Selasa, 24 April 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Idris Ahmad

Posted: 23 Apr 2012 11:37 PM PDT

Idris Ahmad


Negara Bankrap Modal Baru BN

Posted: 23 Apr 2012 06:08 PM PDT

Negara Bankrap Modal Baru BN
Idris Haji Ahmad
24/4/12
Bankrap adalah satu modal baru Umno Bn untuk menakutkan rakyat supaya jangan pilih Pakatan Rakyat. Sebelumnya mereka menggunakan isu Agama, Bangsa dan Raja. Oleh kerana ketiga-tiga isu ini sudah menjadi basi dan tidak laku kerana Umno mempunyai rekod yang buruk terhadap 3 perkara yang diperkatakan. Maka Umno mengalih pemikiran rakyat dengan menakutkan isu bankrap jika Pakatan Rakyat memerintah. Semua tawaran Pakatan Rakyat akan dilebelkan bankrap dengan harapan rakyat tidak beralih sokongan dan meninggalkan Umno.
Apabila Pakatan Rakyat menjanjikan untuk hapus PTPTN, hapuskan tol, gaji minimum RM1100.00, menurun harga minyak, mengekalkan subsidi. Maka terdapat suara-suara sumbang mengatakan negara akan bankrap, termasuklah dari kalangan pensyarah yang menjadi pengampu kepada BN. Apa yang pelik semua yang dilakukan oleh kerajaan BN tidak berani ditegur walaupun memudaratkan ekonomi negara dan membankrapkan negara walaupun
mengenepikan prinsip ketelusan.
Sebenarnya tektik pemimpin BN bermodalkan bankrap supaya rakyat lupa bahawa negara akan menjadi bankrap, kerana rekod pemerintahan Umno seperti barah di peringkat empat. Apa tidaknya, hutang negara 53%, paras bahaya ialah 55%. Hutang negara melonjak dari RM146 bilion pada tahun 2002, RM242 bilion (2006) dan RM456.1 bilion pada penghujung 2011. Wang Felda susut daripada RM4.08 bilion (2004) kepada RM1.35 bilion (2009). Saham bumiputera RM52 bilion lesap, Stadium Trengganu berharga RM292 juta runtuh, walaupun hanya setahun dibina, upah Apco Yahudi Israel RM77 juta setahun, RM589 juta hutang Tajudin dihapus kira, NFC RM250 juta, Laporan Ketua Audit Negara 2008 menyatakan berlaku ketirisan RM28 bilion, laporan Ketua Audit Negara 2006 melaporkan Kementerian Pertahanan membayar kepada kontraktor sebanyak RM943.46 juta (hampir RM1 bilion) tanpa ada baucer.
Ini bukti bahawa negara akan bankrap jika BN terus berkuasa. Sedangkan tawaran PR untuk membantu rakyat dengan kita memerangi rasuah, perbelanjaan berhemah insyaAllah negara selamat, rakyat mendapat rahmat.


Filed under: Ekonomi, Politik

PAS Negeri Sembilan

Posted: 23 Apr 2012 09:21 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Firma iklan luar kecam pelan NS swasta papan iklan

Posted: 23 Apr 2012 07:08 PM PDT





Apr 23, 2012 - Kira-kira 12 syarikat pengiklanan luar di Negeri Sembilan berang dengan dasar penswastaan yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri untuk menyerahkan pemilikan dan pengurusan semua papan iklan di negeri ini kepada sebuah syarikat tunggal.

Syarikat yang dibenarkan memonopoli perniagaan jutaan ringgit itu
dikatakan tidak mempunyai rekod prestasi dalam industri pengiklanan, dan didakwa akan menaikkan sewa papan iklan sehingga lebih 10 kali ganda kos semasa.

Menurut Alex Yew, Naib Presiden Persatuan Pengiklanan Luar Malaysia (OAAM), papan iklan sebelum ini terletak di bawah bidang kuasa kerajaan tempatan.

Sejak 20 yang lalu, katanya, pemilik media yang ingin mendirikan papan iklan akan membuat permohonan kepada majlis tempatan, yang mengandungi maklumat lokasi dan saiz papan iklan.

"Jika majlis berpendapat ianya wajar, maka ia akan mengeluarkan lesen dan lesen sementara (TOL) untuk tanah kerajaan, dan pemilik media akan membina papan iklan dan membuat bayaran tahunan untuk kedua-dua lesen dan TOL," jelas Yew kepada Malaysiakini.

"Jika papan iklan dibina di atas tanah persendirian, pemilik media masih perlu memohon kepada majlis tempatan bagi mendapatkan lesen dan membayar yuran lesen tahunan, tetapi sewanya akan dibayar kepada tuan tanah."

Mimpi ngeri itu bermula pada bulan Oktober 2011 apabila kerajaan
negeri membuat keputusan untuk memindahkan kuasa kerajaan tempatan ke atas papan iklan kepada Yayasan Negeri Sembilan (YNS) - sebuah yayasan negeri yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.

Alasan yang diberikan oleh kerajaan negeri, kata Yew, adalah ia perlu untuk menyeragamkan format papan iklan dan bagi membiayai program amal dan kebajikan di bawah YNS.

"Dengan menggunakan ini sebagai alasan, mereka mengarahkan kami menurunkan semua papan iklan kami dan enggan memperbaharui lesen kami," dakwa Yew.

Yew yang juga merupakan pengarah operasi Kurnia Outdoor Sdn Bhd,
sebuah syarikat di bawah Big Tree Outdoor Sdn Bhd yang terjejas dengan penswastaan tersebut.

Malaysiakini memperolehi salinan surat rasmi yang ditulis oleh pengarah YNS, Jamaludin Abu Bakar kepada pemilik media, mengarahkan mereka membuka papan iklan masing-masing dalam tempoh 14 hari kerana lesen mereka telah tamat pada 31 Disember 2011.

Jika gagal berbuat demikian, majlis akan membuka struktur tersebut dan semua kos berkaitan dengannya akan ditanggung oleh syarikat terbabit.

Sumber http://malaysiakini.com/news/195804

Berita penuh di http://malaysiakini.com/news/195767

‘Jadi kuli’ warga asing

Posted: 23 Apr 2012 07:07 PM PDT





23 April 2012 SENAWANG: "Penduduk amat tertekan kerana kawasan ini seolah-olah sudah menjadi perkampungan mereka merangkumi kira-kira 1,000 pekerja asing yang menjadi penghuni di beberapa unit rumah dan rumah kedai," kata Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Jasmin, Mohamad Azman Md Safar.

Menurut beliau, tindakan pihak tertentu menjadikan ia sebagai asrama pekerja asing menyebabkan penduduk taman berkenaan berada dalam keadaan tertekan berikutan sikap warga asing terbabit yang tidak disenangi mereka.

Kata Mohamad Azman, kehadiran pekerja asing terbabit yang tidak memahami dan menghormati budaya tempatan selain sikap pengotor mereka menyebabkan ketenteraman penduduk tempatan terjejas.

"Kelakuan mereka yang suka membuang sampah merata-rata menimbulkan rasa kurang senang penduduk tempatan kerana kawasan perumahan ini menjadi kotor. Penduduk tempatan seolah-olah menjadi kuli mereka kerana terpaksa membuang sampah dan membersihkan kawasan.
"Selain itu, penduduk semakin hilang sabar dengan sikap warga asing itu yang turut menconteng bangunan dan berkelakuan kurang sopan seperti berpakaian menjolok mata.

"Mereka juga didapati meminum minuman keras di luar asrama tanpa menghiraukan jiran sekeliling selain menjadikan taman awam sebagai tempat pergaulan bebas lelaki dan perempuan," katanya. Menurutnya, penduduk bimbang sikap negatif itu boleh mempengaruhi remaja tempatan sekali gus memberi kesan tidak baik kepada pembangunan sahsiah mereka.

Dakwa Mohamad Azman, masalah itu sudah berlarutan sejak lebih enam tahun lalu namun bilangan pekerja asing berkenaan tidak ramai berbanding kini sehingga seolah-olah taman perumahan itu menjadi perkampungan mereka.

"Ahli jawatankuasa KRT pernah menasihati warga asing terbabit supaya memberi kerjasama dan tidak mengulangi perbuatan itu selain cuba memahami budaya penduduk tempatan, tetapi ia masih berterusan," katanya.

Bagi penduduk, Mohd Faizal Rahim, 35, masalah itu sudah lama berlaku dan menyebabkan mereka tidak tahan lagi.

Dia yang menetap di situ lebih enam tahun lalu berkata, sejak taman itu dijadikan 'perkampungan warga asing', pelbagai masalah sosial berlaku dan tidak menolak kemungkinan ada berlaku kes persundalan membabitkan mereka.

"Saya amat tidak menyenangi kehadiran mereka kerana banyak membawa keburukan," katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/2012042020105320120420201053/Article/index_html

Perkhidmatan Pembaikan

Posted: 23 Apr 2012 02:33 AM PDT



Perlu pembaikan untuk kerosakan kecil di rumah, surau atau masjid?
Kerosakan pada pendawaian lampu, kipas.
Kerosakan paip air.
Mengecat serta lain-lain kerja berkaitan

Sila hubungi 013-2124086

Perkhidmatan sekitar Rembau, Senawang dan Seremban pada harga yang berpatutan.

Rembau Hari Ini

Posted: 23 Apr 2012 07:40 PM PDT

Rembau Hari Ini


Perkhidmatan Pembaikan

Posted: 23 Apr 2012 02:33 AM PDT



Perlu pembaikan untuk kerosakan kecil di rumah, surau atau masjid?
Kerosakan pada pendawaian lampu, kipas.
Kerosakan paip air.
Mengecat serta lain-lain kerja berkaitan

Sila hubungi 013-2124086

Perkhidmatan sekitar Rembau, Senawang dan Seremban pada harga yang berpatutan.

44 kontraktor masuk tender Hospital Rembau

Posted: 23 Apr 2012 02:32 AM PDT

Status terkini Cadangan Hospital Rembau (76 Katil) N.Sembilan.(Fasa 1 - Kerja-kerja Tanah). 44 kontraktor telah menghantar dokumen tender. Tempoh siap Fasa 1 ini ialah 4 bulan.

Maklumat lanjut di http://www.kkr.gov.my/files/Borang%20Jadual%20Tender/29574/Cadangan%20Hosp.%20Rembau%20N.Sembilan%20(Fasa%201%20Kerja%20Tanah).pdf

Dr Azman Ibrahim

Posted: 23 Apr 2012 07:06 PM PDT

Dr Azman Ibrahim


Angin Perubahan Mula Melanda Felda Selasih

Posted: 22 Apr 2012 09:52 PM PDT

  
"Kalu tengok ada dacing depan pintu rumah orang felda, jangan anggap tuan rumah dia pun colour biru termasuklah rumah ambo, kita sekeluarga dah 2 kali pilihanraya dok pakoh dacing…". Inilah di antara luahan dari seorang dari peneroka Felda Selasih yang sempat kami kunjungi sempena Program Ziarah Mahabbah Jawatankuasa DUN Jabi ke penempatan peneroka felda pada petang Jumaat 20 April 2012 baru-baru ini.

"Tekanan dan suasana di Felda menyebabkan kami tidak dapat menzahirkan pendirian sebenar kami buat masa ini, tengoklah, dihari depan akan berlaku perubahan…" Ujar seorang lagi peneroka yang mendakwa dirinya adalah Ahli JKKK Felda Selasih.

Selama ini seolah-olah ada badi yang membelengu dan benteng yang memisahkan sehingga timbul anggapan umum bahawa Felda Selasih adalah kubu kuat Umno yang hampir mustahil boleh ditembusi. Lantaran itulah sebelum membuat keputusan nekad untuk mengunjungi para peneroka dari pintu ke pintu, terlebih dahulu beberapa pertemuan awalan telah dibuat di beberapa lokasi termasuklah bersama anak-anak muda generasi kedua felda.

Maklumbalas memberangsangkan yang diterima belum cukup untuk meyakinkan kami, sehinggalah angin perubahan yang didakwa sedang berlaku tersebut  dapat disaksikan sendiri.

Sekadar rekod, Felda Selasih, antara tanah rancangan paling bongsu di Negeri Terengganu menempatkan 158 kediaman peneroka yang mula didiami pada awal 1982 dengan hampir 1,000 orang pengundi. Kebanyakkan peneroka dipilih dari kalangan penyokong tegar Umno sekitar Daerah Besut.

Selama ini Umno kelihatan berjaya menjadikan pengundi tanah rancangan ini sebagai talian hayat mereka. Jelas ketara apabila Peti Undi Tok Dor yang menempatkan pengundi felda selalunya mencatatkan angka kekalahan besar dengan rekod terbaik PAS DUN Jabi hanya pada PRU 1999 apabila kita tewas dengan 50 undi.

Kerana itulah, bila rombongan kami disambut mesra, diterima sebagai tetamu, boleh bertanya khabar sepatah dua, mendengar suara hati mereka, ianya sudah cukup menceriakan dan memberikan keyakinan kepada kami bahawa peneroka kini bukan lagi seperti dahulu. Mereka tidak terkecuali untuk bersama arus perubahan yang sedang melanda dunia luar. Anggapan negatif bahawa Felda adalah lubuk Umno adalah sangkaan lapuk semata-mata. Kami dimomokkan dengan bayang-bayang palsu.

"Anak-anak kami yang bekerja di luar, kami boleh bagi jaminan sebahagian besar mereka sudah tidak lagi bersama Umno." Begitulah yakinnya ungkapan seorang lagi peneroka yang mempunyai anak-anak yang merantau ke Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Kuantan ketika  menyambut mesra kedatangan kami seolah sudah begitu lama saling mengenali, walaupun sebenarnya inilah kali pertama saya bersua dengannya secara dekat.

Katanya, memang dia dah lama mengenali saya sebab selama ini memang selalu dia menjadi pendengar dalam gelap setiap kali PAS mengadakan ceramah di lokasi-lokasi berdekatan.

Program ziarah Mahabbah yang turut disertai oleh Tuan Haji Muhyiddin Abdul Rashid, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu adalah di antara pelan tindakan PAS DUN Jabi bagi memecahkan monopoli umno dibeberapa lokasi yang telah dikenalpasti. Turut serta adalah Jentera Pilihanraya Pemuda DUN yang mengedarkan risalah penerangan ke setiap rumah-rumah peneroka.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu ketika mengulas perkara berkaitan, sambil memberikan semangat kepada Jentera Pilihanraya DUN Jabi, "Kita perlu yakin bahawa dalam sebuah negara demokrasi seperti kita, kuasa sebenar adalah kuasa rakyat, bila rakyat mempunyai kesedaran dan inginkan perubahan, tiada yang dapat menghalangnya. Para peneroka berada dalam persekitaran yang berbeza dengan kita, kaedah mendekati mereka juga berbeza, teruskan usaha dan mohonlah pertolongan kepada Allah…"

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 23 Apr 2012 03:42 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


CERAMAH BERSIH 3.0 LEPAS KITA "DUDUK BANTAH"

Posted: 22 Apr 2012 07:48 PM PDT

war-warkan!!!!!!!!!!!

PR SELANGOR AKAN ADAKAN PRU BERASINGAN

Posted: 22 Apr 2012 07:41 PM PDT


Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor bakal mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 kali ini berasingan ekoran kelemahan sistem daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Jelas Setiausaha Politik menteri besar, Faekah Hussin, isu pilihan raya berasingan tidak akan timbul sekiranya SPR bersungguh-sungguh membersihkan senarai daftar pemilih yang meningkat mendadak.

"Walaupun telah banyak bukti yang dikemukakan namun SPR masih gagal bertindak sewajarnya sebaliknya memberikan alasan yang pelik dan tidak munasabah.

"Kita mahu SPR melaksanakan tanggungjawab secara bebas dan jangan mengikut telunjuk (Barisan Nasional) BN atau mana-mana parti politik seperti lembu dicucuk hidung," tegasnya.

Jelas Faekah, pihaknya amat kecewa apabila SPR tanpa berselindung menunjukkan sokongan kepada BN.
"Jika ada pegawai tertinggi SPR mahu berpolitik, sila letak jawatan dan bertanding sebagai calon BN.

"Kita mendesak SPR berhenti menjadi jurucakap BN. Jika SPR mahu dihormati seluruh masyarakat Malaysia, laksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan jujur kerana setiap perbuatan kita pasti akan mendapat balasan," tambahnya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru, Faekah menjelaskan, hak mengadakan PRU bersesama atau berasingan adalah terletak sepenuhnya pada kerajaan negeri dan SPR tidak boleh menggunakan alasan belanja RM30 juta untuk menyekat hak tersebut.
"Mereka harus sedar tindakan mengadakan pilihan raya berasingan adalah akibat dari kegagalan SPR membersihkan dan mengambil langkah berkesan sebagaimana unjuran Bersih 2.0.

"Jika kita mahu berbicara soal wang rakyat, bagaimana pula dengan RM250 juta wang rakyat yang disalahguna NFC (Pusat Fidlot Nasional) dan RM589 juta hutang Tan Sri Tajuddin Ramli yang dilupuskan oleh kerajaan?"

"Bagaimana pula dengan urusniaga penjualan Lebuh Raya MEX? Adakah geran kerajaan yakni duit rakyat yang diberikan kepada Maju Holdings berjumlah lebih RM900 juta telah dikembalikan?"

"Bukankah ini semua melibatkan pembaziran wang rakyat?" soal pembantu Tan Sri Khalid Ibrahim ini.
Tambahnya lagi, perjumpaan antara kerajaan Selangor dengan SPR baru-baru ini berlangsung secara profesional walaupun hakikatnya kerajaan PR Selangor tidak berpuas hati dengan cara SPR menyelesaikan isu pertambahan pengundi yang meragukan  di selangor.

"Ini perjumpaan rasmi yang pertama kali diadakan antara kerajaan Selangor dengan SPR selepas pilihan raya umum 2008 sekali gus membuktikan komitmen kerajaan Selangor untuk memastikan pilihan raya umum akan datang dijalankan secara adil, bersih dan bebas.

"Ketika pertemuan itu, kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak menghuraikan secara terperinci kepada media massa intipati perbincangan bagi memelihara kerahsiaan dan menghormati permintaan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof," tambah Faekah.

Malah jelas Faekah, SPR turut mengucapkan terima kasih kepada PR Selangor yang sanggup membantu SPR membersihkan senarai daftar pemilih menerusi program Selangorku Bersih lantaran kewujudan lebih 42,000 pemilih yang amat meragukan.

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 23 Apr 2012 03:29 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


TETAPKAN PENDIRIAN, BULATKAN SOKONGAN , KITA DUDUK DI DATARAN

Posted: 23 Apr 2012 01:45 PM PDT

Bersih 3.0: Pak Samad mahu kekal di Dataran Merdeka

KUALA LUMPUR: Pengerusi Bersama Bersih 3.0, Datuk A. Samad Said secara peribadinya mahu mengekalkan himpunan 'Duduk Bantah' diadakan di Dataran Merdeka, 28 April ini.


Mengulangi pendiriannya berulangkali, beliau yang lebih dikenali sebagai Pak Samad (gambar), menegaskan beliau dan Datuk S. Ambiga mempunyai sikap yang sama berhubung perkara tersebut.

"Setakat ini, Ambiga dan saya mempunyai sikap yang sama, iaitu mahu 'Duduk Bantah' ini diadakan di Dataran Merdeka. Tapi, kita ada jawatankuasa yang lebih ramai yang perlu dirujuk.

"Saya secara peribadinya ingin mengekalkan 'Duduk Bantah' ini diadakan di Dataran Merdeka. Sikap saya konsisten. Saya harapkan seluruh jawatankuasa masih bersedia untuk kekal di situ (Dataran Merdeka)," tegas beliau pada sidang media Jawatankuasa Bersih 3.0, di Dewan Perhimpunan Cina, pagi tadi.


Himpunan itu, tambah Pak Samad hanya menyaksikan hadirin duduk sahaja selama dua jam, dan ia tidak akan mendatangkan sebarang ancaman keselamatan.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Bersih 3.0, Dr Subramaniam Pillay berkata jawatankuasa itu akan mengadakan mesyuarat tergempar malam ini bagi membincangkan lokasi alternatif 'Duduk Bantah' itu.

Ia susulan penolakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk membenarkan himpunan itu diadakan di lokasi bersejarah tersebut.

"Kita akan bermesyuarat malam ini bersama semua gabungan NGO. Mungkin esok akan ada keputusan konklusif daripada kami," kata beliau.

Bagaimanapun, tegas seorang lagi jawatankuasa pemandu, Maria Chin Abdullah, DBKL tidak menawarkan alternatif kepada Bersih dalam surat penolakan tersebut.

Sambil menegaskan Dataran Merdeka adalah 'milik rakyat', Maria berkata tidak ada sebab mengapa DBKL menolak program tersebut, sedangkan pelbagai program diadakan di lokasi tumpuan pelancong itu.

Antaranya program McDonald's Olympic Day Fun Run pda 17 Julai 2011, Standard Chartered KL Marathon 2011 (26 Jun 2011), BN Youth Ride Fest 2012 (17 dan 18 Februari 2012), World Kidney Day Run 2012 (3 Mac 2012), Nestle 100 Years Celebration (18 dan 19 Mac 2012) dan Konsert DiRaja (21 April 2012).

Minggu lepas, DBKL menolak permintaan Bersih untuk mengadakan himpunan di Dataran Merdeka atas alasan ia bukan satu acara nasional.

UMNO HARU BIRU , AHLI PARLIMEN BN JOIN BERSIH 3

Posted: 22 Apr 2012 09:16 PM PDT

JIKA BENAR , MEMAMNG JADI Tamparan hebat buat Umno apabila veterannya, Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) 'isytihar perang' ke atas kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan menyatakan sokongan secara terbuka terhadap perhimpunan Bersih 3.0 yang bakal diadakan pada 28 April ini.

Keadaan itu memberi satu petanda Umno bakal jatuh selepas Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 nanti selepas banyak pihak termasuk dari Umno sendiri yang tidak percaya lagi dengan perjalanan pilihanraya yang dikendalikan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang dilihat banyak berlakunya penyelewengan dan berat sebelah dalam pilihanraya.

Sudah tentu Umno berada dalam tekanan yang hebat apabila Ku Li yang juga ahli parlimen (BN-Gua Musang) turut mendesak diadakan pilihanraya yang adil dan saksama selepas dilaporkan SPR bersekongkol dengan Umno-BN melakukan manipulasi tidak bertanggungjawab ke atas daftar pemilih dengan melakukan proses klon pengundi dan mendaftar rakyat asing sebagai pengundi yang mengundang bahaya terhadap keselamatan negara apabila mereka diberi MyKad sewenang-wenangnya.

Dipetik dari Harakahdaily, Tengku Razaleigh Hamzah dan bekas Ketua Pemuda Umno Kelantan, Dr Zayadi Awang Noh secara terbuka menyatakan sokongan terhadap perhimpunan Bersih 3.0 bagi memastikan pilihan raya lebih adil dan telus.

"Kita mahu peranan media lebih adil dan bebas. Begitu juga dengan penggunaan jentera dan kakitangan kerajaan ketika pilihan raya tidak boleh disalahgunakan. Kita mahu pilihan raya benar-benar adil dan bebas.

"Malah ia selaras dengan tuntutan Angkatan Amanah Merdeka. Jadi saya serah kepada ahli-ahli Amanah untuk hadir pada perhimpunan tersebut pada 28 April ini," kata Tengku Razaleigh menjawab soalan penonton pada Bicara UT6 – PRU-13 Perjuangan dan Amanah di Kelantan Trade Centre malam tadi.

Program itu anjuran bersama www.uttv.biz turut diadakan pelancaran Amanah peringkat negeri Kelantan. Dr Zayadi dilantik sebagai pengerusi Amanah Kelantan.

Bekas veteran Umno Ketereh, Sabri Shafei bertindak sebagai moderator. Turut hadir veteran Umno, Datuk Mazlan Harun dan Tamrin Ghaffar. Dewan konvensyen penuh dengan gabungan antara penyokong Umno, PAS dan PKR. Malah ramai yang datang dari Gua Musang.

Perhimpunan Bersih 3.0 akan diadakan pada 28 April ini ekoran banyak pihak tidak berpuas hati terhadap tuntutan Bersih 2.0 tak diterima kerajaan sepenuhnya biar pun Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen diwujudkan bagi tujuan tersebut.

Seorang penonton tiba-tiba meneriakkan Tengku hendak pergi ke.. Tengku Razaleigh menjawab itu terpulang kepada ambo hendak pergi atau tidak pada perhimpunan tersebut.

Program Biacara UT6 sendat dengan pelbagai isu menarik yang berlaku sekarang. Seorang anak muda mengajukan soalan agak panas dengan menanyakan bilakah Ku Li dan Dr Zayadi mahu meninggalkan Umno memandangkan parti itu didedah mereka sarat pelbagai penyelewengan.

Dr Zayadi yang pernah dilucut jawatan sebagai Exco Umno Malaysia selepas penyingkiran Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menyatakan sokongan padu terhadap usaha dilakukan Bersih 3.0.


"Siapa yang takut kepada Bersih bermakna dia itu kotor. Begitu juga kalau ada orang takut kepada Amanah dia itu khianat. Jadi tidak ada sebab untuk tidak menyokong Bersih 3.0," ujarnya.

INI RAKYAT TAK KENAN, BELI NAM KALI NAM GUNA KAT LUBNAN ?

Posted: 22 Apr 2012 08:26 PM PDT

Ahmad Zahid menjelaskan keperluan kereta perisai 6x6 untuk askar Malaysia di Lubnan sangat mendesak kerana kereta perisai sedia ada iaitu Condor, yang digunakan sejak 1980-an sudah tidak sesuai.

Beliau berkata pembangunan kereta perisai canggih AV8 pula mungkin mengambil masa panjang iaitu mungkin 15 tahun.

"Prototaip dijangka siap pertengahan tahun depan tetapi untuk Unifil, Condor tidak sesuai kerana ia 4x4. Kita perlukan 6x6, oleh itu kajian spesifikasi dibuat termasuk menentukan kemampuannya bergerak di Lubnan," katanya.- Bernama

Sumber: sinarharian.com.my

Projek RM8 bilion kereta perisai

KUALA LUMPUR 20 April - DRB- Hicom Defence Technologies Sdn. Bhd. (DEFTECH), anak syarikat milik penuh DRB- HICOM Bhd. (DRB-HICOM) sedang membangunkan kereta perisai 8X8 - Deftech AV-8 dalam projek bernilai RM8 bilion yang dijangka siap sepenuhnya menjelang 2016. Pengerusinya, Datuk Seri Mohd Khamil Jamil berkata, pembinaan itu melibatkan 257 buah kenderaan dengan 12 varian kegunaan.

Sumber: utusan.com.my

MALAYSIA PESAN 23 UNIT PANSER PINDAD
07 Agustus 2011

TEMPO Interaktif, BANDUNG- Pemerintah Malaysia memesan 23 unit panser buatan PT Pindad tahun ini. "Prosesnya sudah sampai Perdana Menteri Malaysia, Departemen Pertahanan mereka sudah oke," kata Direktur Utama Pindad Adik Avianto Soedarsono di Bandung Ahad 7 Agustus 2011. Panser yang dibanderol Rp 7 miliar (RM2.4 juta) per unit itu, menurut Adik, makin diminati setelah diakui oleh Perserikatan Bangsa-Bangsa. Adik mengatakan panser buatan putra-putri Indonesia itu telah digunakan dalam menjaga perdamaian di Lebanon. "Sebanyak 13 unit telah digunakan di Lebanon," katanya.

http://tempointeraktif.com

KALAU GANU 50K , SELANGOR JANGAN KURANG 100K

Posted: 22 Apr 2012 05:25 PM PDT

KUALA NERUS – Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu mendedahkan, Haji Mohd Abdul Wahid Endut mendedahkan, 'Task Force' yang ditubuhkan oleh Umno dan Barisan Nasional bagi memberikan kad pengenalan kepada warga asing kini beroperasi di luar Negara.


Menurutnya, mereka berbuat demikian apabila 'kegiatan haram' mereka itu didedahkan oleh PAS baru-baru ini.

"Setelah Dato' Mahfuz (Naib Presiden PAS) dedahkan dalam parlimen luar parlimen (tentang Task Force) sampai sekarang mereka (Umno/BN) tidak nafi, pasal apa mereka tak nafi, kalau benda (perkara) ini tak betul (sepatutnya) lama dah mereka ambil tindakan terhadap (Mahfuz),

"ini cukup bahaya dan lebih bahaya lagi, kita dapat maklumat bila (rahsia) 'Task Force' pecah daam Negara, orang (sudah) tahu belaka, mereka (Task Force) ini keluar Negara dia pergi ke Myanmar, ke Indonesia beri kad pengenalan di luar Negara,"jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Ceramah Perdana Program Himpunan Generasi Bermaruah anjuran Lujnah Pendidikan PAS Pusat di Ma'ahad Tahfi Wal Tarbiah Tok Jiring dekt sini pada sabtu malam, 21 April.

Sehubungan itu, menurut Haji Wahid yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu, apabila sampai waktu pilihanraya mereka yang diberikan kad pengenalan di luar Negara itu akan datang untuk membuang mengundi seolah-olah mereka adalah rakyat Malaysia yang bekerja di luar Negara.

Justeru, beliau berkata perbuatan 'menjual negara' itu tidak boleh dibiarkan, mesti dilawan dan mesti dibantah oleh seluruh rakyat.

Beliau selaku pemimpin tertinggi PA Terengganu mengarahkan sekurang-kurangnya seramai 50,000 ahli dan penyokong PAS hadir Himpunan BERSIH 3.0, Duduk dan Bantah di Dataran Merdeka yang dijadualkan pada 28 April depan.

"Kita kena bantah, kita kena lawan kita kena himpun, saya atas nama Pesuruhjaya dan beritahu pimpinan untuk negeri Terengganu paling kurang 50,000 (orang) kena pergi (ke Dataran Merdeka) pada hari itu,

"dari Kemaman hingga ke Besut, pagi tadi saya dah peringat di Besut, kita nak Terengganu 50,000 paling kurang,"tegasnya.

turut berucap dalam Majlis tersebut ialah Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Pengerusi Lujnah Pendidikan PAS Pusat, Dato' Ustaz Abu Bakar Chik dan Mantan Pengarah Pelajaran negeri Perak, Dato' Haji Adnan Ibrahim.

DPP Gopeng

Posted: 23 Apr 2012 03:20 PM PDT

DPP Gopeng


DEBAT Radzi VS Hamidah ; siapa yang mula mencabar ?

Posted: 23 Apr 2012 10:01 AM PDT


Ustaz Radzi Zainon akan ajak Dato' Hamidah berdebat !!!!!!!
Mengapa tiba-tiba?
Sebenarnya jemputan untuk berdebat ini adalah sebagai reaksi daripada cabaran awal pihak YB Dato' yang disiarkan dalam akhbar Sinar Harian bertarikh 11 Ogos 2010 yang berbunyi
" Saya cabar beliau untuk bersemuka dengan saya di atas pentas dan kita panggil penyokong kedua-dua parti akan menilai sendiri malah saya akan jawab segala tuduhan yang dilemparkan kepada saya".
Pihak PAS telah menjawab serta menyahut seruan cabaran pihak YB Dato' melalui kenyataan Sinar Harian bertarikh 14 Ogos 2010.
Sebagai jawapan pihak YB Dato' sendiri telah memilih untuk berdebat di masjid sepertimana disiarkan kenyataannya dalam Sinar Harian bertarikh 17 Ogos 2010.
Radzi telah menjawab cadangan itu malah PAS memang bersedia untuk berdebat di mana-mana masjid sepertimana kenyataan pihaknya dalam Sinar Harian bertarikh 21 Ogos 2010. Akan tetapi pihak PAS telah memberi cadangan agar lebih baik diadakan di kawasan terbuka untuk membuka ruang selesa kepada kaum bukan melayu untuk turut sama menyertai dan menyaksikan majlis debat berkenaan.
Selepas tarikh 21 Ogos 2010, tiada jawapan balas daripada pihak YB Dato' sehinggalah PAS Kawasan Gopeng memutuskan untuk menjemput YB dato' secara rasmi melalui surat yang bakal diserahkan.
Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Penerangan MTD SUNGAI RAPAT









KENYATAAN MEDIA 23 APRIL 2012 HAMIDAH MEMBISU ISU TANAH BENGKEL DI KAMPUNG SERI JAYA

Posted: 23 Apr 2012 06:58 AM PDT

KENYATAAN MEDIA 23 APRIL 2012
HAMIDAH MEMBISU ISU TANAH BENGKEL DI KAMPUNG SERI JAYA
Dalam meneruskan Misi Menjejaki Isu Rakyat Terpinggir yang dianjur khusus oleh Pusat Khidmat Masyarakat (PAS) DUN Sungai Rapat, pada 21 April 2012 yang lalu kami meneruskan agenda dengan menyiasat sendiri rintihan daripada kalangan pengusaha bengkel besi dan kereta sepanjang jalan utama Kampung Seri Jaya.
Sejurus sahaja saya mendapat maklumat berkenaan isu tanah bengkel yang bakal dikosongkan, saya bergegas ke sana bersama Rombongan PAS Batu Gajah dan Unit Penerangan MTD Sungai Rapat.
Tuan Haji Sarjee iaitu salah seorang pemilik bengkel besi di hadapan jalan menghala ke Pasaraya TF itu telah memaklumkan bahawa pihak pemaju ingin memindahkan kesemua bengkel tersebut ke suatu kawasan yang lebih jauh daripada 'market coverage' mereka. Dengan hanya diberi tempoh masa dua minggu dan pampasan RM 5000 mereka diminta berpindah ke kawasan baru yang disediakan 4 tiang berbumbung tanpa ada dinding untuk melindungi peralatan bengkel mereka!
Mereka telah mencari rezeki di kawasan berkenaan selama lebih belasan tahun malah tanah yang mereka duduk hari ini bukanlah bertaraf setinggan kerana diberi hak dan kebenaran oleh Syarikat Timah Jerneh yang dahulunya memajukan kawasan perlombongan berdekatan.
Memandangkan kawasan tersebut telah diserahkan oleh kerajaan Barisan Nasional kepada pemaju baru, pihak pemaju mengarahhkan pula mereka berpindah sedangkan mereka sebenarnya dalam proses menuntut geran tanah berkenaan.
Lebih malang apabila isu tanah sebegini tidak mendapat perhatian YB Dato' Hamidah Osman selaku ADUN kawasan berkenaan malah menurut Tuan Haji Sarjee YB Dato' tidak pernah menjenguk kawasan bengkel-bengkel berkenaan.
Pada pengamatan saya, usaha para pengusaha bengkel tersebut perlu diberi perhatian kerajaan memandangkan mereka terdiri daripada kalangan bumiputera yang sanggup berjuang mempertahankan perniagaan sendiri. Apalah salahnya UMNO selaku parti yang mengaku membela Melayu untuk celik membuka mata dan turun ke bawah melihat sendiri rintihan kaum Melayu yang berniaga di sana.
Pihak kami berjanji akan terus mendesak kerajaan BN untuk menyuarakan hasrat rakyat sekaligus berjanji tuidak akan mealukan agenda yang sama sekiranya PAS diberi mandat mentadbir kawasan Dewan Undangan Negeri Sungai Rapat.
Radzi Zainon
Penyelia Pusat Khidmat Masyarakat (PAS) DUN Sungai Rapat




<!--[if gte mso 9]> Normal 0 false false false EN-MY X-NONE X-NONE MicrosoftInternetExplorer4

KENYATAAN MEDIA 22 APRIL 2012 MENJEJAKI ISU RAKYAT TERPINGGIR DI KAMPUNG BENDERA DUN SUNGAI RAPAT

Posted: 22 Apr 2012 06:52 PM PDT

KENYATAAN MEDIA 22 APRIL 2012
MENJEJAKI ISU RAKYAT TERPINGGIR DI KAMPUNG BENDERA DUN SUNGAI RAPAT
Menyedari peri tingginya tanggung jawab yang digalas sebagai Penyelia Pusat Khidmat Masyarakat (PAS) DUN Sungai Rapat saya memilih untuk meneruskan tugasan menjejaki isu-isu rakyat yang masih belum diselesaikan oleh pihak ADUN Sungai Rapat serta kerajaan negeri dan tempatan.
Pada 21 April 2012 Pusat Khidmat bersama rombongan PAS Kawasan Batu gajah serta Unit Penerangan MTD Sungai Rapat Setiausaha Kerja Lajnah penerangan PAS Negeri Perak telah berada di Kampung Bendera yang berada di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Sungai Rapat untuk mendengar sendiri permasalahan keperluan asasi masyarakat kampung di sana.
Melalui tinjauan pihak kami ke rumah wakil penduduk Kampung Bendera yang dikenali sebagai Saudara Halil, beliau memaklumkan bahawa beberapa jalan penting di kampung tersebut belum disediakan lampu jalan walaupun telah puluhan tahun membuat permohonan. Malah lebih malang dan menyayatkan hati, beberapa penduduk membuat pendawaian sendiri dengan memasang lampu kalimantang di tepi pokok sepanjang jalan. Disebabkan kawasan rumah berkenaan yang gelap dengan hutan kecil dan pokok, menimbulkan kebimbangan beberapa warga emas yang turut menggunakan jalan itu pada awal pagi dan waktu malam.
Kemudahan jalan tar di beberapa jalan di kampung berkenaan juga seolah-olah dinafikan hak. Saudara Halil memberi tahu beberapa jalan di kampung itu tidak diturap semula atau dibaiki lebih 20 tahun. Jalan yang turut dilalui oleh bas sekolah turut menghadapi masalah dan ia boleh menjejaskan keselamatan para pelajar yang menggunakan kemudahan tersebut.
Tinjauan kami juga mendapati sistem perparitan di beberapa halaman rumah tidak memuaskan. Bayangkan keadaan longkang yang hanya layak wujud pada tahun 1960an kini masih kekal di kampung yang berada di sebuah negeri yang membangun pesat!
Persoalan kami adakah YB Dato' Hamidah yang melihat DUN Sungai Rapat di sudut komersial sahaja sehingga hanya menumpu pemusatan pembangunan di Seksyen 18 dan Medan Gopeng sahaja. Sedangkan di kampung yang turut diwakili oleh beliau kawasannya cukup dhoif.
Menurut beberapa penduduk Kampung bendera YB Dato' Hamidah tidak pernah turun meninjau sendiri 3 permasalahan utama yang kami gariskan ini. Malah janji untuk melihat sendiri kawasan berkenaan hanya bagaikan menanam tebu di bibir sahaja.
Penduduk kampung berkenaan bertekad untuk menukar undi mereka selepas kesal dengan layanan hening pihak berkuasa terhadap rayuan dan surat bertulis yang mereka kemukakan.
Pihak kami diberi peluang untuk melihat sendiri salinan surat kepada pihak ADUN malah ianya disertakan juga dengan himpunan tandatangan penduduk kampung berkenaan.
Adakah disebabkan tulisan mereka tidak berbahasa Melayu tinggi, ejaan yang tidak kemas menyebabkan pihak ADUN menyepi dan meminggirkan rakyat bawahan? Sedangkan suatu ketika dahulu pemerintahan Saidina Umar Al Khattab sanggup mendengar rintihan rakyat bawahan walaupun dinyatakan oleh rakyat yang berpendidikan rendah.
Kami bertekad untuk mendedahkan permasalahan ini serta mendesak kerajaan untuk menyelesaikan isu tertunggak berkenaan.
Janganlah kita hanya berselogan tidak meminggirkan seorang pun rakyat sedangkan hakikatnya kita hanya mementingkan kawasan rakyat yang memberi nilai ringgit dan nama sahaja kepada kita.
Pihak kami juga akan terus berjuang suara marhain sebegini waluapun tidak berada di kerusi eksekutif kerana inilah janji kami atas nama Parti Islam SeMalaysia.
Radzi Zainon
Penyelia Pusat Khidmat Masyarakat (PAS) DUN Sungai Rapat





Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 23 Apr 2012 01:28 PM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Maksiat bermaharajalela di Melaka .. mana tindakan pihak berkuasa ?

Posted: 22 Apr 2012 05:57 PM PDT

ALOR GAJAH: Memalukan apabila ada pasangan muda mudi yang mabuk cinta tanpa segan silu memadu asmara di kawasan tersorok di Pulau Konet, Kuala Sungai Baru, dekat sini.


Pulau terletak di Kampung Telok Gong itu kini dikatakan menjadi tumpuan pasangan bercinta melakukan perbuatan itu tanpa mengira waktu dengan menjadikan celah batu dan tebing bukit sebagai port melakukan aksi terlarang.

Perbuatan terbabit meresahkan penduduk berhampiran pulau berkenaan khususnya penduduk Kampung Telok Gong yang tidak tahan dengan perlakuan sumbang terbabit.

Penduduk, Hasni Yang Ghazali, 50-an, berkata, keadaan pulau yang kecil memudahkan pasangan menyorok di celah pokok ketapang yang merimbun selain di sebalik tebing bukit di pinggir pantai untuk melakukan aksi itu.

"Mereka ini tidak hiraukan kehadiran orang ramai yang datang ke pulau ini untuk beriadah dan memancing ikan. Mereka dengan selamba melakukan aksi peluk cium bersama pasangan masing-masing.

"Ada pasangan masuk dalam pulau waktu air surut dan meninggalkan kenderaan di daratan dan pulang semula selepas mereka puas berasmara," katanya.

Beliau berkata, baru-baru ini terdapat satu pasangan kekasih terkandas beberapa jam sebelum diselamatkan anggota penyelamat selepas air laut pasang mendadak ketika mereka leka memadu asmara.

Menurutnya, kejadian itu sepatutnya menjadi teladan dan peringatan kepada pasangan lain, namun tambah mengejutkan apabila semakin ramai pasangan masuk ke pulau yang dianggap 'port' terbaik untuk melakukan maksiat.

"Bukan saja kegiatan maksiat, malah sampah dan botol arak yang dibuang pengunjung juga turut mencacatkan pemandangan di pulau ini.

"Sikap suka membuang sampah di merata-rata tempat boleh mencemarkan keindahan semula jadi pulau ini," katanya.

Seorang lagi penduduk dikenali Wahab, 61, berkata, perbuatan pasangan kekasih melakukan aksi mengghairahkan dengan bercumbuan dan berpelukan di dalam semak di sekeliling pulau amat memalukan.

"Hilang segala segan silu pasangan kekasih ketika berada di pulau ini apabila mereka dengan rakus berpelukan tanpa sedar aksi diperhatikan orang ramai.

Sementara itu, Pengerusi Pegawai Syarak negeri merangkap Imam (1) Masjid Tanjung Bidara, Datuk Abu Khir Jamaluddin berkata, pengunjung pulau berkenaan dinasihatkan supaya tidak melakukan perbuatan berkenaan demi keharmonian bersama.

"Pulau ini adalah destinasi pelancongan dan lokasi tumpuan pemancing melakukan aktiviti itu dan ia seharusnya tercemar dengan perbuatan maksiat.

"Mereka yang ada niat tidak baik ke pulau berkenaan diminta mengubah fikiran dan segera bertaubat," katanya di sini, semalam.

Sumber : Harian Metro - http://www.hmetro.com.my/articles/AsmaradiPulauKonet/Article 

Batu Gajah Mari

Posted: 23 Apr 2012 11:19 AM PDT

Batu Gajah Mari


Kak Midah! jagalah orang melayu kawasan kamu!

Posted: 23 Apr 2012 03:44 AM PDT

Woi kak midah.. Apsai ko abaikan orang-orang melayu di DUN kamu.. Asyik sibuk nak jaga AC Mizal je.. dia bukan ngundi kt Sungai Rapat pon.. X cukup dengan tu, skrg dah jadi penaung puak-puak yang melalaikan orang Islam kat Malaysia ni iaitu Artis Barisan Nasional.. Ehh... Barisan Artis Nasional.. same la tu... hhehehe...

Macam-macam la kak midah oii...

Ni cerita pasai Penduduk Kampung Bendera. Bukan jauh pun dari rumah dia..kampung sebelah je.. midah laung pon dengo... hehe..

Udah berpuluh taun dia buat aduan.. langsung xda jalan penyelesaian.. Udah jumpa Zambry pon xde tindakan,.. jgn kerja nak jaga AC Mizal tu je... jaga pengundi kamu...

bace kt bawah ni..


Menyedari peri tingginya tanggung jawab yang digalas sebagai Penyelia Pusat Khidmat Masyarakat (PAS) DUN Sungai Rapat saya memilih untuk meneruskan tugasan menjejaki isu-isu rakyat yang masih belum diselesaikan oleh pihak ADUN Sungai Rapat serta kerajaan negeri dan tempatan.

Pada 21 April 2012 Pusat Khidmat bersama rombongan PAS Kawasan Batu gajah serta Unit Penerangan MTD Sungai Rapat Setiausaha Kerja Lajnah penerangan PAS Negeri Perak telah berada di Kampung Bendera yang berada di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Sungai Rapat untuk mendengar sendiri permasalahan keperluan asasi masyarakat kampung di sana.

Melalui tinjauan pihak kami ke rumah wakil penduduk Kampung Bendera yang dikenali sebagai Saudara Halil, beliau memaklumkan bahawa beberapa jalan penting di kampung tersebut belum disediakan lampu jalan walaupun telah puluhan tahun membuat permohonan. Malah lebih malang dan menyayatkan hati, beberapa penduduk membuat pendawaian sendiri dengan memasang lampu kalimantang di tepi pokok sepanjang jalan. Disebabkan kawasan rumah berkenaan yang gelap dengan hutan kecil dan pokok, menimbulkan kebimbangan beberapa warga emas yang turut menggunakan jalan itu pada awal pagi dan waktu malam.

Kemudahan jalan tar di beberapa jalan di kampung berkenaan juga seolah-olah dinafikan hak. Saudara Halil memberi tahu beberapa jalan di kampung itu tidak diturap semula atau dibaiki lebih 20 tahun. Jalan yang turut dilalui oleh bas sekolah turut menghadapi masalah dan ia boleh menjejaskan keselamatan para pelajar yang menggunakan kemudahan tersebut.

Tinjauan kami juga mendapati sistem perparitan di beberapa halaman rumah tidak memuaskan. Bayangkan keadaan longkang yang hanya layak wujud pada tahun 1960an kini masih kekal di kampung yang berada di sebuah negeri yang membangun pesat!

Persoalan kami adakah YB Dato' Hamidah yang melihat DUN Sungai Rapat di sudut komersial sahaja sehingga hanya menumpu pemusatan pembangunan di Seksyen 18 dan Medan Gopeng sahaja. Sedangkan di kampung yang turut diwakili oleh beliau kawasannya cukup dhoif.

Menurut beberapa penduduk Kampung bendera YB Dato' Hamidah tidak pernah turun meninjau sendiri 3 permasalahan utama yang kami gariskan ini. Malah janji untuk melihat sendiri kawasan berkenaan hanya bagaikan menanam tebu di bibir sahaja.

Penduduk kampung berkenaan bertekad untuk menukar undi mereka selepas kesal dengan layanan hening pihak berkuasa terhadap rayuan dan surat bertulis yang mereka kemukakan.

Pihak kami diberi peluang untuk melihat sendiri salinan surat kepada pihak ADUN malah ianya disertakan juga dengan himpunan tandatangan penduduk kampung berkenaan.

Adakah disebabkan tulisan mereka tidak berbahasa Melayu tinggi, ejaan yang tidak kemas menyebabkan pihak ADUN menyepi dan meminggirkan rakyat bawahan? Sedangkan suatu ketika dahulu pemerintahan Saidina Umar Al Khattab sanggup mendengar rintihan rakyat bawahan walaupun dinyatakan oleh rakyat yang berpendidikan rendah.

Kami bertekad untuk mendedahkan permasalahan ini serta mendesak kerajaan untuk menyelesaikan isu tertunggak berkenaan.

Janganlah kita hanya berselogan tidak meminggirkan seorang pun rakyat sedangkan hakikatnya kita hanya mementingkan kawasan rakyat yang memberi nilai ringgit dan nama sahaja kepada kita.

Pihak kami juga akan terus berjuang suara marhain sebegini waluapun tidak berada di kerusi eksekutif kerana inilah janji kami atas nama Parti Islam SeMalaysia.

Radzi Zainon

Penyelia Pusat Khidmat Masyarakat (PAS) DUN Sungai Rapat







Midah oh Midah.. Kata nak jaga melayu.. ptuih!

Posted: 22 Apr 2012 10:38 PM PDT

Dipetik Dari: Perakite Daily

GOPENG: PAS Gopeng kesal dengan tindakan Adun Sungai Rapat, Dato' Hamidah Osman kerana meminggirkan orang melayu tentang pemberian Skim Khairat Kematian di DUN tersebut.

Calon Pakatan Rakyat DUN Sungai Rapat, Ustaz Ir Radzi Zainan berkata, hasil tinjauan yang dibuat, pihaknya gagal mengesan penerima bantuan dari kalangan orang melayu.

Katanya, dakwaan tersebut dapat dikuatkan lagi dengan laporan Sinar Harian 4 Ogos 2009 dan 1 Oktober 2009 (lihat gambar dibawah) yang mengatakan hanya kaum India dan Cina sahaja yang menerima bantuan ini.





"Pihak kami hanya mengesan beberapa penerima terpilih dari kalangan orang melayu yang mungkin berkepentingan dalam Umno," katanya ketika ditemui Team Perakite Daily 22 April lalu.

Tambahnya, beliau juga mempersoalkan adakah program kebajikan ini masih kekal sehingga kini.

"Adakah bantuan kepada kaum bukan melayu ini hanya untuk menutup kesilapan beliau yang pernah menghina kaum India yang mengatakan 'jika jumpa ular dan seorang India, pukul india dulu' di Dewan Undangan Negeri suatu ketika dulu?" ujar bekas calon PAS di DUN Sungai Rapat pada PRU12 lalu.

Tindakan ini juga katanya berkemungkinan kerana beliau terdesak untuk meraih undi bukan melayu.
"Mungkin beliau tidak yakin undi melayu sudah cukup untuk memberi kemenangan kepada Umno dalam PRU13 nanti," jelasnya.

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 23 Apr 2012 09:53 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Perkhidmatan Pembaikan

Posted: 23 Apr 2012 02:34 AM PDT



Perlu pembaikan untuk kerosakan kecil di rumah, surau atau masjid?
Kerosakan pada pendawaian lampu, kipas.
Kerosakan paip air.
Mengecat serta lain-lain kerja berkaitan

Sila hubungi 013-2124086

Perkhidmatan sekitar Rembau, Senawang dan Seremban pada harga yang berpatutan.

44 kontraktor masuk tender Hospital Rembau

Posted: 23 Apr 2012 02:34 AM PDT

Status terkini Cadangan Hospital Rembau (76 Katil) N.Sembilan.(Fasa 1 - Kerja-kerja Tanah). 44 kontraktor telah menghantar dokumen tender. Tempoh siap Fasa 1 ini ialah 4 bulan.

Maklumat lanjut di http://www.kkr.gov.my/files/Borang%20Jadual%20Tender/29574/Cadangan%20Hosp.%20Rembau%20N.Sembilan%20(Fasa%201%20Kerja%20Tanah).pdf

Pemuda Guchil

Posted: 23 Apr 2012 09:38 AM PDT

KHIDMAT MERU

Posted: 23 Apr 2012 09:07 AM PDT

KHIDMAT MERU


TOKOH AGAMA DIZIARAHI

Posted: 22 Apr 2012 02:43 PM PDT









Tokoh agama, Dato Hashim Yahya yang tidak sedarkan diri lebih dari 50 hari telah dikunjungi oleh Mursyidul Am Pas, YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Pesuruhjaya Pas Negeri Selangor, YB Dr Hj Abd Rani bin Osman di kediamannya di Shah Alam.
Ahli keluarga Dato Hashim Yahya mengucapkan ribuan terima kasih atas kunjungan tersebut dan terharu atas keprihatinan pimpinan Pas terhadap Dato Hashim Yahya.
Dr Rani disamping menyampaikan sedikit sumbangan kepada keluarga Dato Hashim, melahirkan rasa simpati keatas apa yang berlaku keatas diri Datok dan sumbangan Dato terhadap perjuangan Islamadalah satu perkara yang besar yang patut diambil iktibar oleh golongan pemuda.

PELAJAR UiTM SEGAMAT BERBAKTI DI MERU

Posted: 22 Apr 2012 11:11 AM PDT




Seramai lebih dari 35 orang pelajar dari UiTM Segamat, Johor telah mendarat di Pekan Meru bagi menabur bakti mengecat beberapa buah gerai di Pekan Meru.
YB Dr Rani dan Ustaz Nur Najhan serta beberapa orang pegawai dari MPK sempat bertemu dan berterima kasih kepada mereka.
Dr Rani menghargai usaha murni yang dijalankan mereka dan berharap mereka berjaya dalam pelajaran dan menjadi penyumbang besar kepada kebajikan yang melibatkan masyarakat dalam karier mereka kelak.

SUMBANGAN UNTUK 30 ORANG PELAJAR CEMERLANG

Posted: 22 Apr 2012 09:50 AM PDT









YB Dr Rani telah menyumbangkan RM 2,500.00 bagi diagihkan oleh Persatuan Penduduk Taman Klang untuk seramai lebih 30 orang pelajar berbangsa Cina yang berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan mereka.
President persatuan tersebut, Mr Yong dalam ucapannya mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Dr Rani yang dapat menyumbang dana tersebut kepada rakyat tanpa mengira kaum atau bangsa.

GOTONG ROYONG DI TAMAN MERU SATU

Posted: 22 Apr 2012 07:05 AM PDT










Penduduk Taman Meru Satu yang terdiri dari pelbagai kaum berasa gembira kerana usaha yang diambil oleh pihak MPK dan JKKK Kg Meru yang mengadakan program Gotong Royong di taman mereka.
Ustaz NurNajhan yang merupakan Ahli Majlis MPK telah berusaha menggerakkan program tersebut bagi menyedarkan penduduk betapa berharganya nilai kebersihan dan kerjasama diantara mereka untuk menjamin keselesaan kehidupan.
YB Dr Abd Rani yang turut merasmikan program berkenaan dalam ucapannya memberitahu bahawa program itu memang tidak di serahkan sepenuhnya kepada pihak MPK kerana ingin melibatkan penduduk agar mereka terasa penglibatan mereka bersama.
Penduduk berasa gembira melihat wakil rakyat mereka juga turut bersama terlibat dalam proses pembersihan taman tersebut.
Walaupun belum ada kes kematian demam denggi di Meru, namun jumlah kes kematian di Daerah Klang yang meningkat ke 972 adalah cukup menakutkan dan diberikan perhatian serius.

PAS Kulaijaya

Posted: 23 Apr 2012 07:46 AM PDT

PAS Kulaijaya


TAHUKAH ANDA ?

Posted: 22 Apr 2012 11:44 PM PDT

Landskap Siasah

Posted: 23 Apr 2012 07:31 AM PDT

Landskap Siasah


KENYATAAN MEDIA 23 APRIL 2012 HAMIDAH MEMBISU ISU TANAH BENGKEL DI KAMPUNG SERI JAYA

Posted: 23 Apr 2012 12:44 AM PDT

KENYATAAN MEDIA 23 APRIL 2012

HAMIDAH MEMBISU ISU TANAH BENGKEL DI KAMPUNG SERI JAYA

Dalam meneruskan Misi Menjejaki Isu Rakyat Terpinggir yang dianjur khusus oleh Pusat Khidmat Masyarakat (PAS) DUN Sungai Rapat, pada 21 April 2012 yang lalu kami meneruskan agenda dengan menyiasat sendiri rintihan daripada kalangan pengusaha bengkel besi dan kereta sepanjang jalan utama Kampung Seri Jaya.

Sejurus sahaja saya mendapat maklumat berkenaan isu tanah bengkel yang bakal dikosongkan, saya bergegas ke sana bersama Rombongan PAS Batu Gajah dan Unit Penerangan MTD Sungai Rapat.

Tuan Haji Sarjee iaitu salah seorang pemilik bengkel besi di hadapan jalan menghala ke Pasaraya TF itu telah memaklumkan bahawa pihak pemaju ingin memindahkan kesemua bengkel tersebut ke suatu kawasan yang lebih jauh daripada 'market coverage' mereka. Dengan hanya diberi tempoh masa dua minggu dan pampasan RM 5000 mereka diminta berpindah ke kawasan baru yang disediakan 4 tiang berbumbung tanpa ada dinding untuk melindungi peralatan bengkel mereka!

Mereka telah mencari rezeki di kawasan berkenaan selama lebih belasan tahun malah tanah yang mereka duduk hari ini bukanlah bertaraf setinggan kerana diberi hak dan kebenaran oleh Syarikat Timah Jerneh yang dahulunya memajukan kawasan perlombongan berdekatan.

Memandangkan kawasan tersebut telah diserahkan oleh kerajaan Barisan Nasional kepada pemaju baru, pihak pemaju mengarahhkan pula mereka berpindah sedangkan mereka sebenarnya dalam proses menuntut geran tanah berkenaan.

Lebih malang apabila isu tanah sebegini tidak mendapat perhatian YB Dato' Hamidah Osman selaku ADUN kawasan berkenaan malah menurut Tuan Haji Sarjee YB Dato' tidak pernah menjenguk kawasan bengkel-bengkel berkenaan.

Pada pengamatan saya, usaha para pengusaha bengkel tersebut perlu diberi perhatian kerajaan memandangkan mereka terdiri daripada kalangan bumiputera yang sanggup berjuang mempertahankan perniagaan sendiri. Apalah salahnya UMNO selaku parti yang mengaku membela Melayu untuk celik membuka mata dan turun ke bawah melihat sendiri rintihan kaum Melayu yang berniaga di sana.

Pihak kami berjanji akan terus mendesak kerajaan BN untuk menyuarakan hasrat rakyat sekaligus berjanji tuidak akan mealukan agenda yang sama sekiranya PAS diberi mandat mentadbir kawasan Dewan Undangan Negeri Sungai Rapat.

Radzi Zainon

Penyelia Pusat Khidmat Masyarakat (PAS) DUN Sungai Rapat






Tiada ulasan:

Catat Ulasan