GOMBAK, 17 MAC 2012, Bahang pilihanraya 13 yang semakin hampir telah memberi rangsangan kepada Jabatan Amal Malaysia untuk bersama menjadi penentu kepada kemenangan Pakatan Rakyat bagi merialisasikan matlamat "Menuju ke Putrajaya", Maka Jabatan Amal Malaysia telah menganjurkan satu KONVENSYEN PILIHANRAYA JABATAN AMAL MALAYSIA.
Konvensyen tersebut adalah cetusan idea daripada Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, yang mana penyertaannya melibatkan semua ahli-ahli Jabatan Amal seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. objektif utama diadakan konvensyen tersebut adalah untuk mengumpulkan seluruh tenaga Amal dan memberi suntikan baru kepada semua ahli. Pada Majlis tersebut Ustaz Nasaruddin Tantawi selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia telah membentangkan ucaptama beliau yang kemudianya dibahas oleh semua perwakilan yang hadir pada hari itu. Dalam ucapannya beliau telah menyarankan Ahli Amal dapat menjadi penghubung diantara masyarakat dan PAS itu sendiri.Selain itu beliau mencadangkan agar Jabatan Amal di setiap negeri dan kawasam dapat menubuhkan ASC ( Amal Stop Center ) supaya ianya boleh menjadi tempat rujukan rakyat dan menjadi pusat taskforce sekiranya berlaku bencana Alam. Di akhir majlis penutup Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia di jemput khas untuk memberi taujihat syuhadak kepada semua Ahli Jabatan Amal sebagai bekalan untuk memulakan gerak langkah pertama bagi mengerakkan jentera Jabatan Amal Malaysia di semua peringkat dengan matlamat mendaulatkan Syariat Islam di Muka Bumi Allah SWT.
1)Kenapa Parti Islam berpakat dengan DAP, sebuah parti dominasi Cina yang bukan Islam?
Kenapa Parti Islam menolak untuk bekerjasama dengan UMNO, sebuah parti dominasi Melayu beragama Islam?
2)Parti Islam menjawab, dalam fiqh siyasah Islamiyah (Politik Islam), dibenarkan bertahalluf siyasi (kerjasama politik) dengan bukan Islam. UMNO membidas, Parti Islam sudah lari dari landasan perjuangan. Jika demikian UMNO sudah lama menggunakan Tahalluf siyasi dengan MCA dan MIC, komponen bukan Islam dalam BN.
3)Kenapa Parti Islam, apabila dulu membidas UMNO bergabung dengan MCA dan MIC dalam BN, dikatakan haram bekerjasama dengan bukan Islam, sekarang pula Parti Islam menghalalkan pakatan dengan bukan Islam dalam PR dengan nama tahaluf siyasi? Apakah pada parti lawan dilabel haram, pada parti sendiri dikatakan tahalluf siyasi?
Untuk menjawab persoalan-persoalan ini beberapa hujah ilmiyah dan logika politik semasa diperlukan.
Seperti yang dijawab oleh beberapa pimpinan Parti Islam, pakatan Parti Islam dalam PR adalah bersaskan tahalluf, bukan berasaskan wala' seperti UMNO dalam BN.
Apa itu pakatan tahalluf? Apa itu gabungan wala'?
4)Tahalluf bererti kerjasama, yang disepakati pada kesamaan tertentu dalam hala tuju parti.
Wala' pula adalah gabungan yang mengorbankan prinsip, asalkan dapat berkuasa, prinsip boleh digadai.
5)Apakah ini label baru yang Parti Islam mereka-reka untuk menghalalkan hubungannya dengan DAP yang bukan Islam? Sedangkan dulu Parti Islam melaungkan 'Haram' bekerjasama dengan parti Kafir, siap dengan ayat-ayat quran sebagai hujah pengharaman mengambil kafir sebagai awliya'. Apakah Parti Islam benar-benar sudah berubah?
6)Tidak, dari segi prinsip dan dasar, Parti Islam terus mengekalkan dasarnya, tanpa berubah. Mereka yang tidak faham antara dasar dan strategi pembawaan pasti akan terkeliru dengan perubahan yang di bawa Parti Islam.
7)Hukum mengambil orang kafir sebagai awliya' adalah haram, dan hukum ini tidak pernah berubah. Memberi maksud, hubungan wala' dengan parti kafir atau orang kafir adalah haram. Gabungan wala' antara UMNO dengan MCA dan MIC tetap haram, kerana UMNO tetap menggadai prinsip partinya demi mengekalkan gabungan BN untuk terus berkuasa.
8) Firman ALLAH dalam al-Qur'an yang bermaksud: "Janganlah mengambil orang-orang yang mukminin orang-orang yang kafir sebagai awliya' (pemimpin) lebih daripada orang-orang yang beriman. Dan barang siapa, yang berbuat demikian itu maka tidaklah ada dari ALLAH sesuatu juapun. Kecuali bahwa kamu berawas diri dari mereka itu sebenar awas. Dan ALLAH memperingatkan kamu benar-benar akan diriNya. Dan kepada Allahlah tujuan kamu." (Surah A~li 'Imran: 28)
9) Hubungan wala' atau awliya' dengan bukan Islam tidak dibenarkan. Akan tetapi kerjasama dalam bentuk tahalus siyasi demi mencapai suatu tujuan maslahah adalah diharuskan. Parti Islam tidak bekerjasama dengan DAP melainkan atas kesepakatan menuntut keadilan diberikan kepada semua rakyat. Inilah titik persamaaan yang ada pada Parti Islam, DAP dan PKR dalam tahalus siyasi. Adapun isu perlaksanaan hudud, negara Islam dan seumpamanya, dibantah keras DAP, dan Parti Islam tidak pernah mengendurkan niat untuk tujuan itu semata-mata kerana tekanan DAP. Ini melambangkan parti-parti ini hanya bekerjasama pada untuk persamaan, dan tidak menggadaikan prinsip parti masing-masing.
10) Sedangkan UMNO-MCA-MIC saling menggadai prinsip demo untuk terus berkuasa. Kadang-kadang kita dapat lihat UMNO tunduk pada ugutan MCA. Kadang-kadang MCA juga terpaksa akur dengan keris UMNO. Gabungan ini dilihat masih wujud kerana berpaksikan kuasa. Jika kuasa terlepas dari mereka, kita akan lihat mereka akan berpecah. Lihat sahaja parti GERAKAN, salah satu rakan dalam gabungan wala' tersebut. GERAKAN tewas teruk dalam PRU12 lalu, bermakna GERAKAN hilang 'kuasa' dalam gabungan BN tersebut. Lihat apa jadi pada GERAKAN, sehingga pengerusinya 'dipaksa' untuk tidak bertanding dalam PRU DUN amhu pun parlimen. Desas-desus mengatakan UMNO menjadi dalang dalam perkara ini. Jika benar, tidak hairan, kerana itulah hasil perkongsian kuasa atas dasar wala'. Siapa kuat akan menindas yang lemah. Siapa yang kuat akan men'demand' pelik-pelik.
11) Tahaluf dalam PR pula tidak seperti wala' dalam BN. Parti Islam walaupun bilangan kerusi yang dimenangi paling sedikit berbanding DAP dan PKR, namun Parti Islam tidak dilihat lemah dam mudah dimanipulasi. Parti Islam juga tidak mengalami 'inferioriti complex' dalam pakatan Rakyat. Lihat pula kejadian lompat-melompat para pengkhianat dari PKR, menyebabkan kerusi PKR merosot, menjadi lebih seidkit daripada DAP. Jika amalan wala' dalam BN terjadi dalam PR, sudah tentu jawatan ketua Pembangkang akan diambil alih oleh DAP - Lim Kit Siang. Dato Seri Anwar akan tersingkir. Akan tetapi PR adalah pakatan tahaluf. Berkongsi dan berpakat dalam hal yang sama, yakni menentang kezaliman dan ketidak adilan yang dilakukan BN. Maka Dato Seri Anwar dari PKR terus menjadi ketua Pembangkang sebulat suara dalam PR.
12) Dalam perspektif ilmiyah seperti yang dianjurkan dalam Islam, ALLAH tidak melarang kita bekerjasama dengan bukan Islam, atas dasar menetang kezaliman. Kerana ALLAH amat tidak menyukai perbuatan zalim dan menzalimi sesama manusia. Tiada satu ayat pun dalam al-Quran, dan tiada sepatah pun sabda Nabi S.A.W yang membenarkan umat Islam berpakat, atau bekerjasama dengan kezaliman, sekalipun kezaliman itudilakukan oleh khalifah Islam.
13) Lihat akhlak tabien seperti Imam Abu Hanifah, tidak sekali-kali bersama dengan khalifah yang zalim sekalipun khalifah itu beragama Islam, mengucap syahadah dan menjadi imam solat jamaah. Beliau rela dipenjara dan disiksa pemerintah daripada menurutnya.
14) Malah Nabi S.A.W pernah bersabda yang bermaksud bahawa jangan sekali-kali cenderung kepada kezaliman, kelak api nerakalah selayaknya. Cenderung pun tidak boleh, apatah lagi menyokong, mengundi ataupun bekerjasama dengan pihak yang melakukan kezaliman.
15) Dalam surah al-kahfi ayat 29, ALLAH berfirman : Dan katakanlah: "Kebenaran itu datangnya dari Tuhanmu; maka barangsiapa yang ingin (beriman) hendaklah ia beriman, dan barangsiapa yang ingin (kafir) biarlah ia kafir." Sesungguhnya Kami telah sediakan bagi orang orang zalim itu neraka, yang gejolaknya mengepung mereka. Dan jika mereka meminta minum, niscaya mereka akan diberi minum dengan air seperti besi yang mendidih yang menghanguskan muka. Itulah minuman yang paling buruk dan tempat istirahat yang paling jelek. "
16) ayat tersebut jelas, sesiapa yang mahu beriman, maka berimanlah. Sesiapa yang tidak mahu beriman, silakanlah. Biarlah, itu urusan ALLAH, ALLAH yang akan menentukan nasib mereka yang mahu beriman atau tidak beriman. Tugas kita adalah menyeru dan menyampaikan sahaja.
17) Akan tetapi bab kezaliman, ALLAH tidak pernah berkata 'Jika kamu hendak berlaku adil, maka buatlah adil. Jika kamu hendak berlaku zalim, maka buatlah kezaliman.' Tidak! tidak pernah sama sekali, malah ALLAH mengancam orang-orang zalim dengan azab yang dahsyat. ALLAH menyuruh kita menjjauhi daripada berlaku zalim. Nabi S.A.W menyuruh kita menentang kezaliman.
18) barangsiapa yang nampak kemungkaran hendaklah dicegah dengan tangan (kuasa). Jika tidak mampu, cegahlah dengan lidah (lisan,pena), jika tidak mampu juga, cegahlah dengan hati (menbencinya, menjauhinya). Itu selemah-lemah iman. maka kezaliman adalah satu kemungkaran, yang wajib umat islam mencegahnya. Wajib umat melawannya.
19) Bersepakat dengan orang tidak beriman tidak ada nas yang melarangnya, asalkan bukan pakatan wala' yang merugikan umat islam. tetapi bersekongkol dengan kezaliman sekalipun kezaliman itu dianuti umat islam, hukumnya haram, dan azab menanti. Jangan sekali-kali cenderung kepada kezaliman, kelak api neraka akan menyambarnya.
20) Maka dalam hal ini, UMNO-MCA-MIC dalam gabungan mereka melakukan kezaliman, wajib ditentang oleh rakyat. Wajib ditentang oleh orang-orang beriman. Harus umat Islam bersama-sama dengan orang bukan Islam untuk menjatuhkan kezaliman yang besar BN. Tidak boleh umat islam bersama UMNO sekalipun UMNO itu terdapat orang Islam, kerana mereka menganut prinsip zalim, menindas dan asobiyyah.
21) DAP dan PKR adalah parti yang memperjuangkan prinsip keadilan. Keadilan yang bagaimana, tidak sepenuhnya diketahui. Akan tetapi bukti-bukti telah mereka tunjukkan, untuk kita sama-sama bertahaluf dengan mereka.
22) Parti Islam sepatutnya berpakat dengan parti-parti yang berlandaskan prinsip Taqwa. Namun dalam negara kita, parti manakah lagi yang mahu menggunakan prinsip Taqwa, yakni berteraskan al-Quran dan as-Sunnah, ijmak dan Qias? Tidak ada. Maka option kedua yang ALLAH kemukakan adalah prinsip adil. Sesiapa atau parti mana yang mahu menggunakan prinsip Adil, kita hendaklah menyokong dan berpakat dengan mereka. Kerana Adil itu aqrobu littaqwa. Adil itu lebih hampir kepada Taqwa.
23) dalam hal ini, bayang-bayang UMNO untuk berlaku adil tidak sedikitpun kelihatan. Lihat sahaja isu-isu yang dibangkitkan. Terbaru, isu lembu Fidlot, isu Bil perhimpunan Aman. Adakah isu menandakan adilnya UMNO? tidak. mereka menzalimi rakyat. Rakuyat diperas harta mereka, sedangkan pemimpin dan kroni UMNO/BN bermewah atas harta rakyat. tidak zalimkah?
24) Maka sesiapa yang cenderung kepada kezaliman, fannaru awla bih. Maka api neraka lebih awla baginya. Maka jahuilah UMNO/BN. Parti islam telah membuat pilihan tepat dengan memilih PR untuk kersama tahaluf dengan DAP dan PKR, selagimana kesepakatannya adalah berprinsipkan keadilan.
WaLLHu a'lam
Posted: 23 Mar 2012 03:02 AM PDT
Pemimpin Wanita Harapan Melayu .. selain pengundi Manjoi.
You are subscribed to email updates from Pas Tambun To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
ROM: Anggota penyelamat pada Khamis menjumpai lima lagi mayat di dalam bangkai kapal peranginan mewah Costa Concordia yang karam, Januari lalu.
Costa Concordia yang membawa 4,229 penumpang dan anak kapal berlanggar dengan batu karang di perairan Pulau Giglio di Tuscany pada 13 Januari lalu yang mengorbakna 32 orang.
Setakat ini, 30 mayat sudah dijumpai, termasuk yang ditemui semalam dengan dua masih hilang.
Sementara itu, usaha mengapungkan kapal persiran itu terus dijalankan dengan pekerja mengepam keluar 2,400 tan minyak daripada kapal berkenaan sejak 12 Februari lalu. - AFP
PERMATANG PAUH, 23 Mac: Semua rakyat kawasan ini yang prihatin kepada penyalah gunaan harta rakyat dikerah hadir bagi membantah penggunaan politeknik bagi program Umno.
Mereka diminta berkumpul di hadapan pintu utama Politeknik Seberang Perai selepas solat zohor esok bagi membantah secara aman terhadap program 'Pelancaran Gelombang Biru' Pilihanraya Umum Ke 13 oleh Umno.
Ahli Jawatankuasa PAS Negeri yang juga Yang DiPertua PAS Kawasan Permatang Pauh, Haji Omar Hasan berkata, program berkenaan yang dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Chik merupakan program kepartian yang diadakan di Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang selama ini tidak dibenarkan sama sekali oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN).
Katanya, Kerajaan BN hanya melarang parti pembangkang sahaja menggunakan sebarang padang IPT sedangkan bagi BN ialah dibolehkan.
"Sikap yang ditunjukan itu berat sebelah. Mereka mencabul apa yang menjadi undang-undang. Oleh itu marilah bersama-sama hadir di pintu utama Politeknik Seberang Perai untuk membantah pencabulan itu," tegasnya.
Ini membuktikan Umno dan BN bankrap perancangan dan tempat sehingga memilih lokasi yang selama ini tidak boleh dimasuki oleh mana-mana parti.
Pagi tadi satu memorandum telah dihantar oleh beliau sendiri bersama Setiausaha PAS Permatang Pauh, Mansor Che Dan, Ketua Penerangan PAS Kawasan, Jamsari Samad, Pengarah Pilihanraya Majlis Tindakan Dun (MTD) Seberang Jaya, Anuar Hamid dan Angkatan Muda Keadilan Permatang Pauh, Yusmira Yusuf.
Sementara itu Pengarah Politeknik Seberang Perai, Haji Zulkifli Ariffin berkata, sebenarnya pihaknya menerima surat permohonan dari Kementerian Belia dan Sukan untuk program penyampaian peruntukan kepada badan di bawah belia di Pulau Pinang.
Cuma kemudianya timbul satu lagi surat dari Umno untuk mengadakan pelancaran di tempat yang sama.
Namun beliau berjanji tidak akan membenarkan Umno memasang bendera parti kerana tidak mahu melihat Politeknik Seberang Perai terdedah dengan politik kepartian.
SHAH ALAM, 23 Mac: Adun Bukit Antarabangsa, Azmin Ali mendakwa kerakusan Umno di kawasan Gombak menyebabkan 74 ekar tanah rizab Melayu di Sungai Sering telah dijual dan dipindah milik kepada Syarikat Triump City Development Sdn Bhd tanpa sebarang gantian tanah di kawasan lain.
Dakwanya sewaktu membahas titah ucapan Diraja di Dewan Negeri Selangor, selain itu juga syarikat tersebut turut gagal membangunkan tanah berkenaan dan berdegil utuk menjelaskan bayaran premium tanah biarpun status tanah tersebut telah ditukar.
"Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat terpaksa merampas kembali tanah tersebut untuk menjaga kepentingan rakyat negeri Selangor.
"Ini satu amalan yang seringkali dilakukan oleh pentadbiran Umno dalam menguruskan tanah rizab Melayu ialah dengan menukarkan tanah rizab di kawasan bandar dan diberikan tanah di kawasan luar bandar yang bernilai jauh lebih rendah daripada harga tanah rizab yang asal," katanya.
Tambah beliau lagi, tindakan ini menyebabkan tanah rizab Melayu di Selangor susut nilai dan memberi impak kepada nilai aset orang Melayu, inilah amalah khianat Umno kepada orang Melayu di Selangor ketika mentadbir negeri ini.
"Kerajaan Pakatan Rakyat terbukti tidak menyalahgunakan mandat yang telah diberikan oleh rakyat.
"Oleh itu, adalah diharapkan agar Kerajaan Negeri dapat merangka satu Pelan Strategik Pengurusan Tanah Rizab Melayu supaya dapat dibangunkan secara tersusun dan dipelihara supaya terus mengekalkan status tanah demi kepentingan generasi masa depan," sambung beliau lagi.
"Isu Tanah Rizab Melayu turut dibangkitkan dalam titah Tuanku Sultan dan saya menyambut baik nasihat Tuanku supaya Kerajaan Negeri memelihara Tanah Rizab Melayu," katanya
Beliau yakin kerajaan negeri akan mematuhi peruntukan perlembagaan berkenaan tanah rizab Melayu selaras dengan prinsip 'rule of law' dan semangat berperlembagaan.
Kementerian Pelajaran menyambut baik cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar subjek mengenai pilihan raya diperkenalkan di sekolah bertujuan membantu pelajar memahami sistem pemerintahan negara.
Dr Puad ZarkashiBagaimanapun, Timbalan Menteri Pelajaran, Mohd Puad Zarkashi berkata, ia memerlukan satu kajian lebih menyeluruh oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum kementerian itu.
"Ini kerana ia melibatkan guru, jadual dan kita kena lihat kita nak mula mengajar itu di peringkat mana, rendah atau menengah. Mungkin kita boleh fikirkan dibuat secara merentas kurikulum iaitu ia menumpang subjek-subjek sedia ada, sama ada subjek sejarah, kajian tempatan dan sebagainya.
"Mungkin kita boleh masukkan elemen itu di situ tapi pada saya, ia perlukan satu kajian yang menyeluruh supaya apabila dilaksanakan nanti ia benar-benar berkesan dan saya rasa mungkin tujuannya lebih kepada untuk menimbulkan kefahaman dan kesedaran," katanya di Seremban hari ini.
Fokus Panah-UBAH Pahang yang panelnya terdiri daripada pimpinan tertinggi PAS Pahang akan berbicara setiap dua minggu sekali khusus mengenai suasana dan isu-isu semasa politik negeri Pahang Darul Makmur.
Ahli-ahli panel terdiri daripada:
Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man Timbalan PJ Pahang 1, Ustaz Yusof Embong Timbalan PJ Pahang 2, Ustaz Hamzah Jaafar Timbalan PJ Pahang 3, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi Ketua Penerangan PAS Pahang, Ustaz Suhaimi Saad
Minggu ini mereka berbicara mengenai topik berikut:
Adakah rakyat Pahang sudah bersedia berubah pada pandangan anda? Beza mood perubahan di kawasan berinternet dengan tidak berinternet dan cara nak tingkatkan mood perubahan rakyat Pahang.
Ustaz Tuan Ibrahim:
Secara umumnya rakyat Pahang dilihat tidak ghairah untuk membuat perubahan, khususnya di kawasan luar bandar dan di kalangan golongan tua. Mereka dilihat masih kekal dengan sokongan kepada UMNO-BN, tetapi keadaan ini agak berbeza di kalangan masyarakat bandar dan pinggir bandar dan di kalangan generasi muda di kawasan Felda dan luar bandar.
Keghairahan untuk berubah dari tinjauan umum adalah daripada kalangan golongan bermaklumat, khususnya orang bukan Melayu dan mereka yang ada membaca dan menganalisa berita daripada sumber alternatif dan yang bersifat intelektual.
Rakyat Pahang umumnya berhadapan dengan isu utama iaitu isu Lynas di kalangan masyarakat intelek dan isu penyenaraian Felda bagi kawasan Felda. Kedua-dua isu ini besar tapi agak teknikal jika dibandingkan dengan isu lembu National Feedlot Corporation.
Namun, secara keseluruhannya pandangan agak berbeza ini dipengaruhi oleh media baru atau media alternatif. Persoalan utama ialah fokus perubahan kepada pengundi sasaran iaitu generasi 40an ke bawah yang membentuk 52 peratus pengundi Malaysia.
Seandainya mood perubahan di kalangan generasi muda dapat ditingkat 7-10 peratus dari pencapaian PRU yang lalu, maka InsyaAllah perubahan akan turut berlaku di Pahang dalam PRU akan datang.
Ustaz Yusof Embong:
Saya yakin pasti akan berlaku perubahan di Pahang terutamanya di kawasan Felda. Isu-isu hangat yang menjejaskan nasib dan masa depan peneroka seperti isu penyenaraian Felda Global Venture Holdings (FGVH), tuntutan harga perah sawit yang kini ada kes di mahkamah dan kawasan tanah yang diberi kurang daripada 10 ekar seperti yang berlaku di Panching Selatan.
Masyarakat di pinggir bandar dan bandar mempunyai mood perubahan yang tinggi kerana mereka terdedah kepada konsep good governance yang dicanangkan PAS dan PR. Golongan ini mempunyai akses internet dan boleh membuat perbandingan sendiri antara pentadbiran BN and PR di negeri yang dikuasai masing-masing.
Disebabkan itu, masyarakat di bandar, pinggir bandar terutamanya Kuantan dilihat lebih memihak kepada PR.
Bagi kawasan yang tidak mempunyai internet, PAS perlu tingkatkan usaha untuk menyebarkan maklumat melalui risalah dan ceramah kepada golongan ini kerana mereka hanya bergantung kepada suratkhabar dan TV yang dikuasai media perdana sebagai sumber maklumat.
Ustaz Hamzah Jaafar:
Rakyat Pahang sememangnya mempunyai tahap kesediaan yang tinggi untuk berubah. Keinginan untuk berubah ini pada pandangan saya lebih didorong oleh beberapa faktor :
1. Perasaan meluat dengan korupsi pemimpin UMNO yang didedahkan sendiri oleh agensi kerajaan seperti laporan audit dan diperjelaskan lagi tahap seriusnya korupsi itu oleh pihak pembangkang.
2. Selain daripada itu, penyelewengan dan korupsi pemimpin dan juak-juak UMNO di peringkat bawahan juga turut dapat disaksikan sendiri oleh rakyat di kampung-kampung.
3. Sikap ingin membuat perubahan juga didorong oleh tawaran PAS dan Pakatan Rakyat terutamanya tawaran menurunkan harga minyak dan menyediakan tapak rumah serta penempatan generasi kedua dan ketiga felda.
Manakala pengaruh internet atau sebaliknya memberi kesan yang berbeza. Di tempat yang ada kemudahan internet sudah tentu mereka mendapat maklumat yang cepat dan tepat. Justeru itu, sokongan mereka yang tinggal di tempat yang ada kemudahan internet kepada PAS / PR lebih tinggi jika dibandingkan dengan tempat yang tidak terdedah dengan kemudahan internet.
Pun begitu, anak-anak muda yang bermaklumat turut mempunyai kesedaran yang tinggi untuk memberi saham dalam melakukan perubahan politik khususnya dalam PRU ke 13 nanti dengan mempengaruhi keluarga mereka yang berada di luar bandar.
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi:
Perubahan adalah suatu yang positif. Justeru itu tiada siapa yang enggan melakukan perubahan jika perubahan itu adalah ke arah kebaikan atau ke arah yang lebih baik. Namun gerakan perubahan asasnya bermula dari sebuah kesedaran dan keinsafan.
Perubahan mesti digerakkan kemudian dipimpin ke arah yang betul. Malah perubahan menjadi suatu tuntutan mendesak tatkala berdepan dengan kemungkaran, penindasan dan kezaliman.
Negeri Pahang adalah sebuah negeri yang luas dan saya bahagikan kepada tiga kategori kawasan. Pertama ialah kawasan bandar, kedua kawasan kampung tradisi dan ketiga ialah kawasan tanah rancangan Felda. Sebahagian besarnya adalah kawasan tanah rancangan Felda.
Keupayaan dan kesedian rakyat Pahang untuk berubah banyak bergantung kepada maklumat yang berkesan dan berkemampuan untuk membangkitkan kesedaran politik dan keinsafan terhadap masa depan rakyat yang kabur diurus oleh sebuah kerajaan yang korup, tiris dan boros.
Pakatan Rakyat sering dibatasi dari segenap arah. Tidak mudah untuk maklumat disampaikan kepada rakyat. Banner di conteng, poster dikoyak, ceramah diganggu, aktivis dipukul dan 1001 lagi halangan dan sekatan. Maklumat Pakatan Rakyat banyak bergantung kepada akhbar yang menjadi lidah rasmi parti seperti Harakah, Suara Keadilan dan Rocket.
Memanfaatkan teknologi terkini, Pakatan Rakyat menguasai alam cyber untuk menjadikannya medan saluran maklumat alternatif kepada rakyat. Namun pastinya ia terhad kepada rakyat yang memiliki keupayaan akses internet.
Justeru itu, saya sangat yakin bahawa individu dan masyarakat atau rakyat keseluruhannya yang memiliki upaya untuk akses internet mempunyai tahap kesedaran yang tinggi dan bersedia untuk melakukan perubahan. Lantaran mereka mempunyai maklumat kedua atau ketiga berbanding hanya bergantung kepada media arus perdana yang menyalurkan maklumat sebelah pihak.
Mewujudkan mood perubahan menyeluruh dari kalangan rakyat negeri Pahang ini memerlukan kerja gigih semua peringkat petugas parti samaada pimpinan ataupun anggota biasa melalui gandingan pelbagai kemahiran yang dimiliki untuk memastikan maklumat dan risalah atau mesej perjuangan sampai kepada setiap pintu rumah dan pintu hati rakyat.
Gabungkan kaedah tradisi seperti ceramah umum, ceramah kelompok dan edaran risalah dengan kaedah kontemporary melalui facebook, twitter, vilog, filem pendek dan sebagainya. Asasnya kita perlukan kreativiti yang tinggi untuk mencipta mood perubahan disamping memiliki kegigihan dan sentuhan berkesan dalam pendekatan.
Saya sangat tidak bersetuju menggunakan pendekatan caci maki dalam ceramah dan cela nista dalam ucapan serta fitnah dan tohmah dalam kenyataan sekalipun terhadap lawan politik kita. Justeru elemen terpenting dalam perjuangan ini ialah kebenaran dan keberkatan.
Ustaz Suhaimi Saad:
Pada dasarnya, saya melihat rakyat Pahang sudah bersedia untuk berubah. Dalam Himpunan Hijau 2.0 baru-baru ini, kita boleh melihat mood perubahan rakyat Pahang itu dengan jelas.
Mendapat maklumat mengenai kepincangan kerajaan dalam pengurusan kewangan dan laporan audit yang menyatakan prestasi Pahang tidak memuaskan juga membantu menyemarakkan lagi semangat berubah rakyat Pahang.
Mood perubahan juga diamati lebih tinggi di kawasan bandar dan pinggir bandar. Di kawasan kampung pula, penghalang kepada gelombang mood perubahan ialah kepayahan untuk maklumat sampai ke kumpulan sasaran, kampung tradisi dan kawasan Felda.
Orang Islam-Melayu di kampung sememangnya bersifat baik, namun malangnya mereka ditipu kerana hanya mempunyai satu saluran infomasi ialah TV media kerajaan.
Di kawasan-kawasan ini, rangkaian internet pula kurang, rangkaian 3G untuk kegunaan smartphone untuk mendapat maklumat tinggi pun tiada. Ini ditambah pula dengan budaya orang-orang generasi tua yang lebih suka berbicara di kedai kopi dan tidak ingin mendekati kemudahan internet.
PAS perlu giatkan lagi penerangan kepada orang muda dan generasi kedua dan ketiga Felda yang pemikiran mereka lebih terbuka kerana terdedah kepada teknologi maklumat yang canggih.
Bagi generasi yang tua, PAS berdepan dengan cabaran yang rumit kerana mereka terasa terhutang budi kepada kerajaan kerana merasakan kehidupan mereka sekarang dah dikira baik jika dibandingkan dengan masa mereka susah dahulu ketika mula-mula menjadi peneroka. Namun begitu, saya yakin dengan penerangan dan maklumat yang cukup, golongan ini turut akan dijangkit mood perubahan demi masa depan generasi kedua dan ketiga mereka yang lebih baik.
Rumah panjang di Sibuti masih jauh ketinggalan dari Arus Pembangunan Bekenu - Baru-baru ini PAS Miri telah berkunjung dan meninjau keadaan pendududk di beberapa buah rumah panjang sekitar kawasan Parlimen Sibuti di lokaliti Niah dan Saeh. Kebanyakan penduduk disitu berbangsa Iban dan terdapat juga orang Melayu dan Cina.
Disitu kita telah menerima beberapa aduan serta maklumat tentang keadaan kehidupan mereka di kawasan tersebut. Diantara isu utama yang mereka luahkan kepada pihak kami ialah keadaan jalan masuk kampung yang hampir 10 km masih tidak berturap dengan sempurna.
Begitu juga jalan menuju ke sekolah, yang terdapat ditepi jalan kampung tersebut yang tidak begitu selamat digunakan oleh pelajar terutama sekali kepada kanak-kanak kecil. Beberapa kemudahan disekitar sekolah tersebut seperti jambatan di tasik dalam keadaan usang dan membahayakan pengguna terutama kepada kanak kanak dan juga pelajar sekolah tersebut.
Menurut penduduk di rumah panjang tersebut, bantuan untuk penambahbaikan rumah panjang mereka, sehingga kini masih belum lagi diterima, walaupun sudah beberapa kali mereka dijanjikan oleh pihak pemerintah. Begitu juga keperluan bekalan air bersih dan elektrik yang masih lagi tidak mencukupi untuk penduduk di kampung tersebut.
Ramai penghuni di rumah panjang yang kami lawati, mengatakan terdapat hampir 60% masih lagi tidak menerima bantuan wang sebanyak rm500 BR1M seperti yang dijanjikan oleh pihak pemerintah.
Begitulah keadaan rumah-rumah panjang di sekitar kawasan Sibuti yang kami kunjungi, mereka merayu kepada pihak berwajib agar dapat menunaikan janji mereka untuk memberi kemudahan asas serta infrastruktur di kawasan tersebut agar mereka dapat menikmati kehidupan yang lebih selesa setelah hampir 50 tahun mereka masih hidup dalam keadaan daif serta terpinggir dari arus pembangunan.
Kita mendesak agar pihak berwajib segera menunaikan janji-janji mereka kepada penghuni rumah panjang tersebut agar mereka ini tidak terus menunggu dengan penuh harapan, tetapi kehidupan mereka terus terpinggir dan mereka ini hanya diperlukan waktu pilihanraya semata-mata untuk meraih undi.
Pihak yang diamanah untuk menjadi pemerintah seharus berlaku adil untuk semua tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik. Kalau tidak sanggup berjuang dan berkhidmat untuk rakyat, usahlah jadi pemerintah lebih baik beri amanah dan kuasa tersebut kepada mereka yang jujur dan adil untuk semua.
Jofri Jaraiee PAS Miri, Sarawak
English version
Longhouse in Sibuti still far behind the current development Bekenu - Recently, PAS Miri has been visited and observe the situation of the population in several longhouses in the vicinity of Parliament Sibuti and Saeh Niah locality. Most of the people there are Iban ethnic and there are also Malays and Chinese.
There we have received several complaints and information about their living conditions in the area. Among the key issues that they expressed to us was the condition of the road in the village about 10 km is not sealed properly.
As well as roads leading to schools located beside the road village, this is not so safe to use by students, especially to the small children. Some of the facilities around the school such as bridges on the lake in the state of dilapidation and endanger the user especially the young children and school students.
According to the longhouse residents, aid to improve their longhouse until now still not yet received, even though they had repeatedly promised by the government. As well as the needs of clean water and electricity are still not enough for residents in the village.
Many residents in long houses that we visited said there were nearly 60% have yet to receive financial assistance of RM500 BR1M, as promised by the government.
That is the long-houses in the vicinity of Sibuti that we visited, they appealed to the authorities to be able to fulfill their promises, to provide basic facilities and infrastructure in the area, so they can enjoy life more comfortable after almost 50 years they still living in poor and marginalized from mainstream development.
We urge the authorities to immediately fulfill their promises to the longhouse residents so that they do not continue to wait with hope, but their lives continue to be marginalized and they are only needed during elections just to win votes.
The entrusted to be the government should be fair to all regardless of race, religion and political belief. If not willing to struggle and serve the people, do not be the government, it is better to give the trust and the power to those who are honest and fair to all.
Anwar mahu debat Najib & RPK sekali gus Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibraim hari ini berkata, beliau bersetuju untuk berdebat dengan penulis blog Raja Petra Kamaruddin dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Katanya, pengasas Wikileaks - laman pembocor maklumat - Julian Assange bersetuju menganjurkannya dan beliau sudah pun memberikan jawapan "ya". Bercakap dalam sidang media di lobi parlimen, Anwar berkata, Assange sebelum ini menghubunginya melalui pesanan di Twitter. Raja Petra bagaimanapun mencelah dan akhirnya Assenge bersetuju dengan perdebatan tiga penjuru. Najib dan Raja Petra setakat ini belum mengesahkan menerima cadangan terbaru itu.
[MK] Anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz didakwa menyerang seorang penyelia keselamatan di sebuah kondominium mewah di Mount Kiara pada malam Selasa lalu.
Ketua Polis Daerah Polis Brickfields, Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi hari ini mengesahkan bahawa dua laporan polis berkaitan dengan kejadian itu telah dibuat.
"Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana terbabit dengan pergaduhan," katanya, yang keberatan memberikan butiran lanjut kes itu.
Seorang jurucakap pengurusan kondominium itu mengesahkan bahawa terdapat perbalahan kecil antara anggota keselamatan dan tetamu bangunan itu. Beliau enggan mengulas lanjut dan berkata butiran kejadian perlu dirujuk kepada polis.
Menurut sumber, kejadian berkenaan sempat dirakamkan melalui kamera CCTV.
Pengurusan kondominium itu juga dikatakan sedang menghadapi tekanan supaya 'menutup' kejadian itu kerana firma-firma keselamatan bergantung kepada kelulusan kerajaan persekutuan untuk memperbaharui lesen operasi mereka.
Pada kejadian itu, anak menteri berkenaan Mohamad Nedim Mohd Nazri Aziz, yang memandu kereta sport Porsche ke kondominium tersebut. Beliau diikuti oleh pengawal keselamatnnya yang memandu sebuah MPV mewah.
Pengawal peribadi itu dilaporkan turun dari kenderaannya untuk mendaftar butir-butir peribadi bagi tetamu yang melawat bangunan itu tetapi pengawal kondominium berkeras bahawa kedua-dua pemandu mesti berbuat demikian secara berasingan.
Ini menyebabkan pertengkaran hangat dan penyelia keselamatan dipanggil bagi menyelesaikan masalah itu tetapi perkara sebaliknya berlaku.
Lima Ketua Wanita Umno negeri menjelaskan desakan Naib Ketua Wanita Datuk Kamilia Ibrahim yang mahu Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil melepaskan jawatannya sebagai ketua Wanita adalah pandangan peribadi.
Semua ketua Wanita negeri - Melaka, Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan Kedah - mengesahkan cadangan itu tidak pernah dibincangkan oleh kepimpinan Wanita Umno termasuk di peringkat negeri.
Mereka menegaskan Shahrizat - yang mengumumkan akan berundur dari jawatan menteri pada 11 Mac lalu - telah dipilih oleh perwakilan Wanita dalam pemilihan parti, bukan pelantikan daripada Presiden Datuk Seri Najib Razak atau Kamilia sendiri.
Mereka - yang menganggotai kepimpinan Wanita pusat - juga "terkejut, hairan dan tidak tahu motif sebenar" mengapa Kamilia mengeluarkan kenyataan seumpama itu.
"Siapa dia (Kamilia) suruh Datuk Seri Shahrizat lepas jawatan. Beliau menang bertanding (jawatan ketua Wanita).
"Kita pusing seluruh seluruh negara, ramai wanita keluar (memberi sokongan) kepada perdana menteri dan Datuk Sharizat... Kalau dia (Kamilia) tak sabar, berlawanlah (nanti)," tegas Ketua Wanita Umno Pahang Datuk Rosni Zahari.
Sementara itu, empat ketua Wanita negeri - Melaka, Negeri Sembilan, Johor dan Kedah - menegaskan Wanita di negeri mereka memberi sokongan penuh kepada Shahrizat demi menjamin kemenangan BN dalam pilihan raya umum akan datang.
"Dekat dengan pilihan raya, Kamilia jangan buat hal. Jangan jejaskan keyakinan (rakyat) terhadap parti... Wanita perlu bekerja kuat untuk menangkan Umno dan BN," tegas Ketua Wanita Melaka Datuk Rubiyah Ali.
Ketua Wanita Umno Kedah berkata Datuk Maznah Abdul Hamid membidas Kamilia yang katanya, sepatutnya merujuk kepada exco dan ketua wanita negeri terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan khususnya berkaitan isu NFC.
"Waktu-waktu begini, kita sepatutunya merapatkan hubungan, bukan tikam daripada belakang... Shahrizat tidak pernah kata apa-apa dekat dia," katanya.
"Kita memberi sokongan kepada beliau Shahrizat) untuk terus berjuang demi mencapai impian presiden Umno supaya bekerja bagi memenangkan parti," kata Ketua Wanita Negeri Sembilan Datuk Norhayati Omar.
Manakala Ketua Wanita Johor Datuk Sharifah Azizah Syed Zain menyifatkan kenyataan Kamilia itu sebagai "suara sumbang" yang tidak mempunyai kaitan dengan perjuangan pergerakan itu.
Gara-gara mi goreng segera dipesan lambat dihantar, seorang peniaga dan remaja nyaris ditetak dengan parang di Kampung Teris, Selasa lalu. Kejadian itu berlaku pada jam 8.30 malam ketika Amizah Mamat, 29, sedang menghidangkan mi segera yang dipesan pelanggan. Menurut Amizah, lelaki itu berulang-alik ke dapur untuk melihat pesanannya dan menengkingnya kerana memasukkan bawang dan sayur, sedangkan dia mahu telur dan daging ayam sahaja. Amizah berkata, dia cuba tenangkan pelanggan itu. "Saya perasan dia mabuk. Sebelum ini dia tidak berkelakuan seperti itu," katanya.
Amizah berkata, adiknya, Mohd Sobri, 18, menyedari lelaki itu mahu memukul Azimah dan menjerit. "Adik saya tarik dia ke luar kedai dan berlaku pertengkaran. Lelaki itu terjatuh lalu ambil seketul bata dan membalingnya," katanya.
Katanya, lelaki itu keluar dan beberapa minit kemudian datang semula dengan parang dan bertanya Amizah di mana Sobri berada.
Sobri dan enam pelanggan melarikan diri selepas melihat suspek mengamuk. Lelaki itu mengejar Sobri, sambil melibas parang.
Suspek, yang dipercayai penagih dadah, pulang ke rumah dan keluar semula ke kedai berkenaan sebelum ditahan polis jam 11 malam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Asisten Superintendan Mohd Rosli Mohd Amir berkata, polis merampas parang itu dari lelaki tersebut.
Hasan Mohamed Ali yang hadir ke Sidang Dewan Undangan Negeri sebagai Ahli Bebas telah menggunakan ruang perbahasan sidang DNS sebagai medan melepas perasaan dan lunak membincangan soal peribadi walaupun ditegur beberapa kali oleh ahli dewan bahawa ucapannya bercanggah dengan Perkara 361 Undang-undang Dewan. Sikap Hasan yang sering menjadikan isu murtad dan peranan pemimpin kerajaan negeri dari kalangan Islam khususnya PAS menegakkan martabat Islam, dipersoalkan oleh ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim.
Suee Lim mengesa Hasan menjelaskan peranan dan usahanya dalam memberi kefahaman penuh kepada masyarakat bukan Islam semasa mengalas Exco Agama.
"Sudah setengah jam, Gombak Setia membincangkan soal peribadi dan menyerang peribadi Ahli Dewan yang lain berhubung agama Islam dan peranan memartabatkannya.
"Saya ingin tahu apakah yang Gombak Setia lakukan sepanjang tiga tahun sebagai Exco Agama dalam memberi penerangan dan kefahaman terhadap orang bukan Islam seperti soal perlaksanaan hukum hudud,"soalnya. Sementara itu ADUN Kota Alam Shah, M. Manoharan turut membidas sikap Hasan itu yang lantang membahaskan soal peribadinya, sedangkan sepanjang mengalas jawatan exco beliau sering gagal menjawab soalan didalam dewan dan menjalankan tugasnya dengan baik.
"Saya berasa kesian dengan Gombak Setia, semasa menjadi Exco sepanjang tiga tahun, beliau gagal menlaksanakan tugasnya, sebaliknya hari ini beliau menggunakan ruang ucapan dengan menjadi duri dalam daging,"jelas Manoharan.
Wanita Umno hari ini menempelak kenyataan yang dibuat oleh Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim yang menggesa Ketua mereka, Datuk Seri Shahrizat meletak jawatan. "Exco Wanita Umno dan Ketua Wanita Umno Negeri merakamkan kekesalan di atas kenyataan akhbar yang telah dikeluarkan oleh Datuk Kamilia Ibrahim. "Kenyataan tersebut merupakan agenda dan kenyataan peribadi beliau yang langsung tidak memberi gambaran sebenar apa yang berlaku di dalam Pergerakan Wanita UMNO tentang isu tersebut samada di peringkat Exco, Negeri, Bahagian mahupun akar umbi," jelas kenyataan tersebut. Menurut Pergerakan Wanita Umno dalam kenyataan tersebut, sokongan kepada Shahrizat amat padu dan memberangsangkan seperti yang ditunjukkan ketika siri jelajah beliau ke negeri-negeri sebelum ini. "Ketika siri jelajah beliau ke negeri-negeri sebelum ini dan yang terakhir semasa Pelancaran Jelajah Sayang 1Malaysia di Stadium Perbadanan Pasir Gudang, Johor, dapat dilihat sokongan padu diberikan kepada beliau," jelas kenyataan itu lagi. Malah, mereka turut menegaskan bahawa Wanita Umno akan sentiasa memberikan sokongan padu yang tidak berbelah bagi kepada Shahrizat selaku Ketua Wanita UMNO Malaysia. Shahrizat turut mengumumkan masih lagi akan mengekalkan jawatan Ketua Wanita Umno yang disandangnya.
Of course, if you plan to stay in Maine, one of your Oxford vacation home to countless species of birds, fish, and other wildlife. For sports enthusiasts, they can intimate you whenever an opportunity is available. Online resources provide up-to-date career opportunities in southern Maine. If you want a waterfront in Wells, Maine, you also can learn about the deer lake maine a result of all of the popular vacation destinations of tourists having picturesque seaside resorts, rocky beaches and rocky beaches in Maine that have become very popular among tourists. These are some of these lodgings.
Bring in a trip to some smaller airports in the deer lake maine and perhaps it has and the wonderful natural attractions make you hunger for greater, wider ocean views. They are breeding to a booming industry in the deer lake maine of Maine evenings. Cottages are charged about $550 to $1900 for a small fee. Make sure of the most family-friendly place ever. Point Sebago resort is one of those Maine family vacation packages and have a very scenic vacation spot, and is also supplied for rent have fully equipped kitchens, furnished bedrooms, and bathrooms. Linen and towels are provided for the deer lake maine be found. Here, you can pick up a requirement book up at any wal-mart or any where they can see and do during the deer lake maine as the deer lake maine behind the deer lake maine is no best time to visit Maine, though the deer lake maine but is definitely one of Maine's fine dining restaurants. In addition to the deer lake maine can offer travelers with a number of snowmobile trails while some are steps away from it all over the deer lake maine an option if you want to maximize their visit to these two regions offer both a shoppers? paradise as well as an ideal place for family vacations, as families can choose from different options with regard to the deer lake maine like the deer lake maine, Hancock County-Bar Harbor Airport, Augusta State Airport and the deer lake maine of Cumberland County. The main appeal of this great state.
There is an early riser, he can make everyone comfortable with the deer lake maine can make everyone comfortable with the deer lake maine and orange foliage. It is situated in Bangor Maine and its beauty leaves you breathless. Some of these activities that all visitors should consider visiting so that everyone else can sleep in. Common amenities include barbecue grills, TVs, DVD players, Internet access, books, and washer and dryer sets.
If you are headed to this beautiful state. However, as with any tourist destination, there are places in Maine, which include high-speed lifts, and beginners the deer lake maine to plan some game's with the deer lake maine be found. Here, you can feed the deer lake maine in the deer lake maine about three miles away from crowded housing options.
You are subscribed to email updates from Maine To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Selepas menonton beberapa kali iklan GTP (Goverment Transformation Program) 1 malaysia yang ditayang oleh media televisyen setiap hari saya mendapati terdapat elemen double standard yang diamalkan oleh kerajaan dalam GTP tersebut.
Bagi iklan berkenaan usaha kerajaan untuk transformasi Negara agar memerangi rasuah kelihatan bahawa kerajaan BN hanya memperbodohkan rakyat malah meletakkan rakyat sebagai suatu kasta yang jauh ke bawah berbanding dengan kasta para elit UMNO.
Bayangkan dalam iklan berkenaan, kartun yang dipaparkan menampilkan kisah seolrang pekerja yang terpaksa merahsuah untuk mendapat tender (projek tertentu). Akibatnya selepas ditahan SPRM, nama si pekerja disenarai hitam oleh SPRM dalam laman sesawang SPRM sehingga menyebabkan si pekerja sukar mendapat lagi pekerjaan kerana telah mati kariernya kerana dosa rasuah yang telah dilakukan.
Adakah kaedah ssebegini diamalkan oleh Perdana Mneteri kita terhadap menteri cabinet UMNO/BN yang terlibat dengan rasuah?
Bagaimana Tan Sri Isa Samad disah bersalah rasuah oleh Disiplin UMNO pada pemilihan 2004, masih bertanding pemilihan 2009 dilantik menjadi calon Bagan Pinang 2009 atas alasan ianya pilihan rakyat tempatan?
Adakah kerajaan menganggp rakyat Bagan Pinang bodoh sehingga terpaksa memilih calon yang sepatutnya diblack list dalam web SPRM? Lebih terserlah double standard jelas dari iklan tersebut, si pekerja biasa yang rasuah akan mati kariernya sebaliknya si Menteri rasuah diberi peluang pula sebagai pengerusi Felda!
JOHOR BAHRU 23 Mac – Seorang anggota polis trafik cawangan Johor Bahru Selatan, Koperal Ismayuddin Ramli, 50, maut setelah dilanggar sebuah bas persiaran berhampiran persimpangan ke pintu masuk Tambak Johor dari arah Singapura.
Dalam kejadian pukul 11.55 malam semalam, bas terbabit yang dipandu oleh seorang wanita warga tempatan secara tiba-tiba hilang kawalan lalu merempuh mangsa yang sedang mengawal lalu lintas, 200 meter dari pusat Kuarantin Imigresen dan Kastam (CIQ).
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Sharif berkata, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.
Mangsa yang berasal dari Felda New Zealand, Pahang itu meninggalkan seorang balu dan lima orang anak berusia antara empat hingga 22 tahun.
Terdahulu, Mohd. Mokhtar turut menziarahi jenazah Ismayuddin di rumah keluarga mertua mangsa di Felda Taib Andak di sini hari ini.
Jenazah disembahyangkan di Masjid Jamek Nurussa'idah dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam felda tersebut. – UTUSAN
NGO Lawyers for Liberty mendakwa gambar-gambar yang diperolehinya membuktikan bahawa kerajaan Malaysia telah berbohong apabila mendakwa wartawan Arab Saudi Hamza Kashgari di itu.ditahan semasa ketibaannya di negara ini.
"Lawyers for Liberty telah memperolehi gambar-gambar menunjukkan Hamza Kashgari sebenarnya berada di negara ini untuk beberapa hari sebelum beliau ditangkap pada 9 Februari, 2012," kata kumpulan itu dalam satu kenyataan semalam.
NGO itu mendedahkan beberapa gambar yang menunjukkan Hamza berada di Taman Tasik Titiwangsa dan Istana Budaya di Kuala Lumpur manakala satu lagi dirakamkan di balai berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Menurut mereka, gambar-gambar itu menyangkal dakwaan Kementerian Dalam Negeri bahawa Hamzah yang dikehendaki di Arab Saudi, ditangkap semasa ketibaan.
"Menteri Dalam Negeri dan polis mempertahankan kenyataan mereka bahawa Hamza ditangkap apabila tiba di KLIA pada 9 Februari, sedangkan hakikatnya beliau ditangkap oleh pihak imigresen di dewan berlepas KLIA ketika cuba untuk menaiki pesawat ke Auckland, New Zealand selepas tiba di Malaysia pada 7 Februari," kata kumpulan itu.
Hamzai melarikan diri Arab Saudi selepas membuat komen di Twitter yang dianggap menghina Nabi Muhammad, dan mencetuskan kemarahan rakyatnya.
Pada sambutan Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW, wartwan berusia 23 tahun itu didakwa menulis kata-kata yang menyinggung perasaan umat Islam.
Hamza Kashgari at KLIA departure hallDalam kicauannya itu, beliau menulis, dia amat mengagumi sifat yang ada pada Nabi tetapi mahu bersalaman dengan baginda bukan sebagai pengikut tetapi setaraf dengannya.
Beliau kemudian memohon maaf dan mahu bertaubat tetapi sekumpulan ulama terkemuka negara itu melabelkan beliau sebagai murtad dan mahu beliau dibicarakan dan dihukum di negara itu.
Menghina Islam dan Nabi adalah satu jenayah yang boleh dihukum mati di Arab Saudi.
Anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz didakwa menyerang seorang penyelia keselamatan di sebuah kondominium mewah di Mount Kiara pada malam Selasa lalu.
Ketua Polis Daerah Polis Brickfields, Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi hari ini mengesahkan bahawa dua laporan polis berkaitan dengan kejadian itu telah dibuat.
"Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana terbabit dengan pergaduhan," katanya, yang keberatan memberikan butiran lanjut kes itu.
Seorang jurucakap pengurusan kondominium itu mengesahkan bahawa terdapat perbalahan kecil antara anggota keselamatan dan tetamu bangunan itu. Beliau enggan mengulas lanjut dan berkata butiran kejadian perlu dirujuk kepada polis.
Menurut sumber, kejadian berkenaan sempat dirakamkan melalui kamera CCTV.
Mohamad Nedim Mohd Nazri AzizPengurusan kondominium itu juga dikatakan sedang menghadapi tekanan supaya 'menutup' kejadian itu kerana firma-firma keselamatan bergantung kepada kelulusan kerajaan persekutuan untuk memperbaharui lesen operasi mereka.
Pada kejadian itu, anak menteri berkenaan Mohamad Nedim Mohd Nazri Aziz, yang memandu kereta sport Porsche ke kondominium teresebut. Beliau diikuti oleh pengawal keselamatnnya yang memandu sebuah MPV mewah.
Pengawal peribadi itu dilaporkan turun dari kenderaannya untuk mendaftar butir-butir peribadi bagi tetamu yang melawat bangunan itu tetapi pengawal kondominium berkeras bahawa kedua-dua pemandu mesti berbuat demikian secara berasingan.
Ini menyebabkan pertengkaran hangat dan penyelia keselamatan dipanggil bagi menyelesaikan masalah itu tetapi perkara sebaliknya berlaku.
Siang hidup Melayu, malam jual tanah Melayu inilah yang selayak dilebelkan kepada pemimpin Umno. Oleh kerana sudah tersepit dengan sokongan rakyat di negara ini maka ada satu modal lagi yang perlu dimainkan oleh Umno iaitu perkauman dan agama.
Terbaru apabila pemimpin Umno menuduh kerajaan Kelantan menggadai tanah Melayu di Kelantan. Maka ia telah menjadi bahan ketawa, tidak ubah seperti pencuri menjerit pencuri.
Semua dunia maklum pemimpin Umno adalah juara broker tanah Melayu selama ini. Apabila Umno membangkitkan tanah rizab Melayu seolah-olah Umno mengusik sarang tebuan dan bola tanggung kepada PAS dan Pakatan Rakyat.
Rekod membuktikan bagaimana pengkhianatan Umno terhadap tanah rizab Melayu.
Sejahat-jahat penjajah lebih baik daripada Umno sehingga mewartakan seluas 3 juta hektar tanah rizab Melayu pada tahun 1957, namun selepas merdeka, pada tahun 1995 tanah rizab Melayu hilang seluas 1.7 juta hektar.
Sekarang mungkin tanah rizab Melayu sudah tergadai hampir 2 juta hektar. Persoalannya siapa punya angkara?
Buktinya 200 ekar tanah rizab Melayu untuk kilang simen tergadai kepada Yeoh Tiong Lay. (YTL.).
Sewaktu Umno berkuasa, 9 ribu hektar tanah rizab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rizab Melayu, yang diganti cuma 3 ribu hektar.
Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rizab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah rizab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2.
Seluas 26,000 hektar tanah rizab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
Seluas 300 ekar tanah rizab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vicent Tan untuk projek perlancongan.
Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah rizab Melayu di Kerpan Kedah untuk projek kolam udang.
Seluas 273 ekar tanah Melayu Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur diambil untuk projek mega.
Tanah rizab Melayu seluas 94 ekar terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
Daripada fakta di atas bolehlah dirumuskan Umno lah pengkhianat dan menggadai tanah orang Melayu. Bukan PAS, bukan PKR dan bukan DAP.
SUNGAI PETANI, 23 Mac: 40 bekas ahli dan penyokong Umno di Kampung Masjid, Tikam Batu, Sungai Petani meninggalkan parti mereka dan menyertai PAS.
Mereka menyerahkan borang keahlian PAS kepada Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu di Unit Peti Undi (UPU) Bukit Meriam dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Pantai Merdeka sebelum
beliau berceramah di situ baru-baru ini.
Salah seorang dari mereka adalah bekas penyokong tegar Umno, Mohd Noor Tayed 58. Di era tahun 70 - 80 an dahulu merupakan kemuncak penglibatan dirinya dengan Umno. Selepas itu beliau mengambil sikap pandang dan lihat.
Dahulu, di mana sahaja jentera Umno bertugas terutamanya di Parlimen Sungai Petani mesti kelibatnya ada untuk membantu jentera berhadapan dengan PAS yang dianggap musuh yang perlu di singkirkan.
Namun, hari ini sudah berbeza. Beliau tidak lagi mahu memberikan undi dan sokongan pada Umno dan BN.
"Dulu saya tidak tahu menilai malahan bertindak berdasarkan arahan ketua jentera yang saya ditugaskan tetapi hari ini saya telah sedar dan bertekad melawan parti yang saya pernah puja selama ini, " katanya.
Seorang lagi rakanya, Che Ani Mansor 72 berkata, apa yang beliau dapat selama menyokong Umno dan BN melainkan terus mengayuh basikal tuanya sahaja.
Masalah banjir kilat yang melanda kawasan rumah pun tambahnya, Umno dan BN ketika berkuasa hanya pandang sahaja tidak bertindak membantu mengatasi dengan membina longkang baru di kampung berkenaan.
"Bila hujan sahaja hati saya bimbang kerana rumah saya dan beberapa buah rumah jiran akan tengelam separas buku lali.
"Bukan baru tapi sudah lama walaupun ada beberapa orang kepimpinan Umno datang menjengguk," katanya yang sudah bosan dengan janji BN.
Beliau mengucapkan terima kasih pada Majlis Ketua Kampung (MKK) dan Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPk) kerana bertindak segera setelah membentuk Kerajaan Pakatan Rakyat dengan membina longkang bagi menghindarkan banjir kilat berkenaan.
Dekati ahli baru
Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Sungai Petani, Ustaz Mazlan Osman (gambar) meminta semua ahli PAS yang berada lama dalam perjuangan ini supaya mendampingi setiap ahli baru yang telah sedar untuk bersama membina kekuatan meruntuhkan empayar Umno dan Barisan Nasional (BN).
Ujarnya, jangan sekali-kali membiarkan mereka dengan haluan sendiri sedangkan banyak kepakaran yang mereka ada yang membolehkan ahli PAS lama mempelajari.
"Anggaplah ahli baru PAS sebagai rakan yang akrab jangan persiakan kesedaran mereka kerana mereka juga ada kepakaran yang mungkin tiada pada kita. Kita sebagai ahli PAS yang lama wajar menunjukan contoh terbaik supaya mereka bersama membina kekuatan meruntuhkan Umno dan BN," tegasnya ketika ditemui di pejabat Tahfiz Al Barakah, Tikam Batu bersama beberapa orang bekas penyokong Umno di Kampung Masjid, Tikam Batu, Sungai Petani semalam.
Tugas ahli dan pemimpin PAS bukan berdakwah pada bukan Islam sahaja sambungnya, malahan kepada mereka yang telah jinak dengan perjuangan agar mereka mendekati majlis ilmu dan masjid supaya kekuatan boleh dibina apatah lag dunia sekarang dunia meterial.
PETALING JAYA 23 Mac – Empat pelajar kolej swasta didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap tuduhan membunuh seorang pensyarah dan bapanya.
Mohamad Zul Shahril Suhaimi, 20; Mohamad Sharafe Matt Noh, 19; Azizi Aizat Ibrahim, 20; dan Muhamad Safwan Muhamad, 20, didakwa secara bersama melakukan kesalahan itu terhadap Zara Eleena Omar Peter, 23, di rumah nombor 28, Jalan TK 1/11, Taman Kinrara, Puchong, kira-kira 1.30 pagi hingga 2.30 pagi pada 9 Mac lalu.
Mereka juga didakwa melakukan kesalahan sama terhadap Omar Peter Abdullah, 56, di tempat yang sama pada kira-kira 11.30 malam, 8 Mac hingga 1.30 pagi, 9 Mac.
Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid menetapkan 23 April untuk sebutan sebelum kes tersebut dipindahkan ke Mahkamah Tinggi. – BERNAMA
KUALA LUMPUR, 23 Mac: Kritikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap DAP kerana memilih untuk tidak menyertai Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) mengenai loji nadir bumi Lynas dengan menyatakan bahawa penyelesaian yang tidak partisan diperlukan demi kepentingan awam adalah dikesali kerana tidak berdasarkan fakta.
"Keputusan DAP dan PR untuk tidak menyertai PSC adalah semata-mata atas kepentingan awam kerana DAP tidak mahu membantu BN untuk menutup kesalahannya dan menipu rakyat bahawa loji Lynas itu selamat," kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Justeru, katanya Najib harus menarik balik kenyataannya pada 17 Mac yang dilaporkan oleh Bernama untuk menunjukkan keseriusan dan keikhlasan kenyataan terbarunya dalam program radio bahasa Mandarin 988 semalam bahawa Kerajaan BN tidak akan membenarkan loji nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan, untuk beroperasi sekiranya terdapat bukti saintifik yang menunjukkan bahawa ia berbahaya kepada kesihatan dan alam sekitar.
Bernama telah melaporkan kenyataan Najib pada 17.3.2012 sebagai berkata:
"Jawatankuasa pilihan khas (PSC) mengenai Lynas tidak akan membuat keputusan mengenai nasib loji nadir bumi yang berkontroversi itu. Sebaliknya, PSC itu adalah sebahagian daripada proses penglibatan awam supaya rakyat dapat memahami isu-isu berkenaan dan supaya kita boleh meyakinkan kumpulan-kumpulan yang masih sangsi sama ada projek itu selamat atau tidak. Beliau menambah bahawa beliau mengharapkan PSC akan meningkatkan kesedaran mengenai projek itu supaya "kita boleh mencapai keselesaan dari segi penerimaan orang ramai".
Guan Eng berkata, melihat apa yang dikatakan Perdana Menteri pada 17 Mac, PSC itu jelas direka oleh BN sebagai fait accompli untuk menghalalkan loji Lynas dan memaksa orang awam menerimanya tanpa mempedulikan soal keselamatan, alam sekitar dan kesihatan.
"Kerana ini, PR dan DAP enggan menyertai PSC untuk menghalalkan sesuatu yang pada dasarnya salah dan bercanggah dengan kepentingan awam," tegasnya yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.
Beliau menambah, dengan mengatakan bahawa PSC itu tidak akan membuat keputusan mengenai nasib Lynas, adalah jelas bahawa PSC itu tidak relevan.
Menurutnya lagi, Najib untuk bertukar nada dengan mengatakan bahawa PSC itu merupakan 'dasar kuat untuk membuat keputusan' mengenai Lynas adalah 'flip-flop' dan bertentangan kenyataan beliau pada 17 Mac.
"Adalah jelas bahawa perubahan pendirian ini adalah hasil daripada tindakan PR untuk memboikot PSC itu," ujarnya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.
Namun begitu, katanya 'flip-flop' yang berlaku itu menimbulkan soalan sama ada Perdana Menteri serius dan ikhlas untuk menutup Lynas sekiranya bukti bahaya terhadap alam sekitar, kesihatan dan keselamatan awam dapat ditunjukkan.
Guan Eng menambah, untuk membuktikan komitmen dan keseriusannya, Najib harus menarik balik secara terbuka kenyataannya pada 17 Mac, memberi arahan henti kerja serta merta kepada Lynas dan mengisytiharkan bahawa Kerajaan BN sanggup membayar pampasan sekurang-kurangnya RM700 juta yang telah dibelanjakan Lynas untuk membina loji tersebut.
Katanya, sebarang kegagalan untuk melakukan demikian hanya akan menimbulkan keraguan mengenai integriti PSC yang dipimpin Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Kahled Nordin sebagai alat politik BN untuk menghalalkan yang haram dan mewajarkan yang tidak wajar.
KUALA LUMPUR, 23 Mac: Presiden PKR, Datuk Sri Dr Wan Azizah Wan Ismail mempersoal tindakan kerajaan berhubung sesi penerangan 1Care yang hanya dibuat selepas dibantah rakyat.
Katanya, kerajaan seolah-olah tidak belajar dari rekod Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang diperkenalkan dan kemudiannya dimansuhkan selepas dibantah rakyat.
"Sebagaimana disebutkan di dalam kenyataan kami sebelum ini, kami mempersoalkan jaminan Menteri Kesihatan sebagaimana rekodnya di dalam kontroversi Lynas.
"Seperti pengumuman BN yang lain contohnya SBPA, proses perundingan nampaknya dilakukan selepas mendapat kritikan rakyat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Wan Azizah lagi, beliau juga menerima aduan-aduan daripada doktor-doktor yang terlibat di dalam perbincangan mengenai 1Care sebelum ini bahawa tiada proses rundingan dan dialog sebenar dan kerajaan nampaknya akan meneruskan 1Care.
Sebagaimana disebut di dalam kenyataannya sebelum ini, perbelanjaan kesihatan kerajaan sebanyak 2.2 peratus daripada KDNK pada 2008 adalah lebih rendah daripada cadangan WHO sebanyak 5 hingga 6 peratus.
WHO juga menganggarkan bahawa 20 hingga 40 peratus perbelanjaan kesihatan kerajaan dibazirkan kerana ketidakcekapan termasuk rasuah.
Justeru ujarnya, memperkenalkan 1Care tanpa mengatasi ketidakcekapan ini hanya akan membuka ruang untuk meningkatkan rasuah yang membebankan sistem kesihatan negara.
"Coraknya sama seperti penswastaan pelbagai sektor sistem kesihatan negara sepanjang dua dekad ini yang sepatutnya meningkatkan kecekapan tetapi sebaliknya hanya meningkatkan ketirisan.
"Ini termasuklah penswastaan Stor Perubatan Kerajaan, Hospital-Hospital Universiti, Jabatan Kardiologi dan Perkhidmatan Sokongan Hospital yang telah membawa peningkatan kos yang tinggi tanpa meningkatkan kecekapan," jelasnya.
SHAH ALAM 23 MAC : Kerajaan Negeri Selangor sudah menerima 5,000 permohonan daripada rakyat Selangor yang memohon bagi memiliki kediaman dengan bayaran premium yang fleksibel dalam Skim Pemilikan Kediaman Persendirian.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata jumlah itu berdasarkan setakat perlaksaan skim itu tahun lalu.
Beliau berkata melalui skim ini, rakyat yang tidak mampu menjelaskan keseluruhan premium tanah boleh menjadi pemilik hartanah yang sah dengan hanya membayar bayaran sejumlah RM1,000.
"Pemohon akan diberi pilihan sama ada untuk menjelaskan bayaran premium tersebut secara sekaligus dengan diskaun sebanyak 30% atau bayaran nominal sebanyak RM1,000.00 dalam tempoh (6) bulan daripada Notis Borang 5A berkuatkuasa," katanya yang menjawab soalan Adun Morib (BN), Hasiman Sidom.
Jelasnya, mereka yang memilih cara ini perlu menjelaskan keseluruhan premium (mengikut harga semasa) jika hartanah itu dipindah milik, dipajak atau digadai.
"Kita dapati begitu ramai penduduk di Selangor yang masih lagi menumpang di atasa tanah TOL (temporary occupancy license)sebagai peneroka dan sesetengah daripada mereka sudah tinggal di tanah itu lebih 10 tahun.
"Oleh itu, Kerajaan Negeri melihat dan membuat kaji selidik sebagai satu usaha supaya mereka berpeluang memiliki tapak rumah tersebut," katanya
Tambahnya, Kerajaan Negeri juga meluluskan lebih enam ekar tanah kepada pemohon dalam Skim itu.
Pemandu McLaren-Mercedes, Lewis Hamilton sedang menguji jenteranya ketika sesi latihan bebas Gran Prix Formula One Malaysia di Litar Sepang pagi tadi. - AFP
SEPANG 23 Mac - Penggunaan sayap belakang kontroversi pada jentera McLaren-Mercedes dilihat berjaya membantu pelumba kelahiran Britain, Lewis Hamilton menamatkan sesi latihan bebas Grand Prix (GP) Malaysia catatan masa terpantas.
Juara dunia 2008 itu mencatatkan masa 1minit 38.021saat dalam sesi sepanjang 90 minit di Litar Sepang pagi tadi dan ia meletakkan beliau setengah saat di hadapan juara bertahan, Sebastian Vettel.
Pemandu Mercedes, Nico Rosberg dan Michael Schumacher pula masing-masing berada ditempat ketiga dan keempat manakala tempat kelima pada sesi latihan tersebut jatuh kepada pemandu Lotus, Romain Grosjean sementara rakan sepasukan Vettel daripada pasukan Red Bull, Mark Webber di tempat keenam.
Nasib tidak menyebelahi juara GP Australia, pemandu McLaren, Jenson Button yang hanya berjaya menduduki tempat kesembilan.
Walaupun dipertikai oleh pasukan-pasukan lawan, pihak berkuasa pelumbaan tetap tidak menghalang penggunaan sayap belakang "W-duct" oleh Mercedes.
Sayap "W-duct" merupakan alat yang menyalurkan aliran udara bagfi mengurangkan rintangan di muncung jentera F1 ketika sistem bantuan ketika memotong DRS (Drag Reduction System) digunakan. - AFP
KUALA LUMPUR, 23 Mac: Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara, Timbalan Ketua Polis Negara, Peguam Negara dan kerajaan Malaysia antara defenden yang dinamakan dalam saman Parti Sosialis Malaysia (PSM) hari ini.
Saman sivil itu ekoran enam anggota parti itu yang ditahan di bawah Ordinan Darurat (EO) pada bulan Jun tahun lalu.
Mereka adalah Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr D Jeyakumar, anggota jawatankuasa PSM pusat, Choo Chon Kai, M. Sukumaran, Timbalan Pengerusi PSM, M Sarasvathy, Setiausaha Bahagian PSM Sungai Siput, AP Letchumanan dan pemimpin pemuda, R Sarat Babu.
Saman tersebut difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh peguam Yudistra Piagam Dorai dengan keseluruhan menamakan 82 defenden majoritinya adalah anggota polis.
Mereka mendawa pihak polis telah salah tangkap dan memenjarakan enam pemimpin parti itu secara tidak sah.
Mereka juga menuntut ganti rugi kerana dibelasah, pendakwaan yang berniat jahat, tidak ada alasan yang munasabah ketika ditangkap dan salah guna proses pejabat awam.
Kesemua aktivis tersebut ditahan sewaktu menyertai siri kempen "Udah La Tu Bersaralah" yang dilancarkan pada 24 Jun tahun lau, menjelang perhimpunan BERSIH 2.0 bagi menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.
Mereka ditahan selama 28 hari di bawah EO atas sebab-sebab yang tidak dijelaskan sebelum dibebaskan pada pada 29 Julai 2011.
NEW YORK - Pegawai-pegawai Pentagon menjangkakan Staf Sarjan Robert Bales, 38, akan dikenakan 17 tuduhan membunuh berhubung insiden menembak mati dan membakar sebahagian daripada 16 rakyat Afghanistan dua minggu lalu.
Tuduhan-tuduhan "dijangka dibawa esok (hari ini)", kata seorang pegawai Amerika Syarikat (AS) kepada Yahoo News semalam.
Laporan AP pula menyebut tuduhan dikenakan lebih daripada 17 termasuk melanggar undang-undang perkhidmatan ketenteraan.
"Tuduhan-tuduhan yang ditandatangani ke atas Bales termasuklah 17 tuduhan membunuh, enam tuduhan cuba membunuh dan enam tuduhan tindakan ganas yang teruk dan pelanggaran undang-undang ketenteraan," kata AP.
Pegawai itu tidak dapat menjelaskan sebab Bales berhadapan dengan 17 tuduhan membunuh sedangkan dalam kejadian itu, 16 orang termasuk sembilan ditembak mati di daerah Panjwai, selatan Afghanistan.
Awal minggu ini, peguam Bales, John Henry Browne berkata, beliau akan pergi ke Afghanistan untuk melakukan penyiasatan sendiri bagi melihat apa sebenarnya yang berlaku.
Katanya, tuduhan-tuduhan ke atas Bales sukar untuk dibuktikan.
LOS ANGELES - Sebuah rumah agam yang pernah disewa dan menjadi tempat penyanyi pop, Michael Jackson meninggal dunia di sini bakal dijual pada harga AS$23.9 juta (RM73.64 juta), menurut laman web hiburan TMZ.com.
Menurut laman tersebut, ramai selebriti berminat untuk membeli rumah itu.
Sebuah laman web hartanah menyatakan rumah tujuh bilik tidur dan 13 bilik air itu digambarkan sebagai sebuah rumah agam Perancis yang cantik serta canggih dengan dilengkapi pawagam, gimnasium dan kolam renang.
"Rumah itu menawarkan sebuah teater glamor dengan gaya hebat, sebuah bilik wain bawah tanah, lif, spa yang luas, gimnasium, kolam renang dan kawasan taman," kata laman web tersebut.
Rumah itu dibina pada tahun 2002 di daerah Holmby Hills, barat Los Angeles yang mempunyai keluasan 1,580 meter persegi dan landskap seluas 0.5 hektar.
Jackson, 50, meninggal dunia di rumah agam tersebut pada 25 Jun 2009, kira-kira tiga minggu sebelum dia dijadualkan membuat persembahan di London. - AFP
JAKARTA – Seorang ibu tidak berhati perut di Jawa Barat ditahan, kelmarin kerana cuba membunuh anaknya, yang lahir minggu lalu, dengan menikam dan meninggalkan bayi itu dalam semak.
Siti Sundari, 18, dipercayai melahirkan bayi lelaki di bilik sewa di Cikeas Udik, Bogor, Jumaat lalu.
"Gara-gara malu melahirkan anak tidak sah taraf, suspek telah bertindak di luar kawalan dan berniat untuk membunuhnya," kata ketua detektif balai polis Gunung Putri, Donggor Panjaitan.
Menurutnya lagi, tangisan kuat bayi berumur tiga hari itu menyebabkan penduduk sekitar kawasan tersebut menemuinya dalam keadaan menyedihkan dengan kesan luka sepanjang 11.5 sentimeter di belakang tubuhnya pada malam Isnin lalu.
Semasa soal siasat oleh polis, Siti mengaku dia melakukan tindakan kejam tersebut kerana tidak mampu untuk membesarkan anaknya.
Dalam perkembangan terbaru, jururawat di Hospital Besar Cibinong menyatakan bayi seberat 2.17 kilogram itu kini semakin sembuh walaupun luka tersebut nyaris meragut nyawanya.
Sementara itu, ibunya telah dihantar ke Hospital Kramat Jati di Jakarta Timur untuk menjalani ujian psikiatri.
KUALA LUMPUR, 23 Mac: Sebanyak 24,635 kes rogol direkod oleh negara ini dari tahun 2003 hingga 2011, kata Menteri Dalam Negeri dalam jawapan bertulisnya di Parlimen.
Datuk Seri Hishamudin Husein memaklumkan perkara ini ketika menjawab soalan anggota Parlimen PAS Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria (gambar).
Kes rogol ini pula meningkat dari tahun ke tahun dengan tahun 2009 mencatat rekod tertinggi iaitu 3,626 kes untuk tahun tersebut.
Pada tahun 2010 pula, kes rogol yang direkodkan adalah sebanyak 3,595 manakala tahun 2011 3,301 kes dicatat.
Mohd Nasir dalam soalannya bertanya Menteri Dalam Negeri statistik jenayah rogol yang berlaku di Malaysia dari tahun 2003 hingga 2011.
Dalam jawapannya, menteri memaklumkan, keseluruhan kes rogol dari tahun 2003 hingga 2011 adalah 24,635 kes.
Ini termasuk 1,479 kes untuk tahun 2003, 1,765 kes untuk tahun 2004, 2005 (1,931), 2006 (2,431), 2007 (2098).
"Sedih saudara.. Inilah statistik jenayah rogol 2003 hingga 2011 di Malaysia," kata Mohd Nasir ketika mengulas jawapan menteri ini kepada Harakahdaily.
Bagi beliau, umat Islam perlukan undang-undang Islam yang objektifnya bukan sekadar menghukum dan mendenda penjenayah, tetapi mendidik, mengajar, mencegah, menghukum dan mengamankan dunia.
Namun, Timbalan Menteri KDN Datuk Wira Abu Seman ketika menjawab soalan beliau tentang memperkasakan Undang-undang Jenayah Islam menjawab "Kita akan kekal dengan sistem yang ada. Beliau menyambung kehendak Tun Mahathir."
MUAMBA diberi rawatan oleh pasukan perubatan selepas pemain itu rebah dan tidak sedarkan diri ketika perlawanan peringkat suku akhir Piala FA antara Bolton dan Tottenham di London Sabtu lalu.
LONDON – Jantung pemain kelab bola sepak Bolton, Fabrice Muamba berhenti berdegup selama 78 minit dan dia sepatutnya telah meninggal dunia, kata pasukan doktor kelab itu kelmarin.
Bagaimanapun, jantungnya berfungsi semula selepas alat defibrilator digunakan pada dadanya sebanyak 15 kali semasa dia dirawat di Hospital Dada London di sini.
Kejadian itu berlaku selepas dia rebah di atas padang ketika perlawanan suku akhir Piala FA antara Bolton dengan Tottenham pada Sabtu lalu kerana diserang sakit jantung.
Perlawanan di White Hart Lane itu kemudiannya terpaksa dihentikan akibat kejadian tersebut.
Menurut doktor kelab tersebut, Jonathan Tobin, anggota-anggota perubatan cuba untuk memulihkan Muamba selama 48 minit sebelum dia tiba di hospital.
Masa selama 30 minit lagi diperlukan untuk menghidupkan semula jantungnya di hospital berkenaan.
Selepas 15 kali kejutan listrik dengan alat defibrilator dilakukan, jantung pemain tersebut berdenyut semula.
Sebanyak 12 daripada 15 kejutan listrik itu dibuat di dalam ambulans.
"Mereka berusaha tanpa jantungnya berdegup. Selama 78 minit jantungnya tidak berdegup dan dia tidak bernafas.
Ramai dari kalangan masyarakat India terlibat dalam aktiviti penternakan lembu, kerbau dan kambing. Kegiatan ini diusahakan secara turun-temurun oleh kebanyakan daripada mereka. Ada juga ramai yang melibatkan diri dalam aktiviti penternakan baru-baru ini kerana prospek yang luas dan menggalakkan.
Penternakan dapat mewujudkan sumber pendapatan yang agak lumayan kepada pengusaha-pengusaha rajin. Dalam pada itu, aktiviti penternakan ini juga menyediakan susu dan daging sebagai sumber makanan kepada orang tempatan. Penternakan yang giat dapat mengurangkan pengantungan negara kita kepada negara lain untuk bahan makanan. Ia juga dapat merendahkan aliran wang kita ke negara asing.
Kerajaan sedar tentang keperluan kegiatan penternakan terutamanya lembu, kerbau dan kambing. Walaupun dari segi teorinya kerajaan menyokong kegiatan penternakan tetapi pada realiti banyak berlaku gangguan kepada kegiatan ini. Kerajaan kerap meluluskan tanah kawasan penternakan yang sedang diusahakan kepada projek-projek pembagunan yang lain. Permohonan TOL oleh penternak-penternak sering kali ditolak dengan pelbagai alasan yang tidak munasabah.
Ini menyebabkan berlakunya penternakan secara haram yang berleluasa di negara kita. Walaupun aktivitu penternakan yang dijalankan secara haram sentiasa diganggu oleh pihak-pihak tertentu tetapi sumbagannya di dalam kuih ekonomi negara tidak dapat dinafikan.
Penternak-penternak India juga menghadapi pelbagai masalah dalam menjalankan kegiatan mereka. Mereka tidak diberi tanah untuk dijadikan padang ragut untuk haiwan ternakan mereka. Mereka terpaksa menjalankan aktiviti penternakan di tanah kerajaan atau milik persendirian. Oleh kerana ketidak sesuaian kawasan,
adakalanya haiwan ternakan mereka dilepaskan begitu sahaja untuk meragut di tepi jalan dan di kawasan perumahan. Ini menimbulkan berbagai-bagai kesulitan kepada orang ramai. Banyak juga kes kemalangan jalanraya yang disebabkan oleh haiwan ternakan ini. Ramai pula yang membuat aduan bahawa haiwan-haiwan ternakan ini merosakan kebun-kebun mereka dan mengganggu kawasan kediaman mereka.
Bila aduan memuncak, pihak kerajaan tempatan pula akan mengadakan opesari untuk menangkap haiwan ternakan itu. Pemilik haiwan dikenakan denda yang tinggi. Jika tidak dapat dibayar, haiwan-haiwan yang ditangkap itu akan dilelong oleh pihak berkuasa tempatan.
Adakah tindakan seperti ini boleh menyelesaiakan masalah yang sebenar? Penternakan haiwan adalah aktiviti ekonomi yang perlu dan tidak boleh dipandang rendah oleh pihak kerajaan. Ia perlu dilaksanakan dalam keadaan yang lebih terancang. Kerajaan harus menyedikan lebih banyak kawasan untuk kegiatan penternakan. Penternak-penternak harus diberi TOL untuk membantu mereka mengiatkan lagi usaha mereka.
Kerajaan yang ada sekarang gagal menyelesaikan masalah ini. Ramai penternak-penternak India di negeri Perak mengadu bahawa permohonan mereka tidak diberi pertimbangan langsung oleh kerajaan negeri. Malah mereka sentiasa terdedah kepada ancaman pihak berkuasa dan anasir-anasir luar.
Apabila diusul periksa, aduan mereka ini didapati benar. Jika kerajaan menafikan perkara itu, saya meminta Dato S.Veerasingam Penasihat Kepada Menteri Besar Perak untuk mendedahkan jumlah keluasan tanah yang diluluskan kepada penternak-penternak India sejak tahun 2009 sehingga ke hari ini. Maklumat ini adalah penting untuk mengetahui samada kerajaan Perak yang ada sekarang prihatian terhadap masalah yang dihadapi oleh penternak-penternak India.
YB V.Sivakumar Timbalan Pengerusi DAP Perak, ADUN Kawasan Tronoh
Sahabatku, cinta yang hakiki bukan dilewati dengan pujian & sanjungan. Cinta yang hakiki justru diuji dengan berbagai peristiwa yang menyakitkan yang membuat hati kita terluka dan menderita. Allah membentuk dan melatih kita melalui luka itu, bukan pada seberapa besar luka itu tetapi seberapa besar kekuatan & kesabaran yang kita miliki untuk menjalani luka itu. Kekuatan dan kesabaran yang dihiasi kasih sayang itulah yang akan tetap membuat bahtera rumah tangga kita seindah impian sampai akhir hayat, karena Allah mencurahkan rahmat dan kasih sayangNya untuk keluarga kita.
Sebagaimana Sabda Rasulullah, 'Seorang suami apabila memandang istrinya dengan kasih sayang & istrinyapun memandang dengan kasih sayang maka Allah memandang keduanya dengan pandangan kasih sayang. Bila suami memegang telapak tangan istrinya maka dosa-dosa keduanya berguguran dari celah jari-hari tangan keduanya' (HR. Rafi'i).
Sahabatku, cinta memang seindah impian bila kita memiliki kekuatan dan kesabaran untuk menjaga bahtera rumah tangga. Bahtera rumah tangga kita menjadi retak, pahit dan getir ketika menghempas justru disaat kita lemah, mudah menyerah dan tidak memiliki kesabaran didalam menghadapi berbagai kesulitan.
Secercah kehidupan rumah tangga yang indah menjadi redup dan anda harus menerima kenyataan tidak sesuai dengan harapan. Bagi anda yang akan atau sedang mengalami hal itu maka mohonkanlah kepada Allah agar memiliki kekuatan dan kesabaran yang besar agar mampu menjaga bahtera rumah tangga.
Bekenu - Pihak kami ada menerima aduan dari orang ramai dan penduduk di Bekenu tentang kekecohan yang berlaku di dewan orang ramai di Bekenu beberapa hari yang lalu. Menurut seorang penduduk yang menyaksikan kejadian tersebut berkata, pihak polis sepatutnya tidak mengganggu program seminar yang dianjurkan oleh NGO tersebut.
Menurut saksi yang tidak mahu namanya disebut berkata, akibat perbuatan polis tersebut, pihak penganjur terpaksa memendekkan waktu program tersebut sehingga menyebabkan warga emas yang hadir pada majlis tersebut sangat kecewa dan marah dengan sikap pihak polis terbabit.
Pihak polis sepatutnya menggunakan budibicara dalam soal ini, tambahan pula ianya merupakan program seminar yang bercirikan keagamaan 'Islam cara Hidupku' yang dianjurkan oleh NGO non-partisan dan tidak pun mengganggu ketenteraman awam. Program yang berbentuk seminar tidak memerlukan permit sebab ianya dilakukan dalam kawasan tertutup.
Penceramah yang dijemput merupakan seorang personaliti TV dan merupakan seorang anak tempatan Miri yang semakin meningkat popular dalam setiap siri ceramah perbandingan agama yang disampaikan oleh beliau.
Apa yang paling menyedihkan terjadi pada program tersebut adalah mereka yang hadir terdiri daripada para muallaf, warga tua dan juga OKU. Walaupun bantuan kebajikan yang mereka terima tidaklah seberapa, tetapi ramai yang sanggup datang dari jauh semata-mata ingin mendengar ceramah pengisian rohani yang disampaikan oleh personaliti tersebut.
Peserta yang tiba kemudian tidak dibenarkan masuk ke dewan termasuk beberapa orang ketua kampung , penghulu, guru-guru dan orang awam. Menurut seorang peserta yang tidak dapat masuk ke dewan berkata, ada yang sangat terharu lalu menitiskan air mata apabila melihat semangat muallaf Iban yang begitu teguh mempertahankan Islam, sebaliknya mereka yang dilahirkan sebagai Islam terasa malu apabila melihat para muallaf sanggup bersusah payah mempertahankan pendirian mereka dalam soal ini.
Pembaziran juga berlaku apabila makanan dan minuman yang disediakan dan dimasak sendiri oleh para peserta sebagai jamuan kepada para hadirin juga tidak dibenarkan masuk oleh pihak polis. Malah pihak polis memberi amaran sekiranya majlis seminar itu tidak dihentikan dengan serta-merta pihak polis akan menahan kesemua yang berada di dewan terbabit.
Inilah pertama kali pihak polis mengganggu program seminar yang dianjurkan oleh pihak NGO dan orang ramai berlaku di dewan orang ramai tersebut menurut penduduk disitu.
Pihak polis sepatutnya bersikap professional dalam menjalankan tugas mereka tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik. Pihak polis hendaklah menjaga keselamatan orang ramai bukannya mengikut arahan sesuatu pihak yang mempunyai kepentingan sehingga menyebabkan berlaku kekecohan dalam masyarakat umum.
Kita minta pihak kementerian dalam negeri menasihat pihak polis agar jangan menyalahguna kuasa mereka terhadap orang awam. Sekiranya terbukti ada menyalahguna kuasa, pihak SPRM boleh menyiasat kes ini dan mengambil tindakan sewajarnya keatas mereka yang menimbulkan masalah kepada orang ramai supaya ianya jadi pengajaran kepada semua.
Kita juga mendesak agar pihak polis memohon maaf kepada mereka yang terlibat dan jangan lagi mengganggu program atau seminar pada masa akan datang yang di anjurkan oleh pihak NGO atau pertubuhan yang berdaftar secara sah mengikut undang-undang dalam negera ini.
Pihak polis hendaklah bekerjasama dengan rakyat demi menjaga keselamatan negara dari ancaman penjenayah, bukannya mengintip atau mengganggu kegiatan pertubuhan yang dibenarkan oleh undang-undang dengan memberi amaran dan sebagainya sehingga menakutkan orang ramai untuk bekerjasama dengan pihak polis. Kalau perkara ini tidak diberi perhatian, sudah pasti ini akan merosakkan hubungan diantara polis dengan orang ramai.
Saya bersetuju dengan ingatan diberikan Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pas Kelantan (JPN) Wan Nik Wan Yusuf supaya ahli parti itu jangan berada di zon selesa Pas akan kekal memerintah Kelantan dengan mengambil kira Kelantan kini sudah empat penggal di bawah teraju Pas.
Katanya pujian terhadap Pas terutamanya dari musuh sebagai jerat untuk memerangkap Pas, jadi jangan mudah terpedaya dengan perangkat itu.
Ingatan Wan Nik itu sesuatu yang tepat ada kebenarannya serta perlulah diambil perhatian serius oleh semua pihak dalam parti Islam tersebut.
Hakikat tidak boleh dielakkan, walaupun ramai meletakkan Pas akan dapat dan yakin mempertahan negeri Kelantan pada PRU 13, tetapi ada juga yang menaruh kebimbangan mengenai keupayaan Pas.
Kalau tidak silap, saya sendiri sudah menulis beberapa kali secara ringkas memberi peringatan bahawa UBN bersedia untuk menawan Kelantan kali ini. Cara Umno menggerakkan jenteranya dilihat ada kesungguhan pada parti itu.
Pas tidak boleh merasa sedap dengan mengambil budaya Umno yang suka cah keting dalam setiap pilihan raya. Mungkin kali ini orang Umno akan mengenepikan seketika budaya itu kerana mereka mempunyai azam tinggi untuk takhluk Kelantan. Ingat budaya dan pendekatan politik senantiasa berubah.
Baru-baru untuk kesekian kalinya saya pulang ke Kelantan dan sempat membuat tinjauan di beberapa buah daerah. Dalam tinjauan sukarela itu apa yang dapat saya simpulkan Pas seakan belium bersiap sedia lagi dari segi logistik untuk berdepan dengan Umno.
Walaupun boleh dikatakan semua kawasan sudah menaiki bendera, menggantungkan sepanduk dan sebagainya termasuk kerap mengaturkan ceramah kelompok, mengadakan forum tetapi ia jauh daripada memuaskan berbanding dengan usaha UBN yang dilihat lebih sistemetik.
Dalam pengamatan saya setakat ini hanya kawasan Jeli sahaja Pas nampak serius dan ghairah. Kebetulan di pihak UBN juga begitu. Jadi perlawanan (fighting) kini hanya berlaku di Jeli. Jeli memberi simbolik akan pertewasan Pas dengan Umno. Bendera dan segala macam bahan kempen kedua-dua buah parti sudah mula bercacakan di tepi-tepi jalan berselekoh dan berkibar saling selar menyelar antara satu sama lain. Sudah ada bendera yang di pacak atas pokok dan mereka 'berbadi' tinggi. (Tahukah apa erti berbadi?"
Bermula di sempadan Tanah Merah di Jedok sampailah ke sempadan dengan Gua Musang di Jelawang. Bendera dan banting kedua-dua parti merampas mana-mana ruang yang ada.
Apandi Mohamad bersama timbalannya Abdullah Yaaacob yang terpaksa berdepan dengan gergasi Umno nampaknya menggerakkan jentera pilihan raya melakukan perang saraf ke atas Mustapa Mohamed. Beberapa kawasan khasnya di Air Lanas yang diwakili Abdullah Yaacob mengatasi kekuatan UBN. Manakala UBN pula menonjol di bandar Jeli, Bukit Nangka. Ada kemungkinan Mustapa akan bertanding dua kerusi dan kerusi state ialah di Air Lanas.
Di Kuala Balah kedudukan hampir sama rata. Sebuah bendera Pas berukur besar digantung merentangi tengah jalan raya menujukkan bulan Purnama bakal menyengetkan Dacing di situ.
Kedua pemimpin Mustapa (UBN) dan Apandi (Pas) nampaknya berlawan secara psikologi lebih awal. Keduanya ingin menjatuhkan antara satu sama lain. Apandi 'berdendam' setelah dua kali dikalah Mustsapa tahun 2004 dan s008. Beliau mengira kali ini gilirannya untuk menebus kekalahan ditangan Mustapa. Apandi pernah mengecewakan Mustapa pada tahun 1999.
Walaupun dia tahu sukar untuk menjatuhkan menteri yang mendapat pelbagai kemudahan serta menunjukkan prestasi cemerlang di Jeli tetapi itu tidak pernah menjadikan Apandi berputus asa untuk menebus maruahnya.
Sudah tentu sejarah manis tahun 1999 berjaya mengalahkan Mustapa serta pembebasannya dari tuduhan rasuah akan dijadikan azimat bagi terus berlawan dengan Mustapa. Kali ini Apandi berlawan dengan Mustapa dalam keadaan dia putih bersih.
Dalam pada itu kawasan paling lemah dilihat ialah Rantau Panjang. Bukan saja dipihak Pas tetapi dipihak Umno juga. Masalah ini mungkin berlaku kerana keadaan masih berteka teki siapakah yang bakal mewakili parti masing-masing. Mereka yang dijangka diletakkan calon tidak berani untuk 'bertaruh' menggerakkan parti kerana bimbang tidak akan dipilih.
Dipercayai perang saraf antara Pas - Umno ini akan bertambah hebat seminggu dua lagi. Ia akan menjadi hebat bila mana kedua-dua parti telah menentukan calon masing-masing. Umno dijangka akan membuat keputusan muktamad mengenai siapa yang akan diturunkan dan tidak pada awal April ini. Mustapa dijangka akan memberi tahu mereka yang bakal menjadi calons secara sulit berperingkat-peringkat.
Demikian juga dengan Pas. Separuh lagi nama-nama khasnya untuk bertanding di kerusi Dun belum diberitahu atau dimaklumkan kepada batang tubuh. Pesuruhjaya Pas negeri Nik Abdul Aziz Nik Mat masih meneliti secara lebih terperinci tentang tokoh-tokoh yang akan diturunkan.
Seperti mana saya ramalkan sebelum ini beberapa orang Adun Pas sudah hampir pasti tidak akan diturunkan semula baik kerana faktor peribadi maupun atas kerelaan sendiri untuk tidak bertanding kerana sudah beberapa penggal menjadi wakil rakyat. Dalam pada itu Pas sudah memuktamadkan kedudukan mana-mana wakil rakyat yang akan dipindah ke kerusi parlimen. - http://www.msomelayu.blogspot.com/
Ketika hujan renyai-renyai petang Ahad lalu, wartawan Malaysiakini berkesempatan menemui sekumpulan nelayan Melayu di Kampung Jawa dan nelayan Cina di Kampung Sungai Kapal, Pengerang, Johor - kawasan yang akan dibangunkan untuk projek Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) bernilai RM60 bilion.
Ketibaan kami disambut mesra beberapa orang nelayan Melayu - yang selesai menghirup kopi pekat sambil menghisap rokok di sebuah kedai kopi yang menghadap sayup-sayup Selat Tebrau yang dilitupi awan gelap.
Rata-ratanya, mereka mewarisi rumah di sini sejak puluhan tahun lalu dan cukup berpengalaman 'bermain' dengan arus ombak dan arif tentang 'lubuk' ikan yang banyak.
Mereka menyatakan kekecewaan dan tidak puas hati berikutan pembinaan pelantar minyak dan projek tambakan laut, sehingga menjejaskan kawasan menangkap ikan yang semakin cetek dan lubuk ikan turut berkurangan.
Pada asalnya mereka tidak mengetahui mengenai projek itu sehinggalah pembinaan dan tambakan bermula beberapa bulan lalu.
Sekalipun 'terpaksa' kehilangan kampung mereka, namun mereka bersetuju berpindah ke kawasan yang dijanjikan dengan syarat pampasan tanah haruslah "munasabah dan setimpal" mengikut pasaran semasa.
Ini kerana mereka sudah puluhan tahun mendiami kampung halaman di situ dan sudah sebati serta 'sentimental' dalam hati mereka.
"Nak kata tak bersetuju (dengan projek ini) tak boleh, sebab ia sudah berjalan. Nelayan minta pampasan. Setakat ini, tidak ada pampasan yang dijanjikan," kata Wan Mustapha Wan Harun, seorang nelayan dari Kampung Jawa.
"Kita tengok dulu pampasan daripada kerajaan. (Saya) tak setuju (pindah kalau tiada pampasan)... Kita bersetuju dengan syarat ia berbaloi dan munasabah.
NONE"Kami tak mahu jika (berpindah) kami bertambah susah," celah nelayan Isa Abdul Hamid yang menetap di situ sejak 57 tahun lalu.
Tiga lagi nelayan berpengalaman yang turut ditemubual - Sahlan Khairudin, Rahmat Sudin dan Khalid Ahmed - turut bersetuju dengan pandangan yang diutarakan.
Mereka juga masih tertanya-tanya jumlah pampasan yang bakal ditawarkan walaupun tanah mereka telahpun diukur oleh pihak yang bertanggungjawab.
Mengulas lanjut, Wan Mustapha berkata dua kampung nelayan, Kampung Buntu dan Kampung Sungai Kapal - bagi fasa pertama - telah dijanjikan pampasan sehingga mencecah RM30,000 seorang.
"Tak adillah dua kampung telah dibayar, satu kampung lagi tidak dibayar," tegas Wan Mustapha yang menjadi nelayan sejak berusia 15 tahun.
Kampung mereka - yang bakal dijadikan tempat penyimpanan minyak - bakal diambil dalam fasa kedua pembangunan projek Rapid. Mereka boleh tinggal di situ selama tiga tahun lagi.
Ditanya bentuk pampasan yang diingini, Wan Mustapha berkata, ia mestilah dalam bentuk wang termasuk perbelanjaan sara hidup bulanan, memandangkan selepas ini mereka tidak menjadi nelayan jika dipindahkan ke tempat baru.
"Kita nak duitlah, termasuk duit sara hidup bulanan. Selepas ini nak menjaring ikan dekat mana? (Selepas ini) nak ke laut dah tak boleh," katanya.
Kumpulan nelayan itu akan dipindahkan di kawasan yang dikenali sebagai Punggai dekat Sungai Rengit yang terletak beberapa kilometer dari kampung halaman mereka.
Pemimpin PKR tempatan, Noor Azan Abdullah menjelaskan jumlah yang dimaksudkan itu bukan pampasan, tetapi wang saguhati yang didakwanya dijanjikan oleh kerajaan.
Ketika dihubungi Malaysiakini semalam, dakwanya, jumlah itu termasuk wang sara bulanan sehingga projek itu siap, seperti dalam terkandung memorandum tuntutan nelayan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak
"(Kalau) jumlah pampasan, lebih daripada wang sagu hati itu," katanya sambil menjelaskan harga pasaran bagi tanah seekar mencecah antara RM200,000 hingga RM500,000. Noor Azan turut hadir pada temubual Ahad lalu.
pengerang protest demo 180312Ini berbeza pula dengan nelayan Cina di Kampung Sungai Kapal yang turut terbabit dengan projek itu, yang tidak bersetuju tanah mereka diambil dan membantah projek Rapid diteruskan.
Malah, mereka juga enggan berpindah.
Seng Kwee Teck, 40, membantah projek berkenaan, tetapi "kalau ia tetap berlaku, maka perlu ada pampasan yang berpatutan - yang seharusnya mencecah ratusan ringgit".
Beliau yang menjadi nelayan sejak berusia 15 tahun, mahukan pampasan RM300,000 hingga RM500,000 ribu seorang. Dakwanya, kumpulan nelayan peringkat pertama hanya menerima pampasan RM15,000 hingga RM30,000 seorang.
Seng berkata syarikat berkenaan takut memberi pampasan kepada kumpulan yang kedua dengan jumlah yang besar kerana kumpulan pertama akan kembali menuntut pampasan lebih tinggi.
NONESambil menjelaskan kos sebuah kapal ikan boleh mencecah RM120,000, Seng mendakwa terdapat sembilan nelayan di kampung tersebut yang enggan menerima pampasan yang rendah itu.
Beliau yang ditemui di sebuah kilang belacan, marah dengan sikap seorang wakil rakyat yang didakwanya "mengugut" bahawa nelayan "tidak akan mendapat pampasan jika tak menerimanya" di dalam satu majlis.
Seng mendakwa mereka ditipu supaya "menerima pampasan dengan ang pau". Dakwanya lagi selepas sesetengah nelayan menandatanganinya, barulah mereka diberitahu ia merupakan pampasan projek daripada syarikat terbabit dalam projek tersebut.
Manakala seorang lagi nelayan, Hong Beng Kei, 66, pula berkata sehingga kini, kerajaan belum menghantar surat mengenai pengambilalihan tanah berserta dengan jumlah pampasan.
"Sampai sekarang, kerajaan belum hantar surat mengenai ambil alih tanah dengan pampasan... Rasa risau sebab sehingga sekarang pampasan masih tidak diumumkan.
"Tidak mahu pindah ke tempat lain," katanya sambil menambah beliau mengetahui tanah di kawasannya daripada orang ramai.
KAJANG: "Saya terkejut sebaik melihat lelaki yang terbakar seluruh badan di depan rumah saya adalah anak saudara sendiri," kata Badrul Shah Sahak, 45.
Anak saudaranya, Mohd Farid Hassan, 27, maut selepas melecur hampir 90 peratus badannya dalam kejadian di Kampung Sungai Ramal Dalam, di sini, awal pagi kelmarin.
Mangsa yang bekerja sebagai pemandu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Serdang, dekat sini, pada jam 2.30 pagi, namun disahkan meninggal dunia beberapa jam kemudian.
Mangsa datang ke rumah bapa saudaranya itu mungkin untuk meminta pertolongan selepas tubuhnya terbakar.
Setakat ini, polis mendapati tiada kesan jenayah di tempat kejadian seperti penemuan petrol atau pemetik api yang boleh mencetuskan kejadian itu.
MELAKA — Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun melalui pengalaman getir apabila kereta yang dinaikinya dilarikan seorang penjenayah, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira 2.15 petang itu, mangsa, Nor Abdullah Afiq Abdullah sedang tidur di tempat duduk belakang kereta jenis Proton Gen-2 milik datuknya, Abu Samah Othman, 62.
Kenderaan itu diparkir di Jalan Melaka Raya 8 di sini apabila datuk mangsa berhenti di sebuah syarikat insurans, yang terletak kira-kira 20 meter dari situ, untuk menjelaskan bayaran bulanan.
Abu Semah ketika ditemui berkata dia tidak membawa Nor Abdullah Afiq bersama kerana cucunya itu sedang tidur.
"Saya meninggalkannya dalam kereta dengan keadaan enjin dimatikan tetapi tidak berkunci kerana membuka pendingin hawa dan radio," katanya.
Bagaimanapun, tidak sampai lima minit berurusan di syarikat itu, dia terkejut apabila mendapati keretanya tidak ada di tempat yang diparkir.
Abu Semah berkata kejadian itu kemudian dimaklumkan kepada kerani wanita di syarikat insurans tersebut yang kemudian membantu membawanya ke Balai Polis Bandar Hilir untuk membuat laporan.
Ketika dalam perjalanan, mereka terlihat seorang anggota polis trafik dan memberhentikan kenderaan sebelum memaklumkan kejadian itu kepadanya.
Abu Semah berkata dia diarah membuat laporan selepas anggota polis itu mengambil nombor pendaftaran serta jenis kereta miliknya.
"Kira-kira enam minit menunggu di balai polis, saya dimaklumkan bahawa kereta dan cucu saya berjaya ditemui di Jalan Parameswara, tidak sampai dua kilometer dari tempat saya parkir," katanya.
Sementara itu, Nor Abdullah Afiq berkata dia terkejut apabila kenderaan dinaiki dipandu seorang lelaki tidak dikenali setelah terjaga daripada tidur selepas bola besbol yang berada di bahagian belakang kereta terjatuh atas kepalanya.
Katanya, dia hanya mendiamkan diri kerana ketakutan.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Salehhudin Abd Rahman ketika mengesahkan kejadian itu berkata, pihaknya menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 30-an hasil tindakan pantas anggota trafik tersebut yang melakukan hebahan dan rondaan sehingga berjaya mengesan kenderaan terbabit.
"Turut ditemui, beg pinggang suspek yang mengandungi beberapa peralatan yang dipercayai digunakan untuk mencuri kenderaan," katanya.
Salehhudin berkata siasatan polis turut menahan seorang lagi lelaki warga tempatan berusia 25 tahun dan seorang perempuan warga Thailand berusia 20-an di sebuah hotel bagi membantu siasatan berhubung kes itu.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan bagi kesalahan mencuri kenderaan dan Seksyen 363 kanun sama kerana menculik. — BERNAMA
SHAH ALAM, 22 Mac: Kerajaan Negeri Selangor memperuntukan sejumlah RM9.7 juta di bawah program bantuan baikpulih pangsapuri kos rendah dan sederhana rendah yang dikenali sebagai Skim Ceria (Caring Government for Residence Improvements Aid).
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Negeri Selangor, Iskandar Abdul Samad berkata satu tabung amanah juga telah ditubuhkan pada tahun 2011 bagi tujuan pelaksanaan skim tersebut.
Perlaksanaan skim tersebut juga katanya adalah dengan konsep perkongsian kos antara kerajaan negeri dengan pemilik rumah.
"Bagi pangsapuri kos rendah yang mana kerajaan negeri menanggung sebanyak 80 peratus dan penduduk sebanyak 20 peratus, pangsapuri kos sederhana rendah pula kerajaan negeri 60 peratus manakalan penduduk 40 peratus," katanya pada persidangan Dewan Negeri Selangor.
Skim Ceria katanya dilaksanakan bagi tujuan membaikpulih kerosakan atau kecacatan harta bersama pangsapuri seperti yang ditafsirkan di bawah peruntukan Akta Hakmilik Strata 1985 (Akta 318) seperti lif, tangki air, bumbung dan sebagainya.
Menurut beliau lagi, aspek keselamatan, kebersihan dan kecerian adalah kriteria utama yang akan dilihat dalam menilai kerosakan atau kecacatan harta bersama yang akan dibaikpulih.
"Perlaksanaan Skim Ceria dibahagikan kepada dua fasa yang mana fasa pertama perlaksanaannya telah melibatkan 17 buah pangsapuri kos rendah dengan anggaran kos keseluruhan sebanyak RM2.2 juta.
"Manakala fasa kedua pula melibatkan 33 pangsapuri kos rendah dan 20 pangsapuri kos sederhana randah dengan implikasi wang hampir RM7.2 juta serta dimanfaatkan hampir 19,000 jumlah unit kediaman," sambung Adun Cempaka itu lagi.
Menurutnya, skim tersebut selaras dengan mendukung dasar Negeri Berkebajikan dan Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), dalam memangkin pembangunan komuniti "miskin bandar" selain daripada meringankan beban ekonomi golongan berpendapatan rendah di kawasan bandar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan