Selasa, 27 Mac 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::

Posted: 27 Mar 2012 01:31 AM PDT

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::


Air Liur Pemimpin UMNO Meleleh Melihat Selangor

Posted: 26 Mar 2012 08:07 AM PDT

Air liur pemimpin Umno melilih bila melihat negeri Selangor kerana negeri itu adalah negeri paling kaya di Malaysia. Malah lebih 20 % pendapatan negara datang dari negeri Selangor. Rezab negeri Selangor sudah mencecah lebih dari RM2 bilion hanya selepas 4 tahun diperintah PR berbanding dengan RM800 juta ketika Selangor di bawah cengkaman BN selama lebih [...]

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 27 Mar 2012 01:15 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Speaker silap mesej, ADUN BN keluar dewan

Posted: 27 Mar 2012 01:15 AM PDT

4 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

ADUN BN hari ini bertindak keluar dewan gara-gara tidak berpuas hati dengan tindakan Speaker Datuk Teng Chang Kim yang tersalah menghantar pesanan BlackBerry kepada bekas exco Selangor Datuk Hasan Ali.

Wakil rakyat BN, yang mendapat maklumat itu, tidak berpuas hati dengan pesanan Teng yang menggesa barisan exco mempromosikan kejayaan kerajaan Pakatan Rakyat dalam sesi penggulungan dan menganggapnya berat sebelah.

Isu itu disentuh oleh Mohd Shamsudin Lias (BN-Sungai Burong) dan Mohd Isa Abu Kasim (BN-Batang Kali) yang menuntut penjelasan daripada speaker.

Mereka menuntut speaker memohan maaf kepada DUN kerana mendakwa tindakan itu sama sekali tidak adil.

Teng bagaimanapun enggan melakukannya sebaliknya meminta Mohd Isa memfailkan usul terhadapnya jika tidak bersetuju dengan keputusan itu.

Sebagai tanda bantahan, tujuh daripada sepuluh ADUN BN bertindak keluar dewan.

BN: Speaker salah guna kuasa

Sementara itu, Bernama melaporkan, Abdul Shukur Idrus (BN-Kuang) sebagai berkata, Teng menyalahgunakan kuasanya apabila menghantar pesanan itu.

Kuang assemblyperson Abdul Shukor Idrus walkout selangor assembly 2"Speaker tidak boleh hantar SMS sebegini kepada ahli exco sebab hanya MB (menteri besar) sahaja boleh hantar SMS untuk meminta semua ahli Exco membahas tentang kejayaan pakatan PKR-DAP-PAS memerintah Selangor.

"Ini jelas menunjukkan speaker mengambil pendirian berat sebelah apabila hantar SMS yang memberi rangsangan kepada anggota exco supaya menjawab baik mengenai pemerintahan pakatan pembangkang," beliau dipetik berkata kepada pemberita selepas keluar dari dewan itu.

Turut keluar Mohd Shamsudin, Mohd Isa, Wong Koon Mun (BN-Kuala Kubu Baharu), Datuk Abdul Rahman Palil (BN-Sementa) dan Badrul Hisham Abdullah (BN-Pelabuhan Klang).

Mohd Shamsudin pula berkata Teng sepatutnya meminta maaf kepada semua anggota dewan kerana SMS yang dihantarnya itu bertentangan dengan amalan seorang speaker kerana ia cuba mempengaruhi pemikiran orang lain untuk membahas sesuatu isu.

SMS dalam bahasa Inggeris itu antara lain berbunyi: "Ini mungkin penggulungan terakhir bagi exco, peluang harus digunakan sepenuhnya bagi menjelaskan tentang kejayaan kita sejak empat tahun lepas."

Teng pula berkata beliau tidak mengambil sikap berat sebelah "dalam usaha mendekati dan menegur semua anggota dewan", lapor agensi berita nasional itu lagi.

Beliau berkata SMS yang dihantarnya itu hanya untuk memberi peringatan kepada semua anggota exco untuk menggunakan peluang sebaik-baiknya membahaskan tentang sesuatu isu.

malaysiakini/-

Sistem kereta kabel bawa jemaah kunjungi gua Hira’

Posted: 27 Mar 2012 01:00 AM PDT

4 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

MAKKAH: Institut Penyelidikan Haji dan Umrah di Universiti Umm al-Qura menyiapkan kajian untuk memperkenal sistem kereta kabel bagi membawa jemaah ke gua bersejarah Hira' dan al-Thawr di Makkah.

Dekan institut, Abdul Aziz Saroji berkata, rancangan itu bertujuan memberi kemudahan kepada jemaah haji dan umrah, selain pengunjung ke bandar raya suci itu yang ingin melawat gua yang terletak di atas Jabal Nur dan al-Thawr.

Terdapat laluan 12 kereta kabel yang akan menghubungkan kawasan lembah ke gua di atas bukit itu. Abdul Aziz berkata, institut itu menjalankan penyelidikan ekoran permintaan jabatan bertanggungjawab yang mendapati lawatan sedia ada ke tempat itu masa kini sangat berisiko dari segi keselamatan.

Pengarah Pusat Kecemerlangan Penyelidikan universiti berkenaan, Adnan Qutb berkata, projek dirancang itu dijangka dilaksanakan dalam tempoh dua tahun. Menara dan tiang akan dibina mengikut paras ketinggian atas bukit itu, lapor akhbar al-Madinah, semalam. - AN

'Kita dah lakukan terbaik, terserah rakyat dan tuhan'

Posted: 27 Mar 2012 12:45 AM PDT

4 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 27 Mac: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng (gambar) berkata, terpulang kepada kebijaksanaan rakyat untuk memilih siapa yang dirasakan layak menerajui kerajaan negeri itu selepas PRU-13 nanti.

Menurutnya, apa yang penting kerajaan Pakatan Rakyat negeri itu telah berusaha melakukan yang terbaik untuk kesejahteraan rakyat Pulau Pinang dan mereka boleh menilainya.

"Saya rasa terpulang kepada rakyat, kita akan bersiap sedia tapi akhirnya rakyat dan tuhan yang menentukan segala-galanya," katanya ketika ditanya Harakahdaily peluang Pakatan Rakyat negeri itu pada PRU-13 nanti.

Setiausaha Agung DAP itu juga memberitahu, sejak empat tahun memerintah Pulau Pinang, Pakatan Rakyat telah berjaya meningkatkan ekonomi penduduk, malah sebahagian hasil ekonomi negeri dapat dinikmati rakyat.

Sehingga kini katanya lebih RM70 juta bantuan dalam bentuk kewangan diberikan secara terus kepada rakyat.

Bantuan itu termasuk RM100 setahun kepada warga emas melalui program penghargaan warga emas, RM200 kepada anak baru lahir melalui program Anak Emas, RM1,000 kepada anak negeri yang memasuki IPTA, dan RM100 setiap tahun untuk pelajar sekolah melalui program Pelajar Emas.

Selain itu katanya, lebih RM500 juta pula digunakan untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat khususnya penambahbaikan infrastruktur di negeri itu.

Paling berjaya katanya, Pakatan Rakyat negeri itu telah berjaya membasmi miskin tegar dalam masa setahun dan memberi bantuan tambahan wang kepada setiap keluarga bagi mencapai jumlah pendapatan RM600 sebulan.

"Inilah perubahan besar yang kita bawa. Berbanding BN dahulu yang bersifat kroni, kepada kita yang berjiwa rakyat.

"Kita akan hadapi PRU 13 ini dengan sabar dengan harapan rakyat boleh yakin dengan usaha ikhlas kita untuk mewujudkan kerajaan yang bersih dan berjiwa rakyat," katanya.

Harakah Daily

PAS sokong demo hapus hutang PTPTN sebelum p'raya

Posted: 27 Mar 2012 12:44 AM PDT

4 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

Timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu berkata PAS akan menyokong tindakan kumpulan pelajar yang akan mengadakan satu perhimpunan untuk menuntut supaya Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dihapuskan.

Katanya, PAS juga akan menyokong tuntutan supaya hutang PTPTN yang ditanggung pelajar kini dihapuskira oleh kerajaan menjelang pilihan raya akan datang.

Katanya, langkah itu perlu dilakukan memandangkan kerajaan sanggup menghapuskira pinjaman mudah yang diberikan kepada golongan korporat yang mempunyai kaitan dengan Umno.

Mohamad berkata, kerajaan perlu menghapuskira hutang berkenaan sebagai tanda "kasih sayang" kepada para pelajar dan juga sebagai satu bentuk pelaburan kepada golongan muda ini.

Beliau mengaitkan perkara itu dengan tindakan kerajaan melupuskan pinjaman sebanyak kira-kira RM589 juta yang ditanggung tokoh korporat Tan Sri Tajudin Ramli daripada Pengurusan Danaharta Nasional Bhd.

"PAS akan menyokong (perhimpunan) kerana bila Tajudin Ramli seperti dilaporkan Malaysiakini, hampir RM600 juta (hutang) dilupuskan. Kenapa pelajar yang berhutang RM3,000, RM4,000, RM6,000 tak boleh dihapuskira?

"Golongan korporat yang diberi pinjaman mudah boleh dihapuskira. Tapi pelajar yang akan berkhidmat kepada negara dipaksa untuk membayar hutang dengan begitu rakus dan kasar," kata Mohamad lagi dalam satu sidang media hari ini.

Mohamad berkata, perhimpunan berkenaan akan dirancang oleh kumpulan pelajar dan PAS akan menyokong usaha itu.

Ketika dihubungi selepas itu, Mohamad berkata perhimpunan tersebut antara lainnya akan diketuai kumpulan Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) dan juga Solidariti Mahasiswa Malaysia.

"Tarikhnya mereka belum tahu lagi bila," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohamad berkata PAS juga bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas kerajaan Terengganu yang menarik balik biasiswa ke atas sembilan orang pelajar tajaan negeri itu.

Pelajar di universiti Mesir itu dikenakan tindakan berkenaan kerana mengambil bahagian dalam perhimpunan BERSIH 2.0 pada Julai tahun lalu.

Katanya, PAS mengutuk tindakan kerajaan Terengganu merupakan tindakan keterlaluan, zalim dan menganiaya anak Melayu.

Tambahnya, Dewan Pemuda PAS akan menghantar satu memorandum "dalam masa terdekat" untuk menyampaikan tuntutan berkenaan.

"Kalau tidak ada apa-apa perubahan daripada tindakan menarik biasiswa maka kita akan bincang peguam untuk ambil tindakan," katanya lagi.

malaysiakini/-

RM15.7 juta biayai Skim Mikrokredit Selangor

Posted: 27 Mar 2012 12:43 AM PDT

4 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM, 27 Mac: Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan sebanyak RM4.474 juta kepada 2,162 peserta program Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR) sejak ia dilancarkan pada 3 Mac 2011 hingga Disember 2011.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi, Inovasi dan Kebudayaan Negeri Selangor, Rodziah Ismail turut memberitahu Skim Mikrokredit Selangor (Skimsel) pula sehingga 31 Disember, seramai 4,559 sadiq telah dibawa masuk dan pembiayaian yang dikeluarkan adalah RM15,703,644 juta dengan penerimaan pembiayaian seramai 5,979 orang.

"Untuk bantuan banjir di Hulu Langat, kerajaan negeri telah memberi bantuan tunai kepada mangsa sebanyak seribu ringgit setiap seorang yang melibatkan seramai 1,763 mangsa bagi kawasan Lembah Jaya dan Dun Dusun Tua yang melibatkan jumlah peruntukan sebanyak RM1,763,000.

"Selain itu juga sebanyak RM120 ribu diperuntukkan bagi tujuan membaiki rumah yang melibatkan 11 buah rumah musnah teruk, untuk kerja-kerja pembersihan sebanyak RM180 ribu telah diberikan dan kerja-kerja pembersihan ini dilakukan oleh badan bukan kerajaan dan juga Yayasan Amal," jelasnya sewaktu sesi penggulungan Dewan Negeri Selangor.

Menurutnya lagi, bagi bantuan peralatan sekolah, sebanyak RM200 setiap seorang diberikan kepada pelajar sekolah menengah iaitu seramai 246 orang murid bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah Jaya dan juga Sekolah Menengah Taman Kosas, manakala RM100 seorang untuk pelajar sekolah rendah melibatkan 160 orang bagi Dun Dusun Tua.

Rodziah memberitahu, bagi kos pembinaan jambatan untuk menghubungkan dua buah kampung di Lembah Jaya belum dikenalpasti lagi dan pihak Jabatan Pengairan dan Saliran diberi tanggungjawab untuk kerja-kerja tersebut.

Harakah Daily

Kerajaan perlu bertindak terhadap AG, bekas KPN

Posted: 27 Mar 2012 12:42 AM PDT

4 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 27 Mac: Kerajaan sepatutnya mengambil tindakan terhadap Peguam Negara dan bekas Ketua Polis Negara untuk membersihkan nama polis, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar (gambar).

Dalam perbahasan di Dewan Rakyat semalam, Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, apabila polis didakwa terlibat dalam memberikan perlindungan kepada penjenayah, ia ancaman baru kepada negara.

"Ini ancaman baru kepada negara, kepada kita. Soal keselamatan yang polis tidak boleh hendak mengawal keadaan kerana apa, kerana ada pegawai tinggi polis yang melindungi kumpulan kongsi gelap," kata Mahfuz.

Perbahasan hangat berlaku antara Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN) apabila Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mendakwa perkara itu tidak ada kes ketika dirujuk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) sebelum ini.

"Pada masa dan ketika itu tidak ada kes untuk SPRM melaksanakan dan meneruskannya," dakwa menteri itu.

Bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Datuk Ramli Yusuff sebelum ini mendakwa Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan melindungi penjenayah dan mendakwa mereka menggunakan SPRM menganiayai pegawai-pegawai polis yang terlibat dengan penyiasatan ke atas penjenayah berkenaan.

Apabila Hishammuddin mendakwa SPRM mendapati tidak ada kes, Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo menyanggah dakwaan itu dengan menekankan siasatan tersebut ialah siasatan lama.

"Itu siasatan yang lama. Selepas daripada siasatan tersebut, bangkit keterangan baru, bangkit saksi-saksi yang menyatakan mereka sudi hendak tampil ke hadapan tapi langsung tidak ada sebarang tindakan.

"Jawapan yang diberikan hari ini langsung tidak menyentuh terhadap perkara-perkara tersebut," kata Gobind.

Mahfuz pula menekankan Ramli tidak membuat dakwaan tanpa bukti.

"Bekas pegawai kanan polis dia datang bukan dengan cakap kosong. Dia datang dengan dokumen.

"Dia datang dengan penuh keberanian. Dia tahu risiko dia," katanya.

Ketika itu, Gobind terus menyambut penegasan Mahfuz itu dan berkata kerajaan tidak menyiasat perkara itu "kerana tahu aduan (Ramli) itu betul".

Ramli sebelum ini menyatakan kekecewaan terhadap keengganan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan untuk menyiasat kes yang dinamakan "Copgate" itu.

Hari ini, Ramli menyifatkan jawapan Hishammuddin bahawa kes itu disiasat oleh SPRM sebagai mengingkari logik.

Beliau menekankan dakwaan bahawa badan pencegahan rasuah itulah yang digunakan oleh Abdul Gani dan Musa untuk memangsakan beliau dan para pegawai bawahannya.

Malah, kata Ramli, SPRM jugalah yang membebaskan Abdul Gani dan Musa atas beberapa tuduhan.

Harakah Daily

Hutang kroni dilupus, hutang mahasiswa dikejar

Posted: 27 Mar 2012 12:39 AM PDT

4 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

TEMERLOH, 27 Mac: Aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim mempertikaikan bagaimana kerajaan boleh lupuskan hutang kroni sehingga setengah bilion ringgit sedangkan hutang pelajar universiti yang hanya puluhan ribu tidak henti-henti dituntut dan dikejar.

"Bayangkan di negara ini ilmu pun macam diniagakan, masuk belajar kena berhutang. Sanggupkah kita tengok nak belajar kena berhutang dan habis belajar bukannya terus dapat kerja. Pengangguran sekarang ini dua kali ganda jumlah mahasiswa.

"Tapi tuan-tuan tengok Tajudin Ramli hutang RM584 juta boleh dilepas dan selesai begitu saja sedangkan mahasiswa berhutang antara RM15 ke RM50 ribu dikejar sehingga ke lubang kubur. Jadi apa gunanya masuk universiti?

"Mahasiswa yang belum tahu untung nasibnya disenaraihitam dan tak boleh keluar negara. Tapi kalau tengok pemimpin negara sampai berbuih mulut kata rakyat diutamakan," sindirnya.

Mahasiswa Universiti Perguruan Sultan Idris (Upsi) yang digantung itu berkata demikian ketika berceramah di Taman Saga di sini semalam.

Beliau pernah mencetuskan kontoversi kerana menurunkan gambar Perdana Menteri di PWTC itu berkata, negara sudah lebih 50 tahun merdeka tetapi rakyatnya masih terkongkong walaupun mereka yang dianggap berilmu iaitu pelajar universiti.

"Saya digantung oleh pihak universiti kerana membantah Akta Universiti Kolej Universiti (Auku) yang sudah 40 tahun menutup mulut mahasiswa.

"Kami bantah Auku kerana tak logik membisukan pelajar universiti. Bayangkan kalau yang belajar dalam jurusan Sains Politik takkan tak boleh kritik parti politik, nakkan cakap tentang ayam itik.

"Saya sendiri sebagai mahasiswa. Kita kritik sebab kita sayangkan negara ini. Takkan nak biarkan pemimpin makan rasuah," hujahnya lagi.

Adam menambah, dengan membisukan mahasiswa itulah menyebabkan pemimpin tidak takut makan rasuah banyak-banyak kerana mahasiswa tidak boleh bersuara sedangkan mahasiswa orang yang berilmu justeru tidak mungkin membiarkan kemungkaran dan penganiayaan.

Katanya, apabila sudah tidak ada lagi saluran untuk suarakan kepincangan di mana lagi jika tidak di jalan raya sebagaimana di negara-negara maju mahasiswanya berdemonstrasi di jalan raya.

"Jadi pada hari itu (15 Disember 2012) saya bersama 500 mahasiswa berarak ke PWTC kerana bangunan itu bangunan Umno iaitu parti yang memerintah negara ini.

"Saya turunkan berdera gambar (Datuk Seri) Najib Tun Razak sebagai simbolik membantah penipuan slogan transformasi untuk memansuhkan Auku dan hilang kepercayaan anak muda kepada kepimpinannya selaku ketua kerajaan," hujahnya lagi.

Adam menyeru golongan anak-anak muda supaya segera menggerakkan perubahan kerana sudah 54 tahun selepas merdeka tetapi pemimpin negara dan parti memerintah masih bergelumang dengan rasuah serta politik perkauman yang membawa budaya samseng.

"Jadi kepada anak-anak muda saya seru, inilah masa yang paling sesuai untuk tumbangkan kerajaan yang ada hari ini demi kebaikan generasi akan datang," laungnya dengan penuh bersemangat.

Harakah Daily

Najib: Telunjuk lurus kelingking berkait

Posted: 27 Mar 2012 12:37 AM PDT

4 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM, 27 Mac: Tuduhan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat di Selangor menipu rakyat kerana gagal menunaikan janji pilihan raya dibuat tanpa kajian, penuh emosi dan berniat jahat.

"Berdasarkan kajian kita lakukan, rakyat tidak terlalu menekankan pada janji berupa habuan wang ringgit tetapi lebih kepada tuntutan untuk sebuah pentadbiran yang telus, efisien, bertanggungjawab dan melaksanakan amanah rakyat dengan jujur," kata Faekah Husin (gambar) , Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor.

Bagi beliau, Perdana Menteri usah buat-buat lupa pada pilihan raya umum 2008, UMNO-Barisan Nasional juga banyak menabur janji kepada rakyat yang sehingga kini belum dilaksana malah belum ada tanda-tanda janji-janji ini akan dilaksanakan.
Program transformasi yang dijanjikan beliau kini jauh dari mencapai sasaran, tambahnya.

"Perbuatan Najib ini seumpama telunjuk lurus kelingking berkait-hipokrit dan penuh kepura-puraan," dakwa Faekah dalam kenyataannya.

Rakyat di Negara ini, katanya, terutama negeri maju seperti Selangor memahami bukan semua janji berupa imbuhan seperti penurunan cukai pintu dapat dilaksanakan dengan serta merta.

Rakyat faham semuanya bergantung kepada hasil negeri dan kutipan cukai.

Namun apa yang dituntut rakyat tanpa kompromi ialah sebuah kerajaan negeri yang ditadbir dengan baik dengan pemimpin yang tidak merompak harta rakyat untuk kesenangan diri dan kroni.

Manakala sebuah kerajaan yang menipu rakyat ialah apabila pemimpin-pemimpinnya tidak jujur.

Menyeru rakyat berjimat namun mereka sendiri bermewah dan berparti ratusan ringgit tanpa rasa belas terhadap rakyat yang terpaksa berhempas pulas untuk meneruskan hidup.

Bagi Faekah, sebuah kerajaan yang menipu ialah apabila pemimpinnya salah guna wang rakyat seperti dana Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) sebanyak RM250 juta.

Menipu wang rakyat ialah apabila pemimpin mendapat komisen lebih RM500 juta hasil pembelian kapal selam scorpene.

Menipu wang rakyat ialah apabila pemimpin memutuskan untuk melupuskan hutang kroni terhadap kerajaan, mengutamakan keuntungan kroni berbanding kebajikan rakyat dalam pemberian kontrak kepada Puncak Niaga.

Menipu rakyat juga ialah apabila pemimpin berpura-pura menjaga harta Bumiputera tetapi secara senyap, sanggup menjual tanah kuota Bumiputera kepada bukan Bumiputera, tegas beliau.

Katanya, rakyat Selangor ingin mengingatkan Najib, pemimpin-pemimpin beginilah yang sebenarnya menipu rakyat.

Justeru, katanya, rakyat Selangor tidak lagi percaya dengan Najib dan pemimpin UMNO-BN sebab pada sepanjang pemerintahan mereka di Selangor, watak-watak pemimpin hipokrit sebegitulah yang berjaya dipamerkan oleh mereka.

Harakah Daily

Bayi 3 bulan meninggal dalam jagaan pengasuh

Posted: 27 Mar 2012 12:35 AM PDT

4 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

SETIA ALAM: Sepasang ibu bapa bingung apabila bayi lelaki mereka yang sihat, meninggal dunia secara tiba-tiba ketika berada dalam jagaan pengasuhnya di sebuah TASKA di sini, minggu lalu.

Tai Loon Eng, 29, dan suaminya, Tan Khai Yin, 34, berkata mereka sepakat untuk menghantar bayi sulung 3 bulan itu ke TASKA berkenaan selepas diyakinkan oleh pemiliknya bahawa ia dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan, termasuk kamera litar tertutup (CCTV).
Loon Eng berkata, bayinya bernama Tan Yanxue dilahirkan secara normal dalam keadaan sihat pada 11 Disember tahun lalu sebelum dihantar ke TASKA itu sejak 20 Februari lalu.
"Sejak anak saya dihantar ke sana, saya dapati kesihatannya mula terganggu. Minggu pertama dia dihantar ke sana, dia mengalami demam panas dan jangkitan pada tekak, begitu juga dengan minggu kedua.

"Minggu lalu, saya dan suami membawanya ke klinik untuk pemeriksaan kesihatan untuk suntikan vaksin. Waktu itu dia dalam keadaan sihat saja dan tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda yang mencurigakan," katanya.

Beliau berkata, pada 22 Mac lalu beliau menerima panggilan telefon daripada pemilik TASKA itu pada jam 2.15 petang yang memintanya segera datang ke premis itu.

"Saya menghubungi jiran terdekat, M Shanty dan memintanya agar pergi ke TASKA itu dulu.
"Saya diberitahu Shanty bahawa anak saya berada di atas katil tetapi tidak bergerak. Dia juga kelihatan seperti mengalami masalah pernafasan kerana kulitnya sudah bertukar menjadi biru.

"Waktu saya sampai di TASKA itu, CCTV tidak dipasang seperti sepatutnya dan pemilik TASKA juga tiada di situ. Yang ada hanya dua pembantu warga India dan Kemboja yang berdiam diri apabila disoal mengenai anak saya," katanya.

Loon Eng berkata, Hospital Tengku Ampuan Rahimah mengesahkan anaknya sudah meninggal dunia sebelum tiba di situ.

"Saya mengadakan sidang media ini bukan untuk mengaibkan pemilik TASKA atau memberi sebarang masalah kepada beliau, tetapi cuma mahu meminta kerjasama kerajaan khususnya Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk memastikan perkara ini tidak berulang.

berita harian/-

Remaja dakwa dibelasah penjual tiket

Posted: 27 Mar 2012 12:32 AM PDT

4 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

PENAGA - "Punah harapan saya untuk membantu menyara ibu dan adik selepas insiden itu kerana bukan sahaja kehilangan kerja malah turut mengalami kecederaan parah," kata Muhamad Fahami Abdul Hamid, 20, yang mendakwa dibelasah gara-gara salah faham seminggu lalu.

Muhamad Fahami, berkata, kejadian itu berlaku pada malam 18 Mac lalu ketika dia bersama rakan baiknya, Muhamad Zulhelmi Fuad, 23, berada di Perhentian Sementara Penang Sentral di sini untuk menaiki bas menghadiri temu duga di Kuala Lumpur.

"Sebaik sampai di terminal itu dari rumah di Taman Desa Kuala Muda, kami bergegas ke kaunter yang menjual tiket untuk menaiki bas yang dijangka bergerak pada jam 12 tengah malam.

"Bagaimanapun kami tidak dibenarkan berbuat demikian kerana tiket yang dibeli sejak seminggu lalu itu didapati tercatat kesilapan masa iaitu jam 12 tengah hari dan bukannya sepertimana yang diminta," katanya.

Menurutnya, dia kemudiannya meminta penjual tiket itu meminda masa sebenar perjalanan sambil memaklumkan perlu menghadiri temu duga keesokan hari.

Namun dakwanya, tiba-tiba kerani wanita di kaunter itu meninggikan suara, melenting dan memarahi mereka berdua sambil menuduh cuba menipu menyebabkan beberapa lelaki yang dikenali sebagai penjual tiket di terminal itu meluru ke arahnya.

"Saya dan rakan cuba memaklumkan kepada mereka berkaitan kesilapan masa pada tiket berkenaan untuk membolehkan kami menaiki bas kerana perlu berada di Kuala Lumpur keesokan harinya," katanya.

Muhamad Fahami berkata, penjelasan mereka tidak diterima sebaliknya dia terus dipukul seorang lelaki dengan sebatang cota membuatkan dia dan Mohd Zulhemi terpaksa lari bagi menyelamatkan diri selepas mendapati lebih ramai lelaki datang dipercayai mahu memukulnya.

"Saya terpaksa lari ke arah deretan kedai makan bagi menyelamatkan diri manakala Mohd Zulhelmike arah jeti.

"Saya juga terdengar jeritan lelaki yang mengejar menyuruh orang ramai yang berada di kawasan itu menangkap saya dengan alasan saya meragut beg penumpang di terminal berkenaan," katanya.

Menurutnya, disebabkan terkepung dia dibelasah orang ramai termasuk ditumbuk, ditendang dan dipukul menggunakan kayu walaupun merayu dilepaskan sambil menceritakan apa sebenar yang berlaku.

Muhamad Fahami bernasib baik apabila seorang lelaki berjaya menghalang dia dipukul lebih teruk sebelum membawanya ke Balai Polis Butterworth membuat laporan.

Dia kemudian dihantar ke Hospital Seberang Jaya dan hasil pemeriksaan perubatan kemudiannya dia disahkan mengalami patah tulang di bawah kelopak mata kiri dan mengalami pendarahan dalam mata.

Anak kepada ibu tunggal, Faridah Ismail, 55, itu berkata, dia malu kerana dituduh sebagai peragut sedangkan ia hanya melibatkan salah faham sahaja.

"Saya bercadang mengambil tindakan undang-undang ke atas penjual tiket di kaunter bas berkenaan, beberapa lelaki penjual tiket yang bertindak memukul saya tanpa usul periksa hingga mencemar nama baik saya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, sisten Komisioner Zulkifli Alias yang dihubungi mengesahkan kejadian itu dan sebaik laporan diterima pihaknya berjaya menangkap empat lelaki yang dipercayai terlibat memukul Muhamad Fahami dalam kejadian itu.

Menurutnya, semua mereka kini berada dalam tahanan reman untuk disiasat di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana sengaja melakukan cedera parah.

Sinar Harian

Hanya kerana dokumen hilang

Posted: 27 Mar 2012 12:31 AM PDT

4 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

BLANJA - Walaupun pernah berkhidmat untuk negara satu ketika dahulu, Abdullah Jalaludin, 95, kini masih belum menerima sebarang bantuan gara-gara dokumen pengesahan jawatannya hilang .

Bekas pesara polis yang kini mengalami sakit tua ini mengharapkan pihak-pihak berkenaan mempertimbangkan permohonan mendapatkan bantuan bulanan demi kelangsungan hidupnya.

Anaknya, Rohani Abdullah, 62, berkata, bapanya tidak mendapat sebarang bantuan selepas bersara daripada berkhidmat sebagai anggota polis pada 1953 lalu.

"Bapa saya adalah bekas anggota polis semasa zaman perang dahulu dan banyak membantu dalam usaha mendapatkan kemerdekaan negara.

"Dia mula bertugas sebagai polis pada tahun 1949 dan tamat pada 1953," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sungai Korok, di sini.

Rohani berkata, bapanya tidak mendapat sebarang bantuan kerana segala dokumen beliau telah hilang.

"Memang kami ada mohon bantuan tetapi tidak diterima alasannya segala dokumen yang mengatakan bapa bertugas sebagai anggota polis telah hilang.

"Disebabkan sudah terlalu lama, segala dokumen berkenaan hilang begitu sahaja tetapi bapa masih mengingati nombor sewaktu dia menjadi polis dahulu," katanya.

Sementara itu, katanya, kini bapanya hanya mampu duduk dan terbaring sahaja kerana faktor usia.

"Walaupun sudah uzur dan kurang pendengaran, ingatan bapa masih baik.

"Saya amat berharap agar bapa diberi bantuan bulanan kerana jasa-jasa beliau dahulu semasa zaman perang. Sekurang-kurangnya dengan adanya bantuan ini, ia boleh digunakan untuk keperluan dirinya," katanya.

Katanya, dia memang menyara kehidupan bapanya tetapi jika ada bantuan berkenaan, kelengkapan bapanya boleh diuruskan dengan lebih baik.

Sinar Harian

Kurang sopan

Posted: 27 Mar 2012 12:29 AM PDT

4 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

SELINSING – Layanan kurang sopan daripada petugas di stesen kereta api Taiping kepada Orang Kurang Upaya (OKU), Mohd Sanusi Zaini, 30, membangkitkan rasa tidak puas hati kakaknya, Zakiah Zaini, 50.

Zakiah yang ditemui di kediamannya di Sungai Pinang, di sini berkata, kejadian berkenaan berlaku hanya kerana Mohd Sanusi tidak dapat berjalan sepantas individu normal disebabkan kelumpuhan badan sebelah kanan.

Menurutnya, petugas berkenaan memarahi Mohd Sanusi dan menyuruhnya berjalan lebih laju kerana kereta api akan bertolak pada sekitar jam 10.10 malam.

"Kami tiba di stesen itu pada jam 9.45 malam dan mengikut jadual perjalanan kereta api berkenaan, Mohd Sanusi masih mempunyai masa sekitar 25 minit untuk menaikinya.

"Kelumpuhan Mohd Sanusi menghalangnya untuk berjalan pantas dan keadaan itu sepatutnya disedari oleh petugas berkenaan serta perlu memahami keadaannya," katanya kepada Sinar Harian.

Zakiah turut memaklumkan ada meminta kerusi roda khas yang disediakan pihak stesen kereta api berkenaan namun sekali lagi dimarahi oleh petugas itu, dengan alasan dia tidak mempunyai kunci pintu tempat simpanan kerusi roda.

Katanya, kerana keadaan itu, dia terpaksa memimpin Mohd Sanusi untuk bergerak pantas bagi meredakan keadaan, juga kerana petugas terbabit mendakwa kereta api akan bertolak.

"Sebagai kakak kepada seorang OKU, saya amat kesal dan kecewa dengan sikap petugas terbabit, tambahan Mohd Sanusi terpaksa bersendirian di atas kereta api berkenaan untuk pulang ke rumahnya di Kuala Lumpur.

"Sepatutnya petugas terbabit mengamalkan sikap toleransi kepada OKU dan saya harap perkara berkenaan tidak berulang," katanya.

Sinar Harian

Ditetak suspek

Posted: 27 Mar 2012 12:28 AM PDT

4 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

SUNGAI SIPUT (U) - Cubaan menyelamatkan bapanya yang dipegang tiga perompak menyebabkan seorang pengurus sebuah stesen minyak berusia 46 tahun, di sini mengalami kecederaan akibat ditetak dengan sebilah parang, pada pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Azman Salim berkata, kejadian berlaku antara jam 6 hingga 6.20 pagi di perkarangan rumah mangsa di Taman Haewood, di sini.

Menurutnya, bapa mangsa yang berusia lingkungan 70 an dipercayai keluar rumah untuk mengambil surat khabar semasa tiga suspek terbabit memanjat masuk ke dalam kawasan rumah.

"Suspek dipercayai memanjat pagar rumah berkenaan lalu menyerbu bapa mangsa.

"Isteri mangsa yang berada di ruang tamu, menjerit sebaik sahaja melihat kejadian berkenaan dan mangsa telah meluru keluar untuk membantu bapanya," katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Katanya, menyedari kehadiran mangsa, salah seorang daripada suspek terbabit mengangkat parang lalu menetak mangsa menyebabkan dia cedera pada bahu kiri dan tangan kanan.

Azman memaklumkan, selepas kejadian berkenaan ketiga-tiga suspek telah melarikan diri tanpa sempat mengambil apa-apa barangan atau wang tunai.

"Suspek dipercayai melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta jenis Proton Wira berwarna biru dan tidak memakai topeng atau penutup muka.

"Polis belum membuat sebarang tangkapan berhubung kes ini dan siasatan lanjut sedang dilakukan untuk mengenal pasti semua suspek," katanya.

Menurut Azman, mangsa cedera ringan dan dikejarkan ke Hospital Sungai Siput untuk mendapat rawa­tan­.

Sinar Harian

Inter Milan pecat Claudio Ranieri

Posted: 27 Mar 2012 12:26 AM PDT

4 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

INTER Milan memecat jurulatihnya, Claudio Ranieri berikutan prestasi yang kurang memuaskan kerana hanya menang satu daripada 10 perlawanan liga.

Bekas jurulatih Chelsea ini mengambil alih tanggungjawab memimpin Inter Milan September lalu, menggantikan Gian Piero Gasperini, yang dipecat hanya selepas lima perlawanan.

Meskipun prestasi buruk, presiden kelab itu, Massimo Moratti awal semalam memberitahu bahawa "saya fikir Claudio Ranieri akan kekal sehingga akhir musim ini."

Jurulatih pasukan belia, Andrea Stramaccioni akan menggantikan tempatnya.

Inter Milan kini berada di tangga kelapan Serie A, dilihat kedua paling buruk selepas prestasi 1947-48. Pasukan itu juga terkeluar daripada persaingan Liga Juara-juara di pusingan kedua.

Sinar Harian

Kekang kegiatan curi kabel

Posted: 27 Mar 2012 12:22 AM PDT

4 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

MENTAKAB - Kes curi kabel Telekom ­semakin menular ekoran sikap pihak tidak bertanggungjawab mahu meraih pen­dapatan lumayan hasil jualan kabel tersebut.

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Saga, Shahruddin Abdullah Sani berkata, dalam hal ini, Telekom minta kerjasama KRT supaya melaksanakan program Skim Rondaan Sukarela (SRS).

Menurutnya, melalui SRS itu diharap mampu membantu mengekang kes curi kabel itu yang mana ia menyukarkan ­penduduk membuat panggilan atau ­melayari Internet.

"Saya difahamkan setiap kali berlaku kes curi kabel, Telekom terpaksa menanggung kos yang tinggi. Ketiadaan talian ­menyukarkan penduduk membuat ­panggilan jika berlaku kecemasan.

"Justeru, Telekom mengharapkan ­kerjasama penduduk supaya menyertai SRS sekali gus membendung gejala curi ­kabel tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian sempena m­ajlis keselamatan dan kejiranan Telekom Malaysia dan Polis Diraja Malaysia, dekat Taman Saga, di sini.

Shahruddin berkata, selain itu, SRS juga berperanan dalam membantu mencegah jenayah serta masalah sosial di dalam KRT masing-masing.

Menurutnya, SRS penting kerana ia melindungi nyawa, harta benda dan ­keselamatan penduduk.

"Dalam mengendalikan SRS, kita­ ­sebagai masyarakat hendaklah saling ­membantu dan bergilir berjaga malam demi ­memastikan keselamatan kawasan kita ­terus terjamin," katanya.

Sinar Harian

Meninggal di bahu ibu

Posted: 27 Mar 2012 12:19 AM PDT

4 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

ALOR GAJAH – Seorang lelaki yang mengalami sesak nafas meninggal dunia di bahu ibunya, beberapa minit selepas mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta di pekan Masjid Tanah, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah hari itu, mangsa, Hasrul Md Yasin, 32, mengadu sesak nafas pada sebelah pagi sebelum pergi ke klinik bersama ibunya.

Dia bagaimanapun disahkan meninggal dunia di sofa klinik berkenaan sebaik saja selepas menerima rawatan.

Ibu arwah, Aminah Kecut, 63, berkata, mangsa yang dipanggilnya sebagai 'Adik' merupakan anak bong­su dari tujuh beradik dan masih bujang.

Menurutnya, pada malam sebelumnya, anaknya itu mengalami demam serta muntah-muntah.

"Setiba di klinik pagi itu, Adik semakin lemah dan duduk di sofa tempat menunggu sebelum masuk bilik pemeriksaan dengan berpimpin. Masa itu, Adik beritahu matanya kabur, malah ketika dirawat, Adik cuma tunduk mendiamkan diri.

"Doktor meminta saya membawa Adik ke hospital terus selepas melihat Adik tidak memberi sebarang tindak balas, tambahan kuku dan tangan Adik mula kebiruan. Bagaimanapun, Adik minta berehat sebentar di sofa klinik," katanya.

Menurutnya, semasa menunggu di sofa klinik, Adik terlentok di bahunya, sambil air liur dan air mata meleleh membasahi bajunya.

"Saya mengesyaki sesuatu sehingga doktor datang memeriksa dan mendapati Adik sudah tiada lagi," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superin­tendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin menge­sahkan kejadian.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Melaka untuk bedah siasat.

Sinar Harian

Akibat curi barang majikan

Posted: 27 Mar 2012 12:18 AM PDT

4 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

AYER KEROH - Seorang bekas pekerja restoran dijatuhi hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini semalam kerana mencuri barang kemas milik majikannya yang disimpan di dalam bilik solat restoran.

Tertuduh, Nasir Ibrahim, 18, dari Sempor­na, Sabah dijatuhi hukuman itu selepas dia membuat pengakuan bersalah di hadapan Majistret Nor Azizah Yusof.

Berdasarkan pertuduhan, Nasir didapati mencuri lapan utas rantai tangan emas, dua utas rantai leher emas, lima bentuk cincin emas, sebuah loket emas, seutas rantai kaki emas dan wang tunai berjumlah RM43,000 milik Zubidah Mohamed Alias, 39.

Tertuduh melakukan kesalahan itu di Restoran Asam Pedas Kampung, Plaza Mahkota pada 16 Mac 2012 antara jam 4 petang dan 5.15 petang.

Mengikut fakta kes, kehilangan barang berharga milik pemilik restoran disedari apabila adik kepada mangsa nampak tertuduh keluar dari bilik solat restoran itu dan terus melarikan diri.

Pemeriksaan di bilik solat mendapati barangan kemas yang diletakkan di bawah katil hilang sebelum bertindak membuat laporan polis.

Tertuduh yang menyembunyikan diri bagaimanapun berjaya dikesan, sebelum ditangkap pada 17 Mac lalu.

Sinar Harian

Rakan tercampak keluar dari bas sekolah

Posted: 27 Mar 2012 12:16 AM PDT

4 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

JITRA - "Saya tergamam melihat seorang rakan kami tercampak keluar dari bas sekolah yang kami naiki selepas terlibat dalam kemalangan ini," kata seorang mangsa, Muhammad Aisar Hamzah 11.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, seramai 11 murid dan seorang guru dari Sekolah Rendah Al-Azhar, Gelong di sini cedera selepas bas sekolah yang dinaiki mereka terlibat kemalangan dengan sebuah bas persiaran di Kilometer 16.8 Lebuhraya Utara Selatan menghala Alor Setar, petang semalam.

Seorang mangsa, yang juga murid tahun satu, Afif Shahmi Abdul Salam tercampak keluar dari bas menyebabkannya cedera di kepala dan mulut.

Murid tahun tiga, Zihni Ilman Zairi, 9, yang patah kaki kiri dipindahkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar, untuk menjalani pembedahan, manakala semua mangsa lain dirawat di Hospital Jitra.

Difahamkan, guru yang cedera, Mohd Borhan Shariat, 40, juga merupakan pemandu bas sekolah turut patah kaki.

Muhammad Aisar ketika ditemui di tempat kejadian berkata, ketika kejadian dia yang duduk di tempat duduk paling belakang nampak sebuah bas persiaran dipandu laju menuju ke arah bas sekolah mereka.

"Ketika itu, saya hampir terlelap, namun belum sempat memejamkan mata, saya ternampak sebuah bas persiaran yang dipandu laju menuju ke arah bas kami. Bas itu sempat mengelak tetapi berlanggar dengan bas kami lalu menyebabkan seorang rakan kami tercampak keluar.

"Waktu itu semua rakan menjerit dan kebanyakannya cedera akibat tersembam di pemegang kerusi dan lantai bas.

"Kami segera berlari keluar dari bas melalui pintu kecemasan, manakala pemandu yang juga guru kami tersepit di tempat duduk pemandu sebelum diselamatkan bomba," katanya yang masih fobia dengan kejadian itu.

Difahamkan, bas sekolah itu dalam perjalanan menghantar pulang 40 murid sekolah berkenaan ke rumah masing-masing yang rata-rata tinggal di kawasan Changlun dan Jitra.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jitra, Hasbullah Mohd Isa berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 4.04 petang melibatkan kemalangan antara sebuah bas sekolah yang membawa 40 murid dengan sebuah bas persiaran.

"Seramai 12 mangsa tercedera termasuk pemandu yang tersepit di tempat duduk pemandu. Semua mereka dikejarkan ke Hospital Jitra.

"Manakala tiada kecederaan dilaporkan membabitkan penumpang bas persiaran," katanya.

Difahamkan bas persiaran itu membawa 44 penumpang dari Shah Alam yang baru pulang bercuti di Langkawi.

Sinar Harian

Tiga kes denggi dikesan di Gombak Setia

Posted: 27 Mar 2012 12:14 AM PDT

4 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

GOMBAK SETIA - Tiga kes demam denggi membabitkan satu keluarga di Jalan Madrasah 3, di sini dikesan berlaku dalam kawasan Gombak Setia, minggu lalu.

Ketua Skim Rondaan Sukarelawan (SRS) Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Gombak Setia, Bahtiar Ahmad berkata, dalam kes pertama dilaporkan di kawasan itu, seorang kanak-kanak dan dua dewasa dijangkiti demam denggi.

Keadaan itu menurutnya, menimbulkan kebimbangan penduduk apatah lagi ia dianggap kes terbesar berlaku di Gombak Setia.

"Sekiranya Pejabat Kesihatan mengatakan satu kes pun sudah bahaya, tiga kes yang berlaku dalam kawasan ini benar-benar membimbangkan.

"Harap kes ini dijadikan iktibar kepada penduduk supaya sentiasa menitikberatkan soal kebersihan terutama di tempat kediaman masing-masing," katanya ketika ditemui pada program gotong-royong bersama penduduk, di sini.

Bahtiar berkata, bimbang dengan tercetusnya kes denggi di kawasan itu, KRT Gombak Setia mengambil inisiatif awal mengadakan gotong-royong.

"Harap aktiviti seperti ini menjadi langkah awal setiap keluarga membanteras wabak ini daripada terus menular," katanya.

Program dengan kerjasama jawatankuasa Surau Al-Hilaliah, Majlis Perbandaran Selayang (MPS) serta beberapa agensi kerajaan lain itu bertujuan membanteras wabak denggi seperti di kawasan longkang tersumbat dan lokasi berisiko air bertakung.

Sinar Harian

Operasi ‘tadika’ percuma diragui

Posted: 27 Mar 2012 12:12 AM PDT

4 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

PUCHONG - Kewujudan sebuah 'tadika' yang memberi khidmat secara percuma kepada kanak-kanak di pangsapuri kos rendah, di sini menimbulkan keraguan kepada penduduk setempat.

Tadika yang terletak di tingkat 1 bangunan rumah kedai, berhadapan pangsapuri itu dikatakan dibuka sejak dua tahun lalu dan turut memberi perkhidmatan tuisyen secara percuma kepada pelajar yang bakal menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Bagaimanapun, tindakan pihak berkenaan yang enggan memberi peluang ibu bapa melihat apa yang diajar menyebabkan timbul keraguan pembelajaran sebenar yang diberi.

Wakil penduduk, Khairul Azmil Bashir, 28, berkata, mereka sebenarnya tidak mengetahui siapa yang menaja dan memberi dana kepada pengurusan pusat itu untuk menjalankan aktiviti.

"Penduduk tidak tahu sama ada pihak itu mempunyai kebenaran menjalankan aktiviti seperti itu atau tidak, kalau benar mereka mendaftar tidak mengapa, tetapi kini kita rasa ragu-ragu.

"Sekarang ini macam-macam masalah berlaku, yang menjadi persoalan mengapa ibu bapa tidak dibenarkan masuk ke dalam kelas, murid tidak dibenarkan membawa makanan dan minuman dari rumah dan pihak sekolah menutup pintu dan bercermin gelap," katanya.

Khairul berkata, rata-rata penghuni tertarik dengan pakej 'sesi pembelajaran' yang disediakan di pusat berkenaan kerana tidak mengenakan sebarang caj.

"Kita minta pihak berwajib siasat latar belakang pusat ini, kalau mereka benar, kita bersyukur kerana niat baik mahu membantu keluarga kurang berkemampuan, sekarang ramai penduduk mula ragu dengan operasi tadika berkenaan," katanya.

Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Noor berkata, dia pernah menghantar anaknya ke sekolah itu, namun hanya sempat belajar kira-kira sebulan sahaja.

Katanya, dia terpaksa menghentikan sesi pembelajaran di pusat itu kerana berasa pelik dengan kelakuan anaknya terutama ketika berdoa.

"Anak saya juga pernah membawa pulang gula-gula yang langsung tidak pernah dilihat di pasaran.

"Apabila saya minta untuk masuk dan melihat ketika sesi pelajaran berlaku, pihak sekolah tidak membenarkannya dan meminta saya menunggu di luar," katanya yang mengakui tindakan itu menyebabkan timbulnya keraguan sehingga dia mengambil keputusan memberhentikan anaknya dari terus belajar di pusat berkenaan.

Sinar Harian

Doktor wanita ditemui tergantung

Posted: 27 Mar 2012 12:09 AM PDT

4 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

PORT DICKSON – Seorang doktor yang berkhidmat di sebuah hospital di sini, ditemui mati di bilik tidurnya, kelmarin. (Gambar Hiasan)

Doktor wanita berusia 41 tahun itu ditemui ibu bapanya dalam keadaan tergantung dengan kain sari di jeriji tingkap rumahnya, sekitar 1 tengahari.

Menurut sumber, ketika kejadian, pintu bilik mangsa berkunci, sementara ibunya beberapa kali memanggil, namun tiada sebarang sahutan dari dalam bilik.

"Ibu mangsa dengan bantuan suaminya kemudian bertindak membuka pintu bilik dengan kunci pendua sebelum menemui mangsa sudah tidak bernyawa," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Menurutnya, mayat mangsa kemudian dibawa ke Bilik Mayat Hospital Port Dickson, di sini untuk bedah siasat.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Zulkefli Adamsah mengesahkan kejadian berkenaan.

Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan, Datuk Dr. Zailan Adnan ketika dihubungi Sinar Harian, semalam turut memaklumkan sudah menerima laporan berkenaan kejadian berkenaan.

Agency

Sindiket edar dadah lumpuh

Posted: 27 Mar 2012 12:06 AM PDT

4 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

JOHOR BAHRU – Polis negeri ini berjaya melumpuhkan sindiket pengedaran dadah sekitar bandar raya ini selepas menahan tiga lelaki dan dua wanita warga tempatan dalam tiga serbuan berasingan, Khamis lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri, Asisten Komisioner Kamarudin Abd Aziz berkata, polis menahan seorang jurujual kereta yang berumur 36 tahun dalam serbuan pertama di Kampung Datuk Sulaiman Menteri, di sini.

Menurutnya, sebanyak 920 gram dadah jenis ganja bernilai RM2,200 berjaya dirampas hasil serbuan kira-kira jam 4.15 petang oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri.

"Lelaki yang sudah berumah tangga itu didapati positif dadah dan hasil semakan mempunyai satu rekod penyalahgunaan dadah," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), di sini, semalam.

Kamarudin berkata, dalam serbuan kedua pada hari yang sama kira-kira jam 6 petang di Kampung Melayu Pandan, di sini seorang lelaki berumur 31 tahun berjaya ditahan.

"Kita turut merampas sebanyak 1.98 kilogram dadah jenis ganja bernilai RM4,750 bersama lelaki bujang yang bekerja sebagai mekanik motosikal berkenaan.

"Hasil semakan, lelaki berkenaan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau," katanya.

Katanya, seorang lelaki bersama dua wanita berjaya ditahan di kawasan yang sama setengah jam kemudian dan turut merampas dadah jenis ganja bernilai RM1,200.

Menurutnya, dalam serbuan itu, polis turut merampas sejumlah wang tunai sebanyak RM3,100 dan sebuah komputer riba.

"Lelaki yang berumur 25 tahun itu bekerja sebagai penghantar surat, manakala dua wanita yang ditahan berumur 21 tahun adalah tunangnya dan ibu wanita berkenaan yang berumur 50 tahun.

"Hasil semakan yang dibuat, ketiga-tiga yang ditahan tidak mempunyai rekod jenayah lampau," katanya.

Kamarudin berkata, sindiket pengedaran dadah itu dipercayai aktif sekitar bandar raya ini sejak setahun lepas.

Katanya, kesemua yang ditahan kini direman sehingga Khamis depan.

Sinar Harian

Kena kejar 15 kenderaan

Posted: 27 Mar 2012 12:03 AM PDT

4 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

JOHOR BAHRU – Dua anggota penguatkuasa Kastam Diraja Malaysia cedera ringan selepas kenderaan dinaiki mereka dirempuh oleh kenderaan lain dipercayai dipandu tonto sebelum berjaya menahan sebuah lori di Kilometer 24 Lebuhraya Pasir Gudang di sini.

Pengarah Kastam Johor, Datuk Ramli Johari berkata, dalam kejadian kira-kira jam 8.45 malam itu, kenderaan yang dinaiki penguatkuasa berkenaan mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan dan belakang akibat dirempuh.

"Ketika mengejar lori berkenaan, kenderaan dinaiki anggota kami diekori 15 kenderaan lain dinaiki tonto. Pemandu lori yang mengangkut sejumlah rokok putih dan keretek termasuk bir jenama Tiger serta Malaki bertindak melarikan diri," katanya.

Menurutnya, kesemua barang bukti berkenaan yang ditaksirkan bernilai RM223,528 membabitkan cukai bernilai RM1,910,251.

Kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1)(e) Akta Kastam 1967 dan boleh dihukum maksimum 20 kali nilai atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

"Dalam tempoh seminggu lalu, pihak kami berjaya menggagalkan dua kes cubaan seludup rokok dan minuman keras bernilai RM372,586, membabitkan nilai cukai sebanyak RM1,808,171," katanya pada sidang media di Menara Kastam di sini, semalam.

Beliau berkata, hasil intipan di laluan kenderaan dagangan import Bangunan Sultan Iskandar (BSI), di sini, Sabtu lalu, berjaya menahan sebuah Lockvan jenis Hino seterusnya menemui sejumlah rokok dan minuman keras bernilai RM55,786 dengan nilai cukai RM450,683.

"Pemandu van berkenaan, seorang lelaki berumur 54 tahun dibawa ke Unit Pemeriksaan Rapi untuk siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967," katanya.

Katanya, pada 22 Mac lalu, pihak kastam berjaya merampas 264 kotak rokok keretek jenama Djarum Black yang ditemui dalam sebuah lori Taman Universiti, Skudai di sini, kira-kira jam 11 malam.

Bagaimanapun pemandunya berjaya melarikan diri.

"Kesemua barangan rampasan itu ditaksirkan bernilai RM316,800 membabitkan cukai RM1,357,488. Kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1)(e) Akta Kastam 1967.

"Nilai jumlah keseluruhan barangan dirampas bagi kesemua tiga kes itu adalah RM596,114 dengan jumlah keseluruhan cukai sebanyak RM3,718,423," katanya.

Sinar Harian

Penceroboh panjat dinding ala Spiderman

Posted: 26 Mar 2012 11:59 PM PDT

4 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KOTA DAMANSARA – Rumah seorang pesara polis berpangkat Sub Inspektor nyaris dipecah masuk, Sabtu lalu.

Dalam kejadian jam 4.30 pagi itu, mangsa dikatakan tidur sebelum tiba-tiba terjaga selepas terdengar bunyi seperti tin jatuh.

Dia kemudiannya terdengar bunyi tingkap kaca rumah dibuka.

"Saya keluar dan terus ke ruang tamu rumah untuk memastikan punca bunyi itu dan ternampak kepala manusia seolah-olah sedang menjenguk di tingkap, saya yang mula menyedari individu berkenaan mahu memecah masuk rumah ini terus menyergahnya," katanya kepada Sinar Harian.

Terkejut dengan jeritan mangsa, suspek bertindak terjun dan melarikan diri menggunakan sebuah kereta pelbagai guna (MPV) berwarna putih.

Berdasarkan pemerhatian awal, suspek yang bertubuh kecil mengambil kesempatan masuk ke dalam rumah berkenaan melalui tingkap yang sengaja direnggangkan untuk pengu­daraan dalam rumah.

"Kalau difikirkan secara logik, mustahil tingkap setinggi lebih tiga meter boleh dipanjat menerusi dinding," katanya.

Jelas beliau, pemeriksaan lanjut kemudiannya mendapati, terdapat bekas tapak kaki dipercayai milik individu berkenaan yang mengukuhkan lagi dakwaan bahawa suspek memanjat dinding, lagak seperti Spiderman.

"Ini kejadian pertama berlaku sejak saya tinggal di kawasan, tujuh tahun lalu," katanya.

Sinar Harian

Lima Maut Kereta Bertembung Di Hawaii

Posted: 26 Mar 2012 11:49 PM PDT

4 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

HONOLULU: Pihak berkuasa mengesahkan sekurang-kurangnya lima maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Hawaii.

The Maui News melaporkan kemalangan itu berlaku di lebuh raya Kula, awal pagi Ahad.

Pegawai polis, Wayne Ibarra berkata, siasatan awal mendapati sebuah kereta sedan, Dodge yang membawa enam penumpang bertembung dengan sebuah lagi kereta, Suzuki yang datang dari arah bertentangan.

Menurut Ibarra, kelima-lima penumpang di dalam kereta Dodge itu tercampak keluar.

Empat daripada mangsa iaitu tiga lelaki dan seorang wanita maut di tempat kejadian.

Sementara itu, seorang lagi mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Bagaimanapun, Ibarra tidak mempunyai butiran lanjut mengenai pemandu kenderaan itu.

Tiga lagi penumpang kereta Suzuki itu dikejarkan ke hopsital akibat kecederaan serius.

mstar/-

PAS Negeri Sembilan

Posted: 26 Mar 2012 09:38 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Web TV PAS Negeri Sembilan

Posted: 26 Mar 2012 07:18 PM PDT



Jabatan IT PAS Negeri Sembilan akan melancarkan Web TV dalam masa terdekat. Justeru itu orang ramai dijemput untuk memberi nama siaran Web TV ini.

Nama siaran Web TV yang paling menarik yang bericirikan Negeri Sembilan akan mendapat hadiah yang akan disampaikan sendiri oleh Timbalan Presiden PAS pada 1 April 2012 di Seremban.

Tarikh tutup penyertaan ialah pada hari Sabtu 31 Mac 2012 sebelum jam 2 petang.

Sila hantar penyertaan dengan menghantar mesej di Facebook www.facebook.com/hjtaufek

Md Sabu, Husam Musa dll 1 Apr 2012 di Jempol, N9

Posted: 25 Mar 2012 09:43 PM PDT



SOLAT HAJAT & CERAMAH MEGA
1 April 2012, Ahad, Jam 8 Mlm
Di Muassasah Darul Syariff, Batu Kikir, N.Sembilan
Bersama : Tn Hj Mohamad Sabu, YB Dato' Paduka Husam Musa, YB Dato Tn Guru Harun Taib, YB Dato Kamarul Baharin Abbas, YB Anthony Loke, YB Dr Hatta Ramli, Ustaz Nasaruddin Tantawi, YB Hj Taufek Abd Ghani dan Sdr Abd Rahman Ramly

Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Ayer Hitam

Posted: 26 Mar 2012 03:24 PM PDT

Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Ayer Hitam


ADUN ziarah mangsa ribut

Posted: 26 Mar 2012 09:07 AM PDT

26 Mac 2012, Kg Hutan Setali Mk Tunjang

ADUN Ayer Hitam, YB Ust Hj Abd Ghani B Hj Ahmad bersama Pegawai Khas, Encik Wan Yusof B Wan Jusoh serta Pengerusi MKK, Ust Hj ibrahim B Yahya telah menziarahi mangsa ribut jam 6.30 petang tadi dan meluangkan masa kira-kira 30 minit bertemu dengan mereka. Seramai 3 orang penyewa rumah kedai telah meerima musibah tersebut kira-kira jam 5.30 petang kelmarin. Walau bagaimanapun tiada kecederaan kepada mangsa yang terlibat kecuali atap rumah kedai mereka diterbangkan angin.


Bagi Saaidun B Saad, 37 Tahun telah menyewa rumah kedai tersebut sejak 12 tahun yang lalu. Beliau membuka bengkel membaiki motorsikal dan tinggal di rumah kedai tersebut yang bersebelahan dengan bengkelnya. Kerosakan berlaku di bahagian dapor rumah di mana bumbung rumah tersebut diterbangkan angin. Beliau menyasarkan kerugian sekitar RM 6000. Beliau tinggal di situ bersama seorang isteri dan 5 orang anak yang masih bersekolah. Ketika kejadian tersebut, beliau berada di bengkel dan sempat melihat kejadian ribut. Sepanjang tinggal di situ beliau mengalami musibah ribut 2 kali iaitu 2002 dan 2012. Beliau bersyukur kepada Allah kerana isteri dan anak-anaknya selamat.    


Selain daripada itu, turut menjadi mangsa ialah pemilik bengkel membaiki kereta dan menjual tayar iaitu Mohd Khusairi B Ibrahim,27 tahun. Beliau yang menyewa 5 pintu kedai tersebut pertama kali menghadapi musibah ribut di kedainya. Beliau juga tinggal di rumah kedai bersama seorang isteri dan 2 orang anak yang masih kecil. Kerugian dianggarkan bernilai RM 10,000 di mana sebuah mesin yang digunakan di bengkelnya didapati rosak selepas kena air. Ketika kejadian beliau berada di bengkelnya.Ketika waktu malam, beliau menghantar isteri dan anak-anak bermalam di rumah keluarganya.   
Beginilah keadaan kedai tayar kepunyaan Encik Mohd Khusairi yang dapat dilihat dihujungnya keadaan bumbung yang telah diterbangkan angin kuat yang berlaku 5.30 petang kelmarin.

Dalam masa yang singkat itu, YB Ust Ghani menasihatkan mereka agar tabah menerima ujian Allah dan ketabahan itu akan digantikanj dengan rahmat dan rezeki yang tidak putus-putus. Sebelum pulang, YB Ust Ghani telah menghulurkan sumbangan sebagai tanda simpati di atas musibah yang menimpa. Beliau akan memastikan bantuan segera dapat dihulurkan oleh jabatan kerajaan yang berkaitan kepada mangsa ribut.  

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 26 Mar 2012 03:10 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


HAPUS PTPTN : GRADUAN SOKONG CADANGAN PR

Posted: 25 Mar 2012 11:21 PM PDT

Rata-rata golongan muda lepasan universiti menyambut baik pengumuman pemimpin Pakatan Rakyat untuk menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) digantikan dengan pendidikan percuma untuk semua rakyat yang masuk ke universiti jika Pakatan Rakyat memerintah Putrajaya kelak.


Bagi mereka pengumuman ini merupakan suatu langkah yang baik dan positif bagi membela kebajikan rakyat khususnya golongan anak-anak muda. Selama ini golongan muda cukup terbeban dengan pinjaman PTPTN yang sengaja dibuat bagi membuli rakyat dengan pelbagai tekanan hidup. Pengumuman ini membuktikan bahawa sekali lagi Pakatan Rakyat mendahului UMNO-BN dalam memastikan kebajikan rakyat terbela. Pastinya janji pemimpin Pakatan Rakyat bukannya janji kosong semata-mata, bahkan telah banyak janji untuk rakyat ditunaikan sepertimana kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, Kedah dan Pulau Pinang laksanakan pada hari ini.

Dalam hal ini, golongan muda melihat UMNO-BN gagal dalam memberikan khidmat terbaik kepada rakyat. Selama bertahun-tahun para graduan tersepit dengan arahan pembayaran balik PTPTN yang amat memeritkan. Malah, ramai yang masih belum mendapat pekerjaan atau belum berstatus bekerja tetap tetapi dipaksa untuk menjelaskan kembali hutang PTPTN, sehinggakan pelbagai tindakan dikenakan kepada mereka termasuk tindakan undang-undang.

Pengumuman ini menjadikan UMNO akan sekali lagi gelabah, pemimpinnya berpeluh bagi melawan balik janji Pakatan Rakyat. Golongan muda pula pasti akan membuka mata melihat tawaran terbaik daripada Pakatan Rakyat Tiada alasan lagi buat rakyat untuk memilih Barisan Nasional memimpin negara, kerana mereka tiada niat untuk menjaga kebajikan rakyat.

... yang paling bertuah adalah aku...

NOH OMAR MENARI NGAN BINI IKUT SUNNAH GITU!!!

Posted: 25 Mar 2012 07:41 PM PDT

Dengar kate ada blogger PR buat firmah kat Noh Omar... Iskh..iskh... yak baik ..buat pengetahuan semua, gambar tersebut adalah gamabr di dalam majlis tertutup Noh Omar semperna majlis sambutan hari lahir beliau. Perempuan yang menari bersamanya pula adalah isterinya mudanya.

Cume bloger pencacai mereka membangkitkan soalan.... Salahkah DS Noh Omar menari dengan isterinya sendiri. Salahkah beliau stim dengan isterinya sendiri? Apakah salah DS menari dengan isterinya sendiri di dalam majlis tertutup?
 
Salah tak salah bukan ukuran kite... itu kena ikut ururan agama... mereka dakwa majlis tertutup... tue yang kiri kana tue sape... adik beradik dia ke? hahahaha... so ikut sunnah sangat le tue pakai ketat-ketat...

Seperti yang diterangkan dalam surah an-Nur, ayat 31:
"…dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang biasa terlihat…"


Yang nie isteri pertamannya... ayu gitu...

NAJIB TAK LAYAK DUK SELANGOR : DSAI

Posted: 25 Mar 2012 07:00 PM PDT

Walaupun program malam tadi menerima bantahan apabila beberapa pemuda UMporNO memasuki stadium memegang banner dan postkad ketika acara sedang berlangsung.


Pegawai keselamatan PR kemudiannya mengarahkan mereka keluar apabila penyokong Anwar mengejar mereka.

"Penyamun. Samseng. Orang suruhan Umno," kata Ketua Umum PKR kemudiannya merujuk kepada pemuda yang telah ditahan oleh pegawai keselamatan.
Dalam pada itu, Anwar memberitahu 5,000 penyokong PR bahawa masanya telah tiba untuk "melancarkan perang" terhadap Umno-BN kerana pilihan raya sudah semakin hampir.

"Najib kata dia mahu ambil alih Selangor ... cerita apa ni? Dia nak ambil Selangor? Kita nak tawan Putrajaya!" kata Anwar diikuti sorakan gemuruh daripada penyokongnya malam tadi.

Pemimpin pembangkang itu berkata Najib tidak akan memenangi Selangor kerana barisan kepimpinan BN mengamalkan sistem kronisme dan korup.

Anwar turut mengecam Najib dan mempersoalkan tindakan beliau yang tidak mengambil tindakan tegas terhadap Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil terhadap skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC).

"Pemimpin PR di Selangor, negeri-negeri kami bersih, bukan kotor, dan pemimpin kami bukan perompak," dakwa Anwar.

Najib semalam berkata BN sudah bersedia untuk menang pilihan raya akan datang dan menawan kembali Selangor, dan sokongan orang ramai semakin menggalakkan.

Beliau berkata masyarakat telah memberitahunya bahawa BN telah kembali menerima sokongan rakyat sejak pilihan raya 2008.

Perdana Menteri itu menegaskan BN mesti memenangi semula Selangor, negeri utama untuk perindustrian dan hasil bumi "tanpa mengira apa pun yang berlaku".

Anwar mengambil kesempatan dalam ceramahnya malam tadi untuk memberi amaran kepada Najib menggunakan media untuk membuat serangan peribadi.

"Siapa pemimpin Umno? Najib? Apa jadi kepada Altantuya? Apa jadi di Port Dickson?" kata Anwar.

"Saya mesti beri dia amaran, serang ikut undang-undang, kerajaan yang baik dan bukan serangan peribadi. Saya telah terlalu lama menjadi mangsa."

Menteri Besar Selangor yang berucap sebelum Anwar berkata simpanan kerajaan negeri telah meningkat berkali ganda di bawah PKR dan pada masa kini berjumlah RM1.9 bilion. Beliau turut menyatakan Selangor menyumbang kepada 22 peratus daripada jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar negara.

Khalid turut menegaskan kejayaan Selangor berpunca daripada Anwar yang merupakan Penasihat Ekonomi Selangor.

"Ini adalah petunjuk kepada pentadbiran negeri, kami lebih baoik daripada kerajaan sebelumnya.

"Kalau dia (Anwar) tidak ada di sini bagaimana saya hendak beri jumlah ini? Anwar bekas Menteri Kewangan. Ada wakil Umno di Selangor dengan jawatan sedemikian?" soal Khalid.

TAK GUNA SAMAN 'PENYAPU'... BUKAN ADE DUIT PUN...DSAI

Posted: 25 Mar 2012 06:25 PM PDT

Nampaknya kaki penyapu Najib Rosmah semacam Ezam Mohd. Noor; bekas Naib Ketua AMK, Mohd. Zahid Md. Arip; bekas Setiausaha AMK, SD Johari Yasin; bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari dan bekas ahli AMK, Hamizun Khairuddin mintak DSAI menyaman mereka juga


Puak-puak nie hairan kenapa Anwar hanya berani menyaman media seperti Utusan Malaysia sedangkan sebagai bekas pemimpin parti itu, merekalah antara yang awal mendedahkan persoalan moral dan akhlak Anwar secara terang-terangan kepada umum….

Nalla,Ezam,Ummi dan Anuar pada sidang akhbar itu juga secara bersama 'berikrar' untuk terus berperang membuat pendedahan selanjutnya hingga menjelang PRU13 agar rakyat tahu perangai sebenar Anwar...

Yang mane Jumaat lalu, Anwar memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap Utusan Melayu (M) Bhd. berhubung penyiaran artikel bertajuk Tolak Anwar - Hassan pada 17 Januari lalu.

... bukan ade duit pun puak-puak nie... bukan karen je.... baik saman utusan... tak menang semua dapat separuh pun ok je....

MB KHALID PECAHKAN RAHSIA PERBELANJAAN HASSAN ALI

Posted: 25 Mar 2012 05:55 PM PDT

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini menolak untuk mengambil tindakan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang dituduh menggunakan kos yang tinggi untuk mengubahsuai pejabatnya ketika menjawat jawatan Exco Kerajaan Negeri.
Khalid berkata, peruntukan hampir RM300,000 itu mengikut tatacara yang ditetapkan Perbendaharaan.
"Saya rasa tidak sebab untuk ambil tindakan terhadap perbelanjaan itu kerana ia mengikut tatacara Perbendaharaan.
Bagaimanapun menurut Khalid, sesiapa pun boleh mempersoalkan sama ada nilai berkenaan tinggi atau rendah.
"Boleh jadi Azmin hendak membandingkan pejabat Menteri Besar yang tidak diubahsuai, tetapi pejabat Hasan adalah pejabat baru," katanya lagi.

.... (77) Mereka (yakni abang-abang nabi Yusuf yang sebapa itu) berkata: "Jika dia mencuri, maka telah pernah mencuri jugalah saudaranya yang seibu sebapanya itu sebelum ini". Mereka maksudkan nabi Yusuf sendiri. Mereka ingin melepaskan diri dari kesalahan mencuri itu dengan melemparkan tuduhan kepada nabi Yusuf alaihis salam dan saudaranya Bun-yamin. Nabi Yusuf, menyimpan dan menyembunyikan (rasa meluat) di dalam hatinya sahaja. Dia tidak menzahirkannya kepada saudara-saudaranya; dengan mengekalkan keramah-tamahannya terhadap mereka. Nabi Yusuf berkata di dalam hatinya: "Kedudukan mereka lebih teruk; dan Allah lebih mengetahui dengan kata-kata bohong yang telah mereka ucapkan itu". Mereka dulunya pernah mencuri adik mereka dari bapa mereka; kemudian mengadakan dusta untuk melepaskan diri. Tetapi dia tidak mengucapkan kata-kata ini kepada mereka. Dia hanya mengatakan ini semua di dalam hatinya sahaja.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 26 Mar 2012 01:02 PM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


PASTI Jaya Insan, Bukit Katil Berpindah Ke Bangunan Baru

Posted: 26 Mar 2012 12:48 AM PDT

Assalamualaikum.

Pasti Jaya Insan yang berada di bersebelahan dengan jalan utama bukit katil telah berpindah ke satu tapak baru iaitu di No 57, Jalan Merak Mas 16, Taman Merak, Bukit Katil, Melaka. Ia berikutan bangunan lama yang berada di Lorong Demang Husain itu akan dirobohkan pada 30 Mac 2012 ini.

Jika para pembaca sering mengikuti perkembangan pasti jaya insan ini, bangunan asal ini akan dirobohkan oleh kerajaan negeri atas alasan untuk membina satu jalan baru yang menghubungkan antara Bukit Beruang dan Bukit katil. Berikutan itu, beberapa buah rumah penduduk kampung bukit katil ini juga akan dirobohkan.

Yang sebenarnya, alasan untuk membina jalan baru hanyalah sandiwara Kerajaan BN di bawah pimpinan Ali Rustam untuk melemahkan gerakan PAS di Bukit Katil dan Bukit Baru. Ini kerana pada PRU 12 yang lalu, beliau yang bertanding di DUN bukit baru hampir mengalami kekalahan kepada calon PAS.

Jika alasan untuk membina jalan ini berniat suci, pastinya Ali Rustam akan mengambil tanah di sebelah PASTI ini yang kosong dan tidak diduduki dan malah jika benar jalan baru itu hendak dibina adalah lebih baik ianya dibina di atas tanah berhadapan dengan Klinik Desa Kg Bukit Katil kerana ianya tidak akan melibatkan rumah dan bangunan-bangunan lain seperti PASTI dan Surau.

Walaupun banyak penentangan oleh penduduk di sini seperti demostrasi, membawa ke mahkamah dan sebagainya, BN melaka tetap rakus untuk merobohkan bangunan pasti ini bagi memastikan agenda jahat mereka untuk terus berkuasa di Melaka.

Oleh disebabkan itu, pihak jawatankuasa terlibat telah membeli sebuah bangunan di Jalan Merak Mas 16 untuk menggantikan bangunan lama ini. Bangunan ini telah dirasmikan oleh Tn Haji Adly Zahari yang juga PesuruhJaya PAS Melaka.
Tn Haji Adly merasmikan bangunan baru PASTI jaya insan

Guru Pasti Jaya Insan Bersama beberapa orang pelajar PASTI

Disini kami menyelitkan video Pelajar Pasti Jaya insan berkenaan perobohan PASTI Mereka.

 A139
"Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman."(Surah Ali Imran ayat 139)

Islam Pasti Menang, itu janji Allah.

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 26 Mar 2012 11:36 AM PDT

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


Pengundi Muda Luar Terengganu Tunjuk Sokongan Luar Biasa Kepada PAS

Posted: 25 Mar 2012 07:10 PM PDT

 KUALA TERENGGANU –  
Pengundi muda di luar Terengganu yang tinggal sekitar Kajang dan Kuala Lumpur 'tunjuk sikap' terbuka menyokong PAS apabila beratus-ratus orang daripada mereka hadir  pada program Himpunan Anak-anak Terengganu di Perantauan (HAT) 2012.

Menurut Setiausaha HAT 2012, Wan Faizul Abbas, program yang di anjurkan Badan Perhubungan PAS Terengganu (BPPNT) dengan kerjasama Perantau itu mendapat sambutan yang di luar dugaan.

Beliau berkata program tersebut yang diadakan di dewan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) menjangkaui sasaran penganjur dan berjaya menarik kehadiran 1000 orang peserta.

"AlhamduliLlah sambutan menggalakkan. Kehadiran melebihi sasaran 1000 orang, peserta (yang hadir terdiri) dari pelbagai lapisan masyarakat,

"(ada) daripada (kalangan) pekerja swasta, kakitangan kerajaan, guru, pensyarah dan bekas pensyarah antara yang hadir,"ujarnya ketika ditemui.

Menurutnya, penglibatan dikalangan peserta HAT dalam perbincangan manifesto pilihanraya umum ke-13 PAS Terengganu juga sangat memberangsangkan.

Katanya perbincangan tersebut turut disertai warga perantau anak Terengganu yang sudah berpuluh tahun tinggal di negeri orang

"Tidak ketinggalan juga mengambil bahagian dalam dialog yang diadakan, warga perantau yang sudah berpuluh tahun tinggal d Selangor, ada yang bangun minta nombor alaun PAS Terengganu untuk beri sumbangan,"jelasnya.

Katanya, seruan beliau supaya anak-anak muda Terengganu balik menunaikan tanggungjawab mengundi pada pilihnaraya umum akan datang disambut baik dan mereka berjanji akan pulang bagi memenangkan PAS.

Sementara itu, Penolong Setiausaha PAS Teregganu Haji Hanafiah Mat melahirkan rasa sukacita dan mengucapkan tahniah kepada BPPNT dan Perantau yang berjaya menganjurkan HAT 2012.

Beliau yang turut hadir dalam himpunan tersebut berkata ia adalah satu petanda baik menunjukkan PAS berpeluang cerah menang dan memerintah Terengganu buat kali ketiga.

"Ia satu petanda yang cukup baik, apabila anak-anak muda ramai hadir, menunjukkan tanda-tanda PAS akan menang pada pilihanraya umum akan datang,"ujarnya.

Menurutnya, Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang juga begitu bersemangat dan memberikan ucapan yang panjang, menyampaikan amanat dan pesanan kepada para pengundi muda PAS di luar Terengganu.

Katanya, walau ada sedikit 'gangguan teknikal' bekalan elektrik terputus dalm beberapa minit, namun anak-anak muda yang hadir program tersebut tidak berganjak.

Turut hadir dalam HAT 2012 adalah Ahli Jawatankuasa (AJK)PAS Pusat Dato' Ustaz Abu Bakar Chik Timbalan Pesuruhjaya 1 dan 2, Ustaz Satiful Bahri Mamat dan Haji Muhyidin Abdul Rashid serta beberapa AJK BPPNT termasuk Bendahari Cikgu Shukrimun Shamsuddin dan Dr Azman Ibrahim.

Posted: 25 Mar 2012 05:05 PM PDT

Empat YB Kawasan Parlimen Besut 'Baham Tanah' Di Dendong dan Seorang di Batu Rak
Posted on Sunday, March 25 @ 00:05:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Sumber Buletin Online

KUALA TERENGGANU – Sebagaimana yang dijanjikan oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu Haji Mohd Abdul Wahid Endut, seperti yang dicabar oleh Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said, hari ini Sabtu 24 Mac, Haji Wahid mendedahkan nama-nama YB Umno yang 'baham tanah'

Empat dari mereka adalah dari kawasan Parlimen Besut yang terdiri daripada Ahli Parlimen Besut sendiri, Abdullah Md. Zain, ADUN Jerteh Dato' Seri Idris Jusoh,  ADUN Hulu Besut Nawi Mohamad dan ADUN Kota Putera Muhamad Pehimi Yusof.

Keempat-empat mereka dianugerahkan tanah seluas satu hektar (lebih kurang 2.5 ekar) setiap satu berhampiran pantai Dendong, mukim Tembila, Besut.

Perbandingan antara tanah yang mereka dapat berbanding dengan apa yang rakyat data dapat dilihat dengan jelas dalam pelan yang dilampirkan.

Lot-lot PT 6902, PT 6903, PT 6904 dan PT 6964 adalah diberikan keajaan Umno Terengganu setiap satu kepada Idris Jusoh, Pehimi Yusof, Nawi Mohamad dan Abdullah Md Zain.

Yang dapat dilihat dengan jelas dibelakang lot-lot terbabit terdapat pembahagian lot-lot kecil, itulah lot-lot yang diberikan kepada rakyat.

Seorang lagi penerima anugerah tanah dari kerajaan Umno adalah ADUN Batu Rakit Khazan Che Mat yang mendapat 0.9965 hektar di Mengabang Bakong, Batu Rakit Kuala terengganu




Dupahang's Weblog

Posted: 26 Mar 2012 11:10 AM PDT

Dupahang's Weblog


10 Negara mempunyai jumlah penduduk Islam terbesar di dunia

Posted: 25 Mar 2012 08:00 PM PDT

Sebagai agama dengan penganut terbesar nombor dua di dunia, Islam menjadi agama yang penganutnya tersebar di seluruh dunia. Hampir di semua negara di seluruh dunia, pasti ada penduduk muslimnya. Dan dalam posting kali ini, saya akan senaraikan tentang 10 negara dengan penduduk beragama Islam yang terbesar di dunia. Ini adalah senarai 10 negara dengan jumlah [...]

Pemuda Guchil

Posted: 26 Mar 2012 09:48 AM PDT

Pemuda Guchil


Najib Bacul dan Penakut

Posted: 26 Mar 2012 09:09 AM PDT

Najib contohi kemoderatan Rasulullah?

Posted: 26 Mar 2012 08:24 AM PDT

Kroni dapat RM589 juta, rakyat dapat RM500 saje...

Posted: 26 Mar 2012 08:22 AM PDT

Siapa yang larikan RM1.07 trilion secara haram keluar negara?

Posted: 26 Mar 2012 08:12 AM PDT

Kereta siapa yang cukai jalan RM24,598.50 setahun?

Posted: 26 Mar 2012 08:10 AM PDT

Koleksi Kereta mewah bekas menteri, mana proton?

Posted: 26 Mar 2012 08:07 AM PDT

3 dekad kebangkitan PAS di Kelantan

Posted: 26 Mar 2012 07:59 AM PDT

UMNO bertambah lemah kerana rakyat kini rakyat bermaklumat

Posted: 26 Mar 2012 07:55 AM PDT

Jom Keluar Mengundi PRU 13

Posted: 26 Mar 2012 07:51 AM PDT

Lynas: Alam digadaikan untuk keuntungan yang tidak seberapa...

Posted: 26 Mar 2012 07:49 AM PDT

Tanda bersalah dari keluarga Shahrizat: Taktik melengah-lengah utk bantu individu berprofil tinggi?

Posted: 26 Mar 2012 07:47 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 26 Mar 2012 09:37 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


EXCO Pendidikan di KARNIVAL TERIMA KASIH RAKYAT

Posted: 26 Mar 2012 08:12 AM PDT

 25.3.12
STADIUM KUALA SELANGOR

Genap 4 tahun sudah Pakatan Rakyat memerintah negeri Selangor. EXCO-EXCO Kerajaan Selangor  mengangkat sumpah depan DYMM SULTAN SELANGOR pada 24.3.2008.
EXCO-EXCO yangdiketuai DATO'MENTERI BESAR membanting tulang siang dan malam mengkaji dan meneliti masalah dan isu di negeri Selangor yang mereka warisi daripada kerajaan UMNO-BN sejak merdeka.
EXCO-EXCO PAKATAN RAKYAT SELANGOR terpinga-pinga kehairanan dengan penemuan-penemuan peninggalan kerajaan terdahulu.
 Sistemnya ialah mudah, tersangat mudah....outsource atau privatise termasuklah bab polisi dan dasar semuanya diserahkan bulat-bulat kepada pihak swasta... Setelah dibincangkan dan disediakan laporan oleh pihak yang diupah, maka kemudian dibentanglah kepada pihak kerajaan untuk di endors atau 'dicop terima dan diperakui'. Kerajaan hanya menjalankannya.Patutlah pegawai kerajaan sentiasa menafikan mereka adalah pemimpin. Mereka percaya dan bertindak sebagai 'Saya yang menurut perintah'. Mereka tidak boleh mempersoalkan kewajaran polisi atau prosedur itu betul atau salah kerana telah di'persetujui oleh' Majlis mesyuarat kerajaan Selangor.
 Mereka akan dianggap ingkar dan bermasalah sekiranya mereka berani mempersoalkan perkara yang tidak adil atau pelik bahkan boleh merugikan rakyat.
 Lain halnya dengan cara kerajaan PAKATAN RAKYAT, mereka di latih untuk membangun dan membina jati diri.Mereka dididik untuk menyatakan yang benar dan memberi penilaian sebenar bukan untuk menggembirakan bos sahaja.
     Ketua-ketua jabatan rimas dan tercabar pada mulanya dengan keadaan yang jauh berbeza seperti bumi dan langit ini. Kalau dulu mereka harus berlumba bagaimana teknik dan taktik terbaik memikat hati EXCO dan MB untuk dinaikkan pangkat dan mendapat habuan duniawi, sekarang mereka di wajibkan   bertindak sebagai ketua yang mampu membentuk anak buah dalam jabatan mereka agar membentuk wawasan jabatan dan agensinya serta mempastikan produktiviti mereka meningkat.
Rasuah adalah dianggap musuh dalam kerajaan. Justeru, mesej jelas daripada peneraju kerajaan pakatan rakyat Selangor ialah jangan sekali-kali mendekati rasuah. Apatah lagi nak terjebak dalam rasuah. Dengan membetulkan keadaan 'kepala ikan' ini, maka pegawai kerajaan serta seluruh kakitangan memahami prinsip kerja kerajaan pakatan rakyat. Prinsipnya ialah jujur, amanah, dan bertanggunjawab. Alhamdulillah dengan program pembangunan insan SPIES, serta tatakelola yang bersih dan amanah, jentera kerajaan semakin pulih.
    Walaupun agak lembab dan lemah tetapi proses 'overhaul' yang dilakukan kepada cara kerja dan sikap memerlukan masa untuk mempastikan karat-karat  rejim lama dihakis dan dibersihkan dengan berkesan. Minyak pelincir perlu dituangkan, Anti karat perlu dibekalkan. Mat hati perlu dicelikkan. Sanubari perlu dibajai dengan tauhid dan ehsan.
 Alhamdulillah setelah 4 tahun, nakhoda jabatan dan agensi kerajaan mula celik haluan. Kompas tujuan sudah adalah digenggaman. Bekalan minyak, makanan dan minuman mencukupi untuk melayarkan samudera jabatan dan agensi. Kelasi disiaga untuk mengendali kapal. 'Oficce boy' juga tidak perlu duit kopi kerana untung sebentar rugi parah hingga akhirat.
Dr Halimah dengan maskot TAWAS
    Zahir sudah keberkahan. Wang simpanan melimpah walaupun sudah banyak yang diagihkan kepada rakyat semua keturunan. Daripada buaian hingga ke liang dapat sumbangan kerajaan pakatan. Menguntum senyum riang di pekan dan di bagan. Syukur rakyat di kota dan di desa. Menghayati satu keberkatan bila negeri ditadbir dengan pimpinan yang takutkan Tuhan. Kebajikan maksima terus menerus diusahakan. Agar rakyat sejahtera menyembah Tuhan.

Syak, was-was kejujuran pimpinan,
Cuak, bolehkah diharap EXCO yang tidak berpengalaman?
Seriau ditipu yang mantan berzaman
Akan terbitkah sinar harapan
 Kerajaan Pakatan Rakyat nekad
buktikan niat jujur akan dibantu Tuhan
Formula sukses dibentang sepakat
Tulang empat kerat sendi korban
Agar mampu melahir khaira ummat
Di Selangor Darul Ehsan, kabulkan Ya Tuhan

Terima kasih semua!!

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM

Posted: 26 Mar 2012 09:35 AM PDT

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM


PANAH PAHANG : INTERNET JADI MEDIA PENENTU.

Posted: 25 Mar 2012 04:56 PM PDT

Fokus Panah-UBAH Pahang yang panelnya terdiri
daripada pimpinan tertinggi PAS Pahang akan berbicara setiap dua minggu sekali khusus mengenai suasana dan
isu-isu semasa politik negeri Pahang Darul Makmur.

Ahli-ahli panel
terdiri daripada:


Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan PJ Pahang 1, Ustaz Yusof Embong
Timbalan PJ Pahang 2, Ustaz Hamzah Jaafar
Timbalan PJ Pahang 3, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi
Ketua Penerangan PAS Pahang, Ustaz Suhaimi Saad


Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan kepada ahli-ahli panel kita, sila emailkan kepada hdaily.kesatuan.fikrah@gmail.com

Minggu ini mereka berbicara mengenai topik berikut:

Adakah rakyat Pahang sudah bersedia berubah pada pandangan anda? Beza mood perubahan di kawasan berinternet dengan tidak berinternet dan cara nak tingkatkan mood perubahan rakyat Pahang.

Ustaz Tuan Ibrahim:

Secara umumnya rakyat Pahang dilihat tidak ghairah untuk membuat perubahan, khususnya di kawasan luar bandar dan di kalangan golongan tua. Mereka dilihat masih kekal dengan sokongan kepada UMNO-BN, tetapi keadaan ini agak berbeza di kalangan masyarakat bandar dan pinggir bandar dan di kalangan generasi muda di kawasan Felda dan luar bandar.

Keghairahan untuk berubah dari tinjauan umum adalah daripada kalangan golongan bermaklumat, khususnya orang bukan Melayu dan mereka yang ada membaca dan menganalisa berita daripada sumber alternatif dan yang bersifat intelektual.

Rakyat Pahang umumnya berhadapan dengan isu utama iaitu isu Lynas di kalangan masyarakat intelek dan isu penyenaraian Felda bagi kawasan Felda. Kedua-dua isu ini besar tapi agak teknikal jika dibandingkan dengan isu lembu National Feedlot Corporation.

Namun, secara keseluruhannya pandangan agak berbeza ini dipengaruhi oleh media baru atau media alternatif. Persoalan utama ialah fokus perubahan kepada pengundi sasaran iaitu generasi 40an ke bawah yang membentuk 52 peratus pengundi Malaysia.

Seandainya mood perubahan di kalangan generasi muda dapat ditingkat 7-10 peratus dari pencapaian PRU yang lalu, maka InsyaAllah perubahan akan turut berlaku di Pahang dalam PRU akan datang.

Ustaz Yusof Embong:

Saya yakin pasti akan berlaku perubahan di Pahang terutamanya di kawasan Felda. Isu-isu hangat yang menjejaskan nasib dan masa depan peneroka seperti isu penyenaraian Felda Global Venture Holdings (FGVH), tuntutan harga perah sawit yang kini ada kes di mahkamah dan kawasan tanah yang diberi kurang daripada 10 ekar seperti yang berlaku di Panching Selatan.

Masyarakat di pinggir bandar dan bandar mempunyai mood perubahan yang tinggi kerana mereka terdedah kepada konsep good governance yang dicanangkan PAS dan PR. Golongan ini mempunyai akses internet dan boleh membuat perbandingan sendiri antara pentadbiran BN and PR di negeri yang dikuasai masing-masing.

Disebabkan itu, masyarakat di bandar, pinggir bandar terutamanya Kuantan dilihat lebih memihak kepada PR.

Bagi kawasan yang tidak mempunyai internet, PAS perlu tingkatkan usaha untuk menyebarkan maklumat melalui risalah dan ceramah kepada golongan ini kerana mereka hanya bergantung kepada suratkhabar dan TV yang dikuasai media perdana sebagai sumber maklumat.


Ustaz Hamzah Jaafar:


Rakyat Pahang sememangnya mempunyai tahap kesediaan yang tinggi untuk berubah. Keinginan untuk berubah ini pada pandangan saya lebih didorong oleh beberapa faktor :

1. Perasaan meluat dengan korupsi pemimpin UMNO yang didedahkan sendiri oleh agensi kerajaan seperti laporan audit dan diperjelaskan lagi tahap seriusnya korupsi itu oleh pihak pembangkang.

2. Selain daripada itu, penyelewengan dan korupsi pemimpin dan juak-juak UMNO di peringkat bawahan juga turut dapat disaksikan sendiri oleh rakyat di kampung-kampung.

3. Sikap ingin membuat perubahan juga didorong oleh tawaran PAS dan Pakatan Rakyat terutamanya tawaran menurunkan harga minyak dan menyediakan tapak rumah serta penempatan generasi kedua dan ketiga felda.

Manakala pengaruh internet atau sebaliknya memberi kesan yang berbeza. Di tempat yang ada kemudahan internet sudah tentu mereka mendapat maklumat yang cepat dan tepat. Justeru itu, sokongan mereka yang tinggal di tempat yang ada kemudahan internet kepada PAS / PR lebih tinggi jika dibandingkan dengan tempat yang tidak terdedah dengan kemudahan internet.

Pun begitu, anak-anak muda yang bermaklumat turut mempunyai kesedaran yang tinggi untuk memberi saham dalam melakukan perubahan politik khususnya dalam PRU ke 13 nanti dengan mempengaruhi keluarga mereka yang berada di luar bandar.


Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi:


Perubahan adalah suatu yang positif. Justeru itu tiada siapa yang enggan melakukan perubahan jika perubahan itu adalah ke arah kebaikan atau ke arah yang lebih baik. Namun gerakan perubahan asasnya bermula dari sebuah kesedaran dan keinsafan.

Perubahan mesti digerakkan kemudian dipimpin ke arah yang betul. Malah perubahan menjadi suatu tuntutan mendesak tatkala berdepan dengan kemungkaran, penindasan dan kezaliman.

Negeri Pahang adalah sebuah negeri yang luas dan saya bahagikan kepada tiga kategori kawasan. Pertama ialah kawasan bandar, kedua kawasan kampung tradisi dan ketiga ialah kawasan tanah rancangan Felda. Sebahagian besarnya adalah kawasan tanah rancangan Felda.

Keupayaan dan kesedian rakyat Pahang untuk berubah banyak bergantung kepada maklumat yang berkesan dan berkemampuan untuk membangkitkan kesedaran politik dan keinsafan terhadap masa depan rakyat yang kabur diurus oleh sebuah kerajaan yang korup, tiris dan boros.

Pakatan Rakyat sering dibatasi dari segenap arah. Tidak mudah untuk maklumat disampaikan kepada rakyat. Banner di conteng, poster dikoyak, ceramah diganggu, aktivis dipukul dan 1001 lagi halangan dan sekatan. Maklumat Pakatan Rakyat banyak bergantung kepada akhbar yang menjadi lidah rasmi parti seperti Harakah, Suara Keadilan dan Rocket.

Memanfaatkan teknologi terkini, Pakatan Rakyat menguasai alam cyber untuk menjadikannya medan saluran maklumat alternatif kepada rakyat. Namun pastinya ia terhad kepada rakyat yang memiliki keupayaan akses internet.

Justeru itu, saya sangat yakin bahawa individu dan masyarakat atau rakyat keseluruhannya yang memiliki upaya untuk akses internet mempunyai tahap kesedaran yang tinggi dan bersedia untuk melakukan perubahan. Lantaran mereka mempunyai maklumat kedua atau ketiga berbanding hanya bergantung kepada media arus perdana yang menyalurkan maklumat sebelah pihak.

Mewujudkan mood perubahan menyeluruh dari kalangan rakyat negeri Pahang ini memerlukan kerja gigih semua peringkat petugas parti samaada pimpinan ataupun anggota biasa melalui gandingan pelbagai kemahiran yang dimiliki untuk memastikan maklumat dan risalah atau mesej perjuangan sampai kepada setiap pintu rumah dan pintu hati rakyat.

Gabungkan kaedah tradisi seperti ceramah umum, ceramah kelompok dan edaran risalah dengan kaedah kontemporary melalui facebook, twitter, vilog, filem pendek dan sebagainya. Asasnya kita perlukan kreativiti yang tinggi untuk mencipta mood perubahan disamping memiliki kegigihan dan sentuhan berkesan dalam pendekatan.

Saya sangat tidak bersetuju menggunakan pendekatan caci maki dalam ceramah dan cela nista dalam ucapan serta fitnah dan tohmah dalam kenyataan sekalipun terhadap lawan politik kita. Justeru elemen terpenting dalam perjuangan ini ialah kebenaran dan keberkatan.


Ustaz Suhaimi Saad:


Pada dasarnya, saya melihat rakyat Pahang sudah bersedia untuk berubah. Dalam Himpunan Hijau 2.0 baru-baru ini, kita boleh melihat mood perubahan rakyat Pahang itu dengan jelas.

Mendapat maklumat mengenai kepincangan kerajaan dalam pengurusan kewangan dan laporan audit yang menyatakan prestasi Pahang tidak memuaskan juga membantu menyemarakkan lagi semangat berubah rakyat Pahang.

Mood perubahan juga diamati lebih tinggi di kawasan bandar dan pinggir bandar. Di kawasan kampung pula, penghalang kepada gelombang mood perubahan ialah kepayahan untuk maklumat sampai ke kumpulan sasaran, kampung tradisi dan kawasan Felda.

Orang Islam-Melayu di kampung sememangnya bersifat baik, namun malangnya mereka ditipu kerana hanya mempunyai satu saluran infomasi ialah TV media kerajaan.

Di kawasan-kawasan ini, rangkaian internet pula kurang, rangkaian 3G untuk kegunaan smartphone untuk mendapat maklumat tinggi pun tiada. Ini ditambah pula dengan budaya orang-orang generasi tua yang lebih suka berbicara di kedai kopi dan tidak ingin mendekati kemudahan internet.

PAS perlu giatkan lagi penerangan kepada orang muda dan generasi kedua dan ketiga Felda yang pemikiran mereka lebih terbuka kerana terdedah kepada teknologi maklumat yang canggih.

Bagi generasi yang tua, PAS berdepan dengan cabaran yang rumit kerana mereka terasa terhutang budi kepada kerajaan kerana merasakan kehidupan mereka sekarang dah dikira baik jika dibandingkan dengan masa mereka susah dahulu ketika mula-mula menjadi peneroka. Namun begitu, saya yakin dengan penerangan dan maklumat yang cukup, golongan ini turut akan dijangkit mood perubahan demi masa depan generasi kedua dan ketiga mereka yang lebih baik. - HarakahDaily.

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 26 Mar 2012 09:24 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Md Sabu, Husam Musa dll 1 Apr 2012 di Jempol, N9

Posted: 25 Mar 2012 10:59 PM PDT



SOLAT HAJAT & CERAMAH MEGA
1 April 2012, Ahad, Jam 8 Mlm
Di Muassasah Darul Syariff, Batu Kikir, N.Sembilan
Bersama : Tn Hj Mohamad Sabu, YB Dato' Paduka Husam Musa, YB Dato Tn Guru Harun Taib, YB Dato Kamarul Baharin Abbas, YB Anthony Loke, YB Dr Hatta Ramli, Ustaz Nasaruddin Tantawi, YB Hj Taufek Abd Ghani dan Sdr Abd Rahman Ramly

Santai bersama Md Sabu 1 Apr 2012 di Senawang

Posted: 25 Mar 2012 07:04 PM PDT



MAJLIS MINUM PETANG DAN CERAMAH
Bersama :
~ Tn Hj Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS
~ YB Dato' Paduka Husam Musa, EXCO Kerajaan Negeri Kelantan
~ YB Dr. Hatta Ramli, Pengarah Pilihanraya PAS Pusat
Tarikh : 1 April 2012, Ahad
Masa : 5 ptg
Tempat : Pasti Hasanah, Bandar Seremban Selatan Fasa 1, Senawang

Semua dijemput hadir

(Minum petang percuma, kupon tidak diperlukan)

Sebarang sumbangan untuk menjayakan majlis ini atau sumbangan untuk Tabung Dana Pilihanraya PAS DUN Paroi sila salurkan melalui akaun Bank Islam (BIMB) :
Nama akaun : PAS Dun Paroi
No akaun : 05012010063902

Untuk pertanyaan sila hubungi Sdr Hassan 019-2171942

Hospital Rembau, 2008 batu asas, kini papan tanda

Posted: 25 Mar 2012 06:35 PM PDT



Harakahdaily - REMBAU, 25 Mac 2012 : PAS Rembau mendakwa janji BN untuk membina hospital di daerah itu suatu penipuan semata-mata kerana tapak yang dipilih pun tidak sesuai.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Dr Rosli Yaakop berkata, BN hanya ingin menyedapkan hati rakyat menjelang pilihan raya umum ke-13 dengan mengumumkan tender projek pembinaan Hospital Rembau akan dibuka pada April.

Sedangkan katanya, upacara meletakkan batu asas telah dilakukan menjelang pilihan raya umum 2008 oleh calon BN ketika itu, Khairy Jamaluddin.

"Khairy Jamaluddin sewaktu berkempen pilihan raya 2008 janji dengan rakyat nak buat hospital. Tapi nak masuk pilihan raya ke-13, baru nak letak papan tanda. Ini pembohongan semata-mata.

"Hospital tak sesuai buat di situ sebab itu tanah industri, bukan tanah untuk buat hospital. Banyak kilang industri di situ dengan bahan buangan dan asap kilang, sesuai ke nak bina hospital? Persekitaran tidak bersih. Nanti orang sakit bertambah sakit," katanya sewaktu berceramah di Kampung Mulia, Pekan Rembau.

Baru-baru ini, pengumuman Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan menimbulkan beberapa persoalan.

Janji dibuat pada 2008 tetapi tender hanya akan dibuka pada April ini.

Kos pembinaan Hospital Rembau ini ialah RM 100 juta pada 2008 tetapi dijangka meningkat pada tahun ini dan siapa yang akan bertanggungjawab dengan peningkatan kos tersebut.

Bagi peluang kepada Pakatan

Justeru, rakyat Rembau diseru memberi peluang kepada Pakatan Rakyat untuk memerintah Negeri Sembilan agar kebajikan mereka terbela.

"Di Negeri Sembilan Pakatan Rakyat ada 15 kerusi daripada 36 kerusi. Kalau kita boleh kekalkan 15 kerusi ini dan kita tambah empat kerusi lagi kita bolehlah memerintah Negeri Sembilan.

"Cubalah sekali pangkah Pakatan Rakyat. Kalau pakatan buat tak elok, boleh tendang kita. Berubahlah, menangkan Pakatan Rakyat," katanya yang juga bekas timbalan pengarah Bank Negara.

Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua PAS Rembau, Rozmal Malakan berkata, manifesto Pakatan Rakyat iaitu "Pakatan Rakyat Prihatin Rakyat" - Tonggak Nan Sembilan menjamin hak rakyat terhadap pemilikan tanah.

"Pakatan Rakyat dalam manifesto yang dilancarkan pada 15 Januari lalu, dalam tonggak 3 rakyat nan bertelapak ada dinyatakan tentang memperkasa dasar penggantian tanah rezab Melayu yang diambil kerajaan.

"Kerajaan sibuk tanah rezab Melayu di Kelantanlah, di manalah, tapi tengok tanah di Rembau ini kerajaan ambil seekar dapat tak ganti seekar?

"Ambil seekar dapat RM50,000 rumah pun tak dapat nak beli," katanya.

Antara lain dalam tonggak 3 ialah menukar tanah tempat kediaman milik pajakan (leasehold) kepada milik kekal (freehold) dan memberi milik kepada pemegang tanah TOL (kecuali rizab jalan, sungai dan seumpamanya) yang telah diusahakan atau diduduki selama 25 tahun ke atas.

Turut berceramah malam tadi ialah Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiyat, Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al-Jundi, Ketua Muslimat PAS Rembau Norwani Ahmad dan Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Dr. Ahmad Suhaimi Md Aris.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/9071-hospital-rembau-2008-batu-asas-kini-papan-tanda

KHIDMAT MERU

Posted: 26 Mar 2012 09:06 AM PDT

KHIDMAT MERU


BEG SEKOLAH PERCUMA

Posted: 26 Mar 2012 07:31 AM PDT











Sebanyak 50 buah beg sekolah telah di edarkan kepada murid-murid yang berkelayakan dikalangan ahli karyah Masjid Bukit Cerakah Jaya.


Ketua Kampung nya, saudara Azhar Sabidin dalam ucapannya memberitahu ahli kariah bahawa sumbangan dari Kerajaan Negeri Selangor itu adalah sebahagian dari program merakyatkan ekonomi Negeri Selangor dimana kekayaan hasil negeri Selangor ini dikembalikan kepada rakyat yang layak menerimanya.


YB Dr Rani yang menyampaikan sumbangan tersebut berharap sumbangan beg tersebut dapat mengurangkan bebanan keluarga yang berpendapatan rendah dalam perbelanjaan persekolahan anak-anak mereka.








PROGRAM SPIES KHAS UNTUK PELAJAR DAN IBUBAPA

Posted: 26 Mar 2012 12:21 AM PDT









Seramai 80 peserta telah menghadiri program SPIES pelajar bersama ibubapa anjuran bersama Exco Pendidikan dan Pusat Khidmat Masyarakat Dun Meru. Penganjuran kali ini memfokuskan kuantiti sederhana agar sentuhan motivasi dapat difokuskan secara total kepada golongan sasaran. konsultan PUSBA TRAINING diberikan tanggungjawab mengendalikan program ini. YB Dr Hj Abd Rani bin Osman, Adun Meru telah merasmikan menutup program ini menyarankan, ilmu yang diberikan dipraktikkan di dalam keluarga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan