Isnin, 23 April 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PEMUDA PAS TELUK INTAN

Posted: 23 Apr 2012 01:41 AM PDT

PEMUDA PAS TELUK INTAN


PENIPUAN DAFTAR PEMILIH DEMI MELAYU

Posted: 22 Apr 2012 10:05 PM PDT


Semasa isu penipuan daftar pemilih dibawa ke kampung-kampung, kedengaran adanya usaha pihak UMNO mempertahankan amalan ini atas hujjah ianya dilakukan kononnya untuk menjamin kelangsungan pemerintahan dan kuasa politik Melayu. Hujjah ini jelas satu pembohongan dan merupakan usaha terdesak UMNO untuk kekal berkuasa! Sebenarnya yang ingin dipertahankan adalah penerusan kekuasaan UMNO dan demi itu mereka sanggup menipu rakyat dengan menggadaikan kedaulatan Negara. Tindakan penipuan ini, termasuk persoalan menjual kerakyatan demi undi, adalah merupakan satu tindakan khianat yang wajib dikutuk semua pihak.

Sepertimana yang diketahui umum, semua calon-calon UMNO bertanding melawan calon Melayu juga, samada dari PAS atau PKR. Oleh itu, jumlah kerusi yang akan dipegang oleh wakil rakyat Melayu tidak akan berkurangan. Ianya akan tetap sama. Yang bezanya ialah yang pernah dipegang oleh Melayu UMNO akan dipegang pula oleh Melayu PAS atau PKR. Oleh itu persoalan kelangsungan pemerintahan dan kuasa politik Melayu tidak timbul. Soal demi Melayu adalah hanya satu pembohongan sepertimana juga persoalan rasuah diambil demi Melayu! Kalau Melayu tidak ambil rasuah, nanti orang lain ambil!

Persoalannya sekarang ialah jenis pemimpin Melayu yang bagaimana yang ingin disokong oleh masyarakat Melayu di Negara kita ini? Melayu rasuah, perkauman, fitnah dan tidak amanah atau yang sebaliknya? Sekiranya yang rasuah, perkauman, fitnah dan tidak amanah adalah pilihan hati sekalipun, ianya tidak merupakan hujjah untuk menyokong tindakan penipuan dan pengkhianatan yang sedang dilakukan UMNO dewasa ini berhubung daftar pemilih.

Ada juga yang terus diajar UMNO bahawa penipuan, rasuah, fitanh dan sebagainya adalah kebiasaan dalam alam politik. Politik sememangnya kotor, kata mereka lagi; dan siapa sahaja yang memimpin, mereka akan buat juga sepertimana UMNO sedang lakukan sekarang. Dalam erti-kata lain, 2x5, 5x2 dan oleh itu tidak perlu membawa perubahan.

Golongan sebegini, yang bercakap kononnya untuk membela nasib orang Melayu dan adalah pejuang Melayu sebenarnya menghina bangsa Melayu dan ingin bangsa sendiri hancur atas sebab akhlak buruk yang dikekalkan. Mereka beranggapan bahawa bangsa Melayu ini sebagai bangsa yang paling tidak bertamaddun di dunia sehingga tidak mampu membebaskan diri dari amalan-amalan terkutuk seperti rasuah, fitnah, perkauman, salah guna kuasa dan sebagainya.

Masyarakat Melayu perlu melepaskan diri mereka dari fahaman sebegini dan yakin akan kemampuan bangsa untuk menghasilkan pemimpin-pemimpin yang bersih dari sifat-sifat terkutuk seperti di atas. Memang benar bahawa tiada yang maksum, tetapi itu bukan alasan untuk terus menyokong pemimpin yang mengkhianati amanah yang diserahkan kepada mereka oleh rakyat. Kelemahan pasti ada dan setiap kelemahan perlu ditegur dan diperbetulkan, bukan 'diharuskan' atas alasan tiada yang maksum!

PAS bersama PR memberikan harapan baru kepada masyarakat Melayu. Bersama kita menawarkan saff pimpinan Melayu yang bersih dari rasuah dan sifat-sifat terkutuk seperti yang disebutkan. Pada masa yang sama sesiapa yang terbukti bersalah melakukan rasuah dan penyelewengan akan dikenakan tindakan dan ditolak.

Hanya yang tidak yakin akan kemampuan bangsa untuk menghasilkan kepimpinan bersih dan berakhlak akan menolak tawaran PAS dan PR. Sambil yang yakin dengan kemampuan bangsa, berdasarkan ajaran Islam, akan menyokong dan menerima PAS dan PR. Pilihan ditangan anda.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN TELUK INTAN ANJUR CERAMAH PRA BERSIH 3.0 "DUDUK DAN BANTAH"

Posted: 22 Apr 2012 09:48 PM PDT

Nazri aziz lupa cermin diri

Posted: 22 Apr 2012 09:36 PM PDT

NAZRI PERLU MUHASABAH DIRI

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia menyambut baik kenyataan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Menteri di Jabatan

Perdana Menteri yang meminta rakyat supaya menolak bakal calon-calon pilihanraya yang kurang ajar dan biadap daripada menjadi wakil mereka di dalam pilihanraya umum yang akan datang. Ibarat meludah ke langit yang akhirnya tertimpa muka sendiri, Nazri sememangnya dikenali sebagai salah seorang menteri Umno yang paling terkenal dengan sikap biadap, kurang ajar dan tidak bertanggungjawab samada dari segi tutur kata


ataupun kenyataan-kenyataan yang pernah dikeluarkan.

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia meminta Nazri muhasabah dan menilai kesilapan serta kekurangan diri sendiri sebelum mahu menyalahkan orang lain. Jangan hanya pandai mencari kesalahan dan keburukan orang lain sed

angkan diri sendiri dan keluarga tidak terjaga serta menyusahkan rakyat.


Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia merasakan rakyat sememangnya telah mengenali sikap kurang ajar dan biadap pemimpin Umno dan Barisan Nasional. Antaranya apabila krisis kepimpinan di negeri Terengganu pada tahun 2008, Sultan Terengganu yang ketika itu selaku Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong telah dilabel sebagai binatang oleh puak-puak Umno Terengganu yang bertelagah kerana tidak mengikut hasrat dan kehendak mereka di dalam isu perlantikan Menteri Besar Terengganu waktu itu.


Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia mengingatkan Umno dan Barisan Nasional supaya tidak lagi memperbodohkan rakyat dengan kenyataan-kenyataan yang berunsur fitnah dan tidak berasaskan kepada pembuktian yang sah. Semakin banyak kenyataan-kenyataan dan serangan menggila yang ditujukan kepada Pakatan Rakyat akhirnya memberi tamparan semula kepada Umno dan Barisan Nasional.


Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia merasakan bahawa pemimpin Umno dan Barisan Nasional kini semakin bercelaru dan tidak keruan setelah mengalami 'tsunami kekalahan' pada pilihanraya umum yang lepas. Segala salah laku dan buruk sikap pemimpin Umno dan Barisan Nasional serta ahli keluarga mereka kini semakin terlondeh di media arus perdana dan menjadi buah bicara rakyat di merata tempat.


Oleh itu, Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia menasihatkan rakyat keseluruhannya bangkit dan menolak calon-calon Umno serta Barisan Nasional secara 'total' di dalam pilihanraya umum yang akan datang supaya Negara Malaysia yang tercinta ini akan lebih aman, sejahtera dan harmoni.

MOHD SANY BIN HAMZAN

KETUA PENGARAH

JABATAN PILIHANRAYA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA


CINA ISLAM (林川興)

Posted: 23 Apr 2012 01:06 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Taktik 2 pemandu tak menjadi

Posted: 23 Apr 2012 01:00 AM PDT

1 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

SEREMBAN – Taktik dua pemandu lori mengubah suai tangki minyak lori penunda dan kepala treler bagi tujuan membeli diesel bersubsidi tidak menjadi apabila ditahan dalam ser­buan, petang kelmarin.

Serbuan dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri, Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri Sembilan dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri pada jam 3 petang di sebuah stesen minyak Jalan Seremban – Tampin, di sini.

Ketua operasi, Pengarah SPRM negeri, Hishamuddin Hashim berkata, ia adalah hasil aduan orang ramai dan kegiatan dipercayai dilakukan sejak sebulan lalu.

Menurutnya, dua pemandu lori berusia 30-an ditahan ketika sibuk mengisi tangki minyak masing-masing.

"Mereka yang terkejut ketika ditahan bagaimanapun tidak melarikan diri dan memberikan kerjasama.

"Hasil pemeriksaan mendapati tangki minyak lori penunda dan kepala treler terbabit telah diubah suai kepada tangki khas yang lebih besar bagi membolehkan minyak diesel diisi dalam kuantiti lebih banyak," katanya.

Hishamuddin berkata, pihaknya percaya dua lelaki terbabit menjalankan kegiatan tersebut lebih daripada sekali pada setiap hari sebelum menyimpan minyak berkenaan di tempat pengumpulan.

Menurutnya, modus operandi ialah menggunakan lori penunda dan kepala treler bagi mengaburi pihak berkuasa.

"Kita mengesyaki mereka membeli minyak dalam kuantiti banyak bagi tujuan penyimpanan dan untuk dijual dalam pasaran gelap.

"Kedua-dua suspek ditahan untuk siasatan lanjut dan JPJ telah mengeluarkan saman bagi kesalahan mengubahsuai kenderaan," katanya.

Sinar Harian

Polis umpan ‘duit surat khabar’

Posted: 23 Apr 2012 12:54 AM PDT

1 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

HI-TECH - Polis dari Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Balai Polis Kulim, diketuai Inspektor Mohd Azlan Abdul Kadir berjaya menahan dua remaja lelaki yang juga suspek curi motosikal berusia 20-an di dua lokasi berasingan kira-kira jam empat dan sembilan pagi, kelmarin.

Difahamkan polis membuat penyamaran sebagai pembeli sudah berurusan dengan dua suspek berasal dari Baling itu sejak tiga hari lalu dan menetapkan kawasan tempat letak kereta Hospital Kulim sebagai tempat dimana mereka akan berjumpa.

Polis berjaya mengaburi pandangan suspek dengan hanya menggunakan keratan surat khabar sebagai duit.

Kira-kira jam tiga pagi, suspek pertama masuk ke perkarangan hospital dan menuju ke tempat dijanjikan dengan menunggang motosikal jenis Honda EX5.

Suspek kemudian memaklumkan polis, harga motosikal jenis Yamaha 125Z dipesan terpaksa dinaikkan dari RM500 kepada RM1,100 kerana ia motosikal baru.

Polis bersetuju dengan harga ditawarkan, tetapi mendesak suspek menunjukkan motosikal dimaksudkan terlebih dahulu berikutan suspek sebelum itu enggan berbuat demikian.

Hampir dua jam berbincang akhirnya suspek bersetuju menunjukkan motosikal Yamaha 125Z yang dilaporkan hilang dua hari lalu.

Setelah bersetuju, polis kemudian menunjukkan 'wang' yang ada dan meminta suspek menunjukkan motosikal Yamaha LC 135 itu.

Namun disebabkan curiga dengan perlakuan di sekeliling tempat perbincangan diadakan, suspek pertama bersama dua lagi rakannya masing-masing membawa motosikal curi cuba melarikan diri namun seorang daripadanya berjaya ditahan.

Suspek menunggang motosikal Yamaha 125Z dan Yamaha LC 135 memecut melarikan diri dari kawasan hospital, tetapi dipintas polis sebelum salah seorang daripadanya merempuh pembahagi jalan di hadapan hentian bas, manakala seorang lagi terbabas.

Mereka kemudian melarikan diri ke semak berhampiran, sementara suspek yang berjaya ditahan kemudiannya dibawa ke Balai Polis Kulim.

Pemeriksaan mendapati suspek ditahan mempunyai rekod lampau mencuri motosikal, sementara usaha menjejaki dua lagi suspek terus dijalankan dengan bantuan Pertubuhan Prihatin dan Kebaktian Masyarakat Kulim.

Kira-kira jam sembilan pagi semalam, ketika unit MPV polis dari Balai Polis Hi-Tech sedang membuat rondaan, mereka menemui seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan berjalan berseorangan di kawasan taman perumahan.

Apabila MPV mendekati suspek, dia bertindak melarikan diri sebelum ditahan dan dibawa ke balai untuk siasatan lanjut serta mengaku pernah mencuri motosikal di Sungai Petani dan Kulim.

Ibu suspek turut di balai polis kelihatan menangis sebaik suspek dibawa keluar dalam keadaan bergari sebelum pindahkan ke Balai Polis Kulim.

Dengan tertangkapnya suspek terlibat, polis berjaya menyelesaikan beberapa kes kecurian motosikal berlaku di sekitar Kulim dan Hi-Tech.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh mengucapkan tahniah kejayaan anggotanya sehingga tertangkapnya suspek.

Menurutnya kes ini akan disiasat dibawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri motosikal.

"Kita akan membanteras dan menahan semua penjenayah terlibat dalam kegiatan curi motosikal di sekitar Kulim hingga ke akar umbi. Kejayaan ini tidak dapat diperoleh tanpa bantuan orang ramai.

"Saya berterima kasih terhadap kerjasama diberikan dan berharap agar hubungan baik antara orang awam dan polis terus terjalin," katanya.

Ghuzlan berkata, sehingga kini polis telah mengenal pasti beberapa lokasi dipercayai tempat menyimpan motosikal curi dan tempat tinggal suspek terlibat.

Sinar Harian

2 lelaki didenda, terima rasuah tukar keputusan ujian dadah

Posted: 23 Apr 2012 12:47 AM PDT

1 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

JOHOR BHARU - Dua lelaki didenda oleh Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan bersubahat menerima rasuah RM5,000 untuk menukarkan keputusan ujian dadah, tahun lepas.

Hakim Mohd Nasir Nordin memerintahkan Khairuz Fizran Abdul Kadir, 25, dan Mohd Norizam Sabran, 29, masing-masing membayar denda RM5,000 dan RM6,000 atau penjara tiga bulan selepas mereka mengaku salah atas tuduhan pilihan.

Kedua-dua tertuduh yang merupakan penganggur didakwa menerima rasuah daripada pemilik kedai emas, Loh Ah Ba @ Hsih Mei Hsing, 63, sebagai dorongan menggunakan pengaruh pegawai daripada Jabatan Kimia Johor Bharu untuk menukarkan keputusan ujian dadah.

Khairuz Fizran dan Mohd Norizam didakwa melakukan kesalahan itu di Restoran Nasi Kandar Shafina Sdn Bhd, di nombor 22-02, Jalan Tun Abdul Razak, Susur 6, Taman Suria Muafakat, di sini, kira-kira pukul 9.20 malam, 16 Jun 2011.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 163 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 109 kanun sama dan boleh dihukum mengikut Seksyen 163 kanun sama yang membawa hukuman penjara tidak melebihi setahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Mereka pada mulanya didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan dibaca bersama Seksyen 28(1)(c) akta sama dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama, yang membawa hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi.

Mengikut fakta kes, pada Februari 2011, suami kepada rakan Loh, iaitu Gan Kok Seng, 53, telah ditangkap oleh polis berkaitan kes dadah dan sehubungan itu, Loh telah meminta bantuan daripada kedua-dua tertuduh yang dikatakan mempunyai kenalan daripada Jabatan Kimia Johor Bharu.

Kedua-dua tertuduh ditangkap pada 16 Jun 2011, pukul 9.20 malam selepas menerima wang itu di Restoran Nasi Kandar Shafina, selepas wanita itu melaporkan kepada SPRM pada hari yang sama, pukul 6.30 petang.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Noorfazlin Hamdan dan kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam. - Bernama

Sinar Harian

Remaja dakwa dicucuh rokok, seterika panas

Posted: 23 Apr 2012 12:34 AM PDT

1 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KULIM - Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun berasal dari Bandung Indonesia membuat laporan polis di Balai Polis Kulim kira-kira jam sembilan malam kelmarin setelah mendakwa didera oleh majikannya sejak beberapa bulan lalu.

Mangsa yang bekerja sebagai pembantu rumah hanya mahu dikenali sebagai Ayu berkata, dia datang ke negara ini sejak lima bulan lalu.

Menurutnya, sebelum ini dia dijanjikan bekerja di sektor industri, bagaimanapun terpaksa menjadi pembantu rumah apabila tiba di sini.

"Sepanjang bekerja di rumah majikan, aku sering dimarahi olehnya. Lebih menyedihkan apabila badan aku turut dicederakan. Kerana tidak tahan dengan sikapnya, aku telah melarikan diri sebelum membuat lapo-ran polis.

"Aku datang ke Malaysia untuk bekerja dan mendapatkan wang, tetapi sebaliknya berlaku. Dari mula aku bekerja sehinggalah hari aku meninggalkan majikan aku, aku terus diseksa," katanya yang ditemui di luar Balai Polis Kulim.

Ayu mendakwa, majikannya turut bertindak mencucuh puntung rokok ke muka dan badannya, selain turut mencederakannya dengan menggunakan seterika panas.

Menurutnya, dia pernah memberitahu majikannya sekiranya perbuatan mereka tidak berubah, dia akan melarikan diri, sebaliknya dirinya pula diugut.

"Suami majikan mengugut aku supaya jangan balik lagi ke rumah sekiranya aku melarikan diri dari rumah mereka. Jika ejen menghantar aku balik ke rumah mereka, pasangan suami isteri itu akan bunuh aku," katanya.

Menurutnya dia akan menunggu wakil kedutaan Indonesia datang ke balai polis untuk menghantarnya balik ke Indonesia.

"Aku terpaksa berhutang hampir RM10,000 untuk datang bekerja di sini. Sebaliknya aku terpaksa menanggung kerugian kerana tidak dapat bekerja," katanya.

Sinar Harian

Kontraktor papan iklan maut terjatuh tangga

Posted: 23 Apr 2012 12:27 AM PDT

1 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KANGAR – Seorang kontraktor papan iklan maut akibat terjatuh setinggi kira-kira 10 meter ketika menurunkan papan iklan di sebuah premis perniagaan di Jalan Pengkalan Asam, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 8 pagi itu, mangsa, Lim Teik Hock , 48, bersama dua lagi rakannya sedang menurunkan papan iklan terbabit, namun disebabkan keadaan papan tanda yang berat menyebabkan kedudukan Teik Hock tidak stabil dan terjatuh dari tangga yang dinaikinya.

Rakanya, Anuar Awang, 53, berkata, ketika itu, dia dan seorang lagi rakanya berada di sebelah kiri dan mangsa seorang diri berada di sebelah kanan papan tanda terbabit, namun ketika mereka sedang menurunkan papan tanda itu, Teik Hock hilang kawalan dan terjatuh.

"Pagi ini kami menurunkan dua keping papan tanda, papan tanda yang pertama sudah berjaya diturunkan, semasa menurunkan papan tanda kedua inilah kedudukan Teik Hock tidak stabil dan terjatuh dari tangga.

"Dia (Teik Hock) terjatuh dengan mukanya tersembam ke tar, tidak sangka kemalangan ini menyebabkan dia mengalami kecederaan parah dan meninggal," katanya ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Tunku Fauziah (HTF), semalam.

Sementara itu, adik mangsa, Lim Hock Soon, 46, berkata, sebelum ini dia pernah meminta abang sulungnya itu berhenti daripada melakukan pekerjaan yang berbahaya itu, namun tidak diendahkan mangsa.

Hock Soon berkata, dia tidak menyangka permintaan supaya abangnya itu bersara daripada melakukan pekerjaan itu berakhir apabila dia dimaklumkan rakanya bahawa Teik Hock terlibat dalam kemalangan ketika menurunkan papan tanda.

Katanya, dia dimaklumkan doktor bahawa ketika kemalangan itu berlaku, terdapat darah yang berkumpul di kerongkongnya.

"Sebelum ini, saya pernah memberi cadangan kepadanya untuk berhenti daripada melakukan pekerjaan itu dan bekerja dengan saya, namun disebabkan minatnya dalam bidang itu, dia tidak mengendahkan kata-kata saya.

"Dia juga tidak memaklumkan kepada saya bahawa dia akan pergi bekerja pada hari ini (semalam), sedangkan sepatutnya dia mula bekerja pada minggu hadapan, tidak sangka dia akan pergi meninggalkan kami selama-lamanya," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin ketika dihubungi mengesahkan kemalangan berkenaan dan mengklasifikasikan kejadian itu sebagai mati mengejut.

Sinar Harian

Mangsa lemas ditemui tersangkut pada ranting pokok

Posted: 23 Apr 2012 12:25 AM PDT

1 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

TELUK INTAN - Kerja mencari dan menyelamat yang dijalankan sejak Khamis lalu dihentikan selepas penemuan mayat mangsa lemas di lebih kurang 200 meter dari jeti Semenang, dekat sini.

Pegawai Operasi, Nazri Mohamat, berkata, sepasukan menyelamat mengadakan operasi mencari dan menyelamat sepanjang Sungai Perak bagi mencari seorang mangsa yang dipercayai lemas selepas turun memancing udang bersama anaknya.

Menurutnya, mangsa dikenali sebagai Ramlan Ahmad, 34, ditemui tersangkut pada ranting pokok oleh pihaknya kira-kira jam 12.30 tengah hari.

"Ketika ditemui mayat itu dalam keadaan terlentang dan berpakaian lengkap malah kami mendapati terdapat kecederaan pada punggung mangsa.

"Lelaki ini merupakan bapa kepada kanak-kanak yang turut lemas dijumpai pada Jumaat lalu, selepas mereka turun bersama-sama untuk memancing udang di Sungai Perak pada pagi Khamis lalu," katanya kepada Sinar Harian.

Sebelum ini, pada Sabtu lalu Sinar Harian menyiarkan seorang kanak-kanak berusia 10 tahun ditemui lemas di celah rumput berikutan bot yang dinaiki terbalik, di Sungai Perak, kira-kira 200 meter dari Jambatan Sultan Yusuf dekat Ladang Nova Scotia.

Nazri berkata, mayat mangsa dibawa ke unit forensik Hospital Teluk Intan, bagi tindakan selanjutnya.

"Penemuan kedua-dua mangsa adalah hasil kerjasama polis, Bomba dan Penyelamat dari Hutan Melintang, Teluk Intan, Unit Skuba dari Pulau Pangkor, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan penduduk," katanya.

Sinar Harian

Orang Asal Perak, Pahang diangkut ke Kelantan

Posted: 23 Apr 2012 12:08 AM PDT

1 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

GUA MUSANG: Ramai di kalangan pemimpin masyarakat tempatan di sini mendakwa sekumpulan masyarakat Orang Asal yang berhimpun di hadapan Kompleks Kota Darulnaim baru-baru ini dibawa khas dari Pahang dan Perak.

Kata mereka hanya sekitar 20 peratus sahaja penduduk Orang Asal yang diangkut dari Gua Musang dengan ditaja khas pihak tertentu.

Jurucakap badan bukan kerajaan yang mempunyai hubungan rapat dengan masyarakat Orang Asal di sini berkata, hanya segelintir sahaja penduduk Orang Asal dari Pos Belatim yang diangkut khas ke Kota Bharu menyertai perhimpunan tersebut.

"Rata-rata masyarakat Orang Asal di sini memang saya kenal. Tetapi sebahagian besar yang diangkut ke SUK baru-baru ini bukan penduduk Orang Asal tempatan.

"Mereka diangkut dengan tujuh bas yang disewa khas dan ditaja pihak tertentu," katanya di sini.

Pada 15 April lalu sekumpulan penduduk Orang Asal berdemontrasi di hadapan Kota Darulnaim dan menyerah memorandum mendesak kerajaan negeri mewarta tanah adat mereka.

Perhimpunan itu didakwa dianjur Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan yang diketuai Azmi Badol.

Ekoran itu Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendedahkan sebahagian besar masyarakat Orang Asal terbabit bukan berasal dari Kelantan.

Namun media semalam melaporkan Azmi menafikan Orang Asal terbabit berasal dari luar Kelantan dan mendesak Menteri Besar memohon maaf.

Jurucakap NGO terbabit mendakwa perhimpunan berkenaan sebenarnya ada kaitan dengan Jaringan Orang Asli Semenanjung yang mendesak kerajaan-kerajaan negeri mewartakan tanah adat.

Malah ia turut disertai Orang Asal dari Selangor dan termasuk juga seorang peguam di kalangan kaum terbabit.

"Buat apa desak Menteri Besar mohon maaf, sedangkan bukti cukup jelas Orang Asal dari luar Kelantan yang dikerah berhimpun di depan SUK baru-baru ini," ujarnya.

Pada Febuari lalu sekumpulan Orang Asal dipercayai didalangi Jaringan Orang Asal Semenanjung mengadakan demontrasi dan sekatan jalan raya di Kuala Betis, Gua Musang.

Ekoran itu penduduk Orang Asal tempatan, Ajom A/L Alang membuat laporan polis kerana tidak senang dengan tindakan JOAS yang disifatkan menganggu kehidupan mereka.

Ini kerana kumpulan terbabit sebahagian besar bukan penduduk Orang Asal tempatan, sebaliknya didatangkan dari Perak dan Pahang.

Sebelum ini Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob menjelaskan kawasan seluas 100 hektar di Pos Jedip dalam proses untuk diwartakan sebagai penempatan masyarakat Orang Asal.

Selain itu pada 2010 kerajaan negeri menyerah surat hak milik tanah kepada 89 penduduk Orang Asal di Pos Sendrop, Lojing.

Harakah Daily

Tan Sri Kadir, Catriona Ross bakal meriahkan makan malam PAS Titiwangsa

Posted: 22 Apr 2012 11:58 PM PDT

1 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda dan Muslimat PAS Kawasan Titiwangsa akan menganjurkan Majlis Makan Malam dan Pelancaran Dana PRU ke 13 Parlimen Titiwangsa pada 30 April 2012.

Majlis yang akan bermula jam 8.30 malam itu akan diadakan di Restoran Nelayan, Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Majlis tersebut akan dimeriahkan dengan kehadiran tetamu istimewa iaitu bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno Tan Sri Kadir Syeikh Fadzir.

Selain beliau, seorang lagi adalah Puan Catriona Ross, selebriti terkenal yang telah berhijrah ke dunia dakwah.

Antara pemimpin PAS yang akan hadir pula termasuk Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, yang juga ahli parlimen angkat untuk parlimen Titiwangsa.

Selain beliau Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat Ustazah Siti Zailah Mohd Yusof, timbalannya Dr Siti Mariah Mahmud serta AJK PAS Pusat Ustazah Nuridah Saleh dan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Tuan Haji Mohamad Noor Mohamad.
Difahamkan Tan Sri Kadir Syeikh Fadzir yang akan menyampaikan pidatonya turut akan mengumumkan suatu kejutan pada majlis itu.

Bagi mereka yang ingin membeli kupon dengan harga serendah RM100 untuk satu kupon dan RM1,000 semeja, boleh menghubungi pihak penganjur di talian 012 4646292 atau 019 9988997.

Harakah Daily

Apa jadi dengan Awang Adek?

Posted: 22 Apr 2012 11:56 PM PDT

1 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

APA Najib dan UMNO hendak buat dengan Dr. Awang Adek Husein yang disambung menjadi senator pada 8 April lalu?

Yang menariknya dia adalah UMNO paling kanan di Kelantan selepas Dato Seri Mustapa Mohamad. Dia calon Menteri Besar kalau Barisan Nasional menang. Atau menteri kabinet kiranya BN berkuasa lagi jika Dato Pa jadi menteri besar.

Tetapi dia dijadikan senator lagi sedang PRU 13 sudah tinggal kurang dari 100 hari.

Adakah dia tidak bertanding dalam PRU itu, memadai kekal sebagai senator? Jika BN menang lagi bolehlah jadi menteri atau timbalan menteri selama tiga tahun saja. Penggal senatorshipnya yang terakhir. Selepas tiga tahun dia tamat dan hilang kelayakan jadi menteri kecuali dia menang pilihan raya Parlimen di mana-mana.

Kalau dia jadi calon Parlimen dalam PRU ini, dia kena letak jawatan senator. Dia tidak boleh senator lagi selepas itu kerana tempohnya sudah tamat. Seseorang hanya boleh jadi senator dua penggal.

Kalau dia kalah tetapi BN berkuasa lagi di Putrajaya, dia tidak boleh jadi menteri lagi kerana tidak layak lagi jadi senator.

Pengalaman Dato Wan Ahmad Farid Wan Salleh adalah contoh terbaik. Dia jadi Timbalan Menteri sebagai seorang senator. Sebaik senatorshipnya disambung dia meletak jawatan kerana jadi calon BN dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu.

Tiba-tiba dia kalah. Kelayakan jadi senator sudah habis. Maka lucut jawatan timbalan menterinya. Jika dia terus jadi senator, dia boleh kekal jadi timbalan menteri hingga 7 April lalu. Tiada penggal ketiga bagi seorang senator.

Adakah Awang Adek akan letak jawatan senator untuk bertanding PRU 13 ini? Dia boleh jadi calon DUN dan boleh juga jadi calon Parlimen serentak. Bertuah kalau menang kedua-duanya atau menang salah satu. Dan mungkin juga kalah kedua-duanya.

Tiada siapa terfikir PAS akan kalah di Kelantan kecuali dengan kehendak Allah. Kalau PAS berkuasa lagi dan Awang Adek menang DUN, bolehlah dia jadi ketua pembangkang. Tetapi jika kalah lagi di Parlimen Bachok, Putrajaya masih di tangan BN, Awang Adek hilang peluang jadi timbalan menteri atau menteri.

Kiranya dia tidak meletak jawatan sebagai senator, kiranya BN menang lagi Awang Adek boleh kekal sebagai timbalan menteri atau menteri selama tiga tahun lagi.

Jika dia memilih untuk tidak menjadi calon, berpuas hati sebagai senator, maka dia tidak kira anak jantan dalam politik. Semasa PAS tidak meletakkan calon Muslimat dulu, senator itu dikira jawatan untuk orang perempuan saja. Kiranya BN mengekalkan Awang Adek sebagai senator, maka BN mengibaratkan Awang Adek sebagai orang perempuan saja.

Datuk Seri Najib telah mensyaratkan calon BN adalah terdiri dari orang yang boleh menang. Ketua UMNO Bahagian atau Anggota Majlis Tertinggi UMNO yang dirasakan tidak menjadi calon yang boleh menang, maka dia tidak akan dicalonkan.

Tempat yang sesuai bagi calon yang payah menang itu adalah di Dewan Senat saja. Awang Adek sudah tidak dapat mengulangi kemenangan di Bachok tahun 2008. Dia kalah dengan calon dari luar Kelantan yang bukan orang Kelantan.

Kalau dengan bukan orang Kelantan dari dari luar Kelantan pun dia pernah kalah, maka apakah dia boleh menang kalau berlawan dengan orang Bachok sendiri?

Mungkinkah Najib mengekalkannya sebagai senator kerana dia tidak dianggap calon winnable?

Wan Ahmad Farid telah dikritik kerana menerima tawaran disambung semula kerusi senat sedang kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada masa itu sudah kosong. Kemudian dia meletak jawatan senator yang baru disambung itu untuk menjadi calon. Adakah Awang Adek akan mengulangi politik yang dilalui oleh Wan Farid?

Apa UMNO buat pada Awang Adek dengan menjadikannya senator lagi pada ambang denggi pilihan raya sudah melanda?

Harakah Daily

Isu ponteng perlu dipandang serius

Posted: 22 Apr 2012 11:53 PM PDT

1 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

BERA – Sejauh mana isu ponteng sekolah di daerah ini dipandang serius komuniti memandangkan masih ada kes penglibatan pelajar dengan aktiviti gejala sosial seperti merokok, dadah mahupun gejala maksiat dilakukan pada waktu sekolah.

Walaupun laporan statistik dikeluarkan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) menunjukkan penurunan 0.46 peratus isu ponteng sekolah di seluruh negeri ini pada tahun lalu, namun ia tidak seharusnya dipandang ringan pihak berkenaan terutamanya pihak sekolah, ibu bapa atau Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang terbabit.

Pengerusi Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah (JKPD), Md Shabudin Wok berkata, aktiviti ponteng sekolah ini bukan sahaja menyebabkan pelajar terlibat ini tidak akan mendapat pendidikan sempurna malah boleh membawa mereka terjerumus dalam gejala seperti penagihan dadah.

Menurutnya, ada di kalangan pelajar sekolah terlibat dengan najis dadah sanggup ponteng sekolah untuk melepaskan gian.

"Walaupun ada di kalangan mereka yang mendapat didikan cukup daripada ibu bapa tetapi pengaruh rakan sebaya membolehkan mereka berubah.

"Hanya kerana mahu melepaskan gian, mereka sanggup ponteng sekolah sedangkan pada waktu paginya, mereka lengkap berpakaian seragam sekolah," katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Md Shabudin berkata, selalunya mereka akan menukar pakaian selepas keluar dari rumah dan berjumpa rakan sebaya di kawasan yang dijanjikan bagi mengelak mereka dicekup.

Katanya, antara sasaran mereka ialah kawasan ladang, rumah tinggal atau pun bandar berdekatan asalkan kawasan itu jauh dari orang yang mereka kenali.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kanak-kanak Daerah, Muhammad Amin Sardi berkata, golongan remaja adalah golongan yang mudah terpengaruh dengan apa yang berlaku di persekitaran mereka.

Katanya, sikap ingin mencuba pada awalnya, berubah menjadi lebih serius apabila ada di kalangan mereka yang mula terasa tercabar melihat kehebatan rakan sebaya yang lebih berani melanggar peraturan sekolah.

"Mereka ini memang pantang dicabar. Tetapi sayang, mereka hanya berani sahut cabaran yang ke arah negatif sahaja.

"Untuk bertindak ponteng sekolah bagi mereka itu hanya perkara kecil kerana mereka lebih bijak memboloskan diri menerusi pintu rahsia yang dicipta mereka," katanya.

Menurutnya, aktiviti ponteng sekolah ini sebenarnya lebih memberikan imej negatif bukan sahaja kepada mereka tetapi kepada pihak sekolah dan ibu bapa terbabit.

Sinar Harian

Bekas tentera tidak mampu bayar baki hutang

Posted: 22 Apr 2012 11:50 PM PDT

1 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

MENTAKAB - Seorang bekas tentera merayu pihak berkenaan membenarkannya membayar hutang pembelian rumah yang kini berjumlah RM52,534.14 secara ansuran kerana tidak mampu membuat pembayaran sekali gus seperti diminta.

Rosely Salleh, 57, berkata, tambahan pula dia kini bekerja sebagai pengawal keselamatan dengan gaji hanya RM900 sebulan.

"Saya berkhidmat sebagai tentera selama 10 tahun, tetapi tiada pencen kerana berhenti awal. Dalam hal ini, saya merayu kerajaan membantu saya dan prihatin mengenai nasib kami sekeluarga.

"Ketika berkhidmat sebagai tentera, saya sanggup berkorban nyawa demi mempertahankan tanah air. Sehubungan itu, saya harap kerajaan dapat membantu kerana saya benar-benar tidak mampu membayar jumlah tersebut," katanya kepada Sinar Harian.

Rosely berkata, dia juga bimbang jika mereka sekeluarga dipaksa keluar sekiranya tidak membayar jumlah dikehendaki.

Tambahan pula katanya, mereka tidak tahu ke mana tempat perlu dituju kerana tiada tempat tinggal lain.

"Rumah ini saya beli pada 1992. Ketika itu, rumah ini berharga RM26,889. Namun pada 2002, sampai surat meminta saya membayar sebanyak RM35,703.87 sebelum meningkat kepada RM52,534.14.

"Dengan pendapatan sebagai pengawal keselamatan, saya perlu menyara tujuh anak. Isteri, Hasiah Osman, 58, pula tidak bekerja di samping menghidap darah tinggi serta gastrik," katanya.

Rosely merayu bantuan orang ramai untuk meringankan beban mereka sekeluarga dengan memberi sumbangan ke akaun Ambank 101-002-005884-6 atau Maybank milik Hasiah, 156020320683.

Sinar Harian

Kami rindukan adik, pulanglah...

Posted: 22 Apr 2012 11:49 PM PDT

1 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

TEMERLOH – Kehidupan pasangan suami isteri, Syed Daud Syed Ibrahim dan Jamilah Nordin dihantui kebimbangan apabila anak mereka, Sharifah Norazmira, 16, tidak pulang ke rumah sejak dua minggu lalu.

Syed Daud 52, yang bertugas sebagai kakitangan Jabatan Perhutanan dan tinggal di kuarters kerajaan dekat Seberang Temerloh berkata, anaknya itu dilaporkan hilang sejak 9 April lalu ketika dia dan isteri menghantar anak kedua keluar bekerja di bandar ini.

Menurutnya, ketika itu Norazmira atau mesra dipanggil 'adik' tinggal bersama datuk dan neneknya yang kebetulan berada di rumah.

"Hari itu, dia mengadu sakit perut dan tidak ke sekolah walaupun pada mulanya semua kelengkapan sudah disediakan termasuk wang belanja RM3.

"Saya keluar hampir jam 10 pagi untuk menghantar anak kedua, Sharifah Norazmida bekerja. Dalam tempoh setengah jam sahaja, Norazmira keluar sehelai sepinggang tanpa disedari datuk dan neneknya," katanya, semalam.

Syed Daud berkata, selepas menyedari kehilangan anaknya itu, dia dan isteri segera membuat laporan polis, namun sehingga hari ini masih tiada petunjuk di mana anaknya berada.

Menurutnya, Norazmira tidak pernah berkelakuan pelik seperti itu kerana dia seorang pemalu dan jarang keluar rumah tanpa pengetahuan ahli keluarga.

"Pertama kali dia bertindak seperti ini membuatkan kami sekeluarga runsing mengenangkan nasibnya sekarang.

"Pada mulanya, kami sekeluarga mencari menerusi kawan-kawannya termasuk rakan sekelas di Sekolah Menengah Telok Sentang. Namun, mereka tidak tahu ke mana dia pergi membuatkan kami sekeluarga buntu," katanya.

Syed Daud berkata, dia juga menggunakan khidmat lebih 10 pengamal perubatan Islam hingga ke Negeri Sembilan untuk mengetahui lokasi sebenar adik berada.

Menurutnya, keluarganya sering melakukan solat hajat dan menggunakan pelbagai ikhtiar lain untuk bertemu semula dengan adik.

"Akibat musibah ini, kehidupan kami sekeluarga tidak terurus hingga menyebabkan prestasi kerja saya merosot," katanya.

Syed Daud berkata, dia merayu mana-mana pihak memaklumkan kepada dia atau polis jika tahu di mana anaknya berada.

"Saya juga merayu jika ada sesiapa mengambil anak saya, tolonglah pulangkan. Saya berjanji tidak akan mengambil sebarang tindakan ke atas mereka. Saya bersedia berbincang kerana kami sekeluarga terlalu merindui adik," katanya.

Menurutnya, pihak yang mengetahui di mana anaknya atau mempunyai sebarang petunjuk berkaitan boleh menghubungi talian 0119941736 atau 0179736930.

Sinar Harian

Pekerja kontrak mengaku salah ceroboh rumah

Posted: 22 Apr 2012 11:47 PM PDT

1 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA TERENGGANU - Seorang pekerja kontrak Telekom mengaku bersalah menceroboh masuk rumah milik seorang kontraktor di Kampung Kubang Palas, Bukit Payong, Marang pada 16 April lalu di Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Tertuduh, Muhammad Nasharizam Ghani, 19, dari Kampung Kubang Palas, Bukit Payong, Marang mengaku melakukan pencerobohan jenayah di dalam kawasan rumah milik Abdullah Mamat, 57, kira-kira jam 12.15 tengah malam bersama seorang lagi rakannya yang masih bebas.

Dengan itu, Muhammad Nasharizam mengaku melakukan kesalahan di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, Pendaftar Mahkamah Sesyen Rosila Nik menetapkan 15 Mei depan sebagai tarikh jatuh hukum di Mahkamah Majistret Marang.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Miky Anak Dunstan Muda manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Berdasarkan fakta kes, semasa kejadian, pemilik rumah berkenaan berada di Kampung Binjai Bongkok, Bukit Payong, Marang.

Kira-kira jam 12.15 tengah malam, dia menerima panggilan telefon daripada anaknya yang berada di Dungun kerana anaknya menerima maklumat daripada sepupunya yang berada di Kampung Kubang Palas, memaklumkan rumah mereka telah dimasuki orang.

Tanpa membuang masa, Abdullah bersama rakannya bernama Mat Amin telah membuat intipan dan semasa itulah, Mat Amin terserempak dengan tertuduh yang dikenali sebagai Mat Jang, bersama rakannya tidak dikenali berlari ke arah sebuah motosikal yang ditinggalkan di hadapan surau di tepi pagar rumah, lalu melarikan diri.

Hasil pemeriksaan di sekitar rumahnya, Abdullah dapati cermin tingkap di bahagian stor dipecahkan, namun tiada barang yang hilang.

Abdullah mengambil keputusan membuat laporan polis bagi memastikan rumahnya tidak lagi terus menjadi sasaran penyangak memandangkan pada Februari lalu, rumahnya sudah diceroboh.

Susulan itu, tertuduh ditangkap dirumahnya pada hari sama kejadian kira-kira jam 6.30 petang di kediamannya di Kampung Palas, Bukit Payong, Marang.

Sebelum ini, Sinar Harian keluaran 18 April lalu melaporkan, seorang kontraktor bertindak berani menyerang penjenayah berkenaan berbekalkan sepucuk senapang patah, gara-gara terlalu geram sejurus mengetahui rumah miliknya yang ditinggalkan, dipecah masuk,

Dalam kejadian itu, kontraktor terbabit telah melepaskan tembakan dan terkena pada kaki salah seorang daripada penjenayah terbabit yang cuba melarikan diri sejurus menyedari kehadirannya.

Bagaimanapun, kontraktor itu tidak menyangka peluru penabur yang dilepaskan terkena salah seorang suspek.

Sinar Harian

Kes guru tampar murid selesai

Posted: 22 Apr 2012 11:45 PM PDT

1 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

SEGAMBUT – Kes tampar dan tendang murid tahun lima Sekolah Kebangsaan Segambut selesai apabila ibu bapa dan guru terbabit berdamai dalam satu pertemuan di rumah murid berkenaan, kelmarin.

Pertemuan yang diatur Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan itu berakhir apabila kedua-dua belah pihak ibu bapa dan guru besar terbabit menarik balik laporan polis dibuat berhubung insiden yang berlaku.

Bapa murid itu, S Saravanan, 40, berkata, pihaknya memaafkan guru terbabit di atas apa yang berlaku dan berharap kejadian terbabit tidak akan berulang.

"Saya maafkan guru itu dan saya juga berbesar hati apabila diberitahu PIBG akan bertanggungjawab jika anak saya mengalami masalah kesihatan sampingan disebabkan insiden itu," katanya.

Menurutnya, anaknya S Suryakaran kini beransur pulih dan sihat seperti sediakala selepas mendapatkan rawatan hospital.

Dalam pertemuan itu, PIBG turut memberikan sumbangan berupa ubat-ubatan serta wang tunai bagi meringankan beban keluarga itu.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa PIBG, Rashid Yaakob berkata, tujuan pihaknya campur tangan adalah untuk menyelesaikan kes berkenaan.

"Ini antara tanggung jawab PIBG itu menyelesaikan masalah ini dan kami berharap juga jika ada masalah membabitkan guru dan murid ini, ibu bapa atau penjaga murid berkenaan boleh membuat aduan kepada kami," katanya.

Sinar Harian

Persie dinobat pemain terbaik PFA

Posted: 22 Apr 2012 11:43 PM PDT

1 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

PENYERANG Arsenal, Robin Van Persie dinobatkan sebagai pemain terbaik sepanjang tahun oleh Persatuan Bola Sepak Profesional (PFA) atas pencapaian cemerlangnya musim ini.

Pemain berusia 28 tahun itu dijulang sebagai pemain terbaik dengan mengenepikan pesaing terdekatnya, Wayney Rooney setelah berjaya menjaringkan 34 gol dalam persaingan Liga Perdana Inggeris (EPL) serta membantu Gunners berada di kedudukan ketiga terbaik liga itu.

"Ia adalah sangat istimewa kerana semua pemain melakukan yang terbaik untuk menang anugerah ini.

"Jadi ini satu penghormatan besar kepada saya setelah mereka fikir saya layak untuk digelar pemain terbaik tahun ini," kata Persie.

Tambahnya, tanpa sokongan daripada semua pihak terutama rakan sepasukan, dia mungkin tidak akan dapat mencapai pencapaian terbaik setakat ini.

"Tanpa mereka saya mungkin tidak akan berjaya, sebagai contoh Theo Walcott yang telah banyak membantu saya dan saya betul-betul menghargainya," katanya lagi.

Sementara itu, Kyle Walker yang tampil konsisten sebagai pemain pertahanan Tottenham pula dinobatkan sebagai pemain muda terbaik dengan menewaskan pemain lain iaitu Gareth Bale, Daniel Sturridge, Alex Oxlade-Chamberlain, dan juga Danny Welbeck.

Sinar Harian

Kes penipuan pakej umrah: Salah faham jadi punca

Posted: 22 Apr 2012 08:39 PM PDT

1 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

MASJID TANAH - Salah faham menjadi antara punca seorang ustaz sekolah pondok di sini, dikatakan menjadi dalang sebalik kes penipuan pakej umrah baru-baru ini.

Mudir Sekolah Pondok Solok Duku, Razali Yusoffl, 51, berkata, dia banyak menerima pertanyaan mengenai perkara itu selepas berita mengenai penipuan pakej umrah itu disiarkan.

Menurutnya, penggunaan perkataan 'ustaz' dalam siaran media itu bagi merujuk kepada individu yang menawarkan pakej umrah itu tidak tepat kerana dia bukan berstatus ustaz tetapi adalah pemilik syarikat yang mengendalikan pakej berkenaan.

"Pemilik syarikat itu telah melantik saya sebagai ketua rombongan umrah berkenaan.

"Saya sama sekali tidak mempunyai kaitan dengan syarikat terbabit, juga tidak benar saya dikatakan bertemu dengan Makcik Enap (mangsa yang membuat laporan polis mengenai penipuan pakej itu) kerana yang bertemunya adalah pekerja syarikat berke­naan," katanya dalam satu pertemuan dengan Sinar Harian, di sini, semalam.

Menurutnya, pemilik syarikat itu, yang dilabelkan sebagai seorang ustaz juga bukan seorang ustaz dan bukan seorang tenaga pengajar di sekolah pondok berkenaan.

Katanya, salah faham itu mungkin timbul kerana dia ada mengambil inisiatif mengadakan kelas bimbingan kepada bakal jemaah di sekolah pondok berkenaan.

Menurutnya, tindakan itu diambil kerana ramai jemaah merasa bimbang bila tiada kelas bimbingan diadakan walaupun tarikh penerbangan sudah semakin hampir.

"Saya adakan kelas bimbingan bukan atas arahan syarikat terbabit tetapi atas dasar tanggungjawab saya sendiri terhadap bakal jemaah.

"Apabila penerbangan umrah itu dibatalkan, mangsa ada menelefon saya dan saya telah terangkan segalanya kepada be­liau. Bagaimanapun, beliau tetap tidak mahu menerima penjelasan saya.

"Sebagaimana saya terangkan, saya sama sekali tidak terbabit dengan pakej ini, bukan saya yang menjanjikan pakej umrah atau menerima bayaran jemaah. Saya cuma dilantik sebagai ketua rombongan," katanya.

Difahamkan, hampir semua mangsa yang terbabit dalam kes itu membuat laporan polis terhadap syarikat terbabit tetapi dinasihatkan supaya merujuk kes ke Tribunal Pengguna untuk tindakan selanjutnya.

Sinar Harian

2 soalan 'maut' bakal buat Najib 'kecut perut'

Posted: 22 Apr 2012 08:38 PM PDT

1 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

PERMATANG PAUH: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan berdepan dua soalan maut dari wartawan dalam dan luar negara apabila menjadi Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia nanti.

Soalan pertama adalah kenapa harga minyak boleh diturunkan apabila Pakatan Rakyat memerintah negara sedangkan ketika Barisan Nasional (BN), bukan hanya mustahil untuk diturunkan, malah berdepan kenaikan setiap tahun.

Soalan kedua kata Anwar, bakal ketua pembangkang itu akan ditanya adakah Malaysia akan bankrap selepas harga minyak diturunkan Pakatan Rakyat.

"Dua soalan itu pasti menjadi fokus utama takkala Najib menduduki kerusi Ketua Pembangkang.

"Wartawan seluruh dunia inginkan penjelasan Najib yang selama ini memberitahu rakyat bahawa kerajaan pimpinanya akan kekurangan wang ataupun boleh bankrap jika mengisytiharkan penurunan harga minyak, " kata Anwar.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan pelancaran jentera pilihan raya Pakatan Rakyat Permatang Pauh di Taman Cermai, Sama Gagah, semalam.

Menurutnya, dua soalan itu sudah memadai untuk Najib 'kecut perut' kerana selama ini dia membohongi rakyat semata-mata mahu mengekalkan kuasa dan hegemoni BN.

Adalah mustahil kata Anwar, jika pendapatan Petronas RM80 bilion setahun tidak boleh membantu rakyat dengan menurunkan harga minyak.

"Najib bila kena soalan itu pasti kecut perut sebab nak kata sokong takut Umno marah, (kalau) kata tak sokong rakyat marah.

"Begitu juga dengan persoalan tentang adakah negara akan bankrap kalau minyak diturunkan. Najib akan jadi serba salah, " ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Mengulas isu pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Anwar turut membawa contoh sikap Perdana Menteri Turki.

Menurutnya, apabila perdana menteri Turki berjaya memerintah negara, beliau membuat perubahan dengan memberikan pendidikan percuma kepada rakyat dan berbeza dengan pemerintahan sebelum ini.

Adalah satu kelemahan besar bagi perdana menteri Turki jika tidak mampu berikan pendidikan percuma pada anak bangsanya.

Namun kata Anwar, Perdana Menteri Malaysia langsung tidak timbul perasaan belas kasihan terhadap pelajar yang terpaksa menanggung hutang untuk belajar.

"Perdana Menteri Turki kata dia nak letak muka di mana jika tidak boleh berikan pendidikan percuma pada rakyat sebab ramai yang berada di pedalaman Turki tidak mampu.

"Cara hutang menghadkan rakyat yang miskin memasuki univesiti. Itu baru sikap seorang pemimpin " terangnya diikuti laungan reformasi beberapa kali.

Turut serta berucap dalam program tersebut ialah Pesuruhjaya PAS Negeri, Datuk Saleh Man, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman dan Yang Dipertua PAS Permatang Pauh, Haji Omar Hasan.

Harakah Daily

Gempa bumi sederhana landa kepulauan Tanimbar, Indonesia

Posted: 22 Apr 2012 08:34 PM PDT

1 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada skala Richter berlaku di wilayah Kepulauan Tanimbar, Indonesia pada 11.37 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan berkata gempa itu berpusat di 513km tenggara Ambon, Indonesia dan 1,917km tenggara Semporna, Sabah.

Gempa itu tidak membawa ancaman tsunami. -- Bernama

Sinar Harian

Wanita pekerja pusat urut dakwa dipukul polis

Posted: 22 Apr 2012 08:31 PM PDT

1 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

ALOR SETAR - Seorang pekerja wanita berusia 42 tahun di sebuah pusat urut di Taman Rakyat, mendakwa dipukul sekumpulan anggota polis sewaktu ditahan ketika serbuan di premis berkenaan 14 April lalu.

Lay Suet Peng mendakwa dipukul di bahagian kepala dan belakang menyebabkannya terpaksa mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

"Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang, beberapa anggota polis termasuk seorang wanita datang melakukan pemeriksaan dan menahan saya serta seorang lagi pekerja setelah mendapati pusat urut itu tidak berlesen.

"Saya baru dua bulan bekerja di kedai urut refleksologi ini dan difahamkan ia mempunyai lesen dan pemiliknya sedang dalam proses menukar nama premis perniagaan ini," katanya.

Menurutnya, sewaktu dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, dia cuba melarikan diri setelah curiga kerana semua anggota berpakaian biasa sewaktu serbuan malah hanya seorang yang menunjukkan kad kuasa polis.

"Sewaktu bergelut untuk lari, saya tertepis mulut seorang anggota polis, luka sikit. Kemudian mereka gari saya, dipukul dan dimaki ketika berada di dalam kenderaan polis. Saya dibebaskan kira-kira lima jam selepas ditahan.

"Saya tidak puas hati dengan tindakan itu dan membuat laporan di IPD Kota Setar 19 April lalu agar tindakan sewajarnya diambil terhadap anggota berkenaan," katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Alor Setar, Superintendan Baharom Abu ketika dihubungi Sinar Harian, berkata, polis akan menyiasat dakwaan wanita berkenaan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, ketika dalam perjalanan ke IPD Kota Setar, wanita itu bertindak agresif dan menyebabkan kecederaan­ terhadap dua anggota termasuk seorang anggota wanita yang mengandung.

"Kita akan menyiasat laporan yang dibuatnya. Malah kita akan menjalankan siasatan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan terhadap wanita itu kerana bertindak agresif dan menghalang tugas polis," katanya.

Sinar Harian

EPL: Mancini anggap MU tetap pilihan jadi juara

Posted: 22 Apr 2012 08:30 PM PDT

1 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

PENGURUS Manchester City, Roberto Mancini masih menganggap Manchester United (MU) sebagai pilihan untuk bergelar juara Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini walapun kelab itu telah merapatkan jurang mata ekoran kemenangan ke atas Wolves, semalam.

Dalam perlawanan semalam, City menewaskan Wolves 2-0 manakala MU hanya seri 4-4 dengan Everton.

Jika Manchester City menang pertemuan dengan MU pada 30 April ini, maka ia akan kembali ke kedudukan teratas dari segi perbezaan gol.

Dalam satu kenyataan kepa BBC, Mancini berkata: "Mereka sentiasa berada di atas dan masih di hadapan dengan kelebihan tiga mata."

"Lagipun selepas ini, mereka mempunyai dua perlawanan yang mudah, dan ia berbeza dengan kami yang tidak mempunyai peluang untuk menang perlawanan akan datang," kata beliau lagi.

Tambah Mancini, dengan rekod memenangi 19 gelaran sebelum ini, beliau yakin mereka akan terus berada di kedudukan yang terbaik untuk bergelar juara kali ke-20.

"Buat masa ini, kami tidak mempunyai sebarang tekanan kerana kami tidak membuat sebarang jangkaan untuk menang.

"Apa yang penting kami mahu menamatkan musim ini dengan cemerlang," kata Mancini.

Kedua-dua pasukan itu telah mengumpulkan 83 dan 80 mata dengan melengkapkan 35 perlawanan setakat ini.

Sinar Harian

Sorok dadah dalam kotak minuman terbongkar

Posted: 22 Apr 2012 08:28 PM PDT

1 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA TERENGGANU - Seorang buruh berdepan huku­man­ mati mandatori setelah taktiknya menyorokkan dadah jenis heroin di dalam kotak minuman terbongkar pada 10 April lalu.

Tertuduh, Fairuz Ghadafi Zam-Zam, 32, dari Kampung Banggol Durian, Jalan Kubang Bujuk, di sini, didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, semalam, mengedar dadah jenis heroin seberat 50.30 gram (berat kasar) pada 10 April lalu kira-kira jam 3 pagi di tepi jalan KM49, Kota
Bharu, Kampung Sungai Bari, Sungai Tong, Setiu.

Bagaimanapun, Fairuz Ghadafi hanya mengangguk faham ketika pertuduhan mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 itu dibacakan di hada­pan Pendaftar Mahkamah Sesyen, Rosila Nik.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan. Rosila menetapkan 5 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia dan tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Miky Anak Dunstan Muda.

Sebelum ini, tertuduh berjaya diberkas bersama barang kes iaitu tujuh botol serbuk dadah jenis heroin oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Setiu dalam satu Rondaan Cegah Jenayah.

Tertuduh ketika itu sedang berehat di dalam sebuah kereta jenis Perodua Kancil dipercayai milik adiknya dalam perjalanan dari Rantau Panjang ke Kuala Terengganu.

Siasatan awal mendapati tertuduh menjalankan kegiatan menjual dadah sejak dua tahun lalu dengan mendapatkan beka­lan­ dadah itu dari negara jiran iaitu Thailand.

Tertuduh yang turut positif dadah jenis methamphetamine dan morphin semasa ditahan juga pernah meringkuk di penjara selama lima tahun sebelum ini serta turut memiliki beberapa rekod jenayah lampau termasuk jenayah dadah, pecah rumah dan curi kenderaan.

Sinar Harian

Pelajar Upsi murung sebelum maut jatuh bangunan

Posted: 22 Apr 2012 08:27 PM PDT

1 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

MUAR – "Kebelakangan ini arwah kelihatan murung dan suka menyendiri," kata Noralis Mohamad, 22, rakan sekelas Fatima Mina Md Juferi, 22, iaitu pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) yang terbunuh selepas dikatakan terjatuh dari tingkat lima sebuah bangunan di universiti terbabit petang kelmarin.

Menurutnya, dia tidak mengetahui punca arwah murung dan dilihat sudah berlarutan sejak beberapa semester.

"Arwah juga menjadi semakin pendiam apabila masuk semester empat dan pernah bertanya kepada arwah tentang masalah yang dihadapinya, tetapi dia hanya membisu sahaja.

"Semasa tahun pertama pengajian dia kelihatan ceria seperti pelajar lain dan difahamkan masalah yang dihadapinya berkaitan keluarga," katanya ketika ditemui di rumah keluarga mangsa di Kampung Jeram Bukit Batu, Bakri, di sini, semalam.

Seorang lagi rakannya, Munira Mamud, 21, berkata, rakaman melalui kamera litar tertutup (CCTV) di Upsi menunjukkan arwah memasuki lif ke tingkat lima blok bangunan kuliah pada kira-kira jam 5.15 petang kelmarin secara bersendirian.

Menurutnya, insiden itu turut disedari seorang pelajar yang kebetulan­ sedang menghadapi peperiksaan di dalam dewan di situ dan mahu ke tandas lalu terlihat satu objek melayang dan jatuh ke atas ruang pejalan kaki.

"Pelajart terbabit memaklumkan kepada pensyarah yang kemudian menghubungi ambulans.

"Beberapa pelajar yang berada di lokasi sempat mengajar mengucap ketika arwah masih bernafas," katanya.

Munira berkata, Fatima Mina juga menunjukkan perubahan ketara beberapa hari sebelum kejadian seperti tidak mempedulikan orang yang bercakap dengannya.

Sementara itu, bapa saudara mangsa Iskandar Ali, 40-an, berkata, anak saudaranya tidak menunjukkan sebarang perubahan ketika kali terakhir mereka bertemu dua minggu lalu.

"Arwah seorang yang rapat dengan adik-beradiknya yang lain," katanya.

Anak kedua daripada empat beradik itu merupakan penuntut semester empat Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bakri Batu 6, tengah hari semalam.

Sinar Harian

10 resolusi konvensyen hala tuju Felda

Posted: 22 Apr 2012 07:58 PM PDT

1 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM: Konvesyen hala tuju Felda yang berlangsung di Universiti Industri Selangor semalam membuat 10 resolusi khas bagi menentukan kedudukan Felda pada masa hadapan.

Presiden Anak, Mazlan Aliman menjelaskan resolusi yang diperolehi ini adalah hasil kesepakatan semua yang hadir sama ada melalui perbentangan kertas kerja oleh panel, ulasan mahupun soal jawab peneroka yang hadir.

"Hari ini lahirlah satu resolusi khas untuk kita membawa menentukan hala tuju Felda pada masa hadapan apatah lagi setelah Pakatan Rakyat diberi mandat untuk memerintah negara ini.

"Melalui resolusi ini juga kita dapat menaikan martabat Felda pada tahap yang sepatutnya bukannya menjadikan Felda sebagai satu gadaian untuk memperolehi wang secara segera," jelasnya sewaktu membaca resolusi hala tuju Felda.

10 resolusi yang dicapai semalam adalah:

1. Menentang penyenaraian Felda Global Venture Holdings (FGVH) di atas tiga perkara utama;

a. Penglibatan syarikat yahudi yang merangkumi 20%;

b. Melibatkan tanah Felda Plantation yang sepatutunya diagihkan kepada generasi kedua; dan

c. Melibatkan Koperasi Permodalan Felda (KPF).

2. Tanah Felda Plantation mesti diagihkan kepada generasi kedua Felda dan rakyat yang layak;

3. Koperasi Felda di peringkat rancangan diberi peranan utama mengendalikan kebun-kebun peneroka dan bukannya Felda Technoplant;

4. Membuka peluang pekerjaan kepada generasi kedua dalam perladangan, perniagaan dan seluruh pengurusan Felda;

5. Jawatan pengerusi Felda hendaklah diberikan kepada anak peneroka;

6. Memperuntukkan kuota ahli lembaga pengarah Felda dan 47 anak-anak syarikat Felda kepada generasi kedua Felda sebanyak 50%;

7. Mewujudkan Universiti Felda untuk melahirkan lebih ramai cendekiawan dan pakar-pakar dalam bidang perladangan, bioteknologi dan sebagainya dari anak-anak peneroka;

8. Mewujudkan perumahan generasi kedua Felda melalui projek Bandar baru Felda;

9. Memberi pembiayaan mudah melalui institusi-institusi kewangan kepada peneroka, generasi kedua dan kakitangan Felda untuk menambah caruman saham dalam Koperasi Permodalan Felda (KPF); dan

10. Menghapuskan hutang-hutang peneroka yang tidak munasabah.

Dalam pada itu, resolusi tersebut akan diserahkan kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak selewat-lewatnya Mei depan untuk diambil tindakan.

Harakah Daily

Juham lakukan persiapan hadapi pilihan raya

Posted: 22 Apr 2012 07:57 PM PDT

1 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

BANGI: Jabatan Undang-Undang Dan Hak Asasi Manusia Dewan Pemuda PAS Pusat (Juham) menganjurkan program Bengkel Sivil Juham Siri 1 berhubung petisyen pilihan raya dan semakan kehakiman sebagai persiapan menjelang pilihan raya umum ke-13.

Program untuk kumpulan 50 peguam PAS dari seluruh Malaysia itu diadakan di Bangi Golf Resort pada 21 April 2012 yang lalu.

Menurut Pengarah Program, Saudara Ahmad Tarmizi Abdullah, program tersebut juga bertujuan memperkasakan lagi 'legal education' peguam PAS yang kini semakin berperanan luas di dalam mempertahankan hak-hak rakyat marhain hari ini.

Program selama sehari ini diisi dengan bengkel yang dikendalikan oleh pakar perundangan serta undang-undang pentadbiran PAS iaitu Hanipa Maidin dan juga Dr. Zulqarnain Luqman.

Program ini juga memberikan pendedahan khusus kepada peguam berkenaan proses semakan kehakiman dan juga petisyen pilihanraya yang mana merupakan antara proses undang-undang yang penting dalam mengembalikan keadilan dan hak-hak masyarakat awam yang kini banyak ditindas dan dizalimi oleh pemerintah.

Program ini juga turut sama menjadi medan bagi peguam PAS membincangkan secara khusus pindaan terbaru kepada Akta Kesalahan Pilihanraya 1954.

Mereka turut melihat ruang-ruang manipulasi yang masih wujud selepas pindaan akta itu dibuat.

Pada pilihan raya umum nanti juga, setiap peguam PAS ini akan ditempatkan di setiap parlimen bagi memantau proses pilihan raya.

Harakah Daily

Kulit terbakar selepas minum jus

Posted: 22 Apr 2012 07:53 PM PDT

1 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

SUNGAI PETANI – Seorang warga emas terlantar apabila mengalami kulit terbakar selepas mengamalkan sejenis minuman berjus yang dikatakan mampu merawat pesakit strok.

Azizah Saidin, 59, berkata, dia mencuba produk berkenaan yang dikatakan berkesan kepada ­pesakit strok, namun difahamkan bakal ­mengalami kesan sampingan ­minima sebelum dirawat sepenuhnya.

Menurutnya, setelah ­mencuba ­selama sebulan dan menghabiskan dua botol minuman berjus itu, ­badannya mula mengeluarkan ­bintik-bintik merah.

"Difahamkan, bintik seakan demam campak itu adalah kesan ­sampingan biasa terjadi ketika kali pertama mencuba produk terbabit, selain loya, pening dan demam.

"Malah, ejen produk yang menawarkan minuman jus mengan­dungi pelbagai gabungan buah-buahan itu meminta saya meneruskan amalan meminum jus berkenaan, walaupun terdapat kesan sampingan­," katanya.

Katanya, selepas bulan kedua dan menghabiskan empat botol jus, ­kulitnya menjadi kehitaman seolah-olah terbakar dengan luka dan lebam di seluruh badan, kaki dan tangan, ­termasuk muka sehingga menyebabkan kulit menggelembung dan mula ­mengeluarkan air bisa.

Suaminya, Che Rus Osman, 62, berkata, keadaan itu menyebabkan isterinya sukar untuk tidur kerana sering gatal dan memerlukan penjagaan rapi.

Anak mereka, Zulkifly, 24, ­berkata, setelah menghubungi pihak pengurusan produk, mereka seolah-olah lepas tangan dan hanya bersifat berdiam diri.

"Saya meminta mereka (pihak pengurusan di Kuala Lumpur) turun dan lihat keadaan ibu saya, selain menghantar gambar ibu melalui e-mel kepada syarikat itu namun ­masih tiada jawapan.

"Disebabkan tidak puas hati, saya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda dan bersedia untuk memberi kerjasama dengan mana-mana pihak sekiranya mahu menjalankan siasatan," katanya.

Menurutnya, sekiranya tiada ­tindakan selanjutnya daripada ­syarikat itu, dia sanggup membawa kes itu ke mahkamah bagi menuntut keadilan yang sewajarnya.

Sinar Harian

Salam Perjuangan

Posted: 22 Apr 2012 11:04 PM PDT

Salam Perjuangan


NEGARA BANKRAP - BN TERUS KETANDUSAN ISU

Posted: 22 Apr 2012 05:48 PM PDT

5 Jamadil Akhir 1433 H | 27 April 2012

SERENDAH – Barisan Nasional (BN) dibidas kerana sering mengatakan negara akan bankrap sekiranya pelaksanaan gaji minimum dan penurunan harga minyak termasuk pendidikan percuma dilakukan.

Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu tidak akan berlaku kerana negara mempunyai hasil pendapatan yang tinggi dan jumlah yang disalurkan untuk tujuan tersebut hanya pada kadar rendah.

"Bila kita nak turun harga minyak Perdana Menteri (PM) kata negara bankrap. Bila kita kata nak bagi gaji minima RM1,100, gaji minimum bukan RM10,000 tapi PM kata negara bankrap.

"Anak pemimpin gaji ratusan ribu ringgit sebulan, gaji anak penternak lembu yang baru keluar universiti berusia 22 tahun dapat RM20,000 satu bulan, manakala anak orang kampung baik daripada Melayu, Cina, India atau Singh, kita nak bagi gaji minimum RM1,100 orang itu jawab negara bankrap, mana ada perasaan hati perut punya manusia," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 500 penduduk pada sambutan Perayaan Vasaikhi di Tampel Gurduara Singh di sini semalam.

Anwar berkata, rakyat perlu membawa perubahan dalam negara terutama pendapatan rakyat. Menurutnya, Malaysia bukan negara miskin kerana hasil minyak setahun mencecah RM80 bilion.

Beliau turut mengulangi penurunan harga minyak mampu dilaksanakan dan pengumuman itu akan dilakukan sehari selepas beliau mengangkat sumpah sekiranya PR memerintah.

"Saya bukan kata pemberian minyak seperti pemberian air percuma di Selangor, kalau itu bankrap la kita. Tapi saya kata hari ini pilihan raya, esok angkat sumpah, satu hari lepas itu kita umum harga minyak seluruh neraga turun.

"Perdana Menteri kata bankrap tapi kita sekarang dapat RM80 bilion setahun dan ini jumlah yang banyak, turunkanlah harga minyak," katanya.

Katanya, pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) juga mampu dilaksanakan dan dikhususkan kepada keluarga berpendapatan rendah.

Menurutnya, menteri dalam negara ini dahulu mendapat gaji RM38,000 sebulan, tetapi sekarang meningkat RM80,000 sebulan.

Bagaimanapun, dengan sinis beliau mengatakan menteri-menteri masih masih mahukan saham, kontrak termasuk mengaut peruntukan jutaan ringgit untuk penternakan lembu.

"Jadi, sebab itu saya kata kita mampu laksanakan. Najib kata mana nak cari RM40 bilion, saya kata tak sampai RM30 bilion bukan untuk setahun, jumlah ini untuk 16 tahun jadi kira-kira RM3 bilion setahun tapi kalau saya akan tambah lagi RM5 bilion setahun.

"Ini termasuk yuran, makan, tempat tinggal dan buku supaya kualiti pendidikan kita meningkat. Semuanya hanya RM5 bilion setahun, minyak RM80 bilion setahun, jadi akan bankrap ke negara kita?" katanya. - SinarHarian

PAS KDAS 3

Posted: 22 Apr 2012 09:20 PM PDT

PAS KDAS 3


Samseng Serang Mahasiswa di Dataran Merdeka 19/4/2012

Posted: 22 Apr 2012 08:58 AM PDT

PAS Negeri Sembilan

Posted: 22 Apr 2012 09:13 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Mesyuarat Agung PAS Rembau 29 April 2012

Posted: 22 Apr 2012 03:12 AM PDT

MESYUARAT AGUNG PAS KAWASAN REMBAU KALI KE 9

Tarikh : 29 April 2012 , Ahad

Masa : 9 pagi

Tempat : Chembong, Rembau

Perasmian oleh : Ustaz Idris Ahmad , AJK PAS Pusat

Untuk hadir sebagai pemerhati sila hubungi Sufian 013-3589328 , tempat terhad

Untuk sumbangan ke Tabung Pilihanraya PAS Kawasan Rembau sila salurkan melalui akaun berikut :

Nama akaun : PAS Kawasan Rembau

Bank : Bank Islam (Cawangan Seremban)

No akaun : 05-012-01-007334-7

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui Hamizi 012-2832458



Ceramah Umum 26 Apr 2012 Tmn Marida, Senawang

Posted: 22 Apr 2012 03:10 AM PDT


CERAMAH MOBILISASI BERSIH 3.0

Tarikh : 26 April 2012, Khamis

Masa : 9 mlm

Tempat : Pasti Amal, Taman Marida, Senawang

Penceramah :

~ YB Ng Suee Lim , ADUN Sekinchan

~ Ustaz Kamaruddin Sidek , Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka

~ Dr Ahmad Suhaimi , Penyelaras SAMM

~ Puan Norwani , Ketua Muslimat PAS Rembau

~ Mohd Hakki , Ketua Pemuda PAS Rembau

Semua dijemput hadir

PAS Kawasan Miri

Posted: 22 Apr 2012 07:30 PM PDT

PAS Kawasan Miri


Rakyat Terbiar, Koperat Diutamakan ?

Posted: 22 Apr 2012 09:15 AM PDT

Nasib Penduduk Lereng Bukit Kanada Yang Terbiar
Miri - Kejadian tanah runtuh yang berlaku di Miri pada 16hb Januari 2009 beberapa tahun yang lalu telah menyebabkan penduduk yang tinggal di lereng bukit terpaksa berpindah dengan serta merta atas arahan pihak berkuasa ke tempat yang lebih selamat.
Pada hari kejadian tersebut sebuah stesen minyak Shell yang terletak di kaki bukit terkena runtuhan tanah susur dari atas bukit yang berdekatan. Dua orang pekerja stesen minyak Shell tersebut mati tertimbus dibawah runtuhan tersebut.

Ramai penduduk yang tinggal berdekatan di tempat kejadian telah diarah berpindah ke tempat yang selamat dan ada diantara mereka yang menumpang bersama saudara mara mereka dan ada juga terpaksa menyewa sementara menunggu arahan pihak berkuasa agar mereka boleh kembali semula ke kediaman mereka.

Setelah mereka diarah berpindah ke tempat yang selamat,ada diantara mereka terpaksa menyewa di rumah kotak (Flat) sementara menunggu tempat tinggal yang baru seperti yang dijanjikan oleh pihak berkuasa. Oleh kerana ada diantara mereka yang tidak mampu membayar sewa terpaksa kembali semula ke tempat tinggal asal mereka di lereng bukit.
Setelah hampir 3 tahun berlalu, salah seorang penduduk yang tinggal di lereng bukit Kanada bersama 5 orang anaknya, sdr Ramlee Bin Pen telah mengadu kepada PAS Miri dimana beliau ada menerima surat dari Pejabat Residen Bahagian Miri pada tahun 2009 yang meminta beliau untuk meroboh dan mengosongkan tapak Lot 819 Blok 8 Miri, Concession Land District yang diduduki mereka agar pindah dengan serta merta semasa kejadian tanah runtuh beberapa tahun yang lalu.

Sebelum kejadian tanah runtuh tersebut berlaku pada 2009, Ramlee pernah memohon tanah Lot di Skim Penempatan Semula Desaras Tudan daripada Jabatan Tanah dan Ukur bahagian Miri pada 25hb April 2006, tetapi pemohonan beliau ditolak pada 10hb Mei 2006 dengan alasan "tidak dipertimbangkan".

Pada tarikh 4hb Disember 2008 beliau ada menerima surat dipanggil temuduga untuk Skim Penempatan Semula Tudan Desaras disebabkan ada kes tanah runtuh kawasan Padang Kerbau/Kpg Hj Wahed di Miri.
Setelah 2 tahun beliau menunggu dengan penuh harapan untuk dapat tanah Lot di Skim Penempatan Semula Desaras Tudan seperti yang dijanjikan sehingga kini masih belum ada tanda-tanda tanah Lot tersebut akan diberikan kepada beliau.

Beliau sering kali pergi ke pejabat Jabatan Tanah dan Ukur bahagian Miri dan bertanya status tanah Lot tersebut, tetapi alasan yang diterima kelulusan belum lagi diterima dari Jabatan Tanah dan Ukur di Kuching

Menurut beliau setelah segala usaha untuk mendapat tanah Lot tersebut gagal, beliau terpaksa balik semula ke tempat tinggal asal beliau di lereng bukit. Pondok yang beliau diami sekarang amat daif dan tidak mempunyai bekalan air bersih dan tiada elektrik jadi terpaksalah mereka menggunakan air hujan sebagai sumber bekalan air untuk minum dan memasak dan lilin sebagai penerang atau cahaya di waktu gelap (malam).

Beliau yang bekerja sebagai jaga di sebuah sekolah mengharap sangat pihak kerajaan dapat membantu beliau sekeluarga agar segera menyelesaikan masalah beliau dengan menunaikan janji untuk dapatkan tanah Lot tempat tinggal yang lebih selesa dan selamat.

Begitulah nasib yang menimpa penduduk yang tinggal di lereng Bukit Kanada, mereka dipaksa berpindah tapi pihak koperat pula boleh membangun semula bangunan yang dulunya dilarang beroperasi di lereng bukit. Sekarang ini kita lihat mereka membina semula station minyak di tempat yang sama.

Satu persoalan yang sering timbul dikalangan rakyat marhean, mengapa apabila rakyat memohon tapak tanah untuk kediaman sukar sekali mendapat kelulusan tetapi apabila pihak pemaju perumahan mohon tapak untuk membina perumahan dengan mudah pihak berkuasa membenarkannya.

Dimanakah keadilan pihak pemerintah terhadap rakyat marhean? Orang kaya bebas melakukan apa saja tanpa menghiraukan undang-undang, sedangkan penduduk yang miskin dan daif pula terus hidup terseksa akibat pembangunan yang tidak seimbang.

Orang kaya bertambah kaya dan orang miskin akan terus hidup menderita akibat penindasan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan mereka yang hanya mementingkan diri sendiri.

Kita mendesak pihak pemerintah yang bertanggungjawab dalam hal ehwal kebajikan masyarakat agar bertindak segera menyelesaikan masalah dan menunaikan janji-janji mereka kepada penduduk yang terlibat. Jangan biarkan mereka hidup terpinggir dari arus pembangunan.

Pihak pemerintah seharusnya berlaku adil kepada semua tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik agar rakyat dapat hidup dalam keadaan aman dan selamat.


Jofri Jaraiee
PAS Miri,Sarawak

English version
The fate of the abandoned of Canada Hillside Residents
Miri - Landslide that occurred in Miri on 16th January 2009 a few years ago has caused the people living on the hillside had to move immediately on the instructions of the authorities to a safer place

On the day of the incident one of Shell petrol station located at the foothills hit by rubble from the landslides on the hills nearby. Two employees of the Shell petrol station dead buried under the rubble.
Many residents living adjacent in the scene has been ordered to move to a safe place and some of them are staying with their relatives and there is also have to rent while waiting for directives of the authorities so that they can return to their homes.

After they ordered to move to a safe place, some of them had to rent a box house (Flat) while waiting for new shelter as promised by the authorities. Because some of them are not afford to pay rent had to go back to their old shelter on the hillside.


After almost three years later, one of residents who live in Canada hillside with 5 children, Ramlee Bin Pen has complained to the PAS Miri where he received a letter from the Miri Resident Office in 2009, which asked him to demolish and clear the site at Lot 819 Block 8, Miri Concession land District occupied by them to move immediately during the landslide a few years ago.


Before the landslide occurred in 2009, Ramlee have applied land in Lot Desaras Tudan Resettlement Scheme from the Department of Lands and Survey Miri on 25th April 2006, but the application was rejected on 10 May 2006 by reason "are not considered".

On 4th December 2008 he received the letter called for interviews for Desaras Tudan Resettlement Scheme because there are cases of landslide area at Padang Kerbau / Kpg Hj Wahed in Miri.

After two years he waited with hope to get the land in Lot Desaras Tudan Resettlement Scheme as promised until now still no signs of the said Lot of land will be given to him. He often went to the office of the Department of Lands and Survey Miri and ask the status of the said Lot of land, but received the same reason, we have yet to receive approval from the Department of Lands and Survey Department in Kuching

According to him after all efforts to get land Lot is unsuccessful, he had to return to his old shelter on the hillside. The hut which he lived now is very poor and have no clean water and no electricity so they had to use rainwater as a source of water supply for drinking and cooking and candle as torch or light in the dark (night).

He worked as a guard at a school, he hopes that the government can help him and his families to solve his problems with fulfill its promise to get a lot of land shelter that is more comfortable and safe.

That is the fate that befell the residents living on the slopes of Canada Hill, they were forced to move but the corporations were able to build the building that formerly forbidden to operate on the hillside. Now we see them rebuild the petrol station in the same place.

One question that often arises among the ordinary people, why when the people apply for the land for the residential site the approval is difficult, but when the developers apply to build a housing site the authorities will easily allow it.


Where is the justice of the government to the ordinary people? The rich are free to do anything regardless of the law, while the poor and destitute population continues to suffer as a result of living unbalanced development.

The rich are getting richer and the poor will continue to suffer as a result of oppression by those who are not responsible and they are just selfish.

We urge the government which is responsible for the society welfare to act quickly to solve problems and fulfill their promises to the people involved. Do not leave them marginalized from mainstream development.

The government should be fair to all regardless of race, religion and political belief so that people could live in peace and secure.


Photo attached.
Surat Arahan Pindah (A. Letter of Instruction To Move)
Surat Memohon Tanah Lot (B. letter of Application for land Lot)
Pondok tempat tinggal di lereng bukit (C. Hut shelter on the hillside)
Ramli bersama anak di tapak kediaman di lereng bukit (D. Ramli with the child in a home on the hillside)
Pembinaan semula stesen minyak di tapak yang sama di lereng bukit (E. The reconstruction of the petrol station on the same site on the hillside)

Rembau Hari Ini

Posted: 22 Apr 2012 07:22 PM PDT

Rembau Hari Ini


Mesyuarat Agung PAS Rembau 29 April 2012

Posted: 22 Apr 2012 03:18 AM PDT

MESYUARAT AGUNG PAS KAWASAN REMBAU KALI KE 9

Tarikh : 29 April 2012 , Ahad

Masa : 9 pagi

Tempat : Chembong, Rembau

Perasmian oleh : Ustaz Idris Ahmad , AJK PAS Pusat

Untuk hadir sebagai pemerhati sila hubungi Sufian 013-3589328 , tempat terhad

Untuk sumbangan ke Tabung Pilihanraya PAS Kawasan Rembau sila salurkan melalui akaun berikut :

Nama akaun : PAS Kawasan Rembau

Bank : Bank Islam (Cawangan Seremban)

No akaun : 05-012-01-007334-7

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui Hamizi 012-2832458


Ceramah Umum 26 Apr 2012 Tmn Marida, Senawang

Posted: 22 Apr 2012 03:13 AM PDT


CERAMAH MOBILISASI BERSIH 3.0

Tarikh : 26 April 2012, Khamis

Masa : 9 mlm

Tempat : Pasti Amal, Taman Marida, Senawang

Penceramah :

~ YB Ng Suee Lim , ADUN Sekinchan

~ Ustaz Kamaruddin Sidek , Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka

~ Dr Ahmad Suhaimi , Penyelaras SAMM

~ Puan Norwani , Ketua Muslimat PAS Rembau

~ Mohd Hakki , Ketua Pemuda PAS Rembau

Semua dijemput hadir

DUN CHINI

Posted: 22 Apr 2012 07:21 PM PDT

DUN CHINI


MESYUARAT AGUNG PAS KALI KE-24 PEKAN

Posted: 22 Apr 2012 11:01 AM PDT






























Ihsan dari PAS PEKAN

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 22 Apr 2012 03:31 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


SAYA TAK PERLU KOMEN UJAR SEORANG PM

Posted: 22 Apr 2012 08:27 AM PDT

Najib Gelabah Di Tanya Isu Scorpene, Segera Tamatkan Sidang Media

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak enggan mengulas apabila ditanya mengenai kes di mahkamah Perancis berhubung dakwaan bayaran kepada pegawai tinggi Malaysia berhubung pembelian kapal selam Scorpene. "Saya tak mahu komen... Saya tak perlu komen, terima kasih," katanya ketika ditanya hari ini dalam sidang media di Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang hari ini. Najib ditanya sama ada beliau akan memberi keterangan di mahkamah Perancis memandangkan namanya dikemukakan sebagai saksi oleh Suaram ke mahkamah itu.

Suaram mengemukakan namanya memandangkan beliau merupakan menteri pertahanan yang terlibat dalam perolehan kapal selam tersebut. Sidang media ringkas itu, tidak sampai selama sepuluh minit, juga segera ditamatkan. ~malaysiakini

MACAM PECAH BISUL, PEMBERITA DERITA TERSASUL !

Posted: 21 Apr 2012 11:45 PM PDT

Malam tadi 21 April Buletin Utama TV3 sketsa Pembaca Berita TV3 tersasul tersebut Kerajaan Selangor beri bantuan RM10,000 kepada mangsa rumah terbakar di Pekan yang sepatutnya sebut Kerajaan Pahang.

Rentetan tersasul sebut nama lain melanda TV3 media BN yang amat diharapkan membantu BN terus berlaku gara-gara kakitangan TV3 seolah-olah tak tahan memendam rasa bila asyik di arah mengutuk dan memberi berita buruk negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat.

Sebelum ini ada pembaca berita yang tersebut nama PM Anwar yang sepatutnya sebut nama Najib dan banyak lagi.

Dalam masa bekas pegawai tertinggi PDRM , bekas menteri dan veteran UMNO serta artis dan pegawai kerajaan BN mendekati dan ada menyokong Pakatan rakyat kerana mereka meluat. Meluat kepada pimpinan atasan UMNO dan penyokong UMNO.

SOKONGAN IKRAM & 51 LOKASI SELURUH DUNIA

Posted: 21 Apr 2012 05:34 PM PDT

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) meletakkan keyakinan penuh terhadap pemimpin-pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) masyarakat madani menggerakkan masyarakat untuk menyertai Bersih 3.0.

Presidennya, Dr. Mohd Parid Sheikh Ahmad berkata, Ikram menyokong penuh penganjuran Bersih 3.0- Duduk Bantah sebagai langkah ke arah merealisasikan perubahan dalam pilihan raya.

"Untuk memastikan bahawa perhimpunan ini benar-benar mewakili suara rakyat dan melangkaui kepentingan politik, maka Ikram menyeru agar perhimpunan ini kekal diterajui oleh gabungan NGO masyarakat madani," kata beliau dalam satu kenyataan.

Ikram turut menggalakkan ahli-ahlinya untuk turut terlibat dalam usaha memobilisasi rakyat bagi menjayakan perhimpunan Bersih 3.0.

"Ikram juga menggalak ahli terlibat ke arah mobilisasi rakyat bagi menjayakan himpunan Bersih 3.0 dan saya mengingatkan ahli menjaga disiplin dan ketinggian akhlak sepanjang himpunan," katanya.

Sabah juga sokong

Sementara itu Pengerusi Bersih Sabah 3.0, Andrew Ambrose berkata, NGO di negeri itu yang menyokong himpunan Bersih kian bertambah.

Mereka termasuklah Bela Tanah Rakyat Sabah (Tabah), Bangkit 2.0, Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia Cawangan Sabah (Gamis Sabah), Himpunan Hijau dan parti politik di negeri itu.

"Kami juga akan berhimpun pada 28 April ini walaupun semalam polis negeri memaklumkan kami bahawa pasukan itu akan mengadakan latihan di Padang Merdeka Kota Kinabalu pada tarikh yang sama.

"Kami melihat tindakan polis ini secara sengaja untuk menggagalkan himpunan Bersih di Sabah kerana sebelum ini polis memberi jaminan akan membenarkan Bersih diadakan di tempat itu," katanya selepas sidang media Bersih 3.0 hari ini.

Sebelum ini, Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, Dr Wong Chin Huat berkata, Bersih 3.0 akan dilaksana di lebih 51 lokasi seluruh dunia termasuk di tujuh nandar Australia dan 14 bandar Amerika secara serentak 28 April ini.

DPP Gopeng

Posted: 22 Apr 2012 03:24 PM PDT

DPP Gopeng


Mana wang Khairat kematian untuk orang melayu Sungai Rapat?

Posted: 21 Apr 2012 11:31 PM PDT

Mana wang Khairat kematian untuk orang melayu Sungai Rapat?
Sungai Rapat 22 April 2012- Rata-rata rakyat DUN Sungai Rapat terutama daripada kalangan kaum melayu menganggap YB Dato' Hamidah sebagai pemimpin yang hanya pandai menabur janji manis. Hal ini didedahkan oleh Ustaz Radzi Zainon selaku Penyelia DUN Sungai Rapat kepada Unit Penerangan Majlis Tindakan DUN Sungai Rapat berkenaan janji Dato' Hamidah untuk melebarkan skim Khairat Kematian ke seluruh negeri Perak.
Skim Khairat kematian Sungai Rapat pernah dilancarkan oleh beliau pada bulan Jun 2009 menjanjikan bantuan khairat urus selenggara jenazah atau mayat sehingga RM 3000 bagi setiap kes kematian. Malah beliau mensasarkan untuk mencapai target 2000 peserta khairat ini.
Namun yang menjadi persoalannya adakah program kebajikan ini masih kekal sehingga kini?
"Menurut laporan Sinar Harian 4 Ogos 2009 dan 1 Oktober 2009, hanya kaum India dan Cina sahaja yang menerima bantuan ini". Pihak kami gagal mengesan sebarang berita penerimaan bantuan daripada kalangan kaum Melayu. Malah beberapa tinjauan rambang mendapati YB Dato' hamidah hanya memilih beberapa orang sahaja kaum bukan melayu untuk menerima bantuan tersebut" kata Radzi kepada pihak Unit Penerangan.
"Adakah bantuan kepada kaum bukan melayu ini hanya untuk menutup kesilapan beliau yang pernah menghina kaum India atas isu pukul ular suatu ketika dahulu?" tambahnya lagi.
Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Penerangan MTD Sungai Rapat








Dewan Pemuda Pas Kawasan Pasir Gudang

Posted: 22 Apr 2012 03:11 PM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Pasir Gudang


BERSIH 3.0 BANGKIT RAKYAT MALAYSIA

Posted: 22 Apr 2012 07:42 AM PDT

AYUH RAKAN SEMUA SEMUA JANGAN LUPA 28 .04 .2011

PAS KOTA TINGGI

Posted: 22 Apr 2012 01:38 PM PDT

PAS KOTA TINGGI


Program Ceramah Pas Kota Tinggi

Posted: 22 Apr 2012 07:35 AM PDT

Jemput hadir beramai-ramai bagi mengikuti perkembangan terkini isu politik di tanahair.

Dupahang's Weblog

Posted: 22 Apr 2012 11:39 AM PDT

Dupahang's Weblog


Video: Bashar Assad membakar Muslim Suriah dirumah-rumah mereka!

Posted: 22 Apr 2012 04:16 AM PDT

Kembali tersebar (video di Youtube memperlihatkan kekejaman rezim teroris Bashar Assad (semoga Allah segera menghancurkannya). Sejumlah warga Muslim sipil yang dibantai dengan cari dibakar hidup-hidup, sedang mereka tidak memiliki kekuatan untuk melawan, dengan kondisi tangan terikat dibelakang, lalu disiksa dan dibakar hidup-hidup, astghfirullah !!! Bangkitlah wahai pemuda Islam, Allahuakbar… Allahuakbar… Allahuakbar…!!! Jangan lupakan mereka dalam do’a-do’a [...]

Batu Gajah Mari

Posted: 22 Apr 2012 11:16 AM PDT

Batu Gajah Mari


Hamidah Penaung artis-artis yang melalalaikan Umat Islam

Posted: 21 Apr 2012 11:19 PM PDT









Adun Sungai Rapat, Kak Midah Osman menjadi penaung artis-artis yang sedang bergiat melalaikan umat Islam di negara Ini.


Team yang digelar Barisan Artis Nasional (BAN) ditubuhkan sebagai platform penggiat seni membantu mana-mana kerajaan negeri mempromosikan pelbagai produk pelancongan, kata Presidennya Datuk Mizal Zaini.


Mungkin lepas ni kalau kalah dia nak mintak jadi senator dan nak jadi Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menggantikan Rais Yatim. hehehehe...


Hamidah dengan AC Mizal ni sangat akrab dan susah sangan nak direnggangkan. Macam tak ada artis lain.. Adakah ada perjanjian selepas masuk UMNO??

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 22 Apr 2012 11:06 AM PDT

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


Posted: 21 Apr 2012 11:51 PM PDT


Siapa Tak Kenal MB Terengganu? PAS sahut cabaran!!!

  • PDF
Inilah feel perangai sebenar Dato Mat Said. Beliau Nampak berjurus semasa nyawa politik beliau dihujung tanduk. Masa itulah beliau menjadi pengampu kepada Parti PAS. Pakai kopiah, pakai jubah. Dok menyepe dengan pimpinan PAS. Tetapi kalau dah perangai jenis Kabo tahik… dimandi, dilumur minyak wangi pun, apabila terlepas pasti merangkak ke tahik jua.

Hari ini perangai angkuh, samseng dan bongkak beliau zahir kembali. Beliau dengan sombongnya menuduh PAS sebagai Parti Ajaran Sesat. Demi survival politik dan jenis spesis political animal atau orang Arab cakap sebagai Hayawan as-Siyasi. Dalam masyarakat melayu disebut Bewak Pokke atau 'Sesumpah'. Boleh bertukar warna dalam sekelip mata.

Kalau dahulu beliaulah yang menyepak bakul dalam pasar Kemaman kerana marahkan peniaga dipasar. Nak tunjuk gedebe beliau pernah mencabar bertumbuk dengan ibu-bapa pelajar sekolah dalam mesyuarat PIBG Sekolah. Tak mengherankan kerana sememangnya beliau dikenali berperangai seperti itu. Tanyalah pegawai-pegawai yang pernah berkhidmat dengan beliau, bahkan dalam Sidang Dewan yang mulia pun beliau menyumpah dan memaki seranah ADUN PAS tanpa ada rasa malu dan adab sopan.

Beliaulah sebagai Exco yang membawa kepada robohnya masjid Bujal di Dun Kijal dan beliau sebagai Adun disitu yang dimenangi dengan undi masyarakat Myanmar.

Hari ini sekali lagi beliau menunjukkan keangkuhan dan kesombongan beliau apabila dengan keras beliau tidak akan menyambung pinjaman Yayasan Terengganu terhadap 9 orang pelajar di Mesir walaupun didesak serta dituntut oleh para mahasiswa di Terengganu.

Bagi beliau Umno akan berkuasa buat selama-lamanya. Rakyat Terengganu akan tetap menyokong Umno meskipun apa sahaja kezaliman yang beliau lakukan. Baginya duit yang ditabur serta rasuah yang diikat untuk rakyat Terengganu untuk tetap mengundi mereka dalam setiap PRU. Bagi Mat Said, suara Mahasiswa tidak sampai ke mana pun.

Hari ini Dato Ahmad Said mencabar agar PAS & PKR membiayai pinjaman 9 orang pelajar yang diberhentikan mereka. Cakap macam orang tak sekolah! Tak boleh nak beza antara Kerajaan dengan parti. Mereka dok ingat bahawa hak kerajaan yang merupakan hak rakyat itu sebagai hak Umno-BN. Mereka yang batalkan pinjaman para pelajar tersebut, Bila tak tahu nak selesaikan PR pula nak dikambing-hitamkan.

Apapun PAS & PR bersedia. Ya! Kita sambut cabaran Mat Said itu. Kalau Umno-BN terlalu bodoh nak berbalah dengan 9 orang anak Terengganu, berbangsa melayu dan beragama Islam ini dan terus mengamalkan politik khianat terhadap anak-bangsanya sendiri. Mengamalkan politik dendam bakar kelambu.
Dan kalau hanya dengan 9 orang pelajar pun Umno-BN selaku pemimpin negeri ini gagal untuk menyediakan pinjaman buat mereka, PAS & PR akan menyambung kembali pinjaman kepada 9 orang pelajar tersebut pada hari yang sama ketika Umno-BN ditumbangkan dalam pilihanraya PRU-13 nanti. Bahkan jika sekiranya PR menguasai Putrajaya semua pinjaman tersebut akan bertukar menjadi biasiswa.

Dan kalau Umno-BN sudah merasa mereka tidak mampu lagi memerintah dan gagal untuk membela anak-bangsa mereka sendiri, Kita cabar supaya hari ini juga beliau meletak jawatan dan serahkan kepada rakyat kembali. Biarlah rakyat memilih pemimpin yang benar-benar dapat membela nasib serta masa depan mereka dan anak generasi mereka. http://ustsaifulbahri.blogspot.com/

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 22 Apr 2012 09:28 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Mesyuarat Agung PAS Rembau 29 April 2012

Posted: 22 Apr 2012 03:08 AM PDT

MESYUARAT AGUNG PAS KAWASAN REMBAU KALI KE 9

Tarikh : 29 April 2012 , Ahad

Masa : 9 pagi

Tempat : Chembong, Rembau

Perasmian oleh : Ustaz Idris Ahmad , AJK PAS Pusat

Untuk hadir sebagai pemerhati sila hubungi Sufian 013-3589328 , tempat terhad

Untuk sumbangan ke Tabung Pilihanraya PAS Kawasan Rembau sila salurkan melalui akaun berikut :

Nama akaun : PAS Kawasan Rembau

Bank : Bank Islam (Cawangan Seremban)

No akaun : 05-012-01-007334-7

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui Hamizi 012-2832458

Ceramah Umum 26 Apr 2012 Tmn Marida, Senawang

Posted: 22 Apr 2012 03:06 AM PDT


CERAMAH MOBILISASI BERSIH 3.0

Tarikh : 26 April 2012, Khamis

Masa : 9 mlm

Tempat : Pasti Amal, Taman Marida, Senawang

Penceramah :

~ YB Ng Suee Lim , ADUN Sekinchan

~ Ustaz Kamaruddin Sidek , Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka

~ Dr Ahmad Suhaimi , Penyelaras SAMM

~ Puan Norwani , Ketua Muslimat PAS Rembau

~ Mohd Hakki , Ketua Pemuda PAS Rembau

Semua dijemput hadir

Zahid Hamidi perlu perjelas rasional RM 8 bilion kereta perisai

Posted: 22 Apr 2012 12:03 AM PDT


Siapa yang kelirukan rakyat, Zahid Hamidi atau blogger propembangkang? Siapakah blogger propembangkang tersebut? Susah sangatkah Zahid Hamidi nak jelaskan kenapa Indonesia menawarkan kereta perisai mereka pada harga RM 2.4 juta, sedangkan projek kereta perisai yang akan dibuat oleh Malaysia dianggarkan bernilai RM 31.13 juta sebuah atau RM 8 bilion untuk 257 buah kereta perisai?

Adakah RM 8 bilion tersebut kos pembinaan, kos membina kilang membuat kereta perisai, kos membeli tanah untuk membuat kilang, kos blueprint atau termasuk kos hak untuk mengeluarkan dan memasarkan kereta perisai? Jika ianya termasuk kos hak untuk mengeluarkan dan memasarkan kereta perisai, adakah Malaysia akan beroleh keuntungan dari industri pembikinan kereta perisai ini apabila ianya dipasarkan keluar negara?

Berapa sebenarnya kos sebuah kereta perisai AV8 ini jika dibuat di Malaysia? Berapa kos sebenarnya sebuah kereta perisai AV8 ini jika dibeli terus dari Turki?

Rakyat tak tanya apa kod senjata yang digunakan oleh kereta perisai tersebut, kerana ini rahsia ketenteraan. Rakyat tak tanya apa perisian komputer yang digunakan oleh kereta perisai tersebut kerana ini juga rahsia ketenteraan.

Jika negara lain boleh memberikan kos pengeluaran kereta perisai mereka dengan spesifikasi yang asas , kenapa Malaysia tidak boleh?


RM 31.13 juta RM 2.4 juta

'Jangan kelirukan rakyat dengan isu kereta perisai'

20 April 2012

KUALA LUMPUR - Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta blogger propembangkang supaya jangan mengelirukan rakyat dengan isu perolehan kereta perisai pacuan roda 6x6 dengan kereta perisai buatan Malaysia, AV8.

Beliau berkata kerajaan sedang mengkaji kesesuaian kereta perisai 6x6 untuk kegunaan tentera Malaysia yang berkhidmat di bawah Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (Unifil) di Lubnan manakala projek kereta perisai AV8, yang bernilai RM8 bilion, merupakan rancangan pembangunan kereta perisai buatan Malaysia untuk jangka panjang.

"Mereka harus memahami bahawa AV8 adalah Armoured Personnel Carrier (APC) yang mempunyai 12 varian untuk pelbagai kegunaan yang sesuai untuk penyediaan tentera masa depan atau program 'future soldier' di Malaysia manakala APC 6x6 adalah untuk kegunaan Unifil di Lebanon," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris di sini hari ini.

Perjanjian itu bakal memberikan kemudahan perbincangan bagi program-program kerjasama dalam penyediaan latihan untuk jurulatih JLKN.

Ahmad Zahid diminta mengulas blog-blog pembangkang yang memetik sumber media Indonesia bahawa kerajaan memilih 32 buah kereta perisai Anoa buatan PT Pindad, Indonesia kerana harganya lebih murah daripada AV8.

Beliau berkata kerajaan menilai beberapa kereta perisai 6x6 dari luar negara termasuk Anoa dari Indonesia tetapi belum membuat keputusan mengenainya.

Ahmad Zahid menjelaskan keperluan kereta perisai 6x6 untuk askar Malaysia di Lubnan sangat mendesak kerana kereta perisai sedia ada iaitu Condor, yang digunakan sejak 1980-an sudah tidak sesuai.

Beliau berkata pembangunan kereta perisai canggih AV8 pula mungkin mengambil masa panjang iaitu mungkin 15 tahun.


"Prototaip dijangka siap pertengahan tahun depan tetapi untuk Unifil, Condor tidak sesuai kerana ia 4x4. Kita perlukan 6x6, oleh itu kajian spesifikasi dibuat termasuk menentukan kemampuannya bergerak di Lubnan," katanya.- Bernama

http://www.sinarharian.com.my/nasional/jangan-kelirukan-rakyat-dengan-isu-kereta-perisai-1.41688

Projek RM8 bilion kereta perisai

KUALA LUMPUR 20 April - DRB- Hicom Defence Technologies Sdn. Bhd. (DEFTECH), anak syarikat milik penuh DRB- HICOM Bhd. (DRB-HICOM) sedang membangunkan kereta perisai 8X8 - Deftech AV-8 dalam projek bernilai RM8 bilion yang dijangka siap sepenuhnya menjelang 2016. Pengerusinya, Datuk Seri Mohd Khamil Jamil berkata, pembinaan itu melibatkan 257 buah kenderaan dengan 12 varian kegunaan.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0421&pub=utusan_malaysia&sec=Korporat&pg=ko_03.htm&arc=hive

MALAYSIA PESAN 23 UNIT PANSER PINDAD

07 Agustus 2011

TEMPO Interaktif, BANDUNG- Pemerintah Malaysia memesan 23 unit panser buatan PT Pindad tahun ini. "Prosesnya sudah sampai Perdana Menteri Malaysia, Departemen Pertahanan mereka sudah oke," kata Direktur Utama Pindad Adik Avianto Soedarsono di Bandung Ahad 7 Agustus 2011. Panser yang dibanderol Rp 7 miliar (RM2.4 juta) per unit itu, menurut Adik, makin diminati setelah diakui oleh Perserikatan Bangsa-Bangsa. Adik mengatakan panser buatan putra-putri Indonesia itu telah digunakan dalam menjaga perdamaian di Lebanon. "Sebanyak 13 unit telah digunakan di Lebanon," katanya.

http://tempointeraktif.com/hg/bisnis/2011/08/07/brk,20110807-350489,id.html

Program Beli Kereta Perisai Baru Ditangguh

PORT DICKSON, 7 Nov 2009 (Bernama) - Kegawatan ekonomi dunia dan kekurangan dana menyebabkan program penggantian kereta perisai Condor dan Sibmas Tentera Darat ditangguhkan ke Rancangan Malaysia Kesepuluh, kata Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin. Pembelian kereta perisai Sibmas pada tahun 1980an pernah menimbulkan kontroversi kerana penggunaannya sebagai kenderaan bantuan tembakan didapati tidak begitu praktikal. Malaysia merupakan satu-satunya negara pengguna Sibmas yang dibuat di Belgium.

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=370025

Landskap Siasah

Posted: 22 Apr 2012 07:22 AM PDT

Landskap Siasah


Kenyataan Media : MENJEJAKI ISU RAKYAT TERPINGGIR DI KAMPUNG BENDERA DUN SUNGAI RAPAT

Posted: 22 Apr 2012 06:20 AM PDT

<!--[if gte mso 9]> Normal 0 false false false EN-MY X-NONE X-NONE MicrosoftInternetExplorer4

KENYATAAN MEDIA 22 APRIL 2012

MENJEJAKI ISU RAKYAT TERPINGGIR DI KAMPUNG BENDERA DUN SUNGAI RAPAT

Menyedari peri tingginya tanggung jawab yang digalas sebagai Penyelia Pusat Khidmat Masyarakat (PAS) DUN Sungai Rapat saya memilih untuk meneruskan tugasan menjejaki isu-isu rakyat yang masih belum diselesaikan oleh pihak ADUN Sungai Rapat serta kerajaan negeri dan tempatan.

Pada 21 April 2012 Pusat Khidmat bersama rombongan PAS Kawasan Batu gajah serta Unit Penerangan MTD Sungai Rapat Setiausaha Kerja Lajnah penerangan PAS Negeri Perak telah berada di Kampung Bendera yang berada di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Sungai Rapat untuk mendengar sendiri permasalahan keperluan asasi masyarakat kampung di sana.

Melalui tinjauan pihak kami ke rumah wakil penduduk Kampung Bendera yang dikenali sebagai Saudara Halil, beliau memaklumkan bahawa beberapa jalan penting di kampung tersebut belum disediakan lampu jalan walaupun telah puluhan tahun membuat permohonan. Malah lebih malang dan menyayatkan hati, beberapa penduduk membuat pendawaian sendiri dengan memasang lampu kalimantang di tepi pokok sepanjang jalan. Disebabkan kawasan rumah berkenaan yang gelap dengan hutan kecil dan pokok, menimbulkan kebimbangan beberapa warga emas yang turut menggunakan jalan itu pada awal pagi dan waktu malam.

Kemudahan jalan tar di beberapa jalan di kampung berkenaan juga seolah-olah dinafikan hak. Saudara Halil memberi tahu beberapa jalan di kampung itu tidak diturap semula atau dibaiki lebih 20 tahun. Jalan yang turut dilalui oleh bas sekolah turut menghadapi masalah dan ia boleh menjejaskan keselamatan para pelajar yang menggunakan kemudahan tersebut.

Tinjauan kami juga mendapati sistem perparitan di beberapa halaman rumah tidak memuaskan. Bayangkan keadaan longkang yang hanya layak wujud pada tahun 1960an kini masih kekal di kampung yang berada di sebuah negeri yang membangun pesat!

Persoalan kami adakah YB Dato' Hamidah yang melihat DUN Sungai Rapat di sudut komersial sahaja sehingga hanya menumpu pemusatan pembangunan di Seksyen 18 dan Medan Gopeng sahaja. Sedangkan di kampung yang turut diwakili oleh beliau kawasannya cukup dhoif.

Menurut beberapa penduduk Kampung bendera YB Dato' Hamidah tidak pernah turun meninjau sendiri 3 permasalahan utama yang kami gariskan ini. Malah janji untuk melihat sendiri kawasan berkenaan hanya bagaikan menanam tebu di bibir sahaja.

Penduduk kampung berkenaan bertekad untuk menukar undi mereka selepas kesal dengan layanan hening pihak berkuasa terhadap rayuan dan surat bertulis yang mereka kemukakan.

Pihak kami diberi peluang untuk melihat sendiri salinan surat kepada pihak ADUN malah ianya disertakan juga dengan himpunan tandatangan penduduk kampung berkenaan.

Adakah disebabkan tulisan mereka tidak berbahasa Melayu tinggi, ejaan yang tidak kemas menyebabkan pihak ADUN menyepi dan meminggirkan rakyat bawahan? Sedangkan suatu ketika dahulu pemerintahan Saidina Umar Al Khattab sanggup mendengar rintihan rakyat bawahan walaupun dinyatakan oleh rakyat yang berpendidikan rendah.

Kami bertekad untuk mendedahkan permasalahan ini serta mendesak kerajaan untuk menyelesaikan isu tertunggak berkenaan.

Janganlah kita hanya berselogan tidak meminggirkan seorang pun rakyat sedangkan hakikatnya kita hanya mementingkan kawasan rakyat yang memberi nilai ringgit dan nama sahaja kepada kita.

Pihak kami juga akan terus berjuang suara marhain sebegini waluapun tidak berada di kerusi eksekutif kerana inilah janji kami atas nama Parti Islam SeMalaysia.

Radzi Zainon

Penyelia Pusat Khidmat Masyarakat (PAS) DUN Sungai Rapat








Biulnya Hamidah Osman ini - Terkantoi lagi di Sungai Rokam!

Posted: 21 Apr 2012 11:20 PM PDT

Biulnya Hamidah Osman ini - Terkantoi lagi di Sungai Rokam!

Ceramah Pakatan Rakyat malam tadi yang diadakan di Sungai Rokam , walaupun hujan renyai-renyai, telah mendapat sambutan hangat dari orang ramai.

Ceramah tersebut menampilkan dua tokoh ahli parlimen Pakatan Rakyat yang hebat – Dr Lee Boon Chye, Dr Mujahid Rawa dan Rafizi Ramli.

Sementara itu, bakal calon PR , Dun Sungai Rapat, Radzi Zainon mengacarakan majlis tersebut.

Bukti kejayaan ceramah malam tadi - ramai yang membanjiri
tempat kami berbanding tempat Hamidah yang kali ini
tiada
sambutan.Makanan banyak yang dibazirkan

Saya mengucapkan terima kasih kepada petugas-petugas PR yang telah membantu untuk menjayakan majlis tersebut.

Kami terpaksa menyiapkan dua tempat berasingan untuk majlis ceramah kami kali ini. Sepertimana hebahan yang kami warwarkan iaitu di markas kami di Jalan Melati ; ianya hanyalah tipu muslihat kami untuk mengelirukan Hamidah yang gemar buat kecoh dimana saja kami mengadakan ceramah.

Biul punya blogger. Betulkah itu YDP Batu Gajah?
Mana ada Chang Li Kang? Lim Bon Chye pun mana ada?
Sila lihat poster kami di bawah ini:


Klik untuk besar

Di markas, kami pasang satu khemah dan susun kerusi. Siap pasang lagu nasyid untuk menyakinkan Hamidah bahawa ceramah kami akan berlangsung seperti mana yang dihebahkan.

Petugas hadir sebelum waktu maghrib di situ untuk maklumat pertugasan. Kami solat maghrib di situ dan selesai makan, para petugas pun beredar ke tempat ceramah yang sebenarnya.

Ada beberapa petugas tinggal di Markas untuk mengarahkan kehadiran orang ramai ke tempat ceramah sebenar yang tak berapa jauh dari markas kami.

Dua khemah ini kami pasang awal-awal lagi sebelum
Hamidah baca Yasin lagi. Ha! ha!ha! Kantoi hamidah!

Di sebelah petang tadi, kami telah mendirikan dua buah khemah tanpa disedari oleh Hamidah. Nak tergelak bila saya baca kebodohan blogger yang sangat gemar menjilat Hamidah!Lihat apa yang bangang tu tulis mengenai betapa bangangnganya dia!

Siapa sebenarnya yang sudah kenaaa...

Hamidah sebenarnya telah kantoi kami kerjakan! Punya jahat Hamidah ini, walaupun dia punggah 7 khemah yang telah dipasang di dewan Sungai Rokam itu secara tergesa-gesa, dia sebenarnya telah merancangkan kerja jahat yang sangat keji keatas majlis ceramah Pakatan Rakyat pada malam itu.

Lewat petang itu, dia pasang lagi satu khemah di rumah Ketua Wanita Umno Sg Rokam, Maimunah. Jadi ada dua khemah Hamidah di situ.

Lewat petang, Hamidah pasang lagi satu khemah ,
kali ini dalam kawasan rumah Maimunah

Para petugas memaklumkan kepada saya, Hamidah pada malam itu, sebenarnya bercadang untuk berceramah di rumah Maimunah itu, selepas majlis bacaan Yasin kerana mereka terlihat ada 4 speaker box yang semuanya ditala ke arah markas kami!

Tetapi apabila dia mendapati markas kami sunyi sepi, terpaksalah dia membatalkan niat jahat dan buruknya itu dan terhegeh-hegeh pergi pula ke Suaru Mujahideen.

Tengoklah cerita bodoh blogger yang gemar menjilat Hamidah tu nampak sangat dia tidak tahu menahu mengenai jemaah Surau Mujahideen. Jemaah Surau Mujahideen tentu tergelak besar kalau membacanya. Tak perlulah saya layan kebodohan blogger pencacai Hamidah ini, kerana siapa yang faham maksud saya ini, tentu turut geli hati sama.

Klik untuk besar

Ada kawan yang beritahu, dia disitu hanya sebentar waktu sahaja dan terhegeh-hegeh berlalu pergi.

Dia ada menaja dua lagi ceramah di dua tempat lagi iaitu di Desa Pinji, bersama Gobala Krishnan, Katak Lompat Padang Serai. Di Kampung Pengkalan Gate dia bersama Lokman Adam, orang buangan parti PKR.

Saya dimaklumkan, sewaktu Hamidah sedang melalak menyalak di Desa Pinji itu, secara tidak semena-mena, bekalan elektrik telah terputus. Gelap tak nampak apa pun. Ha! ha! ha! Gobala, lucky you! Midah tidak nampak ular masa itu, kalau tidak tentu dia sudah kasi ketuk sama you!

Bekas orang kuat Hamidah juga turut hadir ke ceramah
kami kali ini...dia turut geli hati dengan telatah Hamidah

Ha! ha! ha! Hamidah kantoi dan terkedu sungguh kali ini! Apa yang dibuatnya serba tidak kena.

Petugas yang berada di markas kami yang mengarahkan orang ramai ke tempat ceramah yang sebenarnya masing-masing memuji strategi kami.

"Baguih! Celaka betul betina Umno tu!" Itulah antara kata-kata kesat mereka terhadap Hamidah.

Allah Yang Maha Kuasa, menggagalkan segala usaha jahat Hamidah pada malam tersebut.

Mana wang Khairat kematian untuk orang melayu Sungai Rapat?

Posted: 21 Apr 2012 11:08 PM PDT

Mana wang Khairat kematian untuk orang melayu Sungai Rapat?

Sungai Rapat 22 April 2012- Rata-rata rakyat DUN Sungai Rapat terutama daripada kalangan kaum melayu menganggap YB Dato' Hamidah sebagai pemimpin yang hanya pandai menabur janji manis. Hal ini didedahkan oleh Ustaz Radzi Zainon selaku Penyelia DUN Sungai Rapat kepada Unit Penerangan Majlis Tindakan DUN Sungai Rapat berkenaan janji Dato' Hamidah untuk melebarkan skim Khairat Kematian ke seluruh negeri Perak.

Skim Khairat kematian Sungai Rapat pernah dilancarkan oleh beliau pada bulan Jun 2009 menjanjikan bantuan khairat urus selenggara jenazah atau mayat sehingga RM 3000 bagi setiap kes kematian. Malah beliau mensasarkan untuk mencapai target 2000 peserta khairat ini.

Namun yang menjadi persoalannya adakah program kebajikan ini masih kekal sehingga kini?

"Menurut laporan Sinar Harian 4 Ogos 2009 dan 1 Oktober 2009, hanya kaum India dan Cina sahaja yang menerima bantuan ini". Pihak kami gagal mengesan sebarang berita penerimaan bantuan daripada kalangan kaum Melayu. Malah beberapa tinjauan rambang mendapati YB Dato' hamidah hanya memilih beberapa orang sahaja kaum bukan melayu untuk menerima bantuan tersebut" kata Radzi kepada pihak Unit Penerangan.

"Adakah bantuan kepada kaum bukan melayu ini hanya untuk menutup kesilapan beliau yang pernah menghina kaum India atas isu pukul ular suatu ketika dahulu?" tambahnya lagi.

Muhammad Nuruddin Bashah

Unit Penerangan MTD Sungai Rapat









Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 22 Apr 2012 07:21 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


TARBIAH : JANGAN ABAIKANNYA KERANA PRU.

Posted: 22 Apr 2012 01:07 AM PDT

PRESIDEN : ULAMA' BERSAMA MASYARAKAT.

Posted: 22 Apr 2012 01:04 AM PDT

TERAS : SEMAK SEMULA ISU SABK...

Posted: 22 Apr 2012 12:56 AM PDT

ISU PTPTN : PASANG SEMULA KHEMAH !

Posted: 22 Apr 2012 12:48 AM PDT

AL FATIHAH : PELAJAR MAUT JATUH BANGUNAN.

Posted: 22 Apr 2012 12:42 AM PDT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan