DUN BUKIT PAYONG Posted: 16 Apr 2012 03:37 AM PDT |
Dr Siti Mariah Mahmud Posted: 16 Apr 2012 03:31 AM PDT Candid AGM ke10 PAS Kota Raja & Najib Jeneral perang tanpa askar Posted: 15 Apr 2012 06:37 AM PDT AGM PAS Kota Raja kali ke 10 pada hari ini begitu penting untuk PAS Kota Raja bagi memastikan PAS Kota Raja terus memacu kemenangan di Kota Raja pada PRU akan datang.
PAS Kota Raja sejak akhir-akhir ini menjelang PRU 13 kali ini mendapat durian runtuh dengan semakin ramai yang menyokong perjuangan Parti ini samaada dari ahli PAS sendiri mahu pun dengan kebanjiran keahlian baru yang menyertai PAS dengan meninggalkan perjuangan Barisan Nasional yang sudah tidak releven lagi bagi mereka.
Dengan setiap ahli PAS begitu komited dengan tugas dan tanggungjawab di Cawangan-Cawangan serta Daerah Mengundi bagi meneruskan kemenangan .... Umno Selangor dan Kota Raja pula seakan lumpuh dengan aktiviti peringkat akar umbi mati begitu sahaja (tambahan Ketua Bahagian pun tak pernah tunjuk muka). Umno tidak mampu menggerakkan parti pada peringkat ini. Harapan mereka hanya pada Najib ... maka Najib bolehlah dianggap sebagai Jeneral perang tanpa askar.
Umno Selangor hanya mengharapkan Najib untuk bergerak begitu juga dengan negeri-negeri lain. Ini bagus untuk Pakatan Rakyat bergerak secara bersepadu bagi menangkis setiap janji-janji Najib menjelang PRU ini. Nampaknya PR khususnya PAS begitu selesa untuk menambah kerusi di Selangor untuk mematikan impian Najib merampas Selangor. | Kukuhkan ukhwah - ikut sunnah Nabi - antara inti pati ucapan TYDP untuk terus mara |
| 25.5.2012 Najib bubar Parlimen, 6.6.2012 hari penamaan calun 7 16.6.2012 hari mengundi Antara peringatan Pengarah Pilihanraya PAS Selangor |
| Penuh Iltizam untuk mempertahan Parlimen Kota Raja, Selangor dan mara kePutrajaya menjadi cetusan membara setiap perwakilan pada mesyuarat agung pagi tadi. |
| Barisan Nasional meletakkan Kota Raja sebagai tanda aras - TEWAS di Kota Raja maka berkecailah harapan BN untuk merampas Selangor dan mempertahn Putrajaya : Najib kerap kali berulang ke Kota Raja bagi tujuan ini, tapi semangat petugas PAS Kota Raja semakin mantap - Umno dan MIC Kota Raja pasti menyampah melihant barisan hadapan Jentera Pilihanraya PAS Kota Raja ini. |
| Sokongan mantap dari Jentera DHPP bagi membantu mempertahankan kemenangan YB Dr Siti Mariah Mahmud walau pun pertambahan pengundi begitu mendadak masuk ke Kota Raja. |
| PAS FOR ALL - Ramai bekas wanita MIC kini bersama PAS |
| Pengerusi DHPP Kota Raja merangkap Pengerusi DHPP Selangor dan juga Setiausaha DHPP Pusat memberi jaminan akan bekerja keras bagi memenangkan calun PAS pada PRU kali ini - komitment dan kerja kuat mereka sukar dinafikan. |
| Siap sedia melangkah ke Dataran Merdeka pada 28.04.2012 nanti. |
| |
CINA ISLAM (林川興) Posted: 16 Apr 2012 01:12 AM PDT Puting beliung landa 5 negeri Amerika Posted: 16 Apr 2012 01:00 AM PDT 24 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - SEBUAH kediaman rosak akibat puting beliung di Thurman, Iowa. Lima maut taufan mengganas di Oklahoma, Kansas, Nebraska, Iowa dan Wichita KANSAS CITY: Sekurang-kurangnya 12 puting beliung melanda sebahagian kawasan negeri Oklahoma, Kansas, Nebraska dan Iowa kelmarin sebelum melalui Kansas dan tempat lain menyebabkan lima terbunuh dan merosakkan sedikit harta benda awam di kawasan dataran tengah dan selatan Amerika Syarikat. Lima terbunuh apabila satu puting beliung melanda barat laut bandar Woodward di Oklahoma semalam. Jurucakap Jabatan Pengurusan Kecemasan Oklahoma, Keli Cain, berkata pejabat pemeriksa perubatan negeri mengesahkan kematian itu. Datuk Bandar Woodward, Roscoe Hill berkata dia tidak mendengar loceng amaran dibunyikan mengenai puting beliung yang melanda jam 12.18 tengah hari waktu tempatan. Di Iowa, sebuah hospital di bandar Creston, rosak menyebabkan pesakit dipindahkan ke hospital lain. Satu puting beliung juga melalui bandar Wichita, Kansas. Pakar meteorologi, Brandon Redmond, bersama unit Pasukan Berjaga-jaga Cuaca Buruk, berkata puting beliung itu lalu dengan kenderaannya yang terangkat lebih 60 sentimeter, di selatan Iowa. "Puting beliung menyelubungi kenderaan kami. Itu saat paling menakutkan bagi saya," katanya. Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan berkata, keadaan paling teruk berlaku di Oklahoma, Nebraska dan Kansas. Tempat lain yang dilanda angin kencang membawa batu sebesar besbol. Ribut besar juga diramal melanda kawasan dari Texas hingga Minnesota. Agensi cuaca itu juga memberi amaran taufan yang melanda lewat malam lebih bahaya kerana ia kurang disedari disebabkan kegelapan dan hujan. Di Dawn, pinggir Oklahoma, satu puting beliung merosakkanteruk sebuah rumah selain menyebabkan pokok tumbang dan memutuskan bekalan elektrik, kata jurucakap pihak berkuasa bandar, Kristy Yager. Tahun ini, musim puting beliung melanda Amerika bermula awal dan menjadi punca 57 kematian di kawasan Midwest dan Selatan, menimbulkan kebimbangan ia mengulangi catatan pada 2011 yang terburuk dalam tempoh satu abad. – Reuters | Kesan politik durjana Umno terhadap Melayu Posted: 16 Apr 2012 12:40 AM PDT 24 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - Isu perpaduan menjadi topik utama dalam pelbagai medium perbincangan, khusus di kalangan orang Melayu. Perpecahan digambarkan berpunca dari wujudnya parti politik yang ditunjangi oleh kelompok orang Melayu. Ia seolah-olah menjadi unsur utama perpecahan sehingga diucap oleh kebanyakan pimpinan samada pimpinan politik atau agama. Persoalan utama apakah kewujudan parti politik menjadi punca perpecahan Melayu. Kalau kewujudan parti politik menjadi punca perpecahan, kenapa kita menerima sistem demokrasi yang mengizinkan wujudnya pelbaga parti politik, dan kenapa kerajaan meluluskan pendaftaran pelbagai parti politik khusnya parti berteraskan perkaumanan - kerana dengan meluluskan pendaftaran parti tersebut, kita mengizinkan rakyat Malaysia berpecah. Hakikatnya masyarakat Melayu tidak berpecah, mereka hanya berbeza pandangan dan sokongan kepada parti parti politik yang sah dari sudut perlembagaan. Bilamana kita menerima sistem demokrasi bermakna kita mesti bersedia untuk menerima perbezaan pandangan, sokongan dan kelompok yang berbeza. Andainya ini diterjemahkan sebagai perpecahan, maka tentulah golongan yang menganggap demikian tidak memahami erti sistem demokrasi. Bahkan dalam satu parti, masih wujud kelompok- kelompok yang berbeza. Kita mesti bersikap terbuka dalam menilai sesuatu keadaan, kerana kalau perbezaan pandangan dan sokongan dianggap perpecahan, maka tindakan kerajaan meluluskan pendaftaran parti bersifat perkauman seperti Umno yang memperjuangkan Melayu, MIC yang memperjuangkan nasib kaum India, MCA yang memperjuangkan nasib kaum Cina mesti diharamkan, kerana inilah punca utama wujudnya masalah besar perpaduan nasional dalam negara kita. Bagi PAS, kita menilai perbezaan bukanlah perpecahan, sebaliknya ia adalah perkara normal dalam mana-mana negara atau kelompok masyarakat sekalipun. Kerana itu, al Quran menjelaskan: "Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka." –Al-Anfaal:63 Dalil di atas menunjukkan kepada kita penyatuan mesti berdasarkan nilai universal yang bukan bersifat bangsa, warna kulit, dan keturunan. Kerana ini bukan pilihan manusia. Tidak mungkin kita boleh menukarkan bangsa Melayu untuk menjadi Cina, India untuk ditukar menjadi Jawa dan seterusnya. Yang boleh ditukar ialah sesuatu yang dalam pilihan manusia seperti agama (aqidah) kerana manusia boleh memilihnya. Kerana itu, Islam tidak meletakkan soal agama sebagai unsur paksaan, kerana ia dibina di atas keyakinan seseorang. Namun, Islam menyarankan agar dakwah dilaksanakan di kalangan masyarakat agar Islam diketahui dan difahami dengan sebenarnya. Kerana seandainya seseorang memahami dengan sebenarnya ajaran Islam yang bersifat universal ini, tentu ia akan menerima Islam sebagai agama pilihan. Bagi golongan yang tidak menerima bukanlah musuh, kerana yang dianggap musuh adalah yang menentang atau bersikap memusihi Islam. Ini adalah perkara normal di mana-mana sistem pun. Golongan komunis tidak akan menerima kaum kapitalis dalam pentadbirannya. Adalah malang bagi golongan Melayu Islam bilamana perpaduan Melayu itu dilihat sekiranya orang Melayu menyokong Umno yang bersifat asabiah, manakala golongan yang menyokong PAS atau PKR dianggap golongan yang memecah belah masyarakat Melayu. Keadaan ini telah diasak dalam pemikiran rakyat, sehingga ianya diterima oleh sebahagian orang Melayu, dan itu adalah hakikat yang paling menyedihkan dalam kesan terus politik asabiah Umno terhadap kaum yang mereka ingin bela. Pemikiran tertutup inilah sebenarnya yang membawa perpecahan di kalangan orang Melayu. Sehingga Melayu menjadi lemah, lebih-lebih lagi malas dan hilang daya saing kerana sentiasa bergelumang dalm salah guna kuasa, masalah moral dan rasuah sebagai jalan keluar. Sedangkan semua pimpinan di semua peringkat adalah orang Melayu - dari Raja-raja, Perdana Menteri, Timbalan menteri, Menteri Besar, Exco-exco, pegawai daerah, penghulu, ketua kampung dan JKK. Apabila Melayu lemah, muncullah pimpinan Umno bangkit menyalahkan Cina (DAP). Sedangkan berpuluh tahun orang Melayulah mendominasi pimpinan negara. Inilah sikap dan politik durjana Umno yang bilamana gagal mengurus tadbir negara dengan baik , maka diletakkan kesalahan kepada PAS sebagai punca perpecahan Melayu, manakala nasib orang melayu yang lemah dan semakin jatuh berpunca dari DAP. Lebih menyayatkan rakyat Malaysia, pembohongan ini diterima oleh sebahagian masyarakat Melayu kerana perkara ini diulang-ulang oleh Umno di media perdana seolah-olah ia benar, walhal asalkan seseorang itu rajin berfikir sejenak, pembohongan ini mudah dikesan dan disedari. Harakah Daily | Pelajar dakwa cedera ringan selepas pergelutan di Dataran Posted: 16 Apr 2012 12:28 AM PDT 24 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - Empat orang siswa mendakwa mengalami cedera ringan dalam pergelutan dengan pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ketika pegawai tersebut cuba merampas khemah mereka pagi ini. Insiden berkenaan didakwa berlaku pada kira-kira jam 10.15 pagi, apabila pegawai dianggarkan seramai 30 orang itu bersemuka dengan pelajar terbabit dalam cubaan mereka untuk meruntuhkan satu khemah pelajar terbabit. Empat pelajar berkenaan mendakwa cedera dalam pergelutan yang berlaku selepas itu. Pengerusi kumpulan pelajar Malaysia Bangkit Mohd Syahid Mohd Zaini berkata, salah seorang pelajar berkenaan mengalami calar manakala tiga yang lain didakwa telah ditumbuk. Mohd Syahid mendakwa beliau sendiri ditumbuk di bahagian dadanya manakala seorang lagi, Alif Asyraf antara lain didakwa mengalami calar-calar setelah pelajar itu didakwa diheret dan ditendang. Kumpulan pelajar itu merupakan saki-baki pelajar yang berhimpun dan berarak di pusat bandar Kuala Lumpur pada Sabtu lalu untuk menuntut supaya pinjaman melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional dimansuhkan. Mereka seterusnya mendirikan khemah di satu sudut Dataran Merdeka dan bertegas untuk terus berkhemah di situ sehingga perhimpunan 'duduk bantah' BERSIH 3.0 diadakan pada 28 April. malaysiakini/- | Akta ganti ISA lebih keras - Anwar Posted: 16 Apr 2012 12:25 AM PDT 24 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 16 April: Pakatan Rakyat menyambut baik keputusan kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) namun membantah pindaan Rang Undang-undang (RUU) yang disifatkan sebagai lebih keras. Ketua Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beberapa perkara dalam RUU Keselamatan 2012 bercanggah dengan prinsip menghormati demokrasi. Beliau merujuk kepada fasal 4 RUU tersebut yang menyentuh tentang kuasa penangkapan dan penahanan. Ia ada menyebut bahawa mereka yang ditangkap bebas untuk membuat permohonan habeas corpus di mahkamah dan boleh mencabar alasan tahanan dan tatacara tahanan. Kuasa semakan kehakiman dikembalikan sepenuhnya kepada mahkamah bukan seperti peruntukan dalam ISA yang menghalang kuasa semakan kehakiman kecuali dalam tatacara tahanan. "Apa yang kita bantah ialah cadangan pindaan peruntukan yang memperkenalkan peruntukan yang lebih keras daripada sebelum ini. "Sekarang (RUU baru) kita rujuk ke mahkamah tapi semua mandatori. Pendakwa hanya bangun dan katakan tahanan perlu ditahan semula. Hakim tidak ada pilihan. "Apa beza dengan ISA? ISA guna Jabatan Peguam Negara dan polis untuk tahan orang tetapi sekarang guna mahkamah tapi mahkamah tak ada peranan seperti mahkamah," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini. Sebelum itu, sewaktu berbahas di dalam dewan, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membawa RUU itu kepada Jawatankuasa Khas Parlimen sebelum dibahaskan. Katanya, masa sehari yang diperuntukkan untuk membahaskan RUU tersebut tidak mencukupi kerana banyak isu-isu yang berbangkit. "Saya mengusulkan Perdana Menteri menimbangkan secara serius dalam jawatankuasa khas sebelum kita luluskan dalam waktu yang cukup terbatas. "Kalau ada semangat nak memperjuangkan demokrasi apa salahnya dirujuk supaya diteliti dan tidak diserahkan hanya kepada kerajaan dan peguam negara untuk diptuskan dan diluluskan dalam masa sehari," katanya. Terdahulu, RUU Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah khas) 2012 dibacakan kali kedua oleh Perdana Menteri. Harakah Daily | Gajet elektrik wujudkan peluang berlakunya jenayah Posted: 16 Apr 2012 12:19 AM PDT 24 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR - Gajet peribadi yang berteknologi tinggi seperti telefon, iphones, notebook, adalah antara yang memberi kemudahan di hujung jari di samping menyenangkan kehidupan harian pengguna. Semua gajet ini begitu mempengaruhi kehidupan hari ini. Kita berkomunikasi menerusi suara dan mendapatkan maklumat, menyiapkan tugas dan malahan menyimpan maklumat rahsia peribadi menerusi gajet berkenaan. Namun gajet elektrik juga mempunyai kelemahan. Selain menghadkan interaksi bersemuka, ia juga berkompromi dengan keselamatan data peribadi. Bayangkan apabila anda kehilangan gajet berkenaan, sebenarnya anda bukan setakat kehilangan gajet malahan maklumat peribadi seperti nombor pin, alamat, gambar dan data peribadi lain yang disimpan dalamnya. Oleh itu, pemilik gajet berkenaan adalah terdedah kepada unsur-unsur jenayah. Apabila data peribadi pemilik gajet diperoleh oleh penjenayah, mereka bukan sahaja boleh mengeluarkan wang pemilik dari akaun bank atau untuk tujuan ugutan, malahan mereka boleh terpacul di depan pintu rumah pemilik gajet. Mudah hilang Gajet mudah alih ini juga senang jatuh ke tangan mereka yang tidak diingini apabila pemiliknya lalai atau ia dicuri. Tambahan pula, kemudahan internet Wifi percuma yang disediakan pihak restoran pula, akan menggalakkan orang ramai membawa komputer bimbit masing-masing dan duduk berlama-lamaan bersama rakan sehingga dinihari. Golongan ini kebanyakannya remaja dan pelajar, yang mungkin pada mula alasannya untuk bersama-sama membuat tugasan, namun tidak sedar kemudahan internet itu boleh mengundang malapetaka kepada mereka sendiri dan pemilik restoran. Rompakan di sebuah restoran mamak 24/7 yang terkenal di Shah Alam pada tahun lepas, yang mana klip video dari kamera litar tertutupnya yang memaparkan kejadian itu dimuatnaik dalam laman sosial jelas menunjukkan pemilik gajet yang menggunakannya di tempat awam terdedah kepada penjenayah. Dalam kejadian itu juga, beberapa pelanggan lain dirompak. Ini adalah antara tempat yang paling senang anda boleh kehilangan gajet peribadi. Kesedaran yang kurang Bukan itu sahaja, malah sikap sesetengah mereka yang suka mengambil mudah, meletakkan telefon bimbit di atas meja makan di restoran, meletakkan beg di kedai makan atau hotel atau di kerusi tanpa perhatian semasa mengambil makanan juga boleh mengundang penjenayah untuk melakukan kerja terkutuk itu. Pengurus projek Vitaldelta Sdn Bhd, Syahrul Izwan Abdul Wahab ketika mengimbas kembali kejadian di sebuah restoran di Shah Alam, berkata, rakannya yang sedang berbual bersama-sama yang lain didatangi oleh seorang pemuda yang tidak dikenali dan memberi salam sebelum melarikan telefon bimbit yang diletakkan di atas meja. "Tiada unsur pukau berlaku, tetapi mereka terkejut dengan tindakan pemuda berkenaan dan terpinga-pinga dengan kejadian itu," kata bapa kepada tiga anak itu. "Tetapi sejak kejadian di Shah Alam, dan kejadian di mana penjenayah merompak telefon bimbit rakan saya semasa sedang makan dan berbual-bual, saya mengambil langkah berhati-hati tidak membawa peralatan ke restoran. Saya akan buat kerja di rumah atau pejabat sahaja," katanya. Tempat letak kereta juga adalah tidak selamat namun pemilik kenderaan masih mengamalkan sikap meninggalkan peralatan seperti notebook dalam kenderaan dan ini sememangnya menarik perhatian pencuri. Rakan penulis pernah mengalami kerugian beratus ringgit menggantikan cermin belakang keretanya kerana kereta dipecahkan semasa diletakkan di sebuah tempat letak kereta kerana meninggalkan sebuah fail mesyuarat yang hanya berisi beberapa helai kertas kosong, pen dan aturcara majlis yang dianggap berisi barang berharga oleh penjenayah berkenaan. Selain itu, sikap mengambil mudah juga perlu diubah dengan meninggalkan barang-barang berharga ataupun beg dalam kereta, kerana nanti kita tidak mahu kembali ke kereta dengan cermin tingkapnya pecah dan terpaksa menggantikannya yang tentunya berharga ratusan ringgit. Paling tidakpun, kalau tidak mahu membawanya bersama, sorokkanlah barang-barang dan alat elektronik itu di tempat yang sesuai dan bukannya diletakkan di tempat yang boleh orang yang lalu lalang melihatnya kerana ia adalah satu peluang jenayah. Beringat guna alat GPS, maklumat dalam telefon bimbit Penulis juga ada menerima e-mel daripada seorang rakan yang mengingatkan supaya tidak meninggalkan alat pengesan kedudukan global atau singkatannya GPS dan alat kawalan jauh pagar elektrik dalam kereta. Amaran itu juga menyebut berkemungkinan sekiranya kereta dicuri, penjenayah berpeluang untuk menggunakan kedua-dua alat itu pulang ke rumah pemilik kenderaan dan kemudian merompak di rumah pula, sedangkan jiran-jiran tidak perasan bahawa bukan tuan rumah yang pulang! Begitu juga dengan memasukkan nama isteri atau suami dengan gelaran manja seperti 'sayang' atau 'ayang' dalam telefon bimbit, yang kemudiannya dicuri yang membolehkan si penjenayah mengirim sistem pesanan ringkas kepada suami atau isteri itu meminta kata laluan dan sebagainya untuk mengeluarkan wang dari mesin juruwang automatik (ATM). Urus risiko, lihat diri sendiri boleh jadi mangsa Penganalisis Jenayah Kamal Affendi Hashim yang mengulas isu ini berpendapat masyarakat perlu mengurus risiko-risiko ini dengan baik supaya kelak mereka sendiri tidak menjadi mangsa atas kejadian seumpama. Katanya, dalam pengurusan risiko peluang untuk berlakunya jenayah, masayarakat tidak hanya boleh bergantung kepada polis dalam setiap hal tetapi perlu mengambil inisiatif sendiri. "Kalau kita mengambil sikap sambil lewa, kita wajar untuk menyalahkan diri sendiri. Walaupun saya tak dapat pastikan kebenaran kejadian sama ada berlaku atau tidak kejadian dalam e-mel itu, kita perlu mengambil pengajaran daripadanya," katanya, yang juga anggota exco Majlis Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF). Beliau berkata orang ramai perlu mengambil inisiatif untuk tidak meletakkan segala-gala maklumat peribadi dalam telefon bimbit kerana ia boleh mengundang bahaya sekiranya ia hilang, tercicir atau dicuri. "Masalah kita ialah keengganan melihat diri sendiri menjadi mangsa. Ini perlu diperbetulkan. Siapa tahu kelak kita sendiri akan menjadi mangsa, komputer riba kita pula yang dirompak," katanya yang juga anggota Persatuan Kaji Jenayah British dan Persatuan kaji Jenayah Amerika Syarikat. Curiga dengan jualan gajet murah Pada masa sama, masyarakat perlu melaporkan kepada polis mengenai pihak-pihak yang cuba menjual telefon bimbit, komputer bimbit dengan harga yang sangat murah dan sukar diterima akal kerana ini berkemungkinan barang curi. Membeli barang curi adalah satu kesalahan kerana bersubahat, katanya.- Bernama Sinar Harian | Peminat gagal kawal emosi, Chelsea pohon maaf Posted: 16 Apr 2012 12:16 AM PDT 24 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - KELAB Chelsea memohon maaf kepada semua pihak ekoran kelakuan penyokongnya yang dikatakan telah mencemari upacara member penghormatan pada perlawanan Piala FA antara Chelsea dan Tottenham, awal pagi tadi (waktu Malaysia). Sebelum perlawanan bermula, semua penyokong dan pemain diminta memberi penghormatan sebagau tanda memperingati penyokong Liverpool yang meninggal dunia dalam malapetaka Hillsborough 1989 dan kematian pemain bola sepak Itali, Piermario Morosini akibat serangan jantung, Sabtu lalu. Bagaimanapun sebahagian penyokong Chelsea telah mengganggu upacara tersebut sehingga menyebabkan ia terpaksa disingkatkan. Dalam satu kenyataan kepada BBC, Chelsea berkata, "mereka amat kecewa" dan "malu" dengan insiden penyokongnya yang gagal mematuhi permintaan memberikan penghormatan. "Ini menyebabkan perlawanan tersebut telah dicemari dengan kelakuan peminat yang gagal mengawal emosi sekali gus tidak menghormati upacara penghormatan. Chelsea menumpaskan Tottenham 5-1 dalam perlawanan separuh akhir ini, yang dikatakan berkontroversi dan berjaya mara ke final untuk bertemu dengan Liverpool. Sinar Harian | Jual beli ikan kurang rancak Posted: 16 Apr 2012 12:12 AM PDT 24 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - PENDANG - Aktiviti jualan beli ikan di Pasar Pendang kurang rancak apabila pelbagai jenis ikan besar tidak dijual sejak tiga hari lalu, berikutan ikan import dari Thailand tidak dihantar kerana sambutan Pesta Tahun Baru Thailand (Songkran) yang disambut masyarakat Siam. Tinjauan mendapati, meja ikan beberapa peniaga kurang menarik perhatian pelanggan kerana hanya dipenuhi ikan kembung yang banyak dijual di pasaran. Peniaga, Suhaimi Bakar, 50, berkata, jualan ikan kurang rancak disebabkan banyak jenis ikan besar tiada seperti ikan seludu, ikan jenahak, ikan nyiur-nyiur, berangan dan banyak lagi sejak tiga hari lalu. "Saya difahamkan ikan jenis itu tidak dapat dihantar dari Thailand disebabkan sambutan Pesta Songkran menyebabkan jualan ikan kurang rancak kerana banyak pelanggan yang datang mahu beli ikan jenis besar, terutamanya pengusaha kedai makan. "Saya ada menjual ikan nyiur-nyiur yang dipelihara, namun sukar dijual kerana harga ikan yang dipelihara jauh lebih tinggi iaitu RM18.50 sekilo berbanding ikan yang diimport dari Thailand iaitu RM9 sekilo," katanya. Sementara itu, seorang lagi peniaga, Mohd Derani Puteh, 71, berkata, walaupun ketiadaan ikan besar tetapi jualan ikan kembong kurang rancak disebabkan lambakan ikan itu di pasaran kini. "Harga ikan kembong dari RM4 sehingga RM8 tidak mempengaruhi permintaan yang tinggi walaupun ikan besar tiada," katanya. Sinar Harian | Ghaddar ganti Nwoha Posted: 16 Apr 2012 12:07 AM PDT 24 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa) akhirnya memilih Mohammad Ghaddar menggantikan Onyekachi Nwoha bagi mengharungi baki perlawanan Liga Super dan kempen Piala FA. Naib Presiden Kafa, Rosmadi Ismail berkata, keputusan menyenaraikan kembali Ghaddar dicapai dalam satu mesyuarat tertutup semalam. "Kita yakin pengalaman yang dimiliki Mohammad Ghaddar diharap dapat menyumbangkan sesuatu kepada pasukan terutamanya dalam keadaan di mana kita perlu mengharungi jadual perlawanan padat daripada beberapa pertandingan ketika ini," katanya yang tidak menafikan Nwoha masih diperlukan dalam kempen dalam Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (Piala AFC), namun tertakluk kepada perbincangan pihak pengurusan. Penjaring terbanyak Kelantan dalam kempen Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (Piala AFC) itu dijangka diturunkan dalam perlawanan bertemu T-Team pusingan kedua Liga Super di Kuala Terengganu, Selasa ini. Mohammad Ghaddar, 28, di awal penampilannya bersama Kelantan mencetuskan kontroversi apabila digelar 'pakar sepakan penalti' setelah hanya mampu menjaringkan dua gol menerusi cara tersebut dan memaksa beliau digantikan oleh Nwoha pertengahan Februari lalu. Bagaikan sudah menemui tonik kebangkitan, Ghaddar kembali membuktikan sentuhan berbisa dengan meledakkan hatrik ketika Kelantan menewaskan Arema FC 3-0 dalam kempen Piala AFC di Kota Bharu selain turut menyumbang dua gol peribadi apabila menewaskan lawan yang sama 3-1 di Kota Malang, Surabaya pada 10 April lalu. Sinar Harian | Ferdinand puji Giggs, Scholes Posted: 16 Apr 2012 12:05 AM PDT 24 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - PEMAIN pertahanan The Red Devils, Rio Ferdinand melabel Ryan Giggs dan Paul Scholes sebagai sumber inspirasi di Old Trafford. "Saya anggap mereka sebagai sumber inspirasi. Ramai peminat menyukai Giggs dan Scholes termasuklah saya. "Saya sudah berusia 33 tahun dan mengabdikan diri selama 10 tahun di United," katanya. Pemain antarabangsa England itu tidak sabar memperkuat cabaran negaranya pada kempen Kejohanan Euro 2012 di Poland dan Ukraine, Jun nanti. Sinar Harian | Rakan hilang dikhuatiri lemas Posted: 16 Apr 2012 12:04 AM PDT 24 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - PORT DICKSON – Tindakan seorang lelaki meninjau kawasan lombong untuk memancing bertukar tragedi apabila dia sedari hilang dan dikhuatiri lemas dalam lombong berkenaan, petang semalam. Kejadian berlaku di Kampung Barisan, di sini apabila mangsa, Mohd Sani Abd Wahab, 43, datang bersama rakannya, Mohd Nazil Ilham Abd Hamid, 31, dari Seremban untuk meninjau kawasan berkenaan. Pemangku Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Zulkefli Adamsah berkata, kedua-duanya tiba sekitar 12 tengah hari semalam dengan menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda. Menurutnya, mangsa kemudian memberitahu rakannya mahu membuang air, sebelum meninggalkan Mohd Nazil Ilham berseorangan. "Bagaimanapun, setengah jam kemudian, Mohd Sani tidak dapat dihubungi dan talian telefon bimbitnya juga tidak aktif. Mohd Nazil Ilham kemudiannya menghubungi polis," katanya kepada pemberita, semalam. Zulkefli berkata, mangsa dipercayai hilang sekitar 12.30 tengahari hingga 1 petang. "Operasi mencari dan menyelamat dijalankan dengan menggunakan bantuan pasukan anjing pengesan dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan. "Unit Skuba Pasukan Bomba dan Penyelamat Telok Kemang turut melakukan operasi mencari di air yang diketuai Pegawai Bomba Kanan 2, Mohd Rashid Sulaiman," katanya. Sehingga jam 9 malam semalam, mangsa masih belum ditemui lagi. Pasukan penyelamat turut menggunakan kasut mangsa sebagai petunjuk kepada anjing pengesan untuk menjejak mangsa. Sementara itu, Mohd Nazil Ilham enggan ditemui media kerana masih terkejut. Difahamkan, kedua-dua sahabat itu bekerja di Melaka dan pergi memancing untuk mengisi masa cuti sempena Ulang Tahun Kesembilan Bandaraya Melaka. Sinar Harian | Hill-Wood: Tiada siapa boleh ganti Wenger Posted: 16 Apr 2012 12:01 AM PDT 24 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - PENGERUSI Arsenal, Peter Hill-Wood menegaskan tiada individu lain yang layak menggantikan kedudukan Arsene Wenger sebagai pengurus di Emirates. Populariti Wenger kian pulih terutamanya selepas skuadnya mengecewakan Manchester City 1-0 pada aksi liga domestik, minggu lalu. "Dia akan kekal hingga Jun 2014. Saya fikir, tiada siapa mampu menduduki kerusi panas jawatan pengurus Arsenal selain Wenger. "Dia juga berjaya menangkis tohmahan buruk mengenai prestasi The Gunners pada awal musim. Ketika itu, ramai pemain utama kami dilanda krisis kecederaan," katanya. Sinar Harian | Azraai: Keputusan luar jangka Posted: 15 Apr 2012 11:58 PM PDT 24 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - DI LUAR jangkaan! Hanya itu mampu diungkapkan pengendali Negeri Sembilan, Azraai Khor Abdullah ketika ditanya mengenai kekalahan 0-1 pasukannya kepada Terengganu hasil jaringan sendiri anak buahnya, S Kunanlan. Menyifatkan perlawanan di Stadium Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah kelmarin sebagai permainan seimbang, Azraai mengakui terpaksa menerima keputusan dengan hati terbuka. "Pada awal perlawanan saya sudah menetapkan untuk tidak pulang tangan kosong, namun inilah lumrah permainan bola sepak. Meskipun gagal membawa pulang mata dan terpaksa turun satu tangga dalam kedudukan liga, saya tetap berpuas hati dengan corak persembahan yang dipamerkan oleh pemain," katanya. Enggan berputih mata untuk kali kedua, Azraai bersedia menanti kunjungan skuad Penyu di Stadium Tuanku Abdul Rahman dalam saingan kedua Liga Super esok meskipun terpaksa turun tanpa kelibat beberapa tonggak utama. Dalam perkembangan lain, menolak dakwaan akan menggantikan Farbak dengan pemain import baru, Azraai melihat pasukannya kini sudah mempunyai barisan pemain yang mantap. Sinar Harian | Laluan sukar skuad Thomas Posted: 15 Apr 2012 11:56 PM PDT 24 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - SKUAD badminton negara dijangka berdepan laluan sukar dalam kejohanan akhir Piala Thomas pada Mei depan apabila diundi dalam Kumpulan C bersama naib juara lapan kali, Denmark dan Afrika Selatan. Dalam undian yang dilakukan di Pusat Sukan Wuhan, China semalam, skuad negara selaku pilihan keenam kejohanan bakal diterajui pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei dalam kejohanan yang berlangsung pada 20 hingga 27 Mei depan. Pemain negara berjaya layak ke pusingan akhir kejohanan selepas mara ke peringkat separuh akhir pusingan kelayakan Zon Asia di Macau pada 13 hingga 19 Februari lalu. Manakala, China yang dibarisi pemain ranking utama dunia dan juga juara lapan kali kejohanan diundi dalam Kumpulan A yang dianggap 'kumpulan maut' bersama dengan juara 13 kali, Indonesia dan England. Naib juara 2008, Korea Selatan menerima laluan mudah untuk melepasi peringkat kumpulan apabila diundi dalam Kumpulan D bersama Amerika Syarikat dan Jerman. Jepun pula diletakkan dalam Kumpulan B bersama Rusia dan New Zealand. Agency | Chong Wei makin pulih Posted: 15 Apr 2012 11:54 PM PDT 24 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - PENTAS Siri Super Terbuka India menjadi medan ujian buat jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei bagi menilai tahap pemulihan kecederaan bahu kanan pemain itu. Pengarah Cawangan Elit Majlis Sukan Negara (MSN), Ariffin Ghani berkata, berdasarkan laporan perubatan, tahap pemulihan Chong Wei memberangsangkan dan hampir 90 peratus pulih. "Jadi kita gunakan kejohanan Siri Super Terbuka India yang bermula pada 24 hingga 29 April sebagai medan ujian untuk Chong Wei dan selepas itu barulah kita akan lihat perkembangan selanjutnya," katanya. Selepas beraksi di Seluruh England 11 Mac lalu, Chong Wei menarik diri dari Terbuka Switzerland bahkan terpaksa melepaskan peluang beraksi pada saingan Piala Axiata. Sementara itu, BAM akan menghantar skuad Piala Thomas dan Sukan Olimpik menjalani latihan di luar negara sebagai persiapan akhir sebelum cabaran sebenar. Menurut Ariffin, skuad Piala Thomas menjalani latihan di China sementara pemain yang bertanding pada Sukan Olimpik menjalani latihan di University of Bath, United Kingdom, selama dua minggu. "Pra-latihan di luar negara untuk membina semangat berpasukan, bagaimanapun maklumat lanjut mengenai program latihan itu akan ditentukan kemudian oleh jurulatih," katanya. Sinar Harian | Penduduk resah udara berdebu Posted: 15 Apr 2012 11:52 PM PDT 24 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - BUKIT TUNGGAL - Kegiatan mengangkut tanah di kawasan bukit berhampiran Kampung Bukit Tok Ris, di sini, menimbulkan keresahan dan mengundang masalah dalam kalangan penduduk yang mendakwa terpaksa berdepan masalah debu setiap hari. Malah, pergerakan lori yang keluar masuk dari kawasan bukit menuju ke tapak projek juga dikhuatiri mengundang kemalangan terutamanya melibatkan penunggang motosikal dan basikal apatah lagi ada pemandu lori yang memandu laju. Difahamkan, kerja mengangkut tanah tersebut mula dilaksanakan awal tahun ini bagi kegunaan beberapa projek pembangunan di kawasan sekitar dan ia termasuk untuk pembinaan pasar baru. Penduduk, Mahadi Mamat, 44, berkata, masalah debu yang memenuhi ruang udara kawasan sekitar menimbulkan masalah pernafasan bagi mereka yang mengalami asma dan batuk berterusan. Selain itu katanya, peniaga kedai makan juga mengalami kemerosotan pendapatan kerana pelanggan berkurangan. "Masalah debu ini sememangnya menyukarkan penduduk apatah lagi ia turut melekat pada kenderaan dan dinding rumah. "Jika masalah ini berterusan dibimbangi mengancam kesihatan di sini khususnya kanak-kanak dan warga emas, tambahan pula kebanyakan kanak-kanak di sini mengayuh basikal untuk berulang-alik ke sekolah," katanya. Kata Mahadi, dia tidak pasti ke mana tanah berkenaan dihantar namun ada mendengar penduduk kampung memberitahu tanah itu digunakan bagi pembinaan pasar baru di kawasan itu. "Saya difahamkan kerja mengangkut tanah untuk pembinaan pasar baru hanya dimulakan pada awal bulan ini sedangkan aktiviti tersebut sudah dilakukan sejak awal tahun. "Pihak terbabit perlu prihatin dengan masalah kami di sini terutama kesan sampinangan yang boleh menjejaskan kesihatan," katanya. Sementara itu, Hamdan Hamat, 49, berharap agar pemandu lori yang mengakut tanah lebih bertimbang rasa terhadap pemandu kenderaan kecil dengan tidak memandu laju terutama di lokasi yang berisiko kemalangan. "Sejak aktiviti mengangkut tanah ini dijalankan banyak jalan rosak dan tidak lagi selesa untuk dilalui, tambahan pula apabila hujan air akan bertakung di lubang jalan yang rosak itu dan boleh membahayakan pengguna jalan raya," katanya. Sinar Harian | Beli daripada penjual bertauliah Posted: 15 Apr 2012 11:44 PM PDT 24 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - APABILA ditanya tidak teringinkah memakai kanta lekap yang dianggap akan lebih menyerlahkan penampilan terutama jika memakai solekan mata, penulis terus menggeleng. Bukan tidak ingin bergaya, tetapi rasanya tahap kerajinan dan disiplin untuk mengikuti rutin penjagaan harian kanta lekap tidak mencapai standard yang ditetapkan. Soal disiplin amat penting bagi semua individu yang ingin memakai kanta lekap. Ini perkara pertama yang ditekankan oleh pakar optik atau pakar mata apabila anda menyuarakan hasrat untuk memakai kanta lekap. Jika anda tiada ciri ini, lupakan saja hasrat itu kerana sebarang kecuaian boleh mengundang masalah pada mata anda - organ yang sangat penting. Rasanya semua orang tahu hakikat ini, tetapi masih ramai yang 'melanggarnya' dengan tidur bersama kanta lekap akibat terlalu letih untuk mengeluarkan dan membersihkannya. Akibatnya, keesokan paginya mata akan menjadi merah dan kanta lekap pula seolah-olah melekat pada bola mata serta susah untuk ditanggalkan. "Fungsi utama kanta lekap adalah sebagai pengganti kaca mata iaitu untuk membetulkan penglihatan. Fungsi lain ialah untuk tujuan kosmetik; supaya kelihatan cantik - yang membuatkan semakin ramai orang memakai kanta lekap supaya kelihatan lebih menarik," kata Perunding Oftalmologi Pusat Perubatan Sunway, Dr Tara Mary George. Memang tidak salah memakai kanta lekap untuk cantik, terutama kanta lekap yang berwarna dan mampu membuatkan mata si pemakai tampak lebih galak. Pakailah apa saja warna yang anda inginkan, kata Dr Tara, tetapi ada satu syarat, pastikan ia dibeli dari penjual kanta lekap yang bertauliah dan bukannya dibeli secara dalam talian. Menurutnya, prosedur memakai kanta lekap untuk tujuan kosmetik sama saja dengan kanta lekap yang membetulkan penglihatan. Ia masih perlukan pemadanan supaya sesuai dengan mata anda. Ramai orang tidak tahu, terlupa atau terlepas pandang bahawa kanta lekap juga perlukan pemadanan atau dalam perkataan bahasa Inggeris 'fitting'. Bukan baju saja yang perlu dicuba untuk mengetahui kepadanannya dengan bentuk badan anda, malah kanta lekap juga perlukan proses yang sama. Sepatutnya proses pemadanan ini dilakukan selama dua minggu dan jika benar-benar selesa, bolehlah terus memakai kanta lekap berkenaan. Mengapa perlu adanya proses pemadanan ini? Kata Dr Tara, satu-satu kanta lekap tidak semestinya sesuai dengan semua orang. Ini kerana saiz dan bentuk mata setiap individu itu berbeza. Apatah lagi bagi individu yang ada masalah penglihatan. Jadi dalam tempoh satu hingga dua minggu ini, pakar optik anda sepatutnya menghubungi anda kembali untuk bertanya kesesuaian kanta lekap anda. Pun begitu katanya, kaedah ini bukanlah satu kemestian tetapi lebih baik jika ia diamalkan. Malah, pengguna sendiri boleh menghubungi pakar optik sekiranya selepas dua minggu mata mereka masih tidak berasa selesa dengan kanta lekap yang diberikan. Kanta lekap adalah cakera plastik atau silikon yang dihasilkan untuk membetulkan masalah penglihatan seperti rabun jauh, rabun dekat, presbiopia (kesukaran melihat objek yang dekat atau dalam cahaya malap) atau astigmatisme (silau). Oleh kerana kanta lekap diletakkan betul-betul di atas mata (melekat pada kornea), maka rekaan dan pemadanan yang betul sangat penting untuk keselesaan, keselamatan dan pembetulan penglihatan. Perubahan teknologi membuatkan kanta lekap ini lebih selesa dan mudah dipakai. Kanta lekap boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu kanta keras dan lembut. Kanta lekap yang keras ada beberapa jenis, tetapi ia kurang diminati kerana ia kurang selesa dipakai. Kebanyakan orang memilih kanta lembut sama ada dibersihkan setiap hari atau jenis yang boleh dipakai untuk tempoh lebih lama - malam dan siang, tetapi ia kurang selesa. Kini ada juga kanta lekap pakai buang jenis harian atau boleh dipakai untuk satu tempoh tertentu yang lebih menyenangkan pengguna. Siapa yang sesuai memakai kanta lekap? Secara umumnya semua orang boleh pakai kanta lekap termasuklah: Individu yang mempunyai masalah penglihatan dan perlukan pembetulan penglihatan sepanjang masa. Individu yang berdisiplin tinggi dan sangat mementingkan kebersihan. Ini sangat penting kerana kanta lekap perlu dibersihkan setiap hari dengan cara tertentu. Bagaimanapun, perkara ini akan lebih mudah jika anda memilih untuk memakai kanta lekap pakai buang harian. Individu yang terbabit dalam sukan kecuali berenang. Bagi mereka yang memakai kanta lekap dan mahu berenang, belilah gogal atau kaca mata renang yang bersesuaian dengan masalah penglihatan anda. Kanta lekap bukanlah pilihan yang baik untuk anda jika: Anda tidak boleh atau tidak bersedia mematuhi arahan penjagaannya. Sering mengalami masalah mengendalikan kanta lekap; contohnya anda ada sakit sendi pada tangan atau lain-lain masalah yang menyukarkan anda memakai, menanggalkan dan membersihkan kanta lekap. Menghidap penyakit seperti kencing manis yang tidak terkawal. Malah pesakit asma, alahan dan lain-lain masalah respiratori kronik juga mungkin sukar memakai kanta lekap. Ada masalah mata kering atau masalah pada kornea. Kerap alami jangkitan mata terutama pada kelopak mata. Bekerja dalam persekitaran tidak berdebu atau terdedah kepada bahan-bahan yang meruap kerana ia boleh melekat pada kanta lekap anda. Berumur 15 tahun ke bawah atau belum cukup matang untuk menjaga kebersihan diri sendiri. Kanak-kanak biasanya tidak disarankan memakai kanta lekap kecuali atas masalah kesihatan tertentu seperti katarak kongenital. Masalah ini biasanya berlaku pada bayi dan selepas pembedahan, mereka akan dipakaikan kanta lekap bagi membantu perkembangan mata. Ibu bapa bertanggungjawab membersihkan kanta lekap bayi mereka dan kanta lekap ini perlu sentiasa ditukar sesuai dengan perkembangan mata si kecil sehinggalah penglihatannya menjadi matang (biasanya pada hujung umur remaja). Masalah yang kerap dialami Mata kering - Ia boleh diatasi dengan mudah melalui penggunaan cecair titis untuk mata sebagai pengganti air mata. Boleh gunakan sekerap mungkin, terutama bagi mereka yang bekerja dalam bilik berhawa dingin. Alahan pada kanta lekap - Individu yang mengalami masalah ini perlu mendapatkan rawatan doktor dan disusuli dengan penukaran kanta lekap. Ia biasanya terjadi akibat pengumpulan mendapan mata pada kanta lekap. Alahan pada cecair atau larutan untuk kanta lekap. Keradangan mata. Keradangan kelopak mata yang menyebabkan rasa tidak selesa apabila memakai kanta lekap. Bagi sebarang masalah berkaitan keradangan pada mata, segeralah berjumpa doktor mata untuk rawatan sewajarnya. Masalah dengan kornea seperti bengkak dan pandangan kabur yang disebabkan kekurangan oksigen pada kornea, kornea tercalar dan berlaku perubahan bentuk kornea serta jangkitan pada kornea. Ulser kornea - Walaupun jarang berlaku tetapi ia satu masalah serius kerana ulser kornea yang disebabkan kanta lekap dan tidak mendapat rawatan sewajarnya boleh menyebabkan seseorang itu hilang penglihatan. Ada kalanya pembedahan penggantian (transplan) kornea terpaksa dilakukan. Ia boleh berlaku pada individu yang kurang menitikberatkan soal penjagaan dan kebersihan kanta lekap. Ini termasuklah kerap tidur tanpa menanggalkan kanta lekap, menggunakan air paip untuk mencuci kanta lekap dan tidak mencuci bekas penyimpan kanta lekap dengan bersih. Panduan penjagaan kanta lekap Cuci tangan anda hingga bersih dan lap kering. Sentiasa pastikan tangan anda benar-benar bersih setiap kali anda mengendalikan kanta lekap sama ada ketika memakai atau menanggalkannya. Saki baki losen, sabun atau sebarang bahan kimia yang terkena pada kanta lekap akan menyebabkan rasa pedih, gatal atau penglihatan kabur. Hanya gunakan larutan pencuci kanta lekap yang disarankan doktor mata atau pakar optik anda. Ikut arahan - sentiasa pastikan anda mematuhi arahan pengendalian kanta lekap. Bersihkan bekas kanta lekap setiap kali selepas digunakan. Bilas dengan larutan pencuci kanta lekap beberapa kali dan biarkan kering. Tukar bekas ini setiap bulan atau seperti yang disarankan pengeluarnya. Pastikan kuku anda pendek terutama pada bulan pertama anda memakai kanta lekap. Anda boleh menyimpan kuku panjang selepas mahir memakai dan menanggalkan kanta lekap tetapi atas faktor kebersihan, lebih baiklah kuku anda sentiasa pendek. Perhatikan kanta lekap anda sebelum memakainya. Pastikan ia tidak terbalik kerana ia akan menyebabkan ketidakselesaan. Jika anda mahu merias mata, pakai kanta lekap terlebih dulu sebelum menyapukan mekap pada kelopak mata. Tanggalkan kanta lekap dulu sebelum membersihkan mekap mata. Bagi mereka yang memakai mekap mata, pastikan alat mekap anda ditukar setiap tiga bulan bagi mengelakkan pengumpulan bakteria. Jangan sekali-kali menggunakan air paip untuk membersihkan kanta lekap anda walaupun ia adalah air suling. Jangan mencampurkan dua larutan pembersih kanta lekap berlainan. Anda mungkin sensitif pada satu-satu jenama. Tanggalkan kanta lekap apabila mahu berenang atau mandi air panas. Jangan tidur dengan kanta lekap. Walaupun ramai tahu ia boleh mengundang kepada masalah pada mata, tetapi masih ada yang 'melanggar' nasihat ini. Pemakaian kanta lekap ketika tidur akan menyebabkan mata mengalami masalah kekurangan oksigen. Akibatnya, kanta lekap akan menjadi kering dan melekat pada mata hingga sukar ditanggalkan. Dalam keadaan ini, titiskan cecair mata. Jangan pakai kanta lekap dalam tempoh yang terlalu panjang. Sebaiknya pemakaian kanta lekap tidak melebihi 10 jam sehari. Beri mata anda 'bernafas dengan selesa' pada hujung minggu atau setidak-tidaknya apabila anda berada di rumah dengan memakai kaca mata. Jangan pakai kanta lekap melebihi tempoh yang ditetapkan pengeluar. Jika ia adalah kanta lekap pakai buang harian, bermakna ia hanyalah untuk satu hari. Jika anda mengalami sebarang masalah mata sama ada mata menjadi merah, gatal atau penglihatan menjadi kabur - tanggalkan kanta lekap anda dan segeralah pergi berjumpa doktor mata. Jangan sekali-kali meminjam kanta lekap orang lain. Ini termasuklah kanta lekap untuk tujuan kecantikan terutama jika ia pernah digunakan walaupun sekali. Mata individu yang memakai kanta lekap biasanya lebih sensitif terhadap sinaran matahari. Justeru itu pakailah cermin mata pelindung cahaya matahari atau topi apabila berada di luar terutama pada waktu panas terik. Pastikan mulut botol larutan pembersih kanta lekap anda tidak tersentuh pada sebarang objek atau permukaan termasuklah jari anda. Jika mulut botol ini tercemar, seluruh larutan di dalamnya akan turut tercemar. Jumpa doktor mata setiap tahun untuk pemeriksaan kanta lekap. Panduan untuk kaki jalan Memang kanta lekap adalah pilihan yang baik jika anda mahu bercuti panjang. Tetapi ada beberapa perkara yang perlu anda beri pertimbangan seperti: Jika anda perlu menaiki kapal terbang, fikirkan berapa banyak larutan kanta lekap yang boleh anda bawa ke dalam kabin. Had larutan yang dibenarkan ialah tidak melebihi 100 mililiter dalam satu bekas. Beli larutan dalam botol kecil kerana jika bekas larutan yang melebihi 100 mililiter akan dirampas walaupun isinya hanya beberapa puluh mililiter saja. Bawa dua pasang kanta lekap sebagai persediaan jika berlaku kes yang tidak diduga seperti kanta lekap terjatuh atau terkoyak. Pastikan ia dibawa dalam beg tangan anda, bukan diletakkan dalam beg pakaian. Ini penting kerana manalah tahu beg anda 'tersesat' ke destinasi lain kerana kesilapan teknikal seperti ini boleh berlaku. Udara dalam kapal terbang biasanya sangat kering yang akan menyebabkan mata anda berasa sangat tidak selesa. Bawa cecair titisan mata dalam beg tangan anda supaya ia boleh dititiskan pada bila-bila masa. Lebih mudah jika sepanjang tempoh ini anda memilih kanta lekap pakai buang harian. Untuk berasa lebih selesa, pakailah kanta lekap baru apabila sampai ke destinasi. Dr Tara mengingatkan satu lagi perkara penting iaitu jangan membeli kanta lekap melalui Internet atau di pasar malam kerana dikhuatiri ia tercemar atau dihasilkan tanpa mengikut standard kebersihan yang ditetapkan walaupun ia hanyalah untuk tujuan kecantikan. Usah memperjudikan mata anda semata-mata mahu cantik atau murah. "Ramai risau kanta lekap mereka termasuk ke belakang mata apabila kanta lekap terkoyak ketika menanggalkannya. Jangan risau, ia tidak akan pergi jauh, selalunya serpihan kanta lekap itu akan terselit di bawah kelopak mata. "Titiskan larutan pencuci kanta lekap pada mata sehingga mata berair. Kelipkan mata beberapa kali. Serpihan kanta lekap akan keluar. Jika masih tidak keluar selepas kaedah ini diulang beberapa kali, pergilah berjumpa doktor. "Bagi mereka yang baru mencuba memakai kanta lekap, jadikan amalan memulakan pemakaian pada mata yang sama setiap kali. Contohnya, pakai kanta lekap pada mata kiri dulu. Ia bertujuan mengelakkan kekeliruan dan tertukar kanta lekap dari mata kiri ke kanan kerana ia boleh menjejaskan ketajaman penglihatan terutama bagi individu yang ada masalah kekaburan berbeza antara kedua-dua belah mata," katanya. Apa yang perlu dilakukan sekiranya kanta lekap terjatuh ke dalam sinki ketika hendak memakainya? Menurut Dr Tara, kanta lekap itu perlu dibersihkan terlebih dulu menggunakan cecair pembersih sebelum dipakai. Langkah ini penting bagi mengelakkan berlakunya pemindahan bakteria yang mungkin ada di sinki ke dalam mata. Selain itu beliau turut memberikan soalan penting kepada individu yang mahu mencuba kanta lekap bagi mengetahui kesediaan anda untuk muncul dengan penampilan baru. Soalan untuk ditanya pada diri sendiri: 1. Mengapa saya perlu memakai kanta lekap? Berapa kerap saya mahu memakainya? 2. Apakah jenis kanta lekap yang saya mahu - sama ada pakai buang (harian) atau jenis yang boleh dipakai lebih lama? 3. Adakah saya mempunyai masalah mata di mana pemakaian kanta lekap boleh menyebabkan komplikasi? 4. Adakah saya bekerja dalam persekitaran yang kotor dan berdebu? 5. Adakah saya cukup berdisiplin dan ada masa untuk penjagaan harian kanta lekap? 6. Adakah saya ada akses kepada doktor mata jika berlaku masalah pada mata saya? 7. Adakah saya ada cukup wang untuk membeli kanta lekap? metro/- | Dua warga asing maut, tiga cedera dipanah petir Posted: 15 Apr 2012 11:40 PM PDT 24 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - Dua lelaki rakyat Bangladesh maut manakala tiga lagi rakan senegara mereka cedera dipanah petir ketika hujan lebat di kawasan ladang getah di Pos Blau dekat Gua Musang, semalam. Amir Amza, 29, dan Mohammad Akterwas, 35, mati di tempat kejadian manakala tiga yang cedera iaitu Mohammad Robiul Islam, 32, Bashamin, 29, dan Lieon, 28, kini dirawat di Hospital Gua Musang. Dalam kejadian pukul 3.30 petang itu, kelima-lima lelaki itu sedang berjalan untuk pulang ke rumah kongsi pekerja ladang yang terletak dua kilometer dari ladang itu. Mohammad Robiul ketika ditemui di hospital berkata beliau bersama empat rakannya pulang ke rumah kongsi lebih awal kerana petir kuat dan hujan lebat mengganggu kerja menanam anak getah. "Kebiasaan kami semua pulang jam 5 petang dan diambil oleh seorang mandur menggunakan kenderaan pacuan empat roda tetapi kali ini terpaksa pulang lebih awal disebabkan hujan dan petir. "Ketika berjalan pulang, terdengar bunyi letupan kuat dan saya lihat dua rakan rebah di situ dengan badannya hagus, manakala dua lagi rakan saya meraung kesakitan, tetapi saya bernasib baik hanya cedera ringan," katanya. Jurucakap polis Ibu Pejabat Polis Gua Musang ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. - Bernama | 1,600 tahanan Palestin di Israel akan mogok lapar esok Posted: 15 Apr 2012 11:33 PM PDT 24 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - RAMALLAH 16 April – Kira-kira 1,600 tahanan Palestin di penjara Israel dijadualkan memulakan mogok lapar besar-besaran esok bagi membantah keadaan di pusat tahanan itu. "Tahanan itu akan melancarkan mogok bagi menuntut persekitaran yang lebih baik dan kami juga akan melancarkan demonstrasi bagi menyokong tuntutan mereka itu," kata Menteri Pengurusan Tahanan Palestin, Issa Qaraqaa. Mogok itu juga diadakan bersempena dengan Hari Banduan, demonstrasi tahunan yang diadakan bagi memberi sokongan kepada kira-kira 4,700 penduduk Palestin yang ditahan oleh Israel. – AFP | Isu "Persenda Raja Melayu" Helah Untuk Tutup Isu Beri IC Warga Asing Posted: 15 Apr 2012 09:25 PM PDT 24 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - Pakatan minta bukti jika Umno mahu suruhanjaya SHAH ALAM - Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub menegaskan, perlu ada asas yang kukuh sebelum menyokong cadangan penubuhan Suruhanjaya Diraja dalam isu dakwaan kononnya pemimpin pembangkang telah mempersendakan Raja-raja Melayu semasa istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong minggu lalu. Penubuhan Suruhanjaya Diraja itu dicadangkan oleh Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kelmarin. Menurut Salahuddin lagi, perkara tersebut perlu mempunyai laporan lengkap sebelum sebarang cadangan dipersetujui oleh semua pihak. "Kita mesti mendapatkan bukti yang jelas sekiranya hal tersebut benar-benar berlaku. Sebab itulah saya mempertikaikan perkara tersebut. "Bagi saya, tiada dalam dasar Pakatan Rakyat (PR) untuk melakukan kebiadaban, mempersenda dan tidak menghormati institusi Raja-raja Melayu di negara ini," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Katanya, sekiranya hal tersebut jelas dan benar, PR menyokong syor dan cadangan yang diusulkan bagi mengheret pemimpin yang tidak bertanggungjawab itu ke muka pengadilan. Rabu lalu, beberapa ahli parlimen pembangkang didakwa mempersenda dan mengejek Raja Melayu pada majlis pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah. Cadangan penubuhan Suruhanjaya Diraja ditubuhkan sebagai satu pengajaran kepada generasi muda supaya menghormati institusi Raja-raja Melayu. Ia juga sebagai pedoman kepada semua pihak supaya lebih tertib apabila berada dalam majlis rasmi kerajaan dengan mengetepikan emosi walaupun mempunyai fahaman politik yang berbeza. Sementara itu, seorang lagi Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersetuju dengan cadangan penubuhan suruhanjaya ini bagi memastikan dakwaan ini benar ataupun sebaliknya. "Kalau kita siasat sendiri, mereka kata tidak adil. Tidak ada sebab mengapa suruhanjaya tidak boleh diadakan kalau itu dapat meyakinkan orang ramai bahawa institusi raja perlu dihormati," katanya. -SH | Demo PTPTN: SMM mahu pohon permit guna Dataran Merdeka Posted: 15 Apr 2012 08:57 PM PDT 24 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - SHAH ALAM – Kumpulan mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka bertegas akan terus berada di kawasan tersebut sehingga pihak kerajaan memberi respons berhubung tuntutan memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN). Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Muhammad Safwan Anang berkata, sehingga semalam, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak mengarahkan mereka memindahkan khemah atau mengosongkan kawasan. Menurutnya, sekiranya perlu, pihaknya akan mendapatkan permit daripada pihak berkenaan untuk terus berada di situ sehingga perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini. "Kita tidak menerima maklum balas daripada mana-mana pihak berkenaan tuntutan memansuhkan PTPTN dan akan terus berada di sini, sehingga ia selesai. "Kita akan terus berada di sini walaupun pihak DBKL merampas barang atau menghalau kami," katanya kepada Sinar Harian semalam. Sementara itu, pihak polis sedia menghadapi sebarang kemungkinan dengan tindakan mahasiswa yang mendirikan khemah di tepi padang di Dataran Merdeka sejak kelmarin. Ketua polis daerah Dang Wangi, Zulkarnain Abdul Rahman berkata, tiada laporan yang diterima berhubung demonstrasi itu. Menurutnya, tindakan akan diambil sekiranya peserta melakukan perkara yang tidak diingini dan mengganggu kententeraman awam. "Setakat ini tiada tindakan yang boleh dikenakan kepada mereka dan kita sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku," katanya. SINAR HARIAN/- | Lokasi tempat mangsa Titanic tertanam ditemui Posted: 15 Apr 2012 08:40 PM PDT 24 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - IMEJ menunjukkan sehelai kot dan kasut dekat bangkai kapal Titanic yang karam di dasar Lautan Atlantik. NEW YORK - Rangka tulang mangsa kapal penumpang Titanic yang karam di Lautan Atlantik mungkin tertanam dalam lumpur di dasar laut itu, kata seorang pegawai persekutuan kelmarin. Satu gambar yang dirakamkan pada tahun 2004 tetapi didedahkan buat kali pertama pada minggu lalu menunjukkan sehelai kot dan kasut but di dalam kawasan berlumpur di lokasi kapal tersebut karam. Pegawai itu, James Delgado yang merupakan Pengarah Warisan Maritim di Pentadbiran Atmosfera dan Lautan Kebangsaan (NOAA) memberitahu agensi berita AP, kasut yang terdapat pada dasar laut tersebut bukan terkeluar dari sebuah beg milik penumpang lain. Gambar itu dirakamkan semasa satu ekspedisi NOAA dan pengasas pencari bangkai kapal Titanic, Robert Ballard dilancarkan pada tahun 2004. Akhbar New York Times melaporkan mengenai gambar itu pada Sabtu lalu. Pengarah filem Titanic, James Cameron yang pernah mengunjungi sebanyak 33 kali lokasi serpihan tempat kapal itu karam didasar lautan memberitahu akhbar berkenaan, dia tidak menemui sebarang rangka manusia. "Kami menemui kasut. Kami menemui beberapa pasang kasut yang mungkin mengukuhkan dakwaan bahawa terdapat tinggalan manusia pada satu tempat. Namun, kami tidak menemui sebarang tinggalan rangka manusia," katanya. Kapal itu karam pada 14 April 1912 selepas ia melanggar bongkah ais di perairan antarabangsa di Lautan Atantik. Seramai 1,500 orang terbunuh apabila kapal itu karam dan terputus dua selepas ia melanggar bongkah ais. - Agensi | 6 rumah rosak dihempap pokok Posted: 15 Apr 2012 08:30 PM PDT 24 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Hujan lebat selama satu jam dan ribut kuat menyebabkan enam rumah rosak selepas dihempap pokok dalam kejadian di Taman Tasik Semenyih, di sini, semalam. Kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu berlaku ketika penduduk sedang berehat di rumah bersama keluarga masing-masing sebelum dikejutkan dengan pokok tumbang. Mangsa yang juga Ahli Jawatankuasa Taman Tasik Semenyih, Abdul Bashir Kunhi Mohamed berkata, ketika kejadian, isteri dan dua anaknya sedang berehat di ruang tamu sebelum dikejutkan dengan pokok tumbang. Katanya, isterinya, Zanariah Johari, 50, bersama dua anak berusia 11 dan 19 tahun berlari keluar untuk menyelamatkan diri. "Bumbung di ruang tamu musnah dihempap pokok besar dan kami kini berlindung di surau akibat bimbang kejadian sama berulang," katanya di sini, semalam. Menurutnya, ketika kejadian, dia baru saja keluar dari rumah dan melihat rumah jiran yang turut dihempap pokok sebelum dihubungi isterinya memaklumkan kejadian. Katanya, hujan lebat selama sejam dan ribut kuat menyebabkan kira-kira 25 pokok besar tumbang menimpa rumah penduduk dan ada yang menutup jalan utama. Bekas Naib Pengerusi taman berkenaan, Dr N Thanasegaran berkata, rumahnya turut dihempap pokok menyebabkan bumbung dapur pecah. Katanya, kejadian berlaku sekelip mata ketika dia sekeluarga berehat memandangkan hujan lebat dan angin kuat. "Sebaik mendengar bunyi kuat, kami berlari keluar rumah untuk menyelamatkan diri kerana bimbang cedera, namun bersyukur kerana terselamat," katanya. metro/- | Azimat gila kuasa Posted: 15 Apr 2012 08:20 PM PDT 24 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - KHURAFAT...Sharhan menunjukkan cebisan kiswah yang didakwa boleh 'melariskan' diri si pemakai. SUBANG JAYA: Ghairah mendapatkan kedudukan, pengaruh dan kuasa melalui jalan pintas mengakibatkan segelintir ahli politik menggadai akidah melakukan perkara khurafat dengan mempercayai azimat, wafak, cincin serta amalan pembacaan mantera tertentu. Demi cita-cita politik, mereka yang sebahagian besarnya golongan veteran sanggup berbelanja besar bagi mendapatkan pelbagai benda pelik kononnya mampu memberi manfaat kepada pemakainya bagi memastikan hajat tercapai. Antara alat kononnya ajaib yang menjadi buruan ahli politik, terutama ketika bahang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) semakin dekat ialah cebisan kelambu Kaabah atau kiswah yang didakwa mampu melariskan diri si pemakai, cincin permata ganjil yang dipakai sebelum berceramah bagi membuatkan pendengar terpengaruh dan kulit rusa putih. Cemara babi juga dicari kononnya membuatkan si pemakai kebal iaitu pihak lawan sukar menjatuhkannya dalam arena politik. Mendedahkan perkara itu, Pengamal Perubatan Islam Sinar Zamdurrani, Sharhan Shafie berkata, kebiasaannya benda pelik itu diperoleh daripada bomoh yang menjalankan khidmat mereka tanpa bersandarkan al-Quran. metro/- | EPL: MU menang 4-0, semakin selesa Posted: 15 Apr 2012 07:51 PM PDT 24 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - REMBATAN kencang Wayney Rooney pada minit ke-73 dan jaringan Luis Carlos Almeida pada minit-minit terakhir perlawanan telah membolehkan Manchester United (MU) mencipta kemenangan besra, sekali gus terus memperkukuhkan sebagai pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL). MU menewaskan Aston Villa 4-0 di Old Trafford. Kemenangan tersebut menjadikan MU semakin menjarakkan kutipan mata daripada pesaing terdekatnya, Manchester City yang turut memperolehi kemenangan besar ke atas Norwich 6-1 di Stadium Carrow Road kelmarin. Rooeny membuka tirai jaringan MU dengan menewaskan penjaga gol, Shay Given melalui sepakan penalti untuk mendahului 1-0 pada minit ketujuh perlawanan. MU yang banyak mengasak pihak lawan terus mencipta jaringan apabila rembatan Danny Welbeck berjaya menjaringkan gol kedua pada minit ke-43, sebelum disusuli gol kedua Rooney dan Almeida untuk memberikan kemenangan selesa 4-0 kepada MU. Kemenangan ke atas Aston semalam, sedikit melegakan Sir Alex Ferguson setelah tewas mengejut di tangan Wigan 1-0, Khamis lalu. Dengan melengkapkan 34 perlawanan setakat ini, MU terus kekal di tangga teras EPL dengan mengumpulkan 82 mata. Manchester City memiliki 77 mata. Sinar Harian | Kekalahan tahun lalu jadi pengajaran Posted: 15 Apr 2012 07:49 PM PDT 24 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - BALING - Kekalahan pasukan Bawah 18 Tahun Baling/Sik dengan pasukan Kota Setar tahun lalu terubat setelah menjadi johan Bola Baling Majlis Sukan Sekolah Kedah (MSSK) di Dewan Futsal Tun Abdul Razak, Baling kelmarin. Pasukan yang terdiri daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Bakai dan Sekolah Menengah Kebangsaan Jerai itu membuktikan sekolah kampung turut boleh menandingi pasukan dari sekolah bandar. Pengerusi Teknik Bola Baling Baling, Mohamad Naim Ishak berkata, pasukan Baling/Sik berjaya menundukkan musuh tradisinya iaitu Kota Setar dengan mata 5-4. Kota Setar yang pernah menundukkan Baling/Sik dengan mata 3-1 tahun lalu terpaksa akur dengan ketangkasan dan balingan padu pasukan Baling/Sik yang diketuai Ibrahim Zakaria. Mohamad Naim berkata, kejayaan itu adalah hasil komitmen padu pemain, selain latihan yang berterusan sejak awal tahun lagi. "Saya berpuas hati dengan corak permainan pasukan ini yang ternyata menggunakan kekuatan mereka dengan sepenuhnya. "Saya kagum dengan semangat yang ditunjukkan setiap pemain dan berharap, mereka dapat mengekalkan rentak permainan ini kelak," katanya. Menurutnya, strategi yang digunakan iaitu 'fast brake', selain kelincahan mengawal bola berjaya menembusi palang gol pasukan lawan. Pasukan Baling/Sik akan mewakili Kedah ke peringkat kebangsaan pada 2 sehingga 9 Jun ini di Kelantan. "Saya berharap pasukan Baling/Sik dapat meningkatkan lagi kekuatan mereka untuk memperoleh kemenangan di peringkat kebangsaan kelak," katanya. Majlis penyampaian pingat dan sijil disempurnakan Pegawai Pejabat Pelajaran Baling/Sik, Abdul Razak Md Noh. Sinar Harian | |
PAS Negeri Sembilan Posted: 15 Apr 2012 09:40 PM PDT Habib Umar keturunan Rasulullah di Seremban 22 April 2012 Posted: 15 Apr 2012 02:54 AM PDT MALAM IHYA MAHABBAH RASULULLAH SAW BERSAMA AL HABIB UMAR BIN HAFIDZ Tarikh : 22 April 2012, Ahad Masa : 5.30 ptg - 11.00 mlm Tempat : Masjid Negeri, Seremban, N.Sembilan.
ATUCARA MAJLIS 5.30 ptg : Ketibaan Para Jemputan 6.00 ptg : Qasidah oleh kumpulan Al-Ulfah, Madrasah Azzein Lissuluk Ilallah 6.30 ptg : Ratib Haddad oleh Ittihad An-Nur Malaysia 6.45 ptg : Tazkirah oleh Ustaz Hambali 7.00 mlm: Qasidah dan Salawat 7.10 mlm : Ketibaan Tetamu-tetamu Kehormat 7.25 mlm : Solat Maghrib Berjemaah 7.55 mlm : Majlis dimulakan oleh Pengerus. Majlis, Ust. Shuhadak Mahmud, Pengasas Sahah Al Ja'afaryyah Negeri Sembilan 8.00 mlm : Bacaan Al-Quran oleh Dr. Sheikh Solah Zaki Al-Qadiri, Pensyarah USIM 8.20 mlm : Maulid Dhiaulla'mie Oleh Ittihad An-Nur Malaysia 9.00 mlm : Ketibaan Jemputan Al Habib Umar Bin Hafidz 10.30 mlm : Solat Isya berjemaah 11.00 mlm : Jamuan / Bersurai Sumber : http://hambalialorstari.blogspot.com Siapakah al-Hafiz al-Musnid Habib Umar ? Nama penuh beliau ialah Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafiz bin 'Abdullah bin Abu Bakar bin 'Aydrus bin Umar bin 'Aydrus bin Umar bin Abu Bakar bin 'Aydrus bin Hussain bin Syaikh Abu Bakar bin Salim bin Abdullah bin Abdurrahman bin 'Abdullah bin Abdurrahman as-Saqqaf bin Muhammad Maula al-Dawilah bin 'Ali bin 'Alawi bin al-Faqih al-Muqaddam Muhammad bin 'Ali bin Muhammad Shahib al-Mirbath bin 'Ali Khali' Qasam bin 'Alawi bin Muhammad bin 'Alawi bin 'Ubaidullah bin Ahmad al-Muhajir bin 'Isa al-Rumi bin Muhammad al-Naqib bin 'Ali al-Uraidhi bin Ja'far al-Sadiq bin Muhammad al-Baqir bin 'Ali Zainal 'Abidin bin Hussain as-Sibt putera kepada Sayyidina 'Ali bin Abi Tholib dan Sayyidah Fathimah al-Zahra' binti Sayyidina al-Musthofa Muhammad s.a.w.
Beliau adalah keturunan yang ke-39 daripada baginda al-Musthofa Nabi Muhammad s.a.w melalui salasilah Sayyidina Hussain as-Syahid bin Ali bin Abi Tholib RA. Semenjak kecil lagi Habib Umar telah menghafal al Quran. Beliau merupakan seorang ahli hadis yang mencapai taraf al-Hafiz, iaitu telah menghafal lebih 100,000 hadis berserta sanad dan hukum matan. Beliau juga digelar dengan panggilan al-Musnid, iaitu orang yang mampu menghafal penuh setiap salasilah hadis sehingga Nabi Muhammad s.a.w. Beliau juga digelar al-Mufassir, iaitu ahli tafsir al-Quran yang menghafal setiap asbabulnuzul dan didukung dengan hadis-hadis yang sahih beserta asbabul wurudnya. Habib Umar adalah seorang pendakwah dan ahli sufi yang telah menubuhkan sebuah institusi pengajian tinggi Islam yang terkenal iaitu Darul Mustafa di Tarim, Hadramaut, Yaman. Beliau juga tersenarai di dalam "The 500 Most Influential Muslims" di nombor ke 33. | Seminar Penghayatan Solat 1 Mei 2012 di Seremban Posted: 15 Apr 2012 02:48 AM PDT SEMINAR PENGHAYATAN SOLAT Tarikh : 1 Mei 2012, Selasa (Hari Cuti Umum) Masa : 8 pg - 6 ptg Tempat : Pusat Dakwah Islamiah, Paroi, Seremban Penceramah dan Pembentang Kertas Kerja ~ Ustaz Dr Zulkifli Al Bakri ~ Ustaz Shuhadak Mahmud ~ Ustaz Khusairi Hamdan ~ Ustaz Mohd Zaidi Ramli Yuran Penyertaan RM 60 Slot Khas Easy Solat untuk Remaja 10 - 17 tahun turut berlangsung sepanjang seminar dengan yuran penyertaan RM 30 terhad 100 peserta Sila hubungi ; Hafiz 016-9276965 , Hafizi 019-3337427 , Safrizal 019-6720233 , Rahizah 013-2717251 Anjuran : Sekretariat Mahasiswa Timur Tengah dan Sekolah Rendah Islam Intergrasi Tahfiz Darul Ulum | Ceramah YB Salahuddin Ayub 19 Apr 2012 di DUN Paroi Posted: 14 Apr 2012 10:00 PM PDT CERAMAH MOBILISASI BERSIH 3.0 Tarikh : 19 April 2012, Khamis Masa : 9 mlm Tempat : Pasti Al Hikmah, Tmn Tuanku Jaafar Fasa 3, Senawang Penceramah : ~ YB Salahuddin Ayub , Naib Presiden PAS ~ YB Hj Taufek Abd Ghani , Pesuruhjaya PAS N.Sembilan ~ Dr Ahmad Suhaimi , Penyelaras SAMM ~ Ustaz Nor Azman Mohamad , Ketua Penerangan PAS N.Sembilan Semua dijemput hadir | |
Rembau Hari Ini Posted: 15 Apr 2012 07:39 PM PDT Ceramah YB Salahuddin Ayub 19 Apr 2012 di DUN Paroi Posted: 14 Apr 2012 10:04 PM PDT CERAMAH MOBILISASI BERSIH 3.0 Tarikh : 19 April 2012, Khamis Masa : 9 mlm Tempat : Pasti Al Hikmah, Tmn Tuanku Jaafar Fasa 3, Senawang Penceramah : ~ YB Salahuddin Ayub , Naib Presiden PAS ~ YB Hj Taufek Abd Ghani , Pesuruhjaya PAS N.Sembilan ~ Dr Ahmad Suhaimi , Penyelaras SAMM ~ Ustaz Nor Azman Mohamad , Ketua Penerangan PAS N.Sembilan Semua dijemput hadir | |
Dr Azman Ibrahim Posted: 15 Apr 2012 07:31 PM PDT Duit Rakyat atau Duit Umno? Posted: 15 Apr 2012 01:09 AM PDT Buletin Online, 15 April 2012KUALA TERENGGANU – Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Terengganu Dr Azman Ibrahim meminta kerajaan negeri Terengganu dan Menteri Besarnya Dato' Seri Ahmad Said menjelaskan adakah wang yang diberi pinjam kepada mahasiswa dari Yayasan Terengganu (YT) ialah wang rakyat ataupun wang Umno. "kita nak tanya Ahmad Said dan kerajaan negeri Terengganu (samada) duit pinjaman untuk mahasiswa yang dikeluarkan daripada Yayasan Terengganu duit rakyat atau duit Umno, "kalau duit rakyat yang berhak ke atasnya adalah rakyat, tidak kira samada rakyat itu PAS, Umno, Keadilan, DAP dan tidak berparti,"tegasnya. Beliau berkata demikian ketika berucap dalam satu himpunan aman yang diadakan di perkarangan masjid Pengadang Baru dekat sini selepas solat Jumaat 13 April. Bantahan tersebut adalah ekoran mesyuarat Lemabga Pengarah Yayasan Terengganu pada Selasa 10 April, yang memutuskan tidak akan mengembalikan semula pinjaman tersebut telah ditarik dari sembilan orang pelajar anak Terengganu yang menuntut di Mesir. Beliau turut mempertikaikan tindakan menzalimi pelajar terbabit kerana mereka dituduh menyertai himpunan aman BERSIH 2.0 di Kaherah pada Julai tahun lalu. Sedangkan katanya, BERSIH bukanlah mahu menjatuhkan keajaan Terengganu tetapi bantahan itu diadakan untuk menambahbaikkan perjalanan sisitem pilihanraya. "Lainlah sekiranya kalau para pelajar ini (itu) terlibat dalam himpunan untuk menjatuhkan kerajaan, mereka Cuma terlibat dalam himpunan BERSIH…… dah yang Ahmad Said susah tu buat apa? "atau kerajaan BN Terengganu memang didirikan hasil perjalanan pilihanraya yang tidak bersih?,"soalnya lagi. Justeru, beliau menggesa supaya kerajaan turut menamatkan pinjaman para pelajar yang bernaung dibawah kelab-kelab Umno di seluruh dunia sekiranya Menteri Besar menuduh Sembilan pelajar Mesir tersebut terlibat dengan politik. Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Lujnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Pusat turut sama mengedarkan poster hentikan Lynas kepada, sempena bantahan yang dianjurkan oleh Solidariti Himpunan Hijau Malaysia pada hari yang sama. Katanya, ia menunjukkan kebersamaan orang ramai yang hadir menyokong Himpunan Hijau 2.0 menentang isu pembangunan kilang nadir bumi itu, yang diadakan seretak di 11 lokasi disluruh Negara. Turut hadir dan berucap pada himpunan aman tersebut adalah Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu Ustaz Mohd Nor Hamzah, Ahli Jawatankuasa Pemuda PAS Malaysia Ustaz Mohd Khalil Abdul Hadi, pimpinan pemuda Pas Terengganu dan wakil Gabungan Mahasiswa Islam (Gamis) cawangan negeri Terengganu. Lebih 500 orang berhimpunan di luar pagar majid Pengadang Baru selepas diumumkan satu himpunan membantah tindkan kerajaan Terengganu membatalkan pinjaman YT kepada Sembilan pelajar Mesir, sebaik selesai solat Jumaat. | |
N.27 - PAS DUN Sura Posted: 15 Apr 2012 07:19 PM PDT Tuan Guru Nik Aziz Rasmikan Bangunan Dun Sura Posted: 15 Apr 2012 07:01 AM PDT DUNGUN – Bangunan PAS Dun Sura yang tersergam indah di Jalan Nibong, Kampung Molek dekat sini akan disempunakan pembukaannya oleh Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat pada hari Jumaat 20 April depan. Menurut Pengerusi Majlis tindkaan DUN Dura, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramly, bangunan rumah kedai satu tingkat itu dibina di atas tapak tanah yang disumbangkan oleh ahli PAS cawangan Kampung Molek.
"Tanah tapak bangunan dibeli sekitar tahun 2000 bernilai RM20,000, tapi bangunan hanya mula dibina pada tahun 2012,
"semasa permulaan pembinaan wang tunai hanya ada RM3000 lebih sahaja, AlhamuliLlah pada bangunan tersebut siap ada Februari baru-baru ini ,"ujarnya Beliau yang juga ADUN Sura berkata bangunanan tersebut telah pun digunakan sebagai pusat pentadbiran dan pengurusan PAS Dun Sura yang mengandungi bilik mesyuarat, pejabat Dewan-dewan dan bilik gerakan PAS Cawangan Kampung Molek.
Katanya, tingkat satu bangunan tersebut akan menempatkan bilik mesyuarat yang boleh menampung 40 orang , pejabat DUN, pejabat Muslimat DUN, Pemuda DUN dan Bilik Gerakan Cawangan Kampung Molek. Manakala, kata beliau, tingkat bawah dijadikan dewan tarbiah bagi menajurkan program-program PAS Dun Sura.
Menurutnya, program pertama yang telah diadakan di bangunan tersebut adalah sarapan pagi dan taklimat bersama Pesuruhjaya PAS Selangor pada 4 Mac 2012
Sehubungan itu, beliau mengambil kesempatan sempena perasmian bangunan tersebut memohon orang ramai bagi menghulurkan sumbangan bagi menyelesaikan sedikit perbelanjaan pembinaannya yang masih tertinggak.
"Bangunan ini adalah milik orang ramai, seluruh rakyat Dun Sura kerana ia dibina hasil sumbangan orang ramai tersebut menelan belanja kira-kira RM250,000,
"kami masih lagi mengharapkan sumbangan orang ramai untuk membayar semula duit pinjaman (belanja pembinaan) yang sekarang berbaki RM27,500 lagi,"ujarnya.
Sempena perasmian bangunan atu majlis ceramah akan diadakan pada sebelah malam yang akan disampaikan oleh Mursyidul Am serta Pesuruhjaya PAS terengganu YB Haji Mohd Abdul Wahid Endut.
sumber : Buletinonline | |
PAS Kawasan Miri Posted: 15 Apr 2012 07:17 PM PDT PAS Bersama Pakatan Rakyat Cetus Pembaharuan Untuk Rakyat Sarawak Posted: 15 Apr 2012 03:46 PM PDT Lawatan Timbalan Presiden PAS Mencetus Semangat Baru Pakatan Rakyat Sarawak MIRI - Lawatan sambil kerja 2 hari yang lalu Timbalan Presiden PAS Tuan Haji Mohammad Sabu @ Mat Sabu di Miri dan Sibuti mendapat sambutan hangat dari masyarakat tempatan.
Pada sebelah malam, Hj Mat Sabu telah bertemu dengan penduduk di kg Lusut Jaya 1 di kawasan lambir, Walaupun pada mulanya perjumpaan bersama penduduk hendak diadakan di kawasan dewan masyarakat di Taman Tunku, tetapi di saat-saat akhir terpaksa dibatal disebabkan oleh ada halangan oleh pihak tertentu. Walau bagaimana pun program Mesra Rakyat bersama Hj Mat Sabu tetap diteruskan, di kg Lusut Jaya 1 di salah sebuah rumah penduduk, kampung tersebut. Jalan menuju ke kampung tersebut agak teruk dan becak sewaktu musim hujan dan penduduk kampung tersebut sudah lama menanti janji pihak kerajaan untuk menurap jalan tersebut tetapi sehingga kini belum ada tanda-tanda jalan tersebut diturap dengan tar.
Pada esok pagi 14hb April 2012, PAS Miri sekali lagi, mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan ke-3, PAS kawasan Miri di sebuah hotel di bandaraya Miri. Diantara yang hadir pada majlis tersebut ialah Setiausaha Badan Perhubungan PAS negeri Sarawak sdr Fidzuan dan juga wakil dari pakatan rakyat. Ucapan dimulakan oleh YDP PAS kawasan Miri Hj Jofri Jaraiee sebelum perbahasan berlangsung pada sebelah petangnya. Hj Mat Sabu merasmikan mesyuarat agung tahunan tersebut sebelum beliau bersama rombongan Pakatan Rakyat melawat kawasan Niah dalam kawasan parlimen Sibuti.
Pada sebelah malamnya pula diadakan Dialog Pakatan Rakyat bersama Hj Mat Sabu di sebuah dewan di bandaraya Miri dimana semua pimpinan Pakatan rakyat hadir bersama meraikannya.
Diantara pimpinan tempatan yang hadir adalah Jofri Jaraiee YDP PAS Miri, Dr Micheal Teo Ketua cabang PKR Miri, Zuhaidah timbalan ketua cabang PKR Miri , Mdm Lim Su Kien wakil DAP Miri dan lain-lain.
Pada malam tersebut, Hj Mat Sabu menceritakan hal yang berkenaan dengan isu-isu semasa diantaranya masalah wang rakyat yang disalahgunakan oleh pemerintah BN dimana sekiranya Malaysia terus diperintah oleh kerajaan BN (Barisan Nasional) selepas PRU13 nanti, negara ini akan jatuh muflis seperti Greece. Sekiranya 5 tahun lagi BN memerintah pada masa itu sesiapa saja yang hendak ambil alih kerajaan, BN akan serah terus kuasa tanpa perlu ada pengundian sebab pada masa itu negara sudah jatuh bangkrap dan wang pun sudah habis digunakan oleh pemimpin BN.
Semoga dengan kedatangan Hj Mat Sabu ke Miri akan memberi semangat baru kepada Pakatan Rakyat di Miri dan seluruh Malaysia untuk bersatu menumbangkan kerajaan BN pada PilihanRaya Umum ke-13 nanti.
Dari Unit Penyiaran dan Penerangan PAS Miri
English version PAS Deputy President's visit Triggers New Strength of Sarawak PR MIRI - Working visit 2 days ago by PAS Deputy President Haji Mohammad Sabu @ Mat Sabu in Miri and Sibuti received overwhelming response from local communities.
In the evening, Hj Mat Sabu had met with residents in kg Lusut Jaya 1 in the Lambir, although at first meeting with residents to be held in the community hall in Taman Tunku but at the last minute there had to be canceled due to the obstruction by certain parties.
However, people-friendly program with Hj Mat Sabu still continue in kg Lusut Jaya 1 at one of the houses population of the village. Road to the village somewhat exaggerated and muddy during the rainy season and the villagers had been waiting for the promise of the government to paving the road, but so far no signs of the road paved with tar.
However, people-friendly program with Hj Mat Sabu still continue in the kg Lusut 1. Road to the village so poor and muddy during the rainy season and the villagers had been waiting for the promise of the government for paving the road, but so far no signs of the road paved with tar.
On Saturday morning 14th April 2012, PAS Miri once again convene the Annual General meeting of the 3rd, PAS Miri in a hotel in Miri city. Among those present at the ceremony were the Secretary of the State PAS liaison sdr Fidzuan and representatives from the alliance of the people. PAS Miri chief speech was initiated by Hj Jofri Jaraiee before the debate took place in the evening.
Hj Mat Sabu opening the annual general meeting before he accompanied by his entourage Pakatan Rakyat visit the Niah in Sibuti parliamentary constituency.
In the evening held Dialogue Pakatan Rakyat with Hj Mat Sabu in a hall in Miri city, where all the leaders of the people come together to celebrate.
Among the local leaders present were PAS Miri chief Jaraiee Jofri Miri, Dr Michael Teo PKR Miri branch chief, deputy chief of PKR Zuhaidah Miri, Mdm Lim Su Kien Miri DAP representatives and others.
On that night, Hj Mat Sabu told the case relating to current issues, among them the problem of misuse of public funds by the BN government which, if Malaysia continues to be ruled by the BN (Barisan Nasional) after 13th GE later, this country will go bankrupt as Greece. If 5 years BN rule at that time anyone who wanted to take over the government, the BN would hand over power without the need to continue to have voting because at that time the country has fallen bankrupt, and the money was already spent used by the BN leaders.
May the coming of Hj Mat Sabu to Miri will give new spirit (strengths) to the Pakatan Rakyat in Miri and the rest of Malaysia to unite to overthrow the BN at the 13th General Election later.
Broadcasting and Information Unit of PAS Miri | |
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah Posted: 15 Apr 2012 01:27 PM PDT Persiapan rapi sambut lawatan rasmi Yang Di-Pertuan Agong Posted: 11 May 2011 09:10 AM PDT ALOR SETAR – Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah akan melakukan lawatan rasmi selama tiga hari ke Kedah bermula 13 Mei ini. Baginda berdua dijangka tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim pada jam 4.30 petang disambut oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Kedah dan KDYMM Tuanku Sultanah. Sejam selepas itu, baginda berdua dibawa ke Istana Tetamu di Mentaloon bagi majlis mengadap KDYMM Tuanku Sultan serta Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah. Pada sebelah malamnya baginda berdua akan menghadiri majlis jamuan negeri di Istana Anak Bukit. Pada 14 Mei, sebelah pagi, Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong berkenan berangkat ke pertandingan golf di Kelab Cinta Sayang Sungai Petani. Manakala Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong bersama-sama KDYMM Tuanku Sultanah berangkat menaiki bot menyusuri Sungai Merbok seterusnya mengadakan lawatan di Muzium Peerhutanan, Gunung Jerai. Pada sebelah malam, baginda berdua akan berangkat ke majlis jamuan rakyat di Dewan Wawasan, Jitra. Pada 15 Mei, Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong akan ke majlis taklimat pembangunan negeri di Wisma Darul Aman. Manakala Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong bersama-sama KDYMM Tuanku Sultanah mengadakan lawatan ke Hospital Sultanah Bahiyah. Persiapan rapi telah dilakukan oleh kerajaan negeri terhadap semua program yang telah dirancang. | |
Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan Posted: 15 Apr 2012 11:10 AM PDT PTPTN: Mahasiswa berhimpun hingga suara mereka didengari Posted: 14 Apr 2012 04:36 PM PDT (Mahasiswa berkhemah menuntut kerajaan memenuhi tuntutan mereka)KUALA LUMPUR, 14 April: Sekumpulan mahasiswa yang menuntut pendidikan percuma di negara bertindak memasang khemah di Dataran Merdeka, sementara menunggu perhimpunan Bersih 3.0, 28 April ini. Mereka juga bernekad tidak akan berganjak dari Dataran sehingga pihak kerajaan turun padang menemui mereka bagi mendengar keluhan mahasiswa terhadap isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Perhimpunan anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang diketuai Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (Gamis) itu pada mulanya berkumpul di persekitaran Masjid Jamek Kuala Lumpur, sebelum berarak ke kompleks membeli-belah Sogo. Sepanjang Jalan Raja Laut menuju Sogo, kumpulan lebih 500 mahasiswa itu melaungkan pelbagai slogan bagi menarik perhatian pengguna jalan raya, antaranya 'Hidup Mahasiswa', 'Jahanam Kapitalis', 'Najib Altantuya', 'Mansuh PTPTN', 'Bangkit Mahasiswa' sambil memegang pelbagai kain rentang. Tiba di Sogo, kumpulan tersebut mula berucap bagi menyatakan pendirian mereka terhadap PTPTN yang disifatkan mereka hanya melahirkan 'graduan hutang'. Sebelum itu, mereka meletakkan kalungan bunga pada potret Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Tindakan tersebut dikatakan sebagai simbolik kepada 'kematian' peranan dua menteri tersebut dalam usaha menyelesaikan isu PTPTN yang dibantah mahasiswa. Antara pemimpin mahasiswa yang berucap Pengerusi SMM, Mohd Safwan Anang; dan mahasiswa yang digantung pengajiannya di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli Abdul Halim. Kumpulan itu kemudiannya kembali berarak ke Dataran Merdeka melalui Jalan Tuanku Abdul Rahman, dan memasang lima buah khemah di Dataran serta mendirikan solat Asar berjemaah. Kira-kira 30 anggota polis hanya memerhatikan kumpulan mahasiswa tersebut berhimpun tanpa sebarang provokasi daripada mereka. Sementara itu, Safwan ketika ditemui media, berkata himpunan hari ini sebagai tanda amarah rakyat terhadap isu PTPTN yang didakwa lebih memberi keuntungan kepada kapitalis, sekaligus membebankan mahasiswa. Ketika ditanya mengapa perhimpunan hari ini turut mengaitkan isu PTPTN dengan kepimpinan kerajaan sedia ada, Safwan berkata sekiranya mahasiswa mahu mengubah kerajaan, itu merupakan hak mereka sebagai pengundi. "Kita tidak tahu bebanan masing-masing, tapi fokus isunya ialah PTPTN. Kalau mahu ubah kerajaan, itu hak mereka. Kita pun setuju, kalau kerajaan tidak mahu memberikan komitmen tentang hal (PTPTN) ini. Kita kata kerajaan perlu diubah, dan ia mesej jelas daripada mahasiswa," tegas beliau. Justeru, kata beliau mahasiswa akan terus berkhemah di Dataran Merdeka sehingga pihak kerajaan respons terhadap tuntutan mereka. "Kita akan teruskan protes ini di sini. Kalaupun dihalau, kita akan meneruskan protes. Kalau bukan di sini, di tempat lain yang akan diputuskan nanti," kata beliau. Himpunan mahasiswa ini turut disertai pemimpin Pakatan Rakyat, antaranya Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar; Tian Chua; Timbalan Ketua Penerangan AMK, Rozan Azen Mat RasipRozan; dan pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr. Jeyakumar Devaraj. Manakala, bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dijangka hadir ke Dataran Merdeka, malam ini bagi menyatakan sokongan kepada golongan mahasiswa. | Parti ajaran sesat: Pemuda PAS sedia muzakarah Posted: 14 Apr 2012 04:36 PM PDT (Nasrudin....sedia bermuzakarah dan buat road show)KUALA LUMPUR, 14 April: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) bersedia untuk menerima cabaran mana-mana pihak dari Umno untuk bermuzakarah dalam isu PAS: parti ajaran sesat yang sedang dipropagandakan oleh Umno Terengganu. Ketuanya Nasruddin Hassan berkata, Umno sengaja menciptakan propaganda itu dan ia tidak perlu diperdebatkan sebaliknya perlu bermuzakarah. "Kita tidak mahu cabar Umno berdebat dalam isu ini kerana tidak 'padan' sebab Umno sengaja cipta isu ini," katanya kepada media petang tadi. Malah katanya, pada tahun 1984 sudah timbul isu kafir mengkafir waktu itu PAS anjurkan muzakarah dengan Umno akhirnya dibatalkan kerana Umno tidak mahu bersemuka dengan PAS. "Kita cabar Umno kali ini, kalau berani kita bermuzakarah apa yang mereka bangkitkan, melalui ini kita tahu siapa yang sesat sebenarnya," kata beliau. Malah katanya, DPPM akan mengadakan 'road show' seluruh negara untuk menangkis tohmahan jahat Umno BN yang cuba memburuk-burukan PAS. "Umno sepatutnya sedar propaganda yang sengaja diciptanya itu telah memakan diri mereka sendiri apabila, rata-rata rakyat negeri itu mula menyampah dengan politik kotor Umno ," katanya. Katanya PAS juga boleh menjawab segala tohmahan tersebut dengan platform ilmiah melalui penerbitan buku 'Siapa Yang Sesat?' yang akan diterbitkan tidak lama lagi. Sebelum ini, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata, program "Pas: Parti Ajaran Sesat (P:PAS)" yang bermula di Terengganu semalam akan diteruskan ke seluruh negara. Beliau menjelaskan program P:PAS secara besar-besaran akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur tidak lama lagi. "Program P:PAS tidak hanya setakat di Terengganu, tetapi kita akan bawa ke seluruh negara. Kita akan adakan perhimpunan besar-besaran di PWTC lepas ni," katanya. Ahmad, ketika berucap pada majlis menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia di Kijal pada Rabu lepas, dilaporkan berkata, perjuangan Pas kini tersasar jauh daripada perjuangan Islam sebenar dan menyifatkan Pas sebagai "parti ajaran sesat". | Salahudin diraikan di Kubang Kerian Posted: 14 Apr 2012 04:35 PM PDT (Husam menyampaikan saguhati khas kepada Salahudin)KOTA BHARU, 14 April: Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub hari ini diraikan dalam mesyuarat agung PAS Kubang Kerian, kawasan parlimen yang beliau wakili. Ini kerana, selepas ini Salahudin tidak lagi akan mewakili kawasan itu tetapi akan pulang ke Johor untuk bertanding di sana. Salahudin menerima cenderamata khas dari Yang Dipertua PAS Kubang Kerian, Datuk Husam Musa. Sebelum ini, Pesuruhjaya PAS Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat telah menyatakan kesediaan PAS Kelantan untuk melepaskan beliau. Salahudin telah dua penggal mewakili parlimen Kubang Kerian iaitu sejak pilihan raya umum 2004 dan 2008. Beliau akan bertanding di Johor dalam pilihan raya ke 13 bagi memantapkan pasukan PAS Johor dalam menjayakan hasrat untuk menawan Putrajaya. Najib tidak yakinKetika bercakap kepada pemberita, Salahudin mendakwa walau pun banyak 'habuan' dicurahkan termasuk BR1M namun Perdana Menteri dirasakan tidak ada keyakinan untuk membubarkan Parlimen dalam masa terdekat bagi memberi laluan kepada Pilihanraya Umum ketiga belas (PRU-13). Bahkan, kata Salahuddin, akan datang dilakukan penyenaraian Felda Global Ventures tetapi mereka dihambat dan dihantui pelbagai isu yang mereka sendiri tidak yakin. "Jadi saya rasa, ini keadaan yang malang bagi Umno-BN, dan keadaan ini akan menjadikan rakyat lebih melihat jauh ke hadapan untuk mereka menukar driver walau pun Najib kata tak perlu tukar driver. "Namun dalam hal demikian, mereka lihat Najib semakin tidak yakin (untuk membubarkan Parlimen dan meraih kemenangan dalam PRU-13)," katanya. Ahli Parlimen Kubang Kerian itu bercakap kepada pemberita selepas Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Kubang Kerian kali ke-38 di Pasir Tumboh dekat sini pagi tadi. Turut hadir Adun Salor yang juga Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa. Justeru Salahuddin mendakwa beliau cukup yakin rakyat Malaysia akan melihat Pakatan Rakyat (PR) sebagai pilihan mereka ke Putrajaya. | KP warga asing: PAS bimbang kecoh di hari mengundi Posted: 14 Apr 2012 04:35 PM PDT KOTA BHARU, 14 April: PAS melahirkan kebimbangannya terhadap langkah memberikan taraf kewarganegaraan kepada warganegara asing secara berleluasa tanpa dibendung akan mengundang huru-hara terutama semasa pilihan raya berlangsung. Justeru Penolong Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyudin Hassan yang juga pengamal undang-undang menegaskan Kerajaan Pusat perlu bertanggungjawab dengan apa yang bakal berlaku. (Takiyudin menyampaikan hadiah dalam Pertandingan Kerajinan Tangan Wanita Dun Bunut Payong)
"PAS Pusat telah membuat satu keputusan untuk mendesak pihak Kerajaan Malaysia khususnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang bertanggungjawab dalam hal ehwal kad pengenalan supaya memberikan respon kepada dakwaan kita," katanya. Beliau mendakwa PAS mempunyai bukti kukuh bahawa pegawai-pegawal tinggi kerajaan di beberapa agensi bukan saja di Jabatan Pendaftaran Negara tetapi juga Majlis Keselamatan Negara serta Jabatan Perdana Menteri itu sendiri terbabit. "Mereka (dengan pegawai-pegawainya sendiri) diarah untuk membuat sebanyak mungkin pemberian I.C warganegara kepada warganegara asing itu khususnya bagi 'menampung kekurangan' yang mereka rasa wujud di beberapa Parlimen termasuk di Parlimen Pekan, Pahang sendiri. "Kita mempunyai bukti bahawa di Parlimen Pekan sendiri, warganegara daripada beberapa negara, antaranya Burma dan juga Bangladesh sedang diberikan taraf kewarganegaraan yang membolehkan mereka itu mengundi. "Dan yang lebih berat lagi apabila diberikan kewarganegaraan, kad pengenalan, mereka itu didaftarkan terus dalam kawasan parlimen-parlimen tertentu. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bunut Payong bercakap kepada pemberita pada Majlis Perasmian Penutup Pertandingan Kerajinan Tangan Wanita Dun Bunut Payong di Astaka JKR 10 Kediaman Rasmi Menteri Besar di sini tengahari tadi. Beliau mengulas perkembangan menjelang PRU-13 membabitkan pemberian kad pengenalan kepada warganegara asing yang berada di negara ini oleh golongan tertentu. Beliau mendakwa perkara itu juga berlaku di Kelantan di mana warganegara jiran yang diberikan kad pengenalan diletakkan terus di Dun tertentu dan dijadikan pengundi di situ. "Dan kita memberi peringatan kepada Kerajaan Malaysia, kalau sekiranya mereka teruskan juga keadaan itu, (dipercayai) akan berlaku suasana huru-hara terutamanya samasa pilihanraya, bahkan akan adanya bantahan. "Orang yang tidak tinggal dalam kawasan-kawasan pilihanraya tertentu itu, bahkan bukan berasal di situ dan tidak ada niat untuk tinggal di situ menjadi pengundi dalam kawasan itu, maka saya nampak akan jadi satu keadaan huru-hara dan Kerajaan Pusat perlu bertanggjungjawablah," katanya. Mengulas lanjut, beliau mendakwa apabila disebut kempimpinan tertinggi negara (terbabit dalam perkara itu), mereka itu secara automatiknya adalah 'pemimpin tertinggi parti' terutamanya Umno-Barisan Nasional (BN). | ‘Perkuburan 1Malaysia’ ada di kawasan Najib? Posted: 14 Apr 2012 04:35 PM PDT KUALA LUMPUR, 14 April: Penulis blog, Anak Sungai Derhaka menyebut gara-gara taksub dengan konsep '1Malaysia" yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, akhirnya agama Islam itu sendiri menjadi carca merba. Sehubungan itu, beliau di dalam blognya, http://darisungaiderhaka.blogspot.com membongkarkan berita panas yang untuk memberi kesedaran kepada seluruh rakyat Malaysia kenapa perlu mereka menolak Umno BN pada Pilihan raya Umum akan datang. Tulisnya, jika rakyat terus membiarkan mereka berkuasa, maka akhirnya agama akan terus diperkotakkatikkan sesuka hati oleh mereka yang berkuasa. "Terbaru, kami berjaya membongkarkan sebuah kawasan tanah perkuburan '1Malaysia' di Parlimen Pekan iaitu kawasan Najib itu sendiri. "Sungguh mengejutkan apabila tanah perkuburan di Tanjung Agas itu menempatkan kubur Islam, Budha dan Kristian dalam satu kawasan tanah perkuburan, tanpa ada perasaan bersalah oleh pihak terbabit," tulis beliau. Menurutnya, selama ini ramai di kalangan mereka yang lalu lalang di sekitar kawasan terbabit tidak perasan dengan lokasi berkenaan. Memang, katanya banyak kawasan seperti itu terdapat di sepanjang jalan dari Pekan ke Rompin, namun difahamkan ia melibatkan kubur Orang Asli. "Namun, apa yang berlaku di Tanjung Agas ini agak menakjubkan, kerana ia bukan tanah perkuburan orang Asli tetapi juga menempatkan kubur orang Islam biasa. "Soalnya sekarang, apakah Najib sedar dengan apa yang berlaku ini?" soalnya. Justeru, katanya tidak timbul persoalan mereka iaitu orang Islam itu adalah Orang Asli atau tidak. Apa yang penting mereka telah memeluk agama Islam, malah terdapat nama pada batu nisah tertera "Kechik Binti Muda" (kiri) yang letak bersebelahan dengan jirat Cina (bukan Islam). Malah, tulisnya lagi terdapat juga kubur-kubur orang Kristian lain di kawasan terbabit. Menurutnya, umum mengetahui bahawa kawasan Tanjung Agas itu kini majoritinya didiami oleh warga Kemboja yang diimport sebagai 'pengundi tetap' Najib di Parlimen Pekan. Makanya, ujar beliau kemungkinan besar kubur Islam yang terdapat di situ ialah adalah orang Melayu Islam Kemboja. "Anehnya, kenapa perkara ini terjadi?" tanya beliau. Beliau juga mempersoalkan ke mana perginya Jabatan Agama Islam Pahang dan Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang yang sepatutnya memantau kegiatan seperti itu. Baginya, ternyata apa yang berlaku itu sungguh memalukan dan amatlah mengecewakan umat Islam sebenarnya, tambahan pula ia terjadi dalam kawasan PM, Najib Razak. | |
Jasindaily Online Posted: 15 Apr 2012 09:44 AM PDT ANAK LELAKI MUSA AMAN | ''PAU'' taukeh cina bayar yuran pengajian...??? Posted: 15 Apr 2012 05:59 AM PDT Laman pembocor maklumat Sarawak Report hari ini mendedahkan dokumen bagi menangkis penafian Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman bahawa beliau tiada kena mengena dengan orang tengah pembalakan Michael Chia.
Dokumen yang disiarkan itu menunjukkan arahan tersedia (standing order) bank untuk mendepositkan beberapa ribu dolar Amerika Syarikat (AS) untuk pendidikan anak ketua menteri di Perth, Australia.Dokumen itu dikatakan bocor daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dikatakan menyiasatnya sebelum ini tetapi tidak berakhir dengan pendakwaan.
Akaun bank Chia juga menunjukkannya menerima ratusan ribu dolar AS daripada syarikat berpangkalan di Hong Kong Borion Enterprise, yang antaranya dimiliki hartawan balak Sarawak Ting Pek King."Ia menimbulkan persoalan kenapa keluargga Ting Pek King membayar sejumlah besar wang kepada akaun bank Micheal Chia? Akaun yang juga digunakan untuk mendanai anak lelaki Musa Aman di Australia," katanya.
| Siapa Tukar Cuti Jumaat Di Johor? – Abang Mat Posted: 15 Apr 2012 05:43 AM PDT Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mempersoalkan tindakan UMNO Johor yang menukar hari cuti mingguan yang jatuh Jumaat kepada Ahad sebelum ini adalah kegagalan parti itu memartabatkan kesucian dan nasib orang Melayu-Islam.
Malah katanya lagi, UMNO yang menanam pemikiran jika 'UMNO kalah, siapakah pejuang nasib Melayu' merupakan alasan yang tidak masuk akal setelah banyak penyelewengan yang dibuat telah menghakis hak kaum bumiputera itu.Beliau yang terkenal dengan panggilan Mat Sabu turut menambah bahawa masyarakat mudah terkesan dengan tanggapan itu kerana tidak mengetahui jumlah sebenar kerusi yang diperuntukan kepada orang Melayu.
Dalam pada itu katanya lagi, parti DAP pula yang dikambing hitamkan bagi meraih simpati dan sokongan rakyat."Tukar cuti jumaat siapa buat? DAP kah UMNO? Kita hairan, orang Putih (penjajah) tidak berani tukar (jumaat kepada ahad) tapi UMNO boleh."Kita bawa isu ini, orang Johor tak peduli. Kalau DAP tukar, (sudah tentu) berdarah di Johor."Yang tinggal (Kekalkan cuti jumaat) Kelantan, Terengganu dan kedah. Dahulu ada 5 negeri termasuk Perlis dan Johor.
"Hapus tulisan jawi, siapa buat? Pelik !. Siapa gadai tanah rizab Melayu, DAP kah?."Tapi, orang Melayu tergoda dengan isu ini (kalau UMNO kalah, DAP perintah)."Bank Bumi, DAP ke yang pelingkup?. Yang melingkupkan hak kepentingan Melayu, semua UMNO," tegas beliau lagi.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapannya di majlis Hi-Tea di Pekan Parit Betak, Benut, dekat sini, baru-baru ini.Hadir sama, Raden Sarobo Pono, Yang Dipertua PAS Pontian, Ustaz Atan Gombang, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Benut.
| Himpunan Tanah Rakyat Johor Bakal Di Lancar Posted: 15 Apr 2012 05:38 AM PDT Gabungan Selamatkan Tanah Rakyat Johor (TANAH) akan mengumumkan satu perhimpunan besar-besaran dalam satu majlis yang dipanggil pelancaran Himpunan Tanah Rakyat Johor di lobi Parlimen Malaysia yang dijadualkan akan diadakan pada 16 April depan.Menurut Pengarah Sekretariatnya, Suhaizan Kaiyat, selain kehadiran sejumlah 40 orang daripada rombongan TANAH, beberapa pimpinan Pakatan Rakyat (PR) akan turut berada di majlis pelancaran itu bagi mengumumkan satu perhimpunan TANAH yang akan diadakan pada 5 Mei depan di pusat beli belah terkenal Plaza Angsana Johor Bahru.
"Rombongan sekitar 40 orang yang kebanyakannya penduduk Pengerang akan berada di Parlimen Malaysia awal minggu depan," ujarnya ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat Khas Sekretariat TANAH di pejabat Dewan Pemuda PAS Negeri Johor, Taman Renggam Jaya, dekat sini, semalam.Sementara itu, beliau berkata, kain lilitan berukuran 3 inci dengan berlogokan TANAH akan diikat sebagai gimik pelancaran majlis tersebut disamping memperkenalkan badge TANAH kepada umum.
Malah, pihaknya mendakwa TANAH turut menerima sokongan daripada 18 badan bukan kerajaan (NGO) dan tokoh-tokoh berpengaruh serta kalangan rakan Pakatan pembangkang lain yang bersimpati dengan masalah tanah di Johor.Suhaizan yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) berkata, jelajah penerangan berkenaan TANAH akan digerakkan ke seluruh negara sebagai satu usaha menarik perhatian umum untuk turut serta dalam perhimpunan itu nanti.
"Kita sasarkan bermula dari 21 April ini sesi majlis penerangan akan digerakkan ke setiap kawasan (daerah) di bawah (anjuran) pemuda (DPPNJ) dengan melibatkan individu-individu yang berkaitan seperti YB Salahuddin dan Mazlan Aliman yang bertindak sebagai Pengerusi Gabungan TANAH."Selain itu, kami akan bergerak ke seluruh negara dengan menyasarkan negeri-negeri seperti Pahang, Melaka dan Negeri Sembilan bagi menyampaikan penerangan mengenai TANAH."Malah kita akan aturkan satu program konvoi anak muda yang akan berjelajah bermula di Muar hinggalah ke Johor Bahru dengan aktiviti seperti edaran risalah dan sebagainya," katanya lagi.
| Johor Hantar 10 Ribu , Melaka Nak Hantar Berapa ? Posted: 15 Apr 2012 05:25 AM PDT PAS Johor membayangkan 10,000 dikalangan penyokongnya bakal berada di Dataran Merdeka pada 28 April ini bagi menyatakan sokongan kepada penganjuran BERSIH 3.0.Perkara ini dinyatakan secara tegas oleh Pesuruhjayanya, Dato' Dr Mahfodz Mohamed, selain menyertai perhimpunan itu, pihaknya turut menyokong penuh perkara yang dituntut bagi menjamin keadilan dalam perjalanan sistem pilihan raya negara ini.
"PAS (Johor) akan beri sokongan penuh dan kita menjangkakan lebih 10,000 penyokong akan sama-sama menyertai Bersih 3.0 dan mungkin lebih ramai berbanding penyertaan dalam Bersih 2.0 tahun lalu," katanya lagi dalam satu kenyataan.Dalam perkembangan berkaitan, beliau berpendapat, syor JawatanKuasa pilihan Khas Parlimen (PSC) berhubung penambahbaikan pilihanraya tidak memenuhi tuntutan Bersih 2.0 maka penganjurannya wajar diadakan.
Malahan, kerajaan UMNO gagal meraikan tuntutan kerana daripada tujuh yang dikemukakan hanya satu sahaja yang diluluskan iaitu menggunakan dakwat kekal sahaja.Sehubungan itu, PSC harus memenuhi kesemua tuntutan yang disuarakan sekiranya kerajaan tidak mahu perhimpunan Bersih diadakan secara berterusan."Pada zahirnya, saya berpendapat penubuhan PSC ini adalah sesuatu yang bagus tetapu terkilan kerana ia tidak dilaksanakan secara jujur."Kalau tidak mahu perhimpunan Bersih 3.0 diadakan, PSC hendaklah penuhi tuntutan yang dikemukakan Bersih 2.0 bagi menjamin keadilan dalam perjalanan sistem pilihan raya negara ini," katanya lagi.
| Larian Rakyat DAP 2012 Posted: 14 Apr 2012 10:03 PM PDT | |
Pemuda Bersamamu v3 Posted: 15 Apr 2012 09:40 AM PDT Tuan Guru Nik Aziz Rasmikan Bangunan Dun Sura Posted: 15 Apr 2012 06:26 AM PDT DUNGUN – Bangunan PAS Dun Sura yang tersergam indah di Jalan Nibong, Kampung Molek dekat sini akan disempunakan pembukaannya oleh Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat pada hari Jumaat 20 April depan.
Menurut Pengerusi Majlis tindkaan DUN Dura, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramly, bangunan rumah kedai satu tingkat itu dibina di atas tapak tanah yang disumbangkan oleh ahli PAS cawangan Kampung Molek.
"Tanah tapak bangunan dibeli sekitar tahun 2000 bernilai RM20,000, tapi bangunan hanya mula dibina pada tahun 2012,
"semasa permulaan pembinaan wang tunai hanya ada RM3000 lebih sahaja, AlhamuliLlah pada bangunan tersebut siap ada Februari baru-baru ini ,"ujarnya Beliau yang juga ADUN Sura berkata bangunanan tersebut telah pun digunakan sebagai pusat pentadbiran dan pengurusan PAS Dun Sura yang mengandungi bilik mesyuarat, pejabat Dewan-dewan dan bilik gerakan PAS Cawangan Kampung Molek.
Katanya, tingkat satu bangunan tersebut akan menempatkan bilik mesyuarat yang boleh menampung 40 orang , pejabat DUN, pejabat Muslimat DUN, Pemuda DUN dan Bilik Gerakan Cawangan Kampung Molek.
Manakala, kata beliau, tingkat bawah dijadikan dewan tarbiah bagi menajurkan program-program PAS Dun Sura.
Menurutnya, program pertama yang telah diadakan di bangunan tersebut adalah sarapan pagi dan taklimat bersama Pesuruhjaya PAS Selangor pada 4 Mac 2012
Sehubungan itu, beliau mengambil kesempatan sempena perasmian bangunan tersebut memohon orang ramai bagi menghulurkan sumbangan bagi menyelesaikan sedikit perbelanjaan pembinaannya yang masih tertinggak.
"Bangunan ini adalah milik orang ramai, seluruh rakyat Dun Sura kerana ia dibina hasil sumbangan orang ramai tersebut menelan belanja kira-kira RM250,000,
"kami masih lagi mengharapkan sumbangan orang ramai untuk membayar semula duit pinjaman (belanja pembinaan) yang sekarang berbaki RM27,500 lagi,"ujarnya.
Sempena perasmian bangunan atu majlis ceramah akan diadakan pada sebelah malam yang akan disampaikan oleh Mursyidul Am serta Pesuruhjaya PAS terengganu YB Haji Mohd Abdul Wahid Endut.
sumber : Buletinonline
| |
KHIDMAT MERU Posted: 15 Apr 2012 09:26 AM PDT TADIKA DI BUKIT KAPAR DI KUNJUNGI Posted: 15 Apr 2012 06:49 AM PDT | MESYUARAT PIBG SRA PEKAN MERU Posted: 15 Apr 2012 04:02 AM PDT YB Dr Hj Abd Rani bin Osman telah dijemput untuk merasmikan Mesyuarat Agung SRA Pekan Meru. YDP PIBG Dr Habib Mat Som berharap ibu bapa dapat memberi kerjasama dengan tenaga-tenaga pengajar di SRA Pejan Meru ini dalam rangka mendidik anak-anak mereka Kalau ada sebarang masaalah maka hendaklah di bawa berbincang dalam suasana akhlaq islamiyah yang murni dan membina. YB Dr Rani berharap 2 bangunan baru yang masih dalam pembinaan dan di jangka dapat didirikan 27 buah kelas baru dapat disempurnakan pada tahun ini juga. Seramai 80 orang pelajar telah mendapat keputusan Mumtaz dalam pelajaran mereka disekolah itu dan ianya adalah sesuatu yang patut di banggakan. | KES NAZIR MASJID AS SOLIHIN , TERAS JERNANG Posted: 15 Apr 2012 03:27 AM PDT | |
Mohamad Taufek Abd Ghani Posted: 15 Apr 2012 09:08 AM PDT Habib Umar keturunan Rasulullah di Seremban 22 April 2012 Posted: 15 Apr 2012 02:57 AM PDT MALAM IHYA MAHABBAH RASULULLAH SAW BERSAMA AL HABIB UMAR BIN HAFIDZ Tarikh : 22 April 2012, Ahad Masa : 5.30 ptg - 11.00 mlm Tempat : Masjid Negeri, Seremban, N.Sembilan.
ATUCARA MAJLIS 5.30 ptg : Ketibaan Para Jemputan 6.00 ptg : Qasidah oleh kumpulan Al-Ulfah, Madrasah Azzein Lissuluk Ilallah 6.30 ptg : Ratib Haddad oleh Ittihad An-Nur Malaysia 6.45 ptg : Tazkirah oleh Ustaz Hambali 7.00 mlm: Qasidah dan Salawat 7.10 mlm : Ketibaan Tetamu-tetamu Kehormat 7.25 mlm : Solat Maghrib Berjemaah 7.55 mlm : Majlis dimulakan oleh Pengerus. Majlis, Ust. Shuhadak Mahmud, Pengasas Sahah Al Ja'afaryyah Negeri Sembilan 8.00 mlm : Bacaan Al-Quran oleh Dr. Sheikh Solah Zaki Al-Qadiri, Pensyarah USIM 8.20 mlm : Maulid Dhiaulla'mie Oleh Ittihad An-Nur Malaysia 9.00 mlm : Ketibaan Jemputan Al Habib Umar Bin Hafidz 10.30 mlm : Solat Isya berjemaah 11.00 mlm : Jamuan / Bersurai Sumber : http://hambalialorstari.blogspot.com
Siapakah al-Hafiz al-Musnid Habib Umar ? Nama penuh beliau ialah Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafiz bin 'Abdullah bin Abu Bakar bin 'Aydrus bin Umar bin 'Aydrus bin Umar bin Abu Bakar bin 'Aydrus bin Hussain bin Syaikh Abu Bakar bin Salim bin Abdullah bin Abdurrahman bin 'Abdullah bin Abdurrahman as-Saqqaf bin Muhammad Maula al-Dawilah bin 'Ali bin 'Alawi bin al-Faqih al-Muqaddam Muhammad bin 'Ali bin Muhammad Shahib al-Mirbath bin 'Ali Khali' Qasam bin 'Alawi bin Muhammad bin 'Alawi bin 'Ubaidullah bin Ahmad al-Muhajir bin 'Isa al-Rumi bin Muhammad al-Naqib bin 'Ali al-Uraidhi bin Ja'far al-Sadiq bin Muhammad al-Baqir bin 'Ali Zainal 'Abidin bin Hussain as-Sibt putera kepada Sayyidina 'Ali bin Abi Tholib dan Sayyidah Fathimah al-Zahra' binti Sayyidina al-Musthofa Muhammad s.a.w. Beliau adalah keturunan yang ke-39 daripada baginda al-Musthofa Nabi Muhammad s.a.w melalui salasilah Sayyidina Hussain as-Syahid bin Ali bin Abi Tholib RA. Semenjak kecil lagi Habib Umar telah menghafal al Quran. Beliau merupakan seorang ahli hadis yang mencapai taraf al-Hafiz, iaitu telah menghafal lebih 100,000 hadis berserta sanad dan hukum matan. Beliau juga digelar dengan panggilan al-Musnid, iaitu orang yang mampu menghafal penuh setiap salasilah hadis sehingga Nabi Muhammad s.a.w. Beliau juga digelar al-Mufassir, iaitu ahli tafsir al-Quran yang menghafal setiap asbabulnuzul dan didukung dengan hadis-hadis yang sahih beserta asbabul wurudnya. Habib Umar adalah seorang pendakwah dan ahli sufi yang telah menubuhkan sebuah institusi pengajian tinggi Islam yang terkenal iaitu Darul Mustafa di Tarim, Hadramaut, Yaman. Beliau juga tersenarai di dalam "The 500 Most Influential Muslims" di nombor ke 33. | Seminar Penghayatan Solat 1 Mei 2012 di Seremban Posted: 15 Apr 2012 02:56 AM PDT SEMINAR PENGHAYATAN SOLAT Tarikh : 1 Mei 2012, Selasa (Hari Cuti Umum) Masa : 8 pg - 6 ptg Tempat : Pusat Dakwah Islamiah, Paroi, Seremban
Penceramah dan Pembentang Kertas Kerja ~ Ustaz Dr Zulkifli Al Bakri ~ Ustaz Shuhadak Mahmud ~ Ustaz Khusairi Hamdan ~ Ustaz Mohd Zaidi Ramli
Yuran Penyertaan RM 60 Slot Khas Easy Solat untuk Remaja 10 - 17 tahun turut berlangsung sepanjang seminar dengan yuran penyertaan RM 30 terhad 100 peserta Sila hubungi ; Hafiz 016-9276965 , Hafizi 019-3337427 , Safrizal 019-6720233 , Rahizah 013-2717251 Anjuran : Sekretariat Mahasiswa Timur Tengah dan Sekolah Rendah Islam Intergrasi Tahfiz Darul Ulum | Ceramah YB Salahuddin Ayub 19 Apr 2012 di DUN Paroi Posted: 14 Apr 2012 09:54 PM PDT CERAMAH MOBILISASI BERSIH 3.0 Tarikh : 19 April 2012, Khamis Masa : 9 mlm Tempat : Pasti Al Hikmah, Tmn Tuanku Jaafar Fasa 3, Senawang Penceramah : ~ YB Salahuddin Ayub , Naib Presiden PAS ~ YB Hj Taufek Abd Ghani , Pesuruhjaya PAS N.Sembilan ~ Dr Ahmad Suhaimi , Penyelaras SAMM ~ Ustaz Nor Azman Mohamad , Ketua Penerangan PAS N.Sembilan Semua dijemput hadir | |
Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh Posted: 15 Apr 2012 07:23 AM PDT |
Jabatan Amal Malaysia DPPP Posted: 15 Apr 2012 03:40 AM PDT Posted: 14 Apr 2012 10:20 AM PDT KUALA LUMPUR, 15 APRIL 2012 ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia telah mengeluarkan arahan rasmi selepas Mesyuarat Dewan Pemuda PAS Malaysia tengahari tadi, agar semua ahli-ahli Jabatan Amal Malaysia supaya turun ke Kampar Taip di sini untuk bahagian paparan ringkas. untuk melaksanakan tanggungjawab membantu masyarakat kampar yang di landa Musibah Banjir baru-baru ini, Ketua Dewan Pemuda PAS dan Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Malaysia juga akan turut bersama pada hari Ahad nanti untuk bersama menjalankan gotong-royong perdana BERSIH rumah dan membaiki serta menyampaikan sumbangan alatan membersih rumah kepada petugas Jabatan Amal yang sedang bertugas disana. Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia Tuan Johari Osman telah memaklumkan bahawa beberapa Negeri telah turun untuk memberi Bantuan di Kampar. dan Ketua Pengarah mengarahkan semua ahli Jabatan Amal Malaysia untuk turut sama beramai-ramai berada di Kampar bersama AJK Dewan Pemuda PAS Malaysia.Selanjutnya taip di sini untuk paparan penuh. | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan