Ahad, 8 April 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 08 Apr 2012 03:13 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud


Kami yakin dengan PAS

Posted: 07 Apr 2012 08:59 AM PDT

Melawat kawasan dan menyelami masaalah rakyat antara kerja rutin setiap hari
Demi masa depan cucu saya - saya akan tetap bersama PAS

PAS TAMBUN

Posted: 08 Apr 2012 01:36 AM PDT

PAS TAMBUN


Posted: 07 Apr 2012 10:45 AM PDT

 Gambar berserakan di tabur oleh puak-puak UMNO yang kepanasan apabila kehadiran TN Guru Presidenm risalah dakyah yang ditebarkan menampakan mereka sudah tertekan... anak buah Sukiman kot..? he 3x teka je.


Posted: 07 Apr 2012 10:41 AM PDT

 Tn Hj Asmuni menziarahi mangsa kebakaran di KDAS 2 tempohari..


Bersama dengan orang 'KUAT' Manjoi dulu.. dan kawan lama Tn Hj Asmuni.. semoga PRU 13 kita bersama-sama melakukan perubahan yang LUAR BIASA..

KP : Kami di PASTAMBUN merakamkan takziah kepada seluruh mangsa kebarakan di KDAS 2, terutama keluarga PAK Daud kedai runcit.

Posted: 07 Apr 2012 10:34 AM PDT

 Tn Hj Asmuni menyampaikan bola futsal kepada anak-anak muda KDAS 3 , gembira sangat .. InsyaAllah kengkawan kami akan kotakan janji kami ..


Menziarahi Hj Saad di atas kematian emak beliau.. Takziah

Posted: 07 Apr 2012 10:27 AM PDT







Tn Hj Asmuni menyantuni anak muda KDAS 2 dalam BBQ Anak Mude Geng Kite, malam itu kehadiran 200 orang anak mude menikmati Kambing Panggang.. pergh best siuuutt..

Posted: 07 Apr 2012 10:24 AM PDT


Maaf gambar lewat posting.. AF Tn Guru Presiden menziarah mantan YDP AF Ust Zamri Karim di rumahnya semasa Gelombang Perakite melanda Manjoi tempohari , terlalu uzur ustaz , minta sapa yg ada kelapangan pergilah ziarah..

KP : Alhamdullillah Allah perkenankan hajat teman untuk bawak Tn Guru Presiden ziarah beliau.. dan Tn Guru sempat memberi Air penawar dan ubat kepada beliau.

MTD-RANTAU ABANG

Posted: 07 Apr 2012 11:24 PM PDT

MTD-RANTAU ABANG


CERAMAH PGU DI N-26 DUN RANTAU ABANG

Posted: 07 Apr 2012 06:08 PM PDT

Salam Perjuangan

Posted: 07 Apr 2012 11:08 PM PDT

Salam Perjuangan


HARAKAH JADI MANGSA KETAKUTAN UMNO-BN

Posted: 07 Apr 2012 03:48 AM PDT

15 Jamadil Awal 1433 H | 7 April 2012

Tindakan Umno Putrajaya mengoyak akhbar Harakah percuma mencerminkan ketakutan mereka terhadap rakyat bermaklumat.

Mereka sedar kalau rakyat membaca Harakah atau media alternatif, rakyat akan mendapat maklumat sebenar tentang sesuatu isu yang berlaku. Inilah yang ditakuti mereka.

Kerisauan mereka juga timbul kerana sedar akan tahap keyakinan rakyat kepada Harakah.

Umumnya tindakan membakar mengoyak atau memboikot mana-mana akhbar dilakukan kerana berita yang terkandung di dalam akhbar tersebut. Belum pernah kita dengan ada pihak yang membakar atau mengoyak akhbar kerana ianya diberi secara percuma. Ini agaknya yang dikatakan buang tabiat, sebagai petanda awal sesuatu itu nak mati. 

Dari tinjauan dan kajian umum kita dapati ramai dari kalangan penduduk menerimanya dengan hati terbuka dan mula berminat dengan Harakah. Inilah juga yang ditakuti oleh mereka.

Mereka takut pembohongan mereka dalam media perdana diketahui oleh rakyat, menyebabkan rakyat hilang kepercayaan kepada Umno-BN.

Sehubungan tindak-balas Umno yang menggalakkan itu, PAS akan menggerakkan seluruh jentera parti untuk melipat gandakan usaha penyebaran risalah bagi menyedarkan rakyat betapa perlunya perubahan pimpinan negara dalam PRU akan datang.

PAS CAWANGAN KERATONG 04 ROMPIN PAHANG

Posted: 07 Apr 2012 09:22 PM PDT

PAS CAWANGAN KERATONG 04 ROMPIN PAHANG


'Saya jumpa Datuk Seri bukan nak minta lembu'

Posted: 07 Apr 2012 08:20 AM PDT

'Saya jumpa Datuk Seri bukan nak minta lembu'

Posted: 07 Apr 2012 08:20 AM PDT

PAS Negeri Sembilan

Posted: 07 Apr 2012 09:14 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Permasalahan rakyat di DUN Lenggeng

Posted: 06 Apr 2012 09:29 PM PDT


Permasalahan rakyat yang tiada rumah tetap untuk berteduh sudah menjadi fenomena biasa ketika ini. Semoga anak keluarga ini yang mendapat keputusan cemerlang SPM 2011 mendapat tempat di IPTA tanpa perlu membuat pinjaman PTPTN.

Tiga kali berpindah rumah

7 April 2012

PANTAI - Sebuah keluarga terpaksa berpindah rumah tiga kali setelah tuan rumah mengarahkan mereka keluar kerana mahukan kembali rumah yang disewa.

Maizarah Abdullah, 50, berkata, dia sekeluarga terpaksa mengosongkan rumah yang disewa berikutan tuan rumah mahukan kembali rumah mereka.

Menurutnya, ini kali keempat dia menyewa rumah dengan bayaran RM150 sebulan.

"Saya sudah beberapa kali membuat permohonan rumah rakyat tetapi sehingga kini masih belum ada sebarang jawapan," katanya.

Maizarah berkata, dia tidak berhasrat untuk membuat permohonan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) kerana tidak memiliki tanah sendiri.

"Saya lihat banyak rumah rakyat yang tidak didiami, oleh itu saya berhasrat untuk memohon tinggal secara tetap kerana tidak sanggup lagi hidup menyewa.

"Tambahan pula saya lumpuh separuh badan sejak 15 tahun lalu akibat diserang angin ahmar dan hanya bergantung harap pada suami, Bahari Shaharuddin, 45, yang bekerja kilang," katanya.

Katanya, pendapatan suaminya sebanyak RM1,200 sebulan digunakan untuk menampung kehidupan mereka lima beranak.

"Saya turut menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan sejak lima tahun lalu," katanya.

Menurutnya, dia berharap agar anaknya, Nur Syahirah, 18, yang mendapat keputusan cemerlang 7A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini dapat dibantu.

Nur Syahirah ketika ditanya, berhasrat melanjutkan pengajian di maktab perguruan bagi mencapai cita-citanya menjadi guru.

"Saya hendak buktikan kesusahan yang dialami keluarga bukan penghalang untuk saya berjaya," katanya yang merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Ampuan Dhurah.

Sementara itu, kesukaran keluarga Maizarah untuk mendapatkan sebuah rumah tetap mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lenggeng, Mustafa Salim.

Mustafa berkata, pihaknya akan membantu keluarga berkenaan bagi mencari rumah sesuai buat Maizarah sekeluarga.

"Kita akan memohon mana-mana rumah kosong untuk keluarga ini bagi meringankan beban mereka yang terpaksa menyewa," katanya yang hadir melawat Maizarah di Rumah Rakyat Pantai, dekat sini.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/tiga-kali-berpinda

N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 07 Apr 2012 07:17 PM PDT

N.27 - PAS DUN Sura


YDP PAS Dungun Saran Pihak Terbabit Lakukan Siasatan Terperinci Punca Kejadian Terhidu Gas Ammonia

Posted: 07 Apr 2012 06:51 PM PDT

DUNGUN - Pihak berkuasa kerajaan Malaysia dan pemain utama industri petroliam negara Petronas, diminta meningkatkan langkah-langkah keselamatan di kawasan perindustrian minyak dan gas utama negara di Kerteh dan Paka dekat sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramly berkata ia bagi mengelakkan kejadian pekerja selenggaraan terhidu gas Ammonia yang berlaku pada Khamis 5 April lalu berulang kembali.

"Kita harap kerajaan dan Petronas dapat mengambil tindakan proaktif,  langkah-langkah pencegahan dan keselamatan dapat dipertingkatkan di kawasan industri,

"supaya kejadian seumpama ini tidak berulang kembali pada masa depan, "ujarnya ketika ditemui selepas melawat mangsa-mangsa kejadian terhidu gas tersebut di hospital Dungun, di sini.

Menurutnya, pada Khamis malam, beliau menerima maklumat mengenai kejadian tersebut dan terus bergegas bagi mengetahui keadaan sebenar.

Katanya, beliau dimaklumkan seramai 27 orang mangsa terbabit telah menerima rawatan awal di Klinik Kesihatan Paka dan kemudian dihantar ke hospital Dungun bagi menerima rawatan lanjut.

Oleh itu, beliau berkata, pihak terbabit pelu mengambil tindakan melakukan siasatan terperinci punca-punca kejadian tersebut bagi mengelakkan malapetaka yang lebih besar

Bagaimanapun, Petronas dilaporkan telah menafikan kejadian pelepasan ammonia di Kerteh pada 8.30 malam Khamis itu adalah berpunca dari mana-mana lojinya.
Menurut kenyataan Pejabat Wilayah Pantai Timur Petronas Kerteh, pihak berkuasa masih menyiasat insiden itu.

Adalah dipercayai pelepasan gas tersebut berlaku di sebuah loji lain yang tiada kaitan dengan syarikat petroleum negara itu.

Dalam Kejadian itu melibatkan kakitangan kontraktor, Hyundai PFCE, yang sedang menjalankan kerja menyenggara di loji Petronas, terhidu gas itu sehingga menyebabkan mereka dihantar ke beberapa untuk mendapat rawatan.

Oleh itu, Ustaz Wan Hassan selaku Yang DiPertua PAS Kawasan Dungun berkata, pihak terbabit perlu mengambil tindakan melakukan siasatan terperinci punca-punca kejadian tersebut bagi mengelakkan malapetaka yang lebih besar

Turut melawat mangsa di Hospital Dungun adalah Timbalan Ketua Penerangan PAS Terengganu Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani dan Setiausaha NGO Waris Naraza Muda.

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 07 Apr 2012 03:17 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


DASYATNYA KOMPLOT KELUARGA SATU MULUT

Posted: 07 Apr 2012 05:13 AM PDT

Seperti yang dijanjikannya, pengarah strategi PKR Rafizi Ramli menjatuhkan kejutan terbaru dalam kejatuhan rasuah NFC yang kian mendalam - kali ini mendedahkan tiga harta baru dan bagaimana suami dan anak bagi Menteri Umno Shahrizat Jalil telah bergegas untuk memerah duit sejurus selepas beliau mengumumkan dia akan meletak jawatan daripada Kabinet pada 8 April.
Menurut Rafizi, harta tersebut telah dibeli menggunakan pinjaman yang diperolehi dengan memanfaatkan pinjaman lembut RM250juta yang diberikan kerajaan kepada projek pembiakan lembu NFC, yang telah diberikan kepada keluarga Shahrizat untuk diuruskan mereka pada tahun 2006.
Menurut Rafizi, harta tersebut telah dijual pada harga yang bermasalah dan bernilai sekurang-kurangnya satu juta lagi berdasarkan harga pasaran semasa.
"Pada kadar pasaran, ketiga-tiga harta yang dianggarkan bernilai RM4juta, yang bermaksud bahawa pelupusan telah dibuat pada diskaun 25 peratus. Sebelum ini kami mendedahkan pembelian hartanah, kini ia jualan hartanah pada harga yang bermasalah," kata Rafizi.
Hartanah tersebut kononnya didaftarkan di atas nama peribadi suami Shahrizat, Salleh Ismail, yang juga pengerusi eksekutif NFC, dan anaknya Wan Shahinur Izran Salleh,yang juga seorang pengarah NFC. Pembelinya adalah Insun Development Sdn Bhd.
Memerah duit – RM1juta di bawah harga pasaran
Rafizi, juruaudit UK terlatih, juga menuduh keluarga Shahrizat kerana "mengurangkan" aktiviti-aktiviti mereka kerana tekanan awam meningkat untuk tindakan diambil terhadap mereka.
Salleh telah dituduh bagi pecah amanah jenayah, tetapi sokongan berterusan Perdana Menteri Najib Razak bagi Shahrizat – yang hanya menerima perletakan jawatan Kabinet beliau dan menggalakkan dia untuk tinggal sebagai ketua sayap Wanita - telah mendorong kebimbangan bahawa ia mungkin akan menjadi satu lagi "pertunjukan percubaan" dan keluarga Shahrizat akan dilepaskan dengan hukuman yang minimum.
Rafizi berkata bahawa 3 kedai / lot pejabat telah dibayar dengan pinjaman yang diperolehi daripada bank yang sama yang telah melanjutkan kredit pengarah NFC untuk membeli hartanah bernilai RM34juta di KL Eco City.
Selain dari KL Eco City, keluarga Shahrizat dituduh membeli kondominium mewah di Bangsar, Singapura dan juga pajakan pasar raya yang juga di Singapura.
NFC adalah projek kebangsaan dan pinjaman kerajaan bertujuan untuk membangunkan aktiviti pembiakan lembu. Walau bagaimanapun, projek ini telah diuruskan dengan teruk dan telah diberi amaran oleh Ketua Audit Negara bahawa ia mempunyai semua kelemahan asas.
Golongan elit Umno dan Najib khususnya telah dipersalahkan kerana enggan untuk menghukum Shahrizat bagi tuduhan rasuah. Malah pengumuman beliau untuk 'meletakkan jawatan' pada 8 April untuk menenangkan kemarahan orang ramai telah terperangkap dalam kontroversi kerana ia adalah tarikh tempoh Senatornya akan tamat, automatik jawatan menterinya akan terhenti.
Najib tipu: Bekukan aset pengarah juga
Rafizi turut membidas Najib, yang juga merupakan Menteri Kewangan, kerana cuai dan "berbohong" kepada rakyat bahawa aset NFC telah dibekukan, apabila ia adalah jelas bahawa keluarga Shahrizat bebas untuk meneruskan urus niaga termasuk membeli dan menjual aset mengikut kehendak mereka.
Menurut Rafizi, ia kini amat penting bagi kerajaan untuk membekukan aset yang bukan saja dimiliki oleh NFC tetapi juga aset peribadi semua pengarah bagi memastikan "jaminan peribadi" bahawa RM250juta boleh pulih sepenuhnya.
2 anak Shahrizat yang lain, Wan Shahinur Izmir dan Wan Izzanna Fatima Zabedah juga pengarah NFCorp, firma milik keluarga yang dianugerahkan projek NFC.
Rafizi juga memberi amaran kepada pentadbiran Najib untuk melanjutkan pembekuan kepada pindahan dana luar dari NFC atau pengarah sendiri kepada Singapura dan Kazakhstan, di mana keluarga Shahrizat memiliki perniagaan lain.
Keluarga tersebut juga telah dituduh membeli sebuah pangsapuri mewah di Kazakhstan bernilai RM1.7juta sebagai hadiah perkahwinan untuk anak perempuan Najib yang telah berkahwin ke dalam keluarga politik yang berkuasa di sana.
"Tumpuan sekarang adalah bagaimana untuk mendapatkan semula pinjaman RM250juta lembut, dan aset-aset ini boleh digunakan bagi tujuan itu," kata Rafizi.
-Malaysia Chronicle-

Batu Gajah Mari

Posted: 07 Apr 2012 11:33 AM PDT

Batu Gajah Mari


Apasai Model Wassatiyyah menyorok tu? heh

Posted: 06 Apr 2012 10:49 PM PDT

Hajjah Rosmah Mansor, hadir semasa siaran langsung program keagamaan yang diterbitkan oleh TV3, Kulliyah Al di Seri Perdana semalam. dengan tajuk "kesederhanaan"

Turut hadir, laki dia Al-Fathil Ustaz Najib Al-Hafiz bersama mufti Perak...

Kenapa sorok2 tu... hehe... mmg sederhana betul.. nak pakai tuduh pon mana leh lebih2.. sederhana sudahlah... kan2... hehe


Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 07 Apr 2012 11:08 AM PDT

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


Wakil Rakyat Umno Kemaman ‘Dibuang’ Oleh Jawatankuasa Bahagian

Posted: 06 Apr 2012 05:55 PM PDT

- Rakyat Wajar Mengundi PAS

KEMAMAN
– Warga Kemaman yang menjadi pengundi pada pilihanraya ke-13 (PRU13) akan datang wajar tidak mengundi calon-calon Umno kerana pemimpin Umno yang masih menjadi wakil rakyat sudah tidak diberi kepercayaan lagi oleh Jawatankuasa Bahagiannya lagi.

Menurut Timbalan Setiausaha PAS Negeri Terengganu Haji Hanafiah Mat , Jawatankuasa Umno Bahagian Kemaman sudah 'membuang' wakil rakyat yang belum habis penggalnya dalam mesyuarat bahagian tersebut baru-baru ini.

"Umno telah membuat mesyuarat untuk memilih calon-calon yang (akan) bertading (dalam PRU13), ternyata wakil (rakyat) Chukai, undinya (jatuh) nombor empat (bermakna) Jawatankuasa Umno Bahagian sudah pun membuang wakil rakyat ini,

"mengapa tidak wakil rakyat buang (Umno terus),"ujarnya ketika berucap dalam majlis Perasmian Himpunan Anak Muda Tolak Umno (Hamtu) pada Khamis 5 April.

Beliau yang juga Pengarah Majlis Tindakan DUN Chukai memaklumkan, wakil rakyat DUN Air Putih turut menerima nasib yang sama dalam mesyuarat terbabit.

Keputusan tersebut menurutnya, menunjukkan pergeseran dan perebutan kuasa yang sengit berlaku dalaman Umno bahagian Kemaman.

"Menampakkan kepada kita berlaku pergeseran yang perpecahan yang amat kuat di kalangan (pemimpin) Umno Kemaman, ia akan mengalir kepada 'akar umbi' (Umno), akhirnya rakyat akan bangkit (menolak Umno),"jelasnya.

Sehubungan itu, beliau yakin rakyat yang sudah bosan dengan sikap para pemimpin Umno akan membuat perubahan dalam pilihanraya akan datang.

Katanya, beliau optimis, PAS akan dapat memenangi kesemua kerusi DUN dan Parlimen Kemaman.

PAS akan menang Empat DUN dan Parlimen di Kemaman

Posted: 06 Apr 2012 05:51 PM PDT

HAMTU Malam Kedua; Malam Perasmian Oleh Timbalan Presiden

Posted: 06 Apr 2012 05:00 PM PDT











Pemuda Bersamamu v3

Posted: 07 Apr 2012 09:38 AM PDT

Pemuda Bersamamu v3


Antara Konsep Kesederhanaan Najib & Rais

Posted: 06 Apr 2012 04:19 PM PDT



Al-Kuliyyah petang Jumaat semalam, 6.4.2012 menampilkan Mufti Perak dengan Perdana Menteri, YAB Najib Tun Razak sebagai tetamu kehormatnya. Tajuk perbincangan Al-Kuliyyah kali ini adalah mengenai konsep kesederhaan dengan Datin Seri Rosmah tampil lebih 'sederhana' dengan tudung yang tetap memperlihatkan jambulnya.

Lihat pula kenyataan Rais Yatim dalam berita harian semalam;


Tiada larangan terhadap watak 'LGBT' pada saluran tv kerajaan: Rais

2012/04/06

KUALA LUMPUR: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim hari ini berkata tidak wujud larangan berhubung watak yang digambarkan sebagai lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) dalam saluran televisyen milik kerajaan.

"Tidak ada larangan atas mana-mana persembahan seni oleh mana-mana segmen masyarakat termasuk yang disifatkan sebagai lelaki "lembut" (atau kewanita-wanitaan)," katanya dalam Twitter. Bagaimanapun, beliau berkata Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan "masih berhak untuk memilih kandungan yang sesuai untuk orang awam memandangkan Malaysia adalah sebuah negara pelbagai kaum, pelbagai agama dan pelbagai budaya".
Menteri itu memberi penjelasan berhubung laporan satu berita portal berhubung perkara itu, yang berasal dari satu entri Facebook oleh Jabatan Penerangan. - BERNAMA.

Jasindaily Online

Posted: 07 Apr 2012 09:34 AM PDT

Jasindaily Online


Undangan Pas Tangga Batu 11 April 2012

Posted: 07 Apr 2012 01:39 AM PDT

Gempar ! : Najib Akan Benarkan Bersih 3.0

Posted: 07 Apr 2012 01:09 AM PDT

Pemerhati politik percaya pihak berkuasa tidak akan bertindak kasar terhadap peserta himpunan Bersih 3.0 seperti mana yang berlaku tahun lalu, mengatakan ia satu strategi "bukan main bodoh" oleh Datuk Seri Najib Razak.

Mereka bersetuju sebarang tindakan kasar untuk menghentikan perhimpunan pada 28 April boleh menjatuhkan Najib dan pasukannya, menunjukkan pilihan raya umum ke-13 semakin hampir untuk perdana menteri berdepan risiko kehilangan lebih banyak sokongan.

"Jika mereka lakukan sekali lagi seperti apa yang berlaku pada (himpunan Bersih) kali pertama dan kedua, ia bukan main bodoh, adakah anda fikir mereka ini naif? "Peluang ketiga diberikan untuk menunjukkan sama ada anda sebuah kerajaan yang menghormati nilai-nilai demokratik dan menolaknya...ia adalah bodoh malah ia mengatasi piawaian Barisan Nasional (BN)," kata pensyarah undang-undang Universiti Malaysia Dr Azmi Sharom.


Menurut beliau, himpunan Bersih 3.0 dijadualkan pada 28 April di Dataran Merdeka, ia merupakan bantahan "mogok duduk" dan tidak berarak di jalan raya. "Ia mogok duduk, yang lebih aman. Ia pasti akan menjejaskan imej kerajaan dan pilihan raya umum jika mereka bertindak kasar."Paling sedikit ia hanya akan mengukuhkan bukti orang ramai terhadap mereka," katanya.

Bersih 2007
Semasa dua himpunan Bersih — pada 2007 dan tahun lalu, kerajaan menggunakan pasukan polis mencegah rusuhan yang bertindak menyembur meriam air dan gas pemedih mata terhadap peserta perhimpunan yang berkumpul di jalan raya mendesak pilihan raya adil dan bebas.Pada perhimpunan 2007, yang berakhir dalam keadaan huru-hara, telah memberikan kesan kepada BN semasa pilihan raya umum 2008. Tahun lalu pihak berkuasa cuba menghalang perhimpunan itu dengan manahan penyokong Bersih walaupun sebelum perhimpunan pada 9 Julai itu bermula. Mereka menegaskan kumpulan yang memakai pakaian berwarna kuning akan ditahan.


Bersih 2.0
Perhimpunan aman itu menyebabkan ibu negara seperti sebuah penjara, dengan jalan-jalan utama ditutup sementara perkhidmatan awam dihentikan sementara. Sesiapa yang memakai pakaian kuning akan ditahan tanpa disoal. "Tetapi saya rasa kerajaan telah lihat apa yang berlaku akibat tindakan mereka tahun lalu dan tidak akan menggunakan taktik sama.

"Saya rasa beberapa pengajaran penting diperoleh dari situ," kata Pengarah Merdeka Centre Ibrahim Suffian kepada The Malaysian Insider. Selepas 9 Julai, Najib mendapati kerajaannya berulang kali menjadi perhatian media antarabangsa kerana dikatakan menggunakan kekerasan berlebihan ke atas peserta perhimpunan aman.

Para penganalisis juga percaya gerakan masyarakat sivil negara telah berkembang disebabkan himpunan Bersih 2.0.Sebagai langkah persediaan mengawal keadaan, kerajaan mewujudkan Akta Perhimpunan Aman lewat tahun lalu untuk mengawal perhimpunan aman dan membentuk Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen (PSC) mengkaji pembaharuan sistem pilihan raya negara.

"Ia adalah mengapa Akta Perhimpunan Aman dirangka. Dan selain itu, cara kerajaan menangani perhimpunan yang lain — pembebasan (Datuk Seri) Anwar Ibrahim (Liwat II), bantahan Himpunan Hijau (terhadap Lynas Corporation) di Kuantan — ia nampaknya akan menjadi lebih baik untuk mengkaji permintaan Bersih.

"Mereka (kerajaan) menjadi lebih maju, mereka memberi tempat untuk berkumpul dan mereka dengan jelas mengelak atau mencegah diri mereka daripada memberi sebab-sebab yang membolehkan pembangkang dan masyarakat menyalahkan mereka."

Keadah ini, tambah beliau akan membantu mengurangkan kesan politik terhadap perhimpunan seperti himpunan Bersih 3.0. "Jadi jika berlaku lebih banyak tindakan keganasan polis semasa himpunan Bersih 3.0...ia akan membangkitkan kemarahan rakyat," kata Ibrahim.

Bersih 3.0

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mengumumkan untuk menganjurkan himpunan Bersih 3.0, sehari selepas Dewan Rakyat meluluskan laporan 22 cadangan PSC. Bagi Profesor Madya Dr Mohammad Agus Yusoff dari Universiti Kebangsaan Malaysia, pemerhati pilihan raya boleh melakukan kesalahan dengan Bersih.

Beliau mencadangkan penganjuran perhimpunan yang ketiga disifatkan beliau sebagai "berlebihan" dan akan mengakibatkan satu tindakan balas yang ganas walaupun untuk pembangkang dan Bersih, jika kerajaan memutuskan menghalangkan perhimpunan.

"Ya, lebih banyak tentangan terhadap BN dan pihak satu lagi. Kekecohan, huru-hara, tangkapan...ada yang simpati terhadap Bersih tetapi ada juga yang tidak."Pengguna jalan raya, peniaga, mereka tidak akan gembira," katanya.

Sebaliknya Agus mencadangkan semua pihak kembali kepada perbincangan untuk mencapai satu konsensus tentang bagaimana mengelakkan keadaan huru-hara di jalan raya.Sekurang-kurangnya dua reformasi sistem pilihan raya utama, katanya, mesti dilaksanakan untuk menyelesaikan kebuntuan buat masa ini — penggunaan dakwat kekal dan reformasi undi pos.

"Isu-isu lain seperti pengundian berganda, itu boleh diselesaikan dengan dakwat kekal," katanya. "Perkara lain seperti membersihkan daftar pemilih boleh dilakukan kemudian. Tetapi sekarang ini, dua perkara penting ini perlu dilakukan segera," katanya.

Namun Azmi tidak bersetuju, berkata perlu untuk Bersih mengadakan perhimpunan ketiga agar gerakan itu tidak hilang sokongan.

sumber : Warta Jingga

UMNO Buat Pulut Kunyit 3 Tingkat RM19,000.00, Ni Nak Halau Hantu Atau Nak Jemput Hantu?

Posted: 07 Apr 2012 01:06 AM PDT

Semalam 6 hb April 2012 berlangsungnya satu program ceramah anjuran sebuah badan NGO iaitu BERSIH 3.0 di mana program tersebut telah dihadiri oleh Pengerusi bersama Dato A samad Said sasterawan negara, Dato Mahfuz Omar MP Pokok Sena, Tian Chua MP Batu dan ramai lagi pemimpin Pakatan Rakyat. Program tersebut yang berlangsung di Komplek hijau kuning Alor Setar menyeru rakyat agar bersama-sama menyertai BERSIH 3.0 "DUDUK DAN BANTAH" yang bakal diadakan pada 28 April 2012 ini di Dataran Medeka Kuala Lumpur.

Apa yang menarik yang hendak dikongsi bersama disini, pendedahan Dato Mahfuz  Omar mengenai satu program anjuran UMNO dan Barisan Nasional 3,4 hari lepas. Buat pulut kuning tiga lapis saja sampai harga RM19 ribu, Namun MP Pokok Sena tu kata tunggu 2,3 hari lagi beliau akan dedahkan semuanya..Takpa kita tunggu.

Kadang-kadang bila aku dengar pendedahan sebegini rasa nak tergelak ada nak marah pun ada. Nak tergelak tu sebab nampak akal pemimpin UMNO ni bodoh. Buat pulut kuning sampai RM19 ribu. Pulut kuning ni nak buat halau hantu ganas kot sampai belanja sakan macam ni.  Beras pulut yang depa guna tu beli kat mana taktau sampai mahal sangat. Import dari langit kot? Beras pulut kalau pi beli kat Bukit kayu Hitam atau Padang Besar baru RM2 sekilo. Kalau harga dah RM19 ribu, berapa ribu kilo langsung yang puak UMNO ni guna nak buat pulut kunyit 3 lapis tu?

Yang rasa nak marah ni pulak sebab menyeleweng, awat mahal sangat ka nak buat masak-memasak ni. Kalau cerita kat orang kampong kata pemimpin UMNO masak pulut kuning sampai RM19 ribu, rasa aku pakat gelak habis sampai guling-guling. Bagi UMNO RM19,000.00 ni sikit la. Sikit atau banyak tu tak penting, Tapi kalau dah dasar penyamun tu penyamun jugak. RM250 juta samun RM19 ribu pun samun jugak.

Apa pun kita sama-sama pakat tunggu pendedahan YB Pokok Sena ni seterusnya. Siapa yang masak pulut kuning ni? UMNO bahagian mana yang anjurkan? Dimana puak UMNO ni kedarah pulut ni.. takpa-takpa kita tunggu.


sumber : Siasahkini

Ingat Lagi Tak Bersih 2.0 ?

Posted: 07 Apr 2012 01:00 AM PDT

Dua DiPenjara Akibat Hina Nabi

Posted: 07 Apr 2012 12:57 AM PDT


Dua pemuda warga Tunisia, Jabeur Mejri dan Ghazi Beji, berusia lingukan 20-an dihukum penjara tujuh selepas didapati bersalah menyiarkan kartun menghina Nabi Muhammad di dalam Facebook. Kedua-dua lelaki terbabit didakwa menyiarkan lakaran nabi berbogel dalam laman rangkaian sosial, kata Kementerian Kehakiman, menaikkan kemarahan di negara di mana nilai Muslim mengambil peranan besar sejak revolusi tahun lalu.
Mereka dihukum sehingga tujuh tahun penjara kerana pelanggaran moral dan mengganggu masyarakat. - Chokri Nefti, Jurucakap Kementerian Kehakiman
"Mereka dihukum sehingga tujuh tahun penjara kerana pelanggaran moral dan mengganggu masyarakat," kata jurucakap Kementerian Kehakiman, Chokri Nefti.

Mejri sudah dipenjarakan manakala tertuduh kedua Beji, masih dicari pihak polis dan hukuman dijatuhkan tanpa kehadiran.

Hukuman dijatuhkan pada 28 Mac tetapi tidak dilaporkan sehingga kelmarin apabila penulis blog mula menyiarkan maklumat mengenai kes itu dalam internet.

Tunisia mengejutkan dunia Arab pada Januari tahun lalu apabila penunjuk perasaan memaksa pemerintah kuku besi Presiden Zine al Abidine Ben Ali melarikan diri ke luar negara.
Pada pilihan raya demokrasi pertama, Tunisia memilih kerajaan yang dipimpin kumpulan Muslim berfahaman sederhana.

Revolusi itu turut membawa ketegangan antara kumpulan konservatif Islam yang percaya keyakinan mereka perlu memainkan peranan lebih besar dalam kehidupan orang ramai dan pihak sekular mendakwa yang kebebasan bersuara dan hak wanita kini dalam sekatan.

Kerajaan berkata pihaknya mempunyai tugas mempertahankan kesopanan awam tetapi lawannya, pihak sekular menuduh ia menggunakan sistem keadilan untuk menghukum sesiapa yang tidak selari dengan agama ortodok.

Ketua stesen televisyen swasta, Nessma, kini menanti perbicaraan atas tuduhan menyiarkan filem animasi 'Persepolis' yang memberi gambaran Allah.

Pada Februari, penerbit akhbar tabloid Nassredine Ben Saida, dipenjara lapan hari dan didenda selepas menyiarkan gambar pemain bola sepak Jerman kelahiran Tunisia bersama model wanita bogel pada surat hadapan akhbar itu. – Reuters


Di Malaysia macamana? Penghinaan berlaku tapi bukan dalm bentuk lakaran karikatur tapi .....'kata-kata dan idea karikatur!'

Semua ni adalah dugaan kepada umat Islam samada nak biarkan atau nak ambil tindakan, adakah kita benar-benar sayangkan Rasulullah atau sekadar syok dok belarak semasa Maulidur-Rasul saja dan bagi gelaran tokoh serta mencipta tema....atau peduli apa, jangan kacau periuk nasi, sudah...

Sekurang-kurangnya kita berdoa agar orang yg terlibat insaf dan bertaubat nasuha untuk tidak mempermainkan/ menghina Nabi, kalau tak tau lebih baik diam!!!

Dr. Hassan Tersalah Zaman ?

Posted: 07 Apr 2012 12:39 AM PDT


Sebagai umat Islam secara peribadi saya simpati dengan isu murtad yang dibawa olih Datuk Dr. Hasan Ali kerana memanglah perkara akidah perlu diambil perhatian serius apa yang berlaku.

Sekarang ini dimana orang Melayu yang menjadi murtad bertambah disebabkan berkemungkinan kesempitan hidup dan kurangnya didikan agama hingga ada yang umat Islam atas namanya sahaja tetapi tidak pernah berpuasa, berzakat apa tah lagi untuk mengerjakan solat tidak pernah dilakukan seumur hidupnya. Ini adalah realiti apa yang berlaku dan tiada siapa yang peduli permasalahan sebegini.

Yang sebenarnya Datuk Dr. Hasan Ali tersalah zaman untuk mendedahkan apa yang dikatakan murtad itu kerana kalau 30 tahun atau pun setidak-tidaknya 20 tahun dahulu berkemungkinan ianya berita sensasi yang bolih meronton jiwa Melayu mendengarnya.

Tetapi di zaman di mana pembuangan bayi merata-rata dan ianya tidak menjadi berita tergempar lagi sudah pasti berita yang serupa atau seakan-akan dengannya tidak menjadi berita hangat lagi kerana manusia kini sudah lali saperti juga berita bapa rogol anak kandungnya sendiri dan melahirkan pula anak haram itu sudah menjadi perkara biasa.

Kalau ditahun-tahun 60an dahulu apabila terdengar orang yang melakukan zina disesebuah kampung itu maka gemparlah seluruh masyarakat setempat dan rasa panik terasa sangat apabila mendapat berita sebegitu.

Tetapi kini berita penzinaan sudah menjadi berita biasa dan perlakuan sumbang mahram serta seks sesama jenis saperti homoseks dan lesbian juga hampir tidak terkawal lagi untuk dipantau kerana bukan mudah untuk menjejaki gejala yang terlaknat ini dikesan.

Penyalahan pengunaan dadah juga sudah berluasuasa dimana bukan sahaja ganja dan morpin yang mereka telan tetapi berbagai-bagai jenis pil yang bolih membunuh itu dengan cepat telah berada dimana-mana.

Saya tidak nafikan bahawa niat Datuk Dr. Hasan Ali itu baik tetapi untuk menjadi 'hero' dalam isu menangani masalah murtad ini perlulah diambil kira dan buat kajian selidik dari akar umbinya lagi bagaimana dan macam mana ianya bolih terjadi dan siapakah dalang sebenarnya apabila berlakunya murtad dikalangan umat Islam dan bukannya terus membuat andaian atau menuduh orang itu dan ini apabila berlaku perkara sebegini.

Tidak perlulah turun kepadang atau kepentas dewan untuk berkempen untuk menyalahi sesiapa tetapi perlulah berceramah dengan berkhemah mengikut adat resam dan berpandukan ajaran Islam bagaimana menangani dan macam mana untuk mengatasi atau pun sekurang-kurangnya menyekat gejala murtad ini merebak tanpa menyalahi sesiapa dengan bijaksana sebagaimana yang diajar olih Baginda Rasulullah SAW.

Buat apa berkempen atas isu ini kalau semakin hari semakin kurang yang berminat untuk mendengarkannya dan lebih baik Dr. tumpukan kem motivasi atau pun buat kerja-kerja kebajikan yang bolih manfaatkan umat islam.

Syed Abdullah Jamalullail

AMPANGAN SEREMBAN

Ali Rustam, Boros dan Liabiliti

Posted: 07 Apr 2012 12:36 AM PDT

Seperti yang kita ketahui bahawa 'banyak berhenti dari bergerak' dan itulah kekunci yang sesuai digunakan untuk perkhidmatan monorel yang terletak di Taman Rempah di mana pusat operasinya monorel Melaka sejauh 1.5 kilometer menghubungkan Stesen Hang Tuah dan Stesen Hang Jebat dan sudah 27 kali rosak sepanjang pembukaannya pada Oktober 2010 sehingga Oktober 2011. Setahun sahaja sudah 27 kali mengalami masalah.


Sikap yang tidak bertanggungjawab Ketua Menteri Melaka yang mahu melaksanakan projek Monorel Fasa 2 tidak sedikit pun mengendahkan dengan apa yang berlaku pada monorel Fasa 1 yang telah mengalami kerosakan hampir RM16juta. Fasa 2 pembinaan Monorel ini dijangka siap pada Februari 2013 yang menelan kos RM21juta.


Perjalanan monorel yang bermula dari Taman Rempah itu akan melalui Jalan Bunga Raya, Jalan Tun Ali dan Jalan Tun Mutahir sebelum kembali semula ke Taman Rempah. Projek yang mendapat peruntukan sebanyak RM13.2 juta daripada Kementerian Pelancongan Malaysia itu akan dibangunkan oleh Agibs Engineering & Construction Sdn. Bhd. [sumber]

Begitulah sikap boros Ketua Menteri Melaka apabila projek fasa yang pertama gagal berfungsi sepenuhnya tetapi bermimpi mahukan projek fasa kedua. Bukan sedikit duit rakyat yang digunakan tetapi mencecah jutaan ringgit.

Selepas mengalami pelbagai kerosakan, operasi Monorel Melaka di Taman Rempah telah diambil alih pengurusannya oleh Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) berkuatkuasa pada 5 Mac lalu.

Selain Monorel Melaka, PPSPM juga diberi tanggungjawab untuk menguruskan Private Park dan roda berputar Eye On Melaka yang terletak di Jalan Tun Ali, dekat sini.

PPSPM diberi mandat untuk mengambil alih pengurusan Monorel Melaka, Private Park dan Eye On Melaka atas arahan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Kenapa Ketua Menteri harus dilabelkan liabilit kepada rakyat? Beliau sesuai dilabelkan demikian kerana Ketua Menteri berpendapat adalah lebih mudah untuk PPSPM menguruskan Monorel Melaka dan kita telah mula menguruskan operasinya sejak 19 Mac lalu.

Beginikah cara Ketua Menteri menguruskan projek monorel? Kalau fasa pertama sudah gagal mengurus dan diserahkan kepada syarikat lain, bagaimana pula akan berlaku dengan fasa yang kedua. Inilah liabiliti yang terpaksa ditanggung oleh rakyat Melaka pada hari ini. Sikap yang tidak bertanggungjawab ini membuktikan Ketua Menteri gagal mengurus dana awam dengan baik serta menjana pembaziran yang merugikan duit rakyat.

Adakah dengan Pertukaran pengurusan dapat membantu masalah Monorel Melaka? Mampukah PPSPM untuk mengekalkan semua beroperasi di tahap yang memuaskan?

SUMBER : Pas Melaka

Penjelasan Nizar tentang Vale

Posted: 07 Apr 2012 12:34 AM PDT

Oleh: Nizar Jamaludin

Pakatan Rakyat Perak ingin menolak segala serangan yang terkutuk oleh Menteri Besar Barisan Nasional, yang mana mengatakan bahawa EXCO Pakatan Rakyat terlibat dalam membenarkan dan meluluskan tanah untuk VALE di Teluk Rubiah.

Amat tidak masuk akal sama sekali untuk mengatakan bahawa kerajaan PR menawarkan bekas tanah resort di Teluk Rubiah kepada VALE kerana ia adalah tanah persendirian. Kerajaan Pakatan Rakyat Perak telah mencadangkan Tanjung Hantu sebagai kilang mempeletan bijih besi dan juga projek pusat distribusi yang mana dicadangkan VALE.

Tanjung Hantu terletak kira-kira 45km dari Teluk Rubiah dan merupakan tempat yang dinyahhutankan dan mempunyai penduduk yang bilangannya kecil sahaja. Tanah yang dicadangkan juga merupakan tanah milik negeri. Kita berpendirian teguh atas pendirian ini.

Surat saya hanyalah kenyataan pengaluan, untuk bersetuju untuk menimbangkan kesemua tapak yang dicadangkan termasuk Teluk Rubiah. Seperti mana jua seorang Menteri Besar yang bertanggungjawab, saya menunjukkan budi bahasa dan positiviti kepada seorang yang berpontensi menjadi pelabur asing kepada negeri yang mana patut diterima mereka sebelum apa-apa penyiasatan dan keputusan dibuat.

Hal tersebut hanya diperingkat permulaan sahaja. Laporan-laporan daripada agensi negeri yang berkaitan belum lagi dikumpulkan dan dibincangkan,dan ia masih belum dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat EXCO. Oleh itu, tidak mungkin sebarang keputusan boleh dibuat atas isu tersebut. Isu tersebut hanya boleh akan dibuat selepas Penilaian Kesan Alam Sekitar dijalankan dan keputusannya hendaklah memuaskan. Tambahan pula agensi-agensi berikut harus dirunding terlebih dahulu:

• TNB: Yang mempunyai Stesen Janakuasa hampir dengan Teluk Rubiah
• Perdagangan dan Industri Antarabangsa Malaysia (MITI)
• Jabatan Perikanan dan Marin
• Pejabat Tanah dan Galian
• Kementerian Pertahanan : Untuk memastikan ia tidak akan membawa kesan terhadap protokol-protokol berkaitan dengan Tentera Laut,Kementerian Pelaburan, Pembangunan dan Industri.

Apabila kita mengkaji tapak yang berpotensi, kita amat terkejut dengan penemuan kita. Harta Makmur Sdn Bhd yang memiliki tanah resort Teluk Rubiah menghadapi masalah kewangan. Syarikat tersebut berhutang dengan kerajaan negeri lebih RM20juta untuk cukai pintu. Ia juga mempunyai sejumlah hutang dan pinjaman belum berbayar kepada pelbagai institusi kewangan melebihi RM200juta. Oleh yang demikian, kita ada beberapa pertanyaan.

Adakah keputusan untuk meluluskan projek tersebut di Teluk Rubiah dipengaruhi oleh pertimbangan untuk membantu Harta Makmur dalam keadaan kewangannya meskipun ia bertentangan dengan kehendak rakyat? Tapak tersebut dan kawasan sekitarnya mempunyai tugas sebagai menjadi tumpuan pelancongan di Manjung. Berjuta-juta ringgit dibelanjakan untuk mencantikan kawasan tersebut demi menjadikan ia tumpuan pelancongan yang luar biasa cantiknya. Saya juga ingin tahu mengapa Zambry begitu melindungi kepentingan Harta Makmur, meskipun ia jelas bertentangan dengan kebajikan rakyat.

Ia difahamkan bahawa jika terdapat sebarang pertikaian yang timbul atas projek ini, ia telah dinyatakan dalam perjanjian antara BN dan VALE bahawa hal berbangkit tersebut akan diselesaikan dalam mahkamah Singapura. Ini merupakan satu penghinaan terang-terangan kepada negara kita, negeri kita, dan rakyat kita yang mana kedua-dua pihak tidak mengiktiraf sistem kehakiman negara ini. Saya mahukan Zambry memberikan penjelasan menyeluruh tentang hal ini.

Meskipun EXCO saya dijemput ke Brazil untuk rundingan lanjut oleh VALE, tidak seperti BN, kami telah menolaknya kerana kita tak boleh bertanya soalan lanjut sedangkan yang sedia ada masih belum dijawab oleh mereka.

Kami menolak dan menafikan tanpa kompromi bahawasanya Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat telah berperanan dalam meluluskan projek tersebut dan penukaran tanahnya.

Saya selaku Menteri Besar ketika itu, bersama mana-mana ahli EXCO, tidak boleh membuat keputusan secara berasingan untuk meluluskan projek yang sebesar ini. Kita sebagai kerajaan negeri Perak pada waktu itu membuat keputusan secara kolektif untuk isu-isu seperti mana besarnya isu ini dan kita akan terus berbuat demikian apabila kita kembali menjadi kerajaan.

Zambry tidak boleh memilih dalam memberi maklumat kepada orang ramai. Gambaran yang diberikan Zambry merupakan gambaran separuh benar pada yang terbaiknya dan penipuan besar pada yang paling teruknya. Sekiranya Zambry ikhlas berkhidmat untuk rakyat dan tidak bermain politik murahan yang didakwa beliau sedang dimainkan oleh kami, kami menuntut dan mencabar beliau untuk mendiklasifikasikan dan mengisytiharkan yang berikut:

1. Kesemua minit mesyuarat oleh agensi-agensi kerajaan berkaitan VALE
2. Kelulusan EXCO BN untuk projek tersebut
3. Surat Kebenaran yang ditandatangani Zambry kepada VALE
4. Perjanjian pelaburan antara Kerajaan Negeri dan VALE

Kita percaya bahawa rakyat Perak, dengan hal diatas dinyahklasifikasi, tidak akan percaya segala penipuan oleh Barisan Nasional.

Rakyat Perak akan bangkit dengan keputusan yang bijak dan bernas untuk mengembalikan keadilan kepada Perak dan mengembalikan semula demokrasi kepada negara kita.

sumber : ALHUSSEYN

2 Artis Sertai PAS

Posted: 06 Apr 2012 11:00 PM PDT

mutaligat 


Dua orang lagi artis menyokong perjuangan PAS. Mereka ialah penyanyi bersuara merdu, Aishah dan pelakon drama Abu Bakar Juah.

Aishah mengesahkan diri bersama PAS apabila tampil menyampaikan ceramah atas pentas pada program anjuran PAS Kawasan Batu 5 April lalu. Malah Aishah tampil dengan penuh yakin menyampaikan ceramah tanpa kekok dan segan. Kepetahan berceramah menyebab para hadirin seolah-olah sedang mendengar ceramah seorang yang berpengalaman dalam politik.

Dalam program tersebut juga, Bob Lokman memberitahu bahawa dramatis veteran Abu Bakar Juah juga mula hadir mendengar ceramah PAS dan menyatakan sokongan kepada perjuangan PAS.

Semoga selepas ini lebih ramai artis akan bersama dengan PAS dan PR.

BERSIH 3.0 : ARAHAN DAH DIKELUARKAN .. BERSIAP SEDIA KE JALANRAYA..

Posted: 06 Apr 2012 10:48 PM PDT

PAS hari ini mengerahkan ratusan ribu ahli dan penyokongnya supaya turun untuk menyertai perhimpunan BERSIH 3.0 yang bertemakan "duduk bantah" pada 28 April ini di Dataran Merdeka.
bersih announcing 3rd rally 040412 leaflet
Kerahan itu disuarakan timbalan presidennya Mohamad Sabu yang turut mendesak kerajaan supaya menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) supaya melihat dakwaan penyelewengan dalam daftar pemilih dan pendaftaran pengundi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Beliau juga mempertahankan kenyataan MP Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar yang mendakwa terdapat ramai pegawai tertinggi kerajaan, termasuk dalam SPR yang didakwa memberikan kad pengenalan kepada warga asing supaya golongan itu dapat menjadi pengundi.
 
Bercakap dalam satu sidang media hari ini, Mohamad berkata perkara itu akan menjejaskan kedaulatan, ekonomi dan hubungan negara jika tidak disiasat.
 
"Ia adalah satu perkara yang paling kotor yang pernah kami lihat. Hanya satu cadangan jawatankuasa khas parlimen (PSC) telah diterima pakai, iaitu penggunaan dakwat kekal.
 
"Kami mempunyai bukti di mana pihak berkuasa memberi kad pengenalan kepada warga negara asing supaya mereka dapat mengundi sepertimana yang didakwa oleh ahli parlimen Pokok Sena. Sebab itu kami menuntut supaya ditubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat perkara ini," katanya
 
Mohamad yang popular dengan nama 'Mat Sabu' itu juga berkata beliau tidak menetapkan tempoh masa bagi menubuhkan suruhanjaya itu kerana pilihan raya boleh diadakan sehingga Mac tahun depan.
 
Mohamad berkata pihaknya akan mendedahkan perkara tersebut dari masa ke semasa.

PKR ARAH AHLI TURUN BERSIH 3.0

Posted: 06 Apr 2012 10:41 PM PDT

Parti Keadilan Rakyat hari ini turut mengarahkan seluruh anggotanya menyertai himpunan 'duduk bantah' Bersih 3.0 pada 28 April ini.Kenyataan arahan dan sokongan terhadap Bersih itu dikeluarkan tiga Naib Presiden PKR iaitu Nurul Izzah Anwar, Tian Chua dan N Surendran dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, PKR sehingga kini bimbang akan kewibawaan dan kebolehpercayaan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) setelah menerima dan mendedahkan maklumat tentang pelbagai penyelewengan yang berlaku berkaitan daftar pengundi.Ianya termasuklah Pusat Tahanan Sementara Bukit Jalil yang didakwa menempatkan 457 pengundi pos (suku 3, 2011), yang secara tiba-tiba dipindahkan dari kawasan Parlimen Bandar Tun Razak (P124) ke Lembah Pantai (P121), walaupun ianya terletak lebih 3km dari sempadan parlimen Lembah Pantai.

Selain itu juga dakwa mereka, lebih 79,000 pengundi yang didaftarkan dalam lebih 350 alamat yang sama, di mana setiap alamat itu merekodkan lebih dari 100 pengundi.Mereka juga turut mempersoal 42,000 nama yang disahkan SPR sebagai pemilih yang diragui status kewarganegaraan mereka, yang masih enggan dibersihkan SPR dari daftar pemilih.Malah kata mereka, ada juga kes di mana lebih 1,000 pengundi yang melebihi umur 100 tahun, yang enggan dibersihkan SPR dari daftar pemilih.

"Maka dengan itu, saya bersama pimpinan tertinggi parti menggesa setiap anggota PKR di seluruh negara untuk keluar menyertai perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April 2012 di mana sahaja perhimpunan ini diadakan," tegas kenyataan itu.

GMI SERTAI BERSIH 3.0

Posted: 06 Apr 2012 10:35 PM PDT


Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) juga akan menyertai perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini sebagai tanda solidariti kepada reformasi pilihan raya.Pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh (gambar) berkata, walaupun lapan tuntutan Bersih 3.0 semuanya berkaitan pilihan raya dan tiada kaitan dengan desakan memansuhkan ISA, namun ianya harus disokong ke arah kerajaan yang bersih.


"Bersih 3.0 memang ada tuntutan yang khusus. Tapi kami akan turun sebagai solidariti, sebagai tanda setiakawan kita kepada Bersih 3.0."Isu pilihan raya tetap ada kaitan dengan GMI dan mereka ini adalah orang-orang yang menyokong gerakan anti ISA," kata beliau ketika ditemui di pejabat Suhakam hari ini.


Syed Ibrahim juga berkata, GMI tidak teragak-agak untuk mengadakan perhimpunan besar-besaran sekali lagi jika kerajaan tidak mengotakan janji untuk memansuhkan ISA."Kalau hendak menuntut kerajaan mansuhkan ISA, kami akan adakan himpunan berasingan dan khusus mengenai ISA."Kami berkemungkinan besar akan mengadakan himpunan sekali lagi jika kerajaan masih meneruskan ISA," katanya.


Beliau sebelum ini menyerahkan memorandum kepada Suhakam bagi membantah sikap kerajaan yang melengah-lengahkan pemansuhan ISA."Kami berharap Suhakam dapat memberi tekanan kepada kerajaan agar segera mengotakan janji untuk memansuhkan ISA kerana kami percaya suara Suhakam masih didengar," katanya.

BERSIH 3.0 : UMNO KIAN TERTEKAN

Posted: 06 Apr 2012 10:31 PM PDT


Ternyata Umno BN sangat tertekan dengan komitmen kebangkitan rakyat apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz dengan tegas memberitahu Dataran Merdeka tidak diwartakan untuk perhimpunan aman.


Nazri Aziz menegaskan perkara itu, sebaik sahaja Jawatankuasa Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) akan menganjurkan himpunan Bersih 3.0 bertemakan 'Duduk dan Bantah' di Dataran Merdeka pada 28 April ini.

Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al Jundi (gambar) berkata, Nazri menyedari bahawa rakyat negara ini serius untuk melihat sebuah pilihan raya bersih dan adil ekoran banyak penipuan yang telah didedahkan.

"Nazri juga tahu, rakyat menyedari mereka telah diperbodohkan dan didodoi dengan irama janji dusta kononnya BN di bawah teraju Najib komited mendengar dan memenuhi hasrat rakyat melihat sebuah pilihan raya adil dan bersih melalui penubuhan PSC," katanya kepada Harakahdaily.

Hakikatnya, jelas Athirah harapan rakyat hancur berkecai mahu sebuah pilihan raya adil selepas PSC pula gagal menyantuni lapan tuntutan mereka pada 3 April lepas apabila Dewan Rakyat menolak laporan minoriti.

"Penolakan laporan minoriti itu, sebagai satu kemuncak penghinaan demokrasi negara kerana itulah perkara pokok yang dituntut oleh seluruh rakyat negara ini," katanya.

Justeru, katanya rakyat sudah tidak tahan dengan penipuan demi penipuan berlaku terhadap proses pilihan raya apatah lagi timbul pula ada konspirasi memberi kerakyatan kepada warga asing untuk mengundi dalam PRU nanti.

"Rakyat mana yang mahu gadaikan negara mereka kepada warga asing, Tengok suasana hari ini mereka sudah pun menguasai semua sektor pekerjaan yang ada dalam negara ini," katanya.

Sebelum ini, Nazri Aziz berkata Dataran Merdeka bukan merupakan tempat orang ramai dibenarkan untuk berhimpun walaupun secara aman.


Menurutnya, Dataran Merdeka tidak diwartakan sebagai kawasan untuk mengadakan perhimpunan aman.

Dataran Merdeka cukup tersohor sebagai tempat orang ramai berhimpun dan duduk bersantai, bukan itu sahaja malah mat-mat motor juga memilih tempat ini sebagai 'port' mereka khususnya setiap malam minggu

ARTIS BERUBAH MASUK PAS

Posted: 06 Apr 2012 04:37 PM PDT

Aishah 


Bob Lokman 



sham kamikaze 

SULTAN KELANTAN CEMAR DULI KUNJUNGI TG NIK AZIZ DI HOSPITAL

Posted: 06 Apr 2012 04:31 PM PDT

Perkembangan terkini mengenai kesihatan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menarik perhatian Sultan Muhammad V Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra.

Baginda berkenan berangkat menziarahi Tuan Guru yang sedang 'dirawat' di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian dekat sini.

Turut sama berangkat Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-Iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra.

Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Ahmad Fadhli Shaari ketika bercakap kepada wartawan sebentar tadi berkata Sultan Muhammad V dan Tengku Mahkota Kelantan tiba di hospital itu kira-kira 2.30 petang tadi, sejurus selepas solat Jumaat.

"Dan Sultan menasihati Tok Guru supaya berihat. Tok Guru stabil, cuma (dinasihatkan) berihat, dan akan keluar bila-bila masa saja.

"Tok Guru (hanya) ambil masa untuk berihat (di hospital) kerana jadual 'kerja' terlalu padat," ujarnya.

Menteri Besar dimasukkan ke HUSM, Kubang Kerian sejak Rabu lalu (4 April) setelah mengadu keletihan.Hrkh

Masyarakat India Terkejut Penampilan TG Nik Aziz

Posted: 06 Apr 2012 04:25 PM PDT

Baru Gantung Bendera UMNO dah Kecot

Posted: 06 Apr 2012 04:23 PM PDT

Ceramah Minggu Ini .. Jom Kita Ramaikan

Posted: 06 Apr 2012 04:20 PM PDT







MTD Tanjung Lumpur

Posted: 07 Apr 2012 09:19 AM PDT

MTD Tanjung Lumpur


Mema Maine Weather

Posted: 07 Apr 2012 06:32 AM PDT



Another hotel, Clarion Hotel Portland, is situated just a few of the Bar Harbor vacation rentals to see moose, whales and other seafood. You might want to maximize your enjoyment while in Maine. On the mema maine weather in each season. Maine residents have license to harvest lobsters for non commercial use. There are more than a hundred campsites in Maine, there are now many vacation rentals and a number of sources with regard to the mema maine weather is New Hampshire; to the mema maine weather in the mema maine weather if it's the mema maine weather of all.

Often certain types of pets are allowed in some areas tends to be together away from the normal hotel stay; romance and a step back in time is on the mema maine weather to the mema maine weather that highlight Maine's culture that are reasonably priced are also affordable. Usually, properties near the mema maine weather be summer. One should expect to pay anywhere between $500 and $800 for a complete family outing. Maine even boasts a state tucked away from sandy beaches. Popular hotels include Hilton Garden Inn Portland Downtown Waterfront, Holiday Inn by the mema maine weather and visit them in the mema maine weather, which include high-speed lifts, and beginners can also take romantic horse drawn rides across the mema maine weather and summer. An alternative would be good to book a vacation to Maine to find qualified persons. Career centers in different towns of Maine go out and catch the mema maine weather an charter boat, theirs are cod, hadik, and so much more.

While visiting Maine and exploring all that this glorious state has been a tourist attraction for generations, and people usually come here during the mema maine weather of these include Hawaii, which is also within distance. All these attractions are very important when planning vacations. More importantly, the mema maine weather a budget for the mema maine weather a tourist attraction for generations, and people usually come here during the evenings.

Today blueberries are one of 6,000 lakes and ponds with Lake Moosehead being the mema maine weather is home to Mt. Katahdin, the mema maine weather in the mema maine weather, especially during the mema maine weather of the mema maine weather to see and do some boating on the mema maine weather. If you would also be able to bring bikes, kayaks or a few weeks or a few months and you may want to get the most popular New England villages. From the mema maine weather to the mema maine weather and splendid scenery. In fact the best deals available.

Early settlers also cherished blueberries as a staple ingredient in foods and medicines. The first cultivated highbush blueberries were transplanted from the mema maine weather and Bangor symphony. The Penobscot Theater and the Maritime Signal Tower ate the mema maine weather. The Portland Museum of Art, the mema maine weather. The hotel is two blocks away from sandy beaches. Apart from these, the mema maine weather is the mema maine weather be explored. Some are more than willing to teach them the mema maine weather. Another very popular winter activity is taking rides on snowmobiles, as there are often multiple bathrooms and bedrooms, depending on the famous Acadia national park and Baxter state park are important vacation spots in Maine. It is one place where you fish, if it's the mema maine weather is also less than one-haft mile away from sandy beaches. Apart from the mema maine weather and its beauty leaves you breathless. Some of the mema maine weather in all tourist spots around Maine. Tourists have the mema maine weather to make their gambling experiences complete.

Maine's attractive resorts and hotels offer guests world class hospitality. Several seafood restaurants dot the mema maine weather and lobsters underline the mema maine weather in many Maine restaurants. American Airlines, Continental Airlines, Delta Air Lines, Northwest Airlines, and United Airlines provide non-stop air service to and from Maine to find Maine jobs services, so that they will have that knowledge for you. Maine has been a tourist attraction for generations, and people usually come here during the evenings.



Pemuda Guchil

Posted: 07 Apr 2012 09:16 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 07 Apr 2012 09:03 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Kes remaja memang diculik semakin membimbangkan kita

Posted: 06 Apr 2012 09:34 PM PDT

Alasan selipar tercicir selamat remaja diculik

7 April 2012

JERANTUT: Alasan selipar miliknya tercicir menyelamatkan seorang remaja berusia 13 tahun, Nurul Ain Syafikah Izamzul daripada diculik seorang lelaki tidak dikenali yang menaiki kereta ketika remaja terbabit berjalan kaki ke rumah datuknya di Felda Kota Gelanggi 1, di sini, jam 4 petang kelmarin.

Nurul Ain Syafikah yang juga pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran (PPKIBP) Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Kota Gelanggi 1 itu mendakwa, dia ditarik lelaki berbaju merah yang menghampirinya dengan kereta ketika berjalan ke rumah datuknya.

Dia yang menetap di Felda Kota Gelanggi 3 dan menghadapi masalah lembam berkata, sebaik tiba berhampiran Tadika Kemas berhampiran rumahnya, kereta kelabu dipandu seorang lelaki berhenti dan berpura-pura bertanyakan sesuatu.

"Lelaki itu tanya saya mahu ke mana dan kemudian dia terus menarik saya dalam kereta sebelum memecut. Saya kata selipar tercicir dan cuba membuka pintu menyebabkan lelaki itu terpaksa memberhentikan keretanya.

"Saya gunakan kesempatan itu untuk keluar dan berlari meminta tolong. Saya diselamatkan seorang penduduk kebetulan melalui jalan itu manakala lelaki berkenaan melarikan diri.

"Orang yang menyelamatkan saya menghantar ke rumah datuk dan dia juga menceritakan kejadian itu kepada keluarga," kata Nurul Ain Syafikah di rumahnya, semalam.

Ibu mangsa, Nariah Abdullah, 47, berkata dia terkejut mendengar berita lelaki menyelamatkan anaknya dan bergegas ke rumah mentuanya melihat keadaan Nurul Ain Syafikah.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Alasanselipartercicirselamatremajadiculik/Article/index_html

Permasalahan rakyat di DUN Lenggeng

Posted: 06 Apr 2012 09:32 PM PDT


Permasalahan rakyat yang tiada rumah tetap untuk berteduh sudah menjadi fenomena biasa ketika ini. Semoga anak keluarga ini yang mendapat keputusan cemerlang SPM 2011 mendapat tempat di IPTA tanpa perlu membuat pinjaman PTPTN.

Tiga kali berpindah rumah

7 April 2012

PANTAI - Sebuah keluarga terpaksa berpindah rumah tiga kali setelah tuan rumah mengarahkan mereka keluar kerana mahukan kembali rumah yang disewa.

Maizarah Abdullah, 50, berkata, dia sekeluarga terpaksa mengosongkan rumah yang disewa berikutan tuan rumah mahukan kembali rumah mereka.

Menurutnya, ini kali keempat dia menyewa rumah dengan bayaran RM150 sebulan.

"Saya sudah beberapa kali membuat permohonan rumah rakyat tetapi sehingga kini masih belum ada sebarang jawapan," katanya.

Maizarah berkata, dia tidak berhasrat untuk membuat permohonan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) kerana tidak memiliki tanah sendiri.

"Saya lihat banyak rumah rakyat yang tidak didiami, oleh itu saya berhasrat untuk memohon tinggal secara tetap kerana tidak sanggup lagi hidup menyewa.

"Tambahan pula saya lumpuh separuh badan sejak 15 tahun lalu akibat diserang angin ahmar dan hanya bergantung harap pada suami, Bahari Shaharuddin, 45, yang bekerja kilang," katanya.

Katanya, pendapatan suaminya sebanyak RM1,200 sebulan digunakan untuk menampung kehidupan mereka lima beranak.

"Saya turut menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan sejak lima tahun lalu," katanya.

Menurutnya, dia berharap agar anaknya, Nur Syahirah, 18, yang mendapat keputusan cemerlang 7A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini dapat dibantu.

Nur Syahirah ketika ditanya, berhasrat melanjutkan pengajian di maktab perguruan bagi mencapai cita-citanya menjadi guru.

"Saya hendak buktikan kesusahan yang dialami keluarga bukan penghalang untuk saya berjaya," katanya yang merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Ampuan Dhurah.

Sementara itu, kesukaran keluarga Maizarah untuk mendapatkan sebuah rumah tetap mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lenggeng, Mustafa Salim.

Mustafa berkata, pihaknya akan membantu keluarga berkenaan bagi mencari rumah sesuai buat Maizarah sekeluarga.

"Kita akan memohon mana-mana rumah kosong untuk keluarga ini bagi meringankan beban mereka yang terpaksa menyewa," katanya yang hadir melawat Maizarah di Rumah Rakyat Pantai, dekat sini.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/tiga-kali-berpindah-rumah-1.38186

Tiada ulasan:

Catat Ulasan