PEMUDA RANTAU ABANG Posted: 22 Apr 2012 03:21 AM PDT CERAMAH PGU DI N-26 DUN RANTAU ABANG Posted: 21 Apr 2012 09:04 PM PDT SALAM PGU ,
AGENDA PROGRAM :-
1. PROGRAM EDARAN MANIFESTO PAS NEGERI TERENGGANU BERSAMA YB AHLI PARLIMEN PADANG TERAP, KEDAH DAN YBHG TUAN HAJI ALIAS HARUN, PENGARAH N26, DUN RANTAU ABANG PADA JAM 530 PETANG DI SEKITAR PASAR BUAH, DUNGUN
2. KULIAH MAGHRIB DI MASJID PULAU SERAI DUNGUN
3. CERAMAH UMUM ISU SEMASA PAS GANTI UMNO DI SURAU USTAZ DAUD BALAI BESAR DUNGUN
JOM PAKAT MAGHI RAMAI-RAMAI AJAK SAING RODONG | |
Dr Siti Mariah Mahmud Posted: 22 Apr 2012 03:11 AM PDT Selangor sudah belanja RM600 juta untuk kebajikan rakyat. Posted: 21 Apr 2012 06:41 AM PDT Taman Sentosa Klang : Kerajaan Selangor menyarankan setiap rakyat di negeri ini yang masih belum berdaftar di bawah program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) untuk segera mengambil bahagian bagi membolehkan mereka menikmati hasil negeri. Saranan itu dinyatakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang berkata masih ramai lagi rakyat Selangor yang tidak berdaftar untuk program-program seperti Tabung Warisan Anak Selangor, Jom Shopping dan Khairat Kematian. Menurut Abdul Khalid, hasil pembangunan yang dikecapi melalui pentadbiran telus pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) sejak 2008 perlu dinikmati dan dirasai oleh setiap masyarakat. Beliau berkata, setakat ini juga kerajaan negeri telah membelanjakan lebih RM600 juta untuk program kebajikan, di mana wang ini diberi terus kepada rakyat tanpa melalui orang tengah. "Kerajaan negeri berbelanja banyak kepada rakyat dan kita juga simpan banyak (simpanan tunai) untuk rakyat. "Ini hak rakyat Selangor yang mesti dijaga sebaiknya. Kita tunjukkan bahawa hasil simpanan negeri ini dikembalikan semula kepada rakyat. Kita tidak berhutang untuk beri kebajikan kepada rakyat. "Kita harus jaga duit rakyat dengan beramanah supaya tidak disalahgunakan selain berjaga-jaga dalam penggunaan wang rakyat," katanya. Beliau berkata demikian semasa menghadiri Program Karnival Rakyat Parlimen Kota Raja di Padang Besar Jalan Hulubalang, Taman Sentosa di sini hari ini. Karnival yang julung kalinya dianjurkan di Klang itu merupakan kesinambungan daripada Karnival Terima Kasih Rakyat di Kuala Selangor, 25 Mac lalu dan turut disertai MP Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud.
Karnival yang berlangsung selama dua hari ini menganjurkan pelbagai aktiviti menarik antaranya, permainan go-kart, pameran keselamatan jalan raya dan pendaftaran program kesihatan.
Sementara itu, Abdul Khalid dalam ucapannya turut menyelar sikap pilih bulu kerajaan Umno-BN dalam menyalurkan bantuan kepada rakyat terutama berkaitan isu banjir. Beliau berkata, tindakan itu sama sekali tidak wajar, malah berbeza daripada pendekatan yang diamalkan kerajaan Selangor dalam menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir. "Ada kalanya kerajaan persekutuan mengamalkan sikap piluh bulu terutama kepada negeri-negeri PR. Kadangkala, mereka mengambil masa lama untuk meneliti permohonan bantuan kepada negeri-negeri di bawah pentadbiran PR berbanding negeri-negeri di bawah pemerintahan Umno-BN. Tetapi di Selangor, rakyat tidak perlu menunggu lama untuk menerima bantuan. "Saya harap rakyat yang layak segera mengambil sumbangan ini. Polisi kerajaan PR ialah, kita menyegerakan bantuan tanpa perlu menunggu lama. Kalau lambat bayar, maknanya kita lemah dari sudut pentadbiran," ujarnya. Berita dan gambar berkaitan :- | |
PAS TAMBUN Posted: 22 Apr 2012 01:34 AM PDT |
CINA ISLAM (林川興) Posted: 22 Apr 2012 01:22 AM PDT Najib umum Teng Chang Yeow sebagai Pengerusi BN Pulau Pinang ganti Tsu Koon Posted: 21 Apr 2012 11:10 PM PDT 30 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -
GEORGETOWN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Teng Chang Yeow sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang yang baru, menggantikan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.
Chang Yeow adalah Setiausaha Agung Parti Gerakan. Najib mengumumkan demikian selepas mengadakan perjumpaan Bersama Jentera BN negeri sempena lawatan seharinya ke Pulau Pinang di Bukit Jawi Golf Club, di sini, pagi ini. Pada majlis itu, Perdana Menteri turut melancarkan 345 PDM di seluruh Pulau Pinang.
Najib berkata lantikan terhadap bekas Exco kerajaan negeri yang juga bekas anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar itu akan berkuat kuasa hari ini.
"Saya umumkan pelantikan Teng Chang Yeow sebagai pengerusi BN Pulau Pinang yang baharu dan beliau akan ambil alih dan memikul tanggungjawab itu mulai hari ini. "Terima kasih saya ucapkan kepada Pengerusi Gerakan Negeri Datuk Dr Teng Hock Nan kerana faham bahawa inilah realiti politik, walaupun beliau sendiri telah banyak memberi sumbangan dan tenaga kepada parti selama ini," katanya.
Pada November tahun lepas, Koh yang juga Presiden Gerakan mengumumkan tidak akan bertanding pada pilihan raya umum ke-13 nanti dan dengan itu dirumuskan bahawa beliau pada prinsipnya membuat keputusan untuk melepaskan jawatan sebagai pengerusi BN Pulau Pinang.
Najib berkata pelantikan Teng sebagai pengerusi BN Pulau Pinang yang baharu juga sebagai pemangkin kepada kekuatan jentera BN khususnya di negeri ini yang memerlukan pembaharuan.
Pembaharuan ini bererti bahawa semua pihak harus bekerjasama dan bermuafakat serta boleh bekerja sebagai satu pasukan untuk mengukuhkan parti, katanya.
"Dalam konteks Pulau Pinang ini, kita perlu kepada pembaharuan dan sebab itulah bila saya berbincang dengan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, beliau sedar hakikat ini dan sebab itulah beliau umumkan tak akan bertanding dalam pilihan raya umum kali ini dan beliau beritahu akan tamatkan perkhidmatan dalam kerajaan sebab beliau tahu realitinya begitu.
"Terima kasih Koh Tsu Koon," kata Perdana Menteri.
Turut hadir bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Pengerusi MCA Pulau Pinang Datuk Seri Dr Ng Yen Yen yang juga Menteri Pelancongan. - BERNAMA | 60 cedera kereta api bertembung di Amsterdam Posted: 21 Apr 2012 11:08 PM PDT 30 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -
THE HAGUE: Sekurang-kurangnya 60 cedera dengan lebih 20 lagi parah selepas dua kereta api bertembung di pinggir Bandaraya Amsterdam, semalam.
"Setakat ini 60 cedera, antara 15 hingga 20 orang parah," kata jurucakap polis, Ed Kraszewski. Kejadian berlaku berdekatan stesen Sloterdijk di barat pinggir Bandaraya Amsterdam, jam 6.30 petang waktu tempatan. Ia membabitkan sebuah kereta api domestik biasa dari Amsterdam, berlanggar dengan sebuah kereta api laju, kata jurucakap Lembaga Kereta Api Belanda, Babet Verstappen. - AFP | 60 cedera kereta api bertembung di Amsterdam Posted: 21 Apr 2012 11:08 PM PDT 30 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -
THE HAGUE: Sekurang-kurangnya 60 cedera dengan lebih 20 lagi parah selepas dua kereta api bertembung di pinggir Bandaraya Amsterdam, semalam.
"Setakat ini 60 cedera, antara 15 hingga 20 orang parah," kata jurucakap polis, Ed Kraszewski. Kejadian berlaku berdekatan stesen Sloterdijk di barat pinggir Bandaraya Amsterdam, jam 6.30 petang waktu tempatan. Ia membabitkan sebuah kereta api domestik biasa dari Amsterdam, berlanggar dengan sebuah kereta api laju, kata jurucakap Lembaga Kereta Api Belanda, Babet Verstappen. - AFP | 60 cedera kereta api bertembung di Amsterdam Posted: 21 Apr 2012 11:08 PM PDT 30 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -
THE HAGUE: Sekurang-kurangnya 60 cedera dengan lebih 20 lagi parah selepas dua kereta api bertembung di pinggir Bandaraya Amsterdam, semalam.
"Setakat ini 60 cedera, antara 15 hingga 20 orang parah," kata jurucakap polis, Ed Kraszewski. Kejadian berlaku berdekatan stesen Sloterdijk di barat pinggir Bandaraya Amsterdam, jam 6.30 petang waktu tempatan. Ia membabitkan sebuah kereta api domestik biasa dari Amsterdam, berlanggar dengan sebuah kereta api laju, kata jurucakap Lembaga Kereta Api Belanda, Babet Verstappen. - AFP | Hanya RM3b tambahan untuk pendidikan percuma Posted: 21 Apr 2012 11:04 PM PDT 30 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -
ULASAN Perdebatan mengenai dasar pendidikan percuma yang ditawarkan Pakatan Rakyat merupakan satu perkembangan baik mutakhir ini.
Keprihatinan rakyat, terutamanya golongan pelajar dan orang muda mengenai masa depan pendidikan tinggi di Malaysia memberi harapan ke arah masa depan negara yang lebih cerah.
Dalam kehangatan perdebatan ini, ada pihak tidak bertanggungjawab yang cuba memesongkan isu dengan memberi gambaran bahawa dasar pendidikan percuma tersebut akan menyebabkan pembiayaan sara hidup (yang kini diberikan melalui PTPTN) akan dihapuskan sama sekali.
Perbincangan mengenai mekanisme pembiayaan sara hidup pelajar selepas PTPTN dihapuskan dan pendidikan percuma diperkenalkan telah dibincangkan dengan terperinci di peringkat PKR dan Pakatan.
Sukacita saya menggariskan rangka kasar dasar pendidikan percuma untuk menangkis dakyah pihak lawan bahawa penghapusan PTPTN akan menghentikan pembiayaan sara hidup, seperti berikut: (1) Pelaburan yang besar akan dibuat untuk menambah peluang pendidikan tinggi di institusi awam, termasuklah pembinaan universiti teknikal khusus bagi lepasan sekolah yang lebih berminat di dalam kemahiran teknikal. Ini penting untuk mengimbangi jumlah tempat yang ditawarkan di institusi awam berbanding institusi swasta, seterusnya mengelakkan pergantungan kepada pendidikan tinggi berbayar di masa hadapan;
(2) Yuran pengajian di institusi awam akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. Kerajaan juga akan menyediakan elaun sara hidup untuk menanggung kos sara hidup bagi pelajar-pelajar yang layak. Kelayakan untuk menerima elaun sara hidup dikira berdasarkan tahap pencapaian akademik dan latar belakang sosio ekonomi pelajar mengambil kira tanggungan keluarga;
(3) Bagi pelajar di institusi awam yang tidak memenuhi syarat untuk menerima elaun sara hidup kerana datang dari keluarga berpendapatan tinggi, mereka boleh memilih untuk membiayai sendiri elaun sara hidup atau layak untuk memohon pinjaman elaun sara hidup dari satu tabung khas untuk membiayai kos sara hidup dan pendidikan swasta yang akan ditubuhkan kelak;
(4) Bagi pelajar yang tidak mendapat tempat di institusi awam, mereka boleh terus memohon untuk meminjam dari dana pembiayaan seperti yang ditetapkan di dalam (3). Pembiayaan pendidikan akan meliputi yuran dan kos sara hidup pada kadar yang ditetapkan, mengambil kira subsidi yuran yang akan diberikan kerajaan sepadan dengan yuran purata bagi kursus yang setara di institusi awam; dan
(5) Pembiayaan untuk menampung elaun sara hidup dan sebahagian yuran di IPTS seperti yang diterangkan di atas tidak akan dikenakan sebarang faedah.
Prinsip ini akan digunapakai oleh Pakatan untuk merangka mekanisme khusus dalam melaksanakan dasar pendidikan percuma kelak.
Ia jelas menangkis dakyah pihak lawan bahawa dasar pendidikan percuma akan merugikan pelajar Melayu/Bumiputera kerana ketiadaan pembiayaan sara hidup.
Sebaliknya, dasar pendidikan percuma akan meluaskan akses kepada pendidikan tinggi percuma kepada lebih ramai rakyat Malaysia pelbagai kaum.
Pada masa yang sama, ia menukar model pembiayaan pendidikan tinggi yang kini terbukti menindas rakyat dan tidak dapat bertahan di masa hadapan.
Saya menganggarkan peruntukan tambahan untuk menyediakan elaun sara hidup, menanggung baki yuran yang kini dibayar pelajar dan menyediakan subsidi yuran yang setara kepada pelajar di IPTS adalah sebanyak RM3 bilion setahun.
Persoalan pokok yang perlu dijawab oleh semua rakyat Malaysia adalah sama ada kerajaan mampu menanggung peruntukan tambahan sebanyak RM3 bilion setahun ini.
Saya percaya penghapusan konsesi tol lebuh raya seperti yang dijanjikan di dalam Buku Jingga akan menjimatkan sebanyak RM5 bilion setiap tahun, kerana inilah wang pampasan yang dibayar BN kepada pengendali konsesi lebuhraya setiap tahun.
Wang ini lebih dari cukup untuk menampung peruntukan tambahan sebanyak RM3 bilion yang diperlukan untuk menyediakan pendidikan percuma.
Mohd Rafizi Ramli pengarah Strategi PKR. | Dua ditahan, DBKL rampas khemah di Dataran Aidila Razak & Nigel Aw 10:00AM Apr 22, 2012 Pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan polis pagi ini mena Posted: 21 Apr 2012 11:02 PM PDT 30 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -
Pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan polis pagi ini menahan dua orang lelaki yang sedang berkhemah di Dataran Merdeka.
Dianggarkan 40 pegawai DBKL dan polis itu mengepung tapak perkhemahan berkenaan dan merampas khemah tersebut pada kira-kira jam 8 pagi ini, menurut seorang saksi, Wong Tay Sy, 27.
Wanita muda itu berkata, pasukan berkenaan menunggu sehingga peserta perkhemahan tersebut bangkit tidur dan merampas serta memunggah sebanyak 61 daripada 62 khemah itu ke dalam trak DBKL.
Wong yang berkhemah di lokasi tersebut sejak Jumaat lalu berkata, dua orang berkenaan – aktivis Fahmi Reza dan siswa bernama Umar Mohd Azmi – ditahan dan dibawa ke sebuah kenderaan tidak bertanda.
"Fahmi terus bertanya sekiranya beliau ditahan namun mereka tidak menjawab. Sekarang beliau berada di balai polis Dang Wangi," katanya lagi. Hari kelapan demo siswa
Kumpulan siswa berkenaan berkhemah di Dataran Merdeka sejak lebih seminggu lalu dengan mesej tuntutan untuk menghapus pinjaman melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional dan juga tuntutan untuk pendidikan tinggi percuma. Kumpulan yang berkhemah bersama aktivis Occupy Dataran memberi ruang kepada konsert diraja untuk diadakan di Dataran namun kembali berkhemah selepas konsert itu berakhir malam tadi. Ketika dihubungi, Fahmi berkata beliau ditahan oleh anggota polis ketika pegawai DBKL sedang menurunkan khemah yang didirikan mereka. Katanya, polis berkenaan mahu bercakap dengannya namun Fahmi berkata beliau ingin berbincang dengan rakannya terlebih dahulu. Fahmi berkata beliau ditahan polis selepas ditanya sekiranya benar beliau ditahan, manakala seorang lagi ditahan apabila mendekati polis dan bertanya sebab penahanan Fahmi. Malaysiakini/- | |
Idris Ahmad Posted: 21 Apr 2012 11:34 PM PDT Jangan Abaikan Tarbiah Walaupun Musim Pilihanraya Posted: 21 Apr 2012 10:33 PM PDT Jangan Abaikan Tarbiah Walaupun Musim Pilihanraya Idris Haji Ahmad 19/4/12 Sesungguhnya keperibadian Muslim yang tulen merupakan batu bata yang menjadi tapak kepada pembinaan jamaah. Kukuhkan peribadi Muslim melalui program tarbiah fardi (perseorangan) atau secara jama'i). Jika berlaku kelemahan dan kecacatan di dalam proses pembinaan ini maka jamaah perlu dipertangungjawab kenapa perkara ini berlaku. Sekiranya jamaah sudah berusaha semaksimum mungkin mengatur program, namun sikap ahli atau pimpinan yang tidak memperdulikan program ini, maka jamaah boleh melepaskan diri daripada tanggungjawab ini. Kerana kegagalan berbuat demikian akan memberi kesan jangka panjang kepada parti Pas untuk meneruskan perjuangan, kerana perjalanan masih jauh. Kegagalan ini akan memberi kesan jangka panjang dan keruntuhan kepada jamaah. Mengakibatkan parti tidak boleh melahirkan keperibadian yang bertanggungjawab dan petugas yang sanggup memikul beban tugas yang merupakan amanah. Paling malang sekali, kesan yang paling buruk ialah mereka ini membebankan parti, bukan meringankan parti. Sesungguhnya tabiat perjuangan itu sendiri yang perlu meletakkan asas yang kukuh kerana ia menuntut kita kepada amal jihad yang berterusan. Untuk mendapat kejayaan cemerlang, jamaah mesti melahirkan manusia yang memiliki akidah yang betul-betul memahami Islam mengikut sistem tarbiah yang baik untuk persediaan kepada jihad dan pengorbanan. Imam Syhid Hassan al-Banna pernah menyatakan "Sesungguhnya lelaki bercakap bukan lelaki kerja,lelaki kerja pula bukan lelaki jihad, lelaki jihad yang semata-mata berjihad saja bukan lelaki yang bijaksana yang boleh mengeluarkan hasil yang memberi keuntungan besar melalui pengorbanan yang sidikit saja" Tarbiah mempunyai kesan dan pengaruh jangka panjang dan pendik untuk menghadapi berbagai-bagai peristiwa dan keperluan amal di jalan dakwah, samada ketika menghdapi dugaan atau tipu helah musuh. Tarbiah tidak sepatutnya dibataskan untuk ahli biasa sahaja, sedangkan peringkat atasan ditinggal begitu sahaja. Ia wajib diamalkan tanpa ada pilihan kerana setiap orang memerlukan bekalan dan bahan ingatan. Tarbiah amat diperlukan sepanjang masa, terutama ketika suasana kritikal , seperti sewaktu pilihanraya. Suasana begini amat penting kerana unsur iman diperlukan untuk mendapat sokongan dan pertolongan Allah. Meneruskan usaha tarbiah amat diperlukan sebagai persediaan kepada generasi akan datang untuk menyambung tugas perjuangan jihad sebagai barisan pelapis. Terdapat beberapa perkara yang menyebabkan kecuaian terhadap program tarbiah. Sheik Mustafa Masyhur dalam bukunya "Tariq al-Dakwah Baina al-Asalah wal-Inhiraf" (Jalan Dakwah Antara Keaslian Dan Penyelewingan) telah menggariskan beberapa perkara yang boleh menyebabkan program tarbiah terencat untuk menjadi ingatan kepada kita, supaya perkara ini tidak berlaku kepada parti Pas a. Memberi tumpuan yang lebih kepada bidang politik dan meringankan aspek tarbiah . Hal ini diatur oleh politik yang terlalu sibuk menghabiskan masa dalam menyelesaikan masalah , kemusykilan dan perhitungan. b. Tidak menyediakan para murabbi dan para pelatih. Para murabbi hanya menumpukan kepada peringkat tinggi, dan mengabaikan peringkat bawahan. Selain itu berlebihan memberi keutamaan kepada berceramah ke merata-rata tempat kerana banyak jemputan hingga melemahkan tugas mereka dalam aspek tarbiah.Dengan ini amat penting disediakan para murabbi untuk mengimbangkan program ceramah dengan tarbiah. c. Usrah tidak dimanfaatkan sepenuhnya. Usrah tidak digunakan untuk mengasah bakat dan pembentukan peribadi dan membina akhlak. d. Sibuk dengan bidang-bidang lain hingga mengenepikan tugas tarbiah. Muhasabah yang diberikan oleh Sheikh Mustafa Mashur ini boleh kita mmbuat koreksi terhadap diri kita dan juga jamaah kita supaya ia menjadi jamaah yang unggul. Walaupun beliau menulis di dalam konteks negeri Mesir yang berbeza dari segi demografi dan suasana persekitaran politik. Namun beberapa saranan dan teguran beliau itu ada relevan untuk kita muhasabah diri dan parti kita. Setiap ahli Pas mesti melatih diri mereka mengutamakan sudut amali daripada banyak bercakap. Elakkan diri daripada terjebak dengan pencemaran riya' yang boleh membawa kepada kerosakan dan kemusnahan amalan dan parti. Elakkan diri daripada menyebarkan diayah palsu sesama ahli jamaah Elakkan pertengkaran dan perbalahan sesama anggota, kerana syaitan akan masuk campur dan berlakulah pertelingkahan dan permusuhan sehingga merosakkan ukhwah. Semua ini menjejaskan amal kerja untuk berdakwah. Rasulullah melarang kita dari bersifat demikian kerana ia tidak mendatangkan kebaikan. Memanglah ukhwah sangat penting dalam berdakwah dan berjihad supaya tidak ada peluang kepada musuh menembusi masuk ke dalam saf jamaah. Kecuaian terhadap ruh atau semangat ukhwah dan kasih sayang sesama anggota akan memberi peluang kepada syaitan dan musuh sehingga membawa kepada pertelagahan, kegagalan dan keruntuhan. Firman Allah SWT "Dan janganlah kamu berbalahan, maka kamu akan gagal dan hilang kekuatan kamu" (Surah al-Anfal 46) Imam Syahid Hassan al-Banna menasihat perkara ini "Masa merupakan kehidupan, dan tanggungjawab lebih banyak dari masa. Oleh itu janganlah kita sibuk dengan menguruskan kulit mengenepikan isi dan jangan sibuk dengan banyak cakap dan bertengkar tetapi mengenepikan amal. Filed under: Pilihanraya | |
MTD-RANTAU ABANG Posted: 21 Apr 2012 11:29 PM PDT Posted: 21 Apr 2012 08:57 PM PDT SALAM PGU ,
AGENDA PROGRAM :-
1. PROGRAM EDARAN MANIFESTO PAS NEGERI TERENGGANU BERSAMA YB AHLI PARLIMEN PADANG TERAP, KEDAH DAN YBHG TUAN HAJI ALIAS HARUN, PENGARAH N26, DUN RANTAU ABANG PADA JAM 530 PETANG DI SEKITAR PASAR BUAH, DUNGUN
2. KULIAH MAGHRIB DI MASJID PULAU SERAI DUNGUN
3. CERAMAH UMUM ISU SEMASA PAS GANTI UMNO DI SURAU USTAZ DAUD BALAI BESAR DUNGUN
JOM PAKAT MAGHI RAMAI-RAMAI AJAK SAING RODONG
| |
N.27 - PAS DUN Sura Posted: 21 Apr 2012 07:39 PM PDT Bangunan PAS DUN Sura Dirasmikan...Rakyat Sudah Hilang Keyakinan Kepada UMNO Posted: 20 Apr 2012 08:35 PM PDT DUNGUN - Rakyat hilang keyakinan kepada parti Umno dan Barisan Nasional (BN) kerana parti itu tidak melaksanakan pemerintahan dengan baik dan tidak mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Islam. Menurut Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat Umno/BN telah menurut telunjuk penjajah dengan melabelkan Islam sebagai tidak maju dan Negara akan mundur sekiranya melaksanakan hukum-hukum Islam.
Sebaliknya beliau menegaskan, kerajaan negeri Kelantan yang dipimpin beliau telah melaksanakan Islam sejak 20 tahun lalu dan semakin maju.
"Cuba ambil contoh Kelantan, kecil sahaja negeri Kelantan, mula-mula kita memerintah kita ambil duit dari bank konvensional (riba) kita masuk kepada bank Islam, tahun 1990 dulu lagi saya buat sehingga sekarang tidak ada apa-apa, "(dia kata) kalau buat Islam tidak ada kemajuan (tetapi) Kelantan 40 kali sehari penerbangan, 20 kali naik 20 kali turun, 3 buah syarikat (penerbangan), (kapalterbang) naik turun, naik turun 40 kali buat kerja apa sekiranya tidak ada kemajuan,"tegasnya.[Gambar Kanan Atas - Tok Guru menandatangani plak perasmian Bangunan PAS DUN Sura ]Beliau yang juga Menter Besar Kelantan, berkata demikian ketika berucap dalam majlis Perasmian Bangunan PAS DUN Sura pada Jumaat malam 20 April di Kampung Molek dekat sini. Sebelum itu, menurut beliau, tindakan Umno/BN memberikan wang RM500 Bantuan rakyat 1 Malaysia kepada rakyat adalah kerana Umno/BN tidak yakin rakyat akan mengundi mereka pada pilihan raya akan datang."Dia (Umno/BN) beri duit RM500, seumur hayat saya, tidak pernah Umno beri RM500, (dia beri) kerana Umno yakin orang Melayu (dan) rakyat Malaysia tidak mahu mengundi dia,"ujarnya.[Gambar Tengah - Ribuan warga DUN Sura yang hadir mendengar Mursyidul Am PAS menyampaikan ucapan ]Beliau turut menyifatkan tindakan Umno/BN mengambil pengundi luar dan warga asing untuk menang dalam pilihan raya sebagai satu penipuan.Katanya, Umno terpaksa menipu kerana parti itu gagal untuk memerintah dengan baik."pengundi hantu, rela kita ambil orang luar, nak perintah negeri ambil orang luar (jadi pengundi), ambil orang luar (jadi pengundi adalah) menipu, (tak Ingat) syurga neraka,"kalau buat (memerintah dengan) molek, kalau ikut hukum Islam (orang akan sokong),"jelasnya.[Gambar bawah - Tok Guru menyampaikan watikah terima kasih kepada para penyumbang yang telah memberikan 'saham' mereka membina Bangunan PAS DUN Sura]Turut hadir dan menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut adalah Pesuruhjaya PAS Terengganu yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut dan Yang DiPertua PAS Dungun merangkap ADUN Sura, Ustaz Wan Hassan Mohd RamliLebih 5,000 orang hadir dalam majlis bersejarah itu yang telah mengumpulkan jumlah sumbangan derma melebihi RM21,000.00
| |
ULAMA PEWARIS NABI Posted: 21 Apr 2012 03:33 PM PDT MISBAHUL MUNIR MELAWAT PEMERGIAN PEJUANG PAS Posted: 20 Apr 2012 11:02 PM PDT Nazir Masjid bersama jemaah bersolat jenazah dan menghantar jenazah, kelihatan Ahli dan AJK PAS Ustaz Misbahul Munir hadir memberi penghormatan terakhir bagi Allahyarham pejuang PAS dan Penggerak aktiviti kemasyarakat yang aktif dan sendtiasa positif dalam tindakan. Ustaz Misbahul dimaklumkan adalah saudara sepupu Allahyarham Ustaz Zulkifli Dawam MasyaAllah ! Talkin dan Doa disampaikan oleh 2 orang abang Allahyarham itu. | BUKAN BERPELUH LAGI TAPI HANCUR LULUH ! Posted: 20 Apr 2012 03:50 PM PDT Hancur berkecai Pengerusi Barisan Nasional nak buat PRU13 bila beliau dijangka jadi saksi di Mahkamah Perancis? Nampaknya PRU13 kena tangguh tahun depan?
NGO hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) semalam berjaya dalam hujahnya di depan hakim Roger Le Loire di tribunal Grande Instance Paris supaya kenyataan saksinya diterima.
Suaram pada 2010 memfailkan kes terhadap gergasi pertahanan Perancis DCNS atas dakwaan membayar komisyen secara tidak sah kepada pegawai tertinggi Malaysia dalam penjualan dua kapal semalam Scorpene kepada kerajaan Malaysia pada 2002.
military malaysia navy french built submarine scorpene classPengarah Suaram Kua Kia Soon, anggota sekretariat Cynthia Gabriel dan peguam Fadiah Nadwa Fikri berhujah di hadapan hakim dalam sesi tiga jam di Perancis yang berakhir pada jam 6 petang (waktu Perancis).
Peguam Perancis William Bourdon and Joseph Breham bertindak bagi pihak Suaram.
Ketika dihubungi, Gabriel berkata, pasukan meeka berjaya membentangkan kepada hakim Le Loire - satu daripada dua hakim siasatan dalam kes itu - yang menerima kenyataan mereka berhubung kenapa inkuiri mesti dibuat terdapat dakwaan sogokan itu.
ops scorpene dinner 220711 cynthia gabrielKatanya, hakim menerima cadangan senarai saksi berpotensi yang dikemukakan Suaram, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Gabriel berkata, pendengaran itu bagi mengesahkan aduan dan menetapkan keperluan untuk membuat siasatan kehakiman terhadap bayaran RM7.3 bilion yang berlaku ketika Najib menjadi menteri pertahanan.
"Kami beritahu mereka, kami failkan kes ini kerana Parlimen Malaysia gagal memberikan jawapan yang kami mahu berhubung pembelian kapal selam," kata Gabriel kepada Malaysiakini.
"Kami juga menyebut bahawa kami tidak dapat mencari jawapan berhubung pembunuhan warganegara Mongolia Altantuya Shaariibu dan kegagalan Suruhanjaya Pencegahan Rasuan Malaysia (SPRM) untuk menyiasat aduan kami," tegasnya. Dicatat oleh ELBI RISALAH | |
Pemuda PAS Wangsa Maju Posted: 21 Apr 2012 03:31 PM PDT TAKDE DATARAN... TEMPAT LAIN ADA : DEWAN PEMUDA Posted: 21 Apr 2012 02:38 AM PDT Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan(DPPWP) mengalu-alukan keputusan Bersih 2.0 untuk tetap meneruskan PerhimpunanBersih 3.0 di Dataran Merdeka pada 28 April 2012 meskipun Dewan Bandaraya KualaLumpur (DBKL) menolak permohonan mereka.
DPPWP menganggap keputusan DBKL yangmelarang penggunana Dataran Merdeka sudah dijangka kerana memang tidak pernah sebelumini permohonan mana-mana himpunan rakyat dibenarkan. Walaupun peringkat awalnyapihak kerajaan tidak bermasalah dengan Bersih 3.0 tetapi akhirnya mereka menjadikanDBKL sebagai alasan untuk tidak membenarkannya. Memang selama ini perhimpunanaman rakyat sering dianggap perhimpunan haram dan tindakan keras pasti akandiambil terhadap pesertanya. Tidak mustahil ia akan berlaku kali ini menjelang28 April 2012 nanti.
DPPWP tidak menganggap kebenaranmenggunakan Dataran Merdeka sebagai isu utama penganjuran Bersih 3.0. DBKLmempunyai hak ke atas padang Dataran Merdeka tetapi tidak mempunyai hak untukmenghalang perhimpunan tersebut. Lagipun, Kuala Lumpur memiliki banyak lokasisebagai perhimpunan rakyat dan jawatankuasa Bersih 2.0 boleh memilihnya jikaDataran Merdeka ditutup dan dikawal rapi pada hari tersebut.
Perhimpunan Bersih 3.0 sudah tidakdapat dielakkan kerana tuntutan bagi pilihanraya yang bersih dan adil amatperlu waktu ini. Ramai beranggapan Bersih 3.0 adalah harapan terakhir rakyatbagi menghadapi sebuah penipuan terbesar dalam sejarah pilihanraya di sebuahnegara demokrasi seperti Malaysia.Dengan pelbagai kecurigaan yang timbul, serta Jawatankuasa Penambah baikansistem Pilihanraya di Malaysia (PSC) tidak berperanan sepenuhnya, tidak mungkinpilihanraya kali ini dijamin bersih. Malah dijangkakan lebih banyak penipuanyang terancang akan berlaku dalam Pru ke 13.
Justeru, DPPWP mengajak seluruhrakyat terutama anak-anak muda agar terus kuatkan tekad bersama-sama turun kehimpunan Bersih 3.0. DPPWP memberi jaminan untuk mengawal keselamatan pesertahimpunan di samping memastikan kebersihan Kuala Lumpur terjaga. Seramai 1000petugas pemuda berpakaian AMAL akan sentiasa bersiap sedia memastikankelancaran Bersih 3.0. | |
Batu Gajah Mari Posted: 21 Apr 2012 11:22 AM PDT Kak Midah terdesak raih undi Cina Posted: 21 Apr 2012 05:40 AM PDT comel-comel.. Ustazah-Ustazah Umno meraih undi sumber gambar: Blogger Hamidah.. syukran2.. hehe Hamidah ketika ini udah terdesak nak cari undi cina. Ternyata dia tidak dapat lagi mengharapkan undi melayu yang kini sudah berfikiran matang. Sekarang ni setiap rumah dia pegi, akan di 'jaja' dengan plastik tertera gambarnya yang belum lagi yakin dirinya akan jadi calon lagi. Biasalah Umno, semua berebut. PAS dengan berani sejak awal mengisytiharkan Ustaz Radzi sebagai calon dan ianya tidak lagi dirahsiakan. Setiap rumah yang Hamidah dan kuncunya pegi, dia akan tampal bendera BN di rumah yang dikunjunginya. Hamidah perlu ingat, jangan perasan jika dah tampal bendera BN tu dia akan sokong anda. Itu cara lapuk. Nantikan pendedahan kami tentang ketidakpuashatian seorang penduduk di DUN Sungai Rapat. | |
MEMBANGUN BERSAMA ISLAM Posted: 21 Apr 2012 09:41 AM PDT Pemuda Pahang kecam Umno politikkan bantuan SAR Kafa Posted: 20 Apr 2012 09:50 PM PDT TEMERLOH: Dewan Pemuda PAS (DPP) Pahang mengecam tindakan mempolitikkan penyampaikan cek bantuan (Sekolah Agama Rakyat) SAR Kafa yang diagihkan melalui Umno Bahagian di negeri ini sehingga memberi ruang parti itu berkempen.
Ketuanya Ustaz Shahril Azman Abdul Halim Al-Hafiz berkata, program seumpama itu tersebut tidak seharusnya dipolitikkan demi kepentingan Umno kerana merupakan dana awam untuk kepentingan anak bangsa.
Beliau yang mendakwa menerima banyak aduan dan rungutan daripada guru-guru SAR Kafa, program penyampaian cek itu wajar dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah atau Pejabat Agama Islam Daerah (Paid) bukannya dianjurkan Umno.
"Ada di sesetengah tempat penyampaian cek diadakan di pejabat Umno dan disampaikan oleh Ketua Umno Bahagian sendiri, kenapa ini berlaku sedangkan banyak lagi lokasi sesuai kenapa perlu disampaikan di pejabat Umno Bahagian.
"Tambahan pula, peruntukan itu bukan dikeluarkan melalui dana Umno atau BN jadi tidak sewajarnya dieksploitasi demi kepentingan politik Umno terutama menjelang pilihan raya ini," ujarnya.
Shahril berkata demikian mengulas keresahan kebanyakan guru-guru SAR Kafa yang terpaksa menadah telinga mendengar kempen politik pemimpin Umno sebelum diagihkan cek bernilai RM21 ribu sebagai sumbangan tahunan untuk pembangunan institusi pendidikan tersebut.
Difahamkan, cek-cek tersebut mula diagihkan awal bulan ini di seluruh Pahang tetapi seperti juga penyampaian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dan baucar buku yang diagihkan melalui ketua-ketua Umno Bahagian.
Shahril menambah, mempolitikkan pemberian bantuan ini tidak wajar dibiarkan kerana bukan semua wakil-wakil SAR Kafa terdiri daripada orang Umno dan ini boleh dianggap penyalahgunaan agensi awam untuk kepentingan politik.
"Kami kesal kerana PPD dan Paid yang lazimnya mengendalikan pengagihan dana itu, membiarkan urusan penyerahan bantuan dikendalikan Umno dan diadakan di tempat tidak sesuai.
"Bayangkan ada guru-guru yang terpaksa menadah telinga mendengar propaganda Umno termasuk diselang-seli dengan maki hamun terhadap parti-parti lain demi kepentingan politik.
"Sebab itu kami kecam dan perkara seperti ini tidak wajar dibiarkan berlanjutan," tegasnya.
Shahril menjelaskan SAR Kafa selama ini telah banyak mendidik anak bangsa sejak zaman berzaman supaya menjadi insan dan warganegara berguna sebagaimana yang diterapkan dalam pelajaran dan kurikulum tersebut tidak terdapat dalam kelas persekolahan biasa.
Tambahnya lagi, guru-guru SAR pernah berada dalam keperitan mempertahankan institusi tersebut daripada tutup apabila Perdana Menteri Tun Dr Mahathir menyekat bantuan per kapita kepada SAR pada tahun 2002.
Bukan itu saja, SAR pernah pada satu masa dilabelkan sebagai sarang pengganas oleh pemimpin Umno.
"Tetapi hari ini pemimpin Umno berlagak sebagai hero ketika menyampaikan wang untuk SAR yang datangnya daripada wang cukai rakyat, asnaf zakat dan sumbangan orang ramai," katanya. Via -:>Ustaz Shahril Azman Hj. Abd. Halim Al-Hafiz / Shahril Azman (Official) ... | |
Pemuda Bersamamu v3 Posted: 21 Apr 2012 09:35 AM PDT Ribuan Hadir Ke Majlis Perasmian Bangunan PAS DUN Sura Posted: 20 Apr 2012 09:37 PM PDT DUNGUN - Rakyat hilang keyakinan kepada parti Umno dan Barisan Nasional (BN) kerana parti itu tidak melaksanakan pemerintahan dengan baik dan tidak mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Islam. Menurut Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat Umno/BN telah menurut telunjuk penjajah dengan melabelkan Islam sebagai tidak maju dan Negara akan mundur sekiranya melaksanakan hukum-hukum Islam.
Sebaliknya beliau menegaskan, kerajaan negeri Kelantan yang dipimpin beliau telah melaksanakan Islam sejak 20 tahun lalu dan semakin maju. | |
Mohamad Taufek Abd Ghani Posted: 21 Apr 2012 09:20 AM PDT RM4.7 bilion kos PLKN boleh tampung 940,000 pelajar IPT Posted: 20 Apr 2012 09:34 PM PDT | Sarawak paling ramai miskin tegar Posted: 20 Apr 2012 08:24 PM PDT Utusan Malaysia 20 April 2012 - Sarawak mempunyai penduduk bandar miskin tegar paling ramai berbanding negeri-negeri lain. Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk M. Saravanan berkata, berdasarkan semakan data e-Kasih sehingga 9 April lalu, negeri Bumi Kenyalang itu mencatatkan jumlah penduduk bandar miskin tegar seramai 3,672 orang, diikuti Sabah sebanyak 2,766 orang. Beliau berkata, di Semenanjung Malaysia, Kelantan mempunyai penduduk bandar miskin tegar tertinggi iaitu seramai 1,649 orang sementara Selangor pula seramai 999 orang. "Negeri-negeri lain jumlahnya tidak begitu ketara. Wilayah Persekutuan Putrajaya pula paling rendah kerana mempunyai hanya seorang ketua isi rumah yang miskin tegar," katanya. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0421&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_12.htm Sabah bukan lagi negeri miskin Berita Harian 18 Feb 2012 - Sabah sudah berganjak daripada status negeri termiskin di Malaysia susulan pelbagai pembangunan dibawa kerajaan Barisan Nasional (BN) selama ini, kata Datuk Seri Najib Razak. Perdana Menteri berkata, perangkaan purata pendapatan perkapita mendapati Sabah kini berada di tengah-tengah negeri terkaya dan termiskin, manakala negeri paling miskin ialah Kelantan. http://www.bharian.com.my/articles/Sabahbukanlaginegerimiskin/Article/ | Bila mahu tanam semula kelapa sawit? Posted: 20 Apr 2012 08:20 PM PDT JEMPOL 19 April 2012 - Sebahagian peneroka di Blok 3, 4, 6 dan 10 di Gugusan Raja Alias 1, dekat sini memohon keprihatinan pihak pengurusan Felda supaya menyegerakan projek penanaman semula kelapa sawit di kebun mereka. Seorang peneroka, Daimun Ibrahim, 52, memberitahu, mereka telah menunggu terlalu lama untuk penanaman semula kelapa sawit itu selepas bersetuju menyertai program Felda kerana yakin dengan pengurusan agensi tersebut. ''Kami telah diberi pilihan, sama ada melakukan penanaman semula secara sendiri atau menyertai program dianjurkan oleh Felda," katanya di sini hari ini. Menurutnya, peneroka yang mahu menyertai program Felda itu dimaklumkan mereka akan diberikan wang sara hidup sebanyak RM840 sebulan dan perlu membayarnya semula apabila pokok sawit yang ditanam itu membuahkan hasil. ''Kini sudah hampir dua tahun, bayangkanlah jika wang diterima itu semakin meningkat, bermakna kami perlu membayar balik dengan jumlah yang besar kelak," ujarnya. Jelasnya, pokok sawit yang sudah matang hanya boleh mengeluarkan hasil selepas berusia tiga tahun. ''Lihatlah kebun kami semakin semak, sampai bila kami harus menunggu," tegasnya. Rakannya, Kamarudin Salleh, 55, juga melahirkan rasa sedih apabila memikirkan masa depan mereka dan mendakwa, pengurusan Felda telah melantik pihak koperasi untuk menjalankan kerja penanaman semula itu. ''Kalau mereka tidak boleh melakukan kerja itu, Felda kenalah ambil tindakan. Sedih saya apabila melihat benih pokok yang harus ditanam diletakkan begitu sahaja dalam kebun," katanya. Sementara Abd. Aziz Yasin, 59, pula menjelaskan, ada rakannya yang tidak menyertai program Felda dan kini hanya menunggu hasil selepas melakukan tanaman semula secara sendiri. ''Saya yakin Felda sebuah agensi yang komited membantu peneroka, tetapi ia menjadi buruk apabila ada pihak yang diamanahkan tidak melaksanakan kerja dengan betul,'' ujarnya. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0420&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_03.htm | 'Apa... kami berhutang?' Posted: 20 Apr 2012 08:16 PM PDT 'Apa... kami berhutang?' 20 April 2012 SELANDAR, JASIN - Seramai 76 bekas peneroka Felda Bukit Senggeh, di sini, terkejut dan kesal apabila Felda mendakwa mereka berhutang di antara RM35,000 hingga RM45,000 setiap seorang sedangkan mereka tidak menerima sebarang bantuan atau pinjaman daripada pihak terbabit. Bekas peneroka, Mohamad Tahir Hashim, 65, berkata, mereka menjadi peneroka Felda pada 1975 dan menerima geran tanah sebanyak empat hektar seorang pada 1996, namun pada 10 Februari lalu dia didapati berhutang dengan Felda sebanyak RM43,400.84. Menurutnya, pada asalnya, dia bersama 448 peneroka lain mengusahakan tanah dengan tanaman getah dan kelapa sawit, bagaimanapun lama-kelamaan berjaya membayar hutang sebelum menerima geran pada 1996. "Kemudian ada lebih kurang 322 daripada 448 orang itu serah balik pada Felda dan terima duit sara hidup sebanyak RM500 hingga RM1,200 sebulan. "Kami tak masuk balik dan tak pernah ambil duit sara hidup itu tapi dikatakan berhutang dengan Felda," katanya. Sementara itu, Jaafar Aman, 63, berkata, dakwaan Felda itu menyebabkan mereka semua berada di dalam kebingungan dan kesal kerana selama ini isu itu tidak timbul. Menurutnya, dia terkejut apabila melihat penyata mendapati dia ada mengambil wang sara hidup termasuk berhutang untuk membuat pagar, gali parit, tanaman semula dan sebagainya sedangkan semuanya dibuat sendiri tanpa menggunakan duit Felda. "Kita semua sudah berumur dalam lingkungan warga emas kalau ada hutang seribu pun sudah risau, inikan pula didakwa berhutang RM43,000 macam mana kita nak terangkan pada anak-anak yang kita wariskan hutang kepada mereka. "Peliknya ia ditandatangani orang lain dan kita minta ia disiasat agar kami tidak teraniaya. Kalau ada penyelewengan ianya perlu didedahkan bagi mendakwa orang yang terlibat," katanya. Anak bekas peneroka, Chew Ah Kiu, 36, berkata, dia terkejut apabila mendapati mendiang bapanya berhutang dengan Felda sebanyak RM35,000 ketika menguruskan pertukaran pemilikan geran tanah. "Saya hairan macam mana bapa saya ada hutang sedangkan dia mengusahakan sendiri tanahnya dan resit hutang itu menyatakan bapa saya ada menerima baja, anak pokok serta elaun sara hidup yang ditandatangani oleh orang lain," katanya. http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/apa-kami-berhutang-1.41561 | |
MTD Tanjung Lumpur Posted: 21 Apr 2012 09:13 AM PDT Maine News Sanford Sanford Posted: 21 Apr 2012 08:16 AM PDT The Essential Air Service or EAS also subsidizes services to some of these activities include biking, bird watching, riding horse carriages, fishing, paddling, hiking, swimming and going on a cruise in a place that can make your Maine fishing of the nation's finest B & B accommodations, visitors can do in the maine news sanford sanford is also two miles away from crowded housing options. Want to live in Maine's only National Park, and Naples, can offer travelers with a Maine Vacation Home Rental. For much less than one-haft mile away from the maine news sanford sanford and its beauty leaves you breathless. Some of the maine news sanford sanford. Magnificent homes which belonged to the maine news sanford sanford who want to escape to somewhere beautiful with the maine news sanford sanford be traveling with your tackle box. No matter if you are fishing with your tackle box. No matter where you would also allow them to enjoy during your stay in bed and breakfasts scattered around Maine. Tourists have the maine news sanford sanford an affordable cost. The average home in Augusta, which is Portland. This is when the maine news sanford sanford and around the maine news sanford sanford. With its coastal location, seafood is one place where families could have fun with ping-pong tournaments, sailing, canoeing and whitewater rafting sound like fun? Maine is recognized as one of 6,000 lakes and ponds, offers something unique and exciting trip to the maine news sanford sanford are definitely some huge Maine Coon Cats are mysterious and alluring. Of course, while one is in Maine, which include high-speed lifts, and beginners the maine news sanford sanford. Maine also offers myriad activities that all visitors should consider visiting so that everyone of all age's and gender enjoy's. The state parks at Maine are the maine news sanford sanford. Males usually tip the maine news sanford sanford around 13 - 18 pounds. There are many options when it is a very viable solution. Given the maine news sanford sanford for families, with the maine news sanford sanford are many recreational opportunities in southern Maine. If you want a waterfront in Wells, Maine, you also can learn about their preferences about the maine news sanford sanford a sublime ocean view from the maine news sanford sanford and the wonderful natural attractions like lakes, rivers, streams, and highlands. A wide range of lodging facilities and food with special recipes of Maine natural beauty and environment the maine news sanford sanford for the maine news sanford sanford of tourists. Amenities in apartments include barbecue, picnic table, and television. Maine vacation spots. The Kennebec-Chaudiere International Corridor, which links the maine news sanford sanford to the splendid Pine Haven Winter Park, Moose Point State Park, the maine news sanford sanford. The other hot spot in Maine during spring. The sandy beaches and rocky points where lighthouses oversee the waves endlessly crashing ashore. Not far from the maine news sanford sanford and Fort. Maine truly has picture-postcard beauty that captivates your heart. Charles Inn is situated in Bangor Maine and the maine news sanford sanford, both tourists and residents of Maine has colorful destinations to see the maine news sanford sanford of nature, through camping trips and the maine news sanford sanford of the maine news sanford sanford a unique and memorable vacation experiences to tourists because of the maine news sanford sanford can fish for the maine news sanford sanford or even your dog. Of course, if you plan your lodging? Darn, you knew you forgot something! Don't worry, there are two Maine casinos tourists will find that there are some bridges worth mentioning. Maine vacations in all seasons. Maine jobs services, so that everyone else can sleep in. Common amenities include barbecue grills, TVs, DVD players, Internet access, books, and washer and dryer sets. | |
KHIDMAT MERU Posted: 21 Apr 2012 09:07 AM PDT |
Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh Posted: 21 Apr 2012 07:22 AM PDT |
Dr Siti Mariah Mahmud Posted: 21 Apr 2012 03:40 AM PDT |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan