CINA ISLAM (林川興) Posted: 02 Apr 2012 01:24 AM PDT Anwar: Berhenti fitnah saya Posted: 02 Apr 2012 01:15 AM PDT 10 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta ahli-ahli Umno akar umbi supaya berhenti memfitnahnya kerana beliau tidak pernah mempunyai sebarang masalah dengan mereka. Anwar berkata, walaupun dirinya dimaki, dihina setiap hari malah pernah dipukul ketika dalam penjara sebelum ini, beliau tetap bersyukur kerana rakyat bijak dan diberi akal untuk menilai. "Saya di penjara enam tahun, ditelanjang dan dipukul bukannya sebab saya bergaduh dengan orang bawahan Umno tetapi saya hendak bela rakyat dan tidak mahu rasuah berterusan oleh mereka yang menyalahgunakan duit rakyat," katanya ketika berucap di depan kira-kira 3,000 penyokong di Seksyen 1, Wangsa Maju, malam kelmarin. Hadir sama, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin; Penyelaras PKR Parlimen Wangsa Maju, Datuk Dr Tan Kwee Kwong; Pengerusi DAP Wangsa Maju, Lim Ching How dan Pengarah Pilihan Raya Keadilan Wangsa Maju, Mohammad Hamdi Mohd Said. Anwar berkata, sekiranya ahli Umno tidak menyokongnya, ia tidak membawa masalah kepadanya tetapi beliau meminta mereka berhenti daripada melemparkan fitnah dan menghina dirinya. Anwar yang juga Ketua Pembangkang berkata, beliau memberi jaminan bahawa selepas PR memenangi pilihan raya akan datang, dalam tempoh 24 jam tersebut, beliau akan mengumumkan harga minyak akan turun. Menurutnya, beliau juga turut memberi jaminan setelah menjadi Perdana Menteri, pinjaman Perbadanan Tabung Tinggi Pendidikan Nasional (PTPTN) akan turut diumumkan batal. Sebelum itu, Zuraida dan Ching How turut menyampaikan ceramah masing-masing dan diikuti dengan pelancaran Jentera Pilihan Raya Pakatan Rakyat (PR) P116 Parlimen Wangsa Maju oleh Anwar. SINAR HARIAN/- | Gesa sokong Syria pertahan diri Posted: 02 Apr 2012 01:00 AM PDT 10 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - PENYOKONG Assad mengadakan demonstrasi ketika majlis pembukaan persidangan 'Sahabat Rakyat Syria' di Istanbul, semalam. PM Turki saran cari jalan henti pergolakan politik Damsyik ISTANBUL: Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan, menggesa masyarakat antarabangsa menyokong hak Syria mempertahankan diri jika Pertubuhan Bangsa bangsa Bersatu (PBB) gagal bertindak untuk menghentikan tindakan keras terhadap pemberontak di Damsyik. "Jika Majlis Keselamatan PBB enggan mengambil tanggungjawab ini, masyarakat antarabangsa tiada pilihan selain menerima hak rakyat Syria mempertahankan diri," kata Edrogan pada majlis pembukaan persidangan 'Sahabat Rakyat Syria' di Istanbul. Jika Majlis Keselamatan PBB enggan mengambil tanggungjawab ini, masyarakat antarabangsa tiada pilihan selain menerima hak rakyat Syria pertahankan diri. - Recep Tayyip Erdogan, Perdana Menteri Turki Persidangan kedua 'Sahabat Rakyat Syria' dibuka dengan 80 wakil menyertai perbincangan mencari jalan memastikan kerajaan pimpinan Presiden Bashar al-Assad melaksanakan rancangan oleh utusan Liga Arab-PBB, Kofi Annan. Erdogan berharap rancangan itu akan membawa hasil tetapi ada kemungkinan pentadbiran Syria akan menggunakan inisiatif Annan untuk melengah-lengahkan masa. Rancangan Annan bagi mengakhiri keganasan, gencatan senjata kemanusiaan dua jam setiap hari dan laluan ke semua kawasan yang bergolak di Syria selain mengetuai proses politik Syria, hak menunjuk perasaan dan membebaskan mereka yang ditahan. Annan dilaporkan tidak menghadiri persidangan itu. Sementara itu, dua sekutu utama Damsyik, Russia dan China, turut menarik diri daripada persidangan terbabit. Turki yang menganjurkan persidangan itu memberikan 18,000 pelarian Syria penempatan, memutuskan hubungan dengan sekutunya sebelum ini dengan Syria dan menggesa Assad supaya berhenti. Sementara itu, Syria mengecam persidangan antarabangsa sebelum ia bermula semalam dan menyifatkannya sebagai sebahagian konspirasi antarabangsa untuk membunuh rakyat Syria dan melemahkan negara. Lidah pengarang akhbar rasmi al Baath menyifatkan persidangan itu sebagai perebutan masyarakat an tarabangsa untuk membunuh lebih ramai rakyat Syria, mensabotaj untuk melemahkan Syria. Damsyik secara berterusan menyifatkan kebangkitan sejak tahun lalu di negara itu sebagai campur tangan pihak asing. Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Rodham Clinton turut menghadiri persidangan sehari itu, selain pemimpin dari Eropah, Turki dan negara Arab. Tokoh pembangkang Syria, termasuk Majlis Nasional Syria turut menyertai persidangan itu, cuba meyakinkan pembiaya antarabangsa mereka boleh mengatasi masalah dan memimpin Syria ke arah demokrasi yang terjamin. – AP/AFP | Mayat Bayi Tanpa Kepala Ditemui Dalam Takungan Najis Posted: 02 Apr 2012 12:51 AM PDT 10 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Mayat bayi lelaki tanpa kepala ditemui di tempat takungan najis di Jalan Thong Shin di sini, Sabtu. Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman berkata mayat bayi yang ditemui pada pukul 11 pagi oleh pekerja pembersihan itu dipercayai dibuang kira-kira dua hari lepas. "Sungguhpun dijumpai tanpa kepala, anggota lain pada mayat bayi lelaki itu sempurna dan kita akan mencari siapa yang bertanggungjawab melakukan perkara ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Sabtu. Beliau berkata mayat bayi itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran. Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. -BERNAMA | Pakatan tekad hapus PTPTN Posted: 02 Apr 2012 12:50 AM PDT 10 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - SHAH ALAM – Pakatan Rakyat (PR) bertegas akan menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan menukarnya kepada skim biasiswa yang lebih mesra rakyat. Ahli Parlimen Balik Pulau dari PKR, Yusmadi Yusoff berkata, apa yang dilakukan PR bukanlah menghapuskan terus skim seperti PTPTN kerana menyedari anak golongan miskin masih memerlukan perbelanjaan untuk ke menara gading. Menurutnya, oleh itu, PR akan merombak PTPTN jika berjaya merampas Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kerana berpendapat pelajaran percuma untuk rakyat adalah keutamaan negara. "Kita sudah membuat kira-kira, kerajaan sebenarnya mampu menyediakan pendidikan percuma kepada rakyat dari peringkat bawah hingga tertinggi. "Kita tidak boleh bandingkan negara kita dengan negara maju di Eropah seperti Jerman yang menyediakan pendidikan percuma, tetapi kita boleh bandingkan dengan Turki di mana mereka mampu melakukannya," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Menurutnya, PTPTN bersifat amat menghukum kepada peminjam-peminjam contohnya seperti menyenaraikan hitam nama untuk ke luar negara dan memaksa pembayaran dibuat walaupun iklim ekonomi yang tidak menentu. "PTPTN amat menghukum dan perlu dibatalkan. Oleh itu, kita akan rancang satu skim yang lebih membantu," katanya. Sementara itu, Ahli Parlimen Indera Mahkota dari PKR, Azan Ismail pula menjelaskan permintaan untuk menukar PTPTN kepada biasiswa sebenarnya sudah lama dibuat, namun tiada perkembangan mengenainya. Katanya, kerajaan sepatutnya sudah berjaya menyediakan pendidikan percuma kepada rakyat dengan kekuatan ekonomi sedia ada. "Sebagai kerajaan, memang mereka wajib menyediakan pendidikan percuma seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara," katanya. Pada 14 April ini, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) akan mengadakan satu perhimpunan besar-besaran menuntut pinjaman PTPTN dimansuhkan di Dataran Merdeka yang dijangka dihadiri 5,000 orang. Sebelum itu, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, partinya akan menyokong tindakan pelajar yang akan berhimpun menuntut supaya PTPTN dihapuskan. Menurutnya, Pas juga akan menyokong tuntutan supaya hutang PTPTN yang ditanggung pelajar kini dihapus oleh kerajaan menjelang PRU13. Katanya, langkah itu perlu dilakukan memandangkan kerajaan sanggup menghapus kira pinjaman mudah yang diberikan kepada golongan korporat yang mempunyai kaitan dengan Umno. sinar harian/- | Neymar atasi Robinho Posted: 02 Apr 2012 12:45 AM PDT 10 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - JARINGAN hatrik Neymar ketika membelasah Guaratingueta 5-0 membolehkan dia memintas Robinho dalam senarai penjaring terbanyak sepanjang zaman buat Santos. Neymar yang kini mengumpul 95 gol bersama Santos, mengatasi catatan 94 gol Robinho. Lebih menarik, Neymar mencapai jumlah itu dengan 40 perlawanan kurang berbanding diperlukan Robinho dan kini menduduki tangga keempat penjaring terbanyak Santos selepas era Pele dan di tempat ke-25 untuk senarai penjaring terbanyak sepanjang zaman. "Saya tidak bermain untuk menjadi pemain terbaik atau mengatasi pencapaian sesiapa dalam senarai penjaring. Saya hanya melakukan apa yang perlu dan ia takkan berubah," katanya. Sinar Harian | Pelayaran kapal peranginan Azamara Quest dibatal Posted: 02 Apr 2012 12:43 AM PDT 10 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - SANDAKAN - Pelayaran kapal peranginan MZ Azamara Quest yang mengalami kebakaran enjin ketika di perairan Filipina Jumaat lepas dan kini berlabuh di Karamunting di sini telah dibatalkan. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Azamara Club Cruises, Larry Pimentel berkata penumpang mempunyai pilihan sama ada tinggal di atas kapal atau menginap di hotel di sini sebelum meneruskan percutian mereka. Kerosakan pada bahagian enjin kapal menyebabkan pelayaran ini tidak dapat diteruskan, katanya menerusi laman sosial Facebook Azamara Club Cruises. Pimentel yang dijadual tiba di sini hari ini untuk menemui penumpang dan kru kapal itu, juga mengesahkan seorang anak kapal kini dirawat di Hospital Duchess of Kent di sini selepas mengalami kecederaan serius ketika kejadian tersebut. Kapal itu yang membawa 560 penumpang dan 411 kru dalam perjalanan dari Hong Kong ke Singapura sebelum mengalami kebakaran pada bilik enjin kira-kira 180 batu nautika dari selatan Palawan, Filipina. Susulan kejadian tersebut, kapal berkenaan terpaksa belayar dengan sebuah enjin sahaja dan berlabuh di sini pada 9.23 malam tadi. - Bernama | Jurukamera dakwa ditendang ahli PERKASA Posted: 02 Apr 2012 12:40 AM PDT 10 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - Seorang kakitangan jabatan penerangan kerajaan Pulau Pinang membuat laporan polis hari ini ke atas pertubuhan pro-Melayu PERKASA atas tindakan anggota pertubuhan itu ke atasnya dalam perhimpunan anjuran pertubuhan tersebut Jumaat lalu. Lilian Chan berkata, beliau telah ditendang dua kali di bahagian kakinya oleh seorang anggota PERKASA dalam kejadian kira-kira jam 2.45 petang, di bangunan Komtar yang menempatkan pejabat ketua menteri. lim guan eng pc 290711 support for lilian chanChan (kiri) berkata beliau telah diarahkan oleh penyelianya Yap Lee Ying untuk membuat liputan perhimpunan itu ketika insiden itu berlaku. "Apabila saya ditendang untuk kali kedua, saya tanya orang itu – Ketua Pemuda PERKASA Pulau Pinang Risuan Azuddin – kenapa dia tendang saya?," katanya yang pernah menerima latihan daripada Malaysiakini. Dia tidak jawab (soalan) saya. Pada masa itu, polis dan pegawai kesalamat Komtar sedang mengarahkan mereka untuk meninggalkan kawasan itu," kata Chan yang pernah menerima latihan daripada Malaysiakini. Katanya kumpulan kira-kira 30 orang itu pada awalnya menyerbu ke dalam bangunan pejabat tersebut dan menuntut untuk bertemu Lim. Ibu kepada empat orang anak itu menerima rawatan selepas insiden berkenaan dan telah diberikan sijil cuti sakit kerana kesakitan yang dialami di bahagian kakinya. Chan mendakwa, beliau juga sebelum ini pernah dikasari anggota kumpulan berkenaan pada 26 Februari lalu dalam perhimpunan anti-Lynas di Esplanade, Pulau Pinang. malaysiakini/- | PAS Mungkin Letak Calon Iban Di Sarawak Pada PRU-13 Posted: 02 Apr 2012 12:28 AM PDT 10 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - MIRI: PAS bakal mencipta sejarah tersendiri sejak penubuhannya 62 tahun lepas dengan meletakkan calon Iban untuk bertanding di kerusi Parlimen di Sarawak pada pilihan raya umum akan datang. Pesuruhjaya PAS Sarawak Adam Ahid mengesahkan yang pihaknya telah menyenarai pendek calon berpotensi dan seorang daripadanya ialah calon Iban yang dicadangkan bertanding di kerusi Parlimen Sibuti yang penduduknya majoriti Bumiputera. Difahamkan calon Iban itu ialah profesional yang bekerja di Kuala Lumpur. "Keputusan parti untuk meletakkan calon Iban dibuat berdasarkan trend pengundi pada pilihan raya negeri tahun lepas, kami dapati kami mendapat sokongan pengundi Iban," katanya kepada Bernama Isnin. Beliau berkata, sebagai contoh apabila PAS bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri Beting Maro tahun lepas, banyak pengundi Iban di situ mengundi calon PAS. Beliau berkata dengan meletakkan calon Iban, ini akan menunjukkan parti itu adalah untuk semua kaum dan membuka laluan kepada PAS untuk memasuki pentas politik Sarawak. "Bagi pilihan raya umum akan datang, PAS Sarawak merancang untuk bertanding sama ada di enam atau tujuh kerusi Parlimen di Sarawak," katanya. Pada pilihan raya negeri tahun lepas, PAS bertanding di lima kerusi iaitu Tanjung Datu, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau dan Beting Maro tetapi kalah semuanya kepada calon Barisan Nasional (BN). Pada pilihan raya umum 2008, PAS mencipta sejarah tersendiri apabila meletakkan calon India Kumutha Raman bertanding di kerusi Parlimen Ulu Tiram. Kumutha menjadi wanita bukan Muslim yang pertama diletakkan sebagai calon sejak PAS ditubuhkan pada 1951. - BERNAMA | Kedai 1Malaysia tidak bantu penduduk kampung Posted: 02 Apr 2012 12:27 AM PDT 10 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 2 April: Ahli Parlimen Sik, Che Uda Che Nik (gambar) mempersoal kewujudan Kedai Rakyat 1Malaysia yang hanya tertumpu di kawasan pekan dan bandar besar. Sedangkan katanya, rakyat di kampung dan kawasan pedalaman lebih terkesan dengan kenaikan harga barang terutamanya keperluan asas. "Penumpuan kerajaan adalah di kawasan bandar. Kedai Rakyat 1Malaysia pun di bandar supermarket pun di bandar. "Adakah kerajaan tidak sedar keperluan masyarakat luar bandar yang merupakan penyokong kuat kerajaan diabaikan selama ini? Umno menang pun banyak di luar bandar," katanya sewaktu mengemukakan soalan tambahan pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini. Che Uda turut menempelak jawapan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe hari ini kenaikan harga barang tidak membebankan rakyat kerana pemberian subsidi oleh kerajaan. "Tahniahlah kepada kerajaan kerana harga barang naik pun rakyat tak terbeban sampai bila-bila," perlinya. Mengulas lanjut ketika ditemui di lobi Parlimen selepas itu, Che Uda berkata, kenaikan harga barang tidak selaras dengan pendapatan rakyat Malaysia. "Sebenarnya harga barang di Malaysia sama dengan harga barang di negara-negara maju. Tetapi gaji kakitangan kita setaraf dengan negara dunia ketiga. "Pendapatan rakyat kurang RM3,000. Kaian pakar mendapati 80 peratus pendapatan kita digunakan untuk tempat tinggal dan makan. Perbelanjaan pendidikan dan lain-lain tiggal 20 peratus sahaja," katanya. Tambahnya, pada tahun 2011 sahaja, harga gula mengalami kenaikan sebanyak tiga kali akibat penyelarasan subsidi. "Kenaikan berganda, subsidi kerajan juga berganda. Tapi yang kita hairan harga gula naik, subsidi naik, kenapa harga runcit naik sedangkan pasaran gula dunia turun," katanya. Che Uda dalam soalan asalnya meminta Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyatakan kadar kenaikan harga barang utama di pasaran seperti petrol, gula, tepung, minyak masak, telur dan susu dari tahun 2010 hingga awal 2012. Beliau juga ingin tahu sejauh manakah kesannya kepada penduduk miskin bandar dan luar bandar dan langkah konkrit Kerajaan untuk atasi perkara ini. Harakah Daily | 604 huffaz cipta rekod khat terpantas Posted: 02 Apr 2012 12:25 AM PDT 10 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - KOTA BHARU, 2 April: Karnival Khat berjaya dicatatkan dalam Malaysian Book of Rekords apabila seramai 604 Huffaz telah berjaya menulis 604 muka surat al-Quran melalui tulisan khat terpantas selama sejam. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, mewakili pihak berkenaan menyampaikan sijil tersebut kepada Yang Dipertua Alumni Maahad Muhammadi, Ustaz Muhammad Yunan. Seramai 604 orang peserta yang terdiri dari pelajar Maahad Muhammadi Lelaki, Perempuan dan sekolah-sekolah tahfiz di Kelantan mengikuti program berkenaan yang bermula kira-kira 11.00 pagi. Karnival itu diadakan sempena sambutan Jubli Intan Maahad Muhammadi dan Tahun Melawat Kelantan (TMK@2012). Datuk Takiyuddin telah merasmikan program yang diadakan di Maahad Muhammadi Perempuan itu. Sebagai tanda majlis perasmian, beliau menulis 'bismillahirrahmanirrahim' juga teknik tulisan khat. Takiyuddin ketika berucap merasmikan Seminar Seni Khat Kebangsaan (Seminar Haji Wan Solleh Fathi) berkata, seni khat warisan bangsa yang semakin pupus perlu digilap sentiasa agar ianya tidak hilang lenyap dek masa. Menurutnya, kerajaan Kelantan akan mempertahankan seni khat ini melalui latihan, seminar dan kursus kepada pelajar di sekolah masing-masing. "Hasil tulisan khat ini akan ditempatkan di Muzium Islam, berhampiran Masjid Muhammadi,"ujarnya. Katanya, kerajaan negeri juga mengutamakan tulisan jawi. Tambahnya, kerana itu Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) mempunyai unit tulisan jawi sendiri bagi memperbetulkan ejaan iklan yang dipohon melalui perlesenan. Turut hadir pada majlis itu, Yang Dipertua Persatuan Seni Khat Kebangsaan, Mohd Yusof Abu Bakar. Seminar berkenaan diambil bersempena Haji Wan Solleh merupakan guru pertama seni khat Maahad Muhammadi (1940-1949). Sementara itu, peserta dari Selangor Abdul Baki Abu Bakar memenangi hadiah RM3,000 setelah mendapat tempat pertama dalam pertandingan menulis tulisan khat. Tempat kedua RM2,000 disandang Mohd Fadhil juga dari Selangor, ketiga Mohd Zulfitri Mohd Sabri juga dari Selangor untuk kategori dewasa. Manakala kategori remaja tempat pertama Mohd Yaziz Shamsuddin dari Terengganu mendapat wang tunai RM1,500, kedua, RM1,000 Mohd Nazri Mohd Rashid dari Selangor dan tempat ketiga RM500 dimenangi Mohd Afifuddin Sabri, RM500. Tiga hadiah saguhati kategori dewasa mendapat RM400, manakala remaja RM200. Harakah Daily | 17 rumah terjejas akibat ribut di Lubuk Kelubi Posted: 02 Apr 2012 12:23 AM PDT 10 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - HULU LANGAT, 2 April: Kejadian ribut di Kampung Lubuk Kelubi yang berlaku kira-kira jam 4.45 petang semalam telah menyebabkan 17 buah rumah terjejas termasuk dua rumah yang dihempap pokok tumbang. (Penduduk dan Unit Amal berusaha membersihkan kawasan akibat ribut) Ianya bermula dengan hujan lebat selama 10 minit dan disusuli ribut kencang kira-kira 5 minit sahaja. Ekoran ribut itu, bermula jam lima petang para petugas Jabatan AMAL DUN Dusun Tua dan Hulu Langat telah memulakan tugas membantu kerja-kerja membersih terutama memotong pokok tumbang yang menghempap rumah. Mereka juga membantu pihak Bomba dan Bomba Sukarelawan Hulu Langat membersihkan kawasan dan membantu mangsa ribut itu. Antara yang turut hadir membantu, Sofian Othman Ketua Majlis Pemuda DUN Dusun Tua, Shahmior Kosim Ketua Dewan Pemuda PAS Hulu Langat, Haji Ramli Yunan Ketua Kampung Batu18 yang turut hadir membantu rakan sejawat En. Zulkifli Lajis Ketua Kampung Padang yang ditimpa kejadian ribut ini. Operasi pembersihan ditangguhkan jam 10.00 malam oleh pihak bomba atas sebab keselamatan. Harakah Daily | 8 tukang urut warga asing ditahan Posted: 02 Apr 2012 12:22 AM PDT 10 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - KLANG, 2 April: Seramai tujuh tukang urut warganegara China dan seorang Thailand di tahan dalam satu operasi rumah urut yang diadakan sekitar Bukit Tinggi, semalam. (MPK merampas tilam rumah urut di Bukit Tinggi, Klang) Pengarah Jabatan Komunikasi Dan Pengaduan Awam (JKPA), Majlis Perbandaran Klang (MPK), Norfiza Mahfiz berkata, premis berkenaan dipercayai menyediakan perkhidmatan seks kepada pelanggan dan ia menjadi tumpuan pengunjung di situ sejak kebelakangan ini. Menurutnya,seramai 20 anggota diketuai Timbalan Pengarah Jabatan Penguatkuasa, Shahrul Hazri Abd Majid menjalankan operasi yang turut disertai Jabatan Pelesenan MPK. "Tindakan sita diambil di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) 3 Kecantikan Dan Penjagaan MPK 2007 kerana beroperasi secara haram dan pelbagai barangan dirampas antaranya bantal, tilam dan kain langsir di situ. "Malah kejayaan operasi ini adalah hasil risikan bersama kesemua jabatan terlibat dan maklumat awam yang banyak membantu majlis dalam melakukan operasi membanteras gejala tidak bermoral di kawasan ini,"katanya. Norfiza berkata, selain daripada rumah urut, MPK juga memperhebatkan operasi terhadap premis warga asing, pusat siber dan gerai-gerai haram yang mengganggu ketenteraman setempat dan menjejaskan imej Bandar di Raja ini. Menurutnya, pihaknya mengalu-alukan sebarang maklumat berkaitan premis haram terutama rumah urut kerana ia akan memberi kesan negatif khususnya kepada masyarakat setempat. Harakah Daily | Muzium Telur di Austria Posted: 02 Apr 2012 12:21 AM PDT 10 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - BERTONI melihat sejumlah telur yang dipamerkan di Muzium Telur di Winden am See kelmarin. VIENNA, Austria - Sebuah Muzium Telur di Winden am See di wilayah Burgenland menjadi tumpuan para pengunjung di sini. Ia mempamerkan 4,000 telur termasuk pelbagai ukiran telur dari pelbagai negara dan tamadun sejak 70 tahun lalu. Muzium itu milik pengukir Austria, Wander Bertoni. - REUTERS | Pendidikan percuma di Turki walau tiada minyak Posted: 02 Apr 2012 12:21 AM PDT 10 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - SUBANG JAYA, 2 April: Jika Turki yang tiada sesen pun hasil minyak mampu memberi pendidikan percuma kepada rakyatnya, tiada sebab Malaysia yang mencatat untung RM90 bilion setahun dari sumber petroleum tidak berupaya melakukan kebajikan sama. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, (gambar) berkata Recep Tayyib Erdogan memberi pendidikan percuma kepada rakyat dari peringkat rendah hingga universiti walaupun baru tiga penggal memerintah Turki. "Bila kita sebut mansuh PTPTN, isu utama yang harus difokus ialah pendidikan percuma untuk semua rakyat terutama golongan miskin. Bukan isu nak pindahkan wang Petronas bayar PTPTN. "Prinsip asasnya ialah pendidikan percuma dari peringkat rendah hingga ke universiti," katanya pada dialog bertajuk 'Pemberdayaan Kebajikan dan Ekonomi Rakyat' anjuran Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor di Subang Jaya 31 Mac lalu. Beliau mengakui PTPTN adalah isu paling popular yang diaju kepadanya termasuk di facebook dan twitter. Walaupun PTPTN dimansuh, Anwar berkata, Pakatan Rakyat memberi jaminan tidak akan membuang kakitangan di perbadanan itu kerana mereka akan diserap ke Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi. "Walaupun pegawai ramai, kita juga tetap pastikan khidmat atau mutu kerja mereka bertambah baik untuk rakyat," katanya. Mengenai pemberian 20 peratus royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan seperti yang termaktub dalam Buku Jingga, Anwar berkata ia tidak akan menjejaskan negeri lain. Ini kerana, katanya, 80 peratus hasil minyak itu mampu menampung perbelanjaan negara dengan memastikan royalti diurus mengikut pengurusan yang baik. "Keutamaan royalti 20 peratus difokus kepada golongan miskin. Apabila kita menyebut kemiskinan ia merangkumi sama ada Melayu, Dayak, Iban, Kadazan, Cina dan India. "Pada masa sama, kita memperketat prosedur kewangan selain pengurusannya dijalankan individu yang bertanggungjawab, amanah dan berintegriti," katanya. Harakah Daily | Tanpa penipuan, Pakatan selamat ke Putrajaya Posted: 02 Apr 2012 12:19 AM PDT 10 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - SELAYANG, 2 April: Pakatan Rakyat yakin laluan mereka ke Putrajaya terbuka luas jika Barisan Nasional (BN) menyertai pilihan raya kali ini dengan bersih. Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata, sejak kebelakangan ini mereka mengesan semakin banyak penyelewengan yang dibuat oleh BN. "Bayangkan lebih 390 buah rumah (alamat)dalam daftar pemilih SPR yang mempunyai pengundi lebih dari 100 orang dalam rumah berkenaan. "Sudah tentu alamat ini digunakan untuk mendaftar pengundi luar di situ," kata Tian Chua kepada Harakahdaily. Beliau bersama Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berjumpa dengan pengundi Taman Daya dekat sini yang majoritinya adalah pengundi Cina. Di majlis yang diadakan Sabtu lalu itu, Abdul Hadi merasmikan Dewan Himpunan Penyokong PAS di taman perumahan berhampiran (gambar). "Memang pilihan raya umum kali ini adalah yang terbaik untuk Pakatan Rakyat menawan Putrajaya namun pelbagai penyelewengan yang kita mula kesan menyebabkan kita bimbang," kata beliau. Terdahulu ketika berucap di majlis yang diadakan di Padang Awam, Taman Daya itu, Yang Dipertua PAS Selayang, Zaidi Talib berkata, mengikut maklumat yang beliau terima sokongan pengundi Cina terhadap Pakatan sudah boleh mencecah 90 peratus. Ini menyebabkan Umno sangat risau kedudukan mereka dalam pilihan raya umum akan datang ini. Dalam pilihan raya umum lalu, calon PAS di Dun Taman Templer, Mohamad Abdul Rahman menang di peti undi Taman Daya yang mempunyai majoriti pengundi Cina itu. "Apabila Cina, India dan Melayu bersatu, inilah yang ditakuti oleh Umno," kata Zaidi. Bagi beliau, pengiktirafan pelbagai pihak bahawa pentadbiran kerajaan negeri Selangor adalah yang terbaik di negara ini semakin menyusahkan Umno. "Kita ada treck record yang baik di Selangor. Pentadbiran Selangor yang terbaik," kata Zaidi di majlis itu. Sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, Kelantan adalah negeri paling selamat untuk Pakatan Rakyat manakala Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor adalah yang ketua kerajaan terbaik di negara ini. Harakah Daily | Tanah rizab Melayu di Kelantan kekal sejak 1930 Posted: 02 Apr 2012 12:18 AM PDT 10 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - KOTA BHARU, 2 Apr: Pada 1960 negeri-negeri di Semenanjung mewujudkan Enakmen Tanah Rizab Melayu bertujuan menyekat orang Melayu menjual tanah mereka sewenang-wenangnya kepada bangsa lain. Sedangkan di Kelantan Enakmen Tanah Rizab Melayu diwujud pada 4 November 1930 semasa di bawah pentadbiran Inggeris. Sejak tempoh itu tanah rizab Melayu di Kelantan kekal seperti mula diwujudkan iaitu seluas 1,309,153.38 hektar atau 85 peratus, manakala bukan rizab Melayu seluas 195,197 hektar (15 peratus). Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa berkata, di Kota Bharu ada kawasan digazet sebagai tanah rizab Melayu dan bukan rizab Melayu sejak 1930. "Tanah di kawasan tebing Sungai Kelantan di bandar ini termasuk dibangunkan hotel adalah bukan tanah rizab Melayu," katanya ketika membentang kertas kerja pada Seminar Masa Depan Tanah Rezab Melayu di Kota Bharu, kelmarin. Program tersebut dianjurkan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan diadakan di Kelantan Trade Centre. Mantan Ketua Setiausaha Kementerian Tanah, Datuk Prof Dr Nik Mohd Zain Nik Yusof turut membentang kertas kerja. Baru-baru ini akhbar milik Umno mendakwa Kelantan menggadai tanah rizab Melayu kepada bukan Bumiputera sehingga melibatkan ribuan hektar asalnya berstatus tanah pertanian. Malah Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamad dilaporkan mendakwa kerajan Kelantan mengadai tanah rizab Melayu kepada sebuah syarikat Melayu di Mengkebang. Bagaimanapun Husam menjelaskan tanah di daerah Mengkebang yang dimaksudkan pemimpin terbabit bukan tanah rizab Melayu yang digazet sejak 1930. Sedangkan kata beliau tanah-tanah rizab Melayu di negeri-negeri lain semakin berkurangan kerana kerajaan BN tidak berminat menjaga kepentingan orang Melayu. "Walhal menurut Enakmen Tanah Rizah Melayu secara jelas menyebut mana-mana tanah yang diambil hendaklah diganti di tempat lain menurut nilai harga tanah yang diambil," katanya. Sementara itu Dr Nik Mohd Zain berkata, beberapa negeri di bawah BN tidak berminat mengganti kawasan tanah rizab Melayu yang diambil untuk projek awam. Harakah Daily | 12 Terselamat Kapal Terbang Terhempas Di Siberia Posted: 02 Apr 2012 12:15 AM PDT 10 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - MOSCOW: Sebuah kapal terbang yang membawa 39 penumpang dan empat anak kapal terhempas sebaik saja berlepas dari Siberia, awal pagi Isnin. Namun, hanya beberapa penumpang dilaporkan terselamat. Pesawat ATR-72 berlepas dari Tyumen menuju ke Surgut. Jurucakap Kementerian Situasi Kecemasan, Irina Andrianova berkata, 12 orang terselamat dan diterbangkan ke hospital berdekatan dengan sebuah helikopter. Sementara itu, 16 mayat berjaya ditemui setakat ini. mstar/- | Seladang terdesak, cari import baru Posted: 02 Apr 2012 12:07 AM PDT 10 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - GUSAR dengan prestasi terumbang-ambing anak buah kendalian Norizan Bakar, Perak kini terdesak mencari awang import baru bagi mengisi posisi penyerang setelah Lazar Popovic ditamatkan kontraknya semalam kerana gagal menjaringkan gol dalam 10 perlawanan Liga Super. Bermula cemerlang pada saingan awal musim dan berjaya menakluk liga, skuad Seladang kini dilihat semakin merosot malah mengalami empat kekalahan berturut-turut sekali gus terhumban ke tangga ketujuh liga di belakang Gergasi Merah, Selangor. Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Datuk Zainol Fadzi Paharuddin mengakui prestasi pasukan masih belum memuaskan namun percaya dengan ramuan jurulatih untuk memperkemaskan barisan sedia ada supaya sasaran meraih sekurang-kurangnya satu piala direalisasikan pada tahun ini. "Saya percaya prestasi pasukan masih boleh diperbaiki dan kita harapkan suatu mekanisme atau pembaharuan dapat dilaksanakan untuk pasukan pergi lebih jauh daripada sekarang," katanya. Masih menguji empat pemain Afrika untuk mengisi kekosongan Popovic, beliau menuntut pemain import baru mampu mempamerkan sentuhan serangan seperti diharapkan pasukan dan peminat Seladang. Sinar Harian | Lorong maut tunggu mangsa Posted: 02 Apr 2012 12:05 AM PDT 10 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - KUANTAN - Penduduk Taman Mahkota Aman, dekat sini, menggelar Lorong 32 Taman Mahkota Aman sebagai lorong maut apabila tiga kerosakan jalan di kawasan itu masih belum dibaiki. Tinjauan Sinar Harian mendapati jalan tersebut 'terlopong' dan mengundang bahaya kepada pengguna terutama penunggang motosikal. Penduduk, Ramli Putih, 46 berkata, keadaan jalan yang dibiarkan berlubang selepas didakwa penutupnya dicuri sejak tiga bulan lalu boleh mengakibatkan pengguna terdedah kepada kemalangan. Beberapa meter dari lubang itu juga terdapat satu lubang mendap yang masih belum diturap. "Kami sudah buntu memikirkan masalah ini yang seperti tiada kesudahannya. Sebanyak dua penutup lubang dicuri dan sehingga kini, pihak bertanggungjawab masih belum menggantikan penutup lubang berkenaan. "Satu daripada lubang itu sudah ditimbus tanah, tetapi semakin hari kelihatan men-dap dan tidak mustahil akan kembali berlubang atau men-dap kerana tapak jalan itu pada asalnya ialah sebuah paya," katanya. Ramli berkata, penunggang motosikal sudah beberapa kali hampir terbabas gara-gara tidak perasan dua lubang yang berdekatan di lorong tersebut. Justeru katanya, penduduk terpaksa menggunakan kayu dan kon sebagai amaran kepada pemandu untuk mengelakkan kemalangan. Menurutnya, jalan itu adalah laluan utama penduduk dan kanak-kanak untuk ke padang berhampiran. "Saya sudah beberapa kali membuat aduan kepada pihak berkuasa. Jika lubang itu tidak ditutup segera, saya bimbang ia boleh menyebabkan kemalangan jiwa," katanya. "Masalah kecil ini jika dibiarkan akan memudaratkan kami. Oleh itu, kami harap pihak atasan memandang serius mengenai masalah ini dan baiki kerosakan tersebut secepat mungkin," katanya. Sinar Harian | Kedudukan Nwoha jadi tanda tanya Posted: 02 Apr 2012 12:03 AM PDT 10 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - STATUS pemain import dari Nigeria, Onyekachi Nwoha yang beraksi cemerlang dalam beberapa perlawanan kebelakangan ini bakal terjawab apabila Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) dijangka membuat keputusan mengenai kedudukan beliau bersama Kelantan tidak lama lagi. Nwoha, 29, di awal penampilannya bersama Kelantan mempamerkan prestasi hambar, namun bangkit membuktikan sentuhan berbisa dalam tiga perlawanan lalu termasuk menyumbangkan dua gol ketika membantu Kelantan membelasah Felda United FC 5-1 dalam perlawanan Liga Super di Kota Bharu, kelmarin. Ketua Jurulatih Kelantan, Bojan Hodak mengakui gembira dengan peningkatan prestasi ditonjolkan Nwoha, namun beliau masih belum buat keputusan sama untuk kekalkan pemain itu apabila pendaftaran pemain import dibuka semula hari ini. "Saya akui beliau sudah mempamerkan peningkatan sejak tiga perlawanan yang lalu. Dalam masa terdekat, saya akan berjumpa dengan Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa dan pihak pengurusan bagi membincangkan kedudukan beliau bersama Kelantan. "Kalau diberi pilihan memang saya meminati corak persembahan beliau, tetapi ini berkait rapat keputusan pihak pengurusan tertinggi. Ia bukan sahaja berkisar soal kedudukan pemain import kerana kita juga perlu mengambil kira pelbagai faktor lain termasuk kewangan. "Sama ada kekal atau tidak bersama Kelantan, kita tunggu dan lihat," katanya. Sinar Harian | Aktivis bantah projek Vale Posted: 02 Apr 2012 12:02 AM PDT 10 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - MANJUNG – Kira-kira 300 aktivis dari Jaringan Aktivis Alam Sekitar Perak berhimpun di hadapan pintu masuk pejabat Vale di Teluk Rubiah, di sini, kelmarin bagi membantah operasi syarikat dari Brazil di kawasan peranginan itu. Penyelaras Himpunan Teluk Rubiah, Ismady Radzuan berkata, himpunan berkenaan diadakan bagi membuka mata pihak berkuasa dan Kerajaan Negeri mengenai kemusnahan alam yang sedang berlaku di tempat peranginan berkenaan. Menurutnya, pihak Jaringan Aktivis Alam Sekitar Perak tidak menolak pembangunan di sekitar Manjung khususnya di Lumut tetapi biarlah ia dilaksanakan tanpa mengganggu alam sekitar. "Kami tidak setuju Teluk Rubiah dijadikan kawasan industri kerana kawasan ini mempunyai pantai yang cantik dan tempat pelancongan yang menarik. "Operasi syarikat ini nanti akan memusnahkan keindahan alam sekitar di sini," katanya yang sama-sama berhimpun di Teluk Rubiah itu. Himpunan yang berlangsung di dalam hujan itu turut dihadiri bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang juga Adun Pasir Panjang; Adun Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham; Adun Canning, Wong Kar Woh dan Adun Tronoh, V Sivakumar. Ismady berkata, pada himpunan itu juga semua peserta yang terlibat diberikan taklimat tentang keadaan persekitaran terkini di Teluk Rubiah. "Kami tidak kira siapa pun yang memerintah negeri ini, masalah berkaitan alam sekitar perlu ditangani dengan baik supaya tempat-tempat peranginan tidak terjejas," katanya. Jaringan Aktivis Alam Sekitar Perak merupakan gabungan enam badan bukan kerajaan (NGO) yang terdiri daripada Persatuan Alam Sekitar Perak, Sahabat Alam Malaysia, Media Perak, Perak Consumer's Association, Perak Green Pioneer dan Coalition of Concerned Citizens of Perak. Daripada gabungan itu, mereka dipecahkan kepada tiga kumpulan iaitu Kumpulan Selamatkan Teluk Rubiah, Kumpulan Bukit Merah dan Kumpulan Lynas. Sinar Harian | Najib Takut Kalah lagi Di Perak Posted: 02 Apr 2012 12:00 AM PDT 10 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - Najib telah melakukan satu kesilapan besar dengan merampas kerajaan Perak daripada Pakatan Rakyat. Dalam PRU12, rakyat Perak telah memberi mandat kepada PAS, DAP dan PKR untuk memerintah negeri ini. Sejak 9 Mac 2008, Barisan Nasional telah cuba sedaya upaya untuk tumbangkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Pelbagai taktik kotor telah direncanakan oleh Najib untuk mendapatkan semula negeri Perak daripada Pakatan Rakyat. Semua agensi-agensi kerajaan telah disalahgunakan untuk mencapai matlamat Barisan Nasional itu. Akhirnya kerajaan pilihan rakyat telah ditumbangkan apabila 3 orang wakil rakyat berjaya 'dibeli' oleh Najib. Perbuatan yang sungguh jijik itu merupakan kesilapan maha besar yang telah dilakukan oleh Najib. Beliau tidak sedar bahawa tindakan kejam itu boleh menghantui Barisan Nasional sehingga hari ini. Rakyat Malaysia, khususnya rakyat Perak sangat marah terhadap, Najib, Zambry dan ADUN-ADUN 'katak' yang tidak menghormati keputusan yang dibuat oleh rakyat Perak melalui pilihanraya. Mereka ini telah menderhaka kepada rakyat untuk kepentingan politik mereka. Golongan ini tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan, Undang-Undang Tubuh Negeri Perak dan Perintah-perintah Tetap Dewan Negeri Perak. Perbuatan mereka ini juga telah meruntuhkan kemurniaan sistem demokrasi di negara kita. Najib menyangka 'rakyat Perak mudah lupa'. Oleh yang demikian beliau berani merampas kerajaan Perak dengan menggunakan kekerasan polis dan memanupulasikan mahkamah. Tetapi, rakyat Perak tidak melupakan perisiwa hitam yang berlaku pada awal tahun 2009. Segala apa yang berlaku masih jernih dalam ingatan seluruh warga Perak. Pakatan Rakyat yang memerintah negeri Perak selama 11 bulan dengan cekap dan berkesan ditumbangkan kerana ketamakan kuasa pemimpin-pemimpin Barisan Nasional. Rakyat Perak kecewa kerana Pakatan Rakyat tidak diberi masa yang secukupnya untuk memerintah negeri dan membuktikan kewibawaannya. Sebelum Pakatan Rakyat melaksanakan polisi-polisi yang dirancang untuk rakyat Perak, Barisan Nasional telah menggulingkan kerajaan itu dengan cara yang terkutuk. Rakyat Perak mahu melihat satu perubahan dalam pentadbiran negeri ini. Mereka telah menolak kerajaan Barisan Nasional dalam PRU12, tetapi mereka kembali berkuasa melalui 'pintu belakang'. Rakyat Perak bersedia untuk 'ajar' Barisan Nasional dalam PRU13. Mereka sedang menunggu hari mengundi untuk mengembalikan kuasa rakyat. Najib dan kuncu-kuncunya sedar bahawa mereka telah hilang kepercayaan rakyat Perak. Najib tahu Barisan Nasional akan tumbang semula di negeri Perak. Kali ini Barisan Nasional akan hilang lebih banyak kerusi kerana tindakan zalimnya merampas satu kerajaan yang dipilih oleh rakyat secara demokrasi. Oleh kerana Najib takut akan kalah besar, beliau terpaksa 'turun padang' banyak kali di negeri Perak. Beliau melancarkan pelbagai program, mengadakan banyak jamuan makan dan memberi wang ringgit untuk mengambil hati rakyat Perak. Najib terdesak dan terpaksa memberi tumpuan melampau di negeri Perak kerana beliau sedar tentang kesilapan yang telah dilakukan olehnya. Dalam 'road show' Najib , Perak merupakan negeri yang paling kerap beliau turun padang untuk bertemu dengan rakyat. Ini membuktikan bahawa Najib kini takut kepada rakyat Perak yang sedang menanti untuk menghukumnya dalam PRU13. Kerajaan telah membuat pembayaran RM608.68 juta sepanjang tempoh 11 minggu kepada rakyat melalui lawatan rasmi Najib dan timbalannya Muhyiddin Yassin ke seluruh negara baru-baru ini. Jumlah ini merupakan "peruntukan segera" yang diluluskan dari Januari hingga 15 Mac yang telah diserahkan semasa lawatan mereka berdua ke semua negeri, dengan Perak merekodkan kelulusan tertinggi sebanyak RM220.38 juta untuk 34 projek. Lebih daripada 1/3 jumlah peruntukan segera itu telah ditaburkan di negeri Perak. Jelas bahwa Najib takut akan kalah teruk di negeri Perak dalam PRU13. Beliau tidak perlu berbelanja besar di Perak jika Barisan Nasional benar-benar mempunyai keyakinan dan mempunyai peluang yang cerah untuk menang. Dulu Najib beli 'katak' di Perak, sekarang dengan konsep unggulnya 'I help you, You help me' beliau sedang bermati-matian untuk membeli rakyat Perak itu sendiri. Kenyataan Media YB V.Sivakumar | Kesal kasino siber masih aktif Posted: 02 Apr 2012 12:00 AM PDT 10 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - GEORGETOWN – Aduan mengenai kasino siber akan disalurkan terus kepada Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob, demikian saranan Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Iszuree Ibrahim. Menurutnya, sehingga kini pihaknya masih lagi menerima aduan awam yang disalurkan secara terus melalui emel kepada MPPP. "Terbaru saya menerima emel aduan daripada orang awam mengenai kasino siber yang gagal diambil tindakan walaupun setelah lima bulan individu berkenaan memberi maklumat kepada pihak bertanggungjawab. "Saya juga berasa amat terkilan kerana setelah perjumpaan yang diadakan bersama dengan pihak polis, mesyuarat bersama semua pihak itu juga gagal menunjukkan sesuatu yang positif," katanya. Iszuree berkata, kini secara terang-terangan sebuah premis kasino siber di Jalan Rumbia berdekatan Bukit Jambul masih lagi beroperasi sejak sekian lama. "Saya juga menerima aduan daripada Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dari Teluk Kumbar yang mengatakan mereka menerima aduan ada di antara pelajar mereka sering mengunjungi kasino siber berkenaan. "Sekiranya pusat-pusat ini masih gagal dibanteras sudah pasti ia membawa kesan yang amat buruk kepada masyarakat kita," katanya. Iszuree tidak menafikan pihak polis juga memberikan kerjasama yang baik dengan mengadakan operasi perjudian. Namun, dalam masa sama mengharapkan supaya maklumat yang diberikan oleh MPPP diambil tindakan yang sewajarnya. Beliau turut menegaskan tidak kesemua operasi yang berjaya perlu didedahkan melalui media namun, perlu nampak kesan positif. "Kami begitu hargai kerjasama polis tetapi kami mahu senarai premis kasino siber yang kami beri diambil tindakan segera. Ini kerana kami dapati kesemuanya masih lagi beroperasi tanpa pemiliknya tiada rasa takut," katanya. Sebelum ini Iszuree melaporkan hanya lima kasino siber ditutup hasil dari operasi bersepadu yang dijalankan polis negeri ini. Operasi itu dijalankan bermula November 2011 hingga Disember 2011, sebanyak 26 kasino siber atau pusat siber judi berkenaan terletak di bahagian zon utara negeri sementara 69 lagi di bahagian zon selatan negeri ini. Atas nasihat Penasihat Undang-Undang, MPPP hanya diberi kuasa mengambil tindakan ke atas kasino siber melalui kesalahan undang-undang kecil tred iaitu kesalahan berniaga tanpa lesen dengan dikenakan denda tidak lebih RM2,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali. Sinar Harian | Pencuri tembaga dihukum penjara Posted: 01 Apr 2012 11:58 PM PDT 10 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - BALING - Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara dua tahun 14 hari di atas kesalahan mencuri barang antik di sebuah kedai menjual barangan antik di Kampung Keda, Keledang oleh Mahkamah Majistret Baling di sini, semalam. Rosni Ahmad, 31, dari Kampung Lela, Kuala Pegang didapati melupuskan barangan tembaga bernilai lebih kurang RM8,000 pada 22 Januari lalu. Tindakannya mencuri barangan antik itu terbongkar setelah dia ditahan polis kerana mencuri motosikal di hadapan sebuah rumah di Kampung Landak Hilir Jalan Baru Kupang pada 20 Mac lalu. Rosni menghadapi tiga pertuduhan iaitu mencuri motosikal, mencuri barangan antik malah turut dituduh gagal menunjukkan kad pengenalan diri semasa ditahan. Hukuman bagi kesalahan pertama dijatuhkan di bawah seksyen 379 A Kanun Keseksaan iaitu penjara selama 12 bulan, hukuman bagi kesalahan kedua pula mengikut seksyen 414 Kanun Keseksaan iaitu penjara 12 bulan, manakala kesalahan tidak mengemukakan kad pengenalan pula dikenakan penjara selama 14 hari. Ketiga-ketiga hukuman itu dijalankan secara berasingan dari tarikh tangkapan. Rosni yang kelihatan tenang mengaku bersalah ketika pertuduhan itu dibacakan oleh jurubahasa Mahkahmah di hadapan Majistret Mohd Khairul Hafizzudin Ramli. Sebelum ini, seorang penjual barangan antik, Abdul Rahman Mohamad, 65, di Kampung Keda, Kledang terkejut setelah mendapati kedainya berada dalam keadaan berselerak berikutan diceroboh pencuri. Kejadian itu mengakibatkan Abdul Rahman terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM8,000 setelah barangan tembaga iaitu lapan set bekas pinang, 11 set talam, empat set bekas abu kemenyan, sebuah seterika termasuk tiga bilah keris hilang. Sinar Harian | Dua pemandu maut, kereta rempuh jentolak Posted: 01 Apr 2012 11:55 PM PDT 10 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - POKOK SENA - Seorang pemandu maut selepas jentolaknya dirempuh sebuah kereta dalam kemalangan di Taman Desa Sena di sini, malam semalam. Malah dalam kemalangan pada jam 7.40 malam itu, pemandu kereta Honda Accord yang merempuh jentolak P Premkumar, 27, itu turut disahkan meninggal dunia selepas dua jam dimasukkan ke wad Hospital Kepala Batas kerana mengalami cedera parah di beberapa bahagian kepala dan badannya. Ketua Ketenteraman Awam/Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara (SPU) Asisten Superintendan Suhaimi Mohd Noor berkata, kemalangan yang membabitkan jentolak dipandu Premkumar dan kereta dipandu Fairuz Ahmad, 28, itu berlaku semasa aliran trafik di kawasan itu sibuk. "Trafik di kawasan berkenaan bertukar sibuk petang semalam apabila jalan raya dipenuhi kenderaan yang dipercayai dalam perjalanan untuk mendengar satu ceramah politik di kawasan berdekatan. "Jentolak dipandu Premkumar dikatakan baru keluar dari simpang Taman Desa Sena untuk pulang ke rumahnya di Pokok Machang selepas selesai kerja namun dirempuh kenderaan dipandu Fairuz yang datang dari arah Tasek Gelugor," katanya. Menurutnya, rempuhan kuat pada sebelah kanan jentolak itu menyebabkan ia terbalik dan Premkumar yang tersepit meninggal dunia di tempat kejadian. Manakala kereta milik Fairuz yang berasal dari Taman Koskam Kepala Batas di sini remuk di bahagian hadapan. "Mayat kedua-dua pemandu dibedah siasat di Unit Forensik Hospital Kepala Batas sebelum dituntut keluarga masing-masing. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. Sinar Harian | |
PAS Negeri Sembilan Posted: 01 Apr 2012 09:32 PM PDT Rintihan anggota tentera, rumah terbengkalai di Port Dickson Posted: 01 Apr 2012 08:31 PM PDT (Bukankah hari tu Perdana Menteri kita ada melawat Port Dickson merasmikan Rumah Mampu Milik? Macamana boleh terlepas masalah tentera di Taman Desa Pingitan, Sri Rusa, Port Dickson ni?) Saya ……. ialah anggota tentera dari kem ……. ingin meminta jasa dari pihak aduan rakyat berkenaan rumah terbengkalai di Taman Desa Pingitan, Sri Rusa, Port Dickson. Saya telah membeli salah satu lot rumah di taman ini, tetapi sudah 3 tahun menunggu rumah ini masih gagal diduduki sehingga kini. Saya hanya berpangkat ....... di unit ..... kem ...... telah mengalami masalah kewangan sejak gaji saya dipotong untuk membayar pinjaman rumah ini walhal rumah ini masih gagal mendapat sijil layak menduduki. Gaji saya telah dipotong sejak Februari 2008 sebanyak RM657.00 sebulan. Saya berharap pihak aduan rakyat boleh menolong saya dapatkan hak sijil menduduki rumah tersebut kerana gaji bersih bulanan saya sekarang hanya tinggal RM163.45. Saya dan isteri terpaksa mengeluarkan wang untuk menyewa rumah lain untuk tinggal sedangkan saya telah membeli rumah sendiri.. Di harap pihak aduan rakyat boleh menolong saya mencari penyelesaian dalam masalah ini. Jutaan terima kasih buat pihak aduan rakyat kerana prihatin terhadap rakyat Malaysia.. Kepada mana-mana pihak yang ingin membantu, membela nasib anggota tentera ini sila e-melkan ke pasn9@yahoo.comCARIAN GOOGLE : Nama projek : Taman Desa Pingitan Nama Pemaju : Actral Fairway Sdn. Bhd. Lokasi : Mukim Pasir Panjang, Port Dickson, N.Sembilan http://eforum1.cari.com.my/archiver/?tid-479351.htmlDesa Pingitan, Actral Fairway Sdn. Bhd. http://www.propnet.my/projects.php?state=0&city=&cat=0&group=0&type=0&sort=city&order=desc&page=261SENARAI PEMAJU GAGAL MENJELASKAN KOMPAUN SEHINGGA 29 FEBRUARI 2012 7 ACTRAL FAIRWAY SDN BHD http://www.kpkt.gov.my/kpkt/fileupload/pemaju_senarai_hitam/feb12/gagal_bayar_kompaun.pdfKerajaan Negeri menampung RM10,000 harga Rumah Mampu Milik Berkualiti – MB March 24, 2012 PORT DICKSON, 24 Mac – Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan mengiringi Perdana Menteri Dato' Seri Utama Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia di Taman Intan Duyung Port Dickson, lokasi pertama lawatan kerja Perdana Menteri hari ini. Pembinaan rumah sebanyak 70 unit ini sangat penting bagi mereka yang berpendapatan rendah dan tidak mempunyai tanah serta memerlukan rumah sendiri bagi kediaman keluarga mereka. Menurutnya lagi, kelebihan Rumah Mampu Milik Berkualiti Taman Intan Duyung, Port Dickson ini ialah keluasannya bersaiz lebih besar dari rumah mampu milik terdahulu iaitu berkeluasan 1100 kaki persegi atau bukaan 20' x 55' dengan mempunyai 3 buah bilik tidur dan dua bilik mandi. Malah, kerajaan negeri turut menampung sebanyak RM10,000 dari harga sebenar iaitu RM52,000 satu unit rumah mampu milik di sini. Ini bermakna, bakal pemilik yang bertuah dari cabutan itu kelak hanya membeli rumah ini dengan harga RM42,000 sahaja. http://n9kini.com/kerajaan-negeri-menampung-rm10000-harga-rumah-mampu-milik-berkualiti-mb | Pemilik apartmen desak pemaju tunai janji Posted: 01 Apr 2012 06:28 AM PDT Pemilik apartmen desak pemaju tunai janji 1 April 2012 MANTIN - Kecewa dengan penyelenggaraan yang tidak sempurna, pemilik apartmen di Bandar Universiti Teknologi Legenda, dekat sini mengadakan piket aman, semalam menyuarakan rasa tidak puas hati mereka. Seramai 70 pemilik mengadakan piket dengan memasang kain rentang di hadapan kawasan apartmen berkenaan bagi meminta pemaju terbabit bertanggungjawab serta menunaikan janji mereka. Pemilik mendakwa, mereka membeli apartment berkenaan pada 2000 dengan harga antara RM120,000 dan RM135,000 seunit. Menurut mereka, pemaju sebelum ini memberi janji kononnya pembeli beruntung kerana apartmen berkenaan boleh disewakan kepada pelajar. Malangnya, apartmen berkenaan yang telah siap sepenuhnya terbiar tanpa penjagaan sehingga menyebabkan beberapa komponen dalam apartmen dicuri serta dirosakkan. Seorang pemilik, Amelina Annuar, 47, berkata dia kecewa apabila apartmen dibeli dengan harga RM135,000 tidak seperti mana dijanjikan pemaju. Amelina berkata, dia membayar ansuran bulanan RM900 sejak 2000 dengan harapan menjadi aset. "Pemaju janji kepada kami, sebaik sahaja rumah siap, ia akan disewakan kepada pelajar dengan kadar RM1,000 sebulan untuk tempoh 15 tahun. "Malangnya, apabila rumah siap, pelajar pun tidak ada menyewa. Lebih memeranjatkan rumah ini tidak mempunyai hak milik strata, menyebabkan ia tidak boleh diduduki," katanya. Selain itu, katanya. keadaan rumah juga teruk apabila pintu, meter air, api, pintu cermin semuanya telah dicuri. Pesara, Shaharuddin Abd Manap, 62, berkata, dia membuat laporan pada 10 April tahun lalu di Balai Polis Mantin, di sini berhubung kecurian berlaku di apartmen berkenaan. Shaharuddin membeli rumah berkenaan dengan harga RM124,000 pada 2002 membabitkan ansuran bulanan sebanyak RM1,200. "Pada peringkat awal, pemaju beri jaminan ada pelajar akan menyewa. Namun, saya terpaksa tanggung kerugian kira-kira RM25,000 ekoran kerosakan kerana dimasuki pencuri. Sementara itu, adik Shaharudin, Aziz Abd Manap, 61, turut menerima nasib sama apabila terpaksa berhutang kad kredit semata-mata kerana masalah itu. "Saya bayar ansuran menggunakan dua kad kredit, namun sebaik sahaja had kad kredit mencapai maksimum, saya tidak boleh membayar," katanya. Sementara, Ariffin Ahmad, 63, pula berkata, apartmen berkenaan mempunyai 5,400 pembeli dan setiap pembeli membayar yuran pelenggaraan sebanyak RM150 sebulan kepada pemaju bagi kerja-kerja pembersihan. "Semua pembeli telah membayar yuran berkenaan sejak 2002 dan anggaran jumlah yuran itu hampir mencecah RM6 juta," katanya. Menurut Ariffin, lebih 50 peratus pembeli apartmen berkenaan telah diisytihar muflis kerana tidak mampu membayar ansuran bulanan. http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/pemilik-apartmen-desak-pemaju-tunai-janji-1.36599 | |
Mohamad Taufek Abd Ghani Posted: 01 Apr 2012 09:44 AM PDT Pemilik apartmen desak pemaju tunai janji Posted: 01 Apr 2012 06:26 AM PDT Pemilik apartmen desak pemaju tunai janji 1 April 2012 MANTIN - Kecewa dengan penyelenggaraan yang tidak sempurna, pemilik apartmen di Bandar Universiti Teknologi Legenda, dekat sini mengadakan piket aman, semalam menyuarakan rasa tidak puas hati mereka. Seramai 70 pemilik mengadakan piket dengan memasang kain rentang di hadapan kawasan apartmen berkenaan bagi meminta pemaju terbabit bertanggungjawab serta menunaikan janji mereka. Pemilik mendakwa, mereka membeli apartment berkenaan pada 2000 dengan harga antara RM120,000 dan RM135,000 seunit. Menurut mereka, pemaju sebelum ini memberi janji kononnya pembeli beruntung kerana apartmen berkenaan boleh disewakan kepada pelajar. Malangnya, apartmen berkenaan yang telah siap sepenuhnya terbiar tanpa penjagaan sehingga menyebabkan beberapa komponen dalam apartmen dicuri serta dirosakkan. Seorang pemilik, Amelina Annuar, 47, berkata dia kecewa apabila apartmen dibeli dengan harga RM135,000 tidak seperti mana dijanjikan pemaju. Amelina berkata, dia membayar ansuran bulanan RM900 sejak 2000 dengan harapan menjadi aset. "Pemaju janji kepada kami, sebaik sahaja rumah siap, ia akan disewakan kepada pelajar dengan kadar RM1,000 sebulan untuk tempoh 15 tahun. "Malangnya, apabila rumah siap, pelajar pun tidak ada menyewa. Lebih memeranjatkan rumah ini tidak mempunyai hak milik strata, menyebabkan ia tidak boleh diduduki," katanya. Selain itu, katanya. keadaan rumah juga teruk apabila pintu, meter air, api, pintu cermin semuanya telah dicuri. Pesara, Shaharuddin Abd Manap, 62, berkata, dia membuat laporan pada 10 April tahun lalu di Balai Polis Mantin, di sini berhubung kecurian berlaku di apartmen berkenaan. Shaharuddin membeli rumah berkenaan dengan harga RM124,000 pada 2002 membabitkan ansuran bulanan sebanyak RM1,200. "Pada peringkat awal, pemaju beri jaminan ada pelajar akan menyewa. Namun, saya terpaksa tanggung kerugian kira-kira RM25,000 ekoran kerosakan kerana dimasuki pencuri. Sementara itu, adik Shaharudin, Aziz Abd Manap, 61, turut menerima nasib sama apabila terpaksa berhutang kad kredit semata-mata kerana masalah itu. "Saya bayar ansuran menggunakan dua kad kredit, namun sebaik sahaja had kad kredit mencapai maksimum, saya tidak boleh membayar," katanya. Sementara, Ariffin Ahmad, 63, pula berkata, apartmen berkenaan mempunyai 5,400 pembeli dan setiap pembeli membayar yuran pelenggaraan sebanyak RM150 sebulan kepada pemaju bagi kerja-kerja pembersihan. "Semua pembeli telah membayar yuran berkenaan sejak 2002 dan anggaran jumlah yuran itu hampir mencecah RM6 juta," katanya. Menurut Ariffin, lebih 50 peratus pembeli apartmen berkenaan telah diisytihar muflis kerana tidak mampu membayar ansuran bulanan. http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/pemilik-apartmen-desak-pemaju-tunai-janji-1.36599 | Dua korban renjatan elektrik Posted: 31 Mar 2012 04:14 PM PDT Sebagai peringatan kepada kita semua dalam kesibukan tugasan harian kita, maut ada di mana-mana. Rasulullah saw pernah ditanya: "Siapakah orang-orang beriman yang lebih bijak (al mukminun al akyas)? Jawab baginda : Mereka yg lebih banyak mengingati mati dan lebih baik penyediaannya kepada perkara selepas mati, mereka itulah yg lebih bijak" (hadis riwayat ibn Majah). 1 Apr 2012 TANAH MERAH - Dua lelaki mati selepas terkena renjatan elektrik ketika cuba menaikkan bendera menggunakan buluh dalam kejadian di Kampung Tengah, Bukit Panau, dekat sini malam kelmarin. Rosli Hussin, 47, yang merupakan Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) dan rakannya seorang penoreh, Mohd. Daishan Ibrahim, 37, masing-masing ditemui mati pada kira-kira pukul 12 tengah malam di tempat kejadian dengan kesan lebam di telinga dan kaki akibat terkena arus elektrik bervoltan tinggi. Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superitendan Abdul Aziz Mahmud, berkata, kejadian berlaku ketika kedua-dua mangsa memegang buluh sepanjang 12 meter yang dipercayai basah dengan niat menaikkan bendera sebuah parti politik. Tanpa diduga, buluh yang dipasang dengan bendera itu terkena kabel yang berada pada ketinggian sembilan meter sebelum kedua-dua mangsa terkena kejutan elektrik. Menurut Abdul Aziz, kejadian itu kemudian disedari penduduk kampung sebelum mereka mendapatkan bantuan pihak polis dan hospital berdekatan. http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0401&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm | Anwar dedah cara tangani PTPTN Posted: 31 Mar 2012 04:11 PM PDT Anwar dedah cara tangani PTPTN Mac 31, 2012 Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata, pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) bernilai RM43.6 bilion dapat dilepaskan dalam masa tiga tahun. Jika kita dapat memperuntukkan beberapa bilion daripada RM150 bilion pendapatan negara setiap tahun, beban itu mampu dibersihkan dalam tiga tahun, kata Anwar dalam dialog bersama lebih 100 profesional muda di Putrajaya. Dana itu, katanya, akan diperoleh daripada pemotongan perbelanjaan yang membazir seperti pembayaran untuk meningkatkan imej negara di mata dunia dan daripada syarikat kerajaan yang membuat keuntungan tinggi seperti Petronas. Anwar mendedahkan, sebuah jawatankuasa ditubuhkan pembangkang untuk melihat persoalan sekitar isu itu, antaranya termasuk pendapatan keluarga peminjam. Ditemui selepas itu, Anwar bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut berhubung perkara itu dan hanya akan memaklumkan sehingga penggubalan dasarnya siap. http://www.malaysiakini.com/news/193738 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan