Dr Siti Mariah Mahmud Posted: 08 May 2012 03:33 AM PDT KHAS untuk Tun Mahathir Posted: 07 May 2012 07:31 AM PDT | Think before you speak Posted: 07 May 2012 05:50 AM PDT May 7: The National Fatwa Council continues to draw flak over a statement by its head who said any rally against an elected government was "forbidden in Islam".
PAS Murshidul Am Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, the head of the Islamic party's Shura (Consultative) Council, advised the members of the fatwa committee to understand an issue before commenting.
"Have they not realised that Bersih 3.0 rally is not meant to create chaos. This rally is to outline the eight demands to realise a clean electoral system, not to create chaos, far be it to topple the government," he said in his response to Abdul Shukor Husin who heads the government-controlled Fatwa Council.
Shukor yesterday declared as haram (forbidden) any gathering or demonstration against the law, and accused participants of the Bersih 3.0 rally on April 28 of "rioting". His statement has been compared to Egypt's government-funded Islamic authorities in January last year forbidding protests against the regime of Hosni Mubarak, just days before the dictator announced his resignation amid widescale protests.
PAS's Ulama Wing head Ustaz Harun Taib defended the protestors saying their action was based on the Islamic obligation to enjoin good and forbid evil.
"This is a duty of enjoining good and forbidding evil which is incumbent on the people, especially Muslims," Harun stressed.
Shukor had also pointed out that the citizens must seek redress "in a proper manner".
"What could be more proper than a sit-in rally? Has the [Fatwa] council examined Bersih's 8 demands including the demand to solve the issue of phantom voters and fraud in the election, which will have bigger implication for the country?" asked Nik Aziz.
The Kelantan Menteri Besar said he was convinced that the ruling by Shukor was made without consultation or hearing an explanation from organisers of the Bersih 3.0 rally.
"My next question is, what sort of fatwa is this if no explanation had been sought from both sides?" added Nik Aziz.
He said the Fatwa council's conclusion was due to its 'one-eyed' vision "made | |
CINA ISLAM (林川興) Posted: 08 May 2012 01:40 AM PDT Kenyataan Syafie Apdal umpama penyamun yang sedang menjerit bahawa ada penyamun Posted: 07 May 2012 10:39 PM PDT 16 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] - KENYATAAN MEDIA Kenyataan Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Syafie Apdal yang menyelar Pakatan Rakyat yang kononnya cuma tahu bikin huru hara Negara adalah saya kenyataan yang saya umpanakan sebagai penyamun yang sedang menjerit bahawa ada penyamun di luar rumah yang dirompaknya. Saya menyambut baik saranan beliau kepada seluruh rakyat Malaysia untuk memilih kerajaan yang boleh menjamin masa hadapan rakyat dan Negara menjelang PRU nanti, ini amat penting kerana hanya Pakatan Rakyat setakat ini yang membela rakyat, berbeza dengan Umno kerana mereka cuma membela kroni sahaja. Laba yang rakyat dapat cumalah sedikit iaitu RM500 untuk seumur hidup, rakyat lebih banyak memberi dari menerima, ini suatu tidak kena dan perlu diperbetulkan segera, pihak yang rugi ialah rakyat. Saya simpati terhadap kenyataan Shafie Apdal yang mengatakan wujud segelintir rakyat yang tidak puas hati dengan BN, adakah beliau masih belum sedar hakikat bahawa bukan sedikit malah ramai rakyat yang tidak puas hati dengan Umno, secara anggarannya hampir separuh dari jumlah keseluruhan rakyat telah menolak parti yang berpaksi kepada nasionalisme tersebut berdasarkan undi rakyat pada 2008. Sebagai bukti lima negeri tidak termasuk Kuala Lumpur telah menolak kepimpinan BN pada PRU 2008 lalu, adakah ini baru sedikit sahaja sepertimana kata beliau? Sudah tentu ini satu kenyataan untuk menutup kelemahan diri sendiri. Laporan audit Negara sendiri memuji cara pengurusan wang negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat, mungkin beliau tidak membaca laporan tersebut ataupun buat-buat tidak tahu. Sebagai menteri janganlah bertindak kurang bijak dengan menyampaikan maklumat yang berbelit sebagai penyedap kata dengan mendakwa Pakatan hanya tahu berjanji kosong, hati-hati kerana rakyat sekarang kaya dengan maklumat. Luar Bandar dan wilayah adalah portfolio beliau selaku menteri yang dilantik rakyat, tetapi adakah beliau tidak sedar bahawa rata-rata rakyat yang berada di peringkat tersebut sedang tertekan dengan kos sara hidup yang tinggi dan semakin menghimpit, saya amat yakin jika PR berjaya ke Putrajaya seluruh rakyat lebih-lebih lagi di luar Bandar akan terbela dengan kekayaan Negara dibahagikan dengan sama rata. Umno BN setakat ini gagal ke arah itu malah hanya selesa dengan kekayaan Negara diagihkan hanya kepada kroni dan individu berkepentingan dan terpilih sahaja, inilah antara kezaliman yang sedang berlaku saat ini untuk dihapuskan menjelang PRU 13 tidak lama lagi, undi PR untuk selamatkan Malaysia. Drs. Khalil Idham Lim ADUN Titi Serong | PAS seru Peneroka teliti kesan tandatangani perjanjian Posted: 07 May 2012 08:28 PM PDT 16 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -
IPOH: PAS Perak hari ini menyeru kepada semua peneroka Felda khususnya di negeri ini agar meneliti kesan daripada menandatangani surat tawaran perjanjian daripada bank untuk membeli saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH).
Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah dan Wilayah Negeri, Hj Razman Zakaria berkata, peneroka hendaklah mengetahui tentang kesan langsung yang akan diterima peneroka jika sekiranya berlaku penurunan harga dipasaran saham.
"Diantara kesan yang akan diterima peneroka ialah boleh mengakibatkan tanah dan harta mereka dilelong oleh pihak bank," katanya.
Menurutnya, Pendaftar Mahkamah tinggi Seremban setelah mengambil kira pandangan Hakim Dato' Rosnani Ibrahim hari ini mencadangkan permohonan injunsi 125 orang peneroka Felda dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuantan.
Katanya, permohonan daripada peneroka Felda Gugusan Bera dan Serting itu dibuat untuk menahan bank daripada memproses pinjaman kepada peneroka untuk membeli saham terbitan awal (IPO) Felda Global Venture Holdings (FGVH) yang akan disenaraikan di Bursa Malaysia.
Katanya, jumlah pinjaman yang tidak dinyatakan ini menimbulkan kekeliruan kerana borang tersebut tidak dapat disemak dan dinasihatkan tentang pinjaman tersebut.
Beliau juga mempersoalkan daripada mana duit 'durian runtuh' yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak di Jengka, Pahang esok.
"Dikhuatiri durian runtuh tersebut adalah sebahagian daripada pinjaman yang dibuat oleh peneroka tanpa disedari mereka," ujar Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak itu.
Muhammad Faeez Bin Azahar Setiausaha Kerja Penerangan, Badan Perhubungan Pas Perak | Bangkai burung undan timbul tanda tanya Posted: 07 May 2012 08:00 PM PDT 16 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -
LIMA - Sebanyak 1,200 ekor bangkai burung undan memenuhi sepanjang kawasan pantai Peru yang mana seminggu selepas 600 ekor bangkai ikan lumba-lumba turut ditemui terdampar di situ.
Susulan kejadian itu, kerajaan Peru bertindak mengeluarkan amaran kesihatan dengan mengarahkan penduduk agar menjauhkan diri daripada kawasan pantai sementara saintis mengkaji punca kematian haiwan berkenaan.
Kementerian Kesihatan turut menyarankan pegawainya agar menggunakan sarung tangan, topeng mulut dan mengenakan pakaian perlindungan ketika mengutip bangkai burung itu.
Pegawai di jabatan Kementerian Kesihatan, Oscar Dominguez berkata, uji kaji terhadap beberapa bangkai burung menunjukkan haiwan berkenaan kekurangan khasiat makanan, dan tidak berkaitan dengan jangkitan virus selesema burung.
Pada tahun 1997, kematian burung undan dan ikan lumba-lumba berlaku secara mendadak di jajaran pantai utara Peru yang didakwa kerana perubahan iklim iaitu fenomena El Nino.
sinar harian/- | Mogok lapar: Mahkamah Israel tolak rayuan 2 tahanan Posted: 07 May 2012 07:50 PM PDT 16 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -
BAITULMAQDIS 8 Mei - Mahkamah Agong Israel semalam menolak rayuan dua rakyat Palestin, Bilal Diab dan Thaer Halahla yang sebelum ini melancarkan mogok lapar selama 69 hari.
Mogok tersebut diadakan sebagai protes penahanan tanpa pendakwaan yang dikenakan terhadap mereka.
Peguam kedua-dua tahanan itu, Jamil Khatib berkata, anak-anak guamnya telah membuat rayuan untuk menamatkan perintah tahanan di Mahkamah Tinggi pada Khamis lepas, bagaimanapun, rayuan tersebut ditolak.
Sebagai respon terhadap keputusan mahkamah itu, Diab dan Halahla menyatakan akan meneruskan mogok sehingga penahanan mereka ditamatkan. - AFP | Anwar: 'Najib tidak tahu beza Bersih-Mesir' Posted: 07 May 2012 07:34 PM PDT 16 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -
KUALA LUMPUR - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak dapat membezakan matlamat perhimpunan Bersih 3.0 baru-baru ini dan kebangkitan rakyat yang disaksikan di Dataran Tahrir, Mesir tahun lalu.
Justeru katanya, Kerajaan Pusat pimpinan Najib menggunakan pelbagai pihak dan agensi untuk mengelirukan rakyat.
"Jadi dia gunakan bekas Ketua Polis (Negara) dan ahli Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan," kata beliau ketika berucap pada siri Ceramah Perdana dan Jelajah Merdeka: Pasca-Bersih 3.0 di Padang Kampung Baru, Batu Caves dekat sini, malam tadi.
Siri ceramah itu susulan kepada perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara pada 28 April, dilihat sebagai usaha mengekalkan momentum menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat berkata mahu menggunakan platform itu untuk menjelaskan tujuan dan matlamat perhimpunan Bersih 3.0 sementara Barisan Nasional (BN) pula termasuk Najib mendakwa pembangkang menggunakan perhimpunan itu untuk menggulingkan kerajaan sebagaimana berlaku di Mesir awal tahun lalu.
Hadir sama Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Setiausaha Agungnya, Datuk Saifudin Nasution Ismail dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang juga ahli jawatankausa Pas Pusat.
Dilihat menyentuh kenyataan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia dikeluarkan kelmarin, Anwar yang juga Ketua Pembangkang berkata, persoalan fatwa mengenai menyertai demonstrasi itu haram ataupun tidak sudah pun dijawab dalam buku terbaru ulama tersohor, Dr Yusuf Al-Qardawi.
"Buku itu bertajuk 'Taurah Syaar' yang bermaksud kebangkitan rakyat.
"Dah jawab dah soalan ahli jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan pada bab pertama dalam buku tersebut.
"Ada orang mengatakan demonstrasi itu bukan budaya Islam, bukan budaya Arab dan diimport dari luar, tetapi Qardawi mengulas dengan menulis ayat Quran yang bermaksud `harus kerjasama dalam membuat kebaikan'...," kata Anwar yang turut berada di kawasan berhampiran Dataran Merdeka pada 28 April lalu.
Sebelum ini ada dakwaan mengatakan Anwar dan Pengerusi Bersama 2.0, Datuk S. Ambiga harus bertanggungjawab menyebabkan peserta merempuh sekatan polis menghala ke Dataran Merdeka. Bagaimanapun perkara itu telah dinafikan oleh Anwar dan Ambiga.
Dalam pada itu, Anwar turut menyatakan keyakinan untuk menang pada PRU13 dengan sokongan yang ditunjukkan oleh penyokongnya.
"Jika kita menang, kita akan laksanakan pendidikan percuma, pemberian permit teksi kepada semua pemandu teksi dan memberi hak kewarganegaraan kepada kaum India yang masih tidak mendapat taraf kerakyatan.
"Politik bukanlah persaingan melalui perkataan tetapi perjuangan untuk rakyat," tambah Anwar.
Anwar juga turut menyatakan beliau tiada masalah dengan pihak polis dan mereka juga akan menjadi penjaga keamanan negara pada kerajaan reformasi apabila Pakatan Rakyat menang nanti.
SINAR HARIAN/- | 2 budak dihentak belakang pisau Posted: 07 May 2012 07:20 PM PDT 16 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -
Turut dilibas bapa yang berang akibat bertengkar dengan isteri
KANGAR: Dua kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dan empat tahun dimasukkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), di sini, selepas cedera dihentak dengan belakang pisau dan dilibas dengan getah paip oleh bapa mereka yang panas baran, Khamis lalu.
Kejadian itu berlaku kira-kira jam 2 petang, apabila suspek berusia 40-an dikatakan bertengkar dengan isterinya, yang juga seorang suri rumah berusia 39 tahun tiba-tiba naik berang lalu membelasah anaknya sehingga cedera. Sumber berkata, kejadian itu berlaku di rumah mereka di Taman Padang Katong, di sini dan dalam pergaduhan itu suspek yang bekerja sendiri turut memukul isterinya.
Pasangan itu dikatakan kerap bergaduh dan suspek sering memukul anaknya walaupun berpunca daripada kesalahan kecil.
"Berdasarkan keterangan mangsa, mereka bertengkar dan suaminya bertindak memukulnya sebelum membelasah anak mereka menggunakan pisau yang diambil didapur.
"Suspek dikatakan menghentak anaknya itu dengan belakang pisau selain melibas mereka dengan getah paip," katanya.
Sumber itu berkata, mangsa yang bimbang kejadian sama berulang membuat laporan polis pada kira-kira jam 5 petang, hari sama.
Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin mengesahkan kes itu dan berkata, polis sedang berusaha mengesan suspek yang melarikan diri selepas mencederakan anaknya.
Katanya, dua kanak-kanak terbabit masih dirawat di HTF, di sini dan keadaan mereka semakin pulih.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan.
BERITA HARIAN/- | BERSIH 3.0 Betul-betul Takutkan Najib, Umno-BN Posted: 07 May 2012 07:01 PM PDT 16 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -
BATU CAVES, 8 MEI : Perhimpunan BERSIH 3.0 yang berlangsung pada 28 April lalu di Dataran Merdeka disifatkan Pakatan Rakyat (PR) sebagai titik tolak kepada kebangkitan rakyat untuk menentang pemerintahan kerajaan Umno-BN.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, penyertaan lebih 300,000 peserta pada perhimpunan itu menimbulkan reaksi kurang senang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang nyata semakin cuak terhadap desakan rakyat.
Ia dikuatkan lagi dengan tindakan Najib yang meminta bantuan tiga bekas Ketua Polis Negara untuk menyokong hujah beliau bagi mengaitkan BERSIH 3.0 sebagai perhimpunan untuk menggulingkan kerajaan menggunakan kekerasan.
"Terdesaknya PM sehingga terpaksa minta Jabatan Fatwa mengeluarkan fatwa dan terdesaknya beliau sehingga terpaksa menggunakan khidmat Tun Hanif Omar, Tan Sri Rahim Noor dan Tan Sri Musa Hassan yang masing-masing mempunyai rekod buruk bagi menyokong hujah beliau.
"Penyertaan rakyat semasa perhimpunan BERSIH 3.0 adalah lambang kepada kebebasan terhadap ugutan dan kezaliman Umno-BN," katanya di satu ceramah perdana dan jelajah Merdeka Rakyat : Pasca BERSIH 3.0 di Kampung Baru di sini malam tadi.
Tambahnya, perhimpunan itu juga membuktikan kebangkitan rakyat untuk menolak sebarang percubaan penipuan dan manipulasi pilihan raya oleh badan pengendalinya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Saifuddin turut menyelar tindakan SPR yang sewenang-wenangnya menukar kawasan mengundi seperti yang dialami Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan alasan mengubahsuai sempadan.
Sementara itu, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelskan, penyertaan ratusan ribu peserta semasa BERSIH 3.0 adalah sebagai saham dan perjuangan PR untuk menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) nanti.
Beliau berkata, perhimpunan itu adalah sebagai satu permulaan di kalangan pemimpin PR dan rakyat untuk menentang kezaliman Umno-BN dan akan diteruskan pada masa akan datang.
"Kita berikrar untuk bawa perubahan baik kepada negara ini mahupun terhadap rakyat. Perjuangan kita tidak akan selesai dengan perhimpunan sahaja, sebaliknya kita akan buat lagi untuk menyatakan hak dan prinsip kita di negara ini," jelasnya.
Dalam pada itu, Anwar turut menegaskan PR akan terus mempertahankan hak asasi serta keadilan rakyat terutama kaum Bumiputera sebagai majoriti sekiranya diberi mandat memerintah negara.
selangorku/- | Pengebom Bali minta maaf Posted: 07 May 2012 06:40 PM PDT 16 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -
JAKARTA: Pembuat bom yang dituduh menjadi dalang serangan di Bali yang membunuh 202 orang, memohon maaf kepada keluarga mangsa semalam dan menafikan mengetahui kelab malam menjadi sasaran serangan itu.
Umar Patek dituduh menjadi dalang utama dalam serangan pada 2002 di dua buah kelab malam di Bali yang membunuh ramai pelancong Barat, termasuk 88 dari Australia. Ketika hadir di perbicaraan, dengan penuh emosi, Umar berkata dia hanya seorang daripada yang terlibat dalam serangan itu.
Dia mendakwa mempertikai keputusan penyerang untuk mensasarkan Bali dan turut menyatakan rasa kesal.
"Saya mengambil peluang ini untuk memohon maaf kepada mangsa, keluarga mereka dan sesiapa saja yang kehilangan ahli keluarga, termasuk kerajaan Indonesia," kata Umar yang berusia 45 tahun. Suaranya tersekat menahan emosi.
"Saya sangat sedih dan kesal dengan kejadian yang berlaku kerana saya menentangnya sejak dari mula. Saya tidak pernah bersetuju dengan cara mereka," kata Umar di Mahkamah Daerah di Jakarta Barat.
Umar ditahan di bandar yang sama di mana Osama bin Laden dibunuh di Pakistan, beberapa bulan sebelum ketua al-Qaeda itu dibunuh.
Dia berkata, dia "tidak tahu menahu" mereka mensasarkan kelab malam dalam serangan bom itu. - Jakarta Post | Kereta dihempap bongkah batu Posted: 07 May 2012 06:16 PM PDT 16 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -
BEBERAPA orang melihat bongkah batu yang menghempap sebuah kereta (kiri).
HANOI - Seorang pegawai menyatakan, sebuah kereta remuk manakala enam orang terbunuh selepas kenderaan tersebut dihempap bongkah batu sebesar rumah yang jatuh dari sebuah gunung di Vietnam.
Seorang pegawai tempatan, Keo Khon berkata, lima orang termasuk pemandu kereta mati di tempat kejadian di wilayah An Giang, selatan Vietnam pada Sabtu lepas.
Menurutnya, seorang lagi penumpang maut semasa dikeluarkan dari kenderaan tersebut manakala dua lagi masih dirawat di hospital.
Kata Khon semalam, semua mangsa dalam perjalanan pulang selepas menyertai satu upacara keagamaan di sebuah kuil di puncak gunung berkenaan.
Pihak berkuasa tempatan masih menyiasat kemalangan tersebut.
Menurut Khon, jalan raya menuju ke kuil berkenaan dibuka pada 2004 dan menarik kehadiran beribu-ribu pelawat pada setiap tahun. - Agensi | Penyelam bina masjid pertama di bawah air Posted: 07 May 2012 06:00 PM PDT 16 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -
PENYELAM bersolat jemaah di masjid pertama bawah air yang mereka bina. JEDDAH: Sekumpulan penyelam persendirian Arab Saudi berkata mereka berjaya membina sebuah masjid di bawah air baru-baru ini dan bersolat di dalamnya. Masjid pertama dalam sejarah pernah dibina di dalam air.
Akhbar harian Almadina melaporkan, penyelam berkenaan menggunakan batang paip plastik besar yang diisi pasir untuk membina masjid di kawasan perairan di barat laut Tabuk dan berhampiran sempadan Jordan.
Seorang penyelam, Hamadan bin Salim Al Masoudi, berkata seorang rakannya mendapat idea untuk membina masjid berkenaan pada musim panas lalu dan mereka mengambil keputusan untuk melakukannya.
"Masjid ini adalah satu simbolik untuk menjelaskan bahawa walau di mana sekalipun kita berada, kewajipan solat hendaklah ditunaikan," katanya.
Al Masoudi berkata, pembinaan masjid itu selesai ketika waktu Zuhur dan beliau bersama rakannya segera menunaikan solat Zuhur berjemaah. – Agensi | Mat Skodeng kena siram Posted: 07 May 2012 05:40 PM PDT 16 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -
SARIKEI: Tabiat jelik seorang lelaki warga Bangladesh yang gemar mengintai wanita dalam tandas di sebuah ladang berdekatan Jalan Bintangor, di sini, menerima padah apabila dia melecur disimbah air panas oleh mangsa intipannya, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, lelaki terbabit yang berusia 20-an dikatakan menggelupur kesakitan akibat melecur di muka, dada, bahu kiri dan lengan akibat terkena air panas selepas disimbah seorang pekerja wanita di ladang berkenaan.
Sumber berkata, lelaki terbabit dikatakan sering mengintai pekerja wanita yang menggunakan tandas berkenaan dengan menebuk beberapa lubang pada dindingnya. Menurutnya, perbuatan lelaki yang juga pekerja ladang itu dikatakan sudah lama berlarutan menyebabkan beberapa pekerja wanita berang dan memasang perangkap.
"Tengah hari tadi (semalam), lelaki terbabit dikatakan mengulangi perbuatan sama apabila mengintai seorang pekerja wanita yang memasuki tandas itu.
"Rupa-rupanya wanita itu hanya berpura-pura menggunakan tandas kerana dia sebenarnya mahu memerangkap lelaki warga asing itu. Malah, wanita berkenaan dipercayai sudah berpakat dengan rakan lain untuk 'mengenakan' lelaki itu.
"Ketika asyik mengintai, seorang daripada rakan wanita menyimbah air panas ke arah lelaki itu menyebabkan dia melarikan diri sambil menjerit kesakitan," katanya.
Sumber itu berkata, lelaki terbabit bernasib baik kerana segera dihantar beberapa pekerja ladang untuk mendapatkan rawatan di Hospital Sarikei.
"Bagaimanapun, berikutan kecederaan parah dialaminya, lelaki terbabit dirujuk ke Hospital Sibu," katanya.
Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu dan memaklumkan, keadaan lelaki terbabit dilaporkan stabil.
METRO/- | Adakah kerajaan haram tipu dalam pilihan raya? Posted: 07 May 2012 05:29 PM PDT 16 Jamadil Akhir 1433H. [MOD]-
KUALA LUMPUR, 8 Mei: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar (gambar) terpanggil untuk mencari penjelasan daripada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia mengenai fatwa 'adalah haram buat umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik.'
Pertama, katanya perhimpunan Bersih 3.0 untuk pilihanraya bebas dan adil telah mendapat kebenaran serta kelulusan di bawah peruntukan Akta Perhimpunan Aman dan memenuhi syarat 'bertujuan baik' kerana tentunya tuntutan pilihanraya bebas dan adil tidak haram.
Kedua, arahan mahkamah melarang perhimpunan ke ruangan Dataran Merdeka adalah menafikan hak asasi rakyat dalam sebuah negara demokratik, oleh itu ia 'bertujuan tidak baik' dan menimbulkan 'suasana konfrontasi'. Justeru, adakah tindakan ini haram?
Ketiga, tindakan berlebihan pihak berkuasa mengepung dan menghalang orang ramai bersurai secara teratur dan aman serta tindakan menggunakan kekerasan berlebihan seperti gas pemedih mata, pancutan air kimia, pukulan dengan cota dan kekerasan yang diperlakukan segelintir anggota polis secara am -adakah semuanya haram?
Keempat, Pengerusi Jawatankuasa, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin juga menyebut: "Tindakan merusuh, mewujudkan kacau bilau dan merosakkan harta benda awam adalah suatu perbuatan yang ditegah Islam. Malah niat untuk menjatuhkan negara yang sah di sisi undang-undang melalui penganjuran demonstrasi seumpama itu juga haram di sisi agama."
"Oleh demikian bagaimana fatwa tindakan umat Islam di Tunisia, Mesir, Libya dan kini Syria ke atas kerajaan masing-masing yang sah di sisi undang-undang juga haram?" tanya beliau dalam satu kenyataan.
Kelima, apakah fatwa untuk menipu di pilihanraya dengan berbagai kaedah seperti menghalang rayuan mahkamah dibuat di atas kesahihan Daftar Pemilih (Akta Pilihanraya - Seksyen 9A), menghalang wakil-wakil parti dan bukan parti menyaksikan dan menyemak kad pengenalan pengundi dengan Daftar Pemilih pada hari mengundi (Akta Kesalahan Pilihanraya - Seksyen 26A (2) dan (3)),
persempadanan kawasan pilihanraya tidak adil melalui pindaan Artikel 116 Perlembagaan Persekutuan mengenai nisbah perbezaan jumlah pengundi tidak melebihi 15% setiap kawasan, penyalahgunaan undi pos, akses media terhad untuk semua parti politik, pengunaan politik wang merasuah pengundi dan pengunaan pengundi hantu - adakah ia haram?
Keenam, apakah fatwa mengenai sebuah kerajaan yang dibentuk berdasarkan pilihan raya yang tidak bebas dan tidak adil - adakah ia kerajaan haram?
Sebagai makluman, beliau telah membuat pertanyaan rasmi di sidang Parlimen pada 22 Mac yang lepas kepada Perdana Menteri merujuk soalan berikut:
Puan Nurul Izzah Binti Anwar [Lembah Pantai] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Majlis Fatwa Kebangsaan akan mengeluarkan Fatwa tentang amalan penipuan pelbagai bentuk dan cara dalam pilihan raya dan penganugerahan status kewarganegaraan kepada warga asing sebagai balasan sokongan kepada Kerajaan Pusat.
Menteri di Jabaran Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil KHir Baharom menjwaab soalan itu sebagaimana beriukut:
"Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia berpandangan tidak ada keperluan untuk berbincang dan memberikan fatwa berkaitan penipuan dalam pilihanraya. Ini kerana, dalam Islam, hukum bagi sebarang bentuk penipuan adalah jelas iaitu tidak dibenarkan.
"Suruhanjaya Pilihanraya juga telah mempunyai undang-undang dan peraturan yang boleh mengawal dan mengendalikan proses serta perjalanan pilihanraya di Negara ini agar berlangsung dengan telus dan adil." katanya.
Malangnya, kata Nurul Izzah jawapan yang diberikan oleh wakil PM iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri adalah bahawa Majlis Fatwa tidak perlu membuat fatwa di atas perkara yang ditanya walaupun semua bentuk penipuan adalah tidak dibenarkan agama Islam.
"Akhir sekali, saya berharap Majlis Fatwa Kebangsaan akan dengan segera memberikan jawapan kepada kesemua persoalan diatas agar kesucian Islam terpelihara," ujarnya yang juga Naib Presiden PKR.
HARAKAHDAILY/- | Kalau menjerit sakit, dipukul lebih teruk lagi Posted: 07 May 2012 04:59 PM PDT 16 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -
SHAH ALAM, 8 Mei: "Sepanjang 300 meter perjalanan saya ke Kelab Diraja Selangor, saya dipukul oleh pihak polis tanpa ada perasaan belas kasihan, jelas mangsa kekejaman polis pada Himpunan Bersih 3.0, Nour Islam Niamat, 30.
Nour Islam yang juga merupakan aktivis NGO, Jingga 13 memberitahu beliau ditahan oleh pihak polis ketika berada hampir dengan pengadang jalan di Dataran Merdeka dan ketika itu beliau hanya meninjau keadaan di sana tanpa melakukan apa-apa provokasi.
"Ketika saya hampir di Dataran Merdeka lebih kurang pukul 5 petang, saya tidak mendengar pun arahan pihak polis meminta peserta Bersih bersurai malah mereka terus bertindak dengan menyembur air serta menembak gas pemedih mata.
"Dalam keadaan saya berada di barisan paling hadapan maka menyenangkan pihak polis menahan saya dan dalam keadaan saya baru ditahan tiba-tiba datang sembilan hingga sepuluh orang anggota polis ke arah saya dan telah bertindak memukul, menendang serta menumbuk saya," jelasnya.
Nour Islam yang menceritakan peristiwa tersebut memberitahu beliau telah berjalan hampir 300 meter dan melalui trak-trak polis yang dipenuhi anggota polis untuk ke Kelab Diraja Selangor
"Saya telah dibawa melalui trak-trak polis dan ketika melalui trak tersebut terdapat lebih kurang 200 orang anggota polis yang berbaris di situ, saya telah dipukul dan ditendang oleh polis-polis yang berada berhampiran trak itu.
"Setiap seorang dari mereka tidak melepaskan peluang memukul saya, saya terpaksa tempuhi mereka sikap kejam mereka tanpa boleh dielak langsung malah mereka terus tumbuk serta terajang saya tidak kira di muka mahupun di perut," sambung beliau lagi.
Menurutnya lagi setiap kali beliau dipukul polis mengarahkan beliau senyum dan jangan menjerit kesakitan, jika beliau menjerit sakit polis mengatakan beliau melawan dan akan dipukul dengan lebih teruk lagi.
"Apabila saya sampai di tempat tahanan tidak ada Ambulan mahupun pegawai kesihatan yang menunggu, apabila saya bertanya di mana pihak kesihatan mahupun Ambulan.
"Pihak polis cuba mengelak untuk menjawab dan mereka melengah-lengahkan untuk memanggil ambulans walaupun terdapat peserta yang cedera teruk sehinggakan ada mereka yang hampir pengsan," cerita beliau lagi.
Beliau yang mendapat tiga jahitan di dahi akibat ditendang oleh polis itu menjelaskan ketika dipukul pihak polis mengarahkan beliau tunduk serta tidak boleh melihat polis-polis yang memukulnya.
"Saya langsung tidak boleh melihat muka-muka polis yang memukul saya kerana anggota polis memegang kepala saya kebawah tanpa memberi peluang saya mengangkat kepala saya.
"Ketika saya jatuh pun polis meminta saya tundukan kepala dan jangan sesekali cuba melihat siapa yang memukul saya, namum saya perasaan setiap anggota polis yang bersikap kejam itu tidak mempunyai nombor polis dan yang ada hanyalah nama. Saya tak pasti siapa sebenarnya mereka," tegasnya.
Beliau yang mengalami cedera yang teruk itu telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas sejam beliau dipukul untuk mendapat rawatan.
"Pihak hospital telah membuat pemeriksaan keatas saya termasuk menjahit luka di kepala saya, mereka juga turut melakukan pemeriksaan x-ray bagi mengetahui kecederaan dalaman akibat tendangan yang kuat dari pihak polis.
"Setelah selesai melakukan pemeriksaan saya telah membuat laporan polis di Balai Polis yang berada di HKL termasuk menyerahkan laporan perubatan dari pihak hospital," tambahnya lagi.
Namum beliau bersyukur apa yang dialami olehnya direstui oleh Ibunya dengan menyifat ia adalah maruah diri dalam memperjuangkan kebaikan.
HARAKAHDAILY/- | |
PAS TAMBUN Posted: 08 May 2012 01:27 AM PDT Isu UluKinta.Blogspot.Com Posted: 07 May 2012 11:42 PM PDT Berikut dipaparkan suntingan dari pasulukinta.blogspot.com , pendapat di dalam blog ini adalah pandangan peribadi pemilik blog, tiada kaitan dengan PasKawasan Tambun, maklumat terperinci sila dapatkan daripada Setiausaha PAS Kawasan Tambun atau YDP Pas Kawasan Tambun. Harap Maklum | |
Salam Perjuangan Posted: 07 May 2012 11:32 PM PDT MAJLIS FATWA - JANGAN BERJALAN SEBELAH KAKI, NANTI PINCANG MENGATUR LANGKAH Posted: 07 May 2012 08:00 AM PDT | "Mengapa tidak minta penjelasan sebelum jatuh hukuman?" |
5 Jamadil Akhir 1433 H | 27 April 2012 Saya membaca laporan akhbar tentang kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Tan Sri Dr Abdul Shukor Hussin tentang Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan yang memutuskan haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang dan kekacauan di dalam negara. Menurut laporan akhbar, beliau menyatakan bahawa Islam membenarkan mencari keadilan tetapi melalui tindakan beradab.
Saya setuju bahawa perhimpunan yang bertujuan untuk mencetuskan huru hara dan merosakkan harta benda adalah haram. Bagaimanapun, apabila dikaitkan dengan himpunan BERSIH 3.0 yang dikatakan menimbulkan huru hara, saya berpandangan bahawa kenyataan tersebut dikeluarkan dengan hanya menggunakan sebelah mata. Mata yang digunakan pula adalah kabur dengan cermin mata yang telahpun rosak. Saya menghormati ahli-ahli Majlis Fatwa Kebangsaan dengan setinggi-tinggi perhormatan namun dalam hal ini saya amat berbeza dengan pendirian yang dikemukakan oleh Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan ini.
Tidakkah disedari bahawa Himpunan Bersih 3.0 bukannya bertujuan untuk mencetuskan huru-hara? Himpunan ini menggariskan lapan tuntutan untuk membersihkan pilihanraya bukannya mencetuskan huru-hara, jauh sekali untuk menjatuhkan kerajaan melalui jalan raya.
Jika dikatakan menggunakan cara beradab dibenarkan, maka suka saya bertanya, apakah jalan beradab yang lebih aman melainkan pergi dan duduk? Pernahkah Majlis Fatwa memandang dan memahami di sebalik lapan tuntutan yang dikemukakan oleh BERSIH untuk mengatasi isu pengundi hantu dan penipuan di dalam pilihanraya yang implikasinya lebih besar kepada negara?
Saya yakin bahawa fatwa ini hanya laporan akhbar pro kerajaan sahaja tanpa mendapat penjelasan dari penganjur BERSIH 3.0 sebelum membuat pertimbangan. Justeru, soalan saya ialah fatwa kah namanya sekiranya tanpa penjelasan dari kedua-dua belah pihak, terus sahaja dijatuhkan hukuman?
Huru-hara tercetus jika ia dihalang. Andaikan himpunan di Gua Musang dan RTC, Kota Bharu ketika kedatangan Perdana Menteri baru-baru ini ke Kelantan dihalang dan disembur dengan air, tidak mustahil ia turut menjadi huru-hara. Jika BERSIH berhimpun dianggap haram, apa pula hukum perhimpunan Presiden UMNO di Gua Musang dan RTC baru-baru ini yang tujuannya jelas mengajak rakyat menukar kerajaan Kelantan?
Justeru cukuplah saya mengatakan, jangan berjalan sebelah kaki, nanti pincang mengatur langkah. Salam hormat saya buat Majlis Fatwa Kebangsaan.
Dengan hormat, NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Al-Mursyidul Am, Parti Islam Semalaysia (PAS) | |
Idris Ahmad Posted: 07 May 2012 11:22 PM PDT Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Faham Atau Tidak Bersih 3.0? Posted: 07 May 2012 09:05 PM PDT Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Faham Atau Tidak Bersih 3.0? Idris Hj Ahmad 8/5/12 Macam mana satu fatwa dikeluarkan tanpa mengetahui tasawwur (gambaran) sebenar mengenai hukum yang hendak diputuskan. Bagaimana suatu fatwa boleh dikeluarkan jika suatu isu tidak dilihat secara menyeluruh. Misalnya kalau yang bertanya itu apa hukum minum "tuak" oleh orang Kelantan kepada ustaz daripada Selangor. Maka sudah tentu ustaz itu akan menjawab haram. Tetapi jika diberi penjelasan bahawa tuak dibuat daripada pokok nipah, jikalau di sebelah utara menyebut nira, maka sudah tentulah hukumnya halal. Kerana apa ustaz dari Selangor itu menjawab haram, kerana istilah tuak ialah benda yang memabukkan, tetapi setelah mendapat penjelasan maka hukum itu berubah. Majlis Fatwa Kebangsaan hanya mendapat maklumat di sebelah pihak sahaja. Sepatutnya kena tanya dan bincang dahulu apa itu Bersih 3.0. Jangan mereka hanya faham Bersih itu hanya air mutlak dalam bab Feqah sahaja iaitu air yang suci, lagi menyucikan. Amat malang rakyat Malaysia apabila kewibawaan Majlis Fatwa yang sepatutnya mempertahankan kredebiliti mereka yang dianggotai oleh 14 mufti dan ulamak di negara ini telah mengeluarkan hukum tanpa mendapat penjelasan daripada pihak kedua. Apakah ini disiplin Majlis Fatwa Kebangsaaan?. Amat malang sekali fatwa yang dikeluarkan hanya kes yang terpilih. Kenapa Majlis Fatwa tidak bincang apa hukum pilihanraya tipu?. Apakah hukum kerajaan yang membazir wang rakyat?. Apakah hukum demontrasi yang dibuat oleh penyokong Umno di negeri Pakatan Rakyat seperti demo kepala lembu di Selangor sehingga boleh mencetuskan pergaduhan kaum dan agama. Sudah cukuplah banyak institusi kerajaan yang dipertikaikan kewibawaannya seperti badan kehakiman, SPR, PDRM dan SPRM. Jangan pula rakyat memandang rendah kepada kewibawaan Majlis Fatwa yang hanya sanggup menjadi alat dan membincang perkara yang menguntungkan pemerintah walaupun tanpa merujuk kepada pihak kedua untuk mendapat penjelasan supaya berlaku adil. Filed under: Agama, Demontrasi | |
PAS Negeri Sembilan Posted: 07 May 2012 09:16 PM PDT Tabung Kecemasan Lajnah Kebajikan PAS Rembau Posted: 07 May 2012 08:20 PM PDT Memandangkan saban hari pelbagai bantuan kecemasan perlu disalurkan kepada orangramai yang memerlukan, Lajnah Kebajikan PAS Rembau memberi peluang kepada orangramai yang berkemampuan untuk menyalurkan sumbangan melalui Tabung Kecemasan Lajnah Kebajikan PAS Rembau.
Kepada mereka yang ingin memberikan sumbangan sila hubungi Tn Hj Roni 012-2268230 , Ketua Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Rembau.
Sumbangan juga boleh disalurkan melalui akaun berikut Nama akaun : PAS Kawasan Rembau Bank : Bank Islam (Cawangan Seremban) No akaun : 05-012-01-007334-7
Bantuan kecemasan ini serba sedikit dapat meringankan beban mereka yang memerlukan bantuan seperti di bawah ini :
1. Mereka yang keputusan bekalan makanan akibat masalah ekonomi seperti diberhentikan kerja kerana penutupan kilang, ditinggalkan suami tanpa nafkah dan sebagainya.
2. Pemotongan bekalan elektrik dan air kerana tidak berkemampuan untuk menjelaskan tunggakan.
3. Bantuan awal untuk pelajar yang tidak berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran ke IPT/Kolej. | |
PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13' Posted: 07 May 2012 09:13 PM PDT |
DUN CHINI Posted: 07 May 2012 07:40 PM PDT PAKATAN RAKYAT CHINI BUAT LAPORAN POLIS Posted: 07 May 2012 09:26 AM PDT 7/5/12 Pakatan Rakyat DUN Chini telah membuat laporan polis berkaitan banner dan risalah palsu yang tidak di keluarkan oleh ANAK atau Pakatan Rakyat ... yang terpasang di kawasan perkampongan gugusan Chini .. laporan di buat dibalai polis Chini. | |
ULAMA PEWARIS NABI Posted: 07 May 2012 03:26 PM PDT PRU 13 MENGEJUT ATAU TAHUN BERIKUT ! Posted: 06 May 2012 11:13 PM PDT Benarkah Najib Razak akan mengumumkan pilihanraya Julai 2012 akan datang? Kita faham mandat BN hanya hingga Mac 2013. Kalau Teman buat agakan, DS Najib akan lakukan selepas Bajet 2013 atau tahun depan berdasrkan faktor PM sudah sah jadi saksi di mahkamah di Perancis dan mujur ada teman iaitu Zahid Hamidi .Faktor kedua , dikabarkan Najib perlukan wang untuk PRU13 dari hasil pengapongan FELDA Ventures atau plan B menjual ladang Tabung Haji 80,000 ekar . PILIHANRAYA umum kununnya mungkin berlaku seawal Julai depan sebelum bulan Ramadhan kerana Bersih 3.0 tidak memberikan kesan terhadap sokongan rakyat kepada Barisan Nasional (BN), demikian menurut sumber BN.
The Malaysian Insider difahamkan pilihanraya tidak akan dilaksanakan pada Jun ini kerana Datuk Seri Najib Razak akan bercuti ke luar negara selama dua minggu bermula pertengahan Mei, walaupun beliau akan menghadiri perjumpaan 'Rakan BN' di London pada 14 Mei. "Selepas sambutan ulang tahun Umno pada 11 Mei, Perdana Menteri akan menghadiri satu majlis di London, majlis graduasi anak lelaki beliau sebelum ke Sepanyol untuk bercuti," jelas sumber kepada The Malaysian Insider.
"Berkemungkinan pilihan raya tidak akan berlaku dalam bulan Jun. Julai seperti sangat sesuai memandangkan kebanyakan pemimpin BN sudah bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya, katanya dan menambah, ia mungkin dilaksanakan sebelum 19 Julai memandangkan bulan puasa dijangka akan bermula. Lebih 60 peratus rakyat Malaysia beragama Islam dan berehat daripada aktiviti politik ketika bulan puasa.
Namun Perdana Menteri itu, ketika menjawab soalan pemberita di sini, tersenyum apabila diajukan persoalan tersebut dan menjelaskan "tarikh pilihan raya tidak akan tergugat dengan perkara itu."
"Ia terpulang kepada rakyat. Kita akan membuat keputusan berdasarkan pandangan rakyat terhadap kerajaan, tunggu sahaja," kata Najib.
BN perasan atau buat-buat ok untuk sedapkan hati mereka sendiri dan untuk membuat sedikit penaikkan rating Najib kerana kebelakangan ini BN baut-buat ok walaupun sambuta semasa di Gua Musang dan Kuantan biasa saja itupun dikatakan menggunakan panggilan bas melalui syarikat bas.
Statistik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan jumlah pertambahan pengundi tertinggi adalah Selangor dengan 165,222 individu, diikuti Johor (124,240), Perak (96,710), Sabah (86,927), Kedah (84,704), Kelantan (69,344), Penang (64,029), Sarawak (63,305), Kuala Lumpur (61,040), Pahang (59,639), Terengganu (45,190), Negeri Sembilan (42,009), Melaka (31,827), Perlis (9,881), Labuan (2,863) dan Putrajaya (1,920).
Bersih, pertubuhan dengan 84 gabungan NGO. telah menolak daftar pemilih SPR dan menuntut pilihan raya yang adil dan bersih ketika perhimpunan mereka sejak 2007, dan terbaru pada 28 April lalu, yang menyaksikan ribuan masyarakat turun ke jalanan untuk mengadakan tunjuk perasaan aman duduk bantah.
| 3 TUNTUTAN TAMBAHAN BUAT BN Posted: 06 May 2012 09:40 PM PDT Lapan Tuntutan Bersih 2.0 adalah:
1. Pembersihan senarai pengundi berdaftar
2. Mereformasikan undi pos
3. Penggunaan dakwat kekal
4. Tempoh berkempen minima 21 hari
5. Akses media yang bebas dan adil bagi media arus perdana
6. Pengukuhan institusi awam
7. Hentikan rasuah
8. Hentikan politik kotor
Tiga Tuntutan Tambahan "Duduk-Bantah" Bersih 3.0 adalah :
1. Suruhanjaya Pilihanraya mesti meletak jawatan, terutama sekali atas kegagalannya dalam melaksanakan tanggungjawab dan telah kehilangan kepercayaan umum.
2. Proses pilihanraya mesti dibersihkan sebelum Pilihanraya Umum Ke-13.
3. Menjemput pemerhati antarabangsa untuk meneliti proses Pilihanraya Umum Ke-13.
Bukti terbaru yang menunjukkan bahawa Malaysia masih jauh daripada melaksanakan pilihanraya yang bebas dan adil adalah, pertamanya, tuduhan melulu dan dakwaan Perdana Menteri Najib Tun Razak bahawa perhimpunan Bersih 3.0 adalah satu percubaan untuk menggulingkan kerajaan Barisan Nasional; dan keduanya, sokongan membuta tuli yang telah diberi oleh tiga bekas Ketua Polis Negara terhadap dakwaan Najib itu.
Telatah yang tidak bertanggungjawab oleh pihak Perdana Menteri dan tiga bekas Ketua Polis Negara merupakan contoh terkini dan contoh yang jelas mengapa Lapan Tuntutan Bersih 2.0 masih relevan, penting dan tidak mungkin ditunaikan, dan merupakan satu sebab kukuh bagi semua rakyat Malaysia yang menghargai kebebasan yang ada untuk mendesak sekeras-kerasnya untuk Pilihanraya Umum Ke-13 dijalankan di atas medan yang a | KABINET BERSIH VS BERSIH 3.0 KABINET MALAYSIA Posted: 06 May 2012 04:38 PM PDT SHAH ALAM : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), memulakan siasatan terhadap dakwaan bahawa perdana menteri meminta RM3 bilion, untuk Perimekar daripada anak syarikat pembuat kapal Perancis, DCN.
"Perkara ini tidak boleh diambil ringan oleh pihak berkuasa Malaysia terutama SPRM memandangkan orang yang tertuduh sekarang memegang jawatan tertinggi dalam Kerajaan Malaysia serta Pengerusi Barisan Nasional Selangor. "Saya mewakili rakyat Selangor, menyeru kepada SPRM untuk memulakan penyiasatan dalam isu ini kerana ianya melibatkan rasuah berbillion ringgit dan salah guna kuasa untuk pembelian dua kapal selam Scorpene.
Katanya, sekiranya SPRM mempunyai masalah teknikal dari segi undang-undang dalam memulakan penyiasatan, kerajaan Selangor bersedia membantu suruhanjaya berkenaan mendapat nasihat dari pakar undang-undang antarabangsa.
Ia katanya, termasuk menggunakan dana anti-rasuah dari Geran Selangorku yang boleh digunakan untuk menjayakan usaha tersebut.
"Sebagai sebuah kerajaan negeri yang mementingkan ketelusan dan pertanggujawaban, Selangor komited dalam memerangi rasuah disemua peringkat dan tidak boleh hanya memeluk tubuh dalam isu yang sebegini serius," katanya.
Malaysiakini melaporkan, pendakwa perancis yang menyiasat urusniaga Scorpene mendakwa menemui bukti bahawa Datuk Seri Najib Razak yang merupakan menteri pertahanan ketika itu meminta AS$1 bilion untuk Perimekar daripada DCNI-anak syarikat pembuat kapal Perancis, DCN.
Menurut kertas pendakwaan yang didedahkan Suaram, satu faks menunjukkan Najib meminta jumlah tersebut sebagai syarat mengadakan pertemuan dengan beliau pada 14 Julai 2001. | |
Pemuda PAS Wangsa Maju Posted: 07 May 2012 03:15 PM PDT ROSMAH DAPAT TOKOH INDUSTRI BUKAN TOKOH SUKAN...HAHAHAHA Posted: 06 May 2012 06:40 PM PDT Rosmah Mansor dinobatkan sebagai Tokoh Industri Sukan Negara 2012 pada Majlis Anugerah Industri Sukan Negara malam tadi. Anugerah yang julung kali diperkenalkan itu disampaikan oleh Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee dengan disaksikan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, pada satu majlis makan malam di Menara Kuala Lumpur di sini. Rosmah, yang juga penaung bagi Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb), merasmikan majlis tersebut. Dalam ucapan beliau, Rosmah berkata, golongan belia perlu melihat penglibatan di dalam industri sukan sebagai peluang untuk meningkatkan tahap ekonomi diri dan keluarga. "Kesemua kemajuan dan transformasi di dalam aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan sukan akan mewujudkan peluang ekonomi yang besar kepada belia," katanya. industri pun industrilah... janji ada nama-nama sukan... | |
Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil Posted: 07 May 2012 01:17 PM PDT Indahnya Bendera PAS berkibar Posted: 07 May 2012 12:02 AM PDT Bahang PRU 13 kian dirasai. Tarikh tepat pilihanraya belum diketahui. Tidak seperti negara Demokrasi moden lain yang mana tarikh pilihanraya telah diketahui 2,3 tahun awalnya. Itulah 'hebatnya' demokrasi Malaysia. Ketika rangking Malaysia dalam kebebasan media kian jatuh dalam rangking dunia dan kebebasan bersuara yang kian lompong seperti mana kita lihat dalam demostrasi BERSIH 3.0 baru-baru ini. Inilah kesan rakusnya pemimpin-pemimpin BN yang sibuk mengumpulkan harta untuk mereka dan kroni-kroni mereka dengan duit rakyat. Mereka sanggup mengadaikan kebahagiaan rakyat semata-mata untuk kepentingan diri mereka. walaubagaimanapun, Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil terus melangkah mara ke hadapan bagi menegakkan keadilan di bumi malaysia amnya dan Melaka khasnya. Dengan berpegang teguh dengan Al-quran dan hadis, Pemuda Pas Bukit katil tetap gagah untuk memenangi hati rakyat. Sesuai dengan slogan PAS Melaka, Rakyat Di Hati Kami, Pemuda PAS Bukit Katil mengambil langkah kanan dengan mengibarkan bendera PAS bersaiz 20 kaki di markas operasi di bukit baru. Ini sebagai satu simbol dimana Dewan Pemuda PAS tetap akan berjuang untuk islam dan rakyat walaupun dibenci oleh golongan-golongan yang menentang ISLAM. Keindahan Bendera PAS | |
Batu Gajah Mari Posted: 07 May 2012 11:36 AM PDT Wahai Peneroka! Baca ni!! Posted: 07 May 2012 03:51 AM PDT IPOH: PAS Perak hari ini menyeru kepada semua peneroka Felda khususnya di negeri ini agar meneliti kesan daripada menandatangani surat tawaran perjanjian daripada bank untuk membeli saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH).
Pengerusi Lajnah PembangunanTanah dan Wilayah Negeri, Hj Razman Zakaria berkata, peneroka hendaklah mengetahui tentang kesan langsung yang akan diterima peneroka jika sekiranya berlaku penurunan harga dipasaran saham.
"Diantara kesan yang akan diterima peneroka ialah boleh mengakibatkan tanah dan harta mereka dilelong oleh pihak bank," katanya ketika dihubungi.
Menurutnya, Pendaftar Mahkamah tinggi Seremban setelah mengambil kira pandangan Hakim Dato' Rosnani Ibrahim hari ini mencadangkan permohonan injunsi 125 orang peneroka Felda dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuantan.
Katanya, permohonan daripada peneroka Felda Gugusan Bera dan Serting itu dibuat untuk menahan bank daripada memproses pinjaman kepada peneroka untuk membeli saham terbitan awal (IPO) Felda Global Venture Holdings (FGVH) yang akan disenaraikan di Bursa Malaysia.
Katanya, jumlah pinjaman yang tidak dinyatakan ini menimbulkan kekeliruan kerana borang tersebut tidak dapat disemak dan dinasihatkan tentang pinjaman tersebut.
Beliau juga mempersoalkan daripada mana duit 'durian runtuh' yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak di Jengka, Pahang esok.
"Dikhuatiri durian runtuh tersebut adalah sebahagian daripada pinjaman yang dibuat oleh peneroka tanpa disedari mereka," ujar Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak itu. | |
Dupahang's Weblog Posted: 07 May 2012 11:23 AM PDT Haram “Bersih 3.0″, Nik Aziz Dakwa Fatwa Yang Di Keluarkan Adalah Bersifat Berat Sebelah Posted: 07 May 2012 10:41 AM PDT KOTA BAHARU, 7 Mei – Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (foto) hari ini mendakwa fatwa pengharaman mengenai perhimpunan haram yang dikeluarkan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia adalah bersifat berat sebelah. Dalam kenyataan melalui laman sosial facebooknya, Nik Abdul Aziz berkata fatwa berkenaan dikeluarkan dengan [...] | JK Fatwa disuap dengan maklumat Umno sahaja Posted: 07 May 2012 10:04 AM PDT Perbuatan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama mengharamkan perhimpunan yang menuntut pilihan raya bersih dan adil memalukan umat Islam, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.”Sangat memalukan umat Islam. Pertama, kerana apa yang didakwa fatwa itu dibuat ketika siasatan yang adil dan tidak memihak belum pun dibuat untuk menentukan siapakah yang mencetuskan kerusuhan, [...] | Video tentara Bashar Assad mengubur hidup-hidup sejumlah demonstran Muslim Posted: 06 May 2012 11:42 PM PDT SURIAH (Arrahmah.com) – Video ini adalah rekaman rahasia yang terungkap, salah satu kebiadaban pasukan rezim Syi’ah Nushairiyah pimpinan Bashar Assad. Video yang berdasarkan postingan di Youtube tercatat tahun 2011 ini, tidak diketahui di kota mana, menunjukkan sejumlah demonstran Muslim Suriah dikubur hidup-hidup – tampaknya pakaian mereka telah dilucuti – oleh bala tentara Assad di sebuah [...] | Syeikh Fahd al-Quso syahid (Insha Allah) Posted: 06 May 2012 11:36 PM PDT Syeikh Fahd al-Quso syahid (Insha Allah) dalam serangan pengecut AS di provinsi Shabwa SHABWA (Arrahmah.com) – Al Qaeda Semenanjung Arab (AQAP) telah mengonfirmasi kematian Qari Hafiz Mujahid, Syeikh Fahd al Quso al-Awlaki yang syahid (Insha Allah) kemarin sore (6/5/2012) dalam serangan udara Amerika di lembah Rafad di wilayah Shabwa selatan Yaman. Sumber AQAP menjelaskan [...] | Majlis Fatwa Jangan Jadi Majlis Petua Buah Petola Posted: 06 May 2012 11:29 PM PDT Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan Bahagian Hal Eawal Agama Islam memutuskan haram bagi umat Islam menyertai demonstrasi yang boleh memudaratkan negara seperti mana Bersih 3.0. Menurut pengerusinya Dr Abdul Shukor Husin,tindakan merusuh, membawa kacau bilau dan merosakkan harta benda awam adalah suatu perbuatan yang ditegah Islam. Malah niat untuk menjatuhkan negara yang sah di sisi undang-undang [...] | Bila Ahli Jawatankuasa Fatwa Mempersendakan Hukum Islam Posted: 06 May 2012 11:25 PM PDT “Mangkok hayun Jk Fatwa Keb. tolong bedakan gambar di atas atau yang ini (klik di sini) yang menunjukkan pencetus huru-hara?Prakata: Kita baca kenyataan .Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang dikeluarkan oleh Bernama. Esok atau lusa insyaALLAHKerajaan Rakyatulas. Hari ini, Ahad, Kerajaan Rakyat cuti, hendakbersantaidengan anak-anak. Sekadar komentar ringkas ~ Bila para [...] | Orang Pahang pun dah Mula Menyampah Dengan Najib – Ni Dia Bukti Posted: 06 May 2012 11:08 PM PDT KUANTAN, 6 Mei – Orang ramai yang hadir ke program “Bersantai Di Taman Gelora Bersama YAB Perdana Menteri” di Taman Gelora dekat sini pagi tadi kecewa dengan sambutan orang ramai terhadap program tersebut. Program yang bermula jam 9.15 pagi itu hanya dipenuhi dengan para pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dikerah hadir untuk meramaikan [...] | Jangan sempitkan fatwa untuk demonstrasi sahaja Posted: 06 May 2012 11:04 PM PDT Harakahdaily, 07 Mei 2012 KUALA LUMPUR, 7 Mei: Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan diseru tidak mengeluarkan pandangan melibatkan demonstrasi sahaja tetapi mestilah juga mengeluarkan pandangan melibatkan kepincangan pilihan raya yang menjadi sebab kepada berlakunya demonstrasi. Demikian ditegaskan oleh Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Harun Taib (gambar) sebagai mengulas pandangan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan, [...] | |
Mohamad Taufek Abd Ghani Posted: 07 May 2012 09:51 AM PDT Taman Ular Sawa Ulu Bendol, masih ada lagi kah? Posted: 06 May 2012 09:41 PM PDT Ada sesiapa tahu status terkini Taman Ular Sawa di Ulu Bendol? Kerajaan Negeri Sembilan membelanjakan RM 400,000 untuk membeli 29 ekor ular sawa untuk dijadikan tarikan pelancong di Taman Ular Sawa. Tapi majoriti ular ini mati setelah 8 bulan taman ini dibuka pada tahun 2008.
Pythons at park dying off The STAR
4 Ogos 2008. MOST of the snakes at the python farm in the Ulu Bendul Recreation Park near Seremban have died, barely eight months after the farm was opened, reported Sin Chew Daily.
Unaccustomed to the climate, the imported pythons, including the huge South American python, began to die months ago. Now, the farm has only several local snakes.
A reporter found that five of the eight snake cages in the farm were under renovation while the others contained only a python each.
The RM1mil Taman Ular Sawa, on a 1.6ha land in Jalan Kuala Pilah, was mooted by Negri Sembilan Mentri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan to boost tourism. It was said to be the first python theme park in the world.
The state government spent RM400,000 to buy 29 pythons.
| JANJI DITEPATI? Posted: 06 May 2012 09:41 PM PDT Mana kemudahan dijanjikan? 7 Mei 2012
JASIN - "Kami memerlukan dewan serbaguna dan surau bagi menjalankan pelbagai aktiviti seperti kawasan lain." Itulah yang disuarakan lebih 2,000 penduduk di Taman Asia Selatan, Ayer Merbau di sini, apabila kawasan mereka tiada kemudahan berkenaan walaupun sudah dijanjikan oleh pelbagai pihak.
Pengerusi persatuan, Hamdan Dollah, 56, berkata, sejak mereka mendiami kawasan itu lebih tiga tahun lalu, pihak pemaju hanya menyediakan tanah seluas lebih kurang satu hektar bagi tapak pembinaan surau dan dewan yang terletak di Jalan Satu Taman Asia Selatan.
Menurutnya, sebelum ini, terdapat pihak berjanji untuk membina kemudahan terbabit yang dianggarkan bernilai RM100,00 termasuk ketika pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Merlimau lalu, namun sehingga kini belum ada kerja-kerja pembinaan dilakukan.
"Kini kawasan itu sudah terbiar dan dipenuhi semak samun selain menjadi tempat pembiakan binatang berbisa," katanya.
Hamdan berkata, pada PRK lalu, pihak Majlis Agama Islam Melaka turun padang ke lokasi berkenaan dan memberi maklum balas kemudahan seperti surau akan dibina tidak lama lagi, namun setelah lebih setahun berlalu tanah itu masih terbiar.
"Saya serba salah apabila penduduk sering bertanya bila pihak berkenaan nak membina kemudahan itu memandangkan di taman ini tidak ada tempat ataupun bangunan khas untuk kami menjalankan program.
"Oleh itu, diharap pihak berkenaan dapat mengotakan janji demi kebaikan penduduk di taman ini memandangkan kemudahan itu menjadi satu keperluan kepada kami lebih-lebih lagi jumlah penduduk semakin bertambah," katanya.
Katanya, disebabkan ketiadaan surau juga, penduduk terpaksa bersolat jemaah di masjid yang terletak luar dari taman itu di mana jaraknya lebih 1 kilometer termasuk menjadikan rumahnya sebagai tempat untuk aktiviti keagamaan seperti bacaan Yasin setiap minggu.
"Kerana tiada dewan dan surau, rumah saya menjadi tempat untuk menjalankan pelbagai aktiviti, namun ruang terhad menyebabkan tidak ramai penduduk yang dapat turut serta dan ianya kurang selesa.
"Setakat ini, setiap minggu kaum wanita akan berkumpul di rumah saya untuk membaca Yasin," katanya.
| Masjid-masjid di Malaysia perlu mesra OKU Posted: 06 May 2012 07:13 PM PDT Kepada mana-mana sahabat yang ada maklumat serta gambar masjid-masjid di Malaysia yang mesra OKU harap dapat kongsi bersama agar kita dapat bersama memberi kesedaran kepada umum betapa perlunya masjid sedia ada dan baru di Malaysia ini perlu mesra OKU. Jika di Britain mereka ada skim khas untuk menaiktaraf gereja supaya mesra OKU, takkan kita di Malaysia tidak boleh buat untuk masjid-masjid kita ?
CHURCH USES £5K GRANT FOR DISABLED ACCESS
A Croydon Baptist church is now more accessible thanks to a £5,000 grant.
New Addington Baptist Church, on Arnhem Drive, was awarded the funding by the Veolia environmental Trust through the Lanfills Communities Fund, with the cash used to contribute to the installation of a new pathway.
The work, now completed, cost in the region of £17,000 and will enable wheelchair users and those with disabilities to access the church and community facilities safely and easily.
DUA MASJID BARU MESRA OKU
DUA masjid baru akan dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan yang mesra OKU untuk membuat lebih mudah untuk individu keperluan khas untuk menunaikan solat mereka.
Menteri Hal Ehwal Ugama semalam memeriksa kemajuan ke atas pembinaan kedua-dua masjid di Mukim Kilanas, Jln Bebatik Kilanasand Kg Mulaut di Mukim Sengkurong.
MAKE BUILDINGS DISABLED FRIENDLY, SAYS SOCIAL ACTIVIST 7 May 2012
KUCHING : The relevant authorities should enforce provisions in the Buildings By-laws to accommodate the needs of the disabled persons by ensuring that they are incorporated in all new public and commercial buildings at the design stage, said Social activist Datuk Seri Ang Lai Soon.
Sumber : | Malaysia ketandusan graduan lulusan bidang Agama Islam? Posted: 06 May 2012 06:12 PM PDT Benarkan pengajaran J-Qaf di sekolah menengah ditangguh kerana masalah kekurangan guru dalam bidang berkenaan? Apakah Malaysia ketandusan graduan lulusan bidang Agama Islam?
Pengajaran J-Qaf di sekolah menengah ditangguh 7 Mei 2012
BATU PAHAT - Pelaksanaan pengajaran Jawi, al-Quran, Arab dan Fardu Ain (J-Qaf) di sekolah menengah di seluruh negara yang dijadualkan bermula tahun depan terpaksa ditangguhkan kerana masalah kekurangan guru dalam bidang berkenaan.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, masalah sama berlaku di peringkat sekolah kebangsaan apabila kementerian kekurangan kira-kira 11,000 guru J-Qaf.
"Kita perlu menyelesaikan dahulu kekurangan guru J-Qaf di sekolah kebangsaan yang menjadi keperluan mendesak sebelum melaksanakannya di sekolah menengah.
"Terdapat beberapa cadangan untuk meningkatkan jumlah guru itu dan ia akan dibincangkan pada mesyuarat pasca Kabinet Kementerian Pelajaran minggu depan bagi mendapatkan penyelesaian," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agung dan Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang Sekolah Agama Kampung Sungai Suloh, Senggarang, hari ini.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran pada Disember lalu mengumumkan pelaksanaan program perintis J-Qaf di sekolah menengah mulai pertengahan tahun ini dan pelaksanaan sepenuhnya pada 2013 di sekolah menengah seluruh negara.
Mohd. Puad yang juga Ahli Parlimen Batu Pahat berkata, antara cadangan kementerian bagi meningkatkan jumlah guru J-Qaf adalah dengan melatih lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mempunyai latar belakang pendidikan agama di Institut Pendidikan Guru (IPG).
Beliau berkata, kerajaan sememangnya ada mengambil guru lepasan ijazah dari Asia Barat untuk berkhidmat sebagai guru J-Qaf di negara ini, namun, jumlah itu belum mencukupi bagi menampung keperluan ketika ini.
Mohd. Puad berkata, Kementerian Pelajaran juga merancang mewujudkan jawatan Guru Penolong Kanan Pendidikan Islam di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan bagi memantau dan memperkukuhkan subjek Pendidikan Islam.
Menurutnya, perkara itu turut disuarakan Kesatuan Guru-guru Agama Kebangsaan semasa Konvensyen Pendidikan Islam peringkat kebangsaan tahun lalu dan mungkin terlebih dahulu dilaksanakan di sekolah yang mempunyai Kelas Aliran Agama.
Bagaimanapun, katanya, cadangan tersebut perlu mendapat kelulusan Jabatan Perkhidmatan Awam dan mengambil kira faktor kewangan sebelum dapat dilaksanakan.
| Jururawat Malaysia ramai menganggur, jururawat asing diutamakan Posted: 06 May 2012 06:12 PM PDT 'Hire local nursing grads' 07 May 2012
FAIR CHANCE: Health Ministry urges private hospitals to employ experienced locally-trained nurses
THE Health Ministry has called on private hospitals to recruit experienced locally-trained nurses rather than hire foreign ones to reach the targeted nurse-patient ratio by 2015.
Deputy Health Minister Datuk Rosnah Rashid Shirlin said the current nurse-patient ratio was 1:347 and the target was to achieve 1:200 by 2015, as set by the World Health Organisation.
"We are doing our best to ensure that. I'm confident we can achieve that. Private hospitals should also take part in this initiative by recruiting local nursing graduates."
Rosnah said private hospitals had hired 8,052 foreign nurses.
"We should give fresh graduates a chance. Why can't private hospitals take them in?"
She said the ministry trained 5,000 nurses annually.
"We (the ministry) are doing our part very well. We are not against foreign nurses. We have 916 nurses working overseas.
"I'm just saying the locals should have a fair chance to be employed locally," said Rosnah after launching the health campaign organised by the Malaysian Nurses Association here yesterday.
LEBIH 50 PERATUS GRADUAN KEJURURAWATAN MENGANGGUR
Graduan kolej jururawat menganggur
SAYA bekas pelajar Diploma Kejururawatan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di Pantai Timur. Masalahnya, sudah setahun lebih saya dan rakan menganggur.
Sebelum ini, kami difahamkan negara memerlukan lebih ramai jururawat untuk ditempatkan di hospital. Sehingga kini masih ramai bekas pelajar jururawat IPTS menganggur. Persoalannya, adakah jawatan jururawat sudah mencukupi? Kalau masih ada kekosongan, mengapa ramai belum diambil bekerja? Dengan lambakan kolej swasta yang menawarkan kursus kejururawatan, kami seolah-olah dipinggirkan. Adakah pihak berkenaan mengkaji kuota pelajar jururawat yang semakin bertambah?
Kami juga kesal kerana kolej kami tidak membantu dan hanya ingin mengaut keuntungan. Ada yang menerima surat menyatakan mereka perlu menjelaskan pinjaman sedangkan kami belum bekerja.
GRADUAN KECEWA, Kuala Terengganu.
JEYAKUMAR : KEMENTERIAN KESIHATAN MESTI BERTANGGUNG-JAWAB By Aliran, on 1 December 2011
Berikut ialah intervensi Dr Jeyakumar Devaraj dalam perbahasan Bajet Kementerian Kesihatan pada 16 November 2011.
Saya ingin tanya, manakah 41000 penuntut kejururawatan yang masih di kolej pada takat ini akan mendapat kerja. Jawapan pada saya bertarikh 14 November 2011 dinyatakan bahawa hanya 45.5 peratus daripada graduan kejururawatan yang lulus peperiksaan Lembaga Jururawat pada tahun 2010 dapat cari kerja! YB Menteri, pasaran untuk jururawat telah dibanjiri. It is flooded. Mengapakah Kementerian tidak mengurangkan kuota untuk kolej-kolej kejururawatan?
PENIPUAN DI KOLEJ JURURAWAT
Difahamkan, 61 buah IPTS telah diberi izin oleh Kementerian Pengajian Tinggi untuk mengadakan kursus kejururawatan dan lebih daripada 41,000 penuntut kejururawatan yang sedang belajar dalam IPTS-IPTS ini. Pada tahun 2010, 7665 graduan kejururawatan daripada IPTS telah mengambil peperiksaan Lembaga Jururawat. Hanya 70.1% daripada bilangan ini yang lulus peperiksaan tersebut berbanding kadar kelulusan setinggi 98.4% di kalangan calon kejururawatan yang belajar di Kementerian Kesihatan Malaysia. Ini jelas menunjukkan bahawa kualiti pendidikan di beberapa kolej kejururawatan swasta tidak memuaskan. Hanya 42.7% daripada pelajar kejururawatan yang graduat pada tahun 2010 berjaya dapat kerja di hospital dan klinik.
| Pengurus terkejut terima bil elektrik RM8,000 Posted: 06 May 2012 06:10 PM PDT 7 Mei 2012 KUALA LUMPUR – Seorang penduduk di Pandan Indah di sini meminta Tenaga Nasional Berhad (TNB) membuat kiraan semula terhadap bil elektrik rumahnya bagi bulan Mac lalu yang mencecah jumlah RM8,241.55.
Penduduk berkenaan, David Chan, 51, mendakwa, pada 17 Januari lalu, dia menerima bil elektrik termasuk tunggakan yang berjumlah RM2,226.25.
Bagaimanapun, dia terkejut apabila jumlah tersebut meningkat sehingga mencecah RM8,241.55 apabila menerima satu lagi bil kira-kira dua bulan kemudian.
"Mustahil bil elektrik tersebut bertambah lebih daripada RM6,000 dalam tempoh dua bulan sahaja.
"Tambahan pula saya hanya tinggal di rumah biasa bukannya kedai dan tidak mungkin kadar elektrik saya melambung tinggi," katanya ketika ditemui Kosmo! di sini baru-baru ini.
| |
Pemuda Guchil Posted: 07 May 2012 09:22 AM PDT |
PAS KAWASAN KANGAR Posted: 07 May 2012 09:09 AM PDT Panas: Ibu Pejabat PKR Pahang Di Ceroboh Malam Tadi, Penjenayah Larikan Dokumen Penting Parti ! Posted: 06 May 2012 07:08 PM PDT KUANTAN, 7 Mei - Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang di Jalan Beserah dekat sini telah diceroboh malam tadi. Perakara itu dilaporkan oleh blog rasmi parti itu pagi ini. Kejadian tersebut disedari oleh Setiausaha Kerja PKR Pahang. Menurut beliau, beberapa dokumen penting, komputer serta peralatan pejabat didapati telah hilang. Malah, turut dirosakkan adalah talian elektrik di seluruh kawasan pejabat berkenaan (diputuskan). "Saya ke pejabat sekitar jam 9.30 malam tadi untuk melakukan tugasan. Setiba di pejabat saya tengok rantai pintu pagar telah diputuskan. Saya percaya penceroboh masuk ke pejabat melalui siling kerana tiada kesan pintu yang dipecahkan", katanya. Beliau percaya perbuatan khianat tersebut telah dirancang oleh pihak yang berkenaan bagi mensabotaj parti menjelang Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang. Malah, kehilangan beberapa dokumen pentong serta komputer yang mengandungi data-data parti membuktikan modus operandi yang sama dilakukan oleh penceroboh semasa kejadian yang sama di pejabat Dato' Fauzi Abd Rahman (Pengerusi PKR Pahang) di Bukit Sekilau dulu. Malah, sebelum ini (28 Nov 2011) juga telah berlaku kecurian di lokasi (Pejabat PKR Pahang) yang sama di mana lima buah kompresor hawa dingin didapati telah hilang. Satu laporan polis akan dibuat berkaitan kes ini dan difahamkan satu sidang media akan dilakukan pagi ini berkaitan insiden tersebut. Sementara itu Keadilan Negeri Pahang mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan khianat ini dan mendesak agar pihak Polis bertindak dengan menggunakan kepakaran yang ada untuk mengenalpasti pihak yang bertanggungjawab. Bukti, kes ceroboh yang berlaku di pejabat Dato' Fauzi pada tahun 2010modus operandinya tetap sama iaitu melalui siling premis terbabit[Jika dilihat kepada tiga kejadian terdahulu termasuk dua melibatkan pejabat Dato' Fauzi sendiri, ternyata pihak polis begitu seukar untuk menjejaki penjenayah terbabit. Malah, hingga sekarang tidak ada maklumat tentang kejadian terdahulu dan kini ia berlaku lagi. Apa yang pasti kejadian ini menjurus kepada unsur politik semata-mata, tambahan pula penceroboh dipercayai memang berniat untuk mencuri dokumen penting yang berkaitan dengan pilihanraya sebenarnya. Maka itu, walau pun umum cuba mengelak namun kes ini mahu atau tidak, pasti ia dilakukan oleh musuh politik PKR. Siasatan yang rapi haruslah dijalankan untuk mencari dalang disebalik insiden ini. Kita tidak mahu politik berbentuk ancaman dan provokasi seperti ini menjadi permainan pihak yang berkenaan. Tuduhan dan dakwaan mungkin tidak digemari oleh pihak terbabit, namun melihat kepada modus operandi yang dilakukan maka sudah pasti ia melibatkan orang yang sama. Cuma mereka masih bebas untuk melakukan lebih banyak pencerobohan selepas ini. Bersedialah untuk berhadapan dengan semua ini. Tambahan pula menjelangnya PRU-13 tidak lama lagi].
sumber: Pahangdaily
| |
Pemuda Bersamamu v3 Posted: 07 May 2012 09:04 AM PDT BN Guna Majlis Fatwa Hadapi Aura BERSIH 3.0 Posted: 06 May 2012 05:02 PM PDT Barisan Nasional dilihat semakin tertekan dengan aura BERSIH 3.0 apabila terpaksa menggunakan Majlis Fatwa Kebangsaan bagi menfatwakan demonstrasi haram. Selepas gagal memperdaya rakyat dengan pelbagai penerangan melalui media cetak dan elektronik milik mereka, giliran Majlis Fatwa Kebangsaan menjadi mangsa.
Kenyataan yang dikeluarkan tersebut dilihat tidak lebih melainkan usaha menyelamatkan UMNO dan Barisan Nasional yang sedang lemas dengan amukan rakyat yang inginkan pilihanraya yang bersih dan adil. Sepatutnya, Majlis Fatwa Kebangsaan perlu membincangkan segala tuntutan BERSIH adakah tuntutan tersebut bertepatan dengan keadilan Islam atau sebaliknya.
Isu seperti pemberian kad pengenalan kepada warga asing, nama pengundi yang telah meninggal dunia terdapat dalam daftar pemilih, 40, 000 nama yang diragui dalam daftar pemilih, rasuah dan politik wang, fitnah media, tindakan anggota polis yang seperti melepas geram kepada demonstran; itu yang mesti dibincangkan bersama. Adakah perkara-perkara ini dikira halal oleh mereka?
Kita berikan satu contoh kes ini dan apa komentar yang boleh diberikan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan:
Menceritakan detik - detik beliau ditumbuk, dipukul, disepak, diterajang dan dibelasah oleh sekumpulan polis ketika menyertai BERSIH 3.0 di Dataran Merdeka, beliau mengimbas kembali, 'waktu itu sekitar pukul 6.20 petang saya bersama 3 orang rakan menaiki tangga LRT di Masjid Jame' untuk pulang, katanya.
'Sebelum menaiki tangga LRT saya nampak sekumpulan anggota polis berdiri tetapi tidak mengendahkannya, sampai di tingkat 2, tiba - tiba seorang angota polis menarik bajunya dari belakang dan ketika itu saya agak terkebelakang berbanding dengan 3 orang kawan saya itu', jelasnya.
'Polis itu bertanya hendak kemana, beliau menjawap hendak ke LRT tiba - tiba sebiji tumbukan singgah di pipi kanan saya dan polis itu menarik baju saya menuruni tangga', katanya.
Beliau seterusnya berkata, 'saya diheret ke tempat sekumpulan anggota polis yang saya nampak tadi dianggarkan 10 orang dan di situlah saya dibelasah bertubi - tubi hingga jatuh dan rebah di atas jalan', ulasnya.
Tidakkah ini dikira sangat zalim dan siapakah yang mencetuskan huru-hara pada hari tersebut?
Tuan Guru Haji Salleh Turut Sertai BERSIH
Sebelum itu, Dewan Ulama' PAS Pusat terlebih dahulu mempertikaikan kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan tersebut. Berikut petikan kenyataan DUPP daripada laman web rasmi DUPP:
"Demonstrasi menyatakan pandangan adalah berasaskan kepada kewajipan Amar Ma'ruf Nahi Mungkar yang dituntut oleh Islam. Demonstrasi BERSIH 3.0 bertujuan menuntut 8 perkara melibatkan penambahbaikan pilihanraya negara yang dilihat pincang. Ia merupakan sebahagian tugas Amr Ma'ruf Nahi Mungkar yang mesti dilaksanakan oleh rakyat terutamanya umat Islam. Tanpa sebarang provokosi daripada pihak tertentu demonstrasi aman tidak akan mencetuskan huru-hara."
Sementara itu, Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat, Dr Khairuddin Aman Razali pula menegaskan, "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan diminta jangan menyempitkan pandangan muzakarah melibatkan demonstrasi yang berlaku sahaja tetapi perlu mengeluarkan pandangan terhadap kepincangan pengurusan kewangan negara, amalan rasuah yang berleluasa, pengkhianatan pemberian ic kepada bukan warganegara, pemberian warganegara dengan tujuan politik jahat, rasuah politik kepada pengundi, pengunaan dana kerajaan oleh parti yang bertanding dalam pilihanraya dan kepincangan pengurusan pilihanraya. Dengan itu, Jawatankuasa Fatwa akan dilihat berwibawa dan tidak menjadi alat pemerintah semata-mata, malah menjadi suara Amar Ma'ruf Nahi Mungkar mewakili rakyat."
| |
Jabatan Amal Malaysia DPPP Posted: 07 May 2012 03:51 AM PDT BERSIH 3.0. dari catatan Seorang Unit Amal Kedah. Posted: 07 May 2012 01:35 AM PDT Pada mulanya.saya tidak bercadang untuk hadir pada perhimpunan bersih di KL.Bagi saya sebagai rakyat Malaysia kebebasan bersuara telah lama hilang dari kehidupan rakyat Malaysia ini.Negara kita hanyalah sebuah Negara yang kuno di zaman ledakan teknologi komunikasi sedang berkembang dengan pesatnya di alam ini.Apalah yang perlu saya perjuangkan kerana saya masih bujang dan tidak perlu memikirkan masa depan generasi mendatang selain ibu saya yang masih hidup.Pengalaman dari BERSIH 2.0 telah mengajar saya bahawa suara rakyat seperti kami hanyalah gas pemedih mata,pukulan belantan dan sepak terajang dari robot2 syaitan yang bergerak dengan berTUHANkan pangkat dan harta duniawi semata2.
25.4.12- Saya menerima maklumat dari seorang sahabat yang menghantar anaknya yang berumur 15 tahun untuk dijaga oleh SAC 3 UNIT AMAL KEDAH diperhimpunan.Saya jadi serba salah untuk tidak turut serta dengan membiarkan SAC3 menghadapi nya tanpa bantuan dari saya.Saya memohon tempat ke BERSIH 3.
SAC3 datang menjemput saya dirumah bersama seorang kawan .Kami bergabung bersama 5 angota Amal kulim.3 Amal digerakan dengan sebuah kereta ke kl sebagai peninjau.Saya ,SAC3 dan M ditugaskan untuk membawa masuk 36 peserta bersih dengan sebuah bas terdiri dari 5 orang lelaki cina dan 4 orang perempuan yang sebaya atau lebih dari ibu saya.Jam 2 pagi 28-4-12 kami bergerak bersama 2 Amal dengan sebuah kereta sebagai pemandu arah bas.1 tanggungjawap yang berat dan mencabar kali ini.Saya tidur sepanjang perjalanan ke KL bagi meredakan tekanan yang bakal dihadapi.
28-4-12-jam 7.30 pagi - Kami sampai di KL.laluan masuk ke DATARAN telah disekat dalam lingkungan 1km.Pagi yang tenang diuji dengan cabaran melintas lebuhraya KL bersama pakcik dan makcik.Alhamdulilah segalanya dilindungi Allah dengan selamat walaupun 2 orang makcik hampir dirempuh super bike yang sedang menguji power.Kami bergerak memasuki 1 kawasan taman tugu Negara bersebelahan dg ibu pejabat polis bukit aman.SAC3 dan saya meninjaui laluan masuk dataran melalui kawasan bukit aman untuk memasuki kawasan masjid Negara.Begitu ramai robot2 perang dikawasan sekitar bukit aman dan luar masjid Negara.Saya tidur di dalam masjid sementara SAC3 meninjau kawasan sekitar untuk memasuki dataran.
Jam 11.30 pagi- Kami bergerak bersama memasuki kawasan dataran dan bergabung dengan sebahagian rombongan yang datang bersama kami tadi.Kami mengambil tempat dihadapan Dataran merdeka berhampiran dengan kawat berduri yang direntang pihak polis.Segalanya berjalan lancar dengan penuh harmoni .Saya lihat perserta duduk sambil melambung2 bola angin berwarna hijau.Diudara angota polis meninjau kawasan sekitar menggunakan helikoter dan payung udara berinjin.
Jam 1.30 tengahari- Saya diarah untuk membuka tempat sembahyang di tengah kesesakan perserta perhimpunan.Keadaan semakin sesak dengan kehadiran orang ramai yang semakin padat.Kami bersama perserta makan sekadar yang ada untuk meredakan tekanan .
Jam 14.25 petang- Kami dimaklumkan oleh seorang unit amal bahawa halangan berduri yang memisahkan perserta bersih dan polis telah dibuka berhampiran bangunan putih yang dikuasai secara total oleh pihak polis.Di tinggat dua banguanan ini juga saya melihat sekumpulan lelaki memijak2 gambar PM sebelumnya. Saya meninjau kawasan sekitar lokasi dan medapati kawat berduri telah dibuka dengan teliti oleh pihak polis dan diganti dengan kon dah pagar besi bagi memudahkan orang ramai merempuh sekatan.pihak polis mengawal lokasi dengan ketat dikawasan belakang laluan terbabit.Kami bergerak kekanan untuk memaklumkan kepada pasukan amal kedah yang berkawal dihadapan kawat berduri mengenai perangkap yang telah disediakan oleh pihak polis. Jam 3.00 petang-Saya bertemu YB Mahfuz .YB meminta pertolongan saya dan SAC3 untuk mejaganya akibat diekori oleh 2 lelaki unit amal yang tidak dikenali.Kami tahu pada hari ini pihak polis telah menyediakan ramai polis yang menyamar sebagai Unit Amal dan perserta perhimpunan.Kemudian kami bertemu dengan dengan YB Salahuddin Ayob dan saya diamanahkan untuk menjaga YB Din. Kemudian saya terdengar riuh rendah di kawasan perangkap tadi.Saya dapati beberapa lelaki telah memasuki kawasan perangkap tersebut dan memanggil orang ramai mencereboh kawasan terbabit.pihak polis yang berkawal membiarkan saja kelakuan pihak terbabit. Provokasi telah dilakukan oleh pihak polis berbaju preman.Unit amal Berjaya mengawal orang ramai dari memasuki kawasan terbabit. Saya berada dihadapan bangunan DBKL.Kemudian saya Nampak sekumpulan lelaki dari arah kanan bangunan DBKL memasuki kawasan polis dan membuat kacau.Mereka datang dari kumpulan polis tanpa memecahkan halangan.Tiba2 gas pemedih mata dilemparkan turun kearah orang ramai dan keadaan menjadi tidak terkawal dan disusuli dengan letepun senapang gas pemedih mata dihadapan saya.Saya melarikan YB Din dan seorang pak lebai kerah bangunan DBKL.Selepas laluan keretapi YB din terlepas dari jagaan saya.YB lari lagi laju dari saya.Saya memegang pak lebai terbabit tetapi tetapi pak lebai rebah akibat terkena gas .Saya cuba untuk membantu pak lebai tersebut tetapi gagal akibat terkena gas pemedih mata pertama. 3.10 petang-Saya terasa tidak dapat bernafas dan hamper mati akibat gas tersebut.sebelah dari tangan saya telah menongkat bumi dan mata tidak dapat melihat. Dalam keadaan yang panik itu saya mencapai botol air garam dan mininumnya.Keadan beransur pulih dan mata mula dapat melihat.Saya cuba beredar dari kawasan terbabit.
Tidak sampai 10 langkah seorang lelaki memanggil saya untuk membantu adiknya yang kelemasan akibat gas. Saya lihat mangsa mengelupur seperti ayam yang kena sembelih .Saya tuangkan air garam didalam mulutnya tetapi disembur keluar semula .Saya mengarahkan orang ramai membuka baju mangsa .Mereka mengoyak baju mangsa . Belum sempat baju ditanggalkan sebutir gas jatuh ditepi kami.Saya menyeret mangsa bersama abangnya kebangunan belakang bangunan DBKL dan terjumpa dengan pasukan medic yang menyediakan alat bantuan penafasan.Belum sempat mangsa pulih sebiji lagi gas luruh berhampiran kami.Pasukan madic bertempiran lari akibat terkena gas. Sekali lagi saya mengarahkan orang ramai mengubah mangsa bersama alat bantuan penafasan madic.Kami berhenti berhampiaran tebing sungai Gombak untuk memulihkan mangsa terbabit.Stelah mangsa pulih saya meninjau kawasan sekitar untuk keluar dari kawasan gas beracun itu.Tbing sungai terlalu tinggi untuk saya terjun kedalam sungai.Saya naik ketempat yang lebih tinggi untuk meninjau kawasan sekitar.Saya tidak tahu kemana arah untuk menyelamatkan diri. 15.30 petang-Akibat tiada jalan untuk keluar dan dalam keadaan marah dan panas akibat gas.Saya menjerit dengan kuat dan keluar dari belakang bangunan DBKL kejalan utama (jalan raja laut) dan mula mencabar pihak polis menembak. Polis menembak gas kearah saya.Saya berundur dan peluru gas jatuh seperti hujan di belakang saya.Mereka terus menembak sehingga saya berundur dihadapan SOGO.Kemudian water tanker mula menyembur orang ramai dan saya tahu pihak polis kehabisan peluru.Saya mengerahkan orang ramai melawan dan mereka mula membuat benteng dari kon dan besi penghadang jalan.Saya melihat mereka mengawal kawan2 mereka dari merosakkan harta benda awam. Zon perang telah diwujudkan dikawasan terbabit.Mereka melawan dengan penuh semangat untuk mempertahankan anak bangsa mereka sendiri yang diinayakan oleh ahli politik.pihak polis terpaksa berundur akibat kemarahan rakyat. 4.30 petang- Saya beredar lorong disebelah kiri untuk mendapatkan bekalan air minuman akibat kepanasan dari kesan gas yang membakar kulit.Telah 3 kali saya meminta minuman dari orang ramai dan saya berasa sangat malu dengan perbuatan saya itu. Saya dapati banyak kedai ditutup.Jika ada pun mereka tidak mahu menjual air kepada saya.Saya terjumpa penjual ais krim dan membeli dan mula melepaskan dahaga.belum sempat habis menjamah ais krim seorang lelaki yang kehausan berdiri dihadapan saya dan saya member separuh dari ais krim saya kepadanya.Saya bergerak kemasjid india untuk mencari bekalan air yang baru. Tiba dikawasan sekitar masjid india saya dapati sebuah gerai minuman beroperasi. Sungguh laris perniagaannya.orang ramai berpusu2 untuk membeli minuman. Saya berniat untuk membeli minuman tetapi dikejutkan dengan kehadiran 3 angota polis berunifom (tidak mempunyai nombor badan dan nama) dan berberapa polis berbaju preman. Mereka menangkap perserta bersih dan membelasahnya. Saya menegur perbuatan mereka kerana boleh mengakibatkan kemarahan orang awam akibat tindakan mereka. Mereka marah dengan perbuatan saya dan seorang SB telah mula menyeluk begnya yang saya jangka sedang mencapai pistol untuk menembak saya.Telah menjadi tugas saya sebagai pasukan amal untuk menjaga keselamatan orang awam. Polis berunifom beredar dengan rasa tidak puas hati kepada saya tanpa membuat sebarang tangkapan. Saya pergi semula untuk medapatkan bekalan air. Kemudian saya lihat sekumpulan angota polis berunifom seramai lebih kurang 15 orang lalu dihadapan saya.Tiba2 seorang angota polis menolak saya dengan keras.Saya menolaknya semula.Dia menendang kerah saya tetapi berjaya ditangkis oleh kaki saya.
Tiba2 sebiji penumbuk datang dari arah kiri saya.Saya cuba mengelak tetapi terkena hidung saya dan patah.Saya sangat marah dan menumbuk pipi kiri angota polis yang menolak saya dan dia rebah memeluk pinggang saya.Saya cuba melepaskan diri tetapi diserang oleh dari berbagai arah seperti orang gila yang dirasuk syaitan.orang ramai datang membantu dan saya terlepas dari asakan . Hidung saya berdarah. Saya jadi sangat marah dengan sikap angota terbabit dan mula mencari apa saja untuk dibuat senjata bagi menyerang syaitan2 terbabit. Jika diberi sebatang golok pada ketiga itu saya akan berdoa semoga tuhan membenarkan saya memancung 15 angota terbabit sebelum nyawa saya bercerai dengan badan.
4.50 petang- SB polis mula mengekori saya dan mengawasi saya. Saya tidak tahu arah untuk beredar dari kawasan terbabit dan saya jangka pihak polis akan datang untuk membalas demdam terhadap saya.Saya rasa saya akan mengamuk sehingga mati pada masa itu. Tiba2 sebuah kenderaan berhenti dihadapan saya dan 2 angota unit amal kedah datang mengambil saya dan mengeluarkan dari kawasan terbabit.Saya dibawa kemasjis mandi dan solat kemudian dibawa untuk makan .Kami singgah makan di hentian tol rawang.
1.5.12- Saya menjalani ujian x-ray dihospital kulim.Tiada klinik swasta yang dibuka semasa cuti hari perkerja.Terdapat lebih kurang 10 kesan kesakitan diseluruh angota tubuh saya akibat dipukul oleh pihak polis dengan benda keras. Hidung saya ditumbuk mengunakan gari atau buku lima dan mungkin retak.leher kiri saya mungkin dipukul dengan t button yang boleh mengakibatkan kematian.Saya perlu keputusan x-ray sebelum prosen urutan dijalankan terhadap saya untuk memastikan tiada keretakkan pada tulang saya. Doktor tidak mahu memberikan keputusan x-ray saya kerana bimbang perkara ini tersebar walaupun saya mahu membayarnya.Doktor memaklumkan tiada keretakan pada tubuh saya.Esoknya saya pergi mendapatkan urutan pada seorang bomoh di kampong keladi kulim.
4.5.12 - Saya mendapat mimpi dari arwah abah yang datang melawat saya. Pada petangnya saya menghadiri majlis penkembumian emak kepada kawan saya di masjis al- taufik air merah.Saya dimaklumkan bahawa Ketua Polis Negara iaitu bekas sahabat arwah abah saya akan hadir untuk mengadakan majlis taklil di masjid terbabit. Kesakitan akibat dibelasah polis datang semula selepas mendengar khabar kehadiran KPN tersebut.Saya akan mengibarkan bendera PAS dan akan diikat mengunakan kain pembalut luka dikubur arwah abah saya sebagai protes dari tindakan polis terhadap saya dan orang ramai semasa perhimpunan bersih. Tiada siapa yang dibenarkan untuk mencabut bendera terbabit kecuali saya sendiri. LAKNAT KEATAS SESIAPA YANG MENCABUT BENDERA TERSEBUT.Semoga tuhan merahmati saya berserta perjuang2 yang menegakkan kebenaran .Amin….ya rabalalamin…ALLAH MAHA BESAR DAN MAHA ADIL. Sumber : http://www.kedahlanie.info | Saya dibelasah teruk kerana dituduh pukul polis Posted: 07 May 2012 01:21 AM PDT SHAH ALAM: Seorang anggota Unit Amal PAS, Mohd Fahmi Mohd Noor mendakwa beliau dipukul ketika ditahan pihak polis dan sepanjang perjalanan ke Dataran Merdeka sebelum dibawa menaiki trak polis.
Fahmi mendakwa beliau ditahan kira-kira jam 4.30 petang di persimpangan lampu isyarat di hadapan bangunan Sime Darby di Jalan Raja Laut ketika sedang mengarahkan peserta Bersih 3.0 beredar dan tidak menimbulkan sebarang tindakan yang boleh menaikkan kemarahan pihak polis.
Menurut Fahmi, beliau ketika itu dalam posisi membelakangi polis menyebabkan beliau tidak sedar bahawa polis sudah menghampiri beliau menyebabkan beliau ditangkap walaupun pada waktu itu beliau sedang mengarahkan peserta bertenang serta beredar.
"Saya sedang mengarahkan agar peserta tidak melakukan provokasi saya pula ditangkap.
"Dalam perjalanan ke Dataran Merdeka ketika melalui kaki lima saya telah dipukul oleh pihak polis termasuk ditendang malah terdapat di antara mereka mengeluarkan kata-kata kesat dan lucah," katanya ketika ditemui Harakahdaily.
Menceritakan insiden itu lebih lanjut, Fahmi berkata, ketika ditahan beliau sempat bertanya kepada polis samada beliau sedang melakukan provokasi ataupun mengawal keadaan.
Namun salah seorang anggota polis itu ada mengatakan memang tiada provokasi dilakukan oleh beliau tetapi beliau harus juga ditangkap.
Beliau kemudian dibawa ke Dataran Merdeka bersama kumpulan lain yang lebih awal ditangkap.
"Jarak perjalanan agak jauh dan saya sendiri tidak pasti berapa kali dipukul, malah ketika sudah hampir di Kelab Di Raja Selangor saya sekali lagi dipukul oleh empat orang polis, disepak dan menyebabkan saya jatuh," ceritanya lagi.
Fahmi memberitahu setelah dipukul, beliau diletakkan bersama-sama dengan tahanan yang lain termasuk dengan bekas Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Abdul Aziz Bari.
"Ketika saya duduk bersama-sama tahanan yang lain, terdapat seorang anggota polis menjerit dan mengatakan saya telah memukul anggota polis, tindakan tersebut menyebabkan saya sekali lagi ditarik dan dibawa ke belakang trak polis sebelum dibelasah teruk oleh sembilan orang anggota polis.
"Ketika itu saya dipukul dengan teruk termasuk dipijak di perut, ditendang di bahagian dada dan belakang. Saya telah ditumbuk menyebabkan cermin mata saya telah jatuh.
"Dalam keadaan samar akibat kehilangan cermin mata saya cuba mengambil semula cermin mata tersebut tetapi salah seorang anggota polis telah memijak cermin mata saya sehingga pecah, saya dipukul dengan teruk tanpa ada belas kasihan langsung oleh pihak polis," sambung beliau lagi.
Sewaktu dipukul, beliau juga mendakwa ada mendengar Aziz Bari merayu meminta polis berhenti memukul beliau.
Akibat dibelasah beramai-ramai itu, Fahmi mengalami kecederaan di bahagian muka, dada dan belakang.
Tidak lama kemudian, beliau bersama tahanan yang lain dibawa ke Pulapol untuk diambil keterangan.
Ketika memberi keterangan pula, Fahmi mendakwa polis hanya mengambil maklumat peribadi sahaja tanpa bertanya apa yang berlaku terhadapnya sebenarnya.
Beliau yang baru enam bulan menyertai Unit Amal Shah Alam itu kemudiannya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam pada hari Isnin 30 April sebelum membuat pemeriksaan kesihatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang juga pada hari yang sama.
"Biarlah apa yang polis lakukan terhadap saya itu diadili oleh Allah dan saya tidak mempunyai apa-apa dendam dengan mereka.
"Cuma yang paling menyentuh perasaan saya ketika saya diarahkan menanggalkan beret yang dipakai oleh saya dan saya sendiri tidak mengetahui apa alasan sebenarnya polis suruh saya tanggalkan beret tersebut," katanya. | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan