Selasa, 13 Mac 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 13 Mar 2012 03:28 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud


Jika tidak bersalah mengapa Sahrizat tidak pertahan diri?

Posted: 12 Mar 2012 05:54 AM PDT

KUALA LUMPUR, 12 Mac: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) mempertikai keputusan Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tanpa mengemukakan bukti bahawa beliau tidak bersalah.

Timbalan Ketua DMPP, Dr. Siti Mariah Mahmud berkata, sekiranya Shahrizat benar-benar tidak terlibat dalam skandal National Feedlot Corporation (NFCorp), beliau perlu mempertahankan diri.

"Memang dari segi siasatan SPRM sampai sekarang belum ada apa-apa keputusan. Beliau meletakkan jawatan atas desakan. Sekiranya dia yakin yang dia tidak bersalah dan tak ada kena mengena dengan dana NFC, pertahankan diri.

"Kalau saya, saya akan pertahankan diri. kalau saya tidak bersalah, pantang orang sebut saya bersalah," kata beliau ketika ditemui selepas istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-12 di Dewan Rakyat hari ini.

Ahli Parlimen Kota Raja itu juga berkata, hanya dengan mengatakan Shahrizat tidak bersalah, namun ingin mengundurkan diri demi kebaikan Umno BN, itu bukan pembelaan diri yang baik.

"Saya juga bersimpati (terhadap Shahrizat) kerana apabila dakwaan-dakwaan ini tidak dipertikai atau tidak ditolak dengan bukti-bukti yang kukuh, maka ia akan tinggal sebagai dakwaan dan Shahrizat tidak ada peluang membela diri.

"Bagi saya tidak adil seseorang itu tidak diberi peluang membela diri dan setakat mengatakan dia tidak ada kena mengena dengan perkara ini, itu bukan satu pembelaan diri yang baik," katanya.

Sehubungan itu ujar beliau, perkara ini harus dijadikan iktibar oleh semua pihak sama ada kerajaan atau Pakatan Rakyat iaitu jawatan seseorang itu dalam kerajaan tidak boleh diambil kesempatan oleh ahli keluarga untuk mendapatkan apa-apa projek.

"Dari segi undang-undang dana itu diberi secara sah oleh kementerian. Sekarang ini persoalannya ialah kenapa diberi kepada keluarga Shahrizat dan dana itu digunakan untuk apa?

"Jadi sebagai peringatan kepada semua menteri atau bakal menteri atau semua yang memegang jawatan kerajaan, kita tidak boleh ada kepentingan ataupun keluarga kita sendiri pun tidak boleh mendapat peluang ini melalui jawatan yang kita pegang.

"Kalau seseorang menteri boleh mengatakan sesuatu kontrak itu diberi tidak ada kena mengena dengan dia, dia kena beri bukti.

"Ini bukan sahaja untuk kerajaan BN tapi untuk mana-mana kerajaan hatta Pakatan Rakyat sekalipun, setiap penjawat mesti sedia berkorban bahawa ahli keluarga tidak boleh dapat manfaat daripada jawatannya," tegasnya.

Semalam, Shahrizat mengumumkan pengundurannya apabila tempoh pelantikannya sebagai Anggota Dewan Negara tamat pada 8 April ini.

Bagaimanapun, beliau akan kekal sebagai Ketua Wanita Umno dan Ketua Wanita BN.

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 13 Mar 2012 01:14 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Pas beri rakyat lot rumah

Posted: 13 Mar 2012 12:00 AM PDT

20 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

MARAN - Pas komited dengan janji untuk menyediakan lot rumah kepada rakyat yang belum mempunyai rumah dan menyelesaikan masalah pemilikan tanah diusahakan sejak puluhan tahun.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pakatan Rakyat (PR) membuat keputusan membuka Felda plantation seluas 143,000 hektar di Pahang untuk membolehkan pemberian tanah dan tapak rumah kepada lebih 40,000 peneroka.

Menurutnya, azam, niat ikhlas dan keyakinan PR Pahang bukan lahir dari angan-angan atau dibuat tanpa asas, tetapi berdasarkan kajian mendalam oleh pelbagai pihak.

"PR akui bukan mudah memberi tanah kepada semua penduduk 1.5 juta Pahang, malah buat masa ini, mungkin ia dilihat sebagai di luar kemampuan.

"Akan tetapi, dengan niat, azam dan kemampuan mentadbir PR, kita yakin mampu menyelesaikan sebahagian masalah tapak rumah untuk rakyat Pahang yang tidak mempunyai tanah tapak rumah," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan perasmian Markas Pas Cawangan Jengka 7, di sini.

Hadir sama, Yang Dipertua Pas Kawasan Maran, Tuan Guru Mohd Baqi Othman.

Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya Pas Pahang berkata, PR berjanji untuk memasukkan peneroka di semua ladang Felda berbanding kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memajak ladang kepada FGV selama 99 tahun.

Menurutnya, PR yakin dengan tindakan bersepadu antara semua agensi berkaitan, ia mampu mengatasi masalah tapak rumah dan isu tanah yang menjadi isu utama rakyat.

"Segalanya bermula dengan niat dan kesungguhan, barulah jalan baru akan ditempuhi mencapai hasrat diinginkan.

"Saya berharap agar rakyat Pahang sedia berubah bersama PR," katanya.

sinar harian/-

Saintis hasil gandum tahan air masin

Posted: 12 Mar 2012 11:50 PM PDT

20 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

SEBUAH kawasan yang ditanam dengan gandum jenis durum.

PARIS - Sekumpulan saintis mengumumkan kelmarin bahawa mereka membiak sejenis gandum yang boleh hidup di tanah berair masin.

Ketua penyelidikan berkenaan, Matthew Gilliham daripada University Adelaide, selatan Australia memberitahu, tanaman baharu itu dibiak daripada gandum jenis durum.

Saintis-saintis terbabit memasukkan gen yang dinamakan TmHKT1;5-A untuk membolehkan gandum tersebut tahan terhadap persekitaran masin.

Gen tersebut dimasukkan dengan menggunakan teknik-teknik pembiakbakaan kacuk dan bukan teknologi kejuruteraan genetik.

Tanaman tersebut digunakan untuk membuat pasta dan kuskus.

Menurut Gilliham, gandum baka baharu itu dapat membantu petani Jepun selepas tanaman mereka ditenggelami air laut dalam bencana tsunami tahun lalu.

Sekitar 20,000 hektar sawah padi di timur laut Jepun digenangi air laut dalam bencana tersebut yang menyebabkan ramai petani hilang mata pencarian. - AFP

Kos bertunang: Rakyat masih tunggu jawapan Najib

Posted: 12 Mar 2012 11:50 PM PDT

20 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 13 Mac: Rakyat masih menunggu jawapan dan bukti pembayaran daripada akaun peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai pembayaran majlis pertunangan anak beliau sebanyak RM409,767 di Hotel Shangri-La.

"Sehingga kini Pejabat Perdana Menteri hanya menafi perbelanjaan ini daripada wang rakyat, sedangkan saudara Rafizi Ramli berjaya membuktikan dengan fakta, tempahan ini dibilkan kepada Pejabat Perdana Menteri (PMO)," kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad (gambar).

Katanya, ketika rakyat disuruh mengikat perut kerana indeks harga pengguna yang meningkat, subsidi hendak dikurangkan, barang keperluan harian terus melonjak, tiba-tiba Perdana Menteri boleh membelanja sejumlah wang yang begitu besar untuk majlis pertunangan anak beliau.

Menurutnya, rakyat tidak kisah kalau benar wang itu daripada poket peribadi beliau dengan Datin Seri Rosmah.

"Memang rakyat sudah maklum mereka berdua ialah suami isteri yang banyak wang.

"Tetapi jika ia menggunakan harta rakyat untuk kemewahan peribadi maka ia perlu disiasat hingga ke akar umbi, lebih-lebih lagi penafian sudah dibuat secara rasmi," ujarnya kepada Harakahdaily.

Jika berlaku sebalikanya, kata beliau maka ia satu pembohongan yang besar dilakukan oleh seorang Perdana Menteri.

Justeru, tegasnya orang yang berbohong tidak layak untuk memegang amanah rakyat dan mesti diturunkan segera daripada tampuk kuasa.

Beliau berkata, wang sebanyak RM409,767 hanya untuk satu malam majlis pertunangan anak Najib dan Rosmah sedangkan untuk kos seorang siswazah Fakulti Pergigian untuk tempoh empat tahun hanya RM151,208, Fakulti Perubatan untuk tempoh lima tahun (RM235,390) dan Fakulti Farmasi untuk tempoh empat tahun (RM56,360).

harakahdaily/-

Beza Azizah, Shahrizat bagai langit dengan bumi

Posted: 12 Mar 2012 11:50 PM PDT

20 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 13 Mac: Perbezaan antara Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dengan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang mana keluarganya bertanggungjawab menyalahgunakan sebanyak RM250 juta adalah bagaikan langit dan bumi.

Demikian dinyatakan Naib Presiden PKR, N Surendran yang merujuk kenyataan Timbalan Menteri Ahmad Maslan bahawa Wan Azizah sepatutnya meletak jawatan sebagai Presiden Keadilan kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan pada 1999.

Baginya, kenyataan Ahmad itu mendedahkan hipokrasi Umno.

Jelasnya, umum mengetahui Anwar dipenjarakan berikutan rekayasa Umno yang melibatkan Perdana Menteri ketika itu Dr Mahathir, Ketua Polis Negara, Peguam Negara dan sistem kehakiman yang sudah rosak.

Tambahnya, tuduhan dan hukuman terhadap Anwar mengejutkan rakyat Malaysia dan mengundang kritikan antarabangsa.

"Namun Ahmad Maslan terus membohongi dirinya sekiranya beliau menyatakan bahawa Anwar dibicarakan secara adil.

"Mengapa perlu Wan Azizah meletak jawatan apabila beliau dan keluarganya menjadi mangsa kezaliman dan politik kotor Umno?" soalnya dalam satu kenyataan.

Sebaliknya, kata beliau Wan Azizah mempunyai tanggungjawab sebagai seorang pemimpin politik untuk terus kekal di jawatannya dan terus memperjuangkan reformasi, keadilan dan kebebasan.

Menurutnya, selama 13 tahun Wan Azizah telah berjaya memimpin perjuangan dengan berani dan bermaruah, menghadapi cabaran besar.

"Perbezaan antara Wan Azizah dengan Shahrizat yang mana keluarganya bertanggungjawab menyalahgunakan sebanyak RM250 juta adalah bagaikan langit dan bumi," katanya.

Beliau berkata, hanya selepas berhadapan dengan kritikan Pakatan Rakyat dan rakyat, Shahrizat mengumumkan melepaskan jawatan menterinya pada bulan hadapan.
Ini, jelas Surendran bukannya tindakan sukarela.

Menruutnya, Ahmad Maslan, Muhyiddin dan pimpinan Umno lain tidak boleh membohongi rakyat dengan menyatakan bahawa Shahrizat telah 'mengorbankan' dirinya.

Malah, katanya pimpinan Umno dan BN tidak mempunyai budaya mengambil tanggungjawab terhadap penyelewengan mereka dengan melepaskan jawatan mereka.

"Dilindungi oleh polis, media dan sistem kehakiman yang dikuasai mereka, pimpinan BN tidak pernah melihat perlunya untuk patuh pada prinsip kebertanggungjawaban dan tatakelola yang baik," ujarnya lagi.

Baginya, kenyataan Ahmad Maslan ialah contoh terbaik kecurangan Umno tersebut.

harakahdaily/-

Imam Maut, Masjid Di Belgium Diserang Bom Petrol

Posted: 12 Mar 2012 11:41 PM PDT

20 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

BRUSSELS: Seorang imam terbunuh apabila sebuah masjid Syiah di ibu negara Belgium diserang seorang lelaki dengan bom petrol petang Isnin.

Masjid itu terletak di kawasan Anderlecht dekat Brussels.

Maklumat awal polis menunjukkan masjid itu diserang menggunakan bom petrol oleh seorang lelaki, yang berjaya ditahan.

Serangan itu adalah yang pertama sejak pembunuhan Abdullah Muhammad al-Ahdai, dalam masjid oleh kumpulan Iran pada 1989.

Datuk Bandar Anderlecht dipetik media tempatan sebagai berkata, suspek membaling bom petrol ke arah masjid itu antara jam 6 dan 7 petang Isnin waktu tempatan.

Laporan-laporan awal juga menyebut bahawa imam berusia 47 tahun meninggal dunia selepas terhidu asap tebal akibat kebakaran.

Seorang lagi mangsa dilaporkan cedera.

Pegawai-pegawai keselamatan berkata, seorang lelaki ditahan berikutan kejadian itu.

"Seorang suspek kini ditahan," kata jurucakap polis Marie Verbeke dipetik agensi berita AFP.

"Lebih 10 jemaah berada di masjid untuk menunaikan solat ketika seorang dilihat masuk dengan membawa beg," kata seorang saksi Azzedine Laghmish kepada stesen RTBF, dipetik BBC.

"Dalam beg itu ada satu bekas yang diisi dengan petrol, yang dia baling ke arah bahagian tengah bilik," kata Laghmish.

"Imam cuba untuk memadamkan kebakaran tetapi terperangkap dalam bilik," katanya lagi.

Menteri Dalam Negeri Belgium, Joelle Milquet berkata, beliau terkejut dengan kejadian ini.

Imam itu mempunyai empat orang anak.

Laporan The Telegraph dari UK berkata, kebakaran telah memusnahkan sebahagian besar masjid itu, yang merupakan terbesar di Belgium.

mstar/-

Api misteri kembali mengganas

Posted: 12 Mar 2012 11:41 PM PDT

20 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

Zainab menunjukkan api misteri (dalam bulatan) yang membakar kain tudungnya di rumahnya di Kampung Penambang Bunga Emas, Kota Bharu semalam.

KOTA BHARU – Selepas lebih setahun tenang tanpa serangan api misteri, keluarga Zainab Sulaiman, 75, atau lebih dikenali sebagai Mok Nab kembali resah apabila serangan tersebut kembali berulang di kediamannya di sini kelmarin.

Terbaru, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 4.30 petang, Jumaat lalu di rumahnya di Kampung Penambang Bunga Emas, dekat sini, apabila api misteri tersebut muncul secara tiba-tiba dan membakar sebuah almari yang sarat dengan pakaian.

Menurut Zainab, kejadian tersebut disedari oleh seorang cucunya, Wan Mohd. Faiz Wan Hanafi, 16, yang terbau hangit seperti benda terbakar sebelum mendapati sebuah almari yang terletak di dalam sebuah bilik terbakar.

Katanya, ketika disedari api yang muncul tersebut begitu marak dan membakar almari serta sebahagian dinding bilik tersebut menyebabkan beliau dan menantunya, Rafeah Zakaria, 38, serta dua lagi cucunya, Wan Nurfatihah, 14, dan Wan Nurfatini, 12, panik dan berada dalam ketakutan.

"Kami semua terpaksa mengambil semua pakaian yang disimpan di dalam almari dan dicampak ke luar rumah melalui tingkap untuk mengelakkan daripada terus hangus terbakar selain bimbang api menjadi semakin marak.

"Orang kampung juga datang menolong memadamkan kebakaran dan disebabkan api yang sangat marak, saya terpaksa meminta orang kampung menelefon pihak bomba kerana bimbang rumah saya hangus terbakar," katanya ketika ditemui semalam.

kosmo/-

Pelatih PLKN Sungai Siput meninggal dunia di hospital selepas demam

Posted: 12 Mar 2012 11:30 PM PDT

20 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

SUNGAI SIPUT: Seorang pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di sini meninggal dunia malam tadi selepas dirawat selama tiga hari di Hospital Sungai Siput kerana demam.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Supt Azman Salim berkata, R.Vinoth, 18, yang berasal dari Padang Jawa, Klang, Selangor meninggal dunia pada 10 malam tadi.

Laporan kematian dibuat oleh bapanya hari ini dan punca kematian belum diketahui.

"Kita sedang menunggu hasil bedah siasat hospital berkenaan," kata Azman kepada pemberita hari ini.

Vinoth dilaporkan demam di kem berkenaan beberapa hari hari dan dihantar ke Hospital Sungai Siput untuk mendapatkan rawatan.

Dia mengikuti program berkenaan awal Januari lalu dan dijangka tamat latihan itu Jumaat ini. - BERNAMA

Laksana konsep wasatiyyah secara menyeluruh

Posted: 12 Mar 2012 09:00 PM PDT

20 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 13 Mac: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) menegaskan konsep wasatiyyah yang diperkenalkan kerajaan harus dilaksanakan secara menyeluruh.

Katanya, konsep itu harus dilaksanakan sebagaimana dituntut agama Islam berdasarkan firman Allah yang bermaksud: "bagitulah Allah menjadikan kamu manusia supaya kamu dapat menjadi saksi dan model umat Islam kepada umat-umat yang lain".

Ketika mengemukakan soalan tambahanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat pagi ini, Abdul Hadi berkata Islam mengamalkan pendekatan bahawa agama itu ada kuasa, malangnya hari ini agama seolah-seolah diketepikan.

Malah tambahnya, apabila pendekatan itu tidak diamalkan maka fitnah memfitnah antara satu sama lain, keruntuhan moral dan rasuah berlaku di kalangan orang Islam.

Bukan itu sahaja, katanya kesalahan berhubung Islam misalnya penyelewengan wang zakat, faraid, hatta fitnah dibicarakan dalam mahkamah sivil.

"Kita sudah memerintah lebih 50 tahun tetapi kita masih dibelenggu dengan hal-hal seperti ini.

"Apakah perkara ini termasuk dalam agenda membebaskan umat Islam terus dibelenggu dalam masalah ini?" Tanya beliau yang juga Presiden PAS.

Terdahulu, Abdul Hadi dalam soalan asalnya meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan kedudukan konsep wasatiyyah di dalam dasar-dasar pemerintahan negara pada masa ini dan apakah pelan menyeluruh yang dirangka oleh pihak kerajaan untuk melaksanakan konsep tersebut.

Sementara itu, Najib dalam jawapannya menjelaskan kerajaan memperkenalkan konsep wasatiyyah sebagai gagasan negara di mana konsep itu ada persamaan dari segi nilai-nilai yang menjadi amalan agama lain.

harakahdaily/-

Buruh cedera pinggang ditikam

Posted: 12 Mar 2012 08:40 PM PDT

20 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KULIM - Seorang buruh lelaki, warganegara asing berusia 30-an cedera di bahagian pinggang apabila ditikam oleh dua lelaki tidak dikenalinya di Taman Helang Perdana, kira-kira jam 3.30 petang semalam.

Menurut rakan mangsa yang membantunya, mangsa bekerja di kawasan pembinaan itu sejak setahun lalu.

Sebelum kejadian, mangsa memaklumkan kepada rakan lain dia hendak membeli air dan tanpa disedari dua lelaki mengekori mangsa dengan sebuah motosikal.

Suspek kemudiannya mengacukan pisau dan meminta mangsa menyerahkan wang dan telefon bimbit kepada mereka.

Suspek yang tidak puas hati dengan barangan yang diberikan oleh mangsa kemudiannya menikam mangsa di bahagian pinggang sebelah kanan sebelum melarikan diri.

Mangsa yang berlumuran darah menjerit meminta bantuan daripada pekerja lain sebelum memaklumkan kejadian itu kepada Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM).

Pengerusi PPKM, Khor Eng Khim kemudiannya memaklumkan kejadian itu kepada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk meminta bantuan ambulan sebelum dihantar ke Hospital Kulim untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

"Perlakuan samun dalam kalangan pekerja asing semakin kerap berlaku. Sehingga kini beberapa kes sudah dilaporkan berlaku. PPKM sentiasa membuat rondaan dan memastikan tidak berlaku sebarang kejadian jenayah berlaku bagaimanapun Kulim masih merupakan kawasan selamat kerana banyak tangkapan sudah dibuat oleh polis bersama PPKM terhadap suspek yang terlibat dalam pelbagai kejadian jenayah," katanya.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superitendan Ghuzlan Saleh mengesahkan kejadian itu dan mangsa kini berada dalam keadaan stabil.

sinar harian/-

Menangis atas bumbung IPD

Posted: 12 Mar 2012 08:30 PM PDT

20 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

TURUTAN gambar menunjukkan seorang lelaki yang naik ke bumbung tingkat empat IPD Kota Setar di Alor Setar, Kedah kelmarin cuba terjun sambil membawa tong gas pendingin hawa kosong sebelum anggota polis dan bomba cuba memujuknya (gambar tengah). Gambar kanan menunjukkan Adzaman (kiri) sedang memujuk kelindan lori tersebut.

ALOR SETAR – Seorang lelaki yang mengalami tekanan perasaan menggemparkan orang ramai apabila dia cuba terjun dari tingkat empat bangunan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar di sini sebelum dapat diselamatkan setelah dipujuk selama tiga jam kelmarin.

Kejadian pukul 5 petang itu berlaku apabila lelaki berusia 26 tahun tersebut naik ke tingkat atas melalui tangga bangunan sebelum dia dilihat duduk di bucu bumbung.

Warga IPD dan orang ramai yang ternampak perbuatan lelaki itu terkejut menyebabkan suasana di balai polis tersebut bertukar kecoh.

Difahamkan, kelindan lori yang telah berkahwin dan mempunyai seorang anak tersebut datang dari Kluang, Johor ke negeri ini untuk menjalani kehidupan baharu dengan mencari pekerjaan lain. Jarak di antara dua tempat itu kira-kira 704 kilometer.

kosmo/-

Pemuda PAS minta tambah bantuan mangsa banjir

Posted: 12 Mar 2012 08:15 PM PDT

20 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 13 Mac: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor memohon Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor supaya dapat menyalurkan peruntukan tambahan segera kepada mangsa-mangsa banjir yang telah terjejas teruk akibat banjir besar baru-baru ini.

Begitupun, ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan merakamkan penghargaan di atas sumbangan segera yang telah disalurkan oleh kerajaan negeri baru-baru ini sebanyak RM300 untuk setiap keluarga.

"Walau bagaimanapun berbanding dengan kemusnahan yang berlaku jumlah sumbangan tersebut perlu ditambah," ujarnya kepada Harakahdaily.

Di samping itu, kata beliau pihaknya menggesa agensi-agensi kerajaan negeri seperti pihak berkuasa tempatan (PBT), pejabat-pejabat daerah dan anak-anak syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) dapat digerakkan secara berjadual untuk bergotong-royong membantu mangsa-mangsa di dalam kerja-kerja pembersihan.

Sehubungan itu juga, katanya Pemuda PAS negeri melalui Skuad Unit Amal telah turut turun membantu semenjak dari hari pertama kejadian sehingga sekarang tetapi sangat terhad pergerakan mereka dari sudut kelengkapan peralatan dan sumber kewangan.

Beliau berkata, pihaknya amat mengharapkan semoga banyak pihak yang akan tampil untuk menghulurkan sumbangan dan bantuan tenaga kerja untuk membantu mangsa-mangsa banjir tersebut.

"Selain itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor juga sangat berharap semoga pihak kerajaan negeri dapat menyegerakan penyelarasan penyaluran peruntukan tambahan tersebut kerana tindakan itu adalah untuk kebaikan dan kebajikan rakyat Selangor jua," ujarnya.

harakahdaily/-

‘Saya nak bersama dia’

Posted: 12 Mar 2012 08:00 PM PDT

20 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: "Saya tahu dia tak berniat nak tinggalkan saya. Selepas ini, saya nak tinggal dengan dia kerana hanya dia yang saya ada di dunia ini. Terima kasih kepada semua, dapat jumpa dia (anak)," kata Faridah Maulud ketika dipertemukan dengan anaknya buat pertama kali semalam sejak ditinggalkan 10 hari lalu.

Dalam pertemuan penuh sayu itu, kedua-dua mereka dilihat tidak berenggang dengan sesekali anaknya, Amir Mohd Omar, 27, menyeka air mata di pipi ibu berusia 66 tahun itu sambil menerangkan dia tidak meninggalkan ibunya sendirian, tetapi terpaksa berbuat demikian atas faktor kesihatan.

Menafikan anaknya sengaja berbuat demikian, Faridah berkali-kali menyatakan yang dia tahu anaknya mengalami masalah kesihatan dan dia sendiri bersetuju untuk dibawa ke sebuah hotel berhampiran Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi memudahkan mereka berdua menerima rawatan.

"Dia ada beritahu saya yang dia nak ke hospital, jadi lebih elok saya ikut dia ke sana kerana takut tinggal berseorangan di rumah di Wangsa Maju kerana baru-baru ini ada kes pergaduhan di situ.

"Cumanya, saya tidak tahu ke mana dia pergi selepas tiga hari tak muncul, tapi dia ada tinggalkan sedikit wang untuk membeli makanan. Hari ini baru dapat jumpa," katanya ketika ditemui semalam.

Pertemuan itu diadakan hasil inisiatif Harian Metro dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKMWPKL) diketuai pengarahnya, Noormah Abd Rauf.

Sebelum itu, Amir hadir ke pejabat JKM WPKL di sini untuk memberi penjelasan kepada Noormah berhubung tindakannya meninggalkan ibu itu bersendirian sehingga membawa kepada laporan polis yang dibuat penyelia hotel itu pada 8 Februari lalu.

Selepas itu, dia di bawa ke Pusat Sehenti Bina Diri di Sungai Buloh untuk bertemu ibunya dan berbincang mengenai kewajaran untuk mengambil semula wanita berkenaan tinggal bersamanya dalam waktu terdekat.

Sebaik melihat kelibat anak tunggalnya itu, Faridah tidak henti-henti menangis dan terpaksa ditenangkan Noormah seketika sebelum perbincangan lanjut mengenai status terkini dirinya.

"Saya hendak tinggal dengan dia kerana dia anak saya. Kalau dapat nanti, saya ingin mengajar al-Quran seperti di kampung sebelum ini. "Saya baca artikel mengenai diri saya, tapi saya tahu anak saya buat yang terbaik untuk saya. Mungkin lebih baik di hotel berbanding di rumah kerana saya tinggal seorang, di hotel orang ramai," katanya.

Sementara itu, Amir berkata, dia bersyukur kerana akhirnya dapat bertemu ibunya dan berterima kasih kepada semua pihak termasuk JKM yang membantu menjaganya sepanjang tempoh itu.

Katanya, ketika ini, fokusnya hanyalah untuk mencari pekerjaan baru selepas berhenti sebagai pegawai pemasaran di sebuah syarikat swasta di ibu negara petang kelmarin.

metro/-

PAS rakam takziah buat keluarga Nurul Nadhirah

Posted: 12 Mar 2012 07:50 PM PDT

20 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 13 Mac: PAS merakam ucapan takziah kepada keluarga adik Nurul Nadhirah Abdullah (gambar) yang disahkan mati dibunuh dan dibakar selepas hilang sejak 1 Mac lalu.

"Saya rakamkan simpati dan takziah kepada keluarga mangsa, semoga Allah mengurniakan sebaik-baik ganjaran di atas musibah yang dihadapi," kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melalui Facebooknya.

Polis semalam mengesahkan mayat rentung yang ditemui di sebuah ladang kelapa sawit di Nusa Damai, Pasir Gudang di Johor Baharu 8 Mac lalu adalah Nurul Nadhirah atau Dirang.

Nurul Nadhirah dilaporkan hilang pada 1 Mac lalu kira-kira 11 pagi ketika keluar untuk membeli mee segera dan telur di kedai runcit di kawasan flat kediamannya.

Sambil menyelar perbuatan kejam itu, Nik Abdul Aziz yang juga menteri besar Kelantan berkata, punca kepada jenayah yang berlaku sekarang ini adalah kerana manusia sudah hilang rasa takut kepada Allah SWT.

Ekoran itu mereka berani melakukan apa sahaja termasuk membunuh orang yang tidak berdosa.

"Sesungguhnya punca kepada jenayah seperti ini ialah kerana manusia tidak takutkan Allah SWT,"

"Sesungguhnya ketakutan kepada Allah WT itulah yang akan mencegah manusia melakukan jenayah, bukannya undang-undang buatan manusia," katanya.

harakahdaily/-

Seludup senjata ke Mesir, 3 individu dipenjara seumur hidup

Posted: 12 Mar 2012 07:40 PM PDT

20 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KAHERAH 13 Mac - Mahkamah Mesir semalam menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap dua rakyat Israel dan seorang rakyat Ukraine selepas didapati bersalah menyeludup senjata api dan peluru di sempadan negara ini.

Menurut mahkamah, rakyat Ukraine terbabit yang merupakan pengurus agensi pelancongan di pekan Sharm el-Sheikh, telah menempah senjata daripada dua rakyat Israel terbabit.

Senjata terbabit kemudiannya diseludup melalui sempadan di kawasan Taba sebelum dikesan oleh pihak berkuasa yang menggunakan alat pengesan bahan letupan. - REUTERS

Syria terus bergolak, 18 lagi maut

Posted: 12 Mar 2012 07:30 PM PDT

20 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

BEIRUT 13 Mac - Sekurang-kurangnya 18 orang terbunuh di seluruh Syria ketika tentera kerajaan melancarkan serangan terbaru ke wilayah bergolak di Idlib, semalam.

Aktivis anti rejim yang hanya dikenali sebagai Taser berkata, tentera melancarkan serangan meriam di Dbeit dan kawasan berjiran, Ath-Thawra, menyebabkan beberapa bangunan runtuh.

"Situasi kemanusiaan di sini juga semakin meruncing kerana penduduk tidak mendapat bekalan air dan elektrik," katanya. - AFP

AirAsia X Gantung Perkhidmatan Laluan Christchurch

Posted: 12 Mar 2012 07:20 PM PDT

20 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: AirAsia X, unit tambang murah jarak jauh AirAsia memutuskan untuk menggantung perkhidmatannya di laluan Kuala Lumpur-Christchurch-KL sebagai sebahagian daripada pelarasan rangkaiannya untuk memberikan tumpuan kepada pasaran teras.

Dalam satu kenyataan Isnin, AirAsia X menjelaskan, penerbangan empat kali seminggu di antara KL dengan Christchurch itu akan digantung selepas penerbangan akhir pada 30 Mei (dari Kuala Lumpur) dan 31 Mei (dari Christchurch).

AirAsia X berkata, ia akan menawarkan pilihan pengembalian wang sepenuhnya, perjalanan ke destinasi AirAsia X yang lain seperti Australia ke Kuala Lumpur atau Kuala Lumpur ke Asia Utara, atau tempahan semula penerbangan pergi balik sebelum 31 Mei, kepada pelanggan-pelanggannya yang telahpun membuat tempahan awal.

"Semua perubahan akan dibuat tanpa melibatkan kos tambahan untuk mengurangkan kerumitan akibat pemberhentian perkhidmatan itu dan pelanggan-pelanggan yang terlibat akan menerima e-mel menyatakan opsyen-opsyen yang ada," kata syarikat penerbangan itu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Azran Osman-Rani berkata, keputusan untuk memberhentikan perkhidmatan ke Christchurch itu dibuat untuk memberikan tumpuan strategik kepada pasaran-pasaran yang telah stabil dan menguntungkan oleh AirAsia X.

Beliau berkata, laluan tersebut telah mencapai prestasi yang kukuh dari segi permintaan sejak pelacarannya pada April 2011, dengan catatan hampir 80 peratus pengisian penumpang pada 2011.

"Bagaimanapun, laluan itu menerima kesan daripada kos bahan api kapal terbang yang semakin meningkat.

"Harga bahan api telah meningkat lebih 30 peratus dan masih berada pada paras yang sangat tinggi," tegasnya.

Azran menambah, kos bahan api yang tinggi telah menjejaskan keupayaan syarikat itu untuk menawarkan tambang murah. - BERNAMA

Maut terjatuh tingkat 10

Posted: 12 Mar 2012 07:00 PM PDT

20 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

GEORGE TOWN - Seorang pelajar jurusan fizik Universiti Sains Malaysia (USM) sempat memohon maaf kepada rakan dan ahli keluarganya di laman sosial Facebook sebelum dia ditemui mati selepas terjatuh dari tingkat 10 Flat Desa Universiti, Sungai Dua di sini semalam.

Kejadian pukul 12.30 tengah hari itu mengakibatkan Tan Chee Boon, 23, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan akibat terjatuh melalui tingkap bilik tidur rumah sewanya.

Pelajar tahun akhir itu dikatakan baru sahaja sampai ke rumah itu pada malam kelmarin selepas menghadiri majlis perkahwinan abangnya di Taman Gunung Perak 2, Alor Setar, Kedah.

kosmo/-

Pemaju resort pertimbang tarik diri dari Gebeng

Posted: 12 Mar 2012 06:40 PM PDT

20 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

Sebuah syarikat pemaju hartanah sedang mempertimbangkan keputusan sama ada untuk menarik diri daripada projek membina sebuah resort dan perumahan bernilai jutaan ringgit berhampiran Kuantan berikutan pemberian lesen operasi sementara (TOL) kepada kilang memproses nadir bumi Lynas Advanced Materials Plant (Lamp) di Gebeng.

stg resort kuantan gold coast lynasMenurut akhbar harian Cina Nanyang Siang Pau, pengarah Kumpulan STG Alex Tan Siong Seng berkata syarikatnya akan membatalkan projek Kuantan Goldcoast jika kerajaan bertegas mahu meneruskan kilang penapisan nadir bumi itu.

Langkah ini adalah untuk mengelakkan risiko kerugian dan pada masa yang sama melindungi kepentingan pelabur STC, kata akhbar itu yang memetik Lee.

Lee dalam laporan itu mendakwa Kumpulan STG telah membelanjakan RM3 juta bagi projek hartanah itu dan akan menghadapi kerugian antara RM20 juta hingga RM30 juta jika kilang milik Lynas dari Australia itu mula beroperasi.

Sementara itu, ahli jawatankuasa pusat PKR Pahang Lee Chean Chung menimbulkan kebimbangan bahawa operasi berkenaan akan menjejaskan ekonomi di Kuantan.

"Kuantan adalah bandar pelancongan. Jika operasi memproses nadir bumi itu bermula, ia akan mempunyai kesan domino yang akan memberi impak yang tidak dapat dibayangkan ke atas ekonomi Kuantan. Ini termasuk pada ikan, makanan laut, sarang burung, perladangan, hartanah mahupun pelancongan," kata Lee.

Lynas diberi geran

Katanya, projek Kuantan Goldcoast di Sungai Balok yang juga bernilai jutaan ringgit Kuantan hanya terletak beberapa kilometer dari Gebeng, tempat Lynas mendirikan kilang mereka. Projek hartanah itu juga akan mewujudkan antara 500 dan 600 peluang pekerjaan dan sebahagian besar penduduk tempatan akan mendapat manfaatnya.

"Sebaliknya, Lynas hanya mampu mewujudkan kira-kira 200 peluang pekerjaan sehingga kini. Ia juga diberi taraf perlepasan cukai untuk selama 12 tahun dan tanah yang dibeli untuk tapak kilang itu di Zon Perindustrian Gebeng juga dikecualikan daripada duti setem.

"Di samping itu, kerajaan turut memberikan Lynas geran bernilai kira-kira RM1.2 juta untuk melatih pekerja Malaysia," katanya.

Lee (tengah) juga membidas Ketua Pengarah Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB), Datuk Raja Abdul Aziz Raja Adnan kerana enggan mengiktiraf bahaya akibat sisa yang ditinggalkan oleh kilang penapisan Asia Rare Earth di Bukit Merah, Perak.

"Raja Aziz berkata bahawa Kementerian Kesihatan tidak mempunyai data sejarah mengenai leukemia di kawasan itu. Oleh itu, katanya, tidak ada asas untuk membuat perbandingan bagi menentukan sama ada ARE adalah punca leukemia itu.

"Malah, tergamak beliau berkata oleh kerana seorang penduduk tempatan Lai Kwan (kiri) yang bekerja untuk sub kontraktor (dalam loji itu), anaknya, Kok Leong yang terencat itu, adalah tanggungjawab kontraktor berkenaan dan bukannya kerajaan .

"Adakah ini bermakna bahawa jika penduduk Kuantan berhampiran kilang Lynas yang mempunyai apa-apa penyakit akibat radiasi, kerajaan yang meluluskan kilang itu tidak mempunyai apa-apa tanggungjawab?" soalnya.

Lee menuntut bahawa Raja Aziz memohon maaf bagi keceluparannya itu.

malaysiakini/-

Boss bola sepak Brazil letak jawatan

Posted: 12 Mar 2012 06:30 PM PDT

20 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

RIO DE JANEIRO (Brazil) 13 Mac - Ketua Persekutuan Bola Sepak Brazil (CBF), meletak jawatan ketika kontroversi tuduhan rasuah melanda, demikian menurut persekutuan tersebut.

Ricardo Teixeira yang mengumumkan bercuti kerana alasan kesihatan pada minggu lalu telah melepaskan dua jawatan iaitu sebagai ketua CBF dan ketua jawatankuasa penganjur tempatan Piala Dunia 2014.

Ketika ini Jose Maria Marin menjadi pemangku jawatan presiden CBF. - AFP

Beri warganegara jadikan PRU13 paling kotor

Posted: 12 Mar 2012 06:20 PM PDT

20 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 13 Mac: PAS Wilayah Persekutuan menyokong pandangan Datuk Mahfuz Omar yang menggesa kerajaan supaya menghentikan pemberian taraf kewarganegaraan kepada mana-mana warga asing yang datang ke negara ini sehingga Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) selesai diadakan.

"PAS WP menganggap gesaan Naib Presiden PAS itu sebagai suatu usaha bagi mengelakkan warga asing mengundi dalam PRU13," kata Ketua Penerangannya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz.

Katanya, kerajaan wajar mengambil langkah itu bagi mengelakkan prejudis rakyat bahawa warga asing turut diberikan hak kerakyatan dan mengundi dalam PRU13 seperti mana yang sering dibualkan sebelum ini.

Menurutnya, pilihan raya umum dalam sebuah negara demokrasi adalah hak buat rakyat Malaysia, justeru idak wajar bagi sesebuah kerajaan menggunakan warga asing bagi memenangkan partinya.

Tindakan itu, ujarnya adalah satu penipuan dan pencabulan terhadap hak demokrasi di negara ini.

Bagi PAS WP, tambahnya ebih elok kalah pilihan raya melalui undi rakyat negara yang sah, kerana ia adalah kekalahan bermoral dan terhormat daripada menang dengan cara penipuan.

"Biarkan rakyat negara ini sendiri yang menilai pemerintahan negara kerana mereka kenal pemimpin mana yang betul dan salah untuk dipilih," ujarnya lagi.

Rakyat asing pula, kata beliau tidak berhak campur tangan dalam politik negara ini serta menentukan masa depan dan pemerintahan negara.

Justeru, katanya PAS WP meminta kerajaan mengambil perhatian terhadap cadangan yang diutarakan itu jika kerajaan benar-benar bersikap telus dalam memastikan perjalanan PRU13 berlangsung dengan adil dan bersih.

"Jika tidak, selamanya kerajaan negara ini tidak bersih dari persepsi masyarakat bahawa sistem demokrasi dan pilihan raya umum di Malaysia amat kotor dan mungkin PRU13 adalah pilihan raya paling kotor dalam sejarah," katanya.

harakahdaily/-

Kebakaran di Istanbul ragut 11 nyawa

Posted: 12 Mar 2012 06:15 PM PDT

20 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

ISTANBUL - Sekurang-kurangnya 11 terbunuh selepas khemah buruh binaan di sebuah tapak pembinaan pusat membeli-belah Istanbul, Turki terbakar, kelmarin.

Datuk Bandar daerah Esenyurt, Necmi Kadioglu berkata, kebakaran di tapak yang menempatkan 200 tenaga buruh itu dikatakan berpunca daripada masalah alat pemanas dalam khemah tersebut.

Sebuah khemah berhampiran turut terbakar, namun anggota penyelamat tidak dapat mengesahkan sama ada terdapat mangsa lain yang mungkin terkorban dalam insiden itu.

sinar harian/-

Taliban ikrar balas dendam

Posted: 12 Mar 2012 06:00 PM PDT

20 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

BEBERAPA orang tentera AS berkawal di hadapan sebuah kem tentera di Panjwai, wilayah Kandahar. AS kini berdepan tekanan daripada Taliban yang mahu membalas dendam. - Agensi

KABUL – Kumpulan Taliban Afghanistan semalam berikrar akan membalas dendam ke atas kekejaman Amerika Syarikat (AS) berikutan insiden seorang tentera AS menembak mati 16 orang penduduk kampung di dalam rumah mereka.

Taliban menegaskan ia akan membalas tindakan kejam bagi pihak setiap seorang yang terkorban itu, jelas satu kenyataan di laman webnya.

Kelmarin, seorang tentera AS keluar dari pangkalan tentera di Kandahar sebelum memecah masuk ke dalam beberapa buah rumah di kampung berdekatan dan membunuh 16 orang yang terdiri daripada wanita serta kanak-kanak.

Dia kemudian ditahan. AS mengeluarkan kenyataan simpati kepada keluarga mangsa, selain berjanji akan mengambil tindakan.

"Kebanyakan mangsa ialah wanita, orang tua dan kanak-kanak yang tidak berdosa. Pengganas AS mahu mencari alasan atas jenayah tidak berperikemanusiaan ini dengan mendakwa pelakunya mengalami masalah mental.

"Jika benar sekali pun dia sakit mental, ini membuktikan satu lagi krisis moral tentera AS kerana mereka memberikan senjata kepada orang gila dan menembak orang awam Afghanistan yang tidak bersenjata tanpa memikirkan kesannya," jelas laman web Taliban. – AFP

Piala Monsun gagal, tamparan buat Umno Terengganu

Posted: 12 Mar 2012 05:50 PM PDT

20 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA TERENGGANU, 13 Mac: Kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang mendedahkan sebenarnya penganjuran Piala Monsun sejak tujuh tahun lalu gagal meraih pulangan memberi tamparan kepada pemimpin kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu.

Ahmad Shabery dilaporkan berkata kerajaan membelanjakan RM20 juta setiap tahun bagi penganjuran Piala Monsun dan jumlah itu adalah perbelanjaan terbesar dalam penganjuran bagi satu acara sukan.

"Kita mahu berbincang dengan semua pihak sama ada Piala Monsun akan diteruskan dengan format sedia atau menggunakan kaedah lain memandangkan tujuh tahun penganjuran, sebahagian perbelanjaan datangnya daripada kerajaan berjumlah RM20 juta.

"Jumlah ini besar berbanding pengendalian acara sukan lain di negara ini," katanya mengulas isu khabar angin Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang ingin mengambil alih penganjuran Piala Monsun daripada T-Best Events Sdn Bhd yang masih belum disambung kontrak penganjuran tahun depan.

Sekaligus, kenyataan terbuka Shabery menolak dakwaan kerajaan Umno/BN Terengganu bahawa Piala Monsun tidak membazir.

Pada tahun 2007, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Industri dan Pelancongan Negeri ketika itu, Datuk Mohamed Awang Tera dipetik berkata, kejohanan itu ternyata telah mampu meletakkan nama Pulau Duyong dan Terengganu khasnya di peta dunia sejak penganjuran sukan tersebut.

"Memang biasalah orang suka memburuk-burukkan kerajaan, lebih-lebih lagi dekat pilihan raya," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman Bio Global Tech Sdn Bhd dan Luher Management Berhad.

Beliau berkata, kononnya, kejohanan kapal layar itu ditonton oleh hampir 1.2 bilion orang di seluruh dunia dan sekaligus telah memperkenalkan Terengganu di seluruh dunia.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai hasil pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat Mengenai Integriti di Kuala Terengganu yang antara lain turut membangkitkan rasa tidak puas hati rakyat terhadap penganjuran sukan itu yang dikatakan membazir dan tidak menguntungkan.

Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat Mengenai Integriti, Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh berkata, aduan diterima menyatakan keuntungan penganjuran sukan itu hanya diraih oleh individu tertentu sedangkan pada keseluruhannya ia dikatakan tidak memberi pulangan seperti yang diharapkan.

Mohamed berkata dakwaan itu tidak tepat kerana acara Piala Monsun adalah satu acara yang dilihat mampu meningkatkan kehadiran pelancong setiap tahun ke negeri ini terutama di waktu musim tengkujuh.

"Piala Monsun salah satu acara yang sedikit sebanyak menyumbang kepada peningkatan kehadiran pelancong yang datang ke Terengganu dan juga peningkatan pengunaan bilik hotel," katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri telah mendapat banyak manfaat daripada projek Teluk Warisan dan juga acara Piala Monsun manakala penduduk Pulau Duyong sendiri ditawarkan membeli kondominium rakyat dengan harga yang lebih murah berbanding dengan harga pasaran semasa.

Melalui marina yang dibina pula, beliau berkata ia telah berjaya menarik kapal-kapal masuk ke Sungai Terengganu.

Sebaliknya Bekas Pengerusi Persatuan Penduduk Pulau Duyong (Pekeduy) Muzafez Affyulzaifuzan Mohamad mendakwa ia adalah bohong semata-mata.

Beliau yang dihubungi Buletinonline berkata, apa yang berlaku sebenarnya, penganjuran Piala Monsun tidak membawa apa-apa manfaat kepada rakyat Terengganu khususnya penduduk Pulau Duyung.

Beliau yang merupakan anak jati Pulau Duyung berkata, kondominium atau pangsapuri yang dibina oleh kerajaan Umno/BN bukanlah dijual kepada penduduk kampung.

Begitu juga Marina yang dibina, tidak ada kapal-kapal yang masuk berlabuh dan kini terbiar begitu sahaja.

harakahdaily/-

Polis Sahkan Mayat Rentung Adalah Dirang

Posted: 12 Mar 2012 05:40 PM PDT

20 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

Nurul Nadirah

JOHOR BAHARU: Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Roslan Zainuddin hari ini mengesahkan mayat rentung ditemui di Nusa Damai, dekat Seri Alam pada 8 Mac lalu sebagai kanak-kanak malang yang dilaporkan hilang sebelum ini iaitu Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau lebih dikenali sebagai Dirang.

Beliau berkata, hasil ujian DNA yang dijalankan terhadap mayat berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kimia pada Isnin mengesahkannya.

"Berdasarkan pemeriksaan dijalankan di tempat kejadian, kami menemui serpihan tulang dan berjaya mendapatkan sampel DNA yang kemudiannya dihantar ke makmal dan sepadan dengan DNA ibunya," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Menurutnya, walaupun siasatan awal mendapati mayat rentung itu milik manusia dewasa, namun hasil ujian DNA yang dikeluarkan itu mendapati ia adalah milik Dirang yang dilaporkan hilang sejak 1 Mac.

Katanya, faktor keadaan mayat yang rentung teruk juga menyebabkan pengecaman sukar dilakukan oleh pihaknya.

Perkembangan terbaru itu sekaligus menamatkan misteri kehilangan Nurul Nadhirah yang sebelum ini dilaporkan hilang ketika keluar membeli mi segera dan telur kira-kira pukul 11 pagi, di kedai runcit di kawasan rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam.

Berikutan itu satu pasukan siasatan khas telah ditubuhkan dengan diketuai oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Datuk Amer Awal dan dibantu pasukan dari Bukit Aman bagi menyelesaikan kes itu.

Kes itu turut mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk pihak swasta dan orang perseorang yang turut sama membantu mencari dengan mengedarkan poster mengenai kehilangan mangsa. Hasil siasatan sebelum ini, katanya polis telah menahan empat suspek termasuk bapa kandung mangsa dan jirannya bagi membantu siasatan berhubung kehilangan kanak-kanak itu.

Roslan berkata, berikutan hasil ujian itu, polis kini menyiasat kes tersebut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh berbanding sebelum ini yang disiasat atas aduan orang hilang.

Menurutnya, tempoh tahanan reman keempat-empat suspek akan dilanjutkan bagi membantu siasatan. -BERNAMA

Majlis bertunang anak PM: Jingga buat laporan SPRM

Posted: 12 Mar 2012 05:30 PM PDT

20 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

NGO Jingga 13 hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan kerajaan membiaya majlis pertunangan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan pasangannya di Seri Perdana.

Laporan, itu juga menamakan isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor. Ia mendakwa bahawa RM409,767 wang rakyat digunakan pada majlis tertutup yang diadakan pada 17 Jun tahun lalu yang dihadiri oleh pembesar negara , tokoh-tokoh terkenal dan sahabat taulan perdana menteri dan isteri beliau.

Ketua Jingga 13, Fariz Musa ketika dihubungi berkata, laporan itu dibuat di ibu pejabat SPRM Selangor di Shah Alam petang ini.

"Kami dedahkan semua dokumen berkaitan, khususnya Borang Pesanan Majlis Bankuet atau 'Banquet Event Order' yang dikeluarkan di atas nama Pejabat Perdana Menteri.

"Kami harap bahawa SPRM akan menyiasat dokumen itu dengan bersifat telus dan profesional dan jika perlu mendakwa Najib di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 kerana salah-gunakan kuasa," kata Fariz.

Beliau juga mempersoalkan bagaimana majlis swasta itu boleh dianjurkan dengan menggunakan wang rakyat.

"Jingga 13 mempersoalkan bagaimana majlis pertunangan anak perempuan yang bersifat peribadi sejumlah RM409,767 ditanggung oleh rakyat Malaysia?

"Sejumlah RM 18,792 untuk kos jamuan VIP seramai 36 orang yang bernilai RM522 seorang, RM309,975 bagi kos jamuan tetamu seramai 862 orang dan kos pengendalian ialah RM81,000," kata Fariz.

Dokumen yang menunjukkan bahawa Jabatan Perdana Menteri membuat pesanan untuk majlis itu, pertama kali didedahkan oleh pengarah strategi PKR Rafizi Ramli.

Walau bagaimanapun, JPM menafikan bahawa dana awam digunakan untuk membiayai jamuan yang diadakan di Shangri-la Hotel itu.

Rafizi turut mendesak Najib supaya membuktikan bahawa perbelanjaan untuk majlis berkenaan ditampung daripada kocek beliau sendiri.

Anak perempuan Najib dan Rosmah, Nooryana Najwa bertunang dengan seorang warga Kazakhstan pada 17 Jun 2011 dalam satu majlis di Seri Perdana, Putrajaya.

malaysiakini/-

Salam Perjuangan

Posted: 12 Mar 2012 11:26 PM PDT

Salam Perjuangan


TERHAPUSKAH 'DOSA' UMNO-BN DENGAN HANYA SATU PERMOHONAN MAAF?

Posted: 12 Mar 2012 09:16 AM PDT

19 Rabi'ul Akhir 1433 H | 13 March 2012
Meminta maaf adalah sifat mahmudah, samada terhadap manusia apatah lagi dengan Allah. Sikap suka memohon maaf dan kesungguhan memohon maaf lumrahnya lahir dari rasa bersalah.

Lagi banyak rasa bersalah seseorang itu, maka lagi keraplah dia akan memohon maaf. Memohon maaf dengan manusia atau rakyat teramai jarang dilakukan oleh mana-mana kerajaan atau pimpinan kerajaan. Kerana itu, apabila ada yang lakukan tentulah ianya menjadi bahan perbincangan awam.

Memohon maaf tanpa sebarang niat dan tindakan untuk memperbetulkan kesilapan-kesilapan di atas membuka ruang kepada rakyat untuk menilai tahap keikhlasan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam permohonan maafnya kepada rakyat baru-baru ini.

Memohon maaf kepada rakyat bermakna bersalah dengan rakyat. Apakah kesalahannya mungkin besar kerana ia melibatkan rakyat teramai. Lantaran itu soal rakyat ingin memaafkannya atau tidak terpulang kepada rakyat. Cuma Islam mengajar kita agar memaafkan kesalahan orang lain, agar Allah memaafkan kita.

Meminta maaf dan memaafkan suatu kesalahan adalah sifat terpuji, tetapi bukan bermakna kerajaan harus diberi terus mandat untuk melakukan semula kesalahan, penyelewengan, rasuah dan salahguna kuasa.

PAS yakin persoalan-persoalan mengenai penyelewengan dana negara, ketirisan sehingga berbillion ringgit serta kegagalan kerajaan membina sebuah negara yang berdaya saing, samada dalam pendidikan, ekonomi, sukan, keselamatan sosial dan pelbagai isu lain tetap akan kekal di minda rakyat Malaysia.

Ini kerana mereka sedar bahawa Perdana Menteri (PM) mereka hanya memohon maaf tatkala kerana pilihanraya umum ke 13 bakal menjelang tiba demi memohon rakyat terus memberi mandat kepada BN.

DUN CHINI

Posted: 12 Mar 2012 07:51 PM PDT

DUN CHINI


MENGECAM TINDAKAN MENAHAN PRESIDEN ANAK MEMASUKI SABAH

Posted: 11 Mar 2012 11:20 PM PDT


19 Rabi'u al-Akhir 1433 bersamaan 12 Mac 2012
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengecam tindakan kerajaan negeri Sabah kerana menahan saudara Mazlan Aliman, Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) dari memasuki negeri itu semalam. DPPM menganggap tindakan terhadap Mazlan Aliman amat tidak wajar dan menzalimi hak seorang warganegara yang sah.

DPPM menegaskan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan demokrasi dan Sabah serta Sarawak adalah sebahagian dari negeri di Malaysia. Jika benar Sabah dan Sarawak mahu menanamkan semangat demokrasi Malaysia, Sabah perlu menghormati setiap warganegara sah untuk memasuki mana-mana negeri dalam Malaysia. Konsep autonomi yang dipersetujui semasa pembentukan Malaysia dahulu bukan suatu tiket buat kerajaan Sabah melakukan sewenang-wenangnya terhadap mana-mana rakyat yang mahu ke negeri itu. Tindakan kerajaan Sabah telah jelas melanggar semangat demokrasi di negara ini serta menghina seorang warganegara yang sah. Menjadi suatu kepelikan apabila seorang warga negara ini dinafikan hak untuk masuk ke negara ini tanpa apa-apa kesalahan.

DPPM mempersoalkan apakah jenayah yang telah dilakukan oleh saudara Mazlan sehingga dinafikan hak sebagai rakyat Malaysia yang lain? Apakah Sabah mahu negara ini menjadi sebuah negara tentera atau komunis? Sedangkan Mazlan tidak mempunyai rekod buruk dalam sebarang aktiviti jenayah atau keganasan.

DPPM melihat tindakan penahanan beliau adalah suatu tindakan 'politik desperado' oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman yang takut dengan kebangkitan rakyat dalam himpunan Bangkit 123 hari ini. Datuk Seri Musa Aman merasa cemas sekiranya gelombang tsunami politik membadai pula Sabah sepertimana yang berlaku di negeri Semenanjung pada hari ini serta gerun sekiranya rakyat mendedahkan penyelewengan yang dibuat oleh kerajaan pimpinannya dalam isu pengambilan tanah. Sehinggakan beliau sanggup menggunakan kuasa eksekutifnya sebagai Ketua Menteri mengambil tindakan terhadap wira rakyat dan tanah adat Sabah, Saudara Mazlan Aliman dari memasuki negeri itu.

DPPM mendesak penjelasan Ketua Menteri Sabah serta respons segera dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung isu ini. DPPM mendesak tindakan tegas Perdana Menteri terhadap kebiadapan Ketua Menteri Sabah bagi memastikan tiada lagi kejadian seumpama ini dimasa akan datang. Rakyat merasa tersinggung dengan insiden ini dan menganggap Ketua Menteri Sabah telah menyanggah hak rakyat dalam sebuah negara demokrasi.



DR RAJA AHMAD AL HISS

Naib Ketua

Dewan Pemuda PAS Malaysia

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 12 Mar 2012 03:45 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


IMAM , HAKIM , KEADILAN DAN DOT3

Posted: 12 Mar 2012 01:49 AM PDT

Bukti Institusi kehakiman telah dicemari dengan campurtangan pentadbiran UMNO BN
Pemuda PAS simpati nasib Imam HoslanKUALA LUMPUR, 8 Mac: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melahirkan rasa simpati ke atas Tuan Haji Hoslan Hussin yang telah dijatuhkan hukuman penjara setahun atas kesalahan menghina mahkamah ekoran tindakan beliau membaling kasut ke arah panel hakim bulan lepas.

Keberanian tindakan beliau sememangnya telah menggemparkan negara dan ia kejadian yang jarang berlaku di negara ini, kata Ketua Penerangan Pemuda PAS, Riduan Mohd Nor.

Bagi DPPM, apa yang berlaku ke atas beliau adalah suatu manifestasi kemarahan rakyat bawahan yang cuba mempertahankan hak mereka untuk diadili secara adil.

Beliau berjaya mencuit perhatian ramai pihak termasuk masyarakat antarabangsa supaya mengambil berat terhadap kes beliau, kata Riduan.

DPPM, katanya, mengharapkan supaya beliau mendapat perbicaraan yang adil di mahkamah terbuka di negara ini.

Kes yang menimpa beliau menjadi pengajaran kepada semua pihak supaya jangan memperkecilkan golongan rakyat bawahan, tegasnya.

"Akhirnya, DPPM mendoakan semoga Haji Hoslan tabah menghadapi ujian yang melanda beliau.

"DPPM juga berusaha membantu keluarga meringankan beban mereka beliau sepanjang tempoh hukuman dikenakan ke atas beliau," katanya. -HD

Institusi kehakiman telah dicemari dengan campurtangan pentadbiran BN. Adalah menjadi hasrat Pakatan Rakyat untuk melindungi dan mempertahankan integiriti dan kebebasan institusi kehakiman negara.- N Surendran Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat




NAUZUBUILLAH ! ADA NEGERI KERAJAAN BN AKA ISRAEL TELAH DIJUMPAI?

Posted: 11 Mar 2012 06:51 PM PDT

ika sebelum ini, pemimpin NGO dan parti polik pembangkang dilarang daripada memasuki Sarawak, kini Sabah juga mengambil tindakan yang sama.

Kali ini, giliran, Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman dihalang dari memasuki Sabah, malam semalam.

Dalam SMS kepada Malaysiakini, Mazlan berkata sebaik sahaja mendarat di Kota Kinabalu, beliau ditahan pihak imigresen negeri itu.

NONE"Sampai di Lapangan Terbang (Antarabangsa) Kota Kinabalu, Sabah (pada jam) 8.45 malam ini (semalam). Ditahan imigresen. Tidak dibenarkan masuk di bawah Seksyen 65(1) Akta Imigresen 1959 oleh pihak berkuasa kerajaan negeri Sabah," tulisnya.

Difahamkan beliau yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Wilayah PAS Pusat bersama 10 lagi anggota jawatankuasa ke Sabah untuk lawatan kerja selama tiga hari.

Sementara itu, Harakahdaily melaporkan semua yang lain dibenarkan masuk kecuali diri Mazalan sahaja yang ditahan di pejabat Imigresen di lapangan terbang itu hampir sejam.

Beliau juga dipetik oleh portal rasmi PAS itu sebagai berkata beliau akan membuat satu laporan polis di sana selepas berhubung dengan peguamnya.

Mazlan ditemani Pegawai Khas Lajnah, Fadhil Osman, Razman Zakaria (Pengerusi Badan Bertindak Peserta Felcra, BAPA), Kolonel (B) Nazari (Kebajikan Tentera dan Veteran Angkatan Tentera, KERABAT) dan Abd. Rahman Ramli (Gerakan Kebangkitan Peneroka Felda Kebangsaan, BANGKIT).

Beliau dijadual menyertai himpunan aman '123 BANGKIT' hari ini di Kota Kinabalu dan akan menubuhkan NGO KERABAT dan BANGKIT bagi peringkat negeri Sabah.

Himpunan itu bertujuan 'membebaskan' rakyat daripada dibelenggu "penindasan dan penyelewengan" hak pemilikan tanah di negeri berkenaan.

Pada perhimpunan sama dua tahun lalu, penganjur mendakwa berjaya menghimpunkan hampir 5,000 peserta.

Menurut Mazlan, ketika cuba mendapatkan penjelasan mengapa dirinya ditahan, pegawai Imigresen berkenaan hanya menyatakan mereka cuma menjalankan tugas.

Setelah ditahan hampir sejam, beliau diarahkan supaya pulang ke Semenanjung serta merta.

PAS KOTA TINGGI

Posted: 12 Mar 2012 01:26 PM PDT

PAS KOTA TINGGI


Program Dialog

Posted: 12 Mar 2012 05:36 AM PDT


Permohonan Maaf Perdana Menteri – Nilailah Keikhlasannya

Posted: 11 Mar 2012 08:37 PM PDT

Meminta maaf adalah tanda sifat mahmudah, samada terhadap manusiaapatah lagi dengan Allah. Sikap suka memohon maaf dan kesungguhan memohon maaf lumrahnyalahir dari rasa bersalah.

Lagi banyak rasa bersalah seseorang itu, maka lagi keraplahseseorang itu akan memohon maaf. Memohon maaf dengan manusia atau rakyatteramai jarang dilakukan oleh mana-mana kerajaan atau pimpinan kerajaan. Keranaitu, apabila ada yang lakukan tentulah ianya menjadi bahan perbincangan awam.

Memohon maaf tanpa sebarang niat dan tindakan untukmemperbetulkan kesilapan-kesilapan di atas membuka ruang kepada rakyat untukmenilai tahap keikhlasan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalampermohonan maafnya kepada rakyat baru-baru ini.

Memohon maaf kepada rakyat bermakna bersalah dengan rakyat.Apakah kesalahannya mungkin besar kerana ia melibatkan rakyat teramai. Lantaranitu soal rakyat ingin memaafkannya atau tidak terpulang kepada rakyat, cumaIslam mengajar kita agar memaafkan kesalahan orang lain, agar Allah memaafkankita.

Meminta maaf dan memaafkan suatu kesalahan adalah sifatterpuji, tetapi bukan bermakna kerajaan harus diberi terus mandat untukmelakukan semula kesalahan, penyelewengan, rasuah dan salahguna kuasa.

PAS yakin persoalan-persoalan mengenai penyelewengan dananegara, ketirisan sehingga berbillion ringgit serta kegagalan kerajaan membinasebuah negara yang berdaya saing, samada dalam pendidikan, ekonomi, sukan,keselamatan sosial dan pelbagai isu lain tetap akan kekal di minda rakyat Malaysia.

Ini kerana mereka sedar bahawa Perdana Menteri (PM) merekahanya memohon maaf tatkala kerana pilihanraya umum ke 13 bakal menjelang tibademi memohon rakyat terus memberi mandat kepada BN.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 12 Mar 2012 01:05 PM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Pemuda PAS Bukit Katil terus mendekati masyarakat

Posted: 12 Mar 2012 12:06 AM PDT

A090
"Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya."
(al-Nahl: ayat 90)
Alhmadulillah,

Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil sentiasa berusaha untuk mendekati masyarakat sesuai dengan tema PAS Melaka iaitu Rakyat Di Hati Kami.

Berikut adalah antara aktiviti yang dijalankan oleh Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit katil dalam mendekati rakyat sekaligus memastikan rakyat terus bersama-sama PAS dalam usaha untuk memastikan Negara Berkebajikan yang berasaskan Islam dapat dilaksanakan di Malaysia.

Pada 4/3/2012, Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil telah turun di sekitar kampung Bukit Katil untuk bertemu dan bermesra dengan rakyat terutama golongan pemuda. Selain itu DPPKBK turut mengedarkan risalah penerangan bagi memastikan rakyat terus mendapat berita-berita yang benar.

  
DPPKBK yang diketuai saudara Jauhar (3 dari kanan) bersama wakil UPU bukit katil, Hj Maarof dan Hj Jaya berganding bahu untuk mendekati rakyat.
 Golongan muda terus menyokong PAS.

 
 Kereta Peugeot yang dimiliki oleh salah seorang Pemuda PAS.

Selain mendapatan maklumat, DPPKBK turut sama untuk mendaftarkan pengundi baru,

Saudara Abu khir mengedarkan risalah penerangan dari rumah ke rumah

Ketua Pemuda, Saudara Jauhar (duduk) bersama Naib ketua Pemuda, Saudara Bahtiar bertanyakan kepada pengundi muda sesuatu.

Pada 10/3/2012 DPPKBK turun ke Gelangang permainan sepak takraw Taman Harta Pertama, Bukit Baru untuk bermesra dengan orang muda yang selalu bermain sepak takraw disitu. DPPKBK turut menyumbangkan air 100plus dan bola sepak takraw kepada anak-anak muda ini.

  
ketua DPPKBK, saudara jauhar dan Ketua Penerangan DPPKBK, Saudara Aizat memberi sumbangan air 100plus dan bola sepak takraw.

Saudara Jauhar bersembang bersama salah seorang pemain.

 Para pemain mengucapkan terima kasih



Anak-anak muda sedang bermain sepak takraw.

InsyaAllah, dengan sedikit usaha seperti ini akan memastikan kemenangan PAS dan menjatuhkan kerajaan rasuah umno dan BN..


DUN Lembah Jaya

Posted: 12 Mar 2012 11:42 AM PDT

DUN Lembah Jaya


Mengagihkan keperluan asas kepada lebih seratus mangsa

Posted: 11 Mar 2012 07:04 PM PDT

11 Mac 2012 - Menyampaikan bantuan baldi dan keperluan asas berupa tuala, kain pelikat, kain batik, sabun dan sebagainya kepada salah seorang mangsa.




Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 12 Mar 2012 11:40 AM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Saya ditahan dalam keadaan lapar dan dahaga

Posted: 11 Mar 2012 11:54 PM PDT


Tindakan Kerajaan BN Sabah yang di dalangi Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman menghalang saya masuk ke Sabah sebagai angkuh, bongkak dan bacul.

Notis Penolakan Masuk di bawah Seksyen 65(1)(a) Akta Imigresen 1959/63 yang ditandatangani oleh Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Sabah, Addy Rizal bin Jamlidi telah mencabul hak asasi saya sebagai warganegara Malaysia.

Berkali-kali saya mempersoalkan kenapa saya di tahan dan tidak di benarkan masuk ke Sabah?
Apa kesalahan saya; apa jenayah yang saya lakukan? Mereka mengatakan tiada alasan dan sebab melainkan arahan Pihak Berkuasa Negeri!

Saya di kawal ketat, dalam keadaan lapar; bukan sahaja tidak diberi makan; segelas air pun tiada!

Saya telah membuat laporan Polis di Pejabat Imigresen Lapangan Terbang Kota Kinabalu dan di hantar balik melalui penerbangan Air Asia ke Kuala Lumpur sekitar jam 11 malam tadi.

Hampir dua tahun yang lalu, regim Taib Mahmod juga telah memperalatkan Imigresen untuk menghalang saya masuk ke Sarawak.

Saya berkeyakinan ini semua berpunca dari kebimbangan dan ketakutan regim Musa Aman dan Taib Mahmod dari kebangkitan rakyat yang menentang kezaliman Kerajaan BN.

Isu rampasan tanah Adat atau NCR berleluasa dan sangat kritikal. Kuasa Ketua Menteri sangat besar; sewenang-wenangnya tanah yang di duduki dan di usahakan penduduk puluhan tahun di rampas. Kononnya penduduk menceroboh kawasan hutan simpan dan tadahan air.

Ada rumah penduduk yang dibakar, kebun di sodok oleh jentolak, tanaman musnah dicincang lumat oleh anggota penguatkuasa kerajaan negeri seperti Jabatan Hutan dll.

Peliknya; kawasan yang dirampas di beri pula kepada syarikat-syarikat kroni atas nama pembangunan. Rakyat menderita dan hilang pergantungan.

Hatta; menuntut hak di Mahkamah pun di tangkap, dipukul dan di penjarakan seperti yang berlaku di Pensiangan.

Saya mengetuai Lajnah(Biro) Pembangunan Tanah & Wilayah PAS Pusat bersama rakan-rakan berulang alik ke Sabah Sarawak secara konsisten bertahun lamanya. Turun ke kawasan Pedalaman dan menyaksikan penderitaan rakyat.

Kemiskinan tegar, kemunduran melampau, sangat kurangnya kemudahan asas dan tersiksanya rakyat akibat cengkaman regim BN yang menindas rakyat. 20 tahun ke belakang jika dibandingkan Semenanjung.
Bahkan jika di ukur dengan negeri Kelantan pun seperti langit dengan bumi!
Kelantan jauh lebih maju dan membangun daripada Sabah dan Sarawak.

Saya bawa wakil penduduk ke Parlimen bertemu menteri dan pimpinan BN dan Pakatan Rakyat. Kita iringi mereka membuat aduan di Suhakam. Suhakam mengakui isu tanah Sabah dan Sarawak begitu kritikal dan political will pimpinan BN untuk menyelesaikannya sangat menyedihkan. Laporan Polis, serahan memorandum, bawa kes ke Mahkamah dan apa ruang telah kami lakukan.

Himpunan 123

Pagi ini Himpunan 123 Bangkit di adakan di perkarangan Pejabat Ketua Menteri. Ratusan rakyat yang datang dari Tawau, Keningau, Pensiangan, Kudat, Lahad Datu, Sandakan, Sepanggar dll dengan Bas sewa khas serta pengangkutan awam di layan begitu buruk oleh Musa Aman.

Harapan tinggi rakyat yang sengsara kerana tanah mereka di dirampas untuk mengiringi pimpinan Ngo dan pimpinan etnik kaum menyerah memorandum di anggap remeh Kerajaan BN.

Adakah wajar pegawai rendah di tugaskan menerima memorandum hanya di 'tepi jalan' Wisma Negeri?
Mana pergi Musa Aman atau sekurang2nya Menteri Kanan Sabah? Hina sungguh rakyat jelata diperlaku Kerajaan Bn!
Apa salahnya di bawa masuk wakil2 Ngo dan penduduk sekurang-kurangnya di ruang tamu Wisma Negeri?
Apa salahnya Kerajaan Negeri mendengar dulu isi hati dan derita rakyat?

Ada penduduk menempuh perjalanan selama 12 jam; hanya mampu makan nasi bungkus sepanjang perjalanan, tayar kereta pancit di tengah jalan dan macam-macam kesukaran yang di alami untuk sampai ke Pejabat Ketua Menteri. Begini kesudahan layanan Musa Aman. Mana slogan ' Rakyat di dahulukan, Pencapaian di utamakan?

Perjuangan rakyat akan di teruskan. Seperti slogan penduduk Sabah; 'Tanah adalah nyawa kami, tanah adalah kehidupan kami.'

Kami tidak akan putus harapan dan patah semangat. Regim Musa Aman wajib di tumbangkan!
-------------------------------------------
Penulis, AJK PAS Pusat,  telah dihalang memasuki Sabah malam tadi. Beliau ditahan dan dihantar balik kemudiannya ke Semenanjung.

Adakah wanita penentu generasi hari esok?

Posted: 11 Mar 2012 11:53 PM PDT


Galuran susur sambutan Hari Wanita Antarabangsa (HWA)


Wanita merupakan lebih separuh daripada jumlah penduduk negara ini yang kini telahpun mencecah lebih kurang 28 juta orang. Demikian pula, wanita juga merupakan separuh daripada populasi dan penghuni bumi. Pengiktirafan ke atas wanita telah mendorong  persetujuan PBB pada tahun 1975 untuk menetapkan bahawa tanggal 8 Mac setiap tahun itu sebagai tarikh rasmi bagi sambutan Hari Wanita Antarabangsa (HWA), iaitu setelah HWA disambut buat kali yang ke-64!

Barangkali tidak ramai yang tahu bahawa tanggal 8 Mac 2012 baru-baru ini merupakan sambutan HWA untuk kali yang ke 101 tahun. Sekaligus membawa maksud usaha pemberdayaan wanita dari kacamata Barat (termasuk wilayah pengaruh jajahannya) telah dilipatkaligandakan secara terancang lebih kurang satu abad yang lalu, sekalipun kelihatannya agak terkemudian berbanding pengiktirafan ke atas wanita yang telah diberikan Islam, iaitu lebih kurang 1400 tahun yang silam.

Kali pertama HWA ini disambut ialah pada 19 Mac 1911 oleh Austria, Denmark, German dan Switzerland. Terdahulu, ideanya bermula pada tahun 1910 dalam satu Mesyuarat Pertubuhan Sosial Antarabangsa yang kemudiannya menyaksikan sambutan pada tahun berikutnya melibatkan lebih kurang 1 juta orang wanita, dengan dijayakan bersama-sama dengan kaum lelaki.

Di peringkat negara kita sendiri, HWA telah disambut kali pertamanya pada tahun 1975 dan sebagai rakaman sejarah, negara pada 8 Mac 1975 telah melancarkan Setem Kenang-Kenangan Sambutan Hari Wanita Antarabangsa. Ironinya, pada masa yang sama terdapat satu lagi tarikh untuk Sambutan Hari Wanita di peringkat Malaysia (dalam negara) iaitu pada tanggal 25 Ogos setiap tahun. Malangnya, tarikh ini adalah hanya mewakili kepentingan segelintir iaitu sempena sejarah penubuhan Ibu Umno yang sekaligus tidak zahir daripada pertimbangan yang barangkali adil untuk semua wanita yang realitinya terdiri daripada pelbagai latarbelakang sosial dan ideologi perjuangan serta ideologi politik masing-masing.

Nah, ini antara cabaran kita dalam menyatukan kepelbagaian wanita itu agar upaya duduk semeja bagi membincangkan perihal paling butuh dan paling perlu demi kelangsungan Generasi Hari Esok, yang nantinya bisa belajar bagaimana untuk terus memacu kebangkitan dan kemajuan meski dalam wadah yang cukup berbeda! Iyya, perbedaan itu sesungguhnya tidak wajar merencat apa jua usaha ke arah yang lebih baik, apatah lagi jika kita meletakkan kepentingan kelangsungan warga manusia dan martabat kemuliaan wanita itu sendiri di neraca kewajarannya.

Siapa wanita hari ini dan apa cabarannya?

Bila kita bercakap tentang siapakah wanita itu pada hari ini, maka kita mesti jujur dalam menyatakan siapakah sebenarnya wanita itu. Kita tidak boleh bersikap, bila bicara sahaja soal wanita maka kita terperangkap dalam fahaman wanita itu adalah kita semata-mata. Jika dengan andaian itu, maka tentulah kita sebenarnya gagal untuk sejujurnya memahami, mengenali dan menyantuni segala persoalan yang berhubungkait langsung dengan kehidupan realitas para wanita, sekaligus segala yang berimpak daripada kewujudannya.

Hakikatnya, wanita pada hari ini merupakan entiti rasmi negara yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang sosial, ekonomi dan politik. Ada yang berpendidikan rendah, menengah, tinggi hatta masih ada juga yang buta huruf khususnya di kawasan kampung, desa dan pedalaman terpencil. Ada yang suri rumah, petani, nelayan, peneroka, peniaga hatta mereka yang berkerjaya dengan profesion-profesion tertentu seperti peguam, doktor, jurutera, ahli politik, aktivis Sosial dan seumpamanya.

Ada juga yang akibat desakan hidup mereka terpaksa menjadi pelacur, GRO dan menjual maruah samada untuk meneruskan hidup, tidak kurang juga bagi mengejar status  dan hidup mewah. Ada yang merupakan penagih dadah, penghidap HIV, mangsa dera, mangsa keganasan, mangsa perceraian, gantung tidak bertali, ditinggalkan suami tanpa nafkah (di mana 3.4 juta wanita kita merupakan ibu tunggal), dirogol, dibunuh, dijual dan dilacur  oleh sindiket pemerdagangan manusia yang kita difahamkan Malaysia merupakan salah sebuah negara paling berisiko dengan masalah ini.

Ada yang hidup bebas merdeka, ada juga yang hidup "terpenjara",  terpaksa menjadi "hamba" khususnya kepada sebilangan lelaki tidak bertanggungjawab.  Ada yang terperangkap dengan "cinta nafsu", akhirnya kecundang di bawah sinaran neon kota kosmopolitan lantas terpalit zina  yang kemudiannya pula menjadi pembunuh bayi-bayi mereka yang tidak berdosa.

Wajar juga kita menginsafi dapatan daripada statistik rasmi negara bahawa setiap 17 minit akan lahir seorang anak luar nikah, setiap 15 minit sebuah institusi rumah tangga akan runtuh (berlaku perceraian), setiap hari lebih kurang 10 orang wanita menjadi mangsa rogol, setiap hari 4 orang kanak-kanak akan hilang, setiap 3 orang daripada 6 orang remaja wanita mengaku pernah melakukan hubungan seks haram dan pelbagai data dan statistik yang cukup menggerunkan kita semua!

Nah, rencam bukan? Inilah realiti wanita kita pada hari ini.  Justeru, kita semua kaum wanita seharusnya sedar  yang pelbagai cabaran besar sedang menunggu kita baik pada masa kini hatta pada masa akan datang. Bahkan sepanjang tarikan dan hembusan nafas kita, juga pada setiap derap dan langkah kita adalah perjuangan untuk sebuah kehidupan yang lebih bermakna di dunia dan juga di akhirat kelak.

Apatah lagi tanggungjawab kita bagi memastikan kelangsungan Generasi Hari Esok, maka mahu tidak mahu, suka tidak suka - WAJIB untuk kita berubah dan berusaha sedaya mungkin memperbaiki dan memperelokkannya ; bukan hanya dengan perasaan, bukan lagi hanya dengan perkataan, tetapi kini WAJIB BANGKIT merubahnya dengan TANGAN dan perbuatan! 18 Mac 2012 insya Allah pastikan kita semua menjadi penyumbang kepada suatu Kebangkitan Baru: WANITA SUARA PERUBAHAN!

Keyakinan kita, insya Allah, setiap perjuangan yang benar itu betapa ditekan tetap ia menjalar. Tanpa dibaja kan tetap ia mekar. Tanpa udara sekalipun kan tetap ianya segar. Medium dan seni perjuangan itu luas dakwahnya. Jangan sama sekali disempitkan sesempit aqal yang tumbesarannya bonsai dalam asuhan Regim!

Rumusan saya, cabaran yang menunggu golongan wanita sekarang terlalu banyak.  Maka adunan kecekapan, kemahiran, kebijaksanaan, kesabaran dan kekentalan semangat hatta seni dalam kepimpinan itu kini suatu yang wajib dimiliki oleh setiap diri di kalangan kita para pejuang wanita yang insya Allah nantinya akan memastikan kita  berjaya mengatasi setiap dugaan, ujian dan rintangan. Tanpa segala keinsafan, kesedaran dan sifat-sifat ini, kita tidak mungkin upaya menjadi pencorak dan penentu Generasi yang lebih baik untuk negara serta masyarakat kita pada hari esok.

Bangkitlah Wahai Adik-Adikku Wanita-Wanita Muda.

Bangkitlah Wahai Seluruh Denyut Nadi Dan Srikandi Negara.

Jangan Biarkan Langkahmu Hanya Terhenti Di Rumah! Sungguh, Ummah Sedang Menanti Senimu Dalam Berdakwah. Segala Derita Dan Sengsara Mereka Mesti Disembuh, Mesti Dirawat Dengan Segala Hikmah Dan Fatanah. HIDUP KEBANGKITAN BARU!

Penulis ialah Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat.

Shahrizat undur tidak kembalikan RM250 juta

Posted: 11 Mar 2012 04:59 PM PDT


KUALA LUMPUR, 11 Mac: Biarpun menyambut baik pengumuman Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk berundur sebagai menteri, namun PAS mengingatkan rakyat bahawa pengunduran itu tidak mampu mengembalikan semula wang yang dipinjam RM250 juta.

Naib Presdien PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, pengunduran Shahrizat yang hanya selepas tamat tempoh senator itu juga, tidak mampu memadamkan skandal Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) yang masih tidak ada sebarang penjelasan.

"(Datuk Seri) Najib tak sambung Shahrizat dengan harapan dapat buang beban yang ditanggung Umno BN.

"Tapi dengan letak jawatan sahaja, tak upaya memulangkan kembali wang rakyat RM250 juta yang dipinjam. Isu ini tetap jd beban kepada mereka," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau mengulas kenyataan Shahrizat hari ini yang mahu berundur sebagai menteri Menteri Pembangunan Wanita, keluarga dan masyarakat selepas tempoh pelantikannya sebagai senator tamat bulan April ini.

Beliau bagaimanapun akan mengekalkan jawatannya sebagai Ketua Wanita Umno.

Beban beralih kepada Muhyiddin

Mengulas lanjut Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, isu NFC bukan isu pribadi yang hanya melibatkan Shahrizat, tapi ia berkait soal integriti sebuah kerajaan.

Rakyat ujarnya masih menantikan penjelasan bagaimana dana ratusan juta itu boleh diberikan oleh kerajaan kepada syarikat milik keluarga Shahrizat yang diketahui tidak bepengalaman.

"Ini soal integriti kerajaan dan (Tan Sri) Muhyiddin juga bertanggungjawab kerana beliau menteri pertanian ketika itu yang mempengerusikan jawatankuasa pemilih yang memberikan projek itu kepada syarikat milik keluarga Shahrizat.

"Bersediakan Najib tubuh suruhanjaya diraja siasat timbalannya Muhyiddin," cabar Mahfuz.

PRU13: PAS Johor kemuka 3 calon DHPP

Posted: 11 Mar 2012 04:59 PM PDT


KUALA LUMPUR, 11 Mac: PAS Johor mengemukakan tiga nama calon dari Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) kepada PAS Pusat untuk menentukan siapa yang akan bertanding dalam PRU13 nanti.

Menurut Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed (gambar), nama-nama berkenaan sudah dihantar kepada PAS Pusat awal Januari lalu.

Tambahnya, salah seorang calon yang dipilih itu nanti akan mengisi kerusi yang pernah dipertandingkan pada pilihan raya 2008.

"Setakat ini kita hanya kemukakan satu kerusi untuk diberi kepada DHPP, dan terpulang pada PAS Pusat untuk memuuskan calon DHPP yang layak untuk kali ini,"katanya kepada Harakahdaily.

Ketika ditanya sama ada PAS Johor kemukakan calon dari kaum India atau Cina, Mahfodz berkata mereka cuba mencari dua calon berkenaan bagaimanapun sehingga kini cuma ada satu kaum sahaja.

Bagaimanapun katanya, langkah itu jelas membuktikan pimpinan Pas mempunyai hubungan erat bersama DHPP di negeri Johor sekali gus serius untuk mengecap kemenangan kerusi yang dipertandingkan.

"Saya yakin dengan hubungan erat antara pucuk pimpinan PAS Johor dengan DHPP negeri akan membolehkan kita (PR) khususnya PAS mengubah fikiran rakyat untuk bersama pakatan pembangkang sekali gus memenangi kerusi yang dipertandingkan dalam PRU13," katanya.

Dalam PRU-12 lalu, PAS Johor meletakkan calon wanita, Kumutha Raman,  pemegang ijazah undang-undang dari Britain bertanding di Dun Tiram.

Pencalonan Kumutha itu membuktikan PAS turut memberi tempat kepada penyokong bukan Islam untuk turut mewakili parti itu.

Baru-baru ini, Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional yang juga penasihat DHPP Dr Mujahid Yusof Rawa menyasarkan enam negeri meletakkan calon bukan Islam dalam pilihan raya akan datang.

Negeri berkenaan ialah Selangor, Johor, Perak dan Kedah di samping Sarawak dan Sabah.

DHPP mempunyai keahlian seramai 20,000 orang merupakan pengukuhan Kelab Penyokong PAS yang ditubuhkan sejak tahun 2005.

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 12 Mar 2012 09:12 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Pendedahan penderaan mental, kezaliman terhadap tentera bawahan

Posted: 12 Mar 2012 02:50 AM PDT

Semoga ada pihak yang menyiasat dan mengambil tindakan terhadap aduan serta keluhan yang begitu panjang lebar di bawah ini.

Kebenaran di sebalik kemegahan pekerjaan sektor awam (pertahanan negara)
Dari laman web Aduan Rakyat . March 12th, 2012

Dengar sahaja seseorang yang bekerja dalam sektor kerajaan bagaikan satu pekerjaan yang menjamin masa hadapan. Tidak semua pekerjaan dalam kerajaan dapat menjamin masa hadapan yang cerah. Artikel ini saya tulis berdasarkan pengalaman dan kehidupan realiti saya dan juga yang dialami oleh orang sekeliling saya. Bidang pekerjaan yang saya maksudkan adalah 'anggota tentera'.

Kerajaan kita Malaysia mengamalkan pemerintahan secara demokrasi, dan dalam erti kata bukan pemerintahan autokratik, iaitu hanya mendegar arahan oleh pemerintahan sahaja. Tapi keadaan ini tidak berlaku dalam angkatan tentera kita. Ramai anggota tentera mengalami tekanan dan penganayaan bila mneceburi bidang ini.

Saya ingin menumpukan hanya dalam satu bidang sahaja iaitu kebenaran yang saya peroleh dalam kehidupan anggota Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM). Saya baru berpindah di Pulau Labuan, persekitaran di sini agak mendamaikan kerana tiada kesesakan lalu lintas yang teruk seperti Bandaraya Kuala Lumpur. Penduduk tempatan di sini agak baik walaupun pada mulanya saya tidak biasa dan berasa seperti orang asing.

Yang menjadi permasalahan saya ialah orang-orang semenjung terutama orang-orang atasan disini . Sikap mereka agak teruk kerana melayan pekerja bawahan dengan teruk. Untuk pengetahuan pembaca sekalian, saya merupakan isteri kepada salah seorang anggota TUDM. Kehidupan dengan ahli TUDM tidak lah begitu senangy yang digambarkan. Kami para isteri terpaksa berkorban banyak untuk para suami kami.

Ramai yang tidak tahu bahawa meganggotai TUDM memerlukan banyak duit untuk berkhidmat, gaji yang diberi tidak banyak malah anggotanya terpaksa mengeluarkan duit mereka sendiri untuk berbakti kepada negara. Hal ini tidak berlaku pada orang atasan, tetapi orang bawahan yang mempunyai pendapatan yang rendah. Dimana sikap orang atasan yang tidak menjaga kebajikan orang bawahan mereka. Mereka seperti bangga diri dan tidak mementingkan orang bawahan mereka.

Bagi pendapat saya TUDM di pulau Labuan adalah salah satu kawasan yang amat teruk dari segi pengurusan dan pentadbirannya. Bukan sahaja tidak cukup kakitangan tetapi pihak atasan disini suka mendera atau lebih senang dikatakan membuli pekerja bawahan mereka.

Suami saya baru sahaja masuk kursus interaksi untuk kenaikan pangkat sarjan. Saya tengok mereka bukan berkursus tetapi mereka dibuli dengan teruk sekali. Ini adalah kebenarannya. Bukan sahaja mereka sedang di orentasi oleh anggota yang berpangkat 'Encik' malah dalam masa yang sama mereka juga terpakse pergi bekerja dalam masa yang sama.

Tiap-tiap malam mereka pulang kerumah pada jam 3 pagi dan kadang-kadang hampir pukul 4 pagi, jika mereka bekerja shift malam, mereka akan terus masuk pejabat dan keesokkan paginya pergi semula ke tempat mereka diorentasi tanpa tidur.

Saya tidak faham apa yang penting sangat orentasi ini selepas dinaikkan pangkat sarjan berbanding dengan kerja yang menjaga keselamatan negara. Ramai yang berkata orentasi ini bertujuan untuk membalas dendam terhadap apa yang berlaku pada mereka pada masa dahulu. Mereka semua ini seperti orang yang tidak berpegang kuat pada ajaran agama.

Setiap agama mengajar kita kebaikan dan mengajar kita supaya tidak meyimpan dendam. Pihak atasan tidak mengikut dan jadikan Nabi Muhamad S.A.W sebagai panduan untuk menjadi pemimpin yang baik. Lihatlah bagaimana nabi kita menjadi seorang pemimpin yang baik dan cekap, bagaimana boleh memenagi kejayaan dalam medan perang.

Jika keadaan ini tidak dibendung, kita akan menghadapi satu masalah yang pada satu masa akan datang. Saya berharap pada suatu masa pihak atasan lebih mengambil berat akan setiap pekerjanya supaya kita semua dapat bekerja dengan gembira dan ikhlas. Suasana ini akan menghasilkan mutu kerja yang baik dari semua pihak.

Bidang perkerjaan ini bukan sahaja menyebabkan setiap pekerjanya tertekan dari segi emosi malah kehidupan keluarga mereka juga akan turut terjejas. Setiap kali kursus beribu-ribu duit akan habis untuk selesaikan kursus itu. Sehingga kami pernah menjual kenderaan kami semata-mata terpaksa meghadiri kursus.

Kadang-kala saya berasa sakit hati kerana di Labuan ini apa sahaja yang dilakukan adalah secara paksaan. Orang bawahan selalu dipaksa membuat bayaran untuk menjamu orang atasan. Bukan itu sahaja mereka juga dipaksa membeli baju-baju T-shirt TUDM.

Semasa saya tinggal di Kuala Lumpur tiada satu pun baju yang dipaksa beli. Disini sudah beratus habis hanya untuk membeli baju T-shirt dan untuk buat makan-makan. Di Kuala Lumpur juga kursus induksi ini tidak teruk seperti di sini. RM50 pun dikatakan tidak habis untuk kegunaan kursus ini, ini kerana mereka lebih mementingkan kerja. Di Labuan, baru 3 hari kursus sudah habis hambir rm300.

Kenapa mereka terlalu kejam dan tidak berperasaan, ada dikalangan anggota yang mempunyai anak menghadapi masalah untuk membeli susu dan lampin pakai buang anak mereka kerana masalah keawangan.

Pendapatan mereka banyak dihabiskan untuk member kepuasan pada pihak atasan. Makan harian keluarga ini juga hanya ala kadar sahaja. Saya tidak mempunyai cahaya mata jadi perasaan kasihan pada kanak-kanak ini amat mendalam. Mengapa pihak atasan tidak memikirkan masalah yang akan dihadapi oleh orang bawahan mereka.

Bukan sahaja mereka tiada masa dengan keluarga malah masalah kesihatan juga akan timbul, saya terlalu risaukan suami saya, bukan sahaja anggota badan dia mengalami kesakitan iaitu patah bahu danjuga patah kaki tapi kadang-kadang saya heran di masih boleh bertahan mugkin disebabkan semangatnya yang kuat dan tidak mahu dilihat sebagai orang yang lemah dia melakukan kerja harian dan aktiviti seperti biasa.

Malah sudah lama dia muntah darah dan juga buang air besar berdarah. Darahnya bukan sikit tapi terlalu banyak sehinggakan penuh mangkuk tandas. Semasa bertugas di Kuala Lumpur, doktor disana hanya memberitahu itu hanyalah panas dalam badan. Saya memaksa dia untuk berjumpa doktor disini, dan dia dikatakan suspek ulser perut dan memerlukan rawatan lanjut. Hingga hari ini suami saya masih tiada masa untuk membuat rawatan lanjut. Ulser perut adalah satu penyakit yang agak berbahaya, jika tidak dirawat ia akan membawa kepada kanser dan boleh membawa maut dalam masa yang singkat jika diambil mudah.

Di Labuan ini juga dikatakan sudah mempunyai 3 anggota yang kurang siuman tapi mereka tidak dapat lagi disahkan gila kerana kadang-kadang mereka seperti normal. Hal ini berlaku dikatakan masalah tekanan ayang dihadapi. Saya betul-betul minta bantuan agar masalah ini dapat diselesaikan.

Untuk pengetahuan pembaca sekalian, ramai juga anggota yang sudah berenti kerana tidak sanggup mengalami tekanan pihak atasan kepada mereka dan terpakse melakukan kerja-kerja yang mengarut dan tidak penting. Sahabat-sahabat suami saya juga kesemua mereka ingin berhenti jika keadaan ini berlanjutan. Sahabat saya juga memberitahu bahawa kawan suami dia sudah ramai yang berhenti dan mencari kerja lain.

Pada 10 mac 2012 iaiatu pada hari sabtu lalu, anggota TUDM telah ,megadakan majlis hari keluarga untuk mes sarjan. Semua para isteri yang dimana suami mereka yang masih berkrusus interaksi tidak menghadiri majlis hari keluarga berkenaan. Ini adalah kerana ingin menjaga air muka para suami yang mana mereka telah disuruh untuk mempersiapkan majlis berkenaan.

Mereka tidak mahu isteri-isteri mereka mendapat malu melihat mereka semua bekerja seperti hamba semasa majlis berkenaan dijalankan. Sepatutnya pihak atasan tidak boleh bertindak demikian kerana semua anggota membayar untuk majlis ini, tapi mereka disuruh bekerja untuk jayakan majlis ini sehingga mereka tidak dapat merasainya.

Selain itu juga tiap-tiap bulan EMT dipotong untuk membayar mes. Apabila mereka minta bajet untuk jayakan majlis mes, pegawai atasan beritahu tiada duit. Di mana semua duit yang dibayar oleh anggota kepada mereka. Sudahlah mereka memotong EMT sesuka hati mereka tanpa diketahui oleh anggota. Kesemua anggota disini tidak berani bersuara kerana takut gaji mereka disekat dan takut diambil tindakan yang bukan-bukan oleh pegawai atasan.

EMT yang aggota dapat sudah tidak penuh, malah dipotong ikut sesuka hati. Dimana semua keadilan untuk mereka. Mereka dikatakan tiada tempat boleh mengadu kerana semua berkaitan dengan pegawai atasan. Sebenarnya semua ini berlaku sejak dahulu lagi tapi tiada siapa yang berani mengadu dan dedahkanya kerana terlalu banyak penindasan berlaku.

Tiada satu pihak pun yang membuat kajian mengenai peratusan anggota tentera yang berhenti kerja dan juga peratusan anggota tentera yang menjadi tidak siuman. Semua ini sepatutnya diambil berat kerana jika Malaysia memgalami peperangan kita tidak mempunyai anggota tentera yang bagus, berpengalam dan juga berpengetahuan, yang tinggal hanyalah anggota yang masih baru dan mentah. Sepatutnya anggota yang berkhidmat sudah lama iaitu lebih lima tahun haruslah diberi kelebihan supaya mereka terus kekal untuk berkhidmat.

Perubahan yang hanya nampak baik sekarang adalah kenaikan gaji mereka. Suami saya pernah mendapat kenaikan gaji sebanyak 2 sen sahaja tidak seperti yang digemburkan dalam berita, pergi mana duit tu, kita tidak tahu. Dia juga mengalami masalah gaji iaitu tidak mendapat kenaikan gaji sebanyak dua kali. Ini kerana ada pihak atasan yang tidak berpuas hati dengannya dan menyekat kenaikan gaji suami saya.

Suami saya ingin penyiasatan dilakukan semula mengenai kenaikkan gajinya tetapi memerlukan beberapa dokumen, dan suami saya tidak menyimpanya dan sudah hilang disebabkan asyik berpindah rumah. Jadi dia biarkan sahaja sebab tiada bukti. Kami hanya menganggap tiada rezeki kami.

Permasalan lagi satu yang menjadi saya keliru ialah kerajaan sabah Sarawak memberi setiap anggota elaun sebanyak RM500 seorang, tetapi mereka tidak dapat sebanyak itu, malah diberi berlainan bayaran mengikut pangkat. Apabila sampai di sini juga elaun sara hidup dipotong. Yang menjadi persoalannya mengapa pihak berkaitan memotong elaun sara hidup kerana itu adalah untuk sara hidup dan elaun sabah Sarawak adalah elaun yang berlainan iaitu elaun kerana anggota sangup berpindah jauh untuk berkhidmat.

Dengan artikel ini, saya harap nasib anggota tentera akan lebih terbela. Bagi mereka yang sering melihat negara kita adalah sebuah negara yang aman damai tanpa sebarang peperangan, itu adalah benar, jika bagi mereka anggota tentera tidak bekerja kerana tiadanya perang, mereka silap sama sekali. Malah mereka bekerja lebih teruk dan lebih masa tanpa mendapat sebarang ganjaran. Mereka yang tidak hadapi situasi ini mereka tidak tahu apa yang berlaku disebaliknya. Inilah hakikat disebalik kemegahan yang selalu kita lihat hari ini.

Saya harap perkara ini tidak diambil mudah. Pertahanan Negara amat penting dalam sesebuah negara sebab itulah di negara barat gaji anggota tentera adalah yang paling tinggi kerana bermacam risiko yang mereka akan hadapi. Saya memikirkan pada masa akan datang tiada sesiapa yang akan menganggotai angkatan tentera Malaysia kerana masalah ini diambil mudah oleh pihak yang berkaitan. Mereka akan lihat tiada apa kelebihan hanya tekanan hidup yang akan mereka hadapi.

Penyelarasa gaji yang diumumkan oleh perdana menteri kita baru ini telah mengembirakan ramai kakitangan awam. Saya masih ragu-ragu akan kenaikan gaji ini dalam sektor awam yang berkaitan dengan anggota tentera kerana setiap kali kenaikan gaji dihebohkan di media masa masa dan media cetak, keadaan yang berlaku tidak seperti yang di gambarkan.

Orang bahawahan hanya menerima kenaikan gaji yang sedikit sahaja tidak seperti yang digambarkan oleh media masa. Kelebihan kenaikan gaji ini hanya diperoleh oleh orang atasan yang sudah mempunyai pendapatan dan taraf hidup yang tinggi. Kita semua tunggu dan lihat sahaja bagaimana penyelarasan gaji ini diagihkan. Adakah seperti dahulu yang hanya mementingkan gaji orang atasan sahaja atau berita gembira untuk orang yang bekerja keras seharian berbanding orang atasan yang hanya tahu mengarah orang bawahan membuat kerja.

Saya, sahabat-sahabat dan juga jiran tetangga yang sudah melalui pengalaman ini amat kesal dengan apa yang berlaku. Keadaan ini bukan sahaja berlaku di sini sahaja, malah berlaku di setiap kawasa. Bilakah semua ini akan berakhir, tiadakah orang yang mahu membela nasib mereka. Secara kesimpulan semua ini berkaitan dengan wang dan juga pangkat dan darjat seseorang.

Bak kata, orang yang senang bertambah senang, orang yang susah bertambah susah. Dunia sudah tebalik, orang bawahan menjaga kebajikan orang atasan. Tiada lagi hormat tapi hanya ketakutan. Sedar lah wahai manusia hukumnya memakan hasil titik peluh orang lain dan apabila kita mati semua umat islam hanya memakai kain kapan berwarna putih, tiada lagi pangkat tiada lagi kemegahan, semua akan sama rata.

JIka ada sesiapa yang membaca artikel ini silalah memberi pandangan terhadap kes ini dan berilah komen-komen untuk menyelesaikannya dan agar dapat menyedarkan mana-mana pihak yang berkaitan. Hal ini berlaku pada semua anggota tentera di Malaysia yang bertugas bukan sahaja TUDM.

Tolonglah hentikan penindasan ini yang tidak memberi apa-apa manfaat tapi musibah semata-mata. Ini hanyalah luahan yang sudah lama terbuku dan semua orang boleh bersuara dan memberi pandangan mereka masing-masing. Saya harap kita semua mendapat satu kehidupan yang tanpa permainan duniawi, terus pandang kehadapan, hilangkan rasa iri hati, dendam, pentingkan diri dan timbulkan kebaikan dalam diri kita, hidup pasti akan sejahtera walaupun sederhana.

By: Peacegurlz84

Sumber : http://www.aduanrakyat.com.my/kebenaran-di-sebalik-kemegahan-pekerjaan-sektor-awam-pertahanan-negara#more-11247

Perarakan Pembebasan Palestin 30 Mac 2012 di Shah Alam

Posted: 11 Mar 2012 08:00 PM PDT



PERARAKAN KEMUNCAK
Global March to Jerusalem
Tarikh : 30 Mac 2012, Jumaat
Tempat: Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor.

Maklumat lanjut di :
mygmj30th@gmail.com
http://www.mygmj.org/
www.twitter.com/myGMJ
www.facebook.com/MalaysiaGMJ
017-9720700 Dr Mohd Tahir
018-5771542 Rose Jazimah

Masyarakat dunia bakal berarak ke Al Qud, Palestin pada 30 Mac 2012 ini.

Tanggal 30 Mac 2012 dipilih kerana ianya merupakan simbolik bagi hari yang bersejarah yang terpahat di memori masyarakat Palestin iaitu 'Palestine Land Day'.

Pada bulan Mac 1976 bermulalah titik hitam dalam kehidupan masyarakat Palestin apabila pihak berkuasa Israel merampas ribuan dunum daripada tanah swasta dan awam di kebanyakan kawasan di bumi Palestin.

Rentetan daripada itu, rakyat Palestin mengisytiharkan mogok umum yang pertama kalinya dihadapi oleh pihak berkuasa Israel sejak pendudukan Palestin pada tahun 1948 lalu mereka mula bertindak ganas dengan menakluki lebih banyak perkampungan Palestin, membunuh dan mencederakan ramai orang awam.

Apakah kepentingan GMJ diadakan pada 30 Mac 2012?

Sebagai acara antarabangsa yang melibatkan masyarakat diseluruh dunia untuk menunjukkan perpaduan kita dengan masyarakat Palestin dan untuk melindungi Baitulmaqdis sebagai kota suci.

Sehubungan dengan itu, GMJ bertujuan untuk menuntut kebebasan untuk Baitulmaqdis dan masyarakat Palestin disamping bertekad untuk mengakhiri dasar Aparteid dan polisi pembersihan etnik yang memberi kesan mendalam terhadap rakyat, tanah jajahan dan kesucian Kota Baitulmaqdis yang mana merupakan satu jenayah bukan sahaja terhadap rakyat Palestin, bahkan terhadap semua masyarakat diseluruh dunia.

GMJ akan menyatukan usaha-usaha masyarakat dunia secara umumnya dengan membawa amanah daripada dunia untuk menuntut Israel supaya mengakhiri kedegilan mereka dalam mematuhi Undang-undang Antarabangsa dan mengakhiri penaklukan mereka secara haram ke atas Baitulmaqdis dan Palestin secara menyeluruh.

GMJ akan menjadi arus perdana dalam perjuangan Jerusalem, bandar yang merupakan kunci kepada keamanan di seluruh pelusuk benua dan dunia. Berbekalkan kesungguhan dan keazaman kami sebagai inspirasi, satu sejarah bakal tercipta dengan terkumpulnya kekuatan dan semangat hasil daripada pemuda dan pemudi yang telah mencetus gelombang revolusi Arab yang telah menumbangkan rejim-rejim yang autokratik.

Satu perarakan keamanan akan dianjurkan secara besar-besaran di beberapa buah benua seperti benua Asia, Afrika, Eropah, Amerika dan Australasia untuk bergerak menuju ke Palestin and beberapa negara jiran seperti Jordan, Mesir, Syria dan Lebanon.

Setelah tiba di Palestin, perarakan secara aman akan bergerak pula menuju ke Baitulmaqdis atau titik kawasan yang terdekat dengannya.

Selain itu, demonstrasi secara aman akan diadakan di hadapan kedutaan Israel di pelbagai ibu negara yang terpilih dan seterusnya akan berlanjutan secara besar-besaran di dataran-dataran awam yang utama di bandar-bandar besar di dunia seperti Dataran Tahrir, Mesir.

FORUM HIJRAH ARTIS

Posted: 11 Mar 2012 06:24 PM PDT



"Santai Bersama Selebriti"
Tarikh : 17 Mac 2012, Sabtu
Masa : 8.45 mlm
Tempat : Dataran Muhibbah, Kg Ismail, Ampangan, Seremban
Bersama :
~ Sham KAMIKAZE
~ Azhar SPRING

Turut Serta : Ustaz Nor Azman Mohamad & Dr. Ahmad Suhaimi (SAMM)

Anjuran SAMM & Pakatan Rakyat N.Sembilan

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Azizi 012-3696474

Ceramah Mukim Soleh 17 Mac 2012 di Rembau

Posted: 11 Mar 2012 06:23 PM PDT


CERAMAH AGAMA
Tajuk : "Haji Membentuk Mukmin Soleh Musleh"
Tarikh : 17 Mac 2012, Sabtu
Masa : Selepas solat Maghrib
Tempat : Masjid Jamek An-Nur Rembau
Penceramah : Ustaz Zamri Zainal Abidin (Mantan Penerbit Radio IKIM)
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir
Untuk pertanyaan sila hubungi 013-6680801


Apa yang menarik di DUN Lenggeng sepanjang Mac 2012

Posted: 11 Mar 2012 03:43 PM PDT


CERAMAH UMUM

Tarikh : 13 Mac 2012, Selasa

Masa : 9 malam

Tempat : Kg Masjid, Lenggeng, N.Sembilan (rumah Zulkefly Mohd Omar)

Penceramah :

~ YB Mohd Nasir Zakaria

~ YB Tian Chua

~ Rafizi Ramli

~ Zulkefly Mohamad Hj Omar


CERAMAH PERDANA

Bersama Naib Presiden PAS, YB Salahuddin Ayub

Tarikkh : 30 Mac 2012, Jumaat

Masa : 9.00 malam

Tempat : Pusat Tarbiyyah, MTD Lenggeng, Taman Panchor Jaya, Seremban


24 Mac 2012 : Konvoi Jom Daftar Pengundi - Lokaliti Panchor

30 Mac 2012 : Ceramah Perdana "PAS for Lenggeng" oleh YB Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS. Tempat : MTD Lenggeng

31 Mac 2012 : Majlis Makan Malam untuk Dana PRU ke-13 bersama Tuan Haji Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS. Tempat : PASTI Wildan, Seremban (sebelah Masjid Jamek Ampangan, Jln Seremban-Jelebu)

06 April 2012 : Pidato Anak Muda (Penceramah akan dimaklumkan kemudian). Tempat : MTD Lenggeng

http://dppksns.blogspot.com


SEJARAH LENGGENG

Nama Lenggeng itu sendiri pada masa dahulunya adalah berasal dari nama seekor ikan yang disebut oleh orang Rawa sebagai Langging. Lama kelamaan nama itu disebut sebagai Lenggeng. Maka hingga ke hari ini nama Lenggeng itu digunakan. Lenggeng telah dibuka oleh orang Asli atau orang Sakai sekitar tahun 1600-1700.

Sehari bersama Darussyifa 17 Mac 2012 di Gemencheh

Posted: 11 Mar 2012 03:41 PM PDT


PROGRAM SEHARI BERSAMA DARUSSYIFA N.SEMBILAN DAN HPA

Tarikh : 17 Mac 2012, Sabtu

Masa : 8 pagi - 11 malam

Tempat : Masjid As-Syakirin, Gemencheh, N.Sembilan

ACARA MENARIK

~ Pameran Darussyifa

~ Rawatan penyakit fizikal dan makhluk halus

~ Bekam

~ Rawatan Refleksologi

~ Rawatan Akupuntur

~ Rawatan Kiropraktik

~ Forum Perdana

Semua Dijemput Hadir

Maklumat lanjut program di http://puspa-ns.blogspot.com/2012/03/sehari-bersama-darussyifa-17-mac-2012.html

PAS Kulaijaya

Posted: 12 Mar 2012 07:27 AM PDT

PAS Kulaijaya


Permohonan Maaf Perdana Menteri – Nilailah Keikhlasannya.

Posted: 11 Mar 2012 06:23 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 12 Mar 2012 07:07 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


MAJLIS MAKAN MALAM BERSAMA KETUA PENERANGAN PAS PUSAT

Posted: 11 Mar 2012 07:24 PM PDT

KENA REJAM PASAL PAKAI BAJU ALA BARAT ?

Posted: 11 Mar 2012 07:10 PM PDT

NAFI BAGI AMBIGA JAWATAN NAIB PRESIDEN

Posted: 11 Mar 2012 06:53 PM PDT

AFGHANISTAN : AMERIKA SEMAKIN " MENYETAN ".

Posted: 11 Mar 2012 06:48 PM PDT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan