PAS TAMBUN Posted: 21 Mar 2012 01:39 AM PDT Posted: 20 Mar 2012 10:24 PM PDT JOM BBQ ANAK MUDA KALI KE 5 .. MAKAN SAMBIL BERHIBUR..
JEMPUT SEMUA ADIK BERADIK HADIR.. | PASTAMBUN berwajah baru.. Posted: 20 Mar 2012 10:13 AM PDT Tahniah kepada Krew PASTAMBUN kerana akhirnya blog ini telah bertukar wajahnya, semoga dengan kehadiran Krew (tak ada nickname lagi) baru ini akan menambahkan cerianya Blog ini InsyAllah.. (GreenBoy) | Infaq Fisabillilah Posted: 20 Mar 2012 02:37 AM PDT | Murnikan Perjuangan Maknakan Kemenangan Posted: 20 Mar 2012 01:43 AM PDT | |
CINA ISLAM (林川興) Posted: 21 Mar 2012 01:24 AM PDT PR: PM perlu 'gentleman' umum PRU Posted: 21 Mar 2012 01:15 AM PDT 28 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR - Pas menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersikap 'gentleman' dalam membubarkan Parlimen, sekali gus ditetapkan tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, Najib tidak perlu lagi bermain teka-teki dengan rakyat kerana perkara itu hanya akan menyusahkan rakyat. "Beliau sudah beritahu yang beliau tahu bila PRU akan diadakan tapi beliau beri contoh resepi Coca-Cola pula... sepatutnya beliau bersikap gentleman dah membuat pengumuman lebih awal agar rakyat boleh bersedia," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini. Naib Presiden Pas ini berkata, di sesetengah negara rakyat mengetahui tarikh pilihan raya lebih awal. "Di negara kita tarikh pilihan raya menjadi teka-teki dan ada khabar angin mengatakan (tarikh pilihan raya) pada Jun, yang mungkin berlaku pada cuti sekolah. Jadi pada saya, sepatutnya Perdana Menteri harus mengumumkan lebih awal, paling tidak tiga hingga enam bulan awal," katanya. Menurut Mahfuz, cadangan itu bukannya untuk kepentingan PR, sebaliknya lebih kepada hak rakyat yang layak, lebih 12 juta orang, mengundi untuk menunaikan tanggungjawab mereka mengundi. "Ini bukan merupakan isu parti kerana dari segi persiapan parti, kita telah pun bermula. Tapi apa yang dilupa oleh Perdana Menteri dan Suruhanjaya Pilihan Raya ialah rakyat, rakyat perlu buat persiapan, sebab rakyat sudah ada aktiviti kehidupan mereka sepanjang tahun. "Sebab itu saya bimbang jika diadakan pada musim cuti persekolahan ini, ini menafikan hak rakyat yang akan mengerjakan umrah sebab selalunya cuti panjang ini umat Islam yang mengambil peluang kerjakan umrah dan sebahagian mereka sudah menempah tiket dan pakej daripada agensi-agensi umrah. "Sudah tentu jumlah mereka yang kerjakan umrah ini beribu-ribu," katanya. Tambah beliau, orang bukan Islam juga mempunyai perancangan mereka sendiri untuk digunakan pada cuti persekolahan. "Perdana Menteri haruslah berani mengumumkan bila pilihan raya umum akan diadakan untuk kemudahan rakyat di negara ini," katanya. Kelmarin, Najib yang juga Pengerusi BN berkata, beliau tidak dapat mendedahkan tarikh PRU13 walaupun beliau tahu mengenainya. Beliau berharap orang ramai, termasuk media, akan menghargai jawapan beliau kerana beliau perlu menyimpan beberapa rahsia untuk dirinya sendiri. sinar harian/- | Tandas Tidak Beroperasi: Penumpang Terkandas Dua Hari Di Alaska Posted: 21 Mar 2012 01:00 AM PDT 28 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - ANCHORAGE (Alaska): Penerbangan selama 13 jam dari San Fracisco ke Shanghai tidak mempunyai transit, namun seramai 262 penumpang bagi United Airlines bersedia untuk berhadapan dengan situasi itu. Sebaliknya, mereka terkandas di Anchorage, Alaska selama dua hari. Jurucakap United, Charles Hobart berkata, Pesawat 857 telah dilencongkan ke Anchorage apabila beberapa tandasnya didapati tidak berfungsi, selepas melakukan penerbangan selama tiga jam sejak ia berlepas pada pukul 2 petang waktu tempatan pada Ahad. Para penumpang memberitahu Anchorage Daily News bahawa mereka duduk di di dalam sehingga pukul 8 malam sebelum dibenarkan untuk turun dari pesawat. Syarikat penerbangan itu memberikan baucar makanan dan hotel, namun mengambil masa berjam-jam sehingga restoran sudah tutup, kata para penumpang. United membawa pesawat yang lain pada Isnin tetapi ia turut mempunyai masalah. Para penumpang akhirnya berlepas pada Selasa menggunakan pesawat ketiga, Boeing 777. Hobart berkata, United akan memulangkan semula harga tiket penuh kepada semua penumpang. – AP | Selangor Perkenal Inisiatif Premium Milik Tanah Posted: 21 Mar 2012 12:40 AM PDT 28 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - SHAH ALAM 21 MAC : Kerajaan Negeri memperkenalkan inisiatif program bayaran premium RM1,000 bagi pemberimilikan tanah dan program bayaran premium bagi tujuan melanjutkan tempoh pajakan. Menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, program ini bertujuan bagi memberi peluang kepada rakyat Selangor menentukan sendiri kaedah pembayaran premium mengikut kemampuan masing-masing. "Bagaimanapun mereka masih perlu membayar caruman berasingan seperti parit yang tidak termasuk dalam premium RM1,000 itu. "Dan sekiranya mereka menjual tanah untuk diberi milikan kepada orang lain, premium penuh akan dikenakan kecuali jika dipindah milik kepada waris, maka premium tidak perlu dibayar," jelas Abdul Khalid menjawab soalan Adun Balakong, Yap Lum Chin di Sidang DUN pagi ini. Nilaian tanah yang akan digunakan adalah berdasarkan nilaian yang dikemukakan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Negeri Selangor. Setakat ini, terdapat 356 orang penerima yang sudah lulus permohonan bayaran premium RM1,000 dengan 5 di Hulu Selangor, 136 di Hulu Langat, 89 di Kuala Selangor, 65 di Petaling, 3 di Sepang, 4 di Kuala Langat, 48 di Gombak serta 6 di Klang. selangorku/- | Sejadah corak babi Posted: 21 Mar 2012 12:30 AM PDT 28 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - SEREMBAN: "Niat anak saudara untuk mengerjakan solat terhenti sejurus mendapati corak pada sejadah itu seolah-olah muka dan kepala babi," kata seorang suri rumah yang hanya mahu dikenali sebagai Mas, 50-an. Menurutnya, sejadah merah berkenaan dibelinya di sebuah kedai dekat sini yang dijual secara lelong kira-kira enam bulan lalu. "Saya dan beberapa ahli keluarga membeli-belah di kawasan berkenaan sebelum ternampak jualan lelong di kedai menjual permaidani dan sejadah itu. "Sejurus memasuki kedai berkenaan, saya teruja apabila mendapati ada sejadah yang dijual dengan harga amat murah iaitu hanya RM10 untuk tiga helai. "Saya membelinya tanpa melihat lebih teliti setiap sejadah yang diambil," katanya. Bagaimanapun, katanya, minggu lalu anak saudara perempuannya berusia 20-an bertandang ke rumah dan mahu menunaikan solat Asar. "Saya menyerahkan sejadah itu kepadanya dan terkejut apabila dimaklumkan corak yang tertera menyerupai muka dan kepala babi," katanya. Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pengguna Negeri Sembilan (Nesca), Khairuddin Yunus, berkata pihaknya menasihatkan orang ramai supaya lebih berwaspada dengan setiap jualan murah yang kebiasaannya terdiri daripada barangan lama dan kurang berkualiti. "Malah, lebih buruk apabila terjadi kes begini yang menyentuh sensitiviti umat Islam," katanya. Beliau berkata, isu sensitif seumpama itu sesuatu yang 'panas' dan ia perlu dielakkan sebaik mungkin demi kepentingan bersama. "Ini kerana ia membabitkan kesucian dan maruah masyarakat Islam sama ada corak berkenaan sengaja dilakukan atau sebaliknya," katanya. Sehubungan itu Khairuddin, menggesa pihak terbabit menjalankan pemantauan di setiap kedai bagi mengelak perkara sama berulang. Harian Metro | Sinar Harian bersama 21 NGO jejak Nur Fatihah Posted: 21 Mar 2012 12:15 AM PDT 28 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - Sinar Harian berganding bahu bersama parti politik, pertubuhan bukan kerajaan, persatuan belia dan kelab untuk menggerakkan usaha mengesan serta menyalurkan maklumat mengenai kes kehilangan Siti Nur Fatihah Mahadi bagi membantu polis menjejaki mangsa. Sehingga semalam, 20 pertubuhan berikrar melaksanakan usaha murni itu melalui penampalan poster, perkongsian, penyebaran maklumat melalui pelbagai medium dan terus mengerahkan ahli masing-masing memberi komitmen mereka. Berikut senarai pertubuhan terlibat 1. Majlis Belia Felda Malaysia 2. Majlis Belia Felda Wilayah Jengka 3. Jengka Motosports Club 4. Puteri Umno Bahagian Kuala Krau 5. Majlis Belia Negeri Pahang 6. Pertubuhan Kebajikan Warisan Kuala Semantan (Pintas) 7. Umno Bahagian Kuala Krau 8. Najib Razak Rompin Club 9. Majlis Belia Daerah Jerantut 10. Pemuda Umno Bahagian Jerantut 11. Kelab Rakan Muda Bera 12. Persatuan Belia Taman Bera 13. Kelab Pemuda Melayu Bersatu Kuantan 14. Majlis Belia Daerah Bera 15. Majlis Belia Daerah Pekan 16. Gerakan Belia 4B Parlimen Pekan 17. MAYC Kawasan Pekan 18. Pusat Khidmat Masyarakat Dun Panching 19. Gerakan Belia 4B Pahang 20. Persatuan Basikal Maran 21. Pekida Bentong sinar harian/- | Gadai tanah: Mustapha didesak kemuka bukti Posted: 21 Mar 2012 12:00 AM PDT 28 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - KOTA BHARU, 21 Mac: Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Mustapha Mohamad didesak mengemukakan bukti terhadap dakwaannya tanah Rizab Melayu di gadai kepada syarikat bukan bumiputra di Kelantan. (Tajuk sensasi Utusan Malaysia hari ini tetapi tanpa fakta dan retorik sahaja) "Saya pohon Mustapha agar mendatangkan data dan fakta keluasan tanah Rizab Melayu di Kelantan yang dipajak kepada syarikat bukan bumiputera, janganlah hanya bercakap tanpa fakta sedangkan anda seorang Menteri!" kata Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan, Fadhli Shaari dalam kenyataannya. Sebelum ini, Fadhli dalam kenyataannya berkata, kebanyakan projek yang disebut itu ialah tanah kerajaan yang yang diberi milik kepada agensi-agensi kerajaan negeri termasuk Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Perbadanan Menteri Besar Kelantan, Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat, Perbadanan Bandar Baru Tunjung, Yayasan Islam Kelantan dan Yayasan Kelantan Darulnaim (Yakin). Ia kemudiannya dimajukan dengan kerjasama syarikat swasta secara pajakan dalam tempoh tertentu misalnya 66 tahun. Ia sama sekali tidak diberi milik kekal kepada pemaju terlibat dan dilaksanakan berdasarkan pegangan ekuiti kebiasaannya 30 peratus agensi kerajaan dan 70 peratus pemaju. Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat, Dr Nazmi Ghazali Azmi pula berkata, tanah-tanah yang dibangunkan ladang kelapa sawit dengan kerjasama syarikat swasta adalah milik kekal Ladang Rakyat. Katanya, syarikat swasta hanya diberi izin mengusaha hasil tanaman kelapa sawit di atas tanah tersebut dalam tempoh tertentu. "Tanah-tanah tersebut adalah milik Ladang Rakyat dan tidak timbul sama sekali tanah berkenaan diserah kepada syarikat swasta," katanya. Menurut Fadhli yang juga Setiausaha Akhbar MB Kelantan, kenyataan Mustapha kali ini merupakan kali berikutnya Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan mengeluarkan kenyataan tanpa fakta dan data. Padahal, katanya, Datuk Seri Najib Razaklah sendiri yang mencadangkan agar undang-undang tanah dipinda bagi membolehkan tanah rezab Melayu dpinda untuk membolehkan ianya dimajukan. "Barangkali beliau lupa bahawa kerajaan UMNO dan Barisan Nasionallah yang telah meminda Enakmen Rizab Melayu (ERM) bagi membolehkan tanah rizab Melayu dipajak kepada bukan Melayu untuk dimajukan. "Sedarkah Mustapha bahawa inilah yang dinyatakan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 19 Ogos 2004 setelah mempengerusikan mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) ke-60? Kenyataan tersebut disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 20 Ogos 2004 di dalam bahagian Ekonomi," kata Fadhli (gambar) dalam kenyataannya. Utusan hari ini menyiarkan kenyataan fitnah dan sensasi dari Mustapha kononnya rakyat Kelantan dianiaya. Sebelum ini, kata Fadli, rakyat Kelantan masih ingat pada awal Februari lepas, individu inilah yang mengeluarkan kenyataan bahawa RM600 juta telah diberikan secara PERCUMA kepada kerajaan Kelantan untuk menyelesaikan masalah air. "Hakikatnya, ia adalah pinjaman yang perlu dibayar," kata Fadhli. Menurut Fadhli, tindakan terkini yang dilakukan Umno dalam isu ini adalah kenyataan Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu pada 15 Mac 2012 yang lalu yang menyatakan bahawa kerajaan negeri Perlis sedang mengkaji kemungkinan memajak tanah rizab Melayu bagi tujuan pembangunan. Ini boleh dibaca dalam berita bertajuk Perlis Kaji Kemungkinan Pajak Tanah Rizab Melayu. Fadhli juga meminta Mustapha tidak lupa dengan tindakan kerajaan Malaysia pada hari ini yang sedang berusaha memajak tanah Felda melalui penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke Bursa Malaysia. "Logiknya, apabila ia disenaraikan, ia bebas untuk dibeli oleh sesiapa sahaja dan yang dipertaruhkan ialah aset peneroka! Tidakkah ini yang sebenarnya mengancam kepentingan rakyat?" kata beliau. Fadhli secara sini berkata, "Bersedia menjadi seorang Menteri Besar Kelantan ialah bersedia untuk dilantik secara rasmi dan beribu pejabat di Kota Darulnaim dan bukannya hanya sekdar bersedia untuk melayakkan diri ditabal di atas Gunung Reng, Jeli." harakahdaily/- | MB : Isu Pasir-BN Lagi Hebat Posted: 20 Mar 2012 11:50 PM PDT 28 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - SHAH ALAM 21 MAC : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menyangkal kenyataan Adun Kuala Kubu Bharu (BN), Wong Koon Mun yang mendakwa kerajaan negeri mengamalkan aktiviti kongsi gelap, rasuah dan salah guna kuasa berhubung isu pasir. Abdul Khalid yang juga Adun Ijok berkata, isu pasir telah menjadi kontroversi semasa Selangor berada di bawah pentadbiran Umno-BN sebelum tahun 2008. Bagaimanapun tegasnya, masalah tersebut berjaya diatasi oleh kerajaan negeri yang berada di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat. "Saya menerima banyak rungutan berkenaan aktiviti haram yang sangat berleluasa tetapi setakat ini banyak yang sudah diselesaikan dan saya juga selesa dengan perlaksanaan yang dijalankan oleh Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB). Ini menunjukkan Adun Kuala Kubu Bharu tidak mengikuti perkembangan. Saya boleh nyatakan, 100 peratus isu ini diselesaikan dengan cara yang lebih baik," katanya. Tambahnya, kerajaan Selangor juga menerima pelbagai tohmahan lain daripada kerajaan Umno-BN termasuklah tuduhan tidak berasas yang dilemparkan oleh Menteri Pertanian, Datuk seri Noh Omar. "Katanya (Noh) mempunyai bukti tetapi semasa pendengaran Jawatankuasa Pilihan Khas Selangor Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban, Ketelusan (Selcat), bayangnya pun tidak nampak. "Itu menunjukkan beliau kurang perhatian terhadap tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen dan diri sendiri," selangorku/- | Nyaris maut gas meletup Posted: 20 Mar 2012 11:41 PM PDT 28 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR – Akibat terlupa menutup dapur gas, seorang wanita nyaris maut dalam kejadian letupan gas di sebuah kondominium di Taman Melawati di sini, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa, 28 tahun, cedera ringan di mana dua belah tapak tangan, badan dan muka melecur. Difahamkan, mangsa yang tinggal bersama abangnya, terlupa menutup gas dapur selepas memasak, dua jam sebelum kejadian itu. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Wangsa Maju, Che Shari Abdullah berkata, mangsa yang terhidu bau gas bergegas ke dapur, namun secara tiba-tiba berlaku letupan. "Akibat letupan itu, mangsa cedera dan mesin basuh serta tingkap di dapur, musnah," katanya. Menurutnya, tiada kebakaran berlaku dan dapur gas juga tidak meletup. SINAR HARIAN/- | Sostis jadi penghuni tunggal di Pulau Palaia Kameni Posted: 20 Mar 2012 11:30 PM PDT 28 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - RUMAH yang didiami Sostis di Pulau Palaia Kameni, Greece. PALAIA KAMENI, Greece - Seorang bekas pelaut berusia 60 tahun menjadi penghuni tunggal di pulau ini yang terletak di Laut Aegean, perairan Greece. Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Sostis tinggal di pulau gunung berapi itu bersama anjing peliharaannya. Dia akan menggunakan sebuah bot untuk menangkap ikan selain mengunjungi sebuah gereja di pulau itu. - REUTERS | Nikmat Ruhani Posted: 20 Mar 2012 09:30 PM PDT 28 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - Nikmat ruhani adalah latihan kesabaran yang Allah berikan kepada hambaNya yang disayangi. Latihan kesabaran dengan berbagai bentuk rasa kecewa, marah dan sakit. Salah satu kedukaan di dalam hidup kita adalah kehilangan sesuatu yang berarti tentu saja membuat kita merasa perih dihati. Terlebih kehilangan orang yang kita cintai dan kita harapkan. Apalagi sampai kita begitu sangat bergantung kepada kehadirannya, maka rasa perih dihati yang mengiringi kepergiannya terasa amat sakit. Setiap benda atau hal yang mengingatkan kita kepada orang tersebut membuat luka hati menganga kembali dan rasa sakit yang menyayat terasa begitu nyeri. Itulah yang terjadi pada seorang bapak yang mengatakan bahwa hanya dekat dengan Allahlah hatinya menjadi tenang. "Itulah nikmat ruhani' tuturnya. 'Dalam tekanan hidup membuat saya mencari Allah, meski saya pernah marah dan meninggalkanNya namun Allah tidak pernah meninggalkan saya." Pukulan pertama diterimanya. Awalnya tahun lalu istrinya yang dicintai masuk rumah sakit ketika dirinya sedang berada di luar kota karena tugas kantor. Tidak lama kemudian sang istri dipanggil oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Ditengah kesedihannya, ia jatuh dari kamar mandi yang membuat terbaring di rumah sakit selama satu bulan. Begitu sudah bekerja kembali, pimpinan perusahaan tempatnya bekerja dirinya di PHK karena dianggap telah melalaikan tugas kantor. Dalam upaya mencari pekerjaan baru, ia mencoba untuk berwirausaha namun usahanya tak membuahkan hasil. Selalu saja mengalami kegagalan.Sampai batas titik nadir, rasa sakit yang dirasakan membuatnya menjerit dalam hati 'Ya Allah, aku tidak sanggup lagi.' Pada malam itu ia mendengarkan Radio Bahana FM Jakarta di acara "Power of Peace" kemudian menghubungi Radio Bahana dan akhirnya berkunjung ke Rumah Amalia, kebahagiaan itu terpancar dari wajahnya. Tidak lama setelah itu beliau mendapatkan pekerjaan baru yang lebih baik daripada sebelumnya. Sekarang justru dirinya semakin dekat kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala. "Saya selalu rindu padaNya sebab kasih sayang Allah menerangi jalan hidup saya, Mas Agus dan alhamdulillah, melalui Rumah Amalia saya bisa berbagi kebahagiaan," tuturnya. Itulah yang dirasakan bahwa tawakal kepada Allah telah menjadi kekuatan dalam hidupnya. posted by :agussyafii | Susilo cuba diguling? Posted: 20 Mar 2012 09:25 PM PDT 28 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - JAKARTA - Polis Indonesia akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan presiden Susilo Bambang Yudhoyono bahawa ada kumpulan cuba untuk menggulingkannya melalui satu rampasan kuasa sebelum 2014. Bagaimanapun, beberapa pihak lain menolak dakwaan Susilo itu dan menganggap ia sebagai 'usaha' untuk mengalihkan perhatian terhadap rancangan kerajaan bagi menaikkan harga bahan api. Ketua Polis Nasional, Timur Pradopo berkata, semasa mesyuarat bersama Parti Demokratik pada Ahad lalu, presiden mendedahkan kewujudan kumpulan yang telah mula bergerak dalam senyap untuk menjatuhkannya. Menurutnya, Susilo mendakwa kumpulan tersebut akan menggunakan momentum kenaikan harga bahan api untuk mencetuskan provokasi dan hasutan. "Setiap hari saya menerima pelbagai mesej berbentuk sokongan dan ada juga yang berbaur ugutan," kata presiden itu. Dakwaan pemimpin tersebut turut mendapat reaksi dari ahli parti gabungannya termasuk timbalan pengerusi Parti Keadilan Sejahtera (PKS), Nasir Ali yang menyifatkan kenyataan presiden itu hanya akan memberi kesan negatif kepada masyarakat. "Sebagai pemimpin tertinggi negara, beliau sepatutnya kuat menghadapi cabaran dan bukannya merungut untuk menunjukkan dia seorang lelaki yang lemah," jelasnya. SINAR HARIAN/- | Singapura Kekalkan Kedudukan Pelabuhan Paling Sibuk Pada 2011 Posted: 20 Mar 2012 09:00 PM PDT 28 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - SINGAPURA: Singapura mengekalkan kedudukannya sebagai pelabuhan paling sibuk pada 2011 walaupun sektor perkapalan berhadapan keadaan mencabar sejak beberapa tahun lepas, kata Menteri Luar dan Undang-Undangnya, K. Shanmugam. "Sejak beberapa dekad, kami telah mengekalkan kedudukan kami sebagai salah satu pelabuhan paling sibuk di dunia di segi ketibaan kapal, jualan "bunker" dan kendalian kontena. "Ketibaan kapal di segi berat mencatatkan rekod 2.12 bilion tan metrik kasar pada 2011 (meningkat 10.5 peratus berbanding 2010). "Jualan bunker keseluruhan pada 2011 meningkat 5.6 peratus kepada 43.15 juta tan metrik manakala kendalian kontena bagi 2011 berkembang 5.3 peratus kepada 29.94 juta TEU (unit bersamaan dua puluh kaki)," katanya semasa berucap pada Persidangan Dewan Timbang Tara Maritim Singapura (SCMA) tahunan ke-dua di sini, Selasa. Katanya sektor maritim penting kepada Singapura selepas menyumbang 7.0 peratus kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) dan menyediakan 170,000 pekerjaan. Berikutan itu, kata Shanmugam wujud keperluan untuk mempunyai kerangka bagi memastikan pertelingkahan diselesaikan dengan berkesan.- BERNAMA | Mualaf rayu bantuan pertahan akidah anak Posted: 20 Mar 2012 08:50 PM PDT 28 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - KOTA BHARU, 21 Mac: Usaha seorang saudara baru, Muhammad Riduan Abdullah, 43 menyelamatkan akidah anaknya berdepan dengan kesukaran sekiranya hak ke atas penjagaan anak-anaknya ditolak mahkamah. (Riduan Abdullah bersama anaknya Ummu Habibah) Perkara itu bakal diputus Mahkamah Rayuan yang akan bersidang pada 29 Mac ini. Riduan berkata, berdasar kepada surat Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan bertarikh 6 Mac lalu menyebut kes tersebut telah ditetapkan untuk ditamatkan di hadapan Mahkamah Rayuan pada 29 Mac ini. Pada 11 Mac 2010 Mahkamah Tinggi Ipoh memutuskan hak penjagaan terhadap tiga anaknya Ummu Habibah (Prasana Diksa), 4; Abu Bakar (Karan Dinish), 14 dan Ummu Salamah (Tevi Darsiny), 15 diberi kepada bekas isterinya, M Indira Ghandi, 37. Sedangkan sebelum itu pada April 2009 Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh memberikan hak penjagaan tiga anak kepada Riduan atau nama asal K Patmanathan. Ekoran itu Riduan memfail rayuan berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh tersebut. Riduan memeluk Islam pada 11 Mac 2009. Kemudian pada 2 April 2009 beliau mengislamkan ketiga-tiga anaknya. Bagaimanapun bekas isterinya mengemukakan permohonan di Mahkamah Tinggi Ipoh untuk membatalkan Perakuan Memeluk Islam ketiga-tiga anaknya pada 25 Oktober 2009. Indra juga membuat permohonan supaya kes itu dipindahkan ke Mahkamah Persekutuan bagi menentukan empat persoalan berkaitan perundangan bagi kes ibu bapa dan anak-anak yang terbabit dalam perkahwinan didaftar mengikut Akta Pembaharuan (Perkahwinan dan Cerai) 1976. Namun Mahkamah Tinggi menolak permohonan Indra yang juga seorang guru tadika beragama Hindu supaya Mahkamah Persekutuan mendengar permohonannya. Kes berkenaan juga pernah mendapat perhatian umum sehingga ke peringkat kabinet dan mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu pada 2009. Riduan berkata, anak bongsu kini tinggal bersamanya dibesarkan dalam suasana Islam dan sudah mampu menghafal ayat-ayat suci al Quran, manakala dua lagi bersama bekas isterinya. Oleh itu beliau berharap mendapat bantuan orang ramai bagi mengumpul dana termasuk membayar kos guaman dan kos lain sehingga menjangkau RM60,000. Malah katanya sebelum ini beliau membayar pendaftaran rayuan kes berkenaan sebanyak RM3,000. Katanya juga beliau akan mendapat khidmat peguam lain membawa kesnya memandangkan peguam sebelum ini tidak memfail memorandum seperti dikehendaki mahkamah ekoran tidak dapat menyediakan kos guaman. Oleh itu orang ramai yang ingin membantu Riduan boleh menghubungi talian 09 744 6736 (peguam Mustapa Kamal Mat Kasam) atau akaun Bank Islam 3018010036250. harakahdaily/- | PRU13: Jangan lupakan isu PPSMI Posted: 20 Mar 2012 08:30 PM PDT 28 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - Antara isu yang boleh diketengahkan sebagai modal kempen dan perang psikologi bagi menghadapi PRU13 ialah isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Walaupun isu ini agak tenggelam oleh beberapa isu utama seperti isu FELDA, NFC, dan Lynas, namun perlu diingat bahawa menteri pelajaran telah berjanji pada tahun 2012 PPSMI akan dihentikan. Isu ini penting terutama bagi para pejuang bahasa kerana sehingga kini tiada tanda-tanda kesungguhan UMNO-BN untuk memertabatkan Bahasa Melayu walaupun selepas 54 tahun negara merdeka. Kemelut PPSMI bermula pada bulan Julai 2002. Secara tiba-tiba Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad melalui suatu mesyuarat khas jemaah menteri telah meluluskan dasar baru PPSMI. Namun beberapa bulan sebelum keputusan itu dibuat, ramai yang tidak sedar bahawa media prokerajaan telah memainkan peranan untuk menjayakan misi tersebut. Bermula dengan isu pengangguran, semua media cetak dan elekronik memainkan isu ini secara berterusan selama beberapa bulan. Bukan itu sahaja, isu ini dibahas, diadakan forum dan pelbagai pihak turut berbahas sama ada rakyat biasa di kampung-kampung mahupun para profesor di universiti. Akhirnya ramai yang percaya bahawa pengangguran merupakan masalah nombor satu negara dan sesuatu perlukan dilakukan. Apatah lagi statistik yang dikeluarkan menunjukkan bahawa orang Melayu khususnya graduan universiti yang paling ramai menganggur. Pada fasa kedua, setelah berjaya memusatkan rakyat kepada masalah pengangguran, maka kesimpulan yang dibuat ialah lemahnya penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan orang Melayu. Sekali lagi segala pemikiran dan tumpuan masyarakat dijuruskan kepada isu penguasaan bahasa Inggeris. Maka pandangan dan pendapat daripada segenap pihak dihimpun untuk membentuk suatu langkah penyelesaian. Setelah segalanya disusun dengan baik dan teratur maka sampailah kepada agenda sebenar iaitu menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama. Ekoran daripada itulah maka secara tergesa-gesa mulai Januari 2003 PPSMI diperkenalkan secara berperingkat-peringkat dimulai Tahun 1 untuk peringkat sekolah rendah, Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 Rendah untuk sekolah menengah Pada Januari 2007 pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah menengah dan pada Januari 2008 pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah rendah. Pelaksanaan PPSMI dibantah oleh para pejuang bahasa yang terdiri daripada orang awam, pertubuhan bukan kerajaan dan guru sendiri, namun gagal menghalangnya daripada dilaksanakan. Pelbagai hujah, pendapat dan gagasan digunakan untuk menghalang PPSMI, namun umpama mencurah air ke daun keladi. UMNO-BN memekakkan telinga. Dasar yang merugikan bahasa kebangsaan itu tetap diteruskan. Kemuncak kepada bantahan itu berlaku pada Mac 2009 iaitu lebih 8,000 menyertai demonstrasi membantah PPSMI dengan berarak ke Istana Negara. Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) ini diketuai oleh Datuk A Samad Said dan Datuk Dr Hassan Ahmad. Bantahan ini juga bukan sekadar cintakan bahasa kebangsaan semata-mata bahkan bersandarkan fakta. Suatu kajian yang dilakukan pada tahun 2009 mendapati PPSMI hanya berjaya meningkatkan empat peratus penguasaan bahasa Inggeris tetapi sebaliknya mengurangkan minat untuk mempelajari Sains dan Matematik. Kajian yang membabitkan 53 pakar bahasa itu, merumuskan dasar kontroversi tersebut menimbulkan kerugian berganda kepada kepada murid, terutama kepada 75 peratus murid yang tergolong dalam kategori (pencapaian) sederhana dan lemah dalam tiga mata pelajaran terbabit, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Pada Mei 2009, kerajaan UMNO-BN menerima tamparan apabila kesemua lima Sasterawan Negara yang masih hidup - Datuk A Samad Said, Profesor Dr Muhammad Haji Salleh, Datuk Shahnon Ahmad, Datuk Noordin Hassan dan Datuk Abdullah Hussain - menolak dasar ini - sekali gus mencipta rekod sejarah budayawan menentang dasar kerajaan tersebut. Kemudiannya pada tahun yang sama dasar PPSMI turut dipertikaikan oleh Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman. Akhirnya pada Julai 2009, Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan dasar PPSMI dimansuhkan sepenuhnya pada tahun 2012. Namun, pemansuhan itu tidak akan tercapai jika UMNO-BN menang selesa dalam PRU12 pada tahun 2008. Hal ini jelas menunjukkan bahawa, desakan yang paling berkesan datang daripada undi rakyat. Oleh itu, jika para pejuang dan pecinta bahasa ingin memastikan bahasa Melayu/bahasa kebangsaan diletakkan kembali ke tempat asalnya, tiada jalan lain yang mesti dilakukan – hanya melalui kertas undi yang diberikan kepada Pakatan Rakyat dalam PRU13 yang akan datang. harakahdaily/- | 46 maut di Iraq Posted: 20 Mar 2012 08:15 PM PDT 28 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - BEBERAPA anggota keselamatan Iraq memeriksa lokasi tapak letupan bom di Hilla, selatan Baghdad semalam. BAGHDAD - Sekurang-kurangnya 46 orang terbunuh dalam serangan bom kereta dan letupan bom tepi jalan di beberapa buah bandar di Iraq semalam, kata polis dan sumber hospital. Seorang jurucakap Jabatan Kesihatan Karbala, Jamal Mahdi berkata, serangan tersebut melibatkan letupan berkembar di bandar suci puak Syiah itu yang meragut nyawa 13 orang manakala 48 lagi mangsa cedera. "Letupan kedua menyebabkan kemusnahan paling besar. Saya melihat anggota badan manusia, jari dan tangan bertaburan di atas jalan," kata seorang pemilik kedai berusia 23 tahun, Murtadha Ali Kadhim. "Pasukan keselamatan pula tidak bijak kerana berkumpul di tapak letupan tanpa memikirkan bahawa letupan kedua akan berlaku. Mereka turut menjadi sasaran serangan," tambahnya. Pasukan keselamatan kerap dijadikan sasaran serangan bom dan tembakan yang berlaku pada setiap hari di Iraq. Walaupun keganasan di Iraq telah berkurangan, para pemberontak dan militia Syiah masih berupaya melancarkan serangan di negara Asia Barat itu. Di Kirkuk, utara Iraq, satu letupan bom kereta berhampiran sebuah ibu pejabat polis telah menyebabkan sembilan orang terbunuh manakala 42 lagi mangsa cedera. Dalam kejadian di sini, seramai empat orang maut manakala 11 lagi cedera apabila sebuah kereta berisi bom meletup di luar sebuah bangunan pentadbiran tempatan. Siri keganasan terbaharu itu berlaku menjelang sidang kemuncak Liga Arab yang dijadualkan diadakan di sini pada minggu depan. - Reuters | Saintis dedah mutasi genetik punca obesiti Posted: 20 Mar 2012 08:00 PM PDT 28 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - WASHINGTON: Sekumpulan saintis Amerika Syarikat mendedahkan bagaimana mutasi dalam genetik tertentu boleh menyebabkan masalah pemakanan tidak boleh dikawal, sekali gus mengakibatkan kegemukan, lapor Daily Science, kelmarin. Akhbar Korean Herald melaporkan kajian terdahulu mendedahkan otak mengeluarkan faktor neurotrophic (BDNF) genetik yang berkait dengan kegemukan, tetapi tiada siapa yang boleh menerangkan bagaimana ia mampu mengawal keinginan untuk makan. Penyelidik Universiti Georgetown, Washington menemui hasil kajian baru bahawa mutasi dalam genetik BDNF pada tikus makmal yang tidak membenarkan nueron otak berkomunikasi dengan satu sama lain. Ia menghasilkan kesan pembelajaran dan memori. Mereka juga mendapati mutasi yang sama mendorong tikus menjadi terlalu gemuk. Menurut kajian penyelidik kanan, Baoji Xu, BDNF memainkan peranan penting dalam pembentukan dan kematangan synapse yang membolehkan nueron menghantar isyarat antara mereka. Ia dilakukan dengan mewujudkan transkrip yang panjang dan pendek, salinan pelengkap RNA dalam urutan DNA. Bagaimanapun, mutasi BDNF mewujudkan hanya transkrip pendek dan ia hanya bersatu dalam sel badan nueron tetapi dendrite (binaan blok nueron), menyebabkan synapse yang tidak matang dihasilkan berlebih-lebihan oleh nueron. Ia kelihatan menyebabkan kesan pada tikus makmal. Xu berkata ini adalah kali pertama sintesis protein dalam dendrite, cabang nueron yang seperti pokok, ditemui untuk mengawal berat badan. Kajian turut menunjukkan leptin (hormon protein) dan insulin merangsang penyatuan BDNF dalam dendrite untuk membenarkan komunikasi antara nueron. Bagi manusia, isyarat kimia leptin dan insulan perlu dihantar ke lokasi yang betul dalam hypothalamus, di mana ia memantau kekenyangan seseorang. Jika penghantaran ini terganggu, pemakanan diteruskan, seperti yang berlaku pada tikus yang menambah berat badan dengan selera tidak terkawal. Saintis kini mencari jalan membaiki kemusnahan seumpama itu dalam penghantaran isyarat dan membantu otak mengawal berat badan. – Agensi | Tanah: Musa Aman 'jaguh belakang pintu' Posted: 20 Mar 2012 07:45 PM PDT 28 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - KOTA KINABALU, 21 Mac: Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS) hari ini menyifatkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman sebagai 'jaguh belakang pintu' yang hanya pandai melalak di sebalik tirai dengan tidak berani bersua muka di hadapan orang kampung bagi menyelesaikan masalah tanah di negeri ini. Ketuanya, Lahirul Latigu (gambar) berkata, sifat hipokrit Ketua Menteri itu melukakan hati ramai pihak termasuk penduduk kampung yang teraniaya disebabkan isu tanah adat mereka yang dirampas tanpa pengetahuan mereka. "Macam mana beliau boleh jadi Ketua Menteri kalau orang kampung pun beliau tidak boleh jumpa? Mereka bukan bawa senjata mau pergi buat rusuhan, mereka hanya bawa sekeping dua kertas yang didalamnya terdapat luahan hati rakyat. "Bersembunyi disebalik pintu kaca tanpa menghiraukan hak rakyat, ini jelas menunjukkan Ketua Menteri ini tidak berani berhadapan situasi rakyat. Tidak berani tampil memperjuangkan hak rakyat, hanya melalak-lalak di dalam akhbar dan di media sahaja," ujar beliau. Boleh kekal, tapi sebagai pembangkang Menurutnya, selaku Ketua Menteri yang dipilih, beliau bertanggungjawab memikul amanah rakyat, mendengar dan memahami isi hati rakyat dan menyelesaikan permasalahan berbangkit yang berkaitan rakyat. Adalah malang baginya, Sabah mempunyai seorang Ketua Menteri yang hilang identiti kepimpinan tetapi cuba merayu dan menagih simpati untuk mengekalkan seorang Ketua Menteri yang ternyata lemah dan longlai berhadapan rakyat. "Mereka merayu untuk terus kekal di Sabah. Kita boleh bagi mereka kekal. Tapi bukan sebagai Ketua Menteri, tapi jadi pembangkang Dun Sabah. "Mana boleh kita kekalkan mereka yang lemah menguasai kerajaan ini. Ini kali kalau mereka itu kita kekalkan, maka semua hasil bumi dan tanah rakyat dirampas. Di mana kita mahu duduk? "Kita berhimpun, tidak sampai 30 minit, tapi tanah yang rakyat usahakan hampir 30 tahun dirampas begitu sahaja. Tidakkah ini satu hipokrit yang besar yang dibawa oleh kerajaan Umno BN pada hari ini," tegas Lahirul. Justeru katanya, rakyat Sabah perlu sedar akan kepentingan memperjuangkan hak dan keadilan. Tidak dinafikan, kekuatan rakyat Sabah bersatu dengan menumbangkan kerajaan sebelum ini telah cukup membuktikan bahawa kuasa rakyat adalah kuasa keramat yang tidak boleh dipertikai sama sekali. "Sabah ada peranan tersendiri. Kali ini kita tukar baju sekali lagi. Baju yang kita pakai pada hari ini sudah koyak dan kotor. Kita tukar baju baru yang nampak lebih cantik, menarik dan tertawan semua pihak. "Itulah baju yang kita namakan Pakatan Rakyat," jelas Lahirul harakahadaily/- | Audit: PAS minta Najib jelaskan salah guna wang Posted: 20 Mar 2012 07:20 PM PDT 28 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 21 Mac: PAS meminta Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan sejauh mana tindakan kerajaan dalam membanteras penyalahgunaan wang dan kuasa sebagaimana Laporan Ketua Audit Negara. Ini ekoran banyak isu yang membabitkan ketirisan wang negara dalam projek kerajaan. Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd. Yusoff mengemukakan soalan demikian bagi jawab lisan pada persidangan Dewan Rakyat yang bermula jam 10.00 pagi ini. Berikut ialah soalan-soalan bagi jawab lisan ahli Parlimen PAS, hari ini. Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah [Kota Bharu] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan prospek tanaman getah dan kelapa sawit di pasaran dunia menjelang 2020. Datuk Mahfuz Omar [Pokok Sena] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah status jawatan Encik Abidin Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Besar FELDA dan kenapakah beliau dipindahkan ke Perpustakaan JPM. Datuk Kamarudin Jaffar [Tumpat] minta PERDANA MENTERI menyatakan kenapakah wakil CEUPACS tidak dilibat dalam penyediaan SBPA (Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam) sehingga timbul pelbagai masalah apabila diumumkan. Siti Zailah Mohd. Yusoff [Rantau Panjang] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan tentang banyak isu-isu yang membabitkan ketirisan wang negara dalam projek Kerajaan serta sejauh mana tindakan Kerajaan dalam membanteras penyalahgunaan wang dan kuasa sebagaimana Laporan Ketua Audit Negara. Muhammad Husain [Pasir Puteh] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan jenis-jenis tanaman baru yang dijangka akan menjadi penyumbang kepada komoditi negara pada masa depan. Dr. Siti Mariah Mahmud [Kota Raja] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah hasil siasatan dan tindakan susulan pihak PDRM mengenai dua peristiwa serangan kumpulan samseng ke atas majlis ceramah pro Pakatan Rakyat di daerah Klang (Jalan Kebun dan Kg Idaman) dalam bulan Januari dan Februari 2012. harakahdaily/- | 559 calon SPM 2011 peroleh semua A+ Posted: 20 Mar 2012 07:15 PM PDT 28 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - Seramai 559 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2011 memperoleh gred cemerlang tertinggi (A+) bagi semua mata pelajaran yang diduduki, berbanding 403 pada tahun 2010. education examination spm stpm scholarship biasiswa 090609 02Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Abd Ghafar Mahmud berkata daripada jumlah itu, seramai 506 adalah calon sekolah menengah kebangsaan manakala 53 lagi calon dari sekolah selain sekolah menengah kebangsaan berbanding masing-masing 363 dan 40 calon pada tahun 2010. "Pencapaian keseluruhan calon SPM 2011 bertambah baik dengan Gred Purata Nasional (GPN) 5.04, berbanding 5.19 pada tahun 2010," katanya pada majlis pengumuman analisis keputusan peperiksaan SPM di Putrajaya hari ini. Beliau berkata seramai 468,808 calon menduduki peperiksaan itu tahun lalu. malaysiakini/- | Radiasi berlebihan meskipun selepas 18 tahun Posted: 20 Mar 2012 07:00 PM PDT 28 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - Kesan radiasi di sekitar kilang penapisan Asia Rare Earth di Bukit Merah, dan tapak pelupusan sisanya di Bukit Kledang, kedua-duanya di Perak, masih pada tahap berbahaya selepas kilang berkenaan ditutup 18 tahun yang lalu. NONEKumpulan anti-Lynas Selamatkan Malaysia Hentikan Lynas (SMSL) berkata fakta itu ditemui semasa mereka cuba melawat tapak berkenaan di Perak pada hujung minggu lalu. Menurut pengerusi SMSL Tan Bun Teet (kanan), ahli kumpulan itu yang lengkap dengan alat peranti bacaan radiasi tidak dibenarkan memasuki loji dan tapak pelupusan sisa itu tetapi bacaan radiasi di sekitar kedua-dua lokasi menunjukkan keputusan yang membimbangkan. Bacaan berhampiran tapak kilang adalah sekitar 0.19 microsievert setiap jam manakala bacaan berhampiran tapak pelupusan sisa pula berjumlah kira-kira 0.2 microsievert bagi setiap jam. Kedua-dua bacaan, jika dihitungkan kepada bacaan asas tahunan, adalah di luar tahap selamat iaitu pada 1 milisievert setiap tahun seperti yang dinasihatkan oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB), dakwa Tan. Purata bacaan di Malaysia adalah 0.05 microsievert bagi setiap jam. NONE"Adalah dikesalkan bahawa dalam zon penampan 1.7 kilometr dari tapak pelupusan sisa, kita masih dapati ada aktiviti pertanian pembiakan ikan, haiwan dan sayur-sayuran," kata Tan. Walau bagaimanapun, AELB sebelum ini mendakwa bahawa tapak kilang telah dinyah-cemar dengan tahap radiasi turun dari 0.65 microsievert setiap jam kepada 0.17 microsievert setiap jam dan ia selamat untuk aktiviti manusia. malaysiakini/- | ‘Abang sayang ayang sampai mati’ Posted: 20 Mar 2012 06:52 PM PDT 28 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - REMBAU – "Abang sayang ayang sampai mati." Itulah kata-kata penuh makna yang sempat ditulis Ariffin Hamzah, 31, atas sekeping kad sempena ulang tahun kedua perkahwinannya dengan isteri, Haliza Hashim, 28, malam kelmarin. Ariffin bagaimanapun maut selepas kenderaan jenis Perodua Myvi yang dipandunya terbabas ke kiri jalan lalu merempuh pengadang jalan sebelum terjunam ke dalam gaung sedalam enam meter dipercayai selepas mengelak sesuatu kira-kira 7.10 pagi, semalam. Kakak ipar mangsa, Nor Mini Mad Som, 32, berkata, dia sempat bertemu dengan adik iparnya itu Ahad lalu di rumah ibu mertuanya, Zainon Ismail, 59, di Taboh Naning, Alor Gajah. "Arwah balik kerja awal hari itu (Ahad) sekitar 5 petang dan saya juga sempat menegurnya yang kelihatan bersungguh-sungguh membasuh keretanya. Arwah kata dia ingin membawa pulang isteri dan anaknya, Izqarin Wafi Arifin, 9 bulan, ke kampung (Tabong Naning) Jumaat ini bagi meraikan ulang tahun kedua perkahwinan mereka," katanya ketika ditemui di perkarangan Bilik Mayat Hospital Tampin (HT), di sini semalam. Menurutnya, dia dan suami, Hafizan Hamzah, 32, sudah mula berasa tidak sedap hati kerana kebiasaannya adiknya akan singgah ke rumah mereka di Krubong semasa waktu rehat atau habis kerja di sebuah kilang di Alor Gajah. "Seminggu terakhir ini, arwah langsung tidak singgah ke rumah saya. Bagaimanapun, Ahad lalu semasa berkumpul di rumah ibu mentua, arwah ada berpesan kepada saya supaya terus menjaga dan membawa ibu mentua tinggal bersama kami. Malah, sebelum bergerak pulang Ahad lalu, arwah sempat menyatakan keinginan dan rasa tidak sabarnya untuk membeli kad ulang tahun perkahwinan buat isterinya di Tampin sebelum terus pulang ke Senawang," katanya. Ibu mangsa, Zainon berkata, anak keempatnya itu sering pulang ke rumah dan sememangnya rapat bersama adik-beradik lain. Malah, dalam seminggu pasti ada dua hari anaknya akan tidur di rumah. "Namun, seminggu terakhir ini, arwah tidak seperti biasa dan terus berulang alik pulang ke Senawang. Hanya hari Ahad sahaja arwah balik ke rumah dan berjanji kepada saya untuk bermalam di rumah seperti biasa pada Selasa (semalam) dan Rabu (hari ini). Sementara itu, jurucakap polis berkata, siasatan awal mendapati kemalangan itu dipercayai berlaku apabila mangsa cuba mengelak sesuatu objek di hadapannya sebelum terbabas ke kiri jalan di Kilometer 242.3, Lebuhraya Utara Selatan (arah selatan), pagi semalam. Menurutnya, terdapat gaung yang lebih dalam di lokasi kejadian, namun kenderaan mangsa tersangkut di atas pokok. Mangsa mengalami kecederaan parah dan maut di tempat kejadian.Mayat mangsa dihantar ke HT untuk proses bedah siasat dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taboh Naning, Alor Gajah. Berikutan kemalangan itu, dua jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Senawang dan Rembau dikejarkan ke lokasi kejadian diketuai Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Ibrahim Salleh. Katanya, dengan anggota seramai 12 orang, pihaknya mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di bahagian hadapan tempat duduk pemandu. Sinar Harian | Sawan ketika memandu Posted: 20 Mar 2012 06:50 PM PDT 28 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - KUALA KRAI - Seorang pemilik bengkel kereta di Kampung Bukit Sireh, dekat sini, kerugian kira-kira RM10,000 apabila sebuah kereta Honda Civic tiba-tiba terbabas dan merempuh bengkel itu, di sini, kelmarin. Kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu menyebabkan sebuah daripada dua kereta di bengkel itu rosak teruk manakala sebuah lagi rosak pada bahagian pintu belakang dan pecah cermin depan. Insiden berlaku selepas pemandu Honda Civic terbabit dikatakan diserang penyakit sawan ketika memandu menyebabkan kenderaannya hilang kawalan dan merempuh bengkel berkenaan. Pemandu berusia 26 tahun yang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja ke rumahnya di Kampung Bedal, dekat sini, bagaimanapun terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. Pemilik bengkel, Ruslan Mamat, 39, berkata, ketika kejadian, dia berada di bandar Kuala Krai untuk membeli alat ganti kereta sebelum dihubungi seorang rakan memaklumkan insiden tersebut. "Kereta Mitsubishi yang rosak teruk itu sudah ada pembeli dan hanya menunggu enjin untuk dipasang manakala Nissan Bluebird pula dihantar ke bengkel saya untuk tukar 'speed gear'. Saya cadang nak pergi ambil enjin dan 'speed gear' baru petang ini tetapi nampaknya tak sempat," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, di sini, kelmarin. Ruslan berkata, kereta Mitsubishi yang rosak teruk itu dianggarkan bernilai RM6,500 berdasarkan persetujuan dengan pembeli sebelum ini manakala anggaran awal kerosakan pada Nissan Bluebird pula kira-kira RM600. "Buat masa ini, saya hanya tunggu keluarga pemandu terbabit datang berbincang mengenai ganti rugi kerana insiden ini turut menyebabkan kereta orang lain yang saya sedang baiki rosak," katanya. Sementara itu, difahamkan, pemandu terbabit ditemui menggelupur dalam kenderaannya sejurus kejadian berlaku sebelum dia dikatakan bertindak menghidupkan enjin apabila sedar. Cubaan pemandu terbabit yang dipercayai tidak sedar dengan kejadian itu, bagaimanapun gagal apabila seorang penduduk sempat merampas kunci kereta. Tinjauan Sinar Harian di tempat kejadian itu semalam mendapati keadaan di bengkel kereta itu masih sama dan ketiga-tiga kenderaan terlibat masih tidak 'diusik'. Sinar Harian | Suami rayu isteri pulang Posted: 20 Mar 2012 06:48 PM PDT 28 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - MUAR - Seorang suami di sini, buntu dalam usaha mencari isterinya yang menghilangkan diri dari rumah mereka di Sungai Balang Besar pada Ahad lalu. Low Soon Lee, 31, berkata, isterinya, Tay Ruo Shan, 21, dipercayai melarikan diri bersama seorang teman yang baru dikenali sejak tiga bulan lalu, melalui sebuah majalah. Menurutnya, sejak itu mereka tidak sependapat kerana isterinya mula berubah sikap. Pasangan itu mempunyai dua anak iaitu Low Yi Ling, 3, dan Low Jia Hui, 10 bulan. "Anak sulung, Yi Ling sudah pandai bercakap dan sering memanggil nama ibunya. Mujur ibu saya membantu menjaga anak sejak isteri tiada," katanya kepada Sinar Harian. Soon Lee berkata, dia menyedari kehilangan isterinya setelah menerima panggilan telefon daripada ibunya semasa sedang bekerja mengatakan isterinya keluar rumah secara tergesa-gesa. Menurutnya, setelah kehilangan isterinya, dia ada cuba menghubungi telefon bimbit Ruo Shan namun tidak berjawab selain turut mencarinya di kampungnya di Pontian, tetapi hampa. Justeru, Soon Lee merayu kepada orang ramai yang pernah terlihat isterinya supaya segera menghubunginya di talian 012-725 1898. Sinar Harian | Peguam: Bukti dakwa askar AS tak cukup Posted: 20 Mar 2012 06:46 PM PDT 28 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - WASHINGTON - Peguam yang mewakili seorang askar Amerika Syarikat, yang kini ditahan kerana membunuh 16 rakyat Afghanistan termasuk sembilan kanak-kanak awal minggu lalu, mendakwa pihak berkuasa tidak ada cukup bukti untuk menyabitkan anak guamnya bersalah melakukan tindakan itu. John Henry Browne berkata, setakat ini tiada bukti forensik terhadap Sarjan Robert Bales, malah tiada pengakuan daripada anggota tentera itu. Browne juga mengetepikan laporan-laporan bahawa Bales, 38, yang menyertai perkhidmatan tentera AS selepas September 2001, berhadapan dengan masalah kewangan. Katanya, perkara itu sama sekali tidak relevan dengan kes dihadapi Bales sekarang. Selepas mengadakan pertemuan dengan Bales, Browne berkata: "Kita semua telah mendengar dakwaan. Saya tidak nampak kerajaan dapat membuktikan (dengan baik)." Bales sedang ditahan di pusat penahanan tentera di Kansas sementara menunggu perbicaraan, dijangka minggu ini. Pembunuhan 16 orang awam itu menggugat hubungan AS dengan Kabul dan mencetuskan desakan baru agar Nato mempercepatkan langkah menarik keluar anggota tentera dari Afghanistan. Setakat ini, Bales hanya satu-satunya suspek kejadian meskipun ada dakwaan mengatakan lebih daripada seorang rakyat AS terlibat. Sinar Harian | Bapak ayam dan pelacur dicekup Posted: 20 Mar 2012 06:44 PM PDT 28 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - CHUKAI – Kerja licik seorang bapa ayam menawarkan khidmat seks yang disasarkan kepada pekerja kapal terbongkar apabila dia dicekup bersama tiga wanita warga Thailand dipercayai pelacur dalam serbuan di sebuah hotel di Jalan Penghiburan, dekat sini, malam semalam. Serbuan kira-kira jam 8.15 malam itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu yang diketuai Ketua Turusnya, Asisten Superintendan Mohamed Kamil Abdul Jalil. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, bapa ayam yang ditahan berusia lingkungan 60-an sementara tiga amoi Siam tersebut pula berumur antara 20-an dan 30-an. Menurutnya, serbuan itu susulan intipan dan risikan yang dilakukan selama sebulan di hotel tersebut manakala hasil siasatan juga mendapati bapa ayam berasal dari daerah ini yang ditangkap itu merupakan abang kepada pemilik hotel terbabit. "Modus operandi kes ini ialah pelanggan yang berminat akan menghubungi suspek atau bapa ayam ini sebelum pelanggan tadi dijemput ke hotel. Pelacur pula akan dibariskan dalam satu barisan di suatu bilik di tingkat atas hotel ini dan pelanggan akan memilih pelacur mana yang digemarinya," katanya. Difahamkan, selepas dipilih pelacur akan membawa pelanggannya ke suatu bilik lain untuk memberi layanan seks. Bayaran yang dikenakan antara RM100 hingga RM200 untuk layanan di bilik hotel dan jika di luar hotel bayaran yang dikenakan boleh mencecah RM300. Kata Monoharan, ketika intipan dilakukan sebelum ini didapati terdapat empat wanita yang menjalankan kegiatan tidak bermoral itu, namun sewaktu serbuan hanya tiga daripadanya sahaja yang terdapat dalam hotel itu dan pemeriksaan juga mendapati ketiga-tiga amoi Siam itu mempunyai pasport dan masuk ke negara ini secara sah. Pelanggan mereka pula kebanyakannya terdiri daripada pekerja kapal atau pekerja di pelantar minyak sama ada yang baru turun dari kapal mahupun sebaliknya. Kesemua yang ditangkap dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman dan akan ditahan reman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 372(b) Kanun Keseksaan kerana kerana terbabit dengan pelacuran. Sinar Harian | |
PAS KAWASAN KUBANG PASU Posted: 20 Mar 2012 11:43 PM PDT Posted: 20 Mar 2012 08:10 PM PDT Seluruh saff kepimpinan dan ahli PAS Kawasan Kubang Pasu mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pelajar SPM 2011 atas kejayaan yang ditempa. Semoga kejayaan demi kejayaan terus menyusuri pada masa akan datang.
Ingat bahawa setiap kejayaan itu datangnya daripada usaha yang berkat dengan keizinan dan rahmat daripada Allah SWT. Maka sujudlah tanda syukur kita kepada Allah atas kejayaan yang dikurnia. Mudah-mudahan dengan kejayaan ini mendekatkan diri kita kepada Allah SWT.
| |
Idris Ahmad Posted: 20 Mar 2012 11:26 PM PDT TRANSFORMASI NAJIB , TRANSFORMASI LIPSTIK Posted: 20 Mar 2012 03:51 AM PDT Idris Ahmad 20/3/12 Sejak mengambil alih kepimpinan negara pada 3 April 2009 banyak pengumuman yang dibuat oleh Datuk Seri Najib Tun Razak , kononnya ini satu transformasi. Boleh dikatakan setiap hari ada pengumuman atas nama transformasi. Ianya boleh dibaratkan lipstik dan halwa telinga, yang isinya kosong. Transformasi n yang diuar-uarkan bukan perkara dasar, ia hanya curahan dan umpanan duit semata-mata kepada rakyat untuk menyokong BN. Transformasi yang diharapkan seperti memerangi rasuah, menghapuskan amalan pencabulan demokrasi, menghormati hak rakyat memilih kerajaan yang mereka suka tidak berlaku, gangguan ceramah oleh penyokong Umno terus berlaku, hak kebebasan bersuara tidak berlaku. Jadi apa yang ditransformasikan oleh Najib? Ketika belia bercakap soal transformasi timbul soal perbelanjaan pertunanagan anaknya RM409,767 di Hotel Shagri-la. Kos untuk jamuan VIP seramai 36 orang RM18, 792 yang bernilai RM522.00 seorang. Najib riuh rata kampung dengan pemberian RM500 seorang, untuk 3.74 juta rakyat..Sedangkan Jamuan VIP satu malam RM522.00. Begitu juga Najib sambut hari jadi beliau dengan kos RM79,053. Skim Saraan Perkhidmatan Awam (SBPA) terpaksa dibatalkan kerana perbicangan tidak masak. Itupun kerana takut kakitangan awam tolak BN di dalam pilihanraya nanti. Berapa banyak wang negara habis kerana membiayai kajian skim ini. Selepas ini akan menyusul pula musibah yang akan menimpa kepada Felda, walaupun banyak pihak tidak bersetuju termasuk YM Tengku Razalei. Hamzah dan pegawai kanan Felda. Tetapi Najib lebih utamakan Isa Samad daripada Felda. Najib masih mencabul demokrasi dan tidak hormat keputusan rakyat. Tindakan beliau memperuntuk kepada Selangor sebanyak RM2.9 bilion, bukan melalui kerajaan negeri adalah satu pencabulan federalisme. Najib yang masih tidak memberi royalti gas kepada Kelantan sebanyak RM186 juta setahun. Beliau tidak bertenaga di dalam menghadapi kes NFC sebanyak RM250 juta. Kerana Datuk Sharizat Jalil pun mempunyai rahsia pemimpin Umno yang lain. Transformasi najib tidak mengubah masalah rasuah. Tahun 2010 CPI Malaysia 4.4, nombor 56 di belakang Afrika Selatan yang mendapat markah 4.5. Menurut Presiden Transparency International Malaysia, Datuk Paul Low Seng Kuan berkata amalan menganugerahkan projek mega serta kontrak tanpa tender terbuka atau bidaan kompetitif yang masih diteruskan, turut menyumbang kepada CPI Malaysia bagi 2010. Filed under: Politik | |
Salam Perjuangan Posted: 20 Mar 2012 11:04 PM PDT PAS KELANTAN JAWAB ISU TANAH RIZAB MELAYU, CABAR UMNO BERDEBAT Posted: 20 Mar 2012 05:57 AM PDT 26 Rabi'ul Akhir 1433 H | 20 March 2012
Saya membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh oleh Ketua Bahagian UMNO Kota Bharu, Dato Mohd Fatmi Che Salleh seperti yang tersiar di dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini Selasa 20 Mac 2012 (muka 10) berkenaan dengan isu Tanah Rizab Melayu yang didakwa tergadai di Kelantan. Dalam kenyataan tersebut beliau menyatakan bahawa Kerajaan PAS Kelantan tidak mempunyai perancangan yang teliti di dalam membangunkan negeri sehingga menyebabkan tanah rizab Melayu tergadai. Sukacita saya memaklumkan bahawa kenyataan Fatmi tersebut yang tidak disertakan dengan fakta sangatlah tidak tepat dengan hakikat yang sebenar. Saya amat hairan bagaimana seorang Setiausaha Politik yang paling kanan kepada Perdana Menteri Malaysia boleh mengeluarkan kenyataan tanpa menyebut sandaran fakta yang kukuh. Suka saya memaklumkan bahawa sekiranya Fatmi merujuk kepada Laporan Khas Utusan Malaysia pada 19 Mac 2012 yang meletakkan isu Tanah Rizab Melayu yang tergadai di Kelantan di muka hadapannya, terdapat beberapa kekeliruan yang sengaja ditimbulkan di dalam laporan tersebut. Ini termasuklah dakwaan bahawa beberapa projek pembangunan seperti Lembah Sireh, bandar Baru Tunjong, Muzium Pasir Pekan, Pelabuhan Darat Kuala Krai, Pusat Membeli Belah KB Mall, Tune Hotel serta Ladang Rakyat kononnya melibatkan tanah rizab Melayu yang digadaikan. Saya melihat bahawa kekeliruan ini sengaja ditimbulkan oleh UMNO melalui Utusan Malaysia dalam misi untuk menghakis kepercayaan orang-orang Melayu terhadap kerajaan negeri Kelantan. Kebanyakan projek yang disebut itu ialah tanah kerajaan yang yang diberi milik kepada agensi-agensi termasuk Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Perbadanan Menteri Besar Kelantan, Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat, Perbadanan Bandar Baru Tunjung, Yayasan Islam Kelantan dan Yayasan Kelantan Darulnaim (Yakin).
Ia kemudiannya dimajukan dengan kerjasama syarikat swasta secara pajakan dalam tempoh tertentu misalnya 66 tahun. Ia sama sekali tidak diberi milik kekal kepada pemaju terlibat dan dilaksanakan berdasarkan pegangan ekuiti kebiasaannya 30 peratus agensi kerajaan dan 70 peratus pemaju. Barangkali UMNO lupa bahawa merekalah yang telah menggadaikan tanah rizab melayu di bandar Baru Kubang Kerian ketika memerintah Kelantan. Ini boleh dirujuk melalui Warta Kerajaan Kelantan 22 April 1990 (ketika Kelantan masih diperintah oleh Barisan Nasional). Ini hanya sekelumit dari pengkhianatan UMNO terhadap tanah rezab Melayu. Fakta ini belum lagi mengambil kira pengkhianatan Umno kepada orang Melayu yang telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun.
Jika diperincikan, terlalu banyak kes di mana pemimpin UMNO memperalatkan Pindaan Kanun Tanah Negara pada tahun 1992 yang memberi peluang kepada kerajaan-kerajaan negeri mengambil tanah-tanah rezab Melayu dengan alasan untuk pembangunan. Di Kedah ketika di bawah pemerintahan UMNO, mereka merampas tanah sawah 2,000 ekar di Kerpan dan diserahkan kepada Syarikat Benladin Group untuk projek udang harimau. Projek itu gagal dan petani-petani di Kerpan sekarang hilang hak mereka ke atas tanah-tanah sawah tersebut.
Di dalam persidangan DUN Kedah pada bulan Ogos 1996, Menteri Besar Kedah ketika itu, Tan Sri Sanusi Junid telah memberikan jawapan bertulis terhadap pertanyaan ADUN Sala, Ustaz Azizan Abdul Razak (sekarang Datuk Seri) menyatakan bahawa 20,677.89 hektar tanah rezab Melayu telah dijual dan pada tarikh itu kerajaan Kedah belum lagi mengganti tanah yang dijual itu.
Di Johor, Umno merampas 26,000 ekar tanah dari Tanjung Langsat hingga ke Tanjung Piai, Pontian untuk membina Bandar Baru Piai. Kampung rakyat itu diserahkan kepada Syarikat Kok Brothers dan UEM. Lebih teruk lagi, tanah-tanah rezab Melayu dan tanah-tanah projek Wilayah Pembangunan Iskandar juga telah dijual kepada Cina Singapura.
Di Melaka, Umno mengambil tanah rakyat di Kampung Pantai Kundur dan tanah Merah untuk pembinaan Butter Zone oleh Petronas.
Di Terengganu, Umno menjual tanah orang ramai di Pulau Redang kepada Syarikat Berjaya Group seluas kira-kira 300 ekar dengan harga RM500.00 seekar. Ia dijual pula dengan harga RM70,000.00 seekar.
Ini belum lagi mengambil kira tanah Keretapi Tanah Melayu yang dijual di Singapura dan rundingan Pulau Batu Putih yang memperlihatkan kecerdikan kerajaan UMNO/Barisan Nasional. Justeru, di atas tajuk Tanah Rizab Melayu : Siapa Pengkhianat? saya mempelawa Ketua Bahagian UMNO Kota Bharu, Dato Mohd Fatmi Che Salleh untuk bersama-sama saya di atas pentas debat pada bila-bila masa sahaja. Saya kira beliau akan mempunyai peluang untuk mendedahkan apa yang didakwanya sebagai pengkhianatan kerajaan PAS Kelantan terhadap Tanah Rizab Melayu. Di atas pentas yang sama, pelbagai lagi fakta dan data boleh didedahkan di hadapan khalayak yang akan membuat penilaian yang bebas. Format debat dan aspek teknikal boleh dibincangkan kemudian setelah Fatmi bersetuju dengan pelawaan saya. Salam hormat. AHMAD FADHLI BIN SHAARI, Setiausaha Akhbar, YAB Menteri Besar Kelantan. Bertarikh : 20 Mac 2012 | |
PAS Negeri Sembilan Posted: 20 Mar 2012 09:22 PM PDT Konvoi Daftar Pengundi di UPU Panchor dan Pantai Posted: 19 Mar 2012 09:28 PM PDT DACS Negeri Sembilan dengan kerjasama DPP kawasan Seremban akan menganjurkan Konvoi Daftar Pengundi baru di sekitar UPU Panchor dan Pantai pada 24 Mac 2012 ini. Konvoi akan bermula di Pusat Tarbiyyah, MTD Lenggeng, Taman Panchor Jaya pada pukul 8.00 pagi dan dijangka berakhir 5 jam kemudian. Tempat tumpuan konvoi ini akan jelajah antaranya Pasaraya Family Store (Taman Chengal), kawasan perniagaan sekitar Taman Ampangan dan Taman Telawi, surau Taman Bukit Margosa, Esso Taman Panchor Jaya dan Masjid Pekan Pantai. Matlamat utama Konvoi Daftar Pengundi ialah mendapatkan seramai mungkin pengundi baru di dalam DUN Lenggeng untuk didaftarkan sebelum tamat suku pertama tahun 2012. Maklumat lanjut jelajah konvoi ini sila dapatkan maklumat terkini melalui laman sosial DPPKS www.facebook.com/pemudaseremban dan http://twitter.com/#!/dppksn9Sumber : http://dppksns.blogspot.com/2012/03/konvoi-daftar-pengundi-di-upu-panchor.html | |
DPP PADANG TERAP Posted: 20 Mar 2012 09:18 PM PDT |
Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah Posted: 20 Mar 2012 09:14 PM PDT Tanah: Musa Aman 'jaguh belakang pintu' Posted: 20 Mar 2012 08:33 PM PDT KOTA KINABALU, 21 Mac: Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS) hari ini menyifatkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman sebagai 'jaguh belakang pintu' yang hanya pandai melalak di sebalik tirai dengan tidak berani bersua muka di hadapan orang kampung bagi menyelesaikan masalah tanah di negeri ini.
Ketuanya, Lahirul Latigu berkata, sifat hipokrit Ketua Menteri itu melukakan hati ramai pihak termasuk penduduk kampung yang teraniaya disebabkan isu tanah adat mereka yang dirampas tanpa pengetahuan mereka.
"Macam mana beliau boleh jadi Ketua Menteri kalau orang kampung pun beliau tidak boleh jumpa? Mereka bukan bawa senjata mau pergi buat rusuhan, mereka hanya bawa sekeping dua kertas yang didalamnya terdapat luahan hati rakyat.
"Bersembunyi disebalik pintu kaca tanpa menghiraukan hak rakyat, ini jelas menunjukkan Ketua Menteri ini tidak berani berhadapan situasi rakyat. Tidak berani tampil memperjuangkan hak rakyat, hanya melalak-lalak di dalam akhbar dan di media sahaja," ujar beliau.
Boleh kekal, tapi sebagai pembangkang
Menurutnya, selaku Ketua Menteri yang dipilih, beliau bertanggungjawab memikul amanah rakyat, mendengar dan memahami isi hati rakyat dan menyelesaikan permasalahan berbangkit yang berkaitan rakyat.
Adalah malang baginya, Sabah mempunyai seorang Ketua Menteri yang hilang identiti kepimpinan tetapi cuba merayu dan menagih simpati untuk mengekalkan seorang Ketua Menteri yang ternyata lemah dan longlai berhadapan rakyat.
"Mereka merayu untuk terus kekal di Sabah. Kita boleh bagi mereka kekal. Tapi bukan sebagai Ketua Menteri, tapi jadi pembangkang Dun Sabah.
"Mana boleh kita kekalkan mereka yang lemah menguasai kerajaan ini. Ini kali kalau mereka itu kita kekalkan, maka semua hasil bumi dan tanah rakyat dirampas. Di mana kita mahu duduk?
"Kita berhimpun, tidak sampai 30 minit, tapi tanah yang rakyat usahakan hampir 30 tahun dirampas begitu sahaja. Tidakkah ini satu hipokrit yang besar yang dibawa oleh kerajaan Umno BN pada hari ini," tegas Lahirul.
Justeru katanya, rakyat Sabah perlu sedar akan kepentingan memperjuangkan hak dan keadilan.
Tidak dinafikan, kekuatan rakyat Sabah bersatu dengan menumbangkan kerajaan sebelum ini telah cukup membuktikan bahawa kuasa rakyat adalah kuasa keramat yang tidak boleh dipertikai sama sekali.
"Sabah ada peranan tersendiri. Kali ini kita tukar baju sekali lagi. Baju yang kita pakai pada hari ini sudah koyak dan kotor. Kita tukar baju baru yang nampak lebih cantik, menarik dan tertawan semua pihak.
"Itulah baju yang kita namakan Pakatan Rakyat," jelas Lahirul | |
Dr Azman Ibrahim Posted: 20 Mar 2012 07:55 PM PDT Penjelasan berita ‘Isu Lynas tiada tarikan’ di Sinar Harian 20 Mac 2013 Posted: 19 Mar 2012 11:35 PM PDT Merujuk kepada perkara di atas, dukacita dimaklumkan bahawa petikan berita tersebut menyimpang dari maksud sebenar kenyataan saya ketika diajukan beberapa soalan berkaitan isu Lynastersebut oleh wartawan yang berkenaan pada 18 Mac 2012 yang lalu..
Kenyataan pertama berkaitan dengan program Himpunan Hijau yang dirancang akan diadakan serentak seluruh Negara pada 13 April 2012 ini, wartawan berkenaan bertanya apakah Pas Terengganu telah mengadakan kerahan kepada ahli-ahlinya untuk hadir ke himpunan tersebut? Saya memaklumkan bahawa arahan belum lagi dikeluarkan dan Lujnah Alam Sekitar PAS Pusat yang menerajui isu ini akan bermesyuarat esok (19 Mac 2012) selepas mesyuarat tersebut dijangkakan arahan rasmi akan dikeluarkan dan PAS Terengganu bersama dengan keputusan PAS Pusat.
Kenyataan kedua, apabila wartawan berkenaan merujuk kepada Himpunan Hijau yang telah diadakan di Padang MPK Kuantan baru-baru ini, apakah kesan dan gelombangnya telah meresap ke Terengganu? Saya menjelaskan bahawa isu Lynas setakat ini kesannya masih perlahan dalam kontek Terengganu kalau dibandingkan dengan isu-isu yang berkait secara langsung dengan kepentingan rakyat Terengganu seperti isu penyelewengan, salah guna kuasa, pembaziran dan kenaikan harga barang. Saya sama sekali tidak menyatakan bahawa isu Lynas ini tidak memberikan kesan langsung kepada rakyat atau tiada daya tarikan sebagaimana yang diberitakan.
Kenyataan ketiga, saya menyatakan walaupun pengaruh isu ini masih perlahan dalam kontek Terengganu, tapi kita di Terengganu bersama dengan ketetapan PAS Pusat dan rakan-Rakan Pakatan Rakyat yang menentang Lynas. Adalah normal faktor jarak dan lokasi sesuatu isu mempengaruhi tahap kepekaan rakyat tapi bukan bermakna ianya tiada daya tarikan. Isu yang berlaku di Kuantan, tentulah tahap kepekaan masyarakat Kuantan lebih tinggi berbanding dengan masyarakat Terengganu.
Kenyataan keempat berkaitan soalan apakah PAS Terengganu akan memainkan isu Lynas ini dalam kempen PRU akan datang. Saya menjelaskan bahawa pelbagai isu ada kepentingannya dan tahap keberkesanannya termasuklah i-SHARP dan Lynas. Setiap isu akan diambil dengan kadar dan kepentingan masing-masing.
Tindakan pihak editor yang memainkan fakta sehingga memaparkan berita yang menggambarkan seolah-olah Lujnah Alam Sekitar PAS Terengganu mempunyai pendirian yang bercanggah dengan pendirian PAS Pusat dan rakan-rakan Pakatan Rakyat amat dikesali. Mohon diambil tindakan pembetulan segera bagi mengelakkan kekeliruan.
Sekian, terima kasih
Dr Azman Ibrahim Pengerusi Lujnah Alam Sekitar PAS Terengganu. | |
Rembau Hari Ini Posted: 20 Mar 2012 07:50 PM PDT PAMPASAN MESTI SETIMPAL Posted: 19 Mar 2012 09:28 PM PDT PAMPASAN MESTI SETIMPAL 23-01-2008 REMBAU: Seramai 138 keluarga dari empat kampung di Chengkau, dekat sini, berharap kerajaan negeri dapat membuat taksiran pampasan yang setimpal terhadap pengambilan tanah mereka untuk projek menaik taraf jalan Chengkau-Astana Raja. Mereka juga mahu kerajaan negeri mengambil kira kesediaan datuk nenek mereka atau orang terdahulu yang menyerahkan sebahagian tanah mereka untuk membina jalan sejauh tujuh kilometer itu, dalam membuat penilaian terhadap pampasan berkenaan. Jurucakap kumpulan 138 keluarga terbabit, Khelid Mohd Nor, 60, berkata penduduk mahu kerajaan negeri membuat pertimbangan sewajarnya dalam menentukan nilai pampasan yang akan ditetapkan kelak bagi pengambilan tanah itu. (M. B10) Sumber : http://eakhbar.penerangan.gov.my/eakhbar/berita/cetakberita.php?idk=113603 | |
ULAMA PEWARIS NABI Posted: 20 Mar 2012 03:25 PM PDT BUDAK JAHAT KENA PANGGIL, SPR MEMANG BANYAK SONGEL Posted: 20 Mar 2012 04:53 AM PDT SHAH ALAM, 20 Mac: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini meminta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Khusrin Munawi, menjemput Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof hadir dalam mesyuarat exco.
Tindakan tersebut diambil bagi meminta Abdul Aziz memberi penjelasan tentang apa yang berlaku berhubung dengan permindahan tempat mengundi beliau dan sekumpulan yang lain-lain yang telah dibuat tanpa kebenaran mereka. Khalid mengulas tindakan SPR memindahkan beliau serta sekumpulan pengundi di Petaling Jaya Utara di Selangor ke kawasan parlimen baru iaitu Lembah Pantai di Kuala Lumpur. Tindakan itu dibuat SPR dengan cara menukar keseluruhan mereka ke kawasan pilihan raya baru atas alasan pembetulan kawasan pilihan raya mengikut peta negeri. "Kita mahu Pengerusi SPR beri penerangan dalam mesyuarat exco tentang apa yang telah berlaku, termasuk mengapa ianya berlaku dan bagaimana nama-nama mereka yang diubah itu.
"Beliau juga mesti menerangkan kepada kita bagaimana SPR menentukan bahawa mereka itu bersetuju atau pun tidak dengan permindahan tersebut," katanya di lobi Dewan Negeri Selangor.
Tambah Khalid, tindakan memanggil SPR untuk penjelasan ini dilakukan secara tertib serta meminta kerjasama sepenuhnya dari pengerusinya.
Sebelum ini, melalui semakan dalam laman web SPR mendapati, tempat mengundi Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan sekumpulan pengundi yang lain bertukar tempat tanpa pengetahuannya.
Khalid yang sebelum ini merupakan pengundi di kawasan pilihan raya Parlimen Petaling Jaya Selatan, Selangor ditukar ke Lembah Pantai, Kuala Lumpur.
Lokaliti mengundi beliau disenaraikan sebagai Rumah Kakitangan Universiti Malaya di bawah daerah mengundi Universiti. Kecoh… SPR KENE LUDAH!!! Kecoh… SPR KENE LUDAH!!! by budak ipoh timor
3.7 juta rakyat belum daftar KUALA LUMPUR 1 Dis. – Mana-mana pihak yang 'sibuk' membuat pelbagai cadangan bagi membolehkan pengundi luar negara menunaikan tanggungjawab mereka tanpa perlu pulang ke tanah air sepatutnya menumpukan usaha untuk mendaftarkan kira-kira 3.7 juta rakyat negara ini yang masih belum berbuat demikian.
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, ini kerana rakyat Malaysia yang menetap di luar negara hanya berjumlah 25,000 orang mengikut rekod yang dikeluarkan Wisma Putra – Utusan Meloya
…
Malas aku nak komen pasai SPR ni. Tp pasai ianya membabitkan aku, nk xnk trpaksa jugak aku nulih.
SPR ni kalau hangpa perati tengok makin hari makin bodo (nada Ust Azhar Idrus). Bukan makin ceghdik. Kalau hangpa nk tau pasai masalah berjuta pemilih tu x berdaftar pasai pa???
Sebelum ni punya la senang nak daftar pemilih baru. Aku antara yg trlibat menjadi Penolong Pendaftar Sementara (PPS) SPR bagi parti politik sebelum disambung tauliah dan ditukar nama menjadi Penolong Pendaftar Pemilih (PPP) mulai 2011. Apa yg aku tengok dan alami sendiri, puak SPR ni mmg xdak niat pun nk daftarkan pemilih baru nih. Hangpa kene cong je laa. Piiiirah mabuk…
Pada sapa2 yg pernah jadi PPS @ PPP, hangpa tau la. Punyala jenuh round keliling kampung cari pemilih, kekadang turun pagi sampai ke petang, yg dpt daftar sorang dua je. Dah la tu, bila isi borang antaq kene rejet. Alasan depa, alamat x lengkap la. Kalau takat nama atau no k.p salah tu ok la jugak, tp pasai alamat salah pn kene rerjet? Chitt… dah perabih duit minyak, last2 xdpt apa. Usahkan habuk, debu pn ilek. Xkan la SPR x leh bertolak ansur pasai alamat nih. Bukan yg dok daftar tu tau pn pemilih tu ada dua alamat berasingan. Yang salah JPN la pasai ada buat cip2 pastu benarkan lak tukaq2 alamat dlm cip tu. Apa kes???
Ok yg ni 1 hal jugak. Awal Nov. 2011 lepas SPR dh letak syarat baru. Kene ada salinan IC pada sapa2 PPP yg nk daftar pemilih baru bagi mengelakkan pemilih yg didaftarkan adalah dengan izin pemilih tersebut. Hahhh tu pa dia?? Syarat nk kasi daftar ka syarat x mau kasi daftar??? Mana ada peniaga pasar malam jual @ bukak kedai mesin potostat? Gila mana orang buat camtu???
Dah pulak depa kata guna henpon amik gambar ic pn bulih. Tara mana org ada henpon canggih cenggitu? Sapa nk buat keja lagu tu ngah2 org ramai tu? Nk panjat rumah??? Kalau takat bayaq RM1 utk 1 nama x payah la. Ada cadang RM3, tp ada lak MP BN yg mangkok ayun kata buang duit negara. Yg beli skru sampai beribu RM seketui tu x pa. X buang duit. Yg bela lembu kt kondo tu x pa, x buang duit. Mcm sial aku ckp hangpa…
Dah tu bila kita dh daftar, ada ka patot pak ngan mak budak tu dh stuju nak daftarkan anak dia jadi pemilih berdaftar supaya leh pangkah Pakatan Rakyat msa PRU 13 nnt, kalih2 kuaq surat dr SPR kata anak dia bantah pasai daftaq nama dia tanpa persetujuan dia? Aduhhh… hangpa pikiaq sat?
Bukanka mendaftar diri jadi pemilih berdaftar satu kewajipan dan tuntutan undang2, last2 SPR boleh g 'warning' kat PPP tu pasai daftar pemilih tanpa kerelaan dia? Awat x sound kat budak tu yg xnk nama dia didaftarkan jadi pemilih tu? Bukanka patutnya budak tu boleh kene tindakan undang2 pasai menganggu perlaksanaan undang2? Ini yang kene PPP. X ka gila punya keja. Chroi betoi.
Korang leh pikiaq senirik la, kalau benaq la SPR ni serius sangat nk kasi 3.7 juta pemilih tu berdaftar jadi pengundi PRU13 nnt, pasai pa depa tu x stuju ngan sistem pendaftaran pemilih automatik yg pernah dicadangkan oleh kedua-dua belah pihak dalam Dewan Rakyat, samada pro BN mahupun pro PR sebelum ni??? Cukup umoq 21 ja dalam sistem database Jabatan Pendaftaran Negara, terus ja daftarkan nama diorg tu. X ke selesai masalah. Ini x,buat pelbagai undang2 suh kasi susah daftar. Bodoh piang punya SPR.
Sebenaqnya apa yang aku nampak, ni suma helah SPR nk kasitau kat puak2 pembangkang, klu hangpa kalah teruk sampai trterap nnt jgn salahkan BN pasainya 3.7 juta pemilih baru yg berdaftar dah pangkah BN. Dan aku kompom 3.7 juta tu dh mmg didaftarkan pn tp atas batang tubuh Bangla, Myanmar, Vietnam, Tanah Besar Cina mahupun Awang Hitam yg depa dok kecoh buat operasi pembersihan la ni. Cuma nya muka selain dari muka mcm org Malaysia ni, depa pi letak la kt kawasan Orang Asal ka, kem askar ka. Sapa yg duk tau???
Haha, tu la hangpa. Manjang kene kencing je. Hangpa depa leh tipu la, tp aku jangan. Keturunan Pang5 Ludah ni. Haha | ALHAMDULILLAH , AGM KE10 PASBS2 SELAMAT BERSIDANG HINGGA TENGAHMALAM ! Posted: 19 Mar 2012 06:12 PM PDT Syukur kepada Allah dengan limpah kurniaNya dapat kami jalankan kewajipan mengadakan mesyuarat Agung PAS Cawangan Bukit Sentosa 2 Kali ke 10 di markaz jalan Seroja 1 pada jam 9.30 malam. Inilah julung kali buat AGM(Mesyuarat Agung) pada malam hari. Walaupun begitu Alhamdulillah perasmi YBHG Tuan Haji Muhammad Idris Bin Ahmad selaku YDP PAS Kawasan sudi hadir walau kedapatan kekurangan yang ada. Sebelum perasmian sedikit ucapan yang merupakan ucapan yang berupa tazkirah, peringatan dan info yang amat berguna bagi ahli PAS Cawangan Bukit Sentosa 2 bagi bekal dalam perjuangan yang tidak kenal penat dan letih hanya kerana keredhaan Allah serta keadilah Islam itu sendiri.Beliau mengingat Ketua Cawangan PASBS2 Abg Zul juga dapat hadir walau bertugas di seberang laut. Beliau merupakan ahli korporat yang banyak menyumbang untuk PASBS2. Walaupun agm kali ini tidak melibatkan pemilihan namun bila masuk agenda usul yang melibatkan isu panas, mesyuarat terus hangat dan mata segar sehingga melangkaui jam 12 malam. Walaubagaimanapun agm selesai dengan baik dan satu Task Force telah dibentuk bagi menangani isu agama dan isu-isu semasa yang berlaku. | |
Pemuda PAS Wangsa Maju Posted: 20 Mar 2012 03:05 PM PDT SEDIH AKU... KALU BENAR INI KENYATAAN PENSYARAH UIA... Posted: 19 Mar 2012 09:43 PM PDT
Kalau betul ni kenyataan Datuk Prof Dr Mahmood Zuhdi, sedih jugak dia tak tahu beza yahudi dan zionis.
.... bagaimana yang ini???? A jew called Joseph Cohen (picture) , was living in USA then moved to Gaza in Palestine as a jew settler on the year 1998.. He met an Emarati (from UAE) Muslim Sheikh through the internet and discussed with him religious discussion about many facts, which ended for Cohen to be a Muslim, converted to Islam and changed his name to Yusuf Khattab. Mengenali Musuh: Yahudi, Bani Israel atau Zionisme? Dalam memahami sengketa antara dunia Islam dengan Zionist, kita perlu memahami perbezaan Istilah yang biasanya merujuk kepada mereka. Perkara ini penting bagi memestikan kita berhadapan dengan musuh yang sebenarnya, dan tidak meletakkan permusuhan itu kepada yang bukan musuh. Ada 4 istilah yang biasanya digunakan untuk merujuk kepada mereka, seperti berikut: 1. Israel Israel adalah nama gelaran kepada nabi Allah Ya'qub A.S. Ada yang menyatakan maksud Israel itu sebenarnya ialah kekasih Tuhan. Perkataan Israel juga banyak kali digunakan di dalam al-Quran dengan istilah Bani Israel, dengan merujuk kepada bangsa Israel atau anak-anak dan pengikut Ya'qub yang beriman dan juga yang kufur dengan ajaran Allah. Justeru, ramai berpendapat yang perkataan Israel itu lebih merujuk kepada bangsa mereka secara umum tanpa kaitan dengan agama yang mereka anuti. Ada juga yang berpendapat bangsa Yahudi sekarang di Palestin tidak layak menggunakan perkataan Israel sebagai nama negara haram mereka, kerana Israel itu adalah nama nabi, pemimpin orang yang beriman. Ada juga pendapat lain yang menyatakan perkataan Israel itu bermaksud 'kamu mengalahkan Tuhan', dengan merujuk kepada kisah mengarut mereka apabila Ya'qub mengalahkan Tuhan bernama Yahwu di dalam satu sengketa. 2. Yahudi Ada beberapa pendapat mengenai istilah Yahudi ini. Ada yang menyatakan ianya merujuk kepada anak keempat nabi Ya'qub yang bernama Yahuza. Raja Nebuchadnezzar II adalah pemimpin kerajaan Babylon yang mengalahkan kuasa bangsa Yahudi ini yang ketika itu dikenali dengan nama Kerajaan Yahuza. Ada yang berpendapat Yahudi itu merujuk kepada pengikut nabi Allah Musa. Bagi yang percaya dengan kitab Taurat dan Zabur, serta Kitab Talmud yang dikarang-karut oleh Hakham (pendita) mereka, mereka dipanggil Yahudi. Semua yang lahir daripada ibu atau bapa berbangsa Yahudi, dianggap Yahudi oleh mereka. Pendapat lain menyatakan yang Yahudi itu merujuk kepada keluarga Hud, yang merupakan pecahan daripada keturunan Ibrahim. Sebahagian keturunan Ibrahim percaya dengan seruan Musa yang akhirnya mereka ini menganggap ianya sebagai agama baru. Ibrahim mempunyai keturunan yang ramai, daripada anaknya Ismail lahirnya keturunan Arab dan nabi Muhammad, sementara daripada anaknya Ishaq lahirnya bangsa Yahudi ini. Banyak kajian mendapati yang perkataan Yahudi ini banyak merujuk kepada bangsa mereka yang percaya dengan agama mereka yang telah diseleweng. Ini bermakna, Yahudi lebih merujuk kepada pengikut agama, dan bukannya sinonim dengan bangsa. Sebahagian ulamak menyatakan yang di dalam al-Quran, apabila Allah ingin menceritakan kisah jahat bangsa Yahudi ini, Allah banyak menggelar mereka dengan perkataan Yahudi. Dan apabila Allah ingin menceritakan mengenai kisah bangsa ini yang beriman dengan Tuhan mereka, maka Allah akan gunakan perkataan Bani Israel. Saya dapati yang pandangan ini tidak tepat seluruhnya, kerana ada juga ayat di mana Allah menggunakan perkataan Bani Israel merujuk kepada bangsa berkenaan yang mengingkari ajaran Tuhan, seperti dalam surah al-Ma'idah ayat 78: لُعِنَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ عَلَى لِسَانِ دَاوُدَ وَعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ ذَلِكَ بِمَا عَصَوْا وَكَانُوا يَعْتَدُونَ (٧٨) Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa Ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh. Walaupun ayat di atas menggunakan istilah min bani Israel - sebahagian daripada bani Israel – merujuk kepada bangsa Yahudi yang kufur, akan tetapi Allah tetap menggelar mereka sebagai bani Israel. Saya bersetuju sekiranya dikatakan kebanyakan ayat dalam al-Quran yang melaknat bangsa Yahudi menggunakan kalimah Yahudi, tetapi tidak semua. 3. Hebrew Di dalam bahasa Arab, ianya dikenali dengan perkataan Ibrani. Asal perkataannya bermaksud menyeberang, kerana orang Yahudi mengikut sejarah dikenali sebagai bangsa yang berpindah-randah dan menyeberangi sungai. Contohnya, nabi Allah Ya'qub menyeberangi Sungai Furat, dan juga nabi Allah Yusuf dan nabi Allah Ibrahim A.S, semuanya terkenal dengan kisah berpindah randah dari satu tempat ke tempat yang lain. Sebahagian golongan sekular bangsa ini lebih menggelar diri mereka dengan istilah Hebrew, kerana bagi mereka Hebrew adalah nama lama sebelum lahirnya agama Yahudi. 4. Zionisme Propaganda Zionist untuk membina Temple of Solomon di atas runtuhan al-Aqsa Zionisme adalah berasal daripada perkataan Bukit Zion, merujuk kepada tapak paling suci di dalam agama Yahudi. Mereka percaya di Bukit Zion itulah tapak sebenarnya Temple of Solomon (Haikal/Kuil Sulaiman). Tapak itu sekarang ialah betul-betul di Dome of The Rock (Qubbah al-Sakhrah) yang merupakan sebahagian daripada Masjid al-Aqsa. Zionisme adalah sebuah pergerakan kebangsaan yang ditubuhkan oleh orang berbangsa Yahudi. Ianya merupakan sebuah ideologi politik sempit berasaskan perkauman yang meletakkan sasaran merampas serta menubuhkan sebuah negara bangsa Yahudi di atas tanah milik rakyat Palestin. Ditubuhkan pada tahun 1897 di Basel, Switzerland. Dalam persidangan pertama mereka pada tahun penubuhannya, Theodor Herzl telah dilantik sebagai pemimpin pertama pergerakan tersebut. Modus operandi utama pergerakan ini ialah membawa masuk bangsa-bangsa Yahudi dari seluruh dunia terutamanya dari Amerika dan Eropah Timur, masuk ke dalam negara Palestin. Mereka akan menggunakan apa sahaja cara, seperti merampas tanah dan juga perjanjian politik dengan kuasa penjajah, bagi membolehkan mereka menguasai seinci demi seinci tanah Palestin. Mereka berusaha untuk menzioniskan atau mengyahudikan identiti kawasan berkenaan, lalu mengubah demografi tanah suci tersebut. Kajian mengenai perubahan demografi di Palestin hasil rancangan licik mereka boleh dicapai di sini. MENGENALI MUSUH SEBENAR Islam adalah agama yang membawa rahmat ke seluruh alam. Sebahagian orientalis dan musuh Islam cuma mewujudkan imej yang kandungan al-Quran itu menganjur permusuhan mutlak kepada orang Yahudi dan non-Muslim yang lain. Lalu mereka datangkanlah beberapa potong ayat atau tafsiran ayat al-Quran, seperti ayat ketujuh daripada surah al-Fatihah yang menyatakan bahawa orang yang dimurkai itu merujuk kepada Yahudi, dan orang yang sesat itu merujuk kepada penganut Kristian. Adalah tidak tepat kalau kita masuk ke dalam jerat musuh ini. Sekiranya diperhatikan di dalam al-Quran dan al-Sunnah, maka kita akan dapati bahawa Islam tidak pernah mengajar kita bermusuh secara mutlak kepada non-Muslim termasuklah juga bangsa Yahudi. Nabi sendiri pernah berkahwin dengan Safiyyah binti Huyai, seorang puteri kepada pemimpin Yahudi di Madinah. Islam juga membenarkan kita makan daging sembelihan Yahudi, menggambarkan betapa rapatnya hubungan kita dengan mereka. Selain itu, wanita mereka juga boleh dinikahi. Islam juga menganjurkan kita melakukan urus niaga perdagangan dengan mereka, sehinggakan ada satu bab khusus di dalam Sahih Bukhari bertajuk 'Bab Berurusniaga Dengan Musyrik dan Yahudi'. Yang menjadi musuh kita, ialah bangsa Yahudi yang memusuhi kemanusiaan. Yang menjadi musuh kita, ialah bangsa Yahudi yang memandang hina bangsa selain Yahudi yang dipanggil Goyem oleh mereka. Yang menjadi musuh kita, ialah bangsa Yahudi yang merampas tanah milik orang Palestin termasuklah tanah waqaf seinci demi seinci demi cita-cita politik mereka. Yang menjadi musuh kita, ialah bangsa Yahudi yang menghalalkan pertumpahan darah orang awam, kanak-kanak, wanita dan orang tua yang tidak berdosa demi haloba perjuangan mereka. Itulah yang diperjuangkan oleh pergerakan Zionisme. Kini, simbol Zionisme itu disemat erat di dalam bendera negara haram Israel. Bukan semua Yahudi bersama-sama dengan Zionisme. Ramai juga yang menentang Zionisme terutamanya daripada kumpulan orthodox mereka. Dan bukan semua yang Zionisme itu adalah berbangsa Yahudi. Di dalam artikel akan datang, saya akan dedahkah bangsa selain Yahudi yang menjadi pendokong pergerakan Zionisme, termasuklah daripada orang Islam itu sendiri. bersambung haluan palestin | KU LI IKUT JEJAK KADIR KELUAR UMNO Posted: 19 Mar 2012 07:44 PM PDT KUALA LUMPUR, 19 Mac: Tokoh veteran UMNO yang juga Mantan Menteri Penerangan Malaysia dan juga mantan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir (gambar) telah mengisytiharkan dirinya keluar dari UMNO hari ini. Beliau yang terkenal dengan pemakaian 'Bow Tie' juga merupakan Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) yang dipimpin oleh Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li). "Pada hari ini saya telah pun mengirim surat kepada Setiausaha Agong Umno Malaysia untuk meletakkan jawatan selaku ahli Umno Malaysia mulai hari ini," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini. Dalam kenyataan itu, beliau memaklum mula menjadi ahli Umno dan memegang jawatan dalam parti itu sejak tahun 1956 sehingga sekarang iaitu selama 56 tahun. Beliau pernah menjadi Exco Pemuda Umno selama 10 tahun dan Ahli Majlis Tertinggi Umno selama 24 tahun di samping jawatan-jawatan lain seperti Ketua Pemuda Umno Negeri Kedah dan sebagainya. Di dalam era Pemuda UMNO, beliau merupakan penyokong kuat Dato' Harun Idris yang pernah dilanda krisis semasa UMNO di bawah kepimpinan Tun Hussein Onn. "Saya juga menjadi Ahli Pentadbiran Kerajaan Malaysia sekitar 30 tahun, selaku Setiausaha Politik, Setiausaha Parlimen, Timbalan Menteri dan Menteri. "Pada minggu sudah saya telah meletakkan jawatan selaku Bendahari Umno Bahagian Kulim/Bandar Baharu, jawatan yang akhir dalam Umno yang saya menjawat," ujarnya. Tindakan beliau mengkritik kepimpinan Umno dan kerajaan hari ini telah menimbulkan rasa tidak senang di kalangan pemimpin utama parti itu. Kritikan beliau selaku Timbalan Presiden Amanah terhadap Umno termasuk mendedahkan pembelian undi semasa pilihan raya umum jelas menimbulkan kemarahan beberapa pemimpin utama Umno. .... Baik Kuli tubuh parti baru Amanah.... | TARIKH PRU SAMA MACAM SECRET RECIPI COCA-COLA.. HUHUHUHU Posted: 19 Mar 2012 07:15 PM PDT Najib Tun Razak semalam terus berahsia mengenai bila pilihan raya umum ke-13 akan diadakan. Dia meminta semua pihak termasuk media memahami bahawa beliau perlu menyimpan sesetengah maklumat. Najib berkata melontarkan pertanyaan mengenai tarikh pilihan raya tidak ubah seperti meminta ketua pegawai eksekutif syarikat Coca Cola untuk mendedahkan ramuan minuman ringan terkenal yang menjadi rahsia sejak sekian lama. "Saya pasti anda semua memahami kenapa saya tidak boleh memberitahu tarikh itu," katanya pada sesi soal jawab selepas melancarkan Kelab Koresponden Asing Malaysia di sini. "Meskipun saya tahu, saya tidak boleh mendedahkan perkara itu," katanya dipetik Bernama Online. Menurut Najib, beliau sedar bahawa sesetengah agensi berita asing meramalkan pilihan raya umum Malaysia akan diadakan pada Jun. .... badut negara sungguh.... | DAH LA INCOME RM9 RIBU... SEWA RM450 PUN TAK BAYAR... HARAM CENDOL!!! Posted: 19 Mar 2012 06:44 PM PDT beribu makan duit free... kalah gaji lecturer KUIN..... sewa RM450 pun nak berkire...Pengusaha kecewa, dakwaan Kuin kutip sewa tanah rizab kerajaan negeriALOR SETAR - Seorang pengusaha perkhidmatan parkir kenderaan di kawasan lapang di hadapan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di Jalan Kampung Baru di sini, kecewa apabila kawasan itu dipagar oleh KUIN sejak Jumaat lepas. Abu Seman Hassan, 61, mendakwa KUIN berbuat demikian selepas beliau menghentikan pembayaran sewa bulanan sebanyak RM450 kepada pengurusan kolej itu sejak setahun lepas. "Saya berhenti membayar sewa selepas mengetahui tanah tersebut tanah rizab kerajaan negeri," katanya kepada pemberita, di sini hari ini. Abu Seman berkata beliau dan isteri telah mengusahakan perniagaan itu sejak 30 tahun lepas dan membayar sewa sebanyak RM600 kepada KUIN apabila kolej tersebut mengambil alih bangunan berhampiran sejak lima tahun lalu. "Jumlah itu dikurangkan kepada RM450 sejak dua tahun lepas setelah saya merayu kepada KUIN kerana pendapatan yang semakin merosot. Namun apabila mengetahui tanah tersebut milik kerajaan negeri saya berhenti membayar," katanya. Abu Seman berkata beliau juga telah memohon kepada Pejabat Tanah Kota Setar agar dibenarkan menjalankan perniagaan di atas kawasan lapang tersebut yang boleh memuatkan 50 kereta pada satu-satu masa. Beliau juga mendakwa pihak pengurusan KUIN tidak pernah bertemu dengannya sebelum mengambil tindakan memagar kawasan terbabit. "Tindakan KUIN menyekat kami daripada menjalankan perniagaan ini amat dikesali, apatah lagi ini sahaja sumber pendapatan saya untuk menanggung keluarga serta kos rawatan barah paru-paru yang saya hidapi sejak 10 tahun lepas," katanya. Abu Seman berkata lazimnya beliau mampu memungut RM300 sehari. - BERNAMA ......... mangkuk tingkat....... | 3 BUKU INI DIHARAMKAN KDN Posted: 19 Mar 2012 06:08 PM PDT KUALA LUMPUR, 20 Mac — Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengenakan perintah larangan terhadap tiga buah buku yang diterbitkan di Indonesia kerana memuatkan bahan-bahan bercanggah dengan ajaran dan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi amalan umat Islam di negara ini. Buku yang diharamkan ialah "Pengantar Ilmu-ilmu Islam", "Dialog Sunnah Syi'ah" dan "Tafsir Sufi Al-Fatihah Mukadimah", dipetik Bernama Online. Buku "Pengantar Ilmu-ilmu Islam" ditulis oleh Murtadha Muthahhari dan diterbitkan Pustaka Zahra dari Jakarta manakala "Dialog Sunnah Syi'ah" ditulis oleh A.Syarafuddin Al-Musawi dan diterbitkan Penerbit Mizan PT Mizan Pustaka dari Bandung. "Tafsir Sufi Al-Fatihah Mukadimah" pula ditulis oleh Jalaluddin Rakhmat dan diterbitkan PT Remaja Rosdakarya, juga dari Bandung. Perintah larangan ini adalah menurut seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 yang menjadi satu kesalahan menurut subseksyen 2 Seksyen 8 akta berkenaan. | LYNAS : DAP ENGGAN SERTAI PSC... PAS??? Posted: 19 Mar 2012 05:58 PM PDT KUALA LUMPUR, 19 Mac — DAP tidak akan menyertai Jawatankuasa Pemilihan Parlimen (PSC) Loji Pemprosesan Nadir Bumi Lynas kerana ia hanya "samaran yang pura-pura", Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata dalam kenyataan hari ini. Lim yang juga Ahli Parlimen Bagan, menegaskan panel itu hanya wujud untuk menghalalkan loji Lynas dan memaksa orang awam menerimanya tanpa mengira soal keselamatan, alam sekitar dan kesihatan. "Datuk Seri Najib Razak telah mengesahkan bahawa PSC adalah satu samaran pura-pura oleh Barisan Nasional...dengan mengatakan bahawa PSC tidak akan menentukan nasib Lynas," beliau berkata. "Jika PSC tidak dapat menentukan nasib projek tersebut, maka ia adalah sesuatu yang hanya membuang masa untuk kita sertai kerana ia hanyalah sebagai fait accompli (yang telah ditentukan) untuk meluluskan sahaja loji bernilai RM700 juta itu." | |
PAS KOTA TINGGI Posted: 20 Mar 2012 01:50 PM PDT Kenyataan Media Mursyidul Am PAS- Akidah Yahudi Lebih Bahaya Posted: 19 Mar 2012 04:34 PM PDT
Susulan kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang pensyarah Fakulti Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan UIAM seperti yang disiarkan di dalam akhbar Sinar Harian hari ini Isnin 19 Mac 2012 di halaman N4 yang bertajuk Presiden PAS Kelirukan Umat Islam, saya ingin membuat sedikit penjelasan lanjut. Selain itu sukalah saya turut merujuk kepada kenyataan beberapa orang pimpinan UMNO yang menyatakan bahawa Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima dana daripada Yahudi.
Yahudi tidak meminta untuk menjadi Yahudi, sebagaimana Melayu tidak meminta untuk dilahirkan sebagai Melayu. Jutseru, sedari dulu lagi saya sentiasa konsisten untuk menyatakan bahawa bangsa tidak ada apa-apa kelebihan dan kekurangan di sisi Allah SWT. Nilai yang melebihkan manusia ke atas manusia yang lain ialah imannya kepada Allah SWT. Menjulang keris ke langit menjerit ketuanan bangsa tidak akan membantu apa-apa ke arah keharmonian hidup antara kaum.
Bolehkah berurusniaga dengan Yahudi? Perlulah diingat bahawa ada beza antara Yahudi dengan Zionis. Yahudi sebagai seorang individu dan manusia tidak mempunyai apa-apa beban kesalahan yang dipikul di atas bahunya hanya semata-mata dirinya seorang Yahudi. Bahkan Rasulullah SAW sendiri berurusan dengan Yahudi. Di dalam hadis sahih Bukhari dinukilkan kata-kata daripada Ummul Mukminin Aisyah Radhiallahuanha :
تُوُفِّيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَدِرْعُهُ مَرْهُونَةٌ عِنْدَ يَهُودِيٍّ بِثَلَاثِينَ صَاعًا مِنْ شَعِيرٍ
yang bermaksud : "Telah wafat Rasulullah SAW dalam keadaan baju besinya tergadai kepada seorang Yahudi dengan (nilaian) 30 sho' gandum..."
Di dalam hadis ini, jelas sekali dinyatakan bahawa Rasulullah SAW sendiri pernah menggadaikan baju besinya kepada seorang Yahudi untuk mendapatkan 30 sho' (ukuran berat di zaman tersebut) gandum untuk keperluan harian baginda dan keluarga. Jika berurusniaga dengan bangsa Yahudi itu salah, sudah tentu ia tidak dilakukan oleh baginda Rasulullah SAW. Contoh yang lebih untuk difahami ialah jika datangnya seorang Yahudi untuk membeli atau menjual sesuatu, adakah urusniaga tidak boleh dilakukan semata-mata kerana beliau seorang Yahudi? Jika ada yang menyatakan haram, tidak ada sebab lain melainkan hanyalah kerana kejahilan tentang Islam.
Adapun yang ditentang oleh PAS ialah melakukan urusniaga dengan kerajaan zionis yang tertegak pada hari ini di atas tanah yang dirampas daripada bangsa Palestin. Berurusniaga dengan kerajaan zionis Israel ertinya mengiktiraf kewujudan mereka dan mengiktiraf kewujudan Israel merupakan satu jenayah yang tidak boleh dimaafkan. Mejadi rakan dagang negara Israel juga termasuk dalam berurusniaga dengan entiti haram Israel. Hairannya, ada sesetengah pihak nampaknya cuba menjadi juara menentang Israel tetapi dalam masa yang sama menjalinkan hubungan dagang dengan negara Israel. Saya ingin merujuk kepada soalan yang dikemukakan oleh ahli Parlimen Kuala Krai, YB Dr. Mohd Hatta bin Mohd Ramli di Dewan Rakyat pada 13 Mac 2012 yang meminta Menteri Kewangan menyatakan bagaimana barangan dari Israel dikatakan boleh berada di dalam pasaran Malaysia. Agar mengejutkan apabila jawapan diberikan bahawa".... larangan mutlak ke atas pengimportan barangan dari Israel yang diletakkan di Jadual Pertama Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) telah dipinda ke Larangan Bersyarat di bawah Jadual Kedua Perintah yang sama pada 26 Mei 1994. Selaras dengan ini barangan yang diimport dari Israel kini dibenarkan tertakluk kepada Lesen Import dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri..."
Tidakkah ini merupakan bukti cerah seterang matahari di siang hari tentang hubungan dagang dengan Israel? Hairan saya, tidak malukah akhbar milik UMNO memainkan isu ini sedangkan jawapan rasmi di dalam Dewan Rakyat menjelaskan keterlibatan hubungan dagang Malaysia - Israel?
Hakikatnya, menerima akidah Yahudi lebih bahaya daripada menerima wang dari Yahudi. Apakah yang dimaksudkan dengan akidah Yahudi? Ia adalah menolak sebahagian ayat-ayat Allah SWT dan hanya menerima apa yang selari dengan hawa nafsu mereka. Demikian juga dengan mereka yang mengaku muslim tetapi menolak Islam sebagai cara hidup dan menerima ideologi kebangsaan sekular untuk menjadi pegangan. Bukankah ikrar seringkali dilafazkan di dalam solat bahawa kita memohon dijauhkan terjebak dengan jalan orang-orang yang dimurkai Allah SWT, dan golongan itu ialah Yahudi. Firman Allah SWT :
اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ (6) صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ (7)
yang bermaksud : "Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat..." - Surah al-Fatihah, ayat 6-7
Muslim yang menolak sebahagian ayat-ayat Allah dan menerima ideologi kebangsaan sekular hakikatnya sedang menerima akidah Yahudi sekalipun nama mereka bukan Yahudi. Ini lebih merbahaya. Akidah inilah yang paling penting. Rasulullah SAW tidak diutuskan hanya untuk mengajar tentang solat dan puasa. Bahkan di dalam sejarah, solat lima waktu hanya difardhukan pada tahun ke-10 kenabian manakala puasa pula pada tahun ke-15 kenabian (tahun kedua hijrah). Apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW sebelum pensyariatan solat dan puasa jika tidak menegakkan akidah?
Hari ini dalam keadaan kemelut jenayah yang semakin meningkat sekalipun negara semakin 'selamat', tidak ada jalan lain untuk menjadi penyelesaian kecuali kembali kepada undang-undang Allah SWT. Inilah yang PAS lakukan sepanjang 22 tahun mentadbir negeri Kelantan. Pertanyaan saya yang dari dulu hingga sekarang, apakah yang dilakukan oleh PAS di Kelantan yang bertentangan dengan Islam?
Adakah mengharamkan premis judi bertentangan dengan Islam? Adakah menghadkan penjualan arak bertentangan dengan Islam? Adakah mengalihkan wang kerajaan dari perbankan riba kepada perbankan Islam bertentangan dengan Islam? Adakah mentadbir negeri dengan bebas daripada rasuah bertentangan dengan Islam? Ini hanyalah beberapa persoalan daripada ribuan persoalan yang wujud apabila UMNO bersungguh-sungguh untuk merampas Kelantan.
Nasihat saya, tinggalkanlah akidah Yahudi. Baliklah kepada akidah Islam yang sebenar, Islam yang syumul dan lengkap yang diturunkan oleh ALlah SWT. Jika andainya dijemput oleh Allah SWT, adakah dengan penerimaan terhadap Islam pada hari ini boleh menjadi bekal mengadap Allah SWT?
Salam hormat.
HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Menteri Besar Kelantan.
Bertarikh : 26 Rabiul Akhir bersamaan 19 Mac 2012 | |
Dupahang's Weblog Posted: 20 Mar 2012 11:54 AM PDT Akidah Yahudi Lebih Bahaya Posted: 19 Mar 2012 09:34 PM PDT Susulan kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang pensyarah Fakulti Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan UIAM seperti yang disiarkan di dalam akhbar Sinar Harian hari ini Isnin 19 Mac 2012 di halaman N4 yang bertajuk Presiden PAS Kelirukan Umat Islam, saya ingin membuat sedikit penjelasan lanjut. Selain itu sukalah saya turut merujuk kepada kenyataan beberapa orang [...] | |
Mohamad Taufek Abd Ghani Posted: 20 Mar 2012 09:51 AM PDT Keluarga Melayu merempat di Seremban, perlu bantuan Posted: 20 Mar 2012 07:01 AM PDT Berikut e-mel dari Sdr Rozmal ; Ashadi bin Kadir yang beralamat di No 300, Lorong Jasmin 5/1, Taman Jasmin, Senawang amat memerlukan bantuan kita semua. Rumah yang dibelinya pada tahun 2007 pada harga RM 55,000.00 pihak bank BSN telah melelongnya pada harga RM 32,000 pada hujung Februari 2012. Dia terpaksa melepaskan rumah yang amat disayanginya kerana tidak mampu membayar tunggakan RM 7,000 apabila tempat kerja lamanya mempunyai masalah kewangan. Kini Ashadi hanya mampu bekerja kilang di Senawang dengan gaji RM 800. Yang membeli rumahnya dalam lelongan tersebut ialah orang Melayu dari Kedah katanya. Dia diberi tempoh sehingga 21 Mac 2012 untuk mengosongkan rumah tersebut. Kini 20 Mac 2012, beliau masih belum dapat rumah baru untuk didiami pada kadar harga yang berpatutan. Beliau ada memohon rumah PPR Senawang (rumah pangsa milik kerajaan negeri), tapi hanya akan dapat dalam tempoh sebulan dua lagi. Rumah mertua Ashadi ada di Panchor, tetapi ianya sudah sempit dengan adik beradik sebelah isterinya sudah ramai di sana. Sedangkan Ashadi mempunyai 3 orang anak berusia 3 tahun, seorang di Tabika Perpaduan KEMAS dan seorang di Tahun 3 Sekolah Kebangsaan Senawang. Nak tak nak, esok 21 Mac 2012, Ashadi sekeluarga perlu mengosongkan rumah beliau di Taman Jasmin. Kalau tiada tempat untuk meletakkan barangan rumahnya, mungkin terpaksa diletak tepi jalan, atau surau, atau masjid. Ashadi bukan hendak minta sedekah. Beliau hanya perlukan bantuan untuk mendapatkan rumah sebulan dua , sementara menunggu rumah PPR Senawang. Kalau ada sesiapa yang boleh bantu sila hubungi Ashadi di talian 017-6055185. Mereka yang ingin memberikan sumbangan kewangan untuk meringankan beban Ashadi untuk sewa lori pindah rumah , atau bayar deposit rumah sewa boleh dimasukkan ke akaun CIMB atas nama Ashadi bin Kadir , No Akaun 05060136279529. Pengesahan cerita Ashadi Kadir ini boleh dibuat melalui Rozmal bin Malakan tel 012-2267406, e-mel rozmal@yahoo.com | PAMPASAN MESTI SETIMPAL Posted: 19 Mar 2012 09:30 PM PDT PAMPASAN MESTI SETIMPAL 23-01-2008 REMBAU: Seramai 138 keluarga dari empat kampung di Chengkau, dekat sini, berharap kerajaan negeri dapat membuat taksiran pampasan yang setimpal terhadap pengambilan tanah mereka untuk projek menaik taraf jalan Chengkau-Astana Raja. Mereka juga mahu kerajaan negeri mengambil kira kesediaan datuk nenek mereka atau orang terdahulu yang menyerahkan sebahagian tanah mereka untuk membina jalan sejauh tujuh kilometer itu, dalam membuat penilaian terhadap pampasan berkenaan. Jurucakap kumpulan 138 keluarga terbabit, Khelid Mohd Nor, 60, berkata penduduk mahu kerajaan negeri membuat pertimbangan sewajarnya dalam menentukan nilai pampasan yang akan ditetapkan kelak bagi pengambilan tanah itu. (M. B10) Sumber : http://eakhbar.penerangan.gov.my/eakhbar/berita/cetakberita.php?idk=113603 | Konvoi Daftar Pengundi di UPU Panchor dan Pantai Posted: 19 Mar 2012 09:29 PM PDT DACS Negeri Sembilan dengan kerjasama DPP kawasan Seremban akan menganjurkan Konvoi Daftar Pengundi baru di sekitar UPU Panchor dan Pantai pada 24 Mac 2012 ini. Konvoi akan bermula di Pusat Tarbiyyah, MTD Lenggeng, Taman Panchor Jaya pada pukul 8.00 pagi dan dijangka berakhir 5 jam kemudian. Tempat tumpuan konvoi ini akan jelajah antaranya Pasaraya Family Store (Taman Chengal), kawasan perniagaan sekitar Taman Ampangan dan Taman Telawi, surau Taman Bukit Margosa, Esso Taman Panchor Jaya dan Masjid Pekan Pantai. Matlamat utama Konvoi Daftar Pengundi ialah mendapatkan seramai mungkin pengundi baru di dalam DUN Lenggeng untuk didaftarkan sebelum tamat suku pertama tahun 2012. Maklumat lanjut jelajah konvoi ini sila dapatkan maklumat terkini melalui laman sosial DPPKS www.facebook.com/pemudaseremban dan http://twitter.com/#!/dppksn9Sumber : http://dppksns.blogspot.com/2012/03/konvoi-daftar-pengundi-di-upu-panchor.html | |
N45 Dr Halimah Ali Posted: 20 Mar 2012 09:50 AM PDT NAJIB PM 1UMNO-BN bukan PM 1MALAYSIA!!! Posted: 20 Mar 2012 08:47 AM PDT Khairil Abdul Rahim, | 20 Mac 2012 |
TEMERLOH, 20 Mac: PAS Pahang menganggap tindakan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib Tun Razak merahsiakan tarikh Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU13) membuktikan beliau hanya layak menjadi PM untuk Umno, bukan untuk seluruh rakyat Malaysia atau bukan PM 1Malaysia.
Setiausaha Perhubungan PAS Pahang Roslan Zainal berkata, jika benar Najib PM 1 Malaysia, yang mendakwa kononnya rakyat diutamakan, sudah tentu beliau berani untuk mengumumkan tarikh PRU secara telus mulai sekarang.
"Mengetahui tarikh PRU merupakan hak rakyat justeru amat penting untuk membantu dan memudahkan rakyat mengatur jadual kehidupan mereka kerana PRU13 adalah suatu peristiwa penting dan besar untuk seluruh rakyat Malaysia.
"Kenapa Najib mahu bermain teka-teki menentukan tarikh peristiwa sebesar itu. Sedangkan jika tarikh PRU13 di ketahui awal, bukan sahaja parti politik yang mendapat manfaat malah jutaan rakyat Malaysia dapat menyesuaikan tarikh kenduri perkahwinan, menunaikan umrah, persidangan, seminar, urusan perniagaan, melancong dan sebagainya.
"Apabila jadual dapat diatur maka mudahlah bagi semua rakyat ikut terlibat secara bertanggungjawab di dalam pilihan raya untuk menentukan teraju kepimpinan negara sekali gus arah tuju masa depan negara," tegasnya.
Justeru, katanya PAS Pahang menggesa jika benar DS Najib mendukung transformasi politik negara, umumkan segera tarikh PRU 13.
Tambahnya, jadikan PRU13 sebagai pilihan raya pasca 54 tahun kemerdekaan, bukan pilihan raya undur 50 tahun ke belakang dengan memberikan hak yang adil dan saksama kepada rakyat untuk memilih pemimpin mereka melalui demokrasi maklumat kepada seluruh rakyat.
Baru-baru ini media melaporkan Najib masih menyembunyikan tarikh PRU 13 meskipun beliau kini begitu agresif turun berkempen ke setiap negeri.
Difahamkan, tidak banyak negara-negara di dunia yang menyembunyikan tarikh PRU seperti Malaysia. | MANTAN MENTERI PENERANGAN KELUAR DARIPADA UMNO!! Posted: 20 Mar 2012 07:49 AM PDT Kadir Sheikh Fadzir quits UmnoBy Yow Hong Chieh March 19, 2012 KUALA LUMPUR, March 19 — Former Information Minister and Kulim-Bandar Baharu MP Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir resigned as an Umno member today after 56 years in the ruling party. He said in a statement he handed in his notice of resignation to Umno secretary-general Tengku Adnan Tengku Mansor earlier today, just a week after quitting his division treasurer's post. Abdul Kadir (picture) made headlines in January when he accused the ruling party of handing out between RM200 and RM1,000 to voters in previous elections in exchange for votes. The former Umno supreme council member, however, had denied personally using the "bomb" strategy to win elections in Kulim-Bandar Baharu where he was MP for 30 years from 1978. He also denied making the claim out of frustration for having been sidelined in the party, stressing that his relationship with the present administration and Umno leadership remained warm. Tengku Adnan, however, has denied Abdul Kadir's allegations that Umno had resorted to money politics, pointing out that the party has never bought votes and did not need to. He added that as an Umno man Abdul Kadir should not be issuing statements that could tarnish the party's reputation and questioned why the latter did not just quit Umno. "If he feels Umno is not right, why hasn't he left the party?" the former tourism minister had been quoted as saying by Bernama Online. | PRU 13 :10 negeri bakal dimenangi PAKATAN RAKYAT?! Posted: 20 Mar 2012 07:03 AM PDT PRU-13: Hanya tiga negeri selamat bagi BN, kata Daim Bekas Menteri Kewangan dan bendahari Umno Tun Daim Zainuddin - yang meramalkan bahawa BN akan tumbang di Pulau Pinang, Selangor dan Kedah pada pilihan raya umum 2008 - sekali lagi membuat analisis politiknya. Kali ini, ketika ditemubual oleh akhbar harian Cina Nanyang Siang Pau yang diterbitkan hari ini, beliau berkata kedudukan BN sebenarnya tidak benar-benar selesa. Menurutnya, beliau hanya menjangka kemenangan mudah bagi BN di Johor, Melaka dan Pahang. Bagi merampas semula Kedah dan Selangor dari Pakatan Rakyat, katanya, BN, khususnya Umno perlu mencari barisan kepimpinan yang sesuai. Bagi mengekalkan Terengganu dan Sabah, Umno negeri masing-masing perlu bersatu. Tetapi untuk mengekalkan Perak akan menjadi cabaran terbesar bagi BN, komen Daim. Di Negeri Sembilan, di mana BN hanya mampu menubuhkan kerajaan negeri dengan kelebihan enam kerusi sahaja, katanya, parti itu perlu menyelesaikan beberapa masalah khusus. Meskipun Daim tidak mengulas lanjut mengenai isu-isu berkenaan, namun dipercayai Umno perlu mencari calon yang sesuai untuk mengisi jawatan menteri besar, kerana penyandangnya, Datuk Seri Mohamad Hasan, dijangka dipindahkan ke jawatan kerajaan persekutuan. Bagi Kelantan dan Pulau Pinang, Daim berkata, BN akan kalah di kedua-dua kubu Pakatan Rakyat itu. Daim juga menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan pasukannya sebagai "jeneral tanpa askar". | |
Jasindaily Online Posted: 20 Mar 2012 09:30 AM PDT Malaysiaku Negara Selamat : Janda dirogol bergilir-gilir Posted: 20 Mar 2012 12:14 AM PDT Seorang janda anak satu yang berhasrat untuk memulakan hidup baharu selepas bercerai dengan suaminya ditimpa malang apabila dia bukan sahaja disamun, malah dirogol bergilir-gilir oleh dua lelaki di kawasan Bukit Raja, Klang, Selangor kelmarin.Kejadian pukul 10.30 malam itu berlaku apabila janda muda berusia 20 tahun itu didatangi oleh dua lelaki bersenjatakan pisau sebelum mengarahkannya menyerahkan telefon bimbit dan wang RM150.
Suspek kemudian membawa mangsa menaiki motosikal ke sebuah ladang kelapa sawit kira-kira 200 meter dari kawasan dia disamun sebelum dirogol.Sumber memberitahu, mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Bukit Raja."Wanita tersebut yang telah bercerai dengan suaminya baru-baru ini tinggal di Bandar Sunway, Petaling Jaya dan datang ke rumah saudaranya di kawasan tersebut untuk memulakan hidup baharu sejak dua minggu lalu," katanya. | PR PILIHAN MASYARAKAT INDIA MASA KINI Posted: 20 Mar 2012 12:11 AM PDT Masyarakat India sedar bahawa kekuatan Pakatan Rakyat akan memberi nafas baru kepada mereka dalam pola sosioekonomi negara ini, kata V Sivakumar.
"Mereka tahu bahawa segala apa yang diberikan dan dijanjikan oleh Barisan Nasional hari ini adalah kerana kebijaksanaan mereka memangkah DAP, PAS dan PKR dalam pilihanraya umum yang lalu," ujar Timbalan Pengerusi DAP Perak itu.Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang telah hilang kepercayaan terhadap orang-orang Cina akan mengharapkan undi masyarakat India dalam Pilihan raya Umum ke-13 nanti.
Menurutnya, Najib juga risau dengan pengundi-pengundi Melayu terutamanya golongan muda dan warga bandar, satu-satunya harapan Najib ialah undi masyarakat India.
Tambahnya, Najib sedar bahawa Barisan Nasional telah hilang sokongan masyarakat India dalam Pilihanraya Umum Ke-12 lalu.
Ini, ujarnya adalah kerana dasar Barisan Nasional yang menindas golongan minoriti ini dalam segala aspek.
Menurutnya lagi, pemimpin-pemimpin MIC juga tidak berani memperjuangkan hak masyarakat India semata-mata untuk menyelamatkan kedudukan politik mereka.
"Masyarakat India yang tidak terbela itu telah menunjukkan kuasa politik mereka melalui peti undi," ujarnya yang juga Adun Tronoh.
Justeru, katanya Najib cuba untuk mendapatkan kembali sokongan masyarakat India yang hilang dan mahu berbaik-baik dengan masyarakat India dengan memberi perhatian khusus kepada mereka.
Dengan itu, katanya lagi, pelbagai program dirancang dan dilaksanakan untuk mengambil hati orang-orang India di negara ini yang mana perayaan-perayaan mereka diberi tumpuan utama.
"Pemberian hamper dan hadiah telah berlambak dan berlipat ganda pada perayaan Deepavali tahun lalu, sambutan Pesta Ponggal berlanjutan selama 2 bulan sejak 15 Januari, mempamerkan wajah gergasi Najib di perkarangan kuil Batu Caves semasa sambutan Hari Thaipusam," ujarnya.
Beliau berkata, semua itu membuktikan bahawa Najib amat terdesak untuk mendapat sokongan orang-orang India.
Sivakumar menambah, Najib merasakan bahawa pemberian seperti itu dan menyambut perayaan masyarakat India secara besar-besaran akan mempengaruhi masyarakat India.
"Beliau mengandaikan bahawa masyarakat India mudah ditipu dengan adengan-adengan seperti ini. Beliau juga membuat banyak program mesra rakyat khususnya untuk bertemu dengan masyarakat India seperti di Kapar dan Buntong baru-baru ini.
"Najib juga cuba memperdayakan masyarakat India dengan mengadakan program-program kesenian dan kebudayaan seperti konsert dengan mrmbawa artis-artis dari India dan tempatan yang popular," katanya. Persoalannya, kata beliau adakah masyarakat India di negara kita akan mempercayai gimik politik Najib itu.
Menurutnya, masyarakat India sedar bahawa mereka menjadi fokus Najib ketika ini dan peluang seperti itu tidak pernah dinikmati oleh masyarakat India sejak kemerdekaan.
"Inilah pertama kali dalam sejarah pilihanraya negara ini Barisan Nasional memberi perhatian utama kepada masyarakat India.
"Masyarakat India mahu mengambil peluang ini sebanyak yang mungkin. Mereka akan mengambil semua yang diberikan oleh Barisan Nasional yang tidak pernah mereka perolehi selama ini.
"Tetapi, masyarakat India akan membuat keputusan yang bijak dalam Pilihanraya Umum ke-13 nanti," katanya. | Malaysiaku Negara Selamat : Jorotol Diikat dan di Cabul Posted: 20 Mar 2012 12:04 AM PDT Kaki, tangan diikat pada katil dan kemudian seorang penjenayah mencabul dengan rakus.Itu detik hitam dilalui seorang jurutol, berumur 20 tahun, ketika berada seorang diri di rumahnya di Taman Putra Perdana, Puchong, Khamis lalu. Dalam kejadian itu, seorang lelaki berbaju kuning dan berseluar jean memecah masuk rumahnya, jam 12.50 tengah malam.
Menurut sumber polis, lelaki itu terus menyerang mangsa dari arah belakang dan mengacukan pisau di lehernya.Difahamkan, pada awalnya lelaki tersebut cuba meragut rantai emas milik mangsa, tetapi tidak berjaya.Katanya, lelaki itu seterusnya mengarahkan mangsa supaya diam, sebelum mulut wanita terbabit diikat dengan menggunakan kain."Lelaki itu mengarah mangsa baring di atas lantai. Kaki dan tangannya diikat pada katil dengan menggunakan kain."Seluar mangsa kemudiannya ditanggalkan dan lelaki itu terus mencabulnya," katanya, semalam.
Menurutnya, mangsa dapat melepaskan ikatan selepas lelaki tersebut melarikan diri."Mangsa kemudiannya membuat laporan polis setelah dua rakan sekerjanya pulang," katanya.Menurutnya, susulan itu, polis memberkas dua lelaki warga Indonesia, berumur 54 dan 32 tahun, bagi membantu siasatan."Mangsa tidak mengenali suspek terbabit dan sewaktu kejadian, suspek menutup muka dengan baju," katanya.Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana cabul. | Najib Terus Main Teka Teki Dengan Rakyat Posted: 19 Mar 2012 11:59 PM PDT Datuk Seri Najib Tun Razak terus berahsia mengenai bila Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan dengan meminta semua pihak termasuk media memahami bahawa beliau perlu menyimpan sesetengah maklumat. Perdana Menteri berkata, melontarkan pertanyaan mengenai tarikh pilihan raya tidak ubah seperti meminta ketua pegawai eksekutif syarikat Coca Cola untuk mendedahkan ramuan minuman ringan terkenal yang menjadi rahsia sejak sekian lama.
"Saya pasti anda semua memahami kenapa saya tidak boleh memberitahu tarikh itu. Meskipun saya tahu, saya tidak boleh mendedahkan perkara itu," katanya pada sesi soal jawab selepas melancarkan Kelab Koresponden Asing Malaysia di sini.
Menurut Najib, beliau sedar bahawa sesetengah agensi berita asing meramalkan pilihan raya umum Malaysia akan diadakan pada Jun.
Menjawab pertanyaan mengenai pentingnya Barisan Nasional memperoleh majoriti dua pertiga, Najib menegaskan negara memerlukan sebuah kerajaan yang kukuh dan stabil bagi mengelakkan Malaysia daripada ketidaktentuan politik.
Perdana Menteri mengakui dalam senario politik semasa, kemenangan majoriti dua pertiga kini memerlukan usaha yang lebih berbanding sebelum ini.
"Tetapi kami akan cuba sedaya upaya untuk mencapai matlamat itu. Saya sendiri kini berusaha keras dan jadual kerja saya begitu padat," katanya, sambil menambah kata, ia adalah sesuatu yang perlu dihadapi.
"Kita kini berhadapan dengan situasi yang berbeza dengan kewujudan media sosial, rakyat juga semakin bijak selain maklumat yang mudah diperoleh," katanya.
Menjawab satu pertanyaan, Najib berkata dasar kerajaan kini adalah lebih terangkum dan adil kerana kekayaan negara perlu diagihkan bukan sahaja dalam kalangan rakyat bumiputera tetapi juga kaum-kaum minoriti.
Mengenai lawatannya ke Myanmar pada 26 Mac, Perdana Menteri berkata, lawatan itu akan merapatkan hubungan antara Malaysia dan Myanmar terutamanya dalam bidang perdagangan dan pelaburan. | Bapa Marah tak Bila Utusan Nak Kena Jual ? Posted: 19 Mar 2012 11:52 PM PDT Utusan Melayu (M) Sdn. Bhd penerbit akhbar Utusan Malayisa, Kosmo dan beberapa buah majalah bakal kehilangan aset terpenting apabila percetakan akhbar berkenaan akan menjadi entiti berasingan apabila ianya dimiliki oleh seorang orang korporat.
Urusan penjualan mesen cetak berkenaan yang terletak di Bangi, Selangor dan beberapa tempat lain itu sedang dalam proses perundingan. Penjualan itu dipercayai kerana syarikat penerbitan akhbar yang sahamnya dimiliki Umno sedang mengalami kerugian teruk yang tidak tertanggung lagi ekoran kemerosotan jualan akhbar itu.
Jualan akhbar Utusan Malaysia pada hari ini sekitar 120,000 naskah sehari lebih rendah dari akhbar harian bersaiz tabloid lain. Angka itu jauh rendah berbanding dengan akhbar bersaiz sama yang menjangkau 180,000 edaran sehari.
Kemerosotan itu dipercayai kerana akhbar itu tidak adil dalam penyiarannya dan terlalu mempamirkan dia sebagai akhbar Umno. Laporan cerita-cerita sex juga menyebabkan ia makin dipulau oleh pembaca.
Ekoran penjulan itu Utusan Malaysia selepas ini akan mencetak akhbar itu dengan percetakan berkenaan atas sifat upah.
Dalam pada itu ahli korport berkenaan yang juga pernah menjadi menteri kabinet sedang merunding untuk memiliki Dawama - percetakan milik Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang swastakan dan kini bermasalah.
Dikatakan juga, ahli korporat yang dulu berniaga garam di Langkawi akan cuba memiliki Percetakan Nasional miliki kerajaan yang kini merupakan percetakan yang mengerjakan bahan cetakan negara.
Ahli korporat itu berangan-angan untuk menjadi gergasi percetakan di negara ini dengan memonopolikan beberapa percetakan terkemuka.
Ada kemungkin beliau juga akan berusaha untuk mendapat beberapa percetakan syarikat pengeluar akhbar lain untuk diletak di bawah satu bumbung.
Sekiranya usaha ini berlaku bermakna Utusan Melayu yang menjadi kebanggan orang Melayu Umno khasnya akan kehilangan identiti dan penjualan mesin cetak itu sesuatu yang memalukan terutamanya pemegang sahamnya terdiri kalangan ahli Umno.
Ada juga sumber lain memberi tahu usaha pembelian mesin cetak milik Utusan Melayu itu sebagai persiapan sekiranya berlaku sesuatu di luar jangka selepas pilihan raya umum ini. Sekiranya UBN tumbang sudah pasti kedudukan Utusan Melayu tidak menentu dan kemungkinan akan ditutup terus.
Agenda pembelian itu sebagai menyelamatkan aset Utusan itulah alasan yang diberikan. Dari sini memberi gambaran bahawa dalam kepala pembeli mesin cetak itu UBN sudah pasti kalah dan tumbang. | Ceramah Terkini Di Melaka Posted: 19 Mar 2012 10:02 PM PDT | TREM Projek Terbaru Menjana Pemborosan Posted: 19 Mar 2012 08:23 PM PDT Nisa Mujahidah
Terbaru, ada ura-ura mengatakan kerajaan negeri Melaka dalam perancangan untuk membina projek baru yang dinamakan TREM yang menelan kos RM272juta yang mana kerajaan negeri berjanji akan membayar kembali RM272juta tersebut dengan 20% daripada hasil jualan tiket.
Jika hasil kutipan tiket 20% tersebut untuk membayar balik pinjaman, bilakah hutang tersebut akan dilangsaikan dan termasuk kadar faedah yang dikenakan pula mesti tinggi. Mampukah ia dijelaskan?
Mari kita berfikir sejenak, sekiranya penumpang sehari adalah 1,200 orang bagi setiap jam dengan caj RM2. Cuba kita bayangkan TREM tersebut beroperasi selama 8 jam sehari, maka setahun hasil jualan tiket adalah RM7.08juta dan hanya 20% sahaja daripada hasil jualan tiket tersebut yang akan digunakan untuk membayar hutang. Jadi, berapa tahunkah diperlukan untuk membayar hutang? Bagaimanakah dengan hutang tertunggak yang lain?
Seterusnya, entah projek apa lagi yang bakal dilaksanakan dalam keadaan hutang yang berbillion ringgit. Sektor manakah pula yang bakal menjadi mangsa bebanan hutang yang terlalu banyak. Apa yang pasti rakyat akan terus menjadi mangsa dan hanya dikaburi dengan projek-projek yang kononnya gah tetapi duit rakyat dibazirkan begitu sahaja.
| JOM DEBAT Posted: 19 Mar 2012 08:18 PM PDT - Semalam banyak SMS dan persoalan orang ramai pada saya bahawa benarkah saya akan berdebat dengan Datuk Ali Rustam pada 15 April 2012 di MITC?
- Sebelum saya nyatakan pendirian, maka kita harus melihat senario semasa politik di Melaka.
- Terutamanya majlis-majlis ceramah. Ceramah PR hari ini dimeriahkan lagi dengan ceramah BN disebelah.
- Pembesar suara BN dihalakan pada pentas PR, pembesar suara PR dihalakan pada pentas BN. SKita semua ceramah serentak. Kadang-kadang penceramah jadi "loktang@sawan".
- Unsur-unsur provokasi juga pasti merisaukan pasukan keselamatan. Persoalannya sampai bila rakyat boleh bersabar tak kira PR atau BN.
- Jalan terbaik, kita bercakap satu pembesar suara, satu pentas dan satu Malaysia boleh dengar. Kita berdebat!
- Ada anak anak muda yang sudah buat banner dan siarkan dalam FB tentang debat 15 April 2012, tentang Pembangunan atau pemborosan Melaka?.
- Jawapan saya tentang 15 April, saya tunggu respond Datuk Ali, saya secara peribadi bersedia Debat pada 15 April 2012.
- Debat bukan mencari menang atau kalah. Membina minda kelas pertama generasi Melaka adalah keutamaan kita. Jom Debat!
| HASSAN AQIDAH TOLAK DEBAT DR ZULKIFLI Posted: 19 Mar 2012 05:25 PM PDT Dr Dzul jemput Hasan Jati berdebat.. Kenapa Hasan sampai la nih sengap? Tapi melalak atas pentas ceramah dok tuduh menuduh tanpa beri orang tertuduh menjawab serta bela diri... Sudahlah Hasan Ali.. | APA KOMEN KORANG ? Posted: 19 Mar 2012 05:19 PM PDT akhbar the star berani lah nak keluar, pasai depa tau majoriti melayu tak beli the star.. Tahniah kepada Najib atas kejujuran ini.. | Tahniah Tan Sri Kadir Posted: 19 Mar 2012 05:18 PM PDT
Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka (Amanah), Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir (gambar) mengisytiharkan keluar Umno hari ini.
"Pada hari ini saya telah pun mengirim surat kepada Setiausaha Agong Umno Malaysia untuk meletakkan jawatan selaku ahli Umno Malaysia mulai hari ini," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.
Dalam kenyataan itu, beliau memaklum mula menjadi ahli Umno dan memegang jawatan dalam parti itu sejak tahun 1956 sehingga sekarang iaitu selama 56 tahun.
Beliau pernah menjadi Exco Pemuda Umno selama 10 tahun dan Ahli Majlis Tertinggi Umno selama 24 tahun di samping jawatan-jawatan lain seperti Ketua Pemuda Umno Negeri Kedah dan sebagainya.
"Saya juga menjadi Ahli Pentadbiran Kerajaan Malaysia sekitar 30 tahun, selaku Setiausaha Politik, Setiausaha Parlimen, Timbalan Menteri dan Menteri.
"Pada minggu sudah saya telah meletakkan jawatan selaku Bendahari Umno Bahagian Kulim/Bandar Baharu, jawatan yang akhir dalam Umno yang saya menjawat," ujarnya.
Tindakan beliau mengkritik kepimpinan Umno dan kerajaan hari ini telah menimbulkan rasa tidak senang di kalangan pemimpin utama parti itu.
Kritikan beliau selaku Timbalan Presiden Amanah terhadap Umno termasuk mendedahkan pembelian undi semasa pilihan raya umum jelas menimbulkan kemarahan beberapa pemimpin utama Umno.
| Antara NFC RM250 juta dan Stadium RM290 juta Posted: 19 Mar 2012 04:54 PM PDT Akhirnya Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, suami kepada Ketua Pergerakan Wanita Umno Malaysia Datuk Sharizat Abdul Jalil yang juga merupakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, telah didakwa di Mahkamah terhadap dua pertuduhan pecah amanah yang melibatkan RM49.7 juta berhubung pembelian dua unit kondominium serta dua lagi pertuduhan menyalahi Akta Syarikat.
Isu NFC, mula mendapat perhatian ramai selepas Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang di bentangkan di Parlimen pada Oktober lalu menyatakan pusat itu gagal memenuhi matlamat penubuhannya.
Ia menjadi semakin panas selepas beberapa ahli Parlimen serta pimpinan Pakatan Rakyat telah mendedahkan bukti wujudnya penyelewengan terhadap peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta yang disalurkan kepada NFC.
Sementara itu, dalam kes Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu yang runtuh pada pada 2 Jun 2009, seorang jurutera perunding Wan Manan Wan Ali telah didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu. Beliau didakwa atas tuduhan menipu dengan berpura-pura bertindak sebagai pemeriksa yang diiktiraf mengeluarkan dokumen mengenai sistem teras bumbung utama dan kerja yang berkaitan dengannya, bagi cadangan untuk membina dan menyiapkan stadium utama atau kompleks Sukan Negeri Terengganu.
Stadium Sultan Mizan yang dianggap 'tercanggih' di Pantai Timur telah siap dibina pada tahun 2008 menjelang berlangsungnya sukan SUKMA yang diadakan di negeri Terengganu.
Ia telah dirasmikan oleh Yang DiPertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin pada 10 Mei 2008 dalam satu upacara yang gilang gemilang. Malangnya baru hanya setahun digunakan ia telah runtuh dan tidak dapat digunakan sehingga sekarang.
Secara faktanya, projek 'kebanggaan' kerajaan negeri di bawah kepimpinan Umno/BN ini pada mulanya di jangka siap pada tahun 2007 dengan kos asal projek berjumlah RM191 juta. Namun akibat daripada berlakunya kelewatan siapnya projek ini lebih dari setahun, kosnya telah melambung naik kepada lebih RM 292 juta.
(Stadium yang runtuh tetapi hanya jurutera kecil yang jadi mangsa...ke mana pergi kontraktor yang untung besar dari wang rakyat hasil dari projek ini)
Projek Mega ini telah di serahkan perlaksanaannya kepada 3 'kontraktor kroni' utama iaitu Bina Struktur, Emarcon dan Genggam Mercu Sdn. Bhd. Manakala pembekal utama bumbung stadium berbentuk 'Space Frame' ini adalah syarikat SOWON PTE. LTD. dari Korea Selatan.
Namun pada 2 Jun 2009 suatu trajedi yang amat memalukan seluruh rakyat Terengganu telah berlaku. Sebahagian daripada bumbung utama stadium kebanggaan ini telah runtuh. Mujurlah tiada sebarang kemalangan jiwa yang berlaku dalam insiden ini.
Semasa kejadian, projek ini masih lagi dalam 'Tempuh Tanggungan Kecacatan' dan pihak kontraktor sedang melaksanakan kerja-kerja membaiki kecacatan.
Satu Jawatankuasa Khas Penyiasatan telah ditubuhkan oleh Kementerian Kerjaraya (JKR) untuk menyiasat punca berlakunya keruntuhan bumbung stadium ini. Hasil dari penyiasatan yang telah dijalankan ini telah di taklimatkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) di bawah Parlimen Malaysia. Semua punca keruntuhan telah dikenalpasti olh pihak JKR semasa taklimat kepada PAC dan telah diserahkan juga kepada kerajaan negeri.
Namun sehingga kini, ramai kalangan yang tertanya-tanya, siapakah yang sebenarnya bertanggungjawab terhadap skandal keruntuhan yang memalukan ini? Walaupun begitu banyak laporan telah dibuat kepada pihak Polis dan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), hanya seorang konsultan bertaraf 'jurutera Perunding' yang boleh dianggap sebagai 'bilis kecil' telah diseret ke mahkamah.
'Jerung-Jerung besar' yang telah mengaut laba berganda dari projek pembinaan stadium yang bernilai hampir RM300 juta ini masih lagi bebas berpoya dengan keuntungan yang mereka dapat.
Ramai yang tertanya-tanya dimanakah hasil laporan terperinci oleh pihak SPRM setelah hampir 3 tahun menjalankan siasatan yang rapi ini? Apakah tidak ada langsung elemen rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dalam skandal sebesar ini? Dan kenapakah laporan yang di buat oleh oleh pihak JKR kepada PAC Parlimen tidak di ambil tindakan wajar oleh pihak SPRM sendiri?
Sekurang-kurangnya dalam kes projek lembu NFC, setelah diasak dengan laporan kepada pihak polis dan SPRM serta pelbagai 'pendedahan' akhirnya 'jerung besar' yang beristerikan seorang menteri terpaksa dikorbankan pihak Peguam Negara dan diseret ke mahkamah.
Berbeza dengan kes skandal Sultan mizan, walaupun semua punca keruntuhan telah dikenalpasti oleh pihak Kementerian Kerjaraya (JKR) dan telah di taklimat kepada PAC Parlimen, namun setelah hampir 3 tahun laporan lengkap telah disiapkan oleh pihak JKR, kenapakah masih belum ada 'Jerung-Jerung Besar' yang didakwa dan diseret ke Mahkamah?
Bayangkan stadium Sultan Mizan yang runtuh yang nilainya jauh lebih besar dari skandal lembu NFC. Semua pihak seolah-olahnya mahu 'cuci tangan' dan meletakkan seluruh bebanan kesalahan kepada seorang jurutera 'bilis kecil' yang dikambing-hitamkan'.
Apakah ianya akan hanya tinggal satu kenangan yang terus menjadi 'titik hitam' dalam sejarah negeri Terengganu Darul Iman sendiri? Kemana perginya 'kontraktor kroni' dan kepimpinan Menteri Besar sekarang, Datuk Sri Ahmad Said? Yang nyata, ia jelas merupakan satu lagi 'Projek kebangaan Kerajaan Barisan Nasional'. | |
PAS Kulaijaya Posted: 20 Mar 2012 07:58 AM PDT |
Landskap Siasah Posted: 20 Mar 2012 07:50 AM PDT Kenyataan Media Mursyidul Am PAS- Akidah Yahudi Lebih Bahaya Posted: 19 Mar 2012 10:08 AM PDT Susulan kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang pensyarah Fakulti Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan UIAM seperti yang disiarkan di dalam akhbar Sinar Harian hari ini Isnin 19 Mac 2012 di halaman N4 yang bertajuk Presiden PAS Kelirukan Umat Islam, saya ingin membuat sedikit penjelasan lanjut. Selain itu sukalah saya turut merujuk kepada kenyataan beberapa orang pimpinan UMNO yang menyatakan bahawa Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima dana daripada Yahudi. Yahudi tidak meminta untuk menjadi Yahudi, sebagaimana Melayu tidak meminta untuk dilahirkan sebagai Melayu. Jutseru, sedari dulu lagi saya sentiasa konsisten untuk menyatakan bahawa bangsa tidak ada apa-apa kelebihan dan kekurangan di sisi Allah SWT. Nilai yang melebihkan manusia ke atas manusia yang lain ialah imannya kepada Allah SWT. Menjulang keris ke langit menjerit ketuanan bangsa tidak akan membantu apa-apa ke arah keharmonian hidup antara kaum. Bolehkah berurusniaga dengan Yahudi? Perlulah diingat bahawa ada beza antara Yahudi dengan Zionis. Yahudi sebagai seorang individu dan manusia tidak mempunyai apa-apa beban kesalahan yang dipikul di atas bahunya hanya semata-mata dirinya seorang Yahudi. Bahkan Rasulullah SAW sendiri berurusan dengan Yahudi. Di dalam hadis sahih Bukhari dinukilkan kata-kata daripada Ummul Mukminin Aisyah Radhiallahuanha : تُوُفِّيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَدِرْعُهُ مَرْهُونَةٌ عِنْدَ يَهُودِيٍّ بِثَلَاثِينَ صَاعًا مِنْ شَعِيرٍ
yang bermaksud : "Telah wafat Rasulullah SAW dalam keadaan baju besinya tergadai kepada seorang Yahudi dengan (nilaian) 30 sho' gandum..." Di dalam hadis ini, jelas sekali dinyatakan bahawa Rasulullah SAW sendiri pernah menggadaikan baju besinya kepada seorang Yahudi untuk mendapatkan 30 sho' (ukuran berat di zaman tersebut) gandum untuk keperluan harian baginda dan keluarga. Jika berurusniaga dengan bangsa Yahudi itu salah, sudah tentu ia tidak dilakukan oleh baginda Rasulullah SAW. Contoh yang lebih untuk difahami ialah jika datangnya seorang Yahudi untuk membeli atau menjual sesuatu, adakah urusniaga tidak boleh dilakukan semata-mata kerana beliau seorang Yahudi? Jika ada yang menyatakan haram, tidak ada sebab lain melainkan hanyalah kerana kejahilan tentang Islam. Adapun yang ditentang oleh PAS ialah melakukan urusniaga dengan kerajaan zionis yang tertegak pada hari ini di atas tanah yang dirampas daripada bangsa Palestin. Berurusniaga dengan kerajaan zionis Israel ertinya mengiktiraf kewujudan mereka dan mengiktiraf kewujudan Israel merupakan satu jenayah yang tidak boleh dimaafkan. Mejadi rakan dagang negara Israel juga termasuk dalam berurusniaga dengan entiti haram Israel. Hairannya, ada sesetengah pihak nampaknya cuba menjadi juara menentang Israel tetapi dalam masa yang sama menjalinkan hubungan dagang dengan negara Israel. Saya ingin merujuk kepada soalan yang dikemukakan oleh ahli Parlimen Kuala Krai, YB Dr. Mohd Hatta bin Mohd Ramli di Dewan Rakyat pada 13 Mac 2012 yang meminta Menteri Kewangan menyatakan bagaimana barangan dari Israel dikatakan boleh berada di dalam pasaran Malaysia. Agar mengejutkan apabila jawapan diberikan bahawa".... larangan mutlak ke atas pengimportan barangan dari Israel yang diletakkan di Jadual Pertama Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) telah dipinda ke Larangan Bersyarat di bawah Jadual Kedua Perintah yang sama pada 26 Mei 1994. Selaras dengan ini barangan yang diimport dari Israel kini dibenarkan tertakluk kepada Lesen Import dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri..." Tidakkah ini merupakan bukti cerah seterang matahari di siang hari tentang hubungan dagang dengan Israel? Hairan saya, tidak malukah akhbar milik UMNO memainkan isu ini sedangkan jawapan rasmi di dalam Dewan Rakyat menjelaskan keterlibatan hubungan dagang Malaysia - Israel? Hakikatnya, menerima akidah Yahudi lebih bahaya daripada menerima wang dari Yahudi. Apakah yang dimaksudkan dengan akidah Yahudi? Ia adalah menolak sebahagian ayat-ayat Allah SWT dan hanya menerima apa yang selari dengan hawa nafsu mereka. Demikian juga dengan mereka yang mengaku muslim tetapi menolak Islam sebagai cara hidup dan menerima ideologi kebangsaan sekular untuk menjadi pegangan. Bukankah ikrar seringkali dilafazkan di dalam solat bahawa kita memohon dijauhkan terjebak dengan jalan orang-orang yang dimurkai Allah SWT, dan golongan itu ialah Yahudi. Firman Allah SWT : اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ (6) صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ (7)
yang bermaksud : "Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat..." - Surah al-Fatihah, ayat 6-7 Muslim yang menolak sebahagian ayat-ayat Allah dan menerima ideologi kebangsaan sekular hakikatnya sedang menerima akidah Yahudi sekalipun nama mereka bukan Yahudi. Ini lebih merbahaya. Akidah inilah yang paling penting. Rasulullah SAW tidak diutuskan hanya untuk mengajar tentang solat dan puasa. Bahkan di dalam sejarah, solat lima waktu hanya difardhukan pada tahun ke-10 kenabian manakala puasa pula pada tahun ke-15 kenabian (tahun kedua hijrah). Apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW sebelum pensyariatan solat dan puasa jika tidak menegakkan akidah? Hari ini dalam keadaan kemelut jenayah yang semakin meningkat sekalipun negara semakin 'selamat', tidak ada jalan lain untuk menjadi penyelesaian kecuali kembali kepada undang-undang Allah SWT. Inilah yang PAS lakukan sepanjang 22 tahun mentadbir negeri Kelantan. Pertanyaan saya yang dari dulu hingga sekarang, apakah yang dilakukan oleh PAS di Kelantan yang bertentangan dengan Islam? Adakah mengharamkan premis judi bertentangan dengan Islam? Adakah menghadkan penjualan arak bertentangan dengan Islam? Adakah mengalihkan wang kerajaan dari perbankan riba kepada perbankan Islam bertentangan dengan Islam? Adakah mentadbir negeri dengan bebas daripada rasuah bertentangan dengan Islam? Ini hanyalah beberapa persoalan daripada ribuan persoalan yang wujud apabila UMNO bersungguh-sungguh untuk merampas Kelantan. Nasihat saya, tinggalkanlah akidah Yahudi. Baliklah kepada akidah Islam yang sebenar, Islam yang syumul dan lengkap yang diturunkan oleh ALlah SWT. Jika andainya dijemput oleh Allah SWT, adakah dengan penerimaan terhadap Islam pada hari ini boleh menjadi bekal mengadap Allah SWT? Salam hormat.
HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Menteri Besar Kelantan.
Bertarikh : 26 Rabiul Akhir bersamaan 19 Mac 2012 | |
Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh Posted: 20 Mar 2012 07:36 AM PDT |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan