Sabtu, 11 Februari 2012

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


Suara Sri Andalas

Posted: 10 Feb 2012 11:10 PM PST

Suara Sri Andalas


Isu Pasir: SPRM 'Bersihkan' Saya Kata Shuhaimi

Posted: 10 Feb 2012 01:00 AM PST

ADUN Seri Muda Shuhami Shafie hari ini mendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah membersihkannya daripada dakwaan rasuah pada 2010 tetapi tuduhan yang sama diulangi oleh penulis blog Raja Petra Kamaruddin.

"Saya beritahu SPRM segalanya apabila mereka siasat perkara itu pada Julai 2010. Pegawai penyiasat sendiri maklumkan kepada saya bahawa dakwaan berkenaan adalah tidak benar dan tidak membabitkan salah guna kuasa," katanya pada sidang media hari ini.

Bercakap di ibu pejabat PKR di Tropicana, Selangor, Suhaimi berkata transkrip perbualan telefon yang didakwa antara beliau dan pemilik syarikat Double Dignity (M) Sdn Bhd juga dibentangkan kepadanya semasa siasatan.

"Saya ditunjukkan ini apabila disoal-siasat oleh SPRM. (Saya) tidak nafikan ada berbual di telefon dengan rakan kongsi perniagaan saya, tetapi saya percaya ia (transkrip) dipinda untuk menjadikan plot lebih menarik," katanya.

Dalam transkrip yang disiarkan melalui blog Malaysia Today semalam, Shuhaimi didakwa menuntut RM50,000 daripada pemilik Double Dignity (M) Sdn Bhd kononnya untuk perbelanjaan pilihan raya.

Raja Petra mendakwa Shuhaimi menggunakan kedudukannya untuk mempengaruhi keputusan mendapatkan kontrak perlombongan pasir yang cuba dibida oleh Double Dignity. Shuhaimi menduduki lembaga pengarah syarikat berkenaan.

Kumpulan Semesta Sdn Bhd, anak syarikat kerajaan negeri Selangor yang mengendalikan semua kontrak perlombongan pasir, semalam mengeluarkan kenyataan yang mengatakan bahawa Double Dignity  tidak pernah memohon untuk mendapatkan kontrak daripada mereka.

Menurut Shuhaimi, SPRM tidak pernah memanggilnya semula selepas Julai 2010 dan bahawa perkara itu telah "diputar-belit" bagi mengelirukan orang ramai.


Sumber: Malaysiakini

Sidang DUN 2012 Bermula 19 Mac

Posted: 09 Feb 2012 01:00 AM PST

SHAH ALAM 9 FEB: Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor sesi 2012 akan bermula pada 19 Mac depan setelah mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Perkara itu diumumkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kepada pemberita dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Bangunan SUK di sini semalam.

Abdul Khalid berkata, antara isu yang akan diberi perhatian adalah keadaan kewangan negeri yang semakin meningkat termasuk program-program pembangunan yang bakal dilaksanakan untuk rakyat pada tahun ini.

"Menurut laporan Jabatan Kewangan Negeri Selangor, simpanan tunai kerajaan negeri bertambah lebih 26 peratus dan secara terkumpul melebihi RM1.9 bilion sehingga hujung 2011 berbanding kurang RM500 juta pada tahun 2007.

Penyata kewangan itu telah diserahkan kepada jabatan audit tetapi akan dikemaskini semula untuk mendapat pengesahan," katanya.

Dalam sidang media sama, Abdul Khalid turut memaklumkan exco kerajaan negeri akan mengadakan perbincangan dalam masa terdekat sebagai usaha untuk melaksanakan pemberian Geran Selangorku bernilai RM300 juta yang telah diluluskan pada sidang DNS lalu.

"Pengagihan itu dibuat supaya proses pelaksanaan dapat dilakukan dengan cekap dan berkesan, sekaligus mengurangkan birokrasi dan tepat kepada matlamat iaitu terus sampai kepada rakyat.

Geran yang dibentangkan Belanjawan Selangor 2012 berasaskan dana sumbangan dividen daripada Syarikat Berkaitan Kerajaan Selangor serta keuntungan operasi Perbadanan Menteri Besar (MBI) yang berjaya mendapatkan hutang-hutang lapuk dari Syarikat Talam Corporation.

Ia juga adalah hasil penstrukturan semula projek Canal City dan pengenalan polisi pemberi milikan tanah mengikut harga pasaran.

Antara program yang akan dilaksanakan melalui Geran Selangorku adalah pengenalan gaji minima, program memperkasakan wanita, program keusahawanan muda, pembinaan infrastruktur sukan, program sokongan pendidikan, program dari kebajikan kepada pekerjaan dan program jangkaan kehidupan bandar.


Sumber: TVSNEWS

MB Selangor: Negara Berkebajikan Tidak akan Bankrap

Posted: 07 Feb 2012 05:00 PM PST

BATU CAVES, 7 FEB : Negara Berkebajikan yang diamalkan Pakatan Rakyat tidak akan menjadikan Selangor bankrab kerana di urustadbir secara berhemah dan tidak melibatkan amalan rasuah, salahguna kuasa dan amalan kroni sebagaimana yang dilakukan oleh BN

Pakatan Rakyat (PR) telah membuktikan Selangor tidak menghadapi masalah ekonomi biarpun Kerajaan Negeri mengamalkan pendekatan mengutamakan kepentingan rakyat dengan menjaga kebajikan serta menyalurkan bantuan secara berterusan dan konsisten.

Sebaliknya dengan pentadbiran penuh berhemah dan kebertanggungjawaban, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Selangor mencatat pertumbuhan ekonomi membanggakan sejak PR mengambilalih pentadbiran negeri Selangor.

Beliau berkata, dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengatakan negara akan mengalami masalah ekonomi dan bangkrap sekiranya PR mengambilalih pentadbiran negara dengan mempraktikkan "negara berkebajikan" adalah tidak benar.

"Dia (Najib) telah mengatakan jika ini diberikan kepada Pakatan Rakyat, negara kita akan bangkrap dan tiada duit untuk membiayai usaha kebajikan tersebut. Sebelum 2008 tidak banyak usaha kebajikan yang dilakukan Kerajaan Negeri Selangor sebelum Pakatan Rakyat mentadbir Selangor.



"Apabila kita mentadbir Selangor, kita bagi air percuma 20 meter padu kepada semua rakyat Selangor. Kita bagi peruntukan pendidikan, RM16 juta bukan sekali tetapi setiap tahun untuk sekolah yang tidak dibantu Kerajaan Persekutuan sebelum ini. Kita ada program warga emas, khairat kematian kepada semua rakyat Selangor tak kira bangsa dan agama malah tak kira fahaman politik pun," katanya ketika berucap dalam Majlis Sambutan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniam di sini semalam.

Abdul Khalid mengulas kenyataan Najib ketika lawatannya ke Klang Ahad lalu yang mengatakan negara akan menghaadapi masalah ekonomi atau bangkrap sekiranya pentadbiran kebajikan diamalkan apabila PR mengambilalih tampuk pemerintahan negara.

Beliau berkata, sejak Mac 2008, Kerajaan Negeri ditadbir PR telah membuktikan pentadbiran dengan menjaga kebajikan rakyat tidak akan memberikan masalah terhadap Selangor dan negeri itu tidak akan menjadi bangkrap.

Turut hadir, Exco Kerajaan Selangor, Dr Xavier Jayakumar dan Ronnie Liu Thian Khiew; ADUN Batu Caves, Amiruddin Shaari; Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa; Ahli

Parlimen Kapar, S Manikavasagam; Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago; Ahli Parlimen Kelana Jaya, Loh Gwo Burne dan Naib Presiden PKR, N Surendran.

Dalam majlis itu, Abdul Khalid menyampaikan sumbangan Kerajaan Negeri untuk Peruntukan Sekolah Tamil seluruh Selangor sebanyak RM1.03 juta, Peruntukan Rumah Ibadat Selain Islam (RM770,000) dan Peruntukan Pembinaan Bangunan SRJK(T) Ladang Coalfields Sungai Buloh (RM1 juta).

Menteri Besar turut menjelaskan Kerajaan Negeri telah melaksanakan banyak program kebajikan bagi rakyat Selangor melibatkan peruntukan lebih RM500 juta.

"Persoalan yang ditanya rakyat Selangor dengan kebajikan diberikan Kerajaan Negeri Selangor yang ada sekarang, Adakah Selangor bangkrap? Jawapannya tidak. Jawapannya lebih baik. Sebelum kita mentadbir Selangor, rizab kita hanya kurang RM400 juta dan sekarang masuk tahun keempat kita sudah kumpulkan lebih RM1.9 billion. Empat kali ganda lebih besar. Jadi kalau Najib kata negara kebajikan maka negara bangkrap, itu kerana tak tahu mentadbir," katanya.


Sumber: TVSNEWS

Menyerahkan Sumbangan RM50,000 Kepada Kuil Sri Subramaniar, Kerling Pada Sambutan Perayaan Thaipusam

Posted: 07 Feb 2012 04:00 AM PST

Kerling, 7 Februari 2012 - YB Dr Xavier Jayakumar, EXCO Kerajaan Negeri Selangor telah hadir ke upacara perayaan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar, Bt 2 1/2 Kuala Selangor bagi kali ketiga dan juga di Kerling, Hulu Selangor atas jemputan daripada pihak kuil-kuil tersebut. Turut hadir adalah Ahli- ahli Majilis dan Ketua ketua komuniti setempat.
Sambutan daripada para penganut sungguh meriah apabila YB Dr Xavier dijemput memberi ucapan. Dalam ucapannya, beliau menegaskan kepada orang ramai supaya perubahan pada PRU Ke13 harus dilakukan dengan memberi peluang kepada Pakatan Rakyat demi kepentingan masa depan anak-anak mereka dari segi pekerjaan dan pendidikan.

Pada masa yang sama, sumbangan untuk pembangunan kuil-kuil tersebut sebanyak RM50,000 daripada Kerajaan Negeri Selangor telah diserahkan YB Dr Xavier. Pihak kuil mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor  atas sumbangan ini  kerana mereka tidak pernah terima sumbangan sebanyak ini daripada Kerajaan BN untuk pembangunan kuil walaupun permohonan telah pun dibuat. 

Kuil Sri Subramaniar Swamy Alayam Batu 2 Kuala Selangor Terima RM50,000 Dari Kerajaan Negeri Selangor

Posted: 07 Feb 2012 03:00 AM PST

Kuala Selangor, 7 Februari 2012 - Kuil Sri Subramaniar Swamy Alayam di Batu 2 pada hari ini telah menerima sumbangan sebanyak RM50,000 daripada Kerajaan Negeri Selangor. 

Sumbangan untuk tujuan pembangunan kuil tersebut telah disampaikan oleh YB Dr Xavier Jayakumar, EXCO Kerajaan Negeri Selangor. 

Turut hadir pada penyerahan cek yang diadakan pada upacara sambutan perayaan Thaipusam itu adalah Ahli-ahli Majlis serta ketua-ketua komuniti setempat. Upacara perayaan telah disambut meriah dengan kehadiran para penganut agama hindu tempatan.


Rumah Terbuka Perayaan Tahun Baru Cina DUN Sri Andalas

Posted: 06 Feb 2012 03:00 AM PST

Taman Sentosa, Klang, 6 Februari 2012 - YB Dr Xavier Jayakumar pada hari ini telah mengadakan majlis rumah terbuka untuk meraikan sambutan Tahun Baru Cina bagi masyarakat Tiong Hua di kawasannya, DUN Sri Andalas.
Turut hadir pada majlis tersebut adalah isteri kepada YB Dr Xavier, iaitu Puan Sheila Devaraj, ADUN Seri Muda, YB Shuhaimi Shafiei, Ahli-ahli Majlis, Ketua-ketua kampung serta ketua-ketua komuniti setempat.

Pada majlis tersebut telah diadakan tarian singa, pemberian ang pow, sumbangan RM100 dan pemberian hamper. PEKAWANIS (Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor) juga mengadakan pendaftaran kepada mereka yang layak pada hari itu.

Majlis rumah terbuka dihadiri orang ramai dan disambut dengan meriah, pelbagai juadah makanan telah disediakan untuk menjamu selera.


PR Berbakti Pada Setiap Waktu

Posted: 05 Feb 2012 01:00 AM PST

IJOK, 5 FEB : Kerajaan Pakatan Rakyat mengamalkan dasar bekerja untuk rakyat tanpa mengira waktu dan bukan sekadar mengambil hati sempena Pilihanraya Umum sepertimana yang diamalkan oleh Kerajaan Umno-BN.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberitahu bahawa peruntukan yang disediakan oleh Kerajaan PR bukan sekadar memancing undi sebaliknya dilakukan sejak memegang tampuk negeri pada tahun 2008.

"Setiap tahun semenjak 2008, kita memperuntukkan dana lebih daripada RM16 juta kepada sekolah persendirian Cina, Tamil dan Agama Rakyat yang sebelum ini tidak dihiraukan oleh Barisan Nasional selama berpuluh-puluh tahun.

"Ini bukti bahawa kita telah dapat jalankan tugas dan menunaikan janji-janji kita kepada rakyat," ujar Abdul Khalid.

Beliau berkata demikian dalam satu Majlis Sambutan Pesta Ponggal Peringkat DUN Ijok yang diadakan di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yuk Chi Batang Berjuntai petang tadi.

Selain itu, Khalid turut memberitahu bahwa kerajaan PR turut membawa banyak perubahan dalam pentadbiran negeri antaranya dari segi ekonomi dan sosial.

"Sebelum ini tidak pernah kita berpeluang menggunakan Sekolah Tiong Hua untuk sambutan perayaan Ponggal. Tapi kini kita sudah berpeluang.

"Inilah antara bukti bahawa kita telah bawa perubahan dalam minda tiap-tiap rakyat," jelas Khalid lagi.

Majlis yang bermula pada pukul 5 petang itu dihadiri lebih 500 orang pengunjung selain kehadiran tetamu-tetamu kehormat yang lain iaitu EXCO Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr. Xavier Jayakumar dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad.


Sumber: TVSNEWS

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang

Posted: 10 Feb 2012 11:04 PM PST

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang


Gambar - gambar dari Rumah Terbuka Gong Xi Fa Cai PR Subang

Posted: 10 Feb 2012 04:40 AM PST

Pakatan Rakyat SUBANG telah menganjurkan Rumah Terbuka Gong Xi Fa Cai di Kampung Cina Pekan Subang. Program dianjurkan bersama dengan Jawatankuasa Kemajuan Kampung Pekan Subang dan MPP Zon 17 Shah Alam
Turut hadir bersama adalah YAB Tan Sri Khalid Ibrahim, Mentri Besar Sgor serta Ahli EXCO dan ADUN Bkt Lanjan, YB Elizabeth Wong. Tuan rumah bersama termasuk YB Dr Nasir dan Sdr Khairuddin Othman, Penyelaras DUN Paya Jaras.
bersama tetamu jemputan dengan NAGA

bersama YAB Tan Sri Khalid memberi angpow kepada kanak-kanak

bersama YB Dr Nasir memberi sumbangan kepada keluarga yang berkurangan

Bersama pemenang cabutan bertuah

bersalaman dengan petugas dari Unit Amal PAS

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 10 Feb 2012 11:16 AM PST

Anak Muda Kampung Nak Senang


Enam beranak hidup menumpang di surau

Posted: 09 Feb 2012 06:56 PM PST



NORMALIZA bersama empat orang anaknya ketika ditemui di surau Taman Rinting, Pasir Gudang semalam.

PASIR GUDANG 10 Feb 2012 - Gara-gara suami tiada kerja tetap dan sukar mendapat pekerjaan menyebabkan enam beranak terpaksa hidup merempat. Mereka sekeluarga sejak Selasa lalu terpaksa menumpang teduh di sebuah surau di Taman Rinting, Masai di sini.

Itulah yang dialami pasangan Muhammad Shah Abdullah, 34, dan Normaliza Mustafa, 33, bersama empat anak mereka, Nor Diana Shafiza, 9, Muhammad Shariz Daniel, 8, Muhammad Shafiz Daniel, 7, dan Muhammad Aiman Daniel, 1.

Sebelum ini, mereka sekeluarga menyewa di sebuah rumah di Flat Tasek 64, Bandar Seri Alam sejak setahun lalu tetapi dihalau tuan rumah ekoran gagal menjelaskan sewa bulanan berjumlah RM270 sebulan yang tertunggak selama tiga bulan.

Keadaan mereka sekeluarga yang tidur di tempat solat bahagian luar surau amat menyedihkan kerana tidur beralas tikar tanpa bantal dan selimut.

Sejak dihalau keluar dari rumah sewa selepas Tahun Baru Cina lalu, tiga anaknya yang belajar di Sekolah Kebangsaan Seri Alam 1, Bandar Seri Alam terpaksa ponteng sekolah.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0210&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm

www.telokkemang.blogspot.com/

Posted: 10 Feb 2012 07:45 AM PST

www.telokkemang.blogspot.com/


CERAMAH UMUM 17 FEBUARI - BATU4, SIRUSA

Posted: 09 Feb 2012 05:29 PM PST




CERAMAH UMUM - 17 FEBUARI 2012 - Jam 9 malam - Jumaat -
Rumah Pakngah/ Markas Pakatan Rakyat,
SIRUSA, BATU 4, PORT DICKSON

Penceramah:-
Brigadier Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab, YB. Dato' Kamarul Baharin Abbas & Sdra Wan Fauzuldin Wan Samad (Pesara Tentera/Blogger).

SEMUA DIJEMPUT HADIR

PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT

Posted: 09 Feb 2012 05:17 PM PST






SEKITAR CHINESE NEW YEAR & SAMBUTAN PONGGAL DI PARLIMEN TELOK KEMANG BERSAMA RAKYAT, ADUN PD BANDAR & ADUN CHUAH SERTA PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan