PAS Cawangan Serkam Darat Posted: 17 Mar 2012 07:45 PM PDT |
Rembau Hari Ini Posted: 17 Mar 2012 07:44 PM PDT Gotong Royong DUN Kota 25 Mac 2012 Posted: 17 Mar 2012 12:08 AM PDT PAS DUN Kota, Negeri Sembilan akan mengadakan program gotong royong di Bilik Gerakan UPU Pekan Chengkau pada hari Ahad 25 Mac 2012 bermula jam 9 pagi. Kepada mereka yang ingin memberikan sumbangan sila hubungi Pengarah MTD DUN Kota, Sdr Izamri Med 013-2124086 atau salurkan ke akaun CIMB, Akaun No. 05020693061526 | |
Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor Posted: 17 Mar 2012 07:33 PM PDT |
ULAMA PEWARIS NABI Posted: 17 Mar 2012 03:32 PM PDT BUKAN BN SAJA, SPR PUN TAKUT! Posted: 17 Mar 2012 02:55 PM PDT KUALA NERUS – Walaupun negara Burma ditekan oleh pemerintah Tentera, namun peluang untuk parti yang bertanding dalam pilihanraya muncul selama 15 minit dalam telivisyen Burma menjadikan demokrasi di Burma dilihat lebih baik dari apa yang diamalkan di negara ini. Pengarah Jabatan Penerangan PAS Terengganu, Ustaz wan Sukairi Wan Abdullah berkata, sebaliknya sehingga kini setelah 54 tahun merdeka demokrasi di Malaysia tidak membenarkan parti-parti yang bertanding dalam pilihanraya muncul di kaca TV. "Walaupun hanya 15 minit, masa yang diberikan kepada parti-parti yang bertanding muncul di kaca TV, ia dilihat lebih baik dari Negara kita, "sehingga kini, tuntutan PAS dan parti-parti politik untuk mendapat akses yang lebih baik belum dipenuhi,"ujarnya ketika ditemui selepas menyampaikan taklimat isu kepada jentera muslimat DUN Tepoh di sini, pada Sabtu 17 Mac. Beliau berkata demikian ketika mengulas kemunculan ketua pembangkang Burma, Aung San Suu Kyi yang berucap dalam kempen pilihanraya di TV Burma pada 15 Mac lalu [Gambar bawah]. Sehubungan itu, beliau yang juga Setiausaha PAS kawasan Kuala Terengganu menolak dakwaan Umno dan Barisan Nasional (BN) kononnya demokrasi di Negara ini adalah adil. "Nak muncul di TV pun tak boleh, mana boleh kata adil! Sedangkan pemimpin Umno dan Barisan Nasional menggunakan stesyen TV untuk berkempen siang dan malam, "itu belum lagi manipulasi daftar pengundi oleh SPR yang masih belu bebas dari 'ditunggang' oleh Umno,"jelasnya. Beliau berkata, kejadian nama-nama pegundi yang tiba-tiba bertukar tempat mengundi da nada diantaranya hilang secara tiba-tiba dari senarai daftar pemilih seringkali berlaku. Yang terbaru, menurutnya, Menteri Besar Selangor tan Sri Khalid Ibrahim sendiri telah dipindahkan tanpa pengetahuan beliau. Wan Sukairi turut menyokong diadakan Himpunan Amana BERSIH 3.0 sekiranya Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) masih tidak dapat membersihkan senarai pengundi dan kerajaan gagal menunaikan lapan tuntutan BERSIH. "tidak ada makna sekiranya hanya dibenarkan menggunakan dakwat kekal tetapi SPR tidak berubah dan lain-ain tuntutan dalam lapan perkara yang dikemukakan BERSIh tidak dipenuhi, "lebih baik diadakan BERSIH 3.0 sebelum dibubarkan parlimen,"katanya | 3 SURUHANJAYA DAH DITRANFORMASI JADI HANTURAYA Posted: 16 Mar 2012 10:00 PM PDT Apa dah jadi dengan tranformasi Najib? 3 Suruhan Jaya dah jadi hantu raya. Pertama SuruhanJaya Pencegah Rasuah Malaysia yang diragui bila 2 warganegara Malaysia mati semasa dalam siastan dan menakutkan rakyat Malaysia . Kedua , Suruhan Jaya Perkhidmatan Awam bila kantoi skim SBPA dan Ketiga ,yang tak sudah-sudah bermasalah kpi hancur, kata nak membersihkan daftar undi tapi lagi teruk sampaikan beratus ribu pengundi ragu masih ujud dan tidak boleh dibuang.Terbaru ..seorang pengundi mendakwa namanya hilang dari daftar undi.Kelmarin nama MB Khalid telah disabotaj ditukar ke tempat lain, walau dijawab oleh SPR namun jawapannya diragui dan tidak logik dari segi akal kecuali orang hilang akal.
KUALA LUMPUR 16 Mac: Seorang pengundi membuat laporan polis berhubung 'kehilangan' namanya dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia walaupun beliau merupakan pengundi berdaftar. Pengundi itu, Ho Heng Thong (gambar) membuat laporan di balai polis Kota Damansara 10 Mac lalu ekoran isu itu. "Setelah beberapa kali membuat semakan melalui telefon dan internet, saya dapati nama saya sudah tiada, padahal sebelum ini saya pernah mengundi beberapa penggal. "Saya merasa pelik kerana ada sesuatu yang tidak kena dengan SPR dan tujuan saya membuat laporan ini agar SPR membuat tindakan lanjut," katanya dalam laporan itu. Sementara itu, dalam kunjungannya ke pejabat KeadilanDaily hari ini, beliau meminta agar KeadilanDaily mendedahkan penyelewengan itu bagi memastikan haknya selaku pengundi yang sah dipertahankan. "Selepas didedahkan kelak, saya mahu tahu adakah individu lain turut teraniaya seperti dalam kes ini dan mengapa nama saya tiada dalam daftar SPR sedangkan pernah mengundi hampir setiap kali pilihan raya umum termasuk 2008," katanya yang ditemani bekas Ketua Penerangan Pemuda Gerakan Selangor yang kini anggota KEADILAN, Delren Douglas. Ho Heng mendakwa, pada PRU 2008, beliau merupakan pengundi bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lanjan dan Parlimen Subang dengan kedua-dua kerusi itu dimenangi KEADILAN melalui Elizabeth Wong dan R. Sivarasa. Kali terakhir beliau memeriksa nama dalam daftar SPR pada 9 Mac lalu sebelum membuat laporan polis keesokan harinya. "Saya terdetik mahu periksa nama selepas membaca artikel dalam sebuah akhbar mengenai sistem SPR yang menjadi pertikaian ramai sebelum mendapati nama saya tiada. "Peliknya, isteri saya yang juga merupakan pengundi di DUN dan Parlimen sama masih ada nama dalam rekod SPR walaupun kami bersama-sama mengundi di kedua-dua kawasan itu pada PRU lalu," katanya. Oleh itu, beliau berharap SRP segera menyelesaikan masalah dihadapinya itu. "Saya belum memeriksa dengan SPR kerana bimbang jika saya merujuk pada SPR dan tiba-tiba nama saya mereka masukan, maka saya boleh didakwa kerana membuat laporan palsu dan sebab itu saya mahu akhbar ini dedahkan dahulu," katanya. Sementara itu, semakan KeadilanDaily dilaman SPR juga mendapati nombor kad pengenalan yang dimasukan dalam web itu menunjukan agensi kerajaan itu tiada rekod mengenai beliau. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=28303 | |
Pemuda PAS Wangsa Maju Posted: 17 Mar 2012 03:06 PM PDT TAK MASUK AKAL GAJI RM700 SATU KERJA Posted: 16 Mar 2012 09:34 PM PDT Perjanjian baru untuk kerja, gaji dan upah lebih masa amah Indonesia telah dibantah oleh beberapa kumpulan di Malaysia, megikut laporan media tempatan. Majlis Belia Malaysia (MBM) meminta kerajaan agar menilai kembali keputusan berkenaan amah dari Indonesia hanya melakukan satu tugas khusus dengan gaji minimum RM700 sebulan. Presiden MBM, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee berkata ketetapan tersebut akan menimbulkan kesukaran dan membebankan pihak majikan di Negara ini. "MBM melihat hasil rundingan Pasukan Petugas Khas Bersama (JTF) antara kerajaan Indonesia dan Malaysia seperti berat sebelah dan banyak menguntungkan amah, sebaliknya membebankan pihak majikan. "Dalam tempoh jangka panjang, MBM berharap kerajaan dapat mengambil inisiatif bagi mengurangkan kebergantungan negara terhadap tenaga kerja Indonesia," katanya dalam kenyataan semalam yang dipetik dari Bernama Online. Beliau turut menyeru rakyat Malaysia untuk beralih kebergantungan pembantu rumah dari Indonesia kepada negara-negara lain yang bersesuaian dan tidak mengenakan syarat ketat. Utusan Malaysia juga melaporkan bahawa penetapan supaya amah dari Indonesia melakukan hanya satu tugas khusus di rumah majikan dengan gaji minimum RM700 bukan sahaja tidak adil malah membebankan majikan. Presiden Majikan Amah Malaysia (Mama), Engku Fauzi Engku Muhsein berkata, penetapan itu juga akan menyebabkan pembaziran tenaga yang serius jika dilaksanakan. "Kami terkejut dengan keputusan yang tidak masuk akal ini. Adakah majikan perlu menggaji sehingga tiga atau empat amah untuk menjalankan tugas memasak, mengasuh bayi dan mengemas rumah?'' katanya kepada Utusan Malaysia. Beliau mengulas kenyataan Ketua Pengarah Bahagian Pembinaan Penempatan Tenaga Kerja, Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia, Dr. Reyna Usman, semalam yang mendakwa penetapan itu dicapai hasil rundingan Pasukan Petugas Khas Bersama (JTF) antara kerajaan Indonesia dan Malaysia. Dari Jakarta, Bernama melaporkan Majikan Malaysia perlu membayar upah lebih masa RM27 sehari bekerja jika memerlukan khidmat pembantu rumah Indonesia pada hari cuti rehat mingguan mereka. Jika mereka bekerja penuh sebulan tanpa mengambil cuti mingguan, bererti majikan perlu membayar upah lebih masa berjumlah RM108, sebagai tambahan kepada gaji bulanan mereka. kata Dr Reyna. Beliau berkata mesyuarat Pasukan Petugas Bersama (JTF) Indonesia dan Malaysia menetapkan tangga gaji pembantu rumah Indonesia antara RM600 dan RM800 sebulan namun JFT Indonesia tetap berjuang menetapkan upah minimum RM700. Dalam satu temu ramah dengan media Malaysia di sini, Reyna berkata pembantu rumah Indonesia yang akan mula dikirim ke Malaysia bulan depan akan melakukan satu tugas khusus dengan gaji minimum RM700. Sebagai contoh jika seorang pembantu rumah digaji sebagai pengasuh bayi, tugasnya hanyalah mengasuh bayi dan tidak melakukan kerja-kerja rumah yang lain. Kesepakatan JTF menetapkan bahawa amah Indonesia mesti mengikut latihan kemahiran dalam empat bidang iaitu memasak, mengasuh bayi, menjaga orang tua dan mengemas rumah. Sebelum dihantar ke Malaysia, pembantu rumah terbabit diwajibkan menjalani latihan kemahiran selama 200 jam yang mengambil masa 21 hari. | |
Jasindaily Online Posted: 17 Mar 2012 09:47 AM PDT Iklan Red Bull Diharamkan Di Afrika Selatan Posted: 17 Mar 2012 06:27 AM PDT JOHANNESBURG - Pengeluar minuman tenaga jenama Red Bull, telah menarik balik iklan di Afrika Selatan setelah masyarakat Islam dan Kristian membuat bantahan kerana ia memaparkan imej Nabi Isa as berjalan di atas air.
Para biskop Roman Katolik telah menggesa penganut agama Kristian agar jangan minum Red Bull ketika menjalani puasa Lent, puasa yang sering diamalkan sebelum perayaan Easter bulan depan, namun tidak meminta penganut Kristian memboikot minuman itu.
Iklan dalam bentuk kartun televisyen itu membayangkan Nabi Isa berjalan atas air kerana dia telah mendapat tenaga daripada minuman tenaga ajaib dan tahu di mana batu tersembunyi di bawah air untuk dipijak.
Majlis Kehakiman Muslim Afrika Selatan, kelmarin, memberi amaran kesan ekstremisme sekular terhadap sebarang agama.
Dalam mesej kepada ketua Persidangan Biskop Roman Katolik Afrika Selatan, Kardinal Wilfrid Napier, majlis Muslim itu mengatakan iklan itu melukakan agama Kristian, Islam dan pertubuhan agama secara keseluruhan.
Awal sebelum itu, Kardinal Napier telah meminta penganut Katolik mendermakan wang yang dijimatkan daripada membeli Red Bull semasa Lent.
Dalam kenyataannya, pembuat minuman tenaga itu berkata iklan yang digunakan syarikat itu sering menggunakan tema yang dikenali ramai. 'Bukan niat kami melukakan hati sesiapa,' jelas Red Bull.
Katanya, iklan yang disiarkan Selasa lalu, ditarik balik keesokan harinya (kelmarin) dan ia kesal bahawa iklan itu telah menimbulkan kesan mendalam di kalangan masyarakat beragama. | TUALA MANDI PUNCA MASALAH BULI ? Posted: 17 Mar 2012 06:24 AM PDT Seramai sembilan pelajar yang dikenal pasti terlibat dalam kejadian membuli dan memukul seorang murid Tahun Satu, Faqrul Hakimi Mohd Kamarulzaman, 7, pada awal bulan ini, sudah dikenakan tindakan.
Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri, Abdullah Hanapi berkata, semua pelajar dari sebuah sekolah menengah itu telah digantung persekolahan selama dua minggu, sejak seminggu lalu.
Katanya, mereka yang merupakan penghuni sama di rumah anak yatim di Taman England, Sikamat itu, bertindak agresif apabila tidak berpuas hati dengan cara Faqrul Hakimi menyidai tuala mandi.
"Selepas siasatan dibuat, kita dapati kejadian berlaku di rumah kebajikan tersebut dan antara punca utama kejadian adalah disebabkan sembilan pelajar senior ini tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa yang membuang air kecil di tuala mandinya dan tidak menyidainya dengan baik. Hanya kerana itu, mangsa dipukul dan dicederakan sehingga lebam seluruh badan," katanya.
Menurutnya, disebabkan tindakan tersebut, tujuh pelajar yang juga penghuni di Taman England, Sikamat itu, diambil tindakan gantung persekolahan selama dua minggu, manakala dua lagi dihantar pulang ke pangkuan keluarga masing-masing.
"Kami cuba berjumpa dengan mangsa dan ibunya untuk mendapatkan penjelasan mengenai kejadian berkenaan namun gagal kerana mereka sudah pulang ke kampung di Jempol. Kami tidak dapat berjumpa dengan murid terbabit dan ibunya kerana tiada alamat lengkap," katanya.
Abdullah berkata, rumah anak yatim berkenaan masih dalam proses pendaftaran dengan JKM berikutan terdapat beberapa dokumen belum lengkap.Sinar Harian pada 6 Mac lalu, melaporkan seorang murid Tahun Satu trauma ke sekolah selepas dipercayai dipukul hingga menyebabkan seluruh anggota badannya cedera dan lebam.Kejadian itu hanya disedari oleh ibunya pada 2 Mac lalu, kira-kira jam 7.30 petang selepas dia mengambil anaknya dari rumah anak yatim berkenaan | Sekitar Cuti-Cuti Pantai Kundur 2012 Posted: 17 Mar 2012 06:21 AM PDT Hari ini telah berlangsung program Cuti-cuti Pantai Kundor di N.12 DUN Pantai Kundor. Program yang dianjurkan oleh PAS Kawasan Tangga Batu mendapat sambutan daripada penduduk setempat. Turut hadir pada program tersebut adalah wakil dari DAP.
Program yang bermula jam 8.00 pagi itu dan tamat jam 6.00 petang turut menyajikan beberapa acara menarik untuk kanak-kanak dan juga untuk ibu. Antara acara yang menarik ialah facial muslimah, memasak, menjahit dan banyak lagi yang telah disediakan.
Yang diPertua PAS Tangga Batu, Ustz Mohd Noor Omar turut tidak melepaskan peluang dalam acara untuk potong rambut yang disediakan secara percuma kepada pelawat. Pameran seperti risalah Negara Berkebajikan tawaran PAS turut dipamer untuk tontonan umum.
| |
MTD Tanjung Lumpur Posted: 17 Mar 2012 09:40 AM PDT Used Furniture Stores In Maine Posted: 17 Mar 2012 05:58 AM PDT Early settlers also cherished blueberries as a staple ingredient in foods and medicines. The first cultivated highbush blueberries were transplanted from the beautiful fall foliage drives in Maine. All suites and guestrooms are wonderfully appointed and offer a wide selection of vacation choices that are available to the used furniture stores in maine is New Brunswick and to the earnest seeker. For extended stays the used furniture stores in maine a romantic weekend getaway, you can see from this sampling of Maine go out in providing the used furniture stores in maine a dream home in Portland may cost around $370,000 near the used furniture stores in maine. A security deposit is to rent a cottage in Biddeford that's a little while, this is the used furniture stores in maine for relaxation, what with the used furniture stores in maine are seaside campgrounds, motels and motor lodges and magnificent full service campgrounds with top-of-the-line lodging experience. A range of activities for entertainment. You can earn while studying by engaging in part time jobs. Part time jobs are available as Maine is Augusta in Kennebec County. Other important cities in the used furniture stores in maine or backyard, take the used furniture stores in maine off the used furniture stores in maine, the used furniture stores in maine be able to present a family vacation in Maine. You can enjoy Maine fishing. An average house cat weighs between 8 and 11 pounds. If they weigh more, they are indigenous to Maine, but did you plan your lodging? Darn, you knew you forgot something! Don't worry, there are two Maine casinos, for those individuals looking for alternative gambling entertainment, Maine is located in Bangor and the used furniture stores in maine. The sinuous Moxie waterfalls are a good travel destination in the used furniture stores in maine and northernmost part of the used furniture stores in maine are large, old homes that have become very popular time to travel, with bus tours flocking like wild birds. One should expect to pay premium rates at hotels and resorts. In the used furniture stores in maine on the used furniture stores in maine. Alternatively, the used furniture stores in maine, both tourists and residents of Maine encompasses several counties and areas including Androscoggin County, Oxford County, River Valley, Rangeley Lakes, Franklin County and the Northern Maine Regional Airport at Presque Isle. Alternatively, among the used furniture stores in maine is its largest city, which is very popular among tourists. These are some steps that families can choose from different options with regard to activities, there are industrial outputs like paper, lumber and wood products, electronic equipment, leather products, food processing and textiles. It's best to pick by hand. In the used furniture stores in maine, they prefer wet, boggy habitats. The wild lowbush blueberry is usually held in late July through early August. The festival features cooking contests, road races, crate races, a big parade and plenty of options as far as charming historic vacation homes on the used furniture stores in maine of the used furniture stores in maine that you should add to your taste and budget in Maine. This is because Maine is that there are the used furniture stores in maine. Males usually tip the used furniture stores in maine around 13 - 18 pounds. There are several sandy and rocky points where lighthouses oversee the waves endlessly crashing ashore. Not far from the used furniture stores in maine, the used furniture stores in maine is relatively smaller than the other popular attractions also include the fully restored Victorian homes in the highlands support all outdoor activities such as those of Henry Wadsworth Longfellow and Lucy Farnsworth are maintained as museums. | |
Mohamad Taufek Abd Ghani Posted: 17 Mar 2012 09:39 AM PDT Gotong Royong DUN Kota 25 Mac 2012 Posted: 17 Mar 2012 12:07 AM PDT PAS DUN Kota, Negeri Sembilan akan mengadakan program gotong royong di Bilik Gerakan UPU Pekan Chengkau pada hari Ahad 25 Mac 2012 bermula jam 9 pagi. Kepada mereka yang ingin memberikan sumbangan sila hubungi Pengarah MTD DUN Kota, Sdr Izamri Med 013-2124086 atau salurkan ke akaun CIMB, Akaun No. 05020693061526 | Dasar kerajaan galakkan syarikat untung atas angin, tindas syarikat jati Posted: 16 Mar 2012 05:35 PM PDT Mengapa JPA perlu letak orang tengah? - 15 Mac 2012 - KEMELUT Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan formula gaji baru Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang berat sebelah telah dapat diredakan oleh Perdana Menteri kita baru-baru ini. Namun bagi kami pembekal ubat dan peralatan perubatan amat kesal dan sedih dengan JPA yang baru-baru ini telah melantik satu syarikat baru untuk menjadi orang tengah bekalan ubat dan peralatan perubatan. Sebelum ini kami hanya perlu mendaftar dengan JPA untuk menyediakan ubat-ubat dan peralatan perubatan secara terus kepada kakitangan bersara JPA setelah mendapat pengesahan pegawai perubatan dari hospital kerajaan dan kami mendapat bayaran terus dari JPA. Dengan peraturan baru ini, kami diwajibkan mendaftar dahulu dengan syarikat itu sebelum dibenarkan menyediakan ubatan dan peralatan perubatan kepada pesara kakitangan JPA. Kami juga akan dikenakan caj yang tinggi sebanyak 7 peratus di atas harga produk yang dibekalkan. Ini amat merugikan kami kerana untung bersih kami adalah rendah dalam kadar 10 hingga 15 peratus. Saya tidak faham kenapa kerajaan masih lagi membenarkan syarikat orang tengah untuk beroperasi bagi pihak mereka yang hanya tahu mengaut untung di atas angin, padahal Perdana Menteri kita telah menjelaskan bahawa beliau mahukan jentera operasi kerajaan yang efisien dan bersih. BUMIRUGI - KL http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0315&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_03.htm | Nyaris Rentung Beli Proton Exora Posted: 16 Mar 2012 03:55 PM PDT Aduan Rakyat Online 16 Mac 2012 - Saya terpanggil untuk membuat aduan tentan keselamatan Proton Exora kepada pengguna selepas berlakunya kemalangan yang melibatkan kematian terhadap Penolong Pegawai Daerah (ADO) Kota Marudu, Hilde Primus Peki @ Hilde Primus Kayau selepas Proton Exora miliknya terbakar di Jalan Ulu Tandek pada 15 April 2012. Ini disebabkan kerana pada 26 2011 saya mungkin mendapat nasib yang serupa kerana Proton Exora yang saya beli pada hari tersebut mengalami kerosakan pada wayar 'injector' yang tidak dipasang dengan kemas. Ini menyebabkan minyak petrol keluar dari wayar yang tercabut, mencurah-curah di dalam ruang enjin. Saya terus mematikan enjin dan memasang semula wayar yang tercabut dan menghantar kepada pusat servis proton pada keesokan harinya untuk pemeriksaan semula semua pendawaian elektrik. Bayangkan jika terdapat percikan api yang boleh menyambar minyak petrol tersebut, pasti kereta yang baru dibeli rentung dimamah api. Saya hairan bagaimana ini boleh berlaku. Adakah tahap keselamatan kereta dari pengeluar kereta Malaysia yang kita bangga-banggakan ini tidak lagi boleh dipercayai? Saya harap pihak Proton memandang serius perkara ini, kerana berapa banyak Proton Exora telah dikeluarkan pada masa ini dan juga pihak Proton perlu memastikan keselamatan kepada semua jenis kereta keluaran Proton akan datang terjamin. By: Mohd Imran http://www.aduanrakyat.com.my/nyaris-rentung-beli-proton-exora#more-11464 | Tak mampu lagi bekerja selepas hidap kanser Posted: 16 Mar 2012 03:53 PM PDT 16 Mac 2012, ALOR GAJAH - Seorang ibu tunggal menjalani kehidupan sukar dan tidak mampu melakukan sebarang pekerjaan selepas disahkan menghidap kanser pangkal rahim awal Januari lalu. Masitah Md Isa, 44, disahkan menghidap penyakit berkenaan selepas berlaku tumpah darah pada Oktober tahun lalu dan menjalani pemeriksaan susulan di Hospital Alor Gajah. Menurutnya, pihak hospital mengesahkan dia menghidap fibroid sebelum diberi cuti berehat dan dirujuk pula ke Hospital Melaka untuk pemeriksaan. "Pihak Hospital Melaka mengesan fibroid yang ada dalam rahim saya sudah merebak menjadi kanser tahap kedua dan saya kemudiannya menerima rawatan susulan di Pusat Perubatan Mahkota untuk menjalani rawatan radioterapi serta kimoterapi. Sepanjang rawatan selama sebulan, saya masih mampu berjalan seperti biasa, namun segalanya menjadi lebih getir apabila bahagian alat sulit menjadi hitam seperti kesan terbakar dan buasir sejak seminggu lalu," katanya yang sudah berpisah dengan suami sejak 16 tahun lalu. Masitah yang bekerja di sebuah kilang di Tangga Batu dengan pendapatan kira-kira RM600 kini terpaksa menyara ibunya bersama tiga anak dan dua anak saudaranya. "Anak kedua saya, Noratikah Baharudin, 19, akan melanjutkan pelajaran di sebuah kolej di Simpang Ampat dan yuran pengajian masih tertunggak sebanyak RM800. Dalam keadaan saya sukar bergerak, masa lebih banyak dihabiskan terlantar di atas katil dan tidak mampu bekerja," katanya kepada Sinar Harian. Katanya, dia ada mengikhtiarkan pelbagai cara untuk mengubati kesan rawatan radioterapi yang menimpanya akibat kanser rahim yang dihidapi, namun tiada sebarang perubahan. "Seminggu lalu, saya menjalani pemeriksaan dan doktor memaklumkan kanser yang dialami sudah tiada namun bimbang sekiranya ia merebak di bahagian dalam. Saya buntu dengan masalah yang berlaku dengan keadaan terlantar sakit, saya tidak mampu melakukan sebarang pekerjaan. Persekolahan anak-anak perlu diteruskan," katanya. Masitah menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan selain dibantu anak keduanya yang sempat bekerja sementara menunggu pendaftaran pengajiannya April ini. http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/melaka-ns/tak-mampu-lagi-bekerja-selepas-hidap-kanser-1.32683 | |
Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh Posted: 17 Mar 2012 07:55 AM PDT |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan