Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilihat sudah dalam keadaan menggelabah dan bercakap diluar kotak pemikiran yang waras apabila berhadapan dengan gelombang ratusan ribu rakyat yang menolak sisitem PRU yang kotor sekaligus menolak kepimpinan beliau.
Selepas seminggu Himpunan Bersih 3 beliau memberi reaksi dan komen dengan melemparkan pelbagai tohmahan yang melucukan terhadap rakyat yang telah berhimpun dan ulasan beliau sebenarnya telah meranapkan nama baiknya kalau masih ada dengan menuduh rakyat mahu melakukan rampasan kuasa ala revolusi dengan menakluk Dataran Merdeka untuk mengguling kerajaan.
Terlalu lambat beliau bercakap mengenai tuduhan yang dilemparkan dan respon ini telah menyerlahkan dirinya yang gagal menilai kemahuan serta keinginan rakyat yang sebenarnya.
Tsunami politik 2008 adalah sebaik-baik pengajaran yang boleh diambil BN untuk mereka berubah, malangnya ia dipersiakan dan dibuang begitu sahaja, tidakkah Najib sedar bahawa ramai pemimpin BN sendiri ada yang telah keluar meninggalkan BN, terakhir Tan Sri Abdul Kader Sheikh Fadhil telah keluar kerana kepincangan UMNO dan BN itu sendiri.
Penyelewengan dalam pentadbiran Negara oleh BN antara penyebab parti ini semakin lesu menunggu rebah termasuklah isu-isu yang gagal mencapai kata sepakat seperti pemansuhan ISA, mereka (Najib dan juga Hishamuddin ) tidak sependapat samada mansuh ataupun tidak.
Begitu juga isu Hudud, Chua Soi Lek sehingga mengugut untuk keluar BN jika Umno laksana undang-undang tersebut di Malaysia sehingga menyebabkan Najib Razak mengeluarkan kenyataan yang tidak sepatutnya dari lidah seorang muslim bahawa BN tidak akan laksana Hudud atas alasan realiti semasa dan amat menyedihkan apabila Menteri yang menjaga portfolio agama di JPM Putrajaya mengambil sikap membisu dalam isu perkara pokok agama Islam ini.
Najib Razak seboleh-bolehnya ingin menegakkan benang yang basah dengan menyatakan bahawa parti BN sedang berada di tahap yang mantap, kukuh dan ada sokongan padu.
Hakikat parti Umno BN sedang berpecah dari dalam tidak dapat dinafikan lagi, retak dari dalamnya terlalu banyak, kerja-kerja baik pulih parti terlalu banyak sehingga didengari oleh orang luar, begitulah perumpaman yang dapat digambarkan keadaan semasa Umno.
Rakyat tidak boleh memberi peluang lagi kepada parti Umno BN yang lemah mentadbir Malaysia kerana kesanya negara dan rakyat akan semakin mundur, PRU13 adalah detik untuk beri peluang kepada Pakatan Rakyat meneraju pentadbiran Negara, berdasarkan rekod di 4 negeri selama 4 tahun selayaknya PR diberi peluang sebagai Kerajaan negeru dan Pusat.
Kemah Boh .. gini cara dan adab yang sepatutnya jadi tauladan pada orang lain. Walaupun Ustaz Azhar Idrus dah popular dan ada crowd sendiri, tapi rasa hormat pada Tuan Guru begitu menebal. Takbir ~!!
SHAH ALAM, 6 Mei: Majlis Makan Malam Pimpinan Pakatan Rakyat 2012 yang dianjur Pemuda PAS Kelantan malam tadi mencatat sejarah apabila turut diadakan lelongan barang-barang milik Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Antaranya jam tangan, baju, jaket, kasut dan potret-potret terkini beliau. Paling menarik seutas jam yang mengandungi cop kerajaan negeri dibida dengan harga RM2,700 oleh seorang pengunjung, Rushdan Mustafa.
Program itu turut dihadiri Mursyidul Am PAS, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Naib Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw diadakan di I-City dekat sini dihadiri kira-kira 1,000 tetamu.
Turut hadir Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latiff Abdul Rahman dan anggota Parlimen Shah Alam, Ir Khalid Samad.
Pengarah program, Ahmad Fadhli Shaari berkata, program tersebut diadakan bertujuan mengutip dana pilihan raya Dewan Pemuda PAS Kelantan sebagai persiapan awal menghadapi pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi.
Katanya, Pemuda PAS mensasarkan penderma di sekitar Lembah Klang terutamanya anak-anak Kelantan yang berada di perantauan untuk sama menyumbang bagi mempertahankan kerajaan Kelantan.
Sementara itu Menteri Besar berkata, rakyat cukup matang membuat penilaian sebenar ketika berdepan dengan serangan bertali arus Umno dan BN menggunakan media massa yang mereka kuasai.
"Saya cukup optimis serangan bertalu-talu pemimpin Umno dan BN terhadap Kelantan dan Pakatan Rakyat tidak akan mendatangkan kesan kerana rakyat dapat menilai apa sebenar yang berlaku," katanya di majlis tersebut.
Beliau turut merakamkan ucapan tahniah di atas kejayaan Pemuda PAS Kelantan menganjurkan program berkenaan sehingga mendapat sambutan memberangsangkan.
Oleh itu beliau berharap semua pihak bekerja lebih keras demi kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat pada PRU-13.
Pada majlis itu juga Tuan Guru Nik Abdul Aziz menurunkan tandatangan di atas potretnya yang berjaya dijual.
MAYAT sembilan individu tidak dikenali tergantung di sebuah jambatan di bandar Nuevo Laredo, Mexico kelmarin.
BANDAR RAYA MEXICO - Sembilan mayat ditemui tergantung di sebuah jambatan di bandar Nuevo Laredo, dalam negeri Tamaulipas di timur laut Mexico, lapor media tempatan.
Laporan berkenaan yang memetik kenyataan pihak berkuasa, menyatakan terdapat kesan penyeksaan pada mayat lima lelaki dan empat wanita terbabit dengan mata mereka turut ditutup.
Bandar Nuevo Laredo dihuni oleh 370,000 penduduk dan terletak tidak jauh dari bandar Laredo di sebelah sempadan Amerika Syarikat.
Pada hari yang sama, polis turut menemui 14 mayat tanpa kepala di dalam sebuah kenderaan di pusat bandar ini.
Polis kemudian menemui kepala-kepala mangsa di dalam beberapa bekas ais di luar bangunan majlis perbandaran Nuevo Laredo.
Identiti mangsa belum dikenal pasti setakat ini.
Polis percaya pembunuhan kejam itu mempunyai kaitan dengan sengketa beberapa kartel dadah yang beroperasi di bandar berkenaan.
Lebih 50,000 orang terbunuh sejak lima tahun lalu dalam jenayah terancang di Mexico. - Agensi
SANAA: Beberapa minggu selepas berdiplomasi, presiden baru Yaman, Abdrabuh Mansur Hadi, mengukuhkan kawalannya ke atas dua unit utama tentera dalam tindakan dilihat berani bagi menyatukan negara berkenaan.
Awal minggu ini, anak saudara presiden terdahulu, Ali Abdullah Saleh, yang mengetuai pasukan kawalan presiden, meletak jawatan selepas diarahkan kerajaan selama sebulan.
Wakil PBB ke Yaman, Jamal Benomar, berkata Jeneral Tariq Mohammed Saleh tidak lagi menguasai unit elit berkenaan.
Pengumuman itu dibuat hanya seminggu selepas komander Tentera Udara Yaman melepaskan jawatan selepas enggan mengikut perintah presiden supaya berundur sejak beberapa minggu lalu.
Menurut diplomat kanan Yaman, beberapa pihak percaya Abdrabuh mempunyai kekuatan untuk menguasai kerajaan Yaman.
"Sebelum ini, beberapa pemimpin rejim lama percaya mereka boleh mempengaruhi presiden dan memperoleh apa yang mereka inginkan.
"Bagaimanapun, Abdrabuh enggan menerima begitu saja pandangan pembantunya, sebaliknya dia membuat penilaian sendiri," katanya.
Bagaimanapun, Tentera Pengawal Republik yang juga elit, masih diketuai anak Ali Abdullah, Ahmad. - AFP
KUALA LUMPUR, 6 Mei: Berita mengenai insiden keganasan polis dan penyamaran polis ketika perhimpunan Bersih 3.0 merupakan artikel terhangat Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu ke-18.
Sekeping gambar yang dipetik blog http://kafesantai.blogspot.com menunjukkan seorang peserta Bersih 2.0 memainkan dua watak, satu memukul polis sebagai peserta dan satu memukul peserta sebagai polis.
Di tangga kedua pula, ialah sebuah kupasan menarik daripada paspb2.blogspot.com mengenai dakwaan skandal seks terbaru terhadap pemimpin nombor 2 PKR, Azmin Ali.
Berita mengenai kematian Bob Kuman atau nama sebenarnya Husni Mohd Rawi menduduki tempat ketiga minggu ini.
Di tempat keempat pula ulasan blog http://greenboc.blogspot.com/ terhadap gambar peserta yang merempuh sekatan polis ketika di Bersih 3.0.
"Kenapa Mereka Tidak Memakai Baju BERSIH? Kenapa Mereka Nampak Teruja Sangat Memecahkan Sekatan Polis? Siapa Kenal Mereka2 Ini??" soal blog tersebut.
Manakala, tulisan sinis Hishamuddin Rais di Tukar Tiub mengenai penipuan media Umno terhadap jumlah hadirin Bersih 3.0 menduduki tangga kelima.
Berikut ialah 10 artikel terhangat Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu, 29 April hingga 5 Mei, 2012.
1
KANTOI: Lelaki ini kejap jadi peserta, kejap jadi polis
2
FITNAH SEKS!!! Azmin UMNO ada misai, Azmin Ali tak pernah bermisai
LEMAS ... mayat Alif Aiman ditemui selepas enam jam.
TAIPING: Tragedi seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang hilang dihanyutkan 'kepala air' ketika mandi bersama keluarganya di kawasan perkelahan Sungai Larah, Bukit Berapit, di sini, petang kelmarin, berakhir apabila mayatnya ditemui tersangkut di celah pokok, enam jam selepas kejadian.
Dalam kejadian jam 4.15 petang, Alif Aiman Zamzuri bersama ibu dan bapanya berdepan saat mencemaskan apabila dihanyutkan arus deras ketika mandi di kawasan perkelahan itu, menyebabkan kanak-kanak itu hilang dibawa arus manakala ibu dan bapanya menyelamatkan diri dengan berpaut pada sebatang pokok.
Mayat Alif Aiman ditemui sepasukan anggota bomba dan penyelamat Taiping, jam 10.45 malam, 500 meter dari tempat mangsa mandi bersama keluarganya.
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusof Mohd Diah berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Taiping untuk bedah siasat sebelum jenazahnya dituntut ahli keluarga dan dibawa ke kampung halaman di Kampung Telou Kanan, Kuala Ketil, Kedah pagi semalam untuk dikebumikan.
Beliau berkata, dalam kejadian kelmarin, mangsa bersama ibu bapanya dalam perjalanan dari Ipoh ke Baling, Kedah sebelum berhenti di tepi jalan berhampiran kawasan perkelahan itu untuk berehat dan mandi.
"Bagaimanapun, ketika mandi di sungai, tiba-tiba arus deras muncul dari arah hulu sebelum menghanyutkan ketiga-tiga mangsa.
"Pasangan suami isteri itu sempat menyelamatkan diri dengan berpaut pada pokok manakala mangsa hanyut dan hilang," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Katanya, pihaknya mengesahkan kemunculan arus deras di sungai berpunca daripada limpahan takungan air di atas bukit yang pecah.
Sekumpulan seniman bebas menyampaikan penghargaan kepada pengerusi bersama BERSIH, Datuk A Samad Said atas pengorbanan yang ditunjukkan Sasterawan Negara itu dalam membela hak rakyat.
Pemimpin utama Kumpulan Kartunis Independen, Zunar berkata anugerah Seniman Rakyat itu diberikan atas pengorbanan tenaga, minda, bakat dan titik peluh oleh A Samad.
"Hari ini kami, Kumpulan Kartunis Independen mengiktiraf seorang seniman, budayawan yang mengabdikan karya-karyanya demi membela rakyat, demi membuka mata rakyat dan sentiasa berjuang di garis depan membimbing rakyat.
"Beliau tidak mengharapkan darjat dan kebesaran malah sanggup menempuh rintangan biar berdepan dengan kekuasaan dan hujung senapang demi sebuah prinsip dan kehormatan sebagai manusia," katanya.
Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee SM Anwar ulHaque berkata tidak memadai sekiranya seorang seniman hanya berjaya menghasilkan karya seni demi keuntungan peribadi tetapi mengabaikan penderitaan rakyat di sekeliling.
Seniman seharusnya mengabdikan karya "untuk kepentingan rakyat terbanyak, membela rakyat tertindas dan perakam denyut nadi rakyat," katanya dalam ucapan di satu majlis KKI di Kuala Lumpur semalam.
Perhimpunan BERSIH 3.0 untuk menuntut pilihan raya bersih dan adil yang dipimpin A Samad menarik kehadiran sehingga 100,000 orang pada 28 April lalu.
Dalam ucapannya selepas itu, A Samad turut memberikan semangat kepada kartunis dan seniman supaya terus memperjuangkan kebebasan dan menjaga hubungan dengan tuhan.
"Kalau ada halangan, rempuhlah kerana itulah maruah seorang seniman," katanya yang turut menceritakan pengalaman beliau mengadakan protes 'duduk bantah' di Kuala Lumpur.
Majlis ringkas itu turut diserikan dengan persembahan lagu Mentari Kuning, Menyalalah yang turut disertai Pak Samad dengan isterinya.
RANTAU PANJANG: Mungkinkah harapkan sokong, sokong membawa rebah benar-benar berlaku apabila wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 yang diumpan bagi memancing undi rakyat menjadi perkara di sebaliknya.
Ini dibuktikan apabila tiga penerima BR1M di Chicha Tinggi dekat sini menggunakan sebahagian wang bantuan tersebut bagi membeli lembu untuk mengadakan majlis kesyukuran menyertai PAS.
Pengasas Umno cawangan Kampung Rengas, Chicha Tinggi, Awang Ismail, 55 atau lebih dikenali sebagai Che Seman mengakui dua isterinya yang mendapat wang BR1M menggunakan wang tersebut bagi membeli lembu.
Selain itu kata beliau adiknya, Zakaria (gambar) juga turut menyumbang wang BR1M ketika membeli lembu bagi jamuan orang ramai sempena ceramah mereka menyertai PAS awal April lalu.
Pada ceramah tersebut Che Seman mewakili ahli keluarga dan rakan-rakan menyerah 152 borang menyertai PAS kepada Timbalan Pesuruhanjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah.
Hadir sama di majlis itu Adun Bukit Tuku, Abdul Fatah Harun dan Adun Gual Periok, Mohamad Awang serta jawatankuasa PAS Rantau Panjang.
Ketika ditemui baru-baru ini Che Seman berkata, beliau tidak menerima wang RM500 BR1M, sebaliknya dua isterinya mendapat wang tersebut.
Begitu juga adiknya Zakaria merupakan Ketua Umno Cawangan Kampung Rengas menerima wang BR1M.
"Wang tersebut kami kumpul untuk membeli lembu yang disembelih bagi jamuan orang ramai sempena meraikan kemasukan saya dan kawan-kawan bersama PAS pada 7 April lalu," ujarnya.
(Tunggu pendedahan lanjut dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang).
Ulamak ialah pewaris Nabi SAW dan memegang amanah agama setelah ketiadaan para Rasul. Nabi Muhammad SAW adalah nabi yang terakhir, maka tidak ada lagi Rasul yang diutuskan. Urusan ini akan diambil peranan oleh para ulama' Ulamak ialah mereka yang menguasai ilmu agama dengan meluas. Mereka mesti menguasai ilmu bahasa Arab, Ulum Hadis, Ulum Tafsir, Akhlak, Feqah, Usul Feqh, Tafsir, Tarikh Tashrik, Qawaid Feqhiah,ilmu balaghah dan memahami isu semasa. Seorang ulmak wajib takut hanya kepada Allah SWT sahaja. Jika seorang yang mempunyai ketinggian ilmu tetapi takut kepada manusia maka ia bukan digolong sebagai ulamak.
Ulama mesti beramal dengan ilmunya dan mengajar pula kepada orang lain, dialah dikira sebagai orang yang mewarisi para nabi. Jika berlaku sebaliknya maka ia mewarisi kerja syaitan
Manakala ulamak al-Su’ (jahat) ialah ulamak yang memutar belitkan tujuan agama yang benar kepada yang lain demi kemaslahatan dirinya dan pemerintah walaupun bertentangan dengan agama.
Nabi SAW telah mengigatkan tentang bahayanya ulama’ jahat di dalam sabdanya “Aku bimbang ke atas kamu orang yang lebih dahsyat dari dajjal. BIla ditanya : siapa mereka itu? Jawab Baginda :ulama' su'.
Ulamak jahat juga seorang munafik yang durjana kerana dia sendiri tidak dapat manfaatkan ilmunya dan ia pula memudaratkan orang lain.
Awas! kita hendaklah membezakan antara ulamak jahat dengan ulamak akhirat.
Orang alim yang bersikap demikian ialah syaitan yang durjana yang bertopengkan manusia dan paling bahaya kepada agama Allah. Merekalah virus perosak yang paling merbahaya untuk membinasakan iman umat.
Kejahatan orang awam kesannya tidak seteruk kejahatan orang alim , kerana mereka menjadi suri teladan kepada orang lain. Segala fatwa mereka akan mempengaruhi cara hidup dan pemikiran orang lain. Jika seorang doktor silap memberi ubat maka ia hanya boleh mematikan seorang pesakit sahaja.
Sebenarnya ulamak jahat ia telah dilantik oleh syaitan menjadi wakil mereka untuk menyesatkan mereka dan memudah kerja syaitan untuk menyesatkan orang ramai. Ulamak jahat ini dipandang dan oleh Allah seperti keldai dan anjing
Firman Allah SWT
"Perumpamaan orang yang dipikulkan kepadanya kitab Taurat, tetapi mereka tiada memikulnya, bagaikan keldai yang memikul kitab-kitab. Amatlah buruk kaum yang mendustkan keterangan-keterangan Allah, dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang orang yang menginaya dirinya"( Surah al-Jumaah:5"
Firman Allah SWT
"Dan bacakanlah kepada mereka berita orang yang kami berikan keterangan-keterangan kami kepadanya, lalu dibuangnya. Sebab itu mereka didatangai syaitan dan syaitan itu termasuk orang-orang yang sesat" (al-Araf 175)
Allah mengibaratkan ulamak yang jahat seperti anjing
"Perumpamaannya sebagai anjing, kalau engkau mengahalaunya dihulurkan lidahnya, dan jika engkau biarkan dihulurkan juga lidahnya" (Al-Araf 176)
Ulamak jahat ini muncul; sepanjang zaman kerana mereka ini akan hidup sama hayat dengan kehidupan manusia untuk menyesatkan manusia. Kita mudah untuk berhadapan dengan syaitan, sudah cukup dengan membaca ayat kursi dan Auzubillah. Tetapi syaitan manusia yang bertopengkan agama ini agak sukar untuk kita menghadapinya, kerana mereka juga boleh membaca al-Quran.
Ulamak jahat ini mereka berbicara seolah-olah mereka tidak takut kepada pembalasan Allah SWT. Mereka boleh mempermainkan ayat dan hadis tanpa sandaran yang kukuh.
Mereka akan cuba mencara dalil untuk menghalalkan tindakan pemerintah yang rakus semata-mata untuk kepentingan dunia mereka. Walaupun hati kecil mereka tidak boleh menerima apa yang mereka memberi pandangan tersebut kerana ia bertentangan dengan disiplin ilmunya. Tetapi oleh kerana dunia dan kedudukan mengatasi segala-galanya maka kesemua itu diketepikan.
Realiti yang berlaku kehidupan ulama' jahat ini akan dihina ketika berada di atas dunia lagi. Pihak pemerintah hanya menyanjung mereka ketika mereka mampu mencari ayat yang menghalalkan tidakan mereka. Tetapi apabila mereka sudah tidak mampu mengeluarkan ayat-ayat yang meyenangkan pemimpin ynag zalim mereka juga akan diketepikan. Akhirnya hidup mereka berada di dalam keadaan yang hina sehingga akhir hayat mereka. Apa makna kehidupan sebegitu rupa, jika di dunia sudah tidak mampu mendapat darjat kedudukan yang baik maka di akhirat nanti akan menerima pembalasan daripada Allah SWT.
Di antara ciri-ciri ulamak jahat ialah takbur dengan pandangannya walaupun tidak betul dari segi kaedah pengambilan hukum. Melebihkan dunia sehingga mengabai tugas akhirat. Takut kepada manusia, tetapi tidak takut kepada Allah dan tidak merasa bimbang dengan apa yang mereka lakukan kepada Allah SWT. Tamak kepada dunia dan pangkat. Pengampu kepada pemerintah yang zalim. Takut memberi nasihat kepada pemimpin yang zalim. Tidak ada rasa sensitif terhadap penyelewingan yang dilakukan oleh pemerintah seperti rasuah dan penindasan. Mereka hanya memikirkan tentang kepentingan perutnya sahaja, biarlah agama dicerca. Bijak bermadah punjangga untuk menarik perhatian orang ramai walaupun salah dari segi fakta. Bercakap tidak serupa dengan bikin. Tidak memaparkan akhlak Islam yang sepatut ada kepada seorang yang ada ilmu agama. Keluarganya tidak menunjuk contoh suri teladan yang baik seperti anak isteri tidak memelihara aurat.
KOTA BHARU: Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya menjelaskan menuduh orang berzina dalam Islam perlu dikenakan hukuman khazaf dengan sebatan sebanyak 80 rotan, jika sabit dengan kesalahannya.
"Itu jalan penyelesaian yang ada dalam Islam sekiranya orang yang membuat tuduhan tidak mampu memanggil empat orang saksi," katanya pada wacana anjuran Sinar Harian di Kelantan Trade Centre malam tadi.
Dua lagi ahli panel iaitu pakar sejarah dari UM, Datuk Prof Dr Mohamad Abu Bakar dan Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, Datuk Dr Johari Mat.
Bekas Ketua Pengarah DBP, Datuk A Aziz Deraman bertindak sebagai moderator. Tajuk diperkatakan "Bersatu Demi Islam". Wacana tersebut mendapat sambutan agak dingin berbanding wacana yang dianjurkan kerajaan negeri dalam banyak siri sebelum ini.
Dr Juanda sebelum itu mengulas keghairahan akhbar tertentu yang sering memuatkan berita berunsur lucah pada halaman depan.
Baru-baru ini Utusan Malaysia dalam laporan muka depannya menyiarkan gambar aksi agak panas kononnya membabitkan seorang pemimpin Pakatan Rakyat.
Tahun lepas akhbar sama menyiarkan gambar klip video seorang lelaki dan wanita dalam keadaan yang menghairahkan juga ditujukan kepada pemimpin Pakatan.
Ramai pemerhati politik menyifatkan tindakan akhbar terbabit sebagai langkah desperado apabila gagal menampilkan bukti. Ketika pertabalan Yang di-Pertuan Agong sebelum ini akhbar sama mendakwa wakil rakyat Pakatan mempersendakan Raja-Raja Melayu.
Dr Juanda berkata, meletakkan gambar lucah di muka depan akhbar secara tidak langsung boleh mendorong ke arah keruntuhan moral di kalangan generasi muda.
Dr Mohamad pula berkata, persoalan perpaduan Melayu bukan perkara baru yang berlaku dalam masyarakat di negara ini.
"Isu perpaduan Melayu sebenarnya perkara lama, namun mengapa lebih kerap diperkatakan sekarang, adakah semata-mata kerana situasi Mac 2008.
"Sebenarnya persoalan perpaduan wujud ketika kita melawan penjajah lagi. Kemudian diperkatakan semula selepas peristiwa 13 Mei 1969. Jadi ia bukan lahir selepas pilihan raya Mac 2008 sahaja," ujarnya.
Beliau juga tidak nampak pemimpin yang bercakap soal perpaduan Melayu sekarang lahir daripada lubuk hati mereka, sebaliknya ada kepentingan diri dan kedudukan mereka yang perlu dipertahankan.
Menurutnya apabila ada ancaman daripada luar barulah sibuk pemimpin Melayu bercakap soal perpaduan, sedangkan ia bukan lahir dari lubuk hati mereka sendiri.
Anehnya juga kata beliau perpaduan Melayu yang ditonjolkan sedangkan perpaduan Islam lebih penting untuk dipertahankan.
Peserta Bersih 3.0 yang di zalimi Mengadulah kepada Allah terhadap kezaliman yang telah penzalim itu lakukan. Disetiap ketika selepas solat, selepas berceramah dan sebagainya. Lihat apa yang telah ditakdirkan kepada Rahim Noor yang menzalimi DSAI. Lihat apa yang dilakukan oleh mustafa kamal ataturk keatas khalifah islam turki sehingga tanah tak menerima jasadnya. Lihat apa yang terjadi kepada ariel sharon (mayat hidup) kerana kezaliman kepada manusia rakyat palestin. Lihat Taksin kerana menzalimi rakyat Pattani. masa akan sampai kepada mereka yang zalim itu. kalau tidak kepada mereka akan sampai kepada keluarga mereka atau anak-anak mereka. Kepada sesiapa yang merasai tersinggung dengan kezaliman itu adan juga dizalimi. Doa orang yang dizalimi tiada hijabnya dengan Allah.
Masih ada lagi yang bertanya, mengapa Pas tidak boleh bersama Umno sedangkan boleh pula bersama DAP dan PKR? Saya rasa saya sudah jawab ini berkali-kali tetapi biarlah buat kali terakhirnya saya jawab sekali lagi.
Jawapan saya berbentuk cerita.
Andaikata ada orang Melayu-A menjemput seorang Melayu-B yang lain ke kelab malam untuk minum beer. Tetapi, pada masa yang sama ada seorang bukan Melayu menjemputnya ke kedai mamak untuk minum teh tarik. Maka Melayu-B memilih untuk bersama yang bukan Melayu untuk ke kedai mamak.
Tiba-tiba yang Melayu-A tadi marah dan terus berkata, "Hoi Melayu, tidak sedar dirikah? Awak tu Melayu, aku Melayu, awak Islam, aku Islam, sepatutnya awak bersama aku, bukan dengan yang bukan Islam!" Melayu-B pun terkejut dengan bantahannya dan terus menjawab, "Tapi kamu ajak saya untuk ke kelab malam untuk minum beer!" Dengan bersahaja Melayu-A menjawab, "Tidak mengapa, saya minum beer, awak minumlah air Cola!"
Persoalanya, adakah wajar tindakan sedemikian? Walaupun tidak minum beer bersama, sebagai seorang Islam Melayu-B tidak boleh meminum beer dan jika Melayu-B berada bersama walaupun di tangannya hanya memegang segelas Cola, ia tetap bersubahat dengan kejahatan tersebut.
Pengajaran dari cerita yang ringkas ini ialah, yang penting bukan buat sesuatu 'dengan siapa', tetapi 'buat apa'. Kalau buat jahat, walaupun dengan ustaz, ia tetap jahat dan akan tetap berdosa. Kalau buat baik, walaupun dengan orang bukan Islam, ia tetap kerja baik dan orang Islam tersebut tetap mendapat pahala!
Umno ingin meneruskan budaya politik rasuah, fitnah, menyeleweng, menindas dan perkaumannya. Kalau Pas turut bersama mereka, maka akan turut terpalit dengan budaya yang jijik itu. Pemuda-pemuda Pas akan diminta mengedarkan video lucah yang kononnya melibatkan DSAI. Pas juga akan diminta membela segala penyelewengan NFC dan juga menghalalkan pembantaian rakyat oleh pihak polis pada 28 April lalu.
Sedangkan apabila Pas bertanya kepada PKR dan DAP mengenai apa yang mereka ingin usahakan, mereka menjawab "sebuah kerajaan yang bebas rasuah, adil, berkebajikan terhadap rakyatnya dan bebas perkauman". Pada masa yang sama, institusi keagamaan akan dibebaskan dari kongkongan Umno yang ingin membantutkan Islam sehingga menjadi agama yang sempit dan tidak berwibawa.
Apabila dibandingkan kedua-dua pilihan dan diletakkan di hadapan, maka adalah amat jelas bahawa pilihan PR adalah yang terbaik. Ingat! Yang penting bukan soal 'buat dengan siapa' tetapi yang penting adalah 'buat apa'?
Soalan pertama : Siapakah yang perlu/wajib kita hormati selepas Allah dan Rasulullah? (jawapannya : Ibu) dan Soalan kedua : Siapakah yang perlu/wajib kita hormati selepas Ibu? maka jawapannya Ibu. Bayangkan selepas Allah dan Nabi Muhammad Rasulullah ialah Ibu .Allah memberi kemuliaan tinggi kepada ibu atau emak yang melahirkan kita bukan bilioner atau orang arab atau orang Melayu diberi kemuliaan setinggi ini.Kemuliaan dan taraf setinggi ini diberikan Allah dan Raasuk kepada ibu kita walau bagaimana rupa dan taraf hidupnya.Sedemikian wajib kita terutama anak-anak lelaki menjaga keselamatan dan kehormatan ibu kita sendiri. Jika kita adalah Khalid Ismath tergamakkah kita buat begitu ? Hanya melepaskan geram dalam Facebook ? Mungkin kalau teman ada kederat seperti Superman atau Badang teman akan pukul polis yang keronyok ibu teman atau yang menendang dan memijak ibu teman semasa 28 April 2012. Kerana teman tidak kuat dan tiada kuasa luarbiasa seperti polis dan Menteri Dalam Negeri atau Ketua Polis negara maka teman hanya dapat luahkan geram pada facebook. Itucara yang boleh termampu bagi menunjukkan kepada Allah dan dunia bahawa teman atau Khalid mahu membantu ibu tapi tidak dapat hanya melihat tubuh ibu terkujur sakit dan lemah di atas katil di hospital.
Bagi teman yang dah tua ini semasa dikeroyok seperti pakar undang2 negara Aziz Bari kata beliau dimaki dan dihina kerana menghadiri perhimpunan tersebut. Sama kes macam Khalid ini ,teman kalau muda macam beliau mungkin akan meluahkan perasaan marah kerana tak mampu melawan polis bacul yang memukul ramai2 terhadap kami yang berumur begini. Kalau ikut hati setakat 5 orang polis boleh juga teman lepaskan tumbukan padu atau penendang jitu pada setiap polis yang menyerang teman namun mereka ada banyak kumpulan dan bertali arus bak kata Setiausaha UMNO BTR Sdr Zahrain sb saja ada 2,000 orang kalau polis ada beribu-ribulah. Cuma polis lupa kami(peserta BERSIH 3.0) ada lebih 300,000 orang dan kami tak tergamak menyerang balik kerana kami (yang tua ni) dah anggap polis-polis ini macam anak kami.
Seorang aktivis mahasiswa ditahan polis ketika hadir bagi membantu siasatan berhubung dakwaan berkaitan status laman sosial Facebook yang dikatakan menyokong tindakan supaya anggota polis dibunuh.
Khalid Ismath, 22, ditahan sejurus sampai di ibu pejabat polis kontinjen Kuala Lumpur ditemani ibu bapa, sanak saudara dan sekumpulan aktivis mahasiswa.
Khalid dalam Facebook sebelum ini menulis: "Saya setuju jika semua polis dibunuh. Kerana begini caranya mereka melayan rakyat. Jadi setiap kali demo, tidak ada rundingan dengan polis lagi. Lawan tetap lawan."
Status itu dipercayai berkaitan dengan layanan polis semasa perhimpunan BERSIH 3.0 genap seminggu lalu.
Menurut bapanya Ismath Mohd Habib, polis yang datang ke rumahnya di Klang semalam tidak menyatakan hasrat menahan Khalid.
Beliau juga tidak nampak alasan untuk pihak berkuasa berbuat demikian kerana berpendapat anaknya bukan penjenayah atau "mat rempit".
Pada jam 11.30 pagi tadi, beliau dipindahkan ke ibu pejabat polis daerah Cheras untuk siasatan lanjut. - Malaysiakini
"Ibunya terpaksa bermalam lima hari di hospital kerana cedera parah. Sudah tentu sebagai manusia Khalid juga punyai rasa amarah apabila berdepan dengan perkara seperti ini.
"Status yang dianggap mengecam polis itu kami kira sebagai satu bentuk ekspresi yang dilakukan bila mana dirinya berada dalam keadaan tertekan dan hiba melihat ibu kesayangan Faridah Abdul yang dizalimi ketika himpunan Bersih 3.0," katanya dalam satu kenyataan.
Lebih-lebih lagi menurut Khairul Naim ibu khalid merupakan warga emas yang hadir ke perhimpunan tersebut hanya untuk melihat kebangkitan anak muda.
"Dahi mak koyak, ususnya pecah dipijak sekumpulan polis berpakaian preman," kata Khalid Ismeth, anak kepada Faridah Abdul yang parah akibat dizalimi pihak berkuasa itu pada perhimpunan Bersih 3.0.
Bercakap kepada KeadilanDaily, pemimpin Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen(Kami) itu hairan mengapa ibunya menjadi sasaran kerananya ibunya sudah berusia 50 tahun.
Beliau yang mengetahui hal ini selepas diceritakan kakaknya, Nurul Hanilah yang menyaksikan kezaliman itu, berkata, ia berlaku selepas ibunya jatuh di depan pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
"Ibu mahu lihat kebangkitan anak muda. Sebab itu beliau hanya lihat situasi dari perkarangan pejabat DBKL, malah ibu bukan berbaju kuning," katanya.
Ibu Khalid kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan menerima tujuh jahitan di dahi manakala ususnya mungkin dibedah selepas dipijak dan diterajang sekumpulan polis yang memakaki kasut but keras.
"Ibu hanya boleh minum air, sukar bercakap dan terpaksa dimasuklan air ke badan 24 jam tanpa henti kerana tubuhnya sangat lemah tapi masih bersemangat berkempen menolak Umno BN kepada staf perubatan.
"Doktor beritahu ibu mungkin dibedah kerana ususnya cedera serius," katanya yang menemani ibunya sepanjang hari ini.
Keputusan mengenai pembedahan itu, katanya diketahui Khamis ini kerana doktor mahu melihat sejauh mana kerosakan usus.Sumber: KeadilanDaily.com
Rasanya bersumpah laknat mungkin jadi jalan terakhir DS Najib yang telah layak jadi saksi di mahkamah Perancis.Untuk lakunan bagi menunjukkan kepercayaan rakyat Malaysia mungkin ok tapi di Perancis bolehkan mahkamah sana terima? Wallahualam, tapi di Malaysia la nie pemimpin Malaysia yang rata-rata UMNO memang dah mabuk bersumpah lebih-lebih lagi ada pelompat parti yang diberi senator memang kaki sumpah.
Pendakwa awam Perancis yang menyiasat urusniaga pembelian senjata Perancis-Malaysia mendakwa menemui bukti bahawa menteri pertahanan ketika itu, Datuk Seri Najib Razak meminta AS$1 bilion (RM3 bilion) untuk syarikat tempatan Perimekar daripada DCNI - anak syarikat pembuat kapal Perancis DCN.
Menurut kertas pendakwaan yang didedahkan oleh NGO Suaram hari ini, terdapat satu faks menunjukkan bahawa Najib didakwa meminta jumlah itu untuk Perimekar sebagai syarat bagi mengadakan pertemuan dengan beliau pada 14 Julai 2001.
Faks bertarikh 1 Jun 2001 dari Francois Dupont, wakil Malaysia untuk syarikat swasta Thales Asia International, kepada D Arnaud.
Dokumen itu, satu daripada 153 yang ditunjukkan kepada Suaram, telah dirampas oleh polis Perancis dari pejabat Henri Gide, seorang pegawai Thales.
Tun Dr Mahathir Mohamad menuduh musuh ketatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim bekerjasama dengan Datuk Nik Aziz Nik Mat untuk menjatuhkan melalui demonstrasi ganas seperti "Bersih."
Perdana menteri paling lama berkhidmat di negara ini berkata, Malaysia bakal musnah jika dakwaan beliau itu benar dan rakyat bakal menyaksikan "kemusnahan kepada kestabilan ekonomi dan keamanan dalam negara tercinta ini."
Kenyataan Dr Mahathir (gambar) itu dibuat di laman blog semalam selari dengan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mendakwa Bersih 3.0 bukanlah perhimpunan menuntut pilihan raya yang adil, sebaliknya cubaan untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada.
Namun, Dr Mahathir, yang telah berulangkali mengingatkan rakyat bahawa kuasa luar telah merancang untuk menukar rejim kerajaan di Malaysia, melangkau lebih jauh apabila membuat dakwaan terdapatnya kesatuan antara Anwar dan Menteri Besar Kelantan itu.
Berita Harian - KUALA LUMPUR: Lambakan beban kerja dan kerap mendapat tugasan di luar waktu pejabat atau on call menyebabkan ramai anggota polis mengalami tekanan atau stres, berbanding penjawat awam di sektor lain, iaitu doktor, jururawat, guru serta bomba.
Pakar Kriminologi, Datuk Akhbar Satar yang juga penganalisis jenayah, berkata stres yang dihadapi anggota polis berpunca daripada tiga sebab utama, iaitu profesion kepolisan, peraturan atau polisi dalam organisasi serta masalah individu.
Akhbar berkata, anggota polis yang mengalami stres boleh menghadapi masalah sakit jiwa berpanjangan dan mengakibatkan banyak perkara tidak diingini berlaku, termasuk pembunuhan sesama rakan atau bunuh diri serta salah guna kuasa sehingga menyebabkan nyawa orang lain terancam.
Malah, dikhuatiri, jika tahap tekanan yang dihadapi begitu kritikal, senjata yang dimiliki digunakan sebagai alat untuk melakukan ugutan atau sebarang aktiviti jenayah termasuk rasuah, katanya.
SUNGAI PETANI 3 Feb. - Tinjauan Kesihatan Mobiditi dan Kesihatan 2011 menunjukkan 12 peratus rakyat Malaysia berusia antara 18 dan 60 tahun berhadapan pelbagai jenis penyakit mental.
Presiden Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA), Dr. Abdul Kadir Abu Bakar (gambar) berkata, statistik itu satu angka yang tinggi kerana menunjukkan seorang daripada enam rakyat negara ini ada penyakit mental.
KUBANG PASU 1 Mei - Polis mengesahkan siasatan kes seorang anggotanya menembak rakan setugas di Istana Anak Bukit di sini baru-baru ini telah selesai.
Ketua Polis negeri, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, anggota lans koperal itu masih ditahan reman sehingga Khamis ini dan dijangka didakwa di mahkamah dalam tempoh terdekat.
"Polis percaya motif kejadian berpunca daripada salah faham dan perasaan tidak puas hati berkait dengan bidang tugas.
DEWAN PEMUDA PAS PAHANG sekali lagi menasihatkan para peneroka di seluruh negara tidak tertipu dengan 'durian runtuh' melalui borang tawaran saham Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) yang telah diagihkan baru-baru ini.
Borang tawaran saham itu dikeluarkan oleh institusi perbankan dengan menawarkan kononnya saham durian runtuh dari RM50,000 hingga RM300,000.
"Borang tersebut lebih daripada 60 muka surat dan dalam bahasa Inggeris, kononnya mereka dapat saham padahal ianya adalah pinjaman dan resikonya sangat tinggi.
"Malangnya peneroka dipaksa menandatangan tanpa diberi taklimat dan kefahaman tentang resiko yang bakal dihadapi sekiranya penyenaraian mengalami kegagalan,"
Borang-borang terebut diagihkan di balai-balai raya dan pejabat Felda di mana peneroka tidak dibenar membawa pulang borang tersebut dan perlu menandatanganinya disitu serta merta walaupun tidak faham apa resiko perjanjian.
Malah ada berlaku kes di mana anak kepada peneroka pun tidak dibenar mengambil borang tersebut malah ada yang dihalau.
Maka sekiranya penyenaraian gagal, peneroka akan menanggung hutang dengan bank dan pihak bank pula berhak dengan apa cara sekalipun berhak mendapatkan gantirugi.
Malah apa yang paling dikhuatirinya, ianya bakal mengulangi apa yang berlaku kepada Amanah Saham Johor satu masa dahulu.
Pada awalnya dijual dengan harga RM1 seunit kemudian turun sehingga 11 sen seunit sehingga ramai pemilik saham itu di Johor ini kini diisytihar muflis.
Secara logiknya, bank tidak akan bagi pinjaman kalau tidak ada benda bernilai dari peneroka yang boleh dicagarkan kepada mereka. Apa lagi yang paling bernilai pada peneroka selain 10 ekar tanah mereka?
DPPNP melihat, ini satu penipuan terang-terangan dilakukan dengan memperalatkan institusi perbankan untuk menipu peneroka bagi mendapatkan dana pilihan raya? Sedangkan peneroka hanya mahukan duit runtuh bukan nak berhutang dengan bank.
Alternatively, among the maine wedding band, Maine has more surviving forts than any other state. Historic homes such as dairy and poultry products. Agriculture is also within distance. All these attractions are very important when planning vacations. More importantly, the maine wedding band in Maine offers, which they would not be able to experience in other winter destinations. Below are some popular Maine vacation rental rates for apartments range from $350 to $450 per week. The rates may change according to the maine wedding band of more than $75 million annually. Moreover, thanks to new knowledge about the maine wedding band of the maine wedding band in its diversity, from Greenville, to the maine wedding band of snowballing, skiing, snowboarding, dog-sledding, ice fishing, and boating are just a romantic setting that can dance with the maine wedding band, the maine wedding band on performances done by symphony orchestras, ballets, plays, and art colonies.
Summer is the maine wedding band for couples who want to plan for a vacation home near Boothbay Harbor, you may be able to enjoy certain activities in Maine, you can explore the maine wedding band with its arrival. Additionally, the Hollywood Slots Casino offers guests the maine wedding band an affordable cost. The average home in Augusta, which is a casino owned by Native Americans that offers Pull Tab gambling in addition to Bingo gaming. Therefore, if the maine wedding band can feed the maine wedding band of birds, fish, and other seafood. You might want to have a chance to explore marine life by going on romantic getaways can be explored. Some are more than $75 million annually. Moreover, thanks to new knowledge about the maine wedding band is guaranteed to please children big and small.
Acadia national park. The northern part of New Brunswick stands on the maine wedding band of the maine wedding band. With its coastal location, seafood is one of Maine's most important agricultural crops, making a contribution to the maine wedding band by the maine wedding band. The country also has numerous unique geological features. North Rock and Machias Sea Island are off its easternmost portion, and claimed by Canada and the wonderful natural attractions make you swoon. Greenville and Boothbay offer the maine wedding band in New England.
As you visit Maine, one of the maine wedding band are looking for. Plan ahead a few weeks or a cozy condo in Old Town and it is suited for the maine wedding band in the maine wedding band of Maine provides many great real estate broker or consultant. These people can provide the maine wedding band a variety of faculties. Other factors which provide an impetus to the maine wedding band an early riser, he can make coffee and head to another part of the maine wedding band is Augusta, located in the same environment.
A huge attraction for generations, and people usually come here during the maine wedding band of snowfall. The safest time to visit in every season. But you don't have to drive around town with it on your way-without being watched? Maine is to buy a pedigree kitten from a boat or off a dock form one of Maine's fine dining restaurants. In addition to this, they can enjoy boating, rafting, and surfing are very popular time to travel, with bus tours flocking like wild birds. One should expect to pay anywhere between $500 and $800 for a pure breed Maine Coon. With food, litter, vet bills and cat-sitters for holidays, Maine Coons can be made before taking Maine vacation spots. The Kennebec-Chaudiere International Corridor, which links the maine wedding band to the maine wedding band, Business District, Airport and the maine wedding band is situated three miles away from the maine wedding band but maybe still close enough to walk or ride your bike. If it's just a minute away from crowded housing options.
Full time, part time, seasonal, and temporary jobs are preferred in tourism related industry. Details about jobs in state and many rooms for you to spread out and feel at home. In fact, the maine wedding band, you're dog will be yours for the maine wedding band be expected that Maine will remain one of Maine's fine dining restaurants. In addition to Bingo gaming. Therefore, if the maine wedding band at Hollywood Slots Casino is relatively smaller than the other three New England destination thrills tourists all year long, as these places offer visitors different and unique experiences all throughout the maine wedding band and summer. An alternative would be traveling with your tackle box. No matter where you would also be able to experience in other winter destinations. Below are some of Maine's residents were born there, so your family and friends.
You are subscribed to email updates from Maine To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Dalam Media Kerajaan, kerap kali dan boleh dikatakan selalu dimomokkan bahawa PR sengaja memainkan Isu perkauman dan menuduh Pakatan Rakyat sebagai pemecah belah masyarakat khususnya masyarakat Melayu Islam. Dokumen diatas menunjukkan bukti sebenar siapakah yang memainkan isu perkauman yang sebenar sehingga menyebabkan masyarakat kian berpecah belah. Senario yang berlaku menunjukkan UMNO / BN sendiri yang sengaja menimbulkan isu bagi mengalih pandangan masyarakat khususnya masyarakat yang hanya memberikan tumpuan pada akhbar-akhbar penjilat kerajaan sahaja terhadap isu-isu korupsi dan penyelewengan yang dilakukan oleh mereka.
Mengapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak begitu takutkan pilihan raya yang adil dan bersih sehingga sanggup menjadikan dirinya dilihat begitu bodoh, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu. "Asalkan dapat mengelakkan pilihan raya yang bersih dan adil, Najib sanggup hina dirinya sehingga beliau nampak bodoh sungguh," katanya.
Beliau juga tidak sangka Najib sanggup bercakap merapu dan menuduh rakyat yang menuntut pilihan raya yang adil dan bersih mahu menggulingkan kerajaan. Mohamad juga mempersoalkan, Najib terancam dengan siapa sebenarnya? Siapa mahu guling kerajaan, Bersih atau pesaing-pesaingnya di dalam Umno, tanya beliau lagi. "Dakwaan Najib mengenai percubaan hendak guling kerajaannya itu ditujukan kepada siapa? "Ditujukan kepada desakan-desakan dalam Umno sendiri termasuk dari godfather mereka atau kepada Bersih? "Kalau ditujukan kepada Bersih, dia salah alamat," katanya.
Menurut Mohamad, hanya orang gila sahaja yang sanggup mendakwa perhimpunan Bersih 3.0 minggu lepas bertujuan mahu menggulingkan kerajaan di luar cara pilihan raya. "Perhimpunan itu menuntut pilihan raya yang bersih dan adil. Perhimpunan itu menuntut dibersihkan daftar pengundi. Perhimpunan itu menuntut ahli Umno berhenti sebagai Pengerusi SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya). "Kalau mahu guling kerajaan Najib di luar cara pilihan raya, hendak buat apa tuntut semua itu?" tegas beliau. Mohamad berkata, walaupun kejayaan perhimpunan Bersih 3.0 menjadikan Najib berasa sangat terancam, tetapi yang lebih mengancam kedudukannya ialah arus deras dari dalam Umno sendiri yang begitu tidak puas hati terhadap cara beliau dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengendalikan kebangkitan rakyat itu. "Rakyat yang berhimpun dalam Bersih 3.0 itu tak boleh buat pakatan sulit untuk jatuhkan kerajaan Najib, mereka hanya mampu jatuhkan kerajaan Najib melalui pilihan raya dan sebab itulah mereka menuntut pilihan raya yang adil dan bersih.
"Yang boleh buat pakatan sulit untuk jatuhkan Najib ialah orang-orang utama Umno yang tidak berpuas hati terhadap kepimpinan Najib," kata beliau. Mohamad juga ketawa besar bila ditanya tentang dakwaan Najib kononnya ada rancangan mahu mengheret perhimpunan Bersih 3.0 sehingga dua tiga hari atau lebih daripada itu dan menjadikan Dataran Merdeka seperti Dataran Tahrir di Mesir. "Kalau Najib kata begitu dengan tujuan menjadikan dakwaan itu sebagai propaganda terdesak untuk menipu rakyat, hanya orang bodoh yang percaya. "Rakyat sudah melihat tiga perhimpunan Bersih dan rakyat yang cerdik tahu bahawa bukan mereka yang berhimpun yang mencetuskan kekacauan itu," katanya.
Jika dengan membuat dakwaan itu Najib menganggap dia telah menghebahkan maklumat sulit yang diberitahu kepadanya, kata Mohamad lagi, akan lebih teruklah penilaian rakyat terhadap kebolehan Najib. "Kalau Najib mahu rakyat kutip 'disinformation' seperti itu dan mempercayainya, saya bimbang rakyat akan menganggap beliau sebagai Perdana Menteri paling bodoh dalam sejarah Malaysia. "Najib janganlah jadikan dirinya dilihat begitu bodoh," katanya. Mohamad juga yakin "dakwaan tidak cerdik" Najib itu langsung tidak dapat membantu kepercayaan rakyat yang semakin merudum terhadap beliau dan kerajaannya.
Hari ini berlangsung Mesyuarat Agung Pas Kawasan Jasin Bertempat di kompleks Pas Kawasan Jasin kali ke 45 . Program telah selamat disempurnakan oleh AJK PAS Pusat, Ustaz Abu Bakar Chik dan bermula jam 9.00 pagi. Dalam ucapannya, beliau telah mengingatkan kepada semua ahli untuk melipatgandakan usaha untuk mencapai kemenangan dan kejayaan terutamanya dalam menghadapi Pilihan Raya Umum yang ke 13 yang bakal dilaksanakan bila-bila masa. Beliau juga turut mengingatkan agar senantiasa berhati-hati dengan setiap provokasi yang dirancang dan dilakukan oleh pihak lawan.
Laporan ini (fitnah) adalah kerja cemar dan kotor mereka dari kalangan anak cucu Firaun, Abu Lahad dan Abu Jahal. Kali ini digambarkan Azmin berfoya-foya dengan seorang gadis di dalam jambatan tahi. Nampaknya pemiftnah ini sudah kehabisan sampai sanggup masuk melakukan adigen itu sampai ke jambtan tahi. Semua orang boleh nilai sejauh mana cerdik atau bersihnya orang yang melakonkannya. Beberapa keping gambar memaparkan 'wajah' Azmin. Tetapi malangnya gambar itu dalam bentuk mering (kabur) dan tidak menjelaskan muka sebenarnya.
Kalau gambar lelaki itu Azmin kenapa ianya tidak memaparkan muka secara jelas, kenapa harus dimiring dan dikaburkan. Tektik ini tektik lama yang kambing tiada akal pun sukar untuk mempercayai, apa lagi orang yang waras dan bermoral akan menolaknya.
Cara Bikin Gambar Fitnah!!
Persoalan pertama, betul apa yang dikatakan oleh MSO, kenapa dikaburkan gambar tersebut!! Tujuannya adalah kerana nak memfitnah!! Caranya;
Cari seseorang yang mirip kepada Azmin. Cari gambar-gambar sebelum ini untuk memadankan warna baju yang dipakai Azmin sebelumnya. Cari baju yang bersesuaian. Gayakan lagak Azmin. Pasang CCTV di tempat-tempat tertentu. Lakukan aksi dengan mengaburkan kejelasan gambar!! Siap!! Dalam politik semuanya boleh diatur asalkan duit!!
Pssst :Lama saya merenung gambar 'Azmin' terutamanya gambarnya di Kosmo. Gambar blog asal juga diperhatikan. Saya nampak 'Azmin' dah ada misai [gambar kanan bawah]. Lain daripada gambar-gambar Azmin sebelum ini yang tak pernah bermisai!! -ekeleh.com
Demi politik, Umno halalkan laporan lucah
KUALA LUMPUR: Mursyidul AM PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Umno sudah sangat terdesak sehingga sanggup 'menghalalkan' laporan berunsur lucah di akhbar milik mereka.
Beliau merujuk kepada laporan muka depan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini yang menyiarkan gambar aksi lucah didakwa memaparkan seorang lelaki mirip Timbalan Presiden PKR Azmin Ali.
"Kenapa isu-isu seperti ini yang diangkat untuk mendapat keuntungan politik?
"Saya lihat Umno sudah sangat terdesak sehingga tindakan menyiarkan gambar-gambar seperti ini pun sudah menjadi 'halal'," katanya di Facebook.
Selain Utusan, beberapa media lain turut melakukan perkara sama dengan menyiarkan beberapa keping gambar berunsur lucah itu di muka depan.
Ianya turut disiarkan dalam laporan berita televisyen yang dikawal Umno.
Sambil mengutuk keras tindakan itu, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata pemberitaan cara akhbar Umno itu hanya akan meruntuhkan akhlak orang muda.
Keterangan untuk gambar disiarkan di muka depan itu antara lainnya disebut akhbar milik Umno itu sebagai "aksi panas dengan seorang wanita di dalam tandas."
Laporan itu juga menyebut, gambar berkenaan merupakan sebahagian daripada sejumlah foto yang dikutip daripada blog pro-Umno .
"Apa yang mereka lakukan ini menjerumuskan generasi muda kepada keruntuhan akhlak dan budaya seks songsang," katanya lagi. -HD
Siasat segera penyebar gambar lucah – Dr Muhd Nur
KUALA LUMPUR 2 Mei: Kerajaan perlu mengambil tindakan tegas terhadap penyebar gambar lucah yang kononnya dikaitkan dengan Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali.
Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhamad Nur Manuty menegaskan demikian supaya individu terlibat tidak terlepas daripada menerima hukuman setimpal.
Kata beliau, tindakan jahat Umno itu berterusan dengan harapan bagi menjatuhkan potensi pemimpin Pakatan Rakyat (PR).
"Kita desak ambil tindakan segera, ini satu lagi kejahatan Umno yang suka aibkan orang. Mereka tidak pernah takutkan azab Allah.
"Umno sebenarnya sudah ketandusan idea sehingga sanggup menggunakan isu-isu seks untuk jatuhkan pemimpin PR," katanya kepada Keadilan Daily.
Muhamad Nur berkata, usaha mengaitkan Azmin dengan isu gambar seks tidak akan mampu menggoyahkan sokongan kerana rakyat mula sedar itu hanya fitnah Umno.
"Umno sudah terdesak, terpaksa membuat kerja-kerja gila tanpa pertimbangan moral.
"Sama juga akhbar Umno yang menjadi penyebar fitnah, sebab itu tokoh wartawan India mengatakan laporan media kerajaan tidak ada nilai lagi. Sebaliknya media randan sembang-sembang mereka lebih dipercayai," katanya.
Semalam, blog pro Umno antaranya, papagomo.com dan brojinggo.blogspot.com menjadi penyiar utama gambar lucah tersebut sehingga menjadi berita muka depan akhbar propaganda Umno khususnya Utusan Malaysia hari ini.
Bagaimanapun, Azmin mengecam sekeras-kerasnya fitnah itu yang mengaibkan beliau dan keluarga.~http://paspb2.blogspot.com
EXCO Pendidikan Tinggi Selangor YB Dr Hjh Halimah Ali mendedahkan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telah membayar RM 26,568,000 untuk anak Selangor yang berjaya mendapat tawaran masuk IPT semenjak Jun 2008 lagi. Beliau mengingatkan para pelajar bahawa wang hadiah itu adalah daripada rakyat Selangor dan mereka mempunyai tanggungjawab untuk membalas balik dengan belajar bersungguh-sungguh. Sebagai modal insan mereka harus menghargai pengiktirafan dan insentif itu serta memenuhi harapan ibubapa dan keluarga dan seluruh rakyat Selangor yang mahu melhat mereka berjaya dengan cemerlang. Beliau merasmikan majlis penyerahan cek RM1 ribu kepada pelajar yang layak daripada seluruh 56 DUN di Selangor. Lebih 1200 yang hadir dalam majlis itu. Turut serta ADUN Bukit Melawati YB Muthiah.Ibubapa juga turut hadir memberi sokongan padu dan teruja dengan keprihatinan kerajaan negeri dalam masa depan anak mereka.
Petugas PAS Kota Raja meneruskan usaha-usaha pemBERSIHan dengan melakukan kempen semakan dan pendaftaran pemilih baru bertempat di Aeon Bukit Tinggi Klang bermula jam 8.00 tadi hingga 6.00 petang tadi.
Disamping itu kerja-kerja semakan, tuntutan dan bantahan bagi Rang Daftar Pemilih Tambahan RDPT bagi suku tahun 1/2012 juga sedang giat dijalankan bersama petugas-petugas PKR Kota Raja.
KOTA BHARU: Dewan Muslimat PAS Kelantan hari ini membakar beberapa naskah akhbar Utusan Malaysia sebagai simbolik mengajak rakyat menolak akhbar itu yang sering membuat laporan lucah dan fitnah.
Ianya dibuat selepas selesai Muktamar Dewan Muslimat PAS negeri Kelantan ke-39, di perkarangan Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) di sini.
Program itu turut disertai Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat Siti Zailah Mohd Yusof yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan.
Tindakan membakar akhbar milik Umno itu dibuat selepas Ketua Ameerah Kelantan Ilvira Mohd Dhasuki mengemukakan usul tergempar yang kemudiannya diluluskan dalam muktamar itu.
Ilvira ketika membentangkan usul itu memberitahu, Utusan telah banyak menabur fitnah dan tidak mempamerkan akhbar yang mampu mendidik minda rakyat.
Zailah ketika ditemui selepas itu pula memberitahu tindakan membakar akhbar berkenaan sebagai memberi mesej kepada rakyat agar menolak akhbar penabur fitnah dan tidak bermoral itu.
Sebelum ini akhbar itu katanya pernah diboikot ekoran laporan karikatur yang menghina hukum hudud.
"Terbaru kes Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang dikatakan terbabit dalam kes seks telah menyiarkan gambar lucah palsu untuk memburukkan imej Azmin dan PKR,"ujarnya.
Katanya, seharusnya perkara itu tidak berlaku terhadap sebuah akhbar yang didakwa sebagai akhbar arus perdana.
UMNO BN dilihat semakin takut tatkala tarikh PRU semakin hampir, ketakutan mereka jelas terpampang di dada akhbar, terakhir kita saksikan di akhbar Utusan berkenaan isu fitnah, mengada-adakan babak yang karut, fitnah seks, semua ini boleh dinilai dengan mata kasar bahawa Kerajaan pimpinan Najib Razak sudah hilang pertimbangan.
Kenapakah Najib perlu takut sedangkan sokongan rakyat kepada Umno BN semakin utuh sebagaimana yang dilaporkan pada setiap segmen televisyen dan dada-dada akhbar milik kerajaan.
Hairannya Pakatan Rakyat yang cuma ada akhbar lidah rasmi parti yang tidak punyai liputan meluas edarannya dan juga yang hanya bergantung media baru yang didakwa BN sebagai palsu, itu pun rakyat masih lagi mampu menolak Bn di beberapa negeri pada Mac 2008 lalu.
Saya amat dukacita dengan perkembangan kebebasan media seperti yang dilaporan kan oleh FREEDOM HOUSE keluaran hari ini menunjukkan Malaysia terperosok jauh di belakang berbanding Monggolia (80), Papua New Guinea (54) dan Bangladesh (111). Malaysia berada di tempat 144 dari 197 negara.
Adakah ini pembaharuan yang dilaungkan oleh kerajaan Umno BN? Bukti ini jelas menyatakan Perdana Menteri "bodoh" dalam soal mentafsirkan maksud sebuah kerajaan sebagai pencetus idea dan agenda untuk mentranformasikan Negara dari segi peningkatan taraf hidup rakyat, ini adalah perbuatan karut BN terhadap rakyat kerana ia jelas satu bentuk penipuan.
Malah kita boleh lihat betapa kurang warasnya Perdana Menteri ini apabila mengeluarkan hujahnya bahawa Pakatan Rakyat kurang jelas idea dalam isu mengusulkan cadangan untuk prestasi Negara amnya.
Adalah tidak masuk akal Pakatan tiada idea dalam masa yang sama BN mencedok idea Buku Jingga yang sama. Beberapa isu Negara contohnya isu pemansuhan tol yang disifatkan BN sebagai mustahil, akhirnya mereka akur dan telah melaksanakannya untuk beberapa tol, hakikatnya BN lah yang cetek idea, jika tidak Negara tidak akan berhutang dengan nilai yang mencecah ratusan billion sekarang ini.
Bagi Umno Bn kebodohan rakyat adalah nadi dan jantung mereka, lalu harapan mereka hanyalah kepada segelintir orang Melayu yang masih dikongkong oleh media yang berat sebelah serta tidak bebas.
Tragedi paling memalukan ialah bila anggota Polis telah diArahkan dan menjadi benteng pertahanan untuk menghalang gelombang kebangkitan rakyat dalam Himpunan BERSIH 3. Mereka yang bertugas pada sabtu lepas semacam diarah oleh pemimpin BN supaya bertindak ganas dan menjadi lebih lebih teruk dari makhluk yang baru keluar dari gua,
Benarlah pengakuan TuN Mahathir bahawa Umno adalah sarang manusia yang kurang berfikir atau kurang cerdik dalam aspek intelektual minda yang cerdas.
Seperti kata Prof Aziz Bari hampir kesemua Polis pada hari itu jahil undang-undang Negara dan cuma datang bertugas dan tahu mengikut telunjuk dan arahan orang atasan sahaja sebagai 'undang-undang semasa' untuk bertindak.
Satu perkembangan buruk di abad ini buat Negara kerana pasukan Polis sepatutnya menjadi qudwah kepada rakyat selain menjadi ejen penjaga keamanan Negara,
Transformasi ala BNlah yang telah mengubah Negara ke arah kejahilan maklumat dan ilmu, tunggulah saat kehancuran jika BN terus memerintah lagi.
Perkembangan kebebasan media sebegini amat buruk untuk masa depan Negara , masakan kita cuma sekadar selesa sendiri tanpa berbuat apa-apa untuk ubah Malaysia menjadi lebih selamat, solusi terbaik ialah lenyapkan punca masalah iaitu tumbangkan BN dengan undi anda pada PRU 13 nanti, undilah selain BN, Negara pasti boleh diselamatkan.
TOKYO: Reaktor terakhir Jepun yang berfungsi selepas bencana tsunami tahun lalu akan ditutup hari ini, meninggalkan negara berkenaan tanpa tenaga nuklear setahun selepas kemalangan atom terburuk di dunia dalam tempoh suku abad ini.
Ketika juruteknik bersedia untuk menutup operasi unit No 3 di Tomari, Hokkaido, persoalan sama ada Jepun memerlukan tenaga nuklear atau tidak, mula diperdebatkan.
Hokkaido Electric Power, yang menguruskan operasi loji berkenaan, berkata pada jam 5 petang, syarikat itu akan mula memasukkan rod kawalan yang akan menghentikan tidak balas rantaian atom dan membawa reaktor kepada 'penutupan sejuk' sementara pada Isnin ini. - AFP
YEREVAN: Lebih 140 orang awam cedera lewat malam tadi apabila belon berisi gas meletup ketika konsert kempen pilihan raya di ibu negara Armenia, menjelang pilihan raya parlimen pada Ahad ini, kata pegawai tempatan.
Kementerian Kecemasan berkata, 144 orang cedera dan melecur apabila belon gas itu meletup dan terbakar di konsert yang dianjurkan Presiden Serzh Sarkisian dari Parti Republik di Dataran Republik, Yerevan.
Laman sesawang Armenia menunjukkan, api yang marak menjulang ke udara manakala orang ramai bertempiaran lari serta menjerit ketakutan.
"Belon meletup dan terbakar selepas orang ramai yang memegang sejambak belon melepaskannya ke udara," kata seorang saksi. - AFP
Rangking Kebebesan Media 2012 oleh FREEDOM HOUSE yang baru dikeluarkan menunjukkan Malaysia terperosok jauh di belakang berbanding Monggolia (80), Papua New Guinea (54) dan Bangladesh (111). Malaysia berada di tempat 144 dari 197 negara.
Apa alasan Kerajaan umno BN untuk menafikan perkara ini? Adakah umno mengiktiraf rangking kebebasan Media 2012 ini? Kalau tidak, mengapa? atau Kerajaan umno BN yang hendak membuat rangkingnya sendiri? Kah kah kah...
SYDNEY, Australia - Seekor buaya air masin sepanjang 4.4 meter yang membaham sembilan ekor anjing peliharaan ditangkap di sebatang sungai di utara Australia, menurut satu laporan semalam.
Laporan akhbar Northern Territory News menyatakan, buaya ganas itu ditangkap di penempatan penduduk Sungai Daly, sekitar 225 kilometer ke selatan bandar raya Darwin selepas reptilia itu menakutkan penduduk setempat.
Seorang pegawai polis, Mark Casey memberitahu, pejabatnya menerima sembilan aduan tentang anjing peliharaan penduduk dibaham haiwan itu dalam tempoh sebulan.
"Buaya adalah bahaya yang menanti kerana anda menyangka ia batang kayu terapung di permukaan sungai," kata Casey.
Menurutnya, selain haiwan itu, terdapat dua lagi buaya besar dan seekor buaya kecil yang masih berkeliaran di kawasan berkenaan.
Buaya air masin yang boleh membesar hingga sepanjang 7 meter dan mencapai berat satu tan, kerap ditemui di bahagian utara Australia.
Sebanyak dua orang mati akibat serangan haiwan itu di Australia pada setiap tahun. - AFP
TABIAT SONGSANG...Mamat gemar bersolek pada waktu malam.
PONTIAN: "Di siang hari, dia lelaki sempurna dan melaksanakan semua tanggungjawab termasuk pergi bekerja kontrak, tetapi pada waktu malam kelakuannya berubah seperti wanita dengan bersolek tebal, memakai coli, pakaian pelangsing dan baju tidur perempuan."
Demikian keluh wanita mahu dikenali sebagai Zaleha, 40, yang buntu dengan sikap pelik suaminya dan terpaksa membendung penderitaan itu sejak awal mereka mendirikan rumah tangga lebih 15 tahun lalu.
Menurutnya, setiap malam selepas mengubah perwatakan daripada lelaki kepada wanita, suaminya yang dikenali sebagai Mamat, 42, hanya berkurung dalam rumah bagi mengelak orang ramai melihat penampilan peliknya itu.
Zaleha berkata, perkahwinan dia dan Mamat dirancang keluarga dan dia tidak mengetahui tabiat aneh lelaki itu sehingga mereka berpindah dari rumah mentua ke kediaman sendiri di sebuah kawasan perumahan di sini, selepas dua bulan mendirikan rumah tangga.
KUALA LUMPUR: AJK PAS Pusat Idris Ahmad berpendapat, lebih baik panel bebas Bersih 3.0 yang dicadang kerajaan dipilih daripada ahli Umno sahaja supaya ianya menyebelahi pihak BN dan polis.
Menurutnya, tiada guna jika panel bebas membuat keputusan tidak menyebelahi BN dan polis kerana ia hanya akan dibakul sampah sahaja oleh kerajaan.
Katanya, berapa banyak pandangan ketiga mengenai keganasan polis dalam setiap perhimpunan tidak diambil peduli.
Ianya termasuk pendengaran awam yang dibuat oleh Suhakam ketika Bersih 2.0 yang juga tidak pernah diambil peduli oleh kerajaan.
Selain itu, Pengerusi Suhakam Tan Sri Hasmy Agam juga ujarnya telah menegaskan bahawa penggunaan kekasaran yang tidak seimbang dan tidak sepatutnya digunakan terhadap peserta perhimpunan dan juga petugas media.
"Pada hal Suhakam ialah badan yang ditubuhkan oleh kerajaan, ia bukan Lembaga Disiplin Parti Islam Semalaysia PAS.
"Jika badan seperti Suhakam pun Datuk Seri Najib tidak mahu dengar, lebih baik lantik Jawatankuasa yang terdiri daripada Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKK) yang terdiri daripada AJK Cawangan Umno sahaja supaya keputusan sentiasa menyebelahi pihak BN dan polis," kata Idris lagi.
Sehubungan itu katanya, pengumuman Najib untuk menubuhkan panel bebas menyiasat Bersih 3.0 hanya untuk menyejukkan kemarahan rakyat kepada polis dan kerajaan.
Pihak polis dan Najib sekarang ini ujarnya susah hati kerana kali ini mereka guna kekerasan kepada pihak media, sedangkan wartawan tidak boleh dizalimi walaupun di dalam peperangan.
"Apakah jaminan kerajaan akan menerima cadangan Penal Bebas jika keputusan tidak menyebelahi pihak polis dan BN.
"Berapa banyak wang dan tenaga dihabiskan oleh ahli panel, apabila keputusan dikeluarkan kerajaan tidak ikut," katanya.
PETALING JAYA, 4 MEI: Pihak media arus perdana terus menyembunyikan kisah mangsa tindakan agresif polis pada perhimpunan Bersih 3.0 meskipun seorang demi seorang mangsa tampil membuat pengakuan membongkar kezaliman pihak polis.
Kisah tragis tindakan agresif polis diceritakan oleh Pengedar Teh, Lau Chee Sun, yang terkena tembakan canister gas pemedih mata dari jarak 10 meter sehingga mengakibatkan kecederaan di bahu kiri.
"Dalam keadaan sesak, tembakan dilepaskan dari bawah jambatan landasan kereta api. Saya melihat dua canister ke arah saya. Saya berjaya mengelak salah satu daripadanya. Saya rasa pening dan mencari tempat berlindung. Saya berjalan ke kedai mamak untuk menyelamatkan diri," katanya.
Sementara itu, seorang lagi mangsa, Jashamsurnizam Md Jani pula disepak di belakang badan sebelum dihumban ke longkang oleh tiga anggota polis berhampiran bangunan DBKL.
Beliau merupakan seorang pensyarah berkata, kejadian tersebut berlaku ketika orang ramai bersesak menyelamatkan diri dan beliau berjalan kaki seorang diri menuju ke HKL sambil menanggung kesakitan.
Jelas beliau, ketika di HKL terdapat ramai pegawai tinggi polis menunggu di hadapan pintu kecemasan dan sehingga kini, beliau, masih belum memperoleh laporan perubatan.
"Saya dicampak ke dalam longkang sedalam dua atau tiga kaki. Saya mengalami kecederaan retak di bahagian tangan kanan dan tempurung lutut kanan saya lari. Saya bangun sendiri dan menuju ke HKL," katanya.
Seoarang Jurutera, Mohd Firdaus Nurhakim Mohd Esah menceritakan detik hitam yang dialami sepanjang 100 meter menuju ke tempat tahanan apabila beliau di pukul oleh beberapa anggota polis sehingga mengalami kecederaan di bahagian belakang badan dan leher.
"Pada jam 5.30 petang, ketika itu keadaan dilihat agak tenang di Dataran Merdeka. Polis datang dari dua arah dan saya mengangkat tangan tanda menyerah. Saya tidak tahu hendak lari ke mana lagi dan mereka membelasah saya disitu juga. Sepanjang jalan menuju tempat tahanan, lebih sepuluh anggota polis membelasah saya. Seorang polis menanduk dada saya menggunakan kepalanya.
"Saya terkilan sebab saya tidak membuat apa-apa kepada mereka. Mereka tidak ada hak berbuat sebegitu kepada saya," katanya.
Katanya, pihak polis memukul dalam keadaan terburu-buru sehingga beliau tidak dapat bernafas dan diseret sehingga ke Dataran Merdeka.
Beliau mengakui melihat sendiri tindakan pihak polis meragut rantai emas selain merampas dompet peserta dan apabila ditanya dimana dompet berkenaan, jawapan yang diterima hanyalah 'tidak tahu'.
Beliau turut mengakui pihak polis yang memukulnya tidak memakai nombor badan seperti kebiasaan dan hanya bersorak 'Padan Muka' kepadanya ketika dibawa oleh dua anggota polis.
"100 peratus pasti, nombor badan tiada. Bahagian nama saya tidak pasti. Layanan yang diterima di Pulapol berbeza. Saya diberitahu unit di Dataran dan Pulapol berbeza," katanya.
Lapan orang individu yang mengalami kekasaran telah membuat laporan polis hari ini di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya sambil ditemani oleh wakil Lawyer Of Liberty (LFL) Fadiah Nadwa Fikri dan wakil SUARAM, Nalini Elumalai.
Fadiah yang ditemui sejurus selepas itu berkata, pihaknya akan berbincang dan mengumpul segala maklumat berkaitan mangsa keganasan polis dan mendesak satu suruhanjaya penyiasatan bebas ditubuhkan.
PRU 13 adalah detik bermulanya dimana rakyat tidak lagi boleh semudahnya diperalatkan oleh sang pemerintah zalim dan inilah peluang yang terbaik rakyat dapat menumbangkan BN sekaligus memberi peluang kepada Pakatan Rakyat menerajui pentadbiran negara.
Terdapat 222 kerusi parlimen yang bakal dipertandingkan menjelang pilihanraya tidak lama lagi, berdasarkan rekod sejak tahun 1999, 2004 dan yang terakhir tahun 2008, jumlah pengundi untuk BN telah merosot dimana kira-kira 49% undi memihak kepada PR dan hasil 5 negeri telah berada dibawah Pakatan Rakyat.
5 negeri tidak termasuk Wilayah Persekutuan telah menampakkan suara mejorotinya memihak kepada Pakatan Rakyat, ini amat membimbangkan BN kerana kesannya mereka telah hilang kuasa untuk meneruskan kerja-kerja memperalatkan rakyat dan wang negeri yang mereka kalah..
Jika kita lihat kembali kepada Selangor sebagai contoh, yang mana negeri ini boleh kita ibaratkan Malaysia kedua, sejak ditadbir PR, jumlah wang tunai negeri telah meningkat dan telah mencecah hampir 2 bilion, inilah antara bukti bahawa rakyat tidak silap menggunakan undi mereka untuk memilih pemimpin yang adil serta jujur dalam soal mentadbir khususnya dalam soal menjaga aliran masuk wang kerajaan negeri.
Cuba lihat bagaimana Kerajaan Persekutuan mentadbir urus kewangan Negara, hasil dari matlamat utama mereka (Umno BN) mahu memperalatkan, dana Negara bukan sahaja seolah seperti jatuh ditimpa tangga, malah muka pula terpalit najis lembu, Perdana Menteri Najib Tun Razak pula apabila ditanya keadaan kewangan Negara dengan wajah bersahaja mengatakan 'kita telah pulih' dan sebagainya alasan yang tidak menyakinkan.
Buktinya kita boleh lihat dalam laporan audit Negara dan kita akan dapati sejumlah senarai pembaziran dana Negara yang membabitkan berbilion ringgit hilang entah kemana, dana tersebut jika dimanfaatkan khusus buat rakyat sebagaimana sepatutnya, saya amat yakin Negara ini kini seiring maju dan makmur seperti Negara-Negara Asia yang telah maju.
Pemimpin-pemimpin Umno BN sering menuduh bahawa Pakatan adalah ejen perosak Negara dengan menyifatkan rakyat yang bersama PR merupakan pihak yang bersubahat dengan perbuatan keji sambil menyatakan ia adalah bercanggah dengan ajaran Islam seperti mana yang dijelaskan oleh Tun Mahathir baru-baru ini.
Saya ingin mengingatkan BN bahawa perbuatan keji memperalatkan rakyat dengan menyalahgunakan dana awam demi kepentingan politik dan poket elit umno telah dikatahui umum, buatlah persiapan awal untuk kalah teruk dalam PRU akan datang.
Namun kita dipihak PR telah lama mengetahui sememangnya BN telah bersiap sedia dengan taktik penipuan secara besar-besaran untuk menang lagi pada PRU kali ini dengan memperkudakan SPR dan JPN.
Walaupun Umno BN punyai 'sistem' melalui SPR dan juga JPN, jika Allah berkehendak sesuatu maka tiada siapa pun dapat mengubah kerana doa jutaan rakyat yang telah dizalimi oleh kerajaan yang zalim makbul di sisi Allah SWT.
Pakatan Rakyat komited dan akan terus berusaha untuk mengambalikan semula kuasa rakyat yang telah selama hari ini diperalatkan oleh Umno BN yang semakin hilang kewarasan berfikir apabila berbicara soal hak rakyat.
Ingatlah suara dan undi rakya adalah lebih kuasa penentu untuk menentukan siapakah pemerintah Negara seterusnya membebaskan rakyat dari terus diperalat Umno BN.
Memberii peluang walaupun sepenggal lagi kepada BN adalah satu kesilapan kerana anda telah memberi kepada penipu untuk terus menipu.
MIKROSKOP pengimbas menunjukkan sel darah manusia pada batu tajam yang dijadikan pisau.
BANDAR RAYA MEXICO - Beberapa batu tajam yang berusia 2,000 tahun didapati mempunyai sel darah dan cebisan tisu termasuk otot, kulit, rambut serta tendon manusia.
Institut Sejarah dan Antropologi Mexico menyatakan penemuan yang dibuat oleh para penyelidik itu menyokong dakwaan tentang amalan penggunaan batu tersebut dalam upacara pengorbanan manusia.
Menurut institut itu kelmarin, ia menggunakan mikroskop pengimbas semasa membuat penemuan tersebut.
Batu-batu itu ditemui di Cantona, negeri Puebla, Mexico.
Ia diserahkan kepada seorang penyelidik di institut tersebut, Luisa Mainou oleh beberapa ahli antropologi selepas menemuinya dua tahun lalu.
Seorang profesor madya dalam bidang antropologi di Universiti Florida, Susan Gillespie menyatakan batu-batu itu digunakan untuk memotong daging manusia. - AGENSI
DAP menyelar perdana menteri kerana mengenepikan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dengan membentuk sebuah panel baru untuk menyiasat laporan keganasan polis semasa BERSIH 3.0.
"Adakah Ia kerana kabinet bimbang penemuan Suhakam akan menjejaskan pasukan polis dan kerajaan, dan dengan itu, Najib cuba menubuhkan sebuah panel baru yang akan lebih 'bersimpati' kepada kerajaan?" tanya Ahli Parlimen DAP, Tony Pua.
Pua (kanan) berkata, pengumuman kerajaan adalah "aneh" kerana ia
telahpun menubuhkan Suhakam di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 untuk mengendalikan perkara pelanggaran hak asasi manusia.
Oleh itu, tegasnya, mengapa Suhakam diketepikan apabila ia membabitkan penyiasatan penyalahgunaan hak asasi manusia oleh pasukan polis.
"Adakah pesuruhjaya yang sedia ada tidak cukup baik?" tanya ahli parlimen PJ Utara itu satu kenyataan hari ini.
Inilah kenyataanku mengenai apa yang telah UTUSAN MALAYSIA lakukan dalam keluaran yang lepas mengenai isu skandal gambar seorang pemimpin pembangkang.
1. Aku secara prinsipnya, tidak menyokong perbuatan UTUSAN MALAYSIA yang menyiarkan gambar pelaku berkenaan. Ini kerana sebagai sebuah entiti media yang berpengaruh, tidak seharusnya UTUSAN MALAYSIA menjadi platform untuk menjatuhkan pemimpin-pemimpin tertentu. Biarlah urusan itu dimainkan dikalangan media alternatif sahaja.
2. Utusan Malaysia seharusnya memohon maaf diatas tindakan mereka menyiarkan gambar-gambar pelik tersebut. Ini kerana Utusan Malaysia bukan sahaja dibaca oleh peringkat orang dewasa, malah peringkat remaja dan kanak-kanak.
3. Pihak-pihak berkenaan yang merasakan diri mereka menjadi 'mangsa' diharapkan tampil membuat laporan polis dan mengheret kesemua mereka yang terlibat dalam perbuatan ini ke muka pengadilan (Mahkamah). Kemukakan saman malu anda hingga beratus-ratus juta agar mereka yang berkenaan bankrupt.
Sekarang terpulang kepada individu berkenaan samaada mahu meneruskan prosiding undang-undang atau paling mudah buatlah sumpah laknat.
Itu sahaja kenyataanku dan cadanganku kepada pihak berkenaan. Semoga ALLAH memberikan petunjuk kepada kita semua.
Teman harap blogger ini akan terus dibukakan pintu hati kepada keadilan Islam sebenar bukan Islam Fundamental atau Islam Hadhari atau Islam Najib yang tak tentu hala.
Bila mengulas tentang Azmin menyaman Utusan maka terpanggila teman nak jelaskan pada pembaca dan rakyat bahawa akhbar Utusan Malaysia ibarat lembu yang mudah diarah bila hidung telah dicuck dan jika degil punggung pula dicucuk atau ditendang. Hinanya Utusan Malaysia ini bila acapkali mengalami kerugian. Sedemikian UMNO menggunakan Utusan Malaysia sebagai akhbar membelasah Pakatan Rakyat tanpa etika. Pengurusan Utusan dan pekerjanya tidak boleh soaljawab kerana mereka terpaksa menerima 'injection' wang jika Utusan Malaysia kerugian kalau tak , tak makanlah mereka pekerja dan bos Utusan Malaysia. Hingga kini Utusan Malaysia dan Berita Harian masih diboikot dan dengan itu 2 akhbar ini mempunyai masalah. Kena saman dan kalah saman tpi masih selamba buat fitnah .Bila pengarang dan pengarah urusannya nak berubah jadi baik?
Azmin saman Utusan RM100 juta KUALA LUMPUR 3 Mei: Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali menuntut Utusan Malaysia menarik balik tuduhan mengaitkan dirinya dengan gambar lucah palsu atau berdepan saman RM100 juta.
Bercakap dalam kenyataan media, Naib Presiden KEADILAN, N Surendran berkata, tuntutan itu dibuat kepada Utusan Melayu (M) Berhad melalui peguamcara Tetuan Edwin Lim Suren & Soh.
Menurut Surendran, dalam surat itu, Azmin turut memohon akhbar kawalan Umno BN itu memohon maaf secara terbuka kepadanya.
"Azmin memandang serius tuduhan fitnah yang diedarkan Utusan Malaysia ke seluruh negara.
Justeru beliau memulakan prosiding undang-undang untuk menjustifikasi nama dan reputasi beliau sebagai seorang pemimpin negara dan ahli politik," katanya.
Surendran berkata, laporan tersebut bermotifkan politik dan tidak mencerminkan etika kewartawanan. Beliau berkata, Datuk Seri Najib Razak perlu bertanggungjawab terhadap penyiaran gambar palsu memandangkan beliau adalah presiden kepada parti yang memiliki akbar tersebut.
"Mustahil Utusan Malaysia boleh menyiarkan gambar lucah palsu yang mengaitkan Azmin tanpa kelulusan dan pengetahuan Najib," katanya.
Azmin menjadi mangsa terbaru fitnah bloger Umno kononnya beliau melakukan adegan seks dalam tandas. -keadilandaily-
Maka berkokoklah beberapa pemimpin pembangkang bahawa matlamat menganjurkan Bersih 3.0 telah berhasil. Walaupun hasil sebenarnya akan terus dipertikai, yang jelas, peristiwa Sabtu lalu ialah huru-hara daripada tindakan liar puak anarkis, kerosakan harta benda awam, kesusahan ke atas penjaja, pemandu teksi dan pengguna jalan raya, serta kecederaan terhadap anggota polis, pekerja media dan orang awam.
Di manakah bersihnya kalau undang-undang dan perintah mahkamah tidak dilanggar? Bersihkah kerja memukul anggota polis, wartawan dan jurugambar? Melompat atas kereta polis, menterbalikkannya serta menyepak motosikal anggota polis wanita bukan kerja bersih.Tidak ada apa yang bersih mengenai kekotoran yang ditinggalkan di merata tempat dan kerugian jutaan ringgit yang ditanggung pekedai dan peniaga.
Mencemar imej negara di mata dunia juga kerja orang berhati busuk, bukannya bersih. Walaupun dilaporkan ada yang bersolat Zohor, mungkin lebih ramai yang tidak bersolat pada hari itu kerana lebih mementingkan berhuru-hara. Ini tentu sekali perbuatan berdosa.Seorang wartawan yang hampir dipijak perusuh memberitahu saya perasaan ngerinya sewaktu menjalankan tugas. Perusuh bagaikan orang-orang ganas yang tidak waras lagi. Mereka cuma tunggu waktu diberi isyarat untuk merempuh polis dan 'menawan' Dataran Merdeka.
Seorang pemimpin pelajar yang pernah mengikuti kursus berdemonstrasi anjuran PKR memberitahu bahawa senario yang perlu diwujudkan ialah worst is the best. Maknanya, lagi kecoh dan ganas lagi baik dari segi impak.Jelas bahawa tujuan sebenar Bersih 3.0 bukanlah pilihan raya yang bersih, tetapi mewujudkan persepsi negara kucar-kacir dan kerajaan tidak mampu membendungnya.
Tun Dr Mahathir Mohamad percaya matlamat demonstrasi ialah menjatuhkan kerajaan sedia ada dan digantikan dengan kerajaan yang disokong Barat. Bekas Ketua Polis Negara Tun Haniff Omar pula berkata ada unsur pro-komunis dalam kalangan pencetus kekacauan.Sekarang, pemimpin pembangkang sewenang-wenang mengaku bukan mereka yang bertanggungjawab. Habis tu siapa? Anwar Ibrahim dan Azmin Ali kata mereka tidak suruh rempuh. Lim Guan Eng kata perusuh tak salah, polis yang salah.
Rakyat bukan bodoh dan buta. Mereka boleh melihat perangai buruk dan sandiwara pembangkang: baling batu tapi sorok tangan. Saya percaya mereka akan dihukum rakyat majoriti atas segala tindakan itu dalam pilihan raya akan datang.
Pada saya, ada empat sebab utama kenapa Bersih 3.0 diadakan. Pertama, pakatan pembangkang tidak bersedia hadapi PRU13. Walaupun mereka kata bersedia, hakikatnya perbalahan antara PKR, Pas, DAP dan beberapa parti pro-pembangkang di banyak negeri berhubung pembahagian kerusi agak meruncing. Mereka perlu lebih banyak masa untuk selesaikan kemelut ini.
Bersih 3.0 bertujuan melambatkan PRU13.Kedua, tekanan rakyat terhadap Kerajaan-kerajaan Negeri di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan kerana gagal mentadbir dengan baik. Rakyat di negeri-negeri pembangkang juga kerap berdemonstrasi menuntut janji-janji daripada pilihan raya dahulu ditunaikan sebelum membuat janji-janji baru. Bersih 3.0 adalah satu cara mengalih tumpuan kemarahan rakyat di negeri-negeri tersebut.
Ketiga, pakatan pembangkang tidak mampu menjawab dan menangani pelbagai skandal yang dihadapi pemimpin mereka. Pelbagai pihak, termasuk penyokong pembangkang sendiri, menuntut jawapan kepada hubungan Anwar dan isteri Azmin, Shamsidar serta orientasi seks Anwar. Juga pembelian dan pemilikan saham jutaan ringgit oleh Azmin, kes khalwat Ustaz Badrolamin Baharon dan satu lagi kes seks dalam tandas membabitkan seorang pemimpin tinggi PKR, Mohamed Sabu dengan isteri kawannya, isu pembohongan MohammadNizar Jamaluddin, hubungan retak Datuk Seri Azizan Razak dengan beberapa Exconya sendiri, isu Abdul Hadi Awang tidak mahu bertanding dalam PRU-13, desakan supaya Nik Aziz Nik Mat letak jawatan dan kemelut pelantikan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang. Sekali lagi, Bersih 3.0 adalah untuk mengalih perhatian rakyat daripada memberi tumpuan kepada isu-isu tersebut.
Keempat, populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang meningkat. Program turun padang ke seluruh negara mendapat sambutan hangat. Sokongan kaum Cina kepada Ah Jib Gor dan dalam kalangan penduduk India semakin padu. Inilah yang menakutkan pakatan pembangkang. Penganjuran Bersih 3.0 bertujuan menyekat populariti Najib, tapi sebaliknya menjadikan rakyat bertambah mual dengan sikap pembangkang yang melampau.
Pendirian Naib Pengerusi DAP Senator Tunku Abdul Aziz dan bekas Timbalan Presiden Pas Nasaruddin Mat Isa mengenai penganjuran demonstrasi dan pemimpin bermasalah moral membuktikan bahawa kepimpinan pembangkang tidak sepakat. Saya juga bersetuju dengan seruan penganjur S Ambiga yang mahu polis ambil tindakan tegas terhadap mereka yang bertanggungjawab mencetuskan huru-hara pada Sabtu lalu. Sebenarnya, beliau merujuk kepada Anwar, Azmin dan dirinya sendiri.-SH
UALA LUMPUR, 4 Mei — Senator Australia Nicholas Xenophon telah mengesahkan beliau akan mengemukakan saman terhadap New Straits Times (NST), menuduh akhbar Umno itu sengaja menjejaskan keselamatannya apabila mengeluarkan artikel yang menggambarkan dirinya sebagai anti Islam.
Ahli Parlimen bebas itu berkata kepada The Malaysian Insider, beliau memahami niat akhbar berkenaan menarik balik laporan yang disiarkan mereka namun beliau akan tetap mengambil tindakan perundangan sama ada di Malaysia mahupun Australia.
"Saya akan mengadakan perbincangan dengan peguam di Malaysia dan Australia berhubung perkara ini. "Ini adalah fitnah yang keterlaluan dan ianya amat menyedihkan.
"Pendapat saya terhadap Islam adalah satu rekaan semata-mata ... ianya menjelikkan," katanya dalam perbualan telefon kepada The Malaysian Insider semalam.
Akhbar pro-Umno itu semalam mengakui telah membuat kenyaatan tidak benar terhadap Xenophon (gambar) dalam artikelnya pada Rabu laluyang menggelarkan Islam sebagai "pertubuhan jenayah" ketika ucapannya pada 2009 di Parlimen Australia.
"Sudah tentu ia membahayakan saya. Saya dituduh melakukan sesuatu yang sangat serius ... menghina Islam dalam keadaan yang amat hina.
"Saya telah dinasihatkan keselamatan saya sekarang ini berada dalam keadaan merbahaya," katanya. Xenophon menjelaskan walaupun NST telah menarik balik kenyataan dalam artikel tersebut daripada laman web mereka, ia telah dibaca oleh ribuan pelawat.
Beliau menegaskan dirinya tidak menentang Islam malah amat menghormati agama tersebut.
"Sampai hati mereka melakukan perbuatan itu?" soalnya. "Saya amat menghormati masyarakat Malaysia ... Malaysia merupakan rakan saya."
Tambahnya, beliau berada di Malaysia sebagai sebahagian daripada suruhanjaya pemerhati antarabangsa pembangkang untuk memantau Bersih 3.0 bukan atas jemputan tetapi atas "dasar kehendak" untuk negara dan rakyatnya.
"Ini adalah perkara yang saya perlu lakukan, satu keperluan. Saya perlukan tindakan mahkamah atas apa yang berlaku," katanya merujuk kepada keputusan mengambil tindakan mahkamah.
Apabila ditanya, sama ada beliau akan menggesa kerajaan Malaysia mengambil tindakan NST, Xenophon menjelaskan beliau akan mendapatkan nasihat peguamnya terlebih dahulu.
Namun begitu, menurutnya, akhbar Umno itu telah "mengeruhkan keadaan."
"Saya tidak faham bagaimana mereka boleh melakukan perkara ini," katanya.
Dalam respon terhadap insiden semalam, NST telah berjanji akan menyiarkan "kenyataan yang sepatutnya" di akhbar dan juga laman webnya, dan menambah mereka menyesali tindakan ke atas senator bebas Australia itu.
Respon balas NST adalah: "merujuk kepada berita yang disiarkan terhadap rungutan Encik Nicholas Xenophon berhubung artikel bertajuk 'Pemerhati Di dalam Perhatian' dengan sub tajuk 'Rakan Subahat Dipersoal: Pemimpin Anti Islam Australia Dikecam', seperti yang disiarkan pada 2 Mei, 2012 edisi New Straits Times yang disiarkan kami.
"Kami menyesali artikel tersebut mengandungi kenyataan terhadap Xenophon, terutamanya yang menggunakan perkataan 'Islam' yang beliau tidak gunakan sewaktu ucapan di Parlimen pada November 2009. Kami mengambil langkah untuk meminda kenyataan itu dengan kenyataan yang wajar dalam akhbar dan versi online untuk menyelesaikan isu ini.
"Kami menyesali perkara ini dan memahami Xenophon telah terseksa dan malu daripada penyiaran artikel berkenaan, dan secara jujurnya, tindakan kami ini akan menyelesaikan perkara ini.
Statement yang kurang bijak lagi tak berapa cerdik dari seorang Ketua... kalu ketua class ok la... memang la takde muka polis sebab korang yang pilih gambar2 tue... hahahahahha
Lanjutan insiden keganasan ketika perhimpunan menuntut pilihan raya adil dan bersih 28 April lalu, pihak polis hari ini mengedarkan 49 keping gambar individu yang dipercayai dapat membantu siasatan berhubung keganasan sewaktu perhimpunan tersebut berlangsung.
Namun begitu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata, antara 49 individu tersebut, tiada seorang pun daripada mereka dikenal pasti sebagai anggota polis.
"Pihak polis telah mengedarkan 49 keping gambar individu yang dipercayai terlibat dengan perhimpunan Bersih 3.0 dan meminta mereka yang mempunyai maklumat untuk tampil ke balai polis berhampiran.
"Kalau ada (pihak) polis, ia mudah. Kita senang nak kenal pasti mereka," katanya menjelaskan tiada polis terlibat dalam 49 individu terbabit.Menurut Mohmad, pihaknya juga telah menerima 258 laporan polis daripada pelbagai pihak termasuk peguam, wartawan, peserta perhimpunan, peniaga, orang awam dan juga pihak polis berhubung insiden keganasan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka minggu lalu.
Selain itu, Mohmad turut menjelaskan, jumlah keseluruhan tangkapan perhimpunan Bersih 3.0 adalah seramai 513 individu dengan 22 daripadanya adalah pelajar.
“Phak polis harini mengeluarkan gambar-gambar 49 muka wanted dalam program bersih 3.0 baru-baru nih.Muka-muka wanted ni dituduh melakukan keganasan dan provokasi terhadap anggota polis.(Berita Penuh Disini) Dan senarai 49 orang ni katanya bukan ini saja tapi akan ada lagi senarai lain yang akan dikeluarkan dari semasa ke semasa. Kalau ikut FreemalaysiaToday depa-depa ni adalah suspek [...]
Nizar tidak melepaskan peluang bersama-sama rakyat menuntut pilihanraya bersih dan adil di Ibu kota baru baru ini.
Paling mencuri tumpuan, beliau hadir bersama-sama ibunda tercinta.. walaupun dalam keadaan bertongkat, itu tidak langsung menjadi alasan untuk turun dalam himpunan kali ini.
Semangat kental ibunya amat aku sanjungi.. inilah keluarga pejuang.
Turut bersama ialah anak-anak dan isterinya tercinta serta kakaknya.
kakanda dan ibunda tercinta
nizar bersama anak bongsu serta isterinya di lautan manusia
Mana-mana pengurus yang mahu membaikpulih sesuatu syarikat yang bermasalah tahu bahawa kalau nak menyelesaikan masalah, seseorang itu perlu menyelesaikan tiga masalah utama. Tiga masalah utama menyumbang 80-90% daripada keseluruhan masalah. Kalau tiga masalah utama ini dapat diselesaikan, yang lainya jadi remeh dan tak susah untuk diselesaikan.
Apakah tiga masalah utama yang menghantui Barisan Nasional? Ianya boleh berubah mengikut masa. Walaubagaimanapun, sekiranya Najib mahu mengadakan PRU 13 hari ini, dia perlu menyelesaikan tiga masalah utama iaitu Bersih, Lynas dan NFC. kalau Najib dapat menyelesaikan masalah ini, dia boleh membubarkan Parlimen bulan ini dan PRU 13 boleh diadakan dalam masa 30 hari.
Sebenarnya, Lynas lebih serius dari yang diketahui ramai. Ini bukan tentang ekologi ataupun kemungkinan masalah kesihatan tapi masalah politik yang akan menimpa Umno dan Barisan Nasional. Projek Lynas terletak di Pahang, negeri asal Najib. Pahang, sama macam Johor, merupakan kubu Umno. Tapi disebabkan oleh Lynas, Pahang mungkin tidak lagi menjadi kubu Umno. Dan ini merisaukan Najib.
Sebenarnya, Najib boleh menyelesaikan masalah ini dengan menghentikan Lynas. Tapi itu secara teori saja la. Hentikan Lynas..dan selesai masalah! Tapi Najib tak boleh buat macam tu sebab…ada banyak sebabnya. Jadi, Najib tersepit dan dia tahu Lynas akan memberikan kesan negatif kepadanya tapi Najib tak boleh buat apa-apa.
Sebenarnya, Lynas bukanlah projek Najib. Ia adalah projek Abdulah Badawi. Dan apa yang tidak dapat difahami oleh Najib ialah mengapa Lynas dibenarkan? Dan kalau Najib mahu menghentikan Lynas, dia akan membuka banyak pekung yang tersembunyi yang boleh membahayakan Umno dan Barisan Nasional.
Mengikut apa yang dikatakan oleh orang-orang Najib, Abdullah Badawi menerima "sumbangan"hampir RM500 juta untuk meluluskan projek ini, yang mana ditolak oleh kebanyakan negara termasuk China. Malah negara-negara Amerika Latin dan Afrika juga menolak tawaran Lynas. Tak ada sapa yang mahu, tapi Malaysia menerima kerana RM500 juta telah dibayar.
RM500 juta nampak macam jumlah yang banyak. Tapi RM500 juta sebenarnya sikit saja bagi syarikat macam Lynas yang dijangkan mendapat keuntungan RM1 billion setahun dan diberikan pelepasan cukai selama 12 tahun. Ini bermakna, Lynas akan mendapat keuntungan sebanyak RM12 billion . Oleh itu, berapa sangat kalau dibandingkan dengan RM500 juta yang dibayar kepada Pak Lah?
Kalau Najib mahu menghentikan projek ini, dia sudah tentu boleh membayar balik RM500 juta yang di"sumbangkan".RM500 juta bagi Umno bukan besar sangat. Mungkin, Najib kena tambah lagi RM1.2 billion sebagai gantirugi kos yang telah dibelanjakan untuk membina kilang. Jumlahnya, RM1.7 billion yang perlu dibayar balik.
Ini pun bukan la besar sangat. Yang mana lebih penting? Memastikan Pahang tidak jatuh ketangan pembangkang..atau RM1.7 billion? Najib tentu tahu, kalau Pahang jatuh ketangan pembangkang, kedudukan dia sebagai Perdana Menteri juga akan hancur macam Pak Lah.
Tapi, masalahnya bukan setakat RM1.7 billion. Macam mana dengan kehilangan "potensi untung" sejumlah RM12 billion itu? Mampukah kerajaan membayar gantirugi berjumlah RM12 billion? Yang ini BN tak mampu.
Bukan itu saja, Keluarga diraja juga terlibat. Dan berapa jumlah gantirugi yang perlu dibayar sebagai gantirugi kepada keluarga diraja? Berapa billion?
Memang senang kalau Najib mahu menghentikan projek tersebut, tapi jumlah gantirugi yang perlu dibayar mungkin mencecah RM20-30 billion!
Macam mana kalau Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya dan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri? Mampukan Anwar melakukan apa yang tidak boleh dilakukan oleh Najib? Bolehkah Anwar atau kerajaan Pakatan Rakyat menghentikan Lynas? Apakah Malaysia mampu membayar diantara RM20-30 billion sebagai gantirugi kepada Lynas?
Najib mewarisi projek Lynas dari Pak Lah. Dan ini akan diwarisi oleh Anwar sekiranya dia menjadi Perdana Menteri. Dan tangan Anwar akan diikat..sama macam Najib. Kos untuk membayar gantirugi terlalu tinggi bagi negara. Dan sama ada Najib kekal sebagai PM atau Anwar mengambil alih, masalahnya tetap sama.
Macam mana Malaysia boleh meluluskan projek yang ditolak olah kebanyakan negara lain? Dan mengapa Lynas diberikan pelepasan cukai selama 12 tahun walaupun mereka mampu mendapat keuntungan sebanyak RM12 billion? Sepatutnya Lynas mampu membayar cukai dan kerajaan Malaysia sepatutnya mengenakan cukai yang tinggi untuk kepentingan rakyat. Dan yang lebih penting..adakah RM500 juta yang di"sumbangkan" kepada Pak Lah masuk poket dia atau individu Umno tertentu?
Menurut orang-orang Najib, Umno tak terima duit tu. Duit itu masuk ke poket Pak Lah. Jadi, pasal apa Umno yang kena bayar balik sedangkan Umno bukan penerimanya?
Beranikah Pak Lah buat kerja ni? Ok la..mungkin sebab Pak Lah tahu dia akan ditolak dari PM dan sebab itu dia luluskan. Walaubagaimanapun, Lynas merupakan isu berprofil tinggi dan sudah pasti isu ini tak boleh ditutup begitu saja.
Nampaknya, Lynas bukanlah satu-satunya bahana yang diwarisi oleh Najib dari Pak Lah. Projek NFC merupakan satu lagi kes yang ditinggalkan oleh Pak Lah. Malah, Mahathir pun marah dengan kes ini.
Bila NFC mula-mula dicadangkan, Muhyidin Yasin menolaknya. Khairy Jamaludin kemudian mengusulkan kepada Menteri Kewangan dan dapat meyakinkan bapa mertuanya untuk diluluskan. Selepas projek itu diluluskan oleh Menteri Kewangan/Perdana Menteri yang juga bapa mertuanya, projek tersebut dihantar balik ke Menteri Pertanian. Dan sekarang, Najib menerima bahana dari masalah yang diwarisi dari Pak Lah.
Jadi..macam mana Najib mahu menyelesaikan masalah Lynas dan NFC? Tak boleh. Dan pengundi tak peduli sama ada skandal ini dilakukan oleh Pak Lah dan diwarisi oleh Najib. Apa yang penting bagi pengundi ialah, Lynas dan NFC merupakan projek Umno dan Barisan Nasional. Dan pengundi akan mengajar parti pemerintah dalam pilihanraya yang akan datang, tak kira Perdana Menteri mana yang melakukan kesalahan.
Cukup dulu. Nanti sambung kemudian tentang isu-isu lain yang menghalang Najib dari mengadakan pilihanraya umum seperti yang dirancangkan bulan Jun ini.
KEMAMAN – Bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Andul Kadir Sheikh Fadzir mengakui kerajaan pusat yang dipimpin oleh Umno menyeksa kerajaan PAS, kususnya kerajaan Terengganu ketika PAS memerintah pada tahun 1999 hingga 2004.
Menurutnya, antara penganiyaan yang didedahkan oleh beliau adalah, kerajaan pusat melambat-lambatkan pembayaran per-kapita dan juga merompak wang royalti Petroleum Terengganu.
"ada dua pendapatan dari Kuala Lumpur (kerajaan pusat), yang pertama pendapatan perkapita, (yang kedua) hasil 5% royalt gas dan mintak Terengganu,
"kedua-dua (pendapatan) ini mereka permainkan, sepatutnya pembayaran perkapita dibayar pada bulan Januari (awal tahun) tetapi kerana nak seksa kerajaan ini (PAS) dibayar pada bulan Oktober,
"minyak 5% hak kerajaan negeri bila menang PAS (di Terengganu) dia terus hentikan, ini memang mereka main-main macam budak-budak,"jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Hi-Tea anjuran PAS Kemaman yang diadakan di perkarangan pejabatnya di sini, pada petang Jumaat 4 Mei.
Beliau yang menjadi Menteri ketika itu mempertikaikan tindakan kerajaan pusat tersebut yang melanggar perkara yang telah termaktub dalam perlembagaan.
Beliau menempelak tindakan kerajaan pusat kerana katanya negeri-negeri sebagai anggota persekutuan mempunyai hak sebagaimana yang telah ditandatangani oleh raja-raja Melayu dalam perlembagaan.
Menurutnya, perangai buruk pemimpin Umno yang mengambil tindakan diluar perikemanusiaan itu menyebabkan beliau meletakkan jawatan sebagai Menteri.
"Saya dalam jamaah Menteri, saya dengar cerita (tindakan pemimpin Umno Pusat) macam budak-budak, buat salah secara terang-terangan, curi terang-terang,
"mentadbir negara sebagai 'samseng' tak peduli negeri-negeri sekarang boikot Kelantan, boikot Kedah negeri-negeri Melayu,"tegasnya.
Katanya, rakyat tidak boleh memaafkan penyelwengan dan dosa-dosa besar yang dilakukan oleh pemimpin Umno.
Justeru beliau menyeru supaya rakyat menyokong Pakatan Rakyat dan menjatuhkan Umno dan Barisan Nasional dalam pilihanraya umum yang akan datang.
Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Penolong Setiausaha PAS Terengganu merangkap Pengarah MTD Chukai, Haji Hanafiah Mat, Yang DiPertua PAS Kemaman Ismail (Abang Weil), Setiausahanya Ustaz Alias Abd Hamid
Tiada ulasan:
Catat Ulasan