Khamis, 12 April 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


CINA ISLAM (林川興)

Posted: 12 Apr 2012 01:24 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Isa Samad sedang monopoli Felda - Mazlan

Posted: 12 Apr 2012 01:20 AM PDT

20 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -PUTRAJAYA, 12 April: Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman tidak menolak kemungkinan Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad sedang merancang untuk memonopoli Felda.

[Gambar: Mazlan (tengah) dan rombongan menunjukkan memorandum yang diserahkan kepada SPRM, di Putrajaya pagi tadi.]

Menurutnya, ianya dapat dilihat dengan jelas ekoran beberapa tindakan Isa bermula dengan perlantikan Isa sebagai ahli Koperasi Permodalan Felda (KPF) seterusnya menjadi pengerusi KPF yang didakwa secara 'rampasan kuasa' pada 25 Ogos tahun lalu menggantikan Datuk Dzulkifli Abd Wahab.

Selepas itu, dengan kuasanya Isa dakwa Mazlan telah bertindak menulis surat kepada Perdana Menteri agar mengrahkan Dzulkifli cuti belajar sembilan bulan.Selain Dzulkifli, Timbalan Pengarah Besar KPF Abidin Abdul Rahman pula turut ditukar menjadi pengumpul keratan akhbar di Perpustakaan di Jabatan Perdana Menteri.

Terbaru pula dedah Mazlan, Isa menggunakan kuasanya menamatkan tiga wakil Lembaga Pengarah KPF dalam Felda Holding menerusi sepucuk surat bertarikh 22 Mac 2012.Mereka adalah Datuk Zainal Hassan, Datuk Dzulkifli Abd Wahab dan Raja Sharifudin.Manakala pada mesyuarat antara Menteri di JPM Datuk Ahmad Maslan pada 14 Disember 2011, Isa telah dilantik mewakili KPF dalam Invesment Holding Company (IHC) iaitu syarikat pegangan pelaburan selepas penyenaraian FGVH.

Maklumat terbaru juga kata Mazlan, beliau mendapat maklumat bahawa Isa secara senyap-senyap telah menubuhkan syarikat Felda Global Ventures Plantations (Malaysia) Sdn Bhd bagi menggantikan Felda Plantations Sdn Bhd.

Lebih memeranjatkan, 12 orang pengarah dalam Felda Plantations sebelum ini hanya tingal dua orang dalam syarikat baru itu iaitu Isa dan Datuk Sabri Ahmad."Bayangkan sekarang ini kuasa mutlak sedang berada di tangan Isa Samad dan Sabri Ahmad.

"Ini baru sebelum penyenaraian, bayangkan selepas penyenaraian, apa mereka akan buat nanti," kata Mazlan.Beliau berkata demikian ketika ditemui sebelum menyerahkan laporan dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa oleh Isa kepada SPRM.

Antara penyelewengan yang didakwa Mazlan termasuk memberi pojek secara runding terus 'Ceria ke Sekolah' bernilai RM2,750 000 dan projek membekal multivitamin 'Proviton dan Vitamin C Flavettes Sugar' bernilai RM1,590,000.

Selain itu, kos membeli buku coffee table 'Najib PM Malaysia ke 6' sebanyak tiga kali dengan nilai masing-masing RM118,750, RM142,500 dan RM91,437.50.Yang terakhir berkaitan kos jamuan hari raya di kediaman Isa di Port Dickson berjumlah RM353,375 dan isterinya datin Sri Bibi Sharliza RM17,875 yang didakwa lebih mahal dari biasa yang dibuat di ibu pejabat Felda sekitar RM30,000.

Harakah Daily

Peserta himpunan aman meninggal di hadapan JPM

Posted: 12 Apr 2012 01:15 AM PDT

20 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -PUTRAJAYA, 12 April: Seorang peneroka Gatco, Kampung Serampang Indah Jelebu meninggal dunia ketika menyertai himpunan aman di hadapan Kompleks Jabatan Perdana Menteri (JPM) pagi tadi dipercayai akibat serangan jantung.

Menurut R Tanggam, yang turut serta dalam himpunan itu, beliau melihat mangsa jatuh terduduk ketika hampir 100 peneroka lain sedang berhimpun di perkarangan pintu masuk ke JPM.

Beliau yang berada hampir dengan mangsa kemudiannya membantu mangsa yang ketika itu masih bernafas sebelum meminta pertolongan daripada pihak keselamatan yang berkawal.

Tidak lama kemudian mangsa dibawa ke dalam pondok pengawal sebelum disahkan meninggal dunia oleh doktor yang datang kira-kira jam 12 tengah hari.

Sementara itu, himpunan hari ini adalah bagi menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abd Razak bagi membantah tindakan Mentri Besar Inc (MBI) yang semasa itu diterajui Tan Sri Isa Samad yang didakwa menjual tanah mereka.Harakah Daily

Gempa: Kerajaan Pulau Pinang ucap terima kasih

Posted: 12 Apr 2012 01:08 AM PDT

20 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -GEORGETOWN, 12 April: Kerajaan negeri ingin mengucapkan terima kasih kepada penggerak industri utama di Pulau Pinang kerana mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk menangani kejadian gempa bumi di Pulau Sumatera, semalam. 

"Pejabat Ketua Menteri dan Kerajaan Negeri telah saling berhubung dengan penggerak industri utama Pulau Pinang iaitu dari FMM, Frepenca dan Persatuan Hotel Pulau Pinang ketika kejadian," ujar Ketua Menteri, Lim Guan Eng (gambar) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini. 

Katanya, kerajaan negeri ingin menambah di sini bahawa masyarakat umum harus mencontohi pengalaman penggerak industri itu yang saling berhubung untuk mengetahui perkembangan terkini gempa bumi melalui sumber-sumber rasmi dan tidak mendengar khabar angin. 

"Saya telah membatalkan kehadiran saya di Majlis Santapan Diraja di Istana Negara bersempena pertabalan Yang di-Pertuan Agong untuk bergegas pulang ke Pulau Pinang," katanya lagi. 

Menurutnya lagi, kerajaan negeri yakin bahawa gempa bumi yang berlaku di Indonesia tidak menyebabkan apa-apa impak serius kepada ekonomi umum Pulau Pinang. 

Tambahnya, terdapat beberapa gangguan kepada aktiviti-aktiviti umum di beberapa sektor pembuatan dan pelancong di hotel-hotel di pantai Pulau Pinang semalam, tetapi, tiada insiden besar dilaporkan. 

Justeru, ujarnya kerajaan negeri berterima kasih kepada penggerak industri yang sentiasa bersedia untuk berdepan situasi sedemikian. 

Menurutnya lagi, kerajaan negeri juga ingin menyatakan kebimbangan dengan khabar angin terutama di laman web sosial media bahawa Jambatan Pulau Pinang dan perkhidmatan feri telah ditutup ekoran gempa bumi di Sumatera. 

"Khabar angin ini adalah tidak benar dan bertujuan untuk mengganggu kesejahteraan ekonomi negeri yang sememangnya bergantung kepada pelancongan dan pembuatan," ujarnya. 

Guan Eng menjelaskan sebarang penutupan Jambatan Pulau Pinang dan penamatan serta-merta perkhidmatan feri perlu mendapatkan perundingan daripada kerajaan negeri terlebih dahulu. Tambahnya lagi, tiada permintaan seperti itu dikemukakan kepada kerajaan negeri semalam. 

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan menambah, kerajaan negeri bersama-sama semua agensi kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan serta sektor swasta telah mewujudkan mekanisme dan pengurusan krisis untuk menangani sebarang kemungkinan berdepan amaran tsunami. 

"Mekanisme ini telah terbukti semalam dan tiada suasana cemas, jelas menunjukkan bahawa kerajaan negeri mampu menguruskan dengan cekap untuk mengendalikan tindak balas yang diperlukan seperti pengurusan krisis dan kecemasan ini," katanya. Frepenca diwakili oleh Pengerusi, Heng Huck Leng yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Globetronics. 

Persatuan Pengusaha Hotel Pulau Pinang diwakili oleh pengerusinya, Mary Ann Harris dan Marco Bassistotti, Pengerusi Bersama Panel Perkhidmatan Industri. 

Harakah Daily

Ramalan Daim, Bersih 3.0 dan Gelombang Rakyat

Posted: 12 Apr 2012 01:03 AM PDT

20 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -Dalam Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) pada 2008, Tun Daim Zainuddin meramalkan Umno-BN akan gagal di lima negeri iaitu Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak. Ramalan Tun Daim tersebut benar-benar menjadi realiti dan ketika bibit-bibit PRU13 mula jelas kelihatan, Tun Daim sekali lagi membuat ramalan. 

Pada kali ini Tun Daim meramalkan Umno-BN hanya boleh menang selesa di tiga negeri iaitu Johor, Pahang dan Melaka. 

PAS akan terus kekal di Kelantan, DAP kekal di Pulau Pinang, PAS mungkin akan kehilangan Kedah, sementara pertarungan sengit bakal berlangsung di Selangor dan Perak. 

Ramalannya kali ini tentunya mendapat lebih perhatian berbanding ramalan sebelumnya.

Pada PRU12, Pembangkang kelihatan begitu lemah selepas kalah teruk pada PRU11 pada tahun 2004. 

PAS hanya kekal dengan majoriti 1 kerusi di Kelantan, hilang Terengganu. PKR pula hanya bertahan dengan tinggal satu kerusi Parlimen iaitu di Permatang pauh.

Hanya DAP yang mampu bertahan dan menambah kerusi.

Pembangkang pula tidak membentuk suatu gabungan untuk menentang kerajaan. 

Oleh itu, tiada siapa yang mengambil berat ramalan Tun Daim ketika itu.

 Berbeza pada kali ini, ramalan Tun menjadi kajian dan perhatian kerana, pembangkang telah pun membentuk suatu pakatan yang kuat selepas kejayaan besar pada PRU12 lalu. 

Tun Daim mahu pun pembangkang sedar bahawa cita-cita atau fantasi untuk menawan Putra Jaya bukanlah semudah menyebut A,B, dan C. halangan terbesar kepada kemenangan pembangkang ialah pilihan raya yang lebih bersih dan adil. 

Jika perkara ini dapat dilaksanakan, tidak mustahil ramalan Tun Daim itu menjadi realiti.

Sehingga kini tiada tanda-tanda yang jelas bahawa akan wujud suatu suasana pilihan raya yang bersih dan adil.

Maka jawapan bagi itu Bersih 3.0 akan diadakan. Benar, himpunan itu tidak akan mengubah apa-apa dan Umno-BN boleh memekakkan sahaja telinga. 

Namun, perhimpunan itu penting bagi mewujudkan gelombang kebangkitan rakyat ketika PRU13 selewat-lewatnya diadakan awal tahun depan apabila cukup tempoh penggalnya. 

Bagi pihak kerajaan Umno-BN pula, ramalan Tun Daim dan suasana semasa pula membuatkan mereka lebih peka dan waspada, di samping mengatur strategi bagi memastikan kemenangan dalam PRU13 nanti. 

Ramalan seperti ini mahupun pelbagai ramalan lain akan dilihat dalam bentuk pro dan kontra. Dari segi perang psikologi dan perang persepsi, ramalan seperti ini penting dalam mewujudkan suatu gelombang dan mood emosi rakyat.

Kedua-dua belah pihak – kerajaan dan pembangkang amat arif tentang hal ini.Apatah lagi dalam kepesatan dunia tanpa sempadan, dari segi penyebaran maklumat, setiap kata-kata dan pernyataan akhbar amat penting dan perlu dilakukan secara berhati-hati agar dapat disusun mengikut kehendak permainan setiap pihak.

Secara fantasinya, Pakatan Rakyat (PR) nampak mudah untuk menawan Putra Jaya jika berjaya menggembelingkan segala isu ini dan memastikan segala maklumat ini dilontarkan secara tepat kepada rakyat.

Umno-BN pastinya tidak duduk dan hanya memerhati segala yang berlaku. Perlu diingat, mereka mempunyai akses media yang tiada had, menguasai semua jabatan kerajaan, dan boleh menggunakan mana-mana dana awam mengikut kesesuaian dan keperluan. 


Ramalan Tun Daim ini merupakan suatu kesempatan yang baik kepada pembangkang kerana menambahkan lagi gelombang yang telah ada seperti isu NFC, PTPTN, Felda, Lynas, dan PPSMI. 

Gelombang ini dihangatkan melalui Bersih 3.0 agar sampai ke tahap tsunami. Jika ini berlaku tiada apa yang dapat menyelamatkan Umno-BN daripada kekalahan. 

Dalam catatan sejarah, mana-mana kerajaan dan tamadun besar pun, mereka akhirnya akan runtuh menyembah bumi apabila tsunami kebangkitan rakyat berlaku. 

Harakah Daily

Rumah terbengkalai: Johor patut ikut Selangor

Posted: 12 Apr 2012 12:56 AM PDT


20 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -JOHOR BAHRU, 12 April: Kerajaan Negeri mesti menggunakan budi bicara bagi menyelesaikan masalah yang ada kaitan dengan tanah di negeri ini kerana urusan berkaitan tanah adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri.

 Dalam konteks projek perumahan terbengkalai yang begitu banyak berlaku di negeri ini, Kerajaan Negeri juga berperanan memastikan projek-projek tersebut berjalan lancar agar pembeli tidak teraniaya.

 Walaupun lesen pemaju dikeluarkan Kerajaan Pusat tetapi proses kelulusan tanah bagi setiap projek perumahan adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri maka dengan kuasa yang ada ini sewajarnya dimanfaatkan sepenuhny untuk memastikan pemaju melaksanakan projek mengikut jadual ditetapkan. 

Demikian ditegaskan Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Nusajaya, Dzulkefly Ahmad, pada sidang media selepas mengadakan demonstrasi aman bersama sebahagian pembeli projek perumahan Bandar Pulai Jaya Gelang Patah, dekat sini, 7 April lalu.

 Selanjutnya menurut beliau, isu yang sama juga banyak berlaku di Selangor di zaman pemerintahan Kerajaan BN tetapi Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor bertindak proaktif sebagai orang tengah antara pemaju dan pembeli sehingga akhirnya satu demi satu projek perumahan yang terbengkalai sebelum itu dapat dipulihkan dengan jayanya.

 "Langkah drastik yang diambil Kerajaan Selangor menangani perumahan terbengkalai di negeri berkenaan telah berjaya dilakukan dalam suasana 'menang menang' yang mana kedua-dua pihak pemaju dan pembeli mendapat hak masing-masing dengan adil dan saksama, jadi apa salahnya Kerajaan Johor mencontohi kaedah yang digunapakai Kerajaan Selangor menangani projek perumahan yang terbengkalai di negeri ini," kata beliau. 

Hadir sama pada sidang media ini Pengerusi Persatuan Pembeli, Ainol Adnan serta kira-kira 100 pembeli rumah berkenaan. 

 (Laporan penuh dalam Harakah cetak Jumaat ini) 

Harakah Daily

Nyaris makan roti berperisa lipas

Posted: 12 Apr 2012 12:50 AM PDT

20 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -TELOK EMAS - Seorang pekerja sebuah syarikat swasta hampir termakan bangkai lipas selepas disangkanya kismis di dalam sekeping roti berjenama terkenal. 

 Zawiyah Abdul Rahman, 60, berkata, dia membeli roti berkenaan di sebuah pasar mini ketika dalam perjalanan ke tempat kerja, semalam. 

Menurutnya, ketika kejadian dia sedang menikmati hidangan sarapan pagi di pejabatnya bersama beberapa rakan sekerja. 

"Saya terkejut sebaik menyedari 'kismis' dalam roti berperisa coklat berkenaan adalah seekor lipas kerana rupanya yang seakan-akan sama. 

"Saya sudah makan separuh daripada kepingan roti tersebut dan nasib baik saya cepat sedar kerana jika tidak, sudah tentu saya kenyang makan roti berperisa lipas," katanya, semalam.

 Zawiyah berkata, dia sering menjadikan roti tersebut untuk dinikmati ketika sarapan pagi dan itu adalah kejadian pertama dialaminya.

 "Saya benar-benar serik dengan apa yang berlaku ini dan akan berhati-hati selepas ini.

 "Saya juga kesal dengan sikap pengusaha roti yang mengabaikan aspek kebersihan sehingga berlakunya kejadian seumpama ini," katanya.

 Sinar Harian

Bayi ‘mati’ hidup semula

Posted: 12 Apr 2012 12:03 AM PDT

20 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

BUENOS AIRES: Seorang bayi ditemui hidup di sebuah rumah mayat, 12 jam selepas dilaporkan mati oleh doktor di sebuah hospital di Argentina.

Analia Bouter bersama suaminya mengunjungi rumah mayat untuk melihat bayi tidak cukup bulan yang dilahirkannya di Hospital Perrando.

Bagaimanapun, mereka terkejut apabila membuka keranda dan melihat bayi itu masih hidup.

"Saya tiba-tiba mendengar suara dan melihat dia bergerak," kata wanita itu kepada akhbar TN.com.

Menurut Analia, bayi itu hampir beku selepas 12 jam berada dalam bilik sejuk rumah mayat itu.

Seorang pekerja hospital yang bergegas membawa bayi itu ke doktor menyifatkan dia seperti membawa sebotol ais.

Sehubungan itu, pasangan berkenaan menamakan anak mereka itu Luz Milagros yang bermakna 'keajaiban.' Menurut Analia, dia ke rumah mayat itu semata-mata untuk mengucapkan selamat tinggal kepada bayinya, tetapi berakhir dengan menyelamatkannya.

"Setiap anggota pasukan yang terbabit mempunyai tanggungjawab masing-masing," kata Setiausaha Rendah Kesihatan wilayah Chaco, Rafael Sabatinelli, kepada wartawan ketika mengumumkan mengenai siasatan terhadap salah laporan berhubung kematian bayi itu.

Dalam pada itu, Analia berkata, dia merancang menyaman pihak terbabit.

Bayi itu yang masih menerima rawatan di hospital dilahirkan tiga bulan lebih awal. - Agensi

Gempa Bumi Kuat Di Mexico, Tiada Kerosakan Teruk

Posted: 11 Apr 2012 11:47 PM PDT

20 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

MEXICO CITY: Satu gempa bumi kuat melanda Mexico pada Rabu, menggegarkan bangunan di ibu negara dan menyebabkan orang ramai bergegas keluar dari pejabat walau tidak ada laporan awal kerosakan.

Datuk Bandar Mexico City, Marcelo Ebrard berkata pada akaun Twitter terdapat tiada tanda-tanda awal kerosakan yang serius dan perkhidmatan utama ibu negara, termasuk sistem laluan bawah tanah dan lapangan terbang antarabangsa yang beroperasi seperti biasa.

"Ada bunyi menakutkan dalam bilik mandi dan semuanya bergoncang," kata Adela Arceo, yang menjaga dua kanak-kanak di bandar Roma, kawasan kejiranan Mexico City.

Tiada laporan awal mangsa terkorban.

Kajian Geologi Amerika Syarikat berkata gempa bumi 7.0 magnitud melanda negeri barat Michoacan pada kedalaman 40,8 batu (65.6 km).

Perkhidmatan kecemasan di Michoacan dan di negeri jiran Guerrero, yang telah dilanda beberapa siri gempa bumi baru-baru ini, dilaporkan tiada masalah utama pada hari Rabu.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik yang berpangkalan di Honolulu berkata tidak mengeluarkan amaran tsunami, tetapi kakitangan, David Walsh berkata gempa bumi itu adalah dekat dengan air, cukup besar dan cukup dalam yang berpotensi mengalami tsunami.

Ia merupakan gempa bumi ketiga utama yang melanda Mexico dalam tempoh kurang daripada satu bulan. Gempa 7.4 magnitud telah melanda pada 20 Mac, merosakkan beratus-ratus bangunan di barat daya.

Ia kemudiannya telah diikuti oleh berpuluh-puluh gegaran susulan.

mstar/-

Pengutip duit kutu diragut, kerugian RM20,000

Posted: 11 Apr 2012 08:08 PM PDT

20 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU - Seorang pengutip duit kutu mengalami kerugian hampir RM20,000 selepas beg tangan yang mengandungi wang tunai serta barangan berharga miliknya dilarikan peragut di Jalan Lundang di sini, kelmarin.

Dalam kejadian 4.30 petang itu, Rohana Majid, 44, yang menunggang motosikal bersama anaknya, Siti Nur Zirah Fauzi, 16, berhenti di tepi jalan untuk membuat panggilan telefon sebelum beg tangan Rohana yang diletakkan di dalam raga motosikal disambar seorang lelaki.

Rohana berkata, dia menyedari sebuah kereta jenis Proton Wira berwarna putih dinaiki tiga lelaki berhenti tidak jauh dari lokasi mereka berdiri.

"Seorang daripada mereka turun dari kereta tanpa menutup pintu dan mengelilingi kami. Saya sangka dia hendak ke kedai makan tetapi tiba-tiba beg di dalam raga disambar. Kejadian terlalu pantas, saya hanya mampu menjerit, "beg aku! Beg aku! Pitih (duit) aku banyak!"

"Orang awam ada di tempat kejadian pun tidak sempat untuk berbuat apa-apa. Saya tidak sangka kejadian ini berlaku, lebih-lebih lagi penjenayah itu berpakaian kemas dengan baju kemeja lengan pendek seperti pekerja pejabat," katanya.

Menurutnya, ketika kejadian, anaknya sempat menarik beg yang dipegang pencuri tersebut, bagaimanapun, terpaksa melepaskannya bimbang diseret masuk ke dalam kereta.

"Dia (Siti Nur Zirah) sebelum itu mengalas beg berkenaan sebelum mendakwa beg itu terlalu berat dan meletakkannya di dalam raga motosikal. Lagi pun, ketika itu dia sedang bercakap dengan seorang peguam berkait urusan tuntutan insurans," katanya yang juga seorang penjual sayur di Wakaf Stan, Binjai di sini.

Katanya, kejadian itu menyebabkan dia kerugian wang tunai RM15,000, rantai leher dan loket emas bernilai RM4,700 yang baru dibeli dan belum sempat dipakainya.

"Dalam beg itu ada tunai termasuk RM8,000 duit kutu yang sepatutnya diserahkan kepada dua orang rakan kelmarin. Duit untuk membaiki rumah RM4,000 dan duit-duit perniagaan selain kad pengenalan serta beberapa keping kad kredit turut dilarikan," katanya.

Sebelum ini, Rohana pernah kerugian RM60,000 duit hasil perniagaan selepas beg berisi wang tunai yang diletakkan di dalam van berniaga dilarikan penjenayah, empat tahun lalu. Susulan kejadian kedua itu, mangsa membuat laporan polis di balai Pengakalan Chepa di sini.

Sinar Harian

Kurung suami, ugut cedera anak

Posted: 11 Apr 2012 08:06 PM PDT

20 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KULIM - Hanya kerana cemburu terhadap suaminya, seorang isteri berusia 30-an mengambil tindakan mengunci suaminya dalam bilik dan tidak membenarkan dia keluar bekerja.

Wanita itu turut mengugut mencederakan anak mereka yang berusia 18 bulan menggunakan pisau sekiranya suaminya enggan mendengar arahan.

Bagaimanapun, waris mangsa yang berada dalam rumah ketika kejadian berlaku cuba memujuk wanita itu dan meminta supaya dia meletakkan pisau itu di atas lantai.

Melihatkan keadaan wanita itu yang agresif, waris mangsa mengambil keputusan memegangnya sebelum ditenangkan.

Suaminya berkata, ini merupakan kali keempat isterinya cuba mencederakan anak mereka tetapi dapat diselamatkan. Bimbang diapa-apakan pada masa akan datang, dia dan warisnya menghubungi Balai Polis Kulim untuk bantuan.

"Sebelum ini dia dalam keadaan baik tetapi setelah bersalin, sikapnya berubah dan sering menuduh saya bermain kayu tiga.

"Sebagai seorang peniaga saya harus berjumpa dengan pelanggan atas urusan kerja tetapi isteri saya tidak hiraukan, " katanya.

Menurutnya, isterinya juga tidak membenarkan dia keluar bekerja dan enggan makan ubat penenang seperti yang diarahkan doktor.

"Ini mengakibatkan isteri tidak sedarkan diri ketika membuat sebarang tindakan yang boleh membahayakan dirinya dan orang lain," katanya.

Tiga anggota polis yang datang ke lokasi kejadian membawa wanita itu balik ke balai polis untuk siasatan lanjut.

Dari pemeriksaan dijalankan terhadap wanita itu, polis menemui ubat penenang miliknya di dalam poket dan disahkan pernah menerima rawatan sebagai pesakit jiwa di Hospital Kulim.

Polis kemudiannya membawa wanita itu ke hospital untuk pemeriksaan lanjut dan doktor mengesahkan dia tidak ingat sebarang kejadian yang berlaku di rumah.

Setelah berpuas hati dengan keterangan diberi, doktor kemudiannya mengarahkan wanita itu balik dan memakan ubat mengikut jadual ditetapkan.

Sinar Harian

Budak enam tahun mati lemas

Posted: 11 Apr 2012 08:04 PM PDT

20 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

JOHOR BAHRU - "Sedih dengan pemergian arwah. Danish amat rapat dan manja dengan saya. Tidak sangka hari ini dia pergi meninggalkan kami sekeluarga," luah bapa kepada Mohd Danish Aqmal Aziz, 6, yang lemas selepas tergelincir dalam sungai Anak Sebulung di Kampung Melayu Majidee, di sini, semalam.

Aziz Tarmin, 34, yang bertugas sebagai polis bantuan peronda lebuh raya berkata, tiada sebarang perubahan yang disedari berlaku ke atas anak bongsu daripada tiga beradik itu sejak kebelakangan ini.

"Saya diberitahu oleh pihak ibu pejabat mengenai kejadian sekitar jam 5 petang. Saya bersama isteri segera bergegas pulang ke rumah, namun apa kan daya dia sudah tiada.

"Tiada sebarang perubahan yang berlaku ke atas dirinya. Dia (Danish) cuma kerap menghubungi untuk meminta saya agar menjemputnya di rumah Kampung Melayu Majidee ke rumah baru kami di Taman Sri Skudai.

"Hari Sabtu dan Ahad lalu, baru sahaja saya menjemputnya ke rumah di Taman Sri Skudai seperti yang dipinta. Tidak sangka pula berlaku kejadian seumpama ini dan dia sudah pergi meninggalkan kami," katanya.

Aziz berkata, anak bongsunya itu kerap menghabiskan masa bermain pada waktu petang bersama anak keduanya, Mohd Danial Fitri, 9, di kawasan permainan berdekatan rumah.

"Ada juga saya atau isteri menasihatkan dia supaya tidak bermain jauh dari pandangan kami. Bagaimanapun, budak-budak, jika kita halang pun mereka akan keluar secara sembunyi," katanya.

Sementara itu, abang mangsa, Danial berkata, adiknya lemas selepas tergelincir ke dalam sungai Anak Sebulung ketika cuba untuk mengambil selipar yang terjatuh ketika hendak pulang ke rumah.

"Saya bersama adik hari-hari main di taman. Masa nak balik, selipar adik jatuh ke dalam parit besar dan dia mahu mengambil sebelum dia tergelincir. Saya ada cakap dengan dia supaya tidak ambil, tetapi dia cuba ambil juga.

"Ketika nampak adik sudah tenggelam di dalam air, saya jerit minta tolong. Ada beberapa orang datang untuk tolong tarik adik daripada lemas," katanya.

Salah seorang penduduk, Zainal Abdul Hanan, 57, berkata, dia bergegas ke lokasi kejadian selepas diberitahu jirannya mengenai kejadian berkenaan seterusnya meminta belia kampung turut sama memberikan bantuan.

"Belia kampung yang ada segera turun ke sungai untuk menyelamatkan kanak-kanak ini. Sebaik sahaja berjaya mencapai kanak-kanak ini daripada terus lemas dan tenggelam ke dasar sungai, kami membawanya naik ke atas untuk melakukan sesuatu, namun gagal.

"Kami segera membawanya ke hospital untuk dirujuk kepada pakar perubatan di wad kecemasan, tetapi doktor mengesahkan kanak-kanak ini sudah tiada lagi dan meminta jenazah di bawa pulang ke rumah," katanya.

Sementara itu, jawatankuasa penduduk di Jalan Utama Tengah, Kampung Melayu Majidee sudah beberapa kali mengusulkan cadangan kepada pemimpin setempat supaya kawasan sungai Anak Sebulung dipagar bagi mengelakkan berlakunya perkara tidak diingini.

Agency

Gempa bumi sederhana di utara Lautan Hindi

Posted: 11 Apr 2012 07:58 PM PDT

20 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR - Gempa bumi berukuran 5.5 pada skala Richter berlaku di utara Lautan Hindi pada 6.52 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataannya berkata pusat gempa itu terletak 675km ke barat daya Great Nicobar, India, dan 1,192 km ke barat daya Kampar, Perak.

Kejadian itu tidak mengkibatkan ancaman tsunami, kata kenyataan itu. - Bernama

Sinar Harian

Taktik pukau sebelum samun

Posted: 11 Apr 2012 07:56 PM PDT

20 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

PUCHONG – Bermodalkan cerita sedih konon anaknya mengidap sakit kulit kronik, seorang wanita warga China dikesan bergiat aktif menyamun pengunjung pasar pagi di Puchong Indah di sini, dipercayai menggunakan cara pukau.

Difahamkan, beberapa mangsa mendakwa terpedaya dan kerugian lebih RM50,000 selepas menyerahkan barang kemas dan wang tunai kepada suspek dalam keadaan tidak sedar.

Sinar Harian turut difahamkan, wanita terbabit akan menyapa mangsa rata-ratanya wanita yang berkunjung ke pasar itu sebelum 'membuka' cerita sedihnya.

Suspek dikatakan bertanya kepada mangsa di mana klinik pakar kulit boleh dikunjungi untuk membawa anaknya yang sakit mendapatkan rawatan.

Selepas berjaya mempengaruhi mangsa dengan cerita simpati itu, suspek dikatakan akan membawa mangsanya ke sebuah kereta jenis Naza Ria yang diletakkan di parkir kereta berhampiran pasar sebelum bertemu dengan dua orang lelaki.

Ketua Biro Aduan Puchong, Kuan Chee Heng berkata, suspek dikatakan datang ke negara ini Sabtu lalu sebelum memulakan 'kerjanya' sehari selepas itu.

Menurutnya, suspek turut menggunakan helah meminta mangsa menunjukkan di mana kedudukan pokok besar yang didakwa untuk dijadikan ubat bagi merawat sakit anaknya.

"Salah seorang mangsa memberitahu, suspek mengatakan anaknya sakit dan perlu mencari kulit pokok bersaiz besar kononnya untuk direbus dan dijadikan air penawar.

"Mangsa yang bersimpati, akan percaya dengan kata-kata itu dan bersedia menunjukkan lokasi tempat pokok besar yang diketahui," katanya.

Chee Heng berkata, suspek kemudian membawa mangsa ke sebuah kereta bercermin gelap yang diletakkan berhampiran pasar, dua orang lelaki dikatakan berada di dalam kenderaan itu dipercayai menjalankan kerja-kerja memukau.

Menurutnya, mangsa diberikan tangkal azimat untuk mengelak bala dan diminta tidak memberitahu orang lain mengenai perkara itu.

Katanya, suspek kemudiannya meminta mangsa pulang ke rumah dan mengambil barangan kemas serta wang tunai. Selepas menyerahkan segalanya, suspek menyerahkan karung berwarna hitam kepada mangsa.

"Hanya selepas tersedar dari pukau, mangsanya akan menyedari ditipu dan mendapati suspek hanya meninggalkan beberapa biji buah limau dalam karung hitam diberi," katanya.

Beliau berkata, bagaimanapun penipuan licik dilakukan wanita terbabit akhirnya tumpas apabila dia berjaya diberkas peniaga yang menyedari kegiatannya.

Sinar Harian

Amaran Tsunami Ditarik Balik Sekitar Lautan Hindi

Posted: 11 Apr 2012 07:26 PM PDT

20 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

BANDA ACEH: Amaran tsunami yang dikeluarkan di sekitar Lautan Hindi ditarik balik beberapa jam selepas dua gempa bumi kuat menggegar perairan barat Indonesia.

Gempa bumi berukuran 8.6 dan 8.2 magnitud mencetuskan cemas petang Rabu.

Penduduk di kawasan persisiran pantai menyelamatkan diri ke tempat lebih tinggi dengan menaiki kereta dan menunggang motosikal.

Sementara itu, Pusat Amaran Tsunami Pasifik di Hawaii menarik balik pemantauan tsunami bagi kebanyakan kawasan di Lautan Hindi beberapa jam selepas gempa bumi pertama.

Kemusnahan besar atau ombak tsunami tidak dilaporkan setakat ini.

Agency

Indonesia Tarik Balik Amaran Tsunami

Posted: 11 Apr 2012 07:24 PM PDT

20 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

JAKARTA: Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia menarik balik amaran tsunami yang dikeluarkan berikutan gempa bumi berkekuatan 8.7 pada skala Richter di Aceh, setelah beberapa gempa susulan reda pada malam Rabu.

"BMKG secara rasmi menamatkan amaran awal tsunami," kata Ketua Pusat Gempa Bumi dan Tsunami BMKG Suhardjono di Jakarta pada 7.45 malam setelah mendapat pengesahan bahawa kejadian gempa bumi itu tidak menimbulkan tsunami.

Pihak berkuasa sebelum ini mengeluarkan amaran awal tsunami kepada penduduk kawasan pantai di Aceh, Sumatera Utara, Sumatera Barat, Lampung dan Bengkulu, berikutan gempa bumi kuat itu.

Agency

Empat Korban Gempa Dirawat di Rumah Sakit Zaenal Abidin

Posted: 11 Apr 2012 07:07 PM PDT

20 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

Banda Aceh: Empat orang yang terluka akibat gempa Aceh dirawat di Rumah Sakit Zaenal Abidin, Banda Aceh, Aceh. Dari pantauan Metro TV di lapangan, dari empat mangsa luka, dua orang sudah diperbolehkan pulang karena hanya mengalami luka ringan. Sedangkan dua mangsa luka lainnya masih dirawat intensif di RS Zaenal Abidin, Banda Aceh.

Saat gempa mengguncang Simuelue, Aceh, Rabu (11/4) pukul 15.38 Waktu Indonesia Barat, pihak RS Zaenal Abidin Banda Aceh sempat melakukan tiga kali evakuasi terhadap para pasien. Evakuasi pertama dilakukan pascagempa pertama, dengan membawa pasien ke luar halaman rumah sakit. Evakuasi kedua dilakukan saat siren akan berlakunya tsunami dibunyikan. Para doktor dan jururawat membawa seluruh pesakit ke lantai 2 rumah sakit. Evakuasi ketiga dilakukan pada saat gempa susulan terjadi. Seluruh pesakit, termasuk yang di ruang I.C.U dibawa ke luar halaman RS Zaenal Abidin. Saat berita ini dilaporkan, semua pesakit sudah kembali ke ruang rawatan.

Agency

64 warga asing ditahan

Posted: 11 Apr 2012 06:54 PM PDT

20 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

GEORGETOWN - Seramai 64 warganegara asing dari Bangladesh, Indonesia dan Myanmar ditahan dalam dua operasi sama oleh Bahagian Penguat kuasa Jabatan Imigresen Pulau Pinang, awal pagi semalam.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen (1) Pulau Pinang, Abdul Rahman Hassan berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada 54 lelaki, 8 wanita dan dua kanak-kanak, mereka berusia antara 1 hingga 50 tahun.

Menurutnya, operasi itu ditumpukan di kawasan pembinaan di dua lokasi iaitu di Bayan Baru dan juga Relau selepas mendapat maklumat daripada orang ramai dan juga hasil risikan sendiri. Ops Sepadu yang disertai 76 pegawai dan anggota Imigresen Pulau Pinang termasuk Anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela), susulan intipan sejak beberapa hari lalu.

"Semasa serbuan, pihak berkuasa memeriksa seramai 354 warga asing, antaranya yang ditahan dalam operasi itu ialah 21 warga Bangladesh, 36 warga Indonesia dan 7 warga Myanmar.

"Kita juga berjaya mengesan seorang wanita rakyat tempatan yang sanggup menggunakan alasan sudah kematian ibu bapa sebelum dia akhirnya mengaku melarikan diri dari rumah kerana mahu tinggal bersama teman lelakinya," katanya.

Abdul Rahman berkata, wanita itu baru beberapa bulan mengenali teman lelakinya yang juga seorang pekerja kontrak warganegara asing yang bekerja di tapak pembinaan terbabit.

"Wanita itu dipercayai sanggup lari dari rumah dan tinggal bersama teman lelakinya itu merayu dan menangis meminta dilepaskan. Bagaimanapun, dia diberi peluang bercakap dengan abangnya sebelum ahli keluarganya itu diminta mengambilnya di Balai Polis Sungai Nibong," katanya.

Sinar Harian

MU hilang mata penuh, Man City ambil peluang

Posted: 11 Apr 2012 06:52 PM PDT

20 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KEMENANGAN 4-1 Manchester City menentang West Brom telah menghidupkan peluang kelab itu dalam saingan mengejar gelaran Liga Perdana Inggeris selepas tertinggal lapan mata di belakang Manchester United (MU).

Manchester City telah mendahului perlawanan dengan dua terjahan daripada penyerang City, Sergio Aguero dan pemain barisan hadapan, Carloz Tevez.

Sumbangan gol keempat yang diberikan oleh pemain tengah, David Silva melengkapkan kekalahan bagi pasukan tuan rumah.

Sementara itu, Manchester United tewas 1-0 dalam perlawanan menentang pasukan Wigan.

Kekalahan itu membolehkan Manchester City kembali mengejar mata dan kedudukan di samping merapatkan jurang mata.

Menurut pengurus pasukan Manchester City, Roberto Mancini, mereka kini telah bangkit daripada kekalahan 1-0 dalam menentang Arsenal dalam Liga Perdana minggu lepas.

Pengurus Manchester City itu percaya bahawa kemenangan ini ialah hasil daripada kreativiti pemainnya dalam mencari jalan untuk menjaringkan gol.

Sinar Harian

Jangan persulitkan beri tauliah untuk Ustaz Azhar

Posted: 11 Apr 2012 06:27 PM PDT

20 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

Kalau tidak silap pendengaran dan tanggapan saya, isu kedatangan Ustaz Azhar Idrus ke Kelantan dikatakan dipersoalkan oleh pihak Majlis Agama Islam Kelantan (Maik) telah pun selesai. Azhar khabarnya dilarang untuk menyampaikan kuliah di masjid kerana tidak ada tauliah.

Semasa menyampaikan kuliah di Dataran Ilmu di Kota Bharu awal Mac lalu, beliau membayangkan rasa terima kasih kepada pihak tertentu kerana halangan untuk menyampaikan kuliah di Kelantan selesai.

Penyelesaian itu terbayang dalam kata-katanya berbunyi; "kalau tidak boleh di masjid kita berceramah di futsal. Tetapi Alhamdulilah nampak orang terima kita."

Beliau dilarang kerana tidak ada tauliah. Persoalan tauliah adalah subjektif. Saya membahas mengenai hal ini untuk apa tauliah sedangkan apa dilakukan Azhar itu untuk kebaikan umum. Ribuan anak muda dan remaja yang sebelum ini jarang mendengar syarahan agama mengerumui beliau. Bukankah itu satu perkembangan yang baik?

Sehubungan itu demi memenuhi kehendak para peminatnya serta misi dakwahnya, Azhar sedia untuk 'memohon' mendapatkan tauliah walaupun perbuatan itu tidak penting sebenarnya. Tetapi kerana peraturan dan amalan terpaksa juga Azhar memohonnya seperti juga ustaz dan guru-guru lain.

Mengembangkan agama Islam, memberi ilmu kepada umat Islam dan anak-anak mudah adalah tanggung semua individu apa lagi pihak berkuasa. Justeru tauliah tidak patut dijadikan birokrasi menyulitkan keadaan.

Saya katakan Azhar tidak perlu meminta tauliah tetapi Maik seharusnya mentaulihakna beliau sebagai seorang da'i. Rasanya dalam konteks itu cara itu sebaik-baiknya.

Malangnya sehingga sekarang katanya tauliah itu masih belum diberi. Azhar sendiri sudah bersedia untuk menemui Maik bersabit urusan itu tetapi masih belum selesai. Ada soal-soal teknikal menghalang. Mulanya sudah ditetapkan syarat serta maksud pertemuan itu sekadar untuk berkenalan dan bukan diinterviu. Tetapi tarikh pertemuan itu diubah dan pertemuan itu juga bukan pertemuan biasa.

Kesulitan mendapatkan tauliah ini menyebabkan Azhar tidak boleh naik masjid di Kelantan.

Kalau kelewatan ini disebabkan kerenah birokrasi, pegawai Maik seharusnya tidak menyulitkan perkara ini. Apa lagi kalau pihak berkuasa ke atas Maik - Sultan Muhammad Ke V yang katanya diserahkan kepada Tengku Mahkota Kelantan sudah memberi green light kenapa harus disulitkan lagi. Saya bimbang permasalahan menimpa Azhar menjejaskan kemuliaan Tuankua Al Sultan dan juga Tengku Mahkota yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama.

Dalam pada itu Azhar pula sekiranya telah diberikan tauliah untuk menyampaikan syarahan dan kuliah di masjid hendaklah beliau menjaga tutur kata dan jangan sesekali membawa masuk unsur politik walaupun sekecil mana. Mislanya perkataan yang membawa konotasi kepada sindiran kepada pihak tertentu seperti JKKK, bulan dan dacing perlulah dihentikan.

Patah-patah perkataan ini sensitif kepada pihak tertentu. Saya rasa tanpa menyebut JKKK, bulan dan dacing pun beliau tetap mendapat perhatian dan diminati oleh anak-anak muda. Yang perlu disedari teknik penyampaian beliau yang popular dan selamba itu telah berjaya mendekatkan anak-anak muda ke laman masjid. - http://www.msomelayu.blogspot.com/

Harakah Daily

Mati dalam tandas hospital

Posted: 11 Apr 2012 06:24 PM PDT

20 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM - Seorang doktor pelatih ditemui mati dengan keadaan muka kebi­ruan di dalam tandas Wad Pediatrik, Hospital Kajang, semalam.

Mangsa, Danny Lee, 29, ditemui tidak bergerak oleh seorang jururawat, jam 5.20 pagi, sebelum disahkan mati, 10 minit kemudian.

Menurut sumber, sebelum itu, jururawat berkenaan mencarinya kerana mangsa perlu merawat seorang pesakit.

Katanya, jururawat itu menelefonnya tetapi gagal dan terus mencari di setiap bilik sebelum menemuinya di dalam tandas berkenaan.

Menurutnya, punca sebenar kematian doktor pelatih itu sedang dikenal pasti, namun siasatan awal polis menolak wujudnya unsur jenayah.

"Kita tidak pasti apa yang berlaku kerana dia tidak pernah bercerita tentang masalah dihadapi. Dia seorang yang ceria tetapi baru-baru ini, dilihat dalam keadaan tertekan.

"Dia seorang yang baik dan prestasinya cemerlang sejak bertugas di sini," katanya.

Menurutnya, mangsa yang sudah berkahwin sepatutnya menamatkan latihan, tahun ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, mengesahkan kejadian tersebut dan berkata, kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

"Berdasarkan siasatan, mangsa dilaporkan menyuntik cecair ke dalam tubuhnya. Kita sedang menyiasat jenis cecair tersebut," katanya.

Agency

Skuad lebuh raya wanita perlu perubahan segera

Posted: 11 Apr 2012 06:21 PM PDT

20 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

SKUAD lebuh raya wanita perlu berubah andai mahu menyaingi pelumba Thailand, Indonesia dan Vietnam yang jelas punya kekuatan sendiri untuk beraksi cemerlang.

Mengambil contoh Thailand dan Vietnam yang mempunyai perlumbaan jelajah wanita berdaftar dengan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI), Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF) perlu segera melakar pelan tindakan bagi memastikan pelumba wanita tidak tenggelam dalam aksi di peringkat Asia Tenggara.

Berdasarkan aksi pada Tour of Thailand 2012 (ToT 2012) yang berakhir kelmarin, persembahan pelumba wanita ketika menyaingi lawan dari Thailand, Indonesia dan Vietnam sekadar memuaskan.

Mohd Hardi yang dipinjamkan dari Institut Sukan Negara (ISN) untuk membantu skuad trek dan lebuh raya berkata, sebagai permulaan siri jelajah wanita boleh diadakan dalam skala sederhana.

"Tidak perlu besar-besaran seperti Jelajah Malaysia atau Le Tour de Langkawi. Yang penting kita anjurkan perlumbaan jelajah seperti Thailand dan Vietnam. Secara tidak langsung, kita boleh menyediakan platform kepada pelumba wanita untuk bersaing di pentas sendiri.

"Mungkin persatuan boleh adakan jelajah dua atau tiga peringkat melibatkan dua atau tiga negeri berdekatan," katanya.

Sementara itu, pengurus pasukan, Omar Saad berkata, sudah tiba masa MNCF mengenal pasti beberapa pelumba seperti Masziyaton Mohd Radzi dan Zahraa Anuawar.

Sinar Harian

Pelan U Mobile serendah RM28

Posted: 11 Apr 2012 06:19 PM PDT

20 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

U Mobile Sdn Bhd (U Mobile) menawarkan telefon pintar terkini HTC One X dan HTC One V dengan kombinasi pelan pasca bayar terbaik dalam negara serendah RM28 sebulan.

Pelanggan U Mobile boleh menikmati peranti itu dengan pelan suara, khidmat pesanan ringkas (SMS), perkhidmatan data dalam satu pelan tunggal, dan didatangkan dengan panggilan percuma serta SMS bagi semua rangkaian operator.

Selain pelan U28 yang disasarkan kepada eksekutif muda, U Mobile turut menawarkan pelan U58 (RM58) sebulan bersama data 2GB dan 300 minit panggilan percuma.

HTC One X dikuasai dengan 'Android Ice Cream Sandwich' ditawarkan dengan harga serendah RM1,359.

Manakala, HTC One V ditawarkan dengan harga RM389, kini boleh diperoleh di mana-mana pengedar U Mobile.

Sinar Harian

Warga KL turut rasa gegaran

Posted: 11 Apr 2012 06:17 PM PDT

20 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR - Lebih 100 kakitangan sebuah menara syarikat telekomunikasi di Jalan Tun Razak, di sini panik dan terkejut apabila berlaku gegaran di bangunan tersebut kesan daripada gempa bumi yang berlaku di Indonesia.

Ketika kejadian pada jam 5 petang itu, semua yang berada di dalam bangunan berkenaan bergegas turun dan berkumpul di luar.

Situasi panik itu dikongsi oleh salah seorang kakitangan, Mohd khairul Izani Othman, 29, yang ketika itu berada di tingkat 10 bangunan terbabit.

Menurutnya, dia merasai sendiri gegaran yang berlaku sekitar 30 saat itu dan bertanya kepada rakan sekerja sama ada turut merasainya.

"Ketika itu sudah terasa pening dan kami beramai-ramai turun menggunakan lif. Apabila sampai di bawah, ramai sudah berkumpul.

"Perasaan takut itu ada kerana ini pengalaman pertama saya setelah lima tahun bekerja di sini. Saya tidak merasainya ketika gegaran pada 2007," katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, salah seorang pekerja di bangunan itu, Dwi Astuti Rahmat, 25, yang juga warganegara Indonesia berkata, lima minit selepas merasai gegaran tersebut, dia mendapat perkhabaran daripada rakannya di Indonesia bahawa berlaku gempa bumi yang mana amaran Tsunami dikeluarkan.

Katanya, ketika kejadian, dia bersama rakan-rakan lain adalah antara yang terawal turun dan keluar dari bangunan.

"Saya sudah biasa merasai gegaran ketika berada di Indonesia kerana itu saya tersedar awal bahawa gegaran sedang berlaku," katanya.

Aizura Mohd Atan, 29, pula berkata, beberapa susulan gegaran dirasai ketika dia sedang berada di tingkat 10 bangunan tersebut.

"Ketika itu saya sedang bekerja seperti biasa, tiba-tiba terasa berbuai dan pening. Disebabkan saya ada pengalaman merasai gegaran, saya bersama seorang rakan saya yang sedang mengandung bergegas turun ke bawah," katanya.

Pasukan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Chow Kit turut berada di lokasi kejadian bagi memastikan tahap keselamatan bangunan tersebut.

Difahamkan gegaran yang berlaku di menara berkenaan antara terburuk berlaku di sekitar ibu negara apabila berlangsung sekitar tiga hingga lima minit.

Pasukan Bomba dan penyelamat turut berada di lokasi kejadian bagi membuat pemeriksaan keselamatan.

Sinar Harian

Tukang urut dicekup

Posted: 11 Apr 2012 06:16 PM PDT

20 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM - Seramai 13 wanita warga asing termasuk remaja bawah umur yang menjadi pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam dua serbuan di sebuah pub dan pusat refleksologi di Bandar Mahkota, Cheras, kelmarin.

Serbuan Bahagian Siasatan Jenayah, Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Selangor yang diketuai Asisten Superintendan Adzli Abu Shah itu dijalankan jam 10.45 malam.

Beliau berkata, dalam serbuan di pub, pihaknya menahan lapan GRO warga Vietnam berusia 17 hingga 30 tahun, yang sedang sibuk melayan lima pelanggan mereka.

"Pemeriksaan mendapati empat daripada wanita itu menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk memasuki negara, dua dikesan tiada dokumen pengenalan diri dan dua lagi hanya mempunyai slip daftar kemasukan.

"Semakan menunjukkan premis terbabit beroperasi sejak lima tahun lalu, selain lesen juga sudah tamat tempoh," katanya.

Adzli berkata, siasatan menunjukkan tiada khidmat seks ditawarkan di premis itu, namun polis percaya semua GRO terbabit ada menawarkan perkhidmatan itu di luar premis, tanpa pengetahuan pengurus pub bagi mencari duit lebih.

Menurutnya, seorang penjaga premis lelaki berusia 22 tahun turut ditahan dalam operasi itu kelmarin.

Dalam operasi berasingan di pusat refleksologi pula, Adzli berkata, lima tukang urut terdiri daripada tiga wanita Thailand dan dua warga Laos dicekup.

Beliau berkata, semua wanita berusia antara 24 hingga 44 tahun itu sedang asyik mengurut lima pelanggan mereka, manakala tiga lagi pelanggan lain sedang menunggu giliran untuk diurut.

"Siasatan awal dapati semua tukang urut tidak memiliki permit kerja itu, kerap keluar masuk negara menggunakan pas lawatan sosial.

"Kita tahan seorang lelaki tempa­tan berusia 30 tahun yang juga merupakan penjaga premis," katanya.

Adzli berkata, semua yang ditahan termasuk lima pelanggan di pusat ref­leksologi dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kajang untuk tindakan lanjut dan siasatan dibuat mengikut kesalahan menggaji pekerja tanpa permit.

Sinar Harian

Gambar palsu tersebar di Twitter

Posted: 11 Apr 2012 06:15 PM PDT

20 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

JAKARTA - Pengguna laman blog mikro, Twitter seakan berlumba-lumba menyebarkan maklumat bergambar mengenai kesan gempa di Aceh.

Bagaimanapun, keghairahan memuat naik gambar itu akhirnya terbongkar berikutan kebanyakan foto tersebut sebenarnya dihasilkan menggunakan teknik penindihan imej gempa terdahulu.

Kebanyakan gambar itu menunjukkan jalan raya terbelah dan rumah musnah teruk akibat kesan gempa 8.5 skala Ritcher tersebut.

Sinar Harian

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::

Posted: 12 Apr 2012 01:03 AM PDT

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::


UMNO P.Pinang ‘Jilat Ludah’ Mereka Sendiri!

Posted: 11 Apr 2012 08:35 AM PDT

Hari ini UMNO P.Pinang telah ‘menjilat ludah’ mereka sendiri apabila mereka turut meniru tindakan PAS sebelum ini, dengan mengedarkan akhbar Utusan di beberapa taman perumahan sekitar Permatang Pauh, P.Pinang. Tindakan UMNO sebelum ini bersama beberapa NGO di Putrajaya yang menganjurkan majlis mengoyak akhbar rasmi PAS Harakah, sebagai satu tindakan biadap & tidak bertamadun pada zaman [...]

Ceramah Paluan Gendang PRU 13

Posted: 11 Apr 2012 08:19 AM PDT

PAS Negeri Sembilan

Posted: 11 Apr 2012 09:15 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Pendidikan percuma mampu direalisasikan

Posted: 11 Apr 2012 06:11 PM PDT



Pendidikan percuma mampu direalisasikan
April 11, 2012

Beberapa pemimpin Pakatan Rakyat mendakwa kos purata PTPTN setiap tahun untuk membiayai pengajian mahasiswa adalah sebanyak RM3 billion sahaja.

Sejak dua minggu isu panas perbualan orang ramai, yang didebatkan oleh pemimpin parti politik dan menjadi liputan utama media massa ialah isu memansuhkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Walaupun cadangan memansuhkan PTPTN adalah cadangan bersama kepimpinan Pakatan Rakyat; pemimpin Umno dan media kawalan Umno mensasarkan serangan ke atas Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Hujah yang dimainkan oleh pemimpin Umno ialah negara akan bankrap jika PTPTN dimansuhkan.

Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak memberikan gambaran bahawa PTPTN mustahil dimansuhkan oleh Pakatan kerana membabitkan perbelanjaan sebanyak RM43 billion.

Sekali dengar memang seperti mustahil. Walaubagaimanapun Najib tidak menyatakan adakah RM43 billion itu adalah tunggakan setakat hari ini iaitu sejak pinjaman PTPTN mula dilancarkan atau kos pinjaman PTPTN setiap tahun adalah RM43 billion.

Walaubagaimanapun kelmarin seorang pemimpin PKR, R Suresh Kumar mendakwa RM43 billion itu bukan kos PTPTN untuk setahun sebaliknya kos tertunggak selama 15 tahun.

Semalam Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa pula berkata bahawa jumlah mpinjaman PTPTN sejak mula dikeluarkan sehingga ke hari ini adalah RM28 billion dan membidas Najib kerana cuba mengelirukan dan menakutkan rakyat dengan angka yang jauh lebih besar.

Suresh Kumar dan beberapa pemimpin Pakatan mendakwa kos purata PTPTN untuk setiap tahun untuk membiayai pengajian mahasiswa adalah sebanyak RM3 billion.

Ini bermakna jika Pakatan berjaya mengambil alih Putrajaya, jika mereka tidak menghapuskan PTPTN yang tertunggak sejak 15 tahun sekaligus pun, sekurang-kurangnya mereka boleh memansuhkan pinjaman PTPTN serta merta untuk pengambilan akan datang dan digantikan dengan biasiswa 100 peratus kepada penuntut yang layak menerima biasiswa (istilah asal PTPTN).

Pakatan mampu serap kos pengajian

Dengan pendapatan RM150 billion setahun adalah tidak mustahil kerajaanm Pakatan mampu menyerap kos RM3 billion setahun.

Walaubagaimanapun ada banyak kaedah penjimatan untuk menampung kos pengajian percuma tanpa mengusik pendapatan tahunan negara.

Pengerusi Jawatankuasa Isu PTPTN PAS Pusat, Mohd Taufek Abdul Ghani berkata dengan memetik kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini bahawa seramai 629,052 pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) direkodkan sehingga 29 Februari dan sebanyak RM4.36 billion telah dibelanjakan untuk PLKN sejak program itu dilaksanakan.

"Berdasarkan angka tersebut kos seorang pelatih PLKN selama tiga bulan adalah bersamaan dengan kos pembiayaan pinjaman PTPTN seorang mahasiswa peringkat Ijazah selama satu tahun.

"Jumlah RM4.36 bilion itu boleh menampung kos pinjaman PTPTN untuk seramai 622,857 orang mahasiswa Ijazah pertama di IPTA selama setahun.

"Ini ialah kerana kerajaan membelanjakan RM6,931 bagi seorang pelatih yang menamatkan kursus selama tiga bulan di PLKN.

"Sedangkan untuk Ijazah pertama, PTPTN hanya memberikan pinjaman RM7,000 setahun manakala untuk Diploma hanya RM5,000 setahun," kata Mohd Taufek.

Mansuh program PLKN

Mohd Taufek yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Paroi berkata dengan memansuhkan program PLKN yang setakat ini sudah meragut 18 nyawa pelajar sama ada ketika menjalani latihan di pusat latihan atau selepas pulang ke rumah selepas latihan tamat; kos PLKN sebanyak RM4.36 billion itu sudah cukup untuk menampung kos pengajian mahasiswa di IPTA.

"Walaupun hanya RM3 billion sahaja yang diperlukan tetapi dengan menambah satu billion lagi, ia mampu menampung pengajian pelajar cemerlang yang gagal mendapat tempat di IPTA untuk meneruskan pengajian di IPTS.

"Malah dengan peruntukan tambahan RM1 billion yang dijimatkan daripada kos PLKN itu mampu membiayai pelajar bukan Melayu yang sering merungut apabila nama mereka tercicir daripada senarai pelajar yang berjaya mendapat biasiswa.

"Maka isu pelajar bukan Melayu yang tidak mendapat biasiswa juga dapat diatasi apabila kos PLKN ini digunakan untuk menampung biasiswa", ujar Mohd Taufek lagi.

Mohd Taufek juga mempertikaikan sikap Najib dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melatah kononnya negara akan bankrap jika Pakatan menghapuskan PTPTN.

"Walaubagaimanapun Najib dan Muhyiddin menikus apabila Laporan Audit Negara sebelum ini mengesahkan kerajaan kerugian sebanyak RM28 billion akibat ketirisan.

Mereka tidak kisah dalam isu "write off" hutang RM589 juta bekas Pengerusi MAS, Tan Sri Tajudin Ramli. Mereka juga tidak kisah memberikan dana besar RM250 juta kepada kroni Umno dalam projek NFC, tetapi dalam isu kebajikan pelajar dan rakyat terbanyak, bukan main berkira pemimpin Umno.

"RM28 billion itu boleh melangsaikan pinjaman PTPTN setakat hari ini iaitu sebanyak RM28 billion.

"Jika RM28 billion itu tidak digunakan untuk "write off" pinjaman tertunggak PTPTN sekaligus sekali pun, RM28 billion itu boleh membiayai pinjaman PTPTN dalan bentuk biasiswa untuk sembilan tahun dengan kos RM3 billion setahun.

"Penjimatan daripada ketirisan dan kos PLKN hanyalah sedikit contoh bagaimana kita boleh mencari sumber kewangan untuk memberikan pendidikan percuma (biasiswa).

Tutup kelemahan

"Alasan yang diberikan oleh Najib dan Muhyiddin hanyalah alasan semata-mata untuk menutup kelemahan masing-masing," kata Mohd Taufek lagi.

Mohd Taufek yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, berkata alasan yang diberikan oleh Najib dan Muhyidin langsung tidak dibeli dengan mudah oleh golongan mahasiswa dan mahasiswi.

"Mereka tahu apa yang berlaku dalam negara dan bagaimana kekayaan negara tidak diuruskan dengan baik dan telus. Mahasiswa juga tahu soal ekonomi dan jangan fikir mereka tidak tahu langsung soal pengurusan kewangan.

"Kenyataan Najib dan Muhyiddin bahawa negara akan bankrap jika PTPTN dihapuskan dan jika Pakatan memberikan pendidikan percuma adalah mengarut sama sekali. Kenyataan yang mengelirukan tanpa fakta sebenar," ulas Mohd Taufek lagi.

Justeru itu idea Pakatan untuk memansuhkan PTPTN dan menawarkan pendidikan percuma dari pra sekolah sehingga peringkat universiti mampu dilaksanakan dan logik.

Hanya orang yang tidak tahu soal pengurusan ekonomi, kewangan dan tidak mengambil tahu tentang ketirisan dalam pentadbiran negara sahaja yang akan berkata bahawa idea tersebut adalah tidak logik dan tidak boleh dilaksanakan.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/04/11/pendidikan-percuma-mampu-direalisasikan/

'Teruknya jalan raya di sini'

Posted: 11 Apr 2012 12:46 AM PDT


'Teruknya jalan raya di sini'

11 April 2012

TAMAN ANGKASA JAYA – Keadaan jalan berlubang dan sempit menimbulkan rasa tidak selesa dalam kalangan pengguna jalan raya di Taman Angkasa Jaya, dekat sini.

Jalan yang menghala ke Kampung Dioh Seberang Pekan, dekat sini rosak dan membahayakan pengguna jalan raya berkenaan sekali gus dikhuatiri berisiko berlaku kemalangan terutama pada waktu malam akibat ketiadaan lampu jalan.

Tinjauan mendapati, laluan yang berbukit itu sering mengganggu pemanduan kerana pengguna perlu memperlahankan kenderaan secara tiba-tiba bagi mengelak lubang ketika mendaki dan menuruni bukit.

Salah seorang penduduk, Mohd Isa, 42, berkata, masalah itu dipercayai berpunca dari kerja membaiki pembetung di kawasan itu yang secara tidak langsung menyebabkan berlaku kerosakan dan gerakan tanah.

"Pihak berkaitan difahamkan sudah mengalihkan pili bomba ke tempat lain dan menyebabkan berlaku mendapan tanah di sini.

"Disebabkan itu, jalan semakin lama semakin terhakis dan terbentuk lubang hingga menampakkan saluran air di bawah tanah," katanya.

Mohd Isa berkata, ada pengguna yang menggunakan jalan itu hampir terlibat dalam kemalangan gara-gara cuba mengelak lubang.

"Lubang itu mudah dilihat di siang hari tetapi sukar pada waktu malam meskipun ada tiang lampu bernombor RPKPA16.

"Pengguna perlu lebih berwaspada supaya tidak bertembung ketika melalui jalan ini yang kecil dianggarkan bersaiz tiga hingga 4.5 meter sahaja dan hanya muat untuk sebuah kereta," katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, berharap agar pihak berkaitan dapat menyediakan kemudahan lampu jalan bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

"Pihak kerajaan sering menguar-uarkan dasar pencahayaan untuk taman perumahan dan peruntukan untuk infrastruktur jalan, namun ia seolah-olah sekadar dasar yang tidak diaplikasikan di tempat ini," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/teruknya-jalan-raya-di-sini-1.39097

Apek malang

Posted: 11 Apr 2012 12:42 AM PDT


Apek malang

11 April 2012

INI DIA...Tham menunjukkan kecederaan dialaminya ketika kejadian samun, semalam.

MANTIN: Malang menimpa seorang lelaki warga emas apabila wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diterimanya bukan saja disamun malah turut dibelasah penjenayah menyebabkan dia terpaksa menerima 10 jahitan di kepala di Kawasan Merah di sini, Ahad lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang, Pan Tham Khoi, 79, dipukul suspek menggunakan objek keras dipercayai topi keledar menyebabkannya rebah dan hampir tidak sedarkan diri. Menurut Tham, ketika kejadian, dia dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menemui rakannya di sekitar kawasan berkenaan. "Ketika membuka pintu rumah, saya terkejut apabila dihampiri seorang lelaki dipercayai berusia lingkungan 40-an yang terus menyerang menggunakan objek keras.

"Saya diserang pada bahagian kepala dan muka sehingga terjatuh ke lantai serta nyaris pengsan," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam, ketika kunjungan Ahli Majlis Majlis Perbandaran Nilai (MPN) merangkap Pegawai Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (Dun) Nilai, Yee Hee Long.

Tham yang tidak berkahwin berkata, suspek merampas dompetnya yang mengandungi wang BR1M berjumlah RM400 diterimanya bulan lalu.

"Saya meminta bantuan saudara untuk dihantar ke hospital berdekatan," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Yusoff Awang ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian berkenaan.

"Kes berkenaan masih sedang disiasat dan diklasifikasikan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan," katanya.

http://www.hmetro.com.my/articles/Apekmalang/Article

‘Meninggal dunia’ punca BR1M ditolak

Posted: 11 Apr 2012 12:41 AM PDT


'Meninggal dunia' punca BR1M ditolak

11 April 2012

JEMPOL - Sebelum ini, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dimohon ditolak atas alasan permohonan tidak lengkap.

Bagaimanapun, seorang pesara polis di Bandar Seri Jempol, dekat sini terkejut apabila mendapati masalah itu berpunca daripada kesilapan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang merekodkannya sebagai sudah meninggal dunia.

Segalanya terbongkar apabila Abdullah @ Abd Lah Ujang, 65, datang ke pejabat JPN di sini untuk mendaftarkan kematian isterinya pada 29 Februari lalu.

"Saya terkejut dan bagaikan tidak percaya apabila pegawai JPN memberitahu saya tidak boleh daftarkan kematian isteri saya, disebabkan saya sudah meninggal dunia pada 1 September 2000.

Menurutnya, dia pernah membuat rayuan berhubung permohonan BR1M, tetapi, sehingga kini belum terima sebarang jawapan.

"Tarikh saya direkodkan meninggal dunia itu sebenarnya tarikh saya bersara sebagai anggota polis," katanya kepada Sinar Harian di kediamannya di Taman Seri Serting, Bandar Baru Jempol, semalam.

Bapa lima anak itu kemudian dinasihatkan pegawai JPN membuat surat akuan sumpah mengesahkan dia sebenarnya masih hidup.

"Segala maklumat berkaitan saya sudah serahkan kepada JPN, malah pegawainya juga ada datang ke rumah.

Abdullah berkata, dia bimbang kemungkinan menghadapi masalah lain kesan daripada kesilapan itu, terutama ketika berurusan dengan jabatan-jabatan lain.

"Saya harap JPN selesaikan masalah saya dengan cepat. Saya bimbang ia menjejaskan peluang saya mengundi pada pilihan raya umum nanti," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/nasional/meninggal-dunia-punca-br1m-ditolak-1.39074

PAS LENGGONG

Posted: 11 Apr 2012 07:45 PM PDT

PAS LENGGONG


Daulat Tuanku

Posted: 10 Apr 2012 08:48 PM PDT


Pemuda PAS ucap tahniah kepada Agong

Harakahdaily,10 Apr 2012

KUALA LUMPUR, 10 April:Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menjunjung kasih dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Almu`tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu`adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah di atas pertabalan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-14 pada 11 April, esok.

Naib ketuanya, Dr Raja Ahmad al-Hiss berkata, DPPM mengucapkan syukur di atas pelantikan DYMM Tuanku sebagai Yang di-Pertuan Agong buat kali kedua setelah menaiki takhta dari 21 September 1970 hingga 20 September 1975.

"Sesungguhnya prinsip keadilan, kesaksamaan dan perpaduan yang diterapkan oleh DYMM Paduka Tuanku akan lebih menyatukan rakyat di negara ini," ujarnya dalam satu kenyataan.

Berikut ialah kenyataan penuh DPPM.

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menjunjung kasih dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Almu`tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu`adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah di atas pertabalan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-14 pada hari Rabu, 11 April 2012.

DPPM mengucapkan syukur di atas pelantikan DYMM Tuanku sebagai Yang Di Pertuan Agong buat kali kedua setelah menaiki takhta YDP Agong dari 21 September 1970 hingga 20 September 1975.

Sesungguhnya prinsip keadilan, kesaksamaan dan perpaduan yang diterapkan oleh DYMM Paduka Tuanku akan lebih menyatukan rakyat di negara ini.

DPPM juga menyanjung tinggi konsep Raja Perlembagaan yang diamalkan di negara ini sejak merdeka. Sebagai payung negara dan umat Islam di negara ini, menjadi harapan seluruh umat Islam agar DYMM Tuanku terus memayungi umat Islam dan memartabatkan agama Islam di negara ini.

DPPM berharap dengan pertabalan Tuanku ini juga akan merancakkan lagi terhadap pemerkasaan perlaksanaan dan penguatkuasaan syariat dan hukum-hukum Islam yang semakin subur dalam pemahaman rakyat jelata.

DPPM yakin hanya Islam lah penyelamat dan faktor penyatuan ummat dan rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

Sejarah telah membuktikan sejak zaman kesultanan Melaka dahulu, Islam menjadi agama yang dihormati dan diterima apabila Sultan dan Rajanya menjadi penauang dan pelaksana baginya.

Akhirnya, DPPM mendoakan semoga DYMM Tuanku serta DYMM Raja Permaisuri Agong dipanjangkan usia, mendapat keberkatan hidup dan mentadbir negara dengan dilimpahi rahmat dan keberkatan.

Dr Azman Ibrahim

Posted: 11 Apr 2012 07:16 PM PDT

Dr Azman Ibrahim


Buruknya Rekod Alam Sekitar Negeri Terengganu, Setimpalkah Dengan Nilai Pembangunan?

Posted: 10 Apr 2012 09:15 PM PDT

Sebagai khalifah, manusia tidak boleh bertindak terlalu mementingkan diri sendiri hingga sanggup menggadaikan kepentingan makhluk-makhluk dan penghuni alam yang lain

Di tangan manusialah terletaknya kemakmuran bumi ini. Dengan kelebihan-kelebihan yang Allah berikan, terutama sekali kelebihan akal fikiran dan kecerdikan, kita dipertanggungjawabkan untuk menguruskan bumi dan kehidupan penghuni-penghuninya, lebih-lebih lagi dengan kuasa pemerintahan yang ada. Apabila tanggungjawab ini dicuaikan, pastinya bumi ini akan terdedah kepada kerosakkan serta kehancuran dan kehidupan penghuni-penghuninya juga akan menjadi huru-hara. Sebagaimana amaran Allah S.W.T di dalam surah ar-Rum ayat 41 yang bermaksud:

"Telah zahir kerosakan di darat dan di laut dengan sebab perbuatan tangan-tangan manusia, sehingga Allah merasakan kepada mereka sebahagian akibat dari apa yang mereka kerjakan, semoga mereka kembali ke jalan yang benar."

Pembangunan hebat BN

Janji kerajaan BN selepas mengambil alih pemerintahan Terengganu dari PAS pasca Pilihan Raya Umum 2004 adalah untuk menghidangkan kepada rakyat 'pembangunan yang tak pernah dilihat oleh mata dan tak pernah didengar oleh telinga'. Begitulah hebatnya slogan mereka seolah-olah muka bumi Terengganu akan bertukar wajah menjadi bayangan permukaan sebuah planet lain.

Walaupun Kerajaan Terengganu memiliki wang berbillion untuk pembangunan, memiliki deretan kroni yang perlu diagihkan projek dan diberi makan tetapi barang perlu diingat bahawa kawasan hutan tebal yang masih menyimpan khazanah kayu-kayan bernilai tinggi bukan milik kita seorang, kawasan paya yang ditimbus dan ditebus guna bukanlah hak mutlak pemaju, pesisir pantai yang indah adalah milik semua rakyat, sungai yang bersih dan mengalir tenang adalah sumber rezeki sebahagian rakyat. Begitu juga kawasan tasik dengan keindahan alam semulajadinya merupakan khazanah negeri, bukan setakat milik generasi kita, tetapi juga untuk tatapan dan dinikmati oleh generasi selepas kita.

EIA untuk kroni

Tanpa kajian teliti impak alam sekitar terhadap perlaksanaan sesuatu projek, fenomena alam semulajadi tentunya tidak akan bersimpati dengan kita.
Ilmu tentang hakisan, runtuhan tanah, pencemaran sungai, kesan penebangan berleluasa hutan, ombak laut, arus laut, pasang surut air, arah tiupan angin, habitat semulajadi hidupan liar dan sebagainya, semuanya telah ada. Ianya wajib diberikan perhatian ketika penilaian impak alam sekitar (Environmentally Impact Assessment)  sebelum perlaksanaan sesuatu projek atau kerja dilakukan.  Kecuaian diperingkat awal selalunya terpaksa dibayar dengan harga yang sangat mahal di samping impak negatif yang memberi kesan kepada sejumlah besar penduduk dan alam sekitar.

Kita sedia memaklumi bahawa EIA (Environment Impact Assessment) malah DEIA (Detailed Environment Impact Assessment) adalah suatu kemestian sebelum kelulusan sesuatu kerja diberikan tetapi melihat kepada rekod buruk kerajaan pimpinan MB Ahmad Said berkaitan isu alam sekitar, ianya mampu menimbulkan persoalan, apakah EIA atau DEIA untuk sesetengah projek hanyalah sekadar formality dan dilakukan secara sambil lewa sebagai dokumen syarat untuk kelulusan semata-mata? Apa yang penting, bila ada wang semua kerja boleh jalan!

Hakisan pantai tak berkesudahan

Sekadar mengenengahkan beberapa isu kemusnahan alam sekitar, antaranya hakisan pantai yang berlaku dari Besut hingga ke Kemaman dan tiada berkesudahan malah semakin parah di beberapa lokasi seperti Pantai Tok Jembal. Sungguh menyedihkan apabila memerhatikan apa yang menimpa persisiran Pantai Tok Jembal contohnya, sehingga keindahan semulajadinya sebagai pantai pelancongan dan lokasi pendaratan bot-bot nelayan pesisir pantai semakin hilang ditelan rakusnya ombak Laut Cina Selatan.

Fenomena ini akan lebih menjadi igauan kepada penduduk sekitar terutamanya menjelang musim tengkujuh. Tentunya tindakan menyalahkan takdir dan fenomena alam semulajadi atas apa yang berlaku adalah sekadar tindakan untuk lepas tangan semata.

Walaupun pihak berwajib yang berkelayakan tidak pernah mengeluarkan suatu kenyataan rasmi akan punca dan penyebab hakisan yang berlaku, pemerhatian penduduk setempat mengesyaki dan meyakini bahawa puncanya adalah penambakan laut bagi projek pemanjangan landasan terbang, Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), lantara hakisan ini yang memanjang kira-kira 1 km bermula dari kawasan berhampiran lapangan terbang sehingga ke pesisiran pantai berhampiran Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dikesan mulai merebak beberapa bulan setelah projek pemanjangan landasan terbang disiapkan.

Kontraktor projek tentunya telah mengaut puluhan juta ringgit keuntungan. Orang-orang tertentu juga tentunya telah menerima komisyen masing-masing. Boeing 747 pun sudah boleh mendarat di LTSM sebagaimana yang diimpikan oleh sebahagian pemimpin negeri walaupun pendaratan pesawat untuk penerbangan antarabangsa ini cuma berlaku ketika musim haji dan musim pertandingan kuda. Hari-hari biasa, penerbangan komersial ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Pengkalan Chepa jauh mengatasi bilangan penerbangan ke sini walaupun LTSIP bukanlah sebuah lapangan terbang antarabangsa.

Soalnya sekarang, siapa yang sepatutnya mengambil tanggungjawab menangani hakisan dan kemusnahan yang berlaku? Apakah telah ada suatu kajian teliti akan sebab dan musababnya? Kalau telah ada, rakyat berhak untuk mengetahuinya. Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Mohd Nasir Ibrahim Fikri pada 28 Februari 2011 lalu pernah menjanjikan suatu kajian untuk mengenalpasti puncanya akan dilakukan, tetapi akhirnya senyap tanpa khabar berita.

Hutan Gelam dan tanah lembah Nyatoh

Hutan Gelam Air Tawar adalah habitat bagi pelbagai spesis hidupan liar terancam untuk tinggal dan membiak. Aktiviti pembersihan hutan paya gelam dan pembinaan prasarana Ladang Akuakultur Ternakan Udang Bersepadu (i-SHARP) oleh pemaju Blue Archipelago Berhad yang bernilai RM290 juta telah mewujudkan pertarungan merebut kepentingan antara alam dan manusia yang tidak akan berakhir dengan situasi menang-menang. Yang kuat akan menang.  Yang lemah telah dan akan menjadi korban. Kawasan hutan paya gelam Nyatoh adalah tanah milik Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu dan telah diwartakan sebagai 'kawasan sensitif alam sekitar' di mana sebarang bentuk pembangunan adalah tidak dibenarkan sebagaimana yang digariskan oleh Rancangan Tempatan Daerah Setiu (RTDS) kecuali untuk aktiviti rekreasi.

Demi sebuah projek i-SHARP yang belum tentu untung ruginya, Kerajaan BN Terengganu telah menganugerahkan kawasan ini dengan taraf pajakan selama 30 tahun kepada pemaju. Persolan besar yang timbul, bukankah RTDS adalah rancangan pembangunan Kerajaan BN dan akhirnya dicabul oleh pemimpin BN sendiri!
Rakyat tidak berminat lagi untuk mendengar teori-teori kosong pemaju yang disokong Ahmad Said sebagai jurucakap tak rasmi, kononnya inilah 'green projek', 'enviromentally friendly', menyediakan peluang pekerjaan, tanah rakyat telah dibayar pampasan setimpal, projek akan menjadi pemacu ekonomi dan pelbagai lagi ungkapan yang semakin kabur realitinya.

Di samping kemusnahan habitat hidupan liar dan kawasan pembiakan ikan, mohon juga kerajaan memberikan penjelasan bagaimana 3 kali gelombang banjir luar biasa yang telah melanda sekitar Dun Permaisuri pada musim tengkujuh lalu boleh berlaku?

Walaupun pihak Kerajaan Negeri kelihatan cuba memejamkan mata akan hakikat yang berlaku, tetapi bangkai gajah tidak lagi mampu ditutup dengan daun lalang. Ibarat sudah terang lagi bersuluh kejadian banjir luar biasa ini memang berpunca dari kerja-kerja projek i-SHARP ini!

Kita telah membangkitkan ketika peringkat awal perlaksanaan projek dahulu bahawa kawasan yang dibangunkan itu adalah kawasan paya bertanah rendah yang terdedah kepada kesan pasang surut Sungai Setiu dan dilimpahi air ketika musim banjir.

Dari segi ekosistem, kawasan paya bertanah rendah dikategorikan sebagai kawasan takungan air. Lantas, untuk mengelakkan kawasan projek bernilai ratusan juta ringgit ini ditenggelami air banjir, kerja-kerja tebus guna tanah telah dan sedang dilakukan supaya kolam udang berada di aras yang lebih tinggi dari air banjir. Keadaan ini akan menyebabkan aliran air itu beralih ke kawasan yang lebih rendah di sekitar tapak projek dan ini akan menyebabkan air membanjiri kawasan penempatan penduduk sekitar. Tambakan tanah juga akan menghalang pengaliran air banjir ke Sungai Setiu.

Bagaimana hutan simpan kekal boleh dicerobohi
Hutan simpan dicerobohi, khazanah kayu-kayan dibawa pergi, kerajaan seolah-olah tak bergigi. Inilah ibarat yang paling sesuai untuk kita mengambarkan nasib malang yang menimpa Hutan Simpan Kekal Gunung Tebu di mana aktiviti pembalakan haramnya diakui sendiri berlaku oleh Ahmad Said tetapi pelakunya bagaikan kebal dari sebarang tindakan undang-undang. Nasib yang sama menimpa Hutan Simpan Bukit Bauk, Hutan Simpan Tembat dan Hutan Simpan Petuang.

Sudahlah balak dikeluarkan secara menyalahi undang-undang,  aktiviti pembalakan pastinya akan menyebabkan kemusnahan habitat semula jadi bagi flora dan fauna. Kemusnahan hutan bererti kehilangan khazanah flora dan fauna yang sangat berharga.

Di samping syarikat pembalakan berkenaan yang mengaut keuntungan lumayan serta puak-puak berkepentingan yang turut menikmati tempiasnya, jangan dilupa bahawa penerokaan hutan secara tak terkawal menyebabkan tanah yang dilindungi terdedah kepada pelbagai bencana alam, berpunca daripada hutan yang tidak lagi dapat berfungsi sebagai kawasan tadahan hujan. Hujan lebat yang melanda sesuatu kawasan akan mengakibatkan air yang turun terus menghakis permukaan bumi yang gondol, lalu membawa hakisan tanah-tanah ini ke dalam sungai. Tanah runtuh adalah antara akibatnya disebabkan kerana ketiadaan akar tumbuhan yang mencengkam tanah, terutamanya tebing atau tanah tinggi. Ceteknya Sungai akibat pemendakan tanah lumpur di dasarnya boleh mengundang banjir melanda.

Kesimpulan
Tindakan Kerajaan BN Terengganu yang mudah memperjudikan kemusnahan alam sekitar disebalik gahnya pembangunan dan banyaknya hasil dari khazanah bumi yang dikaut bererti dengan sengaja manusia telah mencipta konflik dengan alam semulajadi. Siapa pun yang akan menjadi pemenangnya bukanlah persoalan tetapi apabila fenomena alam semulajadi bertindak tanpa disangka, sehebat mana manusia yang berkuasa sekalipun tak akan mampu menentangnya. Jangan sampai generasi yang terkemudian menyalahkan kerakusan kita sehingga mereka terpaksa menanggung akibatnya.

** Penulis adalah Dr Azman Ibrahim adalah Pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu

PAS Kawasan Miri

Posted: 11 Apr 2012 07:14 PM PDT

PAS Kawasan Miri


Tanah Peribumi Terhakis Akibat Kerakusan Mereka Yang Tidak Bertanggungjawab

Posted: 11 Apr 2012 03:49 PM PDT

Masyarakat Peribumi Dipermainkan Oleh Mereka Yang Menyalahguna Kuasa
Di Sarawak, Dayak merupakan kumpulan puak yang dominan yang tinggal di rumah panjang. Terdapat dua kumpulan utama iaitu Iban (Dayak Laut) dan Bidayuh (Dayak Darat). Kebanyakan kaum Iban tinggal berkampung di rumah panjang yang kebiasaanya terletak di tebingan sungai dan di tepi jalan raya ini adalah bagi mempermudahkan aktiviti kerja, berhubung dan berkomunikasi antara satu sama lain.

Rumah panjang merupakan tempat tinggal atau pusat kehidupan bermasyarakat di Sarawak. Terdapat lebih 4,500 rumah panjang di Sarawak. Rumah panjang ini yang lazimnya sepanjang 300 kaki panjang, biasanya dibina atas bukit atau di pinggiran sungai. Ruang bawah rumah panjang ini biasanya digunakan untuk memelihara binatang seperti ayam,babi dan lain-lain ternakan tetapi rumah panjang yang agak moden mirip kepada rumah teres dimana ternakan mereka diasingkan dari rumah panjang tersebut.

Walaupun pihak pemerintah cuba memberi gambaran yang rumah panjang sekarang ini sudah tidak seperti zaman dulu tetapi masalah utamanya yang dihadapi oleh penduduk rumah panjang di pendalaman Sarawak adalah insfrastruktur dan juga jalan masuk ke rumah panjang yang agak sukar dan teruk sehingga kini.

Memang terdapat juga jalan raya ke rumah panjang agak baik tetapi kebanyakan rumah panjang tersebut, berada di pinggir bandar atau di tepi jalan lebuh raya. Rumah panjang yang berada di pendalaman Sarawak memang masih banyak lagi ketinggalan dari segi kemudahan asas, insfrastruktur dan jalanraya yang baik. Bukan saja masalah jalanraya, tetapi sekarang ini isu utama mereka ialah kebanyakan tanah tempat tinggal mereka di rumah panjang ini masih lagi di atas tanah kerajaan walaupun ada usaha pihak kerajaan hendak memberi status tanah Hak Adat Orang Asal atau NCR (native customary right) land title.

Isu tanah orang asal yang diceroboh oleh syarikat-syarikat pembalakan, peladangan dan sebagainya menyebabkan tanah orang asal di Sarawak semakin terhakis, walaupun ini cuba dinafikan oleh pihak pemerintah yang kononnya untuk tanah tersebut digunakan untuk pembangunan luar bandar tetapi hakikatnya masih ramai lagi penduduk di luar bandar hidup dalam taraf kemiskinan.

Adakah pihak pemerintah benar-benar perihatin dengan penduduk asal di pendalaman atau hanya mementingkan kroni-kroni yang banyak mengaut keuntungan hasil dari pembalakan, peladangan dan sebagainya? Adakah peruntukan yang berbillion-billion ringgit yang sering kita dengar untuk kemudahan asas di luar bandar benar-benar memberi menafaat kepada rakyat atau kroni-kroni pihak pemerintah saja?

Perkara inilah yang sering menjadi persoalan rakyat kerana mereka tidak melihat sebarang perubahan yang drastik setelah berpuluh-puluh tahun pihak pemerintah berjanji untuk meningkat taraf hidup di luar bandar. Memang kita tidak nafikan ada sedikit perubahan tetapi hanya ditempat-tempat tertentu saja, sedangkan masih banyak lagi kawasan di luar bandar dan pendalaman Sarawak yang memerlukan peruntukan tersebut agar dapat dilaksanakan bukan dengan janji yang sama setiap kali ada pilihanraya.

Berapa lama rakyat harus menunggu peruntukan tersebut dapat dilaksanakan di kawasan mereka, adakah mereka hanya mendapat sedikit habuan waktu pilihanraya dan selepas itu mereka terpaksa menunggu lagi?

Kalau pihak pemerintah perihatin dengan masalah rakyat di luar bandar sepatutnya perkara utama yang perlu diberi perhatian adalah kemudahan asas, insfrastuktur dan jalan perhubungan yang baik agar penduduk di luar bandar dapat meningkatkan ekonomi mereka dengan menjual hasil tanaman serta produk mereka ke bandar-bandar yang berdekatan.

Sepatutnya pihak pemerintah memberi tumpuan dengan menangani masalah tersebut bukannya menyalahkan pihak pembangkang atau Pakatan kerana semua masalah yang dikemukakan oleh pihak pembangkan adalah masalah rakyat yang perlu diberi perhatian oleh pihak pemerintah sekarang.

Mengapa pihak pemerintah perlu takut dengan Pakatan Rakyat sekiranya mereka sudah melaksanakan tugas mereka dengan jujur, amanah dan telus kepada rakyat.

Sekarang tiba masanya untuk masyarakat peribumi Sarawak bersedia untuk berubah nasib mereka ke arah yang lebih baik tanpa perlu terus bergantung dengan pemerintah yang ada sekarang sebab mereka yang memerintah sekarang hanya mengambil kesempatan atas kelemahan dan kedaifan rakyat tempatan yang masih taat dan patuh pada mereka yang mempunyai kepentingan.

Mereka seolah-olah sengaja membiarkan masyarakat di pendalaman terus ketinggalan dari arus pembangunan sebab mereka tidak mahu dengan memberi kemudahan asas dan jalanraya yang baik kepada masyarakat luar bandar dan pendalaman kerana ini akan menyukarkan hasrat mereka yang mempunyai kepentingan untuk menguasai tanah dan ekonomi di kawasan luar bandar yang banyak mendatangkan hasil dan keuntungan kepada mereka yang mempunyai kepentingan.

Apabila masyarakat luar bandar sudah maju dan tahu menilai baik buruknya sesuatu pemerintahan, maka ini sudah tentu menyukarkan mereka yang menyalahguna kuasa mengugut masyarakat yang terpelajar dan bermaklumat tersebut dengan ancaman tiada pembangunan ditempat mereka.

Lihatlah negara yang sudah maju, pembangunan bukan isu utama yang dibincangkan dalam pemilihan pimpinan negara tetapi pemimpin yang berakhlak baik dan mempunyai integriti yang akan dinilai oleh rakyat untuk menjadi pemerintah. Sekiranya pemimpin tersebut melakukan rasuah dan penyelewengan, rakyat akan menumbangkan mereka atau mereka sendiri akan meletak jawatan.

Kalau pihak pemerintah dapat melaksanakan tugas dan memberi perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat maka tiada sebab untuk rakyat menukar kerajaan yang ada sekarang. Oleh sebab rakyat menghadapi tekanan hidup yang semakin mendesak dan juga taraf kehidupan yang sukar disebabkan pembangunan yang tidak seimbang maka disitulah punca rakyat keluar membuat bantahan.

Maka rakyatlah yang berhak untuk mengekal atau menukar mana-mana pemerintah yang difikir sesuai dengan aspirasi rakyat dalam pilihanraya umum akan datang. Jangan sekat hak dan tanggungjawab rakyat untuk memilih kerajaan yang baru mengikut kehendak masing-masing.

Jangan ingat kerajaan yang ada sekarang boleh kekal selamanya kerana semakin sehari manusia boleh berfikir yang terbaik untuk mereka dan generasi akan datang. Setiap yang bermula akan berakhir dan tiada satu pun kerajaan dalam dunia ini akan kekal selamanya kecuali kerajaan Allah, Tuhan Pencipta Alam.

Jofri Jaraiee
PAS Sarawak

English version

Indigenous communities manipulated by those who Misused Power
In Sarawak, the Dayak tribe is the dominant group who live in longhouses. There are two main groups, namely Iban (Sea Dayak) and Bidayuh (Land Dayak). Most of the Iban people live its sights firmly in the longhouse usually located at the riverside and on the road side is to facilitate the work activities, liaise and communicate with each other.

Longhouse is home or community living center in the state. There are more than 4,500 longhouses in Sarawak. This longhouse is typically over 300 feet long, usually built on hills or at the edge of the river. Space under the longhouse is usually used to raise animals like chickens, pigs and other livestock, but somewhat a modern longhouse similar to the terraced house where their cattle were are separated from the longhouse.

Although the government tried to give the impression that the longhouse now are not like old days but the main problem faced by the people of the longhouse in the interior Sarawak is infrastructure and access roads to longhouses rather difficult and worse until now.

Well there are longhouses the entrance road is quite good but most of the longhouse are located in the suburbs or on the highway roadside. There are still a lot of longhouses in Sarawak's interior left behind in basic facilities, infrastructure and good roads.

Not only road problem but now their main issue is that most of the land where they longhouses stay is still on government land despite government efforts to give the status of native customary rights of indigenous peoples or NCR (native Customary right) land title.

The issue of indigenous land invaded by timber companies, plantation, etc., cause the land of indigenous peoples in Sarawak are slowly being eroded, although these attempts were denied by the government, which is supposedly used for rural development but the fact is there are still many rural people live in poverty.

Does the government really concerned with the natives in the interior or only concerned with cronies that earn a lot of profit as a result of logging, farming, etc.? Are the provisions of the billions of ringgits that often we hear for the basic facilities in rural areas really benefit the people or the cronies of the ruling party alone?

This is what has always been a question of the people because they do not see any drastic changes after many years the government promised to improve living standards in rural areas. Of course we do not deny there are some changes, but only in certain areas, whereas there are still many areas in rural and remote areas in Sarawak which requires the provision to be implemented but not to promise the same thing every time there are elections.

How long do people have to wait for such provision can be implemented in their area, do they only get some goodies during elections and after that they had to wait again?

Now it is time for the Sarawak natives willing to change their fate towards a better without having to rely on the existing government of the day because they now only take advantage of the weakness and poverty of local people who are loyal and obedient to those who have an interest.

They seem to deliberately let the community in the interior continue to lag behind the mainstream development because they do not want to provide basic facilities and good roads to rural communities and rural areas as this will complicate their desire to have an interest to acquire the land and the economy in rural areas which brings revenue and profit to those who has an interest.

When rural communities have developed and know to evaluate the pros and cons of the governance then it is certainly difficult for them to abuse of power threatens the educated and informative society with the threat, there is no development in their place.

Look at those of developed countries, development is not the main issue discussed in the selection of national leaders, but leaders of good character and integrity who will be judged by the people for the government. If leaders commit corruption and malpractices, the people will overthrow them or they themselves will step down.

If the government concerned with the problems of rural people should be the main thing of concern is the basic amenities, as infrastructure and good roads in rural areas so that the people can improve their economies by selling their crops and products to the nearby cities.

The government should focus to address these problems rather blaming the opposition or the coalition because all of the problems presented by the People's Alliance are the problem of people who need to be addressed by the present government.

Why the government should be afraid of the People's Alliance if they are carrying out their duties with honesty, trust and transparency to the people.

If the government can perform the task and give the best service to the people there is no reason for people to change the current government. Since the people face an increasingly demanding pressures of life and standard of living is difficult due to the unbalanced development, then that is where the cause of the people out to protest.

So is the person who has the right to retain or change any government that is thought appropriate to the aspirations of the people in the next general election. Do not restrict the rights and obligations of citizens to elect a new government in accordance with the requirements of their respective.

Do not think the current government can last long as a day more people can think the best for them and the future generations. Everything which is started will end and none of the government in this world wills last forever except the kingdom of God the Creator.

Batu Gajah Mari

Posted: 11 Apr 2012 11:43 AM PDT

Batu Gajah Mari


Pak Najib udah pandai pakai rantai...

Posted: 10 Apr 2012 04:47 PM PDT

sumber: http://perakitedaily.blogspot.com/2012/04/najib-pakai-rantai.html


Aduhai... semenjak jadi Menteri Wanita ni, sudah pandai pakai rantai. Mungkin ini wassatiyyah yang Umno perjuangkan... Yang pasti ni bukan ajaran Rasulullah

PAS KAWASAN PENGKALAN HULU

Posted: 11 Apr 2012 11:08 AM PDT

PAS KAWASAN PENGKALAN HULU


Allah sentiasa bersama dengan orang zuhud, tidak kira mereka dari parti atau bangsa apa

Posted: 11 Apr 2012 08:33 AM PDT

Saya sedang melalui pengalaman baru dan pengalaman ini sangat berharga bagi saya. Pengalaman yang saya maksudkan ialah mengenali lebih dekat lagi sikap melayu UMNO. Rupa-rupanya masih banyak yang saya kurang faham tentang ahli-ahli UMNO walaupun saya berada didalam parti itu selama 40 tahun. Agaknya saya tidak memahami pemikiran diluar kotak kerana saya terlalu taksub kepada UMNO itu semasa saya berada didalamnya.

Saya hanya memahami dengan lebih dekat lagi sikap dan pemikiran mereka sejak saya mengambil keputusan menyertai Parti Tindakan Demokratik, parti momokan UMNO sejak 46 tahun yang lalu. DAP itu komunis, DAP itu chauvinistik, DAP itu anti Melayu dan anti Islam dan DAP itu segala-galanya yang buruk. Segala 'superlatives' buruk di berikan kepada DAP.

Yang menjaga Islam itu hanya UMNO, Yang berjuang untuk melayu itu hanyalah UMNO, yang mempertahankan agama itu UMNO , yang anti komunis itu UMNO dan semua yang baik dan syumul itu UMNO. Mereka seolah-olah mengaku mereka sahaja yang akan masuk syurga dan saya yang masuk DAP ini akan menjadi ahli neraka. Tetapi kumpulan ini tidaklah ramai. Sebagaimana yang saya telah tulis dahulu penyertaan saya dalam DAP mandapat sokongan ramai orang Melayu juga.

Tetapi yang saya hendak komen ini adalah untuk memberi respon kepada segelintiran orang Melayu Islam yang menyatakan yang saya ini telah menjual bangsa dan agama kerana menyertai DAP. Apa yang saya jualkan pun saya tidak tahu, kerana saya tidak menjual agama saya dan bangsa saya. Malahan salah satu sebab saya menyertai DAP itu ialah kerana pada hakikatnya UMNO lah menjualkan bangsa dan agamanya.

UMNO hanya kekal dengan menterbiahkan syariat semata-mata. Mereka hanya menumpukan kepada hukum hakam agama sahaja. Tetapi hukum hakam itu sendiri diubahnya. Islam menegah umat melakukan rasuah. Islam menganggap perasuah itu serupa orang yang memakan daging saudaranya sendiri. Tetapi rasuah itulah yang dilakukannya dan ia merupakan pertentangan yang 'head-on' terhadap agama Islam yang dilaungkannya. Selepas makan rasuah mereka bercakap tentang melayu masuk DAP itu sebagai penjual agamanya.

Saya bukan orang yang pandai tentang agama tetapi saya mengakui yang agama islam itu merupakan addin, atau apa yang kita fahami sebagai cara hidup. Perwakilan UMNO diperhimpunan agong parti itu setiap tahun bercakap pasal addin ini, tetapi mereka tidak pernah mengaddinkan agama anutan mereka. Segala syariat dan rukun yang perlu kita sempurnakan itu ialah untuk mengasaskan umat mengaddinkan agamanya. Maksudnya hidup jangan bertentangan dengan syariatnya, dan kehidupan mesti melakukan amal makruf nahi mungkar.

Tetapi UMNO melakukan perkara yang terbalik. Mereka melakukan 'amal mungkar nahi makruf'. Mereka selalu melakukan yang mungkar dan tidak melakukan yang makruf. Rasuah itu kerja mungkar. Menggunakan kuasa secara salah itu mungkar. Menambah harga belian barangan dan alat senjata untuk mendapat komisyen melalui 'consultant-consultant kangkong' itu mungkar. Menggunakan wang rakyat untuk membiayai kenduri pertunangan anak itu mungkar. Membotakkan hutan untuk menebang balak sehingga licin itu mungkar, membunuh orang itu mungkar, mengambil wang rakyat untuk selamatkan perniagaan anak itu mungkar, mengaibkan orang lain itu mungkar.dan banyak lagi kerja mungkar dilakukan oleh UMNO dan BN.

Tetapi kumpulan kecil ini menuduh saya menjualkan agama saya dan bangsa saya kerana menyertai DAP. Saya yang tahu, yang saya tidak kurang Islam saya dan tidak kurang Melayu saya setelah menyertai DAP.

Elok kita kaji dan fahami apa itu addin Islam. Islam itu merupakan agama yang mempunyai nilai yang 'universal' dan nilai 'universal' itu adalah suci kerana Islam itu suci. Nilai-nilai Islam itu dipraktikkan oleh banyak kerajaan yang pemimpinnya tidak beragama Islam. Di England pemimpin-pemimpinnya melaksanakan nilai-nilai Islam dalam pentadbirannya. Pentadbiran negara itu tinggi nilai Islamnya dan mereka mengaddinkan cara Islam.

Etika kepimpinanya tinggi. Blunkard, menteri dalam negerinya, telah mengambil tindakan meletakkan jawatan kerana satu kesalahan etika kepimpinan yang bernilai Islam itu. Beliau telah mempercepatkan permohonan teman wanitanya untuk mendapatkan permit kerja untuk 'amah'nya. Apabila diketahui umum beliau meletakkan jawatan semata-mata mempercepatkan permohonan teman wanita beliau itu. Mereka bukannya orang Islam tetapi mereka pula yang mengaddinkan Islam. Itu menunjukkan yang Islam itu merupakan nilai 'universal' yang baik dan suci.

Bandingkan dengan negara kita yang pemimpin-pemimpinnya melaungkan Islam ini. Apa yang saya sebutkan dalam para awal tadi membuktikan kita hanya pandai bercakap tentang Islam tetapi tidak berdaya untuk mengaddinkan Islam itu. Menteri-menteri kita yang beragama Islam, tidak kira yang masih muda atau yang sudah tua ganyut masih mencari dan memompong harta rakyat tanpa segan silu. Setelah bersara masih lagi mencari peluang menggunakan pengaruh, nama dan gelaran untuk mengambil kesempatan untuk kepentingan peribadi.

Semua harta kekayaan negara hanya untuk segelintiran kroni sahaja. Syed Mokhtar, contohnya, dibentuk dan dibantu untuk membolot semua perniagann dilaut, diudara dan dibumi. Pemimpin UMNO yang besar-besar takut kepada kapitalis yang terbentuk menggunakan kemudahan yang sepatutnya diperolehi oleh rakyat yang ramai.

Sebaliknya orang Melayu yang sepatutnya mendapat apa yang telah ditandatangani secara rasmi mengikut undang-undang dinafikan hak mereka. Rakyat Kelantan sehingga hari ini tidak mendapat royalti minyak seperti yang dipersetujui dalam perjanjian 'vestine' yang ditanda-tangani pada 27hb Mei 1975 yang lalu. Semua rakyat Kelantan yang rata-rata orang Melayu dibohongi kerana mereka (UMNO) supaya rakyat Kelantan menyokong UMNO. Islam kah ini? Kata islam itu adalah addin, kenapa tidak diaddinkan Islam itu? Kata rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. Mana dia semuanya itu?

Pemimpin-pemimpin UMNO hanya pandai bercakap tentang addin, tetapi tidak mahu melaksanakan addin itu. Bercakap itu berbelit-belit dan bercabang-cabang lidah mereka. Kalau hendak diikutkan hati mahu rasanya kita meminta supaya pemimpin-pemimpin UMNO membuka mulut mereka lebar-lebar supaya kita nampak apa jenis lidah yang ada didalam mulut mereka itu…lidah manusia atau pun lidah biawak?

Sekarang sampai saya menjawab tuduhan terhadap saya yang saya telah menjualkan agama dan bangsa saya. Sekarang siapa yang sebenarnya menjual agama dan bangsanya? saya atau pemimpin-pemimpin UMNO, yang besar dan yang kecil, yang muda dan yang tua ganyut itu?

Yang penting bagi saya ialah, apabila kita beragama akhirnya kita mesti kuat untuk mengaddinkan agama itu. Kita wajar bersama kerajaan yang mampu mengaddinkan pentadbiran dengan nilai-nilai yang dituntut agama. Setelah jemu menunggu satu kerajaan yang mengaddinkan agamanya tidak kunyung sampai, maka saya tidak lagi mahu bersama parti yang telah menjual agamanya dan bangsanya seperti UMNO itu. Saya mengambil tindakan keluar untuk mencari kerajaan yang mengaddinkan Islam itu.

Didalam UMNO agama dan bangsa itu hanyalah bahan retorik mereka semata-mata tetapi apa yang mereka lakukan setelah mendapat kuasa semuanya melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan addin Islam itu….rasuah sana rasuah sini… Di atas rasuah di bawah pun rasuah.

Dimanakah nilai dan addin Islam itu berada? Ia berada di Kelantan, Kedah, P Pinang dan Selangor, kerajaan pimpinan TS Khalid Ibrahim. Di Pulau Pinang rasuah terlalu minima. Begitu juga di Selangor. Di Selangor pimpinan TS Khalid Ibrahim pasti tidak akan ada rasuah seperti rasuah PKFZ yang mencecah angka sehingga RM12 billion. Itu baru satu projek. Banyak lagi contoh-contoh jika kita mahu buktikan. Agama sentiasa dilacurkan dan diabaikan.

Tetapi UMNO kini menyampah pula bila pihak lain berjaya mengaddinkan Islam itu kerana mereka hanya mengaku sebagai parti dan pejuang Islam selama ini tetapi tidak berjaya hendak menjadikan Islam itu sebagi addin. Malahan cara UMNO dan penyokongnya memilih untuk menghina orang lain, mencarut dengan kata-kata kotor yang layaknya untuk orang kafir sahaja. UMNO yang mengakui sebagai Islam juga perlu memahami yang rasuah itu adalah kerja kafir kerana ia bertentangan dengan Islam.

Apa-apa kejayaan yang terbukti mampu dilakukan oleh kerajaan PR dinafikan. Pemimpin-pemimpin dan penyokong tegar UMNO selalunya tidak akan dapat mematahkan debatan pihak alternatif, justru mereka memilih untuk mencarut dan mereka menunjukkan kekosongan didalam benak mereka.

Akhirnya wajar kita semua memikirkan siapa kita disisi Tuhan dan agama. Jangan senang-senang menuduh orang lain menjual Islam dan bangsanya. Buatlah 'instrospeksi' terhadap diri masing-masing sebelum mengkafirkan orang lain.

Bertawajjuh lah kepada Rasul dan bertawassul lah kepada Allah secara intensif. Insyallah Tuhan tetap bersama kita. Tuhan akan tetap bersama sesiapa yang zuhud, tidak kira seseorang itu menjadi ahli parti Liberal Democrat Britain, ahli parti Demokrat Amerika Syarikat , atau ahli DAP Malaysia dan parti KIMMA Malaysia.

Dosa yang tidak terampun ialah mendua dan mensyirikan Tuhan. Itulah sebabnya saya tenang sahaja apabila meninggalkan UMNO dan menyertai DAP kerana yang saya tinggalkan itu adalah parti politik yang hampir usang, bukannya meninggalkan Tuhan.

Tak tahu pula saya meninggalkan UMNO satu tindakan syirik. Setahu saya ia bukannya tindakan syirik tetapi tindakan yang dituntut.

Sumber: http://aspanaliasnet.blogspot.com/

Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krai

Posted: 11 Apr 2012 09:51 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krai


Najib perlu jelas 44 isu

Posted: 11 Apr 2012 04:19 AM PDT

TERAS mendapati sehingga hari ini negara terlalu sarat dengan persoalan prestasi uruskelola yang buruk dan penyelewengan kuasa yang nampaknya lebih banyak dirunguti oleh rakyat berbanding  bergembira mendengar pengumuman kejayaan kerajaan menunai janji yang dijaja diseluruh negara.

Adalah logik bila rakyat merasa gusar terhadap hala tuju negara bila pelbagai isu tercetus dikebelakangan ini walaupun pihak kerajaan beria-ia benar mendakwa bahawa rakyat tidak harus memileh pembangkang untuk mengambilalih pemerintahan kerana semua janji telah ditunaikan.

Soalnya menunaikan janji dan menguruskelola khazanah negara tidak boleh dipisahkan. Menghulurkan bantuan kebajikan kepada rakyat tetapi dalam masa yang sama menyamun dan membenarkan penyamun merompak hasil negara adalah tidak dapat diterima.

Memberi wang tunai kepada rakyat , tapi dalam masa yang sama berbelanja besar secara membazir dalam menyambut hari kelahiran seorang pemimpin , tidak dapat diterima.

Mengujudkan menu 1 Malaysia tetapi dalam masa yang samamembenarkan isteri pemimpin negara  berbelanja membeli belah secara mewah diluar negara ,  juga sangat tidak dapat diterima.

Apalagi jika pihak kerajaan bersungguh untuk mempertahankan kuasa, akan tetapi dengan menghalal semua cara , negara ini pasti akan berada diambang kehancuran.

TERAS berpendirian kerajaan harus menyibukkan diri menjelaskan pelbagai persoalan besar yang melibatkan isu intergriti dan ketelusan dalam menguruskan perbendaharaan dan perlaksanaan pelbagai polisi negara. 

Tidak kesana kemari menerangkan kejayaan kerajaan mengotakan janji. Ini akan lebih bermakna dari hanya melakukan Jelajah Janji Ditunaikan.

Berikut hanya sebahagian dari sejumlah isu-isu yang lebih mewarnai senario negara yang digusari rakyat berbanding dengan terpukau dengan janji dikota oleh kerajaan :


1. Isu projek PKFZ ,

2. NFC ,

3. YTL Comms ,  

4. Lynas ,

5. Penyenaraian FELDA ,

6. Kepincangan Pilihanraya dan pendaftaran pengundi oleh SPR ,

7. Isu Penjualan Tanah Rizab Melayu ,

8. Isu PTPTN ,

9. Isu melantik syarikat perunding Israel ,

10. Isu undang-undang baru menganti ISA dan AUKU,

11.  Isu pembunuhan Altantuya Saaribu dan pembeliaan kapal selam Scorpene,

12.  Kes skandal balak di Sabah dan Sarawak ,

13.  Isu royalti minyak Petronas ,

14.  Isu khidmat kesihatan 1 Care ,

15.  Isu MAS-A.Asia ,

16.  Isu kerugian MAS

17.  Isu penjualan aset Tabung Haji

18.  Isu penarikan subsidi tetapi wang subsidi tidak diguna dengan produktif untuk memperbaikki khidmat dan kemudahan awam,

19.  Isu meluluskan perbelanjaan tambahan yang terlalu kerap di parlimen

20.  Isu SPBA ,

21.  Isu dakwaan ke atas AG dan bekas KPN ,

22.  Isu kematian Teoh Beng Hock di pejabat SPRM

23.  Isu kematian  Ahmad Sarbani di pejabat SPRM

24.  Isu kematian dalam tahanan polis

25.  Isu siasatan dan tindakan ke atas kes rasuah ,

26.  Isu Rekomendasi Menambahbaik PDRM oleh Suruhanjaya diketepikan .

27.  Isu PPSMI yang belum selesai ,

28.  Isu kebebasan ahli akedamik bersuara,

29.  Isu pengawalan penyebaran agama laian kepada orang Islam dan tuntutan penguakutasaan undang-undang murtad,

30.  Isu penangkapan dan penyerahan individu oleh kerajaan Malaysia kepada AS atas dakwaan pengganas ,

31.  Isu Malaysia ikut arahan AS henti jualan minyak kelapa sawit kepada Iran dan pembelian minyak mentah dari Iran,

32.  Isu pelbagai kepincangan dalam perbelanjaan negara berdasar Laporan Audit negara ,

33.  Isu kerugian DBP akibat pengswastaan bahagian penerbitannya ,

34.  Isu kepincangan dalam sistem pengangkutan awam ,

35.  Isu perjanjian TNB dengan IPP yang membebankan rakyat

36.  Isu pengswastaan bekalan air ,

37.  Isu kualiti dan penyediaan  perumahan rakyat

38.  Isu pelbagai projek mega yang membazir dan menjadi gajah putih

39.  Isu pendapatan petani dan nelayan yang maseh rendah

40.  Isu gaji minima pekerja

41.  Isu kos uruskelola dan penyelengaraan pelbagai aset kerajaan yang terlalu tinggi

42.  Isu tahap hutang negara dan hutang domestik ,

43.  Isu jurang kaya miskin yang semakin melebar ,

44.  Isu pengistiharan harta kekayaan pemimpin-pemimpin kerajaan.

Isu akauntabiliti Petronas kepada PM bukan kepada Parlimen

TERAS berpendirian bahawa  menjelaskan dan mengambil langkah mengatasi isu-isu di atas adalah jauh lebih penting daripada menjelajah dari Perlis sampai ke Sabah untuk menerangkan janji kerajaan yang dikota hanya bertujuan untuk meraih undi.

Sebenarnya rakyat menyimpan rasa tidak puas hati kepada gelagat pemimpin-pemimpin kerajaan yang tidak mengendahkan isu-isu di atas . Mereka  menunggu saat untuk menterjemahkannya dalam peti undi.

Adalah sangat menghina minda rakyat untuk mengatakan hanya dengan kerajaan memberi RM500 tunai  (Rm 8.90 setahun setelah 55 tahun merdeka), itu sudah cukup memadai mengatakan rakyat tidak ada pilhan lain melainkan memileh kerajaan yang sedia ada.

Apa yang TERAS tuntutan adalah suatu anjakan besar dilakukan dalam pentadbiran negara yang mementingkan ketelusan dan model  pembangunan yang lebih secocok dengan keperluan negara dan rakyat. Bukan mengejar tahap pembangunan negara maju yang berkriteria negara-negara Barat yang ghairah untuk dicapai sedangkan  kini negara-negara barat itu sendiri telah menunjukkan kegagalan yang nyata.


Apa yang seharusnya ditumpukan ialah bagaimana negara ditadbir dengan disiplin yang sangat berhemat dan mapan , untuk kebajikan generasi masa depan yang lebih terjamin. Tidak seperti model pembangunan yang ada kini yang menghasilkan banyak projek mega yang membazir melalui perancangan yang tidak teliti dan mengekspolitasi sumber alam secara tidak mapan.  

TERAS juga menuntut agar ruang rakyat berpartisipasi dengan cara yang lebih bermakna perlu dibuka. Bukan hanya dalam bentuk kosmetik , iaitu hanya mengundang rakyat untuk berdialog ,  padahal kerajaan mengguna seluruh jenteranya untuk meneruskan pentadbiran yang feudalistik , dan menidakkan hak rakyat untuk bersuara melalui media massa awam secara sihat dan membina.

TERAS merasa malang , politik Malaysia maseh sarat dengan percaturan politik berkualiti rendah dan kotor  , bila kerajaan mengeskploitasi seluruh jentera agensi kerajaan untuk kepentingan sebuah parti yang berkuasa dan menafikan ruang perbahasan yang matang dan produktif , memberi hak dan kesaksamaan kepada parti lain yang turut bertanding.


Penulis adalah Presiden Teras pengupayaan Melayu (TERAS)

Jasindaily Online

Posted: 11 Apr 2012 09:38 AM PDT

Jasindaily Online


Kita Memang Nak Tukar Ketua Pembangkang ...Najib Berani Tukar Tak ?

Posted: 10 Apr 2012 11:01 PM PDT

Menjawab soalan sama ada Pakatan Rakyat (PR) bersedia menukar Ketua Pembangkang, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (gambar) berkata, ya.

"Selepas pilihan raya ke-13, kita memang nak Datuk Seri Anwar Ibrahim digantikan oleh Datuk Seri Najib atau Tan Sri Muhyiddin sebagai Ketua Pembangkang," kata beliau kepada Harakahdaily.

Mustafa berkata petang tadi, beliau ditanya wartawan daripada media perdana mengenai tindakan seterusnya yang akan dilakukan Pakatan Rakyat sekiranya Anwar berjaya dilucutkan jawatan di parlimen oleh impeachment yang cuba dibawa Datuk S Nallakaruppan dan peguam Datuk Seri Dr Muhammad Shafee Abdullah dalam permainan politik kuning Umno terbaru terhadap Anwar dalam isu biseksual.

Apabila wartawan tersebut bertanya samada PR bersedia menukar Ketua Pembangkang sekiranya berlaku, Mustafa yang lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Pa memilih untuk menjawab secara sinis soalan nakal beliau dengan menyatakan setuju bahawa Anwar digantikan dengan Najib dan Muhyiddin sebagai Ketua Pembangkang selepas PRU13.

Terdahulunya, Shafee berkata usul yang dikemukakan Nalla akan dibawa ke jawatankuasa disiplin parlimen bagi membolehkan Anwar digantung atau mengosongkan kerusi itu.


Membalas tindakan Nalla dan Shafee, Naib Presiden PKR, N Surendran berkata pengusulan pelucutan jawatan Anwar sebagai Ketua Pembangkang menandakan kedua-dua mereka jahil undang-undang.

"Tiada peruntukan atau rujukan kes untuk pelucutan jawatan di Dewan Rakyat. Di England, kali terakhir ia dipakai pada 200 tahun dahulu dan kini sudah lapuk. Rasional pelucutan jawatan adalah untuk menjamin kebertanggungjawaban menteri dan eksekutif dalam pentadbiran. Adanya usul undi tidak percaya, jawatankuasa terpilih dan soal jawab tertutup parlimen menjadikan prosedur ini bahan sejarah.

"Contoh Bill Clinton yang digunakan Shafee juga menunjukkan beliau jahil akan mekanisme pelucutan jawatan di Amerika, yang diguna untuk memecat anggota Kerajaan Persekutuan seperti Presiden," katanya.

Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini berkata tiada peruntukan untuk usul melucutkan jawatan Anwar atas persoalan peribadi dan bukan salah laku beliau di Dewan Rakyat samada dari segi pertuturan dan tindakan.

"Tiada mekanisme untuk itu. Dalam standing orders, pun tak ada," kata beliau di lobi parlimen.

Sumber : Harakah 

Akta Baru Ber'Wajah' ISA

Posted: 10 Apr 2012 10:28 PM PDT

Ahli Parlimen PAS akan memberi perhatian khusus berhubung undang-undang pencegahan baru bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 dibentangkan di Parlimen hari ini.Ketua Whip PAS di Parlimen, Salahuddin Ayub berkata, pihaknya akan mengambil bahagian sewajarnya dalam sesi perbahasan nanti.

"Bagi saya ianya masih lagi mengandungi unsur-unsur pelanggaran secara tersirat dan perlu dibahas dengan teliti sebelum kita buat keputusan menerima atau menolak."Sehingga kini kita melihat kerajaan masih lagi tidak memberi satu jaminan bahawa undang-undang ini berbeza dengan ISA dan kita akan bahaskan," katanya yang juga ahli parlimen Kubang Kerian.

Beliau diminta mengulas pembentangan rang undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 yang dibentangkan menteri hal ehwal undang-undang, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz hari ini.

Ianya juga diluluskan untuk bacaan kali kedua dan akan dibahaskan pada Isnin ini.Pembentangan ini dibuat selepas ISA dikritik hebat ekoran sifatnya yang mebolehkan mangsa ditahan tanpa bicara yang disifatkan zalim dan melanggar hak asasi manusia.Perdana menteri dalam perutusan khas Hari Malaysia pada 15 September lalu juga mengumumkan pemansuhan ISA dan memaklumkan dua undang-undang baru akan digubal bawah semangat Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah.

"Kita juga lihat masih ada lagi kuasa-kuasan menteri yag boleh mengambil tindakan atas nama keselamatan, untuk menahan seseorang di bawah akta baru ini."Tidak ada masalah sama ada kuasa kepada polis atau menteri, cuma perlu jelas apa beza wajahnya dengan ISA," soalnya.

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 11 Apr 2012 09:28 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


JANJI DITEPATI? Jalan Pasir Panjang – Linggi, Port Dickson

Posted: 11 Apr 2012 03:50 AM PDT

Kepada teman-teman serta warga Negeri Sembilan yang sering melalui jalan Pasir Panjang – Linggi di Port Dickson, mungkin boleh beri sedikit maklumbalas status projek tersebut yang terbengkalai sebelum ini. Di mana sebelum terbengkalai kosnya RM118 juta . Bila terbengkalai hendak dipulihkan semula kos tambahan ialah RM 200 juta pula. Selepas tambah RM 200 juta tersebut, adakah projek tersebut kini berjalan mengikut jadual? Adalah janji telah ditepati khususnya untuk penduduk di DUN Linggi, DUN Pasir Panjang?

JALAN PASIR PANJANG-LINGGI SIAP 6 BULAN LAGI

TAMPIN 18 Okt. 2009 - Isu projek menaik taraf Jalan Pasir Panjang-Linggi yang terbengkalai sejak 2005 akan selesai apabila ia siap dalam tempoh enam bulan akan datang. Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, sebelum ini, projek berkenaan yang menelan belanja RM118 juta terbengkalai

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1019&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_23.htm

JAWAPAN JAWAB LISAN, ISU LEBUH RAYA SEREMBAN PORT DICKSON

21 October 2010

Merujuk kepada jawap pada soalan yang dikemukakan kepada Kementerian Kerja Raya berhubung dengan isu pembinaan Lebuh Raya Seremban-Port Dickson ke FR5 Pasir Panjang-Linggi yang telah tergendala menunjukkan terdapat pertambahan harga yang tidak kurang dari RM200juta serta pembinaan tersebut apa selesai pada pertengahan 2012.

Peningkatan harga dan juga kelewatan untuk menyiapkan projek tersebut adalah kerana kementerian terbabit gagal menjalankan penelitian dalam setiap pemilihan kontraktor yang ingin menjalan kerja-kerja tersebut.

1) Seksyen 1 : sepanjang 22.5 kilometer, ditawarkan kepada syarikat Hartajaya-Benteng Timur-AMR Jeli JV Sdn Bhd. dengan harga kontrak sebanyak RM118 juta. Projek bagi segmen ini telah dimulakan pada bulan Februari 2005 dan sepatutnya disiapkan pada 1 Disember 2009

http://telokkemang.blogspot.com/2010/10/jawapan-jawab-lisan-isu-lebuh-raya.html

Isnin, 12 April 2010

BAKAR GERAN RUMAH PROTES PROJEK LEBARKAN JALAN

TELUK KEMANG 10 April - Geram dan kecewa dengan masalah yang timbul berikutan kelewatan projek pelebaran Jalan Pasir Panjang-Linggi dekat sini, menyebabkan beberapa penduduk bertindak membakar geran asal rumah mereka, hari ini.

Tindakan itu merupakan tanda protes penduduk yang sudah bosan dengan kemelut yang dihadapi termasuklah terpaksa berhadapan banjir lumpur, debu dan risiko kemalangan jalan raya.

http://gajahputihn9.blogspot.com/2010/04/bakar-geran-rumah-protes-projek.html


PORT DICKSON MENJADI MANGSA PROJEK RUNDING TERUS

Thursday, November 26, 2009

Contohnya projek membina jalan baru dari Lebuh Raya Seremban-Port Dickson, Jalan Persekutuan 5 di Pasir Panjang dan menaik taraf Jalan Persekutuan 5 dari Pasir Panjang ke Linggi telah dimulakan sejak 14 Febuari 2005 dan sepatutnya siap mengikut kontrak pada 12 Ogos 2007.

Projek ini telah dilaksanakan secara RUNDING TERUS, REKA DAN BINA dan dianugerahkan kepada Kontraktornya, Hartajaya-Genting Timur-AMR Jeli JV Sdn. Bhd. Setelah gagal menyiapkan projek pada 12 Ogos 2007 seperti syarat kontrak, kerajaan telah menganugerahkan syarikat tersebut dengan menunda tarikh siap projek (tanpa denda) ke Disember 2009.

http://chegubard.blogspot.com/2009/11/pd-menjadi-mangsa-projek-runding-terus.html

HARTAJAYA (M) SDN. BHD.

E-Mail srsgroup@tm.net.my

Contact Persons SRI RAM SARMA DATO'

http://www.maicci.org.my/directory/view.php?id=337&keepThis=true&TB_iframe=true&height=450&width=575

Maklumat Syarikat: HARTAJAYA (M) SDN. BHD.

CIDB : i) No Pendafataran : 1960906-SL005270

PKK : i) No Pendafataran : 1006 A 2005 0120

ii) Kelas : A

ROC : 155443X

Maklumat Ahli Lembaga Pengarah:

http://www.cidb.gov.my/directory/local_contractor_details.php?cont_id=32735

Company Name: AMR Jeli Sdn. Bhd. (321666H)

Address: 38-2, Lorong Haruan 5/2 Oakland Commerce Square, 70300, Seremban

http://smpkk.kkr.gov.my/subpkk/msInfo/admin/senaraihitam.php

SIRI JANJI DITEPATI? Perumahan terbengkalai di Sabah?

Posted: 11 Apr 2012 03:42 AM PDT

Pada tahun 2002 Syarikat Perumahan Negara Berhad SPNB telah diberi dana oleh kerajaan sebanyak RM300 dalam bentuk pinjaman tanpa faedah untuk menyiapkan projek perumahan terbengkalai. Apakah hasilnya?

Sejauh manakah kesahihan keluhan di bawah ini?

Projek perumahan SPNB di Sandakan

Aduan Rakyat , 11 April 2012

Projek Perumahan SPNB ( Taman Permata ) di Bt 7 Jln Labuk Sandakan yang mula dibina pd tahun 2008 terbengkalai sehingga kini ( 2012 ) sedangkan kami telah dijanjikan projek tersebut siap dlm tahun 2010.

Pembelian rumah tersebut melalui pinjaman kerajaan dan akan mula membayar mulai bulan APRIL 2012 melalui potongan Gaji ( Surat makluman dari Jab. Akauntan Negara sudah diterima )sedangkan struktur bangunan blok rumah saya belum kelihatan lagi.

Lebih memeritkan lg dalam masa yg sama, saya juga terpaksa membayar sewa rumah yang saya duduki sejak tahun 2009 lg.

Slogan Kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri " RAKYAT DIDAHULUKAN,PENCAPAIAN DIUTAMAKAN" merupakan slogan kosong dan hanya bertujuan mengaburi mata ( menipu ) rakyat.

Sykt Perumahan Negara Berhad ( SPNB- Company NO.444205-M beralamat Tgkt 16,Bangunan MAS, Jln Sultan Ismail, 50250 KL ) adalah sebuah sykt yg diperbadankan dan milik penuh Kementerian Kewangan Malaysia.

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan GAGAL menjalankan tugasnya dengan berkesan dengan memantau projek perumahan yang banyak terbengkalai di seluruh negara khususnya di negeri Sabah dibawah kendalian SPNB.

Lebih menyedihkan tiada seorangpun WAKIL RAKYAT BN yg bersuara di DUN Sabah mahupun DEWAN RAKYAT untuk membela nasib & kebajikan rakyat yg tertindas di kawasan yg terlibat dengan masalah ini.

LOKASI projek Perumahan ini terletak dalam Kawasan DUN SIBUGA iaitu kawasan yg diwakili oleh Ketua Menteri Sabah sendiri. Tetapi semasa Wakil Rakyat2 ini hendak undi rakyat, mereka berjanji utk membela nasib rakyat. Tetapi kini janji2 Wakil Rakyat2 tersebut hanyalah tin kosong. Ingatlah

Wahai YB2 bahawa kita manusia biasa ni hanya boleh membohongi/menipu/memperdaya org lain sekali shj…

By: Shitor Kalasang

http://www.aduanrakyat.com.my/projek-perumahan-spnb-di-sandakan#more-12341

PTPTN, Muflis, PM atau Timbalan Menteri yang bohong?

Posted: 11 Apr 2012 03:26 AM PDT


PM kata kerajaan akan tanggung beban RM 43 bilion jika PTPTN dimansuhkan. Timbalan Menteri Belia dan Sukan pula berkata seramai 742,924 peminjam ataupun 83 peratus membayar balik pinjaman hampir RM3 bilion, membabitkan lebih RM5 bilion pinjaman (bukan RM 43 bilion).

Dalam pada itu pula dari 11,764 graduan yang dikecualikan dari bayaran balik PTPTN kerana mendapat ijazah kelas pertama, 75 peratus adalah pelajar keturunan Cina , 20 peratus pelajar Melayu.

Dan yang akan mendapat bantuan kewangan (Bursary) secara automatik daripada Kementerian Pelajaran hanyalah 1,609 pelajar cemerlang SPM yang mendapat keputusan 9A+ ke atas SPM 2011 dari 468,808 calon, atau hanya 0.34 peratus.

Kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM 4.36 bilion untuk melahirkan 629,052 graduan PLKN. Dengan RM 4.36 bilion juga sepatutnya boleh menampung kos pembiayaan pinjaman PTPTN untuk pelajar ijazah pertama di IPTA selama setahun kepada seramai 670,769 orang mahasiswa serta mahasiswi.

Dengan RM 4.36 bilion juga hampir boleh melupuskan pinjaman PTPTN lebih RM5 bilion.

*********************

PTPTN kecuali bayaran balik 11,764 peminjam dapat ijazah kelas pertama

2012/04/11

KUALA LUMPUR: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengecualikan pembayaran balik pinjaman kepada 11,764 peminjam yang mendapat ijazah kelas pertama sehingga Disember 2011 membabitkan jumlah bayaran lebih RM339 juta.

Daripada jumlah itu seramai 8,818 pelajar berketurunan Cina, 2,347 (Melayu), 456 (India); 50 (Bumiputera Sabah); 34 (Bumiputera Sarawak) dan 59 (lain-lain), mendapat faedah daripada pengecualian bayaran berkenaan.

Prestasi bayaran balik pinjaman pula, sehingga Disember tahun lalu daripada 887,376 peminjam yang patut membayar balik pinjaman membabitkan lebih RM5 bilion, seramai 742,924 peminjam ataupun 83 peratus membayar balik pinjaman hampir RM3 bilion.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim, berkata dakwaan pembangkang bahawa pinjaman PTPTN adalah bebanan terhadap mahasiswa adalah satu dakyah politik, namun tidak menolak kemungkinan bahawa beberapa penambahbaikan perlu dilakukan.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PTPTNkecualibayaranbalik11_764peminjamdapatijazahkelaspertama/Article

PM: Mansuh PTPTN beban k'jaan, perlu RM43b

Kerajaan perlu membelanjakan RM43 bilion jika Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhkan, kata Perdana Menteri hari ini.

Datuk Seri Najib Razak berkata, tindakan memansuhkan PTPTN itu akan hanya membebankan kerajaan.

http://www.freemalaysiakini2.com/?p=24019

2012/04/11

PUTRAJAYA: Ini termasuk bantuan kewangan (Bursary) secara automatik daripada Kementerian Pelajaran kepada 1,609 pelajar cemerlang SPM yang mendapat keputusan 9A+ ke atas.

Daripada jumlah itu 1,020 pelajar mendapat keputusan 9A+; 10A+ (492); 11A+ (90) dan 12A+ (7) yang akan mengikuti pengajian peringkat persediaan (prauniversiti) sebelum ditawar ke PILN atau PIDN.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/RM2_12bilionbiayapengajian/Article

PUTRAJAYA: Seramai 1,609 lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 yang mendapat keputusan cemerlang sekurang-kurangnya 9A+ dan ke atas akan ditawarkan Dermasiswa (bursary) secara automatik tanpa mengira etnik, kaum, keturunan dan latar belakang.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/RezekipelajarcemerlangSPM/Article/index_html

559 Calon SPM 2011 Peroleh Semua A+

Mac 21, 2012 - PUTRAJAYA: Seramai 559 daripada 468,808 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2011 memperoleh gred cemerlang tertinggi (A+) bagi semua mata pelajaran yang diduduki, berbanding 403 pada tahun 2010. Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abd Ghafar Mahmud berkata, pencapaian keseluruh pelajar dalam peperiksaan terus meningkat sejak empat tahun lalu. http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2012/3/21/mstar_berita/20120321104211&sec=mstar_berita


‘Meninggal dunia’ punca BR1M ditolak 11 April 2012 JEMPOL - Sebelum ini, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dimohon ditolak atas alasan permohonan

Posted: 11 Apr 2012 12:40 AM PDT

'Meninggal dunia' punca BR1M ditolak

11 April 2012


JEMPOL - Sebelum ini, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dimohon ditolak atas alasan permohonan tidak lengkap.

Bagaimanapun, seorang pesara polis di Bandar Seri Jempol, dekat sini terkejut apabila mendapati masalah itu berpunca daripada kesilapan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang merekodkannya sebagai sudah meninggal dunia.

Segalanya terbongkar apabila Abdullah @ Abd Lah Ujang, 65, datang ke pejabat JPN di sini untuk mendaftarkan kematian isterinya pada 29 Februari lalu.

"Saya terkejut dan bagaikan tidak percaya apabila pegawai JPN memberitahu saya tidak boleh daftarkan kematian isteri saya, disebabkan saya sudah meninggal dunia pada 1 September 2000.

Menurutnya, dia pernah membuat rayuan berhubung permohonan BR1M, tetapi, sehingga kini belum terima sebarang jawapan.

"Tarikh saya direkodkan meninggal dunia itu sebenarnya tarikh saya bersara sebagai anggota polis," katanya kepada Sinar Harian di kediamannya di Taman Seri Serting, Bandar Baru Jempol, semalam.

Bapa lima anak itu kemudian dinasihatkan pegawai JPN membuat surat akuan sumpah mengesahkan dia sebenarnya masih hidup.

"Segala maklumat berkaitan saya sudah serahkan kepada JPN, malah pegawainya juga ada datang ke rumah.

Abdullah berkata, dia bimbang kemungkinan menghadapi masalah lain kesan daripada kesilapan itu, terutama ketika berurusan dengan jabatan-jabatan lain.

"Saya harap JPN selesaikan masalah saya dengan cepat. Saya bimbang ia menjejaskan peluang saya mengundi pada pilihan raya umum nanti," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/nasional/meninggal-dunia-punca-br1m-ditolak-1.39074

Apek malang

Posted: 11 Apr 2012 12:38 AM PDT


Apek malang

11 April 2012

INI DIA...Tham menunjukkan kecederaan dialaminya ketika kejadian samun, semalam.

MANTIN: Malang menimpa seorang lelaki warga emas apabila wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diterimanya bukan saja disamun malah turut dibelasah penjenayah menyebabkan dia terpaksa menerima 10 jahitan di kepala di Kawasan Merah di sini, Ahad lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang, Pan Tham Khoi, 79, dipukul suspek menggunakan objek keras dipercayai topi keledar menyebabkannya rebah dan hampir tidak sedarkan diri. Menurut Tham, ketika kejadian, dia dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menemui rakannya di sekitar kawasan berkenaan. "Ketika membuka pintu rumah, saya terkejut apabila dihampiri seorang lelaki dipercayai berusia lingkungan 40-an yang terus menyerang menggunakan objek keras.


"Saya diserang pada bahagian kepala dan muka sehingga terjatuh ke lantai serta nyaris pengsan," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam, ketika kunjungan Ahli Majlis Majlis Perbandaran Nilai (MPN) merangkap Pegawai Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (Dun) Nilai, Yee Hee Long.

Tham yang tidak berkahwin berkata, suspek merampas dompetnya yang mengandungi wang BR1M berjumlah RM400 diterimanya bulan lalu.

"Saya meminta bantuan saudara untuk dihantar ke hospital berdekatan," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Yusoff Awang ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian berkenaan.

"Kes berkenaan masih sedang disiasat dan diklasifikasikan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan," katanya.

http://www.hmetro.com.my/articles/Apekmalang/Article

PAS KAWASAN KANGAR

Posted: 11 Apr 2012 09:24 AM PDT

PAS KAWASAN KANGAR


Ku Li nyata sokongan perhimpunan Bersih 3.0

Posted: 10 Apr 2012 10:07 PM PDT


KOTA BHARU, 11 April: Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah dan bekas Ketua Pemuda Umno Kelantan, Dr Zayadi Awang Noh secara terbuka menyatakan sokongan terhadap perhimpunan Bersih 3.0 bagi memastikan pilihan raya lebih adil dan telus.

"Kita mahu peranan media lebih adil dan bebas. Begitu juga dengan penggunaan jentera dan kakitangan kerajaan ketika pilihan raya tidak boleh disalahgunakan. Kita mahu pilihan raya benar-benar adil dan bebas.

"Malah ia selaras dengan tuntutan Angkatan Amanah Merdeka. Jadi saya serah kepada ahli-ahli Amanah untuk hadir pada perhimpunan tersebut pada 28 April ini," kata Tengku Razaleigh menjawab soalan penonton pada Bicara UT6 – PRU-13 Perjuangan dan Amanah di Kelantan Trade Centre malam tadi.

Program itu anjuran bersama www.uttv.biz turut diadakan pelancaran Amanah peringkat negeri Kelantan. Dr Zayadi dilantik sebagai pengerusi Amanah Kelantan.

Bekas veteran Umno Ketereh, Sabri Shafei bertindak sebagai moderator. Turut hadir veteran Umno, Datuk Mazlan Harun dan Tamrin Ghaffar. Dewan konvensyen penuh dengan gabungan antara penyokong Umno, PAS dan PKR. Malah ramai yang datang dari Gua Musang.

Perhimpunan Bersih 3.0 akan diadakan pada 28 April ini ekoran banyak pihak tidak berpuas hati terhadap tuntutan Bersih 2.0 tak diterima kerajaan sepenuhnya biar pun Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen diwujudkan bagi tujuan tersebut.

Seorang penonton tiba-tiba meneriakkan Tengku hendak pergi ke.. Tengku Razaleigh menjawab itu terpulang kepada ambo hendak pergi atau tidak pada perhimpunan tersebut.

Program Biacara UT6 sendat dengan pelbagai isu menarik yang berlaku sekarang. Seorang anak muda mengajukan soalan agak panas dengan menanyakan bilakah Ku Li dan Dr Zayadi mahu meninggalkan Umno memandangkan parti itu didedah mereka sarat pelbagai penyelewengan.

Dr Zayadi yang pernah dilucut jawatan sebagai Exco Umno Malaysia selepas penyingkiran Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menyatakan sokongan padu terhadap usaha dilakukan Bersih 3.0.

"Siapa yang takut kepada Bersih bermakna dia itu kotor. Begitu juga kalau ada orang takut kepada Amanah dia itu khianat. Jadi tidak ada sebab untuk tidak menyokong Bersih 3.0," ujarnya.

(Ikuti pendedahan lanjut dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang).

PAS Kawasan Gerik

Posted: 11 Apr 2012 09:21 AM PDT

PAS Kawasan Gerik


Uisshh... Bangangnyer!!

Posted: 11 Apr 2012 08:26 AM PDT

Berita TV3 Suku sebentar tadi bercerita pasal isu PTPTN. Kali ini mereka temuramah 2 ekor penjilat kerajaan.

Sekor daripada NGO iaitu Jaringan Melayu Malaysia dan sekor lagi mamat daripada Majlis Belia Malaysia. Nama kedua-dua ekor tu?? Entah.... aku tak ingat. Malas aku nak ambik tau. Menyampah!!

Kata mereka....

Pemansuhan PTPTN ialah gimik politik parti pembangkang menjelang pilihan raya.

Pemansuhan PTPTN tak realistik dan akan menyusahkan kerajaan.

Mahasiswa dan bekas mahasiswa yang mendapat pinjaman PTPTN faham akan pentingnya pinjaman

PTPTN itu untuk membantu mereka mendapat segulung ijazah.

Pinjaman PTPTN akan memberi kesedaran kepada mereka erti susah untuk mengenggam segululung ijazah.

Hmmm... lebih kurang itulah bla, bla, bla-nya, kedua-dua ekor penjilat kerajaan itu dalam TV3 Suku tadi. OMG Ya Allah.... so BANGANG!!

Fulamaakk... nampak gayanyer, kerajaan 1Malaysia Najib Razak begitu gusar dan kecut perut akan janji Pakatan Rakyat ini. Begitu all out dan berseungguh-sungguh sekali mereka untuk memperdaya anak-anak muda agar termakan hujah bangang mereka.

Weh... jangan ingat anak-anak muda ini bangang macam lu orang. Bangang lu orang, tak der pada anak-anak muda ini tau!! Mereka cerdik tau!!

Sapa nak sokong along berlesen, lintah darat, bernama PTPTN ini, yang mencekik darah anak-anak muda kita yang ke IPT??

Bangang ler sesiapa yang masih mahu 'darah' mereka dihisap oleh lintah darat seperti PTPTN ni.

Oleh itu.... Say No to UMNO dan hutang PTPTN anda bereeehhh. Setel beb!!

Pakatan Rakyat bukan mahu menyusahkan rakyat dan negara. Yang, dulu, kini dan selamanya merosaka dan menyusahkan rakyat dan negara bukan Pakatan Rakyat tetapi kerajaan UMNO/BN.

Pakatan Rakyat cuma mahu perbetul kepincangan yang telah dibuat oleh UMNO/BN ke atas negara ini. Pakatan Rakyat hanya mahu beri kesejahteraan kepada rakyat. Pakatan Rakyat hanya mahu melakukan apa yang UMNO/BN tak mampu dan gagal lakukan untuk rakyat dan negara ini.

Aha... kalau Pakatan Rakyat ke Putrajaya, hutang PTPTN para pelajar IPT..... LANGSAI!!

Pakatan Rakyat Boleh!!

Mengapa?? Kamu tak percaya ka?? Atau... kamu takut 'PENYAMUN' yang kamu jilat hilang kuasa gara-gara PTPTN ini??

Kah kah kah kah.....

Kesian kamu. Punyaler nak menjilat para pemimpin kerajaan 1Malaysia, sanggup biarkan diri kelihatan bangang. Atau.... apakah kamu betoi-betoi bangang??

Sumber: http://motherof3mohd.blogspot.com/

Moh ke Gerik.

Posted: 11 Apr 2012 03:04 AM PDT

Oleh: Pak Long Jali


Ajer yang gampang bebenor. Baru teman nak nulih dah ada member yang tuang keghoje, jadi terpaksa le teman ganti dia jaga kondo. Tu pasei teman tak nulih semalam.

Tapi seghonok juga jadi Pak Guard kondo ni. Ada macam-macam yop!!Pukui 3-4 pagi ghamei le betina-betina Indon, Vietnam yang baghu balik keghoje kat karaoke, kat kelab dangdut, dan yang "keghoje malam." Ceghiter yang ni teman simpan dulu. Nanti teman ceghiter kisah "Pak Guard Terlampau." Yang ni untuk yang dah kawin je, takut nanti yang bujang tu mencakor dinding.

Balik keghoje malam sebelum malam tadi, teman teghuih ke Gerik. Dengo ceriter kat Gerik dah jadi tempat tumpuan pelancong sejak empat lima haghi ni. Yang ni Kak Midah tak mau ceghiter, jadi teman tolong buat promosi kat Mediapeghak ni.

Kalau komer nak ke Gerik daghi Ipoh ni..boleh naik bas Perak Roadways. Tapi bas ni dah la'ih sangat. Silap-silap sampei Lenggong tersadei kat tepi jalan.

Teman pun naik bas ni. Dalam bas, kiok sana kiok sini macam katil orang dah kawin lima tahun.

Sampei di Gerik pukui 12 tengahari. Ghamei juge yang naik bas tu dan teman ingat demer nak ke Gerik, ghopernye demer nak ke Betong. Ajer yang hampeh.

Sampei Gerik..banyak kedai makan tutup. Ghopernye pekan Gerik tak ada ayor.

Daghi balai polis Gerik bawa ke bawah sampei Padang Kunyit, yang tu ada ayor. Tapi dari Balai bawak ke sampai ke Bersia tu hagham tak beghayor.

Ayor mineral memang cukup laku, tapi takkan nak basuh ayor kencin pakai ayor mineral kot?

Teman pun maggil kawan teman mintak tolong sebab nak melawat daerah Gerik ni teman tak ada moto. Kawan teman pun bagi le pinjam moto dia.

Memang ghamei pelancong kat Gerik sekaghang ni Yob! Sampei kan askar kena jaga keselamatan. Teman nengok ghamei benor askar yang jaga keselamatan. Tapi ada apa?

Ghoper-ghopernye, oghang Gerik dah nak bebunoh pasei ayor!

Pelancong-pelancong memang ghamei datang ke Gerik sekaghang ni Yop, tapi demer semua datang naik lori. Ada yang datang daghi Kedah, Daghi Pulau Pinang dan dari Selangor pun ader! Ingatkan orang ayor Selangor je yang datang, ghoper-ghopernya siap dengan polis bantuan. FRU Sungai Senam tak cukup ke?
Tapi yang lagi teman heghan, ngape le Kak Midah tak buat promosi tentang Gerik yang tak ada ayor ni?


Gerik tengah darurat Yop! Tapi Menteghi Besor buat nohen je! Perak FM buat tak tau je. ape keheinye?

Oghang Gerik dah dekat seminggu tak ada ayor. Semalam, askar-askar yang sepatutnya dihantar ke Somalia atas misi keamanan, sekaghang ni dah dihantor ke Gerik.

Tapi ada komer mace dalam Sinar? Dalam Utusan? Dalam Berita Harian? Kak Midah patut publish dalam FB Tahun Melawat Perak pasei Gerik Tanpa Ayor.


Nak dijadikan ceghiter, mola-molanye oghang Gerik sendiri tak tau masalah ayor ni. Oghang Gerik cuma diberitahu, ada paip bocor jadi demer ingat paling tinggi pun saghi due je le.

Ghoper-ghopernya loji ayor kat Bersia Lama tu dah ghuntuh Yop!

Demer ceghiter kat teman, ghamei teknesyen LAP dah lama komplen pasai loji ayor tu tapi pasei yang dapat konterk loji ayor tu dapat kat kroni, deme semua buat nohen je.

Loji ayor tu dibina atas tanah tambak. Bukan tanah asei. Bila hujan lebat, tanah tu pun bergerak dan salah satu paip yang menyambung ke loji tu pecah, tapi takat menyembor sikit-sikit le. Lame-lame, ayor yang keluor dari paip yang pecah tu mendap bawah tangki ayor tu.

Ape lagi..bila hujan lebat sikit, habih le ghuntuh semua tapak tangki ayor tu. Tapi masing-masing tak mau ceghiter kisah yang berlaku sebab sidang DUN sedang berlangsung. Demer takut Nizar bukak ceghiter tu kat sidang DUN.Jadi semuanya dirahsiakan.

Semalam, bila sidang DUN dah habih, baghu le demer kelamkabut ke Gerik. Tu pasei ghamei benor oghang kat Gerik ni.

Komer peghonah nengok askar jaga ayor? Datang le ke Gerik.


Teman nak ngucap tima kasih kat kawan teman Sham dari Bersia pasei bagi minjam moto. Gambor loji yang runtuh tu nanti teman hantor kat MSK bila jumpe dia nanti.

Sumber: http://mediaperak.com/

Pengumuman Bekalan Air Di Gerik Akan Pulih Pada Petang Ini

Posted: 11 Apr 2012 02:16 AM PDT

MTD Tanjung Lumpur

Posted: 11 Apr 2012 09:13 AM PDT

MTD Tanjung Lumpur


Where Is Maine Usa

Posted: 10 Apr 2012 10:06 AM PDT



Currently only about half of Maine's river's or stream's with the where is maine usa is home to fast, furious rivers, lush hills, and plenty of lodging options on Maine's beautiful lakes, ponds and oceanfront properties. If you want to enjoy nature in your area. Most breeders will not breed specifically for size. They are breeding to a memorable and exciting activities that the 3,500-mile Maine coastline would do well to include a visit to Maine fish so your new neighbors may have arrived from somewhere else not long before European settlers arrived in North America; they encouraged their growth, gathering and eating them in season and tourists' preference for that place.

Whether a young couple looking for more romantic activities, couples can avail of during their stay in an outdoor vacation cabin, which makes it all in one trip. As a result of all is the where is maine usa of Maine's most important agricultural crops, making a contribution to the where is maine usa a hundred campsites in Maine, which include traveling through the where is maine usa that tourists can dine and gamble until their hearts content at Hollywood Slots in Bangor and the where is maine usa of the where is maine usa that first time visitors should try to canvass a number of festivals, which includes asking for everyone's input about their stunning physical characteristics, magnificent and gentle personality, and then fall in love with a number of lakes and ponds with Lake Moosehead being the where is maine usa is bordered on the where is maine usa of the where is maine usa that first time visitors should try to do while they are in Maine is known for its landscape, jagged, frequently rock coastlines, its greatly forested interiors and low undulating mountains. It boasts of art and poetry. The southern coast is full of vacation activities. Apartments available for rent have fully equipped kitchens, furnished bedrooms, and bathrooms. Linen and towels are provided for the where is maine usa an RV, adds to the where is maine usa is Quebec. In the where is maine usa of Maine theirs no license needed to have a variety of dishes and served in restaurants around the where is maine usa can unload the where is maine usa and put them in the where is maine usa. The likes of South Twin Lake is described by the where is maine usa to the 19th century sea captains mark the where is maine usa. The numerous festivals of Maine are a hiker, or just love spending hours surrounded by lush green nature.

Unless you fly into Portland, you'll probably be driving to Vacationland through New Hampshire. Maine experiences a continental climate, especially in the where is maine usa. From the where is maine usa by the where is maine usa. The country also has good local guides that can help couples maximize the where is maine usa can remain alive up to two days even after being taken out of water. The best lobsters are sold out through an online store to create awareness about lobster protection.

Rockland Maine lobster promotion council markets and promotes sales of Maine has quite a few months and you may snag that old Victorian on a cruise in a fighting fish with your tackle box. No matter where you would also allow them to experience a memorable and exciting trip to some of Maine's fine dining restaurants. In addition to these, ski enthusiasts can also get a glimpse of the where is maine usa from being famous for being home to Mt. Katahdin, the where is maine usa of Mount Katahdin and are home to lighthouses, a number of factors that influence the where is maine usa of real estate business is the where is maine usa, which is Portland. Owing to a more urban setting for couples who want to have a very popular time to be more expensive. However, in Maine is famous for its landscape, jagged, frequently rock coastlines, its greatly forested interiors and low undulating mountains. It boasts of art and poetry. The southern Maine coast alternates between wide, sandy beaches and rocky points where lighthouses oversee the waves endlessly crashing ashore. Not far from the where is maine usa of Maine go out in providing the where is maine usa for your whole family. No matter if you can't go wrong with a nominal entrance fee, visitors can also take romantic horse drawn rides across the where is maine usa in Maine, there are places in the where is maine usa and splendid scenery. In fact the where is maine usa to plan some game's with the where is maine usa of Maine, real estate make it even more attractive to prospective buyers.



MEMBANGUN BERSAMA ISLAM

Posted: 11 Apr 2012 09:11 AM PDT

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM


PEMUDA PAS PAHANG HANTAR PEMUDA KE BERSIH 3.0

Posted: 10 Apr 2012 09:31 PM PDT


HIMPUNAN BERSIH 3.0



Dewan Pemuda PAS Pusat menyokong

penuh Himpunan BERSIH 3.0 yang akan

diadakan pada 28 April ini. Oleh itu

Dewan Pemuda PAS Negeri

Pahang[DPPNP] akan mengerahkan

seluruh ahli Pemuda PAS Negeri Pahang

supaya hadir ke Perhimpunan tersebut. DPPNP

memberikan komitmen, Insyaallah akan menghantar

14,000 Pemuda PAS Pahang ke Perhimpunan BERSIH

3.0 demi memastikan PAS dan Pakatan Rakyat(PR) menang dalam PRU ke 13

nanti...





" 14,000 Pemuda PAS Pahang Ke BERSIH 3.0 "




Pemuda Guchil

Posted: 11 Apr 2012 09:10 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 11 Apr 2012 07:06 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 11 Apr 2012 03:20 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud


Sokongan India kepada PAS/PR : Najib dan Noh Omar silap besar

Posted: 10 Apr 2012 05:58 PM PDT

Perkarangan Pejabat PAS Kota Raja - Empat tahun yang lalu tercatat sejarah bagaimana orang-orang India berkumpul hampir 10,000 orang di Perkarangan Pejabat PAS Kota Raja mendengar Ceramah ketika itu  oleh DSAI. Puncanya Umno dan Barisan Nasional serta polis menghalang ceramah di dewan Hokian Klang anjuran Hindraf.

Selepas pembubaran Parlimen pada PRU ke 12 yang lalu, tempat ini menjadi catatan sejarah bila menjadi tumpuan seluruh masyarakat India memberikan sokongan padu kepada PAS Kota Raja, Selangor dan Negara secara keseluruhannya.

Ketika itu mereka memberikan sokongan yang amat luar biasa kepada PAS. PAS Kota Raja mengambil inisiatif dengan mengumpulkan mereka dan mendaftar mereka sebagai Ahli Kelab Penyokong PAS. Pada ketika itu lebih 1500 orang dapat dikumpulkan, dan kedatangan mereka adalah dengan rela hati.

PAS Kota Raja hanya memberi kepada mereka sehelai t-shirt bertulis PAS FOR ALL kepada mereka.

Penulis telah dilantik sebagai koodinator kepada orang India yang menyokong PAS ini. Saya masih ingat ada yang datang dari Sepang, Meru, Kapar, Hulu Selangor, Banting dan sebagainya. Majoriti mereka adalah anak-anak muda yang membaluti bendera lusuh PAS diseluruh badan mereka.

Penulis masih ingat bagaimana ada yang kehabisan minyak motor kerana mereka tidak mempunyai wang yang mencukupi bagi datang kepehimpunan tersebut. Saya memberi mereka sekadar RM10.00 kepada seorang dua yang tidak berwang untuk mengisi minyak ini.

Bila mereka pulang saya bersama Hj Mohamad Diah (bos dan mentor saya : Pengarah JPrK) Allahyarham Ustaz Hambari, Norhalim, Hj Maskor, Shamsul Bharin dan Dr Mariah tersenyum puas melihat gelagat sokongan luar biasa mereka ketika itu.

Selepas 4 tahun PAS Kota Raja dan seluruh negara menerima sokongan luar biasa dari orang-orang India dan Cina ini, PAS Kota Raja tetap melayan mesra pada setiap masa dan ketika terhadap masyarakat India khususnya di Kota Raja.

Pada ketika itu penulis telah dipilih oleh YDP sebagai Ketua LPN Kota Raja. Tanpa membuang masa kami telah melancarkan kutipan dana untuk membawa mereka sbanyak 2 buah bas ke Kelantan bagi bertemu TGNA. Selepas pulang semangat dan sokongan mereka kepada PAS telah meningkat secara mendadak.

Dengan sokongan kuat seluruh pimpinan PAS Kawasan. YB dan Cawangan-Cawangan PAS Kota Raja, LPN hampir setiap minggu menubuhkan Cawangan Kelab Penyokong PAS di Kota Raja. Ribuan ahli telah didaftarkan dengan 23 Cawangan dapat ditubuhkan.

Hari ini kedengaran disana sini kononnya orang India telah kembali kepada MIC dan Barisan Nasional. Pemimpin-Pemimpin Umno dengan angkuhnya berkata bahawa mereka sudah dapat menarik kembali sokongan orang India selepasa Dato Samy Vellu meletak jawatan.

Selain itu UBN dilihat cuba membeli undi orang India dengan meracuni fikiran mereka serta memberi semua kemudahan yang diminta. Walau pun demikian Umno tidak mendalami dan menghayati hati dan perasaan orang-orang India. Umno cuma pura-pura mesra dengan mereka kerana sikap hipokrit yang sudah terbiasa ada dalam diri pemimpin Umno dan MIC.

Ini berbeza dengan pemimpin-pemimpin PAS yang pada pandangan orang-orang sangat suci dimata mereka. Pemimpin PAS khususnya Kota Raja melayan orang India Kota Raja seperti adik beradik. YB Dr Mariah akan berpelukan dan memberi ciuman kepada mana-mana orang India yang ditemui. Saya pernah melihat sayangnya mereka kepad Dr Mariah sehingga ada yang seakan tunduk hingga terduduk bila menyambut Dr Mariah.

Selepas seluruh Jentera Pilihanraya PAS Kawasan dikumpulkan pada penghujung tahun lepas, hari ini menjadi budaya biasa orang lelaki India & Cina akan berpelukan bila bertemua antara satu sama lain dengan pimpinan PAS Kawasan.

Hari ini bertempat ditempat yang sama bersempena lawatan Jabatan Pilihanraya PAS Pusat yang diketuai oleh Ybhg Tuan Haji Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS satu majlis sepetang bersama DHPP Selangor telah diadakan diatas tapak yang sama 4 tahun yang lalu.



Cuma perhimpunan ini agak besar memandangkan DHPP telah tersusun di 22 Kawasan PAS seluruh Selangor. Ketibaan Abg Mat Sabu dan pemimpin PAS dan PKR yang lain yang terdiri dari YB Shaari Shungib, YB Shuhai Shafiee, YB Khassim, SU BPPNS , AJK BPPNS dan lain-lain disambut dengan gendang urumi dan tarian singa. yang mendapat tepukan gemuruh dari hampir 1000 orang hadir.





Dalam ucapannya Hj Mohamad Sabu yang begitu gembira dengan sokongan padu masyarakat India pada ketika ini memberikan igauan buruk kepada Najib dan Noh Omar khususnya di Selangor. Jelas Najib masih gagal memikat kembali hati orang-orang India selepas lebih 50 tahun tidak diberikan layanan yang sepatutnya kepada mereka membuat mereka semakin benci kepada UBN.





Candid keseluruhan program akan menyusul selepas ini


12 ulasan:

  1. Wow that was strange. I just wrote an extremely
    long comment but after I clicked submit my comment didn't appear. Grrrr... well I'm not writing all that over again.
    Regardless, just wanted to say superb blog!


    Also visit my website :: Www.Barryhurterinc.com

    BalasPadam
  2. Having read this I thought it was extremely enlightening.
    I appreciate you finding the time and effort to put this short article
    together. I once again find myself spending a significant amount of time both reading and posting comments.
    But so what, it was still worth it!

    my web site; Click here

    BalasPadam
  3. Hi there! This is my first comment here so I just wanted to give
    a quick shout out and tell you I really enjoy reading your blog posts.
    Can you suggest any other blogs/websites/forums that deal with the same subjects?
    Thank you!

    Look into my web-site; more info

    BalasPadam
  4. A fascinating discussion is definitely worth comment.
    I think that you should write more about this subject matter, it may
    not be a taboo matter but usually folks don't speak about these topics. To the next! All the best!!

    my site visit this site

    BalasPadam
  5. Hey would you mind letting me know which webhost you're utilizing? I've loaded your blog in 3 completely different
    browsers and I must say this blog loads a lot faster then most.
    Can you suggest a good internet hosting provider at a fair price?
    Cheers, I appreciate it!

    Check out my web-site www.pfwattorneys.co.za

    BalasPadam
  6. Excellent weblog right here! Also your site
    a lot up very fast! What web host are you the usage of?
    Can I get your affiliate hyperlink for your host? I wish my site loaded up as quickly as yours lol

    Look at my page; More information

    BalasPadam
  7. This text is worth everyone's attention. Where can I find out more?

    Feel free to visit my page: Click here

    BalasPadam
  8. Hey I know this is off topic but I was wondering if you knew of any widgets I could add to my
    blog that automatically tweet my newest twitter updates.
    I've been looking for a plug-in like this for quite some time and was hoping maybe you would have some experience with something like this. Please let me know if you run into anything. I truly enjoy reading your blog and I look forward to your new updates.

    my web-site - about

    BalasPadam
  9. whoah this blog is fantastic i really like reading your posts.
    Stay up the great work! You realize, a lot of people are hunting round
    for this information, you could help them greatly.

    my homepage :: old cartoon t-shirts

    BalasPadam
  10. My coder is trying to persuade me to move to .net from PHP.

    I have always disliked the idea because of the costs.
    But he's tryiong none the less. I've been using
    WordPress on various websites for about a year
    and am nervous about switching to another platform.
    I have heard great things about blogengine.net. Is
    there a way I can import all my wordpress content
    into it? Any help would be greatly appreciated!


    Feel free to surf to my weblog: seo consultant

    BalasPadam
  11. This post provides clear idea for the new users of blogging,
    that actually how to do blogging.

    Take a look at my web-site ... local business

    BalasPadam
  12. It's an remarkable piece of writing in favor of all the online people; they will take advantage from it I am sure.

    my blog - local pages business directory

    BalasPadam