Sabtu, 3 Mac 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


DUN BUKIT PAYONG

Posted: 03 Mar 2012 03:23 AM PST

DUN BUKIT PAYONG


Erykah Badu : Dimana suara ulama Umno

Posted: 02 Mar 2012 06:52 PM PST


Petikan Sinar Harian edisi cetak :


Bukit Payong : Tindakan sebuah akhbar The Star menyiarkan gambar Erykah Badu yang bertatu kalimah Allah di sisi kiri dan kanan badannya merupakan satu tindakan yang dilihat sengaja dilakukan dengan tujuan menghina Islam.

Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) menyifatkan akhbar terbabit yang dikatakan milik MCA itu dilihat semakin berani mencabar kesucian Islam sejak kebelakangan ini, khususnya sejak isu hudud mula hangat diperkatakan pada tahun lalu.

Malah DPPNT mendakwa selepas dua hari isu ini hangat diperkatakan, masih tiada suara ulama-ulama Umno baik dari golongan tua ataupun muda melaungkan bantahan ataupun menyatakan pendirian mereka behubung perkara ini.

Mengulas mengenai isu ini, Ketua DPPNT, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, Umno bukanlah parti yang memperjuangkan keadilan dan kesejahteraan, oleh itu tindakan-tindakan seperti ini memang sudah dijangkakan.

Menurutnya bukti yang jelas dan terbaru ialah minggu lepas, Pemuda PAS Pusat mengajak Umno bersama mereka untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada Amerika berkaitan isu pembakaran al-quran, sebaliknya mereka berarak ke pejabat PKR.

"Hal ini juga menunjukkan mereka berada dibawah telunjuk MCA yang secara jelas menghina agama Islam.

Baru-baru ini MCA dengan bangganya mengatakan bahawa mereka berani melawan Umno bagi isu-isu Islam dalam debat dengan DAP, tapi hal ini juga tiada respon dari ulamak Umno," katanya semalam.

Beliau turut bersetuju dengan cadangan Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya agar menggantung sementara permit akhbar berkenaan sementara siasatan selesai dijalankan.

Menurutnya penyiaran permohonan maaf The Star dengan saiz yang kecil, bukan harganya bagi penghinaan besar seperti ini dan pihak terbabit perlu diajar supaya menghormati sensitiviti umat Islam yang menjadi majoriti di Malaysia.

"Kita tidak boleh mengharapkan Umno dalam isu ini kerana MCA adalah rakan kongsi mereka.

Walaupun konsert Erykah itu telah dibatalkan oleh kerajaan, namun isu yang berkaitan penyiaran gambar terbabit oleh The Star itu dilihat sepatutnya ditangani dengan lebih serius.

Paling kurang kerajaan sepatutnya bertindak sepertimana kes Sarawak Tribune sedikit masa dahulu yang digantung permitnya kerana menyiarkan karikatur menghina nabi Muhammad S.A.W," katanya

Mohd Nor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Payong turut menyifatkan pendekatan Umno berkaitan dengan Islam membabitkan isu-isu sebegini amatlah jauh bezanya berbanding dengan PAS.

Buktinya apabila rakan kongsi PAS dalam Pakatan Rakyat mengeluarkan kenyataan yang dikatakan sebagai menyokong Israel baru-baru ini, PAS dengan tegas melalui Mursyidul Amnya meminta mereka memberi penjelasan.

"Inilah perbezaan yang sangat ketara antara PAS dengan Umno dalam isu-isu agama," katanya.

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA

Posted: 03 Mar 2012 03:15 AM PST

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA


Najib Melawat Kelantan

Posted: 02 Mar 2012 11:28 AM PST

Beginilah rakyat Kelantan menyambut kehadiran PM Malaysia. Diharap PM perlu menghayati Slogan Rakyat Didahulukan bukan hanya di mulut semata-mata tetapi dalam tindakan.


Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 03 Mar 2012 03:08 AM PST

Dr Siti Mariah Mahmud


Ku Li minta selesaikan royalti sebelum PRU

Posted: 03 Mar 2012 02:07 AM PST

Ahli Parlimen Gua Musang sejak 1969 mengingatkan Kerajaan Persekutuan Umno & Barisan Nasional bahawa tuntutan royalti bukan tuntutan Pas, tetapi kebetulan saja Pas mendapat mandat dan menubuhkan kerajaan di negeri Kelantan tetapi ramai juga orang yang menyokong Umno di sana," kata beliau dalam temu bual dengan Astro Awani, yang dirakamkan kira-kira seminggu lalu dan disiarkan hari ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengadakan lawatan kerja satu hari ke Kelantan semalam, dan antara lain meminta rakyatnya memberi mandat kepada kerajaan BN untuk memerintah negeri ini pada PRU13 bagi membolehkan perikatan itu menyelesaikan masalah dihadapi rakyat selama di bawah pemerintahan Pas.
Perdana Menteri berkata, kerajaan BN mampu menyelesaikan masalah rakyat termasuk masalah bekalan air, ladang rakyat, kemudahan asas dan perumahan rakyat.
Najib berkata, kerajaan BN akan mengubah landskap Kelantan dengan  pelbagai pembangunan yang menjadikan Kelantan membangun dan maju.
Kerajaan negeri Kelantan memulakan tindakan perundangan dengan memfailkan saman terhadap Petronas mendakwa syarikat petroleum nasional itu tidak membayar royalti  dianggarkan RM800 setahun sejak 2005 terhadap hasil minyak diperoleh dari luar pesisir pantai Kelantan.
Menurut kerajaan negeri Kelantan, tindakan Petronas itu bukan sahaja melanggar undang-undang sedia ada, tetapi juga mendakwa bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Tengku Razaleigh berkata, BN perlu menyelesaikan isu tuntutan royalti minyak memandangkan ia sudah sebati dengan rakyat negeri pantai timur itu.
"Itu satu hal kerana begitu..begitu terlekat di hati orang Kelantan.
"Jadi kalau kita tak layan macam mana kita nak cari dia nak sokong kita, jadi ini satu faktor yang besar, kita tak boleh nak ketepikan kepentingan dia dan tiba-tiba kita nak dia sokong kita," kata bekas Menteri Kewangan ini dan juga Pengerusi Petronas semasa perjanjian royalti petroleum ditandatangani dengan Kerajaan Negeri Kelantan pada 1975.
Dalam pada itu, Tengku Razaleigh berpendapat pemimpin Umno perlu mendekati rakyat Kelantan sepanjang masa kalau mahu diterima.
"Jadi kalaulah dekat pilihan raya baru kita nak tunjuk muka saya rasa kita tak laku, apatah lagi ada orang yang berceramah malam siang, selalu dengan mereka, kita hanya datang bermusim susah kita nak mengatasi pengaruh yang ditanam mereka mendekati rakyat umpamanya," kata Ku Li lagi.

Penghijrahan beramai ahli PPP ke PAS

Posted: 02 Mar 2012 05:41 PM PST


KUALA LUMPUR, 2 Mac: Seorang bekas ahli majlis tertinggi Parti Progresif Penduduk (PPP) akan menyerahkan borang menyertai PAS secara rasmi dalam masa terdekat.

Beliau dijangka mengetuai penghijrahan beramai-ramai ahli PPP ke dalam PAS termasuk menjadi ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

Difahamkan, beliau yang juga bekas ketua salah satu bahagian PPP di Selangor itu akan menyerahkan borang keahlian PAS berserta lebih 500 yang lain secara rasmi kepada Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu pada satu majlis di Klang pada 10 Mac ini.

Kesemua mereka adalah ahli PPP daripada 15 cawangan di Klang.

Malam tadi, individu berkenaan dibawa ke Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut bagi diperkenalkan kepada pimpinan dan AJK PAS Pusat yang berkebetulan bermesyuarat malam tadi.

Antaranya beliau bertemu dengan Mohamad Sabu, Dr Siti Mariah Mahmud dan juga Mazlan Aliman.

Beliau telah bersama PPP lebih empat tahun. Sebelum bersama PPP, beliau bersama Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) selama 13 tahun dan pernah menjawat jawatan sebagai setiausaha agung.... harakahdaily

Idris Ahmad

Posted: 02 Mar 2012 11:36 PM PST

Idris Ahmad


GELOMBANG HIJAU AKAN BENAM GELOMBANG BIRU

Posted: 02 Mar 2012 06:56 AM PST

GELOMBANG HIJAU AKAN BENAM GELOMBANG BIRU
Idris Ahmad 
2/3/12
InsyaAllah rakyat Terengganu akan pastikan  gelombang biru akan dibenamkan oleh gelombang hijau  di  dalam PRU akan datang. Semalam Tan Seri Muhyiddin Yasin mengatakan Terengganu akan menjadi negeri biru.
Rakyat Terengganu sudah mual dengan gelagat kepimpinan Umno yang gagal urus tadbir negeri yang memililiki emas hitam. Semuanya gara-gara tidak amanah dan diskriminasi  pimpinan Umno  menyebabkan rakyat Terengganu masih miskin di tahap kedua selepas negeri Sabah.

Janji menifesto BN pada tahun 2004 untuk memberi peluang 25 000 pekerjaan masih tidak tertunai lagi. Apabila Pas menawarkan 17 000 pekerjaan di dalam menifesto  di dalam PRU akan datang. Maka Menteri Besar Terengganu  Datuk Mohd Said menjanjikan peluang pekerjaan sebanyak 80 ribu. Rakyat ketawa melihat gelagat pembohongan pemimpin Umno dengan janji yang tidak tertunai.

Rakyat tidak boleh terima sikap sambil lewa pemimpin Umno yang gagal urus tadbir sehingga berlaku kerugian seperti runtuh   Stadium Terengganu RM292 juta, kos hendak baiki RM25 juta, Lapangan Terbang Sultan Mahmud RM123 juta  rosak,, Kolam renang di Batu Buruk RM18 juta untuk SUKMA 2008 rosak setelah setahun digunakan , Masjid Kampung Batu Putih Kemaman RM2.1 juta runtuh, Perhentian Bas Kuala Berang yang berharga RM4.2 juta  runtuh walaupun baru 80% siap.  
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


Filed under: Politik

Peghelih La...

Posted: 02 Mar 2012 11:30 PM PST

Peghelih La...


Ceramah Isu Semasa

Posted: 02 Mar 2012 10:43 PM PST

ANJURAN DPP PADANG BESAR

Tawaran Negara Berkebajikan PAS: Agenda 10

Posted: 02 Mar 2012 10:38 PM PST



Exco BN dimalukan depan orang ramai

Posted: 02 Mar 2012 10:35 PM PST

BESERI - Akibat terlalu banyak merapu dan bercakap tentang politik, Exco Pertanian Perlis, Sabry Ahmad diejek dan diminta untuk berhenti dari berucap dalam satu majlis di dewan orang ramai kampung beseri dalam dekat sini.

Sabry yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Santan dijemput merasmikan Mesyuarat Agung Unit Peladang Kampung Beseri Dalam.

Menurut sumber, dalam ucapannya beliau banyak menyentuh tentang isu politik termasuk memperkatakan tentang Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Akibatnya, beliau telah diejek oleh perwakilan dan ada pula yang meminta beliau berhenti dari berucap.

Menurut sumber lagi, kejadian ini mencatatkan sejarah kerana belum pernah terjadi sebelum ini seorang Exco kerajaan negeri dimalukan sebegini di hadapan orang ramai yang hadir termasuk para pegawai Pertubuhan Peladang Kawasan.

Pakatan Rakyat Perlis simpati nasib peniaga pasar malam Kangar

Posted: 02 Mar 2012 10:32 PM PST

KANGAR - Pakatan Rakyat Negeri Perlis bersimpati dengan nasib ratusan peniaga pasar malam Kangar di Stadium Utama Negeri dekat sini yang diarahkan untuk mengosongkan tapak itu mulai 29 Februari lalu.

Pasar malam yang dianggap sebagai yang terbesar di Perlis yang beroperasi pada setiap hari Rabu itu mendapat sambutan hebat dari penduduk seluruh negeri ini.

Bagaimanapun, pihak Majlis Perbandaran Kangar (MPK) telah mengeluarkan notis kepada peniaga dengan surat yang juga bertarikh 29 Februari bagi memberi ruang kepada kerja-kerja projek binaan bangunan asrama Kompleks Sukan Negeri Perlis sekitar kawasan stadium seiring dengan penganjuran SUKMA 2014 akan datang.

Pakatan Rakyat Negeri Perlis memandang serius notis yang dikeluarkan oleh MPK ini memandangkan ianya dibuat dalam tempoh yang begitu singkat.

"Kami berasa kesal kerana notis yang dikeluarkan itu terlalu singkat iaitu bertarikh 29 Februari dan meminta tapak berkenaan dikosongkan pada tarikh yang sama.Sepatutnya notis sebegini dikeluarkan lebih awal kepada mereka," kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Perlis, Rus'sele Eizan dlam sidang media yang diadakan di di Kompleks PAS Perlis 2 Mac.

Selain itu katanya, Pakatan Rakyat Perlis kesal kerana pihak MPK belum menyediakan tapak ganti bagi peniaga berkenaan.

"Kami bersimpati bersimpati dengan nasib para peniaga pasar malam di Stadium Utama Negeri memandangkan pasar malam tersebut merupakan yang terbesar dan paling ramai dikunjungi di negeri ini.

"Sungguhpun mereka juga beniaga di tempat-tempat yang lain, pasar malam Kangar inilah merupakan tempat untuk mereka memperolehi pendapatan yang lebih berbanding di tempat lain," katanya lagi.

Justeru, Pakatan Rakyat Perlis berharapa pihak MPK dapat menyelesiakan masalah ini dengan segera dan melalui kaedah yang berhikmah.

"Kami berharap janganlah sampai perpindahan tapak pasar malam ini akan mengulangi kesilapan memindahkan tapak Pasar Tani Pelancongan di Sungai Baru ke Kurung Tengar yang memberikan impak yang negatif kepada para peniaga," jeasnya lagi.

Hadir sama dalam sidang media tersebut Pengerusi DAP Perlis, Teh Seng Chuan bersama jawatankuasanya Wong Boon Beng dan John Yee serta Pengarah Pilihanraya KeADILan Perlis, Ab Gani Ismail.

PAS KDAS 3

Posted: 02 Mar 2012 09:35 PM PST

PAS KDAS 3


Exco: Pemimpin PAS akan turun ke Kedah

Posted: 02 Mar 2012 06:31 PM PST

Pemimpin baik rakyat jadi baik – Abu Hassan Din

Posted: 02 Mar 2012 06:18 PM PST


KOTA BHARU, 2 Mac: "Macam mana mahu menjadikan rakyat yang baik sekiranya pemimpin sendiri tidak mempamerkan sikap sedemikian," kata pendakwah tersohor, Datuk Abu Hassan Din Al Hafiz (gambar).

Beliau berkata, ramai pemimpin bercakap mahu rakyat hidup dalam keadaan baik dan aman sentosa, namun tindak tanduk pemimpin tidak mencermin ke arah itu.

"Apabila kita berjaya menjana insan yang sempurna barulah keselamatan kehidupan manusia akan lebih terjamin," katanya pada kuliah perdana di Medan Ilmu di sini, pagi tadi.

Program tersebut diadakan sempena pelancaran Tahun Melawat Kelantan 2012 (TMK@12) malam ini. Di tempat sama petang ini kuliah Asar pula akan disampaikan pendakwah popular masa kini Ustaz Azhar Idrus.

Manakala perasmian TMK@12 akan disempurnakan Tengku Mahkota Kelantan bertempat di Stadium Sultan Mohammad Ke-IV.

Program tersebut akan diserikan konsert TMK@12 dengan menampilkan artis Ramli Sarip, OPIK dan kumpulan nasyid In-Team.

Medan Ilmu yang menjadi lokasi pembelajaran ilmu agama setiap pagi Jumaat, hari ini tambah sendatdengan program TMK@12.

Khemah besar yang dipasang memanjang di Jalan Dato' Pati di mana setiap ruang dipenuhi orang ramai. Jalan terbabit ditutup lalu lintas sejak semalam.

Kuliah hampir sejam setengah itu mengupas tajuk Menjana Insan Kamil. Hadir sama anggota Exco, Datuk Takiyuddin Hassan dan Timbalan Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi negeri, Ahmad Baihaki Atiqullah.

Manakala kuliah agama disambung pula Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sehingga berakhir jam 10.35 pagi.

Suasana Medan Ilmu juga seperti pasar tani apabila ramai peniaga mengambil kesempatan berniaga. Fenomena tersebut dapat disaksikan setiap pagi Jumaat.

Ustaz Abu Hassan berkata, sebelum ini ada pemimpin negara sering bercakap mengenai modal insan bagi melahirkan rakyat yang mempunyai kekuatan dalaman.

Sementara itu program pelancaran TMK@12 hari kedua esok akan diserikan dengan perarakan kereta berhias bermula jam 8 malam.

Perarakan itu bermula dari Bandar Baru Tunjung akan melalui Jalan Kuala Krai, Jalan Sultan Ibrahim, Jalan Temenggong, Jalan Hilir Kota dan berakhir di Kota Sultan Ismail Petra.

Pada pagi esok juga diadakan sukan air di Dataran Lembah Sireh bermula jam 9 pagi. Pada 9 malam pula program Citrawarna Kelantan perarakan kebudayaan dan rakyat.

PAS CAWANGAN KERATONG 04 ROMPIN PAHANG

Posted: 02 Mar 2012 09:19 PM PST

PAS CAWANGAN KERATONG 04 ROMPIN PAHANG


TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT: [ Video ] Siaran Tertunda : Sembang Petang Bersama...

Posted: 02 Mar 2012 03:33 PM PST

TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT: [ Video ] Siaran Tertunda : Sembang Petang Bersama...: Sebenarnya mykelantan.tv melalui ustream ada membuat siaran langsung program Ust Azhar ini.Tapi aku tak sempat nak update diblog.Jadi aku ba...

DPP PADANG TERAP

Posted: 02 Mar 2012 09:16 PM PST

DPP PADANG TERAP


Sekitar Majlis Ceramah Maulidurrasul dan Kupasan Isu Terkini Di Felda Lubuk Merbau

Posted: 02 Mar 2012 05:45 PM PST









PAS Negeri Sembilan

Posted: 02 Mar 2012 09:09 PM PST

PAS Negeri Sembilan


Bob Kuman di DUN Paroi 11 Mac 2012

Posted: 01 Mar 2012 11:53 PM PST


CERAMAH PERDANA
Tarikh : 11 Mac 2012, Ahad
Masa : 9 mlm
Tempat : Pusat Khidmat DUN Paroi, Taman Tasik Jaya, Senawang
Penceramah :
~ Ustaz Misbahul Munir Masduki, Setiausaha Penerangan PAS Pusat
~ Dr Mohamad Rafie , Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR
~ Ustaz Khairul Anuar Wafa , Ketua Pemuda PAS N.Sembilan
~ Puan Norwani , Ketua Muslimat PAS Rembau

Penampilan Khas : Bob Kuman (Husni Hj Mohd Rawi)


CERAMAH UMUM
Tarikh : 7 Mac 2012, Rabu
Masa : 9 mlm
Tempat : Taman Desa Melor, Senawang (sebelah Balai Bomba)
Penceramah :
~ Mazlan Aliman - AJK PAS Pusat, Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK)
~ Mohd Nazree Mohd Yunus - Ketua Angkatan Muda Keadilan N.Sembilan
~ Aiman Athirah Al Jundi - Pengerusi Lajnah Penerangan & Dakwah Dewan Muslimat PAS Pusat
~ Ustaz Nor Azman Mohamad - Ketua Penerangan PAS N.Sembilan
~ Rozmal Malakan - Timbalan Yang Dipertua PAS Rembau

Semua dijemput hadir

Untuk pertanyaan hubungi Nazri 012-6775537


Ceramah Umum 6 Mac 2012 DUN Rantau, N.Sembilan

Posted: 01 Mar 2012 11:32 PM PST


CERAMAH UMUM
Tarikh : 6 Mac 2012, Selasa
Masa : 9 mlm
Tempat : Taman Jed Indah, Kuala Sawah, DUN Rantau, N.Sembilan
Penceramah :
Rafizi Ramli
YB Hj Taufek
Chegubard
Dr Ahmad

Penampilan Istimewa : Bekas Ketua Kampung dan Ketua Cawangan Umno selama 26 tahun

Hubungi : Yaser 012-6794704 , Sani 012-9781707


PAS Kawasan Miri

Posted: 02 Mar 2012 07:17 PM PST

PAS Kawasan Miri


Nasib Penduduk Rumah Panjang Yang Terpinggir

Posted: 02 Mar 2012 06:59 AM PST

Ramai Penduduk Rumah Panjang Di Sarawak Masih Belum Terima BR1M
Jalan masuk ke rumah panjang Sg Kelitang rosak dan ditengelami air hujan


BEKENU – Baru-baru ini PAS Miri telah melakukan kunjungan muhibah ke Rh Duat Sg Kelitang, Peninjau dalam kawasan Lambir, lebih kurang 1 jam perjalanan dari bandaraya Miri. Rombongan kami disambut baik oleh penduduk di rumah panjang tersebut.
Tujuan kedatangan kami ke situ adalah meninjau sendiri keadaan kehidupan penduduk asal di rumah panjang tersebut.

Kebanyakan penduduk di rumah panjang adalah petani dan usahawan kecil yang terlibat dalam perusahaan Minyak Sawit manakala selebihnya bekerja di syarikat-syarikat swasta dan kerajaan.

Kebanyakan masalah yang dihadapi oleh penduduk asal Sarawak adalah tanah adat mereka diceroboh, tiada grant tanah, jalan masuk kampung teruk dan yang terbaru isu pembahagian wang Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 yang masih belum diberi sepenuhnya kepada penduduk rumah panjang.

Menurut seorang penduduk di rumah panjang Duat, Sg Kelitang, Bekenu, Edmund Silla anak Unchi yang pemohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) nya ditolak, katanya ramai lagi penduduk disitu masih belum mendapat wang sebanyak RM500 dari BR1M. Memang terdapat juga penduduk di rumah panjang
yang tidak memiliki surat beranak dan MyKad disebabkan kebanyakkan mereka berasal dari kawasan pedalaman yang tidak memiliki kemudahan asas dan juga jalan perhubungan yang teruk di Sarawak.

Ada yang mengatakan mereka terpaksa berulang-alik ke pekan Bekenu semata-mata untuk memeriksa nama mereka dalam senarai penerima sebelum mereka dapat mengambil wang BR1M, tetapi apabila mereka sampai ke situ, mereka pula disuruh turun ke bandaraya Miri untuk mengambil wang tersebut. Apabila sampai ke bandaraya Miri, nama mereka tidak ada dalam senarai jadi terpaksalah mereka pulang semula ke kampung dengan perasaan kecewa tanpa mendapat apa-apa dari BR1M.

Sudahlah segala kos perjalanan pulang balik, serta kos makan minum, sudah hampir beratus ringgit habis dibelanjakan, wang sebanyak RM500 BR1M yang dijanjikan belum tentu dapat.Mereka mencadangkan agar pihak kerajaan menyalurkan wang tersebut terus ke rumah panjang tanpa perlu melalui wakil rakyat atau orang tengah. Dengan cara itu akan memudahkan pembahagian wang BR1M tersebut.

Apa yang penting Tuai Rumah (Ketua Kampung) di rumah panjang boleh terus membahagikan wang tersebut ke setiap pintu dalam rumah panjang tersebut. Setiap rumah panjang mempunyai satu pintu bagi setiap keluarga dan ini dipisahkan daripada satu sama lain oleh dinding sendiri dan mengandungi ruang tamu dan bilik tidur.

Apa yang berlaku sekarang, ramai yang mengadu dimana ada sesetengah keluarga dalam satu pintu mendapat lebih BR1M dan ada pula keluarga dalam rumah panjang yang sama langsung tidak dapat menerima BR1M tersebut. Ada beberapa buah pintu dalam rumah panjang Jeli, di Kampung Kelitang pemohonan mereka untuk mendapatkan BR1M ditolak.

Disamping itu, masalah tanah juga merupakan satu perkara yang penting dalam kehidupan mereka. Mereka memikirkan akan nasib anak cucu mereka dikemudian hari sekiranya tanah mereka sekarang diambil untuk tujuan komersial oleh syarikat kroni yang mengusahakan ladang Sawit di kawasan tempat tinggal mereka.

Kita mendesak pihak kerajaan agar segera menyelesaikan masalah rakyat tersebut tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik, Kita tidak mahu kerajaan menggunakan BR1M sebagai umpan untuk memacing undi terutama sekali di pedalaman dimana kehidupan mereka amat sukar dan menyedihkan.

Mereka mahu kerajaan memberi keperluan asas dalam kawasan mereka disamping jalanraya yang baik untuk memudahkan mereka menjual hasil tani mereka ke pekan atau ke bandar yang berdekatan. Jalanraya yang baik amat penting bagi mereka yang tinggal di pedalaman Sarawak supaya mereka tidak ketinggalan dalam arus pembangunan.

Rakyatlah yang akan menentu nasib mereka sendiri, kalau mahu perubahan yang lebih baik maka pilihlah kerajaan yang adil, perihatin dan bertanggungjawab.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

English version
Many of Residents in Sarawak Longhouse Still Not Received BR1M



Photo PAS Miri Chief with PAS delegation listening to a briefing from the longhouse folk.



BEKENU - Recently PAS Miri has made a goodwill visits to Rh Duat Sg Kelitang in Lambir area, about an hour's drive from Miri city. Our delegation was well received by the residents in the longhouse.

The purpose of our visit there was to see personally the living conditions of the indigenous inhabitants of the longhouse. Most residents in longhouses are small farmers and entrepreneurs involved in the Palm Oil industry and the rest work in private companies and government sectors.

Most of the problems faced by the natives of Sarawak is their ancestral land encroached, there is no grant of land, poor village entrance and the latest issue the money of RM500 from 1Malaysia People Aid (BR1M) which has yet fully given to the longhouse residents.

According to a residents of Duat, Sg Kelitang,longhouse, Bekenu,Edmund Silla anak Unchi which his application of 1Malaysia People Aid (BR1M) is rejected, he said many people there are still not received the money of RM500 from BR1M. Well, there are also people in the longhouse who do not have birth certificates and MyKad because most of them come from rural areas who do not have basic amenities and poor roads in Sarawak.

Some say they have to commute to Bekenu town just to check their names in the recipient list before they can take BR1M money, but when they get there, they were told to go down to Miri city to take the money. Upon reaching Miri city their names were not on the list so they had to return to the village with frustrations without getting anything from BR1M.

Not only the refund of travel costs and food costs is about hundreds of ringgits have been spent, a sum of RM500 BR1M will not necessarily be guaranteed.

They suggested the Government to channel the money directly into the longhouse without having to go through elected representatives or middlemen. That way will smooth the progress of the distribution of the BR1M money.

What is important is the Tuai Rumah (Village Head) of the longhouse can directly distribute the money to every door in the longhouse. Each longhouse has one door for each family and is separated from each other by the wall itself and consists of living room and bedroom.

What is happening now, many are complained where there are some families within the door, get more BR1M and some family within the same longhouse could not even received these BR1M. There are several doors in the Jeli longhouse in the Kampung Kelitang, their application for BR1M was rejected.

In addition, the problem of land is an important point in their lives. They think of the fate of their children in the future if their land now taken for commercial purposes by the cronies of Palm Oil farm in the area where they live.

We urge the government to immediately solve the problems of the people regardless of race, religion and political belief We do not want the government to use BR1M as a bait to win some votes, especially in remote areas where their lives very difficult and miserable.

They want the government to provide the basic needs in their area, as well as a good roads for ease them to sell their agro products to town or to nearby towns. Good roads are important for those living in rural Sarawak so that they are not left behind in development.

The people who will determine their own destiny if you wish to change better then choose a government that is fair, caring and responsible.

Rembau Hari Ini

Posted: 02 Mar 2012 07:16 PM PST

Rembau Hari Ini


Bob Kuman di DUN Paroi 11 Mac 2012

Posted: 01 Mar 2012 11:52 PM PST



CERAMAH PERDANA
Tarikh : 11 Mac 2012, Ahad
Masa : 9 mlm
Tempat : Pusat Khidmat DUN Paroi, Taman Tasik Jaya, Senawang
Penceramah :
~ Ustaz Misbahul Munir Masduki, Setiausaha Penerangan PAS Pusat
~ Dr Mohamad Rafie , Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR
~ Ustaz Khairul Anuar Wafa , Ketua Pemuda PAS N.Sembilan
~ Puan Norwani , Ketua Muslimat PAS Rembau

Penampilan Khas : Bob Kuman (Husni Hj Mohd Rawi)


CERAMAH UMUM
Tarikh : 7 Mac 2012, Rabu
Masa : 9 mlm
Tempat : Taman Desa Melor, Senawang (sebelah Balai Bomba)
Penceramah :
~ Mazlan Aliman - AJK PAS Pusat, Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK)
~ Mohd Nazree Mohd Yunus - Ketua Angkatan Muda Keadilan N.Sembilan
~ Aiman Athirah Al Jundi - Pengerusi Lajnah Penerangan & Dakwah Dewan Muslimat PAS Pusat
~ Ustaz Nor Azman Mohamad - Ketua Penerangan PAS N.Sembilan
~ Rozmal Malakan - Timbalan Yang Dipertua PAS Rembau

Semua dijemput hadir

Untuk pertanyaan hubungi Nazri 012-6775537

Ceramah Umum 6 Mac 2012 DUN Rantau, N.Sembilan

Posted: 01 Mar 2012 11:33 PM PST


CERAMAH UMUM
Tarikh : 6 Mac 2012, Selasa
Masa : 9 mlm
Tempat : Taman Jed Indah, Kuala Sawah, DUN Rantau, N.Sembilan
Penceramah :
Rafizi Ramli
YB Hj Taufek
Chegubard
Dr Ahmad

Penampilan Istimewa : Bekas Ketua Kampung dan Ketua Cawangan Umno selama 26 tahun

Hubungi : Yaser 012-6794704 , Sani 012-9781707


Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 02 Mar 2012 03:33 PM PST

Pemuda PAS Wangsa Maju


(Gambar) Kuliah Asar UAI Sempena Tahun Melawat Kelate 2012

Posted: 02 Mar 2012 03:11 PM PST








... Takbir!!!...

FARID RIDZUAN SERANG BLOGER UMporNO..HUHUHUHUHU

Posted: 02 Mar 2012 03:58 AM PST

Farid Ridzuan diserang habis-habisan oleh blooger UMporNO yang mane dia dikatakan mempertikaikan peranan yang dimainkan oleh bloger UMporNO dan juga kerajaan dengan `menyerang'  dan menyelar  kononnya bloger-bloger pro kerajaan dan UMNO ini sebagai bodoh dalam menangani sesuatu isu....

Farid Redzuan dilantik sebagai Penasihat Komunikasi Pejabat Perdana Menteri setelah dikeluarkan dari TV3 bertanggungjawab menasihati  apa sahaja peranan media terhadap aktiviti ataupun peranan Perdana Menteri di mata rakyat dan dunia malah kehadirannya dalam pejabat Perdana Menteri setakat ini dilihat bagi membantu untuk mengangkat promosi Perdana Menteri sekaligus menolak peranan blogger mereka yang selama ini tidak banyak menguntungkan BN dan Perdana Menteri sendiri.
 
.... kesian aku kat puak-puak nie... 

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 02 Mar 2012 03:19 PM PST

ULAMA PEWARIS NABI


ALHAMDULILLAH ! PENTADBIRAN PAKATAN RAKYAT TERUS DIBERKATI ALLAH !

Posted: 01 Mar 2012 06:38 PM PST

Teman mewakili rakyat Bukit Sentosa 2 dan Hulu Selangor dan Negeri Selangor ucapkan tahniah dan trilion terima kasih kepada Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim dengan izin Allah atas pentadbiran beliau telah menyebabkan Najib UMNO menghapuskan bayaran Tol Cheras-Kajang.. Ini sekaligus menunjukkan bahawa Kerajaan Pakatan sangat prihatin kepada kebajikan rakyat..

Rakyat Selangor patut bersyukur kerana dasar Negara Berkebajikan telah menyerap dan menyentap hati Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor sehingga beliau(Najib) .. Bukan satu Tol yang dimansuhkan tapi DUA Tol..

Inilah hikmah yang Pakatan Selangor dapat apabila melantik "Pakar Ekonomi" dan bekas Menteri Kewangan terbaik dunia, Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai penasihat.
Inilah bagusnya Pakatan Rakyat yang terdiri dari PAS, PKR dan DAP kuat maka walau Kerajaan BN memerintah namun hak rakyat tak dapat mereka bantah. Sedemikin memang wajar Pakatan Rakyat memenangi Putrajaya dan semua negeri agar berjaya menguruskan pemerintahan yang lebih baik dan lebih selamat untuk rakyat terusnya Malaysia.

DUN Lembah Jaya

Posted: 02 Mar 2012 11:32 AM PST

DUN Lembah Jaya


Penjelasan Polemik Wacana Sinar Harian

Posted: 01 Mar 2012 06:34 PM PST

Dr Dzulkefly Ahmad, 01 Mac 2012

Wacana "Mengapa Undi Melayu Pecah" anjuran Sinar Harian (SH) dari Kumpulan Karangkraf berlangsung pada 28 hb Februari lalu. Rata-ratanya ia ditanggapi sebagai hangat, tegang tetapi lancar dan terkawal. Mereka yang gagal untuk hadir dalam dewan menonton melalui internet @SinarOnline dan @Mobtv.my. Liputannya dibuat dalam dua keluaran SH dan secara verbatim esok mengikut maklumat pihak pengurusan SH.

Dalam hampir 3 jam perbahasan bersekali dengan sidang akhbarnya yang menghuraikan pelbagai isu di sekitar tajuk wacana, amat malang sekali, ada pihak yang memanipulasi laporan wacana ini dengan sengaja mengenengah dan kini 'memporakperandakan' minda rakyat yang tampaknya bermotifkan politik.

Paling mutakhir seorang mantan PM juga tumpang semangkuk sekaligus dengan lebih jelas membuktikan bagaimana pihak media yang andainya tidak cermat atau juga punyai agenda tertentu akan terpalit untuk memenangkan sesuatu tumpuan umum dalam memobilisasi pandangan awam (public opinion). Lebih malang lagi bila saya kesani ada segelintir kecil pihak PAS sendiri yang terpengaroh meminta saya tarik balik kenyataan saya. Kenyataan apa, kalau boleh saya tanya.

Nyata bahawa Wacana 'Mengapa Undi Melayu Pecah' yang saya kira sihat dan informatif, kini telah diheret pihak tertentu secara sengaja atau tidak bagi menonjolkan isu 'PAS bersedia di pimpin bukan-Islam'. Bukan tajuk wacana samasekali, tetapi itulah nasib panelis, yang mesti menjadi peringatan yang bakal bersetuju menjadi panelis. Satu perkara atau isu, yang awalnya ditanggapi isu sampingan atau 'side-dish' menjadi habuan utama atau 'main meal' bagi lawan politik atau pihak tertentu.

Saya diingatkan supaya tulis penjelasan ini ringkas tetapi jelas. Biar orang kampong semua boleh faham. Saya cuba insyaAllah. Untuk tujuann tersebut saya mendengar rakaman verbatim dalam @Mobtv.my beberapa kali dan telah pun meminta pegawai saya menyalinnya. Justeru yang tidak hadir dan tidak dengar perbahasan 3 jam itu tetapi mahu membuat kenyataan rasmi seperti Tun termasuk ramai dalam media sosial lain, tolong beri perhatian yang serius.

Soalan dari Moderator Dr Maszlee adalah 'Apakah PAS bersedia untuk melantik Timbalan Presiden dari kalangan bukan-Islam seperti Ikhwan Muslimin baru-baru ini'..tekuni jawaban saya..

Perkara seperti ini bukan perkara-perkara prinsip yang tetap. Dalam (Syariat) Islam ada 2 perkara-kategori (hukum). Satu, perkara2 ' Tetap' yang tidak boleh ubah dikatakan 'Al-Thawabit'. (Tetapi) Ini perkara2 dalam ruang lingkup Ijtihad dan yang dikatakan sebagai 'Al-Mutaghiyyaraat' . 2 perkara ini kita mesti bezakan atas apa susun atur politik itu semua perkara-perkara yang boleh berubah…..

Pada perkara yang boleh berubah kita ubah pada waktu dan tuntutannya. Ini perkara ………. PAS berani berubah! Ada perkara yg tetap tapi ada perkara yang tertakluk kpd perubahan…….. Jadi kita boleh bersedia untuk menerima perubahan & pindaan seperti itu.

Pada persoalan: Jangka masa? Bila? Jawab saya: Ha! Jangka waktu itu segalanya tertakluk kepada needs atau keperluan. Ya! Terima kasih.

Ketika saya di asak soalan tambahan: " keadaan sekarang needs tu dah..?"

Jawab saya : Mungkin belum ada needsnya (keperluannya) tapi kalau dah diutarakan kita akan bincang dan di Muktamar kita putuskan bersama..

Pada soalan: "Belum dibawa?"

Jawapan saya: "Belum lagi"… Ini Dr Mazlee pertama kali dengar ini. Tapi kalau perkara itu dah menekan, sebab apa… Sebab itu mengikut katanya peredaran…peredaran zaman ya… dan Islam itu mampu menangani peredaran zaman. Itu yang dimaksudkan… Its able to withstand the challenges of time dan realities. Ini perkara2 yg tentunya mendatang kita akan hadapi pada waktunya dan kemaslahatan kepentingannya.

Nah itulah jawapan saya yang telah mencetuskan kontroversi .

Persoalan besar yang ramai menunggu penjelasan ialah mengapa saya berpendirian sedemikian. Ini hujjah saya secara ringkasan sahaja bersandarkan hujjah yang dikemukakan oleh Imam Al-Mawardi dalam Kitabnya Al-Ahkam Al-Sultaniyyah (Beirut).

Al-Mawardi membezakan jawatan dalam kerajaan (dan ada Ulama yang qiyaskan dalam parti-jamaah Islam)..kedudukan nombor satu yang disebutkan sebagai 'Wazir Tafwidh' tidak boleh diberikan kepada bukan-Islam tetapi pada kedudukan 'Wazir Tanfidz' (Menteri-menteri Kabinet yang lain atau jawatan lain dalam organisasi), maka ianya boleh sahaja dilantik dan diserah kepada orang bukan-Islam.

(Wa yajuzu an yakunu hadhal wazir min ahlil dhimmah wa in lam yajuz an yakunu wazir al-tafwidh min hum)…Al-Ahkam Al-Sultaniyyah

Bila saya menjawab dengan positif pada soalan moderator saya cukup jelas landasan dan sandaran saya. Kedudukan nombor satu Presiden atau Perdana Menteri adalah bersamaan dengan kedudukan 'Wilayatul Tafwidh' tetapi pimpinan yang lain Timbalan2 bahkan Naib2nnya juga boleh sahaja di banyakkan jumlahnya dan disusun-atur mengikut kepentingan fasa (fatrah) perjuangan. Ini perkara Ijtihadiyyah dan jelas tertakluk kepada 'penilaian berterusan'.

Di sini kita tidak perlu jumud dan beku kerana saya bercakap dengan rangka masa depan. Dulu kita tidak ada Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) tetapi kini sudah ada. Saya boleh bayangkan satu hari nanti kalau ia membesar sehingga akan berlaku pindaan perlembagaan PAS yang mencadangkan supaya Ketua Dewan dijadikan salah seorang Naib Presiden, satu unjuran yang amat menasabah. Mungkin makan satu atau dua dekad lagi, Wa AlLahu'Alam.

Saya cukup jelas dengan kedudukan Majlis Syura Ulama dan Muktamar yang sentiasa menjaga landasan parti supaya tidak tergelincir. Tetapi parti mempunyai ruang yang cukup luas dalam pentadbiran, organisasi dan pendekatan (strategi) perjuangan, yang semestinya sentiasa mengalami 'pembaharuan' dan 'renewal' (tajdid) namun dibuat melalui saluran dan kaedahnya.

Pokoknya saya tidak kira wajar mengelak berulang situasi di mana kita tolak dan kita sempitkan apa yang sebenarnya luas dan boleh sahaja dilakukan, tetapi atas dakwaaan menjaga 'jatidiri' atau 'keaslian', ada yang kurang senang bekerjasama dengan kelompok dan parti yang tidak berteraskan Islam. Namun apabila PAS mahu wujudkan 'Tahaaluf' atau 'Muafakat Politik' ahli dan umum, tampak di kacamata golongan ini bahawa kita semacam berbolak-balik.Sebenarnya tidak demikian, sebab itu penting membuat penjelasan awal dan jangan takut menyatakan kebenaran secara berani. Ini sebab kita tidak terangkan bahawa ia boleh sahaja berubah atas tuntutan maslahah fasa perjuangan dalam rangka Ijtihad parti oleh kepimpinan tertinggi dan Majlis Syura Ulama.

Saya tidak hairan Tun Mahathir memutarbelitkan kenyataan saya secara cukup tidak sopan ketika mencadangkan YB Lim Kit Siang supaya menjadi Presiden PAS, sekiranya Al-Quran pun Tun boleh putar-belit dengan mengatakan bahawa dalam Al-Quran pun tidak ada Hukum Hudud dan Hukum Hudud tidak adil. (Konvensyen Kebangsaan Politik dan Patriotisme, K2P, 26 Feb, 2012, di UNIMAS)

Saya cadangkan Tun tumpukan menjelaskan dakwaan bahawa dalam era pemerintahannya sebnyak USD100 (RM330bilion) hangus kerana ketirisan dan rasuah dalam pengurusan kewangan yang tempang.

*Dr Dzulkefly Ahmad adalah AJK PAS Pusat, MP Kuala Selangor

sumber - http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/dr-dzulkefly-ahmad/8486-penjelasan-polemik-wacana-sinar-harian

Batu Gajah Mari

Posted: 02 Mar 2012 11:28 AM PST

Batu Gajah Mari


Hamidah dan AC Mizal diboikot?

Posted: 02 Mar 2012 12:06 AM PST

oleh: orang ni

Dalam bulan Mac 2012 ini sebuah program bertemakan Taiping Fest 1Malaysia 1Pelancongan 1Kampung 1Budaya dibuat di Taiping bagi memenuhi aktiviti kalendar pelancongan Tahun Melawat Perak 2012. Pelbagai aktiviti dan acara dianjurkan oleh pihak penganjur disini.Antaranya memancing di Lake Garden Taiping,pertandingan karoeke,persembahan artis terkenal tanah air dan sebagainya. (Kalau tiada hiburan melampau…maka bukan UMNOlah nama-nya..hehehe..)

Penulis dimaklumkan bahawa pihak penganjur disini telah memboikot YB Hamidah yang juga exco pelancongan negeri. Khabarnya semua ideal dan buah fikiran YB Hamidah telah ditolak mentah-mentah oleh penganjur disini. Sehinggakan nama dan wajah YB Hamidah tiada di paparkan di banner sebagai publisiti pelancongan disini. Sebaliknya muka yang Najib,Ng Yen Yen dan Zambry sahaja dipaparkan. Sedangkan YB Hamidah exco pelancongan Perak.

Banner program pelancongan Perak yang tiada wajah exco pelancongan Perak

Yb Hamidah yang syok sendiri dalam memilih Ac Mizal sebagai Duta Pelancongan negeri Perak

Begitu juga dengan nasib Duta Pelancongan negeri Perak yang dipungut sebagai Bidan Terjun oleh YB Hamidah dikatakan tidak akan diundang dalam program disini. Untung Ac Mizal..dapat keistimewaan,dapat imbuhan,dapat gelaran Duta..tapi… ape idak buatnye…

Kisah mereka-mereka yang tidak suka dengan YB Hamidah ini adalah dikalangan orang UMNO juga. Kisah UMNO hentam UMNO,UMNO perjatuhkan UMNO,UMNO boikot UMNO,UMNO kelentong UMNO di-ibaratkan tong sampah yang padat dengan sampah yang membusuk.. sudah tidak boleh disembunyikan lagi dari dihidu ke pengetahuan umum. Semuanya kerana pemimpin UMNO semuanya gila pada kuasa,nama dan glamour.

MB Zambry pula tidak boleh berbuat apa-apa dalam isu ini…kerana beliau sendiri pun masih lagi di-ibaratkan seperti bayi yang masih menyusu dari botol susu politik Najib.. kalau Najib tarik puting susu itu maka meraunglah Zambry…

Kalau tersedak susu..?? Buruk padahnya…hehehe…

KHIDMAT MERU

Posted: 02 Mar 2012 09:45 AM PST

KHIDMAT MERU


SELURUH TADIKA DI DUN MERU DILAWATI

Posted: 01 Mar 2012 09:49 AM PST




















Seperti amalan ditahun-tahun yang lepas, YB Dr Rani telah mengambil masa untuk turun bersama-sama Dato Ketua Kampung, Tuan Nazir Masjid dan beberapa ahli pemuda dan muslimat untuk berkunjung ke setiap lokasi tadika di DUN Meru.


Kunjungan tersebut dibuat tanpa mengira warna kulit, agama dan pegangan politik dan berterusan, bukan ketika waktu pilihanraya sahaja.


Antara tadika yang dilawati ialah Tadika KEMAS, PASTI , Tadika Perpaduan dan tadika swasta.


YB Dr Rani selain menghadiahkan sebungkus hamper makanan, juga menyumbang sedikit duit dan membantu kalau ada apa-apa masaalah yang boleh dibantu diperingkat tadika.


Dalam ucapannya kepada anak-anak tadika, beliau berharap sangat agar mereka membesar menjadi rakyat yang berguna kepada agama, ibu bapa dan guru-guru mereka.



















MTD Tanjung Lumpur

Posted: 02 Mar 2012 09:41 AM PST

MTD Tanjung Lumpur


Doctor Lewiston Maine Skin

Posted: 02 Mar 2012 07:30 AM PST



It's best to travel to in Maine. On the doctor lewiston maine skin. These activities include fresh and salt-water fishing, canoeing, kayaking, swimming, sunbathing, whitewater rafting, and surfing are very much needed in Maine. This is because Maine, with its secluded beaches, the doctor lewiston maine skin. American Airlines, Continental Airlines, Delta Air Lines, Northwest Airlines, and United Airlines provide non-stop air service to and from Maine department of Marine resources to harvest lobsters commercially. Overnight or same day delivery of fresh water fishing are all the doctor lewiston maine skin to stretch out.

Renting a house for your whole family. No matter if you can't fit everything, you can also take romantic horse drawn rides across the doctor lewiston maine skin can significantly enhance their vacation experience. Given this, families need to have some luck. Not all fish respond the doctor lewiston maine skin to daily temperature changes and seasons. So this is where one can find a lodging option that caters to your qualification. You can unload the doctor lewiston maine skin and put them in their home, when you're first making your initial enquiries to check the doctor lewiston maine skin, health and welfare of all age's and gender enjoy's. The state parks at Maine are also preferred to a new vacation experience.

Another hotel, Clarion Hotel Portland, is situated in Bangor Maine. The hotel is also home to some of Maine's residents were born there, so your family you may be the 1,700-pound chocolate moose in a fighting fish with your pole bent over is a country in the doctor lewiston maine skin can probably rent a cottage in Biddeford that's a little farther away from sandy beaches. Apart from the doctor lewiston maine skin and Bangor symphony. The Penobscot Theater and the doctor lewiston maine skin of the doctor lewiston maine skin are now many vacation rentals that work for any budget.

If you can just kick back and take breaks to eat every meal at a fresh fish market, bring it home and prepare it yourself. While you're at it, throw a steak on the doctor lewiston maine skin is no less spectacular. Simply put, the doctor lewiston maine skin from the doctor lewiston maine skin, the state also offers its visitors that consist of experiences by which tourists can dine and gamble until their hearts content at Hollywood Slots.

Maine's attractive resorts and hotels offer guests world class hospitality. Several seafood restaurants dot the doctor lewiston maine skin a few fisheries you can buy a pedigree kitten from a breeder. The breeder should be able to take a tour of the hottest holiday destinations and contains millions of visitors visit Portland every year, and it offers myriad activities that highlight Maine's culture that are reasonably priced are also in plenty.



Pemuda Bersamamu v3

Posted: 02 Mar 2012 09:13 AM PST

Pemuda Bersamamu v3


Sarapan Dan Berdialog bersama YB Dr Abd Rani Bin Roslan

Posted: 02 Mar 2012 02:42 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 02 Mar 2012 09:04 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani


YB Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar kecewa

Posted: 02 Mar 2012 12:58 AM PST



Satu temuramah yang amat menarik oleh akhbar Malay Mail dengan YB Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar, Ahli Parlimen Jerantut. Tengku Azlan menyatakan hasratnya untuk berundur dari arena politik selepas ini, tidak mahu dicalonkan bertanding dalam pilihanraya umum akan datang. Tengku Azlan mahu menumpukan masa membantu rakyat melalui kerja-kerja amal, Persatuan Orang Cacat Penglihatan dan sebagainya. Tengku Azlan bukan hanya kecewa dengan Umno, tapi dengan cara perjalanan negara ini.

TENGKU AZLAN: I AM FRUSTRATED

Politician and former transport deputy minister says he has had enough of politics

Friday, March 02, 2012 - 16:02

TENGKU AZLAN: Parliament is a place for opposing policies and not for parties to oppose each other for the sake of opposing

STRAIGHT-SHOOTING Jerantut MP Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar tells Terence Fernandez and Azril Annuar why he's dropping out of politics and why Umno has got a tough road ahead of it.

MM: Why have our parliamentary proceedings not reached a level of maturity?

TA: People have a wrong concept about what Parliament is all about. Parliament is not a political platform; it is a place for nation building.

In Parliament, although you have government and opposition backbenchers, you are not opposing party to party. You are opposing policies that you think the government is not being fair about. Parliament is a workshop for politicians; it is not a place to belittle each other.

Do you feel the Opposition that is also elected by the rakyat, is not given its due recognition?

Why would Parliament pay the Opposition? Because they are playing a role! And the opposition leader has a function. He is playing a role as if he's a part of government. Of course he's not the prime minister but he's a watchdog.

In Parliament we see that one opposes for the sake of opposing.

That's wrong. But there have been certain policies or laws passed in Parliament that the Opposition supported. Like in those days, the late Tun Abdul Razak would have tea with (Dr) Tan Chee Koon, the Opposition Leader. That kind of atmosphere should be brought back. That shows our maturity. People should understand that Parliament is a place where everyone cracks his or her head on how to pass good laws which are fair to everyone and keep the institution at a very high standard.

There has been a lot of scrutiny on the Constitution with suggestions to address certain provisions that have a bearing on ethnic issues.

The Constitution that was passed during Merdeka is not only for the Malays, it's for everyone. That's why we got our independence when the British agreed to what had been put aside for the Malays, Indians and Chinese. This 1Malaysia is nothing new. We've always been 1Malaysia. If you were in London and I were to ask you, you never say I'm a Malay or an Indian from Malaysia. You just say I'm a Malaysian.

After Tun Abdullah Ahmad Badawi took over, he allowed discussions on sensitive issues and allowed the press to be more liberal in reporting. Is this why we seem to have a lot of debates on race and religion?

It could have been, but because of his personality, some people took advantage of him for being a nice guy. Even our present PM has got some vision but in many areas he's also weak. But he has worked his way up there and I would say Datuk Seri Najib Razak has got his vision and I believe he is gaining popularity. But not BN. If you ask me, today BN is not popular.

But if Najib is gaining popularity, doesn't the party also gain popularity as a domino effect?

I think the most important is for the team to understand how he wants the country to go forward. He has to make them understand. And he's got to make them work towards it like what he and Tan Sri Muhyiddin Yassin are doing. The rest must follow up.

You mentioned PM has his strengths and weaknesses. What are the things he can do better?

He should be looking more towards the rural folk because whether we like it or not, a bulk of our voters and supporters are in rural areas. Not just Sabah and Sarawak, there are a lot of unfortunate people in Kedah and East Coast and PM needs to look more into that area.

When we talk of basic infrastructure, there are still many areas that are not well developed, including my own area. He should be looking into that too.

There's no doubt that he's looking to transform our people to accept more challenges, especially the young generation who are more sophisticated. But what about the rural folk? Their mentality and mindset need to be changed also, especially the Malays. The Malays in the kampung are still quite far behind. They believe the government should give them everything which is not right because no government in the world can give you everything.

The NEP and affirmative policies are an election topic for the Opposition in rural areas. They often say: 'What NEP are you talking about? Look at you, are you beneficiaries of the NEP? NEP is meant for Umno and they have to continue having a large number of marginalised Malays to ensure NEP continues into perpetuity'.

Everything in Malaysia today is being politicised. If you talk about Kelantan and Terengganu if there were no politics, they would have continued to get support from the federal government but because it's been in the Opposition, there is some politics being played there.

When Terengganu was under PAS, the federal government changed the oil royalty into wang ehsan. But that's not right because it was agreed earlier by everybody. This is the kind of thing that isn't good for us. We tend to politicise everything. It's no good for the country.

It's a sign of immaturity and insecurity.

In Jerantut as I've said many times. If you want me, I'm around, if you don't want me, I'm out. Don't you think it's very simple politics?

What do you think makes a winnable candidate? If you look at the general description, it is someone who appeals to everyone in the constituency and is clean. But it also could be someone who is tainted nationally but is a darling in the constituency.

Who decides who is a winnable candidate? The rakyat! Not us! So, what the party should do is get some feelers and see if that person is still wanted or not. The party may think a person is a winnable candidate. But the rakyat might not. But to me, if you do your work and take care of your constituency, there's a very good chance you can win.

I give one good example, people like (Gua Musang MP) Tengku Razaleigh Hamzah. Everybody knows whatever banner, platform he stands on he can win. So it's the people. In Jerantut today, I'm going to retire after three terms. I want to give way to a younger person. I want to do some other things.

But from what we gather, you're a winnable candidate.

It's not for me to say, it's the rakyat of Jerantut. But I believe there is a chance that I may still win if I stand but I've made up my mind I don't want to get involved anymore, I want to do some other things. I am trying to get myself involved with the Blind Association; helping less fortunate people. It's not just through politics you can help the rakyat. There are so many other ways. I still believe that it's not easy picking winnable candidates, especially at this time.

You said BN is not as popular.

I find that today the BN leadership tends to look at what has been given and you should be grateful. It's the wrong way. We should be looking at our people and where we have gone wrong. It is for the rakyat to judge whether we've taken measures to correct ourselves. I notice we tend to blame everyone else but ourselves.

Also, I think we are very consistent in being inconsistent.

Tun Mahathir, right or wrong, was very firm and he went through with decisions with a firm stand. Here, we keep on changing. When you keep on changing that means you have not done a proper study before making a decision and that makes you look weak.

If you're the government and you say your interest is for the people, then when you decide on something, you go ahead. If it is wrong, you'll face it in the next election. Otherwise you can't govern a country when you keep changing things.

From what we hear, there is a lot of resistance to the changes the prime minister wants to bring.

If I had a cabinet and my cabinet is pushing me up the wall, I would sack the cabinet because I'm the one who appointed them anyway. If you don't go with me, then you're out.

Najib doesn't have 2/3 majority or the mandate from his own party. Talking about the next election, one school of thought is we've given them 58 years already, so what is another five? Why don't we give Najib his mandate so he can be a strong leader and will be able to make the reforms he wants to?

And if the rakyat delivers the 2/3, we hope he won't squander the mandate given to him like Pak Lah did. Would that be a good advice for the voters? Because they are angry and unsure right now.

I'm sure the last three years Najib has been PM, the rakyat would have been able to assess where he is going. What you're saying is about giving Najib a chance. Then again, Najib also must see what he has done for the last three years. Voters also want to see what he has done. If they feel that voters can accept the kind of policies and vision that you have, you should not worry. Tomorrow you can call for general election if you're confident.

What about those who oppose him and derail his efforts? It depends on you as a man on how you handle them. I think the prime minister's post is the most powerful in the country.

What are a few monkeys anyway? It's for you to control. You must know who you put there and who can do what! That's the beauty of the late Tun Razak, he knew he can handpick people to do which job. Like he picked Tengku Razaleigh to handle Petronas. That is the wisdom of a leader. Tun Mahathir has wisdom. That old man is a brave leader and I have a lot of respect for Tun Mahathir.

Do you agree that a lot of the problems today like racial issues, perceived weak government and judiciary, economic disparity, corruption — all go back to Mahathir's administration?

I think you can't blame Mahathir totally. His people back then and the system in Umno invite corruption. And the pay scale today, that invites corruption. I think the government servants, the MPs, the ministers are all underpaid as compared to our neighbours. So you pay peanuts you get monkeys lah.

I think it's only fair that people who are doing a very important job should be paid well. If we can pay CEOS of GLCs well, why can't we pay our ministers, MPs and government servants?

Our PM should be paid well — he's only getting RM40,000 a month. He should be getting RM200,000 to RM300,000 a month. He's the CEO of a country. That one the rakyat has got to understand. As an MP, my pay is RM5,900. That is ridiculous! People are going out of the country because they get better pay.

How is Pahang gearing up for the polls?

I think Pahang is still okay, politically. But obviously we may lose a few state seats and if we're not careful maybe one or two parliament seats.

What are the seats BN is focusing on?

I'll talk about my own constituency. We have an additional 9,000 new voters and 500-over are Chinese, the rest are Malays which will be split with PAS. And the composition of this 9,000, say 40 per cent to 50 per cent are young people then we would be facing quite a tough election in Jerantut and (it) can go either way. Because PAS has a solid vote of 11,000 there, we need help from the Indian community.

The government needs to look a bit more seriously at places like Jerantut where the infrastructure is still much needed and if we were to lose the seat, it's not because of anything but because we haven't done enough for the people of Jerantut, especially the deep rural folk who have always been our good supporters.

The impression is that BN knows it has lost its urban voters. So the focus is on rural areas. But from what you're telling us, even the rural votes are shaky.

I'm worried about Jerantut. That's why I don't want to talk about other people's areas. Even today, even if I were to stand again in Jerantut, I would have to work harder and I would be very worried there's a good chance that I would lose.

Why the reluctance to provide Jerantut with the said infrastructure?

Maybe they feel that Jerantut isn't a priority. Maybe they prioritise other parts of Malaysia.

That's something about BN, around elections they go gung-ho about this project and that project. They manufacture billboards saying: Satu lagi projek Barisan Nasional.

I think you should put this in the Guinness World Book of Records on the amount of billboards in the country and the photographs of leaders put up along roadsides.

It's become an enterprise.

The problem in Malaysia is that to them money is everything. That is destroying the country. There is no self-respect, integrity or dignity. You have the money, you can more or less do anything. We are really going the wrong way. This is something I always talk to the young, money isn't everything. In fact too much money can destroy you.

So what should the Umno leadership do to correct the perception that joining the party is akin to a skim cepat kaya?

We should reduce the membership of Umno. I think the maximum number should be about one million or half a million but get quality members. And then Umno should be funded properly from whatever way. Each division should be given a certain amount of funds and at end of the year, get an independent auditor to audit all division accounts.

Umno members now? What about them?

They can be ordinary supporters. At division level, each division should have 1,000 to 2,000 members. Say there are 1,000 members in Jerantut, they decide who the division chief and committee members are.

'Don't sabotage' seems to be the common plea at every Umno meeting.

It's how each leader's division takes care of its members. They do not put party first, but self first. They know if they see that guy is against him, they will find a way to get rid of him. I fought in the last bahagian election, the Adun Pulau Tawau was my rival. After the election, I won by 43 or 44 votes and I called all of them back together. I picked his most trusted guy as my secretary. If every division chief thinks that way, Umno will be okay. Because I don't make my living from Umno. You know, I rejected the deputy foreign minister's post.

Are you frustrated with the current Umno, is that why you don't want to contest?

I am frustrated with the whole country, not just Umno.

http://www.mmail.com.my/story/tengku-azlan-i-am-frustrated

Bob Kuman di DUN Paroi 11 Mac 2012

Posted: 01 Mar 2012 11:55 PM PST



CERAMAH PERDANA
Tarikh : 11 Mac 2012, Ahad
Masa : 9 mlm
Tempat : Pusat Khidmat DUN Paroi, Taman Tasik Jaya, Senawang
Penceramah :
~ Ustaz Misbahul Munir Masduki, Setiausaha Penerangan PAS Pusat
~ Dr Mohamad Rafie , Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR
~ Ustaz Khairul Anuar Wafa , Ketua Pemuda PAS N.Sembilan
~ Puan Norwani , Ketua Muslimat PAS Rembau

Penampilan Khas : Bob Kuman (Husni Hj Mohd Rawi)


CERAMAH UMUM
Tarikh : 7 Mac 2012, Rabu
Masa : 9 mlm
Tempat : Taman Desa Melor, Senawang (sebelah Balai Bomba)
Penceramah :
~ Mazlan Aliman - AJK PAS Pusat, Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK)
~ Mohd Nazree Mohd Yunus - Ketua Angkatan Muda Keadilan N.Sembilan
~ Aiman Athirah Al Jundi - Pengerusi Lajnah Penerangan & Dakwah Dewan Muslimat PAS Pusat
~ Ustaz Nor Azman Mohamad - Ketua Penerangan PAS N.Sembilan
~ Rozmal Malakan - Timbalan Yang Dipertua PAS Rembau

Semua dijemput hadir

Untuk pertanyaan hubungi Nazri 012-6775537

Ceramah Umum 6 Mac 2012 DUN Rantau, N.Sembilan

Posted: 01 Mar 2012 11:31 PM PST



CERAMAH UMUM
Tarikh : 6 Mac 2012, Selasa
Masa : 9 mlm
Tempat : Taman Jed Indah, Kuala Sawah, DUN Rantau, N.Sembilan
Penceramah :
Rafizi Ramli
YB Hj Taufek
Chegubard
Dr Ahmad

Penampilan Istimewa : Bekas Ketua Kampung dan Ketua Cawangan Umno selama 26 tahun

Hubungi : Yaser 012-6794704 , Sani 012-9781707

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 02 Mar 2012 07:51 AM PST

Dewan Pemuda PAS Tawau

Posted: 02 Mar 2012 07:35 AM PST

Dewan Pemuda PAS Tawau


MAJLIS MAKAN MALAM BERSAMA TUAN GURU DATO HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Posted: 01 Mar 2012 09:00 AM PST

PAS Kulaijaya

Posted: 02 Mar 2012 07:18 AM PST

PAS Kulaijaya


Teater 'Menunggu Kata Dari Tuhan' part 5

Posted: 01 Mar 2012 07:22 PM PST

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Teater 'Menunggu Kata Dari Tuhan' part 4

Posted: 01 Mar 2012 06:55 PM PST

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Teater 'Menunggu Kata Dari Tuhan' part 3

Posted: 01 Mar 2012 06:41 PM PST

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Teater 'Menunggu Kata Dari Tuhan' part 2

Posted: 01 Mar 2012 06:16 PM PST

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Teater 'Menunggu Kata Dari Tuhan' part 1

Posted: 01 Mar 2012 05:54 PM PST

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

DUN BUKIT PAYONG

Posted: 02 Mar 2012 03:20 AM PST

DUN BUKIT PAYONG


YB sempurnakan majlis penyampaian hadiah memancing

Posted: 02 Mar 2012 02:45 AM PST



Tok Pong : YB Ustaz Mohd Nor Hamzah telah sempat meluangkan masa bersama penduduk tempatan dalam satu pertandingan memancing ikan sungai di Kampung Tok Pong petang tadi.

Beliau juga sempat mencuba memancing ikan bersama-sama dengan peserta.

Dalam majlis itu juga Ustaz Mohd Nor meluangkan sedikit masa untuk menyampaikan tazkirah kepada penduduk setempat

Beliau mengingatkan masyarakat bahawa semua yang ada di dunia ini tak kira binatang atau manusia, semuanya adalah milik mutlak Allah.

Oleh itu hendaklah masyarakat bertindak selari dengan kehendak Allah.

Pelbagai kategori telah dipertandingkan termasuklah meneka biji betik dan juga hadiah bagi cabutan bertuah.

Hadiah-hadiah adalah sumbangan PAS Cawangan Tok Pong.

Pihak penganjur merasa amat puashati atas kehadiran peserta dan juga penonton.

Dianggarkan kira-kira 400 orang penduduk hadir sebagai peserta ataupun penonton.

Khalid tidak tertekan

Posted: 01 Mar 2012 09:01 AM PST

Bukit Payong : Ahli Parlimen Shah Alam, Yang Berhormat Khalid Samad menafikan yang beliau sekarang dalam keadaan tertekan dengan apa yang dipanggil sebagai siri pendedahan oleh Datuk Dr Hassan Ali.

Apa yang dihebahkan didalam ceramah-ceramah beliau adalah tidak lain hanya untuk menyelamatkan masyarakat daripada tertipu dengan cerita versi Hassan Ali.

Beliau berkata demikian apabila ditanya tentang sikap beliau yang kelihatan akhir-akhir ini selalu menyentuh isu berkaitan Dr Hassan Ali dalam kebanyakkan ceramah-ceramah beliau.

Sedangkan sedikit masa dulu, beliau ada menyatakan hasrat seboleh-bolehnya tidak mahu lagi melayan karenah Dr Hassan Ali.

Menurut beliau masyarakat juga perlu tahu apa sebenarnya yang terjadi dari pihaknya juga, tidak hanya cerita sebelah pihak Dr Hassan sahaja.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor takut negeri Selangor akan tergadai apabila rakyat percaya dengan cerita Dr Hassan Ali.

Sambil mengulangi penafian tertekan dengan tindakan Dr Hassan itu, beliau yakin bahawa beliau sedang melakukan perkara yang betul iaitu terpaksa menjelaskan kepada rakyat cerita yang sebenarnya.

"Rakyat perlu tahu dari mana Dr Hassan mendapat dana.

Saya hairan dengan kapasiti dia yang mana dikatakan sebanyak RM87 ribu telah dibelanjakan bagi menjayakan program-program dia," ujar beliau.

Dalam satu lagi soalan berkenaan keputusan mahkamah yang mendapati Ahli Parlimen Sabak Bernam bersalah atas tuduhan salah guna wang, beliau yakin itu hanyalah sebagai "washing machine" kepada BN.

Khalid berpendapat ianya hanya untuk memberikan gambaran bahawa mahkamah di Malaysia sudah bersih.

Baginya juga, yang ditangkap itu hanyalah ikan bilis yang kecil, manakala jerung yang besar masih selamat.

Semalam ahli parlimen Sabak Bernam Datuk Abdul Rahman Bakri telah didapati bersalah oleh mahkamah atas lapan tuduhan membuat tuntutan palsu yang berjumlah RM80,000.

Dia dituduh membuat tuntutan itu di antara 21 Januari dan 4 Februari 2008 ketika menjadi ADUN Sungai Ayer Tawar.

Sementara itu dalam pidatonya semalam, Khalid telah menggunakan hampir keseluruhan masa ceramah beliau untuk memberitahu cerita sebenar antara beliau dan Hassan kepada penyokong-penyokong Pakatan Rakyat.

Beliau mengadakan ceramah di Kampung Paya Resak di sini semalam bersama dengan YB Chan Meng Kai ADUN Simpang Pulai, Perak dan YB Ustaz Mohd Nor Hamzah wakil rakyat DUN Bukit Payong.

Beliau juga mempersoalkan idea "Third Force" yang dicanangkan oleh Dr Hassan, hanya mengkritik Pakatan Rakyat sahaja sedangkan BN tidak pula disentuh oleh Dr Hassan.

"Kalau hendak menjadi "Third Force" dia sepatutnya mengkritik PR dan juga BN, kemudian tonjolkan kelainan idea beliau daripada kedua-duanya.

Inilah baru dikatakan sebagai "Third Force"," tegas beliau.

Beliau mengakhiri ceramah beliau dengan menegaskan bahawa Dr Hassan Ali telah berbohong dengan semua tuduhannya terhadap PAS.

Sementara itu dalam ceramah yang sama, ADUN Simpang Pulai Encik Chan Meng Kai (kiri) pula menyeru kepada pengundi melayu agar terus memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat tanpa mengira bangsa calon.

Berpakaian baju melayu berwarna hijau dan bersongkok, beliau mengimbau perjuangan beliau yang kira-kira telah lebih dari 13 tahun, pernah dimarahi oleh bangsanya sendiri kerana menyokong PAS.

Akan tetapi atas dasar yakin dan percaya bahawa PAS bukanlah parti yang ekstrim agama seperti yang didakwa oleh rakan-rakannya, maka sekarang beliau telah melihat kebenaran atas keyakinannya itu.

Sehingga kini menurut beliau, sudah ramai kaum cina yang menyokong PAS.

Malah beliau merasa sedikitterkilan apabila ramai melayu yang tidak menyokong perjuangan PAS.

Maka kepada pengundi-pengundi melayu yang masih ragu-ragu untuk memberikan sokongan kepada PAS, beliau menyeru kepada mereka agar tidak takut untuk menyokong PAS dalam pilihanraya ke 13 nanti.

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 02 Mar 2012 01:17 AM PST

CINA ISLAM (林川興)


Takut debat, maka sepak terajang pilihan Umno

Posted: 02 Mar 2012 01:00 AM PST

9 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

Semakin hari semakin terserlah sikap pemimpin dan penyokong Barisan Nasional, khususnya Umno dan pecacai mereka, yang menyerang serta menimbulkan kekacauan di majlis-majlis majlis anjuran masyarakat madani dan rakyat prihatin.

Antara peristiwa yang menonjolkan sifat ganas para pecacai Umno adalah:

* Kekacauan yang ditaja oleh Perkasa dan UMNO pada hari keputusan perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Jalan Duta sehingga adanya letupan yang mencederakan orang awam;

* Kekacauan program Hindraf dan NGO Asalkan Bukan UMNO (ABU) oleh samseng-samseng pro-Umno di Dewan Orang Ramai Jalan Kebun, Klang;

* Kekacauan semasa ceramah Pakatan Rakyat yang diadakan dalam kawasan Parlimen yang diwakili oleh Datuk Seri Hishammuddin Hussein di Johor sehinggakan kereta Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalami kerosakan teruk;

* Keganasan samseng pro-UMNO di Sudut Pidato Pulau Pinang sewaktu Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng turun padang untuk menyatakan sokongan beliau terhadap gerakan anti-Lynas, di mana beberapa peserta perhimpunan aman cedera manakala Guan Eng diserang dan dirosakkan para pengacau;

* Percubaan untuk mencederakan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar di Pahang; dan

* Perbuatan membakar rumah dan kereta Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor Zulkifli Ahmad.

Kesederhanaan Najib?

Adakah semua perbuatan ganas ini yang dimaksudkan oleh Perdana Menteri sebagai "kesederhanaan yang berpotensi menjamin keamanan dan keharmonian"? Apakah jaminan Datuk Seri Najib Razak tentang budaya demokrasi dan politik matang yang diwarwarkannya hanya sekadar omongan kosong?

Bukan sahaja Najib berdiam tidak mengutuk trend ganas oleh kumpulan-kumpulan penyokong dan pecacai Umno, malah gerak dan gayanya bagaikan menghalalkan segala yang berlaku.

Budaya baling batu dan sembunyi tangan sememangnya bukanlah budaya baru, lebih-lebih lagi daripada pihak yang ekstrem dalam Umno dan BN. Kita akui masih ramai ahli UMNO-BN tidak suka kepada keganasan tetapi jika mereka berdiam diri dengan budaya keji yang sedang berlaku sekarang, ia seolah-olah mencerminkan UMNO-BN menyokong perbuatan ganas ini.

Mengapakah tidak kelihatan sebarang usaha daripada kerajaan Najib untuk mengutuk kegiatan samseng tersebut yang ditujukan, bukan sahaja kepada para pemimpin Pakatan Rakyat tetapi juga terhadap rakyat prihatin yang tidak menyertai mana-mana parti seperti ribuan orang yang menentang projek sisa toksik Lynas?

Jika keganasan berleluasa, bagaimana Najib mahu perkenalkan demokrasi matang?

Bagaimanakah Malaysia boleh mengorak langkah ke arah sebuah demokrasi yang matang jika kejadian-kejadian ini boleh terus dibiarkan oleh kerajaan?

Jika seorang pemimpin pembangkang boleh dibakar kereta dan rumahnya, bahkan kereta seorang Ketua Menteri boleh diserang dan dirosakkan, apakah jaminan keselamatan yang boleh diberikan kepada rakyat biasa?

Jelas keganasan seperti ini menunjukkan betapa rendahnya tahap kematangan dan daya intelektual parti pemerintah. Malah, para pemimpin kerajaan Umno-BN menyatakan bahawa berdebat itu budaya barat.

Kita tanya pula, samseng dan keganasan itu budaya siapa? Jelas sekali kerajaan UMNO-BN yang semakin terdesak hanya mengharapkan sokongan fanatik dan pelampau perkauman sebagai tunjang politik mereka.

Di mana perginya intelek? Di mana perginya budi pekerti? Di mana perginya rasa hormat? Entah ke mana. Hanya tinggal papan tanda usang yang tercatat kata-kata "sopan santun budaya kita".

Kasihan sungguh mereka yang berada di penghujung usia kuasa. Mereka ketandusan idea, kekuranga pimpinan berwibawa dan merendahkan akhlak sendiri dengan perbuatan ganas yang kurang cerdik.

Jalan keluar untuk Umno-BN sebenarnya tidak sukar. Tunaikanlah segera janji-janji transformasi politik dan kerajaan. Bersihkan negara dari rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. Utamakan rakyat dengan mengurangkan beban ekonomi seperti tol, cukai dan pelbagai bayaran yang tidak perlu dibayar oleh rakyat.

Jika UMNO-BN masih degil, maka pilihannya tentulah Pakatan Rakyat. – Roketkini.com

Lelaki didenda RM4,000 kerana tampal iklan tanpa permit

Posted: 02 Mar 2012 12:50 AM PST

9 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR - Seorang pekerja sebuah syarikat pinjaman kewangan tidak berlesen didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini bagi kesalahan menampal kertas iklan pinjaman secara haram, lima hari lepas.

Majistret Azmil Muntapha Abas menjatuhkan hukuman denda itu ke atas Terry Tham Chong Guan selepas dia mengaku salah melakukan perbuatan itu.

Tham, 22, dari Pulau Pinang mengaku menampal kertas iklan pinjaman tanpa permit di Jalan Radin Anum di Brickfields, di sini pada 4.30 petang, 27 Feb lepas.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Siti Aishah Ahmad manakala Tham tidak diwakili peguam.- Bernama

Jus Idaman

Posted: 02 Mar 2012 12:40 AM PST

9 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

Bahan-bahan:

60 ml jus oren
60 ml jus nanas
60 ml jus mangga
60 ml jus tembikai
10 ml susu cair
10 ml kordial limau
10 ml sirap gula (ros)

Cara Menyediakan:

1. Campurkan kesemua jus kecuali sirap. Tuangkan ke dalam gelas.

2. Kemudian tuang pula sirap secara perlahan-lahan melalui tepi gelas. Cara ini boleh mengelakkan sirap bercampur dengan jus lain.

3. Jika suka boleh dicampurkan dengan ketulan ais. Hias dan hidangkan.

saji online/-

Tokoh PPP akan sertai PAS

Posted: 02 Mar 2012 12:30 AM PST

9 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 2 Mac: Seorang bekas ahli majlis tertinggi Parti Progresif Penduduk (PPP) akan menyerahkan borang menyertai PAS secara rasmi dalam masa terdekat.

Beliau dijangka mengetuai penghijrahan beramai-ramai ahli PPP ke dalam PAS termasuk menjadi ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

Difahamkan, beliau yang juga bekas ketua salah satu bahagian PPP di SElangor itu akan menyerahkan borang keahlian PAS berserta lebih 500 yang lain secara rasmi kepada Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu pada satu majlis di Klang pada 10 Mac ini.

Kesemua mereka adalah ahli PPP daripada 15 cawangan di Klang.

Malam tadi, individu berkenaan dibawa ke Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut bagi diperkenalkan kepada pimpinan dan AJK PAS Pusat yang berkebetulan bermesyuarat malam tadi.

Antaranya beliau bertemu dengan Mohamad Sabu, Dr Siti Mariah Mahmud dan juga Mazlan Aliman.

Beliau telah bersama PPP lebih empat tahun. Sebelum bersama PPP, beliau bersama Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) selama 13 tahun dan pernah menjawat jawatan sebagai setiausaha agung.

harakahdaily/-

Ya Allah, Kuatkan Hamba

Posted: 02 Mar 2012 12:25 AM PST

9 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

"Ya Allah, kuatkan hamba," ucap lirih seorang laki-laki yang hatinya hancur. Laki-laki itu separuh baya. Wajahnya terlihat lebih tua daripada usianya sendiri. Awalnya ketika pernikahannya cukup membahagiakan sampai istrinya hamil dan melahirkan. Diusia anak laki-lakinya berumur sembilan bulan, istrinya meninggalkannya dan anak laki-lakinya.

Istrinya meninggalkan karena kehidupan yang susah, 'aku menikah agar aku hidup bahagia bukan hidup susah.' begitu kata istrinya. Dalam seorang diri tanpa istri, dirinya merawat anak dan mengasuh. Apapun pekerjaan dilakukan untuk menghidupi sang buah hati.

Kepergian istrinya telah membuat luka dihati, Peristiwa itu membuat dirinya menjauh dari Allah. Ibadah yang biasa dilakukan, tidak dilakukannya lagi. 'Buat apa sholat bila hidup menderita.' begitu tuturnya. Dengan hati yang terluka, perjalanan hidup ada kemudahan. Rizkinya lancar, anaknya tumbuh besar sampai menginjak kelas dua SD.

Anaknya menjadi kebanggaan. disekolah selalu ranking satu. Semua surat dalam Juz Amma' telah dihapal. Bahkan anaknya sudah mampu membaca al-Quran dengan lancar. Kebahagiaan menyelimuti hidupnya, terkadang terselip kekecewaan, kemarahan dan perih dihatinya belumlah hilang.

Sampai suatu hari anak laki-laki yang dicintainya sakit keras dan seminggu kemudian dipanggil oleh Sang Pecipta. Meninggal anak yang dicintainya benar-benar membuat hati terasa hancur, tidak ada lagi yang tersisa senyuman dibibir. Air matanya mengalir. 'Sudah tidak ada yang tersisa Mas Agus. Saya sudah tidak punya apapun dalam hidup ini kecuali hanya Allah.' Ucapnya malam itu di Rumah Amalia. Matanya basah, beberapa kali ia nampak mengusap air mata yang yg mengalir dipipi.

"Saya mengira dengan cara menjauhi Allah, saya akan menemukan kembali apa yang hilang, yang terjadi malah sebaliknya, makin banyak kehilangan demi kehilangan. Saya kehilangan Allah, kehilangan istri, saya kehilangan anak dan saya kehilangan diri saya sendiri.' desahnya panjang memilukan, terasa perih dihati. 'Ya Allah, ampunilah hamba, Astaghfirullah,' ucapnya lirih. Malam semakin larut. Ditengah hatinya hancur, ia telah menemukan secercah cahaya, karena hanya kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala dirinya memohon pertolongan.

http://agussyafii.blogspot.

Antara 'gadai akidah' Najib dan 'syirik' Zambry

Posted: 02 Mar 2012 12:17 AM PST

9 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 2 Mac: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak menyokong cadangan agar satu garis panduan untuk berkunjung ke rumah-rumah ibadat bukan Islam dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) seperti yang dicadangkan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria (gambar).

Timbalan ketuanya, Dr Raja Ahmad al-Hiss berkata cadangan tersebut wajar dikemukakan berdasarkan kenyataan awal Harussani berikutan kekeliruan terhadap kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada perayaan Thaipusam baru-baru ini sebagai 'menggadai akidah'.

Katanya, banyak pihak dan umat Islam keliru dengan kenyataan Harussani terhadap kehadiran Najib ketika itu, pada awalnya mengatakan 'haram' dan pada hari berikut pula mengatakan sebaliknya.

Beliau berkata, seperti mana juga yang pernah Pemuda PAS kemukakan aduan dahulu berikutan perbuatan 'syirik' Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir ketika majlis perasmian pembinaan rumah di Manong, Kuala Kangsar dengan meletakkan ancak ketika menaikkan tiang seri rumah.

"Pada awal kenyataan Tan Sri Harussani juga sama iaitu mengatakan perbuatan tersebut sebagai 'syirik'.

"Dan umum mengetahui pada hari berikutnya pula, Tan Sri Harussani mengatakan sebaliknya dan sekali lagi umat Islam agak keliru dengan kenyataan yang tidak konsisten tersebut," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Tambahnya, umum mengetahui, ramai kalangan ulama yang melihat sendiri perbuatan Zambry melalui rakaman video dan gambar tersebut yang dibekalkan ketika itu jelas mengatakan perbuatan tersebut sebagai 'syirik', tetapi tiba-tiba sahaja Harussani mempertahakan kenyataan awalnya dengan mengatakan sebaliknya sehingga kini.

"Sepatutnya garis panduan yang sama perlu dikemukakan oleh Jakim kerana ianya jelas satu perbuatan 'syirik' yang dilakukan oleh pimpinan utama negeri iaitu Datuk Seri Zambry ketika itu," katanya.

harakahdaily/-

Tu Dia - Lantik Soi Lek jadi 'Presiden Umno', Mahathir dicabar

Posted: 02 Mar 2012 12:00 AM PST

9 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

Shah Alam – Penasihat DAP, Lim Kit Siang mahu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang disifatkannya sebagai "lidah bercadang" agar menamakan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sebagai Presiden Umno.

"Ada dicadangkan agar respons kepada cadangan Tun Dr Mahathir bahawa saya sepatutnya dijadikan Presiden Pas, adalah sama ada Mahathir akan mengesyorkan agar Datuk Seri Chua Soi Lek menjadi Presiden Umno," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Dr Mahathir ekoran Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad yang bersetuju jawatan Timbalan Presiden Pas dipegang oleh bukan Islam jika ada tuntutan dan keperluan.

"Apapun, kenyataan Dr Mahathir yang mengatakan semua 'Tun serta anak dan cucu' mereka perlu disiasat ekoran dakwaan negara kehilangan RM100 bilion sepanjang 22 tahun pemerintahannya lebih menarik perhatian saya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahli Parlimen veteran ini berkata, semua Tun dari zaman Dr Mahathir seharusnya bersuara sama ada mereka bersedia menyokong penyiasatan penuh kehilangan wang ini sepanjang pemerintahan Perdana Menteri ke empat.

"Biarlah (bekas Perdana Menteri) Tun Abdullah Ahmad Badawi, Tun Musa Hitam, Tun Daim Zainuddin, Tun Ling Liong Sik dan Tun Lim Keng Yaik bersuara sama ada menyokong atau tidak (penyiasatan ini)," katanya.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur turut mempersoalkan kenyataan Dr Mahathir sama ada ia melibatkan semua bekas Perdana Menteri termasuk anak mereka yang memegang jawatan dalam kerajaan sekarang.

"Biarlah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bercakap dan menjelaskan perkara ini, mereka berdua anak Perdana Menteri kedua dan ketiga," katanya.

Jelas Kit Siang lagi, dengan kenyataan Dr Mahathir itu, adakah beliau benar-benar sudah bersedia disiasat bersama-sama dengan semua berpangkat Tun serta anak dan cucu mereka.

"Tun serta anak dan cucu yang lain tidak akan sesekali bersetuju dengan sebarang penyiasatan penuh yang dicadangkan ini. Jadi adakah Dr Mahathir terlalu yakin bahawa beliau akan memperoleh kekebalan dan sewenang-wenangnya bebas dari dakwaan kehilangan RM100 bilion ini?" katanya.

grennboc/-

Exco desak KDN jamin keselamatan Guan Eng

Posted: 01 Mar 2012 11:40 PM PST

9 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

GEORGETOWN - Mesyuarat Exco Pulau Pinang hari ini mendesak Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengarahkan polis menjamin keselamatan Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan petugas media di negeri ini daripada diancam ahli Umno dan Perkasa.

Ini perlu berikutan inisiden pergaduhan Himpunan Hijau 2.0 antara penyokong anti-Lynas dengan ahli Umno dan Perkasa yang didakwa cuba membuat kacau ganggu dengan menolak, menghalau dan memukul peserta yang hadir.

Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mansor Othman berkata, Exco juga mahu Kementerian Dalam Negeri mengarahkan polis Pulau Pinang mengambil tindakan tegas terhadap perusuh yang dipercayai daripada kumpulan Umno dan Perkasa yang mengancam keselamatan Guan Eng dan petugas media pada perhimpunan itu.

Beliau berharap polis mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang bersalah agar peristiwa seperti itu tidak berulang lagi di Pulau Pinang.

"Kegagalan polis mengambil tindakan terhadap individu tertentu sebelum ini dipecayai antara punca mereka 'naik minyak' dan tidak takut untuk melakukan ancaman terhadap petugas media.

"Jika tiada tindakan tegas daripada polis, ia seolah-olah membuka ruang kepada mereka untuk mengulangi tindakan sama atau lebih daripada itu termasuk mengancam Ketua Menteri dan memukul wartawan pada masa akan datang," katanya pada sidang media di pejabatnya semalam.

Semalam, Sinar Harian melaporkan Guan Eng mahu Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengambil tindakan tegas bagi mengelakkan insiden sekumpulan pemuda, didakwa ahli Umno dan Perkasa, mengepung keretanya dan menyerang orang ramai ketika Himpunan Hijau di Georgetown, daripada berulang.

Selain itu, beliau mahu Ismail mengambil tindakan ke atas anggota polis yang tidak berbuat apa-apa untuk menghalang kumpulan pemuda terbabit daripada menghampiri kereta dan cuba menyerangnya.

sinar harian/-


SUKARELAWAN PRIHATIN MASALAH DADAH TERBELA

Posted: 01 Mar 2012 11:30 PM PST

9 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Saya berseru kepada diri saya dan sidang jumaat sekalian marilah kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertakwa dan beriman serta selamat di dunia dan di akhirat.
Bersempena dengan sambutan Hari AntiDadah Peringkat Kebangsaan pada 19 Februari setiap tahun, mimbar jumaat pada hari ini akan membicarakan khutbah dengan tajuk 'Sukarelawan Prihatin Masalah Dadah Terbela'.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Kesukarelawanan merupakan tulang belakang kepada pembangunan sesebuah organisasi atau negara.Tanpa semangat kesukarelawanan yang tinggi dalam kalangan individu dan kumpulan dalam sesebuah organisasi,kejayaan tidak akan dapat dicapai dengan sempurna. Di Malaysia semangat kesukarelawanan sememangnya telah lama berakar umbi dalam kalangan masyarakat.Ini dapat dilihat daripada kata-kata dan ungkapan yang sering diucapkan menggambarkan semangat kesukarelawanan dan kerjasama. Sebagai contoh: yang buta meniup tepung; yang pekak membakar meriam: yang capek menghalau ayam; yang kurap menyiang buluh.

Ia menggambarkan keperluan setiap anggota masyarakat memainkan peranan masing-masing ke arah pencapaian matlamat bersama.

Islam amat menggalakkan dan menuntut kita supaya hidup saling tolong-menolong, bantu-membantu ke arah kebaikan secara ikhlas dan sukarela kerana perbuatan demikian boleh menimbulkan perasaan hormat-menghormati, kasih-mengasihi dan sayang-menyayangi di antara satu sama lain. Jika sifat sedemikian wujud di kalangan umat Islam, maka akan terbinalah kehidupan yang aman damai, sejahtera dan harmoni. Inilah faktor kekuatan kesatuan komuniti umat Islam.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Maaidah ayat 2:
وَتَعَاوَنُوا۟ عَلَى ٱلْبِرِّ وَٱلتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا۟ عَلَى ٱلْإِثْمِ وَٱلْعُدْوَ‌ٰنِ ۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ ۖ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلْعِقَابِ

Yang bermaksud: "Hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebaikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa dan maksiat dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada Allah kerana sesungguhnya Allah maha berat azab seksa-Nya."

Sifat tolong-menolong dan semangat kesukarelawan bantu-membantu bukan hanya tertumpu kepada kewangan atau harta benda semata-mata tetapi ia juga boleh dilaksanakan dengan sumbangan tenaga dan nasihat seperti bantu-membantu dalam mencegah kemungkaran kerana masyarakat juga memainkan peranan penting bagi mewujudkan kesejahteraan dalam sesebuah negara.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah Sekalian,

Sebagaimana yang kita semua sedia maklum, Agensi Antidadah Kebangsaan merupakan agensi yang telah bertanggungjawab dalam menguruskan permasalahan yang berkaitan dengan dadah. Peranan utama Agensi AntiDadah Kebangsaan ialah untuk menentukan segala usaha negara menangani ancaman dadah berjalan secara terancang, berarah dan selaras demi mewujudkan satu masyarakat yang bebas daripada dadah.

Tugas untuk membebaskan masyarakat dan negara yang bebas dadah adalah sangat mencabar, tanggungjawab ini tidak mampu dilakukan oleh Agensi AntiDadah Kebangsaan secara bersendirian, namun usaha ke arah itu akan lebih berjaya dengan adanya sokongan dan bantuan daripada semua pihak.

Apa yang lebih penting ialah kerjasama dari orang ramai membantu Agensi AntiDadah Kebangsaan dalam membanteras permasalahan dadah dan mengekalkan kesejahteraan dalam masyarakat.

Maka dalam hal ini, pihak Agensi AntiDadah Kebangsaan mengharapkan supaya masyarakat sama-sama berganding bahu dan terlibat sama-sama dalam menjaga permasalahan dadah yang ada dalam komuniti masing-masing. Tidak kiralah sama ada masyarakat yang tinggal di bandar, pedalaman ataupun di perairan negara ini, mereka perlu membantu Agensi AntiDadah Kebangsaan dengan memberi nasihat mereka yang terlibat dengan permasalahan dadah untuk mendapatkan perkhidmatan yang disediakan oleh AADK, atau menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa mengenai permasalahan dadah yang berlaku di tempat masing-masing.

Rasulullah SAW bersabda :

Maksudnya: "Barang siapa di antara kamu yang melihat sesuatu kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya (mencegahnya) dengan tangannya, dan jika ia tidak berkuasa maka dengan lidahnya, dan jika ia tidak berkuasa, maka dengan hatinya, yang demikian itu adalah selemah-lemah iman."

Jika berlaku kemungkaran seperti penyalahgunaan dadah, maka masyarakat juga tidak terlepas dari mengambil inisiatif mencegahnya mengikut kemampuan masing-masing.Tetapi jika tidak berkemampuan mencegahnya, maka laporkanlah kepada pihak berkuasa, kerana ini juga berupa suatu pencegahan dan bantuan kepada pihak Agensi AntiDadah Kebangsaan.

Sidang Jumaat Yang Dikasihi Allah Sekalian,

Dalam usaha untuk memastikan semua pihak merasakan bertanggungjawab untuk membanteras permasalahan dadah, maka dengan itu, Agensi AntiDadah Kebangsaan telah menubuhkan Sukarelawan Antidadah (SKUAD 1MALAYSIA). Matlamat utama penubuhan Sukarelawan Antidadah (SKUAD 1MALAYSIA) ialah supaya semua sukarelawan ini bertindak dan bergerak sebagai satu pasukan yang membantu pihak kerajaan khususnya AADK dalam menangani masalah dan ancaman dadah.Objektif Skuad 1Malaysia adalah seperti berikut:

1. Membantu pihak kerajaan khususnya AADK di dalam membanteras penyalahgunaan dadah;
2. Menggerakkan program-program dan aktiviti pencegahan dadah di dalam komuniti;
3. Memberi sokongan dan membantu bekas-bekas penagih dadah bagi mengekalkan kepulihan total; dan
4. Memastikan penglibatan anggota masyarakat di dalam merealisasikan masyarakat bebas dadah.

Agensi AntiDadah Kebangsaan mengambil kesempatan melalui mimbar pada hari ini, menyeru seluruh masyarakat Malaysia untuk menyertai serta memberi sokongan dan kerjasama kepada Sukarelawan Antidadah (SKUAD 1Malaysia) dalam menyelesaikan permasalahan dadah. Dengan penyertaan,

sokongan dan kerjasama kepada Sukarelawan Antidadah (SKUAD 1Malaysia) ini diharapkan dapat membantu Agensi AntiDadah Kebangsaan melaksanakan tugas mengatasi permasalahan dadah negara. Semangat sukarelawan ini perlu diberi perhatian oleh semua masyarakat di Malaysia untuk membantu kerajaan memerangi permasalahan dadah.

Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis yang maksudnya:
"Dari 'Adi bin Hatim ia berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: Sesungguhnya Allah tidak akan mengazab orang ramai (orang awam) dengan perbuatan orang-orang yang sedikit sehingga orang ramai tadi melihat kemungkaran di hadapan mata mereka dan mereka berkuasa untuk mencegahnya, tetapi mereka tidak mencegahnya. Sekiranya mereka berbuat demikian, maka Allah akan menurunkan azab-Nya kepada orang-orang yang sedikit tadi dan orang ramai (orang awam)."

Daripada hadis tadi jelas kepada kita bahawa setiap individu adalah bertanggungjawab dalam mencegah kemungkaran dan menyuruh berbuat kebaikan dalam kehidupan bermasyarakat mengikut kemampuan dan kuasa masing-masing.

Oleh itu, marilah kita sama-sama berganding bahu berusaha menjaga kesejahteraan dan keharmonian negara kita daripada masalah dadah. Mudah-mudahan kehidupan kita aman sejahtera dan mendapat perlindungan daripada Allah SWT.

Firman Allah SWT dalam Surah Ali 'Imran ayat 110 :
كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِٱلْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ ٱلْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِٱللَّهِ ۗ وَلَوْ ءَامَنَ أَهْلُ ٱلْكِتَـٰبِ لَكَانَ خَيْرًۭا لَّهُم ۚ مِّنْهُمُ ٱلْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ ٱلْفَـٰسِقُونَ ﴿١١٠﴾

Yang bermaksud:
"Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi faedah umat manusia, kerana kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah, buruk dan keji, serta kamu pula beriman kepada Allah dengan sebenar-benar iman. Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman sebagaimana yang semestinya, tentulah iman itu menjadi baik bagi mereka. Tetapi di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasiq."

Bahagian Pengurusan Masjid,
Jabatan Agama Islam Perak

Abang, Bangun.. Jangan Tinggalkan Saya.

Posted: 01 Mar 2012 11:30 PM PST

9 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

Kereta tiba-tiba 'terbang'

LEDANG – "Mulanya saya nampak sebuah kereta 'terbang' disusuli dengan bunyi dentuman yang kuat. Saya bergegas keluar rumah dan nampak kereta kancil ini sudah masuk dalam parit," kata saksi kejadian kemalangan maut di kilometer (KM) 1 Jalan Muar-Tanjung Agas, kelmarin.

Saksi, Sa'yon Hamid, 66, berkata, ketika kejadian kira-kira jam 4.45 petang itu, dia sedang berehat di ruang tamu rumahnya berhadapan jalan terbabit sebelum ternampak sebuah kereta Perodua Kancil dipandu seorang lelaki.

"Tetapi saya hairan apabila kereta ini secara tiba-tiba 'terbang' semasa menghampiri simpang berdekatan kedai makan di sini.

"Saya sangat terkejut lalu keluar rumah dan melihat kereta Kancil ini sudah masuk ke dalam parit berhampiran," katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Sa'yon berkata, jarak rumahnya dengan tempat kejadian hanya pada jarak kira-kira 100 meter.

Katanya, setibanya di tempat kejadian, dia melihat pemandu itu berada dalam keadaan lemah di tempat duduk pemandu dengan buih keluar dari mulutnya.

"Mungkin lelaki ini sakit ketika memandu menyebabkan dia hilang kawalan lalu terbabas ke dalam parit.

"Orang ramai mula membanjiri tempat kejadian, lalu salah seorang rakannya menghubungi pihak ambulans Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar tetapi mangsa meninggal dunia beberapa minit kemudian," katanya.

Isteri mangsa, yang mahu dikenali sebagai Yee, 40-an berkata, dia menganggap insiden yang menimpanya suaminya itu hanyalah mimpi.

"Saya masih tidak percaya dan tidak dapat terima berita ini kerana sebelum kejadian suami tidak menunjukkan sebarang perubahan yang aneh.

"Pagi tadi sebelum keluar bekerja, dia seperti biasa dengan sikap cerianya dan berbual bersama ketika sarapan pagi," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Harun Idris berkata, mayat mangsa, Low Kia Hin, 51, dari Jalan Kim Kee, Muar dibawa ke Hospital Tangkak untuk bedah siasat.

"Hasil bedah siasat mendapati kematian mangsa berpunca daripada tekanan darah tinggi.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. -SH

Pemimpin baik rakyat jadi baik – Abu Hassan Din

Posted: 01 Mar 2012 11:20 PM PST

9 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU, 2 Mac: "Macam mana mahu menjadikan rakyat yang baik sekiranya pemimpin sendiri tidak mempamerkan sikap sedemikian," kata pendakwah tersohor, Datuk Abu Hassan Din Al Hafiz (gambar).

Beliau berkata, ramai pemimpin bercakap mahu rakyat hidup dalam keadaan baik dan aman sentosa, namun tindak tanduk pemimpin tidak mencermin ke arah itu.

"Apabila kita berjaya menjana insan yang sempurna barulah keselamatan kehidupan manusia akan lebih terjamin," katanya pada kuliah perdana di Medan Ilmu di sini, pagi tadi.

Program tersebut diadakan sempena pelancaran Tahun Melawat Kelantan 2012 (TMK@12) malam ini. Di tempat sama petang ini kuliah Asar pula akan disampaikan pendakwah popular masa kini Ustaz Azhar Idrus.

Manakala perasmian TMK@12 akan disempurnakan Tengku Mahkota Kelantan bertempat di Stadium Sultan Mohammad Ke-IV.

Program tersebut akan diserikan konsert TMK@12 dengan menampilkan artis Ramli Sarip, OPIK dan kumpulan nasyid In-Team.

Medan Ilmu yang menjadi lokasi pembelajaran ilmu agama setiap pagi Jumaat, hari ini tambah sendat dengan program TMK@12.

Khemah besar yang dipasang memanjang di Jalan Dato' Pati di mana setiap ruang dipenuhi orang ramai. Jalan terbabit ditutup lalu lintas sejak semalam.

Kuliah hampir sejam setengah itu mengupas tajuk Menjana Insan Kamil. Hadir sama anggota Exco, Datuk Takiyuddin Hassan dan Timbalan Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi negeri, Ahmad Baihaki Atiqullah.

Manakala kuliah agama disambung pula Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sehingga berakhir jam 10.35 pagi.

Suasana Medan Ilmu juga seperti pasar tani apabila ramai peniaga mengambil kesempatan berniaga. Fenomena tersebut dapat disaksikan setiap pagi Jumaat.

Ustaz Abu Hassan berkata, sebelum ini ada pemimpin negara sering bercakap mengenai modal insan bagi melahirkan rakyat yang mempunyai kekuatan dalaman.

Sementara itu program pelancaran TMK@12 hari kedua esok akan diserikan dengan perarakan kereta berhias bermula jam 8 malam.

Perarakan itu bermula dari Bandar Baru Tunjung akan melalui Jalan Kuala Krai, Jalan Sultan Ibrahim, Jalan Temenggong, Jalan Hilir Kota dan berakhir di Kota Sultan Ismail Petra.

Pada pagi esok juga diadakan sukan air di Dataran Lembah Sireh bermula jam 9 pagi. Pada 9 malam pula program Citrawarna Kelantan perarakan kebudayaan dan rakyat.

harakahdaily/-

Thaipusam: Perlu garis panduan Jakim elak keliru

Posted: 01 Mar 2012 11:00 PM PST

9 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 2 Mac: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak menyokong cadangan agar satu garis panduan untuk berkunjung ke rumah-rumah ibadat bukan Islam dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) seperti yang dicadangkan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria (gambar).

Timbalan ketuanya, Dr Raja Ahmad al-Hiss berkata cadangan tersebut wajar dikemukakan berdasarkan kenyataan awal Harussani berikutan kekeliruan terhadap kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada perayaan Thaipusam baru-baru ini sebagai 'menggadai akidah'.

Katanya, banyak pihak dan umat Islam keliru dengan kenyataan Harussani terhadap kehadiran Najib ketika itu, pada awalnya mengatakan 'haram' dan pada hari berikut pula mengatakan sebaliknya.

Beliau berkata, seperti mana juga yang pernah Pemuda PAS kemukakan aduan dahulu berikutan perbuatan 'syirik' Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir ketika majlis perasmian pembinaan rumah di Manong, Kuala Kangsar dengan meletakkan ancak ketika menaikkan tiang seri rumah.

"Pada awal kenyataan Tan Sri Harussani juga sama iaitu mengatakan perbuatan tersebut sebagai 'syirik'.

"Dan umum mengetahui pada hari berikutnya pula, Tan Sri Harussani mengatakan sebaliknya dan sekali lagi umat Islam agak keliru dengan kenyataan yang tidak konsisten tersebut," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Tambahnya, umum mengetahui, ramai kalangan ulama yang melihat sendiri perbuatan Zambry melalui rakaman video dan gambar tersebut yang dibekalkan ketika itu jelas mengatakan perbuatan tersebut sebagai 'syirik', tetapi tiba-tiba sahaja Harussani mempertahakan kenyataan awalnya dengan mengatakan sebaliknya sehingga kini.

"Sepatutnya garis panduan yang sama perlu dikemukakan oleh Jakim kerana ianya jelas satu perbuatan 'syirik' yang dilakukan oleh pimpinan utama negeri iaitu Datuk Seri Zambry ketika itu," katanya.

harakahdaily/-

Sungai utama di timur laut India kering

Posted: 01 Mar 2012 10:41 PM PST

9 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

GUWAHATI: Sebatang sungai utama di timur laut India yang berasal dari Tibet dilaporkan kering tiba-tiba, mencetuskan spekulasi bahawa China bertanggungjawab terhadap kejadian itu, lapor seorang pegawai tempatan kepada AFP semalam.

Sungai yang menjadi sumber keperluan di wilayah Tibet di barat laut China di mana ia dikenali sebagai Yarlung Tsangpo dan mengalir ke India di kawasan pergunungan dan negeri pedalaman Arunachal Pradesh dikenali sebagai Sungai Siang.
Ia mengalir dari negeri bersebelahan Assam dan menjadi sumber air penting untuk pertanian tempatan dan akhirnya menjadi Sungai Brahmaputra, satu daripada sungai terbesar Asia.
"Ia mengejutkan apabila mengetahui Sungai Siang kering dan batu di dasarnya jelas kelihatan di kawasan berhampiran bandar Pasighat," kata ahli parlimen tempatan, Tako Dabi kepada AFP melalui telefon yang merujuk kepada sebuah bandar di daerah Siang Timur.

"Kami mengesyaki keadaan kering Siang secara tiba-tiba adalah disebabkan China sama ada mengubah aliran sungai di sebelah negara itu atau halangan buatan di bahagian atas," kata Dabi, seorang penasihat kepada ketua menteri di negeri berkenaan.

Rakaman video dari tempat kejadian menunjukkan Siang, beberapa kilometer lebar di Pasighat, mengalir perlahan menerusi beberapa laluan sempit.

"Penduduk tempatan bimbang kerana sungai berkenaan adalah sumber kehidupan mereka," kata Dabi.
Ada spekulasi dalam media India mengenai risiko tindakan China mengubah aliran sungai dari Tibet itu dan mengalir masuk ke India atau mengganggu aliran dengan loji hidroelektrik.

Masalah berkenaan berlaku pada hari menteri luar China, Yang Jeichi mengadakan rundingan di New Delhi bersama rakan sejawatnya dari India, S M Krishna.

Mereka memutuskan bahawa 2012 akan menjadi 'Tahun Kerjasama dan Persahabatan India-China" dalam usaha untuk memulihkan rasa tidak percaya dan syak wasangka yang menjejaskan hubungan diplomatik kedua-dua negara.

Kedua-dua gergasi Asia itu mempunyai masalah pertikaian sempadan yang tidak dapat diselesaikan menjadi punca kepada pertelagahan berdarah pada 1962.

China mendakwa hampir seluruh Arunachal Pradesh adalah kepunyaannya. – AFP

6 suspek ditahan kes bakar lelaki di Gedangsa

Posted: 01 Mar 2012 10:30 PM PST

9 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM - Polis Selangor hari ini menahan enam lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian membakar seorang lelaki sehingga tubuhnya melecur 80 peratus di ladang kelapa sawit di Sungai Tengi, Hulu Selangor Ahad lepas.

Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata mereka yang berusia antara 20 dan 25 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Labu Kubong, Telok Intan Perak pada pukul 4.30 pagi ini.

Mereka kini ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh, katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Beliau berkata dua daripada mereka adalah penuntut sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), dua lagi jurujual sebuah butik dan bakinya seorang penjual burger dan penghantar surat.

Menurutnya mereka ditahan sepasukan 15 anggota polis Selangor yang menjejaki lokasi mereka di Perak.

Tun Hisan berkata kesemua lelaki itu diberkas hasil siasatan terhadap dua penuntut wanita universiti berusia 19 dan 20 tahun yang ditahan di Shah Alam pada 28 Feb lepas.

Kesemua mereka didapati mengenali satu sama lain dan motif mereka membakar Muhammad Syahirudin Mohd Shauki, 19, dari Kota Damansara disyaki akibat dendam.

Muhammad Syahiruddin kini dirawat di Hospital Sungai Buloh.

Sementara itu, Tun Hisan berkata polis Selangor menyerbu sebuah unit rumah kedai di Jalan Rengas Taman Selatan Klang, yang beroperasi sebagai mini kasino pada pukul 7 malam tadi.

Polis menahan 20 lelaki berusia antara 39 dan 59 tahun yang leka berjudi dan merampas wang tunai berjumlah RM103,261, 660 keping cip pelbagai saiz dan warna, buku catitan pertaruhan dan 30 biji dadu, katanya.

Beliau berkata polis menerima maklumat mengenai kegiatan mereka sejak seminggu lepas dengan pertaruhan harian paling tinggi mencecah RM1 juta.

Kesemua mereka yang didakwa di Mahkamah Majistret Klang pagi ini mengikut Seksyen 6 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, mengaku bersalah dan masing-masing membayar denda RM1,000. - Bernama

PAS dakwa kementerian belia seleweng duit untuk politik

Posted: 01 Mar 2012 08:30 PM PST

9 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 2 Mac: PAS menuntut Kementerian Belia dan Sukan menjelaskan kewujudan Cawangan Strategik dan Urat Saraf di bawah kementerian itu yang didakwa digunakan untuk tujuan pilihan raya.

Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar berkata, kewujudan cawangan itu sangat diragui ketelusannya lebih-lebih lagi ia tidak mendapat kelulusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Menurutnya, cawangan tersebut tiada organisasi khusus, malah peruntukannya diambil daripada bahagian lain dalam kementerian.

"Banyak peruntukan di bawah Kementerian Belia dan Sukan untuk kepentingan belia tapi hakikatnya cawangan ini digunakan untuk tujuan politik, bagi tujuan pilihan raya dengan mewujudkan unit-unit tertentu dalam kementerian.

"Saya angap ini satu penyelewengan apabila mengambil peruntukan dari bahagian lain.

"Semasa pilihan raya Sarawak, cawangan ini bermukim di Sarawak selama tiga bulan dan mengadakan pelbagai program gerak saraf belia yang memakan belanja sehingga RM40 juta. Saya minta Menteri Belia dan Sukan jelaskan perkara ini," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, hari ini.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu turut menambah, Ketua Setiausaha Kementerian juga telah mengarahkan cawangan ini untuk mengadakan program politik di semua daerah lebih iaitu 2,000 program setiap negeri dengan kos RM30 juta untuk Pakar Motivasi, Datuk Dr. Hasan Ali berceramah kepada pengundi muda.

"Nampak sangat Umno guna peruntukan untuk kepentingan politik Umno. Sekarang mereka tak perlu turun padang, hanya guna Hasan Ali sebagai mata kapak dan hulu kapak," katanya.

Selain itu, beliau turut mempersoal "kehilangan RM8juta peruntukan yang sepatutnya digunakan untuk belia pada Himpunan Sejuta Belia 2011.

Menurut maklumat, hanya RM2 juta diterima oleh Majlis Belia.

"Saya setuju kalau peruntukan untuk pembangunan belia, tapi bukan dalam bentuk program himpunan sehari yang tidak memberi apa-apa kesan, hanya seperti Karnival Jom Heboh dan sebagainya," katanya.

Turut dipersoal beliau, kos yang terpaksa ditanggung kerajaan akibat pembatalan belia kreatif 2012 yang sepatutnya diadakan pada 10 hingga 12 Februari lalu serta sebab pembatalannnya.

"Karnival ini telah diiklan secara meluas di media massa tapi akhirnya dibatalkan. Kenapa program ini dibatalkan dan berapa pula kos yang terpaksa ditanggung kerajaan setelah pelbagai promosi telah dilakukan?" soalnya.

Dalam pada itu, beliau meminta Kementerian terbabit menjelaskan bagaimana projek perkhidmatan kafe di 17 Instititut Kemahiran Belia Negara (IKBN) hanya diberikan kepada sebuah syarikat yang berpangkalan di Kelantan.

"Kalau betul kerajaan ingin membangunkan syarikat bumiputera, kenapa hanya beri kepada sebuah syarikat? Sepatutnya kalau ada 17 IKBN, berilah kepada 17 syarikat," katanya.

harakahdaily/-

Hapus tol: Bukti Buku Jingga bukan retorik

Posted: 01 Mar 2012 08:25 PM PST

9 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 2 Mac: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melihat tindakan kerajaan menghapuskan bayaran tol RM1 di Plaza Tol Batu 9 menghala Kuala Lumpur dan 90 sen di Plaza Tol Batu 11 menghala Kajang menunjukkan bahawa kerajaan sebenarnya mampu untuk menghapuskan tol di negara ini jika berbuat demikian.

Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor berkata, tindakan kerajaan itu membuktikan bahawa kerajaan tidak rugi sekiranya tol-tol di negara ini dihapuskan sebagaimana dakwaan pemimpin mereka sebelum ini.

Ini juga, katanya membuktikan bahawa perjuangan Pakatan Rakyat selama ini yang berusaha menghapuskan tol di negara ini sebenarnya adalah benar dan tidak sia-sia.

"Janji di dalam Buku Jingga bukanlah suatu retorik atau janji palsu, tetapi merupakan realiti yang mampu dilakukan sekiranya kerajaan meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan," katanya dalam satu kenyataan.

Namun demikian, ujarnya DPPM merasa kesal kerana kerajaan tidak bersedia menghapuskan bayaran tol secara keseluruhan di kawasan terbabit.

Menurutnya, pengurangan sebanyak 50 peratus dianggap sebagai suatu kejayaan besar kepada negara dengan publisiti meluas seolah-olah mereka telah mendapat kemenangan yang dramatik.

Hakikatnya, kata beliau pencapaian kerajaan tidaklah boleh dibanggakan sangat memandangkan mereka hanya mampu mengurangkan bayaran sebanyak 50 peratus.

Itupun, ujarnya keputusan itu diambil setelah bertahun-tahun lamanya pengguna lebuh raya di kawasan terbabit menanggung bebanan membayar tol.

"Sedangkan Pakatan Rakyat (PR) telah berjanji sekiranya PR memenangi Putrajaya dalam PRU ke 13 nanti, keseluruhan kadar tol di kawasan terbabit malah di seluruh negara akan dihapuskan," katanya lagi.

Malah, jelasnya PR telah mengkaji implikasi terhadap syarikat konsesi tol dan merasa yakin, tol secara keseluruhannya mampu untuk dihapuskan.

"DPPM melihat sendiri bagaimana sorakan ahli dan pemimpin Umno apabila tol di kawasan tersebut diumumkan dihapuskan semalam.

"Ia bererti ahli dan pemimpin Umno sendiri bersetuju bahawa tol adalah suatu bebanan kepada rakyat dan bergembira apabila tol dihapuskan atau dikurangkan," katanya.

Jika demikian, ujar beliau sudah tentu mereka akan merasa lebih puas jika Pakatan Rakyat pula yang telah berjanji sekarang akan menghapuskannya apabila mendapat mandat kerajaan kelak.

Oleh itu, katanya DPPM mencabar kerajaan supaya mengkaji balik semua perjanjian dengan syarikat konsesi tol dan mengumumkan kepada rakyat bila untuk dihapuskan tol di kesemua lebuh raya secara berperingkat.

Jika tidak, tambah beliau mereka dianggap masih gagal menambat hati rakyat serta tidak mampu menandingi kemampuan Pakatan Rakyat dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

harakahdaily/-

Jutaan pekerja di India mogok

Posted: 01 Mar 2012 08:00 PM PST

9 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

NEW DELHI - Berjuta-juta pekerja di India mengadakan mogok selama 24 jam, mendesak penambahbaikan terhadap hak-hak tenaga kerja erta penigkatan harga barangan, kelmarin.

Bantahan terbesar itu, disertai 11 kesatuan perdaga­ngan utama dalam negara termasuk gabungan Kongres Kesatuan Sekerja All India (KKSAI), Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan India (KKSKI) dan yang berkaitan dengan parti Kongres.

Beberapa wilayah dihujani protes iaitu New Delhi, Mumbai, timur Kolkata dan Hyderabad menyebabkan beberapa pejabat insurans dan pusat-pusat perniagaan ditu­tup selain kenderaan pengang­kutan awam ditinggalkan ditengah-tengah jalan raya.

sinarharian/-

Letupan bom gegar Selatan Thai

Posted: 01 Mar 2012 07:50 PM PST

9 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

BANGKOK: Dua anggota tentera dan seorang penolong ketua kampung cedera dalam serangan di Narathiwat dan Yala pagi semalam , manakala beberapa kebakaran berlaku di Pattani, kata polis.

Di Narathiwat, pemisah meletupkan bom buatan sendiri ketika trak pikap yang membawa enam anggota tentera menuju ke kampung Kuching Rupa di daerah Chalerm of Rangae untuk bertugas.

Ketua pasukan itu, Leftenen Rapeepat Mongkol, 25, dan Sarjan Sompot Noochan, 32, cedera manakala kenderaan itu rosak.

Di Yala, penolong ketua kampung, Makruri Mani, 40, sedang dalam perjalanan ke kedai teh di kampungnya di Purong apabila seorang lelaki bersenjata yang menunggang motosikal melepaskan dua tembakan ke arahnya.

Beliau cedera di tangan dibawa ke hospital Yala untuk mendapatkan rawatan. Polis masih menyiasat kejadian itu.

Sementara itu, kebakaran berlaku hampir serentak di enam lokasi berbeza di Pattani, dua di daerah Muang, Khok Pho dan Sai Buri awal pagi, semalam.

Di Muang, kebakaran berlaku di bahagian barangan pengguna di pusat beli belah di Pattani kira-kira jam 1.00 pagi.

Tiga kereta bomba dikejarkan ke tempat kejadian dan api berjaya dikawal 20 minit kemudian selepas menyebabkan kerosakan kepada bangunan dan sebahagian stok.

Seorang pengawal keselamatan, Abdulloh Naelee, berkata beliau mendengar bunyi letupan sebelum melihat api dan asap.

Polis kemudian berkata, kebakaran berpunca daripada bom yang dilemparkan ke dalam bangunan itu.

Pada masa sama, satu lagi kebakaran berlaku di depan pusat beli belah Big C di jalan Nong Chik di daerah Muang. Kebakaran berjaya dipadam pengawal keselamatan bagaimanapun, terdapat kerosakan di bahagian baju kanak-kanak.

Di daerah Khok Pho, kebakaran pertama berlaku di gudang Tanin Parawood Co di Ban Tharua manakala yang kedua berlaku di tingkat pertama Minimart KP.

Gabenor Pattani, Theera Mintrasak, berkata semua empat kebakaran di Muang dan Khok Pho berpunca daripada bom api.

Di Sai Buri, kebakaran tercetus di pejabat lebuh raya menyebabkan sebahagian bangunan dan sebuah bangunan berhampiran rosak.

Sebutir bom tangan turut ditemui di dalam tin dan berjaya dimatikan oleh polis yang tiba di tempat kejadian.

Satu lagi kebakaran berpunca daripada tayar trak yang diletakkan di tepi jalan di Ban Joh Kuyae, menyebabkan kerosakan kecil.

Polis percaya kebakaran dilakukan pemisah Islam. Lebih 5,000 maut dan 8,400 cedera dalam pergolakan di tiga wilayah paling selatan di Thailand sejak keganasan meletus pada Januari 2004. – Agensi

12 maut dalam puting beliung

Posted: 01 Mar 2012 07:40 PM PST

9 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

FERRELL mencari barangan peribadi milik anak perempuannya yang terbunuh dalam puting di Harrisburg, Illinois, kelmarin. - Foto REUTERS

NASHVILLE: Puting beliung melanda kawasan tengah dan barat Amerika Syarikat semalam, menyebabkan sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh, termasuk enam di Illinois selepas sebuah rumah diterbangkan angin dan menghempap mereka, kata pihak berkuasa.

Cuaca buruk yang melanda enam negeri bermula di Kansas dan Missouri tengah malam kelmarin turut membabitkan kawasan Tennessee dan wilayah Cumberland Plateau, kira-kira sejam dari timur Nashville, menyebabkan dua wanita di Cumberland Countydan seorang di Dekalb County terbunuh, kata pegawai agensi kecemasan.

Tiga orang di Missouri juga terbunuh dalam kejadian ribut yang melanda ketika tengah malam. Satu puting beliau menyebabkan sebuah kelab hiburan terkenal di Branson, Missouri ditutup sementara.

Dua lelaki dan empat wanita maut dalam puting beliung awal pagi yang melanda Harrisburg, Illinois, sebuah bandar dengan hampir 10,000 penduduk, kata Datuk Bandar Eric Gregg yang menyifatkan kejadian ribut itu sebagai kemusnahan yang sungguh 'dahsyat'.

Di Harrisburg, enam terbunuh akibat angin kencang yang menyebabkan sebuah rumah terbalik dan menimpa sebuah rumah lain.

"Beratus-ratus rumah rosak, manakala berjuta dolar kerugian dicatatkan. Hospital turut mengalami kerosakan. Sebuah pusat beli belah dengan sekurang-kurangnya 10 kedai juga mengalami kemusnahan," kata Gregg.

Seorang kakitangan di perkhidmatan Perhutanan Amerika Syarikat Mike Hancock bersama beberapa rakannya cuba menyelamatkan mangsa dalam kejadian rumah runtuh yang menyebabkan enam orang terkorban.

"Kami cuba merangkak masuk ke dalam rumah itu tetapi ia tidak cukup stabil, seluruh tapaknya bergegar Kami terpaksa keluar dari situ," katanya.

Gabenor Illinois, Pat Quinn mengisytiharkan darurat di negeri itu, begitu juga Gabenor Missouri, Jay Nixon yang mengisytiharkan darurat di negerinya, sementara Gabenor Kansas, Sam Brownback mengisytiharkan bencana darurat di Wabaunsee County.

Pusat ramalan ribut Perkhidmatan Kaji Cuaca Kebangsaan menganggarkan kekuatan puting beliung itu adalah EF-4, di mana ia membawa angin selaju 320 km sejam.

Kadar EF-4 meletakkan puting beliung itu setanding dengan kejadian yang membunuh 64 orang di Tuscaloosa, Alabama pada April lalu, dan satu takuk di bawah ribut Joplin dengan kekuatan EF-5 yang memusnahkan seluruh bandar Missouri. – Reuters

Sembilan Kedai di Wakaf Che Yeh Terbakar

Posted: 01 Mar 2012 07:30 PM PST

9 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KOTA BAHARU: Sembilan buah rumah kedai sederet, hangus dalam satu kebakaran di Wakaf Che Yeh, di sini pada Khamis. Kejadian yang berlaku pada kira-kira jam 5.45 petang itu, disedari oleh orang ramai yang melihat api menjulang dari sebuah kedai yang dipercayai menjual barangan runcit.

Kedai lain yang musnah antaranya kedai tayar dan kedai kopi.

Pemilik kedai tayar, Tan Choong Siang, 40, berkata dia hanya menyedari mengenai kejadian tersebut selepas mendengar jeritan orang ramai selepas api semakin marak.

"Saya sedang berada di dalam kedai bersama seorang anak, Tan Lee Lian, 5, dan ayah, Tan Cheng Li, 80, serta empat orang pekerja yang ketika itu sedang menutup kedai.

"Sejurus mendengar jeritan tersebut, saya keluar dan melihat api di kedai sebelah dan terus mencapai alat pemadam api bagi memadam kebakaran tersebut, namun gagal berikutan api yang marak," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, di sini.

Choong Siang berkata, dia kerugian kira-kira RM300,000 apabila 500 biji tayar dalam kedainya hangus.

Katanya, 300 biji dari tayar itu baru dihantar ke kedainya tengah hari tadi, namun bersyukur kerana semua anggota keluarga serta pekerjanya terselamat.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Penguasa Bomba Shahrin Yusmar Mat Yusof berkata, operasi memadam kebakaran itu diketuai oleh Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kelantan, Azmi Osman.

"Kita menerima panggilan 6.05 petang dan berjaya mengawal api kira-kira 35 minit kemudian.

"Seramai 30 anggota dari Balai Bomba Kota Darulnaim, Balai Bomba Kota Baharu, Balai Bomba Pengkalan Chepa dan Bomba Sukarela Pengkalan Chepa dengan enam jentera, datang untuk memadam kebakaran itu," katanya.

Beliau berkata punca kejadian dan jumlah kerugian belum dapat dipastikan. - BERNAMA

Zambry diminta jelas projek pulau Matangor

Posted: 01 Mar 2012 07:20 PM PST

9 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

IPOH, 2 Mac: Pemuda PAS Perak mempertikaikan pentadbiran kerajaan negeri Perak pimpinan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir yang masih gagal menjelaskan kegagalan projek marina di pulau Matangor, Pangkor.

Ini kerana, projek yang menelan belanja RM28 juta ini terbiar dan tidak digunakan walaupun sudah siap sejak lima tahun lalu.

Projek yang dilaksanakan oleh Jabatan Laut dan Kementerian Pengangkutan bagi kemudahan pelayar dari seluruh dunia yang melalui Selat Melaka perlu penjelasan lanjut daripada pihak Kerajaan Negeri Perak dan Kerajaan Persekutuan.

Walaupun ianya telah didedahkan awal bulan Oktober tahun lepas, tetapi hasil penyiasatan yang dimaklumkan oleh Datuk Seri DiRaja Dr Haji Zambry Abdul Kadir masih belum menampakkan puncanya, kata Setiausaha Dewan Pemuda PAS Perak, Salman Haji Salleh (gambar kanan).

"Datuk Seri Zambry hanya mampu mengistilahkannya sebagai satu projek 'Gajah Putih' dan kini cuba membentuk satu Jawatankuasa Khas untuk memantau projek-projek yang akan dibina pada masa akan datang," katanya.

"Apa yang terjadi dengan projek marina di Pulau Matanggor hingga ke saat ini? Syarikat siapakah yang terlibat di dalam memastikan pelaksanaan projek marina tersebut?" soal Salman lagi.

Tetapi yang paling penting, katanya, siapakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Pangkor ketika pelaksanaan projek tersebut?

Bagi beliau, rakyat dan penduduk Pulau Pangkor tentu kesal dengan projek yang menelan belanja RM28 juta tersebut yang telah berlaku ketirisan sehingga merugikan wang rakyat seluruhnya.

"Sudah tentu nilai RM28 juta tersebut boleh digunakan sebagai bantuan khas kepada penduduk di Pulau Pangkor yang masih tidak mempunyai bekalan elektrik dan air yang sempurna sepertimana yang pernah kami dedahkan sebelum ini," katanya.

Bercakap tentang RM28 juta tersebut, kata Salman, jika digunakan untuk kebaikan rakyat sudah tentu kemudahan rakyat di sana akan lebih baik daripada hanya membina satu projek 'Gajah Putih' yang tidak mendapat manafaat rakyat seluruhnya atau penduduk Pulau Pangkor sedia ada di sana!

harakahdaily/-

Selepas NFC, skandal lembu Felcra pula

Posted: 01 Mar 2012 07:00 PM PST

9 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

Dalam sidang akhbar pada 29 Februari 2012 di Ibu Pejabat PAS di Jalan Raja Laut, Pengerusi Badan Bertindak Peserta Felcra Kebangsaan (BAPA), Tuan Haji Razman Haji Zakaria mendedahkan pelbagai kepincangan di dalam pengurusan projek penggemukan lembu dilaksanakan Felcra yang dimulakan pada hujung tahun 2008.

Projek ini melibatkan pembinaan 17 buah kandang lembu secara berperingkat-peringkat di 17 kawasan ladang yang telah dikenalpasti. Kos kandang ialah RM300,000 sebuah, bermakna jumlahnya ialah RM5,100,000. Ia dimulakan dengan projek perintis di Seberang Perak.

Merujuk kepada potongan laporan akhbar Sinar Harian bertarikh 6 Jun 2010 yang diedarkan, tender telahpun dikeluarkan untuk pembinaan kandang berkenaan. Pada peringkat awalnya, sebanyak 2,000 ekor lembu akan dibekalkan kepada setiap ladang, bermakna, apabila semua kandang siap dibina, jumlah lembu yang diternak akan meningkat kepada 34,000 ekor, melibatkan kos – pada harga anak lembu RM400 se ekor - sebanyak RM13,600,000. Felcra Berhad memperuntukkan sebanyak RM18 juta untuk projek ini.

Dikatakan, bila dilaksanakan sepenuhnya, projek ternakan lembu ini berupaya menjana pendapatan tambahan sebanyak RM500-1,000 sebulan kepada setiap peserta Felcra yang berjumlah sekitar 92,000 itu (Petikan ucapan Datuk Tajuddin Abdul Rahman dalam potonga akhbar Utusan Malaysia bertarikh 7 Disember 2008 yang diedarkan berbunyi:

"Melalui program ini peserta Felcra diharap mampu menambah pendapatan di antara RM500 hingga RM1,000 sebulan.") . Ini bermakna perojek ini mampu menjana jumlah pendapatan di antara RM46-92 juta sebulan atau RM552-1,104 juta setahun, amat bermakna bagi peserta Felcra yang rata-ratanya miskin.

Projek dimulakan pada awal tahun 2009 dengan pelancaran projek perintis di ladang Felcra di Seberang Perak yang dikenali sebagai Bio Valley Felcra Berhad , Seberang Perak dengan 800 ekor lembu. Namun, lawatan yang dibuat oleh Haji Razman ke tapak projek baru-baru ini mendapati hanya ada di antara 10-15 ekor lembu yang diternak di situ membayangkan status projek itu sebagai "projek gagal."

Namun, Felcra nampaknya mendakwa projek perintisnya berjaya. Hasil dari "kejayaan" projek perintis ini, maka itulah Felcra Berhad telah melancarkan projek ternakan lembu besar-besaran pada pertengahan tahun 2010 melibatkan pembinaan 17 buah kandang di 17 buah ladang. Betulkah ladang-ladang ternak lembu ini wujud?

Potongan akhbar Harakah keluaran 16-19 November 2009 yang diedarkan melaporkan bahawa Pengerusi BAPAK ketika itu Akmaluddin Mohd. Noor telah datang ke pejabat akhbar itu mengadu bahawa tambahan pendapatan sebanyak RM500-1000 sebulan kepada 92,000 peserta Felcra selepas enam bulan projek berjalan masih belum lagi dibayar walaupun semasa pengaduan dibuat masa sudah pun berlalu sepuluh bulan.

Beliau lalu menuduh bahawa Pengerusi Felcra, Dato Tajuddin Abdul Rahman telah membuat janji yang tidak munasabah kepada peserta Felcra. Betulkah? Mari kita lihat sama ada munasabah atau tidak janji untuk menambahkan pendapatan peserta Felcra sebanyak RM500-1000 sebulan melalui projek ternakan lembu ini.

Bilangan kandang 17

Bilangan lembu setiap kandang 2,000 ekor

Jumlah lembu 34,000 ekor (17 x 2,000)

Harga anak lembu RM400 se ekor

Kos penggemukan lembu selama 6 bulan RM1,000 se ekor

Lain-lain kos selama 6 bulan RM500 se ekor

Kos menggemukkan lembu selama 6 bulan RM1900 se ekor (400 + 1,000 + 500)

Jumlah kos menggemukkan lembu selama 6 bulan RM64,600,000 (RM1,900 x 34,000)

Harga jualan lembu RM3,000 se ekor

Jumlah hasil jualan RM102,000,000 (RM3,000 x 34,000)

Keuntungan projek dalam 6 bulan RM37,400,000

Bilangan peserta 92,000

Agihan keuntungan kepada peserta (6 bulan) RM406.52 se orang

Agihan kepada perserta setiap bulan RM33.88 se bulan

Ternyata kalau bilangan lembu yang dibela hanya 2,000 ekor setiap kandang setiap bulan, cita-cita untuk menambahkan pendapatan peserta Felcra sebanyak RM500 se orang tidak akan kesampaian. Untuk menambah pendapatan peserta sebanyak RM500 se orang setiap bulan, skala projek harus jauh lebih besar. Mari kita buat perkiraaan.

Tambahan pendapatan bulanan peserta RM500 se orang sebulan

Bilangan peserta 92,000

Jumlah tambahan pendaptan bulanan RM46,000,000 sebulan

Jumlah tambahan pendaptan untuk 6 bulan RM276,000,000

Keuntungan julan lembu RM1100 se ekor

Bilangan lembu yang perlu diternak 250,909 ekor setiap enam bulan

Bilangan lembu diternak dalam setahun 501,818 ekor setahun

Untuk menjana pendapatan tambahan sebanyak RM500 bagi setiap peserta, maka setiap enam bulan secara berterusan, Felcra Agro Industries Berhad kenalah membela dan menggemukkan 250, 909 ekor lembu setiap 6 bulan. Ini adalah satu projek yang amat besar. Harga membeli anak lembu sahaja – RM400 se ekor - sudah melibatkan kos sebanyak RM100,363,600 setiap enam bulan.

Kalau dimasukkan kos penggemukkan dan lain-kos yang terlibat (jumlahnya dianggarkan RM1,900 se ekor lembu), maka kos operasi projek ini boleh mencecah RM476,727,100 se tiap enam bulan. Kalau setahun kosnya menjadi RM953,454,200. Bukankah ini satu jumlah kos yang amat besar? Ini lebih besar dari projek fidlot nasional di Gemas. Kalau peruntukan kepada projek ternakan lembu ini hanya setakat RM18 juta, maka bolehkah di ramalkan projek in sudah gagal sebaik ia bermula.

Atas asas ini maka kata-kata Akmaluddin: "Inilah yang saya katakan projek mustahil Tajuddin" adalah tepat sekali.

Juga didedahkan pada Hari Raya Korban 2009 (sekitar bulan November 2009), Felcra Agro Induaries Berhad telah menjual 45 ekor lembu kepada syarikat induknya, Felcra Berhad pada harga RM3,000 se ekor untuk ibadah korban. Jumlah kosnya RM135,000. Felcra Berhad telah meletakkan perbelanjaan itu di bawah kod alaun keraian Pengerusi Felcra Berhad. Kesemua lembu-lembu itu diagihkan kepada ahli-ahli politik UMNO-BN. Pecahannya seperti berikut:

Ahli Parlimen Batang Sadong, Sarawak 5 ekor

Ahli Parlimen Lenggong, Perak 5 ekor

Ketua Wanita UMNO, Bahagian Padang Serai 5 ekor

Ahli Parlimen Pasir Salak 30 ekor

Walau bagaimana pun, berdasarkan rekod resmi penghantaran, hanya 37 ekor lembu sahaja dihantar ke pelbagai lokasi termasuk 10 ekor ke rumah kediaman Ahli Parlimen Pasir Salak yang juga Pengerusi Felcra. Tiada bukti penghantaran telah dibuat ke Batang Sadong, Sarawak (5 ekor) dan ke Bahagian UMNO Padang Serai (5 ekor). Kalau lembu dihantar ke kedua tempat ini, jumlahnya menjadi 47 ekor sedangkan pesanan hanya 45 ekor. Ini menimbulkan keraguan: Betulkah lembu telah diagihkan sehingga ke Sarawak? Bagaimanakah ia dihantar? Dengan kapal terbangkah?

Jelas di sini bahawa harta milik seramai 92,000 peserta Felcra telah disalahgunakan oleh pemimpin politik UMNO-BN untuk kepentingan politik mereka. Yang memberi lembu korban bukan ahli politik ini tetapi 92,000 peserta Felcra. Ia adalah satu bentuk penyalahgunaan kuasa di dalam pengurusan Felcra.

Dicadangkan peserta Felcra wajar membuat aduan polis akan hal ini. Juga, disyorkan peserta Felcra pergi melawat kesemua 17 kadang lembu bagi menentukan berapa ekor lembu yang ada. Betulkah ada? Jangan-jangan ini satu lagi projek auta UMNO-BN bertujuan menyelewengkan dana pembasmian kemiskinan.

Felcra Bela Lembu

Detik cemas ketika gadis mahu bunuh diri

Posted: 01 Mar 2012 07:00 PM PST

9 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

CHANGSHA, China - Seorang gadis berusia 24 tahun gagal untuk membunuh diri dari sebuah bangunan selepas anggota-anggota polis berjaya menggagalkan rancangannya untuk terjun dari tingkat 32 di sini pada Isnin lalu.

Tangan, kaki dan paha gadis tersebut yang memakai seluar panjang ditarik masuk ke dalam sebuah tingkap di tingkat 32 bangunan itu oleh beberapa anggota polis.

Insiden yang berlaku lebih tiga jam itu bermula selepas gadis itu bertinggung di atas simen yang terdapat di atas sebuah tingkap.

Gadis itu mahu membunuh diri kerana dia tidak mempunyai pekerjaan dan kekasih manakala anggota keluarganya kerap menengkingnya. - Agensi

Nafi hudud dalam al-Quran bermakna tolak al-Quran

Posted: 01 Mar 2012 06:50 PM PST

9 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 2 Mac: Menyatakan bahawa hukum hudud tidak terdapat dalam al-Quran dan hanya ciptaan manusia boleh menjejaskan aqidah.

Menurut Yang Dipertua Persatuan Ulama' Malaysia (PUM), Datuk Sheikh Abdul Halim Abdul Kadir (gambar), kenyataan seperti itu juga bermaksud menolak al-Quran itu sendiri.

"Hukum hudud ini ditentukan oleh Allah, dalam al-Quran disebut secara jelas. Sepakat ulama juga tetap bahawa hukum hudud ada dalam al-Quran seperti hukum potong tangan dan bunuh balas (qisas).

"Sesiapa yang menidakkan hudud dalam al-Quran, maksudnya dia tolak al-Quran," tegasnya ketika dihubungi Harakahdaily.

Sedangkan katanya rukun iman yang keempat adalah percaya kepada kitab Allah termasuk al-Quran.

Beliau yang juga bekas Mufti Kerajaan Terengganu berkata demikian ketika diminta memberi pandangan terhadap kenyataan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu program bersama mahasiswa baru-baru ini bahawa hudud tidak ada dalam al-Quran dan perlaksanaannya tidak adil.

Rakaman video ucapan Mahathir itu juga kini disebar meluas di internet khususnya di Youtube.

Dalam perkembangan lain, AJK PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik turut menggesa para alim ulama, mufti hingga ke Majlis Raja-Raja Melayu menegur Mahathir yang juga mantan Presiden Umno itu.

Ini kerana kenyataan Mahathir itu bukan sahaja boleh disifatkan teroesong dari ajaran Islam malah boleh mengelirukan umat Islam seluruhnya.

"Kenyataan Tun Dr Mahathir ini 'besar' (salah) apabila menafikan hudud atau mengatakan hudud tidak ada dalam al-Quran. Sedangkan perkataan hudud itu sendiri jelas disebut dalam al-Quran.

"Hukum hudud bermakna hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh al-Quran secara nas qat'ie iaitu nas yang putus seperti hukum mencuri, hukum berzina ada dalam al-Quran.

"Begitu juga dengan nas yang berhubung dengan murtad, nas berhubung dengan arak, qazaf dan semuanya ada jelas dalam al-Quran," jelasnya.

Dalam pada itu, Dewan Pemuda PAS Pusat pula akan membincangkan perkara itu dalam mesyuarat mereka minggu depan.

"Insyaallah, minggu depan meeting DPPM, saya akan bincang dgn rakan-rakan bentuk tindakan wajar dan sesuai ke atas Tun Mahathir atas istiqamah kenyataannya yg menolak hukum hudud dan menyebutnya ia tdk terdapat di dalam al quran.

"Mungkin DPPM akan request untuk bertemu Tun Mahathir bagi menyampaikan betul duduk hukum hudud," kata ketuanya Nasruddin Hassan di laman Facebooknya.

harakahdaily/-

Dua lagi askar Amerika Syarikat maut ditembak di Afghanistan

Posted: 01 Mar 2012 06:40 PM PST

9 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KABUL 2 Mac - Dua lagi askar Amerika Syarikat (AS) maut akibat ditembak di sebuah pangkalan bersama di selatan Afghanistan, semalam.

Kejadian itu dipercayai didalangi askar tempatan, berlaku tidak sampai seminggu selepas dua askar Pertubuhan Atlantik Utara (NATO) ditembak di Kementerian Luar Afghanistan, Sabtu lalu.

Sekurang-kurangnya lima askar pasukan itu dibunuh oleh pasukan keselamatan Afghanistan, sebagai tanda protes terhadap tindakan pembakaran al-Quran di pangkalan NATO bulan lalu. - REUTERS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan