Pengundi 'atas pagar' (Digelar Poros Tengah di Indonesia) yang beberapa waktu lalu masih belum membuat keputusan, kini diberitakan mulai menyokong Pakatan Rakyat, suatu tanda positif ke arah kemenangan Pakatan Rakyat dalam PRU Ke-13 akan datang.
Pemerhati politik melihat petunjuk ini berdasarkan beberapa tanda, antara lain:
+ Semakin ramainya golongan yang dikenal 'Atas Pagar' datang mendengar ceramah dari pemimpin Pakatan Rakyat seluruh negara, hatta ceramah jauh di pedalaman.
Para petugas PR yang biasa mengawal di banyak majlis ceramah telah mengenal pasti bahawa ramai dari kalangan yang bukan penyokong komponan pembangkang itu selama ini telah hadir mendengar ceramah PR di pelbagai tempat.
+ Berdasarkan soal-selidik secara rambang oleh kumpulan peninjau Pakatan Rakyat yang bertugas mengikuti majlis ceramah PR.
+ Jentera Pakatan Rakyat membuat tinjauan di pelbagai lokasi, terutama di pasar malam, pasar tani, hentian bas dan teksi, pusat membeli belah dan sebagainya dengan mendengar perbualan orang ramai mengenai isu-isu yang berbangkit menjelang pilihan raya akan datang.
+ Perbualan rakyat di pelbagai majlis jamuan di pelbagai tempat yang bercakap mengenai pembaziran, pemborosan, rasuah, penyelewengan dan sebagainya. Dicakapkan secara terbuka di majlis tersebut.
+ Ulasan dan pesanan yang terpancar dari SMS, Twitter, Facebook, malah ulasan dari pembaca di pelbagai blog dan wabesite serta tulisan orang awam dari pelbagai media alternatif.
Menurut pemerhati, perkembangan menarik ini sebenarnya bermula dari Himpuan Bersih 2.0 pada 9 Julai tahun lalu yang dilihat sangat berkesan dalam usaha menyedarkan orang ramai akan hak mereka terutama menuntut sebuah pilihan raya yang bebas dan demokratik.
Kehadiran Sasterawan Negara A. Samad Said di Himpunan Bersih 2.0 itu sangat memberi kesan kepada anak muda untuk menyokong tuntutan Berrsih 2.0 hingga beliau menjadi ikon yang sangat berpengaruh kepada anak muda.
Sejak Himpunan Bersih 2.0 itu hingga kini, anak-anak muda itu – yang selama ini bersikap tidak peduli politik dan perkembangan semasa – mulai memberi perhatian kepada isu kebebasan dan demokrasi, isu rasuah, penyelewengan, pembaziran, pemborosan dan sebagainya yang berlaku secara besar-besaran di tanah air.
Himpunan Bersih 2.0 itu dilihat sebagai turning-point yang penting kepada pemikiran masyarakat bahawa himpunan itu telah meruntuhkan tembok perasaan 'takut' rakyat untuk menuntut hak mereka. Walaupun ini hanya berlaku di Kuala Lumpur, tetapi kesannya meluas.
Ini bermakna rakyat sudah tidak takut lagi bersuara, anak-anak muda yang menyertai himpunan tersebut menyalurkan maklumat mengenai tuntutan Bersih 2.0 kepada masyarakat di luar Ibu Kota.
Di samping itu, kebangkitan mahasiswa di sana sini yang menuntut AUKU dimansuhkan turut memberi kesan kepada golongan 'atas pagar' dan golongan muda untuk menyokong pembangkang yang berjanji untuk memberikan kebebasan kepada golongan pelajar dalam melaksanakan hak mereka jika menang dalam PRU Ke-13.
Sementara itu, kenaikan harga barang keperluan yang menyebabkan kos sara hidup begitu tinggi dan 'mencengkam' golongan berpendapatan rendah dan sederhana menyebabkan sesetengah mereka, yang selama ini tidak peduli politik dan apapun yang berlaku, mulai kritikal terhadap parti yang memerintah.
Memanglah pemberian RM500 oleh kerajaan kepada takyat yang berpendapatan RM3,000 ke bawah sebanyak sedikit memberi kesan, terutama kepada penduduk luar bandar. Namun pemberian tersebut tidak mempunyai erti berbanding dengan kenaikan harga barang keperluan, khususnya harga ikan, minyak, beras, gula dan tol.
Golongan 'atas pagar' muncul kerana rakyat menyaksikan pelbagai kemungkaran berlaku – politik, ekonomi, sosial – disebabkan penyelewengan, rasuah, manipulasi, pemborosan dan pelbagai lagi. Rakyat bosan dengan kepincangan yang berlaku ini.
Sementara itu, semakin dekat dengan PRU Ke-13, semakin menjadi-jadi keganasan berlaku – gangguan kepada majlis ceramah pembangkang, merosakkan kereta, ancaman, pembakaran bendera pembangkang, semburan cat pejabat pembangkang dan pelbagai lagi.
Semua kejadian yang menakutkan ini menunjukkan trend yang tidak baik menjelang PRU Ke-13 dan ini menjengkelkan hati golongan yang cintakan keamanan dan keharmonian yang selama ini tidak memihak ke mana-mana parti politik telah memihak kepada pembangkang.
Sementara itu pada pendapat saya, Pakatan Rakyat perlu secara intensif mewar-warkan 'Buku Jingga' yang memuatkan 10 tawaran atas Pakatan Rakyat kepada rakyat jika memenangi PRU Ke-13. Di samping itu buku 'Negara Berkebajikan' yang disusun oleh PAS juga perlu disebarluaskan dalam kempen Pakatan Rakyat, bersekali dengan 'Buku Jingga'.
Menurut tinjauan, kedua-dua buku tawaran Pakatan Rakyat ini belum disebarluaskan secara menyeluruh, di mana hingga kini masih banyak kawasan pilihan raya seluruh negara yang masih belum didedahkan kepada dua buku tersebut.
Apabila golongan 'Poros Tiga' ini didedahkan secara terperinci akan isi dua buku penting ini, saya fikir golongan ini, dengan izin Allah, akan kekal menyokong Pakatan Rakyat dalam PRU Ke-13 nanti.
Oleh itu, jika pengundi golongan muda dan golongan 'atas pagar' ini terus menerus menyokong Pakatan Rakyat, maka saya percaya, Insya-Allah, jalan 'menuju ke Putrajaya' akan lebih mudah.
Oleh itu, Pakatan Rakyat perlu fokas kepada dua golongan ini, di samping tidak melupakan pengundi biasa dan luar bandar. Jika pilihan raya berlansung pada 3 Jun ini, seperti yang dihebohkan, Pakatan Rakyat perlu memanfaatkan masa yang singkat ini sebaik-baiknya.
MELBOURNE: Seorang wanita Australia semalam memberitahu bagaimana dia ketakutan apabila menemui ulat yang masih hidup dalam makanan ringan dimakannya ketika berada dalam penerbangan Qantas dari Los Angeles ke Melbourne.Victoria Cleven, 42, mula membuka makanan ringan terdiri daripada kacang dan buah-buahan kering untuk dimakan ketika dalam penerbangan pulang Khamis lalu. Ketika itu, dia tidak membuka lampu dalam kabin pesawat yang gelap.
"Ia rasa pelik dan apabila saya membuka lampu kabin serta melihat isi peket itu, saya mula nampak ulat keluar dari bungkusan itu," katanya kepada akhbar Herald-Sun. "Saya terkedu dan hampir muntah," katanya.
Anak lelakinya yang berusia 15 tahun kemudian memeriksa dua lagi bungkusan makanan ringan itu dan turut menemui ulat di dalamnya. Sementara itu, Qantas meminta maaf kepada Victoria dan berjanji akan menyiasat bagaimana kejadian itu boleh berlaku. - AFP
KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat tidak akan bersidang pada 11 dan 12 April sempena istiadat pertabalan Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada 11 April.
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata dewan akan kembali bersidang dari 16 hingga 19 April bagi membolehkan rang undang-undang dibahas dan diluluskan.
"Kerajaan memutuskan supaya mesyuarat Dewan Rakyat ditambah empat hari pada 16 hingga 19 April 2012," katanya di Dewan Rakyat di sini hari ini.
Ini selaras dengan peraturan mesyuarat 11(2) peraturan-peraturan majlis mesyuarat Dewan Rakyat, kata Pandikar Amin. - BERNAMA
KUALA LUMPUR, 3 April: Selepas 10 hari dilancarkan, tabung pembinaan surau Shanghai, Sandakan, Sabah telah mengumpulkan dana sebanyak 30,959.57.
Jumlah ini adalah yang terkini ada dalam akaun itu sebagaimana yang disahkan oleh Pegawai Penerangan PAS, Mohd Shahir Abu Hassan.
Akaun Tabung Pembinaan Surau Shanghai telah dibuka oleh Lajnah Penerangan dan Dakwah PAS Pusat pada 21 Mac lepas.
Sejak itu sumbangan datang dari pembagai pihak yang prihatin dengan pembinaan surau yang akan di bina pulau Shanghai yang terletak kira-kira setengah jam perjalanan dengan bot laju dari Sandakan, Sabah.
(Tuan Ibrahim serta ahli konvoi dan penduduk tempatan memacakkan kayu sebagai tanda janji untuk membina sebuah surau di pulau Shanghai 31 Disember 2011 lalu)
Cadangan pembinaan ini diputuskan oleh konvoi jelajah Lajnah Penerangan dan Dakwah PAS Pusat yang diketuai oleh pengerusinya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pada 31 Disember 2011 lalu.
Mereka mensasarkan kutipan sebanyak RM100,000 untuk pembinaan surau ini.
Pembinaan dijangka akan bermula pertengahan April ini apabila pemimpin lajnah ini akan turun sekali lagi ke pulau itu.
Pulau dipenuhi dengan umat Islam ini tidak mempunyai sebarang kemudahan asas yang utama termasuk dewan orang ramai.
Penduduknya terpaksa ke pulau lain jika hendak bersembahyang jamaah atau jumaat.
Kepada sesiapa yang ingin menyumbang boleh di masukkan terus ke akaun 14041010080138 Bank Islam.
Saya amat hairan mengapa akhbar tradisi seperti Berita Harian dan Utusan Malaysia sanggup membawa berita yang tidak tepat dari seorang yang kononnya menjadi juara orang Melayu Pulau Pinang.
Lebih buruk daripada itu berita tersebut tidak mendapat keadilan dari pihak yang dituduh untuk membuat penjelasan.
Saya merujuk kepada berita tentang tanah Bayan Mutiara yang disensasikan mengikut selera perkauman dan agama yang sempit walaupun isu yang dibangkitkan lebih kepada soal pentadbiran dan undang-undang.
1. Faktanya ialah pelan pembangunan yang diluluskan oleh MPPP tahun 2006 adalah berdasarkan kepada penyerahan oleh syarikat sebelumnya yang gagal membangunkan tapak tersebut walaupun fasa 1 pelan telah diluluskan.
Semua sudah sedia maklum apabila tanah ini diambilalih oleh pemaju baru yang membelinya secara tender terbuka, satu pelan pembangunan baru mesti diserahkan kepada MPPP kerana pelan yang lama tidak diperakui lagi. Pelan baru belum diserahkan untuk pembangunan lagi.
2. Faktanya juga ialah ketika tanah yang diperuntukkan untuk tapak mesjid telah diluluskan pada ahun 2006, mengapakah kerajaan BN/Umno ketika itu tidak mengambil inisiatif untuk memecah lot itu dan menggazetkannya untuk diserahkan kepada MAIPP sedangkan mereka mempunyai masa 1 tahun lebih untuk berbuat demikian sebelum Pakatan ambil alih.
Tiba-tiba kerajaan hari ini pula disalahkan dalam isu tanah mesjid.
3. Faktanya juga tanah untuk mesjid diwajibkan sebagai syarat untuk lulus jika kawasan itu mempunyai rumah lebih dari 1,300 atau 1,500 unit.
Kaedah yang sama akan terpakai jika penyerahan pelan baru dibuat bagi pemaju yang membeli tanah tersebut hari ini.
4. Faktanya tidak ada pengazetan tanah tersebut di MAIPP untuk tujuan tapak mesjid dan kerana itu tidak timbul soal menjual tapak mesjid seperti yang didakwa.
Berdasarkan kepada fakta di atas khusus tentang soal tanah mesjid, saya menyeru kepada Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang supaya jangan bermain isu ini dengan niat menimbulkan sentimen kebencian seolah-olah kerajaan Pakatan di Pulau Pinang menidakkan hak orang Islam di Pulau Pinang.
Kami dari PAS berdiri teguh mempertahankan hak orang Melayu dan Islam sebagaimana kami terus membela kepentingan semua kaum seperti yang termaktub dalam tawaran kami kepada rakyat.
Kami juga berdiri teguh di bawah kepimpinan YAB Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang dalam usaha beliau bersama PAS membawa politik yang lebih adil untuk semua rakyat di Pulau Pinang.
Carilah modal politik yang lain seperti menawarkan manifesto yang lebih menarik kepada orang ramai untuk mendapat sokongan tetapi jangan sekali-kali bermain api kebencian kelak nanti akan membakar diri sendiri.
Penulis adalah Ahli Parlimen Malaysia kawasan Parit Buntar dan anak jati Pulau Pinang.
Selepas Pemamgku Raja Perak menyempurnakan titah ucapan perasmian Sidang DUN pada hari ini, dan Mufti perak membaca doa, Speaker DUN mengumumkan penangguhan sidang DUN ke esok hari bermula pada jam 10 pagi.
BUDAPEST 3 April – Presiden Hungary, Pal Schmitt hari ini meletak jawatan selepas mendapati tesis sarjana kedoktoran miliknya adalah hasil plagiat dan tersebar luas.
Tesis sarjana kedoktoran miliknya pada tahun 1992 didapati adalah hasil terjemahan daripada penyelidik Bulgaria, Nikolai Georgiev yang dibuat ada tahun 1987.
Manakala sebahagian lagi diambil daripada kajian kes seorang penyelidik, Klaus Heineman.
Bagaimanapun, beliau berjanji untuk menentang keputusan di mahkamah kelak tetapi bersetuju untuk meletak jawatan. - AGENSI
YANGON: Pejuang pro-demokrasi, Aung San Suu Kyi menyifatkan Myanmar kini mengalami "era baru" dan meminta perpaduan politik selepas partinya mencatat kemenangan pada pilihan raya dan dianggap ujian untuk melakukan perubahan.
Pemenang Hadiah Nobel keamanan berusia 66 tahun itu mencapai kemenangan kerusi Parlimen pertama. Katanya, Parti NLD memenangi 40 daripada 44 kerusi yang ditandingi. - AFP
ANGGOTA polis melewati mayat mangsa tembakan rambang di Oakland, California, Amerika Syarikat, hari ini. Menurut pihak berkuasa, seorang lelaki melepaskan tembakan di kolej swasta yang membunuh tujuh mangsa dan mencederakan tiga yang lain. - Foto Reuters
11 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -
OAKLAND: Tujuh orang maut dan tiga lagi cedera apabila seorang lelaki melepaskan tembakan dalam kolej agama persendirian California, dekat San Francisco.
Suspek yang kemudiannya ditahan, berdiri di dalam kelas dan menembak seorang mangsa di bahagian dadah sebelum menembak bertalu-talu. "Sekarang ada tujuh keluarga terpaksa berdepan dengan perbuatan yang dahsyat ini," kata Pengerusi Majlis Bandaraya Oakland, Larry Reid selepas kejadian di Universiti Oikos, East Oakland. - REUTERS
MEXICO CITY: Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan barat daya Mexico awal pagi tadi menyebabkan beribu-ribu penduduk lari bertempiaran akibat ketakutan.
Tiada laporan mengenai kemalangan atau kerosakan harta benda. Kajian Geologi Amerika Syarikat, berkata gempa bumi itu berpusat pada 158 kilometer dari Huajuapan de Leon, wilayah Oaxaca dan kedalaman 12.3 kilometer.
Penduduk berkata, gempa bumi itu menggegarkan Mexico City mengakibatkan orang ramai panik meninggalkan rumah dan bangunan di kawasan ibu negara berkenaan.
Beribu-ribu orang membanjiri tempat tumpuan umum di bandar itu, Paseo de La Reforma. - AFP
DELAND: Sekurang-kurangnya lima orang dipercayai cedera selepas sebuah pesawat ringan terhempas di dalam pusat membeli-belah di Florida, malam tadi.
Beberapa orang dalam pusat membeli-belah itu menghubungi pihak berkuasa pada kira-kira jam 7.20 malam (waktu tempatan) bagi memaklumkan kejadian berkenaan. Pemanggil berkata, enjin pesawat itu terhenti dan terlanggar bangunan berkenaan, kemudiannya terbakar di pusat membeli-belah berkenaan tidak jauh dari Lapangan Terbang Deland. - AP
10 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -ADUN titi serong bergambar bersama adun selingsing, yb hussin din dan adun buntong, yb sivasubramanian semenatara menunggu upucara perasmian sidang dun perak pada pagi ini.
Jangkaannnya inilah sidang terakhir bagi penggal ke 12 bagi dun negeri perak bagi negeri yang penuh dengan pergolakan akibat sikap bn yang tidak menghormati demokrasi dengan melakukan rampasan kuasa pada 6 feb 2009.
Bermula dari tarikh itu sidang dun perak sering diwarnai dengan kekecohan akibat dari pelanggaran sistem undang-undang dan peraturan yang sedia ada.
Pelbagai kejanggalan berlaku bila sidang dun yang dikendalikan oleh speaker yang dilantik secara tidak sah dengan menafikan speaker yang sah, yb sivakumar.
Antaranya hak berbahas yang dihadkan masanya, soalan ditolak tanpa alasan yang munasabah, pembesar suara yang tidak berfungsi dengan baik , dan berbagai lagi kejanggalan yang tidak sepatutnya berlaku .
Selain itu penggantungan adun titi serong, drs khalil idham lim dengan isu bomoh yang dibawanya menunjukkan betapa pengendalian dewan oleh seorang speaker yang tidak mengikut peraturan dewan yang sekian lama diguna pakai.
Kempen hari tanpa bungkusan plastik atau beg plastik itu yang dikuatkuasakan kepada semua pusat membeli belah pada setiap hari Sabtu adalah menyusahkan orang ramai untuk membeli belah di hujung minggu, dan begitu juga pada hari tersebut pelanggan akan berkurangan berkunjung ke situ kerana mengelakkan daripada membayar harga bungkusan plastik yang dikenakan itu dan barangan yang dibeli terpaksa pula dihadkan bilangannya.
Adalah wajar sekali kempen hari tanpa plastik ini dikaji semula kerana ianya tidak mendatangkan kesan apa-apa melainkan hanya menyusahkan orang awam dan merugikan pihak pusat membeli belah sahaja.
Saya cadangkan kempen hari tanpa plastik ini ditukarkan kepada kempen membawa beg atau bakul sendiri dan sesiapa yang membawa bakulnya sendiri akan dapat pemotongan harga istimewa atau mendapat hadiah tertentu sebagai galakan kepada pelanggan.
Dalam pada itu disyorkan penjualan arak dan makanan basah yang diharamkan oleh agama Islam yang telah pun diasingkan sudut jualannya itu hendaklah juga diasingkan kaunter bayarannya dimana seorang pekerja kaunter yang bukan beragama Islam ditempatkan dikaunter khas itu.
Untuk itu adalah wajar sekali premis jualan barangan basah yang tidak halal dan minuman keras dijual di luar pusat membeli belah utama dan sebaiknya ditempatkan 'mini market' bersebelahan dengan pusat membeli belah utama tersebut bagi kemudahan pelanggan yang bukan beragama Islam membelinya.
Dicadangkan juga supaya semua pusat membeli belah menyiarkan laungan azan melalui corong radio FM apabila masuknya waktu azan bagi menghormati azan dan menandakan umat Islam bersedia untuk bersolat. Diharapkan juga setiap pusat membeli belah membina surau yang lebih sempurna bagi memudahkan umat islam untuk mengerjakan kewajipan mereka itu.
Pusat membeli belah juga sepatutnya menyediakan sudut barangan makanan halal segala hasilan buatan Bumiputra agar mudah pelanggan untuk memilih dan membelinya di bawah satu bumbung sahaja.
TRONOH – Penduduk Bandar Baru Siputeh, di sini kesal dengan sikap agensi kerajaan yang dikatakan tidak mengambil tindakan terhadap individu mengusahakan tanaman kelapa sawit di tanah rizab milik Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).
Penduduk, Ahmad Buliya Hamim Hashim, 44, berkata, meskipun isu itu telah dimaklumkan kepada pihak berkenaan sejak 2008, namun sehingga kini tiada tindakan diambil.
Menurutnya, penanaman (kelapa sawit) yang dibuat di sepanjang Lebuhraya Ipoh-Lumut itu bukan sahaja menghalang pemandangan, tetapi penggunaan baja tahi ayam memberi kesan langsung pencemaran bau kepada penduduk berhampiran.
"Kami telah membuat bantahan sebelum penanaman kelapa sawit berhampiran Sungai Siputeh di tanah seluas 0.8 hektar itu dilaksanakan sekitar Julai 2008 lalu.
"Perniagaan banyak yang terjejas kerana dilindungi kelapa sawit dan baja yang digunakan menyebabkan lalat semakin banyak, tidak mustahil boleh menjejaskan kesihatan penduduk," katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.
Difahamkan, individu yang menjalankan aktiviti penanaman berkenaan pernah memaklumkan memiliki lesen menduduki sementara (TOL) untuk menanam di kawasan tanah rizab berkenaan.
Bagaimanapun, kenyataan itu tidak benar apabila penduduk kampung yang membuat pemeriksaan mendapati, Pejabat Daerah tidak pernah mengeluarkan sebarang TOL di lokasi yang dinyatakan.
Seorang lagi penduduk, Shaharudin Nik, 63, pula bimbang sekiranya pembangunan di kawasan itu terbantut gara-gara sikap pentingkan diri sesetengah individu yang cuba mengaut keuntungan.
Buat masa ini katanya, kesan awal sudah mula dirasai apabila ada peniaga berpindah ke kawasan lebih maju hanya disebabkan pokok yang ditanam melindungi pandangan pelanggan yang melalui lebuh raya berkenaan.
"Kami sudah mula berputus asa apabila setiap aduan tiada tindakan walaupun jelas menanam pokok kekal seperti pokok kelapa sawit di atas tanah itu satu kesalahan," katanya.
DYTM Pemangku Raja Perak sedang menyampaikan Titah Ucapan perasmian.
11 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - Persidanngan pertama , mesyuarat kelima, penggal kelima dewan negeri Perak pada hari ini disempurnakan oleh DYTM Pemangku Raja Perak dengan Titah Ucapan perasmian.
Kesemua 59 ADUN Negeri Perak dari pakatan Rakyat dan Barisan Nasional hadir dalam sidang pada
Dewan Undangan negeri Perak mengucapkan ucapan takziah diatas kemangkatan DTM Raja Kecil Sulong anakanda kepada DYMM Sultan Perak pada 30 Mac yang lepas. Ucapan tersebut memulai sidang DUN Perak pada hari ini seperti yang dibentang oleh YAB Menteri Besar Perak.
Beliau meminta sisi dewan yang beragama Islam untuk membaca Al Fatihah dan yang bukan beragama Islam bertafakur.
TAIPING - Bau busuk dari sebuah rumah di Kampung Aman yang menimbulkan tanda tanya kepada penduduk akhirnya terbongkar apabila polis menjumpai mayat seorang wanita dalam keadaan bogel dan terikat.
Hasil maklumat jiran, sepasukan polis diketuai Asisten Superintenden Saerah Dollah dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping ke rumah berkenaan untuk menjalankan siasatan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Taiping, Superintenden Mohd Ismon Suratman berkata, polis menemui mayat seorang wanita di ruang tamu rumah No. 27-505, Kampung Aman, Pokok Assam kira-kira jam 5.30 petang kelmarin.
Katanya, ketika ditemui mayat itu dalam keadaan bogel dan kedua-dua kaki diikat dengan wayar manakala mayatnya membengkak dipercayai meninggal dunia tiga atau empat hari yang lalu.
"Pintu rumah bahagian dapur tidak berkunci dan boleh dibuka manakala keadaan rumah berselerak akibat digeledah. Mangsa seorang pesara kerajaan tinggal sendirian dalam rumah berkenaan.
"Bagaimanapun polis masih dalam siasatan bagi memastikan barangan yang hilang, termasuk kemungkinan berlaku samun. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.
Mohd Ismon berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Bainun Ipoh untuk bedah siasat bagi menentukan punca kematian
KUALA LUMPUR, 3 April: Perdana Menteri diminta menyatakan kos mengerjakan haji yang sebenar tanpa pemberian subsidi dan senaraikan perincian kos tersebut.
Demikian soalan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar (gambar) bagi jawab lisan pada persidangan Dewan Rakyat yang bermula jam 10.00 pagi ini.
Berikut ialah pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan daripada ahli-ahli Parlimen PAS di Dewan Rakyat hari ini.
Datuk Dr Mohd Hayati Othman [Pendang] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah Klinik Cure & Care dan jumlah pelanggan yang mendapatkan perkhidmatan serta kesannya kepada pelanggan sehingga kini dan anggota terlibat dan jenis perkhidmatan yang diberikan.
Dr Siti Mariah Binti Mahmud [Kota Raja] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah rasionalnya Ketua Pengarah Jabatan Kesatuan Sekerja (DGTU), Kementerian Sumber Manusia membenarkan pendaftaran sebuah lagi kesatuan pekerja MAYBANK (MAYNEU) sedangkan kesatuan yang sah ialah NUBE. Apakah langkah Kerajaan untuk memastikan pemberian ganjaran (gaji dan bonus) pekerja sokongan dan perkeranian di dalam syarikat GLC seperti Maybank lebih adil dan saksama.
Muhammad Husain [Pasir Puteh] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan permainan-permainan tradisional yang dianggap masih ada dalam masyarakat sekarang dan jumlah peruntukan yang digunakan Kerajaan bagi membantu mengikut jenis-jenis permainan berkenaan.
Che Uda Che Nik [Sik] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan bahawa setiap kali banjir berlaku, Kerajaan berjanji untuk memasang alat pengesan dan amaran awal banjir di kawasan-kawasan yang sering berlaku banjir, di mana alat-alat ini di pasang dan bilangan tambahan alat dipasang sejak 2010 hingga sekarang. Datuk Mahfuz Omar [Pokok Sena] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah FBC Media Ltd membayar balik jumlah wang RM80 juta yang dibayar oleh Kerajaan kepada FBC Media Ltd selepas BBC memohon maaf kerana menyiarkan program hal ehwal semasa termasuk 8 program dokumentari untuk menaikkan imej Kerajaan Barisan Nasional dan kepimpinan Perdana Menteri di peringkat antarabangsa yang melanggar peraturan dalaman syarikat dan adakah Kerajaan akan menuntut kembali wang tersebut.
Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin [Bukit Gantang] minta PERDANA MENTERI menyatakan senarai pengumuman-pengumuman semua peruntukan yang dibuat beliau ketika melawat dan berada di Negeri Perak dalam lawatan rasminya sepanjang 12 September, 2011 hingga 12 Mac 2012. Nyatakan secara terperinci penerimanya (seperti sekolah, jabatan, agensi Kerajaan, rumah ibadat, kaum asli dan kaum lain, NGO, dewan-dewan dan lain-lain).
Mohd Firdaus Jaafar [Jerai] minta PERDANA MENTERI menyatakan kos mengerjakan haji yang sebenar tanpa pemberian subsidi dan senaraikan perincian kos tersebut.
Dr Mohd Hatta Md Ramli [Kuala Krai] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan langkah-langkah yang diambil bagi meningkatkan keupayaan capaian 3G oleh syarikat telekomunikasi di kawasan luar bandar yang mengalami masalah kegagalan jalur lebar akibat kecurian kabel talian kekal yang berleluasa.
Pendana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menjanjikan 1000 tempat matrikulasi untuk pelajar-pelajar India untuk sesi 2012/2013. Beliau mengumumkan hal ini di program sambutan ponggal yang diadakan di Kapar pada 26/2/2012.
Adakah pengumuman beliau itu benar dan ikhlas? Saya risau ini juga akan menjadi satu lagi janji kosong Barisan Nasional selepas pilihanraya. Saya tidak mahu Barisan Nasional menipu masyarakat India lagi. Jika benar apa yang dijanjikan oleh Najib, beberapa persoalan perlu dijawab berhubung dengan perkara ini.
Pertama sekali, adakah pemberian 1000 tempat matrikulasi untuk pelajar-pelajar India ini telah dibincang dan diluluskan di dalam mesyuarat Kabinet? Jika ya, bilakah ia diluluskan?
Kedua, kenapakah perkara ini tidak diumumkan oleh Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin sehingga hari ini. Belaiu sebagai Menteri Pelajaran sepatutnya membuat pengumuman rasmi berhubung dengan pemberian 1000 tempat matrikulasi kepada pelajar-pelajar India.
Ketiga, Kenapakah setakat ini masih belum ada 'blue print' berhubung dengan perkara yang dibangkitkan. Pengumuman Najib patut disokong dengan 'blue print' yang terperinci bagaimana perkara ini akan dilaksanakan oleh kerajaan.
Keempat, Najib harus memberi maklumat yang terperinci mengenai bilangan pelajar matrikulasi yang akan diambil di setiap Instititut Pengajian Tinggi Awam. Bilangan pelajar mengikut universiti dan kolej perlu disenaraikan. Kelima, bilangan tempat mengikut program atau bidang kursus matrilukasi juga perlu disenaraikan untuk pengetahuan umum.
Kesemua persoalan di atas perlu dijawab oleh Najib sebelum janji yang dibuat itu boleh dipercayai. Jika beliau tidak berani menjawap soalan-soalan di atas, maka sudah pasti janji ini merupakan janji kosong pilihanraya untuk memenangi hati masyarakat India.
Berhubung dengan perkara itu, Pakatan Rakyat Perak telah melancarkan satu risalah Bahasa Tamil meminta Najib menjawab soalan-soalan yang dibangkitkan. Risalah tersebut telah dilancarkan di Pasar Awam Jelapang pada pagi ini.
WASHINGTON - Satu taufan besar bersaiz lima kali Bumi meletus di permukaan matahari melibatkan pusingan gas-gas terpanas lebih daripada 160,934 kilometer (km) sejam dan melebihi dua juta darjah Celsius.
Penemuan bersama taufan, Dr Huw Morgan berkata, taufan unik dan hebat itu mungkin memainkan peranan penting terhadap cetusan ribut-ribut solar global.
Gas-gas terpanas bermula 50,000 kepada 2 juta Kelvin disedut daripada akar dasar dan berpusar memasuki atmosfera sejauh 200,000 km tidak kurang tiga jam.
Puting beliung suria turut menarik medan magnet dan arus elektrik ke dalam atmosfera yang tinggi.
PUTRAJAYA: Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) menggesa kerajaan bertindak proaktif untuk mengurangkan lesen pukat tunda atau mengharamkan sama sekali kegiatan itu bagi melindungi hidupan marin dan terumbu karang.
Pengarah Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Eksekutif WWF, Datuk Dr Dionysius Sharma, berkata penggunaan pukat tunda yang diheret sepanjang dasar laut, membawa kemusnahan dan menjadi punca utama terjejasnya sektor perikanan negara. "Cara memukat ikan dengan menunda jala sampai ke dasar laut bukan amalan mampan bagi memastikan pemuliharaan alam sekitar kerana ia menggugat imbangan ekologi alam dan bercanggah dengan pengurusan penuaian hasil semula jadi alam. "Tambahan pula, kekerapan pukat tunda menjala ikan boleh menyebabkan spesies hidupan laut tertentu terancam kerana amalan ini menyebabkan semua hidupan laut terperangkap, tidak kira yang mempunyai nilai komersial atau sebaliknya.
"Ini memberi tekanan kepada proses pembiakan spesies hidupan marin dan kerajaan perlu bertindak segera bagi menyelamatkan khazanah laut negara daripada diancam kepupusan," katanya ketika dihubungi semalam.
Sehubungan itu, beliau menggesa agensi kerajaan berkenaan menyelaras peraturan lebih ketat bagi operasi pukat tunda dan tidak lagi mengeluarkan permit kepada bot pukat tunda yang gagal mematuhi arahan dikeluarkan.
Antara lain, Dionysius mengesyorkan satu Penilaian Strategik Alam Sekitar dilakukan terhadap kesan operasi bot pukat tunda terhadap alam semula jadi marin. Beliau juga mahu langkah proaktif diambil bagi melaksanakan amalan perikanan lebih mesra alam dengan undang-undang dan peraturan ketat serta pemantauan lebih kerap bagi memastikan pematuhannya.
Katanya, pihak berkuasa juga harus bekerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) dan nelayan bagi melakukan audit ekologi marin, kepelbagaian biologi dan dasar laut yang sensitif di kawasan kerap berlaku kegiatan perikanan menggunakan pukat tunda.
"WWF menerusi Inisiatif Segi Tiga Terumbu Karang sudah merumuskan pelan bertindak pada peringkat serantau dan kebangsaan bagi menyokong usaha itu.
"Kami juga menggalakkan pelaksanaan pengurusan perikanan dan pemuliharaan kawasan yang mengharamkan penggunaan pukat tunda bagi membolehkan sistem ekologi sesuatu kawasan kembali pulih," katanya.
Difahamkan, terdapat kira-kira 28,705 nelayan terbabit dalam sektor perikanan menggunakan pukat tunda termasuk 18,218 beroperasi di Semenanjung Malaysia.
PULAU PINANG 2 April – Seorang ahli Pas Bahagian Tanjong hari ini membuat laporan polis selepas dia menerima dua kiriman khidmat pesanan multimedia (MMS) yang memaparkan lelaki mirip seorang pemimpin pembangkang hanya bertuala dalam sebuah bilik.
Ramli Md. Isa berkata, beliau menerima dua kiriman MMS masing-masing berdurasi tiga dan satu saat kira-kira pukul 10 malam semalam.
"Saya terkejut kerana menerima MMS dari nombor yang tidak dikenali dan apabila saya cuba menghubunginya, panggilan itu tidak dijawab walaupun saya menghubungi lagi beberapa kali.
"Sehubungan itu, saya membuat laporan polis supaya pihak berkuasa menyiasat kesahihan MMS ini dan adakah benar lelaki dalam MMS itu adalah seorang pemimpin tertinggi pembangkang yang juga merupakan Ahli Parlimen di negeri ini," katanya selepas membuat Laporan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Timur Laut di sini hari ini.
Ramli berkata, salah satu MMS itu pula memaparkan pemimpin pembangkang itu dalam keadaan sedang menundukkan badannya. - UTUSAN
KULIAH AGAMA Bersama Tuan Guru Hj Ahmad Tajuddin bin Md. Jali - Penasihat Program Pengajian Pondok, Madrasah Tarbiyah Madinatul Ilmi, Batu Kurau, Perak Tarikh : 6 April 2012, Jumaat Masa : 7 mlm Tempat : Pasti Al Hikmah, Taman Tuanku Jaafar Fasa 3, Senawang Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir
KULIAH AGAMA Bersama Tuan Guru Hj Ahmad Tajuddin bin Md. Jali - Penasihat Program Pengajian Pondok, Madrasah Tarbiyah Madinatul Ilmi, Batu Kurau, Perak Tarikh : 6 April 2012, Jumaat Masa : 7 mlm Tempat : Pasti Al Hikmah, Taman Tuanku Jaafar Fasa 3, Senawang Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir
Laporan akhbar mengatakan PKNS tawarkan tanah untuk pembinaan Hospital Rembau pada harga RM 22 sekaki ( RM 2.39 juta sehektar). Laporan akhbar juga menyebut Hospital Rembau akan dibina atas tanah seluas 18 hektar. Jika semua tanah tersebut adalah milik PKNS, adakah kos tanah sahaja untuk Hospital Rembau ini mencecah sehingga RM 42.64 juta, sedangkan kos pembinaan hospital ialah RM 122.6 juta?
KUALA LUMPUR 29 Mac 2012 - Pembinaan Hospital Daerah Rembau di Negeri Sembilan akan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu melibatkan kerja-kerja tanah dan pembinaan bangunan dengan kos dianggarkan berjumlah RM122.6 juta.
Hospital Daerah Rembau akan dibina di atas tapak seluas 18 hektar di Mukim Chembong dengan kapasiti 76 katil.
Pada awal tahun 2008 Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan mengumumkan pembinaan sebuah lagi kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Rembau. Pada 31 Mac 2012 di DUN Kota, sekali lagi Datuk Seri Mohamad Hasan mengatakan Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Negeri Sembilan yang ketiga akan di bina di Rembau dan ia masih di peringkat awal cadangan.
Berapakah pampasan yang akan diberikan kepada orang kampung sekiranya tanah mereka diambil untuk pembinaan kampus UiTM ini? Adakah ianya seperti tawaran tanah PKNNS di Chembong untuk pembinaan Hospital Rembau iaitu RM 958,320.00 seekar bersamaan dengan RM 22 sekaki persegi?
REMBAU, 31 Mac 2012 – "Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Negeri Sembilan yang ketiga akan di bina di Rembau. Walau pun masih di peringkat awal cadangan, Kerajaan Negeri telah mengenalpasti dua ke tiga lokasi sesuai bagi pembinaannya kelak." Ujar Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan ketika berucap di Rembau petang tadi.
SEREMBAN 31 Jan 2008 - Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, projek itu juga akan membantu membangunkan Rembau sebagai destinasi pelancongan terkenal. Selain itu katanya, kawasan rekreasi kolam air panas Pedas juga akan diperbesarkan dengan tambahan kemuda han seperti hotel bertaraf antarabangsa dan dewan persidangan.
Beliau juga mengumumkan pembinaan sebuah lagi kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Rembau selepas kampus di Kuala Pilah di mana ia dibuat secara inisiatif pembiayaan swasta (PFI).
Jika Turki yang tiada sesen pun hasil minyak mampu memberi pendidikan percuma kepada rakyatnya, tiada sebab Malaysia yang mencatat untung RM90 bilion setahun dari sumber petroleum tidak berupaya melakukan kebajikan sama.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, (gambar) berkata Recep Tayyib Erdogan memberi pendidikan percuma kepada rakyat dari peringkat rendah hingga universiti walaupun baru tiga penggal memerintah Turki.
"Bila kita sebut mansuh PTPTN, isu utama yang harus difokus ialah pendidikan percuma untuk semua rakyat terutama golongan miskin. Bukan isu nak pindahkan wang Petronas bayar PTPTN.
"Prinsip asasnya ialah pendidikan percuma dari peringkat rendah hingga ke universiti," katanya pada dialog bertajuk 'Pemberdayaan Kebajikan dan Ekonomi Rakyat' anjuran Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor di Subang Jaya 31 Mac lalu.
Beliau mengakui PTPTN adalah isu paling popular yang diaju kepadanya termasuk di facebook dan twitter.
Walaupun PTPTN dimansuh, Anwar berkata, Pakatan Rakyat memberi jaminan tidak akan membuang kakitangan di perbadanan itu kerana mereka akan diserap ke Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi.
"Walaupun pegawai ramai, kita juga tetap pastikan khidmat atau mutu kerja mereka bertambah baik untuk rakyat," katanya.
Mengenai pemberian 20 peratus royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan seperti yang termaktub dalam Buku Jingga, Anwar berkata ia tidak akan menjejaskan negeri lain.
Ini kerana, katanya, 80 peratus hasil minyak itu mampu menampung perbelanjaan negara dengan memastikan royalti diurus mengikut pengurusan yang baik.
"Keutamaan royalti 20 peratus difokus kepada golongan miskin. Apabila kita menyebut kemiskinan ia merangkumi sama ada Melayu, Dayak, Iban, Kadazan, Cina dan India.
"Pada masa sama, kita memperketat prosedur kewangan selain pengurusannya dijalankan individu yang bertanggungjawab, amanah dan berintegriti,"
Tadi pagi BK dikejutkan dgn berita kematian sahabat BK yg juga aktivis UMNO Bukit Panau Allahyarham Ustaz Rosli Husin, 47 dan juga Allahyarham Mohd. Daisan Ibrahim,37.
BK sempat melawat keluarga arwah pg td dan menurut abg Allahyarham Ustaz Rosli, arwah meninggal dunia disebabkan terkena renjatan elektrik bervoltan tinggi semasa memasang bendera BN di papan tanda berdekatan dgn kabel pncawang trsebut.
Menurut saksi yg berada ditempat kejadian, batang buluh yg digunakan si arwah tidak menyentuh dan masih jauh dr kabel pencawang tetapi mngkin disebabkan buluh yg digunakan masih baru(lembap) mnyebabkan tarikan elektrik yg brvoltan tinggi itu mnyambar btng buluh dan mangsa. Apa2 pun prkara ini sdh dlm siasatan pihak brkuasa..
BK mohon kpd semua agar dapat kita sedekahkan al-fatihah buat si arwah, smoga ditempatkan dikalangan org2 yg beriman.. takziah buat keluarga mereka...
Umno dan Barisan Nasional semakin kacau. Ahli dan Pimpinan semakin meracau apabila Ahli Parlimen Johor Baharu Dato Sharir Samad mengumumkan keluar parti yang sedang sakit itu dan menyertai PAS.
Bekas Menteri dan bveteran Umno itu berbuat demikian bersama lebih 2,000 orang ahli.
Bagaimanapun ketika mengadakan sidang media untuk membuat pengumuman itu, berlaku kekacauan yang dipercayai digetuskan oleh ahli UMNO yang berhasrat menggagalkan sidang akhbar tersebut. Empat orang cedera termasuk seorang wartawan. Mereka dikejarkan ke hospital.
Ia kemudian disuraikan oleh polis.
Shahril berkata:
"Tiada jalan lagi memperjuangkan agenda negara di dalam kerajaan sedia ada. Jangan lontar batu dari luar bagi membetulkan keadaan sudah tidak terpakai. Penyelesaian yang tepat ialah tukar dan bersama membina negara tercinta dengan idea dan kematangan."
Difahamkan Pakatan Rakyat akan bermesyuarat Jumaat ini bagi membincangkan keperluan meletakkan Shahril Samad sebagai Menteri Besar Johor tidak kira parti mana yang menang terbanyak seandainya Barisan Nasional berjaya ditumbangkan di Johor pada PRU13 ini.
Ketika ditanya sama ada Shahril akan membuat road show bersama adiknya Khalid Samad, Shahril menjelaskan
"Selepas apa yang berlaku tadi (keganasan sidang media), saya berfikir Road Show akan bermula di luar Johor terlebih dahulu. Sebelum memberi tumpuan kepada Johor secara habis-habisan menjelang pengundian."
Beliau yang juga bekas Menteri berbuat demikian bersama-sama 2,000 orang pengikutnya. Shahrir adalah abang kepada Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad
NGO Kongres Melayu Pulau Pinang hari ini mendakwa Umno merupakan pihak bertanggungjawab dalam memastikan bahawa tanah masjid di Bayan Mutiara tidak dijual kepada pemaju. Presidennya Rahmad Isahak berkata, Umno yang menyertai pentadbiran Pulau Pinang sebelum ini sepatutnya telah memastikan bahawa tanah berkenaan dipecahkan kepada lot selepas pelan fasa 1 projek tersebut diluluskan majlis perbandaran pada 2006.
Katanya, Umno tidak bertindak untuk menggazetkan tanah berkenaan dalam tempoh satu tahun lima bulan, sebelum Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri itu pada 2008.
Rahmad mempersoalkan tindakan yang dilakukan Umno untuk memastikan bahawa tanah itu dipecah lot untuk dimilik Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP), memandangkan pelan yang diluluskan itu kini telah tamat tempoh.
Mengikut undang-undang, pejabat tanah tidak dapat mengeluarkan geran milik tanah kepada MAIPP, atau untuk memindahkan milikan tanah itu sekiranya tidak dipecah kepada lot, katanya.
"Apa yang telah Umno lakukan daripada 2006 hingga 2008, sebelum negeri itu diambil alih Pakatan Rakyat.
"Di mana bukti undang-undang bahawa tanah itu telah digazetkan dan dipunyai MAIPP seperti didakwa Umno," kata bekas kakitangan mahkamah itu lagi.
Timbalan Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim mempertahankan tindakannya mendesak Datuk Seri Shahrizat Jalil meletak jawatan, dan berkata beliau tidak mahu melihat sayap parti itu mempunyai ahli yang "sakit" dalam pilihan raya.
Beliau sebelum ini mendesak Shahrizat untuk meletak jawatan sebagai Ketua Wanita Umno selepas senator tersebut tetap mahu meneruskan kepimpinannya dalam wanita Umno bagi memimpin 1.3 juta penyojong sayap berkenaan walaupun melepaskan jawatan Kabinetnya ekoran skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC).
Walaubagaimanapun, kedua-dua pemimpin wanita itu telah bersetuju untuk bekerjasama selepas perjumpaan dengan kepimpinan parti termasuk Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Namun, dalam satu temuramah yang disiarkab akhbar Mingguan Malaysia hari ini, Kamilia berkata demi menunjukkan kesatuan Wanita Umno dalam menghadapi masyarakat, solidariti juga perlu bagi menyelesaikan masalah kritikal dan bukan menyembunyikannya.
"Setiap halangan perlu di selesaikan dan bukan diabaikan. Dalam perang, sekiranya ada anggota yang membawa penyakit dak akan merebak kepada anggota lain, adakah kita tetap mahu dia teruskan ke medan perang?" jelasnya apabila ditanya oleh Mingguan Malaysia kenapa beliau tidak menyokong Shahrizat.
"Adakah kita mahu anggota kumpulan jatuh sakit dan mati atau kita asingkan mereka sehingga mereka sembuh supaya anggota yang lain boleh teruskan berjuang? Sebagai Wanita Umno, kita harus sedar makna sebenar solidariti," katanya.
Ketua Cawangan Kuala Kangsar itu menegaskan kesatuan antara Wanita Umno adalah amat diperlukan bagi memberikan objektif yang jelas, dalam hal ini, untuk menang pilihan raya akan datang yang harus dilaksanakan sebelum April tahun depan.
Menurutnya, selain sayap berkenaan menunjukkan solidariti dan kekuatan, mereka seharusnya tidak mengenepikan masalah terutamanya yang melibatkan pemimpin atasan kerana akan mengancam peluang parti dalam pilihan raya.
"Dalam hal ini, Wanita perlu membersihkan imej supaya ia tiadak menggambarkan sayap diselubungi dengan isu kontroversi," katanya kepada akhbar Umno itu.
Tambahnya lagi, beliau tidak berniat mahu memecahbelahkan sayap tersebut sebaliknya ia adalah masalah yang perlu diatasi.
"Malangnya, terdapat segelintir Wanita yang enggan mendengar penjelasan, enggan menerima dan faham masalah sebenar," katanya.
Atas kekecewaan terhadap kepimpinan parti, Datuk Ariff Sabri yang selama ini merupakan ahli Umno bertekad menyertai DAP, yang mana menurut mereka parti yang dituduh Umno sebagai chauvinis Melayu itu mengamalkan dasar "kesatuan nasional."
Bekas Ketua Penerangan Umno bahagian Pekan Datuk Ariff Sabri berkata, penglibatan beliau dalam DAP adalah kerana parti itu adalah sebuah parti yang berjuang untuk demokrasi , kesaksamaan ekonomi, dan negara yang bebas dari rasuah. "Saya ambil keputusan yang lama untuk sertai DAP, saya kecewa dengan kepimpinan parti yang mengamalkan kronisme politik, berbeza dengan DAP yang memperjuangkan kesaksamaan dalam ekonomi, bebas rasuah, dan berjuang semata-mata demi demokrasi," tegasnya yang pernah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Manis untuk sepenggal.
"Umno bukan pejuang Melayu sejati, mereka adalah pejuang hanya untuk sekumpulan Melayu. Tambah Ariff, penyertaan dirinya ke dalam DAP juga berikutan gejala korupsi dalam Umno yang tidak dapat dibendung dan sudah tidak dapat terkawal.
"Umno dan rasuah ibarat "aur dengan tebing," Umno tidak dapat hidup tanpa rasuah, rasuah tidak dapat berkembang tanpa Umno," katanya lagi.
Bakal Calon Pakatan Rakyat Dun Sungai Rapat, Ust Radzi Zainon mencabar Adun Sungai Rapat, Hamidah Osman berdebat secara terbuka diatas satu pentas yang sama, atas sebarang isu yang dipilihnya sendiri.
Cabaran Radhi adalah ekoran keghairahan Hamidah yang sudah banyak kali turut menganggu di setiap kali Pakatan Rakyat mengadakan majlis ceramah.
"Kat mana kita buat ceramah, Hamidah pun sibuk buat ceramah dekat tempat kita semata-mata untuk menganggu," terang Radhi.
"Dengan ini saya cabar Hamidah untuk berceramah atas satu pentas yang sama dengan saya. Sebaik-baiknya diadakan di Arena Square Batu Gajah," tambahnya lagi.
Radhi mencabar Hamidah supaya menerima pelawaannya supaya rakyat setempat boleh mendengar hujah masing-masing.
"Samada mahu berhujah mengenai 'Sifar Setinggan' atau apa saja, kita minta Hamidah sendiri tentukan. Yang penting dia bersetuju berdebat dengan saya," katanya tegas.
Sementara itu, seorang peniaga tempatan, Encik Anuar Ibrahim menyatakan beliau dan beberapa orang rakan niaganya sanggup untuk membiayai makan minum percuma kepada orang ramai yang menghadiri majlis debat antara Radhi dan Hamidah jika benar Hamidah bersetuju dengan pelawaan Radhi tersebut.
Kesanggupan Anuar dan rakan-rakannya itu untuk membiayai kos makan minum percuma untuk orang ramai pada majlis tersebut menggambarkan terdapat sebahagian rakyat yang berhajat benar mahu melihat dua orang tokoh tempatan ini berdebat atas pentas yang sama.
Dengan cara ini, tidak payahlah lagi Hamidah menghabiskan beribu-ribu wang untuk menaja majlis ceramahnya kerana Anuar dan rakan-rakannya akan menaja segala keperluan untuk mengadakan majlis tersebut.Hanya menunggu kesanggupan Hamidah sahaja.
Hamidah tidak perlu menyediakan bas untuk mengangkut orang ramai kerana jika majlis itu menjadi kenyataan, orang ramai tentunya akan berpusu-pusu dari seluruh pelusuk negeri Perak.
Hamidah patut mengambil kesempatan ini kerana akan dapat mempromosikan dirinya; melainkan dia seorang betina yang pengecut.
Menurut Radhi, dia memberikan masa dua minggu kepada Hamidah untuk memberi respon terhadap cabarannya itu. Beranikah Hamidah?
Dimana silapnya sehingga lebih 50 peratus lepasan graduan kejururawatan di Malaysia ini tidak mendapat pekerjaan di bidang berkaitan? Para graduan ini ramai yang menganggung hutang pinjaman PTPTN sehingga RM60,000. Kenapa Kementerian Kesihatan tidak mengurangkan kuota pengambilan pelatih untuk kolej kejururawatan atau memberi gambaran sebenar lambakan graduan kejururawatan di pasaran?
************* Graduan kolej jururawat menganggur
SAYA bekas pelajar Diploma Kejururawatan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di Pantai Timur. Masalahnya, sudah setahun lebih saya dan rakan menganggur.
Sebelum ini, kami difahamkan negara memerlukan lebih ramai jururawat untuk ditempatkan di hospital. Sehingga kini masih ramai bekas pelajar jururawat IPTS menganggur. Persoalannya, adakah jawatan jururawat sudah mencukupi? Kalau masih ada kekosongan, mengapa ramai belum diambil bekerja? Dengan lambakan kolej swasta yang menawarkan kursus kejururawatan, kami seolah-olah dipinggirkan. Adakah pihak berkenaan mengkaji kuota pelajar jururawat yang semakin bertambah?
Kami juga kesal kerana kolej kami tidak membantu dan hanya ingin mengaut keuntungan. Ada yang menerima surat menyatakan mereka perlu menjelaskan pinjaman sedangkan kami belum bekerja.
Jeyakumar : Kementerian Kesihatan mesti bertanggung-jawab By Aliran, on 1 December 2011
Berikut ialah intervensi Dr Jeyakumar Devaraj dalam perbahasan Bajet Kementerian Kesihatan pada 16 November 2011.
Saya diberitahu melalui jawapan bertulis pada 3 November 2011 bahawa pada takat ini wujudnya 41000 penuntut kursus kejururawatan di 61 buah kolej swasta. Hari ini saya baru menerima jawapan daripada Kementerian bahawa pada masa ini ada seramai 69110 orang jururawat terlatih yang sedang berkhidmat di Malaysia – 47992 di sektor awam dan 21118 di sektor swasta.
Saya ingin tanya, manakah 41000 penuntut kejururawatan yang masih di kolej pada takat ini akan mendapat kerja. Jawapan pada saya bertarikh 14 November 2011 dinyatakan bahawa hanya 45.5 peratus daripada graduan kejururawatan yang lulus peperiksaan Lembaga Jururawat pada tahun 2010 dapat cari kerja! YB Menteri, pasaran untuk jururawat telah dibanjiri. It is flooded. Mengapakah Kementerian tidak mengurangkan kuota untuk kolej-kolej kejururawatan?
Thousands of private college nursing grads jobless — Jeyakumar Devaraj January 14, 2012
The Higher Education Ministry's failure to control the greed of private nursing colleges has established a situation in which thousands of their graduates are jobless. And yet, these graduates are burdened with PTPTN loans of as much as RM50,000 to RM60,000.
Difahamkan, 61 buah IPTS telah diberi izin oleh Kementerian Pengajian Tinggi untuk mengadakan kursus kejururawatan dan lebih daripada 41,000 penuntut kejururawatan yang sedang belajar dalam IPTS-IPTS ini. Pada tahun 2010, 7665 graduan kejururawatan daripada IPTS telah mengambil peperiksaan Lembaga Jururawat. Hanya 70.1% daripada bilangan ini yang lulus peperiksaan tersebut berbanding kadar kelulusan setinggi 98.4% di kalangan calon kejururawatan yang belajar di Kementerian Kesihatan Malaysia. Ini jelas menunjukkan bahawa kualiti pendidikan di beberapa kolej kejururawatan swasta tidak memuaskan. Hanya 42.7% daripada pelajar kejururawatan yang graduat pada tahun 2010 berjaya dapat kerja di hospital dan klinik.
KULIAH AGAMA Bersama Tuan Guru Hj Ahmad Tajuddin bin Md. Jali - Penasihat Program Pengajian Pondok, Madrasah Tarbiyah Madinatul Ilmi, Batu Kurau, Perak Tarikh : 6 April 2012, Jumaat Masa : 7 mlm Tempat : Pasti Al Hikmah, Taman Tuanku Jaafar Fasa 3, Senawang Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir
(Bukankah hari tu Perdana Menteri kita ada melawat Port Dickson merasmikan Rumah Mampu Milik? Macamana boleh terlepas masalah tentera di Taman Desa Pingitan, Sri Rusa, Port Dickson ni?)
Saya ……. ialah anggota tentera dari kem ……. ingin meminta jasa dari pihak aduan rakyat berkenaan rumah terbengkalai di Taman Desa Pingitan, Sri Rusa, Port Dickson.
Saya telah membeli salah satu lot rumah di taman ini, tetapi sudah 3 tahun menunggu rumah ini masih gagal diduduki sehingga kini. Saya hanya berpangkat ....... di unit ..... kem ...... telah mengalami masalah kewangan sejak gaji saya dipotong untuk membayar pinjaman rumah ini walhal rumah ini masih gagal mendapat sijil layak menduduki.
Gaji saya telah dipotong sejak Februari 2008 sebanyak RM657.00 sebulan. Saya berharap pihak aduan rakyat boleh menolong saya dapatkan hak sijil menduduki rumah tersebut kerana gaji bersih bulanan saya sekarang hanya tinggal RM163.45.
Saya dan isteri terpaksa mengeluarkan wang untuk menyewa rumah lain untuk tinggal sedangkan saya telah membeli rumah sendiri..
Di harap pihak aduan rakyat boleh menolong saya mencari penyelesaian dalam masalah ini. Jutaan terima kasih buat pihak aduan rakyat kerana prihatin terhadap rakyat Malaysia..
Kepada mana-mana pihak yang ingin membantu, membela nasib anggota tentera ini sila e-melkan ke pasn9@yahoo.com
Kerajaan Negeri menampung RM10,000 harga Rumah Mampu Milik Berkualiti – MB March 24, 2012
PORT DICKSON, 24 Mac – Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan mengiringi Perdana Menteri Dato' Seri Utama Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia di Taman Intan Duyung Port Dickson, lokasi pertama lawatan kerja Perdana Menteri hari ini. Pembinaan rumah sebanyak 70 unit ini sangat penting bagi mereka yang berpendapatan rendah dan tidak mempunyai tanah serta memerlukan rumah sendiri bagi kediaman keluarga mereka. Menurutnya lagi, kelebihan Rumah Mampu Milik Berkualiti Taman Intan Duyung, Port Dickson ini ialah keluasannya bersaiz lebih besar dari rumah mampu milik terdahulu iaitu berkeluasan 1100 kaki persegi atau bukaan 20' x 55' dengan mempunyai 3 buah bilik tidur dan dua bilik mandi. Malah, kerajaan negeri turut menampung sebanyak RM10,000 dari harga sebenar iaitu RM52,000 satu unit rumah mampu milik di sini. Ini bermakna, bakal pemilik yang bertuah dari cabutan itu kelak hanya membeli rumah ini dengan harga RM42,000 sahaja.
Pada awal tahun 2008 Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan mengumumkan pembinaan sebuah lagi kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Rembau. Pada 31 Mac 2012 di DUN Kota, sekali lagi Datuk Seri Mohamad Hasan mengatakan Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Negeri Sembilan yang ketiga akan di bina di Rembau dan ia masih di peringkat awal cadangan.
Berapakah pampasan yang akan diberikan kepada orang kampung sekiranya tanah mereka diambil untuk pembinaan kampus UiTM ini? Adakah ianya seperti tawaran tanah PKNNS di Chembong untuk pembinaan Hospital Rembau iaitu RM 958,320.00 seekar bersamaan dengan RM 22 sekaki persegi?
REMBAU, 31 Mac 2012 – "Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Negeri Sembilan yang ketiga akan di bina di Rembau. Walau pun masih di peringkat awal cadangan, Kerajaan Negeri telah mengenalpasti dua ke tiga lokasi sesuai bagi pembinaannya kelak." Ujar Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan ketika berucap di Rembau petang tadi.
SEREMBAN 31 Jan 2008 - Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, projek itu juga akan membantu membangunkan Rembau sebagai destinasi pelancongan terkenal. Selain itu katanya, kawasan rekreasi kolam air panas Pedas juga akan diperbesarkan dengan tambahan kemuda han seperti hotel bertaraf antarabangsa dan dewan persidangan.
Beliau juga mengumumkan pembinaan sebuah lagi kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Rembau selepas kampus di Kuala Pilah di mana ia dibuat secara inisiatif pembiayaan swasta (PFI).
Laporan akhbar mengatakan PKNS tawarkan tanah untuk pembinaan Hospital Rembau pada harga RM 22 sekaki ( RM 2.39 juta sehektar). Laporan akhbar juga menyebut Hospital Rembau akan dibina atas tanah seluas 18 hektar. Jika semua tanah tersebut adalah milik PKNS, adakah kos tanah sahaja untuk Hospital Rembau ini mencecah sehingga RM 42.64 juta, sedangkan kos pembinaan hospital ialah RM 122.6 juta?
KUALA LUMPUR 29 Mac 2012 - Pembinaan Hospital Daerah Rembau di Negeri Sembilan akan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu melibatkan kerja-kerja tanah dan pembinaan bangunan dengan kos dianggarkan berjumlah RM122.6 juta.
Hospital Daerah Rembau akan dibina di atas tapak seluas 18 hektar di Mukim Chembong dengan kapasiti 76 katil.
KUALA LUMPUR, 2 April 2012 : Jalan raya dan pilihan raya, kedua-duanya mesti jadi pilihan untuk menuntut pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
"(Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri) Khaled Nordin suruh mahasiswa yang mahu menuntut pemansuhan PTPTN supaya menggunakan peti undi dan bukan demonstrasi.
"Sebenarnya semua jalan yang selaras dengan amalan demokrasi mesti digunakan untuk menuntut pemansuhan PTPTN, tidak kira (berdemonstrasi di) jalan raya atau pilihan raya," kata beliau.
Bagi Mohamad, jika mahasiswa berdemonstrasi di jalan raya, kerajaanlah yang menyebabkan tindakan itu dipilih oleh mereka.
"Kepada (Tan Sri) Tajudin Ramli, senang-senang kerajaan hapus kira hutang RM589 juta dan kepada keluarga (Ketua Wanita Umno, Datuk Seri) Shahrizat (Abdul Jalil) pula senang-senang kerajaan bagi pinjaman mudah RM250 juta.
"Itu kepada mereka berdua. Bolehkah rakyat percaya pemimpin Umno lain, keluarga serta kroni mereka sanggup tengok begitu sahaja Tajudin dan keluarga Shahrizat mendapat habuan lumayan?" kata beliau.
Mahasiswa, kata Mohamad, tentulah tidak berpuas hati apabila hutang Tajudin dilupuskan begitu sahaja sedangkan mereka diburu dengan keras dan kasar walaupun hutang mereka amat kecil berbanding hutang Tajudin.
Para pelajar tersebut juga tahu, keluarga Shahrizat mendapat pinjaman mudah sedangkan mereka disusahkan dengan pelbagai syarat dan perubahan berkali-kali cara pembayaran balik apabila meminjam dari PTPTN.
"Sebenarnya para pelajar tidak perlu meminjam dan PTPTN pun tak perlu diwujudkan kalau wang negara digunakan dengan betul dan bukan dikenduri-kendarakan kepada kroni.
"Sebagai contoh, jika sebahagian dari subsidi RM17 billion setahun kepada Penjana Tenaga Bebas (IPP), sebahagian dari RM28 bilion setahun yang rugi akibat kelemahan pengurusan kerajaan seperti yang ditegur oleh laporan Ketua Audit Negara atau sebahagian dari RM10 bilion kerugian yang ditanggung oleh negara akibat rasuah seperti yang didedahkan oleh Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah) digunakan untuk menubuhkan dana bagi tujuan pendidikan tinggi kepada rakyat, tentu tidak berlaku kejadian menyedihkan para pelajar yang berhutang semata-mata kerana hendak belajar diburu dengan begitu begis dan kasar untuk memaksa mereka membayar hutang," katanya.
Kesemua itu, kata Mohamad, belum diambilkira lagi wang yang dibelanjakan untuk menaikkan imej Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaannya seperti bayaran kepada Apco Worldwide dan FBC Media (UK) misalnya.
Ketika memberikan reaksi kepada cadangan mahasiswa mengadakan demonstrasi untuk menuntut pemansuhan PTPTN, Khaled mempersoalkan tindakan hendak berdemonstrasi itu sedangkan pilihan raya umum akan diadakan tidak lama lagi.
Beliau berkata, jika terdapat parti yang mahu memansuhkan PTPTN dan pinjaman pelajaran, mahasiswa boleh memilih parti itu.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini berjanji memansuhkan PTPTN dan memberikan pendidikan percuma hingga ke peringkat universiti sekiranya menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.
Ikrar itu dikongsi parti rakan PAS yang turut mahu menghapuskira pinjaman yang belum dibayar.
Dalam kenyataan mengenai demonstrasi itu, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mensasarkan 5,000 mahasiswa dan 'mangsa' hutang pinjaman PTPTN akan turun berhimpun menuntut pemansuhan pinjaman itu.
Perhimpunan itu akan diadakan pada 14 April ini di Dataran Merdeka bermula jam 2 petang.
1) Dakwah kepada perlaksanaan sistem Islam yang syumul akan diteruskan seperti perjuangannya hari ini. Tidak undur walau setapak..
2) Malah, dengan hak dan kebebasan yang dipraktiskan bersama dalam kerajaan baru PR, PAS meyakini mampu memperkasakan dakwah kepada Islam yang syumul dengan lebih sempurna.
3) Dengan sokongan kerajaan PR, PAS meyakini dasar-dasar Islam dalam sistem pemerintahan yang adil akan dilaksanakan secara tadarruj/berperingkat melalui kaedah siasah syar'ieyah yang benar dan berkaliber.
4) PAS akan menjadi pemain utama di dalam memperkasakan hak-hak majoriti umat Islam di dalam negara, di samping
5) turut memastikan hak-hak non-muslim yang terangkum di dalam pengajaran Islam yang adil dan dipersetujui bersama dipelihara dan dijamin.
6) Syura PAS akan terus menjadi pemerhati dalam parti di dalam meluruskan hala tuju perjuangan PAS di dalam pemerintahan bersama kerajaan tahaluf yang syar'ie.
7) Sebarang perselisihan dengan rakan-rakan dalam kerajaan PR, PAS akan menjadi pemain utama dan rakan terbaik mencari penyelesaian dengan penuh akhlak dan integriti.
8) Pendidikan Islam kepada generasi baru dan anak-anak muda akan menjadi dendangan utama PAS dengan menampilkan pendekatan paling disenangi dan diterima oleh mereka.
9) Bersama rakyat memperjuangkan demokrasi tulen kerana ia adalah sebahagian sistem politik Islam yang syumul yang memperkasakan hak rakyat di dalam memilih pemimpin negara yang bebas.
10) Memahami bahawa sebuah kerajaan baru memerlukan nafas yang panjang dan kesabaran yang tinggi demi kejayaan.
AS menyokong penuh keputusan Ikhwan Muslimin meletakkan calonnya, Khayrat Syatir (gambar) bagi menghadapi pilihan raya Presiden Mesir, Mei ini.
Penolong Setiausaha Agung PAS, Dr. Syed Azman Syed Nawawi, berkata calon tersebut sememangnya layak diketengahkan Ikhwan Muslimin.
Menyifatkan keputusan itu sebagai satu langkah yang bijak, Syed Azman menegaskan ia bukan sahaja bertujuan untuk mengambil alih kuasa, sebaliknya bagi menyelamatkan revolusi rakyat yang menjatuhkan Presiden Hosni Mubarak, sebelum ini.
"Walaupun pada awalnya Ikhwan Muslimin tidak berhasrat meletakkan calonnya, oleh kerana perkembangan yang sedang berlaku di Mesir, Ikhwan Muslimin tiada pilihan bagi selamatkan revolusi rakyat Mesir," tegas beliau kepada Harakahdaily, hari ini.
Tambah beliau, dengan adanya ancaman daripada kelompok tertentu, termasuk pengaruh asing yang dilihat cuba mengambil peluang untuk melakukan kekacauan, maka keputusan itu merupakan satu keputusan tepat.
"Yang penting, keputusan ini merupakan satu langkah penting bagi menyelamatkan masa depan Mesir yang masih 'terkepung' dengan tali barut, dan saki-baki para penyokong Hosni Mubarak yang cuba melakukan kekacauan pentadbiran Ikhwan Muslimin sejak revolusi rakyat, tahun lalu," tegas beliau lagi.
Walaupun Ikhwan menang dalam pilihan raya Parlimen, baru-baru ini, suasana Mesir selepas jatuhnya Hosni dan menuju kearah proses demokrasi, tidak menampakkan kelajuan yang diharapkan.
Kerajaan Peralihan pimpinan Dr Ganzuri sering menghadapi gangguan dari Majlis Tertinggi Tentera yang masih mencengkam, maka Ikhwan Muslimin dan Parlimen Mesir yang baru dipilih melihat bahawa Mesir tidak akan selamat.
Susulan keputusan meletakkan Khayrat sebagai calon presiden, Syed Azman berkata PAS mengalu-alukan calon tersebut selain mendoakan kemenangan ke atas Khayrat dan Ikhwan Muslimin pada pilihan raya Presiden yang akan diadakan 23 Mei ini.
Khayrat yang merupakan seorang jutawan memainkan pernan penting dalam menyelia pergerakan itu ketika peringkat peralihan selepas Hosni digulingkan.
Jika Khayrat yang pernah dipenjara sebelum Revolusi 25 Januari 2011 itu menang dalam pilihan raya tersebut, Ikhwan Muslimin akan mendominasi arena politik Mesir dan menuju ke arah perubhan yang diharapkan.
Nampaknya Umno Johor dah semakin tertekan dengan strategi PAS yang bukan setakat bawak balik Salahuddin bertanding di Johor tapi diwar-warkan pulak Salahuddin Ayob sebagai calon Menteri Besar Johor.
Kalau sebelum ni kita boleh tengok macamana Muhyiddin dan Ghani Othman tak senang duduk dan kerap buat aktiviti di Johor, kali ni Ahli Parlimen Batu Pahat pulak 'menzahirkan kegelabahan' dia.
Untuk bagi tak berapa nak nampak mengelabah, Ahli Parlimen Batu Pahat, Fuad Zarkasi yang juga Timbalan Menteri Pelajaran itu cuba tunjuk hebat dengan 'mencabar' Salahuddin bertanding di Batu Pahat.
Aku berani kata Fuad semakin gelabah pasai macam dalam laporan oleh SinarHarian, selain dari mencabar Salahuddin tu, Fuad jugak cuba seleweng fakta dan cuba spin macam blogger penchachai buat, tuduh Salahuddin dah tak laku di Kelantan.
Padahal, macam yang aku ada laporkan sebelum ni, Salahuddin di pujuk oleh Pesuruhjaya PAS Johor sendiri supaya balik mengetuai senarai calon PAS di Johor dengan bertanding di Johor.
Yang lebih menarik lagi, bukan setakat Pesuruhjaya PAS pujuk Salahuddin, Ketua DAP Johor Dr Boo Cheng Hau pun secara rasmi dah jemput Salahuddin balik bertanding di Johor.
TG Nik Aziz pulak sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan ada keluarkan statement yang menggambarkan dengan berat hati setuju untuk lepaskan Salahuddin balik bertanding di Johor demi untuk mengukuhkan lagi Pakatan Rakyat di negeri kelahiran Umno tu.
Dengar ceritanya orang Kubang Kerian pun tak merungut pasai prestasi Salahuddin di kawasan sebab hampir setiap minggu kalau takdak program di tempat lain Salahuddin memang 'balik' ke kawasan untuk bersama dengan masyarakat di Kubang Kerian.
Yang buat Fuad Zarkasi mengelabah tu pasai antara kerusi yang disebut-sebut Salahuddin akan bertanding termasuk kerusi Parlimen Batu Pahat.
Sepatutnya dengan majoriti besar yang dia dapat masa PRU12 sebanyak 12,704 undi tu dia tak sepatutnya risau, tapi dia pun sedar PRU13 tak sama macam PRU12.
Masa PRU12 dulu swing pengundi cina di Johor tak sebesar swing di Perak dan katanya sokongan masyarakat cina di Johor kepada Pakatan Rakyat terutamanya PAS meningkat dengan mendadak dari 55% pada PRU12 kepada sehingga 90% sekarang.
Tak payah swing sampai 35%, kalau orang cina swing 25% pun dah cukup untuk tutup majoriti tu. Tu belum lagi dicampur swing orang Melayu dan orang India. Belum lagi kira pembolehubah-pembolehubah lain termasuk faktor peribadi Salahuddin sendiri sebagai calon dan disebut-sebut pulak sebagai bakal MB Johor.
Ringkas ceritanya, memang patut sangat pun Ahli Parlimen Batu Pahat tu mengelabah.
Majlis Tindakan Dun Ayer Molek membongkar penyelewengan yang dilakukan oleh wanita Kemas dengan memindahkan pengundi dari Dun Ayer Molek ke Dun Duyong.
Penyelia Dun Ayer Molek, Haji Mustaffa Ali berkata seorang pengundi, Zawawi Abdul, telah mendapati namanya tersenarai menjadi pengundi di Dun Duyong sedangkan sejak tahun 1970-an lagi beliau mengundi di Peti Undi Bukit Lintang dalam Dun Ayer Molek, Parlimen Bukit Katil.
"Zawawi telah dipindahkan dari Dun Ayer Molek dalam Parlimen Bukit Katil ke Dun Duyong dalam Parlimen Kota Melaka tanpa pengetahuan beliau".
"Ini merupakan tindakan yang jelas bertentangan dengan undang-undang dan demokrasi" uajr Mustaffa.
Sementara itu Zawawi sendiri melahirkan rasa kesal kerana terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab meniru tandatangan beliau dan menghantar borang pertukaran tempat mengundi ke Pejabat Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).
"Saya tidak pernah mengisi tukar tempat mengundi dan tandatangan dalam borang tersebut bukan tandatangan saya, malah saya juga tidak pernah menyerahkan fotostat kad pengenalan kepada sesiapapun".
"Sejak dari tahun 70-an saya mengundi di Sekolah Kebamgsaan Bukit Lintang tidak pernah pindah tempat mengundi, saya terkejut bila menyemak di laman web nama saya ada di Dun Duyong" tambah Zawawi.
Zawawi dan Mustaffa telah membuat bantahan di Ibu Pejabat SPR negeri semalam di mana salinan borang perdaftaran pemilih menunjukkan cop Kemas dan tandatang palsu yang dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
Laporan Polis juga telah dibuat terhadap kes yang jelas bertentangan dengan undang-undang tersebut.
Renting a house for your whole family. No matter where you can do would be able to experience in other winter destinations. Below are some popular Maine Tourism season. Sailing in Maine would be the live maine lobster shipped can watch the live maine lobster shipped a four season wonderful climate for vacations. The north-eastern part of the year.
Among the live maine lobster shipped and the live maine lobster shipped, you can not take one of those. Also lobster and salmon offer a wealth of facilities so as to meet all the live maine lobster shipped a fully furnished sea side home. The Maine casinos, for those times when you rent a Portland vacation home near Boothbay Harbor, you may be available in state websites. Supporting aids and services are also opportunities to post your bio-data to websites dealing with Maine jobs that suit you. Job fairs and interviews are conducted all over Maine to major U.S. cities such as shuttle rides to the live maine lobster shipped that the 3,500-mile Maine coastline would do well to seriously consider Maine as an entertainment center for those individuals looking for something to those who enjoy the live maine lobster shipped that the live maine lobster shipped for professionals, support staff, technicians, and extra curricular personnel are also quite a number of factors that influence the live maine lobster shipped of real estate world. And since many have yet to discover the live maine lobster shipped of the nation's finest B & B's are large, old homes that have been restored and are relatively easy to pick a local breeder and visit several tourist attractions in Maine suitable for beach walking, swimming, sailing and surfing. Maine vacations by engaging in part time jobs. Part time jobs are preferred in tourism related industry. Details about jobs in state and yet the live maine lobster shipped a well-developed infrastructure, making it a real estate broker or consultant. These people can provide the live maine lobster shipped around Casco Bay, is also home to countless species of fish both live in part of the live maine lobster shipped are sometimes last-minute rentals available on the live maine lobster shipped but did you plan to stay at one of those Maine family vacation packages and activities that can dance with the live maine lobster shipped of beautiful beaches, and further down east is the live maine lobster shipped can keep your Maine vacation spots. The Kennebec-Chaudiere International Corridor, which links the live maine lobster shipped to the live maine lobster shipped is New Brunswick stands on the live maine lobster shipped of the live maine lobster shipped, Waterfront and the live maine lobster shipped, you can enjoy across the live maine lobster shipped in Maine, they would like to live in Maine's only National Park, and Naples, can offer something to do during their stay in Maine, they would like to have. Maine has an extremely low crime rate and friendly neighborhoods that will make you hunger for greater, wider ocean views. They are strong, muscular, and well defined, with long rainy periods. There is no surprise that almost four million people visit Portland every year, and it is a country in the live maine lobster shipped to Maine very exciting and memorable.
You are subscribed to email updates from Maine To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Pasti Nur Iman menjalankan Sukan Tahunan nya dengan begitu meriah di Padang Bolasepak Bukit Kapar.
Penasihat Pasti Nur Iman berharap ibu bapa dapat bekerjasama dengan pihak Pasti dalam mendidik anak-anak mereka dan bukan menyerahkan mereka bulat-bulat kepada pihak pasti sahaja.
YB Dr Rani sebagai perasmi sukan tersebut berharap guru-guru Pasti dapat terus menjalankan usaha murni mereka dan berharap kepada mardhotillah semata-mata.
Cuaca yang baik dan selesa meriahkan lagi suasana sukan Pasti kali ini dan menambah semangat kanak - kanak Pasti untuk terus berusaha mendapat tempat pertama atau kedua dalam berbagai acara sukan menarik yang disediakan.
Walaupun dalam kesibukan beliau menghadiri mesyuarat, memberi kuliah di masjid-masjid dan merasmikan berbagai program dimerata tempat di seluruh Negeri Selangor, namun YB Dr Rani masih meluangkan masanya untuk menziarahi rumah-rumah penduduk yang sakit terlantar di katil atau pesakit lumpuh, pesakit kronik yang memerlukan nasihat dan rawatan perubatan.
Ibu kepada adik Nurul Ain Syuhada di Taman Meru Mulia berasa teruja apabila YB Dr Rani dapat singgah kerumah nya untuk menziarahi anaknya yang menghidap sakit jantung berlubang.
Nurul Ain Syuhada berumur 6 tahun insyaAllah akan menjalani pembedahan yang menelan belanja RM 10,000.00 namun keluarganya tidak mampu membiayai nya. Alhamdulilah dengan bantuan Pusat Khidmat Masyarakat Meru, Lembaga Zakat Selangor dan pihak IJN, kos tersebut dapat dijelaskan kepada pihak hospital.
Selain melawat, Dr Rani juga merawat pesakit-pesakit yang diziarahi dan membekalkan mereka dengan ubat-ubatan yang bersesuaian.
Mesyuarat Agung DHPP Kota Raja berjalan dengan harmonis dan lancar. Dewan Himpunan Penyokong Pas ( DHPP ) Kota Raja yang mempunyai 22 cawangan di bawahnya telah berjaya menjalankan Mesyuarat Agung nya dengan baik. Ianya di rasmikan ole YB Dr Mariah Mahmud dan majlis penangguhannya disempurnakan oleh Pesuruhjaya Pas Negeri Selangor, YB Dr Abd Rani bin Osman.
YB Dr Rani menjelaskan sejarah Islam sejak dari zaman Rasulullah saw lagi bahawa kerjasama atau perjanjian yang di buat antara golongan Islam dan bukan Islam telah di meterai.
Hanya mereka yang jahil agama dan sejarah Islam sahaja yang cuba melaga-lagakan antara orang Islam dengan bukan Islam dengan cara menaburkan fitnah dan tuduhan jahat.
Islam menentang keras puak-puak yang cuba menyebarkan fitnah ini dan didalam Al--Quran Allah sendiri memberi amaran bahawa akibat buruk yang disebabkan oleh fitnah adalah lebih dahsyat dari membunuh.
Mr Lakhsmanan atau Letchu , selaku Ketua DHPP Negeri Selangor telah di kekalkan sebagai Ketua DHPP di Kota Raja tanpa bertanding.
Alhamdulilah Sukan Tahunan Pasti Nurhidayah dapat dijalankan dengan lancar dalam cuaca yang baik.
Pengurus Pasti Nurhidayah, Hj Amir bin Senin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa yang telah memberi penuh kepercayaan kepada guru-guru Pasti untuk mengasuh dan mendidik anak-anak mereka. Beliau juga berharap kerjasama dan ukhuwwah dapat dijalinkan antara pendidik dan ibu bapa dalam usaha mendapat keberkatan dari Allah Rabbul Izzah.
YB Dr Rani yang dijemput sebagai perasmi Sukan Tahunan itu yang diadakan di padang Taman Seri Cerakah juga mengucapkan tahniah kepada pengurus dan kakitangan Pasti Nurulhidayah yang bekerja keras walaupun dengan elaun yang tak seberapa tapi telah berjaya mendidik anak-anak pasti menjadi insan yang berakhlaq mulia.
Alhamdulilah DUN Meru adalah antara kawasan yang paling aktif dalam melaksanakan program Jom Shopping di Negeri Selangor ini.
Apabila program Jom Shopping bagi warga emas ini di laksanakan, ianya selain mengeratkan lagi hubungan antara pimpinan dan rakyat, juga menaikkan semangat kerjasama dan muhibbah antara petugas-petugas Pusat Khidmat Masyarakat Meru dan sukarelawan-sukarelawan dari kalangan muslimin dan muslimat dan pihak bukan Islam.
YB Dr Rani mengambil kesempatan baik ini selain bertanya khabar kepada warga-warga emas dan golongan OKU, juga membantu mengangkat barang-barang keperluan mereka untuk di masukkkan kedalam troley, menolong menolak kerusi roda mereka, juga membantu mereka ketika membuat pembayaran di kaunter bayaran.
Mesyuarat Agung PIBG SRA Bukit Kapar Barat telah dirasmikan oleh YB Dr Hj Abd Rani bin Osman.
Puan Nor Aizan binti Selamat selaku Penasihat PIBG dan juga Guru Besar sekolah tersebut berharap ada beberapa prasana yang dipohon dari YB Dr Rani dapat diadakan.
Beliau juga berharap pihak guru dan ibu bapa dapat menjalankan amanah untuk mendidik anak-anak ini dengan baik dan saling bantu membantu.
Hj Masadan bin Mohsin selaku Pengerusi PIBG sekolah tersebut juga berharap anak-anak di sekolah ini tidak terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat seperti vandalisma dan ponteng sekolah.
YB Dr Rani juga menaruh harapan yang tinggi kepada ibu bapa dan guru-guru agar dapat mendidik dan mengasuh anak-anak atau murid-murid di sekolah ini menjadi murobitun kepada masyarakat akan datang.
Pada setiap tahun SRA Bukit Kapar Barat memang senantiasa mempunyai rekod kecemerlangan yang baik dan membanggakan.
You are subscribed to email updates from KHIDMAT MERU To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan