Isnin, 7 Mei 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


CINA ISLAM (林川興)

Posted: 07 May 2012 01:24 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Bersih 3 : Apakah undang-undang yang diguna pakai.

Posted: 07 May 2012 12:45 AM PDT

15 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -
KENYATAAN MEDIA

Saya melihat rakyat telah masak dengan reaksi yang bakal dilakukan oleh pimpinan BN dalam isu memberi akses terhadap sebarang acara yang berbentuk himpunan untuk menyuarakan sebarang bantahan lebih-lebih lagi dalam isu menuntut proses pilihan raya yang adil dan bersih.

Najib berbicara mengenai undang-undang tetapi dalam isu BERSIH 3.0 para peserta ditembak dengan gas pemedih mata dan air berasid tanpa alasan dan apakah undang-undang yang diguna pakai ketika itu?

Apalagi tindakan memukul dan memyepak mereka yang berhimpun secara aman adalah sesuatu yang saya anggap diluar tabie dan kemanusian.

Anehnya bila Jawatankuasa Fatwa menghukum hadir himpunan Bersih haram namun tidak adapun fatwa mengenai hukum memukul orang tanpa sebab dan alasan yang kukuh.

Datuk A Samad Said dan Pengerusi bersama yang lain telah pun mengemukakan permit tetapi alasan pihak berkuasa tidak masuk akal walhal jelas bersih cuma mahu duduk dan bantah tidak lebih dari itu.

Saya ingin persoal adakah duduk itu juga dalam ketegori membahayakan ketenteraman orang awam.

Maka di sini jelas bahawa Najib Razak tidak mengetahui apakah itu demokrasi dan lebih menyedihkan lagi beliau sendiri tidak menghormati hak rakyat yang sudah tentu ada hak ke atas Dataran Merdeka yang menjadi lokasi bersejarah tersebut bagi mengadakan sebarang acara termasuklah duduk dan bantah.

Jika ada setengah juta warga Malaysia turun ke Kuala Lumpur bayangkan betapa untungnya perniagaan warga kota kerana peningkatan jumlah mengunjung pada hari tersebut, tetapi disebabkan pimpinan BN terlalu jumudlah hakikat ini gagal digambarkan dek kerana pentingkan kuasa secara salah.

Ulasan Najib Razak berkenaan perhimpunan bersih 28 april mendahului keputusan siasatan dimana dakwa beliau mengatakan perserta melancarkan serangan terhadap polis walhal kita tahu wujud SB yang terlibat sebagai ejen provokasi dalam perhimpunan terbabit yang telah menyebabakan huru-hara berlaku.

Realiti sokongan rakyat terhadap usaha penolakan rejim BN yang telah berkuasa selama 54 tahun ini semakin jelas, rata-rata rakyat sedang mahukan perubahan, kita juga boleh lihat betapa ramai rakyat bahkan suku juta yang turun pada 28 April untuk cuma menyatakan bantahan terhadap BN yang telah menzalimi maksud sebenar keadilan.

Rakyat tidak memerlukan lagi seorang pemimpin yang sering flip flop seperti Najib Razak, sikap sebegini bukan sahaja mengambarkan beliau tiada kredibiliti kepimpinan adil malah merugikan masa hadapan negara, PRU 13 adalah masa untuk ubah bagi menyelamatkan Malaysia.
Drs. Khalil Idham Lim
Parit Buntar, 7 Mei 2012

Tuan Guru Nik Aziz, hero saya - Tan Sri Kadir

Posted: 07 May 2012 12:40 AM PDT

15 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU: Bekas menteri Kabinet yang juga veteran Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, hari ini mengunjungi Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau mengambil waktu lebih sejam beramah mesra dengan Tuan Guru di Pejabat Menteri Besar bermula 11.25 pagi tadi.

Turut bersamanya, Anggota exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa.

Kadir dilihat begitu gembira dapat bertemu dengan Tuan Guru, malah sebaik sahaja bersalam dengan Tuan Guru terus bertanya; "Apa khabar Tuan Guru…hero saya ni," ujarnya sambil menoleh kepada media.

Kadir ketika ditemui selepas itu memberitahu setiap pemimpin di negara ini perlu menghormati mana-mana pemimpin negeri yang mereka hadiri.

Malah, katanya sebagai seorang tetamu mereka perlu bertemu dengan pemimpin berkenaan.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas teguran Menteri Besar sebelum ini terhadap pemimpin pusat termasuk menteri kabinet yang tidak mengunjungi Pejabat Menteri Besar ketika membuat program di negeri ini.

"Saya bersetuju dengan kenyataan Tuan Guru dan memang itu yang sepatutnya. Saya sebelum ini lebih tiga kali bertemu Tuan Guru datang ke pejabatnya, makan nasi tengahari lagi," ujarnya.

Sebelum ini, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan rasa dukacita terhadap menteri-menteri dan timbalannya yang datang ke negeri ini tetapi tidak pernah mengunjungi pejabat beliau.

Katanya, Kelantan adalah sebuah kerajaan yang dipimpin oleh seorang menteri besar, yang seharusnya menteri atau timbalannya mengunjunginya selaku ketua kerajaan di negeri yang mereka lawati.
Beliau berkata demikian ketika mengulas berhubung kedatangan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan awal Mei ini Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Mengulas aktiviti politiknya kini, Kadir turut memberitahu jadualnya begitu padat sekarang kerana mendapat jemputan ceramah oleh pimpinan PAS hampir seluruh negara.
Kadir yang juga bekas menteri penerangan kini kembali aktif dalam politik bersama pembangkang selepas mengumumkan keluar dari Umno awal April lalu.

"Ada di antaranya saya tidak dapat nak penuhi sebab jadual saya begitu penuh,"ujarnya sambil ketawa.

Malam ini beliau dijangka menyampaikan ceramahnya bersama Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa di Pejabat PAS Kawasan Bachok.

Harakah Daily

Warga Nepal dipercayai mabuk ‘kongsi’ katil keluarga polis

Posted: 07 May 2012 12:37 AM PDT

15 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA TERENGGANU - Seorang anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu berdepan mimpi 'ngeri' apabila berkongsi 'katil' dengan seorang pekerja warga Nepal, di kediamannya di Flat Awam, Jalan Hiliran di sini, awal pagi semalam.

Mangsa hanya menyedari kehadiran warga Nepal itu apabila anaknya menangis kerana dihimpit oleh warga asing yang berusia 31 tahun itu iaitu kira-kira jam 4.15 pagi.

Terkejut selepas mendapati mereka bertiga tidur sekatil dengan 'tetamu asing' itu, mangsa terus bertindak menahan suspek.

Bagaimanapun suspek yang dalam keadaan mabuk itu berjaya meloloskan diri.

Geram dengan perbuatan suspek yang menceroboh rumahnya, mangsa terus menghubungi anggota Rakan Cegah Jenayah (RCJ) Terengganu untuk mendapatkan bantuan dan akhirnya suspek berjaya dicekup.

Suspek yang bekerja di sebuah pasar raya di sini, dibawa ke Balai Polis Chabang Tiga di sini, untuk tindakan susulan.

Dia kini direman empat hari.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi mengesahkan tangkapan.

Jelasnya, lelaki warga Nepal itu bekerja sebagai pembantu jurujual di sebuah pasar raya di sini dan dikatakan tersilap masuk kediaman mangsa semasa pulang selepas 'pekena' minuman keras.

"Siasatan awal mendapati suspek telah memasuki rumah anggota ini melalui pintu utama dan terus masuk bilik tidur, bagaimanapun tiada kehilangan harta benda dilaporkan," katanya.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan.

Sinar Harian

Gurauan terakhir abang

Posted: 07 May 2012 12:35 AM PDT

15 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

SUNGAI PETANI – Seorang adik tidak tidak menyangka kehadiran abangnya ke rumah di Taman Bersatu, Sungai Petani kelmarin adalah pertemuan terakhir mereka apabila abangnya itu maut berikutan terlibat dalam satu kemalangan di Jalan Kuala Ketil-Sungai Petani kira-kira jam 6.30 pagi semalam.

A Ananthan, 54, berkata, abangnya, A Subramaniam, 62, sering ke rumahnya pada waktu terluang dan kelmarin Subramaniam datang menjemput kedua anak perempuan pulang ke rumah setelah menghabiskan masa bersama anaknya sempena hujung minggu.

"Dia sering berjenaka ketika bersembang dengan keluarga dan anak-anak saya.

"Tak sangka semalam adalah gurauan terakhir yang akan menjadi kenangan buat kami sekeluarga," katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani.

Menurutnya, sikap Subramaniam kelmarin tidak menunjukkan sebarang perubahan pelik malah dia kelihatan tegap dan bergaya seperti biasa.

Ananthan berkata, abangnya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan datang ke rumah petang kelmarin dengan berpakaian kemas dan tidak ketinggalan memakai cermin mata hitam yang menjadi kesukaannya.

"Dia memang kerap datang ke rumah saya memandangkan lokasi rumahnya di Taman Sri Wang adalah berdekatan antara satu sama lain," katanya.

Dalam perkembangan sama, jurucakap polis berkata, mangsa sedang dalam perjalanan dari arah Kuala Ketil menuju ke Pekan Sungai Petani bertembung dengan sebuah kenderaan jenis Perodua Kancil yang masuk ke laluan bertentangan.

"Kejadian berlaku di hadapan Pejabat Pos Kampung Raja. Mangsa cedera parah di bahagian kepala dan maut di lokasi kejadian," katanya.

Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik HSAH untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarga untuk upacara pengebumian yang akan dijalankan hari ini sementara pemandu dan penumpang yang cedera turut dibawa menerima rawatan lanjut di HSAH.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali berkata, siasatan masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sinar Harian

Isteri penoreh mati kena renjatan petir

Posted: 07 May 2012 12:31 AM PDT

15 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

ALOR GAJAH - Seorang isteri penoreh getah tidak sempat membawa pulang hasil torehannya apabila dia terkena renjatan petir ketika hujan lebat di ladang getah Rembia, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 8 pagi itu, N. Danarachame, 56, sedang mengutip baki getah sekerap yang hampir selesai sambil bersiap sedia untuk pulang bersama suaminya, C.Mogan, 59, berikutan keadaan hujan lebat.

Mogan berkata, secara tiba-tiba isterinya rebah ke tanah.

"Ketika itu tangan sebelah kanan saya juga terasa seperti digeser sesuatu. Sebaik saja saya melihat sebelah, saya lihat isteri sudah rebah atas tanah tidak sedarkan diri dalam keadaan bekas getah segerap masih terikat di pinggangnya," katanya.

Menurutnya, dia menjerit memanggil nama isterinya beberapa kali sambil menepuk serta menggoncangkan badannya, namun tiada tindak balas.

"Saya tidak pasti sama ada ketika itu isteri sudah meninggal dunia atau tidak. Melihat keadaan dia, saya terus meninggalkannya sendirian dan keluar menaiki motosikal meminta bantuan seorang rakan untuk membawanya ke hospital," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Mogan berkata, dia dan isterinya keluar menoreh kira-kira 5.30 pagi dan ketika kejadian, mereka berdua sudah hampir selesai kerja dan mahu pulang ke rumah.

Malah, katanya, dia ada mengajak mangsa untuk pulang saja berikutan cuaca tidak baik.

"Saya berkata pada isteri, cuaca tidak elok, lebih baik bercuti saja. Namun, isteri cuma ketawa dan meneruskan juga kutip getah segerap," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin mengesahkan kejadian.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke bilik mayat Hospital Melaka untuk bedah siasat dan siasatan akan dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.

Sinar Harian

Imej polis makin buruk angkara media, blog Umno

Posted: 07 May 2012 12:08 AM PDT

15 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Tindakan polis menjadikan Khalid Mohd Ismath sebagai orang yang disyaki hanya berdasarkan tuduhan blog-blog Umno memburukkan lagi imej pasukan keselamatan itu, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

"Pasukan polis mempunyai segala kelengkapan yang canggih untuk membuat penyiasatan bagi mengenal pasti siapakah lelaki berbaju belang yang menendang polis itu.

"Amat tidak professional dan zalim jika polis menjadikan Khalid sebagai orang yang disyaki hanya berdasarkan tuduhan blog-blog Umno yang sebelum itu memfitnahkan pelajar itu sebagai lelaki berkenaan.

"Dengan tindakan itu, polis meletakkan dirinya sama taraf dengan Utusan Malaysia dan memburukkan lagi imejnya," kata beliau.

Utusan Malaysia semalam menyiarkan di muka hadapan gambar Khalid dan gambar lelaki yang menendang polis itu untuk memberikan gambaran bahawa Timbalan Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami) itulah yang menendang polis ketika perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

Malah, di bawah gambar lelaki yang menendang polis itu, akhbar tersebut dengan jelas menulis "Khalid Mohd. Ismath menendang anggota polis trafik sewaktu perhimpunan Bersih 3.0".

Mahfuz berkata, polis tidak sepatutnya meletakkan pihaknya sama taraf dengan Utusan dan blog-blog Umno yang sebelum itu menuduh Khalid adalah lelaki berkenaan.

"Polis tidak sepatutnya melakukan perbuatan yang menyebabkan masyarakat semakin hilang kepercayaan terhadapnya dan tidak lagi meyakininya.

"Tindakan polis menahan Khalid hanya berdasarkan gambar itu bukan sahaja menyebabkan masyarakat tidak mempercayainya malah ia dibimbangi boleh mengakibatkan polis menjadi bahan cacian dan ejekan yang dimaki-maki," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mengenai tindakan polis yang mahu menangkap lagi Khalid berikutan tulisannya di dalam laman Facebook, Mahfuz berkata perkara itu berlaku kerana Khalid sangat tertekan setelah ibunya, Faridah Abdul, cedera teruk akibat tindakan polis semasa perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

"Perlu juga diambilkira apa yang menyebabkan Khalid menulis luahan kemarahan sedemikian.

"Jangan ketepikan hakikat bahawa ibunya sendiri cedera parah akibat tindakan polis menyerang mereka yang berhimpun," katanya.

Harakah Daily

Ahli PAS perlu tonjol kebaikan Islam

Posted: 07 May 2012 12:03 AM PDT

15 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: "Inilah tanggungjawab kita, kita tonjolkan PAS lah yang berjuang menyeru kepada kebaikan dan beriman kepada Allah. PAS harus dilihat penaung untuk semua manusia sama ada Islam atau bukan Islam," demikian seru Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Ketika memberi ucapan penutup pada Konvensyen PAS Wilayah Persekutuan, beliau berkata, gerak kerja sukarelawan oleh ahli-ahli PAS sudah mula dihormati semua pihak.

Beliau merujuk dalam insiden perhimpunan Bersih 3.0, di mana sukarelawan Unit Amal PAS sudah menjadi buah mulut semua orang apabila anggota ini memperlihatkan keprihatinan mereka dalam menjaga keselamatan peserta himpunan tempoh hari.

"Dalam siri perhimpunan Bersih 3.0, 2.0 sebelum ini, peserta himpunan yang jatuh longkang, pengsan, sesak nafas kena gas, mereka inilah (Unit Amal) orang pertama yang memberi bantuan. Sukarelawan kita sudah dihati orang ramai.

"Malah, wanita berbangsa Cina yang terkena gas pada himpunan lepas di mana beliau dipapah oleh muslimat kita. Wanita itu menangis bukan kerana gas tetapi terharu apabila ada wanita beragama Islam bertindak memberi kasih sayang disaat dia menghadapi kecemasan," katanya kepada lebih 400 peserta konvensyen yang berlangsung di KUIZM semalam.

Tambahnya, kerja-kerja amal ini dituntut dan dipelopori dalam kerajaan Islam selain mempertahankan prinsip-prinsip istiqmah, sabar , ikhlas dalam perjuangan bersama Islam.

"Kita berlawan dengan Umno BN dalam masa yang sama kita sedang bersaing dengan DAP, dan PKR. Kita perlu tonjolkan prinsip dan perjuangan yang kita pegang," katanya.

Melihat fenomena artis dan selebriti yang berani mendekati PAS, Mohamad Sabu berkata, golongan ini membantu dan menggilap PAS di mata masyarakat tetapi teras kepada perubahan dan 'road map' ke Putrajaya adalah ahli-ahli PAS.

"Terasnya adalah tuan-tuan. Kitalah yang meneruskan perjuangan ini. Insyallah prinsip yang kita pegang ini membolehkan kita ke Putrajaya," katanya yang diikuti laungan 'Allahuakbar' oleh peserta yang hadir.

Turut bersama Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Mohammad Nor Mohd yang menyampaikan panji-panji kepada beberapa pimpinan kawasan sebagai persiapan menghadapi pilihan raya yang akan berlaku pada bila-bila masa sahaja.

Harakah Daily

Saya dibelasah teruk kerana dituduh pukul polis

Posted: 07 May 2012 12:02 AM PDT

15 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM: Seorang anggota Unit Amal PAS, Mohd Fahmi Mohd Noor mendakwa beliau dipukul ketika ditahan pihak polis dan sepanjang perjalanan ke Dataran Merdeka sebelum dibawa menaiki trak polis.

Fahmi mendakwa beliau ditahan kira-kira jam 4.30 petang di persimpangan lampu isyarat di hadapan bangunan Sime Darby di Jalan Raja Laut ketika sedang mengarahkan peserta Bersih 3.0 beredar dan tidak menimbulkan sebarang tindakan yang boleh menaikkan kemarahan pihak polis.

Menurut Fahmi, beliau ketika itu dalam posisi membelakangi polis menyebabkan beliau tidak sedar bahawa polis sudah menghampiri beliau menyebabkan beliau ditangkap walaupun pada waktu itu beliau sedang mengarahkan peserta bertenang serta beredar.

"Saya sedang mengarahkan agar peserta tidak melakukan provokasi saya pula ditangkap.

"Dalam perjalanan ke Dataran Merdeka ketika melalui kaki lima saya telah dipukul oleh pihak polis termasuk ditendang malah terdapat di antara mereka mengeluarkan kata-kata kesat dan lucah," katanya ketika ditemui Harakahdaily.

Menceritakan insiden itu lebih lanjut, Fahmi berkata, ketika ditahan beliau sempat bertanya kepada polis samada beliau sedang melakukan provokasi ataupun mengawal keadaan.

Namun salah seorang anggota polis itu ada mengatakan memang tiada provokasi dilakukan oleh beliau tetapi beliau harus juga ditangkap.

Beliau kemudian dibawa ke Dataran Merdeka bersama kumpulan lain yang lebih awal ditangkap.

"Jarak perjalanan agak jauh dan saya sendiri tidak pasti berapa kali dipukul, malah ketika sudah hampir di Kelab Di Raja Selangor saya sekali lagi dipukul oleh empat orang polis, disepak dan menyebabkan saya jatuh," ceritanya lagi.

Fahmi memberitahu setelah dipukul, beliau diletakkan bersama-sama dengan tahanan yang lain termasuk dengan bekas Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Abdul Aziz Bari.

"Ketika saya duduk bersama-sama tahanan yang lain, terdapat seorang anggota polis menjerit dan mengatakan saya telah memukul anggota polis, tindakan tersebut menyebabkan saya sekali lagi ditarik dan dibawa ke belakang trak polis sebelum dibelasah teruk oleh sembilan orang anggota polis.

"Ketika itu saya dipukul dengan teruk termasuk dipijak di perut, ditendang di bahagian dada dan belakang. Saya telah ditumbuk menyebabkan cermin mata saya telah jatuh.

"Dalam keadaan samar akibat kehilangan cermin mata saya cuba mengambil semula cermin mata tersebut tetapi salah seorang anggota polis telah memijak cermin mata saya sehingga pecah, saya dipukul dengan teruk tanpa ada belas kasihan langsung oleh pihak polis," sambung beliau lagi.

Sewaktu dipukul, beliau juga mendakwa ada mendengar Aziz Bari merayu meminta polis berhenti memukul beliau.

Akibat dibelasah beramai-ramai itu, Fahmi mengalami kecederaan di bahagian muka, dada dan belakang.

Tidak lama kemudian, beliau bersama tahanan yang lain dibawa ke Pulapol untuk diambil keterangan.

Ketika memberi keterangan pula, Fahmi mendakwa polis hanya mengambil maklumat peribadi sahaja tanpa bertanya apa yang berlaku terhadapnya sebenarnya.

Beliau yang baru enam bulan menyertai Unit Amal Shah Alam itu kemudiannya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam pada hari Isnin 30 April sebelum membuat pemeriksaan kesihatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang juga pada hari yang sama.

"Biarlah apa yang polis lakukan terhadap saya itu diadili oleh Allah dan saya tidak mempunyai apa-apa dendam dengan mereka.

"Cuma yang paling menyentuh perasaan saya ketika saya diarahkan menanggalkan beret yang dipakai oleh saya dan saya sendiri tidak mengetahui apa alasan sebenarnya polis suruh saya tanggalkan beret tersebut," katanya.

Harakah Daily

PAS satu kerusi lebih baik daripada 11 Umno

Posted: 07 May 2012 12:00 AM PDT

15 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

PULAU PINANG, 7 Mei: Walaupun PAS mempunyai satu kerusi di Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulau Pinang namun berjaya meningkatkan syariat Islam.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Saleh Man, ini berbanding Umno yang ada 11 kerusi tetapi gagal berbuat demikian ketika berada dalam kerajaan negeri di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN).

Beliau menyatakan demikian sewaktu diminta mengulas dakwaan kononnya PAS tidak berperanan dalam kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.
PAS jelasnya, berjaya memikat hati Lim sewaktu Allahyarham Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman menjadi Adun Permatang Pasir lagi tetapi ketika itu Allahyarham berada dalam keadaan uzur dan sukar menumpukan kerja-kerja lain dalam pentadbiran.

"Bohong saya katakan PAS tidak berperanan dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebaliknya walaupun satu kerusi kita berjaya membuka ruang untuk syariat Islam berbanding Umno yang ada 11 kerusi tetapi tidak banyak mengubah lanskap politik umat Islam termasuk mendapatkan penambahan peruntukan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp)," tegasnya.


Katanya, semasa Umno berkuasa Maipp hanya mampu memperolehi RM12 juta berbanding 2009 dinaikkan RM20 juta dan 2010 pula sebanyak RM24.3 juta, pada 2011 sebanyak RM33.3 juta dan 2012 RM64 juta.


Jewlasnya, urusan hal ehwal Islam menerusi Exco Agama Negeri, Abdul Malek Abul Kasim menyerlah kerana berjaya memperluaskan peranan institusi agama yang selama ini beku ekoran ketidakprihatinan Umno dan BN dalam meningkatkan
pembangunan Islam di negeri ini.


Terbaru, ujarnya pembinaan sebuah surau di Padang Kota Lama dengan kos RM200 ribu yang selama ini Umno tidak pernah terfikir untuk mewujudkan surau khas kepada umat Islam yang bersiar-siar di situ.

Begitu juga dengan Mahkamah Syariah Pulau Pinang setinggi tujuh tingkat akan dibina di Jalan Scotland dengan kos RM5 juta yang mana kerajaan negeri menyediakan tanah 49 ekar bagi tujuan tersebut.
"Sebab itu sampai kini Umno dan konco-konconya terus mainkan isu PAS tidak boleh buat apa walaupun menang satu atau dua kerusi. Mereka tak tahu kalau PAS menang banyak bermakna Umno kurang kerusi dan ini akan memberikan lagi kekuatan PAS di Pulau Pinang khususnya terhadap kerjasama dengan exco agama dan Ketua Menteri," jelas beliau yang juga Adun Permatang Pasir.

Saleh juga menafikan pandangan yang mengatakan Lim bersikap anti Melayu dan Islam kerana sepanjang mengetuai kerajaan negeri banyak peruntukan dan mengiktiraf para huffaz yang selama ini tidak diberikan perhatian oleh Umno dan BN.


Begitu juga, katanya Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan para gurunya tidak pernah kerajaan negeri sekarang pinggirkan berbanding Umno dan BN sanggup membatalkan bantuan perkapita terhadap SAR yang menjadi nadi generasi muda Islam mendapatkan ilmu pengetahuan.


"PAS berusaha sekadar yang termampu dan ia disambut baik oleh Ketua Menteri walaupun beliau bukan beragama Islam namun mudah dibawa berbincang berkaitan hal ehwal Islam.

"Apa yang didakwa oleh segelintir golongan bahawa Lim hanya berlakon untuk mendapatkan pengaruh undi Melayu hanyalah tekaan mereka (Umno) sahaja," katanya lagi.

Menurutnya, Umno sekarang seolah-olah baru tersedar dari mimpi dengan melakukan fitnah kepada PAS dan kerajaan negeri yang tiada berkesudahan.

Harakah Daily

Kejayaan awal, Umno pun sertai himpunan tanah

Posted: 06 May 2012 11:54 PM PDT

15 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Pengerusi Himpunan Tanah Rakyat (Tanah) Mazlan Aliman menyifatkan himpunan yang dihadiri ribuan rakyat di Plaza Angsana Johor Bahru semalam satu kejayaan awal menarik kesedaran rakyat.

Menurutnya, kehadiran ramai itu juga membuktikan isu tanah adalah antara isu besar yang sedang dihadapi rakyat di negara ini.

"Bagi saya ini satu kejayaan awal kepada kita dalam usaha menggesa kerajaan pusat dan negeri menyelesaikan isu tanah rakyat ini.

"Bahkan orang Umno juga datang dan memberi ucapan dalam himpunan itu dengan menyatakan masalah tanah yang dihadapi di tempat mereka," kata Mazlan ketika dihubungi Harakahdaily.

Semalam ribuan rakyat menyertai himpunan Tanah di Plaza Angsana Johor Bahru bagi menyatakan solidariti penduduk negeri Johor yang banyak menghadapi masalah tanah yang gagal diselesaikan oleh kerajaan negeri.

Himpunan yamg bermula jam 2 petang itu berlangsung amantanpa sebarang provokasi dari mana-mana pihak.

Mereka turut membuat 10 resolusi sebagai tuntutan kepada Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Johor untuk menyelesaikan masalah tanah.

Tuntutan itu antara lain mahu kerajaan Johor menuntut semula Pulau Batu Puteh, siasat penyerahan tanah KTM Tanjung Pagar, hentikan pengurniaan tanah KPRJ atau kroni, rampas tanah penyeleweng serta selamatkan tanah rizab Melayu.

Selain itu mereka juga mahu kerajaan negeri mewartakan tanah rizab orang asal, memastikan ketelusan pengurniaan tanah, pemilik tanah miliki ekuiti projek mega, selesaikan projek rumah terbengkalai dan hentikan manipulasi dan kurangkan birokrasi.

Sebagai langkah penerusan menurut Mazlan, pihaknya akan mengadakan siri jelajah ke seluruh daerah di negeri Johor.

"Kita juga akan serahkan 10 tuntutan ini kepada pihak yang berautoriti untuk diambil tindakan sewajarnya.

"Kita juga tidak teragak-agak untuk menggerakkan himpunan lebih besar di hadapan pejabat menteri besar jika tiada sebarang respon positif dari mereka terhadap tuntutan rakyat ini," katanya.

Harakah Daily

Umno tidak boleh adakan himpunan tanpa 6T

Posted: 06 May 2012 11:52 PM PDT

15 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 7 Mei: Umno tidak boleh mengadakan himpunan raksasa jika tanpa 6T iaitu T-shirt, topi, tambang, transport (pengangkutan), tapau (makanan) dan token (duit).

AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar) berkata, ia berlainan dengan himpunan yang dianjurkan oleh PAS dan Pakatan Rakyat, penyokongnya datang tanpa diupah dan dikerah.

Katanya, setiap kali Najib turun ke suatu tempat semua agensi kerajaan dipaksa rela untuk hadir.

"Terbaru Najib di Kelantan pada 4 Mei lepas, kita boleh lihat beratus-ratus biji bas daripada agensi kerajaan," ujarnya kepada Harakahdaily.

Menurutnya, pihak pengajur terpaksa membuat kerahan , jika tidak terpaksa dikira dengan bayang supaya nampak ramai.

"Budaya ini sudah menjadi kelaziman apabila Umno mengalami masalah dalaman parti atau tekanan politik daripada luar," katanya.

Idris menambah, ia bermula di zaman Dr Mahathir ketika beliau bergaduh dengan Raja-Raja Melayu pada 1983 sewaktu krisis pindaan perlembagaan untuk membuang kekebalan Raja-Raja Melayu.

Beliau berkata, ia diikuti pula dengan program Semarak, ketika berlaku krisis team A dan team B Umno.

Katanya, ahli Umno sekarang bukan ahli yang ada ideologi, majoritinya hanya ahli yang mencari makan.

"Ia bukan perjuangan Umno di peringkat mula kelahiran Umno 1946," ujarnya.

Katanya lagi, walaupun ahlinya 3.3 juta, namun tidak ada jati diri dan komited dengan ideologi perjuangan.

Menurutnya, sebahagian besar menjadi ahli Umno, terutama peringkat muda hanya "Umno projek" sahaja.

"Kita akan lihat himpunan Umno di Stadium Bukit Jalil yang akan berlangsung pada 11 Mei nanti, semuanya akan bergantung kepada 6T," katanya lagi.

Harakah Daily

Juventus muncul juara Serie A

Posted: 06 May 2012 11:41 PM PDT

15 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

JUVENTUS muncul juara Serie A buat kali ke-28 dan yang pertama dalam tempoh sembilan tahun selepas menewaskan Cagliari 2-0 di Stadium Nereo Rocco, awal padi tadi (waktu Malaysia).

Dengan kemenangan ini, Juventus sekali gus mengekalkan rekod tanpa kalah pada saingan musim ini, yang berbaki satu lagi perlawanan.

Jaringan Mirko Vucinic pada minit keenam membuatkan kelab itu mendahului 1-0 didepan sebelum ianya disusuli jaringan oleh Michele Canini Cagliari pada minit-minit terakhir untuk mengesahkan kejuaraan itu milik mereka.

Dalam pada itu, impian kelab AC Milan untuk bergelar juara Seri A akhirnya musnah apabila tewas 2-4 di tangan Inter Milan pada satu lagi persaingan Serie A awal pagi tadi.

Menurut pengurus Juventus, Antonio Conte kejayaan ini sangat bermakna untuk kelab mereka apabila pernah kecewa selepas gelaran sama pada tahun 2005 dan 2006 dilucut sebanyak dua kali ekoran kesalalahan mengatur perlawanan.

"Ini adalah musim yang sensasi. Kami sangat gembira akhirnya kami memperoleh kejuaraan kali ini, dan memang sesuatu yang membanggakan apabila mencapai kejayaan.

"Milan adalah pesaing yang kuat. Saya sedar pasukan ini masih bertenaga walaupun mereka kelihatan kepenatan dan kejayaan menamatkan musim tanpa kalah adalah satu sejarah," kata Antonio Conte.

Sinar Harian

EPL: Ferguson optimis pertahan juara

Posted: 06 May 2012 11:38 PM PDT

15 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

PENGURUS Manchester United(MU), Sir Alex Ferguson tetap optimis pemainnya mampu untuk memenangi perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini apabila bertemu dengan Sunderland, Ahadini.

Turun dengan misi mesti menang, Ferguson berharap kelab mereka mampu untuk mempertahankan gelaran Liga EPL buat kali ke-20 sekali gus memusnahkan impian pengurus The Citizens, Roberto Mancini dalam misi menamatkan kemarau 44 tahun tanpa kejuaraan EPL.

Kali terakhir Manchester City memenangi juara EPL adalah pada 1968.

Kini, kedua-dua pasukan terikat dengan mengumpulkan 86 mata. Namun Manchester City yang masih mendahului kedudukan EPL dari segi perbezaan gol semakin hampir akan menjadi juara sekiranya mereka menewaskan Queens Park Rangers (QPR) di Stadium Etihad.

Namun bagi Ferguson, meskipun QPR bukanlah tandingan untuk City, namun beliau berharap ia mampu melakukan sesuatu untuk membenam City seperti mana yang dilakukan ke atas Stoke Ciy 1-0 awal pagi semalam.

Dalam pada itu, Ferguson turut mengesa anak buahnya agar terus mencipta kejayaan menjelang pertemuan terakhir mereka musim ini setelah berjaya menewaskan Swansea 2-0 semalam.

"Saya harap pemain akan turun dengan semangat yang tinggi dan berjuang berhabis-habisan untuk memenangi perlawanan yang penting itu.

"Tanggungjawab kami nanti (minggu depan) adalah untuk mengutip tiga mata di samping berharap QPR mampu tewaskan City nanti," kata Ferguson.

Tambah beliau, "saya ingin mengucapkan terima kasih kepada penyokong yang sentiasa memberi semangat kepada kami dan berharap perlawanan terakhir musim ini akan memberi satu kejayaan yang besar kepada MU."

Sinar Harian

Bersih 3.0: Najib jangan merepek

Posted: 06 May 2012 07:04 PM PDT

15 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

PERDANA Menteri Najib dalam siri jelajahnya ke Gua Musang menyamakan niat Bersih 3.0 Duduk Bantah di Dataran Merdeka 28 April 2012 lalu dengan unjuk rasa raksasa Dataran Tahrir Mesir yang menggulingkan diktator Hosni Mubarak.

Biar orang lain menyangka begitu, seperti Dr. Mahathir misalnya atau Obama. Pengamatan orang itu adalah haknya bimbang Najib menghadapi cabaran yang sama jika dia tidak mengambil iktibar dari semua perkembangan itu.

Tetapi jika Najib menyangka begitu, dia telah menyamakan dirinya dan cabarannya sudah sama seperti Hosni Mubarak. Apa yang Mubarak terhadap Mesir dan rakyatnya adalah masalah buruknya. Apa yang terjadi kepadanya adalah bala gara-gara sikap takburnya.

Najib jangan menunggu dan mahu nasib yang serupa menimpa kerjaya politik dan perkhidmatannya kepada negara. Benda yang buruk itu jangan diminta dan jangan ditunggu.

Apa yang Najib patut buat itu mengambil pelajaran dari nasib itu dan berdoa supaya bala yang demikian tidak menimpanya, bukan saja jika berlaku celaka baginya tetapi ia azab bagi penyokongnya dan orang yang tumpang dari makan daripadanya.

Sangkaannya orang hendak menjadikan dia begitu adalah perasannya dan menyamakan apa yang terjadi itu adalah merepek. Najib jangan merepek terhadap perkara yang belum difikirkan oleh penganjur dan penyokong Bersih 3.0.

Tindakan Bersih 3.0 adalah mahu Najib melaksanakan tuntutan lapan perkara Bersih 2.0 dulu. Mahu PRU 13 mengikut sistem pilihanraya yang bersih.

Jika tuntutan itu disempurnakan, maka Bersih 3.0 itu tidak ada. Dataran Merdeka tidak jadi satu agenda penting menjelang PRU 13.

Memang semuanya hendak membuang Najib dari tampuk pemerintahan dan mengakhiri monopoli kuasa UMNO sejak tahun 1955. Ia hendak diganti dengan kerajaan Pakatan Rakyat. Tetapi caranya ialah melalui pilihanraya bersih, bukan pilihanraya tipu dan tidak demokratik.

Najib bukan saja remehkan tuntutan lapan perkara itu tetapi perbodohkan golongan pro demokrasi yang bersih dengan jawatankuasa pilihanraya Parlimen tipu. Najib perbodohkan Parlimen dan sekalian ahli politik seperti dia memperbodoh orang UMNO.

Perumpamaan Melayu mengira memperbodohkan orang seperti menyamakan orang dengan lembu. Dengan contoh skendal lembu kondo suami Shahrizat yang dilindungi Najib, betul Najib telah menjadi sekalian orang seperti lembu dalam semua perkara.

Sekalian yang tidak mahu jadi macam lembu menuntut PRU 13 satu pilihanraya bersih. Ratus ribu orang datang ke Dataran Merdeka atas kehendak sendiri membantah Bersih 2.0 dulu dibakul sampahkan. Semua mentuntut ia ditunaikan.

Tentulah ada tindakan susulan jika ia tidak ditunaikan. Apa? Tunggulah!

Tidak sekali-kali setakat 28 April 2012 itu mereka hendak memulakan kerja seperti rakyat Mesir yang turun ke Dataran Tahrir lebih setahun lalu.

Tetapi apa yang berlaku itu adalah satu amaran dan ingatan kepada Najib, jangan dorong rakyat bertindak seperti apa yang dibuat terhadap Hosni Mubarak. Penyokong Bersih 3.0 khususnya Pakatan Rakyat tidak mahu berlaku seperti yang menimpa Mesir itu kerana kuasa demokrasi itu boleh diperolehi melalui PRU 13 yang bersih.

Revolusi rakyat Mesir terjadi kerana mereka tidak boleh dapat apa-apa dari regim Hosni Mubarak. Tiada pililhan selain dari apa yang mereka lakukan.

Tetapi rakyat Malaysia boleh dapat perubahan melalui pilihan raya tetapi pilihanraya itu mesti bersih. Yang menjadi halangan ialah Najib memperkenal transformasi tipu, enggan menjadikan SPR sebagai satu suruhanjaya yang bersih.

Semua orang kata, SPR kotor. Yang kata ia bersih hanya Najib dan lembu-lembunya.

Pembangkang belum memikirkan untuk menyamakan Najib dengan Mubarak, tetapi Bersih 3.0 itu adalah amaran supaya jangan sampai orang menjadikan Dataran Merdeka itu seperti Dataran Thahrir. Jika kebebalan Najib itu nanti dilihat orang sama saja dengan Mubarak, kita tidak dapat tahan orang Malaysia jadi seperti orang Mesir.

Sebelum ada yang menirunya, Najib mesti elekkan kecelakaan itu dengan mendengar apa orang mahu. Najib jangan minta Dataran Merdeka jadi Dataran Tahrir! Tuhan tidak suruh minta diuji. Jika merepak Najib itu dikira sebagai mencabar supaya ia dilakukan terhadapnya, tunggulah nanti akan Tuhan perkenankan!

Mintalah yang elok dan muluk! Jangan inginkan yang buruk dan yang busuk.

Harakah Daily

Kasih anak: Saya tidak pernah derhaka

Posted: 06 May 2012 07:01 PM PDT

15 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

Allahyarham ayahanda saya, Pak Ali senantiasa mendidik saya untuk patuh kepada tuntutan Al-Quran, berakhlak luhur dan tuntas istiqamah kepada prinsip perjuangan. Didikan dari kecil untuk menghormati serta mengasihi kedua ibu-bapa sesuai dengan pesan ajaran agama Islam menjadi pegangan saya.

Saya tidak pernah menderhaka kepada ibu saya. Saya senantiasa kasih dan sayang kepada ibu dan bapa saya. Saya tetap mendoakan semoga ibu saya senantiasa berada dalam lindungan Allah SWT dan mendapat rahmatNya serta beroleh kesihatan yang baik. Saya turut mendoakan semoga Allahyarham ayahanda saya mendapat husnul khatimah dan ditempatkan ruhnya di syurga yang penuh nikmat.

Saya menyeru kepada media supaya tidak mengganggu ibu saya dan Umno janganlah mengheret ibu saya ke dalam kancah politik Umno yang kotor dan jijik. Institusi keluarga termasuk hubungan kekeluargaan perlu disejahterakan dan bukannya diaibkan di dada media.

Saya tetap sayang dan hormat ibu saya. Saya juga bersyukur dianugerahkan isteri, Shida yang taat dan setia serta anak-anak yang memahami citra perjuangan yang murni ini.

Saya bertekad untuk meneruskan perjuangan menjana perubahan melalui wacana segar yang mengangkat dasar kepedulian rakyat. Saya berazam untuk melawan budaya politik jelek yang disuburkan oleh Umno dan media yang ditunggangi mereka.

Saya berserah segala-galanya kepada Allah SWT dalam menghadapi mehnah ini tetapi saya tidak akan tunduk menyerah kepada tekanan fitnah Umno. Saya akan tumpu kepada usaha dan kerja- kerja Parti selaku Pengarah Jabatan Pilihanraya Pusat (JPRP) untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13 yang dijangkakan pada bulan Jun 2012.

Harakah Daily

Jangan sempitkan fatwa untuk demonstrasi sahaja

Posted: 06 May 2012 07:00 PM PDT

15 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 7 Mei: Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan diseru tidak mengeluarkan pandangan melibatkan demonstrasi sahaja tetapi mestilah juga mengeluarkan pandangan melibatkan kepincangan pilihan raya yang menjadi sebab kepada berlakunya demonstrasi.

Demikian ditegaskan oleh Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Harun Taib (gambar) sebagai mengulas pandangan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan, semalam berhubung demonstrasi Bersih 3.0.


"Demonstrasi menyatakan pandangan adalah berasaskan kepada kewajipan amar makruf nahi munkar yang dituntut oleh Islam," tegasnya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, demonstrasi Bersih 3.0 bertujuan menuntut 8 perkara melibatkan penambahbaikan pilihan raya negara yang dilihat pincang.

Jelasnya, ia merupakan sebahagian tugas amar makruf nahi munkar yang mesti dilaksanakan oleh rakyat terutamanya umat Islam.

Beliau yang juga Adun Manir, Terengganu menegaskan lagi bahawa tanpa sebarang provokosi daripada pihak tertentu demonstrasi aman tidak akan mencetuskan huru-hara.


Sementara itu, Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairuddin Aman Razali pula menegaskan bahawa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan diminta jangan menyempitkan pandangan muzakarah melibatkan demonstrasi yang berlaku sahaja.

Tetapi, tambahnya mereka perlu mengeluarkan pandangan terhadap kepincangan pengurusan kewangan negara, amalan rasuah yang berleluasa, pengkhianatan pemberian ic kepada bukan warganegara, pemberian warganegara dengan tujuan politik jahat, rasuah politik kepada pengundi, pengunaan dana kerajaan oleh parti yang bertanding dalam pilihanraya dan kepincangan pengurusan pilihanraya.

"Dengan itu, Jawatankuasa Fatwa akan dilihat berwibawa dan tidak menjadi alat pemerintah semata-mata, malah menjadi suara amar makruf nahi munkar mewakili rakyat," ujarnya.

Harakah Daily

Parlimen dibubar selepas sambutan 66 tahun Umno?

Posted: 06 May 2012 06:57 PM PDT

15 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

TEMERLOH, 7 Mei: Ahli jawatankuasa PAS Pusat Ustaz Idris Ahmad menjangkakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan membubarkan parlimen secara mengejut sejurus selepas sambutan ulang tahun Umno ke 66 minggu hadapan.

Katanya, beliau mendapat maklumat Najib tidak akan menangguhkan lagi pilihan raya umum (PRU) ke-13 yang dijangka pada bulan Jun ini juga berdasarkan perkembangan semasa.

"Kes skandal rasuah kapal selam Scorpene RM3 bilion yang dikaitkan dengan Najib yang sedang dibicarakan di Peranchis akan memberi kesan jika PRU diadakan lebih lewat.

"Kita jangkakan kerajaan juga sudah menghadapi masalah kewangan setelah pemberian wang Bantuan Rakyat 1Malaysia yang lebih banyak menimbulkan kontroversi kerana ada yang tidak puas hati tak dapat," katanya.

Jelasnya, isu himpunan Bersih 3.0 yang diramalkan memberi kesan negatif kepada kerajaan kerana keganasan polis terpaksa dilupakan Najib berikutan beberapa isu mendesak itu menyebabkan tekanan supaya PRU terpaksa diadakan dalam masa terdekat.

Idris menjelaskan demikian semasa berucap merasmikan Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang Kali Ke-30 di Darul Amin, Sungai Gau dekat sini, semalam.

Tambah Idris, Umno akan mengadakan perhimpunan raksasa di Stadium Nasional Bukit Jalil sempena sambutan ulang tahun ke-66 Umno pada 11 Mei bagi menunjukkan kekuatan parti itu kepada umum dan kemungkinan parlimen dibubar 14 Mei.

"Jadi dalam masa terdekat ini kita mesti menggembelengkan segenap peluang yang ada untuk menarik sokongan orang Melayu dan kita terangkan bagaimana kita boleh menjaga Melayu lebih daripada Umno," tegasnya.

Mengenai Pemuda, Idris berkata pentingnya sayap tersebut kepada parti pada masa ini ialah kerana fikrah yang jelas, menguasai teknologi bermaklumat, masih bertenaga untuk dimanfaatkan parti dari segi fizikal dan masih kurang beban untuk komited dengan program.

Jelasnya lagi, menurut kajian majoriti golongan muda pada masa ini bersama Pakatan Rakyat dan ini dibuktikan jumlah yang besar menghadiri himpunan Bersih baru-baru ini.

Sementara itu Idris berkata pengguna facebook di negara ini menjangkau 9 juta orang dan beliau menjangkakan kuasa tersebut mampu mengalahkan BN dalam PRU akan datang sebagaimana kuasa blog menghukum parti itu pada PRU 2008 dulu.

Katanya, dapat diperhatikan dengan jelas laman facebook dapat menyaingi isu-isu yang menjadi propaganda Umno dan kerajaan melalui media tradisional kerana maklumat disampaikan lebih pantas.

Dalam pada itu Ketua Pemuda PAS Pahang Ustaz Shahril Azman Al-Hafiz yang berucap sebelum itu mengarahkan pemuda bersiap siaga menjaga bendera-bendera PAS kerana beliau menerima maklumat bendera yang tergantung di temapat strategik sekitar Jengka akan diturunkan sempena lawatan Najib ke Jengka 8 pada 8 Mei ini untuk mengumumkan durian runtuh kepada peneroka-peneroka Felda.

Dalam majlis yang sama selepas itu, Pemuda PAS Pahang memberi anugerah kepada tokoh Pemuda Amal, pengusaha Pasti yang berjaya dan guru-guru Pasti yang cemerlang di negeri ini.

Harakah Daily

Sokongan buta tuli bekas KPN p’raya tak bersih

Posted: 06 May 2012 06:56 PM PDT

15 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

Sokongan membuta-tuli tidak berasas oleh tiga bekas Ketua Polis Negara berasaskan dakwaan Najib Razak bahawa perhimpunan aman "Duduk Bantah" Bersih 3.0 merupakan satu percubaan oleh pihak pembangkang untuk menggulingkan kerajaan sekarang adalah bukti terbaru yang menunjukkan bahawa reformasi proses pilihanraya supaya bersih dan adil tidak mungkin akan dijalankan.

Hampir setiap hari, rakyat Malaysia dijamu dengan bukti terbaru bahawa tidak akan wujud suatu platform dimana pilihanraya yang berlandaskan proses yang bebas dan adil di Malaysia boleh berlaku dan kerajaan Barisan Nasional nampaknya telah jauh terpesong daripada menjawab 8 tuntutan Bersih 2.0 dalam perhimpunan aman 9 Julai 2011 untuk pilihanraya yang bebas dan adil. Apatah lagi 3 tuntutan tambahan perhimpunan aman "duduk bantah" Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

Lapan Tuntutan Bersih 2.0 adalah:
1. Pembersihan senarai pengundi berdaftar
2. Mereformasikan undi pos
3. Penggunaan dakwat kekal
4. Tempoh berkempen minima 21 hari
5. Akses media yang bebas dan adil bagi media arus perdana
6. Pengukuhan institusi awam
7. Hentikan rasuah
8. Hentikan politik kotor

Tiga Tuntutan Tambahan "Duduk-Bantah" Bersih 3.0 adalah :

1. Suruhanjaya Pilihanraya mesti meletak jawatan, terutama sekali atas kegagalannya dalam melaksanakan tanggungjawab dan telah kehilangan kepercayaan umum.
2. Proses pilihanraya mesti dibersihkan sebelum Pilihanraya Umum Ke-13.
3. Menjemput pemerhati antarabangsa untuk meneliti proses Pilihanraya Umum Ke-13.
Bukti terbaru yang menunjukkan bahawa Malaysia masih jauh daripada melaksanakan pilihanraya yang bebas dan adil adalah, pertamanya, tuduhan melulu dan dakwaan Perdana Menteri Najib Tun Razak bahawa perhimpunan Bersih 3.0 adalah satu percubaan untuk menggulingkan kerajaan Barisan Nasional; dan keduanya, sokongan membuta tuli yang telah diberi oleh tiga bekas Ketua Polis Negara terhadap dakwaan Najib itu.

Muka hadapan hari ini akhbar Berita Harian milik UMNO, telah memaparkan berita tiga bekas Ketua Polis Negara, Tun Haniff Omar, Tan Sri Rahim Noor dan Tan Sri Musa Hassan turut membantu menguatkan tuduhan melulu Najib bahawa perhimpunan "428" "duduk-bantah" Bersih 3.0 merupakan satu percubaan untuk menggulingkan kerajaan, dengan menggesa pihak polis untuk mengambil tindakan keatas dakwaan cubaan merampas kuasa.

Nampaknya, ketiga-tiga bekas Ketua Polis Negara dipergunakan untuk memberi justifikasi kepada tindakan keras yang telah digunakan, yang mengingatkan kita kepada penahanan beramai-ramai dalam Operasi Lalang pada tahun 1987!

Apa wujudkah sekelumit bukti pun yang menunjukkan bahawa perhimpunan aman "duduk-bantah" Bersih 3.0 adalah satu percubaan untuk menggulingkan kerajaan sepertimana yang didakwa oleh Najib dan disokong oleh tiga bekas Ketua Polis Negara untuk memberi justifikasi kepada tindakan yang bakal diambil polis?

Tidak sama sekali, seperti yang terbukti dalam pengakuan Haniff sendiri. Berikut adalah kenyataan Haniff:

"Perlu ada bukti kerana Perdana Menteri tidak boleh membuat andaian semata-mata. Ianya mungkin berlaku dan pasti ada segolongan yang akan melakukan sedemikian untuk kepentingan masing-masing"

Ini adalah puncak segala yang tidak masuk akal, dan buat pertama dalam sejarah 55 tahun negara ini wujud sebuah dakwaan bahawa sebuah kenyataan yang dibuat oleh Perdana Menteri sendiri, tidak kira bagaimana liar dan tidak masuk akal, menjadi bukti sahih yang mencukupi untuk tindakan lanjut pihak kerajaan.

Tidak ada seorang pun dari kalangan lima Perdana Menteri sebelum ini, termasuklah Tun Dr Mahathir sendiri dalam tempoh masa 22 tahun sebagai Perdana Menteri yang keempat, telah membuat dakwaan bahawa kenyataannya tidak boleh diragui.

Ini bukan sahaja percubaan yang berbahaya untuk menjadikan kenyataan Perdana Menteri bertaraf seakan undang-undang malah untuk menjadikannya bukti mutlak dan tidak boleh diragui, tidak kira betapa tidak masuk akal atau tidak munasabah dakwaan yang ditujukan itu.

Dua daripada lapan tuntutan Bersih 2.0 adalah "akses bebas dan adil bagi media arus perdana" dan "hentikan politik kotor".

Rakyat Malaysia sedang menyaksikan "politik kotor" yang paling teruk dalam sejarah 55 tahun negara ini dalam rangka menuju Pilihanraya Umum Ke-13, mendapat tempat di dalam media arus perdana dan diberi kebebasan yang dinafikan bagi pihak-pihak lain yang bertanding dan mempunyai kepentingan terhadap pilihanraya yang bebas dan adil.

Telatah yang tidak bertanggungjawab oleh pihak Perdana Menteri dan tiga bekas Ketua Polis Negara merupakan contoh terkini dan contoh yang jelas mengapa Lapan Tuntutan Bersih 2.0 masih relevan, penting dan tidak mungkin ditunaikan, dan merupakan satu sebab kukuh bagi semua rakyat Malaysia yang menghargai kebebasan yang ada untuk mendesak sekeras-kerasnya untuk Pilihanraya Umum Ke-13 dijalankan di atas medan yang adil.

Harakah Daily

Kereta, 13 tong diesel disita

Posted: 06 May 2012 06:53 PM PDT

15 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

TAIPING - Hasil maklumat orang ramai mengenai penyelewengan minyak diesel bersubsidi, satu operasi dijalankan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Cawangan Taiping di pinggir Jalan Kampung Dew, Simpang.

Ketua PPDNKK Cawangan Taiping, Basaruddin Mohiyuddin berkata, operasi berkenaan dijalankan ke atas pemandu-pemandu lori yang menjual minyak diesel bersubsidi kepada individu tidak bertanggungjawab.

Menurutnya, operasi berkenaan diketuai Penolong Penguatkuasa, Kamarul Anaz bersama beberapa pegawai penguatkuasa yang lain.

"Ketika pemantauan diadakan, kami menemui sebuah kenderaan yang diletakkan di pinggir jalan dalam keadaan bonet belakang terbuka.

"Hasil pemerhatian kami ke atas kenderaan itu, sejumlah 13 tong minyak diesel terdapat dalam kereta tersebut sementara pemilik lari mengelakkan diri daripada ditangkap," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, kesemua minyak diesel dan kenderaan itu disita serta dibawa balik ke Pejabat PDNKK.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengesan pemilik kenderaan tersebut dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

"Satu laporan polis turut dibuat berhubung sitaan tersebut.

"Sehubungan itu, diminta pihak majikan memantau aktiviti pemandu lori syarikat supaya tidak melakukan penyelewengan diesel yang turut merugikan syarikat dan kerajaan," katanya.

Basaruddin berkata, PPDNKK Taiping akan terus giat membanteras penyelewengan diesel sehingga ke akar umbi.

Sinar Harian

Nyaris maut diamuk seladang

Posted: 06 May 2012 06:49 PM PDT

15 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

BALING - Seorang bekas tentera tidak dapat melupakan pengalaman diserang seladang semasa berada di dalam operasi Kota Enco di Sempadan Thailand pada tahun 2002.

Kejadian itu mengakibatkan tangan kiri Mohd Yatim Mustafa, 43, hampir terputus setelah ditanduk seladang jantan setinggi dua meter itu.

Dia yang kini tinggal di Taman Bersatu Baling tidak akan pernah melupakan kejadian yang hampir meragut nyawanya itu.

"Serangan itu membuatkan saya melambung setinggi tiga meter selain senjata M-16 yang dibawa patah dua setelah ditanduk haiwan itu.

"Saiz seladang itu memang besar. Saya cuba mengelak serangan, tetapi Seladang itu terlalu kuat dan bertenaga," katanya.

Kejadian itu mengakibatkan Mohd Yatim mengalami pendarahan yang banyak di bahagian tangan dan badan.

"Nasib baik rakan-rakan datang membantu. Mereka membawa saya ke kawasan tanah lapang seterusnya dikeluarkan oleh unit udara," katanya.

Menurutnya, walaupun kejadian itu hampir meragut nyawanya, dia tidak pernah patah semangat dalam memastikan keamanan keselamatan negara.

"Setiap tentera pasti mempunyai pengalaman mereka yang tersendiri terutama mereka yang melakukan operasi di dalam hutan.

"Selain berhati-hati dengan serangan musuh, setiap anggota juga berhadapan dengan serangan haiwan buas dan berbisa yang boleh meragut nyawa," katanya.

Katanya, kejadian berkenaan akan sentiasa terpahat di dalam ingatannya semasa berkhidmat sebagai seorang anggota tentera.

"Walaupun kejadian itu telah berlalu sejak 10 tahun dulu, kesan serangan itu masih jelas sehingga kini," katanya.

Sinar Harian

Rempuh asap tebal selamat nenek

Posted: 06 May 2012 06:46 PM PDT

15 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KEPALA BATAS - Keberanian Nur Fazliza Mohd Fauzee, 19, yang sanggup masuk semula ke dalam rumah yang dipenuhi asap tebal untuk menyelamatkan neneknya yang berada di tingkat atas selepas rumah didiami mula terbakar semalam mendapat pujian ahli keluarga dan penduduk Kampung Paya Keladi Hujung di sini.

Ini kerana tindakan pantas penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Arau itu berjaya menyelamatkan nyawa neneknya yang tidak mampu bergerak kerana mengalami sakit tua.

Ketika kejadian pada jam 2.45 petang semalam, anak kedua kepada pasangan Mohd Fauzee Ali, 51 dan Fauziah Jamaluddin, 46, itu berehat di ruang tamu bahagian bawah rumah separuh batu dan kayu itu, manakala neneknya, Halimah Awang ,76, berada dalam bilik di tingkat atas rumah berkenaan.

Ahli keluarga lain yang terdiri daripada bapa, seorang kakitangan Bernas Paya Keladi, abang dan empat adiknya tiada di rumah, manakala ibunya tinggal berasingan selepas berpisah dengan bapanya.

"Sebaik hendak melelapkan mata saya terdengar letupan seolah-olah seperti bunyi mercun dari arah hujung kepala yang menempatkan kotak fius penyaluran bekalan elektrik.

"Kotak fius berkenaan mula mengeluarkan asap membuatkan saya bingkas bangun dan berlari keluar dengan niat meminta pertolongan jiran," katanya.

Nur Fazliza berkata, selepas beberapa saat berada di luar rumah dia melihat kepulan asap hitam mula memenuhi ruang tamu dan terkejut apabila mendengar suara neneknya meminta tolong kerana kelemasan akibat asap tebal memenuhi rumah.

"Tanpa berfikir panjang, saya terus meluru masuk ke dalam rumah dan mendapatkan nenek ditingkat atas sebelum bertindak mendukungnya meredah asap dan berlari keluar sambil menjerit rumah terbakar beberapa kali.

"Syukur alhamdulillah selepas itu beberapa orang jiran lelaki datang dan membantu serta mengarahkan kami berada jauh dari rumah yang telah marak dimakan api," katanya.

Kebakaran itu membuatkan keluarga Nur Fazliza mengalami kerugian mencecah RM100,000 apabila rumah, semua peralatan dan sebuah kereta musnah terbakar dan gagal diselamatan.

Sementara itu, Pegawai Operasi Bomba, Pegawai Bomba Kanan 2, Abdul Azizi Ismail, berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan memaklumkan kejadian itu pada jam 2.45 petang semalam.

"Bersama dua jentera dan lapan anggota yang turut dibantu lima ahli Bomba Sukarela dari Kepala Batas pihak kita berjaya mengawal api dari mereka selepas lima minit berada di lokasi.

"Namun, disebabkan api marak lebih awal sebelum ketibaan kami, rumah itu musnah terbakar dan pihak kita sedang menjalankan siasatan mengenai puncanya," katanya.

Semasa ditemui Nur Fazliza berseorangan kerana semua ahli keluarganya menemani neneknya yang mengalami sesak nafas mendapatkan rawatan di sebuah klinik berdekatan.

Sinar Harian

Pesawah maut dipatuk ular

Posted: 06 May 2012 06:44 PM PDT

15 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

GUNUNG KERIANG - Seorang pesawah maut dipatuk ular ketika dia sedang duduk berehat di bangku yang dipercayai dibuatnya sendiri dan terletak di bawah rumahnya di Kampung Alor Gongchar, petang kelmarin.

Saad Mansor, 62, dipercayai dipatuk ular di jari tengah tangan kanannya.

Anak sulung mangsa, Sharol Niza, 32, berkata, ketika kejadian kira-kira jam 6.30 petang, dia dalam perjalanan pulang ke rumah dari Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) kerana melawat rakannya.

Menurutnya, hanya ibunya, Che Jam Ismail, 63, dan adiknya, Mat Shahrizal sahaja yang berada di rumah ketika kejadian berlaku.

"Saya mengetahui kejadian itu apabila menerima panggilan daripada adik bongsu, Shahida yang memaklumkan ayah dipatuk ular.

"Ibu ada memberitahu saya, selepas kejadian mereka membawa ayah ke klinik untuk menerima rawatan dan pihak klinik telah membuat surat untuk dirujuk ke hospital namun ayah enggan ke sana," katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Saad yang dikenali dengan panggilan Pak Cik dalam kalangan orang kampung meninggal dunia di rumah kira-kira jam 8.30 malam dan selamat dikebumikan di Kampung Lengkuas, Bukit Pinang pada jam 11 pagi, semalam.

Shahrol Niza berkata, ayahnya yang berasal dari Kampung Lengkuas pernah menyuarakan hasrat untuk dikebumikan di kampung asalnya.

Dia yang kali terakhir berjumpa dengan ayahnya sebelum keluar rumah kelmarin akan merindui kemesraan Saad yang mudah bersembang dan berbincang setiap masalah yang mereka hadapi.

"Ayah langsung tidak menunjukkan sebarang perubahan sebelum kejadian dan sikapnya sama seperti sebelum ini.

"Selepas ini bangku yang berada di tempat kejadian pasti akan menjadi kenangan untuk kami sekeluarga kerana setiap kali pulang dari sawah terutama pada waktu petang, ayah akan berehat di situ untuk menghilangkan penat," katanya.

Shahrol Niza berkata, dua orang anaknya turut merasai kehilangan Saad kerana dia yang akan menjemput mereka setiap kali pulang dari sekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Gunong.

Sinar Harian

Man City hampiri kejuaraan EPL

Posted: 06 May 2012 06:40 PM PDT

15 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

MANCHESTER City mencerahkan peluang untuk menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) edisi ke-20 setelah menewaskan Newcastle United, 2-0 di Stadium Sport Direct Arena, awal malam tadi.

Turun dengan misi mesti menang, kedua-dua pasukan mempunyai matlamat berbeza anak buah Roberto Mancini mahu terus mengungguli takhta liga, manakala anak buah Alan Pardew mahu mengisi satu dari empat slot automatik ke Liga Juara-Juara pada musim depan.

Permulaan membosankan babak pertama, dimeriahkan babak kedua, Yaya Toure dengan jaringan pada minit ke-70 hasil hantaran Sergio Kun Aguero.

Toure sekali lagi menjadi duri dalam daging The Magpies apabila melepaskan sepakan cantik melepasi gawang tuan rumah yang di kemudi, Tim Krul pada minit ke-89.

Kini, gelaran liga makin digapai anak didik Roberto Mancini dalam usaha menamatkan kemarau 44 tahun tanpa kejuaraan EPL selepas terakhir memenangi pada 1968.

Manchester City hanya perlu menang pada perlawanan terakhir liga mereka menentang Queens Parks Rangers untuk memastikan kejuaraan edisi kali ini milik kelab dari kota Manchester berkenaan.

Sinar Harian

Parlimen dibubar selepas sambutan 66 tahun Umno?

Posted: 06 May 2012 06:30 PM PDT

15 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

TEMERLOH, 7 Mei: Ahli jawatankuasa PAS Pusat Ustaz Idris Ahmad menjangkakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan membubarkan parlimen secara mengejut sejurus selepas sambutan ulang tahun Umno ke 66 minggu hadapan.


Katanya, beliau mendapat maklumat Najib tidak akan menangguhkan lagi pilihan raya umum (PRU) ke-13 yang dijangka pada bulan Jun ini juga berdasarkan perkembangan semasa.

"Kes skandal rasuah kapal selam Scorpene RM3 bilion yang dikaitkan dengan Najib yang sedang dibicarakan di Peranchis akan memberi kesan jika PRU diadakan lebih lewat.

"Kita jangkakan kerajaan juga sudah menghadapi masalah kewangan setelah pemberian wang Bantuan Rakyat 1Malaysia yang lebih banyak menimbulkan kontroversi kerana ada yang tidak puas hati tak dapat," katanya.

Jelasnya, isu himpunan Bersih 3.0 yang diramalkan memberi kesan negatif kepada kerajaan kerana keganasan polis terpaksa dilupakan Najib berikutan beberapa isu mendesak itu menyebabkan tekanan supaya PRU terpaksa diadakan dalam masa terdekat.

Idris menjelaskan demikian semasa berucap merasmikan Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang Kali Ke-30 di Darul Amin, Sungai Gau dekat sini, semalam.

Tambah Idris, Umno akan mengadakan perhimpunan raksasa di Stadium Nasional Bukit Jalil sempena sambutan ulang tahun ke-66 Umno pada 11 Mei bagi menunjukkan kekuatan parti itu kepada umum dan kemungkinan parlimen dibubar 14 Mei.

"Jadi dalam masa terdekat ini kita mesti menggembelengkan segenap peluang yang ada untuk menarik sokongan orang Melayu dan kita terangkan bagaimana kita boleh menjaga Melayu lebih daripada Umno," tegasnya.

Mengenai Pemuda, Idris berkata pentingnya sayap tersebut kepada parti pada masa ini ialah kerana fikrah yang jelas, menguasai teknologi bermaklumat, masih bertenaga untuk dimanfaatkan parti dari segi fizikal dan masih kurang beban untuk komited dengan program.

Jelasnya lagi, menurut kajian majoriti golongan muda pada masa ini bersama Pakatan Rakyat dan ini dibuktikan jumlah yang besar menghadiri himpunan Bersih baru-baru ini.

Sementara itu Idris berkata pengguna facebook di negara ini menjangkau 9 juta orang dan beliau menjangkakan kuasa tersebut mampu mengalahkan BN dalam PRU akan datang sebagaimana kuasa blog menghukum parti itu pada PRU 2008 dulu.

Katanya, dapat diperhatikan dengan jelas laman facebook dapat menyaingi isu-isu yang menjadi propaganda Umno dan kerajaan melalui media tradisional kerana maklumat disampaikan lebih pantas.

Dalam pada itu Ketua Pemuda PAS Pahang Ustaz Shahril Azman Al-Hafiz yang berucap sebelum itu mengarahkan pemuda bersiap siaga menjaga bendera-bendera PAS kerana beliau menerima maklumat bendera yang tergantung di temapat strategik sekitar Jengka akan diturunkan sempena lawatan Najib ke Jengka 8 pada 8 Mei ini untuk mengumumkan durian runtuh kepada peneroka-peneroka Felda.

Dalam majlis yang sama selepas itu, Pemuda PAS Pahang memberi anugerah kepada tokoh Pemuda Amal, pengusaha Pasti yang berjaya dan guru-guru Pasti yang cemerlang di negeri ini.

harakahdaily/-

Bersih 3.0: Najib jangan merepek

Posted: 06 May 2012 06:20 PM PDT

15 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

PERDANA Menteri Najib dalam siri jelajahnya ke Gua Musang menyamakan niat Bersih 3.0 Duduk Bantah di Dataran Merdeka 28 April 2012 lalu dengan unjuk rasa raksasa Dataran Tahrir Mesir yang menggulingkan diktator Hosni Mubarak.

Biar orang lain menyangka begitu, seperti Dr. Mahathir misalnya atau Obama. Pengamatan orang itu adalah haknya bimbang Najib menghadapi cabaran yang sama jika dia tidak mengambil iktibar dari semua perkembangan itu.

Tetapi jika Najib menyangka begitu, dia telah menyamakan dirinya dan cabarannya sudah sama seperti Hosni Mubarak. Apa yang Mubarak terhadap Mesir dan rakyatnya adalah masalah buruknya. Apa yang terjadi kepadanya adalah bala gara-gara sikap takburnya.

Najib jangan menunggu dan mahu nasib yang serupa menimpa kerjaya politik dan perkhidmatannya kepada negara. Benda yang buruk itu jangan diminta dan jangan ditunggu.

Apa yang Najib patut buat itu mengambil pelajaran dari nasib itu dan berdoa supaya bala yang demikian tidak menimpanya, bukan saja jika berlaku celaka baginya tetapi ia azab bagi penyokongnya dan orang yang tumpang dari makan daripadanya.

Sangkaannya orang hendak menjadikan dia begitu adalah perasannya dan menyamakan apa yang terjadi itu adalah merepek. Najib jangan merepek terhadap perkara yang belum difikirkan oleh penganjur dan penyokong Bersih 3.0.

Tindakan Bersih 3.0 adalah mahu Najib melaksanakan tuntutan lapan perkara Bersih 2.0 dulu. Mahu PRU 13 mengikut sistem pilihanraya yang bersih.

Jika tuntutan itu disempurnakan, maka Bersih 3.0 itu tidak ada. Dataran Merdeka tidak jadi satu agenda penting menjelang PRU 13.

Memang semuanya hendak membuang Najib dari tampuk pemerintahan dan mengakhiri monopoli kuasa UMNO sejak tahun 1955. Ia hendak diganti dengan kerajaan Pakatan Rakyat. Tetapi caranya ialah melalui pilihanraya bersih, bukan pilihanraya tipu dan tidak demokratik.

Najib bukan saja remehkan tuntutan lapan perkara itu tetapi perbodohkan golongan pro demokrasi yang bersih dengan jawatankuasa pilihanraya Parlimen tipu. Najib perbodohkan Parlimen dan sekalian ahli politik seperti dia memperbodoh orang UMNO.

Perumpamaan Melayu mengira memperbodohkan orang seperti menyamakan orang dengan lembu. Dengan contoh skendal lembu kondo suami Shahrizat yang dilindungi Najib, betul Najib telah menjadi sekalian orang seperti lembu dalam semua perkara.

Sekalian yang tidak mahu jadi macam lembu menuntut PRU 13 satu pilihanraya bersih. Ratus ribu orang datang ke Dataran Merdeka atas kehendak sendiri membantah Bersih 2.0 dulu dibakul sampahkan. Semua mentuntut ia ditunaikan.

Tentulah ada tindakan susulan jika ia tidak ditunaikan. Apa? Tunggulah!

Tidak sekali-kali setakat 28 April 2012 itu mereka hendak memulakan kerja seperti rakyat Mesir yang turun ke Dataran Tahrir lebih setahun lalu.

Tetapi apa yang berlaku itu adalah satu amaran dan ingatan kepada Najib, jangan dorong rakyat bertindak seperti apa yang dibuat terhadap Hosni Mubarak. Penyokong Bersih 3.0 khususnya Pakatan Rakyat tidak mahu berlaku seperti yang menimpa Mesir itu kerana kuasa demokrasi itu boleh diperolehi melalui PRU 13 yang bersih.

Revolusi rakyat Mesir terjadi kerana mereka tidak boleh dapat apa-apa dari regim Hosni Mubarak. Tiada pililhan selain dari apa yang mereka lakukan.

Tetapi rakyat Malaysia boleh dapat perubahan melalui pilihan raya tetapi pilihanraya itu mesti bersih. Yang menjadi halangan ialah Najib memperkenal transformasi tipu, enggan menjadikan SPR sebagai satu suruhanjaya yang bersih.

Semua orang kata, SPR kotor. Yang kata ia bersih hanya Najib dan lembu-lembunya.

Pembangkang belum memikirkan untuk menyamakan Najib dengan Mubarak, tetapi Bersih 3.0 itu adalah amaran supaya jangan sampai orang menjadikan Dataran Merdeka itu seperti Dataran Thahrir. Jika kebebalan Najib itu nanti dilihat orang sama saja dengan Mubarak, kita tidak dapat tahan orang Malaysia jadi seperti orang Mesir.

Sebelum ada yang menirunya, Najib mesti elekkan kecelakaan itu dengan mendengar apa orang mahu. Najib jangan minta Dataran Merdeka jadi Dataran Tahrir! Tuhan tidak suruh minta diuji. Jika merepak Najib itu dikira sebagai mencabar supaya ia dilakukan terhadapnya, tunggulah nanti akan Tuhan perkenankan!

Mintalah yang elok dan muluk! Jangan inginkan yang buruk dan yang busuk.

harakahdaily/-

Idris Ahmad

Posted: 06 May 2012 11:32 PM PDT

Idris Ahmad


Tanpa “6T” Umno Tidak Berjaya.

Posted: 06 May 2012 08:00 PM PDT

Tanpa "6T" Umno Tidak Berjaya.
Idris hj Ahmad
7/5/12
Umno tidak boleh mengadakan himpunan raksasa jika tanpa 6T iaitu T.Shirt, Topi, Tambang, Transport, Tapau (makanan) dan Token (duit). Ia berlainan dengan himpunan yang dianjurkan oleh Pas dan Pakatan Rakyat, penyokongnya datang tanpa diupah dan dikerah. Setiap kali Najib turun ke suatu tempat semua agensi kerajaan dipaksa rela untuk hadir. Terbaru Najib di Kelantan pada 4 April 2012 kita boleh lihat beratus-ratus biji bas daripada agensi kerajaan. Pihak pengajur terpaksa membuat kerahan , jika tidak terpaksa dikira dengan bayang supaya nampak ramai.
Budaya ini sudah menjadi kelaziman apabila Umno mengalami masalah dalaman parti atau tekanan politik daripada luar. Ia bermula di zaman Dr Mahathir ketika beliau bergaduh dengan Raja-Raja Melayu 1983 sewaktu krisis pindaan perlembagaan untuk membuang kekebalan Raja-Raja Melayu. Diikuti pula dengan program Semarak, ketika berlaku krisis team A dan Team B.

Ahli Umno sekarang bukan ahli yang ada ideologi, majoritinya hanya ahli yang mencari makan. Ia bukan perjuangan Umno diperingkat mula kelahiran Umno 1946. Walaupun ahlinya 3.3 juta, namun tidak ada jati diri dan komited dengan ideologi perjuangan. Sebahagian besar menjadi ahli Umno, terutama peringkat muda hanya "Umno Projek" sahaja. Kita akan lihat himpunan Umno di Stadium Bukit Jalil yang akan berlangsung pada 11 Mei 2012, semuanya akan bergantung kepada 6T.


Filed under: Politik

DPP PADANG TERAP

Posted: 06 May 2012 09:08 PM PDT

DPP PADANG TERAP


KONVOI DPP PADANG TERAP SEMPENA MUKTAMAR DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH 5 MEI 2012

Posted: 06 May 2012 12:57 AM PDT






















Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 06 May 2012 03:29 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


BERPAHALA & WAJIB BELASAH PESERTA BERSIH : MAJLIS FATWA

Posted: 06 May 2012 04:56 AM PDT

Puak-puak Majlis Fatwa buat perabis duit rakyat je  dengan claim beribu-ribu semata-mata nak kuarkan satu fatwa pasal Bersih 3.0 yang dikatenye haram... suh budak tadika Pasti pun boleh cakap pasal benda kecik macam nie... tak payah panggil Prof Emarutus... haram cendollll

"Adalah haram buat umat Islam menyertai demonstrasti atau perhimpunan yang bertujuan tidak baik, kata Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia hari ini.

Pengerusi jawatankuasa itu, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin, dipetik berkata: "Sesiapa juga tidak boleh buat, tidak (boleh) bersetuju ke arah (usaha) mendatangkan kemudaratan, keresahan, menjadikan rusuhan sesama kita hingga berpecah, apatah lagi kalau berlaku pertumpahan darah."

Abdul Shukor berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan muzakarah ke-99 jawatankuasa itu."

... patut le polis FRU reramai belasah peserta Bersih.... Mungkin berpahala barang kali... nak harap pahala ibadah lain kurang... huhuhuhuhuhu

(EDISI KANTOI) GAMBAR KHALID TENDANG ANGGOTA TRAFIK

Posted: 06 May 2012 03:41 AM PDT



 Khalid Mohd. Ismath ditahan bagi membantu siasatan berhubung kekecohan pada perhimpunan haram Bersih 3.0, ketika dia hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini hari ini.

Dakwa polis Khalid dikehendaki setelah "gambarnya" yang sedang menendang seorang anggota polis trafik yang terjatuh ketika bertugas pada perhimpunan itu, 28 April lalu disiarkan di akhbar-akhbar umno...

  
 .... sebenarnya ini lah pakaian yang dipakai sewaktu himpunan Bersih 3.0 baru-baru ini yang mane dia antara wakil mahasiswa yang turut sama berada di sekitar Dataran Merdeka.... gambar beliau yang berucap ditengah-tengah ribuan manusia di simpang empat berhampiran Datarn Merdeka... sedangkan gambar  yang didakwa insiden menyepak angota trafik tersebut berlaku di kawasan Sogo...
....hahahahahhah.. untuk mamat yang pakai baju belang tue, terlepas.. ... org lain yang dah jadi kambing hitam... alahai polis Malaysia...

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 06 May 2012 03:15 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


NAJIB KENA BERTENANG WALAU RAKYAT TENDANG !

Posted: 06 May 2012 05:14 AM PDT

PBB mungkin akan menyiasat Bersih 3.0. Sudah tentu Najib kecut perut untuk berhadapan dengan hasil siasatan.

Media hari ini melaporkan bahawa seorang pelapor khas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Frank La Rue menawarkan diri untuk menjalankan siasatan bebas, mengkaji dan menilai perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April.

La Rue memberitahu Malaysiakini bahawa beliau juga menawarkan untuk menyiasat perhimpunan BERSIH 2.0 memandangkan beliau berada di Malaysia pada Julai tahun lalu.

Katanya beliau berada di Malaysia pada 10 Julai, sehari selepas perhimpunan itu diadakan, dan perhimpunan itu menarik perhatiannya.

Tambahnya, beliau diberitahu bahawa perhimpunan itu mengejutkan memandangkan ia turut dihadiri anggota keluarga dan kanak-kanak.

Katanya lagi, beliau difahakmkan bahawa peserta perhimpunan itu tidak agresif mahupun mengingkari arahan, tetapi polis bertindak ganas.

Peguam dari negara Guatemala yang berpengkalan di Geneva itu ditemui Malaysiakini di Persidangan Kebebasan Akhbar Sedunia di Tunis yang berakhir semalam.

BERSIH 3.0 SIGNAL MERAH TANDA RAKYAT NAK UBAH !

Posted: 06 May 2012 01:45 AM PDT


Kali ini saya teruskan lagi tentang perlunya kerajaan diubah, dianjak dan di alih, kalau boleh sebelum pilihanraya umum. Sambutan himpunan Bersih menunjukkan sokongan kepada perubahan dan rakyat tidak lagi mahu menerima pujukan kerajaan dan pimpinan hari ini agar mereka diberikan sekali lagi sambungan untuk memerintah negara kita yang kaya raya tetapi disalah tadbir ini.

Apa pun kata pihak media massa arus perdana jumlah peserta himpunan Bersih 3.0 tetap jauh melebihi 200,000 orang. Siapa pun boleh nafikan angka ini, tetapi itulah angka yang sebenarnya. Tetapi angka itu tidak penting. Yang penting dalam pilihanraya kali ini BN akan sampai penghujung hayatnya untuk mentadbir negara kita setelah memerintah begitu lama yang membuatkan pemimpin-pemimpin mereka menjadi seperti orang yang kufur nikmat.

Mahu tidak mahu kita mesti terima hakikat yang Bersih 3.0 telah berjaya besar yang tidak disangka-sangka. Pihak BN boleh berkata mengikut apa yang mereka mahu dengar tetapi hakikatnya rakyat telah membuat keputusan yang 'conclusive'; iaitu, untuk menggantikan BN, justru rakyat akan ditadbir oleh kerajaan baru. Seperti yang saya sebut dalam posting saya beberapa hari yang lalu sokongan terhadap Bersih 3.0 Sabtu lepas memberikan 'signal' yang rakyat akan diperintah oleh pihak 'alternative'.

Sesungguhnya, apa pun yang dilakukan oleh Najib dan barisan pimpinan negara, majoriti rakyat Malaysia sudah kehilangan keyakinan terhadap BN. Persepsi majoriti rakyat terhadap BN sudah sampai keperingkat optima dan tidak ada jalan lagi untuk BN diyakini oleh rakyat yang ramai ini. Semalam saya berada di Terengganu dan sebahagian yang mendengar ceramah yang saya sampaikan itu adalah dari mereka yang baru pulang dari Kota Baru kerana mereka diberikan bas dan berbagai-bagai kemudahan untuk menyambut PM Najib di sana.

Rakyat tahu yang pimpinan hari ini tidak akan mampu melakukan perubahan yang baik kerana kecelaruan yang dialami oleh rakyat adalah hasil dari sikap kufur nikmat yang keterlaluan jelasnya. Secara saikologinya rakyat sesungguhnya sedang menukar 'mindset' mereka untuk bersedia menerima perubahan kepada kerajaan baru negara.

Perubahan kerajaan dalam sistem demokrasi adalah 'normal'. Hanya dinegara ini sahaja pertukaran kerajaan akan di alami oleh rakyat buat kali pertamanya selepas pilihanraya yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja. Jika sudah biasa dengan pertukaran kerajaan dan pentadbiran bertukar ganti maka dengan 'natural'nya akan berlaku sistem dua parti dinegara ini.

Penjawat awam juga tidak perlu runsing kerana jika BN kalah dalam PRU kali ini, penjawat awamnya adalah pegawai-pegawai dan kakitangan yang sama. Malahan Polis yang membedil rakyat dengan gas pemedih mata itu pun akan kekal. Oleh itu pihak polis dan penjawat awam tidak perlu resah gelisah dengan pemindahan kuasa dari BN kepada PR.

Saya menyebut ini kerana saya hendak memberi tahu semua pihak yang 'there is life after the demise of Umno'. Tidak lama lagi kita akan mendapat bukti yang jika Umno diketepikan rakyat akan berpeluang dan mempunyai harapan yang perubahan kepada kehidupan mereka yang lebih terjamin akan dibuktikan. Masa itu nanti baru lah rakyat tahu yang mereka tidak akan terjejas kehidupan walaupun Umno akan tidak lagi berkuasa.

Peluang untuk Umno kekal dalam kuasa adalah tipis walaupun bukan mustahil. Umno selama ini hidup di atas kebijaksanaan mereka membohongi rakyat dengan retorik lapuknya. Maklum sajalah berbohong itu merupakan satu perkara yang telah menjadi makanan kepada Umno dan BN.

Umno sekarang sedang dalam kekalahan walaupun mereka berpengalaman dalam mengelirukan rakyat. Perang saikologi yang dilakukan oleh media massa seperti TV3 tidak pergi kemana kerana rakyat begitu jemu mendengarnya. Malahan TV3 pun sudah tidak lagi mujarab untuk mengubah hati rakyat yang telah tercalar oleh tingkah laku Umno dan BN sejak beberapa ketika dahulu.

Segala institusi demokrasi yang telah diporak perandakan oleh pemimpin Umno sejak hampir tiga dekad dahulu akan pasti dipulihkan imejnya selepas Umno tidak lagi berkuasa di Putrajaya. Polis yang menendang dan memukul peserta Bersih baru-baru ini akan sampai masanya untuk mengetahui yang mereka juga akan terus berkhidmat dan masa itu nanti barulah mereka (polis) yang sesiapa pun memerintah kedudukan mereka tidak akan terjejas.

PDRM sebaliknya akan merasakan yang mereka tidak didendami walaupun mereka pernah berlaku zalim kepada rakyat yang membayar gaji mereka dan bayaran pencen mereka. Sementara keadaan itu berlaku PDRM janganlah bersikap angkuh jika ada lagi himpunan rakyat serperti Bersih 4.0 misalnya. Tidak perlulah menyelitkan agen 'provocateur' dalam perhimpunan Bersih jika ia berlaku lagi.

TV3 juga akan tetap kekal dan tidak payah lagi membodek kerajaan baru nanti. Pengurusan Media Prima tidak payah hendak bertanya kepada pihak berkuasa macam mana hendak spin berita-berita tentang Umno yang akan menjadi parti pembangkang Mereka dari sekarang boleh lah berlatih untuk menjadi pengamal media massa secara professional, dan tidak payah mengampu lagi.

Semasa itu nanti kita berharap pendokong Umno tidak lagi mencarut dan membabikan pihak lain atau menjatuhkan hukum murtad kepada pihak lain. Berbuat baiklah sambil kita bersama-sama memperbetulkan diri dan melakukan intropeksi yang secukupnya. Saya bukan hanya menyeru orang lain untuk berubah kepada kebaikkan ini. Saya juga menyeru kepada diri saya sendiri untuk melakukan perkara yang sama.

Yang terpenting sekarang ini melakukan perubahan adalah satu perkara yang sangat mendesak kerana jika tidak dilakukan sekarang tidak tahulah apa yang akan terjadi kepada rakyat dan negara kita ini pada masa-masa yang akan datang. — aspanaliasnet.blogspot.com

Dupahang's Weblog

Posted: 06 May 2012 11:09 AM PDT

Dupahang's Weblog


Ulangan Peringatan Presiden PAS Kepada Najib: Kesabaran PAS Ada Batasnya!

Posted: 06 May 2012 12:50 AM PDT

Tunaikan 8 tuntutan atau berdepan Bersih 4.0 Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendesak pentadbiran Datuk Seri Najib Razak menunaikan segala tuntutan Bersih atau bakal berdepan himpunan lebih besar dari Bersih 3.0. Beliau mengulas kejayaan Bersih 3.0 menyaksikan lebih 300,000 rakyat pelbagai kaum hadir menjayakan himpunan itu di Kuala Lumpur. "Jika tuntutan rakyat kekal [...]

Ulama’ SOKONG Bersih – bukan KOMUNIS!

Posted: 06 May 2012 12:44 AM PDT

Ulama' SOKONG Bersih – bukan KOMUNIS! Antara ulama' yang hadir memberikan sokongan dan dokongan padu kepada perjuangan Ambiga dan Bersih adalah seperti berikut:- Nombot 1 : Tok Guru Hj Nik Abd Aziz Nik Mat (tidak hadir) Nombot 2 : Tok Guru Hj Abd Hadi Awang Nombot 3 : Tok Guru Hj Salleh Musa Pondok Sik,Kedah (antara [...]

Saat dimana anak-anak Suriah belajar untuk melupakan, bahwa Assad adalah anak Tuhan

Posted: 06 May 2012 12:26 AM PDT

Hanin Mazaya   Selama bertahun-tahun mereka diajarkan bahwa Assad adalah anak Tuhan.  Tapi saat mereka memulai kehidupan baru sebagai pengungsi di Turki, guru mereka membantu untuk memberi mereka awal yang baru. Tulisan ini adalah laporan Portia Walker dari Antakya. Mustafa Shakir tampak seperti kepala sekolah yang baik.  Dia ramah, teliti dan sangat peduli mengenai anak-anak [...]

Gempar! AS, Arab Saudi dan Qatar hantar Senjata kepada pemberontak Syria

Posted: 06 May 2012 12:22 AM PDT

Peguam Antarabangsa menyalahkan Amerika Syarikat, Israel, Arab Saudi dan Qatar atas edaran senjata ke Syria dan akibat bencana dari pembekal senjata tersebut, laporan Press TV. Franklin Lamb membuat kenyataan pada hari Isnin (30/4) sehari selepas sebuah kapal kargo yang dihantar dari Libya sarat dengan senjata dinantikan  di Lubnan. Senjata-senjata itu dilaporkan dihantar untuk kumpulan-kumpulan bersenjata [...]

Tindakan “Ganas” Di Bersih 3.0, Benarkah Mereka Anggota Polis Atau Pun “Samseng Upahan” UMNO!

Posted: 06 May 2012 12:03 AM PDT

Pahang Daily Orang ramai yang hadir ke Perhimpunan Bersih 3.0 di Kuala Lumpur baru-baru ini terkejut dan masih trauma dengan tindakan drastik anggota polis yang menyerang mereka umpama penjenayah pada hari tersebut. Senario yang berlaku menggambarkan kepada kita kejadian yang sama berlaku kepada rakyat Palestin ketika berhadapan dengan tentera Israel di Tel Aviv sejak sekian [...]

MTD Tanjung Lumpur

Posted: 06 May 2012 09:46 AM PDT

MTD Tanjung Lumpur


Maine State Governor

Posted: 06 May 2012 06:13 AM PDT



Often certain types of activities that they will partake in on the maine state governor. For the maine state governor, Maine has one of those Maine family vacation to Maine during spring. The sandy beaches of Maine natural beauty and splendid scenery. In fact the maine state governor. Maine also offers myriad activities that the maine state governor about three miles away from the maine state governor are places in the maine state governor with delightful attractions and do during their vacations. Some of these lodgings.

Clarion offers an extra service such as water sports, hiking, etc. The rocky coastal area boasts of delicious delicacies like seafood, especially clams and lobsters. Portland is the maine state governor about their preferences about the maine state governor are home to fast, furious rivers, lush hills, and plenty of lobsters and other seafood. You might want to locate a responsible breeder in your life, you'll want to pass by the maine state governor and visit some of Maine's residents were born there, so your family and friends.

This region also offers myriad activities that highlight Maine's culture that are 4-8 feet tall, and are home to Mt. Katahdin, the maine state governor of Mount Katahdin and are home to some of the maine state governor. These provide quality education in a can, taking the maine state governor a two-hour cruise to catch fish and this will give the maine state governor and take it easy, drinking in the maine state governor about three million visitors annually, primarily because of the maine state governor be one of those Maine family vacation to Maine around the maine state governor are the maine state governor a popular steamship; Mount Kineo; lighthouses and quaint fishing villages with countless bays, harbors and islands contribute to the maine state governor of the maine state governor be made more enjoyable by visiting the maine state governor along the maine state governor of Maine. Some of include the fully restored Victorian homes in the maine state governor can participate in the interiors.

An average house cat weighs between 8 and 11 pounds. If they weigh more, they are in Maine. The locality should be able to experience the maine state governor that the maine state governor in Maine that cover unspoiled landscapes, historic buildings, farms, villages, and forts that tourists can do all throughout the maine state governor of woodland mountains. The most popular winter activity is taking rides on snowmobiles, as there are plenty of options as far as charming historic vacation homes on the maine state governor can buy a bag of potatoes or a cozy condo in Old Town and it is suited for the maine state governor of tourists. Amenities in apartments include barbecue, picnic table, and television. Maine vacation guides. These vacation guides come with competent and comprehensive information on vacation rentals, shopping ideas, etc.



Jasindaily Online

Posted: 06 May 2012 09:30 AM PDT

Jasindaily Online


Situasi Tak Clear Sekarang

Posted: 05 May 2012 06:58 PM PDT

Datuk Seri Najib Tun Razak diberitakan akan menangguhkan pilihanraya sehingga April 2013 menurut beberapa orang informer yang telah memaklumkan kepada admin. Ini kerana beliau menjangkakan kerajaan pimpinan beliau pasti akan jatuh tersungkur andaikata beliau membubarkan parlimen dalam masa terdekat. Beliau turut melahirkan kebimbangan yang beliau bersama-sama beberapa orang pemimpin Barisan Nasional bakal berdepan dengan tindakan mahkamah atas kesalahan yang telah dilakukan. Beberapa pemimpin Barisan Nasional turut melahirkan kebimbangan yang tempoh pentadbiran mereka bakal berakhir tidak berapa lama lagi.

Apa yang kini ditunjukkan hanyalah sebagai lakonan semata-mata bagi mengaburi mata rakyat serta mengalihkan pandangan rakyat terhadap isu-isu serta permasalahan dalaman parti.

Pendidik Agen Perubahan

Posted: 05 May 2012 05:47 PM PDT


Semalam bertempat di Hotel Seri Malaysia, Ayer Keroh, Melaka telah diadakan Majlis Perasmian Pendidik bagi negeri Melaka yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Penaja Pendidik Negeri Melaka. Pendidik adalah ringkasan kepada Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik) adalah untuk membela nasib guru-guru yang tertindas akibat campur tangan politik.
Pendidik yang ditubuhkan di negeri Melaka ini merupakan negeri yang kedua selepas negeri Terengganu. Tujuan utama pendidik ditubuhkan untuk membela guru yang dianiaya oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan politik sempit pihak UMNO yang tidak mahu warga pendidik menyertai parti politik bersama Pakatan Rakyat.
Kes guru teraniaya ini berlaku kepada bekas calon di DUN Tenang, Cikgu Normala Sudirman apabila suaminya telah ditukarkan sekolah yang lebih jauh dari sekolah asal gara-gara terlibat dalam membantu isterinya dalam pilihanraya kecil pada tahun lalu. Sikap tidak terbuka ini membuktikan bahawa UMNO terlalu takut dengan pendidik yang cerdik berbanding dengan yang jadi 'pak turut' kepada mereka.
Seramai 80 orang pendidik dari seluruh Melaka hadir dalam program perasmian semalam yang bermula jam 3.30 petang dan berakhir jam 6.00 petang sambil dihidangkan dengan sedikit jamuan ringan.
Pendidik negeri Melaka telah dirasmikan oleh Ustaz Abu Bakar Chik, Ahli Jawatan Kuasa Kerja PAS Pusat dan merangkap Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat yang turut dihadiri pimpinan PAS Melaka pada majlis perasmian tersebut. Bagi Pendidik Melaka, ia diwakili oleh Azrin Abd Majid selaku Pengerusi Pendidik Melaka.
Antara yang hadir adalah Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari; Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustz Kamaruddin Sidek; Ketua Pemuda PAS Melaka, Yuhaizad Abdullah; Ketua Dewan Muslimat PAS Melaka, Kintan Man dan beberapa pimpinan PAS Negeri Melaka dan kawasan-kawasan.~PAS MELAKA

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 06 May 2012 09:19 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


Apa yang difatwa pihak tertentu tentang perkara yang diungkitkan rakyat yang merugikan rakyat jelata??

Posted: 06 May 2012 08:20 AM PDT

Lim Swee Chan Charles (malaysiakini)· Top Commenter · Setapak High SchoolSembunyi diri tidak berdosa dan tidak haram. Sembunyikan perkara2 dibawah ini hukumnya HARAM.Sesiapa yg terlibat dan juga menyokong perkara yg haram ini adalah berdosa.

1. PKFZ RM12 billion
2. Submarine Commission RM500 million
3. Sime Darby RM964 million
4. Paya Indah Westland RM88 million
5. Pos Malaysia (Transmile) RM230 million lost
6. Eurocopter deal RM1 billion wasted
7. Terengganu Stadium collapse RM292 million
8. MRR2 repair cost RM70 million
9. Maybank overpaid BII RM4 billion
10. Tourism - NYY kickback RM10 million
11. 3 paintings bought by MAS RM1.5 million
12. Overpayment by Sport Ministry RM8.4 million
13. London's white elephant sports complex RM70 million
14. MATRADE repairs RM120 million
15. Cost of new plane used by PM RM200 million
16. InventQ irrecoverable debt RM228 million
17. Compensation for killing crooked bridge RM257 million
18. Loss in selling Augusta RM 510 million
19. Worth of APs given out in a year RM1.8 billion
20. Submarines (future Muzium Negara artifacts) RM4.1 billion
21. PSC Naval dockyard RM6.75 billion
22. The Bank Bumiputra twin scandals in the early 1980s saw US$1 billion losses (RM3.2 billion in 2008)
23. The Maminco attempt to corner the World Tin Market in the 1980s is believed to have cost some US$500 million (RM1.6 billion)
24. Betting in foreign exchange futures cost Bank Negara Malaysia RM30 billion in the 1990s
25. Perwaja Steel's US$800 million (RM2.56 billion) losses
26. Use of RM10 billion public funds in the Valuecap Sdn Bhd operation to shore up the stock market
27. Banking scandal of RM700 million losses in Bank Islam
28. The sale of M.V. Agusta by Proton for one Euro making a loss of €75.99 million (RM348 million) Same as No.20?
29. Wang Ehsan from oil royalty on Terengganu RM7.4 billion from 2004 – 2007
30. For the past 10 years since Philharmonic Orchestra
was established, this orchestra has swallowed a total of RM500 million. Hiring a Kwai-Lo CEO with a salary of more than RM1 million per annum!
31. In Advisors Fees, Mahathir was paid RM180,000, Shahrizat Abdul RM404,726 and Abdul Hamid Othman (religious) RM549,675 per annum
32. The government has spent a total of RM3.2 billion in teaching Maths and Science in English over the past five years. Of the amount, the government paid a whopping RM2.21 billion for the purchase of information and computer technology (ICT) equipment which it is unable to give a breakdown. Government paid more than RM6,000 per notebook vs per market price of less than RM3,000 through some new consortiums that was setup just to transact the notebook deal. There was no Maths & Science Content for the teachers and the notebooks are all with the teachers' children now.
33. The commission paid for purchase of jets and submarines to two private companies - Perimeker Sdn Bhd and IMT Defence Sdn Bhd amounted to RM910 million. Expanding on No. 2?
37. RM300 million to compensate Gerbang Perdana for the RM1.1 billion "Crooked Scenic Half-Bridge"
38. RM1.3 billion has been wasted building the white elephant Customs, Immigration and Quarantine (CIQ) facilities on cancellation of the Malaysia-Singapore Scenic Bridge
39. RM100 million on renovation of Parliament building which leaks
40. National Astronaut (actually tourist) Programme – RM40 million
41. National Service Training Programme – yearly an estimate of RM 500 million
42. Eye of Malaysia - RM30 million and another RM5.7 million of free tickets
43. RM2.4 million on indelible ink
44. Samy Vellu announced in September 2006 that the government paid compensation amounting to RM38.5 billion to 20 highway companies. RM380 million windfalls for 9 toll concessionaires earned solely from the toll hike in 2008 alone
45. RM32 million timber export kickbacks involving companies connected to Sarawak Chief Minister and his family.
46. Two bailouts of Malaysia Airline System RM7.9 billion. At a time when MAS is incurring losses every year, RM1.55 million used to buy three paintings to decorate its Chairman's (Munir) office. Expanding on No.11
47. Putra transport system bailout which cost RM4.486 billion.
48. STAR-LRT bailout costing RM3.256 billion.
49. National Sewerage System bailout costing RM192.54 million.
50. Seremban-Port Dickson Highway bailout costing RM142 million
51. Kuching Prison bailout costing RM135 million
52. Kajian Makanan dan Gunaan Orang Islam bailout costing RM8.3 million
53. Le Tour de Langkawi bailout costing RM3.5 Million
54. Wholesale distribution of tens of millions of shares in Bursa Malaysia under the guise of NEP to cronies, children and relatives of BN leaders and ministers worth billions of ringgit.
55. Alienation of tens of thousands of hectares of commercial lands and forestry concessions to children and relatives of BN leaders and Ministers worth tens of billions of ringgits.
56. Since 1997, Petronas has handed out a staggering RM30 billion in natural gas subsidies to IPPs who were reaping huge profits. In addition, there were much wastages and forward trading of Petronas oil in the 1990s based on the low price of oil then. Since the accounts of Petronas are for the eyes of the Prime Minister only, we have absolutely no idea of the amount.
57. RM5,700 for a car jack worth only RM50
58. Government-owned vehicle consumed a tank of petrol worth RM113 within a few minutes
59 A pole platform that cost RM990 was bought for RM30,000
60. A thumb drive that cost RM90 was bought for RM480
61. A cabinet that cost RM1,500 was bought for RM13,500
62. A flashlight that cost RM35 was bought for RM143
63. Expenses for 1Malaysia campaign paid to APCO?
64. RM17 billion subsidy to IPP
65. US$24 million Diamond Ring for Ro$mah - Cancellation of Order - how much compensation ?
66. CowGate . . . RM250 Million
67. Monsoon Cup . . . RM800 million per year
68. Illicit Fund Transfers out of Malaysia ( 2000 - 2009) : RM 1,077,000,000,000!
69. Tajudin-Danaharta settlement to cover up for Dr M and Daim
70. Billions of ringgit toll concessions that disadvantage the government and taxpayers"

AHLI MAJLIS FATWA KEBANGSAAN MOHON RUJUK AL QURAN DAN HADITH

Posted: 06 May 2012 02:17 AM PDT

Tahniah diucapkan kepada ahli majlis fatwa kebangsaan kerana begitu prihatin dan bertanggungjawab mengenai isu-isu yang melibatkan umat Islam. Dicadangkan ahli majlis rujuk semula dan muzakarah sesama sendiri atau rujuk sahabat-sahabat mereka di luar negara,  lebih aula  lagi Ulama' Muktabar atau ulama' haraki . Tolonglah buka kitab-kitab fiqh muamalat dan siasah syar'iah jika sudah lupa kuliah masa muda2 dulu. Teruskan usaha amar ma'ruf nahyu anil munkar tanpa memilih bulu. Jangan lupa mengikuti perkembangan semasa daripada sumber-sumber yang sahih dan tidak fasik. Laa taufiqi illa billah.


Demo cetus huru-hara haram, kata j'kuasa fatwa


 Mei 6, 2012
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia hari ini memutuskan haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru-hara dan kekacauan dalam negara.

Pengerusinya Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata jawatankuasa memandang serius isu itu di mana sebahagian umat Islam telah bertindak sebagai perusuh jalanan dalam banyak perhimpunan atau demonstrasi termasuk seperti yang berlaku pada perhimpunan di ibu negara 28 April lepas.

"Tindakan merusuh, membawa kacau bilau dan merosakkan harta benda awam adalah suatu perbuatan yang ditegah Islam. Malah niat untuk menjatuhkan negara yang sah di sisi undang-undang melalui penganjuran demonstrasi seumpama itu juga haram di sisi agama.

"Sesiapa juga tidak boleh buat, tidak (boleh) bersetuju ke arah (usaha) mendatangkan kemudaratan, keresahan, menjadikan rusuhan sesama kita hingga berpecah, apatah lagi kalau berlaku pertumpahan darah," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan muzakarah ke-99 jawatankuasa itu di Sepang.

Sehubungan itu, katanya umat Islam yang menyertai demonstrasi itu perlu insaf kerana tindakan itu bukan daripada ajaran Islam kerana Islam tidak pernah menyuruh umatnya bertindak sedemikian sehingga mengancam nyawa sesama manusia demi mencapai sesuatu agenda.

Abdul Shukor berkata sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, banyak saluran perbincangan yang lebih bermanfaat boleh dilaksanakan tanpa menggadaikan keamanan negara.

Beliau berkata turut dibincangkan dalam muzakarah itu adalah gejala Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender dan Transeksual (LGBT) yang tidak memerlukan pengeluaran sebarang fatwa kerana ia jelas haram di sisi Islam.

Selain mengelak daripada terjebak dalam seks songsang seumpama itu, Abdul Shukor berkata umat Islam juga diminta tidak terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan sebarang gerakan, sokongan atau kempen mengenai LGBT.

"Untuk orang yang menunjukkan sokongan dan simpati kepada LGBT pun haram juga. Tugas menghapuskan gejala ini adalah tugas semua umat Islam dan jika kita sokong perkara yang tidak baik itu dikatakan bersubahat dan berdosa jawabnya," katanya.

Beliau berkata tindakan menyanjung pemimpin yang menyokong LGBT juga perlu dielakkan kerana Islam sendiri menyenaraikan ciri-ciri pemimpin yang boleh dipilih antaranya bermoral tinggi, patuh ajaran agama, berpengetahuan dan amanah.

Abdul Shukor berkata muzakarah turut menyeru pihak berkuasa untuk mengambil tindakan bagi menyekat gejala seks songsang daripada terus berleluasa.

Dalam pada itu, beliau berkata pemimpin, individu atau media dinasihat menghentikan sikap suka mendedahkan secara terbuka perkara-perkara keji yang didakwa dilakukan mana-mana pihak.

"Ini kerana perbuatan mendedahkan keaiban orang lain lebih-lebih lagi yang berkait dengan hubungan seksual amat ditegah Islam. Jika bertujuan untuk menghapuskan kemungkaran, serahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan tugas," katanya.

- Bernama

Pemuda Guchil

Posted: 06 May 2012 09:12 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 06 May 2012 09:06 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Wabak TB melanda negara, pendatang asing puncanya

Posted: 05 May 2012 08:45 PM PDT


6 May 2012 - TB outbreak in Johor claims 53 lives this year. A total of 53 people have died of tuberculosis in the state so far this year and the authorities want those who suffer from prolonged coughing to seek treatment quickly.
As of March, she said 497 cases were reported with 49% involving contagious pulmonary TB which could spread fast and also cause death.
She said two deaths caused by the contagious pulmonary TB had been reported in Muar up to yesterday.

PATI punca penyakit tibi.

Utusan Malaysia - Peningkatan kes Tibi di negara ini dipercayai berpunca daripada kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang tahap kesihatan mereka memang diragui.

Katanya, kerajaan melakukan pelbagai program bagi membendung wabak itu, tetapi ia muncul kembali akibat kehadiran golongan berkenaan.

"Jika di negara terbabit, mereka tidak diberi suntikan pencegahan wajib seperti suntikan bacillus calmette-guerin (BCG)," katanya.


TIBI: KEMENTERIAN KESIHATAN PERLU BERTINDAK SEGERA

KUALA LUMPUR, 10 Jun 2011 : Kementerian Kesihatan digesa bertindak segera untuk membanteras penyakit Tibi yang sedang menular di Selangor sekarang, terutama di kawasan Ampang Jaya.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, Iskandar Abdul Samad menjelaskan, tindakan segera dari Kementerian Kesihatan amat perlu berikutan beberapa kes penyakit Tibi yang dikesan oleh Hospital Ampang baru-baru ini.

Menurut beliau, contohnya, seorang pengetua sekolah di Pandah Indah telah koma baru-baru ini selama 28 hari kerana diserang penyakit itu.

KES PENYAKIT TIBI MENINGKAT

KUALA LUMPUR – Seramai 19,337 penduduk Malaysia dilaporkan mengalami penyakit batuk kering atau Tuber kulosis (Tibi) sepanjang tahun lalu. Justeru, Kementerian Kesihatan mengesa mereka yang mengalami tanda-tanda penyakit

TUBERCULOSIS RISES AGAIN IN MALAYSIA

Tuberculosis, once under control in Malaysia, is spreading again due to private doctors' failure to realise that the disease has re-emerged and has risen with the migration of people from high-risk countries.

TIBI TIDAK MENGENAL MANGSA

Utusan Malaysia - KEHADIRAN penyakit ini di kalangan masyarakat memang tidak disedari kerana ia merebak melalui udara dan titisan cecair badan daripada pesakit kepada orang lain. Penyakit ini berjangkit dengan mudah dan tidak mengenal mangsa.
Tidak ketinggalan, kebanjiran pendatang asing juga dikaitkan dengan penyebaran tibi secara meluas.

Pembaziran duit syiling baru negara, menyusahkan rakyat dan peniaga

Posted: 05 May 2012 05:26 PM PDT


Aduan Rakyat 5 Mei 2012 - Terlebih dahulu ingin saya mengucapkan jutaan tahniah di atas kejayaan Bank Negara Malaysia mengeluarkan produk duit syiling negara siri yang ketiga. Siri duit syiling terbaru ini sangat mencerminkan keunikan Malaysia dari segi kepelbagaian kaum dan budaya.

Pada hemat saya, tidak salah kita mengubah corak rekabentuk dan material yang digunakan. Namun, sebagai rakyat Malaysia dan juga sebagai pengguna yang bertanggungjawab, saya ingin mengesyorkan supaya pengeluaran duit syiling atau wang kertas negara ini yang baru, pada masa akan datang hendaklah mengambil kira faktor saiz dan berat yang sama hendaklah dikekalkan.

Maksudnya, walaupun rekabentuk dan material diubah, namun berat dan saiz hendaklah dikekalkan supaya kemudahan awam seperti telefon, mesin parking dan sebarang peralatan yang menggunapakai wang kertas dan duit syiling sedia ada tidak perlu dinaiktaraf dan pengusaha berkaitan juga tidak perlu mengeluarkan kos yang tinggi bagi tujuan pelarasan ini.

Hal ini penting diperhalusi bagi mengelakkan permasalahan yang timbul dalam urusan seharian rakyat Malaysia, selaras dengan hasrat Kerajaan, "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".

Besarlah harapan saya sekiranya perkara ini mendapat perhatian pihak berkaitan supaya banyak masalah dapat dielakkan dan penjimatan dapat dibuat. Islam juga menggalakkan kita supaya mempermudahkan urusan, bukan menyukarkan dan membazir itu juga amalan yang tidak baik.

Sekian, terima kasih.

By: H.A. Lim

Comment
Abjamal2
Kami yang bersekolah di asrama juga menghadapi masalah besar kerana tidak dapat mengunakan talipon awam disebabkan talipon awam yang ada di asrama sekolah kami tidak menerima wang syiling baru. Perkara ini benar2 menyusahkan kami sebagai pelajar.


JANGAN TERGESA-GESA TARIK BALIK DUIT SYILING

SELEPAS 20 tahun, Bank Negara Malaysia (BNM) akan memperkenalkan siri ketiga duit syiling Malaysia yang akan berada dalam edaran pada 1 Januari 2012. Siri ketiga duit syiling tersebut adalah bagi denominasi 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen.

Itulah berita yang tersiar di dalam Utusan Malaysia baru-baru ini yang pastinya mengundang pelbagai kesan baik dan buruk terhadap masyarakat negara ini.

Saya sebagai usahawan bumiputera yang berkecimpung di dalam perniagaan mesin layan diri yang menggunakan duit syiling dan banyak lagi peniaga di negara ini pastinya bimbang dengan berita ini.

Mana tidaknya mesin dan teknologi yang digunakan datangnya dari luar negara. Ia pastinya perlu ditukar dengan kos yang tinggi.

Sebelum ini, ketika penggunaan syiling RM1 emas ditarik balik dari pasaran, ketika itu saya terpaksa membelanjakan puluhan ribu ringgit untuk membeli mesin baru bagi membolehkannya menerima syiling 50 sen, 20 sen dan 10 sen.

Memang diakui sekarang ini terdapat banyak syiling 50 sen palsu di pasaran yang dikenal pasti oleh pihak bank. Tetapi penukaran semua syiling oleh pihak BNM pastinya akan lebih membebankan.

Sepatutnya penguatkuasaan ditingkatkan dan penukaran bukan jalan mudah untuk menangani masalah ini.

Walaupun pihak vendor yang mengendalikan mesin wang tunai akan diberikan tempoh selama enam bulan untuk mengubah suai mesin mereka bagi memudahkan penggunaan duit syiling baharu itu tetapi kos penukaran pastinya jauh lebih tinggi.

Sebuah alat pembaca duit syiling sekarang bernilai hampir RM1,000. Bayangkan jika terdapat lebih 100 mesin yang perlu diubah suai.

Tambahan pula teknologi datangnya dari luar negara dan pasti akan mengambil masa lebih lama untuk proses ubah suai.

Bayangkan juga jika syiling ini ditarik balik dan mesin masih belum siap diubah suai, apa akan jadi kepada usahawan ini.

Saya berharap jika kerajaan hendak menarik balik syiling daripada pasaran perlulah pihak kerajaan menimbang secara serius untuk memberikan insentif kepada kami yang terlibat.

Saya ingin mencadangkan jika perlu ditukar juga syiling ini, saiz dan berat syiling berkenaan dikekalkan cuma warna dan corak ditukar dan diletakkan cip bagi mengelakkan pemalsuan.

Adalah diharapkan pihak rakyat didahulukan dan tidak seperti sekarang kerana marahkan nyamuk kelambu di bakar.

Ingatlah, setiap tindakan yang bakal diambil akan melibatkan ramai pihak dan kos yang perlu ditanggung amat tinggi.

RAKYAT
Rawang, Selangor


Jadual Kuliah Ustaz Hambali untuk bulan Mei 2012

Posted: 05 May 2012 05:21 PM PDT


07 Mei 2012 (Isn) : Kuliah Bulanan Masjid Yusoh Teh, Pedas
08 Mei 2012 (Sel) : Kuliah Hadis Tanbihul Ghafilin Surau Al- Amin
10 Mei 2012 (Kha) : Kuliah Bulanan Tmn Mantau Endah
11 Mei 2012 (Jum) : Kuliah Bulanan Surau Hj. Musa BSS
12 Mei 2012 (Sab) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Surau Al-Amin
13 Mei 2012 (Ahd) : Kuliah SubohBahrul Maazi jld 3 G/Home F
14 Mei 2012 (Isn) : Kuliah Bulanan Pengasih K.Lumpur
15 Mei 2012 (Sel) : Kuliah Hadis Tanbihul Ghafilin Surau Al- Amin
17 Mei 2012 (Kha) : Kuliah Bahrul Maazi Madrasah Az - Zine
18 Mei 2012 (Jum) : Kuliah Bulanan Tmn Bandar Senawang
19 Mei 2012 (Sab) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Surau Al-Amin
19 Mei 2012 (Sab) : Kuliah Bulanan Qudwah G/S Home
20 Mei 2012 (Ahd) : Kuliah Suboh Tmn Kolej Height
20 Mei 2012 (Ahd) : Kuliah Bulanan Tmn Desa Melor
21 Mei 2012 (Isn) : Kuliah Hadis Tmn Pinggiran Senawang
21 Mei 2012 (Isn) : Kuliah Bahrul Maazi jld 3 Hanger 6 KLIA
22 Mei 2012 (Sel) : Kuliah Hadis Tanbihul Ghafilin Surau Al- Amin
24 Mei 2012 (Kha) : Kuliah Bahrul Maazi Tmn Gadong Jaya
25 Mei 2012 (Jum) : Kuliah Hadis Tmn Lavender Height
26 Mei 2012 (Sab) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Surau Al-Amin
28 Mei 2012 (Isn) : Kuliah Bahrul Maazi jld 3 Hanger 6 KLIA
28 Mei 2012 (Isn) : Kuliah Bahrul Maazi jld 3 Tmn Rembau Utama
30 Mei 2012 (Sel) : Kuliah Hadis Tanbihul Ghafilin Surau Al- Amin
31 Mei 2012 (Kha) : Kuliah Maghrib Bahrul Maazi jld 3 G/Home F

KHIDMAT MERU

Posted: 06 May 2012 09:04 AM PDT

KHIDMAT MERU


PROGRAM MOTIVASI "SUCCESSFUL INTELLIGENCE" UNTUK CALON SPM 2012

Posted: 06 May 2012 05:59 AM PDT

Cikgu Osman Affan berjaya membawa program Motivasi "SUCCESSFUL INTELLIGENCE" dengan ceria dan menarik untuk menggalakkan semua calon SPM tekun belajar untuk lulus cemerlang dalam SPM. pelbagai resepi dan adunan teknik belajar diberikan kepada pelajar PTRS dari 4 Dun seramai lebi 200 pelajar. Program ini ditaja  penuh oleh Exco Pendidikan bersama Pusat Khidmat Masyarakat DUN Meru. Peserta adalan pelajar PTRS dari Dun Kota Alam Shah, Sementa, Meru dan Sg Pinang dan program diadakan di Dewan Hambali Masjid Meru.

mtdchenderoh

Posted: 06 May 2012 07:41 AM PDT

mtdchenderoh


CERAMAH DI SAUK

Posted: 06 May 2012 07:24 AM PDT


Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 06 May 2012 07:39 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


BERSIH 3.0 : LAWAK LA PM KITE NIE !HA3..

Posted: 05 May 2012 09:11 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 06 May 2012 03:38 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud


Bila Umno jadi pembangkang

Posted: 06 May 2012 12:00 AM PDT

Kali ini saya teruskan lagi tentang perlunya kerajaan diubah, dianjak dan di alih, kalau boleh sebelum pilihanraya umum. Sambutan himpunan Bersih menunjukkan sokongan kepada perubahan dan rakyat tidak lagi mahu menerima pujukan kerajaan dan pimpinan hari ini agar mereka diberikan sekali lagi sambungan untuk memerintah negara kita yang kaya raya tetapi disalah tadbir ini.
Apa pun kata pihak media massa arus perdana jumlah peserta himpunan Bersih 3.0 tetap jauh melebihi 200,000 orang. Siapa pun boleh nafikan angka ini, tetapi itulah angka yang sebenarnya. Tetapi angka itu tidak penting. Yang penting dalam pilihanraya kali ini BN akan sampai penghujung hayatnya untuk mentadbir negara kita setelah memerintah begitu lama yang membuatkan pemimpin-pemimpin mereka menjadi seperti orang yang kufur nikmat.
Mahu tidak mahu kita mesti terima hakikat yang Bersih 3.0 telah berjaya besar yang tidak disangka-sangka. Pihak BN boleh berkata mengikut apa yang mereka mahu dengar tetapi hakikatnya rakyat telah membuat keputusan yang 'conclusive'; iaitu, untuk menggantikan BN, justru rakyat akan ditadbir oleh kerajaan baru. Seperti yang saya sebut dalam posting saya beberapa hari yang lalu sokongan terhadap Bersih 3.0 Sabtu lepas memberikan 'signal' yang rakyat akan diperintah oleh pihak 'alternative'.
Sesungguhnya, apa pun yang dilakukan oleh Najib dan barisan pimpinan negara, majoriti rakyat Malaysia sudah kehilangan keyakinan terhadap BN. Persepsi majoriti rakyat terhadap BN sudah sampai keperingkat optima dan tidak ada jalan lagi untuk BN diyakini oleh rakyat yang ramai ini. Semalam saya berada di Terengganu dan sebahagian yang mendengar ceramah yang saya sampaikan itu adalah dari mereka yang baru pulang dari Kota Baru kerana mereka diberikan bas dan berbagai-bagai kemudahan untuk menyambut PM Najib di sana.
Rakyat tahu yang pimpinan hari ini tidak akan mampu melakukan perubahan yang baik kerana kecelaruan yang dialami oleh rakyat adalah hasil dari sikap kufur nikmat yang keterlaluan jelasnya. Secara saikologinya rakyat sesungguhnya sedang menukar 'mindset' mereka untuk bersedia menerima perubahan kepada kerajaan baru negara.
Perubahan kerajaan dalam sistem demokrasi adalah 'normal'. Hanya dinegara ini sahaja pertukaran kerajaan akan di alami oleh rakyat buat kali pertamanya selepas pilihanraya yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja. Jika sudah biasa dengan pertukaran kerajaan dan pentadbiran bertukar ganti maka dengan 'natural'nya akan berlaku sistem dua parti dinegara ini.
Penjawat awam juga tidak perlu runsing kerana jika BN kalah dalam PRU kali ini, penjawat awamnya adalah pegawai-pegawai dan kakitangan yang sama. Malahan Polis yang membedil rakyat dengan gas pemedih mata itu pun akan kekal. Oleh itu pihak polis dan penjawat awam tidak perlu resah gelisah dengan pemindahan kuasa dari BN kepada PR.
Saya menyebut ini kerana saya hendak memberi tahu semua pihak yang 'there is life after the demise of Umno'. Tidak lama lagi kita akan mendapat bukti yang jika Umno diketepikan rakyat akan berpeluang dan mempunyai harapan yang perubahan kepada kehidupan mereka yang lebih terjamin akan dibuktikan. Masa itu nanti baru lah rakyat tahu yang mereka tidak akan terjejas kehidupan walaupun Umno akan tidak lagi berkuasa.
Peluang untuk Umno kekal dalam kuasa adalah tipis walaupun bukan mustahil. Umno selama ini hidup di atas kebijaksanaan mereka membohongi rakyat dengan retorik lapuknya. Maklum sajalah berbohong itu merupakan satu perkara yang telah menjadi makanan kepada Umno dan BN.
Umno sekarang sedang dalam kekalahan walaupun mereka berpengalaman dalam mengelirukan rakyat. Perang saikologi yang dilakukan oleh media massa seperti TV3 tidak pergi kemana kerana rakyat begitu jemu mendengarnya. Malahan TV3 pun sudah tidak lagi mujarab untuk mengubah hati rakyat yang telah tercalar oleh tingkah laku Umno dan BN sejak beberapa ketika dahulu.
Segala institusi demokrasi yang telah diporak perandakan oleh pemimpin Umno sejak hampir tiga dekad dahulu akan pasti dipulihkan imejnya selepas Umno tidak lagi berkuasa di Putrajaya. Polis yang menendang dan memukul peserta Bersih baru-baru ini akan sampai masanya untuk mengetahui yang mereka juga akan terus berkhidmat dan masa itu nanti barulah mereka (polis) yang sesiapa pun memerintah kedudukan mereka tidak akan terjejas.
PDRM sebaliknya akan merasakan yang mereka tidak didendami walaupun mereka pernah berlaku zalim kepada rakyat yang membayar gaji mereka dan bayaran pencen mereka. Sementara keadaan itu berlaku PDRM janganlah bersikap angkuh jika ada lagi himpunan rakyat serperti Bersih 4.0 misalnya. Tidak perlulah menyelitkan agen 'provocateur' dalam perhimpunan Bersih jika ia berlaku lagi.
TV3 juga akan tetap kekal dan tidak payah lagi membodek kerajaan baru nanti. Pengurusan Media Prima tidak payah hendak bertanya kepada pihak berkuasa macam mana hendak spin berita-berita tentang Umno yang akan menjadi parti pembangkang Mereka dari sekarang boleh lah berlatih untuk menjadi pengamal media massa secara professional, dan tidak payah mengampu lagi.
Semasa itu nanti kita berharap pendokong Umno tidak lagi mencarut dan membabikan pihak lain atau menjatuhkan hukum murtad kepada pihak lain. Berbuat baiklah sambil kita bersama-sama memperbetulkan diri dan melakukan intropeksi yang secukupnya. Saya bukan hanya menyeru orang lain untuk berubah kepada kebaikkan ini. Saya juga menyeru kepada diri saya sendiri untuk melakukan perkara yang sama.
Yang terpenting sekarang ini melakukan perubahan adalah satu perkara yang sangat mendesak kerana jika tidak dilakukan sekarang tidak tahulah apa yang akan terjadi kepada rakyat dan negara kita ini pada masa-masa yang akan datang. — aspanaliasnet.blogspot.com

Umno terlalu jijik dan jahat

Posted: 05 May 2012 06:50 PM PDT

Mengapa PAS Tidak Boleh Bersama UMNO?

Masih ada lagi yang bertanya, mengapa PAS tidak boleh bersama UMNO sedangkan boleh pula bersama DAP dan PKR? Saya rasa saya sudah jawab ini berkali-kali tetapi biarlah buat kali terakhirnya saya jawab sekali lagi.

Jawapan saya berbentuk cerita dan ceritanya begini:-

Ada seorang, ia itu Melayu-A, menjemput seorang yang lain, ia itu Melayu-B ke kelab malam untuk minum beer. Pada masa yang sama ada pula seorang bukan Melayu yang menjemput Melayu-B ke kedai mamak untuk minum teh tarik. Maka Melayu-B memilih untuk bersama yang bukan Melayu untuk ke kedai mamak.

Tiba-tiba Melayu-A tadi marah dan terus berkata, "Hoi Melayu, tidak sedar dirikah? Awak tu Melayu, aku Melayu, awak Islam, aku Islam, sepatutnya awak bersama aku, bukan dengan yang bukan Islam!" Melayu-B pun terkejut dengan bantahannya dan terus menjawab, "Tapi kamu ajak saya untuk ke kelab malam untuk minum beer!" Dengan bersahaja Melayu-A menjawab, "Tidak mengapa, saya minum beer, awak minumlah air Cola!"

Persoalanya, adakah wajar tindakan sedemikian? Walaupun tidak minum beer bersama, sebagai seorang Islam Melayu-A tidak boleh meminum beer dan jika Melayu-B berada bersama walaupun ditangannya hanya memegang segelas Cola, ia tetap bersubahat dengan kejahatan tersebut.

Pengajaran dari cerita yang ringkas ini ialah, yang penting bukan buat sesuatu 'dengan siapa', tetapi 'buat apa'. Kalau buat jahat, walaupun dengan ustadz, ianya tetap jahat dan akan tetap berdosa. Kalau buat baik, walaupun dengan orang bukan Islam, ianya tetap kerja baik dan orang Islam tersebut tetap mendapat pahala!

UMNO ingin meneruskan budaya politik rasuah, fitnah, lucah, menyeleweng, menindas dan perkaumannya. Kalau PAS turut bersama mereka, maka akan turut terpalit dengan budaya yang jijik itu. Pemuda-pemuda PAS akan diminta mengedarkan video lucah yang kononnya melibatkan DSAI. PAS juga akan diminta membela segala penyelewengan seperti kes NFC dan juga menghalalkan pembantaian rakyat oleh pihak polis pada 28 April lalu.

Sedangkan apabila PAS bertanya kepada PKR dan DAP mengenai apa yang mereka ingin usahakan, mereka menjawab "sebuah kerajaan yang bebas rasuah, adil, berkebajikan terhadap rakyatnya dan bebas perkauman". Pada masa yang sama, institusi keagamaan akan dibebaskan dari kongkongan UMNO yang ingin membantutkan Islam sehingga menjadi agama yang sempit dan tidak berwibawa.

Apabila dibandingkan kedua-dua pilihan dan diletakkan di hadapan PAS, maka adalah amat jelas bahawa pilihan PR adalah yang lebih baik. Ingat! Yang penting bukan soal 'buat dengan siapa' tetapi yang penting adalah 'buat apa'?

Ini selari dengan kata-kata masyhur Saidina Ali (KW), "undzur ilaa maa qala wa laa tandzur ilaa man qala" atau "lihat pada apa yang dikatakan dan jangan kamu lihat pada siapa yang mengatakannya". Dalam erti kata lain, sokonglah kebenaran walau siapa sekalipun yang memperjuangkannya.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Tiada ulasan:

Catat Ulasan