperjuangkan keadilan sejagat, kebajikan, maruah guru dan  maruah profesion pendidikan negara.

Semoga Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (PENDIDIK) akan menjadi   wadah yang tersohor, dan karismatik dalam memperjuangkan martabat, nasib, dan dinamika profesion keguruan agar terus dihormati dan menjadi ikon kebanggaan masyarakat pendidik".

Sekretariat Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (PENDIDIK) mengharapkan agar semua para pendidik yang pernah menjadi mangsa 'tekanan politik' atau 'mangsa pertukaran akibat dendam politik' mengikut prosedur yang tidak betul sangat dialu—alukan untuk menyalurkan aduan ke alamat email ; _ HYPERLINK "mailto: aduanpendidik@gmail.com.Semoga" _aduanpendidik@gmail.com._

Platform ini akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada perkembangan dan kemajuan pendidikan negara di samping meramaikan kelompok profesional yang bakal mewarnai persada pendidikan negara ke arah menyediakan pendidikan yang lebih berkualiti demi melahirkan modal insan yang memiliki akhlak yang terpuji.

Mutakhir ini masih ada lagi  warga pendidik yang pernah menjadi mangsa kezaliman akibat ditukarkan ke sekolah lain sepanjang perkhidmatan tanpa mengikut prosedur yang betul dan bukan 'atas keperluan perkhidmatan'. Apa yang berlaku sebaliknya adalah ramai di kalangan warga pendidik telah ditukarkan hanya kerana 'dendam politik ' dan 'tekanan politik' dari pimpinan Umno Barisan Nasional.

NGO PENDIDIK mengharapkan agar semua warga pendidik di seluruh Malaysia tampil untuk menyuarakan pandangan dan berkongsi pengalaman tentang kezaliman yang telah dilakukan sejak 54 tahun oleh UMNO Barisan Nasional  sehinggalah kini. Jadi sudah tiba masanya kita hentikan kezaliman ini dan tidak akan membiarkan minda dan jiwa guru dikongkong dengan 'penjajahan alaf baru' yang tidak bertamadun dan menzalimi pendidik yang berjiwa mulia serta ikhlas mendidik anak bangsa selama ini.

Dalam waktu terdekat,'Roadshow NGO PENDIDIK ' akan dilaksanakan akan diadakan di lokasi yang sesuai untuk menggerakkan  kebangkitan guru di seluruh Malaysia. Diharapkan dengan sokongan dan kerjasama semua para pendidik , NGO PENDIDIK  berharap akan dapat menangani isu-isu pendidikan negara dengan cara yang profesional dan bijaksana di samping  memaksimumkan penerangan,  perkhidmatan dan latihan menerusi peranan setiap sekretariat yang telah  diwujudkan. Ia juga diharapkan dapat menjadi medan dan wasilah warga pendidik dan guru menyuarakan pandangan, pendapat, dan idea untuk membangunkan kecemerlangan pendidikan nasional dalam persada pendidikan negara.

Akhir kata , Selamat Menyambut Hari Guru 2012 dengan tema yang dipilih oleh NGO PENDIDIK pada tahun ini "BANGKIT GURU MEMIMPIN PERUBAHAN"

Normala Sudirman (Cikgu Mala) ialah Presiden Persatuan Gerakan Pendidik Kebangsaan (PENDIDIK).

Pesanan untuk membentuk citra guru mujahid

Posted: 15 May 2012 11:34 PM PDT

Guru selayaknya seorang mujahid. Demikian yang ditunjukkan oleh Ustazul Mukminin, Rasulullah s.a.w. ketika baginda menjalankan dakwahnya, bermulalah jejak tugas seorang guru kepada manusia.

Tugas mudaris dan mujahid tidak selayaknya dipisahkan. Yang menyatukan tanggungjawab antara seorang  pendidik dengan seorang mujahid ialah hadaf yang satu. Iaitu yang seharusnya dicapai adalah untuk mengeluarkan manusia dari pengabdian kepada selain Allah dan membawa manusia kepada hanya menyerah diri dan mengabdi total hanya kepada Allah.

Kami mengungkap tema Guru Mujahid kerana persoalan fungsi guru membentuk insan pelajar kini tidak diserasikan antara kerja mengajar dan kerja menghidupkan kecintaaan pelajar kepada Islam.

Malah yang sering dapat diperhatikan ialah guru hanya dilihat sebagai profesi yang mengejar kecemerlangan hanya pada kerangka kerjaya yang diukur mengikut pencapaian yang digariskan oleh skima perjawatan JPA.

Lalu berlumba-lumbalah guru bekerja keras untuk menepati pencapaian tersebut tanpa melihat garis ukur yang jauh lebih murni, jauh lebih suci. Iaitu apakah generasi yang dididik melalui sistem pendidikan yang ada mampu melahirkan generasi yang memenuhi ciri-ciri ibadurrahman dan sejauh mana seorang guru turut terlibat di medan perjuangan untuk menegak dan membela Islam.

Hari Guru yang saban tahun disambut membawa erti besar kepada para warga pendidik. Sayang jika para guru sendiri tidak merasa ini suatu hari yang bermakna.

Setelah gugurnya bom atom di Nagasaki dan Hiroshima pada tahun 1945, Kaisar Jepun  pernah bertanya suatu hal yang menyebabkan orang terpinga-pinga. Sebabnya dia bertanya dalam ribuan rakyat Jepun yang terkorban, " adakah ada lagi guru yang maseh hidup?". Demikian Kaisar Jepun memberi kepentingan kehadiran guru untuk melihat peluang untuk bangkit semula diatas runtuhan dan kehancuran akibat bom atom yang digugurkan oleh tentera Ameirika Syarikat.

Sebetulnya kami telah memikirkan apakah tema yang seharusnya boleh merangsang para guru untuk benar-benar merasa bahawa profesi seorang guru itu adalah profesi yang membawa kesan jauh lebih bermakna dari kerja keras untuk mencapai kecermelangan dalam peperiksaan umum bagi tujuan menaikkan nama sekolah dan jabatan.

Kami sangat prihatin betapa menjadi seorang guru dalam situasi kini sangat menghimpit. Kerap yang disunguti ialah guru kini tidak menjiwai perjuangan dalam bidang pendidikan  berbanding  guru masa lampau.

Tidak dapat disangsikan para guru pada zaman kolonial adalah sebahagian besarnya adalah kelompok yang berada di saf peneraju perjuangan kemerdekaan tanah air. Guru membawa imej pembentuk jiwa merdeka untuk rakyat. Guru sinonim dengan pejuang kemerdekaan. Bukan setakat mengajar disekolah untuk mencemerlangkan penuntut dalam pencapaian peperiksaan malah guru berada di barisan depan mempelopori perjuangan kemerdekaan.

Sungutan betapa guru lebih banyak terbeban dengan kerja pentadbiran (paper work') berbanding menjalankan fungsi mendidik adalah suatu yang malang. Dalam keghairahan pihak atasan mahu mencapai KPI dan lantaran itu guru yang berada dalam bilik darjah dibebankan untuk menyiapkan segala tugas yang terlepas dari kerja mendidik yang sebenar pada hakikatnya akan merugikan.

Natijahnya amat mendukacitakan. Guru lelah mengejar masa antara menyelesaikan Rancangan Mengajar, ditambah lagi dengan beban menyiapkan pelbagai tugas pentadbiran.

Kami tidak hairan bagaimana sistem pendidikan masakini gagal melahirkan guru yang berkualiti mujahid. Malah tidak terbayangpun konsep Guru Mujahid itu sendiri dalam skima melatih guru. Bercitra sebagai Guru Mujahid mungkin dilihat terlalu menggugat. Lantaran guru hanya sebagai karieris sudah memadai supaya masing-masing hanya berfikir untuk menjadi cemerlang dalam konteks kerjaya semata-mata.

Bukan sahaja beban kerja sangat melelahkan malah sistem yang sedia ada lebih banyak tertumpu kepada kerja di luar tugas mendidik.

Seorang guru yang bercitra mujahid bermula dari niatnya yang merentas kepentingan duniawi. Apa yang terpendam dalam sanubari guru mujahid adalah membentuk watak anak muridnya berpandukan susunatur ilmu yang disampaikan.

Lebih penting dari itu ialah bagaimana ilmu yang disampaikan itu mampu diterjemahkan dalam aplikasi seharian buat dijadi pedoman untuk pendewasaan anak murid. Tidak kira dia seorang yang berada atau sebaliknya. Pokoknya ilmu yang disampaikan  adalah bagaikan menyemai benih untuk kemudian tumbuh sebagai pohon yang merimbun memberi manfaat kepada siapa sahaja yang berlindung di bawahnya.

Sebenarnya kita sangat mendambakan guru yang bersifat Dzu Wujuh, iaitu menpunyai banyak wajah dalam arti yang baik. Ia adalah seorang guru bangsa, pendidik ummat dan mujahid da'wah, ia adalah seorang budayawan atau pemikir budaya, ia adalah seorang 'alim dengan segala atribut yang lekat dengan gelar itu, ia adalah seorang berfikiran matamg dalam membaca politik masa depan.

Seorang guru harus memilikki pandangan pendidikan  tidak terlepas dari grand konsep yaitu dakwah. Secara idealnya pada diri seorang guru akan menemukan konsep yang konsisten baik yang berhubungan dengan dakwah maupun pendidikan. Dalam ertikata lain  dalam perumusan tujuan hidup seorang guru dalam konsep da'wah sama dengan tujuan hidup dalam konsep pendidikan.

Seorang guru harus memiliki kefahaman bahawa  tujuan pendidikan ada dua macam, iaitu: a. Menjadi hamba Allah; b. mencapai kesejahteraan hidup dunia dan akhirat.

Dengan mengacu kepada surat Adz-Dzariyat ayat 56 yang ertinya: "Dan Aku (Allah) tidak menjadikan jin dan manusia, melainkan untuk menyembah Aku".

Selanjutnya dengan mengacu kepada surat al-Fathir ayat 28, yang ertinya: "Bahwa yang sebenar-benarnya takut kepada Allah itu, ialah hamba-Nya yang mempunyai ilmu",

Perhatikan catatan DR. G. J. Nieuwenhuis mengatakan, "suatu bangsa tidak akan maju, sebelum adanya guru yang mau berkorban untuk kemajuan bangsa tersebut".

Kami kutip pernyataan itu kerana nampaknya ada tanda bahawa pada saat ini minat kalangan akademik untuk menjadi guru yang menjiwai erti pengorbanan sudah mulai menurun.

Lantaran itu sempena Hari Guru untuk tahun 2012 ini kami menghimbau pesanan yang diharap diperhatikan setiap guru yang memilih untuk terjun dalam medan pendidikan sebagai medan jihad.

Adalah diharapkan tatkala sistem pendidikan yang ada sekarang maseh jauh dari memenuhi maksud pendidikan dalam ertikata sebenar, maka ditangan gurulah amanah membentuk generasi akan dipertaruhkan. Bermakna para guru harus siap memainkan peranan diluar kotak sistem yang kini sangat ditentukan oleh pasaran ekonomi.

Kami mengharapkan agar fungsi memanusiakan pendidikan dalam erti yang dituntut Allah ke atas diri kita akan direalisasikan oleh warga guru yang ada. Moga para guru siap menjadi Guru Mujahid yang boleh membawa islah kepada ummah dan dunia.

Selamat Hari Guru 2012

Final Piala FA 2012

Posted: 15 May 2012 04:57 PM PDT

Tahniah guru, jasamu tidak dilupakan

Posted: 15 May 2012 04:56 PM PDT


KUALA LUMPUR, 16 Mei: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengucapkan selamat Hari Guru bagi tahun 2012 kepada semua pendidik di negara ini.

"Syabas dan tahniah kepada para guru yang berterusan memberikan perkhidmatan dalam dunia pendidikan tanpa berasa lelah, jemu dan berputus asa bagi memastikan kecemerlangan akademik terhadap pelajar-pelajar setiap tahun," kata Naib Ketuanya, Dr Raja Ahmad al-Hiss.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, DPPM menyanjung tinggi segala pengorbanan yang dicurahkan oleh golongan pendidik dalam melahirkan generasi yang beriman, bertaqwa dan berharga dalam masyarakat.

Menurutnya, mereka umpama obor yang menerangi alam dengan ilmu dan hikmah yang mereka tebarkan.

"Tanpa mereka tiadalah semua golongan cendikiawan, cerdik pandai, pemimpin dan ahli politik hebat seperti sekarang. Sewajarnya peranan dan sumbangan mereka dimartabatkan setingginya," katanya.

DPPM, ujarnya menekankan bahawa komitmen Pakatan Rakyat terhadap para pendidik amat tinggi dengan berusaha pembelaan yang sewajarnya kepada mereka.

Malahan, tambah beliau segala imbalan dari kerajaan pusat untuk guru-guru termasuk ura-ura tambahan tawaran oleh kerajaan sempena Sambutan Hari Guru adalah hasil daripada perjuangan PR melalui Buku Jingga.

Pakatan Rakyat juga, kata beliau lagi berusaha memastikan pendidikan percuma dinikmati oleh rakyat segenap peringkat dari peringkat bawahan sehinggalah ke peringkat tertinggi.

"Adalah diharapkan, tiada seorang pun rakyat tercicir dari menerima pendidikan sebagai asas dalam kehidupan.

"Semoga para guru dan pendidik terus membimbing ummah sebagai insan teladan dan terpuji sepanjang zaman," ujarnya lagi.

Justeru, katanya DPPM mendoakan para pendidik sentiasa mendapat kemuliaan di sisi masyarakat dan mereka pula berusaha melipatgandakan dedikasi mereka dalam dunia pendidikan.

Polis ganas: Wartawan serah memo ke pejabat PM

Posted: 15 May 2012 04:56 PM PDT


PUTRAJAYA 15 Mei: Enam wartawan daripada Institute of Journalism (IJ) memberi tempoh hingga hujung bulan ini kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak Datuk Seri Najib Razak untuk mengambil tindakan berhubung keganasan polis terhadap petugas media pada perhimpunan Bersih 3.0.

Dengan berpakaian serba hitam dan mengenakan riben kuning, mereka menyerahkan memorandum mengandungi 4, 000 tandatangan wartawan dan jurugambar ke Pejabat Perdana Menteri pagi tadi.

Ia diterima oleh pegawai khas kepada perdana menteri, Umi Hani Sharani.

Memorandum yang mewakili 14 organisasi media itu mendesak Najib, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar memohon maaf secara terbuka kepada wartawan ekoran tindakan melampau polis terhadap mereka.

Mereka turut mendesak polis memulangkan peralatan yang dirampas dan mengganti peralatan yang rosak.

Wakil IJ, Radzi Razak berkata, sejak insiden 28 April lalu, tiada maklum balas daripada kerajaan mengenai bantahan wartawan yang dikasari dan pihaknya kini bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang.

"Kita sudah memberi masa cukup lama kepada mereka. Sudah tiba masanya kerajaan menjawab dan memberi maklum balas mengenai isu ini," katanya seperti dilapor KeadilanDaily.

Sambil menegaskan tidak memihak kepada mana-mana parti politik, beliau hanya mahu kerajaan menghormati dan melindungi wartawan yang bertugas.

"Kami juga tidak membenci polis, tetapi kita mahu polis memberi keadilan melampaui ideologi politik," katanya.

Radzi dari akhbar The Sun merupakan salah seorang wartawan yang dimasukkan ke hospital selepas cedera rusuk dan mengalami kecederaan dalaman ketika membuat liputan perhimpunan Bersih.

Polis turut melakukan serangan terhadap wartawan lain termasuk Malaysiakini, The Malaysian Insider, Al Jazeera, Makkal Osai, Guang Ming Daily, Channel News Asia, Merdeka Review dan The Malay Mail.

Polis merosakkan kamera dan merampas rakaman mereka untuk menghapuskan bukti.

Nakbah: PAS bersama menentang kezaliman Israel

Posted: 15 May 2012 04:55 PM PDT


KUALA LUMPUR: PAS mendesak Malaysia bersama negara-negara umat Islam lain agar lebih bertegas dalam menangani konflik Palestin yang membarah sekian lama.

Pengerusi Lajnah Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar, Datuk Kamaruddin Jaffar (gambar), berkata usaha mendesak kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat, perlu digandakan bagi memastikan konflik tersebut menemui jalan penyelesaiannya.

"Usaha untuk pembebasan negara Palestin dari kekejaman Israel perlu dipertingkatkan dan dipertegaskan, dan negara-negara Islam perlu bersatu untuk melakukannya," tegas beliau kepada Harakahdaily, sempena Hari Nakbah, hari ini.

Kata beliau, PAS akan terus bersama mana-mana pihak dalam usaha menentang kezaliman Israel, khususnya kekejaman terkini yang menyaksikan tahanan Palestin di Isreal melancarkan mogok lapar bagi menuntut pembebasan mereka dan Palestin.

Dalam pada itu, beliau turut mengajak rakyat Malaysia agar meneruskan usaha berdoa bagi menghentikan segala kezaliman Israel, sekaligus dapat membebaskan bumi Palestin.

Janji 2004 belum dikota, Awang Adek buat janji baru

Posted: 15 May 2012 04:55 PM PDT

KOTA BHARU: Janji 2004 belum ditunai dan sekarang membuat janji lagi. Inilah gaya politik Datuk Dr Awang Adek Hussin yang pernah menguar-uarkan dirinya sebagai calon Menteri Besar Kelantan pada kempen pilihan raya umum lalu.

Kali ini Ketua Umno Bachok itu mahu memasuhkan yuran pengajian dan mempertingkatkan sekolah agama rakyat (SAR) pula.

Ketua Penerangan PAS Kelantan, Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, rakyat Kelantan tidak pernah lupa kezaliman Umno/BN terhadap sekolah agama sebelum ini.

"Jangan nak bermuka-muka dan berlagak baik semata-mata nak mendapat sokongan rakyat Kelantan menjelang pilihan raya umum tidak lama lagi.

"Tun Dr Mahahtir pernah menyekat segala bantuan kepada SAR sehingga banyak sekolah agama ditutup akibat masalah kewangan. Isu berkenaan masih lagi sedar dalam ingatan rakyat Kelantan," katanya di sini.

Beliau juga melahirkan rasa  kesal kenyataan politik mirip peras ugut pemimpin Umno terhadap rakyat Kelantan.

"Kalau ikhlas nak bantu rakyat Kelantan, kenapa perlu letak syarat mesti bantu Umno rampas Kelantan dahulu?

"Inilah demokrasi songsang amalan pimpinan Umno Kelantan. Rakyat masih ingat, Umnolah yang memusuhi sekolah agama dan pernah mendakwa tempat melatih pengganas," katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi.

Pada kempen pilihan raya umum 2004 Awang menjanjikan Bachok Baru dan pembangunan pesat yang lengkap dengan pelabuhan serta hospital.

Malah pada kempen tersebut juga beliau mahu menjadikan Pantai Irama sebagai tempat persembahan kebudayaan setiap minggu. Selepas menang ketika itu segala manifestonya hilang begitu sahaja.

Bersih 3.0: Wong hantar bunga untuk Unit Amal

Posted: 15 May 2012 04:54 PM PDT


KUALA LUMPUR, 15 Mei: Unit Amal PAS menerima dua jambangan bunga hiasan daripada peserta Bersih 3.0 berbangsa Cina sebagai penghargaan terhadap perkhidmatan cemerlang mereka pada perhimpunan tersebut.

Wong Kow Kong, 58, menghantar sendiri bunga tersebut ke Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini, semalam dan diterima seorang Unit Amal yang bertugas di pejabat.

Bunga tersebut dikepilkan dengan sekeping kad bertulis " Kepada semua ahli Unit Amal yang bertugas pada hari 428 Bersih 3.0 2012", "Terima kasih banyak-banyak",  Salute to all of you,  When injustice become law, membantah adalah tanggungjawab kita", dan "hidup hidup hidup rakyat".

Wong ketika dihubungi hari ini berkata, beliau dan keluarga sangat berterima kasih terhadap anggota Unit Amal yang bertugas menjaga keamanan pada perhimpunan tersebut.

Beliau berharap pemberian bunga tersebut dapat menggembirakan hati anggota-anggota Unit Amal atau turut digelar 'Tentera Merah'.

"Saya nak ucap terima kasih kepada Unit Amal sebab banyak tolong peserta-peserta pada Bersih 3.0.

"Bunga itu satunya daripada saya dan keluarga dan satu lagi daripada kawan saya. Saya harap mereka suka bila terima bunga itu," katanya yang merupakan seorang tukang jahit dan mempunyai kedai jahit di Damansara.

Menurut Wong, sewaktu perhimpunan tersebut, beliau berada di Jalan Tun Perak dan melihat sendiri bagaimana Unit Amal bertugas menjaga peserta-peserta.

Malah katanya, beliau yang turut menyertai perhimpunan Anti ISA dan Bersih 2.0 sangat senang dengan kewujudan Unit Amal di lokasi perhimpunan.

"Saya memang sudah biasa dengan Unit Amal. Setiap kali perhimpunan, saya tengok dengan mata kepala sendiri mereka bersusah payah bertugas," katanya.

Beliau juga menolak dakwaan bahawa Unit Amal bertindak ganas sewaktu perhimpunan.

"Kalau saya tengok Unit Amal ganas, saya tak akan bagi mereka bunga," katanya sambil ketawa.

Seramai 4,000 anggota Unit Amal dari Semenanjung Malaysia bertugas pada perhimpunan 28 April lalu.

Pemerintah! Dengarlah nasihat Ata’ Bin Abi Rabah

Posted: 15 May 2012 04:54 PM PDT


Ata' bin Abi Rabah masuk kepada Abdul Malik bin Marwan (26-86H) yang sedang duduk di atas singgahsananya. Di sekelilingnya pembesar dari pelbagai puak. Waktu itu di Mekah ketika Abdul Malik menunaikan haji di zaman pemerintahannya. Apabila Abdul Malik melihat Ata', Abdul Malik bangun menghormatinya dan mendudukkannya bersama-samanya di atas singgahsana. Abdul Malik berkata: "Wahai Abu Muhammad! Apa hajatmu?"

Ata' menjawab: "Wahai Amirul Mukminin! Bertaqwalah kepada Allah di tanah haram Allah dan rasulNya ini. Berjanjilah untuk memakmurkannya. Bertaqwalah kepada Allah terhadap anak-anak Muhajirin dan Ansar kerana dengan sebab merekalah kamu dapat duduk di singgahsana ini. Bertaqwalah kepada Allah terhadap mereka yang menjaga kubu kerana mereka yang menjadi pertahanan orang Islam. Siasat dan semaklah urusan orang Islam kerana engkau sahaja yang bertanggungjawab terhadap mereka. Bertaqwalah kepada Allah terhadap orang yang berdiri di pintumu dan jangan lalaikan mereka. Jangan kunci pintumu tanpa mempedulikan mereka."

Jawab Abdul Malik: "Baik, aku akan lakukan."

Ata' bingkas bangun. Abdul Malik memegang tangan Ata' sambil berkata: "Wahai Abu Muhammad! Perkara yang engkau pohonkan itu adalah hajat orang lain. Kami sudah tunaikannnya. Apa pula hajatmu?"

Jawab Ata': "Aku tidak berhajat kepada makhluk" lalu terus pergi dari situ.

Abdul Malik berkata: "Demi sesungguhnya inilah kemuliaan."

(ringkasan Muhazzab min Ihya Ulumiddin ms 482)

Antara komentar yang boleh dibuat:

1. Pemerintah paling mudah kalau mahu melakukan kerosakan. Kerosakan pula akan menimpa seluruh rakyatnya. Justeru, nasihat paling baik diberi ialah kepada pemerintah terutamanya yang terus lalai dan alpa tentang amanah pemerintahan.

2. Ulama mesti berani menyampaikan nasihat dan peringatan. Jadilah ulama akhirat bukannya ulama dunia, ulama jahat atau ulama ussu yang mementingkan pangkat, jawatan, dunia, harta mengatasi hukum.

3. Ulama menjadi mulia apabila menegakkan kebenaran, bukannya menjadi syaitan bisu terhadap kemungkaran (rasuah, salahguna kuasa, pembaziran wang rakyat dan pemborosan, mendahulukan kroni dari rakyat, meletakkan di belakang hukum Allah dan lain-lain)

4. Kalau tidak kerana rakyat, tentulah pemerintah tidak akan menjadi pemerintah. Oleh itu, pemerintah mesti berlaku adil terhadap rakyat. Bukannya ditunjukkan keadilan dan sifat murah itu hanya apabila hampir dengan pilihan raya atau keadilan itu kepada sebahagian rakyat dan sebahagian rakyat lain di'haramjadah'kan.

5. Pemerintah mesti bersedia mendengar keluhan dan rasa hati rakyat, termasuk mahukan pilihan raya yang adil dan bersih.

Doa Tok Guru Nik Aziz iringi The Red Warrior

Posted: 15 May 2012 04:53 PM PDT


KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihatkan semua penyokong dan peminat The Red Warrior menjaga tatatertib mereka pada pertandingan akhir Piala FA menentang Sime Darby Sabtu ini.

Beliau berkata, selain menjaga keselamatan sepanjang perjalanan, rakyat negeri itu yang akan berkunjung ke Stadium Nasional Bukit Jalil nanti juga perlu menjaga nama baik negeri Kelantan sesuai dengan nama jolokannya sebagai 'Serambi Mekah'.

"Mudah-mudahan Allah selamatkan pemain kita. Sentiasa ingat kepada Allah. Dalam permainan kita jangan tinggal sembayang.

"Jaga tata tertib, mudahan Allah selamatkan kita semua baik pemain mahupun penonton," katanya dalam satu rakaman video yang dimuatkan di Facebooknya hari ini.

Sebelum ini, mengambil kira faktor keselamatan penyokong dari Kelantan yang akan membanjiri stadium nasional itu nanti, kerajaan negeri juga telah mengumumkan hari Ahad sebagai cuti peristiwa.

Pada masa yang sama, Tuan Guru turut mendoakan pasukan Kelantan agar berjaya membawa pulang piala FA itu nanti.

"Semoga The Red Warrior dapat pulang dengan kejayaan unggul menggenggam piala FA 19 Mei ini... yang penting permainan biarlah bersemangat, penonton pula jagalah akhlak dan peribadi sesuai dengan semangat kesukanan," katanya lagi.

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 16 May 2012 09:34 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


Guru Acuan Generasi Idaman

Posted: 16 May 2012 09:04 AM PDT

16.5.12

Semua orang mengidamkan masyarakat yang maju, aman, makmur, beradab dan berakhlak mulia. Ramai yang mahu keselesaan hidup, kebersihan yang terjaga, indah pemandangan, bersih dan nyaman udara. Teknologi tinggi memudahkan urusan, mendekatkan yang jauh, mengeratkan lagi silaturrahim.

     Keadaan itu tidak akan datang menggolek begitu sahaja.Tanpa usaha. Tanpa perancangan.Tanpa dicorak dengan sengaja. Andaikata sudah ada hasil yang di tetapkan.Mana acuan yang akan mencorak hasil tersebut? Kalau mahu kuih bahulu, mana acuan bahulunya?

Itulah yang saya maksudkan dengan proses mencapai satu tamaddun dunia yang boleh dibanggakan zaman berzaman kita memerlukan satu acuan. Untuk mewujudkan negeri yang idaman, kita mesti dahulu melahirkan generasi berkualiti@idaman. Untuk melahirkan generasi insan berprestij tinggi dan berkemampuan optima untuk memungkinkan penggilapan potensi manusiawi yang dibekalkan kepadanya oleh Penciptanya maka acuannya harus disediakan. Acuan yang akan mencorak bentuk idaman. 

Yang mempunyai kapasiti untuk membentuk ialah guru-guru. Guru dilatih untuk mendidik manusia. Sekurang-kurang inilah teorinya. 'Core business' atau kerja utama para guru ialah membentuk rebung- yang mudah dilentur agar menjadi insan yang benar-benar jitu sifat keinsanannya.Bukan semakin tumbuh dan berkembang tubuh badan yang fizikalnya, yang semakin meningkat hanyalah sifat ke'haiwanan' bahkan lebih teruk daripada itu seperti yang diingatkan dalam ayat 179 surah al A'raf.

Inilah yang menyebabkan kepincangan, kerosakkan, kemusnahan harta benda, keruntuhan keluarga, permusuhan hingga peperangan apabila tuntutan fizikal semata-mata menjadi rebutan tanpa mengambilkira keperluan asas yang lain seperti keperluan pertumbuhan dan perkembangan rohani dan akal. Kekurangan gizi rohani akan mengakibatkan penyakit parah yang sukar dikesan zahirnya tetapi memberi natijah dahsyat yang menyebab timbul masalah sosial di atas.

Akal yang kurang diguna dan hanya berfungsi minima akan menyebab merudumnya sebuah masyarakat yang sepatutnya mencapai satu 'benchmark' budaya berilmu dan beradab yang tinggi.Akal yang tidak dilatih untuk berfikir secara kritis,analytikal akan gagal membeza di antara yang baik dan buruk, yang hak dan batil, yang mendatangkan dosa dan menambahkan pahala. 
Akal yang tidak dirangsang sepenuhnya tidak akan mampu menyelesaikan masalah kerana tidak ada daya kreatif dan kecerdasan praktikal untuk menggunakan sumber yang Allah sediakan walaupun di depan mata dan dalam lingkaran kediamannya sendiri.

   Ketidakseimbangan pembangunan elemen-elemen asas ini adalah penyebab asas kenapa remaja menjadi manusia liar yang bertindak ganas, destruktif dan membazir tenaga muda yang sepatutnya boleh dilorongkan ke arah membina masyarakat dan membantu menambah kualiti hidup masyarakatnya!Sepatutnya tenaga kuat digunakan untuk mengindahkan taman, menambah prasarana dan membersihkan halaman dan mengurangkan keperluan kepada buruh asing!

  Pengupayaan guru sebagai acuan keramat yang dituang adunan tangan ibubapa serta masyarakat sekeliling adalah faktor kritikal ke arah melahirkan khaira ummah. Justeru guru sebagai pemangkin amat penting dalam pelan pembangunan ummat. Seharusnya, guru di beri visi dan misi yang jelas untuk pastikan mereka bersama dalam menyokong dan mendokong misi tersebut.
Guru yang mempunyai wawasan yang jelas dan diberi pembelaan yang sewajarnya dan diletak dalam kerangka pelan tindakan pelan ummah yang sewajarnya akan menyerlah potensi diri dan pasti akan bangkit membuktikan kemampuan diri. Naluri guru sebagai pendidik akan mencurah khidmat bakti yang terbaik untuk mewariskan segala ilmu, kemahiran dan kebolehan untuk melihat bangsanya muncul ummat terbilang. Guru yang futuristik akan sentiasa dahaga kemajuan dan kecemerlangan murid. Guru yang mulia akhlaknya akan terubat dengan budi pekerti anak didiknya yang mencuri perhatian dan mendapat pengiktirafan.
   Guru yang sedar dan faham nilai tugasnya akan melakukannya dengan bukan sahaja jasad/ fizikal tetapi memusatkan roh, akal,emosinya ke arah membentuk dan mencorak insan muda yang di amanahkan kepadanya dengan penuh kasih sayang dan tumpuan. Ia menerima kerjaya mulianya itu sebagai satu ibadah. Mesti dilakukan dengan cara terbaik untuk mempastikan PENILAI SEBENAR yakni ALLAH swt memberi markah paling banyak kepadanya untuk memenangi kasih sayangNya. 

   Hilang penat lelah guru melihat anak muridnya berjaya menjadi orang hebat.Bahkan ia rela anak muridnya lebih hebat daripada dirinya. Guru yang panjang akal akan mahu menuai hasil titik peluhnya bukan sekadar menunggu upah kerdil hujung bulan....Beliau melabur untuk generasi akan datang. Guru murabbi mahu bentuk insan rabbani. Guru yang bersifat ehsan akan melestarikan kesan pengaruh untuk memacu kejayaan dunia hingga akhirat. Guru muttaqin mahu melahir ummat yang bakal mewarisi Al Firdaus.

  Guru penjana generasi idaman.  
       Guru Penyayang Guru Disayang

Selamat Hari Guru

Terima kasih, cikgu!

 

IS IT FAIR TO ASK FOR A FREE AND FAIR ELECTION

Posted: 16 May 2012 06:56 AM PDT





Ensuring free and fair elections


By P. Gunasegaram

Just as justice has to be seen to be done, so must elections be seen to be just.

IF we cut through the noise and the chase, we will agree that all right-thinking Malaysians want free and fair elections so that they can elect the government of their choice without anyone depriving them of that right by foul means.

The Government says it wants it, the Opposition wants it and the people want it too — everybody wants free, fair and clean elections.

If that's the case then there's no problem. All it takes is for the election authorities to do the needful.

The divide arises because the Government and the Elections Commission (EC) maintain that all is fair and well, while the Opposition and a large section of the population do not, maintaining in particular that the electoral rolls are being manipulated by the addition of illegal immigrants.

It does not help too that there were attempts to hastily amend the election laws, a move which has been subsequently withdrawn.

There is only one way to bridge the divide. The EC has to not only ensure but show that all the actions that it takes are in furtherance of free and fair elections.

Only then can it restore confidence in the electoral system and assure the public that the elections will indeed be free, fair and clean.

Here are 10 ways that the EC can promote free and fair elections and be seen to be doing so:

1. Keep electoral rolls open for inspection at all times. Not only should the EC do this but it should promptly respond to and give explanations for anomalies that have been brought to its attention. This should be done publicly.

2. Inform those whose constituencies have been changed promptly. If for whatever reason, a person's constituency has been changed, then the EC must inform the constituent immediately and explain clearly the need for the change. That will help clear any confusion immediately.

3. Ensure that all parties continue to have a right to observe the election process. Observers from all parties must always have the right to have their representatives present in the polling booth to ensure that elections are held according to the law. Under no circumstances must such rights be taken away.


4. Count ballots in the polling booths in the presence of observers. This is the best way to ensure that there is no stuffing of ballot boxes as counting can begin as soon as polling is over in the presence of observers. This is how it has been done in the past and there is no need to change it.

5. Open polling of armed forces and police personnel to observation. Even if polling takes place in security areas, observers must be allowed in to monitor the polling process to ensure that there is no pressure put on them by their superiors to vote en-bloc for a particular candidate.

6. Have safeguards to ensure postal ballots are tamper-proof. This will entail amongst others sealing ballot boxes in the presence of independent observers and opening them in the presence of other independent observers too.


7. Allow election observers from accredited agencies. If our elections are free and fair, what's there to hide? Let anyone from anywhere come and observe the elections and see for themselves how fair and free it is.

8. Move towards automatic voter registration. Considering that each adult Malaysian has an electronic identity card, it is inexplicable why automatic voter registration based on the MyKad is yet to be implemented.

9. Ensure fair media time for all parties. Considering that most mainstream media is dominated by parties friendly to the ruling government, it is necessary to ensure that there is fairer election coverage so that Malaysians can vote on a true and fair representation of the facts.


10. Lengthen the campaign period. The campaign period should be lengthened to at least a month so that major issues are given enough time for a proper airing and the public have enough time to make up their minds over who they want to vote for.

An election is not just about processes but about confidence too.

The Malaysian public and the international community must have the confidence that they can rely on the election results.

If for any reason that confidence is lacking, then it is up the EC to take measures to ensure that confidence returns.

The only way it can do that is to take the right actions and be totally transparent about them.

Independent consultant and writer P. Gunasegaram likes this quote from James Freeman Clarke: A politician thinks of the next election. A statesman, of the next generation.

Source: http://thestar.com.my/columnists/story.asp?file=/2012/5/16/columnists/questiontime/11296765&sec=questiontime

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 16 May 2012 09:21 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Syiling baru menyusahkan?

Posted: 15 May 2012 08:58 PM PDT


Siapakah bijak pandai, juru runding, konsultan serta kontraktor yang terlibat dengan pengeluaran syiling baru negara kita?

Syiling baru menyusahkan?

KUALA LUMPUR 15 Mei 2012 - Syiling baru yang diperkenalkan sejak 16 Januari lalu tidak menggembirakan orang ramai kerana tidak praktikal dan ia masih belum dapat digunakan secara menyeluruh.

Walaupun mereka memuji reka bentuknya lebih menarik berbanding edisi lama, namun orang ramai yang ditemui berasa kecewa kerana ia tidak boleh digunakan untuk urusan di mesin-mesin yang memerlukan syiling.

Mereka berkata, walaupun sudah empat bulan ia berada di pasaran namun syiling baru tidak diterima oleh mesin tiket tren transit aliran ringan (LRT), telefon awam, meter letak kereta dan mesin air serta mesin layan diri.

Wartawan Utusan Malaysia yang mencuba syiling baru itu dengan mesin tiket di Stesen LRT Masjid Jamek dan beberapa mesin air di kawasan perumahan mendapati apa yang menjadi rungutan orang ramai itu memang ada kebenarannya.

Dewan Pemuda Pas Sepanggar

Posted: 16 May 2012 09:09 AM PDT

Dewan Pemuda Pas Sepanggar


Selamat Hari Guru

Posted: 16 May 2012 01:50 AM PDT

Hari ini seluruh dunia merayakan 'Hari Guru' yang disambut pada 16 Mei setiap tahun. Sambutan ini merupakan penghargaan besar kepada kerjaya perguruan. Sesuai dengan sumbangan yang tidak ternilai seorang guru yang mendidik para pelajar tanpa mengenal erti letih dan kecewa, malah dunia perguruan mengajar erti kesabaran dan pengorbanan yang tinggi daripada insan yang bergelar 'guru'.

Dewan Pemuda PAS kawasan Sepanggar pada kesempatan mengucapkan 'Selamat Hari Guru' kepada seluruh guru-guru di Malaysia yang terlibat dalam perbagai bidang lapangan perguruan. Mereka bukan sekadar pengajar, namun mereka adalah pendidik, pengasuh dan pembentuk generasi masa depan negara. Ditangan mereka generasi Islam terbentuk dan ditangan mereka jugalah generasi bangsa terasuh.

Sesuai dengan tanggungjawab ilmu yang mereka pikul, Allah s.w.t telah mengangkat darjat orang-orang yang berilmu;

Firman Allah taala di dalam Al-Quran :
يرفع الله الذين ءامنوا منكم والذين أوتوا العلم درجت
Maksudnya:"Supaya Allah taala meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat". (Surah Al-Mujaadalah: Ayat 11)

Sehubungan dengan itu juga Dewan Pemuda PAS kawasan Sepanggar akan mengadakan 'Majlis Sambutan Hari Guru PASTI' peringkat kawasan Sepanggar' pada 19 Mei 2012 yang akan diadakan di Hotel Tang Dynasty sebagai menghargai jasa-jasa mereka sepanjang menabur bakti. Pada majlis tersebut, Anugerah Guru Cemerlang, Guru Harapan dan Guru Komited akan disampaikan. Seramai 26 orang guru daripada 8 buah PASTI di Sepanggar akan diraikan pada majlis tersebut nanti.


Akhir kata;
"Selamat Hari Guru, Guru Cemerlang, Insan Terbilang"

Ketua Dewan Pemuda PAS kawasan Sepanggar
Saifuddin Samsuddin

mtdchenderoh

Posted: 16 May 2012 07:48 AM PDT

mtdchenderoh


CERAMAH DI SAUK

Posted: 15 May 2012 09:19 AM PDT


CERAMAH DI CHEGAR GALAH

Posted: 15 May 2012 09:17 AM PDT


CERAMAH DI DATARAN R & R SALAK, SG. SIPUT

Posted: 15 May 2012 09:04 AM PDT


Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 16 May 2012 07:22 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


NASIHAT UNTUK PEMIMPIN ISLAM!

Posted: 15 May 2012 06:17 PM PDT

PERUTUSAN HARI GURU 2012 OLEH PAS

Posted: 15 May 2012 06:10 PM PDT

PESAN UNTUK PARA GURU..

Posted: 15 May 2012 06:06 PM PDT

SELAMAT HARI GURU..

Posted: 15 May 2012 06:04 PM PDT

GLOBAL : JANJI MUDAH PERCAYA !

Posted: 15 May 2012 05:58 PM PDT

PEMUDA RANTAU ABANG

Posted: 16 May 2012 03:25 AM PDT

PEMUDA RANTAU ABANG


SELAMAT HARI GURU 2012

Posted: 15 May 2012 10:34 AM PDT


Jabatan Amal Malaysia DPPP

Posted: 16 May 2012 03:05 AM PDT

Jabatan Amal Malaysia DPPP


Bersih 3.0: Wong hantar bunga untuk Unit Amal

Posted: 15 May 2012 06:27 PM PDT

KUALA LUMPUR, 15 Mei: Unit Amal PAS menerima dua jambangan bunga hiasan daripada peserta Bersih 3.0 berbangsa Cina sebagai penghargaan terhadap perkhidmatan cemerlang mereka pada perhimpunan tersebut.

Wong Kow Kong, 58, menghantar sendiri bunga tersebut ke Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini, semalam dan diterima seorang Unit Amal yang bertugas di pejabat.

Bunga tersebut dikepilkan dengan sekeping kad bertulis " Kepada semua ahli Unit Amal yang bertugas pada hari 428 Bersih 3.0 2012", "Terima kasih banyak-banyak",  Salute to all of you,  When injustice become law, membantah adalah tanggungjawab kita", dan "hidup hidup hidup rakyat".

Wong ketika dihubungi hari ini berkata, beliau dan keluarga sangat berterima kasih terhadap anggota Unit Amal yang bertugas menjaga keamanan pada perhimpunan tersebut.

Beliau berharap pemberian bunga tersebut dapat menggembirakan hati anggota-anggota Unit Amal atau turut digelar 'Tentera Merah'.

"Saya nak ucap terima kasih kepada Unit Amal sebab banyak tolong peserta-peserta pada Bersih 3.0.

"Bunga itu satunya daripada saya dan keluarga dan satu lagi daripada kawan saya. Saya harap mereka suka bila terima bunga itu," katanya yang merupakan seorang tukang jahit dan mempunyai kedai jahit di Damansara.

Menurut Wong, sewaktu perhimpunan tersebut, beliau berada di Jalan Tun Perak dan melihat sendiri bagaimana Unit Amal bertugas menjaga peserta-peserta.

Malah katanya, beliau yang turut menyertai perhimpunan Anti ISA dan Bersih 2.0 sangat senang dengan kewujudan Unit Amal di lokasi perhimpunan.

"Saya memang sudah biasa dengan Unit Amal. Setiap kali perhimpunan, saya tengok dengan mata kepala sendiri mereka bersusah payah bertugas," katanya.

Beliau juga menolak dakwaan bahawa Unit Amal bertindak ganas sewaktu perhimpunan.

"Kalau saya tengok Unit Amal ganas, saya tak akan bagi mereka bunga," katanya sambil ketawa.

Seramai 4,000 anggota Unit Amal dari Semenanjung Malaysia bertugas pada perhimpunan 28 April lalu.

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 16 May 2012 01:24 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Mogok lapar Palestin berakhir

Posted: 16 May 2012 01:00 AM PDT

24 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

RAMALLAH: Beribu-ribu penduduk Palestin di Tebing Barat dan Gaza semalam keluar menyambut meriah langkah Israel memberi layanan lebih baik membolehkan tahanan Palestin sekali gus menamatkan mogok lapar mereka selain mengingati 'malapetaka' apabila Israel diasaskan pada 1948 atau 'Nakba'.

Israel kini bersetuju membenarkan anggota keluarga melawat tahanan Palestin dan cuba mengelak menahan penduduk tanpa didakwa. Sebagai tukaran, kumpulan pejuang Palestin memberhentikan serangan.
Nasib tahanan itu adalah satu perkara sensitif kepada penduduk Palestin kerana hampir semua mereka mengenali jiran atau saudara yang pernah dipenjara Israel. Beratus-ratus warga Palestin keluar di dua kota utama itu sambil membawa gambar anggota keluarga yang ditahan Israel.

Beribu-ribu lagi melakukan tunjuk perasaan di bandaraya selatan Hebron yang bertukar menjadi laut merah, putih, hitam dan hijau dengan bendera Palestin dengan mereka meraikan kejayaan menamatkan mogok lapar.

Di Gaza, penduduk Palestin menjerit 'Allahu Akbar' dan 'Alhamdulillah' menggunakan pembesar suara ketika menyambut persetujuan antara tahanan dan pihak berkuasa penjara Israel.

Selain mengibar bendera, mereka juga mengedarkan manisan dan ada yang melakukan sujud syukur.
Perjanjian itu menamarkan salah satu bantahan terbesar tahanan Palestin apabila dua lelaki memulakan mogok lapar pada 28 Februari lalu dan tidak makan selama 77 hari, mogok lapar paling lama.

Selain itu, 1,600 tahanan Palestin lain, lebih sepertiga daripada bilangan tahanan dan menyertai mogok itu pada 17 April lalu yang berlangsung selama 27 hari.

"Tahanan membuktikan kepada dunia bahawa perut kosong adalah lebih kuat daripada mana-mana pemerintah atau penindas," kata jurucakap kerajaan Gaza, Fawzi Barhoum.

Kemeriahan juga dibantu sambutan 'Nakba'. Tarikh 15 Mei adalah detik penduduk Palestin mengingati 'malapetaka' apabila beratus ribu lari atau diusir dari kediaman oleh pengganas Israel.

Siren kuat dibunyikan di seluruh bandaraya Ramallah pada waktu tengahari menandakan ulang tahun di mana penduduk meraikannya dengan senyap selama satu minit menjelang perarakan besar di 'Clock Square.'

Di seluruh bandar itu, kereta mengibarkan bendera hitam membawa gambar satu kunci dan perkataan 'kembali' dalam bahasa Inggeris dan Arab untuk mengingati rumah yang ditinggalkan mereka atau dipaksa ditinggalkan dan kini menjadi sebahagian Israel.– AFP

Maut jatuh pangsapuri

Posted: 16 May 2012 12:59 AM PDT

24 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun, meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat empat rumahnya di Pangsapuri Villa Angkasa dekat Sentul di sini, malam kelmarin.

Kanak-kanak terbabit ditemui terbaring di kawasan letak kereta pangsapuri itu jam 9.45 malam oleh seorang penduduk sebelum dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan kecemasan.

Bagaimanapun, mangsa yang parah di kepala dan badan disahkan meninggal dunia selepas empat jam diberikan rawatan di hospital.

Difahamkan, ketika kejadian, ibu kanak-kanak itu sedang mandi, manakala mangsa bermain bersama adik bongsunya berusia tujuh tahun dalam sebuah bilik.

Sumber berkata, kanak-kanak itu memanjat tingkap di bilik berkenaan sebelum tergelincir dan terjatuh ke tempat letak kereta pangsapuri terbabit.

Katanya, sejurus kejadian itu, seorang lelaki yang juga jiran mangsa terdengar bunyi dentuman kuat di kawasan letak kereta sebelum bergegas melihat apa yang berlaku.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Beliau berkata, polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut.

berita harian/-

20 jam meringkuk dalam bonet

Posted: 16 May 2012 12:52 AM PDT

24 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KEADAAN pendatang asing tanpa izin ketika dia ditemui pegawai imigresen Itali di Bari, semalam.
ROME: Pendatang tanpa izin memang diketahui sanggup melakukan apa saja asalkan dapat menyusup masuk ke Itali, tetapi penemuan terbaru semalam dianggap begitu luar biasa.

Seorang pemuda Afghanistan sanggup bersembunyi dalam bonet kereta dengan posisi mengerekot selama 20 jam.

Menurut polis, pemuda berusia 18 tahun dan tidak didedahkan identitinya itu berharap dapat masuk ke Itali melalui Bari dengan cara begitu.

Bagaimanapun, kata sumber, usahanya gagal apabila pegawai imigresen melakukan pemeriksaan mengejut dan menemuinya dalam bonet kereta Nissan berkenaan.

"Ketika ditemui, pemuda itu bersembunyi di celah enjin kereta dengan berbekalkan sebotol air dan sehelai selimut," katanya.

Jurucakap imigresen Bari berkata, mereka menahan kereta berkenaan selepas mendapati pemandu dan penumpangnya - kedua-duanya warga Bulgaria - dalam keadaan cemas.

Katanya, kereta itu baru saja tiba di Bari menaiki feri dari Greece.

Jurucakap itu berkata, pemandu terbabit dikenali sebagai Kaloyanov Ivaylo, 24, manakala temannya Georgieva Stanislava, 39.

"Kedua-dua mereka ditahan, manakala pendatang tanpa izin itu terpaksa dibantu keluar dari bonet berkenaan kerana berada dalam keadaan separuh sedar," katanya.

Pemuda Afghanistan itu kemudian dikejarkan ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Feri berkenaan berlepas dari Patras pada pagi Ahad sebelum singgah di Igoumenitsa dan menyambung perjalanan ke Bari.

Laluan itu memang popular di kalangan penyeludup manusia yang mengenakan caj minimum 5,000 euro (RM19,664) untuk masuk ke Itali. - DM

Ketua balai disyaki miliki dadah

Posted: 16 May 2012 12:11 AM PDT

24 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

IPOH - Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor yang bertugas sebagai Ketua Balai di salah sebuah daerah di negeri ini ditahan kerana disyaki memiliki dan mengambil dadah di pejabatnya, 24 April lalu.

Sebelum ini, pegawai polis berkenaan pernah berkhidmat sebagai Ketua Balai di negeri lain, tetapi dipindahkan ke negeri ini selepas mempunyai salah laku dalam tugasnya.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahalan berkata, Inspektor berusia dalam lingkungan 30-an itu ditahan selepas pihaknya menemui peket kecil berisi dadah dipercayai jenis ketamin di balai berkenaan.

Menurutnya, pegawai yang sudah berkhidmat 15 tahun dalam polis itu turut didapati positif dadah jenis yang sama ketika melakukan ujian air kencing pada hari yang sama dia ditahan.

"Penangkapan pegawai tersebut membuktikan polis tidak melindungi anggota mereka yang didapati terbabit dengan jenayah.

"Sesiapa sahaja yang melanggar undang-undang ini sama ada anggota polis atau siapa sahaja, tindakan tegas akan diambil ke atas mereka," katanya selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, di sini, semalam.

Mohd Shukri berkata, pegawai berkenaan kini dipindahkan ke bahagian pentadbiran buat sementara waktu bagi pihaknya menjalankan siasatan lanjut.

Sinar Harian

Tiada penggempur berbisa beri kesan Sime Darby FC

Posted: 16 May 2012 12:09 AM PDT

24 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KETIADAAN aksi penyerang prolifik, Patrick Ronaldinho yang digantung satu perlawanan selepas mendapat layangan­ kad merah dalam perlawanan­ menentang Pahang Jumaat lalu, nyata memberi kesan terhadap Sime Darby FC apabila tewas 1-2 kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam saingan­ Liga Perdana malam kelmarin, lapor SUBKHI SUDARJI.

Meskipun barisan penyerang tempatan gagal memanfaatkan sepenuhnya beberapa peluang yang terhidang pada separuh masa pertama, ia sedikitpun tidak menggusarkan jurulatihnya, Ismail Zakaria.

"Saya kecewa apabila dua peluang terhidang pada separuh masa pertama terlepas begitu sahaja, namun saya tetap optimis pemain mampu bangkit mencatat tiga mata penuh dalam baki lapan saingan akan datang," katanya yang mengakui faktor keletihan turut menyumbang kepada dua kekalahan sebelum ini.

Berdepan jadual perlawanan yang padat dalam saingan Piala FA menentang pasukan hebat sebelum ini nyata memberi kesan kepada anak didik Ismail.

"Pemain kita agak keletihan dan mengalami sedikit kecederaan serta beberapa pertukaran pemain perlu dilakukan bagi memastikan pemain yang bakal diturunkan menjelang aksi Final Piala FA Sabtu ini dapat beraksi," katanya.

Sinar Harian

Mayat dengan kesan tikaman ditemui di Rembau

Posted: 16 May 2012 12:07 AM PDT

24 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

REMBAU - Mayat seorang lelaki dengan kesan tikaman ditemui di tepi jalan utama Linggi-Lubuk Cina dekat sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Rembau DSP Mizan Md Dom berkata mayat itu ditemui oleh orang awam yang melalui kawasan itu pada kira-kira pukul 6 petang sebelum menghubungi pihak polis.

"Mangsa dipercayai berbangsa Melayu, berumur sekitar 40-an dan setakat ini identitinya belum dikenal pasti kerana tiada dokumen pengenalan diri ditemui.

Mangsa yang tidak berbaju dan hanya memakai kain ditemui terlentang berlumuran darah.

"Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dibunuh dalam tempoh tidak sampai 24 jam. Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu atau kehilangan rakan atau anggota keluarga diminta tampil menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Rembau di talian 06-6852222 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.- Bernama

Sinar Harian

Wan Jamak: Tekanan punca kekalahan Kedah

Posted: 16 May 2012 12:06 AM PDT

24 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

ALOR SETAR - Jurulatih pasukan bola sepak Kedah Wan Jamak Wan Hassan berkata kekalahan pasukannya di tempat sendiri adalah disebabkan pemain beraksi dalam keadaan tertekan di hadapan penyokong.

Wan Jamak berkata anak buahnya yang tertekan terpaksa bermain bersungguh-sungguh bagi memenuhi hasrat penonton yang hadir di Stadium Darul Aman (SDA)untuk mendapatkan keputusan yang terbaik.

Katanya perkara ini amat membimbangkannya kerana pemain tidak beraksi dengan baik di tempat sendiri berbanding bermain di tempat luar yang mana mereka seolah-olah tiada tekanan dan boleh beraksi dengan baik.

"Saya juga amat kecewa dengan sikap segelintir penyokong yang tidak mengahargai usaha yang dilakukan pemain-pemain sepanjang 90 minit perlawanan untuk menghasilkan gol," katanya kepada pemberita selepas perlawanan di SDA di sini, malam tadi.

Katanya beliau juga tidak takut kepada pasukan lawan tetapi takut kepada pemainnya sendiri kerana mereka gagal berfungsi sebagai satu pasukan tetapi bermain secara individu.

Wan Jamak berkata pasukannya mempunyai pemain yang ternama seperti Badrol Bakhtiar dan Mohd Khyril Muhymeen Zambri yang tidak berfungsi sebagai satu pasukan dan ini mengundang kepada kekalahan di gelanggang sendiri.

Pada saingan Liga Super malam tadi, Kedah gagal mengutip tiga mata penuh setelah tewas 1-3 kepada PKNS Selangor menerusi jaringan gol Helmi Loussaief dan Mohd Nizaruddin Yusof pada minit ke-45 dan ke-51.

Penyerang import Kedah dari Croatia, Vedran Gerc merapatkan kedudukan menerusi jaringan pada minit ke-58 menerusi penalti sebelum Rudie Ramli melengkapkan kemenangan PKNS dengan menjaringkan gol ketiga pelawat pada minit ke-79.

"Saya akui ada pemain yang tidak menunjukkan prestasi baik dan kesilapan yang dilakukan oleh pertahanan menyebabkan terpaksa membuat rombakan terhadap pertahanan disebabkan dua pemain utama iaitu Azmizi Azmi dan Khairul Helmi Johari digantung perlawanan.

"Saya terpaksa meletakkan pemain muda di bahagian pertahanan walaupun bukan posisi asal mereka. Beberapa kesilapan dan salah faham antara pemain menyebabkan pasukan lawan dapat membolos gawang pasukan," jelas Wan Jamak. - Bernama

Sinar Harian

Chong Wei nekad berjuang habis-habisan

Posted: 16 May 2012 12:05 AM PDT

24 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

SEPANG - Pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei meminta peminat badminton negara tidak menaruh harapan tinggi pada skuad Piala Thomas negara kali ini namun tetap bertekad akan berjuang habis-habisan di kejohanan di Wuhan, China hujung minggu ini.

Chong Wei yang juga ketua pasukan Piala Thomas negara berharap skuad tersebut mampu melakukan kejutan dan menunjukkan peningkatan seperti yang dilakukan di peringkat kelayakan Piala Thomas di Macau Febuari lepas.

"Memang bukan sasaran utama kita di Piala Thomas, tapi saya harap pasukan akan buat yang terbaik, masa kelayakan di Macau sebelum ini, ramai yang bercakap pasukan kita tidak boleh layak tapi akhirnya kita berjaya membuktikan kemampuan kita.

"Kali ini kita sasar mara ke separuh akhir. Saya akan jalani latihan bersama pasukan di Guangzhou sebelum bertolak ke Wuhan. Pasukan akan beri yang terbaik tidak kira bertemu siapa terutamanya ketika bertemu Denmark nanti," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Chong Wei berlepas ke Guangzhou bersama jurulatih perseorangan negara Tey Seu Bock. Turut sama hadir mengiringi beliau ialah Pengurus Besar Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Kenny Goh dan Pengarah Prestasi Tinggi BAM Datuk James Selvaraj.

Chong Wei berkata beliau tidak dapat berlepas bersama rakan sepasukan yang lain Ahad lepas kerana mengalami demam yang teruk dan khuatir akan menjangkiti rakan-rakan seperjuangan yang lain.

"Walaupun tidak dapat berlatih bersama-sama mereka di sana, saya tetap menjalani latihan seperti biasa," katanya.

Selain Chong Wei, pemain perseorangan dibarisi oleh Muhammad Hafiz Hashim, Liew Daren dan Chong Wei Feng sementara pasukan beregu diwakili Koo Kien Kiat/Tan Boon Heong, Goh Wei Shem/Lim Khim Wah dan Hoon Thien How/Tan Wee Kiong.

Di Wuhan, Malaysia diundi dalam Kumpulan C bersama naib juara lapan kali, Denmark dan Afrika Selatan.

Kali terakhir skuad negara memenangi Piala Thomas ialah pada 1992 di Stadium Negara selepas menumpaskan Indonesia 3-2 pada perlawanan akhir. - Bernama.

Sinar Harian

Mohd Nizam Abd Manaf dikehendaki bantu siasatan kes samun

Posted: 16 May 2012 12:03 AM PDT

24 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

BACHOK - Polis sedang mengesan seorang lelaki warga tempatan bagi membantu siasatan kes samun secara berkumpulan di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Bachok DSP Ab Rahim Che Ghani berkata Mohd Nizam Abd Manaf, 32, berasal dari Kampung Nakhoda Saamah di sini, menggunakan kad pengenalan bernombor 800827035283.

Kumpulan terbabit yang dianggotai tiga hingga empat lelaki, dipercayai terlibat dalam 12 kes samun sejak November tahun lepas, dengan sasarannya golongan suri rumah, katanya kepada pemberita di pejabatnya semalam.

Ab Rahim berkata modus operandi kumpulan itu ialah datang ke rumah mangsa dan berpura-pura menanyakan nama jalan atau orang, sebelum meragut dan melarikan barangan berharga, pada waktu siang.

Dalam kejadian tiga hari lepas, seorang suri rumah di Kampung Kandis di sini, kerugian kira-kira RM10,000 apabila barang kemas, telefon bimbit dan wang tunai disamun dipercayai dilakukan kumpulan terbabit.

Beliau berkata kumpulan terbabit menggunakan pelbagai jenis kenderaan, termasuk kereta yang dipercayai disewa dan menggunakan nombor pendaftaran kenderaan palsu, bagi mengelak dikenali mangsa.

Katanya polis kini berusaha menjejaki kumpulan samun berkenaan dengan menampal poster suspek di kawasan tumpuan umum di seluruh daerah ini bagi membantu siasatan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta menghubungi Insp Yusli Zainal di talian 013-9239319.

Sementara itu, Polis Daerah Kota Baharu sedang mengesan dua lelaki yang dipercayai mencabul dan merogol dua wanita pelancong warga asing pada Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Baharu ACP Azham Othman berkata sebelum ini, polis berjaya menahan reman seorang pelajar berusia 18 tahun dari sebuah institusi pengajian tinggi awam, bagi membantu siasatan kes tersebut.

Kejadian itu berlaku selepas pelancong terbabit mengikuti seorang lelaki yang berpura-pura hendak membantu menghantar mereka ke sebuah pejabat agensi pelancongan selepas menyelesaikan urusan mendapatkan visa di Konsul Thailand, di Jalan Padang Bongor, di sini.

Kedua-dua pelancong terbabit sebelum itu baru menghabiskan cuti di Pulau Perhentian, Terengganu. - Bernama.

Sinar Harian

Safee nasihat Nazmi 'kerja keras' di Portugal

Posted: 16 May 2012 12:02 AM PDT

24 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM - Penyerang sensasi Pelita Jaya, Safee Sali menasihatkan pemain Harimau Muda, Muhammad Nazmi Faiz Mansor supaya bekerja lebih keras jika berhasrat untuk beraksi di pentas Eropah.

Begitupun, bekas pemain Selangor itu yakin dengan kemampuan Nazmi yang menjalani ujian pemilihan pemain bersama kelab Portugal, Biera-Mar dalam melakar sejarah baru bola sepak tempatan.

Safee selaku duta snek Mister Potato berkata demikian pada majlis penajaan tiga pemain kebangsaan termasuk penjaga gawang Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat dan Nazmi bersama snek terkenal negara tersebut di Giant Stadium Shah Alam.

Nazmi tidak hadir majlis hari ini kerana menjalani ujian pemilihan di Portugal.

Sukan

Bekas penyelia dihukum penjara dan denda kerana rasuah

Posted: 16 May 2012 12:00 AM PDT

24 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

JOHOR BAHARU - Seorang bekas penyelia hari ini dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan denda RM10,000 selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini terhadap pertuduhan menerima rasuah daripada seorang pemilik nurseri, tahun lepas.

Hakim Mohd Nasir Nordin membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan tanpa keraguan munasabah kes tertuduh, Fadzly Ahmad, 33.

Fadzly, bekas pekerja Ranhill Water Services Sdn Bhd Cawangan Kluang, dituduh menerima RM2,000 daripada pemilik nurseri Simple Farm Sdn Bhd, Tam Chee Ming.

Suapan itu sebagai dorongan untuk tidak melaporkan kepada pihak Syarikat Air Johor kerana nurseri yang diurus oleh Simple Farm Sdn Bhd terbabit dikatakan melakukan kesalahan dengan menggunakan sistem paip air yang disambung dari bangunan persendirian.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di nombor 11, tingkat 1, Jalan Intan 7/1, Taman Intan, Kluang, kira-kira pukul 5.40 petang, 2 April 2011.

Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum menurut Seksyen 24 akta yang sama, yang boleh dikenakan penjara sehingga 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali ganda suapan mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Fadzly boleh dipenjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan hari ini kerana mahkamah hanya membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara terhadapnya selepas peguam Ramesh Vasan dan Abraham Mathew yang mewakilinya memohon penangguhan pelaksanaan hukuman terbabit.

Mohd Nasir memerintahkan rayuan pelaksanaan penangguhan hukuman penjara itu difailkan ke Mahkamah Tinggi dalam tempoh seminggu dan menetapkan wang jaminan RM5,000 sementara menunggu keputusan rayuan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ridzuan Abd Malik memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal terhadap tertuduh memandangkan kesnya melibatkan kepentingan awam selain mencemarkan nama syarikat. - Bernama.

Sinar Harian

Bersih 3: Maklum peguam, keluarga jika ditahan

Posted: 15 May 2012 11:58 PM PDT

24 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Mana-mana peserta Bersih 3.0 yang diburu polis diingatkan agar memaklumkan ahli keluarga, rakan ataupun peguam sekiranya ditahan polis.

Mereka juga diingatkan agar memberikan kerjasama sebaiknya kepada pihak polis apabila ditahan bagi mengelakkan sebarang masalah lain.

Demikian ditegaskan Pengarah Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham), Ahmad Zamri As'ad Khuzaimi (gambar) kepada Harakahdaily, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan pihak polis yang akan terus memburu 121 peserta Bersih 3.0 hingga ke pintu rumah, jika tidak menyerah diri.

Zamri juga berkata Juham yang bernaung di bawah Dewan Pemuda PAS Malaysia itu bersedia mewakili mereka yang ditahan, khususnya di kalangan ahli PAS.

Dalam pada itu, Juham juga mengingatkan pihak polis agar memburu anggota polis yang didakwa terlibat dengan kekasaran ke atas peserta himpunan.

Kata Zamri, pelaksanaan undang-undang di negara ini perlu dikenakan secara adil ke atas pihak yang terbabit, tanpa mengira sesiapa, biarpun ia membabitkan anggota polis.

"Pelaksanaan undang-undang perlu adil. Dalam mereka memburu peserta Bersih, bagaimana dengan anggota polis yang bertindak mengasari peserta? Adakah mereka dikecualikan?" soal beliau.

Zamri juga turut mengingatkan pihak polis agar memberikan jaminan bahawa pihak polis tidak akan mengapa-apakan mereka yang ditahan.

Bagaimanapun, beliau masih menyuarakan kebimbangan berhubung perkara tersebut memandangkan terdapat kes peserta yang ditahan sebelum ini didakwa dikasari pihak polis.

Beliau mendakwa perkara itu berlaku terhadap seorang peserta Bersih, Mohd Safwan dari Terengganu yang dikatakan dipukul dan dilibas dengan getah paip ketika ditahan polis.

"Kita minta jaminan pihak polis untuk tidak mengapa-apakan mereka. Siasatan boleh dilakukan, tetapi tidak perlu menggunakan kekerasan ke atas mereka," tegas beliau.

Ekoran perhimpunan aman Bersih 3.0, 28 April lalu, pihak polis memburu 121 peserta himpunan yang dikatakan melakukan kekecohan pada perhimpunan tersebut dengan menyiarkan gambar mereka di media-media utama.

Harakah Daily

Akademi Undang-undang 'sabotaj' demokrasi

Posted: 15 May 2012 11:57 PM PDT

24 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Cadangan Kerajaan menghidupkan kembali Malaysian Academy of Law Bill sebagai organisasi baru selain Majlis Peguam untuk mewakili golongan itu dilihat cubaan mensabotaj demokrasi.

Bagi Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar), beliau melihat cadangan itu tidak ubah seperti penubuhan Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) oleh pusat, di negeri yang dimenangi Pakatan Rakyat selepas PRU 2008 lalu.

Menurut Dzulkefly, biarpun diperingkat negeri sudah ada Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung (JKKK), namun kerajaan tetap juga mewujudkan JKKKP yang dilihat cuba 'mengambil kuasa' JKKK yang dilantik kerajaan negeri.

"Begitulah cara Umno, bila ada benda yang dikeluarkan tak sebulu dengan dia, dia buat yang lain. Ia sama dengan tindakan tubuh JKKKP bila BN kalah di negeri ditawan Pakatan.

"Ini ialah tabiat jelek untuk lakukan 'subversion' atau 'sabotaj' demokrasi dan institusinya," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz kelmarin yang bersetuju jika agensi baru seperti Akademi Undang-undang ditubuhkan selain Majlis Peguam sedia ada.

Cadanagn Nazri itu dipercayai dibuat ekoran 12 usul tergempar yang diluluskan pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) Majlis Peguam pada 11 Mei lalu berhubung himpunan Bersih 3.0.

Antara lain, usul itu mengutuk tindakan polis menggunakan meriam air dan gas pemedih terhadap peserta.

Selain itu mereka juga menyalahkan polis kerana tidak memberikan masa yang secukup untuk perserta bersurai secara teratur dan selamat dengan mendakwa ia kemudian mendorong kepada penahanan yang tidak wajar.

Mengulas lanjut Dzulkefly yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor berkata, cadangan Nazri itu berbaur politik dan cuba untuk 'undermine' wibawa Majlis Peguam.

Sedangkan katanya Majlis Peguam ditubuhkan secara sah di bawah Akta Profesion Guaman 1976 bagi mengawal amalan, standard, etik dan lesen amalan peguam.

"Usaha ini telah dua kali mereka lakukan dahulu tetapi terpaksa dihentikan.

"Tindakan kerajaan untuk menghidupkan kembali cadangan akademi ini dilihat umum sebagai langkah memadamkan suara perbezaan 'legitimate dissent' yang menyemak imbang suara eksekutif," katanya.

Harakah Daily

Senaman punggung hasil tarbiah Umno

Posted: 15 May 2012 11:56 PM PDT

24 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 16 Mei: Tindakan sekumpulan bekas tentera mengadakan 'senaman punggung' depan rumah Pengerusi Bersih 3.0 Datuk S. Ambiga, bukanlah perkara yang menghairankan.

Ini kerana, menurut Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abd Samad, tindakan itu telah menzahirkan sikap mereka yang selari dengan pendirian Umno BN.

Katanya, apa yang ditunjukkan oleh sekumpulan bekas tentera itu merupakan tarbiyyah Umno BN selama 55 tahun memerintah negara ini.

"Inilah tarbiyah Umno selama 55 tahun, tidak hormat perbezaan pendapat kaum dan agama lain," katanya.

Katanya, Umno BN sepatutnya tunjukkan kebaikan Islam tetapi lebih suka menunjukkan keburukan orang Melayu.

Beliau cukup kesal, selepas 55 tahun memerintah negara ini, orang Islam masih tidak dapat melihat keadilan Islam sebenar dari acuan Umno BN sendiri.

Khalid juga menyifatkan 'senaman punggung' yang dilakukan oleh mereka akhirnya telah menunjukkan kebodohan mereka sendiri.

"Kalau tidak setuju dengan Ambiga, ajak dia berdebat tetapi Umno tidak sanggup. Kalau betul Ambiga lakukan, dedahkan penipuannya dalam televisyen selepas Bersih 3.0. Panggil dia. Tetapi Umno BN pula lebih berani, tetapi berani buat tindakan yang kurang bijak," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau percaya, kerana berpaksikan tindakan perkauman dan fahaman Islam yang sempit Ambiga menjadi sasaran.

"Kenapa Sasterawan Negara A.Samad Said tidak pula diganggu. Inilah unsur-unsur perkauman bukan Islam akan membenci Islam yang dibawa oleh Umno BN," katanya.

Justeru katanya, tekanan yang diberikan kepada Ambiga merupakan cara yang tidak munasabah dan menjadi bahan ketawa orang ramai.

"Orang ramai sudah mula menggeleng kepala melihat terdesaknya puak-puak Umno BN yang pendek akal dalam menyatakan ketidakpuasan hati mereka. Jual burger sekadar nak tunjukkan kebodohan mereka," katanya.

Semalam, Senaman anjuran Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) bertujuan membantah penganjuran perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

Kumpulan 15 orang aktivis PVTM itu melakukan gimik demonstrasi dengan membongkok dan menggoyang-goyangkan punggung mereka ke arah rumah Ambiga.

Harakah Daily

Tiada Bersih 4.0, Bersih 2.0 umum 2 langkah wajib

Posted: 15 May 2012 11:54 PM PDT

24 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 16 Mei: Bersih 2.0 tidak merancang untuk mengadakan Bersih 4.0 sebaliknya mensasarkan dua langkah penting yang wajib dilaksanakan rakyat Malaysia menjelang pilihan raya umum ke-13.

Dua langkah tersebut ialah memastikan rakyat keluar mengundi dan menjadi 'mata-mata' mengesan penipuan dalam pilihan raya.

Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk A. Samad Said berkata, rakyat yang merupakan pengundi berdaftar harus menjadikan undi mereka sebagai benteng untuk melawan penipuan.

Ini kerana katanya, perjuangan menuntut pilihan raya adil dan bersih belum selesai walaupun rakyat berjaya menunjukkan kekuatan mereka pada perhimpunan Bersih 3.0, 28 April lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan katanya tidak berniat pun untuk membaiki dan mereformasi sistem pilihan raya.

"Langkah pertama yang wajib kita lakukan ialah keluar mengundi - lawan penipuan.

"Kami menyeru rakyat Malaysia yang terdiri daripada semua bangsa untuk beramai-ramai bertekad keluar mengundi. Marilah kita keluar beramai-ramai mengundi dengan jumlah yang belum pernah terjadi di Malaysia," kata beliau pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor, dekat sini, hari ini.

Sasterawan Negara itu juga berkata, Bersih 2.0 sedang bekerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) Tindak Malaysia dan Jom Pantau! untuk melatih sukarelawan sebagai pemantau, pegawai pilihan raya, pengira undi dan ejen pengundi pos.

"Kita wajib memerhati dengan mata yang tajam jika berlaku penipuan.

"Laporkan, hebohkan dan lawan penipuan ini. Kita memerhati ketika masa berkempen dan di hari membuang undi.

"Kami menyeru semua penyokong Bersih untuk sama-sama melawan penipuan dengan menjadi pemantau, pengira undi dan ejen pengundi," katanya.

Lapor penipuan kepada Jom Pantau!

Tindak Malaysia telah menjalankan banyak latihan di seluruh negara untuk melatih ejen pengundi, pengira undi dan ejen barung (Pacaba).

Sukarelawan untuk Pacaba ialah petugas yang paling pentimg kerana mereka adalah di barisan hadapan yang akan mengesan penipuan.

Manakala Jom Pantau pula diketuai Komas yang bekerjasama dengan Malaysian Observes Network (MEO-Net), Southeast Asian Center for e-Media (SEACAM) dan National Institute for Democracy Electoral Iintegrity (NIEI).

Rakyat boleh mengambil bahagian dalam pemantau pilihan raya dengan cara membuat laporan jika ternampak penipuan, penyalahgunaan kuasa atau tindakan SPR atau parti yang tidak mengikut peraturan.

Perkara tersebut boleh dilaporkan kepada umum di www.pru13.info.

Turut bersama pada sidang media ialah Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah dan Hishamudin Rais.

Harakah Daily

Tarik RUU p'raya, bila Najib nak berhenti 'flip-flop'

Posted: 15 May 2012 11:52 PM PDT

24 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Keputusan menarik balik cadangan pindaan kepada Rang Undang-undang (RUU) Kesalahan Pilihan Raya 2012 minggu lalu menyerlahkan sikap 'tidak teliti' kerajaan yang diteraju Datuk Seri Najib Razak dalam membuat sesuatu keputusan.

Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Dr Mohd Hatta Ramli (gambar) berkata, akibat ketidaktelitian itu itu menyebabkan kerajaan terpaksa mengambil tindakan yang sangat memalukan.

"Kita lihat SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) tidak teliti dalam mengemukakan RUU ini.

"Yang kita peliknya, waktu dibentang tempoh hari, ahli parlimen BN sokong habis, mati-matian sokong," katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai ketika dihubungi Harakahdaily.

Sebelum ini RUU Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2012 itu diluluskan secara tergesa-gesa pada 19 April lalu iaitu hari terakhir persidangan Parlimen untuk kali kelima bagi penggal ke-12.

Hatta yang juga anggota Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya berkata, banyak hal dalam pentadbiran Najib yang dibuat 'separuh masak' sehingga ianya kemudian terpaksa ditarik balik.

Sebagai contoh, skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), penggabungan Syarikat Penerbangan Malaysia Berhad (MAS) dengan AirAsia dan beberapa projek lain yang kemudian ditarik balik.

Kerajaan pada 10 Mei lalu mengumumkan menarik balik cadangan pindaan kepada Rang Undang-undang Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2012 di Dewan Negara.

Keputusan itu dibuat jemaah menteri selepas mengambilk kira maklum balas dan bantahan dari pelbagai pihak terhadap rang undang-undang itu.

Keputusan itu juga turut dipersetujui Pakatan Rakyat yang dari awal mempersoal beberapa perkara dalam pindaan tersebut.

Harakah Daily

Politik songsang Umno Kelantan

Posted: 15 May 2012 11:47 PM PDT

24 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

Bagaimana bapak begitulah anak. Kata orang kalau bapak borek tentulah anak rintik. Apabila Najib Razak mempermain-mainkan rakyat untuk membawa air bersih dan membina lebih raya di Kelantan, maka begitu jugalah dengan timbalan ketua Umno Kelantan Awang Adek Hussein dalam seloka dan sepak terajang politiknya.

Awang seolah-olah turut sama mempermain dan mempersendakan rakyat Kelantan dengan menjanjikan untuk memansuhkan yuran pengajian sekolah agama rakyat dan pertingkatkan taraf sekolah agama rakyat sekiranya berjaya merampas Kelantan.

Awang Adek juga mengulangi kesediaan Najib untuk membina lebuh raya di Kelantan dengan berkata akan menjadikan Jalan Kuala Krai – Gua Musang-Bentong akan dijadikan lebuh raya sekiranya BN berjaya merampas Kelantan.

Mungkin bagi Awang Adek dengan memperolok-olokkan rakyat Kelantan itu satu taktik yang baik dikira menguntungkan Umno?

Apa yang dilakukan Najib itulah cara Umno berpolitik sejak berpuluh tahun lalu mendera rakyat Kelantan kerana tidak menyokong UBN. Cara demikian yang diterus oleh Awang Adek menunjukkan setakat itu saja kemampuan dan kapasiti Awang Adek dalam berpolitik.

Saya bersetuju dengan kenyataan Ketua Penerangan Pas Kelantan Dr Mohamed Fadzli Hasan sekiranya BN ikhlas hendak bantu Kelantan kenapa perlu mengenakan syarat seperti itu. Beliau menyifatkan cara Umno itu sebagai politik songsang Umno Kelantan.

Kata Fadzli betapa Umno berjanji demikian rakyat tetap ingat bahawa Umnolah yang memusuhi sekolah agama rakyat dan menuduhnya ia menjadi pusat latih penjenayah tidak lama dulu.

"Berapa pun janji itu katanya masih ingat Umnolah yang memusuhi sekolah agama dengan mengatakan pusat melatih pengganas. Umnolah juga yang telah menarik bantuan perkapita kepada sekolah agama rakyat," ujarnya.

Menurut Fadzli rakyat tidak lupa kezaliman Umno terhadap sekolah agama ini justeru jangan hendak bermuka muka dan berlagak baik semata-mata nak pilihanraya, ujarnya menerusi satu kenyataan di Fb sebagai merujuk tawaran Awang Adek.

Mengenai pembinaan lebuh rakyat bagi kemudahan rakyat, Fadzli berkata kerajaan Kelantan serius akan membina lebuh rakyat setelah kerajaan Pusat enggan membinanya walaupun sudah pun dimasukkan pembinaan lebuh raya itu dalam RMK5 dan RMK9, yang kemudian ditiadakan dalam RMK-10.

Tindakan pembuangan perancangan membina lebuh raya itu dilihat satu lagi politik tidak bertanggungjawab Umno Kelantan. Adalah malang sekali kalau pembuang projek pembinaan lebuh raya itu ianuya dibuat atas pengsyoran para pemimpin Umno Kelantan termasuk Awang Adek sebagai timbalan menteri kewangan.

Apapun kerajaan Kelantan seperti mana dijelaskan Fadzli tetap bertanggungjawab dan akan membina lebuh raya seperti dirancangkan itu atas usaha dan peruntukan sendiri. Iltizam kerajaan untuk membina lebuh raya inilah dilihat sebagai usaha bersungguh kerajaan untuk kepentingan rakyat dan bukan bertujuan politik.

Harakah Daily

Anak buah Dollah kenduri gol, belasah Singa Utara

Posted: 15 May 2012 08:51 PM PDT

24 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

TEMERLOH – Skuad Tok Gajah naik minyak malam kelmarin dengan membelasah Perlis 7-2 di gelanggang sendiri Stadium Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) disaksikan kira-kira 5,000 penonton.

Pemilihan import Brazil Maycon Calvalho Inez nyata memberi kepuasan berganda kepada pengurusan Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP) dan juga peminat setia.

Enam gol daripada tiga penampilan sebenarnya satu rekod yang perlu diberi perhatian serius pasukan-pasukan lain ketika gandingan import ini dengan penyerang tempatan semakin menjadi.

Pengurus Pasukan Pahang Datuk Che Nasir Salleh percaya gandingan Maycon, Azzmudin Mohd Akil (Alex) dan Mohd Fauzi Rozlan semakin menjadi asalkan mereka bermain secara berpasukan.

"Saya puas hati dengan penampilan mereka, namun semua ini tidak akan berhasil jika bahagian-bahagian lain khususnya di bahagian tengah tidak memainkan peranan.

"Lorongan bola cantik dari bahagian tengah dalam beberapa aksi sebelum ini berjaya disudahkan dengan baik gandingan penyerang kita," katanya.

Dalam aksi menentang Perlis di sini malam kelmarin, Maycon menjaringkan hatrik selain berjaya menjaringkan gol pertama pada aksi sulung menentang Harimau Muda B dan dua jaringan dihasilkan ketika menentang Sime Darby minggu lalu.

Dalam aksi dengan Singa Utara kelmarin, Maycon meledak tiga gol pada minit ke-15, 59 dan 62 manakala Azzamudin meledak dua gol pada minit ke-19 dan 82 selain sentuhan pemusnah Mohd Fauzi Rozlan dan Boris Kochkin menambah derita lawan dengan jaringan masing-masing pada minit ke-63 dan 90.

Perlis mendapat gol menerusi penyerang mereka Mohamad Rizal pada minit ke 65 dan 79.

Begitupun, Che Nasir sedikit kecewa dengan barisan pertahanan yang kerap kali leka sehingga membolehkan lawan menghasilkan gol walaupun Pahang mendominasi permainan.

"Saya akan meminta Ketua Jurulatih, Dollah Salleh memperkemaskan benteng pertahanan kita supaya dapat mengelakkan gol-gol mudah pihak lawan," katanya.

Beliau berkata, pemain-pemain Pahang akan berehat sebulan selepas ini dan sebaik jadual bermula Pahang akan berhadapan dengan ujian sebenar menentang ATM.

Menurutnya, pemain-pemain diharap sentiasa menjaga kecergasan sepanjang berehat dalam tempoh yang lama untuk berhadapan dengan lawan sebenar nanti.

"Perlawanan pertama kita selepas rehat ialah dengan menentang ATM jadi sudah tentu satu perlawanan penting untuk menentukan siapa juara Liga Perdana musim ini.

"Pemain-pemain juga diingatkan tidak memandang mudah keupayaan pasukan lain selepas perlawanan menentang ATM itu nanti," katanya.

Sementara itu Naib Presiden PBNP Datuk Akbar VV Abu berterima kasih kepada penyokong setia Pahang khususnya Ultras Pahang dan Brigade Patin yang memberi sokongan padu selain berjaya mengawal tingkah laku mereka.

Sinar Harian

Gempa 6.0 magnitud gegar Papua New Guinea

Posted: 15 May 2012 08:40 PM PDT

24 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -


SYDNEY: Satu gempa bumi berukuran 6.0 pada skala Ritcher menggegarkan Papua New Guinea hari ini, lapor Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS).

Bagaimanapun, tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Gempa melanda kawasan pedalaman wilayah New Britain pada kedalaman 154 kilometer (km), kira-kira 512km ke timur laut ibu negara Port Moresby. - AFP

Along lontar bom tangan

Posted: 15 May 2012 08:30 PM PDT

24 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

LOKASI...rumah mangsa yang dilontar bom tangan oleh empat lelaki, semalam.
IPOH: Berpantang maut sebelum ajal. Itu gambaran paling sesuai untuk seorang lelaki yang terselamat daripada maut apabila sebutir bom tangan yang dilemparkan ke arah keretanya tidak meletup.

Kejadian berlaku depan rumah mangsa, seorang lelaki berusia 40-an, di Taman Bemban Jaya, Batu Gajah, dekat sini, jam 11.30 pagi semalam.

Sumber polis berkata, sebelum kejadian itu, kumpulan empat lelaki dipercayai anggota kumpulan ceti haram atau along pergi ke rumah mangsa dan mengugut mangsa membayar hutang lama berjumlah RM30,000.

Menurutnya, mangsa yang tidak mampu membayar hutang itu bertengkar dengan suspek yang enggan beredar dari pekarangan rumahnya.

"Kumpulan suspek yang berang tiba-tiba mengeluarkan sebutir bom tangan dan melontar bahan letupan itu ke bawah kereta mangsa sebelum melarikan diri. Namun, mangsa bernasib baik kerana bom itu tidak meledak," katanya.

metro/-

Guru Bangkit Memimpin Perubahan

Posted: 15 May 2012 08:28 PM PDT

24 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

Sempena sambutan Hari Guru pada tanggal 16 Mei 2012, Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (PENDIDIK) ingin mengucapkan " SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU" kepada warga pendidik di seluruh Malaysia.

Warga pendidik yang dihormati.

Sejarah telah membuktikan bahawa peranan guru dan pendidik amat besar dalam mengubah lanskap politik negara sejak sebelum merdeka lagi yang membabitkan kelompok guru-guru pondok, guru-guru agama, guru-guru sekolah kebangsan Melayu dan sebagainya. Gerakan mereka berjaya memimpin massa menuntut kemerdekaan dan seterusnya mencorakkan masa depan pendidikan negara hingga sekarang.

Namun kealpaan, kecuaian, pengabaian, campur tangan politik yang berlebihan sama ada dilakukan sengaja atau tidak sengaja, kelemahan perancangan dengan tendensi melakukan perubahan demi perubahan pendidikan kononnya atas tiket mengangkat pendidikan negara bertaraf dunia telah menjadikan sistem pendidikan negara menjadi caca marba. Hal ini berasas kerana polisi trial and error dan project based yang diamalkan oleh pemerintah tidak kira berjaya atau sebaliknya sesuatu dasar itu dijalankan telah meninggalkan 'luka' di hati masyarakat pendidik, ibu-bapa dan rakyat Malaysia umumnya. Antaranya isu PTPTN, PPSMI, Perubahan Status Sekolah Bestari yang akhirnya dijadikan sebagai Pembestarian Sekolah, Pengenalan Semula Dasar Memartabatkan Bahasa Kebangsaan, Penarikan balik buku teks kajian Komponen Sastera iaitu Novel Interlok Sasterawan Negara Abdullah Hussain kononnya mencemar nama baik sesuatu kaum, dan yang terbaharu pembatalan SBPA sebagai skim gaji baru penjawat awam telah melibatkan kerugian kos berjuta-juta ringgit kerana sikap terburu-buru dalam merancang dan membuat keputusan tentang masa depan pendidikan negara.

Kini, peluang untuk membetulkan keadaan ini telah dirintis menerusi penubuhan Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidikan Kebangsaan (PENDIDIK) yang diharap mampu menggerakkan momentum memimpin masyarakat guru dan massa untuk mengubah landskap pendidikan tanah air. Pelancaran NGO PENDIDIK yang telah melakar sejarah dalam persada pendidikan negara ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Presiden PAS di Dewan Putra, Kolej Integrasi Tahfiz Tunas Ilmuwan Selangor pada 12 Februari 2012 yang lalu.

Warga pendidik yang dihormati,

Sudah tiba masanya kita hentikan kezaliman ini dan tidak akan membiarkan minda dan jiwa guru dikongkong dengan 'penjajahan alaf baru' yang tidak bertamadun dan menzalimi pendidik yang berjiwa mulia serta ikhlas mendidik anak bangsa selama ini.

Justeru, satu wahana dan platform untuk para pendidik di seantero Malaysia telah diwujudkan untuk menyalurkan aduan, pandangan serta luahan demi memperkasakan pendidikan tanah air di samping tidak meminggirkan hak dan kebajikan para pendidik dalam memacu halatuju pendidikan negara. Sudah pasti NGO PENDIDIK ini berfungsi sebagai entiti yang menggalas tugas profesional dalam kerjaya pendidikan akan berkhidmat berteraskan prinsip takwa, iman dan ihsan selain konsisten dalam memperjuangkan keadilan sejagat, kebajikan, maruah guru dan maruah profesion pendidikan negara.

Semoga Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (PENDIDIK) akan menjadi wadah yang tersohor, dan karismatik dalam memperjuangkan martabat, nasib, dan dinamika profesion keguruan agar terus dihormati dan menjadi ikon kebanggaan masyarakat pendidik".

Sekretariat Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (PENDIDIK) mengharapkan agar semua para pendidik yang pernah menjadi mangsa 'tekanan politik' atau 'mangsa pertukaran akibat dendam politik' mengikut prosedur yang tidak betul sangat dialu—alukan untuk menyalurkan aduan ke alamat email ; _ HYPERLINK "mailto: aduanpendidik@gmail.com.Semoga" _aduanpendidik@gmail.com._

Platform ini akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada perkembangan dan kemajuan pendidikan negara di samping meramaikan kelompok profesional yang bakal mewarnai persada pendidikan negara ke arah menyediakan pendidikan yang lebih berkualiti demi melahirkan modal insan yang memiliki akhlak yang terpuji.

Mutakhir ini masih ada lagi warga pendidik yang pernah menjadi mangsa kezaliman akibat ditukarkan ke sekolah lain sepanjang perkhidmatan tanpa mengikut prosedur yang betul dan bukan 'atas keperluan perkhidmatan'. Apa yang berlaku sebaliknya adalah ramai di kalangan warga pendidik telah ditukarkan hanya kerana 'dendam politik ' dan 'tekanan politik' dari pimpinan Umno Barisan Nasional.

NGO PENDIDIK mengharapkan agar semua warga pendidik di seluruh Malaysia tampil untuk menyuarakan pandangan dan berkongsi pengalaman tentang kezaliman yang telah dilakukan sejak 54 tahun oleh UMNO Barisan Nasional sehinggalah kini. Jadi sudah tiba masanya kita hentikan kezaliman ini dan tidak akan membiarkan minda dan jiwa guru dikongkong dengan 'penjajahan alaf baru' yang tidak bertamadun dan menzalimi pendidik yang berjiwa mulia serta ikhlas mendidik anak bangsa selama ini.

Dalam waktu terdekat,'Roadshow NGO PENDIDIK ' akan dilaksanakan akan diadakan di lokasi yang sesuai untuk menggerakkan kebangkitan guru di seluruh Malaysia. Diharapkan dengan sokongan dan kerjasama semua para pendidik , NGO PENDIDIK berharap akan dapat menangani isu-isu pendidikan negara dengan cara yang profesional dan bijaksana di samping memaksimumkan penerangan, perkhidmatan dan latihan menerusi peranan setiap sekretariat yang telah diwujudkan. Ia juga diharapkan dapat menjadi medan dan wasilah warga pendidik dan guru menyuarakan pandangan, pendapat, dan idea untuk membangunkan kecemerlangan pendidikan nasional dalam persada pendidikan negara.

Akhir kata , Selamat Menyambut Hari Guru 2012 dengan tema yang dipilih oleh NGO PENDIDIK pada tahun ini "BANGKIT GURU MEMIMPIN PERUBAHAN"

Normala Sudirman (Cikgu Mala) ialah Presiden Persatuan Gerakan Pendidik Kebangsaan (PENDIDIK).

Harakah Daily

Terkejut dengar bunyi kuat

Posted: 15 May 2012 08:25 PM PDT

24 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUANTAN - Suasana santai bersama keluarga terganggu apabila ribut melanda enam keluarga di Kampung Peramu, di sini.

Dalam kejadian malam Isnin lalu, Nora Abu Bakar, 37, bersama tiga anaknya beristirahat diruang tamu sambil menonton televisyen.

Namun, angin kencang dan hujan lebat menerbangkan atap zink di bahagian dapur rumahnya.

"Kejadian berlaku kira-kira jam 9.30 malam ketika saya bersama anak-anak leka menonton televisyen.

"Kejadian berlaku dengan tiba-tiba dan saya hanya mampu melihat atap tercabut membuatkan sebahagian dapur basah," katanya ketika ditemui pada Lawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Lumpur, Datuk Wan Adnan Wan Mamat, di sini.

Nora berkata, sebaik kejadian itu, dia terus menghubungi suaminya, Zulkifli Osman, 48, yang masih di tempat kerja.

Zulkifli berkata, dia bergegas pulang ke rumah untuk melihat keadaan rumahnya yang mengalami beberapa kerosakan.

"Terdapat kayu terperosok di bahagian atas atap menyebabkan kerosakan agak teruk. Buat masa ini saya terpaksa menggunakan khemah untuk menadah air sebelum kerosakan dibaiki.

"Nasib baik isteri dan anak-anak tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Bagi ibu tunggal, Gayah Abdul Rahman, 69, pula memberitahu, dia tidak menyangka ribut kencang yang melanda menyebabkan beberapa bumbung rumahnya rosak.

Katanya, pada malam kejadian, tidurnya bersama tiga anaknya terganggu kerana ruang tamu dibasahi hujan.

"Sejak di sini kira-kira 11 tahun lalu, inilah kejadian ribut pertama yang menimpa keluarga kami.

"Bagaimanapun, saya bersyukur kerana semuanya selamat dan ada pihak yang prihatin memberi bantuan," katanya.

Sementara itu, Wan Adnan berkata, nasib enam keluarga yang dilanda ribut itu akan diberi perhatian oleh kerajaan negeri melalui bantuan bencana bernilai RM1,000.

Bagaimanapun, bantuan segera diberikan terlebih dahulu bagi meringankan beban mangsa ribut untuk membaiki kerosakan yang berlaku.

"Kita bersimpati dengan kejadian yang melanda dan kerajaan sentiasa prihatin dan memberi bantuan sewajarnya untuk membantu meringankan beban," katanya.

sinar harian/-

Warga emas kaki auta diburu

Posted: 15 May 2012 08:24 PM PDT

24 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

BATU PAHAT – Dengan hanya bermodalkan barangan elektrik yang dipercayai dilelong pihak kastam, seorang lelaki warga emas mampu memperdayakan mangsanya untuk membeli barangan itu dengan harga yang murah.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, helah licik warga emas yang dikenali sebagai 'Shaik', itu terbongkar apabila mangsanya, seorang pengawal keselamatan telah membuat laporan polis berhubung kes itu pada 10 Mei lalu.

Menurutnya, warga emas terbabit menawarkan beberapa barangan elektrik kepada mangsa dengan harga yang begitu murah dan membawa mangsa melihat sendiri barangan itu di keretanya.

"Mangsa yang tertarik dengan tawaran yang diberikan suspek bersetuju untuk membeli barangan elektrik terbabit dengan memberikan wang cagaran sebanyak RM500," katanya.

Suspek yang berjanji akan datang semula dengan membawa barangan elektrik itu pada jam 4 petang pada hari yang sama, kemudiannya tidak muncul.

"Mangsa yang tidak berpuas hati kerana rasa dirinya telah ditipu membuat laporan polis dengan membawa salinan kad pengenalan suspek yang diperolehnya sewaktu mereka menjalankan urusan jual-beli terbabit," katanya dalam sidang media, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat, semalam.

Tambahnya, suspek yang berasal dari Pulau Pinang mempunyai 17 rekod kesalahan lampau dalam kes penipuan selain mempunyai tiga waran.

"Suspek juga dipercayai aktif menjalankan kegiatan berkenaan di seluruh negara, berdasarkan rekod yang dimilikinya dan kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

"Pihak kami sedang memburu suspek dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi balai polis yang berhampiran," katanya.

Din menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati untuk berurusan dengan mana-mana pihak sekiranya mereka ditawarkan dengan barangan harga yang murah kerana dikhuatiri ia satu penipuan.

"Begitu juga dengan barangan yang dikatakan dilelong pihak kastam, orang ramai perlu mendapatkan maklumat yang selengkapnya sebelum membeli barangan terbabit," katanya.

Sementara itu, dalam kes berasingan dua daripada empat suspek samun yang memecah masuk rumah seorang wanita di Jalan Gambir, Kangkar Senangar, Parit Sulong, 5 Mei lalu berjaya diberkas.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, suspek mengacukan parang ke arah mangsa dan menyebabkannya dan suami serta dan anak tergamam dan tidak mampu melawan, kemudiannya mereka diikat dengan tali dan kain tudung.

Dua suspek yang diberkas adalah warga Indonesia berusia 23 dan 27 tahun bekerja di ladang sawit berhampiran, kedua-duanya dicam mangsa kerana kerap kali ditemui di sekitar kawasan rumahnya.

Suspek berjaya melarikan beberapa barangan berharga milik mangsa termasuk komputer riba dan wang tunai berjumlah RM1,200.

"Bagaimanapun, semasa tangkapan dua suspek terbabit, komputer riba dan wang tunai milik mangsa tiada bersama kerana dipercayai wang itu telah digunakan manakala komputer riba telah dijual," katanya.

Polis sedang memburu dua lagi suspek yang masih bebas dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kes itu diminta tampil menghubungi balai polis berdekatan.

"Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan kedua-dua suspek kini ditahan reman sehingga 18 Mei ini," katanya.

Sinar Harian

Maut dirempuh dua remaja

Posted: 15 May 2012 08:21 PM PDT

24 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

TELUK INTAN - Seorang lelaki maut di tempat kejadian apabila motosikal yang dinaikinya dirempuh dua remaja menaiki motosikal ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat di Jalan Sungai Nibong, di sini.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, dalam kejadian itu, mangsa, Chong Ting Huat, 56, menunggang motosikal seorang diri dari arah Teluk Intan ke Sungai Nibong.

Menurutnya, apabila tiba di persimpangan berkenaan, mangsa berhenti kerana lampu isyarat berwarna merah.

"Ketika sedang berhenti, tiba-tiba sebuah motosikal yang ditunggang dua remaja berumur 16 dan 17 tahun merempuh lelaki itu.

"Rempuhan berkenaan menyebabkan mangsa mengalami kecederaan serius di beberapa bahagian serta maut ke tempat kejadian," katanya kepada pemberita, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak, di sini.

Kata beliau, manakala dua remaja turut mengalami kecederaan yang agak serius dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk mendapatkan rawatan.

Jelasnya, siasatan lanjut terhadap kedua-dua remaja itu mendapati mereka tidak mempunyai lesen memandu selain menggunakan motosikal milik saudara.

"Menjadi satu kesalahan kepada mana-mana individu yang tidak mempunyai lesen membawa motosikal dan akan memberi kesan kepada pemilik kenderaan itu sendiri.

"Oleh itu, saya menasihatkan kepada Ibu bapa dan masyarakat supaya tidak terlalu membenarkan anak mereka yang tiada lesen untuk membawa kenderaan kerana akan menimbulkan masalah di kemudian hari.

"Kecuaian mereka boleh memberi kesan negatif kepada diri sendiri dan juga orang lain seperti mana yang berlaku pada lelaki yang maut dilanggar dua remaja berkenaan," katanya.

Sinar Harian

Bom lama disangka batu

Posted: 15 May 2012 08:20 PM PDT

24 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA KANGSAR - Kakitangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar, di sini terkejut apabila sebiji bom tangan yang masih aktif ditemui berhampiran bangunan trafik.

Bom berkenaan dipercayai peninggalan zaman komunis atau tercicir ketika anggota unit kawalan Keselamatan (UKK) yang pernah tinggal di kawasan itu suatu ketika dahulu.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Superitanden Abdul Gaffar Mohammad berkata bom berkenaan dijumpai beberapa anggota polis yang kebetulan melalui kawasan itu.

Menurutnya, pada awalnya mereka menyangka bom berkenaan adalah ketulan batu memandangkan ia sudah berkarat.

"Bom sebesar genggaman tangan itu dijumpai berhampiran berek lama bersebelahan bangunan trafik kira-kira jam 11 pagi.

"Bom berkenaan tertimbus sudah sekian lama menyebabkan ia berkarat tetapi timbul akibat hakisan tanah," katanya kepada pemberita, di sini semalam.

Kata beliau, senjata api itu kelihatan seperti ketulan batu tetapi apabila diperiksa ia adalah sebiji bom lama dan pihaknya tidak dapat pastikan ia adalah peninggalan ketika zaman komunis atau sebaliknya.

"Kemungkinan juga ia tertinggal kerana kawasan itu dahulunya terletak bangunan balai polis lama yang dirobohkan untuk pembinaan baru," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, demi keselamatan bos berkenaan segera dimusnahkan bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

Jelasnya, pasukan dari unit pemusnah bom segera dipanggil untuk meletupkan senjata api berbahaya itu.

"Bom berkenaan dibawa ke kawasan Padang Kawad Bukit Chandan berhampiran istana Iskandariah pada hari itu juga kira-kira jam 4.30 petang," katanya.

Sinar Harian

PAS TAMBUN

Posted: 16 May 2012 01:23 AM PDT

PAS TAMBUN


Tidak Profesional lansung..

Posted: 15 May 2012 11:06 PM PDT


Dengan kehadiran lebih 300 orang semasa ceramah pada malam semalam mengakibatkan bendera PAS telah di koyakkan dengan pisau.. inilah tindakan tidak profesional 'mereka'

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::

Posted: 16 May 2012 01:05 AM PDT

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::


1511: Nor Yakcop ‘buta pekak’ di Pulau Pinang

Posted: 15 May 2012 07:25 AM PDT

KUALA LUMPUR, 14 Mei: Jingga 13 menyelar kenyataan yang amat memalukan dan tidak bertamadun oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamad Yakcop di Tasek Gelugor, Pulau Pinang semalam selepas merasmikan Projek Usahawan Gemilang dengan menyatakan bahawa negara akan kembali ke era tahun 1511, dengan agenda bumiputera tidak lagi diwujudkan, sekiranya Barisan Nasional [...]

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'

Posted: 15 May 2012 09:26 PM PDT

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'


Jubli Perak Bersama Ustaz Sidek Noor di Masjid Lama, Kampung Gajah

Posted: 14 May 2012 11:02 PM PDT

DPP PADANG TERAP

Posted: 15 May 2012 09:16 PM PDT

DPP PADANG TERAP


Ceramah bersama Yb Dr Ismail Salleh dan Yb Dr Mujahid Yusof di Markas PAS Kuala Janing

Posted: 14 May 2012 11:33 PM PDT













PAS Negeri Sembilan

Posted: 15 May 2012 09:07 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Terapi Darussyifa 18 Mei 2012 di Rembau

Posted: 15 May 2012 02:21 AM PDT


TERAPI PEMANTAPAN ROHANI, JASMANI & MENTAL BERSAMA DARUSSYIFA' NS
Tarikh : 18 Mei 2012 (Jumaat)
Masa : Maghrib
Tempat : Masjid Jamek An-Nur, Rembau
Dipimpin oleh : Ustaz Abdul Ghani bin Ahmad Zaighu (Darussyifa' N.Sembilan)

Aturcara program :
7.20 mlm : Solat Maghrib berjemaah, Solat Hajat, Bacaan Yasin & Rukyah Syifa', Majlis Zikir & Doa
8.30mlm : Solat Isya
9.15mlm : Klinik Darussyifa' (Sesi Rawatan)
- Rawatan Penyakit Jasmani/ Fizikal
- Rawatan Penyakit Rohani
- Rawatan Gangguan Makhluk Halus & Sihir

Semua dijemput hadir

Sila bawa air sendiri untuk bacaan Yasin dan Ruqyah Syifa'

Sumbangan kewangan atau makanan adalah dialu-alukan

Untuk pertanyaan atau sumbangan sila hubungi 013-6680801

Anjuran : PUSAT IT & ILMU K-Masjid Masjid Jamek An-Nur Rembau www.facebook.com/masjidjamek.annurrembau

Pastikan tiada yang tolak tawaran ke IPTA kerana kemiskinan

Posted: 15 May 2012 01:19 AM PDT


Bermula hujung bulan Mei 2012 ini hingga ke bulan Julai 2012 adalah merupakan pendaftaran pelajar ke IPTA dan Politeknik. Bukan mudah untuk mendapat tempat di IPTA dan Politeknik memandangkan hanya terdapat 20 IPTA di negara ini dengan ratusan ribu permohonan ke IPTA saban tahun memandangkan yuran pengajiannya yang jauh lebih rendah berbanding dengan IPTS.

Namun masih kedengaran ada para pelajar yang menolak tawaran ke IPTA dan Politeknik bukan kerana mereka mendapat tawaran yang lebih baik, tetapi disebabkan oleh kesempitan hidup, keluarga tidak mampu untuk membuat pembayaran yuran pendaftaran dan lain-lain persiapan awal yang dianggarkan menelan belanja antara RM1000 ke RM2000 untuk setiap pelajar.

Sehubungan dengan itu Lajnah Kebajikan PAS Rembau menyeru kepada semua masyarakat agar lebih prihatin untuk mengenal pasti para pelajar yang menghadapi masalah sedemikian di kalangan sanak saudara, jiran tetangga serta ahli kariah.

Kepada mereka yang ingin menghulurkan bantuan kepada para pelajar yang mempunyai masalah yang disebutkan tadi di DUN Paroi, Chembong, Kota dan Rantau yang berada dalam kawasan parlimen Rembau bolehlah menghulurkan sumbangan melalui akaun berikut :
Nama akaun : PAS Kawasan Rembau
Bank : Bank Islam (Cawangan Seremban)
No akaun : 05-012-01-007334-7

Juga boleh menghubungi Tn Hj Roni 012-2268230 , Ketua Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Rembau.

Mana bantuan dijanjikan?

Posted: 14 May 2012 11:00 PM PDT


Mana bantuan dijanjikan?
15 Mei 2012

"Selepas kejadian ribut dua bulan lalu, kami sekeluarga terpaksa berpindah randah dan menumpang rumah saudara berikutan bumbung rumah yang rosak belum dibaik pulih," kata seorang mangsa ribut Kampung Air Taling, dekat sini, Hasan Mohamad, 44.

Hasan berkata, sebelum ini, pihak berkenaan ada berjanji untuk memberi bantuan baik pulih bumbung, namun sehingga kini masih tidak diterima.

Menurutnya, kejadian yang berlaku pada Mac lalu merosakkan sebahagian rumahnya termasuk perabot dan barang elektrik.

"Sebelum ini, saya memang menerima bantuan ihsan daripada pihak Kerajaan Negeri berjumlah RM1,000, tetapi bantuan baik pulih bumbung belum diterima walaupun ia diperlukan segera," katanya.

Hasan berkata, pihak berkaitan ada berjanji untuk memberi peruntukan sebanyak RM20,000 bagi bantuan baik pulih bumbung pada majlis penyampaian bantuan mangsa ribut di Balai Raya Dangi, baru-baru ini.

"Saya tunggu juga jika ada berita gembira berhubung perkara tersebut, namun sehingga kini belum ada jawapan.

"Saya tidak mahu menuding jari pada mana-mana pihak tetapi saya mengalami kesulitan berikutan terpaksa menumpang tidur di rumah saudara dan sering berpindah randah," katanya.

Hasan berkata, keadaan rumah yang kini diduduki seramai tujuh orang bersama isteri dan anak-anak tidak sempurna.

"Rumah tumpangan ini banyak rosak, bumbung rumah juga sudah bocor malah binatang berbisa seperti lipan sering memasuki rumah ini.

"Saya kasihan melihat isteri yang sudah sarat mengandung begitu juga dengan cucu saya yang baru berusia dua bulan terpaksa tidur dalam keadaan serba kekurangan. Sebelum ini, kami tumpang rumah lain tetapi tuan rumah meminta sewa RM300, kami tidak mampu dan terpaksa keluar dari situ lalu menumpang rumah saudara," katanya.

Hasan berkata, dia bekerja sebagai pengawal keselamatan sementara di sekolah kebangsaan sekitar Dangi dan Johol tidak mampu membaiki sendiri kerosakan tersebut.

"Saya tidak mampu baiki sendiri bumbung yang rosak kerana pendapatan tidak seberapa. Tambahan pula, isteri seorang suri rumah dan tidak lama lagi kami akan menimang cahaya mata.

"Saya berharap sangat pihak berkaitan dapat menyegerakan baik pulih bumbung supaya kami sekeluarga dapat hidup selesa," katanya.

Katanya, selain bumbung, dinding rumahnya juga perlu ditukar kerana sudah reput dimakan anai-anai.

"Dulu, isteri pernah mohon Projek Perumahan Rakyat Termiskin, namun tiada jawapan," katanya.

MTD N24 Bemban

Posted: 15 May 2012 09:03 PM PDT

MTD N24 Bemban


SELAMAT HARI GURU

Posted: 15 May 2012 08:08 PM PDT

3 buah sekolah bertuah di DUN Bemban akan menerima kek ini sebagai tanda terima kasih kami atas segala jasa-jasa yang telah dicurahkan oleh Guru-Guru




 
PERUTUSAN HARI GURU 2012
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Sempena sambutan Hari Guru 2012, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan dan penghargaan kepada semua guru di atas segala pengorbanan dalam mendidik anak bangsa menjadi insan berguna. Guru merupakan golongan yang paling penting dalam pembangunan sesebuah negara. Bahkan Islam mengiktiraf peranan guru sebagai murabbi.

Quran menegaskan betapa tingkatan taraf kemanusiaan diangkat oleh Allah melalui dua unsur iaitu keimanan dan keilmuan. FirmanNya: "Sesungguhnya Allah mengangkat darjat orang yang beriman di kalangan kamu dan mereka yang diberi ilmu dengan beberapa darjat."

Keimanan dan keilmuan adalah dua eleman utama manusia diangkat darjat oleh Allah. Benarlah kata kata Saidina Ali bilamana ditanya manakah yang kamu inginkan antara harta dan ilmu.

Lalu jawab Saidina Ali: "Aku akan mengambil ilmu."

Bilamana ditanya kenapa ia memilih ilmu lalu jawab Saidina Ali:

"Sesungguhnya orang yang ada ilmu boleh mencari harta , tetapi mereka yang ada harta belum tentu mampu mencari ilmu. Ilmu telah disediakan tempat menyimpannya oleh Allah, sedangkan harta perlu mencari bekas untuk menyimpannya, biasanya orang yang mempunyai ilmu akan tawadduk, manakala manusia memiliki harta akan takabur."


Seorang guru inginkan muridnya berjaya lebih tinggi darinya, dan ia gembira bilamana muridnya berjaya, dan berdukacita bilamana muridnya gagal. Ia sanggup menghabiskan masa berjam-jam mendidik muridnya, lebih dari masa ia mendidik anaknya.


Rasulullah s.a.w menjelaskan bilamana mati anak Adam, maka putuslah amalannya melainkan tiga, iaitu ilmu yang bermanfaat, sedekah jariah dan doa dari anak yang soleh.

Persoalan ilmu yang bermanfaat menunjukkan kepada kita bagaimana tingginya kedudukan guru yang mengajar ilmu pengetahuan di dunia dan akhirat. Lantaran itu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan dan tahniah kepada semua guru dengan doa agar mereka sentiasa tabah, sabar dan berusaha membina generasi rabbani yang sentiasa dekat dengan Allah swt.

"SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU 2012"

Sekian Wassalam

Ustaz Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat

Rembau Hari Ini

Posted: 15 May 2012 07:45 PM PDT

Rembau Hari Ini


Terapi Darussyifa 18 Mei 2012 di Rembau

Posted: 15 May 2012 02:20 AM PDT


TERAPI PEMANTAPAN ROHANI, JASMANI & MENTAL BERSAMA DARUSSYIFA' NS
Tarikh : 18 Mei 2012 (Jumaat)
Masa : Maghrib
Tempat : Masjid Jamek An-Nur, Rembau
Dipimpin oleh : Ustaz Abdul Ghani bin Ahmad Zaighu (Darussyifa' N.Sembilan)

Aturcara program :
7.20 mlm : Solat Maghrib berjemaah, Solat Hajat, Bacaan Yasin & Rukyah Syifa', Majlis Zikir & Doa
8.30mlm : Solat Isya
9.15mlm : Klinik Darussyifa' (Sesi Rawatan)
- Rawatan Penyakit Jasmani/ Fizikal
- Rawatan Penyakit Rohani
- Rawatan Gangguan Makhluk Halus & Sihir

Semua dijemput hadir

Sila bawa air sendiri untuk bacaan Yasin dan Ruqyah Syifa'

Sumbangan kewangan atau makanan adalah dialu-alukan

Untuk pertanyaan atau sumbangan sila hubungi 013-6680801

Anjuran : PUSAT IT & ILMU K-Masjid Masjid Jamek An-Nur Rembau www.facebook.com/masjidjamek.annurrembau

Pastikan tiada yang tolak tawaran ke IPTA kerana kemiskinan

Posted: 15 May 2012 01:21 AM PDT


Bermula hujung bulan Mei 2012 ini hingga ke bulan Julai 2012 adalah merupakan pendaftaran pelajar ke IPTA dan Politeknik. Bukan mudah untuk mendapat tempat di IPTA dan Politeknik memandangkan hanya terdapat 20 IPTA di negara ini dengan ratusan ribu permohonan ke IPTA saban tahun memandangkan yuran pengajiannya yang jauh lebih rendah berbanding dengan IPTS.

Namun masih kedengaran ada para pelajar yang menolak tawaran ke IPTA dan Politeknik bukan kerana mereka mendapat tawaran yang lebih baik, tetapi disebabkan oleh kesempitan hidup, keluarga tidak mampu untuk membuat pembayaran yuran pendaftaran dan lain-lain persiapan awal yang dianggarkan menelan belanja antara RM1000 ke RM2000 untuk setiap pelajar.

Sehubungan dengan itu Lajnah Kebajikan PAS Rembau menyeru kepada semua masyarakat agar lebih prihatin untuk mengenal pasti para pelajar yang menghadapi masalah sedemikian di kalangan sanak saudara, jiran tetangga serta ahli kariah.

Kepada mereka yang ingin menghulurkan bantuan kepada para pelajar yang mempunyai masalah yang disebutkan tadi di DUN Paroi, Chembong, Kota dan Rantau yang berada dalam kawasan parlimen Rembau bolehlah menghulurkan sumbangan melalui akaun berikut :
Nama akaun : PAS Kawasan Rembau
Bank : Bank Islam (Cawangan Seremban)
No akaun : 05-012-01-007334-7

Juga boleh menghubungi Tn Hj Roni 012-2268230 , Ketua Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Rembau.

Rumah baru tiada bekalan air

Posted: 14 May 2012 10:53 PM PDT


Rumah baru tiada bekalan air
15 Mei 2012

GADONG – Sebahagian penduduk dari Kampung Gadong Padang Kerbau, di sini, menggesa pihak bertanggungjawab supaya dapat mempercepatkan kerja-kerja penyaluran sambungan bekalan air ke kediaman mereka.

Penduduk, Johari Yunus, 34, berkata, sehingga kini dia terpaksa menunggu penyambungan bekalan air yang dijanjikan pihak berkaitan di penempatan berkenaan sejak awal tahun ini.

Menurutnya, susulan masalah tiada bekalan air, kediaman Mesra Rakyat di bawah nama isterinya, Rosnah Yahya, 30, yang sudah diserahkan sejak awal tahun ini masih belum diduduki kerana tidak sanggup untuk mengangkut air sungai setiap hari.

"Daripada 13 rumah yang ada di sini, hanya sebuah rumah diduduki pemiliknya sejak empat tahun lalu kerana berjaya mendapatkan sumber air perigi.

"Buat masa ini, 12 pemilik rumah lain sudah membayar kadar pemasangan yang ditetapkan pihak berkaitan dan saya sendiri dikenakan bayaran sebanyak RM1,400 bagi pemasangan meter di hadapan rumah," katanya kepada Sinar Harian, kelmarin.

Bagaimanapun menurutnya, dia agak kesal apabila dimaklumkan pihak bertanggungjawab bahawa meter airnya tidak akan dipasang di hadapan rumahnya tetapi dipasang di persimpangan masuk ke laluan rumahnya iaitu kira-kira 100 meter.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota, Datuk Dr Awaluddin Said ketika dihubungi berkata, pihaknya sedia maklum mengenai masalah berkenaan dan kini ia dijangka bakal selesai Jun atau selewat-lewatnya Julai tahun ini.

Bagaimanapun menurutnya, buat masa ini, penyambungan bekalan air oleh Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) bergantung kepada penyerahan kerja-kerja pemasangan paip oleh kontraktor yang dilantik sama ada menepati spesifikasi yang ditetapkan atau sebaliknya.

"Kita memang harap masalah ini dapat diselesaikan dalam kadar segera. Namun, kita perlu akui lokasi penempatan berkenaan merupakan penempatan baru.

"Kerja-kerja pemasangan paip sudah dilakukan sejak tahun lalu di bawah peruntukan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) bagi memastikan penduduk bakal dilengkapi dengan bekalan air bersih," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan