MTD-RANTAU ABANG Posted: 14 May 2012 11:28 PM PDT |
PAS KDAS 3 Posted: 14 May 2012 09:26 PM PDT UMNO Memang Pembela Bangsa Melayu ?? Posted: 14 May 2012 08:36 AM PDT
Memang Umno Pembela Bangsa Melayu Kat Malaysia Nie.. Nak Bukti Ini dia Buktinya :
1. 200 ekar tanah rezab Melayu untuk kilang simen tergadai kepada Yeoh Tiong Lay. (YTL.) - HIDUP MELAYU!!! HIDUP MELAYU!!! 2. Masa UMNO berkuasa di Selangor 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu, yang diganti cuma 3 ribu hektar. - HIDUP MELAYU!!! HIDUP MELAYU!!! 3. Tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort. - HIDUP MELAYU!!! HIDUP MELAYU!!! 4. Tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. - HIDUP MELAYU!!! HIDUP MELAYU!!! 5. Seluas 26,000 hektar tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM. - HIDUP MELAYU!!! HIDUP MELAYU!!! 5. Seluas 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vicent Tan untuk projek perlancungan. - HIDUP MELAYU!!! HIDUP MELAYU!!! 6. Tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah untuk projek kolam udang. - HIDUP MELAYU!!! HIDUP MELAYU!!! 7. Seluas 273 ekar tanah Melayu Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur diambil untuk projek mega. - HIDUP MELAYU!!! HIDUP MELAYU!!! 8. Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur. - HIDUP MELAYU!!! HIDUP Ayuh kita sokong UMNO kerana hanya UMNO sajalah yang membela orang-orang Melayu didalam negara ini, orang lain tak akan bela orang Melayu punya. - HIDUP MELAYU!!! HIDUP MELAYU!! | TEMASYA "ANAKMUDA GENG KITA" Posted: 14 May 2012 07:11 AM PDT Semua Pemuda yang berada disekitar Dun Manjoi di jemput hadir pada Hari Sabtu dan Ahad ini bagi sama-sama menjayakan program ini. Pelbagai acara dijalankan sepanjang Program ini. Jemput Hadir Semua
| DS Nizar Hadir Ceramah Umno Malam Tadi Posted: 14 May 2012 04:04 AM PDT Bila diyanya kepada DS Nizar mengapakah dia hadir ke Ceramah Umno, Ini lah Jawapannya"Apa salahnya saya duduk dan dengar untuk tahu apa pembohongan yang mungkin saya sudah lupa," kata bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
Nizar berkata demikian apabila ditanya faktor yang mendorong beliau hadir ke ceramah anjuran Umno Kampar bertajuk 'Nizar Pembohong Bersiri' di Tualang Sekah, malam tadi.
"Bila saya dapat tahu ceramah itu memang untuk dedahkan pembohongan saya, eloklah saya pergi dengar sendiri supaya mereka berterus terang.
"Kebetulan giliran saya berceramah tidak jauh dari situ jam 11 malam. Jadi saya minta kawan hantarkan dengan motor ke ceramah mereka," kata beliau kepada Harakahdaily, hari ini.
Cerita Nizar, ketika beliau sampai dan duduk di meja utama, bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Nasional Hanafiah Man sedang 'mengumpat' beliau.
Namun apabila menyedari kehadiran Nizar, Hanafiah terdiam seketika dan terus menukar topik.
"Saya pun tak tahu kenapa mereka terkejut dan tak teruskan ucapan, tak tahu mereka rasa bersalah atau apa," katanya yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat.
Tambah Nizar lagi, kebanyakan orang luar yang hadir ke ceramah itu sebaliknya orang kampung tersebut hadir ke ceramah PAS yang hanya kira-kira 150 meter dari tapak ceramah Umno itu.
"Orang kampung situ memang kenal saya dan keluarga saya mungkin sebab itu mereka lebih berminat untuk hadir ke ceramah PAS," katanya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.
Katanya juga, kehadirannya menyebabkan matlamat Umno untuk memfitnahnya gagal dan menimbulkan rasa tidak senang penganjur.
"Saya duduk sebelah (Ketua Umno Bahagian Kampar ) Datuk Radzi (Manan). Beliau bisik kepada saya suruh beredar untuk mengelakkan pergaduhan.
"Katanya kalau orang Umno hadir ceramah saya, mesti saya pun tak suka. Saya kata, saya lagi suka kalau orang Umno hadir ceramah saya. Senang saya nak sampaikan maklumat," katanya lagi.
Ekoran tindakan beraninya itu, ramai pengikutnya di blog mikro Twitter memuji dan mengucapkan tahniah kepadanya. | |
PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13' Posted: 14 May 2012 09:16 PM PDT |
PAS LENGGONG Posted: 14 May 2012 07:24 PM PDT Posted: 13 May 2012 11:55 PM PDT Tak patut DS Nizar buat macam ni.. terkancing gigi depa tu..Melalui laman twitternya, Dato Seri Nizar Jamaluddin mendedahkan bagaimana beliau duduk dimeja utama ceramah anjuran Umno yang bertajuk 'Nizar pembohong bersiri'. Ceramah tersebut yang diadakan berhampiran dengan ceramah Pakatan Rakyat di Tualang Sekah, Kampar. Sebelum tiba gilirannya untuk berceramah, DS Nizar telah berkunjung ke tempat ceramah Umno, lalu duduk dimeja utama penceramah. Turut berada dimeja utama tersebut adalah Dato Radzi Manan, Dato Shaarani dan Hanafiah Man.
Melihatkan kelibat DS Nizar yang duduk dimeja utama, mereka begitu terkejut, panik dan pucat, terketar-ketar menuturkan kata. Hanafiah Man yang sedang asyik menghentam DS Nizar terus menukar topiknya kepada Ambiga dan DS Anwar Ibrahim.
Kebanyakan yang hadir diceramah tersebut adalah orang-orang Kampar yang begitu mengenali DS Nizar serta keluarganya. Manakala yang datang berceramah menghentam beliau adalah orang luar. Dengan kehadiran DS Nizar disitu, terserlahlah siapa pembohong bersiri yang sebenar-benarnya. Tahniah buat DS Nizar yang berani datang secara berdepan, bukan seperti penceramah Umno yang hanya berani melalak dari jauh menggunakan kekuatan speaker semata | Sumber laporan dan gambar : Ajijoi |
Aku tak tahu nak komen apa bila melihat wajah DS Nizar yang tersengih kat meja penceramah tu... ha..ha..ha.. tak patut DS.. habis terkancing gigi depa tu... Lepas ni aku rasa kalau dijemput buat ceramah kat situ.. mati hidup balikpun penceramah dari UMNO tu tak mahu pergi... Kah..kah..kah.. malu weh!!! Anda mungkin juga meminati: | Posted: 13 May 2012 11:51 PM PDT Mereka memfitnah DS Nizar Apa sudah jadi wei? SAH!!! UMNO itu Penipu, Penipu itu UMNO.. Bak selalu yang disebut setiap kali Ceramah Jingga 13, "UMNO bermaksud Umno Menipu Number One".. Kah kah kaaaaaaaaaahh!!! Patut masuk program TV "WA KENE BEB!!!" Tengok muka muka penipu tahap kemaluan terserlah di http://bit.ly/J24znk lucah wooo!!! Itu baru DS Nizar, belum lagi DS Anwar Ibrahim atau YB Azmin Ali lagik.. Waaaakakakaaaaaa!!! | Posted: 13 May 2012 11:49 PM PDT LAWAK BULAN INI ...KEHKEHKEH !!!
Tiba2 DS NIZAR muncul dlm majlis Rakyat Ameno yg bertajuk "NIZAR PEMBOHONG BERSIRI ". Dengan muka selamber beliau duduk di dif jemputan sambil tersenyum tanpa ada perasaan gentar dan bersalah .Penceramah Ameno malam itu Dato Shaarani dan Hanifah Man, Radzi Manan tak jadi nak godam nizar .. terkedu, panik dan pucat dengan kehadiran beliau...
p/s ...nak melawak tak kena TEMPAT .... warghhkakakahh !!!, KAMPOR tu wehhh !!!!— bersama Zainal Abidin Alias dan 47 yang lain. | |
Pemuda PAS Wangsa Maju Posted: 14 May 2012 03:45 PM PDT pesana TGNA buat Harussani "Gunakan akal yang dianugerahkan Allah untuk berfikir" Posted: 14 May 2012 01:29 AM PDT Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nuk Mat menggesa Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria agar tidak mencampuri urusan politik jika mengambil pendekatan serong terhadap pendirian dan matlamat perjuangan parti Islam yang diterajuinya. Menteri Besar Kelantan itu juga menegaskan Harussani perlu berfikir secara rasional dan waras dan melihat kepada kebenaran. Dalam laman sosial Facebook miliknya, Nik Aziz (gambar) berkata, "mufti sebaiknya tak payah masuk campur soal parti politik lah kalau begitu serong terhadap PAS. Bila nak nilai dasar dan perjuangan parti Islam seperti PAS, kena baca sejarahnya. Kerana asal tertubuhnya PAS adalah terlibat sama 'orang Umno' yang melihat Umno tak mampu berjuang Islam." Harussani sebelum ini berkata perjuangan PAS kini sudah menyeleweng daripada matlamat asal serta menyalahgunakan agama Islam demi kuasa dan kerusi politik. Menurut Nik Aziz lagi, Harussani tidak memahami matlamat penubuhan dan perjuanagan PAS. "Nampak sangat mufti tu tak baca sejarah," katanya lagi. Status dari Facebook milik Nik Aziz itu telah mendapat respon dan komen balasan dari 236 individu dengan 2,918 individu "suka" terhadap status tersebut. Tambah pemimpin veteran PAS ini lagi, mufti Perlis itu juga perlu memahami kitab karya Ketua Majlis Ulama Sedunia, Dr Yusof Al-Qaradawi yang menyokong demonstrasi di Dataran Tahrir, Mesir walaupun mufti negara tersebut menentang penganjuran demonstrasi tersebut. "Kemudian baca jugalah kitab Dr Yusof Al-Qaradawi, Ketua Majlis Ulamak Sedunia yang sering memberi pandangan menguntungkan perjuangan Islam. "Sebagaimana perhimpunan rakyat Mesir di Medan Tahrir, Dr. Yusof Qaradawi menyokongnya bagi memerangi kemungkaran kerajaan walaupun ia ditentang oleh mufti Mesir sendiri," tegasnya. Justeru, beliau menuntut agar Harussani "berfikirlah dengan kebenaran bukan kewarasan tanpa kebenaran." Harussani dilihat mengeluarkan kenyataan tersebut ketika mengulas saranan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali yang mencadangkan Majlis Fatwa Kebangsaan mengadakan muzakarah untuk membincangkan kewajaran PAS menggunakan perkataan Islam pada nama parti itu. Beliau turut menggesa ahli dan penyokong fanatik dan taksub PAS agar segera kembali kepada ajaran Islam sebenar dan berfikiran waras. "Gunakan akal yang dianugerahkan Allah untuk berfikir... sama-sama memahami isi kandungan al-Quran, jangan hanya tahu mengutuk. Banyak sangat PAS menyalahgunakan Islam untuk kepentingan politik demi mendapatkan kuasa, pengaruh, kedudukan dan kerusi," katanya. | BERSIH 4.0- KITA SOLAT & MUNAJAT DI DATARAN MERDEKA Posted: 13 May 2012 11:02 PM PDT Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mendedahkan rancangan pihaknya akan melancarkan Bersih 4.0 jika sistem pilihan raya masih memperlihatkan kepincangan dan dijangka bakal dihadiri hampir sejuta peserta.
Bersih 3.0 diadakan 28 April lalu dengan kehadiran dikatakan antara 80,000 hingga 200,000. Tiada angka rasmi. Bersih 2.0 diadakan Julai lalu mananakala Bersih pada 2007. "Pelajar yang turun dalam perhimpunan Bersih 3.0 telah tunjukkan rasa marah terhadap pemerintah yang biarkan mereka tanggung hutang sebelum mendapatkan pekerjaan," katanya lagi.
Kebangkitan anak muda yang terdiri daripada pelajar institusi pengajian tinggi dalam memperjuangkan hak melalui beberapa pertubuhan telah mendapat sokongan banyak pihak.
Beliau yang popular dengan panggilan "Mat Sabu" melahirkan pendirian itu pada majlis Himpunan Pekerja bertemakan "Menjulang Martabat Pekerja" di Stadium Malawati di sini, malam tadi.
Dua hari lalu, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga melahirkan pandangan yang sama bahawa pihaknya akan mengadakan perhimpunan Bersih 4.0.
Dalam pada itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyarankan supaya wakil Pertubuhan Bangsa-bangsa bersatu dipelawa membuat siasatan terhadap kekecohan yang berlaku ketika Bersih 3.0.
Katanya, pihaknya tidak mahu seorang bekas pegawai tertinggi polis mengetuai Panel Penasihat Khas yang dibentuk kerajaan minggu lalu.
"Rakyat tak bersetuju (bekas Ketua Polis Negara) Tun Hanif 0mar menjadi ketua siasatan (Panel Penasihat) bagi Bersih 3.0, kita mahu orang yang bebas daripada mana-mana parti dan mempunyai kepentingan tertentu," katanya.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengumumkan senarai enam ahli panel penasihat bebas yang dipengerusikan Hanif bagi menyiasat kejadian rusuhan ketika perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara 28 April lalu.
Dalam ucapannya, Kit Siang secara sinis mengatakan sama ada perhimpunan Umno boleh dibandingkan dan disamakan dengan perhimpunan Bersih 3.0.
"Pada 28 April lalu Bersih 3.0 dilihat satu sejarah bagi parti Pakatan Rakyat kerana dapat mengumpul kesemua rakyat tidak mengira kaum dari seluruh negara mengatasi hari ini (13 Mei) yang mencatat sejarah hitam kepada negara ekoran kejadian rusuhan kaum yang memuncak pada tahun 1969," tambah beliau merujuk kepada ucapan Datuk Seri Najib Tun Razak, selaku Presiden Umno dan Perdana Menteri, pada majlis sambutan ulang tahun Umno ke-66 pada Jumaat lalu. -SH | MEMANG SAH NIZAR MUKE DOK MALU Posted: 13 May 2012 10:58 PM PDT Sah... Bekas Menteri Besar perak YB Nizar Jamaluddin seorang yang muka tebal... muka tak malu bila tiba-tiba hadir ke majlis yang tak diundang sekalipun... majlis yang dianjurkan oleh UMNO Kampar malam tadi di Dewan JKKK Kg Tualang Kampar dengan dibarisi oleh penceramah UMNO Dato Radzi Manan, Dato Shaarani dan Hanafiah Man.. bukan tak malu sahaj malah YB Nizar duduk di meja VIP dengan barisan penceramah tersebut... ceramah sempena sambutan 66 tahun UMNO bertujuan memdedahkan kepada rakyat Perak khususnya Kampar akan pembohongan yang telah dilakukan oleh YB Nizar... .... hahahaha...power la YB Nizar..... hilang teloq puak-puak tue.... bravo!!!!! | USTAZ BELAAN UMNO, RIDHUAN TEE PERLU LEBIH DALAMI AGAMA Posted: 13 May 2012 10:42 PM PDT (Sinar Harian 14 Mei 2012) Saya amat teruja dengan dolak dalih Pas mengenai hukum hudud. Jika dahulu, mewujudkan sebuah negara Islam dan melaksanakan hukum hudud adalah matlamat Pas. Hari ini, Presiden PAS berkata hudud bukan sesuatu yang menjadi keutamaan walaupun ia akan dilaksanakan sekiranya Pakatan Pakyat mengambil alih tampuk pemerintahan negara. Menurutnya, "hudud akan dilaksanakan terlebih dahulu kepada umat Islam sementara bukan Islam diberi pilihan (untuk menerimanya atau tidak). Bagaimanapun, ia mesti dilaksanakan mengikut proses demokrasi. Kita dahulukan yang mana dahulu, kita selesaikan masalah, atasi kemiskinan dahulu. Hukum hudud tidak boleh dilaksanakan, hukum mencuri tidak boleh dijatuhkan sekiranya gaji minimum tidak dilaksanakan.Sebagai contoh, gaji minimum kena ada, kalau dia mencuri sebab gaji tak cukup, ia (hudud) tak boleh dilaksanakan sebab tak cukup syarat nak laksana hukum ini, itu kena faham. Masalah pengangguran diselesaikan dulu baru (hudud) dilaksanakan". Sebelum ini, Presiden Pas juga berkata pakatan pembangkang akan meminda perlembagaan negara yang ketika ini meletakkan Islam sebagai agama rasmi kepada Islam sebagai addin, iaitu yang merangkumi seluruh kehidupan manusia, jika dipilih menjadi kerajaan pada pilihan raya umum akan datang. Persoalan saya, apakah Pas begitu yakin akan menerajui kerajaan jika Pakatan Rakyat memerintah? Apakah parti ultra kiasu Melayu dan Cina akan bersetuju dengan rancangan Pas yang murni itu? Bolehkah pindaan perlembagaan dilakukan sedangkan kedua-dua parti ultra kiasu awal-awal lagi sudah mengatakan tidak, terhadap konsep negara Islam dan hudud? Mereka hanya mahukan negara sekular kerana boleh melakukan LGBT? Bacalah kenyataan-kenyataan mereka sebelum ini. Baiklah, lupakan sementara waktu perkara ini. Ingin saya bertanya, jika Pakatan Rakyat memerintah, di manakah kedudukan Pas dan Islam? Di negeri yang diperintah oleh mereka seperti Selangor dan Pulau Pinang, Pas telah disisihkan. Inilah pulak apabila berjaya membentuk kerajaan pusat? Jika Pas masih tidak percaya akan kata-kata saya, cuba sekali lagi bertanya kepada kepimpinan ultra kiasu, setuju atau tidak dengan idea negara Islam dan hudud? Saya amat yakin, jawapannya TIDAK. Jika begitulah keadaannya, apa guna lagi bersama-sama dengan orang yang menentang Islam. Tidak kiralah ultra kiasu Melayu atau Cina. Cabut dan angkat kaki. Cubalah beralih angin terhadap Umno. Saya amat yakin, membincangkan soal Islam dengan Umno lebih terbuka daripada ultra kiasu. Umno kini sudah mula berlapang dada. Umno sudah merasai pahitnya apabila kehilangan beberapa negeri dan tidak mendapat dua pertiga kerusi parlimen. Saya bukanlah orang Umno, tetapi saya yakin dalam Umno, ramai yang mahukan Islam. Inilah yang menjadi ketakutan kepada ultra kiasu, jika Umno dan Pas bersatu. Ketika itu, kita lihat siapa yang kuat dan siapa yang berani mengangkat muka! Hari ini ternyata, Pas dipermainkan oleh parti ultra kiasu Melayu yang merasakan dirinya kuat, wal hal sebenarnya tidak. Mereka hanya menumpang kekuatan Pas. Itupun begitu mengada-ngada. PKR mahukan kerusi Pas yang sememangnya sudah kuat di Kelantan, Terengganu dan Kedah. Sedangkan pada saya, PKR tidak layakpun untuk bertanding di kawasan kubu kuat Pas. Sebab itu, Pas sepatutnya berkeras dan bertegas berhadapan dengan tuntutan ultra kiasu ini. PKR tidak ada apa-apa tanpa Pas? Dengan adanya Pas, barulah PKR ada sedikit kekuatan. Itupun mereka masih berlagak kuat. Maaf cakap, sehingga kini saya masih sukar untuk mempercayai ultra kiasu Melayu ini, apatah lagi ultra kiasu Cina. Mereka ini dahulunya adalah orang Umno. Jika selama ini mereka menuduh Umno macam-macam, seolah-olah Umno sangat jahat, apakah perangai-perangai Umno sudah lekang daripada diri mereka? Saya tidaklah menuduh Umno sebegitu. Tetapi jika mereka yang sering menuduh Umno sedemikian, dari lubuk manakah mereka berasal? Sebab itulah saya tidak hairan jika berlaku banyak penyelewengan yang sama berlaku di negeri pimpinan mereka. Mereka juga membawa perangai Umno? Saya mohon maaf kepada Umno kerana terpaksa mengeluarkan kenyataan ini. Saya lihat hari ini semenjak mereka keluar dari Umno, mereka memandang Umno lebih hina daripada ultra kiasu yang jelas-jelas menentang Islam. Adakah orang ini boleh dipercayai? Hanya kerana dendam yang tidak berkesudahan, mereka sanggup menggadaikan maruah agama, bangsa dan negara. Justeru, saya mengingatkan Pas, supaya lupakanlah hasrat untuk wujudkan negara Islam dan laksanakan hudud jika masih lagi bersama bekas-bekas orang Umno dan ultra kiasu ini. Mereka tidak pernah ikhlas, mereka hanya mahukan kuasa. Apabila mendapat kuasa nanti, Pas akan ditendangnya. Hudud Pas hanya akan tinggal angan-angan. Justeru, saya amat sedih apabila Pas turut terpengaruh dan terheret bersama mereka yang menentang Islam. Bolehkah kita mempercayai mereka? Berpolitik biarlah berpijak kepada realiti atau bumi nyata. Itu lebih membawa manfaat daripada beretorik. Sebab itu, dari dahulu saya katakan, berbincanglah dengan Umno, lebih banyak faedah daripada ultra kiasu. Umno begitu terbuka hari ini selepas PRU 12 2008. Umno sudah banyak berubah berbanding dahulu. Jika dahulu, kritik sahaja Umno, semua orang 'digamnya'. Hari ini orang Umno sendiri mengkritik Umno. Mereka masih diberi peluang. Pada saya, Umno sudah jauh berubah berbanding dahulu. Umno mula bercakap soal integriti, transformasi dan sebagainya. Benar, masih banyak lagi yang perlu diperbaiki. Namun, usaha-usaha ke arah yang lebih baik sedangkan berjalan. Saya yakin, jika Pas ikhlas, Umno akan berubah lagi. Pokoknya, mulakan langkah pertama dengan Umno. Seingat saya, hari ini Umno masih berlapik apabila mengeluarkan kenyataan mengenai Islam, berbanding dengan ultra kiasu itu. Mereka bukan sahaja tidak mahu kepada Islam, malah bersekongkol dengan Yahudi dan Amerika yang mahukan demokrasi yang berteraskan kepada kebebasan dan hak asasi manusia diamalkan. Maka tidak hairanlah LGBT begitu dipropagandakan. Saya tidak pasti ada kalangan mereka yang berminat ke arah itu. Apa yang jelas mereka ini tidak layak dijadikan kawan. Bimbang-bimbang kita disondolnya nanti. Kenalilah antara kawan dan musuh sebenar. .... Ustaz BELAAN Umno... | DERIS JUSOH HANYA MAMPU BAGI SPEC MATA DARI DUIT ROYALTI Posted: 13 May 2012 08:05 PM PDT Pemberian kaca mata secara percuma kepada penduduk di Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jertih mendapat sambutan luar biasa apabila ramai yang mengambil peluang untuk mendapatkannya daripada pihak penganjur. Program anjuran Pusat Khidmat Masyarakat DUN Jertih itu ditawarkan kepada semua golongan termasuk pelajar,ibu tunggal, Orang Kurang Upaya (OKU), remaja,wanita dan warga emas. Program dengan kerjasama sebuah syarikat pembekal kaca mata terkenal Optometris Sanadi Sdn Bhd itu bertujuan memberi kemudahan kepada golongan berkenaan untuk mendapatkan cermin mata bagi kegunaan harian. ADUN Jertih,Datuk Seri Idris Jusoh berkata, program yang bermula sejak jam 8 pagi dan berakhir jam 3 petang itu memberi manfaat kepada 500 penduduk yang datang mendaftar dan membuat pemeriksaan mata sebelum mereka diberikan cermin mata berkenaan. Idris yang juga Pengerusi Mara berkata, beliau berterima kasih kepada syarikat berkenaan yang sedia bekerjasama dengan pejabat penyeleras DUN terbabit bagi membantu orang ramai. ...bukan duit BN Terengganu pun... tapi duit syarikat yang nak save dari bayar cukai.... BN tengganu tumpang glemour je.... | UMPAN ARTIS SEKSI... PATUT RAMAI PEMUDA UMPORNA TURUN BUKIT JALIL Posted: 13 May 2012 07:42 PM PDT Kebanyakan Ahli UMNO kini cukup bersemangat yang didakwa lebih 80 ribu yang hadir ke sambutan 66 tahun UMNO dibukit jalil... yang mane sebahagian dan majoritinya besarnya adalah golongan pemuda-pemuda bacol yang tak berapa bersunat ... rupa-rupanya umpan dipasang bagi menarik puak-puak kulup nie... standard umno... kalu tak maksiat bukan namenya...
(Neelofa yang berpakaian ketat....huhuhuhuhu) | AWAT LE MENTERI BN SEMUA BODO-BODO TERMASUK BEKAS MENTRI KEWANGAN Posted: 13 May 2012 06:04 PM PDT TASEK GELUGOR, 13 Mei — Negara akan kembali ke era tahun 1511, dengan agenda bumiputera tidak lagi diwujudkan, sekiranya Barisan Nasional (BN) kalah pada pilihan raya umum ke-13, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop. Beliau berkata negara berkemungkinan kembali kepada zaman pemerintahan Francis Light dan Alfonso de Albuquerque jika pakatan pembangkang mengambil alih tampuk pemerintahan kerana mereka dilihat tidak mampu memperjuangkan agenda bumiputera. "Kita tahu bahawa agenda bumiputera satu perkara penting pada tahun sebelum tahun 1511. Selepas itu, selepas 446 tahun kita tak cakap mengenai agenda bumiputera dan selepas merdeka baru kita kembali memperjuangkan agenda bumiputera. "Kita tak pasti sama ada parti yang memerintah (pakatan pembangkang) akan pegang kepada konsep agenda bumiputera. Kalau mereka memerintah automatik kita akan balik ke zaman 1511," katanya Beliau berkata perkara itu kini boleh dilihat di Pulau Pinang apabila masyarakat Melayu seakan-akan dipinggirkan dan agenda bumiputera juga tidak diperjuangkan di negeri ini. Nor Mohamed yang juga anggota Parlimen Tasek Gelugor berkata hal sedemikian tidak akan berlaku jika BN kekal sebagai kerajaan memandangkan sejak negara memperoleh kemerdekaan pada tahun 1957, pelbagai usaha telah dijalankan untuk memperjuangkan agenda bumiputera bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat itu.
| UMNO RACUNI FIKIRAN SULTAN JOHOR DENGAN FITNAH Posted: 13 May 2012 05:53 PM PDT Bagaimana Sultan boleh mendakwa yang baginda ada mendengar suara-suara sumbang??? Siapa aganya yang menyebarkan berita fitnah itu??? Sah!!! Nampaknya Najib BN amat terdesak sehinggakan sanggup mempergunakan pihak istana bagi kepentingan peribadi mereka sehingga menyebarkan berita-berita fitnah yang mendakwa yang PR ada meracuni fikiran rakyat Pangerang...KOTA TINGGI, 13 Mei — Sultan Johor Sultan Ibrahim hari ini melahirkan rasa kesal baginda terhadap segelintir masyarakat yang dikatakan cuba menentang Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) di Pengerang hari ini. Baginda juga kesal kerana ada kumpulan yang cuba mengambil kesempatanmenghasut penduduk di kawasan itu supaya membuat bantahan dan membuat permintaan yang bukan-bukan terhadap projek itu. "Saya ada terdengar suara-suara sumbang yang seakan-akan menolak pembangunan yang hendak dibuat oleh kerajaan dan tidak mahu berubah," titah baginda semasa melancarkan Rapid Petronas. Sultan Ibrahim turut meminta kerajaan dan pihak lain yang berkaitan supaya bersikap adil dan terbuka dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi penduduk di kawasan itu. "Saya akan selalu datang ke Pengerang untuk melihat dengan lebih dekat kerja-kerja pembangunan Rapid bagi memastikannya berjalan sebagai mana yang dirancang," titah baginda. Rapid yang melibatkan pelaburan RM60 bilion mempunyai kapasiti untuk menapis 300,000 tong minyak mentah import sehari dan akan menawarkan 4,000 peluang pekerjaan tetap. Projek yang bakal dilaksanakan menjelang pertengahan 2013, iaitu selepas Petronas membuat keputusan terakhir pelaburan itu juga akan memerlukan lebih kurang 40,000 pekerja kontrak untuk pembinaan. Memang Cilakak punye UMporNO!!!! | |
ULAMA PEWARIS NABI Posted: 14 May 2012 03:15 PM PDT TUBUH BN BAGAI DIHIRIS KERIS SENDIRI ! Posted: 14 May 2012 03:02 PM PDT Lupakan hasrat tawan Selangor - Liong Sik
22 Jamadil Akhir 1433H.
KUALA LUMPUR, 14 Mei: Barisan Nasional (BN) mungkin tidak akan menang pilihan raya umum jika Parlimen dibubarkan bulan hadapan, kata BEKAS orang kuat BN dan bekas Presiden MCA , Tun Dr Ling Liong Sik . Beliau juga mengisyaratkan kepada BN supaya melupakan hasrat untuk merampas Selangor dari pentadbiran Pakatan Rakyat (PR).
Ling berkata, BN tidak bersedia lagi kerana banyak isu melibatkan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang belum dapat diselesaikan.
"Waktu yang terbaik untuk mengadakan pilihan raya umum ialah perdebatan tanpa jawapan. Bila hendak diadakan pilihan raya umum?
"Apabila anda fikir ia adalah masa yang terbaik, dari segi realiti ia menjadi sebaliknya, oleh itu peluang untuk melihat pilihan raya umum ke-13 diadakan pada bulan Jun tidaklah begitu besar.
"Lebih tepat lagi, BN tidak pasti sama ada ia boleh menang pilihan raya umum.
"Saya fikir (BN) tidak bersedia lagi. Ada yang kata bulan Jun, tetapi saya tidak tahu adakah mereka berani (mengadakan pilihan raya), terdapat banyak krisis yang tidak diselesaikan," bekas Menteri Pengangkutan itu memberitahu akhbar Sin Chew.
Imej bersih PR
Mengenai Selangor, beliau menjangkakan BN tidak akan dapat merampas negeri itu dari PR dalam pilihan raya akan datang kerana imej bersih para pemimpin PR.
Menurut Ling, pemimpin utama kerajaan PR di Selangor dan Pulau Pinang mempunyai imej yang baik.
Beliau berkata, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Ketua Menteri, Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak pernah terlibat dengan rasuah atau penyalahgunaan kuasa dan rekod sedemikian membantu membina imej yang baik bagi mereka.
"Pada umumnya, orang-orang Cina tidak cenderung kepada BN, tetapi di Perak tidak ada pilihan lain.
"Di Johor, (BN) mungkin akan kehilangan sejumlah sokongan tetapi tidaklah sehingga ke peringkat ia terlepas (kerajaan negeri itu)," kata beliau.
Ling menyifatkan pilihan raya kali ini adalah yang paling sukar kepada BN.
"Pilihan raya kali ini adalah paling sukar kepada BN. Saya fikir BN masih lagi boleh menang kerana kerajaan begitu banyak menghabiskan wang di bawah pelbagai nama.
"Perkara seperti itu tidak pernah berlaku sebelum ini," katanya.
Harakah Daily | NAJIB LUPA KE KENANGAN LALU BERTEMU QUEEN? Posted: 14 May 2012 03:01 AM PDT YAB PM Malaysia, DS Najib telah terbang ke UK dan disambut oleh wakil negara di sana selepas BERSIH 2.0. Beliau juga telah disambut oleh sekumpulan penyokong-penyokong yang memakai baju bewarna kuning yang memegang sepanduk BERSIH. Yang lebih menarik hati ialah gambar di dalam akhbar the Star. Queen Elizabeth bersalam dengan YAB PM dengan memakai baju berwarna kuning. Tujuan Queen memakai baju kuning mungkin kebetulan atau mungkin ada makna tersirat disebaliknya. Namun kali ini selepas BERSIH 3.0 dan selepas Perhimpunan UMNO di Bukit Jalil kununnya nak kumpul 1juta ahli UMNO tapi malangnya Satu Per Lapan Juta pun tak tercapai Beliau(Najib) bergegas 11.40 malam tadi 13 Mei untuk berangkat ke UK.Dah lar tak capai, ada yang kemalangan dan 3 maut semasa pulang menaiki bas. Mudaha-mudahan Queen akan berpakaian kuning lagi. | UMNO MENGGELETAR TIKA MUNCUL KELIBAT NIZAR ! Posted: 13 May 2012 09:18 PM PDT Paparan Addin Melalui laman twitternya, Dato Seri Nizar Jamaluddin mendedahkan bagaimana beliau duduk dimeja utama ceramah anjuran Umno yang bertajuk 'Nizar pembohong bersiri'. Ceramah tersebut yang diadakan berhampiran dengan ceramah Pakatan Rakyat di Tualang Sekah, Kampar. Sebelum tiba gilirannya untuk berceramah, DS Nizar telah berkunjung ke tempat ceramah Umno, lalu duduk dimeja utama penceramah. Turut berada dimeja utama tersebut adalah Dato Radzi Manan, Dato Shaarani dan Hanafiah Man. Melihatkan kelibat DS Nizar yang duduk dimeja utama, mereka begitu terkejut, panik dan pucat, terketar-ketar menuturkan kata. Hanafiah Man yang sedang asyik menghentam DS Nizar terus menukar topiknya kepada Ambiga dan DS Anwar Ibrahim. Kebanyakan yang hadir diceramah tersebut adalah orang-orang Kampar yang begitu mengenali DS Nizar serta keluarganya. Manakala yang datang berceramah menghentam beliau adalah orang luar. Dengan kehadiran DS Nizar disitu, terserlahlah siapa pembohong bersiri yang sebenar-benarnya. Tahniah buat DS Nizar yang berani datang secara berdepan, bukan seperti penceramah Umno yang hanya berani melalak dari jauh menggunakan kekuatan speaker semata. Lepas ni kita mintak ramai2 wakil Pakatan Rakyat hadir ke setiap siri Ceramah UMNO & kita tengok macam mana penceramah UMNO yang kaki fitnah nak berdepan dengan keadaan macam ni. Tahniah Nizar, Yeop memang Anak Jantan...!!! Catatan BumiPerak 4 ulasan balas: D_08May 14, 2012 8:42:00 AM Jadinye ape ceghite lepaih tu cho???... nak tau jugak ape jadi bile MB Rakyat datang... geligih ke idak puak deme tu??? Reply AnonymousMay 14, 2012 9:14:00 AM mmg tebaik la nizar... saya rasa pemimpin PR kena selalu buat macam ni baru la puak-puak umnogok kecut teloq... biaq kita berdepan dengan pemfitnah-pemfitnah ni secara berdepan... baru depa ada akai... salute tu nizar... Reply AnonymousMay 14, 2012 9:52:00 AM aku sokong dia jadi PM. -pemuda ampang- Reply AnonymousMay 14, 2012 10:29:00 AM ini strategi terbaik.. rajin2lah PKR datang ke majlis ilmu UMNO buat redah kasik pecah... haha.. Reply | ADA YANG PONTENG PASAL DICABAR HARI INI? Posted: 13 May 2012 03:34 PM PDT GEORGETOWN - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dicabar segerakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sekiranya beliau merasakan sokongan rakyat kepada Umno semakin kukuh dan kuat.
Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, tindakan Najib menangguhkan pilihanraya dengan menggunakan pelbagai taktik menunjukkan Umno belum lagi bersedia untuk berhadapan dengan rakyat selain hilang keyakinan dan kepercayaan di kalangan ahli Umno sendiri.
Azmin berkata, tindakan Najib itu disebabkan beliau perlu menyelesaikan pelbagai masalah dalaman Umno selain kontroversi yang dihadapi kerajaan.
"Kalau dia katakan sokongan rakyat kepada Umno semakin kuat dan kukuh, saya cabar dia umumkan tarikh pilihan raya esok.
"Pakatan Rakyat (PR) sudah bersedia dari tahun lalu lagi untuk PRU13," katanya kepada media selepas menyerahkan peralatan persiapan PRU13 PKR Negeri Pulau Pinang di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Azmin berkata, PKR telah selesai pengagihan kerusi dengan rakan PR untuk PRU13 di Pulau Pinang.
"Kita juga telah kenal pasti calon-calon yang akan bertanding di peringkat Parlimen dan Dun.
"Nama-nama calon wakil PKR Pulau Pinang akan diumumkan oleh Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam masa terdekat," katanya. Dicatat oleh ELBI RISALAH | |
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah Posted: 14 May 2012 01:57 PM PDT Яндекс.Fresh-Up/Позиции сайта dppnkedah.blogspot.com Posted: 14 May 2012 03:44 AM PDT Добрый день. Меня зовут Александр Чистоусов, я решил обратиться, т.к. отметил что Ваша компания использует сайт dppnkedah.blogspot.com для привлечения потенциальных заказчиков. Моя работа - анализировать результаты выдачи поисковых систем и находить компании, которым может быть недостаточно входящих звонков от клиентов из Интернета. Мы с коллегами проявили инициативу и подготовили для dppnkedah.blogspot.com конкретное предложение по целевому привлечению клиентов Fresh-Up. Данный метод, на практике, позволяет существенно увеличить эффективность сайта как инструмента продаж. Я буду крайне признателен, если Вы прокомментируете наши выкладки (во вложении) или передадите человеку, ответственному за продажи. С уважением, Александр Чистоусов Специалист отдела продуктивных решений Компания Fruitful Solutions Тел./Факс: +7 (495) 661-6100 Моб.: +7 (495) 661-6100 Web: www.future-adv.ru | |
PAS KOTA TINGGI Posted: 14 May 2012 01:55 PM PDT Ceramah Isu Semasa Posted: 13 May 2012 10:45 PM PDT Assalamualaikum wrb. Pas Kawasan Kota Tinggi akan mengadakan ceramah penerangan isu-isu semasa bersama Timbalan Presiden Pas, Tuan Haji Mohd Sabu pada 19 Mei 2012, bermula jam 9.00 malam. Ceramah akan di adakan di Bilik Gerakan P156 Taman Hijrah, Kota Tinggi. Di jemput semua ke majlis tersebut. | |
Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru Posted: 14 May 2012 01:24 PM PDT PAS Sahut Cabaran Najib - Himpunan Perdana 1 JUN Di Alor Setar Posted: 14 May 2012 12:14 PM PDT PM CABAR PEMBANGKANG TUNJUK KEKUATAN DI STADIUM
PAS SUDAH SEDIA MENYAHUT CABARAN NAJIB
Bingai betui blogger penjilat Hamidah Osman yang seekoq nih! dia mungkin percaya sangat apa yang Najib katakan.....lalu si bingai ini pun menulis :
Korang percaya ker? Stadium yang hanya mampu memuatkan 87,000 orang boleh menampung sampai 200,000 manusia? Hoi! bingai betul blogger penjilat Hamidah nih!!
Ada terdapat banyak gambar yang membuktikan jumlah gelombang merah itu tidak mencapai sasaran Najib yang mewarwarkan 500,000 orang walaupun dikhabarkan 2,800 bus telah diarahkan untuk membawa orang ramai ke situ.
Kalau penuh padat pun cuma 87,000 kerana jumlah itulah yang SBJ dapat tampung. Maknanya, perhimpunan Umno pada Jumaat lepas itu tidak sampai pun 87,00 orang kerana nampak tidak padat dan longgar.Terdapat banyak tompok-tompok yang kosong.Tetapi blogger penjilat Hamidah Osman ini ngaku ada 200,000.Ha! ha! ha! Bingai betui! Dah tu pula, Umno gunakan agensi kerajaan.Ini adalah antara salah satu bas daripada sejumlah 2,800 bas yang digunakan untuk mengangkut penyokong-penyokong Umno. Yang ateh ni dari Trengganu , terlibat dengan nahas jalanraya mengakibatkan seorang terkorban dan ramai yang cedera. Inilah yang dimegahkan oleh Najib yang mendabik dada kononnya perhimpunan Umno itu adalah aman..... Takziah kepada mereka yang ditimpa kemalangan tersebut. Rasa-rasanya, tak padan sekadar dapat baju merah dan makan nasi bungkus selain upah RM30/- Kesal kemudian tiada berguna , tobat lahum, lain kali mereka ini tentu akan fikir banyak kali kerana sudah serik! Najib sudah silap perhitungan.Dia ingat PAS macam Umno - nak ngimpun orang kena bagi baju, bagi makan, transport percuma, bagi duit. Umno, tanpa itu semua, jangan harap mereka dapat kumpulkan orang! ....ha! ha! ha! . Blogger bingai penjilat Hamidah Osman tu kata, PAS akan taja keseluruhan perhimpunan PAS di Alor Setar tu nanti? Korang tolonglah ketawakan untuka aku.Aku dah tak larat nak ketawakan orang bingai macam tu!
"PAS tak akan sediakan bas untuk ke sana tapi semua atas usaha ahli sendiri tapi kita yakin kehadiran lebih 100,000," kata Mahfuz - Pengarah perhimpunan itu kata.
Seperti lazimnya, PAS akan minta derma dari mereka yang datang , bukan PAS bagi duit macam Umno! Dan orang PAS dengan rela hati dan suka hati menghulurkan derma kerana percaya mereka akan pasti mendapat ganjaran dari Allah S.W. | UMNO Beruas,, Setiuasaha nak Tipu Ahli, tetapi Ahli pun Tipu juga setiausaha. Posted: 14 May 2012 12:07 PM PDT Daerah Manjung ada dua bahagian Parlimen, satu Parlimen di Ketuai oleh Zamberi sendiri, biasalah Ketua bahagian yang juga ADUN Pangkor dan juga MB Perak,, jadi mewah lah para pencacai UMNO.... Maka pada jumaat lepas dalam program perhimpunan 66 tahun UMNO, mereka dapat pergi dengan bas yang disewa khas...
Mereka dapat pergi dengan bas Arwana, yang aku dapat cerita syarikat Bas ni ada kaitan dengan pihak tertinggi UMNO LUmut,,, siapa dia,,, aku rasa orang Lumut semua dah tahu....
Berbeza dengan satu lagi Parlimen iaitu Beruas, UMNO Bahagian Ketuanya .DATO' HJ ABDUL MANAF BIN HASHIM apa yang aku tahu,,, beliau tak ada pegang apa-apa jawatan, ADUN Pengkalan Baru boleh kat Hamdi, mana Pantai Remis Nga Kor Meng,,, jadi bajetnya kuranglah,,, tak seperti Lumut yang serba mewah dan eksklusif...
Menurut cerita dari kawan aku sebentar tadi, selepas solat isyak di Madah,, pemberi maklumat segala apa yang berlaku, apa yang aku dok tulis corat-coret UMNO Lumut, tadi ia cerita hal UMNo Bruas pula,,
Apa yang dalam senario mereka nak Bukit Jalil Kuala Lumpur. perhimpuan 66 tahun,, mereka diperuntukkan wang saku sebanyak RM250 setiap sebiji kereta, wang peruntukkan dibekalkan oleh S/U bahagian Beruas sendiri, tempat mengambil wang ialah di parking letak kereta Kilang roti Segar Changkat Cermin Beruas,, jadi sesiap yang nak pergi singgah di Roti Sgar sain buku ambik duit dan terus pergi....
Mengikut cerita kawan aku, sepatutnya wang peruntukkan adalah lebih dari RM250,, tetapi oleh kerana S/U nak tunjuk pandai,, kononya nak pau untuk buat dana PRU13 nanti,, sebab kononya habis saja perhimpunan Najib akan bubar DUN.. namun entah apa mimpi Rosmah,, ilham tak sampai agaknya tak jadi lagi nak bubar DUN...
Apabila perserta setiap sebuah kereta dah ambil wang sebanyak RM250, T-Shirt merah sorang sehelai,, mereka pun jalan pergi ke Kuala Lumpur... Tetapi para peserta yang pergi ke Kuala Lumpur pun cerodik-cerodik belaka,, cerodik nak menipu... jalan menuju hala ke Ipoh adalah jalan 2 hala,, ada divider ditengah jalan raya..., jadi mereka berlepas menuju kaharah Kuala Lumpur, sampai dertenhan Jalan nak sampai ke Titi Gantung ada U-Turn,, mereka berpusing balik lagi sekali dan singgah lagi ke kilang roti segar,, sain lagi sekali, ambik T-shirt dan baru jalan terus ke Kuala Lumpur... Ha ha,, setiausaha rasa ia bijak,,, peserta pun bijak juga,, perkara ni berlaku, oleh kerana ahli yang nak pergi ramai,, SU mana nak perasaan sebab sebelum ini orang lain yang ambil, kali kedua orang lain pula yang ambil.... Mereka berpusing ulang alik, sehingga semua penumpang dalam kereta dapat sorang RM250..., kali 5 orang, maka 5 kali depa kutik, jadi dapat sorang RM250,, bukan setiap sebiji kereta RM250.....
Ha ha macam tu pun ada,, bukan senang nak dapat duit free., itu apa yang berlaku di Beruas,, di bahagian kita tak tahu... Mungkin UMNO dah habis duit berjuta-juta,,, duit dah tak ada lagi,, macam mana nak bubar DUN... kalau tak ada duit nak PRU kut mana,, UMNO duit tak ada kerja tak jalan,, jalan mudah tangguh lagi dulu...Tunggu projek mana pulak boleh ambik peluang... .
| Nizar: Pakatan Rakyat Perak tidak pernah pinggirkan Melayu, berjuang untuk semua kaum Posted: 14 May 2012 12:02 PM PDT
Gambar DS Nizar semasa banjir di K.Dipang, Kampar Daripada tidak begitu dikenali ramai pada tahun 2008, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin muncul memegang jawatan Menteri Besar (MB) negeri Perak dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Namun tidak sampai setahun, beliau telah menjadi tokoh sanjungan pelbagai lapisan rakyat dalam perjuangan mengembalikan keadilan untuk Perak dan Malaysia. Ramai tidak lupa pencapaian Pakatan Rakyat dalam pemerintahan 10 bulannya dan rampasan kuasa haram BN di negeri Perak pada tahun 2009. Wartawan The Rocket T.K. Tan menemu bual tokoh berkarisma kelahiran Kampar ini untuk berkongsi pandangan beliau. Bagaimana keadaan senario politik Perak pada masa ini? Ramai rakyat Perak tidak sabar menunggu pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) sejak Februari 2009 lagi. Pilihan raya kecil (PRK) Bukit Gantang yang menyusul rampasan kuasa haram itu merupakan referendum pada rampasan kuasa tersebut. PRK tersebut luar biasa, bukan sahaja ia berlaku di sebuah kawasan kubu kuat UMNO, tetapi PAS juga membuat satu kejutan. Calon PAS memenangi lebih daripada 80 peratus undi kaum Tionghua di dalam pilihanraya, perkara yang tidak pernah berlaku dalam sejarah PAS. PRK tersebut seakan hari pertempuran terakhir buat warga Perak. Di kala ini sokongan rakyat Perak untuk Pakatan Rakyat masih baik. Pada kemuncak krisis tersebut, ramai pengundi Melayu teguh bersama kami. Tetapi selepas itu, sokongan orang Melayu, terutamanya di luar bandar, telah kurang sedikit. Kenapa sokongan Melayu menjadi begitu? Ada tiga sebab utama untuk kemerosotan sokongan Melayu ini. Pertamanya, untuk menghalalkan rampasan kuasa haram itu, saya kerap dicerca dengan pelbagai tohmahan sebagai boneka DAP dan kaum Tionghua. Ini disebabkab PAS adalah parti minoriti dalam kerajaan campuran itu. Tidak habis UMNO memainkan isu ini dengan menghasut orang Melayu supaya bangun menegakkan sebuah kerajaan 'Melayu' untuk memelihara hak mereka. Yang kedua, UMNO juga memfitnah saya telah menderhaka terhadap Sultan kerana enggan meletak jawatan sebagai MB. Dalam kancah masyarakat Melayu, ini seumpama mengingkari titah Sultan walau pun di dalam perlembagaan negeri Perak jelas menyatakan MB tidak boleh dipecat oleh Sultan. Jelas UMNO tidak mahu orang Melayu jadi cerdik dan faham undang-undang. Yang ketiga, saya dituduh menjual tanah Melayu kepada tauke Cina. Selanjutnya media massa yang dikuasai BN memutar-belitkan fakta tentang dasar Pakatan Rakyat memberi geran hak milik bebas kepada para penghuni-penghuni di kampung tersusun dan kampung baru. Hakikatnya orang Melayulah penerima manfaat terbesar ini. Namun saya ditohmah sebagai hanya meluluskan untuk penghuni kaum Tionghua sahaja, yang kebanyakannya menduduki kampung baru tersebut. Demi untuk fitnah saya dan Pakatan, UMNO rela orang Melayu rugi. Adakah ini bermakna orang Melayu begitu mudah terperdaya dengan dakwaan UMNO? Berpuluh tahun UMNO menpengaruhi minda pemikiran masyarakat Melayu dengan pelbagai penipuan. Sesiapa yang bermesra dengan DAP yang mereka tuduh "cauvinis Cina" dan pada masa yang sama dilihat sebagai mendukung dasar yang zahirnya menguntungkan semua kaum, ia dituduh mengkhianati Melayu. Inilah logik rapuh tajaan UMNO. Yang sedihnya masyarakat Melayu telah lama dan masih mempercayainya. Ramai penduduk Melayu sangsi dengan dasar saksama kami, terutamanya penyokong UMNO dan penduduk luar bandar kerana mereka masih teguh kepercayaan asabiyah (fanatik terhadap sesuatu puak) mereka. Dasar Pakatan dikatakan menyebelahi kaum bukan Melayu sedangkan kami berjuang bagi keadilan untuk semua. Islam menggalakkan keadilan untuk semua. Sejauh mana usaha Pakatan untuk menarik sokongan orang Melayu di Perak? Sewaktu isu penyenaraian FELDA timbul, ada sebahagian penduduk Melayu luar bandar mula menunjuk minat dalam pesanan kami. Mereka sedar UMNO dan BN cuba mengambil kesempatan hak rakyat, terutamanya hak orang Melayu. Skandal kondo dan lembu NFC serba sikit menolong dalam meningkatkan sokongan orang Melayu buat Pakatan Rakyat. Namun langkah populis kerajaan pusat seperti pemberian wang tunai BR1M dan sebagainya menjejaskan sedikit sokongan itu kepada kami. Keseluruhannya keadaan ini masih turun naik bagi BN dan PR. Bagaimana dengan sikap pegawai dan kakitangan kerajaan negeri? Bukankah ada segelintir pimpinan mereka yang menentang Pakatan sewaktu menjadi kerajaan negeri dahulu? Di kala ini terdapat sekitar 7,900 ahli kakitangan kerajaan negeri, majoritinya Melayu. Permulaannya, ramai daripada mereka tidak berkerjasama dan ragu-ragu dengan kerajaan Pakatan Rakyat. Tetapi kami terus berusaha dengan matlamat dan kerja kami dengan mengutamakan lima prinsip yaitu keadilan, kesaksamaan, integriti, ketelusan dan kebajikan. Setelah lima bulan, ramai kakitangan bawahan kerajaan negeri mula menghargai usaha dan keazaman kami. Setelah melalui 50 tahun pemerintahan di bawah BN dan 11 bulan di bawah Pakatan Rakyat, mereka dapat melihat perbezaannya. Ahli-ahli politik PR tidak memberi tekanan kepada mereka untuk 'menjaga' perniagaan mereka. Kakitangan kerajaan mempunyai kebebasan untuk melaksanakan tugas tanpa campurtangan. Sebab itu ada sekitar 80 peratus daripada kakitangan kerajaan negeri terus menyokong kami sehingga kini. Tetapi ada pegawai atasan yang susah untuk berkerjasama. Dari awal lagi, ada di antara mereka mempunyai agenda sendiri. Mereka melawan kami dengan membelakangkan arahan rasmi dan mensabotaj kami. Khasnya Setiausaha Negeri menyalurkan butir mesyuarat Exco kepada pihak luar dan menukar arahan kami. Saya telah beberapa kali meminta Ketua Setiausaha Negara untuk menukarkan Setiausaha Negeri tersebut yang gagal menjalankan tugas sebagai penjawat awam, sebaliknya bekerja untuk UMNO-BN, tetapi tidak berjaya. Usaha pegawai tinggi awam di Perak dan BN untuk mensabotaj kerajaan Pakatan Rakyat sebenarnya telah bermula dari hari pertama lagi. Rancangan sabotaj mereka mendalam dan luas kesannya. Saya hanya dapat bersyukur kerana majoriti kakitangan awam mahu kepada kebenaran, keadilan untuk semua. Mereka mahu laksanakan tugas ikut amanah rakyat, bukan bermain politik seperti segelintir pegawai tinggi atasan. Sejauh mana benarnya dakwaan kononnya DAP mengongkong dan menguasai kedudukan Menteri Besar dan kerajaan negeri dulu? Tuduhan kononnya DAP, khasnya Pengerusi DAP Perak Ngeh Koo Ham dan Setiausaha DAP Perak Nga Kor Ming, menguasai segala-galanya sewaktu PR memegang tampuk kuasa di Perak pada tahun 2008-2009 adalah palsu. Niat fitnah itu hanya mahu bangkitkan perkauman, benci kaum lain. Kebanyakan daripada dasar PR yang dilaksanakan dalam tempoh kami dulu adalah berdasarkan manifesto asal Barisan Alternatif (1999 – 2004), yang mana anggota partinya terdiri daripada PAS dan PKR. Malahan DAP sebenarnya tidak mempunyai edisi manifesto yang terperinci seperti manifesto BA sebelum 2008. Oleh kerana saya yang bertanggungjawab merangkakan manifesto BA, kebanyakan daripada dasar PR yang disebut di atas adalah input saya. Selain itu, yang ramai orang tak sedar adalah, antara dasar-dasar kebajikan yang memanfaatkan semua kaum, khususnya orang Melayu dicadangkan oleh Ngeh sendiri. Ngeh sudah sepenggal menduduki kerusi ADUN dan juga ketua pembangkang di DUN Perak; oleh itu dia jelas memahami keadaan dan paras kemiskinan di negeri Perak. Dia tahu masih ramai orang Melayu hidup susah dan dia mahu bantu mereka. PR setuju cadanganya. Berasaskan itu, kerajaan negeri PR telah membekalkan beras dan gula untuk golongan miskin tegar yang majoritinya kaum Melayu. Malahan idea untuk membantu sekolah agama rakyat (SAR) melalui bantuan tunai juga datang daripada Ngeh. Harapan untuk PRU13? Semoga orang Melayu bersama semua kaum lain di Perak menyedari mana yang benar dan mana yang palsu. Saya berjuang demi kebenaran dan keadilan, dan itulah yang saya akan teruskan bersama dengan PR. | Nizar jelaskan kenapa beliau hadir ceramah Umno malam tadi Posted: 14 May 2012 11:55 AM PDT [Gambar: Nizar (duduk, dua dari kanan) hadir pada ceramah 'Nizar Pembohong Bersiri' anjuran Umno di Tualang Sekah, Kampar malam tadi.] Foto dari web Tranungkite. KUALA LUMPUR, 14 Mei: "Apa salahnya saya duduk dan dengar untuk tahu apa pembohongan yang mungkin saya sudah lupa," kata bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
Nizar berkata demikian apabila ditanya faktor yang mendorong beliau hadir ke ceramah anjuran Umno Kampar bertajuk 'Nizar Pembohong Bersiri' di Tualang Sekah, malam tadi.
"Bila saya dapat tahu ceramah itu memang untuk dedahkan pembohongan saya, eloklah saya pergi dengar sendiri supaya mereka berterus terang.
"Kebetulan giliran saya berceramah tidak jauh dari situ jam 11 malam. Jadi saya minta kawan hantarkan dengan motor ke ceramah mereka," kata beliau kepada Harakahdaily, hari ini. Cerita Nizar, ketika beliau sampai dan duduk di meja utama, bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Nasional Hanafiah Man sedang 'mengumpat' beliau.
Namun apabila menyedari kehadiran Nizar, Hanafiah terdiam seketika dan terus menukar topik.
"Saya pun tak tahu kenapa mereka terkejut dan tak teruskan ucapan, tak tahu mereka rasa bersalah atau apa," katanya yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat.
Tambah Nizar lagi, kebanyakan orang luar yang hadir ke ceramah itu sebaliknya orang kampung tersebut hadir ke ceramah PAS yang hanya kira-kira 150 meter dari tapak ceramah Umno itu.
"Orang kampung situ memang kenal saya dan keluarga saya mungkin sebab itu mereka lebih berminat untuk hadir ke ceramah PAS," katanya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.
Katanya juga, kehadirannya menyebabkan matlamat Umno untuk memfitnahnya gagal dan menimbulkan rasa tidak senang penganjur.
"Saya duduk sebelah (Ketua Umno Bahagian Kampar ) Datuk Radzi (Manan). Beliau bisik kepada saya suruh beredar untuk mengelakkan pergaduhan.
"Katanya kalau orang Umno hadir ceramah saya, mesti saya pun tak suka. Saya kata, saya lagi suka kalau orang Umno hadir ceramah saya. Senang saya nak sampaikan maklumat," katanya lagi.
Ekoran tindakan beraninya itu, ramai pengikutnya di blog mikro Twitter memuji dan mengucapkan tahniah kepadanya. | |
Batu Gajah Mari Posted: 14 May 2012 11:13 AM PDT Aziz Bari dan Nizar akan gegarkan Hamidah!!! Posted: 14 May 2012 02:52 AM PDT Agak2 sapa pulak akan kacau ceramah ini? Boleh Nizar join skali, bio terkencing midah. macam apa yang Radzi Manan kene semalam.. ekeke
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Melalui laman twitternya, Dato Seri Nizar Jamaluddin mendedahkan bagaimana beliau duduk dimeja utama ceramah anjuran Umno yang bertajuk 'Nizar pembohong bersiri'. Ceramah tersebut yang diadakan berhampiran dengan ceramah Pakatan Rakyat di Tualang Sekah, Kampar. Sebelum tiba gilirannya untuk berceramah, DS Nizar telah berkunjung ke tempat ceramah Umno, lalu duduk dimeja utama penceramah. Turut berada dimeja utama tersebut adalah Dato Radzi Manan, Dato Shaarani dan Hanafiah Man. Melihatkan kelibat DS Nizar yang duduk dimeja utama, mereka begitu terkejut, panik dan pucat, terketar-ketar menuturkan kata. Hanafiah Man yang sedang asyik menghentam DS Nizar terus menukar topiknya kepada Ambiga dan DS Anwar Ibrahim. Kebanyakan yang hadir diceramah tersebut adalah orang-orang Kampar yang begitu mengenali DS Nizar serta keluarganya. Manakala yang datang berceramah menghentam beliau adalah orang luar. Dengan kehadiran DS Nizar disitu, terserlahlah siapa pembohong bersiri yang sebenar-benarnya. Tahniah buat DS Nizar yang berani datang secara berdepan, bukan seperti penceramah Umno yang hanya berani melalak dari jauh menggunakan kekuatan speaker semata. | |
Dupahang's Weblog Posted: 14 May 2012 11:13 AM PDT Kisah Abu Yazid Al Bustami dan MengIslamkan Paderi Gereja Samaan Posted: 13 May 2012 05:47 PM PDT Oleh: siasahkini “Abu Yazid Al Bustami merupakan seorang ahli Sufi yang dikejutkan oleh mimpinya supaya pergi ke gereja Samaan. Tiga kali mimpinya itu berulang. Lalu ia bersiap dengan pakaian dan cara yang diberitahu dalam mimpinya. Ia masuk ke gereja Samaan tanpa diketahui oleh Paderi-paderi yang hadir. Dia bersama-sama paderi lain menanti kedatangan ketua Paderi. [...] | |
Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan Posted: 14 May 2012 11:01 AM PDT ‘Ayuh anak muda, gerakkan langkah ke Putrajaya’ Posted: 13 May 2012 05:00 PM PDT TEMERLOH, 13 Mei: Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said menyeru golongan muda bangkit menumbangkan kerajaan yang telah memerintah lebih 54 tahun dan menukarnya dengan pada pilihan raya umum (PRU) ke 13 akan datang ini. Tegasnya, sejarah kebangkitan sesebuah bangsa di dunia digerakkan oleh golongan muda kerana memiliki kudrat dan semangat yang kental. "Setelah 54 tahun kita dicengkam hanya satu parti, sudah sampailah masanya kita kena bangun dan ini adalah tugasan anak muda. Kebetulan pula inilah waktunya yang paling sesuai untuk menukar kerajaan melalui pilihan raya. "Ayuh anak muda, gerakkan langkah kita ke Putrajaya. Anak mudalah mesti bangkit kerana yang berpuisi ini hanya sorang tua berusia 66 tahun," katanya dalam majlis Santai Seni Anak Muda Bersama Sasterawan Negara di Esplanade Sungai Pahang di sini petang tadi. Dalam majlis berkenaan Pak Samad membacakan tiga buah puisi ciptaannya iaitu "Unggun Bersih", "Gebeng Yang Luka" dan "Melelong Rimba" sambil disambut tepukan gemuruh dan laungan takbir tidak henti-henti oleh kira-kira 500 orang pemuda serta pemudi tempatan. Sebelum itu 10 orang pemuda diberi kesempatan membaca puisi dan menyanyikan lagu patriotik sambil diiringi petikan gitar akustik. Turut hadir Yang Dipertua PAS Temerloh Haji Jusoh Darus, Adun Kuala Semantan Syed Hamid Syed Mohamad dan Ketua PKR Cabang Temerloh Ahmad Nizam Hamid. Mengenai demokrasi, Pak Samad berkata demokrasi yang ada merupakan demokrasi yang telah cacat akibat terlalu lama dibiarkan berada di puncak singgahsana sehingga kebebasan dan hak hanya menjadi mainan pemerintah. Pak Samad yang juga Pengerusi Bersama Himpunan Bersih 3.0, berkata perhimpunan di Kuala Lumpur itu telah mencapai sasarannya apabila berjaya disertai kira-kira 300,000 orang 28 April lalu dan melahirkan rasa bangga kerana lebih 80 peratus adalah anak muda. Beliau yang dalam rangka program bersama anak muda di Parlimen Maran dan Temerloh mengingatkan, agar terus menyalakan semangat Bersih dan berharap akan ada Bersih 4.0 kerana tuntutan 8 perkara pembaikan PRU belum dilayan. "Selamat berhimpun lagi, jika hanya bahasa itu yang difahami pemerintah," katanya. | Bohong puak hina Islam kata pelihara Islam Posted: 13 May 2012 05:00 PM PDT KUALA LUMPUR, 13 Mei: Pembohong besar jika pemimpin yang menghina Islam mendakwa pihaknya yang memelihara kesucian Islam, kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub. "(Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) cuba memberikan gambaran bahawa Umno yang diketuainyalah yang memelihara kesucian Islam dan apabila Islam diasak beliau mendakwa pula kononnya Umnolah yang pertahankan. "Dakwaan itu adalah antara dakyah dan bohong terbesar Presiden Umno itu," kata beliau. Najib, katanya, mungkin sudah lupa penghinaannya terhadap Allah, Islam dan umatnya tetapi umat Islam yang mematuhi Allah tidak lupa penghinaannya itu. Salahuddin berkata, sukar untuk dilupakan kenyataan Najib yang mendakwa "negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan". Najib menyatakan demikian kepada wartawan pada 20 April 1983. "Kenyataan itu bukan sahaja menghina undang-undang Islam malah menghina Islam dan Allah s.w.t. yang mencipta undang-undang Islam," tegas Salahuddin. Pada 20 April 1992, Najib juga menyatakan, "kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawabkan jika berlaku huru-hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu. Rakyat harus menyoal perlaksanaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan, pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu". Kepada Salahuddin, kenyataan Najib itu sekaligus memperlihatkan sikap permusuhannya terhadap undang-undang Islam. "Memusuhi undang-undang Islam samalah seperti memusuhi Islam dan Allah yang hanya mengiktiraf Islam sebagai satu-satunya cara hidup di sisi-Nya," tegas beliau. | Hudud: Malaysian Insider didesak buat pembetulan Posted: 13 May 2012 04:59 PM PDT KUALA LUMPUR, 13 Mei: "Kami mendesak agar pihak Malaysian Insider membuat pembetulan di atas pemberitaan yang salah dari segi etika kewartawanan itu," tegas Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. Beliau menyatakan demikian sebagai merujuk kepada laporan portal berita Malaysian Insider hari ini, 13 Mei 2012 dengan tajuk Hadi sticks to hudud stand, unfazed by Karpal's view. "Pihak Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dengan ini menafikan kandungan berita bahawa "PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang has maintained that Pakatan Rakyat (PR) would implement hudud for Muslims if it comes to federal power, saying today..."," jelasnya dalam satu kenyataan malam ini. Beliau menegaskan lagi, Presiden PAS tidak pernah menyebut intipati petikan berita berkenaan semasa sidang media hari ini atau di waktu yang lain sebelum ini. Oleh itu, katanya persoalan pelaksanaan hudud sekiranya PR memerintah kerajaan persekutuan adalah tidak berbangkit sama sekali. "Pihak media diingatkan supaya tidak menguji kesabaran kami dengan terus menerus memuatkan berita bohong yang diulang siar dengan niat untuk menjalankan agenda buruk pihak tertentu," katanya. | |
Pemuda Bersamamu v3 Posted: 14 May 2012 09:43 AM PDT Konsep Jihad & Wasatiyyah UMNO: Tuan Mufti, Jom Kita Bincang Posted: 13 May 2012 07:14 PM PDT Muka depan akhbar Berita Harian hari ini melaporkan kenyataan Tan Sri Harussani yang mendakwa bahawa PAS telah menyalahgunakan nama Islam. Berikut petikan akhbar tersebut: KUALA LUMPUR: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata perjuangan PAS kini sudah menyeleweng daripada matlamat asal serta menyalahgunakan agama Islam demi kuasa dan kerusi politik. Berikutan itu beliau bersedia mencadangkan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan supaya mempertimbangkan saranan diadakan muzakarah bagi membincangkan kewajaran parti itu menggunakan perkataan Islam dalam nama parti. "Perjuangan parti itu semakin jauh menyeleweng daripada matlamat asal untuk menegakkan Islam yang direncanakan sejak lebih enam dekad lalu," katanya yang juga ahli Majlis Fatwa Kebangsaan. . Berita Penuh: Link Penuh
Disebabkan kesungguhan yang ditunjukkan oleh Tuan Mufti, kami cadangkan juga untuk bincangkan penggunaan kalimah Jihad dalam Himpunan 66 Tahun UMNO Jumaat lalu. Sambutan yang menyaksikan pelbagai acara yang dilakukan jelas melanggar syariat dan hukum Allah. Apakah komentar dan pendapat Tan Sri Harussani mengenainya? Oh, terlupa. Baru-baru ini Tan Sri dijemput dalam rancangan Al-Kuliyyah TV3 bagi membincangkan konsep wasatiyyah bersama YAB Perdana Menteri. Mungkin boleh cadangkan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan untuk bincangkan penyalahgunaan konsep wasatiyyah oleh kerajaan Barisan Nasional juga. Sekadar cadangan untuk Tuan Mufti yang budiman.. | Keamanan Manakah Menjadi Pilihan? Posted: 13 May 2012 06:39 PM PDT Seluruh masyarakat mencintai keamanan. Namun, mereka berbeza dalam menafsirkan keamanan.
Sekolompok masyarakat menganggap keamanan itu adalah dengan meninggalkan segala perkara yang dilarang dan dimurkai Allah. Meninggalkan dosa dan maksiat akan menjadikan mereka terasa aman daripada azab dan bala Allah Taala. Firman Allah Taala:
وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَىٰ آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَاتٍ مِّنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَـٰكِن كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُم بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ ﴿٩٦﴾
Maksudnya: " Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan." [Al-A'raf: 96]
Sebahagian pula mendakwa aman itu adalah bebas melakukan apa sahaja termasuklah bebas melakukan maksiat dan melanggar syariat yang telah ditetapkan oleh Allah. Dalam diri kelompok ini tiada langsung rasa gerun terhadap kemurkaan Allah Taala seolah-olah dunia ini milik mereka. Mereka tidak bimbang dengan ancaman Allah Taala menerusi firmanNya:
أَفَأَمِنَ أَهْلُ الْقُرَىٰ أَن يَأْتِيَهُم بَأْسُنَا بَيَاتًا وَهُمْ نَائِمُونَ ﴿٩٧﴾أَوَأَمِنَ أَهْلُ الْقُرَىٰ أَن يَأْتِيَهُم بَأْسُنَا ضُحًى وَهُمْ يَلْعَبُونَ ﴿٩٨﴾ أَفَأَمِنُوا مَكْرَ اللَّـهِ ۚ فَلَا يَأْمَنُ مَكْرَ اللَّـهِ إِلَّا الْقَوْمُ الْخَاسِرُونَ ﴿٩٩﴾ أَوَلَمْ يَهْدِ لِلَّذِينَ يَرِثُونَ الْأَرْضَ مِن بَعْدِ أَهْلِهَا أَن لَّوْ نَشَاءُ أَصَبْنَاهُم بِذُنُوبِهِمْ ۚ وَنَطْبَعُ عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ فَهُمْ لَا يَسْمَعُونَ ﴿١٠٠﴾ Maksudnya: " Patutkah penduduk negeri negeri itu (bersedap hati) serta merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada malam hari, semasa mereka sedang tidur? Atau patutkah penduduk negeri negeri itu (bersedap hati) serta merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada siang hari, semasa mereka sedang leka bermain-main? Patutkah mereka (bersukaria) sehingga mereka merasa aman akan rancangan buruk (balasan azab) yang diatur oleh Allah? Kerana sebenarnya tidak ada yang merasa aman dari rancangan buruk (balasan azab) yang diatur oleh Allah itu melainkan orang-orang yang rugi. Adakah (yang demikian itu tersembunyi dan) tidak jelas kepada orang-orang yang mewarisi negeri itu sesudah penduduknya (hilang lenyap kerana ditimpa bencana), bahawa kalau Kami kehendaki tentulah Kami akan menimpakan mereka pula dengan azab disebabkan dosa-dosa mereka, dan Kami meteraikan di atas hati mereka sehingga mereka tidak dapat mendengar (nasihat-nasihat pengajaran)?" [Al-A'raf: 97-100]
Kalau anda, keamanan manakah yang menjadi pilihan? Aman daripada kemurkaan dan bala Allah ataupun aman melanggar syariat dan melakukan maksiat?
Fikir-fikirkanlah!
Cetusan: Lajnah Tarbiyah PPD Sura
| |
PAS KAWASAN KANGAR Posted: 14 May 2012 09:35 AM PDT Harap tunai janji Posted: 14 May 2012 05:50 AM PDT RM1.1 juta tingkat infrastruktur pasar sehari Behor Lateh - Najib 27/01/2012 3:11pm
KANGAR 27 Jan. - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan peruntukan RM1.1 juta bagi meningkatkan infrastruktur pasar sehari Behor Lateh sempena lawatannya ke pasar itu pagi ini.
Dalam ucapan ringkasnya pada akhir lawatan ke pasar sehari itu, Perdana Menteri berkata, peruntukan itu adalah bagi membina bumbung untuk kemudahan peniaga dan pengguna pasar yang lebih dikenali sebagai "nat" itu.
Pasar sehari Behor Lateh yang dikendalikan Pertubuhan Peladang Kawasan B-1 MADA Kayang mula beroperasi pada Mac 1991 di kawasan seluas 0.5 hektar dan menempatkan kira-kira 100 peniaga.
Najib berkata, kerajaan yang diterajui Barisan Nasional (BN) sentiasa melihat keperluan rakyat dan akan berusaha menyediakan kemudahan yang diperlukan.
Perdana Menteri berkata beliau yakin orang ramai sentiasa menghargai sumbangan murni kerajaan melalui pelbagai program termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM).
Sebagai contoh, beliau berkata, orang ramai yang bersalaman dengannya semasa meninjau pasar sehari itu mengucapkan terima kasih kepada kerajaan di atas bantuan yang dihulurkan kepada rakyat selama ini.
"Bantuan bukan hanya terhad untuk projek besar tapi turut turun bagi membela untung nasib rakyat," katanya di hadapan peniaga dan pengunjung pasar itu.
Sebelum itu Pengerusi Jemaah Pengarah PPK B-1 MADA Kayang, Azmi Hashim, menyifatkan kehadiran Perdana Menteri ke pasar sehari itu sebagai amat bermakna kepada peniaga.
Katanya, walaupun lawatan itu singkat tetapi kehadiran Perdana Menteri membuktikan beliau sanggup turun padang untuk melihat sendiri keadaan rakyat.
Turut menyertai Najib dalam lawatan ke pasar sehari itu ialah Menteri Besar Datuk Seri Dr Md Isa Sabu, bekas Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim dan pemimpin parti komponen Barisan Nasional. — BERNAMA | |
Jasindaily Online Posted: 14 May 2012 09:16 AM PDT Pendidikan Percuma Yang UMNO Cukup Takut Laksana Posted: 14 May 2012 08:30 AM PDT Ibnu Khaldun ialah pemikir Islam bertaraf dunia sepanjang zaman. Beliau banyak membentangkan teori kemasyarakatan mendahului zamannya beberapa abad. Buku karangannya berjudul Muqaddimah yang bermaksud pendahuluan, diterjemahkan ke dalam bahasa-bahasa dunia di timur dan barat, walaupun ia adalah pendahuluan kepada buku sejarah karangannya. Akhirnya kitab Muqaddimah sahaja yang dikaji kerana analisa ilmu kemasyarakatan yang menarik sehingga Ibn Khaldun diberi gelaran bapa ilmu kemasyarakatan.Ibn Khaldun mengulas berkenaan pelajaran dan pendidikan dalam bab yang khusus, melibatkan ilmu secara menyeluruh mengikut perspektif Islam yang berbeza dengan teori Barat yang berteras dan berkonsepkan sekularisme yang memisahkan agama dengan dunia.
Paling menarik Ibn Khaldun meletakkan ilmu dan pendidikan ke dalam aspeksina'ah (industri). Bermakna aktiviti ilmu bukan sahaja keperluan ruh dan akal yang menjadi sebahagian daripada kejadian manusia, bahkan kegiatannya yang betul dan saksama menghasilkan kemajuan dalam aspek yang lain termasuk aspek ekonomi yang menambahkan hasil negara.Lapangan ilmu dan pendidikan adalah peranan pembangunan manusia dalam segala aspek kejadian mereka secara fitrah, dan perkembangan percambahan ilmu keperluan mereka yang dicipta selepasnya secara pengalaman dan kajian mengikut keperluan semasa, realiti dan situasi yang sentiasa berubah di sepanjang zaman.Peranan ilmu dan pendidikan mengikut Islam adalah selaras dengan naluri manusia dan peranan mereka. Manusia adalah makhluk berunsurkan jasad, ruh dan akal, individu, keluarga dan wajib bermasyarakat madani, mampu mengendalikan urusan makhluk sekelilingnya. Maka manusia adalah makhluk yang layak mentadbir urusan bumi sekiranya berilmu dan pendidikan yang merangkumi aspek naluri mereka.Ilmu dan pendidikan adalah agenda pembangunan manusia bagi memakmurkan dunia. Islam meletakkan ilmu dan pendidikan yang memenuhi kehidupan manusia tersebut dalam perkara wajib mengikut kedudukan ilmu itu. Semua bidangnya tidak terkeluar daripada fardu ain dan fardu kifayah.
Ilmu dan pendidikan bagi membina peribadi manusia supaya beriman dan budiman dimasukkan dalam fardu ain yang wajib bagi setiap individu, begitu juga alat dan kemudahan untuk menghasilkannya seperti mambaca, menulis dan alatnya serta pelajarannya secara sistematik mengikut zaman. Perkara ini termasuk dalam doruriyat kepada ruh dan akal, sama seperti keperluan makanan, pakaian dan tempat tinggal kepada jasad. Maka menjadi kewajipan kepada ibu bapa atau ketua keluarga atau penjaga dan kerajaan yang memerintah negara membantu kalangan yang tidak berkemampuan.Ilmu dan pendidikan yang memberi kemudahan kepada masyarakat dalam segala aspeknya dimasukkan dalam fardu kifayah (wajib secara umum), menjadi fardu ain pula kepada mereka yang layak menunaikannya seperti para pemimpin kerajaan.Dalam masa yang sama setiap anggota masyarakat digalakkan menunaikan kewajipan ini sehingga dimasukkan dalam amal kebajikan yang besar pahalanya dan fadilatnya berpanjangan walaupun pengamal dan penyumbangnya telah meninggal dunia. Sabda Rasulullah S.A.W:
إذا مات الإنسان انقطع عمله إلا من ثلاثٍ: صدقةٍ جاريةٍ، أو علمٍ ينتفع به، أو ولدٍ صالحٍ يدعو له
Maksudnya: Apabila matinya seseorang manusia, terputuslah amalannya melainkan tiga perkara iaitu sumbangan sedekah (harta ) yang berterusan kebaikannya, ilmu yang memberi manfaat dan anak yang baik sentiasa berdoa untuknya. (Riwayat Muslim) Menunjukkan bahawa kewajipan pendidikan dan pelajaran dalam negara berkebajikan mengikut Islam menjadi tanggungjawab bersama yang tidak membebankan kerajaan sahaja, kerajaan dan masyarakat tidak boleh melarikan diri daripadanya.Manusia yang dibangunkan insannya dengan sempurna menambahkan produktiviti negara, bukannya menjadi bebanan negara dengan gejala sosial seperti akhlak dan pengangguran. Apa yang berlaku hari ini adalah kesilapan dasar, konsep dan sistem yang memerlukan satu huraian yang lain. Dalam ruangan ini perlu dijelaskan dengan tegas bahawa agenda pendidikan dan pelajaran percuma yang betul meningkatkan hasil negara bukannya menjadikannya bankrap.Ilmu dan pendidikan peribadi yang betul, melahirkan manusia beriman, budiman dan berilmu sehingga beramal dengan ikhlas, tidak menyeleweng, rasuah dan menyalahgunakan kerja, jawatan, serta tidak merosakkan hasil negara. Ilmu dan pendidikan pengurusan, kemahiran dan sebagainya untuk masyarakat mendatangkan hasil yang maju dan meningkat. Islam meletakkan ilmu dan pendidikan bagi keperluan peribadi dan masyarakat tidak boleh dipisahkan di antara satu sama lain. Ilmu dan pendidikan fardu ain bagi membentuk diri manusia adalah asas yang wajib bagi setiap individu lelaki dan wanita. Kemudian ditingkatkan secara fardu kifayah (wajib secara umum) mengikut kemampuan di bidang masing-masing, sehingga tidak ada yang tercicir dalam masyarakat, termasuk yang gila dan cacat menjadi kewajipan keluarga dahulu, kemudiannya masyarakat dan kerajaan.
Kalangan para ulama yang mendalami perkembangan semasa, menjadikan sebahagian peruntukan zakat sumbangan kepada penuntut ilmu, kerana ia juga adalah medan perjuangan untuk meninggikan Islam dan umat. Kepada penganut Islam, zakat tetap wajib dibayar walaupun dibatalkan oleh kerajaan kerana sifat ibadatnya yang berbeza dengan cukai yang di arah oleh kerajaan kerana zakat adalah perintah Allah.
Dalam masyarakat Islam yang lebih lama tamadunnya didirikan institusi pendidikan percuma sehinggalah masuk ke zaman penjajah dan merdeka semula. Contohnya Universiti al-Azhar di Mesir, Deoband dan Aligarh di India, pengajiannya bukan sahaja jurusan Islam bahkan meluas ke bidang sains dalam segala aspeknya. Pelajarnya belajar percuma, universitinya hidup dengan harta wakaf dan zakat.Ada juga kalangan negara Barat yang meniru tamadun awal Islam menganjurkan pendidikan percuma dengan mengenakan cukai daripada kalangan yang kaya raya tanpa membebankan kalangan miskin, walaupun negara itu tanpa mempunyai sumber bumi yang banyak tetapi pandai mengurusnya tanpa membebankan rakyat. Sedarlah kita betapa bumi yang berhasil daripada perutnya dan subur tanahnya. Mengapa tidak mampu dan takut apabila disebut pendidikan percuma. Sebabnya kerana hasil negara banyak masuk ke dalam perut para pemimpin dan konco-konconya.Ibn Khaldun menegaskan lagi, bahawa pertambahan jumlah penduduk yang meningkat juga kalau diolah dengan baik boleh meningkatkan produktiviti bukannya pengangguran dan gejala sosial, sekiranya agenda pembangunan insan dilaksanakan mengikut acuan Allah.
Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden PAS | Hati-Hari Provokasi Saat Akhir Posted: 14 May 2012 08:27 AM PDT Ahmad Lutfi Othman
Keriuhan teka-teki tarikh Pilihan Raya Umum Ke-13 kembali bergema. Kali ini, ramai bersetuju bahawa ia hampir pasti diadakan sebelum Ramadan; lebih tepat 9 Jun ini, iaitu penghujung cuti sekolah. Namun, ada pihak melihat tarikh itu tidak sesuai, terutama faktor hari keputeraan Yang di-Pertuan Agong, yang akan dirayakan pada 2 Jun.Apa pun, cuti sekolah tidak semestinya menjadi ketetapan untuk mengadakan pilihan raya. Puasa dijangka bermula 21 Julai. Maka, boleh saja Parlimen dibubarkan, sebelum bulan penuh keberkatan itu, selewat-lewatnya pertengahan Jun. Walaupun ada desakan kuat dan menyeluruh agar tempoh kempen minimum ditentukan 21 hari, tetapi seperti diketahui umum, yang dipersetujui Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) hanya 10 hari. Dengan itu, jangka masa daripada hari Parlimen dibubarkan hingga tarikh mengundi, tidak akan melebihi sebulan. Gosip terkini: Bubar Parlimen, 14 Mei; penamaan calon, 26 Mei; dan mengundi, 9 Jun.
Jika mahu ditunda lagi melepasi Ramadan, tarikh alternatifnya sama ada sebaik saja Aidilfitri, tetapi sebelum penerbangan pertama haji (tempoh yang dilihat begitu singkat dan mengikat), ataupun selepas rombongan terakhir jemaah haji pulang ke tanahair, iaitu hujung November.Bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad pernah mengadakan pilihan raya semasa musim haji dan dikritik hebat. Saya kira Najib tentu mahu mengelak sebarang insiden yang boleh mencalarkan imejnya lagi, terutama pada kaca mata masyarakat Melayu.Sesungguhnya gerak-geri Perdana Menteri Najib Razak diperhatikan secara dekat dan cermat. Diari beliau diamati terutama jadualnya ke luar negara, termasuk menghadiri konvokesyen anaknya.Pengumuman "durian runtuh" kepada peneroka Felda -- meskipun dipertikai daripada segi amaun, yang dilihat kecil (RM15,000) berbanding sepatutnya RM38,000 seperti kata Husam Musa -- dianggap membawa petanda pembubaran Parlimen semakin dekat.
Sebelum aroma bantuan one-off hilang serinya, Najib perlu mendapat mandat buat kali pertama daripada rakyat. Beliau cukup menyedari, dibantu informasi perisikan rasmi dan tidak rasmi, majoriti pengundi tidak sabar lagi menunggu kesempatan untuk melakukan perubahan menyeluruh.Ramai menjangkakan, tidak mustahil Najib mencipta sejarah mengejutkan, malah mampu mengalahkan rekod Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy, yang gagal melepasi penggal pertama pemerintahannya.Najib bakal kecundang dalam pilihan raya pertama yang diterajuinya? Ya, cuba bayangkan situasi itu. Masakan Najib dan konco-konconya sekadar menunggu hukuman rakyat? Sudah pasti tidak. Segala ikhtiar dan perancangan (lebih tepat, komplot) diusahakan bagi menyekat kemaraan Pakatan Rakyat. Jika komplot jahat dan licik itu didedahkan, misalnya melalui konspirasi SPR-JPN dalam memanipulasi senarai daftar pemilih, mereka bersikap pekak badak saja. Persetankan!
Meskipun Umno-BN kalah di Kelantan sejak sekian lama, dan pernah tewas di Sabah dan Terengganu, manakala empat tahun lalu lebih buruk lagi dilanda tsunami politik, iaitu kecundang di Perak, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang (selain Serambi Makkah), namun ia tetap berkuku di peringkat persekutuan, yang masih memungkinkan untuk terus menguasai sumber dan peluang ekonomi.Kekalahan itu rupanya tidak pernah menginsafkan pemimpin, aktivis dan penggerak Umno. Mereka mungkin lebih kerap turun ke padang, menyantuni rakyat, mengambil berat keperitan orang ramai, dengan pelbagai slogan menarik, tetapi motif utamanya hanyalah untuk meraih kembali kuasa.Lagak dan gaya kehidupan mewah pemimpin Umno di negeri-negeri yang mereka kalah ini masih tidak banyak berubah. Benar sekali, rasuah politik dan amalan koprupsi tidak dapat dicerai-tanggal daripada budaya Umno. Ubat mujarab adalah memberikan pengajaran bermakna dengan menyingkirkan Umno-BN dari Putrajaya.
Taliah hayat kini mungkin terputus satu saluran, tetapi jantung masih berdegup. Keghairahan untuk kembali merebut takhta tidak pernah pudar, malah mungkin semakin segar-bugar!Ingat ucapan popular Najib, yang menggesa ahli-ahli Umno mempertahankan Putrajaya walaupun ke "titisan darah yang terakhir". Bagi saya, frasa itu ia bukan sekadar pembakar semangat, tetapi menyimpan motif tersirat yang menggerunkan."Sejak awal merdeka, khususnya di zaman Pemuda Tahan Lasak, gelagat Umno memang dikenali dengan tindakan provokasi yang melampau, terutama sewaktu kempen pilihan raya. Saya bimbang, ketika mereka di ambang kejatuhan, macam-macam perkara buruk boleh dicetuskan Umno," petikan emel yang saya terima daripada pembaca Harakah.Beliau menambah, parti-parti dalam Pakatan Rakyat terbukti sabar dan reda ditimpa kekalahan. Tiada rusuhan dicatatkan, sebaliknya pemimpin dan ahli-ahlinya tabah melalui siri tribulasi yang memedihkan.
Zaman sudah berubah. Rakyat kian matang dan cerdik. Proses pendemokrasian dan fenomena langit terbuka, serta kemajuan ekonomi dan pertambahan kelas menengah telah mengubah lanskap politik Malaysia.Umno yang gelisah berdepan kebangkitan rakyat, masih memainkan sentimen dan emosi perkauman (kadang-kadang bersalut agama yang dangkal). Ia akan terperangkap dengan jeratnya sendiri. Aksi ganas menganggu aktiviti Pakatan makin memburukkan lagi imej yang sedia jelik itu.Umno akan mencuba seribu dalih, termasuk serangan psikologi dan juga fizikal, bagi menghalang peralihan kerajaan dalam PRU13 yang kritikal ini. Ahli dan penggerak Pakatan tidak harus terjerumus dalam "permainan kotor" Umno itu. Rakyat sedang memerhati, menilai dan menghakimi. Tetap istiqamah dengan strategi dan pendekatan yang telah dirumuskan. Sampaikan maklumat secukupnya ke seluruh pelosok tanahair."Parti yang paling kurang melakukan kesilapan akan meraih kemenangan dalam PRU13." Peringatan itu saya kira cukup bermanfaat dalam situasi sekarang. | Zakat dan Royalti Mampu Selesai Isu Kebajikan Posted: 14 May 2012 08:25 AM PDT Pembayaran royalti petroleum pada kerajaan Kelantan di samping perbelanjaan yang tidak boros oleh pemimpin di setiap negeri terutama di negeri pengeluar minyak, akan menyelesaikan masaalah kebajikan rakyat yang tidak pernah selesai.Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa berkata, kerana Kerajaan Pusat menggelapkan bayaran royalti kerajaan Kelantan, kebajikan rakyat tidak boleh diatasi sebaik mungkin kerana tidak mempunyai sumber kewangan yang besar.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan mesyuarat agung Majlis Persatuan Kebajikan Semenanjung Malaysia Ke-61, di sebuah hotel di sini tengahari tadi.
Husam juga turut mempersoalkan bayaran zakat dengan cukai kesemuanya dibayar untuk tujuan kebajikan."Cuma yang berbeza zakat pembayarannya mesti meliputi lapan kumpulan sasar yang telah ditentukan oleh syarak,"ujarnya lagi.Menurut Husam lagi, dengan hasil keuntungan Petronas setahun mencecah RM80 billion, sudah tentu bayaran zakatnya sebanyak RM2 juta.Tambahnya, dengan wang zakat tersebut kerajaan mampu menyalurkan sumbangan kepada rakyat miskin di seluruh negeri melalui pelbagai peruntukkan sama ada pembinaan rumah, bantuan persekolahan dan lain-lain lagi.
Husam seterusnya menambah kata, jika ia berlaku, isu kemiskinan, masaalah ekonomi di kalangan rakyat, kenaikan harga barang dengan sendirinya secara automatik dapat diatasi."Tetapi malangnya, apa yang berlaku adalah sebaliknya wang zakat dari Petronas tidak dikeluarkan, royalti untuk kerajaan Kelantan juga tidak dibayar dan negeri-negeri pengeluar minyak juga tidak membantu rakyat yang miskin sepenuhnya,"ujarnya.Tegasnya, apabila pentadbiran berlandaskan Islam, segala kekusutan akan terlerai dengan mudah termasuk bukan Islam yang turut bernaung di bawah negeri-negeri berkenaan. Sehubungan itu, beliau memberitahu kerajaan Kelantan membelanjakan sejumlah RM54 juta kepada wasi Takaful Kifaalah setelah pencarumnya meninggal dunia sejak ianya diperkenalkan tahun 2007.
Sambungnya, bantuan RM1,500 setiap keluarga yang dinamakan ke atas wasi masing-masing telah dapat menyelesaikan masaalah pengurusan jenazah khususnya bagi golongan berpendapatan rendah.Husam berkata demikian dipercayai menjawab persoalan yang dibangkitkan Yang Dipertua majlis berkenaan, Datuk Mastika Junaidah Husin, yang meminta pendapat bagaimana untuk mencari dana yang besar untuk membantu masyarakat khususnya warga emas yang dhaif.Junaidah berkata demikian dalam ucapan aluannya sempena mesyuarat agong majlis tersebut.Katanya, dengan dana yang begitu berkurangan, ditambah pula kepeluang masyarakat yang semakin meningkat di seluruh negara, menyebabkan bantuan pihaknya untuk golongan itu terbantut."Sekiranya sebelum ini majlis tersebut mendapat dana yang besar dari Loteri Kebajikan Masyarakat, namun selepas ianya dimansuhkan kerana bertentangan dengan syariat, dana semakin berkurangan."Jadi kita perlu pandangan bagaimana caranya untuk kita mendapatkan semula peruntukkan untuk membantu golongan yang amat memerlukan ini tanpa mengharapkan pihak lain,"ujarnya.Turut hadir pada majlis itu, Yang Dipertua MPKSM Kelantan, Datuk Ismail Hassan, lain-lain pimpinan MPKSM peringkat pusat dan negeri. | Nik Aziz Bapa Setengah Orang Kafir Posted: 14 May 2012 08:18 AM PDT Haji Subky Latif
KITA tidak tahu apa telah jadi kepada Rahim Nor yang dibuang dari Ketua Polis Negara kerana membelasah Datuk Seri Anwar Ibrahim.Berbelas tahun dia hilang tiba-tiba dia keluar dengan menuduh Nik Aziz Bapa Kafir.Tidak diketahui dia waraskah atau cacat ingatankah?Rasanya tiada orang Islam yang siuman boleh mengeluarkan kenyataan bahawa Mursyidul Am PAS dan Menteri Besar Kelantan itu adalah Bapa Kafir.Sekalian yang mengenal Ustaz Nik Aziz mengakui beliau adalah seorang yang soleh. Akhlaknya, ibadatnya dan penampilannya dengan masyarakat melayakkannya menjadi orang soleh.Tiada ada makhluk yang boleh menyangka beliau akan jadi kafir dan mati kafir. Apalah lagi Bapa Kafir. Tuduhan terhadapnya bukan sekadar kafir biasa disebabkan oleh murtad atau menyengutukan Allah atau Islam liberal atau jadi ateis, tetapi bapa segala kafir.
Di kalangan makhluk manusia bapa kafir itu adalah seperti Firaun, Namrud, Abu Jahal dan Abu Lahab. Bapa Kafir ini boleh lebih teruk dari Iblis. Kafir Iblis tidak mengaku dirinya tuhan. Tetapi Bapa Kafir seperti Firaun dan Namrud mengaku diri mereka tuhan. Bagi Rahim Nor, logiknya Tok Guru Nik Aziz itu setara Firaun dan Namrud. Barang dijauhkan Allah.Tidak susah bagi Allah hendak menjadikan orang Islam itu kafir seperti tidak sukar bagiNya hendak memberi hidayat kepada orang kafir. Iblis yang pernah menjadi tok guru kepada malaikat boleh jadi kafir yang pertama kerana takburnya, maka mana-mana orang Islam boleh tergelincir imannya. Tetapi manusia tidak arif untuk membuat telahan seorang beriman itu kafir apa lagi Bapa Kafir.Melainkan orang ada cacat fikiran. Orang yang cacat fikiran perlu berjumpa doktor jiwa atau mendapatkan bantuan bomoh bagi memulihkan ingatannya.
Mungkin apa yang berlaku adalah gara-gara badi kerana rasa bersalah memukul Anwar dulu. Atau dia tidak betul semasa memukul Anwar dulu. Orang yang betul tidak pukul orang macam itu. Tetapi cara memukulnya macam orang gila.Atau mungkin juga kerana kesan dari kena buang kerja dan terganggu hendak bertemu orang disebabkan perbuatannya itu.Biarkanlah dia dengan keadaannya. Orang pun tidak terpengaruh dengan kata-katanya. Tiada yang peduli dengannya kecuali oleh orang yang ada masalah jiwa juga.Merugikan air liur saja melayannya.Ada pun Tok Guru Nik Aziz itu tiada kafir dia kerana orang kata dia kafir. Moga-moga tidak terganggu fikirannya dengan kata-kata nanar itu.
Sehingga ini tidaklah boleh dikata dia Bapa Kafir kerana amat bertentangan hakikat itu dengan amal solehnya selama ini.Tetapi dengan pemerintahannya melayan secara adil baik rakyat itu Islam atau kafir, menyebabkan ramai orang bukan Islam tertarik kepadanya malah bukan sekadar melihatnya sebagai pemimpin orang Islam bahkan pemimpin mereka juga.Justeru keadilannya itu ramai orang bukan Islam menganggotai Dewan Himpunan Penyokong PAS. Mereka menerima pimpinannya dan secara sukarela mahu menjadi penyokongnya.
Subra, Timbalan Ketua DHPP ketika Tok Guru hendak menunaikan haji ke Mekah datang menyerahkan sampul surat berisi wang kepadanya dan berkata, 'Tok Guru! Ini sedikit belanja di Mekah nanti.'Ada di antara orang bukan Islam menerimanya sebagai bapa. Kalau ada orang bukan Islam sudah menerimanya sebagai bapa mereka, maka bolehlah beliau menjadi bapa kepada setengah orang kafir.Jika ada orang kafir merasakan sebagai bapa, tidaklah beliau menjadi kafir. Masih beliau seorang yang soleh. Masakan orang kafir menganggapkan sebagai bapa, maka dia menjadi kafir pula. Tentulah beliau dapat menyesuaikan diri sebagai orang Islam yang menjadi bapa kepada setengah orang bukan Islam.Dalam keadaan demikian beliau tidak boleh Bapa Kafir seperti yang Rahim Nor kata, tetapi beliau sudah boleh diterima sebagai Bapa kepada setengah orang kafir.Kalau Rahim dalam apa keadaan pun kata Nik Aziz Bapa Setengah Orang Kafir, maka ia betul dan dapat diterima. | |
KHIDMAT MERU Posted: 14 May 2012 09:11 AM PDT |
Mohamad Taufek Abd Ghani Posted: 14 May 2012 09:04 AM PDT Yang untung orang Cina, yang rugi orang Melayu Posted: 13 May 2012 07:27 PM PDT Macamana orang Melayu nak maju kalau pemimpin Melayu bersikap begini. Ambil contoh mudah, Pakatan Rakyat khususnya PAS dan PKR di N.Sembilan tidak boleh menggunakan kemudahan awam seperti Dewan, Pusat Dakwah, Stadium untuk mengadakan ceramah atau mesyuarat. PAS dan PKR di N.Sembilan tiada pilihan, akhirnya menyewa premis dan dewan milik orang Cina. Yang untung orang Cina, yang rugi orang Melayu juga, akibat sikap pemimpin Melayu seperti di bawah ini.
Tarik lesen jika berniaga di ceramah pembangkang 14 Mei 2012
KUALA KLAWANG, Negeri Sembilan - Amaran keras akan diberikan termasuk menarik lesen berniaga sekiranya peniaga tertangkap ketika berniaga di ceramah pembangkang dengan menggunakan kemudahan yang diberi kerajaan.
Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Sembilan, Datuk Yunus Rahmat berkata, pihaknya menerima aduan bahawa ada peniaga yang berniaga di tapak ceramah anjuran pembangkang di sekitar daerah ini.
"Kita tidak menghalang mereka berniaga tetapi yang menyedihkan mereka menggunakan kemudahan dan peralatan diberikan kerajaan.
"Baru-baru ini, kami berjaya mengesan ada peniaga berniaga menggunakan payung Fama di Kampung Bukit Serambai ketika ceramah Pas diadakan di sana," katanya ketika ditemui semasa mengadakan lawatan ke Pasar Tani Kuala Klawang, awal pagi, semalam.
Hadir sama, Pengarah Fama Negeri Sembilan, Abdul Rahman Sulaiman; Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Setapa Yusof dan Timbalan Pengarah Fama Negeri, Siti Nurul Haida Ibrahim.
Yunus yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Klawang berkata, beliau mengarahkan pegawai Fama daerah agar memantau kegiatan peniaga di tapak ceramah pembangkang.
"Pegawai Fama perlu melaporkan kepada saya sekiranya terdapat peniaga berniaga menggunakan peralatan yang mempunyai label jabatan kerajaan.
"Kita memahami situasi peniaga yang mahu mencari rezeki dan kita tahu tidak semua peniaga itu menyokong pembangkang. Mereka hanya mengambil peluang berniaga sekiranya dipelawa pembangkang dan ia menjadi tempat mereka mencari rezeki," katanya.
Beliau berkata, malah ada peniaga yang tidak berlesen, namun dijemput pembangkang untuk berniaga dan ini menjadi masalah.
"Selain itu, wang hasil berniaga itu akan diserahkan kepada pembangkang sebanyak 30 peratus dan ini secara tidak langsung mereka menyokong pembangkang," katanya.
Yunus berkata, selain lesen perniagaan ditarik semula, peniaga yang tertangkap juga perlu memulangkan semula kemudahan diberikan jabatan kerajaan terbabit.
Sementara itu, Abdul Rahman berkata, pihaknya menyumbangkan payung niaga kepada tujuh peniaga di tapak pasar tani itu.
Katanya, pihaknya mengenal pasti 10 peniaga yang tidak memiliki payung untuk berniaga.
"Kita menyerahkan kepada tujuh peniaga. Manakala tiga lagi tidak hadir pada hari ini.
"Setiap payung berkenaan bernilai RM150 dan ini adalah sumbangan Fama kepada peniaga yang kurang berkemampuan," katanya.
| Jom Belajar Bahasa Mandarin di Kompleks As-Sa’adah Posted: 13 May 2012 06:47 PM PDT Kelas Bahasa Mandarin Bersiri Setiap hari Sabtu dan Ahad Masa : 9 pg – 11 pg Tempat : Komplek As-Sa'adah , Seremban Yuran : RM 30 sebulan Pendaftaran : RM10 Sila hubungi : 06-7628835/ 012-3553047
Alamat : Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Cawangan Negeri Sembilan Kompleks As-Sa'adah Jalan Mufti Ahmad Lot 5417, Rahang Square 70100 Seremban Negeri Sembilan No tel : 06-7628835/ 012-3553047
| PAS tangguh muktamar, ganti himpunan raksasa Posted: 13 May 2012 05:40 PM PDT KUALA LUMPUR, 13 Mei 2012 : PAS akan menangguhkan muktamar yang sepatutnya diadakan pada Jun ke November depan.
Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, ia akan digantikan dengan perhimpunan raksasa pada 1 Jun di Alor Setar, Kedah yang akan memberi fokus sepenuhnya kepada pilihan raya umum ke-13.
"PAS lebih menumpukan kepada persediaan menghadapi pilihan raya umum yang masih menjadi teka-teki, itulah demokrasi di negara itu.
"Jadi PAS tangguh muktamar ke satu tarikh lain dan akan adakan ijtima' dan munajat perdana untuk perkasakan jentera dan ahli di seluruh negara bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13," kata beliau pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat di ibu pejabat parti, Jalan Raja Laut, dekat sini, hari ini.
Beliau berkata, Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar akan menjadi pengarah bagi ijtima' yang dijangka dihadiri lebih 100,000 ahli parti itu.
"Maklumat lanjut akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
"PAS tak akan sediakan bas untuk ke sana tapi semua atas usaha ahli sendiri tapi kita yakin kehadiran lebih 100,000," katanya.
Sementara itu, Ustaz Hadi juga memaklumkan seratus peratus nama calon dari setiap negeri sudah dihantar ke Jawatankuasa Pusat dan diluluskan Majlis Syura.
"Jawatankuasa Pusat memberi kepercayaan kepada Dewan Harian PAS Pusat untuk meneliti semua calon yang dikemukakan kepada pusat dan diluluskan Majlis Syura," katanya.
Tambah beliau juga, isu pertindihan kerusi dengan PKR dan DAP akan diselesaikan oleh Jawatankuasa Bersama dalam Pakatan Rakyat.
"Itu akan diselesaikan oleh jawatankuasa bersama dalam Pakatan Rakyat," katanya.
Turut bersama pada sidang media ialah Timbalan Presiden, Mohamad Sabu, Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub, serta Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali.
| |
Landskap Siasah Posted: 14 May 2012 07:27 AM PDT Tabik YAB Nizar !! terjah ceramah UMNO kutuk NIzar ha ha ha Posted: 13 May 2012 08:57 PM PDT http://ajijoi.blogspot.com/, | 14 Mei 2012 | Melalui laman twitternya, Dato Seri Nizar Jamaluddin mendedahkan bagaimana beliau duduk dimeja utama ceramah anjuran Umno yang bertajuk 'Nizar pembohong bersiri'. Ceramah tersebut yang diadakan berhampiran dengan ceramah Pakatan Rakyat di Tualang Sekah, Kampar. Sebelum tiba gilirannya untuk berceramah, DS Nizar telah berkunjung ke tempat ceramah Umno, lalu duduk dimeja utama penceramah. Turut berada dimeja utama tersebut adalah Dato Radzi Manan, Dato Shaarani dan Hanafiah Man. Melihatkan kelibat DS Nizar yang duduk di meja utama, mereka begitu terkejut, panik dan pucat, terketar-ketar menuturkan kata. Hanafiah Man yang sedang asyik menghentam DS Nizar terus menukar topiknya kepada Ambiga dan DS Anwar Ibrahim. Kebanyakan yang hadir diceramah tersebut adalah orang-orang Kampar yang begitu mengenali DS Nizar serta keluarganya. Manakala yang datang berceramah menghentam beliau adalah orang luar. Dengan kehadiran DS Nizar di situ, terserlahlah siapa pembohong bersiri yang sebenar-benarnya. Tahniah buat DS Nizar yang berani datang secara berdepan, bukan seperti penceramah Umno yang hanya berani melalak dari jauh menggunakan kekuatan speaker semata. Iklan Teks | |
mtdchenderoh Posted: 14 May 2012 07:07 AM PDT DURIAN RM 300 SEBIJI DI TAMAN MALEWAR Posted: 13 May 2012 10:12 AM PDT Tuan Haji Mohamad Sabu melancarkan Dana PRU ke- 13 Pas Perak Durian dibida RM 200-300 sebiji untuk dana pilihan raya Para artis menggamatkan suasana majlis Hj Mohamad Sabu sedang lelong durian Dr Azalan bersama orang kawasan Padang Rengas di perantauan
| ARTIS MERIAHKAN MAJLIS MAKAN PAS PERAK Posted: 13 May 2012 09:49 AM PDT ZUA XPDC menyampaikan persembahannya
Meil Wing turut memeriahkan majlis Pyan Habib juga turut serta | BN AKAN TUMBANG DI PERAK... DSR NIZAR Posted: 13 May 2012 09:38 AM PDT Ketika menyampaikan ucapan sempena Majlis Makan Malam pelancaran dana pilihan raya Pas Perak semalam , YB Dato' Seri Nizar Jamaluddin dengan penuh yakin menegaskan bahawa UMNO/ BN akan tumbang di Negeri Perak pada PRU ke- 13 sambil disambut dengan gema laungan takbir oleh para hadirin. Beliau menegaskan bahawa perkara ini diakui sendiri oleh Tengku Razaleigh Hamzah ketika pertemuan beliau bersama pimpinan utama Pakatan Rakyat Perak baru- baru ini. Tengku Razaleigh juga menegaskan bahawa Pakatan Rakyat Perak perlu bersedia untuk menerajui kembali pemerintahan di negeri Perak. Untuk itu beliau menyeru kepada semua jentera membuat persiapan yang rapi untuk berhadapan dengan UMNO/ BN pada PRU ke- 13 akan datang | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan