Rabu, 2 Mei 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::

Posted: 02 May 2012 01:25 AM PDT

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::


Ceramah Pasca Bersih

Posted: 01 May 2012 07:15 PM PDT

Muktamar Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang kali ke 32

Posted: 01 May 2012 08:17 AM PDT

PAS CAWANGAN KERATONG 04 ROMPIN PAHANG

Posted: 01 May 2012 09:49 PM PDT

PAS CAWANGAN KERATONG 04 ROMPIN PAHANG


280412 Himpunan BERSIH 3.0- MASJID NEGARA (HADI AWANG, MOHD SABU, SHEIKH...

Posted: 01 May 2012 08:20 AM PDT

PAS KDAS 3

Posted: 01 May 2012 09:47 PM PDT

PAS KDAS 3


Full Video : Ceramah Terkini Ust Nassuruddin Daud Di Besut

Posted: 01 May 2012 04:41 PM PDT

PAS Negeri Sembilan

Posted: 01 May 2012 09:09 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Bang Mat Sabu di Jelebu 3 Mei 2012

Posted: 01 May 2012 07:22 AM PDT


CERAMAH UMUM
Pendedahan Bersih 3.0
Tarikh : 3 Mei 2012, Khamis
Masa : 9 mlm
Tempat : Kg Jambatan Serong,Ulu Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Penceramah :
- Tn Hj Mohamad Sabu
- Chegubard

Sebarang pertanyaan hubungi Aniff 013-3102082
Anjuran : PAS Kawasan Jelebu

PAS Kawasan Miri

Posted: 01 May 2012 07:41 PM PDT

PAS Kawasan Miri


Masjid Indah Tapi Bocor

Posted: 01 May 2012 11:22 AM PDT

Kebocoran Masjid At-Taqwa Miri Masih Belum Dapat Diatasi
MIRI- Masjid At-Taqwa yang terletak di tengah bandaraya Miri merupakan antara masjid yang agak lama dan sering kali menghadapi masalah kebocoran apabila musim hujan lebat.

Kita ada menerima aduan orang ramai yang mengatakan bahawa peruntukan untuk membaik–pulih masjid At-Taqwa sudah habis digunakan tetapi masalah kebocoran bumbung masih belum dapat diatasi sehingga kini sedangkan projek baik pulih telah pun tamat tempoh.

Pada tahun lepas Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui ada melawat masjid besar Miri yang sedang dalam proses membaik-pulih dan beliau juga berjanji akan memberi peruntukan tambahan untuk mengatasi masalah kebocoran bumbung masjid tersebut.
Sebelum ini pun PAS Miri pernah menyuarakan masalah masjid At-Taqwa di Miri dan jawapan yang diterima agak mengecewakan dimana menteri yang menjaga hal ehwal Islam berkata ".. tiada kebocoran bumbung berlaku di Masjid Miri dan ianya masih dalam keadaan baik..".

Kita bangkitkan isu masjid ini untuk menjaga imej Islam serta mengingatkan mereka yang diamanahkan menjaga kebajikan umat Islam agar dapat memberi keselesaan dan keselamatan kepada mereka yang menggunakan masjid tersebut.

Kita mendesak menteri yang menjaga hal ehwal agama Islam Sarawak datang sendiri melawat masjid di Miri yang menghadapi masalah kerosakan dan kurang peruntukan agar ianya terjaga dengan baik terutama sekali masjid dalam bandaraya Miri.

Masjid At-Taqwa Miri merupakan tempat tumpuan para pelancong dari luar dan dalam untuk menunaikan solat dan sudah tentu ianya imej bagi umat Islam di Miri. Kalau pihak kementerian hal ehwal agama Islam Sarawak tidak mengambil berat masalah masjid ini sudah tentu ianya akan memberi gambaran buruk pihak dari luar apabila mereka datang melawat masjid tersebut dalam keadaan tidak begitu baik dan bocor seolah-olah ianya tidak dijaga dengan baik.

Walaupun masjid At-Taqwa baru saja dibaik pulih tetapi masalah kebocoran bumbung akan mengakibatkan karpet dalam masjid tercemar dengan tompokan air hujan yang berpunca dari kebocoran bumbung masjid tersebut.

Kalaupun diganti dengan karpet baru ianya akan terus tercemar juga apabila masalah kebocoran bumbung masjid tersebut belum dapat diatasi sepenuhnya. Mengapa masalah kebocoran ini sukar diatasi dan berlarutan sehingga kini?

Kita tidak menyalahkan pihak pengurusan masjid, mungkin mereka sudah banyak kali menyuarakan masalah ini kepada pihak berkenaan tetapi oleh kerana terlalu banyak birokrasi menyebabkan perkara ini sukar diatasi.
Kalau pihak menteri yang menjaga hal ehwal Islam gagal memberi peruntukan kepada masjid At-Taqwa Miri, kita akan lancarkan Tabung Selamatkan Masjid At-Taqwa Miri. Kita memberi tempoh sehingga hujung bulan Mei ini untuk pihak kementerian yang menjaga hal ehwal Islam Sarawak memenuhi janji-janji mereka untuk memberi peruntukan tambahan kepada masjid tersebut.

Kita tidak mahu melihat masjid At-Taqwa Miri terus terpinggir dari arus pembangunan tetapi cantik dan indah dipandang serta dipenuhi dengan kegiatan keagamaan yang menjadikan manusia yang berguna dan insan kamil yang berakhlak mulia.

Janganlah pihak kementerian hal ehwal agama Islam Sarawak hanya sibuk memantau pengerakan penceramah agama yang menyeru manusia kejalan yang benar dan mencari keredaan Allah tetapi mengabaikan kebajikan umat Islam.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

English version
Miri At-Taqwa Mosque leakage Still Cannot Be Resolved
MIRI - At-Taqwa mosque located in the city center of Miri is one of the mosque which is quite old and often face the problem of leakage when a rain storm.

We have received complaints from the public who said that the provision for renovations At-Taqwa mosque had been used up but the roof leak problem unresolved until now while refurbishment project has already been expired.

Last year the Minister of Energy, Green Technology and Water, Datuk Peter Chin Fah Kui has visited the great mosque of Miri in the process of renovations and he also promised to provide an additional allocation to overcome the problem of the mosque roof leaks.

Prior to this PAS Miri had voiced the problem of Miri At-Taqwa mosque and the answers received somewhat disappointing when the minister in charge of Islamic affairs, said "... no roof leaks occur at the Mosque of Miri and it is still in good condition ... "

We raised the issue of the mosque is to keep the image of Islam and to remind those entrusted to look after the welfare of Muslims in order to provides some comfort and safety to those who use the mosque.

We urge the minister in charge of Sarawak Islamic affairs come visit the mosques in Miri who facing damage and lack of provision so that it is well maintained, especially the mosques in Miri city.

Miri At-Taqwa Mosque is a focal point for tourists from outside and inside for prayers and of course it is the image of Muslims in Miri. If the ministry of Sarawak Islamic affairs did not care for this mosque problem it definitely will give bad impression of the outside when they come to visit the mosque that is not so good and leak as if it were not treated with care

Although At-Taqwa mosque was recently refurbished but the problem of roof leaks will cause carpet in the mosque contaminated with rain water spots due to the mosque roof leaks.

Even if replaced with new carpet it will continue to be contaminated as well as the mosque roof leakage problem has not been fully resolved. Why does this leak problems seem intractable and lasted until now?

We did not blame the management of the mosque, perhaps they have many times expressed these problems to the authorities but because of too much bureaucracy cause is difficult to overcome.

If the minister in charge of Islamic affairs failed to give the provisions of the Miri At-Taqwa mosque, we will launch the Fund for Save Miri At-Taqwa Mosque. We give the period up to the end of May to the ministry in charge of Sarawak Islamic affairs to fulfill their promises to provide an additional allocation to the mosque.

We did not want to see the Miri At-Taqwa mosque marginalized from the mainstream of development, but beautiful and outward looking and filled with religious activities that make people useful and noble character to a perfect human.

Do not the Sarawak Islamic affairs ministry is busy monitoring the movement of the preachers who call people to the right path and seek Allah's pleasure, but neglecting the welfare of Muslims.

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 01 May 2012 03:27 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


BELASAH BORONG, MENTERI DALAM NEGERI MENEROPONG !

Posted: 01 May 2012 01:23 AM PDT


Baru-baru ini Sepasukan pemerhati asing kini berada di Malaysia untuk tujuan memantau sistem pilihan raya di negara ini. Antara panel pasukan pemantau "pra-pilihan raya" itu adalah Senator Nicholas Xenophon dari Selatan Australia, Naib Presiden Kanan Parti Nasional Pakistan, Senator Mir Hasil Khan Bizenjo, Presiden Persatuan Undang-Undang Filipina, Dean Amado Valdez, dan Projek Koordinator Yayasan Kebebasan Freidrich Naumann, Juliane Schmucker, termasuk Dr Clinton Fernandes dari Australia.
Malang nya bagi Senator Nick Xenophon, yang maseh lagi berada di Malaysia dalam misi pencarian fakta; telah terperangkap dalam demonstrasi terbesar di negara ini dalam beberapa dekad, Bersih 3.0. Sepertimana yang ditayang dalam klip video ini, Xenophon telah terkena gas pemedih mata dan hampir rebah.

Kartunis Cepoi atau nama sebenarnya Md Amin Osman, 42, diheret, dipukul dan dipijak di muka oleh polis meskipun bersurai selepas himpunan Bersih 3.0.

"Kejadian jam 7 malam di kedai mamak dekat Lebuh Ampang, polis yang beruniform menyerbu masuk dan menangkap siapa saja yang pakai baju kuning.

"Saya ditarik keluar ketika sedang makan. Kemudian ditiarapkan ke lantai, dipijak di badan dan di muka. Ada polis ambil kesempatan tendang dan tumbuk," katanya kepada KeadilanDaily.

Beliau berkata, kamera Nikon E500 miliknya bernilai RM2,600 dirampas dan dipecahkan manakala kad memorinya dibuang.

Cepoi yang menyertai semua himpunan Bersih sejak 2007 tetapi mengakui polis kali ini lebih zalim, malah sehingga dibawa ke Pulapol jam 8.30 malam, beliau bersama 20 lagi tahanan tidak diberi rawatan.

"Muka saya bengkak. Tapi ada yang lebih teruk. Berdarah-darah. Ada juga warga tua. Tapi, ini tidak melunturkan semangat saya untuk terus berjuang," katanya.

Saya dipukul hingga cedera tapi polis enggan benarkan doktor memberi rawatan, kata seorang mangsa keganasan polis pada perhimpunan Bersih 3.0 semalam, Mohamad Hanif Jamin.

Bercakap kepada Keadilan Daily, pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) itu percaya ia kerana beliau memakai baju kuning walaupun tiada perkataan Bersih.

"Saya hanya berbaju Harimau Muda dan hadir kerana sokong tuntutan rakyat untuk mendapatkan pilihan raya bersih dan adil.

"Malangnya, saya dipukul, dimaki dan diheret hingga tersungkur sebelum polis membelasah saya beramai-ramai di tangga menuju KTM Bank Negara," katanya.

Beliau cedera di kening, bibir berdarah dan bengkak di muka, pinggang dan tulang belakang selain rusuk kiri terpaksa di x-ray.

"Seorang doktor keturunan India cuba menghulur bantuan kepada tetapi dihalau polis," katanya yang berterima kasih kepada lelaki itu.

Beliau yang dapat melarikan diri, kemudian menaiki KTM dan mendapatkan rawatan di sebuah klinik dan Hospital Serdang selain membuat laporan polis.

"Malangnya, polis enggan menerima laporan perubatan itu dan arahkan saya buat rawatan di hospital lain," katanya lagi.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=29694



SOLAT BERGARI DI NEGARA ISLAM ATAU NEGARA PEMIMPIN MAKAN KOMISYEN KAPAL SELAM

Posted: 30 Apr 2012 07:05 PM PDT

Alhamdulillah kita bersyukur kepada Allah yang masih menjaga solat walau dimasa darurat begini.
Teman bersama lebih 350 OKT masa tu telah dikumpulkan depan pintu masuk Kelab Diraja Selangor. Masa dah masuk waktu asar kami semua bersolat atas jalan raya bertar itu dengan ada yang bertayamum dan ada yang ambil air sembahyang guna air mineral dalam botol. Ada yang lapik tempat sujud dan ada muslimat solat tanpa telekung kerana solat itu wajib kena buat walau masa macammnapun. Walaupun dalam negara Islam, polisnya islam dan menteri bertanggungjawab Islam namun untuk layanan solat memang tahap terendah diberikan. Mereka (polis) dengan berpakaian cantik nampaknya tak nampak bila nak solat , mungkin menjaga kami lebih wajib dari kewajipan setiap yang beragama Islam.Pakar Undang-undang Aziz Bari dan peserta yang sudah tua dan berjubah dan berserban dan ada seorang Unit Amal semua menunaikan solat di atas jalanraya tersebut.
Mohon sapa ada foto bleh paparkan diblog.Inilah layanan solat LOW CLASS oleh Pmimpin BN yang majoriti beragama Islam dam telah beria-ia istihar negara Malaysia adalah negara Islam.
Cuma bila di PULAPOL adalah sikit kelas atau tahap ok menghormati peserta yang beragama Islam di mana didirika tempat solat sementara di atas padang kawat PULAPOL denagn dikelilingi kawat berduri...macamlah kami nak lari .

KENAPA DENGAN ANAK MUDA NI? MEREKA DITANGKAP DENGAN TANGAN TERIKAT, SEDANG BERSOLAT MENGADAP ALLAH DENGAN TANGAN DIIKAT...SUBHANALLAH...
Sudah tentu hantu dan pencacai UMNO dan ahli BN tidak percaya kecuali macam S/U UMNO bernama Zaharin yang tahu buruknya perangai polis masa itu.
Ketua Polis Negara dan Menteri Dalam Negeri sepupu PM mesti kata polis bertindak profesional, BN tahu ke beza profesional dengan tidak rasional?





BERSIH 3.0 AMAT BERJAYA! BN WAJAR SERAH KUASA SEBELUM RAKYAT MENENGAH DUDUK MERATA

Posted: 30 Apr 2012 03:25 PM PDT

Kerajaan perlu diubah sebelum pilihanraya atau serah kuasa pada raja.

Perhimpunan ini menyaksikan pertambahan kesedaran rakyat yang sistem pemilihan dalam pilihanraya Malaysia di bawah pentadbiran BN wajar diubah dan tidak boleh mana pihak untuk melakukannya dengan sewenang-wenangnya.
Dalam perhimpunan lepas, daripada jumlah peserta yang melebihi 250,000 orang rakyat, kita dapat lihat dengan jelas penyertaan dari berbilang kaum dan yang lebih penting yang perlu kita fahami, ianya merupakan penyertaan daripada kumpulan kelas menengah yang begitu besar serta kesedaran golongan muda yang menakjubkan.

Biasanya kelas menengah ini akan mengikut sahaja apa yang dilakukan oleh pemerintah dan banyak negara bergantung kepada sokongan kelas menengah untuk mengekalkan kuasa. Seandainya kelas menengah mula melawan arus, maka tidak ada negara akan kekal dan tidak ada negara yang boleh mempertahankan sistem yang lazim mereka amalkan. Di dalam perhimpunan BERSIH 3.0 yang lalu, kita dengan jelas dapat melihat dan menyaksikan dengan nyata kumpulan kelas menengah begitu ramai tampil memberikan sokongan terhadap penganjur perhimpunan aman ini walaupun orang tidak sangkal dengan penyertaan ahli PAS.

Jangan terkejut jika kerajaan BN hari ini akan terpaksa menerima hakikat yang mereka terpaksa mengaku kalah dan mengalah kerana waktu untuk melakukan pembetulan terhadap siasah negara sudah sampai, dan ia tidak lagi dapat dihalang. Itulah sebabnya penganjur perhimpunan Bersih ini berhak untuk mengisytiharkan yang Bersih 3.0 ini amat berjaya dan telah mencapai kejayaan yang melebihi jangkaan awal. Ini adalah kerana penganjuran Bersih kali ini telah berjaya mengetuk pintu hati mereka-mereka dalam golongan kelas menengah ini.

BN/UMNO dan kita semua mesti akui di dalam sesebuah negara, kelas menengahlah yang akan merasakan kebahagian atau keperitan hasil daripada sesuatu dasar kerajaan dan perlaksanaannya. Negara yang stabil politiknya seperti di England, kelas menengahlah yang menjadi benteng kepada kestabilan keadaan politik negara itu. Golongan ini merupakan lebih daripada 80% rakyat negara itu. Golongan yang terkaya hanya melibatkan kurang dari 10% dan selebihnya daripada golongan yang miskin dan berpendapatan rendah.

Ini pun tujuan dan matlamat kewujudan DEB dahulu, iaitu untuk membina golongan kelas menengah yang besar bagi mencapai matlamat kestabilan negara yang menjadi laluan untuk pencapaian matlamat kita yang 'ultimate', iaitu perpaduan nasional. Pelaksanaan matlamat ini pada awalnya telah mencapai kejayaan tetapi DEB itu sendiri telah diabaikan sejak pertengahan 80-an, maka setelah hampir tiga dekad kita sedang merasakan hangat radang hasil dari terbantutnya pembinaan kelas menengah yang kuat dan jitu.

Tun Mahathir telah melahirkan kumpulan kecil yang mengaut untung dari projek mega zamannya.Rasuah dan salahguna kuasa berlarutan dan pimpinan kerajaan terlalu dipengaruhi oleh kumpulan kecil 'warlords' yang berpengaruh. Itulah sebabnya selalu dikatakan yang pemimpin-pemimpin besar kita sekarang telah mengalami ketagih kepada amalan rasuah yang besar-besar. Dasar untuk memberikan peluang yang 'equitable' kepada rakyat sudah lama diabaikan dan matlamat DEB untuk mencapai tahap 30% kekayaan untuk bumiputra itu dah jauh tersasar dan sesungguhnya sudah dilupai dan tidak akan dapat dicapai sehingga bila-bila kecuali diberi peluang dan ruang secara demokratik kepada Pakatan Rakyat.

'Pemberontakan' golongan menengah ini terhadap pemerintah sudah jelas setelah mereka bersabar menunggu pembetulan kepada dasar perlaksanaan kepada sistem 'ultra-capitalist' yang dibentuk serta diwujudkan oleh dasar-dasar yang songsang dan tidak bermunafaat kepada rakyat dan negara. Kerajaan hanya mendengar rintihan golongan ini dengan sambil lewa sahaja dan mereka (pemimpin) berpendapat bahawa mereka boleh memulihkan rintihan mereka dengan membeli perasaan mereka dengan BR1M sebanyak RM500 sahaja.

Di kalangan lebih dari 250,000 orang dalam perhimpunan Bersih 3.0 Sabtu lalu, adalah mereka yang kebanyakan telah menerima BR1M RM500 itu. Mereka tahu mereka sedang dicuba oleh kerajaan BN untuk membeli sokongan dan perasaan mereka dengan wang ringgit. Itu pun kerajaan masih lagi belum sedar yang rakyat tidak lagi boleh dibeli dengan wang ringgit. Pengumuman Muhyiddin dan Najib bahawa kerajaan akan sekali lagi memberikan BR1M berjumlah seribu ringgit seorang tidak akan menambahbaikan keadaan dan jika dianjurkan sekali lagi perhimpunan Bersih 4.0 sudahtentu rakyat pun percaya lebih dari 500,000 rakyat akan keluar beramai-ramai untuk menyokong Bersih 4.0.

Jika SPR yang dipengerusikan dan bertimbalankan berahli UMNO masih tidak bertanggungjawab, tidak mustahil satu juta manusia akan berkumpul sekali lagi dalam perhimpunan Bersih 4.0 pula.
Akhirnya sebaiknya sebelum akhir tahun 2012 ini sewajarnya kerajaan sekarang menyerahkan sahaja kuasa sementara kepada Yang diPertuan Agong untuk membentuk kerajaan sementara bagi memulakan pentadbiran negara yang baru. Kita tidak dapat mengetahui apa yang akan berlaku jika rakyat dan kerajaan terus menerus bertembung seperti yang kita lihat pada hari Sabtu 28 April 2012 yang lalu.



SAKSIKAN SENDIRI BAGAIMANA PULUHAN POLIS MERATAH ORANG AWAM ATAU RAKYAT JELATA!


BN NAJIB PERLU INGAT, RAKYAT KELAS MENENGAH BUKAN SEDAR SAHAJA TAPI DAH BANGIT SECARA FIZIKAL MENYERTAI BERSIH 3.0 YANG LALU, ADAKAH KAMU NAK TUNGGU ?

Pemuda Guchil

Posted: 01 May 2012 09:24 AM PDT

Pemuda Guchil


Kantoi...Gambar Polis Wanita Pakai T-Shirt Bersih Pengsan..

Posted: 01 May 2012 01:23 AM PDT

Pengerusi SPR letak jawatan atau Bersih 4.0

Posted: 01 May 2012 12:58 AM PDT

Usus ibu 50 tahun pecah dipijak polis

Posted: 01 May 2012 12:57 AM PDT

Poll Yahoo: Polis punca keganasan

Posted: 01 May 2012 12:55 AM PDT

Jasindaily Online

Posted: 01 May 2012 09:20 AM PDT

Jasindaily Online


Polis paksa perempuan buka baju Bersih ketika mahu solat Maghrib

Posted: 01 May 2012 09:02 AM PDT

KUALA LUMPUR: Polis memaksa perempuan yang memakai baju Bersih menanggalkannya ketika mahu menunaikan solat Maghrib, kata Pengerusi Srikandi KEADILAN, Siti Aishah Sheikh Ismail.

Mengecam arahan yang dibuat di Masjid Jamek, beliau yang berada di situ menyifatkannya sebagai sangat biadab dan tidak menghormati martabat wanita."Wanita ini ke Masjid untuk solat Maghrib, ada antara mereka berehat sambil menunggu LRT dibuka. Masa itulah, sekumpulan polis meluru masuk ke masjid beramai-ramai.

"Polis ugut wanita agar buka baju atau kena tangkap," katanya kepada Keadilan Daily dan beliau sedang mengumpul bukti lengkap berkaitan insiden itu."Semalam, mangsa menemui saya dan memberitahu bersedia memberi bukti video berhubung kebiadaban polis itu.
"Saya masih menunggu bukti dalam bentuk gambar dan video dari sekumpulan wanita yang dipaksa membuka baju," katanya lagi.Difahamkan, ketika kejadian beberapa LRT termasuk Masjid Jamek dan stesen Bandaraya dihenti operasi dipercayai bagi menghalang sebahagian peserta Bersih merakam adegan keganasan polis kepada peserta sekitar kawasan itu.

Short URL: http://www.keadilandaily.com

Saksi kejadian kereta polis diterbalik cerita kisah sebenar

Posted: 01 May 2012 09:01 AM PDT

Aedi Asri
Seorang saksi kejadian kereta polis diterbalik berhampiran kompleks membeli belah Sogo semalam, menceritakan hal sebenar kepada Keadilan Daily.Muhammad Nasrul Alam Ash'ari, 23, berkata, beliau nampak sebuah SUV polis datang dari belakang dengan laju dan tanpa hon hingga hampir melanggar ambulans dan demonstran.

Selepas itu, beliau berkata, sebuah kereta Waja polis muncul dari arah sama – laju dan tanpa hon – menyebabkan kebanyakan demonstran terkejut lari ke tepi jalan.Reaksi spontan akibat pemanduan itu, katanya, menyebabkan demonstran marah hingga ada yang membaling botol plastik sambil menjerit meminta polis perlahankan kenderaan."Kereta itu kemudian terbabas ke sebelah kanan, melanggar kaki lima dan pokok, sebelum merempuh tiga demonstran yang berada di situ.

"Seorang terpelanting ke tepi, seorang lagi tersepit badan di celah-celah bahagian enjin yang sedia kemek," katanya ketika dihubungi.Nasrul bagaimanapun tidak pasti keadaan seorang lagi yang turut dilanggar berikutan suasana kelam kabut ketika itu.Beliau berkata, sebilangan demonstran mengusung lelaki yang terpelanting ke ambulans sementara sebilangan lain membawa keluar seorang polis dari kereta itu."Lelaki yang terpelanting itu cedera di mulut dan perut tetapi saya tidak pasti sejauh mana teruknya kecederaan mangsa.
Katanya, anggota polis itu kemudian dibawa ke ambulans sama dan pada masa itulah kereta dialih dengan menterbalikkannya untuk menyelamatkan mangsa yang tersepit itu.

Ketika berbuat demikian, Nasrul berkata, sebilangan anggota polis dilihat menuju ke tempat kejadian, menyebabkan ramai lari bertempiaran termasuk beliau."Apabila kembali ke situ, kereta sudah pun diterbalikkan dan sejumlah anggota polis sedang menangkap demonstran yang memakai baju Bersih," katanya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com

‘Polis halang doktor rawat selepas pukul saya’

Posted: 01 May 2012 08:59 AM PDT

Saya dipukul hingga cedera tapi polis enggan benarkan doktor memberi rawatan, kata seorang mangsa keganasan polis pada perhimpunan Bersih 3.0 semalam, Mohamad Hanif Jamin.Bercakap kepada Keadilan Daily, pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) itu percaya ia kerana beliau memakai baju kuning walaupun tiada perkataan Bersih."Saya hanya berbaju Harimau Muda dan hadir kerana sokong tuntutan rakyat untuk mendapatkan pilihan raya bersih dan adil.

"Malangnya, saya dipukul, dimaki dan diheret hingga tersungkur sebelum polis membelasah saya beramai-ramai di tangga menuju KTM Bank Negara," katanya.Beliau cedera di kening, bibir berdarah dan bengkak di muka, pinggang dan tulang belakang selain rusuk kiri terpaksa di x-ray."Seorang doktor keturunan India cuba menghulur bantuan kepada tetapi dihalau polis," katanya yang berterima kasih kepada lelaki itu.

Beliau yang dapat melarikan diri, kemudian menaiki KTM dan mendapatkan rawatan di sebuah klinik dan Hospital Serdang selain membuat laporan polis."Malangnya, polis enggan menerima laporan perubatan itu dan arahkan saya buat rawatan di hospital lain," katanya lagi.
Short URL: http://www.keadilandaily.com

‘Mak pengsan akibat dipijak, diterajang polis’

Posted: 01 May 2012 08:57 AM PDT

Masdar Wahid

"Dahi mak koyak, ususnya pecah dipijak sekumpulan polis berpakaian preman," kata Khalid Ismeth, anak kepada Faridah Abdul yang parah akibat dizalimi pihak berkuasa itu pada perhimpunan Bersih 3.0.

Bercakap kepada KeadilanDaily, pemimpin Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen(Kami) itu hairan mengapa ibunya menjadi sasaran kerananya ibunya sudah berusia 50 tahun.Beliau yang mengetahui hal ini selepas diceritakan kakaknya, Nurul Hanilah yang menyaksikan kezaliman itu, berkata, ia berlaku selepas ibunya jatuh di depan pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

"Ibu mahu lihat kebangkitan anak muda. Sebab itu beliau hanya lihat situasi dari perkarangan pejabat DBKL, malah ibu bukan berbaju kuning," katanya.Ibu Khalid kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan menerima tujuh jahitan di dahi manakala ususnya mungkin dibedah selepas dipijak dan diterajang sekumpulan polis yang memakaki kasut but keras.

"Ibu hanya boleh minum air, sukar bercakap dan terpaksa dimasukkan air ke badan 24 jam tanpa henti kerana tubuhnya sangat lemah tapi masih bersemangat berkempen menolak Umno BN kepada staf perubatan."Doktor beritahu ibu mungkin dibedah kerana ususnya cedera serius," katanya yang menemani ibunya sepanjang hari ini.Keputusan mengenai pembedahan itu, katanya diketahui Khamis ini kerana doktor mahu melihat sejauh mana kerosakan usus.

Polis mirip Zionis Israel – Dewan Pemuda PAS

Posted: 01 May 2012 08:54 AM PDT

Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Ismail Omar perlu bertanggungjawab ke atas insiden keganasan oleh anggotanya semasa himpunan Bersih 3.0 Sabtu lalu.Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Riduan Mohd Nor berkata, KPN jelas gagal memastikan perhimpunan berjalan aman dan mengawal anggota bawahannya dengan baik sehingga ramai orang awam termasuk wartawan cedera dipukul."Tindakan PDRM adalah tindakan ganas amat keterlaluan dan ia mirip Zionis Israel terhadap rakyat Palestin.

"Apa yang disaksikan melalui video yang diambil oleh orang ramai membuktikan pihak polis terlebih dahulu membuat provokasi dan membelasah orang ramai yang ditangkap dengan sesuka hati."Mereka juga bertindak ganas menangkap dan memukul peserta Bersih dua jam selepas perhimpunan bersurai," katanya dalam satu kenyataan.Riduan berkata, tindakan kejam polis menunjukkan PDRM dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mungkir janji meskipun pada awalnya mereka berjanji untuk membenarkan perhimpunan Duduk Bantah ini berlangsung aman.
"Jika orang awam yang ditohmah menceroboh Dataran Merdeka menjadi sebab tindakan ganas polis, mengapa orang ramai lain yang berkumpul di lokasi luar dari Dataran Merdeka menjadi mangsa?
"Mengapa ribuan orang awam lain mesti menjadi mangsa keganasan ini? Sepatutnya mereka yang menceroboh Dataran Merdeka sahaja ditangkap, bukan mereka yang berkumpul di merata-rata kawasan lain?" soal beliau.

DPPM turut sedih kerana polis menjadikan orang awam termasuk kanak-kanak, wanita dan warga emas sebagai mangsa.Kata Riduan, PDRM gagal mengenal pasti yang mana rakyat bawahan yang perlu dilindungi, dan yang mana penjenayah yang perlu diperangi."DPPM yakin, jika polis tidak mengambil tindakan apa-apa (provokasi) perhimpunan Bersih 3.0 berlangsung aman dan tenteram."Berikutan itu, DPPM mendesak KPN bertanggungjawab ke atas insiden ini dengan meletak jawatan serta merta," kata Riduan.

Polis halang wartawan wanita rakam gambar polis pukul peserta

Posted: 01 May 2012 08:53 AM PDT

Wartawan wanita dari portal Merdeka Review, Chen Shaua Fui dikasari polis semasa beliau sedang merakam gambar anggota polis memukul peserta perhimpunan di sebuah restoran di Jalan Tun Perak.

Dalam kejadian jam 7.30 malam Sabtu lalu itu, Chen dilapor berkata, polis cuba merampas kamera selain kad media dan menendang kad pengenalannya.Katanya, anggota polis terbabit mengheret dua peserta berkenaan yang sedang makan dan memukul individu berkenaan."Saya ingin merakam gambar tetapi diberi amaran oleh polis supaya tidak berbuat demikian, jadi saya tak (rakam gambar).

"Kemudian mereka pergi ke restoran lain di mana dua orang yang lain sedang makan. Polis tersebut meminta mereka menanggalkan baju mereka, menahan dan memukul mereka.
"Saya mahu rakam foto dan ketika itulah mereka pegang saya," katanya, lapor Malaysiakini.
Menurut Chen, salah seorang anggota berkenaan memegang tangan kanannya manakala seorang lagi memegang tangan kirinya.

Sementara itu, wartawan Al Jazeera, Harry Fawcett turut dikasari 10 hingga 15 polis berpakaian seragam ketika beliau bersama jurukameranya, Ray Nones cuba merakam tindakan anggota berkenaan ke atas sekumpulan peserta himpunan.Fawcett berkata, beliau melihat tiga anggota polis memegang seorang lelaki dan pada masa sama, seorang polis itu menendang lelaki berkenaan.
Short URL: http://www.keadilandaily.com

Saya dipukul, kepala saya ditendang polis – Peserta

Posted: 01 May 2012 08:52 AM PDT

Seorang peserta himpunan Bersih 3.0 nyaris hilang penglihatan apabila beliau dipukul sementara kepala dan lehernya ditendang sekumpulan polis.Menceritakan pengalaman ngeri di Jalan Tun Perak petang Sabtu lalu, Adrian Low, 38, mengalami kecederaan di bahagian muka dan leher, hilang penglihatan buat sementara waktu di bahagian mata kanan dan juga terdapat kesan tapak kasut di belakangnya.

"Saya berada di bahu jalan di Jalan Tun Perak pada anggaran 6 petang. Saya cuba menghantar mesej kepada rakan-rakan apabila polis menyerbu ke arah peserta perhimpunan di Masjid Jamek."Seorang pegawai polis tampil dan memberitahu bahawa saya ditahan. Saya bertanya apakah dakwaan kesalahan, namun beliau tidak mahu menyatakannya. Saya tidak mahu melawan jadi saya hanya mengikut beliau," katanya dipetik Malaysiakini.

"Kemudian sekumpulan polis menyerang saya. Mereka memukul dan menolak saya ke tanah dan terus menendang kepala dan leher saya. Tindakan itu berlarutan untuk beberapa minit."Telefon bimbit saya jatuh ke tanah ketika saya dipukul dan kini hilang."Mereka mengheret saya ke Dataran Merdeka dan ketika perjalanan itu, polis lain tiba dan menumbuk dan menendang saya," jelas Adrian dalam sidang media semalam.Peserta lain turut mengalami cedera parah, mata lebam, mata berdarah dan ada juga mengalami lebam di dahi.Alex Lee, 27, mengalami kecederaan di mata kanan dan telinga kirinya, selain lebam di bahagian badan.

"Pada kira-kira 7.30 petang, saya berada di restoran mamak untuk makan malam bersama kira-kira tujuh atau lapan orang kawan. Kira-kira sepuluh orang anggota polis masuk dan mengancam untuk menahan kami kerana memakai kemeja-T berwarna kuning.
"Mereka tidak memakai tanda pengenalan diri. Mereka menyuruh kami membuka kemeja-T berkenaan kerana perkara itu menyalahi undang-undang."Mereka tanya jika saya sedang makan di situ. Saya bertanya kembali jika itu menjadi masalah.Kemudian mereka mula memukul saya. Mereka hanya melepaskan saya selepas saya menanggalkan kemeja-T saya," katanya dipetik.

Fazwan Yusof, 23, pula mengalami kecederaan di kedua-dua matanya dan lebam di pipi kanannya."Saya berada di Masjid Jamek pada kira-kira jam 7 petang apabila polis memberitahu kami supaya bersurai. Ketika berada stesen LRT untuk mendapatkan tren, saya dan tiga orang rakan melihat seorang wanita sedang ditendang, jadi kami melarikan diri."Polis berkenaan mengejar dan menangkap kami. Kami digari dan dipukul di lorong berhampiran stesen LRT," jelas beliau.Turut menjadi mangsa, Nurul Armani, 28, mengalami lebam di bahagian belakang dan bahu kiri.

"Saya berada bertentangan dengan stesen LRT Masjid Jamek pada kira-kira 5.30 petang dan cuba melarikan diri daripada gas pemedih mata. Saya memakai kemeja-T kelabu."Kira-kira 10 orang polis menarik rambut saya dan menendang saya, jadi saya jerit "polis ganas."Seorang pegawai polis menampar saya dan menyuruh saya diam sebelum mengarahkan seorang pegawai wanita menahan saya," katanya dipetik.

‘Kalau Najib datang, saya baling selipar’ – Mangsa keganasan polis

Posted: 01 May 2012 08:50 AM PDT

Oleh Masdar Wahid
"Jangan benarkan Datuk Seri Najib Razak datang ke sini, kalau dia datang juga, saya akan baling (dia) dengan selipar," kata Faridah Abdul, 50, mangsa keganasan polis.
Demikian respon Faridah ekoran tindakan Najib meredakan kemarahan rakyat ekoran tindakan ganas polis terhadap peserta Bersih 3.0  Sabtu lalu.
"Semalam, Najib dan beberapa Menteri Kabinet mahu datang melawat dan saya beritahu, saya tidak mahu dia datang ke sini, kalau datang juga, saya akan baling selipar padanya.
"Kalau dia pemimpin rakyat, mengapa nak lawat saya sahaja, lawatlah juga pesakit lain, nampak sangat tujuan Najib untuk kepentingan politik, saya tidak akan maafkan Najib dan kerajaan Umno BN akibat tindakan ganas ini," katanya geram.
Menceritakan detik-detik cemas itu, Faridah berkata, sebelum beliau terjatuh, sekumpulan polis berpakaian preman menjerit 'Anwar arah baling pada polis' yang disifatkannya bertujuan provokasi kepada peserta himpunan.
"Saya juga hairan kenapa ada sekumpulan berbaju Bersih dari atas bangunan yang membaling asap kepada peserta dan ini pastinya adalah SB (Pegawai Cawangan Khas) yang menyamar.
"Begitu juga yang memijak saya, anak saya melihat mereka bukan orang biasa kerana kasut yang dipakai berwarna hitam dan jarang-jarang dilihat," katanya yang cedera di kedua belah tangan dan menerima jahitan di kening kanan semasa ditemui di Hospital Kuala Lumpur hari ini.
Hadir dalam lawatan itu, Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar, N Surendran dan Datuk Chua Jui Meng yang juga bekas Menteri Kesihatan. Turut serta, Pengarah Guaman, Latheefa Koya.
Menurut Faridah, beliau akan berbincang mengenai perkara itu bersama keluarganya sebelum menyaman kerajaan Malaysia.
"Semasa Datuk Seri Shahrizat Jalil datang semalam, saya juga beritahu padanya yang saya akan saman dan beliau beri respon akan siasat.
"Saya jawab balik, siasat apa kalau Hakim pun kamu punya, saya nak panggil dia 'Lembu' tak sampai hati, tapi saya layan dia sebagai tetamu," kata Faridah lagi.

55 tahun keganasan polis tak pernah berubah – Mapim

Posted: 01 May 2012 08:49 AM PDT

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menyelar pemimpin kerajaan yang memperalat polis apabila berhadapan kemarahan rakyat hanya kerana mahu mengekalkan kuasa secara jijik.

Menyifatkan tindakan polis menggunakan kekerasan terhadap peserta Bersih 3.0, sama seperti dilakukan dalam perhimpunan sebelum ini, memberikan interpretasi kepada rakyat bagaimana agensi itu dijadikan kuda tunggangan kerajaan.

Menurut Setiausaha Agungnya, Mohd Azmi Abdul Hamid, tindakan ganas polis itu tidak pernah berubah sejak zaman penjajah hingga 55 tahun selepas merdeka yang masih sama.
"Tindakan ganas polis selalunya dijustifikasi oleh pihak atasan dan pemimpin parti politik pemerintah. Akhirnya rakyat jugalah yang dipersalahkan. Kadang-kadang menambahburukkan lagi polis yang berpakaian awam turut bertindak ganas membelasah dan menangkap orang ramai secara rambang.

"Dari barat hingga timur, tidak ada beza polis dalam bertindak, yang mereka tahu membelasah, memukul dan menembak ke arah pendemonstran yang tidak bersenjata," katanya pada kenyataan.

Tambah beliau, kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menyebelahi polis dengan kenyataan 'dangkal' sengaja menghina rakyat."Kenyataan Perdana Menteri mengatakan bahawa polis yang menjadi mangsa bukan peserta demonstrasi adalah kenyataan yang menghina puluhan rakyat yang dipukul tanpa belas kasihan."Bila beliau mengatakan semua pihak jangan membuat rumusan sebelum siasatan dilakukan, bermakna beliau juga sepatutnya tidak dengan mudah menuduh mereka yang berdemonstrasi dengan kata-kata keras," katanya.

Bersih 3.0: Keganasan polis seperti zaman Hitler dan Stalin – Anwar

Posted: 01 May 2012 08:48 AM PDT

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan keganasan Kerajaan Umno BN terhadap peserta Bersih 3.0 menyerupai pemerintahan kuku besi pada zaman Adolf Hilter di Jerman dan Stalin di Kesatuan Soviet.

Beliau berkata, Umno BN tidak mempeduli tuntutan rakyat untuk mendapatkan pilihan raya bersih, sebaliknya menjadikan mereka mangsa keganasan.
"Pemerintahan kuku besi di mana-mana sahaja tidak akan menyebut punca kemarahan rakyat, tidak mempeduli tuntutan rakyat tetapi menjadikan rakyat sebagai mangsa.
"Ia sama seperti pada zaman Hitler, Starlin, Burma (sebelum ini). Mereka yang membantah akan menjadi penjenayah, (manakala) penindas dianggap bersih," katanya pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN hari ini.
Anwar berkata, kejayaan perhimpunan Bersih 3.0 menarik ratusan ribu rakyat hadir merupakan hari 'merdeka' rakyat.
Beliau berkata, kehadiran rakyat diibarat pesta yang dahagakan kebebasan dan pilihan raya adil.
"Lebih 300,000 rakyat hadir menuntut pilihan raya adil dan bebas. Dengan satu suara, anak muda, wanita, rakyat biasa dari semua kaum dan (lapisan) umur datang dengan kekuatan dan semangat untuk menuntut kebebasan dan mahu keadilan ditegakkan.
"Mesej mereka jelas, negara merdeka tidak boleh memperhamba dan memperbodohkan rakyat. Bersih 3.0 adalah impian rakyat Malaysia bahawa keabsahan pemerintah sekarang dan masa depan mestilah diputuskan melalui demokrasi yang bersih," katanya.

Hadir sama dalam sidang media itu, Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Timbalannya, Azmin Ali; Naib Presiden, Tian Chua serta bekas veteran Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

Peguam pemerhati Turut Dibelasah

Posted: 01 May 2012 08:45 AM PDT

Seorang peguam pemerhati turut diserang anggota polis yang kemudian memukulnya selepas ditahan.Mohd Haijan Omar dalam perjalanan ke Reggae Mansion Hostel di Jalan Tun HS Lee ketika melihat beberapa polis mengejar peserta perhimpunan sekitar jam 7.00 petang.Beliau kemudian ditegur seorang anggota polis itu sebelum dikejar.
Mohd Haijan memakai baju berwarna kuning dan selapis baju berwarna putih ketika perhimpunan itu berlangsung.Beliau membuka helaian baju putih kerana dalam perjalanan pulang ke rumah dan bimbang ia mungkin menyebabkannya dipukul polis.Peguam Lawyers for Liberty itu menambah, dua anggota polis itu terus memukulnya walaupun selepas menyatakan beliau seorang peguam.
Kemudian, katanya, tiga anggota polis tiba dan memukulnya walaupun beliau sudah ditahan, malah turut dipukul dua lagi anggota polis ketika dibawa ke Dataran Merdeka.Beliau luka di bahagian mata kiri, bengkak di rahang dan lebam di tubuh.

Kartunis dipukul, dipijak

Posted: 01 May 2012 08:43 AM PDT

Kartunis Cepoi atau nama sebenarnya Md Amin Osman, 42, diheret, dipukul dan dipijak di muka oleh polis meskipun bersurai selepas himpunan Bersih 3.0.

"Kejadian jam 7 malam di kedai mamak dekat Lebuh Ampang, polis yang beruniform menyerbu masuk dan menangkap siapa saja yang pakai baju kuning.
"Saya ditarik keluar ketika sedang makan. Kemudian ditiarapkan ke lantai, dipijak di badan dan di muka. Ada polis ambil kesempatan tendang dan tumbuk," katanya kepada KeadilanDaily.
Beliau berkata, kamera Nikon E500 miliknya bernilai RM2,600 dirampas dan dipecahkan manakala kad memorinya dibuang.
Cepoi yang menyertai semua himpunan Bersih sejak 2007 tetapi mengakui polis kali ini lebih zalim, malah sehingga dibawa ke Pulapol jam 8.30 malam, beliau bersama 20 lagi tahanan tidak diberi rawatan.
"Muka saya bengkak. Tapi ada yang lebih teruk. Berdarah-darah. Ada juga warga tua. Tapi, ini tidak melunturkan semangat saya untuk terus berjuang," katanya.

Tunaikan 8 tuntutan atau berdepan Bersih 4.0

Posted: 01 May 2012 08:42 AM PDT

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendesak pentadbiran Datuk Seri Najib Razak menunaikan segala tuntutan Bersih atau bakal berdepan himpunan lebih besar dari Bersih 3.0.
Beliau mengulas kejayaan Bersih 3.0 menyaksikan lebih 300,000 rakyat pelbagai kaum hadir menjayakan himpunan itu di Kuala Lumpur."Jika tuntutan rakyat kekal tidak didengar, kita sedia menganjur himpunan lebih besar dengan jumlah berganda berbanding Bersih 3.0 sehingga protes kita terhadap kekotoran pilihan raya diterima," katanya dalam kenyataan.

Sehingga kini, pentadbiran Najib hanya bersedia mengguna dakwat kekal dan ia hanya satu dari lapan tuntutan Bersih.Tujuh lagi tuntutan Bersih yang ditolak Najib termasuk enggan membersihkan daftar pemilih, mereformasikan undi pos, masa kempen minima 21 hari, akses media bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan politik kotor.
"Kepada pentadbiran Najib, saya mengingatkan segera melakukan perubahan dalam demokrasi di negara kita."Segera bersihkan daftar pemilih, bebaskan media dan lain-lain amalan demokrasi dan jangan tulikan telinga," katanya lagi.

Rekod buruk Ketua Polis Negara bermula

Posted: 01 May 2012 08:40 AM PDT

Pimpinan KEADILAN melabelkan tindakan ganas polis dalam menahan peserta perhimpunan pada demontrasi membantah kenaikan tarif air pada 5 Disember 2010 lalu, sebagai 'rekod buruk pertama Ketua Polis Negara (KPN) yang baru".

Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin,menyifatkan penangkapan yang dilakukan polis membuktikan tahap sebenar ketelusan dan kebertanggungjawaban PDRM dalam melaksanakan tugas mereka.
Pada 5 Disember lalu terdapat dua kumpulan peserta demo berhimpun di Kuala Lumpur., satu kumpulan terdiri daripada warga Selangor yang membantah cadangan menaikkan tarif air sebanyak 37 peratus oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) sementara satu lagi kumpulan menggelar diri mereka Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps).
"Insiden buruk ini mencalarkan integriti PDRM dan kredibiliti KPN baru, Tan Sri Ismail Omar. Rekod buruk pertama KPN ini membuktikan polis masih berterusan mengamalkan sikap "double standard" dalam melaksanakan tugas.
"Ini menguatkan lagi dakwaan bahawa semua institusi kerajaan kini, termasuk PDRM dan FRU diperkudakan demi kepentingan politik BN-Umno," kata Zuraida.
Beliau merujuk kepada tindakan polis mengasari peserta demo menentang kenaikan harga air sehingga ada yang mengalami patah kaki dan peserta wanita pengsan disembur gas pemedih mata. manakala peserta demo Gaps yang didalangi Perkasa serta Pemuda Umno tidak pula ditangkap atau diapa-apakan.
"Warga Selangor yang ingin menuntut keadilan telah ditahan dan disekat secara ganas dengan menggunakan water cannon dan gas pemedih mata, sebaliknya Gaps yang lebih jelas berunsur perkauman dan mencetuskan provokasi dibenarkan berhimpun dan melakukan huru-hara," kata Zuraida lagi.
"Profesionalisme PDRM juga layak dipersoalkan kerana bersikap biadap dengan tidak menghormati Masjid Negara sebagai sebuah premis rumah ibadah apabila berterusan gas pemedih mata dilepaskan di perkarangan masjid hingga menjejaskan orang awam yang bersolat," demikian kata Zuraida membidas PDRM yang menceroboh perkarangan Masjid Negara untuk bertempur dengan peserta demo.
Tindakan polis yang ganas juga bertentangan dengan impian meletakkan Malaysia di mata dunia sebagai negara yang mendahulukan rakyat.
"Perlakuan ganas pihak berkuasa ini benar-benar memalukan Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi membangun, sekaligus bertentangan dengan hasrat untuk memartabatkan Malaysia sebagai sebuah negara bertaraf maju dan kerajaan yang mementingkan rakyat," katanya.

Kezaliman polis bukti negara dijajah Umno – Shuhaimi

Posted: 01 May 2012 08:40 AM PDT

Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, Shuhaimi Shafiei kesal tindakan zalim polis terhadap peserta perhimpunan Bersih 3.0 'Duduk Bantah' 28 April lalu.

"Dikesalkan tindakan PDRM (Polis Diraja Malaysia) dalam menangani peserta perhimpunan yang bukan sahaja dihadiri warga tua, malah anak-anak kecil dengan tindakan pengecut dan bacul membedil gas pemedih mata dan menembak air kimia ke arah mereka; mirip benar seperti dilakukan polis Israel.

"Kezaliman PDRM dalam Bersih 2.0 rupanya diteruskan juga pada Bersih 3.0 walaupun Menteri Dalam Negeri sudah mengisyaratkan agar PDRM dapat bertindak sewajarnya berlandas kepada peraturan," katanya pada kenyataan.

Beliau berkata demikian mengulas insiden keganasan polis ke atas peserta dan golongan media.
Shuhaimi berkata, tindakan polis itu sama sekali tidak mengikut prosedur bahkan sengaja bertindak zalim kepada peserta membuktikan negara masih dijajah Umno."Tembakan gas rambang yang tidak disasarkan ke udara, malah ditujukan agak mendatar terus ke arah para demonstran, menyaksikan ratusan kecederaan, yang malangnya tidak mahu dimuatkan dalam berita arus perdana.

"Kalau dalam etika perang pun perkara yang dilakukan PDRM boleh dianggap keterlaluan dan zalim. Malah wakil antarabangsa yang dijemput Parlimen Malaysia termasuk daripada Pakistan dan Australia menganggap Malaysia 'jumud' dan 'keterbelakang' apabila melihat gerak gaya Umno BN," ujarnya.

Justeru itu, katanya KEADILAN Selangor akan menganalisa video dan gambar Bersih 3.0 bagi membuktikan kepada awam bahawa dakwaan polis mengatakan peserta bertindak liar adalah tidak benar."KEADILAN Selangor sedang dan akan terus menganalisa segala video dan gambar daripada pelbagai sumber untuk membuktikan kepada rakyat bahawa Bersih 3.0 adalah aman.

"Namun, 'amarah rakyat' dilihat sudah tidak dapat dibendung lagi. Sudah sampai masanya apabila kezaliman dan keganasan PDRM terhadap rakyat Malaysia berleluasa dan dibela oleh sang penguasa, rakyat pasti menghukum Umno BN dalam PRU 13 akan datang," katanya.

Bersih 3.0: Apa arahan Hisham kepada media

Posted: 01 May 2012 07:24 AM PDT


Naib Presiden PKR, N Surendran (gambar) meminta Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein mendedahkan dalam masa 24 jam butir-butir lengkap arahan yang diberikan kepada editor media pada 27 April berhubung Bersih 3.0.


Beliau menyatakan demikian sebagai merujuk kepada perhimpunan Bersih 3.0 dan keganasan pihak polis terhadap wartawan.

"Kami telah mendedahkan bukti bahawa arahan untuk mengganggu, menghalang dan menahan wartawan yang melaporkan tentang perhimpunan Bersih 3.0 datang dari peringkat tertinggi Kementerian Dalam Negeri," ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, pada 27 April, Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein Onn telah mengarahkan kesemua ketua editor akhbar-akhbar utama untuk datang bertemu beliau.

"Kami juga diberitahu bahawa semasa pertemuan tersebut, ketua-ketua editor diberi arahan tentang bagaimana melapor keadaan semasa perhimpunan Bersih 3.0 dan mereka juga diminta supaya tidak melaporkan kekejaman pihak polis," kata Surendran lagi.

Beliau berkata, pihak polis dengan jelas telah mengikut telunjuk Kementerian Dalam Negeri apabila pihak media yang sedang merakam aksi salah guna kuasa polis terhadap orang awam juga dikasari.

Tambahnya, tiada sebarang kenyataan dibuat sehingga kini oleh PM, Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara tentang keganasan tersebut.

Katanya lagi, jawapan Hishammuddin bahawa rampasan barang-barang wartawan adalah prosedur biasa pihak polis agak mengejutkan.

"Ini juga serangan yang serius oleh BN terhadap kebebasan akhbar.

"Di bawah sistem demokrasi kita, Menteri Dalam Negeri tidak mempunyai sebarang hak terhadap media tentang apa yang mereka boleh atau tidak boleh melaporkan," ujarnya.

Surendran berkata, dalih Najib dengan meminda PPPA 1984 untuk membenarkan kebebasan akhbar ternyata satu kepalsuan.

"Kami menyeru Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein untuk mendedahkan dalam masa 24 jam butir-butir lengkap arahan yang diberikan kepada media semasa mesyuarat itu," tegasnya yang juga seorang peguam.

Beliau seterusnya meminta Najib dan Hishammuddin menerangkan dan menjawab dakwaan layanan kejam dan salah guna kuasa polis terhadap media dan orang ramai pada 28 April.~ HRKH

Fitnah jahat bersiri menjelang PRU13 - Azmin Ali

Posted: 01 May 2012 07:20 AM PDT

Saya mengecam sekeras-kerasnya fitnah yang ditohmah ke atas diri saya bertujuan untuk mengaibkan saya dan keluarga. Fitnah jelek ini disebarkan oleh media yang dikuasai Umno yang memetik sumber blog pro Umno. Fitnah ini memaparkan seorang lelaki yang mereka tohmah sebagai saya bersama seorang wanita di dalam tandas.

Saya menafikan sekeras-kerasnya fitnah tersebut. Ianya adalah fitnah ulangan menggunakan modus operandi yang sama yang digunakan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Saya amat kesal memandangkan tindakan ini adalah fitnah bersiri terhadap saya dan keluarga selepas fitnah jijik ke atas isteri dan anak saya, disusuli dengan dakwaan pemilikan saham kemudiannya saya dituduh menghina Raja-Raja Melayu dan baru-baru ini saya ditohmah mencetuskan provokasi dalam Himpunan Aman Bersih 3.0. Sebelum ini saya dan isteri serta anak kecil saya telahpun melakukan ujian DNA sebanyak dua kali dalam bulan Julai 1998.

Kedua-dua keputusan ujian tersebut menempelak fitnah ke atas saya, isteri dan keluarga. Hasil ujian jelas menyebut serta mengesahkan saya dan isteri merupakan 'biological parent' kepada anak kami. Ujian DNA tersebut sekaligus memelihara maruah saya dan keluarga. 'The results from all three genetic loci show that the donor of blood specimen marked 'X' (putative father) is the biological father of the donor of the blood specimen marked 'Y' (child). '

 Namun Umno masih mengulangi fitnah kejam tersebut sepanjang 14 tahun ini walaupun bukti sudah jelas lagi nyata bahawa tuduhan mereka terhadap saya dan keluarga merupakan pembohongan semata-mata. Setelah kesemua fitnah tidak berjaya, mereka mengulangi skrip usang fitnah seks yang memualkan untuk mengaib dan mematahkan semangat saya. Fitnah jahat seperti ini diulang- ulang untuk membentuk persepsi rakyat terhadap maruah dan kredibiliti saya menjelang pilihan raya. Munculnya fitnah ini tatkala Umno dihimpit krisis keyakinan dan menjadi sasaran kemarahan rakyat selepas perhimpunan BERSIH adalah untuk mengalih pandangan rakyat dari isu sebenar iaitu isu penipuan pilihan raya dan penyelewengan dana awam.

 Saya ingin menegaskan bahawa saya tetap tuntas dengan perjuangan membawa obor reformasi demi rakyat. Saya menyeru kepada pimpinan Umno supaya menghentikan budaya politik fitnah yang boleh menghancurkan negara dan masyarakat. Saya akan terus bersama-sama pimpinan KEADILAN dan Pakatan Rakyat untuk menjana perubahan dan membawa kemenangan rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke 13.

Siapa Mulakan Onar ?

Posted: 01 May 2012 06:38 AM PDT








Konvoi Kebajikan ARC JASIN Sekitar Merlimau Pantai

Posted: 01 May 2012 06:26 AM PDT





























Siapa Lagi Ganas ?

Posted: 01 May 2012 05:57 AM PDT


kalau yang jaga keamanan tu kami sokong tapi yang siap bawak M16 nie pe citer der .. Yang nie yang kami tak sokong dan kami cukup tak berpuashati dengan "Profesional " anda encik polis yer


BBC News And Al-Jazeera on Bersih 3.0 - What the government doesn't want you to know

Posted: 30 Apr 2012 07:56 PM PDT



Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 01 May 2012 09:07 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Bang Mat Sabu di Jelebu 3 Mei 2012

Posted: 01 May 2012 07:12 AM PDT


CERAMAH UMUM
Pendedahan Bersih 3.0
Tarikh : 3 Mei 2012, Khamis
Masa : 9 mlm
Tempat : Kg Jambatan Serong,Ulu Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Penceramah :
- Tn Hj Mohamad Sabu
- Chegubard

Sebarang pertanyaan hubungi Aniff 013-3102082
Anjuran : PAS Kawasan Jelebu

Ketua cabang PKR Rasah direman

Posted: 01 May 2012 07:10 AM PDT


Ketua cabang PKR Rasah direman
1 Mei 2012

Naib presiden PKR N Surendran berkata seorang ketua cabang parti itu di Negeri Sembilan ditahan polis dalam satu operasi tengah malam tadi, dipercayai berhubung perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April.
Surendran berkata, ketua cabang PKR Rasah, R Thangam itu ditahan di kediaman lelaki berkenaan di Seremban.
Katanya beliau bercakap dengan Thangam pada tengah malam dan diberitahu bahawa lelaki tersebut berada di dalam trak polis untuk dibawa ke balai polis Dang Wangi.
Surendran berkata, beliau percaya bahawa penahanan itu berkait dengan dakwaan bahawa Thangam mengalihkan penghadang yang dipasang polis di Dataran Merdeka ketika perhimpunan itu berlangsung.
Thangam ketika dihubungi Malaysiakini pada kira-kira jam 8 malam semalam berkata beliau telahpun mendengar khabar angin berhubung penahanan itu.
Majistret Azmil Muntapha Abas hari ini membenarkan permohonan polis untuk menahan reman Thangam bagi membantu siasatan selama tiga hari.

mtdchenderoh

Posted: 01 May 2012 07:19 AM PDT

mtdchenderoh


KONVENSYEN RAKYAT PERAK

Posted: 30 Apr 2012 08:33 AM PDT


Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 01 May 2012 07:04 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


BANGKITNYA RAKYAT : BERSIH 3.0

Posted: 01 May 2012 06:28 AM PDT

GLOBAL : SIAPA BAKAL PRESIDEN ?

Posted: 01 May 2012 05:17 AM PDT

TAK SALAH PUN BAGI ASALKAN BERSIH..

Posted: 01 May 2012 05:06 AM PDT

PEMUDA RANTAU ABANG

Posted: 01 May 2012 03:30 AM PDT

PEMUDA RANTAU ABANG


Amaran Pas, 'Bersih 4.0' jika tolak tuntutan

Posted: 30 Apr 2012 06:30 AM PDT

SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi amaran perhimpunan lebih besar berbanding Bersih 3.0 akan diadakan jika kerajaan enggan memenuhi tuntutan agar disediakan persekitaran bagi pilihan raya bebas dan adil.

"Jika sekiranya tuntutan rakyat kekal tidak didengari, kita sedia menganjurkan perhimpunan lebih besar dengan jumlah berganda daripada Bersih 3.0 sehingga protes kita terhadap kekotoran pilihan raya diterima.

"Kita mahukan perubahan kerajaan dalam keadaan aman dan matang sebagaimana amalan negara-negara maju yang telah matang amalan demokrasinya," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Bersih 2.0 diadakan Julai lalu. Perhimpunan semalam adalah susulan kepada Bersih 2.0 bagi menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.

Ia diadakan kira-kira sebulan selepas Dewan Rakyat meluluskan laporan akhir Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.

Kenyataan hari ini dikeluarkan susulan perhimpunan Bersih 3.0 yang diadakan di ibu negara semala, yang menarik ribuan peserta, tetapi berakhir dengan insiden ganas.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, bagi pihak pimpinan Pas, "saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada seluruh ahli dan penyokong yang telah berjaya mengikut arahan pimpinan sehingga Bersih 3.0 berjaya diadakan dengan jayanya."

Katanya, ahli-ahli Pas telah menunjukkan komitmen bersungguh, sehingga jumlah yang ramai berjaya hadir dan bertugas dengan baik khususnya anggota Unit Amal.

"Begitu juga rakyat yang datang dari pelbagai latar belakang politik dan tidak berparti juga turut menjayakan," katanya lagi.

Abdul Hadi berkata, beliau sempat berjalan bersama rakyat dan pimpinan Pakatan Rakyat dari Masjid Negara hingga ke tengah bandar raya Kuala Lumpur.

"Saya bersyukur kepada ALLAH SWT dan moga semua yang menjayakan diberi ganjaran oleh ALLAH.

"Dalam masa yang sama saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada rakan Pakatan Rakyat yang ikut serta dan NGO-NGO yang memulakan himpunan sehingga tercapai kejayaan lebih besar daripada Bersih 2.0," katanya lagi.

Abdul Hadi menambah, pihaknya mahu kerajaan segera melakukan perubahan dalam demokrasi di Malaysia.

"Segera bersihkan daftar pemilih, bebaskan media dan lain-lain amalan demokrasi.

"Jangan tulikan telinga dengan protes besar rakyat kelmarin (semalam)," katanya lagi.

Sumber : sinarharian

Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 01 May 2012 03:21 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud


Memorundum kepada Pengerusi SPR

Posted: 30 Apr 2012 08:37 PM PDT

Putrajaya 30.4.2012 : Bertempat di Pejabat Suruhanjaya Pilihanraya semalam berlangsung majlis penyerahan Memorundum oleh PAS Pusat bersama PAS Selangor yang turut dihadiri oleh Timbalan Presiden PAS Tuan Hj Mohamad Sabu, Ketua dan Timbalan Dewan Muslimat PAS Pusat serta Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Selangor bersama ahli jawatankuasa mendesak Pengerusi SPR meletak jawatan atas isu-isu yang dibangkitkan kebelakangan ini.









CINA ISLAM (林川興)

Posted: 01 May 2012 01:22 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


105 maut, 100 hilang feri karam di India

Posted: 01 May 2012 01:06 AM PDT

9 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

GUWAHATI: Sebuah feri yang membawa penumpang berlebihan patah dua sebelum karam di utara India ketika hujan ribut, semalam dengan sekurang-kurangnya 105 maut manakala lebih 100 lagi dilaporkan masih hilang.

Anggota penyelamat ketika ini dilaporkam masih bertungkus-lumus untuk mencari dan menyelamat mangsa di Sungai Brahmaputra di negeri Assam.

Ketika kejadian feri terbabit membawa 350 lelaki, wanita dan kanak-kanak. Polis berkata, setakat ini 150 sudah diselamatkan atau berenang ke tebing apabila hujan dan ribut petir melanda negeri itu.
Jumlah kematian akibat kejadian itu boleh dianggap korban terburuk membabitkan feri karam di Asia Selatan dengan kebanyakan kejadian berpunca daripada muatan berlebihan serta tidak memenuhi aspek keselamatan.

"Karam berkenaan terkena petir menyebabkan ia patah dua sebelum karam," kata ketua polis Assam, J.N. Choudhury. - AFP

Letupan terbaru korban 20 nyawa di Syria

Posted: 01 May 2012 01:05 AM PDT

9 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

DAMSYIK: Dua letupan terbaru yang mensasarkan bangunan keselamatan di bandar Idlib di barat daya Syria menyebabkan 20 maut dengan misi damai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semakin tertekan bagi membawa mengakhiri keganasan yang berlarutan 13 bulan di negara itu.

Keganasan itu bercetus sehari selepas ketibaan ketua pemantau PBB, Mejar Jeneral Robert Mood bagi memastikan gecatan senjata di negara itu dapat dilaksanakan dengan licin.

Kebanyakan yang maut di Idlib membabitkan ahli keluarga anggota keselamatan, demikian menurut Badan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria.
"Letupan bom mensasarkan dua ibu pejabat pasukan keselamatan, sebuah rumah perisikan tentera udara dan satu lagi kediaman perisikan tentera darat," kata
ketua badan pemerhati berkenaan, Rami Abdel.

Agensi berita SANA berkata, kumpulan 'pengganas' bertanggungjawab atas serangan berkenaan yang membabitkan pengebom berani mati.

Stesen televisyen Syria melaporkan, jumlah kematian setakat ini sembilan orang termasuk orang awam, manakala kira-kira 100 lagi parah dalam dua letupan berkembar di kawasan kediaman itu. - AFP

13 maut termasuk bayi, kebakaran bas di Indonesia

Posted: 01 May 2012 01:00 AM PDT

9 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

PADANG (Indonesia): Kira-kira 13 penumpang termasuk empat kanak-kanak dan bayi terbunuh apabila bas yang dinaiki mereka terbakar di kepulauan Sumatera, hari ini.

Jurucakap polis di Sumatera Barat, Mainar Sugianto, berkatas ketika kejadian mangsa terpaksa memecahkan kunci tingkap bagi menyelamatkan diri daripada terbakar.

"13 daripada 45 penumpang maut selepas terperangkap di dalam bas itu ketika kebakaran. Pemandu bas tidak dapat memadamkan kebakaran sehingga menyebabkan api mula merebak.
"Kebakaran yang berlaku di bahagian depan bas dan mangsa tidak dapat menyelamatkan diri menerusi pintu belakang kerana dihalang dengan kotak dan beg," kata mangsa yang terselamat, Fikri kepada stesen radio Elshinto di sini, hari ini.

"Tingkap juga dikunci dan kami terpaksa memecahkannya untuk keluar," katanya. - AFP

Posted: 01 May 2012 12:56 AM PDT

9 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -
Harakahdaily/-


KUALA LUMPUR: Majoriti pengunjung laman web Yahoo Malaysia menyalahkan polis sehingga tercetusnya keganasan dalam perhimpunan Bersih 3.0 Sabtu lepas.


(Keputusan poll yang dibuat oleh Yahoo Malaysia.)


Dalam satu poll yang dibuat oleh laman web antarabangsa itu, Yahoo bertanya, "Siapa yang patut dipersalahkan ekoran keganasan dalam Bersih 3.0?".

Jawapannya adalah 59 peratus pengunjung menyalahkan polis sebagai penyebab tercetusnya keganasan itu.

Sehingga berita ini disiarkan, 19,236 pelayar laman web Yahoo Malaysia ini telah mengundi.

Semalam, sekumpulan pemerhati antarabangsa juga mempersalahkan tindakan polis sehingga tercetusnya kekecohan dalam perhimpunan ini.

Senator bebas Australia Nick Xenophon dipetik Malaysiakini sebagai berkata, "Ia adalah aman (sehingga para pendemo diprovokasi)."

Beliau turut mengkritik laporan berat sebelah media tradisional terhadap perhimpunan Bersih 3.0, yang dikatakan lebih mementingkan wajah perdana menteri Datuk Seri Najib Razak di Sabah daripada perhimpunan terbesar di Malaysia.

"Media perdana adalah memihak dan tidak adil. Ia menonjolkan lebih perdana menteri di Sabah pada televisyen daripada perhimpunan politik terbesar di Malaysia," kata Xenophon.

Khabar angin yang disebarkan di kalangan anggota polis yang bertugas kononnya seorang anggota mereka mati dipukul peserta deminstrasi telah dianggap sebagai punca keganasan polis dalam perhimpunan ini.

Media tradisional yang dimiliki Umno dan Barisan Nasional pula membuat laporan palsu ekoran tindakan balas para peserta perhimpunan.

Misalnya tindakan peserta terbalikkan sebuah kereta polis kerana menganggap ada mangsa yang masih tersepit di bawah kereta itu dipaparkan sebagai contoh aksi keganasan.

Begitu juga aksi seorang 'peserta' menendang sebuah motosikal polis trafik dipaparkan sebagai aksi keganasan padahal dikenalpasti kemudiannya sipenendang itulah juga yang menangkap peserta perhimpunan kemudiannya.

Dalam sidang media Ketua Polis Negara semalam, Tan Sri Ismail Omar diserang bertalu-talu oleh wartawan kenapa polis bertindak menangkap dan memukul peserta perhimpunan di luar kawasan yang digezetkan oleh mahkamah iaitu Dataran Merdeka.

Ismail menjelaskan, ia dibuat selepas sekatan ke situ dipecahkan oleh peserta perhimpunan itu.


Polis ganas apabila pemimpin BN zalim

Posted: 01 May 2012 12:53 AM PDT

8 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -


Nik Nasri Nik Malek,


Bersama ratusan ribu rakyat, saya berada di celah-celah lautan manusia menuju ke tempat perhimpunan Bersih 3 berdekatan Dataran Merdeka. Kami datang dari jauh dan dari seluruh pelosok tanahair bukan untuk merusuh, mengganas, memukul dan menendang dan membuat huru-hara. Kami datang dengan satu niat mahu memberitahu kerajaan zalim BN bahawa kami mahukan pilihanraya yang adil dan bersih, yang terkandung dalam 8 tuntutan.

Regim BN hanya memekakkan telinga sedangkan mereka mempunyai peluang untuk membuktikan kesungguhan dan ketelusan berpilihanraya melalui suara majoriti dalam parlimen. Namun, persidangan Parlimen dan apa-apa yang diluluskan dalam Parlimen itu kelihatan hanya memburukkan sangkaan terhadap regim BN. Lantas, di antara cara mengingatkan BN tentang kesombongan ini ialah melalui perhimpunan aman Bersih 3.0.

Betapa Bersih 3.0 ini sememangnya mahukan keamanan boleh dilihat dalam artikel-artikel dalam harakah sebelum Bersih 3.0 yang mahukan rakyat turun ke Bersih 3.0 dengan aman, facebook Presiden PAS yang dicatat pada 24 April 2012: 'Sekali lagi saya ingin mengesahkan insya Allah saya akan bersama sama di dalam Himpuan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka pada 28 April ini, saya juga menyeru kepada semua ahli untuk sama berhimpun pada tarikh dan lokasi tersebut, berhimpun dengan penuh kedamaian.', juga ucapan Dr Syed Azman (dengan kehadiran bersama Salahudin Ayub, Dr Hatta dan lain-lain) yang saya dengar di hadapan Pejabat Agung PAS sebelum kami berjalan menuju ke Dataran Merdeka supaya berjalan dengan baik, mendengar arahan dan jangan membuat perkara di luar arahan pemimpin.

Perkara ini diperkukuh dengan penegasan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz bahawa ahli PAS diajar dengan disiplin yang tinggi. Ini juga yang saya lihat berlaku sepanjang perarakan tersebut. Penuh harmoni, ceria walaupun dalam keadaan agak panas mentari. Cina, Melayu, India dan bangsa lain bersama-sama menyatakan hasrat mahukan pilihanraya adil dan bersih.

Utusan dan TV1,2,3 silap besar apabila menggambarkan Bersih 3.0 itu ganas. Kepala para editor dan ketua pengarangnya dan rakan media yang selubuk dengannya yang dimasuki air itu rupanya masih berda pada tahun 60an. Mereka menyangka rakyat semuanya bodoh seperti mereka mahu menelan apa yang dibohong dan disembunyikan. Ratusan rakaman dalam youtube menjadi saksi kepada kezaliman sebuah regim di bawah pemimpin BN.

Tendang, terajang, dera, pukul. Inikah SOP PDRM? Saya tahu bahawa ada anggota polis yang baik. Namun, sebahagian anggota muda (mung lulus dok SPM?) inilah barangkali yang agresif membaham rakyat yang tidak bersenjata dan lemah ini. Saya hanya mahu ingatkan anda bahawa Allah Maha Adil. Kezaliman yang dibuat tetap ada balasannya, kalau tidak di dunia tentunya di akhirat.

Dalam keadaan polis yang bertugas dengan penuh 'dedikasi', pemimpin BN sedang leka mengaut untung harta negara yang 'dikasi oleh daddy'.



Kalau ada Umar bin Abdul Aziz, serigala dan kambing boleh berkawan. Tetapi apabila pemimpinnya adalah BN, rakyat dan polis diajak berlawan.


Penulis ialah Ketua Lajnah Penerbitan Dan Penyelidikan Dewan Ulama PAS Terengganu.

Sultan Kelantan seru rakyat 'Walk with me'

Posted: 01 May 2012 12:52 AM PDT

9 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V akan mengetuai Walkathon Diraja 2012, yang bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat, pada Khamis ini yang dijangka akan disertai 30,000 orang.

Bendahari Pertubuhan Kerabat Diraja Kelantan Al-Muhammadi, Tengku Ibrahim Farihaddin Datuk Tengku Faisal, berkata walkathon edisi kedua itu akan melibatkan penyertaan rakyat pelbagai lapisan termasuk penjawat awam kerajaan negeri dan persekutuan.

"Sultan Muhammad V dijangka mengetuai (menyertai) walkathon sejauh tujuh kilometer bermula dari Stadium Sultan Muhammad IV dan berakhir di tempat yang sama," katanya kepada pemberita di Istana Balai Besar, di Kuala Lumpur.

Tengku Ibrahim berkata, sepanjang walkathon itu beberapa batang jalan akan ditutup iaitu jalan di belakang stadium, Jalan Bayam, Jalan Mahmood, Jalan Temenggong; Jalan Padang Garong dan Jalan Hospital.

Katanya, sempena walkathon yang bertemakan "Walk With Me 2012" itu satu karnival akan diadakan selama tiga hari mulai Selasa di perkarangan stadium itu.

Antara acara di karnival itu ialah pameran industri asas tani dan pasar tani mega dengan kerjasama FAMA, persembahan kebudayaan, pertunjukan kereta dan tatu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta ceramah perdana.

Tengku Ibrahim berkata sehingga hari ini lebih 24,000 orang dari seluruh negeri telah mendaftar untuk menyertai walkathon itu yang bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat.

Katanya, Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra dijangka menutup karnival itu pada Khamis malam.

Beliau berkata, setiap peserta dewasa dikenakan bayaran RM30, manakala mereka yang berumur bawah 18 tahun, RM25.

Katanya, sebarang sumbangan yang diberikan untuk karnival itu diberi pelepasan cukai pendapatan dan pertubuhan itu akan mengagihkan sumbangan itu kepada badan-badan kebajikan.

- Bernama

Najib kehabisan talian hayat?

Posted: 30 Apr 2012 11:51 PM PDT


9 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -
Shaharul Shafie

Pasti ramai yang membaca tajuk artikel ini tertanya-tanya apakah penulis akan membawa arah penulisan beliau dengan meramalkan bahawa parti pemerintah Barisan Nasional (BN) akan melabuhkan tirainya selepas hampir 55 tahun berkuasa. Ada pembaca pasti mengandaikan penulis ini berkemungkinan seorang penyokong ataupun seorang yang bersimpati dengan pembangkang di Parlimen yang juga kerajaan yang dipilih di beberapa negeri termasuklah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Ayuh, bacalah artikel saya untuk mengetahui kebenaran daripada tajuk saya di atas.

Semua tertanya-tanya selepas kejadian 'pelbagai cerita' di dalam perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara dua hari lepas, adakah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak masih berkeyakinan untuk meneruskan hasratnya membubarkan Parlimen pada tahun ini. Ramai penganalisa meramalkan Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) diadakan pada hujung bulan Jun berdasarkan senario yang memberi kelebihan kepada parti pemerintah sebelum penganjuran Bersih 3.0. Mungkin sekarang penganalisa-penganalisa ini akan meletakkan ruang waktu baru di dalam ramalan mereka. Tetapi bagi saya, meskipun sebelum berlakunya 'tragedi' Bersih 3.0, saya amat yakin bahawa PRU bakal diadakan sebaik sahaja musim perayaan Hari Raya Aidilfitri tetapi sebelum banyak kapal terbang haji bertolak ke Tanah Suci.

Beberapa sebab menyokong andaian saya sedemikian. Pertama ialah Najib memerlukan lebih masa untuk berkempen menggunakan tiketnya sebagai PM meskipun banyak turun padang baru-baru ini dari Perlis sehinggalah ke Sabah dan mengurangkan kegemarannya yang suka melawat pemimpin negara asing selepas memegang jawatan PM. Malah, beliau akan mula bercuti selama dua minggu bermula pertengahan bulan Mei ini di Amerika Syarikat di samping menghadiri majlis konvokesyen puterinya di sana. Walaupun ramai berkata Najib boleh membubarkan Parlimen pada hujung Mei, 30 hari di dalam bulan Jun adalah tidak cukup bagi jentera BN tetapi tidak dinafikan tidak boleh dilakukan.

Bagi saya, Najib melihat dua faktor sebelum membubarkan Dewan Rakyat. Yang pertamanya ialah berjaya mengotakan janji-janji beliau untuk memastikan transformasi dilakukan walaupun sekadar proses-proses perundangan . Sekurang-kurangnya dengan membawa beberapa akta-akta baru menggantikan akta-akta kolonial lama seperti ISA, Akta Darurat dan AUKU agar diluluskan di Dewan Rakyat. Cakap-cakap mahu PRU13 kembali bergema sejak kebelakangan ini disebabkan BN nampak 'gelojoh' apabila membentangkan dan meluluskan banyak akta-akta baru dalam masa 48 jam di Dewan Rakyat. Namun begitu, bagi menguatkuasakan akta berkenaan, masa masih diperlukan untuk diluluskan di peringkat Dewan Negara (masih memerlukan siri-siri pembacaan dan sesi perbahasan) dan akhirnya perlu dipersetujui oleh Yang Di Pertuan Agong. Maka, untuk menjadikan semua ini selamat digazetkan, paling awal pun akan siap sebelum bulan puasa (Julai) tahun ini.

Faktor kedua yang penting buat Najib ialah keadaan ekonomi global dan Malaysia. Majoriti penganalisa ekonomi dunia menjangkakan ekonomi dunia akan mulai menunjukkan tanda-tanda perlahan bermulanya suku ketiga tahun ini iaitu seawal-awalnya bulan Julai tahun ini. Pada hari ini pun ekonomi dunia sedang berada pada tahap matang (maturity) dan dalam hukum ekonomi, fasa berikutnya mestilah penurunan (decline). Malaysia juga tidak akan terlepas daripada bahang kemerosotan ekonomi dan akan lambat launnya merasa kesannya apabila indeks-indeks pelbagai di Bursa Malaysia akan turut sama menurun. Oleh itu, untuk mengadakan PRU selepas September 2012 adalah mimpi buruk kepada Najib. Setakat ini, banyak kerajaan pemerintah jatuh di seluruh dunia apabila pilihanraya diadakan ketika ekonomi mulai meleset.Lebih-lebih lagi di Malaysia, BN sepatutnya lebih gusar jika ekonomi merosot, undi kaum Cina akan terus merundum bagi BN dan situasi sokongan rendah di bawah 20% kaum Cina pada BN hari ini pasti lebih memburukkan keadaan. Ini hanyalah andaian bijak berdasarkan pola-pola pilihanraya yang dianjurkan semasa ekonomi menurun tetapi parti pemerintah masih boleh menang sekiranya proses pengundian dimanipulasikan atau tidak telus. Wallahualam.

Oleh itu, Najib hanya ada masa bagi membubarkan Parlimen antara bulan Ogos dan September. Tetapi tidak mungkin Ogos kerana separuh bulan itu adalah bulan Ramadhan dan kurang separuhnya, orang Islam di Malaysia bakal merayakan Aidilfitri. Oleh itu, awal bulan September adalah bulan terbaik untuk Najib membubarkan Parlimen dan paling awal PRU boleh diadakan adalah pada minggu terakhir September dan paling lewat pun minggu pertama Oktober.

Parlimen bubar selepas Aidilfitri?

PRU tidak mungkin di adakan selepas minggu pertama Oktober. Ini adalah kerana pada waktu-waktu berkenaan para pengundi Melayu beragama Islam sudah ramai berangkat mengerjakan haji dan UMNO amat mengharapkan golongan Melayu bagi mengekalkan kuasa mereka sebagai pemerintah walaupun dijangkakan tidak mampu lagi menguasai majoriti 2/3 daripada kerusi Parlimen dan malah mampu menawan Kedah semula.

Kelebihan mengadakan PRU selepas Hari Raya Aidilfitri dan minggu pertama Syawal adalah kerana para pemimpin BN dan kerajaan boleh menggunakan kesempatan amalan-amalan semasa Ramadhan untuk turun bertemu rakyat terutamanya orang Melayu terutamanya majlis berbuka puasa . Bagi BN terutamanya UMNO, bulan Ramadhan boleh memberikan peluang bagi mereka 'menabur wang secara halal' kononnya sempena bulan baik di masjid-masjid dan surau-surau di atas kapasiti sebagai menteri dan timbalan menteri. Kemudiaan,di bulan Syawal juga, sudah menjadi kelaziman pemimpin-pemimpin membuat rumah terbuka di sana-sini. Oleh itu, program-program mendekati rakyat ini satu kelebihan kepada BN untuk meraih undi-undi Melayu semasa bulan Ramadhan dan Syawal.

Bukan itu sahaja, jika PRU diadakan pada penghujung Syawal (September), BN tidak perlu rasa bimbang mengenai anak-anak muda terutamanya mahasiswa-mahasiswa IPTA yang akan kembali ke kampus bagi meneruskan pengajian semester baru. Akta baru menggantikan perkara AUKU yang dijanjikan BN mampu menyukarkan peluang BN jika PRU diadakan pada bulan Jun atau awal Julai kerana siswa-siswi ini yang kebanyakannya pro-Pakatan sudah berada di kampong halaman untuk cuti panjang semester dan ini membolehkan mereka bertugas sebagai sukarelawanuntuk berkempen tanpa sekatan AUKU lagi bagi membantu parti. Oleh itu, dengan mengadakan PRU semasa siswa sudah kembali ke kampus mengurangkan risiko buat BN dari mimpi ngeri ini.

Saya ingin kembali semula kepada persoalan tajuk saya di atas. Saya sudah nyatakan ramalan saya bagi PRU untuk tahun ini tetapi bagaimana kita meramalkan nasib Najib sendiri. Selepas meneliti pengurusan Bersih 3.0 kali ini yang agak emosional di kedua-dua pihak (polis dan peserta), saya yakin Najib kini tidak senang duduk. Ini bukannya kerana Najib takut pada rakyat ataupun parti pembangkang tetapi Najib lebih bimbang kepada tekanan dalaman UMNO dan BN sendiri. Kegagalan polis bertugas dengan sepatutnya iaitu sewajarnya mempertahankan Dataran Merdeka daripada dicerobohi dan tidak terlalu pro-aktif sehingga mengejar para peserta Bersih sehingga beberapa kilometer adalah sesuatu yang tidak dapat diterima akal sekiranya pihak polis mendakwa mereka mesra rakyat.

Pengendalian pihak polis kali ini adalah yang terburuk dan penuh emosi jika dibandingkan dengan pengurusan semasa Bersih 1.0 dan 2.0. Malahan kali ini ramai wartawan juga menjadi mangsa dan tindakan merampas bahan rakaman bagi mengelakkan bukti 'keganasan' polis ditunjukkan kepada awam. Ini adalah satu langkah yang tidak mencermin langsung janji-janji transformasi oleh PM sebelum ini. Malah, tindakan itu dilihat agak menyamai tindakan ganas pihak berkuasa Libya dan kini Syria di dalam menghadapi kebangkitan rakyat.

Saya yakin Najib sedar segala kesilapan polis dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menyebabkan kedudukannya dalam bahaya. Sudah menjadi lumrah bahawa yang dilakukan polis mestilah sesuatu yang direstui oleh PM sendiri. Sejak menjadi PM, banyak talian hayat digunakan oleh Najib bagi mengawal sokongan rakyat kepada kerajaan BN. Najib dilihat sebelum ini agak berjaya merampas kembali undi-undi kritikal orang Melayu untuk kembali kepada BN. Kejayaan ini ditambah pula dengan propaganda-propaganda atau provokasi-provokasi bersifat bangsa dan agama yang dimainkan oleh rakan-rakan selindung UMNO seperti Perkasa. Meskipun, Najib pandai mengemukakan dirinya sebagai hero kepada semua rakyat melalui 1Malaysia tetapi ramai nampak Najib tidak konsisten di dalam perjuangan 1Malaysianya.

Semasa Bersih 2.0, ramai berpendapat Najib semakin kehilangan sokongan tetapi tidak dinafikan beliau berhempas-pulas mengawal impak Bersih 2.0 itu dengan mendatangi rakyat dengan janji-janji transformasi dan juga 'gula-gula' untuk rakyat melalui Bajet 2012. Namun begitu, Najib lupa untuk lebih berhati-hati di dalam menghadapi Bersih 3.0 supaya tidak perlu lagi bekerja kuat mencari idea-idea baru bagi meraih sokongan-sokongan yang hilang sepertimana Bersih 2.0 dahulunya. Mungkin Najib ada idea-idea baru termasuklah yang terbaru mengumumkan dasar gaji minimum swasta tetapi masa untuk Najib 'memberi' sudah tidak cukup bagi mengembalikan sokongan ke atas BN atau meredakan kemarahan rakyat di atas kegagalan menguruskan Bersih 3.0.

Kita sedia maklum disebabkan kegagalan mengawal momentum Bersih 1.0, BN telah kehilangan majoriti 2/3 kerusi Parlimen dan kehilangan lima negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Bukan itu sahaja, PM ketika itu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (kini Tun) terpaksa melepaskan jawatan sebagai Presiden Umno dan sekaligus PM Malaysia.

Dengan apa yang dipaparkan dalam Bersih 3.0, nampaknya keadaannya lebih parah jika dibandingkan demo-demo bersirinya sebelum ini. Pastinya Najib tidak cukup masa lagi bagi memperbaiki kerosakan yang dilakukan pada imej beliau dan BN yang menurun sekelip mata sahaja akibat 'jenayah' polis dalam Bersih 3.0. Mahu tidak mahu, PRU kena diadakan juga tahun ini. Walaupun mempunyai mandat sehingga Mac tahun depan, ekonomi Malaysia dan global tidak cukup kuat ketika itu kerana kemelesetan ekonomi sedunia bukannya perkara sekejap tetapi akan mengambil masa beberapa tahun untuk pulih.

BN akan kekal berkuasa tetapi Najib...

Namun begitu, dengan persempadanan kawasan pilihanraya yang sekian lama memberi kelebihan jumlah kerusi kepada BN di Sabah dan Sarawak, BN secara keseluruhannya masih berpeluang untuk mengekalkan kuasa sebagai pemerintah selepas PRU13. Tetapi keadaan akan menjadi status-quo seperti yang kita ada hari ini iaitu BN akan gagal memperolehi majoriti 2/3 seperti dahulu tetapi sekadar cukup bagi membentuk kerajaan pusat. Malah, jika dilihat faktor Melayu, BN berpeluang merampas Kedah dengan majoriti mudah tetapi mampu kehilangan Negeri Sembilan dan Perak kepada Pakatan di samping kehilangan beberapa kerusi bandar di Melaka.

Pakatan memerlukan 'Semangat Reformasi tahun 1999' jika mahu menawan Putrajaya dalam PRU13. Namun begitu, amat mustahil dengan masa yang ada bagi merealisasikan impian itu tetapi boleh diusahakan. Buat masa ini, Pakatan tidak perlu gusar mengenai undi kaum Cina dan India tetapi harus menumpukan undi kaum Melayu. Saya pernah ingat lagi ketika 1999, jentera yang berkesan bagi mendapat sokongan orang Melayu ketika itu apabila setiap anak-anak muda dan warga bandaraya KL pulang berkempen pada sanak saudara sendiri dan di samping mengedarkan risalah-risalah bahan kempen yang dicetak melalui laman-laman web reformasi seperti Mahazalim, Reformasi Nasional (RN), Tranungkite dan banyak lagi. Saya yakin jika penyokong ataupun mereka yang bersimpati dengan Pakatan lakukan usaha sebegini dalam PRU13,Pakatan mampu berpeluang berkuasa di Putrajaya dengan majoriti mudah.

Walaubagaimanapun, berita amatlah buruk jika jentera BN dibawah Najib gagal menduduki majoriti 2/3 kerusi terutamanya kepada Najib sendiri. Penulis percaya nasib Najib akan sama seperti Tun Abdullah yang akan dipaksa turun melalui tekanan dalaman UMNO sendiri bagi memberikan peluang kepada Timbalannya iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin. Saya juga percaya Tun Mahathir sendiri (sekiranya umur lebih panjang dari sekarang) akan memulakan siri konspirasi melemahkan Najib sepertimana beliau lakukan pada Tun Abdullah dahulu. Dalam politik macam-macam boleh berlaku, Tun Mahathir juga Melayu sebab menurut beliau Melayu mudah lupa dan Mahathir akan turut melupakan jasa Tun Abdul Razak yang pernah membawanya masuk semula dalam UMNO dan memberi peluang kepadanya. Maaflah saya, saya berkata demikian sebab Tun Mahathir pada hari ini dalam banyak perkara pun sudah lupa.

Pakatan boleh merancang untuk berkuasa selepas PRU14 dan memperbaiki rank sesama pemimpin Pakatan dan mencapai kesefahaman yang lebih baik lagi di negeri-negeri yang diperintah. Bagi penulis, jika Muhyiddin menjadi PM menggantikan Najib, itu adalah berita baik kepada Pakatan kerana ramai melihat Muhyiddin kurang berkaliber jika dibandingkan dengan Najib. Hanya bagi Najib, beliau hanya malang disebabkan banyak bercakap (berjanji) tetapi gagal mendidik jeneral-jeneral beliau sendiri mengenai apakah transformasi yang ingin dibawanya pada Malaysia. Apa yang berlaku hari ini adalah kegagalan Najib mendidik mereka yang menyebabkan mereka terus membuat kesilapan bagi pihak Najib.

Untuk Pakatan, struktur perjuangan mereka perlu diperbaiki termasuklah memperkenalkan kabinet bayangan jika mahu menjadi pembangkang yang kuat. Dan yang lebih penting ialah mengeluarkan kepompong Pakatan daripada dianggap oleh rakyat sebagai 'alat' Anwar Ibrahim. Pakatan bukan sahaja perlu bangga dengan Buku Jingganya tetapi untuk memenangi PRU14, mereka sudah sediakan pelan kecemasan iaitu pelan Pakatan Rakyat tanpa Anwar Ibrahim.

Shaharul adalah seorang perunding Sumber Manusia Strategik, Teknologi Sains Maklumat dan program pembangunan organisasi. Beliau juga kini melanjutkan pengajian di peringkat PhD di sebuah universiti terkemuka tempatan. Selain itu, beliau juga menulis beberapa artikel analisa perkembangan politik, sosial dan ekonomi yang diterbitkan di beberapa laman web dan media cetak.Beliau juga merupakan pemimpin NGO antarabangsa, Armed for the Quill (AFTQ) yang berpusat di Oslo, Norway. Beliau adalah Ketua AFTQ bagi Asia Tenggara dan Timor Leste. Beliau boleh dihubungi di rashidzack@yahoo.com

134,000 biji pil estacy bernilai RM8.4 juta dirampas

Posted: 30 Apr 2012 01:22 AM PDT

8 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

BUTTERWORTH - Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pulau Pinang berjaya merampas 134,000 biji pil estacy bernilai RM8.4 juta dalam satu serbuan di sebuah rumah tumpangan di Pulau Tikus, dekat sini awal pagi Khamis lepas.

Pengarahnya, Datuk Zulkifli Yahya berkata bertindak atas risikan dan maklumat awam, sepasukan pegawai kastam narkotik, polis bahagian narkotik Kontijen Polis Pulau Pinang dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menyerbu rumah tumpangan itu pukul 1 pagi.

"Kediaman teres dua tingkat itu dijadikan rumah tumpangan dan disyaki menyimpan dadah berbahaya. Hasil pemeriksaan kita menemui 133 bungkusan berisi 134,00 biji pil estacy tersebut dengan nilai pasaran RM8.4 juta," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Hadir sama pada sidang akhbar itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang Supt S.Batumalai dan Penguasa Kanan SPRM Pulau Pinang Yaacop Angah.

Zulkifli berkata, pihaknya menahan pengurus rumah tumpangan itu, seorang wanita warganegara Indonesia berusia lingkungan 60-an bagi membantu siasatan.

Beliau berkata siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenalpasti modus operandi sindiket pengedaran dadah berkenaan, dan wanita itu direman sehingga 2 Mei bagi membantu siasatan menurut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.- Bernama

Sinar Harian

Salam Perjuangan

Posted: 30 Apr 2012 11:13 PM PDT

Salam Perjuangan


GENERASI MUDA FELDA - AYUH BANGKIT BUAT PERUBAHAN

Posted: 30 Apr 2012 04:53 PM PDT

5 Jamadil Akhir 1433 H | 27 April 2012
Generasi kedua dan ketiga Felda diminta bangkit menentang penyenaraian Felda kerana tindakan penyenaraian tersebut adalah satu rampasan kepada hak mereka.

Tindakan ini serentak dengan pengumuman durian runtuh kepada warga Felda untuk melupakan bahawa tanah peneroka akan dicagarkan selama 99 tahun ke Felda Global Venture Holding (FGVH) untuk tujuan penyenaraian.

Dalam erti kata lain, cadangan penyenaraian FGVH bakal menindas generasi kedua dan ketiga Felda, kerana selepas durian runtuh sekali ini sahaja, hasrat mereka untuk memiliki tanah tidak akan tercapai kerana telah dicagarkan selama 99 tahun.

Janji Pakatan Rakyat pula adalah untuk jangka masa jauh untuk kebaikan masa depan generasi kedua dan ketiga Felda.

PR sudah menjanjikan untuk membuka seluruh ladang Felda kepada generasi kedua dan ketiga Felda melalui Tawaran Buku Jingga. Sebenarnya tawaran tersebut adalah hadiah paling besar bagi rakyat yang belum mendapat tanah.

Golongan anak-anak warga Felda adalah golongan yang paling beruntung bilamana Pakatan Rakyat memerintah. Serentak dengan itu, ANAK telah menjalankan dan mengedarkan borang permohonan bagi mereka yang berkelayakan. Ribuan permohonan diterima menggambarkan rakyat kini sangat memerlukan tanah untuk aktiviti ekonomi mereka, di samping rumah kediaman.

Namun hasrat besar generasi kedua dan ketiga Felda untuk menikmati tanah akan terhalang dengan tindakan BN untuk menyenaraikan Felda melalui FGVH di Kuala Lumpur kerana tanah yang sepatutnya menjadi hak milik mereka masa depan telahpun dipajakkan dan di'tebus' kerajaan dengan durian runtuh yang sekali saja.

Apa yang perlu diberi perhatian juga ialah tindakan penyenaraian ini akan turut mengikis aset Bumiputera dan membuka laluan lebuhraya kepada hasrat warga asing untuk menguasai aset Bumiputera.

Pemilikan harta bumiputera 30% yang menjadi matlamat DEB telah gagal, jesteru matlamat menyusun semula masyarakat luar bandar juga gagal.

Untuk mengatasi masalah ini, antara usaha ini ialah meningkatkan akuiti Bumiputera melalui pemilikan ladang Felda.  Namun, bilamana ia dijadikan saham bermakna semua pihak boleh membeli, maka aset dan harta bumiputera akan turut mengecil. 

Tindakan menjadikan tanah ladang sebagai cagaran merupakan tindakan paling bodoh, kerana tanah ladang yang sekarang dikuasai 100 peratus oleh agensi kerajaan akan dibuka kepada pemilikan bukan bumi dan warga asing.

Tindakan ini tentulah mengembirakan beberapa pihak yang selama ini memang berhasrat untuk menguasai perladangan Felda. Dengan penyenaraian sahaja, mereka tanpa memerlukan usaha dan susah payah sudah boleh mendapatkan tanah seluas 360,000 hektar - satu jumlah yang tidak pernah dimimpi oleh sesiapa pun.

Walaupun kerajaan memberi jaminan pemilikan ini tidak akan terlepas kepada pihak  asing, namun hakikat bilamana ia telah menjadi unit saham, maka tiada jaminan ianya tidak akan dijual terutamanya bagi mereka yang membeli saham tersebut melalui pembiayaan pinjaman bank atau sewaktu berlakunya lonjakan nilai saham tersebut.

Sekiranya hakikat bahawa "tujuan asal tanah ladang Felda dibuka adalah untuk dimiliki oleh generasi kedua dan ketiga Felda" ini disedari, bekas anggota tentera dan polis, rakyat negeri dan kakitangan Felda yang tiada bertanah sudah tentu bangkit menentang hasrat penyenaraian ini; kerana sedar akan hakikat bahawa hadiah lumayan adalah di depan di mana sekiranya PR menguasai Putrajaya, maka tanah tersebut akan menjadi hak milik mereka dan bukannya dipajak kepada FGVH selama 99 tahun.

Dr Azman Ibrahim

Posted: 30 Apr 2012 07:28 PM PDT

Dr Azman Ibrahim


Pasca BERSIH 3.0… Kekalkan Fokus!

Posted: 30 Apr 2012 12:49 AM PDT

Penulis antara mangsa gas dan water canon
Mengalihkan fokus adalah antara taktik media musuh. Isunya sekarang ratusan ribu rakyat berhimpun untuk menuntut perjalanan pilihanraya yang bersih dan adil. Di lokasi himpunan berhampiran dengan Dataran Merdeka yang turut disertai penulis, saya melihat segalanya berlangsung tertib sehinggalah detik dilepaskan gas pemedih mata dan semburan water canon yang mula mengundang huru-hara dan kacau bilau.

Peserta himpunan juga manusia biasa yang datang dari pelbagai latar belakang sosial, kaum dan agama. Tak selamanya mereka mampu bersabar dengan kekerasan melampau pihak polis yang dikurniakan lesen terhormat untuk memukul, menerajang, menendang, memijak, membelasah, memaki hamun dan pelbagai lagi perlakuan seolah peserta himpunan dijadikan sasaran bagi melempiaskan kemarahan dan dendam kesumat yang terpendam.

Sama sekali tidak menghairankan bila media tempatan yang pro pemerintah akan memperbesarkan cerita seorang dua anggota polis yang terseliuh tapi pastinya mereka akan membutakan mata dengan puluhan malah ratusan rakyat biasa yang cedera parah dibelasah. Seolah berlawan dengan orang gila, dia boleh pukul kita, tapi kita tak boleh balas, kalau kita balas, maka akan hebohlah seantero dunia, ini rusuhan ganas! Mencederakan anggota keselamatan! Merosakkan harta benda awam! Menyusahkan rakyat awam lain! Merugikan ekonomi! Menakutkan pelancong asing! Seolah suatu rusuhan hebat telah tercetus!

Kalau memang kita nak cetuskan huru-hara, nak berlawan dengan polis, nak rosakkan harta benda awam, buat apa kita mari dengan tangan kosong, baik bawak senjata, baru padan! Hakikatnya tidak begitu, sebagaimana himpunan-himpunan aman sebelum ini, para peserta hadir dengan penuh kecerian, hadir dengan rasa kebersamaan walaupun warna kulitnya berbeza. Bas, LRT, supermarket, kedai-kedai, hotel dan restoren dipenuhi peserta yang merangkap penumpang dan pelanggan. Dengan angka ratusan ribu yang hadir, peningkatan keuntungan usah dipersoalkan lagi. Hanya orang bodoh saja yang akan kata, peniaga rugi! Dengan teori bodoh sebegini, baik pergi buka kedai, supermarket dan restoren di Ulu Tembeling, tempat tak ada manusia, supaya kita untung berlipat kali ganda!

Orang tua, muda-mudi, remaja, kanak-kanakMelayu, Cina, India… dari yang berpurdah litup, berjubah serban hingga yang berseluar pendek dan berbaju singlet, semuanya membentuk  kepelbagaian yang mengambarkan sayangnya mereka kepada masa depan negara dan bangsa yang sedang digadai oleh Umno dan Barisan Nasional. Umno, MCA, MIC, Gerakan malah apa jua kaum kerabat BN telah tiada tempat di hati mereka cuma kuncinya, ianya perlu diterjemahkan melalui perjalanan pilihanraya yang bersih dan adil.

Kita bukannya berhimpun sebagaimana berhimpunnya rakyat Tunisia dan Mesir untuk menggulingkan kerajaan! Habis berhimpun, semuanya akan balik untuk meneruskan kerja dan tugas masing-masing terutamanya kerja-kerja untuk mentalkinkan Umno/BN. Lantasapa perlunya dikerahkan begitu besar kekuatan anggota keselamatan hanya untuk berhadapan dengan rakyat sendiri? Kenapa kerajaan BN menunjukkan fobia mereka dengan gelombang BERSIH?

Kalau memang rakyat bersama mereka dan mereka yakin mampu memenangi hati rakyat untuk memberikan undi kepada BN dengan segala macam program transformasi yang diwar-warkan, ayuh! Tunaikan tuntutan dan kehendak rakyat yang telah menunjukkan kesungguhan untuk hadir dengan angka mencecah ratusan ribu bagi memperjuangkan hak mereka demi mendapatkan padang pilihanraya yang sama rata supaya kita dapat bertarung secara gentleman.

Kekalkan fokus kita. Medan untuk menumbangkan Umno/BN dan menghalang kerakusan mereka adalah melalui wasilah pilihanraya. Pelbagai bentuk, media dan cara telah dan sedang diperjuangkan demi perjalanan sebuah pilihanraya yang bersih dan adil. Dari Parlimen hingga ke kedai kopi. Dari pusat bandaraya hingga ke hujung desa terpencil. Dari yang berkelulusan PhD hingga kepada yang tak mengenal abjad dan angka, dari pegawai tinggi hingga peniaga kedai kopi, tuntutan kita sama. BERSIH 1.0, BERSIH 2.0, BERSIH 3.0 adalah adalah salah satu medan bagi menyuarakan tuntutan.  Tak mustahil kalau BN masih berkeras untuk mengekalkan sistem dan peraturan yang membolehkan mereka memperkudakan SPR, rakyat akan datang 'menguningkan' lagi Bandaraya Kuala Lumpur dengan BERSIH 4.0!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan