Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mengingatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar menyokong penubuhan suruhanjaya diraja bagi menangani isu pengundi ragu atau hanya akan digelar sebagai "Sorok Pengundi Ragu".
Menurutnya, jika SPR benar-benar jujur terhadap isu kewujudan lebih 40,000 pengundi ragu, mereka seharusnya turut sama mendesak kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat perkara itu.
"SPR sepatutnya merebut kesempatan untuk membuktikan bahawa daftar pemilih yang ada kini dan segala tindak tanduknya adalah bersih dari sebarang penyelewengan dengan menyatakan persetujuan dan kesediaannya menghadapi suruhanjaya diraja itu.
"Jika tidak mahu menerima penubuhan suruhanjaya tersebut, rakyat akan melihat SPR langsung tidak yakin terhadap apa yang didakwanya sebagai fakta sebenar," kata beliau lagi sambil mengingatkan SPR supaya jangan menjadikan dirinya sebagai bahan ejekan rakyat yang mahukan pilihan raya yang adil dan bersih," katanya.
Berhubung buku 'Fakta Sebenar di sebalik dakwaan dan fitnah terhadap SPR' yang diterbitkan SPR, Mahfuz berkata sepatutnya suruhanjaya itu menggunakan saluran suruhanjaya diraja dan bukannya cuba membersih nama dengan menerbitkan buku.
"Tetapi kalau sendiri yang menulis untuk mendakwa diri sendiri mempunyai fakta sebenar, bercakap seorang-seorang tanpa mana-mana badan penilai dan penyiasat untuk mengesahkan kebenarannya, ia akan hanya menyebabkan SPR semakin dilihat benar-benar tidak benar," tegas Mahfuz.
Mahfuz berkata, tuntutan supaya ditubuhkan suruhanjaya tersebut juga turut disuarakan oleh parti komponen Barisan Nasional (BN).
Beliau merujuk kepada kenyataan Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Radin Malleh yang berpendapat satu-satunya cara untuk mengatasi kewujudan 22,000 nama meragukan dalam daftar pemilih ialah dengan menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja.
"Jelaslah parti komponen BN pun meragui daftar pemilih yang ada sekarang," kata Mahfuz
KUALA LUMPUR: Jabatan Amal Malaysia akan menggerakkan 4,000 ahlinya dari Semenanjung Malaysia untuk bertugas menjaga keamanan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka, Sabtu ini.
Menurut Ketua Pengarahnya, Johari Osman, Unit Amal dari Pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu akan mula memasuki ibu kota seawal petang ini manakala dari negeri-negeri lain akan mula berkampung esok pagi.
"Keseluruhan Unit Amal yang akan diturunkan iaitu yang lengkap beruniform tidak kurang daripada 4,000 orang dan semuanya sudah melaporkan diri," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.
Beliau berkata, Unit Amal dari Sabah dan Sarawak tidak digerakkan ke Dataran Merdeka sebaliknya mereka akan bertugas di himpunan Bersih 3.0 yang turut diadakan serentak di sana.
"4,000 itu dari semenanjung sahaja kerana anggota kita di Sabah dan Sarawak akan menjaga perhimpunan di sana pada masa yang sama," katanya.
Johari juga berkata, Unit Amal atau sinonim dengan gelaran "Tentera Merah" akan turut bekerjasama dengan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Angkatan Muda Malaysia (AMK) dan beberapa pergerakan lain bagi melancarkan perjalanan Duduk Bantah.
"Unit Amal telah mengadakan mesyuarat dengan pergerakan-pergerakan lain bagi menyelaraskan pergerakan. Tapi tugas tetap Unit Amal adalah menjaga pimpinan utama Pakatan Rakyat selain menjaga pergerakan peserta himpunan," katanya lagi.
Sementara itu, Ketua Setiausaha Jabatan Amal Malaysia, Azuan Ismail menyeru masyarakat yang prihatin agar menghulurkan sumbangan ke Tabung Amal yang diwujudkan bertujuan menampung perbelanjaan anggotanya.
"Saya menyeru semua para dermawan agar sama-sama dapat menyumbang ke Tabung Amal untuk membantu petugas-petugas Jabatan Amal yang akan terlibat.
"Ada di antaranya yang bekerja kampung seperti menoreh getah, berkebun, tukang kayu dan sebagainya," katanya dalam satu kenyataan.
Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian ke akaun Bank Islam Jabatan Amal Malaysia 140140-101-33669.
TANAH MERAH: Biar pun banyak penjelasan diberi namun masih ada pihak yang buat-buat tidak faham mengenai usaha meningkatkan pengurusan bekalan air di Kelantan.
Sepatutnya Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) melihat Jadual 9 Senarai Bersama Negeri dalam perlembagaan, secara jelas menyebut perkhidmatan bekalan air di bawah tanggungjawab persekutuan, dan hanya sumber air milik negeri.
Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman (gambar) berkata, NGO terbabit dan pemimpin Umno asyik mengungkit isu sama biar pun banyak penjelasan diberi.
Katanya, biar pun pengurusan air di bawah tanggungjawab pusat, namun kerajaan negeri mengambil peranan itu bagi memastikan rakyat menikmati bekalan air bersih.
"Sepatutnya tidak berlaku Kelantan didiskriminasi dalam tempoh begitu lama bagi mendapat kemudahan bantuan atau pinjaman kewangan untuk meningkatkan prasarana bekalan air.
"Namun apa yang berlaku hampir 13 tahun Kelantan dinafikan hak mendapat segala kemudahan kewangan sehingga terpaksa berikhtiar sendiri mencari dana," katanya di sini.
Akhbar milik Umno hari melaporkan Presiden MTRK, Azmi Ali mendesak Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Md Anizam meletak jawatan ekoran Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan berlaku penyelewengan dalam pengurusan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB).
Md Anizam berkata, Umno masih menjaja isu lapuk kerana usaha meningkatkan bekalan air berterusan dilakukan selepas mendapat pinjaman mudah pada 2003.
Sementara itu Pengurus Besar AKSB, Ir Mohamad Hanapi Mahmud berkata, sekiranya benar operator itu terlibat dengan salah urus tadbir sudah tentu laporan mengenainya dimuat dalam Laporan Ketua Audit Negara.
Katanya, sehingga kini tidak ada laporan penyelewengan berlaku seperti yang didakwa MTRK.
"Sebenarnya tidak perlu laporan MTRK untuk Jabatan Audit dan SPRM bertindak kalau benar ada salah urus. Apa yang berlaku sekarang pihak terbabit sengaja mahu melemparkan persepsi bagi memburukkan AKSB dan kerajaan negeri.
"Kalau betul ada penyelewengan sudah tentu Lembaga Penasihat Perbadanana Menteri Besar membuat teguran lebih awal.
"Lembaga terbabit dianggotai pegawai kanan kerajaan dan golongan profesional. Biar apa pun terpulang kepada SPRM untuk menentukan kedudukan sebenar," ujarnya.
KAMPAR – Polis merampas sejumlah 125 unit komputer yang diubah suai menjadi mesin perjudian haram dalam 12 serbuan dalam 'Ops Dadu' di daerah ini sejak 1 Januari lalu.
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Abdul Aziz Salleh berkata, dalam tempoh tersebut, polis telah menahan 11 lelaki dan seorang perempuan berusia antara 20 hingga 40 tahun disyaki penjaga pusat perjudian.
Menurutnya, sebanyak sembilan kes telah dituduh di Mahkamah Majistret Kampar bersabit kesalahan di bawah Seksyen 4B(a) Akta Rumah judi Terbuka 1953 manakala, tiga lagi dalam proses pertuduhan.
"Kejadian terbaru melibatkan dua serbuan rumah kedai di Kampar dan Mambang Diawan dan telah merampas sebanyak 20 unit komputer.
"Dalam serbuan itu, seorang perempuan dan lelaki telah ditahan dan mereka masih dalam siasatan polis," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini, semalam.
Abdul Aziz berkata, kegiatan perjudian memerlukan kerjasama daripada orang awam bagi membendung kegiatan itu selain pihak polis meneruskan usaha dari semasa ke semasa.
JOHOR BAHRU – Kecuaian pemandu lori memandu laju di kawasan selekoh Jalan Pontian-Skudai, di sini mencetuskan panik apabila cecair kimia yang mengandungi 80 peratus asid sulfurik tumpah di atas jalan raya, kira-kira jam 9 pagi, semalam.
Kejadian itu turut menyebabkan kesesakan lalu lintas apabila laluan terpaksa ditutup selama hampir lima jam bermula daripada restoran makanan segera McDonalds Skudai sehingga ke selekoh berkenaan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pulai, Taman Universiti, Mohd Fakri Mazlan berkata, sebanyak tiga jentera digunakan dalam operasi itu dengan kekuatan 23 anggota bagi meneutralkan semula tumpahan cecair kimia berkenaan.
"Cecair berkenaan amat berbahaya dan boleh menyebabkan hakisan teruk kepada kulit manusia, bagaimanapun kejadian itu berjaya dikawal dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
"Kejadian dipercayai berpunca daripada kecuaian pemandu yang memandu laju di kawasan selekoh ini dan menyebabkan dua daripada 11 tong asid sulfurik yang dibawa jatuh dari kenderaan.
"Menurut pemilik kenderaan berkenaan, setiap tong berkenaan dianggarkan mengandungi kira-kira 1,800 kilogram cecair kimia," katanya.
Mohd Fakri berkata, laluan berkenaan telah dibuka semula kepada pengguna jalan raya lain selepas operasi pembersihan jalan untuk meneutralkan tumpahan asid tamat pada jam 1.15 petang.
"Ketika sampai ke lokasi kejadian, pihak bomba mendapati pemandu lori tiada di tempat kejadian dan cecair berkenaan telah merebak sehingga 300 meter akibat keadaan jalan yang curam.
"Anggota penyelamat segera menjalankan operasi pembersihan jalan dan laluan terpaksa ditutup sementara sehingga operasi tamat bagi keselamatan orang ramai," katanya.
Dalam pada itu katanya, kejadian tumpahan cecair kimia seumpama itu merupakan yang pertama berlaku sejak balai bomba berkenaan beroperasi kira-kira setahun lalu.
KUALA LUMPUR, 26 April: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan terlepas begitu sahaja setelah menyebabkan negara rugi besar dalam perjanjian pertukaran tanah Keretapi Tanah Melayu (KTM) dengan Singapura, kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub (gambar).
Mengulas laporan bahawa stesen keretapi Tanjong Pagar kini dijadikan pusat pertunjukan fesyen oleh Singapura setelah berjaya memperolehinya dalam perjanjian pertukaran tersebut, beliau mempersoalkan, apa yang manfaat yang diperolehi Malaysia dari perjanjian tersebut.
"Singapura sudah mula membuat untung besar dengan penggunaan stesen keretapi Tanjong Pagar itu sedangkan Malaysia yang kononnya mendapat tanah secara percuma dalam perjanjian pertukaran itu masih lagi bergelut dengan isu caj pembangunan yang terlalu tinggi yang dikenakan oleh Singapura setelah kononnya memberikan tanah secara percuma untuk dibangunkan," katanya.
Salahuddin kesal, ketika Singapura sudah pun berjaya menjana pendapatan dan publisiti untuknya sebagai pusat fesyen antarabangsa, kerajaan pimpinan Najib masih lagi terkial-kial untuk mencari penyelesaian dalam isu caj pembangunan itu.
"Tidak ada apa-apa pembangunan kerana Najib dan kerajaannya diperdaya dengan 'development cost' atau caj pembangunan.
"Terpaksa menunggu dan terpaksa merayu agar dikurangkan. Kalau Singapura tidak mahu kurangkan, sekali lagi terpaksa pergi ke ICJ (Mahkamah Keadilan Antarabangsa) untuk membuat keputusan dan 10 tahun lagi pun terpaksa berputih mata.
"Sebelum ini hilang Pulau Batu Puteh kepada Singapura di ICJ. Apa jaminan tanah KTM itu tidak akan hilang di ICJ setelah Najib diperbodohkan dalam perjanjian itu?" Ahli Parlimen Kubang Kerian itu mempersoalkan.
Salahuddin bertegas dengan pendirian bahawa apa yang berlaku itu hakikatnya adalah pengkhinatan Najib terhadap negara.
"Najib bertanggung jawab terhadap penghianatan itu. Perdana Menteri apa yang mudah terpedaya sedemikian rupa?
"Saya tidak percaya Malaysia tidak mempunyai orang yang cerdik untuk menasihati Perdana Menterinya supaya tidak diperdayakan sedemikian rupa," katanya.
Sebab itulah, Salahuddin enggan menolak spekulasi yang mendakwa bahawa apa yang sebenarnya berlaku ialah peras ugut dan pihak yang diperas ugut terpaksa merasuahkan tanah berharga kepada pihak yang memeras ugut.
Dengan apa yang berlaku itu, Salahuddin bimbang, apa lagi yang akan terlepas dari negara ini jika terus diperintah oleh Umno.
"Tidak kiralah sama ada kerana terlalu bodoh atau sengaja merasuah setelah diperas ugut, setelah kita kehilangan Singapura pada 1965, Pulau Batu Puteh pada 2008 dan tanah-tanah KTM termasuk stesen keretapi Tanjong Pagar itu, apa lagi yang akan diserahkan oleh Umno kepada Singapura?
"Dalam soal tanah-tanah KTM, masalahnya Najib bersetuju bahawa Malaysia tidak akan menerima apa-apa pampasan dan pertukaran tanah jika Malaysia menangguh-nangguhkan tindakan untuk memuktamadkannya," kata beliau.
Salahuddin membangkitkan, perjanjian 1918 menyatakan tempoh pajakan tanah-tanah tersebut kepada KTM adalah selama 999 tahun walaupun dinyatakan untuk kegunaan perkhidmatan keretapi sahaja.
"Najiblah yang memusnahkan kelebihan yang berpihak kepada Malaysia dalam perjanjian 1918 itu apabila beliau mempersetujui perjanjian pertukaran tanah tersebut dengan (Perdana Menteri Singapura) Lee Hsien Loong," kata beliau penuh kesal.
Penafian prinsip demokratik asas iaitu "satu orang, satu undi" adalah lagi satu sebab, selain daripada pengundi hantu dan kepincangan dalam daftar pemilih, mengapa rakyat Malaysia harus menyertai 'Bantah Duduk' Bersih pada jam 2 petang 28 April 2012 di Dataran Merdeka untuk menuntut pilihan raya yang bersih, bebas dan adil. Badan pemerhati pilihan raya Tindak Malaysia telah mengemukakan bukti bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersifat berat sebelah terhadap BN dengan gerrymandering dan manipulasi sempadan kawasan pilihan raya sehingga satu undi pengundi luar bandar adalah sama dengan enam undi pengundi bandar, kerana BN lebih kuat di kawasan luar bandar.
Mengikut Tindak Malaysia, BN telah memenangi 112 daripada 139 kerusi Parlimen yang paling kecil semasa Pilihan Raya Umum 2008, lantas memberikan mereka majoriti mudah dengan hanya 18.9 peratus undi popular. Kawasan-kawasan tersebut tidak akan ditukar untuk pilihan raya umum yang akan datang. Di manakah prinsip demokratik "satu orang, satu undi" dan juga di manakah pemerintahan majoriti apabila BN boleh memenangi 50.4 peratus daripada kerusi Parlimen dengan hanya 18.9 peratus undi popular?
BN telah memenangi 62 daripada kawasan yang paling kecil dengan hanya 6.2 peratus undi popular, termasuk kawasan terkecil iaitu Putrajaya yang hanya mempunyai 6,008 pengundi dan dimenangi BN, berbanding dengan Kapar yang mempunyai 112,000 pengundi dan dimenangi PKR. Daripada pemerintahan majoriti, kita mempunyai sistem pemerintahan minoriti, iaitu satu pelanggaran prinsip demokrasi perwakilan.
Tidak ada makna untuk SPR membazir duit mencetak 5,000 buah buku untuk menangkis dakwaan-dakwaan terhadap proses pilihan raya SPR yang pincang, apabila penipuan boleh mengatasi kebenaran. Bagaimana SPR boleh memperlekehkan isu lebih daripada 42,000 "pengundi ragu" dalam daftar pemilih apabila mereka bukan warganegara sepertimana yang disahkan oleh Jabatan Pendaftaran dan juga dakwaan pendaftaran pengundi yang terlalu banyak dalam satu alamat. Masalah ini mungkin lebih teruk daripada kes 42,2000 pengundi ragu yang diakui SPR dan Jabatan Pendaftaran.
Projek Analisa Daftar Pemilih Malaysia (Merap) yang diterajui ahli sains politik terkenal Dr Ong Kian Ming telah mengenal pasti lebih kurang 3.4 juta kes di mana siasatan lanjut harus dijalankan oleh SPR untuk mengesahkan kesahihan pengundi kerana ini adalah jumlah pendaftaran yang bermasalah dan mencemarkan integriti dan ketepatan data dalam daftar pemilih. Beliau telah mengutarakan 4 isu kritikal:
Lebih kurang 3.1 juta pengundi telah dikenal pasti sebagai bukan permastautin oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada tahun 2002. Data ini telah diberi kepada SPR tetapi tiada tindakan yang telah diambil oleh SPR untuk menilai masalah ini dan mencari penyelesaian.
Menggunakan data SPR yang menyenaraikan kewarganegaraan atau "bangsa" setiap pengundi, lebih kurang 65,000 pengundi telah dikenal pasti sebagai warga asing. Daripada jumlah ini, dekat 90 peratus atau 58,000 mempunyai nombor kad pengenalan yang menunjukkan bahawa mereka telah dilahirkan di Malaysia. Tambahan pula, lebih kurang 49,000 pengundi ini datang dari hanya satu neger – Sabah – yang mempunyai sejarah yang terkenal dengan sejarah di mana K/P telah diberikan kepada pendatang asing untuk membolehkan mereka menjadi pengundi.
Dengan membandingkan daftar pemilih pada suku tahun keempat (Q4) 2010 dan Q3 2011 dan dengan menyoal-periksa data itu dengan pengemaskinian kepada suku tahun pertama dan ketiga 2011, telah dijumpai bahawa terdapat 106,743 pengundi yang dikeluarkan daripada daftar pemilih tanpa paparan awam dan sebanyak 6,762 pengundi telah ditambah kepada daftar pemilih dalam tempoh masa yang sama, juga tanpa paparan awam.
Maklumat penting yang disediakan oleh SPR dalam pengemaskinian Q1 ke Q3 2011 seperti sebab untuk pengeluaran nama daripada daftar pemilih tidak dijelaskan dalam pengemaskianian suku tahun Q4 2011. Kekurangan penjelasan ini menimbulkan kebimbangan terhadap kemungkinan maklumat penting disembunyikan oleh SPR supaya analisa data yang terperinci tidak dapat dilakukan.
Tambahan, pendaftaran warga asing sebagai pengundi dan tindakan unilateral SPR untuk membetulkan lokaliti mengundi sebanyak 19,000 pengundi dengan mengalihkan pengundi tanpa persetujuan mereka. Bahkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim pun menjadi mangsa apabila lokaliti mengundinya telah ditukar daripada Selangor kepada Wilayah Persekutuan.
Aduan yang lain termasuk tambahan pengundi yang mendadak di kawasan-kawasan tertentu, kes-kes lebih 100 pengundi dalam satu alamat, dakwaan bahawa warga asing telah diberi hak mengundi, peralihan pengundi dari satu lokaliti ke lokaliti yang lain, pendaftaran pasangan kakitangan tentera sebagai pengundi pos, keputusan SPR secara tiba-tiba untuk meningkatkan jumlah pegawai yang bertugas pada hari mengundi dan kewujudan jumlah yang besar pengundi-pengundi yang berusia lebih 100 tahun.
Untuk sebab ini, DAP menyokong penuh dan akan menggerakkan ahli untuk Duduk-dan-Bantah Bersih pada jam 2 petang 28 April 2012 untuk pilihan raya yang bersih, dan menyeru agar semua rakyat Malaysia menyertai perhimpunan Bersih di merata negara, khususnya di Dataran Merdeka. DAP mengutuk hebat tindakan dan amaran oleh pihak kerajaan, terutamanya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, untuk mengharamkan bantahan secara aman ini dengan menakut-nakutkan orang. Penggunaan taktik ketakutan ini hanya mendedahkan watak sebenar kerajaan BN yang kuku besi dan bersifat zalim. Seperti yang dikatakan seorang Presiden Amerika Syarikat Thomas Jefferson,
Apabila rakyat takut kepada kerajaan, itu namanya kezaliman; Apabila kerajaan takut kepada rakyat, itu namanya kebebasan.
Masa sudah tiba untuk memastikan masa depan yang cerah dan bersih serta bebas daripada ketakutan. Hanya proses pilihan raya yang bersih dan tanpa salah guna kuasa oleh SPR boleh menzahirkan pemimpin-pemimpin yang dapat memberi harapan baru kepada rakyat Malaysia.
BERA, 26 April: PAS Kawasan Bera mendesak kerajaan menyegerakan pembinaan hospital daerah ini berikutan keperluannya amat mendesak bagi kegunaan penduduk apa lagi peruntukannya sudah diluluskan kerajaan.
Selain daripada itu, sudah dua kali majlis pecah tanah pembinaan hospital berkenaan diadakan serta janji demi janji yang diuar-uarkan oleh Ahli Parlimen Bera yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Desakan tersebut terkandung dalam usul yang diluluskan sebulat suara oleh para perwakilan di Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Bera kali ke-9 di Darul Ikhwan, Mengkarak baru-baru ini. Mesyuarat agung berkenaan dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman. (Gambar)
Ketua Penerangan PAS Bera Yusof Che Din yang membawa usul berkenaan, berhujah Ismail Sabri sendiri yang mengumumkan Kerajaan Pusat sudah meluluskan peruntukan RM60 juta bagi pembinaan hospital berkenaan.
"Satu tapak di Bandar 34 dekat rancangan Felda Gugusan Triang telah diwartakan untuk pembinaan projek hospital berkenaan yang akan memberikan perkhidmatan kepada lebih 100,000 penduduk di daerah ini sedangkan pusat kesihatan yang ada tidak dapat menampung keperluan kerana bilangan penduduk yang semakin bertambah.
"Pada masa ini, sesetengah penduduk terpaksa mendapatkan perkhidmatan dan rawatan di Hospital Temerloh yang jaraknya lebih 70 kilometer dan Hospital Bahau, Negeri Sembilan yang jaraknya lebih 100 kilometer dari Bera.
"Jika berlaku sebarang kecemasan sudah tentu amat merumitkan kerana kedudukan kedua-dua hospital agak jauh, sedangkan dengan adanya sebuah hospital baru dan moden ia dapat memberikan perkhidmatan dan rawatan kepada penduduk sekali gus menjimatkan perbelanjaan untuk berulang," hujahnya.
Menurut Yusof, sudah dua kali dilakukan majlis pecah tanah di atas tapak tanah seluas 26 ekar yang dicadangkan melibatkan Sultan Pahang, Menteri Kesihatan, Menteri Besar Pahang serta Ahli Parlimen Bera sendiri iaitu pada 5 Januari 2008 dan 6 Februari 2009.
Tegas Yusof lagi, hospital yang dicadangkan itu merupakan salah satu projek pembinaan Hospital baru yang diluluskan oleh kerajaan semasa kajian semula Rancangan Malaysia Ke-9 dan sepatutnya siap tahun ini.
"Sesudah beberapa tahun, bukan saja Hospital Bera tidak wujud, malah tanda-tanda kerja-kerja awal projek pun belum bermula sehingga ke saat ini.
"Jadi janji Hospital Bera hampir pasti menjadi satu lagi daripada ribuan koleksi tunggakan janji pilihan raya Umno dan BN. Datuk Seri Ismail Sabri akan menganjurkan satu lagi upacara pecah tanah menjelang PRU13?" soalnya sambil diiringi tepukan gemuruh.
KUALA LUMPUR: Jabatan Amal Malaysia akan menggerakkan 4,000 ahlinya dari Semenanjung Malaysia untuk bertugas menjaga keamanan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka, Sabtu ini.
Menurut Ketua Pengarahnya, Johari Osman, Unit Amal dari Pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu akan mula memasuki ibu kota seawal petang ini manakala dari negeri-negeri lain akan mula berkampung esok pagi.
"Keseluruhan Unit Amal yang akan diturunkan iaitu yang lengkap beruniform tidak kurang daripada 4,000 orang dan semuanya sudah melaporkan diri," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.
Beliau berkata, Unit Amal dari Sabah dan Sarawak tidak digerakkan ke Dataran Merdeka sebaliknya mereka akan bertugas di himpunan Bersih 3.0 yang turut diadakan serentak di sana.
"4,000 itu dari semenanjung sahaja kerana anggota kita di Sabah dan Sarawak akan menjaga perhimpunan di sana pada masa yang sama," katanya.
Johari juga berkata, Unit Amal atau sinonim dengan gelaran "Tentera Merah" akan turut bekerjasama dengan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Angkatan Muda Malaysia (AMK) dan beberapa pergerakan lain bagi melancarkan perjalanan Duduk Bantah.
"Unit Amal telah mengadakan mesyuarat dengan pergerakan-pergerakan lain bagi menyelaraskan pergerakan. Tapi tugas tetap Unit Amal adalah menjaga pimpinan utama Pakatan Rakyat selain menjaga pergerakan peserta himpunan," katanya lagi.
Sementara itu, Ketua Setiausaha Jabatan Amal Malaysia, Azuan Ismail menyeru masyarakat yang prihatin agar menghulurkan sumbangan ke Tabung Amal yang diwujudkan bertujuan menampung perbelanjaan anggotanya.
"Saya menyeru semua para dermawan agar sama-sama dapat menyumbang ke Tabung Amal untuk membantu petugas-petugas Jabatan Amal yang akan terlibat.
"Ada di antaranya yang bekerja kampung seperti menoreh getah, berkebun, tukang kayu dan sebagainya," katanya dalam satu kenyataan.
Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian ke akaun Bank Islam Jabatan Amal Malaysia 140140-101-33669.
KOTA BHARU: Belum pun Umno sempat menuai hasil daripada Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), ada penerima bantuan sudah membelanjakan wang yang diperolehi bagi menganjurkan kenduri kesyukuran menyertai PAS.
Baru-baru ini beberapa penduduk yang menerima BR1M berpakat menggunakan wang yang diperolehi untuk membeli lembu bagi majlis kesyukuran di Rantau Panjang.
Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) berkata, keadaan sebaliknya berlaku apabila habuan BR1M sebanyak RM500 yang diharap BN dapat memancing undi dijadikan modal untuk program PAS.
"Pada mulanya BR1M bertujuan memancing undi dengan harapan rakyat terus menyokong BN, namun lain pula jadinya di Bukit Tuku.
"Tak sangka pula ada penerima berpakat sesama mereka membeli lembu sempena majlis kesyukuran menyertai PAS," ujarnya pada perasmian penutup Ijtima' Almala' di Kota Darulnaim baru-baru ini.
Hampir 800 peserta menghadiri program berkenaan. Turut hadir anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood, Adun Perupok, Datuk Omar Mohamed dan Pegawai Fatwa Jabatan Mufti Kelantan, Ustaz Saibon Ismail.
KUALA LUMPUR: Tindakan politik Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang berselindung di sebalik jentera kerajaan mengekang Bersih 3.0 adalah tindakan pengecut.
Justeru, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merasa kesal dengan sikap berdolak dalik kerajaan apabila melarang penggunaan Dataran Merdeka sebagai lokasi Perhimpunan Bersih 3.0 'Duduk Bantah' pada 28 April ini walaupun di peringkat awalnya mereka memberi lampu hijau.
"Lebih mengecewakan apabila kerajaan menggunakan agensinya iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai alasan mengekang perhimpunan ini diadakan," kata Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor (gambar).
Menurutnya, DBKL dan PDRM tidak mungkin bertindak ganas menahan dan menghalau perkhemahan rakyat di Dataran Merdeka serta memagarinya sepanjang masa jika tidak ada arahan daripada beliau.
"Tidak mungkin Dataran Merdeka tiba-tiba diisytiharkan menjadi kawasan haram kepada orang ramai oleh DBKL jika bukan arahan dari beliau sendiri.
"Tindakan kerajaan ini memperlihatkan wajah sebenar mereka dalam menghayati tuntutan demokrasi sebenar," ujarnya kepada Harakahdaily.
Bagi DPPM, katanya sikap tidak konsisten kerajaan amat dikesali apabila menutup pintu serapatnya kepada ruang demokrasi di negara ini.
Menurutnya, hak rakyat untuk berhimpun dan bersuara disekat dan dinafikan dengan pelbagai tekanan kononnya ia adalah langkah mengawal keselamatan negara dan keharmonian rakyat.
Riduan berkata, rakyat di negara ini dilayan seperti warga kelas kedua jika mereka ini bukan dari kelompok elit BN.
Beliau berkata, segala aktiviti yang melibatkan rakyat bawahan yang 'menentang' dasar kerajaan yang songsang, pasti akan dilawan habis-habisan.
Katanya lagi, rakyat seolah-olah golongan yang berbahaya dan menjadi musuh utama kerajaan.
"DPPM menegaskan Perhimpunan Bersih 3.0 adalah perhimpunan aman yang dianjurkan oleh NGO," tegasnya.
Tujuannya, jelas beliau adalah menegur kerajaan dan badan yang mengendalikan sistem pilihan raya yang tidak bertindak jujur dalam sistem pilihan raya di Malaysia.
Katanya lagi, segala macam bukti kepincangan, penyelewengan sudah dikenal pasti dan didedahkan satu persatu untuk tindakan namun tidak ada tindakan susulan dibuat bagi memperbaikinya.
"Rakyat menjadi bimbang unsur penipuan akan dijayakan secara besar-besaran dalam PRU ke-13 dan pilihan raya tersebut bakal menjadi pilihan raya terkotor dalam sejarah," katanya.
Dengan demikian, ujarnya DPPM membayangkan demokrasi di negara ini akan terus bergelap jika kuasa masih dipegang BN.
"Rakyat tidak mungkin akan mengecapi nikmat hidup dalam demokrasi sebenar jika BN terus mendapat mandat nanti pasca PRU13.
"Ketika itu, lupakan demokrasi dan hiduplah di bawah rejim BN yang memerintah sesuka hati," katanya lagi.
KUALA LUMPUR: Perhimpunan Aman Bersih 3.0 tetap akan diteruskan walaupun dihalang oleh pihak polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan sekiranya orang ramai tidak dapat memasuki Dataran Merdeka, mereka dikehendaki berkumpul di enam tempat alternatif yang telah dirancang.
Enam lokasi alternatif itu terdiri daripada Pasar Seni atau Central Market; Masjid Negara; KLCC; Brieckfield; Jalan Sultan; dan Masjid India.
Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih 3.0, Maria Chin Abdullah (gambar atas) menjelaskan, perhimpunan aman di KLCC itu adalah Himpunan Hijau, tetapi mereka yang menyertai perhimpunan di kawasan itu akhirnya tetap akan bersatu juga dengan himpunan aman Duduk Bantah Bersih 3.0.
Menurut beliau, Himpunan Hijau tidak terpisah dengan Perhimpunan Aman Bersih 3.0 kerana kesemua mereka yang menyertai kedua-dua perhimpunan itu mempunyai tujuan yang sama, iaitu untuk mendesak kerajaan mengadakan pilihan raya dengan bersih, adil dan telus di negara ini.
Katanya, mengikut perancangan, Perhimpunan Aman Bersih 3.0 akan diadakan di Dataran Merdeka dan pihaknya tidak sekalikali akan menukar ke tempat lain, manakala enam tempat berkenaan adalah tempat perhimpunan awal sebelum para peserta menuju ke Dataran Merdeka.
"Tetapi kalau orang ramai tak dapat sampai ke Dataran Merdeka, mereka hendaklah berkumpul dengan duduk bantah di enam tempat itu yang sekali gus menjadikannya sebagai tempat alternatif," katanya ketika dihubungi Harakah 24 April lalu.
Laporan penuh dalam Harakah cetak di pasaran mulai hari ini.
JOHOR BAHRU – Seramai lapan pendatang asing tanpa izin (Pati) yang sedang leka mengambil pesanan pelanggan di kedai makan dicekup dalam serbuan oleh Bahagian Penguatkuasa, Jabatan Imigresen Johor, di sini pagi kelmarin.
Operasi yang diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen II, Amzari A Jalil itu dijalankan di Medan Selera Bandar Baru Uda kira-kira jam 9.45 pagi dengan disertai oleh 12 anggota penguat kuasa.
Amzari berkata, serbuan dijalankan hasil maklumat orang awam dan pemeriksaan dibuat ke atas pekerja di sepuluh premis gerai makan yang membawa kepada penahanan lapan warga asing.
"Ketika serbuan dijalankan, kehadiran anggota tidak disyaki kerana kebanyakan dari mereka yang bekerja sebagai pembantu kedai sedang sibuk memasak dan melayan pelanggan.
"Malah beberapa anggota turut menggunakan taktik penyamaran sebagai pelanggan bagi mengawasi pergerakan warga asing ini.
"Kesemua mereka merupakan warga Indonesia iaitu empat orang lelaki dan empat perempuan yang berumur di antara 22 tahun hingga 40 tahun," katanya.
Menurutnya, tujuh daripada mereka melakukan kesalahan di bawah peraturan 39B Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 manakala seorang lagi didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(C) kerana tidak memiliki dokumen perjalanan.
"Kesemua mereka yang ditahan turut disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Atipsom 2007 dan Akta Pasport 1963.
"Operasi tamat kira-kira setengah jam kemudian dan kesemua mereka dibawa ke depoh tahan Pekan Nenas untuk siasatan lanjut," katanya.
PALOH HINAI - "Saya terdengar bunyi air paip di bahagian dapur yang dibuka kuat ketika mahu ke tandas kerana sakit perut dan tidak menyangka ia hanya helah perompak yang mahu mengumpan ahli keluarga saya supaya terjaga dari tidur," kata Norul Eliana Abdul Samat, 26.
Dia adalah mangsa rompakan empat penjenayah bersenjatakan parang dan besi kuku kambing yang memecah masuk rumahnya di Rancangan Penempatan Semula Banjir (RPSB) Batu 8 Lepar, di sini, awal pagi semalam.
Norul berkata, ketika itu dia bersama ibu bapa dan tiga adiknya sedang nyenyak tidur di bilik masing-masing.
Menurutnya, dia bangun kira-kira jam 3 pagi untuk ke tandas sebelum terdengar bunyi air paip mengalir di bahagian dapur rumah.
"Selepas membuka suis lampu di bahagian dapur, saya terus ke tandas kerana perut terlalu sakit dan berniat untuk menutup paip yang terbuka selepas selesai membuang air.
"Saya terkejut apabila membuka pintu bilik air, seorang lelaki bertopeng dan memegang besi kuku kambing tercegat di situ menyebabkan saya menutup kembali pintu bilik air," katanya.
Norul berkata, perompak terbabit menolak semula pintu bilik air sehingga dia terlentang di atas lantai dan diarahkan diam serta keluar dari bilik air tersebut.
"Perompak berkenaan kemudiannya mengacu kuku kambing ke arah saya sambil mengarahkan saya ke bahagian tengah rumah, di mana dua adik lelaki saya, Mohd Syafiq, 17, dan Mohd Haris, 15, berada di situ.
"Mereka telah diikat dengan wayar seterika dan diawasi tiga perompak lain yang turut memakai topeng serta bersenjatakan parang.
"Perompak-perompak itu kemudiannya mengarahkan Mohd Syafiq mengetuk pintu bilik mengejutkan ibu dan ayah yang sedang tidur, sebelum mengacukan parang ke leher ayah sejurus pintu bilik dibuka.
"Ayah, Abdul Samat Lela, 49, dan ibu, Jamilah Ismail, 49, hanya terdiam. Mereka turut diikat sebelum perompak berkenaan bertindak menggeledah bilik untuk mencari wang dan barangan berharga," katanya.
Norul berkata, seorang lagi adiknya, Norul Syafinaz, 19, turut diikat di dalam bilik ketika perompak menggeledah seluruh rumah, selain mengugut akan mencederakan mereka jika tidak mengikut arahan.
"Perompak berkenaan turut memaksa ayah memberitahu di mana wang dan barang kemas disimpan, selain menampar ayah sebanyak dua kali.
"Selepas kira-kira hampir sejam berada dalam rumah dan mengambil wang serta barangan berharga, keempat-empat perompak itu melarikan diri melalui pintu dapur," katanya.
Norul berkata, selepas adiknya, Mohd Syafiq berjaya membuka ikatan, dia memanjat dinding untuk keluar dari dalam bilik ibu dan ayahnya lalu bertindak mengunci pintu dapur.
"Telefon bimbit milik Norul Syafinaz yang tidak diambil digunakan untuk menghubungi bapa saudara yang tinggal berdekatan dan polis.
"Saya bersyukur kerana kami sekeluarga tidak diapa-apakan, namun saya masih trauma dengan kejadian ini yang pertama kali berlaku," katanya.
Laporan polis mengenai kejadian itu dibuat kedua ibu bapa Norul di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan.
Kerugian dianggar RM10,000
Ketua Polis Daerah, Superintendan Yahaya Othman berkata, perompak memecah masuk ke rumah mangsa melalui pintu di bahagian dapur dengan cara membuka selak kunci melalui tingkap berhampiran pintu.
Menurutnya, kesemua perompak berada dalam rumah mangsa selama kira-kira sejam sebelum melarikan diri dengan barangan seperti tujuh unit telefon bimbit pelbagai jenama, wang tunai RM1,800 dan barang kemas.
"Empat suspek disyaki lelaki warganegara Indonesia berdasarkan bahasa percakapan yang didengari mangsa, selain mengesyaki mereka melarikan diri dengan sebuah kereta yang diletakkan agak jauh dari rumah mangsa.
"Polis kini giat mengumpul maklumat dan kes ini masih disiasat di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun bersenjata," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Beliau berkata, polis masih giat mengesan suspek dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan atau melihat orang yang mencurigakan menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.
DAMSYIK - Majlis keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dimaklumkan, Syria gagal mematuhi perjanjian gencatan senjata dan bandar-bandar yang dikawal pemerhati PBB mungkin diserang.
Perantara antarabangsa, Kofi Annan, menegaskan kepada 15 negara anggota, mereka perlu menyediakan pemerhati dan pendengar yang mampu bergerak bebas serta pantas dalam memantau gencatan yang dianggap tidak tersusun.
Jelas Annan, kuasa tentera Syria masih belum menarik balik penggunaan senjata berat dan berundur seperti yang dikehendaki.
"Situasi di Syria masih belum boleh diterima. Pihak berkuasanya perlu memberikan komitmen penuh dan harus menghormati gencatan terhadap keganasan itu," katanya.
Annan berpendapat, kerajaan Syria menyasarkan serangan terhadap penduduk di kawasan pantauan PBB dan paling mencemaskan, apabila tentera kerajaan memasuki Hama kelmarin, membedil dengan senjata automatik dan sebilangan penduduk terbunuh sejurus pemerhati meninggalkan kawasan itu.
Kelmarin, seramai lima penduduk di Douma dibunuh dan berpuluh lagi cedera, apabila rejim menembak bandar sehari selepas kumpulan pemerhati PBB melawat kawasan berkenaan.
Setiausaha Umum Keamanan PBB, Herve Ladsous berkata, kumpulan pemerhati terpaksa bergerak secara perlahan sehingga akhir April dan Mei depan, selain 100 daripada 300 pemerhati akan mendapat penempatan.
JARINGAN penyamaan menerusi Indra Putra Mahayuddin menjadi titik tolak kebangkitan Kelantan sebelum menewaskan wakil Vietnam, Navibank Saigon 2-1 dalam aksi peringkat kumpulan H, kempen Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) yang berlangsung di Stadium Thong Nhat kelmarin.
Jurulatih Kelantan, Bojan Hodak menyifatkan sepakan percuma yang disudahkan pemain berusia 31 tahun itu menjadi pembakar semangat kepada anak buahnya untuk bangkit setelah ketinggalan satu gol sebelum itu.
"Jaringan Indra Putra (Mahayuddin) hadir tepat pada masanya dan tempoh 10 minit terakhir cukup bermakna bagi kita sebelum Mohammad Ghaddar meledakkan gol kemenangan dalam perlawanan ini.
"Pemain mungkin sedikit keletihan setelah mengharungi jadual perlawanan yang padat, tetapi saya gembira dengan apa yang ditunjukkan mereka," katanya yang turut memuji persembahan Navibank Saigon yang beraksi cemerlang sehingga memaksa barisan pemainnya banyak bertahan dalam babak pertama perlawanan tersebut.
Sementara itu, pengendali Navibank Saigon, Pham Cong Loc menyifatkan kegagalan barisan pemainnya mempertahankan kelebihan satu gol yang dimiliki menyebabkan pasukannya terpaksa berputih mata dalam perlawanan tersebut.
"Dua gol dijaringkan Kelantan hadir dalam tempoh yang singkat. Ini menyebabkan kami kesuntukan masa untuk kembali menyamakan kedudukan dan kekalahan ini sesuatu yang amat merugikan bagi kami," katanya.
The Red Warriors kini gah menerajui tangga teratas kumpulan dengan mengumpul 10 mata dan hanya memerlukan sekurang-kurangnya keputusan seri ke atas wakil Myanmar,
Ayeyawady United dalam perlawanan terakhir kedua-dua pasukan di Kota Bharu pada 8 Mei nanti.
JELI – Polis di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Jeli berjaya menyelesaikan dua dari tujuh kes curi motosikal dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini dengan tertangkapnya dua remaja lelaki dekat Batu Melintang bulan lepas.
Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintandan, Sheik Azhar Sheik Omar, berkata, dengan penahanan dua remaja tersebut polis percaya dapat menyelesaikan lima lagi kes curi motosikal yang dilaporkan hilang dalam tempoh tiga bulan dengan pantas.
Katanya, berdasarkan maklumat yang diperoleh polis berjaya mengesan dua suspek terbabit yang masing-masing berasal dari kampung Berdang kira-kira jam 2.30 pagi ketika sedang menunda sebuah motosikal yang dicuri di kawasan Batu Melintang.
"Hasil pemeriksaan lanjut satu beg kain ditemui berisi sepana, pemutar skru yang dipercayai digunakan dalam kegiatan curi motosikal di sekitar daerah ini," katanya ketika menghadiri program derma darah anjuran IPD Jeli dengan kerjasama Hospital Jeli dan Tanah Merah.
Program derma darah sempena sambutan Hari Polis yang ke 205 itu turut dihadiri anggota polis dari IPD Jeli, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta masyarakat sekitar.
Sheik Azhar berkata, untuk melancarkan lagi kerja polis amat memerlukan kerjasama daripada penduduk setempat untuk menyalurkan maklumat agar jenayah mencuri tidak berleluasa.
"Hasil sokongan semua pihak ia pasti membantu polis menyelesaikan jenayah curi motosikal yang kerap kali berlaku dalam masa yang singkat," katanya.
Dalam perkembangan lain, IPD Jeli berjaya memperoleh tempat pertama bagi kadar pertuduhan kes jenayah tertinggi seluruh negara bagi bulan Januari dan Februari peringkat IPD kategori C dalam satu majlis yang dihadiri Ketua Polis Negara di Hotel Dorsett, Subang Jaya, Selangor pada penghujung Mac lepas.
"Ia merupakan satu penghargaan buat anggota di IPD Jeli untuk berkhidmat dengan lebih bersemangat dalam mencegah jenayah daripada berlaku," katanya.
KUALA LUMPUR: "Filem Altantuya" akan turut siap jika "kerjasama" Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyebabkan siapnya "filem Scorpene", kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.
"Rasa takut yang ditunjukkan dengan begitu ketara oleh Najib dan kerajaannya terhadap perbicaraan mahkamah mengenai urusniaga kapal selam Scorpene hakikatnya adalah suatu "kerjasama" yang akan menyebabkan terbongkarnya pelbagai isu yang tersembunyi dari pengetahuan rakyat dalam pembelian kapal selam tersebut.
"Sikap Najib dan kerajaannya hakikatnya membantu menyiapkan 'filem Scorpene'," katanya.
Jika sikap Najib dan kerajaannya itu menyebabkan "filem Scorpene" disiapkan, Mohamad yakin "filem Altantuya" juga akan turut disiapkan sekaligus.
"Saya pernah kata, kalau mahu 'filem Altantuya' yang tiada kesudahan itu disiapkan, pastikan Pakatan Rakyat (PR) menjadi kerajaan dalam pilihan raya akan datang.
"Nampaknya mungkin filem itu akan siap lebih awal lagi dengan ketakutan luar biasa yang ditunjukkan oleh Najib dan kerajaan terhadap perbicaraan di mahkamah Perancis yang akan membicarakan kes bayaran komisen tidak sah dalam penjualan kapal selam itu.
"Jika PR dipilih menjadi kerajaan, saya percaya Najib akan menerima anugerah kerana kehebatan filem Altantuya itu," kata beliau.
Sebelum ini, banyak media luar negara yang mengaitkan pembunuhan Altantuya Shaariibuu dengan urusniaga kapal selam Scorpene.
Najib sebelum ini enggan menjawab soalan wartawan mengenai perbicaraan di mahkamah Perancis itu dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi pula berkeras tidak mahu hadir atau menghantar wakil ke perbicaraan itu.
"Sikap Najib dan kerajaannya itu menyebabkan rakyat sudah mula mempersoalkan apa yang mereka takut sangat sehingga seolah-olah lari lintang pukang dari kes yang dibicarakan itu," kata Mohamad.
Beliau yakin, jika tidak ada sebarang perkara yang ditakuti, sudah tentu "berdegar-degar" Najib menjawab panjang lebar soalan wartawan mengenai perkara itu seperti yang biasa dilakukannya dan menteri penggantinya di Kementerian Pertahanan pula tidaklah terlalu ketara mahu melarikan diri perbicaraan di mahkamah Perancis itu.
"Orang Melayu kata berani kerana benar, takut kerana salah," kata Mohamad.
Dalam laporannya, Malaysiakini mendakwa, siasatan majistret Perancis mendapati AS$1.2 bilion (RM3.7 bilion) jualan kapal selam kepada Kementerian Pertahanan Malaysia antara lain melibatkan transaksi dengan syarikat berpangkalan di Hong Kong, iaituTerasasi (Hong Kong) Ltd.
Antara pegawai penting syarikat tersebut ialah Abdul Razak Baginda, yang dilihat sebagai orang kepercayaan perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Laporan itu juga mendakwa, siasatan percaya sekurang-kurangnya sejumlah wang daripada 36 juta euro (RM144 juta) itu disalurkan melalui Terasasi kepada Najib, yang menjadi Menteri Pertahanan dan juga Timbalan Perdana Menteri ketika dua kapal selam Scorpene itu dibeli daripada Thales International atau Thint Asia.
KUALA LUMPUR: Mungkin perhimpunan aman Bersih 3.0 adalah jalan terakhir buat rakyat untuk menyelamatkan Malaysia dari sebarang penipuan dan penodaan terhadap nilai demokrasi negara.
Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengalu-alukan kehadiran semua peserta perhimpunan Bersih 3.0 'Duduk Bantah' ke Dataran Merdeka pada 28 April ini.
DPPWP menganggap kehadiran semua tetamu yang hadir sama ada peserta Bersih 3.0, wakil-wakil media, pemerhati dan NGO antarabangsa serta pemimpin parti politik bakal memeriahkan suasana ibukota Kuala Lumpur pada tarikh tersebut, kata Timbalan Ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz.
Katanya, DPPWP amat kagum dengan kesungguhan rakyat dari pelbagai peringkat yang berusaha hadir ke Dataran Merdeka pada tarikh tersebut.
"Meskipun sendat dengan pelbagai jadual kehidupan, mereka sanggup mengosongkan tarikh bagi memberi laluan kepada perhimpunan gergasi ini.
"Malah mereka sanggup berdepan dengan risiko ditahan, ditangkap, dicederakan dan pelbagai kemungkinan lain," ujarnya kepada Harakahdaily.
Katanya lagi, kehadiran peserta ke perhimpunan Bersih 3.0 menunjukkan kematangan rakyat Malaysia dalam menerima alur politik negara.
Menurutnya, rakyat sudah semakin celik maklumat dan amat mudah memahami situasi politik dalam negara ini yang berada dalam keadaan gawat.
Beliau menambah, landskap politik negara yang sudah tersasar jauh dari landasannya, perlu segera diselamatkan sebelum terlewat.
"DPPWP bersama rakan-rakan dari Dewan Pemuda PAS Kawasan-kawasan di Wilayah Persekutuan bersedia menyambut tetamu pelbagai peringkat ini dengan kemampuan yang ada," ujarnya.
Oleh yang demikian, kata beliau kawasan-kawasan di sekitar Wilayah Persekutuan telah menyediakan penginapan yang terdiri dari markaz PAS kawasan-kawasan, Pasti serta rumah aktivis tempatan.
Selain itu, katanya DPPWP menasihatkan para pemandu perkhidmatan awam dan juga pengguna jalan raya agar mencari laluan alternatif menjelang 28 April sebagaimana biasa dibuat oleh kerajaan apabila ada aktiviti besar diadakan di ibu negara bagi mengelakkan mereka terperangkap dalam kesesakan.
"Para peniaga juga diseru agar tidak merasa bimbang untuk meneruskan perniagaan mereka kerana rekod perhimpunan bersih yang diadakan sebelum ini tidak ada yang mengecewakan sesiapa.
"Malah hasil jualan mereka mungkin akan berlipat kali ganda daripada hari lainnya," katanya.
Akhirnya, ujar beliau DPPWP mengajak anak-anak muda supaya menyertai perhimpunan Bersih 3.0 seramai mungkin.
PENDANG – Mayat seorang remaja dijumpai terapung di tali air Lembaga Pertanian Muda (Mada) Kampung Alor Besar setelah jatuh bersama motosikalnya ketika dalam perjalanan ke rumah majikannya kira-kira 11 pagi, semalam.
Bapa mangsa, Daud Taib, 43, tidak menyangka keinginan anak, Mohd Suhaimi Mohd Daud, 19, untuk makan kuih bajau petanda dia akan pergi buat selama-lamanya meninggalkan keluarga.
Bapanya berkata, dia tidak sempat berjumpa dengan anak keduanya itu pada pagi kejadian, namun hanya mendengar suaranya sahaja ketika mengejutkan mangsa bangun dari tidur.
"Saya terkejut apabila rakan datang ke rumah memaklumkan dan bergegas pergi ke tempat kejadian.
"Malam sebelum itu, saya juga tidak sempat berjumpa dengannya, kerana dia pulang lewat ke rumah dan pagi ini (semalam), saya hanya mendengar suaranya sahaja," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Menurutnya, dia reda dengan pemergian anaknya itu kerana hasrat untuk makan kuih bajau ditunaikannya pagi kejadian.
Sementara itu, saksi kejadian, Zamri Ahmad, 45, berkata, dia segera memberhentikan jengkaut yang dipandunya di laluan itu bersama rakan, setelah ternampak sebuah motosikal dalam tali air terbabit.
"Kami dalam perjalanan dari arah Alor Besar ke Kampung Pulai untuk melakukan kerja-kerja penyelenggaraan tali air Mada sekitar kawasan itu.
"Kemudian berhenti dan ternampak ada mayat terapung dalam keadaan tertiarap dalam tali air itu dan segera menghubungi polis," katanya.
Jurucakap polis berkata, pihak polis segera ke tempat kejadian setelah mendapat panggilan orang awam.
"Mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar untuk dibedah siasat dan mengklasifikasikan kejadian sebagai mati lemas," katanya.
Mayat mangsa dituntut keluarga untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gelam 3 Mukim Besar, Yan kira-kira jam 6 petang, semalam.
SUBANG - Seorang pengawal keselamatan loji kumbahan yang baru selesai tugas, terkejut apabila menemui mayat seorang lelaki warga Indonesia dengan tangan berikat di tempat pembuangan sampah di Jalan Masjid di sini, semalam.
Mayat lengkap berpakaian itu ditemui jam 8 pagi, ketika pengawal terbabit ingin pulang ke rumah.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik dimaklumkan berhubung perkara itu.
Beliau berkata, pemeriksaan awal mendapati lelaki memakai t-shirt dan berseluar jeans itu dipercayai baru sahaja dibunuh, beberapa jam sebelum mayatnya dijumpai.
"Siasatan menunjukkan kedua-dua tangan mangsa diikat ke belakang dan terdapat kesan cedera di leher, perut, depan dan belakang badannya.
"Kita bagaimanapun masih belum dapat pastikan sama ada kesan luka itu akibat ditikam atau dikelar," katanya.
Arjunaidi berkata, polis tidak menolak kemungkinan mangsa dibunuh di tempat lain, sebelum mayatnya dibuang di kawasan terbabit.
Menurutnya, tiada senjata atau dokumen pengenalan diri ditemui berhampiran mangsa atau kawasan sekitar.
"Kita masih belum dapat kenal pasti motif kejadian dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.
Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat.
KUANTAN - Sekumpulan kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR), yang sedang bertugas menjalankan bancian lalu lintas terkejut mendengar bunyi brek yang kuat sebelum melihat sebuah kenderaan diseret lori treler.
Mereka kemudiannya bergegas ke arah kenderaan apabila mendapati kedua-dua kenderaan itu berhenti untuk memberi bantuan kepada mangsa.
Saksi awal kejadian, Wan Nasarudin Wan Aziz, 36, berkata, dia melihat sebuah kenderaan Perodua Alza yang dipandu seorang wanita diseret lori lebih 10 meter sebelum melanggar tiang lampu isyarat.
"Kami berusaha membantu mengeluarkan mangsa tetapi gagal kerana kedua-dua kakinya tersepit. Bagaimanapun seorang daripada rakan saya menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Ubi," katanya.
Katanya, ketika itu, wanita terbabit mengerang menahan kesakitan tetapi dia menenangkan mangsa itu supaya bersabar kerana mereka berusaha membantu mengeluarkannya dari keretanya yang rosak teruk.
Wan Nasarudin mengakui walaupun kejadian itu tidak membabitkan dirinya, dia tetap trauma serta fobia kerana kemalangan berkenaan berlaku di depan matanya dalam tempoh tidak sampai setengah jam.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang, mangsa, Hayati Hanafi, 36, dari Felda Lepar Hilir, di sini, yang tersepit di tempat duduk pemandu mengalami kecederaan parah di kaki kanan dan cedera di bahagian badan.
Mangsa dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dengan bantuan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM). Difahamkan, ketika kejadian mangsa dari arah Sungai Soi, di sini, sebelum tiba di Simpang Tiga Lampu Isyarat Sungai Soi, Jalan Kuantan-Pekan dan cuba membelok ke kanan untuk menghala ke arah Inderapura.
Bagaimanapun, pada masa sama, lori berkenaan yang datang dari arah Kuantan menghala ke Pekan tidak sempat mengelak berikutan jarak terlalu dekat sebelum melanggar kenderaan yang dipandu mangsa.
Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Anuar Hassan, berkata pihaknya yang menerima panggilan daripada orang awam bergegas ke tempat kejadian dengan satu jentera bersama 11 anggota.
Menurutnya, pihaknya terpaksa mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengeluarkan mangsa akibat kedua-dua kakinya tersepit sebelum dikejarkan ke HTAA untuk menerima rawatan.
AYER KEROH – Seorang askar dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, atas 14 pertuduhan membabitkan pecah rumah dan curi sejak penghujung 2009, melibatkan kerugian RM45,899.
Norazlan Kamarulbahrin, 32, mengaku bersalah semua 14 pertuduhan daripada 13 kes yang didakwa terhadapnya di hadapan Hakim Zaharah Hussain.
Daripada 14 pertuduhan itu, Norazlan didakwa melakukan pecah rumah bermula 26 November 2009 sehingga 21 Mac 2012 di beberapa kawasan perumahan, antaranya Taman Sayang Selasih dan Taman Muhibbah di Klebang Besar serta Taman Pasir Emas dan Taman Cederawasih di Batang Tiga.
Dia ketika melakukan perbuatan itu mencuri barangan termasuk syiling dan wang tunai, bernilai kira-kira RM8,470, selain peralatan elektronik, barangan kemas dan gajet.
Norazlan juga didakwa telah melupuskan harta curi iaitu set sistem teater rumah bernilai RM899 di sebuah rumah di Taman Rambai Murni, Bukit Rambai kira-kira jam 4.30 petang pada 4 April 2012.
Norazlan didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda atau sebat, Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara maksimum 10 tahun dan denda atau sebat dan Seksyen 414 Kanun Keseksaan iaitu penjara sehingga 3 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Pegawai Pendakwa, Inspektor Mohamad Juhari Haron memohon mahkamah menetapkan tarikh mendengar hukuman dalam tempoh seminggu dan meminta tertuduh diberi jaminan RM10,000 bagi setiap kes.
Bagaimanapun Norazlan memohon wang jaminan dikurangkan dengan alasan perlu menanggung ibunya yang menghidap barah dan dua anak buah.
Zaharah menetapkan tarikh jatuh hukuman pada 4 Mei depan dan membenarkan jaminan RM65,000 bagi 13 kes dihadapi Norazlan.
SEREMBAN – Seorang bapa sempat menghantar anak lelakinya ke Terminal One, sebelum motosikal ditunggangnya terbabas di stesen minyak Bukit Tembok Jalan Rasah, di sini, kelmarin.
Difahamkan dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, mangsa, Chay Chin Lin, 74, dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Mambau selepas menghantar anaknya yang mahu pulang ke Singapura dengan menaiki bas di Terminal One.
Jurucakap polis berkata, sejurus tiba di lokasi kejadian, motosikal ditunggang mangsa dipercayai tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan.
"Berdasarkan siasatan, mangsa secara tiba-tiba mengalami sakit dada ketika dalam perjalanan pulang menyebabkan motosikalnya hilang kawalan sebelum terbabas.
"Pasukan kecemasan yang buat pemeriksaan mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian disebabkan serangan jantung,"katanya.
Menurutnya, mangsa yang tinggal bersama isteri dengan seorang cucu, dipercayai memang ada penyakit jantung.
"Anak mangsa sebelum ini pulang bercuti untuk bertemu dengan anaknya yang tinggal di kampung.
"Sebaik sahaja bas dinaiki anak mangsa tiba di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Senawang, dia telah dimaklumkan kejadian ini dan sempat berpatah balik," katanya.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar dan telah dituntut ahli keluarganya.
Ketua polis daerah, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamarudin mengesahkan kejadian itu.
SEREMBAN – Seorang ahli perniagaan rugi RM47,000 disamun sekumpulan penjenayah bertopeng dalam kejadian langgar dan samun di Kilometer 259, Lebuhraya Utara-Selatan, arah selatan berdekatan Plaza Tol Port Dickson, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.50 petang itu, lelaki berusia 47 tahun itu dalam perjalanan ke Senawang dengan memandu kereta jenis Nissan selepas mengeluarkan wang daripada sebuah bank di Rasah.
Menurut sumber, sejurus tiba di tempat kejadian, mangsa yang bersendirian dilanggar dua kereta jenis Toyota dan Mercedez, dinaiki tiga lelaki.
Bagaimanapun, mangsa tidak memberhentikan kenderaan dan meneruskan perjalanan sebelum suspek bertindak menghalang kereta mangsa di hadapan dan belakang.
"Mangsa dihampiri tiga suspek bertopeng, dipercayai membawa pisau dan turut memecahkan cermin kereta hadapan bahagian penumpang," katanya semalam.
Sumber berkata, suspek mengambil wang berjumlah RM47,000 di bahagian tempat duduk penumpang hadapan dan turut menoreh tayar kereta mangsa menggunakan pisau.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin mengesahkan menerima laporan kejadian itu.
Sehubungan itu katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban menerusi talian 06-6014999 atau balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.
BAYERN Munich mara ke perlawanan akhir kejohanan Liga Juara-juara bulan depan selepas mengatasi Real Madrid dalam perlawanan separuh akhir kedua yang ditentukan menerusi tendangan penalti, awal pagi tadi (waktu Malaysia).
Real Madrid, yang ketinggalan satu gol dalam pusingan pertama minggu lalu tidak putus asa dalam memburu gol apabila jaringan Cristiano Ronaldo akhirnya membolosi pintu gawang lawan pada minit keenam dan 14 untuk mendahului 3-2.
Bagaimanapun, Real Madrid yang berpuas hati dengan buruan gol itu kelihatan tersentak apabila jaringan Arjen Robben pada minit ke-27 membuatkan kelab itu diikat Bayern, pada aksi menarik di Stadium Estadio Santiago Bernabeu.
Kedua-dua Real Madrid dan Bayern Munich terikat dengan agregat 3-3 selepas 120 minit perlawanan.
Selepas perlawanan masa tambahan tidak mengubah kedudukan gol, tendangan penalti diberikan.
Keadaan semakin mendebarkan apabila penjaga gol, Manuel Neuer menjadi wira Bayern apabila berjaya menyelamatkan sepakan penalti Ronaldo dan Kaka dari menembusi gawang sekaligus memberikan kemenangan kepada kelab itu yang berjaya menyempurnakan tiga gol berbanding satu di pihak Real Madrid.
Kegagalan Ronaldo bermakna ini kali kedua menjadikan pemain itu gagal menyempurnakan sepakan penalti selepas perlawanan akhir menentang Chelsea pada 2008.
Ini juga satu keputusan yang mengecewakan kelab itu apabila pemain gagal mempertahankan kelebihan satu gol di hadapan Bayern pada minit awal perlawanan,
Bayern akan bertemu Chelsea dalam pertemuan akhir untuk memburu kejuaraan musim ini.
ISLAMABAD - Sekurang-kurangnya dua nyawa melayang dan lebih 30 orang cedera dalam letupan bom di kawasan menunggu stesen kereta api di bandar Lahore, Pakistan kelmarin.
Pegawai kanan polis, Ali Ahmad Malik berkata, letupan meragut nyawa anggota polis dan pengangkut barangan itu, melibatkan bahan letupan seberat lima kilogram yang dimasukkan ke dalam sebuah beg.
Letupan berlaku berhampiran ruang istirahat penumpang keretapi Business Express ke Karachi, iaitu perkhidmatan yang menawarkan perjalanan kelas pertama antara dua bandar terbesar di Pakistan sejak dua bulan lalu.
Kejadian turut mengejutkan pemimpin negara, Presiden Asif Ali Zardari dan Perdana Menteri Yousuf Raza Gilani yang sedih dengan serangan itu.
Pakistan sering dihujani serangan sehingga meragut nyawa, tetapi kejadian seumpama itu adalah yang pertama kali di Lahore sejak kumpulan Islam Sunni melancarkan serangan bom yang meragut dua nyawa pada Februari tahun lalu.
Serangan terakhir di Lahore adalah pada Januari tahun lalu, apabila sekurang-kurangnya 11 terkorban dalam satu letupan bom berani mati ketika perarakan kumpulan Islam Syiah.
Sejak 2007, lebih 4,900 orang dibunuh di serata pelosok Pakistan melibatkan pelbagai serangan.
Kenyataan Media Dewan Pemuda PAS Negeri P.Pinang ISU PERLANTIKAN PENGERUSI BN P.PINANG BARU, TENG CHANG YEOW. Perlantikan Sdr Teng Chang Yeow sebagai Pengerusi BN P.Pinang yang baru menggantikan YB. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon menunjukkan bahawa BN P.Pinang selama ini dalam keadaan lemah serta mengabaikan tanggungjawab kepada rakyat apabila mereka dihukum & ditolak rakyat [...]
Merujuk laporan Sinar Harian 19/4/2012 serta media-media lain, jelas diketahui bahawa YB Abdul Malik Kassim telah dilantik sebagai YDP MAIPP oleh Seri Paduka Baginda YDPA berdasarkan kepada keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) yang telah dibuat sebelum ini. YB Dato’ Ust Salleh Man pula telah dilantik semula sebagai TYDP MAIPP. Kami difahamkan bahawa MMK kemudiannya [...]
KUALA LUMPUR, 1 April — Siapa yang mencari rumah dengan harga berpatutan di Pulau Pinang akan mendapat manfaat RM1.1 bilion daripada penjualan 103 ekar tanah prima di Bayan Mutiara kepada Tropicana Ivory Sdn Bhd (TISB) yang mana hampir satu daripada tiga hartanah yang dibina harus lebih rendah daripada kos medium, kata Ketua Menteri. Ketua Menteri [...]
KOTA KINABALU: Bela Tanah Rakyat Sabah (Tabah) mengajak seluruh rakyat Sabah untuk turun beramai-ramai bagi menyertai Himpunan Rakyat Bangkit 2.0 pada 28 April ini di Padang Merdeka, di sini.
Pengerusinya, Hisammuddin Sulaiman berkata, ia merupakan himpunan lanjutan yang terpaksa diambil setelah pelbagai kaedah yang sama sebelum ini gagal diselesaikan dengan baik oleh Kerajaan Negeri terutama melibatkan tanah rakyat.
"Isu ini bukan pertama kali diketengahkan, bahkan kita juga sudah banyak menerima rungutan dan keluhan rakyat yang mengalami masalah tanah.
"Kita juga sudah membawa isu ini ke pengetahuan media dan perhatian Pejabat Ketua Menteri, namun apa yang dikesalkan ialah tindakan dan perhatian sewajarnya oleh pihak berkenaan tidak dipedulikan malah menyulitkan lagi keadaan," katanya dalam satu sidang media yang diadakan di Pejabat Pemuda PAS Sabah, dekat Kingfisher pagi tadi.
Menurutnya, rakyat Sabah perlu sedar dan bangkit dalam menuntut hak dan keadilan. Hal ini bagi mengelakkan berlakunya penindasan di kalangan rakyat.
"Sebagai rakyat, kita perlu sedar bahawa kita juga mempunyai hak untuk mendapatkan keadilan. Seperti apa yang berlaku sebelum ini, Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman bukan sahaja mengelak untuk berjumpa dengan rakyat malahan melayan rakyat dengan cara yang tidak masuk akal.
"Tanah ini bukan untuk seminggu dua saja, tapi ianya digunapakai buat kepada generasi-generasi yang akan datang. Bila tanah kita ini dirampas dengan cara yang jahat, maka hak kita turut dinafikan oleh mereka.
Hisammuddin berkata, pihak kerajaan negeri perlu merangka satu mekanisma terbaik dan bertindak secara adil untuk menyelesaikan masalah tanah yang berlaku.
"Sudah menjadi kewajipan setiap kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah tanah ini dengan cara yang bijak dan bukan dengan cara menindas golongan rakyat. Beberapa isu berkaitan perlu ditangani berkenaan seperti ketelusan dalam pemberian tanah, Tanah Hak Adat Sabah, pampasan dan sebagainya," jelasnya.
Beliau juga katanya akan memobilisasi rakyat bagi membangkitkan kesedaran untuk sama-sama turun dalam himpunan kelak yang juga turut dihadiri Bersih 3.0 dan Himpunan Hijau 3.0 yang diadakan serentak pada hari berkenaan.
Raja Nong Cik Menteri Wilayah dan keldainya DBKL dan BN khasnya tak tau malu berlagak dengan kuasa yang diperolehi dari rakyat untuk melanyak rakyat.Mereka (BN) ingat rakyat tak tahu mbahawa Dataran Merdeka adalah dalam Wilayah Persekutuan namun dari segi demokrasi selepas PRU12 sewajarnya Pakatan Rakyat yang memerintah kerana dari 10 parlimen BN menang 2 saja(jika tidak silap pihak teman).Pakatan Rakyat tak sibuk rampas macam BN rampa Perak. DBKL rampas baju Bersih 3.0 di Dataran Merdeka KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terus melakukan gangguan apabila merampas baju Bersih 3.0 yang dijual di Dataran Merdeka, awal pagi ini.
Tindakan bersifat provokasi itu dilakukan sekumpulan penguat kuasa DBKL kira-kira jam 1.45 pagi ini.
"DBKL mula lakukan provokasi. Rampas baju Bersih 3.0 yg dijual di Dataran Merdeka.
"Gunakan undang-undang sesuka hati. Rampas hak rakyat sesuka hati. Dataran Merdeka jadi Dataran Penjajah!" tulis twitter rasmi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), awal pagi ini.
"Apa lagi yang mereka mahu sebenarnya?" tulis Presiden SMM, Mohd Safwan Anang pula.
Sebelum ini, KEADILAN percaya ada arahan dari pemimpin Umno BN supaya DBKL bertindak keras bagi menggagalkan perhimpunan Duduk Bantah Bersih 3.0 di Dataran Merdeka Sabtu ini.
Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh berkata, kerajaan cuba lepas tangan dalam isu Bersih 3.0 dan memindahkan beban itu kepada DBKL yang menerima tekanan supaya menggagalkan acara Duduk Bantah tu.
"Kita tahu tindakan DBKL dan polis di bawah arahan kerajaan BN," katanya kepada Keadilan Daily ketika diminta mengulas gelagat keras DBKL kebelakangan ini.
KUALA LUMPUR: Seramai 4,000 petugas unit amal Bersih disediakan pada perhimpunan Duduk Bantah Bersih 3.0 di lapan lokasi di seluruh negara.
Pengerusi Bersih, Datuk S Ambiga, berkata unit itu bertujuan memastikan perjalanan himpunan berlangsung dalam keadaan aman tanpa provokasi mana-mana pihak.
"Petugas terdiri daripada badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik. Mereka dikerah menjaga keselamatan orang ramai di lapan lokasi seluruh negara. Kita mahu perhimpunan paling aman," katanya kepada Keadilan Daily, hari ini.
Justeru, beliau menyeru rakyat Malaysia yang mahu pilihan raya bersih, hadir beramai-ramai bagi menyuarakan bantahan terhadap sistem pilihan raya di negara ini.
"Jangan takut untuk berhimpun Sabtu ini. Kita hanya duduk untuk suarakan tidak puas hati, bukan buat rusuhan atau kekacauan. Kita jamin – jika tiada provokasi, Duduk Bantah akan jadi perhimpunan paling aman," katanya.
Perhimpunan Bersih 3.0 dengan tema 'Duduk Bantah' diadakan Sabtu ini bermula jam 2 petang di Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Kuching, Sibu, Miri, Melaka, Johor Bahru, Ipoh dan Pulau Pinang.
Bersih 3.0 bertujuan menuntut pilihan raya yang bersih dan adil, selepas laporan Jawatankuasa Terpilih Parlimen (PSC) bagi reformasi pilihan raya enggan memenuhi lapan tuntutan.
BATU PAHAT – Dakwaan yang mengatakan kualiti air kurang memuaskan di daerah ini telah mendorong satu badan bukan kerajaan (NGO) bernama Kumpulan Prihatin Air Batu Pahat melancarkan gerakan mengumpulkan tandatangan.
Menurut Ketuanya, Syed Hamid Ali, selain bertujuan mengumpulkan 25,000 tandatangan, ia turut berhasrat untuk membuka mata pihak yang bertanggungjawab supaya dapat memberikan kepada pengguna bekalan air yang bersih.
Malah, beliau yang dikenali sebagai Pak Habib berkata gerakan pengumpulan tandatangan penduduk itu akan disertakan beberapa memaorandum yang akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak nanti.
"Dalam memorandum berkenaan yang bakal diserahkan dalam masa dua minggu ini juga mengandungi beberapa tuntutan selain tuntutan utamanya, yang melibatkan 500,000 pengguna," katanya lagi yang juga Ketua Cabang PKR Batu Pahat dalam satu kenyataan.
Ibn bacoks sebelum ini menyiarkan bagaimana Isu berkenaan mula mendapat perhatian ramai setelah memperlihatkan keberanian Syed Hamid Ali menyerahkan memorandum terbuka kepada Perdana Menteri sempena lawatan kerja ke Batu Pahat baru-baru ini.
Syed Hamid mendakwa, beliau terpaksa menghadapi halangan manusia daripada pihak berkuasa sebelum berjaya menyerahkannya kepada Najib.
Dalam pada itu, Najib dalam lawatannya telah mengumumkan sebanyak RM9 juta bagi projek pembangunan dipercayai dilperuntukkan setelah banyak desakan dan serangan dilakukan pihak pembangkang di Parlimen tersebut.
Tan Sri Kadir, Mohd Sabu di Taman Melewar 27 April
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berganding mantap dengan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dalam himpunan mega Rapat Rakyat Bersih 3.0 pada 27 April ini di Markas PAS Pusat, Taman Melewar jam 9.30 malam.
Selain mereka, Laksamana Pertama Imran Abd Hamid (B) dan beberapa pemimpin NGO akan mengisi slot ucapan pada malam itu.
Pada keesokannya kira-kira 500,000 rakyat Malaysia akan berhimpun secara aman Bersih 3.0 "Duduk Bantah" di Dataran Merdeka jam 2 petang. Ini adalah ceramah kali kedua Abdul Kadir, selepas bertemu lebih 30,000 penduduk Kupang, Baling 15 April lalu bersama Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Komen : SPR memang sebijik macam BN bukan serupa lagi kira kembarlah cuma bukan kembar siam. Dah rakyat tak percaya apatah lagi Pakatan Rakyat memang dah meluat . SPR dah hilang punca bila kerja-kerja menipu mereka diketahui rakyat dan road show dah buat, sidang media dan temubual serta forum dan lakukan tapi rakyat masih tidak terima penjelasan kerana semuanya hanya alasan. Kini SPR guna tektik edar naskah buku penerangan pulak! Sempat juga buat projek cetak buku dalammasa beri penjelasan yang memuakkan sesiapa membaca malah ahli UMNO dan UMNO lama pun jijik melihat buku tersebut. Memamng bijak tapi otak menipu sperti dala filem P Ramlee.
SPR cetak 5,000 naskah buku tepis dakwaan pembangkang
The Malaysia Insider - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mencetak 5,000 naskah buku yang menjawab segala dakwaan pembangkang ekoran mereka kerap mempertikaikan kredibiliti sistem daftar pemilih.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, ketika sidang media pelancaran buku tersebut berkata, pihaknya berharap segala dakwaan pembangkang itu dapat dijawab dengan penghasilan buku berkenaan.
Buku yang menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya ini sudah dicetak sekitar 5,000 naskah, dengan versi berbahasa Inggeris masih lagi berada di dalam proses percetakan.
"SPR telah mencetak 5,000 naskah versi bahasa Melayu. Untuk versi berbahasa Inggeris masih lagi dalam proses," katanya dan menambah, kos setiap naskah berkenaan dianggarkan berharga RM4.
Tambah Abdul Aziz, sejak laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) berkenaan penambahbaikan pilihan raya membentangkan laporan mereka, pihaknya menerima pelbagai reaksi berkenaan daftar pemilih yang menurutnya, kebanyakan daripada reaksi dan dakwaan itu adalah tidak tepat.
"PSC dibentang dan diluluskan Parlimen pada 2 April lalu, dan banyak reaksi diterima daripada media dan pelbagai pihak. (Namun) banyak perkara yang dikatakan itu tidak tepat,"katanya.
"Ini kerana mereka tidak begitu faham proses di SPR ini, banyak pihak memperkatakan berkenaan daftar pemilih. Jadi kita telah mengemukakan jawapan terhadap dakwaan beberapa isu yang berkaitan daftar pemilih dalam buku kecil ini."
Buku 12 muka surat itu akan diedarkan kepada parti politik, jabatan-jabatan kerajaan dan organisasi media termasuk orang ramai, merangkumi jawapan terhadap 12 dakwaan pembangkang terhadap sistem daftar pemilih di negara ini yang dipertikaikan mereka.
"SPR amat mengambil berat berkenaan perkara ini," katanya. "Sistem pilihan raya Malaysia adalah antara yang terbaik, hinggakan negara luar melawat ke negara kita untuk melihat sendiri sistem pilihan raya kita."
Malah, tambahnya, negara-negara asing ini juga turut menjemput pihaknya untuk memantau pilihan raya di negara mereka.
"Kalau mereka tidak percaya, kenapa mereka jemput kita?" soalnya ketika sidang media di Ibu Pejabat SPR di sini.
Selain itu, Abdul Aziz juga meminta sesetengah pihak tidak mempersoalkan kredibiliti SPR kerana menurutnya, jumlah pengundi yang ramai di negara ini, mustahil untuk SPR membersihkan 100 peratus senarai daftar pemilih berkenaan.
"Kita ada 12 juta pengundi. Mesti akan berlaku sedikit kesilapan. Mana ada negara yang sistem daftar pengundi mereka betul-betul bersih.
"Janganlah kerana sedikit kecacatan kita terus tuduh yang bukan-bukan kepada SPR. Ini sama seperti 'kerana nila setitik, rosak susu sebelanga'," katanya merujuk kepada perumpamaan Melayu.
"SPR mengharapkan dengan pengedaran buku ini, dakwaan sesetengah pihak dapat disangkal dengan fakta berikutan mereka sering mempersoalkan kredibiliti sistem daftar pemilih SPR," tambahnya lagi.
Dewan Pemuda PAS di seluruh negara memberi komitmen terhadap Himpunan Bersih 3.0 yang akan berlangsung pada 28 April ini. Bagi membantu pihak penganjur himpunan rakyat Duduk dan Bantah oleh Bersih 3.0 mencapai sasaran 500,000 penyertaan Dewan Pemuda PAS Malaysia mengerahkan paling minimum 10,000 anak muda dari setiap negeri untuk menyertai himpunan tersebut.
Dewan Pemuda PAS setiap Negeri dan kawasan perlu bekerjasama untuk membuat kerahan melalui pelbagai saluran dan net working yang dimiliki. Bagi Dewan Pemuda PAS Malaysia, penyertaan anak muda yang akan mengikuti himpunan ini adalah terbuka kepada semua anak muda yang menginginkan Pilihanraya yang telus dan adil.
Oleh kerana 8 tuntutan Bersih2.0 masih tidak diharau maka Himpunan Duduk dan Bantah sempena BERSIH 3.0 ini diadakan dengan lebih aman. Justeru itu, DPP setiap negeri perlu memastikan agar kontijen anak muda untuk BERSIH 3.0 ini mencapai sasaran yang telah ditetapkan.
DPPM juga mengharapkan kepada seluruh anak muda yang mempunyai kesihatan dari sudut fizikal dan mental untuk turun beramai-ramai menyertai himpunan aman ini bagi memastikan ketulusan dalam sistem Pilihanraya kita.
....apa mungkin Patriot akan turun dengan KJ dan pesilat negara berdepan dengan Pemuda PAS????
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mencetak 5,000 naskah buku yang menjawab segala dakwaan pembangkang ekoran mereka kerap mempertikaikan kredibiliti sistem daftar pemilih. Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, ketika sidang media pelancaran buku tersebut berkata, pihaknya berharap segala dakwaan pembangkang itu dapat dijawab dengan penghasilan buku berkenaan.
Buku yang menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya ini sudah dicetak sekitar 5,000 naskah, dengan versi berbahasa Inggeris masih lagi berada di dalam proses percetakan. "SPR telah mencetak 5,000 naskah versi bahasa Melayu. Untuk versi berbahasa Inggeris masih lagi dalam proses," katanya dan menambah, kos setiap naskah berkenaan dianggarkan berharga RM4.
Tambah Abdul Aziz, sejak laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) berkenaan penambahbaikan pilihan raya membentangkan laporan mereka, pihaknya menerima pelbagai reaksi berkenaan daftar pemilih yang menurutnya, kebanyakan daripada reaksi dan dakwaan itu adalah tidak tepat.
"PSC dibentang dan diluluskan Parlimen pada 2 April lalu, dan banyak reaksi diterima daripada media dan pelbagai pihak. (Namun) banyak perkara yang dikatakan itu tidak tepat,"katanya.
"Ini kerana mereka tidak begitu faham proses di SPR ini, banyak pihak memperkatakan berkenaan daftar pemilih. Jadi kita telah mengemukakan jawapan terhadap dakwaan beberapa isu yang berkaitan daftar pemilih dalam buku kecil ini."
Buku 12 muka surat itu akan diedarkan kepada parti politik, jabatan-jabatan kerajaan dan organisasi media termasuk orang ramai, merangkumi jawapan terhadap 12 dakwaan pembangkang terhadap sistem daftar pemilih di negara ini yang dipertikaikan mereka.
"SPR amat mengambil berat berkenaan perkara ini," katanya. "Sistem pilihan raya Malaysia adalah antara yang terbaik, hinggakan negara luar melawat ke negara kita untuk melihat sendiri sistem pilihan raya kita."
Malah, tambahnya, negara-negara asing ini juga turut menjemput pihaknya untuk memantau pilihan raya di negara mereka.
"Kalau mereka tidak percaya, kenapa mereka jemput kita?" soalnya ketika sidang media di Ibu Pejabat SPR di sini.
Bankrap adalah satu modal baru Umno Bn untuk menakutkan rakyat supaya jangan pilih Pakatan Rakyat. Sebelumnya mereka menggunakan isu Agama, Bangsa dan Raja. Oleh kerana ketiga-tiga isu ini sudah menjadi basi dan tidak laku kerana Umno mempunyai rekod yang buruk terhadap 3 perkara yang diperkatakan. Maka Umno mengalih pemikiran rakyat dengan menakutkan isu bankrap jika Pakatan Rakyat memerintah. Semua tawaran Pakatan Rakyat akan dilebelkan bankrap dengan harapan rakyat tidak beralih sokongan dan meninggalkan Umno.
Apabila Pakatan Rakyat menjanjikan untuk hapus PTPTN, hapuskan tol, gaji minimum RM1100.00, menurun harga minyak, mengekalkan subsidi. Maka terdapat suara-suara sumbang mengatakan negara akan bankrap, termasuklah dari kalangan pensyarah yang menjadi pengampu kepada BN. Apa yang pelik semua yang dilakukan oleh kerajaan BN tidak berani ditegur walaupun memudaratkan ekonomi negara dan membankrapkan negara walaupun
mengenepikan prinsip ketelusan.
Sebenarnya tektik pemimpin BN bermodalkan bankrap supaya rakyat lupa bahawa negara akan menjadi bankrap, kerana rekod pemerintahan Umno seperti barah di peringkat empat. Apa tidaknya, hutang negara 53%, paras bahaya ialah 55%. Hutang negara melonjak dari RM146 bilion pada tahun 2002, RM242 bilion (2006) dan RM456.1 bilion pada penghujung 2011. Wang Felda susut daripada RM4.08 bilion (2004) kepada RM1.35 bilion (2009). Saham bumiputera RM52 bilion lesap, Stadium Trengganu berharga RM292 juta runtuh, walaupun hanya setahun dibina, upah Apco Yahudi Israel RM77 juta setahun, RM589 juta hutang Tajudin dihapus kira, NFC RM250 juta, Laporan Ketua Audit Negara 2008 menyatakan berlaku ketirisan RM28 bilion, laporan Ketua Audit Negara 2006 melaporkan Kementerian Pertahanan membayar kepada kontraktor sebanyak RM943.46 juta (hampir RM1 bilion) tanpa ada baucer.
Ini bukti bahawa negara akan bankrap jika BN terus berkuasa. Sedangkan tawaran PR untuk membantu rakyat dengan kita memerangi rasuah, perbelanjaan berhemah insyaAllah negara selamat, rakyat mendapat rahmat.
Adik Azmin yang mengaku dirinya masih dara, Umi Hafilda diupah utk ganggu ceramah diatas. Program akan berlangsung dalam jarak yang sangat dekat.. Moh beramai-ramai!
Ipoh, 22 April : Akibat janji kosong seorang Adun Umno/BN, seorang peniaga gerai makanan Melayu di Pengkalan Pegoh terpaksa menerima padahnya pagi ini.
Sepasukan penguat kuasa Majlis Bandaraya Ipoh bertindak tanpa belas kesihan, merobohkan premis kedainya yang sudah bertapak di situ sejak 17 tahun yang lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancungan dan Hal Ehwal Wanita, Datuk Hamidah Osman sebelum ini telah menabur janji manis kepada beberapa orang pemilik kedai yang menumpang diatas tanah rizab jalan di sepanjang Jalan Pengkalan Pegoh-Simpang Pulai.
Hamidah berjanji bahawa satu tapak berniaga – Medan Selera akan diwujudkan berdekatan kawasan berkenaan untuk para peniaga yang terlibat.
"Tetapi, pagi ini, sepasukan petugas MBI datang lalu merobohkan bangunan kedai ini tanpa ada tolak ansur lagi atau rundingan," kata pemilik kedai makan itu pilu bercampur geram.
Orang ramai sekadar bersimpati meliahat sebuah gerai makanan yang sudah lama bertapak di situ sejak 17 tahun lalu di robohkan oleh sepasukan penguatkuasa Majlis Bandaraya Ipoh pagi ini.
Menurut suami pemilik gerai tersebut, En Lot bin Amin, dia telah membeli kedai tersebut dari pemilik asal yang juga pemilik rumah dibelakang gerai tersebut.
Kenapa hanya gerai ini sahaja yang dirobohkan?
"Tidak berapa lama kemudian, rumah di belakang itu telah dijualnya pula. Maka pembeli baru rumah itulah yang membuat komplen dan menimbulkan masalah kepada saya ," terang Lot.
"Gerai saya ni menghalang pandangan rumahnya. Maka kini, kedai saya pagi ini telah dirobohkan," beliau berkata dengan sedih.
Menurutnya, MBI ada memberi notis amaran, tetapi susulan telah dibuat dan notis tersebut telah ditangguhkan.
Ditanya samada beliau telah menghubungi Adun di situ, Hamidah Osman. Beliau menjelaskan sudah dibuat dahulu dan Hamidah telah berjanji akan memberikan tempat alternatif kepada mereka, peniaga-peniaga macam dirinya.
Akhbar Sinar 17 Oktober 2011 lalu, telah menyiarkan berita berkaitan isu ini dengan kepala tajuk, NOTIS DITANGGUH : HAMIDAH. (Klik Gambar Sinar untuk besarkan)
Menurut laporan tersebut, Hamidah telah mendapat persetujuan dengan pihah yang mengeluarkan notis iaitu Pejabat Daerah dan Tanah Kinta, Batu Gajah untuk menangguhkan sebarang tindakan ke atas premis yang terlibat.
Laporan Sinar tersebut turut menyebut janji manis Hamidah kepada pemilik-pemilik kedai di situ bahawa satu tapak berniaga akan diwujudkan berdekatan kawasan berkenaan.
"Saya mencadangakan agar kawasan seluas 0.8 hektar yang kini berpaya di kawasan berhampiran ditambak dan dibangunkan menjadi kawasan ganti kepada peniaga."
Demikian janji-janji manis Hamidah Osman , untuk membangunkan sebuah medan selera khusus untuk para peniaga yang mendirikan gerai makan diatas tanah rizab jalan sepanjang jalan Pengkalan Pegoh.
Beginilah kerja Hamidah - tidak ambil berat masalah rakyat. Mana kamu Hamidah? Tak mandang pagi tadi.
"Janji tinggal janji. Pada 28 Mac lalu Hamidah telah datang ke kedai ini dan menyuruh kami runtuhkan kedai ini atau akan dia akan runtuhkan nanti" adu pemilik kedai yang dirobohkan pagi ini. Pada 29 Mac kami dpt surat ini." Sambil mengunjukan sekeping surat yang maksudkan.(lihat gambar atas)
Beginilah kerja Hamidah, Masanya habis dibuang dengan menyibuk mengganggu ceramah Pakatan Rakyat. Masalah rakyat diperlekehkan.Kalau Hamidah tunaikan janjinya, perkara buruk sebegini tentu dapat dielakan dan rakyat tidak akan teraniaya.
1. TG Nik Aziz: Hadir BERSIH wajib “Mana-mana pihak yang melakukan perkara tidak berlandaskan Islam wajib kita tentang,” ujar Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.-MKINI 2. Menteri ulangi, BERSIH 3.0 tak gugat keselamatan Kementerian Dalam Negeri hari ini membenarkan sebarang perhimpunan aman pada masa akan datang termasuk Bersih 3.0 yang akan dianjurkan [...]
KOTA BHARU: Pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2012 dianggap pengamal undang-undang lebih menguntungkan Barisan Nasional (BN). Antara lain Peraturan 19(7), Peraturan-Peraturan Penjalanan Pilihan Raya yang mana sebelum ini memperuntukkan hanya "saudara" pengundi yang uzur boleh mengungi bagi pihaknya telah dipinda kepada seseorang yang "dipercayai". Pengerusi Lajnah Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (Luham), [...]
Semua Aktiviti Air Di Kem PLKN Dihentikan Serta Merta
April 25, 2012
KUALA LUMPUR: Semua aktiviti air melibatkan kolam semula jadi dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dihentikan serta merta, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata langkah itu adalah untuk menjaga keselamatan pelatih PLKN berikutan insiden kematian seorang pelatih akibat kencing tikus.
Ketika mengesahkan kematian R.Vinoth dari kem Terkok, Sungai Siput, Perak akibat penyakit kencing tikus, Ahmad Zahid, yang melahirkan rasa simpati terhadap keluarga mendiang, berkata keluarga mangsa akan menerima insurans berjumlah kira-kira RM50,000.
"Pemilik kem Terkok itu telah membuat rayuan untuk membuka semula kem berkenaan namun saya bertegas ia ditutup demi keselamatan pelatih PLKN," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan buku 100 Wira Negara di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di sini, Selasa.
Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Datuk Abdul Hadi Awang Kechil ketika dihubungi Bernama berkata ketetapan yang dibuat minggu lepas menyebut bahawa aktiviti air akan diteruskan sekiranya kem PLKN mempunyai kemudahan kolam renang.
Beliau berkata sebelum ini pihak JLKN telah menggantung sementara semua aktiviti air yang melibatkan penggunaan kolam semula jadi.
Berikutan itu, katanya, aktiviti air setakat ini hanya boleh dijalankan di kem PLKN di Sibu kerana ia merupakan satu-satunya kem yang dilengkapi kolam renang.-BERNAMA
Kerajaan telah membelanjakan RM4.7 bilion dalam program PLKN yang melahirkan 629,052 orang pelatih. RM 4.7 bilion boleh menampung kos pembiayaan penuh PTPTN selama 1 tahun kepada seramai 940,000 orang pelajar Diploma di IPT.
20 Feb. 2008 - Rembau akan terus membangun apabila kerajaan negeri bercadang untuk membina landasan pesawat kecil untuk kegunaan Kelab Penerbangan Awam Negeri Sembilan. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tapak untuk landasan itu telah pun dikenal pasti iaitu di Batu Hampar, Rembau. "Kita akan buat landasan untuk Kelab Penerbangan Awam Negeri Sembilan yang jaraknya lebih kurang 700 meter. Ia sesuai untuk digunakan oleh pesawat kecil seperti Cessna atau mikrolite."
31 Mac 2012 – "Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Negeri Sembilan yang ketiga akan di bina di Rembau. Walau pun masih di peringkat awal cadangan, Kerajaan Negeri telah mengenalpasti dua ke tiga lokasi sesuai bagi pembinaannya kelak." Ujar Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan ketika berucap di Rembau petang tadi.
31 Jan 2008 - Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, projek itu juga akan membantu membangunkan Rembau sebagai destinasi pelancongan terkenal. Selain itu katanya, kawasan rekreasi kolam air panas Pedas juga akan diperbesarkan dengan tambahan kemuda han seperti hotel bertaraf antarabangsa dan dewan persidangan. Beliau juga mengumumkan pembinaan sebuah lagi kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Rembau selepas kampus di Kuala Pilah di mana ia dibuat secara inisiatif pembiayaan swasta (PFI).
29 Mac 2012 - Pembinaan Hospital Daerah Rembau di Negeri Sembilan akan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu melibatkan kerja-kerja tanah dan pembinaan bangunan dengan kos dianggarkan berjumlah RM122.6 juta.
7 Mac 2008 - Hospital Daerah Rembau yang boleh menampung 76 katil akan dibina di sini dengan kos RM100 juta untuk memberi kemudahan kesihatan yang lebih baik kepada 60,000 penduduk, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan di sini hari ini. Beliau menjelaskan dengan pembinaan hospital ini pada tahun ini, maka ia menjadi negeri yang pertama mempunyai kemudahan hospital di setiap daerah.
Solidariti Anak Muda Malaysia (Melaka) dan parti-parti politik menyeru rakyat untuk ke Dataran Merdeka pada 28 April 2012 jam 2 petang untuk membuat bantahan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai kepincangan yang berlaku dalam sistem semakan daftar pemilih dan banyak perkara yang menimbulkan keraguan kepada umum.
Program Pemuda PR 29April2012 HANTAR 30 PEMUDA SETIAP KAWASAN TEMPAT: Heng Ann Assmbly Hall, Berhampiran bukit cina. 1-Tema: Pelancaran Jentera Pilihanraya Pemuda Pakatan Rakyat Melaka. 2-Motif: Semangat dan Muafakat 3-Aturcara Prog:
Jam 1.30pm -2.15pm: Pendaftaran Peserta JPRPPRM (Semua Parti) 2.15pm -2.20pm: Kedatangan VIP dan Ucapan Pengacara Majlis-Ust Nordin 2.20pm -2.40pm: Doa, Lagu Negaraku 2.40pm -3.10pm: Ucapan Nasarudin bin Hasan (KP Pas Malaysia) 3.10pm -3.20pm: Lagu Kerajaan Baru Impian Baru 3.20pm -3.50pm: Ucapan Anthony Loke (KP DAP Malaysia) 3.50pm -4.00pm: Video Gabungan Aktiviti Pakatan Rakyat Sabu 4.00pm -4.30pm: Ucapan Shamsul Iskandar ( Ketua Angkatan Muda PKR) 4.30pm -4.50pm: Ucapan dan Pelancaran JPPPRM oleh Tn. Hj. Mohammad 4.50pm -5.00pm: Ikrar JPPPRM dan Bersurai
Itulah Janji PEMBOHONGAN oleh Barisan Nasional, kononnya BN akan menyelesaikan masalah air di Kelantan. Kita kalau terbukti berjaya di negeri-negeri lain, bolehlah kita nak mendabik dada dan memberi jaminan kepada orang lain tapi kalau di negeri kita sendiri berlaku juga masalah-masalah air, bahkan lebih teruk mengakibatkan kematian akibat virus yang berpunca dari sumber air.
Faktanya masalah air berlaku di mana-mana, hatta di negeri Perdana Menteri sendiripun, jadi Barisan Nasional dan UMNO Kelantan tak perlu nak jadi juara dan nak tunjuk bagus kononnya dapat menyelesaikan masalah air.
Serangan Rotavirus di Perak yang mengakibatkan kematian 2 bayi dan 2000 lebih yang dijangkiti akibat virus yang berpunca dari sumber air. Ingatkah kita dengan Tuduhan Utusan Malaysia yang Air di Kelantan adalah terkotor akibat kuman E-Coli ?
Inipun pembohongan yang nyata, kerana Akhbar Tahap Sampah ini bercakap sama seperti Najib Tun Razak apabila tidak merujuk fakta sebenar tentang statistik tahap kandungan E-Coli di negeri-negeri di Malaysia.
Sebagaimana Najib Tun Razak melabelkan Kelantan Negeri Termiskin, begitulah Akhbar Sampah Utusan mengeluarkan berita tanpa merujuk kepada Suruhan Perkhidmatan Air, di mana kandungan E-Coli di kelantan bukanlah yang tertinggi tetapi menduduki tempat ke 5, bahkan di Pahang lebih tinggi iaitu 1.12%. Pahang Negeri Siapa ?
Selain di Perak dengan kuman Rotavirus, di Negeri Pahang sendiri air tercemar sehingga mengakibatkan penyakit kulit kepada penduduk di Rompin, Pahang.
Begitu juga nasib yang dialami oleh Orang Asli di Kuantan
Dan juga di Temerloh
Dan untukrakyat.net membuat pencarian di lamanweb Aduanrakyat.com dalam Aduan Bekalan Air dan beberapa Aduan tentang masalah air di negeri PAHANG dijumpai.
Kesimpulannya, adakah Rakyat Kelantan yakin Barisan Nasional mampu untuk menyelesaikan masalah air di Kelantan pada masa yang sama di negeri mereka sendiri masih berhadapan dengan masalah air. Dengan membandingkan situasi di Kelantan yang dinafikan hak selama 13 tahun oleh Kerajaan Pusat setelah pinjaman 600 juta yang sepatutnya diberikan pada tahun 1990 lagi, tetapi apabila Barisan Nasional kalah, pinjaman itu ditarikbalik, dan selepas 13 tahun pinjaman itu baru diluluskan semula. Itupun dalam bentuk pinjaman, sedangkan negeri-negeri Barisan Nasional yang lain yang turut mengalami masalah air, menerima Geran dari Kerajaan Pusat, contohnya Negeri Johor yang menerima Geran sebanyak 2 billion.
Begitulah juga dalam Soal Tanah Rezab Melayu, semuanya dituding kepada Kerajaan PAS Kelantan padahal mereka lah Juara Penggadai Tanah Rezab Melayu kepada Tokey Cina untuk dijadikan Pusat Perjudian.- Untuk Rakyat Malaysia
Jadi siapa gadai dan hina raja2 melayu?? Saya imbas kembali apa yang lepas2 Pengasas Umno Dato' Onn Jaafar dibuang daripada istana Johor pada tahun 1920 dan membawa diri ke Singapura kerana kritik Sultan atas isu harta.
• Tahun 1974, Tan Sri Ghazali Jawi (bapa mantan MB Perak Dato' Seri Tajul Rosli) yang tidak mahu meletak jawatan Menteri Besar Perak, walaupun perjanjian asal dia hanya hendak pegang dua tahun sahaja.
• Media pro Umno mengkritik sultan secara terbuka ketika Dato' Rahim Bakar bekas Menteri Besar Pahang yang berselisih dengan Sultan Pahang.
• Umno membelasah Raja-Raja Melayu pada tahun 1983 kerana menolak cadangan supaya kuasa Yang DiPertuan Agong mengenai pengistiharan darurat dikurangkan.
• Pada tahun 1991 dalam Persidangan Agung Umno, Sultan Kelantan dihentam secara terbuka kerana menyebabkan Umno kalah di Kelantan.
• Dalam Persidangan Agung UMNO juga, perwakilanUMNO meminta harta Raja disiasat. Berita ini dilaporkan oleh Utusan Malaysia muka surat depan.
• Satu demontrasi dan hantar memorandum kepada Sultan Kelantan telah dibuat oleh pemimpin UMNO Kelantan .
• Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan raja di bawa ke mahkamah. Apabila Raja- Raja Melayu minta tangguh pindaan ini, maka media mengkritik secara terbuka salah laku raja.
• Beberapa siri rapat umum haram UMNO di Alor Setar, Bagan Datoh, Seremban, Batu Pahat dan Melaka untuk menunjuk sokongan pada Dr Mahathir (mantan PM UMNO/BN)dan mengecam raja-raja Melayu. • Menabal Tengku Ibrahim Inderaputera untuk mengganti Sutan Ismail Putera 29hb April 1993 di Ketereh Kelantan oleh Dato' Annuar Musa (Tan Sri).
• Kenyataan biadab Dato' Seri Shahidan Kasim (mantan MB Perlis) mengatakan "Sultan Kelantan sekarang tidak layak menduduki takhta dia ada bukti" (BH 11hb Jun 1993.)
• Dato' Mohd Taib (mantan MB Selangor) kata Dato' Seri Nizar (mantan MB Perak) derhaka, Dia lupakah yang dia bawa lari Ku Yah (puteri Sultan Selangor kahwin lari sampai Sultan murka). Apakah ini bukan derhaka?
• 23 daripada 24 ADUN Terengganu ugut boikot angkat sumpah Dato' Mohd Said selepas pilihanraya 2008
• Penyokong UMNO puak Dato' Seri Idris Jusoh (mantan MB Terengganu) pula mengatakan sultan Natang (loghat Terengganu bermaksud binatang). Kenapa polis tidak tangkap mereka yang demo dan hina Sultan. Pada Feb 2009.
• Dato' Seri Shahidan Kasim (mantan MB Perlis) boikot perlantikan Dr Isa Sabu sebagai MB Perlis, bukankah ini derhaka namanya.
• Tan Sri Rahim Tamby Chik (mantan MB Melaka) meminta supaya amalan panggilan 'patik' yang digunakan sewaktu berkomunikasi dengan sultan dihentikan, memadai dengan hanya menyatakan 'saya tuanku'. BH 3/2/1993.
• Dato' Zahid Hamidi ketika menjadi Ketua Pemuda UMNO mencabar supaya Sultan Kelantan Ismail Petra turun takhta. (BH 11/2/93). Bekas Ketua Hakim Negara pernah berucap dalam satu forum yang mengatakan sistem kehakiman dirosakkan semasa zaman Tun M Malaysia sehingga berlaku pemecatan Tun Salleh Abas sebagai Ketua Hakim Negara pada masa itu (1988) tetapi Tun M salahkan YDPA yang perkenankan pemecatan selepas dinasihatkan PM.
Sekitar perhimpunan bantahan oleh rakyat Terengganu - 24 April 2012 terhadap rampasan tanah yang dilakukan oleh pimpinan UMNO Terengganu dan Barisan Nasional,yang diketuai oleh Dato Mat Said
di antaranya...Sekolah Agama Darul Bayan,Tanah Kg Ladang,Tanah Banggol Donas,dan Pemberian tanah kepada ahli politik umno di setiu, diantara yang mendapat faedahnya ialah Dato Idris Jusoh,Dato Abdullah Bin Mat Zin
TM baru menyentuh soal kad pengenalan Pemastautin Sementara petang tadi.
Pertama: JPN mendakwa kad yang tersebar di Facebook dan di blog itu adalah kad pengenalan versi lama (2001). Maknanya kad tersebut dikeluarkan sebelum tahun 2010. Kad MyKas yang berwarna hijau mula dikeluarkan kepada Pemastautin Sementara mulai tahun 2010. Besar kemungkinan, kad yang tarikh luputnya 2013 dikeluarkan pada tahun 2009. Namun berdasarkan keadaan kadnya yang cantik dan kelihatan baru, agak sukar dipercayai kad itu dikeluarkan empat tahun lalu. Kalau dilihat pada keadaannya, kad itu seperti berusia kurang daripada setahun. Lainlah jika pemilik kad itu hanya menyimpan kad itu di rumah.
Kedua: Jika benar kad yang didakwa sesetengah pihak itu diberi kepada warga Burma, namun tertera status sebagai Pemastautin Sementara, maka dengan jelas JPN melanggar peraturan kerana kad pengenalan Pemastautin Sementara atau MyKas hanya diberi kepada individu yang dilahirkan di Malaysia namun mempunyai rekod kelahiran yang meragukan. Hal ini ada dijelaskan di sini.
Ketiga: Semakan yang dibuat beberapa pihak mendapati pemegang kad pengenalan yang tersebar itu tidak tersenarai dalam Daftar Pemilih. Berdasarkan penjelasan JPN sebelum ini, pemegang kad Pemastautin Sementara dan Pemastautin Tetap (MyPR) tidak boleh mengundi kerana mereka berstatus bukan warganegara. Hal ini ditegaskan oleh JPN di sini.
Namun, bagaimana ada pemegang kad pengenalan Pemastautin Sementara di Sabah boleh didaftarkan dalam Daftar Pemilih SPR? Hal ini telah dibuktikan di sini. Mengapa SPR memasukkan nama pemegang kad pengenalan ini dalam Daftar Pemilih?. Berdasarkan putar belit JPN dan SPR, maka sudah jelas rakyat Malaysia yang mahu sebuah pilihan raya yang adil dan saksama perlu menyatakan sokongan kepada tuntutan BERSIH. Ayuh, mari kita sertai BERSIH 3.0! -DCM
GOPENG: Pelancaran Pra Bersih 3.0 Peringkat Parlimen Gopeng yang dihadiri oleh Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said malam tadi dicemari dengan gangguan daripada pihak tertentu.Pelbagai acara diadakan untuk mengganggu program anjuran Pemuda Pakatan Rakyat kawasan tersebut termasuklah tarian separuh bogel, tarian singa, percikan bunga api dan sebagainya.
Program yang diadakan hanya seberang jalan kira-kira 10 meter itu dipercayai dianjuran oleh BN kerana ianya bukan kali pertama malah enam program Pakatan Rakyat di kawasan tersebut sebelum ini turut diganggu. Pelancaran tersebut turut dihadiri oleh Mantan Menteri Besar, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin; Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye; dan Timbalan Ketua AMK, Pusat Khairul Anuar Zainudin.
A Samad Said dalam ucapannya kesal dengan gangguan ini dan ianya menggambarkan BN berusaha untuk menyekat kebangkitan rakyat. Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Pak Samad menjelaskan, negara sekarang dalam suasana yang amat 'merungsingkan'. "Kita mahukan lunas-lunas demokrasi di Negara ini diperbetulkan, tapi orang yang sudah berkuasa lebih 5 dekat tidak mahu itu.
"Sebab mereka merasakan jika pilihanraya di Negara ini bersih, mereka akan dibersihkan," katanya sambil diberi tepukan gemuruh kira-kira 2,000 hadirin. Menurutnya, Pakatan Rakyat mempunyai watak-watak yang istimewa untuk memerintah dan rakyat perlu membantu mereka untuk memerintah. Sementara itu, Mohammad Nizar berkata, BN ketika ini sangat takut dengan suara dan kebangkitan rakyat kerana ianya akan menggugat mereka untuk terus berkuasa di Negara ini. "Saya menggesa seluruh rakyat di negeri Perak 'turun' ke himpunan Bersih 3.0 sabtu ini untuk memberi isyarat kepada BN bahawa rakyat sudah bangkit dan menolak mereka," jelasnya.- Kerengga
Hari ini sebuah gerai melayu dirobohkan….esok lusa berapa lagi?
Baru sehariyang lalu gerai perniagaan seorang berbangsa Melayu telah dirobohkan. Ini bukan isu melayu atau bukan melayu sebenarnya. Ini isu hayat dan kehidupan rakyat untuk mencari sesuap nasi.Walaupun ada blogger UMNO yang berpandangan gerai tersebut bukan gerai orang Malaysia malah mereka menggelar gerai Tomyam no.6 itu diusahakan oleh warga asing hanya kerana pekerjanya dari kalangan kaum Patani yang mencari rezeki di tanahair ini.
Sedikit sebanyak tulisan blogger sebegitu memberi palitan negetif kepada UMNO yang tidak sensitif dengan keakraban dan keeratan hubungan antara rakyat malaysia dengan insan melatyu di selatan Thai. Malah kehadiran kaum patani di negara ini tidak menampilkan perbezaan yang ketara berbanding warga asing Bangladesh atau Myamar.
Memang tidak dapat dinafikan gerai tersebut berada di 'reserve atau rezab jalan raya' di Jalan Pengkalan Simpang Pulai Ipoh berdasarkan peruntukan Seksyen 46 (1)(a) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974. Akan tetapi mengapa hanya gerai itu dirobohkan?
Malah persoalan yang lebih besar perlu dijawab ialah apa pelan dan perancangan ADUN Sungai Rapat Datuk Hamidah Osman selama ini untuk membantu dan melindungi masa depan gerai-gerai kaum melayu?
Suatu ketika dahulu Radzi Zainon dalam wawancara eksklusif yang disiar dalam Sinar Harian bertarikh 4 Januari 2012, beliau ada menampilkan kebimbangan beliau terhadap pembangunan pesat di sekitar Seksyen 18 yang kian meragut masa depan gerai melayu terutamanya. Malah lebih 20 tahun gerai-gerai ini tidak dilakukan penyusunan semula secara sistematik dan adil.
Akan tetapi jawapan pihak blogger UMNO yang ditaja sendiri oleh ADUN Sungai Rapat cukup mengecewakan malah menganggap Radzi sebagai memperjuangkan hak kaum Cina yang berniaga barangan runcit. Malah tulisan Sungai Rapat Online bertarikh 4 Januari 2012 juga mengatakan bahawa 'berapa kerat sangat orang melayu membuka kedai runcit' seolah-olah menafikan kemampuan orang melayu berniaga. Hakikatnya walaupun mereka tidak berniaga barangan runcit, kaum melayu banyak berniagamakanan dan masakan ala thai yang cukup bercambah sekitar jalan utama Pengkalan Pegoh.
Adakah hanya disebabkan warga negara Malaysia berbangsa Melayu menyewakan kedai tomyam kepada orang Patani mengakinatkan gerainya diroboh tanpa ada pembelaan oleh ADUN Sungai Rapat yang kelihatannya aktif berjanji dalam setiap siri ceramahnya.
Siapa bertanggungjawab majlis maksiat Desa Pakatan?
Beberapa blogger UMNO menafikan bahawa majlis maksiat yang diisi dengan tarian penari separuh bogel, hidangan babi panggang dan arak dianjurkan oleh pihak mereka untuk menyaingi program Perlancaran BERSIH 3.0 peringkat parlimen Gopeng yang diadakan di Taman Desa Pakatan semalam 24 April 2012.
Majlis maksiat itu telah diadakan hanya sejauh 10 meter dari tapak ceramah perlancaran BERSIH 3.0 yang diserikan dengan pembaziran letupan bunga api yang cukup mahal.
" Jika ia bukan anjuran YB hamidah, adakah ia anjuran MCA atau penduduk tempatan?" ulas Radzi Zainon semasa ditemubual oleh Unit penerangan MTD Sungai Rapat.
Menurut tinjauan pada malam itu ramai penduduk tempatan berbangsa Cina menafikan mereka sebagai penganjur malah kaum Cina tidak pernah menganjurkan aktiviti sebegitu disebelah mana-mana majlis lain apatah lagi majlis yang dihadiri oleh kaum melayu yang tidak boleh dekat dengan daging babi dan arak. Malah beberapa penyokong MCA juga menafikan penganjuran tersebut.
" Petanda mudah ia anjuran YB Hamidah ialah speker majlis tarian itu senagaja dikuatkan sedangkan hadirin majlis maksiat itu hanya seramai 12 orang ! Dan mengapa pula bunga api yang cukup mahal dan berbunyi bising sengaja dinyalakan semasa orang lain sedang berceramah? "komen Radzi Zainon lagi.
Sebenarnya jika ia anjuran penduduk tempatan sekalipun seperti didakwa oleh blogger UMNO, penduduk selalunya boleh diajak berbincang malah akan mengambil sisi 'win-win situation' bukan berkeras dan degil seperti semalam. Ternyata seperti ia adalah arahan pihak tertentu yang selama ini giat dan rajin melaksanakan agenda provokasi terhadap majlis Pakatan Rakyat di DUN Sungai Rapat.
Jika sebelum ini UMNO menjemput 'ustaz segera' untuk berceramah walaupun tajuk bernada 'rasis' dan tidak relevan dengan keadaan semasa, kali ini mereka tidak sempat menjemput ustaz atau penceramah melayu sehingga terpaksa memberi bajet untuk diadakan majlis maksiat. Politik matlamat menghalalkan cara sebegini cukup jijik dan akan memakan diri mereka sendiri.
DEWAN PEMUDA PAS GOPENG MENGUTUK TINDAKAN UMNO ANJUR MAJLIS MAKSIAT UNTUK MENGGANGGU CERAMAH BERSIH
Dewan Pemuda PAS Kawasan Gopeng mengutuk tindakan UMNO yang menganjurkan majlis maksiat 10 meter dengan tapak ceramah perlancaran BERSIH 3.0 Peringkat Parlimen Gopeng malam semalam 23 April 2012.
Berdasarkan makluman penduduk tempatan majlis maksiat yang diisi dengan tarian penari separuh bogel dan disertai dengan minuman arak dan 4 ekor babi panggang bukan dianjurkan oleh MCA bahagian Gopeng. Jika ia bukan anjuran MCA siapa pula yang sanggup menganjurkan majlis untuk mengganggu program Pakatan Rakyat dan PAS?
Mengikut 'trend' terkini, budaya mengganggu program penerangan Pakatan rakyat kesemuanya dianjurkan atas tajaan YB Datuk Hamidah Osman.
Dewan Pemuda PAS Gopeng mendesak pihak tertentu baik anggota profesional atau badan khas untuk menyiasat bagaimana seorang ADUN boleh menganjurkan begitu banyak program ceramah segera tanpa perancangan awal, dengan bayaran tinggi untuk mengupah para makcik-makcik serta sewaan bas untuk mengangkut hadirin. Pemuda PAS juga menyarankanagar YB Datuk Hamidah Osman menyahut cabaran Saudara Radzi Zainon untuk berdebat sahaja memandangkan keghairahan beliau untuk berceramah dengan spekaer yang cukup kuat sehingga mengganggu masyarakat sekitar.
YB Datuk Hamidah juga dikatakan telah membazir wang dengan menganjurkan program yang cukup jelak dengan tarian seksi dan hidangan babi dan arak serta meletupkan beberapa kali bunga api yang hanya dibazirkan wang semasa sambutan kemerdekaan atau perayaan sahaja.
Apakah tujuan sebenar beliau? Jika benar ingin memberi penerangan kepada rakyat tempatan sila anjurkan amjlis yang beradab. Mengapa pula perlu 'mengimport' makcik-makcik UMNO daripada Batu gajah semata-mata untuk mendengar ceramah di Song Choon dan ChangkatLarang sebelum ini? Bukankah ia membazir dan tidak menepati misi penerangan untuk memberi maklumat ke akar umbi?
Dewan pemuda PAS Gopeng juga mengucapkan tahniah kepada para petugas polis dan Unit Amal yang berjaya mengawal keselamatan dan keamanan sepanjang program, malah kami memuji sikap 'sabar dan 'gentleman' para hadirin dan penyokong BERSIH yang ditonjolkan.
Ternyata bajet tinggi yang ADUN Sungai rapat keluarkan untuk menimbulkan provokasi dalam majlis Pakatan Rakyat tidak berjaya dan ADUN sebegini perlu dihukum melalui undi rakyat yang menolak calon tanpa kredebiliti seperti beliau.
KOTA BHARU: Selepas PAS membuat arahan secara rasmi agar menyertai perhimpunan Bersih 3.0, kini Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula membuat seruan yang sama dengan berkata, hadir ke Bersih 3.0 adalah wajib.
Beliau menyeru seluruh rakyat di negara ini khususnya yang cintakan keadilan hadir pada program Bersih 3.0 (Duduk dan Bantah).
Menurutnya, menghadiri program itu suatu kewajipan memandangkan ianya diadakan untuk untuk menentang ketidakadilan khususnya terhadap proses pilihanraya di negara ini yang tidak selari dengan Islam.
"Mana-mana pihak yang melakukan perkara tidak berlandaskan Islam wajib kita tentang," ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily dan akhbar Harakah di pejabatnya di sini sebentar tadi bagi mengulas program yang bakal diadakan pada 28 April ini.
Tuan Guru seterusnya memberitahu, dalam lapan tuntutan Bersih, beliau hanya ingin mengulas satu iaitu berhubung pengundi hantu yang jelas ianya perbuatan kotor dan bercanggah dengan kehendak Islam.
"Andainya Pakatan Rakyat menang dalam pilihanraya akan datang dan mentadbir negara akan melakukan sebagaimana BN buat sekarang, setuju atau tidak sekiranya kami bawa pengundi hantu untuk kekal mentadbir negara pada pilihanraya berikutnya.
(Tuan Guru Nik Aziz ketika bercakap dengan Harakahdaily di pejabatnya hari ini)
"Tentu saja Umno dan BN tidak mahu sebab perkara ini perbuatan mungkar yang tentu saja berdosa besar bila melakukanya,"ujarnya lagi.
Tambahnya, sekiranya mereka juga tidak boleh terima, kenapa sanggup adakan pengundi hantu dengan membawa masuk rakyat luar negara yang tidak ada kena mengena semata-mata untuk mengekalkan kemenangan.
Kerana itu, tambahnya 'wajib' rakyat di seluruh negara keluar beramai-ramai untuk menjayakan Bersih 3.0 pada 28 April ini dengan tujuan untuk menentang pengundi hantu di samping menuntut tujuh perkara lain.
Beliau seterusnya memberitahu, sekiranya wakil rakyat yang menang dalam pilihan raya itu kerana dibantu oleh pengundi hantu, kemenangannya adalah 'haram' di sisi Islam.
"Malah segala alaun bulanan atau segala bentuk yang diperolehi sebagai wakilrakyat, gaji, kereta dan semuanya haram serta tidak sah di sisi Islam.
"Perkara ini bukan perkara main-main dan kena ingat Allah dan balasan akhirat,"ujarnya.
Pada masa yang sama beliau turut memberitahu mereka yang sanggup menerima tugas sebagai pengundi hantu juga haram, malah rezeki yang diberikan sebagai imbuhan juga haram.
"Duit yang digunakan dari hasil haram Allah tak akan terima, akhirat lagi kena azab, Allah ni bukan macam manusia yang langsung tidak bergantung pada kita,"ujarnya lagi.
Ucapan ini tidak dapat disampaikan oleh Ustaz Mohd Nor kerana Yang Dipertua Dewan telah menutup tempoh perbahasan
Bismillahir rahmaanir rahiim
Saya mengambil kesempatan untuk menulis beberapa faktor yang mahu saya sebut dalam perbahasan Di Penggal Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu ke 5 tetapi Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri telah menutup tempoh perbahasan yang menjadikan ramai Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu tidak mendedahkan penyelewengan UMNO dan Kerajaan BN. Titah Diraja meletakkan hasrat yang besar demi kebajikan dan kesejahteraan rakyat tapi UMNO dan Kerajaan BN tidak mempedulikan hasrat mulia ini. Demi mencapai kesejahteraan rakyat, saya mengharapkan rakyat menilai dan membuat tindakan yang adil dalam menentukan pendirian dalam PRU 13. Kekayaan negeri bukan milik UMNO dan Barisan Nasional tetapi satu amanah dan pinjaman sementara untuk mana-mana pemerintahan untuk diurus dengan baik dan maslahat rakyat.
Saidina Umar bin Al-Khattab yang memerintah Kerajaan Islam yang lebih luas daripada Malaysia dan Terengganu, pernah menyebut dalam khutbah di Masjid Madinah, katanya :
أنما أنا فىمالكم كوالي اليتيم
Maksudnya : "Sesungguhnya saya pada harta kamu seperti penjaga anak yatim."
Oleh itu, apabila seorang lelaki yang jahat dan dibenci oleh Saidina Umar dengan sebab buruk akhlaknya, datang menemui saidina Umar, Amir Mukminin dengan berkata : "Wahai Amiral Mukminin ! Adakah Tuanku suka kepada saya ? Jawab Saidina Umar : Tidak. Lelaki itu berkata lagi : Adakah engkau akan memberi, jika aku meminta sesuatu?. Jawab Umar : Ya kerana engkau berhak mendapatkannya.
Bagaimana sikap dan pendirian Umar Al-Khattab,sahabat Rasulullah mengajar mana-mana Kerajaan supaya bersifat adil dan mengutamakan kesejahteraan serta kebajikan rakyatnya.
Saya mahu menyebut beberapa perkara yang kemungkinan sengaja dilakukan untuk menimbulkan kesusahan dan kepayahan hidup rakyat.
1-Isu Penamatan Pinjaman Taja Yayasan Islam kepada beberapa pelajar yang sedang menuntut di Pusat Pengajian Tinggi Mesir. Penamatan ini dimaklumkan kerana sikap pelajar-pelajar tersebut yang ghairah untuk menghayati tuntutan perlembagaan Malaysia dan hak-hak kemanusiaan yang dipelajarinya. Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan memberikan hak dan kebebasan kepada rakyat jelata Malaysia untuk bercakap dan bersuara, berhimpun secara aman dan tanpa senjata, serta membentuk persatuan.Ini membuktikan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang demokratik.
Jika pelajar-pelajar tersebut dianggap salah kerana memakai baju kuning, sudah pastiKerajaan ini sangat marah pada rakyat yang memakai pakaian kuning. Apakah kesalahan pada warna ? Jika salah pada kalimah Bersih, sudah tentu kerajaan benci tulisan bersih yang ada kadang2 pada jalan yang tercatat Zon Bersih.
Apakah kerajaan mahu menafikan hak mereka untuk bersuara dan bercakap ? Mereka bukan Anti Kerajaan tetapi menjunjung tinggi hak-hak yang diperuntukkan dalam perlembagaan Malaysia. Apakah Kerajaan Terengganu tidak memperakui hak-hak yang diperuntukkan dalam perlembagaan ?.
Mungkin pihak kerajaan mahu Mahasiswa jangan berpolitik dan terlibat dalam parti politik. Tetapi pelik, kenapa pihak kerajaan bersikap tidak adil dengan membiarkan mahasiswa terlibat dengan kelab UMNO yang memang pertubuhan yang terlibat dengan parti politik ?. Jika terlibat dengan kelab UMNO boleh, kenapa dengan pertubuhan dan badan-badan lain tidak boleh. Mana kebebasan ? Mana amalan demokratik yang diamalkan ?
Perdana Menteri berucap di Majlis Perlancaran Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) dan Amanat Perdana Menteri Bersama Warga Kampus 2012 di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, malam Rabu.
Menurut Perdana Menteri : "Apabila AUKU dipinda mahasiswa-mahasiswi berpeluang untuk ke mana pun, boleh pergi mana...boleh dengar ceramah siapa pun dan boleh juga menjadi anggota parti mana pun tapi bila dalam kampus hendaklah tumpu pada pelajaran masing-masing. Tak ada siapa boleh kata bahawa kita menutup minda pelajar kita...kita tak tutup minda pelajar kita, mereka boleh dengar siapa pun."
Mungkin pihak Kerajaan Terengganu tidak sealiran dengan Perdana Menteri atau tidak mengambil tahu janji-janji Perdana Menteri terhadap Mahasiswa.
Apakah pihak Kerajaan pimpinan Menteri Besar hari sangat tidak memberi ruang untuk Mahasiswa merayu dan memang tiada belas kasihan ? Sedangkan, pihak kerajaan mesti sedar bahawa Mahasiswa ini mungkin akan memberi khidmatdan kebaikan pada Negeri ini pada masa depan selepas mereka pulang. Anggaplah pelajar-pelajar ini seperti anak-anak yang sedang menghadapi banyak perkara yang sedang dipelajarinya. Hadapilah mereka seperti anak-anak dengan kasih sayang bukan balas dendam.
2-Isu Kuari Di Bukit Apit Ajil yang baru diluluskan. Kuari bukan berada dalam kawasan saya tapi untuk kesejahteraan seluruh rakyat. Kerajaan boleh beritahu kepada dewan tentang syarikat yang diluluskan untuk mengendalikan Kuari ini.Dimaklumkan bahawa ia baru diluluskan dalam tempoh beberapa minggu ini. Kelulusan pembukaan Kuari ini akan menggangu dan menggugat kesejahteraan rakyat sekitar.
-Saya dimaklumkan Kuari iniakan menyebabkan gegarkan yang menjejaskan keharmoniaan pendudukan-penduduk setempat. Gegaran ini kemungkinan akan menyebabkan keretakan pada rumah-rumah kediaman dan terdedah dengan keruntuhan kerana Kuari ini berada kurang daripada 500 meter daripada kawasan kediaman rakyat. Dimaklumkan, pihak JPS dan bomba tidak bersetuju untuk meluluskan pembukaan Kuari ini. Disamping itu, Kuariini berada kurangsatu KM daripada Tangki Air Bukit Apit, Ajil.
-Permasalahan kedua ialah Kuari-Kuari batu sudah banyak. Syarikat2 yang mengusahakan Kuari tahu bahawa permintaan batu sangat kurangdan mengalami kemelesetan. Bahkan ada syarikat yang dijual kepada bukan melayu kerana tidak mampu menguasahakannya lagi.
-Apakah Kuari ini diluluskan dengan gopoh tanpa mengambil kira pandangan pihak PJS dan bomba ? Kenapa ? Persoalan, kuari dilulskan kerana kepentingan syarikat yang mempunyai hubungan erat dengan OKU (Orang Kuat UMNO).
3-Yayasan Pembangunan Keluarga dan Yayasan Islam sudah pasti berperanan untuk menjaga kesejahteraan rakyat. Aset-aset yang dimiliki oleh YPK dan YIT semestinya diurus dan dimajukan untuk kebaikan dan kesejahteraan rakyat. Akhir ini, timbul beberapa persoalan yang berkaitan dengan tanah-tanah milik YPK dan YIT. Persoalannya, adakah tanah-tanah tersebut telah dijual kepada pengusaha-pengusaha ?. Kenapa ia dijual ? Dikatakan bahawa ia dijual dengan harga murah. Tanah YPK depan Sekolah Sultan Sulaiman 1 akan dibina apartmen mewah setinggi25 tingkat. Adakah tanah YPK di mukim Banggol, Kemaman seluas 12 hektar lebih telah dijual kepada Syarikat TOTAL MERIT Sdn Bhd. Adakah tanah Yayasan Islam sebelah bangunan Wisma Darul Iman, sebelah Sekolah Tg Ampuan Meriam juga telahdijual ? Berapa harganya ? Tanah Yayasan Islam yang menjadi tapak tadika/kelas KAFA sebelah Sekolah Tg Ampuan Meriam akan dirobohkan.
Akhirnya, saya menyeru kepada seluruh rakyat dan pengundi agar menilai Kerajaan UMNO yang terus memerintah dengan rakus dan sombong pada PRU 13. PAS ganti UMNO.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan