Khamis, 19 April 2012

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


Puteri Bahagian Segambut

Posted: 18 Apr 2012 11:21 PM PDT

Puteri Bahagian Segambut


Buat Tatapan @adamadli & Mahasewel2

Posted: 18 Apr 2012 10:30 PM PDT

So kesimpulannya....kalau nak pinjaman PTPTN tue percuma tak perlu bayar semula, silalah belajar rajin-rajin, passed with flying colors bukannya pegi berdemo berkhemah di Dataran Merdeka.


Jangan menyalak macam gambar kat bawah ni



RM 200 Billion Untuk Laksana 3 Janji Pakatan Sahaja

Posted: 18 Apr 2012 08:30 PM PDT

Kalau senario macam dalam gambar di atas ni macammana nak tunaikan janji?


BANYAK yang sudah disebut mengenai janji-janji kosong Pakatan Rakyat jika ditakdirkan akhirnya berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Keghairahan 'melafazkan' janji ini menjadi terlalu hebat sehingga ramai terlupa, berapa nilai semua janji yang disebutkan itu?

Persoalan itu penting kerana diakhirnya, kerajaan yang diterajui Pakatan Rakyat nanti perlu mempunyai keupayaan untuk melaksanakan semua janji-janji itu, atau awal-awal lagi kita sudah boleh membakul sampahkan janji-janji tersebut kerana nampak sangat tidak masuk akal.

Beruang nak ambil kesempatan ini untuk perbahaskan 3 janji utama Pakatan Rakyat ini jika akhirnya berjaya memerintah kerajaan persekutuan. Yang paling di atas sudah tentulah janji untuk memberi pendidikan percuma kepada semua rakyat (termasuk penghapusan PTPTN), tol percuma dan subsidi minyak (termasuk menaikkan royalti minyak untuk Sabah dan Sarawak sebanyak 20% dari 5% sekarang).

Untuk janji yang pertama, pendidikan percuma dan penghapusan PTPTN.

Memetik kenyataan Perdana Menteri di Batu Pahat tempoh hari, kerajaan akan kehilangan hasil sebanyak RM 43 billion untuk tujuan menghapuskan pinjaman PTPTN. Untuk membiayai sepenuhnya pengajian di semua Insititusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan mengambil alih lebih 500 buah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) bagi merealisasikan janji perkhidmatan percuma akan memakan belanja sehingga RM 100 billion!!

Jumlah ini adalah berdasarkan kepada lebih 90,000 orang pelajar yang sedang menuntut di IPTS seluruh negara (mengikut statistic 2011) yang juga merupakan ke 11 tertinggi di dunia dan hakikat bahawa kerajaan akan menanggung baki 10% daripada keseluruhan pembiayaan pendidikkan bagi semua pelajar IPTA (kerajaan sekarang menanggung 90% daripada keseluruhan kos pembelajaran pelajar IPTA).

Bagi menampung subsidi bahan api pula, kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM 18 billion untuk subsidi harga bahan api tersebut pada 2011. Anwar masih tidak mengumumkan berapa nilai penurunan harga minyak jika Pakatan Rakyat mengambil alih tapi beruang jangka sekitar RM 0.10 – RM 0.30 seliter. Penurunan ini akan menambah subsidi kerajaan untuk bahan api sahaja sehingga RM 22 billion setahun.

Manakala bagi menampung kenaikan royalti minyak untuk Sabah dan Sarawak sebanyak 15% lagi (menjadikan 20%) dan bayaran royalti kepada negeri Terengganu dan Kelantan, kosnya dijangka akan mencecah sehingga RM 20 billion. Unjuran ini dibuat berdasarkan nilai 5% royalti minyak yang dibayar kepada Sabah, Sarawak dan Terengganu (termasuk bayaran wang ehsan kepada Kelantan) pada 2011 yang sudah mencecah sehingga RM 10 billion.

Bagi mengambil alih konsesi tol bagi merealisasikan janji tol percuma pula, kerajaan perlu membayar sebanyak RM 20 billion berdasarkan nilai semasa syarikat pengendali Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) yang terdedah semasa pengambil alihan syarikat tersebut oleh Kumpulan UEM dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Jumlah ini tidak termasuk dengan syarikat-syarikat konsesi lain yang telah mencatatkan keuntungan (buku Jingga menyatakan Pakatan Rakyat akan mengambil alih semua syarikat konsesi yang telah mencapai keuntungan sahaja).

Sekarang tibalah bahagian yang menarik, penjumlahan. Pendidikan percuma dan penghapusan hutang PTPTN dianggar akan menelan hasil negara sebanyak RM 143 billion (minimum), subsidi minyak dan peningkatan bayaran royalti, RM 42 billion dan tol percuma RM 20 billion.

Semua sekali menjadikan kos untuk menampung 3 janji Pakatan Rakyat ini sahaja sebanyak RM 205 billion!! Ini belum lagi bercakap tentang subsidi lain dan segala perbelanjaan pembangunan dan pengurusan negara yang dianggarkan antara RM 80 – RM 100 billion setahun.

Persoalannya sekarang, setakat mana kemampuan kewangan negara untuk menampung semua janji tersebut? Agak menghairankan bagaimana Pakatan Rakyat yang tidak mempunyai maklumat lengkap mengenai kewangan negara boleh merencanakan perbelanjaan kewangan yang sebegitu besar untuk rakyat Malaysia.

Beruang tidak kata Pakatan Rakyat tidak mampu, tapi dari anggaran yang disebutkan di atas, jelasnya Pakatan Rakyat perlukan lebih dari air liur semata-mata untuk memastikan semua janji tersebut berjaya dilaksanakan. Dan rakyat Malaysia mengharapkan semua ini dibentangkan dengan jelas kepada rakyat agar apa yang berlaku di Selangor sekarang tidak menimpa rakyat Malaysia selepas PRU13 berakhir.

Dan jangan lupa, ini hanyalah 3 daripada deretan janji Pakatan Rakyat dalam buku Jingga sekarang dan versi baru yang sedang dikemaskini sekarang.

Cuit-cuit Kedai Rakyat 1Malaysia

Posted: 18 Apr 2012 07:15 PM PDT

Ramai orang yang dapat faedah daripada Kedai Rakyat 1Malaysia. Tak percaya? Tengok aje kartun ni.

Anak Pontianak Vs Lufya

Posted: 18 Apr 2012 06:00 PM PDT


Mungkin masih ada yang belum tahu mengenai sebuah artikel yang tersiar disebuah blog hiburan tempatan mengenai Lufya yang kecewa terhadap peminat yang salah anggap dirinya sebagai Zarina Anjoulie.

Dalam artikel tersebut, Lufya menyuarakan rasa kecewanya apabila ada peminat yang tersalah anggap dirinya adalah Zarina.

Disebabkan perkara ini, Lufya pernah disapa oleh seseorang dan menegurnya mengapa dia bogel di dalam internet sedangkan dirinya tidak pernah berbuat perkara terkutuk itu.

Selain itu, Lufya turut dikatakan pernah diraba oleh seseorang sambil dipanggil Anju yang jelas merujuk kepada Zarina Anjoulie.

Namun lain pula dipihak Zarina Anjoulie, sebentar tadi kecoh di laman Twitter miliknya dan dia dipercayai melancarkan "perang" terhadap Lufya sebagai respon terhadap artikel yang ditulis di blog hiburan tersebut.

Antara kenyataan yang dikeluarkan oleh Zarina termasuklah, "U keep nagging2 on papers n blogs bout me dah 5 years I just kept silent when I too kena bahan ngan org pasal muka cam awk. This is WAR."


Zarina Anjoulie turut membuat kenyataan berbentuk kutukan terhadap Lufya.

Wahhh, memang ramai orang tahu bahawa Zarina Anjoulie seorang yang sangat lantang.

Tapi 'menembak' artis lain dengan lantang? Itu ngam! (Ohbulan)


Sumber: Mynewshub


SP: Macam-macam hal dunia artis Malaysia ni. Bukan besar mana pun industri hiburan kita ni.

#BNPilihanOrangMuda: Puteri dan Pemuda UMNO WP Bakal Gegarkan BTR @Rosnah_ARS @KhairyKJ @rizalmanmokhtar @zauyah_74 @khalidibrahim

Posted: 18 Apr 2012 05:10 AM PDT



Pergerakan Puteri dan Pemuda UMNO WP bakal menggegarkan Institut Latihan Bandar Tun Razak pada 22hb April 2012 bersempena dengan pelancaran program BN Pilihan Orang Muda yang bakal dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Pengerusi Barisan Nasional Wilayah Persekutuan, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Program ini juga akan turut dihadiri oleh Ketua Puteri UMNO Malaysia, YB Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin dan juga Ketua Pemuda UMNO Malaysia, YB Khairy Jamaludin.


Semua rakan-rakan dijemput hadir bagi membuktikan sokongan kita terhadap Barisan Nasional.

Segambut Banjir Kali ke 2 Dalam Tempoh Tak Sampai 2 minggu - @JDB27 @limlipeng @princeszfionna

Posted: 18 Apr 2012 02:37 AM PDT



SP tumpang simpati dengan nasib penduduk-penduduk di Kampung Segambut Bahagia, Segambut kerana masalah banjir yang semakin kerap kebelakangan ini. Menurut salah seorang penduduk di kampung tersebut yang juga merupakan mangsa banjir menerusi perbualan telefon bersama SP sebentar tadi, kejadian banjir ini semakin kerap berlaku berikutan daripada masalah perparitan yang teruk daripada kawasan pembinaan berhampiran kawasan perumahan mereka.



Menurut beliau lagi dalam tempoh tidak sampai seminggu telah berlaku 2 kali kejadian banjir dan menurut beliau kejadian sebentar tadi lebih tinggi paras air yang naik berbanding kejadian hari Khamis yang lepas. Beliau merayu kepada pihak-pihak yang berwajib agar dapat membantu menyelesaikan masalah yang menghantui mereka sejak tahun lepas lagi.



Gambar di bawah ni pulak keadaan jalan raya di hadapan rumah SP selepas hujan lebat selama 2 jam petang tadi. Dah tak boleh nak beza jalanraya dengan sungai.








Mahasewel Nak Kawin Guna Duit PTPTN????

Posted: 17 Apr 2012 11:16 PM PDT

Terkejut juga melihatkan gambar2 dibawah dalam 2-3 blog lain ..... Aik, belajar belum tentu pass, hutang PTPTN pun belum tentu dihapuskan ...... tiba-tiba ERNI, ANGKAT KAIN JEMURAAAAAAN..... HUJAN DAH TURUUUUUUUUUN ..... couple ni nak berkahwin pulak tulat 21 April ?

Sekadar bertanya kepada yang tahu ......






DIORANG MEMANG PLAN NAK KAHWIN ATAU KENA KAHWIN SEBAB GAMBAR NI ? ?


Atau masih dalam trend budak-budak masih belajar dah berkahwin ? Ingatkan kat oversea jer .......

Kalau salah, minta maaflah ya ..... Apapun saya doakan agar anda berdua kekal bersama dan bahagia bersama sehingga ke anak cucu ..... Amiiiiinnn ......



Source: DinTurtle



SP: Kawin guna duit PTPTN ke????????

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri

Posted: 18 Apr 2012 11:05 AM PDT

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri


PELIK MAHASISWA ZAMAN SEKARANG

Posted: 18 Apr 2012 08:15 AM PDT


Assalamualaikum.

Sejak akhir-akhir ini, terdapatkecenderungan golongan mahasiswa yang begitu gemar bermain politik danmenyertai politik. Tidak keterlaluan, dalam keadaan tertentu, mereka yangmendakwa sebagai mahasiswa ini lebih politik dari orang politik sendiri.

Sampai sekarang, saya masih tidakfaham mengapa adik-adik mahasiswa kita (rata-rata bangsa Melayu kita) begitughairah menyertai aktiviti berkaitan politik kepartian di negara ini, khususnyadalam gerakan menentang kerajaan.

Cuma, apa yang saya faham, ramai dikalangan mahasiswa kita telah terpedaya atau sengaja membenarkan diri merekadiperdayakan pembangkang untuk mencapai cita-cita mereka. Sebagai orang Melayudan pernah belajar di Universiti, saya amat malu dengan perangai segelintirmahasiswa yang menyertai kegiatan tersebut.

Sepatutnya mahasiswa kita lebih bijak,lebih tahu di mana bumi dipijak dan di mana langit yang dijunjung. Apakahtujuan nak matlamat mereka ke menara gading?. Pastinya mahu berjaya dalampelajaran. Jadi, kalau mahasiswa sudah terlibat dengan politik mengatasi orangpolitik sendiri, apa lagi yang ada pada mereka.

Lebih menyedihkan, mahasiswa Melayupaling ramai terlibat dengan kegiatan sedemikian, manakala mahasiswa bangsa laingiat memberikan perhatian terhadap pelajaran untuk meraih kejayaan.

Kepada mahasiswa yang berkenaan,berfikiranlah dengan bijak. Kembalilah ke pangkal jalan dengan memberikanperhatian serius terhadap pelajaran. Apabila tamat pengajian nanti, buatlah apayang anda mahu buat. Sertailah politik yang anda mahu sertai. Tidak ada sesiapapun yang menghalangnya.

Adalah sesuatu yang memalukan dengansikap segelintir mahasiswa kita hari ini. Mereka tidak mencerminkan golonganberpelajaran sehingga tergamak menjadi alat pihak tertentu untuk mencapaicita-cita politik mereka.

Saya doakan, mereka akan sedar akankesilapan langkah mereka dan kembali ke pangkal jalan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan