Rabu, 9 Mei 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Salam Perjuangan

Posted: 08 May 2012 11:01 PM PDT

Salam Perjuangan


RAHIM NOOR - MINTA MAAF ATAU BERDEPAN SAMAN!

Posted: 08 May 2012 05:54 AM PDT

5 Jamadil Akhir 1433 H | 27 April 2012
PAS  mengecam keras kenyataan tidak beradab dan melampau yang dikeluarkan oleh bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor terhadap Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Tuduhan yang dikeluarkan oleh beliau sangat kurang ajar! Sehubungan itu, PAS Pusat menggesa agar beliau memohon maaf secara terbuka dan menarik balik tuduhan yang dikeluarkan itu kerana ianya tidak berasas dan fitnah semata-mata.

PAS Pusat melalui Lujnah Guaman turut akan mempertimbangkan saman terhadap akhbar NST yang sanggup menyiarkan berita fitnah tersebut tanpa usul-periksa. Melaporkan kenyataan Rahim Noor telah merosakkan lagi imej NST yang baru-baru ini tercalar teruk kerana memutar-belitkan kata-kata senator Australia, Nick Xenophon berdasarkan kata-kata ahli parlimen yang tidak berwibawa.

Latar belakang dan kisah silam Rahim Noor sudah diketahui umum dan sepatutnya sebagai suratkhabar yang berwibawa, penyelidikan dan semakan terhadap kata-kata beliau perlu dilakukan sebelum dipaparkan terutamanya yang berbentuk fitnah sebegini.

Jika fitnah terang-terang yang bersifat sampah sedemikian boleh dinilai sebagai berharga untuk digunakan sebagai berita utama, apakah nilai kualiti yang ada pada media milik kerajaan?

PAS mengingatkan bahawa menuduh seseorang individu sebagai kafir merupakan tuduhan paling berat dalam persoalan aqidah. 

Harus difahami bahawa tuduhan terhadap peribadi tidak sama dengan menuduh kumpulan. Tambahan pula kalau dalam kumpulan tersebut, memang terdapat ahlinya yang terdiri dari kalangan orang kafir.

Maka kaedah feqah jelas menyebut : "Sesiapa yang mengkafirkan orang mukmin, maka tuduhan kafir itu kembali kepadanya."

PAS tidak pernah membuat sebarang tuduhan kepada mana-mana individu sebagai kafir dalam mana-mana ceramah atau ucapan. Apa yang PAS jelaskan ialah batas-batas iman dan kufur yang menjadi sebahagian daripada silibus pengajian aqidah.

Oleh itu, fitnah Rahim Noor yang bersifat peribadi kepada Tuan Guru Nik Aziz sebagai seorang ulamak dan Mursyidul Am parti merupakan tuduhan yang melampaui batas.

Ucapan melampau sedemikian tidak boleh disuburkan sebagai budaya di negara kita. Ahli-ahli PAS diseru fokus pada kerja pilihanraya kerana ini sebahagian mainan media untuk mengalihkan fokus utama kita di saat menjelang PRU ke 13.

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'

Posted: 08 May 2012 09:18 PM PDT

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'


Kearah agenda peperangan dalaman ... musuh, Parlimen Pasir Salak.

Posted: 08 May 2012 08:34 AM PDT

PAS Negeri Sembilan

Posted: 08 May 2012 09:09 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Video Ceramah Pemuda di Rembau

Posted: 08 May 2012 08:05 PM PDT


Kepada mereka yang tidak berkesempatan mendengar ceramah pemuda yang diadakan di Pusat Khidmat DUN Chembong, Kg Mulia, Rembau pada 5 Mei 2012 yang lalu, boleh tonton di http://shamsuliskandar.wordpress.com/2012/05/09/video-ceramah-jelajah-amk-di-rembau-n-sembilan-552012/

Puasa dan Munajat Perdana menentang kezaliman

Posted: 08 May 2012 05:52 PM PDT


Puasa dan Munajat Perdana Dewan Pemuda PAS Malaysia.

1. Fitnah makin menggila, terutama kepada PAS  serta anggota dan pemimpinnya. Al Mursyidul Am PAS, Ayahanda Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat dianggap Father of Kafir oleh Bekas Ketua Polis Negara dan disiar pula oleh NST.

2. Pengarah Jabatan AMAL Malaysia saudara Johari Osman diugut dengan sepucuk surat berisi sebutir peluru hidup. Sebelumnya Saudara Mat Kamal bin Ismail anggota Jabatan AMAL Teluk Kemang telah ditangkap dan dibawa ke Balai Polis Dang Wangi selepas 10 hari himpunan aman BERSIH 3.0 berlangsung.

3. TV 3 dan Utusan Malaysia tidak henti - henti menabur fitnah kononnya  BERSIH 3.0 yang disokong dan disertai oleh PAS telah melakukan keganasan, memusnahkan harta benda, bermaksud menggulingkan kerajaan secara rusuhan malah turut dikait sebagai mencemarkan kesucian Tanah Suci Makkah dan Madinah

4. Menolak dan menangkis segala fitnah jahat secara sistematik yang dilakukan kepada PAS maka kami Dewan Pemuda PAS Malaysia mengarahkan seluruh ummat Islam prihatin khasnya pemuda PAS agar berpuasa selama 3 hari berturut - turut iaitu bermula hari Khamis, Jumaat dan Sabtu [ 10, 11 dan 12 May 2012 ] kemudian diakhiri dengan Munajat Perdana pada Hari Sabtu  [ 12 May ] jam 8.45 malam serentak seluruh negara di kawasan masing - masing.

5.  Tentatif  Program.
Khamis [ 10 May 2012 ] : Puasa
Jumaat [ 11 May 2012 ] : Puasa
Sabtu [ 12 May 2012 ] : Puasa

Sabtu [ 12 May 2012 ] 
7. 15 pm : Majlis berbuka puasa
7. 30 pm : Solat Maghrib berjamaah
7. 40 pm : Makan Malam
8. 00 pm : Tazkirah : Istiqamah dalam Perjuangan
8. 20 pm : Solat Isyak Berjamaah
8. 30 pm : Solat Hajat dan Munajat Pejuang [ serentak seluruh negara ]

Lokasi : Markaz Tarbiyah  PAS Kawasan.
Anjuran : Dewan Pemuda PAS Kawasan.

Nota : Munajat Pejuang akan di muat naik ke Laman Web Dewan Pemuda PAS Malaysia pada pagi Jumaat. Sila print out untuk munajat yang sama dan serentak seluruh negara.

Sekian Terima Kasih.

Nasrudin bin Hassan 
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

http://www.eperjuangan.com/2012/05/puasa-dan-munajat-perdana.html

Bersih 3, Unit Amal N9, Exco AMK ditahan malam tadi

Posted: 08 May 2012 01:32 AM PDT


Harakahdaily,  08 Mei 2012 

KUALA LUMPUR: Seorang anggota Unit Amal PAS dari Teluk Kemang Mat Kamal Ismail di tahan pihak polis malam tadi dipercayai ada kaitan dengan penglibatannya dalam himpunan Bersih 3.0.

Menurut Ketua Pengarah Unit Amal PAS Pusat Johari Osman, Kamal ditahan beberapa anggota polis kira-kira jam 12 malam tadi ketika sedang berkerja syif malam di pejabatnya.

"Selepas ditahan dia dibawa ke IPD Teluk Kemang dan pagi tadi dia dibawa ke IPD Dang Wangi Kuala Lumpur," kata Johari mengesahkan.

Sementara itu, seorang lagi anggota Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK) Farhan Ibrahim turut ditahan pagi tadi.

Difahamkan beliau ditahan oleh polis sekitar jam 3 pagi  di Melaka Tengah.

Timbalan ketua penerangan AMK Rozan Azen Mat Rasip ketika dihubungi Harakahdaily turut mengesahkan perkara itu.

Menurutnya, Farhan juga ditahan dipercayai ada kaitan dengan himpunan Bersih 3.0.

"Dikatakan Farhan ini antara yang dicari oleh pihak polis, tapi kita masih belum tahu apa sebab sebenar beliau ditahan, " katanya.

Farhan kini didakwa sedang berada di IPD Dang Wangi untuk diambil keterangan.

Syeikh Nuruddin Banjari di Seremban 12 Mei 2012

Posted: 08 May 2012 01:05 AM PDT


KULIAH ILMU
Bersama Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari
Pada Sabtu 12 Mei 2012 , jam 1.30 ptg
Di Surau AnNur, Bandar Seremban Selatan Fasa 2
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

Ceramah Umum 9 Mei 2012 di DUN Johol, N9

Posted: 07 May 2012 11:41 PM PDT


Ceramah Umum dan Pelancaran Bilik Gerakan UPU Inas

Tarikh : 9 Mei 2012 ( Rabu )
Masa : 9 malam
Tempat : UPU Inas, Kampung Seginyeh ( Jalan Inas - Kampung Batu, Rembau )

Penceramah :
- Mazlan Aliman ( Pengerusi ANAK )
- Aiman Athirah Al-Jundi ( Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat )
- Zulkefly Mohamad Omar ( AJK PAS Pusat )
- Ustaz Nor Azman Mohamad ( Ketua Penerangan PAS N.Sembilan )

Rembau Hari Ini

Posted: 08 May 2012 07:34 PM PDT

Rembau Hari Ini


Syeikh Nuruddin Banjari di Seremban 12 Mei 2012

Posted: 08 May 2012 01:11 AM PDT


KULIAH ILMU
Bersama Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari
Pada Sabtu 12 Mei 2012 , jam 1.30 ptg
Di Surau AnNur, Bandar Seremban Selatan Fasa 2
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

Tabung Kecemasan Lajnah Kebajikan PAS Rembau

Posted: 07 May 2012 08:20 PM PDT


Memandangkan saban hari pelbagai bantuan kecemasan perlu disalurkan kepada orangramai yang memerlukan, Lajnah Kebajikan PAS Rembau memberi peluang kepada orangramai yang berkemampuan untuk menyalurkan sumbangan melalui Tabung Kecemasan Lajnah Kebajikan PAS Rembau.

Kepada mereka yang ingin memberikan sumbangan sila hubungi Tn Hj Roni 012-2268230 , Ketua Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Rembau.

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui akaun berikut
Nama akaun : PAS Kawasan Rembau
Bank : Bank Islam (Cawangan Seremban)
No akaun : 05-012-01-007334-7

Bantuan kecemasan ini serba sedikit dapat meringankan beban mereka yang memerlukan bantuan seperti di bawah ini :

1. Mereka yang keputusan bekalan makanan akibat masalah ekonomi seperti diberhentikan kerja kerana penutupan kilang, ditinggalkan suami tanpa nafkah dan sebagainya.

2. Pemotongan bekalan elektrik dan air kerana tidak berkemampuan untuk menjelaskan tunggakan.

3. Bantuan awal untuk pelajar yang tidak berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran ke IPT/Kolej.

PAS Kawasan Miri

Posted: 08 May 2012 07:28 PM PDT

PAS Kawasan Miri


Radio Free Sarawak Menjadi Ancaman Kepada BN?

Posted: 08 May 2012 04:32 AM PDT

Radio Merdeka Sarawak Racun Bagi BN?
Mengulas laporan berita dalam 'Borneo Post', Ahli Parlimen (AP) Sibuti Ahmad Lai Bujang telah mengingatkan agar rakyat di Sibuti menutup dan memekakkan telinga kepada 'Radio Free Sarawak'.

Menurutnya "Ini adalah kerana radio yang dimaksudkan untuk mengelirukan pendengar dengan menyebarkan maklumat palsu dan menyebarkan pembohongan berniat jahat yang boleh menggugat perpaduan kaum dan keharmonian".

Sekarang nampaknya pemimpin BN (Barisan Nasional) amat takut dengan maklumat bebas yang disampaikan kepada rakyat melalui sebuah stesen Radio Bebas atau dikenali sebagai "Radio Free Sarawak" dimana mereka boleh mendengar maklumat terkini tanpa sebarang penapisan atau sekatan.

Radio Sarawak Merdeka atau (Radio Free Sarawak) merupakan stesen radio bebas yang membawa berita yang anda mahu dengar, bukan apa yang orang lain mahu anda mendengar. Tiada siapa yang mengawal kita, kecuali anda, pendengar Sarawak. Oleh itu, menonton dan menikmati berita, temuduga, laporan dan komen yang anda tidak akan mendapatkan untuk mendengar mana-mana stesen radio lain yang dikawal oleh kerajaan BN di Sarawak.

Dengan adanya maklumat yang terdapat dalam Radio Sarawak Merdeka maka akan memudahkan bagi pendengar di luar bandar mendapat maklumat terkini yang selama ini disekat oleh kerajaan BN.

Mereka sepatutnya tidak perlu takut sebab semua media massa dikawal sepenuhnya oleh kerajaan BN seperti Radio Television Malaysia (RTM) dan sebagainya.

Menurutnya lagi Sibuti telah dilabelkan sebagai "kawasan putih" kerana kebanyakan infrastruktur, air, elektrik, dan jalan raya yang diperlukan di dalam bahagian pilihan raya itu telah pun ditangani oleh kerajaan.

Jadi mengapa mesti takut dengan Pakatan Rakyat untuk menyebarkan maklumat terkini kepada penduduk di luar bandar? Kalau semua kemudahan asas sudah ada, maka rakyat sudah pasti tidak akan merungut dan menentang pihak kerajaan yang memerintah.

Sekarang ini pemimpin BN telah meniru cara-cara pihak Pakatan Rakyat menyalurkan sumbangan dengan memberi sekapit beras, gula, biskut dan lain-lain untuk mengambil hati rakyat.

Kalau dulu mereka perli Pakatan Rakyat datang ke kampung membawa sumbangan dengan sekapit beras dan gula, sekarang mereka pula meniru cara tersebut. Walaubagaimana pun yang menikmatinya adalah rakyat.

Kita minta rakyat dapat menilai sendiri akan tanggungjawab pihak pemerintah BN selama ini, adakah mereka benar-benar jujur dan ikhlas membantu rakyat atau sekadar datang pada musim pilihanraya dengan mengumpan rakyat dengan pemberian yang bersifat sementara, sedangkan sepatutnya mereka lebih utamakan kemudahan asas dan infrastruktur yang boleh memberi menafaat kepada penduduk di luar bandar khususnya.

Rakyat jangan mudah terpedaya dengan janji-janji pemimpin BN kerana setiap kali pilihanraya mereka pasti akan mengulangi kata-kata yang sama sekiranya rakyat menolak BN negara ini akan mundur dan huru-hara. Adakah selama ini negeri yang dipimpin oleh kerajaan Pakatan rakyat mundur dan huru-hara?

Rakyat boleh makan umpan tapi jangan makan kail sekali kerana kalau makan kail umpama ikan yang dikail akan terjerut lehernya dan akhirnya jadi mangsa. Jadilah rakyat yang bijak dan jangan mudah terpedaya dengan janji-janji manis yang akhirnya akan menjerut leher sendiri.

Jofri Jaraiee
PAS Miri Sarawak

Englsih version
Radio Free Sarawak Poison for the BN?
Commenting on a news report in "Borneo Post", Members of Parliament (MP) Sibuti Ahmad Lai Bujang have been reminded the people in Sibuti to turn a deaf ear to Radio Free Sarawak. He said "This is because the radio is meant to mislead its listeners by disseminating false information and spreading malicious lies that could jeopardise racial unity and harmony".

Now it seems that the leaders of the BN (Barisan Nasional) is afraid of independent information conveyed to the people through an independent radio station known as "Radio Free Sarawak," where they can hear the latest information without any censorship or restrictions.

Radio Free Sarawak is the independent radio station that brings you the news you want to hear, not what others want you to hear. No one controls us, except you, the listeners of Sarawak. So tune in and enjoy the news, interviews, reports and comment that you will never get to hear on any of the other government-controlled radio stations in Sarawak.

With the information available in the Radio Free Sarawak will facilitate the rural listeners get the latest information that has been blocked by the BN government.

According to him, Sibuti was labeled as a "white area" because most of the infrastructure, water, electricity, and roads are needed in the constituency have been addressed by the government. So why be afraid of the People's Alliance for disseminating information to rural people? If all the basic amenities are available, then people would not be complaining and against the government.

Now that BN leaders were imitate the ways of the PR channel contribution by giving a packet of rice, sugar, biscuits and other things to take people's hearts. Before their derogatory PR come to the village to bring the contribution with a packet of rice and sugar, now they were imitate the way. However, the enjoyment is the people.

We ask the people to evaluate themselves, are the responsibility of the BN government over the years have they really honestly and sincerely help the people or just came in during elections with lure the people with the grant, which is temporary, whereas they should be more concerned with basic facilities and infrastructure that can benefit the rural population in particular.

People are not be fooled by promises of BN leaders for elections each time they would repeat the same words, if the people reject the BN these country will decline and chaos. Are all this while the country led by the Pakatan government the people backward and chaos?

People can eat the bait but do not eat the hook because when they eat the hook is likened as the fish hook was caught around the neck and finally become a victim. Be smart people and not be fooled with promises that would eventually wrap around your neck.

PAS LENGGONG

Posted: 08 May 2012 07:23 PM PDT

PAS LENGGONG


Posted: 07 May 2012 11:26 PM PDT


Majlis Fatwa bercanggah dengan Dr Yusuf Qardawi

Harakahdaily,07 Mei 2012
KUALA LUMPUR, 7 Mei: PKR berpendirian tegas bahawa pandangan Tan Sri Profesor Emeritus Dr. Abdul Shukur Hussain, Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan seperti yang disiarkan dalam media semalam adalah sangat bertentangan dengan fatwa yang telah dikeluarkan oleh seorang ilmuan Islam yang sangat berautoriti, Dr Yusuf al-Qaradawi, Presiden Persatuan Ulama Sedunia seperti yang tercatat dalam buku yang berjudul Thawrah al-Sha'b (Revolusi Rakyat).


Ketua Penerangannya, Dr Muhammad Nur Manuty (gambar) berkata, Dr Yusuf berpendapat bahawa demonstrasi adalah harus kerana ia adalah salah satu kaedah untuk membebaskan rakyat dari cengkaman pemerintahan yang zalim, tidak adil serta tidak memberikan kebebasan rakyat bersuara dan bergerak dalam suasana yang aman.

"Adalah jelas bahawa fatwa tersebut semata-mata bertujuan untuk memenuhi kehendak pimpinan Umno yang terdesak menggunakan isu-isu agama Islam dan bangsa Melayu bagi survival politik mereka," ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, sewajarnya Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan merujuk dahulu kepada beberapa pimpinan utama Pakatan Rakyat bagi mendapat fakta yang sebenar apa yang telah berlaku pada 28 April yang lalu.

"Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan tidak wajar berat sebelah. Yang jelas Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan telah gagal melihat insiden 28 April secara menyeluruh," ujarnya lagi.

Katanya, PKR yakin bahawa pihak penganjur Bersih 3.0 sejak dari awal lagi mempunyai tujuan yang jelas itu perhimpunan secara aman demi untuk mempastikan berlakunya keadilan dan ketulusan dalam pengurusan pilihanraya di Malaysia.

Justeru, ujarnya kewibawaan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan sebagai sebuah badan tertinggi dalam pembuatan fatwa amat diragukan kredibilitinya.

"Kita ingin bertanya di manakah pendirian rasmi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan terhadap amalan budaya fitnah jahat,  perbuatan mengaibkan individu Muslim serta penyebaran video seks yang begitu berleluasa penyebarannya serta mendapat perlindungan dari pemerintah?

"Apakah pandangan Jawatankuasa Fatwa terhadapan keganasan fizikal yang telah dilakukan oleh pasukan PDRM ke atas demonstran dalam demonstrasi Bersih 3.0?" tanya beliau.

Katanya, rakyat berhak mendapat jawapan-jawapan yang ikhlas dari Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dalam isu-isu tersebut demi kebenaran dan keadilan sejagat.

"Sesungguhnya peranan jawatankuasa Fatwa Kebangsaan adalah untuk mempastikan fatwa-fatwa yang dikeluarkan memenuhi ciri-ciri kesahihan sesuatu fatwa seperti yang dikehendaki dalam Islam iaitu mempastikan fakta yang diperolehi adalah benar bukan artificial atau penuh dengan sangkaan buruk (su' al-zann), mempunyai sandaran hukum yang berpaksi kepada al-Qur'an, Sunnah dan lain-lain sumber yang muktabar, serta adil.

"Adalah jelas bahawa fatwa Jawatankuasa Kebangsaan lebih berbaur 'politik murahan' dari kewibaan fatwa yang dibahaskan oleh alim ulama yang berautoriti," katanya lagi.

Posted: 07 May 2012 11:25 PM PDT


Kafir: Giliran Rahim Nor pula keluar 'fatwa'

Harakahdaily,08 Mei 2012

KUALA LUMPUR, 8 Mei: Belum reda dengan fatwa majlis fatwa kebangsaan bahawa himpunan Bersih 3.0 haram, kini timbul pula fatwa baru oleh bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor yang menyifatkan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai bapa kafir.

Bagi Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), tuduhan tersebut amat keterlaluan dan bersifat kurang ajar.

"Menuduh seseorang itu kafir adalah tuduhan yang berat, terlebih lagi jika yang dituduh itu adalah alim ulama.

"Kita mendesak bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor menarik balik kenyataannya," kata naib ketuanya Dr Raja Ahmad Al Hiss (gambar).

Kenyataan Rahim itu telah disiarkan di New Straits Times (NST) pada hari ini.

"Soalnya, siapakah Tan Sri Rahim untuk menghukumkan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz sebagai sesat dan kafir?

"Apakah latar belakang beliau jika hendak dibandingkan dengan ulama ini dan sejauh mana kefahaman Islam beliau sehingga boleh mengeluarkan pandangan seseorang itu sesat atau betul," soal Raja lagi.

Baginya, kenyataan Rahim itu juga dengan jelas menghina institusi ulama.

Apatah lagi katanya, ramai para guru agama dan ulama turut hadir dalam perhimpunan Bersih 3.0 tempoh hari.

(Gambar kanan: Tuan Guru Haji Salleh Musa Sik antara ulama yang turut serta bersama rakyat dalam himpunan Bersih 3.0)
"Tan Sri Rahim Noor lebih faham Islam daripada ulama-ulama'yang hadir dalam Bersih 3.0," tegasnya mempersoalkan.

Sehubungan itu beliau meminta Rahim supaya bertaubat dan beristighfar dengan segera kerana menuduh seorang ulama yang berjuang demi menegakkan Islam serta mempertahankan kebenaran dengan tuduhan kafir dan sesat adalah suatu dosa yang besar di sisi Islam.

"Mungkin inilah nasib para ulama yang memperjuangkan kebenaran, dicaci dan dihina oleh mereka yang menolak Islam.

"DPPM bimbang, kenyataan beliau (Rahim) akan memakan tuan dan mengena balik kepada dirinya," katanya.

Posted: 07 May 2012 11:19 PM PDT


Fatwa Kebangsaan: Boneka Umno atau khalifah Allah?

MOHD AFIQ MOHD SALEH,
Jika Pengerusi Fatwa Kebangsaan tidak mengeluarkan fatwa seperti inipun saya pasti semua yang bergelar "allazina aamanu" sudah arif lagi mengetahui akan pengharaman jika membuat kerosakan. Tetapi nyatanya, fatwa sebegini telah menyerlahkan lagi siapa di sebalik topeng Majlis Fatwa. Jika mereka makan gaji dengan kerajaan sekalipun, namun mesti beringat-ingat, ketua terbesar bukanlah kerajaan tetapi Allah Azzawajalla. Menutup pekung kerajaan dengan menyalahkan rakyat melalui jalan fatwa adalah suatu pengkhianatan terhadap agama!

Saya melihat, fatwa sebegini menjadi nyawa terakhir kepada kerajaan apabila isu demi isu yang mereka mainkan tidak mendapat perhatian rakyat jelata. Bermula isu syurga neraka sampailah kepada isu seks, semuanya tidak berpihak kepada mereka, bahkan ludah yang dihampurkan terpalit ke wajah sendiri. Akhirnya, mereka mengambil kesempatan ini untuk menimbulkan isu lain, mufti dijadikan boneka, agama pula dijual atas nama politik demi meraih sokongan. Sungguh jijik sekali feel seperti ini.

Mengistinbatkan sesebuah fatwa bukan seperti menulis rencana, baik buruknya harus diteliti dari segenap sudut. Kondisi dan situasinya harus disesuaikan dengan masyarakat, dan perbahasannya bukan seperti perbahasan di dalam dewan parlimen! Fatwa dosa dan pahala, haram atau halal tidak sama dengan peraturan sekolah.

Saya percaya, pertikaian terhadap majlis fatwa rentetan fatwa yg dikeluarkan bukan sahaja pada badan pengeluar bahkan pertikaian juga terhadap fatwa yang dikeluarkan. Seolah-olah berat sebelah dan kelihatan seperti menyebelahi pihak kerajaan, dan yang lebih ditakuti jika ia berpihak kepada kemungkaran. Yang sewajarnya diharamkan tidak pula diharamkan atas kepentingan pihak tertentu.

Saya amat menghormati majlis fatwa kebangsaan atas nama autoriti mereka memegang tanggungjawab agama di dalam negara Malaysia, tetapi mereka tidak wajar menggunakan kuasa ini untuk mengambil kesempatan. Setidak-tidaknya, mereka mengambil langkah diam jika ditakuti fatwa yang dikeluarkan bersalahan dengan kehendak agama.

Saya pasti, jika fatwa yang dikeluarkan ini menepati ciri-ciri sebuah fatwa dan digazetkan secara saksama serta adil, rakyat tidak akan melenting. Rakyat hari ini semakin dekat dengan ugama dan telah tahu apa perkara yang haram dan yang halal. Pertimbangan majlis fatwa yang berat sebelah inilah yg mugkin menjadi pertikaian oleh rakyat terutamanya golongan agamawan.

Menyifatkan BERSIH 3.0 secara khusus sebagai hukum haram atas illah mencetuskan keadaan huru-hara adalah kesilapan yang sengaja mengundang padah. Pertamanya kerana matlamat dan tujuan perhimpunan itu diadakan bukan untuk menghuru-harakan keadaan jauh sekali mahu menumbangkan kerajaan. Keduanya, dalam pada mereka mengharamkan BERSIH, masih banyak maksiat yang sepatutnya terlebih dahulu diharamkan tidak pula difatwakan sebagai haram. Inilah antara penyebab timbulnya kemarahan pelbagai pihak.

Sewajarnya, dalam mengeluarkan fatwa biarlah bersifat menyeluruh dan adil. Jika satu maksiat HARAM, maka seluruh perkara yang mempunyai ciri-ciri maksiat mesti di-HARAM kan. Kondisi di Malaysia sudah terbalik, seolahnya, yang meminum arak itu haram, sebaliknya yang membuat arak tidak pula haram. Merokok diharamkan, tetapi penjualan rokok masih lagi berluasa. Begitu juga halnya perjudian, walaupun perbuatan judi telah lama difatwakan haram, namun tempat perjudian terbesar masih wujud di Malaysia.

Jika mahu berfatwa, lakukanlah ia secara adil dan saksama dalam semua hukum.


Jika tidak, apa yang akan berlaku, Itulah yang ALLAH sebutkan dalam surah Al-Baqarah, "beriman dengan sebahagian dan kufur dengan sebahagian" Apa yang mempunyai kepentingan oleh pihak tertentu dihalalkan, sebaliknya yg tidak berkepentingan pula diharamkan secara semberono.

Akhirnya, saya menyeru kepada majlis fatwa kebangsaan agar kembali kepada tugas asal mereka tanpa mengira latar politik. Walaupun terpaksa menempelak & menegur kerajaan, maka itu yang harus mereka lakukan demi melihat institusi agama terus mendapat penghormatan dan kepercayaan. Setidak-tidaknya mereka akan dihormati kerana kewibawaannya menjaga kredibiliti hukum dan agama.

AL al-Bayt University, Kingdom of Jordan.
Syariah, Fiqh wa usuluh.

Posted: 07 May 2012 11:17 PM PDT


Fitnah: Rahim diberi 24 jam tarik balik kenyataan

Aslani M,08 Mei 2012
KOTA BHARU, 8 Mei: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor diberi tempoh 24 jam menarik balik tuduhan terhadap Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dianggapnya "bapa kafir".

Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS Kelantan, Hisham Fauzi (gambar)berkata, kenyataan bekas ketua polis negara terbabit jelas tidak matang dan bersifat fitnah.

"Oleh itu kami memberi tempoh 24 jam untuk Rahim menarik balik kenyataan tersebut dan memohon maaf secara terbuka kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

"Sekiranya beliau didapati gagal menarik balik kenyataan fitnah tersebut, kami tidak akan teragak-agak mengambil tindakan mahkamah terhadapnya," katanya di sini.

Bekas Ketua Polis Negara itu dalam kenyataan dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini melabelkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai "bapa kafir" kerana dianggap mengelirukan umat Islam ekoran kenyataannya wajib menyokong Bersih 3.0.

Sebelum ini Menteri Besar Kelantan meminta rakyat keluar beramai-ramai pada himpunan Duduk Bantah pada 28 April lalu sebagai tanda membantah ketidakadilan dan kewujudan daftar pemilih yang meragukan.

Hisham berkata, kenyataan Rahim begitu melulu sekali dan langsung tidak mencerminkan seseorang yang memegang jawatan tinggi dalam pasukan polis.

Oleh itu kata beliau tindakan undang-undang akan diambil sekiranya bekas ketua polis terbabit tidak menarik balik kenyataan dan memohon maaf dalam tempoh ditetapkan.

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 08 May 2012 03:39 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


TAK PASAL-PASAL ORG PAS KENA BODOH DARI ORG BODOH

Posted: 08 May 2012 12:01 AM PDT

 Kekadang aku sedih jugak tengok puak-puak pengangkat najis UMNO nie buat statement yang bodoh bila nak jatuhkan PAS... ini salah satu artikel dari blogger UMNO Wangsa Maju...

Kenapalah pemikiran orang PAS ni terlalu singkat sangat pemikiran mereka, budak kecil pun lagi cerdik berfikir dari dia orang ni. Tempat suci dicemari dengan karenah manusia yang mencampur adukkan politik dan agama.

Apa yang sampai begitu penting sangat sehinggakan najis-najis ni dijemput masuk sampai dalam rumah ibadah..??

Kerana terlalu taksub dan kononnya merasakan parti PAS mengatasi agama Islam, PAS lebih tinggi kuasanya dari hukum Allah Taa'la. Sepatutnya Orang PAS ni harus dan wajib bertenang dan bawa mengucap...!!!

Cuba Ulama-ulama PAS jelaskan, apakah hukumnya membawa najis-najis yang tidak bersunat dan dalam hadas besar ni naik ke rumah ibadah orang islam..??? Apasal bebal sangat kepimpinan PAS ni..???

Jika nak berparti sangat pun, janganlah sampai nak menjual kesucian Agama Islam.....bertaubatlah wahai orang-orang PAS..!!!

Jangan sampai BALA ALLAH menimpa orang lain yang tidak bersalah pula kebelakangan hari nanti..!!! 

 April 7 : President Obama , with Turkish Prime Minister Recep Tayyip Erdogan, tours the Blue Mosque in Istanbul, Turkey, April 7, 2009. Visiting the 400-year old mosque was part Obama's mission to highlight a renewal of ties between the U.S. and the Muslim world.
 Bush visits mosque, warns against violence

KHIDMAT UMRAH/ HAJI PENTINGKAN UNTUNG DARI IBADAH?.. UNTUNG SORG RM9,500

Posted: 07 May 2012 07:05 PM PDT

Para pengusaha perkhidmatan haji dan umrah menjana keuntungan hingga RM280 juta setahun... satu jumlah yang besar ... bayangkan tahun lepas sahaja mereka rugi RM3.8 juta akibat Arab Saudi kurangkan 400 jemaah... maknanya untung 1 jemaah RM9,500... PEHHHHHH!!!!!

Para pengusaha perkhidmatan haji dan umrah bakal menanggung kerugian kira-kira RM280 juta setahun sekiranya kerajaan Arab Saudi melarang rakyat negara ini daripada mengerjakan ibadat itu.

Pengerusi Eksekutif Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd., Datuk Mohd. Daud Che Ngah berkata, sebanyak 26 pengusaha perkhidmatan haji dan umrah berlesen di negara ini bakal menutup perniagaan mereka kerana menanggung kesan kerugian besar tersebut.

Menurut beliau, sebagai contoh pada tahun lalu, pihaknya terpaksa menanggung kerugian RM3.8 juta apabila Arab Saudi mengarahkan untuk mengurangkan jumlah jemaah umrah daripada 1,400 kepada 1,000 orang.

''Bayangkan jika Arab Saudi tidak membenarkan rakyat negara ini menunaikan haji atau umrah selama tiga tahun, apa yang akan terjadi kepada nasib kami.

34 WAJAH YANG DIKEHENDAKI RAKYAT

Posted: 07 May 2012 05:43 PM PDT

Sesiapa yang ada maklumat tentang individu dalam gambar di atas tak perlu laporkan kepada mana2 Balai Polis...

Apa yang perlu korang buat?... berdoa moga-moga mereka ini sempat bertaubat atas kesilapan kerana mengikut telunjuk UMporNO sewaktu Bersih 3.0... menginsafi segala kesalahan dan berazam untuk tidak melakukannya lagi ..... huhuhuhuhuhuhuhu

SUBHANALLAH... BAYI TERCAMPAK KERETA SELAMAT

Posted: 07 May 2012 05:34 PM PDT

KUANTAN: "Menggeletar badan saya apabila melihat bayi lelaki itu menangis atas jalan dengan kepalanya berlumuran darah selepas tercampak keluar daripada kereta," kata Bakhtiar Md Dom, 33, saksi kemalangan maut di Kilometer 205.3, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dekat Gambang, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, Ahmad Hakimi Ahmad Rabudzi, 31, dari Batu Kurau, Pekan, dekat sini, yang memandu Mitsubishi Lancer dan isteri, Siti Rohani Abd Ahalim, 26, meninggal dunia di tempat kejadian akibat patah leher dan cedera di kepala.

Bagaimanapun, anak lelaki mereka, Ahmad Uzair berusia enam bulan yang tercampak keluar daripada kereta terselamat walaupun cedera parah di kepala. Bayi itu dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

Katanya, ketika kejadian, dia yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Kuantan mendapati keadaan di laluan itu kelam-kabut sebelum tergamam apabila melihat kereta mangsa 'terbang' ke laluan bertentangan.

"Saya berhenti di tepi jalan untuk membantu mengeluarkan kedua-dua mangsa, namun gagal kerana mereka tersepit. Kemudian saya terdengar tangisan bayi tidak jauh dari kenderaan itu.

"Sebaik berpaling ke arah jalan, saya lihat bayi terlentang di atas jalan sambil menangis dalam keadaan kepalanya berlumuran darah," katanya.

DPP Gopeng

Posted: 08 May 2012 03:33 PM PDT

DPP Gopeng


Radzi bersama YB Dr Lee membantu mangsa ribut Sungai Rokam

Posted: 08 May 2012 08:20 AM PDT

Radzi bersama YB Dr Lee membantu mangsa ribut Sungai Rokam

Sungai Rokam-8 Mei 2012

Mangsa ribut di Sungai Rokam Saudara Mohd Rashid Bin Zainal Abidin akan mendapat bantuan awal kos membaiki siling rumahnya sebanyak RM RM 2700 yang akan disumbang oleh Ahli Parlimen Gopeng YB Dr Lee Boon Chye.
YB Dr Lee yang hadir bersama Penyelia Pusat Khidmat Masyarakat (PAS) DUN Sungai Rapat pada jam 5 petang tadi berjaya meninjau dan mengenalpasti kerugian akibat ribut pada ahad lalu 6 Mei 2012. Pada jam 2 pagi keesokan harinya juga ribut sekali lagi menerbangkan 10 keping siling rumah Mohd Rashid.
Sebelum ini YB Dato' hamidah ada hadir menjenguk ke rumah mangsa pada 7 Mei  namun tiada kata putus dan janji bantuan yang dinyatakan oleh YB Dato' Hamidah.
Radzi Zainon juga menyumbangkan RM 100 melalui Pusat Khidmat beliau untuk sewa khemah bagi membantu mangsa sementara operasi penyelengaaran dilakukan.

UNIT MEDIA Sungai Rapat

Radzi pesan PAS perlu berani hadapi cabaran untuk menang

Posted: 08 May 2012 07:54 AM PDT

Radzi pesan PAS perlu berani hadapi cabaran untuk menang

Gopeng-6 Mei 2012
Konvensyen PAS Negeri Perak kali-16 berjaya diadakan di Hotel HillCity dengan jayanya. Terdapat banyak wacana dan penyatuan fikrah berjaya diadakan serta pembetulan fikrah yang mungkin masih menyelubungi petugas PAS (amilin) sebelum menghadapi cabaran PRU-ke-13 akan datang.
Radzi Zainon yang telah mewakili PAS Gopeng untuk berucap ada memberi beberapa pesanan untuk semua petugas yang hadir.
Antara kupasan menarik dalam ucapan beliau adalah pentingnya petugas PAS memahami senario kegersangan jiwa dan hati kaum melayu yang menjadi sasaran kempen dan dakwah PAS menjelang pilihanraya akan datang.
Masalah utama orang melayu selain isu ekonomi dan sosio-budayanya, orang melayu mengalami krisis kurang kefahaman beragama. Kekurangan kefahaman inilah yang menyebabkan mereka salah membuat percaturan hidup serta memilih arah untuk menentukan masa depan negara dan negerinya sendiri.
Pas yang bercita-cita tinggi untuk menawan Putrajaya dan Bangunan Perak melalui kerjasama Pakatan Rakyat juga perlu bersedia untuk menempuh cabaran yang tinggi dan mendesak. Hal ini memerlukan persiapan mental, tarbiah dan kefahaman ahli untuk menyelesaikan permasalahan dan persiapan menghadapi masalah selepas kemenangan atau kekalahan kelak.
Radzi juga mengulas ucapan perwakilan yang kelihatan menghentam dan menyalahkan DHPP yang kelihatan menjadi 'ustaz' atau mengajar orang Melayu tentang Islam. Perwakilan ada yang mengatakan isu sensitiviti orang melayu perlu dilihat kerana sikap DHPP yang kelihatan cuba mengajar dalam beberapa hal. Menurut Radzi, selaku ahli PAS yang menganut Islam perlulah memahami hakikat dan keadaan sebenar DHPP.
Radzi mengingatkan bahawa DHPP perlu diasuh, ditarbiah dan diberi 'training khas' dan bukannya dihentam dan dipersalahkan. Disaping mereka bukan penganut islam, mereka jugta adalah ahli bersekutu yang masih baru bertunas dalam PAS. Perkara remeh sebegini perlu diperhalusi dan diperbetulkan sebelum kita layak untuk memerintah negeri atau negara.

Muhammad Nuruddin Bashah
UNIT MEDIA Sungai Rapat

Radzi Zainon mendapat sambutan anak-anak muda Pengkalan Gate

Posted: 08 May 2012 07:50 AM PDT

Radzi Zainon mendapat sambutan anak-anak muda Pengkalan Gate 

Pengkalan gate Tambahan-5 Mei 2012

Majlis Santai Pemuda PAS bersama anak Muda Kampung Pengkalan Gate Berjaya diadakan dengan meriah sekali. Majlis yang dianjurkan kerjasama antara UPU Pengkalan Gate bersama Dewan Pemuda PAS Gopeng telah berjaya menarik hampir 60 orang anak muda yang berada di sekitar kampung berkenaan dan Lahat Baru.
" Tanpa kerjasama beberapa pemuda asal kampung ini yang sanggup menginfaq kawasan rumahnya sebagai tapak promram serta pengaruh mereka yang berjaya menarik kehadira anak muda, program ini tidak dapat direalisasikan" ulas saudara Shamsuri ajk UPU Pengkalan gate yang menjadi tulang belakang beberapa aktiviti anak muda di kampung berkenaan.
Anak-anak muda yang hadir malam itu dihidangkan dengan ayam bakar dan sosej hasil sumbangan penduduk kampung Pengkalan Gate Tambahan sendiri. Malah yang lebih bermakna, para anak muda dihidangkan dengan tayangan video ceramah Ustaz  Idrus dan Video BERSIH 3.0 yang berjaya membuka minda kesedaran mereka.
Menurut Saudara Radzi Zainonselaku Timbalan YDP PAS Kawasan Gopeng yang turut bersantai bersama anak muda hingga 12 malam, anak muda yang ahdir ini kelihatan mula inginkan maklumat alternatif dan kefahaman baru berbanding maklumat konvensional yang mereka perolehi melalui media pro-kerajaan akhbar ataupun televisyen. Beberapa anak muda yang pernah membantu UMNO pada PRU 2008 juga hadir menandakan suatu senario perubahan mood anak muda untuk bersama Pakatan Rakyat dan PAS membuka lembaran baru pentadbiran negeri Perak.

Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Penerangan MTD  Sg Rapat

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 08 May 2012 03:31 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


DURIAN RUNTUH, PEMBERIAN ATAU PEMBIAYAAN ?

Posted: 08 May 2012 05:21 AM PDT

Pada pendapat teman yang ada mertua sebagai peneroka dana merujuk kepada pesanan Tok Guru yang terkenal iaitu "BN bagi kita ambik, undi sukahati kita" kita guna "BN beri kita ambik ,Undi PAKATAN RAKYAT".Peneroka sedar atau peneroka yang ada jatidiri jangan rasa terhutang budi dengan 'pemberian' durian runtuh tersebut. Yang penting ambil wang yang dijanji tapi pastikan kemenangan di Pihak Pakatan Rakyat agar peneroka dan keluara tidak tertipu jangka masa panjang seperti Pensswastaan MAS, PKFZ , Projek NFC, Projek MISC, Projek PERWAJA dan banyak lagi. Dengan sebab itu di masa pilihanraya nanti FOKUS dan PASTIKAN UNDI PANGKAH BULAN (Lambang PAS) atau MATA(Lambang Parti Keadilan Rakyat atau DAP( lambang roket ke atas).
Berikan kemenangan pada Pakatan Rakyat agar tanah FELDA tidak tergadai seperi Pulau Batu Puteh.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pemberian RM15,000 kepada setiap keluarga peneroka Felda seluruh negara.

Beliau mengumumkan perkara berkenaan di hadapan ribuan warga peneroka Felda di Majlis Peneroka Bersama Perdana Menteri di Felda Jengka 8, Jerantut, Pahang.

Pemberian tersebut merupakan satu insentif bagi penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH).

Menurut Najib, dengan penyenarian FGVH, sejumlah RM1.689 bilion akan diagihkan kepada kira-kira 112,000 peneroka.

Wang tersebut akan diagihkan dalam tiga peringkat - masing-masing RM5, 000.

Peringkat pertama, katanya, adalah bayaran RM5,000 kepada ketua isirumah, diikuti RM5,000 kepada isteri dan bayaran terakhir RM5,000 kepada anak-anak mereka - Malaysiakini

KISAH SEORANG UNIT AMAL DIGASAK POLIS

Posted: 08 May 2012 02:06 AM PDT

Apalah PDRM sebelum ini telah mengiktiraf Unit Amal tetapi sanggup mencemari setiakawan menjaga kenteraman awam dan rakyat.Sewajarnya Unit Amal tidak perlu disentuh atau disangsi atau diragui pihak polis. Semasa sdr Mohd Fahmi ini sampai ke tempat kami OKT dikumpulkan di Kelab Diraja Selangor beliau cuba dipukul lagi di depan kami dan ramai menegur dan menjerit dengan takbir dan ramai yang bangun tanda bantah termasuk Prof Aziz Bari.

Seorang anggota Unit Amal PAS, Mohd Fahmi Mohd Noor mendakwa beliau dipukul ketika ditahan pihak polis dan sepanjang perjalanan ke Dataran Merdeka sebelum dibawa menaiki trak polis.

Fahmi mendakwa beliau ditahan kira-kira jam 4.30 petang di persimpangan lampu isyarat di hadapan bangunan Sime Darby di Jalan Raja Laut ketika sedang mengarahkan peserta Bersih 3.0 beredar dan tidak menimbulkan sebarang tindakan yang boleh menaikkan kemarahan pihak polis.

Menurut Fahmi, beliau ketika itu dalam posisi membelakangi polis menyebabkan beliau tidak sedar bahawa polis sudah menghampiri beliau menyebabkan beliau ditangkap walaupun pada waktu itu beliau sedang mengarahkan peserta bertenang serta beredar.

"Saya sedang mengarahkan agar peserta tidak melakukan provokasi saya pula ditangkap.

"Dalam perjalanan ke Dataran Merdeka ketika melalui kaki lima saya telah dipukul oleh pihak polis termasuk ditendang malah terdapat di antara mereka mengeluarkan kata-kata kesat dan lucah," katanya ketika ditemui Harakahdaily.

Menceritakan insiden itu lebih lanjut, Fahmi berkata, ketika ditahan beliau sempat bertanya kepada polis samada beliau sedang melakukan provokasi ataupun mengawal keadaan.

Namun salah seorang anggota polis itu ada mengatakan memang tiada provokasi dilakukan oleh beliau tetapi beliau harus juga ditangkap.

Beliau kemudian dibawa ke Dataran Merdeka bersama kumpulan lain yang lebih awal ditangkap.

"Jarak perjalanan agak jauh dan saya sendiri tidak pasti berapa kali dipukul, malah ketika sudah hampir di Kelab Di Raja Selangor saya sekali lagi dipukul oleh empat orang polis, disepak dan menyebabkan saya jatuh," ceritanya lagi.

Fahmi memberitahu setelah dipukul, beliau diletakkan bersama-sama dengan tahanan yang lain termasuk dengan bekas Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Abdul Aziz Bari.

"Ketika saya duduk bersama-sama tahanan yang lain, terdapat seorang anggota polis menjerit dan mengatakan saya telah memukul anggota polis, tindakan tersebut menyebabkan saya sekali lagi ditarik dan dibawa ke belakang trak polis sebelum dibelasah teruk oleh sembilan orang anggota polis.

"Ketika itu saya dipukul dengan teruk termasuk dipijak di perut, ditendang di bahagian dada dan belakang. Saya telah ditumbuk menyebabkan cermin mata saya telah jatuh.

"Dalam keadaan samar akibat kehilangan cermin mata saya cuba mengambil semula cermin mata tersebut tetapi salah seorang anggota polis telah memijak cermin mata saya sehingga pecah, saya dipukul dengan teruk tanpa ada belas kasihan langsung oleh pihak polis," sambung beliau lagi.

Sewaktu dipukul, beliau juga mendakwa ada mendengar Aziz Bari merayu meminta polis berhenti memukul beliau.

Akibat dibelasah beramai-ramai itu, Fahmi mengalami kecederaan di bahagian muka, dada dan belakang.

Tidak lama kemudian, beliau bersama tahanan yang lain dibawa ke Pulapol untuk diambil keterangan.

Ketika memberi keterangan pula, Fahmi mendakwa polis hanya mengambil maklumat peribadi sahaja tanpa bertanya apa yang berlaku terhadapnya sebenarnya.

Beliau yang baru enam bulan menyertai Unit Amal Shah Alam itu kemudiannya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam pada hari Isnin 30 April sebelum membuat pemeriksaan kesihatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang juga pada hari yang sama.

"Biarlah apa yang polis lakukan terhadap saya itu diadili oleh Allah dan saya tidak mempunyai apa-apa dendam dengan mereka.

"Cuma yang paling menyentuh perasaan saya ketika saya diarahkan menanggalkan beret yang dipakai oleh saya dan saya sendiri tidak mengetahui apa alasan sebenarnya polis suruh saya tanggalkan beret tersebut," katanya.


MESEJ YDP PAS, HULU SELANGOR BANJIR

Posted: 08 May 2012 02:01 AM PDT

Pada hari Isnin pagi 7 mei lalu Teman dapat mesej dari YDP PAS Hulu Selangor memberitahu banjir melanda Kawasan Hulu Selangor terutama batang Kali dan berdekatan rumah mantan YDP yang dahulu. namun teman kebetulan tidak sihat hari itu dan tiada kenderaan masa itu telah menghubungi ramai ahli bagi memberitahu sesiapa yang boleh turun membantu.
Beberapa buah kampung dan taman perumahan di Batang Kali, Hulu Selangor dilanda banjir kilat menyebabkan beberapa keluarga terpaksa berpindah ke rumah saudara-mara apabila rumah mereka dinaiki air.

Dilaporkan seramai lebih 250 orang terlibat dalam banjir kilat itu, membabitkan 70 keluarga yang menetap di Kampung Genting Malik, Kampung Sentosa, Taman Sekolah dan Taman Seri Cahaya.

"Jalan utama di Kilometer 48 hanya dibuka satu laluan dan setakat ini keadaan terkawal," katanya ketika dihubungi Bernama di sini malam tadi.

Dilaporkan juga kira-kira 15 anggota keselamatan termasuk anggota polis trafik, serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Batang Kali, terlibat dalam mengawal keadaan.

"Jabatan Kebajikan Masyarakat turut membuat tinjauan ke kawasan itu dan bersedia menghulurkan bantuan segera untuk mangsa-mangsa banjir," katanya.

Sementara itu, lebih 50 buah rumah di beberapa buah kampung di daerah ini naiki air akibat hujan lebat sejak malam tadi.

Satu kejadian banjir dilaporkan berlaku melibatkan beberapa kawasan di Batang Kali, Hulu Selangor bermula awal pagi Isnin . Operasi menyelamat dan memindahkan mangsa banjir sedang dilakukan oleh agensi-agensi berkaitan. Sebarang maklumat terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

KAWASAN DILANDA BANJIR:

1)KG ULU KALONG,ULU YAM
2)KG GENTIN G MALEK,BATANG KALI
3)KG MASJID,BATANG KALI
4)LORONG HJ NORDIN,ULU YAM
5)KG BATU 30,ULU YAM LAMA
6)KG TENGAH
7)KG SG MANIS,BATANG KALI
8)KG SEKOLAH.BATANG KALI
9)KG SERI CAHAYA,BATANG KALI
10)KG ULU YAM BARU,BATANG KALI
11)JALAN KG KUANTAN,KG GENTING
12)NO 1566,JALAN BATANG KALI
13)KUARTERS PUSAT HAIWAN
14)KG SENTOSA

KEJUTAN NAJIB ! AKAN BERSAMA BAPA ALTANTUYA DI PERANCIS

Posted: 07 May 2012 06:54 PM PDT

Berita yang memeranjatkan rakyat dan jiga DSAI sendiri ialah Mahkamah Perancis dalam kes kapal selam telah membariskan saf saksi utama ialah (jika tak silap) pertama Razak Baginda, kedua Najib Tun Razak dan ketiga AlTantuya Shaaribu (bapa Al-TanTuya) .
Kejayaan BERSIH 3.0 memberi kesan atau impak yang sangat besar pada tambahan sokongan dan kesedaran rakyat yang meningkat dan diwaktu yang sama menekan dan menakutkan UMNO dan BN. Sehinggakan terpaksa gunakan mufti bagi mengeluarkan fatwa dan disokong oleh bekas Tree Stooges iaitu 3 bekas Ketua Polis Negara.
Malam tadi berlangsungnya dua ceramah serentak antara pihak Barisan Nasional dengan Pakatan Rakyat. Ceramah BN diadakan di Kg Wira Damai yang diberitakan seramai 100 orang dan Ceramah PR di Kg Baru Batu Caves seramai 5.000 orang walau di padang yang berair dan lecak. BN menampilkan Noh Omar, Zul Nordin, Zahip Md Arip dan Ezam Md Noor (tak datang atau takl berani). Sementara PR menampilkan Anwar Ibrahim, Saifuddin Nasution, Zuraidah Kamaruddin dan beberapa orang lagi.


PAS KOTA TINGGI

Posted: 08 May 2012 01:15 PM PDT

PAS KOTA TINGGI


Program Ceramah Terdekat

Posted: 08 May 2012 06:52 AM PDT


Anda di jemput hadir beramai-ramai bagi mendengar ceramah yang bakal di sampaikan oleh Ir YB Khalid Samad selaku Ahli Parlimen Shah Alam. Mohon sampai-sampaikan kepada sahabat-sahabat yang lain. Terima kasih.

Batu Gajah Mari

Posted: 08 May 2012 11:12 AM PDT

Batu Gajah Mari


TERBARU! Peserta BERSIH dari Perak ditahan!

Posted: 08 May 2012 05:24 AM PDT


Sumber daripada Perakite Daily.. blog yang sedang meningkat naik

IPOH: Seorang lagi dipercayai ada kaitan dengan penglibatannya dalam himpunan Bersih 3.0 telah ditahan hari ini.

Amirullah Sidik, 43, telah ditahan di Pejabat PAS Perak dan dibawa ke IPD Ipoh kira-kira 2.05 petang tadi.

Pengarah Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia Dewan Pemuda PAS Perak (Juham), Zambri Rahim berkata, Amirullah ditahan atas seksyen 440 kanun keseksaan iaitu menyebabkan kerosakan harta benda awam.

"Tahanan ini dibawa ke IPD Dang Wangi untuk disoal siasat dan kemungkinan akan ditahan reman jika siasatan tidak selesai pada hari ini," katanya.

Menurut seorang saksi, bekas pegawai tentera itu sudah diekori pihak Polis sehingga di kediamannya di Taman Perpaduan, Ulu Kinta sejak sabtu lalu.

Ini adalah kes tahanan ketiga tentang penglibatan dalam himpunan Bersih 3.0 selepas selepas dua orang ditahan masing-masing di Melaka dan Negeri Sembilan malam tadi.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 08 May 2012 11:03 AM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Fitnah: Rahim diberi 24 jam tarik balik kenyataan

Posted: 07 May 2012 09:28 PM PDT


KOTA BHARU, 8 Mei: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor diberi tempoh 24 jam menarik balik tuduhan terhadap Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dianggapnya "bapa kafir".

Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS Kelantan, Hisham Fauzi (gambar) berkata, kenyataan bekas ketua polis negara terbabit jelas tidak matang dan bersifat fitnah.

"Oleh itu kami memberi tempoh 24 jam untuk Rahim menarik balik kenyataan tersebut dan memohon maaf secara terbuka kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

"Sekiranya beliau didapati gagal menarik balik kenyataan fitnah tersebut, kami tidak akan teragak-agak mengambil tindakan mahkamah terhadapnya," katanya di sini.

Bekas Ketua Polis Negara itu dalam kenyataan dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini melabelkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai "bapa kafir" kerana dianggap mengelirukan umat Islam ekoran kenyataannya wajib menyokong Bersih 3.0.

Sebelum ini Menteri Besar Kelantan meminta rakyat keluar beramai-ramai pada himpunan Duduk Bantah pada 28 April lalu sebagai tanda membantah ketidakadilan dan kewujudan daftar pemilih yang meragukan.

Hisham berkata, kenyataan Rahim begitu melulu sekali dan langsung tidak mencerminkan seseorang yang memegang jawatan tinggi dalam pasukan polis.

Oleh itu kata beliau tindakan undang-undang akan diambil sekiranya bekas ketua polis terbabit tidak menarik balik kenyataan dan memohon maaf dalam tempoh ditetapkan.

Sejarah politik paling kotor sejak merdeka – Kadir

Posted: 07 May 2012 09:27 PM PDT


BACHOK: "Sepanjang 56 tahun bersama Umno saya tidak pernah tengok lagi politik yang paling kotor dan tidak adil berlaku sejak negara mencapai kemerdekaan, berbanding sekarang.

"Sekarang sudah tidak ada negara yang mengamalkan demokrasi menggunakan sepenuhnya jentera kerajaan dalam kempen pilihan raya," kata bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Ahmad.

Perkarangan pejabat PAS di Pantai Irama dekat sini penuh sesak dengan orang ramai yang mahu mendengar ceramah sulung bekas veteran Umno terbabit di Kelantan.

Di sebelah jalan utama di hadapan Masjid Bandar Bachok sehingga ke tepi pantai penuh dengan orang ramai tanpa menghiraukan hujan yang turun rintik-rintik.

Hadir sama pada ceramah isu semasa tersebut Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalan Pesuruhjaya, Datuk Mohd Amar Abdullah dan Yang Dipertua PAS Bachok, Datuk Omar Mohamad.

Pada sebelah pagi Abdul Kadir menemui Tuan Guru Nik Abdul Aziz di Kota Darulnaim dan sebelah petang bersembang bersama rakyat di Kedai Kok Lanas.

Abdul Kadir bekas anggota jawatankuasa Pemuda Umno Kampung Air Tawar, Baling pada 1956 juga berkata, suasana begitu berbeza zaman kepemimpinan Umno di bawah Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak berbanding sekarang.

Katanya, masa itu pemimpin Umno benar-benar berjuang secara ikhlas dan jujur untuk rakyat.

"Mereka tiada perangai buruk seperti pemimpin Umno la ni. Sekarang pemimpin Umno tidak perlu susah-susah kempen bagi menarik sokongan rakyat, hanya perlu hulur duit sahaja.

"Politik sekarang we need money. Hendak jadi ketua Umno tidak payah kempen hanya guna duit. Begitu juga hendak menang pilihan raya hanya guna duit.

"Umno letak orang depa dalam semua agensi penting kerajaan seperti SPR, SPRM, polis, mahkamah dan tentera. Sebab itulah depa tidak takut untuk melakukan penyelewengan dan pembaziran kerana semuanya orang kita," katanya.

Menurutnya tindak tanduk pemimpin Umno sekarang secara jelas mahu merosakkan negara kerana semua benda menggunakan umpan wang.

PIALA AFC 2012 : KELANTAN LWN AYEYAWADY UNITED

Posted: 07 May 2012 09:27 PM PDT

Siaran Langsung di RTM 1

Majlis Syura PAS sedang teliti senarai calon

Posted: 07 May 2012 09:26 PM PDT


IPOH: Proses pemilihan calon PAS untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 hampir selesai dan kini berada diperingkat akhir.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata sehingga kini hampir kesemua calon di semua kerusi yang ditandingi PAS sudah disenaraikan.

Menurutnya juga, Majlis Syura sudah pun meneliti senarai nama yang dikemukakan di setiap negeri sebelum diputuskan oleh peringkat tertinggi parti itu.

"Boleh dikatakan hampir selesai, kita akan berbincang bersama Majlis Syura dalam masa terdekat sebelum diputuskan jawatankuasa," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen PAS Perak Kali Ke-16 di Hotel Hillcity Ipoh, semalam.

Katanya, setiap kawasan telah menghantar sekurang-kurangnya dua nama dan ianya dipersetujui oleh Majlis Syura.

"Kami akan mengisytiharkan calon selepas parlimen dibubarkan kelak," ujarnya.

Mengenai pembahagian kerusi, Pesuruhjaya PAS Pahang itu juga berkata, setakat ini semuanya berjalan de­ngan lancar dan cuma ada satu dua negeri yang masih dalam perbincangan akhir.

"Tiada masalah besar dalam pembahagian kerusi ini, ianya dalam proses perbincangan dan akan selesai tidak lama lagi," jelasnya.

Ketika ditanya mengenai manifesto Pakatan Rakyat, beliau berkata gabungan tiga parti sudah pun menyiapkannya dan hanya akan diumumkan menjelang pilihan raya.

Ini kerana katanya, kebiasaannya Umno akan meniru manifesto Pakatan Rakyat seperti yang terjadi kepada Buku Jingga.

Sementara itu, beliau menggesa kepada jentera seluruh jentera parti di seluruh negara untuk mengibarkan bendera parti bagi membina semangat dan momentum dalam suasana bahang pilihanraya yang semakin hampir.

Majlis Fatwa bercanggah dengan Dr Yusuf Qardawi

Posted: 07 May 2012 09:26 PM PDT


KUALA LUMPUR, 7 Mei: PKR berpendirian tegas bahawa pandangan Tan Sri Profesor Emeritus Dr. Abdul Shukur Hussain, Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan seperti yang disiarkan dalam media semalam adalah sangat bertentangan dengan fatwa yang telah dikeluarkan oleh seorang ilmuan Islam yang sangat berautoriti, Dr Yusuf al-Qaradawi, Presiden Persatuan Ulama Sedunia seperti yang tercatat dalam buku yang berjudul Thawrah al-Sha'b (Revolusi Rakyat).


Ketua Penerangannya, Dr Muhammad Nur Manuty (gambar) berkata, Dr Yusuf berpendapat bahawa demonstrasi adalah harus kerana ia adalah salah satu kaedah untuk membebaskan rakyat dari cengkaman pemerintahan yang zalim, tidak adil serta tidak memberikan kebebasan rakyat bersuara dan bergerak dalam suasana yang aman.

"Adalah jelas bahawa fatwa tersebut semata-mata bertujuan untuk memenuhi kehendak pimpinan Umno yang terdesak menggunakan isu-isu agama Islam dan bangsa Melayu bagi survival politik mereka," ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, sewajarnya Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan merujuk dahulu kepada beberapa pimpinan utama Pakatan Rakyat bagi mendapat fakta yang sebenar apa yang telah berlaku pada 28 April yang lalu.

"Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan tidak wajar berat sebelah. Yang jelas Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan telah gagal melihat insiden 28 April secara menyeluruh," ujarnya lagi.

Katanya, PKR yakin bahawa pihak penganjur Bersih 3.0 sejak dari awal lagi mempunyai tujuan yang jelas itu perhimpunan secara aman demi untuk mempastikan berlakunya keadilan dan ketulusan dalam pengurusan pilihanraya di Malaysia.

Justeru, ujarnya kewibawaan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan sebagai sebuah badan tertinggi dalam pembuatan fatwa amat diragukan kredibilitinya.

"Kita ingin bertanya di manakah pendirian rasmi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan terhadap amalan budaya fitnah jahat,  perbuatan mengaibkan individu Muslim serta penyebaran video seks yang begitu berleluasa penyebarannya serta mendapat perlindungan dari pemerintah?

"Apakah pandangan Jawatankuasa Fatwa terhadapan keganasan fizikal yang telah dilakukan oleh pasukan PDRM ke atas demonstran dalam demonstrasi Bersih 3.0?" tanya beliau.

Katanya, rakyat berhak mendapat jawapan-jawapan yang ikhlas dari Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dalam isu-isu tersebut demi kebenaran dan keadilan sejagat.

"Sesungguhnya peranan jawatankuasa Fatwa Kebangsaan adalah untuk mempastikan fatwa-fatwa yang dikeluarkan memenuhi ciri-ciri kesahihan sesuatu fatwa seperti yang dikehendaki dalam Islam iaitu mempastikan fakta yang diperolehi adalah benar bukan artificial atau penuh dengan sangkaan buruk (su' al-zann), mempunyai sandaran hukum yang berpaksi kepada al-Qur'an, Sunnah dan lain-lain sumber yang muktabar, serta adil.

"Adalah jelas bahawa fatwa Jawatankuasa Kebangsaan lebih berbaur 'politik murahan' dari kewibaan fatwa yang dibahaskan oleh alim ulama yang berautoriti," katanya lagi.

Media rayakan kemungkaran media jahiliah

Posted: 07 May 2012 09:25 PM PDT


KUALA LUMPUR, 7 Mei: Media yang menganjurkan sikap merayakan kemungkaran dengan niat hiburan atau politik apatah dengan mengaibkan sesama Islam maka tentulah media tersebut menjadi media jahiliah, demikian tegas Pengasas Zentrum Future Studies Malaysia Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah (gambar).

Tambahnya, media jahilian tidak memiliki fikiran dan perasaan terhadap peradaban dan tidak mentaati sikap Islam sebagai agama syumul yang mencahayakan kebenaran dan kebaikan buat umat manusia.

"Islam adalah agama rasmi negara ini, maka segala perilaku, perbuatan, pemikiran dan tindakan baik secara individu, apatah lagi sebagai institusi hendaklah menempatkan sikap menghormati cara Islam menguruskan penghidupan manusia. Tentulah media juga tidak lepas dari posisi ini," katanya kepada Harakahdaily.

Mengulas sikap media arus perdana yang keterlaluan dalam laporan mereka akhir-akhir ini, katanya, fungsi media sebagai pemacu pembentukan jasmani yang bersih, dan rohani yang mulia adalah gerakan yang mengatasi segala kepentingan, politik atau budaya.

Malah katanya, takut pada tekanan autokrasi dengan menghalalkan rasuah, pecah amanah, penindasan, penipuan, dan pengkhianatan terhadap hak-hak manusia serta penderhakaan terhadap agama, atas alasan politik tentulah menempatkan media itu tidak lebih gerombolan munafik dan fasik.

"Yang menyamar dalam topeng yang baik walhal sebenarnya memiliki sifat dan sikap yang melampaui batas, yang menentang sistem yang telah ditetapkan oleh Islam," ujarnya.

Tegas Abu Hassan, media adalah sebuah medium intelektualisme yang sangat berpengaruh dan memainkan peranan sebagai pembentuk nilai dan identiti masyarakat, dan mempertahankan keadilan dan kesaksamaan, menganjurkan kemajuan dalam fikiran dan perasaan.

Justeru katanya, tidak ada demokrasi tanpa kebebasan media akan melemahkan kualiti media yang ada.

"Jika demokrasi sebuah kewajiban, maka penciptaan media yang bebas juga sebuah keharusan. Demikianlah setidaknya kita diberitahu tentang fungsi media, dan bagaimana mediawan, serta massa sebagai penerima mesej," katanya.

Media yang berada di bawah naugan kerajaan Islam, katanya harus mampu mempengaruhi khalayak agar menjauhi kemaksiatan, perilaku kepunahan moral dan akhlak yang lazim disebut menganjurkan perayaan hedonis sama ada secara sosial mahupun secara ekonomi dan politik.

"Media Islami tentu saja menghindari gambar-gambar ataupun ungkapan-ungkapan pornografis, menjauhkan promosi kemaksiatan, atau hal-hal yang bertentangan dengan syariat Islam, seperti fitnah, memutarbelitkan fakta, berita bohong, mendukung kemungkaran, dan bersikap melampaui batas dengan menafikan keadilan, kesaksamaan dan hak-hak kemanusiaan atas apapun alasan, kapitalisme maupun kekuasaan politik," katanya.

Rantau Panjang cadang TG Nik Aziz tanding 2 kerusi

Posted: 07 May 2012 09:24 PM PDT


RANTAU PANJANG: Agen tempat mengundi (polling agent) PAS dan Pakatan Rakyat perlu memainkan peranan lebih berkesan memandangkan semakin ramai penjawat awam disenaraikan sebagai pengundi pos.

Malah isteri anggota tentera yang tidak ada kaitan dengan aspek keselamatan juga dimasuk dalam senarai pengundi pos.

Bendahari PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata, tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menambah jumlah pengundi pos memberi cabaran besar kepada polling agent.

"Malah perlu juga diawasi kerana peti undi pos disimpan selama tiga hari di bawah jagaan SPR sebelum tarikh mengundi sebenar diadakan di semua kawasan terlibat," katanya ketika merasmikan mesyuarat agung tahunan PAS Rantau Panjang di Pusat Tarbiyah di sini semalam.

Beliau yang juga anggota Parlimen Pengkalan Chepa berkata, polling agent mempunyai tugas paling mencabar sekarang kerana mereka boleh mengesan sebarang penyelewengan dan penipuan di tempat mengundi.

Turut  hadir Yang Dipertua PAS Rantau Panjang, Abdul Fatah Harun, Timbalan Yang Dipertua, Datuk Nasruddin Daud dan dan naib, Mohamad Awang.

Abdul Halim juga berkata, PAS perlu memperkemaskan jentera pilihan raya dan mengelakkan membuat janji-janji  untuk menyedapkan hati rakyat semata-mata.

Sementara itu PAS Rantau Panjang melulus usul cawangan Banggul Setol yang mahu Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bertanding dua kerusi dalam PRU 13 iaitu Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

"Semua perwakilan bersetuju menerima usul tersebut tanpa bahas memandangkan ia selari dengan kehendak parti mengatur strategi menawan Putrajaya," kata Abdul Fatah.

Manakala Cawangan Tiang Candi mencadangkan supaya kerajaan negeri menubuh Yayasan Tanah Wakaf Pendidikan bagi membiayai pengajian pelajar-pelajar miskin di pusat pengajian tinggi.

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 08 May 2012 09:28 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


Meletak batu asas ...proses pemberdayaan sekolah agama Selangor

Posted: 08 May 2012 07:25 AM PDT

Taman Mini Botani Al-Quran Di Sekolah Pertama Di Malaysia
 
KLANG, 4 MEI : Selangor menjadi negeri pertama di Malaysia yang mewujudkan Taman Mini Botani Al-Quran di sekolah bagi memperkasakan bidang pendidikan berasaskan Islam.
Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata dengan Taman Mini Botani Al-Quran itu warga pendidik dan pelajar akan lebih memahami dan mengetahui jenis pokok dan khasiatnya sebagaimana tercatat di dalam Al-Quran.
"Buat julung-julung kalinya kita berada dalam satu majlis bagi memperkenalkan satu pembaharuan iaitu Taman Mini Botani Al-Quran di mana sebelum ini tiada lagi di tempat lain sama ada sekolah agama atau sekolah biasa.
"Ini adalah antara program pertama jejak ilmuan Kerajaan Negeri di mana bagaimana kita nak membangunkan Selangor sebagai negeri Idaman, Maju, Sejahtera dan Berkebajikan," katanya dalam ucapan perasmian Taman Mini Botani Al-Quran di Sekolah Rendah Agama (SRA) Kampung Delek di sini semalam.
Turut hadir, Pemangku Naib Canselor Unisel, Profesor Dr Anuar Ahmad; Pengarah Institut Bio-IT Selangor International Islamic Academy for Life Sciences & Biotechnology (IAB), Profesor Emeritus Datuk Dr Abdul Latip Ibraihm dan Guru Besar SRA Kampung Delek, Noraini Kasiman.
Beliau berkata, idea taman mini tersebut adalah ekoran undangan Kerajaan Qatar bersama Dr Abdul Latip di mana Qatar mahu mengembangkan Taman Botani Al-Quran di seluruh negara itu bagi memberi pendidikan berasaskan Islam.
Program Taman Mini Botani Al-Quran Pertama ini dijalankan Kerajaan Negeri bersama Universiti Selangor (Unisel) dengan peruntukan RM60,000 bagi memperkenalkan penanaman pokok yang terdapat di dalam Al-Quran.
Antara pokok yang ditanam di sekolah tersebut ialah Pisang, Lidah Buaya, Selasih, Setawar Hali, Labu Air, Timun, Jagung dan Inai.
"Selangor adalah negeri pertama yang memperkenalkan taman dengan konsep sebegini dan kita mahu meluaskannya ke daerah lain," katanya.
Sementara itu, Noraini ketika ditemui melahirkan rasa bangga kerana sekolahnya dipilih sebagai tapak perintis bagi projek tersebut.
"Sebagai Guru Besar, saya bersama pengurusan dan semua kakitangan sekolah berbesar hati dan bangga dengan pemilihan ini. Terima kasih kepada Kerajaan Negeri dan Dr Halimah atas penghargaan ini," katanya.

HIMPUNAN PEKERJA PERDANA ANJURAN EXCO MODAL INSAN KERAJAAN SELANGOR

Posted: 08 May 2012 05:44 AM PDT

Perhimpunan 13 Mei, Warga Kerja Diseru Hadir Kemuka Masalah

165 views SHAH ALAM 8 MEI : Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr Halimah Ali menggesa warga pekerja untuk hadir beramai-ramai di Majlis Himpunan Pekerja pada (Ahad)13 Mei ini bermula dari jam 5 petang hingga 12 tengah malam.
Majlis tersebut akan disertai pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat(PR) seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta Lim Kit Siang, selain kehadiran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Menurut Dr Halimah, gesaan tersebut dibuat selaras dengan hasrat kerajaan negeri untuk menyampaikan dasar PR dalam memartabatkan golongan pekerja.
"Pakatan Rakyat dari dulu hingga sekarang komited untuk melaksanakan dasar-dasar bagi membela nasib pekerja kerana kita yakin apabila pendapatan rakyat meningkat, pengaliran ekonomi juga sama meningkat dan begitu juga dengan taraf hidup rakyat.
"Kita juga berharap dengan adanya program ramah mesra bersama rakyat Ahad ini, dapatlah kita mendengar luahan pekerja sambil berbincang secara lebih terbuka dasar-dasar yang boleh diketengahkan demi kepentingan warga pekerja," jelas beliau yang ditemani Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid sewaktu mengadakan Lawatan Program Ramah Mesra Bersama Warga Industri di Kilang Pokka Ace (M) Sdn. Bhd di sini pagi tadi.
Mengulas tawaran Kerajaan Pusat untuk menyelaraskan gaji minimum sebanyak RM900 bagi pekerja di Semenanjung sementara RM800 bagi Sabah dan Sarawak, Dr. Halimah menegaskan tawaran itu sama sekali tidak relevan.
"Ramai yang tidak setuju dan tidak gembira dengan pengumuman Perdana Menteri itu kerana dengan kos sara hidup yang tinggi, kos sebegitu tidak lagi sepadan untuk perbelanjaan bagi seisi rumah hari ini.
"Sebaliknya Pakatan Rakyat komited untuk menyelaraskan pendapatan minimum sebanyak RM 1,500 dan itu sesuatu yang kita mampu dan pasti lakukan jika berjaya menawan Putrajaya nanti," jelas beliau.
Selain Abdullah Sani, lawatan pagi tadi turut disertai pemimpin dan wakil dari 16 kesatuan sekerja dengan menaiki bas persiaran yang dilepaskan Menteri Besar di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SUK) di sini pagi tadi.

Pemuda Guchil

Posted: 08 May 2012 09:14 AM PDT

Pemuda Guchil


Mengapa Majlis Fatwa Tak Keluarkan ‘Fatwa’ Polis Sepak Peserta, Akhbar Sebar Gambar Lucah?

Posted: 08 May 2012 05:31 AM PDT

Jika Rakyat Tidak Hormat Majlis Fatwa Apabila Sudah Jadi Lidah UMNO, Salah Siapa?

Posted: 08 May 2012 05:29 AM PDT

TG Nik Aziz Menjawab Berhubung Isu Beliau Digelar Bapa Kafir Dengan Ayat-ayat Al Quran

Posted: 08 May 2012 05:26 AM PDT

Fitnah: Rahim diberi 24 jam tarik balik kenyataan

Posted: 08 May 2012 05:15 AM PDT

Pakatan: 'Kami tak takut, BN makin bimbang'

Posted: 08 May 2012 05:14 AM PDT

Kenyataan Bekas Ketua Polis Negara bukti reformasi pilihan raya takkan dijalankan.

Posted: 08 May 2012 05:08 AM PDT

Ulangtahun ke-66 : Umno jangan menipu !!

Posted: 08 May 2012 05:06 AM PDT

Najib umum Durian Runtuh.. tapi kenapa RM1.689 Billion saja? lagi RM3.942 Billion hilang kemana?????????

Posted: 08 May 2012 05:01 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 08 May 2012 09:05 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Bersih 3, Unit Amal N9, Exco AMK ditahan malam tadi

Posted: 08 May 2012 01:31 AM PDT


Harakahdaily,  08 Mei 2012 

KUALA LUMPUR: Seorang anggota Unit Amal PAS dari Teluk Kemang Mat Kamal Ismail di tahan pihak polis malam tadi dipercayai ada kaitan dengan penglibatannya dalam himpunan Bersih 3.0.

Menurut Ketua Pengarah Unit Amal PAS Pusat Johari Osman, Kamal ditahan beberapa anggota polis kira-kira jam 12 malam tadi ketika sedang berkerja syif malam di pejabatnya.

"Selepas ditahan dia dibawa ke IPD Teluk Kemang dan pagi tadi dia dibawa ke IPD Dang Wangi Kuala Lumpur," kata Johari mengesahkan.

Sementara itu, seorang lagi anggota Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK) Farhan Ibrahim turut ditahan pagi tadi.

Difahamkan beliau ditahan oleh polis sekitar jam 3 pagi  di Melaka Tengah.

Timbalan ketua penerangan AMK Rozan Azen Mat Rasip ketika dihubungi Harakahdaily turut mengesahkan perkara itu.

Menurutnya, Farhan juga ditahan dipercayai ada kaitan dengan himpunan Bersih 3.0.

"Dikatakan Farhan ini antara yang dicari oleh pihak polis, tapi kita masih belum tahu apa sebab sebenar beliau ditahan, " katanya.

Farhan kini didakwa sedang berada di IPD Dang Wangi untuk diambil keterangan.

Syeikh Nuruddin Banjari di Seremban 12 Mei 2012

Posted: 08 May 2012 01:08 AM PDT


KULIAH ILMU
Bersama Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari
Pada Sabtu 12 Mei 2012 , jam 1.30 ptg
Di Surau AnNur, Bandar Seremban Selatan Fasa 2
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

Ceramah Umum 9 Mei 2012 di DUN Johol, N9

Posted: 07 May 2012 11:38 PM PDT


Ceramah Umum dan Pelancaran Bilik Gerakan UPU Inas

Tarikh : 9 Mei 2012 ( Rabu )
Masa : 9 malam
Tempat : UPU Inas, Kampung Seginyeh ( Jalan Inas - Kampung Batu, Rembau )

Penceramah :
- Mazlan Aliman ( Pengerusi ANAK )
- Aiman Athirah Al-Jundi ( Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat )
- Zulkefly Mohamad Omar ( AJK PAS Pusat )
- Ustaz Nor Azman Mohamad ( Ketua Penerangan PAS N.Sembilan )

6 kes bunuh diri di Malaysia setiap hari, parahnya masyarakat kita

Posted: 07 May 2012 11:37 PM PDT


Satu angka yang sepatutnya menggusarkan semua pihak. Yang terkini ianya berlaku di Taman Ayer Keroh Heights, Melaka. Lebih mengejutkan ianya bukan kejadian kali pertama, ini adalah kejadian bunuh diri yang kedua di taman yang sama dalam tempoh setahun.

Seorang lelaki ditemui tergantung dengan tali pada tingkap bilik air
8 Mei 2012

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam (tengah) turut mengiringi mayat mangsa bunuh diri yang dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat

AYER KEROH - Seorang lelaki ditemui mati tergantung di dalam bilik air di rumahnya di Taman Ayer Keroh Heights, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kita-kira jam 10.15 malam itu, mangsa yang berusia 36 tahun ditemui oleh isteri dan abangnya selepas kira-kira 15 minit pintu bilik air tersebut berjaya dibuka abang mangsa yang tinggal di rumah bersebelahan.

Menurut sumber, isteri mangsa berusia 32 tahun sebelum itu mencari suaminya di dalam rumah sebelum mengesyaki mangsa berada di dalam tandas di bahagian bawah rumah teres dua tingkat berkenaan.

"Selepas isteri mangsa mengetuk pintu sambil memanggilnya tetapi tiada respons, dia meminta abang iparnya datang, lalu mengumpil pintu berkenaan.

"Mangsa kemudian dilihat tergantung dengan tali pada tingkap bilik air berkenaan. Isteri dan abang mangsa menurunkannya bagi memastikan keadaan mangsa sebelum menghubungi polis," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman berkata, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

"Pihak polis menerima panggilan kira-kira jam 11.30 malam dan mangsa yang dipercayai membunuh diri dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat.

"Kes berkenaan disiasat sebagai mati mengejut," katanya.


Gantung diri kecewa cinta
3 Mac 2011

MELAKA: Sebaik bertukar kerja di sebuah kilang di negeri ini lebih dua minggu lalu sikap seorang remaja tiba-tiba berubah begitu ketara sekali hingga menimbulkan rasa pelik kepada ahli keluarganya.

Malah, dia juga kerap dilihat bersembang menggunakan telefon bimbit selain berbalas khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan seseorang dipercayai teman wanitanya setiap hari.


Kelmarin, selepas memperoleh gaji, dia memberitahu rakan mengenai rancangannya untuk bercuti cuti selama tiga hari bermula semalam untuk pergi ke kampung kekasihnya, seorang gadis Orang Asli di Gapam, Jasin.

Namun, keluarganya menerima berita mengejutkan pagi semalam apabila remaja terbabit ditemui mati apabila mayatnya ditemui tergantung pada sebatang pokok jambu di Lorong Taman Ayer Keroh Height (TAKH) 7, dekat sini.

Difahamkan, akibat masalah cinta, remaja terbabit, Deklies Anak Dely, 19, berketurunan Bidayuh dari Kampung Sebobok, Bau, Sarawak itu nekad menggantung dirinya.


KES BUNUH DIRI DI MALAYSIA SEMAKIN SERIUS- SISTEM PENDIDIKAN PERLU PERUBAHAN

Dalam Negara ini mengikut statistik, purata 6 orang bunuh diri setiap hari , 2500 orang setiap tahun dan 50,000 kes cuba bunuh diri setiap tahun. Apakah ini memberi gambaran bahawa Negara ini sedang berhadapan dengan ramai rakyat yang tidak stabil jiwanya.


BUNUH DIRI KEMATIAN KEDUA TERTINGGI DI MALAYSIA

PULAU PINANG 28 Dis. – Gejala bunuh diri dijangka menjadi faktor kedua tertinggi menyumbang kepada jumlah bilangan kematian di negara ini selepas penyakit kardiovaskular dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang. Pensyarah Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. See Ching Mey berkata, angka itu diperoleh daripada laporan Kementerian Kesihatan yang dibuat pada tahun ini.


Tabung Kecemasan Lajnah Kebajikan PAS Rembau

Posted: 07 May 2012 08:19 PM PDT


Memandangkan saban hari pelbagai bantuan kecemasan perlu disalurkan kepada orangramai yang memerlukan, Lajnah Kebajikan PAS Rembau memberi peluang kepada orangramai yang berkemampuan untuk menyalurkan sumbangan melalui Tabung Kecemasan Lajnah Kebajikan PAS Rembau.

Kepada mereka yang ingin memberikan sumbangan sila hubungi Tn Hj Roni 012-2268230 , Ketua Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Rembau.

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui akaun berikut
Nama akaun : PAS Kawasan Rembau
Bank : Bank Islam (Cawangan Seremban)
No akaun : 05-012-01-007334-7

Bantuan kecemasan ini serba sedikit dapat meringankan beban mereka yang memerlukan bantuan seperti di bawah ini :

1. Mereka yang keputusan bekalan makanan akibat masalah ekonomi seperti diberhentikan kerja kerana penutupan kilang, ditinggalkan suami tanpa nafkah dan sebagainya.

2. Pemotongan bekalan elektrik dan air kerana tidak berkemampuan untuk menjelaskan tunggakan.

3. Bantuan awal untuk pelajar yang tidak berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran ke IPT/Kolej.

Dibelasah angkara curi wang tabung Masjid Hadhari

Posted: 07 May 2012 05:57 PM PDT


Perlukah lelaki ini dibelasah kerana mencuri wang di dalam tabung sebuah masjid?
 

Lelaki yang mencuri wang tabung Masjid Hadhari di Jerteh kelmarin terbaring selepas dibelasah oleh orang ramai.

BESUT – Seorang lelaki menyangka dia bijak apabila menukar mangga tabung wang di Masjid Hadhari di Jerteh dekat sini untuk memudahkannya mencuri duit daripada tabung itu. Lelaki itu bertindak demikian selepas cubaan pertamanya untuk mencuri duit tabung itu tidak berhasil.

Bagaimanapun, taktik lelaki itu sekali lagi tidak menjadi. Cubaan kali kedua lelaki berusia 32 tahun dari Kampung Siam, Pasir Puteh, Kelantan itu untuk membuka tabung masjid itu dapat dihidu oleh pengawal masjid yang kemudian mencekupnya ketika dia sedang mengumpil tabung itu pada pukul 9.45 malam kelmarin.

Semasa diberkas, penganggur itu bertungkus-lumus menggunakan besi pencungkil tayar kereta untuk membuka mangga tabung masjid itu yang sebenarnya sudah ditukar kepada mangga lain oleh pihak masjid.

Setiausaha Masjid Hadhari Jerteh, Che Kar Awang berkata, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) masjid itu mendapati dua hari sebelum ditangkap suspek sama dilihat cuba mencuri wang di dalam tabung itu tetapi pada waktu itu tabung tersebut kosong.

"Lelaki itu kemudian menukar mangga sebuah tabung itu tetapi pihak masjid menukar semula mangga yang dipasang suspek bagi mengelakkan suspek mencuri," kata beliau ketika ditemui dekat sini semalam.


CONTOHI HIKMAH RASULULLAH SEBAR RISALAH ISLAM

Kita telah diingatkan kepada peristiwa seorang Arab Badwi yang telah memasuki masjid Nabi SAW, lalu dengan sewenang-wenangnya membuang air kecil di salah satu sudutnya. Para sahabat yang menyaksikan hal itu menjadi berang dan ingin menerpa ke arah lelaki Badwi tersebut disebabkan kebiadapannya mencemari rumah Allah SWT.

Rasulullah SAW bersama sifat kasih, cinta dan rahmat yang menebal di dalam dirinya menahan para sahabatnya dari bertindak melulu, kasar, mencaci serta menjatuhkan maruah insan lain.

Baginda SAW membiarkan lelaki Badwi tersebut menghabiskan sisa kencingnya tanpa menyergahnya atau melemparkan kata cacian, cercaan dan unsur-unsur yang boleh menjatuhkan maruah.

Bahkan Baginda SAW menasihati dengan baik, penuh hikmah dan kasih sayang. Dalam kekalutan itu, Baginda SAW sempat menyampaikan dengan tenang satu sunnah kepada para sahabat iaitu cara bagaimana hendak menyucikan kencing dan najis dengan sabdanya, "Jiruslah pada air kencingnya itu sebaldi air".

Hikmah kebijaksanaan Baginda SAW menghalang sahabat bertindak kasar terhadap Arab Badwi tersebut, telah dapat mengelakkan kencing Arab Badwi itu bertaburan di dalam masjid kerana melarikan diri dari para sahabat.

Rasulullah SAW juga mengingatkan peranan mereka pada akhir hadis dengan sabdanya: Sesungguhnya kalian diutuskan untuk memudahkan dan kalian tidak diutuskan untuk menyukarkan. (riwayat al Bukhari)

Melalui peristiwa ini, kita akan mendapati suatu contoh amali bagaimana harus subur merimbun di hati seorang pendakwah perasaan rahmat, cinta dan kasih terhadap golongan yang menjadi sasaran dakwahnya.

Memang sewajarnya, setiap muslim itu mencari dan mengutip bekalan ilmiah dan thaqafah Islamiah secukupnya dan bukan hanya bermodalkan sifat cemburu dan ghairah dalam memperjuangkan agama bagi menjamin pencapaian dakwah dan penyebaran risalah yang lebih gemilang. Wallahu a'lam.

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 08 May 2012 07:09 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


GLOBAL : PERANCIS OK JE DAPAT PRESIDEN BAHARU !

Posted: 07 May 2012 10:18 AM PDT

SAH KAH BN JADI KERAJAAN ?

Posted: 07 May 2012 10:11 AM PDT

FATWA : POLITIK SEMATA - MATA !

Posted: 07 May 2012 10:07 AM PDT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan