Assalamualaikum.
Diam tak diam,mkita dah pun masuk bulan April, empat bulan di tahun 2012 – tahun yang saratdengan ramalan PRU ke-13 diadakan.
Seperti yanganda tahu, puak pembangkang akan menganjurkan perhimpunan Bersih 3.0 di ibunegara. Apa yang mereka tuntut juga sama sebagaimana perhimpunan haram Bersih2.0 yang lalu.
Malah, PasTerengganu juga dikatakan akan mengadakan demonstrasi besar-besaran sebelum itudi Kuala Terengganu, hadapan Wisma Darul Iman.
Sama ada kitasedar atau tidak, bahawa kerajaan telah pun menubuhkan jawatan khas bagimengkaji dan mencadangkan mengenai pilihan raya bagi menambah baik prosespilihan raya yang sedia ada.
Jawatankuasaitu bukan sahaja terdiri daripada wakil kerajaan, malah wakil-wakil partingpembangkang. Oleh itu, mereka boleh dan telah pun memberikan pandangan bagimencapai tujuan jawatankuasa tersebut ditubuhkan.
Malah, hasilkajian dan perancangan jawatankuasa berkenaan telah dibentangkan di Parlimenserta diluluskan walaupun pembangkang membuat kacau ketika pembentangan perkaratersebut di Parlimen baru-baru ini.
Namun, Bersih3.0 yang sekali lagi akan diketuai Ambiga sebagai membantah terhadap sistempilihan raya yang ada.
Jika oranglain tidak faham mengapa pembangkang tetap membantah, malah mahu mengadakanbeberapa perhimpunan menjelang PRU ke-13 ini, tetapi saya boleh fahammengenainya.
Pertama,pembangkang sejak dahulu tidak pernah melihat apa yang diusahakan ataudilakukan kerajaan BN adalah tidak betul walaupun setiap keputusan yang dibuatturut melibatkan puak mereka. Itu perkara pokok yang sangat penting untukdiberikan perhatian.
Dan kedua,nampak sangat pembangkang tidak bersedia untuk menghadapi PRU. Apa yang merekalakukan adalah untuk menarik perhatian banyak pihak dan mungkin juga satukaedah untuk "memaksa" kerajaan melengahkan PRU.
Hakikat yangmereka sendiri sedar ialah betapa sokongan rakyat terhadap BN kian melonjakkerana rakyat kita semakin hari semakin melihat dan menilai pembangkang yangbanyak menimbulkan masalah kepada rakyat.
KepimpinanPerdana Menteri, YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah melakukan yangterbaik untuk rakyat dan negara walaupun pada masa yang sama pembangkang asyikmelalak tanpa melakukan apa-apa pun.
Rakyat semakinsedar, semakin tahu mengenai tabiat buruk dan kelemahan pembangkang. Justeru,mereka kini beralih kepada BN yang telah terbukti mampu melakukan yang terbaikbuat rakyat. Percayalah!.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan