KUALA LUMPUR, 8 Mac: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melihat tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang membatalkan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) kembali kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM) adalah suatu kejayaan rakyat khususnya kakitangan awam dalam memperjuangkan hak mereka.
"Dalam isu ini, Datuk Seri Najib akhirnya terpaksa mengalah kepada tekanan rakyat yang tidak berpuashati kerana tidak meletakkan kepentingan rakyat bawahan dalam perkara yang membabitkan mereka," Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor.
Katanya, ia membuktikan bahawa SBPA hanya menguntungkan segelintir golongan tinggi penjawat awam dengan mengenepikan hak penjawat awam bawahan sehingga menimbulkan kemarahan ramai.
Beliau berkata, DPPM melihat mungkin juga pembatalan SBPA adalah tanda terdesaknya Perdana Menteri dalam meraih simpati rakyat menjelang Pilihan raya Umum ke-13.
"Dalam keadaan begini, beliau terpaksa mendengar rungutan banyak pihak dan akur dengan kehendak mereka," ujarnya kepada Harakahdaily.
Justeru, ujarnya DPPM mengingatkan, belum tentu SBPA tidak akan dilaksana jika BN mendapat mandat lagi selepas PRU13 nanti.
Katanya, pembatalan SBPA menjadi suatu pengajaran kepada Perdana Menteri dan kerajaan supaya setiap dasar yang melibatkan golongan bawahan, ianya perlu dibincangkan dahulu kepada mereka.
Tambahnya, Najib perlu ingat, kakitangan awam adalah golongan yang bekerja membanting tulang membangunkan negara selama ini, tanpa mereka tidak mungkin negara ini setanding dengan negara-negara yang lain.
"Justeru, wajarlah pandangan penjawat awam ini diambil kira dan diberi perhatian supaya sumbangan mereka benar-benar dihargai," ujarnya lagi.
Najib tertekan Buku Jingga
Sementara itu, pembatalan SBPA oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuktikan BN tertekan dengan tawaran Buku Jingga Pakatan Rakyat.
Ketua Penerangan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah al-Jundi, mendakwa 10 janji jingga, yang terkandung dalam Program 100 Hari Pakatan Rakyat, antaranya mengiktiraf peranan dan jasa kakitangan awam berjaya memberi tekanan kepada Najib.
Tawaran jingga itu meletakkan pengiktirafan dan jasa kakitangan awam dengan mengkaji semula struktur gaji bermula dengan menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang guru.
"Inilah bahayanya kerajaan yang ketandusan idea ketika ingin melaksanakan dasar-dasar tertentu dalam keadaan terdesak kerana cuba menyaingi Pakatan Rakyat. Hasilnya, pentadbiran awam kucar-kacir disebabkan politik desperado Najib," tegas beliau kepada Harakahdaily, hari ini.
Tambah Athirah, keadaan itu juga menunjukkan pihak kerajaan tidak faham dalam menguruskan skim gaji penjawat awam.
Ekoran itu, Athirah berkata rakyat perlu sedar bahawa peranan Pakatan Rakyat begitu penting dalam usaha mengimbangi keperluan rakyat.
KTM Berhad (KTMB) memperkenalkan kereta api elektrik pertama - KTM Komuter - pada 3 Ogos 1995 bagi memenuhi keperluan pengguna di Kuala Lumpur dan kawasan sekitar subbandar untuk berulang-alik ke pusat bandar serta mengatasi kesesakan lalu lintas di Lembah Klang.
Sejak diperkenalkan lebih 17 tahun lalu, jumlah penggunanya meningkat daripada 7,719 kepada hampir 100,000 orang hari ini dan bergerak di atas landasan sepanjang 150 kilometer dari Rawang ke Seremban serta dari Batu Caves ke Pelabuhan Klang dengan 53 stesen.
Memulakan operasi dengan hanya empat tren, KTMB kemudiannya menambah bilangan tren secara beransur-ansur kepada 62 tren sehingga 2006 yang dibekalkan tiga negara utama iaitu Korea Selatan, Austria dan Afrika Selatan hasil kerjasama dan hubungan diplomatik dengan Malaysia.
Setiap satu tren ini membawa tiga gerabak mampu membawa 400 pengguna pada satu-satu masa.
Namun atas peredaran masa, pihak KTMB terpaksa berhadapan kesukaran untuk mendapatkan bekalan alat ganti, kos penyelenggaraan yang tinggi, jumlah tren akhirnya merosot kepada 25 tren yang mampu beroperasi pada masa sekarang.
Bilangan tren ini kemudiannya tidak mampu menampung jumlah penggunanya yang meningkat saban tahun, terutamanya ketika waktu puncak iaitu pada 7 hingga 10 pagi dan 4.30 petang hingga 7.30 malam.
Pengurus Kanan Korporat Komunikasi KTMB, Mohd Fazil Ismail berkata, ketika waktu puncak, dianggarkan hampir 40,000 pengguna menggunakan perkhidmatan Komuter di sebelah pagi dan petang manakala di luar waktu puncak, dianggarkan hanya 20,000 pengguna sahaja menggunakan perkhidmatan ini.
"Di antara penyebab kepada kelewatan perjalanan adalah kerana pemandu terpaksa memastikan penumpang telah selamat masuk ke dalam tren sebelum memulakan perjalanan terutamanya di waktu puncak di mana pengguna ada yang terpaksa berasak-asak masuk ke dalam tren.
"Akibatnya, pengguna lain yang menunggu tren di stesen terpaksa menunggu lama," katanya kepada Sinar Harian Online.
Berikutan peningkatan jumlah pengguna yang mendadak ini, KTMB menyasarkan masa menunggu tren daripada 30 minit dapat dikurangkan kepada 10 minit menjelang Jun ini apabila empat unit tren baru Six-Car-Set (SCS) mula beroperasi minggu ini.
Katanya, tren buatan Zhuzhou Electric Locomotive Company (ZELC) dari China ini mampu membawa sehingga 1,100 penumpang pada satu hala berbanding jumlah ketika ini.
"Perolehan set tren yang lebih canggih dan selesa ini adalah dari peruntukan inisiatif Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Keenam iaitu meningkatkan kualiti perkhidmatan pengangkutan bandar berjumlah RM1.894 bilion yang membolehkan KTMB mendapatkan 38 set SCS di mana setiap satu set tren SCS yang mempunyai enam gerabak itu bernilai RM49 juta.
"Sehingga hari ini, KTMB telah menerima 16 set SCS dan baki 22 set secara berperingkat dan menjangkakan jumlah pengguna akan meningkat dua kali ganda apabila kualiti perkhidmatan dapat ditingkatkan selaras dengan aspirasi kerajaan dalam membudayakan penggunaan pengangkutan awam," katanya.
Sementara itu, bagi memberi lebih keselesaan dan menjamin keselamatan penumpang wanita daripada risiko gangguan seksual yang terpaksa bersesak dengan penumpang lelaki, KTMB telah memperkenalkan koc khas untuk wanita mulai pada 28 April 2010.
Sehubungan itu, bagi meneruskan kesinambungan kepada keperluan ini, dua lagi gerabak koc wanita ditambah bagi memenuhi keperluan semasa.
Antara keistimewaan tren SCS ialah ruang duduk dan berdiri lebih agronomik, tiga baris ruang pemegang untuk pengguna berdiri, ruang perantara koc terbuka, penayangan rajah laluan lebih dinamik, sistem interkom antara pengguna, sistem makluman kepada pengguna ruang kepada orang kelainan upaya (OKU) yang lebih luas serta selesa.
Mohd Fazil menambah, selain penambahbaikan dari segi fizikal, ciri-ciri keselamatan turut ditingkatkan iaitu tangga kecemasan untuk turun, sistem pengudaraan yang lebih baik, sistem pembukaan pintu secara manual, tukul pemecah jika berlaku kecemasan dan dilengkapi dengan alat pemadam api.
Selain itu, katanya, tiga unit kamera litar tertutup pada setiap koc turut dipasang bagi memudahkan pemandu tren memantau keadaan dalam koc ketika dalam perjalanan dan merekodkan visual jika berlaku kecurian dalam koc.
"Setiap hari, sekurang-kurangnya pihak kami menerima lebih lima aduan bertulis terutamanya kes kecurian, tertinggal barang, kesesakan dalam koc.
"Kami berharap dengan adanya koc baru ini, segala rungutan dan kegelisahan pengguna komuter akan dapat diatasi demi keselesaan dan kelancaran perjalanan mereka setiap hari," katanya.
Dalam pada itu, Mohd Fazil berkata, KTMB turut akan memperkenalkan sistem tiket baru menggunakan token pada Mei ini bagi menggantikan konsep tiket yang berasaskan kertas.
Katanya, langkah ini diambil bagi menyahut seruan kerajaan supaya mengamalkan konsep mesra alam sekitar dan harga tiket lama masih dikekalkan.
Sehubungan itu, Mohd Fazil berharap bagi memastikan kelestarian perkhidmatan yang berkualiti KTMB berharap orang ramai tidak melakukan sebarang laku musnah terhadap tren-tren yang beroperasi dan sokongan berterusan dari pengguna.
KUALA LUMPUR, 8 Mac: Dilema yang ditanggung oleh akhbar The Star ekoran penyiaran gambar Erykah Badu bertatu nama Allah pada dadanya yang terlanjang tidak selesai semalam.
Ini kerana, Kementerian Dalam Negeri (KDN) masih tidak berpuashati dengan penjelasan akhbar MCA itu dan mahukan jaminan yang lebih konkrit ia tidak akan berulang di masa depan.
Malam tadi, The Star menerima surat dari KDN yang meminta penjelasan yang lebih baik sebelum hukuman dijatuhkan ekoran penyiaran gambar itu.
Ekoran itu, esok, Jumaat 9 Mac, para editor kanan mereka buat kali ketiganya dipanggil ke pejabat KDN.
Ini kerana, mereka diarahkan memberikan penjelasan dan tindakan yang lebih baik kerana penjelasan sebelum ini tidak meyakinkan KDN.
Kali pertama, mereka dipanggil sebaik sahaja gambar itu disiarkan manakala kali kedua pula bagi menjawab surat tunjuk sebab dan pengakuan salah mereka.
Isu The Star sepatutnya dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet semalam, namun Harakahdaily dimaklumkan ia tidak berlaku.
Siasatan dalaman
Sementara itu, sumber bahagian sumber manusia The Star memaklumkan, akhbar itu buat pertama kalinya dalam sejarah akan membuat siasatan dalaman dengan diketuai oleh pihak luar.
Seorang bekas hakim mahkamah tinggi akan mengetuai penal siasatan kes ini yang akan berlangsung esok.
"Biasanya bahagian kami (HR) sahaja yang kendalikan kes siasatan dalaman ini tetapi oleh kerana kami perlu kewibawaan dalam siasatan kes ini, pihak luar terpaksa dipanggil," kata sumber itu.
Sumber itu juga memaklumkan, kes ini juga mencipta sejarah baru dalam akhbar ini apabila terpaksa mengumumkan nama pihak yang terlibat dalam membuat kesilapan ini.
"Biasanya kami rahsiakan pihak yang bersalah untuk menjaga kepentingan mereka misalnya untuk mendapatkan pekerjaan yang lain, tetapi oleh kerana kes ini terlalu besar, kami terpaksa umumkan nama mereka," kata sumber itu.
The Star sebelum ini mengumumkan pergantungan dua editornya yang bertugas dengan Star 2 yang bersalah menyiarkan gambar Erykah Badu yang bertatu nama Allah di dadanya yang terlanjang itu.
Dalam satu kenyataan disiarkan di laman webnya, pengurusan akhbar itu berkata, pihaknya telah menggantung editor kanan Star2, Lim Cheng Hoe dan timbalan editor, Daryl Goh, yang dilaporkan telah meluluskan penggunaan foto dalam Star2 edisi Isnin lalu.
Kedua-dua mereka digantung tugas dengan serta-merta.
Pada masa yang sama, pengurusan The Star berkata, Editor Bersekutu, Rozaid Abdul Rahman dan Shah A. Dadameah telah diminta menyelia dan membimbing akhbar itu dalam isu-isu berkaitan dengan sensitiviti agama.
Sumber yang sama juga memaklumkan, pihak pengurusan kanan akhbar itu menjangka hukuman yang berat dikenakan kepada akhbar itu.
"Namun kami yakin, tidaklah berat sangat hingga gantung sampai mati kerana kehadiran kami perlu untuk pilihan raya nanti," katanya.
The Star yang dimiliki oleh MCA adalah akhbar harian berbahasa Inggeris paling laris di Malaysia. Sebelum ini, ketika Operasi Lalang, The Star bersama Watan dan sebuah akhbar Cina digantung permit mereka sehinggalah di lepaskan semula.
Akhbar ini menjadi antara media utama yang menyerang lawan MCA khasnya PAS dalam setiap kali pilihan raya.
(Imam Hoslan ketika bercakap dengan Harakahdaily sebelum ini)
KUALA LUMPUR, 8 Mac: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melahirkan rasa simpati ke atas Tuan Haji Hoslan Hussin yang telah dijatuhkan hukuman penjara setahun atas kesalahan menghina mahkamah ekoran tindakan beliau membaling kasut ke arah panel hakim bulan lepas.
Keberanian tindakan beliau sememangnya telah menggemparkan negara dan ia kejadian yang jarang berlaku di negara ini, kata Ketua Penerangan Pemuda PAS, Riduan Mohd Nor.
Bagi DPPM, apa yang berlaku ke atas beliau adalah suatu manifestasi kemarahan rakyat bawahan yang cuba mempertahankan hak mereka untuk diadili secara adil.
Beliau berjaya mencuit perhatian ramai pihak termasuk masyarakat antarabangsa supaya mengambil berat terhadap kes beliau, kata Riduan (gambar).
DPPM, katanya, mengharapkan supaya beliau mendapat perbicaraan yang adil di mahkamah terbuka di negara ini.
Kes yang menimpa beliau menjadi pengajaran kepada semua pihak supaya jangan memperkecilkan golongan rakyat bawahan, tegasnya.
"Akhirnya, DPPM mendoakan semoga Haji Hoslan tabah menghadapi ujian yang melanda beliau.
"DPPM juga berusaha membantu keluarga meringankan beban mereka beliau sepanjang tempoh hukuman dikenakan ke atas beliau," katanya.
KUALA LUMPUR, 8 Mac: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak disifatkan panik menghadapi tekanan kakitangan awam sehingga membatalkan Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang dicadangkan sebelum ini.
Demikian kata ADUN Pantai Jerejak, Pulau Pinang, Sim Tze Tzin melalui twitternya hari ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan, kerajaan membatalkan rancangan untuk menggunakan SBPA berikutan bantahan kakitangan awam.
Najib berkata, kerajaan akan menggunakan skim yang ada iaitu Skim Saraan Malaysia (SSM) dengan penambahbaikan.
Najib juga mengumumkan, satu suruhanjaya khas dibentuk bagi mengkaji perkhidmatan awam negara.
Langkah kerajaan untuk menangguhkan SBPA adalah kerana takut reaksi kakitangan awam yang mungkin memberontak dalam pilihan raya akan datang.
Namun dipercayai, ia akan kembali kepada skim ini selepas pilihan raya umum nanti jika Barisan Nasional (BN) kekalkan berkuasa.
"Ha ha ha...tiada keputusan sehinggalah pilihan raya," kata anggota Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong dalam Twitternya mengulas keputusan kerajaan mengenai hal ini.
Namun begitu, dengan pengumuman Najib, jurang gaji antara kakitangan awam akan terus meningkat dengan penyelarasan gaji yang diumumkan Najib.
Ini kerana, perbezaan peratus kenaikan gaji antara kakitangan awam peringkat rendah hanya sedikit sahaja berbanding dengan kakitangan peringkat atasan.
Najib berkata, kumpulan pengurusan dan profesional akan naik 13 peratus, kumpulan Utama dan khas A, B dan C 9 peratus, Turus 3 dan 2 8 peratus manakala Turus 1 dan KSN 7 peratus.
Walaupun peratusan kakitangan bawahan lebih tinggi tetapi oleh kerana gaji mereka hanya kecil sahaja, kenaikan ini rendah sahaja.
Misalnya jika kakitangan awam RM500, dengan kenaikan gaji 13 peratus, mereka akan mendapat kenaikan gaji sebanyak RM65 sahaja.
Namun untuk KSN dan Turus 1, oleh kerana gaji mereka tinggi misalnya RM12,000 sebulan, dengan kenaikan gaji 7 peratus, mereka mendapat kenaikan gaji sebanyak RM840 dalam pelarasan ini.
Kenaikan ini dilihat lebih baik berbanding SBPA yang dikatakan kakitangan paling rendah hanya mendapat kenaikan RM1.70 sahaja berbanding RM8,000 kakitangan paling tinggi.
Bagi Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin, Pakatan Rakyat mempunyai saham dalam perubahan ini kerana hasil desakan merekalah SBPA tidak jadi dilaksanakan.
"SBPA dibatalkan & Sistem Saraan Malaysia (SSM) ditambahbaik. Tentunya hasil desakan PR," katanya dalam Twitter.
KUALA LUMPUR - Seorang pelajar tingkatan satu maut selepas tertimbus dalam tanah runtuh di belakang rumahnya, di kuarters polis di Jalan Belfield berhampiran Kampung Attap di sini, malam tadi.
Mangsa, Raja Mohd Irfan Raja Azlan, 13, berada di belakang rumahnya ketika tebing setinggi lima meter runtuh dan menimbus pelajar itu kira-kira jam 9.20 malam.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman berkata, mangsa tertimbus separuh badan dan kepala kira-kira 15 minit sebelum dikeluarkan oleh anggota bomba dan penyelamat.
"Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan. Difahamkan mangsa meninggal dunia di hospital pada jam 11.50 malam," katanya.
LONDON - Mariam Aziz yang merupakan bekas isteri Sultan Hassanal Bolkiah yang memerintah Brunei mendakwa seorang bekas pengawal peribadinya mencuri dan menjual barangan kemas bernilai £12 juta (RM57.2 juta), lapor akhbar MailOnline semalam.
Mariam, 55, turut mendakwa pengawal peribadinya itu, Fatimah Kumin Lim telah menggantikan berlian yang dicuri dengan replika tidak berharga.
Menurutnya, Fatimah, 34, mencuri seutas gelang berlian bernilai £3.5 juta (RM16.6 juta) dan dua bentuk cincin berlian bernilai £8.7 juta (RM41.5 juta) pada 2008 dan 2009.
Wanita berkenaan didakwa mencuri barang kemas tersebut bagi membayar hutang judinya.
Peguam Mariam, Max Mallin memberitahu Mahkamah Tinggi Britain bahawa Fatimah mengaku mengambil semua berlian itu ketika ia disimpan di kediaman majikannya yang berharga £1.7 juta (RM8.1 juta) di Kesington.
Mallin berkata, Fatimah membuat pengakuan itu apabila dia disoal siasat polis di Brunei.
Namun, Mallin berkata, Fatimah kini mendakwa pengakuan tersebut diperoleh secara paksaan.
Jelasnya, dia telah diarahkan oleh Mariam supaya menjual berlian-berlian itu bagi membayar hutang judi Mariam.
Fatimah berkata, bekas keluarga diraja itu menggunakan namanya untuk berjudi.
Mahkamah tinggi berkenaan turut diberitahu bahawa anak angkat Mariam, Afifa Abdullah, 26, diperdaya supaya meminjamkan sebentuk cincin berlian biru dan sebentuk cincin berlian kuning yang kemudian tidak pernah dipulangkan.
Menurutnya, Fatimah meminta untuk meminjam kedua-dua cincin itu dua kali iaitu pada November dan Disember 2009.
Fatimah yang tidak menghadiri perbicaraan tersebut, turut didakwa mengambil seutas gelang tangan berlian daripada majikannya pada 2008 dan menjual barang kemas itu.
Mariam menuntut ganti rugi nilai keseluruhan gelang tangan tersebut dan membuat satu lagi tuntutan mahkamah supaya cincin berlian biru dan kuning itu dipulangkan kepadanya.
Kedua-dua cincin tersebut kini berada dalam tangan seorang peniaga yang dipercayai membeli barang kemas berkenaan di Geneva, Switzerland.
Mariam bercerai dengan Sultan Hassanal Bolkiah pada tahun 2003.
PATTANI: Kumpulan militan disyaki telah meletupkan bom di tepi jalan di selatan pergolakan Thailand, membunuh empat orang askar.
Polis Kol Satanfah Wamasing berkata serangan itu berlaku pada malam Rabu di wilayah Narathiwat daerah Rue So ketika unit peronda yang terdiri daripada lima askar telah menaiki trak pikap menuju jalan luar bandar.
Beliau berkata empat askar terbunuh dan yang lain cedera teruk.
Satanfah pada Khamis, berkata suspek meletupkan bom dari tempat yang berhampiran dan mereka turut mengambil senapang askar.
Hampir 5,000 orang telah terbunuh tiga di wilayah selatan Thailand sejak pemberontakan Islam tercetus pada tahun 2004.
Militan telah menyasarkan serangan terhadap orang awam dan tempat perniagaan, serta simbol negera ini, termasuk anggota tentera dan pegawai-pegawai kerajaan.
JELI – Seramai 10 cedera apabila van dan kereta jenis Honda bertembung dekat Kilometer 2 Jalan Jeli Dabong, dalam kejadian jam 8.30 pagi kelmarin.
Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintendan Sheik Azhar Sheik Omar berkata, kejadian berlaku apabila van yang datang dari arah Dabong hendak membelok masuk untuk mengisi minyak dekat stesen berdekatan.
"Pemandu van tidak menyedari ada sebuah kereta jenis Honda dari arah pekan Jeli menuju ke Belahat ketika sedang membelok, menyebabkan dua kenderaan tersebut bertembung.
"Kesan pelanggaran itu menyebabkan 10 mangsa yang berada dalam van tersebut cedera parah di mana penumpang dan pemandunya tersepit, manakala pemandu kereta Honda Mohd Farizi Mohd Shakri ,19, cedera parah di kepala," katanya.
Antara yang cedera, pemandu van Abdul Majid Awang, 55, penumpang, Faridah Said. 50, Fatimah Yusof, 82, Esah Salleh, 67, Che Som Ab Rahman, 77, Dalila Diana Nik Shamsuddin, 20, Hasiah Husin, 52, Mek Yah Samad, 68, Jah Awang, 83, Rafiah Ab Rahman,70.
Sheik Azhar berkata, kesemua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Kuala Krai dan Tanah Merah untuk menerima rawatan lanjut.
"Difahamkan ketika cuba membelok untuk mengisi minyak, pemandu van tersebut tidak menyedari ada sebuah kereta sedang meluncur laju dari arah bertentangan.
"Saya minta supaya semua pengguna jalan raya berhati-hati ketika memandu dan sentiasa peka dengan keadaan lalu lintas di sekitar," katanya .
Tambahnya, kes itu disiasat di bawah seksyen 43 (1) akta pengangkutan jalan 1987.
PUCHONG – Peniaga Uptown Bazar Heritage Puchong di sini, mendakwa tertipu dengan janji manis syarikat yang menguruskan perniagaan itu kerana gagal mendapatkan lesen seperti dijanjikan ketika memulakan operasi premis berkenaan Julai tahun lalu.
Wakil peniaga, Sariffah Mat Nor Rashid berkata, apa yang dikecewakan ialah jawapan berdolak-dalik pihak pengurusan menyebabkan hampir kesemua peniaga kini bimbang masa depan mereka kerana diibaratkan seperti menjalankan perniagaan secara haram.
Menurutnya, lebih mengecewakan bayaran lesen perniagaan berkelompok yang dibuat setiap bulan kepada pihak pengurusan didakwa sudah digunakan untuk menaiktarafkan tempat letak kereta premis perniagaan itu.
"Dahulu peniaga di sini pernah disaman dengan pihak berkuasa tempatan (PBT), meskipun pihak pengurusan membayarnya bagi pihak peniaga namun kami kecewa kerana lesen masih gagal diperoleh sehingga kini," katanya.
Sariffah berkata, apabila dirujuk kepada Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), pihak itu memaklumkan bangunan perniagaan yang dibina dan menempatkan kira-kira 150 peniaga itu bila-bila masa sahaja boleh dirobohkan.
"Kami sudah mengeluarkan modal besar mengubahsuai lot, jika diruntuhkan bagaimana jaminan kepada kami.
"Apabila ditanya kepada pengurusan mengenai lesen, mereka kata lesen sudah ada, namun apabila diminta, mereka kata lesen masih dalam proses," katanya.
Menurutnya, apabila dirujuk kepada MPSJ, pihak itu mengatakan lesen tidak akan dikeluarkan kerana bangunan tidak mendapat kelulusan.
Sementara itu, Presiden Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM), Datuk Seri Dr Saharuddin Awang Yahya ketika menerima aduan daripada 15 peniaga berkata, pihaknya sudah menghantar surat kepada Yang Dipertua MPSJ, Datuk Asmawi Kasbi pada 28 Februari lalu untuk meneliti masalah dihadapi peniaga.
Menurutnya, peniaga mengadu tidak tahu status tanah sama ada dimiliki MPSJ atau tanah persendirian.
Beliau berkata, peniaga turut gusar mengenai bekalan elektrik disediakan kerana tidak tahu sama ada ia diiktiraf atau tidak kerana sumber pembekalannya dari tempat yang kurang pasti.
"Peniaga dijanjikan kemudahan lesen premis, elektrik, penyelenggaraan dan promosi sedangkan semua itu tidak ditunaikan," katanya.
KUALA LUMPUR - Trafik mengalami kesesakan di plaza tol Sungai Besi Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke pusat bandar pagi ini berikutan penutupan terowong SMART sejak pukul 8 malam tadi.
Jurucakap PLUS ketika dihubungi memaklumkan kesesakan tersebut dikesan sejak 6.30 pagi tadi namun laluan menghala ke Seremban berjalan lancar.
Sementara itu Stormwater Management And Road Tunnel (SMART) dalam satu kenyataan hari ini berkata laluan terowong itu ditutup kepada lalu lintas mulai 8 malam berikutan hujan lebat di samping membolehkan operasi banjir SMART dijalankan.
"Kami merayu pemandu kenderaan bersabar dan bekerjasama selain mematuhi arahan mengenai penutupan terowong melalui pengumuman media, pelbagai papan tanda arahan, laman sesawang Smart Tunnel www.smarttunnel.com.my; twitter @smarttunnel atau melalui Facebook Smart Tunnel Facebook," kata kenyataan itu.
Bilik Gerakan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi memberitahu beberapa kawasan mengalami kesesakan dipercayai berpunca daripada hujan lebat.
Antara kawasan yang sesak ialah di Lebuhraya NKVE dari Shah Alam menuju Subang dan Lebuhraya ELITE dari Putrajaya menuju ke Seafield. – Bernama
SHAH ALAM - PKR mengalu-alukan keputusan kerajaan memansuhkan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang diumumkan pagi tadi, tetapi mendakwa perkembangan itu menunjukkan kegagalan berterusan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam mengambil kira pendapat golongan sebelum merangka dan mengumumkan sesuatu dasar yang penting.
Naib Presidennya, Nurul Izzah Anwar berkata, kegagalan kerajaan pusat untuk prihatin akan kewujudan jurang pendapatan yang menekan penjawat awam yang di tangga yang paling rendah iaitu antara gred 1 hingga 54, benar-benar mempamerkan sikap sambil lewa dan elitis pemerintah.
"Ini berlaku di persekitaran di mana jurang pendapatan antara gaji terendah dan tertinggi yang pada waktu ini dianggarkan pada 19.5 kali," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Dalam satu pengumuman di Putrajaya hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib tun Razak mengumumkan pembatalan SBPA dan mengembalikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik.
Perdana Menteri turut mengumumkan pelarasan gaji 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Professional dan Kumpulan Pelaksana di Gred 1 hingga Gred 54, di samping pelarasan gaji sembilan peratus untuk gred Utama dan Khas C, B serta A.
Pelarasan gaji untuk Kumpulan Turus III serta Turus II pula sebanyak lapan
peratus, dan Kumpulan Turus I dan Ketua Setiausaha Negara sebanyak tujuh
peratus.
Najib turut menyatakan persetujuan kerajaan supaya Bantuan Sara Hidup (COLA) bagi kawasan B dinaikkan daripada RM200 sebulan kepada RM250, dan
bagi kawasan C, dinaikkan daripada RM100 sebulan kepada RM150.
Selain itu kerajaan bersetuju menubuhkan sebuah suruhanjaya untuk mengkaji
secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam Malaysia, yang bukan sahaja
melibatkan sistem saraan tapi juga rupa bentuk perkhidmatan awam masa depan
yang diperlukan negara.
Mengulas lanjut, Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, hanya setelah didesak menerusi kritikan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat (PR) beserta wakil-wakil pekerja Cuepacs, "barulah tindakan seraya sudah terhantuk baru terngadah diambil oleh Perdana Menteri hari ini."
Sehubungan itu, Nurul Izzah mahu kerajaan mewujudkan SSM yang lebih adil dan saksama dengan mengutamakan golongan peringkat bawahan dahulu sebelum peringkat atasan.
Katanya, kenaikan gaji bagi golongan penjawat awam gred terendah harus membolehkan mereka menerima gaji "sara hidup", dengan jumlah sekurang-kurangnya RM1,100 seperti yang dicadangkan dalam Belanjawan PR 2012.
"SSM yang mengambil kira prinsip merapatkan jurang dan mengutamakan majoriti, tetapi dengan kenaikan atau apa yang sepatutnya dipanggil penyelarasan gaji minima perkhidmatan awam," katanya.
Selain itu kata beliau, SSM yang lebih komprehensif termasuk perancangan peningkatan produktiviti yang melibatkan perbincangan dengan semua pihak secara terbuka dan bukan secara tertutup dan kemudian diumum secara serang hendap seperti sebelumnya.
Malah menurut Nurul Izzah, SSM yang hendak ditambah baiki perlu mengambil kira beberapa prinsip penilaian prestasi dan piawaian perkhidmatan termasuk usaha mengurangkan pembaziran, ketirisan dan amalan rasuah wang rakyat dengan menggalakkan penggunaan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat serta pemberian saguhati di atas laporan salah laku kewangan dalam kerajaan.
Wakil rakyat penggal pertama ini juga mengesyorkan agar SSM disemak secara interim setiap lima tahun, dan semakan utama setiap 10 tahun.
"Semakan harus melibatkan semua pihak berkepentingan di dalam siri perbincangan dan keahlian jawatankuasa kecil dan teknikal semakan skim saraan," katanya lagi.
SEGAMAT - Lebih 115 kompaun atas pelbagai kesalahan dikeluarkan Majlis Daerah Segamat sepanjang sehari pemeriksaan dilakukan di sekitar bandar Segamat.
Yang Dipertuanya, Ismail Abu berkata, pihaknya melakukan sentiasa pemeriksaan secara berkala yang lebih tertumpu di bahagian bandar.
Antara kesalahan dilakukan adalah seperti tidak mempamerkan kupon meletak kenderaan; meletakkan kenderaan di kawasan larangan; mengganggu lalu lintas; meletakkan kenderaan di lorong belakang dan sebagainya.
"Kebanyakan kesalahan dilakukan adalah kesalahan berulang yang sering dipantau oleh pihak MDS. Namun ianya masih berlaku walaupun kita mengeluarkan kompaun atas kesalahan berkenaan.
"Pengusaha premis perniagaan seperti aksesori kereta, kedai tayar dan membaik pulih kenderaan perlu peka terhadap penggunaan kotak meletak kenderaan di bahagian hadapan premis mereka," katanya kepada Sinar Harian semalam.
Menurutnya, masih ramai pengusaha perniagaan gagal memohon permit untuk dirizabkan kepada pelanggan walaupun bayaran yang dikenakan MDS hanya RM100 untuk sebulan bagi satu petak kenderaan.
"Pihak kita akan melakukan operasi seperti ini secara berterusan dan mengikut aduan yang diterima. Ini kerana masih banyak pemandu meletakkan kenderaan mereka secara yang mengganggu lalu lintas.
"Pada masa sama juga, kita mengharapkan masyarakat akan lebih berdisiplin dan mengikut mengikut petak yang disediakan sebagai alternatif mengelakkan kesesakan di laluan utama bandar," katanya.
KUALA LUMPUR - Pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei menepati ramalan melepasi pusingan pertama kejohanan All England menundukkan pemain China, Wang Zheming, di Birmingham, England awal pagi ini (waktu Malaysia).
Perlawanan mudah bagi pemain berusia 29 tahun itu dengan hanya mengambil masa 38 minit mengalahkan pemain nombor 16 dunia itu straight set, 21-16 dan 21-11.
Chong Wei akan bertemu pemain perseorangan Denmark, Hans-Kristian Vittinghus pada pusingan kedua kejohanan itu esok.
Beregu lelaki utama negara Koo Kien Keat/Tan Boon Heong turut mara ke pusingan kedua dengan menewaskan beregu Jepun, Naoki Kawamae/Shoji Sato di pusingan pertama juga awal pagi ini.
Beregu nombor enam dunia dari Malaysia itu mengalahkan Naoki/Shoji dengan mata 21-11 dan 21-18 mengambil masa 32 minit.
Mereka dijadualkan bertemu sama ada beregu China, Hong Wei/Shen Ye atau beregu dari Poland, Adam Cwalina/Michal Logosz di pusingan kedua esok.
Pemain perseorangan ketiga negara, Liew Daren turut melangkah ke pusingan kedua menewaskan pencabarnya dari Thailand, Boonsak Ponsana straight set 21-19 dan 23-21.
Liew akan bertemu pemenang perlawanan di antara perseorangan nombor empat dunia, Peter Hoeg Gade dengan pemain perseorangan England, Ouseph Rajiv esok.
Seorang lagi perseorangan lelaki negara, Chong Wei Feng juga cemerlang menundukkan pemain dari Sepanyol, Pablo Abian 21-14 dan 21-18 untuk layak ke peringkat kedua kejohanan.
Chong akan menemui pemain nombor dua dunia, Lin Dan pada pusingan kedua kejohanan esok.
Beregu negara Goh V Shem/Teo Kok Siang bagaimanapun kandas tewas di tangan beregu nombor dua dunia Jung Jae Sung/Lee Yong Dae, 10-21 dan 11-21 manakala beregu campuran negara, Ong Jian Guo/Lim Yin Loo juga dikalahkan pencabar dari Indonesia, Tontowi Ahmad/Liliyana Natsir, 21-18 8-21 19-21 di pusingan pertama. - Bernama
ANAK BUKIT - "Tiba-tiba badan saya terasa panas dan berbahang. Saya lantas bangun dan melihat api marak di bahagian siling," kata seorang penghuni rumah yang terlibat dengan kebakaran yang melibatkan lima rumah di Kampung Belakang Sekolah Tamil, Batu Lima kira-kira jam 6 pagi, semalam.
Begitulah detik cemas yang dilalui G Ramasami, 63, seorang daripada lima keluarga yang terlibat dengan kebakaran.
Dia yang sedang tidur di bilik utama tingkat bawah rumah dua tingkat itu tinggal bersama isteri serta seorang anak lelaki.
Ramasami berkata, apabila bangun, dia mendapati api sedang marak di bahagian siling rumahnya lalu lantas mengejutkan isteri.
"Apabila saya keluar rumah melalui pintu hadapan, saya dapati hampir keseluruhan bahagian bumbung rumah jiran terbakar dan api marak. Kejadian itu berlaku begitu pantas sehingga saya tidak sempat untuk menyelamatkan barang dan harta benda di dalam rumah termasuk barang kemas, motosikal dan basikal," katanya.
Ramasami yang panik sewaktu kejadian tidak mampu untuk melakukan apa-apa dan hanya meminta bantuan daripada jiran berhampiran.
Bagi anak Ramasami, Baladevan, 22, berkata, dia yang tidur di tingkat atas rumah terjaga setelah terdengar ibunya menjerit.
Menurutnya, tindakan berani diambil untuk menyelamatkan diri dengan terjun dari bumbung rumah jirannya.
"Pada waktu itu, jalan untuk saya menyelamatkan diri yang saya nampak hanyalah terjun dari tingkat atas walaupun terpaksa berdepan risiko. Mujurlah saya hanya mengalami cedera ringan di bahagian tangan kanan dan bahagian pinggang sebelah kiri," katanya. Seorang lagi penghuni rumah, M Manyarasoo, 57, berkata, sewaktu kejadian, dia bersama keluarga dalam perjalanan pulang dari kuil Jalan Putra.
Katanya, kejadian itu disedari setelah menerima panggilan telefon dari anak saudaranya yang dalam perjalanan ke Jitra dan memaklumkan beberapa jentera bomba berada di hadapan rumahnya.
"Apabila tiba di rumah, saya mendapati rumah musnah dalam kebakaran dan tidak sempat menyelamatkan harta benda," katanya.
SUNGAI SIPUT (U) – Seorang wanita berusia 50 tahun ditemui maut dalam sebuah kereta jenis Proton Iswara di lorong belakang sebuah bank, di sini, kelmarin.
Ketua Polis Sungai Siput, Superintendan Azman Salim berkata, wanita berkenaan dikenali sebagai Leong Lai Ha, dan pemilik kereta adalah seorang kakitangan bank.
Menurutnya, wanita itu dipercayai memasuki kereta terbabit, yang di parkir di tempat kejadian untuk mencuri wang.
"Daripada maklumat yang diperoleh, kita percaya wanita berkenaan mempunyai masalah mental.
"Polis turut difahamkan wanita itu suka menyelinap masuk ke dalam kereta yang ditinggalkan tidak berkunci untuk menggeledah dan mencuri wang," katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Katanya, pemilik kenderaan yang ingin pulang dari kerja terkejut apabila mendapati wanita itu berada dalam keadaan tersandar di tempat duduk penumpang bahagian hadapan keretanya pada jam 7.45 petang.
"Bimbang melihat wanita itu tidak bergerak, pemilik kereta telah menghubungi dan memaklumkan polis berhubung kejadian.
"Setelah diperiksa polis, wanita berkenaan didapati telah meninggal dunia dan mayatnya dihantar ke hospital untuk dibedah siasat," katanya.
Katanya, wanita yang fahamkan berasal dari Kampung Sungai Buloh, di sini, disahkan meninggal dunia kerana serangan jantung.
ALOR SETAR -- Sebanyak tujuh buah kampung yang melibatkan 150 buah rumah di kawasan Changlun dinaiki air berikutan hujan lebat sejak petang semalam.
Kampung berkenaan ialah kampung Paya Nongmi, Belakang Pasar Changlun, Padang Pasir, Masjid, Paya Lantau, Titi Kerbau, Kubang Hamid, Taman Sayang, Pasar Changlun serta sekitar pekan Changlun lama, yang dinaiki air hampir satu meter.
Zakaria Ahmad, 77, dari Kampung Paya Nongmi berkata rumahnya mula dinaiki air sejak 7 pagi tadi.
"Saya sudah mula kemas barang sejak semalam. Selalunya kalau hujan lebat macam ini, air akan naik," katanya.
Zakaria berkata sejak banjir besar melanda Kedah pada hujung tahun 2010, kawasan kampungnya tidak pernah dinaiki air sehingga sekarang.
Rokiah Hashim, 64, juga berkata dia sudah mengemaskan barang-barang di dalam rumahnya sejak hujan turun mulai petang semalam.
Pengerusi Bencana Alam Daerah Kubang Pasu, Ahmad Fisol Md Nor berkata buat sementara waktu pihaknya belum membuka pusat pemindahan.
"Kita akan memantau dan bersiap sedia dari semasa ke semasa dan jika ia hujan berlarutan, barulah kita buka pusat pemindahan," katanya.
Di Padang Terap, sebanyak 19 rumah di Kampung Perik, Kuala Nerang turut dinaiki air berpunca daripada limpahan air sungai.
Tiga keluarga telah dipindahkan ke Dewan Orang Ramai selepas rumah mereka dimasuki air melebihi paras pinggang selepas hujan turun bermula 6.30 petang hingga 8.30 malam tadi.
Mohd Risham Abdul Rahman, 28, berkata hujan lebat turun sejak tiga hari lalu dan semalam adalah yang terburuk.
"Pada pukul 8.30 malam tadi, hujan mula berhenti dan air mula naik dalam masa 15 minit sudah memenuhi kawasan rumah," katanya.
Anggota Dewan Undangan Pedu, Datuk Seri Mahdzir Khalid melawat dan menyampaikan bekalan makanan kepada penduduk.
Beliau yang juga Ketua Umno bahagian Padang Terap berkata pasukan bertindak seramai 20 orang telah dikerah untuk membantu mangsa banjir. -Bernama
KUALA LUMPUR: Hujan lebat dan banjir kilat yang berlaku sejak semalam menjejaskan urusan harian warga Lembah Klang hari ini berikutan kesesakan lalu lintas luar biasa yang berlaku di laluan utama menuju ke bandar raya.
Tinjauan Bernama pagi ini mendapati keadaan lalu lintas sesak teruk di laluan masuk ke ibu negara terutama di Lebuhraya Maju Expressway, Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dari arah Seremban ke Kuala Lumpur.
Jurucakap Plus berkata trafik dilaporkan mengalami kesesakan di Plaza Tol Sungai Besi menghala ke pusat bandar pagi ini disebabkan penutupan terowong SMART dan kesesakan itu berlaku sejak pukul 6.30 pagi lagi.
Sementara itu, Penguasa Bomba dan Penyelamat Hulu Langat Rafie Sapar berkata seramai 413 mangsa yang dipindahkan ke Surau Kampung Belacan berikutan air naik malam tadi masih berada di sana.
"Sehingga hari ini mereka masih lagi berada di kawasan surau menunggu air surut," katanya ketika dihubungi Bernama pagi ini.
Rafie berkata sebanyak 150 buah rumah ditenggelami air di Kampung Belacan dengan kedalaman dua meter.
Katanya pihak bomba menyediakan dua buah bot dalam keadaan berjaga-jaga di kampung berkenaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan.
Beliau berkata banjir juga berlaku di Batu 12 Hulu Langat dengan 661 penduduk dipindahkan ke pusat penempatan sementara di Sekolah Kebangsaan Sungai Serai dan Balai Raya Sungai Serai. Sesi persekolahan di sekolah itu ditutup sementara.
"Seramai 82 anggota bomba masih bertugas dan tujuh buah bot ditempatkan di situ untuk membantu mangsa banjir dan sehingga kini air masih berada sedalam satu setengah meter," katanya.
Seorang penduduk mangsa banjir Farid Rosle, 22, berkata hujan lebat sejak pukul 7 malam semalam menyebabkan air naik mendadak tanpa diduga penduduk sehingga lebih dari satu meter pada 10 malam tadi.
"Saya dan keluarga saya kini terpaksa berteduh di rumah saudara saya di Kajang selepas air naik. Pagi ini, air masih lagi di paras yang sama," katanya. - BERNAMA
JAKARTA - Seorang bekas eksekutif Citibank di Indonesia dikenakan hukuman penjara lapan tahun setelah didapati bersalah mencuri RM12 juta (AS$4 juta) dari akaun pelanggan untuk hidup mewah dan menjalani pembedahan kosmetik.
Mahkamah Daerah Jakarta Selatan memutuskan pengurus perhubungan pelanggan, Malinda Dee, 49, bersalah atas tuduhan memindahkan wang dari akaun pelanggan.
Malinda ditangkap pada Mac tahun lalu.
Wang itu digunakan untuk hidup mewah termasuk membeli kereta dan menjalani pembedahan kosmetik.
Agensi kawal selia Indonesia mengenakan sekatan ke atas Citibank ekoran kes itu.
Pendakwa raya menuduh Malinda mengarahkan 117 pemindahan dana dengan setiap satu berjumlah dua bilion rupiah (RM674,786) daripada akaun pelanggannya atau akaun beberapa kenalannya antara tahun 2007 dan 2011.
Laporan media sebelum ini menyebut wang tersebut digunakan untuk membeli kereta Ferrari, Porsche, Mercedes dan Hummer selain beberapa buah rumah dan apartmen mewah.
Mahkamah juga memerintahkan agar dua kereta Ferrari, sebuah Hummer dan sebuah trak pikap Toyota selain wang tunai berjumlah RM676,056 dikembalikan kepada Citibank.
Citibank yang merupakan bank ketiga terbesar di Amerika Syarikat mengarahkan satu siasatan dalaman dilakukan selepas seorang pelanggannya mengesan dan melaporkan pemindahan wang dilakukan tanpa kebenarannya.
Suami Malinda, adik perempuan dan juga adik iparnya telah pun dikenakan hukuman penjara empat tahun berhubung kesalahan pengubahan wang haram.
Li Hongxiao yang berusia 30 tahun mampu mengimbangi objek dalam mulutnya sejak beliau masih kanak-kanak lagi. Li hanya menggunakan gigi untuk memegang 23 bangku kayu dengan jumlah berat 69 kilogram.
"Stuntman" China ini telah melepasi semua pencapaian beliau sebelum ini dengan berjaya mengimbangi beban luar biasa selama 11 saat, sebagaimana penonton di daerah Dazu barat daya China seperti tidak percaya apa yang mereka lihat.
Dengan setiap bangku berukuran 1 meter panjang, 45 sentimeter tinggi dan berat pada 3kg, gabungan berat tersebut mencecah 69kg sehingga hampir menyamai berat badan beliau iaitu 75kg.
Li yang berasal dari kampung Tianqiao di Chongqing, mula melakukan 'tarian singa' pada usia lapan untuk mendapatkan wang untuk menyara keluarga beliau. Selepas bertahun-tahun berkerja keras dengan penuh dedikasi, "Stuntman" ini mula untuk memperbaiki prestasi beliau dan pada tahun 2000, beliau mula memegang tiang buluh, tangga dan bangku dengan gigi.
Tetapi ia bukanlah sesuatu perkara yang mudah bagi Li. Kali pertama beliau cuba untuk mengimbangi 12 bangku, Li terselamat dengan 18 jahitan pada bibir bawah beliau.
Pemegang Rekod Dunia Guinness sebelum ini hanya mampu menguasai hanya 14 bangku jauh berbeza dari catatan terbaru tidak rasmi Li.
BAGHDAD 8 Mac – Sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh dalam serangan pemberontak di Iraq, semalam, termasuk 13 orang yang maut akibat dua serangan bom di utara bandar Tal Afar.
Kejadian yang turut menyebabkan 24 orang cedera itu berlaku dua hari selepas suspek al-Qaeda menembak mati 27 anggota polis dalam satu serang hendap di selatan Iraq.
Iraq yang bakal menjadi tuan rumah sidang Arab yang bakal dihadiri Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 29 Mac ini bagaimanapun bertegas, mereka telah bersedia untuk mengendalikan persidangan itu. – AFP
Mek Jah jaga pantang selepas bersalin, banyak makan ulam untuk kekal sihat
KOTA BHARU: Amalan mengambil pucuk paku, bunga nipah dan akar kayu serta mengelak minum air batu, membolehkan pasangan suami isteri dari Kampung Pantai Pulau Kundor, di sini, mampu mempunyai 18 anak, tiga daripadanya sudah meninggal dunia. Mek Jah Yusof, 52, dan suaminya, Isa Hassan, 56, berkahwin ketika usia muda 15 dan 17 tahun, dikurniakan cahaya mata pertama selepas tiga tahun berumah tangga. Mek Jah berkata, sepanjang perkahwinannya beliau sentiasa patuh kepada suaminya termasuk tidak pernah menolak ajakan suaminya untuk bersama walaupun penat menguruskan anak yang ramai.
"Tiada rahsia khusus membolehkan saya mempunyai anak ramai, hanya berpantang dan menjaga pemakanan, seperti hanya makan nasi dengan ulam segar, serta mengelak minum air batu.
"Sepanjang pantang selepas melahirkan pula, saya memang patuh terhadap nasihat ibu yang mempunyai sembilan anak, manakala suami pula ada 15 adik-beradik, namun keluarga kami tidak pernah mengenali sebarang vitamin atau ubat moden untuk sihat berbanding pasangan sekarang.
"Saya dan suami juga kuat bekerja bagi membesarkan anak yang ramai, seawal jam 7 pagi, Isa perlu turun sungai di Kampung Pulau Kundor, untuk memotong pokok nipah sebagai sumber pendapatan keluarga. "Saya pula membantunya dengan memilih batang nipah dan memotongnya untuk mendapatkan bahagian bunga yang akan dihiris nipis untuk dijual kepada pelanggan sekitar kampung ini, " katanya ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Pantai Pulau Kundor di sini.
Katanya, anak pertama lelaki, Zulkifli, yang kini berusia 34 tahun dan sudah berumah tangga serta mempunyai empat anak berusia antara dua hingga enam tahun.
"Daripada 18 anak makcik itu, tiga daripadanya meninggal dunia sebaik dilahirkan beberapa bulan iaitu anak yang ketiga, kelima dan yang ke-16, manakala selebihnya yang sulung hingga yang bongsu kini berusia lapan tahun hidup sihat dan tinggal bersama makcik di rumah usang ini," katanya.
Katanya, 12 daripada 15 anaknya sudah tidak bersekolah dan hanya mampu bersekolah setakat tingkatan tiga malah ada yang hanya setakat sekolah rendah.
"Kami hidup miskin, namun sepanjang perkahwinan hampir 40 tahun lalu, tidak pernah bergaduh besar, melainkan hanya satu kali ketika berdepan masalah kewangan yang kritikal," katanya.
MENYASARKAN sekurang-kurangnya lima emas dalam Sukan Malaysia (Sukma) Pahang, Julai depan, skuad berbasikal Terengganu menyenaraikan barisan pelumba terbaik menggalas cabaran tersebut.
Jurulatih pasukan, Syed Mohd Hussaini Syed Mazlan berkata, 10 dari 24 pelumba dipilih adalah pelumba lama, termasuklah Mohammad Adiq Husaini Othman, Mohd Zulhilmi Nafiz Aamri, Nor Amirul Fakharuddin, Mohd Khairul Azizi Abdullah dan Saufian Naibih Umar Bakti.
"Lima lagi adalah pelumba wanita terdiri daripada pelumba yang mewakili negara dalam Kejohanan Berbasikal Asia (ACC), Umi Hamimah Ahmad, Zaharah Anuar, Norain Mahmud, Nor Suhada Zainal dan Liana Atirah Zailani.
"Kita membuat pemilihan pelumba lebih awal supaya mudah mengatur persiapan menjelang Sukma ini," katanya yang sedang merangka beberapa kejohanan di luar negara bagi pelumba menjalani latihan intensif.
Kembali menjalani latihan selepas perlumbaan jelajah Le Tour de Langkawi (LTdL) 2012, pelumba turut menjalani latihan tiga sesi dari awal pagi hingga petang bermula bulan depan sebelum menyambung latihan seterusnya di Temerloh, Pahang pada Mei nanti.
"Latihan di Temerloh supaya mereka dapat membiasakan diri dengan laluan yang akan digunakan di Sukma nanti," katanya.
SITIAWAN - Seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kini hanya terlantar di katil sejak setahun lalu selepas 43 hari melahirkan anak sulungnya.
Nurul Azwa Md Nor, 28, dikategorikan sebagai koma kerana otaknya tidak dapat berfungsi seperti biasa.
Ibunya, Hanisah Aziz, 51, berkata, menurut doktor yang merawat anaknya, Nurul Azwa menghidap penyakit sawan.
Menurutnya, pada mulanya kepala Nurul Azwa membengkak dan menyebabkan dia koma sehingga kini.
"Saya dan suami perlu menyediakan RM1,000 setiap bulan bagi menampung perbelanjaan untuk Nurul Azwa termasuk kos perubatan, susu khas dan lampin pakai buang.
"Sejak dia koma, kami menggunakan tiub khas untuk memberikan susu kepadanya dan memerlukan bantuan kami bagi mengurus diri," katanya yang ditemui di rumahnya di Taman Kiara Kampung Koh.
Kata Hanisah, anak sulung dari tiga beradik itu juga perlu membuat susulan rawatan tiga bulan sekali di Hospital TLDM Lumut.
Jelasnya, setiap tiga bulan dia akan membawanya ke hospital untuk rawatan susulan dan bernasib baik kerana TLDM masih lagi membayar gaji Nurul Azwa walaupun dia sudah setahun lebih tidak bertugas.
"Saya teringin untuk melihat Nurul Azwa kembali sihat seperti dahulu dan berharap ada sesiapa yang sudi membantu kami," katanya.
Bagi bapa Nurul Azwa, Md Nor Md Rejab, 53, pelbagai usaha dia lakukan untuk melihat anaknya pulih.
Katanya, kini ada sedikit peningkatan berlaku pada anaknya apabila Nurul Azwa mampu mengerakkan kakinya sedikit.
"Besar harapan kami untuk melihat Nurul Azwa kembali seperti dahulu kerana kami amat merindui keadaannya sebelum sakit," katanya.
Sementara itu, masalah keluarga berkenaan menarik perhatian pihak Al-Jabbar yang tampil untuk membantu.
Pengurus Rania Al-Jabbar Manjung, Rostam Affandi Abdul Rahman berkata, pihaknya akan cuba mencari jalan untuk membantu Nurul Azwa.
Katanya, pihaknya akan mencari kaedah sesuai dengan keadaan pesakit berpandukan reaksi yang diberikan.
"Kaedah yang digunakan walaupun menggunakan elektrik tetapi tidak akan mencederakan pesakit sebaliknya membantu melancarkan peredaran darah," katanya.
Orang Jepun suka dengan mee segera mereka, jadi ia tidak menghairankan bahawa mereka telah membuka sebuah muzium untuk menunjukkan betapa sukanya mereka terhadap mee.
Muzium ini dibuka oleh Nissin Foods dan terletak di Yokohama, Jepun, merayakan 40 tahun makanan popular yang disukai oleh pelajar kolej yang dikatakan 'meletup' di mana-mana sahaja. Pada paparan yang tersedia ada, menceritakan sejarah mee segera, yang dicipta oleh Momofuku Ando, orang yang mencipta mee ramen ayam mengimbau kembali pada tahun 1958 selepas menyaksikan kegilaan orang memakanan mee selepas perang Jepun.
Muzium itu sendiri adalah 10,000 meter persegi dan mengandungi "Cup My Noodle Factory" yang membolehkan pengunjung untuk mencipta perisa mereka sendiri. Dan tentunya, termasuk restoran-restoran yang menyajikan tiap-tiap jenis mee yang pernah dibayangkan.
Pada hari pembukaan, 500 orang menunggu di dalam barisan untuk merasai pengalaman, termasuk Junichiro Koizumi, bekas Perdana Menteri Jepun. Di dalam, ibu bapa akan dapat lihat pelbagai jenis mee sementara anak-anak mereka mengambil kesempatan bermain di "kawasan permainan mee."
Ini bukan kali pertama Nissin Foods membuka sebuah muzium; mereka membuka satu di Osaka, Jepun pada tahun 1999 dengan bunyi trompet riuh-rendah yang hebat. Dan tidak lupa juga muzium Mee Ramen di Shinyokohama.
CERAMAH PERDANA Tarikh : 11 Mac 2012, Ahad Masa : 9 mlm Tempat : Pusat Khidmat DUN Paroi, Taman Tasik Jaya, Senawang Penceramah : ~ Ustaz Misbahul Munir Masduki, Setiausaha Penerangan PAS Pusat ~ Dr Mohamad Rafie , Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR ~ Ustaz Khairul Anuar Wafa , Ketua Pemuda PAS N.Sembilan ~ Puan Norwani , Ketua Muslimat PAS Rembau Serta Penampilan Khas : Bob Kuman (Husni Hj Mohd Rawi)
FAKTA MENARIK DI DUN PAROI :
1. Wakil Rakyat DUN Paroi adalah merupakan wakil rakyat sulung dan tunggal dari PAS di Negeri Sembilan yang dilantik melalui Pilihanraya Umum ke 12 tahun 2008 iaitu YB Hj Mohamad Taufek Abd Ghani yang pada ketika itu menjawat jawatan Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan yang kini merupakan Pesuruhjaya PAS N.Sembilan, AJK PAS Pusat dan juga Yang Dipertua PAS Kawasan Rembau.
2. Sebaik sahaja selepas PRU 12, Menteri Besar Negeri Sembilan mengumumkan bahawa DUN Paroi adalah merupakan DUN angkat kepada YAB. Dato' Seri Utama Hj. Mohamad Hj.Hasan.
3. Selepas PRU 12 juga, Umno/BN telah menubuhkan 3 Pusat Khidmat Masyarakat dalam DUN Paroi, Ini bermakna rakyat di DUN Paroi boleh mendapatkan perkhidmatan di 4 Pusat Khidmat Masyarakat, 1 yang diuruskan oleh PAS dan 3 oleh Umno/BN.
4. DUN Paroi merupakan satu-satunya DUN di Negeri Sembilan dan kemungkinan di Malaysia yang ada 4 Pusat Khidmat Masyarakat.
5. Apabila DUN Paroi menjadi DUN angkat Menteri Besar, banyaklah aktiviti kerajaan negeri serta Umno/BN dijalankan di DUN ini, sehinggakan dalam tempoh seminggu diadakan 3 Majlis Sambutan Hari Raya besar-besaran di DUN Paroi iaitu pada 20 Sep 2011 di Taman Satria, 21 Sep 2011 di Taman Marida dan 27 Sep 2011 di Taman Tasik Jaya.
FAKTA SEJARAH DUN PAROI :
1. DUN Paroi bersama kawasan Parlimen Rembau hanya wujud sejak Pilihanraya Umum ke 11 tahun 2004 selepas persempadanan semula.
2. Paroi telah dibuka oleh anakanda Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang pertama Raja Melewar, iaitu Raja Totok di mana beliau telah dikahwinkan dengan anak Undang Sg. Ujong. Raja Melewar ditabalkan sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang pertama dan mangkat di DUN Kota, iaitu di tempat bernama Penajeh.
3. Pertempuran hebat semasa peristiwa Perang Bukit Putus pada Disember 1875 berlaku di Paroi, dimana pasukan askar British diketuai Hinxman sampai di Paroi dan mula menyerang kubu pertahanan Yamtuan Antah. Pertempuran hebat menggegarkan bumi Paroi pada hari itu.
KARNIVAL DUN JOHOL Tarikh : 16 Mac 2012 ( Jumaat ) Masa : 4 ptg - 12 mlm Tempat : Dataran al-Ikhwan, Air Mawang, Johol, N.Sembilan
ACARA :
Masa : 5 ptg - 7 mlm BORAK & MINAM POTANG BERSAMO PIMPINAN PR N9 Bersama : - YB Mohd Taufek Abd Ghani - YB Dato Kamarul Bahrain Abas - YB Loke Siew Fook
Masa : 7.00 malam - 12.00 malam SOLAT HAJAT PERDANA ( 8.00malam )
PERSEMBAHAN PENTAS ~ Iwan Syahman ( Iwan Dangdut ) ~ Madih dan Selawat bersama Madrasah Az-Zein, Seremban
PIDATO ANAK MUDA - Ustaz Nor Azman Mohamad - YB Nurul Izzah Anwar
CERAMAH PERDANA Tarikh : 11 Mac 2012, Ahad Masa : 9 mlm Tempat : Pusat Khidmat DUN Paroi, Taman Tasik Jaya, Senawang Penceramah : ~ Ustaz Misbahul Munir Masduki, Setiausaha Penerangan PAS Pusat ~ Dr Mohamad Rafie , Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR ~ Ustaz Khairul Anuar Wafa , Ketua Pemuda PAS N.Sembilan ~ Puan Norwani , Ketua Muslimat PAS Rembau Serta Penampilan Khas : Bob Kuman (Husni Hj Mohd Rawi)
FAKTA MENARIK DI DUN PAROI :
1. Wakil Rakyat DUN Paroi adalah merupakan wakil rakyat sulung dan tunggal dari PAS di Negeri Sembilan yang dilantik melalui Pilihanraya Umum ke 12 tahun 2008 iaitu YB Hj Mohamad Taufek Abd Ghani yang pada ketika itu menjawat jawatan Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan yang kini merupakan Pesuruhjaya PAS N.Sembilan, AJK PAS Pusat dan juga Yang Dipertua PAS Kawasan Rembau.
2. Sebaik sahaja selepas PRU 12, Menteri Besar Negeri Sembilan mengumumkan bahawa DUN Paroi adalah merupakan DUN angkat kepada YAB. Dato' Seri Utama Hj. Mohamad Hj.Hasan.
3. Selepas PRU 12 juga, Umno/BN telah menubuhkan 3 Pusat Khidmat Masyarakat dalam DUN Paroi, Ini bermakna rakyat di DUN Paroi boleh mendapatkan perkhidmatan di 4 Pusat Khidmat Masyarakat, 1 yang diuruskan oleh PAS dan 3 oleh Umno/BN.
4. DUN Paroi merupakan satu-satunya DUN di Negeri Sembilan dan kemungkinan di Malaysia yang ada 4 Pusat Khidmat Masyarakat.
5. Apabila DUN Paroi menjadi DUN angkat Menteri Besar, banyaklah aktiviti kerajaan negeri serta Umno/BN dijalankan di DUN ini, sehinggakan dalam tempoh seminggu diadakan 3 Majlis Sambutan Hari Raya besar-besaran di DUN Paroi iaitu pada 20 Sep 2011 di Taman Satria, 21 Sep 2011 di Taman Marida dan 27 Sep 2011 di Taman Tasik Jaya.
FAKTA SEJARAH DUN PAROI :
1. DUN Paroi bersama kawasan Parlimen Rembau hanya wujud sejak Pilihanraya Umum ke 11 tahun 2004 selepas persempadanan semula.
2. Paroi telah dibuka oleh anakanda Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang pertama Raja Melewar, iaitu Raja Totok di mana beliau telah dikahwinkan dengan anak Undang Sg. Ujong. Raja Melewar ditabalkan sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang pertama dan mangkat di DUN Kota, iaitu di tempat bernama Penajeh.
3. Pertempuran hebat semasa peristiwa Perang Bukit Putus pada Disember 1875 berlaku di Paroi, dimana pasukan askar British diketuai Hinxman sampai di Paroi dan mula menyerang kubu pertahanan Yamtuan Antah. Pertempuran hebat menggegarkan bumi Paroi pada hari itu.
7 Mac 2012 , KOTA , N.Sembilan – Penduduk yang menetap berdekatan sebuah pasar raya yang kini tidak lagi beroperasi, dekat sini kesal dan kecewa apabila air kumbahan dari bangunan itu melimpah sejak dua minggu lalu.
Tinjauan Sinar Harian ke lokasi berkenaan mendapati limpahan air kumbahan semakin buruk apabila ia mengalir ke hadapan premis berkenaan sehingga membentuk lopak air dan berbau busuk.
Salah seorang penduduk yang ditemui, A Ramadas, 32, berkata, masalah bau busuk itu semakin ketara apabila angin bertiup.
Menurutnya, pelanggan di beberapa kedai makan di lokasi berkenaan juga sudah mula berasa kurang selesa untuk menikmati makanan.
"Malah, masalah bau air kumbahan yang sudah melimpah sejak beberapa minggu lalu juga turut menimbulkan rasa kurang selesa penduduk di Taman Sri Kota terutamanya mereka yang tinggal berhampiran dengan bangunan berkenaan.
"Oleh itu, kita sebagai penduduk berharap agar masalah ini akan dapat diatasi memandangkan ia banyak menimbulkan rasa kurang selesa penduduk," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di lokasi dimaksudkan, kelmarin.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kota Pekan, Jahaya Awang berkata, dia sudah sedia maklum dengan masalah berkenaan dan sudah mengetengahkan masalah itu kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk tindakan selanjutnya.
Menurutnya, sebelum ini ada beberapa penduduk yang sudah mengadukan masalah berkenaan kepada pihak berkaitan, namun sehingga ke hari ini, tindakan masih belum diambil bagi mengatasi masalah itu.
"Bagaimanapun, pihak PBT bersetuju untuk melawat dan meninjau lokasi aduan pada minggu hadapan (ini) dan mengambil tindakan bersesuaian," katanya.
REMBAU: Penduduk Taman Pedas Perdana, di sini, bimbang apabila kawasan perumahan itu menjadi tumpuan segelintir remaja melepaskan gian menghidu gam dan minum arak.
Penduduk, Azman Sahat, 43, berkata kegiatan itu dikesan sejak tahun lalu apabila remaja terbabit menjadikan lorong gelap sebagai tempat melepak dan melakukan kegiatan tidak bermoral termasuk minum minuman keras.
"Ini terbukti dengan penemuan tin minuman keras dan plastik gam di kawasan itu. Kami kesal dengan kegiatan yang semakin berleluasa apatah lagi remaja terbabit kebanyakannya tidak tinggal di kawasan perumahan ini," katanya ketika ditemui, baru-baru ini.
Seorang lagi penduduk yang mahu dikenali sebagai Yaakob, 50, berkata ada kumpulan Mat Rempit sengaja membunyikan enjin motosikal dengan kuat sehingga mengganggu penduduk.
"Mereka sering berkumpul, menyanyi dan membunyikan enjin motosikal dengan kuat tanpa menghiraukan penduduk sekeliling. "Kebanyakan penduduk tidak berani menegur mereka kerana bimbang kumpulan itu membalas dendam dan melakukan sesuatu yang buruk," katanya. Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Pedas Perdana, Jaafar Yahya berkata, pihaknya sedar mengenai kehadiran kumpulan remaja itu dan rondaan kerap dijalankan di kawasan berkenaan.
"Polis pernah membuat serbuan, namun kumpulan terbabit tidak serik dan seolah-olah tidak takut dengan undang-undang.
"Mereka bertindak di luar kawalan jika diganggu dan kami berharap polis mengambil tindakan segera bagi menangani masalah ini," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Mizan Md Dom berkata, ketagihan menghidu gam perlu dibendung kerana ia memberi pelbagai kesan buruk kepada remaja.
"Amalan menagih gam menyebabkan kebanyakan penagihnya terjebak gejala sosial lebih serius antaranya menghisap dadah, melakukan seks bebas dan jenayah.
"Justeru, jika terdapat aduan orang ramai, polis akan melakukan ujian air kencing. Jika didapati bersalah, tindakan lanjut diambil," katanya.
Kebanyakan akhbar-akhbar berbahasa Cina, sedang memainkan isu yang sangat sensitif dan cuba menyalahkan pihak polis. Insiden seorang remaja berbangsa Cina yang tidak bertopi keledar, tidak mempunyai lesen dan merempuh sekatan polis, sebelum terbabas dan kemudian melanggar tembok sebelum terlentang tidak sedarkan diri, telah digunakan oleh masyarakat cina itu untuk membuktikan Polis memusuhi orang Cina! Permainan yang dilakukan oleh akhbar-akhbar berbahasa Cina dan kemudiannya disambut pula oleh puak-puak MCA di dalam Facebook, amat merbahaya. Hasutan dan fitnah yang dilakukan oleh mereka itu memperlihatkan penguasaan MCA dalam menyemai perasaan kebencian di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Secara sahnya, remaja yang pangkal nama adalah Lim itu memang bersalah. Untuk menutup kisah sebenar, keluarga remaja tersebut menuduh polis telah menendang motosikal yang ditunggang oleh remaja itu menyebabkan dia terjatuh dan tercedera. "Ini anggota polis itu! Hanya kerana adik saya tidak memakai topi keledar, dia menendang motosikalnya. Kenapa dia berbuat demikian kepada adik saya yang berusia 14 tahun apabila dia hanya boleh mengeluarkan saman?" soal kakak Lim di posting Facebook posting yang turut memaparkan gambar polis yang sedang bertugas itu. "Adik saya koma. Beliau mengalami pembekuan darah di lehernya yang terseliuh. Pendarahan juga dilaporkan pada bahagian kepala dan di telinga. Beliau juga terpaksa menerima jahitan untuk kecederaan di seluruh badannya!".. - Kwong Wah Jit Poh
Pas Kelantan sedia membuka sebarang bentuk perbincangan, namun ia bergantung pada keadaan bagi membolehkan Tengku Razaleigh bertanding atas tiket Pas ketika diminta mengulas kenyataan veteran politik Tengku Razaleigh Hamzah yang mahu bertanding calon Bebas di Gua Musang sekiranya tidak dicalonkan BN.
"Pas Kelantan tidak ada masalah dengan beliau terutama soal tuntutan royalti yang jelas dia begitu konsisten. Dari segi itu kita ada persamaan dan dulu pun kita pernah bekerjasama melalui Semangat 46, jadi kalau PRU ini ada perbincangan (untuk bersama), bukan sesuatu yang pelik,"katanya.
Pas Kelantan mungkin menolak Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) Datuk Zaid Ibrahim mahu bertanding di kerusi Parlimen Kota Bharu atas tiket parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13). "Kita tidak dapat maklumat sebarang perbincangan dibuat, namun bagi saya agak mustahil (untuk bertanding atas tiket Pas) kerana kita tidak menerima cara dia berpolitik, lompat sana-sani," katanya kepada pemberita selepas hadir di pelancaran Bulan Dakwah di Kompleks Balai Islam Lundang.
Zaid yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri sedang mempertimbangkan sama da kemungkinan bertanding sebagai calon Bebas atau menggunakan tiket Pas.
Najib ata Ah Jib Gor pemimpin paling lembek dalam sejarah politik tanahair. Manakan tidak dia menang semua jawatan dalam Umno secara belas kasihan dan menumpanh tuah orang lain bukan atas kekuatan diri sendiri. Dia memimpin Umno Pekan dengan mewarisi dari ayahnya. Menang Ketua Pemuda Umno kerana belas ihsan Anwar bila Anwar menjadi Naib Presiden Umno, Najib ambilalih jawatan tersebut dengan tidak dicabar, kalau di cabar belum tentu Najib menang. Menjawat jawatan Timbalan Presiden dan Presiden Umno juga atas belas kasihan orang.....huhuhuhuhuhu
Komen : PM kita ni yang merangkap Pengerusi UMNO/BN bila nak PRU semua pengumuman melibatkan wang kalau boleh semua dia kena umum atau memang beliau yang nak umum. Bab SBPA ni adalah hasil kerja hentam keromo kerajaan. Sepatutnya lepas melakukan pembetulan kena semak dulu samada dah ok ke ? Dahlah masa umum dulu ramai sedar dan komplen kelemahan skim itu, kini seoalh2 dah ok dan terus diumum oleh PM plak tu. Buatnya masih ada kepincangan skim itu kan haru imej PM UMNO ni? dan sebagai Ketua Eksekutif Malaysia?
KUALA LUMPUR: Kira-kira 1,400,000 penjawat awam menunggu dengan penuh debaran pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung semakan semula Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), esok 8 Mac 2012.
Najib dijadual berucap pada perhimpunan khas yang dihadiri ketua-ketua jabatan kerajaan dan badan berkanun serta pegawai kanan perkhidmatan awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Kenyataan bahawa Datuk Omar Osman, Presiden Cuepacs, badan yang menjadi payung kepada kesatuan-kesatuan sektor awam, yang akan berucap pada majlis itu, memberi petunjuk jelas bahawa ia mungkin memberi tumpuan kepada skim SBPA yang disemak semula.
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) telah pun mengumumkan 44,000 kakitangan Petonas akan dapat bonus Petronas sekurang-kurangnya 5 bulan tahun ini. Dalam erti kata lain tertinggi dalam sejarah perbadanan minyak negara itu. Tahniah kami ucapkan kepada kakitangan Petronas.
KUALA LUMPUR, 6 Mac – Perdana Menteri Najib Razak digesa membentangkan laporan kepada parlimen pada persidangan yang akan bermula minggu hadapan tentang status pelaburan syarikat milik penuh kerajaan Malaysia, 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Gesaan tersebut adalah berikutan langkah syarikat itu yang dilaporkan telah membeli Tanjong Energy Holdings, sebuah syarikat penjanakuasa bebas milik Ananda Krishnan yang memiliki loji janakuasa di serata Asia.
Semalam The Singapore Straits Times melaporkan bahawa 1MDB telah mengambil alih kepentingan Ananda dalam Tanjong Energy pada nilai RM8.5 Bilion.
Menurut Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua, 1MDB adalah sebuah syarikat pemudahcara strategik untuk ide-ide dan sumber pembangunan baru, sedangkan "perniagaan janakuasa elektrik bukanlah suatu sumber pembangunan baru," kata Tony dalam sidang medianya di Ibu Pejabat DAP hari ini.
Menurut beliau yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu, kemasukan 1MDB ke dalam industri penjanakuasaan elektrik tidak akan memberi nilai tambahan yang besar memandangkan negara sudah cukup meriah dengan syarikat-syarikat penjanakuasa bebas (IPP), seperti Malakoff Bhd, YTL Power dan Genting Sanyen yang mendahului senarai 20 IPP di negara kini.
Lebih merisaukan, operasi 1MDB dibiayai dengan pinjaman yang dijamin oleh Kerajaan Persekutuan. "Kali terakhir ia membuat pinjaman bernilai RM5 bilion, 1MDB melabur RM4.2 bilion dalam satu usahasama spekulatif dengan sebuah syarikat minyak, PetroSaudi International. Bagaimanapun, dalam jangkamasa 6 bulan sahaja, 1MDB telah menukar pelaburan sebanyak 40% dalam usahasama itu menjadi pinjaman berjangkamasa 11 tahun kepada sebuah syarikat yang 'rekodnya' hanya bermula pada tahun 2005."
Penglibatan 1MDB dalam usahasama PetroSaudi itu akhirnya menyebabkan syarikat milik negara itu tidak memiliki dana untuk menjalankan projek-projeknya sendiri. 1MDB masih perlu mendapatkan dana untuk membangunkan Bandar Malaysia di Sungai Besi dan Kuala Lumpur International Financial District (KLIFD) yang bernilai RM26 bilion.
Menurut Pua, semua risiko daripada tindakan 1MDB akan terpaksa ditanggung oleh rakyat Malaysia. "Tanpa kemahiran atau pengalaman dalam industri minyak dan gas, pembangunan hartanah dan kini ditambah dengan pelaburan terbaru sebanyak RM8.5 bilion dalam Tanjong Energy, 1MDB sedang menyiapkan diri untuk mencipta rekod bail-out terbesar di Malaysia."
Justeru itu Pua menggesa Najib mengemukakan laporan rasmi daripada pihak kementerian berkenaan di Parlimen untuk mengelakkan negara daripada terjebak dalam malapetaka sektor kewangan yang dapat memicu krisis ekonomi terburuk dalam sejarah negara ini. ~roketkini
KUALA LUMPUR, 6 Mac — Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menuntut Putrajaya mendedahkan butiran lengkap penyelesaian luar mahkamah antara firma Pengurusan Danaharta (Danaharta) dan Tan Sri Tajudin Ramli.
The Malaysian Insider difahamkan panel 13 orang tersebut telah membuat keputusan "hampir sebulat suara" untuk bertanyakan kepada Kementerian Kewangan dan Prokhas, unit yang diuruskan Danaharta bagi menjelaskan perjanjian penyelesaian di luar mahkamah pada 14 Febuari lalu.
"Kami mahu memberikan mereka peluang kara ia melibatkan RM589 duit kami," jelas seorang ahli PAC kepada The Malaysian Insider, merujuk kepada hutang luar biasa Tajudin, yang suatu ketika dulu pernah mengemudi MAS dan Celcom Bhd.
Danaharta dan Tajudin menyelesaikan kes berkenaan di luar mahkmah bulan lepas selepas Putrajaya mengarahkan kesemua GLC pada Ogos untuk menggugurkan tuduhan terhadap Tun Daim Zainuddin.
Namun begitu, terma dan perjanjian berkenaan kekal rahsia walaupun Mahkamah Tinggi pada Disember 2009 telah mengarahkan Tajudin untuk membayar sejumlah RM589.14 juta kepada Danaharta.
Ahli politik setiap parti kemudiannya menuntut butiran lengkap penuelesaian luar mahkamah antara bekas Pengerusi MAS itu dan Danaharta, yang mana mengalami krisi hutang pada 1997.
Sumber berkenaan turut menjelaskan "tiada pihak yang tidak bersetuju terhadap tuntutan ini" dan satu mesyuarat akan dianjurkan bagi kementerian kewangan membuat penjelasan.
Polisi bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, menjadi bahan kritikan selepas pentadbiran Najib memutuskan untuk mengadakan penyelesaian di luar mahkamah terhadap hutang RM589 juta oleh Tajudin ketika membuat pinjaman untuk membeli MAS pada 1994.
Kes antara Danaharta dan Tajudin timbul selepas beliau melakukan perjanjian kemudahan pada 13 Julai, 1994 untuk meminjam RM 1.79 bilion daripada sindiket bagi membiayai pembelian saham sejumlah 32 peratus saham MAS.
Namun begitu, pada 1994 ke 1998, beliau gagal menyelesaikan hutang berkenaan dan menjadikannya pinjaman tidak memuaskan (NPL).
Tajudin mendakwa dalam afidavitnya beliau diarahkan oleh Dr Mahathir dan Daim pada 1994 untuk membeli dan mengawal pegangan saham MAS untuk menjamin daripada kerajaan.
Ahli perniagaan itu mendakwa pembeliaan itu adalah semata-mata "demi negara".
Dr Mahathir bagaimanapun menafikan dakwaan berkenaan dalam memoir yang ditulisnya berkenaan dakwaan Tajudin itu.
KOTA BHARU, :Seorang penduduk Orang Asli dari Pos Belatim, Gua Musang, Rosli Along memfailkan notis pemberhentian kes membabitkan dirinya di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.
Plaintif terbabit diwakili peguam Roslan Mat Nor memberitahu anak guamnya mahu menarik balik saman terhadap kerajaan negeri membabitkan pembangunan tanah Ladang Rakyat di Hulu Nenggiri, Pos Belatim.
Prosiding tersebut berlangsung di hadapan Hakim Azman Abdullah. Hakim kemudian menetapkan 20 Mei hadapan bagi mendengar penghujahan pihak plaintif menarik balik saman yang difailkan sebelum ini.
Kerajaan negeri diwakil peguam Zainal Abidin Mustaffa dari Tetuan Zainal & Mariani Peguambela dan Peguamcara.
Tahun lepas tiga lelaki Orang Asli dari Pos Belatim memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kota Bharu bagi menghalang kerajaan negeri melulus tanah kepada Perbadanan Ladang Rakyat untuk dibangunkan ladang.
Dua plaintif lagi iaitu Angah Along dan Hassan A/L Along, bagaimanapun tidak kelihatan di mahkamah hari ini.
Pada afidavitnya sebelum ini mereka mendakwa pemberian hak milik tanah adat Orang Asli di Pos Belatim sebagai menyalahi undang-undang.
Bagaimanapun dalam satu kenyataan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob menjelaskan tiada istilah tanah adat di Kelantan.
Namun katanya, kerajaan negeri meluluskan hak milik tanah kepada penduduk Orang Asli di beberapa penempatan di pedalaman Gua Musang termasuk seluas 606 ekar di Pos Jedip.
Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan kesyukuran seorang penduduk Orang Asli menarik balik kes saman terhadap Ladang Rakyat.
Penghulu Rosli yang menemui Menteri Besar selepas hadir di mahkamah turut menyampaikan surat memohon maaf kepada kerajaan negeri ekoran tindakannya memfail saman sebelum ini.
Rosli turut ditemani beberapa penduduk Orang Asli dari Gua Musang diraikan Tuan Guru Nik Abdul Aziz di kediaman rasmi Menteri Besar di JKR 10.
Turut hadir pada pertemuan itu Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Ahmad Fadhli Shaari, Pengurus Tabung Tok Kenali, Mohd Khir Zahri dan Penghulu Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Ira Isra Asra Ramlan dari Pos Belatim.
"Alhamdulillah, kes yang dibawa oleh kawan-kawan kita dari perkampungan Orang Asli bagi menyaman Ladang Rakyat telah ditarik balik.
"Dan mereka datang beramai-ramai untuk memohon maaf," katanya kepada pemberita selepas pertemuan tersebut.
Pada Januari lalu polis menahan 17 Orang Asli di Kampung Parik, Gua Musang kerana dilaporkan membantah tindakan menceroboh tanah adat.
Menteri Besar juga berharap sekiranya timbul persoalan di antara pihak kerajaan dan Orang Asli khususnya dalam isu tanah hendaklah dibawa berunding terlebih dahulu. -Hrkh
Saya merakamkan rasa tahniah kepada seluruh ahli PAS yangmenerima berita gembira penyelesaian kepada ribut kecil di PAS Kedah. Tindakankedua-dua exco Timbalan Pesuruhajaya PAS Kedah, Ir Phahrolrazi Zawawi dan DrIsmail Salleh dan Menteri Besar Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak mencerminkansatu akhlak jamaah yang tinggi, bilamana akur dengan pandangan parti.
Tahniah diucapkan kepada Jawatan Khas yang terdiri daripada Timbalan Presiden PAS Tuan HjMohamad Sabu dan dua Naib Presiden PAS YB Salahuddin Ayub dan YB Dato' Mahfuz Omar yangbertungkus lumus menjadi orang tengah menyelesaikan kemelut ini. Khususnya bagiYB Salahuddin, sememangnya anda dilayak digelar Kofi Anan dalam PAS.
Ahli dan para pemimpin juga sangat gembira dan terharudengan kepenatan YB Dato' Seri Presiden PAS yang bergegas balik dari Bosnia transit diAustria, Qaherah, Bangkok dan sesampai KL bergegas ke Kedah tak sempat menjamahmakanan, terus menghadiri mesyuarat dalam keadaan demam hingga jam 3pagi.
Kegembiraan kerana seluruh ahli parti ingin melihat Kedah terus mantap, danmenjadi pangkalan kedua terkuat pemerintahan PAS selepas Kelantan. InsyaAllahapa yang dibincang dan dirumus akan dapat dilaksanakan, demi kebaikan dan masadepan PAS Kedah khususnya dan negara amnya.
PAS Pusat mengharapkan satu majlis munajat perdana dapat diadakan dalam masaterdekat. Mari kita himpunkan ribuan rakyat Kedah di Stadium untuk kitabemunajat, dekatkan diri dengan Allah, meluahkan kasih sayang dan mahabbahantara kita. Semoga Allah memperteguhkan jamaah ini. Allahu Akbar.
Masih ramai dikalangan anggota masyarakat yang terbelenggu dengan kongkongan kejahilan terhadap Islam khususnya Fiqh Siyasah, apabila mereka merasa pelik melihat PAS boleh mengadakan persefahaman kerjasama politik bersama parti bukan Islam seperti DAP, yang dituduh setengah pihak sebagai fanatik atau chauvinis. Seterusnya mereka ini bertanya : Mengapa PAS tidak boleh mengadakan persefahaman dengan UMNO yang sebangsa dengan PAS ? . Tidakkah pendekatan mengadakan persefahaman dengan UMNO akan menjadi lebih mudah berbanding DAP atau PKR ?. Lalu penentang PAS yang tidak faham ini menyimpulkan bahawa PAS telah menggadaikan prinsip perjuangannya sebaik sahaja mengamalkan pendekatan Tahaluf Siyasi bersama rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat !.
Persoalan di atas boleh difahami jawapannya dengan mempunyai fikiran yang tenang dan terbuka dalam menekuni tulisan ringkas ini.
Syarat pertamanya ialah kita mestilah memahami kaedah ajaran Islam dalam menangani masyarakat majmuk bersama pendekatannya. Perlu difahami juga bahawa Islam pula bukannya agama yang terikat dan terbelenggu dengan semangat kebangsaan, walau pun peranan bangsa tidak boleh dinafikan wujudnya. Dalam amalan politik Islam pula terdapat ajaran dan hukum yang berkait dengan pendekatan yang adil terhadap masyarakat majmuk termasuklah layanan Islam dalam aspek kepelbagaian agama. Risalah atau mesej Islam adalah bersifat sejagat, kerana kedatangan Nabi Muhammad SAW membawa rahmat kepada seluruh alam, manusia dan makhluk yang lain. Kerasulannya adalah kepada seluruh rumpun manusia, tidak terikat dengan bangsanya sendiri, tanahair dan zaman. Maka yang dikira termasuk dalam kerasulannya juga adalah dalam aspek politik menegakkan dan mentadbir sesebuah negara.
Islam tetap didahulukan, manakala fahaman kebangsaan pula hanyalah satu perasaan yang tidak boleh menjadi akidah. Peranan kebangsaan menjadi baik apabila Islam menjadi akidah dan petunjuknya. Hanya Islam menjadi petunjuk kepada bangsa, hanya bangsa yang berpegang dengan Islam sahaja boleh menunaikan amanahnya.
Adalah menjadi hikmah terbesar, bahawa musuh pertama Islam di kalangan Nabi Muhammad SAW di Semananjung Tanah Arab ialah dari kalangan bangsa Arab Makkah dan yang awal menerima Islam dan memperjuangkannya pula adalah mereka juga. Rasulullah SAW memulakan kemerdekaan bangsanya dengan menentang kongkongan jahiliyah daripada bangsanya sendiri, walaupun di masa itu ramai kabilah Arab dan wilayahnya dijajah oleh kuasa besar Rom dan Parsi.
Walaupun mesej Islam itu kepada seluruh manusia, tetapi konsep berdakwah menekankan bahawa kita sekali-kali tidak boleh memaksa pihak lain supaya menganut Islam. Dalam masa yang sama Islam menerima konsep masyarakat majmuk yang menjadi naluri manusia yang menjadikan mereka wajib bermasyarakat madani, walau pun berbeza bangsa dan agama. Di sinilah betapa hebatnya firman Allah SWT :
Maksudnya :
Wahai manusia, Sesungguhnya kami telah menciptakan kamu daripada seorang lelaki (Adam) dan seorang perempuan (hawwaa) dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-kaum, supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Meliputi Ilmunya.
Manusia itu wajib bermasyarakat di peringkat setempat dan antara bangsa, kerana mereka tidak mampu menghasilkan keperluan hidupnya secara bersendirian atau individu, satu keluarga dan satu bangsa sahaja tanpa berhubung di antara satu sama lain. Sehelai kain untuk pakaian memerlukan penanam kapas, pelombong besi dan tukang besi untuk alat tanaman, penenun kain dan seterusnya. Begitulah juga keperluan makanan, tempat tinggal dan sebagainya.
Ibnu Khaldun (1332M – 1406M) menyebut manusia itu bersifat dengan sifat Madani, iaitu kemestian untuk berkumpul dan berhubung secara berpusat dengan adanya penempatan yang memerlukan pertukaran kemahiran dan hasil kerja yang berbeza. Tempat berhimpun itu dinamakan Bandar (Madinah) dan pekerjaan mereka mestilah dimajukan secara ilmu, menerusi kajian dan pengalaman dengan menggunakan akal yang berkembang sehingga berlakunya kemajuan dan pencapaian yang dinamakan sebagai "Tamaddun". Walau pun mereka berbeza agama dan bangsa, namun keperluan berhubung tetap wujud secara fitrah. Dalam masyarakat yang bersifat madani mereka perlu kepada cara hidup berkonsepkan politik dan berekonomi disemua peringkat, negeri dan antarabangsa.
Kedua, bagi merealisasikan aspek ini maka Rasulullah SAW melaksanakan konsep madani dengan mengadakan "tahaluf" atau kerjasama di kalangan yang boleh bekerjasama dari aspek kemanusiaan dengan kalangan manusia yang menyedari hakikat ini, dan negara pertama itu dinamakan Madinah. Rasulullah SAW melaksanakan tugas serampang dua mata yang ditunjuk oleh Allah menjadi tujuan kerasulannya untuk seluruh manusia dengan menyatukan umat manusia yang dibahagikan kepada dua kumpulan. Pertama - dinamakan 'umat Ijabah', mereka ialah penganut Islam yang menyahut seruan menganut agama. Kedua - umat dakwah, mereka termasuk kalangan bukan Islam berbagai bangsa dan agama, namun diajak bersama melihat sifat kemanusiaan sejagat yang ada dalam Islam secara amali (praktikal) bagi menghasilkan keperluan hidup secara nalurinya.
Pelaksanaan secara amali terhadap manusia majmuk itu ditemukan dengan menegakkan keadilan mutlak yang diwajibkan oleh Allah mengikut firman Allah SWT :
Maksudnya :
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu melaksana dan mentadbir dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha mendengar lagi Maha Melihat.
Diriwayatkan dalam Hadith Qudsi bahawa Allah SWT berfirman :
يا عبادي إني حرمت الظلم على نفسي وجعلته بينكم محرماً فلا تظالموا
(رواية مسلم ).
Maksudnya : (Wahai hamba-hamba ku , sesungguhnya aku telah mengharamkan zalim itu berlaku ke atasku dan aku jadikan ia diharamkan di kalangan kamu, maka jangan sekali-kali kamu berlaku zalim).
Dalam pendekatan yang kedua Rasulullah SAW berhubung dengan kalangan bukan Islam yang ada sifat kemanusiaan, dalam keadaan orang Islam pula kosisten dan iltizam berpegang kepada prinsip dan konsep Islam. Pelaksanaanya dilakukan ketika tanpa negara dan bernegara. Ketika di Makkah, Rasulullah SAW menerima perlindungan bapa saudaranya Abu Tholib yang tidak menganut Islam, dengan konsep yang dinamakan "Himayah" (perlindungan ). Ianya juga dilakukan dengan Mut'im bin Adi iaitu seorang bukan Islam, ketika Rasulullah SAW masuk ke Makkah daripada Thaif. Ciri persamaan adalah kebencian terhadap kezaliman. Rasulullah SAW juga menggunakan khidmat Abdullah bin Uraiqit, juga seorang bukan Islam bagi memandu unta ketika berhijrah dengan penuh kerahsiaan dan memerintah menantunya Saidina Ali KWJH supaya memulangkan simpanan amanah kalangan penduduk Makkah daripada kalangan bukan Islam yang mempercayainya.
Ketika di Madinah pula Rasulullah SAW mengadakan Tahaluf (persefahaman politik) dengan pihak kalangan bukan Islam dan melakukan muamalah berhutang dan bergadai dengan mereka, seterusnya menerima beberapa kabilah musyrikin bernaung di bawahnya dalam perjanjian Hudaibiyyah. Dalam kedua-kedua keadaan tersebut Rasulullah SAW teguh dengan dasar dan menunjukkan akhlak mulia Islam terhadap bukan Islam yang ada persamaan dari segi kemanusiaan. Dasar dan konsep ini dilaksanakan oleh sepanjang generasi di zaman keemasan dan kejayaan, ditinggalkan di zaman kelemahan dan kejatuhan sehinggalah Negara umat Islam dijajah.
Pendekatan PAS yang berdasarkan Islam, dalam hubungan dengan bukan Islam sangat berbeza dengan UMNO yang berfahaman kebangsaan mengatasi Islam secara sekularisme. Di bawah pemerintahan BN, Islam tidak berkuasa mentadbir tetapi berada di bawah tadbir, dalam keadaan menerima hakikat yang sama wujudnya masyarakat majmuk di Malaysia yang tidak ditangani secara Islam yang sebenarnya.
Lihat sahajalah contoh kejadian terkini yang berlaku terhadap Encik Frusis Lebi, seorang OKU yang juga merupakan seorang pekebun dan petani dari Kampung Entulang Entawa dari Bahagian Sri Aman yang dinafikan bantuan Kerajaan di atas alasan menyokong pembangkang di Sarawak (rujuk Surat Menteri Muda Pertanian Sarawak, KPP/MM/31 bertarikh 8 Disember 2011 yang disiarkan melalui portal berita Malaysiakini). Inilah antara siri ketidakadilan layanan kerajaan yang diamanahkan oleh rakyat, sedangkan mereka juga adalah rakyat yang turut sama menyumbang kepada pendapatan Negara. Inikah rupa bentuk kerajaan bertanggungjawab yang mahu ditegakkan ?
PAS berpegang dengan konsep yang ditunjuk oleh al Quran, bahawa bumi adalah kepunyaan Allah, bukan kepunyaan mana-mana bangsa. Seluruh manusia adalah pemegang amanah di mana bumi mereka berpijak, adalah wajib melaksanakan keadilan Ilahi tanpa mengira bangsa. Apatah lagi, bagi umat Islam tuntukan melaksanakan keadilan adalah tersangat penting untuk dilaksankan kepada semua.
Maka PAS berbeza pendekatan dengan UMNO bagi mengolah politik masyarakat majmuk yang diwujudkan oleh penjajah. Kita mestilah memahami bahawa penjajah telah melonggokkan berbagai kaum untuk diperhamba bagi kepentingan mereka dan di adu domba untuk menjadi lemah supaya terus bernaung di bawah mereka selama-lamanya.
Pendekatan PAS ialah pemimpin Islam teguh berpegang dengan prinsip dan akhlak contoh dan menegakkan keadilan untuk semua tanpa memaksa dalam perkara yang berbeza, serta memanfaatkan kebolehan berbagai kaum secara bersama dan saksama bagi membina negara. Bangsa Melayu ada keistimewaannya dari segi kebolehan, begitu juga bangsa Cina, India dan lain-lain. Kalau diselaras secara saksama nescaya dapat dimanafaatkan untuk membina negara dengan baik.
PAS tidak berganjak dalam perkara halal dan haram, serta perkara wajib, dalam semua urusan peribadi dan cara hidup tanpa memaksa penganut agama lain. PAS mewajibkan sifat Islam itu bermula dengan peribadi pemimpin. Dalam hal ini sesiapa sahaja ahli PAS yang mengerjakan perkara haram dipecat daripada parti. PAS pernah memecat ahli Parlimen yang menari dan sebagainya. Ada pun pihak lain terpulang kepada anutan yang tidak boleh diganggu gugat dengan kawalan yang tidak merosakkan hubungan masyarakat majmuk . Apabila memerintah kerajaan negeri dan PAS memimpinnya, maka pendekatan Islam mengikut bidang kuasa negeri dilaksanakan dengan batas hukum Syarak. Penganut agama lain wajib diberi hak yang adil tanpa fanatik perkauman.
UMNO pula tidak konsisten dan iltizam apabila menunjukkan Islam secara terpilih dan tidak ada peraturan boleh memecat ahli UMNO yang mengerjakan maksiat, kerana sifat kebangsaannya sahaja mengatasi sifat Islamnya. Pelaksanaan Islamnya juga tidak istiqamah, contohnya dalam kawalan terhadap arak dan judi pula secara berlesen yang tidak ada sempadan kukuh bagi penganut Islam, bukannya kawalan secara hukum Islam yang sebenar sehingga penganut Islam dalam UMNO tidak mampu menjadi model Islam dan UMNO gagal mendidik melayu Islam menjadi contoh yang baik. PAS pernah bersama kerajaan campuran dengan UMNO diawal tahun tujuh puluhan dan bersama menubuh BN dipertenghannya, dengan syarat PAS tetap dengan dasarnya, kemudiannya berlaku pertembungan kefahaman.
Presiden MCA secara terbuka dalam debatnya menyatakan kejayaannya menundukkan UMNO dalam isu pelaksanaan hukum hudud, sebaliknya Sdr. Lim Guan Eng menegaskan itu adalah hak PAS yang berbeza dengan DAP.
UMNO tidak konsisten dalam mempertahankan kawasan melayu dan Islam apabila sanggup menyerahkan kawasan majoriti melayu Islam kepada MCA, Gerakan dan MIC bagi menyelamatkan rakannya yang kalah di kawasan majoriti bukan Islam.
PAS telah berjaya mengubah sentimen perkauman apabila berjaya memenangi hati penganut bukan Islam ketika menentang calon bukan Islam daripada BN. Contohnya YB Dr Mariah Mahmud mengalahkan calon MIC dengan mendapat sokongan dan kegembiraan kaum India bukan Islam dan kesedihan penyokong UMNO melayu yang dikatakan kuat semangat kebangsaannya tetapi bermatian mempertahankan MIC. Begitulah juga juga kemenangan Datuk Kamarul Bahrain di Teluk Kemang. DAP pula tetap bertahan di kawasan majoriti kaum bukan Islam tanpa berpindah.
PAS juga berjaya menunjukkan kerajaan bersih secara bersendirian dan bersama Pakatan Rakyat walau pun berdepan dengan layanan tidak menghormati sistem federalisme dan akhlak amalan Demokrasi.
Dua pendekatan yang berbeza cara dalam menangani masyarakat majmuk telah diberi selama lebih 50 tahun kepada UMNO memimpin negara dengan gagasan Barisan Nasional yang banyak kelemahan dan penyelewengan, serta mencetuskan masalah rakyat berbagai kaum yang masih belum selesai dalam tempoh yang bagitu panjang, dan penganut Islam menjadi larut pegangan agamanya.
Sudah tiba masanya khususnya melayu Islam memberi kepercayaan kepada PAS menggantikan UMNO dengan konsep Islam menyelesaikan masalah masyarakat majmuk, menerusi gagasan Pakatan Rakyat.
Abdul Hadi Awang, 06 Mac 2012 Masih ramai di kalangan anggota masyarakat yang terbelenggu dengan kongkongan kejahilan terhadap Islam khususnya Fiqh Siyasah, apabila mereka merasa pelik melihat PAS boleh mengadakan persefahaman kerjasama politik bersama parti bukan Islam seperti DAP, yang dituduh setengah pihak sebagai fanatik atau chauvinis. Seterusnya mereka ini bertanya: Mengapa PAS tidak [...]
4/3/2012: Ahad, Sukaneka Pasti Tahunan Pas Paya Besar Berlangsung meriah di Padang berhadapan dengan Pasti Al Aman di Taman Makota aman. Pasti dibawah naungan Dewan Pemuda Pas Kawasan Paya Besar sekali lagi telah menganjurkan sukaneka Pasti peringkat Kawasan yang dikelolai oleh Jabatan Pasti Kawasan dan pengarahnya Hj Zaidan. Pasti yang terlibat adalah Pasti Al Aman selaku tuan rumah, Pasti Al Hidayah, Pasti An Nur dan Pasti Al Mukmin. Acara yang dipertandingkan ada lima iaitu lari dalam guni, bawa bola pingpong dengan sudu, isi air dalam botol, lari bersama pundi kacang dan tarik bola dengan gelung rotan.
Sukaneka ini telah dikendalikan oleh pertubuhan NGO Nisa' Paya Besar seramai 12 orang terlibat. Pelajar yang terlibat seramai 220 orang termasuk lelaki dan perempuan, Guru-guru yang terlibat seramai 13 orang. Acara bermula pada pukul 9.00 pagi dimana telah dikumpulkan pelajar, guru dan ibubapa pelajar. Tidak kurang juga bantuan tenaga daripada AJK Dewan Pemuda Paya Besar. Pasti Al hidayah merupakan pemenang keseluruhan dan hadiah-hadiah telah disampaikan oleh TYDP Paya Besar Ustaz Tarmizi Yahya dimana sebelum itu belaiu telah merasmikan acara penutup bagi sukaneka Pasti untuk tahun ini.
Dalam ucapan beliau selaku Pengarah DUN Panching dan juga Exco Dewan Pemuda Pas Paya Besar telah mengigatkan ibubapa agar membantu anak-anak mereka yang belajar di Pasti supaya melakukan dan memberikan contoh yang baik sepertimana yang diajar oleh guru Pasti kepada anak mereka. Jika tiada tanggung jawap daripada ibu bapa untuk menyokong apa yang diasuh oleh guru maka ianya menjadi sia-sia kerana pengaruh yang lebih besar adalah dirumah dan ini dapat kita bandingkan dengan sekolah lain yang hanya mengajar duniawi dan tiada ajaran kerohanian dan aspek pelajaran islam yang diberikan. Ibubapa yang selama ini mengamalkan kehidupan yang kurang islamik perlulah berubah demi anak-anak mereka. Ketepatan dalam memilih Pasti untuk anak mereka adalah di hargai tetapi bukan semua dapat diajar oleh guru pasti selagi ibubapa tidak berusaha untuk melakukan yang terbaik untuk anak mereka memahami cara hidup islam.
Beliau juga mengucapkan terimakasih kepada pihak Jabatan Pasti Paya Besar dan mereka yang telibat secara langsung dalam penganjuran Sukaneka Pasti ini dan mengharapkan ianya boleh dilakukan lagi dimasa yang akan datang. Kejayaan penganjuran ini adalah hasil tarbiah dan kesefaham yang ditunjukkan oleh Jabatan Pasti, Dewan Pemuda Pas dan juga NGO Nisa' sehingga berjaya dalam penganjuran ini. Bukan senang untuk melayan karenah anak-anak kecil ini. Selain itu pihak penganjur juga telah membuka ruang kepada ibubapa untuk mengenali lebih dekat diantara mereka serta beramah mesra dengan AJK Dewan Pemuda.
Selain daripada acara yang dipertandingkan untuk pelajar Pasti, ibubapa juga diberikan peluang untuk bersukan dimana dua acara dipertandingkan iaitu lari dalam guni dan mengisi air dalam botol untuk orang dewasa. Untuk kanak-kanak yang berumur 3 tahun kebawah pula diberikan peluang untuk acara berebut gula-gula. Pemeriksaan kesihat Percuma juga ada disediakan dan dikendalikan oleh doktor pakar yang didatangkan khas untuk program ini.
Talian BR1M tidak berfungsi Aduan Rakyat - March 7th, 2012
Saya adalah salah seorang pemohon BR1M yang masih menunggu keputusan sehingga ke hari ini. Saya seperti sudah putus harapan kerana tidak tahu cara lagi ingin mengetahui keputusan BR1M.
2 Talian yang di war-warkan itu seperti di tutup ini kerana setiap kali saya ingin membuat panggilan pasti mendengar jawapan yang menhampakan iaitu talian sedang sibuk dari hari kepetusan itu di buat sehingga ke hari ini. Seakan-akan talian itu telah di tutup kerana mungkin tidak mahu melayan pertanyaan dari kami. Sudah berkali-kali e-mail di hantar namun failure.
Tolong pihak tuan siasat talian telefon dan email BR1M itu.
7 Mac 2012 , KOTA , N.Sembilan – Penduduk yang menetap berdekatan sebuah pasar raya yang kini tidak lagi beroperasi, dekat sini kesal dan kecewa apabila air kumbahan dari bangunan itu melimpah sejak dua minggu lalu.
Tinjauan Sinar Harian ke lokasi berkenaan mendapati limpahan air kumbahan semakin buruk apabila ia mengalir ke hadapan premis berkenaan sehingga membentuk lopak air dan berbau busuk.
Salah seorang penduduk yang ditemui, A Ramadas, 32, berkata, masalah bau busuk itu semakin ketara apabila angin bertiup.
Menurutnya, pelanggan di beberapa kedai makan di lokasi berkenaan juga sudah mula berasa kurang selesa untuk menikmati makanan.
"Malah, masalah bau air kumbahan yang sudah melimpah sejak beberapa minggu lalu juga turut menimbulkan rasa kurang selesa penduduk di Taman Sri Kota terutamanya mereka yang tinggal berhampiran dengan bangunan berkenaan.
"Oleh itu, kita sebagai penduduk berharap agar masalah ini akan dapat diatasi memandangkan ia banyak menimbulkan rasa kurang selesa penduduk," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di lokasi dimaksudkan, kelmarin.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kota Pekan, Jahaya Awang berkata, dia sudah sedia maklum dengan masalah berkenaan dan sudah mengetengahkan masalah itu kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk tindakan selanjutnya.
Menurutnya, sebelum ini ada beberapa penduduk yang sudah mengadukan masalah berkenaan kepada pihak berkaitan, namun sehingga ke hari ini, tindakan masih belum diambil bagi mengatasi masalah itu.
"Bagaimanapun, pihak PBT bersetuju untuk melawat dan meninjau lokasi aduan pada minggu hadapan (ini) dan mengambil tindakan bersesuaian," katanya.
KARNIVAL DUN JOHOL Tarikh : 16 Mac 2012 ( Jumaat ) Masa : 4 ptg - 12 mlm Tempat : Dataran al-Ikhwan, Air Mawang, Johol, N.Sembilan
ACARA :
Masa : 5 ptg - 7 mlm BORAK & MINAM POTANG BERSAMO PIMPINAN PR N9 Bersama : - YB Mohd Taufek Abd Ghani - YB Dato Kamarul Bahrain Abas - YB Loke Siew Fook
Masa : 7.00 malam - 12.00 malam SOLAT HAJAT PERDANA ( 8.00malam )
PERSEMBAHAN PENTAS ~ Iwan Syahman ( Iwan Dangdut ) ~ Madih dan Selawat bersama Madrasah Az-Zein, Seremban
PIDATO ANAK MUDA - Ustaz Nor Azman Mohamad - YB Nurul Izzah Anwar
Lagi permohonan BR1M Orang Asli ditolak Mac 7, 2012
Beberapa penduduk komuniti Orang Asli di Pahang binggung apabila diberitahu mereka tidak layak memohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) walaupun dikatakan memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh kerajaan.
Ismail Leh, 42, dari Kampung Batu Gong Chini berkata, beliau bersama isteri, Fatimah Buka Kunci, 38, telah memohon untuk mendapatkan bantuan RM500 sekeluarga itu.
Bagaimanapun, mereka menerima surat yang mengatakan bahawa mereka tidak layak.
"Saya hanya seorang penoreh getah dan kadang-kadang isteri saya membantu saya. Pendapatan kami hanya RM600 sebulan.
"Saya tidak tahu ... mungkin untuk mengisi borang ini memerlukan seseorang yang boleh membaca dan menulis dengan baik," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Ismail dari suku kaum Jakun mempunyai lima orang anak yang berusia 17, 13, 12, 7 dan 5 tahun.
Namun kata Ismail, permohonan bantuan BR1M bapanya diluluskan.
Menurut garis panduan BR1M di laman web Kementerian Kewangan, ketua keluarga bagi setiap isi rumah layak membuat permohonan jika mempunyai anak yang tidak bekerja dan berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan.
Permohonan 10 keluarga ditolak
Ismail juga memberitahu bahawa keluarga sepupunya yang tinggal di kampung yang sama - terletak di Pekan, kawasan parlimen yang diwakilin oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak - juga gagal mendapatkan bantuan itu.
"Sepupu saya mempunyai dua orang anak, kedua-dua masih kanak-kanak. Suaminya bekerja sebagai kontraktor.
"Secara keseluruhan, saya rasa kira-kira 10 keluarga di kampung saya yang tidak dapat bantuan," katanya.
Sehingga kini, tiada laporan yang memberitahu terdapat keluarga yang gagal untuk mendapatkan bantuan walaupun ada pemohon yang mempunyai pendapatan melebihi RM3,000.
Malah, seorang lelaki anggota MCA yang bergelar 'Datuk' di Triang, Pahang juga didapati layak untuk menerima BR1M, walaupun selepas itu beliau mendakwa wang itu didermakan semula.
Pada Isnin lalu, Malaysiakini tutut melaporkan seorang penduduk Orang Asli dari suku Temuan kecewa bahawa permohonan BR1M beliau telah ditolak walaupun beliau tidak mempunyai sebarang pendapatan.
Dewi Malam, 52, dari Kampung Orang Asli Pulau Kempas di Hulu Langat, Selangor, berkata beliau menerima jawapan daripada Kementerian Kewangan pada 16 Februari yang mengatakan bahawa beliau tidak layak untuk menerima bantuan berkenaan.
Polis tunduk kepada gangsterisme Umno Free Malaysia Today, Zefry Dahalan March 6, 2012
Sekumpulan lelaki dengan diketuai oleh ketua kampung Kuala Sawah hadir dengan bersenjatakan parang di tapak program ceramah.
REMBAU: PKR Cabang Rembau hari ini melahirkan rasa kecewa dan terkilan dengan sikap Polis DiRaja Malaysia yang gagal menjamin ketenteraman dan sebaliknya tunduk kepada gangsterisme Umno di kawasan Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Mohamad Hasan.
Setiausahanya Norazizi A Aziz dalam kenyataan kepada FMT sebentar tadi menyatakan kekesalan tersebut apabila pihak polis daerah Seremban gagal memberikan permit untuk program ceramah yang pada asalnya dijadualkan berlangsung pada malam ini di Taman Jed Indah, Kuala Sawah, Rantau.
Menurut Norazizi, pada 6 Februari lalu telah dijadualkan satu program ceramah di pekan Kuala Sawah dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Rantau dan Parlimen Rembau.
"Namun ketika persiapan tapak dilakukan pada hari tersebut, sekitar jam 6 petang sekumpulan lelaki dengan diketuai oleh ketua kampung Kuala Sawah hadir dengan bersenjatakan parang.
"Ketika kekecohan berlaku di lokasi yang hanya jaraknya sekitar 300 meter dari Balai Polis Kuala Sawah, ada anggota polis datang dan selepas bercakap dengan ketua kumpulan penyerang (Ketua Kampung), anggota polis tersebut terus beredar.
"Selepas itu PKR membuat laporan polis mengenai serangan dan ugutan bersenjata namun polis gagal mengambil tindakan hanya kerana beliau merupakan ketua kampung yang dilantik Menteri Besar.
"Serangan bukan sahaja dengan menggunakan senjata tetapi juga bersifat perkauman apabila Ketua Kampung lantikan Umno itu mencarut dan memaki hamun petugas-petugas PKR berbangsa India yang ada bersama termasuk ugut 'mandi darah'," kata Norazizi.
Pada masa yang sama katanya, apabila berita ini tersebar ada juga sekumpulan orang kampung yang menyokong Pakatan Rakyat dalam perjalanan untuk datang ke lokasi kejadian.
Bagaimanapun untuk mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku PKR Rembau membuat keputusan program ceramah tersebut ditangguhkan sahaja.
"Kali ini kami telah mengatur satu lagi program ceramah dengan mengubah sedikit lokasi ceramah iaitu di Taman Jed Indah tetapi masih berdekatan dengan pekan Kuala Sawah.
Umno guna otot, tidak guna otak
"Namun sejak semalam telah disebarkan sms daripada Ketua Kampung Kuala Sawah memanggil orang-orang Umno berkumpul untuk 'menghancurkan' program pembangkang di Dun Rantau, kawasan Menteri Besar.
Malahan sejak pagi tadi kami mula mendapat panggilan dari pihak polis yang 'menasihati' agar program tersebut dibatalkan kerana mahu mengelak berlakunya kekecohan.
"PKR amat kecewa dengan sikap polis ini. Demokrasi sudah tiada tetapi undang-undang negara semakin menjadi hukum rimba.
"Mengambil sikap mengelakkan daripada kekecohan maka program ini akan ditukar lokasi ke lain tetapi tetap di Dun Rantau yang kononnya kubu kuat Menteri Besar, " jelas Norazizi.
Norazizi berkata Umno sebenarnya semakin lemah dan mereka panik apabila semakin ramai rakyat mengetahui maklumat sebenarnya.
Oleh kerana Umno semakin sedar maka mereka gagal menggunakan otak untuk berhujah sebaliknya terpaksa bergantung guna otot pula.
Umno menyebabkan politik negara menjadi politik rimba.
Justeru itu program ceramah tersebut akan diadakan pada malam ini di perkarangan Pejabat PKR Rantau (depan setesen Petronas) di Pekan Rantau.
Bertemakan "Pendedahan Hubungan Dagang Malaysia–Israel dan isu lembu NFC", pemimpin yang akan menyampaikan ceramah pada malam ini ialah Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli; Ketua PKR Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin (Chegu Bard) dan Adun Paroi dari PAS, Mohd Taufek Abdul Ghani.
Benarlah barang kali Mahathir Mohamad seorang pendendam. Dia tidak akan diam selagi orang yang didendaminya tidak lenyap dari bumi ini. Episod pendendaman Mahathir ini bersiri, banyak kalau hendak dihuraikan. Kekalahannya dalam pilihan raya 1969 kepada Yusof Rawa menyebabkan beliau dendam kepada Pas dan orang Cina sampai ke hari ini. Peristiwa itu boleh disimpulkan sebagai dendam beliau yang pertama kepada orang Cina.
Mahathir menghukum kekalahan itu disebabakan Cina sedangkan dia lupa tindakan orang Cina tidak mengundinya kerana keceluparan mulutnya juga yang mengatakan dia tidak memerlukan undi Cina. Kesombongan Mahathir itu menyebabkan orang Cina di Kota Star menolak beliau.
Kekalahan itulah menyebabkan beliau berdendam dengan orang Cina. Kalau beliau menerima ia hanya bermuka-muka saja. Mahathir hanya dekat dan mesra dengan orang Cina yang menjadi tauke saja tetapi tidak dengan Cina marhain. Antara Cina kaya yang menjadi rakannya ialah Vincent Tan dan lain-lain.
Dia juga dendam dengan Tengku Razaleigh sehinggakan sanggup melupai persetiaan dalam persahabatan serta memungkiri amanat Hussein Onn. Dendam itu menyebabkan beliau terus menganiaya dan mendendami Tengku Razaleigh. Puncanya bukan apa sangat, Mahathir mengatakan kekalahannya dalam pertandingan merebut jawatan naib presiden Umno tahun 80-an yang mendapat undi ketiga terbawah disebabkan Tengku Razaleigh. Itu saja.
Hanya kerana prejudis menyebabkan beliau mendendami Tengku Razaleigh sekaligus mengkhianati amanah dan akhirnya menyebabkan Umno jadi porak peranda. Perpecahan tahun 1987 yang membawa kepada penubuhan Semangat 46 adalah angkara Mahathir.
Demikian dendam dan kebenciannya kepada Anwar hari ini adalah kesinambungan kepada episod kebencian dan dendam itu. Mahathir tidak pernah berniat untuk menerima baik Anwar. Otaknya penuh dengan prejudis dan prasangka. Walaupun Anwar sudah beberapa kali membuat pengisytiharan memaafi Mahathir namun tidak pernah disambutnya.
Terbaru Mahathir sekali lagi melemparkan fitnah dengan niat hendak mengkhianati Anwar dengan membuat andaian NGO yang sokong Anwar telah disokong oleh Amerika. Tuduhan ini satu lagi kerja jahat Mahathir Mohamad pada saat orang sedang menggali lubang lahad kehidupannya. Tidak ada bukti yang disertakan beliau hanya mengandaikan saja. Kenapa harus kaitkan Amerika dengan Anwar Ibrahim?
Kata Mahathir Amerika akan menyokong sesiapa saja menentang pimpinan yang tidak sebulu dengan negara itu. Saya hendak tanya apakah selama Mahathir memerintah Malaysia 22 tahun beliau diancam oleh Amerika? Rasanya tidak. Kalau begitu apakah bermakna pemerintahannya sebulu dengan Amerika kerana Amerika tidak memeranginya?
Tidak dinafikan Amerika agak mencampuri urusan Malaysia dengan mengkritik dasar Mahathir dari beberapa sudut. Perkara paling jelas apabila kerajaan Mahathir bertindak zalim kepada rakyat Malaysia. Sebagai sebuah negara memperjuangkan hak asasi manusia negara itu tidak akan dapat berdiam diri bila berlaku kekejaman di mana-mana pun. Kebetulan pada akhir tahun 90-an Mahathir telah berlaku kejam ke atas bekas timbalannya, Anwar Ibrahim. Apa yang Mahathir lakukan terhadap Anwar dikecam oleh sesiapa saja kerana ia terlalu sadis dan jijik.
Apakah apabila Amerika memberi simpati kepada Anwar maka Mahathir terus menuduh Amerika hendak menjatuhkan kerajaan Malaysia? Mahathir lupa yang menjatuhkan beliau bukan Amerika tetapi Umno sendiri. Umnolah yang mendesak Mahathir agar berundur di mana mereka menggunakan kebencian rakyat yang simpati kepada Anwar ketika itu yang mengadakan tunjuk perasaan.
Mahathir sudah tidak sesihat dulu. Ingatan dan ulasan sejarah politiknya yang dilalui pun dilupai. Kerana itu tuduhan beliau NGO yang sokong menentang kerajaan hari ini disokong Amerika juga adakah satu kelupaan Mahathir sendiri. Ulasan beliau itu tidak lebih untuk menyerang kerajaan untuk memastikan UBN berkuasa kerana dengan cara itu saja beliau boleh menimbus dosa-dosanya. - http://www.msomelayu.blogspot.com/
SHAH ALAM, 7 Mac: Kerajaan Negeri Selangor menyediakan Tabung Pendidikan anak-anak syarikat dan badan-badan berkanun negeri untuk memberi biasiswa, dermasiswa dan sebarang bentuk bantuan serta sumbangan kepada warga kerja anak-anak syarikat kerajaan negeri dan anak-anak mereka yang berkelayakan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.
"Tabung Pendidikan Anak-anak Syarikat Negeri Selangor ini adalah salah satu program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) selaras dengan hasrat dan aspirasi Kerajaan Negeri Selangor merakyatkan ekonomi dan menjadi sebuah negeri maju, sejahtera dan berkebajikan," kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.
Katanya, dana permulaan tabung itu berjumlah RM10 juta yang disumbangkan oleh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan), Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dan Kumpulan Darul Ehsan Berhad/Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPS).
Beliau berkata, Tabung Pendidikan Anak-anak Syarikat Negeri Selangor yang berkuatkuasa pada November tahun lalu dan akan dirasmikan Sultan Selangor pada tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu pengundi-pengundi Melayu Islam memberi kepercayaan kepada parti itu untuk menggantikan Umno dengan konsep Islam menyelesaikan masalah masyarakat majmuk, menerusi gagasan Pakatan Rakyat.
Sambil menegaskan bahawa Pas tidak berganjak dalam perkara halal dan haram serta perkara wajib, dalam semua urusan peribadi dan cara hidup tanpa memaksa penganut agama lain, Abdul Hadi berkata, partinya mewajibkan sifat Islam itu bermula dengan peribadi pemimpin.
"Dalam hal ini sesiapa sahaja ahli Pas yang mengerjakan perkara haram dipecat daripada parti.
"Pas pernah memecat Ahli Parlimen yang menari dan sebagainya. Ada pun pihak lain terpulang kepada anutan yang tidak boleh diganggu-gugat dengan kawalan yang tidak merosakkan hubungan masyarakat majmuk," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Ahli Parlimen Marang ini berkata, apabila memerintah kerajaan negeri dan Pas memimpinnya, maka pendekatan Islam mengikut bidang kuasa negeri dilaksanakan dengan batas hukum syarak.
Katanya, penganut-penganut agama lain wajib diberi hak yang adil tanpa fanatik perkauman.
"Umno pula tidak konsisten dan iltizam apabila menunjukkan Islam secara terpilih dan tidak ada peraturan boleh memecat ahli Umno yang mengerjakan maksiat kerana sifat kebangsaannya sahaja mengatasi sifat Islamnya," kata beliau lagi.
"Pelaksanaan Islamnya juga tidak istiqamah, contohnya dalam kawalan terhadap arak dan judi pula secara berlesen yang tidak ada sempadan kukuh bagi penganut Islam, bukannya kawalan secara hukum Islam yang sebenar sehingga penganut Islam dalam Umno tidak mampu menjadi model Islam dan Umno gagal mendidik Melayu Islam menjadi contoh yang baik," katanya.
Abdul Hadi juga berkata, Pas pernah bersama kerajaan campuran dengan Umno di awal tahun 70-an dan bersama menubuh BN dipertenghannya, dengan syarat Pas tetap dengan dasarnya, kemudiannya berlaku pertembungan kefahaman.
Kata Abdul Hadi lagi, Pas telah berjaya mengubah sentimen perkauman apabila berjaya memenangi hati penganut bukan Islam ketika menentang calon bukan Islam daripada BN.
"Contohnya Dr Mariah Mahmud mengalahkan calon MIC dengan mendapat sokongan dan kegembiraan kaum India bukan Islam dan kesedihan penyokong Umno Melayu yang dikatakan kuat semangat kebangsaannya tetapi bermatian mempertahankan MIC.
"Begitulah juga juga kemenangan Datuk Kamarul Bahrain di Teluk Kemang. DAP pula tetap bertahan di kawasan majoriti kaum bukan Islam tanpa berpindah," kata Abdul Hadi lagi.
Malah menurut beliau, Pas juga berjaya menunjukkan kerajaan bersih secara bersendirian dan bersama Pakatan Rakyat walaupun berdepan dengan layanan tidak menghormati sistem federalisme dan akhlak amalan demokrasi.
Katanya lagi, dua pendekatan yang berbeza cara dalam menangani masyarakat majmuk telah diberi selama lebih 50 tahun kepada Umno memimpin negara dengan gagasan BN, yang banyak kelemahan dan penyelewengan serta mencetuskan masalah rakyat berbagai kaum yang masih belum selesai dalam tempoh yang bagitu panjang, dan penganut Islam menjadi larut pegangan agamanya.
Masih ramai dikalangan anggota masyarakat yang terbelenggu dengan kongkongan kejahilan terhadap Islam khususnya Fiqh Siyasah, apabila mereka merasa pelik melihat PAS boleh mengadakan persefahaman kerjasama politik bersama parti bukan Islam seperti DAP, yang dituduh setengah pihak sebagai fanatik atau chauvinis. Seterusnya mereka ini bertanya : Mengapa PAS tidak boleh mengadakan persefahaman dengan UMNO yang sebangsa dengan PAS ? . Tidakkah pendekatan mengadakan persefahaman dengan UMNO akan menjadi lebih mudah berbanding DAP atau PKR ?. Lalu penentang PAS yang tidak faham ini menyimpulkan bahawa PAS telah menggadaikan prinsip perjuangannya sebaik sahaja mengamalkan pendekatan Tahaluf Siyasi bersama rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat !.
Persoalan di atas boleh difahami jawapannya dengan mempunyai fikiran yang tenang dan terbuka dalam menekuni tulisan ringkas ini.
Syarat pertamanya ialah kita mestilah memahami kaedah ajaran Islam dalam menangani masyarakat majmuk bersama pendekatannya. Perlu difahami juga bahawa Islam pula bukannya agama yang terikat dan terbelenggu dengan semangat kebangsaan, walau pun peranan bangsa tidak boleh dinafikan wujudnya. Dalam amalan politik Islam pula terdapat ajaran dan hukum yang berkait dengan pendekatan yang adil terhadap masyarakat majmuk termasuklah layanan Islam dalam aspek kepelbagaian agama. Risalah atau mesej Islam adalah bersifat sejagat, kerana kedatangan Nabi Muhammad SAW membawa rahmat kepada seluruh alam, manusia dan makhluk yang lain. Kerasulannya adalah kepada seluruh rumpun manusia, tidak terikat dengan bangsanya sendiri, tanahair dan zaman. Maka yang dikira termasuk dalam kerasulannya juga adalah dalam aspek politik menegakkan dan mentadbir sesebuah negara.
Islam tetap didahulukan, manakala fahaman kebangsaan pula hanyalah satu perasaan yang tidak boleh menjadi akidah. Peranan kebangsaan menjadi baik apabila Islam menjadi akidah dan petunjuknya. Hanya Islam menjadi petunjuk kepada bangsa, hanya bangsa yang berpegang dengan Islam sahaja boleh menunaikan amanahnya.
Adalah menjadi hikmah terbesar, bahawa musuh pertama Islam di kalangan Nabi Muhammad SAW di Semananjung Tanah Arab ialah dari kalangan bangsa Arab Makkah dan yang awal menerima Islam dan memperjuangkannya pula adalah mereka juga. Rasulullah SAW memulakan kemerdekaan bangsanya dengan menentang kongkongan jahiliyah daripada bangsanya sendiri, walaupun di masa itu ramai kabilah Arab dan wilayahnya dijajah oleh kuasa besar Rom dan Parsi.
Walaupun mesej Islam itu kepada seluruh manusia, tetapi konsep berdakwah menekankan bahawa kita sekali-kali tidak boleh memaksa pihak lain supaya menganut Islam. Dalam masa yang sama Islam menerima konsep masyarakat majmuk yang menjadi naluri manusia yang menjadikan mereka wajib bermasyarakat madani, walau pun berbeza bangsa dan agama. Di sinilah betapa hebatnya firman Allah SWT :
Wahai manusia, Sesungguhnya kami telah menciptakan kamu daripada seorang lelaki (Adam) dan seorang perempuan (hawwaa) dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-kaum, supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Meliputi Ilmunya.
Manusia itu wajib bermasyarakat di peringkat setempat dan antara bangsa, kerana mereka tidak mampu menghasilkan keperluan hidupnya secara bersendirian atau individu, satu keluarga dan satu bangsa sahaja tanpa berhubung di antara satu sama lain. Sehelai kain untuk pakaian memerlukan penanam kapas, pelombong besi dan tukang besi untuk alat tanaman, penenun kain dan seterusnya. Begitulah juga keperluan makanan, tempat tinggal dan sebagainya.
Ibnu Khaldun (1332M – 1406M) menyebut manusia itu bersifat dengan sifat Madani, iaitu kemestian untuk berkumpul dan berhubung secara berpusat dengan adanya penempatan yang memerlukan pertukaran kemahiran dan hasil kerja yang berbeza. Tempat berhimpun itu dinamakan Bandar (Madinah) dan pekerjaan mereka mestilah dimajukan secara ilmu, menerusi kajian dan pengalaman dengan menggunakan akal yang berkembang sehingga berlakunya kemajuan dan pencapaian yang dinamakan sebagai "Tamaddun". Walau pun mereka berbeza agama dan bangsa, namun keperluan berhubung tetap wujud secara fitrah. Dalam masyarakat yang bersifat madani mereka perlu kepada cara hidup berkonsepkan politik dan berekonomi disemua peringkat, negeri dan antarabangsa.
Kedua, bagi merealisasikan aspek ini maka Rasulullah SAW melaksanakan konsep madani dengan mengadakan "tahaluf" atau kerjasama di kalangan yang boleh bekerjasama dari aspek kemanusiaan dengan kalangan manusia yang menyedari hakikat ini, dan negara pertama itu dinamakan Madinah. Rasulullah SAW melaksanakan tugas serampang dua mata yang ditunjuk oleh Allah menjadi tujuan kerasulannya untuk seluruh manusia dengan menyatukan umat manusia yang dibahagikan kepada dua kumpulan. Pertama - dinamakan 'umat Ijabah', mereka ialah penganut Islam yang menyahut seruan menganut agama. Kedua - umat dakwah, mereka termasuk kalangan bukan Islam berbagai bangsa dan agama, namun diajak bersama melihat sifat kemanusiaan sejagat yang ada dalam Islam secara amali (praktikal) bagi menghasilkan keperluan hidup secara nalurinya.
Pelaksanaan secara amali terhadap manusia majmuk itu ditemukan dengan menegakkan keadilan mutlak yang diwajibkan oleh Allah mengikut firman Allah SWT :
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu melaksana dan mentadbir dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha mendengar lagi Maha Melihat.
Diriwayatkan dalam Hadith Qudsi bahawa Allah SWT berfirman :
يا عبادي إني حرمت الظلم على نفسي وجعلته بينكم محرماً فلا تظالموا
(رواية مسلم ).
Maksudnya : (Wahai hamba-hamba ku , sesungguhnya aku telah mengharamkan zalim itu berlaku ke atasku dan aku jadikan ia diharamkan di kalangan kamu, maka jangan sekali-kali kamu berlaku zalim).
Dalam pendekatan yang kedua Rasulullah SAW berhubung dengan kalangan bukan Islam yang ada sifat kemanusiaan, dalam keadaan orang Islam pula kosisten dan iltizam berpegang kepada prinsip dan konsep Islam. Pelaksanaanya dilakukan ketika tanpa negara dan bernegara. Ketika di Makkah, Rasulullah SAW menerima perlindungan bapa saudaranya Abu Tholib yang tidak menganut Islam, dengan konsep yang dinamakan "Himayah" (perlindungan ). Ianya juga dilakukan dengan Mut'im bin Adi iaitu seorang bukan Islam, ketika Rasulullah SAW masuk ke Makkah daripada Thaif. Ciri persamaan adalah kebencian terhadap kezaliman. Rasulullah SAW juga menggunakan khidmat Abdullah bin Uraiqit, juga seorang bukan Islam bagi memandu unta ketika berhijrah dengan penuh kerahsiaan dan memerintah menantunya Saidina Ali KWJH supaya memulangkan simpanan amanah kalangan penduduk Makkah daripada kalangan bukan Islam yang mempercayainya.
Ketika di Madinah pula Rasulullah SAW mengadakan Tahaluf (persefahaman politik) dengan pihak kalangan bukan Islam dan melakukan muamalah berhutang dan bergadai dengan mereka, seterusnya menerima beberapa kabilah musyrikin bernaung di bawahnya dalam perjanjian Hudaibiyyah. Dalam kedua-kedua keadaan tersebut Rasulullah SAW teguh dengan dasar dan menunjukkan akhlak mulia Islam terhadap bukan Islam yang ada persamaan dari segi kemanusiaan. Dasar dan konsep ini dilaksanakan oleh sepanjang generasi di zaman keemasan dan kejayaan, ditinggalkan di zaman kelemahan dan kejatuhan sehinggalah Negara umat Islam dijajah.
Pendekatan PAS yang berdasarkan Islam, dalam hubungan dengan bukan Islam sangat berbeza dengan UMNO yang berfahaman kebangsaan mengatasi Islam secara sekularisme. Di bawah pemerintahan BN, Islam tidak berkuasa mentadbir tetapi berada di bawah tadbir, dalam keadaan menerima hakikat yang sama wujudnya masyarakat majmuk di Malaysia yang tidak ditangani secara Islam yang sebenarnya.
Lihat sahajalah contoh kejadian terkini yang berlaku terhadap Encik Frusis Lebi, seorang OKU yang juga merupakan seorang pekebun dan petani dari Kampung Entulang Entawa dari Bahagian Sri Aman yang dinafikan bantuan Kerajaan di atas alasan menyokong pembangkang di Sarawak (rujuk Surat Menteri Muda Pertanian Sarawak, KPP/MM/31 bertarikh 8 Disember 2011 yang disiarkan melalui portal berita Malaysiakini). Inilah antara siri ketidakadilan layanan kerajaan yang diamanahkan oleh rakyat, sedangkan mereka juga adalah rakyat yang turut sama menyumbang kepada pendapatan Negara. Inikah rupa bentuk kerajaan bertanggungjawab yang mahu ditegakkan ?
PAS berpegang dengan konsep yang ditunjuk oleh al Quran, bahawa bumi adalah kepunyaan Allah, bukan kepunyaan mana-mana bangsa. Seluruh manusia adalah pemegang amanah di mana bumi mereka berpijak, adalah wajib melaksanakan keadilan Ilahi tanpa mengira bangsa. Apatah lagi, bagi umat Islam tuntukan melaksanakan keadilan adalah tersangat penting untuk dilaksankan kepada semua.
Maka PAS berbeza pendekatan dengan UMNO bagi mengolah politik masyarakat majmuk yang diwujudkan oleh penjajah. Kita mestilah memahami bahawa penjajah telah melonggokkan berbagai kaum untuk diperhamba bagi kepentingan mereka dan di adu domba untuk menjadi lemah supaya terus bernaung di bawah mereka selama-lamanya.
Pendekatan PAS ialah pemimpin Islam teguh berpegang dengan prinsip dan akhlak contoh dan menegakkan keadilan untuk semua tanpa memaksa dalam perkara yang berbeza, serta memanfaatkan kebolehan berbagai kaum secara bersama dan saksama bagi membina negara. Bangsa Melayu ada keistimewaannya dari segi kebolehan, begitu juga bangsa Cina, India dan lain-lain. Kalau diselaras secara saksama nescaya dapat dimanafaatkan untuk membina negara dengan baik.
PAS tidak berganjak dalam perkara halal dan haram, serta perkara wajib, dalam semua urusan peribadi dan cara hidup tanpa memaksa penganut agama lain. PAS mewajibkan sifat Islam itu bermula dengan peribadi pemimpin. Dalam hal ini sesiapa sahaja ahli PAS yang mengerjakan perkara haram dipecat daripada parti. PAS pernah memecat ahli Parlimen yang menari dan sebagainya. Ada pun pihak lain terpulang kepada anutan yang tidak boleh diganggu gugat dengan kawalan yang tidak merosakkan hubungan masyarakat majmuk . Apabila memerintah kerajaan negeri dan PAS memimpinnya, maka pendekatan Islam mengikut bidang kuasa negeri dilaksanakan dengan batas hukum Syarak. Penganut agama lain wajib diberi hak yang adil tanpa fanatik perkauman.
UMNO pula tidak konsisten dan iltizam apabila menunjukkan Islam secara terpilih dan tidak ada peraturan boleh memecat ahli UMNO yang mengerjakan maksiat, kerana sifat kebangsaannya sahaja mengatasi sifat Islamnya. Pelaksanaan Islamnya juga tidak istiqamah, contohnya dalam kawalan terhadap arak dan judi pula secara berlesen yang tidak ada sempadan kukuh bagi penganut Islam, bukannya kawalan secara hukum Islam yang sebenar sehingga penganut Islam dalam UMNO tidak mampu menjadi model Islam dan UMNO gagal mendidik melayu Islam menjadi contoh yang baik. PAS pernah bersama kerajaan campuran dengan UMNO diawal tahun tujuh puluhan dan bersama menubuh BN dipertenghannya, dengan syarat PAS tetap dengan dasarnya, kemudiannya berlaku pertembungan kefahaman.
Presiden MCA secara terbuka dalam debatnya menyatakan kejayaannya menundukkan UMNO dalam isu pelaksanaan hukum hudud, sebaliknya Sdr. Lim Guan Eng menegaskan itu adalah hak PAS yang berbeza dengan DAP.
UMNO tidak konsisten dalam mempertahankan kawasan melayu dan Islam apabila sanggup menyerahkan kawasan majoriti melayu Islam kepada MCA, Gerakan dan MIC bagi menyelamatkan rakannya yang kalah di kawasan majoriti bukan Islam.
PAS telah berjaya mengubah sentimen perkauman apabila berjaya memenangi hati penganut bukan Islam ketika menentang calon bukan Islam daripada BN. Contohnya YB Dr Mariah Mahmud mengalahkan calon MIC dengan mendapat sokongan dan kegembiraan kaum India bukan Islam dan kesedihan penyokong UMNO melayu yang dikatakan kuat semangat kebangsaannya tetapi bermatian mempertahankan MIC. Begitulah juga juga kemenangan Datuk Kamarul Bahrain di Teluk Kemang. DAP pula tetap bertahan di kawasan majoriti kaum bukan Islam tanpa berpindah.
PAS juga berjaya menunjukkan kerajaan bersih secara bersendirian dan bersama Pakatan Rakyat walau pun berdepan dengan layanan tidak menghormati sistem federalisme dan akhlak amalan Demokrasi.
Dua pendekatan yang berbeza cara dalam menangani masyarakat majmuk telah diberi selama lebih 50 tahun kepada UMNO memimpin negara dengan gagasan Barisan Nasional yang banyak kelemahan dan penyelewengan, serta mencetuskan masalah rakyat berbagai kaum yang masih belum selesai dalam tempoh yang bagitu panjang, dan penganut Islam menjadi larut pegangan agamanya.
Sudah tiba masanya khususnya melayu Islam memberi kepercayaan kepada PAS menggantikan UMNO dengan konsep Islam menyelesaikan masalah masyarakat majmuk, menerusi gagasan Pakatan Rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan