PAS TAMBUN Posted: 07 Mar 2012 01:50 AM PST |
CINA ISLAM (林川興) Posted: 07 Mar 2012 01:12 AM PST Feri Terbakar di Filipina: 25 Penumpang Terselamat Posted: 07 Mar 2012 12:53 AM PST 14 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - MANILA: Seramai 25 penumpang terselamat apabila feri membawa pelancong terbakar sebaik meninggalkan pelabuhan pada Khamis. Pengawal pantai berkata, Feri MV Cebu 1 membuat panggilan kecemasan selepas meninggalkan Pelabuhan Batangas kira-kira 100 kilometer selatan Manila. "Pengawal pantai menghantar dua bot untuk membantu manakala kapal dagang yang berada di kawasan itu turut membantu," katanya. Beliau berkata, jumlah penumpang sudah dikira dan kebakaran berjaya dipadamkan. - AFP | NGO Anti-Lynas Kutuk Adnan Yaakub Posted: 07 Mar 2012 12:40 AM PST 14 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - SHAH ALAM 7 MAC : Gabungan Hentikan Lynas (SLC) dan Selamatkan Malaysia Hentikan Lynas (SMSL) hari ini mengeluarkan kenyataan mengutuk cadangan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakub untuk membuang sisa radioaktif Lynas di Sungai Lembing. "Cadangan Menteri Besar itu akan menyebabkan pencemaran di sungai tersebut. Lebih-lebih lagi kawasan terbabit kini merupakan kawasan pelancongan yang semakin berkembang. "Ribuan pelancong yang sebelum ini berkunjung ke sini pasti akan bertukar lokasi persinggahan kerana kehadiran sisa radioaktif. Bayangkanlah berapa banyak penduduk setempat bakal kehilangan sumber pendapatan," jelas Pengerusi SMSL, Tan Bun Teet. Lebih merunsingkan sehingga kini tiada lagi tempat untuk pembuangan sisa radioaktif diumumkan secara rasmi walhal ia merupakan salah satu daripada lima syarat yang dikenakan ke atas Lynas ketika menerima Lesen Kendalian Sementara (TOL). "Jika lokasi tetap sisa pembuangan ditemui pun, bagaimana dengan 500 tan pemancaran dan 100,000 meter padu sisa gas yang akan dilepaskan ke sungai dan laut kita setiap jam. "Bagaimana pula dengan nasib penduduk Balok yang tinggal hanya beberapa kilometer daripada loji Lynas? Bagaimana mereka harus hidup jika sumber mereka sudah tercemar," ujar Pengerusi SLC, Andansura Rabu. Selain itu, Adnan Yaakub turut mengeluarkan kenyataan berunsur ugutan terhadap mana-mana ahli politik yang terlibat dalam sebarang Kempen Hentikan Lynas. "Kami sangat terkejut dan pada masa sama lucu dengan cadangan MB. Australia memperoleh keuntungan RM55 juta hasil pengecualian cukai setiap tahun. Tapi apa yang kita dapat di Pahang ini adalah sisa toksik dan pencemaran semata. "Datuk Seri Adnan Yaakub tidak sesuai menjadi Menteri Besar Pahang jika beliau meletakkan kepentingan perusahaan asing yang tidak membayar cukai lebih tinggi daripada kesihatan dan kebajikan rakyat negara ini," kata Bun Teet sambil mendesak rakyat teruskan usaha mendesak kerajaan menghentikan Projek Lynas demi masa depan yang lebih bersih dan selamat. Sementara itu Lynas semalam memaklumkan sudah mengemukakan akurjanji untuk mengantar sisa radioaktif dari lojinya di Gebeng ke luar negara. selangorku/- | Polis ambil keterangan dua pemandu bas pelancong Posted: 07 Mar 2012 12:40 AM PST 14 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR - Polis telah mengambil keterangan dua pemandu bas persiaran yang terlibat dalam satu kemalangan sehingga menyebabkan dua pelancong rakyat India terbunuh pada Isnin. Ketua Polis Daerah Bentong Supt Mohd Yusri Hassan Basri berkata polis mengambil keterengan daripada kedua-dua pemandu G. Sugumaran, 26, dan A. Moothy, 45, semalam bagi membantu siasatan polis berhubung kemalangan tersebut. "Kedua-dua mereka telah keluar dari HKL (Hospital Kuala Lumpur) dan buat masa sekarang mereka mendapatkan rawatan di klinik swasta. Mereka masih lagi dalam pemerhatian kita," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini. Dua pelancong rakyat India terbunuh manakala 24 lagi termasuk kedua-dua pemandu itu cedera apabila bas yang mereka naiki hilang kawalan ketika menuruni bukit lalu terbabas dan terbalik di bahu jalan di kilometer 4.5 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dekat sini ketika dalam perjalanan ke ibu negara dari Genting Highlands. Sementara itu, Timbalan Pengarah Hospital Selayang Dr Mohd Suhaimi Abd Majid berkata sembilan mangsa kemalangan masih dirawat di Hospital dengan empat berada dalam keadaan kritikal manakala lima lagi stabil. "Saya tidak rasa mereka boleh dibenar keluar dalam waktu terdekat kerana daripada kesan kecederaan itu mereka masih memerlukan rawatan. Dua mangsa masih berada dalam unit kecemasan dengan bantuan alat pernafasan kerana mengalami kecedeaan di bahagian kepala," katanya ketika dihubungi Bernama. Jurucakap HKL mengesahkan dua rakyat India yang dirawat di HKL telah dibenar keluar dari hospital dan diuruskan pegawai pejabat Pesuruhjaya Tinggi India pada Isnin. "Dua mangsa yang dibenarkan keluar ialah Rajeev, 27, dan Sharma Kamlesh 23. Setakat ini, 11 lagi masih dirawat dan berada dalam keadaan stabil," kata jurucakap itu. - Bernama | RM10 juta bagi pendidikan anak syarikat Selangor Posted: 07 Mar 2012 12:30 AM PST 14 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - SHAH ALAM, 7 Mac: Kerajaan Negeri Selangor menyediakan Tabung Pendidikan anak-anak syarikat dan badan-badan berkanun negeri untuk memberi biasiswa, dermasiswa dan sebarang bentuk bantuan serta sumbangan kepada warga kerja anak-anak syarikat kerajaan negeri dan anak-anak mereka yang berkelayakan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi. "Tabung Pendidikan Anak-anak Syarikat Negeri Selangor ini adalah salah satu program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) selaras dengan hasrat dan aspirasi Kerajaan Negeri Selangor merakyatkan ekonomi dan menjadi sebuah negeri maju, sejahtera dan berkebajikan," kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini. Katanya, dana permulaan tabung itu berjumlah RM10 juta yang disumbangkan oleh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan), Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dan Kumpulan Darul Ehsan Berhad/Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPS). Beliau berkata, Tabung Pendidikan Anak-anak Syarikat Negeri Selangor yang berkuatkuasa pada November tahun lalu dan akan dirasmikan Sultan Selangor pada tarikh yang akan dimaklumkan kelak. harakahdaily/- | Najib diminta pulangkan hak rakyat dizalimi Posted: 07 Mar 2012 12:15 AM PST 14 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 7 Mac: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diminta memulangkan semula semua hak rakyat yang dizalimi selama ini jika benar-benar ikhlas hendak bertaubat kerana perkara itu merupakan salah satu syarat taubat dalam Islam. Jika tidak, permohonan maaf Najib ternyata hanyalah sandiwara politik kerana tidak disusuli dengan tindakan sepatutnya seperti yang dituntut oleh Allah ke atas hamba-Nya yang telah melakukan kesalahan dan ingin bertaubat. Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menjelaskan, dalam kaedah Islam khususnya dalam perkara yang melibatkan hak manusia, seperti yang disebut oleh tokoh ulama terkenal abad ke-7, Imam Nawawi, taubat mesti mempunyai 4 syarat. Menurutnya, syarat pertamanya, menyesali perlakuan dosa dan kezaliman, keduanya, meninggalkan dosa dan kezaliman yang dilakukan, ketiganya, berazam untuk tidak kembali melakukan dosa dan kezaliman dan keempat, mengembalikan hak kepada yang berhak. Katanya, dalam konteks Barisan Nasional (BN) dan Umno yang menjadi pemerintah negara, mereka perlu mengembalikan semula hak-hak rakyat yang dirampas oleh mereka selama ini. "Antaranya, hak wakil-wakil rakyat PAS yang dinafikan peruntukan kerajaan, hak kerajaan negeri pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat yang dinafikan peruntukan penuh, hak kerajaan PAS Kelantan untuk mendapatkan royalti minyak, hak rakyat yang dizalimi ketika menyatakan perasaan. "Mereka juga perlu mengembalikan semula hak pegawai-pegawai kerajaan untuk menyokong pembangkang secara terbuka seperti diperuntukkan oleh perlembagaan, hak parti pembangkang di peringkat negara untuk mendapat layanan adil dalam berpilihanraya seperti hak menggunakan media rasmi dan lain-lainnya," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, di sini, hari ini. Perdana Menteri pada satu program di Kedah baru-baru ini memohon maaf secara terbuka terutama kepada rakyat Kedah di atas segala kesalahan pihak Umno BN kepada mereka selama ini, sehingga menyebabkan parti mereka mengalami kekalahan teruk di negeri itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 tahun 2008 lalu. Menurut Khairuddin, ternyata permohonan maaf Najib tanpa menunaikan hak-hak tersebut hanyalah satu sandiwara politik. Beliau yang lebih dikenali sebagai Ustaz Mohd Khairuddin At-Takiri turut menggesa rakyat di seluruh negara agar jangan terperangkap dengan sandiwara politik Barisan Nasional untuk berubah. "Perubahan politik ke arah keadilan yang sebenar hanya mampu dilaksanakan oleh PAS bersama Pakatan Rakyat yang meletakkan prinsip-prinsip keadilan yang jelas dengan wajah kepimpinan yang beramanah," katanya. Sebagai bukti, tegasnya, cukuplah dengan kejayaan kerajaan PAS Kelantan memerintah selama 22 tahun yang tidak mencatatkan sebarang salah guna kuasa berbanding BN dan Umno. "Begitu juga dengan kejayaan kerajaan PAS Kedah menguruskan kewangan negeri Kedah yang bermasalah ketika ditinggalkan oleh Umno dan BN," ujar beliau. harakahdaily/- | Jangan abai pengundi wanita Posted: 07 Mar 2012 12:00 AM PST 14 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - HAMPIR separuh (lebih 49 peratus) pengundi di Malaysia adalah wanita oleh itu sumbangan golongan ini adalah besar bagi kejayaan mana-mana pihak dalam pilihan raya umum ke-13 yang akan diadakan dalam masa terdekat ini. Sehubungan itu, kita meminta semua pihak memikirkan hal ini dan melakukan tindakan segera bagi memenangi hati wanita kerana mereka mungkin menjadi penentu kemenangan pilihan raya Isu-isu wanita perlu diketengahkan dan ditangani secara bijaksana kerana sebarang kelemahan di pihak kita akan memungkinkan musuh meraih sebanyak mungkin undi daripada golongan ini. Kita mungkin sudah bergerak ke depan dengan mengemukakan sejumlah calon Muslimat pada pilihan raya umum lalu dan juga pilihan raya kecil Dun Tenang (calonnya Normala Sudirman) tetapi masih banyak lompang yang perlu diperbaiki. Sekalipun kita mengemukakan lebih ramai calon Muslimat, pihak musuh akan tetap menuduh kita sebagai hanya mahu memancing undi golongan wanita. Sebenarnya, apa saja yang kita buat (termasuk memartabatkan golongan wanita) akan dipandang sinis oleh pihak ini; oleh itu tabahkan semangat untuk terus memberikan yang terbaik kepada golongan wanita sejajar dengan ketetapan Allah SWT melalui Kitab dan Rasul-Nya. Namun pelaksanaan hal ini tidak mudah kerana wanita sebagai golongan lemah yang dijadikan daripada tulang rusuk Nabi Adam s.a.w.; sebahagiannya mudah terpengaruh dengan manis dunia termasuklah hiburan dan laranya. Kelemahan inilah yang dieksploitasi oleh pihak lawan kita yang terus berjanji memberikan yang muluk-muluk kepada wanita penyokong atau pengundinya. Di sini kita lihat betapa pentingnya golongan lelaki sebagai pemimpin (termasuklah sebagai suami dan bapa) berperanan untuk mendidik orang di bawah mereka. Bukanlah Allah SWT telah berfirman melalui ayat 6 Surah At-Tahrin yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman. Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada api neraka, yang bahan-bahan bakarnya adalah manusia dan batu (berhala)." Insya-Allah apabila kebanyakan wanita sudah dirapati dan dipasakkan ilmu agama dalam diri masing-masing, mereka akan tahu menilai mana intan dan mana kaca; pihak mana yang berjuang untuk keselamatan mereka di dunia dan akhirat dan pihak mana yang hanya menjanjikan kemanisan dunia yang bersifat sangat sementara. Ya berusaha keras dan berdoalah agar wanita-wanita kita diberi taufik dan hidayah untuk memilih antara kaca dan permata. Namun memasakkan ilmu ke dada-dada wanita kita bukan proses mudah atau boleh dilakukan menjelang pilihan raya saja. Pendidikan bermula daripada bayi dalam kandungan lagi, berterusan di alam bayi, alam kanak-kanak, remaja, dewasa, tua sehinggalah seseorang itu masuk ke alam kubur. Ertinya pendidikan adalah proses seumur hidup. Persoalannya adakah kita bersedia dan cukup prasarananya untuk menjayakan cita-cita mendidik seluruh masyarakat ini? Sekalipun kelihatan berat, tetapi usaha perlu dilakukan dengan doa tanpa putus-putus. Insya-Allah apabila wanita kita terurus matlamatnya, kita akan sentiasa mendapat sokongan mereka termasuk ketika pilihan raya. detikdaily/- | STPM: 46,712 lulus, 12 calon dapat 5A Posted: 06 Mar 2012 11:50 PM PST 14 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR - Seramai 46,712 atau 92.19 peratus calon telah lulus sekurang-kurangnya satu mata pelajaran dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2011 berbanding 46,795 (92.5) pada tahun sebelumnya. Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) Datuk Dr Mohd Noh Dalimin berkata 12 calon telah mencapai keputusan cemerlang Gred A dalam lima mata pelajaran yang diambil berbanding lapan calon pada tahun sebelumnya. Pada umumnya, prestasi calon tahun 2011 adalah sama dengan tahun 2010, di mana Purata Nilai Gred Keseluruhan (PGNK) adalah sama, iaitu 2.22, katanya ketika mengumumkan keputusan peperiksaan STPM 2011 di sini hari ini. Pada tahun 2011, seramai 298 calon (0.59 peratus) mendapat PGNK 4.00 berbanding 343 calon (0.68) pada tahun sebelumnya. Seramai 50,669 calon menduduki peperiksaan itu tahun lepas. Mohd Noh berkata jurang antara prestasi calon bandar dan luar bandar masih ketara apabila prestasi calon bandar jauh lebih baik daripada calon luar bandar. Katanya bilangan calon bandar yang mendapat 5A, 4A dan 3A adalah seramai 948 orang atau 12.64 peratus berbanding hanya 93 (6.14) pelajar luar bandar. Katanya bilangan calon bandar aliran Sains yang mendapat 5A, 4A dan 3A pula adalah 357 orang (14.2) berbanding hanya 11 (12.64) luar bandar manakala bilangan calon bandar aliran sastera yang mendapat 5A, 4A dan 3A adalah 591 (11.85) berbanding hanya 82 (5.75) luar bandar. Daripada segi prestasi sekolah, beliau berkata sekolah kerajaan menunjukkan penurunan berbanding pada tahun sebelumnya, iaitu PNGK sekolah kerajaan pada tahun lalu ialah 2.29 berbanding 2.32 pada tahun sebelumnya. Pada tahun 2011, sebanyak 52 buah sekolah mencapai PNGK 2.8 atau lebih tinggi berbanding 47 sekolah pada tahun sebelumnya dan 55 sekolah pada 2009. Mohd Noh berkata daripada 12 calon yang mendapat Gred A dalam lima mata pelajaran, lima mencapai Gred A dalam semua kertas peperiksaan yang diambil. Katanya terdapat tiga calon istimewa, iaitu kategori cacat penglihatan yang memperoleh 1A, 1A- dan 2B, rabun (3A dan 1A-) dan spastik (3A dan 1A-), cemerlang dalam peperiksaan tersebut dan seorang pelajar terbaik dari luar bandar yang mendapat keputusan 4A dan 1A-. Mohd Noh berkata berdasarkan prestasi calon mengikut mata pelajaran, didapati tiga mata pelajaran meningkat prestasinya iaitu Bahasa Arab (4.1 peratus), Sejarah (3.8) dan Perakaunan (3.68) berbanding pada tahun sebelumnya manakala empat mata pelajaran menurun prestasinya iaitu Syariah (-2.02), Pengajian Am (-3.4), Pengajian Perniagaan (-4.06) dan Further Mathematics T (-12.73) berbanding pada tahun sebelumnya. Sebanyak 16 mata pelajaran yang lain pula dianggap tidak berubah prestasinya kerana beza peratusan calon yang lulus penuh antara tahun 2011 dan tahun sebelumnya kurang daripada dua peratus. Daripada segi penggunaan bahasa Inggeris dalam jawapan calon bagi mata pelajaran Sains dan Matematik, Mohd Noh berkata 98.1 peratus calon telah menjawab soalan dalam bahasa Inggeris sepenuhnya pada tahun lalu berbanding 97.1 peratus pada tahun sebelumnya. Beliau berkata prestasi calon Malaysian University English Test (MUET) Akhir Tahun 2011 meningkat, iaitu sebanyak 46.8 peratus calon telah mendapat Band 3 atau lebih baik, berbanding 41.81 peratus pada MUET Pertengahan Tahun 2011. Mulai tahun ini, MPM menawarkan ujian MUET sebanyak tiga kali setahun iaitu sesi Mac, Julai dan November. Pada majlis itu, Mohd Noh menyampaikan hadiah berupa wang tunai RM1,000, sijil penghargaan dan sebuah plak kepada dua calon cemerlang MUET bagi tahun 2011, masing-masing bagi MUET Pertengahan Tahun 2011 dan MUET Akhir Tahun 2011. Mereka ialah Nicholas Tan Ooi Kiat dari SMK Cochrane, Kuala Lumpur dan Joy Lee Xing Pei dari SMK Tinggi Kluang, Johor, kedua-duanya memperoleh Band 6. - BERNAMA | Polis siasat pekebun OKU berhubung surat Mong Posted: 06 Mar 2012 11:40 PM PST 14 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - Selepas bantuan kebajikan dan subsidi pertaniannya dihentikan kerana didakwa menyokong pembangkang, pekebun kurang upaya Frusis Lebi, hari ini disoal siasat oleh polis. Beliau dipanggil ke balai polis Sri Aman pada jam 10.30 pagi berhubung laporan polis yang dibuatnya yang mendakwa Menteri Muda Pertanian Sarawak Datuk Mong Dagang mengarahkan bantuannya dihentikan. Ketika dihubungi Frusis berkata polis ingin tahu siapa yang mendedahkan surat itu dan bagaimana arahan mengenai pemberhentian bantuan itu disampaikan kepadanya. "Mereka juga tanya sama ada saya tahu mengapa bantuan saya dihentikan dan mengapa saya membuat laporan polis. "Saya jelaskan kepada mereka bahawa Mong salah gunakan kuasa dan saya sekarang sangat tertekan kerana dia melanggar hak saya sebagai rakyat Malaysia," kata Frusis. Mong pada Isnin, ketika dihubungi akhbar harian Inggeris The Sun mengakui mengeluarkan arahan menghentikan bantuan kepada pekebun itu dan mendakwa Frusis tidak layak ditolong kerana "beliau mampu menanam padi dan menunggang motosikal seperti manusia normal." "Doktor sahkan bahawa saya cacat tapi tindakan Mong ini telah menyusahkan saya," keluh lelaki yang dilahirkan dengan kecacatan jari di tangan dan kakinya itu. Ditanya sama ada beliau akan berusaha untuk mendapatkan bantuan berkenaan semula, Frusis berkata: "Saya tidak tahu hendak buat macam mana?" Sementara itu, ketua DAP cawangan Sri Aman Leon Jimat Donald (kiri)yang membantu Frusis, berkata polis tidak merakamkan kenyataan Frusis tetapi semata-mata hanya mahu melakukan laporan susulan. "Tiada perubahan yang dibuat kepada laporan polis asal... mungkin mereka harap dengan cara halus mereka boleh memaksanya mengubah laporan, "katanya. Leon juga mendesak Mong yang merupakan ADUN Bukit Begunan supay meletakkan jawatan sebagai menteri muda dan juga wakil rakyat kerana enggan menarik balik arahannya itu. "Ini menunjukkan betapa angkuh dan bongkaknya... ini adalah diskriminasi dan pencabulan hak untuk berpersatuan Frusis '. " NONESementara itu, Mong hari ini sekali lagi mempertahankan tindakannya untuk menghentikan bantuan kepada Frusis dengan berkata adalah hak demokrasi bagi beliau berbuat demikian. "Setiap orang mempunyai hak-hak demokrasi, begitu juga dengannya dan diri saya, oleh itu saya mestilah adil dan memberi bantuan kepada orang kurang upaya yang lebih layak daripada Frusis," katanya yang dipetik oleh Borneo Post. Mong, dalam laporan itu, berkata beliau akan menyerahkan kepada polis untuk menyiasat bagaimana suratnya itu dibocorkan dan mencadangkan pihak pembangkang untuk memberikan bantuan kepada pekebun itu. malaysiakini/- | Fitnah: PAS kaji tindakan kepada Mashitah Posted: 06 Mar 2012 11:30 PM PST 14 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 7 Mac: PAS mempertimbangkan untuk mengambil tindakan bersesuaian berhubung tulisan Datuk Dr Mashitah Ibrahim yang memfitnah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Shamsuri Ahmad berkata pihaknya akan mendapatkan nasihat peguam sebelum satu langkah diambil berhubung tulisan tersebut. "Kita sedang meneliti perkara tersebut, dan kini sedang dalam rangka mendapatkan nasihat peguam sebelum tindakan susulan diambil, sama ada mengambil tindakan undang-undang, atau sebagainya," jelas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini. Pada 2 Mac lalu, Mashitah dalam tulisannya di akhbar Sinar Harian mengaitkan penahanan Ahli Majlis Tertinggi PKR, Badrolamin Baharon dengan beberapa skandal seks kononnya membabitkan pemimpin Pakatan Rakyat. Dalam tulisannya, Mashitah menyebut Abdul Hadi pernah dikaitkan dengan skandal membabitkan anak dara kira-kira 10 tahun lalu dan mengambilnya sebagai isteri ketiga, bagaimanapun ia dinafikan Abdul Hadi. harakahdaily/- | Lagi permohonan BR1M Orang Asli ditolak Posted: 06 Mar 2012 11:25 PM PST 14 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - Beberapa penduduk komuniti Orang Asli di Pahang binggung apabila diberitahu mereka tidak layak memohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) walaupun dikatakan memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh kerajaan. Ismail Leh, 42, dari Kampung Batu Gong Chini berkata, beliau bersama isteri, Fatimah Buka Kunci, 38, telah memohon untuk mendapatkan bantuan RM500 sekeluarga itu. Bagaimanapun, mereka menerima surat yang mengatakan bahawa mereka tidak layak. "Saya hanya seorang penoreh getah dan kadang-kadang isteri saya membantu saya. Pendapatan kami hanya RM600 sebulan. "Saya tidak tahu ... mungkin untuk mengisi borang ini memerlukan seseorang yang boleh membaca dan menulis dengan baik," katanya ketika dihubungi Malaysiakini. Ismail dari suku kaum Jakun mempunyai lima orang anak yang berusia 17, 13, 12, 7 dan 5 tahun. Namun kata Ismail, permohonan bantuan BR1M bapanya diluluskan. Menurut garis panduan BR1M di laman web Kementerian Kewangan, ketua keluarga bagi setiap isi rumah layak membuat permohonan jika mempunyai anak yang tidak bekerja dan berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan. Permohonan 10 keluarga ditolak Ismail juga memberitahu bahawa keluarga sepupunya yang tinggal di kampung yang sama - terletak di Pekan, kawasan parlimen yang diwakilin oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak - juga gagal mendapatkan bantuan itu. "Sepupu saya mempunyai dua orang anak, kedua-dua masih kanak-kanak. Suaminya bekerja sebagai kontraktor. "Secara keseluruhan, saya rasa kira-kira 10 keluarga di kampung saya yang tidak dapat bantuan," katanya. Sehingga kini, tiada laporan yang memberitahu terdapat keluarga yang gagal untuk mendapatkan bantuan walaupun ada pemohon yang mempunyai pendapatan melebihi RM3,000. Malah, seorang lelaki anggota MCA yang bergelar 'Datuk' di Triang, Pahang juga didapati layak untuk menerima BR1M, walaupun selepas itu beliau mendakwa wang itu didermakan semula. Pada Isnin lalu, Malaysiakini tutut melaporkan seorang penduduk Orang Asli dari suku Temuan kecewa bahawa permohonan BR1M beliau telah ditolak walaupun beliau tidak mempunyai sebarang pendapatan. Dewi Malam, 52, dari Kampung Orang Asli Pulau Kempas di Hulu Langat, Selangor, berkata beliau menerima jawapan daripada Kementerian Kewangan pada 16 Februari yang mengatakan bahawa beliau tidak layak untuk menerima bantuan berkenaan. malaysiakini/- | Umno ingin singkir Ku Li Posted: 06 Mar 2012 11:15 PM PST 14 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - KOTA BHARU - Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) sudah dapat meramalkan penghujung perjuangan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang sekian lama berada dalam Umno akan dilupakan begitu sahaja. Pengerusinya, Hu Pang Chaw mendakwa Umno seperti kacang lupakan kulit dan seolah-olah semakin hari cuba untuk mengetepikan Tengku Razaleigh. "Bagi saya perkara ini tidak pelik, mereka ini tidak mengenang jasa veteran di dalam Umno dan apabila merasakan diri mereka sudah kuat, mereka akan tinggalkan orang tua ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian ketika diminta mengulas keputusan mesyuarat tergempar di Gua Musang yang mahukan Ku Li berundur secara terhormat. Sebagai menghormati perjuangan Ku Li terhadap rakyat, Pang Chaw juga menasihatkan Ku Li supaya membuat keputusan yang bermaruah dalam dirinya. "Keluar cara terhormat, biarlah mati dengan bermaruah dan bagi sesiapa yang memilih untuk masuk Umno perlu berfikir dua kali sebelum membuat keputusan," katanya. Pang Chaw turut membidas pendirian ahli jawatankuasa Umno bahagian yang menyifatkan kenyataan Ku Li sering kali memihak kepada pembangkang dan mencemarkan imej parti. "Ku Li adalah pemimpin yang sebenar, dia tidak duduk diam dan bukannya mengikut telunjuk Umno," katanya. kerabu bersuara/- | Syabas Tok Guru Nik Aziz, Tidak Layan Soalan Provokasi Wartawan Posted: 06 Mar 2012 11:00 PM PST 14 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - KOTA BHARU- Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz NikMat menegaskan adalah tidak wajar untuk beliau campur tangan soal pentadbirankerajaan Kedah yang dilaporkan bergolak. "Urusan Kedah untuk orang Kedah. Saya tidak mahu komen," katanya. Meskipun didesak pemberita mengenai kemelut pentadbiran Kedah, Nik Aziztetap dengan pendirian untuk tidak akan campur tangan sebaliknya menyerahkankepada Pas Pusat untuk menangani soal tersebut. Isu dalaman kerajaan Kedah memaksa PAS Pusat menubuhkan sebuah jawatankuasapemandu yang akan bertanggungjawab memantau Menteri Besar Datuk Seri AzizanAbdul Razak mentadbir negeri itu. Ditanya mengenai kenyataan Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku RazaleighHamzah yang tetap mahu bertanding di Parlimen itu walaupun bukan sebagai calonBarisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang, Nik Aziz berkata tidakwajar untuk beliau menyentuh perkara itu. "Saya tak boleh ganggu dia (Tengku Razaleigh). Pas juga tidak akan ganggu dia. Tunggulah pada hari penamaan calon nanti," katanya. Dua hari lepas Tengku Razaleigh yang juga Ketua Umno Bahagian Gua Musangdilaporkan berkata beliau akan tetap bertanding di Parlimen Gua Musang sebagaicalon bebas jika BN tidak lagi mencalonkannya. Tengku Razaleigh yang lebih mesra dengan panggilan "Ku Li", merupakan tokohyang dihormati dan beliau merupakan Anggota Parlimen paling lama berkhidmatiaitu selama 43 tahun mulai 1969. – Bernama | Pekan Semenyih Perlu Lampu Jalan Posted: 06 Mar 2012 11:00 PM PST 14 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - SEMENYIH 7 MAC : Ketiadaan lampu jalan di sepanjang laluan utama pekan ini menimbulkan kebimbangan dari segi soal keselamatan pengguna selain kejadian jenayah. Menurut Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr. Che Rosli Che Mat pelbagai usaha dilakukan pihaknya dan DUN untuk memohon lampu jalan namun kesemuanya tidak berhasil. "Alasan yang kita terima daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) ialah tiada permohonan daripada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR). "Jadi buat masa ini kita cuma bergantung harap pada lampu-lampu kedai sekitar sini dan juga lampu masjid. Namun sampai waktu tertentu keadaan menjadi gelap gelita bilamana kesemua lampu ini tadi sudah tertutup," jelas Dr Che Rosli. Sementara itu, Penyelaras DUN, Nor Azlan Mohamad berkata, keadaan gelap di sini ketika malam menyebabkan banyak kemalangan jalan raya dan ada antaranya kemalangan maut. "Selain itu, kita juga risau keadaan gelap begini memberi ruang kepada kejadian jenayah yang berleluasa," ujar Nor Azlan yang ditemui ketika tinjauan lokasi di sepanjang jalan utama sepanjang kira-kira 3 kilometer itu. Bagi Fazil Zakaria ,40, penduduk dari Kampung Sungai Macang berkata, pekan ini sudah lama wujud dan kini laluan ini semakin sibuk. Jadi lampu jalan itu sepatutnya diadakan. "Terutama waktu pagi penduduk keluar untuk bekerja, ibubapa hantar anak ke sekolah, keadaan yang gelap memang mampu mengundang bahaya," beritahu Fazil. media selangor/- | Hakim cipta sejarah, motif bunuh tak penting? Posted: 06 Mar 2012 10:54 PM PST 14 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 7 Mac: Kehakiman Malaysia mencipta satu lagi sejarah hebat apabila mendakwa motif pembunuhan tidak penting dalam pembunuhan kejam Altantuya Shaariibuu, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. "Motif pembunuhan itu mesti di'established'. Motiflah yang mendorong dan merangsang pembunuhan. Orang tak bunuh tak fasal-fasal," kata beliau. Hari ini, hakim dalam kes pembunuhan wanita Mongolia itu tidak menyentuh secara langsung mengenai motif dua anggota polis yang dituduh membunuh wanita yang dilaporkan sebagai juru bahasa dan broker perniagaan senjata itu dalam penghakiman penuh ke atas kes bunuh itu selepas memberikan keputusan perbicaraan berkenaan dua tahun lalu. "Walau apapun motif itu, ia adalah perkara undang-undang di mana motif walaupun releven, adalah tidak penting untuk pembunuhan itu dijalankan," kata Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Mohd Zaki Md Yasin. Dua anggota polis dari Unit Tindakan Khas - Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar - didapati bersalah kerana membunuh Altantuya dan dijatuhkan hukuman bunuh. "Keputusan mahkamah itu dengan sendirinya mengesahkan pandangan sebahagian besar rakyat bahawa Azilah dan Sirul hanyalah boneka pihak tertentu yang sangat berkuasa yang mengarahkan mereka melakukan pembunuhan. "Adalah tidak masuk akal kedua-dua anggota polis UTK itu sengaja seronok-seronok membuat keputusan untuk membunuh Altantuya tanpa sebarang sebab," kata Mohamad. Beliau juga menyifatkan keputusan mahkamah itu tidak mampu sama sekali membersihkan nama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. 2009 lalu, didahului oleh akhbar Perancis, Liberation, banyak akhbar dari serata dunia mengaitkan Najib dengan pembunuhan Altantuya itu. Merdeka Review melaporkan, Azilah dan Sirul didakwa sebagai anggota polis yang menjadi pengawal Najib. Kes tersebut semakin menarik perhatian apabila pada 29 Jun 2007 lalu, seorang saksi perbicaraan, Burmaa Oyunchimeg dilaporkan oleh sebuah akhbar harian pro-Umno telah memberi keterangan bahawa Altantuya pernah berjumpa dengan seseorang yang bernama Najib Razak. Semasa disoal lanjut oleh peguam Karpal Singh, yang bertindak sebagai peguam pemerhati bagi keluarga Altantuya, Burmaa berkata, Altantuya telah menunjukkan kepadanya gambar Altantuya dan Abdul Razak dengan pegawai kerajaan Malaysia itu serta orang lain sedang menikmati jamuan pada satu meja bulat. Beliau berkata, Altantuya menunjukkan gambar itu di Hong Kong selepas beliau (Altantuya) balik dari Perancis. (Burmaa bertemu dengan Altantuya di Hong Kong). Karpal: Boleh kamu terangkan gambar apa? Burmaa: Ada satu gambar, saya fikir, Altantuya dengan Razak Baginda dan seorang pegawai kerajaan Malaysia dan orang lain sedang menikmati jamuan. Mereka duduk di meja bulat. Karpal: Kamu tahu siapa pegawai kerajaan itu? Burmaa: Najib Razak. Saya ingat nama Najib Razak kerana nama Razak itu sama (dengan Abdul Razak Baginda). Bagaimanapun, Burmaa tidak menunjukkan gambar itu kepada mahkamah. Najib pula tidak mahu mengulas apabila ditanya mengenai keterangan Burmaa kepada mahkamah itu. Harakah Daily | 123 Bangkit: Polis beri ‘lampu hijau’ Posted: 06 Mar 2012 10:51 PM PST 14 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - KOTA KINABALU, 7 Mac: Bela Tabah Rakyat Sabah (Tabah) hari ini membaritahu Himpunan 123 Bangkit pada Isnin depan telah mendapat 'lampu hijau' oleh pihak polis. Pengerusinya, Hisammuddin Sulaiman (gambar) berkata, kebenaran itu daripada Ketua Polis Kota Kinabalu, ACP Ahmad Sofi Zakaria dalam satu perjumpaan di sini, kelmarin. "Kami telah mendapat maklum balas dan pandangan positif mengenai perhimpunan ini dan lampu hijau yang diberikan itu adalah sesuatu yang baik untuk rakyat Sabah menyuarakan pandangan," katanya dalam satu sidang media. Menurut beliau, beberapa pertubuhan politik tempatan turut menyatakan pedndirian positif dengan memberi sokongan terhadap himpunan tersebut. "Himpunan ini turut mendapat respons positif terutama dari parti-parti politik PAS, DAP, PKR, SAPP serta beberapa NGO dan badan sukarela yang lain. Ini satu perkembangan yang baik," ujarnya. Ketika ditanya mengenai bilangan kehadiran semasa himpunan tersebut, beliau memberi keyakinan bahawa sasaran 5,000 orang akan tercapai. "Kita memberi keyakinan, sasaran menghimpunkan 5,000 orang akan tercapai. Perhimpunan 123 Bangkit yang akan diadakan di kawasan lapang berhampiran Anjung Selera, dekat Wisma Innoprise, Isnin depan juga bakal diadakan di luar negara termasuk United Kingdom dan Timur Tengah. "Himpunan ini akan diadakan serentak di seluruh negara termasuk di luar negara. Ramai anak-anak Sabah yang berada di luar sana, mereka mahu ikut serta sebagai tanda sokongan terhadap rakyat Sabah," jelas beliau. Harakah Daily | 80 tahanan Palestin dibebaskan Posted: 06 Mar 2012 10:50 PM PST 14 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - TEL AVIV - Perkhidmatan Penjara Israel (IPS) membebaskan seramai 80 banduan termasuk dua wanita dari penjara persekutuan di seluruh negara dalam satu kempen mengurangkan kesesakan dalam penjara. Tindakan itu adalah susulan pembebasan beramai-ramai 600 banduan Khamis lalu, yang menurut IPS kononnya untuk meningkatkan keselesaan di penjara Israel. Menurut media tempatan, pembebasan 220 rakyat Palestin itu termasuk bekas menteri Kabinet, Shlomo Benizri. Jawatankuasa Kawalan Knesset baru-baru ini mengeluarkan arahan mana-mana banduan yang dihukum empat tahun penjara atau kurang akan dibebaskan. Jawatankuasa tersebut turut memutuskan untuk mengurangkan jumlah maksimum banduan di penjara Israel kepada 16,873 daripada 17,700 dalam masa terdekat. sinar harian/- | PAS sasar letak calon bukan Islam di 6 negeri Posted: 06 Mar 2012 10:49 PM PST 14 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 7 Mac: Kepimpinan PAS negeri khususnya Selangor, Johor, Perak dan Kedah di samping Sarawak dan Sabah diminta memberikan perhatian dalam pembahagian kerusi termasuklah meletakkan calon daripada Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) bertanding dalam PRU-13 nanti. Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat Dr Mujahid Yusof Rawa (gambar) berkata, keputusan calon DHPP dibolehkan bertanding atas tiket PAS sejak tahun 2010, malah ia diputuskan oleh Majlis Syura. Keenam-enam negeri tersebut, katanya mempunyai kekuatan DHPP yang dilihat berdasarkan semangat yang ada melalui keahlian, aktiviti serta sambutan program yang diadakan. "Saya berharap sangat negeri-negeri berkenaan supaya memberikan semangat kepada DHPP sementara masih ada ruang untuk diisi oleh mereka," katanya kepada Harakahdaily. Pada Pilihan raya Umum ke-12 tahun 2008, PAS meletakkan calon bukan Islam, Kumuta Raman, walaupun atas nama Kelab Penyokong PAS waktu itu tetapi beliau bertanding atas tiket PKR. Ekoran itu, Mujahid yang juga penasihat bersama DHPP berkata kini dewan itu menjadi sayap parti maka PAS menyusun gerak kerja pilihan raya termasuklah menyusun calon dari kalangan DHPP. Sehubungan itu, Mujahid berkata, negeri Johor telah memperlihatkan semangat DHPP yang kuat dan berkemungkinan akan memberi lebih dari satu kerusi kepada DHPP. Bagaimanapun, katanya, perlu ada rundingan yang bijak dalam menentukan calon supaya ia tidak berlaku pertindihan. "Kalau kerusi kita (PAS) lebih selesa dan mudah untuk dirunding. Saya lihat kerusi parlimen agak mudah. Bagaimanapun kepimpinan negeri kena bijaksana,"katanya. DHPP mempunyai keahlian seramai 20,000 orang merupakan pengukuhan Kelab Penyokong PAS yang ditubuhkan sejak tahun 2005. DHPP dilancarkan pada 23 Mei 2010 oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Harakah Daily | Hakim benar Mustafa tunda permohonan batal saman Posted: 06 Mar 2012 10:48 PM PST 14 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - SHAH ALAM, 7 Mac: Mahkamah Tinggi Shah Alam membenarkan permohonan Datuk Mustafa Ali dan lima yang lain untuk menunda permohonan membatalkan saman yang dikemukakan Umno ke atas mereka hari ini. Permohonan penundaan itu dibuat untuk memperkemaskan permononan itu disebabkan kesilapan teknikal dalam permohonan mereka. Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ahmad Zaki Husin memutuskan menerima permohonan tersebut dan ditangguhkan kepada 10 dan 11 Mei dengan kos sebanyak RM5,000. Umno Selangor melalui setiausahanya, Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed memfailkan saman ke atas Mustafa dan lima yang lain ekoran tersiarnya berita dalam Harakah bertajuk 'Pas akan dedah bukti, Umno main peranan operasi JAIS' yang disiarkan pada keluaran Harakah 19 Ogos hingga 21 Ogos 2011. Mustafa membuat kenyataan itu ekoran tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyiasat sebuah gereja dan melibatkan pertembungan antara agama berlaku. Turut disaman adalah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Hadi Awang, timbalannya Mohammad Sabu, pencetak akhbar Harakah Angkatan Edaran Ent Sdn Bhd, Ketua Pengarang Ahmad Lutfi Othman dan wartawan Khairul Azlam Mohamad. Peguam yang mewakili Mustafa selaku defendan pertama, Mohd Fitri Asmuni dan peguam mewakili defendan kedua dan ketiga, Azhana Mohd Khairudin bertindak menarik balik permohonan disebabkan kesilapan teknikal dalam permohonannya. "Kesilapan teknikal adalah kepada perkataan ' dan, atau', bagi kita perkara ini tidak menjejaskan permohonan tersebut. "Tetapi bagi mengelakkan dari berlaku sesuatu yang kita tidak ketahui maka kita memutuskan menarik balik permohonan tersebut," jelasnya. Umno Selangor diwakili peguam dari Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak. Manakala PAS dan Harakah diwakili peguam dari Tetuan Awi & Co. Harakah Daily | Jawatankuasa Pemandu tidak hadkan kuasa MB Posted: 06 Mar 2012 10:46 PM PST 14 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 7 Mac: Peranan Jawatankuasa Pemandu PAS Pusat tidak akan menghadkan sebarang kuasa menteri besar berdasarkan pengalaman jawatankuasa ini yang dipraktikkan di Kelantan sebelum ini. Bendahari PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman (gambar), menegaskan peranan jawatankuasa itu hanya memberikan nasihat dan pandangan tentang beberapa perkara berbangkit di negeri terlibat. Di Kelantan, kata beliau yang pernah menjadi Timbalan Menteri Besar Kelantan ketika itu, jawatankuasa itu pernah memberikan pandangan dan nasihat berhubung hukum hudud yang ingin dilaksanakan di negeri itu pada 1990. PAS membentuk Jawatankuasa Pemandu untuk membantu pentadbiran negeri Kelantan apabila PAS dan Angkatan Perpaduan Ummah menang semula di negeri itu pada tahun 1990. Ketika itu, Presiden PAS adalah Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Nor. "Apabila terdapat perkara berbangkit mengenai hukum hudud yang ingin dilaksanakan di Kelantan dahulu, jawatankuasa tersebut memberikan pandangan dan nasihat mengenainya. Namun, keputusan tetap di tangan menteri besar dan ahli exconya," jelas Datuk Halim kepada Harakahdaily, hari ini. Mengulas lanjut, Datuk Halim yang kini anggota Parlimen Pengkalan Chepa berkata, Jawatankuasa Pemandu hanya berfungsi sebanyak 50 peratus sahaja, manakala selebihnya terletak di bawah kerajaan negeri. Bagaimanapun, peranan jawatankuasa itu hanya lebih berbentuk nasihat tanpa mencampuri sebarang keputusan kerajaan negeri. Sebelum ini, PAS Pusat memutuskan agar Jawatankuasa Pemandu ditubuhkan bagi menasihati kerajaan negeri Kedah dan negeri-negeri yang melibatkan PAS untuk membantu pentadbiran negeri itu. Bagaimanapun media arus perdana memutarbelitkannya sebagai satu usaha untuk menghadkan kuasa Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak. Harakah Daily | Kenapa Sungai Lembing jadi mangsa sisa Lynas? Posted: 06 Mar 2012 10:44 PM PST 14 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - KUANTAN, 7 Mac: Gabungan aktivis anti-Lynas Save Malaysia, Stop Lynas (SMSL) mendakwa cadangan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob agar sisa kilang Lynas dibuang di Sungai Lembing sangat bahaya. Ini kerana, tindakan membuang sisa radioaktif yang dihasilkan oleh kilang Lynas di Gebeng ke tapak lombong yang sudah tidak digunakan di sana akan merosakkan alam sekitar. "Cadangan Menteri Besar akan merosakkan Sungai Lembing dan membawa ia kembali kepada masa silam perlombongan. Lembah tersebut baru saja berubah wajah ke satu tapak pelancongan yang baik pada tahun ini," kata Tan Bun Teet daripada SMSL yang terkejut dengan cadangan Adnan. Tan turut bertanya pada Adnan samada Menteri Besar Pahang itu pernah terfikir akan nasib kehidupan dan punca pendapatan penduduk di Sungai Lembing apabila beribu pelancong tidak lagi mengunjungi tempat tersebut kerana kehadiran tapak pembuangan sisa radioaktif. Menurut SMSL, kilang Lynas kini berada di fasa akhir untuk beroperasi. Namun begitu, ramai mempersoalkan tindakan kerajaan memberikan lesen sementara kepada Lynas walaupun pelan Lynas dalam pengurusan dan pembuangan sisa toksik masih lagi samar. Pada 5 Mac yang lalu, pengerusi Lajnah Alam Sekitar Pas Pusat, Zulkefly Mohamad Omar menyelar kenyataan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai yang bercanggah dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam isu pembuangan sisa toksik dari kilang Lynas. "Kenyataan beliau telah membangkitkan beberapa persoalan dan salah satu darinya menyatakan bahawa pihak berkuasa Australia sendiri tidak mahu menerima sisa toksik tersebut kerana amat berbahaya dilihat terdapat percanggahan. "(Datuk Liow) Tiong Lai juga menegaskan bahawa lesen sementara tidak dapat diberikan sedangkan kilang tersebut masih meneruskan operasinya. "Kami ingin mengetahui mengapa Tiong Lai dan Kementerian Kesihatan tidak mempersoalkan pengurusan dan pembuangan sisa toksik ini lebih awal, dan hanya menyelidikinya selepas kilang tersebut dibina dan lesen operasi sementara diberikan," selar beliau. Najib pula pada masa yang sama dilihat telah membersihkan kilang Lynas daripada kontroversi dengan menyatakan bahawa sisa kilang Lynas adalah tidak berbahaya, dan akan memastikan sisa tersebut dipindahkan ke lokasi lain yang selamat dan jauh dari penempatan manusia. "Walaupun saintis sudah mengeluarkan bukti termasuk akuan badan antarabangsa bahawa sisa buangan itu selamat tetapi masih ada orang tidak puas hati membabitkan soal emosi dan psikologi, jadi kita putuskan pindahkan sisa buangan itu ke tempat lebih jauh," kata Najib sebelum ini. Sementara itu, ketua Badan Bertindak Anti Rare Earth Refinery (BADAR), Andansura Rabu berkata banyak lagi faktor yang perlu dikaji walaupun tempat pembuangan sisa radioaktif telah dikenal pasti. "Walaupun tapak pembuangan sisa radioaktif dikenalpasti, bagaimana dengan 500 ton bahan buangan dan 100,000 meter pada sisa gas yang dikeluarkan ke dalam sungai dan laut kita setiap jam. "Komuniti Balok tinggal dekat dengan kilang tersebut, hanya beberapa kilometer sahaja. Ada yang tinggal bersebelahan dengan sungai Balok dan persisiran pantai di mana air sisa buang Lynas akan mengalir ke Laut China Selatan. Bagaimana mereka akan hidup dengan hasil lautan dan laut mereka tercemar?" tanya Andansura. Selain itu, SMSL turut menegaskan bahawa Sungai Lembing adalah kawasan tadahan air yang penting untuk Kuantan. Menurut SMSL, Adnan juga telah memberikan amaran kepada ahli politik untuk tidak menyertai aktiviti anti-Lynas atau mereka akan berhadapan dengan risiko sekiranya Barisan Nasional memerintah semula selepas pilihanraya akan datang. "Kita amat terkilan dengan cadangan yang tidak masuk akal dan damaging ini daripada Menteri Besar. Australia akan mendapat A$18 juta (RM55 juta) daripada cukai yang dibayar Lynas setiap tahun. "Apa yang kita dapat ialah sisa dan pencemaran daripada Lynas. Adnan Yaakob tidak layak menjadi Menteri Besar sekiranya beliau tetap meletakkan kepentingan syarikat asing daripada kesihatan dan kebajikan rakyatnya," kata Tan dan Andansura. Harakah Daily | Rompak: Pelajar harap kedutaan ambil tindakan Posted: 06 Mar 2012 10:41 PM PST 14 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 7 Mac: Pelajar Malaysia yang dirompak dan ditetak kepalanya baru-baru ini tidak dipeduli oleh polis Mesir, malah polis Mesir tidak mengambil sebarang tindakan terhadap perompak yang berjaya ditangkap. Muhammad Afnan Elias (gambar) dirompak dan ditetak kepalanya sebanyak empat kali oleh tiga pemuda Mesir. Kejadian itu berlaku pada jam 8 malam sewaktu beliau bersama seorang kawan dalam perjalanan pulang ke Asrama Pelajar-pelajar Melayu di Hayyu Sabek, Kaherah. Sudah tiga minggu tidak ada tindakan dari pihak polis Mesir berkenaan kes ini, malah polis Mesir sengaja membebaskan perompak tersebut, walaupun perompak tersebut tertangkap bersama dengan bahan bukti iaitu sebilah parang, hanset dan dompetnya. Perompak itu dibebaskan oleh polis tanpa pengetahuan Kedutaan Malaysia. Lebih menyedihkan lagi, apabila mengetahui perompak tersebut dibebaskan, tiada tindakan serius daripada pihak Kedutaan Malaysia berkenaan kes itu, seolah-olah pihak Kedutaan Malaysia yang dilantik tidak mampu memberi kebajikan kepada rakyat Malaysia di Mesir dan membiarkan rakyat Malaysia berada dalam keadaan takut. Justeru, para pelajar Malaysia di Mesir berharap agar pihak Kedutaan Malaysia dan Kerajaan Malaysia menjalankan tanggungjawab terhadap kes rompakan yang sering berlaku kepada pelajar-pelajar Malaysia kebelakangan ini. "Kami mendesak pihak Kedutaan Malaysia di Mesir mengambil tindakan yang serius supaya kes ini dapat dibawa ke muka pengadilan," tulis seorang pelajar di dalam emel kepada Harakahdaily. Isu itu pernah disiarkan di dalam akhbar Utusan Malaysia pada 18 Februari lalu bahagian jenayah. Harakah Daily | Lebih 9,000 diarah pindah Posted: 06 Mar 2012 10:41 PM PST 14 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - SYDNEY - Lebih 9,000 penduduk di bandar Wagga Wagga, selatan New South Wales diarahkan berpindah selepas paras air Sungai Murrumbidgee semakin meningkat, menurut agensi berita tempatan, semalam. Biro Meteorologi meramalkan air sungai itu akan meningkat sehingga 10.9 meter iaitu paras tertinggi sejak 1974. Pihak berkuasa telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan melakukan pemeriksaan ke atas semua benteng yang hanya setinggi 11 meter. Anggota penyelamat di pusat kecemasan NSW, David Chalmers berkata, penduduk di kawasan terlibat memberi kerjasama yang baik semasa proses pemindahan dilakukan walaupun mereka terpaksa meninggalkan rumah dan harta -benda masing-masing. sinar harian/- | Subhanallah! Meteor Berapi Gemparkan Britain Posted: 06 Mar 2012 08:30 PM PST 14 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - Pihak polis di Britain telah dibanjiri dengan panggilan telefon selepas satu bebola api yang dipercayai meteor telah dikesan dilangit. Laporan menyebutkan cahaya yang terang dan pancaran cahaya oren telah diterima seluruh Scotland dan utara England pada malam Sabtu lepas. Beratus-ratus orang telah melaporkan apa yang dilihat dilaman Twitter dan Pusat Pencerapan Kielder di Northumberland, menggambarkannya sebagai bebola api yang besar melintasi sepanjang negeri dari utara ke selatan. Seperti dilaporkan dilaman www.kielderobservatory.org: FIREBALL!!!!! So, who saw it? Wow, what an event – I will never forget it. At 21:41 on Saturday 3rd March 2012, I was on the deck with 30 Observatory guests setting up the telescope to look at Mars, when one guest exclaimed "What on Earth is THAT?!". We all stared up and watched as an incredible bright object with a long tail appeared from the North horizon and travelled slowly across the whole sky towards the Southern horizon. I have never seen anything like it: when it appeared it was like a diamond, so bright we almost had to look away, and it cast shadows on the ground as it moved. We stood in amazement as the colours changed from green and bright white to yellow and then, as it disappeared over the Southern horizon, a deep orange. Usually, meteors appear for a few seconds and travel so quickly, breaking up, so that we hardly have time to take them in – this one took a minute to cross the sky. I even started to feel worried "This could be serious…" – this meteor could have been as big as a car and it didn't seem to break up at all. I wonder where it landed… I hear that the trajectory suggests there's a possibility it's landed in South Wales, but sadly, more likely in the sea. A once-in-a-lifetime experience. Wow. Get in touch if you saw it, we'd love to hear your stories! Also, watch BBC Sky At Night this evening on BBC 1 23:35 to see Kielder and Kielder Star Camp! Gary Flides pengarah pusat tersebut yang bersama 30 orang lagi apabila menyaksikan peristiwa tersebut berkata: "Kami melihat pemandangan menggagumkan. Ia adalah luar biasa". "Kami amat tertekan. Saya mula bertanya apakah ini dan adakah ia akan menamatkan kehidupan di Bumi? Ia sungguh mengujakan." Sumber: http://www.bbc.co.uk/news/world-17248959 | Tiga maut kereta bertembung lori Posted: 06 Mar 2012 08:25 PM PST 14 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - KERETA Proton Saga BLM remuk selepas terlibat dalam kemalangan di Kota Tinggi, Johor, kelmarin hingga mengakibatkan tiga penumpangnya maut. KOTA TINGGI – Keterujaan seorang wanita untuk mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya pada 14 Mac ini berkecai apabila lelaki tersebut bersama ibu dan kakaknya maut dalam kemalangan ngeri ketika dalam perjalanan pulang selepas membeli barang keperluan majlis itu di ibu negara kelmarin. Kemalangan pukul 2.40 petang di Kilometer 28.5, Jalan Kulai-Kota Tinggi itu mengakibatkan Muhammad Hazwan Ahmad, 25; Saemah Mantu, 65, dan Fatimah Othman, 35, maut di tempat kejadian apabila kereta jenis Proton Saga BLM yang dipandu Muhammad Hazwan bertembung dengan sebuah lori tiga tan membawa muatan ikan. Turut berada dalam kereta itu ialah bakal tunang Muhammad Hazwan, Fazlina Othman, 25, dan anak saudaranya, Ahmad Razim Faizal, 3. Fazlina cedera di tangan kiri manakala kanak-kanak itu cedera di kepala. Pemandu lori berusia 33 tahun itu hanya cedera ringan. Saemah dan Fatimah merupakan ibu dan kakak Fazlina. Mengimbau semula kemalangan itu, Fazlina memberitahu, sebelum kejadian, mereka dalam perjalanan pulang ke Felda Air Tawar Satu di sini selepas membeli kelengkapan pertunangan di Kuala Lumpur. kosmo/- | Imej satelit kesan Korea Utara bina reaktor air Posted: 06 Mar 2012 08:17 PM PST 14 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -
WASHINGTON: Satu imej satelit menunjukkan bahawa Korea Utara kini sedang membina sebuah reaktor air untuk mengembangkan program nuklearnya.
Imej pada 3 Februari di kompleks nuklear di Yangbyon itu diambil hampir sebulan sebelum Korea Utara bersetuju untuk membekukan aktiviti nuklearnya bagi mendapatkan bantuan makanan dari Amerika Syarikat.
Imej yang dikeluarkan oleh Penganalisis Kanan dari Institut Sains dan Keselamatan Antarabangsa, Paul Brannan menyatakan sebuah bangunan turbin di reaktor yang masih dalam pembinaan pada 20 September tahun lalu itu kini kelihatan hampir siap.
Brannan berkata, kubah reaktor masih belum berada di sana. Jadi, banyak lagi kerja yang perlu dilakukan.
Sementara itu, Korea Utara berkata reaktor berkenaan adalah untuk penjanaan elektrik tetapi beberapa pakar bimbang bahawa ia boleh menghasilkan plutonium untuk bom. - AP | |
Salam Perjuangan Posted: 06 Mar 2012 11:03 PM PST AYUH BERSATU PERKASAKAN JAMAAH Posted: 06 Mar 2012 03:44 PM PST 13 Rabi'ul Akhir 1433 H | 7 March 2012
Saya merakamkan rasa tahniah kepada seluruh ahli PAS yang menerima berita gembira penyelesaian kepada ribut kecil di PAS Kedah. Tindakan kedua-dua exco Timbalan Pesuruhajaya PAS Kedah, Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh dan Menteri Besar Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak mencerminkan satu akhlak jamaah yang tinggi, bilamana akur dengan pandangan parti.
Tahniah diucapkan kepada Jawatan Khas yang terdiri daripada Timbalan Presiden Mohamad Sabu dan dua Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub dan Mahfuz Omar yang bertungkus lumus menjadi orang tengah menyelesaikan kemelut ini. Khususnya bagi YB Salahuddin, sememangnya anda dilayak digelar Kofi Anan dalam PAS.
Ahli dan para pemimpin juga sangat gembira dan terharu dengan kepenatan Presiden PAS yang bergegas balik dari Bosnia, transit di Austria, Qaherah, Bangkok dan sesampai di KLIA terus bergegas ke Kedah. Tidak sempat menjamah makanan, terus menghadiri mesyuarat dalam keadaan demam sehingga jam 3 pagi.
Kegembiraan kerana seluruh ahli parti ingin melihat Kedah terus mantap, dan menjadi pangkalan kedua terkuat pemerintahan PAS selepas Kelantan. InsyaAllah apa yang dibincang dan dirumus akan dapat dilaksanakan, demi kebaikan dan masa depan PAS Kedah khususnya dan negara amnya.
PAS Pusat mengharapkan satu majlis munajat perdana dapat diadakan dalam masa terdekat. Mari kita himpunkan ribuan rakyat Kedah di stadium untuk kita mendekatkan diri dengan Allah, meluahkan kasih sayang dan mahabbah antara kita.
Semoga Allah memperteguhkan jamaah ini. Allahu Akhbar. | |
PAS Negeri Sembilan Posted: 06 Mar 2012 09:25 PM PST |
Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah Posted: 06 Mar 2012 09:17 PM PST 123 Bangkit: Polis beri ‘lampu hijau’ Posted: 06 Mar 2012 08:06 PM PST KOTA KINABALU, 7 Mac: Bela Tabah Rakyat Sabah (Tabah) hari ini memberitahu Himpunan 123 Bangkit pada Isnin depan telah mendapat 'lampu hijau' oleh pihak polis.
Pengerusinya, Hisammuddin Sulaiman berkata, kebenaran itu daripada Ketua Polis Kota Kinabalu, ACP Ahmad Sofi Zakaria dalam satu perjumpaan di sini, kelmarin.
"Kami telah mendapat maklum balas dan pandangan positif mengenai perhimpunan ini dan lampu hijau yang diberikan itu adalah sesuatu yang baik untuk rakyat Sabah menyuarakan pandangan," katanya dalam satu sidang media.
Menurut beliau, beberapa pertubuhan politik tempatan turut menyatakan pedndirian positif dengan memberi sokongan terhadap himpunan tersebut.
"Himpunan ini turut mendapat respons positif terutama dari parti-parti politik PAS, DAP, PKR, SAPP serta beberapa NGO dan badan sukarela yang lain. Ini satu perkembangan yang baik," ujarnya.
Ketika ditanya mengenai bilangan kehadiran semasa himpunan tersebut, beliau memberi keyakinan bahawa sasaran 5,000 orang akan tercapai.
"Kita memberi keyakinan, sasaran menghimpunkan 5,000 orang akan tercapai.
Perhimpunan 123 Bangkit yang akan diadakan di kawasan lapang berhampiran Anjung Selera, dekat Wisma Innoprise, Isnin depan juga bakal diadakan di luar negara termasuk United Kingdom dan Timur Tengah.
"Himpunan ini akan diadakan serentak di seluruh negara termasuk di luar negara. Ramai anak-anak Sabah yang berada di luar sana, mereka mahu ikut serta sebagai tanda sokongan terhadap rakyat Sabah," jelas beliau. | PAS Sabah sokong Himpunan Bangkit 123 Posted: 06 Mar 2012 03:05 AM PST KUALA LUMPUR, 6 Mac: Badan Perhubungan PAS Negeri Sabah (BPPNS) menyokong usaha Bela Tanah Rakyat Sabah (Tabah) dan NGO-NGO lain untuk mengadakan Himpunan Rakyat Sabah Mempertahankan Tanah Adat atau '123 Bangkit' dalam usaha membebaskan rakyat daripada terus dibelenggu penindasan dan penyelewengan hak terhadap pemilikan tanah. "Justeru, PAS Sabah berani untuk menyahut kebangkitan ini dengan mengerakkan hampir 1,000 ahli di pelbagai peringkat, negeri, kawasan dan cawangan seluruh Sabah untuk bersama-sama dalam himpunan 123 Bangkit bagi menyatakan sokongan demi menuntut keadilan dan kesaksamaan," kata Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Hamzah Abdullah.
Katanya, ia sekaligus memberi sokongan bagi menjamin keyakinan terhadap sistem demokrasi Malaysia berparlimen.
PAS Sabah, jelasnya sudah merasakan keperluan mendesak yang agak konkrit bagi membina sebuah ketamadunan kerajaan dalam menggembleng tenaga mencapai kata sepakat untuk mengatakan 'tidak' kepada kezaliman.
"Kita mesti berusaha membela tanah yang telah kita usahakan sejak sekian lama ini. Tanah NCR/Tanah Adat mesti dikembalikan kepada rakyat sepenuhnya," tegasnya yang juga Pengerusi Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia PAS negeri kepada Harakahdaily.
Oleh yang demikian, tegasnya lagi hak rakyat mesti dikembalikan sepenuhnya kepada rakyat.
Tambahnya, amanah rakyat mestilah dikendalikan secara baik dan berhemah.
Beliau berkata, adalah malang bagi sesebuah negeri yang kaya ini langsung mempunyai barisan kepimpinan yang rosak akhlaknya, lemah daya pengurusan dan lompang sana-sini dari aspek penstruktural kuasa dan bidang.
Justeru, katanya apakah tidak ada inisiatif kerajaan dalam menyelesaikan masalah tanah ini.
Menurutnya, laporan Suhakam tentu tidak mengejutkan kebanyakan wakil pemimpin politik.
"Tapi, apakah dengan angka 977 yang juga angka tertinggi di Malaysia mengenai kes tanah tidak mendapat perhatian serius.
"Apakah ini satu kebanggaan atau satu permasalahan?" soalnya.
Mengenai Bangkit 123, jelasnya perhimpunan itu mempunyai tujuan yang amat murni dan perlu disokong oleh semua pihak serta dijamin aman sesuai dengan matlamatnya yang murni.
"Ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS serta setiap pihak yang menyertainya dilarang melakukan sebarang kekacauan, mengganggu ketenteraman awam dan kerosakan harta benda awam," ujarnya. | |
Pemuda PAS Hulu Kelang Posted: 06 Mar 2012 07:48 PM PST |
PAS Kawasan Miri Posted: 06 Mar 2012 07:31 PM PST Bandaraya Miri Perlu Poliklinik Moden Dan Canggih Posted: 06 Mar 2012 09:13 AM PST Bangunan Klinik Kesihatan Miri Perlu Dinaik Taraf Miri merupakan bandar kedua terbesar di Sarawak, dengan jumlah penduduk kira-kira 300,000 orang. Dengan pertambahan penduduk di bandaraya Miri, sudah tentu keperluan untuk menampung pesakit juga perlu ditingkatkan.
Bandaraya Miri setakat ini mempunyai sebuah hospital kerajaan, iaitu Hospital Miri dan dua buah poliklinik, iaitu Klinik Kesihatan Miri dan Klinik Kesihatan Tudan, selain itu klinik 1Malaysia yang baru dilancarkan. Ramai pesakit dari luar Miri juga datang untuk mendapatkan rawatan ke hospital Miri dan juga klinik kesihatan Miri, seperti dari Niah, Sibuti, Marudi dan Hulu Baram.
Bayangkan bukan saja pesakit dari Miri, malah pesakit dari luar kawasan seperti Limbang dan Lawas turut dirujuk ke hospital ini. Usaha pihak Kementerian Kesihatan dalam meningkatkan mutu perkhidmatan dan kemudahan belum mencukupi untuk menampung jumlah bilangan pesakit yang begitu ramai.
Pesakit yang mendapatkan pemeriksaan di Klinik Ibu dan Anak juga terpaksa mendapatkan ubat mereka di farmasi Klinik Kesihatan Miri yang tidak jauh dari klinik tersebut. Klinik Ibu dan Anak yang disewa di bangunan komersial juga agak sempit dan tidak tetap sehingga menyukarkan pesakit mendapatkan rawatan susulan.
Klinik Kesihatan Miri yang sudah terlalu lama beroperasi telah dibuka kepada orang awam pada tahun 1972 dan keadaan bangunannya juga agak usang dan terlalu sesak untuk menampung jumlah pesakit yang semakin bertambah. Selain bangunannya yang agak using, klinik ini juga tidak mempunyai ruang tempat letak kereta yang teratur untuk orang awam meletak kenderaan mereka.
Bangunan Klinik kesihatan Miri sudah usang dan agak padat, sepatutnya pihak kementerian kesihatan merangka pelan jangka panjang untuk membina sebuah klinik yang lengkap dengan peralatan moden dan kemudahan bagi memastikan keselesaan kepada pesakit dan kakitangan yang bertugas.
Dari tinjauan kita ke Klinik Kesihatan Miri, kita dapati perkhidmatan bergerak agak lambat kerana hampir semua urusan termasuk pendaftaran pesakit masih cara lama menggunakan tulisan tangan dan agak ketinggalan dari segi pengurusan yang bersistematik.
Sepatutnya klinik kesihatan Miri dinaik taraf memandangkan ianya terletak ditengah bandaraya Miri. Sebagaimana pejabat kerajaan lain yang menggunakan teknologi moden seperti komputer maka tugas kakitangan klinik akan lebih mudah dan cepat. Klinik kesihatan Miri juga perlu diberi kemudahan seperti itu untuk mempercepatkan proses pendaftaran dan sebagainya.
Kita mendesak agar pihak kerajaan dapat memberi kemudahan serta perkhidmatan yang terbaik untuk para pesakit dan juga kepada para kakitangan klinik kesihatan Miri yang sudah lama berkhidmat dengan gigih walaupun terpaksa melayan karenah berbagai pesakit. Semoga perkara ini mendapat perhatian yang serius dari pihak kerajaan demi untuk menjaga kesihatan dan kebajikan rakyat Malaysia terjamin, tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.
Jofri Jaraiee PAS Miri, Sarawak
English version The Miri Health Clinic Building Need To Be Upgraded Miri is the second largest city in Sarawak, with a population of about 300,000 people. With the increasing population in Miri city, of course the need to accommodate the patient also needs to be improved.
Miri City so far has a government hospital, the Miri Hospital and two polyclinics, the Health Clinic in Miri, and Tudan Health Clinic, as well as the 1Malaysia clinic, which recently launched. Many patients also from outside of Miri come for treatment to hospitals and health clinic in Miri, such as from Niah, Sibuti, Marudi and Upper Baram.
Imagine that, not only patients from Miri and even patients from outside areas such as Limbang and Lawas also referred to this hospital. The efforts of the Ministry of Health to improve the quality of services and facilities have not been sufficient to cover the total number of patients, which are so many.
Patients who sought treatment at Mother & Child Clinic also had to get their medicines at pharmacies of Miri Health Clinic, not far from the clinic. Mother and Child Clinic hired in commercial buildings are also quite small and not permanent, so difficult for patients to receive the follow-up treatment.
The Miri Health Clinic, which has been too long operated, has been opened to the public in 1972 and the building is quite old and too crowded to accommodate the growing number of patients.
In addition to the building, which is somewhat obsolete, this clinic does not have a parking space in order for the public to park their cars.
The Miri health clinic building is outdated and quite compact; the health ministry should develop a long term plan to build a clinic equipped with modern equipment and facilities to ensure comfort for patients and staff on duty.
From our review to the Health Clinic in Miri, we discover that the service moving a bit slow because almost all matters, including the registration of the patient still using the old style, using handwriting and a bit behind in terms of a systematic management.
The Miri health clinic should be upgraded as it is in the middle of Miri city. As other government offices that use modern technology such as computers, clinical duties will be easier and faster. Miri health clinics should also be given such facilities to speed up the registration process and so on.
We urges the government to provide the best facilities and services to our patients and also to the health clinic staff Miri, who has long been served diligently despite having to the hassle of treating various patients.
Hopefully these matters get serious attention from the government in order to ensure the health and welfare of the people of Malaysia secure, regardless of race, religion and political belief. | OKU Pun Jadi Mangsa Kezaliman Pemimpin BN!!! Posted: 06 Mar 2012 08:42 AM PST Jangan Zalim Terhadap OKU (Orang Kurang Upaya)
PAS Sarawak sangat kesal dengan tindakan Menteri Muda Pertanian Sarawak, Datuk Mong Dagang yang mempertahankan tindakannya mengarahkan Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi menghentikan bantuan kebajikan kepada pekebun kurang upaya, Frusis Lebi. Ini adalah suatu perbuatan yang tidak berperikemanusiaan terhadap OKU (Orang Kurang Upaya). Sungguh malang sekali nasib OKU ini, subsidi baja percuma dan benih pokok ditarik balik semata-mata menyokong pembangkang. Dimana laungan, demokrasi negara ini? Kalau hak rakyat boleh dirampas sesuka hati oleh pemimpin yang tidak mempunyai perasaan kasihan terhadap OKU. Beginikah cara pemimpin BN menjaga kebajikan rakyat? Sanggup melakukan apa saja, demi menjaga kepentingan politik, sampai sanggup mengugut rakyat dengan tindakan yang zalim. Ini yang kita nampak, bagaimana pula nasib mereka yang berada nun jauh di pedalaman, sudah pasti nasib mereka lebih teruk lagi diugut dengan penarikan subsidi sekiranya tidak menyokong BN. Kita mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya keatas mereka yang menyalahgunakan kuasa mereka demi kepentingan peribadi. Kita harap parti yang memerintah jangan berlaku zalim dan tidak adil keatas rakyat sebab mereka berhak untuk memilih sesiapa saja yang mereka fikir sesuai dan adil untuk jadi pemerintah. PAS akan sentiasa menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik jika dipilih jadi pemerintah seperti mana Islam mengajar umatnya berlaku adil kepada semua, jadi itulah prisip yang PAS pegang, adil untuk semua. Jofri Jaraiee PAS Miri, Sarawak Do not wicked against handicapped (People with Disabilities)
PAS Sarawak regret with the action of Assistant Minister of Agriculture, Datuk Mong Dagang that defended his actions directed the Social Welfare Department to stop welfare aid to the farmers with disabilities, Frusis Lebi. This is an inhumane act against handicapped (People with Disabilities). It's unfortunately the fate of this handicapped, free fertilizer and seed subsidies plants withdrawn simply because support the opposition. Where is the slogan of democracy in this country? If the right of the people can be taken away indiscriminately, by the leader that has no sympathy towards disabled people. Is this the way the BN leaders take care of the people? Willing to do whatever it takes to safeguard the political interests until willing to threaten people with the cruel actions. This is what we see, what about the fate of those who are far away in the interior, I'm sure their fate, worse still threatened by withdrawal of the subsidy if they do not support the BN. We urge the authorities to take appropriate action on those who abuse their power for personal gain. We hope that the ruling party not being cruel and not fair on the people because they have the right to choose whomever they feel would be appropriate and fair to be the ruler. PAS will always keep the interests and the welfare of citizen regardless of race, religion and political affiliation, if selected to be the government as Islam teaches us to be fair to all, that is the principles that PAS holds, fair to all. | |
PAS LENGGONG Posted: 06 Mar 2012 07:17 PM PST MP Bayan Baru macam gila - Tan Sri Kadir Posted: 05 Mar 2012 11:39 PM PST KUALA LUMPUR, 6 Mac:Bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir menafikan tuduhan Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim kononnya beliau menjadi alat pembangkang.
Sambil membidas tindakan Zahrain sebagai tuduhan 'semacam orang yang sudah gila', Abdul Kadir berkata wakil rakyat bebas yang juga bekas ahli PKR itu juga sudah tidak boleh dipakai lagi.
"Sebelum ni dia buat keluar kenyataan pelik-pelik, saya tak kisah sangat lah sebab saya tahu dia nak cari makan. Saya kesian kat dia.
"Tapi sejak akhir-akhir ni saya lebih kesian kat dia. Dari cerita-cerita dia ni nampak sangat dia ni macam gila," katanya kepada Harakahdaily.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Zahrain kepada TV3 yang disiar dalam Buletin Utama malam tadi yang mengulas isu PAS Kedah.
Zahrain mendakwa kumpulan Anwarinas telah memperalat dua orang exco Kedah bagi menjatuhkan Menteri Besar Datuk Seri Ustaz Azizan.
Dalam ulasannya juga, Zahrain turut berkata, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menggunakan bekas-bekas pemimpin Umno seperti Tan Sri Abdul Kadir untuk menyerang Umno.
Mengulas lanjut, Abdul Kadir yang juga bekas Menteri Penerangan dan Komunikasi berkata, tuduhan Zahrain itu tidak masuk akal dan tidak munasabah.
"Memang sahih dia macam gila. Kalau nak cari makan pun, buat la cerita-cerita munasabah, jangan duk cerita benda tak masuk akal.
"Jadi saya mintak kawan-kawan Zahrain ni hantar dia ke Tanjung Rambutan," katanya. | Senangnya berkata sorry Posted: 05 Mar 2012 10:39 PM PST sorry seems to be the EASIEST word...
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
cuba kita bayangkan situasi ni - rumah kita dirompak. duit kita habis disapu. harta benda kita dirosakkan. anak isteri kita dicabul. kemudian dengan izin Allah, si penjahat yg melakukan semua itu berjaya ditangkap. bila kita nak hukum dia, dia pun berkata, "okey la..aku minta maaf sebab buat semua tu ye? kira settle je la...lain kali aku tak buat lagi."
sanggup korg maafkan dia? sanggup membiarkan dia terlepas dari diadili dan mendapat hukuman yg setimpal dengannya?
sejak mutakhir ni, najib guna taktik baru dalam kempennya - "minta maaf atas kesilapan lalu". taktik ni tak lain tak bukan hanyalah untuk meraih simpati rakyat terutamanya melayu yg sememangnya mudah lupa utk cair hati2 mereka seterusnya akan berkata, 'ohh..baiknya dia sebab jujur mengakui kesalahan dan minta maaf. tak pe la..kita bagi peluang lagi sekali..."
selama 54 tahun peluang itu dah dibagi, makcik oi.
sebelum ada puak kata ini semua fitnah belaka, kononnya najib tidak pernah meminta maaf, di sini aku sertakan beberapa ayat najib yg disiarkan dalam pelbagai akhbar tempatan -
"Saya bagi pihak BN meminta maaf daripada kesilapan dulu dan berjanji belajar daripada kesilapan itu. Kita akan bangkit daripada kesilapan lalu untuk membina mahligai yang lebih kukuh."
Perdana Menteri berkata, pemimpin BN tidak boleh bongkak dan angkuh, sebaliknya tunduk kepada kuasa rakyat.
"Rakyat tolak BN dulu mesti ada silap kita dan kita mesti tunduk kepada kuasa rakyat," katanya.
Najib berkata, kerajaan tidak akan berjanji sesuatu perkara yang tidak boleh ditunaikan sebagaimana dilakukan pakatan pembangkang pada pilihan raya lalu. Sehubungan itu, beliau meminta rakyat tidak lagi tertipu dengan helah pakatan pembangkang yang membuat pelbagai janji tetapi tidak dapat ditunaikan.
"Pada PRU 2008, kita (rakyat) sudah termakan janji tetapi apa dah jadi dengan janji itu... janji tinggal janji... janji manis," katanya.
[sumber - Fazli Abdullah dan Siti Fatimah Mohamed Anwar - TEKAD JANJI BN, bhnews@bharian.com.my, 2012/03/04 ]
telah bersabda Nabi s.a.w, "Sesungguhnya seorang mukmin dalam melihat dosanya, bagaikan seorang yang berada di puncak gunung, di mana ia terlalu khuatir akan tergelincir jatuh. Adapun orang fasik dalam melihat dosanya, bagaikan seseorang yang dihinggapi lalat di hidungnya, maka dia usir begitu saja." [HR Bukhari,Muslim]
dan dalam satu lagi hadis, Nabi s.a.w bersabda lagi, "Semua umatku akan diampunkan dosanya kecuali orang yang mujaharah (berbuat dosa secara terangan) dan yang termasuk mujaharah adalah seorang yang melakukan perbuatan dosa pada malam hari, kemudian hingga pagi hari Allah sudah menutupi dosa terbabit, kemudian dia berkata: Wahai fulan semalam saya berbuat ini dan berbuat itu. Padahal Allah sudah menutupi dosa itu semalaman, tetapi pada pagi hari dia buka yang ditutup Allah." [Muttafaq 'alaih]
54 tahun kita dihidangkan dengan kisah yg sama oleh UMNO dan BN. malah, kalau nak ikutkan, pada zaman najib inilah segala penyelewengan, rasuah dan ketirisan berada di kemuncaknya.
najib berkata "rakyat tolak BN dulu mesti sebab kita ada silap". soalnya rakyat tak tolak BN masa zaman Najib. rakyat juga takkan tolak BN semata2 kerana pak lah walhal pak lah jugalah yg menjadi arkitek "gelombang biru" yg menyaksikan BN hampir "clean sweep" malaysia pada tahun 2004. rakyat menolak BN masa tu sbb muak - same old same old. kebejatan legasi UMNO baru yg dibawa mahathir tidak dapat diselesaikan pada zaman pak lah. highlight perkataan "tidak diselesaikan". apatah lagi pada zaman najib ni, kebejatan itu dipacukan secara overdrive!
perlu diingat - zaman pak lah tidak ada scorpene. tidak ada cincin RM24 juta. tidak ada isu belanja luar negara RM17 juta. tidak ada isu beli satu barang harga RM1,000 melonjak jadi RM50,000. none of that. inikah yg najib kata "belajar dari kesilapan"?
sebelum najib meminta maaf kononnya sebab buat silap tu, apa kata dia buktikan dulu kesungguhannya dalam menyantuni permohonan maafnya tu - isytiharkan hartanya, harta isterinya, harta semua menteri dan anggota kabinet UMNO BN (malah kalau nak, MP2 PR juga lebih dr sudi utk buat demikian). dan mungkin adakan debat dengan anwar.
tetapi bagi aku, maaf ini sekadar mainan lidah najib. dalam masa yg sama dia minta maaf, dia tetap kutuk PR. tetap menaburkan satu fitnah yg kubra terhadap PR - kononnya PR berjanji benda yg mustahil la apa la.
izinkan aku bertanya - mansuh tol idea siapa? gaji minimum hasil juangan siapa? pemberian insentif bonus yg lebih kerap tu (contoh terbaik, insentif guru yg cuba ditiru oleh BN tapi kelam kelibut) tu semuanya hasil buah fikiran pihak mana? ya - semuanya itu termaktub dengan jelas dalam Buku Jingga yg pernah dibakulsampahkan oleh ahmad maslan tu. menuduh PR berjanji yg bukan2 la apa la - alih2 depa yg tiru janji2 dan idea2 PR. dasar muka tak tau malu.
sepatutnya najib dan UMNO BN suluh diri sendiri - PR hanya memegang tampuk pentadbiran dengan terhad selama 4 tahun tetapi telah banyak perkara yg pada mulanya dianggap "mustahil" telah pun ditunaikan satu demi satu. air free di selangor? settle. pemberian insentif, bonus dan gaji yg lebih tinggi untuk kakitangan kerajaan negeri dan guru2 agama? done. WIFI percuma? pilot project dah pun bermula di kampung medan. pentadbiran yg telus dan cekap? tanya laporan audit negara.
UMNO dan BN pegang negara ni dah 54 tahun tetapi apakah yg terjadi? mana janji utk lebih telus dalam pentadbiran bila saban tahun ketua audit negara boleh sakit jantung bila menyemak laporan prestasi jabatan2 kerajaan dan kementerian bawah UMNO BN? malas nak senarai janji2 lain. tak muat ruang.
seorg sahabat aku, UstazThrash Mujahid dalam blognya menukilkan satu kesimpulan yg amat cantik utk renungan kita bersama -
- Najib minta maaf bagi pihak BN, tapi perangai tak berubah. Masih kutuk pembangkang yang dipilih rakyat, ini adalah seolah menyalahkan rakyat dan kononnya rakyat bodoh kerana mudah tertipu dengan janji manis dan helah PR. Apakah senarai-senarai kejayaan belum cukup lagi membuktikan?
- Memang patutlah Muhyiddin dalam media hari ini bukan setakat membinasakan permohonan maaf Najib, malah menzahirkan bahawa maaf Najib itu palsu. "maaf kerana BN membawa pembangunan" itulah satu sindiran untuk rakyat. Apakah ini suatu pertembungan dalaman antara Najib dan Muhyiddin?
- Maaf BN kerana alpa dengan amanah (alpa ke mmg bangsa tak beramanah?) yang pernah diberi rakyat kepadanya selama 12 penggal tak sewajarnya dimaafkan begitu saja.
- BN perlu diberi pengajaran. cara yang terbaik untuk Najib dan BN pada masa ini adalah apabila mereka kehilangan kuasa kerana dijatuhkan oleh rakyat yang mereka sering perbodohkan.
- Apakah kita melarang rakyat daripada memaafkan Najib? tidak, tetapi dosa yang berkaitan dengan haq Allah dan haq insan dalam syara' hendaklah difahami sejelasnya. Apakah rakyat boleh memaafkan kesalahan dalam bab jinayat yang sudah berlaku? Jika itu kuasa mutlak rakyat dalam hak insan, maka silakan. jika tidak jangan lakukannya.
- Apapun secara umumnya rakyat boleh terima maaf BN, tapi memberikan pengajaran adalah keutamaan untuk masa depan negara Malaysia ini sendiri. Sila tumbangkan PR dalam PRU14 di seluruh negara jika PR gagal beri sesuatu yang lebih baik daripada apa yang telah diberi oleh Najib dan BN. Ada berani test bagi PR perintah dulu sepenggal?
- Apa yang BN belajar daripada PRU12? Hakikatnya BN tetap angkuh dan sombong. Buktinya banyak sekali. apa yang dia mohon maaf itu sekadar cara umum, cuba ditanya satu-satu kesalahan yang dilakukan mereka kepada rakyat - adakah depa sanggup mengaku dan memohon maaf atas setiapnya?
- Meminta maaf adalah suatu perbuatan mulia tetapi jika tidak berubah apalagi memperalatkan permintaan maaf yang bukan kerana Allah adalah sesuatu perkara keji dan buruk bagi BN. Sekarang sudah terbukti, lepas mintak maaf terus maki dan caci pembangkang, maka apakah ini tandanya mereka mahu berubah?
- BN akan berubah tapi selepas ditewaskan dalam PRU13. Rakyat pasti memberi pengajaran itu, Insyaallah. Baru ada kesedaran bagi mereka, itupun kalau mereka mau sedar!
sorry seems to be the easiest word for them. secara kebetulan, filem Pendekar Bujang Lapok yg memuatkan lagu "maafkan kami" itu turut menyaksikan betapa UMNO digelar sebagai "sarkas" oleh sudin. | Kena sebut juga yang ini untuk minta maaf kepada rakyat. Posted: 05 Mar 2012 10:36 PM PST Perdana Menteri British, Gladstone menyarankan bahawa kuasa Barat tidak mungkin dapat menentang Islam kerana mereka berpegang teguh kepada ajarannya. Justeru itu pernah beliau memberitahu Parlimen British, untuk menakluki hati dan politik orang Islam "hendaklah mereka dipisahkan dari buku ini". "Buku ini" yang dimaksudkan oleh Gladstone itu ialah Al Qur'an. Sesungguhnya keterangan itu adalah benar.
..dan bagi menjunjung titah perintah tuannya, umno melalui menteri pelajaran telah MEMANSUHKAN MATA PELAJARAN JAWI DISEKOLAH2..BAHASA AL QURAN! hasilnya..lahirlah generasi buta Al Quran yang amat tipis roh Islam dikalbu mereka.. generasi yang memuja gaya hidup barat dan meremehkan alim ulama serta wahyu Allah..zionist berjaya menunggang umat Islam menggunakan anak bangsa sendiri!
| Fais Al-Hajari - tidak semua perkara boleh ditakwil dengan akal.. Posted: 05 Mar 2012 10:31 PM PST tidak semua perkara boleh ditakwil dengan akal...
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين.
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
pada satu hari, seorg ayah dan anaknya berbual2 sambil beristirehat dalam sebuah dusun yg mengandungi pelbagai tumbuh2an. ada pohon kurma, tanaman tembikai, labu, rambutan dan sebagainya.
si anak berkata, "ayah, hasil tanaman kita ni mcm tak logik la."
si ayah bertanya, "kenapa kamu berkata demikian?"
si anak menjawab, "ye la. pohon kurma yg sedang kita berteduh ni contohnya kan besar. jadi kenapa buahnya kecil? kalau pohon besar, buahnya mesti besar la. tembikai pun sama. kenapa buahnya besar tapi pohonnya kecil? patutnya tumbuhan kecil buahnya mesti kecil la."
si ayah tersenyum lalui menjawab, "itukan hikmah kejadian alam yg Allah ciptakan."
tiba2 seketul buah kurma terjatuh atas kepala anak tersebut.
"aduh! terperanjat saya. buah kurma jatuh rupanya."
si ayah tersenyum lalu berkata, "itulah hikmahnya kejadian alam ciptaan Allah, anakku. hanya Allah yg Maha Mengetahui segala alasan penciptaan alam semesta ni.
kita sedang berteduh bawah pohon kurma ini. pohon ini besar, melindungi kita dari terik matahari. buatnya buah kurma ni sebesar buah tembikai - keras pulak tu - tak ke pecah kepala kita dihempapnya nanti bila buah itu gugur tiba2 tanpa kita sedari?"
si anak termenung panjang. si ayah menyambung, "tidak semua perkara yg ditentukan Allah itu mampu kita takwilkan dengan akal kita, anakku. sejauh mana kita berilmu, Allah itu Maha Mengetahui akan segala sesuatu."
apakah pengajaran dari kisah ni?
sememangnya dalam al Quran Allah menggalakkan manusia ini menggunakan akal fikiran - berfikir - akan segala apa yg Allah telah jadikan dan siapkan utk manusia atas satu sebab yg paling hak iaitu "menginsafi dan mengagungi kuasa Allah swt.
firman Allah, "Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.
Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya, dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun;
Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: ` Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu ', maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti" (Ali 'Imran, 190-193)
manusia diciptakan Allah melebihi segala makhluk yg lain. Allah mengurniakan manusia akal yg mampu berfikir secara "independent" tanpa diprogram oleh mana2 program yg statik. tetapi sesungguhnya apalah sangat keupayaan akal manusia dalam menakwilkan segala apa yg Allah turunkan terutamanya dalam bab2 hukum hakam yg terdapat dalam al-Quran?
malah, kalau kita kaji balik, terdapat pelbagai perkara yg tidak mampu diterima akal dikisahkan dalam al-Quran seperti peristiwa isra' mi'raj, mukjizat para Nabi dan sebagainya. sesungguhnya itulah hasil dari Kebijaksanaan Allah yg Maha Bijaksana dalam menjadi, merekacipta dan menentukan sesuatu.
dan untuk merungkaikan lagi secara jelas ttg kalamuLlah ini, maka Allah telah turunkan para Nabi dan Rasul sebagai pembawa risalah, dengan Nabi Muhammad s.a.w adalah penghulu utama dan Nabi yg teragung yg membawa agama dan risalah yg diredha Allah utk digunapakai oleh manusia sejagat hingga kiamat. maka segala hukum hakam Allah itu telah dicipta dengan sempurna oleh Maha Pencipta utk kita halusi, pelajari dan amali.
bukannya untuk kita alter hukum hakam itu, atau mempersoalkannya, mengikut suka suki akal kita. dan inilah yg berlaku.
golongan2 yg seringkali berpaksikan kepada akal semata2 - lebih dikenali dengan nama mu'tazilah - sememangnya sentiasa akan cuba utk mencari flaw atau kekurangan dalil2 yg qat'ie itu kerana bagi mereka, "eveything must be logical" - mcm mr spock. dek kerana "kiblat akal" itulah ada yg tergamak mengatakan "hukum Allah tidak sesuai di malaysia sebab berbilang kaum", "hukum hudud tak adil dan keras", "paksi hukuman Islam adalah keadilan dan hukum hudud ini tak adil" dan sebagainya.
kalau ikut pertimbangan akal yg logik, adil itu bermaksud saksama - sama rata, sama rasa. tapi kalau kita kaji sebenar2nya apa yg diajar dalam Islam, adil itu bermaksud "meletakkan sesuatu pada tempatnya". maka hukum Islam ni nak ikut logik akal atau fikrah Islamiyyah?
kalau kita kurang pasti dengan perihal agama terutamanya benda2 yg agak complicated seperti hal2 undang2 Islam dan sebagainya, bergurulah. carilah guru yg mursyid yg membedah kitab2 yg bersandarkan kepada dalil2 qat'ie al Quran dan hadis2 sahih (malah dalam sesetengah tempat, daif pun diterima). takwillah hukum Islam ini dengan iktikad "sami'na wa atha'na", dan bukannya mempertikaikan lagi hanya kerana ianya "tidak dpt diterima akal".
tidak semua perkara boleh ditakwilkan dengan akal. | Maaf ? Posted: 05 Mar 2012 10:28 PM PST Mohon maaf kepada manusia, Mohon taubat kepada Allah. Kalau mohon taubat kepada Allah juga kena sebut apa kesalahan, Mohon maaf kepada manusia juga kena sebut satu persatu.
maaf semata-mata tidak akan dapat menebus dosa...
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
pada zaman dahulu, terdapat seorg lelaki yg sungguh kejam yg telah membunuh 99 org mangsa. dia pergi berjumpa dengan seorg mu'allim lalu bertanya, "wahai guru! aku telah membunuh 99 org. jika aku bertaubat sekarang ini, apakah Allah akan menerima taubatku?"
mu'allim itu menjawab, "sungguh berat sekali apa yg telah kau lakukan itu wahai anakku. ku khuatir Allah tidak menerima taubatmu." mendengar kata2 itu, lelaki itu membunuh si mu'allim tadi - kini sudah 100 org yg telah dia bunuh.
dia kemudiannya berangkat berjumpa dengan sorg mu'allim yg lain lalu bertanya, "wahai guru! aku telah membunuh 100 org. jika aku bertaubat sekarang ini, apakah Allah akan menerima taubatku?"
mu'allim itu menjawab, "sesungguhnya jika dikira perbuatanmu, engkau sudah pasti akan masuk ke dalam neraka, tetapi beginilah: di sebelah timur kampung ini terdapat perkampungan org2 yg soleh dan di sebelah barat kampung ini terdapat perkampungan org2 yg seperti kamu. jika kamu benar ingin bertaubat dan ingin Allah mengampunimu, mana pergilah ke perkampungan org2 soleh tersebut."
lelaki itu pun bangun lalu bergerak menuju ke perkampungan org2 soleh kerana sememangnya dia mahu bertaubat. namun ditakdirkan Allah, di tengah perjalanan lelaki itu pun menemui ajalnya.
maka ketika itu turun malaikat rahmat dan malaikat azab berbahas mengenai keadaan lelaki itu - sama ada perlu dibawa ke syurga atau dibawa ke neraka. akhirnya Allah mengilhamkan mereka supaya mengukur jarak kedudukan lelaki itu dengan 2 perkampungan tersebut dan ternyata, lelaki itu lebih dekat dengan kampung org2 soleh itu dengan jarak cuma satu jengkal, lalu Allah mengampuni dosa2nya dan dimasukkan ke dalam syurga.
apa moral kisah ni?
perbuatan taubat atau meminta maaf ini bukan semata2 lisan dan dibuat dengan separuh hati. ianya mesti dibuat dengan bersungguh2 dan disulami dengan azam yg cekal serta perbuatan yg konsisten dengan permohonan maaf tersebut.
kalau benar kita nak minta maaf, pertama sekali kita kena bertaubat kepada Allah terlebih dahulu atas segala dosa2 kita. lakukanlah perkara2 yg baik terlebih dahulu sebagai bukti kita benar2 insaf dan sambil2 itu minta maaflah. insya Allah maaf itu akan menjadi sesuatu yg bernilai.
tetapi kalau sekadar melepaskan batuk kat tangga dan disulami dengan kata2 memaksa seperti yg telah diungkapkan oleh muhyiddin yassin, "kita tak patut dihukum dengan kisah silam semata2, sebaliknya kita harus pandang ke depan" adalah satu permohonan maaf yg bersifat tidak ikhlas dan penuh kejengkelan dan separuh hati. tambahan pula, kesalahan2 yg dilakukan itu masih dilakukan pada ketika ini.
jika benar maaf itu ikhlas, maka buktikan. pulangkan kembali duit RM250 juta itu dan minta maaf secara DETAIL setiap kesalahan yg telah dilakukan oleh UMNO BN selama 54 tahun ni. atau jika itu tidak begitu adil bagi mereka (depa kan kecoh sangat pasal keadilan?) maka senaraikan sahaja secara detail kesalahan yg depa kata depa telah lakukan selama pemerintahan najib. mampukah UMNO berbuat demikian?
sesungguhnya, situasi permohonan maaf oleh najib dan muhyiddin ini, disusuli pula dengan kata2 yg memperlekehkan kredibiliti PR menunjukkan, dari satu segi mereka terus hendak mempertahankan parti yang sudah tentu melakukan segala gejala buruk untuk negara dengan memberikan alasan yang PR belum tentu memberikan pentadbiran yang lebih baik. Pemimpin-pemimpin UMNO dan penyokongnya mahukan rakyat memberikan sokongan kepada mereka walaupun mereka telah melakukan kesalahan besar dengan alasan yang PR belum tentu baiknya. Alasan yang menghina perasaan rakyat yang berfikir ini membuatkan UMNO telah menunjukan sikap yang 'arrogant' dan memporbodohkan rakyat yang mempunyai pemikiran.
Najib dan Muhyiddin meminta kita sentiasa memaafkan mereka walaupun melakukan perkara-perkara yang buruk. depa mahukan kita menjadi seperti Tuhan yang sentiasa memaafkan umatnya yang membuat kesalahan dan depa sentiasa mahu melakonkan watak syaitan kerana mendapat laba yang besar. Setelah melakunkan watak syaitan, mereka memohon ampun dan maaf terus-terusan. dimanakah keikhlasannya?
ada satu pepatah melayu yg amat sesuai utk mengungkap situasi ini - jika kita termakan permainan kata maaf UMNO BN ini, samalah seperti "melepaskan anjing tersepit". | |
Rembau Hari Ini Posted: 06 Mar 2012 07:08 PM PST Polis tunduk kepada gangsterisme Umno Posted: 06 Mar 2012 05:13 PM PST Polis tunduk kepada gangsterisme Umno Free Malaysia Today, Zefry Dahalan March 6, 2012 Sekumpulan lelaki dengan diketuai oleh ketua kampung Kuala Sawah hadir dengan bersenjatakan parang di tapak program ceramah. REMBAU: PKR Cabang Rembau hari ini melahirkan rasa kecewa dan terkilan dengan sikap Polis DiRaja Malaysia yang gagal menjamin ketenteraman dan sebaliknya tunduk kepada gangsterisme Umno di kawasan Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Mohamad Hasan. Setiausahanya Norazizi A Aziz dalam kenyataan kepada FMT sebentar tadi menyatakan kekesalan tersebut apabila pihak polis daerah Seremban gagal memberikan permit untuk program ceramah yang pada asalnya dijadualkan berlangsung pada malam ini di Taman Jed Indah, Kuala Sawah, Rantau. Menurut Norazizi, pada 6 Februari lalu telah dijadualkan satu program ceramah di pekan Kuala Sawah dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Rantau dan Parlimen Rembau. "Namun ketika persiapan tapak dilakukan pada hari tersebut, sekitar jam 6 petang sekumpulan lelaki dengan diketuai oleh ketua kampung Kuala Sawah hadir dengan bersenjatakan parang. "Ketika kekecohan berlaku di lokasi yang hanya jaraknya sekitar 300 meter dari Balai Polis Kuala Sawah, ada anggota polis datang dan selepas bercakap dengan ketua kumpulan penyerang (Ketua Kampung), anggota polis tersebut terus beredar. "Selepas itu PKR membuat laporan polis mengenai serangan dan ugutan bersenjata namun polis gagal mengambil tindakan hanya kerana beliau merupakan ketua kampung yang dilantik Menteri Besar. "Serangan bukan sahaja dengan menggunakan senjata tetapi juga bersifat perkauman apabila Ketua Kampung lantikan Umno itu mencarut dan memaki hamun petugas-petugas PKR berbangsa India yang ada bersama termasuk ugut 'mandi darah'," kata Norazizi. Pada masa yang sama katanya, apabila berita ini tersebar ada juga sekumpulan orang kampung yang menyokong Pakatan Rakyat dalam perjalanan untuk datang ke lokasi kejadian. Bagaimanapun untuk mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku PKR Rembau membuat keputusan program ceramah tersebut ditangguhkan sahaja. "Kali ini kami telah mengatur satu lagi program ceramah dengan mengubah sedikit lokasi ceramah iaitu di Taman Jed Indah tetapi masih berdekatan dengan pekan Kuala Sawah. Umno guna otot, tidak guna otak "Namun sejak semalam telah disebarkan sms daripada Ketua Kampung Kuala Sawah memanggil orang-orang Umno berkumpul untuk 'menghancurkan' program pembangkang di Dun Rantau, kawasan Menteri Besar. Malahan sejak pagi tadi kami mula mendapat panggilan dari pihak polis yang 'menasihati' agar program tersebut dibatalkan kerana mahu mengelak berlakunya kekecohan. "PKR amat kecewa dengan sikap polis ini. Demokrasi sudah tiada tetapi undang-undang negara semakin menjadi hukum rimba. "Mengambil sikap mengelakkan daripada kekecohan maka program ini akan ditukar lokasi ke lain tetapi tetap di Dun Rantau yang kononnya kubu kuat Menteri Besar, " jelas Norazizi. Norazizi berkata Umno sebenarnya semakin lemah dan mereka panik apabila semakin ramai rakyat mengetahui maklumat sebenarnya. Oleh kerana Umno semakin sedar maka mereka gagal menggunakan otak untuk berhujah sebaliknya terpaksa bergantung guna otot pula. Umno menyebabkan politik negara menjadi politik rimba. Justeru itu program ceramah tersebut akan diadakan pada malam ini di perkarangan Pejabat PKR Rantau (depan setesen Petronas) di Pekan Rantau. Bertemakan "Pendedahan Hubungan Dagang Malaysia–Israel dan isu lembu NFC", pemimpin yang akan menyampaikan ceramah pada malam ini ialah Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli; Ketua PKR Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin (Chegu Bard) dan Adun Paroi dari PAS, Mohd Taufek Abdul Ghani. http://www.freemalaysiatoday.com/2012/03/06/polis-tunduk-kepada-gangsterisme-umno/ | |
PAS Cawangan Serkam Darat Posted: 06 Mar 2012 07:08 PM PST |
Pemuda PAS Wangsa Maju Posted: 06 Mar 2012 03:29 PM PST SIAPA 39% MELAYU YANG NAK TENGOK NAJIB KALAHKAN ANWAR Posted: 05 Mar 2012 06:14 PM PST Kaji selidik yang dijalankan oleh Merdeka Centre menunjukkan hanya 39 peratus masyarakat Melayu - yang merupakan kumpulan majoriti pengundi - berusia 60 tahun ke atas mahukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menewaskan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim Anwar dalam debat. Semetara, majoriti 54 peratus pengundi mahu melihat debat antara Najib Razak dan Anwar Ibrahim, dengan lebih separuh daripada generasi muda menyokong debat antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) itu. "Terdapat juga pihak yang mempertikaikan tindakan debat itu bukan 'satu keperluan' dan bukan 'sebahagian daripada budaya kita', hasil kaji selidik berkenaan menyatakan debat itu akan menyaksikan 62 peratus pengundi akan mengubah fikiran bagi mereka yang belum membuat keputusan parti mana yang harus dipilih, menyokong debat berkenaan," kata kenyataan yang dikeluarkan Merdeka Centre hari ini. Daripada 1.022 pengundi berdaftar bagi kaji selidik nerkenaan yang dibuat antara 10 dan 23 Febuari, 59 peratus merupakan bangsa Melayu, 32 peratus Cina, dan sembilan peratus berbangsa India. | |
ULAMA PEWARIS NABI Posted: 06 Mar 2012 03:17 PM PST DULU MERAYU JAWAPAN LAYU, KINI MOHON MAAF TAPI RAKYAT KATA HANYA ABU Posted: 05 Mar 2012 04:54 PM PST SHAH ALAM: Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Razak memohon maaf atas kesilapan Umno BN disifatkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, sebagai drama. Beliau berkata, Najib cuma mahu meraih simpati dan mendapatkan semula undi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13. "Tiada maaf bagimu. Tidak… Ini bukan drama sehari. Bagus jugalah keinsafan itu. Dalam Islam keinsafan itu penting. Tapi dalam Islam juga kalau kita nak bertaubat bukan hanya bercakap sahaja. "Saya tengok walaupun (Najib) minta maaf tapi maaf berlapik. Itu yang tak boleh," katanya dalam wawancara khas bersama HarakahDaily, hari ini. Baru-baru ini, Najib mengakui Umno BN ada melakukan kesilapan pada masa lalu sehingga rakyat tidak mengundi parti itu dan mengulangi kenyataan sama kepada rakyat Kedah dan meminta rakyat di kedua-dua negeri untuk memberi peluang kepada Umno BN untuk memperbetul kesilapan lalu. Khalid percaya rakyat bijak untuk membuat pilihan yang betul kerana yakin mereka mampu menilai mana yang baik dan buruk. Dalam pada itu, beliau berkata, Pakatan Rakyat sedaya upaya memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat selepas diberi mandat pada 2008. "Untuk mengubah perlakuan 50 tahun Umno BN dalam masa empat, lima bukan perkara senang tapi inilah peluang untuk rakyat Selangor membuat pilihan. "Kita sudah mencuba sedaya upaya. Rakyat Selangor bolehlah membetulkan yang tak betul, menyokong perkara yang boleh diperbaiki dan saya harap peluang (kepada pakatan Rakyat memerintah) berterusan," katanya. Sepatutnya pemimpin BN perlu bertanya kenapa majoriti kakitangan kerajaan tidak bersama dengan BN? "Apakah mereka ini jahil dan hilang pertimbangan sehingga menjadi penentang senyap kerajaan BN?" tanya AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad. Ini, katanya sudah tentu ada perkara yang tidak betul, walaupun otak mereka dibasuh di dalam kursus Biro Tata Negara (BTN). | |
Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai Posted: 06 Mar 2012 11:38 AM PST Lebih 20,000 Hadir; HTU Akan Jadi 'Virus' PGU Posted: 06 Mar 2012 06:03 AM PST KEMAMAN - PAS Dun Chukai sekali lagi akan menghimpunkan warga Dun Chukai khasnya, dan warga Kemaman umumnya dalam Himpunan Tolah Umno (HTU) yang diadakan pada hujung minggu lalu bagi meneruskan gelombang 'PAS Ganti Umno' (PGU) Menurut Penagarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chukai Haji Hanafiah Mat lebih 20,000 hadir ke HTU bagi meyatakan pendirian tegas mereka, PAS akan menggantika Umno dalam Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang. "Inilah masanya (yang sesuai) untuk kita (rakyat) berhimpun untuk menolak Umno dan Barisan Nasional, diaggarkan lebih 20,000 orang hadir disepanjang HTU selama 4 hari berturut-rurut,"ujarnya. Beliau yang juga Penolong Setiausaha PAS Terengganu yakin agenda 'Himpunan Tolak Umno' (HTU) di Dun Chukai ini akan 'merebak' umpama virus ke kawasan-kawasan lain di seluruh negeri. Menurutnya, program HTU tersebut bagi menghimpunkan warga Dun Chukai khususnya dalam satu agenda besar sebelum tiba pilihan raya. Katanya, berdasarkan persekitaran dan suasana politik masa kini semua pihak mahukan PAS mengambil alih pemerintahan negeri Terengganu. "Ya, Saya cukup yakin dan percaya, (berdasarkan) situasi dan persekitaran (politik) pada hari ini, kawan-kawan dari parti-parti Pakatan Rakyat, kawan-kawan dari NGO dan orang-orang yang tidak berparti. "Mereka (rakyat) akan memberikan kerjasama bukan sahaja kepada Himpunan Tolak Umno, malah akan menolak Umno dan memberikan peluang PAS Terengganu memerintah buat kali ketiga," tegasnya. Katanya, program HTU diadakan selama empat hari dan empat malam penuh dengan pengisian untuk rakyat di semua peringkat umur dan jantina. | Lagi Gambar-gambar Sekitar Himpunan Tolak Umno (HTU) Posted: 05 Mar 2012 06:44 PM PST | Gambar-gambar Sekitar Himpunan Tolak Umno (HTU) Posted: 05 Mar 2012 06:34 PM PST | |
Batu Gajah Mari Posted: 06 Mar 2012 11:36 AM PST Dr Hasan Ali JATI berperasit dibawah khemah UMNO dengan isu basi di Batu Kurau Posted: 06 Mar 2012 02:16 AM PST oleh: orang ni Ceramah Roadshow Dr Hasan Ali berlangsung di Batu Kurau yang membanggakan riak-kan diri DHA yang konon-nya sudah mencecah 34 lokasi semuanya dan Batu Kurau adalah lokasi yang ke 35. DHA juga berkata disetiap roadshow-nya semua perjalanan majlis berjalan dengan lancar tanpa halangan…
"Woi..!!! DHA……!!!!! " kamu dah lupa ke bala bencana sehinggakan khemah dan pentas kamu terpelanting disapu hujan ribut dengan petir sambung menyambung di Seri Manjung Lumut..??? Sumber berkaitan Klik [ Sini ] dan [ Sini ].
Dalam ceramah DHA di Batu Kurau ini juga jelas menunjuk-kan yang beliau bertambah hebat dikalangan pemimpin UMNO yang menganggapnya hero dalam UMNO sekarang terutamanya di negeri Perak . Kehadiran para pemimpin UMNO di lokasi jelas menunjuk-kan DHA adalah talian hayat terakhir UMNO dalam meraih sokongan rakyat.
UMNO negeri Perak tidak boleh menyangkal lagi perkara ini,kerana disetiap ceramah DHA sekarang pasti akan ada para pemimpin UMNO akan turun serta melutut,mencangkung memperhampakan diri didepan pentas. Segala persiapan majlis kesemuanya jelas menunjuk-kan semuanya disediakan oleh pihak UMNO. Kantoi…!!! Kelihatan khemah yang digunakan milik UMNO ( Sumbangan Adun Batu Kurau YB Kapt(B) Dato' Mohd Najmuddin B. Elias - UMNO BN )
Dalam ceramah semalam yang pada perancangan awalnya akan digandingkan DHA dengan Ust Kazim, tetapi DHA terpaksa terpekik terlolong sendirian selama 2jam lebih kerana Ust Kazim tidak hadir… (Penulis tidak tahu kenapa Kazim tidak hadir disaat-saat akhir diumumkan semalam…macam ada yang tak kena…haha…) Antara pemimpin UMNO yang sudi datang mendengar dan menjilat kelentong DHA
Dari pemerhatian semalam,mejoriti yang datang adalah dari kalangan penyokong UMNO sahaja walaupun DHA dengan "muka tak malu dan perasan "mengatakan yang hadir ramai terdiri dari penyokong PAS. Manakala isu-isu yang disampaikan oleh DHA hanyalah copy and paste dari ceramah-ceramahnya yang lepas..nampak sesangat dah basi yang dijaja oleh DHA buat UMNO yang semakin basi dalam sokongan…hahaha… | |
Jasindaily Online Posted: 06 Mar 2012 09:48 AM PST |
N45 Dr Halimah Ali Posted: 06 Mar 2012 09:22 AM PST EXCO Pembangunan Modal Insan saksi upacara angkat sumpah ahli majlis MAJLIS PERBANDARAN KLANG Posted: 06 Mar 2012 06:37 AM PST KLANG 6.3.12 Majlis Perbandaran Klang (MPK) telah berjaya menyempurnakan majlis angkat sumpah bagi ahli majlis sesi 2012-2013. Seramai 23 ahli majlis mengangkat sumpah. EXCO Pembangunan Modal Insan kerajaan Selangor turut hadir dalam majlis tersebut untuk meraikan ahli majlis yang dilantik supaya menjadi modal insan yang berdaya maju untuk melonjakkan pencapaian MPK insyaallah. Tahniah kepada semua ahli majlis yang dilantik | EXCO PEMBANGUNAN MODAL INSAN SELANGOR rai penggerak belia PeBT Posted: 06 Mar 2012 06:02 AM PST | YB Dr Halimah bersama YDP Majlis Daerah Hulu Selangor bersama PeBT Hulu Selangor |
SHAH ALAM 5.6.12 EXCO Kerajaan Selangor merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Modal Insan Kerajaan Selangor menghadiri majlis perlantikan Pengerusi Penggerak Belia Tempatan (PeBT) seluruh Selangor yang dirasmikan oleh YAB Dato' Menteri Besar Selangor. Belia adalah aset negara. Belia menyumbang kepada jumlah signifikan modal insan negeri dan negara. Kerajaan Selangor memandang berat hal ehwal belia dan mahu mereka dibangunkan untuk menjadi modal insan yang produktif dan mengambil langkah-langkah untuk mitigasi insan liabiliti khususnya di kalangan belia-beliawanis. | |
PAS Kawasan Gerik Posted: 06 Mar 2012 09:08 AM PST Cuba Tanya, Ada Tak ADUN UMNO Yang Tak Nak Jadi EXCO ? Posted: 06 Mar 2012 01:26 AM PST PAS had kuasa MB KedahJawatankuasa Pemandu ditubuh pantau Azizan tadbir, urus negeri KUALA LUMPUR: Krisis dalaman kerajaan Kedah berikutan penolakan dua EXCO terhadap pentadbiran Datuk Seri Azizan Abdul Razak memaksa PAS menubuhkan sebuah Jawatankuasa Pemandu yang akan bertanggungjawab memantau Menteri Besar mentadbir dan menguruskan negeri, sekali gus mengehadkan kuasanya. [ R ] KERING LAUT CHINA SELATAN TU...JIKA ADA ADUN-ADUN 'UMNO' TAK MAHU JADI EXCO...kah kah kah..kah kahJANGAN KATA TAK JADI EXCO...TAK DAPAT JADI CALON PUN...DAH BERGADUH MENGAMUK SAKAN...kah kah kahITULAH BEZA ANTARA 'PR' DAN 'UMNO' !PEMIMPIN2 UMNO BEREBUT-REBUT NAK JADI CALON...NAK JADI EXCO...TETAPI PEMIMPIN2 'PR' TOLAK JADI EXCO...TAK NAK JADI CALONTAK PERLU LA TANYA KENAPA...BUDAK SEKOLAH RENDAH PUN TAHU...KENAPA ORANG2 UMNO NAK JADI CALON...NAK JADI EXCOSEBAB NAK MENIPU...NAK REMBAT...NAK SAPU...NAK RABA...kah kah kahHABIS TU...'PAS HADKAN KUASA MB KEDAH'...MELALUI JAWATANKUASA PEMANDUMACAM MANA BAGUS KA ATAU TAK BAGUS..?DAH TENTU BAGUS TERAMAT BAGUS...ITU YANG PALING BAIKSUPAYA MB TAK TERSASAR...SUPAYA MB TAK SESAT...SUPAYA MB TAK CORNER...SUPAYA MB TAKUT MELAKUKAN KESALAHAN...SUPAYA MB TAK SELEWENG...TAK TELAN...TAK TIPU...TAK RABA...kah kah kahITULAH SEBAB PHAHROLRAZI MEMBERONTAK...SEBAB MB UST AZIZAN DAH ADA 'BUNGA-BUNGA' TUTAHUN 2008 HINGGA 2010...UST AZIZAN OKTAPI BILA TAHUN 2011 HINGGA SEKARANG...USTAZ AZIZAN DAH CORNER ????BUKAN MACAM NEGERI2 DIBAWAH PEMERINTAHAN UMNO TU..MB BUAT APA SAJA YANG DIA SUKA. EXCO2NYA TAK BERANI KOMPLEN SEBAB EXCO PUN BANYAK TELAN REMBAT DAN RABA. ITU SEBAB MB DAN EXCO2 DI NEGERI2 UMNO TU SEMUA KAYA MELANASEMUA TU BERLAKU KERANA TIDAK ADA PEMANTAUAN..?SIAPA NAK PANTAU...SEBAB TUKANG PANTAU PUN 2X5. KAKI REMBAT LAGI DAHSYAT...kah kah kahBERUK NAK TANYA DATUK NAJIB SELAKU 'IMAM KHALIFAH AGONG UMNO MENIPU..'SEMASA DALAM PWTC DULU...RIUH BERKOKOK BERITAHU AHLI2 UMNO SELURUH NEGARA...UMNO NAK LAKSANAKAN 'PARTI MENGUASAI KERAJAAN'?BILA NAK BUAT BENDA TU DATUK SERI..?woit BANGANG...ITULA APA YANG PAS NAK BUAT DI KEDAH TU...kah kah kahITULAH YANG DIMAKSUDKAN 'PARTI MENGUASAI KERAJAAN' !woit UMNO BILA NAK BUAT...kah kah kahSumber: http://berukketawa.blogspot.com/ | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan